Sumber Kemboja telah mengenalpasti bahawa Siam Kut/Kuk adalah rujukan Khmer kepada sebuah bandar
di selatan Lembah Menam.Terletak sekitar Ayutthaya,Siam Kut adalah sebahagian dari Sri Dhammaraja
(dari sini muncul nama 'Siam').Para askar Siam yang tidak diragukan lagi adalah askar Sriwijaya yang
bergabung dengan pasukan Lavo (ingat:raja Melayu bernama Sujita yang menakluk Lavo) yang berperang
bagi pihak tentera Angkor. Walaupun berselindung di sebalik penampilan primitif mereka,mereka sering
disebutkan dalam teks-teks purba China sebagai 'askar yang memiliki keberanian tak tertandingi'.Di sisi
lain,bukti menunjukkan bahawa bangsa Tai atau Laos dari negara-negara utara sudah mengadaptasi
budaya Khmer.Melalui kerajaan Lavo,Xiangmai (Chiangmai) menerima budaya Khmer jauh sebelum
kewujudan Haripangjaya (Hariphunjaya).Pakaian tradisional mereka terdiri dari sepotong kain yang lebih
besar,memakai dengan hujung depan lewat di antara kaki dan ketat ke belakang,persis sama seperti cara
askar Khmer dan Lavo mengenakan pakaian.Mungkin benar mereka telah direkrut ke dalam unit tentera
Angkor dimana mereka diletakkan di bawah batalion tentera Lavo.Dari sini kita dapat mengetahui,terdapat
unit khas tentera Melayu dalam ketenteraan Angkor.Mereka memakai pakaian tradisional sendiri berbeza
dengan pakaian seragam tentera Angkor.Ini samalah seperti tentera Tartar dalam pasukan Turki
Uthmaniyyah atau tentera Cossack dalam pasukan Poland,Ukraine dan Russia.
Dengan rahsia yang didapati dari inskripsi dan tradisi Kemboja,kita tahu bahawa nama 'Siam' itu adalah
nama sebuah negarakota berkonsepkan 'Malay city-states'.Ia bukan identiti orang Tai pada asalnya.Rakyat
negarakota ini digelar 'Siam' walaupun berbangsa Melayu atau Mon.Kemudian ia ditakluk oleh Sri
Dharmaraja,sekaligus di bawah pengaruh 'Mahidhara' iaitu naungan sebuah 'federation' atau negara
besar,tidak lain tidak bukan ialah Emperium Sriwijaya.
"Mauli"
Nama ini muncul dalam surat yang diutuskan oleh utusan perang raja Lao kepada raja Lovek,Kemboja.
Nama 'Mauli' ditemui pula pada Prasasti Grahi tahun 1183 di selatan Thailand.Prasasti itu berisi perintah
Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa kepada bupati Grahi yang bernama Mahasenapati
Galanai supaya membuat arca Buddha seberat 1 bhara 2 tula dengan nilai emas 10 tamlin. Yang
mengerjakan tugas membuat arca tersebut bernama Mraten Sri Nano.
Dinasti Mauli menggantikan dinasti Sailendra dalam memegang kekuasaan ke atas wilayah-wilayah
Sriwijaya selepas perpecahan empayar maritim itu.Dalam manuskrip berjudul Chu-fan-chi karya Chau Ju-
kua tahun 1225 disebutkan bahawa negeri San-fo-tsi memiliki 15 daerah bawahan, yaitu Che-lan (Kemboja),
Kia-lo-hi (Grahi, Ch'ai-ya atau Chaiya selatan Thailand sekarang), Tan-ma-ling (Tambralingga, selatan
Thailand), Ling-ya-si-kia (Langkasuka, selatan Thailand), Ki-lan-tan (Kelantan), Ji-lo-t'ing (Cherating, pantai
timur semenanjung Malaysia), Tong-ya-nong (Terengganu), Fo-lo-an (muara sungai Dungun, daerah
Terengganu sekarang), Tsien-mai (Semawe, pantai timur semenanjung Malaysia), Pa-t'a (Sungai Paka,
pantai timur semenanjung Malaysia), Pong-fong (Pahang), Lan-mu-li (Lamuri, daerah Aceh sekarang), Kien-
pi (Jambi), Pa-lin-fong (Palembang), Sin-to (Sunda), dan dengan demikian, wilayah kekuasaan San-fo-tsi
membentang dari Kamboja, Semenanjung Malaysia, Sumatera sampai Sunda.
Selain itu,satu lagi fakta yang jarang diketahui dan cuba disorokkan oleh sejarahwan Tamil ialah catatan ahli
geografi Cina,Ma-lin Tuan (sekitar 1200) menyatakan bahawa Chou-lien telah menjadi negeri bawahan dari
Sanfotsi (sebutan China untuk Sriwijaya),juga mengesahkan dakwaan yang sama pada manuskrip Sung-
shih (960-1279).Chou-lien adalah nama China untuk kerajaan Chola di India.Ini bertepatan dengan catatan
sejarahwan Khmer bahawa,Sriwijaya dengan bantuan beberapa negeri bawahannya telah berjaya
menyerang balas serangan Chola dan menghalau mereka balik ke India.Sememangnya ahli sejarah tahu
bahawa prasasti Tanjore yang dipahat atas perintah raja Rajendra Chola itu hanyalah sebagai 'dakwaan
berlebih-lebihan' sebagai cara untuk menakut-nakutkan saingannya seperti kerajaan Hoysala dan Pandya di
India.Ini tepat dengan catatan dari Thailand yang menyebutkan bahawa ketika raja Melayu bernama
Chandrabanu dari negeri Sri Dharmaraja menyerang Sri Lanka pada abad ke-13,yang menghadapi beliau
bukanlah kerajaan Chola,tetapi kerajaan Pandya.Penyelewengan sejarah Chola-Sriwijaya ini amat
memalukan malah ada di antara penulis-penulis kita sendiri yang mengagung-agungkan serangan
'pengecut' Rajendra Chola itu malah ada yang mendakwa Raja Suran adalah raja Chola
351
tersebut.Kemungkinan besar,hanya pelabuhan Kedah sahaja yang berjaya diserang oleh tentera
Chola,kemudian menurut riwayat Kemboja,saki-baki tentera Chola itu ada yang lari ke Indochina dan
mempengaruhi istana Kemboja.Kemudian tidak berapa lama selepas itu,kerabat dinasti Sriwijaya merampas
kembali kedudukan mereka dalam istana Kemboja dan menghapuskan pengaruh Chola di Nusantara.Sebab
itu TIADA DALAM CATATAN luar sama ada dari China atau Arab yang mengatakan Sriwijaya menjadi negeri
bawahan Chola.Serangan Chola itu sebenarnya hanya berpaksikan prasasti Tanjore tersebut,tidak lebih dari
itu.Malah dalam prasasti Tamil yang ditemui di sana,ada yang mendakwa raja mereka telah menakluk China!
Dakwaan menakluk China itu sebenarnya hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan musuh
mereka,memandangkan negeri China adalah besar dan mustahil kerajaan Tamil mampu menakluk seluruh
China.Dari sini kita tahu bahawa Rajendra Chola tidak pernah menakluk Sriwijaya,dan dakwaan raja Chola
yang dipahat pada prasasti dengan bangga itu sebenarnya hanya menunjukkan bahawa keagungan
empayar Sriwijaya,setaraf dengan Emperium China.Pada masa itu di selatan India,sesiapa yang mampu
mengatakan bahawa dia mampu mengalahkan China atau Sriwijaya,maka dia adalah raja yang amat hebat.
Gelaran Maulimalaraja juga dipakai oleh Jayaviravarman,raja Kemboja ((1002-1006).Dia adalah abang
kepada Udayadityavarman dan telah disebutkan dalam inskripsi Prasat Khna sebagai Sri
Narapativiravarman.Prasasti dari Prasat Trapan Run memperkenalkan Jayaviravarman Sebagai Raja Mala
(Maulimalaraja), menyambung salasilah dirinya kepada kerabat Sriwijaya, raja Sujita di dalam riwayat
Mon.Sriwijaya,sebagaimana menurut catatan-catatan Khmer,merupakan 'negara penaung' kepada Empayar
Angkor,malah bersama-sama mencorakkan politik Kemboja.Begitu indah peranan raja-raja Melayu pada
masa dahulu di Indochina.Nama 'Raja Mala' terpahat dalam pelbagai batu bersurat di
Indochina,menunjukkan sejarah bangsa Melayu adalah sejarah bertulis,bukan dongengan,cakap-cakap
orang tua mahupun wasiat-wasiat orang mati yang sudah tentu ditokok-tambah sesedap rasa dari mulut ke
mulut.
Tidak layak nama 'Malayu' itu sekadar cakap-cakap mulut.Nama 'Malayu' dipahat pada prasasti-prasasti dan
diletakkan di dalam tempat-tempat suci,sama ada ketika era Hindu-Buddha hinggalah pada zaman
Islam.Anda boleh membaca buku '7 wali Melayu' oleh Abdul Ghani Said,yang menerangkan dengan jelas
peranan wali Melayu kepada dunia Islam.Diceritakan Syeikh Haji Said Al-Linggi telah menghadiri mesyuarat
para wali dimana Syeikh Habib Nuh,wali Melayu dari Singapura juga menghadirinya.Syeikh Haji Said
selepas keluar dari bilik suluknya (bilik untuk berzikir atau menyendiri) memberitahu bahawa umat sebelah
Timur diwakili oleh dirinya dan Habib Nuh.Sungguh mulia peranan wali-wali Melayu untuk kebaikan umat
Nusantara.Ketika era penyebaran Islam,bahasa Melayu adalah bahasa agama Islam di Nusantara,dan
tulisan Jawi juga dicipta berasaskan bahasa Melayu.Sehinggakan untuk mempelajari Islam di Asia Tenggara
pada masa dahulu,mesti tahu bahasa Melayu dan Arab.Orang Melayu dan bahasanya menjadi asbab
hidayat kaum-kaum Nusantara termasuk orang Siam dan Tausug.Orang Siam diIslamkan oleh pendakwah-
pendakwah Champa,Patani dan semenanjung manakala orang Tausug misalnya diIslamkan oleh
pendakwah Melayu Johor keturunan Arab.Untuk ikram (muliakan,melayan) kaum-kaum ini,orang Melayu
berlembut hati malah berkongsi kekayaan buminya kepada kaum-kaum yang dahulunya menjadi lanun atau
orang gasar.Orang Melayu dan sifat tolak ansurnya yang tinggi mentamadunkan mereka sehingga sama-
sama menghirup nikmat iman dan Islam.Ketika era Buddha,orang Melayu melahirkan bikkhu,sami dan
pendeta bertaraf antarabangsa sehingga menguasai 'Yoga Tantra'.Yoga Tantra inilah yang dicari oleh
Atisa,seorang pendeta dari Tibet.Beliau sanggup berlayar dari Tibet ke Sumatera semata-mata mahu
mendalami hakikat pertapaan Yoga Tantra ciptaan Melayu Sriwijaya.Sehingga apabila beliau pulang ke
Tibet,beliau telah mengasaskan aliran Buddha yang baru iaitu yang kini dianut oleh sami-sami di Istana
Potala,hasil pembelajarannya dari pendeta-pendeta Melayu.Ketika era Islam,orang Melayu tetap ke
hadapan melahirkan ramai ustaz,ulama dan mufti dan ini diakui oleh ulama Mesir bahawa 'jika mahu belajar
agama Islam dengan sempurna,disyorkan belajar pada ulama-ulama Arab,namun jika mahu lebih
mendalami agama Islam,disyorkan belajar pada ulama-ulama Melayu'.Ketika bangsa Melayu beramai-ramai
meninggalkan agama menyembah patung tak bernyawa,orang Tai,Khmer,Burma dan sebagainya masih
mengamalkan agama nenek moyang di mana agama mereka itu sendiri diajarkan oleh orang Melayu beribu
tahun dahulu.Ironinya,Orang Melayu kini sudah sinonim dengan Islam,sehingga wujud,dogma yang
menyebutkan bahawa jika masuk Islam,maka masuk Melayu.
Berbalik kepada gelaran Maulimalaraja,sebenarnya gelaran ini bertitik tolak dari raja-raja Melayu purba yang
memerintah pelbagai negarakota pada masa silam.Raja-raja Melayu ini mencapai prestij yang tinggi.Mereka
amat bijak dalam perdagangan maritim.Jika anda mengatakan bahawa orang Bugis dan Sulu adalah
penguasa lautan,orang Melayu adalah PENGURUS kepada penguasa lautan.Raja-raja Melayu membuka
laluan perdagangan laut dan mengurusnya,kemudian orang Laut,Bugis dan Sulu berkhidmat kepada raja-
raja Melayu.
352
Legenda Khmer menyebutkan seorang raja yang berasal dari Kedah,disebut Prah Ketomala.
Misteri Prah Ketomala
Menurut tradisi Khmer,kelahiran Prah Ketomala adalah dihubungkan dengan Indra (nama seorang
dewa).Ketika dikandung,kononnya si ibu melihat dalam mimpi bahawa Indra telah menjelma ke dalam
kehamilannya.
"Ibu Ketomala sedang hamil dan satu malam dalam mimpinya dia melihat Dewa Indra menyentuh perutnya
dan memberikan sebentuk kristal dengan 5 warna-warna cerah. Dia mengatakan kepada suaminya untuk
bertanya kepada peramal raja.Peramal telah meramalkan bahawa dia akan dikurniakan seorang putera
dengan kemuliaan atas musuh-musuhnya ke segala arah.Kemudian dia berjaya melahirkan seorang
bayi.Bayi itu diberi nama Prah Ketomala"
Menurut tradisi Khmer lagi,kononnya dewa Indra telah membinakan sebuah candi untuk Prah Ketomala
sebagai cucunya dengan menghantar seorang arkitek bernama Visnukarman.Tradisi Khmer ini menunjukkan
raja-raja Melayu suka membanggakan diri dengan cara mengaitkan diri mereka dengan dewa;bukti
mengamalkan konsep 'dewaraja'.
