The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-04-08 11:09:08

Bisa - PCM - JILID 3

Pengalaman Penulis

145 menikam aku tetapi aku mengelak sambil memegang bahagian tengah batang lembing lalu menyepaknya di muka. Dia terguling jatuh. Kini batang lembingnya di tangan aku. Dengan sekali tikaman, lelaki itu tak bergerak lagi. Aku terduduk keletihan. Aki Lela dan Ayah Abu sudah lama hilang dari pandangan. Aku berdoa semoga Ayah Abu selamat biarpun aku sendiri belum tentu selamat. “Ya Allah, ada ramai lagi rupanya”, kata aku bila melihat semakin ramai yang datang ke arah aku dari jauh. Aku mengambil keputusan untuk melarikan diri dan akan menyerang secara senyap. Ini adalah jalan terbaik daripada bertarung dengan mereka semua secara berdepan berseorangan. Aku bingkas bangun dan melarikan diri ke arah hutan yang aku langsung tak tahu jalannya. Dari jauh terdengar suara yang riuh rendah mengejar aku. Aku berlari tanpa henti sambil mata mencari jika ada tempat untuk aku bersembunyi. Aku berhenti di satu kawasan yang dipenuhi seperti pokok paku pakis. “Di bawah pokok ini biasanya kosong”, bisik hati aku. Aku menyusup masuk ke bawah rimbunan pokok-pokok tersebut tanpa memikirkan tentang binatang berbisa. Aku merangkak dalam suasana gelap-gelita. Aku baringkan tubuh aku yang tidak berbaju bila aku rasa aku sudah berada di bahagian tengah. Telinga aku cuba menangkap sebarang bunyi. Tiba-tiba aku ternampak cahaya yang terang. “Mungkin cahaya jamung”, bisik hati aku. Aku terdengar suara ramai orang bercakap tapi bahasanya tidak aku fahami. “Allahumma inni a`udhu bika min zawali ni`matika, wa tahawwuli `afiyatika, wa fuja’ati niqmatika, wa jami`i sakhatika” Aku berdoa semoga Allah mengekalkan nikmat yang diberikanNya ini. Aku terbaring terlentang memandang langit yang terlindung pokok paku pakis. Terasa banyak ‘benda’ merayap di atas tubuh aku tapi aku abaikan. Aku lebih memikirkan nasib Ayah Abu. Aku tidak menghiraukan sangat nasib diri aku. Jika ditakdirkan aku kekal di ‘alam’ sini berapa lama sekali pun, aku reda. Cahaya jamung dan suara riuh rendah masih kelihatan dan kedengaran. Aku mematikan diri bila terasa mereka semakin menghampiri tempat aku berlindung.


146 Aku terdengar mereka melibas pokok-pokok dan semak samun di kawasan aku bersembunyi. Aku genggam erat ulu keris dan meletakkannya di atas dada. Jika mereka semakin hampir, aku tak akan menyerahkan diri sewenang-wenangnya. Berpantang menyerah sebelum berlawan. Semakin lama bunyi yang aku dengar semakin dekat. Aku semakin berpeluh. Jika aku ditemui, riwayat hidup aku mungkin berakhir. Jasad aku akan terkubur selamanya di ‘alam’ yang asing ini. Tiba-tiba aku terdengar suasana yang amat bising. Mereka bercakap sesama sendiri dan kemudian bunyi orang berlari. Suasana jadi sunyi dan gelap gelita. “Kenapa mereka semua tak cari aku?” aku tertanya sendiri. Selepas memastikan tiada lagi sesiapa,aku bangun dari tempat persembunyian. Aku bergerak menunduk sambil mata aku liar memerhati sekeliling. Akhirnya aku berjaya keluar dari semak samun dan bersandar pada sebatang pokok. Aku menyapu tubuh aku yang kotor penuh dengan cacing dan ulat tanah. Cuaca sejuk terasa sampai ke tulang. Aku bergerak perlahan-lahan dengan menjadikan pokok-pokok yang ada sebagai pelindungan. Suasana yang bising mula kedengaran semula. Setibanya disebatang pokok yang berhampiran dengan kawasan yang lapang, aku nampak satu susuk tubuh sedang dikerumuni oleh ramai lelaki. “Aki..”, jerit hati aku. “Kenapa aki datang semula, kenapa tinggalkan Ayah Abu”, tanya hati aku lagi. Aku mula memikirkan perkara yang tak elok berlaku kepada Ayah Abu. Tanpa berfikir panjang, aku keluar dari tempat persembunyian dan meyerang dari belakang. Aku melibas keris aku kepada setiap tubuh yang aku nampak. Keris dan tubuh aku bermandi darah. Akhirnya aku berjaya sampai ke tempat Aki Lela. Aki Lela tersenyum melihat aku. Kini, belakang badan aku berlaga dengan belakang badan Aki Lela. Kami bersedia menghadapi serangan dari setiap penjuru. Terdapat berbelas lelaki yang mengelilingi kami. Tiba-tiba semua lelaki yang ada berundur ke belakang. Di celah-celah semua lelaki tersebut muncul Pak Tua. “Aku tak mahu lagi ada pertumpahan darah. Sekarang aku mahu kamu bertarung dengan aku, seorang lawan seorang. Kamu telah mengotorkan kampung aku”, jeritnya. “Aku dah minta cara baik tapi tuan menolak. Aku sendiri tak mahu jadi begini. Aku terima tawaran tuan tapi tuan mesti lepaskan dulu tawanan tuan”, jawab Aki Lela. “Kalahkan aku dulu, baru aku lepaskan”, balas Pak Tua.


147 “Tidak lagi untuk kali ini. Sekarang, aku yang berikan syarat. Kalau tidak, aku amuk seluruh kampung ini hingga ke titisan darah terakhir kami”, gertak Aki Lela. “Baiklah. Aku lepaskan mereka semua”, jawab Pak Tua. Pak Tua memejamkan mata sambil membaca sesuatu. Tangannya seperti menarik sesuatu yang tak nampak di mata. “Sekarang mereka sudah bebas”, kata Pak Tua. “Terima kasih. Aku berpegang pada janji. Kita bertarung hingga ke salah seorang dari kita mengaku kalah”, jawab Aki Lela. “Tidak, hingga salah seorang dari kita mati”, tegas Pak Tua. “Baiklah”, jawab Aki Lela. “Kamu semua jangan masuk campur walau apa pun terjadi”, arah Pak Tua kepada anak buahnya. Aku berundur jauh ke belakang. Aki Lela mula bersedia dengan kerisnya dan Pak Tua dengan parang panjangnya. Pak Tua menyerang Aki Lela terlebih dahulu. Gerakannya pantas,permainan parangnya nampak merbahaya. Aki Lela menggerakkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mengelak libasan. Pak Tua melibas lagi tapi kali ini Aki Lela berjaya menangkap pergelangan tangannya lalu menyepaknya di perut. Pak Tua terundur ke belakang tapi tak rebah. Dia berpusing mengelilingi Aki Lela. Sekali lagi hayunan parangnya dihalang keris Aki Lela. Pak Tua membaca sesuatu. Kali ini parangnya bergerak sendiri menuju ka arah Aki Lela. Aku tak senang duduk melihat kejadian tersebut memandangkan Aki Lela tak boleh menggunakan ilmunya. Berhempas pulas Aki Lela menangkis serangan parang terbang tersebut. Parang itu terapung di udara. Pak Tua menepuk tangannya sekali dan parang itu meluncur laju ke arah Aki Lela. Aki Lela menahan dengan kerisnya lalu berjaya memegang hulu parang. Parang itu seolah-olah meronta-ronta untuk melepaskan pegangan Aki Lela. Dengan sekali hayun, Aki Lela menusuk parang itu ke tanah. Suasana bertukar menjadi kabur dipenuhi kabus. Tiba-tiba tangan aku direntap kuat. “Cepat ikut aku” Terdengar suara Aki Lela. Aku terus berlari kerana tangan aku disentap Aki Lela. “Kejar mereka cepat” Aku sempat mendengar suara Pak Tua. Riuh rendah bunyi di belakang kami. “Kita sudah dekat...cepat”, jerit Aki Lela. Akhirnya aku perasan kami sudah melepasi batu penanda. Kami berdiri


148 dan tiba-tiba diselubungi cahaya putih. Aku terapung dan melayang-layang di udara. Akhirnya kaki aku menyentuh tanah. “Cepat, kita belum selamat”, jerit Aki Lela sambil bergerak laju. Aku hanya menurut dari belakang. Aku menoleh ke belakang, rupa-rupanya ramai lelaki dari ‘alam’ sana masih mengejar kami. Kami berhenti di timbunan kayu balak. Aku nampak Ayah Abu sedang duduk berlunjur bersama tiga orang lelaki. Ayah Abu hanya mampu tersenyum pahit. Lega hati aku bila melihat Ayah Abu masih bernafas. Aku sempat memeluknya seketika. “Kamu bertiga cepat lari ke arah sana, jangan berhenti selagi tak jumpa jalan besar. Kami akan ikut kamu semua dari belakang”, arah Aki Lela sambil memapah Ayah Abu. “Aki kena jalan dulu nanti dia orang sesat. Biar Man pegang Ayah Abu”, kata aku. Aki Lela membiarkan Ayah Abu memeluk leher aku lalu memintas lelaki yang di hadapan. Sekejap sahaja Aki Lela dan tiga orang lelaki itu hilang dari pandangan. Aku yakin Aki Lela akan berpatah balik bila semua lelaki itu tiba di tempat yang selamat. Tiba-tiba sesuatu yang terang benderang di belakang aku. Bunyi meletup letup kedengaran seperti benda terbakar. Belakang aku mula terasa bahang. “Ayah...hutan terbakar”, jerit aku. Kami bergerak semakin laju. “Man, kau pergi dulu. Tak sempat kalau kau bergerak dengan aku”, kata Ayah Abu. “Man tak nak tinggalkan ayah. Kita sempat keluar bersama-sama”, balas aku. Aku letak tangan Ayah Abu pada bahu aku dan terus bergerak. Beberapa batang pokok mula tumbang di belakang kami. Bahang panas semakin terasa. Asap pula mula semakin tebal. Aku tak tahu kenapa hutan ini begitu cepat terbakar. “Tak sempat ni Man kalau bergerak macam biasa”, kata Ayah Abu sambil berhenti. “Sempat”, jawab aku. “Aku tak cukup kuat untuk guna ilmu ni tapi kita harus cuba”, kata Ayah Abu. Ayah Abu memejamkan mata sambil membaca sesuatu. Dia memegang lengan aku tapi tak sekuat biasa. Aku juga memejamkan mata dan bersedia. Tiba-tiba aku terasa tubuh aku terapung di udara. Kami mula bergerak dengan laju bagai tak jejak ke tanah. Terdengar nafas Ayah Abu bagai menahan


149 Itu pantang larang bergerak dengan ilmu ini.Aku cuba memegang tangan Ayah Abu menggunakan tangan kiri aku tapi tak bertahan lama. Semakin lama pegangan tangan Ayah Abu semakin lemah dan akhirnya pegangannya terlepas. Aku bergerak sendirian dengan laju dan bila kaki aku menyentuh tanah, aku terapung dan bergerak semula. Ayah Abu tak tahu hilang di mana. Aku mengambil keputusan untuk membuka mata. Tubuh aku jatuh terguling-guling ke tanah. Terasa kesakitan yang teramat. Aku tak pedulikan rasa sakit kerana aku lebih memikirkan tentang Ayah Abu. Aku tak pasti berapa jauh aku terpisah dengan Ayah Abu. Dari jauh aku nampak cahaya hutan terbakar terang benderang. Aku ambil keputusan untuk mencari Ayah Abu. Aku perlu cepat kerana api semakin marak. Asap juga semakin tebal hingga menyesakkan nafas. “Ayah...”, jerit aku tapi tiada sahutan. Aku bergerak lagi sambil memanggil nama Ayah Abu. Tiba-tiba aku terasa seseorang menyentuh tangan aku. “Aki...”, jerit aku terkejut. “Mana Ayah Abu?” tanya Aki Lela. “Tadi kami guna ilmu Ayah untuk bergerak laju tapi tangannya terlepas”, jawab aku. Aki Lela diam seketika. “Api makin besar, dah tak sempat nak patah balik mencari dia”, kata Aki Lela. “Man nak cari jugak. Biar Man pergi seorang”, kata aku. “Dengar cakap aku. Kita dah tak boleh buat apa-apa lagi kecuali berdoa”, jerkah Aki Lela. “Man nak pergi jugak”, kali ini aku bersuara tinggi. Air mata aku mula bergenang memikirkan nasib Ayah Abu. Satu pukulan pada leher membuatkan aku tak sedarkan diri.


150 Aku tersedar di satu kawasan yang lapang, jauh dari hutan yang terbakar. Itupun bila terasa tubuh dibasahi hujan lebat. Aku memandang sekeliling tapi tiada sesiapa. “Ke mana Aki Lela pergi, kenapa dia buat aku tak sedarkan diri?” Pertanyaan yang akan aku tahu jawapannya bila bertemu dengannya. Aku gagahkan diri untuk bangun walau kepala terasa berat dan pening. “Mana Aki Lela dan Ayah Abu?” tanya hati aku. Aku berjalan mundar mandir tanpa arah tujuan. “Tak boleh jadi ni, aku kena cari Ayah Abu” Aku buat keputusan sendiri. Aku bergerak ke arah hutan yang terbakar. Dari jauh, api kelihatan sudah mula padam. Tanah jadi berselut dan banyak menjadi takungan air. “Semoga Aki Lela dan Ayah Abu selamat” doa aku. Aku meredah bara-bara api yang masih menyala tanpa berbaju. “Aki...ayah..”, laung aku tapi tiada jawapan. Aku terus bergerak. Bahang bara api yang masih ada di sekeliling menghangatkan sedikit tubuh aku. Hujan yang lebat menyukarkan aku melihat jejak tapi aku tak peduli. Selagi aku tak berjaya menemui mereka berdua, hidup atau mati,aku akan terus mencari. “Aki...ayah..” Aku terus memanggil nama mereka berdua tapi masih tiada balasan. Hujan lebat mencurah-curah ke atas lantai hutan, memadamkan bara-bara api sedikit demi sedikit. Sesekali aku berhenti kerana terasa penat. Air mata aku mula bergenang. “Siapa lagi nak ajar Man kalau aki dan ayah tak ada”, kata aku sambil menangis tersedu-sedu. Aku membayangkan perkara buruk berlaku terhadap mereka berdua. Aku duduk seperti duduk tahiyat awal sambil tunduk memandang ke tanah. Air mata bercucuran jatuh. “Ya Allah, demi zatMu yang Maha Melindungi, selamatkan dan lindungilah Aki Lela dan Ayah Abu aku”, hanya kepadaNya aku serahkan segalanya. 107


151 Aku tekup muka aku dengan tangan kanan sambil tersedu-sedu. Hati terasa kosong. Fikiran menjadi buntu. “Rabbana afrigh alayna sabran watawaffana muslimin” Aku cuba kuatkan hati. Aku bangun dan berdiri tegak. Aku gagahkan diri untuk bergerak semula mencari jika ada tanda-tanda di mana mereka berdua berada. Api hampir padam sepenuhnya kerana hujan lebat masih berterusan. Aku redah sahaja lopak air yang dalam dan selut-selut setebal buku lali. Beberapa kali juga aku rebah kerana keletihan tapi aku bangun semula. Tiba-tiba telinga kanan aku berdesing dengan kuat. Aku berselawat dan berzikir. Jantung aku berdegup laju. “Aku yakin mereka berdua masih hidup”, bisik hati aku. Aku pejamkan mata seketika. “Fakashafna anka ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Aku membuka semula mata perlahan-lahan. Aku memandang sekeliling sambil bergerak. Tiba-tiba ada sesuatu terbang mengelilingi aku dengan laju. Bunyi seperti kibasan sayap jelas kedengaran. “Apa lagi ni?Hutan dah terbakar pun, iblis nimuncul lagi”, bebel hati aku. “La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zalimin, Allahu Ahad”, aku lafazkan di mulut. “Jangan ganggu aku. Aku tiada urusan dengan kamu”, jerit aku. Bunyi kibasan sayap kedengaran semula. Bila aku berpusing mencari, ia hilang dari pandangan. Cuaca sejukmembuatkan akumulamenggigil kesejukan. Aku membaca surah Al Ikhlas dan menusuk keris aku ke tanah. Satu gumpalan angin seperti bulatan muncul dari tanah. Bunyi ‘benda’ mendengus mula kedengaran. Dari celah batang-batang pokok yang terbakar, aku ternampak sepasang mata berwarna merah sedang merenung aku. Tubuhnya hitam berkilat dan tulang sayapnya tertonjol melebihi bahu. “Ya Allah, ‘benda’ apa pulak ni? Mungkin kerana hutan terbakar ‘benda-benda’ ni keluar dari kurungan”, teka hati aku. “Jangan ganggu aku. Aku tak ada urusan dengan kamu”, jerit aku lagi. Aku bukan takut tapi fikiran aku hanya memikirkan Aki Lela dan Ayah Abu sahaja. Kehadiran kelibat itu melambatkan niat aku. Kelibat itu mengembangkan sayapnya yang nampak lebar. Angin yang terhasil dari libasan sayapnya terasa di muka aku. Aku bersedia dengan keris di tangan. “Memang jenis tak reti bahasa atau memang tak faham bahasa”, bebel aku.


