Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-raja Melayu,yang bersaudara
dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dan darjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini
bersama-sama orang-orang Melayu yang peramah dan baik hati.
Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di negara mereka?
Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana
perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak memberi nama
seperti 'Elizabetania' kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi
bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.Betapa kurang berpendidikan
orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itu sudah ada di dalam kitab Ramayana
dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang
fana ini,yang diwar-warkan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut
'Malayadvipa' di dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris padahal
para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-orang Melayu ini lantas menamakan Kepulauan
Melayu sebagai Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil diri mereka Mala,Malayu atau
Melayu.Jadi sudah tentu 'Englishmen' mengenal penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan
bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.Perkara ini terjadi kerana terlalu
tergesa-gesa mahukan pengiktirafan,harta,pangkat dan kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk perkara
sebenarnya.Memang tidak dinafikan Stamford Raffles,Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah 'ada
campur' tangan dalam sejarah Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.Jika
orang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi nama 'Malay' atau
Melayu itu,bagaimana Vyasa,seorang rishi legenda mencatatkan nama 'Pulau-pulau Malaya' (Malaya-dvipa)
di dalam kitab-kitab sasteranya?Mengapa Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu yang mengarang
Ramayana menyebutkan Rama,seorang dewa Hindu yang dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah
ditolong oleh Hanuman,seorang lagi dewa,juga di 'pulau-pulau Melayu' yang juga terdapat istana dan
kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak jahat.Kitab-kitab seperti Ramayana dianggarkan dikarang
kira-kira 400 tahun Sebelum Masehi lagi (400 B.C).Lihat,sebab itu dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu
yang lepas,ditegaskan bahawa jika semua rekod tentang bangsa Melayu telah hilang,musnah atau dicuri di
Kepulauan Melayu,rekod-rekodnya pasti ada di seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil zaman Firaun di
Mesir,relief-relief di Angkor Wat dan Borobudur,rekod-rekod Maharaja China,cerita para pedagang Arab dan
India,codex Emperium Rom dan conquistador dan pelbagai lagi.Sebab apa?SEBAB BANGSA MELAYU
BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL BERMAIN DENGAN TUPAI DAN
MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam adalah pedagang dan pembina peradaban.Namun 'rahsia' ini
tersimpan kemas dalam lipatan sejarah kemanusiaan.Hilang ketika era penjajahan.The Lost History of Malay
Civilization.
Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat Melayu di Nusantara.Di Tanah Melayu
yang akhirnya membentuk Malaysia,Inggeris yang memegangnya memanggil penduduk di sini dengan
panggilan 'Malay'.Di pulau-pulau Nusantara yang dipegang oleh Belanda,diberi nama 'Indonesian'.Di
kepulauan utara Borneo termasuk Sulu,Sepanyol 'bermurah hati' memberi nama kepada penduduk di situ
dengan nama 'Filipino'.Bagaimana tiga kawasan yang memiliki budaya,bahasa dan paras rupa yang berkait
rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang berlainan sama sekali?Soalan cepu emas
peringkat akhir Who Wants to Be a Millionnaire:
YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI NAMANYA YANG ASLI
DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA?
A. INDONESIAN
B. FILIPINO
C. MALAY
Tiada talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis sejarahnya oleh yang menang.Sang
Kura-kura boleh menulis bahawa dialah pelari terpantas dan mengatakan Sang Arnab berlari seperti siput
babi.Padahal kita tahu cerita sebenarnya.
'Filipino' dan 'Indonesian' sudah tentu akan terkeluar carta lebih awal,kerana ia adalah jelas nama yang
diberi oleh penjajah dan kosakatanya pun dari bahasa Barat.Lebih-lebih lagi 'Filipino',berasal dari nama raja
Sepanyol!TETAPI NAMA 'MALAY' TERCATAT DI DALAM KITAB-KITAB SANSKRIT SEHEBAT
RAMAYANA,CATATAN-CATATAN PEDAGANG INDIA DAN REKOD CHINA.Dalam kesusasteraan
201
Sanskrit,ia disebut 'Malaya',rekod Dravidian menyebutnya sebagai 'Malai' dan rekod China menyebutnya
sebagai 'Mali-yuer','Mok-la-yu' atau 'Wu-lai-yu'.Terima kasih kepada sarjana bangsa-bangsa lain yang masih
setia menyimpan rekod tentang asal-usul kita.
Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda.Ini soal fakta sejarah dan
kebenaran yang tidak boleh disangkal.Ini bukan hikayat Pak Kaduk dan Lebai Malang.INI FAKTA SEJARAH
YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS OLEH PARA SARJANA DAN
CENDEKIAWAN.Bukan 'selekeh' perdebatan di forum-forum internet yang kebanyakannya buta sejarah.Si
buta sejarah berdebat dengan orang yang bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya
'disejarahkan' oleh penjajah yang pandai memanipulasi sejarah.
Fikirkan,jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu (Malaysia & Indonesia),sudah tentu
mereka akan menamakan penduduk di Nusantara sebagai 'Malay'.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang
mengacu-ngacukan buluh runcing seperti kaum hutan rimba itu melompat-lompat dengan kebanggaan
mereka berbangsa 'Malay' bukannya 'Indonesian'.Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh
Nusantara,kemungkinan besar dengan kita-kita sekali akan menjadi 'Indonesian'.Yang mana antara dua
nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara,dan dibuktikan dalam sejarah Nusantara sebelum
kedatangan imperialis Eropah?Tepuk dada tanya akal sendiri.
Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu dengan pembunuhan beramai-ramai (khasnya di
Tanah Melayu).Tetapi membunuh orang Melayu perlahan-lahan dengan sejarah manipulasi mereka.Ini
adalah racun yang mematikan jatidiri dan semangat Melayu perlahan-lahan.Ia seperti kanser yang
kronik.Atau santau yang menyakitkan.Atau kita boleh katakan,orang Melayu telah disantau sejarahnya
perlahan-lahan.
Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebut-nyebut nama 'Malaya-dvipa'
merujuk kepada pulau-pulau Melayu,kita mesti menjejak kembali asal-usul bangsa yang berbahasa Malayo-
Polinesian atau kini dikelaskan sebagai Austronesian.Dan ingat,ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan
memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu,tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dari orang-
orang 'Malaya-dvipa' sendiri.Ini kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu bahawa rahsia 'Malaya-dvipa' ini
rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu,ketika para tukang-tukang batu di Mesir Purba sedang
membina piramid,ketika rahib-rahib Mesir mengarang koleksi The Egyptian Book of The Dead.
202
Petunjuk di Angkor Wat
Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di Indochina,Kemboja
(Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah
yang begitu berharga,Angkor Wat.Angkor dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada abad ke 12,memiliki
binaan dan kesenian yang tinggi dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia
berukuran kira-kira 850 m kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncak-puncak menara kuil ini melambangkan
Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan 'rumah kediaman' bagi dewa-dewa
Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah kuil Hindu yang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah
jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan negarakota bagi kerajaan Angkor.
Tidak dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan setanding dengan kaderal-
kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan candi-candi yang menakjubkan di Indonesia.Henry
Mouhot,seorang pengembara Perancis membayangkan kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil
Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dan setanding dengan hasilkarya Michelangelo (seorang
karyawan terkenal,mahakaryanya dapat dilihat di Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of
Adam, Creation of Eve).
Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang menakjubkan,kebanyakannya diambil dari Ramayana
dan Mahabharata (Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki dan Malayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan
kebudayaan Khmer adalah setanding dengan relief yang terukir di candi Borobudur dan menariknya kedua-
dua ukiran ini menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci Rahsia
Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan panduan
penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II.
203
Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya?
Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam sejarah adalah terlalu misteri
dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya rekod yang dapat dipercayai dan masih terpelihara yang mana
mengandungi cerita tentang Jayavarman II ini ialah catatan kuno yang dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok
Kak Thom yang terletak di Thailand.Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui
catatan pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa tujuannya) dan
memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.Di satu inkripsi lain pula mencatatkan bahawa Jayavarman II
menjemput seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan upacara khas untuk meminta
pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan Jawa ke atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai
berikut:
"Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja
Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah berkhidmat sebagai gurunya dan memegang
peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku"
Pada inskripsi lain,
"Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan sihir,telah dijemput oleh
raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk
kepada Jawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri"
204
Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan 'Java' (terjemahan ke bahasa Inggeris dari
'Chaeva') itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di Indochina.Namun pendapat yang popular ialah
satu kerajaan yang amat berkuasa di Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti
Sailendra dan Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman II
sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika
itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer ini,sama ada memang
orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa.Ini memang jelas di dalam inskripsi
itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya 'Champa','Cham','Chenla' atau sebagainya.
Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-masa
kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara.Ketika itu
Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali perkahwinan dengan Dewi Tara,puteri
kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan Empayar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh
hasil gabungan kepakaran dan kebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini
menguasai pelabuhan-pelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan Indochina.Di Indochina sendiri,kerajaan-
kerajaan purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama lain bagi Nagara Sri
Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai
oleh Empayar Srivijaya ini.Malah Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan
bahawa inskripsi di kuil Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah Jawa,dimana Dinasti Sailendra
berkuasa.
Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa kostum,headgear dan adat
budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama seperti ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang
tiru siapa?Berita baik,Borobudur telah dibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya
pada era pemerintahan Emperor Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi.Angkor
Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman II,raja Empayar Khmer (1113 -
1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa kesimpulan pengkaji Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang
205
budaya dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu Srivijaya ke
Kemboja.Kesimpulannya di sini,budaya kita dicedok oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang
datang kemudiannya.Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya ini
termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik dan mampu membina
kerajaan,mereka pun mengubahsuai mana-mana yang perlu dan berbangga dengan warisan mereka
itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantara kehilangan empayar mereka dan beransur-ansur
menjalani proses 'inferiority complex' oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil
dan dimusnahkan (di Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami perasaan rendah
diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!!
Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu perkara biasa
sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar 'jigsaw puzzle' yang berlubang di
sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua Rahsia supaya
membukakan peti-peti seterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain.
Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai Tambralingga di atas?Ini adalah
sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mencapai Ligor (Thailand
sekarang).Tambralingga adalah sebuah negarakota Melayu dan menariknya adalah antara kerajaan-
kerajaan awal yang disebut dalam Sejarah Thailand.Maksudnya,jika ingin menyentuh sejarah Thailand,tidak
lengkap jika tidak menyebut nama kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya.
206
Petunjuk Kedua di Tambralingga
*Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina Ayutthaya Purba.Ini adalah Phrae
Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja Melayu Kuno Tambralingga.
Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan pada era Dinasti
Tang (618-907).Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja
Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telah menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam
senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae
Boromadhatu,satu stupa Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk stupa ini,yang
kemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu petunjuk...bahawa
gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal ini.Gaya senibina ini telah
mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya,yang kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya
menjadi 'trademark' kepada senibina Thai pada hari ini.
Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang menjadi naungan Empayar
Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari dinasti Sailendra,Samaratungga yang berasal
dari Tanah Jawa.Kerajaan ini sesungguhnya bukan kerajaan orang Tai,kerana ketika itu orang Tai masih
belum berkerajaan.Ini dibuktikan dengan rekod dari China,Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di
Nusantara 'ghaib' tidak bersisa sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau orang
gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan rapi).
Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari dan kemudiannya
sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya).Beliau mencatatkan:
"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku
bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."
207
Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan tentang Holing (merujuk kepada
Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak pada latitud yang sama namun Holing terletak ke timur Fo-
Shih.Moloyu pula terletak di garisan Khatulistiwa.
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris yang memberi nama Tanah Melayu ini sebagai
'Malay Land',malah telah direkodkan oleh pengembara China seawal abad ke-5 lagi.
Ketika itu juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri Lanka dan India sebagai
Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja Tambralingga,Chandrabhanu adalah seorang ketua
Javaka.Bayangkan rupa-rupanya seorang raja Melayu pernah memerintah utara Sri Lanka pada masa
dahulu.
Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama kerana kemudiannya telah diserang oleh kerajaan
Pandyan,satu kerajaan Tamil Brahmin dari selatan India,yang juga bercita-cita mahu merebut relik Buddha
iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang dikatakan disimpan di Yapahuwa,ibukota kerajaan orang
Sinhala.Sebab itu raja Melayu Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si Thammarat
sekarang) kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam serangan
itu.Namun akhirnya,orang-orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat pakatan dengan sisa-sisa tentera
Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang tinggal di Sri Lanka ketika itu,untuk menewaskan
kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke hari ini perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih
berlaku dengan pengganas LTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).Rekod-rekod Sri Lanka
pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja Pandyan melantik salah seorang menteri Tambralingga
yang menjajah Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota Yapahuwa,kota kaum Sinhala untuk
merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan Sinhala.Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri
Lanka seperti Chavakacheri yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan Chavahakottai iaitu 'kubu orang
Jawa'.Di dalam bahasa Tamil tempatan ketika itu,semua negeri-negeri di Nusantara digelar Javar atau
Javaka.Inilah cedokan dari kata 'Chava' itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini menyelesaikan misteri
Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi kesimpulannya kata 'Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang
Jawa,melambangkan kemasukan dinasti Sailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Melayu
Srivijaya.
Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabaj dalam sebutan
Arab,merujuk kepada Srivijaya itu.Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam kitabnya,""Muruj al-Dhahab wa Ma'adin
al-Jawhar" (Meadows of Gold and Mines of Gems,karya beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah
mencatatkan pengalaman seorang pedagang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun
851 Masehi menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar 'Maharaja' (Emperor) mempunyai beribu
kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.Armada laut Maharaja pernah mengepung ibukota
kerajaan Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita-cita mahukan kepala Maharaja Zabaj
diletakkan di atas pinggan.
Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai bukan sahaja mencedok budaya
Khmer malah mencedok budaya orang Melayu Kuno.Senibina Thai itu dengan gaya candi dan
bumbung Thai itu rupanya diambil dari gaya Tambralingga dan mungkin negarakota Melayu yang
lain.Budaya Khmer yang dicedok oleh Tai itu pula berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai
pi mai tang tu.
Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja Ram
Khamhaeng.Namun inskripsi yang dibangga-banggakan oleh orang Thai itu pula telah diketahui secara
meluas merupakan 'pembohongan',dan sarjana sejarah mensyaki ia dibuat pada zaman Raja Mongkut
(Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu sendiri mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian
yang mendalam tentang gaya tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan meniru
sistem bahasa Eropah.Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng dari fakta
sejarah sebenar dan lebih merupakan propaganda sahaja.Ini kerana inskripsi itu telah menyebutkan pada
tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja (Tambralingga) telah tersenarai antara kerajaan yang
membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai.Padahal ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah
istimewa dan merupakan kota yang amat kaya. Ini tersebut dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja
Ayutthaya, Boromma Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai sebagai
salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan merupakan wilayah istimewa.
208
Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percaya kepada inskripsi
ini malah meleret-leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan orang Thai sendiri.Ini ditambah pula dengan
tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari lain-lain tempat yang merujuk kepada nama raja
Ramkhamhaeng.Dengan lain kata,sejarah raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di
dunia tidak tahu-menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.Ini jauh berbeza dengan kisah 'Maharaja Zabaj' tadi
yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod pendeta China,Tamil,Sri Lanka,malahan nama 'Melayu' itu
disebut-sebut oleh pendeta Buddha dan rishi-rishi legenda Hindu.Malah dewa-dewa juga!
Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada juga yang mengatakan sekrang-
kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang asli.Inskripsi ini dan segala utopia berkenaan kerajaan
Sukhotai telah menjadi kepercayaan yang amat kuat dikalangan rakyat Thai sehingga menjadi isu
nasionalis,sehingga ramai yang telah diancam melalui undang-undang 'lese majeste' termasuk para
sejarahwan dan ilmuan.Satu kes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu
sahaja.
Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang tidak punya sejarah,terpaksa
'mengadakan' sejarah.Orang Melayu yang punya sejarah,mula perlahan-lahan melupakan sejarah manis
bangsanya.Mula memiliki rasa rendah diri,'inferior' yang teramat sangat sehingga mencapai tahap kurang
siuman merendah-rendahkan diri sendiri ditahap pencacai pemungut sampah sejarah orang lain,padahal
asalnya emas dan mutiara sejarah itu miliknya dahulu.
Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai.Itu pun kini sejarahnya
direbut oleh golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku bukan orang Thai tetapi Siam Islam.Dalam
hal ini tidak penting siapa orang Thai atau Melayu,pengajarannya di sini,jika kita tidak mengambil berat
akan sejarah dan budaya kita,orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita.
Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmer ini berasal dari tulisan
Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti skrip di India dan Asia Tenggara.Tulisan
Tamil,Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi.Tulisan Jawa,Batak,Kawi
209
dan Bali termasuk dalam keluarga Brahmi.Tulisan purba milik khas orang Melayu,Rencong dimasukkan
dalam keluarga Brahmi.Namun kini para sarjana berbelah bagi tentang asal-usul tulisan Rencong ini.Kerana
semakin dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari keluarga Brahmi,malah ia menyimpan rahsia yang agung dan
terpendam!
210
Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke-7 ke Tabut Rahsia Mala-YU
Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara seperti Tamil,Burma,Thai dan
Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik orang Melayu,lama digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis
Brahmi yang diubahsuai oleh kaum Nusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini diiktiraf tulisan asli
ciptaan Melayu Nusantara dan sebenarnya bukan berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan
nenek moyang kepada Brahmi!
Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-contoh tulisan dari keluarga Brahmi:
211
Tamil
Devanagari
212
Thai
Khmer
213
Burma
Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini:
Greek/Yunani
214
Phoenicia
Aramaik
215
Brahmi
Untuk pengetahuan anda,semua tulisan seperti Tamil,Tibetan,Telegu,Devanagari,Thai,Burma dan Khmer
adalah dibawah Brahmi atau subBrahmi,manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto-Canaanite
(ingat Tanah Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik (asal-usul
bahasa Yahudi;Ibrani atau Hebrew)
216
Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu Nusantara,Rencong:
Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama.Jika kita perhatikan corak tulisan Rencong ini,ia
nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil atau Devanagari jauh sekali jika dibandingkan dengan
skrip Thai dan Khmer.Jadi ia cenderung kepada yang mana?Fikirkan...
Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel 'Laut dan Bahtera'.
Sekarang dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan dibawah kelas Brahmi dan ia
tidak sepadan atau 'sedarjat' dengan sub Brahmi pun.Perhatikan baik-baik perbezaannya dengan Tamil atau
Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan Khmer yang merupakan sub Brahmi.Ia tidak dekat dengan
semua ini.
Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia lebih dekat dengan skrip
Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia tidak sekelas dengan Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan.Ia
memotong kelas Brahmi ke kelas lebih tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini.Rencong
setaraf dengan tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula
dibawah kelas Egyptian Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan?
(Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan dunia sejak sekian lama)
Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para Firaun ke Tanah Nenek Moyang
mereka,Punt.Seterusnya akan menyelesaikan 'puzzle' yang mula-mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia
Bangsa Melayu dan Diari Lodgekeeper;dua pasangan paling misteri;Abraham dan Keturah.Siapakah anak-
anak mereka dan mengapa mereka mencari The Land of The East.Kemudian kita akan menjelajah kisah
217
dewa-dewa di The Land of Gods.Kemudian kita mengembara ke Promised Land,menonton suka-duka Lehi
dan Lemani...
DI TANAH YANG DIJANJIKAN!...
--------------------------------
218
COMING SOON...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
-Petunjuk terahsia dari tulisan Rencong
-Dewa-dewi Mesir di Tanah Para Dewa
-Ekspedisi Ratu Hatshepsut ke Punt
-Apa kaitan orang Phoenicia (Kanaan Purba) dengan Melayu?
-Majlis Perkahwinan 'raja' Phoenicia dan Gadis Mala Bunga-bungaan
-Hubungan terahsia orang Ibrani dengan orang Rencong
-Rahsia perkataan Melayu dalam tradisi Mesir Purba
-Ukiran di kuil Firaun dan rahsia XXXX
-Rahsia dalam XXXX dan XXXXX XXXX
-XXXX Inca XXXXXXX XXX Maya
-XXXX XXX Apache XXXX Benua Amerika dan kedatangan kapal Firaun
Petunjuk-petunjuk semakin kabur dan samar-samar.Terdapat helaian yang terkoyak dari Diari
Lodgekeeper.Beberapa kod-kod rahsia di dinding Angkor Wat,Borobudur,Kuil Hatshepsut dan Amon tidak
dapat didekodkan setakat ini!Rasakan debarannya...ia semakin hampir kepada Alter Terahsia itu!
Peti-peti rahsia semakin bergegar-gegar menebarkan haruman misteri yang aneh!.........
219
Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
(Di Gua Rahsia)
Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang anak cucu nampak?
Hahaha...sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum tahu lagi.Bagaimana dengan Angkor
Thom...
Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah sedikit sahaja jika
dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.Lagi anak cucu mengembara mencari rahsia
Melayu,lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak tahu.Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan
sesuatu.
(Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)
Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.Tiada siapa yang tahu perkara ini
kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah peringkat rahsia dalam rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat
tinggal kita ini 3500 tahun yang silam.
Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China dan sasterawan
Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilon menyebut-nyebutkan tentang kita...para
Firaun di sana akan menuliskan syair-syair tentang kita...
220
Dan tanah tumpah darah kita ini...
Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsia-rahsia ini,tetapi lebih untuk
memahami MENGAPA MEREKA BERSUSAH-PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari
zaman berzaman,dari chariot dewa-dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang hilang...dari kamar
beradu Isis dan Osiris....dari haruman bunga-bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia
kemelayuan tetap terjaga,anehnya...bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!TETAPI DARI TANGAN
ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga tabut rahsia kita.Turun temurun.Entah siapa
yang menyuruh mereka menyimpan rahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian...mengapa
mereka menjaga rahsia kita??
(Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.Di atas peti terdapat secarik kertas
dari daun papirus,tertulis kata-kata yang indah...)
Palingkan muka kamu...
Kepada bunga
kancing emas
satu rahsia...
221
Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam The Egyptian Book of The Dead
"Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and the similitude of the
Maat Heru (Eye of Horus)"
(Papyrus of Ani 'The Egyptian Book of The Dead' translated by E.A Wallis Budge)
Merenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari ini,benar-benar
menginsafkan.Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah agung mereka,akan menganggap mereka
adalah kaum picisan yang hina dan tidak berpelajaran.Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan
terpinggir akan membuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat apa
jua ciptaan,hatta sebatang jarum sekali pun.Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan membuatkan
kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.
Kemudian rakan-rakan kita mengajak kita menonton filem yang berjudul '2012'.Ketika itu seluruh dunia
sedang sibuk memperkatakan tentang filem ini.Kita pun tidak mahu ketinggalan dan sanggup beratur
membeli tiket di pawagam.Ketika di dalam pawagam,kita pun menekur menonton dengan asyiknya tanpa
berkedip-kedip dan betapa kagum dengan kesan khas filem ini.Keluar dari pawagam,kita pun mencari-cari
tentang maksud ramalan Maya tentang 2012.Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentang
MAya,melihat kesan-kesan tinggalannya...piramid-piramid yang besar-besar dan khazanah astronomi yang
222
mengagumkan dengan beratus-ratus komentar dari pakar sejarah,sains dan astronomi tentang tamadun
kaum yang kita anggap orang gua dan orang hutan sahaja.
Bayangkan,ketika orang SEpanyol tiba ke semenanjung Yucatan,orang-orang Inca menganggap mereka
adalah jelmaan dewa-dewa dan kapal-kapal mereka adalah kenaikan dewa-dewa (tamadun-tamadun
AMerika Tengah adalah kerajaan agraria,berasaskan pertanian) kerana mereka tidak pernah melihat kapal-
kapal yang besar sebegitu.Apabila diperangkap penjajah SEpanyol orang-orang Incaini tidak melawan
padahal merekalah yang gemar menangkap kaum-kaum lemah di sekitarnya.Orang-orang INca menyanjung
tinggi kehebatan pakaian dan kapal-kapal orang SEpanyol ini padahal pada masa yang sama orang-orang
SEpanyol ini berasa amat terkejut dengan kota-kota Inca yang hebat dan khazanah emas yang terlampau
banyak.Kaum yang membina piramid bukanlah kaum yang bodoh tetapi mereka yang punya peradaban
tinggi.Namun disebabkanPERASAAN RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB DAN SUKA MENYANJUNG
ORANG LUAR mengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan serta-merta oleh para conquistador yang mula
sedar kaum-kaum ini walaupun punya peradaban yang tinggi namun kurang peka dengan perkembangan
semasa.Mereka tidak pernah melihat kapal,jadi mereka menganggap orang yang keluar dari kapal itu adalah
anak dewa.Akhirnya mereka dibunuh beramai-ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan mereka itu.
Ini berlainan pula dengan orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu.Bukan satu atau dua yang datang
menjajah,TETAPIEMPAT.Sepanyol,Portugis,Belanda dan Inggeris datang 'menziarahi' kita di
sini.Toltek,Aztek,Inca dan Maya dihapuskan dengan mudah oleh conquistador Sepanyol sahaja tetapi
Nusantara memerlukan gabungan empat 'conquistador' untuk mengawal Nusantara.SEpanyol mengawal
Filipina,Belanda mengawal Indonesia,Inggeris mengawal Tanah Melayu dan Borneo,manakala semua ini
dimulakan oleh Portugis yang pernah memegang Melaka sebentar dan menjajah Timor Timur.Ini belum
termasuk kelibat Perancis yang menjenguk Indochina dan Amerika yang pernah memegang Filipina
sebentar (aneh juga,bagaimana Amerika boleh sesat sampai ke Filipina).Namun adakah orang-orang
Melayu hari ini pupus atau menjadi minoriti tidak bernegara,seperti mana yang terjadi kepada orang-orang
Aztek dan Maya?
SEPATUTNYA MELAYU PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4
CONQUISTADOR INI,terutamanya Tanah Melayu yang dipegang oleh 'raja conquistador' iaitu
Inggeris.Namun anehnya,orang-orang Melayu masih bernafas dan masih berbahasa Melayu di dunia fana
ini.Adakah kata-kata Hang TUah itu menjadi sumpah yang benar?Inilah misteri yang memang tidak
terpecahkan.Aborigine yang memegang pulau sebesar Australia pun rebah,bagaimana orang-orang Melayu
ini yang dituduh bermacam-macam tuduhan seperti pemalas,kurang cerdik,lembik dan 'nak buat jarum pun
tak reti' boleh 'survive' selepas dilanda 'air bah' penjajahan yang memenatkan?Sepatutnya orang-orang
Melayu lenyap,tetapi apa yang berlaku sebenarnya?
