The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-04-08 11:09:08

Bisa - PCM - JILID 3

Pengalaman Penulis

1 Cetakan pertama Oktober 2020 Cetakan kedua November 2020 Cetakan ketiga Disember 2020 HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis novel ini. Watak-watak yang terdapat dalam novel ini, adalah hasil karya penulis berdasarkan kisah benar beliau. Pakcik Man Bila Ilmu Satu Anugerah (BISA) I Bila Ilmu Satu Anugerah (BISA) II Bila Ilmu Satu Anugerah (BISA) III Dicetak oleh SYARIKAT PERCETAKAN INDERAPURA SDN. BHD. Jalan Telok Sisek, Off Jalan Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang Tel : 09-517 7225


2


3 Kehebatan Ayat Al Quran dengan izin Allah. Dunia manusia dan dunia makhluk di alam ghaib amat berlawanan dan berbeza sekali waktunya. “Siang hari bagi manusia tetapi di alam ghaib adalah malam dan gelap. Pertukaran masa dari waktu senja hingga membawa ke malam adalah waktu bermulanya hari bagi alam ghaib. Oleh kerana itulah kita tidak digalakkan dan dilarang keras untuk keluar atau berada di luar ketika waktu tersebut kerana ketika ini banyak sekali makhluk ghaib dan halus mulai keluar.” Sesiapa sahaja di kalangan manusia yang terserempak atau terjumpa dengan makhluk ghaib dan halus ini tidak perlu merasa takut atau gementar dan juga bukanlah kerana mereka bernasib malang atau mahu diuji kehebatan ilmunya. Kebiasaannya bila terjumpa dan ternampak, ia adalah dengan izin Allah SWT. Ada juga yang mengalami pengalaman nampak semua makhluk ini kerana ia memang ditujukan kepada mereka dan biasanya disebabkan oleh hasad dengki manusia yang menggunakan ilmu sihir sebagai jalan melepaskan dendam kesumat. Ada juga dinampakkan semua itu disebabkan oleh sifat manusia itu sendiri iaitu kepada golongan yang suka bercakap besar dan sombong dengan ilmu yang mereka ada, seolah-olah mencabar kewujudan makhluk halus ini. Di alam ghaib seperti yang diterangkan dalam Al Quran, ada jin Islam dan kafir dan kebiasaannya yang selalu mengganggu manusia ini ialah jin-jin kafir. Ada kitab yang menyatakan nisbah satu kejadian manusia adalah bersamaan sembilan kejadian jin. Ini menunjukkan bilangan jin ini sangat banyak dan melebihi dari manusia lagi. Jin-jin ini hidup berkumpulan dan berkelompok, ada kawasan mereka sendiri, ada ketua sebagai pemerintah, ada golongan atasan dan ada golongan bawahan. Ramai yang menjadi takut ketika berhadapan dengan makhluk ini semua kerana mereka berkelebihan tidak nampak dengan mudah melalui mata kasar. Janji dan permintaan iblis untuk terus menyesatkan umat manusia sehingga ke akhir zaman membuatkan manusia mudah tewas dengan pujuk rayu iblis dan iblis menggunakan kelebihan yang ada pada mahkluk jin ini untuk menyesatkan dan melunturkan iman.


4 Di sinilah dengan izin Allah SWT, ayat-ayat suci Al Quran menjadi teman sejati untuk mempertahankan diri kerana Al Quran yang diturunkan sejak dahulu lagi adalah sebuah kalam Allah yang agung dan mulia, yang harus dibaca, difahami dan diamalkan setiap masa. Surah Al Fatihah, penghulu segala ayat. Bacalah ayat ini sebagai permulaan usaha dalam apa sahaja keadaan. Ayat ini umpama tenaga utama dan enjin penting sebelum membaca ayat-ayat yang seterusnya. Ayat Kursi pula biasanya akan dibaca selepas Al Fatihah sebagai rakan ganding yang tak boleh dipisahkan. Seeloknya atau lebih afdal dibaca ayatul Kursi waqaf 9 iaitu membaca dan waqaf atau berhenti di tempat yang sepatutnya. Ia seolah olah seperti anak panah berapi yang boleh membakar makhluk yang menjadi sekutu iblis. Selepas membaca ayatul Kursi, kita boleh membaca surah Al Ikhlas “Qul huallahu ahad” sehingga habis dan kebiasaannya surah ini dibaca sebanyak tiga kali. Kehebatan ayat ini selepas dibaca adalah seperti batu-batu besar yang akan menghimpit tubuh iblis dan sekutunya. Surah An Nas pula kalau dibacakan boleh membakar dan menghancurkan iblis dan sekutunya. Jika kita membaca surah ini berulang kali, makhluk-makhluk laknat itu tidak mampu untuk bangun. Surah tiga kul iaitu Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas kalau dibaca tanpa putus, ia seperti mengikat dan mencampak iblis dan sekutunya ke dalam lubang yang dalam. Syaratnya, ketika mula membaca tiga surah pendek ini hendaklah memastikan ibu jari kedua dua kaki ditekankan ke bumi atau lantai dan niatkan apa yang hendak kita lakukan kepada makhluk laknat tersebut. Belajar dan amalkan zikir juga banyak kelebihannya. Hati kita selalu kita biarkan ruang kosong untuk iblis bertapak. Bersihkan dan penuhi hati dengan zikir, InshaAllah tiada ruang lagi untuk iblis memasukinya. Antara zikir yang terbaik adalah “Lailahaillallah”. Ada 4 maqam atau tempat di bahagian dada bagi memenuhi kalimah zikir tersebut.


5 Amalkan juga zikir nafas iaitu lafaz “Hu” sambil menarik nafas hingga terasa seolah olah sampai di ubun-ubun dan kemudian melepaskan nafas dengan kalimah “Allah”. Lakukan cara pernafasan dengan lembut. Untuk permulaan,boleh belajar dengan memejamkan mata. InshaAllah lama kelamaan semuanya akan menjadi kebiasaan. Jangan tertipu dengan tipu daya iblis yang akan menghasut setiap kebaikan yang kita cuba lakukan kononnya sebagai mengarut dan menyusahkan. Dalam surah yasin juga banyak ayat-ayat yang boleh digunakan sebagai pendinding, pengubat penyakit dan menghilangkan kesakitan. Contohnya ayat, “Wa Ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”, boleh digunakan untuk ‘memagar’ dan ‘pendinding’ diri. Harus diingat, semuanya terjadi dengan izin Allah dan ayat-ayat tersebut adalah sebagai usaha sahaja. Banyak lagi ayat-ayat lain yang boleh digunakan jika berhadapan dengan kejadian ghaib atau gangguan asalkan kita tidak bersifat riak dan ujub serta bermegah megah. Niat yang terpesong akan memakan diri. Manakala manusia yang bersekutu dengan iblis demi memenuhi dendam dan sakit hati sebenarnya menempah jalan menuju neraka dan mereka akan kekal di dalamnya. Terimalah segala ketentuan Allah dengan redha contohnya dari segi rezeki dan jodoh. Setiap ketentuan Allah ada rahsia yang tidak kita ketahui. Semoga kita semua selalu dalam perlindungan Allah, terlindung dari musibah mahu pun kita sendiri dijauhkan dari terjebak dalam musibah ciptaan kita disebabkan sikap buruk kita yang penuh sifat hasad dengki. Kita hidup dua kali,yang pertama adalah hidup sementara di atas bumi Allah ketika ini, kemudian dimatikan dan kemudian dihidupkan selamanya untuk menerima pembalasan atas segala yang kita lakukan sewaktu hidup ketika ini. “Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan, hidupkanlah kami dengan kasih sayangMu dan berikanlah keredhaanMu kepada kami semua, baik di dunia mahu pun di akhirat.” Aamiin.


6


1 “Ya Allah, semoga dihilangkan bisa racun ini”, doa aku dalam hati. Aku semakin lemah dan dengan pandangan yang semakin kabur, aku nampak Atet melompat tinggi ke arah aku. Pandangan aku hampir buta. Aku hanya mengikut gerak hati dengan melompat ke kiri untuk mengelak apabila aku merasa Atet mendekati aku. Kaki aku jejak ke tanah tanpa rasa terkena apa-apa, tanda yang aku berjaya mengelak. Aku gosok mata berkali-kali supaya dapat melihat dengan lebih baik tapi tetap sama. Apa yang aku nampak seperti melihat percikan air pada cermin, kelabu dan kabur. Atet ketawa kuat dan sombong. Aku cuba bertenang dan berfikir. “Aku dah cakap, hari ini Mat Lela akan kehilangan cucu kesayangannya. Dia bukan guru yang baik”, kata Atet sambil ketawa. Aku membaca sesuatu dan menyapu tapak tangan aku ke kelopak mata sambil menyebut “Ya Allah Ya Basar” tanpa henti. Aku letak ibu jari aku pada lelangit sambil membaca doa yang aku belajar dan sapu ke kelopak mata lagi. Hanya sedikit penglihatan aku berjaya pulih. “Hati kita sebenarnya lebih terang dari mata. Kita ada lima deria, hilang satu gunakan apa yang kita ada” Aku teringat pesanan Aki Lela. Aku tumpukan kepada deria pendengaran. “Guru aku adalah guru yang terbaik sebab dia memilih akhirat lebih daripada dunia” Aku ‘pancing’ Atet untuk bercakap dengan harapan aku tahu dia ada di mana. “Hanya orang bodoh yang memilih keseronokan yang belum pasti” Ketawa Atet lagi di hadapan aku. Aku mengagak dia berada dalam 10 langkah dari aku. “Nikmati hidup kau puas-puas kerana sekejap lagi kau tak akan bernafas lagi”, Atet terus berkata dengan sombong. Aku bergerak sedikit untuk betul-betul mengadap ke arahnya. Walaupun penglihatan aku kabur tapi aku masih mampu melihat sekali imbas. Aku menggenggam keris aku erat-erat. “Hanya Allah yang memegang nyawa aku dan aku yakin masa untuk aku belum sampai” Aku yakinkan diri aku sendiri. 86


2 “Berdoalah banyak-banyak. Hari ini aku lah yang menentukan hidup dan mati kau”, kata Atet dengan celupar. Mendengar sahaja ayat yang amat syirik dan menyakitkan hati, aku mendapat kekuatan yang entah datang dari mana. “Kau hanya manusia biasa seperti aku”, jerit aku serentak aku menyerangnya. Amarah bila hak Allah cuba diambil alih manusia, memberikan aku kekuatan luar biasa. Aku mengamuk semahu aku dengan mata yang kabur. Aku sudah tidak peduli apa-apa lagi. Di mana aku rasa gerak hati aku ada kelibat Atet, di situ aku menghayun keris aku. Hati aku terus memuja “Ya Allah Ya Basar” tanpa henti. Tiga empat langkah silat dibuka, aku berhenti mencari bunyi. Begitulah aku ulang selagi aku tak puas hati. Atet mendiamkan diri mungkin untuk mengaburi pergerakan aku. Aku berhenti ‘mengamuk’ bila aku pasti memang tiada lagi sebarang bunyi. Kepala aku bergerak- gerak untuk kepastian. Air mata aku menitis. Aku bagai hilang pertimbangan bila Allah bagai cuba ditandingi sedangkan Allah Maha Agung. Atet tidak dapat dikesan. Mata aku yang kabur menghadkan pencarian aku. Baru aku terasa jantung aku bagai terhenti perlahan-lahan. Nafas menjadi sesak. Lutut aku mula menggeletar untuk terus berdiri. Akhirnya aku rebah ke tanah dan terbaring kaku. Hanya mata aku bergerak meliar melihat sekeliling. Air mata aku bergenang ke pipi memikirkan nasib Mak Kecik. Aku tak peduli lagi nasib aku tetapi aku sedih kerana tak dapat menyelamatkan Mak Kecik aku. Salah aku yang mengganggu bayang hitam bilik larangan. Salah aku yang cuba menjadi hero yang tak didendang. Aku nampak dengan ekor mata aku satu kelibat manusia menuju ke arah aku. “Siapa lagi kalau bukan Atet”, telahan hati aku. Aku sudah tak berdaya berbuat apa-apa. Bisa yang mengalir dalam darah aku sudah menjalar ke seluruh tubuh aku. Aku hanya pasrah. “Kau bukan lawan aku. Bisa yang ada dalam badan kau tu dah buat kau jadi lumpuh. Aku bagi peluang untuk kau sebut nama Tuhan kau dulu sebelum mati”, ketawa Atet. Aku pejamkan mata. “Ya Allah, aku hanya mohon selamatkanlah Mak Kecik aku dan aku sedekahkan segala amal aku jika ada kepada kedua ayah dan mak aku.” Perlahan-lahan mata aku tertutup dan semuanya menjadi gelap. Telinga aku sudah tidak mendengar sebarang bunyi lagi. “Mungkin begini pengakhiran sebuah kehidupan”, bisik hati aku.


3 Aku mengucap dua kalimah agung yang aku pegang sebagai seorang Islam. Fikiran aku melayang jauh meyusuri semula kenangan aku sebelum ini. Saat aku bermanja dengan mak dan ayah serta keluarga aku. Aku teringatkan arwah Aki Karim. “Aki, tunggu Man ye. Nanti kita jumpa kat ‘sana’”, bisik hati aku. Aku nampak Aki Karim datang dengan tersenyum manis dan kemudian mengusap kepala aku seperti yang selalu dia lakukan. Air mata aku mengalir laju. “Aku rindukan kau tapi masa kau belum tiba cucuku”, kata Aki Karim. “Dah tak lama lagi aki”, jawab aku dengan sayu. Tak lama kemudian aku rasa jasad aku terapung apung di udara. Tanah tempat aku terbaring semakin jauh dari pandangan. Angin sekeliling terasa nyaman sekali. Air mata aku terus menitis. Selamat tinggal mak dan ayah. Semakin lama, jasad aku terasa semakin tinggi melepasi pokok-pokok. Tiba-tiba aku terasa jasad aku ditarik semula ke bawah dengan laju. Aku meronta-ronta cuba melepaskan diri dari tarikan kuat itu tapi aku tak terdaya. Jasad aku terbaring semula di tanah. Segala-galanya jadi gelap gelita. Aku buka mata perlahan-lahan. Telinga aku menangkap bunyi binatang hutan. Mata aku berkelip-kelip menahan silau cahaya pelita. “Alhamdulillah kau dah sedar”, aku terdengar suara yang aku kenal sangat-sangat, suara Aki Lela. Aku menoleh perlahan-lahan ke arah suara itu dan nampak Aki Lela sedang tersenyum melihat aku. “Aki..Man kat mana?” tanya aku. “Kat tanah lah, kau ingat atas katil”, jawab Aki Lela sambil ketawa. “Kau kat tempat tadi, tempat yang kau terbaring tak sedarkan diri” Satu suara lain pula aku terdengar dari sebelah kiri aku. Aku menoleh dan lihat Ayah Abu. “Man ingat Man dah mati”, kata aku perlahan. “Memang dah mati pun. Kami ni hantu”, kata Ayah Abu lagi. Terdengar suara Aki Lela dan Ayah Abu ketawa. Mereka membangunkan aku untuk duduk berlunjur. “Kau hidup lagi lah, kau selamat”, kata Aki Lela pula. Aku keliru dan mamai. “Mana Mak Kecik?” tanya aku. “Dia pun selamat tapi kami biarkan dia tak sedar lagi, nanti jadi panjang cerita”, jawab Aki Lela. “Atet?” tanya aku lagi.