152 “La Ilaha Illallah Wahdahu La Syarikalah Lahul Mulku Walahulhamdu Yuhyi Wa Yumitu. La Haula Wala Quwwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim” Kelibat itu terbang ke arah aku dengan laju seperti seekor burung helang besar. Aku melompat mengelak ke tepi. Libasan sayapnya yang lebar hampir mengenai muka aku. Aku cepat-cepat bangun. Kelibat itu berpusing dan terbang semula ke arah aku. Air liurnya meleleh-leleh seperti seekor anjing. Aku membaringkan tubuh aku ke tanah sambil menegakkan keris aku ke atas. Aku dapat rasa keris aku berjaya menghirissesuatu tapi tak memberi kesan langsung kepada kelibat itu. Kuku kakinya yang tajam hampir sahaja merobek muka aku. Kelibat itu mendengus kuat sambil terapung sedikit dari tanah. Sayapnya dikibas-kibas dengan kuat untuk terapung. “Aku harus buat sesuatu pada sayapnya”, bisik hati aku. Kelibat itu menyerang lagi. Aku mengelak sedikit sahaja sambil keris aku ditegakkan paras bahu. Satu hentaman kuat menyebabkan aku terpelanting ke belakang. Aku bernasib baik kerana hentamannya tidak tepat ke bahagian tubuh yang menyakitkan. “Keras rupanya sayap iblis ni”, bebel aku. Giliran aku pula melompat tinggi ke arah kelibat itu. Sekali lagisayapnya yang lebar menampar tubuh aku. Aku terpelanting betul-betul pada sebatang pokok yang hangus terbakar. “Allah..”, lafaz aku kesakitan. Tiba-tiba seseorang menyentuh bahu aku. “Aki..”, kata aku terkejut. Aki Lela membantu aku untuk bangun dan menolak aku ke tepi. Aki Lela mara ke hadapan. Kelibat itu menyerang Aki Lela pula. Aki Lela mengelak dan menikam ke bawah sayap sebelah kanan. Satu garisan panjang terlihat pada sayap tersebut. Kelibat itu kelihatan semakin marah dan menyerang kembali. Sekali lagi Aki Lela mengelak dan menikam sayap sebelah kiri pula. Kali ini sayap kiri kelihatan terkoyak besar. Kelibat itu menjerit marah sambil mematah-matahkan pokok yang berhampiran dengannya. Dia cuba untuk terbang berkali-kali tapi gagal. Sambil menjerit kuat, direntapnya tulang sayapnya hingga tercabut satu persatu. Dengan matanya yang terbeliak, kini dia berdiri tegak mengadap ke arah kami. “Hati-hati”, kata Aki Lela. Tiada nampak cuak langsung di raut muka Aki Lela. Kelibat itu menyerang Aki Lela dengan kuku dan giginya yang tajam tapi sedikit pun tak berjaya menyentuh Aki Lela. Leher aku pula masih sempat berpusing-pusing mencari Ayah Abu.


153 “Kenapa aki seorang saja, mana Ayah Abu?” tanya hati aku. Aku semakin risau dan tak sedap hati. Tak tergamak aku nak tinggalkan Aki Lela dan bergerak mencari Ayah Abu. Aki Lela masih dalam keadaan bertahan dari serangan kelibat itu. Satu gerak tipu helah dari Aki Lela membuatkan Aki Lela berjaya menikam kelibat itu di bahagian belakang. Tunggang langgang kelibat itu menahan sakit. Dia menggenggam tanah dan menyapu ke belakangnya. “Aku kena tolong Aki Lela, kalau tak, lambat untuk mencari Ayah Abu”, bisik hati aku. Aku membaca surah Al Ikhlas dan lafaz “Hu Ahad” tanpa henti. Ini adalah ikhtiar untuk menghilangkan kekuatan kelibat ini. Aku mara berhampiran Aki Lela. Aki Lela menoleh ke arah aku sambil mengangguk. Aku menyerang dari sebelah kanan tapi cukup berhati-hati dengan kukunya yang tajam. Tubuh aku yang kecil dan rendah memudahkan aku melepasinya. Satu tikaman tepat ke belakang pehanya. Kelibat itu mula berdiri tak seimbang. Aki Lela tak melepaskan peluang dengan mara dari depan. Aku berjaya menikam sebelah lagi belakang peha kelibat itu ketika dia menumpukan perhatian terhadap Aki Lela. Dengusannya semakin kuat. Kelibat itu semakin terhuyung- hayang. Aku nampak Aki Lela membaca sesuatu dan kemudian menusuk kerisnya ke dada kelibat itu. Satu raungan kuat kedengaran. Kelibat itu tak mampu lagi berdiri, kini dia hanya bertongkatkan lututnya. Dengan sekali hayun, keris Aki Lela memutuskan leher kelibat tersebut. Kepalanya tergolek ke tanah diikuti tubuhnya tersembam ke bumi. Aku terduduk keletihan dan kesejukan. “Kita kena bakar ‘benda’ ni”, kata Aki Lela. Aku segera bangun dan mengutip anggota tubuh kelibat itu yang tercerai dari tubuhnya. Aku kumpul dan kemudian Aki Lela membakarnya. Anggota tubuh kelibat yang terbakar mengeluarkan bau yang amat pelik dan busuk. Tak lama kemudian dari tengah hutan, kedengaran laungan yang menyeramkan bersahut-sahutan. “‘Benda-benda’ macam ni ada kumpulannya. Bila terjadi apa-apa kepada salah satu ahli kumpulannya, mereka akan tahu. Bila hutan terbakar, tempat mereka terlibat sama. Sebab itu mereka keluar dari sarang. ‘Benda-benda’ ni ada tapi jarang-jarang terjumpa. Biasanya mereka hanya menyembunyikan diri”, kata Aki Lela. Baru aku faham. “Aki, Ayah Abu mana?” tanya aku. Aki Lela mendiamkan diri seketika.


154 “Aku dah cuba cari semasa api besar tapi tak jumpa tapi firasat aku dia masih ada”, jawab Aki Lela perlahan. Aku terus bangun. “Man nak cari ayah”, kata aku. “Kita cari sama-sama”, jawab Aki Lela. Kami mula bergerak semula. Kami meredah selut dan bekas bara api. Masih ada sisa nyalaaan pada batang-batang pokok yang terbakar. “Ayah...”, laung aku sekuat hati. Aku semakin risau. Tiada tanda-tanda jejak Ayah Abu. “Kau bergerak ke sebelah sana”, kata Aki Lela. Kami mula berpecah. Aku sudah tak peduli rasa penat dan kesejukan tubuh aku. Apa yang penting Ayah Abu dapat ditemui. “Fakashafna anka ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Aku tetap berusaha dan berdoa. Semoga dalam keadaan yang hanya diterangi cahaya lampu suluh dan nyalaan api yang kecil, pandangan aku nampak terang dan jelas. “Ayah...”, aku jerit lagi memanggil Ayah Abu. Akhirnya aku bertemu semula dengan Aki Lela. “Tak ada aki”, kata aku sayu. Air mata aku mula menitis. Aku peluk Aki Lela. Aki Lela mengusap kepala aku. “Ayah Abu dah tak ada”, kata aku lagi sambil tersedu-sedu. Aki Lela cium kepala aku. “Yang hidup pasti mati. Jika begini kesudahan hidupnya, kita kena redha”, pujuk Aki Lela yang juga nampak bergenang air mata. “Aki, jika ayah dah memang tak ada, Man nak cari juga jasad dia sampai dapat walaupun hanya tinggal tulang”, kata aku tersedu-sedu. “InshaAllah kita akan jumpa kerana firasat aku masih rasa sesuatu”, jawab Aki Lela. “Ayah masih ada ke aki?” Tiba-tiba aku rasa teruja kembali. “Ni firasat aku sahaja,belum tentu betul”,balas Aki Lela. “Man nak cari lagi”, kata aku lalu bergerak semula. Aku berjalan sampai aku terjumpa satu aliran seperti anak sungai tapi kecil sahaja. Aku susur aliran air tersebut. Tiba-tiba tidak jauh dari tempat aku berdiri,aku ternampak seekor binatang berwarna hitam yang besar seperti sedang menghidu-hidu sesuatu. “Beruang matahari”, bisik hati aku.


155 Aku mahu berundur tapi aku tak sedap hati bila melihat beruang itu seperti menghidu sesuatu yang terlindung oleh semak samun. Aku beranikan diri sebab hati aku mengharapkan sesuatu. Beruang itu berpusing ke arah aku. Mungkin ia sudah tercium bau tubuh aku. Beruang itu menegakkan badannya sambil memandang tajam ke arah aku. “Mana aki ni?” tanya hati aku. Aku bersedia dengan keris aku. Tiba-tiba beruang itu berlari dan menerkam ke arah aku. Aku pernah mengalami pengalaman ini semasa bersama Arwah Aki Karim, jadi aku tahu serba sedikit cara menghadapinya. Aku melompat tinggi bila beruang itu hampir sahaja dengan aku. Beruang itu terlajak dan berpusing semula. Ia berdiri dengan dua kaki belakang sambil kaki hadapannya bersedia untuk mencarik carik tubuh aku. Tubuhnya jauh lebih besar dan tinggi dari aku. Aku berundur sedikit. Tiba-tiba satu sepakan tepat entah datang dari mana mengenai kepala beruang itu membuatkannya tercampak ke tanah. “Aki..”, kata aku. Aki Lela memberi isyarat supaya aku berundur. Kini Aki Lela berdiri antara aku dan beruang tersebut. Beruang itu bangun semula dan menerkam ke arah Aki Lela. Aki Lela melompat tinggi dan menghentak tapak kakinya ke kepala beruang tersebut. Kepala beruang itu tersembam ke tanah. Beruang itu cuba untuk mengangkat kepalanya tetapi Aki Lela lebih pantas menghentak ulu kerisnya ke kepala beruang dan kemudian melompat menjarakkan diri.Beruang itu mengangkat kepalanya lalu melarikan diri ke dalam hutan. Aku terus berlari ke arah semak samun di tepi aliran air, tempat mula-mula aku terjumpa beruang tadi. “Ya Allah...ayah..”, jerit aku bila melihat Ayah Abu sedang terbaring berlumuran darah dan tak sedarkan diri. Aki Lela segera menghampiri aku. “Bangun ayah...bangun...”, kata aku sambil menangis tapi tiada tindak balas dari Ayah Abu. Tiada kesan terbakar pada pakaiannya, bermakna dia berjaya mengelak dari kawasan kebakaran. “Ayah Abu kau banyak kehilangan darah. Lukanya parah. Kita kena cepat bawanya keluar dari sini”, kata Aki Lela. “Ayah masih hidup?” tanya aku. “Ya tapi mungkin tak bertahan lama jika kita lambat. Dia dah tenat sangat ni”, jawab Aki Lela lagi. Aki Lela membaca sesuatu pada sehelai daun dan meletakkannya pada perut Ayah Abu yang luka. Kemudian Aki Lela mengangkat


156 tubuh Ayah Abu di atas bahu kanannya. “Kita bergerak sekarang”, kata Aki Lela lalu membaca sesuatu. Tangan kanan Aki Lela memegang tubuh Ayah Abu dan tangan kirinya memegang lengan kanan aku. Aku memejamkan mata. Kami mula bergerak dengan pantas. Setiap kali kaki menyentuh tanah, tubuh kami akan melantun semula. Tinggi dan laju. Aku tahu Aki Lela juga risau melihat keadaan Ayah Abu. Aku tak tahu jalan mana yang Aki Lela gunakan. Terasa angin kuat menyentuh tubuh aku. Selepas beberapa lama, aku dapat rasa kaki aku memijak tanah dan kali ini tak bergerak lagi. Aki Lela melepaskan lengan aku. Aku membuka mata. Rupanya kami telah sampai di halaman rumah Aki Lela. “Assalamualaikum Kak Nurul. Cepat buka pintu”, jerit aku. Tak lama kemudian pintu di buka. Aki Lela meluru masuk ke dalam biliknya sambil mendukung Ayah Abu. Kak Nurul dan Kak Ayu terpinga-pinga. “Nurul, masak air. Cepat....”, jerit Aki Lela dari biliknya. Aku masuk ke bilik Aki Lela dan duduk berlutut mengadap Ayah Abu. Ayah Abu langsung tak sedarkan diri. “Aki, kenapa tak bawa ke hospital aje?” tanya aku. “Tak boleh, ini janji aku dengan Ayah Abu kau. Kalau terjadi apa-apa kat aku macam ni, jangan sesekali bawa aku ke hospital”, jawab Aki Lela. Aki Lela mengeluarkan sebotol minyak botol kecil dari gerobok buruknya. “Aku cuma berusaha tapi hanya Allah Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan. Bismillahirrahmanirrahim”, kata Aki Lela sambil menyambung membaca lagi sesuatu. Habis bacaannya, disapunya minyak tersebut ke perut Ayah Abu yang luka. Tiada tindak balas langsung dari Ayah Abu. Aku hanya nampak perutnya turun naik tapi amat perlahan sekali. “Aki, ikhtiarlah lagi”, desak aku. Air mata aku terus bergenang. “Man, ingat apa aku cakap ni. Kita hanya makhluk Allah. Kita tak berkuasa apa-apa. Aku dah berikhtiar sesuai dengan apa yang Allah anugerahkan. Selebihnya kita berdoa dan bertawakal. Yakinlah, setiap apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik. Reda atassegala ketentuannya. Itu salah satu tanda penyerahan diri kita terhadap Allah”, kata Aki Lela dengan tegas. Aku hanya mampu mengalirkan air mata.Tak sanggup lagi aku lalui perkara yang sama seperti peristiwa Aki Karim. “Kalau Ayah Abu kau tak sedar lagi menjelang subuh, itu tandanya dia


157 akan pergi meninggalkan kita. Lepaskanlah dia pergi”, kata Aki Lela lagi yang menambah kesedihan aku. Aku genggam tangan Ayah Abu seerat eratnya. Air mata aku tak dapat di tahan tahan lagi. Semakin lama aku nampak pergerakan perut Ayah Abu semakin perlahan.


