45 malu kepada Aki Lela dan Ayah Abu. “Aku bergurau sahaja. Nanti kita pergi sama-sama”, kata Ayah Abu lagi. “Ada lagi belaan kamu?” tanya Aki Lela pada Arong. Arong diam seketika seperti cuba mengingati sesuatu. “Ada tapi bukan apa yang saya bela tapi apa yang saya telah janji. Saya telah berjanji dengan guru saya untuk berkhidmat kepadanya sampaisaya mati. Dia telah memberikan saya satu tangkal azimat sebagai balasan”, terang Arong perlahan. “Mana azimat tu?” tanya Aki Lela. Perlahan-lahan Arong menyelak kaki seluarnya dan menunjukan satu tangkal yang terikat kemas di kaki sebelah kirinya. “Saya dilarang membuka atau membuangnya. Kalau saya berdegil, saya akan menerima hukuman”, kata Arong dengan muka yang takut. “Kan aku dah cakap, dalam Islam kita hanya perlu takut kepada hukuman Allah SWT. Tiada yang berkuasa selain Yang Maha Berkuasa iaitu Allah” Kali ini nada Aki Lela nampak tegas. Aku tahu, Aki Lela memang pantang kalau ada manusia yang lebih takutkan makhluk dari Allah. “Hulurkan kaki kamu”, kata Ayah Abu pula. Arong terketar-ketar menghulurkan kakinya. Ayah Abu membaca sesuatu dan dengan sekali rentap, tangkal itu terputus. Arong tiba-tiba mengangkat muka dan memandang kami seorang demi seorang dengan muka yang berlainan. Matanya bulat terbeliak. Tiba-tiba dari matanya menitis air mata berwarna merah seperti darah. “Darah tu ayah”, kata aku. “Aku tahu. Bersedia”, jawab Ayah Abu. Langit yang berbintang tadi bertukar menjadi gelap bagai dilindungi sesuatu. Angin mula bertiup perlahan dan kemudian semakin kencang. Aki Lela berundur sedikit dan membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Aku mula berzikir manakala Ayah Abu masih memegang kaki Arong. Tiba-tiba Arong memegang dengan kuat tangan Ayah Abu yang sedang memegang kakinya. Aku nampak Arong dan Ayah Abu seperti sedang bertarung. Seorang enggan melepaskan kaki dan seorang lagi sedang cuba melepaskan pegangan. Arong bukan lagi lelaki penakut yang aku kenal tadi. Air mukanya seratus peratus. berubah. Aku mengalih pandangan ke arah Aki Lela. Aki Lela masih seperti tadi tapi tubuhnya kini kelihatan terhuyung-hayang. Matanya dipejamkan. Tiba-tiba aku nampak tubuh Aki Lela terapung sedikit dari tanah tapi aku tak tahu samada Aki Lela melakukannya sendiri atau ada sesuatu yang
46 mengangkat tubuhnya. Kepala aku sekejap melihat ke arah Ayah Abu dan sekejap ke arah Aki Lela. “Dengan siapa Aki Lela berhadapan?” tanya aku di dalam hati. Hati aku tiba-tiba jadi berdebar, bulu roma aku tegak berdiri. “Fakashafna Anka Ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Aku mencari cari di mana punca getaran yang aku rasa. Mata aku tepat memandang ke atas dahan sebatang pokok yang agak tinggi di hadapan Aki Lela. Satu susuk tubuh kelihatan sedang berdiri sambil memegang sebatang tongkat. Tongkatnya dihulurkan ke hadapan. “Kat situ rupanya dia”, bisik hati aku. Aku membaca ayat Kursi dengan Wakaf 9. Tiba-tiba tubuh aku terapung seperti Aki Lela. Aku tak tahu bagaimana Aki Lela boleh menghampiri aku lalu memegang lengan aku dengan kuat. “Baca ayat tiga kul”, bisik Aki Lela. Aku terus membaca seperti yang disuruh serentak dengan Aki Lela. Perlahan-lahan tubuh kami jejak ke tanah. “Man, gunakan keris kau”, bisik Aki Lela lagi. Aku sekali lagi membaca surah Al Ikhlas dan menikam keris aku ke tanah. Rupanya Aki Lela turut berbuat perkara yang sama seperti aku. Tikaman keris kami serentak ke tanah. Satu pancaran umpama kilat keluar dari tempat tikaman dan menjalar ke arah pokok tempat susuk tubuh itu berdiri. Prakkk..... dahan pokok itu patah dan susuk tubuh itu jatuh ke bawah. Hampir sahaja mencecah tanah, susuk tubuh itu berdiri di atas tongkatnya. “Bukan sebarangan iblis celaka ni”, bisik hati aku. “Jangan berikan kekuatan kepada mereka dengan menganggap mereka kuat. Tiada kekuatan kecuali Allah Yang Maha Kuat”, jerkah Aki Lela. “Jaga-jaga Man” Tiba-tiba Ayah Abu menjerit. Aku tak sempat berpaling tiba-tiba satu sepakan tepat ke belakang aku. Aku jatuh tersembam. Aku mendongak dan nampak Arong sedang berdiri melihat aku. “Arong rupanya”, bentak hati aku. Ayah Abu melompat dan menjatuhkan Arong ke tanah. Ayah Abu mengunci pergerakan Arong lalu memegang ubun-ubun Arong. “Man, cepat bangun. Matikan sendi dia”, jerit Ayah Abu. Aku bingkas bangun dan membaca “Qul kunu hijaratan a’u hadidan, wala hawla wala quwwata illa billah”, aku tepuk tangan tiga kali ke tiga tempat di kaki Arong. Arong meronta-ronta cuba bergerak tapi tak berjaya.
47 “Biar dia kat sini. Kita selesaikan iblis seekor lagi tu. Itu guru Arong”, kata Ayah Abu. Kini kami bertiga mengadap ke arah susuk tubuh itu dengan aku berada di tengah-tengah. “Macam ketua pulak”, kata hati aku. Cepat-cepat aku beralih ke sebelah tepi. Aki Lela dan Ayah Abu memandang aku. Aku hanya tersengih. “Lepaskan budak Arong ini dari janjinya dengan kau”, jerit Aki Lela. “Tak mungkin. Dia dah berjanji dengan aku dengan nyawanya. Tiada siapa yang boleh terlepas bila sudah berjanji dengan aku. Kau tahu aku siapa kan?” jerit susuk tubuh itu. “Kau Uluk Betam kan?” jawab Aki Lela. “Kau memang hebat, semua musuh kau, kau kenal”, balas Uluk Betam. “Aku kena tahu siapa musuh Allah sebelum aku musnahkan”, jerkah Aki Lela. Uluk Betam menghampiri kami dengan jarak sepuluh langkah. Kini aku nampak mukanya dengan jelas. “Dah tua rupanya, dah patut mati”, bebel hati aku. Sekali lagi Aki Lela memandang aku tapi kali ini dia membulatkan matanya. Aku tunduk. “Zikir”, jerkah Ayah Abu. Aku mula berzikir. Uluk Betam menekan tongkatnya ke tanah. Tanah jadi bergegar kuat hingga kami jadi susah untuk berdiri. Ayah Abu membaca sesuatu dan menumbuk ke tanah. Gegaran berhenti. Uluk Betam membaca mentera dengan bahasa yang aku tak faham. Dia menggenggam penumbuknya dan melontarkan sesuatu ke arah kami. Aku hanya terdengar bunyi angin menuju ke arah kami. Ayah Abu dan Aki Lela mendepakan tapak tangan mereka serentak ke depan. Aku nampak beberapa ketul batu sebesar penumbuk aku jatuh di hadapan kami. “Ya Allah, boleh pecah kepala kalau kena batu ni”, bisik hati aku terkejut. “Jangan lalai”, jerkah Aki Lela. Kali ini Ayah Abu pula melompat untuk menyerang Uluk Betam. Uluk Betam terpaksa menggunakan tongkatnya untuk mempertahankan dirinya. Bunyi parang dan tongkat berlaga membingitkan telinga dan menerbitkan percikan api. Satu pukulan kuat tongkat Uluk Betam hampir mengenai kepala Ayah Abu tetapi sempat dihadang dengan parang. Ayah Abu terundur ke belakang kerana kuatnya pukulan tongkat tersebut. “Kita kena jauhkan tongkat itu dari dia”, kata Aki Lela pada aku.
48 Aku tak tahu nak buat apa. “Kau tahu nak buat apa”, jerkah Aki Lela. Aki Lela maju ke arah Uluk Betam. Sekali lagi bunyi keris dan tongkat berlaga mengeluarkan percikan api. Aku melompat tiba-tiba. Aki Lela berundur sedikit. Serangan aku memeranjatkan Uluk Betam. Sepakan aku tepat mengenai tangannya yang memegang tongkat dan tongkat itu terlepas dari genggamannya. Sepantas kilat aku cuba mengambil tongkat tersebut. Tersentuh sahaja tangan aku dengan tongkat itu, ada sesuatu seperti menjalar dalam darah aku. Seluruh tubuh aku jadi kaku. Hanya anak mata aku sahaja yang boleh digerakkan. Aku jatuh seperti batang pisang yang ditebang. Aku nampak Uluk Betam memegang tongkatnya dan menghampiri aku. Aku terdengar Ayah Abu menjerit sambil melompat ke arah Uluk Betam. Parangnya tepat melekat mengenai kepala Uluk Betam. Kepala Uluk Betam nampak luka terbelah. Ayah Abu berundur sedikit dan mengangkat aku jauh dari Uluk Betam. Dari ekor mata aku nampak kepala Uluk Betam bercantum semula. Tiada lagi kesan luka. Ayah Abu meletakkan aku di atas tanah. Dia membaca sesuatu dan melurutkan tangannya ke seluruh tubuh aku. Mata aku ternampak Uluk Betam membaca sesuatu dan menghalakan tongkatnya ke arah Arong. Aku terlepas dari kaku serentak dengan Arong. Aku cuba bangun tetapi Arong sudah melompat dan berdiri di sebelah Uluk Betam. “Lawan ilmu dia Arong”, jerit Aki Lela. Arong berpusing dan mencekik leher Uluk Betam. Uluk Betam menikam tongkatnya ke arah perut Arong. “Allah...”, jerit Arong perlahan seperti menahan kesakitan.
49 Ada sesuatu yang tajam rupanya di hujung tongkat Uluk Betam. Arong rebah ke tanah sambil memegang perutnya yang berlumuran darah. “Mat, kau jauhkan iblis tu dari Arong”, jerit Ayah Abu kepada Aki Lela. Amarah aku membuak-buak. Sebelum Aki Lela bergerak, aku terlebih dahulu melompat ke arah Uluk Betam. Aku langsung tak terfikir pasal bahaya. Aku hayun keris aku tapi langkah masih berbuah. “Marah tapi bertenang” Satu suara kedengaran di telinga aku. Aku menyerang sambil berharap Uluk Betam menjauhi Arong. Tujuan aku nampak berhasil. Uluk Betam terpaksa berundursedikit demisedikit. Aki Lela juga menyerang. Kami bergabung tenaga sehinggakan Uluk Betam terpaksa hinggap di atas sebatang dahan. “Kau pergi tolong Ayah Abu”, bisik Aki Lela. Aku mendapatkan Ayah Abu yang sedang meribakan kepala Arong. Arong nampak semakin lemah tapi masih mampu tersenyum. “Ayah, maafkan saya”, kata Arong perlahan. Aku pegang tangan Arong. “Kamu dah buat benda yang betul. Ingat Allah. Laa ilaha illallah”, kata Ayah Abu. Arong menggenggam erat tangan aku. “Adik, maafkan saya. Saya telah menyusahkan awak. Awak orang baik”, kata Arong tersekat-sekat dan terbatuk batuk. Aku mula menitiskan air mata. “Ayah, saya nampak cahaya terang. Cantik sangat”, katanya lagi sambil tersenyum. Ayah Abu mengusap kepala Arong. “Pergilah nak. Ayah izinkan. Kirim salam kepada sesiapa yang kamu jumpa. Laa ilaha illallah, Muhammad Ya Rasullullah”, kata Ayah Abu sambil membelai rambut Arong. “Ayah, apa nama baru saya?” tanya Arong sambil masih mampu tersenyum. Air mata aku semakin laju menitis. “Ayah bagi kamu nama Ahmad”, jawab Ayah Abu. Tangan Arong semakin kuat menggenggam tangan aku. Mulutnya 93
50 seperti menyebut sesuatu. Aku mendekatkan telinga aku ke mulutnya. Ya Allah, dua kalimah agung terdengar jelas di telinga aku. Akhirnya Arong memejamkan matanya. Tangannya yang memegang tangan aku terlepas dan terkulai. Wajahnya berseri-seri. “Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un”, sebut Ayah Abu perlahan sambil meletakkan kedua tangan Arong di atas perut. “Kau tunggu di sini”, kata Ayah Abu sambil meletakkan kepala Arong di atas tanah perlahan-lahan. Ayah Abu bergerak ke arah Aki Lela yang sedang berdiri mengadap Uluk Betam. Amarah aku menggila. Aku juga bangun dan bergerak ke arah mereka. Dua kali Ayah Abu menepuk bahu aku. Aku menarik nafas panjang. “Gunakan zikir nafas supaya kau tenang”, pesan Aki Lela. “Kan aku dah cakap, dia pasti mati bila mungkir janji dengan aku”, jerit Uluk Betam dengan sombong. “Dia mati sebab dah sampai ajal dia, bukan sebab mungkir janji dengan kau”, balas Aki Lela. “Selepas ni kalau sampai ajal, kau pulak yang mati” Tiba-tiba aku menjerit sebab geram dan marah sangat. Kali ini Aki Lela dan Ayah Abu hanya mendiamkan diri mendengar aku menjerit. Degil aku semakin menjadi-jadi. Aku yang terlebih dahulu mara ke depan. “Kullu nafsin zaikatul maut” Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. “Allahuakbar” Aku menusuk keris aku ke tanah. Tanah bergegar dengan kuat. Pokok tempat Uluk Betam berada juga turut bergegar. Aku terasa ada orang menepuk bahu aku dari belakang. Aki Lela dan Ayah Abu kini berada di kanan dan kiri aku. “Kami akan ikut apa yang kau nak buat”, kata Ayah Abu. Uluk Betam masih belum turun dari atas dahan. Aku menghampiri pangkal pokok tersebut. “Allahumma inni a’uzu bika min jahdil bala’.Wa darkish shaqa’.Wa suu il qada’. Wa shamaatatil a’da” Aku letak kedua tapak tangan aku ke batang pokok. Pokok itu bergoyang dengan kuat seperti digoncang. Uluk Betam terbang dari pokok ke pokok. Aku berpusing melihatnya. Aku melihat Aki Lela membaca sesuatu dan melontarkan ke arah Uluk Betam. Uluk Betam tiba-tiba kelihatan terbang tak tentu arah dan terlanggar batang pokok lalu jatuh ke tanah. Dia berdiri lalu menghentak tongkatnya ke tanah. Kami bertiga terpelanting tetapi Aki Lela dan Ayah Abu berjaya mendarat dalam keadaan berdiri. Cuma aku sahaja yang jatuh terguling-guling. Cepat-cepat aku bangun semula.
