200
YAKIN, PASTI BOLEH! (HALAMAN 152 - 153)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang
pendidikan dan kerjaya dengan yakin.
AKTIVITI 1 - Kenal pasti maklumat yang terdapat dalam bahan.
AUTOMOTIF
Kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombak rawat dan membaik pulih
kenderaan yang melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem
penghantaran, sistem brek, sistem penyaman udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering.
BIOTEKNOLOGI
Kursus yang memberikan pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi untuk peningkatan
kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan teknik di
makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan asid
deoksiribonukleik (DNA) atau proses berasaskan pengkulturan tisu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
201
SENI BINA LANDSKAP
Murid akan didedahkan kepada kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan
yang sesuai serta cara-cara untuk menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan
mempelajari cara-cara menggunakan peralatan yang sesuai dan cara-cara untuk membuat
lakaran.
ELEKTRONIK
Kursus yang memberikan penekanan dalam aspek mentafsir dan mengenal pasti simbol,
komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan
elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa,
sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.
SENI REKA FESYEN
Kursus ini menyediakan murid kepada aspek klasifikasi, jenis dan alatan jahitan serta fabrik dan
tekstil, memberikan pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian
dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
BAKERI DAN PASTRI
Kursus ini menawarkan murid program-program yang berkaitan dengan penghasilan dan
penyediaan roti, kek dan manisan, Coklat, pastri, pencuci mulut, donut, pau, piza, membuat dan
menghasilkan resipi baharu serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.
PEMPROSESAN MAKANAN
Kursus akan dijalankan secara hands-on (amali) untuk memastikan murid benar-benar mahir dari
segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan
Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, murid akan didedahkan dengan kaedah menjalankan
perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan,
pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan.
AGROINDUSTRI TANAMAN
Kursus ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman,
mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi
(kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis) serta aktiviti lain yang berkaitan dengan
industri tanaman dan juga merangkumi aspek penuaian hasil dan pemasaran.
ELEKTRIK
Kursus yang menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus terus (direct current @ DC) dan arus
ulang alik (alternating current @ AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik
domestik dan industri, kawalan motor, penyelenggaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir serta
memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.
KOSMETOLOGI
Kursus ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan,
penggayaan rambut, seni mekap/solekan, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan,
pengurusan dan pengoperasian salon/kedai gunting rambut.
SISTEM KOMPUTER
Kursus ini menyediakan murid kepada aspek asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian
dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan
dan integrasi sistem maklumat.
PEMASARAN
Kursus ini memberikan penekanan kepada murid dalam mengenal pasti kaedah, strategi kajian,
promosi dan pengurusan untuk mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil
jualan syarikat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
202
PENGURUSAN PERNIAGAAN
Kursus yang dirangka khas untuk menyediakan murid kepada bidang pemasaran, perakaunan,
operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.
PELANCONGAN
Kursus ini menyediakan murid untuk menghadapi industri pelancongan ini dari aspek pengurusan
acara, pengoperasian agensi pelancongan, peningkatan dan penguasaan dalam bahasa asing
serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.
PEMBINAAN
Kursus ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu. Murid akan didedahkan
kepada bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan
industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik serta pengurusan industri.
PERAKAUNAN
Kursus ini menawarkan murid untuk memahami pengurusan kewangan syarikat seperti
penyediaan buku kira-kira, akaun peruncitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat
analisis tentang prestasi syarikat
KIMPALAN
Kursus yang menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras Piawaian British (BS) atau
mengikut Piawaian Persatuan Kimpalan Amerika (AWS), proses dan teknik, pengelasan bahan
logam dan teknik, tatacara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan,
fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Murid juga akan
didedahkan kepada automasi komputer.
KULINARI
Kursus ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan
dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pastri dan
manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.
PENDIDIKAN KANAK-KANAK
Kursus ini memberikan pendedahan kepada murid dalam aspek perkhidmatan penyediaan pusat
penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga peringkat sekolah rendah. Pengurusan
pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan makanan, keselamatan tempat tinggal dan
pengurusan aset kewangan serta operasi.
PEMESINAN INDUSTRI
Kursus ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal
dan geometri, reka bentuk pembuatan terbantu komputer, mengenal pasti jenis, senarai alatan dan
pengoperasian mesin industri.
HORTIKULTUR
Dalam kursus ini, murid akan didedahkan kepada pengetahuan berkaitan dengan penjagaan dan
penanaman buah, tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga tumbuhan dan
menjualnya jika tanaman tersebut telah mencapai tahap kematangan yang sesuai.
INSURANS
Kursus ini menawarkan cara untuk mengenal pasti jenis, prinsip, fungsi, tatacara, ‘underwriting’,
proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans dan etika serta salah laku dalam
perniagaan insurans.
REKA BENTUK DAN GRAFIK
Kursus ini akan mendedahkan murid kepada aplikasi dan perisian Desktop Publishing, grafik,
pengiklanan, pencetakan, label, konsep pembungkusan yang sesuai untuk media cetak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
203
AKTIVITI 2 - Hasilkan simulasi temu duga antara majikan dengan pencari pekerjaan, iaitu bekas
pelajar kolej vokasional.
Encik Amir Sila duduk, Cik ialah Selina Martha ya?
(Majikan)
Selina Ya, Tuan, saya bernama Selina Martha. Saya berumur 25 tahun pada tahun ini.
(Pencari Saya berminat untuk memohon jawatan pembantu cef di hotel yang terkemuka
pekerjaan/ ini.
bekas pelajar
kolej Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang dan juga latar pendidikan
vokasional) Cik Selina?
Encik Amir Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya Tuan. Saya merupakan
Selina bekas pelajar Kolej Vokasional Kuching ataupun lebih dikenali sebagai Sekolah
Teknik Batu Lintang. Pengkhususan saya adalah dalam bidang Seni Kulinari.
Encik Amir Bahkan di peringkat diploma pun saya mengambil bidang yang sama iaitu bidang
Selina seni kulinari
Apakah yang telah Cik Selina pelajari dalam bidang ini?
Encik Amir Kursus ini telah mendedahkan saya kepada operasi dan penyelenggaraan dapur,
Selina penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur
dan Barat, kuih tempatan, roti, pastri dan manisan, seni makanan, penyediaan
Encik Amir makanan halal dan pengurusan makanan.
Selina Mengapakah Cik Selina meminati bidang ini?
Saya meminati bidang ini kerana beberapa sebab Tuan. Pertama, kerana saya
suka makan. Saya tahu mungkin ini akan kedengaran agak janggal tetapi saya
percaya sikap ini serba sedikit akan menyumbang ke arah sifat kita untuk
mempelajari cara masakan yang baharu lantaran sikap suka makan dan
mencuba pelbagai makanan. Selain itu, saya suka mencipta resipi, memasak
dan mencuba makanan yang baharu. Bagi saya, ini amat mencabar kerana kita
perlu bersifat positif apabila mencuba sesuatu yang baharu bahkan kita juga
perlu tabah apabila mencipta resipi yang baharu kerana bukan semua resipi atau
masakan akan menjadi seperti yang kita inginkan.
Mengapakah Cik Selina ingin memohon jawatan ini?
Saya ingin memohon jawatan ini kerana saya percaya saya mampu menjadi
seorang cef yang berjaya. Kemahiran yang saya miliki iaitu keupayaan untuk
mencipta sesuatu resipi atau masakan yang baharu sama ada masakan jenis
Barat ataupun Timur pasti akan menarik minat para pelanggan atau klien hotel ini
memandangkan hotel ini ialah sebuah hotel bertaraf antarabangsa dan menerima
pelbagai tetamu dari seantero dunia. Bukan setakat itu sahaja, saya juga
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
204 merupakan seorang yang teliti dan saya yakin sifat tersebut akan menyumbang
ke arah cara saya memasak dan ketelitian saya untuk menghasilkan masakan
Encik Amir yang bukan sahaja sedap bahkan juga kelihatan cantik dan menarik dipandang
Selina mata.
Kalau berdasarkan sijil yang dilampirkan ini, banyak juga ya pencapaian Cik
Encik Amir Selina semasa berada di bangku sekolah.
Ya Tuan. Saya telah program mencipta resipi beberapa kali semasa di bangku
Selina sekolah. Selain itu, saya juga pernah terlibat dalam pertandingan memasak yang
Encik Amir dianjurkan oleh stesen televisyen tempatan. Pada masa tersebut walaupun saya
hanya mampu merangkul gelaran naib johan, saya tetap berasa gembira dan
bersyukur kerana pertandingan tersebut disertai hampir 1000 orang peserta dari
seluruh negeri Sarawak.
Betul, satu pencapaian yang amat membanggakan sebenarnya. Ok, Cik
Selina..dari sudut pencapaian akademik dan juga pencapaian dalam bidang
kulinari ini, saya rasa sememangnya kebolehan dan ciri-ciri yang ada pada Cik
tersebut memang amat diperlukan oleh hotel ini. Namun segala proses temu
duga dan pengambilan harus melibatkan keputusan dan persetujuan daripada
semua pihak atasan dalam hotel ini. Terima kasih Cik Selina kerana sudi
menghadiri temu duga pada hari ini dan saya pasti kita akan berhubung lagi.
Terima kasih ya Tuan kerana sudi memberikan peluang temu duga ini kepada
saya.
Terima kasih kembali.
AKTIVITI 3 - Jelaskan bagaimana kemahiran insaniah dapat meningkatkan kebolehpasaran diri
anda dalam bidang kemahiran yang anda pilih.
