The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PakcikMan, 2023-02-20 03:49:19

Novel Seram

92 I MISTERI KG RAKIT aku.Aku tangkap tangannya dan kilas ke belakang lalu menyepaknya hingga terjatuh.Seorang lagi cuba menyerang aku dan nasibnya sama seperti yang mula-mula tadi. "Lain kali jangan ingat bila dah ramai tu boleh jadi samseng",aku terus panaskan hati mereka bertiga.Kedua dua lelaki itu menyerang aku serentak dan buat kali kedua,mereka berdua terguling ke tanah.Air muka ketuanya mula kelihatan cuak.Dia memberi isyarat kepada anak buahnya untuk bangun dan meyerang semula.Entah kenapa tiba-tiba ketiga tiga lelaki itu bertempiaran lari,seperti melihat hantu. Aku juga kehairanan dan berpaling ke arah belakang aku.


93 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 11 Bila aku berpaling,aku dapati tiada sesiapa atau apa-apa pun di belakang aku.Tiba-tiba muka aku terasa sejuk bila ada angin yang menyentuh muka aku,seolah olah ada tangan yang membelai lembut.Aku bagai terpukau seketika namun akhirnya tersedar. "Laillahaillallah wahdahu lasarikalah, lahu mulku walahu hamduyuhyi mayumittu wahuwa ala kulli syain kodir,la haula wala kuwwata illa billah hilayil azim,ya hayyun ya qayyum,ya zal jalali wal iqram",aku sapu tangan kanan aku ke muka.Aku duduk di muka pintu surau.Aku tidak tahu kenapa lelaki bertiga tadi lari bertempiaran meninggalkan aku secara tiba-tiba. Mungkin ada sesuatu yang mereka nampak dan menakutkan mereka. Banyak sungguh rahsia yang masih belum terjawab hingga sekarang.Aku menuju ke motosikal aku dan duduk seketika sebelum menghidupkan enjinnya.Aku memandang ke arah surau,bagai ada seseorang yang sedang memerhatikan aku. "Biarlah,semoga ia berniat baik",bisik hati aku.Aku menghidupkan enjin motosikal dan bergerak pulang. Sepanjang perjalanan pulang,otak aku tidak terlepas memikirkan siapa lelaki bertiga yang menyerang aku dan kenapa tergesa gesa melarikan diri. "Hari itu ada sekumpulan menyerang aku,hari ini satu kumpulan,esok lusa?, kenapa mereka tak suka aku datang ke kampung ni?",aku membebel dalam hati.Dari awal aku sampai di stesen bas sampailah sekarang,tak habishabis gangguan yang datang tapi aku yakin semua ini ada kaitan antara satu sama lain.Aku yakin satu hari nanti aku akan berjaya mendapat jawapannya.Aku sampai di pondok aku tetapi kereta Anjang tiada.Aku letak motosikal aku di bawah pokok dan menuju ke tempat kerja Anjang. "Bang,Anjang pergi mana?",aku tanya seorang pekerja Anjang.


94 I MISTERI KG RAKIT "Dia cakap nak pergi telefon bapak saudara awak",jawab Ajor.Aku tersenyum.Pasti ada berita baik nanti dari Anjang.Pak Tam aku pun satu hal, sejak aku datang ke sini,dia langsung tidak bertanya khabar aku.Sampai ke sini jangan harap.Geram sungguh aku rasa.Nasib baik ada Anjang yang selalu membantu aku mendapatkan bekalan bahanbahan mentah untuk memasak. Aku duduk seketika sambil menunggu Anjang. "Lambat pulak Abang Anjang ni",bebel hati aku.Aku tidak sabar hendak tahu bila Pak Tam aku hendak datang ke sini,itu sahaja.Sekurang kurangnya aku akan tahu berapa lama aku akan berada di kampung ini.Dari jauh aku nampak kereta Anjang menghampiri kawasan pembinaan. aku tersenyum lebar.Anjang meletakkan keretanya betulbetul di hadapan pondok aku. "Ada pun kamu",kata Anjang bila turun dari kereta. "Dapat tak telefon Pak Tam saya?", tanya aku.Anjang duduk di sebelah aku. "Dapat.Aku 'order' barang-barang kerja kat dia.Banyak dah tak ada.Nanti tak jalan pulak kerja",jawabnya. "Bila dia nak datang sini?",tanya aku lagi. "Tak pasti lagi katanya sebab dia ada tengok satu kerja lagi.Dia suruh kamu tengok-tengok kerja kat sini dulu",terang Anjang.Jawapan yang mengecewakan aku.Anjang menepuk bahu aku. "Kamu tu bujang lagi,biarlah tunggu kat sini dulu.Lagi pun banyak benda yang kamu perlu selesaikan.Pak Tam kamu tu tahu,sebab itu dia hantar kamu ke sini",pujuk Anjang.Aku diam sahaja.


95 I MISTERI KG RAKIT "Kalau tak esok,mungkin lusa lori hantar barang-barang tu sampai.Oklah, aku nak sambung buat kerja.Kamu rehatlah.Penat tengok gaya kamu ni", kata Anjang lagi lalu meninggalkan aku sendirian. "Lama lagilah aku kat sini.Bagus jugak, dapat aku selesaikan apa yang aku nak tahu",aku pusing kehampaan aku kepada fikiran yang positif.Tidak Allah aturkan setiap perkara dengan sia-sia kecuali manusia itu sendiri menjadikan nya sia-sia.Fikiran aku kembali berpusing memikirkan kejadian di surau tadi.Pak Bidin hilang menjelang zohor.Muncul pula tiga sekawan tanpa diundang dan kemudian lari lintang pukang. "Aku nak tanya siapa pasal tiga orang tu?nak cerita macam mana?",sakit juga kepala aku ini berfikir.Namun sikap degil aku akan membantu aku mendapatkan semua jawapan sehingga hati aku puas.Selepas Anjang dan pekerjanya pulang, aku menanak nasi.Lauknya hanya ikan masin,telur dadar dan kicap.Agak susah untuk masak masakan berkuah. Lagi pun aku bukannya pandai sangat memasak.Apa yang penting,aku tidak kelaparan.Hari beransur gelap tanda sudah hampir maghrib dan hendak hujan.Aku mandi dan bersedia untuk ke surau lama.Malam ini aku berniat untuk beramal di situ berteman dua pelita yang aku bawa.Aku hanya akan makan apabila pulang dari surau.Aku harus segera tiba di situ sebelum hujan.Walaupun aku teringat kepada amaran kumpulan lelaki siang tadi tetapi ia tidak sedikit pun membuatkan aku takut.Alhamdulillah, sampai sahaja aku di surau,hujan pun turun dengan lebat sekali.Aku cepat cepat masuk ke dalam surau dan menyalakan dua pelita.Suasana menjadi agak terang tetapi pandangan agak menyeramkan.Aku laungkan azan maghrib biarpun aku sendiri tidak tahu siapa yang mendengarnya.


96 I MISTERI KG RAKIT Bunyi bising atap kerana hujan menenggelamkan lagi laungan azan yang aku buat tetapi sekurang kurangnya aku sudah buat kewajipan aku.Mungkin beginilah kesayuan hati Pakcik Sabri apabila tiada orang yang hadir ke surau ini biarpun setiap waktu dia melaungkan azan.Bukan tugas kita untuk memaksa orang tetapi tugas kita hanya untuk berdakwah mengajak kepada kebaikan.Selesai azan,aku solat sunat terlebih dahulu sementara menunggu kehadiran jemaah lain jika ada walaupun harapan aku mungkin hanya tinggal harapan.Selesai solat sunat, aku dapati ada seseorang yang sedang bersolat agak jauh di belakang. Suasana yang agak kelam membuatkan aku tidak tahu siapakah orang tersebut.Aku menunggu orang itu selesai solat sunat untuk menunaikan solat yang wajib.Aku iqamat bila nampak orang itu selesai dengan solatnya.Bila dia menghampiri aku,baru aku tahu dia adalah Pak Bidin.Kami sama-sama tersenyum. "Pak Bidin jadi imam yer..",pelawa aku. Dia menolak dengan menggelengkan kepalanya lalu meminta aku yang menjadi imam.Aku terpaksa mengalah kerana tidak mahu melengahkan solat. Kali pertama kami berjemaah di surau ini.Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan selepas siangnya bersusah payah membersihkan semak samun dan pada malamnya dapat pula berjemaah selepas sekian lama surau ini terbiar.Bacaan surah Al fatihah pada 2 rakaat yang pertama seolah olah disambut 'Aamiin' dengan suara yang ramai walaupun kami hanya berdua. Semua ini adalah dari Allah Yang Maha Berkuasa.Aku mengabaikan apa yang bermain di fikiran aku.Selesai solat,kami berwirid.Hujan masih lebat tetapi Alhamdulillah,surau ini langsung tiada menunjukkan atapnya yang bocor.Suara zikir kami berlawan dengan bunyi hujan lebat, bagai irama yang disatukan.Selesai sahaja kami berzikir,hujan pun berhenti, bagai berjanji.


97 I MISTERI KG RAKIT "Pak Bidin duduk sekejap yer..sakit pulak perut saya ni",tiba-tiba perut aku meragam.Pak Bidin hanya sekadar mengangguk.Aku cepat-cepat menuju ke tandas sambil membawa satu pelita dan meninggalkan satu pelita untuk Pak Bidin.Nasib baik siang tadi aku tersalah rajin membersihkan tandas surau ini dan menyediakan baldi untuk digunakan jika perlu.Lebih kurang sepuluh minit juga masa aku dihabiskan dalam tandas ini.Meragam lain macam perut aku malam ini. "Air kurang bersih rasanya",teka aku.Selesai menyempurnakan hajat,aku masuk semula ke dalam surau tetapi kelibat Pak Bidin tidak kelihatan. "Mana orang tua ni?",tanya aku dalam hati.Aku mencari di luar surau tetapi tetap tiada. "Tak kan dah balik.Kenapa tak tunggu aku dulu.Baru nak borakborak",aku membebel. "Mungkin ada hal penting",selepas membebel,aku menyejukkan hati sendiri dengan berbaik sangka.Aku kembali ke dalam surau dan duduk bersandar di dinding.Aku mula memikirkan yang bukan-bukan tentang Pak Bidin.Kehadirannya mengejutkan dan ketiadaannya juga mengejutkan. "Tak kan lah dia pun dah.....sebab siang tadi dia ada",aku tidak dapat beri jawapan yang tepat tetapi masih tetap penuh dengan tanda tanya.Semakin banyak persoalan sedangkan satu jawapan pun aku belum dapat.Aku ambil keputusan untuk tidur di surau sahaja malam ini.Terasa malas untuk pulang ke pondok.Di sini rasa lebih selesa dan tenang.Kawasan luas, atap masih elok.Tandas dan telaga pun ada. 'Baik aku tinggal kat surau ni je,lagi selesa",timbul idea cerdik dari aku. Pondok aku boleh jadi tempat aku, Anjang dan anak buahnya


