The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34345002, 2021-11-26 20:30:53

SKEMA JAWABAN BUKU TEKS BM TINGKATAN4 KSSM

SKEMA BUKU TEKS BM TINGKATAN 4 KSSM

Keywords: JAWABAN BUKU TEKS BM TING 4

250

TEMA 14 - SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU

IKRAR ANDA, HARAPAN MEREKA (HALAMAN 190 - 191)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang
betul dan gramatis.

AKTIVITI 1 - Teliti dan jelaskan isu yang terkandung dalam bahan.

Bahan 1 - Fakta dan Prosedur Pendermaan Organ dan Tisu di Malaysia.

1. Setiap individu berpotensi untuk menjadi penderma organ dan tisu termasuklah pesakit yang
mati otak.
2. Sebelum menderma, individu berkenaan akan dirujuk ke Pusat Sumber Transplan Nasional
untuk dibuat penilaian sama ada individu tersebut sesuai untuk menjadi penderma atau tidak.
3. Sekiranya individu tersebut berpotensi, sesi kaunseling dengan ahli keluarga penderma akan
dijalankan.
4. Keizinan secara bertulis diperlukan daripada keluarga.
5. Pendermaan organ dan tisu yang terdiri daripada kes bunuh diri, kemalangan dan kes bunuh,
keizinan daripada majistret dan polis perlu diperoleh.
6. Pasukan dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Institut Jantung Negara digerakkan
ke lokasi hospital melalui jalan udara atau darat.
7. Proses pembedahan untuk mendapatkan organ dan tisu daripada penderma dijalankan dengan
penuh hormat dan bertatasusila.
8. Akhir sekali, organ yang didermakan tersebut akan dipindahkan kepada penerima di pusat
transplantasi.

Bahan 2 - Statistik Pendermaan Organ antara Tahun 2008 - 2015

1. Statistik pendermaan organ antara tahun 2008 – 2015 merangkumi Penderma Organ dan
Pengikrar Penderma Organ.
2. Sumber daripada Pusat Sumber Transplan Nasional Malaysia menunjukkan berlaku
peningkatan secara berterusan dari tahun 2008 – 2015.
3. Pada tahun 2008, jumlah penderma ialah 26 orang dan terus meningkat menjadi 71 orang pada
tahun 2015
3. Pengikrar Penderma Organ pada tahun 2008 seramai 12,242 orang dan angkanya terus
bertambah menjadi 46,650 orang pada tahun 2015.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

251
Bahan 3 - Isu Pendermaan Organ
1. Pendermaan organ tidak menjejaskan rupa dan tubuh mayat. Pengebumian boleh dijalankan
seperti biasa.
2. Proses pengambilan organ dan tisu untuk transplan hanya dilakukan dengan kebenaran bertulis
waris.
3. Agama Islam mengharuskan pendermaan organ dan tisu setelah seseorang meninggal dunia
manakala agama lain juga membenarkannya.
4. Penderma yang masih hidup hanya boleh mendermakan sebahagian daripada hatinya atau
salah satu buah pinggangnya.

AKTIVITI 2 - Rumuskan isu tersebut dengan jelasnya, kritisnya, dan bernasnya menggunakan ayat
yang gramatis.

Rumusan membincangkan prosedur, statistik dan isu pendermaan organ di Malaysia.
Prosedur pendermaan organ bagi pesakit yang mati otak, dirujuk kepada Pusat Sumber
Transplan Nasional. Penilaian dibuat sama ada penderma sesuai untuk pendermaan organ dan
tisu. Selain itu, sesi kaunseling dengan ahli keluarga penderma dijalankan. Keizinan daripada
majistret dan polis diperoleh bagi kes pendermaan organ yang melibatkan kes kemalangan, bunuh
diri dan kes bunuh. Statistik penderma organ meningkat daripada 26 orang pada 2005 kepada 71
orang pada 2018. Manakala, statistik pengikrar penderma organ juga meningkat menjadi 46 650
pada 2018. Pendermaan organ tidak akan mencacatkan mayat. Selain itu, kerisauan waris
membenarkan pengambilan organ dapat diatasi. Malahan pendermaan organ merupakan tuntutan
agama.
Kesimpulannya, isu pendermaan organ dan tisu harus disebarkan agar penerima organ
dapat menjalani hidup yang sempurna.

(120 patah perkataan)

AKTIVITI 3 - Hasilkan iklan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pendermaan
organ dan tisu.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

252

MITOS PERUBATAN (HALAMAN 192 -193)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP : 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.

AKTIVITI 1 - Baca teks dengan telitinya. Kemudian, ulas pandangan penulis.

Ulasan : 1
Doktor memaklumkan kepada Hasnun bin Rizwan bahawa perubatan moden masih tidak dapat
membuktikan bahawa tabiat kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Hal ini
dikatakan demikian kerana, paru-paru berair sebenarnya disebabkan oleh kegagalan jantung,
jangkitan tuberkulosis, atau masalah paru-paru.

Ulasan : 2
Doktor memaklumkan kepada saudara Ashokkumar a/l Perumal, bahawa tindakan mengambil air
tulang belakang adalah selamat kerana prosedur dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih.
Doktor juga memaklumkan bahawa pengambilan air tulang belakang sangat penting untuk
memberikan maklumat tertentu tentang pesakit yang melibatkan penyakit saraf.

Ulasan : 3
Doktor menjelaskan kepada Puan Hajah Rashidah binti Baharom bahawa makanan tambahan
tidak boleh menggantikan ubat. Doktor juga menasihati Puan Hajah Rashidah supaya berhati-hati
semasa membeli produk makanan tambahan kerana kebanyakan makanan tambahan tidak diuji
secara menyeluruh akan keselamatannya.

Ulasan : 4
Doktor menjelaskan kepada Jaklin Juanis Konsoi bahawa parasetamol hanya kekal di dalam
badan selama beberapa jam sahaja dan diurai oleh hati, sebelum disingkirkan melalui air kencing.
Oleh itu, kita tidak perlu risau untuk mengambil parasetamol sebagai ubat untuk mengurangkan
kesakitan seperti sakit kepala, sakit gigi, serta menurunkan suhu badan.

ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa, susunan songsang dan
ayat majmuk dengan betul mengikut konteks.

AKTIVITI 2 - Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan songsang dan ayat
majmuk yang terdapat dalam petikan

 Jawapan rujuk buku teks halaman 241 dan 242

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

253
AKTIVITI 3 - Tulis soalan kepada pakar perubatan. Soalan tersebut mestilah mengandungi ayat
tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan songsang dan ayat majmuk

SOALAN 1
Doktor,
Saya wanita berumur 23 tahun dan mendapati rambut saya ada rambut keriting padahal rambut
sebenar saya lurus. Ada yang mengatakan rambut itu dipanggil rambut gatal. Boleh saya tahu apa
punca dan cara menyelesaikan masalah rambut tersebut?

SOALAN 2

Doktor,
Saya wanita berumur 26 tahun, saya kerap mengalami mata berpinar. Penglihatan saya akan
terganggu dan tidak selesa kemudian kepala saya akan sakit. Sangat risau saya akan hal ini.

SOALAN 3
Doktor,
Saya wanita 20-an. Saya mengalami masalah sukar mendapatkam tidur yang lena. Saya keletihan.
Setiap malam apabila bersendirian saya akan rasa sedih dan merasakan saya manusia tak
berguna untuk sesiapa. Saya perasan berat badan saya menurun. Saya tidak berminat melakukan
lagi perkara yang dahulunya sangat saya suka. Mood saya senang berubah. Kerap menjadi
seorang yang pemarah walaupun hal kecil. Apabila ada peluang saya lebih suka menyendiri. Saya
pernah melarikan diri dan mencederakan diri saya sendiri. Apa yang patut saya buat? Saya buntu.
Setiap kali saya jadi begini saya akan fikir untuk bunuh diri oleh sebab saya fikir orang sekeliling
saya lebih bahagia tanpa saya. Saya perlukan penjelasan. Terima kasih doktor.

SOALAN 4

Doktor,
Saya mengalami masalah kekurangan vitamin B akibat diet ekstrim yang saya amalkan. Namun,
saya sudah berhenti mengamalkan diet itu dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya
juga mengambil vitamin B kompleks dalam dos yang kecil dan minimum. Berapa lamakah masa
yang diperlukan untuk bebas daripada kesan kekurangan vitamin B ini? Berapakah dos yang
disyorkan bagi pesakit yang kekurangan vitamin B ini?

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

254

AKTIVITI 4 - Dengan merujuk pelbagai bahan, jelaskan perbandingan antara perubatan alternatif
dengan perubatan moden.

Perubatan Alternatif Perubatan Moden

Rawatan dibuat di premis selain klinik dan Rawatan dilakukan di klinik atau hospital

hospital. kerajaan atau swasta.

Matlamat perubatan alternatif Matlamat perubatan moden menyembuhkan

menyembuhkan penyakit, mencegah penyakit, mencegah daripada berlakunya

daripada berlakunya penyakit, dan penyakit, dan menambah baik tahap

menambah baik tahap kesihatan atau kesihatan atau sekurang-kurangnya

sekurang-kurangnya mengekalkan kesihatan mengekalkan kesihatan yang sedia ada

yang sedia ada.

Perubatan alternatif menganggap bahawa Perubatan moden menganggap bahawa

penyakit ialah akibat ketidakseimbangan penyakit disebabkan oleh agen seperti

antara diri dan persekitaran, yang bakteria dan virus yang berasal dari luar

kebanyakannya disebabkan oleh gaya hidup. tubuh, oleh kecederaan dan juga proses

degenerasi.