4 “Tu”, jawab Aki Lela sambil menyuluh dan menunjuk ke arah Atet yang terbaring kaku jauh dari hujung kaki aku. “Dia yang dah mati, bukan kau”, kata Ayah Abu lagi. “Alhamdulillah”, jawab aku. “Mari kita balik. Panjang lagi kalau nak bercerita ni. Aku angkat Mak Kecik kau sampai rumah”, kata Aki Lela. Aku bangun perlahan-lahan sambil dibantu Ayah Abu. Kami mula bergerak. Ajaibnya setiap pergerakan terasa amat laju padahal aku masih rasa tak berdaya dan Aki Lela pula mendukung Mak Kecik sambil bergerak. Terasa perjalanan amat cepat dan mudah sekali. Akhirnya kami tiba di rumah tok. Aku naik ke atas rumah untuk menyalakan pelita. Aki Lela membaringkan Mak Kecik di atas tikar yang siap aku bentangkan. Kemudian aku duduk berehat di lambur bersama Aki Lela dan Ayah Abu. “Kami ni tak boleh lama kat sini, nanti jadi masalah lain. Selepas kami balik, kau buat senaman buang bisa dan guna ayat yang kau belajar. Sapu ke seluruh badan. Ingat, jika kau muntah tiga kali, itu tandanya semua dah keluar”, pesan Aki Lela. Aku mengangguk tanda faham. “Aki, kenapa mayat Atet tu biar kat sana aje?” tanya aku. “Biarkanlah dia. Itu jalan yang dia pilih. Adalah nanti yang uruskan jasad dia tu”, terang Aki Lela. Aku malas nak bertanya lagi pasal itu sebab memang dia tak layak untuk dihormati walaupun sudah mati. “Mak Kecik kau tu nanti, kau ambil air putih dan basuh muka dia. Kau tahu apa nak dibaca. Bila dia sedar nanti, dia tak akan ingat apa-apa”, Ayah Abu pula bersuara. “Aki dan ayah tidur sini aje lah malam ni. Rindu kat aki dan ayah”, pujuk aku. “Tak boleh cu. Kami datang ni pun tak ada siapa yang tahu, jadi kami perlu balik sebelum orang tahu. Panjang umur, kita jumpa lagi”, kata Aki Lela. Aku tunduk sedih. “Buang bisa tu sebelum kau makan apa-apa”, pesan Aki Lela lagi. Memang aku tak makan apa-apa sejak tengah hari lagi. Baru terasa lapar. “Buang bisa dulu baru makan. Tahan sikit rasa lapar tu”, bebel Aki Lela. Aku tersenyum kelat. “Kami balik dulu. Jangan ikut kami dari belakang. Duduk kat sini sahaja”, kata Ayah Abu.


5 Aku buat muka sedih. Ayah Abu usap kepala aku kemudian mencium ubun-ubun aku. Aku bersalam dengan Aki Lela dan Aki Lela juga mencium ubun-ubun aku. Mereka turun ke tanah sambil aku memerhati dengan air mata bergenang. Tak lama kemudian mereka hilang dari pandangan. Aku duduk bersila dan buat apa yang Aki Lela pesan untuk membuang bisa dan aku lakukannya sehingga aku muntah tiga kali. Memang terasa badan aku tak bertenaga. Aku masuk ke dalam rumah dan baring atas tikar aku. Aku hanya akan kejutkan Mak Kecik bila subuh nanti. Aku hanya mahu berehat walau perut terasa lapar sangat-sangat. Akhirnya aku terlelap dan tersedar bila waktu subuh sudah masuk. Aku ambil air putih dan basahkan muka Mak Kecik. “Dah subuh Mak Kecik”, kata aku. Mak Kecik terus bangun dan menuju ke dapur seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Aku turun ke telaga dan kemudian bersiap untuk ke sekolah. “Mak Kecik, marilah jalan sekali. Mak Kecik duduk rumah mak dulu lah sampai Man balik sekolah”, kata aku kerana tak mahu Mak Kecik tinggalseorang di rumah. “Tunggu kejap’, jawab Mak Kecik. Kami berjalan bersama dan Mak Kecik menuju ke rumah mak sementara aku menuju ke sekolah. Aku tak berbual langsung dengan Mak Kecik pagi itu dan dari pengamatan aku, Mak Kecik memang tak sedar langsung apa yang telah terjadi kepada dia sebelum ini. Di sekolah selepas mendaftarkan diri, aku masuk ke kelas tahun dua. Sekolah ini mudah sahaja, hanya satu kelas untuk setiap darjah sebab sekolah kampung. Hanya dua tiga orang pelajar baharu dalam darjah dua ini, yang lain pelajar yang sama dari tahun lepas. Aku duduk di sebelah pelajar perempuan bernama Zaleha yang baru berpindah ke sekolah ini. Aku kurang bercakap dengan Zaleha kerana aku nampak dia pendiam dan pada tangannya banyak kesan lebam. Aku cuba untuk tidak mencampuri urusan orang lain. Habis waktu persekolahan, aku berjalan pulang ke rumah mak kerana Abang Long dan adik aku naik basikal berdua. Walaupun panas tapi aku sudah biasa berjalan dan bagus begini sebagai latihan dalaman. Tiba di rumah, aku mandi dan kemudian makan. Selepas solat zohor, aku tidur sebentar dan menjelang lewat petang baru aku pulang ke rumah tok. Begitulah rutin aku setiap hari. Alhamdulillah, sepanjang minggu itu tiada kejadian yang tak diingini berlaku. Seingat aku, hari itu hari jumaat petang. Aku dengan Mak Kecik pulang ke rumah tok. Tiba di rumah tok, dari jauh aku nampak tok sedang duduk di lambur. “Bila tok balik?” bisik hati aku.


6 Semakin hampir dengan tok, semakin jelas air mukanya menampakkan kemarahan. Pandangannya tajam memandang aku. Mak Kecik terus naik ke rumah. Belum sempat aku berkata apa-apa, tok terlebih dahulu menjerkah aku. “Siapa suruh kau kacau ‘benda’ kat bilik aku?” kata tok dengan suara yang garang. Aku diam sahaja. “Aku tanya siapa suruh kau kacau ‘benda’ dalam bilik tu?” jerkah dia lagi. Aku memandang tok dengan air mata bergenang. “Man mintak maaf tok, apa yang tok buat tu salah”, jawab aku perlahan. Aku perlu berkata benar walaupun pahit. “Kau budak kecik lagi, jangan campur urusan orang tua!” Tok semakin meninggikan suara. “Tapi semua tu salah, syirik!” Aku meninggikan sedikit suara. “Aku suruh kau belajar agama bukan untuk tunjuk pandai pada aku. Aku tahu apa yang aku buat. Siapa yang jaga aku lepas aki kau tak ada?” bidas tok lagi. “Istighfar tok. Ingat Allah. Hidup dan mati kita adalah hak Allah. Hanya Dia Yang Maha Melindungi, bukan ‘benda’ lain” Aku semakin meninggikan suara. Pantang aku bila mendengar hak Allah dicabar sebegitu. Mata tok menyala-nyala menahan amarah tapi aku tak takut, cuma aku sedih. “Kau jangan lagi datang ke sini. Kau bukan lagi cucu aku”, kata tok yang bagai petir menyambar. Aku memandang tok penuh sayu. Aku sedih kerana tok sanggup membuang aku hanya kerana benda syirik itu. Aku memandang tok dengan air mata menitis dan berpatah balik ke rumah mak. Sepanjang jalan aku hanya beristighfar menahan amarah. “Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk Mu kepada tok. Bukakan pintu hatinya ke arah jalan yang Kau redhai”, doa aku. “Kenapa kau balik sini pulak?” tanya mak bila melihat aku naik ke rumah. “Tok dah balik. Malaslah pulak tidur sana”, aku sengaja bagi alasan. Aku turun ke tanah dan mandi. Selepas solat maghrib, aku makan rezeki yang ada. Kepala otak aku hanya memikirkan tentang tok sahaja. “Kak..Kak..” Tiba-tiba aku terdengar seperti suara Mak Kecik memanggil dari tanah dengan cemas. Cepat-cepat aku membuka pintu. Mak aku pun meluru ke muka pintu.


7 “Kenapa ni Zai?” tanya mak. Mak Kecik tercungap-cungap. “Mak mengamuk”, jerit Mak Kecik. Aku meluru ke dalam untuk mengambil beg aku yang tersimpan keris serta barang-barang peribadi aku dan terus melompat ke tanah. Aku berlari menuju ke rumah tok. “Man, tunggu ayah kau balik” Aku terdengar sayup-sayup suara mak aku tapi aku terus berlari. Aku tiba di rumah tok tapi aku tak nampak kelibat tok. Aku bergerak berhati-hati. Mata aku berpusing melihat sekeliling. “Mana tok ni?” bisik hati aku. Aku keluarkan keris aku sebab gerak hati rasa kurang tenang. Aku baru nak melangkah naik ke rumah bila tok tiba-tiba muncul dari tengah rumah sambil memegang parang panjang. Matanya terbeliak memandang aku. Aku berundur sedikit demi sedikit ke lambur. Aku bukan risaukan parang panjang yang tok pegang tapi aku tak tahu apa yang perlu aku buat jika tok menyerang aku. Aku melompat ke tanah. Aku selitkan keris aku ke belakang pinggang. Aku tak mahu cederakan tok aku. Buruk atau baik, dia tetap tok aku. Tok aku turun ke tanah. “Istighfar tok, ingat Allah”, pujuk aku. Tak ada tindak balas dari tok, cuma pandangannya memang menakutkan. “Mengucap tok, ingat Allah. Lawan apa yang ada dalam badan tok” Aku pujuk lagi tapi tindak balas tok tetap sama. Tiba-tiba tok menyerang aku. Dilibasnya parang panjang pada tangannya membabi buta. Aku berundur sedikit sambil memikirkan cara untuk menjatuhkan tok. “Mak, mengucap mak” Tiba-tiba aku terdengar suara mak aku. Aku menjeling ke belakang dan nampak mak aku bersama Mak Kecik. “Mak, jangan datang dekat”, larang aku. “Kau tu yang ke belakang. Bahaya”, mak marah semula pada aku. “Biar Man selesaikan ni. Mak jangan dekat”, jawab aku semula. Tiba-tiba tok menyerang kami.


8 Tiba-tiba tok menyerang kami. Libasan parangnya memang menakutkan. “Undur mak”, jerit aku dengan kuat. Aku melompat bila melihat tok menyerang ke arah mak. Satu sepakan tepat ke lengannya tapi tak berjaya menjatuhkan parang pada tangan tok. Tok terduduk ke tanah. Aku berdiri di hadapan Mak dan Mak Kecik. Tok memandang kami bertiga dengan pandangan yang menyeramkan. Parang panjangnya berkilat walaupun di malam hari. “Mak, Mak Kecik undur ke belakang. Tinggal Man dengan tok aje”, kata aku. Mak dan Mak Kecik berundur sedikit. “Mak..mengucap mak. Ni anak mak, tu cucu mak”, kata mak aku cuba menyedarkan tok tapi tiada tindak balas dari tok. Tok mengangkat parangnya dan menyerang aku. Aku berpusing-pusing untuk mengalihkan perhatian tok daripada Mak dan Mak Kecik. Tok melibas parangnya sesuka hati. Aku hanya mengelak dan sesekali hanya menyepak kerana aku tak mahu menggunakan keris aku. Serangan tok semakin menggila. “Zai, pergi panggil orang kampung” Aku terdengar mak berkata pada Mak Kecik. “Tak yah mak. Ini aib keluarga kita”, jerit aku. Mak Kecik tak jadi memanggil orang kampung. Aku berjaya mengelak satu serangan dari tok dan menyepak dari arah belakang. Tok jatuh tersembam ke tanah. Sayu hati aku melihat tok dalam keadaan begitu tapi aku tak ada pilihan. Tok bangun semula dan berpaling ke arah aku. Dia menyerang sekali lagi. Aku melompat tinggi dan sekali lagi menyepak ke arah belakangnya hingga dia jatuh tersembam sekali lagi. Aku mengelak untuk menyepak kepalanya kerana aku masih menghormati tok. Tok bangun semula. Aku tak tahu dari mana tok dapat tenaga seperti itu. “Kau cucu tak berguna”, jerkah tok dengan suara garau, bukan suara tok yang biasa. “Mak, tu Man mak, cucu mak”, balas mak aku dengan suara yang sayu. “Dia bukan cucu aku”, jerit tok lagi. Aku tak hiraukan apa kata tok kerana yang aku tahu aku perlu hentikan amukan tok. 87