Sejarahwan Khmer mengatakan kewujudan raja legenda Ketomala tidak dapat dibuktikan melalui inskripsi
konkrit Angkor.Namanya iaitu "Keto-mala" menunjukkan bahawa dia adalah seorang Raja Mala dari
Kedah yang menghubungkan dia kepada Raja Sailendra empayar Sriwijaya.Pada masa dahulu 'Kedah'
dikenali sebagai 'Keta' atau 'Ketaha'.Nama 'Keto-mala' bukanlah berasal dari bahasa Sanskrit atau Khmer
malah tiada maksud perkataan itu dalam bahasa Sanskrit.Ia juga dipercayai bahawa nama Ketomala
bukanlah satu orang,tetapi adalah garis raja-raja yang menerima perlindungan khusus dari kerajaan
Indra.Dari senarai penguasa Khmer,pada anak didik pertama Dewa Indra jelas Indravarman II yang mewarisi
gelaran dari ayahnya Prithivindravarman. Sejarahwan Khmer melihat bahawa Prithivindravarman datang
dari Malayu untuk menguasai Champapura dan mencipta sebuah garis keturunan baru dari raja-raja
Ketomala dari Kemboja.Mungkin untuk tujuan pengiktirafan,yang demikian itu adalah adat untuk raja yang
mula menelusuri garis keturunan nenek moyangnya dan Indravarman berbuat seperti itu.Prasasti Dong-
doung menjejak garis keturunan Indravarman kembali ke raja Rudravarman.Jelas bahawa dia adalah
Rudravarman,raja Chenla yang digulingkan dari takhta Kemboja dan pergi untuk berlindung di Yunnan.Tai
dan tradisi Lao mengingati dia sebagai Khun Borom dan bahawa keturunannya,Khun Inh kembali untuk
membina Ayutthaya dan bandar-bandar lain di Indochina.Dalam hubungan dengan tradisi Siam
utara,inskripsi yang sama memperingati Indravarman raja pertama yang boleh dikenalpasti sebagai
Indravarman I,pengasas Indrapura di Dong-doung (ingat Prasasti Dong-duong yang mengaitkan Champa
dengan Sri Dharmaraja) dan Prithivindravarman adalah keturunan langsung darinya.Prasasti Sanskrit dari
Prasat Cha Chuk merakamkan salah satu purohita (pegawai) bernama Visnubhatta yang juga berkhidmat
berturut-turut di bawah raja Yasovarman dan Harsavarman.
Sejarahwan Kemboja menyifatkan bahawa legenda orang Tai tentang Khun Borom telah disalah anggap
sebagai perkaitan dengan penghijrahan bangsa Tai dari Yunnan.
Mereka berpendapat bahawa legenda Khun Borom adalah keturunan Raja Rudravarman yang mana dirinya
bukanlah penduduk asli Yunnan tetapi seorang pelarian dari kerajaan Khmer dari Kemboja.Dikejar oleh puak
Chenla,dia menetap dan mengasaskan fahaman Buddha aliran Mahayana di Yunnan yang akan
kemudiannya,mendakwa dirinya sebagai dewaraja Paramesvara,nenek moyang Empayar Angkor.Menurut
legenda yang sama,salah seorang putera bernama Khun Inh mendirikan kerajaan di Ayutthaya. Ini
bertepatan dengan munculnya dinasti Sailendra dari Empayar Sri Vijaya yang kemudiannya menjadi dinasti
Ketomala di Angkor.Sebaliknya,beberapa generasi pertama dari raja-raja Ayutthaya baru tidak dilapisi dari
dua dinasti Angkor.Seperti yang akan kita lihat nanti,hubungan mereka dengan Khun Borom adalah melalui
Raja Mengrai dari Lannathai.Mereka adalah sebahagian daripada kerajaan Kaeo yang melarikan diri dari
Yunnan,digulingkan oleh Mongol dan menetap di Xiangrai melalui penginapan Raja Mengrai.
353
Suryavarman II,mempunyai pertalian dengan kerabat Sriwijayamala menerusi Jayaviravarman VII.
Kesimpulan yang dapat dilihat dari sini ialah,raja-raja Melayu Indochina mempunyai pelbagai hubungan
dengan kaum-kaum lain,seperti Khmer dan Tai.Dua dinasti utama ini,Sailendra dan Sriwijaya menghasilkan
dinasti-dinasti kecil Melayu-Khmer seperti Devavamsa dan Ketomala.Mereka menaiki takhta Angkor dan
memerintah seluruh Kemboja.Raja-raja Melayu di Indochina biasanya berasal dari istana Sri
Dharmaraja,Gangga Nagara atau keturunan Kedah Tua.Hubungan raja-raja Melayu dan orang Melayu
sendiri di Indochina amat kompleks dan memerlukan kajian lanjut.Walaupun nasionalis Khmer cuba untuk
'meng-khmer-kan' raja-raja Melayu ini,namun batu-batu bersurat yang menuliskan salasilah raja-raja Melayu
membuktikan misteri yang seterusnya.Misalnya Prasasti Say-Fong (Laos) memperkenalkan Jayavarman VII
(seorang raja Angkor) sebagai anak kepada Dharanindravarman II dan seorang puteri dari
Jayadityapura.Melalui ayahnya,dia adalah sepupu kedua Suryavarman II,dan melalui ibunya Chudamani
yang juga puteri Harshavarman III,dia adalah cicit Suryavarman I dari dinasti Sriwijaya (Suryavarman I
berbapakan Melayu,beribukan Khmer).
Sebab itu pembina Angkor Wat,Survarman II,punya hubungan keluarga dengan Melayu Sriwijaya.
354
Siapakah 'Malayu' dalam Inskripsi Han Chey?
Barisan transkripsi yang mengandungi puji-pujian kepada Bhavavarman II yang bergelar 'Raja Mala dari
Negeri Melayu'.
Malayu adalah nama satu kaum yang menjadi 'ruling-class' tertua dalam sejarah Indochina.Di sana terdapat
juga nama 'Malayang' dimana bermaksud,'negeri Melayu' dalam bahasa Khmer.'Mala' adalah nama tertua
bangsa ini,dimana ketika kaum Asia Tengah tiba di Asia Tenggara seperti Kamboja dan Saka beribu-ribu
tahun dahulu,mereka memanggil bangsa ini sebagai 'Mala-yu',dimana -yu adalah suffix dalam bahasa
Avestan mewakili bangsa,budaya atau cara pemikiran.Tradisi Khmer menyebutkan nama raja-raja Melayu
sebagai 'Raja Mala'.Sebagaimana di Sumatera,terdapat satu kerajaan kuno bernama 'Malayu' (Malayang
dalam bahasa Khmer),kerajaan yang punya nama yang sama juga terletak di utara Segenting
Kra.Anehnya,selepas Funan ditakluk Chenla,raja-rajanya memakai gelaran 'raja orang Mala'
Warisan ini membuktikan bahawa Malayu,yang juga sebahagian dari Sri Dhammaraja,adalah sebenarnya
Funan yang menjadi sebahagian daripada Empayar Chenla selepas pembukaan Bhavavarman (cucu
kepada raja Funan,berkahwin dengan gadis Khmer dan memberontak kepada datuknya).Prasasti Han Chey,
pada baris pertama,memperkenalkan Bhavavarman sebagai "mala malayu iva malayam raja",iaitu
bermaksud:Raja Mala dari Malayu.Ini adalah tulisan pertama setakat ini yang berkaitan dengan seorang raja
Chenla sebagai penguasa Funan (Malayu).Sarjana Khmer cuba menakrifkan siapa itu Malayu menurut
tradisi dan legenda mereka.Mereka mengatakan bangsa Malayu mungkin berasal dari raja laut Naga
Mohodara,di mana bangsa ini mempunyai kebiasaan khusus memperkenalkan diri mereka dengan bunga
(Mala) terutama teratai (Botum atau Padma).Ini adalah identiti khas bangsa Malayu yang berselindung di
sebalik bunga-bungaan dan wangi-wangian.Bukti dari tradisi bangsa Khmer ini dan pandangan mereka
terhadap orang Melayu membuktikan pandangan Bani Israel terhadap Keturah,iaitu dalam bahasa Ibrani
Kuno bermaksud 'wangi-wangian'.Setakat ini,inilah batu bersurat yang paling tertua mencatatkan nama
bangsa Melayu,yang mana ketika ini bangsa Inggeris belum wujud lagi,apatah lagi Siam mahupun Tausug
sekadar menamakan beberapa contoh.
355
Tradisi Khmer sendiri menyatakan kegemaran bangsa ini terhadap bunga-bungaan,sehinggakan nama
dinasti atau kerajaannya dinamakan sempena nama bunga-bunga.Apabila menyambut tetamu,pada masa
dahulu,mereka sering meletakkan bunga atau jambangan bunga di rumah untuk menyerikan suasana.Para
gadis mereka sering menyelitkan bunga-bunga di telinga.Identiti ini,menurut tradisi Khmer tidak diragukan
lagi adalah berasal dari 'Malayang' atau dalam bahasa Khmernya bermaksud negeri Melayu.Lem Chock
Moth,sejarahwan Kemboja menyatakan Malayang ini adalah identiti negara Malaysia pada hari ini,sebagai
negara bagi orang-orang Melayu.Anehnya,beliau menyatakan bahawa bangsa ini punya sejarah silam
dengan bangsa-bangsa besar di Mediteranean terutama bangsa Greek (mungkin Troy) yang disebut
olehnya sebagai sebahagian dari satu kelompok keturunan Mohodhara (sejak peperangan Trojan,Babilon
dan Parsi merupakan inspirasi kepada Ramayana dan Mahabbharata serta disebut dalam kitab-kitab
Vedic).Legenda Kemboja mengatakan bahawa kalungan bunga digunakan sebagai sebahagian dari hiasan
kepala mereka.Perkataan 'Malayang' (Mala-yang) bermaksud kerajaan/negeri bangsa Mala,telah banyak kali
muncul dalam prasasti-prasasti Khmer sebagai salah satu negeri dalam Funan dan seterusnya Empayar
Angkor.Sejarah Dinasti Tang menyatakan bahawa terdapat delegasi duta dari 'Mo-lo-yu' pada tahun 644
hingga 645 Masehi,sebaik sahaja kedatangan duta dari 'Ho-ling' yang menghantar dutanya pada tahun 640
Masehi.Nama ini merujuk pada negara Malayu terletak di pantai timur Sumatera dan berpusat di wilayah
'Jumbi' (sebutan Khmer).Hal ini juga menarik untuk dicatat bahawa Jumbi,kata dalam bahasa Khmer untuk
sebuah pohon bunga yang dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Kemboja.Prasasti Han-Chey
memperingati kemenangan Bhavavarman atas 'Raja Gunung' (Funan) yang berada di Mahidhara dimana
legenda Khmer mengenalpastinya sebagai raja 'Kamboja Crivijaya' (sebenarnya yang tepat ialah raja dinasti
Sailendra).Semua ini mengingatkan kita pada masa dahulu,raja-raja Melayu mempunyai hubungan rapat
dengan kaum-kaum bukit Mon-Khmer (hill-tribes) dan menjadikan sebagai tentera atau berkhidmat dalam
istana.Gadis-gadis mereka yang memiliki wajah rupawan dijadikan gundik-gundik,dayang atau isteri raja-raja
Melayu.Terdapat dalam legenda Khmer tentang seorang raja Malayang yang memikat gadis Khmer dan raja-
raja Melayu dahulukala mempunyai pengikut di antara orang Kensiu dan Kintaq (pribumi yang menduduki
pedalaman Tanah Besar Asia Tenggara,sebahagian mereka terdapat di Malaysia dan dikategori sebagai
Orang Asli bersama-sama Melayu Proto seperti Jakun) yang kemudiannya menjadi bangsa Khmer.
Persoalan 'darah naga' pada bangsa Melayu adalah cerita yang lain.Orang Khmer memang tepat
memperincikan setiap sisi bangsa misteri ini.
356
Identiti Funan dalam Inskripsi Han Chey
Inilah Prasasti Han Chey yang mencatatkan nama bangsa 'Melayu' malah nama kunonya sekali iaitu
'Mala',seawal abad ke-6 Masehi,ketika di Kepulauan British,belum wujud lagi 'Englishmen' (suku-suku
Celtic,Viking dan Jerman yang bersemendaan sesama sendiri mewujudkan bangsa Inggeris pada hari
ini).Nama 'China' pun belum wujud apatah lagi 'Siam' mahupun 'Tausug' sekadar contoh.
Umum mengetahui,nasionalis Kemboja bermati-matian menuntut kerajaan Funan adalah kerajaan orang
Khmer.Namun sampai hari ini,tidak ada bukti konkrit mengatakan Funan benar-benar kerajaan Khmer.Nama
Funan itu sendiri didapati dari rekod China,Fu-nan.Anehnya,kerajaan Chenla yang pernah menjadi negeri
bawahan (vassal) kepada Funan,dipastikan kerajaan orang Khmer berdasarkan inskripsi dan tradisi Khmer
sendiri.Namun bukti bertulis dari Khmer tidak pula menyatakan dengan terus terang bahawa Funan adalah
kerajaan orang Khmer.
