245 Aku menoleh ke arah Mak Kecik dan Pakjang kerana aku tahu lembaga ini akan mula menyerang jika kemahuannya tidak ditunaikan. Mak Kecik terbaring, mungkin pengsan. “Aku buat tawaran dengan kau, berlawan dengan aku. Kalau aku kalah, ambillah aku sebagai ganti dan biarkan tok aku pergi dengan aman. Jika aku menang, kau pergi jauh dari sini”, kata aku. Tawaran yang terpaksa aku buat demi tok. “Baiklah,aku terima tawaran kau”, jawab lembaga itu. “Di atas ini bukan tempat yang sesuai, kita berlawan di tanah” Sengaja aku berbuat begitu demi menjaga keselamatan Mak Kecik dan Pakjang. Lembaga itu tiba-tiba keluar ke atas bumbung melalui lubang atap dan aku menuju ke tanah dengan penuh tawakal, hanya kepada Allah aku serahkan segalanya. Setibanya di tanah, lembaga itu sudah bersedia. Pandangannya tajam, mukanya lebih menakutkan. Aku memerhati setiap inci tubuhnya untuk aku lebih berhati-hati. “Au’dzubika limatillah hitammati min syarri maa khalaq” Aku bersedia dengan keris tergenggam erat di tangan kanan. Lembaga itu terus menyerang aku. Aku berjaya mengelak serangan pertamanya. Lembaga itu berpusing semula. Kali ini dia mengibarkan sayapnya. Terasa angin yang kuat menerpa muka aku hingga menyukarkan aku untuk melihat. “A’uzubillahiminassyaitonirrajim” Aku hanya memohon perlindungan dari Allah, Pemilik seluruh alam. Aku hanya nampak tangannya cuba mencakar aku bila sudah hampir dengan tubuh aku. Aku melentengkan diri ke kanan sambil melibaskan keris aku. Aku dapat merasakan keris aku mengenai sayapnya. Lembaga itu berdiri di atas tanah sambil melihat sayapnya yang terbelah panjang. Mulutnya ternganga menampakkan giginya yang tajam. Mukanya perlahan lahan beralih memandang ke arah aku. Lehernya bergerak-gerak seperti robot. Dia membongkokkan tubuhnya sambil tangan kanannya menyentuh tanah. Dia menyerang aku sekali lagi tapi kali ini dengan pergerakan ke kanan dan ke kiri untuk mengelirukan aku. Aku bersedia dengan kuda-kuda. Aku membuka jurus gerak ‘kalimah ghaib’. Kaki mengukir sesuatu di tanah mengikut kemahuan tuan empunya diri. Keris di pegang umpama memegang kerambit. Aku melompat tinggi bila tangannya hampir sahaja menyentuh perut aku dan keris aku sekali lagi menggores panjang sayapnya sebelah lagi. Lembaga itu kali ini tidak berhenti malah berpusing dan menyerang berterusan. Tapak kaki aku yang baru sahaja menyentuh tanah, aku henjutkan
246 sekali lagi untuk melompat. Satu sepakan tepat ke belakang kepala lembaga itu. Lembaga itu hampir jatuh menyembah tanah tapi dia berjaya menahan dengan tangannya. ‘Grrrrr...’ lembaga itu mendengus dan cuba terbang ke atas pokok yang berdekatan tapi gagal kerana sayapnya yang telah luka. Lembaga itu menerkam lagi ke arah aku seperti seekor kerbau. Aku mengelak sedikit lalu memahut sayapnya sekuat hati dengan tangan kiri sementara tangan kanan aku yang memegang keris membelah sayapnya. Sayap itu nampak terkulai. Lembaga itu semakin marah. Dengan sekali henjut, sebelah sayapnya yang terkulai tercabut dari tubuhnya. Satu lolongan kuat kedengaran. Dia berusaha pula mencabut sebelah lagi sayapnya. Kali ini jeritan yang lebih kuat bergema. Lembaga itu kini tidak bersayap lagi. Peliknya kedua dua sayap yang tercabut itu perlahan-lahan terbakar. “Ini baru adil”, bisik hati aku. Aku yang menyerangnya pula kali ini. Hayunan keris bersimpang siur sekejap ke atas dan sekejap ke aras perut tetapi aku gagal melukakannya. Aku tidak mahu mengalah, apa pun yang terjadi aku bertekad untuk menyelesaikan semuanya malam ini juga biarpun nyawa jadi galang gantinya. Aku tidak mahu tok terseksa dalam masa yang lama dengan izin Allah. Aku menyerang lagi, bertali arus tanpa henti tapi setiap serangan aku tidak berjaya menjejaskan langsung lembaga tersebut. “Aki, Man mintak pertolongan aki”, aku berkata dalam hati sambil terus berusaha. Aku berharap Aki Lela dapat mendengar bisikan hati aku ini. Beberapa kali aku berjaya menikam lembaga tersebut tapi lembaga itu seperti kebal. “Cari belakang leher” Aku terdengar bisikan di telinga. “Laa ilaha illallah wahdahu lasyarikalah, lahumulku walahu hamduyuhyuhyi wayumit, wahuwa ala kullisyain kodir. La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim. Ya hayyun Ya Qayyum. Ya zal jalali wal iqram” Aku melompat tinggi melepasi kepalanya. Tangannya cuba mencapai tubuh aku tapi tidak berjaya. Aku memijak tanah betul-betul di belakangnya. Peluang aku terbuka luas kerana dia lambat berpusing.
247 “Allahu Ahad...Allahu akbar..” Aku menikam tepat ke belakang lehernya. Benar seperti suara yang aku dengar, tikaman aku berjaya menembusi belakang lehernya. Aku biarkan keris aku melekat di situ. Lembaga itu mula menjerit kuat sambil meronta-ronta tapi aku memegang keris aku dengan kuat dengan cara berpaut pada keris aku. Aku terhuyung-hayang ke kanan dan ke kiri tetapi aku berjaya bertahan. Dengan sekali henjut sepenuh tenaga, keris aku membelah lehernya hingga ke bahagian bahu. Semakin kuat raungan lembaga itu. Aku mencabut keris aku dan kemudian berpusing ke hadapan lembaga. Matanya tajam melihat aku tapi aku tidak mempedulikan. Aku menikam pula tepat di dahinya, antara dua matanya. Kepalanya berpusing-pusing seperti hendak tercabut. Aku mengalihkan pula ke dadanya. Satu lagi tikaman tepat aku tujukan. Kali ini aku melompat semula menjauhi lembaga itu sambil membiarkan keris aku terpacak di dadanya. Lembaga itu semakin tidak keruan, sekejap melompat, sekejap berguling dan akhirnya berdiri tegak semula. Perlahan-lahan tangannya terkulai ke bawah. Tubuhnya mula nampak semakin menggeletar. Aku melompat untuk mencabut keris aku sambil merenung tajam ke matanya. “Ini balasan untuk tok aku”, jerit aku sambil mencabut dan menikam sekali lagi ke dadanya. Aku menjarakkan diri aku darinya. Perlahan-lahan tubuh lembaga itu mula berasap dari kaki dan kemudian mula naik ke bahagian atas tubuh. Aku berdiri sambil menegakkan keris aku di depan muka. “Innalazinakafaru bi ayatina shaufa nuslihim naran kullama nadijat juluduhum baddal nahum juludan ghairoha liyazu kul aza bainnallaha kani a a’zizan hakima”, kemudian menikam keris aku ke tanah. Tiba-tiba tubuh lembaga itu mula terbakar sedikit demi sedikit. Satu lolongan kuat kedengaran di tanah dan disambut satu jeritan kuat di atas rumah. Aku biarkan lembaga itu yang mula terbakar dan bergegas naik ke atas rumah. Aku hanya memikirkan tentang tok. “Man...tok menjerit tadi”, kata Mak Kecik yang tersedar dari pengsan sambil terketar-ketar. Pakjang berdiri di belakang Mak Kecik. Aku lihat tubuh tok meleding dengan bahagian pinggangnya tidak jejak ke lantai. Matanya terbeliak seperti orang yang sedang menahan sakit yang amat. Air liurnya meleleh-leleh. Aku sapu air liurnya dengan tangan aku. “La ilaha illallah, Muhammad dan Rasulullah...” Aku ajar supaya tok membacanya.
248 Matanya mula meliar melihat sekeliling seperti takutkan sesuatu. “La ilaha illallah, Muhammad dan Rasulullah...” Aku ajar tok sekali lagi tapi lidahnya tetap kelu. Tubuhnya semakin meleding sehinggakan bahagian pinggangnya hampir sama tinggi dengan pinggang aku yang sedang berdiri. “La ilaha illallah, innal mauta la sakarat” Aku usap sambil hembus perlahan-lahan ke bahagian pinggang tok. Air mata aku menitik laju tapi aku gagahkan diri menghadapi semua ini. “Mak...mengucap mak..” Aku dengar suara Mak Kecik menangis tapi tok bagai tidak mendengar apa-apa. “Mak Kecik, datanglah kat sini. Ajar tok mengucap”, kata aku pada Mak Kecik. Mak Kecik menghampiri sambil mengesat air matanya. Suasana yang penuh pilu dan sayu. Marah macam mana sekali pun, tok tetap tok aku. “Mak Kecik ambil wuduk, baca yasin”, kata aku lagi. Mak Kecik ke dapur dan kemudian masuk semula lalu bersila berhampiran tok. Bacaan yasin berkemundang perlahan disulami air mata, air mata aku dan Mak Kecik. Aku juga bersila tapi aku membaca ayat-ayat lain yang aku belajar. Aku berdoa semoga Allah memudahkan tok di saat-saat begini. Tok masih tidak sedarkan diri.Matanya tertutup rapat. Perutnya kadang-kadang turun naik dan kadang-kadang tidak bergerak. “Mak Kecik..Mak Kecik ajak Pakjang pergi rumah mak. Bagi tahu mak keadaan tok. Boleh?” tanya aku. Mak Kecik hanya mengangguk dan kemudian bergerak menuju ke rumah mak. Tinggal lah aku bersendirian. Aku meneruskan membaca ayat-ayat yang aku belajar. Tiba-tiba seperti ada sesuatu mencuit bahu aku tetapi tiada sesiapa bila aku menoleh. Bulu roma aku tegak berdiri, petanda yang aku tak suka. Aku bangun dan berdiri sambil mengadap ke arah tok. “Alif lam mim. Zalikal kitabu la raiba fihi hudal lil mustaqim. Allazina yukminuna bil ghaibi...” Bacaan aku terhenti bila aku merasakan ada sesuatu memegang dua- dua bahu aku dari belakang. Aku menoleh dan terus melompat ke tepi bila terlihat seseorang sedang berdiri di belakang aku. Berbaju putih dan mukanya putih bersih. “Aki...”, kata aku perlahan bila melihat susuk tubuh menyerupai arwah Aki Salleh.