9 “Tak apa mak, mak ke belakang lagi. Biar Man selesaikan”, kata aku. Kali ini aku mengambil keputusan untuk menyerang dan cuba selesaikan masalah berbahaya ini. Aku mara ke arah tok. “Jangan Man”, jerit mak tapi aku tak peduli. Tok melibas parangnya ke arah aku. Aku mengelak dengan merendahkan diri. Parang melintas di atas kepala aku dengan laju. Aku bangun dari mengelak dan letak kedua tapak tangan aku ke dada tok. Tok terpelanting ke belakang dalam keadaan telentang. Aku melompat ke atas badan tok bila melihat tok terlentang. Aku tahan tangan kanannya yang memegang parang dengan lutut kiri aku dan lutut kanan aku menahan tangan kirinya. Aku pegang ubun-ubun tok sambil membaca sesuatu. Mata tok mula terbeliak. Aku terus membaca ayat yang aku belajar. Tok nampak semakin lemah. Tiba-tiba tok menghentam belakang aku dengan kedua dua lututnya hingga aku jatuh tersembam melepasi kepalanya. Aku bingkas bangun, begitu juga dengan tok. Api kemarahannya meluap-luap memandang aku dan kemudian berpaling melihat ke arah Mak aku dan Mak Kecik. Aku tahu niat dia. Tok mara sambil melibas parangnya ke arah mereka berdua. Aku terpaksa melompat tinggi dan menyepak kepala tok hingga dia jatuh berguling ke tanah. Aku berdiri di hadapan mak aku dan Mak Kecik. “Mak, mak berdiri jauh lagi. Kat sini bahaya”, bisik aku pada mak. “Kau tu yang bahaya. Tok kau tu bukan sedar. Elok panggil orang kampung aje”, jawab mak. “Tak boleh mak, kena jaga aib tok”, balas aku. Mak hanya diam. Aku mara ke arah tok supaya tok tak mendekati mak dan Mak Kecik. “Jaga-jaga Man”, pesan mak. Kali ini tok mensasarkan ke arah perut aku.Beberapa kali juga hujung parangnya hampir membelah perut aku. Nampaknya tok memang berniat untuk membunuh aku, darah dagingnya sendiri. Aku mengambil keputusan untuk tidak berlembut lagi melihatkan keadaan semakin membahayakan. Aku membaca di dalam hati ayat yang aku belajar. Tok melibas lagi parangnya. Aku mencari sendi. Satu sepakan ke arah lutut kiri tok menyebabkan dia mula terhencot-hencot. Setiap kali aku mengelak, aku akan mencari bahagian kiri tubuh tok. Satu lagi sepakan tepat ke tengah pehanya semakin menambahkan lagi kesakitan kepada tok tapi dia tetap tak mengalah. Tiba-tiba tok mengeluarkan sesuatu dari bunjut kain batiknya. Dia melemparkan sesuatu yang mengeluarkan yang mengeluarkan asap ke arah aku hingga penglihatan


10 aku jadi kabur. Semakin lama asap itu semakin tebal seolah-olah kabus. Aku sudah tak nampak tok, mak dan Mak Kecik. Aku membaca sesuatu dan menggosok mata aku dengan tapak tangan. Pandangan aku pulih sedikit. Aku bergerak perlahan-lahan dan berhati hati. “Man...Man..kau kat mana?” Terdengar suara mak memanggil aku dengan suara yang risau. “Mak jangan ke mana mana, tunggu kat situ sahaja”, pesan aku. Aku menuju ke arah mak sambil mencari tok. Aku dapat memegang tangan mak. Entah dari mana tiba-tiba satu tamparan dari belakang tangan memukul muka aku sehingga aku jatuh terlentang. “Maknanya tok ada dekat mak”, bisik hati aku yang tak menghiraukan rasa sakit. Aku cepat-cepat bangun. Aku nampak tok menghayun parangnya ke arah mak yang sedang tegak berdiri tanpa nampak apa-apa. Aku melompat tinggi sambil menghulurkan kaki kiri aku untuk menyepak tok tapi aku salah perhitungan dalam keadaan serba kelam itu. Parang tok berjaya melibas kaki aku. Aku terasa pedih dan sakit yang amat sangat. Aku memegang tulang kering aku yang mula berdarah dengan banyak. Aku abaikan kerana aku risaukan keselamatan mak aku. Kali ini dalam samar-samar aku nampak tok bersedia untuk menyerang mak sekali lagi. Aku menyepak dengan kaki kanan ke arah belakang tok hingga tok jatuh tersembam ke tanah. Cepat-cepat aku melompat ke belakang tubuh tok dan mengunci pergerakannya. Kaki aku semakin sakit tapi aku cuba bertahan. Aku kilas kedua tangan tok ke belakang hingga parangnya terlepas. Aku tahan kedua tangannya yang dikilas dengan lutut dan tangan aku memegang ubun-ubunnya dari belakang. Aku membaca ayat surah Al Falaq dan An Nas kemudian diikuti, “Wakafa Billahi wakila, wakafa billahi waliyya, wakafa billahi nasira” Aku memegang pelipis kepala tok kiri dan kanan sekuat hati aku. Tok cuba meronta-ronta melepaskan diri tapi aku berjaya bertahan walaupun aku dapat rasa kaki aku semakin banyak mengeluarkan darah. Akhirnya tok tidak bergerak lagi. Aku membuka baju aku dan mengikat tangan tok dari belakang sebagai langkah berjaga-jaga. Tok tidak bergerak lagi. Kabus semakin hilang. Aku bangun dari belakang tok sambil melihat ke arah tulang kering aku. Ya Allah, lukanya besar dan dalam sampai nampak tulang-tulang. “Ya Allah anak aku”, jerit mak. “Mak Kecik jaga tok, kalau tok sedar bagi tahu Man”, pesan aku pada Mak Kecik dengan suara yang menahan sakit.


11 “Kena pergi hospital ni Man”, kata mak. “Tak yah lah mak, hospital jauh. Lagi pun nak pergi dengan apa?” jawab aku. “Besar luka tu!” marah mak. “Sikit aje, nanti berhenti lah darah ni”, balas aku supaya mak tak risau padahal badan aku terketar-ketar menahan sakit. Mak membuka tudungnya dan beri kepada aku untuk membalut luka aku. Aku ikat kuat-kuat dan ketat. Sekejap sahaja tudung mak bertukar merah kerana kesan darah walaupun ditutup dengan tanah. Air mata aku menitis menahan sakit. Aku membaca surah Al Masad sambil menekan pada tempat luka agar darah berhenti keluar. Aku menekan sekuat hati sehingga berpeluh-peluh dan air mata semakin laju menitis. Mak aku juga mula mengalirkan air mata melihat keadaan aku. “Macam mana tok?” tanya aku pada Mak Kecik. “Tak sedar lagi”, jawab Mak Kecik. Aku bangun perlahan-lahan mendekati tok. “Mak dengan Mak Kecik boleh tak angkat tok ke dalam rumah?” tanya aku. “Boleh”, jawab Mak Kecik. Mak dan Mak Kecik perlahan-lahan mengangkat tok sambil aku membantu setakat yang aku mampu. Selepas bersusah-payah, kami berjaya mengangkat tok ke dalam rumah. Tok masih tak sedarkan diri. Kali ini aku mengikat tangan dan kaki tok dari hadapan. “Kalau mak nak balik, mak ajak Mak Kecik. Kasihan ayah balik nanti nak makan. Biar Man tunggu tok”, kata aku. “Kaki kau tu macam mana?” tanya mak. “Dah kurang rasa sakit” Aku beri alasan walaupun sebenarnya semakin bertambah sakit. “Mak balik dulu. Nanti ayah kau dah balik, mak hantar Mak Kecik balik ke sini semula”, kata mak lagi. Mak dan Mak Kecik mula bergerak. Aku bersandar pada dinding sambil menahan sakit. Aku berdoa semoga tok tak buat hal lagi jika dia sudah sedar dari pengsan. Aku turun ke tanah untuk membersihkan luka. Ya Allah, pedih dan sakitsangatsampai aku terduduk. Joni menghampiri aku dan duduk hampir dengan tangga. “Aku sakitlah Joni”, kata aku untuk menghilangkan rasa sakit. Joni diam sahaja. Bila sudah dibersihkan, barulah nampak dengan jelas luka yang aku alami. Kulit terbelah seperti mulut dan tulang memang jelas kelihatan. Kepala aku mula terasa pening menahan sakit. Aku duduk berlunjur di lambur sambil termenung.


12 “Kenapa tok jadi sampai macam tu? Ada kena-mengena dengan kematian bayang hitam ke?” aku bertanya pada diri sendiri. Sedih aku bila melihat keadaan tok. Lebih sedih lagi bila dia dah buang aku tapi aku tak akan buat perkara yang serupa. Dia tetap tok aku sampai bila-bila. Tiba-tiba aku terdengar seperti suara tok membebel. “Tok dah sedar?” bisik hati aku. “Apa aku nak buat ni? Tok dah buang aku. Kalau tok mengamuk lagi macam mana aku nak lawan dalam keadaan luka begini?” Aku buntu. “Siapa yang ikat aku?” jerit tok. Nasib baik tok masih terikat. Aku berlindung di sebalik dinding lambur. “Siapa yang ikat aku”, jeritan tok lebih kuat. Aku hanya mendiamkan diri sambil memikirkan apa yang perlu aku lakukan. Aku duduk semula di lambur sambil memandang ke arah jalan masuk. Kaki aku semakin berdenyut denyut kerana semakin sakit. Aku menjenguk ke arah jalan masuk ke rumah tok kerana gerak hati aku merasakan sesuatu. Benar seperti yang aku rasa. Dari jauh aku nampak kelibat seseorang sedang berjalan ke rumah tok. “Siapa? Tak kan ayah. Kalau ayah kenapa ayah datang seorang sahaja?” tanya aku dalam hati. Aku bergerak untuk menyembunyikan diri di tempat yang terlindung. Tak lama kemudian, kelibat itu menghampiri tangga lambur. Mukanya tak jelas kelihatan tapi dari bentuk badannya seperti ayah aku. Aku hanya mendiamkan diri. Kelibat itu naik ke atas rumah tanpa memberi salam. Aku semakin tak sedap hati. “Kau pergi mana?” Terdengar suara tok. Tiada suara lain yang aku dengar. Tubuh aku menggeletar menahan sakit. “Buka tali ni” Terdengar tok memberi arahan. “Apa aku nak buat ni?” Aku mencari jawapan. “Kalau aku meluru masuk, belum tentu aku boleh berlawan dengan kelibat tu. Kalau aku tunggu, tok akan terlepas” Aku terus buntu. “Allahumma inni as’alukal huda was sadaad” Aku berdoa dalam hati untuk mencari kepastian sebarang tindakan.


13 Tiba-tiba tok dan kelibat itu muncul di lambur. Aku mendiamkan diri. Mereka berdua seperti mencari sesuatu. Tok sedang memegang parang panjangnya. Tubuh aku menggeletar menahan sakit sehingga air mata aku menitis. Aku tak boleh bergerak dalam keadaan begini. Aku masih tak tahu siapakah kelibat itu. “Assalamualaikum” Aku terdengar suara ayah dari jauh. Tok dan kelibat itu masuk ke rumah dengan tergesa-gesa. “Mak...Man...” Terdengar suara ayah memanggil. “Kalau ini betul suara ayah, siapa kelibat tadi?” Aku keliru. Aku tidak menjawab panggilan ayah kerana aku nak tahu apa yang bakal terjadi seterusnya. Ayah naik ke rumah tok bersama Mak Kecik. “Mak tak sedar lagi” Aku terdengar suara Mak Kecik. Rupanya tok pura-pura tidak sedarkan diri. “Mana Man?” Terdengar pula suara ayah. “Entah. Kaki dia luka besar tu”, balas Mak Kecik. Ayah turun ke tanah, mungkin mencari aku. Tak lama kemudian, ayah naik semula. “Tak ada pun kat telaga. Mana pulak budak Man ni?” kata ayah. “Abang balik lah dulu, mana tahu dia dah balik rumah sebab luka dia tu”, kata Mak Kecik. “Tak mungkin. Kalau dia balik, mesti bertembung dengan kita tadi”, jawab ayah. Aku hanya mendiamkan diri sambil menahan sakit. “Abang balik ke rumah sekejap. Kamu tunggu mak”, kata ayah lalu turun ke tanah. Ayah bergerak pulang. Aku mula risaukan Mak Kecik. Tiba-tiba terdengar suara Mak Kecik menjerit.


14 Aku serba salah, dengan kaki yang terlampau sakit berlawan dengan rasa risau pada keselamatan Mak Kecik. Dengan terhencot-hencot menahan sakit, aku masuk ke dalam rumah. Aku nampak tok dengan mata yang terbeliak sedang memegang tangan Mak Kecik. “Mengucap tok, tu Mak Kecik”, jerit aku. Tok memandang aku. Aku tak tahu apa yang tak kena dengan tok. Kelakuannya seperti di bawah sedar. Tok tak hiraukan jeritan aku dan terus cuba mencapai parang berhampiran dengannya. Aku tak hiraukan darah yang menitik. Aku terus melompat dan memijak tangan tok dengan kuat hingga kedengaran seperti bunyi benda patah. Tok menjerit dengan kuat. “Bodoh..patah tangan aku”, jerit tok. Aku merentap tangan Mak Kecik dari pegangan tok. “Mak Kecik pergi rumah mak, cepat...panggil ayah”, jerit aku. Mak Kecik terus berlari ke tanah. “Ingat Allah tok, lawan hasutan iblis ni”, nasihat aku pada tok. Tok memandang aku dengan tajam. Dengan mata yang hanya nampak mata putih, tok mengangkat tangan kanannya yang terkulai. “Kau tak tahu selepas aki kau mati, berapa banyak benda yang ganggu aku. Aku perlu pelindung”, kata tok dengan suara garau. “Cukuplah Allah yang jadi pelindung, bukan benda syirik”, tegas aku. Tok bangun dan berdiri sambil memegang parang dengan tangan kirinya. Aku berundur sedikit dari tok. Tok menyerang aku tapi aku hanya mengelak. Aku berundur sedikit demi sedikit untuk turun ke tanah. Aku berdoa semoga ayah cepat sampai kerana aku semakin tak bermaya sebenarnya. “Mana hilang kelibat yang naik ke rumah tadi”, tanya hati aku. Tok mengikut aku ke tanah. Kini kami berada di halaman rumah, seorang nenek dan seorang cucu bersedia untuk bertarung. Seorang patah tangan dan seorang luka teruk di kaki. Pertarungan yang tak pernah aku jangka. Tok nampak kekok menggunakan tangan kirinya tapi aku juga bertahan hanya dengan sebelah kaki yang elok. Beberapa kali aku berjaya menendang tangan tok tapi tenaga aku tak sekuat mana. Lama juga aku mengelak serangan tok. 88


15 “Cepat..cepat” Terdengar suara ayah dari jauh. Aku berpaling dan nampak ayah datang dengan beberapa orang kampung. Kini aku tak mampu lagi menutup aib tok. “Mak, letak parang tu”, rayu ayah. Tok memandang ayah serta orang kampung seperti orang tak ada perasaan. “Mengucap mak, buang parang tu”, kata ayah lagi tapi tok tidak menghiraukannya. Aku berundur sedikit tetapi tetap berwaspada keselamatan ayah. Akhirnya ayah mengambil keputusan untuk mengepung tok dengan pertolongan orang-orang kampung yang ada. Suasana jadi hingar-bingar dan kelam-kabut. Mereka semua bertungkus-lumus berusaha menangkap tok yang nampak garang memegang parang. Tok cuba melibas parangnya bagi menghalang cubaan menangkapnya tetapi ayah berjaya menjatuhkan tok ke tanah. Akhirnya tok berjaya ditangkap. Sayu dan sedih aku melihat keadaan tok yang terpaksa diikat kakinya. Tok tiba-tiba kelihatan diam dan tidak lagi bertindak gila. Sesuatu yang merasuknya kelihatan seperti sudah tiada lagi. Kelihatan ayah sedang berbincang sesuatu dengan orang kampung. “Man, mari pergi hospitalsekali dengan tok naik kereta Tok Ketua”, kata ayah sambil membelek luka di kaki aku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku, ayah dan tok menaiki kereta Ketua Kampung bergerak untuk ke hospital. Di dalam kereta, tok hanya mendiamkan diri. Malam itu banyak jahitan terpaksa dibuat pada kaki aku untuk menutup luka yang agak teruk sementara tok terpaksa bermalam di hospital. Tinggal lah tok keseorangan apabila kami terpaksa pulang. “Macam mana dengan tok?” tanya aku pada ayah. “Selepas rawatan tangan dia tu, tok mungkin dihantar ke wad gila untuk rawatan”, jawab ayah. Aku termenung. Sedih dan sayu bila mendengar jawapan ayah tetapi itu adalah yang terbaik. Tiba di rumah, aku membersihkan diri. Terasa sakit dan pedih sangat. Aku baring di atas tikar sementara menunggu mak menyediakan makanan. “Apa yang merasuk tok? Ke mana hilangnya kelibat yang aku nampak tadi?” aku tertanya-tanya. “Man, mari makan” Terdengar suara mak memanggil dari dapur. Aku makan bersama ayah, mak dan Mak Kecik. “Kat mana kau belajar silat?” tanya mak.


