The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-02-20 03:49:19

Novel Seram

192 I MISTERI KG RAKIT Pak Bidin duduk bersila di atas lantai bersetentang dengan bahagian tengah tubuh Pak Ramli.Aku pula duduk agak rapat di belakang Pak Bidin.Pak Bidin memulakan usahanya.Aku juga mula membaca ayatayat yang aku belajar dengan suara yang agak nyaring.Pak Bidin menepuk lantai 3 kali dengan kuat.Selepas itu dia kelihatan seperti sedang menarik sesuatu dari Pak Ramli dan sebelum sampai kepadanya, tarikan itu seperti terlepas semula. "Buat lagi",aku bisik dari belakang.Pak Bidin ulang lagi apa yang dibuatnya tadi.Kali ini belum habis dia ulang,atap warung Makcik Ani bergegar dengan kuat dikuti dengan ketukan di seluruh dinding.Aku pandang ke arah Makcik Ani dan isyaratkan dia untuk bertenang. "Jangan berhenti..terus buat",aku bisik di telinga Pak Bidin.Bunyi di luar semakin kuat.Atap warung seperti hendak tercabut.Pak Bidin terus berusaha seperti mana aku pinta tadi. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku letak tapak tangan kanan aku ke belakang Pak Bidin.Bila Pak Bidin seperti menarik sesuatu,aku ikut dari belakang menggunakan tapak tangan aku.Aku dapat rasa bagai ada sesuatu yang sedang aku tarik.Tubuh aku mula menggeletar.


193 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 21 Tangan aku sekarang seperti sedang menarik sesuatu yang amat berat. "Innalazinakafaru bi ayatina shaufa nuslihim naran kullama nadijat juluduhum baddal nahum juludan ghairoha liyazu kul aza bainnallaha kani a a'zizan hakima",aku letak pula tapak tangan kiri aku di belakang Pak Bidin.Tubuh Pak Bidin mula condong ke depan seperti sedang ditarik sesuatu.Kini terpulang kepada aku untuk membantunya.Nafas Pak Bidin mula kedengaran tercungap cungap. "Allahhumma inni a'uzubikamin amalis syaitoni wa sayyi atil ahlam",aku kuatkan tekanan kedua dua tapak tangan aku di belakangnya.Aku baca pula satu lagi ayat dan kali ini aku tarik pula kedua dua tapak tangan ke arah tubuh aku.Terasa bagai ada sesuatu yang cuba menghalang usaha aku.Aku berusaha sedaya upaya aku kerana tubuh Pak Bidin semakin menunduk ke depan. "Bismillahirrahmanirrahim,latag lu alayya wag tuni muslimin",aku terus bertahan. "Bangun Pak Bidin..bangun..lawan iblis tu.Jangan ikut dia",kata aku di telinga Pak Bidin tetapi tiada tindak balas. "A‘udzu bi wajhillahil karim,wa bi kalimatillahit tammatillati la yuja wizuhunna barrun wala faajirun,min syarrima yanzilu minas sama’i,wamin syarrima yagruju fiha,wamin syarrima zara’a fil


194 I MISTERI KG RAKIT ardh,wamin syarrima yakhruju minha,wamin syarri fitanil laili wan nahar,wamin syarrima thowariqil lail, wamin syarri kulli illa thoriqi illa thoriqan yathriqu,bi khairin ya rahman",aku alih tapak tangan kanan aku tetapi tapak tangan kiri aku masih di belakangnya.Aku tekan dengan kuat penumbuk tangan kanan aku ke lantai dan kemudian memusingkan penumbuk aku ke kanan dan ke kiri.Tubuh Pak Bidin perlahan lahan bergerak ke belakang semula dan sudah hampir tegak.Bunyi bising di atas atap dengan ketukan di dinding tidak kedengaran lagi. "Bangun Pak Bidin...ingat Allah..zikir... 'Laillahaillallah',jangan mengalah",aku terus berusaha menyedarkan Pak Bidin.Akhirnya aku nampak Pak Bidin mengangkat mukanya dan memandang ke arah Pak Ramli.Dia ulang semula pergerakan tangannya. Kali ini kaki kanan Pak Ramli pula yang terangkat sedikit dari tilamnya. Tiba-tiba bunyi bising di atas atap kedengaran semula diikuti dengan bunyi ketukan di dinding.Aku tahu, 'benda' itu sedang bertahan dari mengalah.Aku angkat tangan kanan aku dari lantai dan letakkan pula di atas kepala Pak Bidin. "Ya ayyuhallazi na amanusbiru wasobiru warobbitu,watakullaha la allakum tuflihun",aku tekan sedikit kepalanya.Tubuhnya tegak dan lurus sementara tangannya masih sedang berusaha menarik sesuatu seperti tadi. "Kulhuallah hu Ahad,Allahhu somad, Lam yalid walam yulad,walam yakullahu kufuan Ahad",jari telunjuk dan jari hantu aku bengkokkan sedikit seperti menyucuk kepala Pak Bidin. Terdengar suaranya seperti marahkan tindakan aku tetapi aku abaikan.Kali ini kelihatan kaki kiri Pak Ramli pula yang terangkat sedikit dari tilamnya dan akhirnya sama aras dengan kaki kanannya.


195 I MISTERI KG RAKIT Dia lumpuh tetapi kakinya kini mampu terangkat.Jari aku masih menyucuk kepala Pak Bidin.Kepalanya seperti cuba meronta melepaskan tekanan jari aku tetapi gagal. "Lepaskan aku...lepaskan aku..",marah Pak Bidin tetapi aku tahu ini bukan 'dirinya'. "Kau keluar dari tubuh Ramli,aku lepaskan kau",kata aku.Inilah sebenarnya tujuan aku.Jika aku terus sahaja mengubati Pak Ramli tanpa Pak Bidin,'benda' itu tidak akan mengalah dan tidak akan membebaskan tubuh Pak Bidin. "Aku boleh keluar dari badan dia tapi aku mahu tubuh ini.Ini tuan aku",kata suara itu.Semakin kuat aku menyucuk kepala Pak Bidin. "Sakitlah...lepaskan aku",marah suara itu. "Keluar dari tubuh Ramli,aku lepaskan kau dan jangan sesekali kau masuk lagi dalam tubuh dia",aku tinggikan suara. "Baik..baik..aku keluar..",kata suara itu lagi. "Janji jangan kacau lagi tubuh itu?", tanya aku. "Ya..aku janji",jawabnya.Tiba-tiba Pak Ramli mengangkat tubuhnya dan duduk berlunjur. Tangannya pula diletakan memanjang di atas pahanya.Aku tahu Pak Ramli masih belum sembuh lagi,ini adalah pandangan yang menipu. "Lepaskan aku..aku dah lepaskan tubuh itu",marah suara itu lagi. "Keluar sepenuhnya dari tubuh itu dan kemudian tubuh ini pulak,ini bukan milik kau",jerkah aku. "Aku tak mahu..ini tuan aku..aku suka duduk dalam badan dia",kali ini suara itu menengking aku.


196 I MISTERI KG RAKIT "Kau degil yer...baiklah..",amaran aku.Pak Bidin meronta ronta.Tibatiba aku rasa leher aku dicekik dari belakang dengan kuat.Ada suara garau di telinga aku.Dari tangan yang sedang mencekik aku,aku tahu ini adalah Makcik Ani. Sebab itu aku memang kalau boleh tidak mahu orang lain ketika usaha pengubatan ini dibuat.Cekikkan itu semakin kuat.Aku semakin hilang nafas tetapi jari aku masih bertahan di atas kepala Pak Bidin.Aku baca ayatul Qursi waqaf 9 dalam keadaan nafas semakin pendek.Aku pejamkan mata. "Allahhumma inni a'uzubikamin amalis syaitoni wa sayyi atil ahlam",aku alihkan tangan kiri aku dari belakang Pak Bidin dan kemudiannya memegang tangan yang mencekik leher aku.Aku pegang tangan itu sekuat tenaga yang aku ada. "Man yaghtihi azabuyyukhzihi wayahillu alaihi azabum muqim",aku masih memejamkan mata dan menumpukan perhatian cara batin.Semakin lama cekikkan itu semakin longgar tetapi tangan aku masih memegang tangan itu dengan kuat. "Panas..panas..lepaskan tangan aku..." jerit Makcik Ani.Akhirnya Makcik Ani melepaskan leher aku dan rebah ke lantai.Aku abaikan dia kerana urusan aku dengan Pak Bidin belum selesai. "A‘udzu bi wajhillahil karim,wa bi kalimatillahit tammatillati la yuja wizuhunna barrun wala faajirun,min syarrima yanzilu minas sama’i,wamin syarrima yagruju fiha,wamin syarrima zara’a fil


197 I MISTERI KG RAKIT ardh,wamin syarrima yakhruju minha,wamin syarri fitanil laili wan nahar,wamin syarrima thowariqil lail, wamin syarri kulli illa thoriqi illa thoriqan yathriqu,bi khairin ya rahman",kali ini aku letak dan tekan jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan ke belakang lehernya.Lehernya bergerak ke kanan dan ke kiri. "Tolong,lepaskan aku..aku nak keluar, aku nak keluar",suara Pak Bidin.Aku tidak mengendahkan rayuannya.Aku baca lagi satu ayat yang panjang dan menekan lebih kuat di lehernya. "Tolonglah...lepaskan aku..sakit sangat ni",rayu suara itu. "Kau kembalikan orang yang sakit tu seperti sebelum kau buat dia sakit. Buang apa sahaja yang letak dalam badan dia",aku bagi syarat. *Sesungguhnya segalanya berlaku dengan izin Allah semata mata samada sakit,sembuh atau kematian. Apa yang aku buat adalah sebagai ikhtiar supaya tiada apa-apa lagi yang tertinggal dalam tubuh Pak Ramli kerana 'benda' yang 'mengganggu' dirinyalah yang telah menjadi punca. "Aku janji aku buang semuanya",kata suara itu lagi. "Kau jangan ingat aku tak tahu jika ada apa-apa lagi yang sengaja kau tinggalkan.Jika ada,tak ada belas kasihan dari aku",balas aku sedangkan aku ada niat yang lain.Perjanjian dengan sekutu syaitan hanya sia-sia. "Berikan aku satu bukti",kata aku. "Baik..baik..",jawab suara itu.Aku lihat Pak Ramli berdiri dengan susah payah tetapi itu yang melegakan aku daripada dia terus berdiri dengan tegak sihat walafiat.


198 I MISTERI KG RAKIT "Assalamualaikum wbt Pak Ramli..", kata aku.Dia pandang ke arah aku. "Waalaikummusalam wbt..Man", jawabnya.Lega aku rasa bila dapat mendengar suaranya tetapi itu belum cukup untuk meyakinkan aku. "Boleh Pak Ramli selawat?",tanya aku. "Sallallahhuala Muhammad, Sallallahhuala Muhammad, Sallallahhuala Muhammad",itu yang keluar dari mulut Pak Ramli.Itu sudah cukup meyakinkan aku. "Pak Ramli duduk dulu dan jangan baring",pesan aku.Ada sebabnya aku berpesan begitu. "Kenapa dengan bini aku?",tanya dia. "Jangan risau,nanti saya uruskan", jawab aku.Pak Ramli duduk di tepi katilnya.Jari aku masih belum melepaskan leher Pak Bidin. "Sekarang kau keluar dari tubuh ini", kata aku. "Ini tuan aku.Aku dah tunai janji aku, sekarang kau tunai janji kau.Lepaskan aku pergi",kata suara itu. "Aku tak berjanji nak bagi tubuh ini pada kau.Sekarang kau keluar",jerit aku sambil terus menekan dengan kuat jari aku di leher Pak Bidin.Pak Bidin menangis dan meraung tetapi aku tidak mempedulikan. "Sakitlah bodoh...",suara itu marahkan aku. "Kalau kau tak mahu sakit,keluar sekarang",aku jerkah lagi. "Baik...aku keluar sekarang",jawab suara itu.Tiba-tiba terdengar satu suara jeritan yang kuat diikuti bunyi dinding pecah.Kemudian bunyi bising beralih ke atas atap.Tubuh Pak Bidin terbaring di lantai.Aku bangun dan berlari keluar dari warung Makcik Ani.


