The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-02-20 03:49:19

Novel Seram

Sifat 20 (a) Sehebat mana amalan yang kita lakukan, asasnya kita mesti belajar sifat 20 Allah kerana awal agama adalah mengenal Allah. Bagaimana kita beribadat jika Zat Allah yang kita sembah, kita tidak mengenaliNya. Jangan jadikan amalan kita sia-sia. Sifat-sifat Wajib bagi Allah 1. Wujud (ada) Sifat wajib Allah yang pertama adalah wujud yang ertinya ada.Wujud dalam erti yang sebenarnya disini,Allah itu zat yang pasti ada,Dia berdiri sendiri,tidak diciptakan oleh sesiapapun dan tidak ada Tuhan selain Allah Ta’ala. Bukti bahwa Allah itu ada adalah Allah menciptakan seluruh alam semesta ini dan semua makhluk hidup di atas muka bumi. Allah berfirman dalam surat As-Sajadah: “Allahlah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa,kemudian ia bersemayam di atas ‘Arsy.Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi Syafa’at.Mengapa kamu tidak memperhatikan?” (As Sajadah, ayat 4) “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku,maka sembahlah aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”. (Thaha, ayat 14) 2. Qidam (Terdahulu/Sedia ada) Sifat Qidam ertinya terdahulu.Allah adalah Maha Pencipta yang menciptakan seluruh alam semesta ini beserta isinya. Sebagaimana sebagai pencipta, Allah ada lebih dahulu dari segala sesuatu yang I | MISTERI KG RAKIT


diciptakannya. Oleh kerana itu,tidak ada yang terdahulu atau yang awal selain Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran: “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zaahir dan Yang Batin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Hadid, ayat 3) 3. Baqa’ (Kekal/Abadi) Sifat wajib Allah yang selanjutnya adalah Baqa’ yang bermaksud kekal atau abadi. Allah itu Maha kekal,tidak akan musnah dan binasa atau mati Tidak ada pengakhiran bagi Allah SWT. Sebagaimana disampaikan dalam firman Allah, “Tiap – tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. BagiNyalah segala penentuan, dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan”. (Al Qasas,ayat 88) “Semua yang ada di bumi itu akan binasa.Dan tetap kekal (hanya) wajah Rabb mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”. (QS. Ar Rahman,ayat 26-27) 4. Mukholafatul Lilhawadits (Berbeza) Kerana Allah SWT adalah yang menciptakan, maka Allah sudah pasti berbeza dengan makhluk ciptaanNya. Tiada satu pun yang mampu sebanding denganNya dan mampu menyerupai keagunganNya. Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran: “Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”. (Al Ikhlas,ayat 4) II | MISTERI KG RAKIT


“Tidak ada satu pun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengan dan Melihat”. (Asy Syura, ayat 11) 5. Qiyamuhu Binafsihi (Berdiri sendiri) Sifat wajib Allah selanjutnya adalah Qiyamuhu Binafsihi yang ertinya berdiri sendiri.Allah SWT berdiri sendiri,tidak bergantung dan memerlukan sesiapa pun dan tidak memerlukan bantuan sesiapa pun. Dalam Al Quran dijelaskan, “Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta”. (Al Ankabut, ayat 6) 6. Wahdaniyah (Tunggal/Esa) Allah Maha Esa atau tunggal. Erti Esa/tunggal disini, bahawa Dialah satu-satunya tuhan pencipta seluruh alam semesta. Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran: “Seandainya di langit dan di bumi ada tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu akan binasa”. (Al Anbiya, ayat 22) 7. Qudrat (Berkuasa) Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan tidak ada yang dapat menandingi kekuasaan Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan dalam AlQuran: “Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.” (Al Baqarah, ayat 20) III | MISTERI KG RAKIT


8. Iradat (Berkehendak) Allah berkehendak atas segala sesuatu. Oleh kerana itu,segala kejadian apapun itu terjadi atas kehendak Allah SWT.Bila Allah SWT berkehendak,maka jadilah dan tidak ada seorang pun yang mampu menghalangNya. “Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi,kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.” (Hud,ayat 107) “Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya,“Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Yasiin,ayat82) 9. ‘ilmu (Mengetahui) Allah SWT mengetahui atas segala sesuatu baik yang zahir (jelas) mahu pun yang batin (terlindung). “Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”. (Qaf, ayat 16) 10. Hayat (Hidup) Allah SWT Maha Hidup,tidak akan pernah mati,binasa,atau pun musnah. Dia kekal selamanya. Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran, “Dan bertakwalah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati dan bertasbihlah dengan memujiNya”. (Al Furqan, ayat 58) IV | MISTERI KG RAKIT


11. Sama’ (Mendengar) Allah Maha mendengar apa yang diucapkan hambanya baik yang diucapkan maupun yang disembunyikan.Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran, “Dan Allah lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Al Maidah, ayat 76) 12. Basar (Melihat) Allah Maha melihat segala sesuatu, Semua yang ada di dunia ini tidak luput dari pengawasan dan penglihatan Allah SWT. Penglihatan Allah tidak ada batasannya. Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran, “Dan Allah melihat atas apa yang kamu kerjakan”. (Al - Hujurat, ayat 18) “Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka,seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah dua kali lipat.Jika hujan lebat tidak menyiraminya,maka hujan gerimis (pun memadai).Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat”. (Al Baqarah, ayat 265) 13. Qalam (Berfirman) Allah berfirman melalui kitab-kitab yang diturunkan melalui perantara para Nabi. Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran, “Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan kami) pada waktu yang telah kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya”. (Al A’raf,ayat 143) V | MISTERI KG RAKIT


14. Kaunuhu Qadiran (Keadaan Allah yang berkuasa mengadakan atau sebaliknya) Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu yang ada di alam semesta.Ayat yang menjelaskan dalam Al Qur’an : “Hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka.Setiap kali sinar itu menyinari mereka,mereka berjalan di bawah sinar itu dan bila gelap menimpa mereka,mereka berhenti. jika Allah menghendaki,niscaya dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka.Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.” (Al – Baqarah, ayat 20) 15. Kaunuhu Muridan (Keadaan Allah berkehendak dan menentukan sesuatu ) Allah Maha Berkehendak atas segala sesuatu. Apabila Allah sudah menakdirkan suatu perkara maka tidak ada yang dapat menolak kehendakNya. Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran, “Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.” (Hud, ayat 107) 16. Kaunuhu Aliman (Keadaan Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu) Aliman ertinya Mengetahui. Allah Maha mengetahui atas segala sesuatu. Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran, “Dan Allah Maha Mengetahui sesuatu” (An Nisa, ayat 176) 17. Kaunuhu Hayyan (Keadaan Allah Yang Hidup) Allah Maha Hidup,Dia selalu mengawasi hamba-hambaNya dan tidak pernah tidur. VI | MISTERI KG RAKIT


“Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup, yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya.” (Al-Furqon, ayat 58) 18. Kaunuhu Sami’an (Keadaan Allah Yang Maha Mendengar setiap sesuatu) Allah memiliki sifat Sami’an yang bererti mendengar. Allah itu Maha Mendengar. Tidak ada yang terlewatkan bagi Allah dan tidak ada pula yang melampui pendengaranNya. 19. Kaunuhu Bashiran (Keadaan Allah Yang Maha Melihat setiap sesuatu) Bashiran juga memiliki erti melihat. Allah selalu melihat dan mengawasi hamba-hambaNya oleh kerana itu, sudah semestinya kita selalu berbuat kebaikan. 20. Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan Allah Yang berfirman atau Berkata-kata) Mutakalliman juga bererti berfirman. Allah berfirman melalui kitabkitab suci yang diturunkan melalui para nabi. VII | MISTERI KG RAKIT


1 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 1 Aku terjaga apabila terdengar suara pemandu bas yang agak kuat memaklumkan bahawa bas ekpress yang aku naiki telah sampai di stesen bas kecil bandar KR.Jam menunjukkan pukul 10 malam,25hb Disember 1990. Aku mengangkat beg pakaian aku yang kecil sambil berjalan turun dari bas. "Terima kasih pakcik,Assalamualaikum wbt..",kata aku kepada pemandu bas yang agak berusia ketika mula turun dari tangga bas.Aku tidak tahu samada Pakcik pemandu bas itu menjawab salam aku atau tidak sebab aku tidak mendengar suaranya. "Alhamdulillah,sampai jugak kat sini", kata aku sebaik sahaja kaki aku memijak tar stesen bas ini.Hanya aku seorang sahaja rupanya yang turun di sini.Aku duduk seketika di atas kerusi simen.Tidak lama kemudian bas tersebut bergerak meninggalkan stesen bas ini dan meninggalkan aku sendirian.Hanya ada 2 lampu yang menerangi stesen bas ini.Aku memerhati sekeliling.Suasana terasa sunyi.Angin malam yang bertiup menambahkan lagi kedinginan.Tiada langsung kelibat orang lain di stesen bas ini.Tiada juga kenderaan lain yang aku nampak berhampiran stesen bas ini,macam bandar mati. "Keciknya stesen bas ni,awal lagi pun dah tak ada orang,tak ada bas",bebel aku. "Macam mana aku nak ke Kampung Rakit ni?",aku bertanya diri aku sendiri. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki aku di bandar kecil ini dan kali pertama juga aku akan ke Kampung Rakit. Ketiadaan tiket bas untuk perjalanan waktu siang memaksa aku menaiki bas pukul 5 petang dari bandar tempat aku tinggal,bermakna aku menghabiskan 5 jam perjalanan untuk sampai di sini.


2 I MISTERI KG RAKIT "Semoga Allah memudahkan urusan aku kat sini",doa aku dalam hati.Aku berada di sini adalah atas permintaan Pak Tam,bapa saudara aku.Dia dapat kerja membina sebuah bunglow di sini dan tugas aku adalah untuk menguruskan ketibaan barang-barang pembinaan pada siang esoknya.Aku sendiri tidak tahu bagaimana keadaan kampung tersebut,yang aku tahu aku hanya perlu mencari penduduk kampung yang bernama Pak Jo @Johari.Mudah sahaja arahan Pak Tam,sedangkan aku tahu tugas aku tidak semudah arahannya.Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku.Firasat aku dapat merasakan ada yang tidak kena pada tempat aku berada sekarang ini tetapi aku cuba untuk mengabaikannya.Tiba-tiba aku nampak cahaya sebuah kereta menuju ke arah aku.Lega aku rasa. "Mungkin kereta 'sapu' ni",teka aku. Kereta itu berhenti di hadapan aku, kereta nissan sunny yang agak usang. "Encik nak pergi mana?",tanya seorang lelaki berusia lebih kurang 40an melalui tingkap kereta yang memang sudah terbuka.Aku nampak ada seorang lelaki dan seorang wanita di kerusi belakangnya tetapi kedua dua wajahnya agak kurang jelas. "Saya nak ke kampung Rakit,jauh tak dari sini?",kata aku. "Oooo Kampung Rakit,dekat sejam dari sini.Dua orang kat belakang ni pun nak ke sana jugak.Eloklah tu. “Saya caj 40 ringgit kalau encik nak saya hantar ke sana,boleh?",jawabnya.Aku tiada pilihan dan terpaksa bersetuju.Aku duduk di sebelah pemandu sambil meribakan beg aku.Akhirnya kereta mula bergerak menuju destinasi. "Saya Kassim.Buat apa encik nak ke kampung tu malam-malam ni?",kata pemandu kereta itu.


