150
AKTIVITI 3 - Bincangkan persamaan dan perbezaan majlis perkahwinan Melayu tradisional
dengan majlis perkahwinan moden.
1. Persamaan Perkahwinan Melayu Tradsional dan Perkahwinan Moden
i) Mempunyai atur cara yang sama seperti jamuan makan dan majlis persandingan
ii) Memerlukan masa dan perancangan yang rapi sebelum dan semasa majlis perkahwinan
iii) Mengandungi unsur hiburan kepada tetamu seperti bersilat, berbalas pantun, rebana dan
karaoke.
iv) Menyediakan buah tangan kepada tetamu yang hadir
2. Perbezaan Perkahwinan Melayu Tradsional dan Perkahwinan Moden
Aspek Berbeza Tradisional Moden
Lokasi
Masa Diadakan di rumah ibu bapa Diadakan di dewan, hotel dan
Jemputan
Urusan Majlis pengantin tempat yang eksklusif
Pakaian Diadakan dalam masa yang lama Perjalanan masa majlis terhad
Pengantin
sekurang-kurang tiga hari pagi hingga petang
Pakaian tetamu
Ramai terdiri daripada keluarga Terhad kerana ruang majlis
sanak saudara dan orang kampung hanya mengikut kapasiti tempat
Diuruskan oleh keluarga dan sanak Diuruskan oleh perancang
saudara serta orang kampung perkahwinan dengan bayaran
melalui amalan gotong-royong yang mahal
Pengantin memakai busana Pengantin memakai pelbagai
pakaian raja sehari busana pakaian budaya lain
seperti tuksedo, pakaian orang
India, Cina dan Korea.
Bebas asal mengikut kesesuaian Mengikut tema pengantin
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
151
PEMULIHAN - YANG LAMA JANGAN DILUPA (HALAMAN 114)
AKTIVITI 1 - Susun maklumat yang diberikan untuk menulis perenggan kesimpulan. Kemudian,
tulis perenggan tersebut selengkapnya.
Mengapakah kuih warisan perlu dipelihara?
Kesimpulan Kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri
Cadangan Kuih warisan diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara.
Ancaman Generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan.
Huraian Menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak bernilai.
Harapan Kuih warisan masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila
Kesimpulannya, kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri. Oleh yang
demikian, kuih warisan harus diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara. Kita
bimbang sekiranya generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan. Mungkin
ada antara mereka menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Oleh itu,
harapan kita biarlah kuih warisan masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
152
TEMA 9 - SAYANGI MALAYSIAKU
BUKAN SEBARANG SENIMAN (HALAMAN 116 - 117)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul
secara berhemah dan bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Teliti bahan kemudian dengar dan nilai soalan dengan menggunakan borang yang
diberikan.
Borang penilaian soalan: Soalan tertutup
No. Soalan Ya Tidak
1. Pernahkah anda membaca buku yang membangkitkan semangat
patriotisme?
2. Adakah pengkarya seni menyampaikan mesej kepada masyarakat
melalui karya seni mereka?
3. Adakah kartun dan filem termasuk dalam jenis karya seni?
AKTIVITI 2 - Berikan respons terhadap soalan secara berhemah dan bertatasusila.
Soalan terbuka: Jawab soalan berikut menggunakan ayat yang gramatis.
1. Perhatikan lukisan mural di Sekolah Menengah kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
yang terdapat dalam buku teks halaman 116. Nyatakan pandangan anda tentang mural ini.
2. Hayati lukisan karya Ahmad Syukri bin Muhammad seperti yang terdapat pada halaman 116,
kemudian nyatakan tafsiran anda tentang lukisan ini.
3. Berdasarkan kartun karya Hana pada halaman 117, nyatakan nilai patriotisme yang terkandung
dalam kartun ini.
4. Baca dan hayati lirik lagu Pesan Pak Dollah melalui kod QR pada halaman 117 kemudian jawab
soalan-soalan berikut:
i) Huraikan maksud rangkap pertama lagu ini.
ii) Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang baris “ras dan warna bukan hak
membeda”?
iii) Pada pendapat anda apakah kepentingan-kepentingan memelihara perpaduan
kaum di negara ini?
iv) Generasi alaf baharu semakin obses dengan media sosial. Pada pendapat anda,
bagaimanakah anda menggunakan media sosial sebagai platform untuk memupuk
nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
153
v) Sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak yang gemar memainkan sentimen
perkauman dan agama untuk memecahbelahkan perpaduan kaum.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh
pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini daripada terus mengancam keamanan
negara?
vi) Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita telah menyedarkan banyak pihak
tentang pentingnya kesepakatan semua pihak dalam usaha mengekang penularan
wabak ini.
Sebagai warganegara prihatin, apakah sumbangan anda untuk membantu negara
menghentikan wabak ini?
Cadangan Jawapan:
1. Pandangan saya tentang mural ini:
Lukisan potret Tunku Abdul Rahman dan Jalur Gemilang pada mural
membangkitkan semangat untuk kita menghargai kemerdekaan negara yang kita
kecapi pada hari ini hasil pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu.
Bangunan-bangunan pada mural seperti KLCC menggambarkan mercu kejayaan
Malaysia yang mencipta pelbagai kejayaan sejak mencapai kemerdekaan.
2. Tafsiran saya tentang lukisan karya Ahmad Syukri bin Muhammad:
Gambaran potret lelaki bersongkok mewakili bangsa Melayu, wanita berpakaian
cheongsam mewakili bangsa Cina dan tiga individu dalam lukisan yang sedang
berbual mesra melambangkan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
3. Nilai patriotisme yang terkandung dalam kartun karya Hana:
Perbualan dalam lakaran kartun menunjukkan nilai patriotisme yang ditunjukkan
melalui perbualan sebuah keluarga. Contohnya mereka menyatakan keprihatinan
terhadap penyalahgunaan bahasa kebangsaan, iaitu penggunaan bahasa rojak
yang digunakan dalam drama televisyen negara ini.
4. Baca dan hayati lirik lagu Pesan Pak Dollah melalui kod QR pada halaman 117 kemudian
jawab soalan-soalan berikut:
(i) Huraikan maksud rangkap pertama lagu ini.
Maksud rangkap pertama lirik lagu ini ialah tanah air kita Malaysia dibina dan
dimajukan sedikit demi sedikit oleh tokoh-tokoh cendekiawan dan masyarakat yang
mempunyai minda kelas pertama. Masyarakat juga mengukuhkan perpaduan
dengan mengelakkan prasangka sesama kaum
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
154
(ii) Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang baris “ras dan warna bukan hak
membeda”?
Maksudnya ialah bangsa atau kaum serta warna kulit bukanlah untuk dibeza-
bezakan atau didiskriminasikan oleh sesiapa sahaja kerana kita semua mempunyai
hak yang sama sebagai warganegara.
(iii) Pada pendapat anda apakah kepentingan-kepentingan memelihara perpaduan
kaum di negara ini?
- dapat melahirkan negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju
yang lain
- dapat mengelakkan permusuhan dan persengketaan antara kaum seperti yang
pernah terjadi pada 13 Mei 1969
- mampu melahirkan negara yang mapan dari semua aspek sosial, politik dan
ekonomi.
- dapat mencapat Transformasi Nasional 2050 seperti aspirasi negara kita.
- mampu mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa asing sekali lagi.
- memupuk keharmonian dan kesejahteraan masyarakat negara ini dalam
menempuh apa-apa jua rintangan.
(iv) Generasi alaf baharu semakin obses dengan media sosial. Pada pendapat anda
bagaimanakan anda menggunakan media sosial sebagai platform untuk memupuk
nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda?
- saya akan menggunakan media sosial seperti Twitter dan Instagram untuk
menyebarkan nilai-nilai integriti dan patriotisme melalui gambar-gambar
keharmonian kaum negara ini
- saya akan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan secara dalam talian
seperti pertandingan pidato, pantun atau deklamasi sajak yang bertemakan
kemerdekaan.
- saya akan menyatakan bantahan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan berita palsu tentang negara kita dengan melaporkan akaun mereka
kepada pihak berkuasa.
- saya akan mempamerkan keindahan dan keunikan adat resam masyarakat
Malaysia sama ada melalui pakaian tradisional,makanan tradisional mahu pun
perayaan-perayaan pelbagai kaum.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
155
(v) Sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak yang gemar memainkan sentimen
perkauman dan agama untuk memecahbelahkan perpaduan kaum.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh
pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini daripada terus mengancam keamanan
negara?
- pihak kerajaan harus mewujudkan akta khas untuk mendakwa pihak yang
melakukan onar mencemarkan imej negara
- pihak berkuasa harus mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran
kepada pihak yang sewenang-wenangnya cuba memecahkan perpaduan kaum.
- masyarakat harus bekerjasama untuk melaporkan kepada pihak berkuasa
sekiranya terdapat pihak yang cuba memainkan api perkauman di negara ini.
(vi) Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita telah menyedarkan banyak pihak
tentang pentingnya kesepakatan semua pihak dalam usaha mengekang penularan
wabak ini.
Sebagai warganegara prihatin,apakah sumbangan anda untuk membantu negara
menghentikan wabak ini?