199 I MISTERI KG RAKIT Sampai di luar,aku nyalakan lampu suluh di kepala aku.Mata aku memandang tepat ke atas atap warung Makcik Ani.Di situ kelihatan satu kelibat hitam berambut panjang.Inilah yang aku cari dan tunggu.Di kawasan ini dia tidak punya apa-apa kelebihan berbanding berada di kebun Pak Bidin.Aku baca surah Al Fatihah dan ayatul Qursi. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku hembus ke arah kelibat itu. "Wajaalna mimbaini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan faagh syainahum fahum layubsirun",aku sediakan pertahanan aku.Kelibat ini sudah berdendam terhadap aku.Kelibat itu menjerit kuat lalu menerkam ke arah aku dari atas atap. "Wa iza qilalahut taqillahha a'khazat hul izzatu bil ismi,fahasbuhu jahannam, walabiq' sal mihad",aku sudah bersedia jika bulatan aku gagal.Termasuk sahaja dia ke dalam bulatan yang aku buat,kelibat itu tercampak jauh.Aku keluar dari bulatan yang aku buat dan meluru ke arah kelibat itu.Malam ini aku akan selesaikan masalah Pak Ramli dan Pak Bidin.Aku baca satu yang panjang dan hembus ke arah kelibat itu.Kelibat itu cuba bangun tetapi gagal.Dia menjerit lagi dengan kuat tetapi masih gagal untuk bangun. "Wallahhu ghalibun ala amrih,Ya Hayyun Ya Qayyum,Ya ilahana,Wa ilaha kulli syai in,illahan wahida,La illa hailla anta,Allahhu Akbar,Allahhu Ahad",aku baca lagi satu ayat dan dekatkan tapak tangan kanan aku ke mukanya.Dia cuba berpaling mengelak tetapi gagal.Keseluruhan mukanya bagai dipaksa melihat ke arah tapak tangan aku.Dia berusaha untuk mengalihkan pandangannya tetapi setiap kali dia berpaling,mukanya akan kembali melihat tapak tangan aku.


200 I MISTERI KG RAKIT Dia mula mengeluarkan suara yang pelik. Kepalanya pula nampak bergoncang kuat.Tangannya merayau merata tapi tidak dapat menyentuh tangan aku walaupun tangan aku hanya sejengkal dari mukanya.Semakin lama,tapak tangan aku semakin rapat dengan mukanya dan bila semakin rapat, semakin kuat jeritan kelibat itu.Aku tidak pasti adalah orang lain boleh mendengar jeritan kelibat ini.Lebih kurang 10 minit juga aku meletakkan tapak tangan aku di hadapan mukanya.Akhirnya asap mula keluar dari mulut dan telinganya,semakin lama semakin banyak. "A‘udzu bi wajhillahil karim,wa bi kalimatillahit tammatillati la yuja wizuhunna barrun wala faajirun,min syarrima yanzilu minas sama’i,wamin syarrima yagruju fiha,wamin syarrima zara’a fil ardh,wamin syarrima yakhruju minha,wamin syarri fitanil laili wan nahar,wamin syarrima thowariqil lail, wamin syarri kulli illa thoriqi illa thoriqan yathriqu,bi khairin ya rahman", Malam ini sudah banyak kali aku gunakan ayat ini dan aku bersyukur kerana ia tetap berkesan dengan izin Allah.Setiap ayat Al Quran mempunyai kegunaan yang pelbagai dan keyakinan tinggi terhadap kekuasaan Allah akan menjadikan ia amat berguna.Tidak lama kemudian api mula menyambar kelibat tersebut. Bermacam-macam bunyi yang aku dengar di saat ia terbakar.Aku menunggu sehingga semuanya telah hangus dijilat api.


201 I MISTERI KG RAKIT Bila semuanya sudah selesai,aku berjalan untuk masuk ke dalam bilik Pak Ramli.Ada urusan yang masih belum selesai.Aku baru sahaja hendak masuk ke warung Makcik Ani bila sebuah kereta berhenti di depan aku. "Assalamualaikum...",kata orang itu. Aku tidak melihat kerana silau lampu keretanya. "Waalaikummusalam wbt..Ooo Pak Jamil rupanya",jawab aku bila ternampak muka Pak Jamil. "Akulah ni..tadi aku dengar bunyi bising,sebab tu aku datang cari.Jumpa kamu lagi.Malam tu dekat surau.Kamu buat apa pulak sekarang ni?",tanya dia. Aku faham,sebagai ketua kampung,dia perlu siasat jika ada apa-apa masalah yang timbul di kampung jagaannya. "Saya tolong Pak Bidin ubatkan Pak Ramli je.Mungkin suara menjerit tu suara Makcik Ani terkejut tadi",aku bagi alasan. "Mungkinlah.Boleh aku tengok?",kata dia lagi. "Silakan..tak ada masalah",jawab aku walaupun ada sedikit rasa serba salah. "Ermm..tak apalah..aku balik dulu, perut tak selesa pulak",jawab dia lalu bergerak pulang.Lega aku rasa.Kalau tak,susah aku hendak jawab kalau dia nampak Makcik Ani dengan Pak Bidin tidak sedarkan diri.Aku cepat-cepat masuk ke bilik Pak Ramli.Pak Bidin dengan Makcik Ani masih tidak sedarkan diri.Pak Ramli pula masih duduk berlunjur seperti tadi.Air mukanya nampak gembira.Dia tersenyum bila dapat menggerakkan tangan serta kakinya walaupun perlahan.Aku tepuk bahunya.


202 I MISTERI KG RAKIT "Saya nak pulihkan dia orang pulak", kata aku kepada Pak Ramli.Dia anggukkan kepala.Aku menuju kepada Makcik Ani terlebih dahulu.Aku ambil air putih dan basahkan muka Makcik Ani sebanyak tiga kali.Akhirnya pada basahan yang ketiga, Makcik Ani mula sedarkan diri.Dia memegang kepalanya. "Ani...", tiba-tiba Pak Ramli memanggil Makcik ani.makcik Ani kelihatan terkejut bila mendengar Pak Ramli sudah boleh bercakap semula.Dia menghampiri suaminya dan aku tidak ambil tahu sangat lagi kerana aku perlu menyedarkan Pak Bidin pula.Aku menghampiri Pak Bidin yang masih terbaring.Namun selepas berusaha banyak kali,Pak Bidin masih belum sedarkan diri.Aku tidak mahu dia jadi lumpuh seperti Pak Ramli pula.Aku hilang semangat.


203 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 22 Aku tarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan diri.Pasti ada sesuatu yang boleh aku usahakan.Apa gunanya Pak Ramli sihat jika Pak Bidin pula lumpuh.Memanglah semua ini salah Pak Bidin tetapi itu zaman dia dalam kegelapan dan sekarang dia sudah bertaubat.Aku nekad untuk berusaha memulihkannya.Aku ambil air dalam baldi dan letakkan di sebelahnya. "Wa rusulan qad qaṣaṣnahum alaika min qablu,wa rusulal lam naqsushum alaik,wa kallamallahu mụsa taklima", aku tidak mahu jadi orang yang berputus asa.Aku basahkan mukanya dan kakinya tetapi masih belum berhasil.Aku ulang sehingga tiga kali dan pada usaha yang ketiga,kelopak matanya seperti bergerak sedikit. "Ada apa yang boleh aku tolong?",kata Pak Ramli. "Tak apa,Pak Ramli baru sembuh,rehat lah dulu.Biarkan saya sorang buat yang ni",jawab aku.Aku mengiringkan tubuhnya.Aku gosok di belakang lehernya dan kemudian pada belikatnya.Ada tindakbalas yang sedikit tetapi itu satu petanda yang baik.Aku masih berusaha kerana aku yakin Pak Bidin akan sedar macam biasa. "Ma jig'tum bihil sihr,innallah ha syayup tiluh,innallahhala yuslihu amalal mufsidin",aku tekan dengan kuat pada belikatnya menggunakan ibu jari tangan kanan aku.Tapak kakinya juga kelihatan melengkung seperti menahan sakit.Tubuhnya juga mula meleding ke depan.Usaha aku sudah menampakkan kejayaan.


204 I MISTERI KG RAKIT Aku tumpukan pula pada tapak kakinya,bahagian yang mempunyai banyak urat saraf.Aku tekan dengan agak kuat sehingga aku dapat rasakan tenaganya cuba menarik kakinya yang sakit bila diurut.Aku terus mengurut sehingga semakin lama dia berupaya menarik kakinya dengan kuat.Aku baca pula ayatul Qursi waqaf 9 dan kemudian hembus ke ubun-ubunnya. Perlahan lahan dia membuka mata. "Alhamdulillah...",kata aku bila lihat dia tersenyum.Aku menepuk bahunya tiga kali. "Cuba Pak Bidin angkat kedua dua tangan ke atas dan biarkan dalam kiraan 10",pinta aku.Dia menurut sahaja arahan aku.Dia berjaya melepasi masa yang aku tetapkan. "Cuba bangun...berdiri..",sekali lagi aku bagi arahan.Sekali lagi dia berjaya mengikut arahan aku.Apa yang aku buat adalah sekadar untuk memastikan tubuhnya sihat. Alhamdulillah,malam ini dengan izin Allah aku berjaya menyelesaikan 3 perkara serentak.Memulihkan kesihatan Pak Ramli,memastikan Pak Bidin dalam keadaan selamat dan sihat serta berjaya menghapuskan 'belaan' Pak Bidin.Aku tidak hiraukan keletihan yang aku rasa asalkan semuanya berjalan mengikut perancangan. "Mari Pak Bidin,kita balik",pelawa aku. Pak Bidin berjalan perlahan. "Ramli,sekali lagi aku mohon maaf di atas segala salah dan silap aku selama ini.Aku dah rosakkan kehidupan kau bertahun tahun.Aku tahu aku tak layak untuk dipercayai tapi berilah aku peluang untuk kembali ke pangkal jalan.Allah dah hukum aku dengan kematian isteri dan anak aku.Apa lagi yang tinggal pada aku?hanya rasa menyesal yang tak sudah",Pak Bidin menghulurkan tangannya kepada Pak Ramli.