Individu dirawat secara menyeluruh dan Penyakit biasanya dirawat melalui ubat-

fungsi badan dilihat sebagai suatu gabungan ubatan dan pembedahan.

yang harmonis dan seimbang antara jasad,

akal dan roh. Rawatan juga menekankan

tanggungjawab individu dalam mengekalkan

kesihatan yang baik.

Kejayaan perubatan alternatif merawat Perubatan moden masih gagal merawat

pesakit kronik sehingga sembuh sukar dengan sempurna beberapa jenis penyakit,

diterima dan masih dianggap sebagai khususnya penyakit-penyakit kronik.

kebetulan kerana tidak dapat dibuktikan Perubatan moden hanya berjaya merawat

secara saintifik. Selain itu, ubat-ubatan yang gejala penyakit, tetapi bukan punca penyakit.

digunakan juga diragui keselamatannya.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

255
VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT (HALAMAN 194 - 195)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

AKTIVITI 1 - Analisis perenggan teks di bawah ini, sama ada mempunyai kejituan idea atau tidak.
Berikan alasan.

Aktiviti :
1. Guru dan pelajar berbincang tentang syarat kejituan idea dalam penulisan (Info Bestari ms 195)
2. Murid secara berkumpulan diminta membincangkan kejituan idea pada satu perenggan yang
dipilih (forum ms 194). Pelajar diminta menggarisi idea utama bagi setiap perenggan.
3. Murid membetulkan dan menulis semula teks tersebut sekiranya idea perenggan tersebut tidak
jitu.
4. Murid membandingkan jawapan mereka dengan jawapan kumpulan lain.
5. Murid dalam kumpulan membincangkan kerangka perenggan isi yang mempunyai idea yang jitu
tentang aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat. (pengukuhan)

AKTIVITI 2 - Bagi perenggan yang ideanya tidak jitu, betulkan dan tulis teks tersebut semula,

Kemudian, bandingkan jawapan anda dengan jawapan rakan anda.

Contoh Jawapan Aktiviti 2
Kesatuan perenggan:

- Menjurus satu idea sahaja iaitu tentang leptospirosis (pengenalan)

- Pengenalan / pendahuluan yang memadai kepanjangannya.

Kepaduan:

Tan Mei Jia - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.

Perkembangan:

- Perkembangan lengkap dan memadai.

- Namun contoh cara penyebaran leptospirosis kurang lengkap,

sepatutnya terdapat vektor lain seperti anjing, babi dan lembu.

Kesatuan perenggan:

- Menjurus satu idea iaitu tentang punca leptospirosis berlaku.

Kepaduan:

- Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.

Kalaiwani - Bermula dengan idea utama iaitu punca, contoh haiwan , cara
penyebaran dan cara manusia dijangkiti.

Perkembangan:

- Perenggan yang lengkap dengan idea utama dan huraiannya.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

256

Haji Alias Kesatuan perenggan:
- Dua idea iaitu simptom dan kesan , tetapi masih berkaitan dan boleh
digabungkan perbincangannya.

Kepaduan:
- Ayat pertama dan kedua tentang cara rawatan secara umum.
Sepatutnya diletakkan pada akhir perenggan sebagai rumusan
perenggan, atau buat perenggan baru.

Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.

Contoh Jawapan Aktiviti 3 (pembetulan pada perenggan):
Tan Mei Jia Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkan oleh tikus

dan haiwan lain seperti anjing, babi dan lembu melalui air atau tanah dan

menjangkiti manusia melalui kulit, mata, hidung atau makanan. (penambahan

fakta)

Haji Alias Ayat pertama dan kedua letak pada akhir ayat sebagai rumusan perenggan.

AKTIVITI 3 - Huraikan aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat.

Contoh Jawapan Aktiviti 5 : Aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat dan
langkah mengatasinya. (pengukuhan) – fokus tentang kejituan idea

Ayat topik Kebersihan tandas dan bilik air di rumah
Mengapa Sikap mementingkan diri sendiri dan mengharapkan orang lain
Bagaimana membersihkannya.
Contoh Setiap ahli keluarga mesti mempunyai kesedaran untuk memastikan tandas
sentiasa bersih.
Kesan
Rumusan - Bersihkan tandas sekurang-kurangnya menjirus air setelah
digunakan.

- Membersihkan tandas dengan memberus lantai, dinding dan
mangkuk tandas dengan bahan pencuci antibakteria seminggu
sekali.

- Secara individua atau gotong-royong / bergilir-gilir.
( peribahasa bagai aur dengan tebing)

Tandas menjadi bersih, berbau harum , selesa digunakan dan tiada
jangkitan kuman
Ahli keluarga berperanan penting bagi memastikan kebersihan tandas dan
bilik air di rumah.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

257
Aspek kebersihan lain:
1. Kebersihan diri sendiri
2. Kebersihan kawasan luar rumah
3. Kebersihan dapur rumah
4. Kebersihan penyediaan makanan
5. Kebersihan kawasan taman rekreasi / permainan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

258
DEBU-DEBU DI UDARA (HALAMAN 196 - 197)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan
soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, bina dan senaraikan soalan yang sesuai dari segi jenis dan
situasi. Kemudian, jalankan sesi soal jawab.

Contoh sesi soal jawab situasi 1

Cuaca yang kering dan berdebu menyebabkan Fariz menghidapi demam, batuk dan selesema.

Fariz telah pergi ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan. Semasa menunggu untuk

mengambil ubat, seorang mak cik telah mendekati Fariz dan menanyakan beberapa soalan.

Mak cik Assalamulaikum nak. Boleh mak cik tahu nama anak ni?
Fariz Waalaikumussalam. Nama saya Fariz. (menjawab sambil terbatuk-batuk)

Mak cik Mak cik lihat Fariz kurang sihat. Bagaimanakah keadaan kesihatan Faris

sebenarnya?

Fariz Ya, mak cik. Saya bukan sahaja batuk dan selesema, tetapi saya juga demam.

Mak cik Cuaca sekarang panas, kering dan berdebu. Adakah keadaan cuaca yang

menyebabkan Fariz berasa kurang sihat?

Faiz Benar, mak cik. Cuaca sekarang kering dan berdebu. Saya alah dengan debu.

Mak cik Fariz, minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mengekalkan

hidrasi badan. Selain dapat mengelakkan kekeringan pada hidung dan tekak, Faris

juga hendaklah menjauhi tempat yang sesak dengan orang ramai terutama mereka

yang batuk dan bersin.

Faiz Baiklah. Terima kasih atas nasihat mak cik.

Contoh sesi soal jawab situasi 2

Rumah Syafiqah banyak habuk kerana masih dalam proses pengubahsuaian. Oleh sebab
Syafiqah menghidap penyakit asma, dia alah terhadap habuk. Dia mengalami sesak nafas dan
batuk-batuk. Oleh itu, dia tidak hadir ke sekolah selama dua hari. Rakan-rakan telah datang
menziarahinya.

Rakan 1 Bagaimanakah keadaan awak pada hari ini Syafiqah?
Syafiqah Penyakit asma saya semakin sembuh. Bagaimanapun, doktor meminta saya
untuk berehat di rumah sehingga esok.
Rakan 2 Boleh saya tahu, apakah yang menyebabkan awak mendapat penyakit asma?
Syafiqah Rumah saya dalam proses pengubahsuaian. Habuk dan debu berterbangan di

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

259 seluruh penjuru rumah saya. Saya alah terhadap habuk dan debu.
Rakan 3 Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, apakah tindakan lain
Syafiqah Shafiqah menjaga diri daripada terkena penyakit asma lagi?
Tindakan pertama yang saya lakukan ialah saya tinggal bersama dengan nenek
Rakan-rakan saya di rumahnya ini sehinggalah proses pengubahsuaian rumah saya siap.
Syafiqah Selain itu, saya juga mengamalkan terapi pernafasan yang saya peroleh
maklumat ini melalui aplikasi Youtube. Terapi ini apabila dilakukan secara rutin,
dikatakan dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru untuk menampung
dan menyerap oksigen, serta turut mencegah penyakit asma datang
menyerang.
Semoga awak cepat sembuh, Syafiqah.
Terima kasih.

ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui
pelbagai media secara kreatif.

AKTIVITI 2 - Persembahkan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai media
secara kreatif.

1. Murid mempersembahkan pantun Bahaya Habuk secara kreatif melalui pelbagai media seperti
Tik Tok, video, rakaman audio, dan sebagainya.

AKTIVITI 3 - Bagaimanakah cara anda membasmi habuk di rumah? Buktikan cara tersebut
berkesan.

1. Kerap membersihkan rumah agar habuk tidak melekat pada dinding dan peralatan rumah.
2. Gunakan peralatan moden di pasaran seperti alat pembersih udara dan pengion udara

agar udara di dalam rumah menjadi lebih bersih.
3. Menggilap perabot menggunakan cecair khas secara berkala.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

260

MARAH, JANGAN ENGKAU MARAH (HALAMAN 198 - 199)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan
menarik.

AKTIVITI 1 - Baca teks dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam teks tersebut.

Murid membaca teks dan menyenaraikan maklumat menggunakan Borang CHATT:

a. Faktor-faktor berasa marah
i. Faktor luaran yang merangkumi lingkungan sosial dan alam sekitar.
ii. Faktor dalaman yang berkaitan dengan sikap.

b. Kesan-kesan berasa marah
i. Kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat.
ii. Tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina bertambah.
iii. Bertindak agresif terhadap orang yang dimarahi.
iv. Perhubungan silaturahim terjejas.
v. Menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang.
vi. Cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat.

c. Cara-cara mengurus kemarahan
i. Kembali ke posisi normal.
ii. Mendiamkan diri.
iii. Bertenang.
iv. Mengambil masa untuk memberikan maklum balas.
v. Membasuh muka atau mandi.
vi. Mengambil masa yang secukupnya sebelum menjawab sebarang respons.

vii. Berjumpa dengan kaunselor.