(Sumber: https://ppki.usim.edu.my/7-kemahiran-insaniah-ki/.)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
205
Kemahiran Insaniah Mesti (KIM)
Kemahiran yang wajib dimiliki oleh setiap murid. Jika kemahiran ini tidak wujud, murid
dianggap sebagai tidak kompeten dalam elemen berkaitan.
Kemahiran Insaniah (KI) [Nilai tambah]
Dianggap sebagai kemahiran yang memberikan nilai tambah kepada murid. Jika kemahiran ini
dimiliki oleh murid di samping KIM, beliau dianggap sebagai kompeten cemerlang.
ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Keterangan Bidang
KIM
KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan terang,
KIM
berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara 1 - 21
Kemahiran
KIM lisan dan bertulis.
KIM
KIM Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar 1 - 21
yang aktif dan memberikan maklum balas.
Kebolehan untuk membuat pembentangan secara
jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian 1 - 21
dengan tahap pendengar
Kebolehan untuk menggunakan teknologi dalam 2, 4, 9, 10, 12
pembentangan
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan. 5, 13, 14, 15, 20, 23
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta 5, 9, 11, 13, 14, 15, 20, 23
komunikasi yang berlainan budaya.
Kebolehan mengembangkan kemahiran 1 - 21
komunikasi secara perseorangan.
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan. Semua kecuali 15, 20 dan
23
Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Keterangan Bidang
Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis
masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta 1 - 21
membuat penilaian yang berjustifikasi
Kebolehan untuk mengembangkan dan membaiki
kemahiran berfikir seperti menjelaskan, 1 - 21
menganalisis dan menilai perbincangan
Kebolehan untuk mencari idea dan mencari 1 - 21
penyelesaian alternatif.
Kebolehan untuk berfikir melangkaui batas 1 - 21
Kebolehan untuk membuat keputusan yang 1 - 21
berdasarkan bukti yang kukuh
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan 5, 9, 13, 15, 20, 23
perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab
yang diberikan
Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri 1 – 21
kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja
yang baru
Kemahiran Kemahiran Kerja Berpasukan Bidang
Keterangan
Kebolehan untuk membina hubungan yang baik,
KIM berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara 1 – 21
efektif bersama mereka untuk mencapai objektif
yang sama
KIM Kebolehan untuk memahami dan mengambil 1 – 21
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M GURU BMSPM
206
peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan
ahli kumpulan
KIM Kebolehan untuk mengenal dan menghormati 1 – 21
sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain
Kemahiran
KIM Kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada 13, 14, 23
KIM
perancangan dan menyelaraskan hasil usaha
Kemahiran
KIM kumpulan
Kemahiran Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan 13, 14
KIM
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
Kemahiran
KIM Keterangan Bidang
KIM
Kebolehan untuk mencari dan menguruskan 1 - 21
maklumat yang releven daripada pelbagai sumber
Kebolehan untuk menerima idea baru dan 1 - 21
berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi
Kebolehan untuk mengembangkan minda ingin 1 - 21
tahu dan dahagakan ilmu
Kemahiran Keusahawanan
Keterangan Bidang
Kebolehan untuk mengenal pasti peluang 1 - 21
perniagaan
Kebolehan untuk merangka perancangan 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 23
perniagaan
Kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut 1, 3, 5, 6, 9, 11, 13, 19, 22, 23
peluang perniagaan dan pekerjaan
Kebolehan untuk bekerja sendiri 5, 6, 12, 17, 19, 23
Moral dan Etika Profesional
Keterangan Bidang
Kebolehan untuk memahami kesan ekonomi, alam 1 - 21
sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional
Kebolehan untuk menganalisis dan membuat 7, 8, 11, 16, 17, 19, 20, 23
keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan
etika
Kebolehan untuk mengamalkan sikap beretika
disamping mempunyai rasa tanggungjawab
terhadap masyarakat
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
Keterangan Bidang
Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan 1 - 21
Kebolehan untuk memimpin projek 1 - 21
Kebolehan untuk memahami dan mengambil
peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan 3, 5, 6, 13, 19,
anggota pasukan
Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12, 13, 14, 15,
16, 19, 22
Pada hakikatnya, semua kemahiran adalah penting
Semakin banyak kemahiran yang dimiliki, semakin tinggi nilai tambah dan
kebolehpasaran seseorang individu tersebut.
Yang tertera di atas sekadar rujukan
Berdasarkan maklumat yang tertera di atas, diharap murid dapat menghuraikan
secara lanjut tentang kepentingan dan kaitan antara setiap kemahiran dengan
kebolehpasaran dan bidang kerja yang dipilih oleh mereka.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
207
SIMPAN, LABUR, DAN UNTUNG! (HALAMAN 154 - 155)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
AKTIVITI 1 - Baca dan hayati bahan. Pilih kosa kata khusus berdasarkan bidang dan jelaskan
maksudnya dengan merujuk kamus.
1. Murid dikehendaki membaca dan menghayati bahan bukan fiksyen tentang Kenali SSPN-i dan
bahan fiksyen bertajuk Terima kasih, ayah! pada muka surat 154-155.
2. Murid diminta memilih sekurang-kurangnya lima kosa kata khusus berdasarkan bidang
berkaitan tajuk.
3. Murid dikehendaki mencari maksud perkataan tersebut dengan merujuk Kamus Dewan atau
Kamus Pelajar.
SENARAI KOSA KATA BIDANG SIMPANAN DAN PELABURAN
Bil Kosa Kata Khusus Maksud
1 simpanan sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg
disimpan
2 pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai
3 deposit 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~ tetap simpanan
wang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg ditetapkan) dgn
mendapat bayaran faedah;
2. wang yg disimpan di bank atau institusi yg serupa
4 pendeposit penyimpan wang di bank
5 pelaburan 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga
dsb, penanaman modal;
2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntungan yg
berlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakan suatu
bentuk ~ yg menguntungkan
6 akaun simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan
wang di bank.
7 minimum (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali
8 taksiran hasil daripada menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat
(cukai) yang diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2%
drpd ~ harta
proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak
berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
208 individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau
kadaran
9 dividen bahagian keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham dalam
sesuatu syarikat; ~ bonus dividen tambahan yang berupa saham atau
10 kompetitif tunai kepada dividen yang telah diisytiharkan sebelumnya; ~ saham
11 tabungan dividen yang diterima oleh pemegang saham yang berupa tambahan
12 takaful saham (bukan dalam bentuk tunai)
13 skim bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing
tempat menabungkan wang, wang yg disimpan
insurans yang didasarkan pada atau yang mengikut asas-asas dan
hukum-hukum agama Islam.
rancangan yg sistematik ttg sesuatu utk mencapai tujuan atau
sasaran; usaha atau tindakan supaya sesuatu rancangan tercapai
KOSA KATA TERIMA KASIH, AYAH
Bil Kosa Kata Khusus Maksud
1 teruja timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik
semangat, terangsang
2 terkontang-kanting terbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dsb
3 terkubur hilang, hapus, lenyap
4 modal wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok
utk berniaga
5 azimat sesuatu yg dianggap mempunyai sakti dan dpt melindungi
pemakainya drpd bahaya; tangkal
6 hancur berkecai pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk
7 aspirasi hidup keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-
cita
8 bergolok bergadai berikhtiar mendapatkan wang dgn bergadai; ®gadai
9 penyembuh kekesalan (sesuatu) yg menyembuhkan perihal (perasaan) kesal,
kekecewaan, kesebalan, kejengkelan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
209
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam bahan.
Kemudian, tulis perenggan dengan menggunakan semua frasa tersebut.
1. Murid diminta menyenaraikan lima contoh bagi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama dengan betul daripada petikan tersebut.
2. Murid diminta menulis perenggan ayat dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua contoh
bagi setiap frasa tersebut bertemakan pelaburan atau simpanan.
(Rujuk buku teks muka surat 234)
Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Sendi Nama Frasa Adjektif
skim simpanan direka khas dengan sungguh mudah
pembiayaan melantik PTPTN simpanan hebat sungguh
pengajian menguruskan minimum sedih sangat
tujuan pelaburan deposit ke atas begitu teruja
pendeposit hancur berkecai
para pelajar memohon amat gembira
di seluruh
pusat pengajian pinjaman Malaysia
tinggi awam pendidikan
oleh ibu bapa
pelepasan membiayai
taksiran cukai pengajian pada bila-bila
pendapatan mempunyai masa
perlindungan akaun SSPN-i di kaunter
takaful ditetapkan oleh di universiti
simpanan wang PTPTN ke kolej
tabungan wang memperoleh di dada
akaun ini pelbagai dari dapur
keistimewaan ke tingkat atas
warganegara
Malaysia memiliki
simpanan
anak jagaan
mereka dijamin oleh
kerajaan
penjaga mereka
mempunyai
penutupan kadar dividen
akaun
boleh dibuka
peluang lain
perasaan kesal diberikan pilihan
keinginannya membuka akaun
pelbagai bidang individu
kerjaya menjadi
macam-macam penerima
manfaat
bidang ilmu
impiannya membaca mesej
perbualannya
belanjanya
penyembuh mendapat
keputusan
kekesalannya peperiksaan
rumahnya
melihat Ganesh
melanjutkan
pelajaran
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
210
menawarkan
bidang pelajaran
teringat kata-
kata
telah muncul
mempunyai
pasaran kerja
Contoh perenggan ayat:
Ibu bapa perlu bijak merancang pendidikan anak jagaan mereka (FN) dengan membuka
akaun individu (FK) bagi anak tersebut. Simpanan wang (FN) tersebut membolehkan anak-anak
melanjutkan pelajaran (FK) di universiti (FSN) atau di kolej (FSN) dengan sungguh mudah (FA).
Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa telah menyimpan wang (FK) dari awal sebagai duit
belanja untuk memenuhi keinginan anaknya. Anak pasti amat gembira (FA) dan begitu teruja (FA)
jika dapat menceburi bidang (FK) yang menjadi impiannya.(FN)
BAHAN TAMBAHAN (PETIKAN AKHBAR)
Pendeposit SSPN-i terima manfaat RM24,922.42
Siti Hasliza Yusof - April 15, 2021 @ 6:27pm
[email protected]
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan
manfaat perlindungan takaful kepada pendeposit SSPN-i, Yazirruddin Md Som, yang mengalami
keilatan kekal menyeluruh akibat darah tinggi sejak Jun 2017.
Yazirruddin, 60, yang sebelum itu bekerja sebagai Pegawai Audit Dalam ialah pendeposit
SSPN-i dan membuka akaun untuk dua orang anaknya, masing-masing pada Disember 2011 dan
Oktober 2015.
PTPTN dalam kenyataan media, berkata ketika disahkan mengalami keilatan kekal
menyeluruh, Yazirruddin mempunyai simpanan SSPN-i yang melayakkan beliau menerima
manfaat perlindungan takaful bersamaan jumlah simpanan iaitu RM24,922.42.
"Inilah keistimewaan SSPN-i yang memberikan perlindungan takaful percuma secara
Ringgit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya
berlaku kematian/ilat kekal menyeluruh kepada mereka.
"Selain itu, khairat kematian berjumlah RM2,000 juga diberikan sekiranya berlaku kematian
atas pendeposit dan RM500 atas kematian penerima manfaat iaitu anak," katanya.
Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, mengunjungi dan
menyempurnakan penyerahan manfaat perlindungan takaful kepada Yazirruddin di kediamannya
di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam.
Menurut kenyataan media itu, sememangnya nilai manfaat berkenaan tidak dapat
mengembalikan kesihatan seorang bapa tetapi ia dapat membantu meringankan beban kewangan
bagi menampung kelangsungan hidup Yazirruddin sekeluarga.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
211
"Beliau membuat pilihan yang tepat dengan menyimpan di dalam SSPN-i bagi memastikan
masa depan keluarganya terus terjamin," katanya.
SSPN-i turut menawarkan keistimewaan lain kepada pendeposit termasuk pelepasan
taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, dividen yang kompetitif,
geran sepadan serta patuh syariah dan dijamin oleh Kerajaan. Sehingga Februari 2021, sebanyak
4.86 juta akaun SSPN dibuka dengan deposit berjumlah RM8.28 bilion.
AKTIVITI 3 - Kenal pasti maklumat tentang bentuk-bentuk pelaburan yang dijamin oleh pihak
kerajaan dan kongsikan maklumat tersebut dengan rakan anda.
LATIHAN ASPEK TATABAHASA
1. Nyatakan jenis frasa bagi rangkai kata di bawah
Rangkai kata Frasa
1. memberikan perlindungan Frasa kerja
2. deviden kompetitif Frasa nama
3. pendeposit SSPN-i Frasa nama
4. dengan deposit Frasa sendi nama
5. meringankan beban kewangan Frasa kerja
6. di dalam SSPN-i Frasa sendi nama
7. menampung kelangsungan hidup Frasa kerja
8. kepada mereka Frasa nama
9. penerima manfaat Frasa nama
10. di seluruh dunia Frasa sendi nama
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
212
PENGUKUHAN - TAK TAKUT RUGI? (HALAMAN 156)
AKTIVITI 1 - Berdasarkan petikan, apakah kebaikan perniagaan dalam talian ?
Berdasarkan petikan, kebaikan perniagaan dalam talian ialah setiap orang tidak kira dari mana-
mana negeri boleh membeli barang di mana-mana sahaja. Selain itu, orang muda boleh menjadi
ahli perniagaan dalam talian.
AKTIVITI 2 - Terokai maklumat tentang bentuk- bentuk penipuan lain yang pernah berlaku
terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan maya ini. Terangkan maklumat tersebut
kepada rakan anda.
Bentuk-bentuk penipuan lain yang pernah berlaku terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam
perniagaan maya ini ialah penipuan di media sosial dan laman web seperti Facebook, Instagram,
mudah.my dan sebagainya. Hal ini kerana syarat longgar kepada penjual dan pembeli yang
mengiklankan menerusi laman web dan media sosial. Masalah ini wujud kerana maklumat latar
belakang mereka sukar dikesan kerana penjual secara peribadi atau individu hanya
mengemukakan alamat e-mel serta nombor telefon sahaja ketika mendaftar sebelum menawarkan
barangan atau perkhidmatan. Aktiviti ini membabitkan penjualan barangan baharu dan terpakai.
Alamat e-mel dan nombor telefon terbabit kemudian ditamatkan perkhidmatan oleh suspek sebaik
memperoleh bayaran selepas menipu beberapa mangsa.
AKTIVITI 3 - Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan anda tertipu apabila
melibatkan diri dalam perniagaan dalam talian ?
Pada pendapat saya, cara untuk mengelakkan kita tertipu apabila melibatkan diri dalam
perniagaan dalam talian ialah jangan tamak dan rambang mata tetapi berfikir secara rasional.
Selain itu seseorang itu perlu elakkan perasaan gelojoh dan perlu banyak bersabar. Pembeli juga
perlu membuat kaji selidik tentang penjual. Jika anda berurusan dengan penjual baru perlu buat
cod sahaja.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
213
PENGAYAAN - MANFAAT CUKAI (HALAMAN 157)
AKTIVITI 1 - Menghasilkan wacana yang lengkap dengan laras bahasa yang gramatis dan sesuai
serta penggunaan ungkapan yang menarik.
Tulis karangan tentang “Kepentingan Cukai kepada Negara” dengan menggunakan wacana yang
lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik.
KARANGAN LENGKAP
Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara
memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk
mentadbir, mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara. Kementerian
Kewangan menyasarkan kutipan cukai langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2021
mencecah RM143.9 bilion. Dalam masa yang sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul
Tengku Abdul Aziz memberitahu, unjuran kutipan cukai tahun ini adalah sebanyak RM127 bilion.
Beliau berkata, agenda kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara tidak akan
dapat direalisasikan sekiranya tiada sumber kewangan mencukupi.Secara ringkasnya, cukai ialah
kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Di negara
kita, hampir 70% daripada hasil negara datangnya dari hasil cukai. Cukai ini boleh dikelaskan
kepada cukai langsung dan cukai tak langsung. Skop perbincangan pada kali ini ialah apakah
kepentingan cukai kepada negara?
Satu daripada kepentingan kutipan cukai oleh kerajaan ialah dapat mengurangkan beban
sara hidup rakyat di negara ini. Kos sara hidup merujuk kepada sejumlah kos yang perlu
ditanggung oleh seseorang atau keluarga bagi memenuhi keperluan asas seperti tempat tinggal,
pakaian, makanan dan minuman demi kelangsungan dan keperluan hidup. Peningkatan kos sara
hidup adalah disebabkan oleh kenaikan pelbagai harga barang terutama sekali barang-barang
keperluan.Bagaimanakah kerajaan membantu mengurangkan peningkatan sara hidup rakyat ini?
Jawapannya, cukai yang diperoleh dapat diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan .
Melalui Belanjawan 2021, pelbagai jenis bantuan, subsidi dan insentif yang bernilai
keseluruhannya RM28 bilion telah disediakan oleh kerajaan terutamanya bagi menangani beban
kos sara hidup dan memelihara kebajikan golongan rentan.Contohnya, Bantuan Prihatin Rakyat
(BPR), merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk
meringankan beban mereka. Bantuan Prihatin Rakyat menyaksikan bakal memanfaatkan 8.1 juta
orang, dengan peruntukan RM6.5 bilion. Sumber cukai juga digunakan untuk meringankan beban
sara hidup rakyat melalui bantuan subsidi ke atas barangan keperluan seperti minyak dan bahan
makanan asas .Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara
yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung
rakyat . Bukan itu sahaja malah bagi tahun 2021, Menteri Kewangan menyatakan kerajaan
menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif, antaranya bantuan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
214
pengangkutan dan kebajikan serta subsidi bagi mengawal kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan. Dengan ini kehidupan rakyat terpelihara dengan adanya pengutipan cukai kerana
kerajaan dapat mengurangkan beban sara hidup rakyat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata matlamat utama
kutipan cukai oleh pihak kerajaan adalah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat negara ini.
Agenda kerajaan yang utama dalam membelanjakan kutipan hasil cukai negara adalah untuk
mensejahterakan rakyat . Pelbagai peruntukan disediakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan
kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan terutama bagi golongan sasaran. Malah, belanjawan
2021 dilihat sangat mesra Orang Kurang Upaya (OKU), warga tua, pesakit kritikal, wanita dan
kanak-kanak dari keluarga miskin. Kenaikan pelbagai peruntukan diberikan kepada golongan ini
agar dapat membantu meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan kehidupan
seharian. Sebagai contoh, kadar bantuan OKU tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM250
kepada RM300, kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik
terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 serta kadar elaun pekerja OKU dinaikkan
daripada RM400 kepada RM450. Dengan ini secara tidak langsung yang kaya membantu
golongan yang memerlukan melalui kutipan cukai bak kata peribahasa Melayu condong diumpit,
lemah dianduh.
