100
Terowong Bawah Tanah Tempat Tahanan Diseksa oleh Tentera Jepun
Perenggan Jenis Suasana
Alangkah seronoknya apabila kita mendapat pengalaman baharu yang belum pernah kita rasai
dan nikmati sebelum ini. Pengalaman bergayut dan merentasi hutan hijau yang tebal, pengalaman
ditembak dengan lastik gergasi, meniti di atas jambatan gantung yang tinggi dan sayup mata
memandang, menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Kita akan mendapat
pengalaman yang berbeza di setiap tempat yang kita kunjungi atau lawati. Setiap orang
mempunyai cita rasa yang tidak sama dan tempat yang menjadi pilihan juga berlainan. Ada yang
mendambakan ketenangan di pulau-pulau yang cantik, ada yang ingin menghuni bilik-bilik mewah
di hotel terkemuka, dan tidak kurang juga yang meminati tempat-tempat pelancongan yang
menawarkan aktiviti lasak dan ekstrem. Kini, semakin banyak tempat pelancongan yang
memberikan kelainan kepada pengunjung untuk merasai sendiri detik-detik cemas dan
mendebarkan melalui aktiviti yang disediakan.
UMGAWA Zipline Eco Adventure, Langkawi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
101
Skytrex Adventure Shah Alam
Pendahuluan Jenis Peribahasa
Peribahasa Melayu tak kenal maka tak cinta, selalunya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang
kita belum tahu mengenainya. Apabila kita mengetahui, barulah kita menyukainya. Begitu jugalah
dengan peribahasa jauh perjalanan luas pandangan yang membawa maksud banyak merantau,
banyaklah pengalaman. Sesuatu perkara yang kita alami itulah yang akan memberikan
pengalaman kepada kita kerana datangnya pengalaman bukan daripada mengetahui tetapi
mengalami dan merasainya sendiri. Bagi mereka yang mencari kelainan dan mahu mencabar diri,
tempat-tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti yang unik dan luar biasa tentunya menjadi
pilihan utama seperti Umgawa Zipline di Langkawi, Pantai Cermin atau Sky Mirror di Selangor,
Skytrex Adventure Shah Alam, Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey dan banyak lagi.
Sky Mirror, Selangor Skytrex Adventure Shah Alam
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
102
Perkampungan Budaya Mah Meri, Pulau Carey, Selangor
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
103
PELANCONG HIJAU (HALAMAN 78 - 79)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan
forum dengan yakin secara bertatasusila
AKTIVITI 1 - Berdasarkan maklumat dalam bahan, sampaikan pendapat anda dengan yakinnya
secara bertatasusila dalam bentuk syarahan.
Cadangan Jawapan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, barisan guru penolong
kanan, guru kanan mata pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin
sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan
syarahan bertajuk “Pelancong Hijau”.
Hadirin yang dihormati,
Sektor pelancongan merupakan sektor penting dalam memajukan sesebuah negara. Kini,
pelancongan hijau yang menyebarkan mesej melestarikan alam sekitar semakin mendapat tempat
di seluruh dunia. Pelancongan yang berkonsepkan ‘Hijau’ memberi peluang kepada pelancong
tempatan dan luar negara menerokai landskap semula jadi sesebuah negara untuk menikmati
udara bersih , melihat kepelbagaian hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai pelancong, kita
memiliki tanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar apabila sedang bercuti atau melancong
sama ada di Malaysia atau di luar negara. Para pelancong yang mementingkan soal penjagaan
alam sekitar digelar sebagai green tourist atau ‘pelancong hijau’ dalam istilah pelancongan.
Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri ciri-ciri pelancong hijau.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Para pelancong memerlukan tempat penginapan untuk berehat dan tidur semasa
perjalanan mereka. Oleh itu, ciri pertama pelancong hijau ialah mereka akan memilih penginapan
yang berkonsepkan hotel hijau sebagai destinasi penginapan. Hal ini demikian kerana mereka
mengambil berat tentang isu alam semula jadi dan menghargai alam semula jadi yang secara tidak
langsung telah mendorong mereka untuk memilih penginapan berkonsep hijau. Oleh itu, mereka
akan berasa lebih selesa menginap di hotel atau tempat penginapan yang mesra alam dengan
mengadaptasi pelbagai program penghijauan dan melaksanakan usaha yang menyokong
pemeliharaan alam sekitar di samping memberikan perkhidamtan yang berkualiti. Sebagai contoh,
mereka akan mencari maklumat dan latar belakang lokasi tempat penginapan sebelum membuat
keputusan sama ada sesuai untuk mereka. Reka bentuk , cara beroperasi dan penyelenggaraan
yang berkonsepkan hijau mampu memberikan keselesaan kepada para tetamu untuk merehatkan
minda dan menikmati cuti bersama-sama insan tersayang. Jelaslah, pelancong hijau pasti memilih
tempat penginapan yang berkonsepkan “hijau” semasa bercuti.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
104
Pelancong hijau juga menitikberatkan kebersihan dan keindahan alam sekitar . Mereka
sentiasa menghormati tempat-tempat yang dilawati dengan tidak melakukan sebarang
pencemaran alam. Mereka tidak membuang dan membakar sampah merata-rata. Mereka akan
mengurangkan penghasilan sampah dengan cara membawa atau membeli peralatan mesra alam
seperti botol air terpakai, beg beli-belah dan penyedut minuman. Malah mereka akan mengambil
tahu, menyokong dan menyertai kegiatan setempat yang berkaitan dengan pelestarian alam
sekitar, contohnya gotong-royong atau aktiviti yang dianjurkan oleh Trash Hero. Pelancong hijau
tidak merosakkan atau tidak membuat vandalisme sesuka hati di tempat yang dikunjungi seperti
menconteng, merosakkan habitat flora dan fauna. Mereka sentiasa menjaga perhubungan baik
dengan masyarakat atau komuniti setempat dengan tidak membuat sebarang kekecohan dan
kekacauan.
Hadirin yang dihormati,
Pada zaman ini, kenderaan bermotor ialah keperluan utama semasa aktiviti melancong.
Oleh itu, pencemaran udara juga merupakan salah satu cabaran sektor pelancongan pada masa
depan. Pembakaran bahan api fosil daripada kenderaan bermotor menghasilkan gas karbon
monoksida, karbon dioksida serta hidrokarbon yang telah menyumbang kepada pencemaran
udara. Oleh itu, pelancong hijau akan memilih untuk berjalan kaki, menggunakan basikal atau
pengangkutan awam sepanjang percutian agar dapat mengurangkan masalah pencemaran alam
sekitar. Tambahan pula, mereka suka berjalan kaki semasa melancong kerana mereka berpeluang
menikmati suasana perjalanan dengan lebih dekat dan mesra, di samping berjalan kaki juga
ternyata membuatkan pelancong lebih sihat dan segar semasa percutian mereka. Perkhidmatan
sewaan basikal di sekitar hotel dan tempat-tempat pelancongan juga memudahkan pelancong
hijau untuk melawat sesuatu tempat.
Hadirin yang dihormati,
Ada banyak lagi ciri-ciri pelancong hijau. Namun, disebabkan masa mencemburi kita,
hanya setakat ini sahaja syarahan daripada saya, Saya berharap agar syarahan ini dapat
membuka mata pelbagai pihak tentang tanggungjawab kita dalam mengambil berat tentang alam
semula jadi dan menghargai alam semula jadi semasa kita melakukan aktiviti melancong demi
memastikan kelestarian alam semula jadi. Akhir kata, marilah sama-sama mengamalkan amalan
go green dengan kaedah 3R iaitu ‘reduce, reuse, recycle’ dalam sektor pelancongan. Nak seribu
daya, tak nak seribu dalih, segala perubahan bermula daripada diri sendiri!
Sekian, terima kasih.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
105
AKTIVITI 2 - Cari maklumat tambahan tentang pertubuhan yang menyokong gerakan
ekopelancongan.
(Cadangan : Aktiviti kumpulan – cari maklumat dan membentangkan hasil)
Cadangan Jawapan
1. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Sejarah
Asalnya, jabatan ini bernama Jabatan Mergastua.
Pada 5 April 1972 namanya telah ditukar kepada nama sekarang, Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara.
Visi
Menerajui konservasi hidupan liar untuk kesejahteraan rakyat.
Misi
Komited dalam konservasi hidupan liar dan habitatnya untuk generasi akan datang.
Kejayaan Yang Dicapai
Pada tahun 1955, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar dan Burung diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 4.5.1972, Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 telah diwartakan. Semenjak itu
nama "Jabatan Mergastua" telah ditukarkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara atau ringkasnya PERHILITAN. Melalui akta itu, perlindungan terhadap
hidupan liar di negara ini telah menempuh satu lagi era baru di mana Hidupan liar mula
diberi perhatian yang sewajarnya.
(Sumber : Lawan Web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara )
2. Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Sejarah Pertubuhan
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalah satu badan
bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia.
Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society)
pada tahun 1940. MNS merupakan sebuah badan dan persatuan alam sekitar yang dipercayai
tertua di Malaysia, Asia dan salah satu tertua di dunia. MNS berpusat di Bukit Persekutuan
di Kuala Lumpur.
MNS aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalam
masa yang sama, badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di
Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
106
rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM).
Kejayaan Yang Dicapai
Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman Negara
Endau-Rompin. Usaha untuk menggazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNS melakukan
satu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986.
(Sumber : Wikipedia)
3. Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS)
- ditubuhkan pada tahun 2011.
Visi
- Membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara Malaysia
dan semua manusia memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggal
semua habitat.
Misi
- Mencurahkan khidmat bakti dan pendidikan kepada orang ramai untuk pemuliharaan dan
keselamatan alam sekitar dengan semangat kecintaan dan kewajipan yang kental.
Matlamat & Fungsi
1. Menubuhkan muzium mini alam sekitar di setiap negeri untuk menghimpun dan mempamerkan
bahan-bahan yang mesra alam yang melibatkan penyelidikan, pembangunan serta
perkembangan Teknologi Hijau.
2. Melancarkan majalah iklan (ECOBIZ) .
3. RAKAN KORPORAT (Partnership) akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang memberikan
sumbangan dana kepada SAS. SAS akan memberi sokongan, bantuan dan kerjasama dengan
syarikat yang menjadi rakan koporat (Partnership) dalam aktiviti yang melibatkan alam sekitar.