3 I MISTERI KG RAKIT "Saya Man,ada kerja sikit.Ni saya nak gi ke rumah Pak Jo.Abang Kassim kenal?",tanya aku. "Pak Jo?Oooo...kenal..kenal..nanti saya hantar ke rumah dia",jawabnya.Lega hati aku bila melihat sikap Kassim yang peramah dan agak riuh berbual. Mudah urusan aku malam ini.Lelaki dan wanita di kerusi belakang hanya mendiamkan diri.10 minit awal, semuanya berjalan tanpa halangan walaupun jalan ke Kampung Rakit semakin lama semakin gelap.Kami memasuki satu simpang dan bermula dari situ suasana mula terasa lain. Keadaan bertambah gelap dan sunyi. Kassim mula mendiamkan diri,tidak peramah lagi seperti awal-awal tadi. Bulu roma aku juga mula tegak berdiri.Tiada langsung kami berselisih dengan kenderaan lain hatta sebuah motosikal sekali pun.Kilat mula kelihatan di langit seperti hendak hujan.Sesekali aku menoleh ke belakang tetapi aku masih tidak nampak dengan jelas wajah mereka berdua.Tanpa suara,keadaan memang menyeramkan.Aku baca ayat-ayat yang aku belajar kerana aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Hujan mula turun renyai renyai.Kereta yang tiada penghawa dingin memang menyukarkan pandangan jika hujan.Bau wangi mula menusuk hidung aku.Sesekali aku menjeling ke arah Kassim,risau jika dia terlelap ketika memandu sebab dia sekarang langsung tidak bersuara.Bau wangi semakin kuat.Aku membaca lagi ayat-ayat yang aku belajar.Aku tahu ada sesuatu yang tidak elok berada di dalam kereta ini.Aku menoleh ke arah Kassim dan aku terkejut bila nampak jelas wajahnya sudah berubah.Sebiji matanya terjuntai ke bawah,sebelah lagi terperosok ke dalam.Aku mengalihkan cara duduk aku dengan bersandar pada pintu kereta.Kini pandangan aku lebih jelas ke arah Kassim dan kepada kedua-dua penumpang di belakang. Aku nampak wajah wanita itu juga sudah berubah,lebih buruk dari wajah Kassim. Mukanya seolah olah pecah dengan ulat-ulat memenuhi


4 I MISTERI KG RAKIT hidung dan mulutnya.Lelaki itu pula tiada sebelah kepala dan berlumuran darah.Aku baca lagi ayat-ayat yang aku belajar dan hembus ke arah mereka bertiga.Hujan semakin lebat dan pakaian aku mula agak basah kerana air hujan yang masuk melalui tingkap yang tidak tertutup rapat.Ketiga tiga kelibat ini semakin tidak senang duduk setiap kali aku hembus bacaan ayat suci Al Quran ke arah mereka.Wanita itu mula menjerit jerit dengan suara nyaring.Lelaki itu pula menghentak hentak kepalanya kepada cermin tingkap.Kereta mula bergerak ke tepi dan ke tengah dan akhirnya terus menuju ke tepi jalan sebelah kiri dengan agak laju.Kereta mula terjunam ke bawah tebing.Aku mengucap dua kalimah syahadah dan kemudian berzikir tanpa henti.Aku yakin jika bukan ajal,aku akan selamat. "Allahhu Akbar...Allahhu Ahad..",lafaz aku bila kereta terperosok di batang pokok.Allah Maha Melindungi,walau kereta datang dari sebelah kiri tetapi kereta melanggar batang pokok dari arah pemandu kereta.Dengan izin Allah,aku berjaya mengelakkan diri dari terhantuk pada sebarang peralatan di dalam kereta.Aku mengeluarkan lampu suluh yang memang sentiasa ada di dalam beg aku.Aku menyuluh ke ke dalam kereta dan mendapati ketiga tiga kelibat yang ada bersama aku di dalam kereta tadi hilang entah ke mana.Aku berjaya membuka pintu kereta dan bergerak keluar bersama beg aku.Hujan yang masih turun menyukarkan sedikit untuk aku naik dari tebing.Aku bernasib baik kerana tebing tidak berapa tinggi dan dalam.Sampai di atas jalan yang berturap,aku memeriksa tubuh aku. Tiada pakaian aku yang koyak dan aku juga tidak merasa sebarang kesakitan menandakan aku tidak luka apa-apa. Jam aku menunjukkan pukul 11 malam.Dari atas jalan,aku menyuluh ke arah kereta dan nampak dengan jelas kereta itu seperti kereta yang sudah lama berada di pangkal pokok tersebut. Aku mengambil keputusan untuk berjalan meredah hujan mengikut sahaja jalan yang ada.Tiada sebuah rumah mahu pun kenderaan yang aku


5 I MISTERI KG RAKIT jumpa.Akhirnya aku terjumpa sebuah papan tanda kecil yang tertulis, 'Kampung Rakit' selepas lebih kurang 15 minit aku berjalan.Aku terus berjalan tanpa henti sehingga aku jumpa sebuah warung kecil di tepi jalan yang sudah ditutup. "Assalamualaikum...",aku memberi salam kerana aku nampak ada cahaya lampu dari dalam rumah.Salam aku tidak berjawab.Aku ulang dua kali lagi dan hanya pada yang ketiga,pintu warung dibuka.Muncul seorang lelaki yang agak tua. "Anak ni cari siapa?",tanya lelaki tua itu. "Saya nak cari Pak Jo.Tadi saya tumpang kereta datang ke sini.Kereta tu dah pergi",aku terpaksa berbohong kerana tidak mahu memanjangkan cerita.Pakcik tua itu memandang aku ke atas dan ke bawah seperti curiga. "Lain macam orang tua ni,salam pun tak berjawab",bebel aku dalam hati. "Rumah dia tak jauh dah dari sini tapi kena masuk ke dalam sikit sebelah kiri dari jalan.Rumah pertama yang anak jumpa nanti,rumah dialah",terang pakcik tua itu. "Terima kasih pakcik,saya jalan dulu", jawab aku sambil hendak memulakan langkah. "Ada hal apa anak cari dia malam-malam ni?tak boleh tunggu siang ke?kampung ni jarang sangat orang jalan malam-malam macam ni, lebih-lebih lagi kalau hujan",tanya pakcik itu. "Saya datang dari jauh,ada hal nak jumpa dia.Bas sampai dah malam,saya terus aje lah ke sini",terang aku.


6 I MISTERI KG RAKIT "Hati-hati.Jangan tegur apa-apa yang pelik.Kalau tak berani,tunggu je kat rumah pakcik ni sampai siang nanti", pelawa pakcik itu. "Tak apalah pakcik,saya jalan terus je. Inshaallah semuanya akan selamat", jawab aku sambil meneruskan perjalanan.Aku berpaling semula untuk memberi salam tetapi Pakcik tua itu sudah menutup pintu. "Cepat sungguh dia masuk rumah",kata aku sambil meneruskan perjalanan. Hujan sudah mula berhenti tetapi pakaian aku sudah basah kuyup.Lebih kurang 10 minit aku berjalan,di hadapan aku kelihatan 3 susuk tubuh manusia sedang berjalan bertentangan dengan arah aku berjalan.Aku tidak sedap hati.Bulu roma aku tegak berdiri.Semakin lama mereka semakin menghampiri aku.Bila aku berselisih sahaja dengan mereka,aku amat terkejut kerana mereka bertiga adalah Kassim dan dua lagi penumpang yang ada di belakang kereta sebelum ini. Mereka memandang aku dengan tajam.Tiba-tiba ketiga tiga kelibat itu mengepung aku.Kaki masing-masing tidak jejak ke tanah. "Jangan kacau aku,aku datang ke sini bukan nak berurusan dengan kamu. Pergi dari sini atau dengan izin Allah, aku akan hapuskan kamu semua", bentak aku.Habis sahaja aku berkata kata,serentak mereka bertiga mengilai dengan nyaring dan mula berpusing pusing mengelilingi aku.Semakin lama semakin laju sambil tangan mereka cuba menggapai tubuh aku.Aku baca ayat-ayat suci Al Quran yang aku belajar dan kemudiannya menumbuk ke tanah.Serentak ketiga tiga kelibat itu terpelanting ke belakang dan terus hilang dari pandangan.Aku meneruskan perjalanan menuju ke rumah Pak Jo. Aku masih belum nampak walau sebuah rumah pun. Akhirnya aku sampai di satu simpang kecil.


7 I MISTERI KG RAKIT "Rumahnya masuk ke dalam sikit sebelah kiri",aku teringat pesan Pakcik Tua tadi.Aku mengambil keputusan untuk melangkah ke kiri seperti yang dipesan.Suasana memang gelap gelita, sunyi dan sepi.Telinga aku menangkap bunyi sesuatu yang sedang berterbangan di antara pokok-pokok yang ada di sekeliling aku.Aku baca ayat yang biasa aku amalkan dalam keadaan begini.Bunyi itu semakin lama semakin kuat menandakan ia mula terbang semakin rendah.Aku abaikan kerana selagi ia tidak menghampiri aku,bagi aku ia bukan satu masalah.Akhirnya aku sampai di halaman sebuah rumah bertiang yang sederhana besar.Ada lampu di luar rumah yang terpasang.Aku berdiri di hadapan tangga rumah lalu memberi salam. "Assalamualaikum wbt...",suara aku perlahan tetapi jelas. "Sekejap yer",ada jawapan dari dalam rumah,suara seorang perempuan. Tingkap di buka sedikit. "Nak cari siapa tengah malam ni?", suara itu agak bergetar tetapi aku tidak nampak mukanya. "Saya nak cari Pak Jo,pak saudara saya Pak Tam yang mintak saya jumpa dia jika datang ke sini",jawab aku dengan harapan perempuan itu tahu tentang Pak Saudara aku. "Ooo..anak saudara pakcik tu.Sekejap", jawab perempuan itu.Tidak lama kemudian pintu hadapan dibuka dan keluarlah dua orang perempuan, seorang agak berusia dan seorang lagi masih muda.Aku masih berdiri di muka tangga. "Naiklah,kasihan basah kuyup kena hujan",kata perempuan yang agak berusia. "Eh tak apa,saya nak jumpa dengan Pak Jo",jawab aku.


