95 “Ini kawasan ‘benda-benda’ ni. Sengaja aku biarkan kau sebab aku mencari ‘penghulunya’,”kata Aki Lela. “Kenapa Aki tak bagi tahu?” bebel aku. “Kalau aku bagi tahu nanti kau takut sebab benda ni memang banyak”, jawab Aki Lela.Aku buat-buat merajuk. “Kau ingat aku nak pujuk? Banyak lagi benda lain aku nak kena buat. Kalau merajuk, tidur je kat sini”, Aki Lela pula membebel sambil bergerak. “Ikut aku”, kata Aki Lela. Aku tak merajuk lagi dan terus mengikutnya. “Kau pegang ni”, kata Aki Lela sambil menghulurkan bungkusan kepada aku. “Apa ni aki?” tanya aku. Aki Lela menjeling tajam ke arah aku. Aku tahu itu tanda Aki Lela tidak suka dengan pertanyaan aku. Kami bergerak tidak jauh dari tempat tadi. “Bila aku suruh bakar, kau bakar bungkusan ini”, pesan Aki Lela sambil menghulur sekotak mancis. “Sekejap aki, Man cari daun-daun kering”, jawab aku. “Jangan lambat”, balas Aki Lela. Aku letakkan bungkusan di tanah dan mula mengutip daun-daun kering untuk dijadikan punca api. Tiba-tiba sesuatu yang laju melepasi kami. Aki Lela berjaya mengelak tetapi aku jatuh terguling ke tanah. Aku cepat-cepat bangun. Ya Allah, bungkusan itu sudah tiada. “Aki, bungkusan tu dah tak ada”, jerit aku. “Aku tahu”, jawab Aki Lela meninggikan suara. Aku buat kesilapan lagi. Aku tak sepatutnya letakkan bungkusan itu di tanah. “Mengaku pun”, jerkah Aki Lela lagi. “Cepat, kita kena cari benda tadi. Belajar dari kesilapan, bukan belajar untuk terus buat kesilapan. Kau semakin lalai”, kata Aki Lela lagi. Takut aku melihat air mukanya. Kami bergerak laju masuk ke dalam hutan. Suara mengilai yang kuat mula kedengaran. Meremang bulu tengkok aku. Aku membaca ayat kuatkan semangat. Kami tiba di satu tempat yang dipenuhi pokok buluh. Angin tiba-tiba bertiup kencang. Aki Lela memberhentikan langkahnya sambil kepalanya seperti mencari sesuatu. “Sana”, jeritnya sambil melajukan langkahnya. Akumengikutnya dari belakang. Aku tak pasti apa yang Aki Lela nak buat. “Kali ni pastikan kau terus berzikir walau apa pun yang berlaku. Jangan lalai lagi”, pesan Aki Lela dengan tegas sambil kami bergerak.
96 Kami berhenti betul-betul di tengah-tengah himpunan pokok buluh. Angin yang kencang menjadikan batang-batang pokok buluh bergoyang dengan kuat. Aku mula berzikir. Kali ini aku nekad tidak akan langgar arahan Aki Lela lagi. Dari hujung dahan pokok buluh, tergantung satu lembaga yang tinggi tubuhnya. Aki Lela membaca sesuatu dan kemudian menikam kerisnya ke tanah. Tanah jadi bergegar tetapi tiada apa yang terjadi kepada lembaga tersebut. “Ikut aku baca dan tikam keris kau serentak dengan aku”, bisik Aki Lela. Aku membaca serentak ayat yang Aki Lela baca dengan suara yang nyaring. Kami serentak menikam keris ke tanah. Gegaran yang amat kuat terasa hingga aku terhuyung-hayang. Tiga batang pokok buluh tempat lembaga itu berada tumbang ke arah kami. Serentak juga kami mengelak. Aki Lela ke kanan dan aku ke kiri. Aku berpusing mencari lembaga itu tapi tak kelihatan. Tiba-tiba terasa sesuatu yang tajam memegang leher aku. Aku hampir hilang nafas, mata aku mula jadi kabur. Aku hanya nampak Aki Lela melompat tinggi ke arah aku. Pegangan di leher aku terlepas. Aku terbatuk-batuk tapi lega. “Iblis ni dah melampau”, jerit aku dalam hati. Semangat dan amarah aku mula membuak. Lembaga itu cuba terbang ke hujung pokok buluh yang lain. Aku membaca sesuatu dan melontar keris aku ke arahnya. Satu jeritan yang kuat kedengaran dari lembaga itu. Kali ini Aki Lela tersenyum melihat aku menandakan apa yang aku buat itu adalah betul. Lembaga itu jatuh ke tanah. Aki Lela menghampiri lembaga itu lalu menikam lembaga itu. Lembaga itu menjerit semakin kuat. Aki Lela mencabut keris aku yang terlekat pada tubuh lembaga itu dan melontarnya ke arah aku. Sekali lagi Aki Lela menikam tubuh lembaga itu. Lembaga itu mula berasap dan kemudian perlahan-lahan hilang dari pandangan.Aki Lela memejamkan mata sambil membaca sesuatu. “Man, kau pergi ke arah sana. Ambil bungkusan tadi”, kata Aki Lela sambil menunjuk ke arah kanannya. Cepat-cepat aku berlari ke arah yang ditunjukkannya. Memang benar, di perdu buluh tersebut tersembunyi bungkusan itu. “Bila aku kata bakar, bakar cepat”, jerit Aki Lela. Aku angguk sambil kaki aku menguis-nguis daun-daun buluh. “Bakar cepat”, jerit Aki Lela. Aku nyalakan mancis pada daun-daun buluh tersebut dan meletakkan bungkusan itu pada api yang menyala. Sekejap sahaja bungkusan itu disambar api. Bau yang busuk mula menusuk hidung aku. Api semakin besar walau bungkusan itu tidaklah sebesar mana. Aku berpaling ke arah Aki Lela.
97 Aki Lela masih memejamkan mata sambil membaca sesuatu. Tiba-tiba hampir seluruh hutan bising dengan bunyi jeritan yang kuat. Akhirnya api mula terpadam dan bunyi jeritan turut sama hilang. “Mari, tugas kita belum selesai”, kata Aki Lela sambil bergerak. Kami menuju ke arah tempat yang banyak lembaga tadi. Suasana jadi sunyi seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aki Lela membaca sesuatu dan mula bergerak ke arah kanan. Jauh kami bergerak hinggalah Aki Lela berhenti di satu tempat. Aki Lela membaca sesuatu dan menekan penumbuknya ke tanah dengan kuat. Dari situ kami bergerak ke hadapan dan Aki Lela mengulangi apa yang dibuatnya seperti tadi. “Aki Lela membuat ‘pagar’ untuk tanah yang diwakafkan ini rupanya”, bisik hati aku. “Balik nanti terus bersihkan badan kau. Jangan naik ke rumah dulu. Sebelum mandi, baca ayat ‘buang benda kotor’ yang aku ajar”, tiba-tiba Aki Lela berpesan. Tak pernah lagi Aki Lela berpesan seperti ini. Siap tugas kami, kami menunggu di tempat yang dijanjikan. Tak lama kemudian lelaki yang menghantar kami sebelum ini tiba seperti yang dijanjikan. “Macam mana Tok Lela?” tanya lelaki itu. “Alhamdulillah, semua dah selesai. Boleh dah kalau nak mulakan”, jawab Aki Lela. Aku tak tahu apa lagi yang mereka bualkan kerana aku sudah terlelap. “Bangun Man”, aku terkejut bila Aki Lela mengejutkan aku. Rupanya kami sudah tiba di rumah. Kereta mula bergerak meninggalkan kami. “Cepatnya sampai”, kata aku dalam keadaan mamai. “Cepatlah sebab kau tidur. Itu aje lah kerja dia kalau naik kereta”, bebel Aki Lela. “Kena bebel lagi”, bisik hati aku. “Memang patut pun. Tubuh tak lasak macam dulu. Memang nak kena ujian lagi”, tambah Aki Lela lagi. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku terus menuju ke telaga seperti yang dipesan Aki Lela. Terkena sahaja air di tubuh aku, tubuhku menggeletar. Tiba-tiba aku tak mampu untuk berdiri. Aku jatuh terlentang di tepi telaga seperti orang lumpuh. Aku cuba memanggil Aki Lela tetapi suara aku tak keluar. Hanya mata aku sahaja yang mampu digerakkan. Aku gagahkan diri untuk mengesot tetapi aku langsung tak boleh bergerak walaupun jari-jemari. Mata aku sayu melihat langit yang cerah.
98 “Subhanallazi khalaqal azwaja kullaha mimma tunmbitul ardu wa min anfusihim wa mimma la ya’a la mun”, aku baca dalam hati. Seluruh tubuh aku tak dapat rasa langsung. “Ya Allah, hanya kepadaMu aku mohon pertolongan”, aku berdoa lagi. Hanya Allah tempat pengharapan. Aku terdengar pintu dapur dibuka tapi aku tak mampu berpusing untuk melihat. “Nurul..Ayu..cepat datang sini”, aku terdengar jeritan Aki Lela di hujung kepala aku. “Kau mesti tak baca doa yang aku suruh baca sebelum mandi”, kata Aki Lela. Aku tak mampu hendak menjawab. Baru aku teringat, aku memang lupa. Bukan sengaja Aki Lela berpesan rupanya, ada sesuatu yang dia tahu tetapi aku tak tahu. “Ambil air putih”, kata Aki Lela. Aku tak tahu kepada siapa katanya itu. Tak lama kemudian Kak Nurul berada di sebelah aku bersama air putih. Aku nampak Aki Lela membaca sesuatu dan menyapu air tersebut ke muka aku. Kemudian dia membasahkan bibir aku. “Buka mulut kau setakat yang kau mampu. Biarkan air tu masuk dalam mulut”, kata Aki Lela. Kak Nurul cuba membantu aku membuka mulut. “Biarkan dia buat sendiri”, bantah Aki Lela. Aku gagahkan diri untuk membuka mulut. Aku dapat rasakan air masuk ke mulut aku. Aki Lela letak lagi air di mulut aku. Aki Lela bangun dan mencedokairtelaga.Diamembacasesuatudankemudianmenjirusnyakeseluruh tubuh aku. Aku masih tak mampu bergerak. Aki Lela membaca lagi sesuatu dan tangannya dilurutkan ke seluruh tubuh aku. Aku masih tak mampu bergerak walaupun hanya sebatang jari. “Ambilkan kain pelikat, tukar seluar dia yang basah ni”, kata Aki Lela. Selepas seluar aku yang basah ditukar, Aki Lela mendukung aku ke dalam bilik dan baringkan aku di atas tilam dalam keadaan terlungkup. Terasa tapak tangan Aki Lela menekan-nekan dengan kuat di belakang aku. Sesekali dia menepuk-nepuk belikat aku. Kini aku terasa betis aku pula di tekan dengan kuat. Terasa sakit yang amat tetapi aku tak mampu untuk bersuara. Tubuh aku ditelentangkan. Aku nampak Kak Nurul dan Kak Ayu memandang aku penuh sayu. Aki Lela masih berusaha menyembuhkan aku. Aki Lela menekan sambil menggosok perut aku. Terasa bagai ada sesuatu yang mengalir bergerak dari dalam tubuh aku.
99 “Bawa mangkuk ke sini”, kata Aki Lela kepada salah seorang antara Kak Nurul dan Kak Ayu. Mangkuk di letakkan di atas dada aku. Kepala aku ditinggikan dengan bantal. Mungkin mangkuk itu disediakan jika aku termuntah. “Kau ni dah kena badi sebab tu aku pesan baca ayat tu sebelum mandi. Susah nak buang ‘benda’ ni dari luar. Bukan tak boleh tapi susah. Kau kena buang dari dalam. Kalau tak berjaya, jawabnya lama lah kau dalam keadaan begini. Kau dah dapat pengajaran yang akan kau ingat sampai bila-bila”, kata Aki Lela. Aku terkedu. Air muka Kak Nurul dan Kak Ayu juga berubah. “Aki beritahu caranya”, kata aku di dalamhati sambilmemejamkanmata. “Kau rehat dulu. Selepas tengah malam aku akan ajarkan tapi kau kena bersedia untuk hadapi apa sahaja yang nak datang”, jawab Aki Lela seperti tahu apa yang ada dalam hati aku. Aku ditinggalkan sendirian menunggu tiba waktu tengah malam.
100 Aku hanya mampu merenung atap.Suasana nampak kosong dan sunyi sepi. “Aku nak buang sendiri ‘benda’ ni walau apa pun yang terjadi”, aku bertekad dalam hati. Aku cuba lagi menggerakkan anggota tubuh aku tapi aku tetap tak berjaya. “Kau dah sedia?” tiba-tiba Aki Lela muncul di sebelah aku. Aku hanya mengedipkan mata tanda bersedia. “Aku akan angkat kau dan letakkan di bangsal sebab di situ ‘bebas’”, kata Aki Lela lagi. Aku tahu maksud Aki Lela di sana tiada ‘pagar’ yang Aki Lela buat. Aki Lela mengangkat aku ke bangsal yang sudah tersedia dengan tikar dan diterangi cahaya pelita. “Aku akan baca sesuatu dan selepas aku tepuk tiga kali kat badan kau, kau pejamkan mata, baca surah Al fatihah, ayat Kursi, ayat tiga Kul dan ayat yang akan aku ajar. Kau mesti bertenang dan sabar. Hanya diri kau sendiri yang boleh buang ‘benda’ ni dalam masa yang cepat. Kau akan jumpa ‘benda’ yang menumpang diri kau. Jangan takut dan mengalah. Aku tak ada untuk membantu kau. Apa yang akan kau lalui nanti adalah benar. Jika kau berjaya, kau akan terlepas dari ‘benda’ ini dan jika kau gagal, kau akan menanggung untuk masa yang lama. Ingat, hanya Allah sahaja zat yang kita bergantung harap dan ingat apa yang kau dah belajar. Berdoa banyak-banyak kepada Allah kerana Allah suka hambanya yang banyak berdoa kepadaNya. InshaAllah kau akan berjaya”, panjang lebar pesanan Aki Lela. Dari ekor mata, aku nampak Kak Nurul dan Kak Ayu berdiri di muka pintu sayu memandang aku. Aku hanya mampu mengedipkan mata dan memandang sayu Aki Lela sambil air mata aku bergenang. “Bismillahirahmanirrahim” Aki Lela memulakan bacaannya. Matanya dipejamkan. Aku menanti penuh debaran. Tak lama kemudian Aki Lela menepuk kedua lutut aku, dikuti di kedua bahu aku dan terakhir sekali menepuk perlahan di ubun-ubun aku lalu 100
101 meleretkan tapak tangannya dari dahi hingga ke dagu aku. Aku memejamkan mata. Semuanya jadi gelap gelita. Aku mula membaca ayat-ayat seperti yang Aki Lela suruh. Habissahaja ayatsurah An Nas, terdengar di telinga aku satu ayat yang belumpernah aku dengar. Akumengikut bacaan ayat yang aku dengar tersebut. Habis sahaja aku membaca ayat itu, aku ternampak cahaya yang terang benderang dari jauh. Aku tahu aku kini bagai ada di dunia yang lain. Tubuh aku bagai terapung perlahan-lahan lalu bergerak ke arah cahaya tersebut. Kaki aku mencecah tanah di hadapan dua lorong berbatu kecil yang dikelilingi pokok-pokok yang tinggi dan besar seperti di dalam hutan yang tebal. Di belakang aku pula jurang yang amat dalam. Aku tahu aku kini berada di atas puncak bukit yang tinggi kerana lorong ini kelihatan melandai ke bawah. Aku harus memilih salah satu dari lorong yang ada dan tanpa berbelah bagi aku memilih lorong yang di sebelah kanan. Langkah aku penuh hati-hati. Dalam aku melangkah, tiba-tiba suasana jadi kelam bagai malam. “Ya Allah Ya Basar’, fakashafna anka ghita aka fabasarukal yauma hadeed” “Semoga Allah mengurniakan penglihatan yang tajam.” Maha suci Allah dengan keagunganNya, mata aku bagai boleh nampak apa sahaja dengan jelas walaupun suasana memang kelam. Mata aku menangkap pergerakan yang laju di sebelah kanan dan kiri lorong yang aku gunakan. Mata aku melilau mengikut pergerakan yang ada. Aku meraba di belakang pinggang aku, keris aku tiada. Aku sedar, aku harus menghadapi apa sahaja yang bakal datang hanya dengan tangan kosong. Tiba-tiba sesuatu terbang dengan laju ke arah aku dari sebelah kanan. Aku melentengkan badan aku ke belakang dengan pantas. Kelibat itu hilang di sebelah kiri. Aku nampak beberapa biji mata merah menyala sedang memerhatikan aku dari kanan dan kiri lorong. Aku terus melangkah, apa yang akan datang akan aku tentang. Hidup dan mati aku hanya Allah yang Menentukan. Belum jauh aku bergerak,di depan aku berdiri satu susuk tubuh serba hitam membuatkan aku berhenti melangkah.Aku tak pasti ia berpakaian atau tidak. Hanya matanya yang merah menyala jelas kelihatan. Tangannya memegang sebilah pedang panjang yang berkilat. Dia menuju ke arah aku dengan gerakan yang pantas sambil pedangnya di tegakkan di atas kepala. “Daripada mati sia-sia, biar mati berusaha. Aku tak akan mati jika belum ajal”, aku memberi semangat untuk diri aku sendiri. “Allahu Ahad...”, jerit aku.
