The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-02-20 03:49:19

Novel Seram

42 I MISTERI KG RAKIT "Mampu ke aku?kenapa aku?",aku bertanya diri aku sendiri.Aku tidak punya jawapan buat masa ini. Apa yang akan datang,aku akan hadapi walau sesukar mana sekalipun.Jika aku mahukan jawapan,aku kena tempuhi semua gangguan ini.Aku duduk semula.Aku memandang ke arah orang yang sedang bekerja.Mata aku lebih menumpukan perhatian kepada Anjang.Aku yakin dan tahu dia orang yang berilmu tinggi tetapi mungkin kurang dari segi pertarungan fizikal. Aku pula bernasib baik belajar pakej yang hampir lengkap dari arwah-arwah tok guru yang hebat-hebat.Tiba-tiba aku bingkas bangun dan menuju ke motosikal.Aku teringat untuk menziarahi Pak Ramli.Aku perlu melihat dia untuk kepastian.Orang tua ini pun pada firasat aku ada kelebihan yang tersendiri.Cuma,mungkin kesilapan yang tidak disengajakan menyebabkan dia terbaring kaku begitu. "Anjang,saya ada hal sekejap kat kampung sana.Nanti saya balik",laung aku kepada Anjang.Anjang hanya mengangkat tangannya.Aku mula bergerak meninggalkan kawasan pembinaan.Seperti biasa,sepanjang perjalanan aku tidak bertembung dengan sesiapa tetapi bukan itu tujuan aku.Aku hanya ingin melihat Pak Ramli dan cuba mengetahui perkara sebenar.Akhirnya aku sampai di warung Makcik Ani.Lega kerana warung tidak ditutup. Aku letak motosikal di hadapan warung.Tiada seorang pun pelanggan yang berada dalam warung tersebut. Makcik Ani pun tidak kelihatan.Aku duduk di salah satu meja yang kosong. "Assalamualaikum...",aku memberi salam dari tempat aku duduk. "Assalamualaikum...",sekali lagi aku ulang kerana tiada jawapan.Tidak lama kemudian muncul Makcik Ani dari belakang dapur. "Maaf anak..makcik kat belakang tadi, buang sampah",katanya.


43 I MISTERI KG RAKIT "Tak apa,saya ingatkan Makcik tak dengar tadi",jawab aku. "Nak minum apa?",tanyanya. "Kopi beng.Saya nak minum je",pesan aku ringkas.Makcik Ani berlalu ke dapur. Tidak lama kemudian Makcik Ani datang semula bersama 'kopi beng'. "Terima kasih',kata aku. "Sama-sama.Dah mula ke buat kerja kat sana tu?",tanya Makcik Ani. "Dah mula dah hari ini",jawab aku ringkas padahal ada sesuatu yang ingin aku tanyakan. "Baguslah kalau dah mula,cepat sikit siap",balasnya. "Makcik..Apa khabar Pak Ramli",soalan pancing yang pertama. "Nampak macam ada perubahan sikit berbanding sebelum-sebelum ni.Jari jari dah boleh digerakkan sikit-sikit", ceritanya. "Alhamdulillah,baguslah macam tu. Inshaallah dia akan sembuh nanti", kata aku dengan rasa lega. "Kenapa anak ni tanya pasal dia?",dia pula yang bertanya. "Tak ada apa...cuma kalau Makcik izinkan,saya nak tengok dia sekejap", jawab aku. "Boleh...pergilah",dia beri keizinan. Aku bangun menuju ke bilik yang pernah aku masuk semalam.Aku nampak Pak Ramli masih terbaring seperti biasa.


44 I MISTERI KG RAKIT "Assalamulaikum wbt",aku ucap salam walaupun aku tidak pasti samada dia boleh mendengar atau tidak. Aku nampak kepalanya seperti mengangguk sedikit.Aku tersenyum dan memegang tangan kanannya. "Pakcik..saya Man,orang yang Pakcik datang jenguk sekejap malam tadi", aku berbicara perlahan dengannya sambil aku gosok-gosok tangannya. Aku dapat rasa jari jemarinya bergerak sedikit. "Memang aku yang datang malam tadi",tiba-tiba aku terdengar suara berbisik di telinga aku.Aku tahu aku sekarang sedang berbicara batin dengannya dan dia juga tahu aku mendengar apa yang dia cakapkan. "Sudah lama aku menunggu orang macam kamu datang ke sini.Aku berharap sangat kau dapat tolong aku. Aku nak tubuh aku elok macam dulu", dia terus berbicara lagi. "Kenapa tunggu saya?saya orang biasa je",jawab aku seolah olah berbisik di telinganya. "Kau orang berilmu,orang hebat. Tolonglah aku",rayunya. "Pakcik salah orang ni.Saya tak pernah pun kenal pakcik dan tak pernah sekali pun datang ke kampung ni",terang aku. "Tolonglah aku.Dah lama aku tunggu kau datang.Aku merayu",dia masih terus mendesak. "Apa yang boleh saya tolong?",akhirnya aku berlembut tetapi masih belum bersetuju sepenuhnya. "Kau kena cari tuan hantu raya yang kacau kau malam tadi.Kalau kau dapat kalahkan dia,mintak dia kembalikan tenaga aku semula.Dia dah kunci sendi aku",aku mendengar penjelasannya.Aku diam


45 I MISTERI KG RAKIT seketika.Otak aku ligat berfikir siapa dan di mana aku hendak cari tuan punya hantu raya itu. "Siapa tuan hantu raya tu?",tanya aku. "Nanti dia akan datang ke tempat kau. Bila kau lihat dia,kau akan tahu",terang dia lagi.Aku genggam erat-erat tangannya sambil menepuk perlahan. "Kalau begitu kata Pakcik,saya akan cuba tapi saya tak janji saya mampu tolong.Ini bukan kerja mudah, lebih-lebih lagi saya bukannya pandai sangat",balas aku. "Aku yakin kau boleh tolong aku.Berilah peluang untuk aku rasa nikmat hidup semula macam dulu",rayunya lagi. "Baiklah pakcik,saya akan usahakan. Saya mintak diri dulu. Nanti saya datang lagi..Assalamualaikum..",aku bangun dan meninggalkan bilik Pak Ramli. "Hati-hati anak masa kat kampung ni. Kat sini banyak benda tak elok", tiba-tiba Makcik Ani muncul di belakang aku.Aku duduk menikmati 'kopi beng' aku yang sudah cair aisnya. "Inshaallah Makcik..berapa ni?",tanya aku. "Tak payah bayarlah,aku sedekah je",jawab Makcik Ani. "Terima kasih Makcik.Nanti ada masa, saya datang lagi jenguk Pak Ramli", balas aku lalu menuju ke motosikal aku.Aku baru sahaja cuba untuk menghidupkan enjin motosikal bila sebuah kereta volvo warna biru laut bergerak perlahan melepasi aku.Lelaki yang duduk di sebelah pemandu memandang aku dengan pandangan yang tajam tanpa


46 I MISTERI KG RAKIT senyum.Mata aku mengikuti pergerakkan kereta itu hingga ia hilang dari pandangan.Hati aku tiba-tiba rasa tidak tenang dan gelisah.


47 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 6 Aku menghidupkan motosikal dan bergerak meninggalkan warung Makcik Ani.Hati aku masih rasa tidak tenang. Aku masih memikirkan tentang kata-kata Pak Ramli dan aku tiada jawapan pada semua kenyataan itu. Aku belum pernah menjejakkan kaki di kampung ini dan aku tidak pernah mengenali walau seorang pun penduduk kampung ini. "Aku ni bermimpi ke",tanya hati aku sendiri sambil menggeleng gelengkan kepala aku untuk memastikan aku berada di dunia nyata.Motosikal bergerak perlahan menyusuri jalan sunyi.Entah kenapa hanya bunyi motosikal aku sahaja yang kedengaran di telinga aku.Tiada kelibat orang lain dan tiada kelibat lembu-lembu yang biasanya mencari makan di tepi-tepi jalan.Akhirnya aku sampai di simpang masuk ke pondok aku.Dari situ aku nampak sebuah kereta berwarna biru laut di hadapan pondok aku. 'Kereta tadi ni",bisik aku dalam hati. Aku meletakkan motosikal aku di bahagian belakang pondok.Aku berjalan sambil mata melilau mencari tuan punya kereta ini sebab aku tidak lupa pandangan matanya yang tajam bila melihat aku di warung Makcik Ani tadi. "Kau cari aku?",tiba-tiba muncul seorang lelaki muda berbaju putih dalam lingkungan 20an dari arah semak di tepi tapak banglo.Aku tidak menjawab tetapi mata aku tepat memandang mukanya. "kau cari aku ke?",sekali lagi lelaki itu tanya aku. "Assalamualaikum WBT...",kata aku.Dia menjeling melihat aku. "Tak payah nak buat baik dengan aku", dia meninggikan sedikit suaranya.


48 I MISTERI KG RAKIT "Bagi salam ni bukan tanda saya baik tapi tanda saya Islam",aku pulang paku buah keras.Dia berdiri tegak memandang aku. "Kau tak perlu ada kat sini.Kau boleh balik ke rumah kau",jerkah dia lagi. "Manusia ni berpegang pada sunnah, bukan pada rasa sombong",aku tidak tahu kenapa aku boleh berkata begitu. "Kau tak kenal aku...jadi jangan nak tunjuk lagak kat sini",dia masih melepaskan amarahnya. "Maaf...saya bukan nak tunjuk lagak tapi saya menjawab apa yang orang di depan saya katakan.Sekali orang baik pada saya,sepuluh kali saya baik pada orang tu tapi sekali orang tidak baik kat saya,sepuluh kali saya boleh jadi tidak baik pada dia",aku menjirus minyak pada api yang menyala.Dari dalam kereta,keluar 3 orang lelaki yang bertubuh sasa dan tinggi.Lelaki yang paling tinggi berbaju merah,yang paling gemuk berbaju hijau dan yang paling rendah berbaju biru. "Macam mana aku boleh tak nampak dia orang dalam kereta tadi",bisik hati aku yang mula bersedia untuk sebarang kemungkinan. "Aku cakap,kau boleh balik dan jangan ikut campur urusan orangorang tua', tegas dia lagi.Aku berpaling ke arahnya sambil mata dan telinga aku fokus pada sebarang serangan mengejut. "Saya bekerja dengan Pak saudara saya dan saya hanya terima arahan dari dia",jawab aku lagi. "Kau ni memang tak faham cakap aku. Aku anak tuan punya banglo ni dan aku tak nak tengok muka kau",dia masih terus marah-marah terhadap aku.3 orang yang ada di belakangnya mula bergerak untuk merapati aku.


