The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-02-20 03:49:19

Novel Seram

242 I MISTERI KG RAKIT terlungkup.Aku segera masuk walaupun tanpa izin kerana kini sudah sah adalah darurat. Aku dapati ia adalah tubuh Pak Jamil. Ada kesan darah pada seluar di bahagian betisnya.Aku mencari kain dan balut luka di betisnya.Pak Jamil langsung tidak bergerak.Aku perlu terbalikkan tubuhnya.Aku pusingkan tubuhnya perlahan lahan kerana risau ada luka lain di sebelah depan tubuhnya.Alhamdulillah kerana tiada kesan luka di bahagian depan tubuhnya kecuali di kepalanya yang ada kesan darah.Aku belek kepalanya dan dapati ia bukan kesan tetakkan tetapi kesan hentakkan benda keras seperti ulu parang.Aku ambil air,baca ayat yang aku belajar dan kemudian membasahkan mukanya.Tidak lama kemudian Pak Jamil tersedar sambil memegang kepalanya. "Aduhhh...sakit kepala aku",keluhnya. "Apa yang jadi ni Pak Jamil?",tanya aku. "Anak Berahim marah-marah masa datang ke sini tadi.Dia tu gila agaknya. Terus dia serang aku.Aku lawan dia tapi betis aku ni kena jugak parang dia. Kepala aku ni terkena siku dia.Kuat sungguh siku dia tu sampai pengsan aku dibuatnya",ceritanya.Aku ambil kain lalu lipat menjadi agak tebal,baca selawat tiga kali dan 'tuam' di kepala yang terkena siku lelaki itu. "Mana anak Pak Jamil?",tanya aku. "Dia pergi memancing dengan kawan dia tadi.Nasib baik dia tak ada",kata dia. "Kamu ada nampak ke budak tu?, Bahaya tu kalau dia mengamuk",tanya Pak Jamil. "Saya dah ikat dia kat warung Makcik Ani",jawab aku. "Baguslah",jawab dia.


243 I MISTERI KG RAKIT "Pak Jamil nak pergi tengok ke?",tanya aku lagi. "Aku kena pergi balai buat report,Ini dah jadi kes jenayah.Bahaya budak tu kalau bebas kat luar",jawabnya. "Kalau macam tu,biar saya ke sana dulu",kata aku lalu keluar dari rumah Pak Jamil.Rupanya ada seekor lembu Pak Jamil yang mati di bawah pokok di hadapan rumahnya.Perut lembu itu terburai.Lega aku rasa. "Ini rupanya kesan darah pada parang anak Berahim tu",kata aku dalam hati lalu menuju ke arah motosikal aku.Bila aku tiba di warung Makcik Ani,aku tidak nampak lagi kelibat lelaki itu serta kelibat Pak Ramli dan Makcik Ani, yang ada hanyalah tali yang terputus. Berdebar rasa hati aku.Aku mula rasa bersalah kerana meninggalkan lelaki itu dan meminta Pak Ramli mengawasinya. "Tapi tak ada kesan darah kalau lelaki itu serang mereka berdua",aku buat tafsiran sendiri dan cuba menyedapkan hati aku sendiri.Aku meluru masuk ke warung Makcik Ani dan menuju ke biliknya. "Pak Ramli...Pak Ramli...",laung aku dari luar bilik. "Siapa kat luar tu?",lega hati aku bila mendengar suara dari dalam bilik. "Man ni..",,jawab aku.Pintu bila dibuka. "Allah,lega aku nampak kamu.Tadi tiba-tiba je aku nampak budak tu putuskan tali yang kamu guna untuk ikat dia.Tali tu reput agaknya.Aku dengan bini aku terus lari masuk bilik ni.Tapi dia tak datang cari kami",cerita Pak Ramli. "Alhamdulillah...maafkan saya sebab tinggalkan lelaki tu tadi.Lelaki tu serang Pak Jamil tapi nasib baik luka dia tak teruk",kata aku.


244 I MISTERI KG RAKIT "Ke mana budak tu pergi sekarang ni?", Pak Ramli beralih tajuk cerita. "Entahlah.Pak Ramli dengan Makcik Ani tutup warung ni elok elok.Jangan keluar ke mana-mana.Saya nak pergi cari orang tu",kata aku. "Baiklah.Hati-hati Man",pesan Pak Ramli.Aku menunggu seketika sehingga mereka selesai menutup warung.Selepas yakin akan keselamatan mereka,barulah aku bergerak mencari lelaki tersebut.Aku bergerak agak laju kerana aku risau jika lelaki itu mengamuk di tapak banglo. Tiba di surau,aku singgah sebentar untuk memastikan lelaki itu tidak bersembunyi di kawasan surau.Aku bergerak semula ke arah tapak banglo.Jantung aku semakin berdebar. Aku berharap dengan bilangan yang ramai,Anjang dan pekerjanya boleh mengalahkan lelaki itu jika lelaki itu mengamuk di sana.Aku tiba di tapak banglo.Kereta Anjang masih ada di tempat biasa dia meletakkan keretanya.Aku meletakkan motosikal di sebelah kereta Anjang lalu berjalan ke arah tapak mereka semua bekerja. "Kenapa sunyi je?",tanya aku dalam hati.Aku tidak nampak walaupun seorang di tapak kerja.Aku semakin berdebar. "Ke mana mereka semua pergi ni?", aku menjadi keliru dan mula memikirkan perkara buruk telah berlaku.Aku dapati ada sedikit kesan darah di atas tanah. Aku mengambil keputusan untuk mengikuti lorong yang menuju ke atas bukit. "Anjang.... Anjang...",jerit aku tetapi tiada jawapan.Dalam masa yang sama, aku perlu berhati hati dengan serangan mengejut lelaki tersebut walaupun sebelah tangannya aku sudah patahkan.Aku terus bergerak sambil memanggil Anjang dan kadang-kadang nama pekerjanya. "Man...sini Man",aku terdengar suara perlahan dari arah semak di sebelah kanan aku.


245 I MISTERI KG RAKIT "Tak apa,boleh keluar.Jangan takut", kata aku.Dari arah semak itu,keluar Ajor,Erman dan Sunar. "Mana Anjang?",tanya aku. "Tadi tiba-tiba je kami diserang sorang lelaki bawak parang.Berterabur kami lari.Kami berempat termasuk Anjang lari ke arah sini tapi Edi tak tahu ke mana.Anjang terus keluar cari Edi. Sampai sekarang dia tak balik-balik lagi",kata Ajor. "Macam ni,mari ikut saya cari dia orang berdua.Jangan berpecah dan jangan takut",pesan aku.Kami mula bergerak ke arah yang dikatakan oleh Ajor. "Jangan bising,hati-hati.Tengok keliling",pesan aku.Hampir setengah jam kami mencari tetapi mereka berdua belum dijumpai.Kami terus bergerak lagi.Tiba-tiba kami terdengar suara orang sedang bercakap di sebalik semak.Aku melajukan langkah. Bila aku keluar dari semak,aku nampak Anjang dan Edi sedang berundur dan memujuk lelaki itu supaya pergi.Lelaki itu terkejut bila nampak aku dan cuba melarikan diri.Aku mengejar sehingga dia tiada tempat untuk melarikan diri lagi.Rupa-rupanya Anjang dan pekerjanya turut sama mengejar lelaki itu di belakang aku.Lelaki itu menyerang aku dengan parang berada di tangan kirinya dan kelihatan tangan kanannya masih terkulai patah. "Yang lain jangan masuk campur, bahaya...",pesan aku kepada mereka. Aku guna cara yang sama seperti di hadapan warung Makcik Ani tadi.Kali ini lebih mudah kerana tangan kirinya bukan tangan dominannya.Sekejap sahaja aku berjaya menjatuhkannya. Aku duduk di belakang lelaki itu untuk mengelakkannya dari melarikan diri. "Ambik parang ni,tolong cari akar yang kuat sikit untuk ikat dia ni",kata aku kepada mereka semua.Edi mengambil parang yang aku hulurkan lalu masuk ke semak.Tidak lama kemudian dia kembali bersama akar.


246 I MISTERI KG RAKIT "Boleh ke akar ni?",tanya Edi.Aku ambil akar tersebut dan uji kekukuhannya. "Boleh...kuat dah ni.Nt sampai kat bawah sana,kita guna tali pulak",kata aku lalu mengikat tangan lelaki itu. Hairannya,lelaki ini langsung tidak menjerit sakit walaupun aku mengikat tangan kanannya yang patah dengan tangan kirinya.Mukanya juga seolah olah orang yang tidak tahu apa-apa. Cuma aku nampak,sepanjang jalan untuk menuju ke tapak banglo,dia selalu memandang sekeliling seperti takutkan sesuatu.Tiba di tapak banglo,aku meletakkan lelaki itu di bawah pokok yang redup berdekatan dengan pondok aku. "Anjang,boleh tak Anjang tolong pergi ke rumah Pak Jamil maklumkan pasal lelaki ni.Mintak dia ke balai polis buat report.Tadi dia cakap nak pergi buat report dah.Anjang tanyalah dia nanti",kata aku kepada Anjang. "Boleh..boleh..aku pergi sekarang", jawab Anjang lalu bergerak ke keretanya.Aku pula menggantikan akar dengan tali yang lebih kukuh.Lelaki itu tidak berani melawan bila melihat muka aku."Hebat kamu ni Man,mudah je aku tengok kamu jatuhkan dia padahal dia ada parang",kata Ajor ketika kami berehat sambil menunggu polis datang. "Hebat apanya,kan tangan dia tu dah patah.Tangan kiri dia tu tak kuat mana pun",jawab aku. "Memanglah tak kuat tapi masih pegang parang kan?kami nampak dia pegang parang,terus je lari.Memang tak tunggu dah",kata Ajor lagi sambil ketawa. "Saya dah lawan dengan dia tadi kat warung Makcik Ani,dah ikat pun tadi tapi tali yang saya guna tu tak kuat.Tu yang dia boleh lari masa saya pergi nak cari Pak Jamil",cerita aku sambil membaringkan diri di atas sekeping papan lapis.Lelaki itu kadang-kadang kelihatan bercakap


247 I MISTERI KG RAKIT seorang diri tetapi seolah olah seperti bercakap dengan seseorang.Kadang-kadang dia marah, ada masanya dia menangis dan ada masanya merayu minta maaf.Hanya aku yang tahu dia bercakap dengan siapa.Tidak lama kemudian,Anjang kembali ke tempat kami. "Ada jumpa Pak Jamil?",tanya aku. "Ada,dia baru je nak pergi ke balai polis tadi.Sekejap lagi sampai lah tu", jawab Anjang.Kami berbual bual sambil menunggu polis tiba.Lelaki itu pula terbaring di atas tanah. Pekerja-pekerja Anjang juga semua baring di atas apa sahaja yang boleh digunakan sebagai alas.Mungkin masing-masing menenangkan diri selepas terkejut.Hampir sejam juga barulah Pak Jamil tiba bersama anaknya dan juga pihak polis.Selepas polis pergi,Pak Jamil juga berlalu pergi kerana dia perlu ke hospital untuk mendapat rawatan dan untuk mengetahui perkembangan Pak Bidin.Aku juga bergerak balik ke surau.Selepas membersihkan diri dan solat zohor,aku merehatkan badan yang mula terasa penat sehingga aku terlelap.Aku hanya terjaga bila menjelang asar. "Ya Allah,lamanya aku tertidur",kata aku dalam hati.Perut terasa lapar tetapi aku malas hendak memasak sebelum menunaikan solat asar.Sunyi bila Pak Bidin tiada. Apalah agaknya khabar berita tentang dia.Aku keberatan untuk ke rumah Pak Jamil kerana dia sendiri kena berehat.Selepas isyak,aku bergerak ke tapak banglo kerana ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku.Setibanya di sana,aku nyalakan satu pelita yang memang aku sengaja tinggalkan untuk kegunaan di pondok ini.Aku duduk bersila di atas pondok.Niat hati untuk menanti jika ada yang datang ke banglo dengan niat yang tidak baik. Hampir setengah jam aku duduk di situ bila aku nampak ada 2 susuk tubuh sedang menuju ke arah aku.Semakin lama semakin dekat dan akhirnya mereka berhenti 10 langkah dari pondok aku.