102 Kami sama-sama berlari ke arah antara satu sama lain. Libasan pedangnya betul-betul menuju ke arah kepala aku tapi aku berjaya mengelak. Terasa angin dari libasan pedangnya. Dia menghayun lagi pedangnya dan aku terpaksa menggunakan kedua dua tangan aku untuk menahan tangannya yang memegang pedang. Tenaganya memang kuat. Tangan kirinya cuba menumbuk aku tapi aku sudah bersedia dengan kaki aku. Sambil memegang tangannya, aku melompat dan menyepak dagunya. Dia terpelanting ke belakang tapi dia bangun dengan cepat. Aku memandang ke arah gerak kakinya untuk membaca pergerakannya. Dia menyerang lagi, kali ini hayunan pedangnya bersilang-silang. Aku terpaksa berundur sedikit kerana dengan pedangnya yang panjang serta hayunan sebegitu, menyukarkan aku menghampiri tubuhnya. Beberapa kali hayunannya hampir mengenai leher aku tapi aku berjaya mengelak. Dalam keadaan begini, aku harus cepat bertindak jika ada peluang. Akhirnya apa yang aku nantikan muncul jua. Libasan pedangnya tersasar melebihi yang sepatutnya. Aku melompat sambil menyepak dadanya sekuat hati aku. Dia jatuh terlentang ke belakang dan pedangnya tercampak. Aku melompatsekali lagi dan kedua dua lutut aku tepat ke dadanya. Bersembur darah keluar dari mulutnya. Aku mencapai pedangnya lalu menikam tepat ke dadanya. Satu jeritan kuat kedengaran dan akhirnya senyap. Tubuhnya kaku tidak bergerak. Aku duduk seketika melepaskan penat. Bila aku rasa segar, aku bergerak semula. Lorong yang aku lalui semakin curam dan semakin bengkang bengkok. Sesekali aku tergelincir tetapi aku bangun semula dengan cepat. “Apa sebenarnya yang menunggu kedatangan aku ni?” aku tertanya-tanya dalam hati. Aku terus bergerak. Tiba-tiba langkah aku terhenti. Di atas sebuah batu yang besar, seorang lelaki tua sedang duduk sambil memejamkan mata. Tangannya memegang sebatang tongkat. “Sebaya Aki Lela”, bisik hati aku. Aku tak tahu siapa dia dan aku pura-pura tak nampak. Cuma langkah aku penuh berhati-hati. Di alam ini semua tak boleh dipercayai. “Assalamualaikum”,aku memberi salam sambil cuba berlalu. Tiada jawapan. Aku mula rasa tak sedap hati tapi aku abaikan. Tiba-tiba kaki aku tak boleh bergerak bagai melekat di atastanah. Aku cuba juga mengangkat kaki aku tapi tetap gagal. “Saya tak mahu cari masalah. Saya hanya menumpang lalu”, kata aku. Masih tiada jawapan balas.
103 “Maa ji-atum bihissihru innallaha sayubthiluhu innallaha laa yushlihu ‘amalal mufsidiin”, aku tumbuk tanah. Serta merta kaki aku terlepas. Aku menjarakkan sedikit dari orang tua tersebut. Orang tua tersebut masih duduk seperti tadi. Matanya masih terpejam. “Saya hanya menumpang lalu, tiada niat untuk bersifat kurang ajar. Izinkan saya pergi”, sekali lagi aku cuba bersopan. Tiba-tiba orang tua itu berdiri. Dia memeluk tongkat di ketiaknya sambil sebelah tangan memegang bahagian atas tongkat. “Kau ingat semudah itu guru kau nak buang keturunan aku. Berpuluh tahun kami tinggal di situ. Dia mungkin berjaya tapi aku lebih bijak. Kau adalah balasan akibat perbuatannya”, tiba-tiba dia bersuara dengan suara yang bergema dan bergetar. “Tolong lepaskan aku dari semua ni. Aku hanya menjalankan kewajipan aku sebagai seorang Islam”, jawab aku. “Kau ingat selepas guru kau musnahkan semuanya, aku senang-senang nak lepaskan kau. Aku mahu kau kekal begitu sampai kau mati, biar guru kau menyesal seumur hidup sebab ganggu tempat aku”, katanya lagi. “Inni tawakkaltu ‘alalla hi rabbi wa rabbikum, ma min dabbatin illa huwa akhizum bi nasiyatiha, inna rabbi ‘ala siratim mustaqim”, aku baca perlahan sambil menghembuskannya ke arah pak tua itu. Tiba-tiba matanya terbeliak. Mukanya berubah menjadi rupa yang amat hodoh. Dagunya hampir menyentuh dadanya. Hidungnya terperosok ke dalam mengeluarkan ulat-ulat yang tak terkira banyaknya. Matanya tersembul keluar. Tangannya yang berkuku tajam masih memegang tongkat. “Subhanallazi khalaqal azwaja kullaha mimma tunmbitul ardu wa min anfusihim wa mimma la ya’a la mun”, aku mara ke arahnya. Tiada masa dan alasan lagi untuk aku mengundurkan diri. Apa yang ditakdirkan tetap tidak akan berubah. “Wala hawla wala quwwata illa billah” “Hanya Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya” Aku melompat tinggi ke arahnya. Aku cuba menyepak tangannya yang memegang tongkat sebab firasat aku mengatakan di situlah punca kekuatannya. Pak Tua itu menghayun tongkatnya sebelum sempat kaki aku menyentuh tangannya, tepat terkena perut aku. Aku jatuh terguling ke tanah. Cepat-cepat aku bangun semula. Aku bersedia untuk meyerang sekali lagi. Gagal sekali tak bermakna akan gagal buat selama-lamanya.
104 “Allahuakbar” Sekali lagi aku melompat tinggi ke arahnya tapi kini mata aku lebih banyak tertumpu kepada tongkatnya. Tongkatnya sekali lagi dihayunkan ke arah perut aku tapi kali ini aku sudah bersedia. Dengan kaki kanan, aku menyepak tangan yang memegang tongkat sambil aku berpusing dan kaki kiri menyepak kepalanya. Pak Tua itu terpelanting. Aku mendarat dengan kaki kiri berlunjur ke tepi dan kaki kanan berlipat lutut. Pak Tua kelihatan marah. Dia bangkit dan menyerang. “Bismillahhirahmanirrahim, alla ta’lu ‘alaiya wa’tuuni muslimiin” Aku bersedia menghadapi serangannya. Dilibas-libas tongkatnya ke arah aku. Aku hanya mengelak sambil mengintai peluang. Satu peluang muncul. Satu tumbukan tangan kanan aku tepat ke bahagian kiri tubuhnya. Dia terundur sedikit ke belakang. Pak Tua semakin marah. Dia berdiri tegak sambil membaca sesuatu. Tiupan angin kencang tiba-tiba datang dari arah belakangnya. “Allahuakbar, Yang Maha Memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi” Aku genggam tangan kanan aku dan menumbuk ke tanah. Dengan izinNya, angin kencang tak berjaya memudaratkan aku. Pak Tua bertambah tambah marah. Tiba-tiba dia melontar tongkatnya ke atas dan tongkat itu bergerak sendiri ke arah aku. Seolah-olah tongkat itu ada yang memegangnya. Berhempas pulas aku menepis pukulan tongkat itu. “Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi wa la fis samaie, wahuwas sami’ul ‘alim” Aku berjaya memegang ulu tongkat. Tongkat itu seperti meronta-ronta cuba melepaskan pegangan aku. Satu getaran yang mengebaskan terasa di seluruh tangan aku tapi aku tetap bertahan. “Wala hau la wala quwwata illa billahil aliyil azim” Dengan sepenuh kudrat aku, aku mematahkan tongkat tersebut dengan lutut aku. Tongkat itu terpatah dua. Pak Tua mendengus kuat. Tubuhnya kelihatan menggeletar. “Panas...panas...”, jeritnya. Aku tak membiarkan peluang yang terhidang. Aku melompat tinggi ke arahnya. Sepakan aku tepat mengenai dadanya dan dia terhumban ke belakang hingga ke bawah batu. Aku duduk melepaskan lelah dan menyangka semua sudah berakhir. “Tapi macam mana aku nak balik?” Aku terfikir sendirian. Tiba-tiba dari bawah batu, Pak Tua itu muncul semula.
105 “Memang liat iblis ni”, bebel aku. Aku melompat turun dari atas batu dan bersedia untuk pertarungan seterusnya. Pak Tua menyerang aku tapi dari serangannya aku dapat mengagak dia hanya tinggal sisa-sisa tenaga. Aku hanya mengelak setiap serangan darinya hanya untuk meletihkannya. Dia berundur sedikit untuk melepaskan lelah. Aku mengambil keputusan untuk menyerangnya pula. Pak Tua terkejut bila melihat aku menyerangnya. Langkahnya kian sumbang. Beberapa kali tumbukan aku singgah di kanan dan kiri perutnya tapi dia masih cuba bertahan. “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un” Aku menyerang lagi. Kali ini aku mensasarkan belakang lutut dan pehanya. Aku perlu menjatuhkannya. Dia cuba melindungi sisi belakangnya itu. Dengan satu serangan, aku berjaya berpusing ke belakangnya lalu menyepak belakang pehanya. Dia terduduk bertongkat lutut menjadikan dia sama tinggi dengan aku. Satu hayunan kaki aku tepat ke pelipis kepalanya hingga dia tersembam ke tepi. Belum sempat dia bangun, aku melompat tinggi sekali lagi dengan niat mencari lehernya. Dengan menggunakan belakang tumit kaki, aku menghentak sekuat hati ke lehernya sementara siku aku tepat ke kepalanya.Dia mendengus perlahan. Aku membaca sesuatu dan meletakkan kedua tapak tangan aku ke belakangnya. Dia meronta seketika dan kemudian menarik nafas yang panjang. Tak lama selepas itu dia terus senyap dan tidak bergerak. Tiba-tiba tubuh aku terasa kejang. Pandangan aku berpusing dengan laju. Aku cuba mencapai sesuatu untuk terus berdiri tetapi tiada apa yang berhampiran dengan aku. Semakin lama aku semakin tak berupaya untuk berdiri lagi. Tubuh aku bagai tercampak jauh dan melayang layang seolah terapung di awangan. Semuanya jadi gelap gelita. Aku hanya mampu pasrah dengan nasib aku. Aku buka mata perlahan-lahan bila terasa ada air yang membasahi muka aku. Perlahan-lahan aku cuba menoleh ke kanan tapi hanya dengan ekor mata sahaja yang aku mampu. “Aki...”, tapi suara aku tak keluar. Aki Lela tersenyum sambil terus membasahkan muka aku. “Alhamdulillah, kau dah balik semula. Itu tandanya kau dah berjaya”, kata Aki Lela. Aku mengedipkan mata. Tiba-tiba aku terasa kepala aku pula dibasahkan. “Cak..”, Kak Nurul mengejutkan aku dari atas kepala. Aku tak mampu tersenyum.
106 “Aku akan ulang apa yang aku buat macam sebelum ni. Bila aku tepuk tiga kali kat badan kau, istighfar banyak-banyak dan cuba gerakkan tangan kau dulu”, kata Aki Lela. Aku hanya mengedipkan mata tanda faham. Aki Lela memulakan tindakannya. Seperti sebelum ini, aku boleh merasakan apa sahaja yang Aki Lela buat terhadap tubuh aku cuma aku tidak boleh menggerakkan apa-apa. Habis sahaja tiga kali Aki Lela menepuk di tubuh aku, aku mula beristighfar sambil memejamkan mata. Sambil memejamkan mata, aku cuba menggerakkan jari jemari aku. “Wala hau la wala quwwata illa billahil aliyil azim” Sepenuh tenaga aku cuba. Sedikit demi sedikit aku dapat menggerakkan jari-jemari aku, satu persatu. “Allahuakbar..”, lafaz aku. Suara aku kedengaran di telinga. “Aki..”, aku memanggil Aki Lela. Aki Lela tersenyum. Leher aku pula dapat digerakkan. Aku nampak Kak Nurul dan Kak Ayu menitiskan air mata. “Lain kali lupalah lagi”, bebel Kak Nurul. Baru nak sembuh, dah kena bebelan tapi aku tahu itu tanda mereka sayangkan aku. “Pukul berapa sekarang?” tanya aku. “Sekarang hampir tengah malam dan kau tak sedarkan diri dari tengah malam semalam”, terang Aki Lela. Terkejut aku mendengar jawapan Aki Lela. “Tapi Man rasa macam sekejap aje”, jawab aku perlahan. “Dunia sana tak sama dengan dunia kita. Kalau kau tak berjaya balik ke sini, memang susah nak pulihkan kau semula. Mungkin berbulan, mungkin bertahun dan mungkin sampai kau habis umur”, terang Aki Lela lagi. “Kak, lapar lah”, kata aku. “Itu aje yang dia ingat”, bebel Kak Nurul lagi. “Nanti kami sediakan”, kata Kak Ayu. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku peluk Aki Lela seerat-eratnya. Aku salam cium tangan Kak Nurul dan Kak Ayu. Aku sayang mereka semua. Seminggu selepas kejadian tersebut, aku hanya keluar untuk ke sekolah. Aki Lela tidak membenarkan aku untuk mengikutinya buat sementara waktu. Pagi hanya mandi embun dan petang aku berlatih silat untuk memulihkan tenaga. Bosan tetapi aku tahu apa yang Aki Lela lakukan adalah untuk kebaikan aku juga. Pada suatu pagi, aku duduk di bangsal berbual dengan Aki Lela.