8 I MISTERI KG RAKIT "Datang naik apa?",tanya dia lagi, mungkin pelik sebab tiada kereta berhampiran aku. "Tumpang kereta orang sampai kat warung jalan besar,lepas tu jalan je ke sini",terang aku,sekali lagi aku terpaksa berbohong untuk memendekkan cerita. "Ya Allah,beraninya.Dah lama tak ada orang yang berani jalan sorangsorang malam-malam macam ni kat kampung ni",terangnya lagi.Aku yang jadi pelik. "Tak ada apa pun.Pak Jo ada?",aku berbalik pada soalan utama aku.Aku nampak muka kedua dua perempuan itu berubah muram. "Ayah baru meninggal siang tadi kat hospital.Dah siap kebumi.Kami ni anak-anak dia.Kami tiga beranak je dengan ayah.Sekarang tinggallah kami berdua je",jawab perempuan yang lebih berusia itu. "Innalillahhiwainnalillahhirojiun",aku hampir terduduk mendengar ceritanya. "Aku nak ke mana ni?",tanya aku dalam hati.Aku melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 1 pagi. "Tak apalah kalau macam tu,saya mintak diri dulu',kata aku lalu bergerak meninggalkan rumah tersebut.Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang kerana tidak elok untuk berpaling melihat perempuan.Aku berjalan perlahan menuju jalan besar.Aku mengambil keputusan untuk mencari masjid atau surau jika ada untuk menumpang bermalam tetapi aku tidak tahu arah mana yang hendak dituju.Akhirnya aku bergerak ke arah jalan menuju warung itu tadi.Selepas agak lama aku berjalan,aku ternampak satu papan tanda yang tertulis 'surau' sekali dengan penunjuk arah yang agak terlindung oleh daun-daun pokok.


9 I MISTERI KG RAKIT "Kenapa tadi aku tak nampak tanda ni,kenapa jauh pulak rasa nak sampai warung tu?",bebel hati aku sambil melajukan langkah aku.Akhirnya aku sampai di pintu pagar surau.Surau itu hanya diterangi oleh satu lampu di bahagian luar.Aku masuk dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Siap membersihkan badan,aku duduk di bahagian luar surau sahaja.Di situlah aku solat sunat dengan berbagai bunyi yang cuba mengganggu.Selesai semuanya jam menunjukkan pukul 4 pagi.Aku melelapkan mata sebentar.Aku terjaga apabila terdengar bunyi motosikal memasuki kawasan surau. Aku bangun tergesa gesa bila mendengar bunyi tersebut.Seorang lelaki yang masih tegap tetapi agak berusia berjalan untuk masuk ke dalam surau.Dia terkejut besar bila melihat aku. "Astaghfirullahhalazim...terkejut pakcik",katanya bila nampak aku. "Maaf pakcik,saya tumpang tidur kat sini.Nanti lepas solat saya cerita kenapa saya ada kat sini",terang aku. Kami solat bersama sama dan siap solat,kami berbual di kaki lima surau. Aku menceritakan semua kejadian yang aku lalui kepada Pakcik itu yang mengenalkan dirinya sebagai Sabri. "Pak Jo dengan dua anaknya meninggal dunia dalam kebakaran rumah mereka 2 malam lepas.Dua anak perempuannya meninggal terbakar dalam rumah sementara Pak Jo meninggal di hospital,luka parah semasa cuba nak selamatkan anak dia.Orang tua kat warung tu namanya Pak Ramli.Dia tinggal dengan bini dia tapi Pak Ramli tu dah 2 tahun terlantar tak boleh bangun sebab lumpuh. Kassim yang awak cerita tu mati sebab kemalangan di tempat yang awak cerita tadi tu sekali dengan lelaki dan perempuan itu juga. Awak bukan sebarangan orang bila semua benda itu datang bertemu dengan awak", akhirnya persoalan aku terungkai.Aku meminta diri


10 I MISTERI KG RAKIT untuk ke tandas sekejap tetapi bila aku kembali,Pakcik Sabri sudah tiada namun aku tidak mendengar bunyi motor sewaktu aku berada di tandas tadi.Aku melelapkan mata seketika menunggu cerah dan apabila sudah cerah,aku dapati aku berada di sebuah surau yang usang seperti sudah lama tidak digunakan lagi.Aku sudah tidak pasti apa sebenarnya yang telah aku lalui.


11 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 2 Aku bangun dengan longlai,otak masih berfikir apa yang harus aku lakukan dan ke mana arah yang harus aku tuju. Aku mula melangkah meninggalkan surau usang ini.Sepuluh langkah aku bergerak,aku menoleh ke belakang. Memang sah surau ini sudah lama ditinggalkan.Pokok-pokok menjalar sampai ke bumbung.Daun-daun kering bersepah sepah.Aku tidak mahu lagi memikirkan bagaimana aku membersihkan badan aku dan berwuduk malam tadi. Semua ini aturan Allah dan setiap aturan Allah tidak akan datang sia-sia. Cuma aku merasakan ada sesuatu yang istimewa pada Pakcik Sabri kerana dia benar-benar menjadi imam sewaktu solat subuh tadi.Ada sesuatu yang Allah hendak tunjukkan kepada aku.Kali ini aku berpusing dan berdiri tegak mengadap surau tersebut sambil membaca 11 kali bacaan surah Al Ikhlas disedekahkan untuk sesiapa sahaja yang telah mengimarahkan rumah Allah ini sebelum-sebelum ini.Aku mula bergerak ke arah warung yang aku jumpa malam tadi.Aku perlu tahu apakah benar apa yang diceritakan oleh Pakcik Sabri kepada aku.Aku berjalan perlahan lahan sambil memerhati sekeliling.Pandangan masih cerahcerah tanah.Bunyi burung dan monyet mula kedengaran.Tiada langsung rumah yang aku temui setakat ini.Hanya pokok-pokok hutan yang agak tinggi di sebelah kanan dan terdapat pokok-pokok kelapa sawit yang agak tinggi juga di sebelah kiri. "Betul ke ni Kampung Rakit?kenapa tak ada seorang pun orang kampung yang aku jumpa setakat ni?",tanya aku dalam hati sambil terus berjalan perlahan.Dalam setengah jam aku berjalan,barulah aku ternampak dua buah rumah di sebelah kanan yang agak ke dalam sedikit kedudukannya dari jalanraya yang aku guna ini.Aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan aku sehingga aku terjumpa warung yang aku jumpa malam tadi.


12 I MISTERI KG RAKIT Akhirnya dari tempat aku berjalan,aku nampak warung yang aku singgah malam tadi dan ada beberapa buah motosikal di hadapannya.Lega aku rasa dan mula melajukan langkah. Banyak pertanyaan yang memerlukan jawapan dan perut juga sudah mula terasa lapar.Dari luar aku nampak beberapa pasang mata sedang memandang ke arah aku. "Assalamualaikum wbt",kata aku bila melangkah masuk ke dalam warung.Salam aku berjawab tetapi aku tidak pasti dari siapa.Aku tersenyum tanda hormat lalu duduk.Terdapat empat orang lelaki yang agak berusia sedang menikmati sarapan sambil mata mereka memandang aku seperti kehairanan.Aku tahu mereka mungkin tertanya tanya siapa aku yang tiba-tiba muncul di pagi hari di kampung ini. "Nak minum apa encik?",tiba-tiba muncul seorang makcik dari arah belakang aku.Aku berpaling ke arahnya. "Buatkan saya kopi 'O' dan saya nak nasi lemak",jawab aku.Makcik itu terus kembali ke bahagian dapur warung.Aku memandang ke arah ke empat empat lelaki yang ada sambil berharap ada yang mula bertanya siapa aku,jadi senang aku hendak mula berbual. Namun semuanya hanya setakat memandang dengan tajam tanpa suara.Makcik itu kembali sambil membawa pesanan aku tadi. 'Encik ni nak ke mana dan dari mana?", tanya makcik itu sambil meletakkan pesanan aku di hadapan aku.Akhirnya ada juga yang bertanya seperti yang aku harapkan. "Saya dari Kampung Merchang dan memang nak ke sini.Ni kampung Rakit kan?",jawab aku sambil bertanya."Yer,ni Kampung Rakit.Encik ni macam baru sampai tapi tak nampak pun kereta",tanya makcik itu lagi. "Saya sampai malam tadi,tidur kat surau kat bawah sana",jawab aku


13 I MISTERI KG RAKIT dengan yakin.Makcik itu berpaling ke arah yang aku tunjukkan dan kemudian melihat aku semula.Mendengar jawapan aku,kesemua orang yang ada memandang aku dengan lebih tajam. "Ish encik,surau tu dah lama tak guna. Dah buruk sangat.Tak ada siapa lagi yang berani ke sana",jawab makcik itu membuatkan aku terkedu. "Tapi saya memang tumpang tidur kat situ dan saya solat subuh dengan pakcik Sabri",jawab aku.Makcik itu terduduk di kerusi hadapan aku sambil menggelengkan kepalanya. "Tak habis lagi rupanya",keluh makcik itu. "Encik minum air tu dulu",katanya lagi. Aku baca ayat yang sepatutnya lalu menikmati nasi lemak dan air yang aku pesan tadi.Aku hairan kenapa ke empat empat lelaki yang ada hanya mendiamkan diri dan sesekali sekadar memandang ke arah aku,tidak menyampuk perbualan aku dengan makcik warung jika apa yang aku ceritakan agak pelik.Aku habiskan nasi lemak aku. "Alhamdulillah",ucap aku.Aku menghirup sedikit kopi 'O' aku.Aku memandang ke arah makcik warung dan berharap dia akan terus bercerita. "Apa tujuan encik datang ke sini?",tanya makcik itu semula. "Pak saudara saya dapat projek buat banglo kat kampung ni.Dia pesan kat saya supaya jumpa Pak Jo atau Johari",aku hentikan ayat itu di situ kerana menanti jawapan makcik itu terlebih dahulu. "Ooo Pak Jo...tapi dia baru meninggal dua hari lepas.Rumah dia terbakar,kedua dua orang anak perempuannya mati terbakar dalam rumah tu.


