292 I MISTERI KG RAKIT "Tiba-tiba je aku nampak gelap gelita dalam banglo dari pondok.Langsung tak ada bunyi apa-apa.Aku risau,sebab tu aku datang walaupun aku takut", jawab Ajor. Aku tidak tahu hendak terus marahkan dia atau hendak peluk dia.Dia datang sebab risaukan aku walaupun dia sendiri rasa takut.Maknanya dia tidak mementingkan diri dia sendiri tetapi pada sisi lain,dia telah membahayakan dirinya dan menyusahkan aku jika terjadi apa-apa kepadanya. "Ajor balik ke pondok tu.Inshaallah saya tak apa-apa.Jaga yang lainlain.Jika saya perlukan pertolongan,saya akan panggil nama",pesan aku.Ajor balik ke pondok manakala aku masuk semula ke dalam banglo bersama lampu suluh Ajor. "Wakurrabbi a u'zubikamin hamazatisy syayatin,wa a'uzu bika rabbi ayyah durun",aku melangkah berhati-hati. "Kulhuallah hu Ahad,Allahhu somad, Lam yalid walam yulad,walam yakullahu kufuan Ahad",dengan kuasa Allah,lampu suluh aku menyala semula.Suasana menjadi terang dan dengan jelas aku nampak belaan itu sedang berdiri bersandar pada dinding seperti tidak bermaya.Aku menuju ke arahnya.Dia hanya memandang aku tanpa reaksi apa-apa. "Allahumma inni a u'zubikamin jahdil balag',wa darkish saqag',wasu il qadag',wassyama tihil ag'dag",aku menumbuk dadanya sehingga dia jatuh terduduk ke lantai. "Bismillahilladzi laa yadhurru ma’as mihi syai-un fil ardhi wa laa fis sama’ wa huwas sami’ul ‘alim",aku letak tapak tangan aku di atas kepalanya.Tangan aku seperti menarik kuat kepalanya sehinggakan tubuhnya bagai terangkat dari lantai.Dia betul-betul sudah tidak mampu untuk mempertahankan dirinya lagi.
293 I MISTERI KG RAKIT "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku mencengkam kepalanya sekuat tenaga yang aku ada.Tiba-tiba gerak hati aku dapat merasakan ada sesuatu sedang meluru ke arah aku dengan laju.Tangan aku masih di kepala belaan itu tetapi kaki aku pantas menyepak benda yang meluru tersebut.Aku perlu bertahan sedikit sahaja lagi untuk memusnahkan terus belaan ini.Aku tidak sempat melihat apa yang menyerang aku tadi tapi aku pasti sepakan aku tepat mengenainya. "Man yaghtihi azabuyyukhzihi wayahillu alaihi azabum muqim",belaan itu akhirnya jatuh terbaring ke lantai tidak bergerak lagi. "A‘udzu bi wajhillahil karim,wa bi kalimatillahit tammatillati la yuja wizuhunna barrun wala faajirun,min syarrima yanzilu minas sama’i,wamin syarrima yagruju fiha,wamin syarrima zara’a fil ardh,wamin syarrima yakhruju minha,wamin syarri fitanil laili wan nahar,wamin syarrima thowariqil lail, wamin syarri kulli illa thoriqi illa thoriqan yathriqu,bi khairin ya rahman", aku menekan tubuh belaan itu.Akhirnya tubuh belaan itu menjadi seperti debu dan hilang begitu sahaja.
294 I MISTERI KG RAKIT Aku beralih pula untuk mencari apa yang menyerang aku tadi.Sekali imbas tadi aku seperti nampak kelibat manusia yang menyerang aku tetapi buat masa ini aku masih belum pasti. "Tuan dia ke serang aku tadi?",tanya aku dalam hati.Malang sekali,tuan belaan terlambat untuk menyelamatkan belaannya.Aku yakin kalau betul yang menyerang aku tadi adalah manusia,maka dia pasti ada dalam banglo ini.Dia sudah tidak dapat lari dari aku lagi kerana belaannya sudah tiada untuk membantunya. "Baik kau keluar sebelum aku dapat jumpa kau.Kalau kau keluar,aku boleh pertimbangkan untuk beri kau peluang kembali ke pangkal jalan.Kalau aku yang jumpa kau,aku tidak akan maafkan kau",aku bercakap dengan suara yang jelas dan nyaring.Tiba-tiba dari belakang aku muncul seorang lelaki cuba menetak aku dengan parang tetapi kaki aku lebih cepat.Dia jatuh ke lantai.Aku terkejut bila melihat lelaki itu.
