Coming soon...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XV
The Federation of Maritime Powers & Seaports Chapter II
-Prasasti-prasasti Melayu Kuno
-Kelas pemerintahan
-Hegemoni perdagangan
-Prestij Kebudayaan
-Rahsia dari kitab Parsi Kuno
-Perenggan-perenggan penuh misteri dari riwayat Pali Kuno
-Datu-datu Melayu di Filipina
-Perayaan nenek moyang Melayu di Filipina
-Laguna Copperplate
-Pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya
-Pembina kapal-kapal
-Dari Ryukyu hingga ke Mediteranean
-Rekod-rekod dari China
-"Persekutuan Kuasa-kuasa Maritim"
-Maharaja Pelabuhan
-Prasasti Tanjore
-Pertemuan dengan Umar Abdul Aziz
Apakah sambungan kisah empayar maritim teragung ini?Nantikan seterusnya di MistisFiles!
301
Alter Terahsia Bangsa Melayu XV
Seorang pemuda menunggang kuda dengan pantas menuju ke arah sebuah rumah sederhana besar.Dia
memperlahankan kudanya dan menyapa sekumpulan lelaki yang duduk-duduk di tepi tembok.
"Tuan Wazir ada?"
"Ya,dia ada di dalam,dia sedang berbual-bual dengan para pedagang dari Antakiah," ujar seorang lelaki
sambil mengusap-ngusap janggutnya.
Pemuda itu terjun dari kudanya dan menuju ke arah sebuah balai.Sekumpulan lelaki sedang berbual-bual
santai.Pemuda itu mengecam seorang lelaki yang agak berusia dan berwibawa dari kumpulan lelaki yang
berpakaian pedagang kafilah.
"Assalamualaikum tuan!Moga Allah merahmati anda!" laung pemuda itu.
Lelaki yang digelar Tuan Wazir itu menjawab salam pemuda itu dengan wajah ceria.Dia mempersilakan
pemuda itu menyertai halaqah mereka."Apakah berita yang anda bawa?"
Pemuda itu membetulkan jubah hitamnya seraya berkata,"Saya membawakan satu surat penting yang
diperolehi dari pelabuhan Yaman.Ia ditulis oleh seorang raja besar dari dunia sebelah timur,Zabag yang
menakjubkan..."
Air muka Tuan Wazir kelihatan berubah."Maharaja Zabag.Raja yang memiliki emas dan wangi-wangian.Dia
pernah menghantar surat kepada Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz.Apa katanya?"
"Sang raja meminta kita menghantar lebih ramai orang untuk mengajarkannya tentang agama Islam dan
undang-undang Islam.Selain itu,raja telah mengirim hadiah-hadiah ajaib dari dunia Timur sebagai tanda
persahabatan," tutur pemuda itu bersungguh-sungguh.
"Cepat,beritahu berita ini pada Amirul Mukminin!Arahkan semua pemberian Maharaja Zabag dihantar ke
kediaman khalifah!" gesa Tuan Wazir kepada pemuda itu.
302
Seorang pemuda dari kelompok pedagang Antakiah memerhatikan semua yang berlaku dengan
serius.Matanya kelihatan merenung tajam ketika pemuda berjubah hitam itu menuturkan kata-katanya
kepada Tuan Wazir.Ketika rombongan pedagang itu pulang ke Antakiah,pemuda itu segera mendapatkan
seekor kuda dan bergegas pantas menuju ke Damsyik.
Dia sampai ke sebuah biara usang.Dia pun memanggil-manggil nama seseorang.Namun kesunyian terus
menggigit.Hari semakin senja.Pemuda itu merasa tidak sabar lalu menolak pintu reput dihadapannya."Kau
ada bawa sesuatu?"
Pemuda Antakiah itu menoleh terkejut,"Pastor,saya ada bawa khabar penting untuk tuan."
Dia itu pun menceritakan apa yang didengarnya dari pemuda berjubah hitam.Pastor tua mendengar dengan
teliti.Kemudian dia membawakan satu lukisan kuno;seorang raja dikelilingi beberapa orang lelaki.
"Itu adalah Prester John.Gelarannya Rex Regnum.Dia adalah maharaja bagi hujung dunia.Dia memiliki
kekayaan emas yang banyak dan menguasai lautan.Dia memiliki segala macam wangi-wangian dan rempah
yang tidak ternilai harganya.Surat kepada orang-orang Muslim itu adalah sekian banyak surat yang turut
dihantarnya kepada Paus dan Maharaja Rom"
"Prester John?" Pemuda itu berbisik dengan mata bersinar-sinar.
"Dia pernah menghantar surat semacam itu kepada Manuel,Kaisar Baizantin dan Alexander,sang Paus,"
Pastor itu mendekati pemuda Antakiah lalu meletakkan tangan kanannya ke bahu pemuda itu.
"Ini adalah misi suci kamu.Beritahu kepada ketua Paderi Jerusalem,supaya mereka boleh menghantarkan
berita ini kepada raja-raja Salib.Suruh mereka cepat-cepat membina kapal-kapal dan cari di manakah dia
kerajaan Prester John!"
Pemuda Antakiah merasa hairan."Mengapa kita mesti mencari Prester John?Mengapa dia begitu penting?"
Pastor itu tersenyum,"Kamu tahu siapakah Prester John dan kerajaan Hujung Dunia?"
Pemuda Antakiah terdiam.
Pastor itu menyambung,"Prester John telah menakluk semua kuasa-kuasa laut di sekelilingnya dan
menghantar beribu-ribu kapal untuk memiliki berpuluh-puluh pelabuhan terbaik di seluruh Timur
Jauh.Prester John memiliki kekayaan dan rempah yang teramat banyak.Jika kita dapat berhubung
dengannya,kita akan mampu mengalahkan agama Muhammad dan menegakkan salib di atas Holy
Spulcher!
Pemuda Antakiah itu terketar-ketar,"Er..er...siapa...Prester John?"
"Rex Regnum seluruh lautan dan pelabuhan-pelabuhan!!"
303
THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS ( bahagian kedua )
"...his name is Jayaviravarman.He is an emerald from sky,ascending the throne of The Kings of Mala.His
name full of prosperity,from the blessed bloodline of the emperor of the sea,the great court of Srivijaya..."
(notes for Inscription of Prasat Trapan Run,Cambodia)
Sejarah Srivijaya merupakan sejarah universal eksklusif Asia Tenggara.Semua sejarah klasik negara-negara
Asia Tenggara pasti akan menyebutkan hubungan mereka dengan Srivijaya.Tanyalah petitih-petitih kuno
Khmer dan Thai.Rujuk sejarah Indonesia.Semak sejarah Malaysia.Telusuri sejarah Champa dan
Vietnam.Jelajah sejarah Brunei dan Filipina.Anda akan melihat jangkauan tangan sang maharaja Sriwijaya.
Prasasti Kedukan Bukit yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Kuno bertarikh 683 Masehi
mengungkapkan kejayaan Sriwijaya dalam salah satu operasi ketenteraannya.Ramai orang terkeliru bahawa
sekitar empayar ini bermula pada abad ke-7 Masehi (Prasasti Kedukan Bukit ditulis pada abad ke-5
Masehi).Sebenarnya abad ke-7 Masehi adalah masa-masa kegemilangan Sriwijaya.Malahan jika kita lihat
catatan I-Tsing,seorang pengembara dan sami Buddha dari China:
"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku
bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."
Ini adalah catatan I-Tsing bertarikh 671 Masehi.Ketika itu,Sriwijaya adalah pusat pengajian bahasa Sanskrit
dan agama Buddha.Dan lihat tahun Prasasti Kedukan Bukit.Selepas 12 tahun dari tarikh I-Tsing melawat
empayar Melayu itu,Sriwijaya melancarkan serangan ke Minanga untuk memperluaskan kuasanya!
Sebagaimana yang diketahui umum,nama Sriwijaya telah tersebar ke pengetahuan dunia setelah penemuan
oleh Goerge Coedes,pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis,yang menyedari bahawa sebutan
Sanfotsi,satu kerajaan besar yang selalu berhubung dengan Imperial China adalah kerajaan yang sama
dengan Sribhoja,nama yang dikenali oleh pedagang Arab dan India.Salah satu kerumitan untuk mengesan
kerajaan ini adalah KEPELBAGAIAN namanya mengikut lidah catatan-catatan orang luar.Malah pedagang
Arab juga memanggil Sriwijaya sebagai Zabag,dan Zabag adalah nama kuno bagi Sribhoja.Orang China
memanggilnya sebagai Sanfotsi atau San Fo Qi.
Gabried Ferrand mengatakan bahawa kerajaan Sriwijaya telah wujud sejak tahun 392 Masehi.Pandangan
tersebut berdasarkan sumber orang Cina yang mendakwa bahawa Negara She-Yeh (Cho-Ye) bererti Jaya
atau Wijaya atau Sriwijaya.Kemudian, I-Tsing menyebutkan Sriwijaya sebagai Shih-Li-Fo-Shih.Dalam
304
bahasa Arab, yang berbeza dengan sumber orang Cina,Sriwijaya disebut sebagai Syarbazah (satu lagi
nama lain selain Zabag).
Pada riwayat yang lain,orang China juga memanggilnya sebagai 'Kunlun' (The Great Kunlun).Dalam tradisi
Khmer,kerajaan ini dikenali sebagai Malayu dan garis keturunan kerajaan ini digelar 'Maulimalaraja' (The
Kings of Mala).Dalam riwayat Pali (Pali adalah bahasa perantaraan agama Buddha;bahasa orang
kebanyakan,berbanding Sanskrit,bahasa tinggi kaum Elit Hindu),terutama dalam sejarah Sri Lanka,orang
Sinhala memanggil kerajaan ini sebagai Jawaka dan rajanya sebagai 'Raja Jawaka' (King of
Javaka).Jawaka adalah nama kuno bagi Sriwijaya merupakan nama satu empayar purba orang-orang
Melayu yang berpusat di Indochina,juga sebuah empayar maritim (predesessor of Sriwijaya) yang pernah
berdagang dengan kerajaan-kerajaan kuno India dan pengaruhnya pernah menjangkau seluruh Sri
Lanka.Sebab itu dalam sesetengah riwayat Tamil dan Sri Lanka menyebutkan bahawa Srivijaya pernah
memiliki Sri Lanka.
Pecahan dari Empayar Jawaka ini adalah Langkasuka,Funan dan Champa,dan empayar ini juga pernah
memegang Kepulauan Filipina dan Borneo.
Dalam teks La Galigo (manuskrip panjang Bugis),Sriwijaya dinyatakan sebagai Senriwijaya,dalam teks
ini,kononnya Raja Syurga bermesyuarat dahulu dengan Senriwijaya untuk melantik raja Luwu yang
pertama.Luwu adalah kerajaan Bugis yang pertama sekali.Ini menunjukkan bahawa kerajaan Luwu punya
hubungan dengan Empayar Sriwijaya dan dibawah pengaruh Melayu.
Selain kepelbagaian nama,empayar ini juga digelar berdasarkan nama raja.Riwayat China yang
menyebutkan nama 'Kunlun' (Kunlun adalah nama China bagi Empayar Jawaka) sebenarnya menyebutkan
nama seorang Raja Melayu bernama 'Ku Long'.Ini dibuktikan dalam catatan Tong-tien:
305
Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,
"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-
Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika
disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long'
adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"
Terdapat satu rahsia di sini.Raja-raja Melayu dahulukala mempunyai dua nama rasmi.Satu nama yang
diambil dari kata Sanskrit,dan satu nama timangan tempatan (nama Melayu).Nama Sanskrit digunakan pada
urusan rasmi dan dipahat pada prasasti.Nama Melayu digunakan dikalangan rakyat jelata.Nama raja-raja
Melayu zaman Funan dicatatkan oleh pencatat China adakalanya adalah nama Melayu.Contohnya Fan Shi
Man adalah 'corruption' bagi 'Panglima'.Fan Shih Man adalah seorang raja agung Funan.Ku Long,seorang
raja Funan yang tercatat dalam teks Tong-tien adalah nama biasa bagi orang Melayu,pada hari ini masih
ada di negeri Kelantan.Sebab itu untuk menjejak sejarah Melayu yang hilang di Indochina,kita mesti
menghayati sejarah Kelantan dan Kedah.Gelaran 'Ku' adalah satu gelaran yang amat purba,tercatat sebagai
'Yang Pu Ku Vijaya Sri' dalam sejarah Champa sekitar tahun 999 Masehi.Jika terdapat gelaran 'Ku' pada raja
Funan dan Champa,ini membuktikan orang Melayu pada zaman purba adalah 'ruling class' di Indochina.
Nama-nama pangkal seperti Ku,Nik,Wan,Tuan dan sebagainya mempunyai makna yang tersendiri dalam
sejarah bangsa Melayu yang penuh misteri.Salah satu pangkal nama dalam budaya Melayu yang hilang
ialah 'Pau'.Dalam Sulalatus Salatin ada dinyatakan gelaran diraja Champa yang memakai pangkal nama
'Pau'.Sebagaimana 'Ku','Pau' juga punya status tersendiri.Dalam Sulalatus Salatin:
"Hatta berapa lamanya Pau Gama pun. matilah. Maka Raja Jakanaklah menggantikan ayahanda
baginda; baginda beristerikan seorang puteri, Pau Ji Yan Bi namanya; beranak seorang lelaki, Pau
Kubah namanya. Setelah Pau Kubah besar, maka Raja Jakanak pun matilah, maka Pau Kubahlah
kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Baginda beristerikan anak raja Lakiu, Pau Cin namanya.
Maka baginda beranak beberapa orang lelaki dan perempuan. Ada seorang anak baginda
perempuan, terlalu baik parasnya; maka dipinang oleh raja Kuci, tiada diberi oleh Pau Kubah, lalu
diserang oleh Pau Kuci. Maka berperanglah orang Kuci dengan orang Cempa, terlalu ramai; tiada
beralahan."
(A-207,A. Samad Ahmad)
306
Para sejarahwan Tamil yang mengesan hubungan dagang antara pedagang India dan satu empayar maritim
sejauh 300 tahun sebelum Masehi telah tersilap menyangka bahawa empayar misteri yang berhubung
dengan mereka adalah Sriwijaya.Sebenarnya ia adalah empayar Jawaka yang diperintah oleh dinasti
Sailendra Kuno.Dinasti Sailendra mempunyai pengetahuan luas dalam teknologi saliran dan
pertanian.Nama 'Jawaka' ini kadangkala disebut sebagai 'Savaka' mengikut sesetengah riwayat India-Sri
Lanka.Dinasti ini adalah salah satu dinasti Melayu yang terkenal dalam sejarah Indochina.Kemudian,lama
kelamaan satu dinasti baru muncul,menguasai Indochina dan mempengaruhi kerajaan-kerajaan Mon dan
Chenla di sekelilingnya.Dinasti Melayu ini memiliki kemahiran maritim yang tinggi dan bijak menentukan
tempat-tempat strategik untuk menubuhkan pelabuhan.Dinasti ini kemudiannya menguasai
Langkasuka,sebuah empayar kecil di Segenting Kra yang terbentuk hasil perpecahan Empayar Jawaka
(bahagian utara dikuasai oleh Chenla dan negarakota-negarakota Mon).