49 I MISTERI KG RAKIT Aku tidak peduli berapa besar mereka semua asalkan semuanya sama makan nasi seperti aku.Selagi mereka makan macam orang biasa,maka mereka akan ada titik kelemahan.Ekor mata aku bergerak memandang sekeliling,bimbang jika ada lagi musuh dari titik buta.Lelaki muda yang mengaku anak tuan punya bunglow menunjukkan isyarat kepala kepada ketiga tiga lelaki tersebut untuk 'mengajar' aku.Lelaki yang paling tinggi cuba mencekak kolar baju aku. "Lain kali bila orang suruh balik,balik je lah.Duduk kampung orang lagi nak tunjuk samseng",jerkah lelaki itu sambil menghulurkan tangannya ke arah leher aku.Aku rentap pergelangan tangan kanannya dan kemudian memulasnya ke arah belakang. "Sakit lah bodoh",jeritnya hingga membuatkan dia terpaksa berlutut. Tangan aku masih memegang pergelangan tangannya dan masih menyakitkannya.Dua orang rakannya terus maju ke arah aku untuk membantunya tetapi aku sudah bersedia.Aku melepaskan tangan lelaki yang paling tinggi untuk berhadapan serangan dua lagi rakannya.Si baju hijau cuba menyepak aku dengan kaki kanannya tetapi aku lebih cepat menangkap kakinya.Satu hentakkan kuat aku dengan siku aku ke pahanya.Dia rebah berguling ke tanah lalu mengesot menjauhkan diri.Seorang lagi menghayunkan penumbuk tangan kanannya.Aku mengelak.Terasa juga angin dari tumbukkannya itu.Aku sambar siku dan pergelangan tangannya sambil lutut aku mencari pahanya.Dia terduduk menahan sakit.Lutut aku sekali lagi aku hayunkan ke bahagian kepala sebelah telinga kanan.Dia terbaring sambil memegang kepalanya.Si baju merah pula menyerang aku dengan kakinya tetapi seperti yang berdua tadi,dia juga terguling ke tanah. "Kenapa ni Man?",tiba-tiba Anjang dengan pekerja-pekerjanya menghampiri aku.Aku tidak menjawab.


50 I MISTERI KG RAKIT Amarah aku masih belum reda. Pantang aku bila manusia berlagak sombong dan rasa mereka boleh buat apa sahaja. "Kenapa ni Man?istighfar banyak banyak.Tarik nafas..",Anjang cuba sejukkan amarah aku. "Kamu buat kerja kamu sahaja,jangan campur urusan aku",lelaki muda memarahi Anjang.Aku menjeling tajam ke arahnya dan cuba melangkah untuk menghampirinya.Anjang memegang bahu aku. "Sudahlah Man...sabar..orang yang paling hebat adalah orang yang menguasai marahnya",kata Anjang perlahan di telinga aku.Aku pejamkan mata sambil menarik nafas panjang panjang lalu beristighfar. "Kenapa ni tuan?",Anjang bertanya kepada lelaki muda,anak kepada tuan punya banglo. "Aku tak suka budak ni ada kat sini", lelaki muda itu meninggikan suaranya. "Tuan..dia anak saudara kepada orang yang ambik kontrak buat banglo ni. Kalau dia tak ada,susah saya jika barang-barang kerja tak cukup",jawab Anjang, walaupun aku tahu jawapan Anjang itu hanya untuk meredakan keadaan.Lelaki muda itu mendiamkan diri.Mungkin alasan Anjang itu masuk dalam logik akalnya. "Tuan balik dulu.Biar saya berbincang dengan dia ni dulu,inshaallah akan ada jalan penyelesaiannya nanti.Gaduh gaduh macam ni bukan boleh selesaikan masalah.Nanti tuan besar tahu,kita semua jadi susah.Banglo lambat siap nanti",Anjang masih menggunakan ayat untuk menyejukkan keadaan.Lelaki muda itu berjalan ke arah keretanya sambil diikuti oleh rakan rakannya yang lain.


51 I MISTERI KG RAKIT Mereka meninggalkan kawasan banglo sambil memandang tajam ke arah aku. "Sudahlah Man... tenang..",pujuk Anjang sambil duduk di hujung pondok aku. "Hebat mananya kita berlawan,susah untuk selesaikan masalah dengan cara itu",nasihat Anjang. "Bukan saya yang menjualnya.Saya hanya membeli apa yang dia orang jual",aku berbahasa pada Anjang. "Aku tahu.Kamu tu betul pertahankan diri.Maksud aku,kalau boleh dielak gaduhnya itu kan lebih baik",kata Anjang lagi.Lain betul cara dia berfikir. Kalau ikut hati aku,habis aku kerjakan mereka semua tadi.Anjang menepuk bahu aku dengan perlahan. "Jika kita hebat,ada lagi orang hebat dari kita.Pandai berlawan,belum tentu kita menang.Orang berilmu tinggi, berlawan dengan akal fikiran tapi orang yang ikut nafsu,berlawan ikut pandangan mata",keluar ayat-ayat yang sudah lama aku tidak dengar lagi selepas Aki Lela meninggal dunia. Anjang meninggalkan aku sendirian. Aku masih mencari punca apa yang berlaku tetapi aku masih buntu. "Kenapa dia marah aku datang sini? kenal dia pun tak.Ayah dia pun aku tak kenal",aku tanya diri aku sendiri.Aku bangun dan menuju ke belakang pondok untuk membersihkan semak samun supaya lebih terang jalan ke kolam.Otak aku masih memikirkan kejadian tadi walaupun tangan sibuk menebas semak samun.Inilah perangai aku yang tidak pernah berubah dari dulu.Selagi aku tidak tahu jawapan kepada setiap persoalan,selagi itu otak aku akan terus ingat.


52 I MISTERI KG RAKIT Inilah juga caranya untuk aku menghilangkan rasa penat jika buat sesuatu kerja,jasad bekerja tetapi otak merayau ke tempat lain.Sedarsedar kerja menebas semak samun ini hampir siap sepenuhnya.Menjelang zohor,Anjang dan pekerja pekerjanya keluar sebentar untuk makan.Aku tidak mengikuti mereka kerana aku lebih selesa sendirian.Aku makan nasi berlaukkan telor dadar campur kicap,ini pun sudah cukup nikmat yang tidak terhingga.Apa yang penting,perut aku kenyang.Selesai zohor,aku baring sebentar di hujung lantai pondok sambil berjuntai kaki. Otak aku bersilih ganti memikirkan kejadian tadi dan fikirkan kata-kata Pak Ramli. "Hantu raya?siapa punya?kenapa Pak Ramli lawan tuan hantu raya tu?orang tadi ada kaitan ke dengan cerita Pak Ramli?",banyak persoalan yang perlu aku dapatkan jawapan.Nampak gayanya aku kena jadi penyiasat persendirian untuk dapatkan jawapan dan pada masa yang sama,aku perlu bersedia dengan seribu kemungkinan.Aku terlelap seketika dan terjaga bila mendengar bunyi kereta Anjang.Aku bangun sambil berjuntai kaki.Anjang menghampiri aku. "Kamu sudah makan?ini aku belikan nasi untuk kamu,lauknya aku mintak asingkan.Kalau kamu belum lapar,nanti aje kamu makan",katanya sambil menghulurkan sebuah bungkusan kepada aku. "Buat susah-susah saja Anjang ni tapi terima kasih sebab beli untuk saya", jawab aku sambil menyambut pemberiannya. "Dalam rezeki aku,ada rezeki kamu.Aku pun tak miskin jika beri kamu makanan dan kamu pun tak kaya jika aku belanja kamu makan setiap hari",tambahnya lagi yang suka sangat bercakap ayat ayat halus tetapi penuh isi.Senyuman juga tidak pernah lekang dari bibirnya. Hatinya bagi aku hati yang tulus bersih, seorang yang hebat tetapi terhijab dengan sikap tawaduknya.


53 I MISTERI KG RAKIT Petang itu selepas Anjang dan pekerjanya pulang,aku sendirian lagi. Pak Saudara aku belum nampak batang hidung,maknanya aku belum pasti bila akan balik ke rumah.Malam ini aku tidak perlu masak makanan kerana makanan yang Anjang belikan tengah hari tadi masih ada dan masih elok.Aku cuma perlu jerang air untuk bancuh kopi panas. "Awal lagi ni,lambat lagi nak maghrib", telahan aku bila melihat condongnya matahari.Tiba-tiba hati aku rasa agak kurang tenang.Firasat aku seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan aku tetapi aku tidak pasti dari arah mana.Dengan keadaan pokokpokok dan semak samun yang banyak,mudah sangat jika ada sesiapa yang hendak mengintai.Aku baca sesuatu untuk serba sedikit mencari dari arah mana pemerhatian itu tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang usaha aku. Aku mencuba sekali lagi tetapi tetap sama seperti tadi. "Kalau dia berniat baik,dia akan munculkan diri tapi kalau niat tak baik,dia akan terus sembunyi",itu kata hati aku.Aku terus menyalakan api cerek yang hampir terpadam.Tiba-tiba api cerek terpadam dan tiada angin yang aku rasakan.Ini petanda yang tidak baik. "Robbi a u'zubikamin hamazatis syaya tin,wa a u"zubika robba ay yahdurun", hanya kepada Allah aku mohon perlindungan dari sebarang niat yang tidak baik.Aku berdiri tegak,mata melihat sekeliling.Aku baca lagi satu ayat sambil tapak kaki kanan aku pusingkan. "Bismillahi rahkmatal ghoiba wassama watiwal ard,Allahhumma juz alaikal bashar.fakasafna anka ghito a'ka faba sarukal yauma hadid",aku masih terus berusaha untuk mencari punca semua ini.Lebih senang berlawan dengan sesuatu yang aku nampak daripada berlawan


54 I MISTERI KG RAKIT dengan sesuatu yang ghaib. Akhirnya dari sebelah kanan tapak banglo,aku nampak satu susuk tubuh sedang berdiri di sebelah pokok yang agak tinggi.Oleh kerana agak jauh,aku tidak nampak dengan jelas mukanya. Aku tidak berniat untuk menghampirinya kerana itu akan memberi kelebihan kepadanya jika dia mahu berbuat sesuatu.Berada di tempat aku sekarang akan beri kelebihan kepada aku.Agak lama dia berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa. "Dia nak uji aku dulu ni",bisik hati aku. Biasanya orang yang berniat jahat,akan menguji sejauh mana orang yang akan menjadi lawannya.Jika lawannya agak mudah,maka mereka akan bertindak dalam masa yang singkat untuk menyelesaikannya.Jika lawan mereka agak berilmu,mereka akan mencari jalan untuk mengalahkan lawannya sedikit demi sedikit.Akhirnya susuk tubuh itu menghilangkan diri.Aku perlu bersedia mulai sekarang.Cuma aku masih belum pasti dengan sahih siapa yang mencari masalah dengan aku. Kehadiran dan tindakan aku di kampung ini mungkin telah menyebabkan mereka yang berhati syaitan ini mula tidak senang duduk. Mereka tahu jika dibiarkan,aku akan bongkar rahsia mereka dengan secara tidak sengaja.Inshaallah permintaaan Pak Ramli akan aku tunaikan bila tiba masanya.Buat masa ini aku perlu memahami apa sebenarnya yang telah terjadi di kampung Rakit ini dan siapa yang menjadi dalang atas semua kejadian ini.Dari mula awal aku menjejaki kaki di sini,banyak benda yang mengganggu aku,ada yang buruk dan ada yang dari sisi yang baik.Menjelang maghrib,tiada apa-apa yang datang mengganggu tetapi aku sudah bersedia.Aku tidak boleh berpatah balik lagi.Selesai solat maghrib,angin mula bertiup kencang seperti hendak ribut. Kilat mula memancar mancar.Sekali sekala suasana menjadi terang benderang diterangi kilat.Guruh juga sudah mula berbunyi. "A'uzibillahiminassyaitonirrojim,Allah humma inni as aluka khairoha wa a'uzubikamin syarrih",aku hentak tiga kali tapak kaki ke lantai


55 I MISTERI KG RAKIT pondok.Aku yakin semua ini hanya menipu pandangan dan pendengaran aku.Usaha aku gagal.Kilat dan guruh terus menggila.Hujan pula mula turun dengan lebatnya. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku mencuba lagi tetapi tetap gagal.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melaungkan azan dengan suara yang nyaring.Habis sahaja azan dilaungkan,keadaan menjadi sediakala. Tiada kilat,ribut dan hujan.Sudah jelas kedengaran bunyi cengkerik.Aku turun ke tanah dan tiada tanda-tanda hujan turun sebentar tadi.Ada orang cuba sihirkan pandangan dan pendengaran aku.Aku naik semula ke pondok untuk solat isyak.Aku buat bulatan terlebih dahulu supaya terlindung dari sebarang gangguan ketika solat.Di saat ini,jika hati tidak kuat,solat akan terganggu dan kusyuk akan hilang.Dalam pengalaman aku,belum pernah lagi benda-benda khurafat ini berani mengganggu waktu aku sedang bersolat.Sebagai seorang hamba Allah,kita kena yakin sesungguhnya waktu solat adalah waktu yang kita paling hampir dengan Allah dan tiada apa yang berani munculkan diri kecuali yang berani mengganggu pemikiran.