16 “Dengan arwah Aki Karim dan Aki Lela”, jawab aku ringkas. “Habis yang kau cakap pergi belajar agama tu kau belajar silat?” tanya ayah pula. “Belajar agama sambil belajar silat”, jawab aku lagi. “Kau jangan berani sangat kalau terjadi lagi macam tadi, bahaya”, pesan mak. Aku hanya mendiamkan diri. “Man ni dah banyak belajar kak. Masa arwah Pak Karim ada, selalu sangat dia ikut arwah tu”, Mak Kecik pecah tembelang. “Pak Karim yang mana satu?” tanya ayah. “Kawan baik arwah aki. Dia orang sama-sama belajar agama dan silat masa muda-muda dulu”, terang Mak Kecik. Semua cerita lama semakin tersingkap. “Arwah aki kau dulu memang hebat orangnya. Berubat orang merata- rata. Bila dia dah tak ada, ramai yang berdendam. Mungkin sebab tu lah tok kau cari ‘benda’ untuk membantu dia”, terang mak pula. “Mana boleh macam tu mak. Syirik. Cukuplah Allah tempat kita memohon pertolongan”, balas aku. Ayah aku melihat aku dengan pandangan yang pelik, tak tahu nak marah atau teruja dengan kata-kata aku. “Apa yang kau fikir elok, kau buatlah sebab hidup dan mati kita hanya Allah yang tahu. Duduk saja-saja pun boleh mati, jadi eloklah buat perkara yang baik. Cuma pesan ayah, jaga diri elok-elok. Bertindak dengan bijak”, pesan ayah persis pesanan Aki Lela. Aku tersenyum melihat ayah. “Apa guna kau belajar jika tak digunakan. Kalau tak guna, lebih baik jangan belajar tapi itu lah macam ayah cakap tadi gunalah dengan bijaksana mengikut keadaan”, tambah ayah lagi. “Elok sangat menggalakkan anak buat benda bahaya”, bebel mak. “Bukan menggalakkan tapi mengingatkan. Timbang baik buruk, baru ambil tindakan”, ayah bela aku lagi. Malam itu aku tidur dengan rasa tak selesa kerana kaki yang luka dan fikiran aku yang masih memikirkan tentang kelibat pelik yang aku nampak di rumah tok. Pagi itu aku tetap ke sekolah walau kaki aku berbalut tebal. Nasib baik pada masa itu seluar sekolah masih menggunakan seluar pendek. Cuma bosan juga aku menjawab pertanyaan guru dan kawan-kawan. Habis sekolah, aku tetap pulang berjalan kaki. Alah bisa, tegal biasa. Siap makan dan tunaikan kewajipan, aku baring sebentar. Mak Kecik mendekati aku.


17 “Man, kita duduk aje kat rumah tok walau tok tak ada, nak tak? Lagi pun tak elok kalau rumah dibiarkan kosong lama-lama”, kata Mak Kecik. “Mak bagi ke?” tanya aku. “Mak Kecik dah bagi tahu ayah dan mak kau. Dia orang cakap, kalau kau setuju, dia orang benarkan”, jawab Mak Kecik. “Elok jugak tu. Bila nak balik rumah tok?” tanya aku lagi. “Petang nanti lah. Setiap pagi hari sekolah, Mak Kecik datang sini sampai kau balik sekolah”, jelas Mak Kecik lagi. “Okey”, jawab aku ringkas. Selepas makan ubat, aku tidur sebentar. Menjelang asar baru Mak Kecik kejutkan aku. Mungkin kesan ubat dan keletihan membuatkan aku tidur lena. Selepas solat, aku dan Mak Kecik bergerak ke rumah tok sambil membawa bekalan lauk untuk makan malam. Lain macam perasaan aku bila tiba di rumah tok. Sayu dan sedih menyelubungi hati aku. Kadang-kadang timbul rasa bersalah pada tok tapi aku yakinkan diri aku apa yang aku buat adalah perkara yang betul. Mak Kecik naik ke rumah terlebih dahulu manakala aku berjalan-jalan keliling kawasan bertemankan Joni. Kaki aku masih terasa kebas tapi aku kuatkan semangat melawan rasa sakit. Aku naik ke rumah selepas berpuas hati melihat sekeliling. Aku terkejut bila melihat bilik larangan tertutup rapat. “Siapa tutup pintu bilik ni?” tanya aku pada Mak Kecik. “Mak Kecik naik tadi dah tertutup rapat. Mak Kecik masukkan palang pintu tu sahaja”, jawab Mak Kecik. Hati aku tiba-tiba rasa berdebar. Aku membaca sesuatu dan meletak tapak tangan aku ke daun pintu. Tapak tangan aku terasa panas dan bagai ada ‘sesuatu’ yang cuba menolak tangan aku. “Au’zubika limatillahi tammati min syarri maa khalaq” Aku meletak sekali lagi tapak tangan aku ke daun pintu. Semakin kuat sesuatu dari dalam cuba menolak tangan aku. Kami berlawan dalam diam. “Kau buat apa tu?” Tiba-tiba Mak Kecik muncul di belakang aku. Cepat-cepat aku tarik tangan aku. “Tak ada apa lah. Man cuba tolak pintu ni nak tengok ketat atau tak”, aku memberi alasan. “Tak yah lah buka”, kata Mak Kecik sambil kembali ke dapur. Aku duduk termenung di lambur. Selepas solat maghrib, aku dan Mak Kecik makan malam. Selepas makan aku berehat bersandar pada dinding di


18 ruang tengah sambil mengurut tapak kaki aku. Di luar rumah cengkerik dan riang-riang berbunyi sakan. Otak aku pula memikirkan tentang nasib tok. Malang nasib tok jika dia benar-benar akan di hantar ke wad psikiatri untuk rawatan. Tiba-tiba suasana jadi sunyi sepi. Tiada lagi bunyi bising serangga. Suasana mula menjadi bahang hingga aku berpeluh-peluh. “Kenapa panas sangat ni Man?” tanya Mak Kecik. Aku hanya memberi isyarat kepada Mak Kecik supaya diam dan duduk di tengah rumah. Aku bangun perlahan-lahan untuk mendapatkan barang ‘peribadi’ aku kerana gerak hati aku rasa kurang enak. Tiba-tiba terdengar satu suara dari pintu tengah. “Zai...Zai” Aku terdengar seperti suara tok dari luar rumah. Aku tunjuk isyarat diam pada Mak Kecik. Mak Kecik kelihatan menggigil. “Zai...Zai..” Kali ini suara tok mendayu-dayu. Aku bulatkan mata aku ke arah Mak Kecik. Mak Kecik mula kelihatan pelik. Dia bangun perlahan-lahan dan cuba menuju ke pintu tengah. Aku berlari dan memegang tangan Mak Kecik sambil membaca sesuatu dan aku hembuskan ke mukanya. Mak Kecik berdiri tegak tidak bergerak. “Zai, bukalah pintu. Mak ni” Suara tok semakin mendayu-dayu. Aku membaca lagi sesuatu dan menekan tapak tangan aku ke belikat Mak Kecik. Mak Kecik tiba-tiba jatuh tapi sempat aku sambut dan baringkannya di atas tikar. Aku mengambil bantal untuk alas kepalanya. Memang aku berniat untuk buat Mak Kecik tak sedarkan diri. “Tukkk..tukkk..tukkk.. Bunyi pintu diketuk kuat. Aku berdiri di hadapan pintu yang diketuk. Aku membaca lagi ayat yang aku belajar dan kemudian meletak tapak tangan di daun pintu. Seperti ada sesuatu yang cuba menolak tangan aku, sama seperti waktu aku letak tangan aku di daun pintu bilik larangan. Aku pegang erat keris di tangan. Pintu di hadapan aku bergegar kuat seperti mahu tercabut dan tiba-tiba terhenti. Bau wangi pula semerbak menusuk ke hidung aku. Kepala aku mula terasa pening. Semua benda yang aku nampak seperti berpusing-pusing mengelilingi aku. Aku bagai khayal tapi aku cuba bertahan. “Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis samaq, wahuwas samiul’ alim” Aku tekap kedua tapak tangan aku ke telinga sambil memejamkan mata.


19 “Allahu ahad” Aku ulang sehingga jantung aku terasa tenang. Aku buat zikir nafas. Aku menarik nafas bermula dari arah pusat dengan lafaz “Hu” dan bila aku rasa tarikan nafas aku sampai ke ubun-ubun, aku lepaskan nafas sekali dengan lafaz “Allah”. Aku membiarkan nafas itu bergerak sendiri. Aku membuka mata. Kepala aku tidak pening lagi dan tiada lagi benda-benda yang berpusing. “Zai...ooo Zai..., bukalah pintu ni nak”, rayu suara tok lagi penuh mendayu-dayu tapi kali ini aku tidak khayal dan terpukau lagi. “Allahuakbar” Aku membuka pintu dengan mengejut. Tercegat di hadapan aku kelibat seorang lelaki separuh usia berkulit gelap. Kelibat itu kelihatan seperti terkejut bila melihat aku yang membuka pintu bukan Mak Kecik. “Iblis..Audzubillahi minasyaitan nirrajim” Aku menikam tepat dadanya dengan keris aku. Mukanya mula berubah-ubah menyerupai bermacam-macam wajah yang hodoh di sertai suara yang juga bermacam-macam nada, sekejap suara lelaki dan sekejap suara wanita. Aku berundur sedikit tetapi keris aku masih melekat di dadanya. Kelibat itu terhuyung-hayang ke kanan dan ke kiri. Jeritannya nyaring dan halus hingga membingitkan telinga. Aku mara ke arahnya semula lalu mencabut keris aku. Kelibat itu undur ke belakang lalu terjun ke tanah. Aku juga bergegas turun ke tanah dengan kaki yang sakit tetapi kelibat itu hilang dari pandangan. Aku naik semula ke rumah lalu menutup pintu dan menuju ke arah Mak Kecik. Tiba-tiba pintu bilik larangan pula bergegar kuat. “Tak habis-habis lagi”, bebel hati aku. Aku tinggalkan Mak Kecik dan mengadap pintu bilik larangan. Aku memakai lampu suluh di kepala tapi tidak menyalakannya. Pelita aku letak berhampiran pintu masuk. “Man, tok minta maaf” Terdengar suara tok dari dalam bilik larangan. Aku mula keliru. “Jangan tertipu dengan tipu daya iblis” Aku teringat pesan Aki Lela. Aku membaca ayat yang sama ketika berada di pintu tengah dan meletakkan tapak tangan aku di daun pintu. Kali ini tangan aku bergetar kuat. “Man, tolong tok Man. Tok nak taubat”, pujuk suara tok dari dalam bilik. Aku masih berbelah bagi. Aku membaca surah Al Falaq dan An Nas lalu membuka kayu penghadang pintu. “Allahuakbar!” jerit aku sambil menolak pintu.