249 Tubuh aku bagai terkunci walau pun terasa untuk memeluknya. Aku tidak pasti bagaimana sebenarnya wajah Aki Salleh kerana dia meninggal dunia sewaktu aku masih kecil tapi raut wajahnya serba sedikit masih dalam ingatan aku. Dia tidak berkata apa-apa tapi bergerak mendekati tubuh tok. Mulutnya membaca sesuatu dan kemudian mengusap tubuh tok dari kepala hingga ke hujung kaki. Tubuh tok seperti menggeliat mengikut pergerakan tangan arwah Aki Salleh dan bila tangan arwah Aki Salleh sampai di hujung kaki tok, tubuh tok tidak bergerak lagi. Kelibat arwah Aki Salleh berundur ke belakang. Aku menghampiri tok dan melihat perut tok tidak bergerak lagi. Aku menoleh ke belakang dan kelibat Aki Salleh sudah tiada. Aku memegang pergelangan tangan tok dan aku pasti tok masih hidup tapi nafasnya cukup perlahan. Aku selimutkan tok dan bersandar di dinding. Fikiran aku melayang memikirkan kehadiran Aki Salleh tadi. Adakah itu sekadar lamunan aku atau realiti. Sayangnya arwah Aki Salleh pada tok kalau benar dengan izin Allah arwah Aki Salleh datang menjengok tok. Lamunan aku terhenti bila terdengar suara Mak dan Ayah naik ke rumah. “Macam mana tok?” tanya ayah. “Tok masih ada tapi nafas dia semakin perlahan”, jawab aku. Ayah memeriksa nadi tok sementara Mak mengurut urut dada tok. Air mata Mak bercucuran jatuh. Mak Kecik pula memicit micit betis tok. “Pakjang mana?” tanya aku. “Dia tunggu abang dan adik kau kat rumah”, jawab mak. Aku hanya memerhati apa yang mereka bertiga buat. Aku hanya mampu pasrah. Segalanya datang dari Allah dan akan kembali kepadaNya. Sepanjang malam itu aku hanya duduk bersandar pada dinding berhampiran dengan tok sementara Mak Kecik baring jauh. Mak dan ayah pulang ke rumah kerana memikirkan adik-beradik aku yang ada di rumah. Dua hari berlalu, keadaan tok tak banyak berubah. Joni pula sudah aku tanam jauh dari rumah. Mak Kecik dan mak aku bersilih ganti membersihkan tubuh tok. Syukur kepada Allah kerana tiada lagi gangguan yang datang. Hanya kadang-kadang sahaja tubuh tok kelihatan kejang. Selepas aku membaca doa, tubuh tok kembali kaku. Selepas maghrib malam itu, aku sedang mengaji dan Mak Kecik berada di dapur tiba-tiba aku terdengar dengusan kuat dari mulut tok. Aku memegang tangan tok dan tok meramas tangan aku dengan kuat. Air matanya menitis di pipi. “A....llah...”, bagai terdengar tok menyebut perkataan itu sambil menahan sakit.
250 Tiba-tiba entah dirasuk apa,tok melepaskan tangan aku lalu bingkas bangun dengan mata tertutup. Kepalanya digoyang-goyang ke kanan dan ke kiri. Sekejap dia berjalan ke dinding dan sekejap baring semula, berulang ulang. Aku bingkas bangun dan membaca sesuatu lalu aku menepuk bahunya sekali. Tok jatuh ke lantai. Dengan segala kudrat yang aku ada, aku baringkan semula tok di atas tikarnya. Tiba-tiba tangan tok memegang semula pergelangan tangan aku dengan tenaga yang amat kuat hingga aku terasa tangan aku sakit yang teramat sangat. “Audzubillahiminasyaitonirrajim, Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah” Aku cuba melepaskan tangan aku tapi gagal. Pegangan tangan tok semakin kuat dan seperti cuba mematahkan pergelangan tangan aku. Aku baca lagi satu ayat dan kali ini aku letakkan dua jari aku ke leher tok dan menekannya dengan kuat. Kami kini berlawan tenaga dalaman.
251 Aku menekan lehernya sekuat tenaga yang aku ada. Tubuh aku dan tok sama-sama menggeletar tapi aku tidak akan mengalah. Ini bukan tenaga tok aku tapi sesuatu yang berdamping dengan tok. Semakin lama terasa bagai ada satu tenaga yang kuat cuba menolak jari aku yang menekan leher tok tapi aku tetap bertahan. “La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim” Aku terus menekan jari aku. Tiba-tiba telinga aku bagai terdengar sayup-sayup satu suara menjerit, suara yang perlahan tapi cukup nyaring di telinga aku. “Kalau kau mahu tok kau terus hidup, lepaskan jari kau”, jerit satu suara yang aku tak tahu datang dari mana. “Aku lebih rela tok aku mati daripada terus hidup dengan iblis”, jawab aku. Mak Kecik bergegas menghampiri aku bila mendengar suara aku yang kuat. “Kenapa Man?” tanya Mak Kecik. “Panggil Mak dan ayah kalau ada, berani tak?” jawab aku. Tanpa menjawab pertanyaan aku, Mak Kecik bergegas turun ke tanah. “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim” Aku kembali menumpukan perhatian kepada tok. Aku lepaskan leher tok dan kemudian mencengkam kepala tok dengan tangan kanan. Aku nampak kaki tok bergerak menendang nendang bagai menahan sakit tapi aku buang rasa kasihan jauh-jauh. Jika dengan cara ini dapat melepaskan tok dengan tenang, aku rela. Tubuh tok semakin kuat meronta-ronta. Sambil mencengkam kepalanya, aku rapatkan mulut aku di telinga tok dan membisikkan kalimah syahadah. Tok menggeleng-gelengkan kepalanya namun aku tetap membaca dua kalimah agung itu di telinganya. Tiba-tiba tok menegakkan badannya dan duduk berlunjurtapi masih memegang pergelangan tangan aku. Matanya masih terpejam. Tangan aku masih berada di kepalanya. “Qul huwa allahu ahad, allah hu samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam yakun lahu kufuwan ahad”, aku membaca dengan separuh menjerit dan kemudian menghembuskannya ke muka tok. 120
252 Tok rebah semula ke atas tikarnya. Air liurnya semakin banyak meleleh dan berbuih. Aku yakin tok semakin menuju ke penghujung hidupnya. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah memudahkan ‘kepulangannya’. Aku lepaskan cengkaman di kepalanya dan meletakkan kepala aku di bahunya. Aku peluk tok erat-erat. Air mata aku membasahi bahunya. Walau apa pun yang telah tok lakukan dan katakan terhadap aku, aku tetap sayang padanya. “Tok, sebutlah Allah...Allah...”, bisik aku di telinga tok dengan suara yang tersedu-sedu. Tiba-tiba ayah, mak dan Mak Kecik menghampiri tok. Ayah gosok kepala aku. Aku bangun dan duduk bersandar pada dinding. Mak mencium dahi tok sambil tangannya memegang tangan tok. Mak Kecik meletakkan kepalanya di betis tok. Suasana cukup sayu dan mengharukan. Hanya terdengar suara esakan dan tangisan. Ayah membaca sesuatu dan memegang perut tok. “Mak ni dah nazak sangat, bila-bila masa je dia akan pergi. Baik kita baca yasin sama-sama”, kata ayah. Mak dan Mak Kecik bangun ke dapur lalu mendapatkan surah yasin dalam almari buruk tok. Mereka bertiga duduk di sebelah tok dan memulakan bacaan yasin. Aku hanya mampu duduk bersandar pada dinding sambil tangan kanan memegang dahi sendiri. Fikiran aku melayang jauh mengingati kenangan bersama tok. Memang tok garang tapi sewaktu aku berubat dengan arwah Aki Karim, tok sentiasa melindungi aku. Malangnya kesepian dan keterpaksaan, tok kalah dengan godaan. Air mata aku menitis laju. Suara bacaan yasin memecah kesunyian malam. Tubuh tok kadang-kadang menggeliat seperti menahan sakit tetapi ayah meminta bacaan tetap diteruskan. Air mata mak dan Mak Kecik bercucuran jatuh. Aku bangun dan menghampiri tubuh tok. Ayah hanya mendongak melihat aku kemudian meneruskan bacaan yasinnya. Aku belai rambut tok dan mencium dahinya. Segala yang bermula pasti akan berakhir,setiap yang hidup pasti akan merasai kematian dan kemudian akan hidup kekal selamanya. Bezanya sama ada kita menjadi penghuni syurga atau penghuni neraka dan kemudian dari neraka di masukkan ke syurga atau kita mungkin kekal di neraka buat selamanya. Kita yang memilih jalan kita sendiri. “Kullu nafsin dzaiqatul maut. Wa innama tuwaffauna ujurakum yaumal-qiyamati faman zuhziha ani-nari wa udkhilal-jannata faqad faaza. Wa mal hayatuddunya illa mata’ul-ghurur”, aku membaca sambil memegang ubun-ubun tok.
253 Tangan aku menggeletar sambil air mata tidak dapat ditahan tahan lagi hingga menitis di atas muka tok. Tiba-tiba tubuh tok menggeliat dengan kuat dan bagai terdengar tulang-tulang tok berkeriuk seperti patah. Aku berzikir pula ‘Ya Hayyun Ya Qayyum’ tanpa henti sambil tangan aku kini melurut di sepanjang tubuh tok. Perlahan-lahan tangan tok terkulai di tepi pinggangnya. Tiada pergerakan lagi yang aku rasa dan nampak. Aku pegang pergelangan tangan tok dan tiada nadi yang dapat aku rasa. Ayah memandang aku dan bangun dari bersila lalu turut sama memegang pergelangan tangan tok. “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”, kata ayah perlahan. Mak dan Mak Kecik bingkas bangun dan memeluk tok. Suasana cukup menghibakan. “Tak apa lah mak, Mak Kecik. Ini adalah lebih baik untuk tok”, kata aku sambil memeluk meletakkan kepala aku di bahu mak. Aku peluk mak erat-erat. “Ayah nak keluar jap. Nanti letakkan tubuh tok elok-elok dan tutup. Ayah nak bagi tahu tok ketua”, kata ayah perlahan. Aku hanya mengangguk. Ayah bergerak meninggalkan kami. Aku bangun dan buat seperti yang ayah suruh. Mak Kecik hanya mampu bersandar pada dinding. “Lepaskan tok pergi dengan tenang. Daripada Mak Kecik menangis, lebih baik Mak Kecik baca yasin”, kata aku. Mak Kecik memandang ke arah aku dan kemudian bangun mendapatkan surah yasin lalu membacanya. Mak aku pula membetulkan kedudukan jasad tok dan membuat apa-apa yang patut. Dari arah hutan bersahut sahutan bunyi salakan anjing. “Anjing mana pulak yang menyalak ni, Joni dah mati”, bisik hati aku. Aku abaikan salakan anjing yang aku dengar dan kemudian turun ke tanah. Aku memandang ke arah hutan belakang rumah tok, hutan yang memberi bermacam kenangan antara aku dan tok, hutan yang mendewasakan aku melebihi usia aku. Aku berjalan ke arah telaga dan kemudian berdiri ke arah hutan. “Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, rabbi yassir wala tu’assir, rabbi tham min bil khair”, aku berdoa dalam hati semoga segalanya dipermudahkan. Aku naik semula ke atas rumah dan duduk berjuntai kaki di beranda. Fikiran aku masih menerawang jauh menggamit kenangan bersama tok. “Jenazah ada kat mana?” Suara seorang lelaki mengejutkan aku dari lamunan. Tiga orang lelaki dewasa yang tidak aku kenali muncul di hadapan aku.
254 “Naiklah, jenazah ada kat atas”, kata aku lagi mengandaikan mereka adalah orang kampung aku datang menziarahi kematian arwah tok. Mereka bertiga naik ke rumah dan aku bangun mengetuai mereka menuju ke arah jasad tok. Mereka berdiri seketika tanpa bersuara apa-apa dan kemudian turun ke tanah.A ku masih tercegat berdiri memandang sayu jasad tok yang terbaring kaku. Air mata aku menitis lagi. “Beginilah pengakhiran hidup kita, walau sehebat mana dan setinggi mana malahan dengan apa sahaja kita ‘berkawan’, sampai masanya kita tetap akan mati. Setiap apa yang kita ingin lakukan, berfikirlah tentang saat kematian kita. Jangan jadikan segala amalan kita sia-sia”, Aku muhasabah diri aku sendiri. Aku bergerak menuju ke beranda. Tiga orang lelaki tadisudah tiada lagi. “Ke mana pulak mereka hilang?” tanya aku dalam hati. Dari jauh aku nampak bayang-bayang sekumpulan orang sedang menuju ke arah aku. Bila semakin hampir, baru aku nampak dengan jelas kelibat ayah dan enam orang lelaki dewasa dan tiga orang wanita dewasa. Mereka semua terus naik ke rumah. Tidak lama kemudian ayah datang menghampiri aku di beranda. “Ayah rasa elok kita kebumikan tok siang esok. Menyusahkan orang buat malam-malam macam ni”, kata ayah sambil mengusap kepala aku. “Elok jugak macam tu”, jawab aku. “Ayah,ramai ke ayah dah bagi tahu pasal kematian tok?” tanya aku pula. “Yang datang tu aje lah yang ayah bagi tahu. Siang nanti baru ramai yang datang rasanya”, jawapan ayah yang mengejutkan aku. Aku memandang ke arah ayah. “Kenapa?” tanya ayah pula. “Tak ada apa”, jawab aku tanpa menceritakan tentang lawatan yang awal tadi. Ayah meninggalkan aku sendirian dan masuk semula ke dalam rumah. “Kalau mereka datang berniat baik, silakan tetapi jika niat yang buruk aku akan lawan habis-habisan. Cukuplah sampai di sini, tok dah tak ada lagi”, marah hati aku. Aku berjalan keliling rumah dan membaca apa yang aku belajar di setiap penjuru rumah. Aku mengharapkan segalanya akan dipermudahkan untuk tok. Siap keliling rumah, aku duduk semula di beranda. Aku seperti menjadi penunggu untuk tetamu yang tidak diundang. Ayah, mak dan Mak Kecik silih berganti membaca yasin bersama empat orang penduduk kampung. Aku pula hanya bersandar di dinding beranda.