Dari sini dinasti ini menubuhkan pusat pemerintahan di Medang Ghana (terletak di Kelantan sekarang) dan
bekas wilayah Empayar Jawaka di Jawakoti.Seorang maharaja dinasti ini,Dapunta Hiyang Jayanasa telah
berjaya menakluk Sumatera dan bermulalah penguasaan dinasti paling berprestij ini;dinasti Sriwijaya.
Persekutuan Kuasa-kuasa Laut dan Pelabuhan
Sebelum Dapunta Hiyang menakluk Minanga,sebagaimana yang terpahat pada Prasasti Kedukan
Bukit,terdapat beberapa maharaja Sriwijaya yang memerintah pada era semenanjung.Seorang maharaja
Sriwijaya yang bijak telah memikirkan untuk menakluk Sumatera dan semenanjung,bagi menguasai Selat
Melaka.Kemudian,beliau merancang membina atau menakluk pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pesisir
pantai Sumatera dan semenanjung.Pada masa dahulu,perdagangan maritim di Asia Tenggara tertumpu di
Laut Champa dan pesisir pantai Segenting Kra.Panduranga,salah satu pelabuhan paling penting sebelum
era Sriwijaya dan juga pelabuhan Oc Eo,milik Funan yang menjalankan perdagangan sejauh empayar
Rom.Dari tengah Indochina ke Segenting Kra,menganjur ke semenanjung,bertaburan negarakota-
negarakota Melayu (Malay city-states).Langkasuka adalah kerajaan penting sebagai 'federation' baru
mencantumkan semua negarakota-negarakota Melayu Segenting Kra setelah perpecahan Empayar
Jawaka,mendesak sebahagian keturunan dinasti Sailendra berpindah ke Jawa.
"On the narrow isthmus to the southwest of Funan, Malay citystates controlled the portage routes
that were traversed by traders and travelers journeying between India and Indochina. By the tenth
century A.D. the strongest of them, Tambralinga (present-day Nakhon Si Thammarat), had gained
control of all routes across the isthmus"
(Area Handbook of the US Library of Congress)
Negarakota Melayu ini adalah misteri terbesar.Dalam riwayat Sukothai juga legenda raja-raja
Lao,menyebutkan bahawa raja-raja Melayu ini memang telah wujud sejak zaman berzaman.Ketika migrasi
etnik Lao dan Tai ke Indochina,mereka telah menemui negarakota-negarakota Melayu ini sedia
ada,bersama-sama etnik-etnik lain seperti Mon dan Chenla (Khmer Kuno).
Contohnya di negeri Perak kini terdapat tiga negarakota Melayu pada zaman purba;Gangga Negara,Beruas
dan Manjung.Gangga Negara diperintah oleh raja-raja Melayu-Kambuja dan garis keturunan mereka
digelar,Sri Kambu,yang juga muncul dalam pelbagai prasasti dan riwayat kuno Khmer.Beruas dan
Manjung,pula adalah diperintah oleh Melayu semenanjung dan terletak ke darat,berbanding Gangga Negara
yang memiliki pelabuhan.Selepas kejatuhan Gangga Negara,Beruas dan Manjung bersaing sesama sendiri
meluaskan penguasaan.Di sepanjang sungai Perak,terdapat terminal-terminal perdagangan dan
pemunggahan barangan dari pelabuhan utama Gangga Negara di muara.Kekayaan dari perdagangan laut
menyebabkan raja Gangga Nagara mampu membuat istanakota yang dikelilingi parit dan raja Beruas
mampu membina istana kulit kerang.
307
Di utaranya ialah peradaban Lembah Bujang dengan pelabuhan Kataha yang masyhur sejak era Jawaka/
Zabag.Selepas perpecahan empayar Jawaka,maharaja Sriwijaya sememangnya mengintai peluang untuk
menakluk kota pelabuhan ini yang ketika itu sempat membebaskan diri dari Langkasuka.Juga pelabuhan
Sungai Mas dan kerajaan Kedah Tua yang menjangkau Burma.Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja Melayu
sebagai 'supreme ruling class' dan orang bawahannya yang bercampur antara suku-suku Melayu Segenting
Kra dan orang Mon.Binaan di Sungai Batu bertarikh 110 Sebelum Masehi adalah binaan manusia paling
tertua di Asia Tenggara,mengatasi apa jua peradaban terkenal di sini seperti Angkor,Dvaravati malah
Srivijaya sendiri.Ini adalah sisa tinggalan kerajaan Kedah Tua yang bernaung di bawah Empayar Jawaka
atau Zabag dalam sebutan pedagang Arab.Ke utara lagi adalah pelabuhan-pelabuhan kecil milik 'Malay city-
states' yang telah wujud sejak berabad-abad lamanya di sepanjang Segenting Kra sehingga ke Dvaravati
(Thailand tengah).Ketika era Langkasuka,empayar ini mempunyai pelabuhan Kataha,Patani dan Nagara Sri
Dharmaraja,dan ketiga-tiga pelabuhan ini adalah pusat perdagangan maritim utama.Selepas dinasti
Sriwijaya berpindah ke Palembang dari Kelantan (Chih-Tu),maharaja Sriwijaya juga memantau
perkembangan Langkasuka dan apabila empayar ini berpecah kepada Patani dan Sri Dharmaraja (Ligor)
serta wilayah-wilayah terpisah di Kelantan dan Perak sekarang,maharaja meluaskan pengaruhnya dengan
menyerang Kataha dan merampasnya dari Kedah Tua.Kemudian menguasai Segenting Kra sehingga ke
Chaiya.Maharaja Sriwijaya juga menempatkan kerabat keturunannya di dalam istana Sri Dharmaraja.
Dari Medang Ghana (Kelantan),maharaja menyerang Jawa dan menundukkan kerajaan-kerajaan kecil
termasuk dinasti Melayu Sailendra yang berpindah dari Indochina sejak awal lagi.Maharaja tidak
menghapuskan dinasti Sailendra,malah menjalinkan ikatan keluarga melalui perkahwinan diraja,tambahan
lagi salah seorang maharaja Sriwijaya mempunyai darah dinasti Soma yang memerintah Funan suatu ketika
dahulu (Dharmasetu berdarah dinasti Melayu Soma).Kemudian maharaja menguatkan cengkamannya di
Sumatera serta menguatkan ibukotanya di Palembang.Namun satu lagi tujuannya belum tertunai iaitu bekas
wilayah Jawaka paling makmur;Kerajaan Melayu yang bertempat di Jambi yang juga adalah kerajaan
kembar dengan kerajaan Melayu di Segenting Kra.Berasal dari dinasti Matahari (Suryawangsa),mereka
adalah keturunan diraja Melayu antara yang tertua dan moyang mereka memiliki reputasi beribu-ribu tahun
308
dalam menjalankan perdagangan emas dengan empayar Parsi,raja-raja Babilon dan Israel Raya (di bawah
pemerintahan Sulaiman dan Daud a.s).
Kerajaan ini menamakan pemerintahan mereka sebagai 'Malayu' bersempena raja-raja dinasti Mala yang
punya prestij di Indochina sehingga ke Temasek menjangkau Borni (Borneo) sehingga ke Kepulauan Visaya
(Filipina) dan 'suffix' -yu adalah pengiktirafan dari empayar Parsi berasal dari bahasa Assyria ketika orang-
orang Mala purba menjalankan perdagangan dengan mereka melalui jaringan maritim Phoenicia.
Maharaja menghantar beratus-ratus kapal dan beribu-ribu tentera berjalan kaki ke arah ibukota Melayu.Jika
kerajaan Melayu di Segenting Kra mampu ditundukkan,sudah tentu saudara mereka di Sumatera juga
boleh.Maharaja akan membuktikan bahawa dinasti Sriwijaya adalah benar-benar pewaris kepada 'The Kings
of Mala' (maulimalaraja) yang menjadi naungan kepada semua ras Melayu di dunia.Pewaris kepada Raja
Perahu dan Permaisuri Hati.Pewaris kepada raja-raja Jawaka dan empayarnya.Mengatasi dinasti-dinasti
Melayu yang lain seperti Mahawangsa,Pathomwangsa,Somawangsa dan Sailendra.
Marjaya Sriwijaya!
Marjaya Sriwijaya!
Raja kerajaan Melayu melawan namun ditenangkan oleh jeneral Sriwijaya.Mengingatkan bahawa dinasti
Matahari dan dinasti Sriwijaya adalah saudara sebangsa,pertumpahan darah mampu dielakkan.Maharaja
membaiki kembali tembok kota dan pelabuhan serta melantik semula raja Melayu sebagai pemerintah
pelabuhan yang terletak di Sungai Batang Hari (Sungai ini mengambil nama sempena seorang raja purba
yang memulakan dinasti Suryawangsa),taktik yang sama digunakan oleh maharaja ke atas pelabuhan
Kataha.
Penawanan kerajaan Melayu mengukuhkan kegemilangan Srivijaya.Perdagangan emas dan kemenyan di
dalam genggaman.Pulau Jawa dalam kawalan saudara mereka;dinasti Sailendra.Sriwijaya mengalih
perhatian ke Borneo,satu lagi pusat kuasa bangsa Melayu yang terkuat,di bawah kekuasaan dinasti
Parahu.Jika di Indochina,raja-raja Melayu mengawal puak-puak Pyu,Mon,Chenla dan Yue (etnik-etnik
selatan China seperti Tai dan Hmong),di Sumatera dan Jawa dengan pelbagai etnik bukit termasuk Batak,di
Borneo pula,raja Melayu memerintah puak-puak Dayak,Bugis,Bajau,Suluk (Tausug) dan pelbagai lagi etnik-
etnik Austronesia Borneo.
Sriwijaya mahu menawan dinasti Parahu!
Maharaja mahu menjadikan Sriwijaya sebagai penakluk segala dinasti Mala!
Jika maharaja mampu menundukkan dinasti Parahu,maka seluruh Borneo dan Kepulauan Visaya adalah di
bawah hegemoni dinasti Sriwijaya.Perdagangan rempah adalah di bawah telunjuk Sriwijaya.Sriwijaya
menjadi 'ruling class' bagi seluruh dinasti-dinasti Melayu.Ibukota kerajaan dinasti Parahu terletak di Puni
(Brunei sekarang).Maharaja menghantar beratus-ratus kapal ke Puni untuk menundukkan raja dinasti
Parahu,satu dinasti Melayu yang amat dihormati dan disegani oleh seluruh kaum-kaum Asia Tenggara
termasuk para pedagang China.
Seperti yang dijangka,Raja Puni menyerah kalah tanpa apa-apa perlawanan.Puni dijadikan pelabuhan
naungan untuk mengawal perdagangan rempah dan hasilbumi Borneo dan Visaya (Filipina).Sebelum itu
maharaja mengarahkan raja Puni menundukkan lanun-lanun di Sulawesi dan Sulu yang mengganggu
perdagangan penting Sriwijaya.Selepas menundukkan lanun-lanun,maharaja tidak menghukum mereka
secara drastik,tetapi menjadikan lanun-lanun itu supaya bekerja dengan orang-orang Melayu.Hasilnya,setiap
jeneral-jeneral laut Sriwijaya (mendekati jawatan Laksamana ketika Kesultanan Melaka) memiliki tentera-
tentera sendiri dari kalangan Orang Laut,Bajau,Bugis,Sulu dan puak-puak Visaya.
309
Maharaja menempatkan ramai Senapati dan Bupati Sriwijaya di setiap wilayah kuasa-kuasa laut dan ramai
datu-datu untuk mengawal pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya.Maharaja pun membuka laluan perdagangan laut
antara India dan China,dan bangsa Melayu sekali lagi menjadi pengurus kepada jaringan perdagangan
maritim antara yang tersibuk di dunia.
Semua kuasa-kuasa laut dan pelabuhan-pelabuhan entreport seluruh Nusantara tunduk kepada kekuasaan
dinasti Sriwijaya;dinasti dari Bukit Si Guntang Mahameru.Senapati-senapati Chenla dan Mon tunduk kepada
maharaja Melayu Sriwijaya.Bupati-bupati Jawa dan Sumatera tunduk kepada pemerintah Melayu
Sriwijaya.Datu-datu Borneo dan Visaya tunduk kepada Emperor Sriwijaya.
Kemudian maharaja mengabadikan kejayaan ini ke dalam prasasti,dalam bahasa Melayu Kuno:
"...Laghu mudik datang marwuat manua
Shriwijaya jayasiddhayatra subhiksa..."
(Belayar mudik datang membuat benua
Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur)
310
Betapa megahnya kata-kata ini,dituliskan dalam bahasa Melayu Kuno yang menjadi lingua franca Asia
Tenggara ketika itu.Sehinggakan sami-sami China terpaksa mempelajari bahasa Melayu sebelum belajar
bahasa Sanskrit dari para pendeta-pendeta Melayu Sriwijaya.Catatan tentang I-Tsing,sami China yang
belajar tatabahasa Melayu:
"...berlayar dengan menumpang perahu orang Parsi dari Guangzhou,Yi Jing (I-Tsing) tiba di Sriwijaya
(Palembang,Sumatera) selepas 22 hari, di mana dia menghabiskan 6 bulan berikutnya belajar tatabahasa
Sanskrit dan Malayu. Dia meneruskan untuk merakam lawatan ke negara-negara Malayu dan Kiteh (Kedah),
dan pada tahun 673 selepas sepuluh hari perjalanan tambahan mencapai 'kerajaan orang-orang yang
telanjang' (selatan barat Shu). Yi Jing mencatat kesan tentang 'masyarakat Kunlun',iaitu kata Cina kuno bagi
masyarakat Melayu."Orang Kunlun mempunyai rambut keriting, badan gelap,kaki tidak beralas dan memakai
sarung."
Bukti dari Yi Jing ini tidak menyebutkan nama bahasa lain sebagai contoh,'Tausug' atau 'Siam',tetapi
'Malayu',menunjukkan disamping Sanskrit sebagai bahasa agama,bahasa Melayu adalah satu bahasa yang
wajib dipelajari di seluruh emperium Sriwijaya.Maharaja menggunakan bahasa Melayu,bukan Tausug atau
Siam (sebagai contoh) kerana beliau berbangsa Melayu!Jelaslah bahawa orang Melayu dan sejarahnya
mampu dibuktikan secara konkrit bukan secara hikayat atau dongengan.Terima kasih kepada para
pengembara China yang rajin mencatat sejarah Melayu pada zaman dahulu.
Keterangan tentang rupa paras 'orang Kunlun' adalah merujuk kepada masyarakat Melayu di Indochina dan
Segenting Kra,di mana catatan yang sama juga diceritakan dari penulis berlainan.Dalam History of Sui
Dinasty:
"...the people of Linyi (Champa) possessed dark skin and curly hair, and that after first Sui Emperor
Yangdi conquered Southern Chen Dynasty in AD 589, Linyi sent in tributes. Linyi stopped tributes till
Sui armies, led by General Liu Fang, attacked them in AD 604. (Sui Emperor, in addition to attacking
Linyi, had invaded Ryukyu.) According to "History of Sui Dynasty", further to the southwest of Linyi
(Champa) would be a statelet called Zhenla (Chang-la or Chenla), a vassal of Funan. Zhenla (Chang-
la) male population were recorded to be small in size but dark in skin, but some females were said to
have lighter skin. Chang-la people all had curly hair. To the west of Zhenla (Chang-la) would be a
statelet called Zhu-jiang, and to the south Che-qu. Numerous statelets existed further, with rulers
carrying Indian names. It is no strange to see this phenomenon when we examined the history of
southeast Asia as a whole to find that Indian influence had spread across the whole area much
before the Chinese poked their nose in the same area,.."