AKTIVITI 2- Olah maklumat tersebut dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.

Murid boleh menggunakan aplikasi Canva yang berikut:
i. Infografik
ii. ‘Comic Strip’
iii. ‘Animated Social Media’
iv. ‘Graphic Organizer’
v. Video
vi. ‘Presentations’

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

261
AKTIVITI 3 - Cadangkan cara lain untuk menenangkan diri dan kongsikannya dengan rakan.
1. Murid boleh melaksanakan aktiviti ini menggunakan bahan grafik dalam Aktiviti 2.
2. Cadangan cara lain untuk menenangkan diri :
i. Mendengar muzik kegemaran
ii. Menyanyikan lagu kegemaran
iii. Menjerit sekuat hati
iv. Melakukan solat sunat
v. Beristighfar
vi. Minum minuman sejuk

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

262
PEMULIHAN - WAJAH DAMBAAN HATI (HALAMAN 200)
Analisis kejituan idea teks di bawah ini dan betulkannya.
Aktiviti:
1. Murid membaca petikan Cara Menjaga Kebersihan Kulit (muka surat 200) dan guru bersoal
jawab dengan murid untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang topik yang akan
dibincangkan.
2. Murid diarahkan membentuk 4 kumpulan dan setiap kumpulan diarahkan membuat analisis
teks dengan menggunakan teknik bacaan ACID.
3. Murid menganalisis kejituan idea yang terdapat dalam petikan dan menyusun idea dengan lebih
tepat dan terarah.
4. Murid akan menyusun fakta sebenar dalam bentuk teks rumusan dan mempersembahkan
maklumat berdasarkan bahan bacaan yang betul serta membuat keputusan yang bernas.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

263
Contoh kejituan teks yang telah disusun mengikut keutamaan idea
Perenggan 2 (Idea tentang keperluan mandi untuk kesihatan kulit)
Remaja hendaklah selalu mandi untuk menjaga kebersihan kulit. Tambahan pula remaja
mudah berpeluh. Sabun tidak memudaratkan kulit tetapi jika digunakan berlebihan boleh
menyebabkan kulit menjadi kering. Bagi yang berkulit sensitif, elakkan menggunakan sabun yang
mempunyai wangian dan pewarna kerana boleh menyebabkan radang kulit. Kulit juga mudah
menjadi kering jika kita kerap mandi menggunakan air panas. Pakaian bersih perlu disalin
mengikut keperluan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari untuk menjaga kebersihan
kulit.
Perenggan 3 (Menjurus kepada kepentingan pelembap untuk kesihatan kulit)
Pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi boleh digunakan
untuk disapu pada kulit yang kering. Remaja yang kulitnya berminyak pula tidak perlu
menggunakan sebarang pelembap. Untuk menjaga muka berminyak, bahan penyegar perlu
digunakan untuk menutup liang roma. Penggunaannya boleh menyebabkan kulit kurang
berminyak. Di sekitar kelopak mata pula, bahan pelembap perlu disapu untuk mengurangkan
keradangan kulit mata yang sensitif dan nipis.
Perenggan 4 (Urutan idea yang betul)
Kulit berjerawat ialah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan remaja. Jerawat ialah liang
roma tersumbat dan dijangkiti kuman. Hal ini dikatakan demikian kerana, solekan berminyak boleh
merangsang pembiakan bakteria pada muka serta membuatkan liang roma tersumbat. Justeru,
remaja yang menghadapi masalah jerawat perlu memilih produk penjagaan kulit yang bebas
minyak. Oleh itu, jangan sesekali memicit jerawat kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman
dan meninggalkan parut.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

264
PENGAYAAN - CEGAH SEBELUM PARAH (HALAMAN 201)

AKTIVITI 1 : Baca kenyataan akhbar di bawah dengan telitinya. Kemudian, olah maklumat yang
terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut dalam bentuk grafik.

Jenis-jenis Penyakit, Gejala dan Kesan Akibat Gigitan Nyamuk Aedes

Penyakit Sebaran Gejala/Simptom Penyakit Kesan Penyakit
Nyamuk Aedes - demam panas a) Demam denggi biasa

Denggi

- pening b) Demam denggi berdarah.

- sakit di belakang bebola - boleh membawa maut

mata - mudah lebam

- sakit otot dan sendi - pendarahan di bawah kulit,

- loya dan muntah hidung dan gusi

- ruam - pendarahan pada seluruh

badan

Cikungunya - pening - sakit sendi berterusan

- demam selama beberapa bulan atau

- keletihan tahun.

- loya dan muntah - boleh membawa maut

- sakit otot dan sendi

- ruam

Zika - sakit di belakang bebola - gejala jangkitan zika berlaku

mata secara sederhana atau

- muntah kritikal

- cirit-birit - gejala hilang sendiri tanpa

- sakit pada bahagian perut sebarang rawatan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

265
Demam Denggi, Zika dan Chikungunya di Malaysia

AKTIVITI 2 - Ulas isu dan jelaskan langkah pencegahannya.
Isu Berbangkit
1. Kematian akibat penyakit bawaan nyamuk semakin meningkat setiap tahun.
2. Kesedaran masyarakat tentang kesan buruk penyakit bawaan nyamuk masih rendah.
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Bawaan Nyamuk
1. Melakukan gotong-royong di peringkat taman perumahan dan peringkat kebangsaan melalui

Kempen Perangi Aedes.
2. Melakukan semburan fogging pada waktu petang untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa

yang membawa virus penyakit.
3. Memastikan bekas-bekas makanan yang boleh menakung air untuk pembiakan nyamuk Aedes

ditanam atau dibakar.
4. Kerajaan mengenakan denda terhadap pemilik kediaman yang didapati mempunyai tempat

pembiakan nyamuk Aedes.
5. Gunakan serbuk Abate dalam tangki air atau bekas tadahan air untuk mengelakkan nyamuk

membiak di takungan air.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

266
6. Tutup pintu dan tingkap sekerap mungkin terutamanya pada waktu senja dan subuh atau
pasang jaring penghalang serangga untuk mengelakkan nyamuk Aedes masuk ke dalam
rumah.
7. Elakkan diri daripada berada di luar rumah pada waktu senja dan subuh kerana pada waktu itu
nyamuk Aedes keluar mencari mangsa.
8. Gunakan semburan serangga pembunuh nyamuk atau ubat lingkaran nyamuk elektrik di dalam
rumah.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

267

TEMA 15 - ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI

BAHASA ALAM (HALAMAN 204 - 205)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan
kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis.

AKTIVITI 1 - Hayati karya. Kemudian, ulas kekuatan dan kelemahan karya secara jelas, bernas
dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis.

1. Dari sudut tema KEKUATAN KARYA
Fungsi atau kepentingan tumbuh-tumbuhan/daun

- Kumpulan tumbuhan membentuk susunan yang
seimbang, kelihatan cantik jika terselit bunga-bungaan
pada pokok tersebut.

- Menyegarkan mata, menenangkan fikiran yang
berserabut

- Menjadi penahan ketika ribut atau taufan
- Penawar bagi pelbagai penyakit
- Mengekalkan udara segar
- Mereput menjadi baja

2. Mesej Mesej yang jelas iaitu:
1. Mengajak pembaca menghargai alam sekitar khususnya

tumbuh-tumbuhan.
2. Memberi kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan

dan fungsi tumbuh-tumbuhan terhadap alam dan kehidupan.
3. Menjadikan daun sebagai satu teladan, nampak seperti tiada

apa-apa tetapi jika diperhalusi banyak faedah/manfaatnya.
4. Biarlah kita menjadi seperti daun yang memberikan manfaat

kepada orang lain tanpa disedari.

3. Gaya bahasa 1. Mesej mudah difahami kerana pemilihan diksi dan
penyusunan kata-kata indah menggunakan perkataan yang
mudah tetapi membawa pengertian yang mendalam.
Contoh : formasi yang harmonis - susunan yang seimbang,
pawana - angin, perungkai nyeri - penawar sakit

2. Unsur pengulangan
- Anafora

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

268

4. Penulis Contoh:
1. Bentuk/Ciri-ciri Tumbuh
Tumbuh

Hijau
Hijau

- Pengulangan baris ayat
Contoh: Aku ingin menjadi seperti daun (diulang pada
setiap rangkap)

3. Penggunaan istilah sains
Contoh: fotosintesis, klorofil, stoma bertepatan dengan tajuk
“daun”

1. Bijak mengaplikasi alam sekitar dalam menghasilkan
karya memandangkan isu alam sekitar satu isu yang penting
dan perlu diberikan perhatian.

2. Boleh memberikan idea kepada mereka yang baharu mula
hendak menulis - mengambil benda daripada persekitaran
dengan melihat ciri-cirinya.
KELEMAHAN KARYA

1. Sajak ini agak panjang untuk dijadikan bahan pembelajaran
murid.

2. Bagi murid yang lemah, mereka masih bermasalah untuk
memahami maksud sajak ini dan masih perlu bimbingan
daripada guru.

