350
Penggunaan kenderaan tidak terkawal juga penyumbang kepada kerosakan alam sekitar.
Sebagai contoh, mereka yang mengamalkan gaya hidup moden bebas menggunakan pelbagai
kenderaan untuk kegunaan mereka. Pelepasan gas beracun seperti karbon dioksida dan sulfur
dioksida oleh kenderaan tersebut memberikan kesan negatif kepada alam sekitar. Keadaan ini
menyebabkan pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran bau terhasil. Melihat dari
sudut gas karbon dioksida, menyebabkan peningkatan suhu bumi kerana gas tersebut menjadi
satu perisai yang memerangkap suhu daripada keluar ke atmosfera. Gas sulfur dioksida pula
menyebabkan hujan asid berlaku. Hal ini amat membimbangkan semua pihak kerana hujan asid
ini boleh menyebabkan kesulitan kepada kita malah kepada alam sekitar. Tegasnya, kerosakan
alam sekitar boleh terjadi disebabkan penggunaan kenderaan secara tidak terkawal untuk
menikmati gaya hidup moden.
Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa alam sekitar amat penting kepada manusia dan
haiwan. Harapan agar pihak berkuasa menguat kuasakan undang-undang supaya tidak berlaku
kerosakan alam sekitar walaupun manusia kini mengamalkan gaya hidup moden. Marilah kita
bersama-sama berganding bahu bagai aur dengan tebing memupuk kesedaran masyarakat bagi
meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai pentingnya alam sekitar.
Kesimpulannya, gaya hidup moden dan penjagaan alam sekitar wajar diseimbangkan agar
kehidupan masyarakat lebih ceria dan generasi masa hadapan dapat menikmatinya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
351
PENILAIAN 5 (HALAMAN 228 - 232)
Soalan 1
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada era ini memangkin kecemerlangan murid.
Tulis pendapat anda tentang manfaat teknologi ini dalam kalangan murid.
Bil Manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kesan
dalam Kalangan Murid
1 Meningkatkan kefahaman murid terhadap Murid lebih memahami topik yang diajar oleh
pelajaran. guru.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah PdPc Murid mempunyai keyakinan terhadap ilmu
dan tidak mengajar dengan menggunakan yang disampaikan oleh guru.
teknik kuliah. Penggunaan ICT membolehkan
guru menerangkan sesuatu topik dengan
lebih mendalam.
Sebagai contohnya,penggunaan Powerpoint
menjadikan murid lebih memahami topik
yang diajar oleh guru.
2 Membuka ruang untuk pembelajaran kendiri. Murid dapat membuat latihan kendiri untuk
TMK juga menyediakan murid dengan koleksi memantapkan pemahaman mereka
soalan peperiksaan untuk membantu mereka terhadap topik-topik tertentu.
menguasai tajuk yang dipelajari. Murid mendapat soalan peperiksaan dengan
Pembelajaran secara dalam talian melalui mudah dan memperoleh kecemerlangan
guru pakar, tutor dan guru cemerlang mata dalam peperiksaan.
pelajaran yang mengadakan webminar, kelas
terbuka dalam talian dan bengkel.
3 Memudahkan proses mengakses maklumat. Murid dapat mencari pelbagai maklumat
Dengan adanya peranti elektronik dan yang berguna untuk memantapkan ilmu
capaian Internet yang mantap, maklumat pengetahuan mereka.
dapat dicari hanya di hujung jari dengan
mengakses kepada laman pencarian
maklumat seperti Google, Yahoo, Safari dan
Firefox.
4 Menjadikan proses pembelajaran lebih Murid menjadi lebih aktif dan memberikan
seronok. tumpuan ketika belajar.
Penggunaan TMK amat sesuai untuk
dijadikan sebagai alat yang boleh membantu Murid sentiasa menerokai pelbagai cabang
guru-guru dalam proses PdPc, kerana alat- ilmu yang berkaitan dengan TMK bagi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
352
alat ini dapat menarik minat murid-murid menghasilkan tugasan yang cemerlang.
dalam proses PdPc dalam dan luar bilik
darjah. Sementara itu, TMK juga dapat
digunakan sebagai sumber pencarian
maklumat bahan ilmiah di Internet dan
aplikasi atas talian yang lain. Pengajaran
yang disertakan dengan bahan bantu belajar
yang sebegini dapat menarik minat murid-
murid di dalam sesuatu bidang tertentu.
Soalan 2
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang lengkap dengan menggunakan
ungkapan yang menarik dan bahasa yang gramatis.
a. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mempengaruhi pertambahan penggunaan
media sosial dalam kalangan remaja di negara ini.
Pada pendapat anda,bagaimanakah golongan remaja dapat memanfaatkan media sosial?
Cara golongan remaja boleh memanfaatkan media sosial:
Berkongsi ilmu dengan orang lain
Bertanya khabar dengan ahli keluarga
Mencari peluang pekerjaan
Mempromosikan barangan
Menambahkan kenalan
b. Saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan jalan raya di surat khabar atau siaran
berita. Kemalangan di jalan raya seperti tiada kesudahannya.
Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam
majalah sekolah anda.
Format Rencana : Tajuk Rencana dan Penulis Rencana
Penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kemalangan jalan raya:
Pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya
Pengguna jalan raya memastikan kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan
perjalanan.
Kerajaan mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya secara berterusan.
Media massa dan media elektronik sentiasa menyiarkan maklumat tentang keselamatan di
jalan raya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
353
c. Hubungan antara negara serantau patut disemarakkan kerana memberikan pelbagai manfaat.
Bincangkan.
Manfaat hubungan serantau:
Menjamin hubungan politik negara
Mudah memperoleh bantuan
Dapat meningkatkan taraf pendidikan
Pemindahan teknologi moden
d. E-sukan mempunyai tarikan tersendiri dalam kalangan remaja. Namun begitu,ada segelintir ibu
bapa kurang menggalakkan anak-anak menceburi sukan ini.
Ulas pernyataan di atas.
Kebaikan E-sukan kepada remaja:
Pertandingan dalam talian Mobile Legends menjadi pilihan anak muda kerana permainan ini
dapat memberikan impak besar kepada mereka dengan berfikiran kritis, inovatif dan kreatif
ketika mengendalikan permainan.
Sumber pendapatan
Memupuk semangat bekerjasama sesama ahli
Dapat menghilangkan stres
Mampu meningkatkan imej negara (pertandingan di peringkat antarabangsa)
e. Golongan remaja kurang meminati bidang pertanian dan penternakan sedangkan tenaga
pekerja dalam sektor ini amat diperlukan.
Jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini.
Langkah-langkah untuk menggalakkan golongan remaja meminati bidang pertanian dan
penternakan:
Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan yang luas dalam bidang pertanian dan penternakan.
Ibu bapa melatih anak-anak sejak kecil agar meminati bidang pertanian dan penternakan.
Sekolah mewujudkan kelab pertanian / subjek berkaitan pertanian.
Kerajaan mengubah persepsi remaja tentang pertanian dan penternakan.
Soalan 3
Fahami infografik di bawah. Kemudian, tulis pendapat anda tentang punca ketagihan gajet dalam
kalangan kanak-kanak dan cadangkan satu langkah untuk mengatasinya.
Punca ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak:
Kemudahan Internet di rumah
Harga gajet mampu milik
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
354
Gajet menyediakan pelbagai bentuk permainan seperti Pub G, Dota, Mobile Legend.
Langkah untuk mengatasi ketagihan gajet:
Ibu bapa mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak.
Soalan 4
Baca bahan dengan telitinya dan kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
a. Apakah maksud difteria?
Maksud difteria ialah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan.
b. Siapakah yang kerap dijangkiti penyakit difteria?
Penyakit ini kerap menjangkiti kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun dan belum mendapat
imunisasi. Selain itu, penyakit ini juga turut dikesan dalam kalangan orang dewasa di kawasan
yang tidak mendapat imunisasi.
c. Jelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan
penyakit ini.
Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit ini :
Kita boleh mengambil suntikan pelalian.
Mengambil vaksin lima serangkai ketika berusia dua bulan, tiga bulan, lima bulan, 18 bulan
dan tujuh tahun.
d. Apakah cadangan anda untuk membantu pencegahan penularan penyakit difteria?
Ibu bapa memastikan anak-anak diberikan vaksin lima serangkai.
Media massa / media elektronik menyebarkan maklumat berkaitan penyakit difteria kepada
masyarakat secara berterusan.
KKM menyebarkan risalah berkaitan penyakit difteria kepada masyarakat.
e. Sejauh manakah penularan penyakit berjangkit memberikan kesan negatif kepada
pembangunan negara?
Mereka yang terlibat mungkin tidak akan aktif, produktif dan asertif dari segi guna tenaga
pada masa depan.
Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur dan
infostruktur perubatan dan tenaga pakar.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
355
Soalan 5
Jawab soalan-soalan di bawah ini.
a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan
perbezaan maksudnya.
i. menghiasi - menghiaskan
Gambar-gambar yang indah menghiasi ruang tamunya.
Dia menghiaskan gambar-gambar pemandangan yang indah di ruang tamunya.
ii. membesar - membesarkan
Setiap benda yang hidup pasti akan membesar.
Pak Ali akan membesarkan rumahnya pada minggu hadapan.
iii. menjauhi - menjauhkan
Kita hendaklah menjauhi penyalahgunaan dadah.
Remaja perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang negatif.
iv. peninju - petinju
Kekuatan peninju Muhamad Ali dapat menumbangkan seekor anak gajah.
Muhamad Ali merupakan seorang petinju yang terkenal,
v. pedalaman - pendalaman
Kawasan pedalaman di Sabah telah dilengkapi dengan kemudahan jalan raya.
Proses pendalaman sungai itu mengambil masa selama sebulan.
vi. penemuan – pertemuan
Penyelidikan yang dijalankan oleh para saintis telah membawa kepada penemuan vaksin
yang boleh melawan virus H1N1.