255 Aku hampir terlelap bila terdengar suara mengilai yang kuat di belakang rumah. Aku meluru masuk ke dalam rumah tetapi orang-orang yang membaca yasin masih meneruskan bacaan yasin seperti tidak mendengar apa yang aku dengar. Aku bergegas mencapai lampu suluh dan keris lalu turun ke tanah dan menuju ke arah bunyi mengilai. Aku tahu dan pasti bunyi itu datang dari pokok kekabu di belakang rumah tok. Dari bawah pokok kekabu, aku nampak samar-samar bayangan putih sedang berdiri sambil mengilai. “Ini bukan mengilai tapi menangis”, bisik hati aku. Aku berundur sedikit untuk mengelak sebarang kemungkinan. Terkejut besar aku bila suluhan aku tepat ke muka lembaga tersebut. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah tok. Aku mengambil segenggam tanah dan baca ayat Kursi lalu melontarkannya ke arah lembaga tersebut. Lembaga itu berhenti menangis dan merenung aku dengan cukup tajam. Dengusannya menampakkan taringnya. Lembaga itu naik agak tinggi ke atas dahan pokok. Aku membaca lagi satu ayat yang aku belajar dan menghampiri batang pokok kekabu lalu menepuk tangan aku ke batang pokok sebanyak tiga kali. Pokok mula bergoyang dengan kuat seperti ditiup angin. Lembaga itu kelihatan tidak lagi boleh terapung dengan elok, tubuhnya mula terhuyung-hayang. “Allahu ahad, Allahu akbar” Aku tepuk batang pokok kekabu sekuat hati. Lembaga itu jatuh terhempas ke tanah. Belum sempat lembaga itu bangkit, aku terus menikam keris aku ke dadanya. Satu raungan yang nyaring kedengaran. “Baliklah tok, sudah-sudahlah. Tak ada guna lagi tok kat dunia ni”, kata aku. “Kullu nafsin dzaiqatul maut. Wa innama tuwaffauna ujurakum yaumal-qiyamati faman zuhziha ani-nari wa udkhilal-jannata faqad faaza. Wa mal hayatuddunya illa mata’ul-ghurur” Aku pegang kepala lembaga itu. Pada mulanya lembaga itu cuba meronta-ronta dan akhirnya perlahan lahan berhenti meronta sehinggalah ia tidak bergerak lagi. Matanya terpejam rapat. Tangannya terkulai. Aku selak rambutnya untuk melihat wajahnya dengan jelas. Terpampang di hadapan aku wajah tok yang berkedut. Sayu melihat wajah tok hingga aku tidak dapat menahan air mata. “Qul huwa allahu ahad, allah hu samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam yakun lahu kufuwan ahad” Aku hembus ke arah muka lembaga yang menyerupai wajah tok. Aku
256 baca lagi satu ayat sambil meletakkan dua jari aku di lehernya. Aku mula menekan perlahan-lahan dan semakin lama semakin kuat. Tubuh itu mula menggeletar dan kemudian berasap. Akhirnya tubuh itu hilang dari pandangan. Aku bergerak untuk naik ke rumah. Aku dapati hanya ayah seorang sahaja yang masih membaca yasin manakala yang lain-lain termasuk mak dan Mak Kecik seperti tertidur. Aku mencuit bahu ayah. “Kenapa semua ni ayah?” tanya aku. Ayah hanya mendiamkan diri. Aku bergerak ke dapur dan kembali semula dengan semangkuk besar air putih. Aku basahkan muka mak dan Mak Kecik. Mereka terpinga-pinga bila melihat aku. “Mak tengah mengaji tadi, tiba-tiba rasa mengantuk sangat. Tak tahu masa bila tertidur”, terang mak. Aku ambil air dan gunakan kepada orang yang lain. Mereka juga kelihatan seperti tidak tahu apa-apa. Aku mula faham kenapa ‘pagar’ yang aku telah buat gagal menghalang kejadian ini daripada berlaku. Aku memagar untuk mengelak sesuatu dari luar masuk ke dalam sedangkan apa yang berlaku adalah serangan dari dalam. Aku memandang ke arah ayah yang tersenyum melihat aku kerana ini kali pertama ayah melihat aku menunjukkan kebolehan aku di depan matanya. Selepas gangguan itu, tiada lagi gangguan lain yang datang. Kami bergilir gilir membaca yasin sehingga subuh. Selepas hari mula cerah, penduduk kampung semakin ramai yang datang menziarahi jenazah tok. Aku mengambil tugas bersama beberapa orang kampung menyediakan liang lahad yang diketuai oleh seorang pakcik yang pada pendapat aku memang sudah biasa dengan tugas-tugas seperti ini. Aku bersyukur kerana masih ada ruang untuk menggali di sebelah pusara arwah Aki Salleh. Dua orang dewasa memulakan kerja-kerja menggali. Tanah yang berpasir putih memudahkan kerja-kerja awal mereka sehinggalah bila kedalaman mencecah paras lutut mereka. Cangkul dan penyodok yang digunakan berbunyi seperti terkena batu yang keras dan pejal. Tugas menggali mula semakin memenatkan dan menyukarkan. Mereka yang ada terpaksa bergilir-gilir dalam masa yang singkat. “Nampaknya kita ada masalah hari ni. Saya harap, kita jangan buruk sangka dan tidak menceritakan kepada orang lain. Kita berhenti sekejap menggali untuk baca doa dulu”, kata pakcik yang menjadi ketua. Kami sama-sama menadah tangan mengaminkan doa. Aku juga berdoa di dalam hati semoga Allah memudahkan segala urusan dan menutup aib tok
257 tetapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Kami semua berehat seketika melepaskan rasa penat yang amat. Cuaca yang cerah mula bertukar gelap. Sesekali kilat mula kelihatan di langit tetapi masing-masing masih berehat kerana penat yang dialami memang luar biasa. Kami seperti hilang tenaga. Apabila rasa penat hilang, kami memulakan semula tugas menggali. Sesuatu yang pelik mula berlaku.
258 Walaupun banyak tanah yang telah kami gali tetapi kedalaman tanah masih nampak tiada perubahan. Peluh yang keluar seolah-olah seperti kami baru sahaja mandi. Belum pernah aku berlawan dengan sesuatu dan berpeluh sebanyak ini. “Pakcik,tak banyak berubah ni”,kata aku kepada pakcik yang menjadi ketua. Pakcik itu hanya memandang dan menggelengkan kepala. “Naiklah dulu semua. Memang tak boleh siap kalau macam ni”, jawab pakcik itu. Kami semua duduk di tepi liang. Wajah masing-masing terpancar keletihan melampau. Pakcik itu berjalan mundar mandir seperti sedang memikirkan sesuatu. “Assalamualaikum wbt” Terdengar satu suara dari belakang. Aku berpaling kerana aku kenal suara itu. “Aki...”, jerit aku sambil bangun dan memeluk Aki Lela. Aki Lela mengusap kepala aku. “Izinkan saya membantu”, kata Aki Lela sambil memegang cangkul. Aku nampak mulutnya membaca sesuatu dan mula menggali. Aki Lela turun ke dalam liang lalu menyangkul di empat penjuru dan kemudian berhenti. “InshaAllah, tuan-tuan dah boleh menggali semula”, kata Aki Lela sambil keluar dari liang. Pakcik mengarahkan kami menggali semula. Ya Allah, tanah yang kami gali menjadi begitu lembut dan ringan. Kami melajukan kerja-kerja menggali kerana kami sudah terlewat dari jangkaan siap. Akhirnya liang berjaya disiapkan selepas bermandi keringat dan halangan. Kami mula bergerak pulang. Aki Lela menaiki kereta salah seorang penduduk kampung bersama aku. Sampai di rumah tok, suasana nampak kecoh. Urusan memandikan jenazah tok belum dapat disempurnakan. Ayah tersenyum bila melihat Aki Lela ada bersama aku. “Aki, ada masalah sikit lepas mandi jenazah”, kata ayah aku selepas bersalam dengan Aki Lela. “Mari kita tengok”, jawab Aki Lela. Kami menuju ke beranda hujung, yang ditutup dengan kain 121
259 penghadang. Sayu aku melihat keadaan tok. Tangan tok nampak terkulai dan gagal diletakkan di atas perut. Kaki tok pula seperti terkangkang. Aku memandang ke arah ayah dan beralih memandang Aki Lela pula. “Mat, tinggalkan aku dengan Man kat sini. Yang lain-lain tunggu kat luar”, kata Aki Lela pada ayah. Tanpa menunggu arahan ayah, semua yang ada di situ mula meninggalkan kami berdua. Aki Lela menghampiri tok. “Man, kau pergi sebelah sana”, kata Aki Lela pada aku. Aku hanya mengikut arahan Aki Lela. “Baca surah Al Ikhlas lepastu zikir. Ikut apa yang aku buat”, pesan Aki Lela. Aku mula membaca apa yang diperintahkan. Aku nampak Aki Lela membaca sesuatu dan memegang tangan kanan tok. Aku pula memegang tangan kiri tok. Aki Lela melurutkan tangannya disepanjang tangan tok. Aku ikut sahaja apa yang Aki Lela lakukan sambil mulut dan hati aku tidak henti berzikir. Sedikit demi sedikit tangan tok dapat dilembutkan dan diletakkan di atas perutnya. Malangnya bila dilepaskan, tangan tok kembali terkulai. Aku memandang muka Aki Lela. Aki Lela membaca lagi sesuatu dan mengulangi apa yang dibuat sebelum ini. Bila tangan tok berjaya diletakkan di atas perut, Aki Lela menggenggam dua-dua tangan tok lama sambil mulutnya terus membaca sesuatu. Perlahan-lahan Aki Lela melepaskan tangan tok. Syukur, akhirnya tangan tok kekal di atas perutnya. Aki Lela beralih pula ke arah kaki tok. “Baca macam tadi”, pesan Aki Lela. Kami mengulangi apa yang kami lakukan semasa menguruskan tangan tok. Kali ini dengan sekali usaha,semuanya berjaya diletakkan seperti kebiasaan jenazah. “Mat, panggil 3 orang untuk angkat jenazah ni untuk dikapankan”, kata Aki Lela kepada ayah yang ada di sebalir tabir. Tak lama kemudian 3 orang termasuk ayah masuk dari sebelah tabir. Aki Lela menepuk bahu tiga orang yang masuk termasuk ayah. “Baca la hawla wa la quwwata illa billah, di mulut dan di dalam hati”, pesan Aki Lela. Semua mengangguk. “Man, kau pegang bahagian kepala”, kata Aki Lela pada aku. “Ingat, walau apa pun terjadi teruskan baca apa yang aku bagi tahu tadi”, sekali lagi Aki Lela berpesan kepada semua yang ada di situ.