Dengan pengakuan Bhavavarman II ini di dalam Prasasti Han Chey,yang mengiktiraf dirinya sebagai
'Malayu iva Malayam raja' (raja negeri Melayu),maka sahlah bahawa nama Funan (Fu-nan adalah sebutan
dari rekod China,bukan nama sebenar atau panggilan oleh penduduk Funan) yang sebenar ialah Malayang/
Malayam,iaitu bermaksud 'negeri Malayu'.Selepas menakluk sepenuhnya wilayah-wilayah Funan,raja
Chenla itu memahatkan kejayaannya dalam prasasti tersebut dan mengiktiraf dirinya sebagai 'Raja Mala
dari Negeri Malayu'.Ini adalah petunjuk paling terahsia tentang nama asal Indochina.Ini menunjukkan pada
zaman purba,sempadan negeri-negeri Malayu adalah dari Yunnan bersempadan dengan wilayah China
hingga ke Temasik iaitu Singapura sekarang ini.Ini adalah negeri-negeri Melayu di Tanah Besar Asia,belum
termasuk di bahagian kepulauan,terutama di Sumatera dan Borneo.
357
Rahsia tersembunyi dari Fa Ngum
Fa Ngum adalah seorang raja yang dikatakan pengasas kepada kerajaan Lao Lanxang (Lancang).Raja ini
dikesan menggunakan 'title' diraja yang biasa digunakan oleh raja-raja Melayu Indochina seperti raja
Champa dan Sri Dharmaraja.
Selama mengeksploitasi kedudukan Fa Ngum,Kerajaan Xiangtong (panggilan orang Tai kepada Muang
Sua,kini termasuk dalam Luang Phrabang) menyedari bahawa mereka telah sampai kepada tujuan terakhir
yang berkaitan dengan negara asal mereka.Kerajaan Xiengtong adalah kerajaan awal orang Lao yang
serumpun dengan bangsa Tai,sebelum menubuhkan kerajaan Lanxang.Pada saat itu, takhta Xiangtong
diduduki oleh bapa saudara Fa Ngum,Fah-Kham-Hiao.Setelah Fah-Kham-Hiao meninggal dunia,kerajaan
Xiangtong menjemput Fa Ngum kembali untuk menaiki takhta yang seharusnya menjadi miliknya sesuai
dengan haknya sebagai waris yang layak.
Oleh yang demikian,selepas kematian Raja Chao Fah-Kham-Hiao,menteri dan pegawai yang sebelumnya
ditinggalkan Putera Fa Ngum tidak membuang masa menjemput putera Lao itu menaiki takhta kerajaan
Xiangtong.Putera Fa Ngum telah naik takhta pada tahun 1353.Ketika dia mencapai usia 37 ia diberi nama
"Phragna Fah-La-Thorani Sisatanakanahud".
358
Kerajaan Lao Lanxang
Sangat menarik untuk dicatat bahawa gelaran "Phragna Fah-La-Thorani Sisatanakanahud" adalah
transkripsi Lao dari judul bahasa Sanskrit "Pongna Prah Dharnindra Sri Santan Naga Nahud" yang
menghubungkan dia ke legenda Khun Lo atau Dharnindravarman dari inskripsi Khmer.Sarjana Khmer
melihat bahawa kedua-dua warisan dari kerajaan Melayu "Sri Santan Naga" dan "Mauli kepada orang Mala"
juga hadir dalam riwayat lain raja Lao Lanxang,sebagai pewaris keturunan Fa Ngum.Hal ini kemungkinan
terlalu awal untuk mengesahkan yang demikian,namun,untuk mengaitkan kesimpulan tentang hubungan Fa
Ngum dengan raja Champa ketika itu,Simha Jayavarman,mereka kemungkinan adalah berasal dari Sri
Dharmaraja (dengan maksud lain,Fa Ngum sebenarnya keturunan Melayu dari istana Sri
Dharmaraja).Mungkin salasilahnya sama seperti Suryavarman I,dalam kes ini,bapa Fa Ngum kemungkinan
Melayu yang berkahwin dengan wanita Lao.Sementara Simha Jayavarman menubuhkan kembali negara
Champa dengan memusnahkan kawalan Dai-Viet terhadap kawasan tersebut (Laos kini),Fa Ngum pula tiba-
tiba menubuhkan kawasan yang dibuka oleh raja Champa itu sebagai ibukota negeri baru (Lanxang).Ini
menunjukkan terdapat hubungan antara raja Champa dengan Fa Ngum,setidak-tidaknya kalau bukan
pertalian keluarga.Kehadirannya membawa kembali budaya Melayu Indochina dan Khmer ke wilayah utara
Mekong buat pertama kali setelah kerajaan Xiengtong memutuskan hubungan dengan empayar
Khmer.Perlu dicatatkan di sini,bahawa orang Lao adalah rumpun Tai yang paling awal berhijrah ke Indochina
sebelum perpindahan beramai-ramai orang Thai.
Terdapat banyak petunjuk di Kemboja dan Laos tentang aktiviti raja-raja Melayu pada masa purba.Rahsia
Melayu terpecah-pecah disimpan di dalam riwayat-riwayat Mon,Lao dan Khmer.Negeri-negeri Melayu di
Indochina yang disebut dalam batu bersurat Khmer sebagai 'Malayang' seakan-akan menjadi kerajaan
kayangan dalam hikayat-hikayat Melayu.Padahal jelas,ditulis pada batu bersurat nama 'Malayang' dan 'Mala
raja' itu.Kemungkinan di sanalah Puteri Kaca Bertuang atau Raja Antah Berantah (sekadar contoh sahaja)
bermain-main di taman bunga-bungaan hikayat-hikayat Melayu.
Untuk meneruskan pencarian kepada petunjuk-petunjuk seterusnya,kita akan menyelusuri Sungai Mekong
dan menggali batu-batu bersurat di Pulau Jawa untuk menjejak nama satu lagi dinasti Melayu purba yang
amat berpengaruh,Sailendra.
-----------------------------------------------------------
359
Coming soon...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX
"The Sailendras"
-Apa itu dinasti Sailendra?
-Dari mana asal-usul Keluarga Diraja Sailendra?
-Mengapa dinasti Sailendra menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu?
-Borobudur dan kejuruteraan senibina Melayu Sailendra
-Sailendra dan Srivijaya
-Sailendra dan Indochina
-Sailendra dan Melayu
Penantian selama beribu-ribu tahun.Rahsia dari dalam tabut yang menyebarkan wangi-wangian Melati dan
Mala.Mari menyelusuri rahsia 2000 tahun antara dinasti paling berkuasa di Asia Tenggara!
360
Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX
Lokasi:Nakhon Si Thammarat,Thailand
Masa:10 a.m
Kajian sedang giat dijalankan terhadap kewujudan sebuah entiti politik yang digelar 'Sriwijaya' di bahagian
selatan Thailand,di mana batu bersurat yang dikenali sebagai Prasasti Ligor dijumpai.Kedua-dua sisi
prasasti ini mempunyai tulisan.Isi dari sisi pertama, yang dikenali sebagai Prasasti Viang Sa (Prasasti Ligor
A),adalah tentang 'Lord King' Sriwijaya,yang dituliskan sebagai "hanya raja yang tertinggi dari semua raja
bumi", telah mendirikan tiga bangunan dari batu-bata yang indah (Trisamaya caitya);rumah Kajakara
(Padmapāņi),dari pemusnah Mara (Buddha),dan Vajrin (Vajrapani).Di sisi lain, yang dikenali sebagai
Prasasti Ligor B, terdapat maklumat tentang nama "Visnu" yng digelar
"śesavvārimadavimathana" (pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa) dan juga seorang yang
disebut sebagai Sri Maharaja.Sesuatu yang menarik perhatian ialah,gelaran "pembunuh musuh-musuh
sombong tidak bersisa",mempunyai kaitan dengan gelaran "viravairimathana" (pembunuh musuh-musuh
perwira) pada sebuah prasasti yang ditemui di Nalanda,India.Prasasti tersebut mencatatkan perihal seorang
raja dari 'bumijawa' dengan gelaran yang sama,berasal dari sebuah dinasti.
361
Pengkaji kemudiannya mendapati dalam Prasasti Kelurak dan Prasasti Kalasan yang ditemui di
Jawa,Indonesia,ditemui gelaran "vairivaravira-mardhana" (pembunuh musuh-musuh ternama).Kedua-dua
prasasti ini menceritakan tentang dinasti pemerintah yang sama.
Para sejarahwan dan sarjana akhirnya telah menyimpulkan kewujudan satu dinasti purba yang amat
berkuasa di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.Dinasti ini adalah arkitek yang terulung,pembina yang gigih
dan penguasa yang bijak.
362
"The Sailendras"
“There was a king of Yavabhumi (Java) who was the ornament of the Śailendra dynasty, whose lotus-feet
bloomed by the luster of the jewels in the row of trembling diadems, on the heads of all the princes, and who,
as his name showed was the illustrious tormentor of the brave foes (Viravairimathana). His fame, incarnate,
as it were, by setting its foot on the regions of (white) palaces, in white water lilies, in lotus plants, conches,
moon, jasmine and snow and being incessantly sung in all the quarters, pervaded the whole universe.”
(Nalanda Inscription,India)
Antara sifat bangsa Melayu ialah mempertahankan sistem beraja.Raja adalah tunggak kehidupan sosial
pada masa lampau.Orang Melayu akan sedaya upaya mempertahankan rajanya,walaupun ada di antara
raja-raja ini atau kaum kerabatnya tidak sedar diuntung,mengambil kesempatan atas sanjungan orang
Melayu kepadanya.Namun sesetengahnya mempunyai peribadi yang mulia dan mengambil tanggungjawab
mempertahankan agama,bukan mempertahankan perut sendiri.
Sebab apa orang Melayu mempertahankan raja?Ini kerana pada masa silam,raja-raja Melayu inilah yang
menguasai daratan dan lautan Asia Tenggara,menjadi 'Maharaja seluruh kepulauan'.Mereka membina
empayar,menyatukan seluruh pelabuhan dan menjalankan perdagangan maritim antara India dan
China.Kesan nostalgia raja-raja Melayu pada masa silam bukan sahaja masih terasa di dalam hati dan
sanubari orang Melayu,malah terakam kemas dan riwayat-riwayat Thai,Burma,Vietnam ,Laos dan
Kemboja...di Indonesia selain Malaysia sendiri,rekod-rekod pengembara dan maharaja China,dijumpai pada
batu bersurat di India dan sejauh kitab-kitab kuno di Iran dan peta-peta pengembara Greek.
Sebagaimana sistem monarki di seluruh dunia yang terdiri daripada dinasti-dinasti,begitu juga raja-raja
Melayu.Salah satunya ialah dinasti Sailendra.
363
Sailendravamsa
Prasasti Nalanda
"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan
merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya
disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan keangkuhan semua
musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga
Sailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja.”
(Prasasti Ligor B,Chaiya,Thailand)
Sailendra ialah nama sebuah dinasti yang pernah menyebarkan pengaruhnya dari Indochina,semenanjung
Malaysia,Sumatera,Jawa,Filipina hingga sejauh India.Nama Śailendravamsa dijumpai pertama kali di dalam
Prasasti Kalasan dari tahun 778 Masehi (Śailendragurubhis; Śailendrawańśatilakasya;
Śailendrarajagurubhis). Kemudian nama itu ditemukan di dalam Prasasti Kelurak dari tahun 782 Masehi
(Śailendrawańśatilakena), dalam prasasti Abhayagiriwihara dari tahun 792 Masehi
(dharmmatuńgadewasyaśailendra), prasasti Sojomerto dari tahun 725 Masehi (selendranamah) dan prasasti
Kayumwuńan dari tahun 824 Masehi (śailendrawańśatilaka).Semua prasasti tersebut ditemukan di
Indonesia.Nama dinasti ini ditemukan juga dalam Prasasti Ligor di Thailand dari tahun 775 Masehi dan juga
turut ditemui pada Prasasti Nalanda di India.
Namun yang demikian,nama 'Sailendra' muncul untuk pertama kalinya dalam sebuah prasasti batu yang
ditemuidi Sojomerto di daerah pesisir barat laut Jawa Tengah.Oleh kerana ia merupakan
364
nama peribadi,andaian yang jelas adalah ia menunjukkan si pemunya nama ialah orang yang menurunkan
keturunan dari keluarga 'Sailendra'. Prasasti Sojomerto tidak bertarikh, tetapi mengikut kajian,ia berasal dari
pertengahan abad ketujuh.Prasasti tertua berkenaan dinasti ini- tidak hanya dari Jawa Tengah, tetapi
seluruh Indonesia - adalah dijumpai di batu piagam Canggal,yang dikeluarkan oleh raja Sanjaya pada tahun
732 Masehi.Ini memperingati asas tempat suci Siva lingga di Gunung Ukir bukit, sekitar 10 km hanya timur
Candi Borobudur.Nama Sanjaya muncul sekali lagi dalam piagam Mantyasih dari 907 Masehi, ditemui
sekitar 15 km sebelah utara Candi Borobudur.
Telah diyakini bahawa pemerintah dari dinasti Sailendra inilah yang membina Borobudur,candi Buddha
terbesar di dunia.Ketika ini,empayar Sriwijaya telah dikuasai oleh dinasti ini,dimana sebelum itu empayar ini
diperintah oleh raja-raja dari dinasti Sriwijayamala.
Di dalam Prasasti Nalanda di India,terukir nama 'śailendrawańśatilaka' (permata dinasti Sailendra) dan
Balaputradeva,raja Jawa.Penemuan nama dinasti ini sejauh India menyebabkan ramai sarjana tertarik untuk
mengetahui siapakah dia dinasti ini sehinggakan mampu memahatkan prasasti sejauh India.
365
Misteri asal-usul dinasti Sailendra
Asal-usul keluarga Sailendra ini masih menjadi bahan perbincangan. Berbagai pendapat telah dikemukakan
oleh sejarawan dan arkeologi dari berbagai negara. Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa keluarga ini
berasal dari India seperti Majumdar,Moens dan Nilakanta Sastri, yang lain mengatakan dari Funan
(Coedes), sementara yang lain mengatakan bahawa mereka adalah asli dari Kepulauan Melayu
(Poerbatjaraka).Kita akan menyiasat satu persatu misteri asal-usul dinasti ini.