20 Pintu bilik terbuka luas. Suasana hanya diterangi cahaya pelita dari ruang tengah. Tiba-tiba aku melihat samar-samar sesuatu meluru ke arah aku dengan laju dan akhirnya berada betul-betul di hadapan aku. Mata aku terbeliak. “Tok?” Aku terkejut. Di hadapan aku berdiri tok aku dengan tangan kanan bersimen. “Jangan tertipu dengan tipu daya iblis” Pesanan biasa Aki Lela menyedarkan aku dari lamunan. “Kau bukan tok aku”, jerit aku. “Tok lah ni”, katanya dengan lemah lembut sambil tangan kirinya memegang bahu dan belakang aku lalu bergerak mengelilingi aku. Aku berpusing mengikut pergerakannya. “Ihdinas siratal mustaqim” Aku membaca perlahan-lahan dan hembuskan ke arah tok tanpa dia sedar. Tok berhenti bergerak, cuma tangannya masih di bahu aku. Aku membaca surah An Nas dalam hati dan lepaskan melalui nafas. Tok mengalihkan tangannya dari bahu aku. “Panas...panas..”, jerit tok. “Tok cakap nak bertaubat” Aku umpan reaksinya. Tok membulatkan matanya melihat aku. Tiba-tiba tok cuba mencakar aku dengan kukunya yang entah macam mana boleh jadi panjang dan tajam tapi aku memang sudah bersedia. Aku pegang tangan tok dan mengilasnya ke belakang dengan kuat. “Sakit...sakit..”, jerit tok. Aku buang rasa kasihan. Aku tepuk belakang tok dengan kedua tapak tangan aku. Tok kaku tidak bergerak. Dia cuba berpaling ke belakang tapi tak berjaya. Aku membaca lagi satu ayat dan pegang pelipis kanan dan kiri tok. “La hawla wala quwwata illa billa hil ayill azim” Dengan sekuat tenaga, aku mengangkat tubuh tok dengan mencekam 89


21 pelipisnya. Tubuh tok terangkat sedikit demi sedikit dan aku menghumbannya ke dinding bilik. Tok terperosok di tepi dinding. “Kau memang cucu derhaka”, jerit tok penuh kemarahan. Aku tidak mempedulikan kata-kata tok. Aku menuju ke arahnya dan memegang kedua kaki tok dengan membelakangkan pintu bilik. Aku membaca lagi satu ayat dan menampar tiga kali di tiga tempat yang berlainan di kaki tok. Tok menjerit dengan kuat dan cuba meronta tapi kakinya tak berjaya digerakkan. Tok seperti lumpuh. Mulut tok kumah kumit bagai membaca sesuatu. Aku terasa seperti ada satu pergerakan di belakang aku. Aku menoleh dan ternampak satu sepakan dihalakan ke arah aku. Aku berguling ke kiri untuk mengelak. “Mak Kecik!!” jerit hati aku. Mak Kecik sekali lagi cuba menyerang aku dengan matanya yang tertutup. Aku mengelak dan mengilas kaki kanannya hingga dia jatuh tersembam ke lantai. Aku menjerit kesakitan bila tubuh Mak Kecik tertindih kaki aku yang luka. Aku menolak tubuhnya untuk melepaskan kaki aku. Kaki aku berdarah semula. Aku membuat perkara yang sama pada kaki Mak Kecik. Dengan tiga kali tepuk, Mak Kecik tak boleh bergerak lagi. Aku bangun perlahan-lahan dan keluar dari bilik. Aku duduk berlunjur untuk melihat luka di kaki aku. Ada jahitan yang nampak terbuka semula. Aku tekan kuat-kuat di bahagian atas sedikit dari tempat yang luka kerana tak tertahan sangat rasa sakit hingga air mata aku menitik. Menggeletar seluruh badan menahan sakit. Aku lihat ke arah dalam bilik, kedua dua tok dan Mak Kecik masih terbaring. Aku bangun semula kerana ada urusan yang belum selesai antara aku dan tok. “Macam mana tok boleh berada dalam bilik tu? Kelibat siapa yang berjaya aku tikam tadi dan apa kaitannya dengan tok?” aku tertanya-tanya dalam hati. Aku menghampiri tok. Aku memegang ubun-ubunnya sambil membaca sesuatu. Tok meronta-ronta mengelak dari aku menghabiskan bacaan aku. Aku kuatkan genggaman aku. Mata tok mula terbeliak tapi tiada suara yang kedengaran. Akhirnya tok tidak bergerak lagi. Aku buat perkara yang sama kepada Mak Kecik hingga dia juga tak bergerak lagi. Aku baru nak melangkah keluar dari bilik larangan bila terdengar pintu tengah diketuk dengan kuat. “Man, buka pintu” Terdengar seperti suara ayah. Aku berjalan menuju ke pintu tengah. “Kenapa ayah datang ke sini?” bisik hati aku. “Siapa?” tanya aku. “Ayah”, jawab suara dari luar.


22 “Siapa nama ayah” Aku cuba pancing kebenaran. Tiada jawapan. “Assalamualaikum ayah”, aku beri salam lagi tapi tetap tiada jawapan. Aku bergegas menuju ke bilik larangan. Pintu depan yang setahu aku begitu lama tak pernah dibuka kini terbuka luas. Tok dan Mak Kecik sudah tiada dalam bilik. Dengan keadaan kaki aku yang berdarah semula turun ke tanah melalui pintu depan. Tiada kelibat mereka yang aku nampak. “Ya Allah, aku tak berdaya lagi. Ampunkan kekurangan hambaMu ini” Aku bagai patah semangat dengan semua ini. Aku terduduk di mata tangga sambil menitiskan air mata. Aku benar-benar terasa letih. “Aki, maafkan Man. Man dah tak berdaya lagi”, bisik hati aku. Aku termenung lama sambil cuba menenangkan diri. Aku berzikir dengan kalimah “La ilaha illallah” dengan empat maqam di dada. Semakin lama degup jantung aku semakin laju mengikut alunan zikir. “Orang yang mengeluh dan berputus asa adalah orang yang tak yakin dengan perancangan Allah dan tak yakin bahawa pertolongan Allah pasti datang bila kita menyeru namaNya”, Aku terdengar bisikan halus di telinga. Aku beristighfar panjang. Aku dilalaikan oleh bisikan iblis. Air mata aku menitis laju hingga aku tersedu-sedu. Aku tekap kedua tapak tangan aku ke muka. “La illaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin” Aku telah menzalimi diri aku sendiri. Tiba-tiba aku terasa sesuatu mengusap kepala aku. Aku mendongak. “Aki...” Aku terus memeluk pinggang Aki Lela seerat-eratnya. Aki Lela mencium ubun-ubun aku. Air mata aku semakin laju tanda terlalu gembira. Aku membuka mata, di belakang Aki Lela aku nampak Ayah Abu sedang tersenyum. Aku lepaskan pelukan pinggang Aki Lela dan terus memeluk Ayah Abu. Ayah Abu menggosok belakang aku dengan lembut. “Buruk sangat kau ni kalau menangis”, kata Aki Lela buat aku tersenyum dan malu. “Hero mana boleh menangis”, tambah Ayah Abu pula. “Man rindu aki dan ayah”, kata aku sambil mengesat air mata. “Kami pun rindu kau yang nakal ni. Hati kering mana boleh menangis kecuali menangis kerana bersyukur dan bertaubat tanda kita benar-benar menyerahkan diri kita kepada Allah” Nasihat yang dah lama aku tak dengar secara langsung dari Aki Lela.


23 Aki Lela memegang kaki aku yang berdarah sambil membaca sesuatu dan menghembuskannya. Serta-merta hilang rasa sakit dan darah tidak menitik lagi. Di ambilnya sehelai daun dan menampal ke tempat yang luka. Peliknya daun itu boleh melekat seperti menggunakan gam. “Dah lah tu, nanti kita berbual lagi. Sekarang kita cari Mak Kecik kau”, kata Aki Lela yang entah macam mana boleh tahu Mak Kecik hilang. “Kita bergerak ikutsini”, kata Aki Lela sambil memulakan langkah masuk ke hutan di belakang rumah tok. Ayah Abu memegang erat tangan aku dan kami bergerak dengan laju seperti menumpang angin. Aku perasan jalan yang kami guna ini seperti menuju ke arah kampung orang asli yang pernah aku jejaki bersama arwah Aki Karim. Cuma kali ini jaraknya lebih jauh. Aku tak tahu apa dan kenapa aki membawa aku ke arah tempat ini. Akhirnya kami berhenti di satu kawasan yang berbukit. “Nampak tu”, kata Aki Lela sambil menunjuk ke arah satu cahaya dari sebuah pondok di kaki bukit. “Di situlah Mak Kecik kau berada. Kau tentu masih tak tahu apa-apa.Itu pondok Arong, adik kembar kepada Atet. Selepas kita kalahkan Atet, adik dia pula yang ambil alih ilmu Atetsepenuhnya. Semua ‘belaan’ Atet, Arong pula yang menjaganya. Jadi tok kau sudah terikat dengan janjinya. Apa yang kau lihat kat rumah tok kau, semuanya adalah jelmaan ‘belaan’ Arong kecuali Mak Kecik kau. Cuma Mak Kecik kau sekarang tak sedar apa-apa sebab diilmukan Arong”, terang Aki Lela. “Mana aki tahu semua ni?” tanya aku. Aki Lela hanya tersenyum. “Aku dah lama kenal keturunan mereka ni. Aku kan dah lama menumpang kat dunia ni. Bila kita berada dalam dunia seperti ini, kita pasti akan dapat tahu dan kenal siapa bakal musuh kita. Ini semua anugerah Allah. Masih belum terlambat untuk kita membawa tok kau kembali ke jalan yang benar tapi sesungguhnya hidayah itu hak Allah”, tambah Aki Lela lagi. “Semakin meningkat umur kau nanti, kau akan tahu lebih banyak perkara ghaib selari dengan amalan yang kau buat dengan ikhlas. Jangan buat sesuatu amalan semata-mata untuk mengejar kelebihan tapi gunalah kelebihan yang diterima untuk beramal lebih baik lagi”, tambah Ayah Abu pula. Inilah yang aku sayang sangat kat mereka berdua, tak kira tempat atau keadaan pasti akan ada nasihat yang diberikan. “Mari kita bergerak tapi hati-hati. Manusia yang berdendam tak akan ada belas kasihan”, pesan Aki Lela seperti biasa.


24 Kami sampai di hadapan pondok Arong. Pondok dan pelita yang di pasang hampir sama dengan pondok Atet dahulu. Tiba-tiba beberapa batang damar sumpit berterbangan ke arah kami. “Jaga-jaga”, jerit Ayah Abu. Serentak kami bertiga melompat untuk mengelak. “Hanya orang penakut berlindung untuk menyerang orang lain”, jerit Ayah Abu. Tiada tindak balas. Aki Lela membaca sesuatu dan menumbuk ke tanah. Tanah bergegar kuat termasuk pondok yang nampak bergoyang. “Lepaskan budak perempuan itu dan lepaskan janji tok tua itu dengan kamu. Kami akan lepaskan kamu”, jerit Aki Lela. Masih tiada apa-apa tindak balas dari Arong. “Aku ke belakang”, kata Ayah Abu sambil melangkah menuju ke belakang pondok. Aki Lela memejamkan mata sambil membaca sesuatu. Kedua tapak tangannya dihulur ke depan. Sesuatu keluar bagai gumpalan angin dari tapak tangan tersebut. Pondok itu mula kelihatan seperti digoncang dengan kuat. Tak lama kemudian Aki Lela menurunkan tapak tangannya dan pondok itu berhenti bergoyang. Satu susuk tubuh keluar dari pondok dengan keadaan terhuyung-hayang seperti orang mabuk. “Cukup..cukup..aku bebaskan budak ni”, kata lelaki itu. Aku nampak Mak Kecik berjalan keluar dari pondok dengan mata terpejam menuju ke arah aku dan Aki Lela. Aku membaca sesuatu dan menepuk belikat Mak Kecik. Mak Kecik rebah tapi aku menyambutnya sebelum dia jatuh ke tanah. Aku letakkan Mak Kecik bersandar di sebatang pokok yang jauh dari pondok Arong dan kembali berdiri di belakang Aki Lela. “Sekarang batalkan janji antara tok tua dengan kamu”, jerkah Aki Lela. “Dia berjanji dengan abang aku Atet, bukan dengan aku. Aku hanya menyambung seperti yang dia pesan semasa dia hidup”, jawab Arong. “Kamu jangan berbohong, jika kamu tak gunakan ‘belaan’ kepunyaan dia, semua ini akan terhenti”, jerit Aki Lela lagi. “Ini amanah abang aku, kalau tak roh dia tak aman. Ini kepercayaan kami seperti mana kamu percayakan tuhan kamu”, balas Arong. Aku bersedia kerana dari jawapannya, dia tak akan mengalah. “Ini darah daging dia, cucu dia sendiri. Kamu kena selesaikan dengannya”, tambah Aki Lela. Aku mara ke depan dengan keris tergenggam erat. Arong membaca sesuatu. Tiba-tiba ada satu pergerakan yang laju dari dalam pondok menuju ke


25 arah aku. Entah kenapa sebelum sempat ia sampai pada aku, ‘benda’ itu jatuh terguling lalu hilang. “Jangan guna ilmu kamu. Lawan cara anak jantan”, kata Ayah Abu yang tiba-tiba tercegat di sebelah aku. “Kalau kamu kalah, kamu lepaskan tok tua dan jika budak ini kalah, kami tak akan campur lagi urusan kamu”, kata Ayah Abu. “Kenapa ayah buat janji macam tu?” bisik hati aku. Ayah Abu menjeling ke arah aku. “Kalau aku yakin pada kau, kau kena yakin pada diri sendiri. Gunakan apa yang kau belajar”, pesan Ayah Abu. Ayah Abu berundur dan berdiri di sebelah Aki Lela. Arong menyerang aku tanpa sempat aku bersedia. Aku bernasib baik sempat mengelak. Arong mengeluarkan parang dari pinggangnya. “Parang lagi!”, bentak hati aku. Arong cuba menetak aku berkali-kali tapi setakat ini aku berjaya mengelak dan kadang-kadang berjaya menyepak tubuhnya. Arong membulatkan mata tanda marah. Dia membaca sesuatu dan aku juga membaca apa yang aku belajar. Aku keluarkan keris aku. Dia menyerang dengan melibas parang paras-paras leher aku. Berhempas pulas juga untuk aku mengelak. Pergerakan Arong ini lebih baik dari Atet. Banyak tipu daya dalam pergerakannya, kalau aku tidak berhati-hati, memang putus leher aku. Libasan parangnya serentak dengan sepakan kakinya. Dua dalam satu tapi buat seketika aku hanya ada satu gerakan iaitu mengelak. Aki Lela dan Ayah Abu hanya memerhati seolah-olah pertarungan ini hanyalah ujian untuk aku. Satu kesilapan kecil dari Arong memberi peluang untuk aku. Sewaktu dia menarik libasan parangnya, aku mara dengan cepat sambil membelakangkannya. Siku aku tepat mengenai rusuknya dan kepala aku yang rendah sedikit daripadanya, memudahkan aku menghentak kepala aku ke dagunya serentak. Arong terpelanting ke belakang. Mulutnya berdarah membuatkan dia bertambah marah. Dia menyerang lagi dan kali ini aku melompat menyepak tangannya yang memegang parang sambil menyikunya di leher. Dia nampaknya semakin hilang sabar. Dia membaca sesuatu dan tiba-tiba seekor babi yang cukup besar muncul dengan laju dari arah belakang pondok. Aku tak sempat mengelak dan tercampak jauh. Mata aku jadi kabur. Aku hanya nampak sekali imbas Aki Lela dan Ayah Abu mara ke arah Arong.