- saya akan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti yang telah
ditetapkan
- saya akan cuba menjaga diri sendiri dan keluarga untuk mengelakkan
kebolehjangkitan virus dengan duduk di rumah sekiranya tiada urusan seperti
slogan “kita jaga kita”
- saya akan menasihati rakan-rakan melalui media sosial dengan menguar-uarkan
kepentingan menjaga kebersihan serta mengambil vaksin
- saya akan mendaftar dalam MySejahtera untuk mengemas kini maklumat dari
masa ke masa.
AKTIVITI 3 - Rancang satu projek karya seni yang bertemakan patriotisme dan pamerkannya di
dalam kelas.
1. Murid boleh berbincang untuk mengadakan sudut pameran karya seni bertemakan patriotisme.
2. Murid melukis poster bertemakan patriotisme, menulis kata-kata semangat atau slogan
bertemakan patriotisme.
3. Murid mencipta puisi, cerpen dan esei bertemakan patriotisme.
4. Murid membina diorama bertemakan patriotisme.
5. Semua hasil ciptaan dipamerkan sebagai projek karya seni.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
156
IDENTITIKU (HALAMAN 118 - 119)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.3. Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, buat kesimpulan tentang evolusi kad
pengenalan.
Kesimpulannya, evolusi kad pengenalan ini telah membuktikan bahawa negara kita sentiasa
menitikberatkan teknologi moden agar rakyatnya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana, golongan penjenayah siber akan sentiasa mengambil
peluang untuk membuat kad pengenalan palsu bagi pelbagai tujuan terutamanya dalam aktiviti
jenayah. Pada masa yang sama jua, pendekatan teknologi dalam penciptaan kad pengenalan ini
akan memudahkan rakyat Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan dengan
mudah, selamat dan pantas. Sikap dan keprihatinan rakyat menjadi tonggak utama agar
penggunaan kad pengenalan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
Sesungguhnya, kad pengenalan ini merupakan identiti rakyat sesebuah negara sekaligus menjadi
perisai kepada kewarganegaraan seseorang yang menjadi lambang kepada kedaulatan sesebuah
negara.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kategorikan kata hubung yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis dialog dengan
mengunakan kata hubung tersebut.
KATA HUBUNG GABUNGAN KATA HUBUNG PANCANGAN
serta kerana (pancangan keterangan)
tetapi untuk (pancangan komplemen)
dan
yang (pancangan relatif)
Dialog: Najihah, bolehkah awak terangkan kepada saya tentang pembelajaran
Salihin digital?
Boleh, tetapi saya nak tahu daripada awak setakat mana kefahaman
Najihah awak tentang pembelajaran digital ini dan awak pernah menyertainya?
Ok. Saya hanya memahami pembelajaran digital itu ialah belajar melalui
Salihin alat peranti elektronik untuk berinteraksi dengan guru serta rakan-rakan.
Saya tidak pernah menyertai pembelajaran digital kerana tiada talian Internet
di rumah saya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
157
Najihah Oh, begitu rupanya! Pembelajaran digital ini akan menggunakan pelbagai
aplikasi yang terdapat dalam sistem teknologi kita. Guru akan menggunakan
aplikasi ini untuk memudahkan proses pembelajaran kita agar lebih menarik
dan mudah kita fahami memandangkan kita semua tidak boleh bersemuka.
AKTIVITI 3 - Gambarkan penggunaan kad pengenalan pada masa akan datang dan ceritakan
ramalan tersebut.
Mungkin beberapa tahun akan datang, kad pengenalan kita bukan lagi dalam bentuk fizikal tetapi
dalam bentuk digital. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila dalam bentuk digital, kad
pengenalan diri atau identiti kita akan lebih selamat dan terjamin. Bentuk digital ini ialah melalui
mickrocip yang akan diletakkan dalam badan kita sama ada di tangan atau melalui gerakan retina
mata. Apabila berada dalam tubuh kita melalui sistem ini, mikrocip ini akan dapat berfungsi pada
bila-bila masa terutama melibatkan urusan yang menggunakan kad pengenalan. Dengan
pendekatan ini, sistem yang membabitkan urusan perbankan, perkhidmatan kaunter, aplikasi
dalam talian dan urusan yang berkaitan akan lebih mudah dan selamat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
158
AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (HALAMAN 120 - 121)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.
AKTIVITI 1 - Analisis bahan dan sediakan rangka karangan yang mengandungi ungkapan menarik
dan urutan isi yang lengkap.
AKTIVITI 2 - Tulis karangan lengkap berdasarkan rangka yang telah disediakan.
Cadangan Jawapan Aktiviti 1 dan 2 (Untuk Karangan Lengkap)
KERANGKA KARANGAN
BIL PERENGGAN HURAIAN
1. Pendahuluan - kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dalam
2. Isi 1 kalangan masyarakat yang hidup berbaik-baik, bertolak
Komuniti ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran
Beriadah tetangga.
- jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah
kita. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat
mewujudkan suasana harmoni dan aman kerana hidup
berjiran membawa bahagia.
- hubungan kejiranan bagaikan isi dengan kuku, umpama
dakwat dan dapat mencetuskan toleransi dan keharmonian
hidup.
- pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk mengeratkan
hubungan kejiranan pada alaf baharu
- aktiviti beriadah merupakan aktiviti yang dapat memupuk
hubungan antara jiran
- boleh dijalankan pada hujung minggu di setiap kawasan
kejiranan.
- contoh aktiviti beriadah ialah senamrobik, berjoging.
- beriadah dapat menyihatkan tubuh badan serta
mencerdaskan minda kerana badan yang sihat akan
menghasilkan otak yang cerdas
- penganjuran aktiviti riadah di sesuatu kejiranan mampu
memupuk semangat saling bekerjasama antara jiran
tetangga
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
159
3. Isi 2 - bimbingan tambahan kepada anak-anak yang bakal
Bimbingan menduduki peperiksaan juga merupakan aktiviti yang dapat
Tambahan mengukuhkan hubungan kejiranan pada alaf baharu ini
4 Isi 3 - boleh dijalankan dua kali seminggu oleh mereka yang pakar
Sambutan dalam subjek tertentu
Perayaan
- tamsilnya, kelas bimbingan secara percuma untuk mata
Rumah Terbuka pelajaran yang kritikal seperti Bahasa Inggeris dan
Matematik dapat membantu anak-anak di kawasan
kejiranan.
- bimbingan tambahan tersebut mampu mengurangkan
beban ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk
menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen berbayar
kerana adat pulau limburan pasang
- mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan merupakan sebahagian aktiviti
kejiranan alaf baharu yang perlu diberi perhatian oleh
masyarakat di Malaysia
- dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat.
- melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan
khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing
dengan lebih dekat.
- melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang
sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
- sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya
majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara
tahunan. Maka, dengan adanya pengimplimentasian
program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap
sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai
hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu
sama lain ibarat kata bidalan, “serumpun seperti serai,
seikat seperti sirih”.
- majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan
kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat alaf baharu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
160 Isi 4 - penyebaran maklumat berguna merupakan aktiviti atau
5 amalan kejiranan alaf baharu seiring dengan
perkembangan dunia dan teknologi
Penyebaran
Maklumat - maklumat berguna dapat disebarkan kepada masyarakat
Berguna dalam kejiranan dengan pantas kerana semuanya hanya
dihujung jari.
6 Penutup
- penggunaan aplikasi “WhatsApp, Facebook, Telegram,
Instagram merupakan aplikasi yang paling popular
menyampaikan maklumat kepada ahli masyarakat dalam
kejiranan yang sama
- jika berlaku sesuatu musibah yang menimpa ahli kejiranan
seperti kehilangan ahli keluarga, penyebaran maklumat
tersebut akan membantu untuk mengesan kehilangan
tersebut.
- aktiviti berfaedah yang akan dianjurkan pada hujung
minggu juga mudah diketahui oleh semua penduduk
dengan lebih pantas
- akan menyemai benih sikap tolong-menolong dan prihatin
antara satu sama lain
- penyebaran maklumat yang berguna akan mewujudkan
masyarakat jiran alaf baharu yang aman bak kata
cendekiawan hidup berjiran membawa bahagia
- secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh, kejiranan alaf
baharu pada masa kini menjadi amalan hidup
bermasyarakat di Malaysia yang signifikan
- amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik di mata
negara lain dan semakin dikenali di seluruh dunia.
- oleh itu, rakyat Malaysia perlu bangkit daripada kealpaan
tentang amalan hidup bermasyarakat.
- rakyat Malaysia tidak seharusnya bersikap evatif dan
bernafsi-nafsi bagi enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha
menjayakan budaya kejiranan alaf baharu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
161
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik.
AKTIVITI 3 - Persembahkan sketsa tentang kejiranan dalam bentuk multimedia secara kreatif.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
162
AKTIVITI 4 - Rancang satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan bentangkannya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
163
MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA (HALAMAN 122 - 123)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta
perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, buat pembentangan tentang dua buah restoran Malaysia di luar
negara.
Cadangan aktiviti pembentangan :
1. Guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan atau memilih beberapa murid
secara berpasangan untuk membentangkan isi-isi penting dalam memperkenalkan dua buah
restoran Malaysia di luar negara seperti yang terdapat dalam bahan.
2. Guru boleh memberikan tugasan pembentangan ini mengikut kreativiti murid melalui dua pilihan
medium sama ada pembentangan secara manual (menggunakan kertas mahjung) atau
penggunaan teknologi komputer (power point, video).