107 “Sekejap lagi, ayah kau akan sampai”, kata Aki Lela. Aku terkejut. “Tapi sekarang bukan cuti panjang lagi. Kenapa ayah datang?” tanya aku. “Kau ni, nanti ayah kau sampai,kau tanyalah. Selalu tak menyabar”, bebel Aki Lela. Semenjak usia aku bertambah, Aki Lela lebih tegas dengan aku. Benar seperti kata Aki Lela, tak lama kemudian dari jauh aku nampak ayah aku sedang menuju ke rumah Aki Lela dengan menunggang motosikal. “Ayah..” Aku menuju ke arah ayah sambil memeluknya. “Kau sihat?” tanya ayah sambil berjalan ke arah Aki Lela. “Sihat, kenapa ayah datang tiba-tiba ni?” tanya aku. “Abang Long kau ada masalah”, jawab ayah. Air muka ayah berubah. “Kenapa dengan Abang Long, ayah?” tanya aku yang mula risau melihat air muka ayah. Ayah lama berdiam.
108 “Dia selalu mengamuk tiba-tiba, sampai tak kenal sesiapa”, ayah bersuara selepas diam lama. “Mad, macam ni lah. Kau balik dulu, nanti kami akan menyusul kamu. Kau ada pengetahuan sikit-sikit, jadi buat apa yang patut sementara kami sampai”, tiba-tiba Aki Lela mencelah. “Saya tak cukup pandai. Saya dah cuba tapi apa yang saya tahu, tak cukup”, jawab ayah seperti mengalah. “Ayah jangan risau. InshaAllah nanti kita sama-sama usahakan”, kata aku sambil memegang tangan ayah dan mencium tangannya. “Kalau macam tu, saya balik dululah. Risau pulak jika dia mengamuk lagi”, kata ayah. “Minumlah dulu. Rehatkan badan dan motor kau tu sekejap”, kata Aki Lela pada ayah. “Baiklah”, jawab ayah. Tak lama kemudian Kak Ayu turun membawa minuman ke bangsal. Ayah dan Aki Lela berbual jauh dari aku. Aku membiarkan kerana itu perbincangan antara orang tua dan bila mereka menjauhkan diri, itu tandanya mereka tak mahu budak seperti aku mendengarnya. Selepas berehat seketika, ayah bergerak pulang. Aku dan Aki Lela masih di bangsal. “Aki, bila kita nak balik ke sana?” tanya aku. “Selepas maghrib nanti, aku dah bincang dengan ayah kau”, jawabnya. “Kita nak naik apa, bas dah tak ada”, tanya aku kerana aku tahu bas terakhir hanya sehingga petang sahaja. “Kita naik kuda”, jawab Aki Lela sambil tersenyum dan mengusap kepala aku. “Tunggu lepas maghrib”, pujuk dia lagi. Aki Lela selalu suka buat pertanyaan aku tergantung tapi aku yakin Aki Lela ada caranya untuk balik ke rumah ayah aku. Aku sebenarnya risau dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada Abang Long aku. Aku hanya berehat di bangsal ketika Aki Lela menuju ke kebunnya. Fikiran aku masih melayang memikirkan pasal abang aku. Selepas maghrib, kami sudah bersiap. “Nurul..Ayu..aku balik lambat. Kunci pintu.”, pesanAki Lela padamereka. 101
109 “Baiklah aki”, jawab Kak Ayu. Kami turun ke tanah dan menuju ke arah hutan. Aku tak berani nak tanya apa-apa, hanya mengikut sahaja apa yang Aki Lela buat. Bila sudah jauh dari rumah, kami berhenti. “Zikir dan pejam mata kau. Jangan sesekali kau cuba buka mata, nanti kau akan jatuh. Jangan bercakap apa-apa. Buka mata kau bila aku suruh dan jangan banyak bertanya”, kata Aki Lela dengan tegas. “Baik aki”, jawab aku yang teruja dengan sesuatu yang baru. “Sekarang mulakan zikir dan tutup mata kau”, arah Aki Lela. Aku menutup mata aku serapat rapatnya dan mula berzikir. Aku dapat rasa Aki Lela memegang kuat lengan kanan aku. Tak lama kemudian aku dapat merasakan tubuh aku terapung dan kemudian bergerak melayang-layang seperti ditiup angin. Aku memegang tangan Aki Lela yang memegang lengan aku dengan tangan kiri aku kerana aku tak dapat berdiri dengan stabil. Aku terasa seperti nak muntah tapi aku cuba bertahan. Kalau lah aku boleh membuka mata, pasti lebih mengasyikan tetapi pesanan Aki Lela tersemat kukuh dalam hati aku buat kali ini. Sesekali terasa kaki menjejak tanah dan kemudian terangkat semula, semua di luar kawalan aku. Aku seperti alat mainan kawalan jauh, cuma bezanya aku yang menjadi alat yang dikawal dan bukan yang mengawal. Aku menikmati perjalanan ini hanya melalui bayangan aku sendiri. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas dan tak terjangkau oleh akal. Orang yang mempertikaikan ilmu Allah umpama orang yang tak mengenal Allah melalui sifat-sifatNya. Tak lama kemudian, aku dapat merasakan kaki aku berpijak di tanah. Aku yakin yang bergerak laju tadi adalah Abang Long. “Mungkin dia tahu aku dan Aki Lela dah sampai”, bisik hati aku. Aku harus menjejaki Abang Long sebelum dia pergi lebih jauh. “Biar ayah dan aki cari dengan cara mereka”, kata hati aku. Aku pejamkan mata sambil membaca sesuatu. “Ya jamianna siliyaumin la’ rai’bafihh, ijmag’ alaiya dhollati” Aku bergerak ke lebih jauh ke dalammengikut gerak hati. Tanah berselut memudahkan aku melihat jejak tapi pada masa yang sama menyukarkan aku untuk bergerak. Aku bergerak dengan berhati-hati kerana selutnya yang licin. “La Ilaha Illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin” Aku terus berdoa sambil bergerak. Mata aku meliar memerhati sekeliling. “Kenapa Abang Long jadi macam ni?” bisik hati aku. Aku tak sempat bertanya apa-apa tadi bila Abang Long menghilangkan
110 diri secara tiba-tiba. Kaki aku berhenti melangkah bila ternampak sesuatu di atas pokok. Cahaya lampu suluh aku tepat ke arah benda tersebut. “Abang Long”, bisik hati aku. Terkejut bila melihat Abang Long aku sedang bercangkung di atas dahan yang tinggi sambil merenung tajam ke arah aku. “Hasbiyallaah laa ilaaha illa huwa ‘alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul ‘arsyil ‘adzim.” Aku mara lagi dekat ke arahnya sambil terus berdoa. “Mari turun Abang Long”, jerit aku memujuk. Kepalanya terteleng ke kanan dan ke kiri. “Ngah suruh turun kan, mari balik”, pujuk aku lagi. Tiada tindak balas. “Jangan sampai ngah paksa awak turun” Kali ini suara aku sedikit tegas. Abang Long melompat ke dahan yang semakin rendah. Kali ini Abang Long berdiri tegak. Peliknya, dia boleh berdiri tegak di atas dahan yang amat kecil. “Alam ta’lam anna allaaha lahu mulku alssamaawaati waal-ardhi wamaa lakum min duuni allaahi min waliyyin walaa nashiirin” Aku tak berhenti berdoa. Tiba-tiba tubuh Abang Long bergoyang. “Siapa suruh kau duduk dalam tubuh abang aku?” jerit aku. Abang Long melompat-lompat seperti marah. Tiba-tiba Abang Long menerkam aku dari atas dahan. Aku mengelak sambil tangan aku menampar mukanya. Dia jatuh tersembam ke tanah. Dia bangun semula mengadap aku. “Sebelum aku musnahkan kau, keluar dari tubuh abang aku”, jerit aku. Abang Long mengeluarkan bunyi dengusan kuat. Aku membaca ayatul Kursi sambil menghembuskan ke arahnya. Dia menyerang lagi. Aku mengelak sambil berusaha menjatuhkannya. Dia kini jatuh terlentang. Aku melompat naik ke atas tubuhnya dan cuba mengunci pergerakannya. Dia cuba meronta-ronta. Tenaganya memang luar biasa. Lututnya menghentam aku dari belakang hingga aku jatuh melepasi kepalanya. Cepat-cepat aku berdiri dan bersedia. “Kau memang cari penyakit. Aku sudah berikan kau peluang keluar dari tubuh abang aku tapi kau berdegil”, jerit aku. Aku membaca sesuatu dan menumbuk ke tanah. Tanah bergegar dan tubuh Abang Long aku terpelanting. “Ainama takunu ya’ti bikumullahu jami’a. Innallaha ‘ala kulli syai’in qadir” Hanya doa yang dapat membantu aku.Abang Long bangkit dan menyerang aku semula. Setiap serangannya aku hanya mengelak kerana
111 buat masa ini aku tak tergamak untuk memukulnya lagi, cukup sekali tadi aku menampar mukanya tetapi semakin dibiarkan serangannya semakin menggila. “Tak boleh biar macam ni”, kata hati aku. Satu serangannya tersasar. Aku memulas tangan kanannya ke belakang dan menjatuhkannya terlungkup. Lutut aku menahan belakangnya supaya dia tidak bangun lagi. Tangan kanan aku mencengkam kedua pelipis kepalanya. Kini Abang Long betul-betul terkunci. Aku membaca ayatul Kursi dan meniup ke ubun-ubunnya. Pada mulanya dia meronta dengan kuat tetapi lama-kelamaan semakin perlahan. Aku terbalikkan tubuhnya supaya terlentang. Matanya bulat memandang aku. Aku membaca lagi satu ayat dan meletakkan tapak tangan aku ke dahinya. Lehernya bergerak ke kanan dan ke kiri untuk melepaskan diri tetapi gagal. “Panas...panas..” Keluar suara yang garau dari mulut Abang Long. Aku tak pedulikan dan terus menekan dahinya. “Aku nak keluar, aku nak keluar”, jerit Abang Long lagi. “Sudah terlambat. Aku dah bagi peluang tapi kau degil”, jerkah aku. “Ngah, lepaskanlah long” Tiba-tiba Abang Long merayu dengan suaranya sendiri. Matanya sayup memandang aku seperti meminta simpati. “Aku tak akan terpedaya dengan tipu daya iblis macam kau”, jerkah aku lagi. Kali ini tangan aku bergerak seolah-olah membelah dadanya. Tubuh Abang Long menggeletar. “Aku mengaku kalah”, jerit Abang Long. “Bagi tahu aku kenapa kau masuk ke dalam tubuh abang aku!” jerit aku sambil menekan kuat tangan aku ke dada Abang Long. Tiada jawapan. Aku tekan semakin kuat. “Cakap...”, jerit aku. “Dia usik barang yang tok kau simpan”, jawab suara itu. “Barang apa lagi tok ni”, bebel hati aku. “Sekarang kau keluar dan berhadapan dengan aku. Jangan guna tubuh abang aku lagi”, jerkah aku lagi. “Baiklah”, jawab suara itu. Aku berundur ke belakang sambil bersedia. Tiba-tiba dari mulut Abang Long perlahan-lahan keluar asap berwarna putih. Dari asap itu muncul satu lembaga berwarna putih berambut panjang. Matanya terlindung oleh rambutnya. Aku nampak Abang Long tak sedarkan diri.
112 “Kau silap tak bunuh aku bila ada peluang”, kata lembaga itu sambil ketawa mengilai. “Kau silap bila keluar dari tubuh abang aku”, balas aku. Habis sahaja kata-kata aku, aku menyerangnya dengan keris di tangan. Lebih mudah bila lembaga itu tidak lagi menggunakan tubuh abang aku. Lembaga itu terbang tinggi bila aku menyerangnya. Dia mengilai semakin kuat.Tiba-tiba hujan turun tanpa disangka. Aku berdiri di tengah hujan yang turun secara tiba-tiba. “Yunazzilu alaikum minas sama ima tohharakum bih. Wayuzziba ankum rijal syaitoni, waliyar bi tho ala qulubikum wayutabbita bihil aqdam.” Aku menusuk keris aku ke tanah yang berselut. Lembaga itu tiba-tiba jatuh ke tanah. Aku melompat dan mendarat betul-betul di hadapan lembaga itu. “Qul Hu Allah hu ahad, Allahu samad, lam yalid walam yulad, walam yakullahu kufuwan ahad” Aku menikam tubuhnya dengan keris aku. Lembaga itu menjerit kuat sambil tubuhnya menggeletik. “Kau belum menang” jeritnya kemudian ia hilang dari pandangan bagai angin lalu. Aku duduk seketika melepaskan lelah. Tiba-tiba aku teringatkan Abang Long aku yang terbaring di tanah dalam keadaan hujan lebat. Aku menggagahkan diri untuk bangun walaupun masih belum hilang rasa penat. Aku membaca sesuatu dan menepuk dua kali di bahunya. Tak lama kemudian dia menggerakkan kepalanya. “Sakitnya kepala”, kata Abang Long perlahan. Matanya seperti terkejut melihat aku. “Ngah buat apa kat sini?” tanya dia lagi. “Ngah ikut long tadi, tiba-tiba long pengsan”, aku bagi alasan. Aku tahu Abang Long tak ingat apa-apa. “Kita buat apa kat sini malam-malam macam ni?” tanya dia lagi. “Banyak pulak dia bertanya”, bebel hati aku. “Nantilah ngah cerita. Mari kita balik dulu”, balas aku. Abang Long bangun dan bergerak mengikut pergerakan aku. “Kenapa Aki Lela dengan ayah tak muncul-muncul ni?” tanya aku dalam hati. Dengan pakaian yang basah dan dikotori selut, kami akhirnya sampai di rumah ayah. “Dah sampai pun hero kita”, kata Aki Lela bila melihat kami tiba berhampiran pangkin.