Champa adalah salah sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai Vietnam,termasuk dalam naungan Sriwijaya
dengan salah seorang rajanya memakai gelaran dari kerabat Sriwijaya iaitu 'Yang Pu Ku Vijaya Sri'.
311
Maharaja Sriwijaya tidak menetapkan satu-satu kota pelabuhan sebagai pusat pemerintahan
mutlak.Keburukannya ialah,jika ibukota diserang,segala harta benda dan kekuatan Sriwijaya akan
musnah.Jadi maharaja bebas memerintah dari semua kota pelabuhan,namun sebagai memudahkan
pentadbiran,Palembang dijadikan rujukan pentadbiran Sriwijaya.Adakalanya maharaja menggunakan
Kataha sebagai pusat pemerintahan.Adakalanya maharaja menggunakan Puni (Brunei) untuk mengawal
jajahan Sriwijaya.Ini adalah strategi bijak,tidak seperti bangsa Assyria yang terus musnah setelah Nineveh
hancur,atau seperti Ectabana yang dikalahkan dan setelah itu bangsa Medes pun seakan hilang dari
sejarah.
Kemakmuran Sriwijaya menjadikannya legenda di kalangan kawan dan lawan.Contohnya terpahat di satu
kuil purba di Tanjore,India:
"....tumpukan harta yang banyak, Vidyadhara-torana membuka gerbang kota pedalaman yang luas
yang dilengkapi perlengkapan perang, berhiaskan permata dengan kemuliaan besar, gerbang
kemakmuran Sri Vijaya; Pannai dengan kolam air, Malaiyur dengan benteng terletak di atas bukit;
Mayirudingam dikelilingi oleh parit; Ilangasogam yang tak gentar dalam pertempuran sengit...;
Mappappalam dengan air sebagai pertahanan; Mevilimbangam, dengan dinding tipis sebagai
pertahanan; Valaippanduru, memiliki lahan budidaya dan hutan; Takkolam yang memiliki ilmuwan;
pulau Madamalingam berbenteng kuat; Ilamuri-Desam, yang dilengkapi dengan teknologi hebat;
Nakkavaram yang memiliki kebun madu berlimpah; dan Kadaram berkekuatan seimbang, dengan
tentara memakai kalal.."
Dengan menguasai jaringan perdagangan sama seperti apa yang dilakukan oleh Empayar Zabag
(Jawaka),Sriwijaya adalah dinasti Melayu paling berpengaruh dan disegani di seluruh Asia Tenggara.
312
Sriwijaya Dalam Kenangan
Empayar Srivijaya menguasai Selat Melaka (Melaka), yang hampir penting untuk perdagangan antara China
dan India. Ini menekan aktiviti lanun di sepanjang perdagangan Selat Melaka, memudahkan, tetapi tidak
menghancurkan pesaing bukan Srivijaya melainkan menggunakan mereka sebagai sumber kedua bagi
perdagangan. Sriwijaya berpengaruh luas di kawasan-kawasan yang menggunakan campuran diplomasi
dan penaklukan, dan akhirnya dikendalikan dengan gaya pentadbiran 'persekutuan kota-kota pelabuhan'.
Sriwijaya menguasai bahagian Sumatera, Jawa Barat, Sri Lanka, Kalimantan Barat, Sulawesi, Maluku,
Filipina, dan Pulau Sulu serta Visayas dan utara semenanjung Melayu (Segenting Kra);ia berdagang dengan
orang Arab,Empayar Pala di Bengal, bahagian lain India, ke Madagascar dan di sepanjang pantai timur
Afrika, di antara Pulau Rempah dan pelabuhan dari China selatan, terutamanya Canton (Guangshou /
Kuangchou) dan pelabuhan lain dari Guangdong / daerah Kwantung wilayah (Macau). Antara pusat komersil
yang penting untuk peniaga Srivijaya juga ialah Kerajaan Fujian (Min), dengan Fukien ("Pendirian Yang
Gembira") Negeri (Min Sheng), ditambah dengan pelabuhan Amoy (Hsia-men/Xiamen) dan Fu-chou
(Fuzhou / Foochow "Kota Selamat').
Pelabuhan ini menjadi penting di bawah Dinasti Sung (mulai sekitar tahun 960, tetapi di selatan hanya
selepas tahun 1127), tetapi perdagangan dengan Sriwijaya berlangsung selama beratus-ratus tahun
sebelum itu (dicatatkan 300 tahun Sebelum Masehi).Sebuah kuasa laut dengan tempoh sehingga abad
ke-13, Sriwijaya memiliki ratusan kapal dan puluhan ribu tentera, tapi tidak selamanya bertahan sehingga ke
hari ini. Sriwijaya mungkin mempunyai ibu kota, di Palembang (di Sumatera), tetapi kawasan ini adalah
jaluran panjang paya-paya yang sukar untuk menggali - mungkin gambaran lebih jelas akan muncul
kemudian,mungkin sekiranya terdapat peruntukan dan usaha yang keras untuk menggali.Kita tahu bahawa
Sriwijaya adalah salah satu kerajaan terkaya pada masanya, mungkin berkembang sejak 500 Masehi, tapi
jelas mendominasi pantai Selat Melaka selama sekurang-kurangnya 640 tahun!
313
Khom terawal (Angkor) adalah kemungkinan peradaban anak sungai, dan sebuah stupa dibina di Chaiya,
Suratthani (selatan Thailand) adalah warisan Srivijaya. Pada awal abad ke-11, melalui 20 tahun serangan
oleh raja Chola dari Coromandel India, Sriwijaya kehilangan kawalan ke atas perdagangan China-India dan
merosot,berakhir sekitar 1400, ketika Ayutthaya menjadi semakin penting.Islam telah datang ke Sumatera,
putera terakhir Srivijaya menubuhkan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402, dan memeluk Islam
pada tahun 1414.
Walaupun secara umumnya sebelum penemuan Sriwijaya secara akademik oleh Coedes,nama Sriwijaya
hampir tidak diketahui oleh masyarakat moden hatta penduduk Asia Tenggara malahan orang Melayu
sendiri,legenda Sriwijaya sebenarnya masih tersimpan kemas dalam ingatan kerabat diraja dan bangsawan
di Indonesia dan Malaysia.Dalam pada itu,masih ada banyak kebingungan, kerana dengan merujuk kepada
Sriwijaya sebagai sebuah kerajaan, ketika "kuasa politik" atau "persekutuan" sebenarnya lebih tepat. Ini
mungkin tidak mempunyai raja yang berkuasa, hanya pangeran dan kasta penguasa. Melibatkan
perkilangan, pusat-pusat keagamaan, komersil dan politik, sekurang-kurangnya beberapa abad, yang
terdapat dalam rekod Arab dan Cina.Orang Khmer menyebutnya Melayu,yang lain punya nama lain - yang
membantu menambah kebingungan dan ketidakjelasan ... tetapi sifat yang berbeza dari negara itu
kemungkinan bahaya yang paling parah ke memori itu,menyebabkan Sriwijaya seakan 'hilang' dari lipatan
sejarah Asia Tenggara.Di kawasan-kawasan pedalaman tetap berada di bawah pemimpin tempatan (Datu-
314
datu), seringkali disusun dalam rangkaian kesetiaan melalui pernikahan, namun dipacu oleh hubungan
perdagangan primer, dan dasar kerjasama dalam persekutuan maritim. Kepelbagaian budaya dalam bidang
perdagangan dan pengaruh Srivajaya yang kondusif (selesa) untuk perdagangan,dan dalam banyak hal
memperkuatkan jaringan hegemoni empayar ini.
Raja-raja Melayu dinasti Sriwijaya berkasta Kesatria,merupakan pengiktirafan dari puak-puak Kamboja yang
membawa budaya Avestan;Kamboja adalah puak Aryan yang sekian lama menjalankan perdagangan
dengan dinasti-dinasti Melayu.Karavan perdagangan antara India dan Mon Dvaravati terjadi di masa awal
Buddha. Kemudian perdagangan laut, dengan menggunakan kapal besar, mulai, meliputi sebahagian besar
pantai selatan Asia barat China, dengan perdagangan yang signifikan menggunakan kuda selama seribu
tahun yang lalu.Rekod Parsi menyebutkan duta-duta yang dihantar dari Sri Lanka untuk Maharaja
Anusharwan (memerintah 531-578 M,pemerintah Parsi dinasti Sasanid,kemungkinan inilah Nursyirwan Adil
dalam hikayat Melayu), membawa sepuluh ekor gajah, 200,000 keping dari kayu jati dan tujuh penyelam
mutiara. Logam mulia dan batu, rempah-rempah, (terutama cengkih, pala dan kapulaga), gaharu, cendana,
kapur barus, makanan, jute, lilin, timah dan logam lain, ternakan dan bahagian-bahagian haiwan (termasuk,
tetapi tidak terhad kepada taring, tanduk) , tekstil dan barang ubat yang tersenarai (antara lain, kemungkinan
besar termasuk jimat, candu, sirih, pisau dan cermin, walaupun rekod penghantaran tidak tersedia). Dari Sri
Lanka mereka berdagang dengan Ligor, Lavo dan Lopburi dalam apa yang digelarkan sebagai Siam, dan
mendirikan bandar pedalaman dari Kambojagama, tenggara Mon Haripunjaya (kemungkinan besar pada
laluan karavan tua).
Akhirnya,komuniti perdagangan Sriwijaya menghasilkan pemimpin-pemimpin hebat yang menukar
penyelesaian komersil menjadi negara politik yang terancang dan berkembang menjadi satu lagi kerajaan
yang agung,kerajaan Angkor.Suffix -Varman untuk penguasa di Angkor adalah sebuah nama Ksatria,
menghubungkan mereka dengan Arya Kambujas. Hal ini menunjukkan bahawa sifat raja-raja dan
kepercayaan sihir yang digunakan untuk menyokong kerajaan adalah berasal dari tradisi yang kuno,
mungkin dari Mesopotamia,tetapi ini memerlukan analisis yang lebih berkesan.
Ketika kegemilangan empayar ini,sang maharaja ada mengirimkan surat-surat kepada kekhalifahan Islam.
S.Q Fatimi telah menerbitkan catatan tentang dua surat dari Mihraj Zabag (empayar Zabag) kepada Khalifah
Muawiyah (661M-680M) dan Khalifah Umar Abdul Aziz (717M-720M).[rujuk:"Two letters from Maharaja to
the Khalifa", Islamic Studies (Karachi), 1963].Isi surat itu sama,memohon dihantar pendakwah Islam untuk
mengajarkan agama Islam kepada maharaja.
Apa yang paling penting di sini adalah kemahiran Sriwijaya yang memulakan konsep perdagangan untuk
terlibat dalam pembukaan dan penempatan, yang merupakan konsep yang agak unik dan jarang diketahui
pada empayar-empayar lain.Sesuatu empayar biasanya terbentuk melalui ketenteraan dan penguasaan
wilayah secara paksaan,tetapi itu bukanlah Sriwijaya yang istimewa ini.Diplomasi bangsa Melayu amat aneh
dan misteri.Walaupun sekian banyak perdagangan maritim dari pelbagai kaum dan bangsa telah terjadi
sebelum era Sriwijaya,namun ia tidak terlalu difokuskan dengan minat yang mendalam,sebagaimana
empayar Melayu ini,di mana konsep koloniasasi oleh penjajah Eropah untuk membina empayar
perdagangan bukanlah konsep yang 'ajaib' dan penguasaan perdagangan oleh China yang lebih kepada
konsep penghijrahan beramai-ramai,namun Sriwijaya membina hegemoni perdagangan dengan kuasa
'magis' dari sikap diplomasi yang bijak dari orang-orang Melayu.
Ketika Burma,Khmer dan Siam berkongsi banyak persamaan,penduduk di negara-negara itu dikuasai oleh
kumpulan-kumpulan etnik tertentu,orang-orang di kepulauan, orang-orang Vietnam,Bangladesh,China dan
Korea pula sangat berbeza.Orang-orang Mongol mampu memaksakan kuasa atas kawasan yang amat luas
dan memiliki kepelbagaian etnik yang kompleks-dari suku-suku Monggol dan China hingga ke bangsa
Parsi,Eropah dan Arab,tetapi hanya untuk sekitar 150 tahun.Empayar British juga luas,di mana empayar ini
dijoloki sebagai ʻthe sun never set',juga bertahan tidak begitu lama.
Tetapi Sriwijaya berakhir sekurang-kurangnya 640 tahun,selama lebih enam abad,dan memerintah ke atas
pelbagai suku Austronesia,Mon-Khmer,Tai-Kadai dan para pedagang asing....mungkin disebabkan mereka
menemui nilai dalam kepelbagaian,dan cuba untuk tidak memaksakan penguasaan mahupun budaya
mereka ke atas wilayah jajahan.
315
Next...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI
Petunjuk Tersembunyi Dalam Chiang Mai Chronicles
-Siapakah Suryavarman?
-Petunjuk tersembunyi di dalam Preah Hear
-Siapakah Malayu dalam riwayat Khmer?
-Kod-kod yang tidak boleh dibaca
-Rahsia di dalam batu-batu
-Tempat yang tidak boleh dilihat
-'raja-raja Mala'
-Sri Kambu dan Kedah Tua
-Dinasti Mahawangsa
-Siapakah Merong?
-Rahsia batu berlubang tengah
-Puteri Khmer yang diculik
-Raja Lao yang memakai gelaran diraja Malayu
-Kerajaan Lanxang dan dinasti Malayu
-Perahu siput Nang Kemuning
-Hubungan raja-raja Melayu dan Kambuja-Khmer
-Misteri Sri Dharmaraja
Menjejaki misteri Melayu semakin mendebarkan!Nantikan pengembaraan seterusnya....
Hanya di MistisFiles!
316
Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI
Sebelum orang-orang Thai muncul sebagai kekuatan yang dominan pada abad ke-13,Thailand didominasi
oleh orang-orang Mon dan Khmer.Mon adalah satu kaum dan tamadun yang berpusat di tepi barat dataran
tengah.Mereka mendirikan kerajaan Dvaravati yang misteri.
Dari sejumlah kecil koleksi inskripsi dan patung-patung yang diketahui para
sarjana,bagaimanapun,mengetahui bahawa kerajaan itu melangkau ke timur menuju Kemboja,ke utara
menuju ke Chiang Mai dan ke barat menghampiri Burma.Di Kemboja,adalah orang-orang Khmer,dengan
menumpu di negara Kemboja pada hari ini dengan ibukota mereka di Angkor,"The City of Angels".Mereka
mengawal sebahagian besar Thailand,terutamanya timur laut Thailand dan selatan Laos,selain Kemboja
sendiri.
Di selatan Dvaravati...adalah bayang-bayang Srivijaya,sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di Asia
Tenggara.Melayu,adalah dalang di sebalik nama Srivijaya,adalah orang-orang yang punya sejarah misteri di
Indochina,suka membina negarakota-negarakota di merata tempat.Mereka juga menyebar di seluruh
Thailand dan budaya mereka dikongsi oleh misterinya Dvaravati.Srivijaya,walaupun kita memiliki sedikit
maklumat tentangnya,tidak dapat diragukan adalah salah satu yang paling terkuat-jika tidak pun,adalah
merupakan empayar maritim yang benar-benar berkuasa.