AKTIVITI 2 - Cari maklumat yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Kemudian cipta sajak.
Maklumat tentang sains dan teknologi

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

269

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/12/769610/manfaat-sains-teknologi-
inovasi-makmurkan-negara

CONTOH SAJAK

Teknologi dan Kemodenan

Teknologi,
Dikau bergerak seiring dengan kemajuan globalisasi

Kewujudanmu mewujudkan sentimen modenisasi
Penggunaanmu mendatangkan perubahan
Peralihan ke arah kemodenan sejagat

Teknologi,
Dikaulah cabang ilmu kepada pencarinya
Penggunaanmu turut dikaitkan dengan sains
Kemajuan ilmu sains menjadi mudah dengan teknologi
Sains dan teknologi menjadi lambang kemajuan minda bangsa

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

270
Teknologi,

Dikau perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya
Kealpaan menggunakanmu

mendatangkan kesan kepada pembangunan bangsa
Kelekaan mempraktikkanmu mewujudkan kemusnahan negara

Sema ada engkau membangun atau memusnahkan
bergantung kepada niat engkau digunakan.

Era Kemajuan
Era ini
Sains dan teknologi menuju kemajuan
Pelbagai kaedah dicipta untuk manusia
Untuk kemudahan dan kemakmuran
Manusia diberi akal dan nyawa
Supaya dapat mencipta
Supaya dapat mengubah
Kehidupan yang lebih sempurna
Sains dan IT
Melengkapi zaman
Ada buruk ada baiknya
Harus diingati harus diawasi
Demi generasi yang bakal memegang dunia

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

271
FUTURIS (HALAMAN 206 - 207)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan kedua-dua bahan, baca dan senaraikan kosa kata yang sukar
ditemukan. Kemudian, cari maksud kosa kata tersebut.

Kosa kata bidang sastera dan teknologi

Bil Kosa kata sukar Maksud

1 menopang menyangga, menahan, menongkat

2 tertancap terpacak

3 kerlingan pandangan mata melirik, lirikan

4 terkedu terkesima, tercengang, termangu-mangu

5 menjegilkan membeliakkan mata

6 lamunan fikiran yang bukan-bukan, angan-angan

7 pemegang taruh pemegang amanah

8 teknologi hijau pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta

sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam

semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan

kesan negatif daripada aktiviti manusia.

9 tenaga solar teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna

daripada cahaya matahari

10 mengecas mengalirkan arus elektrik ke dalam bateri yang lemah

untuk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan

lebih lama

11 glamor daya tarikan yang menakjubkan

12 Internet benda (IoT) jaringan benda fizikal yang dilengkapi sensor atau
(IoT - Internet of Things) penggerak, perisian dan teknologi lain yang bertujuan

untuk menyambungkan dan bertukar data dengan

peranti lain atau sistem melalui Internet.

13 prototaip model pertama yang dibina bagi menghasilkan

sesuatu yang dapat dijadikan asas bagi menghasilkan

model yang lebih baik

14 hentaman hasil (kesan, perbuatan dsb) melanggar dengan kuat

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

272

ASPEK SENI BAHASA

SP: 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik.

AKTIVITI 2- Persembahkan cerpen secara kreatif dan menarik.

1. Murid berbincang untuk mempersembahkan cerpen Pencipta Teknologi dalam bentuk
infografik yang menarik, rakaman video, persembahan multimedia dan sebagainya.
2. Murid mempersembahkan hasil tugasan kepada kelas.

AKTIVITI 3 - Cipta cerpen yang bertemakan futuristik.

CERPEN
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta dicampur dengan imaginasi. Hal ini bermaksud, cerpen ialah
satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan
(imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen adalah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan.
Makna dari segi istilah, cerpen itu ialah cerita pendek.

Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?
 Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya dalam karya

tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan
difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.
 Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen
tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh
pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan
pengajaran dan hiburan.
 Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu
dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada
matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.
 Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya
dan diksi-diksi yang dipilihnya.

Sumber: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111

Cerita futuristik bercerita tentang masa depan. Cerpen ini ditulis pada masa ini, tetapi ceritanya
mengisahkan perihal masa depan. Cerita fantasi seperti ini biasanya, penulis ingin mengetahui
apa-apa yang terjadi pada masa depan dan mengangan-angankannya.

1. Murid boleh membaca contoh cerpen bertemakan futuristik di laman sesawang yang berikut:
http://farhayusalim.blogspot.com/2013/12/cerpen-bertemakan-futuristik.html
http://sitishas.blogspot.com/2013/12/cerpen-tema-futuristik-misi-pulang-ke.html
http://hilmiunderage.blogspot.com/2013/12/cerpen-futuristik.html

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

273
2. Murid mencipta cerpen bertemakan futuristik secara kreatif dan menarik.
3. Sinopsis cerpen bertemakan futuristik. Cerpen Annyss Sophillea terdapat dalam antologi Anak
Laut dan cerpen Hipertensi dalam antologi Sejadah Rindu.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

274
HARGA TEKNOLOGI (HALAMAN 208 - 209)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

AKTIVITI 1 - Kenal pasti kesalahan bahasa dalam bahan. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut.

Bahan : Antara Kepentingan dengan Ancaman

BIL SALAH BETUL
1 Ini kerana Hal ini dikatakan demikian kerana
2 pada masa kini
3 diperolehi pada masa ini / kini
4 di kalangan diperoleh
5 sudut
dalam kalangan
jarak

Bahan 1 : Kegunaan Ketenteraan dan Keselamatan

BIL SALAH BETUL
1 pengawasan pengawas
2 penandaan penanda
3 adalah
4 di mana dron ialah
5 merakamkan yang
6 mangsa merakam
7 setengah musuh
8 Malaysia juga, sesetengah
9 diperkenal Malaysia,
10 yang berkaitan dengan diperkenalkan
di bawah

Bahan 2 : Props Penggambaran Filem

BIL SALAH BETUL
1 sudut tinggi jarak jauh
2 dari daripada
3 prop-prop
4 sebuah prop
sesebuah

Bahan 3 : Servis Penghantaran Barang

BIL SALAH BETUL
1 Di antara Antara
2 menggunakan dengan menggunakan
3 adalah ialah
4 pengguna beli dibeli oleh pengguna
5 yang dengan
6 pengguna-pengguna pengguna

Petikan Berita 1 : PDRM Bakal Guna Teknologi Dron

BIL SALAH BETUL
1 hujung tahun ini pada hujung tahun ini
2 perlaksanaan
pelaksanaan
3 anggota-anggotanya
anggotanya

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U BMSPM

275

4 digunakan antara lain untuk digunakan untuk
5 contohnya seperti contohnya / seperti
6 awam
7 sekitar aman
di sekitar

Petikan Berita 2 : UPM Perkenal Teknologi Pantau Tanaman Guna Dron

BIL SALAH BETUL
1 memperkenal memperkenalkan
2 berpenghasilan
3 menggunakan keberhasilan
4 pantauan dengan menggunakan
5 200 petani
6 di dalam pemantauan
7 kepada 200 orang petani

dalam
pada

Petikan Berita 3 : Guna Dron Cari Aedes

BIL SALAH BETUL
1 usaha perangi usaha untuk memerangi
2 nyamuk-nyamuk
3 ia nyamuk
4 adalah dron
5 tinggi ialah

berisiko

AKTIVITI 2 - Analisis bahan untuk menentukan kejituan idea bahan tersebut.

Menentukan kejituan idea dalam bahan

Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea sahaja iaitu pengenalan tentang dron.
- Pengenalan/ pendahuluan yang memadai kepanjangannya.

Antara Kepaduan:
- Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.
Kepentingan dan
Ancaman Perkembangan:
- Perkembangan lengkap dan memadai sebagai perenggan
pengenalan / pendahuluan.

Kegunaan Kesatuan perenggan:
Ketenteraan dan - Menjurus kepada satu idea iaitu tentang kegunaan dron dalam
aspek ketenteraan dan keselamatan.
Keselamatan
Kepaduan:
- Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

276

- Bermula dengan idea utama iaitu sejarah penggunaan dron,
perkembangan dron, masalah yang timbul dan cara mengatasi
masalah.

Perkembangan:
- Perenggan yang kurang sempurna kerana idea utama tentang
kegunaan dron dalam aspek keselamatan ketenteraan tidak
dihuraikan.

Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea iaitu kegunaan dron sebagai props
penggambaran filem.

Props Kepaduan:
Penggambaran - Ayat kedua tentang kepentingan dron sebagai props
penggambaran filem sepatutnya diletakkan sebagai ayat judul.
Filem - Ayat pertama dijadikan ayat huraian isi.

Servis Perkembangan:
Penghantaran - Idea pokok dan huraian yang lengkap.

Barang Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea iaitu kegunaan dron dalam servis
PDRM penghantaran barang.
Bakal Guna
Teknologi Dron Kepaduan:
- Urutan idea yang teratur dan tidak melompat-lompat.
Guna Dron Cari
Aedes Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.
UPM
Perkenal Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea tentang hasrat PDRM untuk
menggunakan teknologi dron.

Kepaduan:
- Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.

Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.

Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea tentang kegunaan dron untuk mencari
aedes.

Kepaduan: mencari aedes
- Ayat ketiga tentang kegunaan dron untuk
sepatutnya diletakkan sebagai ayat judul.
- Ayat pertama dan kedua ialah ayat huraian.

Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.

Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea tentang kegunaan dron sebagai
teknologi pemantauan tanaman di UPM.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

277

Teknologi Pantau Kepaduan:

Tanaman Guna - Ayat ketiga sepatutnya diletakkan pada akhir penggan sebagai

Dron rumusan perenggan , atau buat perenggan baru.

Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.

AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan dan analisis kejituan idea
dalam bahan tersebut.

1. Murid menerokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan di laman sesawang.
2. Petikan bahan daripada akhbar https://www.utusan.com.my/gaya/2020/10/dron-ganti-tenaga-
kerja-manusia/
3. Analisis kejituan idea dalam petikan di bawah.