295 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 32 Lelaki itu cuba menyembunyikan mukanya. "Kau ni anak Pak Jamil kan?bapak kau orang baik tapi kau berkawan dengan syaitan.Kenapa kau buat semua ni?", jerkah aku.Dia tidak menjawab soalan aku.Dia cuba mengambil parang yang terlepas dari tangannya tadi tetapi aku lebih cepat dari dia.Aku cuai ketika menghampirinya apabila dia berjaya menyepak perut aku walaupun dia dalam keadaan duduk.Aku terundur ke belakang.Dia bingkas bangun dan menyerang aku tanpa senjata tetapi menggunakan buah pukul yang sama seperti anak Berahim,tuan punya banglo.Bertungkus lumus juga aku mempertahankan diri.Sedas dua juga pukulan darinya berjaya mengenai tubuh dan mulut aku.Aku yakin anak Pak Jamil ini sepeguruan dengan anak Berahim.Aku mengelap darah yang keluar dari bibir aku yang pecah kerana pukulannya.Dia tersenyum bila melihat mulut aku berdarah.Mungkin keyakinan sudah kembali pada dirinya selepas belaannya telah musnah. "Falamma alqaw kala musa,ma jig'tum bihil sihr,innallah ha sayub tiluh, innallahhala yuslihu amalal mufsidin", aku membaca kerana manusia seperti ini tidak kenal dosa pahala.Dia menunjukkan kesombongan dengan membuka beberapa langkah buah pukul.Dalam pertarungan,bila kau kagum dengan kehebatan diri sendiri, maka kau akan menjadi seorang yang lalai.Dia menyerang aku bertalu talu lebih kurang lima minit tanpa henti tetapi kali ini tiada pukulannya yang mengena tubuh aku.Sebaliknya mulut dia pula yang berdarah terkena pukulan belakang tangan kanan aku.Dia mengelap mulutnya yang berdarah dan amarahnya semakin bertambah.Itu kesilapan keduanya.Bila amarah menguasai diri,pergerakannya akan sumbang.Bila hilang kesabaran,kau akan membuka jalan kemusnahan.Bila tidak dapat membelasah aku seperti yang dia
296 I MISTERI KG RAKIT inginkan,dia akan mula menyerang membabi buta.Setiap lima kali buah pukulnya tersasar ketika cuba memukul aku,pasti ada satu pukulan aku tepat ke tubuhnya.Aku sudah mula menenangkan diri kerana aku tahu dia sudah tidak dapat mengawal diri.Aku hanya perlu melayan pergerakannya sehingga aku dapat melepaskan satu pukulan 'maut'.Aku tahu dia cuba menggunakan cara halus untuk melemahkan aku tetapi dia tidak tahu aku sudah terbiasa bertarung lebih teruk daripada ini.Setiap pukulannya, aku sentiasa berjaya mematahkannya.Selepas agak lama membiarkan dia yang menyerang,giliran aku pula untuk menyerang.Aku tidak punya buah pukul khusus tapi aku belajar muslihat pertarungan dari orang yang hebat ilmunya.Bila tangan mencari sasaran, kaki harus menjadi senjata susulan. Begitu juga jika kaki mencari sasaran, tangan atau siku menjadi senjata susulan.Gerak harus cepat dan pantas. Aku berjaya beberapa kali menumbuk perutnya tetapi itu bukan sasaran utama aku.Itu sekadar umpan supaya dia lalai.Akhirnya umpan aku mengena. Dia beranggapan aku menyasarkan perutnya lagi tetapi sekali ini aku berpusing ke belakangnya.Satu tumbukan tepat pada paha kanan sebelah luar dan kaki aku pula mencari pelipat kaki kiri.Dia rebah ke lantai sambil menjerit kesakitan.Aku sekali lagi mengulangi gerakan yang sama pada kaki sebelah kiri pula. Kini dia dalam keadaan duduk beralas lutut seperti orang duduk tahiyat awal. Satu hentakkan siku dari belakang tepat ke tengah kepalanya.Dia rebah tersembam ke lantai tetapi masih sedarkan diri.Nafasnya tercungap cungap.Aku memang tidak berniat untuk membunuhnya kerana bukan hak aku untuk menentukan hidup mati seseorang.Aku cuma mahu dia sedar dan menyesal segala perbuatannya. Aku baru sahaja cuba mengangkat tubuhnya bila tiba-tiba tubuh aku tercampak kuat ke dinding.Seseorang telah menyepak aku secara pengecut.