14 I MISTERI KG RAKIT Pak Jo tu luka parah masa cuba nak selamatkan anak-anaknya", cerita makcik itu yang membuatkan aku terkejut kerana sama dengan apa yang diceritakan Pakcik Sabri.Keadaan semakin menarik, banyak benda sekarang yang perlu aku tahu. "Malam tadi saya singgah di warung ini terlebih dahulu sebelum pergi cari Pak Jo.Makcik ni siapa?",aku berterus terang.Makcik itu kelihatan terkejut. "Makcik ni orang panggil Ani.Tak ada pulak makcik dengar sesiapa datang ke sini malam tadi",katanya yang membuatkan keadaan semakin keliru. "Suami makcik nama Ramli?Dah lama dia lumpuh kan?",tanya aku.Makcik itu memandang aku dengan penuh kehairanan. "Betul,suami makcik nama Ramli dan memang betul dia dah lama terbaring lumpuh kat dalam bilik belakang",akui Makcik Ani. "Dia yang tunjuk arah rumah Pak Jo kat saya malam tadi",tegas aku walau aku tahu cerita aku itu akan menambahkan pening kepala Makcik Ani. "Tak mungkin,suami makcik dah lama tak boleh bangun.Makan kena suap, nak bersihkan badan sendiri lagi lah tak boleh,nak bangun jauh sekali", jawab Makcik Ani. "Izinkan saya tengok dia",pinta aku. "Ikut sini",jawab Makcik Ani sambil melangkah menuju ke arah satu bilik. Aku mengekorinya dari belakang. "Inilah suami makcik kalau encik tak percaya",tambah Makcik Ani sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang terbaring dengan mata terpejam.Aku menghampirinya lalu memegang tangan


15 I MISTERI KG RAKIT kanannya.Makcik Ani melihat sekejap dan kemudian meninggalkan kami berdua.Serta merta aku merasakan bagai satu aliran elektrik menjalar ke lengan aku.Aku cuba melepaskan tangannya tetapi gagal. "Pergi cari ketua kampung ni,kau akan tahu banyak benda",seolah olah ada satu suara yang berbisik di telinga aku. Aku memandang muka Pak Ramli tetapi tiada langsung pergerakan apa-apa.Aku yakin bahawa Pak Ramli lah yang sedang berbisik di telinga aku. Aku letak pula tangan kiri aku di atas tangan kanan aku. "Pakcik,saya datang dengan baik",kata aku dalam hati sambil menarik kedua dua tangan aku dengan perlahan. Tangan aku berjaya dilepaskan.Aku pegang ubun-ubunnya sambil membaca Ayatul Qursi.Habis sahaja membacanya,aku tekan sedikit ubun-ubunnya.Aku memegang pula bahu kanannya lalu membaca sekali lagi ayatul qursi sambil melurut sepanjang lengannya hingga ke hujung jari.Aku ulang pula ke bahu sebelah kirinya.Aku nampak dahinya agak berkerut tetapi aku meneruskan tindakan aku.Aku hanya berikhtiar serba sedikit dan segala galanya adalah hak Allah.Kemudian aku baca ayatul qursi sekali lagi dan kali ini aku gerakkan tapak tangan aku di atas dadanya hingga ke hujung kaki kanannya dan kemudian ulang sekali lagi di bahagian dadanya dan menggerakkan tapak tangan aku ke hujung kaki kirinya. "Pakcik,saya bergerak dulu.Terima kasih sebab tolong saya malam tadi", cakap aku dalam hati.Aku meningggalkan Pak Ramli lalu menuju ke kerusi yang aku duduk tadi.Semua pakcik-pakcik tadi sudah tiada.Tidak lama kemudian Makcik Ani muncul di sebelah aku. "Masa bila semua orang ni tak ada makcik?sekejap je dia orang semua hilang..",tanya aku sebab musykil tiada langsung bunyi motosikal. "Pak Akob dah jalan ke kebunnya.Dia sorang je yang ada tadi,mana ada


16 I MISTERI KG RAKIT orang lain.Mana ada motor pun tadi", jawapan Makcik Ani yang buat aku tersentak. "Allah..kenapa dengan mata aku ni", bisik aku dalam hati.Aku mula keliru dengan apa yang aku nampak. Qul a'uudzu birabbin-naas,Malikin-naas, Ilahin-naas,Min syarril waswaasil khan- naas,Al-ladzii yuwaswisu fii shuduurin- naas,Minal jinnati wan-naas. Aku baca perlahan lahan dan hembus ke depan.Pada firasat aku,ada sesuatu yang tidak kena di kampung ini.Ada sesuatu yang terkurung agak lama dan tidak selesai sampai sekarang. "Encik nak ke mana lepas ni?",tiba-tiba Makcik Ani bertanya. "Boleh saya tunggu kat depan warung ni,Makcik?Saya tunggu lori hantar barang",jawab aku dengan penuh yakin walaupun aku sendiri tidak pasti ada atau tidak lori yang akan lalu di depan warung ini.Aku hanya yakin sambil bertawakal. "Duduk je lah kat kerusi ni",pelawa Makcik Ani. "Tak apa lah Makcik,kat depan ni berangin dan luas sikit pandangan", balas aku sambil menghulurkan duit untuk bayar sarapan aku. "Ada orang dah bayar tadi",jawab Makcik Ani lalu menuju ke dapur tanpa sempat aku bertanya siapa orang yang baik hati itu.Aku duduk di sebuah pangkin di luar warung.


17 I MISTERI KG RAKIT Tidak sampai 20 minit aku duduk,dari jauh aku nampak sebuah 'backhole" sedang menuju ke arah aku dan akhirnya berhenti di hadapan aku tanpa perlu aku berbuat apa-apa. "Adik ni anak saudara Idrus ke?",tanya lelaki yang pada anggaran aku dalam awal 30an. "Yer saya.Nama saya Man.Saya tengah tunggu lori lalu sini tapi saya pun tak pasti lori tu lalu sini atau tak",jawab aku dengan jujur sambil tersengih. "Saya Rudy.Pak saudara awak sewa mesin ni untuk bawak turun barang dari lori.Lori tu sekejap lagi sampailah",kata lelaki itu. "Alhamdulillah tapi saya sebenarnya tak tahu kat mana tempat kerja tu. Orang yang nak tunjuk tempat tu baru meninggal",balas aku. "Tak apa,tak apa.Saya tahu.Saya orang kampung ni.Yang meninggal tu saudara mara saya jugak.Saya ada sekali masa Pak Saudara awak tu datang tunjuk tempat hari tu",terang Rudy.Lega sangat aku rasa. "Mari naik dengan saya",pelawa Rudy. Tanpa berlengah,aku naik dan kami mula bergerak.Tidak lama kemudian kami melepasi surau usang yang aku tumpang solat subuh tadi.Dari jauh aku bagai ternampak satu susuk tubuh yang sedang membersihkan surau tersebut tetapi aku tidak ceritakan apa-apa kepada Rudy. "Macam mana awak tahu Pak Jo dah meninggal?",tiba-tiba Rudy bersuara ketika dalam perjalanan.Aku serba salah tetapi aku harus bercerita benar."Malam tadi saya pergi ke rumahnya. Anak dia yang dua orang perempuan tu yang bagi tahu saya",jawab aku.Rudi memandang aku dengan hairan."Awak biar betul ni.Rumah tu dah hangus sama sekali.Tinggal abu je", bidas Rudy.Aku hanya diam.


18 I MISTERI KG RAKIT "Mari saya tunjuk kalau awak tak percaya",tambah Rudy lalu masuk ke satu simpang.Aku ingat,inilah simpang yang aku masuk malam tadi. Lebih kurang dalam 15 minit,kami sampai di satu kawasan agak lapang. "Tu..awak nampak tu?",kata Rudy sambil menunjuk ke arah kesan terbakar.Aku nampak kayu-kayu yang sudah rentung dan asap-asap kecil masih ada. "Kat sinilah saya sampai malam tadi. Dua orang perempuan yang bagi tahu saya",aku ulang lagi cerita aku walau pun aku tahu Rudy tidak percaya. "Arwah Pak Jo tu hanya ada dua orang anak,dua-dua perempuan.Dua dua meninggal terbakar dalam rumah tu", terang Rudy lagi. "Tak apalah kalau macam tu.Allah dah izinkan dia orang jumpa dan bagi tahu saya,saya bersyukur",jawab aku,malas hendak memanjangkan cerita. "Marilah kita gerak semula.Tempat nak buat banglo tu tak jauh pun dengan rumah ni,cuma jalan kat luar tu agak berpusing.Kat luar tu jalan elok.Nanti dari tempat tu,awak akan nampak rumah ni dan surau lama yang kita lalu tadi",kata Rudy lagi lalu memulakan perjalanan semula.Aku menoleh ke belakang dan nampak dua susuk tubuh yang sama seperti perempuan yang aku jumpa malam tadi sedang memandang aku.Aku abaikan.Akhirnya kami sampai di satu simpang yang lain. "Kita tunggu lori kat sini sekejap. Rasanya sekejap lagi sampailah",kata Rudy.Betul katanya kerana tidak lama kemudian terdengar bunyi lori dan semakin lama sebuah lori semakin menghampiri kami.Kami bergerak semula dan lori itu mengekori kami dari belakang.Jalan yang kami lalui ini agak berselekoh tajam ke arah kiri dan akhirnya kami


19 I MISTERI KG RAKIT masuk ke satu simpang yang agak luas.Lebih kurang 15 minit, Rudy memberhentikan 'backhole' di satu kawasan yang agak lapang.Kami sama-sama turun. "Inilah tempatnya.Yang saya tahu, tukang rumah yang nak buat banglo ni tahu kedudukan sebenar banglo yang nak dibuat ni.Saya kenal tukang tu,orang Indonesia tapi dah lama tinggal kat sini",terang Rudy.Aku hanya mengangguk tetapi firasat aku semakin terganggu.Satu persatu barang-barang kerja, mesin bancuh simen,papan lapis dan kelengkapan lain berjaya diturunkan tanpa masalah dan yang terakhir sekali adalah sebuah motosikal. "Adik,motor ni bapak saudara awak pesan untuk awak guna.Dia suruh awak tunggu kat kampung ni sampai dia datang",kata drebar lori itu.Mungkin Pak Tam bagi tahu aku ini siapa pada drebar lori tersebut.Lega aku rasa bila ada motosikal tetapi aku geram dekat Pak Tam aku kerana menyuruh aku tunggu di kampung ini sehingga dia datang. "Bila dia datang?",tanya aku kepada drebar lori itu. "Tak tahulah,mungkin esok atau lusa kalau tak silap saya dengar dia cakap dengan tokey saya",jawab drebar lori itu lagi.Aku hanya mampu gelengkan kepala sebab aku tahu,aku perlu siapkan pondok untuk aku bermalam di sini.Aku juga tahu tujuan Pak Tam tinggalkan aku di sini adalah untuk menjaga barang-barang yang baru sampai ini dan aku juga tahu aku tidak akan 'berseorangan' malam nanti bila teringat aku nampak susuk-susuk tubuh yang menampakkan diri mereka kepada aku sebelum ini.