51 Kali ini aku melihat Aki Lela dan Ayah Abu berdiri sebelah menyebelah mengadap ke arah Uluk Betam. Mereka membaca sesuatu bersama-sama dan keduanya serentak menumbuk ke tanah tapi genggaman penumbuk mereka berdua dibiarkan di atas tanah tersebut. Uluk Betam tiba-tiba kelihatan bagai kaku dan terkunci. Aki Lela dan Ayah Abu menekan dan memusing-musingkan genggaman penumbuk mereka. Tubuh Uluk Betam kelihatan seperti menahan sakit. Mulut Aki Lela dan Ayah Abu tak berhenti membaca ayat. Tiba-tiba tubuh Uluk Betam terpelanting ke belakang dan tersandar di pangkal pokok seperti diikat. Kepala dan tubuhnya meronta-ronta cuba melepaskan diri tetapi gagal. “Man, pergi rapat ke sana” Aku terdengar bisikan di telinga. Aku mara ke arah Uluk Betam sambil menoleh kepada Aki Lela dan Ayah Abu. Aki Lela mengangguk seperti memberi isyarat. Sambil bergerak aku membaca surah Al Ikhlas dan melafazkan “Hu Ahad” berterusan hingga aku menghampiri Uluk Betam. Aku memegang erat keris di tangan. Uluk Betam semakin kuat cuba meronta-ronta apabila melihat aku menghampirinya tapi tubuhnya bagai terkunci erat. Amarah aku bila melihatnya di hadapan semakin membuak-buak. Lafaz “Hu Ahad” terus aku baca dalam hati. “Iblis macam kau memang tak layak hidup atas muka bumi ni”, jerit aku. Semakin kuat Uluk Betam meronta. Mulutnya ternganga seperti menyebut atau membaca sesuatu tetapi aku tak pedulikannya. “Allahuakbar, ini untuk Arong”, jerit aku sambil menikam keris aku tepat ke mulut Uluk Betam. Keris aku menusuk laju ke dalam anak tekaknya. Tiada jeritan kedengaran, hanya matanya terbuntang. Aku mencabut keris aku dan menikam pula ke dadanya. Keris aku terpacak lalu aku memulas keris aku semahuku. Matanya terbeliak. Darah tersembur dari mulut dan dadanya. Aku mencabut keris aku dan kali ini aku menikam perutnya dan melakukan perkara yang sama. Amarah menguasai aku. Perutnya terburai. Aku mencabut keris aku kemudian menghiris perutnya ke kanan dan ke kiri semahuku. Akhirnya Uluk Betam tidak bergerak lagi. Matanya bulat terbeliak. Aku belum puas. Aku cuba lagi menghiris perutnya tapi tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu aku. “Istighfar Man. Cukuplah tu”, kata Ayah Abu sambil menepuk lagi bahu aku dua kali. Aku terduduk di tanah. Tangan aku menggeletar. Aku terasa Ayah Abu meniup ke muka aku. “Tarik nafas panjang-panjang”, kata Ayah Abu. Aku menarik nafas dengan kalimah “Hu” dan lepaskan dengan kalimah Allah. Aku semakin tenang. Ayah Abu memeluk aku sambil berlutut.
52 “Sudah lah tu, semua dah selesai”, bisik Ayah Abu sambil menarik tangan aku supaya bangun. Kami menuju ke arah jasad Arong yang terbaring kaku. “Nak buat macam mana dengan jasad Arong ni?” tanya aku. “Kita kena sempurnakan jasadnya sebagai seorang Islam”, jawab Aki Lela. “Dekat-dekat sini ada perkampungan Orang Asli. Kat situ ada yang beragama Islam”, kata aku memberi cadangan. “Arah mana?” tanya Ayah Abu pula. “Man tak pasti tapi memang tak jauh dari sini”, jawab aku. Ayah Abu berdiri sambil memejamkan mata. Mulutnya membaca sesuatu. Tak lama kemudian dia membuka matanya. “Aku tanam kepala ini dulu”, kata Ayah Abu sambil membawa kepala lembaga yang terputus sebelum ini pergi jauh ke belakang. Setelah selesai, dia menghampiri kami semula. “Kita kena angkat jasad ni Mat. Aku tahu nak tuju ke mana”, kata Ayah Abu. “Biar aku yang mengangkatnya dulu”, jawab Aki Lela. Jasad Arong diikatkan ke belakang tubuh Aki Lela. Ayah Abu memegang lengan aku dan kami mula bergerak laju. Terasa perjalanan ini dipermudahkan. Tak lama kemudian, kami sampai di satu lorong yang mengingatkan aku kepada perkampungan ini. Kini, kami berjalan seperti biasa. Aku memimpin jalan menuju ke rumah Tok Batin Muluk. Akhirnya kami tiba di sebuah rumah yang sederhana besar. “Assalamualaikum”, aku memberi salam tetapi tiada jawapan. “Assalamualaikum”, sekali lagi aku memberi salam. “Waalaikummusalam” Terdengar jawapan dari atas rumah. Ternampak cahaya lampu pelita bergerak ke pintu depan. Pintu dibuka. Aku melihat Batin Muluk berdiri di hadapan pintu. “Siapa?” tanya Batin Muluk. “Saya Man, cucu Arwah Aki Salleh” “Kamu buat apa datang ke sini tiba-tiba tengah malam ni?” tanya Batin Muluk. “Ni Aki Lela dan ni Ayah Abu”, terang aku. “Mat Lela? Abu?” kata Batin Muluk terkejut. “Ya saya”, jawab Aki Lela. “Ya Allah, aku cuma pernah dengar nama kamu berdua tapi malam ini aku dapat jumpa dengan kamu”, kata Batin Muluk teruja.
53 “Jemput naik”, kata Batin Muluk. “Boleh saya bercakap dengan Batin sekejap kat bawah ni?” kata Ayah Abu pula. “Boleh..boleh”, jawab Batin Muluk sambil turun ke tanah. Ayah Abu berbincang sesuatu dengan Batin Muluk. Tak lama kemudian mereka menghampiri kami. “Bawak naik jenazah tu ke atas”, kata Batin Muluk. Kami naik dan meletakkan jenazah Arong di atas tikar dan menutupnya. Kami bertiga membaca surah Yasin sehingga habis. Batin Muluk membawa sedikit makanan dan minuman. “Kamu semua jangan risau, pagi nanti aku uruskan jenazah ini. Aku kenal Si Arong ni tapi memang aku tak sangka betul dia boleh masuk Islam. Sejahat-jahat manusia waktu hidup tapi akhir hayatnya masuk Islam. Subhanallah”, kata Batin Muluk. “Bila Allah berkehendak, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Hidayah Allah tak kira siapa. Bahagian dia dah lepas. Bahagian kita belum tahu”, jawab Aki Lela. “Dah banyak aku dengar cerita pasal kamu dan Abu tapi aku tak pernah bermimpi dapat jumpa kamu tiba-tiba macam ni. Budak ni pernah datang ke sini dengan Arwah Karim. Hebat juga budak Man ni”, kata Batin Muluk lagi. “Hebat, degil dan hati kering, semua ada. Saling tak tumpah macam aki dia dulu”, kata Aki Lela lagi. Aku hanya menundukkan kepala. “Betul, sama macam aki dia dulu-dulu”, balas Batin sambil tersenyum. “Batin, kami perlu balik dulu. Jauh lagi perjalanan kami. Terima kasih kerana membantu kami uruskan jenazah ni”, kata Ayah Abu pula. “Ni dah tanggungjawab kita sesama Islam. Aku tahu kamu banyak urusan. Kamu semua jangan risau”, kata Batin Muluk lagi. “Kalau macam tu, kami minta diri dulu”, kata Aki Lela. Selepas bersalaman, kami pun beredar. Seperti biasa, Ayah Abu memegang lengan aku dan kami mula bergerak dengan laju. Sekejap sahaja kamisampai dirumah tok. Kami berehatsebentar di lambur. Pintu rumah terbuka. Mak Kecik muncul di muka pintu. “Mak Kecik ni, kita orang tak bagi salam pun lagi. Bahaya macam tu”, bebel aku. “Mak Kecik dah dengar suara kau tadi”, jawab Mak Kecik. “Aki dan Ayah duduk dulu, saya buatkan air sekejap”, kata Mak Kecik. “Tak payahlah, kami baru lepas minum”, jawab Aki Lela.
54 Mak Kecik masuk semula ke dalam rumah. “Kau kena belajar lagi bersabar dan kawal rasa marah kau tu. Sabar tu penting dan amarah tu kebanyakannya mendatangkan mudarat. Amarah sewaktu berperang kadang-kadang bolehmendatangkan semangattapi amarah tu tetap boleh buat kita lalai dan tak boleh berfikir dengan bijak. Begitu juga dalam kehidupan kita ni, banyakkan bersabar dan buang rasa amarah. Orang yang hebat adalah orang yang kuat bersabar dan dapat mengawal rasa amarahnya. Ingat tu”, panjang lebar nasihat Ayah Abu. “Man minta maaf, Man tahu Man banyak buat salah tadi”, jawab aku. “Bila berseorangan, kau akan susah bila tak ada siapa yang membantu. Sekarang memang kami masih ada tapi bila kami dah tak ada nanti, kau perlu hadapi semua sorang-sorang”, bebel Aki Lela pula. “Tapi tadi Man betul-betul marah pada Uluk tu bila teringatkan Arong. Terbakar rasa hati ni”, balas aku. “Itulah sebabnya kena kawal amarah tu. Rasa marah tu adalah perangai iblis. Sejukkan hati dengan istighfar dan zikir. Api lawannya air”, nasihat Aki Lela lagi. “Man akan ingat pesan Aki dan Ayah”, jawab aku. “Ingat..ingat tapi lepas ni buat lagi. Kau selalu macam tu. Ingat sekejap aje, esok lusa lupa”, bebel Aki Lela lagi. Aku hanya tersengih. “Bukan apa, aku tak nak kau akan menyesal satu hari nanti bila terjadi apa-apa”, kata Ayah Abu. Aku dah tak boleh nak jawab apa lagi. “Kami balik dulu. Alhamdulillah dah selesai hal Arong. Entah bila lagi kita boleh berjumpa”, kata Aki Lela. “Nak balik dah? Tunggu lah sekejap lagi”, pujuk aku. “Tak boleh, kami ada urusan lain pulak. Kau kan tahu kami macam mana”, jawab Aki Lela. Aku tunduk tanda sedih. “Nanti bila cuti sekolah panjang, kau datang lah ke rumah”, pujuk Aki Lela pula. “InshaAllah aki, memang nak sangat pergi rumah aki”, jawab aku sambil memeluk Aki Lela. “Bila nak pergi rumah ayah?” tanya Ayah Abu pula. “Nantilah. Nak sangat pergi rumah Ayah”, jawab aku sambil memeluk Ayah Abu. Aku memerhati dari lambur sehingga mereka hilang dari pandangan.
55 Aku masuk ke rumah untuk membersihkan badan dan kemudian masuk tidur. Alhamdulillah sebulan berlalu, tiada lagi perkara-perkara yang buruk berlaku. Aku dapat menumpukan perhatian kepada zikir yang kadang-kadang mencapai sehingga berpuluh-puluh ribu jumlah zikir setiap malam seperti yang dipesan Aki Lela. Kadang-kadang Aki Lela datang dalam mimpi dan kadang-kadang Ayah Abu. Selalunya mereka datang memberikan ilmu yang baru. Mak Kecik pula tak pernah menceritakan kepada mak dan ayah tentang hal aku. Satu hari selepas asar, aku pulang ke rumah tok dengan Mak Kecik seperti biasa. Tiba di rumah, Joni menyalak-nyalak dan kami ternampak pintu rumah tok terbuka luas. “Mak Kecik tunggu kat sini, biar Man pergi tengok”, bisik aku kepada Mak Kecik. “Hati-hati”, pesan Mak Kecik. Aku bergerak perlahan-lahan naik ke lambur. Prakkk..bunyi lambur berlantaikan kayu. Aku berhenti sekejap. Mata aku melilau melihat ke dalam rumah. Tiada kelibat sesiapa yang aku nampak. Aku bergerak lagi dan masuk ke dalam rumah. Aku melihat ke dapur tapi tiada langsung kelibat sesiapa. Aku jengok ke bahagian tengah rumah, juga tiada sesiapa. Aku turun semula ke tanah. “Tak ada siapa pun”, kata aku kepada Mak Kecik. Mak Kecik hanya mengangkat bahu tanda dia pun tak tahu apa-apa. Kami naik semula ke rumah dan melihat sekali lagi namun tetap sama. Selepas solat maghrib, aku duduk di lambur memikirkan siapa yang membuka pintu rumah tok. “Kau buat apa kat sini?” Tiba-tiba aku terdengar suara tok jerkah aku dari tangga. Mungkin kerana sedang berfikir, aku langsung tak perasan tok ada di tangga. “Tok? Bila tok balik?” tanya aku. Mak Kecik berlari ke lambur. “Bila mak balik?” Mak Kecik pula bertanya kehairanan. “Aku tanya kenapa kau ada kat sini? Kau bukan cucu aku”, jerit tok. Aku bangun dan memandang tajam ke arah tok. “Mak, janganlah nak panjang-panjangkan benda yang dah lepas”, pujuk Mak Kecik. “Aku dah cakap dia bukan cucu aku”, jerit tok lagi. Aku mula rasa serba salah.
56 “Jika aku balik ke rumah mak, betul ke ini tok? Kalau ni bukan tok, macam mana dengan Mak Kecik?” aku tertanya-tanya dalam hati. Aku nampak tangan tok sudah tidak berbalut. “Mak Kecik ikut Man balik rumah mak”, tegas aku. “Kau tinggal di sini, biarkan budak ni balik rumah mak dia”, jerit tok kepada Mak Kecik. “Mak, saya nak tidur rumah Kak”, jawab Mak Kecik. Tok melompat naik ke lambur dan cuba menampar pipi Mak Kecik. Aku pegang tangan tok.