297 I MISTERI KG RAKIT "Allah...",itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku bila tubuh terhentak pada dinding.Sekali lagi aku lalai dan kali ini aku membayar harga yang mahal.Pandangan aku menjadi kabur tetapi aku bernasib baik kerana lampu suluh aku masih berfungsi.Aku bangun perlahan lahan.Tubuh aku terasa sakit. Kuat sekali sepakan itu dan ditambah pula terhentak pada dinding.Aku nampak seseorang sedang berdiri tidak jauh dari aku tetapi mata aku masih kabur untuk melihat siapakah orangnya. "La haw lawala kuwwata illa billah hilayil azim",aku baca tiga kali lalu menghembuskannya. "Ya ardub la ima aki waya syamma u akli ie",aku baca pada genggaman tangan kanan dan kemudian lurutkan di tangan kiri bermula dari bahu hingga ke hujung jari.Aku ulang benda yang sama pada tangan kanan.Lelaki itu tidak menyerang aku buat kali kedua kerana dia sedang sibuk melihat anak Pak Jamil yang sedang terbaring tidak bermaya.Tubuh aku terasa segar sedikit.Cuma mata aku masih belum pulih sepenuhnya.Aku nampak orang yang berdiri tidak jauh di hadapan aku tetapi aku tidak nampak mukanya dengan jelas. "fakasafna anka ghito a'ka fabasarukal yauma hadid",aku gosok kelopak mata aku menggunakan jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan.Penglihatan aku beransur pulih.Aku sudah boleh nampak lelaki yang menyerang aku cuma mukanya lebih terarah memandang ke arah anak Pak Jamil. Bila dia berpaling melihat ke arah aku, aku terkejut besar.Tiada sebesar hama sekalipun aku menyangka bahawa dia adalah dalang semua ini. "Pak Jamil??",aku benar-benar terkejut. "Ya aku.Kau dah musnahkan pembantu aku dan lumpuhkan anak aku.Kau memang nak mati'",katanya dengan garang,berbeza sama sekali dengan Pak Jamil,ketua kampung yang aku kenal sebelum ini.
298 I MISTERI KG RAKIT "Ya Allah..kenapa jadi macam ni Pak Jamil?tak ingat mati ke?",tanya aku yang rasa cukup sedih dan terkejut.Maka tak hairanlah kenapa Pak Jamil berpura-pura tidak tahudalam banyak perkara.Semuanya sekadar untuk menutup kejahatan yang dibuatnya. "Aku dah lama sepatutnya jadi ketua kampung.Bila Ramli dah aku sakitkan, Sepupu aku Si Berahim pulak nak pindah tinggal kat kampung ni.Dia orang kaya,ada pengaruh,pasti dia yang akan jadi ketua kampung ganti aku.Aku sekarang ni pun hanya ketua kampung sementara ganti Ramli",kata dia.Aku ingat dalam filem sahaja terjadi perkara macam ini,rupanya di depan mata aku sendiri aku menyaksikannya.Aku mengatur semula peristiwa yang aku tahu pasal kampung ini.Dari Pak Ramli yang sakit, keluarga Pak Jo yang meninggal kerana rumah terbakar,Pak Bidin yang sudah bertaubat,lelaki yang menjadi gila,anak Pak Jamil dan Pak Jamil sendiri.Semuanya saling berkaitan. Walaupun Pak Jamil dan Berahim bersaudara rapat,jawatan dunia yang tidak seberapa menghilangkan rasa takut pada dosa.Aku tidak tergamak hendak menentang Pak Jamil sebab pada aku dia ada sisi yang baik. "Pak Jamil,bertaubatlah sebelum terlambat.Anak Pak Jamil ni pun masih muda,panjang lagi perjalanan hidup dia.Apa lagi yang Pak Jamil nak kejar dalam usia Pak Jamil sekarang?",aku masih berharap Pak Jamil kembali ke pangkal jalan.Aku cuba mengelak untuk berlawan dengannya. "Hanya kau seorang yang jadi batu penghalang untuk aku dan anak aku. Kalau kau tak datang ke sini,semuanya tak jadi macam ni.Banglo ni pun tak akan siap sampai bila-bila.Aku ingat bila Johari dah mati,banglo ni pun akan mati.Semua ni kau yang jadi puncanya", cerita dia lagi tetapi kali ini dia terus menyerang aku dengan parang yang ada di atas lantai.Aku tidak ada pilihan lain lagi kecuali melawannya.