Salah satu negarakota mirip Dvaravati adalah Chih-Tu (Tanah Merah),yang terletak di Kelantan pada hari
ini.Mengikut rekod Dinasti Sui (581-618),kerajaan ini merupakan satu kerajaan yang berperadaban tinggi.Di
dalam 'Meridionaux',Matounlin telah menyebut dalam tahun 638 Masehi,Seng-Kao (Chiang Mai) telah
menghantar duta pertamanya ke kerajaan China.
317
Di dalam rekod Dinasti Sui,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba
sedikit tentang Chih Tu:
"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Tan Chu (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila
sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan
takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah
diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri
gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan
loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."
Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau "Li-fu-to-Hsi"
adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai)
ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat
dengan istana Sriwijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.
Chiang Mai bermaksud 'kota para sami' dan terjemahan dari istilah bahasa Pali untuk makna yang
sama:Lawasangharatha.
Legenda China mengatakan seorang raja telah meninggalkan takhtanya untuk mengabdikan diri sebagai
sami.Dan kerajaannya diserahkan kepada anaknya yang bernama,Srivijaya...
318
PETUNJUK TERSEMBUNYI DI DALAM CHIANG MAI CHRONICLES
Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka
{...mewarisi gelaran 'Kamvan' dan berasal dari darah keturunan Dinasti Matahari...dia...(Suryavarman I)
memerintah seluruh negeri Dharmaraja pada tahun Saka 924...}
(Inscription of Phimanakas,Cambodia)
Untuk melihat kebudayaan Melayu purba sebelum cahaya hidayat Islam tiba di Nusantara,kita boleh melihat
'bayang-bayang' nya di Indochina.Segenting Kra hingga ke tengah Thailand dan menuju ke Kemboja
mewarisi kebudayaan Melayu Kuno zaman Buddha (abaikan dahulu Sumatera).Ke barat terletak satu lagi
kerajaan purba suku Melayu yang amat popular dalam riwayat Indochina,Champa.Tetapi ini kerajaan
Hindu.Segenting Kra,tidak dinafikan adalah tempat lahirnya beberapa dinasti diraja Melayu yang mencapai
tahap legenda dan kultus dalam hikayat-hikayat Indochina.Di dalam artikel ringkas ini,kita akan
membincangkan sejauh mana bayang-bayang 'ruling class' raja-raja Melayu di seluruh Indochina pada masa
silam.
319
Petunjuk Pertama:Sulalatus Salatin
Di dalam Sulalatus Salatin terdapat beberapa bahagian yang menceritakan tentang benua Siam.Apa yang
menarik,gelaran 'Cau' dalam Sulalatus Salatin:
"Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka baginda sendiri hendak berangkat menyerang Melaka.
Maka ada seorang anak Bubunnya lelaki, bernama Cau Panden; maka ia bercakap ke bawah duli Paduka
Bubunnya hendak menyerang Melaka. Sembahnya: "Duli Pra Cau, lengkapi patik; patiklah mengalahkan
Melaka itu". Maka Paduka Bubunnya pun terlalu sukacita mendengar sembah anaknya, Cau Panden itu.."
Juga disebutkan dalam perenggan yang lain tentang raja Patani,Cau Seri Bangsa (Sriwangsa) yang
memeluk agama Islam lalu memohon nobat dari Kesultanan Melaka.Dalam Sulalatus Salatin,kesimpulan
umum yang boleh dibuat ialah,gelaran 'Cau' ini ialah gelaran untuk kerabat raja Siam.Untuk mengetahui
kerajaan apakah yang sezaman dengan Kesultanan Melaka,umumnya merujuk kepada Kerajaan Ayutthaya
(1351-1767).Namun jika diteliti,gelaran 'Cau' (Chao) tidak popular digunakan oleh raja-raja Ayutthaya.
Satu lagi misteri ialah raja Patani juga disebut dengan gelaran Cau ini.Ini bermakna,Ayutthaya bukanlah
saingan Melaka ketika itu.Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan bukti terbaru bahawa Empayar
Melaka bermula pada abad ke-11 bukan abad ke-13!Semua ini memimpin kepada misteri siapakah kerajaan
Benua Siam ketika peristiwa dalam Sulalatus Salatin dan siapakah Paduka Bubunnya sebagai pemerintah
Siam dan asal-usul gelaran Cau yang dikongsi oleh Patani dan Siam.Umum mengetahui bahawa Patani
adalah kerajaan Melayu bukan Thai.Di sini,kita mestilah membezakan makna 'Siam' dan 'Thai'.Siam bukan
Thai,namun Thai kemungkinan terserap ke dalam Siam.Siam adalah gelaran purba dari bahasa Mon-
Khmer:Syam,merujuk kepada satu kelompok kaum di Indochina pada masa silam.
Sebenarnya kerajaan di Benua Siam yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin itu ialah Nagara Sri
Dharmaraja (Tambralingga).
Satu lagi 'puzzle' ialah,mengapa raja Patani memohon nobat dari Melaka?Patani adalah satu kerajaan
legenda,berasal dari empayar Segenting Kra yang terkenal,Langkasuka.Jawapan kepada semua misteri ini
adalah:KETURUNAN RAJA-RAJA SRIWIJAYA.
320
"Srivijayan Bloodline"
Pertama sekali perlulah difahami rahsia ini:bahawa dinasti Sriwijaya bermula di semenanjung,TEPATNYA DI
SEGENTING KRA.Dinasti Melayu kuno ini dipercayai berasal dari Istana Sri Dharmaraja (Sri Dharmaraja
Court),iaitu Nakhorn Si Thammarat di Thailand pada hari ini.Dari sini,beberapa dinasti muncul,salah satunya
ialah Pathomwangsa (bermaksud:bunga seroja) di mana Chandrabanu Sri Dharmaraja,raja Melayu yang
menyerang Sri Lanka pada abad ke-11,berasal dari garis keturunan ini.Satu lagi ialah Sriwijayawangsa,yang
pada era awalnya banyak mempengaruhi sejarah Kemboja dan Dvaravati hingga ke Chiang Mai.Bagaimana
sampai ke Chiang Mai?
Catatan era Dinasti Sui mengatakan bahawa Seng-Kao (sebutan Cina untuk Chiang Mai) mempunyai
ibukotanya bernama Chih-Tu.Menariknya.Chih-tu juga disebut dalam catatan pada era yang sama merujuk
kepada satu kerajaan yang hilang di sekitar Kelantan sekarang.Chih-tu bermaksud 'Red Earth' dan di
Kelantan ada tempat bernama 'Tanah Merah'.
Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu
serba sedikit tentang Chih Tu:
"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Tan Chu (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila
sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan
takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah
diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri
gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan
loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."
Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau "Li-fu-to-Hsi"
adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai)
ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat
dengan istana Sri wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di
Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri Dharmaraja,di
mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran raja-raja Sri Dharmaraja sesuai dengan sejarah
Sriwijaya.
Jika kita cantumkan dengan bukti dari Sulalatus Salatin,misteri ini semakin rumit.'Chao' adalah gelaran khas
untuk raja-raja Chiang Mai.Namun dalam sejarah Melayu,'Cau' digunakan untuk gelaran di Benua Siam dan
raja Patani.Dimanakah letaknya Chiang Mai?Chiang Mai terletak nun di utara Thailand.
321
Mengapa Raja Patani meminta nobat dari Melaka?Jika berpandukan kepada bukti-bukti dari Chiang Mai dan
Sri Dharmaraja,kita boleh menyimpulkan bahawa raja Patani adalah dari GARIS KETURUNAN YANG
SAMA DENGAN SULTAN MELAKA.Ini juga menunjukkan bahawa nobat,sebagai lambang kebesaran
kerajaan Melayu,pada masa itu diwarisi oleh Melaka dan autoritinya dipegang oleh Melaka.Mengapa raja
Patani tidak mencipta nobat sendiri,dan terpaksa memohon nobat dari Melaka?Semua ini akan membawa
kita kepada garis keturunan Sriwijaya.
Dari sini,jika raja Patani bukan dari garis keturunan Sriwijaya (Kesultanan Melaka adalah warisan Sriwijaya
yang tidak boleh disangkal lagi),PRESTIJ YANG ADA PADA NAMA SRIWIJAYA,memungkinkan raja Patani
memerlukan PENGIKTIRAFAN.Sebagaimana Raja Lumu (berasal dari Sulawesi) yang memohon
perlantikannya sebagai Sultan Selangor melalui perkenan Sultan Perak (dari garis keturunan Sriwijaya;dari
cabang Kesultanan Melaka),begitu jugalah yang dilakukan oleh raja Patani.Ini menunjukkan bahawa seluruh
Dunia Melayu dan suku-suku Austronesia meyakini,DARAH KETURUNAN SRIWIJAYA MEMPUNYAI
DAULAT SEBAGAI 'RULING CLASS' YANG SEBENAR.
Lama sebelum kedatangan Raja Mengrai dari selatan China,kawasan sekitar utara Thailand di Chiang Mai
termasuk dalam kerajaan Haripunjaya.Ini adalah kerajaan orang Mon.Namun raja-raja Chiang Mai sebelum
era Lanna Thai memiliki darah Sriwijaya.Dipercayai bahawa suku kaum yang tinggal di sini pada zaman
purba adalah kaum Lawa.
Dalam Chamadevivamsa,yang ditulis pada permulaan abad ke 15 dan di dalam Jinakalamali,yang siap
ditulis pada tahun 1516,mengandungi bukti berikut:
"Seorang raja Haripunjaya bernama Atrasataka pergi untuk menyerang Lavo dimana Ucchittachakravatti
sedang memerintah.Pada saat ketika dua penguasa itu disiapkan untuk berperang, seorang raja Sri-
dhammanagara bernama Sujita tiba di Lavo dengan tentera yang cukup besar dan armada kapal perang.
322
Dihadapkan oleh serangan mendadak, dua raja yang berperang ini (raja Haripunjaya dan Lavo) melarikan
diri ke arah Haripunjaya.Ucchita tiba lebih dulu, berkahwin dengan ratu dan menyatakan dirinya sebagai
raja.Kemudian Sujita, raja Ligor, membuktikan dirinya sebagai pemilik Lavo. Pada tiga tahun
terakhir,penggantinya,atau mungkin anaknya,Kambojaraja,pergi untuk menyerang Ucchita lagi di
Haripunjaya,namun dikalahkan."
Konflik antara Lavo dan Haripunjaya mencerminkan permusuhan antara dua dinasti terulung Melayu
sebagai 'ruling-class' Indochina,Sailendra dan Sriwijaya yang tumbuh dalam skala yang lebih besar untuk
menjadi krisis.Sarjana menyimpulkan serangan ini sebagai penaklukan empayar Kemboja ke atas negara-
negara jiran yang lebih lemah,Lavo dan Haripunjaya.Namun pada masa yang sama,Kerajaan Kemboja juga
diserang kerana riwayat ini menceritakan dengan jelas,menunjukkan bahawa penakluk itu dari Sri
Dhammmaraja atau Ligor. Penguasa Lavo,Ucchittachakravatti disebut sebagai 'Chakravati',merujuk kepada
pengaruh Angkor.Dia samaada Jayavarman IV atau penggantinya.Sebagaimana Lavo bertindak sebagai pos
kawalan tentera Empayar Kemboja,kawalan ke atas Lavo mengakibatkan penaklukan takhta Angkor (oleh
raja Melayu Sujita).Di sisi lain, kita akan melihat bahawa penguasa Angkor berikutnya,berasal dari keluarga
Sri Dhammaraja atau Kerajaan Ligor.Dalam serangan oleh dinasti Sailendra yang kini berpusat di
Jawa,Sriwijaya sedang mencari jalan keluar,dan istana Kemboja menjadi sasaran mereka.
323
Dinasti Viravamsa
Setelah pemerintahan Jayavarman V,telah muncul satu inskripsi yang menunjukkan tiga raja,
Udayadityavarman, Jayaviravarman dan Suryavarman yang berkuasa secara bersamaan di lokasi kerajaan
Angkor.Sarjana membuat spekulasi bahawa mereka bersaing di atas takhta Angkor sementara pada
hakikatnya,ketiga-tiganya berdarah Melayu Sri Dharmaraja dan bergabung dalam perjuangan mereka untuk
mengambil kawalan dari arah darat (kerabat Sriwijaya umumnya lebih sukakan perdagangan
maritim).Sebuah petikan dari riwayat Khmer,Botomvaravamsa,menjelaskan titik misteri ini:
"Di sana ada anak saudara Maharaja yang diaturkan oleh Dhammavidhi Prah Rsiphatta,untuk menikahi ratu
pada waktu itu dan naik takhta dengan nama Botomvaravamsa.Dia ditugaskan Virauraja sebagai Obyauraja
dan Udayaraja sebagai Obraja-nya.Setelah kematian Botomvaravamsa,Prah Virauraja yang menjadi
Obyauraja,naik takhta.Setelah pemerintahan Virauraja,Prah Udayaraja yang ditugaskan sebagai
Mahaobjraja,naik takhta."
Menurut petikan ini,satu tatacara telah dilaksanakan oleh pendeta Angkor bagi mewujudkan kepimpinan
baru.Suryavarman (Preah Botomvaravamsa) merupakan anak saudara dari Raja Angkor pada waktu itu dan
ditetapkan untuk naik takhta Angkor sementara Jayaviravarman (raja Virauraja) menjadi Obyauraja (raja
kedua) dan Udayadityavarman (Udayaraja) menjadi Obraja (jeneral tentera).Kita akan melihat bahawa
Jayaviravarman dan Udayadityavarman adalah saudara dan berkaitan dengan kerajaan Chrestapura (Lavo)
dan mensamarkan asal sebenar mereka dari Ligor dan mereka seolah-olah tidak asing dengan kerajaan
Angkor. Mereka adalah penyumbang kepada Suryavarman I yang lebih muda yang kemudiannya akan
menjadi penguasa utama dari takhta Angkor.
Semua ini menunjukkan bahawa terdapat satu era di istana Angkor dimana kerabat diraja Melayu Sri
Dharmaraja menjadi 'ruling-class' bagi seluruh empayar Khmer.Seorang raja Melayu bernama Sujita juga
telah menakluk Lavo (Lawapuri/Lavapuri/Lopburi) yang merupakan warisan kerajaan legenda
Mon,Dvaravati.Kerajaan Dvaravati adalah benar-benar kerajaan SIAM ASLI kerana populasinya bercampur
dengan budaya Melayu Segenting Kra dan Mon.Istilah 'Melayu Segenting Kra' adalah panduan,di mana
budaya mereka zaman Buddha dahulu diwarisi oleh Kemboja dan Thailand,termasuk senibina dan
kostum,setelah mereka beramai-ramai memeluk Islam dan memasuki era budaya baru.Senibina dan budaya
Melayu Segenting Kra akhirnya telah dimajukan oleh orang Thai dan Khmer sehingga apa yang kita lihat
pada hari ini.
324
Salah satu binaan Melayu Segenting Kra ketika kerabat Sri Dharmaraja atau Grahi membayangi istana
Angkor,ialah Preah Vihear.
Ia dibina oleh Suryavarman I,setelah raja ini menewaskan saudara-saudaranya,menaiki takhta Angkor dan
menerajui Empayar Khmer.
325
Siapakah Suryavarman I?