57 Aku memegang tangan tok. Tok memandang aku dengan tajam. “Sudahlah tok. Mengucap”, kata aku. “Kau memang cucu tak guna. Habis barang-barang aku. Kau yang buang kan?” jerkah tok. “Memang Man yang buang. Semua tu syirik”, jawab aku. Kali ini tok mengangkat tangan untuk menampar aku pula tapi aku dengan pantas menyambar tangan tok dan mengilasnya ke belakang. “Sakit..”, jerit tok. Aku lepaskan tangan tok. “Sudahlah mak, cukuplah tu”, kata Mak Kecik. “Kau tak tahu apa yang aku tanggung. Lepas ayah kau tak ada, berapa banyak gangguan yang aku kena hadap. Kau ingat aku ada ilmu macam ayah kau?” jerkah tok pada Mak Kecik. Mak Kecik mula bergenang air mata. “Yang ni sorang lagi. Baru setahun jagung dah pandai nak ajar aku. Aku hantar kau belajar agama bukan untuk suruh kau ajar aku. Kau bukan cucu aku lagi”, jerit tok pada aku pula. Aku tak sedih jika tok buang aku tapi aku sedih tok tak pernah berubah, masih percaya kepada benda tahyul. “Aku nak bela apa, aku nak mati macam mana, jangan kacau aku”, jerit tok lagi dengan muka yang merah padam. “Istighfar tok, ingat Allah. Hanya Allah tempat bergantung”, balas aku dengan lembut. Aku cuba bertenang. “Macam mana mak balik?” Tiba-tiba Mak Kecik bertanya mungkin untuk menyejukkan keadaan. “Aku dah sembuh, aku bukan gila. Yang gila budak ni”, jawab tok sambil menunjal dan menepuk kepala aku. Aku membiarkan dan bersabar. “Tapi betul mak, janganlah guna apa-apa lagi, tak baik”, balas Mak Kecik. “Kau jangan nak campur urusan aku, janji kita selamat”, jerkah tok semula. 94
58 Tangan aku menggeletar menahan marah. Aku turun ke tanah sambil menjinjing beg aku. “Tok tak bagi Man pilihan. Jika Man tahu tok buat lagi benda-benda tak elok, tok akan berhadapan dengan Man”, kata aku tegas. Aku tak menunggu lagi dan terus bergerak untuk pulang ke rumah mak. Aku langsung tak menoleh ke belakang. Beberapa langkah aku bergerak, bulu roma aku tegak berdiri. Aku rasa tak sedap hati. Aku membaca ayatul Kursi sambil berjalan. Ekor mata aku memerhati kanan dan kiri. Keadaan malam yang gelap gelita hanya diterangi lampu suluh di kepala aku. Telinga aku menangkap bunyi ranting pokok yang berbunyi seperti ada sesuatu yang hinggap dan kemudian terbang. Aku keluarkan keris aku dan sisip di pinggang belakang. “Tok dah buat hal lagi”, bisik hati aku. “Kenapa jalan ni nampak lain?” tanya hati aku. Aku hairan kerana jalan yang biasa aku guna untuk ke rumah mak aku terasa berlainan sekali. “Kenapa pokok-pokok ni tinggi-tinggi belaka? Kenapa jalan ni jalan tanah, bukan jalan tar yang biasa?” aku mula sangsi. “Fakashafna Anka Ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Aku berdoa untuk menajamkan penglihatan dan hati aku. “Allahumma inni as’alukal huda was sadad” Semoga Allah menunjukkan apa yang benar. Aku melangkah perlahan-lahan. Aku tahu aku kini di alihkan ke tempat lain sewaktu tok menunjal dan menepuk kepala aku. Tok dah sihirkan penglihatan aku rupanya. Berdendam sangat tok pada aku, cucunya sendiri. Aku mengambil keris di belakang dan sisipkan ke pinggang depan. Tangan aku bersedia di ulu keris. Suasana memang sunyi sepi, tiada bunyi apa-apa pun. Di atas pokok di hadapan aku, kelihatan lembaga putih berterbangan dari satu dahan ke satu dahan. Apa yang aku dengar hanya bunyi dahan bergoyang. Aku membaca pula surah Al Ikhlas dan Al Falaq. Aku berdiri tegak sambil memejamkan mata bila terasa ada sesuatu mendekati aku. “Falamma alqaw qala musa majitum bihis sihr, innallaha sayubthiluhu, Innalahha layuslihu amalal mufsidin. Wa yuhiqqullahul haqqa bikalimatihi wa lau karihal mujrimun.” Satu tangan terasa cuba memegang leher aku. Terasa kukunya yang tajam. Tiba-tiba pegangan itu dilepaskan dan bunyi sesuatu melanggar pokok-pokok di belakang aku. Aku membuka mata dan berpaling ke belakang. Hanya ranting pokok yang masih bergoyang.
59 “Laa illaha illallah” Aku berzikir 4 maqam. Mata aku melilau mencari jalan keluar. Mata aku terhenti bila terpandang sepasang mata yang merah menyala di dalam semak di sebelah kanan aku. Aku menuju ke arah mata itu. Aku mahu selesaikan masalah ini dengan cepat. Aku membaca sesuatu dan menumbuk ke tanah. Penumbuk aku terus menekan tanah. Semak-semak yang ada bagai ditiup angin yang kuat hingga lembaga bermata merah itu tak dapat bersembunyi lagi. Jelas di hadapan aku satu lembaga putih satu kali ganda ketinggian aku. Tangannya mencecah tanah. Rambutnya pendek. Ada empat gigi taringnya yang panjang. Aku hunuskan keris aku dan mara ke arahnya. Tangannya yang panjang cuba mencakar-cakar muka aku tapi aku berjaya mengelak. Aku tak tahu kenapa aku tak rasa gentar sedikit pun. Aku melompat tinggi ke arah kanannya. Tangannya sekali lagi cuba menghalang tetapi kali ini libasan keris aku tepat ke arah bahunya. Tiada jeritan yang kedengaran. Dia berpusing melihat aku perlahan lahan dengan matanya merenung tajam. Aku berundur sedikit sambil berfikir mencari kelemahan lembaga ini. “Di mana tok dapat benda ni?” bisik hati aku. Aku menyerang semula. Semakin lambat perkara ini diselesaikan, Mak Kecikmungkin dalambahaya. Akumenyerang dari kirimencari bahagian bawah lembaga itu. Aku perlu berusaha untuk mematikan langkah lembaga ini terlebih dahulu. Tubuh aku yang kecil memudahkan pergerakan aku walau tangannya panjang. Aku berjaya menikam di belakang kaki dan berundur. Masih tiada jeritan kesakitan. Pergerakannya masih macam biasa walau tikaman aku menembusi kakinya. “Dari mana tok dapat benda ni, lain macam sangat”, bebel hati aku. Aku cuba bertenang. “Mungkin besi bukan lawannya”, fikir aku. Aku sisip semula keris ke pinggang. “Allahu Latifun bi ibadihi, yarzuqu man yashau, wa huwa l-Qawiyyul -Aziz” Aku cuba melemahkannya. Aku menyerangnya sekali lagi. Aku berjaya melepasi tangannya dan berada di belakang. Aku menekan kedua tapak tangan aku kepada kedua pehanya. Kali ini baru aku mendengar suaranya menjerit nyaring. Lembaga itu mula terhuyung-hayang. Lembaga itu meronta-ronta dan kemudian mula berasap. Aku berundur sedikit. Aku membaca sesuatu dan menikam keris aku ke tanah. Tanah bergegar dan lembaga itu mula terbakar. Hutan menjadi terang benderang. Jeritan lembagaitusemakinlamasemakinperlahandanakhirnyasenyap.Akumenunggu sehingga api itu terpadam.
60 Sendinya berjaya aku lemahkan tapi aku perlu letakkan tapak tangan aku ke belakangnya. Masalahnya aku tak cukup tinggi. Aku sepak pehanya bertalu talu supaya ia beranjak ke sebatang pokok yang sederhana tinggi. Tindakan aku berjaya membuatkannya tersandar tegak pada sebatang pokok yang rendah. Aku melompat untuk naik ke atas dahan dan kini aku berada betul-betul di belakangnya. “Qul kunu hijaratan au hadida” Aku membaca tiga kali dan menepuk bahagian belakang lembaga itu. Lembaga itu menjadi kaku bagai terkunci. Aku melompat ke hadapannya. Hanya matanya bergerak gerak seolah olah meronta-ronta. “Allah Hu Ahad” Aku melompat sedikit dan menikam keris aku ke dadanya. Terdengar jeritan yang nyaring memecah kesunyian hutan yang disihirkan. “Tiada kekuatan kecuali Allah Yang Maha Esa”, kata aku pada diri aku sendiri. Aku pejamkan mata dan membaca semula surah Al Ikhlas dan Al Falaq serta membaca, “Falamma alqau qala musa maji’ tum bihis sihr, innallaha sayubtiluh, Innalahha layuslihu amalal mufsidin. Wa yuhiqqullahul haqqa bikalimatihi wa lau karihal mujrimun” aku menusuk keris aku sekali lagi ke tanah. Aku buka mata aku. Aku kini berada di jalan yang biasa aku guna untuk balik ke rumah mak dari rumah tok aku. Aku mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumah tok. Apa yang nak terjadi sekali pun, akan aku hadap. Aku perlu pastikan Mak Kecik aku selamat. Aku tiba di halaman rumah tok. Aku nampak tok sedang duduk di tangga lambur seperti tahu aku akan datang semula. Pandangannya tajam. “Assalamualaikum tok”, aku membri salam dengan lemah lembut. Tok tidak menjawab salam aku malah meludah ke tanah. Aku beristighfar semoga dijauhkan perasaan amarah. “Assalamualaikum tok”, sekali lagi aku memberi salam tapi tok tetap tidak menjawab. “Kau ingat kau dah bunuh ‘benda’ tu kau dah menang? Kau ingat aku tak ada ‘benda’ lain lagi?” jerkah tok dengan suara garau. “Man bukan nak berlawan dengan tok. Man tak ada ilmu apa pun tapi Man nak tok balik ke pangkal jalan. Buanglah ‘benda-benda’ yang tak elok tu. Cukuplah Allah jadi pelindung kita”, jawab aku. “Bila aku cakap kau bukan lagi cucu aku, maksudnya kau dah jadi musuh aku”, jerit tok lagi. “Mengucap tok. Kalau tok buang semua ‘benda-benda’ mengarut ni, Man janji Man tak akan datang ke sini lagi”, pujuk aku.
61 Tiba-tiba tok rebah ke tanah dari atas tangga. Aku cuba mendapatkan tok tapi dari tubuh tok keluar asap perlahan-lahan dan akhirnya membentuk tubuh manusia berupa seorang lelaki tegap tapi wajahnya tiada mata, hidung dan mulut sementara tubuh tok masih terbaring di atas tanah. Aku berundur sedikit sambil menjenguk ke dalam rumah untuk melihat Mak Kecik tapi tiada kelibat Mak Kecik yang aku nampak. Kelibat yang muncul dari tubuh tok berdiri melihat aku. Aku membaca surah An Nas dan hembus ke arah kelibat itu perlahan-lahan. Kelibat itu mula nampak gelisah. Kepalanya berpusing-pusing seolah-olah tidak berleher. Apabila kepala itu terhenti dan wajahnya mengadap ke arah aku, wajahnya menyerupai wajah ayah aku. “Allahumma inni as-alukal huda was sadaad” “Ya Allah..aku mohon kepadaMu petunjuk dan kebenaran.” Aku berundur sedikit ke belakang sambil tangan mencapai keris di belakang aku. “Ini kerja iblis yang cuba menggoyahkan hati aku”, bisik hati aku. Kelibat itu tiba-tiba mendepakan tangannya ke arah aku. Satu tiupan angin yang kuat menuju ke arah aku. Aku menusuk keris aku ke tanah. Tubuh aku tetap tak beranjak. Aku meluruskan kaki kiri aku ke tepi dan kaki kanan aku berlipat lutut. Aku bersedia menunggu serangannya lagi. Betul sangkaan aku, tiba-tiba kelibat itu menyerang aku tapi cara serangannya memang tak pernah aku nampak dan lalui. Tangan dan kakinya bergerak pantas tetapi lembut seperti sebuah tarian. Buat seketika aku hanya mengelak dan memerhati untuk mencari kelemahannya tapi aku tak nampak ruang untuk aku menyerang semula. Tangannya memukul akan naik sekali dengan kakinya. Beberapa kali aku nyaris terkena sepakan kakinya. Aku terpaksa berundur sedikit bila dia semakin mara. Beberapa kali juga aku terpaksa berguling-guling merebahkan diri untuk mengelak. “Allahu Ahad, Allahu somad” Semua ini tiada kekuatan kecuali Allah. Aku tak boleh berundur dan mengelak lagi. Pertahanan yang baik adalah menyerang tapi penuh hati-hati. Aku bergerak ke kanan dengan kaki aku silangkan sekali sekala. Mata aku tak lepas memandang tangan dan kakinya yang laju. Aku menikam keris aku sambil kaki aku juga mencari lututnya. Dia menepis tangan aku tapi kaki aku berjaya menyepak lututnya hingga dia hampir terjatuh. Aku berpusing ke belakangnya ketika dia leka membetulkan langkahnya. Satu tikaman tepat ke belakangnya. Tembus tapi tak berdarah. Aku menyepak belakang lututnya sekuat tenaga aku. Praakk...aku tahu lututnya patah. Dia jatuh terguling ke tanah tapi cuba bangun dengan pantas. Pelik, tiada jeritan kesakitan yang keluar. Keris aku berjaya menikam tapi tiada darah yang kelihatan.
62 “Ini bukan manusia biasa, ilmunya bukan tandingan aku”, aku berbisik dalam hati. Aku bukan mengalah tapi kadang-kadang aku perlu tahu kemampuan aku. Aku perlu mencari helah untuk melepaskan diri tapi aku perlu mencari Mak Kecik terlebih dahulu. Kelibat itu berjaya berdiri semula tanpa menunjukkan lututnya yang patah. “Darah tak keluar, kaki patah elok semula”, bisik hati aku. Aku melompat ke arah tok dan meletakkan keris aku di perut tok yang masih terbaring tak sedarkan diri. Kelibat itu nampak gelisah. Ya Allah, baru aku terfikir di saat itu. Tok adalah tuan dan kelibat itu hanya pembantu. Sudah semestinya pembantu akan takut bila melihat tuannya diancam. Kelibat itu mara ke arah aku dengan laju. Aku melompat ke tepi dan sepantas kilat kelibat itu menyambar tubuh tok lalu menghilangkan diri ke arah hutan. Aku cepat-cepat naik ke rumah mencari Mak Kecik. Tiada kelibat Mak Kecik di dapur. Aku bergegas ke tengah rumah tapi tiada juga. Kini bilik larangan sahaja yang tinggal. Pintunya tertutup rapat. Aku membuka silang pintu. Aku membaca sesuatu dan meletak tapak tangan aku pada daun pintu. Tiada apa-apa yang aku rasa. Aku menumbuk sekuat hati daun pintu hingga ia terbuka. Aku menyuluh ke sekeliling tapi tiada kelibat Mak Kecik. Aku terduduk bersandar di dinding. Hampa dan risau. Aku cuba menenangkan diri. “Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ‘atho-ika” “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang” Aku menarik nafas panjang. Aku perlu berfikir dari punca mana aku harus mencari Mak Kecik. Aku bangun dan menuju ke tanah. Aku perhatikan selipar Mak Kecik masih ada di bawah tangga. Tiba-tiba telinga aku berdesing dengan kuat hingga memaksa aku menekup telinga aku. “Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad” Aku berselawat. “Pejamkan mata kau, baca apa yang aku ajar dalam mimpi” Terngiang suara Aki Lela di telinga aku. Rupanya apa yang Aki Lela ajar aku dalam mimpi sebelum ini ada kaitan dengan kejadian ini. Aku pejamkan mata dan baca apa yang aku diajarkan. Kemudian aku membuka mata dan menepuk ke tanah. Suasana menjadi terang. Rumah tok bagai tiada dinding. Di tempat aku berdiri, aku boleh melihat hampir semua yang ada di dalam rumah. Mata aku melihat dari satu ceruk ke satu ceruk di dalam rumah tok. “Mana Mak Kecik?” tanya hati aku.
63 Mata aku terhenti di satu sudut atas siling kain rumah tok. Ada sesuatu tergantung di situ. Aku melompat ke atas rumah. Mata aku memandang di setiap penjuru. Di tiga penjuru ada lembaga yang tergantung sambil memandang ke arah aku dan di satu sudut tergantung Mak Kecik tanpa tali dan tak sedarkan diri. Nampaknya tok semakin gila dan ganas.