Majumdar mengandaikan bahawa keluarga Sailendra di Indonesia, baik di Sriwijaya (Sumatera) atau
Medang (Jawa), berasal dari Kalinga (India Selatan). Nilakanta Sastri dan Moens mempunyai pendapat
yang sama. Moens menganggap bahawa keluarga ini berasal dari India dan tinggal di Palembang sebelum
ketibaan Dapunta Hiyang.Pada tahun 682 Masihi, keluarga ini berangkat ke Jawa kerana tekanan Dapunta
Hiyang dan tenteranya.Pada masa itu, pusat Sriwijaya berada di Semenanjung Tanah Melayu.
Slametmuljana mempunyai idea yang sama berdasarkan gelaran 'Dapunta' yang ditemui dalam Prasasti
Sojomerto.Gelaran ini juga ditemui pada Prasasti Kedukan Bukit (Dapunta Hiyang).Kedua-dua inskripsi ini
ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno.Oleh kerana asal bahasa ini adalah dari Sumatera dan di sanalah
wilayah berkembangnya Kadātuan Sriwijaya sekitar 680 AD bolehlah diandaikan bahawa 'Dapunta Selendra'
adalah salah satu pegawai Sumatera Selatan yang melarikan diri ke pantai utara Jawa di sekitar
Pekalongan.Namun dalam teori Slametmuljana ini tidak jelas menyatakan adakah pegawai tersebut berasal
dari India.Teori ini juga antara hujah sarjana lain yang mengatakan asal-usul dinasti ini adalah dari
Sumatera,sekaligus pandangan Slametmuljana ini terkelompok dalam Teori Nusantara.
Coedes pula memiliki kecenderungan untuk menganggap bahawa Sailendra di Nusantara berasal dari
Funan (Kemboja).Jatuhnya Kerajaan Funan disebabkan oleh rusuhan telah mendorong keluarga ini ke
Jawa,di mana mereka kemudiannya menjadi penguasa di Medang (Mataram) pada pertengahan abad ke-8
menggunakan 'Sailendra' sebagai nama keluarga.
Pendapat bahawa keluarga Sailendra ini berasal dari Nusantara (Jawa) dikemukakan oleh
Poerbatjaraka.Menurut beliau,Sanjaya dan keturunannya adalah raja dari keluarga Sailendra,asal-usul dari
Kepulauan Melayu dan beragama Hindu-Siva.Tapi kemudiannya Paņamkaran (salah seorang kerabat
Sailendra) menjadi pengikut Buddha Mahayana.Pendapat ini didasarkan pada Carita Parahyangan yang
366
menyebutkan bahawa Rakai Sanjaya memerintahkan anaknya, Rakai Panaraban atau Rakai Tamperan
untuk menukar agama kerana agama ini dihormati oleh semua orang.
Pendapat Poerbatjaraka,adalah berdasarkan Carita-Parahyangan, kemudian disahkan oleh inskripsi yang
ditemui di wilayah Kabupaten Batang.Dalam inskripsi ini, yang dikenali sebagai Prasasti Sojomerto,nama
Dapunta Selendra disebutkan,juga nama ayahnya,Santanu, dan ibunya bernama Sampūla (da pū nta
selendra namah santanū nāma ņda bapa ņda bhadrawati nāma aya ņda sampūla nāma ņda).Menurut
Boechari, tokoh yang bernama Dapunta Selendra adalah moyang dan pengasas kepada semua raja-raja
dari keturunan raja Sailendra di Medang.
367
Siapakah sebenarnya Sailendra?
Prasasti Sojomerto
Oleh kerana Prasasti Sojomerto ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno,nama 'Dapunta Selendra' adalah jelas
ejaan Melayu dari kata Sanskrit 'Sailendra'.Jika keluarga Sailendra berasal dari India Selatan,sudah tentu
mereka akan menggunakan bahasa Tamil atau setidak-tidaknya bahasa Sanskrit pada prasasti
mereka.Penemuan Prasasti Sojomerto menunjukkan asal usul keluarga Sailendra dengan Dapunta
Selendra sebagai moyang dan pengasas dinasti telah berjaya dijumpai.Berdasarkan gaya
paleografiknya,Prasasti Sojomerto ditulis pada pertengahan abad ke-7 Masihi.
Prasasti Sojomerto telah membenamkan semua teori-teori karut dari Nilakanta Sastri,Moens dan lain-lain
yang mengatakan dinasti ini berasal dari India Selatan.Prasasti ini memang kuat diyakini menetapkan asal-
usul dinasti ini kerana menerangkan siapakah Dapunta Sailendra dan ibu bapanya dalam bahasa Dapunta
Sailendra sendiri,bahasa Melayu.
Rahsianya terletak pada gelaran 'Dapunta'.Gelaran ini adalah gelaran khas raja-raja Melayu Kuno dari
keturunan Sriwijayamala.Dalam Prasasti Kedukan Bukit,tercatat nama 'Dapunta Hiyang Jayanasa',seorang
maharaja Sriwijaya yang menyerang Sumatera.Ketika itu,pusat empayar berada di semenanjung Tanah
Melayu.Dapunta ialah gelaran tertua bagi keturunan Sailendra kerana selepas itu gelaran bagi raja-raja
dinasti ini ialah 'Rakai' iaitu gelaran bagi raja-raja Jawa.Rakai pada asalnya ialah penguasa tempatan Jawa
di bawah hemegemoni Sriwijaya sebagaimana jawatan 'Datu'.'Dapunta' berasal dari 'Dapunta Hiyang'
seperti mana perkataan 'Dapunta Hiyang Jayanasa' dalam Prasasti Kedukan Bukit.
Kedua-dua prasasti ini;Kedukan Bukit dan Sojomerto ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Prasasti Sojomerto
telah membenarkan sekaligus mengesahkan dakwaan Poerbatjaraka.Sebab itu sejarah Melayu adalah
368
sejarah yang tepat dan terpahat pada batu bersurat.Bukan dongengan atau cakap-cakap mulut apatah lagi
wasiat orang mati.
Universiti Nalanda.Di sinilah seorang raja Melayu menghadiahkan sebuah biara sebagai asrama para
pelajar.
Nama 'Sailendra' menjadi terkenal kerana nama dinasti ini dijumpai terpahat pada prasasti tembaga di
Nalanda,India.Di dalam prasti ini jelas merakamkan nama "śailendrawańśatilaka' (permata dinasti
Sailendra).Prasasti ini bertarikh 860 Masehi dan ditulis dalam skrip Devanegari dan proto-Bengali,
menyatakan bahawa seorang raja Suvarnadvipa (Sumatera) bernama Balaputradeva memberikan anugerah
untuk Nalanda (Universiti Nalanda).Prasasti itu juga mencatatkan bahawa Balaputradeva adalah sebahagian
dari dinasti Sailendra di Javabhumi (Jawa,di sebelah timur).Anugerah itu berupa pembinaan biara untuk
para pelajar tinggal.Prasasti tembaga itu mempunyai mohor berlambangkan dua ekor pelanduk,lambang
Universiti Nalanda.
369
Penguasa dan pengasas dinasti-dinasti Jawa
Dinasti Sailendra adalah antara dinasti terawal yang menubuhkan Kerajaan Medang di Jawa.Malah menurut
Poerbatjaraka,dinasti ini adalah perintis kepada dinasti-dinasti lain dalam Kerajaan Medang.Mengapa pakar
sastera Jawa ini mengatakan yang demikian?
Terdapat tiga dinasti yang pernah berkuasa di Kerajaan Medang,iaitu dinasti Sanjaya,dinasti Sailendra serta
dinasti Isyana.Sanjaya dan Sailendra berkuasa ketika kerajaan Medang berpusat di Jawa Tengah sementara
Isyana ketika pusat kerajaannya berpindah ke Jawa Timur.Teori awal mengatakan bahawa dinasti Sanjaya
dan Sailendra sama-sama berkuasa di dalam kerajaan Medang.Ia dikemukan oleh Dr. Bosch.Beliau
menyebutkan bahawa,di dalam Kerajaan Medang terdapat dua dinasti yang berkuasa,iaitu dinasti Sanjaya
dan Sailendra.Istilah dinasti Sanjaya merujuk kepada nama pendiri Kerajaan Medang,iaitu Sanjaya yang
memerintah sekitar tahun 732 Masehi. Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.
Ibu dari Sanjaya adalah Sanaha,cucu Ratu Shima dari Kerajaan Kalingga di Jepara.Ayah dari Sanjaya
adalah Sena/Sanna/Bratasenawa,raja Galuh ketiga.Sena adalah putera Mandiminyak,raja Galuh kedua
(702-709 Masehi).Dikemudian harinya,Sanjaya yang merupakan penerus Kerajaan Galuh yang
sah,menyerang Galuh dengan bantuan Tarusbawa,raja Sunda.Penyerangan ini bertujuan untuk
menyingkirkan Purbasora.
Ketika Tarusbawa meninggal dunia pada tahun 723 Masehi,kekuasaan Sunda dan Galuh berada di tangan
Sanjaya.Di tangannya,Sunda dan Galuh bersatu kembali.Tahun 732 Masehi,Sanjaya menyerahkan
kekuasaan Sunda-Galuh kepada puteranya Rakai Panaraban (Tamperan).Di Kalingga,Sanjaya memegang
kekuasaan selama 22 tahun (732-754 Masehi),yang kemudian diganti oleh puteranya dari Déwi
Sudiwara,iaitu Rakai Panangkaran.Rakai Panangkaran dikalahkan oleh dinasti dari Sumatera (?) yang
bernama dinasti Sailendra. Pada tahun 778 Masehi raja Sailendra,yang beragama Buddha aliran Mahayana
memerintahkan Rakai Panangkaran untuk mendirikan Candi Kalasan.
Sejak itu Kerajaan Medang dikuasai oleh dinasti Sailendra.Sehinggalah akhirnya seorang puteri raja
Sailendra yang bernama Pramodawardhani menikah dengan Rakai Pikatan,seorang keturunan
Sanjaya,pada tahun 840–an.Rakai Pikatan kemudian mewarisi takhta mertuanya.Dengan demikian, Wangsa
Sanjaya kembali berkuasa di Medang.
Namun Poerbatjaraka menolak teori di atas.Bagi beliau dinasti Sanjaya tidak wujud.Menurutnya,Sanjaya
tidak pernah ada,kerana Sanjaya sendiri adalah anggota keluarga Sailendra.Dinasti ini mula-mula beragama
Hindu,kerana istilah Sailendra bermakna “penguasa gunung” iaitu sebutan untuk Siva.
Selain itu,istilah 'Sanjayawamsa' tidak pernah dijumpai dalam prasasti mana pun, sedangkan istilah
'Sailendrawamsa' ditemukan dalam beberapa prasasti, misalnya prasasti Ligor, prasasti Kalasan, dan
prasasti Abhayagiriwihara.Jika dinasti Sanjaya amat berkuasa sehingga dikatakan membina candi
Prambanan,sudah tentu mereka mampu memahat nama keluarga pada batu bersurat.Realitinya tidak ada
nama keluarga Sanjaya terpahat pada batu bersurat.Ini bermakna keluarga Sanjaya masih bernaung di
bawah nama keluarga Sailendra.
Poerbatjaraka juga berpendapat bahawa,Sanjaya telah memerintahkan agar puteranya,iaitu Rakai
Panangkaran bertukar agama,dari Hindu menjadi Buddha.Teori ini berdasarkan atas kisah dalam Carita
Parahyangan bahawa Rahyang Sanjaya menyuruh Rahyang Panaraban untuk bertukar agama.Dengan
demikian, yang dimaksud dengan istilah “raja Sailendra” dalam prasasti Kalasan tidak lain adalah Rakai
Panagkaran sendiri.
Carita Parahyangan memang ditulis ratusan tahun sesudah kematian Sanjaya.Walaupun demikian,kisah di
atas seolah terbukti dengan ditemukannya sebuah prasasti yang mengisahkan tentang seorang pangeran
bernama Sankhara yang bertukar agama kerana ayahnya meninggal dunia akibat menjalani ritual terlalu
berat. Sayangnya,prasasti ini tidak jelas angka tahunnya,serta tidak menyebutkan nama ayah Sankhara
tersebut.
Jadi Poerbatjaraka menyebutkan bahawa hanya ada satu dinasti saja yang berkuasa di Kerajaan
Medang,iaitu dinasti Sailendra yang beragama Hindu Siva.Sejak pemerintahan Rakai Panangkaran,dinasti
Sailendra terpecah menjadi dua.Agama Buddha dijadikan agama resmi negara,sedangkan cabang
370
Sailendra lainnya ada yang tetap menganut agama Hindu,misalnya seseorang yang kelak menurunkan
Rakai Pikatan.Rakai Pikatan inilah yang dijadikan hujah wujudnya dinasti Sanjaya.
Satu lagi dinasti yang dikatakan memerintah Medang ialah Isyana.Istilah Isyana berasal dari nama Sri
Isyana Wikramadharmottunggadewa,iaitu gelaran Mpu Sindok setelah menjadi raja Medang (929–947
Masehi).Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.
Berdasarkan agama yang dianut,Mpu Sindok diyakini merupakan keturunan Sanjaya,pendiri Kerajaan
Medang era Jawa Tengah.Salah satu pendapat menyebutkan bahawa Mpu Sindok adalah cucu Mpu Daksa
yang memerintah sekitar tahun 910–an. Mpu Daksa sendiri memperkenalkan pemakaian Sanjayawarsa
(kalender Sanjaya) untuk menunjukkan bahawa dirinya adalah keturunan asli Sanjaya.Dengan demikian,
Mpu Daksa dan Mpu Sindok dapat disebut sebagai anggota dinasti Sanjaya.