Beliau berdarah Melayu Sri Dharmaraja dari sebelah bapa.Bapanya,raja Nagara Sri Dharmaraja (Ligor) telah
mengahwini seorang gadis Khmer.Bukti-bukti dari beberapa riwayat cenderung menunjukkan bahawa
bapanya itulah Sujita,yang menyerang Lavo.Banyak inskripsi membuktikan pemerintahan Suryavarman
berlaku pada seawal 1002 Masehi (924 Saka).Jika tarikh ini adalah tepat,Suryavarman dinobatkan pada
masa yang sama sebagai raja Jayaviravarman mengarah ke spekulasi bahawa mereka bersaing takhta
Angkor.Pandangan yang lain adalah bahawa Suryavarman I dan Jayaviravarman adalah dua gelaran yang
berbeza yang diberikan kepada raja yang sama.Kita akan melihat bahawa tiada satu pun dari dua spekulasi
ini adalah benar.Untuk memulakan,inskripsi Phimanakas membuatkan ia jelas bahawa bagi kenaikannya
pada 1002 Masehi (Caka 924),Suryavarman I sebenarnya menaiki takhta Sri Dharmaraja.
"Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka"
Bahagian pertama dari petikan itu menyebutkan bahawa beliau berasal dari garis dinasti Suryavamsa
(dinasti Matahari) dan mewarisi gelaran "Kamtvan", penghormatan untuk seorang raja Kemboja.Bahagian
terakhir,"dharmarajya nu svey vrah 924 Caka" harus diertikan bahawa "ia (Suryavarman I) memerintah atas
Prah Dharmaraja pada 924 Caka". Kedua-duanya menunjukkan Suryavamsa punya hubungan yang kuat
dengan kerajaan Kemboja dari Tambralinga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja).Beberapa sumber
menyebutkan bahawa ia sebenarnya putera raja Sochita (Sujita) atau Jayaviravarman sendiri.Sementara
ayat seterusnya memberitahu beliau telah naik takhta Angkor pada 1002 Masehi, Suryavarman I dilantik
pada masa yang sama,untuk memerintah Sri Dharmamaraja,hanya selepas Jayaviravarman berakhir (turun
takhta) pemerintahannya pada tahun 1006 Masehi yang mana Suryavarman I seharusnya naik takhta
Angkor.Beliau adalah jelas adalah Kambojaraja yang tertulis dalam riwayat Chamadevivamsa dan
Jinakalamali,yang keluar untuk menyerang kerajaan Lavo dan memaksa mereka untuk menetap di
Haripunjaya. Prasasti yang tertulis namanya lebih banyak terdapat bahagian barat laut negara
itu,menunjukkan keterlibatannya dalam pembukaan dan pembentukan kembali Lavo.
326
Terdapat bukti lain yang menceritakan asal-usul Suryavarman I ini.
Prasasti yang terletak di tiang sebelah barat Prah Vihear mempunyai bahagian yang berkaitan dengan asal-
usul Suryavarman I,bahkan,walaupun tidak secara jelas,Suryavarman I adalah dari garis keturunan raja
Kemboja pertama, Sri Kambu.
"Ada sebuah keluarga yang membuat tulisan-tulisan tentang keluarga Kambu dan pelbagai jabatan
perkhidmatan kerajaan,penulisan tentang perbuatan mulia yang berdaulat dari S.M Crutavarman kepada
Yang Mulia Cri Suryavarman,keluarga dari S.M Indravarman yang pergi ke Isvaraloka dan ratu KA Cri
Viralaksmi dari Vrah Srok, kerabat wanita dari Cri Icanavarmadeva yang pergi ke Rudraloka, dan SM Cri
Isanavarmadeva yang pergi ke Paramarudra."
Hunbungan ini menjelaskan mengapa Suryavarman I disebut sebagai Kambojaraja dalam tradisi Mon.Ini
juga menjelaskan tentang asal usul raja Ketomala (satu keturunan raja-raja Melayu dinasti Ketomala),raja
Angkor yang terdahulu mulai dari raja Indravarman I menjadi punya garis keturunan yang juga dari Sri
Kambu. Melanjutkan warisan ini,Suryavarman dan keturunannya yang dikenali sebagai pembina besar batu
candi yang merangkumi kemudiannya,kuil terkenal Angkor Wat. Keluarga yang disebutkan dalam petikan di
atas di mana bertindak menyimpan semua catatan sejarah tentang keturunan Sri Kambu adalah keluarga Sri
Sukarman (ini mempunyai nama yang punya kaitan dengan dinasti Sailendra di Jawa) dan prasasti ini juga
memberitahu lokasi semua tulisan ini ditanam.
Koleksi tulisan-tulisan suci dirakam pada dedaun (diyakini pada daun lontar,'kertas' orang-orang Melayu
pada zaman silam) dan disimpan di K.J Cri Cikharicvara di K.J. Cri Vrdhesvara mahupun di Kamlon,iaitu
candi-candi purba di Kemboja.Apabila semua catatan dijumpai,kita akan tahu lebih banyak tentang masa
lalu raja-raja Melayu yang memerintah Kemboja.Namun,seperti disebutkan dalam prasasti,mereka tertulis
pada daun-daun,yang sudah pasti tidak mampu bertahan lama.
327
Siapa pula Sri Kambu?
Sri Kambu adalah dipercayai raja pertama Kemboja,lebih merupakan legenda dari mulut ke mulut dalam
tradisi Khmer.Namun terdapat beberapa prasasti membayangi nama legenda ini.
Di dalam prasasti Khmer,ditemui di lokasi Ayutthaya.
"Dalam dunia (Naga) bhuja, raja pertama Guchanagapura ialah Sri bhuja Bhagadatta"
Ini dikenalpasti bahawa penguasa Guchanagapura sebagai raja Bhagadatta Naga,dan melalui dia,warisan
'Naga' ditanamkan di Lembah Menam.Penting untuk dicatat bahawa Bhagadatta itu bukan nama tapi
gelaran Raja ParamaKamboja. Tradisi Syam (Siam) bagaimanapun merujukkan gelaran itu dengan Dinasti
Ming, bersama kedua-dua garis keturunan Mon dan kerajaan Khmer purba.Identiti Ming yang sama dijumpai
kemudian menjadi simbol dari kepimpinan awal suku Mongolia itu.Dalam teks China dirakam selama
kerajaan Tang dari China, Paramesvara juga ditemukan dalam hubungan dekat dengan Bhagadatta,atas
nama Kola.
"Kolo juga disebut Kolo-fu-sha-lo.Nama raja adalah Shih-li-po-lo,nama peribadinya Mi-Shih-po-lo.Dinding
kota yang dibina dari batu dan rumah-rumah ditutupi dengan daun kelapa. Ada 24 chou."
Kata "Kolo-fu-sha-lo" adalah transkripsi kata Sanskrit 'Kolagujala',yang bererti bangsa Gajah.Teks ini
menyebutkan bahawa nama raja adalah "Shih-li-po-lo" dan nama peribadinya adalah "Mi-Shih-po-
lo".Sarjana bersepakat bahawa dua nama ini harus digabungkan menjadi "Shih-li-po-lo-Mi-Shih-po-lo" yang
merupakan transkripsi China "Sri Paramesvara".Tradisi Siam dari Khun Borom bersama-sama dengan
kerajaannya menyebarkan tamadun diantara mangsa banjir (Great Flood,merupakan legenda Khmer dan
Thai yang merujuk satu Banjir Besar pada masa silam,menyerupai kisah Nabi Nuh), menunjukkan lebih
lanjut bahawa warisan Khun Borom atau Paramesvara kembali lebih awal selepas banjir besar.Jika dakwaan
itu benar,pendirian negara ParamaKamboja oleh Naga Raja Bhagadatta, haruslah dapat mendahului dasar
Kerajaan Kambuja Barat,Daya Desa atau Parthia (bangsa Kambuja berasal dari Asia Tengah,tiba di
Nusantara dan bercampur dengan suku-suku Asia Tenggara).Bahkan,penemuan terbaru para sarjana
Khmer menunjukkan bahawa watak mistik Sri Kambu yang menghasilkan bangsa Kemboja (Khmer), adalah
seorang tokoh misteri dari keturunan Malayo-Polinesian (Melayu).Para sarjana Khmer menyatakan
hubungan Sri Kambu dengan Mesir Purba (Ingat Raja Parahu?) mungkin merupakan pemangkin kepada
Empayar Kambuja Barat.Selama munculnya kerajaan Simha dari Seth,bukti menunjukkan bahawa warisan
Simha tersebar ke kebudayaan Kemboja.Selalu dibandingkan dengan singa,Raja Simha ini yang terkenal
kekuatan fizikal mereka dan sering digambarkan sebagai gergasi,suatu sifat khas kasta Ksatria Kambojan
barat.
Di sini dipercayai dengan kuat,bahawa Sri Kambu berasal pula dari garis keturunan raja-raja Gangga
Negara yang berpusat di Perak pada hari ini.
Dalam prasasti di atas juga ditemui perkataan 'Sri Bhuja'.Ini adalah kenyataan paling jelas yang
merungkaikan dari mana pedagang Hindu dan Arab kadangkala memanggil Sriwijaya sebagai Sribhoja.
Dari semua keterangan di atas,tidak hairanlah mengapa di dalam The Chiang Mai Chronicles,mendakwa
bahawa Suryavarman I,seorang emperor Khmer yang agung berasal dari Malayu.Suryavarman I adalah
seorang arkitek dan pembina yang agung,membina banyak candi dan yang paling terkenal ialah Preah
Vihear,yang menjadi pertikaian antara Thailand dan Kemboja suatu ketika dahulu.
Sebagai pengetahuan,Chiang Mai kini terbahagi kepada 4 bahagian: Nakhon Ping, Srivijaya, Mengrai,dan
Kawila.Mengrai adalah nama raja Lannathai yang menakluk Chiang Mai dari kuasa Mon Haripunjaya.Kawila
adalah salah seorang raja Chiang Mai,Chao Kavila.Nakhon Ping bermaksud Negara Ping.Dan
Srivijaya...adalah misteri yang hampir mustahil untuk terjawabkan.
328
Semua misteri ini,jika mampu difahami,akan memimpin anda kepada rahsia tersembunyi yang lebih rumit
lagi.Anda akan memahami apakah Dinasti Ketolamala dan nama sakti ini...Maulimalaraja,yang dipakai oleh
kerajaan Melayu Sri Dharmaraja seterusnya membuka rahsia mengapa beribu-ribu tahun dahulu,raja-raja
Lao (berkaitan dengan negara Laos kini) memakai gelaran 'Maulimalaraja' yang bermaksud,
"Raja-raja dari keturunan Mala"
329
Coming soon...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XVII
Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja
-Kisah Istana Sri Dharmaraja
-Cinta gadis Khmer
-Misteri Grahi
-Bayangan dinasti Matahari
-Serangan ke atas Lavopuri
-Puteri Khmer di atas perahu siput
-Budaya Melayu Segenting Kra
-Raja orang Kensiu dan Kintaq
-Siapakah pemilik asal Ayutthaya?
-Sriwijaya dan Sri Dharmaraja
-Pembukaan kepada misteri dinasti Ketomala
-Rahsia dari bangsa Bunga-bungaan
-Siapa raja-raja Mala?
Mengembara ke kerajaan kayangan di Indochina.Menyelesaikan kod-kod rahsia dari pelbagai prasasti dan
riwayat purba.Menyelusuri legenda gelap raja-raja Melayu purba di tanah Kemboja.Epik pengembaraan
paling mendebarkan!!
Hanya di MistisFiles!!
330
Alter Terahsia Bangsa Melayu XVII
Di kawasan runtuhan kota purba di Wat Hua Wiang di Chaiya,daerah Suratthani di Thailand,telah ditemui
batu bersurat di pintu kota purba berketinggian 1.30 meter,dan ini tidak termasuk bahagian yang masih
tertanam di dalam tanah,dengan lebar batu ini mencapai 45 cm dan berketebalan 13 cm.
Di dalam batu bersurat ini tercatat nama seorang raja purba dan dinasti yang diwakilinya,Padmawangsa
(dinasti Teratai).Dipahat dalam bahasa Sanskrit dan bertulisan Kawi Kuno,disebutkan di dalamnya bahawa
raja itu mempunyai hubungan dengan dua lagi dinasti purba,Sailendra dan Sriwijaya.
Berdasarkan ini,seorang pengkaji sejarah Thailand,Chand Chirayu Rajani berusaha untuk meyakinkan
peminat-peminat sejarah Sriwijaya,sebuah empayar legenda thalassocracy di Asia Tenggara juga menarik
perhatian pakar-pakar sejarah dunia bahawa ibukota empayar terkenal itu sebenarnya berada di selatan
Thailand.
Sebenarnya,terdapat beratus-ratus malah beribu-ribu manuskrip dan batu bersurat yang ditemui di seluruh
Thailand malah Indochina,mengungkapkan sejarah paling gelap raja-raja Melayu serta 'city-states' mereka
yang hilang sejak berabad-abad lamanya.Sebahagian besar rahsia ini telah disenyapkan oleh para
sejarahwan Thailand,namun 'malangnya' didedahkan pula oleh sejarahwan Kemboja yang juga turut
menemui kesan-kesan garis keturunan Sriwijaya dan Sailendra,yang tercatat dalam petitih-petitih kuno
Khmer sebagai "Malayu".
331
Generasi baru yang mengkaji sejarah Thailand semakin ghairah mahu mengetahui siapakah 'Sriwijaya' dan
siapakah 'Malayu'...rahsianya cuba ditutup rapat oleh istana Chakri,namun batu-batu bersurat itu seakan-
akan mahu 'bersuara'...rahsia yang lama terpendam,semakin lama semakin menggamit seribu satu
persoalan.
Riwayat-riwayat Thai Kuno mengatakan terdapat seorang raja yang amat alim dalam perihal ajaran
Buddha,dan dari raja ini...orang-orang Thai purba mempelajari agama Buddha...
Svasti,
Raja pelindung bandar Tambralingga yang mendukung Phraparitti Prahyokshan yang melindungi ajaran
Buddha.Bagindalah yang keturunannya datang dari wangsa suci, Padmawangsa.Rupa parasnya bagus
bagaikan hari Rabu tahun Reka (Ayam), wajahnya umpama bulan purnama memerintah sambil memegang
sastera juga memayungi dharma serta menanggung bebanan menjadi kepala kepada kerabat
diraja.Bagindalah yang memegang gelaran Sri Dharmaraja...
332
MAULIMALARAJA & SRI DHARMARAJA
333
"Those who,after the reign of Uroja, occupied the throne of Champapura,where Sri Bhadrasvara is the
essence of the kingdom and the perpetuity universally known,from the descendant of Paramesvara,was the
king Uroja; after him was Cri Man Chrimatiman Dharmmaraja"
(Inscription of Dong-doung,Vietnam)
Sri Dharmaraja adalah nama sebuah kerajaan kuno yang membayangi sejarah Thailand dan
Kemboja.Selalu muncul dalam hikayat-hikayat Melayu sebagai 'Ligor',kini ia terletak di Nakhon Si
Thammarath,sebuah daerah di Thailand.Perkataan 'Nakhon Si Thammarat' itu sendiri adalah sebutan lidah
orang Thai kepada 'Nagara Sri Dharmaraja'.Riwayat-riwayat Sinhala dan Pali menggelarkannya
Tambralingga,merupakan nama kota dalam Nagara Sri Dharmaraja.Rekod China menyebutkan ia sebagai
Ho-ling,Tanmaling,Tan-ma-liu dan Po-ling.Catatan Tamil menyebutnya sebagai Madamalinggam.Asalnya,ia
adalah berkonsepkan 'Malay city-states' namun selepas bebas dari pengaruh Sriwijaya (sekitar abad ke-11
Masehi),Tambralingga mula meluaskan kekuasaannya ke seluruh Segenting Kra hingga mencapai Temasek
(Singapura),di mana raja Tambralingga telah melantik Temagi sebagai wakil pemerintah.Selepas
itu,empayarnya digelar 'Nagara Sri Dharmaraja' dengan istilah 'nagara' yang bermaksud wilayah kekuasaan
yang besar dan bukan lagi sekadar sebuah negarakota.