64 “Macam mana nak bawak turun Mak Kecik ni?” aku berkata dalam hati. Aku mengambil tilam kekabu dalam 3 gulung dan letakkan di bawah tempat Mak Kecik tergantung. Lembaga-lembaga itu pula mula bergerak turun perlahan-lahan. Aku membaca ayatul Kursi dan surah Al Ikhlas lalu menepuk tangan aku ke lantai. Tubuh Mak Kecik jatuh ke atas tilam yang aku sediakan tapi dia masih tak sedarkan diri. Lembaga-lembaga itu pula sudah berada di bawah. Mereka bergerak perlahan-lahan ke arah aku. Bunyi mengilai serentak dari tiga lembaga itu membingitkan telinga. Aku berpusing-pusing untuk mengelak apabila mereka semakin mendekati aku. Kini aku berada di tengah-tengah, dikelilingi lembaga-lembaga tersebut. Semakin lama ruang untuk aku melepaskan diri semakin sempit. Aku memejamkan mata sambil membaca, “Hasbiyallahu li dini, hasbiyallahu lidun yaa ya, hasbiyallahu lima ahammani, hasbiyallahu liman bagha alaiya, hasbiyallahu liman kadani bisuin wala haula wala kuwata illa billah” Ketika aku membuka mata, lembaga-lembaga itu mula semakin hampir mengelilingi aku. “A’udzu Bikalimaatillaahit Taammaati min Syarri Maa Khalaq” Aku pejamkan mata dan memeluk tubuh menanti sebarang sentuhan. Jantung aku berdegup laju tapi aku yakin hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Tangan-tangan yang kasar dan tajam mula terasa menyentuh kepala dan leher aku. “Robbi a’uzubika min hamazatisy syayatin, wa a’uzubika robbi ayyahdurun, Allahuakbar” Aku menjerit serentak membuka mata. Semua lembaga itu terpelanting. Aku mara ke arah satu lembaga yang tercampak ke dinding lalu menikam ke arah dadanya. Satu jeritan kuat kedengaran. Tubuhnya meronta-ronta dan tiba-tiba dengan laju menuju ke dapur lalu hilang. Aku berpusing dan dua lembaga yang lain juga telah tiada. Aku menghampiri Mak Kecik. “Wakallamallahu musaa taklima” Aku memegang ubun-ubun Mak Kecik dan sapukan tangan aku ke mukanya. Perlahan-lahan Mak Kecik mula tersedar dari pengsannya. Dia nampak keliru. 95
65 “Kat mana ni?” tanya Mak Kecik perlahan. “Kat rumah tok lah. Mak Kecik tak ingat apa-apa?” tanya aku. “Mak Kecik ingat tengah lipat baju aje, pastu rasa macam mengantuk”, jawab Mak Kecik. “Man hantar Mak Kecik ke rumah mak, nak?” tanya aku. Mak Kecik hanya mengangguk. “Cepat bersiap”, kata aku sambil menunggu di lambur. Selepas mengunci pintu, kami mula bergerak ke rumah mak. Beberapa langkah kami berjalan, terdengar satu suara di belakang aku. “Assalamualaikum wbt” Aku menoleh ke belakang. “Aki..”, aku menjerit lalu memeluk Aki Lela. “Kot iye pun jawablah salam dulu”, kata Aki Lela. Aku tersengih. “Waalaikummusalam wbt”, jawab aku sambil terus memeluk pinggang Aki Lela. “Mari kita hantar Mak Kecik kau. Nanti kita ceritakan pada ayah kau perkara sebenar”, kata Aki Lela. “Ayah Man kenal aki ke?” tanya aku. “Nanti baru kita tahu”, jawab Aki Lela buat aku keliru. Kami mula berjalan ke rumah mak. Sepanjang jalan Aki Lela memegang bahu aku dan kadang-kadang mengusap kepala aku, sentuhan yang aku rindukan. Tak lama kemudian kami sampai di rumah mak. “Assalamualaikum”, aku memberi salam. “Waalaikummusalam wbt”, terdengar suara ayah menjawab. Pintu tengah di buka luas. “Laa..kau Man, Zai”, kata ayah. Mata ayah terhenti bila memandang Aki Lela. “Aki Lela?” kata ayah seperti terkejut. Ayah turun ke tanah dan bersalam mencium tangan Aki Lela dan kemudian memeluknya. Aku semakin keliru. “Ya Allah aki, lama sungguh kita tak jumpa”, kata ayah. Aki Lela tersenyum. “Hampir lima tahun rasanya”, jawab Aki Lela. Mak Kecik terus naik ke rumah. Tinggal kami bertiga duduk di pangkin sambil diterangi pelita. “Ayah kenal Aki Lela?” tanya aku. Ayah tersenyum lebar.
66 “Lebih dari kenal. Ayah sempat belajar sikit-sikit masa arwah Aki Salleh ada tapi bila dah pindah tempat kerja, dah terputus hubungan”, cerita ayah. Aki Lela hanya tersenyum. “Dengan Aki Lela lah Man belajar agama masa cuti sekolah hari tu”, cerita aku pula dengan hati teruja. “Ya Allah, kecilnya dunia”, kata Ayah. “Anak kau ni Mat adalah anugerah Allah. Hanya dia yang mewarisi ilmu seperti Aki Salleh”, kata Aki Lela. “Man, kau naik ke rumah sekejap, tinggalkan kami. Ada benda yang aku nak bincang dengan ayah kau”, kata Aki Lela. Aku bangun dan naik ke rumah rehatkan badan. Lama juga ayah berbincang dengan Aki Lela hingga aku terlelap seketika. Aku terjaga bila mendengar ayah memanggil aku. Cepat-cepat aku turun ke tanah dan duduk di sebelah ayah. “Ayah dah berbincang dengan Aki Lela pasal tok dan kau. Ayah izinkan kau ikut Aki Lela cari tok dan satu lagi, ayah nak kau tinggal dengan Aki Lela tak lama lagi sehingga kau habis sekolah rendah, nanti ayah uruskan pertukaran sekolah. Belajar ilmu dunia dan akhirat. Jadi anak yang berguna. Bila cuti sekolah, kau kena balik ke sini. Jadi kau duduk kat sana seperti kau duduk di asrama dulu”, terang Ayah. Aku gembira tak terkata. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Memudahkan. “Kalau macam tu Mat, aku dengan Man nak cari mak kau dulu. Benda ni kena selesaikan cepat. Kau tak perlu ikut, cukup aku dengan Man sahaja. Aku tak nak benda ni jadi kecoh”, kata Aki Lela. “Baiklah aki. Kau tu Man, belajar apa yang Aki Lela buat. Jaga diri dan bersabar”, pesan Ayah. Aku mencium tangan ayah dan kemudian bergerak mengikut Aki Lela. “Apa yang aki cakap kat ayah?” tanya aku sambil berjalan. Aki Lela mengusap lagi kepala aku tapi tidak menjawab soalan aku. Aku tak bertanya lagi. Akhirnya kami sampai di rumah tok. Kami berdiri di halaman rumah tok. Aki Lela memejamkan matanya sambil membaca sesuatu. “Hati-hati, ada ‘benda’ nak datang”, kata Aki Lela dalam keadaan mata masih terpejam. Aku pegang ulu keris sambil membaca pendinding diri. “Robbi a’uzubika min hamazatisy syayatin, wa a’uzubika robbi ayyah durun” Tiba-tiba berterbangan dari pokok ke pokok beberapa lembaga putih.
67 Aku pasti itu adalah lembaga-lembaga yang ada di dalam rumah tok tadi. Mata aku tiba-tiba tertumpu kepada kelibat tok yang sedang duduk di hujung lambur sambil memandang tajam ke arah kami. “Mah, bertaubatlah. Bukan ini yang Salleh mahukan bila dia dah tak ada”, kata Aki Lela. Tok bangun dan berdiri atas lambur. “Kau cakap senang tapi yang menanggung beban adalah aku. Aku yang kena hadap ‘benda-benda’ yang bermusuh dengan dia masa dia hidup”, jerit tok dengan suara garau. “Sebab itu Allah kurniakan Si Man ni kepada kau, untuk membantu kau”, balas Aki Lela. “Cucu tak guna tu, dengan aku pun dia nak berlawan”, jerit tok lagi. “Dia berlawan dengan iblis yang ada dalam diri kamu. Kamu dah melampaui batas. Kalau lah awal-awal aku buat begini, mungkin kamu tak sampaisejauh ini. Masa kau datang hantar Man ke rumah aku dulu pun aku dah rasa lain macam. Kamu takut melihat aku masa tu”, kata Aki Lela lagi. “Kau boleh balik. Biar aku dengan dunia aku. Kalau kau berdegil, aku bunuh kau”, jerit tok dengan suara yang semakin tinggi. “Ya Allah,sampai tahap itu tok bencikan sahabat baik arwah Aki Salleh”, bisik aku dalam hati penuh sayu. Aki Lela memegang tangan aku. Aku faham Aki Lela tak mahu aku bersedih. “Tok kau dah dikuasai iblis. Hanya hidayah Allah saja yang dapat kembalikannya ke jalan yang benar. Kita terpaksa jalankan kewajipan kita”, bisik Aki Lela. “Tak apa lah aki. Kita serahkan segalanya kepada Allah. Kita doakan yang terbaik buat tok”, balas aku. Aki Lela menggenggam erat tangan aku. Aki Lela melepaskan tangan aku lalu membaca sesuatu dan kemudian menusuk kerisnya ke tanah. Tanah bergegar dan satu gumpalan angin keluar dari tanah. Semua lembaga yang ada di atas pokok jatuh. Tok hilang dari pandangan. Lembaga-lembaga itu bergerak ke arah kami. Aku melompat ke arah salah satu lembaga sementara Aki Lela berhadapan dengan dua lembaga. Aku meluncur dalam keadaan berlutut bila sampai di hadapan lembaga sambil meletakkan kedua tapak tangan aku ke bahagian tubuhnya yang rendah dan boleh aku sentuh. Lembaga itu menjerit dan terpelanting ke belakang. Aku bingkas bangun dan melompat sekali lagi ke hadapannya. Keberanian dan semangat aku luar biasa. Alang-alang tok sudah buang aku, aku akan laksanakan
68 tanggungjawab aku. Kali ini aku menikam keris aku di tubuh lembaga itu. Satu jeritan kuat kedengaran. Tubuhnya terhuyung-hayang. Tiba-tiba gerak hati aku dapat merasakan ada sesuatu sedang menuju ke arah aku dengan laju. Aku melentengkan tubuh aku ke belakang untuk mengelak. Di hadapan lembaga itu berdiri kelibat tanpa wajah yang aku hadapi sebelum ini. Dia menundukkan kepalanya ke depan sambil tangannya seolah- olah membuat bulatan. Satu ‘benda’ yang laju menuju ke arah aku. Aku genggam keris dengan kedua tangan aku sambil mengangkatnya di depan dada aku. Berkerincing bunyi ‘benda-benda’ yang menuju ke arah aku apabila terkena keris. Bertaburan di atas tanah besi-besi tajam seperti pisau kecil. “Syukur, dengan izin Allah keris aku ini menjadi perisai dari benda-benda tajam”, kata aku di dalam hati. Aku menoleh ke arah Aki Lela seketika. Hanya tinggal satu lembaga lagi di hadapan Aki Lela. Api menyala di belakang kelibat tanpa wajah menandakan lembaga yang aku tikam tadi sudah musnah. Kelibat tanpa wajah berdiri mengadap aku. Lehernya mula berpusing seperti yang pernah aku lihat sebelum ini. Sewaktu lehernya berhenti berpusing, wajahnya telah berubah. Terkejut aku apabila melihat dia bertukar kepada bentuk seekor haiwan seakan akan anjing. Tiba-tiba aku teringat pada Joni. Joni tidak kelihatan lagi sejak tok aku balik ke rumah. “Ini bukan anjing tapi serigala”, kata Aki Lela yang muncul tiba-tiba di sebelah aku. “Man tak pernah tengok serigala”, jawab aku. Aku menoleh ke belakang, semua lembaga sudah tiada. Kini kami berhadapan dengan kelibat tanpa wajah yang bukan sebarangan. Kelibat serigala itu memang cukup besar saiznya, sekali ganda dari anjing biasa. Giginya memang menyeramkan. Air liurnya meleleh-leleh. “Kau ke tepi, ini bukan tahap kau lagi. Bila aku perlukan bantuan, aku akan bagi tahu”, bisik Aki Lela. Aku berundur jauh seperti yang Aki Lela arahkan. Mata Aki Lela bulat memandang ke arah aku, tanda amaran jangan masuk campur jika tidak dipinta. “Allahhumma inna naj aluka fi nuhu rihim, wana u’zubikamin sururi him” Aku berdoa semoga musuh menjadi lemahaku mula berzikir untuk membantu Aki Lela dari belakang sambil menggenggam erat keris di tangan. Serigala itu mengelilingi Aki Lela tapi Aki Lela tidak berpusing mengikut pergerakan serigala itu. Serigala itu bingkas bangun dan memusingkan seluruh tubuhnya dengan laju. Bila ia berhenti berpusing, kelibat itu bertukar
69 kepada bentuk asalnya tanpa wajah. Serigala itu menyerang dari belakang dengan melompat tinggi ke arah Aki Lela. Dengan satu gerakan, Aki Lela mengelak ke kiri. Serigala itu terlajak ke depan. Aki Lela tidak menggunakan kerisnya seperti mengetahui ia tidak akan memberi kesan. Aki Lela mula membuka buah silatnya. Serigala itu menyerang lagi dengan laju. Aki Lela melompat dan menumbuk ke arah kepala serigala. Serigala itu jatuh terguling. Kaki dan tangan aku mula bergerak gerak, tanda mahu turut serta. “Sabar Man, jangan degil”, hati aku menasihati aku. Serigala itu bangkit semula. Grrrrr...grrrr..ia mendengus semakin kuat. Ia menerkam lagi dan kali ini kaki Aki Lela hinggap di kepalanya. Serigala itu sekali lagi terguling. “Siapa yang memberikan tok semua ni?” tanya hati aku. Tiba-tiba kelibat itu hilang dari pandangan. Mata aku melilau mencari di mana kelibat tersebut bersembunyi. “Fakashafna Anka Ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Aku berdoa semoga diberikan penglihatan yang tajam. Walaupun kabur tapi aku berjaya nampak pergerakan kelibat tersebut. Aki Lela memberi isyarat untuk aku mendekatinya. Aku bergerak perlahan-lahan ke arah Aki Lela. Aki Lela memegang lengan aku. Tiba-tiba pandangan aku jadi gelap tapi kemudian beransur terang tapi suasana sudah berlainan. Pandangan aku hanya terang bila memandang kelibat tanpa wajah tetapi sekeliling jadi gelap gelita. Bagai ada satu cahaya lampu suluh yang menyuluh kelibat tersebut. Aki Lela menunjukkan isyarat supaya aku tidak membuat sebarang bunyi. Suasana betul-betul sunyi sehinggakan aku boleh mendengar tarikan nafas aku sendiri. Kelibat itu seperti tidak dapat melihat kami. Kami kini bagai bermain permainan sorok-sorok. Kelibat itu bergerak sekeliling mencari kami sedangkan kami mengekorinya dari belakang. Aku nampak Aki Lela membaca sesuatu dengan tangannya semakin kuat memegang lengan aku. Aku dapat merasakan sesuatu bagai menjalar dalam salur darah aku. Aki Lela sekali lagi memberi isyarat supaya kami bersama sama meletakkan tapak tangan kami ke belakang kelibat tersebut. Aki Lela menghenjut lengan aku sebagai isyarat dan tapak tangan kami serentak di tekan ke belakang tubuh kelibat tersebut. Terasa tapak tangan aku bergegar dengan kuat. Kelibat itu mula meronta-ronta tapi gagal melepaskan tekanan tapak tangan kami. Aku cuba bertahan sedaya upaya aku. Tangan aku mula menggeletar kuat. Satu aliranseperti aliran elektrik mengalir masuk ke dalam tubuh aku. Pegangan tangan Aki Lela pada lengan aku juga semakin kuat. Aku tahu Aki Lela mengharapkan aku bertahan.