Dron ganti tenaga kerja manusia

BERDEPAN Revolusi Perindustrian (IR4.0), sektor pertanian juga perlu bergerak seiring dengan
penggunaan teknologi dalam bidang tersebut.
Salah satunya adalah penggunaan dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam industri
penanaman padi bagi menggantikan kaedah penyemburan racun serangga secara manual.
Kaedah yang semakin popular itu bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan tenaga
kerja malah membantu petani menjimatkan kos dan masa.
Namun, tidak semua termasuk dalam kalangan anak muda yang mahir dengan penggunaan
teknologi itu yang memerlukan teknik yang betul mengendalikan dron khususnya dalam bidang
pertanian.
Menyedari keperluan itu, Kolej Komuniti Arau dengan kerjasama Woegar AG (M) Sdn. Bhd.
mengadakan kursus pengendalian dron bagi Agriculture Pilot Drone (APD) selama empat hari
pada 11 hingga 14 September lalu.
Seramai 23 peserta terdiri daripada pelajar kolej tersebut menyertai kursus yang memberi
pendedahan kepada mereka mengenai kaedah mengendalikan dron, pemasangan, penggunaan
Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan cara menerbangkan dron.
Pengarah Urusan Woegar, Mohd. Shazwan Suban berkata, sepanjang tempoh kursus tersebut,
peserta menunjukkan komitmen yang cukup tinggi untuk belajar teknologi berkenaan.
Malah katanya, dalam masa singkat sahaja, rata-rata peserta juga sudah boleh mengendalikan
dron termasuk daripada segi pemasangan dan penggunaan GPS.
Kata Mohd. Shazwan, pihaknya memberi pendedahan dari semua aspek bermula dengan
pengenalan mengenai teknologi dron dalam pertanian, cara pemasangan sehinggalah kerja-kerja
menerbangkan dron.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

278
“Melihat kepada kesungguhan peserta, mendorong kita menganjurkan kursus seperti ini dalam
skala yang lebih besar lagi selepas ini iaitu mengumpul pelajar daripada kolej komuniti seluruh
negara menyertainya.
“Penggunaan dron khususnya dalam bidang pertanian pada masa ini dilihat penting bagi
menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang berminat dalam sektor pekerjaan
berasaskan teknologi,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd. Shazwan berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan 30 buah dron,
lengkap dengan tenaga pengajar bagi membantu petani atau sesiapa sahaja belajar
mengendalikan peranti tersebut.
“Seperti semua sedia maklum IR4.0 bakal memberi kesan kepada sektor pertanian. Selaras
dengan itu, pihak Woegar mengambil inisiatif untuk bergerak seiring dengan perkembangan
revolusi tersebut dengan menyediakan perkhidmatan dron untuk pertanian.
“Selain perkhidmatan dron untuk tujuan penyemburan racun serangga ini, kita juga membantu
mereka belajar menguasai penggunaannya.
“Sudah tiba masanya teknologi ini (dron) diperluaskan dalam sektor pertanian kerana ia bukan
sahaja lebih berkesan untuk tanaman malah menjimatkan masa dan kos. Setiap musim, kita
memerlukan enam kali atau lebih proses menyembur racun ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Arau, Surizan Romli berkata, kursus tersebut
membantu memberi pendedahan kepada pelajar menguasai teknologi tersebut.
“Diharap pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Kolej Komuniti Arau turut mengadakan kerjasama strategik bersama Woegar dan
Ikhwan Afifi Resources Agro Sdn. Bhd. bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar kolej
berkenaan.
Selain itu, enam peserta yang menyertai kursus tersebut turut telah ditawarkan pekerjaan dengan
Woegar sebagai pemandu atau pilot dron.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

279
Kelebihan dron
» Mengurangkan penggunaan tenaga kerja, menjimatkan masa serta penggunaan input pertanian
dalam jangka masa panjang.
» Sebagai contoh, penggunaan dron untuk menyembur racun bagi keluasan satu hektar kawasan
tanaman padi hanya memerlukan masa sekitar 20 minit berbanding kaedah manual iaitu lebih
sejam bagi keluasan sama.
» Bagi keluasan satu hektar kos penggunaan dron adalah antara RM60 hingga RM70 berbanding
membayar upah tenaga kerja iaitu RM120 bagi keluasan sama dan memerlukan masa yang lebih
lama.
Bahan Tambahan:
https://www.jupem.gov.my/jupem18a/assets/uploads/images/contents/20200302103558-b22ca-2.-
potensi-penggunaan-drone-di-malaysua-dari-perspektif-aktiviti-geospatial-dan-pengawasan-jupem-
.pdf
https://iluminasi.com/bm/5-cara-teknologi-dron-digunakan-bagi-faedah-kepada-manusia.html
https://www.mywilayah.com/2019/11/faedah-dan-keburukan-dron.html

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

280
MAKAN SAINS, TIDUR SAINS (HALAMAN 210 - 211)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu
perkara secara bertatasusila.

AKTIVITI 1 - Dengan berdasarkan bahan, kemukakan idea yang bernas dan rasional tentang
bahan secara bertatasusila.

PERBINCANGAN BERKAITAN MANFAAT SAINS DALAM KEHIDUPAN MANUSIA :

1. Kemajuan dalam bidang sains dapat memudahkan komunikasi antara manusia. Contohnya,
penciptaan pelbagai alatan komunikasi dan gajet seperti telefon pintar yang menjadi medium
perhubungan yang sangat penting dan berkesan antara manusia.

2. Kemajuan dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi dapat menyumbang kepada
perkembangan industri kesihatan. Contohnya, para saintis dan pakar perubatan telah berjaya
mencipta vaksin Covid-19 yang akan memberikan manfaat kepada manusia di seluruh pelosok
dunia.

4. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dapat meningkatkan martabat sektor pendidikan
negara di mata dunia. Contohnya, negara kita telah dipandang tinggi dengan kejayaan Datuk
Doktor Sheikh Muzaffar yang telah mengharumkan nama negara apabila berjaya menjejakkan kaki
ke angksa lepas. Selepas kejayaan beliau itu, muncul lebih ramai pakar dalam bidang sains
perubatan, bidang astronomi, bioteknologi, kejuruteraan, reka cipta dan sebagainya hasil daripada
galakan dan insentif daripada pihak kerajaan dalam bidang pendidikan.

4. Kemajuan dalam bidang sains dapat memudahkan pergerakan manusia dengan penciptaan
pelbagai sistem pengangkutan awam yang moden, canggih dan laju seperti transit aliran ringan
(LRT), monorel, dan sebagainya.

5. Pelbagai penyelidikan dan inovasi (Research and Development) dalam bidang sains dapat
memulihara dan memelihara alam sekitar. Selain itu, kemajuan dalam bidang bioteknologi dan
teknologi pemakanan juga dapat meningkatkan hasil pertanian dan agrikultur.

6. Sains juga dapat meningkatkan daya kreatif dan kreativiti manusia dengan pelbagai reka cipta
alatan dan keperluan yang dapat membantu memudahkan tugas dalam kehidupan seharian
manusia.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

281
AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan rakan anda tentang satu projek sains yang akan dijalankan.

1. Murid berbincang tentang projek sains yang akan dijalankan.
2. Murid boleh melayari laman-laman sesawang di bawah, untuk mendapatkan idea tentang projek
sains.
3. Layari:
https://www.cikguhailmi.com/2020/03/30-eksperimen-sains-mudah-buat-di-rumah.html
https://www.raihanjalaludin.com/2019/05/contoh-projek-aktiviti-mudah-sains.html

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

282
INOVASI 5G (HALAMAN 212 - 213)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.

AKTIVITI 1 - Baca dan analisis bahan untuk mengenal pasti punca masalah. Kemudian,
kemukakan cadangan penyelesaian secara rasional.

“Teknologi 5G merupakan teknologi jaringan pantas yang mampu mencapai kelajuan 20Gbps. dan
membolehkan inovasi yang canggih seperti robotik, kereta swapandu, rangkaian pintar, bandar
pintar dan pelbagai inovasi lain direalisasikan.”

Punca masalah:
Cabaran yang perlu dihadapi jika teknologi dan inovasi 5G diperluas.

a. Penyalahgunaan media sosial dan Internet
b. Isu kesihatan
c. Isu keselamatan
d. Pergaulan sosial semakin terbatas

Cadangan penyelesaian masalah:
a. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib.
b. Pihak kerajaan mengadakan kempen bagi memberikan kesedaran mengenai fungsi dan
implikasi 5G.
c. Pihak media harus berperanan menyebarkan dan menyampaikan maklumat tepat
kepada masyarakat.

ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat
seruan yang betul mengikut konteks.

AKTIVITI 2 - Kenal pasti jenis-jenis ayat dalam bahan dan bina ayat berdasarkan jenis-jenis ayat
tersebut mengikut konteks. (Jawapan disediakan pada muka surat 242 - 243)

Bina Ayat Contoh Ayat
Jenis Ayat 1. Perkembangan teknologi 5G di Malaysia mampu menjana lebih banyak
peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat.
Ayat Penyata 2. Teknologi 5G mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi
mudah alih kepada masyarakat.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

283

Ayat Tanya 1. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setelah teknologi
5G diperluas?
Ayat Perintah 2. Teknologi 5G mampu mengubah gaya hidup masyarakat, bagaimana?
Ayat Seruan 1. Jangan berlari di kawasan ini.
2. Ibu bapa, mohon pantau penggunaan peranti anak-anak anda.
1. Wah, perkembangan teknologi 5G mampu memudahkan kerja!
2. Syabas, inovasi 5G telah mempercepat proses pembangunan ekosistem
digital di Malaysia!

AKTIVITI 3 - Berdasarkan bahan, cipta bahagian kesudahan cerita menggunakan pelbagai jenis
ayat.