56 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 7 Alhamdulillah,sepanjang solat isyak tiada gangguan yang berani mengganggu.Aku berzikir dan berwirid serta berselawat yang agak panjang. Sengaja aku panjangkan sebab gerak hati aku dapat merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan aku.Jika baik niatnya,dia akan keluar dan berjumpa dengan aku.Jika buruk niatnya,maka buruk juga balasan yang akan aku berikan.Tiba-tiba aku mendengar bunyi kenderaan menghampiri pondok aku. Aku bangun dan turun ke tanah. "Siapa datang malam-malam ni?",tanya hati aku.Aku tidak sedap hati.Semakin lama bunyi kenderaan itu semakin hampir dan akhirnya berhenti dekat dengan pondok aku.Aku masih belum dapat melihat dengan jelas jenis kenderaan sebab lampunya yang menyilaukan mata aku.Pemandu itu masih belum turun dari keretanya walaupun lima minit telah berlalu. Lampunya juga masih tidak dipadamkan.Aku mengambil keputusan untuk tidak menghampiri kereta itu terlalu dekat kerana aku belum pasti apa niatnya yang sebenar.Tidak lama kemudian lampu kereta dipadamkan dan diikuti bunyi pintu kereta dibuka dan ditutup.Aku bersedia untuk apa sahaja.Suasana hanya diterangi pelita pondok aku dan juga cahaya bulan.Aku agak kereta ini jenis proton saga dari balam-balam cahaya yang ada. "Pak Tam?!!",terkejut aku bila aku nampak Pak Saudara aku yang keluar dari kereta tersebut. "Aku ni Man",katanya dengan perlahan, padahal Pak Tam aku biasanya bermulut riuh. "Kenapa dia tak bagi salam?",curiga aku mula muncul dalam hati. "Tiba-tiba je Pak Tam sampai!",aku menegurnya tetapi aku tidak bersalam dengannya.


57 I MISTERI KG RAKIT "Aku terasa nak datang,jadi aku datanglah",katanya lagi tanpa melihat aku.Banyak perkara yang menimbulkan tanda tanya.Dia hanya berdiri agak jauh dari aku dan cuba melindungi mukanya.Kepalanya bergerak memandang ke kanan dan ke kiri tetapi bila sampai pada arah muka aku, kepalanya akan berhenti bergerak. "Pak Tam,ayah dah balik dari Kuala Lumpur?",tanya aku padahal itu hanya soalan perangkap.Dia diam agak lama seperti memikirkan sesuatu. "Dah balik semalam",akhirnya dia menjawab soalan aku selepas lama mendiamkan diri.Aku terus menghampirinya sambil membaca ayatul Qursi.Aku menumbuk dadanya dengan sepenuh tenaga aku. "Erhhh",bunyi dia menahan sakit tetapi tubuhnya tidak berganjak di tempat dia berdiri. "Kenapa kau tumbuk aku?",tanya dia. "Kau bukan Pak Tam aku",jawab aku lantas sekali lagi menghayunkan penumbuk ke perutnya.Kali ini dia berjaya menahan dan terus memegang pergelangan tangan aku.Dia cuba mengilas tangan aku tetapi aku dengan cepat merentap semula tangan aku dan berundur sedikit.Dia merenung tajam ke arah aku. "Kau ni budak tak tahu hormat orang", marahnya tetapi aku tidak ambil hati sebab aku tahu aku sedang berhadapan dengan siapa. "Sudahlah...kau bukan bapak saudara aku.Aku kenal bapak saudara aku", balas aku. Aku genggam sedikit pasir, membaca satu ayat yang aku belajar lalu melontarnya ke arah penyamar itu. Satu dengusan keluar dari mulutnya.


58 I MISTERI KG RAKIT "Errrrhhhh",semakin lama semakin kuat dengusannya.Dia cuba berundur sedikit demi sedikit.Aku genggam lagi sedikit pasir dan ulang buat seperti tadi. Kepalanya mula bergerak ke kanan dan ke kiri,semakin lama semakin laju. Akhirnya mukanya sudah hampir tidak kelihatan dengan jelas lagi.Tubuhnya juga sudah mula bergerak seperti orang sedang menari dengan gerakan yang lincah.Aku hanya melihat perubahan itu kerana aku ingin tahu bentuk asal mukanya.Bila kepala dan tubuhnya berhenti bergerak,suasana menjadi sunyi.Angin bagai berhenti bertiup.Kepalanya tunduk ke bumi.Aku baca ayat pendinding diri yang biasa aku amalkan dalam keadaan begini. Kepalanya perlahan lahan di angkat untuk memandang ke arah aku.Aku sudah bersedia untuk apa sahaja.Aku berundur sedikit untuk mendapatkan ruang yang selesa jika terjadi serangan. Bila dia sepenuhnya melihat aku,aku nampak jelas mukanya. "Ini hantu raya",bisik hati aku.Mukanya seratus peratus berubah,bukan lagi seperti muka Pak Tam aku.Dari suluhan lampu di kepala aku,aku nampak jelas mukanya yang berparut seperti dikelar.Darah menitik nitik di mulutnya.Matanya tajam melihat aku. Dia melangkah perlahan,satu langkah demi satu langkah seperti robot sambil tangannya berpusing pusing.Aku agak terleka melihat pergerakannya yang perlahan kerana secara tiba-tiba dia melompat tinggi. Hampir sahaja tangannya berjaya memegang leher aku jika aku tidak sempat menunduk dan berundur.Aku terpaksa bergerak pantas untuk menjarakkan diri.Pergerakkannya semakin pantas dan sekejap sahaja berjaya mendekati aku semula. Tangannya melilau lilau untuk menangkap leher aku tetapi setakat ini aku masih mampu mengelak.Aku belum berkesempatan untuk menyerang balas. Jarang-jarang aku jumpa makhluk yang bergerak sebagus ini.Ini memberi makna bahawa tuannya juga bukan sebarangan orang.Dia masih belum berhenti bergerak pantas manakala aku belum


59 I MISTERI KG RAKIT berkesempatan untuk menyerang balas.Mulut aku tak henti-henti membaca berbagai bagai ayat untuk melemahkan makhluk jahanam ini sambil berhati hati dengan pergerakan tangannya. Akhirnya peluang untuk aku muncul juga.Mungkin ayat-ayat yang aku baca berjaya melemahkannya.Aku berpusing ke arah belakangnya dan menumbuk di bahagian belakang lehernya.Dia hampir jatuh tersembam.Aku terus mengambil kesempatan dengan menghentak pula belakangnya menggunakan lutut aku. Jatuh sahaja dia di tanah dalam keadaan tersembam,aku kunci kedua dua tangannya menggunakan kedua dua kaki aku. "A u'zubiwaj hillah hil karim,wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir, wamin syarrima yan zilu minas sama',wa syarrima yakh ruju fiha,wa syarrima zara a' fil ard,wa syarrima takh ruju minha,wamin fitanil laili wan nahar,wamin tawariqil laili wan nahar,illa tariqan yatruqu bi khairin ya rahman",aku menekan kedua dua tapak tangan aku di belikatnya.Satu rontaan kuat dapat aku rasakan tetapi aku cuba bertahan. "Allahhu akbar,Allahhu Ahad..",aku terus menekan dan bertahan sekuat tenaga aku.Rontaannya semakin lama semakin perlahan.Tibatiba satu pukulan yang kuat tepat mengenai belakang aku hingga aku tercampak agak jauh ke hadapan.Tubuh aku berguling guling ke tanah berulang kali dan hanya terhenti bila terkena batang pokok.Sakit yang teramat sangat. "Allahhh..",itu sahaja yang keluar dari mulut aku.Pandangan aku terasa gelap ditambah lagi dengan gelapnya malam. "Wajaalna mimbaini aidihim saddaw wamin qolfihim saddan faagh syainahum fahum layubsirun",aku baca sambil berharap Allah akan melindungi aku di saat aku tidak terdaya sekarang ini.Akhirnya aku


60 I MISTERI KG RAKIT tidak sedarkan diri.Aku hanya sedarkan diri bila cuaca sudah mulai cerah.Aku bangun dengan perlahan sambil berpaut pada batang pokok.Kepala aku terasa sakit.Aku berjalan agak terhuyung hayang untuk sampai di pondok aku.Dalam keadaan susah payah,aku berjaya juga sampai di pondok.Aku terduduk di hujung lantai.Pandangan aku masih berpinar. Tubuh masih terasa sakit.Hantu raya dan kereta yang muncul malam tadi sudah tiada.Aku duduk bersila. "Laqad ja~akum rasulum min an fusikum azizun alaihi ma anittum hari sum alaikum bil mukminin ra u'furrahim.Fain tawallau fakul hasbiyallahhu la~ilaha illa huwa,alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyil azim",aku urut tapak tangan aku keseluruh tubuh yang mampu aku capai.Aku ulang sebanyak 3 kali. "Alla taghlu alayya waghtuni muslimin", aku picit pula kepala aku sehingga aku rasa agak lega.Aku pejamkan mata sambil buat zikir nafas.Alhamdulillah rasa sakit dan pening kepala semakin beransur hilang.Aku capai tuala dan menuju ke kolam di belakang pondok.Aku harus segera mandi sebelum Anjang dan pekerjanya sampai.Aku tidak mahu mereka melihat aku dalam keadaan begini.Siap mandi,mereka belum sampai lagi.Lega aku rasa.Siap berpakaian,aku jerang air.Tidak lama kemudian,Anjang pun sampai. "Assalamualaikum wbt..",Anjang bagi salam. "Waalaikummusalam wbt..",jawab aku sambil bancuh kopi 'o'. "Ni saya ada belikan kuih untuk Man", kata Anjang sambil meletakkan kuih di atas lantai pondok. "Kamu makanlah kuih tu nanti,aku nak buat kerja",tambah Anjang lagi. "Terima kasih Anjang",jawab aku ringkas.Aku sengaja tidak mahu berbual dengan Anjang kerana tidak mahu dia perasan sesuatu.Aku


61 I MISTERI KG RAKIT tidak mahu dia banyak bertanya sesuatu yang aku belum mampu untuk menjawabnya.Selepas bersarapan,aku mengambil keputusan untuk pergi ke surau lama, tempat aku terjumpa dengan Pakcik Sabri.Ada sesuatu yang mengganggu pemikiran aku.Ada sesuatu tentang dia yang terkait dengan apa yang sedang aku hadapi sekarang ini.Aku hanya mengangkat tangan ke arah Anjang ketika mula bergerak meninggalkan kawasan pembinaan.Aku tidak lupa juga membawa sebilah parang pendek sebagai peneman.Motor aku hanya bergerak perlahan sebab aku memang jenis tidak suka menunggang motor dengan laju kerana melanggar pun aku sakit,dilanggar pun aku sakit,jatuh apatah lagi.Sepanjang perjalanan mata aku melilau melihat sekeliling dan mencari jika ada sesiapa yang berada di tepi-tepi jalan.Tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu susuk tubuh wanita tua yang agak rendah di sebelah kanan jalan.Dia hanya melihat aku sekali imbas kemudian tunduk ke ke tanah sambil meneruskan perjalanannya.Aku memusingkan motosikal untuk menuju ke arahnya. "Assalamualaikum wbt..makcik",tegur aku namun Makcik itu terus berjalan tanpa mempedulikan aku. "Assalamualaikum wbt..Makcik..",aku ulang sekali lagi,kali ini dengan suara yang agak kuat.Kali ini Makcik itu berhenti berjalan dan kepalanya memusing memandang sekeliling seperti mencari sesuatu. "Makcik ni buta ke?",tanya aku dalam hati.Aku meletakkan motosikal dan menghampirinya. "Makcik..Makcik ni tak nampak ke?", tanya aku.Aku menyentuh bahunya dengan lembut. Aku cepat-cepat mengangkat semula tangan aku bila aku merasakan seolah olah ada aliran elektrik yang merenjat tangan aku.