299 I MISTERI KG RAKIT Walaupun dia sudah agak berusia tetapi tenaganya masih kuat dan gerak silatnya masih lincah.Bukan sebarangan orang juga Pak Jamil ini. Dia melibas parangnya mengikut gerak kakinya,bukannya membabi buta seperti orang lain.Jika hayunan parangnya aku mampu elak,dia akan cepat-cepat menarik parangnya semula dan menyerang kembali. Sekejap dia melibas paras leher dan sekejap di paras paha.Susah juga untuk aku mempertahankan diri.Jika tersilap langkah,aku yang akan mati. Aku masih berniat untuk tidak melawan sehingga Pak Jamil mati tetapi cukup untuk buat dia insaf dan kembali ke pangkal jalan.Bukan hak aku untuk mengambil nyawa orang.Aku masih dalam posisi bertahan dan belum berpeluang menyerang balas.Aku hanya memerhati gerakannya pada peringkat awal ini.Satu hayunan parangnya hampir mengakhiri hidup aku,hanya sejengkal sahaja lagi parang itu memutuskan leher aku. "Dah cukup aku mengalah,sekarang waktu untuk menyerang",kata aku dalam hati.Tangannya yang memegang parang tidak bermakna aku tidak boleh menyerang.Aku nampak Pak Jamil seperti sedang membaca jampi serapah dan kemudian menulis sesuatu pada lantai menggunakan parang di tangannya.Tiba-tiba sahaja langkah kaki aku menjadi amat berat. "Falamma alqaw kala musa,ma jig'tum bihil sihr,innallah ha syayup tiluh, innallahhala yuslihu amalal mufsidin", aku tahu dia menggunakan sihir untuk melemahkan aku.Langkah aku kembali ringan dan lincah.Dia kelihatan terkejut bila melihat sihirnya gagal. Dia berundur sedikit demi sedikit dan akhirnya tersekat oleh dinding.Dia cuba lagi menggunakan ilmunya tetapi tidak memberi kesan kepada aku.
300 I MISTERI KG RAKIT "A‘udzu bi wajhillahil karim,wa bi kalimatillahit tammatillati la yuja wizuhunna barrun wala faajirun,min syarrima yanzilu minas sama’i,wamin syarrima yagruju fiha,wamin syarrima zara’a fil ardh,wamin syarrima yakhruju minha,wamin syarri fitanil laili wan nahar,wamin syarrima thowariqil lail, wamin syarri kulli illa thoriqi illa thoriqan yathriqu,bi khairin ya rahman", Ilmu syaitan tidak akan dapat melawan ilmu Allah.Aku berjaya menjatuhkan parang di tangannya dengan satu sepakan yang tepat ke lengannya. Aku melepaskan pula satu tumbukan ke pelipis kanannya.Bila dia sudah hampir jatuh,aku hentak pula kepala lutut aku ke bahagian rusuk kanannya. Dia jatuh terguling.Gembira bercampur sedih bila melihat dia dalam keadaan begitu tetapi apakan daya,ini jalan yang dia pilih.Dalam keadaan terbaring,aku tindih mukanya dengan lutut aku. "Ampun...aku mintak maaf..aku dah insaf",rayunya tetapi aku terus menekan lutut aku. "Bila dah tersepit macam ni baru Pak Jamil nak mintak maaf?atau sebab nak lepaskan diri je?saya dah bagi peluang tapi Pak Jamil tolak",kata aku. "Bismillahhirahmanirrahim,la fa ha ja muhammad na ha fakat faqobaha muhammad",aku tepuk pada paha kanan dan kemudian paha kirinya.Dia sudah terkunci.Kedua dua beranak ini sudah tidak mampu buat apa-apa lagi
301 I MISTERI KG RAKIT "Maafkan aku...aku betul-betul dah insaf.Kalau kau boleh beri peluang kat Bidin untuk bertaubat,berilah peluang untuk aku jugak",rayunya lagi.Dia hanya tidak mampu bergerak tetapi masih mampu bersuara.Sedih aku rasa bila mendengar Pak Jamil menyebut nama Pak Bidin. "Betul Pak Jamil nak bertaubat?bukan kerana nak lepaskan diri?ingat,jika Pak Jamil mungkir janji,saya tak akan maafkan lagi",jawab aku. "Demi Allah,aku nak bertaubat.Aku dah insaf.Aku berjanji aku akan perbaiki surau tu semula