248 I MISTERI KG RAKIT Peliknya,mereka hanya berdiri tegak tanpa suara.Aku ambil lampu picit aku dan pakai di kepala lalu menyuluh ke arah mereka.Aku terkejut apabila melihat mereka berdua.


249 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 27 Lain yang diharapkan,lain yang muncul. "Kenapa Kassim berdua saja dengan lelaki ni,mana perempuan tu?",tanya aku dalam hati. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku duduk berlunjur pula kerana akan lebih mudah untuk beri tindak balas jika perlu. "Kulhuallah hu Ahad,Allahhu somad, Lam yalid walam yulad,walam yakullahu kufuan Ahad",aku hembus perlahan ke arah mereka.Mereka berdua kelihatan menggelengkan kepala seperti cuba menolak sesuatu. "Tolong kami,jangan buang rumah kami.Kami janji tak ganggu orang lagi", kata Kassim dengan suara yang bergetar. "Janji syaitan macam kau ni tak boleh percaya",jawab aku. "Tolonglah..aku merayu.Kami janji kami tak akan ganggu manusia lagi",pujuk Kassim lagi.Walaupun sedang bercakap dengan Kassim,deria penglihatan dan pendengaran aku tajamkan sekiranya ada serangan mengejut dari satu lagi sahabat Kassim yang tiada di hadapan aku sekarang.Sesungguhnya syaitan memang banyak tipu helahnya. "Kenapa baru sekarang kau berjanji?", tanya aku,sudah macam soalan orang bercinta. "Sebab hanya kau seorang yang berani lawan kami",puji dia tetapi tidak beri kesan apa-apa pada aku."Aku tak peduli.Dunia ni bukan untuk kamu bertiga lagi.Dunia kamu di alam lain.Aku mintak kamu balik ke dunia kamu cara baik",aku bagi amaran.


250 I MISTERI KG RAKIT "Kami pun mintak cara baik jangan buang rumah kami.Jangan kau fikir kami takut dengan kau",dia membalas amaran aku.Aku tahu ini petanda perang.Syaitan mana hendak mengaku kalah dengan mudah.Aku mula membaca ayatul Qursi dan hembus kepada mereka tanpa mereka sedar. Mereka mula jadi gelisah.Kassim memandang aku dengan kemarahan yang meluap luap.Sudahlah aku tidak terima rayuan mereka,lepas itu aku hembus pula ayatul Qursi ke arah mereka.Muka mereka sudah mula bertukar kepada muka yang buruk. "Kau manusia bodoh.Kau memang nak mati',marah Kassim lalu meluru ke arah aku tetapi aku sudah bersedia dari tadi lagi.Aku mengangkat kedua-dua tapak tangan aku ke arah dia.Bila dia menghampiri lebih kurang setapak dari aku,tubuhnya terpelanting ke belakang dengan kuat.Kelibat yang satu lagi cuba juga untuk menyerang aku tetapi dia menerima nasib yang sama seperti Kassim.Aku berhati hati kerana kelibat wanita itu tidak kelihatan.Kelibat Kassim bangun dan menyerang lagi. "Wakurrabbi a u'zubikamin hamazatisy syayatin,wa a'uzu bika rabbi ayyah durun",aku hentak tapak kaki aku ke tanah.Tubuh kelibat Kassim terpelanting lagi.Aku bangun dan menghampiri kelibat Kassim dan kelibat rakannya.Tiba-tiba aku dapat merasakan ada sesuatu yang sedang meluru laju ke arah aku dari belakang. Aku berpusing dan nampak kelibat wanita sudah hampir sangat dengan aku.Pilihan yang aku ada hanyalah mengangkat kedua dua tapak tangan aku ke depan.Tersentuh sahaja tapak tangan aku dengan tubuhnya,kami terpelanting ke arah berlawanan.Aku bernasib baik jatuh terguling di atas rumput.Bila aku bangun semula, ketiga tiga kelibat itu sudah tiada.Aku tahu rancangan aku untuk mengalihkan kereta Kassim bukan satu tugas yang mudah.Aku cuma berharap Ravi dan Mamat tidak takut dan lemah semangat.Aku duduk berlunjur semula di lantai pondok.Aku masih berharap orang yang berniat untuk menggagalkan


251 I MISTERI KG RAKIT pembinaan banglo ini muncul pada malam ini.Aku memang terdesak untuk mengetahui siapa sebenarnya orang tersebut.Identitinya langsung tidak aku ketahui walaupun sedikit.Kalau dia orang kampung ini, apa kaitannya dengan banglo ini.Anak kepada tuan punya banglo ini menggunakan pertolongan syaitan untuk menjaga banglo ayahnya dan lawannya juga menggunakan pertolongan syaitan untuk memusnahkan banglo ini.Aku yakin Anjang pasti menggunakan serba sedikit ilmu yang dia ada untuk memastikan kerja-kerjanya berjalan lancar.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang ke surau selepas tengah malam.Tiada siapa yang muncul pada malam ini selepas 'Kassim and the gangs" muncul tadi.Sepanjang jalan pulang,aku juga berhati hati jika ada sebarang serangan mengejut.Suasana malam yang gelap dan sunyi di jalan kecil Kampung Rakit ini memang menyeramkan kepada sesiapa sahaja yang belum pernah jejakkan kaki di sini.Hutan dan semak samun di kanan dan di kiri jalan amat memudahkan untuk sebarang serangan dari binatang buas ataupun benda-benda halus.Aku tiba di surau tetapi gerak hati aku tidak ada tanda-tanda sebarang perkara buruk.Cuma bila masuk ke dalam surau,aku teringatkan Pak Bidin. Tiba-tiba rasa rindu yang teramat sangat padanya dan aku faham ini bukan petanda yang baik.Malam itu aku berzikir serta berselawat dan niatkan jika ada kebaikan yang aku dapat,aku sedekahkan untuk Pak Bidin.Pagi itu selepas solat subuh,aku ke warung Makcik Ani.Ada teman berbual maka tekanan dapat dikurangkan. Fikiran aku masih tidak lekang dari Pak Bidin.Aku berharap Pak Jamil dapat menyampaikan berita tentang keadaan Pak Bidin. "Kita hanya mampu berdoa untuk dia. Serahkan segalanya kepada Allah.Dia tahu apa yang terbaik untuk Bidin",kata Pak Ramli ketika duduk bersama dengan aku menikmati sarapan.


252 I MISTERI KG RAKIT "Saya tahu,cuma sedih sebab tak dapat nak tengok dia.Hari ni saya ada hal penting nak kena selesai",jawab aku. "Kamu nak ke mana?",tanya Pak Ramli. "Saya nak buang kereta lama kat cerun sana nun.Kereta Kassim",terang aku. "Oooo..aku ingat kereta tu.Dah lama sangat kereta tu kat situ.Dah ramai orang kena kacau dengan hantu Kassim ni.Dengar cerita,ada 2 orang lagi bersama dia.Pernah ada orang nak ambik kereta tu untuk dijual besi buruk tapi orang tu mati tiba-tiba masa nak tarik kereta.Orang kata mati sebab sakit jantung",cerita Pak Ramli. "Pak Ramli tahu ke kisah kenapa jadi macam tu?",tanya aku. "Aku pun tak tahu sangat.Apa yang aku dengar,Kassim ni ambik upah bawak orang yang tak ada ic.Malam tu dia bawak dua orang dari Johor nak ke sini.Kena kejar dengan polis.Kereta dia jatuh kat cerun tu lepas langgar pokok. Semua mereka mati dalam kereta tu. Itu yang aku dengar tapi tak tahulah betul atau tak",cerita Pak Ramli lagi. "Kamu kena hati-hati Man.Banyak benda tak elok boleh jadi masa nak buang kereta tu",pesan dia. "Inshallah Pak Bidin.Saya tak nak lagi ada orang yang tak bersalah kena kacau dengan Kassim.Semoga usaha saya dengan kawan-kawan saya dipermudahkan",jawab aku. "Bila kamu nak buang kereta tu?",tanya Pak Bidin. "Petang nanti,tunggu lori sampai hantar barang kat banglo tu.Saya akan ikut lori tu pergi buang kereta tu,lepas tu saya balik ke kampung saya. Mungkin duduk kat kampung dalam seminggu dua",terang aku.


253 I MISTERI KG RAKIT Selepas sarapan di warung Makcik Ani,aku menuju ke tapak banglo. Semoga hari ini semua perancangan berjalan tanpa aral.Waktu aku tiba di tapak banglo,Anjang dan pekerjanya sudah memulakan kerja.Aku hanya duduk berehat di pondok menanti waktu rehat mereka.Memang aku tidak suka mengganggu ketika mereka sedang bekerja.Tidak lama kemudian, Anjang menghampiri aku. "Sedap nampak baring-baring",kata Anjang sambil menepuk paha aku. "Anjang...rehatkan badan",jawab aku lalu duduk berlunjur. "Jadi ke lori datang hari ni?",tanya aku. "Inshallah jadi tapi rasanya sebelah petang sikit",jawab Anjang. "Petang nanti saya nak mintak tolong lori tu buang kereta Kassim.Saya akan ikut sekali.Siang esok saya terus balik ke kampung saya.Mungkin duduk kat kampung dalam seminggu dua.Anjang nak balik ke Pekan Baru nanti,bagi tahu Pak Tam saya.Inshaallah saya datang sini tolong tengok kerja Anjang",kata aku. "Elok jugak tu.Kamu rehatlah dulu kat kampung kamu tu.Nanti bila aku nak balik kampung,aku bagi tahu Idrus", balas Anjang. "Anjang buat macam mana jaga kerja-kerja Anjang kat sini?",tanya aku lagi.Dia diam seketika. "Aku ni tak pandai sangat bab ni.Aku kan dah lama buat kerja macam ni,jadi aku belajar sikit-sikit cara melindungi tempat kerja aku mengikut jalan yang dibenarkan Islam.Kamu lebih pandai dari aku.Aku sekadar melindungi tapi tak pandai melawan.Kamu pandai melindungi dan pandai lawan semula. Nanti kamu boleh lawan orang yang berniat tak baik pada banglo ni",kata Anjang. "Anjang tahu ke siapa yang niat tak baik tu?",tanya aku.