26 Aku cuba berdiri dalam keadaan terhuyung-hayang dan tiba-tiba sekali lagi tubuh aku tercampak dirempuh babi tersebut. Kali ini aku terbaring memandang langit. Telinga aku menangkap suara orang sedang bertarung dan semakin lama telinga aku tidak mendengar apa-apa lagi. Aku cuba menoleh ke arah Aki Lela dan penglihatan aku semakin lama semakin kelam dan akhirnya aku tak nampak apa-apa lagi. Hanya fikiran aku sahaja yang melayang-layang di awangan. Tubuh aku menjadi seperti lumpuh. Aku tak rasa apa-apa lagi di seluruh tubuh aku. Hanya anak mata aku yang seolah-olah berpusing-pusing cuba melihat sekeliling sedangkan semuanya kelihatan gelap. Akhirnya aku tidak sedarkan diri.


27 Aku tersedar kerana terasa muka aku basah. Aki Lela sedang membasuh muka aku. Aku mengangkat kepala aku perlahan-lahan. Aku berada di atas lambur rumah tok rupanya. Aku letak semula kepala aku di atas lantai lambur. Pandangan aku kosong. Sakit di seluruh tubuh aku. Dengan kaki yang belum sembuh, ditambah pula dilanggar dan terpelanting kuat memang tubuh aku sudah menerima lebih dari yang sepatutnya dengan usia aku sekecil ini. Otak aku terasa cukup-cukup letih. Otak yang letih akan membuatkan tubuh secara automatik juga terasa letih. Jiwa aku seolah-olah sudah tak sanggup lagi menerima semua ini. “Alhamdulillah tak ada yang patah. Tubuh kau memang lasak. Kau berehat dulu. Jangan diikut perasaan sangat. Ini sebahagian dari ujian orang macam kita. Yang membezakan kita sesama manusia adalah penerimaan kita tentang ujian Allah. Tidak Allah berikan sesuatu ujian tanpa sebab dan sia-sia. Dia tak akan menguji setiap hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Setiap Anugerah yang diberi akan datang sekali dengan ujian untuk menguatkan ikhtikad kita”, pesan Aki Lela. Ayah Abu duduk bersandar pada dinding. “Mana Mak Kecik?” tanya aku. “Ada dalam rumah tu. Sekejap lagi sedarlah tu”, jawab Ayah Abu. “Arong?” tanya aku lagi. “Hilang entah ke mana. Tak sempat nak hapuskan dia. Kami risaukan kau tadi. Panjang lagi umur dia, panjang lagi cerita tok kau ni”, kata Ayah Abu lagi. Air mata aku menitis tiba-tiba. Sedih dan sayu memikirkan nasib tok. Salah aku yang pandai-pandai mengganggu bilik larangan. “Apa yang kau dah buat adalah betul. Sekurang kurangnya kau sudah menjalankan tanggungjawab kau sebagai seorang cucu dan seorang Islam. Selebihnya serahkan kepada Allah”, pujuk Aki Lela. Aku tiba-tiba hilang semangat diri. “Istighfar banyak-banyak. Kuatkan zikir. Serahkan segalanya kepada yang ‘Hak’. Iblis memang suka bila kita berputus asa dengan Allah”, Ayah Abu memberi semangat. 90


28 Dengan mereka berdua, tak perlu aku bersuara. Cukup sekadar berkata di hati, mereka akan memahami. Jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi seperti mereka. Entah apa yang telah mereka lalui untuk menjadi seperti ini tetapi sampai ketika ini jiwa aku mula berbelah bahagi. Mental dan fizikal aku benar-benar seperti hampir meletup. “Tidak Allah menganugerahkan sesuatu yang istimewa kepada hambaNya yang terpilih tanpa pertolonganNya. Ingat tu. Bisikan Iblis akan melemahkan kau. Baca pendinding diri dan terus hidupkan hati. Hati yang sentiasa mengingati Allah, tidak akan ada ruang untuk iblis menyusup masuk”, nasihat Ayah Abu tegas dalam memujuk. Aku hanya mendiamkan diri. Otak aku ligat berfikir. Aku cuma keletihan sangat sampai ke satu tahap aku sudah tidak sanggup lagi menerima dan melalui semua ini. “Mana hilangnya hati kering dan semangat yang aku kenal? Jangan sia-siakan apa yang dianugerahkan kepada kau. Bukan semua orang dapat apa yang kau dapat. Aku sendiri berbelas-belas tahun ‘merangkak’ sedikit demi sedikit, itu pun bila aku sudah dewasa tapi kau sejak kecil lagi Allah dah bagi sejauh ini”, kata Aki Lela pula yang terus dan tegas cuba menaikkan semula semangat aku. Dua insan ini bersilih ganti mengembalikan ‘Man’ yang pernah mereka kenal dan ajar. Air mata aku menitis. Seperti mana keras dan degilnya aku sewaktu nak belajar, seperti itu juga aku bila hilang semangat. Aki Lela datang memeluk aku. Aku dapat rasakan air matanya menitis atas kepala aku. Aku tersedu-sedu. Sayangnya dia pada aku. “Aki tak boleh lama di sini. Kak Nurul dan Kak Ayu berdua sahaja kat rumah. Nanti aki datang lagi”, kata Aki Lela sambil memeluk aku lebih erat. Aku terasa seperti tak mahu melepaskan pelukannya. “Mat, kau balik dulu. Aku tinggal kat sini”, tiba-tiba Ayah Abu bersuara. Aku memandang Ayah Abu dengan air mata bergenang. Ayah Abu tersenyum melihat aku. “Baguslah macam tu. Aku balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa, buat macam ‘biasa’”, balas Aki Lela. Aki Lela bergerak dan aku hanya nampak kelibatnya hingga ke tempat yang samar dan kemudian hilang. “Mari kita naik, Mak Kecik kau rasanya dah nak sedar”, kata Ayah Abu. Kami naik ke rumah dan memang betul Mak Kecik mula bergerak sedikit. Aku mengambil air putih dan membasahkan muka Mak Kecik. Mak Kecik nampak terpinga-pinga melihat aku.


29 “Alhamdulillah. Ini Ayah Abu, sahabat arwah Aki Salleh tapi Mak Kecik mungkin tak kenal”, kata aku. Mak Kecik memandang Ayah Abu seperti mengingati sesuatu. “Ayah pernah datang sini kanmasa arwahmeninggal?” tanya Mak Kecik. “Ya, arwah aki kamu baik orangnya”, jawab Ayah Abu sambil tersenyum. “Ayah dan mak kau pun kenal ayah ni”, tambah Mak Kecik lagi. Tiba-tiba aku terasa bersemangat. “Mak Kecik, Ayah Abu tumpang tidur kat sini. Man mintak tolong Mak Kecik rahsiakan hal ni dari ayah dan mak. Man tak nak mereka tanya banyak sangat. Bila banyak bertanya, Man susah nak jawab”, kata aku. “Iye lah, Mak Kecik janji”, jawab Mak Kecik. Kami beralih duduk di lambur untuk membiarkan Mak Kecik berehat. “Kau nak cari Arong malam ni?” tiba-tiba Ayah Abu bersuara. Aku terkejut. “Boleh jumpa ke ayah? Dah lewat malam ni”, tanya aku seperti tak percaya. “InshaAllah, ke mana sangat dia nak lari. Sekarang ni mesti dia balik ke pondok dia semula. Di situ ilmunya bermula. Lagi pun aku tak boleh lama-lama di sini”, terang Ayah Abu. Aku termenung berfikir. “Elok juga sementara Ayah ada ni, kalau aku seorang memang susah”, kata hati aku. “Mak Kecik macam mana?” tanya aku. “InshaAllah dia akan selamat kat rumah ni, nanti kita buat ‘pagar’ untuk dia”, terang Ayah Abu lagi. “Man setuju. Lagi cepat selesai hal ni, lagi bagus”, jawab aku sambil masuk dan memberitahu Mak Kecik. Pada mulanya Mak Kecik menolak tapi bila aku meyakinkannya, dia bersetuju. Aku dan Ayah Abu turun ke tanah dan berjalan ke sekeliling rumah. Di setiap penjuru rumah, Ayah Abu berdiri sambil membaca surah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas serta diikuti ayat Kursi lalu meletakkan tapak tangannya ke tanah sambil membaca pula, Wa Ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun. Selesai empat penjuru, kami mula bergerak masuk ke hutan semula. Ayah Abu memegang erat tangan aku untuk kami bergerak pantas. Akhirnya kami tiba di hadapan pondok Arong. Suasana hampir sama seperti mula-mula aku sampaisebelum ini tapi kali ini terasa lebih menyeramkan. Bagai ada banyak mata yang memerhati kali ini. Arong seperti dapat menjangka dan


30 sudah membuat persediaan menerima kedatangan kami. “Hati-hati, lain sikit kali ni. Banyak halangan yang menunggu kita. Jaga kaki kau tu”, bisik Ayah Abu. Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba dari tepi pondok muncul satu lembaga putih yang tinggi lampai. Rambutnya panjang mencecah tanah. Hanya biji matanya yang kelihatan dari celah-celah rambut. Lembaga itu bergerak perlahan-lahan ke arah kami. Ayah Abu menolak aku perlahan ke belakang tapi aku bergerak ke sisinya. “Zikir”, bisik Ayah Abu. Mulutnya membaca sesuatu dan kemudian menumbuk ke tanah. Tanah terasa bergegar. Lembaga itu kelihatan terhuyung-hayang tetapi masih bergerak menuju ke arah kami. Ayah Abu membaca lagi sesuatu dan kali ini mendepakan kedua tapak tangannya ke arah lembaga tersebut. Lembaga tersebut terundur sedikit kemudian bergerak lagi. Semakin lama semakin menghampiri kami. Ayah Abu kini hanya berdiri sambil mulutnya tak henti-henti membaca sesuatu. Aku bersedia dengan meletakkan tangan aku ke belakang sambil memegang hulu keris. Lembaga itu memegang leher Ayah Abu tapi tiada tindak balas dari Ayah Abu. Tiba-tiba lembaga itu menjerit dengan kuat dan nyaring. Tangannya yang memegang leher Ayah Abu mula berasap. Ayah Abu mengeluarkan parangnya dan menetak tangan lembaga itu hingga putus. Tangan itu terkulai jatuh ke tanah dan terbakar. Ayah Abu merodok pula dada lembaga tersebut dengan parangnya. Lembaga itu meronta dengan kuat dan mula berasap dan perlahan-lahan terbakar. Aku terlalu asyik melihat keadaan tersebut sehingga aku lalai untuk berzikir. Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang melompat ke atas belakang aku dan sesuatu yang tajam memegang kepala aku dengan kuat. Secepat kilat aku menundukkan badan ke hadapan untuk menjatuhkannya tetapi cengkamannya amat kuat. Terasa kuku tajamnya menyucuk-nyucuk kepala aku. Binatang itu terus berpaut di belakang leher aku. “Pegang leher”, jerit Ayah Abu. Aku cekup leher binatang tersebut dengan sekuat tenaga aku. “La hawla wala quwwata illa billah” Aku mencekik sekuat hati aku. Genggaman di kepala aku terasa semakin longgar dan akhirnya dilepaskan. Aku mengangkat binatang tersebut dengan sebelah tangan yang mencekik lehernya lalu membalingnya ke tanah. Binatang itu terguling-guling tapi dengan pantas bangun semula. Berdirilah di


31 hadapan aku seekor beruk yang besar dan garang. Nasib baik giginya yang tajam tidak menggigit leher aku. “Kau lalai”, jerkah Ayah Abu. Tiba-tiba sesuatu dengan laju menuju ke arah Ayah Abu. Aku tidak sempat melihat apa yang terjadi seterusnya kerana beruk di hadapan aku melompat untuk menyerang aku. Aku mengelak ke kiri dan kemudian menghunuskan keris aku. “A’udzu bi kalimatillah hitamati min syarima kholaq”, lafaz aku di mulut. “Aku berlindung dengan kalimah Allah Yang Maha Sempurna dari kejahatan yang diciptakannya”, aku lafazkan di hati. Beruk itu melompat-lompat ke kanan dan ke kiri mencari jalan untuk menyerang aku. Mulutnya dingangakan menampakkan giginya yang tajam. Beruk itu melompat tinggi ke arah aku. Aku melentengkan badan aku belakang sambil merodok keris aku ke tubuhnya yang sedang melepasi tubuh aku. Beruk itu jatuh terguling-guling dan tak berjaya bangun lagi. Tubuhnya menggeletik. Aku menghampirinya dan menikam sekali lagi. Satu jeritan kuat kedengaran dan akhirnya diam. Aku berpaling ke arah Ayah Abu. Di kakinya terbaring kaku seekor babi yang besar. “Si Arong iblis ni pandai menggunakan binatang”, kata Ayah Abu. Hingga ke saat ini, Arong belum munculkan diri. Kami bergerak menuju pondok Arong. “Hati-hati”, bisik Ayah Abu. Tiba-tiba tanah yang kami pijak seperti bergerak dan bergoncang dengan kuat. Ayah Abu membaca sesuatu dan menghentakkan kakinya ke tanah. Goncangan terhenti serta merta. Ayah Abu berdiri tegak sambil memejamkan mata. “Kau tunggu di sini”, kata Ayah Abu lalu dengan pantas masuk ke dalam hutan. Aku berdiri mengadap pondok Arong sambil keris digenggam erat. Sekali lagi tanah yang aku pijak terasa bergerak hingga aku terasa terhuyung-hayang. Tiba-tiba kaki aku seperti dipegang sesuatu dengan kuat hingga aku jatuh terlentang. Tubuh aku cuba ditarik masuk ke dalam tanah hingga ke paras buku lali. Aku menusuk keris aku ke tanah untuk menghentikan tarikan tersebut tetapi tubuh aku masih terasa bergerak perlahan-lahan. Aku membaca surah Al Ikhlas dan menepuk kedua tapak tangan aku ke tanah dengan kuat hingga tubuh aku berjaya berdiri semula. Aku menusuk keris aku ke dalam tanah yang menarik aku. Pegangan itu