Selain itu, kerajaan juga komited bagi menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan
pelaburan di negara ini melalui kutipan cukai bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat . Bagi
mengurangkan kadar pengangguran, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM3.7 billion
untuk mewujudkan 500 ribu peluang pekerjaan baharu melalui skim JanaKerja dan 50 ribu kerja
berstatus kontrak melalui inisiatif MySTEP. Pembentukan Majlis Pekerjaan Negara yang
dipengerusikan oleh Yang Amat Behormat Perdana Menteri akan menyelaras penyediaan
pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan latihan (reskilling and upskilling) kepada tenaga buruh
terutama di dalam sektor pertanian dan industri baharu seperti industri berasaskan teknologi tinggi.
Semua pembayar cukai disarankan untuk memahami kepentingan pungutan hasil itu terhadap
kerajaan kerana hasil kutipan cukai mampu membangunkan ekonomi negara seterusnya
mewujudkan peluang pekerjaan. Banyak peluang perkerjaan akan terhasil daripada peningkatan
jumlah pelaburan yang masuk ke dalam negara kerana adanya rangsangan kadar cukai
pendapatan syarikat yang rendah. Seterusnya, rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk
nilai wang serta peningkatan taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan
yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan seperti penyediaan infrastruktur kemasyarakatan yang
lengkap. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan memperkenalkan dasar pelaburan negara baharu
untuk menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi ketika negara menuju ke arah negara
berpendapatan tinggi. Jelaslah usaha pihak kerajaan mewujudkan 500 ribu peluang pekerjaan
baharu ibarat di mana ada gula, di situ ada semut merupakan salah satu kepentingan cukai
kepada negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
215
Cukai juga digunakan oleh kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara
terutamanya semasa kelembapan ekonomi dengan menyuntik dana kewangan ke dalam ekonomi
negara. Bukan itu sahaja, cukai juga dapat mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi negara.
Dasar fiskal akan terus memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan,
peningkatan hasil dan perbelanjaan berhemat. Menurut Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran
Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, kerajaan akan meneruskan pembaharuan institusi fiskal
terutamanya insiatif pembaharuan cukai untuk menambah baik pentadbiran cukai, mengukuhkan
pengauditan dan penyiasatan serta mengecilkan jurang cukai.Dalam pada itu, mengulas
berhubung aspek percukaian yang dibentangkan pada Belanjawan 2021 baru-baru ini, Tengku
Zafrul berkata, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif cukai kepada sektor berimpak
tinggi yang dijangka menarik pelaburan.Kerajaan akan memberikan tumpuan untuk menarik
pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi dengan nilai peruntukan sebanyak RM1 billion.
Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM). Turut diperkenalkan Dana Teknologi Tinggi
sebanyak RM500 juta bagi menyokong pertumbuhan syarikat berteknologi tinggi dan berinovasi
selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Sektor ini
dijangkakan menjadi sektor utama negara pada masa depan. Dasar yang dijalankan oleh pihak
kerajaan ini merupakan salah satu kepentingan cukai kepada negara.
Seterusnya, cukai juga dapat melaksanakan projek pembangunan negara. Hal ini demikian
kerana kemajuan negara dapat dipertingkatkan dan menjadikan negara berdiri setanding dengan
negara maju yang lain. Contoh negara maju yang dapat dicontohi ialah negara Jepun. Projek-
projek tersebut termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), yang
dijangka melibatkan perbelanjaan berjumlah RM68 bilion, Laluan Transit Aliran Massa 3 atau
MRT3 (RM45 bilion), Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (RM18 bilion), Pintasan Kereta Api
Serendah-Pelabuhan Klang (RM8.3 bilion), Sistem Transit Aliran Johor Baru-Singapura (RTS)
(RM3.16 bilion) dan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (RM600 juta) Perbelanjaan pembangunan,
yang digunakan untuk hal-hal seperti pembinaan hospital dan sekolah, meningkat sebanyak
RM13.18 billion. Peruntukan yang besar dalam melaksanakan projek pembangunan negara jelas
menunjukkan kepentingan cukai kepada negara.
Hasil daripada kutipan cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus
negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Cukai yang dikutip
dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan
infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti
perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham
hasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipan terhadap rakyat, kemudiannya akan dapat
dimanfaatkan dan dinikmati kembali oleh kita sebagai rakyat. Cukai adalah suatu yang tidak boleh
dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu
cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat
daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri. Secara ringkasnya, cukai ialah kunci
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
216
kepada pentadbiran negara yang berkesan. Belanjawan 2021 kita dapat menyaksikan cukai yang
dikutip sebahagian besar dipulangkan kepada rakyat menerusi pembangunan dari segi sosial dan
ekonomi. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika rakyat mengabaikan tanggungjawab
ini?
Sumber:
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/03/794678/malaysia-akan-perkenal-dasar-pelaburan-
baharu
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/10/506173/kutipan-hasil-cukai-cecah-rm1899-bilion
https://belanjawan2021.treasury.gov.my/pdf/hasil/2021/tinjauan-fiskal-2021.pdf
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
217
TEMA 12 - ASLI DAN KONTEMPORARI
EKSPRESI DIRI (HALAMAN 160 - 161)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu
perkara secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Analisis bahan. Kemudian, kemukakan idea yang bernas dan rasional dalam
perbincangan secara bertatasusila.
Seni Jalanan: Mural dan Grafiti
Rasional lukisan mural diadakan ialah:
1. Lukisan dapat menarik perhatian pengunjung dan memperlihatkan persekitaran yang
meriah dan ceria dengan karya-karya grafiti di dinding-dinding bangunan.
2. Selain itu, lukisan mural juga memberikan peluang kepada bakat-bakat muda untuk
mengaspirasikan bakat dengan berkarya.
3. Mural membantu meningkatkan kualiti visual di sesuatu kawasan. Dinding yang
membosankan akan diberikan kehidupan atau pandangan baharu dengan penambahan
seni mural atau 3D.
4. Seni lukisan jalanan mural dan grafiti ini juga boleh dikatakan sebagai suatu artifak. Hal ini
kerana sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu
watak, pandangan, nilai moral, budaya dan sebagainya.
AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan guru dan rakan anda tentang idea lukisan mural 3D.
Kemudian, laksanakan projek melukis mural 3D di sekolah.
Contoh lukisan mural 3D
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
218
Antara perkara yang boleh dibincangkan dengan guru dan rakan tentang idea lukisan mural 3D
ialah:
1. Menentukan objektif projek, iaitu untuk:
- menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.
- memberikan pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada pelajar untuk melaksanakan
sesuatu projek
- memberikan peluang kepada pelajar untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah.
- menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab pelajar dalam projek yang
dilaksanakan.
- memberikan pengalaman baharu kepada pelajar dalam pengurusan keceriaan sekolah.
2. Mengenal pasti tempat atau ruang untuk lukisan mural 3D - guru dan pelajar berbincang untuk
mendapatkan lokasi yang sesuai bagi lukisan mural 3D tersebut.
3. Membersihkan segala dinding untuk lukisan mural 3D dan menyediakan draf mural yang bakal
dilukis.
4. Mengukur saiz dinding untuk melukis mural dan menyediakan perkakasan untuk mengecat
seperti tali, pita ukur dan kapur, cat pelaka dan berus.
5. Saya dan rakan-rakan akan mewarnakan mural secara berperingkat.
Bahan bacaan tambahan:
Berikut ialah senarai teknik lukisan luaran untuk mural:
1 - Lukiskan dinding menggunakan projektor
Projektor ialah salah satu teknik paling mudah untuk melukis dinding mural. Apa yang anda perlu
lakukan ialah memilih reka bentuk atau gambar yang anda mahu sebagai mural anda. Kemudian,
anda perlu mendapatkan garis hitam dan putih itu, bersama-sama dengan versi warna. Kemudian,
dapatkan beberapa kertas ketelusan (yang boleh didapati di tempat pembekalan pejabat) dan
gunakan versi hitam dan putih untuk membuat ketelusan. Anda boleh melakukan ini dengan mesin
salinan. Kemudian dapatkan projektor overhead dan project imej ke dinding yang anda mahu
mural diletakkan. Laraskan imej dengan saiz yang anda mahu mural dan kemudian jejaknya ke
dinding dengan menggunakan pensel.
2 - Lukisan dinding dengan grid
Pilih gambar yang anda mahu menjadi mural. Gunakan alat pengukur dan bahagikan gambar ke
segi empat sama saiz. Kemudian, letakkan jumlah yang sama pada dataran bersaiz yang sama ke
dinding anda. Pastikan dataran adalah dataran yang sama dengan gambar yang lebih kecil yang
anda buat. Langkah seterusnya adalah untuk menarik imej ke dataran menggunakan gambar
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
219
pertama sebagai rujukan. Kemudian, berhati-hati memadamkan kotak-kotak dari dinding dan
kemudian cat gambar anda.
3 - Lukisan dinding mural dengan cat oleh nombor
Ramai orang memilih untuk membeli cat dibuat dengan kit nombor yang direka untuk membuat
dinding mural. Anda boleh mencari banyak corak dan gambar yang berbeza seperti ini. Ambil
gambar dari kit dan gantungkannya di dinding anda yang anda mahukan mural itu. Jejaknya di
dinding dengan pensel dan kemudian ambil gambar. Jika anda berpuas hati dengan gambar yang
dilukis, maka sudah tiba masanya untuk melukisnya seperti yang anda mahu melihatnya.
4 - Membuat mural dengan bebas tangan
Lukis imej atau reka bentuk pilihan anda di dinding menggunakan pensel. Pastikan jelas dan
mudah dilihat. Kemudian, cat dinding dengan warna pilihan anda sesuai dengan jenis dinding.
Merancang dan melukis dinding mural boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif
untuk berkongsi dengan keluarga anda. Setelah selesai, anda akan mempunyai sekeping seni
yang unik yang akan diingati seumur hidup.