4. ‘My Squad SAS’ atau sukarelawan ditubuhkan untuk semua peringkat iaitu golongan kanak-
kanak, pelajar, remaja, orang dewasa dan juga warga emas serta warganegara asing yang
difikirkan layak bagi melaksanakan aktiviti murni dan secara sukarela.
5. Mempromosi Penggunaan Produk Biodegradable bahan mudah urai boleh mengantikan
penggunaan plastik dan Polypropylene (PP) yang merupakan barangan yang tidak boleh
dilupuskan dan mencemarkan sumber alam sekitar pihak.
6. Bekerjasama dengan badan-badan korporat, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dalam negara dan luar negara yang mempunyai projek kemasyarakatan dan tanggungjawab
sosial korporat atau yang prihatin terhadap alam sekitar.
7. Menjalankan program di luar negara yang melibatkan negara Asia dan negara Komanwel
dalam misi ‘Save Environment’.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
107
8. Menggalakkan penggunaan tenaga solar sebagai usaha penjimatan dalam penggunan kadar
penjimatan elektrik secara tidak langsung dapat mengelakkan gas rumah hijau yang
menghasilkan bahan api fosil.
(Sumber : Wikipedia)
4. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah antara institusi yang terkemuka
dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia.
- Ditubuhkan pada 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan
Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga
Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian
Perusahaan Utama pada 1985.
- Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit
Lagong di Kepong.
Fungsi
- Merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi pembangunan sektor perhutanan dan
pemuliharaan sumber hutan.
- Memperoleh dan menyebarkan maklumat hasil penyelidikan bagi meningkatkan pengurusan
hutan dan penggunaan hasil hutan.
- Mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan dengan
badan-badan dalam dan luar Malaysia.
Kejayaan Yang Dicapai
- FRIM yang diterajui oleh Dr Khali Aziz Hamzah sebagai Ketua Pengarah semenjak 2020 telah
dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 mulai 2010. Pada 2017, pensijilan MS ISO
9001:2008 FRIM telah berjaya dinaik taraf kepada MS ISO 9001:2015. FRIM telah diwartakan
sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan
Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama
pada 10 Mei 2012. Kini, FRIM sedang menuju ke arah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan
Dunia UNESCO. Pencalonan FRIM telah diterima semasa persidangan Jawatankuasa
Warisan Dunia (World Heritage Committee) ke-41 di Krakow, Poland pada 7 Julai 2017.
(Sumber : https://www.frim.gov.my/ms)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
108
POS KUALA MU (HALAMAN 80 - 81)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul
daripada pelbagai bahan primer.
AKTIVITI 1 - Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat daripada bahan.
Nyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat di Calet Kampung Gapeh, Calet Dusun Kuala Mu,
dan Calet Kampung Bersah seperti dalam petikan.
Bil Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat
1 Mempunyai unit calet, tandas, ruangan Suasana rumah desa yang lengkap dan
barbeku, wakaf, balai adat, peralatan kondusif.
memasak dan tapak perkhemahan.
2 Aktiviti yang ditawarkan ialah lawatan ke Aktiviti riadah dan reakreasi yang menarik
taman herba/lokasi bunga pakma balai kraft dan menyegarkan.
tangan, memancing, menjelajah/ merentas/
mendadaki gunung/hutan/air terjun, dan
menyaksikan aktiviti kebudayaan oleh
penduduk tempatan.
3 Kemudahan yang disediakan seperti pakej Menu yang lazat dan berbeza, memudahkan
makan tengah hari, minum petang, dan pengunjung.
makan malam menu kampung.
4 Lokasi calet di dalam dusun/ di kawasan Merasai suasana kampung yang aman
perkampungan/ berhampiran dengan jalan damai dan jauh dari hiruk-pikuk kota.
utama.
AKTIVITI 2 - Laksanakan kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelancongan yang
menarik di tempat anda. Kemudian, cadangkan usaha-usaha untuk mempromosikannya.
Cadangan Aktiviti:
Secara berkumpulan buat kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelancongan yang
terdapat di petempatan anda. Semua dapatan hendaklah dilaporkan di dalam borang yang telah
disediakan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
109
Contoh Jawapan dan Borang Kajian Lapangan
BORANG KAJIAN LAPANGAN
Senarai Ahli Kumpulan :
1. Khairul Hafizi
2. Ammer Hanif
3. Amirah Shahidah
4. Nurul Aqilah Hanani
Laporan Kajian
Nama Tempat: Desa Tanjung Gelam, Kuala Perlis, Perlis
Tarikh : 23.07.2021
Senarai Aktiviti Yang Menarik Untuk Pelancongan :
1. Memancing di sawah padi
2. Berbasikal sepanjang jalan ke pantai/ di kawasan batas sawah
3. Jualan pelbagai makanan laut dan makanan tempatan
4. Melihat matahari terbenam
5. Kembara desa / kehidupan malam di desa
Cadangan Usaha Mempromosikannya:
1. Promosi melalui laman sosial
2. Menyediakan pamplet/ risalah/ brosur/ papan tanda
3. Iklan melalui radio
4. Menggunakan khidmat ketua kampung/ kariah surau
5. Kelab pelancongan sekolah / pelancongan koperasi
PEMULIHAN - KOMIK PERIBAHASA (HALAMAN 82)
Lengkapkan peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dalam komik.
1. Lain padang lain belalang, lain dahulu lain sekarang
2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
3. Kera mendapat bunga
4. Bapa borek, anak rintik
5. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
110
PENGUKUHAN - SAMBIL MENYELAM MINUM AIR (HALAMAN 83)
Berdasarkan bahan, bina perenggan pendahuluan yang telah anda pelajari.
Pelancongan pendidikan merupakan satu daripada cabang industri pelancongan yang kian popular
di Malaysia. Konsep melancong sambil belajar ini sesuai bagi mereka yang mendambakan
pengalaman baharu sambil menimba ilmu. eDU-PARK , Universiti Putra Malaysia merupakan
tapak pelancongan pendidikan yang menepati tema “Bermain, Belajar, dan Bertenaga”. Konsep
pembelajaran yang kondusif berserta panduan oleh pakar yang berpengalaman dan terlatih
menjadi ciri utama destinasi pelancongan pendidikan ini. Tapak pelancongan ini mempunyai
landskap hijau dan ladang yang luas saujana mata memandang. Tapak ini menempatkan taman,
ladang dan muzium amat sesuai sebagai sumber maklumat. eDU-PARK menyediakan
pengalaman pembelajaran untuk semua peringkat usia yang memberikan peluang kepada
pelancong mempelajari proses menjalankan penyelidikan. Oleh hal yang demikian, marilah kita
menerokai keistimewaan eDU-PARK sebagai destinasi pelancongan pendidikan yang popular.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
111
PENGAYAAN - MASA UNTUK BERLIBUR (HALAMAN 84)
Berdasarkan bahan, sampaikan syarahan dengan yakinnya dan bertatasusila.
Faedah Melancong
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan
sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Faedah
Melancong”.
Hadirin sekalian,
Melancong ialah melawat negeri atau negara yang jauh dari tempat tinggal diri sama ada
bertujuan untuk berehat, menenangkan minda dan merekan tekanan. Ada yang melancong secara
individu dan ada juga yang melancong bersama-sama keluarga atau rakan. Sudah pasti aktiviti
seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Dasawarsa ini, aktiviti melancong
sudah menjadi semakin popular di seantero dunia. Namun begitu, masih ramai yang menganggap
melancong hanyalah sesuatu yang membuang masa dan wang semata-mata untuk berseronok.
Mereka tidak sedar akan faedah yang pelbagai dalam aktiviti pelancongan. Pelancongan ibarat
serampang dua mata kerana bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai pelbagai manfaat
yang banyak membantu dan mematangkan individu.
Antara faedah melancong ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Seseorang yang
melancong dapat belajar daripada pengalaman dan pemerhatian. Secara tidak langsung, aktiviti
melancong dapat meluaskan horizon pemikiran bak peribahasa jauh berjalan luas pandangan. Hal
ini dapat dibuktikan oleh seseorang yang bakal mempelajari sejarah yang wujud di sebalik
bangunan dan tapak menarik di wilayah luar. Sebagai contoh, Kota A-Famosa di Melaka yang
didirikan oleh Belanda semasa zaman penjajahan mereka. Di luar negara pula, terdapat bangunan
seperti Tembok Berlin; sebuah tembok untuk memisahkan Jerman barat dan Jerman timur semasa
Perang Dunia Kedua. Pengalaman yang diperoleh secara terus ini akan kekal dalam memori
mereka. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui aktiviti melancong
Selain itu, pelancong juga boleh mengetahui budaya dan adat manusia dari seluruh dunia
dengan cara memerhati kegiatan serta marhaen negara luar. Contohnya, pelawat ke Jepun akan
melihat budaya Jepun yang mementingkan kesopanan dan menepati masa. Dengan ilmu
pengetahuan yang luas mengenai sejarah dan budaya, seseorang itu akan menjadi lebih matang
dan berfikiran terbuka kerana terdedah dengan sesuatu yang asing daripada kehidupan biasanya.
Bak kata yang terkenal, timbalah ilmu sehingga ke negara China.
Hadirin sekalian,
Seterusnya, aktiviti pelancongan menambahkan pengalaman. Seperti yang dihujah di atas,
melancong dapat mengajar kita mengenai budaya dan sejarah sesebuah wilayah. Budaya
sesebuah tempat tidak tertumpu pada perilaku rakyatnya sahaja. Budaya negara juga merangkumi
pakaian, tarian dan makanan tradisional. Contohnya, tarian tradisional di negara Malaysia ialah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
112
zapin oleh warga Sarawak dan tarian singa oleh bangsa Cina. Contoh pakaian pula ialah baju
kebaya bagi bangsa Melayu, Cheongsam bagi bangsa Cina dan Sari bagi bangsa India.
Pengalaman mempunyai impak yang besar terhadap kematangan dan kemampuan seseorang
membuat keputusan. Janganlah kita menjadi seperti katak di bawah temperung yang sangat cetek
pengetahuan dan pengalamannya.
Tambahan lagi, melancong juga berkemampuan untuk menghilangkan stres. Kini, masalah
seperti stres dan kemurungan kian menjadi polemik yang berleluasa dalam kalangan belia.
Masalah ini ialah akibat tekanan dalam pembelajaran atau kerja yang melampau terutamanya
pada era modenisasi kini yang mempunyai standard dan harapan yang tinggi untuk para pekerja.