158 “Bertahan ayah. Jangan tinggalkan Man. Ayah kan janji nak bawak Man ke rumah ayah”, kata aku perlahan sambil mencium tangannya yang aku genggam erat. Aku peluk lehernya sambil membaringkan kepala aku di dadanya. Air mata aku menitis di atas tubuhnya. Tiada gerakan turun naik perutnya. “Ya Allah, aku bernazar jika Ayah Abu selamat, aku akan berpuasa selama 3 hari berturut-turut. Aku merayu kepadaMu Ya Allah”, aku terus mengharapkan keajaiban. Akhirnya aku terlelap ketika kepala aku di atas dadanya. “Hidup lawannya mati. Matikanlah diri sebelum mati yang sebenarnya.Orang yang takut mati adalah orang yang menangguh taubatnya sedangkan mati datang tanpa diduga. Dengan ilmu yang tinggi dan amalan yang hebat, kita mungkin boleh melawan apa sahaja tapi bukan mati. Jadikanlah amal sebagai pakaian untuk menuju kematian, bukan harta benda bertimbun. Kesombongan hanya akan menjadikan amal kita sia-sia” Aku terdengar bisikan di telinga aku. Tiba-tiba aku dapat merasakan dada Ayah Abu seperti berombak. Turun naik dengan laju. Aku angkat kepala aku. Mata Ayah Abu masih terpejam rapat. Aku mencium pipi Ayah Abu. Air mata aku menitis ke mukanya. Aku nampak air mata Ayah Abu mengalir di pipinya. “Aki, cepat datang sini. Ayah semakin tenat”, jerit aku mengejutkan Aki Lela yang sedang lena. Aki Lela bingkas bangun dan menghampiri Ayah Abu. Aki Lela membaca sesuatu dan meletakkan tapak tangannya pada perut Ayah Abu yang luka parah. Tiada lagi darah yang keluar, mungkin minyak yang Aki Lela gunakan berjaya menghentikan pendarahan. Aku nampak Aki Lela berpeluh peluh ketika menekan tapak tangannya. Aki Lela terus membaca sesuatu dan melurutkan tangannya hingga ke tapak kaki kanan Ayah Abu dan mengulangi semula ke bahagian kaki kiri. Terasa semuanya bergerak amat perlahan dan sunyi sepi. Kak Nurul dan Kak Ayu berdiri di muka pintu bilik Aki Lela dengan muka yang merah seperti baru lepas menangis. Orang yang baik akan menjadi kesayangan orang lain walaupun tidak kerap berjumpa. 108


159 “Aku dah ikhtiarkan semampu aku. Kita serahkan semuanya kembali kepada Allah. Tiada daya upaya kecuali Dia”, kata Aki Lela perlahan. Aku terduduk bersandar ke dinding bilik Aki Lela sambil sayu melihat tubuh Ayah Abu terbaring kaku. Kak Nurul dan Kak Ayu tiada lagi di muka pintu. Aki Lela membuka al Quran dan mengaji perlahan-lahan. Tak lama kemudian aku bangun dan duduk berlutut di sebelah Ayah Abu. Aku genggam lagi tangannya erat-erat. Air mata aku terus berguguran jatuh. Rasa sedih kehilangan Aki Karim masih berbekas, kini aku mungkin kehilangan seorang lagi orang yang aku sayang. Aku hampir terlelap tiba-tiba aku terasa Ayah Abu menggerakkan tangannya yang ada dalam genggaman aku. Aku menggosok tangannya. Aku mencium pipinya. Aku letakkan pipi aku di pipinya. Air mata dia mengalir. “Ayah...”, aku memanggil namanya perlahan. Perlahan-lahan Ayah Abu membuka matanya sambil mengukir senyuman. Aku peluk dia. Aku tengok dada dan perutnya sudah turun naik macam biasa. “Ya Allah, syukur Alhamdulillah”, kata aku dalam hati. “Aki..ayah dah sedar”, kata aku. Aki Lela menghampiri kami dan menyapu sekali lagi minyak dari botol kecil ke tempat yang luka. “Ermmm..” Hanya itu yang keluar dari mulut Ayah Abu. “Man, letak tapak tangan kanan kau kat tempat yang luka ni”, arah Aki Lela. Aku buat apa yang disuruh Aki Lela. “Baca ayat untuk ubatkan luka dan ayat mohon kesembuhan yang aku ajar”, kata Aki Lela lagi. Aki Lela duduk di belakang aku dan meletakkan kedua tapak tangannya di belakang kawasan urat belikat aku. Aku mula membaca apa yang Aki Lela arahkan. “Ya ardu bla’i ma ’aki wa ya sama ’u aqli’i” “Allahumma rabban naas, adzhibil ba’sa. Isyf antasy syaafi’, laa syifaa’a illaa syifaa-uk. syifaa-an laa yughaadiru saqaman.” Aki Lela menekan dengan kuat tapak tangannya di belakang aku membuatkan aku terpaksa bertahan supaya tapak tangan aku hanya menekan dengan perlahan di perut Ayah Abu. Kami berdua seolah-olah bersambung tenaga dalaman. Terasa seperti ada satu beban yang berat di belakang aku tapi aku tetap bertahan sehingga peluh aku menitik-nitik. Dahi Ayah Abu nampak


160 berkerut dan berpeluh seperti menahan sakit. Semakin lama semakin kuat Aki Lela menekan di belakang aku. Aku bertahan bersungguh-sungguh supaya tapak tangan aku tidak menyakitkan Ayah Abu. Aki Lela menepuk sekali belakang aku dengan kuat hingga aku hampir tersembam ke depan. Entah kenapa tapak tangan aku juga menepuk perut Ayah Abu sekali juga dengan kuat. Ayah Abu terbatuk-batuk. “Man...”, Tiba-tiba aku terdengar suara Ayah Abu menyebut nama aku. “Ayah...”, aku meluru dan memeluk tubuhnya, gembira tak terkira. Ayah Abu mengusap rambut aku dengan tangan kirinya. Aki Lela juga duduk berhampiran kami. “Macam budak kecil sangat dia ni”, kata Aki Lela. Aku tak peduli. “Sudahlah tu. Biar Ayah Abu kau ni berehat. Aku nak sapu minyak dan balut luka dia”, bebel Aki Lela. Aku tetap tak lepaskan Ayah Abu. Tiba-tiba terasa telinga aku ditarik. “Cakap cara baik tak dengar,nak kena tarik telinga baru nak ikut cakap kita”, bebel Aki Lela lagi. Aku beranjak dari Ayah Abu dan kemudian memeluk pula Aki Lela. “Dia ni memang jenis suka peluk orang lah. Besar nanti jangan suka peluk perempuan sudah lah. Memang aku jentik ‘anu’ kau tu”, kata Aki Lela. Aku nampak Ayah Abu tersenyum. “Man nak masuk bilik dulu”, kata aku lalu bangun sambil tersengih sampai ke telinga. “Nak tidur lah tu. Kau jangan terlajak subuh pulak”, jerkah Aki Lela. Aku masuk ke bilik dengan rasa syukur yang teramat. Aku bersekolah seperti biasa. Ayah Abu semakin sembuh bila Aki Lela selalu meletakkan tumbuh tumbuhan yang dijadikan ubat ditempat yang luka. Cuma dia tak boleh bergerak seperti biasa lagi buat sementara waktu. Empat hari ini aku hanya pergi ke sekolah dan balik sekolah melayan berbual dengan Ayah Abu. Aki Lela juga hanya merawat Ayah Abu dan tidak ke mana-mana. Selepas pulang dari solat jumaat dengan Aki Lela, aku nampak Ayah Abu sudah berada di bangsal. Aki Lela naik ke biliknya sementara aku duduk di bangsal. “Ayah ni, kenapa berjalan ke sini?” tanya aku. “Habis tu kau nak suruh merangkak!” jawab Ayah Abu. “Susah bercakap dengan ayah ni”, bebel aku. “Kalau susah nak bercakap, guna bahasa isyarat”, jawab dia lagi. Aku mencebikkan bibir.


161 “Bila kau nak puasa?” tiba-tiba Ayah Abu tanya aku. “Eh..ayah tahu nazar yang Man buat?” kata aku terkejut. “Aku tahulah. Kau jangan tak buat, berdosa”, pesan dia lagi. “Ya, nanti Man tunaikan”, jawab aku. “Sekejap lagi ada orang nak datang rasanya”, kata Ayah Abu lagi. “Ermm..Man pun dapat rasa”, jawab aku. Ayah Abu mengusap kepala aku perlahan. Tak lama kemudian, memang benar muncul sebuah kereta menuju ke rumah Aki Lela. Aki Lela turun dari rumah seperti tahu ada orang nak datang. Seorang lelaki sebaya Aki Lela turun dan mendapatkan kami di bangsal dan seorang lagi hanya menunggu dalam kereta. “Assalamualaikum”, orang tua itu memberi salam. “Waalaikummusalam wbt”, jawab kami serentak. “Yang mana satu Tok Lela?” tanya orang tua itu lagi. “Saya”, jawab aku selamba. Aki Lela memijak kaki aku sambil memandang aku. Aku tersengih macam kerang busuk. “Saya, Mat Lela. Ada hal apa tuan?”kata Aki Lela. “Saya Mahmud dari kampung Bakok. Ada orang kampung saya beri nama Tok Lela. Begini Tok Lela, dua minggu lepas ada orang masuk meminang anak perempuan saya. Selepas berbincang, saya pun terima. Masalahnya sehari selepas tu anak perempuan saya berubah, dari anak yang baik dan mendengar kata menjadi anak yang kurang ajar. Malam-malam dia akan menjerit dan kadang-kadang menangis. Dah bermacam ikhtiar saya buat tapi tak berkesan. Ramai bomoh yang saya jumpa beritahu ada orang yang sakit hati”, cerita Pak Mahmud. “Ermm..ini kali keempat dia bertunang?” tanya Aki Lela. Pak Mahmud nampak terkejut. “Mana Tok Lela tahu? Memang malang nasib anak saya tu, bila bertunang je mesti jadi macam tu”, kata Pak Mahmud. Aki Lela hanya tersenyum. “Saya agak aje. Tak apalah tuan, saya akan cuba. Boleh tuan datang ambil saya selepas maghrib?” tanya Aki Lela lagi. “Boleh. Nanti anak angkat saya Si Rosdi yang dalam kereta tu datang ambil”, jawab Pak Mahmud. Aku teruja sebab malam ini ada tugas “Baiklah tapi saya kena balik malam ini juga”, tambah Aki Lela. “Tak jadi masalah, janji Tok Lela tolong saya”, jawab Pak Mahmud.


162 “InshaAllah”, jawab Aki Lela lagi. “Kalau macam tu, saya minta diri dulu, assalamualaikum”, kata Pak Mahmud lalu bersalam dan berlalu pergi. “Mesti ada orang yang marah bila anak dia bertunang. Ada orang sakit hati dalam diam”, kata aku. “Orang yang buat macam tu adalah orang yang tak percaya kepada Allah. Kalau dia percaya, dia akan reda”, jawab Aki Lela. “Ayah jangan ikut. Duduk kat rumah”, aku berpesan kepada Ayah Abu. “Aku pun tak ingin nak pergi. Duduk rumah lagi seronok tapi jaga-jaga, nanti kau akan bertemu dengan hantu siam”, jawab Ayah Abu sambiltersenyum. Aku tak tahu Ayah Abu bergurau atau berkata benar. Selepas maghrib seperti yang dijanjikan, Rosdi anak angkat Pak Mahmud datang mengambil kami. Seperti biasa, aku mudah terlelap semasa dalam kereta. Aku hanya tersedar ketika tiba di halaman rumah Pak Mahmud. “Besar dan cantik rumah ni”, kata hati aku semasa turun dari kereta. “Jemput masuk Tok Lela”, sambut Pak Mahmud. Aku dan Aki Lela masuk ke dalam rumah. “Saya keluar sekejap”, tiba-tiba Aki Lela mencuit aku dan mengajak keluar semula. Pak Mahmud kebingungan. “Ada benda yang tak kena. Kita seperti termasuk perangkap”, kata Aki Lela perlahan tapi aku masih tak faham. “Kenapa tok?” tanya Pak Mahmud. “Boleh saya bertanya?” kata Aki Lela. “Silakan”, jawab Pak Mahmud. “Benda ni terjadi sejak pertunangan yang pertama lagi kan?” tanya Aki Lela. “Ya, sebelum itu saya ada tolak satu pinangan sebab lelaki itu hanya kerja kelaut”, jawab Pak Mahmud. “Patutlah”, kata hati aku. Aki Lela memandang ke arah aku. Tiba-tiba muncul seorang wanita muda yang cantik di muka pintu sambil ketawa mengilai. “Kamu nak ubatkan aku kan? Tak perlu ubat aku”, jerit perempuan itu sambil memanjat dinding luar rumah. Peliknya dia boleh berdiri melekat pada dinding. “Mengucap Siti, mengucap”, jerit Pak Mahmud tapi anaknya Siti semakin kuat mengilai. “Aku tak boleh kahwin dengan orang lain sebab aku sayang hanya seorang sahaja”, kata Siti sambil memanjat semakin tinggi.