'Sri Dharmaraja' diambil dari gelaran yang dipakai oleh keturunan pemerintah kerajaan ini.Gelaran ini
dikesan dipakai oleh salah seorang rajanya yang paling terkenal,Chandrabanu.Beliau telah memakai
gelaran ini menjadi Chandrabanu Sri Dharmaraja.
Dalam inskripsi di Chaiya,tercatat nama raja ini:
Penahi Chandrabhaanumtanah Sri Dharmaraja sayah Dharmsoksmaanni
Dikalangan para pedagang asing,kerajaan ini lebih dikenali sebagai 'Ligor',berasal dari apa yang mereka
dengar dari orang-orang Melayu (Legur) yang juga berdagang di sekitar Segenting Kra.Kerajaan ini
diperintah oleh raja-raja Melayu Segenting Kra dimana garis keturunan mereka mempunyai kaitan dengan
dinasti Sriwijayamala dan Kedah Tua.Rakyatnya berbilang kaum,dengan kaum Melayu sebagai aristokrat
dan golongan pedagang,Mon,Khmer dan etnik Tai yang baru tiba dari utara.
Kerajaan Melayu Purba ini dikesan pernah sezaman dengan Funan dan Champa,malah pernah berada di
bawah Funan.Ini dikuatkan dengan perlantikan salah seorang jeneral perang tempatan,Sri Man yang
bergelar 'Sri Mate Sri Man Dharmaraja' sebagai Emperor Funan.'Sri Man Dharmaraja' menurut pakar
sejarah Indochina merujuk kepada kerabat istana purba Sri Dharmaraja.
Pada peringkat pertengahan kerajaan Angkor,kerabat dari istana Sri Dharmaraja telah memainkan peranan
dalam pemerintahan Empayar Khmer,sehinggakan siapa yang menduduki takhta Sri Dharmaraja,maka dia
juga akan memerintah Angkor.Seperti yang diketahui umum,kerajaan Angkor ditubuhkan oleh Jayavarman
II,yang mempunyai hubungan dengan keluarga dinasti Sailendra yang berkuasa di Jawa.Sailendra ialah
dinasti Melayu Purba yang membayangi Funan.Namun selepas Funan direbut oleh orang Khmer melalui
Chenla (bukan dengan peperangan,tetapi melalui perkahwinan),kebanyakan kerabat diraja Sailendra
berpindah ke semenanjung sebelum ke Jawa,dan menubuhkan dinasti Sailendra di Jawa.Legenda Jawa
menyebutkan seorang yang bernama Aji Saka yang mula-mula menjadi raja di Jawa dan membawa
tamadun kepada penduduk Jawa.Dalam riwayat Khmer,raja Sailendra itu adalah Ajiraja,yang mempunyai
darah keturunan Saka,salah satu rumpun Kamboja yang mengahwini kerabat raja Melayu Kuno Indochina
pada masa silam.
Apabila Sri Dharmaraja di bawah pengaruh Sriwijaya,maka secara tidak langsung,istana Angkor juga di
bawah kawalan Sriwijaya.Seperti biasa,Sriwijaya tidak menjajah Angkor secara langsung,tetapi acapkali
mendesak Angkor memenuhi bekalan pertanian untuk keperluan rangkaian perdagangan maritim Sriwijaya.
Untuk mengetahui rahsia kerajaan Ayutthaya dan Angkor,Sri Dharmaraja adalah kunci yang hilang kepada
semua teka-teki.
334
Dharmasokaraja
Sebelum Sriwijaya menjadi pusat pengajian agama Buddha antarabangsa (sami-sami dari China,India dan
sejauh Tibet datang belajar di sini),Sri Dharmaraja adalah pusat pengembangan agama Buddha pada masa
silam.Ketika itu agama orang Tai kebanyakannya percaya kepada 'nat' dan tahyul.Sri Dharmaraja telah
membuat hubungan dengan Sri Lanka dalam hal-hal keagamaan Buddha.Ini berbeza dengan satu lagi
saudara serumpun mereka di timur laut,Champa yang menganut fahaman Hindu sejak zaman-berzaman.
Mengapa menjadi pusat pengajian agama Buddha?Ini kerana pada masa yang sama,Sri Dharmaraja adalah
pusat perdagangan yang penting,warisan dari Empayar Jawaka yang berpecah sebelum itu.Ini tercatat
dalam catatan Chao Ju-Kua,
"Negeri ini,terletak di laut dan mengendalikan selat melalui lalu lintas darat dan laut,mengawal laluan dari
semua arah ... Jika kapal-kapal dagang lewat tanpa masuk ke dalam kawalan negeri ini,perahu-perahu
mereka akan bersedia keluar untuk melakukan serangan gabungan,dan semua bersedia untuk mati. Ini
adalah alasan mengapa negeri ini merupakan pusat pelayaran yang besar...."
Ini menunjukkan ketika itu,Sri Dharmaraja adalah penguasa Selat Melaka dan semenanjung.Ini kerana siapa
yang menguasai Selat Melaka dan semenanjung,maka dia akan menguasai perdagangan antara negeri-
negeri barat termasuk India,dengan China.Jika pada hari ini,Singapura kaya-raya hasil pelabuhannya yang
mengawal di ekor Selat Melaka,bayangkan,Sri Dharmaraja yang mengawal Selat Melaka dari arah kepala
selat pada masa silam.
Warisan agama Buddha yang diambil oleh raja Sri Dharmaraja adalah sejauh era Asoka (304–232 Sebelum
Masehi) dan ini mengesahkan pandangan sejarahwan India seperti Nikalanta Sastri tentang hubungan India
dan negeri-negeri Melayu sejauh 300 tahun sebelum Masehi.Sarjana Khmer mendakwa terdapat pengaruh
dinasti Maurya di dalam bayang-bayang Sriwijaya dan Sri Dharmaraja.Sebab itu,rajanya juga menggelar
kerajaannya sebagai Dharmasoka dan rajanya sebagai Dharmasokaraja.
Ada pendapat yang mengatakan Dharmasokaraja adalah satu kerajaan lain.Dicatatkan dalam legenda Thai
'Mukh Batoh',bahawa dinasti Sailendra telah menubuhkan kerajaan kecil di sekitar Segenting Kra (sebelum
berpindah ke Jawa) di bawah perlindungan raja penjaga kepada dinasti Sriwijayamala.'Raja penjaga' itu
diyakini kuat sebagai raja Nagara Sri Dharmaraja.
Tidak banyak diketahui tentang raja-raja Sri Dharmaraja.Kemungkinan hanya keturunan mereka sahaja yang
tahu salasilah kerabat raja Sri Dharmaraja.Namun dalam sejarah Indochina,terdapat dua orang raja dari
istana Sri Dharmaraja (di luar bayang-bayang Angkor) yang terkenal.Salah satunya ialah Sujita,yang
disebut-sebut dalam riwayat-riwayat orang Mon (Mon Chronicle) seperti Chamadevivamsa dan
Jinakalamali,yang telah menyerang Lavo,sebuah kerajaan terkenal orang Mon di tengah Thailand.Seorang
lagi ialah raja Melayu Sri Dharmaraja yang dikenali di kebanyakannya dalam riwayat-riwayat Thai kuno,iaitu
Chandrabhanu Sri Dharmaraja.
Chandrabhanu,'Javakan King' yang Menyerang Sri Lanka
Chandrabhanu Sri Dharmaraja,adalah seorang raja yang memerintah Tambralingga,sebuah negarakota
Melayu (Malay city-states) di utara semenanjung Tanah Melayu,tepatnya di kawasan yang dikenali sebagai
Segenting Kra,satu jalur daratan yang menghubung semenanjung Malaysia dengan Indochina.
Beliau memerintah pada tahun 1230 hingga 1270 Masehi.
Nama raja ini terkenal di kalangan sejarahwan Thai disebabkan penemuan inskripsi di Wat Hua Wiang di
Chaiya.Di dalam batu bersurat no.2,dimuatkan puji-pujian bagi Phra Adhiraja Phra Ong,iaitu gelaran putera
mahkota Sriwijaya di mana ia disebutkan sebagai:
"baginda maharaja mempunyai kesegakan lagi menawan.Bangsawan seperti sinar mentari dan bulan
laksananya"
335
Anehnya gelaran ini untuk putera mahkota,di mana gelaran untuk 'maharaja' adalah Phra Chao Khrung
Srivijaya,atau setidak-tidaknya dipahat nama Phra Chao Chandrabhanu Dharmaraja.Ini
menunjukkan,pengaruh raja yang lebih tinggi dari Chandrabhanu,dalam kes ini,seorang raja besar dari
keturunan yang sama,sudah pasti raja-raja dinasti Sriwijayamala.Pada batu bersurat ke-23 pula,ada
dinyatakan bahawa pengganti maharaja itu datang dari raja keturunan 'Sailendra'.Pada batu bersurat ke-24
pula dinyatakan Chandrabhanu adalah dari dinasti Padmavamsa atau Pathamawong (dinasti Teratai).
Dalam batu bersurat itu seterusnya menceritakan kekuasaan Sriwijaya (Sriweechai) yang mengandungi 15
wilayah jajahan dengan beratus-ratus pos kawalan dan ketua-ketua pemerintah tempatan yang membuat
hubungan dengan Sriwijaya dan berkerjasama antara satu sama lain.Sriwijaya juga mempunyai jaringan
perdagangan yang luas.Apa yang menariknya,di dalam riwayat Sri Dharmaraja ini ada menyebutkan sistem
pemerintahan Sriwijaya yang berkonsepkan 'maharaja pelindung' dan jawatan maharaja ini diperintah
bersama merangkumi hal-hal politik dan pengurusan jaringan perdagangan maritim.15 kota-kota yang terdiri
dari kuasa-kuasa laut dan pelabuhan-pelabuhan utama dalam kesatuan Empayar Sriwijaya mempunyai
peluang untuk menggantikan kuasa kerajaan pusat dan menguasai empayar (ini adalah sama dengan
konsep 'Yang Dipertuan Agong' yang diamalkan Malaysia pada hari ini).
Namun setelah beberapa lama,Tambralingga mula membebaskan diri dari Sriwijaya.Raja-rajanya mula
membina kubu-kubu dari batu-bata untuk menahan serangan laut Sriwijaya.Setelah aman sedikit dari
gangguan Sriwijaya,raja Tambralingga pun meluaskan penguasaan wilayahnya sendiri dan menamakan
kerajaannya sebagai 'Sri Dharmaraja'.Raja Sri Dharmaraja mula melebarkan pengaruhnya hingga
keseluruhan Tanah Melayu sampai ke Temasek (Singapura).Di sini,raja melantik seorang wakil pemerintah
bernama Temagi,untuk mentadbir Temasek.Ketika ini Sriwijaya sudah berpecah,namun kerajaan pusatnya
masih berkuasa di Sumatera,khususnya sekitar Palembang dan Jambi.
Nagara Sri Dharmaraja menjadi dominan dan makmur,dan ketika inilah raja membina monumen yang
terkenal iaitu Phra Borom Dhatu dan Wat Mahathat yang mengandungi stupa besar gunanya untuk
menyimpan 'gigi Buddha',yang kononnya berada di Sri Lanka.
Keinginan raja Chandrabhanu untuk memiliki 'gigi Buddha' itu membuatkan beliau menghantar tentera
lautnya menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.
Riwayat-riwayat Pali menceritakan ketika Kerajaan Jaffna memerintah,seorang raja 'Javaka' telah
melakukan serangan ke atas Sri Lanka.Di dalam Mahavamsa,iaitu Riwayat Sri Lanka ada menyebutkan:
"Kemudian menjelangnya tahun ke-11,setelah penobatan Raja Parakramabahu...(pada tahun 1247 Masehi)
sesuatu yang tidak terduga terjadi.Seorang raja Javaka menyerang Sri Lanka.Dia adalah penjajah pertama
yang datang dari negara belah tenggara.Dia datang dari bahagian utara (semenanjung Tanah Melayu)"
"Pada masa itu,daerah ini dikenali sebagai 'Tambralinggadesa' dan ia dikenali sebagai sebuah negeri
beragama Buddha.Raja penjajah ini juga merupakan penganut Buddha,bernama Chandrabhanu.Ia
mendarat di pantai selatan Sri Lanka.Ada lagi rujukan untuk pendaratan,yang mengatakan ia mendarat di
pantai utara-barat. Namun,ia dan orang-orangnya bukanlah selepas Magha"
"Mereka juga mulai menjarah milik orang tidak berdosa.Tapi raja Javaka ini cuba untuk memenangi hati para
Buddha,entah bagaimana"
"Jadi dia tidak pernah menghancurkan tempat-tempat ibadah Buddha.Sebaliknya,ia diperbaiki mereka dan
membayar penghormatan juga"
Ada teori lain tentang asal-usul raja Javaka,Chandrabhanu ini.Mengikut Mahavamsa,tempat kelahirannya
adalah 'Vathuwaviyan' di Semenanjung Tanah Melayu.Teori ini muncul melalui inskripsi yang ditemui di
sana.Sarjana selatan Thai berpendapat bahawa nama ini berasal dari kata Melayu,'Batu Wangian' dimana
tempat suci para kerabat Padmawangsa (kerabat bunga Teratai) dilahirkan.
Kata 'Javaka' berasal dari nama empayar purba Melayu,'Jawaka' yang dikenali sebagai 'Savak' dalam loghat
Pali dan 'Zabak/Zabag' oleh para pedagang Arab.
336
Sampai disini,sudah ada bukti untuk menunjukkan bahawa beliau berasal dari generasi Raja
SriVijaya.Namun,dari zaman kuno,Sri Lanka telah pun memelihara hubungan agama dengan negeri-negeri
Melayu sekian lama sejak zaman Gupta dan Asoka.
Di masa lalu,sami-sami Buddha Sri Lanka telah melakukan perjalanan ke Siam,Kemboja dan Burma.Ada
bukti sejarah untuk menunjukkan bahawa mereka pergi ke pulau Jawa dan Sumatera serta Semenanjung
Tanah Melayu.
Armada laut Chandrabhanu telah melancarkan serangan ke bahagian selatan pulau Sri Lanka,tetapi
dikalahkan oleh raja Sri Lanka.Namun Chandrabhanu mampu mendirikan kerajaan bebas di bahagian utara
pulau itu,sehingga namanya termasuk dalam daftar raja-raja Kerajaan Jaffna yang memerintah Sri
Lanka.Tetapi pada tahun 1258 ia diserang dan ditundukkan oleh Pandya.Pada 1262 Chandrabhanu
melancarkan serangan di selatan pulau itu,pasukannya kali ini diperkuatkan dengan penambahan pasukan
Tamil dan Sinhala,namun sekali lagi dikalahkan kerajaan Pandya (kerajaan ini juga yang menewaskan
kerajaan Chola) ketika Pandya bergabung dengan tentera Sri Lanka dan Chandrabhanu sendiri terbunuh
dalam pertempuran itu.Walau bagaimanapun,anak Chandrabhanu masih mampu mempertahankan kawalan
ke atas kerajaan utara,walaupun tunduk kepada Pandya dan memerintah sehingga akhir abad ke-14.