Malah, kita semua harus berganding bahu untuk menghadapi pelbagai cabaran yang timbul
kesan ledakan inovasi 5G ini. Bagaimana segala cabaran 5G dapat diatasi jika kita semua tidak
bersatu? Cabaran seperti isu kesihatan, isu keselamatan, isu penyalahgunaan media sosial dan
Internet serta isu pergaulan sosial yang semakin terbatas perlu ditangani secara bijak oleh semua
pihak. Setiap keputusan dan tindakan harus dilakukan secara berhati-hati umpama menarik
rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak agar tidak ada pihak yang saling
menuding jari.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

284
BACAAN LUAS - BIODIESEL (HALAMAN 214 - 215)

AKTIVITI 1 - Baca bahan dan senaraikan kosa kata yang ditemukan. Kemudian, cari maksud kosa
kata tersebut.

Bil Perkataan Maksud
1 biobahan api Bahan bakar yang tenaganya berasal dari
2 alternatif bahan tumbuhan.
3 bersubsidi Pilihan yang merupakan kemestian
(keharusan); hanya ada satu – hanya ada
4 kualiti udara satu pilihan (jalan) sahaja.
Satu pilihan antara dua kemungkinan
5 pelepasan Mendapat atau diberi subsidi: bas
6 bahan bakar disediakan dengan tambang yang
Mendapat subsidi; dijalankan atau diurus
7 depoh dengan subsidi
Subsidi – bantuan berupa wang atau
kebendaan (biasanya daripada kerajaan)
yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu
- Wang bantuan yang diberikan oleh
kerajaan kepada sesuatu perbadanan
Peringkat kebaikan atau nilai sesuatu: tahap
kecemerlangan (yang tertinggi):
Keadaan di sekitar sesuatu tempat / hawa/
cuaca; buruk baik sesuatu
Darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi,
mutu cuaca / hawa
Perihal melepaskan, pembuangan,
pemecatan, perbuatan atau hal melepaskan
Sesuatu yang dibubuh ke dalam api (seperti
kayu, arang batu, minyak) untuk membakar
Benda yang dipakai untuk membakar (dalam
enjin dll)
Barang-barang yang akan dinyalakan
(seperti minyak tanah dsb)
Gudang atau tempat menyimpan barang-
barang
Pusat latihan untuk rekrut dan pengganti

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

285 Pusat latihan atau pusat pengambilan orang-
orang baru untuk polis atau tentera
8 dilabelkan Dinamakan, dicapkan
9 diadun Digaul, menggaulkan sesuatu campuran
10 penghasilan Perihal menghasilkan , pengeluaran,
Pendapatan, perolehan
Perbuatan menghasilkan; pengeluaran

AKTIVITI 2 - Kenal pasti masalah yang dihadapi. Kemudian, cadangkan idea yang bernas dan
rasional bagi mengatasi masalah tersebut.

MASALAH - Kurang sambutan masyarakat terhadap penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar.

Pihak kerajaan
mengadakan kempen
kesedaran kebaikan
penggunaan biodiesel

Mengadakan promosi CADANGAN Mengadakan
secara besar-besar MENINGKATKAN kerjasama dengan
bagi menjelaskan Persatuan Pengeluar
KADAR Automotif Jepun
faedah biodiesal PENGGUNAAN
BIODIESEL DALAM (JAMA)

KALANGAN
MASYARAKAT

Mengadakan kajian
penggunaan biodiesel sebagai
bahan api kenderaan [MPOB -

Lembaga Minyak Sawit
Malaysia]

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

286
AKTIVITI 3 - Cadangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas penggunaan
biodiesel di Malaysia.
Usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas penggunaan biodiesel di Malaysia.
1. Kerajaan menggesa peserta industri, khususnya syarikat terbabit dalam sektor logistik,
perladangan dan perkilangan menyokong usaha meningkatkan penggunaan minyak sawit secara
domestik melalui biodiesel B10.
2. Kerajaan mengadakan sesi rundingan bersama syarikat pengeluar kenderaan, persatuan
industri pembuatan dan syarikat petroleum.
3. Kerajaan juga telah melancarkan program kerjasama antara FGV dan Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB).
4. Kerajaan mengadakan kerjasama penyelidikan dengan Mercedes-Benz membabitkan 36 bas
komersial menggunakan biodiesel sawit tulen (B100), B50 (adunan 50 peratus biodiesel sawit
dengan diesel) dan B0 (diesel).
5. Komitmen syarikat petroleum, pemain dalam sektor automotif, pengeluar kenderaan dan
pengeluar peralatan asal (OEM) amat perlu.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

287

TEMA 16 - DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN

BELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA (HALAMAN 218 - 219)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang
betul dan gramatis.

AKTIVITI 1 - Teliti bahan yang diberikan dan buat rumusan secara kritis dengan ayat yang betul
dan gramatis.

Bahan 1 :- Belia Harapan Negara

Pembangunan Kendiri Belia haruslah bersedia melengkapkan diri dengan pelbagai

ilmu pengetahuan dan kemahiran. Contohnya, ilmu agama,

sains dan matematik untuk menyumbang kepada

pembangunan negara.

Hubungan Sosial Belia perlu menjalin hubungan sosial yang baik semasa

bergaul dalam kalangan masyarakat majmuk untuk

mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat sentiasa

harmoni.

Identiti Belia wajar sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan tidak

mudah dipengaruhi oleh budaya asing dalam kehidupan

mereka.

Potensi Diri Belia perlu sentiasa meningkatkan potensi diri untuk mampu

berdaya saing.

Kesihatan Belia semestinya mementingkan kesihatan dengan

mengamalkan budaya hidup yang sihat, menjauhi diri

daripada terjebak dalam budaya negatif terutama

penyalahgunaan dadah.

Pendidikan Belia perlu mementingkan pendidikan. Mereka perlu

menuntut ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi demi

kemajuan negara.

Kesejahteraan Ekonomi Belia perlu menceburi peluang pekerjaan untuk menjana

pendapatan diri, keluarga dan menyumbang kepada ekonomi

negara mengikut kelayakan taraf pendidikan mereka.

Keselamatan Belia perlu mengutamakan keselamatan diri daripada

terdedah dengan pelbagai ancaman yang boleh meragut

nyawa seperti kemalangan di jalan raya.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

288

Sosialisasi Politik Belia perlu juga melibatkan diri dalam arena politik secara
matang untuk kesejahteraan hidup dalam sebuah negara
Penggunaan Media yang merdeka.
Belia perlu bijak dalam penggunaan media sama ada media
Waktu Senggang cetak, elektronik mahu pun laman sembang sosial supaya
Bebas Tingkah Laku tidak terjebak dalam pornografi mahupun penyebaran berita
Devian palsu.
Belia perlu sentiasa menggunakan waktu senggang / waktu
terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.
Belia perlu bebas daripada tingkah laku devian (seseorang
yang perangainya menyimpang daripada normal) iaitu tidak
terlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengan norma
masyarakat dalam kehidupan mereka terutama yang
melanggar hukum agama seperti menukar jantina, seks
rambang dan sumbang mahram.

Bahan 2 :-Potensi Diri

Kepimpinan Belia perlu mempunyai keupayaan memimpin, bijak
Berdaya upaya membuat keputusan dan mengendalikan situasi yang sukar.
Sensitiviti /Keprihatinan Belia seharusnya mempunyai kebolehan dan keupayaan
Keusahawanan dalam mendorong seseorang untuk sesuatu yang lebih baik.
Belia juga mestilah mempunyai keprihatinan kepada nilai dan
Kreatif budaya masyarakat serta penjagaan alam sekitar.
Belia perlu menjadi kreatif dan inovatif dalam mencari
peluang dan ruang untuk memaksimumkan sumber yang
ada.
Belia seharusnya mempunyai kemampuan, kebolehan atau
keupayaan untuk mencetuskan idea serta menghasilkan
sesuatu yang baharu dan asli.

AKTIVITI 2 - Hujahkan pendapat anda tentang potensi diri belia untuk diteladani dengan
bernasnya.

Pendapat saya tentang potensi diri belia untuk diteladani ialah belia perlu melengkapkan diri
dengan kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan
nusa bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi. Kegigihan dalam membuat penyelidikan
dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari perlu untuk menghasilkan inovasi agar

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

289
Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain dari segi
R&D (Research anda Development).
Belia bersiap siaga untuk menjaga keamanan negara. Golongan belia digalakkan
menyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan
atau menjadi sukarelawan sahaja. Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdekaan negara malah
mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti menagih
dadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri. Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin
kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan sejarah lama
berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali."
Golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu padu antara
kaum. Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkan sikap
tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain. Belia juga harus bijak menilai
kebenaran berita yang diperoleh kerana dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang
ingin menangguk di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini. Oleh hal yang
demikian, perpaduan amat penting untuk dikekalkan oleh belia demi pembangunan negara yang
berterusan dan rakyat hidup dengan tenang seperti air dalam terenang.
Golongan belia merupakan pewaris kemerdekaan dan penerus kemajuan negara pada
masa hadapan. Mereka perlu memajukan diri, bersikap proaktif dan bersatu tenaga dalam
membangunkan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanggungjawab
yang besar perlu dipikul oleh belia untuk menjadikan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan
Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad suatu realiti.
AKTIVITI 3 - Huraikan potensi diri anda yang mampu menjadi pemangkin pembangunan belia
negara.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

290

Potensi Diri Sumbangan kepada Negara
1. Kepimpinan 1. boleh memikul tanggungjawab yang
- menjadi pengawas, ketua darjah dan diamanahkan kerana sudah ada
sebagainya pengalaman
- sejak di sekolah rendah lagi bakat dikesan 2. mempunyai karisma yang boleh
oleh guru mempengaruhi orang lain
- sifat berani untuk memikul amanah 3. berkeyakinan untuk menyelesaikan
masalah
2. Keusahawanan 1. merancakkan sektor ekonomi negara
- minat berniaga sejak kecil melalui perniagaan yang dijalankan
- lahir dalam keluarga yang berniaga 2. meningkatkan sumber pendapatan
- nampak peluang untuk belajar masyarakat
mendapatkan wang saku melalui 3. memupuk sikap tidak hanya kerja makan
perniagaan dalam talian gaji sebagai sumber pendapatan / mencipta
peluang pekerjaan dan bukan menunggu
peluang pekerjaan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

291

MARI MENGUNDI (HALAMAN 220 - 221)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yang anda pelajari.
Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan merujuk pelbagai sumber.