Oleh sebab itulah, mangsa stres wajar mencari jalan untuk menenangkan diri. Aktiviti melancong
merupakan herba yang sangat mujarab untuk mengubati stres seseorang. Hal ini dikatakan
demikian kerana, melancong ke negara lain dapat menghiburkan seseorang sehingga dia
melupakan masalah yang menghantuinya selama ini. Kajian juga turut menunjukkan kesan yang
positif kepada individu yang mengubah kawasan persekitarannya terutamanya di kawasan yang
sakinah. Kita juga haruslah bersabar menghadapi masalah hidup kerana berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Hadirin yang dihormati,
Di samping itu, hubungan silaturahim antara ahli keluarga juga dapat dieratkan melalui
aktiviti pelancongan. Pada zaman globalisasi ini, masalah tidak dihadapi oleh seorang individu
sahaja, malah satu keluarga juga menerima tempias masalah tekanan ibu bapa atau adik-beradik.
Oleh sebab itu, sudah menjadi kemestian untuk sesebuah keluarga mengeratkan hubungan
kekeluargaan ini menggunakan cara yang berkesan seperti melancong. Keluarga yang melancong
mesti meluangkan masa dan berseronok bersama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa sentiasa sibuk
berkerja atau anak yang tinggal berjauhan di asrama. Dengan meluangkan masa bersama, anak-
anak akan merasai kasih sayang ibu bapa yang sepenuhnya dan meluahkan masalah yang
dipendam. Sebagai hasilnya, ini akan mengelakkan kesalah fahaman antara satu sama lain dan
melahirkan kulawarga bahagia. Setiap ahli keluarga wajib berhubung rapat kerana berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
Akhir sekali, aktiviti pelancangan mempunyai peranan yang signifikan dalam menjana
ekonomi negara. Jika sektor pelancongan negara dimajukan, pelancong dari negara luar akan
berasa tertarik untuk berkunjung ke negara tersebut. Kunjungan ini bakal meningkatkan ekonomi
negara kerana mereka akan membeli barangan dan cenderamata di negara itu. Pertukaran mata
wang juga akan memajukan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat.
Negara tersebut akan lebih dikenali sementara pelancong akan mendapat pengalaman yang tidak
akan dilupakan. Namun begitu, pelancong hendaklah ingat untuk mengikuti peraturan di negara
yang dilawati kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Kesimpulannya, kita sepatutnya menggalakkan pelancongan dalam masyarakat
kerana aktiviti ini mempunyai banyak faedah untuk diri dan negara. Pelancongan dapat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
113
menghiburkan diri, menambah ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan Kendatipun begitu,
kita mestilah ingat melakukan pelancongan dengan tujuan yang mahmudah dan bukan untuk
sesuatu yang tidak bermoral. Sementelahan itu, kita juga mestilah tetap menghargai negara
sendiri walau sehebat mana pun negara lain. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negara sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Sekian, terima kasih.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
114
TEMA 7 - DEMI KEDAMAIAN
MUAFAKAT KORPORAT (HALAMAN 86 - 87)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana
dengan betul dan bermakna.
AKTIVITI 1 - Dengar dan analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, jelaskan maklumat tersebut.
1. Maklumat daripada bahan audio
Sumber : Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4
(ms 258 – 259)
PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) DI SEKOLAH
bermula pada tahun 2015
kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan
diwujudkan ekoran kes kemalangan di sekolah meningkat
tujuan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah
sehingga tahun 2018, 50 buah sekolah mengambil bahagian
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
115
sekolah selamat – bebas daripada masalah disiplin, jenayah dan kemudahannya selamat
antara aktiviti KKP – ceramah, jejak ancaman, kuiz, pertandingan melukis dan sebgainya
peranan sekolah – memupuk kesedaran warganya akan kepentingan keselamatan daan
kesihatan dalam pekerjaan
amalan menjaga keselamatan dan kesihatan menjadi budaya sekolah
murid boleh membantu pihak sekolah mengenal pasti ancaman dan risiko
AKTIVITI 2 - Kenal pasti tanda-tanda ancaman atau bahaya yang ada di kawasan persekitaran
dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
TANDA ANCAMAN BAHAYA DI KAWASAN PERSEKITARAN DAN LANGKAH MENGATASINYA
(Rujuk grafik ms 86 dan 87)
TANDA ANCAMAN LANGKAH MENGATASI
Dalam kelas: Laporkan kepada guru kelas
Kerusi dan meja yang rosak
Cermin tingkap yang retak atau pecah Meletak tanda amaran sementara
Suis dan soket elektrik rosak peralatan dibaiki
Dalam makmal: Laporkan segera kepada
Kebocoran bahan kimia
Peralatan uji kaji rosak pembantu makmal dan guru
Pendawaian rosak Sentiasa mengemas kini status
peralatan dan semua aspek di
makmal
Dalam tandas: Maklumkan kepada pekerja
Lantai licin / berlumut
Saluran paip rosak pembersihan sekolah
Laporkan segera kepada
pengurusan sekolah
Sekitar bangunan sekolah: Maklumkan kepada pengurusan
Air bertakung di koridor
Padang tidak rata / berbatu sekolah
Dahan pokok yang sekah Mohon kerjasama JPAM untuk
Binatang berbisa seperti tebuan, ular , hapuskan binatang berbisa
lipan dsb
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
116
JEJAK DIGITAL (HALAMAN 88 - 89)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.
Aktiviti 1 - Baca, analisis, dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalam bahan. Kemudian,
catat maklumat dalam bentuk pengurusan grafik banding beza.
JENAYAH DIGITAL: PENYALAHGUNAAN TELEFON BIMBIT
CIRI-CIRI MANGSA CIRI-CIRI PENYANGAK SIBER
- lemas dalam ayat cinta dan janji manis - menipu bulat-bulat
- lurus, pendiam, pendek akal - berani menyamar sebagai pegawai polis,
pegawai mahkamah,pegawai bank, pegawai
kastam
- berasa gundah -gulana, cemas, kebingungan, - membawa khabar buruk keterlibatan mangsa
ketakutan dalam masalah perundangan atau kewangan
- benar-benar percaya tanpa berfikir panjang - licik dan petah berkata-kata
- menawarkan bantuan untuk menyelesaikan
masalah dengan meminta bayaran
KESAN-KESAN KEPADA MANGSA
- sanggup berkorban wang ringgit dan harta benda
- mendapat kenangan pahit seumur hidup
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PANGGILAN PALSU PENIPUAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS
(SMS)
- jangan panik, katakan anda tidak boleh - jangan hubungi nombor melalui SMS untuk
bercakap panjang pengesahan
- minta butiran pemanggil untuk kesahihan dan - semak butiran SMS, jika terdapat kesalahan,
jika sahih, hubungi mereka untuk penjelasan abaikan
lanjut
- pergi ke pejabat jika perlu - hubungi penyedia perkhidmatan untuk menyekat
SMS spam yang diterima.
- jangan jawab panggilan daripada nombor luar
negara
- jangan memberikan maklumat peribadi
- jangan muat turun apa-apa aplikasi jika diminta
berbuat demikian
- hubungi penyedia perkhidmatan telefon jika
menerima panggilan berulang kali
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
117
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut
konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti kata adjektif dalam bahan. Kemudian, gunakannya semula dengan
betulnya mengikut konteks.
JENIS KATA ADJEKTIF KATA ADJEKTIF
Sifatan atau keadaan kuat, canggih, lurus, pendiam, baru, berani , nekad, licik, petah, palsu,
sahih, lanjut, pelik, sulit
Warna
Ukuran hitam
Bentuk
Waktu besar, pendek, panjang
Jarak
Cara bulat-bulat
segera, singkat, lambat, panjang
Perasaan
jauh
Pancaindera sering, mudah, ringkas, terang-terangan, sepandai-pandai, sewenang-
wenangnya, bersungguh-sungguh
cinta, lemas, mempersonakan, ragu-ragu, gundah-gulana, lemas, panik,
gawal, hasad
manis, pahit
Membina ayat daripada kata adjektif
1. Penjenayah siber mempunyai taktik yang licik untuk memperdayakan mangsa mereka.
2. Peristiwa hitam yang dialami oleh Suria membuatkan dirinya sentiasa dilanda
kemurungan.
3. Kita haruslah berfikir panjang sebelum melibatkan diri dengan skim cepat kaya.
4. Anda dilarang untuk menyalin bulat-bulat teks atau ayat yang terpapar dalam mana-mana
bahan cetak.
5. Kejayaan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat tanpa usaha yang berterusan.
6. Walaupun berada jauh di luar negara, Nadia tidak pernah lupa akan adat resam dan budaya
Melayu.
7. Kaum wanita sering menjadi mangsa penipuan cinta siber kerana mudah terpedaya dengan
janji manis penyangak siber.
8. Bunyi deringan telefon tanpa henti membuatkan Shida berasa cemas kerana tinggal
berseorangan di rumah.
9. Setiap pengalaman pahit dan manis yang dilalui dalam hidup ini, menjadikan diri kita lebih
matang dalam meneruskan kehidupan.
AKTIVITI 3 - Kenal pasti teknik yang digunakan oleh penjenayah digital untuk memerangkap
mangsa dan bincangkannya.
Sesawang gelap menjadi pilihan urusan urus niaga pasaran gelap disebabkan bersifat rahsia dan
hanya boleh diakses individu tertentu. Motifnya menyembunyikan salah laku jenayah dan
mengelak dihidu oleh pihak berkuasa. Kewujudan sesawang gelap juga menyumbang kepada
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
118
lahirnya penjenayah digital masa kini melalui aktiviti scammer, pengubahan wang haram dan lain-
lain aktiviti menyalahi undang-undang negara mahupun antarabangsa.
Terdapat aktiviti pengedaran dadah secara dalam talian menerusi sesawang gelap dan
aktiviti golongan ini sukar dibanteras kerana mereka menggunakan platform sulit khas bagi
menjalankan aktiviti salah mereka. Berkemungkinan, platform digunakan sering berubah mengikut
keperluan dan keadaan semasa bagi mengelakkan aktiviti mereka bocor dan dihidu pihak
berkuasa.
Bagi memastikan selamat daripada digodam dan menjadi mangsa sindiket, kita mestilah
sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dalam menjaga data peribadi bagi mengelakkan data sulit
khususnya berkaitan perbankan dan transaksi wang diceroboh. Jika tidak berhati-hati, dikhuatiri
kita berputih mata disebabkan tangan penjenayah digital yang menggunakan kepakaran
merompak kita secara maya.