Namun Poerbatjaraka, Pusponegoro,dan Notosutanto menolak teori kewujudan dinasti bernama
Isyana.Menurut mereka,dalam Kerajaan Medang hanya ada satu dinasti saja,iaitu dinasti Sailendra,yang
asalnya beragama Hindu.Kemudian muncul dinasti Sailendra yang beragama Buddha apabila terpecah
dengan munculnya anggota yang beragama Buddha.
Dengan kata lain, versi ini berpendapat bahwa Mpu Sindok adalah anggota Wangsa Sailendra yang
beragama Hindu Siva,dan yang memindahkan istana Kerajaan Medang ke Jawa
Timur.KESIMPULANYA,HANYA DINASTI SAILENDRA SAHAJA PEMERINTAH KERAJAAN MEDANG
YANG SEBENAR.
Teori Poerbatjaraka tepat setakat ini,kerana berdasarkan epik rakyat dan ditemui pula prasasti yang
bersesuaian dengan epik tersebut.Ini bermakna sejak kita mengetahui bahawa Sailendra berasal dari dinasti
Melayu,maka dinasti ini telah menurunkan beberapa keluarga pemerintah Jawa.Bagaimana?
PERKAHWINAN CAMPUR.Kita tahu bahawa Majapahit yang muncul beratus tahun sesudah kerajaan
Medang Kuno adalah beragama Hindu.Sebenarnya,yang menganut agama Buddha pada masa lampau
ialah bangsa Melayu.Dan ini identiti negarakota Melayu Segenting Kra.Orang Melayu suka bertukar
agama,di mana dirasakan agama asal terlalu banyak menyeleweng.Buddha adalah agama yang dilihat cuba
membetulkan agama Hindu.Apabila tiba Islam,orang Melayu bertukar agama lagi,kerana mereka mendapati
agama ini adalah benar sebenar-benarnya;menyembah Tuhan Yang Esa,bukan patung-patung batu buatan
tangan sendiri.
Jadi jelas diyakini,keturunan Rakai Pikatan telah menjadi keturunan Jawa apabila unsur Melayu telah mula
hilang sedikit demi sedikit.Ini terjadi pada pemerintah Melayu yang berkahwin dengan orang Khmer dan Lao
di Indochina.Biasanya anak raja rapat dengan ibu mereka,sementara ayahnya;si raja Melayu selalu keluar
untuk berperang atau berdagang.Ini selalunya memakan masa berbulan-bulan.Lama kelamaan,anak
tersebut cenderung dengan bahasa atau budaya ibu mereka,tidak kira Jawa,Khmer atau Lao.
Ini menunjukkan bahawa legenda Aji Saka itu adalah benar.Aji Saka ialah tokoh legenda Jawa,orang luar
yang membawa peradaban pada bangsa Jawa.Dinasti Sailendra adalah dinasti Melayu Segenting Kra pada
asalnya,menurut sumber dari Kemboja yang mengatakan wujud raja Aji Saka di mana 'Saka' merujuk
kepada kaum 'Saka',rumpun bangsa Kamboja.Apa rahsia semua ini?Pada masa dahulu,yang membawa
ajaran Veda ke Nusantara ialah kelompok Kamboja ini.Kemungkinan mereka mula-mula membawa ajaran
Veda yang suci;menyembah satu Tuhan bernama Brahma.Kemudian hari berganti hari,ajaran asal Veda
telah rosak dan menjadi agama Hindu yang menyembah beratus-ratus dewa.Apabila kelompok Kamboja
yang mengajarkan agama Veda telah hilang meresap menjadi Melayu,tiada siapa yang membetulkan ajaran
Veda,maka raja-raja Melayu mengikut sahaja kelompok Hindu yang baru.Ini ibarat apabila ulama-ulama kota
Mekah semuanya menyeleweng,maka kemungkinan besar raja-raja Melayu juga cenderung untuk
menyeleweng kerana kiblat agama Islam adalah di Tanah Arab.Begitu juga ajaran Veda berkiblatkan
India.Perlu diingat,bangsa Kamboja bukanlah Dravidia seperti Tamil atau Telegu,mereka ialah puak-puak
Aryan yang berkulit cerah.Wajah mereka iras-iras antara keturunan Greek dan Parsi,berkulit kemerah-
merahan.Mereka berbahasa Parsi Kuno seperti Avestan.
Nama kerajaan Medang pula ada tercatat dalam Prasasti Laguna (Laguna Copperplate) bertarikh 822 Saka
(900 Masehi) yang ditemui di Manila,Filipina.Penemuan prasasti yang ditulis dalam skrip Kawi dalam bahasa
Melayu Kuno yang mempunyai perkataan pinjaman dari Sanskrit dan beberapa elemen kosa kata bukan dari
bahasa Melayu iaitu dari bahasa Jawa Kuno dan Tagalog Kuno.Ini menunjukkan bahawa orang-orang atau
pegawai kerajaan Medang telah memulakan perdagangan antara pulau dan hubungan luar negeri di
371
kawasan-kawasan sejauh Filipina,dan membuktikan hubungan antara kerajaan Melayu Kuno dan Filipina
memang wujud.INI ADALAH BUKTI KUKUH HUBUNGAN ANTARA ORANG MELAYU DENGAN
KEPULAUAN FILIPINA.Sebab itu orang yang menafikan pengaruh Melayu di Filipina adalah bagaikan katak
di bawah tempurung.Ahli sejarah Filipina sendiri mengakui asal-usul bangsa mereka adalah orang
Melayu.Laguna Copperplate adalah surat hutang.Ini bermakna dalam urusan pentadbiran,bahasa Melayu
adalah bahasa dominan.Kewujudan perkataan Jawa disebabkan oleh kerana dinasti Melayu Sailendra
memerintah dari Jawa.Istilah Tagalog kerana untuk memudahkan orang tempatan yang biasa bertutur dalam
bahasa daerah mereka.
372
Mengapa dinasti Sailendra menulis prasasti-prasasti dalam Bahasa Melayu?
Prasasti Gondosuli
Adakah hanya Prasasti Sojomerto sahaja yang dipahat oleh dinasti terkemuka ini yang menggunakan
bahasa Melayu Kuno?Setakat ini terdapat enam prasasti termasuk Prasasti Sojomerto yang dipahat oleh
dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno di Indonesia tidak termasuk di Thailand dan India:
• Prasasti Sojomerto, Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Batang, Jawa Tengah.
• Prasasti Gandasuli I, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah
• Prasasti Gandasuli II, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa
Tengah
• Prasasti Bukateja, Bukateja, Purbalingga, Jawa Tengah.
• Prasasti Dewa Drabya, Dieng, Jawa Tengah.
• Prasasti Maņjuįrighra, Candi Sewu, Prambanan, Klaten, Jawa Tengah
373
Berbanding hanya tiga prasasti dalam bahasa Sanskrit:
• Prasasti Tukmas, Dakawu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah.
• Prasasti Canggal, Candi Gunung Wukir, Desa Kadiluwih, Salam, Magelang, Jawa Tengah
• Prasasti Tri Tepusan, Kedu, Temanggung, Jawa Tengah
Ini menunjukkan di Kerajaan Medang sendiri,raja-raja Sailendra cenderung menuliskan prasasti dalam
Bahasa Melayu Kuno.Bayangkan,setelah Poerbatjaraka menafikan wujudnya dinasti Sanjaya,ini bermakna
penguasa mutlak Kerajaan Medang adalah dinasti Sailendra yang menuliskan prasasti kemegahan dinasti
mereka dalam bahasa Melayu Kuno.
Prasasti yang paling penting kemungkinan setakat ini ialah Prasasti Sojomerto yang memberitahu nama
pengasas keluarga Sailendra iaitu Dapunta Sailendra.Dalam prasasti ini menyebutkan:
1. ... – ryayon çrî sata ...
2. ... _ â kotî
3. ... namah ççîvaya
4. bhatâra parameçva
5. ra sarvva daiva ku samvah hiya
6. – mih inan –is-ânda dapû
7. nta selendra namah santanû
8. namânda bâpanda bhadravati
9. namanda ayanda sampûla
10. namanda vininda selendra namah
11. mamâgappâsar lempewângih
Terjemahan prasasti dalam Bahasa Melayu moden:
Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-dewa
... dari yang mulia Dapunta Selendra
Santanu adalah nama bapanya, Bhadrawati adalah nama ibunya,Sampula adalah nama isterinya dari
yang mulia Selendra.
Lihat perkataan-perkataan Melayu Kuno antaranya:
1-ku samvah hiya (ku sembah dia)
2-namanda (namanya)
3-bapanda (bapanya)
3-vininda (bininya)
374
Prasasti Bukiteja pula berisi sebaris ayat yang pendek,tetapi punya erti yang besar:
"ini padehanda Hawang Payangnan"
Maksud:
"ini sisa tubuhnya Hawang Payangnan"
Kemungkinan besar prasasti ini adalah batu nisan bagi orang yang bernama Hawang Payangnan.Batu
bersurat ini mempunyai usia dan gaya tulisan yang sama digunakan oleh dinasti Sailendra.Perhatikan
sebarisan ayat pendek ini menggunakan sepenuhnya tatabahasa Melayu seperti 'ini' dan '-nda' (-nya).
Persoalannya,mengapakah dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno dalam mengungkapkan
kemegahan dinasti mereka?Terdapat dua kesimpulan:
1-Dinasti Sailendra ialah berketurunan Melayu
2-Dinasti Sailendra di bawah pengaruh kebudayaan dan bahasa Melayu
Kesimpulan pertama memang tidak diragukan bahawa dinasti Sailendra adalah dinasti Melayu.Semua
prasasti di bawah nama keluarga Sailendra jika tidak berbahasa Melayu Kuno,dipahat dalam bahasa
Sanskrit.Tiada prasasti yang di dalamnya tertulis nama Sailendra dalam bahasa Jawa kecuali Prasasti
Kayumwunan yang dwibahasa (Sanskrit sepenuhnya kemudian disambung Jawa Kuno).Yang ada ialah
prasasti yang berisi aktiviti raja-raja bawahan Sailendra atau dari keluarga Sailendra yang biasanya
memakai gelaran 'Rakai'.Hanya bahasa Melayu Kuno dan Sanskrit digunakan untuk menuliskan prasasti
yang membawa nama 'Sailendra'.Sepertimana dua prasasti yang dikaitkan dengan candi Sewu,Prasasti
Manjusrigerha dan Prasasti Kelurak.Uniknya,Prasasti Manjusrigerha memakai tulisan Jawa Kuno dan
berbahasa Melayu Kuno,sedangkan Prasasti Kelurak beraksara Prenagari dan berbahasa Sanskrit.
Kesimpulan yang kedua pula kemungkinan besar Dapunta Sailendra ialah pegawai atau gabenor Sriwijaya
yang memerintah Jawa.Jika beliau orang Jawa,maka oleh kerana beliau termasuk pegawai Sriwijaya maka
kehidupannya telah dipengaruhi cara hidup Melayu,termasuk bahasa.
Jadi walau apa pun kesimpulannya,kita tahu bahawa pada abad ke-8 Masehi,bahasa Melayu Kuno telah
pun menjadi bahasa standard raja-raja Austronesia.Malah menjadi lingua franca empayar-empayar Asia
Tenggara.
375
Siapakah Poerbatjaraka?
Ada sesetengah orang yang mempertikaikan prasasti-prasasti seperti Kedukan Bukit,Talang
Tuwo,Sojomerto dan lain-lain yang dilabelkan sebagai 'Bahasa Melayu Kuno'.Ini kerana terdapat campuran
istilah Sanskrit di dalam prasasti-prasasti tersebut.Sebenarnya dalam prasasti Jawa Kuno juga bercampur
perkataan Sanskrit.Jadi orang yang layak untuk membezakan yang mana bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno
dan sepenuhnya Sanskrit ialah orang yang belajar ketiga-tiga bahasa itu.
Siapakah Poerbatjaraka?Adakah beliau seorang Melayu?Tidak,beliau berketurunan Jawa dan pakar dalam
kesusasteraan Jawa.Jadi mengapa beliau berhujah tidak wujud dinasti Jawa Sanjaya malah semua dinasti
Medang berasal dari Sailendra?Sailendra pula dikatakan dinasti Melayu berdasarkan Prasasti Sojomerto
dan lain-lain prasasti?Bukankah lebih baik beliau berbohong sahaja mengatakan tulisan pada prasasti-
prasasti tersebut berbahasa Jawa ataupun Sanskrit?Tiada siapa yang tahu.Mahaguru Sanskrit dari India pun
tidak tahu.Ini kerana tulisan pada batu-batu bersurat ini punya variasi tulisan antaranya Kawi (tulisan ini tidak
mampu dibaca oleh pakar dari India walaupun berasaskan skrip Brahmi),Pallava,Pranagari atau Jawa
Kuno.Jika pakar Sanskrit dari India boleh membaca sekalipun,mereka tidak mampu membaca sebahagian
perkataan,yang merupakan bukan bahasa Sanskrit tetapi dari Melayu Kuno.Poerbatjaraka boleh
membohongi semua orang,mengatakan semua prasasti Sailendra berbahasa Jawa Kuno.Tetapi realitinya
beliau tidak berbuat demikian.
Sebenarnya,beliau ADALAH SARJANA TULEN,BUKAN NASIONALIS JAWA.Beliau berpegang pada prinsip.