62 I MISTERI KG RAKIT "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku sentuh semula bahunya dan tiada lagi renjatan seperti tadi.Kali ini dia berhenti berjalan sambil kepalanya masih memandang sekeliling seperti mencari sesuatu seperti awal-awal tadi. "Makcik memang tak nampak saya?", kali ini aku ubah pertanyaan. "Siapa tu?",tanya dia.Suaranya agak garau dan lemah. "Saya Man",jawab aku.Tangan aku masih memegang bahunya. "Awak ni kat mana?kenapa tak nampak awak?",pertanyaan Makcik itu yang buat aku terkejut.Sekarang ini aku yang boleh nampak dia tetapi dia datang dari dunia lain atau aku yang terlindung dari pandangannya. "Falamma alqaw kala musa,ma jig'tum bihil sihr,innallah ha syayup tiluh, innallahhala yuslihu amalal mufsidin", aku tepuk perlahan sekali di belakangnya.Dia berpaling ke arah aku. "Eh...anak ada kat sini tapi kenapa jauh sangat dengar suara anak tadi?",tanya dia. "Tadi memang jauh sikit",jawab aku, sengaja tidak beritahu perkara sebenar. "Makcik nak ke mana,dari mana?", tanya aku. "Dari rumah nak pergi ke kedai kat bawah sana",jawabnya sambil menunjuk ke arah depan.Aku tidak pasti berapa jauh lagi kedai yang dinyatakannya dari tempat kami berbual. "Nak saya tolong hantarkan",pelawa aku. "Tak payah lah nak,Makcik dah biasa", balasnya.Entah dia tahu aku datang naik motosikal atau tidak,aku pun tidak pasti.


63 I MISTERI KG RAKIT "Tak apa lah kalau macam tu Makcik, saya mintak diri dulu yer",balas aku pula sambil melepaskan bahunya.Dia tidak menjawab apa-apa lalu terus berjalan.Perlahan sahaja pergerakkannya dan aku tidak pasti bila dia akan sampai ke destinasinya. Aku menghidupkan enjin motosikal dan bergerak meninggalkan Makcik itu. Bermacam macam pertanyaan berlegar dalam kepala aku.Kampung ini benar-benar sebuah kampung yang pelik dan memeningkan.Dari awal aku hendak datang sampailah sekarang, terlalu banyak halangan seolah olah cuba menghalang aku datang ke sini.Tidak lama kemudian,aku masuk ke simpang menuju ke surau lama.Aku berharap aku mendapat petunjuk tentang Pakcik Sabri walaupun aku tidak tahu bagaimana.Aku meletakkan motosikal di bawah sepohon pokok. "Sayangnya surau ni",bisik hati aku sambil berdiri tegak mengadap ke arah surau.Di bahagian hadapan penuh dengan daun-daun kering termasuk pelepah kelapa.Dari pandangan mata aku,atap surau ini masih elok kerana tidak terdapat tanda-tanda air bertakung atau lumut di atas lantai luar.Sedih bila rumah Allah ditinggalkan dalam keadaan begini tetapi apakan daya,mungkin ada sebab-sebab yang aku tidak tahu.Aku berjalan ke bahagian belakang yang agak dipenuhi semak. "Kalaulah ada orang yang boleh jaga surau ni,mesti boleh elok lagi",impian kosong dalam hati aku.Aku menolak pintu surau di bahagian belakang untuk melihat di bahagian dalam.Aku membuka semua tingkap yang ada dan bila suasana menjadi cerah,aku rasa amat terkejut.Sejadah masih dalam keadaan baik dan bersih,seolah olah ada orang yang menggunakan dan membersihkannya. Tiada sawangsawang di bahagian atas. Bau wangi semerbak dan bukannya bau masam atau busuk seperti lama ditinggalkan.Lantai simennya tidak terasa melekit.


64 I MISTERI KG RAKIT "Subhanallah...",ini satu keajaiban bagi aku.Aku berniat untuk membersihkan kawasan sekitar surau ini selagi aku berada di kampung ini.Timbul juga niat untuk menggunakan surau ini jika ada air untuk berwuduk.Hati aku rasa berbunga bunga bila melihat keadaan di dalam surau ini.Ada seseorang yang telah menjaga surau ini dengan izin Allah walaupun aku tidak tahu siapa. "Pakcik Sabri ke yang jaga surau ni?", tanya aku dalam hati tetapi dia sudah meninggal dunia. "Mungkin ada insan mulia yang lain yang senyap-senyap menjaga surau ini",aku meneka lagi. Aku keluar dari dalam surau dan menuju ke tempat berwuduk yang pernah aku gunakan sebelum ini.Kolah nya kelihatan dipenuhi daundaun kering tanpa air.Aku yakin pasti ada telaga di surau ini dan keyakinan aku akhirnya menjadi kenyataan.Tidak jauh dari surau dan dalam keadaan agak terlindung,aku jumpa telaga.Airnya masih ada,cuma aku tidak pasti samada airnya masih bersih atau tidak sebab aku belum dapat mencedoknya. Aku berjalan di kawasan sekitar jika terdapat tin atau tong yang boleh aku gunakan untuk dijadikan timba. Semuanya dipermudahkan untuk aku. Aku terjumpa satu tin cat yang masih elok.Aku ambil parang dan cari pula akar pokok berjuntai untuk dijadikan tali timba.Maka siaplah timba aku. Tidak sabar rasanya untuk tahu keadaan air telaga ini.Keterujaan aku semakin membunga,lebihlebih lagi bila membayangkan aku dapat gunakan surau ini.Allah sahaja tahu betapa bersyukur dan gembiranya hati aku bila mendapati air telaga ini masih elok.Aku buat sujud syukur,Allah telah makbulkan niat hati aku. "Kamu siapa?apa kamu buat kat sini?", tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara jerkahan yang agak kuat.Aku berdiri dari sujud syukur dan


65 I MISTERI KG RAKIT berdiri mengadap tuan empunya suara tersebut.Di hadapan aku berdiri seorang lelaki yang nampak serius,usianya mungkin sebaya Pak Tam aku tetapi tubuhnya agak sasa dan tinggi.Dia memandang aku seperti seekor harimau yang hendak menerkam mangsanya sambil tangannya memegang sebilah parang panjang.


66 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 8 "Assalamualaikum wbt..",aku beri salam dan hulurkan tangan untuk bersalam tetapi mata aku tidak lepas dari melihat tangannya yang memegang parang.Salam dan tangan aku tidak bersambut.Aku berundur sedikit tetapi masih tersenyum kepada pakcik yang ada di hadapan aku. "Saya Man..saya buat kerja kat tapak banglo bawah sana",aku perkenalkan diri sambil tangan menunjuk ke arah projek bunglow. "Kamu buat apa kat sini?",pakcik itu ulangi soalannya yang tidak terjawab. "Saya tengok-tengok je,mana tahu boleh lagi guna surau ni",terang aku. "Jangan nak guna lagi surau ni,dah lama orang tak guna surau ni",katanya.Aku hanya tersenyum. "Boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa ni?saya mintak maaf jika saya salah",aku cuba meredakan ketegangan.Muka pakcik itu sudah agak tidak serius lagi seperti sebelum ini.Aku masih terus tersenyum kerana sekurang kurangnya dia tahu aku bukan hendak bermusuh dengannya. "Aku Bidin.Aku selalu ke sini untuk ambil kelapa yang gugur kat belakang tu",katanya.Lega aku bila nada suaranya sudah agak lembut sedikit. "Ooo..saya Man.Saya tolong Pak Saudara saya buat bunglow kat bawah sana,dekat dengan rumah arwah Pak Jo",terang aku sekali lagi. "Aku ada dengar orang buat bunglow kat situ.Sebelum ni pernah dah orang nak buat banglo kat situ tapi tak jadi", terang Pak Bidin lagi. "Kenapa Pak Bidin?",tanya aku.


67 I MISTERI KG RAKIT "Orang yang nak buat keje tu tiba-tiba kena sakit pelik.Seminggu lepas tu, orang tu mati",cerita dia lagi.Kisah semakin menarik.Sedikit demi sedikit rahsia mula semakin terbuka.Aku yang jadi penyiasat tidak bertauliah ini sudah mula dapat maklumat dari sumber yang tidak dijangka.Aku hulur tangan sekali lagi dan kali ini,salam aku disambut.Aku bersalam sambil mencium tangan Pak Bidin.Hendak dihormati mesti menghormati.Aku mengajak Pak Bidin untuk duduk di muka pintu kecil surau.Ada banyak perkara yang aku hendak tahu. "Pak Bidin memang dah lama tinggal kat kampung ni?",sessi soal jawab pun bermula. "Dah lama,sejak aku kecik-kecik lagi aku tinggal kat sini.Aku tak pernah keluar dari kampung ni",jawabnya.Aku tahu,aku sudah bertemu dengan orang yang tepat untuk kaji selidik cerita Kampung Rakit ini. "Kenapa orang tak guna lagi surau ni? Masjid pun jauh dari sini kan?",aku terus bertanya.Pak Bidin diam seketika.Mungkin ada sesuatu yang dia cuba untuk ingat semula. "Selepas Sabri tak ada,tak ada siapa lagi yang mahu jadi imam kat surau ni. Lama-lama,langsung surau ni orang tak guna lagi.Aku rindu sebenarnya nak guna surau ni tapi tak ada orang nak teman",terang dia lagi.Aku tersenyum mendengar isi hatinya.Sedikit yang aku pinta dari Allah,lebih daripada itu kurniaanNya. "Saya pun nak guna surau ini selama saya ada kat sini.Nanti saya nak bersihkan kawasan surau ni.Kat dalam tu dah bersih,macam ada orang yang bersih dan selalu gunakan",aku buka rahsia.Pak Bidin agak terkejut bila mendengar cerita aku. "Macam mana boleh bersih?selepas Sabri tak ada,memang tak ada siapa lagi yang guna surau ni",dia masih tidak percaya kata-kata aku.