Contoh isi pembentangan seperti berikut : ***rujuk bahan dalam buku teks
Restoran My Rasa, Perth Kafe Rasa Malaysia, London
Latar Belakang
- Pengasas: Encik Jamal bin - Pengasas: Puan Noor Azlina binti Zainal
Kamaludin. Abidin.
- Beroperasi sejak bulan Disember - Beroperasi mulai tahun 2011.
2015 di Manning, Perth, Western
Australia.
Keunikan dan Tarikan
- Menu : sate, nasi lemak, mi rebus - Menu : sate, nasi lemak, roti jala, asam
Johor, apam balik Johor, kopi Johor, laksa Pulau Pinang, martabak daging, roti
dan cendol. canai, dan kuih muih.
- Menjadi destinasi tumpuan - Menjadi lokasi penggambaran beberapa
pelancong dan pemimpin dari produksi drama dari Malaysia.
Malaysia serta lokasi penggambaran
beberapa produksi drama dari
Malaysia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
164
AKTIVITI 2 - Pada pendapat anda, sejauh manakah makanan dapat menonjolkan jati diri?
Apakah maksud jati diri?
- sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yang menjadi
teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti :- (Kamus
Dewan Edisi Keempat)
Cadangan Jawapan : ***mestilah bersesuaian dan munasabah
1. Mencerminkan identiti sesuatu bangsa dan negara terutamanya melalui makanan warisan
yang semakin terpinggir dek arus pemodenan.
2. Melambangkan keunikan sesuatu budaya dan bangsa.
3. Mewarisi makanan tradisional secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat majmuk di
Malaysia.
4. Menggalakkan penyatuan bangsa dan mengeratkan ikatan perpaduan di Malaysia.
5. Menghargai keenakan pelbagai makanan setiap kaum.
6. Simbol keistimewaan yang unik dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di Malaysia.
AKTIVITI 3 - Bina blog untuk mempromosikan makanan tradisional.
Cadangan Aktiviti:
- Lima langkah mudah untuk membina blog menggunakan aplikasi Blogspot atau Blogger secara
percuma.
- Anda boleh menonton https://www.youtube.com/watch?v=Y1cp-Y_0Xi4 untuk lebih
memahami langkah tersebut.
1. Pastikan mempunyai e-mel terlebih dahulu (akaun gmail).
2. Buka laman sesawang www.blogger.com
3. Daftar masuk akaun bagi permulaan
4. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dalam laman Blogger / Blogspot
tersebut dan pilih tapak blog yang sesuai dan menarik minat anda.
5. Apabila blog anda sudah tersedia, boleh mulakan menulis blog berkaitan pengisian
makanan tradisional Malaysia untuk dipromosi ke seluruh negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
165
MISI KEMANUSIAAN (HALAMAN 124 - 125)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.
AKTIVITI 1 - Analisis kesalahan bahasa dalam teks di bawah dan betulkannnya.
YAYASAN SALAM (m/s 124 )
Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan
Kenali SALAM
1 menanamkan lagi semangat menanamkan semangat lagi
2 di kalangan masyarakat dalam kalangan masyarakat
3 pelbagi jenis program-program pelbagai jenis program
4 sumbangan dari badan korporat sumbangan daripada badan korporat
5 luar negara di luar negara
6 Tsunami tsunami
7 menghulur bantuan kemanusiaan menghulurkan bantuan kemanusiaan
8 pada mangsa perang kepada mangsa peperangan
9 kembali di pangkal kembali pada pangkal
10 bimbingan pada ibu tunggal bimbingan kepada ibu tunggal
Misi SALAM
1 menganggap berkhidmat sebagai menganggap perkhidmatan sebagai
2 amat bermakna berkesan amat bermakna dan berkesan
3 Justeru itu Oleh itu
4 kemahiran di antara sukarelawan kemahiran antara sukarelawan
5 boleh dapat mewujudkan dapat mewujudkan
6 saling bantu-membantu saling membantu/bantu-membantu
7 saling sayang-menyayangi saling menyayangi/sayang-menyayangi
8 18 tahun di atas 18 tahun ke atas
9 dialukan dialu-alukan
Rumah Perlindungan SALAM
1 dua buah rumah-rumah perlindungan dua buah rumah perlindungan
2 jagaan pusat kanak-kanak jalanan pusat jagaan kanak-kanak jalanan
BANTUAN RAKYAT SARAWAK KEPADA MANGSA BANJIR (m/s 125)
Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan
Perenggan kedua
1 berkata yang berkata bahawa
2 di dalam bentuk pakaian dalam bentuk pakaian
3 di berapa daerah di Semenanjung di beberapa daerah di Semenanjung
Perenggan ketiga
1 daripada Sarawak dari Sarawak
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
166
Perenggan keempat
1 dari beberapa bahagian di negeri ini daripada beberapa bahagian di negeri ini
2 paling lewat sekali pada paling lewat pada
Perenggan kelima
1 memohon bantuan menerbangkan memohon bantuan untuk menerbangkan
Perenggan keenam
1 di antara paling banyak antara paling banyak
2 daripada Sarawak dari Sarawak
Perenggan ketujuh
1 mengalukan mengalu-alukan
Perenggan kelapan
1 di atas kerjasama atas kerjasama
Aktiviti 2 - Terokai maklumat tentang badan kebajikan yang lain dan buat buku skrap berkaitan
dengan badan tersebut.
Cadangan : Aktiviti Kumpulan
Berikut merupakan beberapa contoh badan kebajikan yang ada di Malayisa. Guru boleh
memberikan contoh lain ikut kesesuaian.
1. Yayasan Amal Malaysia
https://www.amalmalaysia.org.my/
2. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Kanser_Nasional
3. St John Ambulance Malaysia
https://sjam.org.my/
4. Pertubuhan Kebajikan Islam Malayisa (Perkim)
https://www.perkim.net.my/latar-belakang/
5. Bulan Sabit Merah Malaysia
http://bsmm2014.blogspot.com/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
167
PEMULIHAN - SEBUTIR PERMATA BUDAYA (HALAMAN 126)
AKTIVITI 1 - Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat yang bercetak merah dalam
teks di bawah ini.
NO AYAT
1. Jelita dan anggun dengan penampilan baju kurung pesak Johor pada kebanyakan
masa. Di mata kebanyakkan orang, beliau ialah wanita yang sempurna.
Di mata – Pada mata
kebanyakkan -> kebanyakan
2. Pemilik nama Sharifah Azah binti Mohamed Alsagoff tidak hanya tokoh yang
disegani dalam bidang budayawan namun sejarah panjang hidupnya memberi
impak luar biasa dalam bidang kewartawanan negara kita.
tidak -> bukan
memberi – memberikan
3. Wanita yang lebih dikenali dengan Azah Aziz ini telah menghembuskan nafas
terakhir pada 9 Julai 2012 ketika berusia 84 tahun.
dengan -> dengan nama
4. Negara kita kehilangan wanita selama ini begitu teguh mempertahan nilai budaya
agar tidak ditelan zaman.
mempertahan -> mempertahankan
5. Menelusuri jejak hidupnya, Azah ternyata tidak lahir dalam calang keluarga.
tidak lahir – lahir
calang keluarga – keluarga yang bukan calang-calang
6. Azah bergelar anak yatim semasa kehilangan ayahnya ketika beliau berusia dua
tahun di Singapura.
semasa – selepas
7. Daripada detik itulah, Azizah sememangnya orang yang paling memberikan impak
dalam kehidupan Azah.
Daripada - Dari | (kerana detik bermaksud saat)
8. Selepas bergelar setia usaha kepada Ketua Pengarang New Strait Times, Tan Sri
Leslie Hoffman pada tahun 1957, Azah kemudian ditawarkan menjadi wartawan.
setia usaha – setiausaha
9. Sejak 12 tahun di Berita Harian, Azah Aziz kemudian menerima pelawaan bertugas
di Utusan Melayu sebagai Pengarang Rencana.
Sejak - Setelah
bertugas – untuk bertugas
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
168
PENGUKUHAN - AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (HALAMAN 127)
Berdasarkan bahan, tulis karangan lengkap dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan
ungkapan yang menarik.
KERANGKA KARANGAN Gunakan pantun yang tertera ( ms 127)
Pendahuluan Kaitkan dengan situasi semasa tentang amalan tersebut.
Kepentingan amalan berbudi bahasa.
Kehendak soalan Individu – menjadi insan yang dihormati.
Isi 1 Apakah sebab pentingnya menjadi insan yang dihormati?
Mengapa Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya seseorang itu
Bagaimana dihormati.
Berikan contoh yang sesuai.
Contoh Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya.
Kesan Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
Ungkapan meninggalkan nama.
Masyarakat - mewujudkan perpaduan kaum.
Isi 2 Apakah sebab pentingnya mewujudkan perpaduan?
Mengapa Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya masyarakat
Bagaimana mengamalkan perpaduan.
Berikan contoh yang sesuai.
Contoh Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya.
Kesan Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Ungkapan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
169 Pelancong – berasa seronok melancong di sini.
Apakah sebab pelancong berasa seronok melancong di sini?
Isi 3 Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya pelancong
Mengapa berasa seronok melancong di sini.