Nama penuhnya ialah Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi (Lesya) Poerbatjaraka (Purbacaraka).Lesya ialah nama
timangannya sejak kecil.Ayahnya Raden Tumenggung Purbadipura adalah sastarawan istana kesayangan
Susuhunan Pakubuwana X,raja Surakarta.Bagaikan kuah tumpah ke nasi,Poerbatjaraka secara
automatiknya, juga mempunyai minat terhadap kesusasterawan Jawa dan bahasa Jawa.Anak kepada
pekerja istana membuatkan beliau senang untuk akses kepada khazanah kesusasterawan Jawa.Beliau
376
belajar bahasa Melayu dan Belanda di sekolah Hollandsch-Indische School (bahasa Melayu sebenarnya
telah lama diajar di sekolah-sekolah Belanda,sebagai bahasa standard).Kepandaian beliau dalam bahasa
Belanda menyebabkan beliau sering dilihat berbual dengan tentera Belanda malah orang Belanda amat
senang dengan beliau.
Poerbatjaraka mula belajar Sanskrit selepas terlibat dengan bahan-bahan kesusasteraan Jawa Kuno yang
memerlukan kepakaran dalam bahasa Sanskrit.Ini adalah ketika beliau bertugas di Muzium Gajah.
Oleh kerana kepakarannya dalam bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan Sanskrit serta mahir dalam
beberapa tulisan seperti Kawi dan Jawa Kuno,maka beliau telah dihantar ke Belanda,untuk mengkaji
'khazanah' yang dirompak Belanda sebelum itu.Poerbatjaraka ditugaskan di Universiti Leiden di Belanda
sebagai pembantu Prof. Dr. Hazeu, mahaguru kesusasteraan Jawa.Kemudian pada tahun 1926,walaupun
tidak pernah menghadiri kuliah,Poerbatjaraka diperkenankan untuk mendapatkan gelaran doktor dengan
tesisnya,Agastya in den Archipel.
Sekembalinya di Muzium Gajah pada tahun 1930-an,beliau telah diberi jawatan sebagai kurator manuskrip
dan diberi tugas untuk mengkatalog semua manuskrip Jawa.
Setelah kemerdekaan Indonesia,beliau dilantik sebagai profesor di Universiti Indonesia,Jakarta,Universiti
Gajah Mada,Yogyakarta dan Universiti Udayana, Denpasar,Bali.
Jadi Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi Poerbatjaraka adalah orang yang paling tepat untuk kita rujuk.Bukannya
sesetengah dari kita yang kononnya pakar bahasa tetapi rupa-rupanya hidung tak mancung pipi tersorong-
sorong.Pakar bahasa,sejarahwan dan linguistik sememangnya maklum akan gaya bahasa Melayu
Kuno.Cuma sesetengah orang yang tidak berpuashati dengan betapa banyaknya prasasti dalam bahasa
Melayu Kuno,bukan bahasa sukukaum mereka,akan cuba menegakkan benang yang basah.Tiada siapa
yang mahu menuliskan kemegahan kerajaannya dalam bahasa kaum mereka bahkan raja-raja Nusantara
tahu bahasa mana yang standard untuk dipakai sebagai menunjukkan prestij.Jadi serahkan kepada yang
pakar.
377
Borobudur,'Wonders' Melayu Sailendra
Apabila membicarakan tentang Sailendra,sudah tentu kita akan teringatkan 'masterpiece'
mereka;Borobudur.Bukanlah untuk membincangkan topik agama di sini,tetapi tentang kejuruteraan senibina
dan seni ketukangan Melayu purba yang tiada tolok bandingnya.
Borobudur adalah salah satu monumen Buddha terbesar di dunia,malah candi Buddha paling terbesar di
dunia.Dibinakan oleh seorang raja dari dinasti Sailendra, ia dibina untuk menghormati kemuliaan Buddha
dan pendiri candi tersebut,seorang raja.Nama Borobudur dipercayai berasal dari kata Sanskrit "vihara
Buddha Uhr" , yang bererti biara Buddha di atas bukit. Candi Borobudur terletak di Muntilan,Magelang,dan
berjarak sekitar 42 km dari kota Yogyakarta.
378
Borobudur adalah kombinasi harmoni stupa,kuil-gunung dan diagram ritual.Kompleks candi ini dibina pada
beberapa tingkat di sekitar bukit yang membentuk pusat alam.Peringkat pertama di atas dasar terdiri
daripada lima teras persegi,bersaiz tepat dan membentuk dasar piramid.Di atas peringkat ini adalah tiga
platform lingkaran yang menonjolkan oleh stupa utama.
Tangga disediakan menuju ke stupa besar.Tapak dan koridor pejalan kaki melampirkan teres persegi dihiasi
dengan 'relief' terpahat di batu.Mereka menggambarkan berbagai tahapan perkembangan jiwa menuju
penebusan dan episod dari kehidupan Sang Buddha.Teras melingkar yang dihiasi dengan tidak kurang dari
72 kerawang stupa masing-masing mengandungi patung Buddha.Dinding-dinding Borobudur terpahat oelh
khazanah 'bas-relief' yang memukau,hingga jumlah panjangnya kira-kira 6 kilometer! Ini telah dikatakan
sebagai koleksi terbesar dan paling lengkap 'relief' Buddha di dunia,tak tertanding dalam apa jua karya seni
individu walau di mana di dunia ini.Penceritaan 'relief' pada dinding utama dibaca dari kanan ke kiri,mereka
pada koridor dari kiri ke kanan.Hal ini dilakukan untuk tujuan Pradaksina,satu ritual,yang membuatkan para
pelawat akan bergerak mengikut arah jam.Borobudur mengandungi sekitar 2670 'bas-relief' individu (1460
naratif dan 1212 panel dekoratif),yang meliputi bahagian depan bangunan dan koridor.Jumlah luas
permukaan 'relief' ialah 2500 meter persegi (26,909.8 sq ft) dan ianya terdapat di tapak tersembunyi
(Kamadhatu) dan lima platform persegi (Rupadhatu).Borobudur adalah galeri 'relief' paling menakjubkan di
dunia.
379
Seperkara yang menarik,struktur Borobudur tidak memakai simen atau bahan perekat sama
sekali,melainkan sistem tanggam (interlock) iaitu seperti mencantum blok-blok Lego.Teknik tanggam
memang menjadi kepakaran orang Melayu.Anda boleh ke Muzium Negara untuk menyaksikan sebuah pintu
istana dari Kerajaan Setul (Satun,di Thailand sekarang) yang tidak menggunakan sebarang paku.Begitu
juga istana Sri Menanti.Senibina perahu dan kapal Melayu awal juga tidak menggunakan sebarang paku.
Borobudur bagaikan 'puzzle' yang dibina dalam skala besar.Tidak ada candi atau kuil di mana-mana hatta di
India sekalipun yang berkonsepkan seperti Borobudur.
Borobudur dibina antara 750 dan 842 Masihi;300 tahun sebelum pembinaan Angkor Wat di Kemboja dan
400 tahun sebelum katheral-katheral besar mula tegak di Eropah.Sesungguhnya orang-orang Melayu
adalah pembina yang unggul pada zaman dahulu.Namun kita tahu,apabila kerajaan Melayu runtuh dan
keturunan dirajanya lupus,segala kepandaian orang Melayu juga lupus.Melayu memerlukan kepimpinan
380
baru,bermula dan membina keagungan kembali.Jatuh...dan bangkit kembali.Namun harganya amat mahal
perlu dibayar;jatidiri.Dalam keterlupaan orang Melayu akan keagungan silam mereka,hanya prasasti dan
bahasa mereka yang menyelamatkan maruah dan kebanggaan mereka.Mujurlah raja-raja Melayu bijak
merakamkan bahasa mereka dalam prasasti.
Menariknya,Slametmuljana di dalam bukunya Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara mengemukakan
pandangan bahawa bahasa Melayu berasal dari bahasa yang ada di daerah sekitar Indochina meliputi
Champa, Mon-Khmer,Bahnar,Rade,Jarai,Sedang,Mergui,Khaosan,Shan,dan sejenisnya.Jika mengikut
pandangan beliau ini,maka sememangnya Sailendra adalah dinasti Melayu yang berasal dari
semenanjung.Rahsia dinasti ini malah disimpan oleh satu lagi dinasti pemerintah Asia Tenggara yang amat
kental kemelayuannya serta empayar maritim tertua di Asia Tenggara.Kita akan menggali apakah dinasti
yang namanya masih terlekat dalam mantera-mantera Thai dan dipuja-puja.Dari sini mereka membina
empayar,menguasai lautan dan memonopoli pardagangan.Semua ini bermula dari nama sebuah keluarga
diraja,Sriwijayamala.
381
Next...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
"The Srivijayan"
-XXXXX XXXXXX
-XXXX XXXXXXXXXX
-XXXXXXXXXXX
-XXXX XXXX XXXXXXXXX
-XXXXXXXXX
-XXXXX
-XXXXXXXX Kedukan Bukit XXXXX XXXXXXXX
-XXXXXXXXX
-XXXXXXXX
-XXXXXX XXX XXXXXXXXXX
-Mala XXXXXX XXXXX XXXX
-XXXXX
-XXXX XXXXXXXXXX
-XXXXXXXXXXX
-XXXX XXXX XXXXXXXXX
-XXXXXXXXX
Petunjuk sudah hilang!Tiada lagi peti-peti misteri.Gua Rahsia sudah tertutup!
Apa yang akan berlaku seterusnya?
Nantikan episod terakhir "The House of Bani Jawi" dalam keluaran akan datang!
Semestinya di MistisFiles...
382
Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
Lokasi:Topkapi Palace Museum,Turki
Masa:9.30 PM
Di dalam sebuah kitab usang di dalam arkib Istana Topkapi,terdapat halaman-halaman yang menceritakan
sebuah kerajaan besar di Timur.Kitab itu bertajuk Ajā'ib al-makhlūqāt wa gharā'ib al-mawjūdāt karangan Abu
Yahya Zakariya' ibn Muhammad al-Qazwini.Di dalam satu halaman tertulis nama Zabag,sebuah kerajaan
yang menakjubkan di dunia Timur.Kerajaan ini mempunyai kekayaan emas yang banyak dan menguasai
perdagangan rempah-ratus.Rajanya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu serta memakai
mahkota yang juga diperbuat dari emas.
Di dalam sebuah arkib rahsia di The Vatican Library,terdapat sebuah surat yang ditulis oleh seorang raja
besar dari Timur;yang digelar oleh raja-raja Eropah sebagai Prester John.Raja ini mendakwa telah memiliki
'tiga tanah India'.Tiga tanah India itu ialah dari Malabar ke Asia Tenggara,dari Malabar ke Sind dan pantai
timur Afrika (termasuk Madagaskar).
Di sana ada satu bangsa yang terlupakan sejarah silam mereka yang penuh gilang-gemilang.Masyarakat
Austronesia mengenang kegemilangan ini dengan menjadikan bahasa bangsa itu sebagai lingua-
franca;bahasa pemersatuan,sebagaimana raja-raja mereka menyatukan kesemua pelabuhan-pelabuhan
Asia Tenggara pada masa lalu.Walaupun bukti bertulis dan kukuh berselerak di seluruh dunia;batu
bersurat,manuskrip dan rekod dari luar cuba menyakinkan anak-anak bangsa itu pada hari ini,namun
383
disebabkan beberapa individu yang korup seperti pemimpin politik dan ahli sejarah yang pemalas...rahsia
penting dari khazanah sejarah mereka semakin lama semakin hilang.
******** XXX *********
Di runtuhan sebuah kuil purba Khmer di satu lokasi di Thailand,kelihatan seorang sami sedang bertafakur di
dalam satu ruangan.Mulutnya terkumat-kamit mengalunkan doa:
"Om Sriwichay..."
"Om Sriwichay....."
Beribu-ribu tahun dahulu terdapat seorang raja besar yang harum namanya dari Chiang Mai hingga ke
Chaiya.Raja ini telah meninggalkan takhtanya dan menjadi seorang petapa;mencari erti hidup dan jalan
mencapai kebebasan nafsu.Raja ini telah meninggalkan kerajaannya kepada anaknya,yang nantinya akan
menjadi seorang pengasas kepada sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di seluruh daratan dan
air.Dari keturunannya inilah munculnya raja-raja di Bukit Seguntang dan sultan-sultan Melaka.
Persoalannya,siapakah sebenarnya 'Sriwichay'?
384
"The Srivijayan"
"...Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja
Melayu dengan istia¬datnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada
kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya."
(Sulalatus Salatin,Malaysia)
Ketika raja-raja Viking,Anglo-Saxon,Normans dan lain-lainnya berperang sesama sendiri di Eropah selepas
kemerosotan Empayar Rom,orang-orang Melayu telah berada di puncak;berjaya membina rangkaian
perdagangan maritim antara China dan India.Tidak dinafikan bahawa kekuatan sebenar raja-raja Melayu
ialah kebolehan semulajadi mereka dalam menjalankan perdagangan maritim;inilah kuasa sebenar yang
ada pada mereka,bukan sepenuhnya kuasa tentera...mereka telah merintis ke arah kemajuan perdagangan
di Asia Tenggara,menjadi emperium yang disegani lawan dan kawan.
Sehingga ke hari ini,kuasa 'perdagangan maritim' mereka itu masih berdaulat sehingga menimbulkan trauma
kepada bekas perdana menteri Singapura yang bimbang gabungan Malaysia-Indonesia akan membina
pelabuhan-pelabuhan yang akan meranapkan Singapura selama-lamanya.Kes Pelabuhan Tanjung Pelepas
benar-benar mengajar nya betapa bangsa misteri ini belum mengeluarkan 'alter terahsia' mereka yang
sebenar.Bagaimana dengan usia setahun jagung pelabuhan ini,tiba-tiba berjaya memindahkan operasi dua
syarikat gergasi perkapalan dunia,Maersk dan Evegreen dari Pelabuhan Singapura ke sini?Semenanjung
Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya dikurniakan Tuhan kepada mereka.Atas sebab inilah,selama
beribu-ribu tahun,raja-raja Melayu telah menyimpan rahsia ini;bahawa jika mereka berjaya menguasai
selat,mereka akan kaya-raya sebagaimana raja-raja di China dan India tanpa perlu bersusah-
payah.Mengapa?Kerana selat itulah satu-satunya jalan laut terpantas yang menghubungkan kedua-dua
benua kecil itu!