163 “Tolonglah tok, ni dah semakin teruk”, rayu Pak Mahmud. “Ada sesiapa lagi dalam rumah?” tanya Aki Lela. “Ada, isteri saya”, jawab Pak Mahmud. “Bawa dia keluar dan pergi jauh dari rumah ni. Tumpang rumah sesiapa buat sementara untuk malam ni”, pesan Aki Lela. Pak Mahmud meluru masuk dan kemudian keluar bersama isterinya. Mereka bergegas meninggalkan rumah menaiki kereta. “Kau tahu apa yang perlu di buat”, kata Aki Lela pada aku. Aku sempat menoleh dan melihat Siti sudah berada di atas atap rumah. Aku mula membaca surah Al Fatihah, ayatul Kursi dan kemudian membaca pendinding diri, “Waqul robbi a’udzubika min hamazatis-syayatin, wa a’udzubika robbi ayyah dhurrun.” Dari bawah, aku nampak dengan jelas wajah Siti yang menakutkan bila lampu suluh aku tepat menyuluh mukanya. Matanya bulat terbeliak, rambut mengerbang, kepala terteleng sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Suaranya ketawa mengilai memang boleh meremangkan bulu roma. “Jangan tengok mata dia”, jerkah Aki Lela. Aku selalu terlalai. Aki Lela membaca sesuatu dan kemudian membaling sesuatu kepada Siti. Siti menjerit kuat dan bercakap dalam bahasa Siam.Aki Lela juga bercakap menggunakan bahasa yang sama dengan Siti. Aku hanya mampu ternganga mendengar percakapan mereka berdua. “Apa benda lah dia orang bercakap ni”, bebel aku dalam hati. Tiba-tiba Siti melompat dari atas atap ke arah aku yang sedang lalai mendengar percakapan mereka. Aku yang terkejut dengan serangan itu hanya mampu membaringkan tubuh aku dan mengangkat kedua kaki aku. Tubuh Siti tepat jatuh di atas tapak kaki aku yang terangkat. Dengan secepat kilat, aku rendahkan kaki aku hingga lutut aku menyentuh perut dan dengan sekuat tenaga aku henjut kaki aku ke atas semula hingga Siti terpelanting melepasi kepala aku. Siti jatuh terguling ke tanah. Dia bangun dengan cepat dan duduk bercangkung. Aku juga bangun dengan pantas dan bersedia dalam keadaan kaki kiri berlunjur ke tepi dan kaki kanan berlipat lutut. Siti merenung tajam ke arah aku. Aki Lela menghampiri aku. “Tak habis-habis lalai”, bebel Aki Lela. “Ish aki ni, dalam keadaan macam ni pun sempat lagi membebel”, jawab aku dalam hati. Tiba-tiba telinga aku berdesing. Rupanya Aki Lela menjentik telinga aku. Aku bangun kerana hilang tumpuan sambil menggosok-gosok telinga aku.


164 Aki Lela membaca sesuatu dan kemudian menghentak kaki kanannya ke tanah. Siti terhuyung hayang dan kemudian jatuh terlentang. “Cepat pegang kaki dia”, jerit Aki Lela. Aku melompat dan terus memegang kaki Siti dengan kuat. Aki Lela pula meletakkan tapak tangan kanannya di ubun-ubun Siti. Siti cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi gagal. “Picit ibu jari kaki kiri dia”, jerit Aki Lela. Aku membaca sesuatu dan memicit ibu jari kakinya. Siti meraung dan menjerit, sekejap dalam bahasa Siam dan sekejap dalam bahasa Melayu. Aki Lela menepuk sekali ke dahi Siti. Siti tak sedarkan diri. “Lepaskan dia, kasihani dia” Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki menjerit di belakang aku. “Kau siapa?” tanya Aki Lela. “Saya Zali, pinangan sayalah yang ayah Siti tolak awal-awal dulu”, jawab lelaki itu. “Kau memang tak yakin pada ketentuan Allah”, jerit aku. “Apa salah aku?” tanya dia lagi. “Jangan pura-pura tak tahu”, jerkah aku. Aki Lela membulatkan matanya memandang ke arah aku. “Kena marah lagi”, bebel hati aku. “Aku sayangkan dia. Kalau kamu tak lepaskan dia, aku amuk”, kata Zali lalu mengeluarkan sebilah parang. “Letakkan parang tu”, jerit Aki Lela. Zali tetap berdegil. Mulut Zali kumah kumit membaca sesuatu. Tiba-tiba kaki aku bagai terkunci. Aku cuba bergerak tapi tak berjaya. Aku memandang ke arah Aki Lela. Kaki Aki Lela juga sama seperti aku. Zali melompat tinggi ke arah Aki Lela sambil parangnya tegak di atas kepala.


165 “Aki...”, jerit aku. Aku hanya mampu memandang penuh debaran. Entah kenapa tiba-tiba Zali hanya menetak angin dan bukan kepala Aki Lela dan kemudian dia terduduk sambil menangis. “Ma ji’tum bihil sihr, innallah ha syayup tiluh, innallahhala yuslihu amalal mufsidin” Aku cuba melepaskan kaki aku dengan meronta-ronta sedikit. Akhirnya kaki aku berjaya dilepaskan. Aku meluru ke arah Aki Lela dan Zali. “Jadi, inilah orangnya yang menyihir Siti” Tiba-tiba muncul Rosdi entah dari mana sambil tangannya memegang parang panjang yang terheret di tanah. “Mengucap abang, letakkan parang tu. Kita dengar dulu apa dia nak cakap”, nasihat aku. “Nak dengar apa lagi, dah terang-terang dia serang awak berdua”, jawab Rosdi. “Boleh bersabar tak, kita dengar dulu” Aku mula meninggikan suara. Rosdi memandang aku dengan tajam. “Maafkan saya tok,saya hilang pertimbangan. Memang saya sayangkan dia tapi saya tak sepatutnya buat macam ini. Saya kalah dengan amarah saya” Tiba-tiba Zali bersuara. “Istighfar banyak-banyak. Ingat Allah. Kamu bukan sebarangan orang, ilmu Allah banyak dalam dada kamu”, jawab Aki Lela. “Kadang-kadang saya redha tiada jodoh saya dengan Siti tapi kadang-kadang kemarahan saya melampau. Saya menyesal”, kata Zali lagi sambil tersedu-sedu. Aki Lela menggosok belakang Zali. “Jangan percaya cakap dia tok, dia sengaja nak simpati dan tutup kesalahan dia”, jerit Rosdi. Beria nampaknya Rosdi menjadi batu api. “Abang boleh diam sekejap tak? Bagi dia peluang bercakap” Aku pulak rasa nak marah. 109


166 “Kamu yang sihirkan Siti?” tanya Aki Lela. “Bukan saya tok. Saya sayangkan dia, buat apa saya nak susahkan dia”, jawab Zali. Aku mula keliru. “Jangan dengar cakap dia, dia menipu. Orang berak tengah jalan mana nak mengaku. Biar saya yang ajar dia”, jerkah Rosdi lagi sambil mengangkat parangnya dan cuba menyerang Zali. Aku melompat dan menyepak tangannya hingga parang itu tercampak dari tangannya. Rosdi merenjis-renjis tangannya tanda sakit. “Kenapa kamu yang beria marahkan dia? Kenapa kamu tak bawak mak bapak kamu datang ke sini?” tanya Aki Lela. “Jangan banyak cakap, ketepi”, jerit Rosdi sambil cuba menerkam ke arah Zali. Mudah sahaja Zali menjatuhkan Rosdi ke tanah. “Aku tak sejahat itu nak berdendam dengan keluarga kau. Aku masih ada agama”, marah Zali. Ketika mereka asyik bertengkar, tiba-tiba Siti tersedar dari pengsan dan terus berlari ke arah hutan di belakang rumah Pak Mahmud. Aku orang pertama yang mengejarnya tapi sekelip mata Siti hilang dari pandangan. Aki Lela muncul di belakang aku. “Sekejap aje dia hilang”, kata aku sambil menoleh ke arah Aki Lela. “Kau ikut sana”, kata Aki Lela sambil dia bergerak ke arah kiri. Aku cuba bergerak sepantas yang boleh tapi aku betul-betul hilang jejak. Keadaan yang hanya diterangi lampu suluh turut menyukarkan pencarian aku. Jauh aku masuk ke dalam tetapi tiada kesan yang aku jumpa. Aku bergerak perlahan-lahan sambil mata aku liar memerhati sekeliling. “Inilah jadinya bila tetamu tak diundang”, bebel aku sendirian bila teringat kedatangan Zali dan Rosdi tadi. Tiba-tiba telinga aku menangkap seperti bunyi sesuatu bergerak berhampiran dengan aku. Aku matikan langkah, padamkan lampu dan berdiri tegak sambil menahan nafas. Semua jadi gelap gelita. Terasa pergerakan itu hampir sangat dengan aku, cuma suasana yang gelap menjadikan aku seperti buta. “Fakashafna anka ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Aku pejamkan mata sekali dan kemudian membukanya semula. Perlahan-lahan aku nampak dengan samar-samar Siti sedang di pimpin seorang wanita tinggi lampai dan kurus kering, hanya dalam lima langkah dari aku tapi wajahnya aku tak nampak kerana terlindung dengan


167 rambutnya yang panjang. Aku terus menahan nafas kerana kebiasaannya ‘benda-benda’ ini semua hanya dapat mengesan sesuatu melalui nafas manusia. Tiba-tiba mereka berhenti bergerak. Wanita itu menoleh ke arah aku. Aku hampir putus nafas. Aku cuba lagi menahan nafas sedaya upaya aku. Aku cuma risaukan Siti yang masih di pimpin oleh wanita tersebut. Wanita itu bergerak ke arah aku, hampir dan semakin hampir. Aku terpaksa pejamkan mata kerana nafas aku semakin pendek. Akhirnya aku tak berdaya lagi menahan nafas. Apabila aku membuka mata, terpampang di hadapan muka aku satu wajah yang amat menakutkan. Matanya bulat sambil darah menitik-nitik dari matanya. Hidungnya terperosok ke dalam. Giginya bertaring tajam. Tangannya yang berkuku panjang dan tajam cuba mencekik leher aku. Sepantas kilat aku melompat ke belakang. Aku nyalakan lampu suluh. Kini pandangan lebih jelas. Lembaga itu bergerak mengelilingi aku. Siti jatuh pengsan ke tanah. “A’udzu bikalimaatillaahit taammaati min syarri maa khalaq” Aku berpusing mengikut pergerakannya. Tangan aku sudah memegang erat keris aku. “Badan dah cantik tapi muka macam iblis”, bebel hati aku. Lembaga itu menerkam aku. Tangannya meliar cuba menangkap aku tapi aku berjaya mengelak. Beberapa kali ia mencuba namun tetap gagal. Tiba-tiba ia terbang dari satu pokok ke satu pokok mengelilingi aku. Tak lama kemudian ia hilang dari pandangan. “Qul hu Allahu Ahad. Allahu Samad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam ya kulahu kufuwan Ahad” Aku berpusing-pusing mencari lembaga tersebut. “Mana aki ni, tak kan tengok dari jauh lagi”, kata aku dalam hati. Aku menghampiri Siti yang tak sedarkan diri bila aku pasti tiada lagi kelibat lembaga itu.Baru sahaja aku melutut di tepinya, tiba-tiba tangannya terus mencekik leher aku dengan kuat. Aku jatuh terlentang dan kini Siti duduk di atas dada aku sambil kedua dua tangannya semakin kuat mencekik leher aku. Tubuh aku tidak dapat bergerak kerana di tindih tubuhnya. Nafas aku semakin sesak, mata aku semakin kabur. Tangan aku mula terasa longlai. Aku memejamkan mata sambil berzikir nafas. Dengan dua tangan, aku pegang tangannya yang memegang leher aku. Sepenuh tenaga yang aku ada, aku cuba melonggarkan cengkaman tangannya. Aku gagahkan diri untuk menggerakkan kaki aku sedikit demi sedikit. Aku berjaya merenggangkan tangannya dari leher aku dengan sepenuh tenaga aku.


168 “La hawla wala quwwata illa billah” Aku terus berusaha. Dengan sekali enjut, kedua lutut aku berjaya menghentak belakang Siti hingga dia terhumban ke depan. Aku cepat-cepat bangun dalam keadaan terhuyung-hayang dan batuk. Belum sempat Siti bangun, aku melompat ke belakangnya. Aku tekan kedua tapak tangan aku ke belikatnya sambil membaca ayat-ayat yang aku belajar. Siti meronta-ronta untuk cuba melepaskan diri. Semakin kuat aku menekan belikatnya, semakin kuat dia menjerit. Aku alihkan tangan kanan tapi masih membiarkan tapak tangan kiri di belikatnya. Aku guna jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan menekan pula di bahagian tepi lehernya. Semakin kuat Siti meronta dan menjerit. “Benda tadi masuk dalam badan Siti rupanya”, bisik hati aku. Jari aku semakin kuat menekan leher Siti. Aku alih tangan kiri aku dan mencengkam pula kepala Siti sambil terus membaca sesuatu. Rontaan dan jeritan Siti semakin perlahan dan akhirnya tak bergerak lagi. Aku ambil keris dan menggunakannya untuk menekan pula di ibu jari kanan kakinya. “A’udzu bikalimaatillaahit taammaati min syarri maa khalaq” Kakinya tiba-tiba bergerak-gerak dan dari hujung kakinya, keluar asap yang berkepul-kepul. Aku mengambil keputusan untuk menikam keris aku ke arah asap tersebut. Satu jeritan panjang kedengaran dan lama kelamaan asap itu mulai hilang. Aku menghampiri Siti dan membalikkan tubuhnya supaya terlentang. Aku letak tapak tangan aku di dahinya sambil membaca sesuatu. Aku tepuk dahinya sekali. Siti mula tersedar. Matanya memandang sekeliling seperti keliru. “Kak Siti dah selamat” kata aku. “Awak siapa, kat mana ni?” tanya Siti. “Saya Man, cucu Aki Lela yang Pak Mahmud mintak tolong ubatkan Kak Siti. Kita ada kat hutan belakang rumah Kak Siti”, jawab aku. Siti masih nampak keliru. “Mari kak, kita balik”, kata aku lagi. Siti bangun perlahan dan mengikuti aku dari belakang. Susah payah juga aku untuk mencari jalan pulang kerana aku masuk ke dalam hutan dalam keadaan kelam kabut. Syukur, pengalaman yang aku tempuhisebelum ini menjadikan aku semakin bijak dengan laluan hutan. Akhirnya kami menghampiri kawasan rumah Pak Mahmud. Aku nampak Aki Lela, Rosdi dan Zali berada di hadapan rumah. Rosdi meluru ke arah Siti. “Siti tak apa-apa?” tanya Rosdi.


169 Siti hanya menggelengkan kepala. Zali pula hanya duduk mendiamkan diri. Aki Lela menjarakkan diri sedikit dari mereka sambil aku mendekatinya. “Kenapa aki kat sini?” tanya aku tak puas hati. “Aku dah masuk hutan tadi tapi aku teringat dua orang tu saling bermusuhan, tu yang aku patah balik. Lagi pun aku yakin kau boleh uruskan budak Siti tu”, terang Aki Lela. Baru aku puas hati bila dengar alasan Aki Lela. “Betul ke Zali yang buat benda tak elok tu?” tanya aku. Aki Lela hanya mendiamkan diri. Dari jauh aku nampak lima susuk tubuh sedang menghampiri tempat kami berdiri. “Pak Mahmud rupanya”, kata hati aku. Empat orang lelaki yang datang bersama Pak Mahmud pula berdiri berdekatan Rosdi. “Mungkin kawan baik dia ni”, kata hati aku. “Tok, macam mana?” tanya Pak Mahmud pada Aki Lela bila sampai dekat kami. “Alhamdulillah, dah selesai”, jawab Aki Lela. “Terima kasih tok. Jadi inilah orang yang sihirkan anak aku”, kata Pak Mahmud sambil menuju ke arah Zali. Aku dan Aki Lela mengikut Pak Mahmud dari belakang kerana bimbang terjadi apa-apa. Lelaki yang datang bersama Pak Mahmud termasuk Rosdi mula mengelilingi Zali. “Manusia tak guna. Memang betul tindakan aku bila tolak masa kau meminang anak aku dulu”, jerkah Pak Mahmud sambil menunjal kepala Zali. “Saya tak buat macam tu pakcik, bukan saya”, balas Zali. “Memang dia ayah, tak kan dia nak mengaku”,Rosdi pula menyampuk sambil cuba menyepak Zali. Aki Lela cepat-cepat menepuk bahu Rosdi. Rosdi tiba-tiba jadi kaku. Kawan-kawannya yang lain cuba masuk campur tapi dihalang Pak Mahmud. “Kenapa tok buat macam tu kat anak saya, biarkanlah dia pukul orang ni”, marah Pak Mahmud. Aki Lela menggelengkan kepala. Aku mula rasa sesuatu yang tak kena. “Tuan sepatutnya pergi kepada anak tuan dulu, pastikan dia tak apa-apa”, kata Aki Lela. Pak Mahmud menghampiri anaknya Siti dan kemudian datang menghampiri kami semula. Rosdi sudah mula boleh bergerak bila Aki Lela menepuk bahunya sekali lagi.