205 I MISTERI KG RAKIT Pak Ramli memandang Pak Bidin dan kemudian memeluknya.Suasana yang sangat mengharukan lebih-lebih lagi bila melihat Pak Ramli sudah mampu bergerak.Mereka berdua kelihatan menitiskan airmata,begitu juga dengan Makcik Ani. "Aku maafkan kamu dunia dan akhirat. Aku pun mungkin ada salah dan silap yang tidak aku sengajakan terhadap kamu.Kamu dah buktikan keikhlasan hati dengan mengubati aku',kata Pak Ramli penuh sayu.Aku sendiri bergenang airmata,seolah olah melihat sebuah drama di televisyen.Pak Ramli melepaskan pelukannya. "Saya balik dulu Pak Ramli, Makcik Ani",kata aku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pak Ramli memeluk aku pula. "Kamulah yang sebenarnya paling baik sekali.Kamu tak kenal aku,bukan saudara mara aku pun,kamu tak kenal Bidin tapi kamu membahayakan diri kamu untuk kami semua.Hanya Allah yang dapat balas jasa baik kamu",Pak Ramli menangis lagi buat kali kedua.Di saat ini aku rindukan Aki Karim,Aki Lela dan Ayah Abu.Merekalah yang penuh sabar mengajar aku ilmu dunia dan akhirat.Aku,seorang budak yang amat degil tapi mereka bertiga masih sanggup mengajar dan menerima aku dalam kehidupan mereka.Aku turut menangis tetapi kerana rindukan mereka bertiga.Aku sedekahkan segala kebaikan yang aku perolehi jika ada untuk mereka semua.Itu sahaja yang mampu aku buat selepas mereka tiada lagi di dunia ini.Seperti mana aku sayangkan emak dan ayah aku, begitulah kasih sayang aku kepada mereka. "Kami balik dulu",kata aku kepada Pak Ramli dan Makcik Ani ketika menghidupkan enjin motosikal. "Kamu berdua kalau nak makan,datang je ke sini.Selagi aku hidup,kamu boleh makan di sini bila-bila masa..percuma", kata Makcik Ani.


206 I MISTERI KG RAKIT "Inshaallah..terima kasih Makcik Ani, kami balik dulu",kata aku lalu berlalu pergi dengan hati yang penuh syukur. Malam itu kami berdua tidur sangat lena.Terasa hilang satu beban.Pagi itu selepas sarapan,aku menuju ke tapak banglo selepas menghantar Bidin ke rumah Pak Jamil.Seperti semalam,aku menuju ke jalan hutan sementara menanti Anjang dan pekerjanya tiba.Pagi ini aku dapati masih banyak puntungpuntung rokok baru di tempat semalam. "Siapa yang berada di sini? kenapa?", soalan yang menghairankan aku.Kali ini aku tidak ada langsung pembayang untuk aku fikirkan.Siapa sebenarnya pemilik banglo ini mungkin akan membuka jalan kepada persoalan aku. Selesai masalah malam tadi,aku ada 3 lagi tugas yang belum selesai.Buang kereta lama Kassim serta mencari 2 kelibat yang pernah mengganggu aku ketika aku tidur dalam pondok di bawah sana. Dari jauh aku nampak Anjang tiba di tapak banglo bersama pekerjapekerjanya.Aku berjalan turun dari atas bukit kecil ini dan berhenti di tempat mereka memotong besi. "Rajin benar kamu ke atas sana",kata Anjang bila nampak aku datang.Aku hanya tersenyum. "Cantik pandangan ke sini dari atas sana.Semua boleh nampak",jawab aku. "Kamu nampak berseri seri pagi ni", kata Anjang.Hebat sebenarnya Anjang ini.Bacaan hatinya selalu tepat. "Malam tadi saya pergi ubatkan Pak Ramli.Saya pergi dengan Pak Bidin",cerita aku. "Dari muka kamu,aku yakin kamu dah berjaya.Kan?",tanya Anjang. "Alhamdulillah..Pak Ramli dah boleh bangun,'benda' yang dengan Bidin pun dah musnah",jawab aku.


207 I MISTERI KG RAKIT "Sebab itu aku cakap,kamu ni cukup istimewa.Jarang jumpa orang muda seperti kamu.Yang ada,orang muda yang cintakan dunia,yang nak hidup bebas saja",kata Anjang lagi. "Anjang..bila lori datang hantar barang?",tanya aku. "Dua atau tiga hari lagi rasanya tapi kalau kamu nak cepat,aku boleh suruh hantar cepat",jawab Anjang. "Kalau boleh cepat lagi bagus tapi Anjang bagi tahu tokey kedai tu,nak Ravi dengan Mamat yang hantar",jawab aku. "Tengah hari nanti aku telefon kedai tu mintak hantar esok.Aku beritahu sekali pasal Ravi tu nanti.Aku tahulah apa yang kamu nak buat",tambah Anjang. Senang sungguh berurusan dengan orang yang hatinya baik seperti Anjang.Anjang melayan pekerja-pekerjanya seperti keluarga dia sendiri.Tidak pernah aku mendengar dia meninggikan suara.Jika menegur kesilapan,sentiasa dengan senyuman dan gurau senda.Menjelang zohor,aku kembali ke surau.Kali ini bila masuk waktu zohor,aku minta Pak Bidin yang melaungkan azan.Dia nampak malu-malu tapi teruja.Merdu juga suaranya walaupun nafasnya pendek.Aku menganggap Pak Bidin juga adalah antara anugerah Allah kepada aku.Anugerah bagi aku tidak semestinya perkara-perkara yang baik sahaja.Benda buruk pun anugerah, anugerah untuk kita usahakan sehingga tercipta kebaikan. "Bila Allah menemukan kita dengan sesiapa pun,jangan sesekali kamu meletakkan diri kamu lebih tinggi dari orang itu kerana apabila kamu menganggap diri kamu lebih baik darinya,maka kamu sudah menghinakan dan menzalimi diri kamu sendiri",antara peringatan yang selalu juga Aki Lela tekankan waktu aku bersamanya.Petang itu aku dan Pak Bidin hanya berehat di surau.Pak Bidin mengambil alih sebagai tukang masak.Aku pula terasa hendak mengaji.Entah kenapa bagai ada


208 I MISTERI KG RAKIT satu perasaan kurang enak yang mengusik hati aku.Aku tidak tahu apa yang akan terjadi tetapi firasat ini adalah petanda tidak baik.Dengan mengaji,aku dapat menenangkan diri dan perbaiki ingatan aku tentang ayat-ayat Al Quran. "Man,mari makan",laung Pak Bidin dari luar surau.Aku berhenti mengaji dan simpan Quran elok-elok lalu keluar ke beranda. "Aku masak singgang je,lawan sambal dengan pucuk ubi",kata Pak Bidin bila aku mengambil pinggan. "Alhamdulillah..sedap sangat dah ni.. rezeki",jawab aku lalu mengisi makanan ke dalam pinggan.Aku makan macam biasa tapi Pak Bidin makan bertambah.Selepas solat maghrib,aku mengajar Pak Bidin mengaji atas permintaannya walaupun aku belum pernah mengajar orang lain. "Aku ni langsung tak pandai nak mengaji.Al Fatihah tu je yang aku pandai dan hafal sikit-sikit.Malu aku pada orang",kata Pak Bidin. "Tak apa.Tak perlu malu pada manusia jika kita tak berapa pandai janji kita ada niat dan keinginan nak belajar.Orang yang mati di saat dia sedang istiqamah dan ikhlas belajar mencari keredhaan Allah,Allah akan kurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat",pujuk aku. "Kamu ni dah boleh jadi Ustaz,dah boleh ngajar orang.Serba serbi pandai", balas Pak Bidin. "Ya Allah Pak Bidin..saya ni tak layak pun nak jadi Ustaz.Ilmu tak ada,dosa banyak.Rasanya Pak Bidin lebih banyak pahala dari saya",aku merendah diri kerana memang aku orang yang banyak dosa.


209 I MISTERI KG RAKIT "Inilah kelebihan kamu,berdiri tak mendongak,berjalan tak mendada, bercakap tak bersuara",balasnya.Hebat juga Pak Bidin berfalsafah rupanya.Selepas selesai solat isyak,aku bersiap dengan peralatan aku. "Kamu nak ke mana ni Man?",tanya Pak Bidin bila melihat aku bersiap. "Saya nak ke tapak banglo sekejap. Ada benda yang saya nak tengok", jawab aku. "Tak nak ajak aku?",tanya dia. "Pak Bidin tak yah ikutlah yer,rehatkan badan",jawab aku. "Kamu tu hati-hati bila nak buat sesuatu",nasihatnya.Aku tersenyum dan mula bergerak bertemankan lampu suluh kesayangan aku.Aku hanya berjalan kaki sahaja.Ada sebabnya kenapa aku tidak menaiki motosikal aku pada malam ini.Bila aku yakin aku sudah sampai di kawasan rumah Pak Jo yang terbakar,aku menggunakan jalan pintas untuk ke sisa rumah yang terbakar itu.Aku buat semua ini hanya mengikut naluri.Sampai di sisa rumah Pak Jo,aku berdiri tegak dan mula membaca ayat yang aku belajar sambil memejam mata.Ada sesuatu yang menyentuh lembut belakang aku tetapi aku abaikan dan terus menghabiskan ayat yang aku baca.Habis sahaja ayat yang aku baca,aku buka mata aku.Di hadapan aku jadi terang benderang,seperti disuluh dengan lampu limpah yang banyak. Rumah Pak Jo kelihatan tersergam elok.Aku masuk dalam lingkaran cahaya yang terang itu.Bila aku pusing ke belakang,tempat aku berdiri tadi gelap gelita.Aku kini berada dalam bulatan sederhana luas dengan rumah Pak Jo berada di tengah-tengah.Aku berdiri tegak,hanya memerhati.Dua orang perempuan muda tersenyum melihat aku.Aku tahu ini adalah anakanak Pak Jo kerana aku pernah melihat mereka sebelum ini di dalam ilusi tidak normal.Aku juga nampak Pak Jo turun dari rumah dan menuju ke arah anak-anaknya,sebuah keluarga yang cukup


210 I MISTERI KG RAKIT bahagia.Tiba-tiba datang sebuah kereta dan turun seorang lelaki muda.Mukanya jelas kelihatan dan aku terkejut kerana dia adalah salah seorang lelaki yang pernah menyerang aku pada suatu malam sebelum ini. Lelaki itu kelihatan bertengkar dengan Pak Jo dan tidak lama kemudian menumbuk muka Pak Jo sehingga rebah dan kemudian lelaki itu terus berlalu pergi.Sekali lagi ada sentuhan di belakang aku.Aku berpaling ke belakang dan suasana bertukar menjadi gelap. Lampu suluh aku juga tidak berfungsi. Aku tidak nampak apa-apa. "fakasyafna anka ghito a'ka fabasarukal yauma hadid",aku gosok bahagian bawah tapak tangan aku ke kelopak mata.Bila aku membuka mata,lampu suluh aku sudah berfungsi semula tetapi tiada sesiapa di hadapan aku. "Ada orang menzalimi keluarga kami, tolong cari orang ini",ada satu suara berbisik di telinga aku. "Saya tak pandai",jawab aku sambil mencari cari arah suara itu. "Kami percayakan kamu.Kasihani kami. Bantulah kami untuk menjadi tenang", bisik suara itu lagi. "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku pejam celik sebanyak tiga kali dan kali yang ketiga, aku nampak samarsamar kelibat Pak Jo dan anak-anaknya. "Janjilah kepada kami",kata suara itu lagi.Aku serba salah. "Inshallah,aku akan usahakan",jawab aku.Habis sahaja aku menjawab,kelibat mereka hilang dari pandangan dan suasana kembali seperti biasa. Aku melihat sekeliling seketika dan kemudiannya bergerak ke arah tapak banglo dari jalan belakang.Aku yakin kali ini aku akan dapat jawapan siapa yang selalu memerhati ke arah tapak banglo


211 I MISTERI KG RAKIT dari jauh.Aku berjalan meredah semak-semak kecil dan kemudiannya mendaki tanah yang agak tinggi.Aku kini berpusing dari jalan belakang,naik sedikit ke bukit dan turun semula menuju ke tapak bunglow.Aku padamkan lampu suluh dan bergerak dengan bantuan cahaya bulan.Tiba-tiba telinga aku berdesing dengan kuat dan menyakitkan telinga aku. "Bismillahi rahkmatal ghoiba wassamawati wal ard,Allahhumma juz alaikal bashar",aku menajamkan penglihatan aku dalam cahaya yang samar-samar dan terus berjalan perlahan.Selepas lebih kurang 10 langkah,aku berhenti. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan.Aku baca pula ayatul Qursi dan bergerak semula tapi amat perlahan,setapak demi setapak.Aku menangkap sesuatu sedang bergerak laju ke arah aku.Serta merta aku mengelak.Sebatang kayu panjang yang tajam terpacak di atas tanah di belakang aku.Orang yang aku cari sudah tahu kedatangan aku.Aku nyalakan semula lampu suluh aku. Suluhan lampu aku tepat kepada satu susuk tubuh.Mukanya seperti lelaki yang aku nampak menumbuk Pak Jo hingga rebah ke tanah.Akhirnya pucuk dicita, ulam mendatang.Rupanya lelaki ini adalah orang sama yang menyerang aku,yang menzalimi Pak Jo sekeluarga dan orang sama mengintai ke arah tapak banglo.