254 I MISTERI KG RAKIT "Maaf Man,kepandaian aku tak sampai tahap tu.Ada terdetik jugak dalam hati tapi bila tak ada bukti,biar ia hanya dalam hati.Menyebutnya nanti jadi fitnah jika tak benar",terang Anjang.Aku amat bersetuju dengan pendirian Anjang.Banyak sikapnya boleh menunjukkan bagaimana isi hatinya.Selepas Anjang memulakan semula kerjanya,aku membaringkan semula tubuh aku.Tiba-tiba aku terdengar bunyi kereta menghampiri tapak projek.Aku bingkas bangun dan nampak kereta Pak Jamil.Hati aku berdebar debar.Aku cepatcepat bangun dan menuju ke arah Pak Jamil sebelum dia keluar dari kereta lagi.Langkah aku lajukan seolah olah ingin berlari. "Macam mana dengan Pak Bidin?", tanya aku tanpa memberi salam terlebih dahulu ketika Pak Jamil baru keluar dari kereta.Jantung aku betul-betul seperti hendak gugur menanti jawapan darinya. "Kamu sabar yer..dia dah tak ada selepas subuh tadi",kata Pak Jamil sambil menepuk bahu aku.Aku kelu seribu bahasa.Air mata aku menitik. Allah ambil Pak Bidin kembali selepas anugerahkan dia dengan taubat.Aku tidak dapat gambarkan perasaan aku ketika ini.Dia bukan sesiapa kepada aku tapi dia mengajar aku erti taubat. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya. "Aku balik dulu.Arwah tu nanti anak saudara dia akan uruskan.Katanya nak bawak balik kebumi di kampung asalnya",kata Pak Jamil lalu berlalu pergi.Bagus Pak Jamil kerana sehingga ke akhir hayat Pak Bidin dia ambil berat,memang sesuai dia menjadi seorang ketua kampung.Aku berjalan ke arah Anjang dan memberitahu berita yang aku terima.Selepas itu aku menuju ke motosikal aku kerana aku mahu kembali ke surau.Aku perlu mengemas barang-barang Pak Bidin dan hantar ke rumah Pak Jamil.Setiba di surau,perasaan sayu menyelubungi aku. Melihat surau ini,mengingatkan keringat yang Pak Bidin tumpahkan untuk menjadikan surau ini bersih dan cantik


255 I MISTERI KG RAKIT semula.Aku tidak dapat menahan airmata bila mengemas pakaiannya yang lusuh.Pakaiannya mungkin lusuh tetapi hatinya serba baru dengan taubat.Kehilangannya mengingatkan aku saat aku kehilangan insaninsan yang aku sayang.Selepas menghantar pakaian Pak Bidin ke rumah Pak Jamil,aku singgah di warung Makcik Ani menyampaikan berita tentang Pak Bidin.Walaupun mereka tidak rapat tetapi mereka juga mengalirkan airmata.Dari situ,aku kembali ke surau untuk mengemas pula pakaian aku.Sedih untuk meninggalkan surau ini.Tidak kesampaian hajat Pak Bidin untuk melihat surau ini mempunyai eletrik. Selepas zohor,aku menuju ke tapak banglo bersama pakaian aku.Walaupun masih terasa sedih,perancangan untuk membuang kereta Kassim mesti diteruskan.Anjang dan pekerjanya masih belum kembali dari makan tengah hari.Aku cuba bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.Beginilah kehidupan kita di atas dunia ini.Bukan semua orang Allah beri peluang untuk bertaubat dan ada juga orang yang pada waktu hidupnya banyak amalan tetapi di 'sana' nanti dia akan muflis. Jangan memandang rendah orang lain hanya kerana kita rasa kita banyak amalan.Hampir pukul 2 petang,Anjang tiba di tapak banglo. "Ni aku belikan nasi campur untuk kamu.Aku tahu kamu mesti tak makan lagi kan",kata Anjang sambil menghulurkan sebungkus nasi kepada aku. "Terima kasih Anjang",jawab aku. "Kamu makan lah,aku nak sambung buat kerja.Rudy datang dalam pukul 3 nanti",kata Anjang lalu meninggalkan aku sendirian.Aku makan rezeki yang ada walaupun kurang berselera.Selesai makan,aku berjalan jalan di kawasan kolam belakang pondok. Masih terdapat batang 'tajur' kepunyaan Pak Bidin di tepi kolam.Sementara menunggu lori sampai,aku menghabiskan masa


256 I MISTERI KG RAKIT dengan memancing.Bila terasa bosan,aku baring di pondok.Jam 3 petang,aku terdengar bunyi enjin 'backhole' Rudy masuk ke simpang banglo.Rudy meletakkan 'backhole'nya berhampiran kereta Anjang. "Assalamualaikum..",kata Rudy bila menghampiri aku. "Waalaikummusalam wbt..",jawab aku. Rudy duduk di sebelah aku. "Nanti selepas bawak turun barang kat sini,saya nak mintak tolong Abang Rudy angkat kereta buruk kat cerun hujung kampung ni",kata aku. "Kereta Kassim tu kan?Anjang ada bagi tahu aku semalam.Awak yakin ke kita boleh alih kereta tu?sebelum ni ada dah orang cuba buang kereta tu tapi tak boleh",kata Rudy. "Inshallah boleh,saya yakin.Abang Rudy dah tau ke Pak Bidin dah meninggal dunia pagi tadi? ",kata aku lagi. "Dah,ada orang kampung bagi tahu tadi.Kasihan dia,tak ada sesiapa kat kampung ni",jawab Rudy. "Ada anak saudara dia yang uruskan. Pak Jamil pun ada tolong nanti",jawab aku. "Awak nak buang kat mana kereta tu nanti?",tanya Rudy lagi. "Belum pasti lagi tapi nanti saya akan ikut lori tu sekali sebab terus nak balik kampung.Saya nak bakar kereta tu di tempat yang sesuai",jawab aku.Lori yang menghantar barang tiba lebih kurang pukul 4 petang.Lega hati aku bila melihat Ravi dan Mamat yang menjadi pemandu dan kelindan.Lori yang tiba hari ini pun lebih besar dari lori yang sebelum ini.Mereka berdua nampak gembira bila melihat aku pun ada bersama.Hampir setengah jam juga kerja-kerja menurunkan barang-barang.Selesai tugas itu,kami berehat sebentar di pondok.


257 I MISTERI KG RAKIT "Ravi,nanti saya nak mintak tolong angkat kereta buruk guna lori ni boleh tak?",tanya aku. "Boleh tapi macam mana nak angkat kereta tu?nak buang kat mana?",tanya Ravi. "Guna 'backhole', Abang Rudy tulah. nanti kita buanglah kat tempat yang sesuai.Saya nak bakar je kereta tu", terang aku. "Kenapa nak bakar?baik jual kat besi buruk je",cadang Ravi. "Kereta tu 'keras' sikit",jawab aku.Ravi pandang ke arah Mamat.Muka mereka berubah.Kemudian kedua duanya pandang ke arah aku. "Saya ikut sekalilah sebab siang esok saya nak balik kampung",kata aku. Barulah mereka berdua nampak tersenyum. "Kalau kami berdua je,memang taklah.. takut kami",kata Mamat pula. "Kalau awak ada,kami setuju",sampuk Ravi.Selepas mandi,solat dan jumpa Anjang,kami mula bergerak ke arah tempat tujuan kami.Motosikal aku,aku serahkan kepada Anjang untuk dijaga. Aku memilih untuk menaiki lori. Akhirnya kami sampai di cerun tersebut.Kami bertiga turun dari lori sementara menunggu Rudy tiba. "Seram tengok kereta ni Man,tiba-tiba je tegak bulu roma",kata Mamat. "Awak ni kan Man,suka sangat benda-benda macam ni.Awak tak takut ke?",tanya Ravi.Aku hanya tersenyum.'Kita kena buang jugak kereta ni,tuan punya kereta ni dah selalu kacau orang",cerita aku,sengaja untuk menakutkan dan pada masa yang sama untuk buat mereka bersedia. "Ye ke Man...aduhhh..sekali lagi kita kena macam ni",kata Mamat lagi.


258 I MISTERI KG RAKIT "Inshallah tak ada apa-apa lah",selepas menakutkan,aku memujuk pula.Tidak lama kemudian,Rudy tiba di tempat kami. "Okey,jom kita mulakan",kata aku.Aku mengambil rantai besi yang memang ada dalam 'backhole' Rudy lalu turun ke tempat kereta Kassim. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku meninjau keadaan kereta untuk mencari tempat yang sesuai mengikat rantai yang aku bawa.Bila aku pegang sahaja kereta Kassim, tiba-tiba kepala aku berdesing dengan kuat dan amat menyakitkan. Aku hilang keseimbangan dan tubuh aku jatuh menggelongsor ke bawah.


259 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 28 Aku berjaya menahan diri aku daripada menggelongsor lebih jauh. "Man,okey tak?",tanya Mamat.Aku mengangkat tangan tanda aku tak apa-apa.Aku mendaki semula untuk ke kereta Kassim.Aku baca Al Fatihah dan Ayatul Qursi waqaf 9. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku pegang kereta Kassim. Alhamdulillah,kali ini telinga aku tidak berdesing lagi.Aku berjaya menjumpai tempat untuk mengikat rantai besi. "Boleh tarik dah",laung aku dari cerun sambil menunjukkan ibu jari tanda bagus.Aku berdiri di tempat yang jauh sedikit dari kereta.Perlahan lahan kereta ditarik ke atas.Aku nampak seperti ada sepasang mata sedang melihat aku dari dalam kereta. "Wayuhiqqullahhul haqqa bikalimatihi, walau karihal mujrimun",aku hembus ke arah mata itu dan mata itu hilang dari pandangan.Kereta bergerak perlahan lahan kerana badan kereta rapat pada tanah serta ditambah lagi ditarik naik dari cerun.Jika menggunakan tali rasanya tadi lagi ia sudah putus.Kuat juga bunyi enjin 'backhole' menarik rantai besi.Hati dan mulut aku tidak berhenti memohon pertolongan Allah. Akhirnya selepas bersusah payah, kereta berjaya ditarik sampai di atas jalan.Aku juga sudah berada di atas jalan dengan pakaian yang agak kotor kerana menggelongsor tadi.Aku membuka rantai besi dan meletakkan di atas tanah. "Abang Rudy,tolong tekan sikit kereta ni bagi rapat",kata aku.Rudy menurut sahaja permintaan aku.Dia menekan kereta itu rapat serapatnya sehingga menjadi hampir separuh dari bentuk asal kereta Nissan sunny.Aku mengikat semula kereta dengan rantai besi untuk di


260 I MISTERI KG RAKIT angkat ke belakang lori.Baru sahaja Rudy hendak mengangkat,enjin 'backhole' tiba-tiba mati.Tiga empat kali Rudy cuba menghidupkan tetapi tetap gagal. "Macam mana ni Man,hari dah makin gelap ni?",tanya Rudy. "Sekejap",jawab aku.Aku menghampiri kereta tersebut lalu menyentuhnya. "Allahhumma inni a'uzubikamin amalis syaitoni wa sayyi atil ahlam",aku tepuk di empat penjuru. "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku tepuk sekali di bahagian atas kereta. "Cuba 'start' semula",kata aku.Kali ini enjin berjaya dihidupkan.Ravi dan Mamat hanya melihat sahaja apa yang aku lakukan. "Tak sangka aku orang muda macam awak ni tinggi ilmunya",kata Rudy. "Kebetulan je menjadi",jawab aku merendah diri.Akhirnya kereta berjaya dinaikan ke belakang lori.Syukur kerana akhirnya separuh tugas sudah selesai. "Abang Rudy,ni upah sebab tolong saya.Mintak halal jika tidak cukup",kata aku sambil menghulurkan sedikit duit untuknya. "Alhamdulillah..tak apa,saya halalkan. Lagi pun awak nak tolong orang kampung ni jugak kan",jawabnya. "Inshallah selepas ni tak ada lagi gangguan dari Kassim",jawab aku. "Kalau tak ada apa-apa,saya balik dulu, lambat jugak nak sampai rumah ni. Lampu pulak tak berapa terang",kata Rudy lalu bergerak