Rujukan:
Cara membuat mural - https://www.imural.id/blog/cara-membuat-mural/
Kreativiti guru hiasi sekolah dengan mural 3D -https://www.youtube.com/watch?v=X__BCGhRhYc
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
220
ASIMILASI SENI (HALAMAN 162 - 163)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.
AKTIVITI 1 - Baca dan kenal pasti masalah dalam kedua-dua bahan. Kemudian, berbincanglah
dengan rakan anda untuk menyelesaikan masalah secara rasional.
Bahan 1 - Caklempong
Bahan 2 - Kumpulan Caklempong SM Sains Tuanku Munawir (Saser)
Masalah Penyelesaian Masalah
Cara menarik minat generasi muda Mainkan lagu-lagu terkini yang sesuai
untuk mempelajari dan menghayati dengan jiwa generasi muda.
muzik caklempong.
Bahan 1 Cabaran untuk menarik masyarakat Menggunakan muzik caklempong dalam
Bahan 2
berbilang kaum menerima muzik majlis rasmi sama ada pada peringkat
caklempong sebagai muzik warisan kebangsaan, institusi dan komuniti. Contoh:
bangsa milik semua. majlis konvokesyen.
Kesukaran mendapatkan murid yang Menjalankan latihan intensif bagi murid yang
mahir atau mempunyai kemahiran asas berminat dan mengadakan kursus atau
caklempong. bengkel melatih kemahiran asas
caklempong.
Kekangan waktu untuk latihan. Menyediakan jadual pada hujung minggu.
Kekangan kewangan kerana kos Memohon dana daripada pihak yang
membaiki alat muzik dan kos tenaga berautoritii dalam seni dan budaya.
pengajar agak tinggi.
AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan ahli kumpulan anda untuk merancang satu projek yang
berkaitan dengan caklempong.
1. Murid berbincang tentang satu projek yang berkaitan dengan caklempong.
2. Murid mencari maklumat daripada laman sesawang, buku, jurnal dan sebagainya.
3. Murid menonton video persembahan caklempong di saluran You Tube.
4. Murid menyenaraikan pilihan lagu yang sesuai untuk dimainkan.
Bahan bacaan:
Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional yang berasal Minangkabau yang tergolong dalam
keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik
acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
221
Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri
Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat, Indonesia. Kini kesenian muzik
Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat
pengajian tinggi.
Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti Seruling
Buluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai serta
lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering
digunakan oleh masyarakat tempatan untuk menggambarkan kumpulannya. Dalam permainan ini
alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di mana setiap pemain akan memegang
dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta satu rangkap melodi
pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain.
Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti atau pengganti
kepada Canang seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang kulit Kelantan. Namun dalam
keadaan sedemikian nama sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkan
kepada kontekstual persembahannya yang amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan.
Dalam amalan persembahan masa kini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah
dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang memainkan
melodi, manakala 'Tingkah' dan 'Saua' akan memainkan rithme secara berhomofoni (in
Homophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu tersebut.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Cak_Lempong
**Murid boleh mendapatkan maklumat tentang caklempong di laman sesawang berikut:
http://panitiamuziksmsah.blogspot.com/p/caklempong.html
https://www.sanggarseni.my/caklempong
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
222
INDAHNYA TERAPEUTIK (HALAMAN 164 - 165)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan
menarik.
AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan menggunakan teknik ACID. Kemudian, olah maklumat daripada
bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
223
AKTIVITI 2 - Cari maklumat tentang urutan tradisional kaum lain yang terdapat di negara
kita dan persembahkan maklumat dalam bentuk grafik yang menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
224
DARI DAPUR BONDA (HALAMAN 166 - 167)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang
sesuai.
AKTIVITI 1 - Analisis bahan. Kemudian, oleh bahan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.
Bahan 1
Air tangan yang saya rindui sudah pastilah air
tangan ibu saya. Masakan ibu yang sering
membuatkan saya menambah nasi sehingga
dua pinggan ialah kambing berempah dan kari
ayam. Kedua-dua masakan berempah yang
dimasak oleh ibu mempunyai aroma yang
wangi dan membuka selera. Rasa rempah
karinya yang asli sesuai juga dimakan
bersama roti. Selain itu, ibu juga menyajikan
kerutuk ikan yang disumbat dengan dengan
sambal cili kering. Rasanya yang pedas dan
manis amat membuka selera. Akhir sekali,
hidangan sayuran masakan ibu yang saya
suka ialah capcai. Capcai ialah sayur campur
yang dimasak dengan sos tiram.
Bahan 2
Pais Ikan Patin Tempoyak
Hari ini saya akan memasak resipi tradisi masyarakat Melayu yang diberi nama pais ikan patin
tempoyak. Mula-mula kita lihat dahulu bahan-bahan yang diperlukan. Hidangan yang akan
disediakan ini sesuai untuk dua hingga tiga orang. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
pais ikan patin tempoyak ialah ikan patin saiz sederhana , tempoyak, 10 tangkai cili padi yang
ditumbuk hingga lumat bersama-sama kunyit hidup. Selain itu, kita juga memerlukan sedikit garam
dan gula sebagai penambah perisa. Akhir sekali, daun pisang yang dibersihkan dan dilayur
terlebih dahulu.
Seterusnya, kita lihat pula cara-cara menyediakan pais ikan patin tempoyak. Mula-mula
gaulkan bahan yang telah ditumbuk dengan gula, garam, dan tempoyak. Kemudian, lumurkan
bahan yang digaul pada ikan yang diletakkan di atas daun pisang lalu dibungkus. Selepas itu, ikan
yang telah dibungkus dibakar sehingga naik bau. Kini, pais ikan patin tempoyak sedia untuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
225
dihidangkan. Sebagai pelengkap selera, juadah pais ikan patin tempoyak dihidangkan dengan
urap pucuk paku. Hidangan ini enak dimakan dengan nasi putih yang panas.
Selamat mencuba resipi tradisi nenek moyang kita.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik.
AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, persembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif
dan menarik.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan berbincang untuk mempersembahkan satu sketsa berdasarkan bahan.
3. Setiap kumpulan digalakkan menggunakan kreativti untuk mempersembahkan sketsa dalam
bentuk multimedia.
Imbas kod QR untuk paparan infografik yang lebih jelas.
Air Tangan yang Dinanti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
226
AKTIVITI 3 - Cipta resipi baharu dan persembahkannya dalam bentuk sketsa secara kreatif dan
menarik.
1. Murid mencipta resipi baharu dan mempersembahkannya dalam bentuk sketsa.
2. Bentuk sketsa yang boleh dilakonkan ialah lakonan spontan, demonstrasi masakan, rakaman
video masakan dan sebagainya.
3. Murid boleh melayari laman sesawang untuk mendapatkan contoh pelbagai video masakan.
Sumber: Dapur cikgu Roose
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
227
HUTAN KECILKU (HALAMAN 168- 169)
KEMAHIRAN MEDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan
bahasa yang santun.
AKTIVITI 1 - Kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Kemudian, berunding dengan ahli
kumpulan anda untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa
yang santun.
CONTOH : KUMPULAN 1
Rakan 1 Apa pandangan kawan-kawan tentang cadangan untuk projek penanaman pokok
Rakan 2 hiasan kita ?
Rakan 3 Pada pandangan saya, lebih baik kita menggunakan bekas yang bertutup. Hal ini
kerana, terdapat bekas pelbagai bentuk dan bekasnya juga menarik. Contohnya,
Rakan 1 kita boleh menggunakan botol berbentuk mentol lampu yang bertutup.
Betul tu. Pada pendapat saya, tumbuhan yang sesuai untuk ditanam dalam bekas
yang bertutup ialah konsep tumbuhan tropika. Walaupun penyediaannya agak sukar,
tetapi penjagaannya agak mudah. Hal ini kerana, kita tidak perlu menyiramnya
dengan kerap dan penutup hanya perlu dibuka seminggu sekali. Lagipun, apabila kita
menggunakan bekas bertutup dapat mengelakkan daripada jangkitan kulat.
Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakan semua.
Semoga projek yang akan kita laksanakan akan memberikan manfaat kepada kita
semua.
CONTOH : KUMPULAN 2
Rakan1 Apa pandangan kawan-kawan tentang cadangan untuk projek penanaman pokok
hiasan kita ?
Rakan 2 Pada pandangan saya, lebih baik kita menggunakan bekas yang terbuka. Hal ini
kerana, tumbuhan terarium tidak memerlukan ruang yang luas. Tambahan pula, kita
boleh menggunakan bekas daripada bahan terbuang. Bekas tersebut amat sesuai
untuk konsep taman mini hutan hujan tropika.
Rakan 3 Betul tu. Pada pendapat saya, kita perlu meletakkan tumbuhan yang menyimpan air
dan tumbuhan jenis berbunga tidak sesuai. Hal ini kerana, penyiraman tumbuhan ini
perlu kerap dilakukan bagi mengelakkan tumbuhan tersebut cepat mati.
Rakan 1 Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakan semua.
Lagipun, cara penyediaannya agak mudah dan paling penting, terarium dapat
menyegarkan udara bilik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
228
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti pola ayat dasar dalam bahan. Kemudian, bina perenggan dengan
menggunakan ayat dasar tersebut.
1. Ayat Dasar FN+FN
Bil Subjek (FN) Predikat (FN)
1. Bekasnya pelbagai bentuk
tumbuhan tropika.
2. Tumbuhan yang
sesuai tumbuhan yang menyimpan air.