Bil. Kosa kata Maksud
1 rapat umum perhimpunan besar orang ramai, berapat berhimpunan (dalam
2 manifesto sidang) mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang
pengumuman tentang dasar (polisi, tujuan) sesuatu parti politik /
3 peneraju pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar (tujuan, dll)
4 tonggak sesuatu parti politik sebelum pilihan raya
orang atau pihak yang menerajui / mengetuai
5 penamaan - kayu yang panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf),
6 pemilih - tiang rumah (jambatan),
7 pembubaran - pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri (tunggul),
8 barong SPR - asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan)
- perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan
- perihal pencalonan
pengundi
perihal (tindakan dsb) membubarkan / menghentikan
tempat menyemak senarai pengundi

ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik.

AKTIVITI 2 - Persembahkan cerpen dengan menggunakan bahan multimedia seperti video dan
audio secara kreatif dan menarik.

1. Murid boleh menonton video berkaitan dengan cara mengundi sebagai panduan untuk
mempersembahkan cerpen dalam bentuk bahan multimedia.
2. Pautan video:
https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/galeri-video/jomkitaundi-bagaimana-mengundi
https://youtu.be/clSfvtdima4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

292
AKTIVITI 3 - Terokai pelbagai maklumat untuk mengetahui proses pilihan raya di Malaysia dengan
lebih lanjut.

Rujuk Portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperoleh maklumat lanjut berkaitan
dengan proses pilihan raya: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/penjalanan-pilihan-raya/umum
Aktiviti Tambahan:
Murid dikehendaki membaca halaman 220 dan menyatakan proses pilihan raya di Malaysia dalam
peta alir.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

293

PEMIMPIN BERKESAN, PENCETUS KEJAYAAN (HALAMAN 222- 223)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang
sesuai.

AKTIVITI 1 - Analisis dan olah bahan untuk menghasilkan penulisan dengan menggunakan ayat
yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

 TUNKU ABDUL RAHMAN (YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau telah
mengetuai delegasi perundingan untuk kemerdekaan ke London pada tahun 1955. Dalam
pada itu, Tunku telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan British mengenai
Kemerdekaan Tanah Melayu, yang terdiri daripada empat orang wakil Raja-raja Melayu dan
empat orang wakil Parti Perikatan, sekali gus telah meyakinkan Kerajaan British supaya
menetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957. Akhirnya, Tunku telah digelar sebagai
‘Bapa Kemerdekaan’ dan ‘Bapa Malaysia’ atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan
kepada negara ini.

 TUN V.T. SAMBANTHAN (Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan) ialah Presiden Kongres
India Malaya (MIC) bermula pada Mei 1955. Seterusnya, Tun Sambanthan juga turut sama
menyertai delegasi perundingan untuk kemerdekaan di London pada tahun 1955. Jika dilihat
kepada salah satu sumbangannya kepada negara ialah beliau telah menggalakkan
perpaduan kaum dan kesejahteraan rakyat Malaysia melalui program yang dianjurkan ketika
beliau menjadi Menteri Perpaduan pada tahun 1971 hingga 1974. Lain daripada itu, Tun
Sambanthan juga diterima oleh kepimpinan Melayu kerana beliau bersuara dengan tidak
begitu lantang termasuk dalam bidang ekonomi dan lebih cenderung untuk menyuarakan
mengenai hak mengenai budaya dan bahasa.

 TUN TAN CHENG LOCK. Tun Tan Cheng Lock dikenali sebagai pengasas dan Presiden
pertama Persatuan Cina Malaya (MCA). Umum mengetahui bahawa, beliau merupakan
seorang cendekiawan, ahli perniagaan, ahli politik dan seorang yang berpatriotik yang telah
membantu masyarakat Cina memperoleh kewarganegaraan di Malaya. Bukan itu sahaja,
beliau merupakan tonggak utama menyokong kerjasama antara kaum melalui penubuhan
Parti Perikatan yang dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), MCA
dan MIC. Kita mengetahui hakikat bahawa, Tun Tan Cheng Lock merupakan pemimpin
yang disegani dan diterima oleh kaum lain di Tanah Melayu.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

294

ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat
seruan yang betul mengikut konteks.

AKTIVITI 2 - Kenal pasti jenis ayat yang terdapat dalam bahan dan hasilkan dialog.
(Jawapan disediakan dalam muka surat 244)

1. Ayat Tanya: Adakah anda mempunyai pemimpin idaman?
2. Ayat Perintah: Tolonglah turun padang, berjumpa rakyat jelata seperti kami.
3. Ayat Perintah: Ambil tahu tentang keperluan kami.
4.Ayat Tanya: Bagaimanakah seorang pemimpin dapat memimpin organisasi dengan berkesannya?
5. Ayat Penyata: Pada pendapat saya, pemimpin yang memimpin organisasi dengan berkesannya
perlu memiliki wawasan yang jelas untuk organisasinya.
6. Ayat seruan: Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pemimpin yang memiliki kriteria seperti
ini!
7. Ayat Perintah: Berilah sokongan dan bimbingan agar kami dapat mengutip ilmu dan
pengalaman sebagai persediaan pada masa hadapan.

Contoh Dialog Adakah kalian mempunyai pemimpin idaman?
Ramli Ya, kami mempunyai pemimpin idaman yang sentiasa menolong dan turun
Ah Chong dan Devi padang, berjumpa dengan rakyat jelata seperti kami ini.
Apakah ciri-ciri pemimpin idaman kalian?
Ramli Ciri-ciri pemimpin idaman saya ialah prihatin dan berjiwa rakyat.
Ah Chong Betul tu Ah Chong, dan sentiasa mengambil tahu tentang keperluan kita
Devi semua.
Bagaimanakah seorang pemimpin dapat memimpin organisasi dengan
Ramli berkesannya?
Pada pendapat saya, pemimpin yang memimpin organisasi dengan
Devi berkesannya perlu memiliki wawasan yang jelas untuk organisasinya.
Saya ingin sangat-sangat mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Ah Chong pemimpin yang memiliki kriteria seperti ini!
Betul tu! Saya pun ingin ucapkan tahniah kepada pemimpin yang berintegriti
Ramli ini.
Saya berharap agar pemimpin kita dapat memberikan sokongan dan
Devi bimbingan agar kita dapat mengutip ilmu dan pengalaman sebagai
persediaan pada masa hadapan untuk menjadi seorang pemimpin.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

295

AKTIVITI 3 - Hasilkan kajian tentang sumbangan tokoh pemimpin di tempat tinggal anda.

Siti Khadijah: Wanita dan Ekonomi Berpisah Tiada
JUMAAH NUWAIRAH BIN MUHAMMAD
[email protected]

PENGENALAN
Datuk Seri Hajah Siti Khadijah binti Musa tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di daerah
Pasir Mas, Kelantan. Panggilan mesra ‘Kak Jah’ tidak kira peringkat umur, keturunan atau bangsa,
pasti akan mengenali beliau yang mempunyai rangkaian ekonomi di sekitar bandar Pasir Mas ini.
Dengan memiliki nama ‘Khadijah dan Anak-Anak’, wanita ekonomi ini mampu memberikan ratusan
peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di daerah ini bagi meningkatkan taraf sosial keluarga.
Dengan kudrat sebagai seorang wanita, Siti Khadijah mampu membina empayar perniagaannya
dengan jayanya walaupun pelbagai badai yang melanda diri dan keluarganya. Hasil daripada
ekonomi perniagaan yang menguntungkan ini, beliau telah menabur bakti menyemai budi kepada
masyarakat di negeri ini. Sememangnya, sudah tidak asing lagi buat masyarakat di sini apabila
pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi membangunkan ummah. Prinsip hidupnya, rezeki perlu
dikongsi telah menyebabkan ribuan kaum wanita mengikut jejak langkahnya untuk membantu
golongan yang memerlukan.

LATAR BELAKANG TOKOH
Datuk Hajah Siti Khadijah Musa dilahirkan pada 28 Ogos 1946 di Kampung Kedai Repek, Pasir
Mas, Kelantan. Ibunya bernama Saudah binti Yasa’ dan ayahnya bernama Musa bin Daud. Siti
Khadijah telah berkahwin dengan Muhammad Noor bin Ismail dan dikurniakan enam orang cahaya
mata, empat lelaki dan dua perempuan. Keenam-enam anak juga telah berjaya dalam bidang
masing-masing dan mempunyai kerjaya yang tetap. Beliau telah memulakan perniagaannya sejak
berumur 18 tahun lagi, namun perniagaannya ketika itu dalam skala yang kecil. Setelah tamat
belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Khadijah telah melebarkan sayap
perniagaannya dengan jumlah modal yang lebih besar. Pasang surut perniagaannya tidak menjadi
penghalang untuk menghalangnya daripada terus mengembangkan perniagaannya. Sehingga kini,
pelbagai bidang perniagaan yang diceburinya telah membuahkan kejayaan yang berlipat kali
ganda sehingga mampu membina empayar perniagaannya yang tersendiri.