Pihak berkuasa juga perlu mempertingkat tahap keselamatan negara serta melatih pakar
baharu yang boleh menjadi 'polis digital' yang mempunyai kompetensi tinggi menghadapi jenayah
digital yang dijangka akan terus berkembang pesat. Jika pasaran ekonomi digital terus
berkembang seperti disasarkan kerajaan menjelang 2030, perkembangan jenayah digital juga
diyakini terus berkadar dengan perkembangan itu pada masa mendatang. Perkembangan ini boleh
terus mengancam negara sama ada pada peringkat domestik ataupun antarabangsa.
Walaupun ada banyak hal berkaitan sesawang gelap secara mendasar bersifat negatif,
terdapat juga perkara positif, terutama membabitkan urusan tertutup dan rahsia dalam urusan
pengurusan seharian. Kesan ledakan ekonomi digital yang semakin berkembang dalam tempoh
penularan COVID 19 ini, kita harus lebih peka berhadapan dengan sesawang gelap yang terus
berkembang pesat.
**Aktiviti Tambahan: Murid-murid berbincang tentang bahan grafik berkaitan dengan Penipuan
Siber.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
119
GERUH-GERAH BADAN AIR (HALAMAN 90 - 91)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras
bahasa yang sesuai dan gramatis.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan maklumat dalam bahan, tulis perenggan pendahuluan jenis suasana,
persoalan, statistik, dan gabungan.
***Maksud geruh-gerah - berbagai-bagai kemalangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
***Maksud “badan air” - kumpulan air yang besarnya antara lain bergantung pada relief permukaan
bumi, kesarangan batuan pembendungnya, curah hujan, suhu dan sebagainya, misalnya sungai,
rawa, danau, laut, dan samudera; (takrifan bidang geologi)
Pendahuluan Jenis Suasana
Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah membelai kulit wajah. Lintuk liuk pohon kelapa
dengan dedaunan bergoyang kiri dan kanan bagaikan melambai menyambut kedatangan
pelancong ke persisiran pantai nan indah. Cuaca cerah dengan langit yang kebiruan
menambahkan lagi keindahan panorama tepi pantai yang pasirnya halus menenggelamkan kaki
apabila dipijak. Desiran ombak menghempas pantai diselikan dengan bunyi suara kanak-kanak
keriangan bermain pasir, berlari-lari sambil menjerit kerana cuba mengelakkan kaki ditempiasi
hempasan ombak. Namun, geruh-gerah badan air harus diawasi oleh ibu bapa. Kedalaman pantai,
kekuatan ombak malah kewujudan binatang berbahaya seperti obor-obor, kulit kerangan dan
cengkerang yang tajam serta serangga akuatik yang mungkin menyebabkan alahan harus
diperhatikan sebelum kita mencari keseronokan membasahkan diri untuk melegakan diri daripada
kepanasan terik mentari. Persoalannya di sini, apakah panduan keselamatan di badan air yang
patut diberikan perhatian oleh orang awam sebelum melakukan aktiviti air?
Pendahuluan Jenis Persoalan
Pernahkah anda melakukan aktiviti berkelah? Berkelah di tepi sungai bersama keluarga
sememangnya merupakan aktiviti riadah yang amat menyeronokkan. Apatah lagi sungai tersebut
mempunyai air terjun yang airnya jernih lagi menyejukkan. Segala tekanan akibat rutin kehidupan
mampu hilang setelah badan mencecah permukaan air sungai. Namun, tahukah anda bahawa
insiden lemas sehingga meninggal dunia paling kerap berlaku di sungai dan tali air? Pernahkah
anda terfikir, apakah faktor yang menyumbang kepada kejadian lemas? Adakah anda mengambil
langkah berjaga-jaga dengan memastikan geruh-gerah badan air sebelum melakukan sebarang
aktiviti di badan air? Tepuk dada tanya selera. Persoalan yang berlegar-legar di lubuk minda ialah,
apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melakukan aktiviti yang melibatkan badan air?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
120
Pendahuluan Jenis Statistik
Setiap kali munculnya musim cuti sekolah, kita dapat melihat trend ibu bapa membawa anak-anak
bercuti ke kawasan yang mempunyai air seperti pantai, air terjun atau jeram dan berkelah di
sungai atau berhampiran tasik. Hal ini dikatakan demikian kerana percutian sebegini selalunya
tidak menelan belanja yang besar. Malah, ibu bapa lazimnya menyediakan bekalan makanan
sendiri untuk dimakan sewaktu berkelah. Menurut stastistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JBPM), jenis insiden lemas yang kerap berlaku ialah di pantai, sungai
dan tali air, tasik dan lombong, air terjun dan jeram serta kawasan pembentungan. Menerusi
Operasi Lemas yang dihadiri oleh JBPM pada tahun 2018, jumlah mangsa lemas yang meninggal
dunia tertinggi ialah di sungai dan tali air iaitu seramai 182 orang mangsa, diikuti dengan 58 orang
mangsa lemas di pantai, 39 orang mangsa lemas di tasik dan lombong, 27 orang mangsa lemas di
air terjun dan jeram dan mangsa lemas di pembentungan seramai 3 orang. Hal ini menjadikan
jumlah mangsa lemas pada tahun tersebut seramai 309 orang daripada 380 kes yang dihadiri oleh
JBPM. Oleh itu, langkah yang pragmatik harus difikirkan bagi mengurangkan kejadian mati lemas
di badan air.
Pendahuluan Jenis Gabungan
Aktiviti sukan lasak semakin mendapat perhatian golongan muda mudi era modenisasi ini. Antara
yang semakin mendapat perhatian ialah sukan lasak air. Hal ini amat bersesuaian kerana umum
mengetahui bahawa dunia ini diliputi kawasan air sebanyak 75%. Tahukah anda jenis-jenis sukan
lasak yang melibatkan air? Sukan lasak air terdiri daripada luncur jet, kayak, sukan layar, luncur air,
snorkeling atau menyelam, parasailing dan bananabot. Namun, sebelum seseorang melibatkan diri
dalam aktiviti sukan lasak air ini, geruh-gerah badan air haruslah diambil kira. Hal ini bersesuaian
dengan pesanan orang dahulu kala melalui peribahasa, air yang tenang jangan disangka tiada
buaya. Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah, maka sebelum kita menjadi
obses dengan aktiviti sukan air perlulah kita awasi risiko-risiko yang bakal mengundang apabila
berada di badan air. Tidaklah nanti sudah terhantuk baru nak terngadah. Persoalan yang menusuk
di sudut minda ialah, apakah panduan keselamatan di badan air?
AKTIVITI 2 - Terokai punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan di badan air
dengan mengambil kira pelbagai faktor. Kemudian persembahkannya.
Punca kemalangan di badan air:
Tidak mengetahui kemampuan diri
Kecuaian diri sendiri
Tidak menyedari keadaan kesihatan diri seperti demam, mengantuk telalu lapar atau terlalu
kenyang
Kurang pengetahuan tentang kemahiran berenang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
121
Tidak melakukan tinjauan awal tentang risiko kawasan terlibat seperti keadaan curam, licin,
arus deras, kepala air dan sebagainya
Tidak mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi sebelum melakukan aktiviti berkaitan
Tidak memastikan tahap kedalaman air
Tidak memeriksa persekitaran daripada objek berbahaya
Tidak memeriksa kemungkinan kehadiran binatang berbahaya
Tidak mempedulikan keadaan cuaca
Tidak memakai peralatan keselamatan yang sesuai dengan aktiviti seperti jaket dan topi
keselamatan
Tidak memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan
Tidak mematuhi cara melakukan aktiviti dan peraturan penggunaan alatan yang berkaitan
Tiada pengawasan orang dewasa untuk kanak-kanak
Sumber gambar : https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lemas01.jpg_1497242870.jpg
DEMONSTRASI MENYELAMAT: Anggota Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan
demonstrasi menyelamat mangsa lemas dalam
sungai pada pelancaran Kempen Kesedaran
Keselamatan Aktiviti Air Peringkat Negeri
Terengganu 2018 di Pulau Warisan, Kuala
Terengganu.
Sumber gambar :https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20180929/tr022-136cm.jpg
Imbas kod QR untuk paparan yang lebih jelas
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
122
GEMA BELANTARA (HALAMAN 92 - 93)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan
forum dengan yakin secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Baca bahan dan persembahkannya semula dalam bentuk forum dengan yakinnya
secara bertatasusila.
TEKS FORUM
Tajuk : Jelajah Hutan
Pengerusi : Saudara Muhammad Alif Syakir bin Mohd Ali
Panel 1 : Nur Auni Zaman binti Lokman
Panel 2 : Anis Suraya binti Mohd Yusof
Panel 3 : Siti Nor Ra binti Basri
Pengerusi Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Warga
dewan sekalian. Bertemu lagi kita di gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada
hari ini ialah Jelajah Hutan. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga
dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang
panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudari
Nur Auni Zaman binti Lokman, selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel
kedua ayu berbaju kurung, saudari Anis Suraya binti Mohamad Yusof, selamat
datang saudari dan di hujung sana nampak pemalu tapi bijak berkata-kata saudari
Siti Nor Ra binti Basri, selamat datang juga buat saudari. Baiklah, sebelum saya
menyimpang lebih jauh, soalan saya pada panel pertama apakah yang
dimaksudkan dengan jelajah hutan?
Panel 1 Terima kasih kepada saudara pengerusi. Udara yang nyaman, pohon kehijauan
yang merimbun dan mengagumkan, serta laluan hutan yang pelbagai cabaran
menjadikan aktiviti jelajah hutan begitu mengujakan. Namun peminat jelajah hutan
perlu ingat bahawa hutan ada penghuninya. Kehadiran anda mungkin tidak dialu-
alukan. Berwaspadalah sentiasa. Oleh itu, kita perlu memahami maksud jelajah
berdasarkan Wikipedia ialah perjalanan kembara (Jawi: )ڤرجالنن كمباراiaitu jenis
pelancongan khusus, yang melibatkan penerokaan atau perjalanan dengan tahap
risiko tertentu (nyata atau yang dirasai), dan yang mungkin memerlukan kemahiran
khusus dan tenaga fizikal. Kembara mungkin merupakan kegiatan pelancongan
yang meliputi kegiatan fizikal, pertukaran budaya, dan hubungan dengan alam.[1]
Pengerusi Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada
menyatakan bahawa jelajah hutan merupakan aktiviti yang memerlukan tenaga
fizikal dan persediaan yang mantap untuk meneroka hutan belantara. Bolehkah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
123
Panel 2 saudari panel kedua menerangkan persediaan yang perlu dibuat sebelum menyertai
Pengerusi program jelajah hutan?