3. Tumbuhan yang
sesuai
2. Ayat Dasar FN+FK
Bil Subjek (FN) Predikat (FK)
1. Bekasnya bertutup.
2. Penutup perlu dibuka seminggu sekali
3. Bekas tertutup mengelakkan jangkitan kulat.
4. Terarium tidak memerlukan ruang yang luas.
5. Terarium menyegarkan udara bilik.
3. Ayat Dasar FN+FA
Bil Subjek (FN) Predikat (FA)
1. Bentuk bekasnya menarik.
2. Penyediaannya agak sukar.
3. Penjagaannya agak mudah.
4. Penyiramannya tidak perlu kerap.
5. Terarium cantik.
6. Penyiramannya perlu kerap.
7. Tumbuhan berbunga tidak sesuai.
8. Kos pembuatannya rendah.
9. Penyediaannya mudah.
4. Ayat Dasar FN+FS
Bil Subjek (FN) Predikat (FS)
1. Taman mini di dalam bekas lut sinar.
2. Bekasnya daripada bahan terbuang.
Bina perenggan dengan menggunakan ayat dasar.
Terarium dihasilkan dalam botol kaca. (FN+FK) Batu-batu kecil di dalam botol kaca. (FN+FS)
Pokok kaktus tumbuhan hiasan. (FN+FN) Pokok kaktus boleh hidup tanpa air. (FN+FK) Pokok
kaktus amat sesuai. (FN+FA) Tumbuhan kaktus amat senang dijaga. (FN+FA) Duri kaktus tajam.
(FN+FA) Duri kaktus senjata semula jadi. (FN+FN) Taman Mini di dalam rumah.(FN+FS)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
229
AKTIVITI 3 - Berunding dalam kumpulan tentang cadangan pelaksanaan projek terarium.
Kemudian, bentangkan cadangan tersebut untuk memilih cadangan yang terbaik.
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Murid berbincang dalam kumpulan tentang projek terarium yang akan dilaksanakan.
3. Kumpulan 1 akan melaksanakan projek terarium tertutup.
4. Kumpulan 2 akan melaksanakan projek terarium terbuka.
Murid boleh merujuk laman sesawang tentang terarium di :
https://jendela360.com/info/tutorial-cara-membuat-terrarium-untuk-segarkan-ruang-apartemen/
https://www.popmama.com/life/home-and-living/avissaharness/cara-membuat-terrarium
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
230
PENGUKUHAN - KRAF MALAYSIA (HALAMAN 170)
Analisis bahan. Kemudian, kemukakan pendapat anda berserta huraian yang sesuai dan rasional
tentang bahan secara bertatasusila.
Masyarakat Malaysia kaya dengan seni ukir dan kraf tangan. Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan
alam semula jadi. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di
kepala perahu dan di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di
tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. Bagi masyarakat India pula,
satu hasil seni yang paling unik ialah seni menghasilkan ‘kolam’. Kolam ini dibuat daripada beras
yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan
Deepavali. Di Sabah dan Sarawak, hasil ukiran daripada tanah liat adalah paling popular. Ukiran
berbentuk bunga atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan.
Hasil seni kraf tangan masyarakat Malaysia perlu dikekalkan kerana keunikannya. Antara
hasil kraf tangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, barangan seramik dan lukisan batik.
Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang dan daun nipah. Antara hasil
anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji dan sebagainya. Barang-barang seramik pula
dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga atau tempayan .
“Keluaran Kraf tangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan
kebudayaan atau tradisional dan ialah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-
mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan
“keluaran batik” ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka
bentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
Kraft tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda
supaya tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti tenunan, anyaman,
barangan seramik gasing, batik, songket dan perhiasaan diri mempunyai nilai estetika dan
keistimewaan sendiri. Gambar di atas memaparkan hasil kraf tangan yang dapat dijadikan oleh-
oleh jika berkunjung ke negeri Sarawak dan Sabah. Hasil kraf tangan tersebut mempunyai
keistimewaan yang tersendiri dan menjadi lambang kebudayaan masyarakat Borneo.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
231
Bahan berbentuk tekstil yang popular di Sarawak ialah pua kumbu, batik Sarawak dan kain
songket. Kain pua kumbu amat penting dalam masyarakat Iban dan digunakan untuk pelbagai
upacara seperti kelahiran, perkahwinan, pengebumian dan perubatan dan tidak ketinggalan juga
upacara bercucuk tanam. Pua kumbu juga dikenali sebagai selimut rohani. Coraknya
mengandungi maksud dan tenaga. Tenunan pua kumbu dalam konteks tradisional amat besar
maknanya dalam menentukan kedudukan seseorang wanita. Tenunan unggul yang lain ialah kain
songket. Kain songket ini ialah buatan tangan daripada benang emas dan perak yang
digabungkan dengan benang kapas yang halus ataupun sutera. Fabriknya hampir serupa
dengan kain songket yang dihasilkan di Kelantan dan Indonesia.
Kraf tangan berbentuk anyaman pula ialah tudung saji atau tudung duang yang merupakan
hasil kraf tangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah yang kebiasaannya dihasilkan daripada
daun serdang, daun kelapa, pandan, dan buluh. Terdapat juga tudung duang daripada daun
serdang yang disalut dengan kain baldu. Buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka
tudung duang. Tudung Duang akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan
warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses
dibubuh pencelup dahulu sebelum dibentuk dan dianyam. Kegunaan tudung duang adalah untuk
menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain.
Selain itu, barait juga hasil anyaman yang merupakan beg tradisional untuk kaum
Kadazan Dusun dan Murut. Barait mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk mengangkat
barang-barang. Barait bolehlah juga dikatakan sebagai beg serba guna untuk kaum Kadazan
Dusun dan Murut suatu ketika dulu. Barait diperbuat daripada kulit rotan khas yang tumbuh
berhampiran dengan anak sungai. Rotan tersebut dihiris-hiris dalam saiz yang dikehendaki
sebelum dianyam. Saiz barait ditentukan mengikut kepanjangan rotan yang dihiris, dan jumlah
rotan yang dihiris. Proses pembuatan barait mengambil masa lebih kurang tiga hari hingga
seminggu. Proses pembuatannya bukanlah mudah dan hanya orang tertentu sahaja yang
mempunyai kemahiran.
Seterusnya, kraf tangan berbentuk seramik pula ialah labu sayong. Pembentukan labu
bermula pada bahagian perut kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Tanah liat diuli
memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat
secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya adalah untuk membiarkan bahagian
yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baharu. Permukaannya ditekan dari
luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan
untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Labu sayong
bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting
dalam upacara keagamaan, seni bina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang
disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan dapat dijadikan
penawar kepada beberapa penyakit contohnya demam panas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
232
Kesimpulannya, kraf tangan tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan
nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tangan tradisional kaya dengan unsur
budaya jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya. Keunikan dan
kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun
begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan
hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin
terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.
Namun begitu, bagi peminat-peminat seni kraf tangan, hasil kraf ini melambangkan satu kepuasan
dan kemewahan jika dapat memilikinya. Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.
Justeru, sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni kraf tangan
tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang
tidak ada di negara-negara lain. Kraf tangan tradisional kita disanjung dan dipandang tinggi di
mata dunia setaraf dengan kraf-kraf negara Barat. Seharusnya kita patut menanamkan rasa cinta
akan seni tradisional dalam kalangan generasi baharu agar seni ini tidak pupus. Bak kata pepatah,
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
233
PENGAYAAN - DUTA REMAJA FILHARMONIK (HALAMAN 171)
Berdasarkan bahan, hasilkan infografik tentang Tengku Ahmad Irfan secara kreatif.
Baca di sini: https://www.remaja.my/kini-menuntut-di-juilliard-new-york-tengku-irfan-ajak-korang-dekati-
muzik-klasikal/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
234
TEMA 13 - SEGALANYA BERMULA DI SINI
LUBUK AKAL, TEPIAN ILMU ( HALAMAN 174 - 175)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan
bahasa yang santun.
AKTIVITI 1 - Fahami situasi dalam bahan. Kemudian, berundinglah untuk menyelesaikan masalah
secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun.
Aminah dan Syamimi telah berbincang untuk menghasilkan produk daripada bahan terbuang.
Aminah Apakah produk yang akan kita hasil daripada bahan-bahan terbuang?
Syamimi Sebenarnya, banyak produk yang diperbuat daripada bahan-bahan buang seperti
bekas pensel, rak buku dan banyak lagi. Saya berpendapat, produk yang kita
Aminah hasilkan nanti perlulah efektif penggunaannya.
Syamimi Saya setuju dengan pendapat awak. Saya cadangkan kita hasilkan tempat buang
sampah daripada botol-botol plastik minuman.
Aminah Idea yang baik kerana botol-botol plastik minuman amat mudah kita peroleh serta
Syamimi dikumpulkan, secara tidak langsung kita dapat mengatasi berlakunya masalah
pencemaran alam.
Kita boleh gunakan produk yang kita hasilkan di dalam kelas kita nanti. Kita juga
boleh letakkan di rumah .
Di samping kita boleh mengamalkan budaya berjimat cermat juga terutama dalam
pandemik wabak Covid-19.
AKTIVITI 2 - Pilih satu situasi dan hasilkan inovasi bagi menyelesaikan masalah dalam situasi
tersebut.
INOVASI YANG DIPILIH: TEMPAT BUANG SAMPAH
Alat-alat:
1. Botol-botol plastik minuman
2. Kawat/ dawai
3. Alat pemotong kawat/dawai
4. Gam
5. Gunting dan pisau
6. Karton plastik
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
235
Cara-cara:
1. Cantumkan botol-botol mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan.
2. Lubangkan hujung botol bahagian atas dan bawah pada kedua-kedua sisi dengan
menggunakan pisau atau gunting.