385
Maka raja-raja Melayu mengambil peranan sebagai orang tengah;menjaga tol rangkaian perdagangan
antara Timur dan Barat.Ini benar-benar menjadi,dan mereka menjadi kaya-raya dengan sekelip mata!
Ini adalah kisah bagaimana seorang anak raja menggunakan rahsia ini;yang juga digunakan oleh Raja
Matahari dan Raja Perahu dalam menguasai seluruh kepulauan Asia Tenggara pada masa silam.Ini adalah
kisah satu dinasti diraja yang amat berpengaruh di semenanjung kemudian namanya harum di seluruh
dunia.Keluarga diraja inilah yang menubuhkan sebuah empayar maritim yang amat terkenal di seluruh
dunia.Di dalam petitih-petitih rakyat Kelantan dan utara semenanjung menyebutkan nama keluarga diraja ini
sebagai,Sriwijayamala.
386
Sriwijayamala
Sriwijayamala adalah nama sebuah dinasti Melayu yang pernah memerintah sebahagian Indochina dan
utara semenanjung Malaysia sehingga menubuhkan sebuah empayar maritim yang dikenali sebagai
'Srivijaya' yang kemudiannya berpusat di Sumatera.Keluarga Sriwijayamala yang asalnya bertempat di
daerah Kelantan,Narathiwat sehingga ke Songkhla pada hari ini.Jembal,Legeh dan Reman (semua nama ini
pernah menjadi negeri-negeri Melayu) juga adalah wilayah kaum kerabat Sriwijayamala.Jembal menjadi
sebahagian wilayah Kelantan pada hari ini,Raman pernah di bawah pemerintahan raja Ligor kemudian
terserap ke dalam wilayah Perak (Hulu Perak) dan Legeh kini menjadi sebahagian wilayah selatan Thailand
(Ra-ngae).
Sejarah keluarga ini amat misteri.Amat kabur adakah dinasti ini bermula sezaman dengan Sailendra,sebuah
lagi dinasti purba Melayu yang membina kerajaan Medang di Jawa,atau lebih dahulu darinya.Namun kita
tahu hubungan antara keluarga Sriwijayamala dan Sailendra kerana penggunaan kata 'Medang'.Menurut
petitih dan riwayat rakyat Kelantan,negeri Kelantan dahulunya dikenali sebagai Medang Kamulan dan
Medang Ghana.Medang Kamulan sememangnya nama satu kerajaan mitos di Indonesia.Dan kita tahu
bahawa kerajaan Medang (Mataram Kuno) di Jawa diasaskan oleh dinasti Sailendra.Namun
persoalannya,dari mana ahli sejarah tahu bahawa riwayat kuno rakyat Kelantan ini benar dan dapat
dibuktikan?
Dari rekod Dinasti Sui berusia abad ke-7 Masehi,menurut catatan pengembara yang pernah melawat satu
kerajaan yang bernama Chih-Tu:
387
"... Chi Tu adalah bangsa turunan dari Funan, yang terletak di dalam laut selatan, belayar seratus hari untuk
mencapainya,tanah di sini berwarna merah, sehingga bernama 'Kerajaan Tanah Merah (Chi bererti merah,
Tu bererti bumi).Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan
bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya.Raja mempunyai tiga isteri dan kerajaan
memeluk agama Buddha ...."
Rekod Dinasti Sui (581-618) ini menggambarkan sebuah kerajaan yang maju disebut Chi-Tu. Lokasi Chi-Tu
diduga berada di sekitar Kelantan atau negara Pahang di Semenanjung Tanah Melayu, atau di Songkhla
dan Pattani Wilayah Thailand selatan namun ditentang oleh beberapa pengkaji.Namun bukti terbaik untuk
menyokong teori Kelantan adalah ketika para utusan meninggalkan Chi-Tu,mereka belayar dengan
mengambil 10 hari untuk mencapai Champa,ini menunjukkan kerajaan itu terletak di kawasan 'tanah merah'
di suatu tempat di sekitar sungai utama dari Kelantan.Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Kedah
menyebutkan Raktamrttika, ertinya adalah tanah berwarna merah.Menariknya,memang ada tempat
bernama Tanah Merah di Kelantan.
Apa kaitan Chih-Tu dengan Sriwijayamala?
Menariknya lagi,Chih-Tu ini mempunyai kaitan dengan sejarah Chiang Mai,yang terletak jauh ke utara
wilayah Thailand sekarang.
Dalam "Meridionaux", Matounlin mengatakan bahawa Seng-kao atau Seng-chi adalah ibukota Chih-tu dan di
638, telah menghantar ufti bersama-sama dengan tiga negara lain ke China.
Kata China "Seng-kao" atau "Seng-chi" adalah kesilapan sebutan dari kata "Seng tche" yang bererti bandar
para biarawan yang merupakan terjemahan yang tepat dari kata Pali "Lawasangharatha" dan kemudian
sebutan Tai "Chiang Chi Mai ".Pribumi asal Seng-Kao adalah suku Lawa yang membentuk majoriti
penduduk Lembah Menam.Menurut tradisi Siam,Chiang Mai menerima nama pada saat Buddha Gautama
dan murid-murid datang ke Suvannphumi untuk misi agama.Setelah pesta yang diadakan oleh suku-suku
Lawa untuk menyambut Buddha Gautama, empat lelaki suku Lawa telah ditahbiskan menjadi sami.Tempat
itu kemudian disebut Chiang Chi Mai,yang bermaksud 'kota para biarawan baru' dalam bahasa Tai yang
kemudiannya sebutannya dipendekkan menjadi Chiang Mai pada hari ini.Disebabkan kekayaan
sejarahnya,Chiang Mai masih mempertahankan tradisi yang dikongsi di antara negara-negara Indochina hari
ini.Satu perkara yang menarik,sejarahwan Thailand berpendapat suku Lawa ini berasal dari selatan Thailand
atau dari Kemboja dan nenek moyang mereka termasuk dalam kelompok Austronesia.Setelah menerima
asimilasi dan tekanan dari pengaruh Mon-Khmer di sekeliling mereka,secara beransur-ansur bahasa mereka
menjadi sebahagian dari keluarga Austro-asiatic.Proses ini mengambil masa beratus-ratus tahun.
Inilah jawapan kepada misteri raja Sriwijaya yang bernama Lawasangharatha yang menubuhkan Chiang Mai
Lama.Sebab itu suku Lawa ini (kini termasuk dalam kelompok 'hill tribe' dalam Thailand) mendakwa asal-
usul mereka ialah dari Chiang Mai.
388
Dalam ATBM XVI yang lalu juga,kita telah belajar tentang sejarah Chiang Mai sebelum kedatangan Raja
Mengrai,pengasas kerajaan Lanna.Chiang Mai diduduki suku Lawa yang kemudiannya diserap kedalam
pengaruh Haripunjaya,sebuah kerajaan Mon di utara Dvaravati.Analisis terhadap riwayat-riwayat kuno di
Chiang Mai menunjukkan nama "Lawasangharatha" itu kemungkinan besar nama seorang raja,dalam kes ini
raja Sriwijaya.Ini dibuktikan dalam dua rekod dari China.Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi
oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:
"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila
sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan
takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah
diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri
gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan
loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."
Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau "Li-fu-to-Hsi"
adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai)
ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat
dengan istana Sri wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di
Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri Dharmaraja,di
mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran raja-raja Sri Dharmaraja sesuai dengan sejarah
Sriwijaya.
Dengan kata lain,dalam tradisi kaum-kaum Indochina,Sri Dharmaraja itu adalah Sriwijaya,dan begitu juga
sebaliknya.Ini terjadi kerana persamaan bahasa dan budaya mereka;budaya bangsa Melayu.
Jadi dalam rekod oleh dua pengembara China ini,kita mendapati dua perkara menarik:
1-Nama "Li-fo-shi" adalah khas kepada 'Srivijaya'.'Li-fo-shi' atau nama sebenarnya 'Shih-li-fo-shih' adalah
sebutan China kepada 'Sri-wi-chay' mengikut sebutan suku-suku selatan China seperti Shan,Hmong,Lao
dan Tai.Ini bermakna pengaruh raja-raja Melayu telah sampai ke selatan China.
389
2-Nama keluarga raja tersebut,Chudam yang menunjukkan nama keluarga berketurunan Melayu.Namanya
keluarga Chudam (Chu Tam dalam teks China) adalah konsisten dengan warisan Chudammani,yang
merupakan salah satu nama keluarga Sriwijaya dalam rekod Khmer (Kemboja).
Perhatikan,dalam dua rekod di atas,kedua-duanya menyebutkan raja Chih-Tu mempunyai tiga orang isteri.
Semua ini mempunyai persamaan dalam satu lagi rekod dari China.Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada
akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,
"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-Long'.Di
sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah
mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan
sebutan untuk K'uen-luen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"
(Sir William Meyer memberikan perkataan 'Malays' untuk 'K'uen-luen' dalam teks China ini)
Pada masa silam,orang-orang China mengenal Melayu sebagai 'K'uen-luen' atau 'Kunlun'.Ini sebenarnya
berasal dari nama seorang raja Funan yang bernama Ku Long.Sebutan 'Ku' dan 'Long' sememangnya
pangkal nama orang Melayu yang masih diamalkan di Kelantan.
Daripada semua bukti dan rekod-rekod China ini,para sarjana Kemboja menyimpulkan bahawa asal-usul
kebanyakan raja-raja awal Funan dan utara Indochina (Chiang Mai sebagai contoh) ialah dari kawasan yang
kini di dalam negeri Kelantan yang menjadi sebahagian Malaysia pada hari ini.
390
'Mala'
Dalam Prasasti Hanchey berusia abad ke 6 Masehi di Kemboja,ada menyebutkan tentang
Bhavavarman,raja Chenla yang berjaya menakluk wilayah Funan dan atas kejayaan ini beliau telah
memahatkan namanya sebagai 'Raja orang-orang Malayu'.Bhavavarman dalam prasasti ini ialah
Bhavavarman II,di mana sebelum itu ada seorang keturunan diraja Funan yang bernama Bhavavarman
(Bhavavarman I) telah lari ke Chenla,yang merupakan negeri orang Khmer dan mengahwini
Kambujatajalakshmi,seorang gadis Khmer (gadis bukit).
Beliau adalah cucu kepada Rudravarman,emperor Funan.Bhavavarman I telah bertindak lari ke Chenla
kerana tidak berpuashati dengan datuknya dan mahu memberontak.Bhavavarman kemudian merampas
takhta Chenla dan menyusun angkatan tentera menyerang kerajaan datuknya.Akhirnya Funan jatuh ke
tangan Chenla.Di sini kita boleh lihat kedua-dua negeri ini,Chenla dan Funan dibawah kekuasaan raja-raja
Melayu pada suatu ketika.Kemudian Chenla yang dahulunya negeri bawahan Funan menjadi berkuasa dan
menjadikan Funan negeri pengufti kepada Chenla.Selepas kematian Bhavavarman,Chenla diperintah oleh
saudara Bhavavarman yang juga mengahwini gadis Khmer.Kemudian takhta Chenla diwarisi oleh anak cucu
mereka yang 'diKhmer'kan oleh ibu mereka yang berasal dari Khmer Chenla.Jadilah kerajaan Chenla
kembali menjadi kerajaan orang Khmer sehinggalah berpecah kepada Chenla Laut dan Chenla
Darat,kemudiannya ditakluki oleh Sriwijaya.Funan telah berpecah dan tenggelam selepas itu selepas ramai
kerabat diraja mereka berpindah ke negeri-negeri Melayu di selatan yang bertaburan di bawah Persekutuan
Langkasuka.Kemudian,ada di antara mereka berlayar ke Jawa dan menubuhkan dinasti Sailendra di
sana,menyertai sebahagian kerabat mereka yang telah bertapak di Jawa sejak sekian lama.Raja-raja Funan
adalah dari garis dinasti Sailendra.
391
Bhavavarman II menggelarkan dirinya 'raja orang Melayu' menerusi ayat "...mala malayu iva malayam raja"
yang terpahat dalam skrip Khmer antara yang terawal pernah ditemui.Terjemahan penuh bagi ayat ini ialah
'raja Mala dari Malayu'.Apa yang ingin kita fokuskan di sini ialah perkataan 'Mala' ini.Dan mengapa
perkataan ini digandingkan dengan perkataan 'Malayu' dalam ayat itu.
Cuba semak kembali catatan pengembara dalam rekod Dinasti Sui tentang kedudukan Chih-Tu.
"...Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan bersempadan Ho Lo Tan,
ribuan kilometer persegi keluasannya..."
Katakuncinya ialah 'Ho-Lo-Tan'.Apakah Ho-Lo-tan?
Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China,Shenyao (414-512) dalam Sung Shunya sudah mencatatkan
nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu.Sesetengah
sejarahwan percaya bahawa kerajaan Srivijaya Pertama (Sri Vijaya Mala) telah wujud di Kelantan dan
berkembang ke Malayu, Sumatera kira-kira pada akhir abad ke tujuh.Dapunta Hiyang Jayanasa telah
membangunkan sebuah ibu kota di Palembang (Sri Vijaya II).Kelantan diserahkan kepada
puteranya,Dapunta Hiyang DiRaja.Kemudian kedua-dua kerajaan ini disatukan oleh Sanjaya (Jaya Shinha)
cucu Jayanasa dalam satu empayar yang disebut oleh orang Cina,San-Fo-Tse (Tanah Serendah Sekebun
Bunga dalam kenangan riwayat Kelantan).