113 Ayah, mak dan Mak Kecik juga ada duduk bersama Aki Lela. Abang Long duduk di sebelah mak. “Kenapa aki dan ayah tak datang?” tanya aku tanda kurang puas hati. “Kau yang laju sangat berlari tadi. Kami ni dah tua, malas nak kejar. Biarlah kau seorang aje yang pergi”, jawab Aki Lela sambil ketawa. Ayah dan mak tersenyum. “Jadi, aki memang duduk kat sini aje dari tadi?” kata aku. “Ye lah, duduk kat sini sambil minum kopi, lagi sedap dari masuk hutan”, jawab Aki Lela. Aki Lela tersenyum semakin lebar. Aku duduk di sebelah Aki Lela sambil menggesel baju kotor aku dekat pakaiannya. “Tolong jauh sikit atau pergi mandi. Dah macam bau kambing”, ejek Aki Lela. Aku bangun dan menuju ke telaga sambil membebel sendirian. Tak lama kemudian Abang Long menghampiri aku untuk sama-sama mandi. Siap menukar pakaian yang bersih, aku menyertai Aki Lela dan ayah duduk di pangkin. Mak dan Mak Kecik sudah naik ke rumah. “Kami sebenarnya yakin kau akan berjaya bawa balik abang kau tu. Ini pun salah satu ujian untuk kau”, kata Aki Lela ketika aku melabuhkan punggung untuk duduk. “Malam ini ayah tahu siapa anak ayah sebenarnya. Waris Aki Salleh dah ada rupanya”, tambah ayah sambil tersenyum. “Man nak tanya satu hal aje ayah, barang apa yang Abang Long ambil atau usik kat rumah tok? Bila Abang Long pergi rumah tok?” tanya aku. “Dia ada usik barang tok? Tak tahulah pulak. Tok kau kan tak balik rumah lagi sampai sekarang. Sekali sekala Mak Kecik kau pergi sana tengok rumah. Dia bawak Abang Long kau buat teman”, jawab Ayah. “Kalau macam tu, Man nak pergi rumah tok malam ni jugak. Man nak cari barang apa lagi yang tok ada”, kata aku tegas. “Elok juga macam tu”, kata Aki Lela pula. Ayah diam sahaja. “Mari kita pergi. Mad, kau tunggu kat rumah sahajalah”, kata Aki Lela. Kami mula bergerak ke rumah tok. Sunyi dan sepi sahaja bila kami tiba di halaman rumah tok. Joni berlari dan menyalak ke arah kami. “Akulah ni Joni”, kata aku. Joni berhenti menyalak dan berjalan di sebelah aku. Kami baru sampai di kaki tangga tiba-tiba terdengar bunyi ‘benda’ berlari dengan laju dari atas rumah. Lantai kayu yang sudah lama membuatkan bunyi itu terdengar amat
114 kuat. Aku memandang ke arah Aki Lela, Aki Lela mengangguk. Maknanya dia serahkan kepada keputusan aku. Aku melompat dari tangga bawah naik ke beranda. “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’ul ‘alim” Aku menendang pintu tengah hingga terbuka. Aku menoleh ke arah Aki Lela, Aki Lela menggeleng kepala. Mungkin tak suka aku menendang pintu sedangkan aku tahu di mana kunci tersimpan. Aku masuk ke dalam rumah. Bunyi itu kedengaran dari bahagian tengah rumah. Suluhan lampu aku terhenti bila tersuluh sepasang mata merah menyala yang memandang tajam ke arah aku.
115 Aku menoleh ke belakang kerana terasa seseorang menyentuh bahu aku. “Aki..”, kata aku perlahan. “Kau ke belakang”, jawab Aki Lela. Aku berundur sedikit. Aki Lela mengadap kelibat bermata merah tersebut sambil membaca sesuatu. Dalam suasana yang gelap, aku tidak nampak dengan jelas tubuh kelibat itu. Aki Lela mara dan rapat sehingga kelibat itu kelihatan menghulurkan tangan untuk mencengkik lehernya. Aki Lela hanya membiarkan lehernya disentuh kelibat tersebut. Aku juga membiarkan kerana aku yakin Aki Lela tahu apa yang dia buat. Tiba-tiba kelibat itu menjerit dengan kuat dan bergerak laju ke arah pintu tengah. Sepantas itu juga aku mengejarnya. Dari atas beranda aku tidak menggunakan tangga lagi untuk turun ke tanah. Kelibat itu bergerak pantas ke arah hutan dan aku masih mengejarnya dari belakang hingga aku tak sedar aku sudah memasuki jauh ke dalam. Aku hanya berhenti bila kelibat itu hilang dari pandangan aku. “Bodohnya aku. Kenapa aku tak tunggu aki tadi” Tiba-tiba aku baru terfikir. “Kau ni selalu bertindak tanpa berfikir dulu. Memang kena marah lah ni” Aku masih membebel pada dirisendiri. Hanya suluhan lampu suluh aku sahaja yang menerangi suasana. Aku sudah masuk ke kawasan bahaya. “Kau yang salah, kau tanggung sendiri” Aku masih tak puas hati dengan diri sendiri. Aku berpusing-pusing melihat sekeliling. Tiada apa-apa yang mencurigakan tapi pandangan mata kasar hanya akan menipu bila berhadapan dengan benda sebegini. Aku hunuskan keris yang aku sisip di belakang pinggang. Dalam keadaan begini, aku yang akan mendapat masalah sebab aku yang akan menjadi sasaran kerana bagai berada di tengah-tengah. “Auzubikalimatillah hitammati min syarri ma khalaq” Aku bergerak mencari jalan keluar perlahan lahan. Tiba-tiba terdengar seperti bunyi pokok-pokok bergoyang dari atas, bawah, kanan dan kiri. Berpusing-pusing aku melihat sekeliling sekali lagi. Gerak hati aku mengatakan ada ‘sesuatu’ sedang memerhatikan aku. Sayup-sayup aku 102
116 terdengar bunyi mengilai. Semakin lama semakin kuat. Kini bunyi mengilai itu kedengaran di sekeliling aku hingga membingitkan telinga. Aku membaca ayat Kursi dan tiga Kul. “Robba a uzubikamin hamaza tissayati nawa uzibika robba an yah durun” Hanya doa memberikan aku kekuatan menghadapi semua iblis ini. Tiba-tiba satu benda yang laju bergerak melintasi di hadapan aku dan kemudian hilang. “‘Benda’ ni nak cuba menakutkan aku”, bisik hati aku. Aku angkat keris aku melepasi bahu. Sesuatu bergerak pula dari atas kepala aku. Aku terpaksa berguling untuk mengelakkan diri. Seperti tadi, kelibat itu hilang bila keluar dari lingkungan cahaya lampu suluh aku. Aku berundur lagi perlahan lahan. Satu hentaman kuat dari belakang membuatkan aku tersembam ke tanah. Aku cepat-cepat bangun semula dan berdiri. Tiada kelibat apa-apa yang kelihatan. “Ish...main pukul curi pulak ni”, bebel aku. “La Ilaha Illa anta,subhanaka inni kuntu minaz zalimin”, aku terus berdoa. Datang pula sesuatu yang laju dari depan tapi kali ini aku berjaya mengelak. Kelibat itu hilang lagi. Aku membaca lagisesuatu dan kali ini menikam keris aku ke tanah. Semua jadi bergegar. Dari tempat gelap di hadapan aku, muncul satu kelibat bertubuh tinggi dan besar. Matanya merah menyala. “Ya Allah, makhluk apa ni?” bisik hati aku. Penumbuknya sahaja sebesar kepala aku. Tangan kirinya memegang segulung rantai yang kasar. Memang hancur muka dan kepala aku, tak kiralah terkena tangan atau rantai. Dia bergerak ke arah aku sambil mengheret rantai di tanah. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Tiba-tiba bahu aku disentuh dari belakang. “Malam ini dua kali kau bertindak terburu buru, kau undur ke belakang”, bisik Aki Lela. “Maafkan Man, aki”, balas aku perlahan. Aku berundur jauh ke belakang. Aki Lela bersedia dengan kerisnya. Aki Lela yang menyerang terlebih dahulu. Kelibat itu menghayun rantainya. Aki Lela melompat tinggi untuk mengelak. Aku juga terpaksa melompat ke belakang kerana panjangnya rantai tersebut. “Jika ada peluang, gunakan keris kau”, Aku terdengar bisikan di telinga aku. Kelibat itu menghayun lagi rantai di tangannya ke arah Aki Lela. Aki Lela menahan dengan kerisnya. Aku
117 menyaksikan keajaiban, keris Aki Lela yang kecil tidak cacat sedikit pun bila berlaga dengan rantai yang besar. Beberapa kali juga Aki Lela terundur ke belakang menahan hayunan kelibat tersebut. Aku mengintai peluang jika ada sambil menggenggam erat keris di tangan. Rasa risau keselamatan Aki Lela mengatasi rasa gementar. “Jika belum ajal, aku tak akan mati” Aku kuatkan semangat sendiri. Aku bergerak perlahan-lahan mencari peluang. Sekali lagi kelibat itu menghayunkan rantai ke arah Aki Lela. Aki Lela melompat untuk mengelak. Ini peluang yang aku nantikan. Aku melompat ke belakangnya dan menikam keris aku menembusi betis kelibat tersebut. Kelibat itu mendengus kuat. Hayunan kakinya hampir sahaja menghentam aku. Aku bernasib baik kerana sempat mengelak. Aki Lela menganggukkan kepalanya melihat aku. Aku bersedia lagi. Kali ini kelibat itu berpusing ke arah aku.Kecuaiannya memberi peluang kepada Aki Lela untuk menyerangnya pula. Satu tikaman dari Aki Lela tepat mengenai belakangnya. Dengusannya semakin kuat. Satu libasan tangan kanannya hampir mengenai Aki Lela tetapi Aki Lela sempat menahan dengan kerisnya. Keris Aki Lela menembusi tapak tangan kelibat tersebut. Kelibat tersebut semakin marah.Dia berpusing pusing melihat kami berdua kerana aku berada di belakangnya dan Aki Lela di hadapannya. “Cari pehanya” Aku terdengar bisikan Aki Lela. Aku melompat bila kelibat itu memandang ke arah Aki Lela tapi aku tersilap langkah. Satu hayunan kakinya tepat ke tubuh aku. Aku terpelanting ke belakang. Dada aku terasa sakit yang amat sangat. Aku terbatuk-batuk. Aku gagahkan diri untuk berdiri. “A uzibillah hiwaqudrotihi minsyarrima a’jidu a’hazir” Aku urut dada aku tiga kali. Aku nampak Aki Lela menyerang kelibat itu dengan satu gerakan yang pantas. Dari depan, sekelip mata Aki Lela berada pula di belakang kelibat tersebut. Sekali lagi satu tikaman menembusi belakang kelibat tersebut. Kali ini dengusan dan jeritannya amat kuat. Kelibat itu mula terhuyung hayang. Aki Lela melompat sekali lagi dan kepala kelibat itu pula menjadi mangsa. Keris Aki Lela terpacak tepat di kepalanya. Kelibat itu menggoyangkan kepalanya hingga Aki Lela tercampak. Aki Lela berjaya mendaratkan tubuhnya dengan selamat. Kelibat itu mula menjerit seperti kesakitan. Tiba-tiba dia dengan laju menghilangkan diri ke arah dalam hutan. Aku cuba bergerak untuk mengejar bila aku terdengar Aki Lela menjerit. “Tak payah ikut”, jeritnya. Aku terus berhenti.
118 “Jangan nak buat kali ketiga. Makin kurang berfikir kau ni sekarang”, marah Aki Lela. Aku tertunduk. “Balik nanti banyak benda kau kena buat semula. Kau semakin hilang pertimbangan”, kata Aki Lela dengan tegas. Aku tidak memberi reaksi apa-apa kerana memang salah aku. “‘Benda’tu dah nak mati, jangan nak bodohkan diri”, jerkah Aki Lela lagi. “Kena denda lagi lah ni”, bebel aku dalam hati. “Memang patut sebab kau dah lupa apa yang patut kau fikir dan buat. Orang yang bertindak tanpa berfikir umpama orang yang makan apa sahaja tanpa melihat halal dan haram, elok atau mudarat. Akhirnya menyusahkan diri sendiri”, katanya lagi dengan muka yang menakutkan aku. Tak ada sepatah apa pun yang Aki Lela cakapkan sewaktu kami bergerak keluar dari hutan untuk menuju ke rumah tok. Aku tak berani untuk bertanya apa-apa. Aku berjalan jauh dari Aki Lela. “‘Benda’ yang tok kau simpan, aku dah buang. Bukan ‘benda’ yang dia bela sebenarnya tapi ‘benda’ yang menumpang bila tahu tok kau lemah”, kata Aki Lela bila kami tiba di tangga rumah tok. “Patutlah Aki Lela lambat sampai hutan tadi”, bisik hati aku. “Aku selesaikan apa yang penting dulu. Cari punca baru kita tahu apa yang akan kita hadapi, bukan meluru membabi buta macam tu”, jawab Aki Lela yang masih marah-marah aku. Aku naik untuk mengunci pintu tengah tapi pintunya tak boleh ditutup kerana rosak disepak aku sebelum ini. “Kunci ada, yang kau pergi sepak tu buat apa”, bebel Aki Lela lagi. Aku menarik daun pintu dan mengikatnya supaya tidak terbuka luas. Kami pulang ke rumah Aki Lela dengan cara yang sama seperti kami datang ke rumah tok sebelum ini. Setibanya di rumah, aku membersihkan badan dan masuk ke bilik. “Man, mari sini” Aku terdengar Aki Lela memanggil aku. Cepat-cepat aku menuju ke biliknya. “Terangkan semula sifat-sifat Allah yang aku dah ajar”, kata Aki Lela. Aku terus menerangkan setakat mana yang aku diajar olehnya. “Ingat pun apa yang dah belajar, aku fikir kau dah lupa sebab perangai kau tu makin gopoh”, kata Aki Lela. Aku hanya mendiamkan diri. Aku kosongkan hati. “Sifat Allah yang seterusnya adalah Kaunuhu Qadiran atau maksudnya Allah Maha Berkuasa mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu.