32 terhenti. Aku melompat menjauhi tanah tersebut. “Kenapa kali ni banyak sangat halangan?” bisik aku dalam hati. Aku berpusing mencari kelibat Ayah Abu. “Ke mana Ayah Abu pergi? Kenapa kelibat Arong masih tak nampak?” hati aku tertanya-tanya. Tiba-tiba dari belakang hutan ternampak pokok-pokok kecil bergoyang-goyang seperti dilanggar sesuatu. Aku bersedia dengan keris di tangan. Satu susuk tubuh tiba-tiba berguling jatuh tak jauh dari aku. Di belakangnya aku nampak Ayah Abu sedang memegang parang di tangan. “Dia ingat dia boleh lepas kali ini. Hantar ‘benda-benda’ tapi bersembunyi dari jauh. Kalau dah tahu ‘benda-benda’ tu tak boleh jaga kau, buat apa bela”, jerkah Ayah Abu kepada Arong yang sedang terduduk di tanah dalam keadaan terikat. “Ayah jumpa dia kat mana?” tanya aku. “Ada atas pokok besar. Kononnya berilmu tapi tak yakin, itu bodoh namanya”, jerkah Ayah Abu lagi. Arong hanya mendiamkan diri. “Apa kita nak buat dengan dia ni ayah?” tanya aku lagi. “Kita potong kepala dia”, jawab Ayah Abu. Aku terkejut sangat. Arong memandang kami dengan muka yang ketakutan. “Tolonglah aku, aku dah menyesal”, rayu Arong. Aku memandang Ayah Abu. “Kami dah bagi kau peluang tapi kau sombong. Malam ini kau akan tahu nasib kau”, jerkah Ayah Abu. Aku nampak tubuh Arong menggigil. “Ayah, tak boleh ke kita maafkan dia?” rayu aku. “Kau diam. Susah payah kita tangkap dia, senang-senang kau nak lepaskan. Orang macam ni tak akan pernah serik dan menyesal. Apa yang dia cakap tadi sekadar untuk melepaskan diri”, jerkah Ayah Abu. Aku diam. Belum pernah lagi Ayah Abu segarang ini. “Mungkin ada pertelingkahan peribadi antara Ayah Abu dan Arong”, teka hati aku. Ayah Abu mengheret Arong ke tengah halaman pondoknya. “Tolong..tolong aku encik, aku janji aku tak buat lagi” Rayu Arong sambil memegang kaki Ayah Abu tetapi Ayah Abu tetap dengan keputusannya. “Ayah, istighfar ayah. Ini bukan jalan Islam”


33 Aku pula merayu tetapi tetap tidak diendahkan. “Adik, maafkan aku. Aku janji akan lepaskan tok kamu dari janjinya. Aku janji..” Rayu Arong pula pada aku. “Sudah terlambat. Aku sudah bagi kau peluang tapi kau tolak dengan sombong. Sekarang adalah waktu hukuman”, tegas Ayah Abu lagi sambil mengikat Arong pada satu tiang dalam keadaan membongkok. “Ayah, tolonglah ayah. Maafkanlah dia” Aku merayu buat kali terakhir. “Kau ke tepi”, jawab Ayah Abu sambil menolak aku ke tepi. Ayah Abu memegang erat parangnya.


34


35 Aku berdiri menghalang apa yang Ayah Abu cuba lakukan. Aku menoleh ke arah Arong yang sedang tersedu-sedu. “Kau jangan terpedaya dengan orang macam ni. Ini bukan penyesalan tapi ketakutan”, jerit Ayah Abu. “Tapi kita dilarang membunuh orang yang sudah tak berdaya. Berilah dia peluang sekali lagi”, rayu aku lagi. “Jangan kau nak mengajar aku. Kau ke tepi”, jerkah Ayah Abu. Arong kelihatan semakin menggigil. Aku beranjak dengan rasa tidak berdaya kerana Ayah Abu lebih tahu apa yang dia buat. “Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kami”, aku berbisik dalam hati. Ayah Abu mengangkat parangnya. “Allahuakbar”, jerit Ayah Abu lalu menghayunkan parangnya. Aku memejamkan mata kerana tak sanggup untuk melihat. “Allah” Tiba-tiba spontan ucapan itu keluar dari mulut Arong. Aku membuka mata. Arong sedang terguling dalam keadaan menggigil. Tali yang mengikat Arong sudah terputus. Ayah Abu hanya berdiri. “Aku lepaskan kamu sebab budak Man ni dah maafkan kamu. Pilihlah Islam untuk baiki diri kamu”, kata Ayah Abu. Aku mengalirkan air mata sambil memeluk Ayah Abu. Arong duduk berlunjur. Mukanya nampak lega. “Encik, Islamkan saya”, Tiba-tiba Arong bersuara dengan terketar-ketar. Muka Ayah Abu tiba-tiba kelihatan berseri-seri. “Saya benar-benar insaf dan menyesal. Adik kecil ini yang telah banyak saya buatsalah pun sanggup merayu selamatkan saya. Mulianya hati dia sedangkan saya yang sudah dewasa ni tak ada agama pun. Malam ini saya yakin sebenar-benarnya, Islam adalah agama yang terbaik”, kata Arong lagi. “Alhamdulillah. Angkat tangan begini”, kata Ayah Abu sambil menunjukkan kedudukan tangannya. 91


36 Malam itu Arong mengucapkan dua kalimah agung tanda keislamannya. Besarnya kekuasaan Allah. Lain yang dicari, lain pula yang Allah berikan. Sesungguhnya hidayah itu juga milikNya. Aku tidak menduga sama sekali, dari pergaduhan yang boleh membawa maut boleh menjadi malam yang penuh barakah. Malam ini Arong dengan rasminya telah memeluk Islam dan berjanji untuk berubah sepenuhnya. Mulai malam itu juga Arong memanggil Ayah Abu dengan panggilan ayah. Dia memeluk Ayah Abu dengan bercucuran air mata. “Masa ayah nak pancung kepala saya, tiba-tiba datang satu cahaya ke muka saya dan menyuruh saya menyebut nama Allah. Itu yang terkeluar dari mulut saya tadi”, cerita Arong. Ayah Abu menepuk bahunya. Arong kemudian memeluk aku seerat- eratnya. Aku nampak Ayah Abu juga menitiskan air mata. Malam itu aku belajar satu perkara yang amat penting, siapa pun kita sebelum ini tak membawa erti apa-apa kerana yang paling penting siapa kita hari ini. Aku bersyukur sangat. “Arong, kami kena balik dulu. Jika ada apa-apa yang kamu perlukan jika aku tak ada, carilah Man ni. Dia cucu aku. Kami akan sentiasa ada untuk kamu”, kata Ayah Abu sambil memeluk Arong. “Banyak benda lagi yang saya perlu buat. Banyak benda yang perlu saya buang supaya tak ada yang menyusahkan sesiapa selepas ini. Saya minta jasa baik ayah untuk datang semula ke sini malam esok. Banyak benda yang saya nak buat”, kata Arong. “InshaAllah, malam esok kamu tunggu di sini. Selepas maghrib, kami datang”, jawab Ayah Abu. Selepas bersalaman, kami bergerak pulang dengan hati yang berbunga-bunga. Kami bergerak laju seperti mana kami datang sebelum ini. Ilmu jejak angin yang Ayah Abu gunakan benar-benar membuat aku teruja. “Nanti aku ajar tapi banyak pengisiannya”, kata Ayah Abu sambil kami bergerak dengan laju. Kami tiba di rumah ketika waktu sudah melewati tengah malam. Mak Kecik sudah tidur dengan lena, perempuan yang lemah lembut tapi aku kena akui dia juga seorang yang berani. Bukan calang-calang perempuan yang sanggup tinggal berseorangan selepas apa yang terjadi. “Aku sengaja aje buat macam tu tadi. Tak kan lah aku nak potong kepala dia. Tindakan kau itulah sebenarnya asbab yang membuka pintu hati Arong. Kau berjiwa besar”, Ayah Abu membuka rahsia. Aku memandang Ayah Abu dengan pandangan bercampur-baur.


37 “Ayah ni. Mati-mati Man ingat ayah nak buat betul-betul”, bebel aku. “Aku nak tengok kau dan dia. Jadi dua-dua dah membuktikan aku betul”, jawab Ayah Abu. “Apa yang betul?” tanya aku lagi. “Kau memang berjiwa besar kerana memaafkan dan dia berjiwa besar kerana memilih Islam. Gerak hati aku tak salah”, jawab Ayah Abu lagi. Rupanya Ayah Abu memang merancang seperti itu berdasarkan gerak hatinya. Aku yang tertipu. “Aku balik dulu, InshaAllah selepas maghrib nanti aku datang semula. Kita kena tolong Arong. Banyak benda yang kita perlu buat”, kata Ayah Abu. “Ayah tidur aje lah kat sini”, pujuk aku. “Aku kena balik dulu sebelum subuh, malam esok aku datang lagi”, Ayah Abu pula memujuk aku. “Iye lah”, aku merajuk. “Kau suruh Joni yang pujuk. Aku balik dulu”, kata Ayah Abu sambil turun ke tanah. Aku hanya melihat dari lambur hingga kelibat Ayah Abu hilang dari pandangan. Aku menutup pintu, membersihkan badan dan tidur dengan hati yang tak berhenti mengucapkan syukur. Selepas pulang dari sekolah, aku berehat di rumah mak aku sampai asar. Selepas asar, aku dan Mak Kecik bergerak pulang ke rumah tok. Tak sabar rasanya menunggu maghrib untuk berjumpa Ayah Abu. Petang itu aku mengemas bilik larangan dan membuang apa sahaja barang yang aku rasa tak patut ada dalam bilik itu. “Mak Kecik takutlah nanti tok marah”, kata Mak Kecik bila melihat aku ‘membersihkan’ bilik larangan. “InshaAllah, Allah akan membuka jalan jika kita berada di pihak yang benar. Mak Kecik jawab tak tahu sahaja. Selebihnya Man akan tanggung”, jawab aku. Mak Kecik beredar ke dapur untuk menyiapkan makanan malam. Sebelum maghrib aku sudah mandi dan bersedia untuk solat maghrib. Selepas makan malam, aku duduk bersandar di lambur menunggu Ayah Abu tetapi sehingga masuk waktu isyak, kelibat Ayah Abu tak kunjung tiba. Selepas solat isyak, aku duduk lagi menunggu di lambur. Resah gelisah menanti orang yang tak kunjung tiba. “Assalamualaikum”, tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. “Waalaikummusalam wbt”, jawab aku sambil tersenyum lebar. “Ayah..aki pun ada. Kenapa lambat? Ayah janji selepas maghrib”, bebel aku.


38 “Sekarang waktu apa?” tanya Ayah Abu. “Isyak”, jawab aku. “Isyak selepas maghrib ke sebelum maghrib?” tanya Ayah Abu lagi. Aku sudah terkena ayat gurauan Ayah Abu tapi kata-katanya benar. “Selepas maghrib”, jawab aku. Ayah Abu dan Aki Lela tersenyum hingga menampakkan gigi. “Jadi aku tak tipu kan”, jawab Ayah Abu sambil mengusap kepala aku. “Dah, mari kita pergi. Banyak benda kita perlu buat”, kata Ayah Abu lagi. “Seronok bila ayah dan aki ada”, balas aku. Aku masuk ke rumah untuk memaklumkan kepada Mak Kecik. “Ada aje hal kau ni. Jaga diri tu”, pesan Mak Kecik yang menghantar aku ke pintu tengah. “Ayah dan aki, tengok sikit budak Man ni. Nakal lain macam sikit dia ni”, kata Mak Kecik. “Memang nakal pun. Kamu tu kunci pintu dan buka hanya bila mendengar kami bagi salam”, pesan Aki Lela. “Baik aki”, jawab Mak Kecik. Kami mula bergerak dengan laju. Sekejap sahaja kami tiba di halaman rumah Arong. Ayah Abu dan Aki Lela seperti membaca sesuatu. “Assalamualaikum”, Ayah Abu memberi salam tapi tiada jawapan. “Kita masuk tapi hati-hati”, pesan Aki Lela. Kami bergerak masuk perlahan-lahan. Melangkah sahaja kaki melepasi pintu pondok, tiba-tiba terasa angin yang kencang menghentam kami dengan kuat tapi kami bertiga berjaya bertahan daripada terpelanting. Tubuh aku yang kecil dan ringan mula terasa seperti hendak diterbangkan angin. “Bimillahillazi layadurru maasmihi syaiun fil ardi wala fissama’ wahu was samiul alim.” Sedaya upaya aku cuba untuk menghentakkan kaki ke lantai pondok sehingga berjaya. Perlahan lahan angin mula berhenti bertiup. Ayah Abu dan Aki Lela tersenyum melihat aku. Di hadapan, aku ternampak Arong sedang terbaring kaku. Kami cuba menghampirinya. Tiba-tiba kedengaran bunyi yang membingitkan dari luar pondok. Semakin lama semakin kuat menandakan ia semakin dekat. Akhirnya berpuluh-puluh ekor kelawar berterbangan masuk ke dalam pondok menerbitkan bunyi yang membingitkan telinga. Semakin lama kelawar-kelawar tersebut terbang semakin rendah hingga ke paras kepala kami. Seekor demi seekor mula cuba hinggap pada tubuh aku. Aku berhempas pulas cuba mengelakkan diri. Aku tidak tahu bagaimana keadaan Aki Lela dan Ayah Abu.


39 Semakin lama semakin banyak kelawar yang cuba hinggap di tubuh aku hingga aku tak berupaya lagi untuk menepis. Bunyinya yang hampir sangat ke telinga aku seolah-olah menjadikan aku seperti pekak. Akhirnya keseluruhan tubuh aku diselubungi kelawar hingga pandangan aku menjadi gelap gelita. Kedua tangan aku juga rapat tersepit ke pinggang. Aku pejamkan mata dan tak hiraukan rasa geli-geleman yang menyentuh tubuh aku. Aku membaca surah Al Falaq dan sekali lagi membaca, “Bimillahillazi layadurru maasmihi syaiun fil ardi wala fissama’ wahu was samiul alim.” Ada sesuatu seperti cuba menyentuh leher aku. Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum la yubsiruun, Allahuakbar! Aku mengangkat kedua tangan aku sekuat hati ke paras bahu lalu berpusing dengan tapak tangan aku dalam keadaan tegak. Semua kelawar yang ada dekat dengan aku terbang keluar dari pondok. Aku melihat ke arah Aki Lela dan Ayah Abu yang sedang berdiri memeluk tubuh sambil tersenyum melihat aku. “Ish orang tua ni, bukan nak tolong pun. Dia boleh berdiri aje tengok aku”, bebel aku dalam hati. “Siapa suruh kau lambat bertindak, belajar buat sendiri”, kata Aki Lela sambil terus tersenyum. “Entah binatang apa lagi yang Si Arong ni bela. Banyak ilmu binatang yang dia belajar rupanya”, kata Ayah Abu. Kami menghampiri Arong yang masih terbaring kaku. Ayah Abu memegang ubun-ubun Arong sambil membaca sesuatu dan kemudian menepuk tapak tangannya ke dahi Arong. Arong mula bergerak-gerak dan sedar. “Kenapa kamu tak tunggu kami?” tanya Ayah Abu. “Saya cuma nak buang yang kecil-kecil dulu tapi tak tahulah, semua yang saya ada dah macam tak berkesan”, jawab Arong. Ayah Abu menggelengkan kepala. “Apa yang kamu belajar sebelum ini dah tak berkesan sebab masa tu kamu belum Islam. Sekarang kamu dah masuk Islam, semua yang kamu belajar dah jadi tawar”, terang Ayah Abu. “Tubuh kamu masih kotor, kena mandi wajib untuk bersihkan diri. Nanti kami ajarkan. Sekarang kamu bagi tahu apa lagi yang kamu bela”, kata Aki Lela pula. “Ada satu yang paling kuat, hantu orang asli yang mati bunuh diri”, jawab Arong.