sebagai tanda aku dah bertaubat",dia terus merayu.Bila mendengar janjinya tentang surau itu, hati aku menjadi lembut. "Baiklah,saya lepaskan Pak Jamil kali ini dan saya akan cari Pak Jamil semula jika Pak Jamil tak berpegang pada janji.Bawak balik anak Pak Jamil ni ikut jalan depan,kat situ tak ada orang akan nampak",kata aku yang masih menutup aibnya daripada anak buah Anjang. Selepas membuka 'kunci' pada kakinya dan menyedarkan anaknya,Pak Jamil meninggalkan banglo ini.Bagaimana dia hendak pulang ke rumahnya,itu urusan dia.Mungkin dia tinggalkan keretanya agak jauh dari tempat ini. Alhamdulillah,semuanya sudah selesai. Aku berharap Pak Jamil benarbenar insaf dan bertaubat.Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan.Aku menuju ke pondok.Kesemua anak buah Anjang masih belum tidur. "Macam mana Jirlan?",tanya aku. "Darah dah berhenti,dia dah sedar tadi.Belakang kepalanya bengkak sikit, mungkin sebab itu dia pengsan tadi", jawab Ajor.Musafa pula masih terikat. Aku buka tali yang mengikatnya.
302 I MISTERI KG RAKIT "Aku mintak maaf,aku terpaksa buat macam ni sebab kau kena rasuk",kata aku.Musafa hanya mendiamkan diri, mungkin masih dalam keadaan terkejut dan malu.Mereka semua kembali ke banglo kecuali Ajor.Malam itu aku tidur dengan lena sekali. Bila hari sudah agak cerah,aku menuju ke warung Makcik Ani.Alhamdulillah, warungnya sudah dibuka. "Assalamualaikum wbt..",kata aku bila nampak Pak Ramli dan Makcik Ani sedang membersihkan meja. "Waalaikummusalam wbt",jawab mereka serentak. "Awal hari ni?",tanya Pak Ramli. "Saja awal sikit.Lama tak buka,Pak Ramli pergi mana?",tanya aku sambil duduk di meja di bahagian tengah. "Aku balik kampung,buat kenduri doa selamat dan tahlil untuk arwah Bidin", jawab Pak Ramli.Gembira bila mendengar kata-kata Pak Ramli.Dia benar-benar sudah memaafkan Pak Bidin. "Pak Ramli,saya nak tanya sikit pasal Pak Jamil.Cuba Pak Ramli cerita kat saya apa yang Pak Ramli tahu pasal dia.Cerita semua sekali,tak perlu nak rahsia",pinta aku. "Memang aku nak cerita kat kamu hari tu lagi tapi tak berkesempatan. Sepatutnya aku yang jadi ketua kampung ni kalau aku tak sakit.Aku tahu,aku sakit sebab Bidin yang buat dan aku juga tahu Bidin tu buat atas arahan Jamil.Jamil tu bomoh tapi ramai tak tahu.Bidin tu bekerja dengan Jamil.Sebab tu Jamil ambik berat pasal Bidin",cerita Pak Ramli.Aku serta merta teringat Pak Bidin selalu ke rumah Pak Jamil semasa tinggal dengan aku di surau.Pak Jamil juga selalu datang
303 I MISTERI KG RAKIT dengan cepat jika aku berlawan dengan benda halus seperti dia tahu semuanya. "Anak Pak Jamil?",tanya aku. "Aku tak tahu sangat pasal anak dia tu sebab anak dia memang tak bercampur sangat",terang dia lagi. "Pak Ramli kenal tuan banglo yang tengah buat tu?",tanya aku lagi. "Sikit-sikit je aku tahu.Yang aku dengar, tuan punya banglo tu Berahim namanya.Dia sepupu dengan Jamil. Katanya dia nak balik tinggal di sini dari Kota tinggi.Aku pun tak tahu sangat',tambah dia lagi. Semuanya sudah terjawab dan semuanya sudah selesai.Apa yang berlaku selepas ini,aku serahkan segalanya kepada Allah.Aku sudah tunaikan amanah aku sebaik mungkin. Ada yang mati,ada yang bertaubat,ada yang sembuh semula dan ada yang gila.Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dan Maha Adil menguruskan kehidupan kita semua.Kifarah itu benar, dosa pahala itu benar,mati pun benar. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah baik di dunia mahu pun di akhirat.