261 I MISTERI KG RAKIT meninggalkan kami bertiga.Hari semakin gelap tetapi masih belum maghrib rasanya.Selepas mengikat kereta pada pagar lori dan membersihkan serba sedikit tangan dan kaki menggunakan air yang ada, kami pun mula bergerak. "Jangan pandang belakang",pesan aku kepada Ravi dan Mamat. "Kenapa?",soalan bodoh dari Ravi. "Kau ni,Man dah pesan jangan tengok belakang,jangan tengoklah",bebel Mamat. "Aku takut nanti kamu berdua nampak benda tak elok",jawab aku.Kedua duanya terus diam. "Kalau ada masjid atau surau,tolong berhenti",pesan aku. "Baik Man",jawab Ravi.Suasana sudah semakin gelap tanda sudah masuk maghrib.Waktu yang agak menyeramkan kepada yang tidak biasa.Perjalanan menggunakan jalan besar ini mengambil masa sejam lebih sedikit.Setakat ini,tiada apa-apa yang berlaku tetapi Mamat kelihatan resah gelisah,mungkin kerana takut. "Tu ada nampak macam masjid.Tolong berhenti kat kawasan lapang di luar je", kata aku.Ravi memberhentikan lori di tepi jalan tetapi dalam jarak yang selamat. "Kamu tunggu kat sini yer,sekejap je. Jangan buka tingkap,jangan keluar dan jangan tengok belakang",pesan aku lagi sekali. ""Baik Man",perlahan sahaja Mamat menjawab.Aku turun dari lori dan nampak ada mata sedang memandang dari dalam kereta.Aku baca satu ayat lalu hembus ke arah kereta.Aku tepuk perlahan pada pagar lori lalu berjalan menuju ke masjid.Dari masjid aku masih memerhati


262 I MISTERI KG RAKIT ke arah lori untuk memastikan tiada apa-apa yang boleh menyusahkan Ravi dan Mamat.Selesai solat,aku segera kembali ke lori. "Kenapa awak berdua ni?",tanya aku bila nampak mereka berdua tidak senang duduk. "Kami berdua nak terkencing ni!",jawab mamat.Aku ketawa kecil. "Pergilah kat masjid tu,saya tunggu kat luar lori",kata aku.Mereka berdua cepat-cepat berlari ke arah masjid. Tidak lama kemudian,mereka berdua kembali ke dalam lori dan kami bergerak semula. "Saya nampak ada benda tengok kita kat kereta tu tadi",kata Mamat dengan perlahan. "Kau ni suka tegur kan",marah Ravi. "Tu..kau tengok kat cermin pandang belakang tu,ada benda tengah tengok kita",kata Mamat terketar ketar.Ravi terus memusingkan cermin itu ke arah bawah. "Jalan terus,jangan hirau apa-apa", pesan aku.Kami sedang melalui jalan yang amat sunyi.Tiada sebuah pun kenderaan yang berselisih dengan kami.Keadaan di luar hanya diterangi lampu lori sahaja.Aku perasan Mamat sekali sekala mencuri pandang ke arah cermin di belakangnya yang boleh nampak keadaan kereta di belakang lori.Bahunya yang tersentuh bahu aku terasa menggeletar. "Baca ayatul Qursi",bisik aku.Dia membacanya tetapi tunggang terbalik."Bertenang..tarik nafas dengan mulut dan lepaskan dengan mulut,jangan guna hidung.Tarik nafas dalam-dalam", pesan aku. Mamat mengikut arahan aku dan mula nampak tenang.


263 I MISTERI KG RAKIT "Kat mana kita nak buang kereta ni?", tanya Ravi. "Jalan ni sunyi je,maknanya jauh dari rumah orang.Kalau ada jalan masuk, awak masuk je",kata aku. "Tak nampak pulak simpang kat mana-mana",balas Ravi. "Tak apa,awak 'drive' je,biar saya tengok simpang mana.nanti saya bagi tahu nak masuk mana",jawab aku. "Baik Man",balas Ravi.Tiba-tiba lori terasa bergoyang dengan kuat seperti bergerak dengan tayar yang bocor. "Jaga 'stereng elok-elok Ravi,jangan panik",pesan aku kepada Ravi.Mamat pandang ke arah belakang,mungkin terlupa dengan pesan aku. "Mannn..hantu kat belakang lori.Dia melekat pada cermin",kata Mamat terketar ketar.Memang benar apa yang Mamat nampak dan kerana itulah aku tidak mengizinkan mereka melihat ke belakang.Kelibat itu dari tadi lagi sudah ada di situ.Lori masih bergoyang seperti tadi. "A‘udzu bi wajhillahil karim,wa bi kalimatillahit tammatillati la yuja wizuhunna barrun wala faajirun,min syarrima yanzilu minas sama’i,wamin syarrima yagruju fiha,wamin syarrima zara’a fil ardh,wamin syarrima yakhruju minha,wamin syarri fitanil laili wan


264 I MISTERI KG RAKIT nahar,wamin syarrima thowariqil lail, wamin syarri kulli illa thoriqi illa thoriqan yathriqu,bi khairin ya rahman", Aku hentak tapak kaki kanan aku ke lantai lori.Serta merta lori sudah tidak bergoyang lagi. "A u'zubikalimatillah hitammatimin kulli syaitonin wahammatin wamin kulli ainin lammah",aku menepuk pula kedua belah bahu Mamat.Dia sudah mula nampak tenang.Ravi memandang aku dengan muka yang resah gelisah. "Rasanya kat depan tu nanti ada simpang masuk kiri",kata aku kepada Ravi. "Berhenti sekejap Ravi",kata aku.Ravi memberhentikan lori seperti arahan aku.Terdapat satu simpang di hadapan kami.Pada papan tandanya tertulis, 'Dilarang masuk ke kawasan bekas lombong'. "Masuk simpang ni Ravi",kata aku. Perancangan aku sudah berubah.Aku mengambil keputusan untuk menenggelamkan sahaja kereta ini dan bukan lagi untuk membakarnya.Tanpa banyak bertanya,Ravi mengikut sahaja arahan aku.Kami bergerak lebih kurang sepuluh minit bila jalan sudah tidak boleh dilalui lagi. "Macam mana ni Man?",tanya Ravi. "Tunggu sekejap,aku nak pergi tengok dulu",jawab aku lalu turun dari lori.Aku menggunakan lampu suluh kesayangan aku.Aku dapati ada sesuatu yang sedang bertenggek di atas bumbung lori tetapi aku abaikan. Aku perlu mencari di mana kolam bekas lombong kerana aku yakin setiap bekas lombong pasti akan ada kolam besar yang ditinggalkan.Akhirnya aku jumpa kolam tersebut dan lebih bernasib baik,ada jalan yang boleh terus rapat ke tepi kolam.Aku terus kembali ke lori.


265 I MISTERI KG RAKIT "Ravi,pusing ikut sini",kata aku.Ravi memandu lori mengikut arahan aku. Sampai di tempat tadi,aku menyuruh Ravi memberhentikan lori. "Aku turun dulu,kamu berdua jangan turun selagi aku tak suruh.Dengar elok-elok suara aku kat luar nanti", pesan aku lalu turun dari lori. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku mengambil seutas tali yang agak kasar dari dalam tong di bawah badan lori.Terdapat seketul batu yang sederhana besar di tepi kolam,amat sesuai untuk jadi tempat pengikat tali.Kelibat yang ada mula berterbangan di atas kepala aku tetapi aku tidak mempedulikan.Aku menjerit mengarahkan Ravi untuk mengundurkan lori lebih ke belakang lagi.Akhirnya lori hanya lebih kurang 3 langkah dari muka kolam.Kelibat yang ada semakin laju mengganggu aku seperti mereka tahu,kehadiran mereka di dunia sudah sampai di penghujung. Aku mengikat tali pada batu dan pada kereta di atas lori.Aku baca Ayatul Qursi dan tiga kul kerana gangguan semakin menggila. Bunyi mengilai dan menangis semakin kuat kedengaran.Aku cuma risau kepada Ravi dan Mamat sahaja.Risau jika perasaan takut yang amat sangat akan memudahkan mereka dikuasai syaitan. "Wallahhu ghalibun ala amrih,Ya Hayyun Ya Qayyum,Ya ilahana,Wa ilaha kulli syai in,illahan wahida,La illa hailla anta,Allahhu Akbar,Allahhu Ahad",aku baca dengan suara yang agak kuat dan kemudian membaca satu lagi ayat lalu menumbuk ke tanah.Ketiga tiga kelibat itu jatuh di hadapan aku.Mereka berdiri tegak menghadap ke arah aku. "Tolong..,jangan buang rumah kami", suara Kassim memujuk rayu. "Dunia ini bukan tempat kamu lagi. Setiap yang mati,ada dunia sementara untuk mereka",kata aku.


266 I MISTERI KG RAKIT "Kami tak mahu ke sana.Kami suka dunia ni", Kassim merayu lagi. "Aku tak ada pilihan",jawab aku lalu menjerit mengarahkan Ravi maju ke depan dengan laju.Tindakan Ravi itu berjaya menjatuhkan kereta dari belakang lori dan kereta itu pula bergolek sangat hampir ke kolam.Kelibat-kelibat itu semakin tidak keruan.Suara mengilai bergema kuat kerana dipantul oleh air kolam.Aku tahu kelibat Kassim terlalu marahkan aku. "Syahidallahhu annahu la~ila ha illa huwa,wal mala~ikatu wa ulul ilmi qo~imam bilqist,la~ilaha illahuwal azizul hakim",aku bersedia menghadapi serangan dari kelibat Kassim.Benar tekaan aku kerana tiba-tiba kelibat Kassim menerkam ke arah aku.Aku hanya berdiri tegak sambil membaca lagi satu ayat yang aku belajar. Terlanggar sahaja tubuhnya dengan tubuh aku,kelibat Kassim tercampak jauh tetapi tubuh aku masih teguh berdiri.Dia menerkam sekali lagi dan seperti tadi,tubuhnya tercampak jauh. "Allaahumma inna nastahfizhuka wa nastaudi'uka dinana wa anfusanaa wa ahlanaa wa awladana wa amwalana wa kulla syai'in a'thaitana.Allahumma aj'alna fii kanfika wa amanika wajiwa rika wa'iyazika min kulli syaitonim marid wa jabbarin'anid wazi' ainin wazi baghyin wa min syarri kulli zisyarrin innaka 'alaa kulli syai'in qadir",aku bersedia menamatkan usaha aku. "A u'zubillahiminassyaito nirrojim, bismilahi tawakkaltu allallah,la haw lawala kuwwata illa billah hilayil azim", aku menolak kereta buruk ini ke arah kolam dengan sepenuh tenaga yang aku ada.Suara tangisan


267 I MISTERI KG RAKIT dan jeritan semakin kuat tetapi aku tidak menghiraukan.Akhirnya kereta itu bergolek dan jatuh ke dalam kolam. Sedikit demi sedikit ia tenggelam dan akhirnya keseluruhan kereta telah tenggelam sepenuhnya.Kelibat yang ada juga sudah tidak kelihatan lagi. Aku buat sujud syukur dan kemudiannya masuk ke dalam lori. "Alhamdulillah dah selesai,kita boleh balik",kata aku kepada Ravi dan Mamat. "Dah boleh pandang belakang?",tanya Mamat. "Nak baring kat belakang lori pun boleh",jawab aku sambil ketawa. "Penakut sangat kau ni Mat",ejek Ravi. "Eleh..macam dia tu berani sangat", balas Ravi.Aku hanya tersenyum sementara mereka berdua masih terus ejek mengejek sesama sendiri. "Nanti tinggalkan aku kat masjid yang hari tu.Malam ni aku tidur kat masjid, pagi esok aku nak balik kampung dalam seminggu dua",terang aku. "Syok jugak kan ikut awak ni Man.Takut tapi seronok.Bukan mudah nak dapat pengalaman macam ni.Rugi saya tak belajar ilmu macam awak",kata Mamat. "Saya pun tak pandai,cuma boleh mengaji je sikit-sikit",jawab aku. "Lepas ni tak ada lagilah pengalaman macam ni',sampuk Ravi. "Entahlah..mungkin ada lagi",jawab aku. Selepas mereka meninggalkan aku di luar pagar masjid,aku berjalan untuk masuk bila aku mendengar ada satu suara memanggil nama aku.Aku berpaling dan mendapati ada seorang lelaki sedang berdiri mengadap aku tetapi mukanya tidak kelihatan dengan jelas.