40 “Aku ingatkan binatang sahaja yang kamu bela, hantu pun ada?” kata Aki Lela. Arong hanya tunduk. “Kamu panggil dia datang”, kata Ayah Abu pula. “Saya takut sebab sekarang mesti dia dah tak dengar arahan saya”, rayu Arong. “Jangan takut, InshaAllah kami akan tolong. Kalau dibiarkan, kamu yang akan susah nanti”, jawab Ayah Abu lagi. “Baiklah”, jawab Arong sambil duduk bersila. Dia membaca ayat dengan bahasa yang aku tak faham kemudian mengeluarkan botol kecil yang berisi cecair berwarna merah dan dituangnya ke atas lantai. Tak lama kemudian pondok bergegar seperti digoncang angin yang kuat. Ayah Abu memandang aku sambil memberi isyarat dengan mukanya supaya aku bersedia. Belum sempat aku berzikir, atap pondok Arong satu persatu habis tercabut. Kini kami beratapkan langit. Tak lama kemudian dinding pondok pula tercabut satu persatu dan akhirnya kami seolah-olah berdiri di tengah halaman, binaan pondok semua sudah tiada. Arong cuba bangun. “Habiskan”, kata Ayah Abu. Arong duduk semula dan terus membaca manteranya. Tanah yang tempat kami berdiri mula bergegar bagai ada sesuatu yang besar sedang berjalan memijak tanah dengan kuat sehinggakan tapak kaki aku terangkat mengikut rentak gegaran. Ayah Abu dan Aki Lela mula membaca sesuatu. Aku pula mula berzikir. Semakin lama gegaran dirasakan semakin kuat menandakan lembaga itu semakin dekat. “Kenapa aki tak buat bulatan?” bertanya aku dalam hati. Aki Lela menjeling aku. Aku terus berzikir. Dari celah-celah pokok hutan yang sederhana tinggi, muncullah satu lembaga yang besar dan tinggi. Tingginya melebihi satu kali ganda ketinggian Aki Lela dan aku hanya setinggi kepala lututnya sahaja. Kepalanya botak dan mulutnya besar. Tangannya yang panjang cuba menangkap Aki Lela tapi satu tumbukan ke tanah membuatkan lembaga itu terundur ke belakang. Ayah Abu pula mara ke depan sambil mendepakan tapak tangannya. Satu gumpalan seperti angin menghentam tubuh lembaga itu tapi tidak memberi kesan. Lembaga itu cuba menampar Ayah Abu dengan tangannya yang besar dan panjang tetapi Ayah Abu lebih cepat melompat melepaskan diri. Arong berdiri jauh dari kami. Aku cuba untuk membantu tapi jelingan tajam Aki Lela membuatkan aku berundur. “Kau tunggu arahan dari kami”, jerit Aki Lela.


41 Bertungkus lumus Aki Lela dan Ayah Abu mengelak serangan lembaga tersebut. Kali pertama aku lihat Aki Lela dan Ayah Abu menunjukkan kehebatan pergerakan mereka serentak. Tangkas dan cepat tetapi lembaga ini juga kelihatan bukan sebarangan. Kaki aku bergerak-gerak untuk turut serta tapi aku takut Aki Lela marah.Aku tak nak degil lagi. Ayah Abu menumpukan perhatiankepadasendilututlembagaitu.Beberapakaliparangnyadapatmenetak tetapi tidak berjaya melukakannya. Aki Lela berjaya memulas tangan lembaga itu ke belakang tapi lembaga itu berjaya menghayun tangannya hingga Aki Lela terpelanting. “Aki..”, aku menjerit terkejut melihat Aki Lela terpelanting. Aki Lela berjaya mendaratkan kakinya ke tanah dengan selamat. Aku semakin hilang sabar. Tangan dan kaki aku seolah-olah mula bergerak sendiri mengikut pergerakan Aki Lela dan Ayah Abu. Baru sahaja aku bertekad tidak mahu degil lagi tapi sikap degil aku kembali menghasut bila teruja melihat Aki Lela dan Ayah Abu bertarung. Tanpa berfikir panjang, aku melompat ke tengah pertarungan. Aku kini berdiri betul-betul di hadapan lembaga itu. Tangannya merayau cuba menangkap aku tapi dengan badan yang kecil memudahkan aku untuk tunduk dan mengelak. Aku membaca surah Al Ikhlas dan kemudian menyebut “Hu Ahad” berterusan di mulut. “Ya Allah, demi kekuasaanMu Yang Maha Agung, hilangkanlah kebalnya makhluk ini”, aku berdoa di dalam hati. Aku berpusing mengelilingi kaki lembaga itu dan menikam sendi-sendi yang ada. Tikaman aku berjaya menembusi kulitnya. Lembaga itu mula menjerit tetapi tangannya semakin laju cuba menangkap tubuh aku. Aku sekali lagi berpusing-pusing dan menyerang pula kaki yang di sebelah lagi satu. Sekali lagi tikaman aku menembusi kulitnya. Aku nampak Ayah Abu dan Aki Lela juga menyerang lembaga itu. Kini tiga lawan satu. Lembaga itu nampak kian terdesak. Tiba-tiba entah kenapa tanpa aku bersedia, kaki aku bagai di rentap dengan kuat dari dalam tanah. Tanah di bawah aku mula terbelah perlahan-lahan dan menarik aku masuk ke dalamnya. Tubuh aku kini separuh sudah tenggelam ke dalam tanah. “Man..” Terdengar suara Ayah Abu menjerit.


42 Aku cuba bertahan sedaya upaya aku tapi aku semakin ditarik ke dalam tanah oleh sesuatu yang memegang kaki aku dengan amat kuat. Aku menikam keris aku ke tanah untuk cuba menghentikan tarikan tersebut tetapi tubuh aku masih bergerak. Lembaga yang tinggi menuju ke arah aku. Aku sudah tak boleh lagi melepaskan diri. Kaki ditarik dari bawah dan lembaga menghampiri dari atas. Aku mengambil keputusan untuk membiarkan diri aku ditarik ke dalam tanah dari membiarkan tubuh aku disiat-siat oleh lembaga tinggi. Hanya itu pilihan terbaik yang aku ada. Tubuh aku meluncur laju jatuh ke dalam dalam keadaan terhentak. Aku bernasib baik lubangnya tidak dalam tetapi kedalamannya tidak mampu untuk aku melompat keluar. Tiada lagi ‘benda’ yang memegang kaki aku. Aku cepat-cepat bangun sambil menghunuskan keris. Sudut yang terang hanya sudut yang diterangi lampu suluh di kepala aku dan selainnya gelap gelita. Dari dalam lubang aku masih nampak bintang di langit tapi hanya melalui rekahan lubang tempat aku meluncur jatuh tadi. Aku tidak tahu apa yang terjadi di atas. Aku memerhati sekeliling bila gerak hati aku terasa seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan aku. Suluhan lampu suluh bergerak mengikut pergerakan kepala aku. “Fakashafna Anka Ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Aku berdoa semoga ditajamkan penglihatan dalam gelap. Aku ternampak kelibat yang bergerak perlahan dari lubang dinding kanan kemudian beralih ke kiri. Suluhan lampu suluh aku tepat ke wajah kelibat itu. Dia menundukkan mukanya, mungkin mengelak dari cahaya yang terang. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya sambil dilindungi tangannya yang ternampak berkuku panjang. Aku berundur sedikit bila wajahnya semakin jelas kelihatan. Matanya kemerah merahan. Dia menganga mulutnya yang berlumuran darah. Di tangan kirinya terdapat sebelah kaki binatang yang telah terputus. Darah menitik-nitik. Grrrr..grrrr..dia mendengus. “Hasbiyallahu li dini, hasbiyallahu lidun yaa ya, hasbiyallahu lima ahammani, hasbiyallahu liman bagha alaiya, bhasbiyallahu liman kadani bisuin wala haula wala kuwata illa billah” Doa aku kepada Allah, memohon pertolonganNya di saat aku yang dalam kesulitan. Dari pergerakan yang perlahan tiba-tiba lembaga itu bergerak 92


43 dengan laju ke arah aku. Aku melompat ke arah dinding dan menjadikan dinding sebagai tapak untuk aku melonjak tinggi melepasi kepala lembaga itu. Dia berpusing. Aku mendongak ke atas. Sekali imbas aku nampak Aki Lela menjenguk dari atas dan kemudian hilang dari pandangan. “Mungkin aki sekadar nak tahu apa yang aku buat kat bawah ni”, bisik hati aku. Lembaga itu menyerang lagi dengan tak tentu arah. Keadaan ruang yang agak sempit hanya membenarkan aku mengelak cukup-cukup rapat sahaja. Lembaga itu kelihatan semakin marah kerana tidak berjaya menangkap aku. Kali ini lembaga itu tidak menyerang tetapi hanya bergerak mengelilingi aku. “Apa iblis ni nak buat?” aku tertanya-tanya dalam hati. “Allahumma inni as aluka al afiyah” Tiba-tiba dia meluru laju ke arah aku dengan menunduk seperti seekor kerbau cuba menanduk. Aku melompat tinggi melewati kepalanya sambil menikam keris aku tepat ke kepalanya. Lembaga itu mula menjerit dan bergerak tak tentu arah.Aku mengambil kesempatan dengan menikam sekali lagi di belakangnya. Lembaga itu semakin kuat menjerit. Aku melompat tinggi dan menggunakan bahunya untuk melonjak ke atas. Aku cuba mencapai permukaan tanah tapi tanah yang lembut membuatkan aku gagal mencengkam dengan kuat. Cengkaman aku terlepas. Tiba-tiba satu tangan menyambar tangan aku dengan pantas. Aku tergantung di bawah permukaan tanah. Perlahan-lahan aku ditarik ke atas. Rupanya tangan Aki Lela yang menyambar tangan aku. Aku terlentang di permukaan tanah. “Bangun, cepat...ni belum selesai lagi”, kata Aki Lela. Aku cepat-cepat bangun. “Lembaga tinggi ini masih hidup lagi rupanya”, bisik hati aku. Aku menjauhi tanah yang berlubang. Aku tak peduli lagi lembaga yang ada di bawah sana. Aki Lela dan Ayah Abu masih bertarung. Arong pula berdiri jauh. Aku melompat ke hadapan lembaga itu sebagai umpan. Aku mahu lembaga itu sibuk berurusan dengan aku supaya Aki Lela dan Ayah Abu berpeluang berbuat sesuatu. Lembaga itu cuba menangkap aku tapi aku berjaya mengelak dengan merendahkan tubuh aku lalu bergerak melalui bawah tubuhnya. Dia cuba berpusing. Satu tetakan dari Ayah Abu tepat ke belakangnya. Kali ini lembaga itu sudah semakin hilang kebalnya. Tangannya cuba menggapai belakangnya yang luka, kelalaian yang memberi peluang kepada Aki Lela merodok kerisnya ke perut lembaga tersebut. Lembaga itu mula


44 terhuyung-hayang. Aku memandang penuh geram. Aku menikam sekuat hati aku di belakang pehanya. Lembaga itu menjerit kuat. Aku beralih ke peha yang sebelah lagi. Satu tikaman lagi membuatkan lembaga itu terduduk beralaskan lutut. Ayah Abu melompat dan kini berdiri betul-betul di hadapan lembaga tersebut. “Allahuakbar” Satu libasan parang dihayun ke leher dan kepala lembaga itu bergolek jatuh. “Allah sudah menggantikan kepala Arong dengan kepala iblis ni”, bisik hati aku. Ayah Abu tersenyum melihat aku. Tubuh lembaga itu jatuh tersembam ke tanah. Aki Lela pula menghampiri tubuh tersebut sambil membaca sesuatu. Aki Lela menikam tubuh lembaga itu tepat ke bahagian belakang. Tubuh itu mula berasap dan kemudian terbakar perlahan-lahan. Kini yang tinggal hanya kepala lembaga tersebut. “Arong, mari sini”, jerit Ayah Abu. Arong berlari ke arahnya. “Kepala ini kamu mesti tanamkan semula di mana tempat kamu ambil dulu. Pulangkan ia ke tempat asal,semoga tiada lagi gangguan selepasini”, pesan Ayah Abu. “Saya takut”, jawab Arong. “Dulu hebat sangat tapi sekarang dah jadi penakut”, bebel hati aku. Aki Lela dan Ayah Abu serentak memandang aku sambil membulatkan mata. Aku tersengih macam kerang busuk. “Tak ada apa yang nak ditakutkan. Sebagai seorang Islam, kita hanya perlu takut kepada Allah SWT. Itu pun takut kepada hukumanNya jika kita tidak mengikut suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya”, nasihat Ayah Abu. “Jauh ke tempat tu?” Tiba-tiba aku gatal mulut bertanya. “Hujung kampung sebelah sana tapi kawasan kubur tu yang menakutkan”, jawab Arong. “Bawak Si Man ni nanti buat teman”, kata Aki Lela. Aku pula memandang ke arah Aki Lela dengan muka tak puas hati. “Kau pun takut?” jerkah Aki Lela pada aku. “Tak lah”, jawab aku yang terperangkap kerana salah sendiri. “Bila kita nak pergi ke sana?” tanya aku. “Ikhlas adalah kunci semua perbuatan”, Ayah Abu pula bersuara. Terasa seperti batu menimpa kepala aku mendengar kata-kata Ayah Abu. Aku tahu aku bersalah kerana hanya bersedia membantu Arong kerana


Bisa - PCM - JILID 3

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version