Fikirkan,jika orang-orang Melayu tidak pernah melihat kapal,meriam,istinggar dan orang Eropah,sudah tentu
orang-orang Melayu akan dibelasah habis-habisan seperti yang terjadi kepada Aztek,Maya,Toltek dan
Inca.Benar,terutamanya di Tanah Melayu,kita dapati tiada piramid-piramid segagah seperti yang dibina oleh
Aztek dan Maya,namun dimanakah orang Aztek yang amat hebat boleh membina piramid agam itu?
DIMANA MEREKA?
Mengapa orang Melayu menentang dengan darah,fikiran dan keringat...menggunakan apa saja yang
mungkin....keris,parang,tombak,meriam,istinggar,pemuras,kapal-kapal perang untuk menghadapi serangan
bertubi-tubi,bukan satu malah EMPAT NEGARA EROPAH TERKUAT.Penjajah hanya menghantar Sepanyol
sahaja untuk menghapuskan tamadun-tamadun hebat di Benua Amerika,namun terpaksa menghantar
beberapa negara penjajah untuk menundukkan NUsantara.Mengapa orang-orang Melayu tidak
menganggap orang-orang Eropah ini sebagai dewa atau anak dewa yang turun dari kenderaan sakti?
Padahal kaum sehebat Maya yang hebat dari segi teknologi astronomi dan matematik boleh dikalahkan
dengan mudah.
Di manakah bangsa-bangsa hebat seperti Assyria yang membina kota Nineveh yang agung?Di manakah
Akkadia,Chaldea dan penakluk-penakluk Babilon yang pernah berdagang dengan pedagang-pedagang
Melayu pada hari ini?Di manakah keturunan Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid
yang menjadi salah satu keajaiban dunia dan pernah melawat 'Punt' 3500 tahun yang silam dan pernah
bertemu dengan pemerintah Punt iaitu orang 'Melayu' di sana yang bernama Raja Perehu dan
permaisurinya,Puteri Hati?
223
Semua bangsa-bangsa hebat ini lenyap dari peta sejarah,jika ada sisanya sekalipun,keadaan mereka amat
menyedihkan.Dahulu mereka sering membuli dua bangsa picisan,Arab dan Yahudi yang sering dijadikan
hamba dan bahan serangan,namun hari ini lihatlah berapa banyak negara-negara Arab dan lihat peranan
orang Yahudi yang mencatur politik dunia.Orang Qibti Mesir hari ini telah lenyap menjadi orang Arab
Mesir.Namun berita baiknya,bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu masih
ada!Menariknya,mereka masih mengucapkan perkataan-perkataan yang pernah didengar oleh utusan
Firaun dahulu,kira-kira 3500 tahun yang silam!
224
Petunjuk Dari Tulisan Rencong
Sebelum ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang-orang Melayu iaitu Rencong.Tulisan Rencong
pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar.Manuskrip-
manuskrip ini kebanyakannya disimpan oleh Belanda,majoritinya di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden.Dari
manakah tulisan ini berasal?Atau soalan yang mencabar dan luarbiasa,TAMADUN MANAKAH YANG
MENCEDOK TULISAN INI MENJADI TULISAN MEREKA?
Kita lihat kembali perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik,Phoenicia dan Brahmi (Brahmi berasal dari
tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).
Brahmi Dan Rencong
225
226
Aramaik dan Rencong
227
Phoenicia dan Rencong
228
Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang digunakan oleh Tamadun
Sumeria.
Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisan-tulisan purba ini,terdapat 3
andaian untuk menerangkan mengapa tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip
tersebut:
1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor bagaimana ia terjadi
kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara kedua-dua bangsa.
2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau sebagai
'warganegara yang bekerja' di Nusantara.
3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang Phoenicia,kemudian
dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh
orang Aryan,yang kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda,kemudian
dicedok oleh orang Dravidia (Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan
Nusantara (menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan BUrma.
229
Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar
memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat.Akhirnya 'dengan berat hati' mereka meletakkannya di
bawah kategori subBrahmi bersama Kawi,Khmer,Thai dan lain-lain,memandangkan skeptikal mereka
dengan skrip Asia Tenggara yang dianggap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi.Ini juga akibat
pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia Tenggara dipengaruhi oleh
unsur-unsur Keindiaan.Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjana lain seperti Jaspen,Marsden dan
Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini,malah semakin dikaji sehingga bukan
setakat skrip Rencong,malah bahasa Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih
besar,persamaannya dengan perkataan-perkataan Mesir Purba!!
230
Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil Hatshepsut
*Perehu dan isterinya Ati
Kesedaran para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang misteri yang menyelubungi skrip
Rencong memandu beberapa pengkaji mendekati dengan rapat selok-belok tulisan ini,sejarah tempat di
mana tulisan ini ditemui dan orang yang menggunakannya.Seterusnya mereka mengkaji pula bahasa yang
digunakan oleh skrip ini,iaitu bahasa Melayu Rejang.
Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan bahawa
kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison
pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain.Sarjana-sarjana budaya orang
Semitik iaitu Sayce,M.Renan and Neubauer yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera,telah
menyimpulkan bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh
Phoenicia.Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan,satu bangsa purba yang pernah mempunyai
tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam.Para pengkaji sejarah menyatakan peradaban orang
Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum Masehi.Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan
sekitar Palestin,Lebanon dan Syria sekarang.Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan
bahawa REncong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi malahan Dr.
Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah
mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima Sebelum Masehi.
Tablet-tablet ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah Melayu Nusantara,menjadikan
sebahagian anak Melayu hari ini berasa rendah diri dan mengalami kecelaruan identiti,sekejap merasa
Melayu,sekejap merasa Cina,sekejap merasa India,sekejap merasa Siam seperti sesumpah) oleh William
Marsden pada tahun 1783 dan huruf-huruf dari tablet itu telah diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk The
History of Sumatera.Kerja-kerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber-sumber kepada skrip
Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut serta bunyi setiap karakter.Hasilnya sungguh
231
memeranjatkan apabila mereka mendapati tiada satu pun skrip-skrip Keindiaan tertua yang menepati sama
ada tulisan Rencong mahupun aksara-aksara Sumatera berkaitan.Penemuan yang mengejutkan ini telah
diterbitkan di jurnal saintifik Oxford journal,Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896.Kesimpulan yang
dibuat mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui hubungan secara langsung dengan orang Phoenicia
(bukan cedokan atau ubahsuai tulisan dari tulisan lain).
Pada tahun 1927,seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu projek kajian bebas berkaitan skrip orang
Batak di tengah dan utara Sumatera.Pengkaji tersebut,Schroeder telah turun ke Sumatera dan cuba
mendapatkan jawapan sama ada terdapat data-data yang secukupnya untuk menyesuaikan dengan jangka
masa tulisan Phoenicia ini dicedok atau mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke
Nusantara secara terus.
Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam artikel bertajuk A Phoenician Alphabet On Sumatra.Di
dalam artikel ini,beliau telah menunjukkan bukti-bukti hubungan secara langsung antara skrip Phoenicia dan
skrip Batak.Beliau juga menunjukkan perbandingan kronologi pembinaan karakter antara Phoenician dan
Aramaik (tulisan Ibrani Kuno dan asal-usul Hebrew),dan menunjukkan perkara yang sama telah berlaku
pada skrip Batak!Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke Sumatera pada masa pembinaan kerakter ini iaitu
kira-kira 700 dan 650 Sebelum Masehi.Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak adalah
mewakili perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata lain,ketika orang Ibrani mula
mempelajari tulisan orang Kanaan,draf tulisan yang belum sempurna diadaptasi ke Aramaik yang dikenali
pada hari ini telah sampai ke Nusantara,manakala draf tadi di Tanah Kanaan telah mengalami perubahan
demi perubahan sehingga menjadi tulisan Ibrani Kuno,sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih
dipakai oleh orang Nusantara).Beliau juga mengatakan 'draf' ini sampai ke Sumatera kira-kira permulaan
dan akhir abad ke 7 Sebelum Masehi.
Akibat dari pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelubungi pakar-pakar bahasa dan skrip dari Eropah
sejak era penjajahan hingga tamat Imperialisme di Nusantara,pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan
Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.Pakar antropologi itu,M.A Jaspen telah
menghabiskan beberapa tahun di antara masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan
mengumpulkan cerita rakyat dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada
penduduk di sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip
Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari tulisan-tulisan
pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga
Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter
Rencong yang ada persamaan dengan huruf Phoenicia.
Jaspen juga telah mengusahakan kamus bahasa Melayu Rejang-Indonesia-Inggeris dan memasukkan juga
perbandingan antara bahasa Melayu Rejang dengan sebutan bahasa Semitik
Barat.Walaubagaimanapun,Jaspen telah meninggal dunia sebaik sahaja hasil kerjanya diterbitkan yang
mana mengandungi sebahagian dari siri kajian ANU's Pacific Linguistics oleh Professor P. Voorhoeve
(sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).Hasil dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P.
Voorhoeve yang juga menyokong kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk
232
membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan;terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang
lebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu khasnya pada
bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba!
Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang benar-benar
memeningkan;lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana pengaruh bahasa kuno Mesir Purba
yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa Melayu dialek Rejang.Dan petunjuk yang mungkin untuk
dijadikan asas kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15 SEBELUM MASEHI;ketika Ratu Hatshepsut
mengadakan ekspedisi ke 'Tanah Para Dewa',Punt.
233
Punt,The Land of Gods
Para sarjana awal yang tidak memahami budaya Nusantara mengalami masalah ketika mengkaji budaya
masyarakat Rejang Sumatera.Pengkaji seperti Jaspen pada awalnya menganggap masyarakat Rejang dan
bahasanya adalah berlainan dengan bahasa Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat
petunjuk yang membawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi pengkaji-pengkaji selepas
mereka yang memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian untuk merujuk
kepada bahasa Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada
bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu adalah bahasa Melayu loghat
daerah).Pengkaji seperti Jones ini terpaksa merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna
perkataan Rejang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Beliau telah mengesan terdapat
perkataan-perkataan 'aneh' yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga ada dalam kosakata Mesir
Purba,contohnya perkataan 'asem' dan 'lebun'.'Asem' bermaksud 'tamarind acid'(pemahaman Jones) dan
'lebun' ialah 'sejenis kayu'.Dari sini para pengkaji dapat mengesan 'clue-clue' yang lain seperti asal-usul
perkataan 'lubbanjawi' iaitu kemenyan dalam bahasa Arab.Perkataan 'lubban' rupanya dicedok dari kata
'lebun' dalam bahasa Melayu (rujuk artikel ATBM 'Rahsia Dari Wangi-wangian').
234
*sila klik untuk paparan lebih jelas
Jones memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Melayu Rejang dengan Phoenicia,Ibrani (Hebrew)
dan Mesir Purba apabila terjumpa kamus Rejang di dalam perpustakaan UCLA (University of California,LOs
Angeles).Beliau telah menyenaraikan perkataan-perkataan antara bahasa-bahasa tersebut dengan bahasa
Melayu dan membuat analisis menggunakan perisian khas komputer dan hasilnya positif dalam kebanyakan
perkataan!!
235
Kajian lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi,konotasi dan pembahagian kata dalam kosa kata
Melayu Rejang dengan perbandingan kepada bahasa-bahasa Semitik Purba ini menunjukkan bahawa
terdapat kosa kata yang sama tetapi berbeza makna.Dan ini bukanlah kebetulan mereka mempunyai kosa
kata yang sama,namun di sana terdapat proses perubahan yang dapat dikesan secara linguistik.Dengan
kata lain,perubahan yang mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari perkataan yang
sama;yang dikongsi oleh Melayu Rejang dan bahasa-bahasa Phoenicia,Ibrani dan Mesir Purba.Dalam
banyak keputusan,BAHASA MELAYU DILIHAT LEBIH BANYAK MENGEKALKAN KEASLIAN;dengan kata
lain ia lebih dipercayai adalah SUMBER ASAL KOSA KATA ITU di mana perubahan makna itu lebih
cenderung terjadi kepada bahasa Mesir Purba dan lain-lain berbanding Melayu Rejang.Ringkasnya,para
sarjana ini dengan berat hati dan sukar mempercayai dengan kenyataan bahawa bahasa Mesir
Purba,Phoenicia dan Aramaik seolah-olah peminjam atau mencedok perkataan-perkataan Melayu ini!!
Antara perkataan yang sama antara bahasa Melayu dengan Mesir Purba ialah 'hati' (heart).Ada juga yang
berkongsi kata yang sama tetapi makna yang berlawanan.'Min' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'hari
ini' tetapi 'meun' bermaksud 'esok' dalam loghat Melayu Rejang.Ada juga yang sama perkataan namun
ertinya yang lain,seperti 'betula' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'gadis' aatau 'dara' dalam bahasa
Ibrani (Hebrew) namun Melayu Rejang mengenalnya sebagai 'keturunan'.Terdapat juga perkataan yang
hampir sama tetapi berbeza kerana kehilangan salah satu huruf atau sebutan seperti 'mat' atau 'maat'
adalah bermaksud 'mata' (eye) dalam bahasa Mesir Purba tetapi dalam bahasa Melayu/Rejang,ia (eye)
adalah 'mata'.Lihat huruf 'a' pada hujung 'mata' telah tiada dalam sebutan Mesir Purba."Melek' bermaksud
'raja' (king) punya kaitan dengan kata 'meligai' (Melayu standard:'mahligai) iaitu 'tempat tinggal raja' dalam
dialek Rejang.
236
Ati,kekasih 'hati' Raja Punt
Inilah adalah penemuan yang amat memeranjatkan tentang apakah kaitan terahsia antara orang Melayu
dengan misteri Punt,iaitu tanah suci yang didakwa oleh para Firaun sebagai 'tempat asal-usul moyang'
mereka.Perkataan 'hati' telah ditemui pada rekod ekpedisi Ratu Hatshepsut ke Punt pada abad ke 15
Sebelum Masehi.Dokumen ini,yang dirakamkan pada ukiran relief kuil di Deir El-Bahari di Luxor di mana
nama isteri kepada raja Punt yang ditemui oleh utusan Ratu Hatshepsut ialah 'ati' (hati) yang bermaksud
'hati' (heart)!Nama raja Punt itu pula adalah 'perehu' sebagaimana yang didekodkan oleh pakar bahasa dan
Egyptologi dari relief itu.'Perehu' kemungkinan besar adalah gelaran,dan 'perehu' adalah tidak ragu lagi satu
perkataan bahasa Melayu iaitu 'perahu' (boat).Jadi makna penuh nama gelaran raja Punt ialah 'Raja Perahu'
atau 'King of Ship/Boat'.Dan menariknya,kata 'perehu' terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh
(tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu 'Sejarah Perehu'.
Ini bercantum dengan salah satu alter terahsia bangsa Melayu sejak sekian lama,'LAUT DAN
BAHTERA' (rujuk artikel ATBM 'Viking of The Orient')
Perkataan 'Asem' pada bahasa Mesir Purba ialah 'emas' (gold) di mana pada spesimen di relief kuil dan
pada manuskrip papirus bermaksud 'gelang emas'.'Asem' ini direkodkan sebagai 'produk dari Punt'.(rujuk
alter Melayu yang lain iaitu EMAS pada artikel ATBM 'The King Solomon's Mines).Dari petunjuk ini,kita dapat
simpulkan bahawa para Firaun ini mengenal emas sebagai produk utama Punt.Dan dari sini kita tahu dari
mana Ptolemy mendapat nama 'Aurea Chersonese' (Golden Chersonese,'Aurum' iaitu istilah kimia bagi
emas diambil dari kata 'Aurea' ini).Ini muncul pada ukiran pada tembok utara dan selatan pada kuil Dinasti
ke-18 di Deir al Bahari,Luxor.
Pada dokumen bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga pada inskripsi di makam
Rekhmire dan Puyemre,'Asam' ialah produk Djahi(Phoenicia) dan Nubia.Seorang sarjana,James H.
237
Breasted menjelaskan bahawa 'asam' iaitu produk emas berbentuk seperti donut ini adalah emas komersil
yang diperdagangkan.Perkataan 'asam' ini muncul dalam bahasa Melayu di seluruh budaya
Malaysia,Indonesia dan Iban di Borneo.Ia bermaksud 'masam' atau 'berasid/cuka'.Walaupun begitu,pada
penggunaan di masa silam,'asam' juga bermaksud logam berharga atau campuran logam berharga atau
'teraloi'.
Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan tentang 'anti'(bahasa Mesir Purba) iaitu 'kemenyan' atau
'wangi-wangian' (rujuk ATBM 'Rahsia Dari wangi-wangian) iaitu salah satu produk terpenting Punt,sama
seperti emas.Kemenyan atau 'anti' ini adalah objektif utama ekspedisi ke Punt kerana di Mesir
Purba,kemenyan adalah bahan suci untuk tujuan keagamaan.
Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi kemenyan ialah 'labona' dan Arab menyebutnya 'lubban'.Anehnya,di dalam
bahasa Melayu terdapat kata 'lebun' yang bermaksud sejenis pokok (pokok kemenyan).'Lubbanjawi' adalah
kata standard dalam bahasa Arab merujuk kepada 'kemenyan pepejal' yang khas.Kata 'Jawi' itu merujuk
kepada tempat ia terhasil iaitu Tanah JAwi.Kemenyan dalam bahasa INggeris ialah benzoin resin,dimana
kata 'benzoin' itu diubahsuai dari kata 'lubbanjawi' setelah mengalami perubahan pada perkataan Inggeris
lama 'benjawin'.
Pakar botani di UCLA,DAvid Verity,telah mengatakan bahawa pokok-pokok kemenyan telah dibawa ke
selatan Tanah Arab dan ditanam di sana setelah permintaan kepada wangian dan kemenyan meningkat.