98 I MISTERI KG RAKIT berehat.Aku memadamkan satu pelita untuk menjimatkan minyak lalu membaringkan tubuh aku di atas karpet usang surau beralaskan lengan. Suasana menjadi sunyi sepi selepas hujan sehinggakan bunyi cicak pun aku boleh dengar dengan jelas. "Ya Allah...aku tak makan lagi",tiba-tiba aku teringat nasi dan lauk yang aku masak.Aku bingkas bangun semula. "Esok sajalah aku mula tinggal kat sini", kata hati aku.Aku nyalakan lampu suluh kepala dan padamkan pelita.Aku tutup pintu surau rapatrapat,hidupkan motosikal dan bergerak pulang.Suasana betulbetul sunyi di sepanjang jalan.Tiada sebuah pun kenderaan mahu manusia yang aku jumpa. Kampung Rakit ini memang amat menghairankan.Seolah olah aku berada dalam satu mimpi yang panjang. Misterinya tidak berpenghujung, jawapannya masih tergantung.Sesekali terasa bagai diperhatikan tetapi aku abaikan.Kawasan ini amat menguji diri aku.Kadang-kadang aku sendiri keliru antara realiti dan mimpi.Ada banyak pihak yang marah aku berada di kampung ini tanpa aku tahu sebabnya. Pak Ramli pula minta jasa baik aku untuk mencari orang yang telah menyebabkan dirinya terlantar di atas katil sedangkan aku masih tidak tahu hujung pangkal cerita dan siapa yang dimaksudkannya.Dalam otak aku melayang melayan pertanyaan,aku terkejut dan memberhentikan motosikal aku serta merta bila di hadapan aku terdapat seseorang yang sedang duduk dalam keadaan bercangkung.Matanya bersinar seperti kucing bila terkena suluhan lampu picit.Aku kini hanya lebih kurang 5 langkah darinya.Aku turunkan tongkat motor. Kaki aku kini kedua duanya berada di sebelah motosikal sahaja untuk memudahkan pergerakan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. Lelaki yang ada di hadapan aku menggerak gerakan kepalanya ke kanan dan ke kiri.Matanya agak ke dalam. Pakaiannya koyak rabak serta tidak beralas kaki.Kuku tangannya nampak panjang tidak terurus.Rambutnya kusut masai.


99 I MISTERI KG RAKIT "Kau siapa?",tanya aku.Tiada jawapan tetapi kepalanya masih bergerak seperti tadi. "Kau ni siapa?datang dari mana?",aku ulang pertanyaan tetapi kali ini suara aku aku kuat.Dia hanya tersengih menampakkan giginya yang hitam.Dia bergerak sedikit ke arah aku.Aku mempersiapkan diri jika di serang.Tiba-tiba dia melompat ke arah aku. Aku menunduk sambil cuba menumbuk ke arah perutnya tetapi gagal.Aku menjarakkan sedikit dari motosikal aku untuk memudahkan pergerakan.Lelaki itu masih dalam keadaan bercangkung dan aku tidak dapat memastikan tinggi tubuhnya.Dia berpusing dalam keadaan tersebut sambil mengelilingi aku.Dia kelihatan seperti seekor katak yang cukup besar bila bergerak begitu.Jalan tar kecil kini menjadi medan pertarungan di tengah malam sunyi.Sekali lagi dia melompat ke arah aku tetapi kali ini kaki aku berjaya menyepak ke arah perutnya. Tubuhnya terpelanting ke arah semak di tepi jalan.Dia cepat-cepat keluar dari semak dan bersedia untuk menyerang aku semula.Malang nasibnya kerana tubuhnya sekali lagi menjadi mangsa kaki aku.Tubuhnya jatuh terhentak atas jalan tar.Kali ini belum sempat dia bangun,aku menyerang lagi.Lutut kanan dan siku kanan aku serentak menghentak tubuhnya.Dia seolah olah menjerit tetapi suaranya tidak kedengaran. Hanya mulutnya seperti ternganga menahan sakit.Dia menolak tubuh aku sekuat hati untuk melepaskan tekanan tubuh aku di atas tubuhnya.Aku sengaja melepaskan tubuhnya kerana tiba-tiba aku merasa kasihan.Dia cuba duduk bercangkung semula tetapi tidak berjaya.Lutut kanan aku tadi telah mematahkan pahanya. Beberapa kali dia mencuba tetapi tetap gagal.Jelas ternampak kesakitan pada mukanya. "Aku tak kenal kau dan aku tak tau kenapa kau serang aku.Baliklah tempat asal kau.Jangan buat sampai aku hilang rasa kasihan",kata


100 I MISTERI KG RAKIT aku.Dia menjeling memandang aku.Akhirnya dia mengesot ke dalam hutan sebelah kiri jalan dan terus hilang.Aku hanya membiarkan sahaja.Aku meneruskan perjalanan pulang ke pondok aku.Perut terasa lapar yang amat sangat.Kali ini aku berjaya sampai tanpa sebarang gangguan lagi. Aku segera menikmati makanan yang tersedia dengan agak gelojoh kerana perut yang terlalu lapar.Sekejap sahaja aku menghabiskan sepinggan nasi. Aku tersandar kekenyangan.Mata mula rasa mengantuk yang teramat sangat kesan akibat perut yang terlalu kenyang.Aku sudah melanggar rutin kebiasaan aku yang berhenti makan sebelum merasa kenyang.Tekak aku mula rasa tidak selesa.Perut aku juga mula terasa sakit seperti dicucuk dengan jarum.Pedih ulu hati menambah lagi seksa tubuh aku.Aku hilang kesabaran.Aku menumbuk lantai pondok aku berulang kali kerana rasa sakit yang melampau.Aku terguling guling menahan sakit.Aku tahu aku sudah diracun kerana sakitnya bukan seperti sakit perut biasa.Tekak aku semakin panas dan perit sehingga aku sukar untuk bercakap dan bernafas.Aku harus segera buat sesuatu.Aku gagahkan diri untuk duduk bersila. Kedua dua tangan aku letakkan di atas paha.Mata aku pejamkan untuk menumpukan perhatian pada menghilangkan rasa sakit di seluruh tubuh.Beberapa kali aku hampir terbaring kerana sakit tetapi aku cuba bertahan. "Laqad ja~akum rasulum min an fusikum azizun alaihi ma anittum hari sun alaikum bil mukminin ra u'furrahim.Fain tawallau fakul hasbiyallahhu la~ilaha illa huwa,alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyil azim", aku genggam penumbuk tangan kanan hingga tahap tubuh aku menggeletar. "A u'zubiwaj hillah hil karim,wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir, wamin syarrima yan zilu minas sama',wa syarrima yakh ruju fiha,wa syarrima zara a' fil ard,wa syarrima takh ruju minha,wamin fitanil laili wan nahar,wamin tawariqil


101 I MISTERI KG RAKIT laili wan nahar,illa tariqan yatruqu bi khairin ya rahman",aku mulai berpeluh,semakin lama semakin banyak tetapi aku biarkan. Peluh sudah mula menitik dari dahi aku dan mengalir laju masuk ke mata.Inilah tindak balas imun badan aku bila cuba keluarkan bisa dari tubuh aku.Tubuh aku menggeletar menahan sakit seperti orang yang sedang dipukul dengan rotan tetapi aku cuba bertahan. Semua benda di sekeliling aku mula kelihatan berpusing laju.Dari ekor mata,aku nampak bayangan seorang lelaki sedang berdiri tegak berhampiran dengan pondok aku tetapi aku tidak mampu untuk melihatnya dengan baik.Akhirnya aku tidak sedarkan diri.


102 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 12 Dalam keadaan separuh sedar,aku dapat rasa lelaki itu mengurut perut aku sehingga aku muntah.Kemudian dia memicit kepala aku juga sehingga aku muntah sekali lagi.Aku langsung tidak terdaya untuk bercakap mahupun membuka mata dalam masa yang lama.Setiap kali bila aku cuba memandang mukanya,mata aku akan terpejam.Tubuh aku terasa lemah yang amat sangat.Sudah banyak kali aku melalui pengalaman seperti ini dan rasanya ini kali pertama kerana kelalaian diri aku sendiri.Lelaki itu terus mengurut tubuh aku sehingga aku muntah buat kali ketiga.Kali ini aku dapat rasa ada darah yang keluar dari hidung aku bila terhidu bau hanyir. Hendak mengangkat leher sendiri pun tidak terdaya.Aku hanya mampu pasrah dan serahkan segalanya kepada Allah.Sekuat mana,sehebat mana dan setinggi mana pun ilmu manusia,pasti akan datang saat lemah dan kalah tanpa mereka bersedia.Akhirnya aku tidak sedarkan diri sekali lagi.Bila aku tersedar,lelaki itu sudah tiada. Aku bangun perlahan lahan lalu duduk berlunjur di hujung lantai pondok.Pelita masih elok menyala.Periuk nasi dan kuali kecil aku kelihatan sudah tergantung,maknanya sudah siap dibasuh. "Siapa yang datang tolong aku?tinggi ilmu orang ni.Macam mana dia tahu apa yang terjadi kat aku?",persoalan yang bermain di fikiran aku.Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi jika yang datang di pondok aku tadi adalah musuh.Allah telah melindungi aku,dengan izinNya juga umur aku masih panjang.Rasa sakit juga sudah berkurangan.Aku berjaya menggerakkan tangan serta kaki aku dengan pantas menandakan kesan racun sudah tiada lagi.Perut pun sudah terasa lega sangat-sangat.Jam tangan aku menunjukkan jam 3 pagi.Suasana sunyi sepi.Aku ambil lampu suluh dan menuju ke kolam belakang pondok.Aku perlu membersihkan tubuh aku yang tercemar dengan bau muntah dan darah.


103 I MISTERI KG RAKIT Tiada cahaya bulan,hutan sekeliling kelihatan gelap.Aku tidak tahu kenapa aku tiada perasaan takut melihat hutan yang gelap.Bagi aku, hutan ini umpama rumah aku yang kedua.Berbagai bagai pengalaman dan makhluk pelik-pelik yang pernah aku jumpa di dalam hutan.Kadang-kadang jika terlalu lama aku tidak 'mencium' bau hutan,aku rasa bagai hilang sesuatu.Sebab itu bila ayah minta aku pulang membantu Pak Tam,aku tidak membantah apa-apa pun kerana aku tahu,Kuala Lumpur memang bukan dunia aku.Siap solat tahajud,aku membaringkan tubuh aku sehingga aku terlelap.Aku hanya terjaga bila terdengar kokok ayam,tanda sudah hampir masuk waktu subuh.Aku bergegas membersihkan badan dan bersiap untuk ke surau lama.Aku sudah berniat untuk mengimarahkan surau ini selama mana aku ada di sini.Mata aku melilau melihat jika ada Pak Bidin di surau tetapi hampa.Aku laungkan azan dan menunggu sebentar jika ada sesiapa yang sudi datang berjemaah.Akhirnya aku solat sendirian bila tiada siapa yang muncul.Tugas aku hanya menghidupkan semula surau ini dan bukan tugas aku untuk memaksa orang datang solat di sini.Selepas selesai berwirid dan berzikir,aku bergerak pulang.Cuaca sudah mula beransur cerah. "Mana Pak Bidin ni?",ketiadaan dia sedikit merisaukan aku.Dia datang secara tiba-tiba dan pergi pun tiba-tiba.Aku pulang ke pondok aku untuk menjerang air.Tidak lama kemudian, Anjang sampai bersama pekerja pekerjanya.Pagi itu aku tidak ke mana mana hatta membersihkan surau sekalipun.Aku hanya memerhatikan apa yang Anjang dan pekerjanya buat. "Anjang,jadi ke lori sampai hari ni?tanya aku. "Entahlah,kalau tak ada hari ini, mungkin esok sampai",terang Anjang.