260 Aki Lela dan ayah berdiri berdepan di bahagian tubuh tok dan dua orang lagi berdepan di bahagian kaki. Aku mengalas kepala tok dengan tapak tangan aku. “Boleh ke ni”, bisik hati aku. Bisikan yang mengundang kemarahan Aki Lela. “Kita kena yakin dan kemudian tawakal. Jangan fikir yang buruk”, kata Aki Lela sambil memandang tajam ke arah aku. Aku hanya mampu menundukkan kepala. “Kita angkat sekarang, bismillahirahmanirrahim. La haw la wala quwwata illa billahil aliyyil azim”, kami membaca dan mengangkat serentak. Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa beratnya jenazah tok hatta aku yang mengangkat kepalanya terasa sangat berat. Menitik-nitik peluh di dahi. Kesemua yang mengangkat juga nampak dahi yang berkerut. Bila melepasi tabir, ada beberapa orang cuba hendak membantu. “Jangan, biarkan kami berlima sahaja mengangkat”, jerkah Aki Lela. Mereka berundur semula ke belakang. Dengan segala susah payah, akhirnya kami berjaya meletakkan jenazah tok di atas tikar. Terasa lega sangat. Kami meninggalkan jenazah tok untuk dikafankan oleh orang yang lebih arif. Aku duduk bersandar di dinding beranda melepaskan penat bersebelahan dengan Aki Lela. “Aki datang dengan apa tadi?” tanya aku. Sebenarnya aku terlupa nak bertanya semasa Aki Lela sampai di tanah perkuburan tadi. “Naik bas”, jawab Aki Lela sambil tersenyum. Aku tersenyum sama. “Memang betul apa yang kau dah buat tentang tok kau tu. Kalau tak diselesaikan, memang lagi susah. Aku tak boleh masuk campur sebab lebih afdal kau yang selesaikan”, kata Aki Lela. Aku memang yakin Aki Lela tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. “Tapi Man bukan tikam tok, Man tikam benda haram jadah tu je”, luah hati aku. Aki Lela menggosok dan membelai kepala aku. “Memanglah tapi kelemahan dia pada ‘benda’ tu dan kelemahan ‘benda’ tu pun ada kat tok kau. Mereka seperti berkongsi nyawa”, terang Aki Lela. Baru aku faham. Tiba-tiba seorang wanita berusia muncul di beranda dari atas rumah. “Ayah kau mana?” tanya wanita itu pada aku.
261 “Entah, kat tanah rasanya. Kenapa?” tanya aku semula. Dia tidak menjawab dan matanya melilau melihat ke tanah. “Pergi cari ayah kau, cakap aku panggil ke atas”, kata wanita itu lagi. Aku bergegas bangun mencari ayah. Tidak lama kemudian kami bertiga termasuk Aki Lela masuk ke dalam rumah. Aku terkejut bila melihat mata tok terbeliak. Nasib baik hanya ada beberapa orang sahaja yang sedang berdekatan dengan jenazah tok. “Macam mana ni aki?” tanya ayah sambil memandang Aki Lela. Aki Lela menghampiri jenazah tok dan kemudian membaca sesuatu. Selepas itu sambil mulutnya masih kumat-kumit, Aki Lela cuba merapatkan mata tok dengan tapak tangannya namun mata itu terbeliak semula bila Aki Lela mengangkat tangannya. Aki Lela memandang ke arah aku. Aku faham maksudnya untuk menyuruh aku berzikir. Hati aku mula berzikir sambil berdoa. “La ilaha illallah, inna lil mauti la sakarat”, sesungguhnya kematian itu didahului oleh rasa yang sakit sangat. Hanya kepada Allah aku berharap belas kasihan untuk tok. Kali ini aku yang menggunakan dua jari aku untuk menutup mata tok yang di sebelah kanan sambil berlinangan air mata. “Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini”, doa hati aku. Perlahan-lahan aku angkat jari aku dari mata tok. Ya Allah, mata tok sebelah kanan berjaya tertutup rapat. Aku memandang Aki Lela. Aki Lela tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Aku beralih pula kepada mata kiri tok dan aku buat perkara yang sama dan dengan izin Allah, aku berjaya juga untuk membuatkan mata tok tertutup rapat. Ayah menepuk dan kemudian memeluk bahu aku. “Mat, jangan sia-siakan anugerah Allah ni. Jaga dan bimbing dia. Yakin pada dirinya. Dia semakin bagus”, kata Aki Lela perlahan pada ayah. Ayah menggoyangkan bahu aku sambil tersenyum. “Mintak-mintaklah semua dipermudahkan. Dah lepas zohor ni, cuaca pun nampak semakin tak elok”, kata ayah. Kami semua hanya mampu berdoa. Urusan memakai kain kafan diteruskan. Kami bertiga beredar ke beranda. Aku kadang-kadang memerhati sahaja tindak tanduk Aki Lela. Kepalanya kelihatan digeleng-gelengkan sekali sekala sambil memejam mata. Tak semena-mena hujan mula turun, semakin lama semakin lebat. Air mata aku mula bergenang memikirkan urusan pengkebumian tok. Aku memandang ke arah Aki Lela. Baru aku faham kenapa Aki Lela sebentar tadi menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia seperti mengetahui hujan akan turun dan akan membantutkan urusan pengkebumian tok.
262 “Ya Allah, demi zatMu Yang Maha Pengampun dan Penyayang, kasihanilah tok hambaMu ini. Ringankanlah bebanannya”, aku berdoa di dalam hati sambil air mata mula menitis. Hujan turun semakin lebat. Halaman rumah mula bertakung air. Ada juga atap-atap yang bocor dan aku bernasib baik kerana atap yang dibuka ketika tok nazak sudah dibaiki. Hujan masih mencurah-curah walaupun sudah 2 jam berlalu. Semua hanya mampu menunggu hujan berhenti tetapi menjelang asar, hujan masih tiada tanda-tanda akan berhenti. Aku memandang ke arah Aki Lela dengan penuh pengharapan. “Kita solat asar dulu”, kata Aki Lela. Kami mengambil wuduk dan solat berjemaah di bahagian sebelah jenazah tok dengan disertai oleh Ayah. Selesai solat, kami berwirid dan berdoa bersama-sama. Menyerahkan segalanya kepada Yang Hak. Tiada daya upaya melainkan diriNya. Selesai semuanya, tiba-tiba hujan berhenti. Kami bertiga membuat sujud syukur serentak. Urusan menyiapkan jenazah tok bersambung semula. Segalanya perlu diselesaikan sebelum gelap. Apabila semua sudah disempurnakan, hanya tinggal solat jenazah. Aki Lela sendiri memimpin solat. Sesuatu yang pelik mula berlaku. Jenazah tok kelihatan bergerak-gerak bermula dari awal solat sehinggalah selesai. Air mata aku bergenang lagi. Sayu mengenangkan cara tok berhijrah ke alam barzakh. “Tak ada apa yang mampu kita lakukan lagi untuk dia. Ini bahagian dia. Ingat Mat, hanya doa orang yang terdekat dengan arwah yang dapat membantu dia di ‘sana’. Aku mintak kau beritahu orang kampung, hanya sepuluh orang sahaja dibenarkan hadir semasa pengkebumian termasuk kita bertiga dan tok imam. Aku tak nak aib arwah menjadi buah mulut”, kata Aki Lela perlahan kepada ayah. “Baik tok, nanti saya uruskan”, jawab ayah. Ayah mengatur seperti yang Aki Lela arahkan. Jenazah tok dibawa ke tanah perkuburan menggunakan van tempat ayah aku bekerja. Aku bersendirian duduk di sebelah jasad tok sementara Aki Lela duduk di sebelah Ayah yang memandu sementara hanya terdapat empat buah motosikal yang mengekori dari belakang. Dalam lima minit perjalanan, aku perhatikan di kanan dan kiri jalan tiada langsung kesan-kesan dibasahi hujan. Semuanya nampak kering. Aki Lela menoleh ke arah aku seolah-olah menyatakan sesuatu melalui matanya. Aku hanya menundukkan kepala. Dari jauh mula kelihatan tanah perkuburan. Enjin van yang kami naiki berhenti dengan tiba-tiba. Ayah berjaya memberhentikan van di pinggir jalan. “Apa lagi dugaan kali ni”, bisik hati aku.
263 Aki Lela memandang tajam ke arah aku. “Jangan mengeluh dan marah. Kita siapa nak menentang kehendakNya”, jerkah Aki Lela. Muka Aki Lela nampak serius sekali. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain. Penduduk kampung yang mengekori di belakang turut sama memberhentikan motosikal mereka. “Saya tengok enjin van sekejap”, kata ayah. “Tak payah. Kita angkat aje jenazah ni. Dah tak jauh. Biarkan van ni kat sini dulu”, bantah Aki Lela seperti mengetahui sesuatu yang kami tidak tahu. Dengan kudrat yang ada, kami bersama-sama sambil bergilir-gilir mengangkat jenazah tok. Kami tiba di tanah perkuburan di hujung senja. Suasana semakin kelam. Cahaya lampu suluh dan lampu motosikal terpaksa digunakan untuk menerangi kawasan liang. Aki Lela mencuit bahu ayah dan mengajaknya berjauhan sedikit dari orang lain. Aku mengikuti mereka dari belakang. “Mat, kau uruskan urusan pengkebumian ni. Beritahu orang-orang yang ada, jangan tegur jika ternampak atau terdengar apa-apa. Teruskan aje kerja yang perlu di buat. Aku dan Man akan uruskan benda lain. Siap semuanya nanti, balik dan jangan tunggu kami”, kata Aki Lela. Aku kehairanan tapi tidak bertanya apa-apa. “Baik aki”, jawab ayah. Ayah meninggalkan kami dan berkata sesuatu kepada penduduk kampung yang ada. Kami mula bergerak dan berdiri betul-betul di muka hutan. “Kita nak buat apa ni aki?” tanya aku. “Nanti kau akan tahu” jawab Aki Lela. Suasana semakin gelap menandakan sudah masuk waktu maghrib.Dari tempat aku berdiri, samar-samar aku nampak ayah dan penduduk yang ada sedang berusaha menyelesaikan urusan pengkebumian tok. Tiba-tiba bulu roma aku tegak berdiri. Telinga kiri aku berdesing dengan kuat. Bunyi sesuatu yang bergerak dari satu pokok ke satu pokok di pinggir hutan jelas kedengaran. Sayup-sayup telinga aku menangkap bunyi ngilaian. Kami mengadap ke arah hutan. Hati aku semakin berdebar. “Hati-hati, dia dah datang”, bisik Aki Lela seolah-olah memang mengetahui ada sesuatu yang bakal datang. Aku tidak membawa keris aku kerana aku tidak menyangka perkara begini masih belum selesai. “Yakin pada diri”, tambah Aki Lela lagi seperti tahu kegusaran hati aku. “Orang lain tak dengar ke aki?” tanya aku.
264 “Tak, jangan risau. Hanya kita berdua yang boleh mendengar tetapi semua boleh nampak”, jawab Aki Lela. Pokok-pokok kecil di hadapan kami bergoyang-goyang seperti dilanggar sesuatu. Akhirnya apa yang aku nanti-nantikan, muncul di hadapan aku. Satu lembaga yang menyeramkan berdiri tegak tapi tidak bergerak. Kakinya tidak menjejak tanah. Rambutnya panjang mengurai menutup hampir keseluruhan mukanya. Kukunya jelas tajam dan panjang. Aku mula membaca ayat-ayat yang biasa bila berhadapan makhluk seperti ini. “Jangan bagi dia menuju ke kubur tok kau”, bisik Aki Lela. Aku mengangguk tanda faham. Lembaga itu tiba-tiba meluru laju ke arah kami. Aki Lela mengangkat kedua-dua tapak tangannya ke depan. Lembaga itu terundur ke belakang. Kini ia bergerak seperti seorang penari. Aki Lela menumbuk ke tanah. Tanah jadi bergegar dan lembaga itu terpelanting ke sebatang pokok tapi tidak memberi sebarang kesan. Kepalanya bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri seperti robot. Aku bersiap sedia kerana yakin ia akan menyerang. Tiba-tiba ia meluru laju sekali lagi ke arah kami. Aki Lela melompat ke tepi tapi aku hanya mengangkat tapak tangan kanan. Satu perlanggaran kuat berlaku antara aku dan lembaga itu. Aku dapat merasakan tubuh aku terhentak dengan kuat tapi tubuh aku tidak berganjak. Lembaga itu tiada di hadapan aku. “Jaga belakang kau”, jerit Aki Lela. Aku hanya sempat menoleh sedikit sahaja tiba-tiba terasa ada satu tangan mencekik leher aku dari belakang.