Panel 3 Terima kasih pengerusi majlis. Setiap peserta yang hendak menyertai aktiviti jelajah
hutan hendaklah mempunyai persediaan yang rapi. Antara persediaan fizikal yang
Pengerusi perlu dilaksanakan seperti latihan berjalan, berjoging, berbasikal, berlari dan
senaman untuk menguatkan sistem kardiovaskular peserta. Secara amnya apa-apa
senaman atau pergerakan fizikal yang meningkatkan kadar degupan jantung
selama lebih kurang 20 minit sehari mampu membantu. Semasa aktiviti pula,
seseorang peserta perlu berfikiran positif dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan
mental untuk menghadapi sebarang situasi. Sekian sahaja daripada saya.
Terima kasih diucapkan kepada panel kedua kita. Sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa seseorang yang ingin menyertai aktiviti jelajah hutan perlu
membuat persediaan yang rapi. Jika dua panel tadi telah menerangkan maksud dan
persediaan dalam aktiviti jelajah hutan, saya ingin meminta panel ketiga untuk
menghuraikan sikap yang perlu dielakkan semasa melakukan aktiviti jelajah hutan.
Terima kasih saudara pengerusi. Seperti yang telah disebutkan oleh panel pertama
bahawa peminat jelajah hutan perlu ingat bahawa hutan ada penghuninya. Oleh itu,
sebagai peserta aktiviti perlu mengelakkan sikap cuai, suka menunjuk-nunjuk,
sombong, tidak bertanggungjawab, cakap besar, terlalu yakin, terlalu takut, panik
dan terlalu seronok. Sekiranya peserta tidak menjaga tingkah laku, pelbagai
kemungkinan akan berlaku seperti menjadi seram sejuk, gelabah dan boleh
menyebabkan peserta tidak menemukan jalan pulang, cuma berpusing di laluan
yang sama untuk beberapa jam.Selain itu, peserta juga perlu mengelakkan
daripada meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan kerana makhluk yang
berada di dalam hutan akan marah kerana kita seolah-olah memperli atau
mengejek rupa mereka. Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita menjaga
tingkah laku ketika berada di hutan.
Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan
sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga segala yang kita dapat pada
hari ini bukan sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa
amat mencemburui kita .Sebelum berakhir, mari kita sama-sama menepuk tangan
untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.
Marilah sama-sama kita menghargai alam sekitar dengan aktiviti jelajah hutan
dengan persediaan yang rapi dan mempamerkan tingkah laku yang baik demi
kesejahteraan hutan kita.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
124
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang
sesuai dan menarik.
AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, tulis skrip drama dengan menggunakan gaya bahasa yang
sesuai dan menarik.
SKRIP DRAMA
Tajuk : Jom Jelajah Hutan
Watak : Ahnaf (murid 1), Alif (murid 2) dan Shakir (murid 3)
Babak 1
Ahnaf Kawan-kawan, mari kita pergi jelajah hutan.
Alif Eh, seronok tu, apa pendapat awak, Shakir?
Shakir Yalah, sudah lama kita tidak pergi jelajah hutan.
Ahnaf Kita boleh melihat keindahan alam, flora dan faunanya.
Alif Ya, betul.
Shakir Kita perlu tahu sifat-sifat hidupan liar yang ada di hutan, contohnya harimau
belang akan menyerang jika tercedera manakala gajah juga akan menyerang jika
Ahnaf terkejut dan akan naik minyak jika ada manusia yang berada di laluan gajah dan
berasa anak gajah terancam.
Alif Betul kata Shakir. Harimau kumbang pula akan sentiasa mengintai manusia
di kawasannya kerana ia berupaya memanjat pokok dan mempunyai naluri ingin
Shakir tahu yang kuat.
Ish, takut pula saya dengar. Tapi kita boleh pergi jelajah hutan dengan persediaan
Ahnaf yang rapi. Kita perlu mengetahu elemen alam yang ada di hutan seperti bentuk
muka bumi yang ada sungai, bukit bukau dan lereng cenuram.
Betul kata kamu Alif. Selain itu, kita juga kena pastikan cuaca pada waktu tersebut
sama ada gelap, hujan, kabus atau ribut.
Tak kurang juga, kita kena tahu bencana alam yang boleh berlaku di hutan
seperti kepala air, tanah runtuh dan pokok tumbang.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
125 Eh, dah panjang lebar perbincangan kita. Macam mana, jadi tak kita hendak
Alif jelajah hutan?
Baiklah kawan-kawan, kita minta kebenaran dahulu daripada ibu bapa ya.
Shakir Baiklah.
Alif Baiklah, jumpa lagi.
Ahnaf
AKTIVITI 3 - Anda dan rakan-rakan anda akan mengikuti program jelajah hutan. Sebagai
persediaan, cadangkan tiga jenis latihan yang diperlukan serta jelaskan sebab-sebabnya.
TIGA JENIS LATIHAN SEBAGAI PERSEDIAAN JELAJAH HUTAN DAN SEBAB-SEBABNYA.
BIL JENIS LATIHAN SEBAB
1 Latihan Fizikal Untuk menguatkan stamina dan kekuatan fizikal peserta.
2 Latihan Emosi Untuk menyediakan emosi yang baik dan bersemangat kepada
peserta menghadapi cabaran semasa jelajah hutan.
3 Latihan Komunikasi Supaya peserta dapat berkomunikasi dengan baik antara peserta dan
alam sekeliling.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
126
TENTANG BULAN (HALAMAN 94 - 95)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang
gramatis.
AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan dan tulis perenggan isi dengan huraian yang jelas
dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis.
Sejarah Awal Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) :
- Nama asal Cawangan Palang Merah British
- Ditubuhkan pada bulan April 1948 di Borneo Utara (sekarang Sabah)
- Ditukarkan nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) pada tahun 1975, di
bawah Akta 162 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 dan
kekal hingga sekarang.
Tujuan Penubuhan :
- Untuk mengendalikan dan menolong tugas di seluruh dunia ketika masa aman atau
peperangan
Misi Bantuan BSMM :
- Dalam negara
o Tanah runtuh Bukit Antarabangsa Ulu Klang, Selangor (2010)
o Tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Kajang, Selangor (2011)
o Struktur Jejambat Pejalan Kali Runtuh, Eco City-Mid Valley (2016)
- Luar negara
o Taufan Haiyan, Leyte, Filipina, (2013) – bantuan kemanusiaan
o Gempa bumi Kathmandu, Nepal (2015) – bantuan kemanusiaan, mencari dan
menyelamat
o Gempa bumi dan Tsunami Palu, Sulawesi, Indonesia (2018) – bantuan
kemanusiaan
Bentuk Bantuan BSMM :
- Bantuan selimut pada musim sejuk
- Kerjasama dengan pasukan penyelamat yang lain
- Misi bantuan di Pakistan untuk pembinaan petempatan sementara
- Agihan bantuan makanan, pakaian dan perubatan
- Pertolongan Cemas
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
127
Kenali Sukarelawan BSMM :
- Encik John Lam Ah Kian – sukarelawan misi Pasukan Tindakan Bencana Serantau,
BSMM
- Pesara, 66 tahun
- Timbalan Pengerusi, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sarawak
- Contoh misi Pasukan Tindakan Bencana Serantau:
o Banda Acheh, Sumatera, Indonesia (2004 - Tsunami)
o Pulau Nias, Indonesia (2005 - Gempa Bumi)
o Pakistan (2005 - Gempa Bumi)
o Jogjakarta, Indonesia (2006 - Gempa Bumi)
o Pulau Lombok, Indonesia (2018 - Gempa Bumi)
- Berpendapat bahawa sukarelawan perlu komited, prihatin, penyayang,
berkepemimpinan dan terlatih, sihat tubuh fizikal dan mental, serta emosi, tabah,
mudah menyesuaikan diri dalam keadaan paling sukar.
Misi Suci Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Pada era ledakan teknologi yang semakin canggih ini, terdapat banyak pancaroba yang
menggamit perasaan di setiap pelosok dunia. Setiap kejadian dan peristiwa yang mengancam
keselamatan manusia masih berlaku sehingga kini. Sungguhpun begitu insan-insan mulia yang
penuh kasih sayang dan suka membantu masih wujud di bumi nyata ini. Sebagai penawar mujarab
yang mampu meringankan beban dan mengelap air mata kesusahan masyarakat, banyak
pertubuhan dan persatuan yang menjaga kebajikan rakyat diwujudkan. Antaranya ialah Cawangan
Palang Merah British atau dikenali sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia.
Cawangan Palang Merah British ditubuhkan pada bulan April 1948 di Borneo Utara kini
dikenali sebagai Sabah. Kemudian telah bertukar nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) pada tahun 1975. BSMM ditubuhkan untuk mengendalikan dan menolong tugas di
seluruh dunia sama ada pada masa aman atau pun ketika peperangan. Pelbagai misi bantuan di
dalam negara dan di luar negara telah dijalankan oleh BSMM seperti bantuan kemanusiaan ketika
tanah runtuh Bukit Antarabangsa Ulu Klang, Selangor pada tahun 2010 dan ketika Taufan Haiyan,
Leyte, Filipina pada tahun 2013. Situasi ini terbukti jelas bahawa benih-benih perikemanusiaan
masih subur disemai dan dijaga rapi tanpa mengira sempadan.
Tambahan pula, bantuan BSMM dapat menghidupkan sinar harapan dalam kehidupan
seseorang yang memerlukannya. Bentuk bantuan kemanusiaan seperti bantuan selimut pada
musim sejuk, kerjasama dengan pasukan penyelamat yang lain, pembinaan petempatan
sementara di Pakistan, agihan bantuan makanan, pakaian dan perubatan serta pertolongan cemas
dapat meringankan keperitan dan kesusahan rakyat umpama condong ditumpil, lemah dianduh.
BSMM telah banyak berjasa di peringkat global mahupun di tanah air tercinta ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
128
Oleh itu, untuk meneruskan usaha murni ini semua sukarelawan perlu bersedia dengan
nilai-nilai murni dan ilmu seperti sangat komited, prihatin, penyayang, berkepimpinan dan terlatih.
Kesihatan fizikal dan mental serta emosi, tabah dan mudah menyesuaikan diri dalam keadaan
paling sukar juga merupakan aset terpenting untuk setiap sukarelawan. Terdapat ramai tokoh
kemanusiaan yang masih bersinar dan menyinari setiap kehidupan persis mutiara harapan yang
tidak ternilai harganya. Salah satu permata BSMM ialah En. John Lam Ah Kian, pesara yang
berumur 66 tahun. Beliau menggalas tugas sebagai Timbalan Pengerusi BSMM Negeri Sarawak
dan terlibat dalam pelbagai misi pasukan Tindakan Bencana Serantau.