170 “Rosdi, kamu heret orang ni dan bawak ke rumah Tok Ketua”, kata Pak Mahmud. “Saya yang akan bawa dia, orang lain jangan sentuh dia. Buruk padahnya”, kata Aki Lela tegas. “Kenapa Aki Lela pertahankan Zali?” tanya hati aku. Aku semakin pelik. Aki Lela memandang ke arah aku. Aku pasti Aki Lela tahu apa yang aku tak tahu. Kami mula bergerak berjalan kaki ke rumah Ketua Kampung. Hampir setengah jam juga baru kami sampai. “Assalamualaikum Tok”, jerit Pak Mahmud. “Waalaikummusalam”, jawab suara lelaki dari dalam rumah. Pintu dibuka dan seorang lelaki berusia berdiri di muka beranda. Tak lama kemudian Tok Ketua turun menghampiri kami semua. “Eh..Mat Lela pun ada. Apa cerita ni?” kata Tok Ketua. Pak Mahmud mula bercerita dari A sampai Z. Aki Lela hanya menggelengkan kepala. Rosdi pula memandang tajam ke arah Zali. “Betul apa yang Pak Mahmud ni cakap, Zali?” tanya Tok Ketua. “Saya tak buat tok. Memang saya marah dan kecewa tapi saya tak tergamak nak buat semua tu. Saya masih waras”, bela Zali. “Jangan dengar cakap dia tok, memang dia yang buat”, tiba-tiba Rosdi menyampuk. “Kamu diam”, jerkah Aki Lela pada Rosdi. Kawan-kawan Rosdi mula menghampiri Aki Lela. Aku berpusing mengadap mereka semua. “Kalau berani, masuklah”, kata aku. Aku tak pedulikan sesiapa. Sakit Aki Lela maka sakitlah mereka. Aki Lela memegang bahu aku. “Jangan bagi dia ni tinggal kat kampung ni lagi”, kata Pak Mahmud. “Kita tak ada bukti dia yang buat. Aku tak nak menganiaya orang”, jawab Tok Ketua. Tiba-tiba Rosdi dan kawan-kawannya menyerang Zali. Suasana jadi kelam kabut. “Berhenti”, jerit Tok Ketua tapi tak dipedulikan. Zali bertungkus lumus mempertahankan dirinya. Aki Lela mula masuk campur dengan menjatuhkan salah seorang kawan Rosdi. Aku juga membuka langkah bila melihat Aki Lela bertindak. Aku berjaya menyepak muka salah seorang kawan Rosdi hingga dia terjatuh. Semua kawan Rosdi sudah tersungkur ke tanah. Aki Lela menghampiri Rosdi dan memegang lengan Rosdi dengan kuat.


171 “Sakit, lepaskan aku”, jerit Rosdi. “Lepaskan dia Tok Lela, dia tak bersalah”, jerit Pak Mahmud. “Sekarang kau ceritakan benda yang betul, kalau tidak, aku akan patahkan tangan kau ni”, jerkah Aki Lela. “Sakit..sakit...”, jerit Rosdi. “Cakap sekarang”, jerkah Aki Lela lagi. Aku pula memerhati kawan-kawan Rosdi, bimbang jika mereka menyerang semula. Betul jangkaan aku, salah seorang cuba menyerang kami lagi. Baru selangkah dia bergerak, kaki aku dulu singgah di kepalanya hingga dia jatuh tersembam ke tanah. “Aku bagi kau peluang terakhir”, kata Aki Lela. “Ba..ba..baiklah”, jawab Rosdi menahan sakit. “Ceritakan sekarang”, kata Tok Ketua pula. “Saya yang menyihir Siti”, kata Rosdi perlahan sambil tunduk ke tanah. Serta merta penampar Pak Mahmud hinggap ke mukanya. “Budak tak kenang budi. Kenapa kau buatsemua ni?” jerit Pak Mahmud penuh kemarahan. “Saya sukakan Siti tapi saya tak berani nak cakap kat ayah”, jawab Rosdi terketar-ketar. Sekali lagi penampar Pak Mahmud singgah ke mukanya. “Sampai hati kau buat macam ni kat kami yang bela kau dari kecil”, kata Pak Mahmud. Rosdi hanya mendiamkan diri. Kami beredar perlahan-lahan. Malas nak campur lagi urusan keluarga orang. Tugas kami sudah selesai. Terpulang kepada mereka bagaimana untuk menyelesaikannya. “Kita nak balik dengan apa?” aku tanya pada Aki Lela. “Naik kudalah”, jawab Aki Lela. Aku hanya tersengih. “Kenapa aki tak bagi tahu Man, Rosdi yang buat semua ni?” tanya aku. “Kau bukan boleh simpan rahsia”, jawab Aki Lela sambil tersenyum. Aku mencebikkan bibir. Kami berjalan hingga jauh dari pandangan orang dan berada di tempat yang gelap. ‘Kita bergerak sekarang”, kata Aki Lela. “Sekejap aki, Man nak tanya kenapa Man kena pejamkan mata?” pertanyaan aku yang lama bersarang di hati. “Aku takut kau gayat bila nampak macam mana kita bergerak”, jawab Aki Lela.


172 “Man nak tengok”, pujuk aku. Aki Lela tersenyum. “Terpulang kepada kau tapi jika kau termuntah, terkencing dan terberak, jangan salahkan aku”, kata Aki Lela lagi. “Man nak tengok jugak”, jawab aku tegas, sesuai dengan perangai aku yang memang degil. “Ikut kau lah. Sekarang pejam mata dulu, bila kau rasa kita dah mula bergerak, kau boleh buka mata”, pesan Aki Lela.


173 Aku mula pejamkan mata. Aki Lela memegang lengan kiri aku dengan kuat. Hati aku berdebar-debar tapi teruja. Tiba-tiba aku terasa tubuh aku bergerak. Aku buka mata perlahan-lahan bila terasa angin menyentuh muka aku. “Ya Allah Ya Tuhanku, indah dan hebatnya kekuasaanMu” Ayat pertama yang aku sebut bila melihat sekeliling. Tubuh kami mula naik bergerak melepasi pokok-pokok yang tinggi sehinggalah pokok-pokok yang tinggi itu berada di bawah kaki aku. Aku terasa bagai bermimpi. Sesekali kaki kami menyentuh hujung dahan pokok dan kemudian melonjak naik kembali. Bila tiada pokok, kaki aku menyentuh tanah dan naik semula. Begitulah setiap kali bila kami perlukan sesuatu untuk naik tinggi. Peliknya, kaki aku dan Aki Lela seolah-olah memakai sesuatu seperti spring di tapak kaki. Sesekali terasa gayat dan hendak termuntah bila kami turun dengan laju dari ‘awangan’ yang tinggi menuju ke tanah. Akhirnya aku faham bahawa ilmu ini perlu mencari tapak untuk melonjak naik semula. Aki Lela hanya menumpukan perhatian ke depan sedangkan mata aku menikmati permandangan dan pengalaman yang menakjubkan. “Beginilah agaknya perasaan burung”, kata hati aku. Tiada kata-kata untuk aku gambarkan betapa terujanya perasaan aku. Aku menikmati pengalaman yang amat jarang orang lain merasainya. “Terima kasih Ya Allah atas segala anugerah dan nikmatMu” Aku terus menerus bersyukur. Tidak lama kemudian, kami menjejak tanah berhampiran rumah Aki Lela. Aki Lela melepaskan pegangannya. “Sekejapnya”, kata aku. “Kau nak lama, buat sendiri”, jawab Aki Lela sambil berjalan ke rumah. Aku terduduk kerana mula terasa pening dan akhirnya termuntah. “Itulah akibatnya bila tak nak dengar nasihat orang. Ada hati nak terbang lama-lama”, bebel Aki Lela sambil berjalan. Aki Lela meninggalkan aku dan terus berjalan menuju ke rumah. Aku bangun dan berjalan perlahan-lahan. Terasa dunia ini berpusing. Aku berjalan 110


174 seperti orang mabuk todi. Aki Lela sudah naik ke rumah sewaktu aku tiba di muka tangga. Aku terpaksa memegang anak tangga untuk naik ke rumah. “Kenapa pulak ni macam orang mabuk?” tanya Kak Nurul yang berdiri di muka pintu dengan Kak Ayu. “Mabuk cinta kot”, sampuk Kak Ayu sambil mereka berdua gelakkan aku. “Orang pening lah, suka-suka cakap kita mabuk”, bebel aku. “Dia marah kita lah, takutnya..” Mereka berdua terus gelakkan aku. Aku malas nak melayan mereka berdua lalu terus masuk ke bilik aku untuk mengambil tuala dan turun ke telaga. Siap tugas wajib, aku menuju ke bilik Aki Lela. Ayah Abu tersenyum melihat aku sementara Aki Lela duduk bersila sedang berzikir. “Mari kita berbual di bangsal”, kata Ayah Abu sambil bergerak menuju ke tanah. “Tadi ada dua orang yang kerja di tempat pembalakan datang nak ucap terima kasih”, kata Ayah Abu. “Sama-sama. Alhamdulillah mereka semua dah selamat. Man dah lupa pasal mereka”, jawab aku. “Biasalah orang dah seronok terbang” “Seronok terbang?” tanya Ayah Abu. “Seronok sangat tapi pening. Ayah, bila nak ajar Man ilmu tu?” tanya aku pula. “Belum lagi. Banyak lagi yang kau perlu belajar. Ilmu tu bukan sebarangan. Banyak pula pantang larangnya. Bukan mudah nak mendapatkannya”, terang Ayah Abu. Aku hanya mengangguk. “Nanti bila aku dah sihat, aku nak ajak kau pergi bertapa selama tujuh hari”, kata Ayah Abu lagi. “Nak..”, jawab aku spontan. Ayah Abu usap kepala aku. “Ni bukan pergi makan angin, ni nak tajamkan ilmu. Banyak ujiannya. Bukan sebarangan ujian nak kena tempuh”, terang Ayah Abu lagi. “Kita pergi berdua?” tanya aku. “Ya kita pergi berdua tapi di tempat bertapa nanti kita akan berjauhan”, jawab Ayah Abu. Aku diam seketika. “Bertapa ni macam mana sebenarnya?” aku mula banyak bertanya.


175 “Maknanya kita bersendirian menerima ujian. Kalau kita berjaya lepas, maknanya ilmu kita dah sebati dalam diri kita. Kalau kita gagal, kita mungkin tak balik lagi”, terang Ayah Abu lagi. “Seram ni. Teruk tak ujiannya?” Aku semakin teruja. “Itu nasib kitalah. Jika dalaman kita kuat, maka kuatlah ujiannya dan jika berjaya, darjat ilmu kita naik setingkat lagi”, kata Ayah Abu. “Man sedia bila-bila masa”, jawab aku penuh yakin. “Jangan yakin sangat. Kat sana nanti kau akan tahu betapa teruknya ujian tu”, kata Ayah Abu sambil mencium ubun-ubun aku. Malam itu kami berbual panjang sambil gelak ketawa. Pukul berapa aku masuk tidur pun aku tak pasti. Ayah Abu semakin sihat dan aku bersekolah seperti biasa. Bosan bila tak keluar ke mana-mana. Terasa hari-hari yang berlalu lambat sahaja. Dalam keadaan begini, mulalah terasa rindu kepada ayah, mak dan keluarga. Tok aku pun tak tahu apa khabar berita. Malam-malam aku hanya dipenuhi pembelajaran agama dari Aki Lela dan Ayah Abu. Bukan aku bosan belajar agama tapi aku suka kepada cabaran. Agama adalah akar manakala cabaran atau ujian itu umpama air yang menguatkan akar. Iman pula umpama tiang, tanpa tiang,sesebuah rumah atau bangunan akan runtuh. Ilmu pula bukan bergantung kepada usia, usia hanya angka tapi ilmu adalah anugerah tanpa mengira usia. Awal pagi itu kami bertiga keluar untuk ‘menikmati’ embun pagi. Kami berpecah kepada tempat masing-masing. Aku menuju ke tempat kegemaran aku sendiri. Nyaman dan segar. Sambil memejamkan mata, aku bernafas dengan ‘memuji’ namaNya. Fikiran melayang jauh meneroka alam ‘ghaib’. Di sepanjang ‘perjalanan’, kelihatan bermacam macam makhluk sibuk berzikir memuji Allah Swt. Mereka tidak menghiraukan sesiapa tapi hanya sibuk dengan amal masing-masing. Hanya sesekali mereka mengangkat muka untuk melihat ‘tetamu’ sambil tersenyum dan kemudian menyambung berzikir. “Dah tu, mari balik” Tiba-tiba Ayah Abu menyentuh bahu aku. “Ayah ni, Man baru nak ‘melawat’”, bebel aku. “Kau ingat ni kat hospital ada waktu melawat”, Ayah Abu pula membebel sambil menarik tangan aku supaya bangun. Kami berjalan sambil aku pegang lengannya. Aki Lela hanya tersenyum melihat gelagat aku. “Nampak garang tapi manja rupanya”, ejek Aki Lela. Aku buat tak tahu sahaja. Sekali sekala aku lepaskan tangan Ayah Abu


176 dan berjalan memegang tangan Aki Lela pula. Begitulah yang aku lakukan hinggalah kami tiba di rumah. Siang itu kami hanya menjalankan aktiviti biasa-biasa sahaja. Sebelah petang,aku di ajarjurus-jurussilat hingga menjelang maghrib. Selepas solat maghrib,aku mendengar seketika syarahan Ayah Abu. “Ada orang nak datang” Tiba-tiba Aki Lela bersuara. Aku mula tersenyum sampai ke telinga. “Mesti ada kisah baru malam ini” Gerak rasa aku dalam hati. Aku mula sibuk memasang telinga untuk mendengar jika ada bunyi kenderaan. “Aduh”, jerit aku tiba-tiba bila terasa telinga aku ditarik. “Tumpu perhatian. Sibuk nak tunggu orang datang”, marah Aki Lela. Aku gosok telinga aku. Tak lama kemudian aku terdengar bunyi kereta berdekatan rumah. Aki Lela dan Ayah Abu bangun bila terdengar orang memberi salam. “Kau duduk situ”, kata Aki Lela pada aku bila aku cuba bangun dari tempat aku bersila. Aku hanya mampu menunggu. Tak lama kemudian, Aki Lela dan Ayah Abu naik ke rumah semula. “Pergi bersiap”, kata Aki Lela. Cepat-cepat aku masuk ke bilik aku dan membawa keluar barang keperluan. “Ayah ikut sekali?” tanya aku bila nampak Ayah Abu juga bersiap. “Kau ingat kau seorang aje bosan”, jawab Ayah Abu. Aku tersenyum kerana lagi seronok bila bertiga. Kami turun ke tanah bila semua kelengkapan sudah lengkap. Sampai di tanah, aku nampak dua orang lelaki muda sedang menunggu di bangsal sambil menghisap rokok. Mereka bergegas menaiki kereta bila melihat kami bertiga sudah bersiap. Kami mula bergerak ke destinasi dan tujuan yang aku tidak tahu. Seperti biasa, aku mudah terlelap bila menaiki kereta. Aku tersedar ketika kereta memasuki jalan yang teruk, di kanan dan kiri yang dipenuhi hutan. Akhirnya kami tiba di satu kawasan yang tak berapa lapang. Bunyi air terjun menggamit telinga aku. Kami turun dari kereta. Suasana yang gelap, cuma bunyi air terjun memecah kesunyian tempat tersebut. “Kamu berdua boleh balik. Lebih kurang tiga jam dari sekarang boleh datang semula”, kata Aki Lela. Dua orang lelaki itu berlalu pergi. “Kenapa ni aki?” aku mula bertanya.