119 Itu adalah hakNya. Tiada makhluk yang berhak mempertikaikannya. Sebagai makhluk, kita hanya berhak untuk menerima apa sahaja yang Allah tentukan. Jangan mengeluh apa yang Allah beri kerana setiap kejadian ada rahmat atau rahsia yang kita tak tahu”, terang Aki Lela. Aku mendengar dengan kusyuk. “Aku tak nak lagi bertindak bodoh”, aku nekad di dalam hati. “Bagus dan buktikan” Tiba-tiba Aki Lela bersuara. Aku hanya tersengih. Banyak lagi yang Aki Lela huraikan tentang sifat Kaunuhu Qadirun malam itu. “Aki, lama Man nak tanya. Kenapa kita tak boleh menulis apa yang kita belajar tentang sifat 20?” tanya aku. “Kalau kau menulis, kau hanya akan membaca dan bukan menghayati. Bila kau semat dan tanam dalam ingatan, kau akan memahami”, terang Aki Lela. Aku anggukkan kepala. “Cukup untuk malam ini, pergi masuk ke bilik kau”, kata Aki Lela lagi. Aku bersalam dan masuk ke bilik aku. Malam itu aku tidur dengan sesalan yang penuh di hati kerana telah bertindak terburu-buru. Aku tahu tindakan aku seperti tidak menghormati Aki Lela. Dua hari berlalu tanpa apa-apa aktiviti yang mengujakan. Dapatlah aku rehatkan tubuh badan secukupnya. Dua malam itu Aki Lela hanya mengajar aku tentang pentingnya bertindak mengikut pemikiran. Segala tindakan tanpa berfikir terlebih dahulu akan menyusahkan diri sendiri. Aku kena belajar mengawal tindakan aku. “Man, sekejap lagi ada orang datang ambil kita. Ingat pesan aku, bila sampai di sana perhatikan keadaan dengan mata hati. Berfikir sebelum buat sesuatu” Tiba-tiba Aki Lela muncul di tempat aku berehatselepas makan malam. Tak lama kemudian memang benar aku terdengar bunyi sebuah kenderaan menghampiri rumah Aki Lela. “Nurul, malam ni aku balik lambat, lebih daripada biasa. Tutup pintu.”, kata Aki Lela. “Ya aki”, jawab Kak Nurul. Kami turun ke tanah bersama kelengkapan biasa. Di halaman rumah, sudah menunggu sebuah kenderaan yang besar. Aku nampak kotornya kenderaan itu bagai baru keluar dari hutan yang berselut. Aku tak bertanya apa-apa sepanjang perjalanan malahan Aki Lela pun tak berbual apa-apa dengan si pemandu kereta berbangsa India tersebut. Lebih kurang satu jam perjalanan dalam anggaran aku, kami masuk ke lorong bertanah merah yang memang teruk. Betul sangkaan aku, kenderaan ini memang datang dari
120 kawasan yang berselut dan tanah merah. Sepanjang perjalanan, terdapat kayu balak yang bersusun. Kami berhenti di satu kawasan lapang. Di kanan dan kiri terdapat juga susunan kayu balak. Terdapat dua bangsal yang besar. Datang seorang lelaki Melayu pertengahan usia menyambut kami. “Ni Tok Lela kan?” kata lelaki itu sambil bersalam. “Ya saya. Ini Man, cucu saya”, jawab Aki Lela. “Saya Awang, penyelia di kongsi ni”, jawab lelaki itu lagi. Kami duduk atas balak yang ada di situ tapi jauh dari bangsal. “Begini tok, dah sehari salah seorang dari pemotong balak kami hilang. Puas kami cari tapi tak jumpa-jumpa. Dua hari sebelum dia hilang, macam-macam suara yang menakutkan kami dengar dekat kawasan ini”, terang Awang. “Kamu semua ada buat benda tak elok kat sini kan?” tanya Aki Lela. Awang tunduk seketika. “Betul tok. Kami main judi dan minum arak, macam pesta”, jawab Awang perlahan. “Aku tak nak campur urusan orang bukan islam tapi kamu orang islam kan?” jerkah Aki Lela. “Saya minta maaf”, jawab Awang. “Bukan minta maaf dengan aku tapi dengan Allah. Bila Allah bagi rezeki yang banyak adalah untuk disyukuri, bukan buat pesta. Kamu nak mati dalam keadaan kamu mabuk?” kata Aki Lela, perlahan tapi tegas. Awang hanya mendiamkan diri. Aki Lela kemudian menepuk bahu Awang. “Aku tak ada niat nak campur urusan kamu tapi aku hanya menjalankan kewajipan aku untuk menegur sesama Islam. Terpulang kepada kamu”, pujuk Aki Lela. Awang memeluk Aki Lela. “Aku akan cuba cari orang tu tapi jangan harap apa-apa. Kalau ada rezeki, InshaAllah kami akan jumpa dia”, kata Aki Lela lagi. “Tok nak berapa orang temankan tok?” tanya Awang. “Aku cari dengan cucu aku aje. Kamu orang semua jangan ikut. Duduk kat sini sahaja. Berhenti buat benda yang Allah larang”, pesan Aki Lela lagi. “Tak bahaya ke budak macam ni masuk hutan?” tanya Awang lagi. “Budak ni lagi bahaya kalau tak masuk hutan”, jawab Aki Lela sambil menepuk bahu aku. “Eh aki macam tu pulak”, bebel aku dalam hati. Aki Lela hanya tersenyum melihat aku.
121 “Kalau tak ada apa-apa, kami bergerak dulu. Orang tu masuk ikut sini kan?” kata Aki Lela. “Mana tok tahu?” tanya Awang. “Aku agak aje”, jawab Aki Lela. Kami mula bergerak masuk lebih ke dalam hutan. Kami gunakan lorong yang biasa pembalak ini gunakan. Suasana memang sunyi. “Jangan lalai”, pesan Aki Lela sambil berjalan. Kami melangkah pokok-pokok yang tumbang. Setelah lama berjalan, tiba-tiba bulu roma aku tegak berdiri. Aki Lela berhenti berhampiran satu timbunan kayu yang bergelimpangan. “Zikir”, bisik Aki Lela. Aku mula berzikir. Aki Lela melangkah jauh sedikit dari aku. Kepalanya seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba aku terasa ada ‘sesuatu’ menyentuh bahu kanan aku. Aku melihat jari-jari yang panjang dan tajam melingkar di bahu aku. Bau busuk menusuk hidung. Aku membaca ayat yang aku belajar. Aku hanya membiarkan lembaga itu menyentuh aku. Jari-jari itu mula memegang kepala aku.
122 Terasa sesuatu berdiri rapat di belakang aku. Aku ternampak ada lembaga juga di belakang Aki Lela yang sedang tegak berdiri. Kami berdua kini menghadapi gangguan yang sama tapi yang pasti, aku mula gementar. Aku cuba bertenang. “Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ‘atho-ika”, aku baca dalam hati. Jari-jemari lembaga itu masih meraba tubuh aku. Aku menunggu apa tindakan Aki Lela seterusnya tapi Aki Lela hanya membiarkan lembaga yang ada di belakang tubuhnya. “Sabar, tenangkan diri” Aku terdengar bisikan Aki Lela. Gementar aku hilang bila mendengar bisikan tersebut, cuma aku tak tahan bau busuk yang menusuk hidung aku. Aku cuba menahan nafas tapi tak bertahan lama. Tiba-tiba lembaga yang ada di belakang Aki Lela menjerit kuat dan terbang ke atas pokok dan serentak lembaga yang ada di belakang aku mula bertindak ganas. Cengkamannya semakin kuat. Aku membaca ayat Kursi kuat-kuat. Lembaga itu mula menjadi tidak menentu. Satu jeritan kuat yang membingitkan telinga keluar dari lembaga itu. Lembaga itu terbang dan terus hilang. Aku menghampiri Aki Lela. “Kenapa kau biarkan ‘benda’ tu lama-lama?” tanya Aki Lela. “Man tunggu aki buat dulu”, jawab aku. “Pandai pulak kau tunggu aku, biasanya kau yang buat dulu”, kata Aki Lela seperti menyindir. “Sudah, mari kita masuk ke dalam lagi. Bukan ‘benda’ ni yang sorok orang tu”, tambah Aki Lela lagi. “Man ingatkan ‘benda’ ni yang buat”, jawab aku. “Bukan, ‘benda’ lain”, kata Aki Lela sambil terus bergerak. Aku mengikutnya dari belakang. Memang kawasan pembalakan ini amat menyusahkan untuk bergerak. Berlubang dan berselut sana sini. Kaki seluar aku kelihatan kotor tapi aku pelik pakaian Aki Lela langsung seperti tak terjejas. Selepas lama berjalan, kami berhenti di satu kawasan yang berbukit. Aki Lela memandang sekeliling. 103
123 “Hati-hati. Baca ayat”, pesan Aki Lela. Aku mula membaca ayat-ayat yang aku belajar. Aku mula rasa tak sedap hati, seolah-olah ada ‘benda’ yang memerhati. Aki Lela berundur sedikit ke belakang. “Orang tu ada di sebalik pokok besar tu, tapi tak akan nampak dengan mata kasar”, bisik Aki Lela. “Man dapat rasa”, jawab aku. “Baca ayat tajamkan mata tu, nanti kau akan nampak tapi tengok sahaja. Jangan buat apa-apa dulu”, pesan Aki Lela. “Fakashafna anka ghita aka fabasarukal yauma hadeed” “Semoga Allah memberikan penglihatan yang tajam.” Aku letak kedua dua tapak tangan aku ke kelopak mata sehingga tertutup. Aku buka perlahan-lahan mata aku semula. Aki Lela masih berada di sebelah aku. “Kau dah nampak?” bisik Aki Lela. Aku memandang ke arah yang Aki Lela nyatakan. Aku nampak seorang lelaki berjalan mundar-mandir seperti dalam kurungan, padahal hanya dikelilingi hutan. Tiba-tiba dari hujung bukit kelihatan seorang lelaki tua berpakaian serba putih sedang berdiri melihat ke arah kami. Dia merenung seketika dan kemudian hilang. Aku melihat ke arah lelaki yang terkurung itu dan dia juga hilang dari pandangan. “Itu bukan makhluk biasa. Pembalak ni semua dah ganggu tempat mereka”, kata Aki Lela. “Bunian ke?” tanya aku. “Betul. Dah lah kacau tempat orang, buat pula maksiat. Sebab tu dia orang marah”, jawab Aki Lela. “Biarkan aje lah kalau macam tu, salah pembalak ni jugak”, aku bagi cadangan. “Kita tak berhak nak hukum orang atas kesalahan yang dia orang buat. Mana tahu mereka dah insaf. Serahkan hak hidayah tu kepada Allah. Kita buat sahaja apa yang patut dan mampu kita buat”, katanya lagi. Aku mengangguk. “Kau tunggu di sini, aku akan cuba berbincang dengan mereka. Tapi hati-hati, ‘benda’ tadi mungkin datang semula”, pesan Aki Lela. Tanpa menunggu jawapan dari aku, Aki Lela melangkah jauh ke hadapan dan tiba-tiba hilang dari pandangan. Aku berpusing melihat sekeliling. Bermacam-macam bunyi yang aku dengar. Aku mengambil keputusan untuk duduk di atas sebatang pokok kecil yang tumbang.
124 Tiba-tiba terdengar suara mengilai dari kawasan di belakang aku .Aku bangun dan berpusing ke belakang. Terdengar pula suara mengilai dari sebelah yang lain. Seolah-olah bersahut-sahutan. Dahan-dahan pokok yang berhampiran berbunyi seperti di langgar sesuatu. Cahaya lampu suluh di kepala aku bergerak mengikut pergerakan kepala aku. Tiba-tiba pandangan aku terhenti pada tunggul pokok yang tinggi. Satu lembaga putih sedang berdiri tegak merenung aku. “Jangan ganggu aku, aku tak ada urusan dengan kamu”, jerit aku sambil tangan aku memegang ulu keris di pinggang belakang aku. Lembaga itu terapung perlahan-lahan. Tiba-tiba aku terasa bagai ada sesuatu berdiri di belakang aku. Aku menoleh dan terus berguling ke kanan untuk mengelakkan diri. Rupanya ada satu lagi lembaga yang hampirsama cuba mencekik leher aku. “Aku dah bagi amaran tapi kamu semua tetap berdegil”, jerit aku. Aku hunus keris aku dan mara ke arah lembaga yang hampir dengan aku. “Auzubikalimatillah hitammati min syarri ma khalaq” Lembaga itu menghulurkan tangan ke arah leher aku tapi aku berjaya menikam terlebih dahulu ke dadanya. Lembaga itu mula terhuyung hayang. Aku melompat ke arah belakangnya dan bersedia untuk menikam sekali lagi. Tiba-tiba satu hentaman kuat terasa di kepala aku. Kepala aku terasa pening. Mata aku berpinar tapi aku masih mampu berdiri. Lembaga yang aku tikam itu tiba-tiba hilang. “A’udzu billahi wa qudratihi min syarri ma ajidu wa uhadziru” Aku menggosok tapak tangan kanan aku dari dahi hingga ke tengkuk. “‘Benda’ apa yang pukul curi ni?” bebel aku. “Allahumma inni awuzbika min jahdil-bala, wa darkish-Shaqa, wa Sueel-Qadha wa Shamatihil-Aa’adaa”, aku membaca perlahan dan aku yakin kejahatan tak akan menang. Aku mengalih pandangan aku mencari lembaga yang terapung tapi lembaga itu juga hilang. Aku duduk semula di atas batang pokok yang sama. “Hutan memang tempat ‘benda-benda’ macam ni” Aku memperingatkan diri aku sendiri. “Kenapa Aki Lela tak balik lagi?” tanya aku dalam hati. Aku semakin risau, sekejap bangun dan sekejap duduk. “Aku sepatutnya ikut aki tadi”, aku terus bercakap sendirian. “Kau jalan terus dan baca ayat yang pernah aku ajar tentang dunia lain” Tiba-tiba aku terdengar bisikan Aki Lela.
125 Aku memandang sekeliling mencari Aki Lela tetapi tiada. Aku terus bangun dan melangkah mengikut arahan yang di beri Aki Lela. Sambil berjalan aku membaca, “Allahumma antas salam, qadia hajjadi, Ghoibbusirri masya’allah, La haula wala quwata illa billah aliyyil azim.” Tiba-tiba satu cahaya putih muncul di hadapan aku dan seolah-olah menelan aku ke dalamnya. Tubuh aku bagai diterbangkan melayang-layang. Aku terus beristighfar dan berzikir bersilih ganti. Tak lama kemudian aku berdiri di satu tempat yang cukup asing. Permandangan yang cukup cantik dan mengujakan tetapi aku tak tahu ke mana arah yang patut di tuju. Aku pejamkan mata. “Aki, Man dah ada kat sini”, bisik hati aku. Terasa tiupan angin yang lembut menyapa muka aku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aki Lela sedang berdiri di hadapan aku. “Pandai pun kau cari aku”, kata Aki Lela sambil menepuk bahu aku. “Tapi bila kaki kau melepasi penanda itu, diri kita akan kosong”, tambah Aki Lela sambil menunjukkan ke arah satu pancang batu yang rendah. “Dia orang sama macam kita?” tanya aku. “Ini duniamereka,mereka berhak dengan ilmumereka”,terang Aki Lela. “Aki tak sempat bincang dengan mereka?” tanya aku. “Mereka tak percaya bila aku datang seorang diri”, jawab Aki Lela. Kami berjalan melepasi batu tanda. Tiba-tiba tubuh aku terasa lain macam, terasa letih sangat. “Kat sini, zikir sahaja yang boleh diamalkan”, bisik Aki Lela. Aku mula berzikir nafas. Akhirnya kami sampai di sebuah perkampungan yang amat cantik tapi tiada seorang pun penduduk kampung yang aku nampak. Kami berhenti apabila di hadapan kami berdiri seorang lelaki tua yang berambut dan berjanggut putih. “Assalamualaikum wbt”, Aki Lela memberi salam. “Waalaikummusalam”, jawab Pak Tua tersebut sambil memandang tajam ke arah kami. “Ini cucu saya seperti yang saya ceritakan. Saya bawa dia sebagai bukti saya datang dengan niat baik. Saya mohon kembalikan manusia yang tuan kurung”, kata Aki Lela penuh hormat. “Ilmu kamu tinggi. Kamu pasti tahu kenapa kami kurung manusia itu. Mereka tak menghormati kehidupan kami di sini”, jawab Pak Tua. “Maafkanlah dia. Berilah peluang untuk mereka berubah. Allah Maha Pengampun”, rayu Aki Lela.