70 Kelibat itu mula menjerit mengeluarkan suara yang semakin lama semakin kuat. Tubuh aku semakin kuat menggeletar seperti berada di tempat yang bersuhu sejuk dan berdiri pula dalam bekas yang dipenuhi air batu. Aku cuba bertahan dan bertahan. Kelibat pula semakin kuat meronta-ronta bergerak ke kanan dan ke kiri. Tiba tiba Aki Lela menarik aku untuk berdiri rapat di hadapannya. Tangan kanannya memegang pergelangan tangan kanan aku dan tangan kirinya memegang pergelangan tangan kiri aku. Kedua tapak tangan aku bagai melekat di belakang tubuh kelibat tanpa wajah. Bagai ada sesuatu yang cuba menolak tapak tangan aku dari belakang kelibat tanpa wajah itu dan pada masa yang sama, Aki Lela menekan tapak tangan aku ke belakang kelibat. Aku semakin hilang tenaga. “Zikir”, bisik Aki Lela ke telinga aku. Aku kuatkan zikir. Aku dapatrasakan Aki Lela juga menggunakan seluruh tenaganya kerana tubuhnya juga mula menggeletar. “Rabbanaa laa tuaakhiznaa in nasiina aw akhtha’naa, rabbanaa wa laa tahmil alaina ishran kamaa hamaltahu ‘alal-ladziina min qablinaa, rabbanaa laa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa anta maulanaa fanshurnaa ‘alal-qaumil kaafirin”, Lafaz aku sambil menekan kedua tapak tangan aku ke belakang kelibat itu sekuat hati. Tapak tangan aku terasa panas dan kebas tapi aku cuba bertahan. Tiba-tiba tapak tangan aku seperti berasap dan kelibat itu berjaya berundur sambil menolak kami berdua ke belakang. Aki Lela membaca sesuatu dan menghentakkan kakinya ke tanah. Penglihatan kembali kepada keadaan yang normal tapi keadaan aku dan Aki Lela masih seperti tadi. “Matilah kamu malam ini” Tiba-tiba terdengar jeritan suara tok. Aku berpaling dan nampak tok menerkam ke arah kami sambil memegang parang. “Aki, tok serang kita”, jerit aku. Tok melibas parangnya ke arah Aki Lela yang tidak bersedia.
71 Aki Lela menguatkan pegangan pergelangan tangan aku. “Allahuakbar” Terdengar Aki Lela menjerit perlahan. Aku menoleh dan nampak dengan jelas parang tok dilibaskan tepat ke kepala Aki Lela. Parang tok terpatah dua bila mengenai kepala Aki Lela. Aki Lela tetap berdiri di belakang aku. “Kau bertahan kat sini. Baca apa yang aku ajar. Jangan mengalah”, bisik Aki Lela. Aki Lela melepaskan tangan aku dan bergerak ke arah tok. Aku terus bertahan kerana jika kelibat ini terlepas akan menjadikan keadaan lebih sukar. “Yaa hayyu yaa qayyum. Bi Rahmatika astagheeth” “Ya Allah, aku mohon pertolonganMu” Aku berjaya menolak kembali lembaga tanpa wajah bergerak ke depan. Sesekali aku menoleh ke arah Aki Lela dan tok tapi aku tak pasti apa yang terjadi antara mereka. Tiba-tiba perlahan-lahan kelibat itu memusingkan tubuhnya untuk mengadap ke arah aku. Aku bertahan sedaya mungkin tapi ilmunya juga bukan sebarangan. Akhirnya aku tewas, lembaga itu berjaya memusingkan tubuhnya dan kini tapak tangannya menahan tapak tangan aku. Kami beradu kekuatan tapak tangan. Aku semakin berpeluh dan menggeletar. Tapak tangan aku terkuak ke belakang sedikit demi sedikit menerbitkan rasa sakit seperti tapak tangan aku cuba dipatah patahkan. Akhirnya aku gagal bertahan dan tercampak ke belakang. Berguling-guling aku ke tanah tapi dengan pantas aku bersedia dalam keadaan berlipat lutut. Aku melompat ke arah kelibat itu dan sekali lagi dia menghulurkan tapak tangannya ke arah aku yang sedang melompat. Sekali lagi aku terpelanting ke belakang dan kali ini lebih jauh. Tubuh aku terhentak pada batang pokok. Sakit sangat. Aku nampak Aki Lela berdiri di hadapan lembaga tanpa wajah. “Kau uruskan tok kau”, jerit Aki Lela tanpa memandang ke arah aku. Aku bangun perlahan lahan sambil menahan sakit lalu bergerak ke arah tok yang sedang terbaring. Entah apa yang Aki Lela sudah buat terhadap tok, aku pun tak pasti. Aku pegang kedua ibu jari kaki tok sambil membaca,” 96
72 Falamma alqau qala musa maji’ tum bihis sihr, innallaha sayubtiluh, Innalahha layuslihu amalal mufsidin, Wa yuhiqqullahul haqqa bikalimatihi wa lau karihal mujrimun.” Aku memicit ibu jari kakinya sekuat tenaga aku yang tinggal. Tok meronta-ronta. “Sakit bodoh..”, jerit tok. Aku tidak pedulikan jeritan tok. Aku menoleh ke arah Aki Lela yang sedang bertarung dengan kelibat tanpa wajah. “Hantar balik ‘benda’ tu kepada tuannya”, jerit aku pada tok. “Aku nak kuat sampai mati, aku lah tuannya”, jawab tok bukan dengan suara biasanya. Aku picit lagi ibu jari kakinya bertambah kuat. “Sakitlah bodoh..”, jeritan tok semakin nyaring. Dia cuba meronta-ronta. Aku membaca surah dan hembuskan ke arah tok. Semakin kuat rontaannya. “Lepaskan aku..lepaskan aku..sakit..”, jerit tok tanpa henti. “Hantar balik ‘benda’ tu”, jerit aku semakin kuat. “Aku lah tuannya sekarang”, jawab tok sambil membulatkan matanya. Aku membaca ayatul Kursi dengan Waqaf 9 dan sekali lagi menghembus ke arahnya. “Kat mana kau dapat ‘benda’ ni?” tanya aku dengan garang. Tok menggelengkan kepalanya. “Baiklah, kalau kau tak mahu hantar balik ‘benda’ ni dan tak nak cerita kau ambil dari mana, aku terpaksa musnahkan kau”, jerkah aku sambil menghunuskan keris aku tinggi-tinggi. Aku memang bertekad dengan niat aku. Tiba-tiba tok menjerit. “Aku ikut cakap kau”, jawabnya terketar-ketar. “Cakap..”, jerit aku sambil tangan kanan aku masih tegak ke atas memegang keris. “Masa aki kau ada, aku selalu ikut dia. Jadi aku tahu di mana nak cari ‘benda-benda’ ni. Dah seminggu aku keluar hospital. Masa tu lah aku dapatkan ‘benda’ ni”, cerita tok. “Tok dah lupa pada Allah? Tok tak takut pada seksaan Allah?” aku jerkah lagi. “Jangan nak mengajar aku”, balas tok. “Hantar balik ‘benda’ tu”, jerit aku. “Dia akan mati sama-sama dengan aku sebab aku kini adalah tuannya”, jawab tok. Beristighfar panjang aku mendengar jawapan tok. Aku menoleh ke arah Aki Lela yang masih bertarung.
73 “Panggil ‘benda’ tu datang ke sini”, bentak aku. “Pandai-pandailah kau berdua lawan dengan ‘benda’ tu. Kita tengok siapa yang kuat”, kata tok dengan sombong. Aku membaca sesuatu dan menepuk tiga kali di tiga tempat di tubuh tok. Tok terkunci tak bergerak.Tok cuba meronta-ronta tapi gagal melepaskan diri. Aku meninggalkan tok dan bergerak ke arah Aki Lela. “Wa la hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim.” Aku mara ke sebelah Aki Lela tanpa menghunus keris. Kelibat itu nampak seperti cuba melarikan diri bila melihat tok ‘terkunci’ di tanah. Aku dan Aki Lela mengepungnya dari dua arah. Dia menundukkan kepalanya dan merapatkan kedua tangannya. Satu bola api keluar dari tangannya menuju ke arah aku. “Jaga Man..”, jerit Aki Lela. Aku melompat sambil berguling ke tanah.Hampir sahaja aku menjadi mangsa. Kali pertama aku menghadapi serangan seumpama ini. Aku melihat ke arah Aki Lela untuk menunggu tindakan darinya. “Zikir” Satu bisikan terngiang di telinga aku. Aku mula berzikir. Aki Lela pula merapatkan kedua tapak tangannya dan kemudian menghalakan tapak tangannya ke arah kelibat tanpa wajah. Satu gumpalan angin yang besar dan laju keluar dari arah tapak tangan Aki Lela menuju ke arah kelibat itu. Lajunya gumpalan angin itu hingga tubuh aku terasa bergoyang. Kelibat itu terpelanting ke pangkal pokok.Aki Lela melompat dan berdiri betul-betul di depannya. Kelibat itu seperti terkepung.Aku bergegas berdiri di sebelah Aki Lela. Malam ini Aki Lela telah mengeluarkan ilmunya yang belum pernah ditunjukkan sebelum ini. Dalam satu gerakan pantas,Aki Lela melompat ke empat penjuru dan di setiap penjuru Aki Lela menumbuk ke tanah. Aku hanya dapat menganggak Aki Lela sedang membuat kepungan. Kelibat tersebut cuba bergerak keluar tapi setiap kali kelibat cuba melepasi kepungan yang dibuat, tubuhnya terpelanting semula ke tengah. Kelibat tersebut mula mengeluarkan bunyi yang pelik seperti bunyi binatang. Aku hanya berdiri tegak kerana aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Aki Lela berdiri tegak di sebelah aku sambil memejamkan mata. Dia membaca sesuatu dengan lama. Kelibat itu mula menjerit jerit dengan kuat serentak dengan tok. Aku bergegas ke arah tok. “Tolong..jangan bunuh dia”, rayu tok. “Apa yang terjadi kat tok jika benda tu mati, Man redha. Tok dah pilih jalan yang salah. Semoga tok bertaubat sebelum terlambat”, kata aku
74 terketar-ketar sambil menitiskan air mata. Mahu sahaja aku peluk tok saat itu tapi aku tahu itu tak mungkin berlaku. “Tolonglah, jangan bunuh anak angkat aku tu. Dia sahaja yang aku harap boleh menjaga aku” rayu tok lagi membuatkan aku tersentak. “Iblis yang tok buat anak angkat? Mengucaplah tok. Kembali kepada Allah. Hidup kat dunia ni biar kita sengsara dan derita asalkan di akhirat nanti kita bahagia. Kasihanlah arwah aki. Sedih dia bila tok jadi begini”, kata aku bersama air mata yang tak dapat aku tahan. Tiba-tiba satu jeritan kuat dan nyaring kedengaran dari kelibat tanpa wajah. Aku belum pernah mendengar jeritan senyaring itu selama aku mengikut arwah Aki Karim, Aki Lela dan Ayah Abu. Tok meronta-ronta cuba untuk bangun tapi gagal. “Lepaskan dia...lepaskan dia..”, jerit tok. Aku berpaling ke arah Aki Lela. Aki Lela memandang ke arah aku sambil menggelengkan kepala. Aku tahu maksud Aki Lela dia akan tetap membunuh kelibat itu dan tak akan berlembut dengan tok lagi. Aki Lela mengangkat kerisnya tinggi-tinggi dan dengan lafaz “Allahuakbar” yang nyaring, Aki Lela menusuk ke tanah. Keris yang melekat di tanah, di pusing-pusing beberapa kali. Kelibat itu juga mula berpusing mengikut putaran keris Aki Lela. Tok mengalirkan air mata tapi aku tetap dengan pendirian aku, apa pun yang terjadi kepada tok, aku akan reda. Aki Lela menekan lebih dalam kerisnya ke tanah hingga separuh kerisnya tenggelam ke dalam tanah. Kelibat itu melayang ke setiap penjuru kepungan untuk melepaskan diri tetapi dia tetap melayang kembali ke ruang tengah. “Mak..tolong..”, jerit kelibat itu yang mengejutkan aku. Tok memejamkan matanya tetapi aku nampak air matanya mengalir laju ke pipinya. Sayu dan pilu melihat tok dalam keadaan begitu tapi ini adalah jalan yang dipilihnya. Lama kelamaan tubuh kelibat itu hanya berdiri dan perlahan-lahan mula berasap. Tubuh kelibat itu semakin hilang dari pandangan bermula dari kaki. Dia seperti masuk ke alam yang lain sedikit demi sedikit dan akhirnya hanya tinggal bahagian kepala. Wajahnya bertukar seperti wajah tok buat kali terakhir dan akhirnya tubuhnya lenyap keseluruhan. Tok diam tak bergerak. Aku melihat nafasnya turun naik dengan laju. Aki Lela membaca sesuatu dan mencabut kerisnya dari dalam tanah. Aki Lela menghampiri aku lalu mengusap kepala aku. “Apa yang kau buat dan cakap tadi memang terbaik. Kau semakin
75 matang. Tok kau ni kita serahkan nasibnya kepada Allah. Semoga Allah memberikan hidayahnya sebelum nyawanya ditarik kembali”, kata Aki Lela perlahan. “Sekarang nak buat apa kat tok ni?” tanya aku. “Buka kunci yang kau buat”, jawab Aki Lela. Aku menghampiri kaki tok dan menepuk tiga kali di tiga tempat yang berasingan. Kaki tok mula terangkat angkat. Tangannya menepuk-nepuk ke tanah seperti menahan marah. “Bangun tok”, kata aku sambil menghulurkan tangan aku ke arah tok. Tok berpaling dari melihat aku. Air mata aku gugur lagi. “Marilah bangun tok”, pujuk aku lagi walau aku sendiri sedih tak terkata. Tok menggagahkan dirinya untuk bangun sendiri. Cara tok bangun seperti bukan tok aku sebelum-sebelum ini yang bertenaga walau pun sudah berusia. Begitu susahnya tok nak bangun berdiri. Aku cuba membantunya untuk berdiri tapi dia menepis tangan aku sekali lagi. Aki Lela memberi isyarat supaya aku membiarkan tok aku berusaha sendiri. Tok berjalan perlahan-lahan untuk naik ke rumah. Langkahnya longlai dan lambat. Tiba-tiba aku merasa lega bila melihat Joni ada di muka tangga. Joni menghampiri tok dan mengikutnya berjalan. Dengan segala susah payah akhirnya tok duduk di tangga lambur. Tok termenung jauh. Air matanya nampak bergenang. Aku tak tahu dia sedih kerana insaf atau sedih ‘anak angkat’ sudah mati. “Biarkan dia bertenang dulu”, kata Aki Lela. “Habis tu nak tinggalkan tok sorang-sorang kat sini?” tanya aku. “Buat masa ni dia memang betul-betul berseorangan. Tak ada lagi ‘benda-benda’ lain. Tinggalkan dia kat situ. Siang nanti kau datang bawak Mak Kecik”, jawab Aki Lela. “Aki nak balik dah?” tanya aku lagi. “Aku kena balik. Nanti kau kan nak tinggal dengan aku”, jawab Aki Lela lagi. “InshaAllah aki. Nanti Man sampai kat rumah aki”, jawab aku. Aki Lela berlalu pergi. Aku melihatnya sampai dia hilang dari pandangan. Aku tinggalkan tok berseorangan untuk balik ke rumah mak. Aku tak mahu memanjangkan persengketaan aku dengan tok. Aku cuma berharap tok dapat hidayah dari Allah untuk berubah. Sepanjang jalan aku memikirkan tentang tok hingga aku tak sedar aku sudah sampai di rumah mak. Ayah aku seperti tahu aku nak balik ke rumah kerana ayah sudah sedia menunggu sambil membuka pintu.