104 I MISTERI KG RAKIT "Cukup ke barang-barang nak buat tiang ni?",aku pula yang sibuk. "Untuk hari ni,cukup rasanya tapi kalau esok pun tak sampai,lusa tu memang tak dapat bekerja lah",terang dia lagi. "Kedai kat mana Pak Tam 'order'?", tanya aku lagi. "Kat bandar sanalah.Kat sini mana ada kedai 'hardware',tapi dari bandar nak ke sini kena pusing jauh kalau ikut jalan raya,dalam sejam lebih jugak.Kalau ikut 'shortcut' jalan ladang,setengah jam saja tapi jalan kurang elok",terang Anjang lagi.Aku diam sebab teringat kisah malam mula-mula aku menjejakkan kaki di kampung ini.Seingat aku lebih kurang 45 minit juga dari stesen bas bandar nak ke sini.Aku sekarang macam tersangkut di kampung ini.Sejak sampai di sini,aku tidak lagi berkesempatan untuk keluar dari kampung ini.Aku berkira kira untuk menumpang ke bandar jika lori yang menghantar barang sampai nanti.Itu pun jika masih tiada khabar berita tentang Pak Tam aku.Geram aku terhadap Pak Tam aku.Aku ditinggalkan di sini tetapi dia hingga ke hari ini masih tidak sampai lagi. "Jangan-jangan dia tahu kat sini banyak masalah gangguan bendabenda halus,sebab tu dia hantar aku dulu untuk selesaikan.Bijak jugak Pak Tam aku ni.Kalau tak,kenapa dia beriya sangat ajak aku kerja dengan dia kat sini",aku mencari rumusan sendiri.Anjang dan anak buahnya meneruskan kerja mereka.Aku asyik sangat melihat cara mereka buat kerja-kerja pembinaan,cekap dan cepat tanpa perlu mesin pengiraan yang tepat. Pengalaman menjadikan mereka pekerja yang bijak.Aku bukannya tiada kemahiran langsung tetapi dari segi kira mengira ukuran dan sukatan,aku masih belum cukup mahir.Sesekali aku turun tangan membantu mereka kerana aku hendak belajar.Anjang memang seorang yang baik kerana tidak lokek ilmu.Masa cepat berlalu. Tanpa aku sedar,jam sudah hampir pukul 10.30 pagi.


105 I MISTERI KG RAKIT "Mari rehat dulu",terdengar suara Anjang.Kami semua berhenti buat kerja dan menuju berhampiran pondok aku. Aku jerang air kerana terasa mahu minum kopi. "Anjang,saya ingat nak pindah duduk kat surau lama tu lah.Tempat selesa, tandas masih elok,air telaga pun bersih",tiba-tiba aku membuka cerita.Semua pekerja Anjang memandang aku seperti aku buat kesalahan besar. "Surau yang dekat selekoh sana tu?", tanya Ajor sebelum sempat Anjang membuka mulut. "Ye lah,surau tu lah,surau mana lagi", aku ulang jawapan.Semua terdiam. "Kenapa?",aku pula bertanya tetapi tidak tahu kepada siapa. "Surau tu banyak cerita tak elok",Ajor menyampuk lagi.Mungkin sebagai orang yang lebih tua,dia lebih tahu pasal surau itu. "Boleh Abang cerita untuk saya tahu", pinta aku. "Lebih baik Anjang yang cerita,dia lebih tahu dari aku",balas Ajor.Anjang masih berdiam diri.Tangannya mencapai botol air lalu meneguknya. "Aku pun kurang tahu pasal surau tu, cuma tahu sikit-sikit saja.Apa yang aku tahu,imam surau tu meninggal dalam sujud.Lama jugak dia sendirian jemaah di surau tu",Anjang memulakan cerita. "Pasal tu saya ada dengar dari Pak Bidin",sampuk aku.Kali ini serentak semua sekali memandang aku sekali lagi.Aku rasa hairan cara mereka memandang aku.


106 I MISTERI KG RAKIT "Kamu biar betul Man!,kamu jumpa Bidin???",tanya Anjang seperti terkejut. "Betul Anjang.Semalam kami sama sama bersihkan semak samun kat surau tu",jawab aku. "Dah lama orang cari Bidin tu,dah bertahun.Dialah yang jumpa imam Sabri masa meninggal.Sehari selepas itu,orang kampung sini dengan kampung berdekatan langsung tak jumpa dah dengan Bidin.Ada yang cakap dia dah mati bunuh diri,ada yang cakap dia dah lari tapi yang pasti dah bertahun dia hilang",terang Anjang.Kali ini aku yang tercengang dan terkejut.Siang semalam dia ada dengan aku sewaktu bersihkan semak samun surau.Dua kali pada waktu siang aku jumpa dia dan sekali pada waktu maghrib.Aku himpunkan waktu aku berada dengan dia tetapi tiada yang terasa pelik.Jika dia sudah mati, dia tidak akan muncul di siang hari. Cuma pada waktu maghrib sahaja yang agak menyeramkan sebab dia tidak bercakap apa-apa. "Tapi dia solat dengan aku",aku pula yang menjadi keliru.Kampung ini bagi aku bukan Kampung Rakit tetapi Kampung Keliru atau Kampung Misteri. "Saya rasa dia tak mati lagi!",tiba-tiba aku bersuara.Firasat aku cukup yakin. Pengalaman lama banyak mengajar aku tentang orang yang telah mati dengan orang yang masih hidup.Aku capai parang dan berjalan laju menuju ke motosikal aku. "Kamu nak ke mana?",jerit Anjang.Aku hanya mengangkat tangan dan berlalu pergi.Niat aku untuk menuju ke surau. Aku berharap aku akan temui jawapan di sana.Kali ini aku menunggang motosikal agak laju.Mata aku melilau melihat kanan dan kiri jika ternampak Pak Bidin tetapi hampa.Tiada langsung kelibat dirinya namun aku cukup yakin dia masih hidup.


107 I MISTERI KG RAKIT Dia mungkin tinggal terpencil atau mengasingkan diri sejak kematian Pakcik Sabri dan muncul sekali sekala jika ada keperluan. Sampai sahaja di surau,aku meletakkan motosikal di bawah pokok manggis.Aku duduk di atas motosikal sambil melihat sekeliling untuk sebarang petanda. "Ya Allah,tolonglah hambaMu ini",aku berdoa dalam hati.Selepas agak lama,aku berjalan ke arah belakang surau sambil memegang parang.Kesan semak samun ditebas Pak Bidin jelas kelihatan dan ini semakin menguatkan keyakinan aku bahawa dia masih lagi hidup.Aku akan menunggu di sini sehingga waktu zohor.Sementara menunggu zohor,aku mula membersihkan semak samun yang masih belum selesai.Aku benar benar berharap Pak Bidin muncul sebentar lagi.Lebih kurang sejam aku menebas,kelibat Pak Bidin masih belum muncul.Aku hampir putus asa. "Assalamualaikum..",aku terdengar suara yang aku nantikan dari arah belakang aku. "Waalaikummusalam wbt..",jawab aku dengan ceria lalu berpaling ke arah belakang.Pak Bidin tersenyum melihat aku. "Pak Bidin datang dari mana?",tanya aku. "Dari rumah akulah",ringkas sahaja jawapannya sambil duduk atas sebatang kayu beluti.Aku duduk di atas rumput sahaja. "Pak Bidin,boleh tak saya nak tanya sesuatu?",tanya aku.Dia hanya tersenyum dan mengangguk seperti mengetahui apa yang aku tanya.Pada mulanya aku agak serba salah untuk bertanya tetapi kalau bukan sekarang, aku akan kehilangan peluang mengetahui perkara sebenar.


108 I MISTERI KG RAKIT "Betul ke selepas Pak Bidin jumpa Pakcik Sabri meninggal dalam surau, Pak Bidin hilangkan diri dari orang kampung?",akhirnya terkeluar soalan yang amat penting.Dia memandang aku. "Selepas aku tengok dia disimpan,aku balik ke rumah.Bermula malam tu aku tak boleh tidur.Aku menyesal.Aku selalu tak pergi ke surau walaupun aku banyak masa.Aku ambik mudah,aku suka bertangguh.Aku bagi alasan pada diri aku sendiri kononnya aku tak pandai,jadi aku tak perlu sangat solat. Padahal aku boleh belajar dari Sabri. Bila dia dah tak ada,aku menyesal sangat-sangat",dia berhenti seketika. Dia seperti termenung jauh. "Pak Bidin pergi mana selepas tu?",aku bertanya lagi. "Aku balik kampung bini aku.Kononnya nak lupa salah dan silap aku kat sini tapi Allah tetap hukum aku.Seminggu kat sana,bini aku sakit dan tak sampai dua hari,dia meninggal.Seminggu lepas tu,anak aku pulak meninggal.Allah hukum aku cukup-cukup",kali ini airmatanya mengalir.Dia tersedu sedu. Aku biarkan dia melepaskan sedihnya. "Allah uji tanda Allah sayang.Setiap apa yang Allah takdirkan adalah untuk kita ambil sebagai pengajaran jika ia menyakitkan.Tiada manusia yang sempurna,tiada manusia yang tak ada dosa.Saya pun banyak dosa,mungkin lebih banyak dari Pak Bidin.Amalan yang banyak bukan syarat untuk dapat syurga.Taubat dan insafnya kita atas segala dosadosa kitalah yang akan menjadikan kita lebih baik",aku ulang apa yang pernah Aki Lela nasihatkan aku kerana nasihat itu sentiasa terpahat dalam ingatan aku.Pak Bidin menarik nafas yang panjang. Airmatanya masih bergenang. "Aku banyak buat salah.Aku belajar benda-benda salah.Bila aku nak buang, benda-benda tu pasti datang semula.


109 I MISTERI KG RAKIT “Aku nak taubat tapi aku malu",dia memecahkan rahsia dirinya.Aku agak terkejut dengan pengakuannya. "Pak Bidin santau orang?",kasar tekaan aku tetapi itu adalah gerak hati aku. "Ya,aku banyak santau orang.Ada yang sampai mati tapi Allah ambik keluarga aku sebagai ganti.Sebelum tu aku memang nak taubat,sebab tu aku datang ke surau ni cari Sabri.Mungkin sebab hati aku yang hitam,aku kalah pada hasutan iblis supaya lalai bertaubat sampailah Sabri meninggal dunia.Aku tinggal sorang diri dalam kebun lama aku selepas balik ke sini. Bila aku tahu kamu bersihkan surau, hati aku gembira.Ada peluang aku untuk bertaubat",luah hatinya. "Pak Bidin santau Pak Ramli?",tanya aku.Dia anggukkan kepala dan kemudian menunduk. "Kenapa?",tanya aku lagi. "Dia banyak susahkan aku bila aku santau orang.Akhirnya aku santau dia tapi dia orang yang ada ilmu,aku hanya mampu lumpuhkan badan dia", pengakuan yang menjawab permintaan Pak Ramli tetapi tugas aku belum selesai. "Pak Bidin kena tolong sembuhkan Pak Ramli.Kasihan dia",pujuk aku. "Tapi aku dah buang semua ilmu aku. Aku dah taubat.Aku tak simpan lagi apa-apa",jelasnya,jawapan yang buat aku terkedu.Aku sendiri sudah lama tidak mengubati orang terkena santau, risikonya tinggi untuk orang yang cuba mengubati seperti mana Aki Lela yang pernah menjadi mangsa. "Tak kan sikit pun Pak Bidin tak boleh cuba?",aku masih berharap agar tuan punya santau yang buat penawarnya.