126 Pak Tua lama berdiam seperti memikirkan sesuatu. “Tak semudah itu selepas apa yang mereka semua lakukan. Kami tidak menzalimi mereka tapi mereka yang menzalimi kami. Kamu berdua pulang. Semoga ini akan menjadi pengajaran untuk manusia”, jawab Pak Tua. “Tidak tuan, saya sudah berjanji untuk membawa manusia itu pulang. Maafkanlah dia, saya mohon sekali lagi”, rayu Aki Lela lagi. “Kamu memang berani dan berhati mulia. Baiklah, aku akan lepaskan dia dengan satu syarat”, kata Pak Tua lagi. “Ada syarat lah pulak”, bebel aku dalam hati. “Ya mesti ada syarat. Cucu kamu mesti berlawan dengan cucu aku, tanpa senjata. Jika menang, kamu boleh bawa manusia itu pulang tapi jika cucu kamu kalah, cucu kamu harus tinggal di kampung ini selama 3 tahun mengikut dunia kami”, Pak Tua memberikan syaratnya. “Ish..dia baca hati aku”, bebel hati aku lagi. “Di sini ilmu kamu tidak berguna”, tambah Pak Tua lagi. “Baiklah, saya setuju”, jawab Aki Lela. Aku memandang Aki Lela dengan rasa tak puas hati. “Aku yakin dengan kau jadi kau kena yakin pada diri sendiri”, pujuk Aki Lela. “Silakan ke sana”, tunjuk Pak Tua ke satu gelanggang silat berumput cantik. Kami bergerak ke gelanggang tersebut. Entah dari mana, muncul seorang budak yang tinggi sedikit daripada aku. “Ini cucu aku, Ratib. Kamu mesti berlawan cara jujur. Aku berpegang kepada janji dan aku harap kamu juga berpegang pada janji”, pesan Pak Tua. Aku hulurkan keris aku pada Aki Lela untuk disimpan. Aki Lela menggusap kepala dan mencium ubun-ubun aku. “Sekarang semuanya terserah kepada kau”, bisik Aki Lela. Aku dan Ratib menuju ke tengah gelanggang lalu memberi hormat kepada Pak Tua dan Aki Lela. Aku bersalam dengan Ratib tanda hormat. Ratib tersenyum. Maka bermulalah perjuangan aku. Ratib membuka jurus silatnya, begitu juga dengan aku. Aku perhati gerak kakinya, itu petua pertama dan penting. Ratib menyerang aku dengan gerakan yang amat pantas. Tangan dan kakinya bergerak seiring. Akumenepistangannya dengan lengan aku sementara tapak kaki aku menahan sepakannya. “Allahu Ahad”, bisik hati aku. Ratib menyerang lagi dengan melompat sambil cuba menyepak muka aku. Aku sempat menyambar kakinya dan membalingnya ke tepi. Dia terguling
127 jatuh tapi bangun semula dengan cepat. Ratib mula kelihatan marah. Aku cuba menenangkan diri kerana pertarungan baru sahaja bermula. Ratib melompat sekali lagi tapi kali ini kakinya hanya sebagai helah. Aku menepis tangannya tapi sikunya singgah di muka aku. Aku terbaring di atas rumput dengan mulut dibasahi darah. Aku meraba mulut aku, terasa ada gigi yang patah di bahagian tepi. Hilang ketampanan aku. “Hutang gigi mesti dibayar dengan gigi”, bebel hati aku. Aku bangun dan menyerang Ratib. Kami bertarung permainan tangan. Setiap pukulan tangan aku berjaya ditepis Ratib. Aku berundur sedikit sambil memikirkan helah. Ratib tersenyum mengejek. Aku nampak sasaran aku lalu menyerang. Mula-mula menggunakan lutut, diikuti dengan sepakan demi sepakan tetapi tetap berjaya dihalang Ratib. Aku menyerang lagi. Hampir sahaja sampai di hadapan Ratib, aku meluncurkan diri dan menumbuk ke bawah dagunya. Dalam keadaan Ratib menahan sakit, aku bangun dan menyiku mulutnya melepaskan geram. Ratib tersembam di atas rumput. Mulutnya berlumuran darah. Dia meludah ludah ke tanah. Apabila dia membuka mulut, aku nampak seperti dua batang giginya telah tiada. “Sampai pun hajat aku”, kata hati aku. Ratib bangun perlahan dan kemudian bergerak mengelilingi aku. Aku tahu dia sedang mencari ruang untuk menyerang aku. Dia mara ke arah aku dan menumbuk berkali-kali tetapi aku berjaya menepis. Sambil menepis, aku sempat menampar mukanya dengan belakang tapak tangan. Ratib tersembam lagi ke atas rumput. Dia bangun semula. “Boleh tahan juga dia ni”, kata hati aku. Dia melompat sekali lagi dan cuba menyepak aku. Aku mengelak sambil menyepak ke perutnya. Dalam keadaan dia terapung begitu, sepakan aku menyebabkan dia terpelanting jauh dan terguling. Aku menoleh ke arah Aki Lela. Aki Lela langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Aku tahu, dia mahu aku kekal menumpukan perhatian. Taruhannya bukan sebarangan. Pertarungan ini menentukan perjalanan hidup aku. Aku memandang semula ke arah Ratib. Dia bangun perlahan-lahan. Aku menyerang di saat dia belum bersedia. Satu sepakan aku singgah lagi di kepalanya. Dia terguling lagi di atas rumput. Kali ini dia bangun dengan cepat. Dia melurutkan tangannya ke kakinya seperti sedang menguatkan semula kakinya. Kemudian dia menyapu tapak tangannya ke muka. “Hebat juga budak ni”, bisik hati aku. Aku tahu Ratib mesti juga mempelajari sesuatu seperti aku. Dia membuka langkah yang berlainan. Tangannya seolah-olah sedang menari
128 penuh lenggok. Aku perlu lebih berhati-hati. Aku hanya ada tenaga luaran sahaja di dunia yang asing ini. Tersilap langkah akan membawa padah. Ratib bergerak ke arah aku tanpa langkah dan jurussilatseperti biasa. Dia menumbuk dan menyepak aku bersilih ganti. Aku hanya mampu mengelak dan berundur. Satu kesilapan darinya memberi ruang untuk aku berpusing ke belakangnya dan menghentak tapak kaki aku ke belakang pehanya. Ratib rebah sekali lagi. Aku menindihnya dari belakang sambil mengunci pergerakan kakinya. Tangannya juga kini tidak lagi dapat bergerak. Tiba-tiba aku terasa satu hentakan yang kuat mengenai belakang aku. Aku tersembam melepasi kepala Ratib. Cepat-cepat aku bangun semula. “Siapa yang memukul aku?” tanya hati aku. Aku menoleh ke arah Aki Lela. Aki Lela menggelengkan kepalanya seperti menasihatkan aku supaya tidak mengalah.A ku menarik nafas panjang dan lepaskan agar kesakitan tidak terasa. Aku memandang ke arah Pak Tua. Pandangannya nampak tajam ke arah aku. Ratib bangun perlahan mengadap ke arah aku. Mukanya merah padam. Tiba-tiba dia melompat ke arah aku tapi aku berjaya mengelak. Malangnya aku lambat untuk berpusing. Ratib lebih pantas berada di belakang aku. Kilasan lengannya berlingkar di leher aku. Aku terkena kunci maut. Kakinya juga mengunci kaki aku dari meronta. Nafas aku semakin sempit. Mata aku mula kabur. Semua benda nampak berpusing. Tenaga aku kian lemah. Semakin lama aku dapat merasakan aku semakin tidak bermaya. Aku jatuh bertongkat lutut. Semuanya nampak semakin gelap.
129 “Kalau aku mengalah, aku terpaksa lupakan keluarga aku”, aku hanya mampu berkata dalam hati. Mata aku mula terpejam. Fikiran aku bagai melayang-layang merentasi merata tempat yang pernah aku pergi. Tiba-tiba aku ternampak ayah dan mak sedang menangis. “Abang lah pandai-pandai izinkan Man belajar ilmu tu, kan dia dah hilang”, kata mak pada ayah. “Ini jalan yang dia pilih, kita reda aje lah. Satu hari nanti, dia pasti akan balik”, jawab ayah. Air mata aku menitis. Aku terus berzikir. Tiba-tiba aku terasa bagai mendapat satu tenaga yang lain. Aku cuba menggerakkan tangan aku sekuat hati untuk melepaskan tangan Ratib yang melingkar di leher aku. Aku dapat rasa tangan Ratib mula menggeletar cuba bertahan. Dengan sekali rentap, tangan Ratib terlepas dari leher aku. Aku berguling menjarakkan diri darinya untuk mencari nafas. Terbatuk-batuk aku ketika cuba bernafas seperti biasa. Ratib tak memberi kesempatan untuk aku bernafas. Dia melompat ke arah aku. Dalam keadaan yang masih seperti mamai, aku menghulurkan kaki serentak dengan sepakannya. Kakinya singgah di kepala aku dan kaki aku singgah di dadanya.Kedua dua kami terpelanting ke arah yang berlawanan. Aku menoleh perlahan melihat ke arah Ratib. Dia sedang memegang dadanya manakala aku tiba-tiba seperti baru sedar dari tidur. Mungkin sepakan di kepala aku menghilangkan mamai dan pening. Aku bangun dan bersedia dengan jurus aku. Aku mara ke arahnya yang dalam keadaan menahan sakit. Aku cuba menyepak di dadanya sekali lagi tapi dia sempat memegang kaki aku. Serentak siku aku tepat ke kepalanya. “Ahhh..”, dia menjerit kuat. Dia memegang pelipis kepalanya dengan kedua tangannya. Aku tahu dia merasai kesakitan di kepala. Aku melompat sekali lagi dan kali ini sepakan aku tepat ke pipi kanannya. Dia berpusing dan tersembam di atas rumput. Aku melompat sekali lagi ke atas tubuhnya yang terlungkup. Kali ini kedua lutut aku pula tepat ke belakangnya. “Arhhhh...”, lagi sekali jeritan kesakitan kedengaran. 104
130 Aku memahut lehernya dari belakang dan mengunci pergerakan kakinya. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri tapi kali ini aku berjaya menguncinya dengan kuat. Tiba-tiba terasa angin lembut mengenai muka aku. Aku menoleh ke belakang dan nampak Aki Lela sedang berdiri di belakang aku mengadap Pak Tua. “Orang Islam berpegang pada janji. Berlawan tanpa senjata maka biarkan tanpa senjata mahu pun ilmu dalaman. Jika tuan memungkiri janji, saya tak teragak-agak menggunakan apa yang saya tahu”, kata Aki Lela dengan tegas. Aku tahu Aki Lela menghalang sesuatu menghentam aku dari belakang buat kali kedua.Pak Tua bangun dari tempat duduknya. “Cukup, lepaskan cucu aku. Aku berpegang pada janji aku”, kata Pak Tua. Aku melepaskan leher dan kaki Ratib. Ratib terbatuk-batuk sambil terbaring. “Cucu kau memang hebat, begitu juga dengan kau. Aku lepaskan manusia itu tapi dengan satu syarat. Selepas ini jika masih ada yang mengganggu tempat aku, tiada maaf lagi”, kata Pak Tua. “Itu bukan urusan saya lagi. Urusan saya hanya lelaki yang tuan kurung”, jawab Aki Lela. “Bila kau keluar dari kampung ini, kau akan nampak lelaki itu di tempat yang sama kau pernah nampak”, kata Pak Tua lagi. “Baiklah tapi jika tuan memungkiri janji, saya akan kembali dan kampung ini tak akan sama lagi”, keras sekali amaran Aki Lela. Kami mula bergerak untuk keluar dari kampung dengan menuju ke arah batu penanda. Tiada halangan apa-apa sepanjang perjalanan kami melepasi batu tersebut walaupun di kanan dan kiri perkampungan itu mula kelihatan penduduknya melihat kami dengan pelik. “Kita akan balik ke dunia kita”, kata Aki Lela sambil memegang lengan aku dengan kuat. Kami berjalan ke hadapan dan tiba-tiba satu cahaya putih seolah-olah menelan tubuh kami berdua. Terasa tubuh aku terapung apung dan melayang layang. Aku menikmati perjalanan yang memang sukar untuk dialami dan berulang kembali. Tak lama kemudian aku terasa tapak kaki aku menyentuh tanah. Aki Lela melepaskan pegangannya. Kami duduk berehat sebentar melepaskan lelah. “Kau tahu kenapa kau boleh menang pertarungan tadi?” tanya Aki Lela. “Sebab Man tak gopoh”, jawab aku ringkas. “Itu salah satu darinya. Paling utama sekali kau menggunakan akal, bersabar dan bertenang”, terang Aki Lela.
131 “Tapi Man dah nak kalah tadi”, kata aku. “Memang betul tapi masa tu pun kau masih bertenang. Cuba tadi masa tu kau gopoh dan tak bersabar, rasanya aku dah balik seorang diri sekarang ni”, jawab Aki Lela. “Tak kan aki tak nak tolong kalau Man kalah tadi?” tanya aku. “Aku berpegang pada janji. Itu tanda kita seorang muslim”, jawab Aki Lela dengan tegas. “Sudah, mari kita cari orang tu”, kata Aki Lela lagi lalu bangun dan mula bergerak. Kami tiba di pokok tempat kami nampak lelaki yang hilang itu. Lelaki itu kelihatan dalam ketakutan. Tiba-tiba lelaki itu melarikan diri apabila nampak kami berdua. Aku tercengang sambil menoleh ke arah Aki Lela. Kaki aku seperti hendak berlari mengejarnya tetapi aku sabarkan diri. Aku tak nak lagi mendahului Aki Lela. “Kita berpecah. Mata dia tertipu”, jerit Aki Lela. Aku bergerak mengikuti jejak lelaki itu dari belakang sementara Aki Lela bergerak ke kanan. Dengan kesan pokok tumbang dan berselut, keadaan memang menguji tenaga. Letih bertarung belum hilang, kena berlari lagi. Beberapa kali aku tergelincir tetapi aku bangun semula dengan cepat. Entah bagaimana rupa pakaian aku, aku tak peduli lagi. Aku terus cuba menjejak lelaki yang melarikan diri itu. Entah kenapa dia berbuat begitu, aku sendiri pun tak pasti tetapi dia mungkin melihat kami seperti ‘benda’ lain. Dalam keadaan begitu, pandangan mata mudah tertipu. Kadang-kadang aku terpaksa meniti batang pokok yang tumbang untuk elak selut. Aku tak pasti ke mana arah Aki Lela. Aku berhenti mengejarseketika untuk melihat ke mana arah lelaki tersebut berlari. “Lajunya dia lari”, kata hati aku. Aku bergerak semula. Semakin lama semakin jauh masuk ke dalam hutan. Tiba-tiba aku nampak lelaki tersebut berdiri di hadapan aku seolah-olah sedang menunggu aku. “Saya datang nak tolong abang”, kata aku. Tiada tindak balas, hanya matanya memandang tajam ke arah aku. “Saya manusia jugak macam abang”, aku terus cuba menyedarkannya. Masih tiada jawapan. “A uzubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq” Aku bersedia untuk apa sahaja. Tiba-tiba dia berlari ke arah aku dengan laju. Aku melompat melepasi kepalanya sambil menyepak belakangnya. Lelaki itu jatuh tersembam tetapi bangun semula. Aku berpusing mengadapnya. Aku
132 membaca ayat yang biasa aku gunakan dan menusuk keris aku ke tanah. Lelaki itu terpelanting ke belakang dan bangun kembali. “Mana Aki Lela ni?”bisik hati aku. Aku tak boleh menggunakan keris aku kerana lelaki ini adalah manusia yang sedang dikuasai iblis. Dia menyerang lagi. Aku bersedia dengan jurus aku. Aku merebahkan badan aku bila dia betul-betul hampir dengan aku. Kaki aku membentes kakinya hingga dia jatuh tersembam sekali lagi. Aku bingkas bangun dan melompat ke belakangnya. Aku pegang kedua pelipis kepalanya dengan kuat. Dia meronta-ronta. Tiba-tiba dari depan aku muncul lembaga yang menyerang aku awal malam tadi. Aku melepaskan pegangan aku dan melompat ke belakang. Lelaki itu juga bangun dan berdiri di belakang lembaga tersebut. “Lepas satu, satu benda muncul”, bebel hati aku. Aku terasa amat letih tapi aku cuba bertahan. Semakin cepat aku selesaikan benda ini, semakin cepat aku boleh berehat. “Iyya kana’ budu wa iyya kanasta’in” Aku mengulangi bacaan ini. Aku mara ke arah mereka berdua. Lembaga itu menghulurkan tangannya untuk mencekik leher aku. Aku mengelak dan berpusing ke belakangnya. Aku letak kedua tapak tangan aku di belakangnya. Lembaga itu menjerit dengan kuat. Lelaki di belakang aku mengambil kesempatan kealpaan aku dengan memeluk aku dari belakang. Kedua tangan aku tersepit dalam pelukannya. Lembaga itu pula berpusing ke arah aku. Dengan sekali enjut, aku naikkan kedua kaki aku dan menyepak dada lembaga itu. Lembaga itu terpelanting ke belakang dan terapung dari tanah. Aku menundukkan tubuh aku untuk menjatuhkan lelaki yang sedang memeluk aku. Lelaki itu terguling ke tanah. Aku hunuskan keris aku. Ini bukan lagi mainan. Jika terpaksa, aku terpaksa korbankan lelaki ini jika dia semakin membahayakan aku. Aku membaca surah Al Ikhlas dan hembus perlahan ke arah mereka berdua. Aku melompat tinggi kearah mereka. Kedua kaki aku betul-betul berdiri di atas bahu lelaki tersebut. Dengan satu hentakkan kuat ulu keris aku ke kepalanya, lelaki itu jatuh ke tanah dan tidak sedarkan diri. Aku menggunakan bahu lelaki itu untuk menjadi tapak lompatan ke arah lembaga yang sedang terapung. Satu tikaman keris aku tepatmengenai dadanya. Lembaga itumenjerit kuatmemecah kesunyian hutan. Tubuhnya mula berasap dan kini kakinya hampir menjejak tanah. Aku menikam sekali lagi dadanya. Kali ini tubuh lembaga itu mula terbakar. Aku berpaling dan menghampiri tubuh lelaki itu yang pengsan.