76 “Tok ada kat mana?” tanya ayah. “Ada kat rumah dia. Aki Lela suruh biarkan dia berseorangan dulu. Dah cerah nanti baru Man dengan Mak Kecik pergi tengok tok”, jawab aku. “Pergi mandi pastu tidur”, kata ayah. Aku turun ke telaga kemudian baring di tempat aku biasa tidur. Susah juga untuk aku lelapkan mata. Pukul berapa aku terlelap pun aku tak tahu. Siang itu aku dan Mak Kecik menuju ke rumah tok. Joni seperti biasa datang menyambut kami. “Kau pergi mana semalam?” tanya aku pada Joni. Joni menjawab dengan salakannya. Aku ketawa dalam hati bila terfikir kebodohan aku bercakap dengan Joni. Pintu rumah tok tertutup rapat. Mak Kecik mencari kunci tapi kunci tiada di tempat biasa. “Cuba tolak pintu tu”, kata aku. Mak Kecik menolak pintu, rupanya pintu tak berkunci. Aku masih duduk di lambur. Mak Kecik masuk ke dalam rumah. Tak lama kemudian Mak Kecik keluar semula. “Tok tak ada”, kata Mak Kecik. Aku tak rasa terkejut. “Mana mak ni? Asyik hilang aje”, bebel Mak Kecik. “Cuba tengok baju-baju dia ada tak?” kata aku. Mak Kecik masuk semula ke dalam rumah kemudian keluar tergesa-gesa. “Baju yang elok-elok banyak yang tak ada”, kata Mak Kecik. Aku turun ke tanah sambil memandang sekeliling. Aku pejamkan mata sambil membaca, “Rabbi adkhilnii mudkhala shidqiw wa akhirijnii mukhraja shidqiw waj’al li min ladunka sulthaanan nashiiraa.” Ya Allah, aku mohon pertunjukMu apa yang harus aku lakukan di saat ini. Aku buka mata dan berjalan perlahan mengelilingi rumah tok. Gerak hati aku seperti ada sesuatu di kawasan belakang rumah tok. “Kenapa lain macam bila berdiri kat sini?” bisik hati aku. Kaki aku terasa seperti melekat di atas tanah yang aku pijak. Aku bercangkung melihat keadaan tanah yang pelik. Aku mencari cangkul dan mula menggali. Mata cangkul mengena sesuatu. Aku mula menggali dengan tangan. Aku jumpa sesuatu yang terlipat dengan elok. “Kertas apa ni?” bisik hati aku. Aku buka lipatan kertas tersebut. Tangan aku tiba-tiba terasa kebas dan berat hingga aku tak terdaya mengangkat tangan kanan aku. Aku baca surah Al Ikhlas dan hembuskan ke tangan kanan aku yang terasa amat berat untuk diangkat. Aku ulang sebanyak tiga kali.
77 “Allahu Ahad” Aku ulang dan ulang menyebutnya. Kemudian aku membaca surah Al Falaq sambil menadah tangan kiri aku. Aku menghembus ke tapak tangan kiri lalu menutup tapak tangan dan kemudian aku lurutkan ke tangan kanan dari bahu hingga ke hujung jari. Akhirnya rasa kebas dan berat semakin hilang. Aku duduk seketika di tepi lubang yang aku gali tadi “Apa lagi lah tok ni?” bebel hati aku. Tiba-tiba aku ternampak melalui bawah rumah, kaki seseorang sedang berlari dengan laju di muka tangga lambur tengah. Aku bingkas bangun untuk mengejarnya.
78 Aku cuba memintasnya dari arah depan tapi lariannya memang laju. Sekelip mata dia hilang ke arah hutan. “Bala apa lagi ni ya Allah”, bisik hati aku. “Mak Kecik..”, jerit aku dari tanah. “Yer..”, sayup je dengar Mak Kecik menjawab. Tak lama kemudian Mak Kecik muncul di pintu tengah. “Kenapa?” tanya Mak Kecik. “Ada nampak tak sesiapa datang ke sini tadi?” tanya aku. “Mana ada orang datang, ngigau ke?” balas Mak Kecik. “Orang tanya aje, tu pun nak marah”, bebel aku. “Bila pulak Mak Kecik marah”, Mak Kecik pulak yang membebel sambil masuk semula ke dalam rumah. Aku berehat di tangga. “Ke mana lah tok ni?” tanya hati aku. Sehingga tengah hari, bayang tok pun aku tak nampak. Aku dan Mak Kecik mengambil keputusan bergerak ke rumah mak aku. Tiba di rumah, aku nampak ayah dan mak aku sedang berehat di pangkin. “Dah balik pun hero kita”, kata ayah. Aku menuju ke arah mereka. “Ayah dah uruskan pertukaran sekolah kau. Mak kau ni pun tak ada halangan tapi kau mesti berjanji, belajar agama betul-betul dan jaga diri elok-elok”, pesan ayah. “Ingat tu. Dengar nasihat Aki Lela, jangan degil”, pesan mak pula. “Bila Man boleh ke sana?” tanya aku. “Lusa”, jawab ayah. Aku baru nak melangkah naik ke rumah tiba-tiba ayah bertanya lagi. “Macam mana tok kau”, tanya ayah. Aku gelengkan kepala. “Tok tak ada pun kat rumah, tak tahu ke mana”, jawab aku. Ayah dan mak serentak menggelengkan kepala. “Biarlah dia. Nanti balik lah tu. Tok kau tu memang keras hati. Kalau dia marah, memang dia tak balik rumah”, kata mak. 97
79 Selepas asar aku dan Mak Kecik balik ke rumah tok. Tok masih tak dapat dikesan. “Mak Kecik, Man duduk kat rumah Aki Lela lusa ni. Mak Kecik duduk rumah mak lah”, kata aku. “Tak kan nak duduk sini sorang diri”, balas Mak Kecik. Malas aku nak bercakap dengan Mak Kecik, asyik nak membebelsahaja. Alhamdulillah malam itu tiada apa-apa yang datang mengganggu. Sudah lama aku tak dapat tidur dengan lena. Siang itu aku hanya berada di rumah mak. Aku harap semasa ketiadaan aku, tok akan balik dan berubah. Petang itu aku bermain dengan Abang Long dan adik aku. Rasanya sudah lama aku tidak bermain bersama-sama. Malam itu aku tidur di rumah mak kerana siang nanti aku akan ke rumah Aki Lela. Mak membantu aku menyiapkan barang-barang yang perlu di bawa. “Ayah kau yang akan hantar kau esok. Dia pinjam kereta orang tempat dia bekerja”, kata mak. Aku angguk sahaja. “Terima kasih Allah mengurniakan ayah dan mak yang amat baik dan memahami”, kata aku dalam hati. “Ayah tak balik lagi?” tanya aku pada mak. “Dia balik lambat sebab nanti dia bawa balik kereta kawan dia terus”, jawab mak. Malam itu aku tidur awal ketika otak asyik memikirkan diri tok. Tiba-tiba aku terasa bagai ada sesuatu yang memegang kaki aku dengan kuat. Aku membuka mata dan melihat tok dengan mulut yang berlumuran darah berada di atas kaki aku. Tangannya kini memegang kedua lutut aku sehingga aku sukar untuk bergerak. Aku menoleh ke kiri mencari ayah. Ya Allah, jasad ayah terkaku di tengah rumah bergelumang darah. Di sebelah jasad ayah, terbaring mak aku sambil matanya berkedip perlahan sayu memandang aku. Di hujung kaki mak, bergelimpangan tubuh Abang Long dan adik aku. Kelihatan sebilah parang yang penuh dengan darah terpacak di atas kepala adik aku. Air mata aku berlinangan. Amarah aku tiba-tiba memuncak. Aku tegakkan tubuh aku mengadap tok. Aku membaca sesuatu kemudian mendepakan kedua tapak tangan aku ke arah tok. Tok terpelanting ke belakang dan terperosok di tepi dinding. Aku bingkas bangun dan menuju ke arah ahli keluarga aku. Aku terduduk berlutut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan. Aku mencapai parang dan menuju ke arah tok yang terbaring di dinding. “Kau bukan tok aku lagi. Kau adalah Iblis Laknatullah”, jerit aku penuh dengan kemarahan.
80 Tok hanya tersenyum melihat aku. “Baru puas hati aku. Sekarang baru kau tahu bila hilang orang yang kau sayang. Aku dah cakap jangan ganggu aku tapi kau degil”, jerkah tok. Menggeletar tubuh aku menahan amarah yang tak terbendung. “Allahuakbar”, jerit aku sambil mengangkat parang dengan tinggi dan menghayunnya ke arah leher tok. Aku benar-benar tidak lagi dapat mengawal diri. Kepala tok bergolek terpisah dari tubuhnya. Tubuh tok terkulai di atas lantai. Aku beralih ke arah mak yang masih bernyawa memandang penuh sayu ke arah aku. Aku riba kepala mak. Air mata aku menitis jatuh atas muka mak. Tangan mak mengusap perlahan muka aku. “Jangan menangis sayang”, kata mak perlahan dan tersekat-sekat. Aku mencium pipi mak. “Jaga diri elok-elok nak. Jadi anak yang berguna kepada agama. Walau apa pun yang terjadi, jangan salahkan Allah”, kata mak. Aku genggam tangan mak yang mengusap pipi aku. “Laa illaha illallah”, aku ajar mak mengucap. Aku memandang ke arah jasad tok. Aku kini bagai dikuasai iblis. “Jangan nak, lepaskan rasa marah tu. Lepaskan dengan rasa tenang”, pesan mak buat kali terakhir. Leher mak terkulai di ribaan aku. “Mak...”, jerit aku. “Ish budak ni, bangun..”, jerit ayah sambil menampar pipi aku. Aku membuka mata dan melihat ayah dan mak berada di sebelah aku. “Kau mengigau ni”, kata ayah sambil tergelak. “Ya Allah, apa yang aku mimpi ni”, bisik hati aku. Aku bangun berlunjur lalu memeluk ayah dan kemudian memeluk mak erat-erat. Air mata kali ini betul-betul berlinangan. Ayah dan mak kelihatan pelik melihat aku. “Kau mimpi apa?” tanya mak. Aku tak menjawab tapi aku tak lepaskan pelukan aku. “Lain kali baring nak tidur tu baca ayat al Quran dulu. Bukan bila terasa nak lelap baru nak baca. Ini mesti kes terlelap. Lepas ni baca ayat al Quran baru tidur”, bebel ayah. Aku bersyukur kerana kejadian tadi hanya mimpi tapi mimpi ini tanda tidak elok. Selepas membaca ayat yang biasa sebelum tidur, aku terlelap semula. Awal pagi lagi aku dan ayah bergerak ke rumah Aki Lela. Aku kurang berbual dengan ayah kerana aku mudah tertidur sewaktu menaiki kenderaan. Aku terjaga bila ayah mengejutkan aku.
81 “Man..bangun. Betulkan masuk jalan ni?” tanya ayah. Mungkin sebab dah lama, ayah tidak berapa ingat jalan ke rumah Aki Lela. “Betul dah ni”, jawab aku dalam keadaan mamai. Akhirnya kami tiba di perkarangan rumah Aki Lela. Tak banyak perbezaan sejak aku tinggalkan rumah ini. Dari jauh aku sudah nampak Kak Nurul dan Kak Ayu seperti menunggu di atas tangga. “Assalamualaikum wbt”, kata aku. “Waalaikummusalam wbt wahai Pendekar Kecik”, jawab mereka serentak sambil ketawa. “Tunggu Man ke?” tanya aku dengan muka tak malu. “Kita tunggu dia ke kak?” tanya Kak Nurul pada Kak Ayu. “Mana ada. Perasan. Kita duduk berbual aje ni”, jawab Kak Ayu sambil ketawa lagi. “Man balik semula lah”, balas aku, kononnya merajuk. “Pendekar tapi kuat merajuk”, kata Kak Ayu sambil mereka berdua ketawa besar. Aku jelirkan lidah. “Aki mana?” tanya aku. “Ada kat kebun dia tu. Dia lah bagi tahu kau dah nak sampai”, jawab Kak Nurul. Aku dan ayah menuju ke kebun kecil Aki Lela. Aki Lela sedang mencabut rumput. “Assalamualaikum aki”, aku memberi salam. “Waalaikummusalam wbt”, jawab Aki Lela. Aku salam dan cium tangannya. Begitu juga dengan ayah bersalam dengan Aki Lela. “Aki, betul ke tak menyusahkan aki budak Man ni tinggal kat sini?” kata ayah. Aki Lela tersenyum. “Dia ni kan cucu aku jugak. Pandailah nanti aku uruskan dia. Kalau dia degil, rotan kat rumah tu dah lama aku tak guna”, jawab Aki Lela. “Ish aki ni, nak pakai rotan pulak”, bebel hati aku. “Dah kalau kau degil, rotanlah jawabnya”, kata Aki Lela membalas kata hati aku. “Aki, surat sekolah Man semua ada dalam beg yang dia bawak. Saya kena balik dulu. Nak kena pulangkan kereta orang yang saya pinjam tu. Lewat pulak nanti kalau lambat bergerak balik”, kata ayah.
82 “Elok jugak macam tu”, jawab Aki Lela sambil kami bergerak menuju ke kereta. “Ayah balik dulu. Dengar cakap Aki Lela dengan kakak dua orang tu. Jangan degil dan banyak bersabar”, pesan ayah. “InshaAllah ayah”, jawab aku. Tak lama selepas itu, ayah bergerak pulang. Aku mengangkat barang-barang aku masuk ke bilik yang aku diami dulu. Ada tilam dan bantal yang baru. Terharu dan teruja sekali. Sampai begini sekali Aki Lela menyambut kepulangan aku. “Dah ada tilam tu jangan liat nak bangun solat. Itu pun ujian untuk kau, bila selesa dalam kehidupan adakah kau lupa kepada yang memberi kenikmatan”, tiba-tiba Aki Lela muncul di muka pintu bilik. “InshaAllah aki, nikmat adalah untuk disyukuri bukan untuk lupa diri”, jawab aku. “Dah, letak barang-barang kau tu. Ikut aku”, kata Aki Lela. Aku letakkan barang-barang aku dan keluar dari bilik. Kami turun ke tanah dan menyusur tepi sungai kemudian melencong ke arah hutan. Sudah lama aku tak masuk ke dalam hutan ini. Kami bergerak laju meredah pokok-pokok kecil. Aku tidak bertanya apa-apa kepada Aki Lela, aku hanya mengikut langkahnya. Selepas lama berjalan, kami berhenti di bawah sepohon pokok yang tinggi dan besar. Aki Lela mendongak ke atas pokok. “Kau nampak kain merah hujung dahan tu?” tanya Aki Lela. “Nampak”, jawab aku. “Ada orang jadikan tempat ini tempat mereka berkumpul untuk tujuan tak baik”, kata Aki Lela. Aku terkejut. “Siapa?” tanya aku. “Kau kan dah lama tak ada kat sini. Malam nanti kau akan tahu”, jawab Aki Lela. Aku masih tak faham apa sebenarnya maksud Aki Lela. “Jangan fikir sangat tapi tunggu sahaja”, pesan Aki Lela. Di bahagian pangkal pokok juga terdapat banyak kesan tapak kaki seperti kesan orang berkumpul. “Ingatkan boleh berehat hari pertama”, bisik hati aku. “Kejap lagi rehat puas-puas”, kata Aki Lela sambil merenung aku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Aki Lela berjalan sekeliling pokok dan membuat 4 tanda di 4 penjuru. “Jangan tanya, tengok aje”, kata Aki Lela.