20 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 3 Selepas lori berlalu pergi,Rudy juga meminta diri untuk pulang. "Man,saya balik dulu.Maaflah tak boleh lama sebab ada kerja yang kena disiapkan sebelum saya mula kerja kat sini",kata Rudy. "Abang,kat mana rumah ketua kampung?",tanya aku. "Awak jalan je terus ikut jalan warung tadi.Lebih kurang dalam setengah batu,awak akan jumpa rumah warna coklat,atap genting.Separuh batu, separuh kayu.Tu rumah Pak Jamil, ketua kampung ni",terang Rudy lagi. "Terima kasih.Satu lagi,kat mana ada kedai runcit?",tanya aku sekali lagi. "Nak sampai rumah Pak Jamil nanti, awak akan jumpa kedai runcit Mak Yah",terang Rudi. "Terima kasih",balas aku lalu Rudy meninggalkan aku sendirian.Aku duduk seketika di atas timbunan papan lapis sambil berfikir.Aku perhati sekeliling,ada sesuatu yang mengganggu pemikiran. "Banyak kerja aku kat sini rasanya",bisik hati aku.Aku masih belum menemui jawapan kenapa dari mula aku datang ke sini,semua gangguan ini memilih aku sebagai mangsa.Dari mula di stesen bas hinggalah ke surau usang, ceritanya seolah olah saling berkait. "Aku kena cari jawapan.Selagi tak dapat jawapan,aku tak puas hati.Apa nak jadi,jadilah",tekad aku.Dari zaman aku budak-budak lagi,sikap degil dan ingin tahu aku memang selalu akan menguasai diri.Dahulu aku ada Aki Lela dan Ayah Abu yang akan selalu mengingatkan aku supaya bersabar tetapi sekarang aku bersendirian.Aku kena belajar mengawal sifat degil yang aku ada.


21 I MISTERI KG RAKIT Aku bangun dan mencari tempat yang sesuai di buat pondok untuk bermalam. "Siap awal pondok ni,aku boleh uruskan perkara lain pulak",cadang aku pada diri sendiri.Semua kelengkapan telah ada.Alat bertukang,paku,zink,papan lapis,papan biasa semua cukup untuk aku gunakan bagi mendirikan pondok. Selepas memilih tempat yang aku rasakan sesuai,kerja mendirikan pondok pun bermula.Adanya kolam kecil di bahagian belakang tanah cukup melegakan aku kerana sumber air adalah yang paling penting.Pondok aku hanya sebesar saiz papan lapis iaitu 8 kaki kali 4 kaki.Kecil tetapi muat untuk aku seorang.Saiz yang kecil akan memudahkan aku untuk memasang atap zink.Alhamdulillah selepas 2 jam,akhirnya pondok aku berjaya disiapkan walaupun serba kekurangan.Dinding di kedua dua sisi dan di bahagian belakang menggunakan setiap sekeping papan lapis.Hanya bahagian hadapan sahaja aku buka luas-luas tanpa pintu.Selepas berehat sekejap, aku menuju ke kolam belakang pondok untuk membersihkan badan dan berwuduk.Sekejap sahaja waktu berlalu bila sibuk menyiapkan pondok.Ruang berdiri untuk bersolat cukup-cukup sahaja untuk ketinggian aku. Selesai berwirid dan sedikit zikir,aku bersiap untuk ke kedai dan ke rumah Pak Jamil,ketua Kampung Rakit ini.Lega yang teramat sangat bila motosikal yang ada cukup mudah untuk dihidupkan.Aku menuju ke rumah Pak Jamil terlebih dahulu.Aku bergerak perlahan sahaja sambil memerhati sekeliling.Apa yang menghairankan, tiada langsung aku bertembung atau berselisih dengan penduduk kampung ini di sepanjang jalan.Akhirnya aku sampai di hadapan sebuah kedai runcit kecil. "Ni lah agaknya kedai runcit Mak Yah. Nanti je lah singgah lepas jumpa Pak Jamil",bisik hati aku.Aku meneruskan perjalanan sehingga aku ternampak sebuah rumah yang agak besar berwarna coklat.Ada sebuah kereta mitsubishi galant di halamannya.


22 I MISTERI KG RAKIT "Rasanya betul dah ni rumah Pak Jamil",kata aku dalam hati lalu masuk ke lorong menuju rumah tersebut.Aku mematikan enjin motosikal lalu berdiri di hadapan tangga batu. "Assalamualaikum wbt",aku ucapkan salam pertama tetapi tiada jawapan. Aku beri lagi sekali salam dan kali ini terdengar sayup-sayup suara seseorang menjawabnya.Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki agak sebaya ayah aku tetapi rambutnya agak beruban. "Awak siapa?",tanya lelaki itu. "Saya Man.Saya wakil pak saudara saya yang nak buat banglo kat hujung kampung ni.Pakcik ni Pak Jamil,ketua kampung ni?",balas aku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. "Ya,aku Pak Jamil.Ooo jadi pak saudara kamu lah yang nak buat banglo tu yer. Mana pak saudara kamu?",tanya dia. "Dia tak sampai lagi.Mungkin esok atau lusa baru dia datang",jawab aku. "Naiklah dulu",pelawa Pak Jamil. "Tak apalah Pak Jamil,kat tangga ni pun boleh dah",jawab aku sambil terus berdiri.Pak Jamil melabuhkan punggungnya di tangga yang paling atas. "Duduklah",pelawanya.Aku duduk di anak tangga yang agak ke bawah sedikit. "Saya datang ni sekadar nak maklumkan tentang kerja-kerja nak buat banglo tu.Tak elok pulak kalau Pak Jamil tak tahu.Ermm,lagi satu.. saya nak tanya sikit ni.Itu pun kalau Pak Jamil tak keberatan.


23 I MISTERI KG RAKIT “Ramai ke penduduk kampung ni,sebab jarang sangat saya jumpa orang kampung", tanya aku.Pak Jamil diam seketika sambil menarik nafas panjang. "Sebelah hulu sini memang agak kurang rumah yang ada,yang ramainya sebelah sana.Kat sebelah hulu ni kira macam penduduk yang paling awal tinggal kat sini",terang Pak Jamil.Aku hanya mengangguk. "Betul ke saya dengar cerita pasal keluarga Pakcik Johari tu?",aku meneruskan pertanyaan.Pak Jamil diam seketika.Dia memandang aku dengan air muka yang nampak sedih. "Betul,dia kawan baik aku sejak kecil lagi.Sayangnya dia pada anakanak dia sampai sanggup nak redah api padahal dia tu berjalan pun dah terketar ketar", terang Pak Jamil.Aku nampak air matanya bergenang.Aku serba salah. Niat hendak bertanya lagi tetapi keadaan rasa sudah tidak sesuai. "Maafkan saya Pak Jamil.Saya cuma nak tahu je sebab bapak saudara saya mintak saya jumpa dia.Sekarang saya tak tahu siapa lagi yang boleh saya tanya pasal banglo tu",terang aku. Pak Jamil berpaling melihat aku seperti memikirkan sesuatu. "Setahu aku,tanah tapak nak buat banglo tu memang dekat je dengan tanah Arwah Johari. Siapa yang nak buat banglo?aku ada dengardengar cerita tapi tak pasti siapa”,cerita dia lagi.Aku juga mula tertanya tanya. Banyak misteri di sebalik semua kejadian ini.Ada sesuatu yang pelik dan penuh rahsia bila Pak Jamil pun seperti tidak tahu menahu. "Tak apa lah Pak Jamil.Barang-barang untuk kerja buat banglo tu pun banyak dah sampai.Mungkin esok lusa tuan punya banglo tu


24 I MISTERI KG RAKIT datang.Ada apa-apa nanti saya datang bagi tahu Pak Jamil",cadang aku untuk menutup perbualan. "Elok sangatlah tu.Kalau ada tuan banglo tu datang,kamu bagi tahu aku. Aku pun nak sangat kenal dan jumpa orang tu.Aku dah lama kat kampung ni,jadi mungkin aku kenal orang tu", jawab Pak Jamil. "Baik Pak Jamil,saya mintak diri dulu", kata aku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Aku bergerak perlahan menaiki motosikal meninggalkan rumah Pak Jamil.Aku singgah di kedai runcit Mak Yah untuk membeli sedikit barang-barang keperluan dan makanan.Mak Yah langsung tidak bertanya siapa aku.Air mukanya nampak serius tetapi selalu juga tersenyum dan sekali pandang macam orang yang agak sombong. "Astargfirullahhalazim..",aku beristighfar bila berburuk sangka pada Mak Yah.Mungkin air muka dan perangainya begitu. "Jangan menilai orang lain melalui mukanya kerana muka boleh menipu pandangan hati.Cantik boleh sahaja melalaikan,buruk pula tak beerti serba kekurangan.Nak melihat hati manusia, tengok pada senyumannya",aku teringat pesan Aki Lela.Memang Mak Yah tidak bercakap banyak tetapi sentiasa tersenyum.Selepas membayar harga barang-barang,aku bergerak pulang ke pondok aku.Sekali lagi aku merasa hairan kerana aku langsung tidak bertemu dengan sesiapa.Apabila melintasi warung makcik Ani,aku seperti nampak seorang lelaki sedang berdiri di tepi tingkap warung.Dia hanya memerhati sahaja aku melewati warung tersebut sambil tersenyum. "Eh tu Pakcik Ramli...tadi aku tengok dia terbaring je",kata hati aku.Aku mengambil keputusan mengabaikan pandangan aku dan terus berlalu pergi. Belum masanya untuk aku terlalu mengambil tahu buat masa ini.Ada hal lain yang lebih perlu aku utamakan. Bila aku menoleh


25 I MISTERI KG RAKIT semula ke arah warung,kelibat lelaki itu sudah tiada lagi.Akhirnya aku sampai di pondok aku. Aku merasa agak pelik kerana tiada langsung tiupan angin.Daun-daun pokok juga tidak bergerak seperti biasa.Aku turunkan tongkat motor dan mengangkat barangbarang yang aku beli ke arah pondok.Sambil berjalan aku memerhati sekeliling,seolah olah ada mata yang sedang memerhati aku. "Awal sangat ni nak kacau aku",bebel hati aku sambil terus berjalan. "Qul a'uudzu birabbin-nas,malikin-nas, Ilahin-nas,min syarril waswaasil khan-nas,Al-ladzii yuwas wisufii shuduurin-nas,minal jinnati wan-naas", aku baca surah An Nas untuk melegakan hati.Aku sudah biasa berhadapan dengan situasi seperti ini malahan lebih teruk lagi.Apa yang penting,aku perlu bersedia dan jangan leka.Sampai sahaja di dalam pondok,aku meletakkan barang-barang aku di bahagian hujung papan lapis.Aku terkejut kerana terdapat banyak rambut yang bertaburan di atas papan lapis yang aku jadikan alas untuk aku bersolat dan tidur.Aku ambil sedikit rambut yang ada dan letak atas tapak tangan kanan aku. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku baca dan hembus kepada rambut yang ada atas tapak tangan aku.Rambut itu bergerak gerak sendiri.Aku genggam tapak tangan kanan aku bersama rambut yang ada. Terasa tapak tangan aku seperti sedang cuba dibuka secara paksa.Aku letakkan genggaman tangan aku itu ke atas lantai pondok dan menekannya dengan agak kuat.Tiba-tiba sahaja angin kencang bertiup dan menyebabkan pokok-pokok berhampiran bergoyang dengan kuat.Aku tidak menghiraukan tiupan angin tersebut kerana aku yakin ini hanya pandangan yang menipu.Kali ini aku membaca sesuatu dan habis sahaja aku membacanya,aku menumbuk dengan kuat genggaman tangan aku yang mengandungi rambut itu ke atas lantai papan lapis.Angin berhenti serta merta.