133 Aku bercangkung di hujung kakinya dan kemudian memegang ibu jari kaki kirinya sementara kaki kanannya aku kunci supaya tidak bergerak. Tubuh aku yang kecil memang menyukarkan tetapi aku perlu berusaha. Aku memicit ibu jari kakinya sekuat hati sambil membaca ayat-ayat yang aku belajar. Tiada suara yang kedengaran tetapi rontaannya memang kuat. Berhempas pulas aku bertahan. “Keluar kau sekarang, kalau kau berdegil aku akan musnahkan kau”, jerit aku. Tiada suara yang kedengaran tetapi rontaannya semakin kuat. Aku memicit lagi ibu jari kakinya. “Keluar kau sekarang”, jerit aku semakin nyaring. Dengan satu rontaan yang ganas, aku terlepas kaki kanannya. Kakinya pantas menyepak dada aku hingga aku terpelanting ke belakang. Cepat-cepat aku bangun dan menerpa semula ke arahnya sebelum sempat lelaki itu bangun. Aku menekan dahinya dengan tapak tangan kanan aku sekuat hati. Kepalanyacubabergerakkekanandankekiritetapiakumenguatkantekanantapak tangan aku. Mata lelaki itu terbeliak memandang aku. Tangannya terangkat-angkat seperti cuba mencapai leher aku tapi aku segera mengunci pergerakannya. Semakin lama rontaan itu semakin lemah. Tiba-tiba aku dapat merasakan bagai ada sesuatu sedang cuba masuk ke dalam tubuh aku. Nafas aku bagai tersekat-sekat. “Robbi a’u zubika min hamaza tisy shaya thiin, Wa a’u zubika robbi any yah dhu ruun” Aku melepaskan dahi lelaki tersebut dan menegakkan kedua tapak tangan aku sekaki dari dada aku sambil melafazkan zikir nafas. Aku menolak tapak tangan aku ke hadapan sekuat hati kerana ada ‘sesuatu’ yang menolak tapak tangan aku rapat ke dada. Sehabis tenaga aku bertahan sehingga tubuh aku menggeletar dan berpeluh. “Au zubillah himinashsyaitan nirrajim, wa inna alaikal lafnata ila yau middin”, aku membacanya dan hembus perlahan-lahan. Tiba-tiba tangan aku terasa ringan menolak ke depan dan di hadapan aku muncul lembaga putih yang berdiri tidak jejak tanah. Aku melentingkan tubuh aku ke belakang dan berdiri mengadap ke arahnya. Kepalanya sekejap terteleng ke kanan, sekejap ke kiri. Matanya bulat memandang aku. Jari-jemarinya meraba-raba kepala lelaki yang sedang terbaring tak sedarkan diri. “Iblis ni rupanya yang menumpang”, bisik hati aku. Aku keluarkan keris aku dan membaca ayat 3 Kul. Aku mnusuk keris aku
134 ke tanah. Mata lembaga itu kelihatan tersembul keluar. Anehnya, tiada langsung jeritan yang keluar. Aku mara ke arah lembaga itu. “Kul huwallah hu ahad, Allahu samad, lam yalid walam yulad, walam yakulahu kufuwan ahad” Aku menikam keris aku ke dadanya. Biji mata lembaga itu jatuh ke tanah. Tubuhnya terhuyung-hayang. Aku menikam dadanya sekali lagi dan tubuhnya mula berasap. “Aku tak ada urusan dengan kau sebelum ini tapi sekarang kau adalah urusan aku”, jerkah aku. Aku menikam sekali lagi dan muncul asap hitam yang tebal di sekeliling lembaga itu hingga pandangan aku terlindung. Perlahan-lahan asap itu hilang dan tubuh lembaga itu juga hilang. Selepas aku yakin tiada lagi apa-apa gangguan, aku menghampiri lelaki yang tak sedarkan diri itu. Aku membaca sesuatu dan tiup di ubun-ubunnya. Aku tepuk dadanya sekali.Lelaki itu sedar dan terbatuk-batuk. Aku membangunkannya untuk duduk berlunjur. “Siapa awak?” tanya lelaki itu. “Saya Man, manusia”, jawab aku. Bodoh pulak jawapan macam itu aku rasa. “Saya Omar, manusia juga”, jawabnya. “Aku yang bodoh ke dia ni yang bodoh”, kata hati aku sambil tersenyum sendiri. “Abang boleh bangun?” tanya aku. Dia tak menjawab tapi cuba untuk bangun dan akhirnya berjaya berdiri. “Adik seorang sahaja ke?” tanya Omar dengan perlahan. “Berdua, dengan aki saya tapi tak tahu dia hilang ke mana. Abang tunggu kat sini sekejap”, kata aku sambil meninggalkannya. Tiga tapak aku melangkah, aku ternampak Aki Lela sedang terbaring seperti orang yang tak sedarkan diri di atas batang pokok besar yang tumbang. “Aki...”, jerit aku terkejut melihat Aki Lela terbaring begitu. Perlahan-lahan Aki Lela bangun dari baringnya. “Dah habisrupanya kau berlawan. Aku tidur tadi. Lena sungguh”, jawab Aki Lela tanpa rasa bersalah. “Aki tidur masa Man berlawan tadi? Sampai hati aki tak tolong Man”, bebel aku. “Kau tu yang lawan lambat sangat. Aku mengantuk, aku tidurlah. Anggaplah itu macam ujian jugak”, jawab Aki Lela selamba. “Aki ni..”, kata aku, geram. “Masa kau sekolah, kalau kau tengah jawab ujian, ada ke cikgu kau tolong jawabkan?” tanya Aki Lela.
135 “Memang lah tak ada”, jawab aku. “Apa bezanya sekarang dengan sekolah kau, dua-dua tempat belajar kan”, jawab Aki Lela. Aku malas nak layan lagi. Geram sangat aku terhadap Aki Lela. “Abang, inilah aki saya. Mari kita balik”, kata aku pada Omar. Kami berjalan pulang ke arah rumah kongsi pembalak. Aku berjalan jauh ke depan tanda protes. Sesekali aku menjeling ke belakang, Aki Lela tersenyum memanjang. Akhirnya kami sampai di kawasan rumah kongsi tapi suasana nampak lain. Aki Lela mendahului aku. “Kau berdua tunggu di sini”, kata Aki Lela sambil meninggalkan aku dan Omar. Hati aku rasa kurang enak. Jantung aku bergerak laju. Ada sesuatu yang tak kena. “Ya Allah, apa lagi yang terjadi ni”, bisik hati aku. Aku benar-benar kepenatan.
136 Aku hanya mampu duduk sambil menunggu Aki Lela datang semula. Aku tak pasti apa yang terjadi di kongsi balak tersebut. Kalau ikutkan hati, aku memang tak mahu lagi mencampuri urusan ini. Tak lama kemudian, Aki Lela kembali ke tempat aku menunggu. “Kamu berdua mari ikut aku”, kata Aki Lela. Aku dan Omar mengikut Aki Lela dari belakang. Sampai sahaja di pondok kongsi, aku tak nampakwalau seorang pun penghuni yang ada. Keadaan amat berselerak. “Macam dia orang ni lari ketakutan”, kata aku kepada Aki Lela. Aki Lela hanya mendiamkan diri. Matanya terpejam sambil berdiri. “Salah aku”, tiba-tiba Aki Lela menjawab. Aku tak faham kata-kata Aki Lela. “Aku berjanji hanya untuk menyelamatkan Si Omar tu sahaja dan yang lain-lain bukan urusan kita lagi”, terang Aki Lela. Baru aku teringat semasa kami di dunia asing itu, Aki Lela hanya meminta supaya Pak Tua melepaskan Omar dan Aki Lela tidak akan mencampuri lagi urusan yang lain. “Macam mana ni aki?” tanya aku. Lama Aki Lela termenung. “Kita balik dulu. Sekarang sudah hampir menjelang subuh. “Subuh? Bukan tengah malam ke aki?” tanya aku terkejut. “Di dunia sana, masa bergerak perlahan. Sebab itu sesiapa yang sesat dan masuk ke alam sana, rasa hanya sekejap tapi sebenarnya sudah lama”, kata Aki Lela lagi. Aku mula faham. “Kita nak balik naik apa?” tanya aku lagi. “Omar, kau boleh bawa kereta?” tanya Aki Lela. “Boleh tok. Nanti saya tengok dalam kereta, ada kunci ke tak ada. Biasanya kunci tinggal macam tu sahaja dalam kereta”, jawab Omar lalu berjalan ke arah sebuah kenderaan pacuan empat roda. “Kunci ada”, jerit Omar. “Kamu tolong hantar kami balik dan kemudian kamu usahakanlah cari tauke kamu. Ceritakan apa yang terjadi”, kata Aki Lela. 105
137 Omar menghidupkan enjin kenderaan dan kami mula bergerak pulang. Kami tiba di rumah bila subuh sudah lama masuk waktu. Selesai menunaikan kewajipan dan bersarapan, aku berehat di dalam bilik. Terasa letih dan mengantuk yang teramat sangat. Sekejap sahaja aku sudah terlelap. Aku tersedar kerana terasa bahang panas di dalam bilik, menandakan hari sudah tinggi. Aku bangun menuju ke bangsal. Aku nampak Aki Lela sedang berehat di bangsal. Ini peluang untuk aku bertanya apa yang aku inginkan. “Tak baik tidur selepas subuh”, perlahan Aki Lela membebel. “Man mengantuk dan letih sangat aki”, jawab aku. “Nak jadi lasak dan kuat kena biasakan dengan penat dan mengantuk”, pesan Aki Lela. “Aki pun tidur kat hutan malam tadi”, akhirnya aku dapat luahkan kegeraman aku. Aki Lela tersenyum dan kemudian ketawa kecil. “Aku tak tidurlah, aku perhati aje apa kau buat. Aku yakin kau memang boleh selesaikan hal tu”, kata Aki Lela. Tiba-tiba sejuk rasa hati. “Aki, apa sebenarnya terjadi kat kongsi tu?” tanya aku lagi. “Orang tua tu masih marah tapi dia berpegang pada janji. Sebab itu dia lepaskan Omar tapi selepas itu dia lepaskan amarah dia pada yang lain pula”, terang Aki Lela. “Kita kena pergi ke sana semula?” aku bertanya dengan hati yang berat. “Ini yang susah nak dijawab. Kalau ikutkan janji, kita sudah berjanji. Sebagai seorang manusia, kita ada amanah ilmu yang dianugerahkan Allah. Jika tiada sesiapa yang datang memohon pertolongan, kita biarkan”, terang Aki Lela. “Tapi gerak hati Man rasa akan ada orang datang sekejap lagi” Entah kenapa aku boleh berkata begitu. “Kita tengok”, jawab Aki Lela. Kami berbual sambil gelak ketawa kecil. Rupanya banyak benda Aki Lela lakukan hanya untuk menguji aku, aku yang tersalah faham. Aki Lela mengusap kepala aku dan kadang-kadang mencium ubun-ubun aku. Aku peluk Aki Lela erat-erat. “Kau satu satunya orang yang aku selalu bawa ikut aku. Belum pernah ada orang yang serapat dengan aku seperti kau. Kadang-kadang aku kasihan sebab kau tertinggal zaman budak-budak, tak seperti budak-budak yang lain tapi ini semua anugerah Allah. Perjalanan hidup kau masih panjang. Aku, entah esok entah lusa mungkin dah tak ada. Apa yang kau belajar, gunakan ke arah kebaikan. Banyak bersabar dan gunakan akal dengan bijaksana. Selagi kita hidup, selagi itu kita akan belajar” Panjang lebar Aki Lela menasihati aku.