68 I MISTERI KG RAKIT "Siapa Sabri sebenarnya?",inilah soalan yang ingin aku tanyakan sebenarnya. "Masyaallah..orangnya baik sangat-sangat.Ilmunya tinggi.Tak pernah meninggi diri.Selalu nasihat yang baik-baik tapi tu lah manusia ni, orang baik macam mana pun pasti ada orang yang dengki",panjang lebar ceritanya.Semakin menarik nampaknya kisah ini.Allah telah temukan aku dengan orang yang tepat. "Macam ni Pak Bidin,mulai zohor esok kita berdua imarahkan semula surau ini.Kita bersihkan setakat mana yang kita mampu.Malam hari kita guna pelita je",cadang aku.Pak Bidin tersenyum lebar.Hilang terus mukanya yang serius tadi. "Inshallah.. Alhamdulillah..akhirnya doa aku Allah kabulkan.Aku doa sebelum aku mati,aku nak kembali beribadat di surau ini.Banyak kenangan aku kat sini",katanya sambil airmatanya nampak bergenang.Aku pegang tangannya sambil menepuk nepuk genggaman tangannya. "Semoga niat baik kita dipermudahkan. Saya kena balik dulu ke pondok saya, ada kerja sikit yang perlu saya buat", aku mohon untuk balik ke pondok aku. "Silakan..Silakan.. inshallah kita jumpa semula zohor esok..",katanya lagi.Aku bersalam sambil mencium tangannya dan bergerak meninggalkannya sendirian.Aku sampai di pondok aku waktu zohor sudah hampir masuk.Anjang dan pekerjanya tiada di tapak kerja mereka, mungkin keluar makan.Aku menuju ke kolam untuk membersihkan tubuh yang terasa melekit kesan peluh. Selesai menunaikan kewajipan,aku jerang air. Tekak terasa hendak minum kopi.Aku menikmati kopi sambil berjulur kaki di hujung


69 I MISTERI KG RAKIT pondok.Fikiran aku melayang tentang surau lama tadi.Aku tidak sabar untuk kembali menggunakannya pada hari esok.Hari ini aku tidak berkesempatan kerana banyak hal yang perlu aku selesaikan terlebih dahulu.Gangguan malam tadi juga merisaukan aku kerana aku yakin ia akan datang lagi selagi aku berada di kampung ini.Aku perlu persiapkan diri aku.Malam tadi membuktikan tuan empunya hantu raya itu bukan sebarangan orang.Jika aku tidak bersedia dan berwaspada,aku akan menghadapi masalah yang besar.Aku membaringkan badan aku dan sekejap sahaja aku terlelap.Aku terjaga lebih kurang jam 2.30 petang.Masa bila Anjang dengan pekerjanya tiba pun aku tak sedar.Badan aku macam hilang deria padahal aku tidak pernah secuai ini.Walaupun Anjang meletakkan keretanya agak jauh di bawah pokok yang teduh,aku tidak boleh membiarkan diri aku dalam keadaan seperti ini.Aku duduk bersila dan tarik nafas panjangpanjang lalu lepaskan. Banyak kali juga aku ulang tindakan ini sehingga aku rasa tubuh aku kembali segar.Aku bangun dan berjalan menuju ke arah hutan.Ada sesuatu yang perlu aku lihat di situ.Dalam 10 minit berjalan,aku berhenti di satu pangkal pokok yang agak besar.Ada sebatang lilin dan colok yang hanya separuh terbakar.Aku melihat sekeliling mencari tanda-tanda lain.Pada batang pokok kelihatan kesan cakaran yang banyak hingga melepasi ketinggian tangan aku jika diangkat.Ada sesuatu atau seseorang yang sangat tinggi berdiri di pangkal pokok ini.Kesan tapak kaki juga banyak kelihatan di sekeliling pokok.Ada dahan-dahan yang dibalut dengan kain merah. "Di sini rupanya tempat dia tengok aku malam tadi",bisik hati aku.Aku baca ayatul qursi dan hentakkan kaki tiga kali di tanah tempat aku berdiri. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La hau la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku tepuk


70 I MISTERI KG RAKIT batang pokok juga sebanyak tiga kali.Tepukkan yang ketiga agak kuat sehingga pokok itu terasa bergoyang dan kain-kain merah yang terikat jatuh sehelai demi sehelai ke tanah. "Kul au'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku ambil kain-kain itu menggunakan kayu dan mengumpulnya di satu tempat.Aku ambil mancis dan bakar kesemua kain tersebut.Tiba-tiba angin bertiup kuat dan memadamkan api yang menyala. "Kulhuallah hu Ahad,Allahhu somad, Lam yalid walam yulad,walam yakullahu kufuan Ahad",aku cuba menyalakan semula api tetapi gagal kerana angin masih bertiup dengan kuat. "A u'zubiwaj hillah hil karim,wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir, wamin syarrima yan zilu minas sama',wa syarrima yakh ruju fiha,wa syarrima zara a' fil ard,wa syarrima takh ruju minha,wamin fitanil laili wan nahar,wamin tawariqil laili wan nahar,illa tariqan yatruqu bi khairin ya rahman",aku hentak kaki aku sekali dengan sepenuh tenaga.Angin berhenti bertiup tibatiba.Aku terus menyalakan api pada kain yang ada.Akhirnya api semakin besar dan menghanguskan semua kain-kain yang ada.Bau asapnya menusuk hidung hingga membuatkan aku bagai sesak nafas. Dari jauh aku nampak Anjang sendirian sedang berjalan cepat ke arah aku. "Kenapa ni Man?Kamu bakar apa sampai ke sana bau asapnya.Semua orang jadi sakit tekak",tanya Anjang. "Ada orang niat tak baik kat saya", jawab aku.Anjang cuba memegang cebisan kain yang tinggal tapi aku cepat-cepat melarangnya. "Jangan pegang Anjang!",kata aku. Anjang tak jadi meneruskan niatnya.


71 I MISTERI KG RAKIT "Sekejap lagi hilanglah sakit tekak ni. ada benda yang tak elok saya bakar tadi",terang aku. "Kamu lebih tahu dari aku tentang perkara macam ini.Cuma pesan aku, seeloknya jangan dibiarkan asap macam ni ditiup jauh kerana kita tak tahu keburukan apa yang ada bersamanya",nasihat Anjang. "Saya mintak maaf Anjang.Tadi elok je angin tak kuat tapi tiba-tiba jadi kuat pulak.Inshaallah lain kali saya akan cuba elak jadi macam ni",terang aku lagi. "Kalau macam tu,aku pergi sambung kerja.Kamu perlu hati-hati.Pasti akan ada lagi yang menyusul",pesannya lalu pergi meninggalkan aku.Aku masih berdiri di tempat tadi.Dari tempat itu,nampak dengan jelas pondok aku.Memang sesuailah tempat ini jadi tempat memerhati.Aku terus membaca beberapa lagi ayat yang aku belajar untuk mengunci tempat ini.Siap tugas aku di situ,aku pulang ke pondok kerana sudah masuk waktu asar. Anjang dan pekerjanya juga sudah bersiap untuk pulang. "Man,aku balik dulu.Kamu tu hati-hati, ada orang yang dengki dan sakit hati. Ada apa-apa yang kamu perlu,bilang saja",kata Anjang. "Ok Anjang.Inshaallah,tak ada apa-apa. Semuanya dengan izin Allah.Allah tak izin,tak jadi ilmu dia orang dan Allah tak izin,tak jadi jugak usaha saya",balas aku. "Betul tapi kamu tetap kena hati-hati. jika terus mati,Alhamdulillah.Kalau sakit dulu?",tambahnya lagi sambil menepuk bahu aku. "Aku yakin kamu bisa urus semua ni", katanya lagi lalu menuju ke keretanya. Tidak lama kemudian,tinggallah aku bersendirian.Selesai solat asar,aku perhati sahaja kerja buat banglo depan pondok aku.


72 I MISTERI KG RAKIT "Cepat jgk dia orang buat kerja",,kata aku dalam hati melihat hasil kerja mereka. "Bosanlah pulak,lambat lagi nak maghrib ni",bebel aku lagi.Aku ambil keputusan untuk pergi ke sisa rumah Arwah Pak Jo yang terbakar,rumah yang anak-anaknya seolah olah masih hidup ketika bertemu dengan aku.Tidak dapat aku lupa muka kedua dua anak perempuan Pak Jo.Sedih bila mengenangkan nasib mereka bertiga. Semoga syurgalah tempat mereka semua.Aku mula bergerak untuk ke tapak rumah tersebut dalam keadaan cuaca yang agak mendung. Menggunakan jalan pintas,sekejap sahaja aku telah sampai di rumah Pak Jo.Semuanya hangus sama sekali. Yang tinggal hanya tiang batu untuk lantai rumah dan tangga batu di bahagian hadapan. "Sayang rumah lama ni",kesedihan yang aku rasa.Hujan renyai-renyai mulai turun,tidak sempat aku tengok-tengok kawasan sekeliling.Aku bergegas berteduh di sebatang pokok yang agak rimbun. "Nasib baik tak ada kilat",bisik hati aku. Jika ada kilat atau petir,memang di larang sama sekali berlindung di bawah pokok.Aku mengambil keputusan untuk bergerak pulang sementara hujan belum lebat.Baru sahaja aku hendak bergerak,bila hujan turun dengan amat lebat.Pokok yang aku tumpang berteduh tidak mampu melindungi aku dari kebasahan.Aku perlu mencari tempat lain yang lebih baik tetapi mustahil untuk aku temuinya dalam keadaan begini. Pakaian aku semakin kuyup.Kesejukan buat tubuh aku menggigil.Siasia aku ke sini tanpa dapat apa-apa yang manfaat kecuali pakaian yang basah lencun.Cuaca semakin gelap disebabkan hujan dan kerana menjelang maghrib.Tiba-tiba mata aku tertumpu pada bayangan seseorang di tapak rumah Arwah Pak Jo.Mata aku cuba fokus ke arah bayangan tersebut dalam keadaan yang semakin gelap.


73 I MISTERI KG RAKIT Bayangan itu seolah olah sedang melambai lambai ke arah aku.Aku tahu ini bukan manusia.Menjelang maghrib ini memang biasa gangguan sebegitu. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku berlindung kepada Allah Yang Maha Berkuasa.Mungkin bayangan itu nampak remeh bagi aku tetapi bagi yang kurang biasa,semua ini menakutkan.Aku ambil keputusan untuk mendekati bayangan itu.Sifat degil masih belum hilang dalam diri aku walaupun usia sudah meningkat.Aku sudah tidak hiraukan hujan lebat,yang aku tahu,aku hendak tahu bayangan siapa yang memanggil aku.Belum sempat aku sampai di situ, langkah kaki aku terhenti.Seolah olah ada sesuatu yang sedang memegang kaki aku.Pegangannya sangat kuat sehinggakan aku tidak terdaya lagi untuk melangkah.Kaki aku bagai tesedut dalam selut yang tebal. "Celaka apa pulak kali ni?",bebel aku. Aku yang sendiri cari penyakit.Sifat ujub aku Allah bayar tunai.Aku cuba meronta ronta untuk melepaskan diri. Hujan semakin lebat,kilat petir semakin garang.Berada di bawah langit yang terbuka luas dalam suasana begitu memang memeritkan.Pakaian yang basah kuyup,pandangan yang terhad dan kaki yang terkunci benar-benar menguji kesabaran. "A u'zubiwaj hillah hil karim,wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir,wamin syarrima yan zilu minas sama',wa syarrima yakh ruju fiha,wa syarrima zara a' fil ard,wa syarrima takh ruju minha,wamin fitanil laili wan nahar,wamin tawariqil laili wan nahar,illa tariqan yatruqu bi khairin ya rahman",serentak aku tumbuk ke tanah.Air hujan di tanah terpercik ke muka aku tetapi kaki aku terlepas.Dengan susah payah aku melangkah ke arah bayangan yang


74 I MISTERI KG RAKIT aku nampak itu. Walaupun aku semakin hampir, wajahnya masih belum jelas akibat hujan yang lebat.Bila aku sampai sahaja di hadapannya,dia terus memegang leher aku dengan kuat.Aku terasa sakit yang teramat sangat.Bagai aliran elektrik mula menjalar keseluruh tubuh aku.