83 “Mana ada Man nak tanya”, jawab aku sambil tersengih. Aki Lela tersenyum melihat aku. Siap buat persiapan, kami bergerak balik ke rumah. Tiba di rumah, kami berehat sebentar di bangsal sementara menunggu makan tengah hari. “Tindakan kau tak kejar orang yang kau nampak hari tu adalah tindakan yang betul. Tok kau ada mencuba lagi untuk mencari ‘benda’ lain tapi kali ini semua dah mula takut”, tiba-tiba Aki Lela membuka mulut. “Baru nak cerita kat aki”, jawab aku. “Tok kau akan balik sendiri nanti. Biarkan dia berehat di mana dia nak berehat. Penyesalan mula datang sedikit demi sedikit kecuali dia kalah dengan hasutan iblis”, tambah Aki Lela. Aku hanya mendiamkan diri. “Semoga Allah sentiasa melindungi tok” Berdoa sahaja yang mampu aku buat. Selepas solat asar, aku berehat sebentar di dalam bilik hingga aku terlelap seketika. Aku hanya terjaga bila terdengar suara Aki Lela memanggil aku. Cepat-cepat aku bangun dan turun ke tanah. Aki Lela sedang duduk di bangsal sambil mengasah parang. “Jangan banyak tidur terutama selepas asar, nanti jadi pemalas”, bebel Aki Lela. Aku tersenyum sahaja. “Mari kita ke gelanggang, lama kita tak berlawan”, ajak Aki Lela. Pucuk dicita, ulam mendatang. Cepat sahaja aku masuk ke gelanggang silat. Beberapa kali juga aku berjaya menumbuk perut Aki Lela. “Boleh tahan jugak kau sekarang”, puji Aki Lela. “Tengoklah siapa gurunya”, aku puji semula Aki Lela. Aki Lela bertarung dengan aku bersungguh-sungguh. Setiap kali pukulannya tepat pada sasaran di tubuh aku, cepat-cepat dia buat penawar. Sakit memang sakit tapi aku tak pernah mengeluh kerana ini sebenarnya adalah untuk diri aku juga. Kami berlatih hingga menjelang maghrib. Penat tapi seronok. Selepas makan malam, seperti biasa aku bersandar di dinding di ruang tamu. Selepas agak lama berehat, tiba-tiba aku nampak Aki Lela keluar dari bilik. “Mari Man, ikut aku”, kata Aki Lela. Aku masuk ke bilik dan ambil barang-barang keperluan lalu mengikutnya ke arah hutan. Kami mengikuti jalan yang kami lalu siang tadi. Setibanya berhampiran tempat tersebut, Aki Lela berhenti. “Dengar pesan aku ni elok-elok. Apa yang kita nak lawan nanti manusia biasa tapi ketuanya boleh tahan juga ilmunya. Jangan lalai. Mereka tak tahu kita berada dekat dengan mereka”, terang Aki Lela.
84 “Siapa mereka tu?” tanya aku. “Nanti aku cerita panjang. Cuma tugas kita malam ni adalah untuk menegakkan kebenaran. Mereka suka merompak rumah orang dan jika ada sesiapa yang cuba melawan, mereka sanggup membunuh. Mereka ada ilmu untuk bagi orang tak nampak mereka. Kain merah yang kita nampak siang tadi adalah tangkal mereka”, terang Aki Lela lagi. “Boleh ke Man guna keris ni?” tanya aku. “Kalau terpaksa, gunakan saja. Jangan berbelah bagi”, pesan Aki Lela. Aki Lela membaca sesuatu dan memegang lengan aku dengan kuat. Tiba-tiba pandangan aku jadi kabur dan kemudian beransur-ansur terang. Aku tahu aku tak boleh buat sebarang bunyi. Aku mula amalkan zikir nafas. Kami mula bergerak ke arah tempat siang tadi. Kami berhenti di sebelah pangkal pokok berhadapan dengan pokok yang tersangkut kain berwarna merah. Tak lama kemudian telinga aku mendengar bunyi suara orang berbual, semakin lama semakin dekat. Pegangan Aki Lela semakin kuat. Melintas di hadapan kami enam orang lelaki berpakaian biasa tapi mereka tak nampak kami yang berdiri berhampiran dengan mereka. Mereka berenam menyalakan unggun api dan kemudian duduk di pangkal pokok yang besar tersebut. Tak lama kemudian muncul seorang lelaki berpakaian serba hitam. “Mungkin ini ketua mereka”, bisik hati aku. Aku memandang ke arah Aki Lela. Aki Lela hanya mengangguk. Tiba-tiba ketua kumpulan tersebut berhenti dan memandang ke arah kami. Aki Lela menguatkan pegangan tangan aku. “Keluar kalau kamu berani!” jerit ketua kumpulan tersebut. Kami tidak bergerak. Aku nampak lelaki tersebut mengambil sesuatu dari dalam poketnya lalu meletakkannya di mulut. Aki Lela menggerak-gerakkan tangannya yang memegang lengan aku. Aku faham, Aki Lela menyuruh aku bersedia. Lelaki itu mencampakkan benda yang ada di mulutnya ke arah tempat kami berdiri. Aki Lela melepaskan lengan aku. Aku nampak Aki Lela terpelanting dan aku pula kembali ke pandangan biasa. Aku tahu Aki Lela sengaja melepaskan tangan aku supaya salah seorang dari kami kembali ke dunia nyata. Aku risaukan Aki Lela. Di hujung baju aku terpacak sebilah pisau kecil tapi aku bernasib baik kerana tidak melukakan aku tapi aku tak tahu nasib Aki Lela. “Kau buat apa kat sini budak kecil?” jerkah lelaki itu. Aku tahu mereka masih tak nampak Aki Lela. Aku buat bahasa isyarat seolah-olah aku tak boleh bercakap. “Ke mari kau”, jerit lelaki itu.
85 Enam orang lelaki yang lain bangun dan berdiri di belakang ketua mereka. Aku tunjuk isyarat tak mahu. “Kau pergi tangkap budak tu bawak ke mari”, jerit ketua kumpulan itu. Kesemua enam lelaki itu berlari ke arah aku. Aku pegang ulu keris yang tersisip di belakang pinggang aku. Salah seorang dari mereka cuba memegang tangan aku. Dengan satu gerakan, lelaki itu terguling di tanah.Baki lelaki yang ada mula mengelilingi aku dengan parang masing-masing. Kali pertama aku berhadapan dengan lima orang serentak. “Mana aki ni?” tanya hati aku. Dua orang dari mereka menyerang aku serentak. Libasan pertama berjaya aku elak manakala lelaki kedua merasa sepakan kaki aku. “Ketepi kamu semua. Budak kecil begini pun tak boleh harap”, jerit ketua kumpulan tersebut sambil bergerak di hadapan aku. “Ish...mana Aki Lela ni?” Sekali lagi aku risaukan Aki Lela yang tak nampak pada pandangan mata kasar. Ketua lelaki itu menyerang aku dengan satu sepakan. Aku mengelak dan menyepak kembali ke belakang pehanya. Dia berundur. Dia membaca sesuatu dan membaling sesuatu ke arah aku. Tiba-tiba tubuh aku bagai terkunci dan kaku. Aku cuba meronta tapi gagal untuk melepaskan diri. Dua orang dari ahli kumpulan tersebut menangkap aku dan mengikat aku pada sebatang pokok. “Aku tanya kenapa kau datang ke sini?” jerkah ketua kumpulan tersebut. Aku menggelengkan kepala. Akal aku ligat mencari jalan melepaskan diri tapi aku juga risau apa yang terjadi pada Aki Lela. Kalau Aki Lela tidak cedera, kenapa dia masih belum munculkan diri. “Kau potong kepala budak tu dan bawak kepalanya ke sini”, jerit ketuanya kepada salah seorang ahlinya. Ya Allah, aku tak terdaya lagi.
86 Aku pejamkan mata sambil membaca “Hasbunallah wanikmal wakil” Berpantang maut sebelum ajal. Aku membuka mata sambil merenung tajam ke arah lelaki yang menghampiri aku. Lelaki itu membuka ikatan aku dan menyepak aku dari belakang agar aku terbaring atas tanah, kesilapan besar darinya. Sepakannya tidak berjaya menjatuhkan aku sebaliknya aku berpusing dan menyepak ke arah kepalanya. Lelaki itu pula yang tersembam ke tanah. Rakan-rakannya yang lain berlari ke arah aku. Kali ini aku telah bersedia walaupun tanpa keris aku. Mereka menyerang aku serentak tapi kesemua mereka merasa penangan aku. Ada yang di sepak di perut dan ada yang berdarah di mulut. Mereka kini terbaring atas tanah. Mata aku melilau mencari keris aku. Lega bila aku nampak keris aku ada pada salah seorang yang terbaring. Kini aku bersedia dengan keris terhunus di tangan. Ketua kumpulan itu membaca sesuatu tapi aku yang terlebih dahulu menikam keris aku ke tanah. Tanah bergegar dan sekali lagi kesemua lelaki yang terbaring terpelanting kecuali ketuanya. Aku baca lagi satu ayat, “Allahumma inna naj aluka fi nuhurihim wana u’zubikamin syururihim”. Aku mara ke arah ketuanya sambil menghembusnya dari jauh. Air mukanya berubah. Dia melontar sesuatu ke arah aku tapi kini aku lebih cepat melompat untuk mengelak. Dia mula berundur sedikit. “Woi, bangun serang budak ni”, jeritnya pada anak buahnya yang masih berusaha untuk bangun. Dua daripada mereka menyerang aku. Akhirnya malam itu keris aku merasa darah manusia. Dua lelaki terbaring ke tanah tapi aku masih ada perikemanusiaan. Aku hanya melukakan kaki dan tangan mereka, bukan untuk membunuh. Dua lagi lelaki bangun dan menyerang aku. Seperti tadi aku lakukan perkara yang sama, cuma kali ini aku menghiris kedua mereka pada betis. Empat lelaki itu mengerang kesakitan. Aku melompat ke arah dua lagi lelaki yang sedang cuba untuk bangun. Kedua-duanya aku hentak dengan ulu keris hingga mereka berdua tak sedarkan diri. Aku berpaling ke arah ketua mereka pula. Aku nampak ketuanya cuba melarikan diri. Aku hanya berdiri kerana aku tahu Aki Lela sudah membuat kepungan di empat penjuru. 98
87 Betul sangkaan aku, lelaki itu berpatah balik dalam keadaan risau. Matanya melilau melihat sekeliling. “Kau siapa sebenarnya”, tanya lelaki itu. “Aku cucu Aki Lela”, jawab aku. Dia seperti terkejut. Lelaki tersebut meraba sesuatu dalam poket seluarnya dan kemudian memasukkannya ke dalam mulut. Dia meniup ke arah aku. Aku tegakkan keris di hadapan muka aku. Beberapa bilah pisau kecil bergelimpangan jatuh di tanah. Dengan keris terhunus di tangan, aku menghampirinya. “Dengan tenaga yang kau ada, sepatutnya kau cari rezeki yang halal”, jerkah aku. Lelaki itu undur ke belakang sedikit demi sedikit. Dari ekor matanya aku tahu ada seseorang di belakang aku. Aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki terguling di tanah. Aki Lela tegak berdiri. Ada kesan merah pada bajunya. Aki Lela memberi isyarat supaya aku tidak risau. Aki Lela mara di hadapan aku. Lelaki itu tiada pilihan melainkan melawan. Baru selangkah dia melangkah, kaki Aki Lela sudah sampai ke perutnya. Dia terundur ke belakang sambil memegang perutnya. Dia cuba menyerang lagi tapi lagi sekali kaki Aki Lela tepat ke belakangnya. Aku berpusing pula mengadap enam lelaki yang sedang terbaring. Hanya ada seorang yang cuba bangun tetapi dalam keadaan terhuyung-hayang. Ketua kumpulan tersebut kelihatan membaca sesuatu dan tiba-tiba kain merah yang tersangkut di atas dahan melayang jatuh ke arahnya. Aku memandang Aki Lela jika ada apa-apa yang perlu aku lakukan tetapi Aki Lela hanya tegak berdiri. Kain merah sudah di dalam genggaman lelaki itu. Diikatnya kain itu pada lengannya. Wajahnya kelihatan semakin bengis. Matanya tajam melihat kami. Di ambilnya sebilah pedang yang tersorok di pangkal pokok. Tangannya kini memegang sebilah pedang yang panjang dan berkilat. “Kau perhatikan orang-orang yang di belakang tu. Jangan lalai. Yang ini biar aku yang uruskan”, bisik Aki Lela. Aku berundur dan memerhatikan seperti yang Aki Lela arahkan. Sesekali aku menoleh ke arah Aki Lela. Aki Lela sudah menghunuskan kerisnya, tanda dia memang bersungguh untuk menghapuskan ketua kumpulan tersebut. Lelaki itu menyerang dengan melompat tinggi ke arah Aki Lela sambil melibaskan pedangnya. Bingit dan berapi bila pedang itu berlaga dengan keris Aki Lela. Pergerakan lelaki itu berlainan sama sekali dibandingkan sebelum dia memegang kain merah tersebut, seolah-olah yang sedang bertarung sekarang bukan orang yang sama.
88 “Jangan lalai” Aku terdengar bisikan di telinga. Aku berpaling semula ke arah lelaki-lelaki yang terbaring dan kemudian memerhatikan pertarungan Aki Lela. Memang mengasyikkan dan melalaikan. Aku kagum dengan cara Aki Lela melawan hanya dengan keris pendek dibandingkan pedang yang panjang. Tiba-tiba aku terasa seperti ada angin perlahan bertiup di muka aku. Aku berpaling dan melihat rupanya sebilah parang dihayunkan ke arah kepala aku. Secepat kilat aku melompat ke kanan untuk mengelakkan diri. Ya Allah, aku nyaris terbelah di kepala kerana kelalaian sendiri. Cepat-cepat aku bangun. Di hadapan aku kini berdiri tiga orang lelaki yang terbaring tadi. Masing-masing dengan parang yang panjang. Aku hunuskan keris aku. Nampaknya malam ini aku harus membunuh atau pun terbunuh. Salah seorang menyerang sambil melibaskan parangnya. Aku melompat sambil menyepak lengannya. Seorang lagi menyerang dengan cara yang sama. Aku tunduk, terasa angin libasan parang di atas kepala. Seorang lagi menyerang tapi kali ini libasan parangnya paras pinggang. Aku melompat untuk mengelak sambil kaki dihayunkan ke mukanya. Lelaki itu jatuh terguling. Dua orang lagi lelaki yang terbaring pula sudah tegak berdiri mengadap aku. Kini mereka berlima mengelilingi aku. Berpusing-pusing leher aku melihat mereka. Aku tak boleh lalai walau sedikit pun, maut jawabnya. “Allahumma inna naj aluka fi nuhurihim wana u’zubikamin syururihim.” Salah seorang memulakan langkah dan diikuti dengan yang lain. Aku terpaksa berpusing, menunduk, melompat dan menyepak untuk mengelakkan diri. Syukur, tiada satu pun libasan parang mereka mengenai aku. Aku menjeling melihat ke arah Aki Lela tapi tak sempat nampak apa-apa. Aku dikelilingi semula. Kali ini mereka menyerang bergilir-gilir. Salah seorang mulakan serangan. Nasibnya malang kerana kaki aku singgah di telinga kanannya, antara bahagian yang menyakitkan. Lelaki itu terbaring sambil menekup kepalanya. Bila aku berpaling semula ke arah lelaki yang lain, mereka sudah terbaring. Aki Lela berdiri di tempat mereka terbaring. Peliknya semua lelaki yang terbaring menekup kepala masing-masing dengan tangan. Aki Lela menghampiri aku. “Kenapa semua pegang kepala?” tanya aku kehairanan. “Aku jentik telinga dia orang,degil sangat”, jawab Aki Lela. Aku tak tahu apa yang Aki Lela jawab itu betul-betul atau berseloroh. Aku berpaling melihat ke arah ketua mereka. Lelaki itu juga terbaring ke tanah tapi mukanya tertutup dengan kain merah. “Kau pergi cari sesuatu yang boleh kita ikat dia orang ni semua”, kata Aki Lela.