177 “Kita kena cari budak lelaki umur lapan tahun. Hilang selepas ikut keluaga dia orang berkelah kat sini”, terang Aki Lela. “Kenapa tak ada orang cari?” tanya aku lagi. “Kan dah gelap ni, mana ada yang berani nak masuk kawasan ni. Kita usaha dan tawakal”, pesan Aki Lela. “Elok kita berpecah, lagi luas kita boleh cari”, cadang Ayah Abu. Aki Lela memandang ke arah aku. “Man boleh aje”, jawab aku yang selalu tak berfikir panjang dan degil tak sudah-sudah. “Baiklah, dari apa yang dia orang bagi tahu tadi, budak tu ikut seorang wanita tua masuk ke hutan masa sibuk berkemas nak balik. Dia orang cuba kejar tapi terus hilang”, terang Aki Lela lagi. “Kita berpecah. Aku ikut kanan, Ayah Abu ikut kiri dan kau ikut tengah”, kata Aki Lela. Kami mula bergerak. Sekejap sahaja mereka berdua hilang dari pandangan aku. “A’uzu bika min hamazatisy-syayatin, wa a’uzu bika rabbi ay yahdurun” Aku baca bila aku sudah mula masuk ke dalam hutan yang laluannya curam dan licin. Aku terpaksa berpaut pada batang-batang pokok untuk bergerak ke atas. Bunyi air terjun semakin kuat, menandakan aku berjalan berhampiran dengannya. Aku menumpukan perhatian aku pada lorong yang aku guna kerana ia amat merbahaya. Jika tersilap langkah, aku boleh tergelincir dan meluncur ke bawah. Pendakian yang melelahkan. “Macam mana aku nak pergi bertapa macam ni, ini pun dah lelah”, bisik hati aku. Aku kuatkan semangat dan anggap ini latihan awal untuk aku. Akhirnya aku tiba di tempat yang rata. Keliling aku dipenuhi pokok-pokok yang tinggi. Cuma di lantai hutan tempat aku berdiri ini lapang. Mata aku liar memandang sekeliling. Bunyi air terjun yang kuat menenggelamkan bunyi serangga. “Fakashafna anka ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Gerak hati aku dapat merasai sesuatu ada berhampiran dengan aku. Bulu roma aku mula tegak, tanda yang aku tak suka. Aku bergerak dengan penuh hati-hati. Sesekali terasa bagai ada sesuatu bernafas di telinga aku. “Qul a ‘uudzu birabbn nas. Malikin nas. Ilahin nas. Min syarril waswasil khonnas. Alladzi yuwaswisufi sudurin nas. Minal jinnati wan nas”, aku membaca sambil bergerak perlahan.


178 Tiba-tiba ada sesuatu bergerak laju mengelilingi aku dan hilang. Kemudian aku terasa tiupan angin lembut menyentuh muka aku. Aku jadi mengantuk yang amat sangat. Mata menjadi berat. Aku tadahkan tangan dan membaca “Qul Hu Allah hu Ahad, Allahu somad, Lam yalid walam yulad, walam yakullahu kufuwan Ahad” lalu menyapu tangan aku ke keseluruhan kepala aku. Rasa mengantuk tiba-tiba hilang. “Ini permainan iblis”, bentak hati aku. Aku keluarkan keris lalu menikam ke tanah. Tanah berhampiran bergegar. Tiba-tiba ada sesuatu jatuh dari atas pokok di hadapan aku. “Budak?!” kata aku terkejut. Budak itu terus berlari ke arah lebih dalam. Aku terus mengejarnya sekuat hati. Budak itu berlari dari sebatang pokok ke sebatang pokok seolah- olah mengejek aku. Aku berjaya menghampirinya dan hampir sahaja untuk mencapai pakaiannya apabila tiba-tiba langkah aku terkunci. Aku jadi kaku dalam keadaan melangkah, kaki kanan di hadapan dan kaki kiri terangkat sedikit di belakang. Hanya bahagian pinggang ke atas yang boleh digerakkan. Dari belakang pokok muncul budak yang aku kejar tadi. Dia melihat aku dengan keadaan badannya yang berdiri mengiring. Hanya lehernya berpaling melihat aku dengan pandangan tajam. “Allahu nurus syama wati wal ard” Aku cuba menggerakkan kaki aku. Budak itu kini mengadap ke arah aku seperti bersedia untuk menyerang. Aku keluarkan keris aku lalu mencampaknya tegak ke tanah. Kaki aku terlepas dari terkunci. Tiba-tiba budak itu menerkam ke arah aku dengan laju. Aku mengelak dan dengan pantas memahut lehernya dari belakang menggunakan lengan aku. Kami berdua jatuh tersembam ke tanah dalam keadaan aku menindihnya. Aku menindih belikatnya menggunakan kedua lutut aku. Aku membaca sesuatu dan kemudian meletakkan dua jari aku ke lehernya. Akhirnya budak itu tidak sedarkan diri. Aku bangun dan berdiri tegak. Tiba-tiba sebatang tongkat melayang ke arah aku. Aku bernasib baik kerana sempat mengelak. “Maaf cu,nenek ingatkan binatang tadi.Mata nenek ni tak berapa nampak”,kata seorang nenek bongkok yang tiba-tiba muncul di di belakang aku. “Aku kena hati-hati”, bisik hati aku. “Cu, tolong ambik tongkat nenek tu”, kata nenek itu lagi sambil ketawa kecil. Aku pura-pura cuba mencari tongkat nenek itu.


179 “Tak ada lah nek”, jawab aku selepas pura-pura mencari. “Ada tu, kat sebelah pokok tu je”, jawab nenek tua itu lagi. “Memang sah nenek ini penipu. Tadi kata tak nampak tapi sekarang boleh nampak pulak”, kata hati aku. Aku membaca ayatul Kursi lalu memegang tongkat nenek tersebut. Tongkat itu bergerak seperti cuba melepaskan pegangan aku. “Lepaskan...lepaskan tongkat aku tu”, jerit nenek itu. Aku tak hiraukan jeritan nenek itu lalu cuba mematahkan tongkat menggunakan kaki aku.Kaki aku terasa ditolak kuat. Aku mencuba sekali lagi. “La hawla wala quwwata illa billahil ayil azim” Dengan sepenuh tenaga aku pijak tongkat itu hingga terpatah dua. “Kau memang cari padah”, jerit nenek itu penuh marah. “Aku tak takut dengan kau”, balas aku. Tiba-tiba angin bertiup dengan kencang bersama hujan. Pokok-pokok bergoyang dengan kuat. Beberapa dahan mula patah. Aku cepat-cepat melindungi tubuh budak yang terbaring dengan tubuh aku. “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim” Aku hanya mampu berdoa semoga tiada apa-apa yang akan menimpa kami berdua. Tiba-tiba angin berhenti bertiup tapi hujan masih renyai renyai. “Bangun Man” Aku terdengar suara Aki Lela. Aku menoleh ke belakang dan nampak Aki Lela sedang tegak berdiri. Aku terus bangun dan berdiri di sebelahnya. Tak lama kemudian Ayah Abu pula muncul dari sebelah tepi. “Tolong pergi, jangan ganggu manusia lagi selepas ini kalau kau tak mahu dimusnahkan”, kata Aki Lela. Nenek tua itu ketawa dengan kuat. “Ini kawasan aku. Manusia yang masuk ke siniseperti kamu semua. Aku lebih berkuasa dari kamu”, jawab nenek itu dengan suara yang garau. “Hanya Allah Yang Maha Berkuasa”, tegas Aki Lela lagi. “Man, angkat budak tu dan letak jauh dari sini”, bisik Aki Lela. “Tinggalkan budak itu”, jerit Nenek tua. Aku memandang ke arah nenek tua sambil menjelirkan lidah. “Bodoh pulak aku ni buat macam tu”, bebel hati aku. Aki Lela menjeling ke arah aku dan kemudian berdiri di depan aku. Nenek tua hanya memandang dengan tajam bila aku menghampiri budak itu dan dengan sepenuh tenaga memikulnya di atas bahu aku. Aku baringkan


180 budak itu di atas tanah bila sudah berada agak jauh dan kembali semula ke tempat Aki Lela. “Ayah tunggu kat budak tu aje lah”, kata aku pada Ayah Abu kerana masih risaukan kesihatan dia. Ayah Abu mengangguk dan tersenyum lalu bergerak ke arah budak tersebut. “Aku bagi kau peluang terakhir”, jerkah Aki Lela. Tanpa menjawab, nenek tua tiba-tiba berundur ke belakang dan hilang dari pandangan. “Ke mana dia hilang?” tanya aku kepada Aki Lela. “Dia akan datang semula, ini tipu muslihatnya. Kita kena cepat bawak budak itu keluar”, jawab Aki Lela. Kami bergegas ke tempat Ayah Abu. Selepas berbincang, Aki Lela akan mendukung budak tersebut dan Ayah Abu pula akan memegang lengan Aki Lela. Mereka akan membawa budak itu turun menggunakan ‘ilmu telus angin’ dan aku terpaksa berjalan kaki. Tiada ruang untuk aku kerana ia akan melanggar pantang larang. “Kau jangan tunggu di sini. Aku akan datang semula cari kau nanti”, pesan Aki Lela. Aku bergerak dahulu meninggalkan mereka dengan pantas. Aku harap tiada gangguan sepanjang perjalanan keluar dari kawasan ini. Baru beberapa langkah aku bergerak, tiba-tiba aku terdengar bunyi yang amat kuat dari atas puncak bukit dan tak lama kemudian tanah yang aku pijak seperti bergegar dan mula bergerak perlahan-lahan. “Tanah runtuh ni”, kata hati aku berdebar-debar. Aku bergerak semakin pantas. Tiada cara lain lagi untuk aku melepaskan diri selain bergerak sepantas mungkin. Aku seperti melompat sambil berlari. Bunyi yang amat kuat semakin jelas kedengaran menandakan ia semakin hampir. “Ya Alllah, aku mohon perlindunganMu”, aku berdoa sambil berlari. Kadang-kadang aku menggelongsorkan badan di lorong yang lapang. Aku tak pedulikan rasa sakit dan pedih pada seluruh tubuh aku. Pokok-pokok yang besar melambatkan runtuhan tanah dan memberi ruang untuk aku cuba melepaskan diri. Akhirnya aku berjaya sampai di bawah bukit dan berlari menuju tempat yang aku fikirkan selamat. Aku melepaskan lelah sambil terbaring terlentang penuh keletihan. Tak lama kemudian terdengar bunyi yang amat kuat. Tanah yang runtuh dari atas bukit memenuhi kawasan yang lapang. Walaupun runtuhan tidak sebesar mana tetapi cukup untuk membunuh aku jika aku terlambat.


181 Terima kasih Allah. Aku bangun bila tiba-tiba teringat Aki Lela, Ayah Abu dan budak lelaki yang masih berada di atas ketika tanah runtuh. Aku mula risau. “Sempat ke tak dia orang keluar dari situ?” tanya hati aku. “Aku akan datang semula cari kau nanti” Aku teringat kata-kata akhir Aki Lela sebelum aku bergerak turun. Aku menunggu lama tetapi Aki Lela tetap tidak munculkan diri. Aku mengambil keputusan untuk naik semula ke atas bukit menggunakan lorong yang berlainan. Keletihan masih belum hilang tetapi perasaan terlalu risau memaksa aku menggagahkan diri untuk mencari mereka semua.


182 “Ya Allah, semoga Engkau melindungi mereka semua”, doa aku sambil memulakan perjalanan. Kesan hujan yang turun semakin menyukarkan aku untuk menapak naik. Keletihan juga membuatkan langkah aku jadi perlahan. Sesekali aku berhenti melepaskan lelah. “Janganlah jadi apa-apa kepada mereka semua” Kerisauan aku semakin memuncak. Dengan seluruh tenaga yang aku ada akhirnya aku tiba di kawasan yang berhampiran tempat aku menemui nenek tua. Tiada kesan atau jejak mereka bertiga. “Jangan-jangan mereka tertimbus tanah runtuh”, bisik hati aku. Cepat-cepat aku buang prasangka buruk. Aku menjenguk dari bahagian atas tetapi cuaca yang gelap menghadkan penglihatan aku. Tiba-tiba gerak hati aku merasai sesuatu. Aku berpusing memandang sekeliling. Nenek tua itu muncul lagi. Kali ini dia berdiri di atas seketul batu yang besar, lebih kurang 20 langkah dari aku. “Tongkat baru ke nenek?” jerit aku bila melihat nenek tua itu memegang tongkat. Aku bagai mengundang kemarahannya. Nenek tua itu melontar laju tongkatnya ke arah aku. Bila aku berjaya mengelak, tongkat itu berpusing balik ke arah nenek tua. “Baling tepat sikit nenek”, aku terus menyalakan amarahnya. “Orang yang marah ni akalnya pendek dan tidak sabar”, bisik hati aku. “Jangan kau memandang rendah kat aku”, jerit nenek itu dengan marah yang meluap-luap. Memang itu tujuan aku. Nenek tua itu menghentak tongkatnya ke batu. Satu tiupan angin yang kuat kelihatan menerpa ke arah aku. “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim” Aku angkat kedua tapak tangan seolah-olah cuba menahan tiupan angin tersebut. 111


183 “Allahumma innii as’aluka khairaha wa khaira maa fiihaa wa khaira maa ursilat bihi wa ’udzu bika min syarriha wa syarri maa fiihaa wa syarri maa ursilat bihi” “Sesungguhnya angin juga tunduk kepada kekuasaan Allah.” Tubuh aku mula menggeletar kerana tiupan angin itu seperti beracun. Nafas aku mula jadi sesak. “Allah...Hu Allah...Hu Allah” Aku bertahan dengan zikir nafas. Semakin lama aku dapat merasakan angin itu semakin kuat menolak tangan aku. “Hasbiyallahu la ilaha illa huwa ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul ‘arsyil ‘adzim” Aku berusaha dan bertawakal. Kuda-kuda kaki aku bergerak sedikit demi sedikit ke hadapan. Angin yang menyesakkan nafas semakin hilang. Nenek tua mula nampak bersusah payah menahan asakkan aku. Tongkat yang dipegangnya nampak semakin tertunduk ke bawah. Aku semakin kuat menolak tapak tangan aku. “Kullu nafsin zaiqatul maut” Sekuat mana pun seseorang atau sesuatu pasti akan merasai mati. Akhirnya nenek tua menarik tongkatnya dan angin kencang tiba-tiba berhenti. Nenek tua kemudiannya menghentak tongkatnya ke lantai batu tempat dia berdiri. Tiba-tiba keluar asap hitam yang tebal dari bawah tongkat tersebut. Semakin lama asap hitam itu semakin tebal hingga aku tak nampak lagi nenek tua itu. Tidak lama kemudian asap hitam itu mulai hilang dan sedikit demi sedikit aku nampak kelibatseekor harimau belang muncul disebelah nenek tua. Nenek tua menggosok-gosok kepala harimau tersebut yang mula menyeringai menampakkan barisan giginya yang tajam. Nenek tua bercakap sesuatu dengan harimau itu menggunakan bahasa yang aku tidak faham. Harimau itu mengaum sekali dan kemudian melompat tinggi dan laju ke arah aku. Aku pegang keris aku erat-erat.Berpantang maut sebelum ajal.Ini semua tipu daya iblis. “Rabbi a’uzu bika min hamazatisy-syayatin, wa a’uzu bika rabbi ay yahdurun” “Aku mohon kepada Allah perlindungan dari iblis laknat dan kuatkan semangat aku walaupun aku benar-benar amat keletihan.” Aku mengelak ke tepi apabila terkaman harimau itu tersangat hampir kepada aku. Harimau itu berpusing dan mengaum sekali lagi. Ngaumannya cukup kuat dan menakutkan.