75 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 9 Aku pegang pergelangan tangan yang memegang leher aku. "A u'zubikalimatillah hitammatimin kulli syaitonin wahammatin wamin kulli ainin lammah",aku berusaha melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Aku terus mencuba. "Waanna lamasnas syama~a'fawajad naha muli at' harasan syadidaw wa syu huba",aku pegang tangan itu sekali lagi.Kali ini aku rasa satu gegaran di tangan aku.Kami seperti sedang berlawan tenaga dalaman.Mata aku semakin lama semakin layu.Nafas aku juga semakin sempit akibat tangan yang mencekik leher aku.Namun aku tidak akan mengalah.Selagi belum ajal,aku tidak akan mati. "Wakurrabbi a u'zubikamin hamazatisy syayatin,wa a'uzu bika rabbi ayyah durun",aku hentak tapak kaki sekali dengan kuat.Cekikkan di leher aku terlepas.Ironinya terlepas sahaja tangannya dari leher aku,bayangan itu juga terus hilang. "Mudah sangat dia ni hilang",bentak aku.Timbul rasa menyesal dalam hati kerana kedegilan diri aku sendiri.Aku sepatutnya membiarkan sahaja tadi lambain bayangan itu tetapi ego aku telah mendorong aku pergi juga.Aku hanya dapat penat dan membahyakan diri sendiri hasil kebodohan itu.Aku berjalan perlahan untuk pulang ke pondok dalam kesejukan yang teramat sangat.Kilat yang pancar memancar tidak aku pedulikan lagi.Aku hanya hendak cepat untuk menukar pakaian dan menghangatkan badan aku. Akhirnya aku sampai juga di pondok aku selepas bersusah payah meredah hujan dan gelap gelita.Aku terus sahaja mencapai lampu suluh dan menuju ke kolam untuk membersihkan tubuh.Siap solat maghrib,aku duduk berzikir sambil menunggu isyak.Perut terasa lapar tapi aku lawan sebab aku lebih suka tunaikan kewajipan terlebih dahulu sebelum makan.Hujan masih lebat


76 I MISTERI KG RAKIT berselang seli dengan kilat petir. Pelita aku meliuk lentuk di tiup angin. Aku nyalakan hanya satu pelita kerana ruang pondok yang kecil.Syukur Alhamdulillah kerana pondok aku langsung tidak bocor kecuali sekali sekala tempias.Siap solat isyak,aku jerang air di tepi pondok yang memang aku buat khas untuk memasak jika hujan.Nasib baik aku sudah siapkan kayu api yang kering.Dapat pekena kopi 'o' dengan biskut kering pun sudah sedap sangat waktu hujan begini. Malas aku masak nasi bila sudah agak lewat begini.Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi yang pelik dari arah hutan,bunyi yang cukup kuat.Dalam keadaan bunyi hujan lebat dan ribut petir sekalipun,bunyi itu masih jelas kedengaran. "Dia dah datang",bebel hati aku.Aku capai lampu kepala dan pakai baju lengan panjang.Malam ini aku bertekad untuk selesaikan gangguan ini.Hujan lebat tidak sesekali akan jadi batu penghalang.Orang ini hendak main kasar,maka kasar juga balasannya. Aku baca Al fatihah dan ayatul Qursi. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, lahumulk,walahuhamduyuhyi wayumit, wahuwa ala kulisyai in qodir.La haula wala kuwwata illa billah hil aliyil azim", aku memijak tanah yang basah dan hampir berselut.Memang susah untuk bergerak tetapi aku tidak peduli.Aku bergerak meredah hujan lebat menuju ke arah hutan bertemankan parang di pinggang dan lampu suluh di kepala.Bunyi itu semakin kuat kedengaran, menandakan aku semakin menghampirinya.Aku tidak pasti bunyi apa kerana aku belum pernah mendengar bunyi seperti ini tetapi ia tidak menakutkan aku.Aku yakin iblis tidak akan pernah menang sampai bila-bila.Hujan mula renyai-renyai tetapi tanah tetap berselut.Jejak kaki mudah tenggelam dan tersangkut.Aku masih terus berjalan ke arah hutan dan kini mendaki tanah yang agak tinggi dari paras biasa.Pokok yang aku jumpa siang tadi sudah agak jauh aku lepasi. Aku perlu lebih berhati hati.Dalam suasana gelap dan penuh dengan


77 I MISTERI KG RAKIT semak samun,serang hendap amat mudah terjadi.Langkah aku mula perlahan.Ada sesuatu yang mengganggu gerak hati aku.Mata dan telinga,aku guna sebaik baiknya.Sekali sekala aku melangkah cara kurang teratur untuk mengelirukan jika ada sebarang serangan.Aku berhenti melangkah apabila muncul seorang lelaki agak berusia dari semak samun di hadapan aku.Aku belum pernah lagi melihat lelaki ini di kampung Rakit atau di mana-mana. Dia berdiri tegak lebih kurang 5 langkah dari aku. "Aku nak kau keluar dari kampung ini siang esok",tiba-tiba dia bersuara tanpa salam,tanpa perkenalkan dirinya. "Kalau aku tak nak?",jawab aku. "Kau tak akan dapat keluar hidup-hidup lagi dari kampung ini",keras sekali ugutannya tetapi aku tidak gentar sedikitpun. "Kau siapa?",tanya aku pula. "Kau tak perlu tahu aku siapa tapi cukup kau ingat muka aku ni",jawabnya dengan sombong.Aku tersenyum mendengar katakatanya. "Kau nak suruh aku keluar tapi kau tak kenalkan diri pun.Alasan untuk suruh aku keluar dari sini pun tak ada",aku sengaja perlekehkan arahannya.Aku memang suka buat orang yang ada niat jahat menjadi marah kerana amarah ini membuatkan mereka pendek akal. "Kau tak perlu tahu aku siapa.Siang esok kau mesti tinggalkan kampung ini.Ini bukan tempat kau untuk kau menyibuk dan tunjuk lagak",dia masih mengugut aku.Aku berjalan menghampirinya in untuk melihat mukanya lebih jelas.Ada parut sedikit di dahinya.


78 I MISTERI KG RAKIT "Aku tak akan keluar dari kampung ini selagi aku tak tahu kisah yang sebenarnya.Kau salah ugut orang",aku tambah lagi minyak pada api yang mula menyala.Dia memandang aku tanpa berkelip mata walaupun lampu suluh aku tepat menyuluh mukanya.Dia cuba memegang bahu aku dengan tangan kanannya tetapi aku lebih cepat memegang tangannya menggunakan tangan kiri aku.Aku lepaskan satu sepakan ke arah perutnya tetapi dia berjaya mengelak.Pegangan tangan aku pada tangannya,terlepas.Dia berundur lebih kurang 5 tapak. Mulutnya seperti membaca sesuatu. "Ini bahasa Siam",kata aku dalam hati. Tangan kanannya ditegakkan ke atas dan tiba-tiba dia meluruskan tangannya itu ke arah aku.Tubuh aku terpelanting ke belakang seperti terkena sepakan yang amat kuat.Aku tercampak hingga ke dalam semak, sakit yang teramat sangat. ""Allahhu Akbar,Allahhu Ahad..",itu sahaja ucapan yang keluar dari mulut aku.Lain macam kehebatan ilmu Siam lelaki ini,satu pengalaman baru untuk aku namun aku tidak akan sesekali mengaku kalah. "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku berdiri tegak sambil perlahan lahan membetulkan pernafasan dengan zikir nafas. "Wallahhu ghalibun ala amrih,Ya Hayyun Ya Qayyum,Ya ilahana,Wa ilaha kulli syai in,illahan wahida,La illa hailla anta,Allahhu Akbar,Allahhu Ahad",aku cuba mengurangkan kesakitan.Lelaki itu mara ke arah aku. "Sekali lagi aku beri kau peluang yang terakhir,keluar dari kampung ini",marah dia lagi.Aku tidak menjawab apa-apa. Aku membaca sesuatu lalu menghentak perlahan tapak kaki kanan aku ke tanah.Lelaki seperti terperanjat dan mengulangi perbuatannya seperti tadi dengan menegakkan tangan kanannya.Kali ini aku sudah bersedia.Dia sekali lagi


79 I MISTERI KG RAKIT meluruskan tangan kanannya ke arah aku tetapi kali ini tubuh aku kejab berdiri. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku angkat tangan kanan ke depan seperti menahan sesuatu. "Syahidallahhu annahu la~ila ha illa huwa,wal mala~ikatu wa ulul ilmi qo~imam bilqist,la~ilaha illahuwal azizul hakim",aku membaca perlahan. Tiba-tiba lelaki itu menyerang aku.Dia cuba menumbuk muka aku.Aku menangkap tangannya menggunakan tangan kiri dan serentak tangan kanan aku menumbuk perutnya. "Aduhhhh...",jeritnya sambil terundur sedikit ke belakang.Dia cuba pula untuk menyepak aku dengan kaki kanannya tetapi aku berjaya menahan serta menangkap kaki kanannya.Serentak itu juga aku menyepak ke arah celah kelangkangnya.Lelaki itu jatuh terguling ke tanah.Dia mengerang kesakitan sambil memegang 'anunya'.Aku terus berniat untuk menyerangnya apabila tiba-tiba satu kepulan asap menyelubungi aku.Aku tidak dapat melihat apa-apa.Bila asap itu hilang, lelaki itu juga telah hilang. "Pengecut..cakap besar tapi bila dah kalah,main hilang-hilang",aku membebel.Tiada langsung kesan tapak kakinya,seolah olah lelaki ini tidak jejak di tanah.Aku mengambil keputusan untuk pulang ke pondok aku.Sambil berjalan,aku juga tetap berhati hati terhadap serangan mengejut.Orang jahat tidak kisah untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk menang jika keadaan mendesak.Akhirnya aku selamat tiba di pondok aku tetapi kayu-kayu kerja Anjang bersepah sepah di tanah berhampiran pondok aku.Jadi satu kerja pula untuk aku menyusun semula kayu-kayu tersebut malam-malam begini.Badan terasa penat yang amat sangat menyusun kayu-kayu ini.Kalau tidak disusun semula,kasihan Anjang dengan pekerjanya.Lagi pun aku tidak


80 I MISTERI KG RAKIT mahu Anjang risau pasal gangguan ini. Aku bertanggungjawab memastikan semua kerja berjalan lancar.Pak Tam macam tahu perkara ini,sebab itu agaknya di beriya iya menyuruh aku ke sini.Akhirnya,aku yang menjadi mangsa terbiar keseorangan malam-malam di sini.Batang hidung Pak Tam aku pun aku tidak tahu bila akan sampai ke sini.Aku berehat sebentar untuk hentikan peluh sebelum aku mandi. Otak aku merayau memikirkan lelaki tadi. "Tak tinggi mana ilmunya tapi kenapa ramai yang jadi mangsa?",tanya aku sendiri.Biasanya orang yang mempunyai hantu raya atau ilmu yang setaraf dengannya,amat susah untuk dikalahkan dan melarikan diri.Ada kesangsian yang aku tidak boleh jawab buat masa ini.Selesai semuanya,aku bersihkan badan dan terdampar atas lantai papan lapis. Letih yang teramat sangat.Jatuh terhentak dalam semak masa lawan lelaki tadi pun masa terasa.Aku benar-benar berharap malam ini tiada gangguan apa-apa.Akhirnya aku terlelap.Aku tersedar bila aku terdengar bunyi bising.Aku tidak pasti jam berapa sekarang ini tetapi aku yang masih dalam keadaan mamai terpaksa bangun dan mencari arah bunyi bising tersebut.Aku baru sahaja hendak turun ke tanah bila ternampak kelibat dua susuk tubuh sedang berlawan di tapak bunglow.Aku berjalan perlahan mendekati tapak bunglow tetapi aku masih gagal untuk nampak dengan jelas.Aku hanya berdiri kaku di situ.Aku kurang pasti apa punca bunyi bising tersebut kerana mereka bukannya menggunakan pedang atau parang. Suasana yang agak gelap menjadikan penglihatan aku terhad.Aku sendiri belum pasti siapa atau apakah yang sedang bertarung di hadapan aku sekarang ini.Aku terpaksa menyalakan lampu suluh di kepala aku.Bila sahaja suluhan lampu suluh aku menerangi tapak itu, ternampaklah dua susuk tubuh seperti manusia setinggi aku.Cuma bezanya, kepala mereka berdua mempunyai dua tanduk pendek.Kedua dua makhluk itu berhenti bertarung bila terkena suluhan lampu aku.Mereka berdua memandang