268 I MISTERI KG RAKIT "Awak ni Man kan?",tanya dia. "Ya tapi awak siapa?macam mana tahu nama aku?",,tanya aku pula.Lama juga dia tidak menjawab soalan aku.Aku mula rasa gelisah.


269 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 29 "Awak ni siapa?",tanya aku selepas dia agak lama mendiamkan diri. "Tak perlu tahu aku siapa tapi kau jangan jejakkan kaki lagi di kampung Rakit kalau kau nak selamat",dia mula bersuara semula. "Kau belum jawab soalan aku,kau ni siapa dan kenapa kau tak bagi aku ke sana?kalau kau bagi alasan yang kukuh,aku akan setuju",balas aku, sengaja memanaskan keadaan.Aku masih tidak nampak mukanya walaupun suasana tidaklah terlalu gelap. "Aku dah bagi kau amaran.Kalau kau masih berdegil,terpulang pada kau",dia tetap merahsiakan siapa dirinya.Aku cuba merapati dirinya. "Tak perlu nak datang dekat aku tapi kalau kau rasa kau nak berlawan dalam kawasan masjid ni,silakan",katanya lagi dengan sombong. "Aku pun bagi kau amaran.Jika kau ada kena mengena dengan banglo yang sedang aku jaga,aku tak akan biarkan. Jika kau yang cuba halang banglo tu siap,kau akan berhadapan dengan aku",balas aku.Aku bukan sombong tetapi ini adalah psikologi.Sekurangnya dia tahu aku tidak takut pada amarannya.Tiba-tiba terdengar bunyi bising enjin kereta di jalanraya. Kelihatan sebuah kereta yang dipandu dengan laju melepasi masjid.Bila aku berpaling semula ke arah lelaki tadi,dia sudah hilang dari pandangan. "Ishh..cepat pulak dia hilang.Ingatkan berani sangat.",bebel aku dalam hati. Susah nak digambarkan lelaki tadi kerana keadaan yang kelam serta suara yang bergetar.Aku cuma hairan kerana dia tahu nama aku dan tahu aku berada di sini.Maknanya orang ini tahu apa yang aku buat petang tadi.Malam itu aku tidur di masjid tanpa sebarang gangguan hingga ke pagi.Pagi itu aku bersarapan di gerai berhampiran stesen bas.Nasib aku baik pada pagi itu kerana tidak perlu menunggu lama


270 I MISTERI KG RAKIT untuk menaiki bas. Dalam masa 2 jam,aku sudah tiba di rumah aku.Rindu pada emak dan ayah serta adik beradik.Lama rasanya tidak menikmati masakan emak.Aktiviti aku di kampung diisi dengan bermain bolasepak dan pada malam hari aku melihat anak-anak muda kampung aku belajar silat dengan guru yang memang hebat dalam ilmu persilatan. Kadang-kadang ada yang mengajak aku menyertai latihan silat tetapi aku pura-pura tidak berminat.Hatta guru silat itu sendiri pernah mengajak aku menyertai kelas silatnya tetapi aku menolak.Aku bagi alasan,aku hanya suka melihat orang bersilat tetapi aku tidak minat dan pandai bersilat.Tiada sesiapa di kampung aku yang tahu 'siapa' aku kecuali Emak,Ayah dan Mak Kecik aku. "Bila kau nak pergi semula ke tempat buat banglo tu?",tanya Emak. "Tunggu Pak Tam bagi tahu.Dia pun senyap je.Datang sini pun tak",jawab aku. "Dia tu ramai bini,mana nak ada masa", kata Emak lagi. "Hebat jugak Pak Tam tu mak. Orangnya gelap je tapi 3 bini.Man nak belajarlah dengan dia",balas aku sambil tersenyum. "Kau jangan nak mengggatal nak berbini ramai.Jangan nak cari sakit otak sendiri.Kau ingat Pak Tam kau tu senang hati ke?sibuk cari duit nak tanggung 3 dapur.Nak ke masjid pun jarang-jarang.Anak berderet macam keretapi.Sekali nak buka sekolah,nak raya datang ngadu kat ayah kau cakap pening kepala",bebel Emak aku. "Man saja je lah mak,tu pun nak membebel",balas aku sambil peluk Emak dari belakang.Aku sayang Emak aku. Seronok pulak rasa bila ada di kampung waktu ini.Boleh bersukan dan memancing.Seminggu berlalu tidak terasa,penuh aktiviti aku. Aku juga berkesempatan menziarahi kubur Aki Lela.Membersihkan kuburnya yang telah agak lama tidak dibersihkan.


271 I MISTERI KG RAKIT "Man rindukan Aki.Aki cari Man kat 'sana' nanti jika Man tak ada kat syurga.Satu hari nanti kita akan jumpa semula.Terima kasih untuk segala ilmu yang Aki ajar.Nasihat Aki,Man tak akan lupa.Aki datanglah dalam mimpi Man sekali sekala.Lama tak tengok Aki.Man mintak maaf sebab keris Man dah hilang.Dah puas Man cari tapi tak jumpa",luah hati aku tanpa sedar air mata mengalir.Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa aku rindukan Aki Lela.Pada satu pagi,Pak Tam datang ke rumah Emak aku. "Akak,Man mana?",aku dengar suara Pak Tam di dapur masa aku di dalam bilik air. "Ada dalam bilik air tu.",aku dengar Emak jawab. "Kamu ni tiba-tiba je datang ni,ada apa?",tanya Emak.Belum sempat Pak Tam menjawab,aku keluar dari bilik air. "Man,kau kemas pakaian.Pak Tam nak hantar kau ke Kampung Rakit.Anjang nak balik kampung dia dua hari lagi", kata Pak Tam. "Pak Tam ni,orang bagi tahulah awal-awal.Ni hari ni nak gi,hari ni baru bagi tahu",membebel aku. "Aku lupa.Alah,kau tu bujang,senang nak siap",jawab dia. "Yelah..tunggu jap",jawab aku,malas hendak berlawan bercakap dengan dia. Selepas bersarapan,kami mula bergerak tetapi kami menuju ke arah bandar terlebih dahulu sebelum bergerak ke Kampung Rakit.Hampir dua minggu aku di kampung, aku tidak tahu apa perkembangan di kampung Rakit.Selepas Pak Tam selesaikan urusannya di bank,kami mula bergerak ke Kampung Rakit. Kami berhenti makan tengah hari di bandar yang paling hampir dengan Kampung Rakit.Mata aku tiba-tiba tertumpu kepada seorang lelaki yang berbaju kotor dan berseluar koyak rabak.Bila aku amati betul


272 I MISTERI KG RAKIT betul,aku pasti itu adalah anak lelaki kepada Berahim, tuan punya banglo tempat yang kami hendak pergi selepas ini.Aku nampak dia mengutip sisa-sisa makanan di dalam tong sampah dan kadang-kadang bercakap sendirian. "Cepatnya dia bebas,tak bahaya ke orang macam ni?",tanya aku dalam hati tetapi dalam masa yang sama merasa simpati.Sayang orangnya masih muda tetapi kerana bersekutu dengan iblis syaitan,hidupnya menjadi hina serendah itu.Aku tidak bercerita apa-apa kepada Pak Tam kerana dia memang tidak tahu apa-apa.Selepas makan,kami bergerak semula menuju Kampung Rakit.Pak Tam aku memang suka memandu laju dan sekejap sahaja kami sudah sampai di Kampung Rakit.Kami melepasi rumah Pak Jamil dan kemudiannya melalui Warung Makcik Ani yang kelihatan tutup.Selepas itu kami lalu melepasi surau lama.Sayu rasa hati apabila melihat dari jauh semak samun sudah mula tumbuh kembali.Akhirnya kami tiba di simpang projek banglo.Dari situ aku nampak banglo sudah siap dipasang atap berwarna biru.Pak Tam memberhentikan keretanya di sebelah kereta Anjang.Aku belum sempat turun bila Pak Tam sudah mula berjalan menuju ke arah banglo.Memang jenis 'lorat' Pak Tam aku ini.Aku memang tahu perangainya yang serba serbi hendak cepat dan kadangkadang nampak macam kalut sahaja. "Assalamualaikum wbt.."kata aku bila nampak Anjang bercakap dengan Pak Tam. "Waalaikummusalam wbt.."jawab Anjang.Dia mengangkat tangan tanda kemudian sahaja kami berbual kerana dia sedang berbincang dengan Pak Tam.Aku berjalan ke pondok aku dan nampak ia semakin di tambah baik. Motosikal aku juga nampak bersih.Bila amanah diberikan kepada orang yang tepat,kau akan dapat hasil yang hebat. Dari pondok aku dapat lihat banglo yang cukup besar bila sudah siap


273 I MISTERI KG RAKIT dipasang atap.Warna birunya menyejukkan mata memandang. Memang cepat Anjang dan anak buahnya bekerja.Bila kau ada seorang majikan atau ketua yang beriman,kau akan dapat anak buah yang ikhlas bekerja tanpa berkira sedikit pun.Aku tidak pernah mendengar anak buah Anjang mengeluh apa-apa sepanjang masa aku ada di sini sebelum ini.Selepas Pak Tam menyelesaikan semua urusannya dengan Anjang,dia terus balik.Mungkin ada urusan lain atau sibuk dengan keluarganya yang besar itu. "Baru dapat berbual dengan kamu",kata Anjang bila kami sama-sama duduk di pondok. "Anjang apa khabar?",tanya aku. "Alhamdulillah..cuma sejak kamu tak ada,badan aku mudah rasa sakitsakit. Kadang-kadang malam susah nak tidur",cerita dia. "Kenapa jadi macam tu?",tanya aku. "Kamu lebih tahu dari aku.Bila balik ke kampung aku nanti,aku boleh berubat tapi kamu kena tolong aku pastikan kerja-kerja kat sini berjalan lancar", katanya lagi. "Inshallah Anjang",jawab aku yang dapat merasakan Anjang telah melalui masa-masa yang sukar di sini selepas aku balik ke kampung. "Esok semua pekerja aku akan bawak barang masing-masing dan tinggal di dalam banglo ni selama aku tak ada. Kalau aku tak ada,mereka tak ada 'transport'.Nanti Ajor yang akan uruskan semua kerja.Kamu pun boleh tinggal dalam banglo ni kalau kamu nak",terang Anjang lagi. "Saya mungkin tinggal kat pondok ni je bila Anjang tak ada.Tak boleh tinggal banglo ni sembarangan",jawab aku.