26 I MISTERI KG RAKIT Aku memandang sekeliling kerana aku yakin masih ada mata yang sedang memerhatikan aku dari jauh.Cuma,aku tidak pasti siapa,apa dan dari arah mana.Aku buka genggaman tangan aku lalu meletakkan rambut yang ada di atas lantai pondok.Aku kuis dan kumpul setempat rambut-rambut yang aku nampak. "Banyak jugak rambut ni",bebel aku bila kelihatan agak banyak rambut yang berjaya aku kumpulkan.Seolah olah lantai papan lapis pondok aku ini dijadikan tempat pembaringan.Aku ambil rambut-rambut tersebut lalu aku masukkan ke dalam satu plastik kecil.Aku baca ayatul qursi lalu membakar semua rambut-rambut tersebut.Satu bau yang amat busuk menusuk hidung aku.Satu kepulan asap berwarna putih juga mula kelihatan.Aku berdiri tegak memandang ke arah asap yang berkepul sambil membaca ayat-ayat yang aku belajar.Asap itu seperti menuju ke arah aku dan seolah olah cuba menyelubungi aku.Aku masih tidak berganjak. "Aku tidak mahu mencari musuh.Aku datang mencari rezeki.Jangan paksa aku bertindak balas",aku luahkan kata-kata tetapi perlahan.Tumit tapak kaki kanan aku tekan agak kuat ke tanah sambil aku memusing-musingkan sedikit. Penumbuk tangan kanan juga aku kepalkan.Aku bersedia jika ada sesuatu yang mengejutkan cuba menyerang aku.Jin dan syaitan tidak mengira siang atau malam,mereka akan tetap mengganggu jika mereka mahu.Cuma di siang hari mereka tidak dapat memunculkan diri terang terangan. "Jangan ganggu tempat aku",aku bagai terdengar satu suara halus yang amat perlahan berbisik di telinga aku.Aku menjadi agak keliru kerana aku lebih memikirkan sebab-sebab lain tentang gangguan yang aku lalui.Hanya itu sahaja suara yang aku dengar dan selepas itu asap mula hilang sedikit demi sedikit.Akhirnya keadaan mula menjadi seperti biasa.Aku duduk di atas tunggul kayu yang ada.


27 I MISTERI KG RAKIT "Ni tempat dia ke?",tanya aku sendiri. Aku memandang ke arah hutan di belakang pondok.Suasana jadi sunyi. Hutan di belakang masih agak tebal dan jelas ternampak pokok-pokok yang tinggi dan besar,sesuai menjadi tempat laluan makhluk halus.Aku tahu pembinaan banglo ini tidak semudah yang aku inginkan.Pasti akan ada gangguan bila kerjakerja dimulakan nanti.Aku bangun dan menuju ke kolam untuk berwuduk.Bulu roma aku tegak berdiri,petanda biasa yang memang aku tidak suka.Aku abaikan perasaan dan pemikiran yang mengganggu kerana solat adalah waktu untuk melenyapkan segalanya kecuali Allah.Alhamdulillah kerana sepanjang aku solat asar,tiada gangguan apa-apa. Selesai solat,aku menuju ke tanah di bahagian hujung pondok untuk menghidupkan api.Niat di hati hendak menjerang air dan menikmati kopi panas dan roti.Mudah sahaja aku menyalakan api dan meletakkan cerek kecil yang aku beli di kedai Mak Yah tadi di atas tungku batu.Tidak sabar rasanya untuk menikmati kopi.Akhirnya aku berjaya menikmati kopi impian aku sambil mencicah roti.Untuk petang dan malam ini,ini sahajalah rezeki untuk aku.Aku tidak kisah sangat apa yang aku makan asalkan dapat mengenyangkan.Selesai menikmati rezeki,aku berjalan di sekitar pondok dan tapak banglo. Suasana mula agak kelam kerana dilindungi pokok-pokok yang ada di sekeliling.Tibatiba pandangan aku tertumpu pada pangkal sebatang pokok lebih kurang 20 langkah dari pondok aku.Di situ aku nampak banyak rambut-rambut bertaburan walaupun suasana agak kelam.Pada pandangan aku,rambut-rambut ni sama dengan rambutrambut yang aku jumpa di atas lantai pondok aku. "Dari mana datang semua rambut ni?", aku bertanya sendiri. Aku memandang ke arah atas pokok tetapi tiada apa-apa yang aku nampak kecuali sehelai kain merah pada salah satu ranting.Sikap ingin tahu aku mula menguasai diri.


28 I MISTERI KG RAKIT Aku mula memanjat pokok tersebut kerana perasaan ingin tahu yang semakin membara.Batang pokok yang tidak berapa besar dan dahandahan yang ada memudahkan aku untuk memanjat.Sekejap sahaja aku berjaya sampai di bahagian yang agak tinggi. Akhirnya aku berjaya sampai di bahagian dahan yang terikat kain merah tersebut.Kain itu kelihatan terikat kemas dan masih elok.Aku tanpa rasa sabar terus sahaja membuka ikatan yang tersimpul. Terbuka sahaja ikatan dan tangan kanan aku memegang kain tersebut, tiba-tiba pandangan aku seakan berpusing.Kepala aku menjadi amat pening.Aku memandang ke arah bawah dan aku dapati tanah untuk turun menyayup jauh ke bawah,seolah olah aku berada di atas sebuah bukit yang tinggi.Aku semakin hilang keseimbangan.


29 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 4 Aku cuba melepaskan kain merah yang ada di tangan tetapi gagal.Kain itu seperti melekat kuat.Rasa pening semakin menyakitkan kepala.Aku memejamkan mata untuk cuba menenangkan diri dan berfikir apa yang harus aku lakukan. "Au'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku mula membaca apa yang aku belajar tetapi mata masih aku pejamkan untuk mengelak kesan pening yang teruk. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala quwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",kali ini aku genggam sekuat hati kain merah tersebut dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang dahan pokok untuk mengelak dari jatuh.Tapak tangan aku mula terasa panas.Aku cuba bertahan walaupun tapak tangan kanan aku semakin lama semakin panas. "Au'zubiwaj hillah hil karim,wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir, wamin syarrima yan zilu minas sama',wa syarrima yakh ruju fiha,wa syarrima zara a' fil ard,wa syarrima takh ruju minha,wamin fitanil laili wan nahar,wamin tawariqil laili wan nahar,illa tariqan yatruqu bi khairin ya rahman",aku membuka mata lalu cuba sedaya upaya untuk mengangkat tapak tangan ke arah mulut aku dan meniup ke dalam tapak tangan.Tangan kanan aku bagai dipanggang di atas api yang merah menyala.Aku cuba membuka genggaman tetapi bagai ada sesuatu yang cuba menahannya dari terbuka. Peluh semakin menitik nitik dan aku nampak tangan kanan aku mula berwarna hitam seperti daging yang hangus dibakar.Aku tidak mengalah kerana aku yakin semua ini hanya pandangan yang menipu.


30 I MISTERI KG RAKIT "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwas swi sufi sudu rhinnas, minnal jinnatiwannas",aku tiup lagi ke genggaman tangan yang memegang kain merah.Perlahan lahan rasa panas semakin kurang.Aku ulang lagi sekali seperti tadi dan aku dapat rasakan tangan aku tidak lagi panas.Aku buka genggaman tangan aku dan kain merah itu terlepas lalu melayang layang agak tinggi tanpa arah bagai ditiup angin.Tidak lama kemudian kain itu mula melayang turun ke arah tanah. Pandangan aku dari atas pokok ke tanah masih lagi kelihatan sayup-sayup,jauh seperti melihat tanah dari atas bukit yang tinggi.Aku tahu akal aku sedang cuba dikuasai sesuatu. "fakasafna anka ghito a'ka fabasarukal yauma hadid",aku berusaha untuk membetulkan pandangan mata yang menipu.Dengan jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan,aku gosok kelopak kedua dua mata aku.Bila selesai,aku membuka mata.Alhamdulillah,kali ini aku berjaya nampak jarak tanah tidak terlalu jauh dari atas pokok ini.Kain merah itu sudah jatuh menyentuh tanah dan tiba-tiba ia hilang dari pandangan.Aku bergerak turun dari pokok.Serentak kaki aku jejak di tanah,aku lafazkan 'Alhamdulillah.. Allahhu akbar'.Aku berjaya berdiri tegak.Dengan pantas juga aku memandang sekeliling untuk mencari ke mana arah kain merah itu hilang. Malangnya kain merah itu tidak kelihatan lagi di mana mana.Aku duduk seketika di atas tunggul pokok yang ada. "Degil tak habis-habis aku ni,dari budak-budak sampai sekarang",aku membebel diri aku sendiri.Aku nyaris ditimpa musibah kerana tindakan kurang sabar dan kurang cerdik diri aku sendiri.Aku melepaskan penat dan cuba bertenang. "Memang kena ambik tahu apa yang berlaku,barulah puas hati.Kalau tak tahu,mana boleh puas hati",sisi diri aku yang degil cuba menghasut lagi.