110 I MISTERI KG RAKIT "Aku bukan lupa tapi apa yang aku ada semua aku dah buang.Jika aku yang ubat,mungkin tak berjaya atau aku juga akan jadi macam dia",terangnya lagi. Masalah belum dapat jalan penyelesaian.Nampak gayanya,aku yang perlu cuba mengubati Pak Ramli jika Pak Bidin keberatan.Aku tidak akan sesekali memaksa orang yang tidak mampu dan berkeyakinan lagi.Kami berbual sampailah masuk waktu zohor.Selepas solat bersama,aku minta izin Pak Bidin untuk mengikutnya balik ke kebunnya.Pada mulanya dia keberatan tetapi bila aku bagi alasan yang munasabah,dia membenarkan. Aku perlu melihat tempat tinggalnya untuk mencari petunjuk bagaimana cara dia menghantar santau kepada seseorang.Kami melalui denai yang agak tebal.Aku terpaksa meninggalkan motosikal aku di dalam semak lalu berjalan kaki untuk sampai ke pondoknya.Walaupun masih siang, suasana dalam kebunnya yang luas nampak suram dan kelam.Ada sesuatu yang mengganggu hati aku.Aku menyentuh bahu Pak Bidin. "Ada lagi Pak Bidin belum berjaya buang",kata aku.Kami berhenti seketika. "Sampai kat pondok nanti kita cerita, tak jauh dah",katanya.Kami menyambung perjalanan.Akhirnya kami tiba di pondoknya.Kami duduk di atas pangkin batang pokok yang di potong. "Apa maksud kamu,masih ada lagi yang aku tak buang?,semua aku dah buang",tanya dia. "Ada lagi.Benda tu tak nak pergi.Dia tak ikut Pak Bidin tapi dia nak tinggal kat sini",jawab aku. "Kamu ni muda tapi tinggi ilmunya. Banyak yang kamu tahu",katanya lagi.


111 I MISTERI KG RAKIT "Sikit-sikit je",aku merendah diri.Tiba tiba mata Pak Bidin terbeliak.Tubuhnya jadi kaku.Mulutnya jadi herot sedikit demi sedikit.Aku segera mengambil air di dalam tempayan di hadapan pondoknya lalu membaca sesuatu. Bila sahaja aku menyapu air ke mukanya, tubuh aku terpelanting dengan kuat.


112 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 13 Aku segera bangun.Aku tahu ada sesuatu yang berada berhampiran dengan Pak Bidin. "Wayuhiqqu Allahu Alhaqqa, bikalimatihi walaw karihal mujrimun", aku hembus ke arah Pak Bidin.Tubuhnya seperti meleding dan terdengar suaranya mengerang sakit. "Adzhibil baq'sa rabbannasi isyfi waan tassyafi la syifa a'illa syifa uka syifa an layu ghodiru saqoma",aku baca lagi dan sekali lagi aku hembus ke arahnya. Pak Bidin rebah ke tanah tidak sedarkan diri.Aku masih belum bersedia untuk menghampirinya sebelum aku benar-benar pasti.Aku perhati sekeliling.Suasana yang hampir gelap seumpama malam menghadkan perlihatan aku.Cuma dalam pengalaman aku,selagi belum maghrib sesuatu itu tidak cukup mampu untuk bertindak lebih kuat.Aku baca sesuatu dan menghampirinya lalu membasahkan mukanya sekali lagi. Pak Bidin tersedar dan kelihatan terpinga pinga. "Apa jadi ni?",tanyanya yang kelihatan keliru. "Tak ada apa-apa,Pak Bidin macam pitam tadi",aku bagi alasan.Aku dudukkan dia dengan kedudukan yang lebih selesa. "Pak Bidin ambik pakaian dan ikut saya ke surau.Saya ada sesuatu yang nak cerita kat sana.Bawak banyak pun tak apa pakaian tu.Buat masa ni,jangan balik ke sini",terang aku.Aku harap dia menerima cadangan aku. "Aku percaya kat kamu.Aku naik sekejap",jawab dia lalu bangun dan naik ke pondoknya.Tidak lama kemudian,dia turun bersama dua beg plastik yang sederhana besar.


113 I MISTERI KG RAKIT "Mari kita gerak",kata aku.Dia hanya mengikut sahaja arahan aku.Ini menandakan dia percayakan aku dan benar-benar ikhlas untuk berubah.Kami berjalan agak laju sehingga sampai di tempat aku meletakkan motosikal. Selepas itu dengan menunggang motosikal,kami menuju ke surau. "Pak Bidin tunggu kat sini yer.Saya balik ke pondok saya sekejap saja", cadang aku. "Aku ikut kamu aje lah",dia menolak. Aku serba salah.Aku sebenarnya tidak mahu Anjang dan pekerjanya terkejut jika nampak Pak Bidin. "Tak apalah.Pak Bidin letak beg plastik tu dulu",kata aku.Dia turun dari motosikal lalu meletakkan beg tersebut di beranda surau dan kemudian kembali ke arah aku.Kami bergerak menuju pondok aku.Macam-macam yang aku fikirkan sepanjang perjalanan. "Apa aku nak jawab jika Anjang dan kawan-kawannya tanya macam macam pasal Pak Bidin?",aku meneka apa yang akan aku hadapi.Pak Bidin pun mesti tidak menyangka akan ada orang lain di kawasan pondok aku.Aku berharap semoga semuanya dipermudahkan untuk kami berdua.Dari jauh aku sudah nampak kereta Anjang dekat dengan tapak pembinaan.Sampai sahaja di pondok aku,semua yang ada kelihatan terkejut bila melihat aku membawa Pak Bidin bersama aku.Aku meletakkan motosikal dekat dengan pondok aku. "Pak Bidin duduk kat sini dulu,saya nak ke sana",kata aku lalu terus menuju ke arah Anjang. "Anjang,tu Pak Bidin",kata aku. "Aku dah nampak tadi.Tu yang aku terkejut.Betul kata-kata kamu",jawab Anjang.


114 I MISTERI KG RAKIT Anak-anak buahnya yang lain hanya memandang,mungkin ada yang hendak dikatakan tetapi masih dalam waktu bekerja. "Aku buat kerja dulu.Nanti kita berbual. Lagi pun lori tak sampaisampai lagi ni, mungkin esok.Simen dah nak habis ni", kata Anjang. "Saya ke pondok saya.Nanti kita sambung",jawab aku. "Pak Bidin kenal dia orang tu semua?", tanya aku bila sampai dekat dia. "Tak pasti pulak.Lama tak tengok orang kampung.Rasanya dia orang tu orang kampung sebelah",jawab dia. "Pak Bidin rehat kat sini dulu.Saya nak mandi.Kalau Pak Bidin nak mandi,mari ikut saya.Kita mandi kat kolam belakang sana",kata aku lagi. "Nantilah.Kamu mandi dulu",jawab dia. Aku capai tuala dan menuju ke kolam. Siap mandi dan bertukar pakaian yang lain,aku duduk berehat di hujung pondok sementara Pak Bidin pula menuju ke kolam.Kelihatan Anjang dan anak buahnya sedang mengemas barangbarang kerja. "Dah nak balik ke?",aku buat telahan sendiri dalam hati.Tidak lama kemudian,mereka semua menuju ke arah aku. "Mana Bidin?",tanya Anjang. "Tu kat sana,tengah mandi",jawab aku. Mereka semua duduk berkumpul dekat dengan pondok aku. "Kenapa cepat balik hari ni?",tanya aku. "Simen dah habis.Aku ingat sempatlah sampai lori hantar barang hari ni", jawab Anjang.


115 I MISTERI KG RAKIT "Tak boleh buat kerjalah esok?",tanya aku lagi. "Boleh buat kerja ikat besi je lah,itu pun tak semua boleh kerja.Dia orang ni kuat kerja.Tu bancuh simen guna cangkul pun cepat habis simen.Kalau guna 'mixer' nanti,lagi laju buat kerja",terang Anjang. "Oooo,jadi 'mixer' tu sampai sekali dengan simenlah nanti?",tanya aku lagi. "Sepatutnyalah...",jawab Anjang sambil sesekali memandang ke arah Pak Bidin. "Lambat pulak Si Bidin ni mandi", Ajor menyampuk. "Kamu ni..biarlah dia mandi.Cubalah bersabar.Rindu sangat gayanya kamu ni Ajor",bidas Anjang. "Assalamualaikum..",tiba-tiba Pak Bidin muncul di tempat kami berbual. "Waalaikummusalam..",serentak kami menjawab.Semua yang ada bersalam dengan Pak Bidin.Sampai pada Anjang, Pak Bidin bersalam agak lama. "Ni Anjang kan?",tanya Pak Bidin. Anjang tersenyum. "Akulah ni Bidin.Lama aku tak nampak kamu",jawab Anjang.Pak Bidin hanya tersenyum. "Ke mana kamu pergi ni Bidin?,lama kamu hilang sampai kami semua ingat kamu dah mati",tambah Anjang. "Aku balik kampung arwah bini aku", jawab Pak Bidin. "Kot yer pun balik kampung,kenapa langsung tak balik ke sini?",Ajor menyampuk seperti biasa.


116 I MISTERI KG RAKIT "Aku balik tapi tak keluar ke mana mana,hanya tinggal kat kebun aku", jawabnya. "Tapi bini aku dengan anak aku dah meninggal,sebab tu balik ke sini.Aku orang jahat",kata Pak Bidin lagi. "Bidin..semua orang ada dosa,aku ni lagi banyak dosa tapi tugas kita adalah untuk bertaubat sebelum terlambat. Selagi nafas masih ada di tenggorok kita ni,selagi itu pintu taubat masih terbuka",pujuk Anjang dengan lembut. "Tapi aku banyak aniaya orang",tegas Pak Bidin. "Sudah..sudah..lupakan..lupakan..jadi orang baru",Anjang pujuk lagi sambil gosok bahu Pak Bidin.Ternampak jelas peribadi mulia Anjang,tidak mengaibkan malahan menasihatkan dengan kata-kata yang penuh pengharapan. "Betul tu Pak Bidin,yang lepas tu biarkan berlalu",kali ini aku pula yang menyampuk. "Ini orang hebat,Bidin.Untung kamu kenal dia.Masih muda tapi ilmunya setaraf orang tua-tua",Anjang memuji aku tetapi pujian seperti inilah yang menakutkan aku.Pujian boleh buat kita jadi ujub dan riak. "Kami semua balik dulu Bidin.Lepas ni bolehlah kita borak-borak lagi.Ada hal sikit kat rumah",kata Anjang. "Ok Anjang.Terima kasih sebab terima aku dengan baik walau aku ni bukan orang baik",Pak Bidin masih merendah diri. "Sudahlah tu..aku balik dulu",jawab Anjang lalu menuju ke keretanya. Kawan-kawannya menyusur di belakang.Sekejap sahaja mereka hilang dari pandangan.