274 I MISTERI KG RAKIT "Makan dan minum kamu nanti Ajor yang akan uruskan.Maknanya bukan Pak Tam kamu yang bayar kamu lagi tapi aku",tambah dia lagi. "Eh pasal saya jangan Anjang risau. Tahulah saya jaga diri saya",jawab aku. "Tak boleh Man.Kamu datang ke sini hari ini atas permintaan saya dan bukan arahan Pak Tam kamu.Jadi kamu adalah amanah aku",Anjang tetap bertegas.Selepas melihat keadaan di dalam banglo,aku bergerak ke surau.Rasa rindu dan sedih bercampur baur bila melihat surau ini.Semak samun mula tumbuh semula.Periuk belanga serta pinggan mangkuk masih tersimpan di tempat yang aku simpan sebelum aku balik ke kampung.Aku basuh semula semua barang-barang itu kerana sudah hampir 2 minggu tidak digunakan. Kemudian selepas zohor,aku ambil parang dan menebas di bahagian depan surau.Sedih bila impian melihat surau ini kembali digunakan orang-orang kampung di sini tidak kesampaian.Apakan daya,aku keseorangan.Mungkin beginilah perasaan Pakcik Sabri bila usahanya mengajak orang mengimarahkan surau ini juga tidak berjaya.Semoga apa yang telah Pakcik Sabri usahakan tetap memberikan kebaikan untuk dirinya ketika berada di 'sana'.Selepas terasa penat,aku mengambil keputusan untuk menziarahi Pak Ramli dan Makcik Ani walaupun warung mereka kelihatan ditutup sewaktu aku ke sini tadi.Sampai di warung,aku cuba memberi salam tetapi tiada jawapan. Dari daun-daun yang berselerakan di sekitar warung,aku dapat menganggak warung ini mungkin sudah ditutup dalam tiga atau empat hari.Mungkin mereka balik kampung atau ada urusan di luar kawasan.Aku kembali menuju ke surau dan kemudiannya membawa barang-barang aku setakat mana yang boleh menuju ke pondok di tapak banglo.Surau ini terpaksa aku biarkan kerana aku ada tugas dan amanah di tapak banglo.Pondok aku kini sudah kelihatan cantik hasil bantuan anak buah Anjang.Dinding juga sudah dibuat lebih kemas.Papan lapis juga


275 I MISTERI KG RAKIT digunakan untuk buat siling bagi mengelakkan suhu yang panas ketika tengah hari.Selepas siap memasak sebelum maghrib,aku membersihkan tubuh di kolam.Lama aku tidak rasa kenyamanan air kolam ini.Selepas menunaikan solat maghrib,aku berzikir dan mengaji seperti biasa.Mengajilah walaupun sebaris ayat Al Quran. Peluklah Al Quran sambil melafazkan "Ya Rahman,Ya Rahim" setiap kali habis mengaji.Tanamkan rasa cinta pada Al Quran kerana ia akan menjadi penolong di saat tubuh kita dihimpit tanah, diselubungi kegelapan dan dikelilingi binatang bisa di dalam kubur.Itu yang selalu dipesan Arwah Aki Lela kepada aku.Biasanya aku tidak akan bangun sehingga masuk waktu isyak.Selesai solat isyak,barulah aku mencari makanan tetapi kebiasaannya aku makan sebelum maghrib kerana ia lebih baik untuk kesihatan diri.Aku baru 3 kali menyuapkan nasi ke mulut bila terdengar bunyi bising seperti sesuatu sedang berlari lari di atas atap banglo.Aku menyuluh ke arah atap tetapi tiada apa-apa yang kelihatan.Aku berharap ia hanyalah gangguan dari tupai hutan.Aku menyambung menikmati makanan bila bunyi bising itu beralih ke dalam banglo pula.Bunyi besi dan bunyi ketukan tukul bersilih ganti.Aku abaikan kerana aku mahu menghabiskan nasi aku terlebih dahulu.Rezeki jangan ditolak,hantu jangan dicari.Aku tersenyum sendirian sambil menikmati makanan.Bunyi itu tiba-tiba berhenti. "Penatlah tu agaknya",kata aku dalam hati.Selesai makan,aku menikmati kopi kegemaran aku sambil mata aku memerhati ke arah banglo. "Siapalah agaknya yang busuk hati tak nak bagi banglo ni siap?",tanya aku dalam hati.Agaknya bila aku tiada dan semua pekerja pulang ke rumah, beginilah keadaan di banglo ini.Aku buat andaian sendiri. Tibatiba bunyi bising di atas atap banglo kembali semula seperti tadi. Sekejap ia berlari ke kanan dan kemudian berlari ke kiri.Kemudian terdengar bunyi seperti orang melompat dan memijak atap dengan


276 I MISTERI KG RAKIT kuat.Aku bangun dari tempat duduk dan berdiri memandang ke arah banglo.Aku pakai dan nyalakan lampu suluh kesayangan aku di kepala.Aku baca Ayatul Qursi dan berjalan masuk ke dalam banglo.Bunyi bising itu berhenti dan beralih pula ke dalam bilik-bilik di dalam banglo.Sekejap bilik di belakang dan kemudian beralih ke bilik yang lain pula. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku tarik nafas dalam-dalam. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku mencari bunyi bising itu.Kemudian aku terdengar seperti bunyi orang berlari di sekeliling banglo sambil ketawa mengilai.Aku menjenguk keluar melalui 'frame' tingkap yang belum siap sepenuhnya namun tiada apaapa yang kelihatan. Tiba-tiba aku terasa seseorang menyentuh bahu aku tetapi bila aku berpusing tiada sesiapa yang kelihatan.Tidak lama kemudian aku terdengar suara seseorang menyebut nama aku. "Man...Man...aku dah bagi kau amaran tetapi kau degil.Kau memang tak sayang nyawa kau.Kau bodoh bila datang semula ke sini",bunyi suara itu disulami dengan bunyi ketawa mengilai. "Kalau kau berani,kau tunjukkan diri kau depan aku.Jangan hanya berani berbunyi tapi sembunyi",kata aku. Tiba-tiba asap putih memenuhi ruang di dalam banglo sehingga aku sukar untuk bernafas.Aku cuba berpaut pada dinding banglo tetapi dinding banglo terasa amat jauh untuk aku capai.Aku sudah semakin hilang keseimbangan diri.


277 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 30 Aku sudah hampir jatuh bila aku rasa ada seseorang memegang aku dan memimpin aku berdiri rapat pada dinding.Asap masih lagi memenuhi ruang banglo menyebabkan sakit mata dan sukar untuk bernafas. "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku tahan nafas aku sambil memejamkan mata. "Robbi a u'zubikamin hamazatis syaya tin,wa a u"zubika robba ay yahdurun", aku harus bertahan. "Ya ayyuhallazi na amanusbiru wasobiru warobbitu,wattakullaha la allakum tuflihun",aku menguatkan tubuh aku dari dalam.Aku genggam penumbuk tangan kanan. "Allahhu Akbar.. Allahhu Ahad..", serentak aku tumbuk ke lantai banglo yang bersimen.Aku buka mata dan asap mula hilang.Suara tadi serta bunyi bising juga sudah tidak kedengaran lagi. "Adzhibil baq'sa rabbannasi isyfi waan tassyafi la syifa a'illa syifa uka syifa an layu ghodiru saqoma",aku letak tapak tangan kanan aku ke dada sebelah kanan sambil menarik nafas panjang. Aku baca sekali lagi dan ulang pula ke dada sebelah kiri.Aku melangkah keluar dari banglo. "Siapa yang tolong aku tadi?ini kali kedua dia tolong aku",persoalan yang sampai ke hari ini tidak terjawab.Aku duduk di hujung lantai. "Boleh tahan hebat syaitan ni",kata hati aku.Nampaknya aku kena buat persediaan secukupnya bila Anjang tidak ada nanti.Gangguan semakin kuat dan jika aku tidak bersedia,aku akan jadi mangsa.Bila aku jadi mangsa maka ramai yang akan terbabit sama terutamanya pekerja-


278 I MISTERI KG RAKIT pekerja Anjang. Aku kena pastikan amanah yang Anjang berikan ini dapat aku pikul sebaiknya.Malam itu tiada gangguan lagi sehingga subuh.Selepas bersarapan biskut kering,aku masuk ke dalam banglo untuk melihat kesan malam tadi.Tiada apa-apa yang pelik pada pandangan aku.Semua bilik yang aku masuk tidak memberikan sebarang petunjuk.Aku naik ke tingkat atas yang ada hanya dua bilik dan beranda di bahagian depan.Dari beranda itu nampak sehingga simpang masuk dari jalan besar dan di sebelah kanan boleh nampak lorong untuk naik ke bukit.Aku turun ke bawah bila nampak dua buah kereta memasuki simpang.Aku sudah berada di luar banglo bila kedua dua kereta itu berhenti dekat dengan pondok aku.Sebuah kereta Anjang dan sebuah lagi aku tidak tahu kereta siapa. "Man...ni anak saudara aku,Ludin.Aku mintak dia tolong hantar sebab ada tambahan dua orang,tak muat kereta. Barang-barang dia orang pun banyak", kata Anjang selepas keluar dari kereta. Ludin bersalam dengan aku.Orangnya mungkin tua sedikit dari aku tapi lebih rendah dari aku. "Saya Man.."aku perkenalkan diri walaupun Anjang sudah beritahu nama aku.Anak buah Anjang meletakkan semua barang-barang ke dalam satu bilik yang disediakan dan dibenarkan untuk mereka.Siap menurunkan barang-barang,Ludin bergerak pulang. "Aku hanya benarkan mereka guna satu bilik sahaja supaya senang nak buat kerja.Aku dah pesan,jika ada apa-apa bagi tahu kamu.Aku cuma nak bagi tahu,orang yang cuba halang aku siapkan banglo ni dah makin kuat. Sebab tu badan aku dah mula sakit-sakit.Kamu kena lebih hatihati. Aku harap kamu dengan ilmu yang kamu ada akan dapat lawan semua ni. Bukan semata mata kerana banglo ni sahaja tapi untuk musnahkan manusia yang berkawan dengan syaitan", panjang lebar pesan Anjang kali ini.


279 I MISTERI KG RAKIT "Inshallah Anjang.Sebenarnya malam tadi orang tu ada datang ke sini tapi sekejap sahaja dia dah hilang",terang aku. "Allah..ye ke?tak pernah lagi sebelum ni jadi macam tu",balas Anjang dengan rasa terkejut. "Sebelum ni mana ada sangat orang tidur kat sini.Saya pun tinggal kat surau.Malam tadi baru saya tidur kat sini selepas banglo ni dah siap atap dengan dinding",terang aku. "Betul jugak kan.Kamu kena hati-hati", pesan Anjang. "Lupa aku nak bagi tahu.Dua orang baru tu aku tak kenal sangat,kawan Si Edi.Orang muda ni mudah panas.Jadi kamu kena perhati jugak dia orang tu, mana tahu ada bergaduh ke.Kerja berat macam ni jika panas baran dan berkira akan mudah jadi punca gaduh",pesan Anjang lagi.Berat juga tanggungjawab aku rupanya.Tengah hari itu Anjang pulang awal kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.Selepas zohor,aku sengaja melihat anak buah Anjang bekerja bagi menghilangkan bosan.Aku menghampiri Edi yang sedang menyimen lantai bilik air bersama dua orang pekerja baru Anjang. "Man..ni kawan aku..yang tinggi ni Musafa asal Jawa,yang rendah sedikit tu Jirlan dari Lombok",kata Edi. "Saya Man...",aku perkenalkan diri.Kami tidak bersalam kerana mereka berdua sedang mengangkat simen yang sudah siap 'dibancuh'.Kedua duanya kelihatan agak serius,tidak seperti pekerjapekerja lama yang lebih banyak tersenyum dan peramah.Mungkin sebab baru bekerja sekali,rasa malu atau kurang mengenali menjadikan mereka kurang peramah.Jam 5 petang,semua mereka sudah berhenti bekerja.Ada yang berehat menyejukkan badan di bawah pokok dan ada yang terus mandi di kolam belakang pondok.