238
'Matahari' dalam The Egyptian Book of The Dead
The Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip-manuskrip papirus yang menerangkan ritual-
ritual keagamaan,ilmu sihir dan falsafah mistik orang Mesir Purba.Ia tercatat dalam skrip hiroglif Mesir
Purba.Ini adalah nama yang diberikan oleh pengkaji Barat kepada koleksi manuskrip ini.Ia dikenali dalam
budaya Mesir Purba sebagai 'Jampi Kehadiran' atau 'Hari Keempat'.The Book of The Dead adalah koleksi
yang merentasi masa sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke Era
Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang diukir pada luar permukaan keranda).Di
dalam koleksi ini juga dijelaskan perjalanan roh selepas kematian dan kehidupan selepas kematian.Ia juga
menerangkan kewujudan alam ghaib.
Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata 'Maat Heru' yang berulang kali.Kata 'Maat Heru'
ini bermaksud 'Mata Horus' atau 'Eye of Horus'.Perkataan ini juga ditemukan pada teks-teks Piramid.Ini
adalah ekspresi tertua tentang Wadget atau 'mata yang sihat'.Dalam mitologi Mesir Purba,'Mata Horus'
adalah Matahari dan Bulan.Di dalam peperangan dengan Dewa Kegelapan,Seth,'Mata Horus' ini
dimusnahkan.'Mata' ini diketahui adalah kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba.Ia kemudiannya
dipulihkan oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau 'Mata yang Sihat'.Horus akhirnya berjaya menentang
tentera Seth,di bumi dan di alam ghaib kegelapan.Di dalam budaya Mesir Purba,Horus bermaksud hari
siang atau terang.Ia juga ditampilkan sebagai 'Mata kepada hari Siang'!
239
Di sini pakar bahasa dan budaya Nusantara semakin merasa keanehan dan misteri yang tidak
terjawabkan.Kata 'Maat' adalah sama erti dengan 'mata' dalam bahasa Melayu.'Heru' pula sesuai dari segi
linguistik dengan 'hari' dalam bahasa Melayu.Padanan linguistik dengan struktur perkataan 'Maat Heru' dan
'Mata Hari' adalah mencapai 98%!'Mata Hari' dalam definisi biasa bermaksud 'Mata kepada Hari pada waktu
siang' adalah maksud yang sama dalam budaya Mesir Purba!!Dan 'Matahari' adalah 'Sun' dalam bahasa
Melayu,sama seperti sifat Horus sebagai dewa matahari!Pakar-pakar linguistik dan sejarah yang mengkaji
kaitan antara bahasa Melayu dan Mesir Purba menyimpulkan perkataan ini 'adalah hubungan secara
LANGSUNG ANTARA BUDAYA MELAYU DENGAN MESIR PURBA'.
240
Raja Melayu Kuno di 'Tanah Para Dewa'
Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas DI TIMUR
MESIR.Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).Di
dalam kesusasteraan Mesir Purba,The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris),ada
menceritakan tentang Raja Punt ini.Ia mengisahkan seorang pelayar yang karam kapalnya dihanyutkan ke
sebuah pulau.Kemudian dia terserempak dengan 'ular besar' yang kemudiannya berdialog dengan pelayar
tersebut.'Ular besar' itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah raja tempat itu yang
dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada menerangkan bahawa 'ular besar' (naga?)
itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua
Afrika.'Memerintah pulau-pulau' adalah ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang
tepat dengan petunjuk ini!
(Kami akan dedahkan rahsia darah naga,sejarah dinasti darah naga,bangsa 'Mu' dan tanah yang tenggelam
dalam artikel ATBM akan datang)
241
Di relief kuil di Deir al Bahari,ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdagangan beberapa tamadun
agung.Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara sebagai jalan perdagangan antara India
dan China.Dan eksport utama Punt ialah kemenyan dan emas!
Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa ciri-ciri Punt dalam pelbagai manuskrip Mesir Purba:
-berada di TIMUR Mesir.
-Raja Punt memerintah pulau-pulau
-terletak di jalan tengah perdagangan antara tamadun
-mengeksport emas dan kemenyan
-Gelaran raja Punt ialah 'perehu' dan orang Punt pandai membuat kapal dan perahu
Peti-peti di Gua Rahsia semakin bergegar-gegar mengeluarkan haruman misteri!!
Bukti-bukti lain bahawa ekspedisi Ratu Hatshepsut menuju ke arah Nusantara adalah seperti berikut:
Faktor masa-Di dalam ramalan Amon pada permulaan pemerintahan Hatshepsut ada menyatakan:
"...Tuanku telah melihat sehingga sampai ke pelabuhan kemenyan,untuk membuka ia sepenuhnya...untuk
mengetahui jaraknya...untuk membuka jalannya supaya patuh kepada ayahku Amon"
Di Punt,ketua angkatan laut Mesir Purba,Nehesi telah bertemu dengan pemerintah Kepulauan Melayu,Raja
Perehu (boat in Malay) di mana kapal-kapal Mesir Purba telah kembali ke Mesir pada tahun ke-5
pemerintahan Hatshepsut.Ini adalah JANGKA MASA YANG CUKUP untuk pelayaran dari Mesir melepasi
Laut Merah.Jika Punt terletak di sepanjang pantai Afrika,jangka masa pelayaran adalah lebih pendek
sepatutnya.Kepulauan Melayu adalah lokasi yang menepati jangka masa ini.
242
Potoh (gelang dipergelangan tangan)-Nehesi(ketua angkatan laut Mesir Purba sebagaimana yang
diterakam pada relief di Luxor) melaporkan bahawa Perehu memakai potoh pada pergelangan lengannya.Ini
adalah budaya raja-raja Melayu,sila rujuk kepada POTOH NAGA yang disimpan oleh Kesultanan Perak.
*Perhatikan 'keris' yang dimiliki Perehu
Keris-Ukiran di Kuil Hatshesut juga menjelaskan bahawa Perehu memiliki sebilah 'pisau pendek' yang
diselitkan pada kain sarungnya.Budaya Mesir purba tidak menyelitkan senjata pada kain atau seluar.Senjata
tajam akan diletakkan di dalam sarungnya dan sarung senjata itu diikat pada tubuh atau digantung.Ini
adalah 'style' pemakaian senjata di dunia sebelah Barat.Tetapi relief ini jelas menerangkan 1001 misteri
243
tentang tabiat Perehu,memakai senjata yang diselitkan pada sarung (atau sampin?).Hanya gaya berkeris
sahaja yang menepati 'style' raja Punt itu.
Kapal-Pada relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan lawatan seorang
pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir
Purba ketika itu).Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada
ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera.National
Geographic bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini.
KESIMPULAN
Terdapat banyak lagi keserasian yang timbul di antara tamadun Mesir Purba dengan budaya dan bahasa
Nusantara.Namun sehingga ke hari ini para pengkaji tetap bingung dengan penemuan aneh ini.Apakah yang
terjadi di Punt 3500 tahun yang silam?Apakah yang dilihat oleh Nehesi dan anak kapalnya tentang orang-
orang Punt dan kediaman mereka?Bagaimana perkataan Mesir Purba boleh ada dalam kosa kata Melayu
dan Rejang?Bagaimana pula tulisan asli Melayu mempunyai pengaruh Phoenicia?SEpertimana prasasti
yang juga ditemui di Benua Amerika yang dipercayai milik tamadun seperti Maya dan Aztek,telah
merakamkan ketibaan kapal-kapal dari Mesir Purba dan penduduk di Benua Amerika berkata:
"...kamu tidak sepatutnya sampai ke sini...kecuali datang dari arah Tanah Punt..."
Fikirkan kata-kata yang mendalam ini,dan bayangkan di mana Tanah Punt itu.Adakah Horus adalah salah
satu raja di Tanah Punt?SEbagaimana gelaran dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai 'The Fabulous
Land of Gold' begitu juga para Firaun ini yang mengenal Punt sebagai tempat menghasilkan emas dan
kemenyan.
Mengkaji Nusantara sebagai Punt atau The Land of Gods akan membuka cerita lebih
menggemparkan.Betapa bangsa Qibti Mesir telah tiada tetapi bangsa yang sezaman dengannya masih
wujud dimuka bumi.Orang Kanaan (Phoenicia) yang berniaga dengan orang Punt pun sudah pupus,namun
rakan seperniagaan mereka masih hidup dan ada yang berniaga seperti dahulu.
Ingat!Pengetahuan rahsia itu bagi orang yang memahaminya.Sekurang-kurangnya orang Melayu masih
dapat mempertahankan Rencong sehingga abad ke 19 dari jarak masa beribu-ribu tahun.DAN
BERTUAHNYA MASIH DAPAT MEMPERTAHANKAN BAHASANYA SEHINGGA KINI walau pun banyak
dugaan melanda.Legenda Perahu dan Hati terakam di dinding kuil purba di Luxor,Mesir.Perahu dan hati
adalah perkataan Melayu biasa yang digunakan sehingga ke hari ini.Ini juga bermakna kedua-dua perkataan
ini adalah antara perkataan asli Melayu yang paling tua.
Pertanyaan yang semakin mendesak-desak di dalam dada ialah,apakah yang sebenarnya berlaku lebih
awal dari 3500 tahun yang silam di antara orang Melayu dan Mesir Purba?Apakah maksud Tanah Nenek
Moyang?