89 Aku bergegas mengikut arahannya. Sekejap sahaja aku kembali dengan akar-akar yang kecil tapi kukuh. Aki Lela membaca sesuatu dan kemudian mengikat kesemua mereka. Kemudian Aki Lela menepuk setiap orang di belakang leher mereka. “Bangun semua, jalan ikut barisan”, perintah Aki Lela pada semua lelaki termasuk ketuanya. Mereka bertujuh mula bergerak seperti yang diarahkan. Aki Lela berjalan di hadapan sekali sementara aku di belakang sekali. Kesemua mereka akursahaja arahan yang di berikan Aki Lela. Akhirnya kamisemua tiba di bangsal rumah Aki Lela. “Semua duduk di sini. Jangan cuba apa-apa”, pesan Aki Lela. Kesemua mereka duduk berhimpit kerana tangan yang terikat bersambung antara satu sama lain. “Mari Man kita naik”, kata Aki Lela. Aku mengikut dari belakang untuk naik ke rumah. “Tak apa ke Aki tinggal dia orang macam tu je?” tanya aku. “Inshaallah.Mereka dah kena kunci”, jawab Aki Lela. “Dah tu macam mana dengan dia orang tu siang nanti?” tanya aku lagi. “Siang nanti polis akan datang ambil”, jawab Aki Lela lagi. Baru aku puas hati. “Betul ke dia orang tak cuba lepaskan diri?” tanya aku dalam hati. Pertanyaan yang kemudiannya menyusahkan diri aku sendiri. “Kau bersihkan badan lepas tu tunggu dia orang kat bangsal. Mana tahu dia orang cuba nak lari”, kata Aki Lela. Aku tahu ini hukuman untuk aku yang kurang yakin. “Baiklah aki”, jawab aku penuh sesalan. Aki Lela serius memandang aku. Aku tidak berani memandangnya lama-lama. Selepas membersihkan badan, aku makan dulu. Siap makan, baru aku menuju ke bangsal. Kesemua yang ada hanya tertunduk melihat aku. Aku berdiri tegak di hadapan mereka semua. “Kamu semua baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Ada tenaga tapi tak nak cari rezeki halal”, bebel aku di hadapan mereka seperti seorang ketua kampung. Mereka semua hanya mendiamkan diri. “Seronok ni”, bisik hati aku sambil tersenyum. “Kau ni ketua kan?” tanya aku sambil mengangkat muka lelaki itu. Mukanya mendongak tapi kemudian tertunduk semula. “Lain kali kalau nak buat kerja jahat, jangan datang kampung ni. Kau semua dah salah tempat dan salah orang”, bebel aku lagi.
90 Tiba-tiba telinga aku dijentik. Aku berpusing dan nampak Aki Lela berdiri di sebelah aku. Aku hanya mampu tersengih. “Dah habis?” tanya Aki Lela. Aku tak menjawab. Aku perlahan-lahan nak berundur ke belakang. “Nak pergi mana pulak tu? Aku suruh tunggu katsini kan”, kata Aki Lela. “Man nak buang air sekejap”, jawab aku sambil berlari ke belakang rumah. Bila aku datang semula, Aki Lela sudah tak ada. Aku tak berani lagi nak bercakap apa-apa. Aku cuma duduk di tangga rumah mengadap ke arah bangsal. “Padan muka kau Man, cari penyakitsendiri”, kata aku pada dirisendiri. “Elok-elok boleh tidur kat atas tilam, kena duduk atas tangga sampai pagi”, bebel hati aku lagi. Beberapa kali aku tersenggu-sengguk atas tangga dan beberapa kali juga aku ke telaga untuk membasuh muka menahan mengantuk. Lega rasanya bila mendengar ayam mula berkokok. Selepas memastikan semua lelaki itu masih terikat, aku naik ke rumah. Selepassolatsubuh, aku dan Aki Lela turun ke tanah. Semua lelaki tersebut masih lagi terlelap dalam keadaan terikat. Kami membawa ayam yang sudah di sembelih menuju ke sungai. Teruja aku rasa sebab sudah lama aku tak berjumpa dengan Putih. “Putih...lekas”, kata aku dengan hati yang cukup berbunga. “Putih...lekas”, pujuk aku lagi. Tak lama kemudian terdapat gelombang di atas permukaan air sungai. Gembira hati aku tak terkata. Tak lama kemudian Putih muncul. Kali ini dia menyelam dua kali dan barulah muncul dan terapung di permukaan. Aki Lela membiarkan sahaja apa yang aku lakukan dengan Putih. Putih menghampiri tebing sungai. Tubuhnya yang panjang dan lebar nampak menggerunkan tapi aku tetap menghampirinya. Aku gosok kepalanya. Dia hanya mendiamkan diri. “Nanti kita akan selalu berjumpa. Aku dah pindah tinggal dengan Aki Lela”, kata aku. Mata si Putih berkedip melihat aku. Aku menghulurkan ayam ke mulutnya. Putih mengambilnya dengan perlahan, tak seperti bila aku mencampak ayam ke dalam sungai. Dengan sekali gigit, ayam sudah berada di mulutnya.Aku perlahan-lahan berundur. Dengan dua tiga kali gigit, ayam itu sudah hilang dalam mulutnya. “Jangan ganggu manusia cari rezeki”, jerit aku. Putih mengangkat tinggi kepalanya dan kemudian menyelam. Kami bergerak pulang.
91 “Man, pergi ambil makanan dan minuman kat dapur dan bawak ke sini”, kata Aki Lela sewaktu kami sampai di bangsal. Aku naik ke dapur dan turun membawa apa yang Aki Lela pesan menggunakan dulang. Dari tangga, aku nampak Aki Lela menepuk di belakang leher semua lelaki yang ada, seorang demi seorang. “Buka ikatan ni”, arah Aki Lela pada aku. Aku menuruti arahan Aki Lela. “Kau orang semua makan rezeki ni. Baca bismillah dulu”, pesan Aki Lela. Kesemua mereka makan dengan gelojoh. “Aku suruhmakan, bukanmelahap. Itu perangai haiwan”, jerkahAki Lela. Kesemua lelaki itu mula makan perlahan-lahan. Dari jauh aku nampak sebuah kenderaan menghampiri rumah Aki Lela. “Polis agaknya”, bisik hati aku. Bila kenderaan itu berhenti, turun empat orang anggota polis diketuai Pakcik Sarjan. Aki Lela bercakap jauh dengan Pakcik Sarjan. “Kau orang semua naik. Jangan buat kecoh”, jerit Pakcik Sarjan. Kesemua lelaki itu naik di belakang kenderaan polis dan tak lama kemudian bergerak pergi. Malam itu aku tidur dengan lena sekali. Aki Lela kelihatan kurang sihat, jadi aku tidak mengganggunya. Siang esoknya, Kak Nurul menghantar aku ke sekolah dan mengambil aku sewaktu pulang sekolah. Besar jasa keluarga ini dalam hidup aku. Dua malam Aki Lela tidak mengajar aku apa-apa kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Selepas dua hari barulah Aki Lela kelihatan sudah sihat kembali. Selepas solat maghrib, aku di panggil Aki Lela ke biliknya. “Sekejap lagi, ada orang nak ambil kita, bersiap”, kata Aki Lela. Benar seperti yang dikatakan, tak lama kemudian ada sebuah kereta datang ke rumah. Seorang lelaki yang masih muda turun dari kereta tersebut. Selepas bercakap sesuatu dengan Aki Lela, kami bergerak menuju ke suatu tempat. Kami berhenti di satu tempat yang sunyi, banyak pokok yang tinggi dan besar. “Tinggalkan kami kat sini, lebih kurang jam 11 malam nanti, kau datang semula. Ingat, datang seorang diri”, pesan Aki Lela kepada lelaki tersebut. Lelaki itu meninggalkan kami. Suasana sunyi tapi tenang. “Ada orang wakafkan tanah yang luas ini untuk di buat sekolah pondok tapi ada sesuatu yang tinggal kat sini. Aku yang tawarkan diri untuk ‘membersihkannya’. Semoga apa yang kita buat ini menjadi pahala yang berterusan”, terang Aki Lela. “Mari kita mulakan”, kata Aki Lela lagi.
92 Kami berjalan ke dalam sedikit meredah semak samun dan berhenti lebih kurang dalam lima langkah di hadapan sebatang pokok yang besar dan tinggi. Aku berdiri sebelah kanan Aki Lela. “Kau boleh mulakan zikir. ‘Mereka’ dah tahu kita datang”, bisik Aki Lela. Aku mula berzikir. Mulut Aki Lela mula membaca sesuatu sambil memejamkan mata. Lama juga Aki Lela membaca. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Dahan-dahan pokok bergoyang dengan kuat. Dari atas pokok di hadapan kami, bergerak satu lembaga putih menuju ke bawah dengan kepala dahulu. Pergerakannya perlahan seperti seekor ular yang menuruni pokok. Aku berzikir tapi mata aku terbuka sedangkan Aki Lela memejamkan mata. Lembaga itu sudah sampai ke tanah. Tubuhnya kini berdiri seperti biasa. Perlahan-lahan ia menghampiri aku dan bukannya Aki Lela. Aki Lela menyambar lengan kiri aku dan memegangnya dengan kuat. Lembaga itu mengelilingi aku. Mukanya rapat ke muka aku. Mata aku tak berkedip memandangnya. Kepalanya bergerak ke kanan dan ke kiri seperti tak pernah nampak manusia. Lidahnya terjelir. Aku membaca ayat Kursi dan tiga Kul tapi mata aku masih tak berkedip. Tangan lembaga itu memegang lengan kiri aku yang juga dipegang Aki Lela. Terasa kukunya yang tajam. Ekor mata aku memandang Aki Lela tapi Aki Lela masih memejamkan mata. Aku angkat tangan kanan aku lalu membaca sekali lagi surah An Nas tapi kali ini dengan suara yang nyaring. Aku hembus ke tapak tangan kanan aku dan sepantas kilat aku memegang tangan lembaga yang memegang lengan aku. Aku dapat merasakan sesuatu yang menjalar ke salur darah aku. Tangan kiri lembaga itu pula memegang lengan kanan aku. Aki Lela melepaskan lengan aku. Kini aku berdiri rapat dengan lembaga tersebut. Tubuh aku terasa panas sangat.
93 Lembaga itu terus mengelilingi aku. Tangannya meraba-raba di atas kepala aku. Aku membaca sesuatu dan mula berzikir nafas. Tangan lembaga itu pada mulanya semakin kasar meraba kepala tapi kemudiannya beransur perlahan dan akhirnya ia melepaskan kepala aku. Ia berdiri membelakangkan batang pokok. Aku menjeling dengan ekor mata ke arah Aki Lela. Mulut Aki Lela terus menerus membaca sesuatu. Lembaga itu bergerak dengan laju memanjat pokok tersebut dan kemudian terbang dengan laju dari sebatang pokok ke sebatang pokok. Kepala aku berpusing mengikut pergerakannya. Tiba-tiba Aki Lela memegang semula lengan aku dengan kuat sambil matanya masih terpejam. “Kau lalai lagi. Jangan ikut ‘benda’ itu berpusing”, bisik Aki Lela perlahan tapi tegas dengan cara dia memegang lengan aku. Aku kembali berzikir sambil memejamkan mata supaya tidak lalai. Telinga aku menangkap bunyi dahan-dahan yang bergoncang kuat. “Zikir”, kata Aki Lela lalu melepaskan lengan aku. Satu tiupan angin terasa di muka aku. Aku tahu Aki Lela bergerak dari tempatnya berdiri. Aku tetap memejamkan mata. Walaupun mata aku tertutup, aku dapat rasakan ada sesuatu yang berada hampir dengan aku. Bunyi nafas dan dengusnya jelas kedengaran. Bau busuk juga menusuk hidung. Ada sesuatu yang mula menyentuh muka aku tapi bukan jari-jemari yang tajam. Aku bertahan dan terus bertahan. Aku membaca pula ayat-ayat aku belajar bila berhadapan dengan situasi begini. Aku genggam kedua tangan aku menjadi penumbuk. Semakin banyak pula sentuhan yang aku rasa di seluruh tubuh aku. Aku tahu aku kini dikelilingi banyak lembaga. Aku tetap memejamkan mata kerana ia lebih baik untuk tidak merasa terkejut. Aku tak tahu ke mana Aki Lela pergi. Tiba-tiba aku rasa tubuh aku terangkat sedikit demi sedikit dari tanah. Aku tak tahu bagaimana dan siapa membuatkan tubuh aku naik seperti ini. Ketika aku merasa aku berada semakin tinggi, aku mengambil keputusan untuk membukamata aku. Bagai nak gugurjantung aku bilamenyedari aku kinisetinggi pokok-pokok yang sederhana besar dan tinggi. Aku memandang ke bawah, terdapat banyak lembaga yang keluar entah dari mana. Aku menarik nafas panjang dan lepaskan untuk cuba bertenang. 99
94 “Mana aki ni?” tanya hati aku. Aku pejamkan mata semula dan baca ayat Kursi waqaf 9. Perlahan-lahan aku terasa tubuh aku turun semula ke tanah. Semakin lama semakin hampir dengan semua lembaga yang sedia menunggu. “Apa aku nak buat ni, patut biar je kat atas tadi”, bebel hati aku. Semakin lama aku semakin menghampiri tanah. Tangan lembaga-lembaga mula cuba menggapai aku. Aku membaca ayat tiga Kul. “Allahhu Ahad”, aku lafaz tanpa henti. Kaki aku mencecah tanah betul-betul di tengah-tengah semua lembaga yang ada. Setiap lembaga mula cuba menyentuh aku. Aku laungkanazandengansuarayangnyaring.Seluruhtubuhakukinimenjadisasaran lembaga-lembaga sewaktu aku cuba melaungkan azan tapi aku tetap berusaha untuk menghabiskan azan yang aku laungkan. Habis sahaja azan, semua lembaga itu perlahan-lahan menjauhkan diri dari aku tapi mereka masih berdiri. Bermacam macam rupa yang aku nampak. Aku memandang sekeliling untuk mencari Aki Lela tapi kelibatnya tidak kelihatan. “Apa aku nak buat ni,banyak sangat kalau aku nak lawan”, kata hati aku. Aku membaca sesuatu dan kemudian membuat bulatan dengan keris aku. Aku kini terkepung dan terkurung tapi sekurang-kurangnya ia memberi masa untuk aku berfikir. Beberapa lembaga cuba masuk ke dalam bulatan tapi tak berjaya. Setiap lembaga yang cuba melepasi bulatan akan terpelanting. Aku benar-benar buntu. “Mana Aki Lela ni, tak kan nak duduk dalam ni sahaja”, kata hati aku. Otak aku ligat berfikir. Aku mengambil keputusan untuk keluar dari bulatan walau apa pun terjadi. Hidup aku adalah hak Allah untuk ditentukan. Aku melangkah keluar dari bulatan. Lembaga-lembaga itu mula bergerak laju ke arah aku. Dengan keris di tangan, aku bertarung sedaya upaya aku. “Allahhu Ahad..Allahhu Ahad” Lafaz itu sahaja yang bermain di hati dan bibir aku. Tempat ini betul-betul bagai perkampungan hantu. Berhempas pulas aku mempertahankan diri.Setiap kali tikaman aku berjaya, akan ada yang lain datang. Aku semakin letih tetapi aku harus bertahan. Aku yakin Aki Lela sedang melakukan sesuatu.Setiap tikaman aku yang berjaya menembusi lembaga, akan disertai dengan jeritan yang kuat. Suasana menjadi bising. Tiba-tiba semua lembaga berhenti menyerang aku dan berundur perlahan lahan lalu menghilangkan diri. Aku tak pasti apa yang terjadi. Aku melihat sekeliling. Aki Lela tegak berdiri di hujung sebelah kanan aku bersama satu bungkusan di tangannya. Aku terduduk keletihan sambil memandang ke arahnya. Aku nampak Aki Lela memberi isyarat untuk aku menghampirinya.