212 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 23 "Kita berjumpa lagi",katanya dengan sombong. "Betul dan kali ini hanya kita berdua", jawab aku. "Kau tahu betapa susahnya ayah aku nak dapat tanah ni?aku tak kan biar orang lain senang-senang ambik semula tanah ni",marah dia. "Aku tak peduli pasal tanah ni.Aku cuma nak tahu kenapa kau serang aku dan kau bunuh Pak Jo dengan anak-anaknya",aku marah dia semula. "Sejak kau datang ke sini,banyak benda yang kau buat telah menyusahkan keluarga aku.Aku akan guna apa sahaja cara untuk jaga keluarga aku", jawabnya. "Kenapa sampai nak bunuh keluarga malang tu?",tanya aku. "Itu bukan urusan kau.Urusan kau cuma jangan ganggu keluarga aku", balasnya. Habis sahaja dia bercakap,muncul susuk tubuh yang tinggi di sebelahnya. Mukanya hodoh seperti babi dan bertanduk.Jelas kelihatan dua batang gigi taringnya yang panjang.Dengan menggunakan isyarat kepala,lelaki itu mengarahkan 'belaannya' menyerang aku. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku bersedia seperti biasa.Serangannya membabi buta. Bagaimana babi menyerang,seperti itulah serangannya.Aku mengelak dan sempat menyikunya tetapi tidak memberi kesan.Dia berpusing semula selepas agak terlajak.Tanpa bunyi,dia menyerang semula.Sekali lagi aku ulangi tindakan aku seperti tadi dan seperti tadi langsung tidak memberi kesan.


213 I MISTERI KG RAKIT "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahulmulku walahul hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku semakin serius.Sebelum dia menyerang aku sekali lagi, aku yang akan menyerangnya. "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku betulkan kedudukan kaki aku dan bersedia dengan serangan. "Wayuhikullahhul hakka bikalimatihi, walau karihal mujrimun",aku hembus ke arahnya lalu menyerangnya.Lelaki itu menjarakkan diri dari serangan aku dan membiarkan 'belaannya' menghadapi aku.Aku berjaya menyucuk jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan aku ke belakang lehernya.Belum sempat aku menekan kuat,dia berjaya melepaskan diri namun aku tidak akan beri ruang untuk dia bersedia.Sekali lagi aku menyerangnya tetapi kali ini dia hilang dari penglihatan aku.Aku berpusing pusing. "Allahhumma inni a'uzubikamin amalis syaitoni wa sayyi atil ahlam",aku terpaksa berhati-hati.Dia nampak tetapi aku tidak nampak dirinya. "Wa iza qilalahut taqillahha a'khazat hul izzatu bil ismi,fahasbuhu jahannam, walabiq' sal mihad",kelebihan kini menyebelahinya.Aku perlu menjaga dua serangan yang aku tidak nampak sedangkan mereka boleh serentak menyerang aku.Aku berpusing pusing mencari gerak bayang tetapi setakat ini tiada pergerakan apa-apa. "Falamma alqaw kala musa,ma jig'tum bihil sihr,innallah ha syayup tiluh, innallahhala yuslihu amalal mufsidin", semua ini adalah sihir dan kerja syaitan.Suasana benar-benar sunyi tetapi aku yakin mereka nampak aku dan sedang menunggu kelalaian aku.


214 I MISTERI KG RAKIT Allahumma mattig' ni bisam ie wabashari waj alhumal warisa minni wan shurni ala aduwwi wa arini fihi sag'ri",semoga dipermudahkan penglihatan aku dalam keadaan sekarang. "Mana syaitan ni?",bebel aku.Aku paling benci dalam keadaan begini. Tiba-tiba aku dapat merasakan ada sesuatu sedang bergerak perlahan di belakang aku,seperti seekor kucing sedang menghendap mangsanya.Bila sahaja aku berpusing ke arah gerakan itu,benda itu menerkam ke arah aku. "Man yaghtihi azabuyyukhzihi wayahillu alaihi azabum muqim",aku menahan nafas. "Allahhu Akbar...',aku hayun penumbuk ketika ia menghampiri aku.Tumbukan aku tepat ke arah dadanya.Ia terundur ke belakang sambil menjerit dengan suara yang garau.Aku baca lagi satu ayat dan terus sahaja menyerangnya. Dia tidak bersedia dan kali ini kaki aku tepat ke kepalanya.Tubuhnya terhuyung hayang dan akhirnya rebah ke tanah.Aku menghampirinya lalu meletakkan kaki aku di dadanya. Matanya tajam memandang aku tetapi aku tidak gentar kerana sekarang,aku yang berdiri dan dia sedang terbaring. Walau bagaimana pun,mata aku masih memerhati sekeliling.Tuannya sedang menanti peluang.


215 I MISTERI KG RAKIT "A‘udzu bi wajhillahil karim,wa bi kalimatillahit tammatillati la yuja wizuhunna barrun wala faajirun,min syarrima yanzilu minas sama’i,wamin syarrima yagruju fiha,wamin syarrima zara’a fil ardh,wamin syarrima yakhruju minha,wamin syarri fitanil laili wan nahar,wamin syarrima thowariqil lail, wamin syarri kulli illa thoriqi illa thoriqan yathriqu,bi khairin ya rahman", kaki aku memijak dadanya dengan kuat sehingga seolah olah terdengar tulang temulangnya patah riuk.Di saat itu juga pendengaran aku menangkap bunyi dari belakang aku.Aku menoleh dan nampak tuannya meluru ke arah aku dengan parang di tangannya.Aku tidak mengalihkan kaki kanan aku tetapi kaki kiri aku tepat naik ke mukanya walaupun kaki kanan aku tidak begitu stabil di dada belaannya itu.Lelaki itu terguling ke tanah,parangnya entah ke mana tercampak.Aku tidak melanjutkan serangan aku kepada lelaki itu kerana aku mahu menyelesaikan dulu tugas pada belaannya ini.Belaannya cuba untuk bangun tetapi gagal. "Yaayyuhallazinaamanusbiruwasobiru warobbitu,watakullaha la allakum tuflihun..Allahhu Akbar... Allahhu Ahad..",aku menundukkan badan untuk menghayunkan penumbuk aku ke mukanya serentak dengan lutut aku menghentak dadanya.Tuannya berjaya bangun dan cuba untuk menyerang aku tetapi aku sudah bersedia.Kali ini kaki kanan aku pula menjamah perutnya hingga dia sekali lagi terguling ke tanah.Aku lihat dia tidak bergerak lagi.Aku letak pula jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan aku di dahi belaan itu. "Walaqad zaragna lijahannama kasiram minal jinni wal inssi,lahum qulubulla yafqahu nabiha walahum ag yunulla yubsiru nabiha,walahum a'za nulla yas ma u'nabiha,ula ika kal an a'mi bal hum adallu,ula ikahumul gha filum",aku tekan jari aku dengan kuat. Belaan itu meronta ronta tetapi tidak terdaya melepaskan diri.


216 I MISTERI KG RAKIT Akhirnya belaan itu tidak bergerak lagi. Allahu la ilaha illa Huwa,Al-Haiyul Qaiyum,La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm,lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard,Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnih,Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a, Wasi'a kursiyuhussamawati wal ard,wa la ya'uduhu hifdzhuhuma,Wa Huwal 'AliyulAzim. Aku letak tapak tangan aku di atas mukanya tetapi tidak menyentuhnya.Aku gerakkan tapak tangan aku itu hingga ke hujung kakinya.Aku baca lagi satu ayat tetapi kali ini menekan dahinya.Belaan itu perlahan lahan menjadi seperti butir-butir pasir halus lalu berterbangan dan hilang.Tugas aku belum selesai.Aku beralih pula kepada lelaki yang tidak sedarkan diri itu.Malam ini aku aku selesai tugas aku pada lelaki ini.Aku baru sahaja hendak memegang ubunubunnya dengan tangan kanan aku bila dia tiba-tiba membuka mata lalu menarik tangan kanan aku itu dengan kuat. Tubuh aku tercampak melepasi kepalanya.Aku bangun dengan cepat.Kesilapan aku memberinya peluang untuk menjatuhkan aku.Lelaki itu bangun dan berpusing ke arah aku. Dia membuka langkah buah pukul. "Ini buah pukul yang biasa aku nampak tapi dia jauh dari tempat asal buah pukul ni",kata hati aku.Dia masih belum menyerang aku tetapi seperti sedang memanaskan badan.


217 I MISTERI KG RAKIT Aku tidak pasti dari mana dia mendapat tenaganya semula selepas terbaring tidak sedarkan diri seketika tadi.Akhirnya dia menyerang aku.Dia menggunakan beberapa buah pukul untuk mencederakan aku tetapi aku berjaya untuk mengelak.Air mukanya nampak teruja kerana kali ini dia seperti cukup hebat.Serangannya buat aku terpaksa berundur sedikit. "Boleh tahan juga buah pukul dia ni", kata aku dalam hati.Ada perubahan dalam pergerakannya selepas kami berlawan pada malam sebelum ini.Geraknya semakin pantas.Kaki dan tangannya bergerak seiring dengan buah pukul yang banyak tipu helah.Zaman sekarang sudah susah hendak jumpa dengan orang yang masih guna buah pukul berbanding senjata moden.Buat masa ini aku sekadar mengelak tetapi pada masa yang sama tetap berhati hati dengan 'pukul curi' sebab sebelum ini dia ada pembantunya secara fizikal dan cara halus.Pembantu cara halusnya atau pun belaannya sudah musnah.Pembantunya yang dua orang malam itu masih belum muncul lagi.Hampir-hampir juga aku terkena buah pukulnya tetapi setakat ini,aku masih lagi boleh mengelak dengan baik. Sekali sekala aku mengelak sambil menumbuk namun tidak berjaya mengenai sasaran.Malam ini aku berhadapan dengan ruas.Selalunya aku berhadapan dengan benda-benda halus yang tidak ada buah pukul dan aku menggunakan ayat-ayat Quran untuk memusnahkan mereka.Dia masih tidak berhenti menyerang aku bertalu talu seperti dia mendapat semangat baru.Tenaganya juga berlipat ganda dan tidak mudah letih.Hentakkan lututnya juga terasa amat kuat dan keras bila aku menepis menggunakan tangan aku.Nampaknya aku tidak boleh memandang ringan kehebatannya kali ini.Aku kena keluarkan segala apa yang aku ada.Waktu untuk berlembut dan memerhati sudah berlalu.Ini waktu untuk keluarkan apa yang aku belajar.