--------------------------------------------------
244
Coming Soon...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
-Siapa Funan?Khmer atau Melayu?
-Austronesian dan Polinesia
-Kota yang hilang di dasar tasik Chini
-Bahasa-bahasa Nusantara
-XXXXX XXX XXXXX
-XXXXX XXX XXXXXX
-Helmet dan jaket perang orang Cham
-Item Locked
-Rumpun Melayu
-Item Locked
-Item Locked
-XXXXX XXXXX
Nampaknya petunjuk tidak muncul!Penjaga Gua Rahsia hilang tiada berjejak!Pencarian semakin menemui
jalan buntu!Apakah kesudahan pencarian ini??
Nantikan jawapannya dalam episod akan datang!
Hanya di MistisFiles..
245
Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah hilang entah ke mana.Siapa yang tahu jalan ke Gua Rahsia?Kita
sudah kehilangan petunjuk.
Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan semua petunjuk yang ada.Setiap
petunjuk akan membuka cerita yang berbeza.Dan setiap cerita,kita boleh cantumkan misteri yang ada;kita
boleh hubungkan antara satu sama lain.Di dalam siri ATBM version 1.0 ada dijelaskan tentang petunjuk
seorang lelaki 'Phoenicia' yang dihormati di tempatnya,datang ke dunia sebelah sini,dan diberitakan
menyunting seorang gadis misteri.Kita juga telah maklum misteri tulisan orang Kanaan ini (Phoenicia) yang
punya persamaan dengan tulisan Rencong iaitu tulisan purba orang Melayu yang sempat direkodkan.Dalam
ATBM version 2.0 kita tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang punya hubungan dengan wangian dan
bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-Sumeria menggelarnya sebagai 'Keturah' (wangian,kemenyan
wangi,haruman).Kita juga belajar tentang 'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya boleh didapati di
Nusantara.Kita juga tahu tentang legenda emas di Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic
yang hilang berbisik-bisik tentangnya.Dalam ATBM version 3.0 kita belajar tentang sifat bangsa misteri yang
berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang misteri kerajaan-kerajaan yang hilang di Indochina,telah
menjadi legenda dan mitos oleh kaum-kaum yang terkemudian mencorakkan Indochina.Kita juga menjelajah
sehingga beribu-ribu tahun ke belakang,ketika para Firaun memerintah Mesir Purba dan misteri perkataan
Mesir Purba yang 'tertinggal' di dalam kosakata bahasa Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt ialah kepulauan
yang kaya dengan emas dan kemenyan wangi.Kita juga kenal siapa itu Horus,Maat Heru atau Mata Hari di
dalam The Egyptian Book of The Dead.
Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar tentang rahsia Firaun dan Raja Perehu,kaitan di antara
mereka.Siapakah Raja Perehu ini?Apakah hubungannya dengan Firaun Mesir?Kita juga akan belajar
tentang siapakah Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita akan menghayati legenda cinta antara dua
benua;orang Cham menyebutkan dalam legenda mereka,Kaundinya dan Soma.Orang Khmer menuliskan
nama dua kekasih ini sebagai Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China mencatatkan legenda
ini sebagai Brahmin dan Ye Ye,'Mayang Mengurai' yang disebut-sebut dalam hikayat-hikayat Melayu
dahulukala.Dan pembukaan rahsia tentang 'darah naga'.
Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s
meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di bumi Mekah,baginda tidak pulang
ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah
246
ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini
tidak diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya
sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.
Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Keturah?
247
"The Tabernacle of Melati and Mala"
"...She opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close her lips,because her lips
was full of poison;the Poison of Soma...Venom of the Kings...
There were Hills in the distance; nearby much happiness there was
where the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom
at the peak of her heart;were the Flowers of Amity as gift for her Lover,The Patriarch..."
(page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The Tabernacle of Melati & Mala
-Lodgekeeper's Diary)
Sejarah itu adalah kisah kita yang lalu.Tidak kira sama ada sejarah itu adalah sejarah manis mahupun yang
pahit,ia adalah jawapan kepada kewujudan kita hari ini.Jika kita tidak wujud hari ini sekalipun,orang lain
akan dapat membaca sejarah kita yang dicatatkan mereka,dan mendapat jawapan mengapa kita pupus hari
ini.
Kewujudan kita kerana sejarah yang panjang sebagai asbab yang menceritakan kepada kita bagaimana
orang-orang sebelum kita dapat menyelamatkan diri (survive) dari kepupusan akibat perang atau
penjajahan.Walaupun kita mempunyai 'penyakit keturunan' atau mungkin boleh dipanggil 'saka' iaitu HASAD
DENGKI SESAMA SENDIRI,namun semangat untuk berjuang bagi meneruskan warisan Kemelayuan tetap
membakar nafas perjuangan para pendekar dan pejuang bangsa.Kita sudah membaca bagaimana bangsa-
bangsa hebat di benua Amerika seperti Aztek,Inca dan Maya yang mempunyai piramid-piramid dan
peradaban tinggi akhirnya musnah begitu sahaja akibat sikap SUKA MENYANJUNG BANGSA LUAR DAN
248
SIFAT MERENDAH DIRI (INFERIORITY COMPLEX) YANG KETERLALUANmenyebabkan mereka ditipu
oleh conquistador Sepanyol,yang sebelum itu berasa amat kagum dengan peradaban dan kota mereka.Kita
juga belajar bagaimana peradaban Assyria dan Babilon yang pupus kerana sikap suka berperang dan kejam
menyebabkan bangsa-bangsa lain yang merasa tertindas menyimpan dendam untuk
bertindakbalas.Peradaban di Sumeria didirikan di atas darah peperangan antara negara kota,sementara
peradaban Benua Amerika didirikan di atas darah para korban di atas altar pemujaan.Peradaban China pula
didirikan di atas perebutan antara etnik-etnik China yang saban waktu merebutkan kekuasaan dan
menubuhkan dinasti maharaja (ini antara sebab kaum-kaum yang kalah dan lemah seperti Tai dan Dai-Viet
terpaksa berundur ke selatan).Peradaban Eropah pula didirikan di atas sifat ingin tahu dan kagum dengan
peradaban Arab-Islam,dan inilah pembukaan cerita kepada Rennaisance di Eropah.
Namun peradaban Kemelayuan didirikan di atas PERDAGANGAN MARITIM dan
PENGEMBARAAN.Unikkan?
Para pelaut Melayu mengembara di seluruh Nusantara dan Pasifik;'The World's End' yang begitu
menggerunkan dan menjadi mitos kepada para pelaut Eropah sebelum abad ke-14 (sebab itu dalam filem
Pirates of The Caribbean 3, Kapten Jack Sparrow kononnya di'kunci' di dalam dunia ghaib di 'hujung dunia'
dan kru The Black Pearl terpaksa mengembara sehingga ke Singapura untuk menjejak kapten
mereka).Apabila berhenti pada satu-satu pulau,mereka menubuhkan penempatan dan kerajaan.Mereka
tidak pula membunuh puak-puak aborigine yang tinggal di pulau-pulau itu,malah ada yang berasimilasi
(berkahwin atau bergaul) dengan mereka.Sebab itu yang membunuh dan menindas para aborigine ini
adalah penjajah Eropah yang datang selepas itu.FIKIRKAN BAGAIMANA ORANG
ASLI,JAKUN,DAYAK dan seumpamanya masih mengekalkan tradisi dan cara hidup mereka beribu tahun
sehingga ke hari ini.Jika orang Melayu adalah bangsa penjajah yang kejam,sudah tentu kaum-kaum
aborigine ini sudah lama pupus.Jika kaum aborigine Amerika yang gagah perkasa seperti Aztek yang biasa
berperang dan bermain dengan kepala manusia dan bau darah boleh hancur tewas di tangan penjajah
Sepanyol,apatah lagi Orang Asli di Nusantara yang lemah ini,yang hanya tinggal di ran atau pondok-pondok
buruk di dalam hutan berbanding 'Orang Asli' Amerika yang tinggal di dalam bangunan-bangunan batu agam
yang besar-besar.Tetapi KEWUJUDAN MEREKA hari ini ADALAH BUKTI BETAPA PERADABAN
MELAYU ITU BERDIRI DI ATAS PERDAGANGAN MARITIM DAN SIFAT SUKA MENGEMBARA.Tidak
lebih tidak kurang.