117 I MISTERI KG RAKIT "Mari kita asar dulu kat sini.Lepas solat,baru kita bawa barang-barang kita ke surau",cadang aku. "Elok sangat tu,aku setuju",jawab Pak Bidin.Kami ambil wuduk dan solat berjemaah dengan aku menjadi imam. Selesai wirid sekejap,aku mengemas barang-barang aku. "Saya hantar Pak Bidin dulu.Lepas itu saya datang sini semula ambik barang lagi",tambah aku. "Ok",ringkas sahaja jawabnya.Kami mula bergerak menuju ke surau lama.Selepas menurunkan Pak Bidin di surau,aku berpatah balik ke pondok aku untuk mengambil baki barang-barang aku.Penuh jugalah motosikal aku dengan alatan memasak,memaksa aku bergerak dengan sangat perlahan.Setibanya di surau,Pak Bidin sudah menanti aku. "Banyak jugak barang-barang kamu ni", katanya sambil membantu aku menurunkan barang-barang aku. "Barang-barang ni,hari tu bawak dengan lori.Saya bawak pakaian je masa datang sini",kata aku. "Kat mana kita nak memasak ni nanti?", tanya Pak Bidin.Aku melihat sekeliling dari jauh. "Rasanya kat situ paling elok,dekat dengan telaga.Nanti kita buat atap sikit dengan zink-zink buruk yang ada tu", cadang aku.Pak Bidin hanya tersenyum lalu membawa alatan memasak ke tempat yang aku cadangkan.Selepas bertungkus lumus berusaha, kami berdua berjaya menyiapkan atap di tempat untuk kami memasak. Pokok-pokok hutan yang ada berhampiran,banyak memudahkan kerja-kerja kami.Kami berehat seketika melepaskan penat dan kelegaan.


118 I MISTERI KG RAKIT "Alhamdulillah,siap juga dapur kita ni", kata aku sambil ketawa. "Cantik dah ni,hujan pasti tak basah", balas Pak Bidin.Aku sebenarnya rasa teruja melihat sikap Pak Bidin yang nampak ikhlas untuk berubah.Hidayah itu milik Allah dan salah satu darinya, Allah kurniakan kepada Pak Bidin.Aku berazam untuk membantunya dan juga membantu Pak Ramli.Dengan adanya Pak Bidin yang terlibat secara langsung menyebabkan Pak Ramli lumpuh,aku yakin Pak Ramli akan sembuh.Aku nyalakan dapur kayu kami buat kali pertama. "Test...",kata aku kepada Pak Bidin lalu dia tersenyum. Sementara menunggu air masak,kami berbual. "Boleh saya tanya Pak Bidin tapi apa yang saya nak tanya ni mungkin buat Pak Bidin kecik hati",kata aku. "Tanyalah,tak apa",jawab dia. "Pak Bidin sanggup tak usaha untuk sembuhkan Pak Ramli?Saya tahu Pak Bidin dah buang semua ilmu dan itu memang tindakan paling baik.Cuma saya harap Pak Bidin masih ingat cara nak buang semula apa yang Pak Bidin dah hantar kat dia",tanya aku.Dia diam seketika.Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. "Aku boleh cuba tapi aku tak jamin boleh berjaya.Aku dah tak ada apaapa ilmu untuk paksa 'benda' tu ambik balik dari Ramli",terang dia. "Eh Pak Bidin,saya tak mintak Pak Bidin guna benda tak elok lagi.Saya cuma nak Pak Bidin guna cara biasa dan saya tolong setakat mana yang saya tahu",aku terangkan agar dia tidak salah faham. "Boleh tapi kita berdua nanti dalam bahaya",jawabnya lagi.Aku pula yang memikirkan sesuatu.


119 I MISTERI KG RAKIT "Inshallah,semuanya dengan izin Allah. Baik ke,buruk ke,kita terima je.Dia mintak tolong dengan saya dan saya akan tunaikan. Berjaya atau tak,itu bukan hak saya atau Pak Bidin.Allah tahu niat kita",aku tetap ingin membantu Pak Ramli.Satu persatu masalah yang 'mendatangi' aku di kampung ini,aku akan cuba selesaikan setakat mana yang aku mampu. "Aku ikut sahaja apa yang kamu nak buat.Aku banyak buat dosa besar dan aku harap sangat Allah ampunkan aku", dia nyatakan isi hatinya. "Alhamdulillah..Allah bagi hidayah kepada siapa yang Dia nak",aku tepuk bahu Pak Bidin. "Air dah masak,biar aku yang buat kopi",cadang Pak Bidin. "Ok.Saya nak tanak nasi dan masak sardin je.Pak Bidin makan lauk sardin?",tanya aku. "Makan je.Tu pucuk ubi ada,boleh buat ulam",jawabnya. Alhamdulillah,semua rezeki siap menjelang maghrib.Kami membawa masuk makanan ke dalam surau. "Kita makan lepas isyak je lah",kata aku. "Aku ikut je",jawabnya.Seronok bila ada teman mengimarahkan surau ini.Allah permudahkan niat aku tentang surau ini.Suasana semakin gelap dan aku terangi hanya dengan dua pelita.Bila yakin sudah masuk waktu maghrib,aku melaungkan azan.Tanpa pembesar suara,ia tetap tidak memberi masalah. Jika terang hatinya,pasti akan ada orang yang mendengarnya.Selesai azan,aku nampak Pak Bidin bersandar pada dinding surau.Hati aku tiba-tiba rasa berdebar.


120 I MISTERI KG RAKIT "Jika berniat baik,masuklah.Jika niat tak baik,tunggu di luar",kata aku.Pak Bidin cepat-cepat menghampiri aku. "Kamu cakap dengan siapa?",tanya dia. "Dengan orang kat luar tu",jawab aku. Pak Bidin cuba keluar untuk melihat. "Jangan pergi tengok,kita solat je",kata aku.Pak Bidin membatalkan niatnya.Tiba-tiba bunyi bising kedengaran dari atas atap surau.Pak Bidin melihat ke arah aku. "Biarkan...kita solat dulu",kata aku.Aku menuju ke muka pintu surau dan membaca sesuatu dan kemudian kembali ke tempat imam. "Mari solat",kata aku kepada Pak Bidin. Bunyi bising masih kedengaran tetapi aku tidak pedulikan buat masa ini.Aku menguatkan bacaan surah walaupun kami hanya berdua.Bila aku mula membaca surah Al Jinn dengan suara yang lantang dan nyaring,bunyi bising itu tiba-tiba menjadi senyap.Suasana menjadi sunyi sepi sehingga kami selesai solat.Habis sahaja kami berzikir,bunyi itu kedengaran semula. "Maaf Man,selepas aku buang semua yang aku ada,aku ni jadi serba tak tahu. Macam semua kepandaian aku sebelum ni tak pernah aku ada pun", kata Pak Bidin. "Tapi Pak Bidin tak takut kan?",tanya aku. "Tak takut..cuma kadang-kadang tu aku ada rasa macam lemah semangat", terangnya. "Biasalah tu.Saya ni kadang-kadang ada jugak rasa gementar tapi saya kuatkan semangat dan keyakinan saya dengan cara sematkan dalam hati sesungguhnya tiada kekuatan selain kekuatan Allah.Hanya Allah Yang Maha Berkuasa.Semua yang berlaku adalah dengan izin


121 I MISTERI KG RAKIT Dia.Selagi belum sampai ajal,maka kita tetap akan selamat walau apa pun yang terjadi.Kalau Allah kata ajal kita dah sampai,hebat macam mana pun kita,kita tetap akan mati",itu keyakinan yang selalu Aki Lela tanamkan dalam hati aku sebagai asas keimanan. "Betul kata Anjang,bertuah aku kenal kamu",jawab Pak Bidin.Aku hanya tersenyum. "Ada yang cari saya ni",kata aku bila bunyi di luar semakin kuat.Kalau tadi bunyi di atas atap,sekarang bunyi dinding diketuk ketuk pula. "Biarkan dia mengamuk kat luar tu, nanti saya selesaikan.Sekarang kita makan dulu",kata aku.Selesai menikmati rezeki untuk malam, aku berehat sebentar dengan bersandar pada dinding.Bunyi itu masih belum reda.Lebih kurang sepuluh minit aku berehat dengan menghabiskan secawan kopi 'O',aku pakai lampu suluh di kepala lalu bangun mula bergerak menuju ke luar surau. "Pak Bidin tunggu kat dalam ni je.Tu ada Al Quran,Pak Bidin boleh baca jika pandai.Jika tak pandai,baca je ayat-ayat lazim",cadangan aku kepadanya. "Kenapa tak bawak aku keluar sekali?, aku boleh tolong",tanya dia. "Pak Bidin mengaji pun dah macam tolong saya",jawab aku lalu membuka pintu dan keluar dari surau.Aku menutup semula pintu surau dari luar. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku memulakan 'perang'. "Wallahhu ghalibun ala amrih,Ya Hayyun Ya Qayyum,Ya ilahana,Wa ilaha kulli syai in,illahan wahida,La illa hailla anta,Allahhu Akbar,Allahhu Ahad..",aku mula melangkah keluar dari beranda


122 I MISTERI KG RAKIT surau.Tatkala aku memijak sahaja tanah,ada sesuatu terbang dengan laju ke arah aku.Aku melompat ke kanan untuk mengelak. Nasib baik aku berseluar panjang ketika bersolat tadi.Kalau berkain pelikat,rasanya sudah tercabut kain aku.Benda itu terbang dari satu pokok ke satu pokok.Pergerakannya cepat. Aku sampai terpaksa berpusing mengikut pergerakannya.Suasana yang agak gelap di luar ini akan memberikan kelebihan kepada benda yang terbang tersebut.Setakat ini,aku belum pasti apa yang sedang menyerang aku. Tiba-tiba aku dapat rasa ada sesuatu sedang memegang kaki kanan aku dengan kuat.