31 I MISTERI KG RAKIT "Boleh tak kau cuba elakkan dari benda-benda macam ni lagi.Cukup cukuplah selama ini kau hidup dalam dunia macam ni.Aki Lela dengan Ayah Abu dah tak ada nak tolong kau kalau jadi apa-apa",sisi sebelah lagi diri aku cuba melawan hasutan.Aku tarik nafas panjang-panjang dan kemudian bangun kembali ke pondok aku.Aku membaringkan tubuh untuk seketika sambil memandang atap zink. Otak aku ligat berfikir.Terlalu banyak persoalan yang tidak mampu aku dapatkan jawapan. "Kenapa 3 orang dalam kereta yang aku naiki mengganggu aku?Kenapa Pak Ramli yang terbaring lumpuh boleh bangun bercakap dengan aku?Kenapa Pakcik Sabri masih muncul di surau lama?Apa sebenarnya yang terjadi kepada keluarga Pak Johari dan kenapa ada yang mengganggu aku petang ini?",aku senaraikan setiap persoalan tetapi aku tidak nampak kaitan antara satu sama lain.Aku duduk pula sambil kaki mencecah tanah.Sesekali kaki aku menguis nguis tanah sambil berfikir apa lagi yang akan aku lalui selepas ini.Sudah agak lama aku tidak mengalami gangguan seperti ini dan aku tidak pasti adakah aku mampu bertarung seperti dulu.Lama juga aku mengelamun tanpa sedar hari sudah hampir maghrib, waktu yang selalu akan muncul sesuatu yang tidak dijangka.Tiba-tiba Telinga kiri aku berdesing kuat hingga memaksa aku menutup telinga dengan tangan untuk mengurangkan rasa sakit.Aku berselawat beberapa kali seperti yang aku diajarkan sewaktu budak-budak. "Rabbi yassir wala tug assir,Rabbi tammin bil khair",semoga dipermudahkan segala urusan aku di sini.Aku capai tuala dan lampu suluh kesayangan aku lalu menuju ke kolam di belakang pondok.Suasana sudah semakin gelap.Aku tidak menyalakan lampu suluh kerana aku mahu mandi terlebih dahulu tanpa menutup aurat. Air kolam yang sejuk membuatkan aku hanya mandi sekejap sahaja.Selesai berwuduk dan hanya bertuala,aku kembali ke pondok.


32 I MISTERI KG RAKIT Aku baru sahaja hendak naik ke atas pondok bila bulu roma aku tegak berdiri.Aku cepat-cepat memakai seluar dan baju kerana ia akan lebih memudahkan untuk bergerak berbanding berkain pelikat.Aku baca ayatul qursi untuk menguatkan semangat sambil menyalakan lilin. "Robbi a u'zubikamin hamazatis syaya tin,wa a u"zubika robba ay yahdurun", aku berlindung kepada Allah dari gangguan iblis dan syaitan.Aku bertekad untuk tetap menunaikan solat maghrib walaupun keadaan agak tidak mengizinkan.Aku yakin demi Zat Allah Yang Maha Melindungi,aku akan dilindungi untuk menunaikan kewajipan aku terhadap titah perintahNya.Hampir seluruh bulu roma aku kini semakin tegak berdiri.Angin sejuk mula terasa menyapa muka aku dan semakin menambahkan rasa tidak selesa.Aku tarik nafas panjang-panjang dan mula bersolat.Habis sahaja aku angkat takbiratul ihram,aku nampak ada sesuatu yang berdiri di sebalik dinding pondok di hadapan aku sedang memandang ke arah aku.Bila sahaja ternampak mukanya,aku terus menundukkan pandangan.Oleh kerana ketinggiannya yang melebihi paras papan lapis melintang,aku nampak dengan jelas mukanya.Aku terpaksa memejamkan mata untuk kekal kusyuk.Aku yakin tiada apa yang mampu menyentuh aku ketika aku bersolat.Gangguan ini hanya muncul untuk melalaikan aku daripada mengingati Allah sahaja.Aku habiskan setiap bacaan dan pergerakkan dalam keadaan memejamkan mata.Aku tidak mahu tahu di mana gangguan itu berada ketika ini.Aku kuatkan setiap bacaan ayat-ayat suci Al Quran kerana aku tahu dan yakin gangguan ini pasti menjauhkan dirinya apabila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran.Aku cuba sedaya upaya menumpukan kepada solat aku. Sesekali bulu tengkuk aku meremang teruk namun aku tetap tidak mahu membuka mata.Lantaklah apa yang ada di sekeliling aku.Mulut membaca surah dan hati terus berzikir.


33 I MISTERI KG RAKIT "Dirikanlah solat untuk mengingati Allah,bukan ingat perkara-perkara selain dariNya",pesan Arwah Aki Lela. Aku tetap kekal bertenang.Bila aku rasa aku dilalaikan,aku cepat-cepat beristigfar.Kekusyukkan membuatkan aku seolah olah berada di dunia yang lain dan bersendirian.Alhamdulillah,solat telah berjaya disempurnakan tanpa gangguan.Habis sahaja salam kedua,ada sesuatu yang mencuit belakang aku.Aku berpaling dan terlihatlah satu bayang hitam tanpa wajah,yang aku nampak hanya biji matanya yang berwarna merah. "Hantu raya!",spontan keluar perkataan itu dari mulut aku.Aku kini berpusing mengadap ke arah makhluk hitam itu. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",tiada kekuatan selain kekuatan Allah SWT.Sehebat dan sekuat mana pun setiap makhluk atas muka bumi ini,tidak akan mampu mengatasi kekuasaan Allah. "Wayuhiqqu Allahu Alhaqqa,bikalima tihi walaw karihal mujrimun",aku hembus ke arah makhluk tersebut sambil menepuk lantai dengan tapak tangan kanan aku.Bayang hitam itu tercampak keluar dari pondok.Aku bangun dan turun dari pondok lalu menuju ke arah bayang hitam tadi tercampak.Dengan suluhan lampu suluh,aku cuba mencari bayang hitam tetapi tidak kelihatan.Aku berjalan mengelilingi pondok aku untuk 'memagar' dari sebarang gangguan. Selagi semua ini berkeliaran di luar,aku tidak kisah sangat asalkan tidak mengganggu aku di dalam pondok. Setakat ini aku berjaya dengan ikhtiar aku tetapi gangguan ini tidak akan terhenti.Mereka pasti akan datang lagi sehinggalah aku berundur dari kawasan ini.Itulah telahan aku buat masa ini.


34 I MISTERI KG RAKIT Aku naik semula ke atas pondok dan mula mengaji surah-surah yang aku hafal,bukan semua tetapi adalah serba sedikit kurniaan Allah.Menghadapi sitiasi seperti ini memerlukan kekuatan jiwa.Keyakinan kena teguh,tindakan kena ampuh.Hati yang tidak yakin hanya memberi ruang kepada mereka untuk mengalahkan aku.Aku sedang asyik mengaji bila atap zink dan dinding papan lapis pondok aku mula bergegar kuat seperti hendak tercabut. "Jangan ganggu aku.Aku bukan nak cari musuh",jerit aku dengan kuat tetapi gegaran masih berterusan. "Jangan buat aku hilang sabar.Aku datang untuk mencari rezeki dan tolong pergi jauh dari sini",aku ulangi amaran bagi apa sahaja yang mendengar.Bunyi gegaran diam seketika.Suasana menjadi sunyi tetapi tidak lama kemudian aku nampak ada sesuatu yang bergerak dari satu pokok ke satu pokok.Walaupun cuaca agak gelap tetapi aku boleh nampak pergerakannya dengan bantuan cahaya bulan.Aku turun ke tanah untuk menyalakan unggun api.Aku kutip batang-batang kayu dan pelepah kelapa.Pelepah kelapa yang kering cukup mudah untuk dinyalakan.Sekejap sahaja api menjulang tinggi.Kayu-kayu pula akan memanjangkan hayat nyalaan api.Aku perhati sekeliling tetapi pergerakan tadi tiada lagi namun aku yakin ia sedang memerhatikan aku dari satu tempat.Kedudukan aku di tempat yang terang benderang bukan sahaja memudahkan aku menjadi sasaran tetapi memudahkan juga untuk aku bertindak balas.Tiba-tiba ada sesuatu melayang ke arah aku tetapi mujur aku sempat mengelak.Penyerang itu hilang lagi.Aku berpusing pusing mencari sebarang pergerakan tetapi gagal.Pokokpokok yang banyak menyukarkan pandangan aku.Sekali lagi ia menyerang aku dari arah yang tidak aku duga. "Allahhu Akbar Allahu Somad",..aku jerit dan serentak kedua dua tapak tangan aku depakan ke depan.


35 I MISTERI KG RAKIT Tersentuh sahaja ke tubuh makhluk tersebut,aku terpelanting ke belakang.Aku bangun dengan cepat walaupun tubuh terasa sakit.Makhluk itu hilang lagi.Aku berdiri tegak,mata liar mencari.Entah kenapa agak sukar menjumpai makhluk tersebut.Pada pengalaman aku,jika susah untuk nampak kemungkinan ia adalah hantu raya yang dibela seseorang. "Pelik betul,dari mana datang syaitan ni?",aku sendiri buntu.Kenapa dia mengganggu aku di sini,aku sendiri tidak pasti.Aku masih berdiri tegak menanti serangan seterusnya tetapi agak lama suasana masih sunyi. "Ke mana pulak hilang dia ni?",bebel aku.Aku paling tidak suka jika ada masalah yang timbul tetapi tidak dapat diselesaikan.Aku menuju ke pondok aku.Tubuh terasa sakit,kepala terasa pening.Aku membaringkan tubuh aku di lantai papan.Memejamkan mata seketika tetapi tetap memasang telinga.Otak aku sibuk memikirkan kejadian tadi.Setahu aku,hantu raya pasti bertuan dan tidak akan muncul tanpa arahan tuannya.Tanpa aku sedar, akhirnya aku terlelap.Aku hanya tersedar bila firasat aku seolah olah ada seseorang sedang menuju ke arah pondok aku.Aku bangun dan duduk bersila mengadap ke arah susuk tubuh itu sampai di tempat aku. "Pak Ramli?",aku terkejut kerana mana mungkin Pak Ramli yang sedang lumpuh mampu berjalan ke sini.Bukan dekat jarak warungnya dengan pondok aku. "Kenapa Pakcik datang sini?",tanya aku.Dia hanya mendiamkan diri. "Naik dulu Pakcik",pelawa aku.Aku hanya mengumpannya untuk melepasi 'pagar' yang aku buat.Jika dia manusia biasa dan berniat baik,maka dia akan mampu melepasi 'pagar' yang aku buat.Dia masih tetap berdiri tegak dan hanya mendiamkan diri.