Bangsa Melayu (The House of Jawi) terdiri daripada pelbagai sukukaum dan etnik.Kata 'Melayu' itu sendiri
mengandung makna yang mendalam.Ia adalah nama lain bagi Bani Jawi yang 'homeland' nya di Nusantara
(Asia Tenggara dan Pasifik Barat).Hari ini ada sesetengah orang yang keliru dengan istilah 'Melayu'
ini,terutamanya di Indonesia.Ini terjadi kerana hanya Inggeris sahaja yang mengenal bangsa Nusantara ini
sebagai Melayu,manakala orang Belanda masih kabur dengan penduduk di tanah jajahannya.Hasilnya ada
orang yang menganggap 'Melayu' itu sukukaum sahaja dan merujuk kepada sukukaum Melayu ini kepada
orang Melayu di Malaysia.Jadi apabila ada kaum-kaum yang seiras dengan ciri-ciri Melayu Malaysia,maka
dikatakan ia adalah sukukaum Melayu di antara kaum-kaum di Indonesia.Ini juga membawa erti bahawa
Malaysia adalah 'homeland' sukukaum Melayu ini.Ini adalah salah sama sekali kerana jika mahu 'fight' di
dalam kronologi sejarah sekalipun bersandarkan kepada Teori Sukukaum Melayu' maka seluruh Indonesia
itu adalah hak Malaysia (jika mereka mengatakan Melayu itu Malaysia,Malaysia itu Melayu) kerana Empayar
Melayu Srivijaya pernah menakluk seluruh Nusantara.Pusat pemerintahan empayar ini terdapat di
Kelantan,Kedah Tua,Sumatera (Palembang,Jambi) dan Jawa.Ini adalah empayar bangsa Nusantara yang
universal.Orang-orang Jawa,Sunda,Mendailing,Minang dan seumpamanya bila bercampur dengan 'Melayu'
ini akan menjadi Melayu walaupun mereka masih berbahasa loghat masing-masing.Anak-anak mereka akan
memanggil diri mereka sebagai ORANG MELAYU dan seterusnya menyebutkan keturunan
mereka,misalnya,"Saya orang Melayu berketurunan Banjar,saya orang Melayu keturunan Pakistan dan
Jawa,saya orang Melayu keturunan Bugis"...dan seterusnya.Uniknya,tiada siapa pun yang memaksa
mereka menjadi 'Melayu'.Ini bukan kes Raja Thai mahu 'menThaikan' orang Melayu,Cina dan India,ini bukan
dasar penghapusan etnik atau seumpamanya...tetapi INI ADALAH LUMRAH SEMULAJADI BANI
JAWI.Mereka menjadi Melayu kerana memang mereka adalah Melayu.
Ada juga pihak yang 'terlebih pandai' mengatakan Melayu itu adalah nama bahasa bukan
bangsa.Bagaimana orang Nusantara boleh terlampau bijak boleh mencipta satu bahasa yang mempunyai
nama lain dari nama bangsa yang menuturkannya.Nama Melayu bukan hanya ditemukan pada istilah
'BAHASA MELAYU' tetapi dijumpai pada perkara-perkara yang lain.Nama MELAYU itu dijadikan nama
sungai,nama kerajaan dan wilayah,malah seluruh nusantara ini dinamakan Malayadvipa di dalam antara
karya sastera paling agung dan dihormati di India iaitu Ramayana!Malayadvipa bermaksud'PULAU-PULAU
249
MELAYU'.Bahasa Melayu bukan seperti bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa saduran dari bahasa
Avestan dan buktinya kini bahasa itu semakin mengalami kepupusan.Bahasa Sanskrit dibawa oleh puak
Aryan ke Benua India sekaligus dengan ajaran-ajaran Veda.Jadi Sanskrit adalah bahasa bagi ajaran Veda
sebagaimana Arab adalah bahasa bagi mengungkapkan ajaran Islam.Namun Sanskrit bukan bahasa asal
Benua India.Ia adalah bahasa puak Aryan dari Asia Tengah.Ini berlainan pula dengan bahasa
Melayu.BAHASA MELAYU ADALAH INDUK BAGI SEMUA LOGHAT ETNIK-ETNIK NUSANTARA.Sebab
itu Bahasa Melayu dijadikan antara isi dalam Sumpah Pemuda ketika pembinaan negara Indonesia.
Bayangkan seluruh pemimpin di Indonesia tidak kira Jawa,Sunda,Aceh dan lain-lain bersetuju
menjadikan BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN SELURUH INDONESIA!Bukan bahasa
Jawa,bukan bahasa Sunda,bukan bahasa Aceh apatah lagi bahasa Siam Ayutthaya.
Rumpun Melayu di Indonesia boleh berkokok dengan 'bangsa Indonesia' mereka yang merupakan khayalan
Belanda yang menyangka rumpun Melayu di pulau-pulau Indonesia adalah bangsa Keindiaan (prefix Indo-
adalah bermaksud India atau ciri-cirinya) namun anehnya apabila mengharap sesuap nasi di Malaysia dan
seterusnya pasrah menetap di Malaysia,lama-kelamaan mereka ini mula mengaku Melayu,dan anak-anak
mereka yang sudah mendapat kad pengenalan biru dan bersekolah di sini menganggap diri mereka adalah
Melayu BUKAN BANGSA KHAYALAN BERNAMA INDO-NESIA.
Selagi lagi,tiada siapa yang menekan mereka supaya mengaku Melayu.Kerajaan Malaysia tidak memaksa
rumpun Nusantara dari Indonesia ini menjadi Melayu di Malaysia.Mereka tidak diseksa,diperangi,dipenjara
atau didiskriminasi untuk menjadikan mereka sebagai Melayu.Nama mereka yang asalnya keJawaan atau
keSundaan atau keMinangan tidak pula dipaksa untuk diMelayukan.TETAPI MEREKA MENJADI MELAYU
SECARA MISTIK DAN TANPA DISEDARI DI BUMI SEMENANJUNG EMAS INI!
Apabila anak-anak mereka membesar di kalangan orang Melayu di sini tiba-tiba menjadi lebih Melayu dari
dirinya dan mendapati budaya dan bahasa orang Melayu di sini punya persamaan yang erat dengan budaya
mereka,saudara-saudara kita dari Indonesia ini seolah-olah tersedar dari mimpi yang sekian lama direka
oleh penjajah Belanda dan ketika itu barulah mereka sedar bahawa 'Indonesia' hanyalah sekadar nama
negara sahaja namun merekalah bangsa Melayu Nusantara yang berpijak di Timur Jauh!
Dan inilah yang membezakan antara bumiputra dengan kaum-kaum bukan bumiputra seperti Cina dan
India.Ini kerana etnik-etnik Melayu ini walau di mana sahaja APABILA BERPIJAK DI 'TANDUK
SEMENANJUNG EMAS' akan kembali kepada asal-usul mereka sebagai MELAYU.Aneh bukan?
Mereka akan mengamalkan adat Melayu,berbahasa Melayu (disamping loghat kaum masing-masing) dan
beragama Islam.Ini berbeza dengan kaum Cina dan India yang masih berdegil dengan budaya masing-
masing malah apabila diberi peluang memerintah mahu pula menghapuskan warisan Melayu secara gelojoh
(seperti DAP).Pemimpin mereka berkokok bertanyakan mengapa setelah lebih 50 tahun merdeka,mereka
masih tidak mendapat status bumiputra.Bagaimanakah orang-orang Melayu mahu memberi status
bumiputra kepada mereka PADAHAL SIKAP DAN MENTALITI MEREKA SEPERTI PENJAJAH YANG
MAHU MENJARAH BUMI DAN WARISAN ORANG-ORANG BUMIPUTRA?Contohilah kaum Baba dan
Nyonya yang pandai berasimilasi dengan budaya orang-orang Melayu tanpa meninggalkan 'kecinaan'
mereka.Ini tidak,masih berdegil mahu membawa budaya Komunis ala Chin Peng dan Mao Ze Dong walau
sudah lama menghirup udara Malaysia.Setiap hari dihabiskan untuk berfikir apakah lagi isu sensitif yang
boleh dibangkitkan bagi menyakitkan hati orang-orang Melayu.
Pemimpin mereka berkokok sehingga habis suara,mengapa orang-orang seperti Khir Toyo (keturunan
Jawa),Najib (perdana menteri Malaysia,berketurunan Bugis) dan seumpamanya boleh diiktiraf sebagai
bumiputra padahal ada keturunan mereka yang baru sahaja berhijrah ke Tanah Melayu.INI ADALAH
SOALAN BODOH BERSIFAT RASIS-KOMUNIS YANG KURANG BERPELAJARAN.Orang Melayu adalah
salah satu komposisi Bumiputra termasuk Orang Asli dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.Orang Melayu
terdiri daripada pelbagai etnik dengan berbagai-bagai pula loghat daerah,yang ini jika dikaji dalam aspek
linguistik adalah dalam kelompok Malayo-Polynesia.Ini berbeza dengan orang-orang Cina yang terkelompok
dalam kelompok Sino-Tibetan.Sebelum era penjajahan,penduduk Nusantara bebas ke sana ke mari sama
ada di tanah semenanjung mahupun pulau-pulau Melayu (Indonesia).Orang Kedah membuat penempatan di
Sumatera,orang Jawa membuka kampung di Selangor.Orang Bugis membina hidup baru di Johor,orang
Patani dan Champa berhijrah ke Aceh dan Borneo...ini adalah lumrah dalam Alam Melayu
Nusantara.Nusantara adalah 'negara' mereka.Tanah tumpah darah mereka.Siapa sahaja diantara etnik-etnik
Melayu ini yang naik memerintah sama ada Tunku Abdul Rahman (keturunan Melayu Siam),Tun Abdul
Razak (keturunan Melayu Bugis),Tun Hussein Onn (keturunan Johor-Turki),Tun Mahathir Mohamad
250