265 Serta-merta aku merendahkan tubuh aku dan berdiri hanya bertongkat lutut. Pegangan tangan itu terlepas. Aku bergerak menjauhi lembaga itu dan bersedia. Aki Lela melompat tinggi dan melibas kerisnya ke arah lembaga itu. Aku nampak dengan jelas bagaimana keris Aki Lela menghiris perut lembaga itu,depan dan belakang. Lembaga itu terbang ke sebatang dahan yang rendah tapi melepasi ketingggian aku. “Man, kau pergi kat kubur tok kau. Tunggu kat situ”, kata Aki Lela. Tanpa membantah, aku terus bergerak tanpa memandang ke belakang. Aku tidak pasti apa yang Aki Lela mahu lakukan tapi aku cukup yakin kepada Aki Lela. Dari jauh aku nampak ayah dan penduduk kampung yang hadir, mula bergerak meninggalkan kawasan perkuburan menandakan tok sudah selamat disemadikan. Aku memadamkan lampu suluh dan memperlahankan pergerakan aku supaya mereka semua tidak nampak aku. Akhirnya semua mereka semakin jauh meninggalkan kawasan perkuburan. Aku berdiri di tengah-tengah antara pusara arwah Aki Salleh dan tok. Sayu dan hiba. “Aki, aki jaga tok yer. Kasihan dia”, kata aku perlahan. Permintaan yang bodoh tapi itulah harapan aku. Air mata aku menitik semula. Aku berpusing memandang ke arah hutan, tempat Aki Lela bersama lembaga itu. Aku tidak pasti apa yang berlaku di dalam sana tapi aku cukup yakin dengan ilmu Aki Lela. Perintahnya untuk aku menunggu di sini juga pasti ada sebabnya. Aku sedekahkan Al fatihah untuk dua insan ini. Air mata bercucuran jatuh. Aku hilang fokus kepada apa yang sedang aku hadapi sekarang ini. Aku hanya tersedar dari lamunan bila mengangkat muka sekali lagi memandang ke arah hutan. Di bahagian kepala pusara tok, kelihatan satu lembaga sedang mengorek tanah tanpa mempedulikan aku yang ada berdekatan. Tangannya mengorek dengan pantas. Aku berundur ke belakang dengan rasa sangat terkejut. Aku membaca ayat Kursi dan menghembuskannya ke arah lembaga itu. Tiba-tiba lembaga itu memberhentikan pergerakan tangannya dan mengangkat mukanya memandang ke arah aku. Matanya bulat terbeliak. Aku mengesot sedikit demi sedikit. Lembaga itu berdiri dan mula bergerak ke arah aku. Semakin laju aku mengesot ke belakang untuk mencari kawasan yang 122
266 rata dan lapang, semakin laju lembaga itu menuju ke arah aku. Akhirnya aku terpaksa membalikkan tubuh aku ke belakang dan berjaya berdiri. Lembaga itu hanya lebih kurang 5 langkah dari aku. “Rabbi, a’udzubika min hamazatisy syayaathiin, wa ‘audzubika rabbi ayyahduruun” Aku bersedia dengan serangan. Dia menghulurkan tangannya untuk mencengkik leher aku tapi aku berjaya mengelaknya dengan melompat ke tepi. Dia berpusing semula ke arah aku. Kali ini aku tidak mengelak lagi tapi aku melompat sambil menyepak tangannya namun tindakan aku tidak memberi kesan. Lembaga itu berjaya menangkap kaki aku dan kini aku tergantung kepala ke bawah. Aku nampak dengan jelas giginya yang menyeringai tajam. “Maa ji’tum bihis sih’r. Innallahala sayubt’iluh innallaha laa yus’lih’u a’malal mufsidin” Aku tumbuk di bahagian perut lembaga itu hingga pegangannya terlepas. Aku jatuh tejerepuk ke tanah kepala dahulu. Leher terasa sakit tapi aku gagahkan diri untuk berdiri. Kepala aku juga mula terasa pening. “Mana aki ni?” bisik hati aku. Dengan pandangan yang berpinar,aku nampak lembaga itu seolah-olah bukan satu tetapi tiga. Aku menggelengkan kepala untuk menghilangkan pening tapi tidak berjaya. “La yusadda’una ‘anha wala yunzifun” Aku tekap dua-dua tangan aku ke kepala dengan kuat. Telinga berdesing tetapi akhirnya rasa pening mula hilang. Aku nampak lembaga itu terus mengorek tanah pusara tok. Aku membaca sesuatu dan menumbuk tanah. Tanah bergegar tapi malangnya tanah di bahagian atas pusara tok seperti tanah jerlus ke dalam menampakkan lekuk yang dalam. Lembaga itu mengangkat mukanya dan memandang aku dengan tajam. Dia berdiri dan cuba masuk ke dalam tanah yang telah lekuk tersebut. Lembaga itu mendepakan tangannya dan mula menjerit kuat. Tubuhnya perlahan lahan menjadi kurus dan kecil. Aku keliru dan tidak dapat berfikir apa yang harus aku lakukan. Tanpa berfikir, aku melompat dan memegang dua-dua tangannya yang sedang didepakan. Dengan kakinya hampir separuh di dalam tanah, aku pula berdiri di atas tanah maka kami berdiri hampir sama tinggi. Muka kami kini hampir setentang. Sekuat tenaga aku cuba menahannya daripada masuk ke dalam pusara tok kerana aku yakin itulah niatnya.
267 “La hawla wala quwwata illa billah” Aku bertahan dengan seluruh tenaga kecil aku. Tangan aku mula menggeletar. “Qul hu allahu ahad. Allahu samad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam ya kulahu kufuwan ahad” Aku hanya berserah kepada Yang Maha Berkuasa. Tubuh aku bergerak perlahan-lahan bagai ditarik masuk sama ke dalam pusara tok. Aku cuba melepaskan pegangan aku tapi ia seolah-olah melekat di situ. Aku mati akal dan langkah. Otak aku ligat memikirkan apa yang harus aku lakukan tapi semuanya jadi buntu. Tiba-tiba aku ternampak bayangan satu susuk tubuh muncul dari belakang lembaga itu. “Aki..”, bisik aku perlahan. Entah kenapa, lembaga itu tak semena menjerit dengan kuat. Tubuhnya meronta ke kanan dan ke kiri. Kepalanya bergoyang dengan kuat. Kali ini aku nampak Aki Lela mengangkat kerisnya tinggi-tinggi dan kemudian menikam kerisnya ke bahagian atas kepala lembaga itu. Tiada suara jeritan tapi tubuh lembaga itu mula berasap dan tidak lama kemudian hilang begitu sahaja. Aku terduduk keletihan sambil memandang ke arah Aki Lela. “Aki ke mana tadi?” tanya aku. “Aku sengaja menunggu saat yang tepat. Kadang-kadang kita hanya perlu menunggu masa yang tepat untuk memusnahkan ‘benda-benda’ macam ni”, terang Aki Lela. Rupanya aku jadi bahan umpan lagi. “Ada lagi ke aki gangguan ni?” tanya aku. “InshaAllah, kat sini dah tak ada tapi di tempat lain belum tentu”, jawapan Aki Lela yang memeningkan aku. “Tak payah fikir sangat. Kalau ada, hadapi dengan bijaksana. Kau mampu menyelesaikannya”, tambah Aki Lela lagi. Aku hanya mengangguk. “Kau balik ke rumah dulu dan kalau boleh kau tidur di rumah tok kau seorang diri. Jangan bawak sesiapa. Aku nak balik ke rumah aku. Bila dah pasti kau selesaikan semuanya, datang lah ke rumah aku. Ingat, jangan tertipu dengan tipu daya iblis”, kata Aki Lela. “Aki nak balik ke? Temanlah Man”, pujuk aku. Aki Lela hanya tersenyum dan ketawa kecil. “Sejak bila kau jadi penakut ni?”, balas Aki Lela. “Bukan takut tapi kalau ada aki, lain sikit”, pujuk aku lagi. “Di mana pun aku berada, aku akan nampak kau. Yakin pada diri sendiri”, Aki Lela pula memujuk aku.
268 “Ye lah”, aku mengalah. Kami berdua bersama sama menimbus semula tanah di pusara tok yang mendap. Selepas bersalam, kami berpisah arah tuju. Sekejap sahaja bila aku menoleh Aki Lela sudah tidak kelihatan lagi. Aku berjalan sendirian untuk pulang. Suasana memang sunyi. Aku melepasi asrama yang pernah aku inap. “Ermm, di sinilah segalanya bermula”, bisik hati aku. Aku meneruskan perjalanan. Terasa letih sangat tapi aku tetap bertekad untuk tidur di rumah arwah tok. Aku perlu pastikan semuanya memang selesaisepenuhnya. Aku tidak nampak van yang rosak ketika membawa jenazah tok. Bermakna ayah berjaya membaikinya. Setibanya di rumah mak, aku terus mandi tanpa naik ke rumah terlebih dahulu. “Siapa tu?” terdengar suara ayah dari atas rumah. “Man..” jawab aku perlahan. Tak lama kemudian Mak Kecik turun memberi tuala kepada aku. Siap menukar pakaian, aku menikmati makan malam. Semua hanya mendiamkan diri. Ayah langsung tidak bertanya apa-apa. “Ayah, mak, Man nak tidur rumah arwah tok malam ni”, Suara aku memecah suasana sunyi. Mak memandang aku tanpa berkelip. “Kau nak buat apa, bukan ada siapa lagi kat situ”, marah mak. “Man nak tengok takut ada apa-apa lagi”, jawab aku. “Kalau nak tengok, tunggu siang esok”, marah mak lagi. “Entah lah dia ni, nak cari benda lagi nak tidur sana”, Mak Kecik pula menambah perisa. “Kau berani?” tiba-tiba ayah bersuara. Mak memandang ayah dengan muka tidak puas hati. “Berani je. InshaAllah tak ada apanya”, jawab aku. Ayah bangun dan masuk ke bilik dan datang semula memberikan beg sandang aku. “Ni barang-barang kesayangan kau. Ayah ambil tadi”, kata ayah. “Awak nak bagi dia pergi sorang ke sana?” mak mencelah. “InshaAllah dia tahu jaga diri dia. Bila dia yakin, kita kena yakin jugak. Saya tahu ni pesan Aki Lela”, jawab ayah dengan lembut. “Man ni kecik lagi lah abang”, jawab mak. Ayah hanya tersenyum. “Dia kecik pada usia tapi besar pada jiwa. Dia budak istimewa”, sokong ayah. “Ikut sangat kata Aki Lela tu”, kata mak sambil bangun mengemas lauk.
269 Aku tidak salahkanmak, itu tanda dia sayang aku tapi aku tetap bertekad untuk tidur di rumah arwah tok. Aku bangun dan mendekati mak. “Mak, Man pergi dulu”, kata aku sambil bersalam. Mak mencium pipi aku. “Jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa, balik ke sini cepat”, pesan mak. “Baiklah mak”, jawab aku. Selepas salam dengan ayah, aku bergerak menuju ke rumah tok. Suasana memang sunyi. Semakin hampir dengan rumah arwah tok, semakin tegak bulu roma aku. Aku membaca ayat-ayat untuk menguatkan semangat. Aku tiba di halaman rumah arwah tok. Tiada lagi salakan Joni menyambut aku. Suasana gelap dan menyeramkan. Aku menarik nafas panjang. “Berdegum....” Bunyi pintu ditutup dengan kuat. Kemudian kedengaran bunyi tingkap-tingkap pula terbuka dan tertutup. Bulu roma aku terus tegak berdiri. “Aku tidak akan berpatah balik. Apa pun yang akan terjadi, aku mesti bersihkan rumah ni jika masih ada apa-apa”, bisik hati aku. Aku mula melangkah untuk naik ke rumah. Aku membaca surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali. “Assalamualaikum wbt. Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahis salihin” Aku melangkah naik. Tiada lagi bunyi seperti tadi. Aku memegang pintu tengah tapi masih belum membukanya. Aku letak tapak tangan kanan pada daun pintu sambil membaca lagi sesuatu. Aku memejamkan mata untuk merasai sebarang kehadiran yang tidak dijangka. Pintu terbuka perlahan-lahan bila aku menolaknya. Bila aku membuka mata, suasana dalam rumah memang gelap gelita.Aku melangkah masuk perlahan-lahan dibantu suluhan lampu suluh di kepala.Aku mencari pelita yang biasa digunakan. Aku berjaya menyalakan satu pelita, cukup untuk menerangi bahagian dapur. Tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu yang bergerak mengelilingi aku. Aku tidak menoleh ke belakang kerana ia akan menjadi kelemahan aku. Aku cari lagi satu pelita untuk di letakkan di tengah rumah. Aku melihat tilam yang selalu digunakan oleh tok semasa hidupnya tergulung rapi. Akumenuju ke dapur semula untuk menjerang air. Hati aku tak berhenti berzikir kerana debaran semakin kuat. Aku mengajisambil menunggu air masak. Semakin lama perasaan aku semakin berlainan. Telinga aku berdesing bersilih ganti, sekejap di sebelah kanan dan sekejap sebelah kiri.