Akhirulkalam, jelaslah bahawa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bergiat aktif
terutamanya ketika berlaku bencana besar dan banyak bantuan kemanusiaan telah dihulurkan
untuk meringankan keperitan rakyat jelata kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Petugas sukarelawan juga sentiasa bersiap sedia, berkemahiran, berilmu dan sangat komited
supaya dapat menyalurkan pertolongan dan sumbangan dengan cepat dan efisien. Oleh itu,
semua lapisan masyarakat perlulah berganding bahu dan sudi menjadi sukarelawan supaya dapat
mewujudkan suasana yang penuh belas kasihan dan kurnia di muka bumi ini.
AKTIVITI 2 - Tulis pendapat tentang punca kurangnya penglibatan murid dalam kerja khidmat
masyarakat dan cadangkan langkah mengatasinya.
Punca kurangnya penglibatan murid dalam kerja khidmat masyarakat:
1. Bidang akademik lebih diutamakan daripada khidmat masyarakat
2. Murid terbeban dengan proses pendidikan dan wujud kekangan masa untuk terlibat dalam
kerja khidmat masyarakat
3. Kurang kesedaran tentang kepentingan kerja khidmat masyarakat
4. Ibu bapa tidak menggalakkan murid terlibat dalam kerja khidmat masyarakat dan
kurang menjadi suri teladan kepada anak-anak
5. Murid telah dibiasakan dengan kehidupan individualistik, suka menyendiri dan tidak suka
bergaul dengan masyarakat setempat
6. Murid tidak berminat kerana beranggapan membuang masa dan tiada ganjaran
7. Perkembangan dan pengaruh teknologi moden menghalang murid terlibat dalam
kerja khidmat masyarakat
8. Sikap mementingkan diri sendiri dan mementingkan materialistik lebih daripada sifat
perikemanusiaan
9. Pola petempatan masyarakat tidak membantu murid terlibat dalam kerja khidmat
masyarakat
10. Budaya hedonisme yang keterlaluan menghalang murid terlibat dalam kerja khidmat
masyarakat
11. Kurang didikan agama/ moral
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
129
Cadangan langkah mengatasinya:
1. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kerja
khidmat dan perlu menjadi teladan kepada mereka
2. Pihak sekolah mengadakan program/ceramah/ kempen kesedaran tentang kepentingan
khidmat masyarakat
3. Pihak sekolah menganjurkan program khidmat masyarakat di peringkat sekolah
4. Murid dilibatkan dalam aktiviti komuniti melalui Badan Beruniform
5. Markah PAJSK / penghargaan/ sijil diberikan kepada murid yang terlibat dalam khidmat
masyarakat sebagai galakan
6. Guru menyelitkan kepentingan khidmat masyarakat dalam pengajaran
7. Mewujudkan pertubuhan bercorak kesukarelawanan di sekolah
8. Memberikan didikan agama / moral sejak kecil
9. Murid digalakkan membudayakan kegiatan kesukarelawanan di kawasan sekolah dan
perumahan
10. Media sosial mempromosikan aktiviti kemasyarakatan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
130
TEMA 8 - DALAM LIPATAN KENANGAN
RUMAH PUSAKA SUTAN MANGATAS (HALAMAN 102 - 103)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan
soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti soalan dari segi jenis, kesesuaian soalan,
dan kesesuaian masa.
Imbas kod QR untuk mendengar rakaman audio (ms 102 dan 103)
1. Rumah Pusaka Chow Kit - halaman 102
Andaikan anda akan menemu bual Puan Norma binti Manjawali. Dengar soalan berikut dengan
telitinya dan kenal pasti soalan tersebut dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan kesesuaian masa.
Soalan 1
Bilakah rumah ini dibina?
Soalan 2
Nenek tinggal di sini sejak bila?
Soalan 3
Apakah perasaan nenek tinggal di rumah ini?
Soalan 4
Bagaimanakah nenek masih boleh tinggal di rumah ini sedangkan urbanisasi berkembang pesat di
Kuala Lumpur?
Soalan 5
Mengapakah rumah tradisional ini hendak dijual?
Soalan 6
Banyak keuntungan diperoleh dengan menjual rumah ini?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
131
2. Selamatkan Warisan Negara - halaman 103
Andaikan anda akan menemu bual para sukarelawan daripada Persatuan Rumah Pusaka Chow
Kit. Dengar soalan berikut dengan telitinya dan kenal pasti soalan tersebut dari segi jenis,
kesesuaian soalan, dan kesesuaian masa.
Soalan 1
Mengapakah Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit ditubuhkan?
Soalan 2
Bagaimanakah segala rintangan untuk membina rumah ini semula diatasi?
Soalan 3
Di manakah bahagian-bahagian rumah yang telah dibuka disimpan?
Soalan 4
Semasa struktur rumah ini dibuka, apakah cara yang digunakan untuk memudahkannya dipasang
semula?
Soalan 5
Kalian gembira dengan pembinaan semula rumah pusaka Chow Kit?
Soalan 6
Adakah ahli-ahli persatuan ini popular setelah rumah ini dibina semula?
Lengkapkan borang di bawah mengikut jenis soalan.
Jenis soalan Soalan berdasarkan rakaman audio
Soalan dengan
kata tanya
Soalan tanpa
kata tanya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
132
AKTIVITI 2 - Jalankan sesi temu bual dengan menggunakan soalan yang sesuai mengikut situasi.
Azira telah menemu bual Encik Mahmud tentang bangunan bersejarah di Teluk Intan.
Menara Condong ialah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Menara ini menjadi
mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah reka bentuknya
yang menyerupai Menara Pisa di Itali. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, menara ini masih
berdiri kukuh dan agak senget dan tercondong sedikit.
Azira Assalamualaikum Encik Mahmud. Saya, Azira binti Zainuddin dari SMK
Sungai Mutiara. Saya ingin menemu bual Encik Mahmud tentang bangunan
bersejarah di bandar Teluk Intan, iaitu Menara Jam Tinggi.
En. Mahmud Waalaikumsalam. Khabar baik. Boleh sahaja. Apa yang awak ingin tahu
tentang Menara Jam Tinggi atau Menara Condong Teluk Intan? Saya akan
cuba membantu.
Azira Bilakah Menara Jam Tinggi Teluk Intan dibina?
En. Mahmud Menara Jam Tinggi ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Cheong
atau Ah Cheong yang merupakan seorang arkitek.
Azira Bagaimanakah Ah Cheong mendapat idea untuk membina menara tersebut?
En. Mahmud Beliau mendapat ilham membina menara dengan reka bentuk demikian
berdasarkan bangunan pagoda di negara China.
Azira Menara ini memang dibina condong?
En. Mahmud Menara ini asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Setelah 10
tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan
sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air
yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Azira Boleh tak Encik Mahmud ceritakan tentang kegunaan menara tersebut?
En. Mahmud Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air
di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar.
Azira Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong
En. Mahmud yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi
Azira dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi
rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Benarkah menara ini juga pernah menjadi kubu pertahanan suatu masa
dahulu?
Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara
kawalan untuk meninjau kedatangan musuh.
Baiklah, Encik Mahmud. Terima kasih atas kerjasama encik membantu saya
mendapatkan informasi tentang Menara Condong Teluk Intan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
133 Sama-sama. Jangan lupa. Jika di Itali ada Menara Condong Pisa, di Teluk
En. Mahmud Intan kita harus berbangga dengan Menara Condong Teluk Intan.
AKTIVITI 3 - Kumpulkan gambar dan keterangan tentang bangunan warisan dan buat buku skrap.
Contoh bangunan warisan dan bersejarah di Malaysia
1. Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah ini ialah bangunan bersejarah yang dibina oleh
peladang getah terkemuka dari Britain, William Kellie Smith pada 1910. Beliau telah membeli
sebidang tanah seluas 960 ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak untuk membina rumah.
Namun, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan serta-merta kerana Kellie meninggal dunia
secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak siap 100%, istana ini dikatakan memiliki
banyak ruang rahsia termasuklah terowong-terowong bawah tanah. Bangunan tiga tingkat ini
diilhamkan mengikut reka-bentuk istana Moghul di Agra, India dan jubin dindingnya diimport dari
Itali. Batu-bata dilekat menggunakan bancuhan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah
dan madu, tiada besi atau paku digunakan.
2. Bangunan Stadthuys, Melaka
Mercu tanda yang berada di Bandar Hilir ini amat sinonim dengan Melaka. Binaan bersejarah ini
ialah bangunan kerajaan Belanda yang tertua di Asia Tenggara. Bangunan ini dibina pada tahun
1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda. The Stadthuys menjadi titik tumpuan
beberapa kerajaan seperti Belanda, Portugis, Inggeris dan lain-lain selama lebih dari 300 tahun.
Pada tahun 1982, Stadthuys diubah menjadi muzium. Bangunan berwarna merah yang menjadi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
134
lokasi tumpuan di Melaka ini turut dipenuhi barisan beca yang penuh warna-warni dan berbunga-
bunga sekitar luar bangunan.
3. Istana Seri Menanti, Kuala Pilah
Istana Seri Menanti di Kuala Pilah ini dibina pada 1902 dan mempunyai ciri-ciri seni bina
Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikannya kelihatan tersergam indah dari
jauh. Bangunan setinggi empat tingkat ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang
tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa
menggunakan sebarang paku besi. Mereka hanya menggunakan sambungan kayu yang
dinamakan pasak. Pada 14 Julai 1992, Istana Menanti telah diwartakan menjadi Muzium Diraja
dan telah menjadi tumpuan pelancongan untuk menyaksikan pameran koleksi keluarga Diraja
Negeri Sembilan. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan
fungsi ruang-ruang tersebut.
4. Kota A Famosa, Melaka
Kota A Famosa dibina pada tahun 1511 dan mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut
sejarah ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka. Bangunan
yang berusia lebih 500 tahun ini mempunyai pintu gerbang yang turut dikenali sebagai pintu
gerbang Santiago. Pintu gerbang ini merupakan struktur seni bina Eropah yang paling tua dan
masih kekal di Asia. Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir ini wajib dilawati jika anda bercuti
ke Melaka kerana kota ini merupakan sebahagian daripada sejarah negara dan mercu tanda
pelancongan negeri berkenaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
135
5. Kubu Margherita, Sarawak
Kubu berwarna putih yang terletak di Kuching, Sarawak ini telah siap dibina dengan reka bentuk
istana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena nama
isterinya, Margaret Brooke. Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan
kekuatannya. Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang luas ke semua arah
di kawasan sekitarnya. Kubu ini merupakan monumen paling signifikan kepada bandaraya
Kuching dari sudut sejarah, reka bentuk dan pelancongan.