123 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 14 Aku hentak menggunakan kaki kiri aku pada benda yang memegang kaki kanan aku.Pegangan itu terlepas dan benda itu terus hilang.Benda yang terbang tadi juga sudah hilang tetapi aku tetap berhati-hati.Aku nampak pintu surau terbuka dan kelihatan Pak Bidin sedang melangkah keluar. "Pak Bidin,masuk semula.Jangan keluar",jerit aku tetapi Pak Bidin tidak mengendahkan jeritan aku.Aku tidak pasti dia memang tidak mendengar jeritan aku atau dia memang jenis degil. "Apa?",dia tanya aku. "Jangan keluar,duduk dalam surau tu", jerit aku sekali lagi. "Kenapa?",aduh,banyak tanya pulak dia kali ini.Belum sempat aku larang sekali lagi,Pak Bidin tercampak ke belakang, seperti ditumbuk seseorang.Aku bergegas menuju ke arah dia yang sedang terbaring.Aku membawanya masuk ke dalam surau lalu menyandarkan dia pada dinding beranda.Terdengar suaranya mengeluh kesakitan. "Kenapa Pak Bidin keluar?",tanya aku. "Aku nak tolong kamu",jawab dia.Tiba tiba aku teringat kenangan aku masa tinggal dengan tok aku.Tok selalu berpesan,jangan turun dari rumah selepas maghrib atau jika dia turun ke tanah tapi aku memang degil.Perkara yang dilarang itulah yang aku buat.Aku tak jadi hendak marah. "Ada sebab saya pesan jangan keluar tadi.Kita tak tahu apa yang akan kita hadapi",aku berubah nada tetapi situasi yang terbalik,yang muda menasihati yang tua.


124 I MISTERI KG RAKIT Aku baca sesuatu dan memegang ubun-ubun Pak Bidin. Selepas itu aku baca lagi satu ayat lalu letak jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan ke dahinya.Aku tekan sedikit jari-jari aku sehingga tubuh Pak Bidin seperti menggeletar. "Dah.. inshallah tak ada apa-apa.Pak Bidin tunggu kat sini,jangan keluar selagi saya tak panggil",sekali lagi aku peringatkan dia.Aku keluar semula sebab ada urusan yang belum selesai.Sampai di tanah,mata aku melilau perhati sekeliling. "Robbi a u'zubikamin hamazatis syaya tin,wa a u"zubika robba ay yahdurun", iblis ini sudah melampaui batas kesabaran aku.Aku baca lagi satu ayat dan disambung membaca ayat yang lain pula. "Allahumma mattiqni bi sam’i wa bashari waj’alhumal warisa minni wanshurni ‘ala ‘aduwwi wa arini fihi saq’ri",aku memejamkan mata sekali dalam sepuluh saat dan kemudian membukanya semula.Penglihatan aku dalam suasana yang gelap ini bertambah jelas,seolah olah hijab yang terbuka.Di sebalik sebatang pokok yang agak besar,aku nampak satu kelibat yang sedang memerhatikan aku.Aku yakin dia tidak sedar aku sudah mengetahui keberadaannya. "Ini orangnya yang berkawan dengan syaitan iblis",kata aku dalam hati. Telinga dan penglihatan aku ditumpukan jika ada sesuatu yang cuba menyerang aku. "Wajaalna mimbaini aidihim saddaw wamin qolfihim saddan faagh syainahum fahum layubsirun",kena pastikan pertahanan diri diperkuatkan sebelum menyerang kembali. "Wallahhu ghalibun ala amrih,Ya Hayyun Ya Qayyum,Ya ilahana,Wa ilaha kulli syai in,illahan wahida,La illa hailla anta,Allahhu Akbar,Allahhu Ahad",gerak hati aku dapat merasakan sesuatu.


125 I MISTERI KG RAKIT Tiba-tiba sebatang kayu tajam menuju ke arah aku tetapi ia patah bila sampai di bulatan yang aku buat.Keyakinan kena tinggi bila melihat benda tajam seperti itu menuju ke arah diri.Tanpa keyakinan,ilmu tidak akan membantu dengan sempurna.Bunyi benda terbang mula kedengaran seperti malam aku diserang sebelum ini tetapi kali ini aku lebih bersedia.Aku baca surah An Nas dan Al Kafirun.Aku genggam penumbuk tangan kanan.Semakin lama bunyi itu semakin kuat. Aku baca ayatul qursi waqaf 9 lalu menumbuk ke tanah.Terasa gegaran tanah beserta bunyi batang pokok patah.Aku masih berada dalam bulatan yang aku buat kerana belum masanya untuk aku keluar. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku mendongak ke langit sambil memejam mata.Aku membaca satu lagi ayat perlahan lahan lalu meletakkan tapak tangan kanan aku ke dada sebelah kanan dan kemudian beralih ke dada sebelah kiri.Aku sedang cuba menguatkan tubuh sebelum aku keluar dari bulatan ini. Jika aku mahu selesaikan,aku perlu menyerang pula dan aku yakin benda yang menyerang aku tadi dalam keadaan lemah.Ini adalah peluang terbaik untuk aku.Aku melangkah keluar dari bulatan menuju ke arah batang pokok yang patah.Suasana yang tidak begitu cerah tidak memberikan kelebihan kepada aku.Dalam keadaan begini,deria memainkan peranan penting.Telinga menerima bunyi dan mata mencari arah.Gerak hati pula punca tindak balas yang cepat.Dalam dunia halus yang susah dijangka,seluruh jiwa perlu sentiasa bersedia.Itu pesan Ayah Abu. Akhirnya aku merapati batang pokok yang patah.Nampaknya ada sesuatu yang telah melanggar batang pokok ini dengan kuat.Aku rasa benda yang melanggar pokok ini pasti luka teruk ataupun tulang-tulangnya juga ada yang patah.


126 I MISTERI KG RAKIT Aku hilang jejak kelibat ini, termasuklah susuk tubuh yang melihat aku dari jauh tadi tetapi gerak hati aku masih mengatakan ada seseorang yang sedang melihat aku.Aku jadi hilang jejak.Aku berpatah balik ke arah surau. Tempat yang terlalu terbuka akan membahayakan aku jika diserang. "Jika diserang beramai-ramai, berpusing dan tengok bayang-bayang yang ada dengan ekor mata.Sifat jasad ini,jika ia bergerak maka bayangnya pasti bergerak kecuali makhluk itu hanya ada bayang tapi tiada jasad",aku teringat antara ilmu yang Aki Lela ajarkan kepada aku.Setakat ini,tiada bayang-bayang yang bergerak kecuali bayang aku.Cahaya bulan yang agak kelam membataskan pemerhatian aku.Aku berhenti bergerak sebelum aku sampai di beranda surau.Telinga aku menangkap bunyi seperti bunyi sesuatu sedang berlari di atas tanah walaupun gegaran pada tanah tidak sekuat mana.Pada pengalaman aku, jika bunyi seperti itu pasti ada sesuatu yang sedang bergerak laju tetapi tubuhnya kecil.Betul tekaan aku.Tibatiba muncul dengan laju ke arah aku seekor binatang sebesar kucing hutan berwarna putih.Dia menerkam tetapi aku sempat mengelak dengan menundukkan badan.Bila tubuhnya jejak ke tanah,ia berpatah balik.Kami kini bertentang mata.Matanya bersinar seperti mana mata seekor kucing di malam yang gelap dan mata seekor kucing lebih terang dari mata manusia. Dengan lampu yang ada di kepala aku sebenarnya memberi kelebihan kepadanya kerana ia tahu aku di mana. "Kul au'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku memohon perlindungan Allah.Binatang ini kecil tetapi kelebihan berpihak kepadanya.


127 I MISTERI KG RAKIT "Wakurrabbi a u'zubikamin hamazatisy syayatin,wa a'uzu bika rabbi ayyah durun",aku bersedia untuk serangan yang seterusnya.Dari seekor,sekarang ada 3 ekor kelibat seperti kucing hutan itu.Sihir ini benar benar hebat.Bukan sebarangan orang yang memilikinya tetapi sayangnya hebat pada jalan yang sesat.Ketiga tiganya mengangakan mulut dan berbunyi seperti kucing yang hendak berkelahi serta menampakkan barisan gigi-gigi mereka yang bertaring tajam. Mata mereka juga kelihatan jelas bersinar kemerah merahan bila terlindung dari suluhan lampu picit. "Falamma alqaw qala musa,ma jig'tum bihil sihr,innallah ha sayub tiluh, innallahhala yuslihu amalal mufsidin", aku serahkan nasib aku kepada Pemilik seluruh alam ini.Aku berundur sedikit sambil mata mencari jika ada sesuatu yang boleh aku jadikan senjata.Masa inilah aku rindukan keris kesayangan aku yang hilang di kampung semasa aku bekerja di Kuala Lumpur.Keris itu mungkin 'merajuk' bila aku tinggalkan ia sendirian. Aku bernasib baik kerana terjumpa sebatang dahan kayu sebesar lengan aku dengan panjangnya lebih kurang 4 kaki.Ia tidak terlalu ringan dan juga tidak terlalu berat.Tiba-tiba dua ekor dari mereka menyerang aku serentak. Seekor dari depan dan seekor lagi berpusing ke sebelah kanan untuk menyerang aku dari tepi.Aku genggam kayu kuat-kuat menggunakan kedua dua tangan aku,seperti aku memegang sebilah pedang.Kaki kanan aku menyepak penyerang dari sebelah kanan dan kayu aku pula menghentam kepala penyerang yang datang dari depan.Kedua duanya tercampak ke tanah bersama bunyi yang amat bising. Seekor lagi menyerang tanpa salam dan nasibnya sama seperti penyerang dari depan tadi bila kepalanya turut dihentam kayu dengan kuat.Aku berdiri bak seorang pemukul bola 'baseball' yang sedang bersedia untuk memukul bola sekali lagi.Ketiga-tiga kelibat kucing hutan ini bangun semula.Kali ini mereka bergerak mengelilingi aku.


128 I MISTERI KG RAKIT Tindakan mereka ini menyusahkan aku untuk mempertahankan diri.Tubuh mereka yang kecil tapi mampu bergerak cepat memang akan membahayakan aku.Aku berundur sedikit demi sedikit dan berusaha untuk merapatkan tubuh aku pada dinding luar surau.Tujuannya adalah untuk menutup ruang di belakang aku dari serangan dan menghadkan sudut serangan hanya kepada tiga.Dua sudut di kanan dan kiri juga akan menjadi sempit kerana rapat dengan dinding.Malangnya,aku sendiri juga akan mendapat ruang yang sempit untuk bertindak balas tetapi sekurangnya aku tidak perlu berfikir tentang serangan dari arah belakang.Aku menjarakkan sedikit dari dinding surau untuk memudahkan aku meghayun kayu.Ketiga tiganya melompat ke arah aku dalam satu serangan serentak. "Allahhu Akbar.. Allahhu Ahad..",aku hayun kayu dengan sekuat hati yang tepat mengenai kepala ketiga tiga kelibat kucing hutan itu.Kesemuanya tercampak ke tanah dan terus hilang. Aku tersandar pada dinding surau melepaskan kelegaan.Pada firasat aku, pemerhati aku tadi juga sudah menghilangkan diri.Aku berjalan menuju pintu surau lalu duduk di beranda.Sambil merehatkan badan, otak aku memikirkan tentang gangguan ini.Aku masih belum dapat memastikan angkara siapa sebenarnya semua ini.Pada firasat aku,ada dua pihak yang sama-sama berniat untuk menjahanamkan aku.Mereka seolah olah takut jika aku berjaya menyelesaikan misteri di kampung ini.Selepas aku yakin memang tiada lagi gangguan,aku memanggil Pak Bidin. "Pak Bidin...Pak Bidin..',aku panggil nama dia.Pak Bidin membuka pintu. "Apa jadi Man?",tanya dia sambil bergegas menghampiri aku. "Tak ada apa-apa,ada benda kecik nak ganggu kita tadi tapi saya dah buang", jawab aku.