280 I MISTERI KG RAKIT Edi dan Musafa pula kelihatan sedang menjerang air di dapur tepi pondok.Mudah sedikit untuk memasak kerana Anjang menyediakan dapur gas untuk anak buahnya.Aku pula berehat berlunjur kaki di lantai pondok selepas selesai solat asar. "Man...kamu nak kopi?",tanya Edi. "Boleh jugak",jawab aku.Selepas siap buat kopi,kami bertiga duduk berbual di lantai pondok. "Musafa ni pandai dalam perkara ghaib,pandai bersilat orangnya",kata Edi. "Baguslah,boleh ajar saya",kata aku. "Boleh tapi kamu kena kuat,tak boleh lembik dan malas.Banyak ilmu dah saya belajar,jadi kamu beruntung kalau belajar dengan aku",sampuk Musafa. Aku mengelak dari berkata apa-apa di dalam hati.Benci aku orang sombong. "Tapi kamu kena bayarlah kalau nak belajar sebab ilmu yang saya dapat ini bukan mudah untuk saya dapat", tambah Musafa lagi. "Kamu ni selalu cakap besar",bebel Edi kepada Musafa. "Aku cakap benda betul,bukan cakap besar.Banyak tempat dah aku kerja, dalam bandar,dalam hutan dan sekarang dalam kampung.Kalau ada benda-benda tak elok,pasti aku tahu. Benda-benda halus tu takut sama aku", kata Musafa lagi.Aku hanya diam mendengar apa yang dia cakapkan.Aku tahu jika aku menyampuk atau menegur,akan jadi perbalahan tetapi aku tidak suka bila ada orang yang sombong dengan ilmu yang dia ada. "Di kampung aku dulu,banyak benda-benda halus dan orang kampung pasti panggil aku untuk tolong mereka",tambah Musafa lagi.


281 I MISTERI KG RAKIT Ini bukan petanda yang baik untuk pekerja-pekerja yang lain.Jika ada yang menjawab atau membantah apa yang Musafa cakapkan,pasti akan ada perbalahan dan itu harus aku elakkan.Ajor mengambil keputusan untuk tinggal bersama aku di pondok manakala yang lainlain tinggal di dalam banglo.Selepas perbincangan antara mereka,malam ini giliran Musafa untuk memasak terlebih dulu. Aku pula hanya akan makan mee segera sahaja kerana tekak aku memang susah hendak terima masakan orang yang aku tidak biasa. Riuh rendah dan bising sekali suara masing-masing di dalam banglo walaupun sudah masuk waktu maghrib. "Ajor..maaf yer,boleh tak Ajor bagi tahu anak buah supaya perlahankan sedikit suara sebab sekarang dah maghrib,tak elok bisingbising macam ni",kata aku kepada Ajor. "Tak apa Man,elok awak cakap macam tu.Kadang-kadang saya tak tahu",jawab Ajor lalu bangun menuju ke banglo.Aku dengar suara Ajor menegur anak buahnya dan aku juga dengar suara Musafa marahkan dia.Tidak lama kemudian Ajor kembali ke pondok. "Susah nak tegur orang baru tu,ada sahaja yang dijawabnya.Malas nak gaduh.Lantak dialah nak menyanyi ke, nak menjerit ke",bebel Ajor.Aku faham sebab bila sudah ramai,akan banyak ragam.Aku pun membiarkan sahaja apa yang mereka buat kerana aku juga tidak mahu terjadi pergaduhan jika aku pergi menegur.Suara Musafa menyanyi semakin kuat kedengaran walaupun maghrib.Dalam banglo itu hanya ada lima orang tetapi bisingnya seperti ada sepuluh orang.Kadangkadang dengar mereka bertengkar sambil menjerit jerit.Ajor pun hanya mampu menggelengkan kepala. "Nasib baiklah banglo jauh dari rumah orang.Kalau dekat,memang dah kena marah kita ni semua.Silap-silap polis datang bagi amaran",bebel Ajor.


282 I MISTERI KG RAKIT "Ajor tak kenal Musafa sebelum ni?", tanya aku. "Memang tak kenal.Kata Edi,Musafa tu sepupu bini dia",jawab Ajor. "Lain macam sikit perangai dia.Saya cuma risau sebab kat sini,keadaan tak elok sangat",kata aku lagi. "Yer..Anjang pun ada cerita kat aku. Janganlah ada apa-apa yang tak elok berlaku",balas Ajor.Selepas solat isyak,aku berjalan ke dalam banglo.Niat di hati hanya untuk melihat keadaan bilik tempat mereka tidur.Bilik diterangi dengan empat pelita.Aku nampak mereka sedang bermain daun terup tetapi kerana aku tidak nampak duit di atas lantai,aku biarkan.Mungkin mereka hanya main sekadar suka-suka dan bukan berjudi. Bilik itu kelihatan tersusun dan muat untuk lima orang. "Man..duduklah dulu",kata Edi.Aku pun duduk bersandar pada dinding melihat mereka. "Dulu di tempat kerja aku yang lama, malam-malam begini pasti main judi", kata Musafa sambil ketawa. "Di sini enggak boleh",sampuk Edi. "Man,di sini tak ada benda pelik-pelik?", tanya Musafa. "Setakat ini tak ada",jawab aku,malas hendak panjangkan cerita. "Kalau ada,kasi tahu sama aku.Aku boleh selesaikan",jawab dia sedikit sombong. "Inshallah..",itu sahaja jawapan aku.Lebih kurang setengah jam aku berada di dalam banglo,aku kembali ke pondok aku.Ajor sudah berselimut. "Aku tidur dulu,Man.Penat rasa badan", kata Ajor.


283 I MISTERI KG RAKIT "Okey",jawab aku.Sekejap sahaja sudah terdengar dengkurannya.Aku masih belum rasa mengantuk dan duduk di tepi lantai pondok.Keadaan di dalam banglo sudah mula senyap.Aku tengok jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. "Awal dia orang tidur,patutlah dah senyap",kata aku dalam hati.Mata aku masih belum terasa mengantuk.Hati aku rasa tidak tenang sedikit.Aku pandang ke arah simpang masuk banglo tetapi tiada apaapa.Hanya sekali sekala terdengar bunyi bising ungka jauh di hutan.Aku bangun dan jerang air,tekak terasa mahu minum kopi dan makan biskut.Mungkin mee segera tadi tidak cukup untuk mengenyangkan perut aku.Mata sudah mula terasa mengantuk. Sekejap sahaja aku letakkan kepala di atas bantal dan terus terlelap.Aku terjaga bila tiba-tiba terdengar bunyi bising dari dalam banglo.Ajor turut terjaga.Aku segera berlari menuju ke banglo diikuti Ajor dari belakang.Tiba sahaja di pintu bilik yang mereka gunakan,aku nampak Musafa sedang berdiri memegang parang.Edi sedang cuba menenangkannya.Aku juga nampak jirlan terbaring berlumuran darah. "Musafa!!",jerit aku.Dia memandang ke arah aku.Matanya hanya kelihatan mata putih sahaja.Kepalanya bergerak gerak ke kanan dan ke kiri tanpa henti. Aku tahu dia sedang di rasuk. "Ajor,awak keluar...jangan dekat saya", kata aku kepada Ajor.Aku yakin dan mahu Musafa menyerang aku untuk mengelakkan dia menyerang Edi dan yang lain-lain.Musafa menyerang aku dengan melibas parang di tangannya.Aku berundur dari muka pintu bilik untuk tempat yang lebih lapang.Tubuhnya yang tinggi dan tegap memang membahayakan bila dia tidak sedar apa yang dia lakukan.Ditambah pula dia memang pandai bersilat.Beberapa kali libasan parangnya mengena dinding bila aku mengelak.


284 I MISTERI KG RAKIT "Mengucap Musafa,lawan benda dalam badan kau tu",kata aku.Dia hanya menggerakkan kepalanya.Aku baca Ayatul Qursi waqaf 9 dan hembus ke arahnya.Dia menjerit jerit marahkan aku. "Aku memang nak bunuh kau",katanya. Suaranya seperti suara lelaki yang jumpa aku di masjid sebelum aku balik ke kampung aku. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku akan selesaikan semuanya pada malam ini.Aku mencari akal untuk membuatkannya keluar dari banglo ini untuk memudahkan pergerakan aku.Dia menyerang aku sekali lagi.Aku menangkap tangan kanannya yang melibas parang sebelum terkena kepala aku dan serentak aku menumbuk ke perutnya.Dia terundur ke belakang tetapi parang masih di tangannya. "Edi..bawak Jirlan dengan yang lain keluar dari bilik",jerit aku sambil mata aku tidak lekang memerhati Musafa. "Jirlan tak sedar ni!",balas Edi. "Angkat bawak ke pondok",jerit aku sekali lagi.Akhirnya aku nampak mereka berjaya keluar dari bilik sambil mengangkat Jirlan.Musafa cuba menyerang mereka tetapi aku berjaya menghalangnya.Dia jatuh terguling ke lantai tetapi bangun semula dengan cepat.Dia menjerit jerit dan memaki aku dengan kuat. "Letakkan parang tu Musafa,istighfar.. ingat Allah",pujuk aku. "Aku tak akan berhenti selagi aku tak bunuh kau",jerit dia lalu menyerang aku semula.Aku menunduk dan hayunannya terlajak.Bila dia cuba melibas semula, aku menahan lengannya dengan siku aku.Serentak aku sepak belakang pelipatnya sehingga dia terduduk sebelah kaki.Aku hentak pula lutut kiri aku ke belakang lehernya.Dia jatuh tersembam ke lantai.Aku tindih belakangnya dengan lutut aku


285 I MISTERI KG RAKIT dan sebelah lagi kaki aku memijak lengannya yang memegang parang sehingga parang itu terlepas dari pegangannya. "Warasulan qad qasasnahum alaika min qablu warasulal lam nagsus hum alaik,wakalamallah humusa taklima", aku menekan jari aku di lehernya sehingga dia tidak bergerak lagi. "Bismillahhirahmanirrahim,la fa ha ja muhammad na ha fakat faqobaha muhammad",aku tepuk di pinggangnya untuk kunci pergerakannya.Aku terlalai kerana terlalu menumpukan perhatian terhadapnya apabila tiba-tiba sesuatu melanggar tubuh aku dengan kuat.Aku tercampak ke arah dinding tetapi sempat menahan dengan tangan sebelum kepala aku terhentak ke dinding.Aku cepat-cepat berdiri semula.Di hadapan aku berdiri satu susuk tubuh yang besar dan tinggi. Rambutnya panjang sehingga menutup mukanya kecuali matanya.Kukunya panjang dan tajam. "Ini belaannya",bisik aku dalam hati.Aku perlu lebih berhati-hati dengan tuannya yang tidak kelihatan. "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku yang menyerangnya terlebih dahulu.Dia melibas tangannya untuk menangkap aku tetapi aku lebih cepat menunduk dan berjaya berada di belakangnya. "Allahhu Akbar.. Allahhu Ahad..",aku tepuk dengan kuat di belakangnya sehingga dia tersembam.Ketika aku melompat tinggi ke arah belaan itu,aku ternampak seseorang sedang berdiri di pintu dapur.