Jadi Chih-Tu adalah negeri di utara Kelantan atau Ho-Lo-Tan.Kelantan pula dijoloki dengan nama 'Tanah
Serendah Sekebun Bunga' ketika era pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang nama Sanskritnya ialah
Durga Wijayamala (ingat,raja-raja Melayu punya dua nama;nama Sanskrit dan nama Melayu pada zaman
silam).
392
Perhatikan nama 'Durga Wijayamala',yang mengandungi -suffix 'Mala'.Penggunaan -suffix 'Mala' pada
hujung nama Sanskrit adalah khas kepada raja-raja Melayu pada masa silam sebagaimana -suffix 'varman'
pada raja Kemboja dan Champa atau 'gupta' pada raja-raja dinasti Gupta di India.Dalam legenda Khmer ada
menyebutkan nama seorang raja bernama Ketomala (Keto berasal dari 'Keta' iaitu negeri Kedah).Semua ini
membawa kita menelusuri jauh ke zaman silam,ketika dua orang adik beradik dari negeri Reman datang
menubuhkan kerajaan di kalangan orang Mon.
393
Samala dan Vimala:Rahsia Hamsavati
Penaklukan Chenla ke atas negeri-negeri sekitarnya telah membawa pengaruh Khmer ke Dvaravati dan
Irravati Bassein.Ketika ini orang Dvaravati adalah dari keturunan Mon-Khmer dan bertutur menggunakan
bahasa Mon,bahasa dominan bahagian barat Empayar Angkor dan mereka tidak jauh berbeza jika
dibandingkan dengan seluruh rakyat Khmer.Selama krisis di dalam dinasti pemerintahan,para pemuka
agama mengambil kesempatan mencipta peralihan politik dalam lapisan kepimpinan Empayar
Angkor.Walaupun terdapat banyak gangguan,saksi menunjukkan agama Buddha selalu merupakan pilihan
Khmer dan Mon dan ini selalu menjadi punca mereka diredakan dari konflik serta menjalinkan hubungan
lebih rapat.Dalam pada itu,sebuah riwayat kuno telah merakamkan tentang penubuhan Hamsavati (Pegu)
kira-kira 825 Masehi oleh dua adik-beradik,Samala dan Vimala.
Bandar ini bernama Hamsavati sempena seekor burung suci hamsa (angsa) secara tiba-tiba muncul ketika
dua bersaudara itu mencari tempat untuk membina penempatan.Riwayat tersebut menyatakan bahawa dua
bersaudara itu dari Takkaxila dan membawa diri mereka keluar ke arah barat untuk menubuhkan kerajaan
mereka sendiri.
Sangat menarik untuk dicatat bahawa nama mereka berakhir dengan "Mala", merupakan petunjuk bahawa
mereka berasal dari raja-raja Mala dari Malayu ("mala malayu iva malayam raja").Asal-usul orang Mon
Hamsavati dari Malayu menunjukkan bahawa Sudhammavati atau Sri Dharmaraja yang menurut tradisi Mon
adalah asal-usul bangsa mereka sama dengan Dvaravati dari Lembah Menam.Sementara Samala naik
takhta, adiknya Vimala dihantar ke Taxila (Takkaxila) untuk menyelesaikan pembelajarannya.Ketika dia
kembali ke rumah,dia mendapati bahawa ia tidak disambut semula sebagai janji oleh saudaranya.
Dalam keadaan yang marah,dia membunuh saudaranya Samala dan memerintahkan orang untuk
membunuh anak saudaranya (anak Samala) juga,tapi sang ibu berjaya menyembunyikan anaknya di luar
kota.Setelah waktu berlalu,orang asing beragama Hindu yang diusir dari kota datang kembali untuk
menyerang Hamsavati.Anak Samala yang kini sudah dewasa kembali dari persembunyian dan
menyelamatkan Hamsavadi dari orang-orang Hindu. Vimala,mengakui bahawa itu adalah anak
saudaranya,mengakui dosanya dan akhirnya menyerahkan takhta kepadanya.Cerita ini juga menyebut
bahawa raja muda Ata-Kumma telah membina Kyaikatha (pagoda Ata) di wilayah Tathon.Sangat menarik
untuk dicatat bahawa identiti Mon muncul pertama sebagai orang-orang di Hamsavati dan kesimpulan yang
dapat dibuat dari riwayat kuno ini dari asal-usul Mon di Sudhammavati harus berada di kawasan yang
disebut sebagai Malaysia pada hari ini.
Dari riwayat Hamsavati (Hamsavadee) ini kita memahami bahawa orang Mon menganggap mereka berasal
dari Sri Dharmaraja sebagaimana orang-orang Mon Dvaravati di tengah Thailand.Dan menurut legenda Mon
394
lagi bahawa bangsa mereka berasal dari sebuah tempat yang bernama 'Ramanadesa'.Telahan sarjana
Kemboja tentang asal-usul Mon dari 'satu wilayah yang kini berada di Malaysia' semacam mahu
menyebutkan tentang negeri Reman yang kini menjadi sebahagian daerah Hulu Perak di negeri
Perak,Malaysia.Negeri Reman pernah berada di bawah raja Ligor dan sememangnya sebelum itu negeri
Reman adalah termasuk dalam wilayah 12 negeri-negeri Nagara Sri Dharmaraja yang disimbolkan dengan
karakter haiwan dalam kalendar Naksat Pi.
Dapat juga disimpulkan bahawa dua adik beradik itu berasal dari kerajaan Reman yang bersusurgalur dari
keturunan Sriwijayamala,merantau ke utara untuk cuba menubuhkan kerajaan sendiri.Di tengah-tengah
orang Mon,mereka belajar menyesuaikan diri dan mula membina kerajaan.Kebanggaan orang Mon terhadap
raja-raja Mala mereka mengakibatkan mereka mendakwa bangsa mereka berasal dari Ramanadesa (negeri
Reman).Kita sudah maklum akan kepentingan nama 'Mala' kepada orang Mon dan Khmer dalam menaikkan
prestij mereka.Inilah sebabnya mengapa Bhavavarman II,raja Chenla mendakwa dirinya 'Raja Mala dari
Malayu'.
Setakat ini kita telah dapat mengumpulkan 4 tokoh yang berasal dari dinasti
Sriwijayamala:Ketomala,Samala,Vimala dan Durga Wijayamala.Dan seorang lagi bernama Sri
Mala,permaisuri raja Singgora (Songkhla) yang terkenal dalam sejarah asal-usul Menora.Menarik bukan?
Semua mereka ini memakai gelaran 'Mala' dan orang-orang di Kemboja pada masa silam mengenal
keturunan yang memakai gelaran Mala dihujung namanya sebagai 'Malayu'.
Dari sini kita boleh menghidu aktiviti raja-raja Melayu dari Pegu hingga ke Chiang Mai;dari Kemboja dan
Champa hingga ke Ligor.Kesukaran raja-raja Melayu ini untuk bersatu menyebabkan mereka sesuka hati
membuka banyak kerajaan yang dikenali sebagai negeri-negeri Melayu (Malay states).Mengesan riwayat-
riwayat semua negeri-negeri ini hampir mencapai tahap mustahil kerana ada di antara mereka memerintah
negeri yang majoritinya orang Mon,Khmer atau Tai.
395
Namun seorang keturunan mereka telah berlayar ke Sumatera dan menubuhkan kerajaan di sana.Kemudian
bermulalah zaman keemasan dinasti ini.Nama lelaki yang gagah berani itu ialah Jayanasa.
396
'Srivijaya Empire'
Sukacita.
Pada lima hari Bulan
Belayar mudik datang membuat benua
Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.
(Kedukan Bukit Inscription,Sumatera,Indonesia)
Dahulu orang-orang di Indochina hanya mengenal satu bangsa sahaja apabila berurusan dengan suku-suku
Austronesia;mereka memanggilnya Chawa.Nama 'Chawa' ini mewakili keturunan Melayu-Indonesia pada
hari ini.Nama Chawa ini sebenarnya berasal dari tanah besar Asia,bukan dari Pulau Jawa.
Dari Kelantan kebudayaan 'Chawa' ini merebak ke seluruh kepulauan.Pada mulanya,dinasti Sailendra lah
yang bertanggungjawab membawa kebudayaan Chawa ke Pulau Jawa.Sebab itu terdapat tempat bernama
'Titik Jawa' di Kelantan.Chawa sebenarnya bukan nama khas untuk satu-satu kaum,ia lebih kepada satu ciri
kebudayaan.
Seorang raja dari dinasti Sriwijayamala menjejak langkah Sailendra.Beliau dengan kekuatan dua puluh ribu
bala tentera berserta dua ratus pawang dan tentera berjalan kaki sebanyak seribu tiga ratus dua belas,raja
Sriwijaya ini mula menyerang Sumatera.Kita tahu namanya kerana tercatat di dalam Prasasti Talang Tua:
397
Svasti
cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra
sana tatkalana parlak Criksetra ini
niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang
nitanam di sini...
Maksudnya dalam Bahasa Melayu Moden:
Selamat dan bahagia!
Pada tanggal 23 Mac 684 Masehi, pada saat itulah taman ini yang dinamakan Śrīksetra dibuat di bawah
pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa.
Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini...
(Talang Tua Inscription,Indonesia)
Prasasti ini jelas memberikan nama raja itu selepas gelaran 'Dapunta Hiyang'.Prasasti Kedukan Bukit hanya
menyebutkan 'Dapunta Hiyang' tanpa menyebutkan siapakah nama raja tersebut.Namun para sarjana
bersepakat bahawa Dapunta Hiyang Jayanasa jugalah yang disebut dalam Prasasti Kedukan Bukit.
Dalam satu versi dari Pantai Timur ada menceritakan tentang Jayanasa ini.Dapunta Hyang Sri Jayanasa
dikatakan telah menubuhkan kerajaan di Kelantan yang sebelumnya dikenali dengan Medang Ghana.Pusat
pemerintahan kepada kuasa besar Yawadwipa ini terletak kira-kira 4.8 kilometer ke barat Bukit Panau, di
Jajahan Tanah Merah,Kelantan sekarang.
Menariknya Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma,Raja Merong
Mahawangsa,Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam dalam hikayat-hikayat Melayu.
Setelah Yawadwipa (ini nama kuno yang digunakan juga oleh dinasti Sailendra) diperluaskan,nama
kerajaannya juga ditukar kepada Sriwijaya Mala.
Raja besar ini kononnya gugur di Teluk Madura dalam misi penaklukannya ke atas Kalinga atau Jawa
Tengah selepas berjaya menawan Palembang (Prasasti Kedukan Bukit).Pusat pemerintahannya juga
dipindahkan dari Sri Wijaya Mala ke Palembang manakala nama Sri Wijaya Mala pula diubah kepada
Medang Bhumi.
Semasa hayatnya,pemerintahan Medang Bhumi diserahkan kepada cucunya bernama Sanjaya setelah dia
sendiri memindahkan pusat pemerintahannya ke Palembang. Sanjaya mewarisi kegemaran datuknya,suka
meluaskan tanah jajahan dan hasilnya Terengganu,Pahang,Kedah,Segenting Kra,Kemboja,Burma dan
Vietnam berada di bawah taklukannya.Dari nama Sanjaya inilah munculnya nama 'San-fo-tse' oleh para
pengembara China pada masa silam.
Kaitan antara orang Kelantan dan Jawa masih dapat dilihat dari budaya mereka seperti:
1. Kain batik
2. Wayang Kulit
Jika kita melihat senibina awal Asia Tenggara,mereka membina candi menggunakan batu gunung yang
dipotong (batu hitam).Candi-candi di Jawa dan Kemboja menggunakan batu-batu gunung ini.Teknologi bata
(brick) pula dipelopori oleh Kedah Tua (penemuan dandang membakar batu-bata di Lembah Bujang) dan
juga digunakan oleh Kerajaan Pagan di Burma dan Ayutthia.Hanya candi-candi Khmer dan di Pulau Jawa
sahaja ketara menggunakan batu-batu gunung yang dipotong.Dari sini kita dapat melihat persamaan antara
senibina di Jawa dan Kemboja.
398
Kita maklum bahawa Chenla pernah ditakluk oleh Sailendra yang ketika itu rajanya memegang gelaran
'Maharaja Zabag' oleh pedagang Arab.Kemudian ramai kerabat dirajanya dibawa ke Jawa.Salah satunya
ialah Jayavarman II yang masih kecil,yang kemudiannya menubuhkan empayar Angkor.
Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara;Sriwijayamala dan
Sailendra.Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera.Sriwijaya
juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja.Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam
(Dai-Viet) menjadi dominan di Indochina.Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran
antara dua dinasti terulung ini.Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan
Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut.
Namun pada suatu hari yang bertuah itu,dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan.Kenangan
silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali.Melalui perkahwinan diraja,dua dinasti pemerintah
Asia Tenggara ini bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan
China;antara Timur dan Barat.
"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya,
lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."
(Matari Singa Jaya Himat Copperplate,Palembang,Indonesia)
************ XXX *************
Deru angin dari pantai menghilangkan debar di dada.Nun jauh di lautan sana,terdapat rahsia yang diidam-
idamkan kawan dan lawan.
Tabut rahsia telah ghaib dari pandangan.Kisah seorang tua dengan cucunya,gadis aneh yang menjaga peti-
peti misteri di dalam gua lenyap dalam kabus pagi.
Semua ini ibarat 'puzzles' yang bila anda mampu mencantumkannya dengan sempurna,anda akan melihat
'sesuatu' di sana.
Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam,anda akan bertemu dengan mitos
puak-puak Lemuria.Beribu-ribu tahun dahulu,sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba,suku-suku Lemur
mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan
peradaban mereka.Di antara suku Lemur tersebut,terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan
Lemuria.Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya.
399
Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual oleh kelompok
Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...
"Ma-la"
Alter Terahsia Bangsa Melayu Version 3.5 "The House of Bani Jawi" COMPLETED.
400