- Murid diminta melayari laman sesawang berikut bagi mendapatkan maklumat tentang bangunan
warisan di Malaysia untuk menghasilkan buku skrap.
- https://www.maisinggah.com/bangunan-bersejarah-di-malaysia/
- https://www.permohonan.my/senarai-bangunan-bersejarah-malaysia/
- https://www.sinarharian.com.my/article/69470/BISNES/Jom-terokai-monumen-bersejarah-di-
negara-kita
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
136
DARAH SATERIA (HALAMAN 104 - 105)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.
AKTIVITI 1 - Baca kedua-dua bahan pada halaman tersebut dengan menggunakan teknik QUACK.
Kemudian banding dan bezakan kisah Fort Margherita dengan peristiwa Singapura Dilanggar
Todak.
TEKNIK BACAAN QUACK
Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai
kata & idea yang kabur dan tidak difahami
U Underline (Garis) menggarisi takrif
A Asterisk (Asterik) meteltakkan tanda * pada maklumat atau idea
yang penting atau menarik
C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang
K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata
kunci (biasanya berhuruf condong)
Langkah 1: Murid membaca bahan dengan teknik bacaan QUACK.
Perkara Fort Margherita Singapura Dilanggar Todak
Tanda soal [?] Bebola bata, geramnya Banyak mati dilompati todak,
menggila,semakin rancak, berkotakan betis/batang pisang,
memusnahkan perosak berkancing ke sebelah, lekatlah
jongornya, menanggungkan
Garisi takrif Tanda dalam teks haknya
Tanda * idea/maklumat Tanda dalam teks Tanda dalam teks
penting Tanda dalam teks
Bulatkan fakta /isi Tanda dalam teks
penting Tanda dalam teks
K – tandakan kata kunci Tanda dalam teks
Tanda dalam teks
Langkah 2 - Murid membuat banding dan beza kisah Fort Margherita dengan peristiwa Singapura
Dilanggar Todak.
Persamaan / Fort Margherita (Suton) Singapura Dilanggar Todak
Perbezaan i)Keyakinan tinggi (Paduka Seri Maharaja)
Ciri –ciri i)Mencemar duli melihat situasi
pemimpin ii)Mempersiapkan diri dengan ilmu ii) Mempunyai rakyat taat membuta
(Garisi takrif) iii)Bijak mengatur strategi tuli
iv)Berfikiran wajar iii)Mudah dipengaruhi
Faktor kejayaan i)Mempunyai pengetahuan tentang i) Menerima cadangan yang baik
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
137
(Tandakan *) tempat musuh daripada seorang kanak-kanak
ii)Berpengalaman dalam perang ii) Kerjasama rakyat jelata
Strategi melawan iii)Cekap menggunakan senjata
musuh i)Mengatur serangan pada waktu i)Bersenjatakan batang pisang
(Tandakan K) malam iii)Mematuhi arahan Sultan
ii)Kerjasama berpasukan
Cabaran ii)Mematuhi arahan ketua i)Kawasan tepi pantai
(Bulatkan) i)Kawasan cerun tinggi ii)Serangan todak
ii)Kekurangan peluru iii)Bersenjatakan betis – kurang
iii)Kehabisan bom tangan berkesan
iv)Para pembesar yang iri
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kategorikan golongan kata tugas praklausa dan pascakata yang terdapat dalam
bahan. Kemudian, bina perenggan dengan kata-kata tersebut.
Kata Tugas Praklausa dan Pascakata yang terdapat dalam bahan:
KataTugas Praklausa Kata Tugas Prafrasa
Kata seru Kata perintah Kata pangkal ayat Kata pembenda
- Ayuh - Cis - Maka - cekapnya
- Jangan - Nah - Hatta - mudahnya
Kata tanya Kata pembenar Kata penekan
- Siapakah - Ya - sesungguhnya
- Apa - Benar - setepat-tepatnya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
138
Bina perenggan dengan kata-kata tersebut.
Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit.
Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara
Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap.
Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan
halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah
maka demikian pekerti tuan hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta
berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan
hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba
peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang
memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri
namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya
juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca
hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau
hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?"
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati
baginda, "Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri."
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat yang berkaitan dengan penentangan terhadap penjajah dan
ceritakannya semula.
Cadangan Aktiviti:
1. Murid mencari maklumat tentang peristiwa penentangan terhadap penjajah daripada buku
sejarah, novel, drama, filem, dokumentari dan laman sesawang.
2. Murid menceritakan maklumat yang diperoleh di kelas sebagai aktiviti PBD.
Contoh penentangan terhadap penjajah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
139
Filem tentang penentangan terhadap penjajah
Laman sesawang yang berkaitan:
https://patriotikblog.wordpress.com/2017/09/25/tokoh-tokoh-perjuangan-tempatan-menentang-
british/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
140
SEJARAH MENDEWASAKAN KITA (HALAMAN 106 - 107)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan
ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik.
AKTIVITI 1 - Teliti bahan dan tentukan jenis kesimpulan yang sesuai mengikut tema daripada
bahan tersebut. Kemudian, tulis perenggan kesimpulan tersebut dengan menggunakan ayat yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.
Contoh 1
Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai kepentingan,
terutamanya kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang memandu manusia untuk
menjalani kehidupan yang sempurna. Di sebalik setiap lembaran teks sejarah, terkandung
pelbagai pedoman hidup dan pengajaran bagi memandu generasi muda hari ini. Subjek ini harus
diberikan perhatian sewajarnya oleh para pendidik, ibu bapa, dan pelajar. Oleh hal yang demikian,
semua pihak perlulah berusaha mencapai matlamat mata pelajaran Sejarah demi kesejahteraan
dan keamanan negara.
Contoh 2
Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah negara amat penting dalam
pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah air
yang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya tidak sewajarnya
mengeluh untuk mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan
serta pengajaran untuk pedoman hidup.
AKTIVITI 2 - Apakah peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan dalam hidup anda?
Mengapakah anda menganggap peristiwa tersebut penting?
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam hidup:
- pemergian Ibu buat selama-lamanya
- peristiwa ini penting kerana:
- bermula saat pemergian ibu buat selama-lamanya itu, saya terpaksa berdikari untuk
meneruskan hidup bersama ayah.
- tidak ada lagi tempat untuk meluahkan perasaan.
- kehilangan kasih sayang seorang ibu.
- tidak ada lagi orang yang mengajar saya memasak.
- tidak ada lagi orang yang menegur jika saya melakukan kesalahan dengan penuh kasih
sayang.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
141
TEKSTIL WARISAN (HALAMAN 108 - 109)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi
dengan betul, tepat dan bermakna.
AKTIVITI 1 - Dengar dan sebut semula fakta serta hujah berdasarkan bahan.
1. Murid mendengar maklumat yang diperdengarkan melalui alat perakam.
2. Murid menyebut semula fakta serta hujah yang didengar berdasarkan bahan.
3. Murid berinteraksi dengan kawan-kawan secara berkumpulan tentang definisi kain telepuk dan
kelebihan kain telepuk kepada si pemakai serta proses membuat kain telepuk.
4. Murid menyusun fakta serta hujah dengan betul, tepat dan bermakna.
Teks imbasan (Kod QR) Tekstil Warisan
Telepuk merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik
sekali. Berdasarkan sastera lama, telepuk bermakna bunga atau lain-lain yang diperbuat daripada
emas. Seni ini banyak berkembang di negeri Pahang dan Johor suatu ketika dahulu. Telepuk
biasanya menghiasi baju kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala. Penghasilan kain
telepuk melalui beberapa proses iaitu proses menenun kain, membuat penerap ukiran bunga,
menggerus dan menelepuk. Kain untuk ditelepuk hendaklah daripada jenis kain yang halus dan
padat tenunannya. Penerap atau acuan pula perlu diukir dengan motif-motif tradisional secara
cermat. Proses menggerus pula menggunakan siput gerus bertujuan untuk menggilap dan
melicinkan kain. Proses menelepuk bermula dengan menyapukan sejenis gam yang dinamakan
gam Arab pada lengan. Kemudian penerap akan ditekap pada gam di lengan dan dipindahkan ke
permukaan kain. Selepas itu, serbuk emas dalam bentuk perada ditekap di atas kain untuk
meninggalkan kesan emas pada motif yang telah diukir. Hasil kraf tekstil ini amat unik kerana motif
bagi setiap jenis kain berbeza. Bagi baju kurung, motif bunga pecah lapan membentuk hiasan hati
berantai digunakan. Kain sarung pula dipenuhi lingkaran dan urutan motif bunga pecah enam dan
lapan. Kain ikat kepala pula lebih berpusat kepada motif bunga cengkih pecah empat bahagian
dalam dan kelopak disusun berantai serta mengarah ke dalam. Kain telepuk amat menarik ketika
dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan kilauan pancaran cahayanya.
Perkara-perkara yang boleh disebut semula oleh murid-murid selepas mendengar audio
1. Definisi telepuk – merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang
amat unik sekali.
2. Tempat berkembangnya seni telepuk – Pahang dan Johor.
3. Tiga bahagian baju dihiasi telepuk – baju kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala.
4. Proses menghasilkan kain telepuk – empat proses.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
142
5. Keistimewaan kain telepuk – menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan
kilauan pancaran cahayanya.
AKTIVITI 2 - Susun fakta dan hujah daripada pelbagai situasi.
Cadangan penyusunan fakta dan hujah dalam pelbagai situasi
BIL FAKTA HURAIAN HUJAH
(PEMBINAAN
1 Definisi telepuk merupakan karya seni menghiasi kain KARANGAN
dengan serbuk berwarna emas yang FAKTA)
PENDAHULUAN
amat unik sekali
PENDAHULUAN
2 Sejarah bermula di Pahang dan Johor
ISI
perkembangan seni
PENUTUP
telepuk
3 Proses proses menelepuk bermula dengan
menghasilkan kain menyapukan sejenis gam yang
telepuk dinamakan gam Arab pada lengan.