36 I MISTERI KG RAKIT Dia memandang aku tetapi air mukanya kelihatan lembut.Pandangan sayu.Aku memandang tepat matanya. "Tolong pakcik.Tolong cari orang yang buat pakcik jadi sakit macam ni.Pakcik tahu anak boleh tolong pakcik.Dah lama pakcik tunggu anak datang sini", tiba-tiba seolah olah aku mendengar suaranya tetapi mulutnya tertutup. "Saya tak faham,pakcik",jawab aku macam orang bodoh. "Benda yang serang anak itulah yang serang pakcik sampai jadi macam ni. Tuan dia sakit hati sangat kat pakcik", katanya lagi.Aku kehairanan.Apa kena mengena aku dalam masalah ini.Ini kali pertama aku kenal Pak Ramli dan kali pertama juga aku menjejakkan kaki di Kampung Rakit ini.Pak Ramli kemudiannya berpaling dari aku dan melangkah pergi.Mata aku tertumpu pada pergerakannya.Kakinya jejak di tanah.Langkahnya macam manusia biasa. "Siapa sebenarnya Pak Ramli ni? kenapa dia cari aku?macam mana dia kenal aku!",tanya aku sendiri.Tiba-tiba aku teringat aku ada memegang tubuhnya sewaktu aku melihat dia terbaring di warung isterinya.Aku telah memegang tangan dan kakinya.Aku juga dapat merasakan bagai aliran elektrik masuk ke tubuh aku saat memegang tangannya.Aku juga dapat mendengar kata-katanya walaupun dia terbaring kaku.Aku yakin,Pak Ramli ini bukan calang-calang juga orangnya dan mungkin dia jadi lumpuh begitu kerana kesilapan dirinya yang tidak disengajakan.Aku perlu berhati-hati dengan tuan hantu raya yang muncul tadi.


37 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 5 Alhamdulillah malam itu tiada gangguan sehingga pagi.Aku bangun subuh itu dengan tubuh yang sedikit sakit.Selepas mandi dan berwuduk,aku menunaikan amanah aku.Berwirid dan berzikir sekejap dan kemudian turun ke tanah untuk menjerang air.Bila air sudah masak,aku buat kopi 'O' dan makan biskut kering.Walaupun tidak seenak bersarapan dengan roti canai atau nasi lemak,semua ini tetap rezeki.Jangan sesekali mengejek dan tidak berpuas hati rezeki yang Allah kurniakan kerana ramai lagi yang kelaparan tanpa makanan di tempat-tempat lain.Aku sedang asyik menikmati sarapan bila terdengar bunyi kereta menghampiri pondok aku dan tidak lama kemudian sebuah kereta toyota corrola berhenti ke hadapan sedikit dari pondok aku.Aku duduk berjuntai kaki. Dari dalam kereta itu muncul 5 orang lelaki.Dua daripadanya kelihatan agak berusia dan tiga lagi masih muda. "Assalamualaikum",kata pemandu kereta yang agak berusia sambil tersenyum dan berjalan mendekati aku.Keempat empat lagi yang bersamanya juga menghampiri aku. "Waalaikummusalam wbt",jawab aku sambil bangun lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.Kesemua mereka bergilir gilir bersalam dengan aku dengan muka yang tersenyum. "Saya ni Zulkarnain tapi orang panggil Anjang",kata lelaki yang memandu kereta tadi.Loghatnya seperti orang Indonesia atau pun Sabah.Orangnya masih tegap dan tinggi. "Saya Man",jawab aku,ringkas."Saya yang ambik upah buat bunglow ni.Ni Ajor,Erman,Edi dan Sunar",kata Anjang sambil memperkenalkan sahabat-sahabatnya kepada aku.


38 I MISTERI KG RAKIT "Saya anak saudara Pak Tam...ermm.. Idrus",balas aku. "Saya tahu sebab Pak Tam kamu ada bagi tahu kat saya.Kami semua orang Banjar tapi dah ada ic Malaysia. Anak-anak kami semua warganegara sini",terang dia lagi.Aku menganggguk. "Kamu turunkan barang-barang kerja kita,aku nak bercakap sekejap dengan Man ni",kata Anjang kepada pekerjanya.Mereka berempat meninggalkan kami berdua. "Saya dah lama nak jumpa kamu",kata Anjang selepas pekerjanya agak jauh. Aku terkejut dan memandang mukanya. "Kenapa?",tanya aku. "Kamu orang berilmu,kamu ada isi", terang dia lagi yang menambah rasa terkejut aku. "Maaf,Anjang salah orang.Saya orang biasa je.Serba tak tahu",balas aku. Anjang hanya tersenyum. "Orang berilmu memang begitu. Tawaduknya lebih,hatinya bersih", terang dia lagi.Aku mula serba salah dan pada masa yang sama agak kagum. "Bertuah kamu dapat ilmu dari guru-guru yang hebat-hebat sejak kamu kecil lagi",tambah dia lagi.Aku memandangnya tanpa berkedip mata. Dia menepuk bahu aku lalu memeluk aku. "Jangan khuatir,aku bukan musuh. Sebenarnya selepas aku jumpa Pak Tam kamu,aku tak sabar nak jumpa kamu.Ada sesuatu yang menarik tentang kamu yang dapat aku rasa", tambah Anjang lagi.Aku mula rasa teruja.Jika dia dapat tahu siapa aku tanpa pernah jumpa dan kenal aku, maka dia bukan sebarangan orang.


39 I MISTERI KG RAKIT "Macam mana Anjang boleh tahu?",kali ini aku pula yang bertanya. "Adalah sedikit ilmu yang aku belajar seperti kamu tapi kamu lebih hebat", balasnya sambil tersenyum. "Nanti saja kita sambung.Aku perlu menanda tapak bunglow,nanti budak-budak tersalah ukur",tambah dia lagi. "Baiklah Anjang.Saya nak ke hutan belakang sana sekejap",jawab aku. Anjang meninggalkan aku sendirian.Aku berjalan menuju ke arah hutan bersama sebilah parang.Niat di hati jika ada rezeki buah-buah hutan,boleh juga aku buat sebagai alas perut. Sesekali aku menoleh ke arah mereka yang sedang tekun bekerja.Semakin lama aku semakin jauh masuk ke dalam hutan.Cuaca yang cerah dan nyaman memberikan kesegaran kepada aku.Masih banyak binatang hutan di sini apabila aku melihat tapak-tapak kaki binatang yang aku tahu.Ada kesan tapak kaki kancil,babi, musang dan ada juga kesan beruang tetapi dari tapaknya,aku tahu beruang ini masih kecil.Pondok aku sudah tidak kelihatan lagi dari tempat aku berada. Aku masih terjenguk jenguk mencari pokok-pokok buah hutan.Mungkin rezeki aku kerana tidak lama kemudian aku terjumpa pokok buah ridan.Lama sungguh aku tidak terjumpa dan makan buah ridan.Allah bukan sahaja beri rezeki jumpa buah ridan malahan beri rezeki buah ridan yang masak lagi.Aku makan sepuas hati dan ikat setakat yang mampu aku pikul untuk dibawa balik ke pondok. Niat di hati untuk berkongsi rezeki dengan Anjang dan pekerja-pekerjanya. Waktu mungkin sudah hampir jam 10 pagi melihatkan ketinggian matahari. Aku nampak mereka semua sedang berehat di bawah sebatang pokok yang rimbun. "Berat jugak buah ni",bebel aku dalam hati bila semakin menghampiri mereka.Akhirnya aku sampai di tempat mereka.


40 I MISTERI KG RAKIT "Anjang...ni ada rezeki buah hutan sikit Allah bagi untuk kita.Ajaklah anak buah Anjang makan sama-sama",pelawa aku tanpa sempat duduk.Anjang bangun menyambut buah yang aku hulurkan, adab orang berilmu. "Sedap buah ni..Jor,Man,Ed,Nar mari makan buah ni.Rezeki kita hari ni", Anjang pula mempelawa pekerjanya. "Saya nak ke pondok saya dulu.Anjang makanlah dengan kawankawan Anjang yer",kata aku lalu berjalan ke pondok aku.Aku duduk untuk merehatkan kaki sebentar sambil menghirup kopi sejuk pagi tadi.Anjang datang menghampiri aku sambil tersenyum dari jauh.Pasti ada sesuatu yang ingin dikatakannya.Dia duduk berlunjur kaki di sebelah aku. "Kamu kena hati-hati di sini.Kampung ni banyak rahsia tersembunyi,yang susah nak kita faham.Hanya orang 'berisi' sahaja yang mampu melalui semua ni.Aku tahu kamu dah jumpa macammacam kan?Itu permulaan sahaja,nanti akan ada lebih teruk. Bendabenda tu tahu siapa kamu dan takut kamu kalahkan mereka.Mereka tak kacau orang lain sebab mereka tahu orang lain tak boleh buat apaapa termasuklah aku.Aku tak berilmu seperti kamu",terangnya panjang lebar. Keterangannya memang membuka sedikit jalan cerita tetapi pada masa yang sama membuat aku rasa semakin pelik.Aku tidak pernah menjejakkan kaki dan tidak pernah kenal walau seorang pun di Kampung Rakit ini.Aku memandang Anjang dengan seribu pertanyaan.Anjang pula hanya tersenyum melihat aku. "Kamu jangan risau.Semua ni akan datang cari kamu satu persatu dan aku yakin kamu akan berjaya.Cuma pesan aku,jangan memandang mudah dan jangan mudah tertipu.Musuh kamu umpama nyamuk di


41 I MISTERI KG RAKIT malam hari,kamu dengar bunyinya tapi kamu tak pasti ia di mana.Kena yakin pada gerak hati", pesan Anjang lagi. "Banyak yang Anjang tahu tapi kenapa benda-benda ni tak kacau Anjang..dan kenapa Anjang tak ikhtiar untuk selesaikannya?",aku pula bertanya. Anjang menepuk bahu aku sambil tersenyum. "Kalau mereka kacau aku,apa mereka dapat?ada lagi yang hebat macam kamu.Jadi lebih baik lawan kamu sahaja kan",ketawa Anjang.Aku semakin pening.Semakin banyak Anjang terangkan,semakin pening kepala aku. "Dah..dah..jangan fikir sangat apa aku cakap.Mungkin betul,mungkin tak betul.Kalau betul,selama kamu di sini, benda-benda tu akan cari kamu.Jika tak betul,tak ada apa-apa yang akan berlaku",tambah Anjang lagi. "Macam mana Anjang boleh tahu pasal saya dan tahu semua cerita ni?",aku masih belum berpuas hati. "Apa yang Allah berikan kat aku,maka setakat itu sahaja yang aku tahu.Setiap manusia ada kelebihan,ada kekurangan.Yang penting,kita tahu kemampuan kita",terang dia lagi.Aku menguis nguis tanah di hujung kaki aku seperti mencari jawapan. "Kamu rehatlah,aku nak teruskan kerja tadi.Ada masa nanti,kita berbual lagi", pujuk Anjang. "Inshaallah Anjang.Banyak benda jugak saya nak tahu dan belajar.Saya tahu Anjang ada kelebihan yang tersendiri", balas aku.Anjang bangun dan meninggalkan aku sendirian.Aku membaringkan badan tetapi kaki masih terjuntai.Banyak yang bermain di fikiran aku.Kalau diingatkan dari awal aku cuba menjejakkan kaki di kampung ini,banyak ujian yang aku lalui.


Novel Seram

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version