270 “Allahumma shalli `ala Sayyidina Muhammadin `abdika wa nabiyyika wa rasulika an-nabiyy al-umiyy wa `ala alihi wa shahbihi wa sallim” Aku berselawat seperti yang selalu diajarkan oleh Aki Lela setiap kali telinga berdesing sambil aku cuba menangkap sebarang bunyi yang mencurigakan. Tiba-tiba rumah terasa bergoncang dengan kuat. Bunyi atap zink membingitkan telinga. Bunyi angin yang menerjah masuk melalui atap jelas kedengaran, berlagu dan menyeramkan. Pelita berkelip-kelip seperti hendak terpadam bila ditiup angin. Sesekali kelihatan kerlipan cahaya kilat dan bunyi guruh. “Macam nak hujan”, bisik hati aku. Aku bangun melihat air yang dijerang. Apa-apa pun, air kopi perlu dinikmati dahulu. Aku sengaja mengalihkan perhatian akal untuk tidak merasa gementar. Aku membancuh air kopi O dan cicah dengan biskut kering. Aku bersandar pada dinding di ruangan dapur. Tak lama kemudian, hujan turun dengan lebatnya berselang seli dengan guruh yang semakin kuat dan kilat yang sambar menyambar. “Subhanallazi yusabbihur ra’du bihamdihi wal malaaikati min khifatih” Semua ini tanda Kebesaran Allah. Cuaca sejuk semakin menggigit tubuh aku namun kopi O kembali menghangatkan. Tiba-tiba aku terkejut bila pintu bilik larangan yang terbuka luas, tertutup dengan kuat. “Angin kot”, pujuk hati aku. Aku bangun dan menuju ke bahagian tengah. Sayu bila melihat tilam tok tergulung kaku. Siapa pun tok, aku tetap sayangkan dia. Aku ambil penghadang kayu untuk menutup pintu bilik larangan. Banyak benda yang perlu dibuat siang esok. Aku bersandar semula di dinding bahagian dapur. Aku keluarkan keris aku dan letakkannya berhampiran tempat aku duduk. Aku buka Al Quran dan mengaji kembali. Hujan masih belum menandakan akan berhenti.Dua tiga tempat kelihatan bocor tapi tidak terlalu besar. Entah kenapa apabila aku menghabiskan surah Hud, hati aku jadi sangat berdebar. Bulu roma aku kembali meremang. Aku tutup Al Quran dan bangun menuju ke bahagian tengah. Aku terkejut apabila nampak tilam yang selalu arwah tok gunakan, terhampar elok. Terasa bagai ada sesuatu bernafas di telinga aku. Aku baca ayat Kursi perlahan-lahan. Mata aku melilau melihat sekeliling. “Siapa pulak bukak tilam ni?” tanya hati aku. Aku menggulung semula tilam tersebut seperti sebelum ini. Aku ambil
271 selimut dan gunakannya sebagai pengikat tilam. Bau busuk tiba-tiba menyucuk-nyucuk hidung aku. Dari ekor mata aku nampak sepasang mata berwarna merah sedang bertinggung di atas katil besi. “A’udzu Bikalimaatillaahit Taammaati min Syarri Maa Khalaq” Aku berpusing perlahan-lahan. Aku teringatkan keris aku yang aku letakkan di tepi Al Quran. Aku bergegas untuk keluar ke dapur tetapi lembaga bermata merah itu sudah tercegat di jenang tengah, menutup laluan aku. “Rabbi a’udzubika min hamazatis syayatin, wa a’udzubika rabbi ay yahdurun” Dengan apa cara sekali pun, aku harus mendapatkan keris aku. Aku menyerang lembaga hitam itu. Tangan dan kaki, aku gunakan semuanya tapi aku harus berhati-hati dengan kukunya yang tajam. Sekali sekala hayunan kukunya hampir mengenai muka dan perut aku tetapi aku berjaya mengelaknya. Bunyi guruh yang kuat, menenggelamkan bunyi lantai yang dipijak dengan kuat.
272 Aku menyerang lembaga hitam itu. Tangan dan kaki, aku gunakan semuanya tapi aku harus berhati-hati dengan kukunya yang tajam. Sekali sekala hayunan kukunya hampir mengenai muka dan perut aku tetapi aku berjaya mengelaknya. Bunyi guruh yang kuat, menenggelamkan bunyi lantai yang dipijak dengan kuat. Aku melompat tinggi sambil cuba menyepak mukanya. Sepakan aku tepat tapi malangnya menuju ke mulutnya yang bergigi tajam. Lembaga itu tersembam ke dinding tetapi kaki aku terasa sangat. Aku gagahkan diri untuk segera mendapatkan keris aku. Pegang sahaja keris, terasa bersemangat Laksamana Hang Tuah mendapat Taming Sari. Aku berpaling ke arah lembaga itu dengan tekad membara, akan aku selesaikan segalanya. Aku mahu arwah tok tenang disana. Lembaga itu juga sudah tegak berdiri mengadap ke arah aku. Cuaca sejuk di sekeliling tidak dapat menyejukkan darah aku. “Rabbi a’udzubika min hamazatis syayatin, wa a’udzubika rabbi ay yahdurun” Aku gunakan tiang bawah jenang pintu sebagai tapak untuk aku melompat sambil keris aku tegak di kepala. Hayunan aku tidak memberi kesan apa-apa. Lembaga itu kelihatan semakin marah dan menyerang aku pula. Tangannya merayau mencari tubuh aku sebagai sasaran. Aku hanya mampu mengelak dengan pergerakan badan. Sesekali keris aku berjaya menetak tangannya tapi tetap tidak memberi kesan. Matanya yang merah berkelip kelip memandang aku. Tiba-tiba pandangan aku jadi berpinar. Tubuh aku jadi terasa sangat berat. “Maa ji’tum bihissihru innallaha sayubthiluhu innallaha laa yushlihu ‘amalal mufsidiin, allahu ahad” Aku tahu aku telah tersilap bila melihat matanya. Lembaga itumenyerang aku bila merasakan aku dalam keadaan lemah. Aku menunggu ke saat akhir untuk mengelak sambil keris aku digenggam erat. Satu tikaman tepat ke tepi lehernya. Aku berpaut pada keris yang melekat di lehernya untuk berpusing pula ke belakangnya. Aku mencabut keris dan kemudian menikam pula di belakangnya. Satu jeritan kuat kedengaran. Lembaga itu terhuyung-hayang seperti menahan sakit. Aku bersedia untuk tikaman seterusnya. 123
273 “Allahuakbar” Aku melompat tinggi bila mendapat peluang yang aku nantikan. Keris aku terpacak tepat di kepalanya. Mata kami bertentang tapi kali ini lembaga itu semakin lemah. Akhirnya lembaga itu hilang begitu sahaja, tanpa kesan langsung seolah-olah tidak pernah ada pun di dalam rumah. Suasana bertukar sunyi. Aku mula keliru. “Betul ke aku lawan ‘benda’ ni tadi, ke aku hanya berkhayal?” aku tertanya tanya dalam hati. Tilam tok masih elok seperti tadi. Aku duduk melepaskan lelah dengan bersandar pada dinding di dapur sambil memikirkan kejadian sebentar tadi. “Tak kan ada lagi, banyak benar ‘benda’ ni, tak habis-habis lagi. Tok dah tak ada, tak akan ada lagi yang tinggal”, aku membebel sendirian. Hujan sudah tidak selebat tadi. Aku menghirup air kopi O yang sudah sejuk. “Janganlah ada apa-apa lagi. Letih sangat dah aku ni”, aku bercakap sendiri. Cuaca yang dingin mula membuatkan aku kesejukan. Aku bangun untuk membasuh cawan yang aku gunakan dan kemudian memastikan tiada lagi bara yang menyala di tempat memasak. Aku melangkah ke bahagian tengah untuk baring dan beristirehat. Cahaya pelita yang kadang-kadang menari mengikut tiupan angin memang menyeramkan. Suasana memang betul-betul sunyi hinggakan bunyi cicak jelas kedengaran. Aku bangun menuju ke bahagian tengah untuk menyediakan tempat tidurtapi aku berniat untuk mengajisehingga aku mengantuk. Aku duduk bersila di atas tikar dan mula mengaji. Baru sahaja aku menghabiskan satu muka surat, sayup-sayup kedengaran salakan anjing dari arah hutan. Aku abaikan dan terus mengaji. Semakin lama bunyi salakan semakin kuat menandakan ia semakin dekat dengan rumah. Pintu di beranda tengah mula bergegar seperti digoncang dengan kuat. Bunyi gegaran beralih pula ke pintu hadapan. Tidak lama kemudian kesemua pintu bergegar serentak. Aku berhenti mengaji dan selitkan keris di pinggang. “Allahumma inna naj’aluka fi nuhurihim wa na’udzubika min syururihim” Aku berdoa semoga dihilangkan rasa gementar yang ada. “Qul hu allahu ahad, allahu samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam ya kulahu kufuwan ahad” Aku bangun dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja. Aku tidak akan biarkan lagi ada apa yang tertinggal selepas kematian tok. Bunyi salakan anjing semakin kuat dan nyaring.
274 “Tak kan Joni hidup semula”, bisik hati aku. Aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu di beranda tengah. Apa sahaja ada di sebalik pintu ini akan aku hadapi. Aku berdebar-debar tapi aku kuatkan semangat. Aku tarik pintu dengan sekali rentap. Pintu terbuka luas. Aku turun ke beranda. Bunyi salakan jelas kedengaran tetapi aku tidak pasti dari mana datang salakan itu. Aku meniti anak tangga sambil mata melilau memerhati sekeliling. Jejak sahaja kaki aku di tanah, naluri aku menangkap satu pergerakan yang laju menuju ke arah aku tapi suasana yang gelap menghadkan penglihatan aku. Aku hanya nampak ‘benda’ tersebut bila ia hampir sahaja dekat aku. Serta-merta aku melompat untuk mengelak. “Joni???” jerit aku terkejut. Jelmaan Joni berpusing ke arah aku dengan muka yang menakutkan. Matanya merah, giginya tajam. Air liurnya meleleh-leleh bercampur darah. “Joni, ni Man..” Aku cuba pujuk Joni tapi Joni mengeluarkan bunyi yang pelik. “Grrrrr...”, suaranya seperti sangat marah. Aku mencari jika ada tempat yang tinggi untuk mengelakkan diri buat sementara tetapisemuanya jauh. Jelmaan Joni bergerak perlahan-lahan ke arah aku dan aku juga berundur sedikit demi sedikit tapi pandangan aku tetap ke arahnya. Aku hunuskan keris. “Ini kerja iblis”, bisik hati aku. “A’udzu bikalimaatillaahit taammaati min syarri maa khalaq” Aku berhenti berundur. Tiba-tiba jelmaan Joni menerkam ke arah aku dengan lompatan yang tinggi. Aku melentingkan badan betul-betul di bawah tubuhnya. Kuku tangan dan kakinya hampir-hampir sahaja merobek perut aku. Jelmaan Joni terlajak ke belakang aku. Cepat-cepat aku berdiri semula. “Wa ja‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum la yubsiruun” Aku buat bulatan sementara untuk berfikir dan bertenang. Jelmaan itu hanya mampu mengelilingi bulatan yang aku buat sambil mulutnya ternganga. Aku masih belum dapat memikirkan apa yang perlu aku buat dan yang pasti aku tidak akan tunggu di dalam bulatan ini dalam masa yang lama. Tidak lama kemudian aku mengambil keputusan untuk mensasarkan kakinya terlebih dahulu supaya pergerakannya terbatas tapi aku kena cukup berhati-hati. “Rabbi a’uzu bika min hamazatisy-syayatin, wa a’uzu bika rabbi ay yahdurun” Aku melangkah keluar.