138 “InshaAllah aki. Man doakan aki panjang umur”, jawab aku. “Jangan doakan panjang umur tapi berdoalah semoga diberkati usia. Umur panjang tak menjanjikan apa-apa tapi keberkatan usia membawa kita ke syurga”, balas Aki Lela. Aku terus memeluk erat Aki Lela. “Assalamualaikum wbt” Tiba-tiba aku terdengar orang memberi salam. Aku segera menoleh. “Ayah Abu...”, jerit aku sambil memeluk Ayah Abu. Ayah Abu mencium kepala aku. Biasanya kalau Ayah Abu datang, Aki Lela memerlukan bantuan. “Kenapa lama ayah tak datang?” tanya aku sambil menangis. Ayah Abu mengesat air mata aku. “Ayah sibuk mengajar”, jawab Ayah Abu. “Bila ayah jadi cikgu?” tanya aku lurus bendul. Ayah Abu dan Aki Lela hanya tersenyum. “Ayah mengajar budak darjah satu”, jawab Ayah Abu dengan ketawa yang semakin kuat. Aku tercengang. “Bolehlah ayah jadi cikgu, ajar Man”, rayu aku. Kebendulan aku semakin terserlah hinggakan Ayah Abu tak dapat menahan ketawa. “Ayah Abu cakap mengajar tu maknanya mengajar ilmu Allah di rumah dia. Bukan mengajar di sekolah. Kau ni kadang-kadang cerdik, kadang-kadang ‘cerdik sangat’”, terang Aki Lela sambil ketawa. “Cakaplah terus aje mengajar agama kat rumah, habis cerita. Ini bagi bunga-bunga aje”, bebel aku. “Dia yang salah faham, kita pulak nak disalahkan”, ketawa Ayah Abu. Selepas zohor, aku berehat dalam bilik. Ayah Abu pula berada di dalam bilik Aki Lela. Entah apa yang mereka bincangkan, aku pun tak tahu. Dari dalam bilik aku terdengar bunyi kereta di halaman rumah Aki Lela. Aku keluar dari bilik dan menuju ke pintu depan. Dari atasrumah aku nampak Aki Lela dan Ayah Abu sedang bercakap dengan seorang lelaki Cina dan seorang lelaki Melayu. “Eh, itu abang Omar”, kata hati aku. Pastinya ini berkaitan kejadian di kongsi pembalakan. Lama juga mereka berbual tetapi aku tak tahu apa yang mereka bualkan. Selepas lama berbual, kereta itu bergerak meninggalkan rumah Aki Lela. “Selepas maghrib nanti bersiap. Kita pergi tempat malam tadi”, pesan
139 Aki Lela semasa berjalan menuju ke biliknya. Aku masuk semula ke bilik aku. Aku perlu berehat secukupnya. Aku dapat merasakan malam ini lebih teruk lagi dari apa yang aku lalui sebelum ini. Selepas maghrib, Omar datang mengambil kami bertiga dan bergerak menuju ke tempat yang sama seperti malam tadi. Hati aku berdebar debar tetapi teruja. Sesekali Aki Lela menoleh ke arah aku seolah-olah ada yang ingin dikatakannya. Ayah Abu pula hanya memejamkan mata. Aku tak tahu apa yang akan aku hadapi. Cuma aku risau di ‘alam’ sana, apa yang aku pelajari akan terbatas. “Kena yakin kepada kekuasaan Allah. Di atas muka bumi ini, tiada tempat yang membatasi kuasa Allah. Cuma Allah berkehendak atau tidak. Setiap apa yang ditentukanNya, sesuai dengan namaNya Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui” Aku terdengar bisikan Ayah Abu di telinga aku. Aku menoleh ke arah Ayah Abu, matanya masih terpejam rapat. Kami tiba di tempat yang di tuju. Suasana memang menyeramkan. Sunyi dan sepi sekali. Tiada bunyi binatang hutan dan serangga. “Kamu boleh tinggalkan kami di sini. Kami akan beritahu jika ada apa-apa”, kata Aki Lela kepada Omar. “Nak bagi tahu macam mana?” jawab Omar kehairanan. Ayah Abu menepuk bahu Omar. “Baiklah, nanti saya akan datang semula”, kata Omar tiba-tiba lalu berjalan kaki meninggalkan kami. “Yang kamu tinggalkan kereta ni buat apa? Berani ke kamu nak keluar dari sini berjalan kaki?” tanya Ayah Abu lagi. Omar macam terpinga-pinga. Kami semua tersenyum. Omar masuk semula ke dalam kereta dan berlalu pergi. Kami mula bergerak ke dalam hutan. Aku sendiri tidak tahu sepenuhnya apa yang telah terjadi dan apa yang aku hadapi. Cuma bila bersama dua insan istimewa ini, aku rasa teruja dan yakin. Kami berhenti di tempat yang sama semasa terjumpa Omar sebelum ini. “Dengar baik-baik apa yang aku cakapkan ini. Kita mencari tiga orang lelaki yang mungkin disembunyikan bunian. Hanya yang bertiga ini sahaja yang masih hilang, yang lain-lain sudah dijumpai. Tauke Cina tu minta pertolongan kita sebab tak mahu melibatkan pihak polis kerana mereka sebenarnya membalak secara haram. Mereka berjanji untuk meninggalkan kawasan ini bila kita dah berjaya membawa pulang orang yang hilang ini. Kita sekali lagi akan masuk ke kampung bunian tapi kali ini jangan harap kita akan disambut dengan baik. Bersedia untuk apa sahaja. Jangan terburu buru
140 bertindak. Tersalah langkah, kita akan kekal di ‘alam’ sana”, pesan Aki Lela pada aku dengan tegas. Aku mengangguk tanda faham. Aki Lela memegang lengan kanan aku dan Ayah Abu memegang lengan kiri aku. Satu cahaya putih seolah-olah menelan kami bertiga. Sekali lagi aku terasa terapung-apung dan melayang-layang. Tak lama kemudian kaki aku menyentuh tanah, di tempat yang sama seperti sebelum ini. “Ingat Man, di sini kita hanya manusia biasa dan kebanyakan dari mereka yang ada di sini mempunyai kelebihan dari kita. Jangan gentar. Banyakkan berzikir. Jika baik mereka menerima kita, maka baiklah kita membalasnya”, pesan Aki Lela. Kami berjalan melepasi batu penanda. Tiba-tiba tubuh aku terasa lemah dan tidak bertenaga. “Zikir, InshaAllah semuanya akan kembali seperti biasa”, pesan Ayah Abu. Aku terus mula berzikir. Tangan kanan aku memegang ulu keris di pinggang belakang. Dari jauh, aku nampak ada empat orang lelaki yang tegap bagai menanti kedatangan kami. “Assalamualaikum wbt”, kata Aki Lela kepada mereka. “Waalaikummmusalam”, jawab salah seorang dari mereka. “Penghulu sedang menunggu”, kata mereka ringkas. Kami berjalan mengikut mereka. Kami tiba di satu yang besarnya seperti bangsal. Ada tempat duduk di kanan dan kiri bangsal. Di tengah-tengahnya terdapat satu tempat duduk yang tinggi dari tempat-tempat duduk yang lain. Kami hanya berdiri. Tak lama kemudian, entah dari mana muncul Pak Tua yang pernah aku nampak sebelum ini duduk di atas tempat yang tinggi tersebut. Mukanya kali ini cukup bengis. “Kesombongan hanya membunuh kebaikan”, bisik hati aku. Pak Tua merenung aku lebih tajam. “Kau budak kecil, jangan kau fikir kau menang sebelum ini kau akan menang dan keluar dengan selamat kali ini”, jerkah Pak Tua. “Hidup dan mati kami hanya Allah yang menentukan. Jika hidup kami berakhir malam ini, kami reda” Aku tak tahu kenapa seberani itu aku menjawab. “Kembalikan manusia yang tuan ambil. Kami akan keluar dari sini dengan segera”, kata Aki Lela. Aku rasa tak sedap hati. Tangan aku mengenggam erat ulu keris. “Aku dah tunaikan janji aku. Sekarang jangan ganggu kami lagi atau
141 kamu semua akan kekal di sini”, jerkah Pak Tua lagi. “Kembalikan mereka dan semua akan selamat”, kali ini Ayah Abu pula bersuara. Tiba-tiba Pak Tua bangun dan menjerit dengan kuat. “Tangkap mereka semua”, jerit Pak Tua. Entah dari mana, datang beberapa orang lelaki menyerang kami. Serentak kami bertiga melompat keluar dari bangsal. Aku berada agak jauh dari Aki Lela dan Ayah Abu. Aku hunuskan keris aku. Ini bukan ujian lagi bila melihat kesemua mereka memegang parang dan lembing tajam. Berkerincing bunyi benda-benda tajam berlaga antara satu sama lain. Aku berhadapan dengan dua lelaki. Seorang memegang parang dan seorang memegang lembing.Mereka mengelilingi aku. Mata lembing di tikam ke arah aku. Aku mengelak hanya sedikit sahaja dari perut. Hayunan parang pula menuju ke arah aku. Aku menahan dengan keris sekuat hati aku. Aku menyepak perut lelaki yang memegang parang. Lelaki itu terundur ke belakang. Sekali lagi hayunan lembing menuju ke arah tubuh aku.Aku tepis mata lembing dengan keris aku. Aku tak pasti apa yang berlaku pada Aki Lela dan Ayah Abu. Aku menumpukan perhatian kepada pertarungan aku. Kali ini, serentak lelaki berdua itu menyerang aku. Aku melompat tinggi dan menyepak muka lelaki yang berparang. Lelaki itu tersembam. Gerak hati aku dapat merasakan ada gerakan dari belakang. Aku berpusing dan melentingkan badan aku ke belakang. Mata lembing betul-betul di atas muka aku. Aku terus rebahkan badan dan mengepit batang lembing dengan kaki aku. Aku enjut sekuat hati batang lembing tersebut dan lelaki itu terangkat melepasi kepala aku dan jatuh tersembam ke tanah. Cepat-cepat aku bangun. Aku menarik nafas perlahan-lahan. Lelaki berparang menyerang lagi. Dia melibas parang sesuka hatinya. Aku berundur sedikit sambil mencari ruang. Aku menangkap pergelangan tangannya yang memegang parang dan menikam keris aku ke perutnya. Kali pertama seumur hidup aku menikam keris ke tubuh manusia. Lelaki itu memegang perutnya dan terguling ke tanah. Lelaki yang memegang lembing menyerang aku dengan marah bila melihat rakannya rebah. Dihayunnya mata lembing ke arah muka aku, kanan dan kiri. Aku terpaksa mengelak dengan pantas kerana hayunannya juga pantas. Peluh mula membasahi pakaian aku. Keringat juga menitik-nitik dari dahi. Datang seorang lagi lelaki yang lain memegang parang, tapi parang ini lebih panjang dan berkilat. “Yang ini lain macam sikit”, bisik hati aku.
142 Memang benar tekaan aku. Langkahnya lebih baik dari yang lain. Hayunan parangnya juga membahayakan dan penuh muslihat. Dengan tidak memakai baju, tubuhnya yang sasa jelas kelihatan. Beberapa kali hayunan parangnya hampir mengenai kepala aku. “Kau ke tepi” Tiba-tiba Ayah Abu muncul di sebelah aku. Aku berundur sedikit memberi ruang. Lelaki itu menyerang Ayah Abu. Gerakan Ayah Abu mengelak memang buat aku terpegun. Liuk lentoknya nampak lembut tapi sebenarnya keras. Satu sepakan dari Ayah Abu tepat mengenai perut lelaki tersebut. Lelaki itu terundur ke belakang tapi tetap berdiri tegak. Dia menyerang lagi. Satu sepakan darinya tepat mengenai perut Ayah Abu. Ayah Abu pula terundur ke belakang. “Ayah..”, jerit aku. Ayah Abu menunjukkan isyarat bahawa dia tidak apa-apa. Lelaki itu menyerang sekali lagi dalam keadaan Ayah Abu belum bersedia. Satu tikaman tepat menuju ke arah perut Ayah Abu. “Ayah..”, jerit aku dengan suara yang amat kuat. Ayah Abu hanya berdiri dan tak mampu berbuat apa-apa.
143 Aku melompat tinggi ke arah lelaki tersebut tetapi aku sudah terlambat. Parang itu menusuk ke perut Ayah Abu. “Allah...”, jerit Ayah Abu. Aku berjaya menyepak kepala lelaki tersebut hingga dia jatuh terguling. Aki Lela muncul di tempat kami. “Tengok Ayah Abu kau tu. Biar aku selesaikan mereka semua ni”, kata Aki Lela. Terdapat mungkin 5 atau 6 lelaki yang mengelilingi kami, aku sendiri pun tak pasti kerana aku sedang melihat keadaan Ayah Abu. “Ayah, teruk ni”, kata aku bila melihat banyak darah yang keluar. “Ambil tanah dan lekapkan kat situ”, jawab Ayah Abu dengan suara menahan sakit. Aku mengambil tanah dan lekapkan di tempat yang luka. Air mata aku mula bergenang. Amarah aku membuak-buak. “Walyatalattaf” Aku buka baju dan ikat di sekeliling perut Ayah Abu dengan harapan dapat menghentikan pendarahan. Aki Lela pula sibuk melindungi aku dan Ayah Abu. Aku tinggikan alas kepala Ayah Abu menggunakan tanah supaya tinggi dan senang untuk bernafas. “Ya ardu bla’i ma ’aki wa ya sama ’u aqli’i” Aku letak tapak tangan aku pada baju yang menutup luka Ayah Abu. Hanya ini yang aku mampu ikhtiarkan buat sementara waktu. Selebihnya aku serahkan kepada Allah. “Ayah bertahan kat sini, Man nak tolong aki”, kata aku pada Ayah Abu. Ayah Abu tersenyum, senyuman yang merisaukan aku. Aku berdiri dengan keris di tangan.Aki Lela menoleh ke arah aku. Dari mulutnya yang bergerak, aku tahu dia cuba mengatakan ‘sabar’. Aku hanya mengangguk. Aki Lela berdiri di hadapan Ayah Abu sementara aku di belakang Ayah Abu. Enam lelaki berpusing mengelilingi kami. Seorang demi seorang menyerang kami dengan parang dan lembing. Berhempas pulas aku dan Aki Lela bertahan. Libasan parang dan tusukan lembing bersimpang-siur berhampiran tubuh kami. Sesekali aku menoleh melihat Ayah Abu yang masih tersenyum 106
144 melihat aku. Seorang lelaki menghayun parangnya ke arah aku. Aku melompat sedikit sambil menyepak lengannya. Terpusing sahaja tubuhnya, aku menikam keris ke tepi pinggangnya. Dia jatuh terguling. Tiga orang telah rebah di tangan Aki Lela. Sekarang hanya tinggal dua orang lagi. Serentak mereka berdua menyerang kami. Aku mengelak sambil berpusing ke belakang dan keris aku terpacak tepat di belakang lehernya. Lelaki yang menyerang Aki Lela juga sudah terbaring di tanah. Aki Lela menghampiri Ayah Abu sementara aku berjaga-jaga. “Man, kita kena keluar dari ‘alam’ ni. Ayah Abu kau tak boleh bertahan lama kalau kat sini”, kata Aki Lela. “Man mengikut aje”, jawab aku. Aki Lela membangunkan Ayah Abu dan memapahnya menuju batu penanda. Aku berjalan di belakang sambil mengundur. Tiga orang lelaki mengejar kami. “Aki jalan dulu, jangan tunggu Man. Man nak halang dia orang ni semua”, jerit aku. Aku berhenti untuk menghalang pergerakan semua lelaki tersebut. Aki Lela dan Ayah Abu semakin jauh. Aku rela bergadai nyawa dan kehidupan aku di sini asalkan Ayah Abu berjaya diselamatkan. Tiga orang lelaki itu menghampiri aku. Aku genggam erat keris di tangan, berhadapan pula dengan lelaki-lelaki yang berparang. Aku membaca surah An Nas kerana aku tahu di hadapan aku ini juga makhluk Allah tapi dari alam yang berlainan. Satu tetakan menuju ke kepala aku tapi aku berjaya mengelak ke tepi. Siku kiri singgah di kepalanya. Seorang lagi mara dengan parang. Libasannya hampir mengenai perut aku. Hanya sedikit elakan, hujung parang membias perut. Belum habis dengan parang, muka aku pula menjadi sasaran mata lembing. Ke kanan dan ke kiri juga aku menggerakkan kepala aku untuk mengelak. “Allahu Ahad, Wala haula wala kuwata illa billa billah hilayil azim” Hanya itu yang aku mampu aku lafazkan. Baru nak menarik nafas, aku diserang lagi oleh lelaki berparang. Aku tepis lengannya yang memegang parang, perut aku pula menjadi mangsa sepakannya. Aku terundur ke belakang. Lelaki-lelaki itu ketawa kecil. “Mereka memandang rendah kat aku”, bisik hati aku. Mereka menyerang aku serentak. Mata lembing dan tetakan parang bersilih ganti. Aku berjaya berpusing dan berada di belakang si pemegang parang. Satu tikaman dari aku berjaya menembusi belakangnya. Dia tersungkur menyembah bumi. Keris aku berlumuran darah. Menitik-nitik darah bila aku berdiri mengadap lelaki berlembing. Mukanya mula berubah. Dia cuba