184 “Wa Ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun” Aku memagar diri dengan membuat bulatan menggunakan keris aku. Harimau itu cuba menerkam aku tetapi dengan izin Allah bulatan yang aku buat, membuatkan harimau itu tercampak. Nenek tua itu menjerit seolah- olah memberi arahan kepada harimau belaannya. Harimau itu berhenti dan kemudian mengais tanah dengan kakinya untuk menutup garisan bulatan yang aku buat. Sedikit demi sedikit tanah yang dikuis menutup garisan yang aku buat. Aku mula hilang punca. “Bertenanglah wahai hati,berfikirlah wahai akal”, aku berbicara sendiri. Semakin lama garis bulatan yang aku buat semakin tertimbus dengan tanah dan akhirnya bulatan yang aku buat sudah hilang sambungan garisan. Harimau itu menerkam ke arah aku dengan ganas. Aku melompat tinggi untuk melepasi terkamannya. Tiba-tiba satu sepakan entah datang dari mana singgah tepat ke kepala harimau tersebut. Harimau itu jatuh terguling ke tanah. “Ayah...”, kata aku bila melihat Ayah Abu berdiri tegak di sebelah aku. Ayah Abu kelihatan membaca sesuatu dan kemudiannya membuka langkah silat seperti seekor harimau. “Jurus harimau berantai”, aku teringat jurus yang sama yang Aki Lela ajarkan. Harimau itu menerkam sekali lagi. Ayah Abu berpusing dan dengan sekali hayun, penumbuk,siku dan kepala lututnya singgah di tubuh harimau itu. Harimau itu jatuh terguling guling dan sebelum sempat ia bangun, Ayah Abu terlebih dahulu melompat ke arahnya dengan parang tegak di tangan kanannya. “Wayuhiqqu Allahu Alhaqqa,bikalimatihi walaw karihal mujrimun” Aku mendengar dengan jelas bacaan Ayah Abu. Parang itu tepat menusuk perut harimau. Harimau itu cuba bangun tapi rebah semula dan akhirnya tidak bergerak lagi. Nenek tua kelihatan terkejut dan mula menampakkan ketakutannya. Dia mencampakkan tongkatnya dan tongkat itu bertukar menjadi ular berwarna hitam yang besar. “Ini macam kisah Nabi Musa”, bisik aku. Ayah Abu memandang aku dan mengangguk. Aku faham isyaratnya. “Falamma alqaw kala musa,ma ji’tum bihil sihr, innallah ha sayub tiluh, innallahhala yuslihu amalal mufsidin” Semua ini sihir dan tipu daya syaitan. Ular itu bergerak dengan laju ke arah aku. Aku bersedia dengan keris di tangan. Ular itu menerkam dan sedia untuk mematuk tetapi aku berjaya mengelak sambil menghayun keris aku tetapi tersasar. Ular itu tiba-tiba berpusing dan menyerang aku


185 sekali lagi. Patukannya tersasar dan libasan keris aku kali ini tepat memutuskan kepalanya. Nenek tua menjerit kuat. Ular itu perlahan-lahan bertukar semula menjadi tongkat. “Bismillah, Allahu..Maliki Yaumiddin” Aku pegang tongkat itu. Pada mulanya ada getaran dan tangan aku terasa kebas tetapi akhirnya hilang. Aku menghulurkan tongkat itu kepada Ayah Abu. Dengan mulut yang membaca sesuatu, Ayah Abu memotong tongkat itu kepada empat bahagian. “Manusia bodoh...”, jerit nenek tua lagi. Ayah Abu melompat tinggi ke arah nenek tua dan meletakkan empat bahagian tongkat yang sudah di potong kepada empat penjuru. Selepas itu Ayah Abu menumbuk ke lantai batu. Aku tahu Ayah Abu sudah mengurung nenek tua di dalam petak yang sudah dibuat. Nenek tua cuba untuk melarikan diri tetapi setiap kali dia cuba keluar, tubuhnya akan menggeletar seperti terkena renjatan elektrik. Tiba-tiba nenek tua duduk bersila sambil memejamkan mata. Kepalanya kemudian ditutup dengan kain batik yang tersandang di bahunya. “Benda apa pulak dia nak buat ni?” tanya hati aku. Tak lama kemudian dia menepuk ke lantai batu dengan kedua tapak tangannya. Perlahan-lahan tubuhnya terangkat dan terapung dari lantai batu. Kepalanya masih ditutup kain batik. Tak lama kemudian, kepalanya mula bergerak ke kanan dan ke kiri seperti orang sedang berzikir gayanya, semakin lama semakin laju. Tiba-tiba kain batik itu terpisah dari tubuhnya dan melayang dari sebatang pokok ke sebatang pokok. Dengan jelas aku nampak tubuhnya kini terapung tanpa kepala. Rupa-rupanya di dalam kain batik yang berterbangan itu terdapat kepalanya sekali. Ayah Abu mendekati aku. “Hati-hati Man, jangan sampai kena gigit”, pesan Ayah Abu. Kepala itu bergerak bersimpang siur mengelilingi kami berdua. Ayah Abu bersedia dengan parangnya. “Kau lawan dengan kepala tu, aku nak habiskan tubuh iblis tanpa kepala”, bisik Ayah Abu. “Baik Ayah”, jawab aku. Kami mula berpecah. Aku perlu menarik perhatian kepala itu sambil Ayah Abu mencari jalan menghapuskan tubuh nenek tua yang terapung. Aku kini berdiri di tengah tengah kawasan yang lapang dengan keris di tangan. “Bismillahi Tawakkaltu alallah, la hawla wala quwwata illa billah” Aku bersedia dengan memohon pertolongan Allah. Kepala itu menuju ke arah aku dengan laju. Aku melentengkan diri ke belakang bila ia


186 hampir sahaja menyentuh muka aku. Kepala itu berpusing semula. Kali ini aku melibas keris aku mengikut gerakan kepala itu. Aku hampir kehilangan langkah kerana lajunya pergerakan kepala itu mengelilingi aku. Aku tak sempat lagi melihat ke arah Ayah Abu. Dalam keadaan sama-sama berpusing, kepala itu berjaya menghentam belakang aku hingga aku tercampak ke depan. Cepat cepat aku bangun semula dan bersedia dengan kuda-kuda. Keris melintang hampir dengan muka sementara telapak tangan kiri di depakan ke depan. “Qul hu allahu ahad, allahu samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam ya kulahu kufuwan ahad” Aku bersedia. Kepala itu sekali lagi menerpa. Kali ini aku mengelak sedikit sahaja sambil keris aku di lintangkan jauh sedikit dari pipi aku. Kain batik yang menutup kepala itu tersangkut di hujung keris. Aku mencarik-carik kain batik itu dengan keris aku hingga koyak rabak. Kepala itu kini tiada penutup lagi, cuma wajahnya masih kurang jelas kerana jauh dari aku. Ia terapung tinggi dan tiba-tiba menjerit kuat melayang melepasi kepala aku. Aku berpaling dan nampak tubuh Ayah Abu sedang terapung sama tinggi dengan tubuh nenek tua tanpa kepala sambil tangannya bersedia dengan parang. Kepala itu melanggar dengan kuat tubuh Ayah Abu dari belakang hingga kedua-duanya terpelanting. Ayah Abu berjaya berdiri semula. Apa kena mengena kain batik dengan kepala itu pun aku tak tahu kerana ketika kepala itu bercantum semula ke tubuh nenek tua, kepala itu dalam keadaan terbalik. Mukanya mengadap ke belakang sedangkan tubuh bahagian hadapan berada berlawanan. “Akhirnya aku jumpa iblis bodoh”, kata hati aku. Tubuh nenek tua mula turun ke lantai batu. Kini hanya mukanya mengadap ke arah kami tapi tubuh bahagian hadapan terpusing ke belakang. Aku nampak dengan jelas matanya tiada. “Patutlah, iblis buta rupanya” Aku tersenyum sendirian. Aku menyerang dahulu, kesilapan besar yang aku lakukan bila memandang rendah kepada musuh. Serangan aku tersasar dan bentuk tubuh nenek tua itu sebenarnya memberikan kelebihan kepadanya. Bila serangan aku tersasar, kedua-dua tangannya yang berada di belakang dengan mudah menampar kepala aku serentak. Kepala aku terasa berpinar, telinga aku berdengung dengan kuat bagai nak pecah. Aku jatuh tersembam sambil memegang kepala aku.


187 Pertahanan diri aku kini terbuka luas. Nenek tua menghampiri dan mula mencekik leher aku dengan kuat. Aku semakin susah hendak bernafas. Dalam keadaan tertiarap, memang susah untuk aku melepaskan diri. Tiba-tiba nenek tua melepaskan leher aku. Aku menoleh dalam keadaan lemah. Rupanya Ayah Abu sedang bertarung dengannya. Aku masih terbaring kesakitan. Aku memandang dengan mata yang berpinar. Aku gagahkan diri untuk bangun. “Astaghfirullahalazim...” Aku ulang dan ulang menyebutnya. Aku melompat ke arah nenek tua. Satu tikaman tepat ke belakangnya.Nenek tua menggelepar kesakitan. Aku pula terduduk keletihan. Satu raungan yang kuat memecahkan kesunyian hutan. Nenek tua itu akhirnya terbaring kaku. Ayah Abu menghampiri tubuh itu lalu membaca sesuatu dan menetak parangnya ke kepala nenek tua. Tak lama kemudian tubuh itu hilang dari pandangan. “Kau macam mana?” tanya Ayah Abu. “Sakit kat leher”, jawab aku. Ayah Abu membaca sesuatu dan kemudian menggosok leher aku dengan jarinya. Aku mula dapat bernafas dengan baik. “Ayah, mana aki dengan budak tu?” tanya aku lagi. Ayah Abu terdiam lama. “Cakaplah ayah, kenapa dengan aki?” desak aku. “Mari kita turun ke bawah sana”, balas Ayah Abu tanpa menjawab pertanyaan aku yang sebenarnya. Aku mula tak sedap hati. Bermacam-macam andaian yang bermain di fikiran aku. Aku tak berani untuk bertanya lagi. Dengan segala susah payah, akhirnya kami tiba di kaki bukit. Mata aku melilau memandang sekeliling mencari Aki Lela tapi kelibatnya pun aku tak nampak. Aku memandang Ayah Abu dengan muka penuh simpati. Ayah Abu duduk seketika di atas batang kayu sambil menarik nafas yang panjang dan sesekali menekan perutnya yang pernah luka parah. “Ayah sakit ke?” tanya aku bila menghampirinya. Ayah Abu hanya tersenyum lalu mengusap kepala aku. “Tak lah, sikit aje. Mungkin parutnya belum sembuh betul”, jawabnya perlahan. Aku baring di atas rumput yang tebal untuk melepaskan lelah. Aku benar-benar penat. Fikiran aku pula masih memikirkan tentang Aki Lela. Mata aku layu memandang langit hingga aku terlelap. Entah berapa lama aku


188 terlelap pun aku tak pasti. Aku hanya tersedar bila mendengar kereta menghampiri tempat aku terbaring. Ayah Abu mendekati lelaki yang memandu kereta dan bercakap sesuatu. “Man, mari balik”, jerit Ayah Abu. Aku bangun perlahan-lahan. Di dalam kereta aku masih lagi terlelap. Keletihan yang melampau. Aku tersedar semula bila kereta keluar dari jalan besar dan memasuki lorong ke rumah Aki Lela. Terasa lambat sangat perjalanan menuju ke rumah. Aku tak sabar untuk mengetahui berita tentang Aki Lela. Tiba sahaja di halaman rumah, aku meluru keluar dari kereta. “Man...”, jerit Ayah Abu. Aku berhenti di kaki tangga. “Sabar dulu”, kata Ayah Abu sambil berjalan ke arah aku. “Assalamualaikum”, jerit Ayah Abu sambil memegang bahu aku. “Waalaikummusalam”, terdengar suara Kak Nurul. Tak lama kemudian, pintu rumah dibuka. KakNurul berdiri dimuka pintu. “Bawak budak tu ke sini”, kata Ayah Abu. Aku pelik. Kalau budak tu ada di sini, ke mana Aki Lela pergi. Tak lama kemudian Kak Nurul membawa budak yang aku jumpa di air terjun awal malam tadi. “Kamu pergi balik ke rumah kamu. Itu pakcik kamu”, kata Ayah Abu sambil menunjuk ke arah kereta. Selepas mereka berlalu pergi, barulah aku dibenarkan naik ke rumah.Tak sempat mengira anak tangga, aku melompat ke atas rumah dan menujukebilikAki Lela.AkuterdudukbilamelihatAki Lela sedang terbaring kaku. Kepalanya berbalut. Nafasnya bergerak turun naik dengan perlahan. Aku cium pipinya,tiada tindak balas. “Satu persatu orang yang aku sayang ditimpa musibah”, kata hati aku. Tiba-tiba aku terasa seseorang menggosok belakang aku. Aku menoleh perlahan. “Ini membuktikan setinggi dan sehebat mana sekalipun kita, kita tidak sempurna. Bila Allah berkehendak, tiada siapa yang boleh mengelaknya. Benda macam ini biasa berlaku untuk menyedarkan kita bahawa siapa pun kita, kita memerlukan Allah”, kata Ayah Abu. Air mata aku bergenang sambil memeluk Aki Lela. Tak lama kemudian aku bangun dan bersandar di dinding bilik Aki Lela. “Apa yang terjadi ni ayah?” tanya aku. “Aki kau jatuh dari tempat yang tinggi. Kepalanya terhentak ke tanah dengan kuat. Tiada apa lagi yang mampu kita buat”, kata Ayah Abu. “Maksud ayah?” tanya aku tak puas hati. “Kita mungkin akan hilang dia buat selamanya”, jawapan Ayah Abu yang membuatkan airmata aku bercucuran jatuh.