Serangan Chandrabhanu ke atas Sri Lanka itu membuktikan terdapatnya kekuatan dari Asia Tenggara yang
mampu menghantar serangan malah membina kerajaan di luar kawasan Asia Tenggara.Namun penguasaan
dinasti-dinasti Melayu di Sri Lanka sebenarnya berlangsung lebih lama,tepatnya ketika era keemasan
Sriwijaya.Penemuan candi purba di Kantarodai menyaksikan senibina menyerupai elemen-elemen
Borobudur.Anehnya,pakar arkeologi Sri Lanka mendakwa pengaruh ini adalah datang dari luar ke Sri
Lanka.Ini kerana gaya senibina candi Kantarodai tidak dijumpai di mana-mana di Sri Lanka malah di tanah
besar India.Usia tapak arkeologi si Kantarodai adalah seawal abad ke-2 Sebelum Masehi!Pakar-pakar
sejarah Sri Lanka agak bingung memikirkan dari mana senibina stupa bulat ini tiba,akhirnya mereka
berpagang kepada Teori Borobudur setakat ini bagi memecahkan kebuntuan.Senibina Borobudur benar-
benar senibina unik dinasti Melayu Sailendra.Rahsia dan asal-usul dinasti misteri ini akan dijelaskan
terperinci di dalam artikel 'The Sailendras' yang akan menyusul nanti.Semuanya akan dijelaskan tentang
hubungan Sri Dharmaraja dengan Sailendra dan Sriwijayamala.
337
Penubuhan Ayutthaya dan Pembukaan Sebuah Rahsia
Ayodhya adalah salah satu wilayah Sri Dharmaraja.Kehadiran U-Thong,seorang raja peranakan Cina-Tai
telah merebut wilayah ini dari Sri Dharmaraja.Lama kelamaan kuasa dinasti raja ini semakin kuat dan
akhirnya berhasil menyerap Sri Dharmaraja ke dalam Ayutthaya (Ayodhya Baru).Pada masa yang
sama,kerabat Sri Dharmaraja memasuki istana Ayutthaya melalui hubungan persaudaraan apabila raja-raja
Ayutthaya mengambil kerabat diraja Sri Dharmaraja sebagai anak-anak angkat.Sebab itu dalam sejarah
Ayutthaya,dinasti Ayutthaya yang bercampur darah dengan kerabat Sri Dharmaraja tidak menyenangi dinasti
Sukhotai.Sukhotai pernah menyerang Sri Dharmaraja sebelum itu.Dengan penubuhan Ayutthaya,Sri
Dharmaraja telah berhasil menundukkan Sukhotai menjadi negeri bawahan Ayutthaya.Namun begitu
Sukhotai tetap memainkan peranan dalam sejarah Ayutthaya,sehinggakan bangsawan mereka ada yang
menjadi raja Ayutthaya.Ketika itu terdapat 4 kerabat atau kelompok di Ayutthaya yang punya pengaruh besar
dalam politik Ayutthaya:
1.Supannabhum (kemungkinan orang Mon)
2.Uthong, (peranakan Cina-Thai)
3.Sukhothai, (Thai)
4.Sri Thammarat (Melayu)
Pada era Ayutthayalah,budaya Melayu Segenting Kra dan kerabat Kemboja ('Khmer' menurut sarjana/
nasionalis Khmer) telah mempengaruhi segala aspek kehidupan orang Tai dengan lebih menyeluruh
sehinggakan mereka juga digelar sebagai 'Siam'.Asimilasi Tai yang dahulunya memegang identiti kaum-
kaum Monggol Selatan ketika era Dinasti Yuan berubah dengan drastiknya menjadi kaum yang
berbudayakan Khmer dan Melayu Segenting Kra namun berbahasa Kradai.Tai-Siam ini berlainan dengan Tai
Utara yang disebut Lanna dan kebudayaan Lanna.Juga keseniannya berlainan dengan Tai Yuan iaitu
Sukhotai (Tai Yuan,dengan 'Yuan' adalah nama dinasti Monggol yang memerintah China,nenek moyang
orang Tai berasal dari pergunungan Altai,dari salah satu suku Monggolia),Tai Ayutthaya ini telah berjaya
mendapatkan identiti mereka sendiri hasil cedukan yang teruk dari bangsa Melayu Segenting Kra dan
Khmer.Ketika inilah,kaum wanita Tai,mula memakai kain sarong,atau sampot dan para wanita bangsawan
pula memakai kain sarong dengan gaya berkemban,pakaian wanita Sriwichai (Sriwijaya) pada masa
silam.Hiasan kepala pula (headgear) diubahsuai dari mahkota-mahkota raja-raja Kemboja (Khmer).Senibina
338
dicedok 100% dari Kemboja dan Segenting Kra,terutama ketika raja Ayutthaya menawan Angkor,beribu-ribu
artisan,penari dan tukang-tukang Kemboja dibawa ke kota Ayutthaya untuk membangunkan tamadun
Siam.Tarian pula banyak meniru tarian Mon dan Melayu.Ukiran meniru ukiran kuil-kuil Angkor namun
senibina Ayutthaya menggunakan bata (bricks) manakala kuil-kuil Angkor dibina dengan cara memotong
batu-batu gunung (stone).Cara ini mewarisi kejuruteraan Sailendra dan Sriwijaya.Contohnya Borobudur dan
candi-candi di Jawa yang menggunakan batu (stone) bukannya (bricks).Teknologi bata (bricks) biasa
digunakan oleh kerajaan Kedah Tua.Di Lembah Bujang,dijumpai rumah-rumah membakar bata-bata merah.
Raja-raja Sri Dharmaraja sejak dari era Raja U-Thong,menghadapi kuasa baru Ayutthaya yang terbina dari
bekas wilayahnya sendiri.Sri Dharmaraja masih di bawah bayangan Ayutthaya.Apabila raja Patani,juga
masih saudara dengan kerabat Sri Dharmaraja memeluk Islam,raja Sri Dharmaraja mula memusuhi Raja
Patani dan sebaliknya semakin rapat dengan Ayutthaya yang seagama (Buddha).Namun begitu,Ayutthaya
masih menyimpan hasrat untuk memiliki Sri Dharmaraja yang mempunyai rangkaian perdagangan maritim
dan pengaruhnya yang besar ke atas negeri-negeri Melayu.Suatu ketika,raja Sri Dharmaraja yang terakhir
bernama Sri Raja berjaya ditangkap oleh Chakrapat,raja Ayutthaya.Semasa di dalam tahanan Ayutthaya,Sri
Raja merasa hidupnya tidak terlalu lama lalu menyampaikan pesanan penting kepada Raja
Ayutthaya,Chakrapat:
"Bana Sri Dharmasokaraja memohon untuk mempersembahkan 3 laki-laki, 3 perempuan, dan 100 laki-laki
dalam rombongan daripada tiga lelaki dan tiga wanita. Dia meminta bahawa raja menerima anak-anak dan
cucu iaitu sebanyak 3 laki-laki dan 3 perempuan sebagai wakil untuk mengutip cukai, dan dia berjanji
bahawa tiga lelaki dan tiga wanita itu akan berkhidmat untuknya selepas peninggalannya"
(Riwayat Sri Dharmaraja)
Siapakah yang diminta oleh Sri Raja untuk dijamin dalam penjagaan Chakrapat,raja Ayutthaya?Petikan
seterusnya dari riwayat itu menyebutkan:
"Nay U adalah adik dari Bana Sri Dharmasokaraja; isterinya Nan Keo. Nay Ku dan Nay U adalah anak
saudara dan cucu dari Sri Bana Dharmasokaraja.Isteri Nay Ku bernama Nan Cam, dan bahkan isteri U
bernama Nan Gambejra."
Jelas di sini,anak cucu Sri Raja mempunyai pangkal nama Nay.Isteri-isteri mereka berpangkal nama Nan
(Nang).Inilah asal-usul keturunan 'Nai' iaitu kerabat Sri Dharmaraja,Melayu Segenting Kra.Adakah raja
Ayutthaya mahu menerima tawaran (wasiat sebenarnya) oleh Sri Raja?Sudah tentu ya,kerana
dengannya,dia mampu memiliki warisan perdagangan maritim dan ufti dari negeri-negeri Melayu.
"Ketika Bana Sri Dharmasokaraja meninggal dunia, raja (Chakrapat,raja Ayutthaya) telah memiliki Nay U,
Nay Ku, dan bahkan Yu datang untuk memberikan penghormatan kepadanya, dan meminta daripada
mereka perak dan emas untuk disimpan ke simpanan kerajaan"
(Riwayat Negeri-negeri era Pertengahan)
Ketiga-tiganya (Nay U,Nay Ku dan Nay Yu) adalah anak cucu raja Sri Raja,iaitu raja Sri Dharmaraja terakhir
sebelum negerinya diserap ke dalam Ayutthaya.Raja Sri Raja telah berwasiat kepada Raja
Chakrapat,supaya mengambil anak dan cucunya sebagai anak angkat setelah sepeninggalannya.Raja
Ayutthaya itu mendengar dengan penuh teliti dan berjanji.Selepas pemergian Sri Raja,Raja Chakrapat
menunaikan janjinya lalu mengambil ketiga-tiga Nay itu sebagai anak angkat raja Ayutthaya dan menaikkan
Prah Sodhanaraja,anak kepada Sri Raja sebagai anaknya sendiri.Anak cucu raja Sri Dharmaraja itu
kemudiannya telah dilantik semula sebagai penguasa di Ligor,iaitu Sri Dharmaraja yang baru.Keturunan
mereka itulah yang digelar sebagai 'Nai' sehingga kini.Gelaran Nay/Nai ini juga mempengaruhi sistem
penggelaran bangsawan Thailand pada hari ini.Begitu juga gelaran 'Nang' (rekod Khmer menyebutkan
'Nan') iaitu gelaran bagi wanita seperti nama 'Nang Che Yam' adalah berasal dari kerabat diraja Ligor/Sri
Dharmaraja.Sebenarnya 'Nai' ini cuma gelaran keturunan sebagaimana Tengku,Wan atau Nik.
Apabila menjadi penguasa Ligor,keturunan Nay ini dibenarkan mengutip cukai ke atas 12 negeri di bawah
Sri Dharmaraja lama.Ini yang dimaksudkan dengan "meminta daripada mereka perak dan emas untuk
disimpan ke simpanan kerajaan".Apakah 12 negeri di bawah Sri Dharmaraja lama?
339
Petunjuk di Chaiya
Ini adalah stupa yang dimaksudkan,dibina oleh Chandrabhanu Sri Dharmaraja,senibinanya adalah asli
Melayu Segenting Kra.Stupa inilah yang diletakkan dalam 'seal' Nakhon Si Thammarat.
Riwayat Nagara Sri Dharmaraja dan Riwayat Phra Dhatu Nakorn telah menunjukkan 12 wilayah Sri
Dharmaraja lama,di mana ini dijumpai pada sebuah kuil Buddha purba di Chaiya dalam wilayah Suratthani
sekarang.Digelar sebagai 'kota Naksat' dalam bahasa Thai merujuk kepada simbol-simbol dalam Naksat
Pi,kalendar purba yang digunakan oleh orang Kedah Tua/Langkasuka pada masa silam untuk meramal
musim penanaman padi.
๑. เมืองสายบุรี ปีชวด ถือ ตราหนู
๒. เมืองปัตตานี ปีฉลู ถือ ตราวัว
๓. เมืองกะลันตัน ปีขาล ถือ ตราเสือ
๔. เมืองปะหัง ปีเถาะ ถือ ตรากระต่าย
๕. เมืองไทรบุรี ปีมะโรง ถือ ตรางูใหญ่
๖. เมืองพัทลุง ปีมะเส็ง ถือ ตรางูเล็ก
๗. เมืองตรัง ปีมะเมีย ถือ ตราม้า
๘. เมืองชุมพร ปีมะแม ถือ ตราแพะ
๙. เมืองไชย (เมืองบันไทยสมอ) ปีวอก ถือ ตราลิง
๑๐. เมืองท่าทอง (เมืองสะอุเลา) ปีระกา ถือ ตราไก่
๑๑. เมืองตะกั่วป่า – ถลาง ปีจอ ถือ ตราสุนัข
๑๒.เมืองกระบุรี ปีกุน ถือ ตราสุกร
340
Maksudnya:
1. Negeri Saiburi (Narathiwat) membawa lambang Chut (Tikus)
2. Negeri Patani membawa lambang Chelu (Lembu)
3. Negeri Kelantan membawa lambang Khan (Harimau)
4. Negeri Pahang membawa lambang Thauh (Arnab)
5. Negeri Sraiburi (Kedah) membawa lambang Merong (Ular Besar/Naga)
6. Negeri Phattalung (Bedelong) membawa lambang Mahleng (Ular Kecil)
7. Negeri Trang membawa lambang Mahmia (Kuda)
8. Negeri Chumpon membawa lambang Mameh (Kambing)
9. Negeri Jaya (Krabi) membawa lambang Wouk (Beruk)
10.Negeri Thaa Thong (Kanchanadit) membawa lambang tahun Raka (Ayam)
11.Negeri Takuapa-Thalang (Phuket) membawa lambang Cho (Anjing)
12.Negeri Kraburi membawa lambang Kun (Kura-kura)
Ini bermakna pada masa silam wilayah Sri Dharmaraja adalah sejauh Ayutthaya hingga ke Pahang.Sebab
itu di dalam Sulalatus Salatin,tersebut kisah raja Pahang Purba bernama Maharaja Dewasura yang ditawan
oleh Seri Bija Diraja,ketika Melaka menyerang Pahang.Maharaja Dewa Sura ini adalah berketurunan Siam
Asli dan konotasi 'Siam Asli' ini adalah merujuk kepada Melayu Segenting Kra atau Mon dimana tradisi
Khmer menyebutnya sebagai 'Syam Kut'.Penulis (Srikandi) akan menerangkan apakah itu 'Syam Kut' pada
topik berikutnya.
Ketika itu,Melaka yang semakin meluaskan empayarnya merampas Pahang daripada Sri Dharmaraja yang
selepas itu menjadi naungan Ayutthaya.Ini menyebabkan Ayutthaya semakin 'panas' dengan tindak-tanduk
Melaka yang semakin berani.Mengapa Ayutthaya tercabar?Ini kerana Sri Dharmaraja adalah negeri 'anak
angkat' kesayangannya.Telah diterangkan sebelum ini tentang Nay U,Nay Ku dan Nay Yu,anak cucu Sri
Raja (raja Sri Dharmaraja lama terakhir),yang diambil sebagai anak angkat oleh Chakrapat
(1509-1568).Dalam filem Sri Suriyothai,raja inilah yang membunuh Sri Sudachan dan Worawongsathirat dari
dinasti U-Thong,dengan pertolongan dari kerabat Sukhotai dan Sri Thammarat (orang-orang Melayu Ligor).
Siapakah Syam Kut?