218 I MISTERI KG RAKIT Kali ini aku tidak berundur lagi.Setapak dia maju maka setapak juga aku akan melangkah.Biar tangan tersepit rapat antara satu sama lain,aku tidak akan berundur lagi.Dia menyerang dengan penumbuk dan siku berturutan.Aku menggenggam penumbuknya dengan tangan kiri aku serentak dengan penumbuk tangan kanan aku mencari dadanya tetapi tangan kirinya berjaya menangkap penumbuk aku.Kami kini 'terlekat'.Masing-masing memegang penumbuk lawan masingmasing.Dia seperti terkejut kerana buah pukul aku hampir sama dengan jurusnya.Aku telah belajar di banyak tempat tetapi buah pukul mersing adalah antara yang terbaik.Bezanya,buah pukul ini hampir setaraf dengan buah pukul mersing.Kami merenggangkan tubuh serentak. Masing-masing bersedia untuk serangan seterusnya.Dia menyerang lagi.Kali ini kakinya yang banyak digunakan,kesilapan utama darinya. Aku menahan dengan siku kiri aku sepakan kaki kanannya.Tangan kanan aku mencari ruang kosong di celah kelangkangnya.Satu tumbukan dari aku tepat ke 'telornya',Dia menjerit kesakitan dan jatuh terbaring sambil memegang celah kelangkangnya.Aku menghampirinya. "Bismillahhirahmanirrahim,la fa ha ja muhammad na ha fakat faqobaha muhammad",kemudian aku baca satu lagi ayat lalu aku tepuk paha kanannya dan diikuti paha kirinya.Kedua dua kakinya kini sudah aku kunci.Kedua dua tangannya masih berada di celah kelangkangnya.Dia seperti tidak peduli kakinya telah dikunci.Dalam ilmu pertarungan,di celah kelangkang dan di belakang paha adalah dua tempat yang amat perlu dijaga kerana di situlah titik kesakitan yang paling menyakitkan. "Kenapa kau bunuh Pak Jo sekeluarga?",tanya aku.Dia hanya memandang muka aku."Jika kau jawab soalan aku,aku tolong hilangkan sakit kau tu.Hanya aku yang tahu cara hilangkan sakit tu",kata aku.


219 I MISTERI KG RAKIT "Terpulang kepada kau,aku tak nak paksa.Memang betul kata kau,aku tak ada kena mengenai dalam hal ini",kata aku lagi. "Tolong aku,aku akan ceritakan semuanya",rayunya. "Cerita dulu..cepat',jerkah aku.Dia mula bercerita sambil menahan kesakitan. "Rumah ni ayah aku yang punya.Dia orang kaya tapi ramai sangat nak tanah ni.Pak Jo pada awalnya tolong ayah aku dapatkan tanah ni.Kemudian dia tahu,ayah aku dapatkan tanah ni dengan cara tak elok.Dia ugut untuk 'repot' ke pihak berkuasa",dia berhenti seketika.Aku baca sesuatu dan hembus ke arahnya tapi kakinya masih aku kunci.Mukanya sudah tidak menanggung kesakitan lagi. "Kenapa sampai kau bunuh dia dan anak-anak dia?",aku meninggikan suara. "Bukan aku yang bunuh tapi 'pembantu' aku yang kau bunuh tadi yang bunuh", jawab dia. "Tapi kau tuannya,jadi kau yang bertanggungjawab",balas aku.Dia diam. 'Kenapa kau jaga banglo ni?",tanya aku lagi. "Ada orang yang tak nak banglo ni siap.Aku pastikan projek ni berjalan lancar",ceritanya lagi.Satu persoalan aku sudah terjawab. "Siapa yang tak nak projek ni siap?", tanya aku. "Aku tak pasti sebab aku belum tengok muka dia",jawabnya. "Tolong lepaskan aku",rayunya."Aku akan bawak kau ke balai polis. Kau harus mengaku kau yang bunuh Pak Jo sekeluarga",aku bagi syarat.Dia gelengkan kepala.


220 I MISTERI KG RAKIT Aku baca sesuatu dan tepuk kedua dua pahanya.Terlepas sahaja 'kunci' di kakinya,dia membaling pasir ke muka aku.Rupanya dia sudah ada perancangan dari tadi. Aku cepat-cepat menggosok mata aku. Aku bernasib baik kerana hanya sedikit sahaja pasir yang masuk ke dalam mata.Bila penglihatan aku pulih,aku cuba mengejar lelaki itu tetapi dia telah hilang.Aku mencarinya hingga hampir ke bekas rumah Pak Jo yang terbakar. Tiba-tiba aku mendengar suara orang menjerit dengan kuat.Aku nampak lelaki yang menjerit tadi adalah lelaki yang sama berlawan dengan aku.Aku tidak pasti kenapa dia menjerit.Aku hanya berdiri memerhati untuk memahami keadaan.Aku tidak mengejar lelaki tersebut kerana dia memang benar-benar dalam ketakutan seolah olah sedang nampak hantu.Dia berlari ke hulu ke hilir dan akhirnya berlari ke arah hutan dan hilang dari pandangan.Aku nampak ada bayangan hitam turut sama berjalan ke arah hutan.Bayangan itu tersenyum memandang ke arah aku dan kemudiannya berlalu pergi.Aku mengambil keputusan untuk pulang ke surau kerana tibatiba hati aku tidak tenang terfikirkan tentang Pak Bidin.


221 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 24 Aku pulang menggunakan jalan yang aku gunakan semasa datang tadi.Aku berjalan cepat kerana memikirkan ada perkara buruk berlaku kepada Pak Bidin.Di pertengahan jalan,aku nampak ada 3 susuk tubuh sedang berjalan ke arah aku.Semakin lama semakin dekat. Hati aku mula rasa berdebar-debar. Bulu roma aku tegak berdiri,petanda yang aku memang tidak suka.Bila sudah semakin hampir,barulah jelas kelihatan wajah mereka bertiga. "Kassim..",aku masih ingat muka yang mengambil aku di perhentian bas dan membawa aku ke sini.Malangnya mereka sebenarnya bukan manusia. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",kemudian aku baca ayatul Qursi.Ironinya mereka menunjukkan diri selepas agak lama tidak muncul dan ketika aku merancang untuk buang kereta lama yang pernah mereka naiki.Mereka tidak mengganggu aku dan hanya sekadar memandang aku dengan rupa manusia.Mungkin mereka hadir seketika untuk mengingatkan aku bahawa mereka masih ada di kampung ini.Akhirnya mereka bertiga hilang dari pandangan.Bila aku sampai di surau,suasana gelap gelita. "Mana Pak Bidin ni?,pelita dah habis minyak ke?",tanya aku dalam hati sambil mencarinya di kawasan surau tetapi tiada. "Mana pulak orang tua ni??",bebel aku.Rasa bersalah pula meninggalkan dia sendirian tadi tetapi membawanya sekali tadi akan lebih menyusahkan aku.Aku tidak berpuas hati dan mencarinya sekali lagi kerana gerak hati menyatakan dia berada berdekatan dengan surau ini.Sekali lagi aku mencarinya di sekeliling kawasan surau.Bila tiba di sebatang pokok kelapa,aku ternampak sebelah seliparnya di bawah pelepah kelapa. Aku melihat kesan tapak kaki jika ada.


222 I MISTERI KG RAKIT Ada kesan rumput dipijak tetapi tidak jelas oleh siapa.Aku meneruskan usaha dengan masuk sedikit ke kawasan semak menuju ke arah hutan. Akhirnya aku ternampak tubuh Pak Bidin sedang terbaring terlungkup di atas tanah. "Pak..bangun Pak...",aku cuba mengejutkannya tetapi tiada tindak balas.Aku terlentangkan tubuhnya.Aku nampak mulutnya berbuih.Nadinya masih ada tetapi amat perlahan.Aku yakin Pak Bidin dipatuk ular.Aku periksa dan nampak ada kesan patukan pada bahagian bawah buku lali sebelah dalam kaki kanan.Ini petanda tidak baik.Aku tidak pasti sudah berapa lama dia dipatuk ular dan tidak sedarkan diri.Aku dukung tubuhnya dan baringkan di beranda surau.Aku tidak pasti apa yang perlu aku lakukan di saat ini.Akhirnya aku mengambil keputusan berusaha untuk 'tawarkan' dahulu bisanya setakat yang aku mampu dan selepas itu barulah dapatkan pertolongan dari Pak Jamil.Aku baca surah Al Fatihah,Al ikhlas ,Al Falaq dan An Nas lalu mula mengurut dari pahanya hingga ke tempat patukan.Aku kurang pengalaman tentang bisa patukan ular dan hanya berusaha seperti mana aku buat untuk menghilangkan bisa dari dalam tubuh aku.Berpeluh peluh aku berusaha tetapi Pak Bidin tetap tidak sedarkan diri.Aku mengambil keputusan untuk meminta pertolongan dari Pak Jamil sebagai ketua kampung.Dalam kegelapan malam dan keletihan,aku gagahkan diri menaiki motosikal ke rumahnya. "Harap-haraplah dia ada kat rumah", doa aku dalam hati.Aku melajukan motosikal aku.Aku sudah tidak memikirkan lagi tentang keselamatan aku.Aku tahu Pak Bidin sekarang sedang bertarung dengan maut.Sekali lagi aku bertembung dengan kelibat Kassim serta dua orang lagi yang selalu bersamanya.Aku sendiri tidak tahu kenapa mereka muncul pada malam ini dan kenapa mereka tidak pula mengganggu aku.Mereka hanya memandang sahaja bila aku melepasi


223 I MISTERI KG RAKIT mereka.Akhirnya aku sampai di rumah Pak Jamil,suasana sunyi dan agak gelap. Aku lihat jam tangan aku menunjukkan pukul 1pagi.Aku membuka pintu pagar dan masuk ke kawasan rumahnya "Assalamualaikum wbt...Pak Jamil", suara aku memecah kesunyian malam. Aku ulang lagi dan pada salam yang ketiga,lampu beranda dinyalakan.Tidak lama kemudian pintu hadapan dibuka. Pak Jamil muncul sambil menggosok matanya. "Siapa kamu?",tanya dia,mungkin cahaya lampu suluh di kepala aku mengganggu penglihatannya. "Saya Man,orang yang jaga projek tapak bunglow sana tu",jawab aku. "Harrr kamu..mimpi benda kamu datang waktu macam ni?",tanya Pak Jamil. "Saya nak mintak Pak Jamil tolong hantarkan Pak Bidin ke hospital. Rasanya dia dipatuk ular.Dia ada kat surau",terang aku. "Baik...baik..aku tukar baju sekejap", jawabnya tanpa bertanya banyak. "Saya tunggu Pak Jamil kat surau",kata aku lalu berlalu pergi.Bila aku sampai di surau,Pak Bidin masih tidak sedarkan diri.Aku cari pakaiannya yang bersih lalu menukarkannya.Terasa lambat waktu berjalan.Aku benar-benar risau keadaan Pak Bidin.Walaupun dia bukan sesiapa dengan aku,seperti ada ikatan istimewa.Tidak Allah temukan kami berdua sia-sia. "Mana Pak Jamil ni?",aku hilang kesabaran kerana perasaan risau lebih menguasai aku sebab aku tahu bila berhadapan dengan patukan ular berbisa,harapan untuk selamat memang tipis.Aku cuma berharap ular yang mematuknya bukan ular yang terlalu bisa.