189 Aku duduk mengangkat lutut sambil meletakkan muka beralaskan tangan aku di atas lutut. Tubuh dan minda aku keletihan yang amat. Selepas Ayah Abu di timpa musibah, kini Aki Lela pula. “Bila giliran aku?” tanya aku pada diri sendiri. “Man, jangan sesekali mengeluh kepada apa sahaja yang Allah aturkan untuk kita. Sebagai hambaNya, dia berhak menentukan segalanya. Orang yang mengeluh adalah orang yang tak sedar kedudukannya di sisi Allah. Bersyukur atassegala ketentuan Allah adalah lebih tinggi darjatnya daripada bersabar atas ujianNya.” Aku mengangkat muka perlahan-lahan. “Ayah, ada beza ke dua sifat tu?” tanya aku. “Kita ambil contoh yang paling hampir dengan kita, Aki kau ni. Jika dia bersabar ketika ditimpa musibah ini, dia akan tetap merasakan sakit. Memang baik sifat sabar, itu pun tanda dia reda. Namun jika dia bersyukur atas apa yang menimpanya, kesakitan akan hilang dan dia akan menganggap musibah ini satu nikmat yang Allah berikan. Kau cuba tukarkan fikiran kau dan menganggap setiap ujian atau musibah yang Allah berikan seolah-olah Allah bagi kenikmatan hidup macam bagi rezeki yang banyak atau dapat makan yang sedap-sedap. Bukankah bila kita dapat makan sedap-sedap, kita akan menikmati dengan hati yang gembira? Memang bukan mudah untuk bersyukur atas musibah dan bukan sebarangan orang yang mampu tapi itulah salah satu rahsia kenapa Allah mudah redha akan hambaNya”, terang Ayah Abu. Aku mengesat airmata. Aku peluk Ayah Abu. Ayah Abu mencium ubun-ubun aku. Aku bangun menuju ke telaga. Terasa lega bila terkena jirusan air tetapi pedih bila terkena air di tempat yang luka dan calar-balar. “Alhamdulillah, segar rasa badan” Aku cuba mengamalkan apa yang Ayah Abu terangkan tadi. Lupakan rasa sakit tapi nikmatinya sebagai rezeki. Siap mandi aku dan tunaikan kewajipan,aku masuk semula ke bilik Aki Lela dan duduk di sebelahnya. “Aki..aki kena kuat. Man tak nak kehilangan aki. Belum habis lagi pelajaran yang aki ajar. Aki berehat dulu, nanti aki bangun semula”, bisik aku ke telinganya. 112


190 Aku menghabiskan malam itu dengan berzikir. Semoga dengan asbab zikir ini, Allah menyembuhkannya. Jam berapa aku tidur pun aku tak pasti. Aku hanya tersedar bila waktu subuh menyedarkan aku yang terlena sambil duduk. Pagi itu aku bersekolah seperti biasa tetapi menunggu tengah hari adalah satu penyiksaan sebab aku tak sabar hendak pulang kerana teringatkan Aki Lela. Naik ke rumah tanpa meletakkan beg sekolah, aku terus menuju ke bilik Aki Lela. Tiada perubahan apa-apa,Aki Lela masih terbaring kaku. Aku mencium pipinya dan memeluknya sekali kemudian masuk ke bilik aku. “Mana Ayah Abu?” tanya hati aku. Aku menuju ke dapur mencari makanan tengah hari. “Akak, ayah mana?” tanya aku pada Kak Ayu yang sedang membancuh air. “Ada orang datang sebentar tadi. Selepas tu dia keluar, entah lah dia pergi ke mana”, jawab Kak Ayu. Selepas makan dan tunaikan kewajipan, aku masuk ke bilik Aki Lela. Aku berbual dengannya walaupun tiada tindak balas darinya tapi aku yakin Aki Lela boleh mendengar percakapan aku. Selepas asar, aku berehat di bangsal sambil tertanya-tanya ke mana Ayah Abu pergi. “Tak kan siang-siang ni ayah selesaikan benda pelik-pelik”, kata hati aku. Rasa bosan mula menyelubungi aku. Aku tidak mahu mengganggu Aki Lela. Aku mahu dia berehat sepenuhnya dan aku akan terima dia walau bagaimana keadaan dia sekali pun jika dia sudah sedar nanti. Tiba-tiba dari jauh aku nampak sebuah kereta menghampiri rumah Aki Lela. “Mungkin Ayah Abu dah balik”, kata aku sambil tersenyum sendirian. Memang benar apabila kereta berhenti di halaman rumah, Ayah Abu turun dari kereta dan kereta itu berlalu pergi. “Ayah pergi ke mana?” tanya aku tak menyempat bila nampak Ayah Abu berjalan menghampiri bangsal. Ayah Abu hanya tersenyum dari jauh. “Ada hal sikit tadi. Ada orang nak minta tolong aki kau tapi aku bagi tahu aki kau ada hal lain, jadi aku tawarkan diri membantu. Selepas maghrib nanti kita pergi”, jawab Ayah Abu. Aku mula teruja. “Kita nak pergi ke mana?” tanya aku. “Ikut aje lah. Kalau aku cakap pun, bukan kau tahu tempat tu”, jawab Ayah Abu lagi. Selepas berbual seketika, kami berdua masuk ke bilik Aki Lela. Keadaannya tak banyak berubah.


191 “Aku yakin aki kau ni akan sembuh. Dia kuat”, kata Ayah Abu memberi aku semangat. Aku mengambil air dalam besen dan basahkan tubuh Aki Lela dengan lembut. Sesekali air mata aku menitik melihat keadaannya. Selepas maghrib, kami mula bergerak menaiki kereta seperti yang dijanjikan. Sedih bila Aki Lela tiada tapi hidup mesti diteruskan. Sekurang-kurangnya Aki Lela boleh berehat. Aku tersedar dari tidur ketika kami memasuki simpang masuk ke satu lorong tanah merah. Dari jauh aku nampak samar-samar seperti sebuah rumah kayu dua tingkat yang besar. Bila turun sahaja dari kereta, bulu roma aku meremang. Aku berdiri mengadap sebuah rumah kayu yang besar, tingkap-tingkap yang terbuka luas tapi sunyi. Lampu luar terang-benderang tapi bahagian dalam kelihatan gelap gelita. “Rumah siapa ni ayah?” tanya aku perlahan seperti berbisik kepada Ayah Abu. “Rumah tinggalan orang Inggeris tapi sudah di beli oleh seorang lelaki dari bandar. Dulu orang tu tinggal di sini tapi dah meninggal dunia lebih kurang setahun. Sekarang anaknya nak pindah tinggal disini. Sebelum ini anaknya upah orang untuk membuka lampu sebelum malam. Masalahnya orang yang diupah tu dah seminggu hilang tak dapat di kesan. Siang tadi aku keluar pergi jumpa anak kepada tuan rumah ni”, terang Ayah Abu. “Apa yang sebenarnya dia nak kita buat ni?” tanya aku lagi. “‘Bersihkan’ rumah ni”, jawab Ayah Abu. “Kenapa tak bersihkan siang tadi?” tanya aku lagi. Ayah Abu memandang aku sambil ketawa kecil. “Tuan rumah ni minta tolong kita ‘bersihkan’ rumah ni dari ‘benda’ yang menumpang”, kata Ayah Abu. Baru aku faham. Tiba-tiba semua tingkap terbuka dan tertutup sendiri tanpa henti. Sesekali bila tingkap terbuka, aku nampak ada sesuatu yang berdiri memandang kami dan kemudian hilang. “Kau dah sedia?” tanya Ayah Abu. Aku mengangguk. “Au zubillah himinashsyaitan nirrajim” Kami mula melangkah menuju pintu utama. “Buka pintu ni Man”, arah Ayah Abu. Aku mara mendekati pintu. “Qul hu allahu ahad, allahu samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam ya kulahu kufuwan ahad” Aku letak kedua tapak tangan ke daun pintu. Ada sesuatu seperti mengalir pada tangan aku.


192 “A’udzu bikalimaatillaahit taammaati min syarri maa khalaq” Dengan sekali enjut, aku menolak daun pintu menggunakan tapak tangan aku. Pintu terbuka luas. Dalam rumah hanya diterangi samar-samar cahaya dari lampu di luar rumah. Aku nyalakan lampu suluh di kepala aku lalu melurumasuk untukmencarisuislampu ditengah rumah tetapimalangnyatiada satu pun menyala. Tingkap-tingkap di bahagian atas masih berdentum dentam. Tiba-tiba bunyi pintu-pintu bilik di tingkat bawah dibuka dan ditutup pula mula kedengaran. Lampu suluh aku meliar menyuluh ke sekeliling. Aku terkejut bila lampu suluh aku tersuluh kepada sepasang mata yang merah menyala. Bila mata aku berkedip, mata itu hilang dari pandangan. “Apa kita nak buat ni ayah?” tanya aku pada Ayah Abu sambil berpaling ke belakang tapi Ayah Abu tiada. Aku meluru keluar rumah semula. Ayah Abu masih tercegat di muka pintu. “Kenapa ayah tak masuk?” tanya aku seperti orang marah. “Aku suruh kau buka pintu tapi yang kau pergi masuk terus tu buat apa?” bebel Ayah Abu. Aku tersengih macam kerang busuk. “Betul jugak”, jawab aku dalam hati. Ayah Abu membaca sesuatu. “Mari masuk”, katanya sambil melangkah masuk. Aku mengikutinya dari belakang. Bunyi di dalam rumah semakin kuat. Sekejap bunyi di tingkat atas, sekejap di tingkat bawah. Sesekali terdengar seperti bunyi orang berlari. Aku menoleh ke belakang bila terasa bagai ada sesuatu di belakang aku tapi aku tak nampak sesiapa. “Kriukkkk...” Bunyi pintu bilik dibuka dan kemudian berdentum seperti ditutup dengan kuat. “Dia main bunyi-bunyi pulak”, bisik hati aku. Ayah Abu masih bergerak perlahan. Tiba-tiba aku terasa bahu aku berat sangat hingga aku hampir jatuh terduduk. “Ayah...ada benda atas bahu”, kata aku sambil menahan beban berat. Ayah Abu berpaling dan kemudian berpusing mengadap ke arah aku. “Sejak bila kau tak tahu nak buat apa ni?” jerkah Ayah Abu. Aku kemudiannya menadah tangan lalu membaca ayatul Kursi. Aku letakkan kedua tangan aku ke atas bahu aku. Aku dapat rasa tangan aku memegang sesuatu seperti tapak kaki. Aku rentap dengan kuat dan kemudian


193 membaling ‘benda’ tersebut ke hadapan. Bunyi benda terlanggar dinding jelas kedengaran. Bahu aku terasa ringan semula. “Tipu daya iblis ni banyak cara, dia boleh buat kau jadi bodoh”, bisik Ayah Abu. Aku mula berzikir. Baru sahaja aku bergerak beberapa langkah, aku terasa ada sesuatu memegang pula kaki aku hingga aku susah nak bergerak. Kepala aku menyuluh ke bawah tapi tak nampak apa-apa. “Fakashafna Anka Ghita aka fabasarukal yauma hadeed” Aku pejamkan mata sekali dan kemudian membukanya. Aku nampak dengan jelas satu lembaga bermuka hodoh sedang duduk memeluk kaki aku. “Yaa hayyu yaa qayyum, bi rahmatika astagheeth” Aku menumbuk ke mukanya. Tumbukan aku menembusi mukanya hingga berlubang. Bila aku menarik tangan aku, mukanya kembali seperti sedia kala. “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’ul ‘alim” Aku letak jari telunjuk dan jari hantu aku ke dahinya. Dahinya mula berasap dan susuk tubuh itu tiba-tiba hilang. “Kenapa ‘benda-benda’ ni tak kacau ayah?” tanya aku perlahan pada Ayah Abu yang berada di hadapan aku. “Sebab aku salah satu dari mereka”, jawapan Ayah Abu mengejutkan aku. Tiba-tiba Ayah Abu berpaling dan mukanya mula berubah sedikit demi sedikit. Wajahnya kini adalah seorang lelaki yang berusia tapi bermata merah. Kepalanya ditutup dengan kain seperti serban. Aku berundur sedikit. “Qul a ‘uudzu birabbn nas, malikin nas, ilahin nas, min syarril waswasil khannas, alladzi yuwaswisufi sudurin nas, minal jinnati wan nas” Aku bersedia. Lelaki itu menyerang aku. Aku mengelak ke tepi sambil menyepak ke mukanya. Suasana jadi bising. Dia jatuh tersembam lalu hilang. Seorang lelaki menyerupai Ayah Abu muncul di hadapan aku. Aku pula menyerang. Lelaki itu memegang tangan aku. “Aku lah ni. Jangan tertipu”, katanya. “Ayah?” tanya aku kehairanan. “Aku lah ni”, jawab Ayah Abu lagi sekali lagi sambil membaca surah Al Fatihah. “Man ingat ‘benda’ tu menyamar lagi”, kata aku. “Iblis memang mahu kita jadi was-was dan berlawan sama sendiri”, jawabnya.


194 Aku hanya mengangguk.Kami bergerak semula menuju ke tingkat atas. “Di sinilah tempat tinggal ‘benda’ tu”, kata Ayah Abu sambil menunjuk ke arah satu bilik. “Dia tak akan mudah menyerah, hati-hati dengan lakonannya”, pesannya lagi. Ayah Abu membaca sesuatu lalu memegang daun pintu. Tiba-tiba kami berdua terpelanting ke belakang hingga terperosok ke dinding. Cepat-cepat kami bangun semula. “Rabbi a’uzu bika min hamazatisy-syayatin, wa a’uzu bika rabbi ay yahdurun” Aku dengar Ayah Abu membacanya lalu mara ke arah pintu bilik. Kali ini Ayah Abu hanya meletakkan tapak tangan tanpa menyentuh pintu. Aku bersedia untuk melompat ke dalam jika pintu terbuka. Aku nampak Ayah Abu seperti sedang bertarung dengan sesuatu yang ada disebalik pintu.Aku mula hilang sabar bila melihat Ayah Abu dalam kesusahan. Aku membaca sesuatu dan kemudian menumbuk pintu bilik. Pintu bilik terbuka luas. Terbentang di depan aku bagai ada satu lorong yang panjang. Ayah Abu memegang bahu aku. “Jangan tertipu dengan pandangan mata kasar”, bisiknya. Aku hunuskan keris. “Biar Man jalan dulu”, pinta aku. “Hati-hati”, jawab Ayah Abu. Aku mula bergerak perlahan-lahan.Beberapa langkah aku bergerak, tiba-tiba muncul banyak tangan dari kanan dan kiri lorong gelap cuba menangkap aku dan Ayah Abu. “Allahu Ahad...Allahu Ahad..” Lafaz aku sambil menghayun keris. Ayah Abu juga melibas-libas parangnya. Beberapa tangan terputus ke lantai lorong dan hilang. Akhirnya selepas bersusah payah, kami berjaya melepasinya. “Kali ini biar aku yang berjalan dulu”, kata Ayah Abu. Akumengikutnya dari belakang. Akumula berpeluh-peluh. Lebih kurang 10 langkah kami bergerak, tiba-tiba kaki Ayah Abu terkunci bagai ada sesuatu yang memegang kakinya. Aku cuba membantu tetapi kaki aku juga terkunci. “Qul hu allahu ahad, allahu samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam ya kulahu kufuwan ahad” Aku tikam keris aku ke lantai. Lantai jadi bergegar bersama jeritan yang kuat. Kaki kami terlepas.


Bisa - PCM - JILID 3

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version