Bagaimana Berikan contoh yang sesuai.
Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya.
Contoh Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Kesan Pemimpin – mudah didampingi rakyat
Ungkapan Apakah sebab pentingnya pemimpin itu mudah didampingi
Isi 4 rakyat?
Mengapa Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya pemimpin itu
dihormati dan mudah didampingi oleh rakyat.
Bagaimana Berikan contoh yang sesuai.
Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya.
Contoh Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya.
Kesan Apakah kesimpulan tentang kepentingan amalan tersebut.
Ungkapan Tegaskan tindakan yang perlu dilakukan.
Penutup Terangkan harapan daripada tindakan yang bakal dijalankan.
Penegas Mengajak semua pihak cakna dengan amalan berkenaan
Harapan Seikat bak sireh, serumpun bak serai,
Seruan
Ungkapan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
170
PENGAYAAN - TIADA RINTANGAN DAPAT MENGHALANG (HALAMAN 128)
AKTIVITI 1 - Terokai pelbagai maklumat tentang orang kurang upaya yang berjaya dalam hidup
mereka. Berdasarkan pelbagai bahan yang anda baca, buat satu kesimpulan.
1. Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md Salleh
Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seorang anak yang
dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya
menjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya. Beliau antara
orang yang layak disifatkan sebagai 'Towering Malays'. Mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan
Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat
Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat
pada 1974 dan 1977. Pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang akademik termasuklah
sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan Presiden
Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera. Dalam bidang ekonomi, beliau diamanahkan
sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan
Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia
serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan
Semula Masyarakat. Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabila dilantik
sebagai Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama. Apa pun, setiap yang hidup
memang sudah dijanjikan dengan sebuah kematian. Pada 27 Ogos baru lalu pakar ekonomi itu
meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura. Ismail ke China kerana
menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of
Technology Twintech.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
171
2. Zy Kher Lee
Zy Kher Lee, 12, dilahirkan dengan tangan kiri yang sempurna, separuh tangan kanan, tidak
mempunyai kaki kanan dan kaki kiri yang cacat dengan hanya tiga jari kaki. Dia yang pada
mulanya takut dengan air, tidak menyangka aktiviti itu berjaya membuatkannya jatuh cinta pada
sukan renang sekali gus bercita-cita menjadi atlet paralimpik untuk mewakili negara pada Sukan
Paralimpik 2020. “Berenang menjadikan saya rasa diri saya normal. Saya suka berenang. Pada
mulanya saya takut dengan air, walaupun agak sukar pada awalnya tetapi tidak lama kemudian
saya mula belajar berenang dengan bapa saya dan jurulatih, saya jatuh cinta pada sukan
ini,” katanya kepada BERNAMA di sini.
3. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail
Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka
sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan. Golongan ini dilihat begitu gigih
serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan
bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan. Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang
cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang
berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Menceritakan pengalaman
sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai
pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan
persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah
Vokasional di Shah Alam, Selangor. Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan
anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas
sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.
4. Haziqah Nurulhuda binti Harun
Enam tahun lalu, gadis manis ini pernah putus asa dan tertekan selepas disahkan lumpuh akibat
demam panas hingga hilang semangat untuk meneruskan hidup. Namun, kini Haziqah Nurul Huda
Harun, 22, yang lumpuh daripada paras pinggang ke bawah sejak 2012, mampu tersenyum
kerana beliau bukan saja bangkit dari zaman kekecewaannya, malah mampu berbangga kerana
berupaya berdikari menerusi perniagaan kuih bulan yang diusahakannya. Malah, berkat usaha dan
kesungguhannya, membolehkan perniagaan itu bertambah maju dan kuih bulan yang dihasilkan
bukan setakat menerima tempahan tempatan, malah menembusi pasaran luar negara termasuk
Qatar, Abu Dhabi, Russia, Australia, Kuwait, Korea Selatan, Thailand dan Singapura. Ketika
ditemui di kilangnya yang dinamakan Victory Yaya dekat Kampung Bukit Kuang, di sini, gadis yang
mesra disapa dengan panggilan nama Yaya ini, rancak bercerita mengenai perancangannya pada
tahun ini termasuk mahu membuka francais kuih bulan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
172
5. Razilawali bin A.Wahab
Terpilih mewakili skuad bola sepak Malaysia Deaf Tigers (MDT) di pentas antarabangsa hadiah
paling bernilai buat Razilawali A Wahab, insan istimewa yang mengalami masalah pendengaran
sejak lahir. Lebih membanggakan apabila insan berusia 34 tahun itu mengetuai skuad berkenaan
melayakkan diri ke Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Orang Pekak 2020 di Korea Selatan iaitu
yang pertama bagi pasukan dari negara ini. Razilawali berkata, mereka berjaya layak ke Piala
Dunia selepas menduduki tangga keenam pada saingan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asia
Pasifik di Changwon, Korea Selatan tahun lalu.
6. Suresh a/l Selvathamby
Hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), ditinggalkan bapa ketika masih kecil dan menjalani
hidup yang sukar menjadi penyebab S.Suresh mencapai gelaran juara dunia acara sukan yang
diceburinya sejak tujuh tahun lalu. Pemilik nama itu juga berdepan kecacatan kekal pada usia
muda dan hidupnya yang penuh dengan ranjau berduri sama sekali tidak mematahkan semangat
kental atlet para memanah negara ini untuk mencipta nama di pentas dunia biar pun ia bukan
sesuatu yang mudah. Mengimbas kembali perjalanan hidup Suresh, percaya atau tidak, bukan
semua orang boleh bertahan dan bersabar menembuhi kesusahan hidup. Jika mental tidak kuat,
pastinya Suresh tidak berada di tempat sekarang. Malahan, kejayaan merangkul pingat emas
pada Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda, Ahad lalu membuktikan
atlet 25 tahun ini berjiwa kental.
AKTIVITI 2 - Dengan menggunakan persembahan multimedia, susun dan bentangkan maklumat
yang anda peroleh kepada kelas.
1. Murid boleh mengimbas kod QR di bawah untuk melihat slaid tentang Insan Istimewa Yang
Berjaya dan mendengar lagu Fikirkan Boleh.
PERSEMBAHAN POWER POINT LAGU FIKIRKAN BOLEH
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
173
INSAN ISTIMEWA YANG BERJAYA
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
174
TEMA 10 - BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR
TUKANG TULIS (HALAMAN 130 - 131)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang
pendidikan dan kerjaya dengan yakin.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, bincangkan soalan-soalan yang mungkin ditanya dalam sesi
pemilihan penulis skrip drama.
1. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan (Iklan ms 130 , Infografik ms 131 dan
Petikan Tahukah Anda? ms 131)
2. Murid secara berkumpulan 4 orang diminta membincangkan soalan-soalan temu duga yang
boleh dibina berdasarkan bahan.
3. Murid menulis skrip / dialog sesi temuduga yang terdiri daripada 3 panel penemu duga dan
seorang calon.
**Nota: Contoh Jawapan Aktiviti 1 : [ lihat contoh skrip temuduga pada muka surat 35 ]
AKTIVITI 2 - Jalankan simulasi bersoal jawab dalam sesi pemilihan penulis skrip drama.
Setiap kumpulan murid membuat simulasi temu duga dengan skrip yang dihasilkan (PBD 1.5.3)
Asrul Sani : Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan-tuan.
Panel A : Waalaikumsalam saudara, selamat datang ke sesi temu duga pencarian Penulis Skrip
Asrul Sani : Penerbitan Suria Kencana. Sila duduk.
Panel B : Terima kasih tuan-tuan kerana memberikan peluang untuk saya mengetengahkan bakat
Asrul Sani : dan karya saya pada hari ini.
Baiklah saudara, bolehkah saudara memperkenalkan serba sedikit latar belakang
Panel C : saudara?
Terima kasih. Saya Asrul Sani bin Abdullah berasal dari Kulim, Kedah. Saya mendapat
pendidikan awal di SK Labu Besar, Kulim dan kemudian ke SMK Sultan Badlishah.
Selepas tamat tingkatan 6 saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi Massa di
Universiti Teknologi Mara di Shah Alam.
Wah saudara mempunyai ijazah dalam bidang Komunikasi Massa, tentulah saudara
mempunyai banyak pengalaman dalam bidang drama dan penulisan skrip ini!
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
175 Terima kasih. Sebenarnya saya sudah berjinak-jinak dalam bidang pementasan drama
sewaktu di bangku sekolah kerana menyertai Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sekolah
Asrul Sani : dan Kelab Penulis Muda Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya dan rakan-rakan pernah
menyertai pertandingan drama di peringkat Daerah Kulim dan kemudian mewakili daerah
Panel A : ke peringkat negeri. Melalui Kelab Penulis Muda DBP pula, saya turut serta dalam
Asrul Sani : beberapa siri bengkel penulisan yang mencambahkan minat saya dalam bidang ini. Itulah
sebabnya saya memilih jurusan Komunikasi Massa di peringkat Ijazah. Di universiti juga
Panel B : saya aktif dalam aktiviti-aktiviti pementasan drama di fakulti.
Asrul Sani : Baiklah saudara, bolehkah saudara jelaskan mengapakah saudara memilih bidang
penulisan skrip drama dan bukannya novel atau cerpen?