81 I MISTERI KG RAKIT aku.Mata mereka bersinar kemerahan. Di tangan masing-masing terdapat senjata yang belum pernah aku lihat sebelum ini.Susah untuk aku gambarkan senjata yang mereka gunakan kecuali di hujungnya terdapat dua mata umpama parang yang tajam.Kesilapan aku mengganggu pertarungan mereka kerana sekarang mereka seperti sedang bersedia untuk menyerang aku.Aku berundur perlahan lahan sambil otak aku lihat mencari akal untuk megelakkan pertarungan yang tidak adil ini.Parang aku tertinggal di pondok, kepala pula masih dalam mod mamai. Penat masih terasa.Maka lengkaplah kekurangan diri aku malam ini.Aku berundur setapak,makhluk itu maju setapak.Bila aku berhenti bergerak, mereka juga berhenti.Agak lama juga tiada sebarang pergerakan yang aku lakukan.Sebenarnya otak aku masih belum dapat mencari cara untuk melepaskan diri dari mereka. "Wayuhiqqu Allahu Alhaqqa, bikalimatihi walaw karihal mujrimun", aku baca dan hembus ke arah meraka. "Wajaalna mimbaini aidihim saddaw wamin qolfihim saddan faagh syainahum fahum layubsirun",aku buat bulatan menggunakan kaki aku. Sekurang kurangnya aku sudah siapkan 'pagar' di sekeliling aku.Tibatiba aku dapat mendengar satu suara yang perlahan tetapi jelas,cuma aku tidak faham apa yang disuarakannya.Kedua dua makhluk melihat antara satu sama lain dan tanpa amaran apa-apa,mereka bergerak laju ke arah aku.Bunyi jeritan mereka dengan senjata yang terangkat melepasi kepala,boleh buat aku mati terkejut jika aku tidak pernah melalui keadaan begini.Aku bersedia untuk apa sahaja tetapi tanpa senjata.Aku yakin selagi aku di dalam bulatan ini,dengan izin Allah aku akan selamat.Bila sahaja mereka cuba melepasi bulatan kecil yang aku buat,tubuh mereka terhenti. Kali ini aku nampak jelas muka makhluk ini.Hidung mereka seperti jatuh ke bawah,mata terperosok ke


82 I MISTERI KG RAKIT dalam,kulit bersisik dan bertanduk. Mereka mencuba beberapa kali untuk melepasi bulatan tetapi hasilnya tetap sama.Aku tahu aku tidak boleh bertahan dalam jangka masa yang lama di dalam bulatan ini berdasarkan pengalaman aku bersama Aki Lela dan Ayah Abu.Aku perlu bertindak segera ketika makhluk ini agak leka.Ada sesuatu atau seseorang atau tuan kepada makhluk ini yang memberikan arahan dari tempat yang tersembunyi. Aku memilih untuk mengambil parang dan berhadapan dengan makhluk ini sehingga titisan darah yang terakhir jika itu takdirNya.Jika hendak melarikan diri sekalipun,tiada arah tuju yang aku ada.Sejauh mana atau selama mana aku dapat berlari jika itu pilihan yang aku buat. "A u'zubiwaj hillah hil karim,wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir,wamin syarrima yan zilu minas sama',wa syarrima yakh ruju fiha,wa syarrima zara a' fil ard,wa syarrima takh ruju minha,wamin fitanil laili wan nahar,wamin tawariqil laili wan nahar,illa tariqan yatruqu bi khairin ya rahman",aku menumbuk ke tanah dan berlari ke pondok untuk mendapatkan parang aku.Usaha aku berjaya.Makhluk itu seperti terkunci pergerakkannya dan ini memberi peluang untuk aku mendapatkan parang aku.Dengan parang yang tergenggam di tangan kanan,aku menuju ke arah kedua dua makhluk yang sedang kaku berdiri. Mereka hanya mampu melihat aku menghampiri mereka.Walaupun terdengar suara memberikan arahan seperti tadi,mereka tidak mampu mematuhinya.Dengan dua kali hayun, kedua dua kepala makhluk itu gugur ke tanah tetapi tubuh mereka masih tetap berdiri.Satu jeritan kuat dari arah hutan kedengaran dan diikuti bunyi seperti benda terbang.Aku tidak pasti dari arah mana benda terbang itu akan muncul.


83 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 10 Aku berpusing mencari arah benda itu. Bunyinya semakin lama semakin dekat tetapi arah datangnya buat aku keliru. Aku terlalu leka menanti kedatangan makhluk terbang itu sehingga tidak perasan kedua dua tubuh makhluk bersama kepala mereka telah ghaib. Peliknya bunyi benda terbang tiba-tiba tidak kedengaran lagi.Rupanya aku yang telah tertipu.Kehadiran bunyi itu sekadar untuk melalaikan aku untuk fokus pada tubuh-tubuh makhluk yang kaku sebelum ini.Ini satu pelajaran berguna buat aku.Aku dapati tapak bunglow macam biasa sahaja,tiada kesan sebarang pertarungan telah berlaku tadi.Besi besi yang ditegakkan oleh Anjang dan pekerjanya tetap berada di tempat asalnya.Aku benar-benar keliru.Pemikiran aku terganggu dengan kejadian ini. "Apa yang aku nampak sebenarnya tadi?otak aku ni betul ke tak?",aku seperti hilang kepercayaan terhadap diri sendiri.Aku seolah olah sedang dipermainkan seseorang.Aku duduk di hujung lantai pondok sambil berfikir. Kali pertama aku rasa diperbodohkan dengan mudah sekali. "Falamma alqaw kala musa,ma jig'tum bihil sihr,innallah ha syayup tiluh, innallahhala yuslihu amalal mufsidin", aku cuba untuk perbetulkan kesilapan aku.Sihir ini hampir berjaya memperdayakan aku jika aku tidak terfikir sebentar tadi.Aku kena bermula semula,sabar dan waspada.Manusia yang aku sedang hadapi sekarang bukan sebarangan orang.Identitinya tersembunyi dan dia bijak mengatur strategi.Aku perlu 'bersihkan' diri dan pemikiran aku menggunakan apa yang telah aku belajar. Alhamdulillah,malam itu aku berjaya tidur tanpa sebarang gangguan.Selesai solat subuh,aku sediakan minuman biasa.


84 I MISTERI KG RAKIT Aku repih biskut kering ke dalam kopi 'o' dan kemudiannya suapkannya ke mulut.Cukuplah untuk mengalas perut di pagi hari.Tidak lama kemudian Anjang tiba bersama pekerjanya. Selepas berbual seketika,aku mohon undur diri untuk menuju ke surau lama seperti yang telah aku janjikan dengan Pak Bidin.Jika dapat membersihkan sedikit semak samun sebelum zohor pun satu permulaan yang baik.Tidak sampai 15 minit,aku pun sampai di surau lama.Pak Bidin masih belum kelihatan lagi.Aku letak motosikal di bawah pokok manggis yang agak tinggi tetapi tiada berbuah.Aku mula membersihkan semak samun di bahagian tepi-tepi surau. Semak samun yang sudah dicantas, aku kumpul setempat supaya senang dibakar apabila sudah kering.Agak lama juga aku sendirian membersihkan kawasan surau ini. "Assalamualaikum..",terdengar suara memberi salam ketika aku sedang asyik membersihkan semak samun. "Waalaikummusalam wbt",jawab aku sambil menoleh ke arah suara itu. "Pak Bidin..maaf saya tak tunggu Pak Bidin tadi.Semangat sangat ni",tambah aku sambil tersenyum.Pak Bidin yang berbaju pagoda putih dan berseluar panjang menghampiri aku. "Aku ada hal sikit tadi,tu yang lambat. Kamu dah lama sampai?",tanya dia. "Baru je lagi.Tak banyak pun lagi yang saya buat",jawab aku. "Mari kita teruskan",ajak Pak Bidin. Kamu terus bersama-sama menunaikan niat kami semalam.Bersemangat aku bila ada orang yang sama niat macam aku.Biarpun bermandi peluh,aku tetap teruskan. Pak Bidin menebas agak jauh sedikit dari aku. Nampak tenang dan bersahaja dia menebas semak samun yang ada. Mungkin dia memang


85 I MISTERI KG RAKIT sudah biasa buat kerja seperti ini.Aku beberapa kali juga berhenti untuk minum air tetapi Pak Bidin setakat ini aku perhatikan belum berhenti berehat dan minum apa-apa pun. "Pak Bidin,berhentilah rehat dulu kalau penat",laung aku.Dia menoleh sambil tersenyum dan hanya mengangkat tangan sahaja lalu meneruskan kerjanya.Aku hanya menggelengkan kepala dan meneruskan kerja aku. Belum pun separuh hari,sudah banyak semak samun yang kami bersihkan. Rasa teruja yang amat sangat.Sudah banyak juga semak samun yang kami berjaya kumpulkan di satu tempat tapi rasanya Pak Bidin lebih banyak hasil tangannya daripada aku.Padahal aku lebih dahulu memulakan kerja-kerja dari dia. "Pak Bidin,marilah ke sini dulu,kita rehat sekejap",sekali lagi aku laung ke arah dia.Dia mengangkat tangan dan berjalan menuju ke arah aku.Bila dia dekat dengan aku,aku nampak satu keajaiban atau lebih tepat lagi sesuatu yang pelik.Baju aku habis basah bermandi peluh tetapi bila aku lihat bajunya,masih kering dan bersih seperti mula-mula dia sampai tadi.Aku terasa amat kagum dan pada pendapat aku,Pak Bidin ini juga bukan sebarangan orang. "Duduk dulu Pak Bidin,duduk sini ni, atas batu ni",pelawa aku.Dia melabuhkan punggungnya di situ. "Minumlah air ni Pak Bidin,dari tadi saya tak nampak Pak Bidin rehat dan minum air",kata aku.Dia hanya tersenyum dan mengeluarkan rokok daun dari lipatan seluar di pinggangnya lalu menyalakannya.Berkepul kepul asap terbang di atas kepalanya. "Kat mana rumah Pak Bidin?Pak Bidin tinggal dengan siapa?",aku memulakan perbualan.Dia masih melayan rokok daunnya.Agak lama juga dia mendiamkan diri.Tengah menikmati rokok agaknya.