224 I MISTERI KG RAKIT Aku baca ayat-ayat Al Quran dan ayat-ayat perubatan yang aku tahu sambil mengurut kakinya supaya dapat serba sedikit 'menawarkan' bisa yang ada.Dengan lampu suluh,aku nampak mukanya kini semakin kebiruan tanda pernafasannya semakin teruk. "Ya Allah,selamatkanlah hambaMu ini", doa aku dalam hati.Akhirnya Pak Jamil tiba bersama anaknya.Kami bertiga bersama-sama mengusung Pak Bidin ke kerusi belakang kereta Pak Jamil. "Kamu tak payah ikut,nanti aku uruskan semuanya.Kalau kamu ikut pun,kamu nanti tak boleh masuk sebab kamu bukan ahli keluarga dia",kata Pak Jamil. "Baiklah,ada apa-apa nanti tolong bagi tahu saya",jawab aku. "Yer..nanti aku bagi tahu",jawabnya lalu pergi.Aku melangkah longlai dan duduk bersandar pada dinding di beranda surau.Aku kasihankan Pak Bidin,tiada ahli keluarga yang ada bersamanya. Allah beri peluang untuk dia bertaubat dan kemudian mengujinya.Di saat dia tidak punya sesiapa dan buntu untuk beramal,Allah temukan kami.Bila Ilmu satu anugerah,semua ini adalah amanah yang Allah berikan untuk aku.Dalam keadaan begini,bermacam ingatan yang datang.Aku teringat kisah lelaki yang sentiasa melihat pembinaan banglo.Semuanya hampir selesai,kecuali lelaki itu kini hilang entah ke mana.Aku sudah tahu kenapa dia buat begitu dan apa yang terjadi kepada Pak Jo sekeluarga. Semoga roh Pak Jo sekeluarga tenang di 'sana' bila aku sudah dapat si 'pelakunya'.Hak menghukum bukan hak aku tetapi hak Allah.Aku serahkan semuanya kembali kepada Allah.Pak Ramli pula,sudah hampir pulih asbab pertolongan Pak Bidin.Hubungan mereka sudah baik kembali.Aku pula masih ada dua perkara yang belum diselesaikan,buang kereta lama Kassim dan mencari seorang lagi yang pernah menyerang aku di tapak banglo.Penyerang aku ini betul-betul misteri kerana sekali itu sahaja ia muncul.


225 I MISTERI KG RAKIT "Kalau lelaki yang aku kalahkan tadi jaga banglo tu supaya tak ada gangguan,lelaki yang seorang lagi buat apa?kenapa?siapa?",banyak persoalan dalam kepala aku.Akhirnya aku terlelap di beranda surau.Selepas solat subuh,aku menuju ke warung Makcik Ani.Tak ada 'mood' aku untuk sarapan di surau.Setibanya di situ, Makcik Ani sedang membersihkan meja. "Assalamualaikum wbt..",kata aku. "Waalaikummusalam...kenapa kamu sorang je,mana Bidin?",tanya dia. "Dia dipatuk ular malam tadi.Pak Jamil dah hantar dia ke hospital",jawab aku. "Allah...jauh tu nak sampai ke hospital. Dah tu macam mana dia?",tanya dia lagi. "Saya pun tak tahu.Pak Jamil pun saya tak jumpa lagi",jawab aku lalu duduk di meja yang berada di tengah warung. "Kamu duduk,aku buatkan kopi 'O' dengan nasi lemak untuk kamu", katanya. "Pak Ramli mana?",giliran aku pula bertanya. "Siang semalam anak saudara aku yang kat bandar tu datang ambik dia, nak bawak gi cek jika ada dia ada penyakit lain.Hari ni mungkin baliklah", jawab dia lalu menuju ke dapur.Selepas bersarapan percuma,aku menuju ke tapak banglo.Anjang dengan pekerjanya mungkin belum tiba lagi kerana aku tidak nampak pun keretanya melepasi warung Makcik Ani tadi.Hendak ke tapak banglo pasti akan melalui jalan di hadapan warung itu. Sampai di tapak banglo,aku meletakkan motosikal di tempat biasa lalu menuju ke arah tapak banglo.


226 I MISTERI KG RAKIT "Cepat betul dia orang ni buat keje", kata hati aku bila melihat hasil kerja Anjang dan pekerjanya.Selepas itu,aku menuju pula tempat aku berlawan malam tadi.Ada banyak kesan tapak kaki aku dan lelaki tersebut.Aku hilangkan kesan itu menggunakan tapak selipar aku.Di pangkal pokok pun sudah tiada lagi puntung-puntung rokok yang baru yang mengesahkan bahawa lelaki tersebut tidak kembali ke sini.Selepas menghilangkan kesan tersebut,aku turun menuju ke pondok. Tidak sampai lima minit aku duduk, Anjang dan pekerjanya tiba.Seperti biasa Anjang akan singgah di tempat aku terlebih dahulu jika aku ada. "Assalamualaikum wbt..",Anjang dahulu yang memberi salam sambil tersenyum. "Waalaikummusalam wbt..",aku hulurkan tangan bersalam sambil mencium tangannya. "Kenapa kamu ni?lain je tengok muka!", tanya Anjang. "Pak Bidin kena patuk ular malam tadi kat surau.Pak Jamil yang tolong hantar dia ke hospital malam tadi",cerita aku. "Allahhu...dah tu macam mana dia sekarang?",tanya Anjang lagi. "Tak tahu lah Anjang,saya tak jumpa lagi Pak Jamil.Nantilah tengah hari sikit saya gi rumah dia",jawab aku. "Jauh hospital besar tu.Kamu nak aku hantar kamu ke hospital?",tanya Anjang. "Eh tak apa Anjang.Anjang buatlah keje Anjang tu.Pandailah nanti saya ikhtiarkan",jawab aku.Aku memang tidak suka menyusahkan orang lain, lebih-lebih lagi jika orang itu memang ada urusan lain.


227 I MISTERI KG RAKIT "Kalau ada apa-apa kamu nak aku tolong,bagi tahu aku.Aku nak buat kerja dulu",kata Anjang lalu menuju ke tapak banglo. "Anjang..lupa pulak nak tanya,jadi ke lori datang hari ni?",tanya aku. "Jadi katanya kalau tak ada aral. Mungkin lepas zohor macam hari tu. Rudy pun dah janji nak datang lepas zohor nanti",jawab Anjang lalu terus berjalan.Jika lori itu datang,maka aku berpeluang selesaikan bab kereta Kassim pula hari ini.Aku tidak mahu lagi ada sesiapa yang di ganggu oleh Kassim dan dua orang kawannya itu.Agak lama aku duduk sendirian,aku mula terasa bosan.Aku bangun dan menuju ke arah motosikal aku.Aku mengangkat tangan kepada Anjang tanda aku hendak keluar sebentar.Aku mula bergerak menuju ke tempat kereta buruk Kassim.Sebelum urusan membuang kereta itu dilakukan,aku harus pastikan dahulu bagaimanakah keadaan di situ terlebih dahulu.Aku berharap semuanya akan dipermudahkan nanti.Aku sendiri tidak pasti kenapa penduduk kampung ini membiarkan sahaja kereta itu terus berada di situ walaupun mereka tahu Kassim selalu mengganggu orang-orang yang datang ke sini pada waktu malam.Akhirnya aku sampai di tempat tujuan aku.Aku perhati sahaja dulu dari atas jalan ini.Kedalaman cerun mungkin setinggi 30 kaki,masih boleh ditarik menggunakan 'backhole'.Tiada apa-apa pokok yang jadi penghalang jika kereta itu ditarik ke atas nanti. Keadaan kereta yang remuk menjadikan ia akan muat untuk diletakkan ke bahagian belakang lori 'hardware' itu nanti.Jika Ravi bawa lori yang lebih kecil,maka punahlah rancangan aku pada hari ini.Selepas memastikan tiada sebarang halangan untuk proses menarik kereta itu nanti, aku balik ke surau untuk memasak. Lagi pun aku memang menanti khabar berita tentang Pak Bidin dari Pak Jamil.Tiba di surau,aku menuju ke tempat untuk memasak.Aku merancang hanya untuk menggoreng ikan masin dan makan dengan


228 I MISTERI KG RAKIT kicap serta cili potong sahaja,janji kenyang.Selepas zohor,aku menuju semula ke tapak bunglow.Anjang sedang baring di pondok aku sementara pekerjanya sedang berehat berhampiran tapak banglo. "Assalamualaikum wbt...",kata aku. "Waalaikummusalam wbt...",jawab Anjang. "Panjang umur kamu,aku baru je tertanya tanya mana kamu tak datang lagi.Aku baru telefon kedai 'hardware' tu,tak ada lori hari ni.Aku pun dah bagi tahu Rudy.Lusa baru ada",kata Anjang. "Errmm..tak jadilah 'plan' saya hari ni", jawab aku. "Adalah tu Allah tak izinkan.Inshaallah lusa boleh lagi kan",pujuk Anjang. "Yelah,perancangan Allah lebih baik.Dia lebih mengetahui",aku pujuk diri aku sendiri. "Betul...okeylah,aku nak sambung kerja. Aku nak bagi tahu ni,nanti kalau banglo ni dah siap naik bumbung dan siap dinding,aku nak balik ke Pekan Baru.Ada hal keluarga nak kena selesaikan.Aku tak ada nanti,kamu kena tolong aku jaga kerja ni",kata Anjang lagi. "Agak-agak bila boleh naik bumbung?", tanya aku pula. "Inshallah dalam tiga minggu lagi", jawab dia. "Sebenarnya aku tahu ada orang yang cuba kacau tak bagi banglo ni siap. Aku dah cuba cara yang aku tahu untuk jaga tempat ni. Jadi bila aku tak ada nanti,kamu kena ganti aku jaga tempat ni.Aku tak harap orang lain",tambah Anjang lagi.Aku pandang muka Anjang.