3. Masukkan dawai /kawat ke lubang masing-masing di bahagian atas dan bawah.
4. Bentukkan kumpulan botol agar melingkar.
5. Ikat hujung dawai /kawat dan potong lebihan dawai.
6. Buat dua set lingkaran botol dan cantumkan bahagian penutup dengan bahagian penutup.
7. Buat alas tong sampah dengan menggunakan karton plastik. Buat pola ikut bentuk
lingkaran botol tersebut selepas itu potong ikut pola tersebut.
8. Gam alas tersebut dan cantumkan dengan lingkaran botol tadi.
Inovasi tempat buang sampah daripada botol plastik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
236
PATAH DAGU BERTONGKAT PARUH (HALAMAN 176 - 177)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
AKTIVITI 1 - Baca bahan. Kemudian, ulas pandangan penulis secara rasional. Anda juga
dikehendaki menerokai maklumat lanjut tentang bahan daripada pelbagai sumber.
Mengulas pandangan penulis secara rasional.
Penulis menyatakan bahawa burung botak upeh kini sukar didapati di habitat semula jadinya
kerana diancam kepupusan. Habitat semula jadi burung botak upeh adalah di kawasan hutan paya
bakau tetapi kini kita hanya dapat melihat spesies terancam ini di Zoo Negara dan Zoo Taiping.
Sehubungan dengan itu, pihak Perhilitan dan Zoo Negara telah menjalankan Program Pelepasan
Semula Burung Botak Upeh di Kuala Gula, Perak bagi meningkatkan populasi burung ini di habitat
semula jadi. Antara faktor utama ancaman burung botak upeh ialah kehilangan dan degradasi
habitat akibat aktiviti penebangan hutan yang menjadikan saiz hutan bakau semakin kecil. Selain
itu, hakisan pantai berlumpur telah menyebabkan perubahan ekosistem. Hal ini menyebabkan
burung botak upeh sukar mendapat sumber makanan. Faktor seterusnya ialah pemburuan haram
dan kegiatan manusia yang menyebabkan sarang burung botak upeh ditinggalkan oleh induknya.
Burung botak upeh juga dianggap sebagai ancaman kepada kolam-kolam akuakultur di Kuala
Gula, Perak. Faktor ancaman burung botak upeh yang terakhir ialah pencemaran yang berlaku di
muara Sungai Klang dan Selat Melaka, penggunaan racun serangga dan pembuangan sisa
industri dan sisa kumbahan kolam akuakultur yang membawa perubahan kepada ekosistem.
Murid boleh menerokai maklumat lanjut tentang burung botak upeh di laman sesawang:
https://malay.wiki/content/Burung%20Botak%20Upeh/Laman_Utama.html
https://www.ketsa.gov.my/ms-my/pustakamedia/Lists/Papar-Berita.aspx?ID=%20%20%20%2062
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
237
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui
pelbagai media secara kreatif.
AKTIVITI 2 - Persembahkan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai media
secara kreatif.
1. Murid diminta menyampaikan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai secara kreatif.
2. Murid mempersembahkan syair dalam bentuk rakaman video.
3. Aktiviti ini boleh dinilai sebagai PBD kemahiran mendengar dan bertutur.
4. Tonton video syair Burung Botak Upeh di sini:https://www.youtube.com/watch?v=M2HfCNtpVb0
Imbas kod QR untuk mendengar Syair Burung Botak Upeh.
AKTIVITI 3 - Kemukakan pendapat tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk memelihara
haiwan yang terancam.
Menguatkuasakan Mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang membunuh,
undang-undang memburu dan menangkap haiwan yang terancam.
Pihak berkuasa menjalankan pemantauan sekerap mungkin.
Pihak berkuasa perlu menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.
(Akta Perlindungan Hidupan Liar, Akta Perhutanan Negara, Hutan
Simpan, Taman Negara Endau - Rompin)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
238
Mengawal Supaya tidak kepupusan.
pemburuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) melindungi
haiwan terancam
haiwan terancam.
Kawasan Taman Negara dijadikan sebagai kawasan perlindungan haiwan
pemeliharaan
Pendidikan terancam
Penanaman semula di kawasan yang ditebang.
Penyelidikan dan Kawasan pembalakan terpilih perlu meninggalkan beberapa pokok
pembangunan
besar dan banyak pokok kecil.
Mengelakkan penggunaan barangan dibuat daripada spesies
terancam.
Kempen menentang pembalakan haram dan keterlaluan.
Timbulkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan
pengekalan sumber asli.
Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan bagi meneruskan
pembiakan haiwan.
Pelbagai ubatan pelalian direka cipta.
Aktiviti pembinaan dan pembangunan perlulah dirancang untuk
mengelakkan gangguan kepada ekosistem.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
239
KUASA GRAVITI (HALAMAN 178 -179)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan
menarik.
AKTIVITI 1 - Analisis maklumat yang terdapat dalam bahan. Kemudian, olah maklumat dalam
bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
TELAGA
TUJUH
JAWAPAN PETA POKOK
TELAGA TUJUH
1. Sejarah Pembukaan
Dibuka kepada orang ramai pada tahun 1995
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
240
Sejak tahun 1996, Lembaga Pembangunan Langkawi atau Langkawi Development Authority
(LADA) membangunkan Sistem Agihan Air Aliran Graviti tanpa menggunakan kuasa elektrik bagi
kegunaan setempat.
2. Keistimewaan
- dikenali sebagai air terjun paling cantik di Langkawi, Kedah
- mempunyai tujuh buah air terjun dengan tujuh buah telaga di tujuh ketinggian yang berbeza
- mempunyai air yang jernih
3. Kepentingan
- dijadikan sebagai destinasi pelancongan
- sumber air bagi kegunaan setempat
- menjimatkan kos
- mesra alam
AKTIVITI 2 - Terokai maklumat tentang teknologi hijau dan persembahkan maklumat tersebut
dalam bentuk yang kreatif.
Tugasan:
1. Guru membahagikan murid-murid kepada lima hingga enam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan petikan tentang teknologi hijau yang berlainan.
Dalam kumpulan, murid-murid membaca petikan , kemudian mempersembahkan maklumat
tersebut dalam pelbagai jenis peta minda.
Petikan 1 - Konsep Teknologi Hijau
Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria
seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau
yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang
boleh diperbaharui.
Teknologi hijau ialah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan
teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber
seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Dasar
Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai
2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan.
Teknologi hjau adalah berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan
sosial. Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan
tenaga dan pada masa sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar,
kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
241
hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosial
pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkat.
Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme penting iaitu melalui kesan rumah hijau
dan juga penipisan lapisan ozon. Walaupun terdapat punca semula jadi, tetapi aktiviti manusia
lebih banyak menyumbang terhadap kedua-dua mekanisme di atas. Kesan rumah hijau banyak
disumbangkan oleh gas karbon dioksida.
Lantaran itu penekanan terhadap 'teknologi hijau' ialah alternatif tepat dalam menangani
masalah kesan rumah hijau ini selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh dunia pada masa
kini yang memberi keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca.
Petikan 2 - Langkah-langkah Kerajaan Memajukan Teknologi Hijau
Usaha ini juga sejajar dengan keputusan kerajaan mewujudkan dana berjumlah RM1.5
bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat
pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang
menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar
sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan
benar-benar komited memajukan industri ini.
Beberapa langkah diambil memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan
teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Bajet 2010
kerajaan menstrukturkan Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini
bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau
dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau.
Selain itu, dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk
menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan
teknologi hijau. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan
pengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi membabitkan langkah memperkukuh rangka
kerja pada peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang
berkepentingan.
Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan
memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap.
Majlis ini dipengerusikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelaras dan
mempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau.
Petikan 3 - Manfaat Teknologi Hijau
Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. Dari aspek tenaga,
teknologi hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
242
angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi hijau terbukti
lebih cekap kerana boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat
dan mesra pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara maju
yang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama.
Selain itu, teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk
kepada alam sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti
hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif
terhadap alam sekitar adalah minimum. Maka teknologi hijau dapat meningkatkan dan melindungi
ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan
pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi
ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan
meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya.
Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara dengan
membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini
juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau
membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk
masyarakat tempatan. Usahawan tempatan boleh juga meneroka peluang mengeksport produk
'hijau' yang telah dihasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya
dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenal pasti
sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk Malaysia. Dari segi komuniti, teknologi hijau
dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran. Contoh, penggunaan kereta enjin
hibrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan
masalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup.
Jawapan Petikan 1 - Konsep teknologi hijau
1. pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan
sumber semula jadi,
2. meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
3. merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan
degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar,
selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat
4. menjimatkan tenaga dan sumber asli
5. menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.
Jawapan Petikan 2 - Langkah-langkah kerajaan untuk memajukan teknologi hijau
1. kerajaan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan
penggunaan teknologi hijau.
2. dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat
Teknologi Hijau Negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
243
3. dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan
pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi
hijau.
4. kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasan pada
peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap.
5. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelaras
dan mempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan
teknologi hijau.
Jawapan Petikan 3 - Manfaat teknologi hijau
1. dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan
tenaga negara.
2. menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna.
3. memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar.
4. meningkatkan pembangunan ekonomi negara
5. meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya.
6. memacu pembangunan negara dengan membantu mengurangkan kos operasi,
meningkatkan nilai aset dan keuntungan.
7. menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.
8. usahawan tempatan boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau'
9. dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
244
PANORAMA DIORAMA (HALAMAN 180 - 181)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara
bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Analisis bahan dan kemukakan pendapat anda dalam perbualan santai secara
bertatasusila.