286 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 31 Sekali lagi kelalaian aku hampir mengundang padah.Aku beralih pandangan sekejap sahaja tetapi telah memberi ruang kepada belaan itu untuk menangkap leher aku.Aku bernasib baik kerana lutut aku cepat menyepak perutnya sebelum leher aku dicekik dengan kuat.Leher aku terlepas dan aku menjarakkan diri dari belaan itu.Lelaki yang berdiri di pintu dapur banglo tidak kelihatan lagi.Ini bermakna tuannya ada dan sedang memerhatikan belaannya bertarung dengan aku tetapi aku tidak tahu keberadaannya. "Bismillahi rahkmatal ghoiba wassamawati wal ard,Allahhumma juz alaikal bashar.fakasafna anka ghito a'ka fabasarukal yauma hadid",aku perlu tahu di mana tuannya berada kerana belaan ini bukan apa-apa tanpa tuannya.Malangnya penglihatan batin aku bagai tertutup rapat.Tiada langsung petunjuk di mana kelibat lelaki itu berada.Aku kena uruskan belaannya ini terlebih dahulu kerana musnahnya belaan ini akan memaksa dia keluar ke dunia nyata. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku berniat untuk menyerang lagi.Belaan itu berdiri rapat pada dinding seperti menjaga bahagian belakangnya.Ini akan menyukarkan serangan aku kerana aku perlu menyerang secara langsung dari hadapannya.Tangannya yang panjang akan memberi kelebihan untuk dirinya.Malangnya aku tiada pilihan lain.Aku mara ke arahnya.Aku menyiku serentak dengan melutut tetapi tidak cukup padu.Aku berundur seketika dan menyerang semula.Bijak sungguh belaan ini kerana tubuhnya rapat ke dinding.Kali ini aku menyasarkan matanya yang hampir dilindungi oleh rambutnya.Dua jari aku berjaya melepasi garis pertahanannya tetapi jari telunjuk dan jari hantu tidak mampu


287 I MISTERI KG RAKIT beri impak yang kuat.Aku menjarakkan semula diri aku untuk memikirkan cara lain pula. "Allahhumma la sahla illa ma jaaltahu sahlan,waanta taj alul hazna iza syikta sah la",aku melompat tinggi tetapi kali ini aku cuba mencari pangkal lehernya. Aku genggam penumbuk aku kuat-kuat dan pada masa yang tepat,aku berjaya menumbuk leher di sebelah kiri belaan itu.Satu jeritan kuat kedengaran.Belaan itu tumbang ke sebelah kanan. Belum sempat dia bangun,aku sepak tepat ke mukanya.Sakitnya berlipat ganda sebab mukanya tersepit antara kaki aku dan dinding. "A u'zubillahiminassyaito nirrojim, bismilahi tawakkaltu allallah,la haw lawala kuwwata illa billah hilayil azim", aku kini berdiri betul-betul di hadapan mukanya.Aku tekan tapak kaki aku di mukanya sekali lagi hingga rapat ke dinding.Kakinya kelihatan terangkat menahan sakit "Alam ag'had ilaikum ya bani~adama alla tag'budussyaiton,innahu lakum adu wum mubin,Allahhu Akbar,Allahhu Ahad",kali ini lutut aku pula tepat ke mukanya.Dia kini umpama seekor lipan yang hilang kepala tetapi kaki masih bergerak gerak.Namun begitu mata aku masih tetap berwaspada pada serangan curi seperti sebelum ini.Melihatnya tidak bergerak,aku bergegas ke arah Musafa.Dengan segala kudrat yang aku ada,aku pikul Musafa di atas bahu dan membawanya keluar dari banglo menuju ke pondok aku.Aku nampak semua anak buah Anjang ada di atas pondok.Aku letakkan Musafa bersama mereka.Aku cari tali dan berikan kepada Ajor. "Ikat Musafa pada tiang tu,jangan sampai dia boleh lari",pesan aku kepada Ajor. "Alla taghlu alayya waghtuni muslimin", aku tekan pada ubun-ubun Musafa. Tubuhnya bergerak sedikit.


288 I MISTERI KG RAKIT "Walaqad zaragna lijahannama kasiram minal jinni wal inssi,lahum qulubulla yafqahu nabiha walahum ag yunulla yubsiru nabiha,walahum a'za nulla yas ma u'nabiha,ula ika kal an a'mi bal hum adallu,ula ikahumul gha filum",aku picit pula ibu jari kakinya. Tubuhnya menggeliat menahan sakit. "Inshallah dia dah tak apa-apa tapi jangan buka ikatan dia selagi aku tak ada.Jangan termakan pujuk rayu dia", pesan aku. "Jirlan macam mana?",tanya aku pada Edi. "Tangan dia je luka.Mungkin sebab tahan parang Musafa tadi.Saya dah balut luka dia",jawab Edi.Lega aku rasa. "Kamu semua jangan keluar dari pondok ni selagi aku tak benarkan.Aku ada urusan yang nak diselesaikan. Ingat,kalau nak selamat jangan keluar", aku berpesan dengan tegas. "Baik Man.Ada apa-apa yang kami boleh tolong?",tanya Ajor. "Tolong doa dan jangan peduli apa yang kamu semua dengar",balas aku.Telinga kiri tiba-tiba aku berdesing denagn kuat membuatkan aku tidak dapat berdiri dengan betul. "Kenapa Man?",tanya Ajor. "Tak ada apa-apa.Jangan risau tentang aku.Kamu semua kena selamat sebab ini amanah yang Anjang berikan kepada aku.Aku dah janji dengan dia untuk jaga kamu semua sehingga dia balik ke sini",kata aku kepada Ajor.Aku cuma berharap mereka mendengar nasihat aku dan tidak membuat apa-apa yang bodoh.Aku ambil lampu suluh dan parang aku. Aku berjalan sekeliling pondok seperti bulatan. "Wajaalna mimbaini aidihim saddaw wamin qolfihim saddan faagh syainahum fahum layubsirun",aku memagar pondok dari sebarang


289 I MISTERI KG RAKIT serangan.Inshaallah selagi mereka berada di dalam pondok dan di dalam bulatan yang aku buat,mereka semua akan selamat.Tiba-tiba terdengar bunyi bising di dalam banglo. "Kalau boleh mengaji,lagi bagus",pesan aku kepada semua yang ada di dalam pondok lalu menuju ke dalam banglo. "La haw lawala kuwwata illa billa hillayil azim,A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq", Semoga Allah melindungi diri aku dari segala marabahaya.Melangkah sahaja kaki aku di muka pintu dapur banglo, ada sesuatu seperti bebola kecil melayang ke arah aku yang hampir sahaja memecahkan muka aku jika aku tidak sempat mengelak.Suasana di dalam banglo hanya diterangi oleh lampu suluh di kepala aku.Aku tidak pasti dari arah mana ia datang.Aku bangun semula dan mendapati tubuh belaan tadi sudah hilang.Aku berjalan perlahan lahan sambil mata aku liar memerhati.Aku yakin belaan itu masih ada di dalam salah satu bilik.Aku masuk ke dalam bilik tempat pekerja Anjang tidur tetapi tiada apa-apa.Aku keluar dan masuk ke bilik yang lain tetapi tetap tidak menemui apa-apa.Aku beralih pula ke bilik yang lain tetapi masih tiada. "Tak kan hilang lagi",bebel aku.Aku naik pula ke tingkat atas.Belum sempat aku tiba di tingkat atas,kaki aku di tarik dengan kuat dari bawah.Tubuh aku melayang ke lantai simen.Jika jatuh kepala dulu,maka berakhirlah riwayat hidup aku.Nasib aku baik kerana aku berjaya mendarat menggunakan kaki. Allah masih memberi peluang untuk aku berada di atas dunia ini.Di hadapan aku,berdiri belaan tadi.Belum sempat aku bersedia,dia menerkam laju ke arah aku.Aku hanya mampu mendepakan kedua dua tapak tangan aku ke hadapan dan bila tersentuh tapak tangan aku dengan kepalanya,kami terpelanting ke arah yang berlawanan.Aku berjaya bangun terlebih


290 I MISTERI KG RAKIT dahulu daripada belaan itu.Aku menghampirinya sebelum dia sempat untuk bangun. "Alam tara annallaha khalaqas samawati wal arda bil haqqi,iyyasyag' yuz hibkum wayag'ti bi khalqin jadid", aku letak tapak tangan aku di kepalanya.Terasa bagai arus elektrik mengalir di tangan aku.Semakin lama getaran yang aku rasa semakin kuat. Tangan aku mula terasa berat dan menyakitkan.Aku berusaha untuk bertahan selama mungkin. "Bismillahhi arqik,min kulli syai in yukzik,min syarri kulli nafsin au aini hasid,Allahhu yasfik,bismillahi arqik", aku letak pula tapak tangan kiri aku di sebelah tapak tangan kanan aku di kepalanya.Satu daya tolakan yang kuat terasa cuba menolak tangan aku. Belaan itu cuba untuk bangun dan berpusing membelakangi aku supaya tangan aku melepaskan kepalanya.Dia berjaya dengan usahanya tetapi telah membuka ruang lain untuk aku. "La haw lawala kuwwata illa billa hillayil azim,Allahhu akbar,Allahhu ahad..",aku melepaskan satu tumbukan di belakangnya.Dia melolong dengan kuat bila tubuhnya terhentak pada dinding dan rebah terlentang ke lantai. "Wayuhikullahhul hakka bikalimatihi, walau karihal mujrimun",aku baca lalu hembus ke mukanya.Dia cuba mengalihkan mukanya tetapi tidak berjaya.Belaan itu nampak semakin tidak keruan kerana serangan bertalu talu yang aku lakukan. "Kulhuallah hu Ahad,Allahhu somad, Lam yalid walam yulad,walam yakullahu kufuan Ahad",habis sahaja aku membaca,aku menumbuk pula di dadanya.Sekali lagi dia melolong kesakitan.Dia meraung dan menjerit jerit seperti memanggil sesuatu.Aku bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. Tiba-tiba lampu di kepala aku terpadam.Keadaan


291 I MISTERI KG RAKIT menjadi gelap gelita,ditambah pula dengan susun atur banglo ini yang ada dua tingkat. Aku langsung tidak nampak apa-apa hatta tangan aku sendiri.Aku menahan nafas kerana cuba mendengar bunyi nafas yang lain. "Allahumma mattig' ni bisam ie wabashari waj alhumal warisa minni wan shurni ala aduwwi wa arini fihi sag'ri",aku bergantung kepada pancaindera anugerah Allah.Aku berpusing pusing mencari arah bunyi jika ada.Suasana menjadi sunyi sepi dan gelap gelita seolah olah berada di dalam gua. "fakasafna anka ghito a'ka fabasarukal yauma hadid",aku berusaha dengan apa yang aku tahu dan selebihnya bertawakkal kepada Allah.Aku dapat melihat sedikit bayangan berwarna putih tidak jauh dari tempat aku berdiri.Aku baca Ayatul Qursi sambil menadah tangan dan kemudiannya menyapu tanganku ke muka.Ada sesuatu cuba memegang leher aku tetapi aku lebih pantas menolak tangan itu sambil melepaskan satu tumbukan.Terasa tangan aku mengenai sesuatu.Aku juga terdengar bunyi benda jatuh. "Man..Man..",tiba-tiba aku terdengar suara seseorang memanggil nama aku dan cahaya lampu suluh menerangi ruang tamu tempat aku dan belaan tadi bertarung.Aku kilas tangan yang menyuluh ke arah aku. "Aduhhh..sakit..sakit..",kata suara itu dan aku rasa itu adalah suara Ajor.Aku ambil lampu picit itu lalu menyuluh ke arah suara tersebut. "Ajor..!!!?",kata aku. "Ya aku ni..",jawab Ajor.Aku tarik tangan Ajor dan membawanya keluar. "Kenapa awak datang?saya dah pesan jangan datang",marah aku.


Novel Seram

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version