129 I MISTERI KG RAKIT "Patut bunyi bising macam kucing kelahi.Aku nak keluar tengok,ingat pulak pesan kamu tak bagi aku keluar", jawab dia jujur. "Bagus Pak Bidin tak keluar tadi.Benda tu sakit hati kat saya je tapi kalau ada Pak Bidin,tak pasal-pasal Pak Bidin jadi mangsa",puji aku. "Tapi kamu bagilah aku peluang untuk tolong kamu.Aku ni banyak buat dosa, sekarang aku nak cari pahala",dia masih ulang niat hatinya. "Bila ada masa yang sesuai,saya bagi tahu Pak Bidin yer",ayat untuk sejukkan hatinya. "Kenapa di dalam surau mereka tak boleh kacau?",tanya Pak Bidin. "Benda-benda ni pun ada had yang mereka boleh lepasi.Ada tempat yang mereka takut",terang aku. "Tapi kenapa tempat macam tokong atau kuil,benda-benda tu kuat sangat?", tanya dia lagi.Nampaknya sudah menjadi sessi soal jawab. "Benda-benda tu tak ada kekuatan sebenarnya.Mereka kuat sebab kita yang bagi mereka kuat.Bila kita anggap mereka kuat,automatik kita jadi lemah dan penakut.Memang ada orang bila sebut je bomoh siam,terus rasa gerun tapi perlekeh bila kita guna ayat-ayat Quran",terang aku lagi sambil beri peringatan keras untuk Pak Bidin cara halus. "Kamu muda sangat lagi tapi tahu serba serbi.Untung kamu",dia puji aku pula.Kalaulah dia tahu aku belajar dari umur 7 tahun untuk dapat anugerah ini, pasti dia tidak percaya. "Saya nak pergi cuci kaki dulu",kata aku lalu menuju ke telaga.Siap ke telaga, aku kembali ke beranda.


130 I MISTERI KG RAKIT "Jomlah kita masuk ke dalam.Kita tidur awal,nanti kita boleh bangun tahajud", cadang aku padanya. "Elok jugak tu",dia terus setuju.Kami pun masuk ke dalam surau.Masih ada lagi rezeki kopi 'O' tadi.Pak Bidin pula menghabiskan nasi yang ada.Aku nampak macam lama sahaja dia tidak makan nasi.Mungkin bersendirian membuatkan dia malas hendak masak ataupun dia tidak pandai untuk memasak.Aku biarkan dia makan sampai licin nasi dalam periuk kerana aku memang tidak mahu makan lagi. Perut yang kenyang akan buat kita malas beribadat,lebih-lebih lagi bila sudah malam.Aku membaringkan tubuh aku sehingga aku terlelap dan tersedar bila terdengar orang mengetuk pintu surau dengan kuat.Pak Bidin pun bingkas bangun dan melihat ke arah aku.Aku bagi isyarat untuk dia diam.Aku biarkan seketika. Bunyi itu senyap dalam 5 minit tetapi selepas itu berbunyi semula berulang ulang kali.Akhirnya aku bangun dan menuju ke pintu surau.Aku baca sesuatu dan meletakkan tapak tangan kanan aku pada daun pintu.Terasa bagai satu aliran elektrik menjalar ke tangan aku.Aku angkat tapak tangan aku.Ada sesuatu yang tidak baik di sebalik pintu.Pak Bidin menghampiri aku. 'Biar aku yang buka",pintanya dengan suara yang perlahan.Aku gelengkan kepala. "Kenapa?",dia seperti tidak puas hati.Aku tidak menjawab,cuma menunjukan isyarat supaya bersabar.Bunyi itu semakin kuat dan pintu surau bergegar. Aku yakin benda yang mengetuk pintu surau tidak dapat melepasi had yang mereka mahu.Ada sesuatu yang menguasai Pak Bidin kerana tiba-tiba sahaja dia meluru ke arah pintu dan terus membukanya. Terbuka sahaja pintu,Pak Bidin bagai ditarik sesuatu dengan kuat.Aku yang sedikit terkejut terus mencapai lampu suluh dan turut meluru keluar.Aku nampak tubuh Pak Bidin diheret ke arah hutan dengan kasar oleh sesuatu yang tinggi dan bertubuh besar.


131 I MISTERI KG RAKIT Rambutnya menutupi hingga ke paras bahunya.Aku langsung tidak mendengar suara Pak Bidin dan itu menandakan dia tidak sedarkan diri. Aku cuba mengejar dengan cepat kerana aku tidak mahu hilang jejaknya jika dia sudah sampai ke dalam hutan.


132 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 15 Aku merasa agak lega kerana aku masih mampu nampak lembaga tersebut walaupun suasana agak gelap.Semak samun kelihatan patah riuk kesan tubuh Pak Bidin yang diheret.Aku bergerak dengan lebih laju. Membiarkan tubuh Pak Bidin diheret dalam masa yang lama dalam keadaan begitu amat menyakitkan dia.Akhirnya aku hanya ketinggalan dalam 10 langkah dari lembaga itu.Lembaga itu berhenti bergerak bila dia tahu dia sudah tidak dapat melarikan diri lagi tetapi masih membelakangi aku.Aku juga tercungap cungap menarik nafas,penat yang amat.Lembaga itu melepaskan pegangannya pada tangan Pak Bidin lalu berpusing perlahan lahan mengadap ke arah aku.Pak Bidin masih tidak sedarkan diri.Aku nampak ada darah pada mukanya,mungkin kesan heretan tadi.Akhirnya lembaga itu mengadap ke arah aku sepenuhnya.Suluhan lampu suluh aku tepat ke mukanya.Dia seperti seorang artis di atas pentas dengan suluhan lampu limpah.Rambutnya panjang ke paras bahu dan ada tanduk pendek dan kecil menembusi rambutnya.Ada dua batang taring yang panjang dan tajam seperti taring babi hutan.Kuku tangannya juga agak panjang dan tajam.Matanya merah saga.Cuma kakinya kelihatan tidak sama,yang di sebelah kanan lebih panjang dari yang di sebelah kiri.Aku risaukan keadaan Pak Bidin yang masih terbaring berhampiran dengan lembaga itu berdiri.Tiada langsung pergerakan yang aku nampak.Aku perlu menjauhkan lembaga itu dari dia tetapi aku perlu melakukan sesuatu untuk menarik perhatiannya. "Kul au'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal jinnatiwannas",aku mulakan langkah. Lembaga itu merenung aku dengan tajam.Sampai dalam lebih kurang jarak lima langkah dari lembaga itu,aku berhenti. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala


133 I MISTERI KG RAKIT kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",kemudian aku baca lagi satu ayat lalu menekan kuat tumit kaki kanan aku ke tanah.Lembaga itu mula nampak serba tidak kena.Kepalanya mula nampak digerakkan ke kanan dan ke kiri tanpa henti mengikut gerak tumit kaki aku.Aku melajukan lagi gerak kaki aku sehingga lembaga itu tiba-tiba menjerit dengan kuat. Suaranya bergema memecah kesunyian hutan ini tetapi aku tidak berhenti.Kedua dua tangannya pula mula bergerak seperti sebuah tarian.Kaki aku mula terasa semakin berat untuk digerakkan seperti tadi.Aku tahu lembaga itu sedang melakukan sesuatu.Tiba-tiba ia mendengus dengan kuat lalu menerkam ke arah aku seperti seekor kerbau hendak menanduk mangsanya. "A u'zubillahiminassyaito nirrojim",aku rentap kaki aku dari tanah dan melompat ke sebelah kanan.Lembaga itu terlajak dan cuba berpusing tetapi aku lebih pantas darinya.Kaki aku tepat ke kepalanya tetapi malangnya ia tidak memberi kesan apa-apa.Aku berganjak sedikit darinya sambil menghampiri Pak Bidin.Usaha aku berjaya kerana kini tubuh Pak Bidin betul-betul di belakang aku.Kaki aku mengusik usik tubuh Pak Bidin supaya dia tersedar tetapi tiada tindak balas.Aku berharap dia tidak mengalami luka-luka yang teruk.Aku harus terus menjauhkan lembaga itu dari Pak Bidin. "Alam ag'had ilaikum ya bani~adama alla tag'budussyaiton,innahu lakum adu wum mubin,Allahhu Akbar,Allahhu Ahad",aku memulakan serangan semula.Aku menghampirinya depan-depan.Tubuhnya yang tinggi dari aku memberikan kelebihan kepadanya tetapi aku tidak peduli.Aku berpusing ke arah belakangnya. "Allahumma inni a u'zubikamin jahdil balag',wa darkish saqag',wasu il qadag', wassyama tihil ag'dag",aku menumbuk belakangnya dengan


134 I MISTERI KG RAKIT kuat menyebabkan dia hampir tersembam ke hadapan tetapi dia berjaya bertahan. "Ya hayyun ya qayyum.Bi rahmatika astaghith",aku tumbuk sekali lagi dan kali ini dia terguling ke tanah.Dia berjaya bangun dan mendengus kuat seperti marah yang teramat sangat.Dia cuba berpusing untuk menyerang Pak Bidin pula.Aku hairan kenapa dia lebih utamakan menyerang Pak Bidin daripada menyerang aku.Aku perlu cepat.Aku melompat tinggi dan menghentak belakang lembaga itu dengan siku aku ketika dia hanya menumpukan perhatian kepada Pak Bidin.Lembaga itu semakin marah.Aku menguis lagi sekali tubuh Pak Bidin dengan kaki.Kali ini aku berjaya menyedarkan Pak Bidin.Dia memegang kepalanya. "Pak Bidin pergi balik ke surau.Biar saya selesaikan benda ni",jerit aku.Dia kelihatan terkejut bila memandang ke arah lembaga itu. "Kamu Mong?",kata Pak Bidin. "Pak Bidin kenal benda ni?",tanya aku. "Inilah yang banyak tolong aku jika aku nak santau orang.Dia boleh pergi macam angin",jawabnya.Persoalan aku terjawab kenapa malam ini ia lebih suka menyerang Pak Bidin.Pengakuan Pak Bidin mengesahkan lembaga itu kini tidak lagi bertuan apabila Pak Bidin tidak lagi mahu melakukan benda-benda khurafat.Jadi sekarang dia melepaskan dendamnya terhadap Pak Bidin tetapi kenapa ia tidak mengambil peluang ketika Pak Bidin bersendirian di kebunnya?Aku ada telahan aku sendiri.Mungkin sebelum ini dia masih berharap Pak Bidin berubah fikiran dan kerana itu,ia tidak berkasar dengan Pak Bidin. Cuma bila aku ke kebun Pak Bidin hari itu dan berjaya membantu Pak Bidin,lembaga itu tahu bahawa Pak Bidin tidak akan kembali lagi


135 I MISTERI KG RAKIT menggunakan khidmatnya.Maka malam ini dia melepaskan amarahnya. "Maafkan aku Mong,aku dah bertaubat. Aku tak nak lagi buat bendabenda lama tu.Kau baliklah ke tempat asal kau",kata Pak Bidin.Aku membiarkan dahulu apa yang Pak Bidin ingin katakan kepada bekas belaannya tetapi pada masa yang sama aku bergerak untuk berada berdekatan dengan Pak Bidin. "Aku ingatkan aku dah buang semuanya tapi rupanya Si Mong ni ada lagi.Aku mintak maaf Man,aku tak tahu",kata Pak Bidin. "Benda macam ni tak semudah itu nak buang.Malam ni kita usaha untuk buang dia terus",jawab aku. Habis sahaja aku bercakap,lembaga itu menjerit dengan kuat lalu menerkam ke arah kami berdua. "Jaga-jaga",jerit aku lalu melindungi Pak Bidin.Lembaga itu cuba merentap leher Pak Bidin tapi kaki aku lebih cepat.Aku menyepak tangannya dan pada masa yang sama menumbuk ke arah perutnya.Walaupun tidak kuat tetapi bila tersentuh sahaja perutnya, ia tercampak ke belakang.Aku terus mara ke arahnya yang masih terbaring. "A u'zubiwaj hillah hil karim,wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir,wamin syarrima yan zilu minas sama',wa syarrima yakh ruju fiha,wa syarrima zara a' fil ard,wa syarrima takh ruju minha,wamin fitanil laili wan nahar,wamin tawariqil laili wan nahar,illa tariqan yatruqu bi khairin ya rahman",aku menumbuk sekali lagi ke perutnya.