275 Serta-merta jelmaan Joni menyerang aku. Kali initerkamannya memang ganas membuatkan aku terpaksa berhempas pulas mengelak ke kanan dan ke kiri. Beberapa kali dia cuba menggigit tangan aku tetapi aku berjaya mengelak. Tiada ruang untuk aku menyerang kembali. Tercungap-cungap juga aku mempertahankan diri. Akhirnya aku berjaya menyepak muka jelmaan tersebut dengan kuat. “Aduhh..” Malangnya yang menjerit kesakitan adalah diri aku sendiri kerana aku menyepak menggunakan kaki aku yang pedih ketika berlawan dengan lembaga hitam di atas rumah. Serta-merta terasa berdenyut sakit ke seluruh tubuh aku. Jelmaan itu pula tercampak ke sebelah kanan. Aku terhencot-hencot. Terasa sakit sangat bila memijak tanah tetapi aku harus bertahan. Jelmaan itu bangkit dan bersedia untuk menyerang semula. Aku berdiri dengan sebelah kaki yang sakit hanya mampu berjengkit. Jelmaan itu menerkam dengan laju. Aku tidak mampu untuk bertindak dengan pantas. Jelmaan itu merempuh di bahagian kaki aku yang menampung tubuh aku hingga aku melambung tinggi dan jatuh terhempas ke tanah. Terasa nafas aku menjadi sesak bila terhempas dalam keadaan begitu tapi aku tidak boleh mengalah.Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku masih belum berdiri dengan betul bila jelmaan itu menyerang semula. Dengan segala tenaga yang ada, aku enjut kaki aku sekuat mungkin dan melentengkan diri aku ke atas untuk mengelak sambil libasan keris aku pula mencari sasaran. Hayunan keris aku tepat menghiris di bahagian leher jelmaan tersebut. Jelmaan itu berpusing dan merenung aku dengan tajam tetapi tak lama kemudian rebah ke tanah. Tubuhnya menggeletik seperti ayam kena sembelih. Akhirnya tubuh jelmaan itu tidak bergerak lagi. Perlahan-lahan tubuh itu bertukar kepada tubuh Joni yang asal tapi kurus kering dan mula berbau. Aku berlutut melihat rangka tubuh Si Joni. “Selamat tinggal Joni”, kata aku perlahan. Dalam keadaan terhencot-hencot, aku mencari cangkul dan menggali lubang. Terasa penat dan sakit sangat tapi akhirnya aku berjaya menyempurnakan rangka Joni. Aku membersihkan tangan dan kaki lalu naik semula ke atas rumah. Aku bersandar di dinding dapur sambil membelek kaki aku yang sakit. Lebam dan melecet. Aku sapukan tangan aku dengan minyak urut yang sentiasa ada di rumah arwah tok. “Bismillah, a’udzu bi ‘izzatillahi wa qudratihi min sharri ma ajidu wa uhadhir” Aku ulang sebanyak tiga kali sambil melurutkan ke bahagian yang sakit.
276 “Ya Allah, sakitnya”, jerit aku perlahan tapi aku tetap menyapu minyak sambil mengurut hingga menitik air mata. “Anak jantan tak boleh manja” Aku kuatkan semangat aku sendiri. Aku urut kaki aku sampai aku berpuas hati. Aku membaringkan tubuh aku di atas lantai sambil meletakkan pergelangan tangan kanan di atas dahi. Aku pejamkan mata melepaskan penat. Ingatan aku melayang melayan kenangan dengan tok. Aku masih ingat ketika aku masih kecil aku jatuh tangga di beranda tengah, tok lah yang menyapukan minyak dan menjampi kononnya untuk menghilangkan rasa sakit. “Tukul takal balik pintu, budak nakal memang macam tu”, jampi tok sambil meniup kaki aku yang sakit. Dulu aku fikir itu memang jampi tapi sekarang aku tahu itu hanya psikologi untuk budak-budak. Ironinya, selepas ditiup begitu hilang rasa sakit. Aku tersenyum sendirian. Tok tetap berusaha mengubat aku bila aku diganggu lembaga bermula di asrama. Segarang mana pun tok, aku tahu dia sayangkan aku. Air mata mengalir jatuh di pipi aku. Rindu bercampur sedih. “Ya Allah, demi zatMu Yang Maha Pengampun, semoga Kau mengampunkan segala dosa-dosa tok dan menempatkan rohnya di tempat yang tenang”, aku berdoa sambil air mata tidak berhenti mengalir. Tiba-tiba pipi aku terasa seperti di hembus angin yang cukup sejuk hingga membuatkan bulu roma aku tegak berdiri. “Kenapa sejuk sangat ni?” bebel hati aku. Aku menggosok-gosok lengan dan tangan aku untuk menghilangkan rasa sejuk yang semakin menggigit tubuh. “Man...” Aku tersentak bila terdengar seperti suara tok memanggil aku dari bahagian tengah rumah. Aku abaikan kerana menyangka itu adalah khayalan aku sahaja. “Man...” Sekali lagi aku terdengar. Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke bahagian tengah. Aku terkejut besar bila melihat tok sedang terbaring di atas tilamnya sambil memandang ke arah aku penuh sayu. Aku gosok mata aku berkali-kali kerana aku tidak percaya apa yang aku nampak. “Man...marilah dekat tok”, suara tok memujuk. “Tok dah mati”, jawab aku dengan meninggikan suara. “Tok tak mati. Ni tok lah”, rayu tok lagi.
277 “Ini kerja iblis laknatullah”, bisik hati aku. Aku membaca surah Al Fatihah dan aku kuatkan bacaan aku bila sampai pada ayat ‘iyya kana’budu wa iyya kanasta’in.’ “Jangan kau baca ayat tu”, jerkah tok dengan suara garau, bukan suara yang biasa aku dengar dari tok semasa dia hidup. “Kau bukan tok aku, tok aku dah mati!” Aku pula yang menjerkah jelmaan itu. “Man...ini tok. Tok tak mati lagi. Mari sini Man”, jelmaan itu berlembut pula. Aku baca ayat Kursi dengan kuat. Jelmaan itu mula kelihatan resah gelisah. “Qul hu allahu ahad, allahu samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam ya kulahu kufuwan ahad” Aku terus mencabar jelmaan itu dengan ayat-ayat suci. Jelmaan itu mula meronta-ronta. “Kau memang susah nak ditipu. Jangan baca lagi, aku panas”, jerkah jelmaan itu. Aku tidak menghiraukan kemarahan jelmaan itu. “Panas...panas...”, jeritan jelmaan itu semakin kuat dan nyaring. Aku sambung lagi membaca ayat-ayat yang aku belajar, yang memang diajar untuk memusnahkan sekutu iblis seperti ini. Jelmaan itu bangun dari perbaringan dan menuju ke arah aku. Aku tidak berganjak walau seinci. Tangan jelmaan itu cuba mencekik leher aku tetapi aku hanya membiarkan. Tersentuh sahaja tangan jelmaan itu di leher aku, tubuh lembaga itu mula menggeletar dan cuba melepaskan leher aku. Aku memegang pergelangan tangan lembaga itu dengan kuat. Dia cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi aku terus bertahan sambil mulut aku terus membaca ayat-ayat suci dengan kuat. Tidak lama kemudian tubuh lembaga itu berhenti meronta. Mukanya perlahan-lahan berubah kepada wajah tok. Timbul rasa sayu bila melihat muka tok betul-betul di hadapan muka aku. Aku hampir sahaja hendak melepaskan pegangan bila aku teringat pesan Aki Lela. “Jangan tertipu dengan tipu daya iblis” Aku bagai tersedar dari lamunan. Lembaga itu kembali meronta dan kali ini lebih kuat dan ganas. Lembaga itu memandang aku dengan tajam. Dalam jarak yang dekat, aku nampak dengan jelas anak matanya yang berwarna merah berubah semakin besar. Aku bagai hilang tumpuan. Fikiran aku mula melayang jauh. Pegangan tangan aku semakin lemah.
278 “Jangan pandang matanya” Satu bisikan kuat kedengaran di telinga. Aku tersentak dan mula tersedar. Aku kuatkan semula pegangan aku. Tiba-tiba jelmaan itu memeluk aku dengan kuat. Bau busuk yang menusuk hidung melemaskan nafas aku. Aku cuba bertenang dan tidak sesekali melepaskan pegangan aku. “Rabbi a’udzubika min hamazatis syayatin, wa a’udzubika rabbi ay yahdurun” Aku cuba bertahan sedaya mungkin. Nafas aku semakin pendek dan sesak. Akhirnya aku terpaksa melepaskan pergelangan tangan jelmaan itu kerana aku sudah kehilangan tenaga. Tangan aku terkulai di pinggang. Aku sudah sampai di penghujung perjalanan hidup. Mata aku semakin lama semakin terpejam.
279 “Bangun..jangan ikut fikiran yang melalaikan” Satu suara bergema di telinga aku. Kuat dan nyaring sehingga aku tersedar dari tubuh yang terkulai lesu. “Qul hu allahu ahad, allahu samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam ya kulahu kufuwan ahad” Aku baca dengan kuat. Aku dapat kekuatan dengan tiba-tiba. Tubuh lembaga itu mula menggeletar dan meronta-ronta. “Bismillahirrahmanirrahim”, “Qul a’udzu bi rabbil falaq, min syarri maa khalaq, wa min syarri gasiqin iza waqab, wa min syarrin-naffasati fil’uqad, wa min syarri hasidin iza ḥasad” Aku tekan dengan kuat ibu jari kaki kanan aku ke lantai. “Bismillahirrahmanirrahim”, “Qul a‘udzu bi rabbin naas, malikin naas, ilahin naas, min syarril waswasil khonnas, alladzi yuwaswisufi sudurin nas, minal jinnati wan nas” Aku tekan pula dengan kuat ibu jari kaki kiri aku ke lantai dan kemudian membaca pula, “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir. Laa hawla wa laa quwwata illa billah hil aliyil azim” Kini aku berdiri seolah-olah hanya menggunakan dua-dua ibu jari kaki. Lembaga itu semakin kuat meronta untuk melepaskan diri tetapi tindakan aku seperti menjadi pengikat kuat tubuhnya. Aku letakkan dan menekan dengan kuat pula dua jari aku ke dahi lembaga itu. “Innal ladzina kafaru bi ayatina saufa nush-lihim naro kullama nadhijat juluduhum baddalnahum juludan ghoiroha liyadzuqul ‘adzab innallaha kana ‘azizan hakima” Semakin kuat lembaga itu meronta cuba mengelakkan diri dari jari aku tetapi gagal. “Allahu akbar, Allahu ahad”, Sekuat hati aku menekan dahinya. 124
280 Pelukannya sudah terlepas. Dahinya pula mula berasap. Lembaga itu menjerit nyaring seperti bunyi babi yang dalam ketakutan. Aku menjarakkan diri tapi jari aku masih kekal di dahinya. Dengan satu jeritan yang panjang, tubuh lembaga itu tiba-tiba hilang dari pandangan. Aku terus terduduk kepenatan di lantai. Air mata aku mengalir mengenangkan nasib tok di alam ‘sana’. Tidak terjangkau oleh akal aku begini banyak yang tok lakukan. Aku kemudiannya membaringkan diri memandang perca kain yang dijadikan siling rumah. Perasaan sayu, kecewa dan marah bersilih ganti. “Ya Allah, jika aku dipanjangkan umur, lindungilah aku dan jauhkanlah aku dari hasutan iblis yang menyesatkan” Aku takut kepada jalan yang melalaikan. Aku terlelap akibat keletihan yang melampau. Aku hanya tersedar dari tidur bila mendengar perlahan ketukan pintu di beranda tengah. Aku bingkas bangun dan menuju ke arah pintu tersebut. “Pukul berapa dah ni?” bisik aku. Aku hanya berdiri di sebalik pintu sementara menunggu jika ada lagi ketukan atau sekadar aku mamai sewaktu mendengarnya. Sekali lagi pintu diketuk. “Siapa?” tanya aku. “Ayah”, jawab suara itu. Jelas di telinga aku suara ayah yang memanggil. “Assalamualaikum ayah”, pancing aku. Tiada jawapan. Bunyi ketukan kedengaran lagi. “Assalamualaikum” Suasana yang terbalik, aku yang di dalam yang memberikan salam. “Bukalah pintu ni Man. Ayah ni..”, pujuk suara itu lagi. “Ayah balik lah, Man nak tinggal kat sini. Pagi esok Man balik”, jawab aku, sambil membaca ayat yang aku belajar. Tiada jawapan kali ini. Aku meninggalkan pintu dan menuju ke tempat menyimpan air telaga di dapur untuk berwuduk. “Apa lagi lah ‘benda-benda’ ni nak. Tok dah tak ada”, bebel aku sendiri ketika menuju ke bahagian tengah untuk solat. Bulu roma aku meremang sewaktu berdiri untuk mendirikan solat. Aku tumpukan perhatian untuk solat. “La haw lawala quwwata illa billah hilaliyyil azim” Aku ulang tiga kali tanda aku menyerahkan diri sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa.