Kemudian penerap akan ditekap pada
gam di lengan dan dipindahkan ke
permukaan kain. Selepas itu, serbuk
emas dalam bentuk perada ditekap di
atas kain untuk meninggalkan kesan
emas pada motif yang telah diukir
4 Keistimewaan kain menarik ketika dipakai kerana serbuk
telepuk emas akan menampakkan kilauan
pancaran cahayanya
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang
sesuai dan menarik.
AKTIVITI 3 - Hasilkan skrip drama tentang pengalaman menjalankan usaha untuk menghidupkan
tekstil warisan.
Skrip drama: Pengalaman menjalankan usaha untuk menghidupkan tekstil warisan
*Contoh Tekstil Warisan - Batik, songket, tenun Pahang Diraja, pua dan dastar
TAJUK PENGALAMAN DI GALERI POHON BUDI
DURASI 30 MINIT
WATAK BUDIN
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
143
LATAR TEMPAT AH HONG
LATAR MASA VINTHIYA
BUDIN PUTRI
AH HONG BILIK SENI SEKOLAH
VINTHIYA WAKTU PAGI
PUTRI Selamat pagi rakan-rakan yang dikasihi. Apa khabar semua?
BUDIN Selamat pagi, Budin. Kami semua sihat. Apa cerita pagi-pagi ni, Budin?
Awak kelihatan sangat ceria.
AH HONG Saya ingin berkongsi satu cerita tentang pengalaman saya semasa saya
BUDIN berada di Galeri Pohon Budi. Adakah awak semua mahu mendengar
cerita saya?
VINTHIYA Wah….. macam menarik je pengalaman yang awak ingin ceritakan tu.
PUTRI Ceritalah Budin.
Baiklah. Untuk pengetahuan kawan-kawan , pada cuti sekolah baru-baru
VINTHIYA DAN ini saya telah membantu abang saya yang terlibat dalam menjalankan
AH HONG usaha menghidupkan tekstil warisan di Galeri Pohon Budi.
BUDIN Tekstil warisan? Apa tu?
Tekstil warisan ialah jenis-jenis kain yang dihasilkan masyarakat terdahulu
AH HONG serta perhiasan yang dipakai sebagai lambang kemegahan atau status
BUDIN sosial contohnya batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain
VINTHIYA lagi .
BUDIN 0ooo… faham.. faham. Teruskan cerita awak Budin.
PUTRI Pada mulanya abang saya meminta bantuan saya membuat kertas kerja
berkaitan bengkel ini selepas perbincangan teliti dilakukan. Antara isi
perbincangan kami ialah pengenalan berkaitan bengkel yang akan
diadakan, objektif bengkel, jenis-jenis produk pameran, sasaran dan tarikh
cadangan.
Sudah tentu banyak perkara yang harus difikirkan untuk membuat kertas
kerja. Nampaknya bukan mudah hendak mengadakan bengkel ya, Budin.
Ya, betul tu. Abang saya menyemak kertas kerja yang telah saya siapkan
agar projek pameran galeri berjalan dengan lancar.
Selepas itu, apa yang perlu dilakukan?
Selepas saya menyiapkan kertas kerja tersebut, saya mengikut abang
saya ke Pasar Payang, Terengganu kerana di sana terdapat beberapa
pengusaha yang menjalankan perniagaan warisan tekstil. Selepas
berbincang dengan pengusaha-pengusaha di sana, mereka bersetuju
untuk meminjamkan beberapa produk warisan tekstil milik mereka untuk
dijadikan bahan pameran.
Sudah tentu produk tekstil mereka cantik-cantik dan unik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
144 Betul tu, Putri. Saya sangat kagum dengan warisan tekstil kita yang telah
BUDIN diusahakan sejak zaman masyarakat tradisional seperti telepuk, sulaman
dan tekatan.
AH HONG Sambunglah cerita awak lagi, Budin.
BUDIN Oleh sebab tujuan abang saya mengadakan Galeri Pohon Budi adalah
untuk mengadakan pameran tekstil warisan dengan objektif untuk
AH HONG menghidupkan tekstil warisan, abang saya menghebahkan usahanya
BUDIN melalui banner yang dipasang di jalan-jalan raya utama di sekitar tempat
kami. Rasa seronok sangat semasa aktiviti menggantung banner. Tetapi
VINTHIYA sebelum itu, kami perlu meminta kebenaran daripada Majlis Perbandaran
BUDIN di tempat kami.
Seronoknya….
PUTRI Pada hari yang telah ditetapkan, ramai pengunjung yang datang ke galeri
BUDI kami. Abang saya meletakkan produk-produk tekstil yang dipinjamkan
oleh pengusaha teksil di Pasar Payang dalam bekas kaca yang cantik
AH HONG untuk menjaga kualiti produk tersebut.
BUDIN Ramaikah pengunjung yang datang pada hari tersebut?
Ya, sambutan yang diberikan sungguh luar biasa. Pengunjung yang
PUTRI datang terdiri daripada pelbagai generasi iaitu murid-murid sekolah,
AH HONG pegawai-pegawai dari sektor kerajaan dan swasta serta orang awam.
VINTHIYA Apakah yang berlaku di pameran tersebut?
Pengunjung yang datang bertanya pelbagai soalan tentang produk yang
dipamerkan. Abang saya dan rakannya sungguh sibuk menjawab
persoalan-persoalan daripada pengunjung antaranya alat yang digunakan
untuk menghasilkan telepuk, sulaman dan tekatan.
Adakah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan tekstil warisan
dipamerkan juga, Budin?
Ya, selain mempamerkan produk tekstil, abang saya juga telah
diperkenalkan oleh pengusaha warisan tekstil dengan orang-orang yang
masih menggunakan peralatan untuk menghasilkan kain telepuk, alat
sulaman dan alat menenun tekat.
Sungguh menarik cerita awak Budin. Terima kasih kerana sudi berkongsi
cerita dengan kami.
Betul tu. Cerita awak memberikan banyak manfaat kepada kami. Terima
kasih, Budin.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
145
AKTIVITI 4 - Rancang dan adakan pameran mini tentang tekstil warisan di bilik darjah anda.
Tugasan AJK Huraian Tugas AJK
Penyediaan kertas kerja Penyelaras Projek
Kelulusan kertas kerja Pengurus Projek
Mesyuarat 1 Semua AJK
Pameran Semua AJK
Penutup / Dokumentasi Semua AJK
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
146
TERCATAT DALAM SEJARAH (HALAMAN 110 - 111)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam
bahan tersebut. Kemudian, buat kesimpulan.
TEKNIK QUACK
Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata & idea yang
kabur dan tidak difahami
U Underline (Garis) menggarisi takrif
A Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang penting atau
menarik
C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang
K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya
berhuruf condong)
Contoh Penggunaan Teknik Bacaan QUACK
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
147
Contoh Kesimpulan
Bagi mengakhiri diskusi pintar ini, dapat kita rumuskan bahawa bandar Taiping merupakan
salah sebuah bandar warisan di Malaysia yang telah tercatat dalam lakaran sejarah negara. Sudah
pastinya bandar Taiping perlu dijaga terutama dari segi kebersihan dan keamanan bagi menjamin
pengekalan bandar warisan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan memainkan peranan utama
dalam melestarikan bandar warisan dengan memelihara dan memulihara khazanah ini dari lapuk
dek zaman. Namun begitu, jika semua pihak tidak menjalankan obligasi masing-masing, maka
pengiktirafan bandar Taiping sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100
Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018 tidak mampu dikecapi semula pada masa akan datang.
Justeru, biarlah matahari terus bersinar , biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia
terus gemilang dengan masyarakat yang bekerjasama dan berganding bahu bagai aur dengan
tebing dalam mengekalkan bandar Taping sebagai bandar warisan . Saya berharap agar semua
pihak dapat bersama-sama mengekalkan bandar Taiping agar tetap unggul dengan ciri-ciri
sejarahnya walaupun arus kemodenan semakin berkembang pesat. Oleh itu, saya ingin
menegaskan sekali lagi bahawa bandar Taiping merupakan Bandar Warisan yang perlu dijaga
demi memastikan nama Malaysia semakin dikenali di seantero dunia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
148
AKTIVITI 2 - Tulis puisi tentang keistimewaan bandar tempat tinggal anda.
Contoh Puisi
Murid boleh diminta mencipta puisi tentang keistimewaan bandar tempat tinggal mereka secara
berkumpulan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
149
BACAAN LUAS - ALA, EMAK KAHWINKAN AKU! (HALAMAN 112 -113)
AKTIVITI 1 - Baca petikan dengan telitinya. Kemudian, nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh Tahir.
Sikap yang ditujukkan oleh Tahir ialah:
1. Seorang yang pandai mengambil hati.
Sebagai contoh, Tahir menurut permintaan daripada ibu, bapa dan Maryam mengenai persiapan
perkahwinannya agar tidak melukakan hati mereka.
2. Seorang yang sukar dan buntu membuat keputusan
Sebagai contoh, Tahir buntu untuk memberitahu Maryam mengenai rancangan ibunya.
3. Seorang yang cepat bertindak
Sebagai contoh, Tahir cepat dan sempat menghubungi Pak Long Mat lebih awal kerana
dibimbangi merajuk jika lewat memberitahu berkenaan urusan masak-memasak
4. Seorang yang penyayang
Sebagai contoh, Tahir tidak pernah menolak permintaan kekasihnya Maryam.
5 .Seorang yang bijak merancang
Sebagai contoh, Tahir telah merencanakan majlis perkahwinannya selama lima tahun.
AKTIVITI 2 - Jika anda menjadi Tahir, apakah keputusan yang anda akan ambil? Berikan alasan
anda.
Sekiranya saya Tahir, keputusan yang saya akan ambil ialah:
1. Berterus terang mengenai rancangan yang dirancang oleh ibu saya dan Maryam.
Alasannya ialah bagi mengelakkan perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan pada hari
kejadian dan akan datang.
2. Membawa ibu dan Maryam berbincang secara bersemuka
Alasannya ialah bagi memastikan kedua-duanya mendengar pendapat masing-masing dan
kemudiaannya mencari kata putus dalam persiapan perkahwinan.
3. Menggabungkan idea ibu dan Maryam
Alasannya ialah bagi memastikan hati dan perasaan kedua-dua pihak dapat dijaga kerana kedua-
dua akan menjadi mentua dan menantu.
4. Mengadakan majlis perkahwinan dengan penuh kesederhanaan.
Alasannya ialah kos perkahwinan yang dirancang sangat tinggi dan tidak perlu diadakan semua
kerana ada aktiviti tidak menjejaskan majlis.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M