SUMBANGAN TOKOH
Pelbagai sumbangan dan jasa telah ditabur oleh Datuk Seri Hajah Siti Khadijah ini kepada
masyarakat. Antaranya ialah, pembinaan Dewan Sekolah, Sekolah Menengah Sri Setia Repek,
Masjid Siti Khadijah, Kompleks Bazar Siti Khadijah (khas untuk golongan wanita berniaga), Dewan
Masyarakat Siti Khadijah, Rumah Anak-Anak Yatim Siti Khadijah, Rumah Seri Kasih Siti Khadijah
(Rumah Warga Emas), Pusat Pembangunan Pendidikan al-Quran (Tahfiz) Ummi Siti Khadijah,

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

296
Gelanggang Futsal Siti Khadijah, Pusat Pembangunan Perkembangan dan Kemahiran Wanita /
Ibu Tunggal Siti Khadijah dan Ladang Pertanian dan Penternakan Siti Khadijah. Dengan
pembinaan dan pembangunan sosial ini, telah memberikan ribuan peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat sekali gus merancakkan pembangunan sosial ekonomi masyarakat. Hasil
keuntungan perniagaannya diinfaqkan kepada ummah kerana beliau yakin dan percaya,
sumbungan kecil ini dapat memberikan keselesaan dan manfaat kepada masyarakat di samping
menjadi lubuk pahala kepada beliau sekeluarga.
ANUGERAH DAN PENCAPAIAN
Datuk Seri Hajah Siti Khadijah telah dikurniai Pingat Jasa Negara yang telah membawa gelaran
‘Datuk Seri’ oleh Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan
beberapa pingat persekutuan dan negeri. Beliau juga turut mendapat anugerah Tokoh Usahawan
Wanita pada tahun 2015 dan Tokoh Ibu Mithali tahun 2012. Dengan anugerah dan pencapaian ini
telah memberikan semangat kepada Datuk Seri Hajah Khadijah untuk terus membantu
masyarakat agar kehidupan mereka seperti insan yang lain.
PENUTUP
Sifat kepimpinan dan perkembangan perniagaan Datuk Seri Hajah Siti Khadijah Musa ini dapat
menjadi motivasi kepada masyarakat terutamanya kepada golongan wanita. Hal ini dikatakan
demikian kerana, golongan wanita sering berasa ditindas dan tidak mampu bersaing dengan
golongan lelaki namun hakikat yang sebenarnya ialah usaha yang gigih merupakan kunci utama
kepada sesebuah kejayaan. Tanpa usaha, kejayaan pasti tidak akan berhasil kerana kegigihan
merupakan landasan utama untuk seseorang mencapai kejayaan. Jantina bukan lagi penghalang
untuk berjaya tetapi komitmen dan jati diri yang kukuh akan memberikan pulangan yang terbaik
dalam sesebuah kehidupan di dunia yang fana ini.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

297

KECINDAN PEMIMPIN (HALAMAN 224 - 225)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan
kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis.

AKTIVITI 1 - Kenal pasti kekuatan dan kelemahan karya. Kemudian, sampaikan ulasan dengan
bahasa yang gramatis.

Anekdot 1
KEKUATAN
1. Anekdot ini memenuhi ciri-ciri sebuah anekdot kerana terdapat unsur lelucon di dalamnya iaitu
apabila watak Afiq anak bongsu Tuk Ketua memberikan satu sen kepada Muthu setelah Muthu
mengadu kepada Tuk Ketua tentang sawahnya yang tidak menjadi kerana serangan siput
gondang selain anaknya di universiti yang memerlukan wang.

2. Kekuatan juga dapat kita lihat daripada pengajaran yang terdapat dalam anekdot ini iaitu kita
hendaklah sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Hal ini dapat kita lihat pada watak
Tuk Nasmi seorang ketua yang baik kerana sedaya upaya cuba menyelesaikan pelbagai masalah
anak-anak buahnya.

3. Selain itu, pengajaran lain yang dapat kita peroleh ialah kita seharusnya membantu orang lain
semampu yang boleh juga dapat kita lihat pada watak Afiq yang sedaya upaya ingin membantu
Muthu walaupun hanya seorang kanak-kanak.

KELEMAHAN
1. Anekdot yang terlalu ringkas. Pembaca belum sempat menghayati dan dibuai perjalanan cerita
sudah sampai ke penyelesaiannya. Kepanjangan anekdot yang sesuai membuatkan pembaca
berasa teruja dan puas.
2. Unsur saspens agak menarik namun pada masa ini duit syilling 1 sen sudah tiada di pasaran.
Agak tidak relevan terutama untuk pembaca remaja
3. Pengajaran kurang memberikan impak. Hanya mahu memberitahu kejujuran seorang kanak-
kanak yang sememangnya memang begitu sifat mereka. Pengajaran seharusnya membekas dan
terkena pada batang hidung pembaca atau pembaca mengiyakan bahawa pengajaran itu jelas dan
perlu diketengahkan.

ANEKDOT 2

KEKUATAN
1. Kekuatan anekdot yang kedua ini adalah menepati ciri-ciri anekdot . Antaranya, mempunyai
unsur lelucon yang sangat menghiburkan melalui peristiwa ketika Zali memberitahu Tuk Ketua

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

298

Nasmi bahawa Lebai Alang terbang yang difikirkan oleh Tuk Ketua Nasmi Lebai Alang betul-betul
terbang, rupanya Lebai Alang tersedar dari tidur lalu ambil wuduk dan terus bang kerana disangka
telah masuk waktu asar.

2. Terdapat juga pengajaran yang diterapkan daripada anekdot kedua ini iaitu sebagai ketua kita
hendaklah sentiasa cuba menangani permasalahan anak-anak buah kita.Sebagai contohnya Tuk
Ketua Nasmi sentiasa cuba melayani masalah anak-anak buahnya

KELEMAHAN
1. Dari aspek pengajaran, kiasan yang diketengahkan kurang jelas . Hanya salah faham masalah
sebutan. Isu yang diutarakan kurang memberikan impak yang besar.

ANEKDOT 3

KEKUATAN
1. Kekuatan dalam anekdot yang ketiga ini ialah unsur lelucon yang diketengahkan oleh
pengarang yang nampak bersahaja namun membawa maksud yang mendalam. Perkara ini
digarap melalui watak Afiq apabila ayahnya Tok Ketua Nasmi menyemak kerja sekolahnya dan
didapati bukunya itu kosong lantas ayahnya memarahi Afiq oleh sebab dia tidak membuat kerja
sekolah yang diarahkan oleh guru, namun Afiq memaklumkan bahawa buku tersebut buku latihan
jawi dan bermula dari belakang.

2. Kekuatan lain yang terdapat dalam anekdot ini ialah unsur pengajaran yang diselitkan oleh
penulis melalui watak Tok Nasmi. Walaupun beliau sibuk dengan tugasnya sebagai ketua
kampung dan menguruskan masalah anak-anak buahnya, namun beliau tetap melunaskan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan makan malam bersama keluarganya dan
menyemak buku latihan anaknya.

3. Pengajaran lain ialah Tok Ketua Nasmi mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

KELEMAHAN
1. Dari aspek kepanjangan anekdot yang ketiga ini terlalu ringkas. Pembaca belum puas untuk
mengamati suasana yang diketengahkan.

2. Selain itu watak Afiq sebagai anak yang berusia 6 tahun, sudah pandai memperlekeh-lekehkan
ayahnya “Apalah ayah ini” sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Penulis seharusnya
memaparkan unsur-unsur yang lebih lembut dengan menunjukkan kata-kata yang lebih bersifat
menghormati orang yang lebih tua.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

299
AKTIVITI 2 - Hasilkan anekdot tentang kepemimpinan dan minta rakan anda mengulas kekuatan
dan kelemahan anekdot tersebut.
Cikgu Zainal masuk ke kelas 5 Cemerlang dengan tergesa-gesa. Setelah semua murid
mengucapkan selamat sejahtera. Cikgu Zainal memanggil Kelvin selaku ketua tingkatan kelas
tersebut. “Kelvin, berapa orang murid yang hadir hari ini?” ”Saya nak masukkan dalam e-
Kehadiran”. Tanpa bertangguh Kelvin mengira semua murid yang hadir di kelas itu. “Semua yang
hadir 25 orang cikgu. “Eeeeiii...tapi yang tak hadir dua orang sahaja dan sepatutnya ada 26 orang
oleh sebab semua murid ada 28 orang, kata Cikgu Zainal. “Sambil menggaru-garu kepalanya
Kelvin mengira semula murid yang hadir tetapi masih mendapat jumlah yang sama iaitu 25
kesemuanya. Akhirnya Cikgu Zainal sendiri yang mengira jumlah murid di kelas itu dan juga
mendapat 25 orang. Tiba-tiba dia memandang Kelvin, “Awak dah kira diri awak Kelvin?” Kelvin
menggeleng-gelengkan kepalanya. Cikgu Zainal ketawa diikuti dengan Kelvin dan murid-murid
yang lain.
KEKUATAN
1. Hubungan yang akrab antara watak iaitu antara murid dengan guru dapat dilihat melalui watak
Cikgu Zainal dengan murid-muridnya.
2. Nilai tanggungjawab yang digarap melalui watak Kelvin iaitu sebagai ketua yang akur dengan
arahan gurunya.
KELEMAHAN
1. Unsur lelucon yang sangat bersahaja mungkin menyebabkan pembaca kurang terhibur.
2. Perbuatan mentertawakan orang lain merupakan sikap yang tidak seharusnya dilakukan kerana
perkara itu boleh mengaibkan orang tersebut.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M


Click to View FlipBook Version