Panel C : Sebenarnya semua bentuk penulisan karya sastera ada kelebihan tersendiri. Namun
Asrul Sani : begitu saya memilih genre drama kerana keseluruhan skrip drama digerakkan oleh dialog.
Mesej dan pemikiran pengarang disampaikan melalui dialog watak-watak yang
Panel A : berinteraksi dalam drama. Skrip drama yang baik akan dapat memberikan gambaran yang
Asrul Sani : jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog. Manakala
dalam novel dan cerpen pengarang boleh menjelaskan situasi, konflik dan perwatakan
secara rinci bukan hanya dalam bentuk dialog watak malah secara pemerian.
Saya tertarik dengan penerangan saudara tentang perbezaan genre-genre tersebut.
Sebelum saudara menulis sesebuah skrip, apakah persediaan-persediaan yang biasa
saudara lakukan?
Ya, lazimnya sebelum menulis sesebuah skrip saya akan menetapkan tema dan
kemudian membuat kajian tentang isu berkenaan. Saya suka memerhati tabiat
masyarakat, oleh itu saya akan turun padang bergaul dengan pelbagai lapisan
masyarakat. Saya juga akan membaca penulisan-penulisan seperti novel dan cerpen oleh
penulis-penulis terkenal serta artikel-artikel di dalam akhbar ataupun majalah.
Baiklah, bolehkah saudara jelaskan kelebihan-kelebihan skrip drama anda kepada kami?
Skrip drama saya pada kali ini berjudul ‘Menggenggam Impian’ mengetengahkan isu dan
mesej yang menarik tentang kehidupan anak gelandangan yang bercita-cita tinggi. Drama
ini juga mempunyai dialog-dialog yang mampu menyentuh emosi penonton, malah jalan
ceritanya amat menarik dan tidak seperti drama biasa sebaliknya mempunyai banyak
unsur kejutan. Drama ini juga tidak berfokus kepada satu watak sahaja sebaliknya
terdapat pelbagai watak dengan pelbagai karakter.
Terima kasih saudara Asrul. Saudara sangat berbakat, kami akan meneliti skrip drama
saudara itu nanti, dan kami akan menghubungi saudara jika saudara terpilih sebagai salah
seorang penulis skrip Suria Kencana nanti.
Terima kasih dan selamat sejahtera tuan-tuan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
176
AKTIVITI 3 - Gambarkan keistimewaan drama televisyen yang menjadi kegemaran anda dalam
bentuk infografik.
Contoh:
1. Murid boleh menggambarkan keistimewaan drama Ayahanda dalam bentuk infografik.
Sinopsis Drama Ayahanda
Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, jurunikah dan mengajarkan
kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah
dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud)
ketika itu. Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan
semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh
masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap
melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan
sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz
Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah
tercabar dan tetap mahu menjadi imam.
Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai empat orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah),
Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang
tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa
mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang
terlalu taksub dengan pertandingan suara burung. Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk
berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya
sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan
kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya
semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
177
tetapi Ahmad belum bersedia. Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juruteknik di
sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan
kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga
orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.
Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggungjawabnya
sebagai imam, namun semua anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah
terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih
lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan
mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada
siapa yang peduli. Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya
memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah
mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikah mereka tentang pengorbanan seorang ayah?
2. Murid juga boleh menonton ulasan dan sinopsis drama Ayahanda melalui You Tube
https://www.youtube.com/watch?v=6V_FAA0ANkY
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
178
SASTERAWAN DARI UTARA (HALAMAN 132 - 133)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, catatkan kelebihan karya Azizi bin Abdullah.
BIL KARYA KELEBIHAN
1. Novel Seorang Tua di Kaki - Meraih tempat kedua dalam Sayembara Hadiah
Gunung Novel GAPENA – Yayasan Sabah II (1981)
- Memenangi hadiah novel berunsurkan Islam anjuran
2. Novel Ayahanda Yayasan Pendidikan Islam.
- Bahasa yang digunakan mudah difahami walaupun
terdapat dialek Kedah
- Ciri-ciri peribadi kebapaan dan keanakan yang
ditimbulkan dalam novel ini mengundang pelbagai
perasaan dalam jiwa pembaca
- Watak-watak yang ditonjolkan dalam novel ini
merupakan watak sebenar yang hidup dalam alam
3. Novel Harga Sebuah Maruah realiti.
- Memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang
Novel Sempena Perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa
dan Pustaka.
AKTIVITI 2 - Buat kesimpulan tentang hasil karya Azizi bin Abdullah.
Karya Azizi bin Abdullah lebih ke arah tema kekeluargaan. Kesemua watak yang terdapat
dalam ketiga-tiga novel tersebut ialah watak warga tua iaitu watak bapa dan ibu. Novel-novel
tersebut mengisahkan kehidupan, sumbangan dan pengorbanan warga tua dalam sesebuah
keluarga. Watak-watak tersebut juga berpendirian teguh dan mempunyai prinsip hidup yang
tersendiri. Mereka tidak mahu mengalah kepada sesiapapun dan ingin menjaga maruah diri
Contohnya, dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, lelaki tua yang dikenali sebagai
Tukya mempertahankan corak kehidupan tradisi dan kehidupan hariannya yang amat rapat
dengan alam semula jadi di Gunung Bongsu. Beliau yang berprinsip hidup berdikari, mahu
membuktikan masih memiliki tenaga kepada anak dan cucunya. Tukya ingin menebang pokok
cengal batu agar dapat membina rumah baharu tanpa bantuan orang lain. Manakala dalam novel
Ayahanda, jalan ceritanya lebih kepada kehidupan seorang bapa yang sengsara dan dilanda sepi
setelah kehilangan isterinya. Dalam novel Harga Sebuah Maruah pula memaparkan kisah Cah,
seorang ibu tua yang berpendirian teguh tidak mahu tanah sawah peninggalan arwah suaminya
jatuh ke tangan pihak kerajaan untuk tujuan pembangunan. Cah mempertahankan tanah sawah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
179
kerana tanah sawah itu melambangkan maruah dan harga diri seorang pesawah dan merupakan
sumber rezeki mereka.
.
AKTIVITI 3 - Tulis sinopsis sebuah novel yang pernah anda baca.
Novel Kabus Di Perbukitan (Mohamad Kholid Hamzah)
Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan
Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin
ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan
Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan
Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut.
Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh
Salmah. Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti
Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan
menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum
pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk
perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van,
Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam
ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua
minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin
dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di
perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan
Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang
terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul
berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu
semasa mereka sama-sama belajar. Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan
Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu
meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia
akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for
Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh
Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina
dan Anne. Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai “Benny”. Secara
tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak.
Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke
Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di
Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang
cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
180
Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti
pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan
bantuan keluarganya. Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang
perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah
mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis
perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang sarat
mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny.
Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan
keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di
Cameron Highlands.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
181
BAHASA MURNI, WAJAH PERIBADI (HALAMAN 134 - 135)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang
sesuai.
AKTIVITI 1 - Teliti dan olah bahan yang diberikan untuk menghasilkan karangan yang lengkap.
Bahasa Pakaian Budaya
Kita sering mendengar ungkapan seperti bahasa jiwa bangsa, bahasa ialah pakaian
budaya, dan bahasa yang sopan mengangkat tamadun bangsa. Walau bagaimanapun, hal ini
berbeza dalam kehidupan seharian terutamanya penggunaan bahasa di luar media sosial dan
dalam media sosial. Dalam kalangan kita, ada yang berpura-pura baik dalam media sosial, ada
yang bahasa kasarnya berubah dalam media sosial dan ada yang tutur katanya sopan di mana-
mana sahaja. Justeru, bagaimanakah penggunaan bahasa yang sepatutnya ?
Penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam kehidupan ialah menggunakan bahasa yang
sopan baik di luar media sosial ataupun dalam media sosial. Penggunaan bahasa yang sopan
tidak akan menyakitkan dan mengaibkan perasaan mana-mana pihak. Misalnya, menggunakan
tutur kata yang sopan, menggunakan kata sapaan mengikut usia dan pangkat, menggunakan
nada dan intonasi yang mesra dan lain-lain. Kesannya, kita dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan pergaduhan sesama netizen dapat dielakkan. Jelaslah, menggunakan bahasa
yang sopan baik di luar media sosial atau dalam media sosial ialah cara penggunaan bahasa yang
sepatutnya dalam kehidupan seharian.
Selain itu, menggunakan bahasa dengan betul ialah penggunaan bahasa yang sepatutnya.
Kita perlu menggunakan bahasa yang tidak melanggar peraturan tatabahasa dan tidak
menggunakan perkataan atau ejaan yang tidak wujud dalam kamus sesuka hati. Buktinya,
perkataan “ tidak cukup tidur” dieja “ x cukup tido” , ejaan ungkapan Inggeris yang dimelayukan
seperti “gaiss” dan sebagainya. Kesan penggunaan bahasa sebegini akan merosakkan bahasa
sekali gus merendahkan martabat diri penutur bahasa Melayu. Sudah terang lagi bersuluh,
menggunakan bahasa dengan betul ialah penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam kehidupan.
Tuntasnya,langkah pragmatik harus dilaksanakan bagi memastikan kita semua
menggunakan bahasa dengan baik. Penggunaan bahasa yang baik bukan sahaja harus
diaplikasikan di luar media sosial malah, dalam media sosia oleh pelbagai pihak. Hal ini sudah
pastinya akan memberikan seribu satu kebaikan kepada kita.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
182
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan
bertatasusila.
AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, tulis seloka tentang penggunaan bahasa dalam media sosial.
Antara Realiti dengan Media Sosial
Andai sudi mendengar kata,
Dengarkan pesan daku titipkan,
Sopan santun dalam bicara,
Supaya diri dapat kebaikan.
Media sosial medan ukhuwah,
Jangan dicemar bahasa kasar,
Sekejap di atas sekejap di bawah,
Kelak diri mendapat gusar.
Sering didengar kata ‘kipidap’,
Ejaan Inggeris nak dimelayukan,
Bagaimana cara perlu kuhadap ?
Bahasa Melayu nak dirosakkan.
Kawal hati kawal diri,
Takut dibaling dengan batu,
Nafsu amarah kuasai diri,
Habis dikecam pihak tertentu.
Kalau tiada bicara yang baik,
Lebih baik berdiam diri,
Apa guna bicara tak baik?
Kalau nanti merosak diri.
AKTIVITI 3 - Tangkap skrin dan cetak penggunaan bahasa yang salah dalam media sosial.
Kemudian, betulkan.
Penggunaan bahasa yang salah dalam media Penggunaan bahasa yang betul
sosial
Mohon doa daripada kalian.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
183
Jangan berasa berat untuk bersedekah. Itulah
pelaburan yang paling berbaloi dan kekal lama
selepas kematian kita.
Perempuan : Sayang, tambah nilaikan sayang
RM 5 boleh ?
Alia, awak hendak beli makanan di kafekah?
Saya hendak beli tetapi lambat sedikit.
Nanti kita jumpa di kafe ye.
Kalau tidak sempat jumpa tidak mengapalah.
Kak Ainun: Mari kita turun makan.
Pah: Marilah kawan-kawan, saya tunggu di
bawah ni.
Nana 1: Saya tak bolehlah.
Saya: Saya tunggu di kafe.
Atiqah: Saya tunggu kamu semua di kafe ok.
Daisy: Kafe sudah tutup.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
184
SASTERA UNTUK MASYARAKAT (HALAMAN 136 - 137)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul
secara berhemah dan bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar soalan dan nilai maksud keseluruhan soalan, serta
berikan respons yang sesuai.
* Mengimbas kod QR muka surat 137 , mendengar soalan dan memberikan respons yang sesuai.
1. Anda membaca karya sastera pada masa lapang?
Ya. Saya suka membaca karya sastera pada masa lapang.
2. Apakah peranan sastera dalam masyarakat?
Memaparkan realiti masyarakat dengan jujurnya
Mengemukakan ilmu dan pemikiran bagi memajukan masyarakat
Penulis menjadi wakil menyampaikan suara golongan yang tertindas tanpa mengira latar
belakang, keturunan, kaum, jantina, atau agama.
Karya sastera boleh digunakan untuk memupuk semangat cinta akan negara,memupuk
perpaduan, dan menyerlahkan identiti bangsa
Dapat melahirkan masyarakat yang mencintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan.
3. Bagaimanakah cara untuk memupuk minat murid terhadap sastera?
menganjurkan kursus penulisan karya sastera terutamanya dalam kalangan pelajar
sekolah. Dengan ini, pelajar-pelajar akan dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan
karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca karya sastera yang baik dan
bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka akan dapat membaca karya sastera dengan
menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yang tersendiri.
Contohnya menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi pelajar sekolah dan juga
masyarakat. Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang
meminati karya sastera. Bagaimana? Membenarkan anak mereka mengikuti program yang
dianjurkan oleh kerajaan seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi dan pelbagai karya sastera
yang lain.
mengadakan kempen membaca secara besar-besaran bagi memupuk minat membaca
dalam kalangan pelajar mahupun masyarakat. Justeru, untuk menghasilkan sebuah karya
yang baik memupuk minat membaca dalam diri seseorang merupakan satu insentif yang bijak.
Dengan wujudnya minat membaca, para pelajar mahupun masyarakat dapat memperoleh
perkataan yang baharu dan indah sebutannya untuk menghasilkan karya sastera yang baik.
Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi, agar minat membaca dan minat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
185
terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja. Melalui kempen seperti ini, para
pelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah
dikarang oleh pengarang mahupun Sasterawan Negara. Contohnya, kempen ini perlu
dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat
terhadap karya sastera dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi.
menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di
dalam bilik darjah. Sekiranya cara ini dijalankan, kemungkinan besar minat membaca karya
sastera dapat ditanamkan dalam diri para pelajar dan juga guru-guru. Terdapat juga guru yang
tidak tahu apa itu karya sastera, Walaupun tugasnya sebagai seorang guru, belum pasti guru
itu tahu apa yang dimaksudkan dengan karya sastera. Justeru,dengan menerapkan minat
membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah, secara
automatiknya para pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera. Pihak
sekolah atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar minat
terhadap karya sastera tidak akan hilang daripada jiwa para pelajar mahupun guru-guru.
Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran Bahasa Melayu agar guru dapat
menerangkan dengan lebih terperinci, memberikan perhatian semasa guru mengajar. Guru
juga perlulah memberi komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang
karya sastera.
Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah mengadakan minggu sastera seperti minggu
yang diadakan sekarang. Contohnya, Minggu Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Inggeris dan
sebagainya. Dengan adanya minggu sastera ini, karya sastera tidak akan luput ditelan zaman
dan para pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera. Minggu sastera ini
juga dapat memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk membaca
karya sastera. Melalui minggu sastera ini, pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baharu
untuk menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karya sastera.
Secara tidak langsung, minggu sastera ini dapat memberkani input yang positif terhadap
usaha kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan para pelajar,
guru-guru dan juga masyarakat. Dengan wujudnya minggu sastera di semua sekolah di
Malaysia, minat membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman.
memperluas perpustakaan di sekolah dan memperbanyak buku tentang karya sastera
di perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan awam. Setiap sekolah mempunyai
perpustakaan sendiri, namun kadar kemasukan para pelajar sangat mengecewakan. Untuk
memupuk minat membaca karya sastera dan juga minat membaca buku, kerajaan dan juga
pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di sekolah. Contohnya, sebuah
perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan juga karya sastera,
menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
186
4. Mengapakah dikatakan bahawa sastera memainkan peranan penting dalam masyarakat?
Karya sastera boleh digunakan untuk memupuk semangat cinta akan negara, memupuk
perpaduan, dan menyerlahkan identiti bangsa
Dapat melahirkan masyarakat yang mencintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan.
Tulang belakang hampir semua disiplin ilmu
Sastera ialah hiburan yang mewarnai kehidupan masyarakat
5. Bandingkan nilai sastera yang terdapat dalam muzik dengan filem.
Nilai sastera dalam muzik Nilai sastera dalam filem
- Menggunakan estetika puisi dalam - Diterjemahkan melalui teknik
lirik lagu sinematografi
- Elemen sastera dalam video muzik - Permainan visual yang sinematik
yang sarat dengan metafora,simbol dan dijelmakan melalui penghayatan
peringatan terhadap kualiti penulisan skrip
- Ada naratif / cerita - Melahirkan dialog bermutu
6. Bincangkan langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat membaca karya sastera?
GOLONGAN KARYAWAN
1. Mereka perlu turun padang menjalankan kempen kepada golongan masyarakat seperti
mengadakan ceramah, pameran, diskusi, jualan murah karya sastera.
2. Mereka perlu mendekati golongan pembaca untuk mengetahui cita rasa dan
kecenderungan serta minat agar karya yang dihasilkan itu menepati kehendak masyarakat.
3. Mereka perlu meningkatkan kualiti karya yang dihasilkan sesuai dengan perkembangan
semasa.
4. Mewujudkan persatuan karyawan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka.
PIHAK KERAJAAN
1. Menguatkuasakan undang-undang hak cipta dengan lebih berkesan agar masalah cetak
rompak serta kualiti karya sentiasa terjamin.
2. Mengecualikan cukai terhadap hasil karya agar harga sesebuah karya lebih murah dan
lebih kompetitif.
3. Mengurangkan harga kertas dan bahan-bahan percetakan.
4. Melancarkan kempen membaca dalam kalangan masyarakat.
5. Memperbanyak penubuhan perpustakaan awam terutamanya di luar bandar.
6. Menyediakan insentif menarik kepada golongan karyawan yang aktif menulis karya sastera.
7. Mewujudkan kedai buku 1Malaysia yang menjual buku sastera dengan lebih murah.
8. Menubuhkan outlet karya sastera di semua pejabat kerajaan.
9. Menggalakkkan kakitangan awam membaca dan membeli karya sastera.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
187
10. Memperkenalkan skim potongan harga kepada golongan pekerja awam.
GOLONGAN PELAJAR
1. Menggiatkan lagi Program Nilam dalam kalangan pelajar.
2. Mewajibkan subjek sastera kepada golongan pelajar tertentu.
3. Kempen kesedaran perlu dilaksanakan di peringkat sekolah.
4. Memperbanyak karya sastera di perpustakaan sekolah.
5. Menjadikan karya sastera sebagai bahan kajian kepada pelajar.
6. Menjadikan sesetengah karya sastera yang sesuai sebagai buku teks sekolah.
GOLONGAN MASYARAKAT
1. Menjadikan hobi membaca karya sastera dalam kehidupan seharian.
2. Menjadi contoh teladan kepada golongan muda.
3. Menyediakan peruntukan khusus setiap bulan untuk membeli karya sastera.
4. Memberikan galakan kepada anak-anak supaya membaca karya sastera yang sesuai di
samping minat lain.
5. Menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup.
AKTIVITI 2 - Jalankan aktiviti berbalas pantun yang bertemakan kesusasteraan Melayu.
*Rujuk kod QR muka surat 136
Karya untuk Semua – Persembahan Berbalas Pantun tentang Sastera untuk Masyarakat
Pantun 1 - Alya Safarul:
Mudik ke muara untuk bertemu, Dagangan luak bawa ke seberang,
Juadah dihidang berlaukkan kerang; Leka berbual tidak tertahan;
Kalau sastera menambahkan ilmu, Sastera tidak dipedulikan orang,
Mengapa tidak dipedulikan orang? Media sosial jadi pilihan.
Pantun 2 – Safarul Alya:
Hutan belantara jangan diredah, Puisi lama tidakkan lapuk,
Ketika cuaca tidak menentu; Teromba adat susunan terikat;
Karya sastera banyak faedah, Gemar membaca dapat dipupuk,
Minat membaca karya bermutu? Suburkan minat dalam masyarakat.
Pantun 3 – Alya Safarul:
Tegak buaya badannya sintal, Memakai capal tiga teruna,
Terlanggar kapal luka kakinya; Singgah sebentar hujung tepian;
Kalau hanya menjadi bantal, Buku yang tebal masih berguna,
Buku yang tebal apa gunanya? Lelap sebentar sambung bacaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
188 Alya:
Hamba bermadah dalam hikayat,
Pantun 4 – Safarul Elok berperi hati terpesona;
Duduk berkawan di pohon sena, Sastera nan indah mendidik rakyat,
Dengar ceritera sebuah hikayat; Nilai murni tersisip makna.
Jikalau tuan bijak laksana,
Bagaimana sastera mendidik rakyat?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
189
PENCINTA BAHASA (HALAMAN 138 - 139)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yang anda pelajari.
Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan merujuk kamus,
Kosa kata baharu Maksud
elegi lagu, puisi atau karya lain yang menyatakan kelebihan, rintihan
terutamanya kepada orang yang telah mati
melankolik berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita
plagiat mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan
menggunakannya sebagai karyanya sendiri
sentimental bersifat lembut atau romantis
apresiasi penghargaan terhadap sumbangan dan jasa seseorang
stanza rangkap sajak yang terdiri daripada beberapa baris ayat
pengekodan perbuatan mengekodkan
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kategorikan kata prafrasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan
pendek dengan menggunakan perkataan tersebut.
Jumlah subjenis golongan ini ialah lapan, iaitu:-
1) kata bantu 2) kata penguat
3) kata penegas 4) kata nafi
5) kata pemeri 6) kata sendi nama
7) kata arah 8) kata bilangan
( Jawapan telah disediakan dalam buku teks hal. 237)
Khazanah hutan yang ada di Kuala Sepetang, Perak ialah hutan paya bakau. Hutan amat penting
untuk mengawal hakisan pantai dan menjadi habitat beberapa hidupan akuatik, Kayu bakau dari
hutan ini pula digunakan untuk menghasilkan arang. Kayu bakau kayu jenis bakau kurap dan kayu
bakau minyak sesuai benar untuk dijadikan arang. Proses untuk menghasilkan arang kayu bakau ini
bukan mudah. Proses ini memerlukan kepakaran tenaga kerja yang unik dan mencabar.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
190
AKTIVITI 3 - Cari dan baca cerpen lain yang bertemakan bahasa dan sastera. Senaraikan kosa
kata baharu daripada cerpen tersebut pula.
“Sebenarnya, nenek moyang kamu berasal daripada keturunun manusia ketika munculnya para
dewa Yunani dulu. Dikatakan, mereka dah terkena sumpahan daripada dewa, laitu Zeus, Si Dewa
Langit. Apa yang aku tahu, kaum kamu itu mempunyai rasa iri hati yang tinggi. Hinggakan pada
suatu ketika, seorang wanita benama Leto sangat ghairahkan air. Entah kenapa leluhur kamu
Sanggup kocakan air kolam menggunakan kaki kerana tak mahu memberikan wanita itu minum.”
Tak yang tersenyum sinis dar! tadi, tiba-tiba memek mukanya kelihatan berubah. Dia terus
memfokuskan bait-bait yang terpancul daripada mulut Tuan Presiden. “Kamu tahu siapakah
perempuan yang bernama Leto itu?” tanya Tuan Presiden kepada Tak yang masth mengunci
mulut lebarnya. …
(baca sambungannya dalam Cerpen Katak yang Terpenjara … Tunas Cipta , Bil 04 2021)
** Murid boleh membaca sebarang cerpen yang bertemakan baahasa dan sastera untuk aktiviti 3.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
191
TEMA 11 - EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA
BELANJAWAN DINAMIK (HALAMAN 146 - 147)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta
perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Teliti maklumat yang terdapat dalam bahan.
AKTIVITI 2 - Bahaskan maklumat tersebut dengan jelasnya menggunakan intonasi yang sesuai
dan bertatasusila.
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan untuk membahaskan maklumat di atas dengan
intonasi yang sesuai dan bertatasusila.
2. Murid boleh menonton sedutan video perbahasan belanjawan sektor pendidikan melalui You
Tube pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=vVJ6CAu80sk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
192
RM50.4 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 untuk sektor pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) menerima peruntukan berjumlah RM50.4 bilion atau 15.6%
daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz. Perkembangan ini menyaksikan KPM menjadi kementerian
kedua yang dianugerahkan peruntukan “gergasi” selepas sektor kesihatan awam untuk memerangi
penularan jangkitan Covid-19. Zafrul dalam ucapannya menegaskan keputusan itu dibuat
memandangkan bidang pendidikan ialah satu pelaburan paling penting demi memastikan kualiti
kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Bagaimanapun, KPM mengalami pengurangan peruntukan sebanyak RM13.7 bilion
berbanding RM64.1 bilion yang diperuntukkan pada tahun sebelumnya. Ketika membentangkan
belanjawan tersebut, Zafrul menegaskan kerajaan akan memastikan murid daripada keluarga
berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian yang mencukupi. Atas sebab itu, pada
tahun depan kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan
penyediaan bekalan susu percuma pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu.
Katanya, pengumuman tersebut menelan peruntukan sebanyak RM420 juta dan sebahagian
perolehan akan dikhaskan kepada syarikat pengeluar susu tempatan.
Katanya, kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM725 juta bagi menaik taraf
bangunan dan infrastruktur 50 buah sekolah-sekolah daif. Manakala bagi sekolah di Sabah dan
Sarawak, kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga
tiub baru dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120 juta. Sementara itu, kerajaan juga
memperuntukan sebanyak RM800 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan tambah baik
sekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan. Katanya, peruntukan itu juga termasuklah
membina dewan terbuka dan struktur berbumbung bagi memastikan tempat berhimpun murid yang
lebih selamat.
Selain itu, katanya Putrajaya juga mengambil berat kebajikan para murid berkeperluan
khas. Atas sebab itu, sebanyak RM45 juta disediakan untuk memperkasa sektor pendidikan khas
di sekolah-sekolah kerajaan. Dalam pada itu, Zafrul mengumumkan peruntukan bagi sektor
pengajian tinggi sebanyak RM14.4 bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ini
termasuk RM50 juta yang disediakan untuk menjalankan projek baik pulih infrastruktur dan
peralatan usang di universiti-universiti awam. “Bagi memastikan saling hubungan Internet di institut
pengajian tinggi, RM50 juta untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education
Network atau MYREN kepada 500Mbps hingga 10Gbps,” katanya. Selain itu, katanya, bagi
memastikan mahasiswa yang mendapat pinjaman PTPTN boleh mengikuti pembelajaran secara
dalam talian, kerajaan akan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk
menyediakan RM100 juta pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman
komputer riba.
Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/06/rm50-4-bilion-diperuntukkan-dalam-
belanjawan-2021-untuk-sektor-pendidikan/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
193
AKTIVITI 3 - Rancangkan agihan peruntukan yang wajar diberikan dalam sesuatu sektor.
Kemudian, bincangkan.
Cadangan Jawapan : Peruntukan (RM)
Jumlah : RM 60 bilion 10 bilion
10 bilion
Aspek 10 bilion
1. Dana bantuan persekolahan 10 bilion
2.Pendidikan teknikal dan latihan vokasional
3. Biasiswa dan pinjaman pendidikan 20 bilion
4. Pemerkasaan aktiviti penyelidikan di
institusi pendidikan tinggi
5. Naik taraf infrastruktur sekolah
Idea Perbincangan : Rasional
Bil Soalan
1. Mengapakah aspek naik taraf - Sekolah selesa dan selamat
infrastruktur sekolah menerima
peruntukan tertinggi? merupakan hasrat Kementerian
2. Mengapakah aktiviti penyelidikan di Pendidikan Malaysia untuk
institusi pengajian tinggi perlu
diberikan peruntukan sebanyak meningkatkan kemenjadian murid.