Kuala Lumpur terletak di pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Kelang.
b) Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, kategorikan ayat dalam petikan tersebut
mengikut jenis ayat
1. Ayat seruan:
i. Wahai,rakan-rakan sekalian!
ii. Syabas,jika anda mengambil berat tentang kebersihan!
2. Ayat tanya:
i. Adakah anda menjaga kebersihan tempat tinggal?
ii. Apakah yang perlu anda lakukan terhadap bekas-bekas itu?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
356
3. Ayat perintah:
i. Jangan biarkan air bertakung di dalam bekas-bekas yang tidak digunakan. (Ayat larangan)
ii. Simpan dan susun bekas tersebut di tempat yang selamat. (Ayat permintaan)
4. Ayat penyata:
i. Nyamuk Aedes membiak di tempat air bertakung.
5. Ayat majmuk pancangan keterangan harapan:
i. Kebersihan amat penting agar ahli keluarga anda tidak dijangkiti penyakit.
c) Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan kepada ayat tunggal:
i. Penggunaan baja organik telah membantu sektor pertanian.
ii. Penggunaan baja organik dapat meningkatkan mutu tanaman.
iii. Baja organik menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik.
iv. Baja organik memastikan kesuburan tanah dalam jangka masa panjang.
v. Kos pembelian baja juga dapat dijimatkan.
vi. Baja organik menggunakan bahan buangan organik
d) Baca ayat di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata
hikmat yang sesuai dengan ayat tersebut:
i. Hasri tidak mahu membeli kasut yang murah,sebaliknya diam ahu membeli kasut yang mahal
tetapi dapat dipakai lebih lama.
Alah membeli menang memakai
ii. Ayah menggalakkan kami membaca pelbagai bahan bacaan untuk menambahkan ilmu
pengetahuan.
Membaca jambatan ilmu
iii. “Semasa kami menentang pengganas komunis, kami telah berjuang bersungguh-sungguh,
kami lebih rela terkorban daripada kalah dan malu,” kata Tuk Su.
Biar putih tulang jangan putih mata
iv. Ina menggunakan tutur kata yang sopan semasa berbual dengan rakan-rakannya.Dia tidak
mahu mereka terluka dengan kata-katanya yang mungkin menghiris hati dan perasaan
mereka.
Budi bahasa amalan mulia
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
357
v. Walaupun dibesarkan dalam suasana bandar yang moden, Damia Hanna dan adik-beradiknya
tidak melupakan adat resam keluarga mereka. Sebagai contoh, majlis perkahwinan abang
Damia Hanna yang berlangsung pada minggu lepas masih mengekalkan tradisi masyarakat
Minangkabau.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
vi. Pada awal tahun, Afiq Haiqal tidak dapat menjawab soalan-soalan Matematik Tambahan yang
diberikan oleh Cikgu Melinda. Walau bagaimanapun, Cikgu Melinda tidak berputus asa dan
mengajar Afiq Haikal tanpa mengenal erti putus asa. Akhirnya Afiq Haikal mendapat
keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Usaha tangga kejayaan
Soalan 6
Secara berkumpulan, simulasikan sesi pembentangan dan soal jawab berdasarkan satu tajuk di
bawah.
a. Cara menjaga kesihatan:
S1 Mengapa kita perlu menjaga kesihatan?
J - memastikan kita hidup dalam keadaan sihat dan bebas daripada penyakit.
S2 Berikan cara-cara menjaga kesihatan?
J - makan makanan yang seimbang (mengikut piramid makanan)
- rehat yang mencukupi
- tidur yang mencukupi
- bersenam / beriadah
- melakukan pemeriksaan doktor
- mandi
- memakai pakaian yang bersih
- menjaga kebersihan, kuku, gigi dan rambut
b. Ciri kenderaan pada masa hadapan:
S1 Beri pandangan anda tentang ciri kenderaan pada masa hadapan?
- menggunakan tenaga solar
- pelepasan sifar. Semua kereta masa depan akan ada 0 (sifar) pelepasan dan akan
berfungsi menggunakan motor elektrik atau sistem hidrogen.
- lebih ruang. Mereka tidak akan mempunyai mekanisme enjin pembakaran dalaman yang
besar. Pada masa akan datang, kereta akan menggunakan semua ruang ini dalam reka
bentuk dalaman, untuk kemudahan penumpang.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
358
- keselamatan maksimum. Sistem Pengangkutan Pintar akan dipasang pada kereta
masa depan mempunyai kelebihan berikut:
- mengekalkan jarak yang selamat dengan objek lain semasa mereka bergerak.
- berhenti automatik.
- tempat letak kenderaan sendiri.
c. Kepentingan Kursus Kepemimpinan Belia
S1 Mengapakah Kursus Kepemimpinan Belia penting?
J - Golongan belia merupakan pelapis pemimpin negara.
- Mereka memperoleh ilmu untuk menjadi pemimpin yang baik
- Persediaan untuk menjadi warganegara yang berguna.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M