Contoh perbualan santai
Nabilah baru sahaja berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah
(AMUMS) bersama dengan keluarganya minggu lepas. Nabilah bertemu dengan Hartini di
Restoran Keningau. Nabilah ingin berkongsi pengalamannya dengan Hartini.
Nabilah Assalamulaikum Tini. Jom, kita minum.
Hartini Waalaikumussalam. Boleh juga. Saya pun haus ni. (menjawab sambil tersenyum)
Nabilah Awak pernah pergi ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah?
Hartini Tak pernah Nabilah. Kenapa?.
Nabilah Saya baru saja pergi ke sana bersama dengan keluarga saya minggu lepas. Seronok,
saya rasa seperti berada di dalam laut. Di sana, awak dapat melihat pelbagai jenis
Hartini hidupan laut. Ada juga hidupan yang telah diawet dipamerkan.
Nabilah Betul ke? Menarik ni. Saya pun mau ajak keluarga saya ke sanalah.
Betul. Pergilah Tini. Selain dapat melihat hidupan marin yang indah dan berwarna-
Hartini warni awak boleh dapat idea macam mana nak hasilkan diodrama untuk projek
Bahasa Melayu kita.
Baiklah. Terima kasih Nabilah.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang,
dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang serta ayat majmuk.
Kemudian, gunakan ayat-ayat tersebut dalam perenggan mengikut konteks.
Bil. Subjek Ayat Tunggal Susunan Biasa
1. Anda Predikat
2. AMUMS
3. Pembinaan AMUMS ini pernah menyaksikan diorama dasar laut?
mempunyai pelbagai tarikan.
untuk menginspirasikan pemuliharaan hidupan laut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
245 Ruangan atrium memaparkan diodrama menyelam di Taman Pulau Sipadan.
Bayaran masuk akan dikenakan.
4. Hasil kutipan bayaran adalah untuk pengurusan AMUMS.
5. masuk tersebut
6.
Ayat Tunggal Susunan Songsang
1. Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenal hidupan marin menjadi lebih
interaktif.
2. Di seksyen pameran akuarium, para pelawat dapat bertemu muka dengan pelbagai
hidupan laut.
3. Di seksyen muzium pula, pelawat dapat menyaksikan spesimen hidupan marin yang telah
diawet secara lebih dekat.
Ayat Majmuk Ayat Majmuk
Gabungan 1. Pemuliharaan ini dilakukan melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi, dan
penerokaan.
Ayat Majmuk 2. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kesedaran tentang
Pancangan kepentingan persekitaran marin dalam kehidupan manusia dan membenihkan
rasa hormat serta perasaan sayang kita kepadanya.
Ayat Majmuk 1. Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya, silalah berkunjung ke Akuarium
Campuran dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS).
2. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak di Kawasan pinggir laut sungguh
mengagumkan.
3. Digambarkan bahawa kompleks ini dimeriahkan oleh hidupan marin yang indah
dan berwarna-warni.
4.Ruangan ini menimbulkan sensasi visual seperti berada di bawah dasar laut
yang kaya dengan biodiversiti marin.
5.Bahan pendidikan seperti ini mampu membuka mata kita tentang perkaitan
antara semua benda hidup dengan alam marin yang kini amat perlu dilindungi.
1. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai taranya, terutamanya
apabila kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan marin yang sebenar.
3. Di sini, mereka dapat menyaksikan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun
laut, landak laut, udang, penyu, rumput laut, dan hidupan lain yang begitu
menghiburkan.
AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenal
hidupan marin menjadi lebih interaktif. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan
kesedaran tentang kepentingan persekitaran marin dalam kehidupan manusia dan membenihkan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
246
rasa hormat serta perasaan sayang kita kepadanya. Bahan pendidikan seperti ini mampu
membuka mata kita tentang perkaitan antara semua benda hidup dengan alam marin yang kini
amat perlu dilindungi. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai taranya,
terutamanya apabila kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan marin yang sebenar.
AKTIVITI 3 - Cipta diorama bertemakan alam sekitar.
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta diorama bertemakan alam sekitar.
3. Murid boleh melayari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat tentang diorama:
https://www.yayaazura.com/2021/07/diorama-alam-sekitar-psv-tahun-6.html
http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/membentuk-dan-membuat-binaan-diorama.html
https://id.wikihow.com/Membuat-Diorama
4. Contoh diorama alam sekitar:
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
247
PULAU 11 GELARAN (HALAMAN 182 - 183)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
AKTIVITI 1 - Senaraikan kosa kata sukar dan cari maksud kosa kata tersebut. Kemudian, bina
ayat dengan menggunakan kosa kata tersebut.
Definisi kosa kata: Keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata.
Bil Kosa kata Maksud
1 dapatan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
- sesuatu yang didapati (diperoleh), perolehan.
2 rentetan - sesuatu yang didapati atau diketemui (kajian/penyelidikan)
penemuan.
3 penggemblengan - rangkaian , untaian
4 - deretan, runtunan, siri
- bunyi senapang dan lain-lain secara berturut-turut
membuahkan kejayaan - perihal (perbuatan,usaha) menggembleng
5 keunikan - perihal atau perbuatan mempersatukan
- mendatangkan / menghasilkan / menerbitkan kemenangan /
hasil
- perihal unik, sifat unik
6 panorama - pemandangan yang luas terbentang dan tidak terhalang atau
7 perspektif terganggu.
8 landskap - tinjauan yang menyeluruh atau komprehensif terhadap
sesuatu perkara.
- gambaran yang luas tentang suatu siri peristiwa yang sentiasa
berubah-ubah.
- cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dan lain-lain
pada permukaan yang rata sebagaimana yang kelihatan dari
sesuatu tempat pada mata seseorang.
- pandangan (pentafsiran) yang wajar berkaitan dengan sesuatu
dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam
hubungan keseluruhannya.
- pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi
unsur-unsur seperti bukit bukau,sungai dan tumbuh-tumbuhan
terutamanya pemandangan pedesaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
248
- catan, lukisan, dan sebagainya yang menggambarkan
pemandangan alam.
- seni taman yang memaparkan ciri-ciri pemandangan alam.
1. dapatan - Nazreen sedang membentangkan hasil dapatan perbincangan kumpulannya di
hadapan kelas dengan penuh bersemangat.
2. rentetan - Selepas selesai membaca novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat pelbagai
rentetan peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran.
3. penggemblengan - Kejayaan mendidik anak bangsa banyak bergantung pada
penggemblengan idea semua pihak dari peringkat akar umbi lagi.
4. membuahkan kejayaan - Jazli tidak menyangka berkat usahanya berbudi kepada tanah
telah membuahkan kejayaan sehingga mampu memiliki perniagaan sendiri.
5. keunikan - Budaya berniaga dalam kalangan wanita di Kelantan merupakan keunikan
budaya yang dimiliki oleh negara kita.
6. panorama - Matanya merenung tajam panorama pergunungan yang indah dengan udara yang
bersih dan suhu yang sejuk.
7. perspektif - Rancangan Al-Kuliah membincangkan isu vaksin Covid-19 dari perspektif agama
Islam.
8. landskap - Perdana Menteri mahu usaha mencantikkan landskap di sekeliling rumah, kampung,
dan bandar menjadi budaya dan minat masyarakat Malaysia sebagai negara taman yang indah.
AKTIVITI2 - Cipta risalah bagi satu georimba yang lain.
KEISTIMEWAAN TAMAN GEORIMBA MARMAR DAYANG BUNTING
1. Pulau Dayang Bunting terdiri daripada batu kapur Formasi Setul yang berusia “Ordovisi-Devo”
iaitu 500 sehingga 400 juta tahun dan juga Formasi Chuping yang berusia “Perm” iaitu kira-kira
270 juta tahun.
2. Terdapat sebuah tasik air tawar di pulau ini yang berkeluasan 10 hektar dan terletak di
bahagian Barat Daya Pulau Dayang Bunting iaitu dari Formasi Chuping.
3. Bentuk tasik adalah membujur dengan ukuran panjang adalah 800 meter dan 350 meter lebar.
4. Tasik ini merupakan sebuah dolina iaitu runtuhan batu kapur yang dipisahkan dengan lautan
oleh dinding batu kapur yang berketebalan kurang daripada 10 meter sahaja.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
249
5. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah membuat kajian batimetri pada
2001 menggunakan kaedah “side scan sonar” dengan kedalaman yang diperoleh ialah 14
meter di bahagian dasar tasik.
6. Air tasik ini ialah air tawar dengan kandungan alkali yang tinggi.
7. Pelan pemuliharaan sistematik telah dilakukan di Pulau Dayang Bunting oleh LADA iaitu
agensi yang menguruskan hal ehwal pembangunan Langkawi.
8. Kajian saintifik berkaitan Langkawi Geopark turut dilakukan secara berkala dan penerbitan
turut dibuat oleh LESTARI dengan dibantu pelbagai agensi lain.
9. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dan dibangunkan secara lestari untuk
keselesaan pengunjung yang berupa wakaf, tempat solat, bilik air, pelantar terapung,kedai
cenderahati, laluan jalan kaki yang selamat untuk mendaki ke tasik, laluan jalan kaki terapung
di atas tasik dan jambatan, kemudahan rekreasi untuk kayuhan basikal air dan juga
kemudahan terapi percuma iaitu “natural spa”.
10. Tasik Dayang Bunting ialah tempat yang harus dikunjungi sekiranya anda ingin lebih
memahami Geoforest Park.
(Sumber : Bahagian Geopark dan Konservasi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) )
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M