281 Aku tiada daya upaya walau sebesar zarah sekalipun hatta untuk mendirikan solat. Sesungguhnya solat ini juga datang dari Allah dan hanya untuk Allah. Mengalir air mata bila mengangkat takbiratul ihram. Kerdilnya diri ini bila bermunajat di hadapanNya. Bermacam gangguan yang hadir. Ada yang mengusik bahu dan ada yang berbisik di telinga. Aku abaikan dan berusaha untuk kusyuk. Syukur kepada Allah kerana solat berjaya didirikan tanpa tewas dengan gangguan. Aku menghabiskan masa yang lama untuk berwirid dan berzikir selepas solat. Terasa tenang dan mendamaikan. Selepas selesai semuanya, aku bersiap untuk tidur. Aku memandang ke arah tempat biasa tok tidur penuh sayu. “Damailah tok di sana”, bisik hati aku. Aku memejamkan mata lalu terlena dengan mudah. Aku hanya tersedar bila terasa cahaya menerobos masuk dari lubang angin di atas tingkap. “Ya Allah, dah cerah” Aku bingkas bangun untuk solat subuh. Aku benar-benar terlalai waktu tidur. Demi amanah, aku tetap menunaikan perintahNya walau di luar waktu yang ditetapkan. Selesai solat, aku bersihkan dan mengemas di dalam rumah. “Tok, Man balik dulu. Nanti Man datang lagi”, kata aku penuh sayu bila melihat tilam yang biasa arwah tok gunakan. Air mata mula bergenang. Hidup mesti diteruskan. Apa yang terjadi semuanya dari Allah dan menjadi rahsiaNya. Aku turun dan mengunci pintu dan kunci aku letakkan di tempat biasa seperti sebelum ini. Aku bersihkan pula halaman rumah dan membuang daun-daun kering. “Man balik dulu, tok”, bisik hati aku. Aku melangkah dengan sayu tapi aku bertekad untuk datang lagi selagi aku berkesempatan. “Assalamualaikum wbt”, aku memberisalam bila sampai di rumah mak. “Waalaikummusalam”, Terdengar suara ayah menjawab salam. Aku naik ke rumah dan menukar pakaian. “Ayah ada datang rumah tok malam tadi?” tanya aku pada ayah semasa kami bersarapan. Ayah memandang aku dengan kehairanan. “Tak ada pun. Ayah tidur awal malam tadi”, jawab ayah. Aku memandang ayah dan terus menikmati sarapan. “Kenapa kau tanya? Ada jadi apa-apa ke kat sana?” tanya ayah. “Tak ada apalah. Agaknya Man bermimpi kot”, jawab aku mematikan soalan ayah.
282 “Bila kau nak balik ke rumah Aki Lela?” tanya ayah lagi. “Mungkin esok. Malam ni Man nak tidur kat rumah tok lagi”, jawab aku. “Ikut kau lah. Pandai-pandailah kau cakap kat mak kau. Ayah malas dah nak campur. Bising mak kau kat ayah”, jawab ayah. “Mak mana?” tanya aku pula. “Mak kau pergi ke rumah Makcik Eton, cari sayur katanya”, terang ayah. “Jap lagi Man nak ke kubur tok”, tambah aku lagi. “Eloklah tu. Nanti sebelum ayah pergi kerja, ayah hantarkan”, jawab ayah. Selepas sarapan, ayah menumpangkan aku ke kubur dan terus menuju ke tempat kerjanya. Aku melangkah perlahan ke arah kubur arwah tok dan Aki Salleh. “Assalamualaikum wbt aki dan tok”, aku memberi salam ketika menghampiri pusara mereka berdua. Alhamdulillah, kubur tok dalam keadaan elok. Aku ambil cangkul yang ada dan baiki tanah supaya menjadi rata. Aku bersihkan rerumput yang tumbuh di atas kubur Aki Salleh. Kemudian aku bersila dan sedekahkan Al fatihah dan Al Ikhlas sebanyak tiga kali untuk mereka berdua. “Man mintak maaf tok, selepas ini Man tak boleh kerap datang ke sini lagi tapi Man janji jika ada kesempatan, Man datang melawat tok lagi”, kata aku seolah-olah berbicara dengan tok. Air mata bergenang semula. Aku duduk di situ hampir setengah jam dan kemudian bergerak pulang dengan berjalan kaki. Sepanjang jalan aku mengutip buah kemunting, mengimbau kenangan sewaktu tinggal di asrama. Hampir satu jam aku sampai semula di rumah mak. Dari hampir tengah hari hingga ke petang aku lebih banyak berehat dan bermain dengan adik-beradik aku. Sudah lama aku tidak menghabiskan masa dengan mereka semua. Aku dengan dunia aku yang tersendiri. Menjelang maghrib dan selepas makan, aku bergerak ke rumah tok selepas mak mengizinkan aku pergi walaupun dengan berat hati. Mak Kecik ingin mengikut aku tetapi aku tidak izinkan. Suasana nampak sepi dan sayu bila aku menjejakkan kaki di halaman rumah. Melihat ke arah pokok-pokok jambu keling dan kuini, aku tersenyum sendirian. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku bermain. Aku tahu tidak lama lagi pokok-pokok ini akan menjadi mangsa monyet-monyet sahaja. Mustahil untuk aku terus berada di sini untuk masa yang lama. “Tak apalah, anggap sahaja buah-buah yang ada sebagai sedekah arwah aki dan tok untuk binatang”, pujuk hati aku.
283 Aku mengambil kunci rumah di tempat biasa. Selepas membaca Al Ikhlas tiga kali, aku memberi salam seperti yang diajarkan. “Assalamualaikum wbt. Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah hisalihin” Aku membuka pintu sambil melangkah masuk lalu terus menyalakan api pelita. Cahaya pelita mula menerangi suasana dalam rumah biarpun samar-samar. Selesai solat maghrib, aku mengaji sementara menunggu waktu isyak. Syukur kerana sehingga aku selesai solat isyak, tiada gangguan apa-apa walau naluri aku merasakan bagai ada sesuatu yang melihat aku. Selepas menikmati air kopi O panas yang dibekalkan oleh mak, aku menyambung mengaji sehingga habis surah Al Mulk. Kemudian aku sambung pula untuk berzikir. Dari suara yang perlahan hinggalah aku menguatkan suara aku. Bukan ada sesiapa pun dekat-dekat rumah arwah tok ni. Aku terasa bagai ada di dunia lain bila zikir menguasai diri. Dengan mata yang sengaja aku pejamkan, aku menikmati alunan zikir sepenuhnya. Sesekali bagai ada sesuatu yang mencuit bahu aku tetapi aku tidak menghiraukan. Tiba-tiba aku menghentikan zikir bila gerak hati aku kuat menyatakan ada sesuatu sedang melihat ke arah aku dari bahagian tengah. Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Jelas dari tempat aku sedang bersila kelihatan satu lembaga sedang bertenggek pada dinding. Matanya tersembul dan tajam melihat aku. Kali ini tiada rasa gementar di dalam hati aku. “Ini yang terakhir” Satu bisikan halus berbisik di telinga aku. Aku bangun dan menuju ke arah lembaga itu sambil membaca ayat-ayat yang biasa aku gunakan. “Apa lagi yang kau nak?” tanya aku pada lembaga itu. Kepala lembaga itu terteleng teleng ke kanan dan ke kiri. “Aku mahu kau sebagai ganti janji tok kau”, jawabnya dengan suara bergetar. “Janji dengan iblis macam kau tak perlu ditunaikan. Lepaskan tok aku dengan aman. Pergi jauh dari sini sebelum aku musnahkan kau”, jerkah aku. Lembaga itu mengilai dengan nyaring. “Janji tetap janji. Kau harus jadi ganti”, balas lembaga itu serentak menerkam ke arah aku. Aku mengelak sambil melepaskan satu sepakan tepat ke kepalanya. Lembaga itu berpusing semula mengadap aku. “Rabbi a u’zubika min hamazati ash-shayatin wa a`udhu bika rabbi an yahdurun” Aku bersedia untuk serangan seterusnya.
284 Semoga jika aku berjaya memusnahkan lembaga ini, semuanya akan berakhir. Aku pula yang menyerang terlebih dulu. Keris aku mencari sasaran tetapi buat seketika masih belum berjaya. Lembaga itu terbang dari satu dinding ke satu dinding membuatkan aku terpaksa berpusing mengikut pergerakannya. Akhirnya satu tikaman tepat mengenai tubuh lembaga itu ketika dia cuba menerkam aku. Lembaga itu menjerit kuat dan cuba terbang keluar dari rumah. Akumengejarsebelumsempat diamelepaskan diri. Kali ini akumenikam pula tepat di belakangnya. Lembaga itu menggelepar dan terhuyung-hayang sehingga melanggar dinding dan jatuh ke lantai. Dengan keris tergenggam erat di tangan, aku menghampiri lembaga itu. “Sesungguhnya iblis adalah musuh paling nyata dan kau memang patut dimusnahkan. “Allahuakbar..Allahu ahad”, aku menjerit kuat dan menikamnya di dada. Lembaga itu menjerit dengan nyaring dan akhirnya hilang dari pandangan. “Alhamdulillah” Aku duduk bersandar pada dinding. Kelegaan yang amat sangat. Selepas berehat seketika, aku ke dapur untuk menikmati bekalan yang mak sediakan. Malam itu tiada lagi sebarang gangguan hingga ke pagi. Apabila hari sudah mulai cerah, aku bersiap untuk pulang ke rumah mak. “Selamat tinggal tok. Man mintak maaf tidak dapat lagiselalu datang ke sini. Maafkan salah dan silap Man. Man sayang tok”, aku berbicara seolah- olah aku berbicara dengan tok. Sewaktu mula bergerak meninggalkan rumah tok, aku melihat seperti satu susuk tubuh sedang duduk di beranda tapi aku tidak menghiraukannya lagi. Mungkin roh tok melihat aku untuk kali terakhir. Sampai di rumah mak, aku bermain-main dengan adik-beradik aku. “Man, mari sekejap”, panggil mak. Aku bergegas mendapatkan mak. “Kau nak balik bila ke rumah Aki Lela?”, tanya mak. “Hari ni mak, naik bas lepas zohor nanti. Kenapa mak?” tanya aku. “Mak nak kirim makanan sedikit untuk keluarga Aki Lela kau tu. Kau tu jaga diri elok-elok kat tempat orang. Tuntut ilmu tu bagustapi jangan salah guna dan jangan menuntut ilmu salah. Contoh terdekat dah ada”, pesan mak. Aku faham siapa yang mak maksudkan. “Ye lah mak. Man ingat pesan mak. Nak tuntut ilmu kena berkorban, kan mak?” balas aku.
285 “Memanglah tapi jangan sia-siakan dan jangan takbur”, pesan mak lagi. “InshaAllah mak”, jawab aku dan terus sambung bermain. Petang itu aku bersiap untuk pulang ke rumah Aki Lela. Tidak sabar rasanya untuk merasai pengalaman bertapa bersama Ayah Abu. Apabila bas yang aku naiki melintasi kawasan perkuburan, dari jauh aku memandang sayu ke arah kubur tok. Bagai ada sesuatu yang berada di atas kubur tok apabila melihat dari jauh. “Tak mungkin di siang hari” Aku menggelengkan kepala. Selamat tinggal tok. Damailah tok di sana. Setiap manusia dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan ketika di atas dunia. Mati itu pasti, seksa kubur juga pasti dan hari pembalasan juga pasti. Hanya doa yang mampu aku panjatkan untuk arwah Aki Salleh dan arwah tok. Jauh di mata tapi dekat di hati. Aku berusaha dengan izin Allah untuk menjadi insan yang diredhaiNya dan bertapa nanti adalah salah satu jalan untuk mencari ilmu yang berkat. Bila ilmu satu anugerah, tanggungjawabnya juga satu amanah.