RM10 bilion?
- Infrastruktur fizikal akan dapat
membantu proses pembelajaran
murid di sekolah.
- Infrastruktur interaktif seperti alat
projektor, ‘smart board’ dan
rangkaian jalur lebar seperti ‘unifi’
amat diperlukan untuk membantu
guru dalam penerapan amalan
terbaik.
- Persekitaran pembelajaran yang
kondusif dapat diwujudkan.
- Murid diberikan peluang untuk
membina ilmu pengetahuan
sendiri dengan meneroka pelbagai
alat bantu belajar.
- Penyelidikan perlu diberi
penekanan kerana usaha ini
membantu kita mengenal pasti
pelbagai masalah yang terdapat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
194
dalam dunia pendidikan
- Pelbagai cara penyelesaian
secara ilmiah dapat dikumpulkan
melalui penyeldikan.
- Membantu meningkatkan
pembelajaran murid dan
pendekatan pengajaran guru
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
195
MENDUNG BERALIH JUA (HALAMAN 148 - 149)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.
AKTIVITI 1 - Baca dan kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan.
Bahan 1: Dialog Usahawan Muda
Guru meminta murid-murid dalam kumpulan yang dibentuk untuk menyambung dialog tersebut.
Sambungan Dialog Usahawan Muda…
Contoh: Terima kasih, Anas.
Syifa :
Anas : Apa masalah koperasi sekolah awak, bolehlah awak kongsi dengan saya? Mana
tahu saya boleh bantu awak.
Syifa : Ramai rakan saya yang tidak suka membeli barang-barang di koperasi. Mereka
kata barang-barangnya mahal dan tidak bermutu.
Anas : Oh, saya ada cadangan. Sebelum itu, bolehkah awak senaraikan aktiviti koperasi
sekolah awak?
(Syifa menyenaraikan aktiviti-aktiviti koperasi sekolahnya dan menyerahkannya kepada Anas)
Anas : Sebenarnya, aktiviti-aktiviti ini kurang menarik dan sebab itu rakan-rakan anda tidak
berminat berbelanja di koperasi.
Bahan 2 - Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak
1. Masalah kepakaran tentang penternakan lebah kelulut.
2. Sumber makanan lebah kelulut.
3. Risiko ketika memungut madu lebah kelulut.
Bahan 3 - Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor
1. Pemilihan dan penyediaan tapak kios.
2. Prosedur pelaksanaan projek
3. Pengetahuan tentang pengendalian kios.
4. Waktu operasi kios.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
196
AKTIVITI 2 - Berikan justifikasi penyelesaian masalah yang terdapat dalam bahan.
1. Aktiviti seterusnya, murid bersama guru berbincang tentang cadangan langkah-langkah
penyelesaian masalah tersebut.
Bil Masalah Cadangan langkah-langkah penyelesaian
1 Masalah kepakaran tentang Menghubungi Jabatan Pertanian untuk mendapatkan
penternakan lebah kelulut. khidmat nasihat dan bimbingan.
2 Sumber makanan lebah kelulut. Mendapatkan dana daripada Jabatan Pertanian,
PIBG dan orang perseorangan.
3 Risiko ketika memungut madu Mengamalkan langkah keselamatan dengan
lebah kelulut. memakai sarung tangan dan pakaian yang sesuai.
4 Pemilihan dan penyediaan tapak Menentukan tapak yang strategik dan sesuai dengan
kios. lokasi sekolah.
5 Prosedur pelaksanaan projek Menyediakan kertas kerja.
6 Pengetahuan tentang pengendalian Menyertai kursus pengendalian koperasi secara
kios. dalam talian.
7 Waktu operasi kios. Menyediakan jadual bertugas koperasi yang
terancang.
AKTIVITI 3 - Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah anda dan cadangkan
langkah penyelesaian.
1. Murid-murid diminta mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah dan
memberikan cadangan langkah penyelesaiannya.
2. Aktiviti sumbang saran (Lisan) dijalankan, murid-murid diminta memberikan pendapat secara
spontan berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi koperasi sekolah.
Masalah Langkah Penyelesaian
Harga barang mahal Kempen ‘free gift’ jika berbelanja jumlah
tertentu.
Baucar pembelian di koperasi sebagai
hadiah pertandingan / majlis anugerah
murid.
Barang tidak bermutu (tidak memenuhi Mencadangkan kepada pihak koperasi
selera remaja) barang-barang terkini yang sesuai dan
bermutu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
197
TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU (HALAMAN 150 - 151)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.
AKTIVITI 1 - Teliti maklumat yang dipaparkan. Hasilkan karangan dengan wacana yang lengkap.
Cadangan jawapan (karangan jenis pendapat)
Manfaat cukai kepada negara. Huraikan pendapat anda.
Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara
memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk
mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan
pembangunan. Cukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan
rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta
pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat
dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipan
terhadap rakyat, kemudiannya akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati kembali oleh kita sebagai
rakyat.
Cukai ialah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara
dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat
bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri.
Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan. Namun, sebelum
kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan
kenapa cukai digunapakai di sesebuah negara. Antara tanggungjawab kerajaan yang memerlukan
pendapatan dari cukai ialah untuk membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak.
Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan
tanggungjawab ini? Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan
infrastruktur asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar
dengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan-
kawasan tersebut. Dalam pada itu manfaat cukai adalah daripada anda untuk anda. Hal ini
demikian kerana cukai menjadi dana kerajaan untuk menampung keselamatan rakyat dan negara.
Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina ekonomi negara dengan membina kemudahan
awam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan
kegiatan ekonomi mereka.
Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk meringankan
beban rakyatnya untuk membayar cukai. Pelbagai cara yang digunakan seperti taksiran sendiri
borang D antaranya pelepasan cukai individu dan saudara tanggungan, rawatan untuk ibu bapa,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
198
kesihatan diri dan keluarga, individu kurang upaya, yuran pengajian, gaya hidup seperti buku,
komputer, sukan dan Internet. Selain itu, Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) ,
pendidikan untuk anak-anak, insurans nyawa dan insurans pendapatan. Kesemua pelepasan
cukai individu ini membolehkan rakyat merebut peluang pelepasan cukai yang telah ditetapkan
oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Antara kesalahan berkenaan cukai yang biasa berlaku adalah seperti memberikan
maklumat yang kurang tepat tentang tanggungan cukai sendiri/orang lain. Berikut merupakan akta
cukai pendapatan yang wajib dipatuhi oleh rakyat Malaysia.
Mengikut Seksyen 114(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Tiada terjemahan rasmi), adalah satu
kesalahan bagi seseorang untuk menasihati orang lain mengenai cukai JIKA ia mengakibatkan cukai
mereka “underdeclared” Jika disabitkan kesalahan, anda akan didenda RM200-RM20,000 atau
hukuman penjara hingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 114 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (sebahagian; tiada terjemahan rasmi)
Mana-mana pihak yang menolong, menasihati apa apa yang berkenaan berkaitan penyediaan penyata,
dimana hasil cukai penyata kurang, melainkan jika dia dapat menyakinkan mahkamah bahawa bantuan
atau nasihat itu diberikan dengan berhati-hati, akan didapati bersalah…
Selain itu, tidak mengembalikan borang pernyata cukai pendapatan juga ialah kesalahan
berkenaan cukai yang biasa berlaku, tidak melaporkan pendapatan sebenar, sengaja
mengelakkan cukai /membantu orang lain mengelakkan cukai dan tidak menyimpan dokumen-
dokumen yang relevan dengan cukai pendapatan.
Kesimpulannya, membayar cukai sudah tentu memberikan banyak kebaikan kepada
pembayar cukai itu sendiri. Pembayar cukai akan mendapat ketenangan jiwa kesan daripada
berkongsi rezeki dengan orang lain. Membayar cukai tidak akan dianggap sebagai beban
sekiranya anda benar-benar memahami konsepnya. Bagaimana perasaan anda apabila dapat
berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan? Sebahagian besar daripada kita akan berasa
gembira dan puas apabila melihat orang lain gembira menerima hadiah dan sumbangan kita.
Perasaan inilah yang sama dirasai apabila kita membayar cukai. Cukai yang dibayar akan
digunakan oleh kerajaan untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan
bertatasusila.
AKTIVITI 2 - Hasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
199
Seloka tentang cukai
Cukai hasil tiba setiap tahun,
Wajib dibayar individu tertentu,
Jiwa merdeka cinta nan bangsa,
Aman makmur negara jaya.
Pura-pura lupa perkara biasa,
Tidak istyhar pendapatan sendiri,
Masih ada tidak membayar cukai,
Walaupun caranya mudah sahaja.
Cukai menjadi dana kerajaan,
Daripada rakyat untuk rakyat,
Cukai dirancang jiwa akan tenang,
Rezeki berkat hidup selamat.
Membayar cukai sangatlah mudah,
Tiada alasan tidak tepati,
Bayaran dibuat pelbagai saluran,
Dihujung jari pemudah cara.
Hak rakyat tidak dilupa,
Rawatan ibu bapa tidak dikira,
Individu saudara tanggungan,
Insuran nyawa insuran pendidikan,
Itulah menjadi pelepasan individu.
AKTIVITI 3 - Reka risalah tentang cukai yang menarik dan kreatif untuk diedarkan kepada rakan-
rakan anda.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M