229 I MISTERI KG RAKIT "Saya pun rasa macam tu.Inshaallah nanti saya tengokkan untuk Anjang", jawab aku. "Aku pergi dulu",kata Anjang lalu berjalan ke arah pekerjanya.Aku pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Pak Jamil.Bila aku sampai berhampiran simpang masuk ke surau, aku nampak di hadapan aku terdapat seseorang sedang berjalan sambil memegang sebatang kayu kecil.Bila aku setentang dengannya,aku dapati dia adalah lelaki yang berlawan dengan aku malam tadi.Dia memandang ke arah aku tetapi dia seperti tidak mengenali aku.Aku berhenti sedikit di hadapannya.Aku mendengar dia menangis,kemudian ketawa dan kemudian menangis semula.Dia menggunakan kayu di tangannya umpama sebilah pedang.Sekejap dia berlari sambil menjerit meminta tolong,sekejap dia berhenti untuk bersilat. "Ya Allah,dah jadi gila agaknya dia ni", bisik hati aku.Aku mengambil keputusan untuk mengikutinya dari belakang dengan perlahan.Dia seperti berada dalam dunianya sendiri.Inilah agaknya balasan Allah di atas segala kesilapannya.Inilah antara yang amat ditakuti.Jika gila sampai mati,tiada peluang lagi untuk bertaubat terhadap segala dosadosa yang telah lalu.Jika dipenjara,sekurang kurangnya masih berpeluang untuk bertaubat.Tiba-tiba dia berhenti dan berpusing ke arah aku. Dia seperti sudah mengingati siapa aku.


230 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 25 "Buat apa cari aku?tak puas hati lagi nak hukum aku!",tanya dia dalam keadaan takut. "Dia bercakap dengan aku ke?",bisik aku dalam hati.Aku berpaling ke belakang tetapi tiada sesiapa. "Tolonglah,aku mintak maaf.Aku salah. Jangan kacau aku lagi..",katanya lagi tetapi kali ini sambil menangis.Aku masih tidak berkata apa-apa. "Kau tak kenal aku?Aku anak Berahim Kota Tinggi.Bapak aku orang kaya.Aku boleh bunuh siapa sahaja yang aku nak",jerit dia tetapi kali ini dalam keadaan marah.Dia membuka silat tetapi sumbang.Aku cukup yakin dia sudah gila. "Kulhuallah hu Ahad,Allahhu somad, Lam yalid walam yulad,walam yakullahu kufuan Ahad",aku hembus ke arahnya.Dia menggerak gerakkan kepalanya dan kemudiannya lari dengan laju ke arah hutan seperti di kejar hantu.Aku membiarkan kerana itu adalah balasannya di dunia.Aku meneruskan perjalanan ke rumah Pak Jamil.Apalah agaknya khabar Pak Bidin.Sampai sahaja di rumah Pak Jamil,aku dapati keretanya tiada menandakan kemungkinan besar dia tiada di rumah.Aku semakin rasa gelisah dan hati tidak tenang.Aku membayangkan perkara buruk telah berlaku kepada Pak Bidin.Aku berniat untuk menunggu sebentar kerana aku tiada apa juga untuk dilakukan.Aku menanti di sebuah pokok di tepi jalan.Sekarang waktu menunjukkan lebih kurang pukul 3 petang.Aku rela untuk menunggu Pak Jamil sehingga masuk waktu asar. Puas duduk di atas motor,aku berjalan mundar mandir di bawah pokok. Penantian memang satu penyiksaan tapi penantian juga boleh diisi dengan zikir di dalam hati.


231 I MISTERI KG RAKIT Lebih kurang sejam,aku nampak kereta Pak Jamil masuk ke dalam pagar rumahnya.Aku cepat-cepat menuju ke arahnya. "Assalamualaikum wbt Pak Jamil..", aku bagi salam bila menghampirinya. Dia berpusing ke arah aku. "Waalaikummusalam..kamu..aku baru bercadang nak ke surau mencari kamu lepas asar nanti",jawab Pak Jamil. "Macam mana Pak Bidin",tanya aku dengan perasaan tidak sabar. "Ermm..dia ada kat bilik kecemasan dan masih tak sedarkan diri lagi.Doktor bagi tahu,darahnya dah penuh dengan bisa ular.Hanya keajaiban yang boleh selamatkan dia",terang Pak Jamil.Aku hampir menangis mendengar kata-kata Pak Jamil.Tiada apa yang mampu aku buat selain berdoa.Aku tidak pandai dalam bab ini.Aku serahkan segalanya kepada Allah kerana Dia Maha Memudaratkan dan Dia juga Maha Menyembuhkan. "Bila lagi Pak Jamil ke hospital?",tanya aku. "Aku pun tak pasti lagi,aku ada kerja yang perlu aku buat",jawabnya. "Tak apalah kalau macam tu,saya mintak diri dulu",kata aku lalu bersalam dengannya dan berjalan menuju ke motosikal aku.Macammacam dalam otak aku ketika ini.Jika aku hospital, aku pun tidak boleh melihat Pak Bidin. Aku pasrah.Jika hidup itu lebih baik untuk Pak Bidin,Allah akan panjangkan umurnya dan begitulah sebaliknya.Aku bergerak pulang ke surau.Nampak gayanya aku sudah kembali seperti mula-mula berada di surau,sendirian tanpa teman.Bila sampai di surau,aku menjerang air untuk buat kopi dan makan biskut kering sementara menunggu waktu asar. Aku bersandar pada dinding sambil otak aku melayang entah ke mana mana.Banyak sangat yang aku fikirkan sekarang ini.Selepas asar,aku membersihkan kawasan


232 I MISTERI KG RAKIT sekitar surau menghilangkan rasa bosan.Nampak gayanya aku perlu balik ke rumah emak untuk menghilangkan rasa bosan.Semakin lama aku di sini,silap-silap aku boleh menjadi gila seperti lelaki siang tadi. Menjelang maghrib,baru aku mandi. Bila sudah gelap begini,aku teringat janji Pak Jamil untuk memohon bekalan letrik bagi surau ini.Jika tiada orang yang mahu membayar bilnya setiap bulan,aku rela untuk bekerja dan menjadikan bil letrik surau ini sebagai tanggungjawab aku.Maghrib itu aku melaungkan azan dengan rasa sayu. Aku teringatkan Pak Bidin.Sejahat jahat dia,dialah yang membantu aku membersihkan dan mengimarahkan surau ini.Walaupun dia tidak pandai mengaji,dia tidak malu untuk mengaku dan belajar.Jika dia mati,pengakhiran hidupnya mungkin lebih baik dari aku.Selesai maghrib,aku berwirid dan berzikir sehingga isyak.Suasana sunyi sepi,seperti mana rasa dalam hati aku. Selesai isyak,aku hanya baring di atas lantai.Terasa malas yang amat sangat. Akhirnya aku terlelap.Aku hanya tersedar bila mendengar nama aku dipanggil.Mulamula aku abaikan kerana menyangkakan sekadar mainan tidur.Namun suara memanggil itu kedengaran lagi.Aku gosok lengan aku kerana tiba-tiba bulu roma aku tegak berdiri.Ini isyarat yang tidak elok untuk aku.Dari dulu bulu roma lengan aku ini umpama 'sensor' jika ada kehadiran makhluk-makhluk halus. "Man...Man...Man...",menakutkan suara panggilan itu jika aku tidak biasa dengan keadaan begini.Aku dibesarkan dalam persekitaran yang tidak semua orang berpeluang merasainya.Aku tiada zaman budakbudak untuk dijadikan kenangan.Apa yang aku ada hanyalah pengalaman yang tidak terfikir dek akal.Suara itu masih memanggil nama aku tanpa henti.Sekejap mendayu,sekejap marah-marah.Aku bangun dan menuju ke muka pintu surau. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku sudah bersedia. Aku buka pintu dan melangkah keluar. Di hadapan aku ada 3


233 I MISTERI KG RAKIT susuk tubuh sedang berdiri memandang aku dan aku kenal sangat lelaki yang ada di tengah-tengah. "Kau nak apa lagi ni Kassim?,baliklah ke dunia kau.Jangan kau kacau lagi manusia.Kamu bertiga dah mati",kata aku. "Kau nak buang rumah kami!!",marah mereka serentak. "Aku nak kamu bertiga tinggalkan dunia ni.Cukuplah.Kamu bertiga dah mati.Terimalah kenyataan.Kalau kamu masih berdegil,aku bakar rumah kamu", gertak aku. "Kau bakar rumah kami,kami mengamuk dan kacau semua orang", mereka pula menggertak aku. "Baiklah kalau itu yang kamu mahu.Aku akan musnahkan kamu",jawab aku dengan tegas. Aku baca Ayatul Qursi dan bergerak ke arah mereka.Dengan satu jeritan yang kuat,muka mereka bertiga bertukar kepada muka yang aku tengok semasa di dalam kereta Kassim. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, lahul mulku walahul hamduyuhyi wayumiitu wahuwa ala kulli syain qodir,la haula wala quwwata illa billah hilayil azim,ya hayyun ya qayyum,ya zal jala liwal iqram.Allahhu akbar",aku hanya berdiri tegak.Tubuh kelibat bertiga itu perlahan lahan terangkat sedikit dari tanah dan berpusing mengelilingi aku sambil membuat bising seperti orang sedang marah. "Man yaghtihi azabuyyukhzihi wayahillu alaihi azabum muqim",aku hembus ke arah tiga kelibat itu. Aku tahu kelibat-kelibat ini tidak akan mampu menyerang aku.Mereka hanya akan cuba menakutkan dan berharap aku mati ketakutan.


234 I MISTERI KG RAKIT "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku hembus lagi ke arah mereka.Mereka semakin marah tetapi mereka hanya mampu berpusing dan sekali sekala cuba menyentuh tubuh aku tetapi gagal.Mereka terbang bersimpang siur di atas kepala aku tetapi sedikit pun tidak menakutkan aku.Aku baca satu ayat yang panjang sambil menggenggam penumbuk tangan kanan. "Allahhu Akbar..Allahhu Ahad.",serentak aku menumbuk ke tanah.Terasa satu gegaran kecil dan ketiga tiga kelibat itu jatuh ke tanah.Aku baru sahaja hendak menghampiri mereka bila mereka bangun semula dan bergegas keluar ke arah jalan dan hilang dari pandangan.Aku memandang seketika ke arah jalan dan kemudiannya duduk di beranda surau.Aku tidak tahu samada mereka akan datang semula atau tidak tetapi masa untuk mereka semakin suntuk. Jika diizinkan Allah dan segala perancangan berjalan lancar,dua hari ini adalah hari-hari terakhir mereka berada di kampung ini.Tidak lama aku duduk di beranda,ada cahaya lampu kereta masuk ke simpang surau.Bila kereta itu berhenti di depan surau,Pak Jamil keluar dari kereta dan berjalan ke arah aku. "Asal aku dengar je bunyi bising,mesti datang dari sini.Kamu buat apa tadi sampai ke rumah aku terdengar bunyi orang menjerit",tanya dia. "Ada benda kacau tadi tok tapi dah hilang",jawab aku.Bagus Pak Jamil, cepat sahaja dia sampai jika ada apa-apa. "Kampung ni sebenarnya memang banyak benda-benda macam tu,dari aku kecik-kecik lagi. Sebab tu orang luar tak suka datang ke sini.Semua jadi takut kecuali kamu.Kalau ada orang datang,esoknya mesti dah keluar dari kampung ni",terang Pak Jamil.