136 I MISTERI KG RAKIT Kesan dari tumbukan tersebut,tubuh lembaga itu menjadi seperti sekeping papan nipis.Aku perlu mengakhiri keinginan Pak Bidin,untuk buang semua khurafat yang dia ada. "Walaqad zaragna lijahannama kasiram minal jinni wal inssi,lahum qulubulla yafqahu nabiha walahum a’k yunulla yubsiru nabiha,walahum a'za nulla yas ma u'nabiha,ula ika kal an a'mi bal hum adallu,ula ikahumul gha filun",aku letak jari aku pada dahi lembaga itu. "Kamu buat apa kat sini?", tiba-tiba aku mendengar suara seseorang menjerit. Aku berpaling ke arah suara itu dan itu adalah satu kesilapan.Lembaga itu hilang serta merta.Aku nampak tiga susuk tubuh sedang berjalan ke arah aku dan akhirnya berdiri di hadapan aku dan salah seorang darinya adalah ketua kampung ini. "Kamu buat apa di sini?",kata Pak Jamil. "Saya tumpang tinggal kat surau lama ni.Daripada dibiarkan kosong dan tak digunakan,elok jugak saya guna semula.Tak baik kalau surau ni dibiarkan",jelas aku. "Aku bukan kata tak boleh tapi sekurangnya kamu bagi tahu atau mintak kebenaran dari aku dulu.Jika ada apa-apa kat sini dan aku tak tahu apa-apa,apa aku nak jawab?ni pun aku datang sebab dengar bunyi yang kuat dari arah sini",suaranya agak meninggi. Aku tahu dalam hal ini aku yang bersalah,aku terlepas pandang cara menghormati tempat orang. "Saya mintak maaf tok,salah saya",kata aku untuk meredakan suasana. "Aku suka kamu hidupkan semula surau ni tapi mesti kena pada caranya. Lepas Sabri meninggal,surau ni memang terbiar.


137 I MISTERI KG RAKIT Jika kamu nak gunakan,aku benarkan tetapi tolong jaga kebersihan luar dan dalam surau", katanya lagi. "Inshallah tok.Sekali lagi saya mintak maaf",tambah aku lagi. "Tadi masa sampai,aku nampak macam kamu sedang tumbuk ke tanah, kamu buat apa?",tanyanya. "Saya belajar silat",jawab aku ringkas. Aku tahu dia dan dua orang lagi tidak nampak lembaga tersebut. "Apa bunyi yang kuat tadi?",tanya dia lagi. "Aah sudah,aku nak jawab apa ni?",kata aku dalam hati.Aku tidak tahu hendak jawab apa tentang bunyi tersebut. "Tu bunyi mercun.Saya gunakan untuk halau monyet",tiba-tiba Pak Bidin tolong jawab. 'Bukan ke kau ni Bidin?",Pak Jamil mungkin baru perasan siapa Pak Bidin. "Aku lah ni,Jamil",jawab Pak Bidin. "Kau ni macam hantu.Sekejap orang kata kau mati,sekejap hidup.Ni ada pulak depan aku.Kau ni memang dah mati tapi hidup semula ke?",bebel Pak Jamil. "Aku hidup lagilah.Orang je sibuk cakap aku dah mati",jawab Pak Bidin.Pak Jamil hanya menggelengkan kepalanya. "Aku balik dulu.Ingat pesan aku,jaga kebersihan surau ni.Rajin-rajin tebas semak-semak tu.Kalau ok nanti,aku mohon letrik kat surau ni dan ajak orang guna surau ni",kata Pak Jamil lagi.Hati aku rasa amat gembira kerana Allah telah memudahkan usaha aku dengan Pak Bidin.Pak Jamil meninggalkan aku dengan Pak Bidin.


138 I MISTERI KG RAKIT "Man,macam mana dengan Mong tadi?",tanya Pak Bidin. "Susah nak jawab.Sepatutnya dah betul-betul selesai tadi,Pak Jamil pulak kacau",bebel aku. "Maknanya dia ada lagi nanti?", tanyanya lagi. "Susah nak jawab.Kalau dia takut,dia tak akan datang lagi dan pergi jauh jauh.Kalau dia sakit hati lagi,dia akan datang semula tapi dengan lebih bahaya sebab dia dah tahu apa yang dia hadapi",terang aku. "Habis tu macam mana?",Pak Bidin masih risau. "Inshallah dah tak ada apa-apa.Kalau ada apa-apa,cepat-cepat masuk dalam surau",nasihat aku.Kami masuk ke dalam surau selepas membersihkan badan.Pak Bidin bernasib baik kerana dia hanya mengalami luka-luka kecil.Malam itu kami tidur yang betul-betul tidur dan hanya terjaga menjelang subuh. Selepas membersihkan bahagian dalam surau,aku dan Pak Bidin mengambil keputusan untuk menziarahi Pak Ramli atas permintaan Pak Bidin sendiri.Kami bergerak perlahan lahan sambil berbual.Kami juga bercadang untuk bersarapan di warung Makcik Ani.Akhirnya kami tiba di warung tersebut.Aku letakkan motosikal di tepi warung.Terdapat dua orang kampung yang sedang menikmati sarapan pagi.Mereka kelihatan terkejut apabila melihat Pak Bidin.Pak Bidin seolah olah menjadi 'hantu' kepada penduduk-penduduk kampung ini. "Assalamualaikum wbt..",kata aku kepada dua orang lelaki yang sedang bersarapan.Aku terdengar mereka menjawab salam dengan perlahan tetapi mata mereka tidak lepas dari memerhatikan Pak Bidin. "Makcik..ooo Makcik",aku panggil Makcik Ani selepas duduk di Salah satu meja.Tidak lama kemudian, Makcik Ani muncul dari dapur.Matanya bagai hendak terkeluar bila melihat Pak Bidin.


139 I MISTERI KG RAKIT "Ya Allah..hidup lagi rupanya kamu ni Bidin.Lama aku tak nampak kamu. Orang kampung semua cakap kamu dah mati lepas Sabri meninggal.Kamu tu terus je hilang",kata Makcik Ani. Nampak gayanya dua tiga hari ini sudah seperti menjadi jejak kasih antara Pak Bidin dengan penduduk kampung ini.Pak Bidin hanya tersenyum mendengar bebelan Makcik Ani. "Aku balik kampung bini aku",pendek sahaja jawapan Pak Bidin. "Makcik..saya nak kopi 'O' dengan nasi lemak ayam.Pak Bidin nak apa?",aku terpaksa memotong perbualan mereka berdua sebelum aku kelaparan. "Aku nak teh susu kurang manis dengan bee hoon goreng telor mata", jawab Pak Bidin. "Tak berubah langsung kamu ni dari dulu",kata Makcik Ani lalu menuju ke dapur. "Selalu ke Pak Bidin minum kat sini?", tanya aku sementara menanti siap makanan kami. "Selalu jugak dulu-dulu",jawabnya.Tidak lama kemudian,Makcik Ani membawa makanan kami. "Ramli apa khabar?",tanya Pak Bidin kepada Makcik Ani. "Dia terbaring je dalam bilik tu.Dah dekat 2 tahun dia lumpuh",jawab Makcik Ani. "Lepas makan nanti,boleh aku tengok dia?",pinta Pak Bidin. "Ada kat belakang tu,pergilah nanti", jawab Makcik Ani lagi. Selepas menghabiskan sarapan,kami berdua menuju ke bilik Pak Ramli.


140 I MISTERI KG RAKIT "Assalamualaikum wbt..",kata aku bila masuk ke dalam bilik.Aku berdiri di sebelah kanan Pak Ramli sementara Pak Bidin berdiri di hujung kaki. "Pak..saya datang ni,saya Man",aku perkenalkan diri sambil memegang tangan kanannya.Dia membuka mata dan tersenyum melihat aku. "Pak apa khabar?",tanya aku.Dia hanya mengangguk. "Saya datang dengan Pak Bidin.Pak Ramli kenal dia kan?",kata aku.Dia memandang ke arah hujung kaki dan tiba-tiba air mukanya berubah. Tangannya cuba digerakkan tanda dia sedang marah. "Maafkan aku Ramli.Aku tahu aku bersalah.Berilah peluang untuk aku betulkan semula",tiba-tiba Pak Bidin bersuara. "Siapa suruh kau datang sini?",terkeluar suara dari Pak Ramli tapi tersekat sekat.Aku mengurut dadanya untuk menyejukkan keadaan. "Istighfar Pak..Pak Bidin dah insaf.Dia dah mengaku semuanya dan dia berjanji untuk tolong sembuhkan Pak semula",pujuk aku.Pak Bidin menjeling aku.Aku hanya guna mata kepadanya sebagai isyarat. "Betul Ramli,aku janji aku akan usaha betulkan semula kesilapan aku.Berilah aku peluang untuk bertaubat sebelum aku mati",Pak Bidin pula cuba memujuk. "Senang kau cakap!",Pak Ramli masih dalam keadaan marah.Aku usap tangannya. "Berilah dia peluang.Saya janji saya akan pastikan dia tepati janji",kata aku lagi.Pak Bidin berdiri pula di sebelah kiri Pak Ramli lalu memegang tangan kiri Pak Ramli.


141 I MISTERI KG RAKIT "Maafkan aku Ramli.Aku betul-betul insaf.Dulu aku jahil dan tamak tapi sekarang tak lagi",tambah Pak Bidin lagi.Aku nampak muka Pak Bidin tiba-tiba berkerut.Peluh mulai nampak jelas di dahinya. Pak Ramli memegang erat tangan Pak Bidin seperti ada pertarungan dalaman antara mereka berdua.Tidak lama kemudian giliran muka Pak Ramli pula berkerut seribu. Suhu dalam bilik tiba-tiba menjadi hangat.Ada sesuatu yang menumpang pertarungan dalaman ini.


Novel Seram

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version