86 I MISTERI KG RAKIT "Tak jauh dari sini,dengan bini akulah", tiba-tiba dia menjawab. "Pak Bidin ada anak?",aku bertanya lagi. "Dah meninggal",pendek sahaja jawapannya.Aku tidak sanggup untuk bertanya lagi. "Minum air ni Pak Bidin!!",pelawa aku sambil menghulurkan botol air. "Letak je kat situ,nanti aku minum", jawabnya.Aku meletakkan botol air di antara aku dengan dia.Aku membaringkan seketika tubuh aku di atas daun-daun kering tetapi sesekali aku curi-curi melihat ke arah Pak Bidin.Dia masih seperti tadi melayan rokok daunnya dan sesekali kepalanya seperti mendongak kaku ke langit namun air yang aku berikan untuknya masih belum terusik. "Pak Bidin kenal rapat dengan Pakcik Sabri dan Pak Ramli?",aku bertanya soalan yang agak lama tersimpan dalam kotak pertanyaan.Dia membetulkan duduknya.Pandangannya kini tertunduk ke bumi. "Sabri tu lah imam surau ni.Dulu tak ramai yang datang ke surau,masing masing sibuk dengan urusan dunia termasuk aku.Hanya Sabri yang tak pernah jemu meimarahkan surau ini tapi yang lain jangan harap.Selalunya dia yang azan,dia yang jadi imam,dia yang jadi makmum tapi dia tak pernah mengeluh.Setiap hari itulah rutinnya. Ada yang gelakkan dia tapi dia tetap istiqomah.Merdu suara azan dia tapi tetap tak mampu tarik orang datang ke sini.Jika dia sakit sekalipun,dia tetap datang ke sini",Pak Bidin mula bercerita.Aku nampak air matanya bergenang.Suaranya terdengar sebak.Aku mula tertarik untuk mendengar lebih lanjut kisah ini. 'Memang macam tu ke selalunya?",aku ulang tanya cerita Pak Bidin. "Yer..kasihan dia.Kadang-kadang dia pergi dari satu rumah ke satu


87 I MISTERI KG RAKIT rumah ajak orang ke surau.Ramai yang mengiyakan sahaja tapi tak datang pun termasuk aku",jawabnya. "Macam mana Pak Bidin boleh datang ke surau ni?",siasatan aku masih berjalan. "Satu hari,anak aku sakit.Menjerit dan meracau tak henti selepas balik dari memikat ayam hutan kat ladang kelapa sawit sana nun.Aku tak tahu nak buat apa.Panggil dukun pun tak jadi jugak. nak bawak ke hospital,aku tak ada kereta,tak mampu.Akhirnya aku datang ke sini dengan muka yang tak malu dan mintak tolong dengan Sabri",cerita dia lagi. "Pakcik Sabri memang pandai ubat orang?",tanya aku lagi. "Aku pun tak tahu tapi aku tak ada pilihan.Dia orang surau,dia boleh tolong doa dan ikhtiar tolong anak aku", jawab dia lagi.Inilah masalah dunia zaman sekarang. Kita tidak sambut laungan azan ajak berjemaah tetapi mencari penyelesaian masalah di masjid atau di surau bila terdesak. "Dia senyum je bila aku mintak tolong dengan dia.Aku tunggu dia di luar surau sampai dia habis solat padahal aku orang Islam.Kenapa aku tak solat sama dengan dia?",matanya mula berkaca,suaranya mula tersekat sekat. "Aku kufur nikmat Allah.Aku hanya ingat Allah saat aku perlu tapi bila tak perlu,aku buat macam Allah tak wujud. Aku sihat walafiat tapi tak pernah solat, tak pernah puasa.Aku tak ajar bini dan anak aku kewajipan seorang Islam",air matanya mula gugur.Dia tersedu sedu menahan tangis. "Tak ada orang yang sempurna Pak Bidin.Allah uji tu sebab nak panggil semula Pak Bidin kembali untuk mengingatiNya.Lain orang,lain cara


88 I MISTERI KG RAKIT hidayahNya.Yang penting,kita sedar dan bertaubat',aku cuba mententeramkan keadaannya. "Tapi aku banyak dosa",bidasnya. "Saya pun banyak dosa.Tak ada manusia yang tak ada dosa kecuali Nabi.Yang lepas tu biarlah dijadikan pengajaran dan pengalaman",pujuk aku . "Sabri datang ke rumah aku untuk ubat anak aku.Sekejap je dia dah boleh ubat anak aku.Aku nak bayar tapi dia tak nak terima.Dia minta satu je syarat,ikut dia ke surau setiap hari.Tak ada teman katanya",Pak Bidin terus menyambung ceritanya. "Pak Bidin pergilah?",sampuk aku. "Sejak hari tu,aku datang ke surau ini tanpa gagal",jawab dia. "Alhamdulillah...",kata aku.Dia berhenti seketika untuk menyalakan sebatang lagi rokok daunnya.Selepas tiga empat kepul asap terbang di awangan,dia membetulkan duduknya lalu menyambung semula ceritanya. "Satu hari,bini dan anak aku sakit serentak.Aku tak tahu kenapa.Setiap malam dia orang berdua akan menjerit jerit.Siang,dia orang terbaring macam orang mati". "Ilmu hitam?",tanya aku ringkas. "Aku minta tolong Sabri.Dia cakap,dia tak pandai.Jika dia tolong,dia tak tahu cara untuk jaga diri dia.Aku pujuk sampai dia setuju.Aku pentingkan diri aku sendiri",sayu sahaja suaranya. "Apa jadi pada Pakcik Sabri?",aku yang tidak sabar jadinya.


89 I MISTERI KG RAKIT "Dia berjaya ubat bini dan anak sembuh macam biasa tapi sejak hari tu,Sabri selalu sakit-sakit.Sakit macam mana pun,dia tetap datang ke surau ni. Kadang-kadang aku terpaksa papah dia masuk ke dalam surau.Inilah yang buat aku sesal tak sudah",aku nampak airmatanya mengalir. "Lupakanlah Pak Bidin,benda dah lepas",pujuk aku sambil menggosok belakangnya.Dia menarik nafas yang panjang. "Satu hari,aku terlambat untuk datang waktu subuh.Aku sampai kat surau ni,matahari dah agak tinggi.Aku tak tahu kenapa aku nak sangat datang ke sini hari tu walaupun dah terlepas waktu subuh.Sampai kat sini,aku nampak motornya ada.Aku cepat-cepat masuk dalam surau",tiba-tiba bunyi tangisannya semakin kuat.Dia berhenti agak lama.Aku tidak tergamak untuk memaksanya untuk terus bercerita walaupun hati aku terlalu ingin mendengar kisah seterusnya.Pak Bidin mengesat airmatanya menggunakan tangannya. "Bila aku masuk,aku nampak dia dalam keadaan sujud.Aku tak sedap hati.Aku gerakan badan dia tapi badan dia terus jatuh ke lantai surau.Dia dah tak ada lagi masa tu.Ada darah pada sejadah tempat dia sujud.Dia sakit,dia sakit sebab tolong ubat bini dengan anak aku",kali ini tangisannya tak dapat di tahan-tahan lagi.Dia menangis semahu mahunya.Mungkin sudah lama dia memendam penyesalan ini.Tibatiba aku teringatkan kisah Arwah Aki Lela yang sanggup berkorban untuk selamatkan aku.Beginilah lebih kurang jalan ceritanya.Hanya orang berhati cukup mulia dan bersih yang sanggup berkorban untuk orang lain.Aku faham apa yang Pak Bidin rasa sebab aku telah melaluinya.Aku menggosok belakangnya.Aku juga rasa sayu. "Pak Bidin duduk sini dulu yer.Saya nak bersihkan badan saya dulu.Sekejap lagi dah nak zohor.Nanti kita solat sama-sama",kata


90 I MISTERI KG RAKIT aku.Aku bangun lalu mencapai beg aku yang mengandungi tuala dan pakaian yang bersih.Aku biarkan Pak Bidin keseorangan untuk dia melepaskan apa yang dia pendam sekian lama.Sampai di telaga,aku mandi agak lama.Terasa segar bila terkena jirusan air telaga ini,tidak mahu berhenti mandi kalau boleh.Selepas rasa puas menikmati air telaga,aku tukar pakaian yang bersih.Siap berpakaian,aku melangkah ke arah tempat duduk Pak Bidin tadi tetapi dia tiada lagi di situ. "Ke mana pulak orang tua ni?",tanya aku dalam hati. "Balik rumah dia agaknya",aku buat telahan sendiri.Biarlah,sekurangnya dia sudah tenang dapat luahkan apa yang dia pendam sekian lama.Aku masuk ke dalam surau.Tidak ada rasa panas biarpun tanpa kipas.Berdebar hati aku untuk melaungkan azan di surau ini. Entah berapa lama azan tidak kedengaran di sini,aku sendiri pun tidak pasti.Akhirnya aku melaungkan azan bila yakin telah masuk waktu zohor. Sayup-sayup bagai aku terdengar suara orang menjawab azan yang aku laungkan.Bila habis azan,aku berpaling ke belakang tetapi tiada sesiapa.Cuma gerak hati aku bagai dapat merasai kehadiran seseorang yang tidak nampak dengan mata kasar.Aku buat solat sunat terlebih dahulu dan berharap ada orang yang mendengar azan aku tadi dan datang ke surau. Malangnya,harapan aku hanya tinggal harapan.Tiada seorang pun yang datang walaupun aku menunggu agak lama.Akhirnya aku sendirian menunaikan solat zohor.Selesai wirid,aku bangun dan berniat untuk pulang ke pondok aku.Esok pula aku datang untuk menyambung kerja-kerja membersihkan surau ini.Aku baru sahaja melangkah keluar dari muka pintu surau bila muncul tiga orang lelaki yang tidak aku kenali dari hadapan."Siapa yang benarkan kau guna surau ni?",tanya lelaki yang paling rendah dan berkepala agak botak. "Mungkin dia ini ketua dari mereka bertiga",teka hati aku.


91 I MISTERI KG RAKIT "Assalamualaikum wbt..",aku bagi salam. "Tak payah nak tunjuk baik.Siapa yang izinkan kau guna surau ni?",dia ulang soalan tadi. "Kena mintak kebenaran ke?",aku buat soalan pemanas suasana.Sikap degil yang tidak pernah hilang dalam diri aku jika ada yang kurang ajar. "Masuk kampung orang,lain kali mintak izin",tengking lelaki itu. "Lain kali tulis kat pintu masuk kampung ni,sila mintak kebenaran terlebih dulu sebelum masuk",aku sengaja menyindir.Dua lelaki di kanan dan kiri lelaki rendah itu cuba mendekati aku tetapi dihalang oleh ketuanya. "Ramai betul musuh dalam kampung ni.Semua nak jadi samseng",bebel aku dalam hati.Ini kumpulan kedua yang 'menegur' aku dan seperti biasa cara yang sama aku 'menyambutnya'. "Aku bagi amaran,jangan pandai pandai nak buat sesuatu dalam kampung ini. kampung ni ada ketua.Mintak izin dulu. Belajar hormat tuan rumah",herdik dia. "Tak kan nak bersih dan guna surau ni pun kena mintak kebenaran?dah lah tak ada siapa yang guna surau ni", jawab aku. "Tak kira...kau nak guna surau ke,masjid ke,apa ke..lain kali mintak kebenaran dulu.Jangan buat tak reti bahasa",makin kasar percakapan lelaki ini.Aku hanya tersenyum untuk menyembunyikan amarah aku. "Ingat pesan aku tu",tambah lelaki itu. "Kalau aku tak ingat?",soalan bodoh keluar dari mulut aku. Kali ini ketuanya tidak menahan lagi serangan anak buahnya terhadap aku.Lelaki yang paling tinggi dan paling muda cuba memegang leher


Novel Seram

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version