235 I MISTERI KG RAKIT "Tapi kenapa ada orang buat bangalo kat sini?",tanya aku.Lama juga dia diam. "Tuan banglo tu memang asal orang kampung ni,keturunan turun temurun macam aku.Lama dia merantau.Aku pun tak tahu kenapa dia nak buat banglo kat kampung ni.Bukan ada apa-apa pun kat sini",tambah dia lagi. "Mungkin dia dah nak pencen kot,tu yang siap buat banglo sebagai persediaan.Pak Jamil kenal rapat ke dengan dia?",aku terus bertanya.Ada sebabnya kenapa aku banyak bertanya kali ini. "Aku kenal sebab saudara mara aku jugak tapi tak rapat.Dia orang senang, aku ni orang kampung yang susah", katanya merendah diri. "Rezeki setiap manusia Allah dah tentukan.Kaya harta belum tentu bahagia kalau sakit.Miskin harta tak semestinya tak bahagia kalau badan sihat walafiat.Allah Maha Adil dalam anugerahNya",nasihat orang muda kepada orang tua. "Kamu ni macam Ustaz.Aku nak balik dululah.Siang nanti aku nak ke hospital tengok Bidin.Ada anak saudara dia nak datang",katanya lagi. "Alhamdulillah..baguslah",jawab aku. Pak Jamil terus bergerak meninggalkan aku sendirian "Memang baik Pak Jamil ni",bisik hati aku ketika berjalan masuk ke surau.Malam itu aku tidur amat lena kerana tiada gangguan yang mengganggu tidur aku.Pagi itu aku ke hutan di belakang surau untuk menikmati air embun yang sudah lama agak lama aku abaikan. Selepas bersarapan,aku menuju ke projek tapak banglo.Tiba di sana,Anjang dan pekerjanya sudah mula bekerja.Aku duduk di tepi tapak banglo untuk melihat mereka bekerja sambil berbual dengan


236 I MISTERI KG RAKIT Anjang jika berkesempatan.Apabila jam 10 pagi, mereka semua berehat sebentar. "Mari ke sana",kata Anjang kepada aku sambil menunjuk ke arah pondok.Kami duduk di hujung lantai pondok. "Macam mana dengan Bidin?",tanya Anjang. "Pagi tadi Pak Jamil ke hospital, mungkin tak balik lagi.Lepas asar baru nak ke rumah dia tanya kabar berita tantang Pak Bidin tapi kata hati saya, Pak Bidin ni tipis harapan nak selamat", jawab aku terus terang.Aku tidak mahu terlalu berharap. "Inshallah semuanya akan selamat", jawab Anjang. "Saya ada satu cerita ni nak bagi tahu Anjang.Semalam,saya jumpa anak kepada tuan banglo ni.Dia dah jadi gila",kata aku. "Anak Berahim?,kenapa pulak macam tu,sebelum ni masa aku jumpa ayah dia bincang pasal kerja ni,sihat walafiat je aku tengok.Cuma dari cara dia bercakap tu,dia tu macam taksub sangat benda-benda halus.Dia percaya ada orang tak nak bunglow ni siap. Kononnya dia dah pagar tempat ni", cerita Anjang. "Betul cakap dia tu tapi masalahnya dia guna benda tak elok untuk lindungi tempat ni.Saya dah mintak dia bertaubat,balik ke pangkal jalan tapi dia tetap degil.Dia lebih percaya benda-benda halus dari Allah',jawab aku. "Aku tahu pasal tu tapi aku tak pandai nak buang.Aku hanya mampu buat setakat yang aku tahu je.Alhamdulillah sampai ke hari ni,kerjakerja berjalan lancar",tambah dia lagi. "Saya rasa ada seorang lagi yang masih kita tak tahu.Orang inilah yang cuba halang banglo ni siap.Saya tak tahu siapa dan kenapa",jawab aku.


237 I MISTERI KG RAKIT "Inshallah kalau aku ada, tempat ni akan selamat.Cuma bila aku balik ke kampung aku,kamu mesti tolong aku jaga kerja-kerja kat sini.Bukan kecik anak orang yang cuba kacau banglo ni",cerita Anjang lagi. "Inshallah Anjang",jawab aku. "Kalau boleh,kamu musnahkan sekali orang yang bersekutu dengan syaitan tu.Kamu ada ilmu tentang perkara tu", pinta Anjang. "Tapi saya sampai sekarang tak dapat bayangan siapa sebenarnya yang cuba nak halang banglo ni siap", kata aku. "Kamu akan tahu nanti.Dapatkan bukti baru bertindak.Kalau orang tu mengaku,lagi bagus.Jangan buat sesuatu tanpa bukti yang jelas",nasihat Anjang. "Baik Anjang.Saya rasa selepas anak Berahim tu jadi gila,orang ni pasti suka hati sebab penghalang dia dah tak ada",tambah aku. "Mungkin jugak..ermm...aku nak sambung buat kerjalah",jawab Anjang lalu bangun menuju tempat kerjanya.Aku juga bangun menuju ke motosikal aku.Niat di hati untuk melawat Pak Ramli.Selepas malam itu,aku tidak berkesempatan untuk melawatnya. Seperti biasa aku hanya bergerak secara perlahan.Otak aku lebih banyak memikirkan tentang Pak Bidin. Bagaimanakah keadaannya hari ini? Apakan daya hajat untuk melawatnya belum kesampaian. Dalam 10 minit,aku tiba di warung Makcik Ani.Tiada orang lain di situ,mungkin belum sampai waktu makan tengah hari. "Assalamualaikum wbt...",kata aku agak kuat kerana aku tidak nampak di mana Makcik Ani dan Pak Ramli.Aku duduk di meja di bahagian tengah bila tiada sesiapa yang menyahut.


238 I MISTERI KG RAKIT "Makcik Ani...Pak Ramli...",aku memanggil mereka berdua.Tidak lama kemudian Pak Ramli muncul dan terus memeluk aku. "Allah...aku nak sangat jumpa kamu selepas malam tu.Akhirnya aku dapat jumpa",katanya sambil airmatanya bergenang.Aku juga terasa sayu bila dia memeluk aku.Permintaannya dan doanya untuk sembuh telah Allah makbulkan. "Mana Bidin?",tanya dia lalu melepaskan pelukannya. "Dia sekarang di wad kecemasan di hospital.Dia dipatuk ular kelmarin", jawab aku dengan sayu.Pak Ramli terduduk di kerusi.Dia mengesat airmatanya. "Kalau aku tahu,aku dah pergi melawatnya sebab aku pun baru balik dari bandar",katanya. "Makcik Ani tak bagi tahu Pak Ramli?Dia lupa agaknya.Hari ni saya tak tahu keadaannya sebab tak jumpa lagi dengan Pak Jamil",kata aku pula. "Jamil ketua kampung?",tanya Pak Ramli seperti terkejut. "Kenapa dengan dia Pak Ramli?",aku juga kehairanan.Pak Ramli hanya mendiamkan diri. "Kamu rupanya Man",tiba-tiba Makcik Ani muncul dari dapur.Perbualan aku dengan Pak Ramli tentang Pak Jamil terhenti setakat itu. "Sampai je dia kat rumah ni,sibuk dia tanya kamu dengan Bidin ada datang sini atau tak",kata Makcik Ani. "Kenapa awak tak bagi tahu saya Bidin masuk hospital masa saya sampai kat rumah?",tanya Pak Ramli kepada isterinya.


239 I MISTERI KG RAKIT "Allah...saya lupa bang,tak ingat langsung saya nak bagi tahu",jawab Makcik Ani.Tiba-tiba muncul lelaki gila yang aku jumpa semalam di hadapan warung Makcik Ani.Di tangan nya terdapat sebilah parang panjang yang berlumuran darah.


240 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 26 Mukanya bengis dan ada percikan darah pada muka dan bajunya.Dia memandang ke arah Pak Ramli. "Aku benci tengok muka kau",jeritnya terhadap Pak Ramli.Aku menghampiri Pak Ramli dan Makcik Ani.Kini aku berdiri di hadapan mereka berdua. "Pak Ramli berdua masuk ke bilik dan kunci pintu.Jangan keluar jika masih tak yakin",kata aku perlahan.Mereka berdua menuruti perintah aku.Lelaki itu tiba-tiba meluru ke arah aku dengan parang di atas kepala.Kaki aku lebih pantas menyepak dadanya sehingga dia terpelanting keluar warung. Memang tujuan aku untuk membuat dia berada di luar warung kerana bila di luar,pergerakan aku lebih bebas.Dia bangun semula tetapi parang masih tetap di tangannya.Dia melibas libas parang tersebut seperti untuk menakutkan aku.Dari raut mukanya,aku yakin dia sebenarnya tidak tahu siapa dirinya sendiri.Dia sudah hilang akal.Cuma aku tidak tahu darah siapa atau darah apa yang membasahi parang dan tubuhnya.Kali ini dia melibas libas parangnya lalu menyerang aku membabi buta.Aku berundur sedikit sambil mencari ruang.Bila hayunannya terlajak,aku menyepak lengan yang memegang parang tetapi parang masih utuh di tangannya.Dia menyerang semula.Kali ini dia melibas di bahagian paras paha.Jika aku tersilap langkah,boleh putus kaki aku rasanya.Aku masih berfikir untuk menyerang balas dan menamatkan pertarungan ini secepat mungkin.Aku perlu mencari siapa yang menjadi mangsa parangnya sebelum dia menyerang warung Makcik Ani.Dia bukan dikuasai apaapa kerana dia sudah tidak tahu apa sebenarnya yang dia lakukan.Dia menyerang sekali lagi tetapi kali ini aku lebih pantas.Aku memegang lengan yang menghayun parang ke arah aku dan kemudian mengilasnya ke ke belakang.


241 I MISTERI KG RAKIT Aku sepak pula di bahagian belakang pelipat sehingga kedudukan dia sudah tinggi sebelah.Aku tolak lagi lengannya yang aku kilas ke arah atas sehingga terdengar bunyi sesuatu yang patah. Parang di tangannya jatuh ke tanah. Aku lepaskan tangan kanannya yang terkulai.Aku tolak tubuhnya hingga jatuh terlungkup. "Warasulan qad qasasnahum alaika min qablu warasulal lam nagsus hum alaik,wakalamallah humusa taklima", aku letak jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan aku ke lehernya.Mulanya dia meronta ronta tetapi semakin lama rontaannya semakin perlahan dan akhirnya terus tidak bergerak lagi.Aku mencari tali untuk mengikat tangan dan kakinya.Selepas mengikatnya,aku memanggil Pak Ramli dan Makcik Ani. "Tolong tengok dia ni.Saya nak cari dari mana datang darah pada parang dan baju dia",kata aku kepada mereka berdua.Aku menghidupkan enjin motosikal lalu bergerak.Aku menyusuri jalan menuju ke arah rumah Pak Jamil terlebih dahulu kerana gerak hati aku menyuruh aku ke arah tersebut. Sepanjang jalan mata aku memerhati jika terdapat petunjuk tentang darah tersebut tetapi tiada.Aku meneruskan perjalanan hingga ke simpang jalan utama tetapi masih tiada petunjuk yang aku jumpa.Aku berpatah balik dan bila sampai di simpang masuk rumah Pak Jamil,aku berhenti seketika.Aku rasa berdebar kerana tidak nampak pun Pak Jamil walaupun keretanya ada di bawah garaj.Aku masuk perlahan lahan sambil memerhati jika ada kesan apa-apa.Aku sebenarnya tidak tahu Pak Jamil tinggal dengan siapa kerana aku tidak pernah nampak isterinya.Aku hanya tahu dia ada seorang anak lelaki yang selalu menemaninya.Aku nampak pintu dapur rumahnya terbuka luas.Aku menuju ke arah pintu tersebut.Dari luar pintu,aku nampak ada kesan titisan darah di muka pintu.Aku jenguk terlebih dahulu kerana aku tiada hak untuk masuk ke rumah orang tanpa izin.Dari situ aku nampak sekujur tubuh sedang terbaring


Novel Seram

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version