Apakah dia Syam Kut?Ditemui terpahat pada dinding Angkor Wat,segerombolan tentera Khmer sedang
berarak untuk pergi berperang.Anehnya,ada sekelompok tentera yang berpakaian agak berbeza dari
tentera-tentera Angkor yang lain.Mereka memakai kain sarung dan di kepala mereka terdapat lilitan
kain.Orang-orang Khmer purba memanggil unit tentera ini sebagai 'Syam' (seperti unit-unit tentera dalam
kerajaan Athens seperti Arcadia dan Sparta juga seperti unit Myrmidons yang diketuai oleh Achilles dalam
Perang Trojan).Sejarahwan Khmer merujuk ukiran tentera aneh ini sebagai "salah satu unit tentera upahan
dari Sriwijaya".Kelompok Syam inilah asal-usul terbitnya nama 'Siam' dan kemudiannya dipakai oleh orang-
orang Thai ketika penubuhan Ayutthaya.
Semua ini akan membawa kita kepada satu nama,
"Maulimalaraja"
Dimana gelaran ini adalah 'title' diraja yang paling dihormati,digunakan oleh raja-raja Laos purba di Lanxang
(Lancang),raja-raja Funan dan Kemboja serta raja-raja Dharmasraya di Sumatera.
Kita kembali ke masa belakang,kira-kira 1700 tahun yang silam,ketika seorang raja Melayu purba sedang
enak-enak berehat di istananya,sambil ditemani oleh gundiknya,dari orang Kensiu yang ditemuinya di bukit
ketika berburu.Wajah gadis bukit itu agak menarik hatinya,dan raja Melayu itu meminta izin dari ibu-bapanya
untuk menjadikannya gundik diraja.
341
Kita akan belajar rahsia hubungan raja-raja Melayu dengan etnik-etnik bukit berbahasa Mon-Khmer
ini...siapa Nang Kemuning,raja Kayangan yang menculik puteri Khmer,perahu siput dan rahsia
Maulimalaraja dalam episod seterusnya,"Mahidhara Court & Ketomala Dynasty"...
342
Celoteh terbaru Srikandi di halamansrikandi
----------------------------------
Next...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XVIII
"Mahidhara Court & Ketomala Dynasty"
-Preah Ketomala
-Preah,Prah,Praoh dan Raja Perahu
-Siapa Ketura dan Ketula?
-XXXXXXXX
-XXXXXXXX XXXXXX XXX XXXXX
-Istana di Gunung Jerai
-Naga yang membaham pulau
-Cinta gadis bukit
-"XXXXXXXX"
-Kisah raja beristeri dua
-Darah Malayu dalam Puteri Mera
-XXXXXXX XXXXXX XXXXX
-Surat dari Lanxang
-Gelaran raja-raja Mala
-Kisah dua beradik Samala dan Vimala
-Dari Ketomala ke Sriwijayamala
-XXXXXXXXX XXXX XXXXXXX
Rahsia makin sukar untuk dibaca!Siapakah Malayu?Siapakah Sriwijayamala?Sungguh!Epik Kemelayuan itu
amat mengasyikkan!
Nyalakan jamung...kita baca bersama-sama ayat-ayat pada batu bersurat...
Setia bersama MistisFiles,menjejak rahsia nenek moyang...
Jangan ke mana-mana!!
343
Alter Terahsia Bangsa Melayu XVIII
Kira-kira 20 kilometer dari Kompong Cham,di Kemboja telah ditemui sebuah candi purba abad ke-7
Masehi.Perjalanan ke sini dari Kompong Cham akan merentasi rumah-rumah desa dengan diapit Sungai
Mekong.Prasat Han Chey,itulah namanya yang diberi penduduk tempatan menyimpan sejarah yang amat
penting buat orang Khmer,kerana di sana ditemui prasasti bertulisan Khmer,yang merupakan transkrip
tulisan Khmer paling tua pernah diketahui.Prasasti ini mengandungi puji-pujian kepada Raja Bhavavarman
II,anaknya juga beberapa orang terkenal,yang dipahat pada 35 baris ayat dalam bahasa
Sanskrit.Bhavavarman II adalah seorang raja ketika era Chenla.Anehnya,prasasti itu berumur lebih tua,iaitu
kira-kira abad ke-6 Masehi,berbeza dari usia bangunan di mana ia ditempatkan.
Terdapat satu baris ayat yang penuh misteri di antara deretan puji-pujian untuk sang raja.
Legenda Tai dan Lao menceritakan tentang Khun Borom dan Khun Lao,iaitu kononnya adalah asal-usul raja-
raja mereka.Penelitian selanjutnya oleh sejarahwan Khmer dan Tai sendiri berkenaan mitos raja ini
menunjukkan kemungkinan besar Khun Borom adalah bayangan kepada satu dinasti purba raja-raja yang
pernah memerintah seluruh Indochina sehingga selatan China.Sesuatu yang menggamit misteri,apabila
ulasan sarjana kuat mengatakan bahawa Khun Borom ini sama ada raja-raja Srivijaya ataupun wujud
sezaman dengan raja-raja Srivijaya.
Sebab itu,di dalam surat seorang raja Lao kepada pemerintah Khmer sekitar abad ke-16 dari kerajaan
Lanxang menggelarkan dirinya 'Maulimalaraja' atau 'Raja orang-orang Mala' (The King of Mala
People),gelaran yang biasa digunakan oleh raja-raja Melayu dari istana Sri Dharmaraja (semenanjung
Tanah Melayu) dan Dharmasraya (Sumatera).Orang Lao mendakwa Fa Ngum yang membuka Lanxang
adalah keturunan Khun Lao (atau Khun Lo),watak legenda orang Lao.Malah istilah 'Sisattanakanahok' yang
merujuk kepada Lanxang yang digunakan oleh pemerintah Lao adalah berasal dari sebutan Sanskrit untuk
'Sri Santan Naga Nahud'...iaitu gelaran khas raja-raja Melayu Indochina,terutamanya raja Champa,Simha
Jayavarman yang berasal dari istana Sri Dharmaraja.
Semua misteri ini tercantum dalam puji-pujian kepada raja Chenla,Bhavavarman II yang turut menggunakan
'title' raja Melayu purba,dalam prasasti yang dipercayai paling tertua menggunakan skrip Khmer.
Misteri dalam inskripsi Han Chey ini sememangnya memeningkan para sarjana sejarah Indochina,mengapa
raja-raja Lao,Chenla dan Champa berkongsi gelaran 'Raja dari orang-orang Melayu'.
344
Puji-pujian kepada Bhavavarman II,raja Chenla ini tertulis,
"...mala malayu iva malayam raja"
yang bermaksud:'Mala Kings of Malayu' (Raja-raja Mala dari Malayu)...
345
Mahidhara Court & Ketomala Dynasty
"The message of the Prah Chao Sisattanakanahok, the "Mauli of the Mala people" of the Lanxang country,
in correlation to Prah Boromindaraja Ramadhipti of the Kamboja Kingdom"
(Message from a Lao King to Borommaracha IV,King of Lovek)
Sejarah raja-raja Melayu adalah sungguh mengasyikkan.Mereka bina kerajaan dan negarakota di merata-
rata tempat,bina kapal-kapal dan berlayar menduduki pesisir-pesisir pantai Asia Tenggara,berperang untuk
meluaskan kuasa atau mempertahankan diri serta berkahwin dengan puteri-puteri kerajaan lain.Untuk
memahami rahsia Melayu,kita mesti memahami 'pantang-larang'nya.Apakah pantang larang dalam
memahami rahsia Melayu?
Pertama sekali ialah jangan sesekali melihat sejarah Melayu sesempit dari Perlis hingga Sabah.Keduanya
jangan memulakan sejarah Melayu hanya seawal dari Kesultanan Melaka.Ini kerana dahulu raja-raja Melayu
bina negarakota di merata-rata tempat di Asia Tenggara sejak beribu-ribu tahun dahulu,seawal era Mesir
Purba.Sarjana barat seperti Charles Jones mendapati nama 'Perahu' dan 'Hati' yang terukir dalam tulisan
hiroglif Mesir di Luxor tidak punya kaitan yang meyakinkan pada bahasa-bahasa Afrika dan India,namun
mempunyai hubungan istimewa dengan bahasa Melayu.Dari lokasi seutara Laos dan Chiang Mai sehingga
346
ke Singapura,dari Sumatera hingga ke Borneo...adalah 'realm' pengaruh pemerintahan raja-raja
Melayu.Sebahagian pembesar-pembesar Melayu menuju ke Kepulauan Filipina dan menubuhkan
pemerintahan di sana dan di sinilah muncul sistem Kedatuan Filipina.Suryavarman I,raja Angkor adalah raja
Kemboja berdarah Melayu sebelah bapa dan Khmer sebelah ibu.Nasionalis Khmer seringkali menafikan dan
cuba menyembunyikan raja-raja Melayu yang memerintah Kemboja,tetapi ahli sejarah mereka tidak mampu
lagi menutup bukan bangkai gajah,tetapi sebuah taman harum-haruman yang mekar di
Indochina.Menyelusuri sejarah sebelum penubuhan Angkor adalah amat mengujakan,seringkali terjumpa
bayangan raja-raja Melayu dan gelaran-gelaran yang digunakan mereka dalam inskripsi dan riwayat-riwayat
Khmer.Walaupun raja-raja Melayu ini bersembunyi di dalam gelaran Sanskrit dan Khmer mereka,namun ahli
sejarah Kemboja dapat membezakan mana satu gelaran-gelaran Sanskrit yang menjadi identiti raja Melayu
dahulukala.Contohnya suffix -mala yang dipakai dihujung nama seperti Ketomala,Vimala dan Sriwijayamala
adalah khas digunakan oleh keturunan yang disebut oleh sejarahwan Khmer sebagai 'Ma-la-yu'.Begitu juga
gelaran 'Sri Siantan Naga' atau 'Sri Santan' adalah 'title' khas raja Melayu,yang dipakai oleh raja Champa
dan Lao.Gelaran-gelaran ini terukir pada pelbagai prasasti yang ditemui di Indochina.
Nama 'Malayu' itu sendiri dipahat oleh tukang-tukang Khmer di batu-batu bersurat mereka seawal abad ke-6
Masehi dalam skrip Khmer purba,begitu juga prasasti tembaga di Sumatera yang terukir JELAS perkataan
'bangsa Malayu' dalam skrip Rencong.Ini menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan nama 'Melayu'
itu berasal dari perkataan Jawa atau ciptaan British adalah pandangan dungu dan tidak berpelajaran.Tiada
siapa yang tergerak hatinya untuk memahatkan perkataan 'British' atau 'Jawa' dalam prasasti-prasasti
seawal abad ke-6 Masehi,apatah lagi 'Tausug' atau 'Negrito' sebagai contoh,namun nama "Malayu' itu
sendiri adalah nama yang penuh rahsia dan keajaiban.Sudah selayaknya nama 'Malayu' itu punya prestij
yang tinggi,dan orang-orang Melayu punya bukti yang teramat konkrit dan mustahil untuk diganggu-gugat
lagi bahawa nama bangsa mereka telah terpahat pada prasasti.
Sejarahwan Khmer melambangkan satu pengaruh kerajaan yang besar (The Great Kingdom) yang disebut
sebagai 'Mahidhara' yang seringkali dirujuk kepada Sriwijaya atau Sri Dharmaraja (sebagai negarakota yang
memiliki aura Malayu sebagaimana Sriwijaya).Seorang raja legenda mereka yang disebut sebagai Prah
Ketomala yang memiliki kisah separuh mitos adalah salah seorang yang punya hubungan dengan kerajaan
'Mahidhara' itu.Sebelum kita pergi lebih jauh,dengan persoalan lebih rumit dan kompleks,mari kita
memahami dahulu gelaran paling misteri di Indochina sejak berabad-abad lamanya iaitu,Maulimalaraja.
347
Maulimalaraja
"...mala malayu iva malayam raja"
(sebaris ayat yang terpahat pada Prasasti Han Chey di Kemboja,abad ke-6 Masehi)
Ini adalah gelaran misteri yang dipakai oleh Simha Jayavarman,raja Champa dan Jayaviravarman,raja
Angkor.Ia juga dikesan dipakai oleh Setthathirath,raja Lao dari kerajaan Lanxang (Lancang) ketika mengutus
utusan kepada raja Kemboja era kerajaan Lovek,Boromindaraja (Borommaracha IV) serta terpahat seawal
kurun ke-6 Masehi dalam prasasti Han Chey berisi puji-pujian untuk Bhavavarman II,raja Chenla.
Gelaran 'Mauli' yang juga muncul sepertimana gelaran yang dipakai oleh dinasti Mauli (yang memerintah
Dharmasraya) di Sumatera paling menarik dikesan dalam riwayat raja Boromindaraja,raja Kemboja kerajaan
Lovek (selepas Angkor ditakluk oleh Ayutthaya).Raja Boromindaraja telah menaiki takhta pada tahun 1555
pada umur 44 tahun.Menyedari bahawa barisan hadapan sebelah timur kerajaannya telah terabai
sedemikian lama ketika peperangan dengan Ayutthaya,Boromindaraja telah berusaha untuk menguatkan
pertahanan.Dia menghantar pasukan dan pegawai untuk membina sebuah bandar di pantai timur.Pada
sempadan Champa,dia membina benteng-benteng untuk mencegah gangguan baik dari Cham atau Dai Viet
yang pada ketika itu masih berjuang untuk kawalan ke atas Champapura (wilayah Vietnam hari ini).Setelah
mengamankan sebelah timur negara itu,raja Boromindaraja menyiapkan pasukan kecil untuk menghadapi
serangan dari Ayutthaya,yang ketika itu di bawah pemerintahan seorang raja baru Dharmaraja (nota:catatan
Khmer menyatakan raja Ayutthaya baru ini bergelar Dharmaraja,kemungkinan punya hubungan dengan
Melayu Ligor).Sesampainya di Ayutthaya, ia menghantar utusan untuk membawa permintaan kepada Raja
Siam yang baru itu.
"Kerajaan Kemboja tidak pernah melakukan kesalahan apapun terhadap Ayutthaya dari negara
Siam.Sebaliknya,Ayutthaya telah menghantar pasukan untuk menyerang Kerajaan Khmer beberapa
kali.Sekarang kita,sebagai saudara anda lebih muda,membawa tentera untuk melawan anda.Jika kekanda
(iaitu raja Siam) bersetuju untuk menyerahkan wilayah Nokorraja-sima di sebelah barat dari Bachin hingga
348
laut yang merupakan sebahagian dari wilayah Khmer yang dirampas oleh Siam di masa lalu,'adik' anda
yang lebih muda ini (Boromindaraja) akan menarik pasukannya kembali serta-merta"
Setelah berunding,raja Dharmaraja,Raja Ayutthaya menjawab kembali.
"Atas permintaan adik tentang wilayah barat itu,ia tidak dapat diberikan kerana kekuasaan ke atasnya telah
ditetapkan oleh raja Hamsavati"
Sangat menarik untuk dicatat bahawa di dalam komunikasi mereka,para penguasa dari kedua-dua kerajaan
menyebutkan diri mereka sebagai saudara.Tidak jelas bahawa itu hanya kebiasaan umum sebagai tanda
hormat atau kedua-duanya memiliki hubungan kekeluargaan.Catatan sejarahwan Khmer menyatakan
bahawa datuk dari raja Boromindaraja adalah putera dari seorang puteri Siam,Si Sagnam dan naik takhta
Khmer di bawah gelaran Dharmaraja juga.Setelah pertarungan yang berakhir dengan kekalahan tentera
Khmer dan memukul mundur barisan yang tersisa kembali ke Kemboja,dua kerajaan itu berdamai di antara
satu sama lain semula kerana ketika itu raja Khmer tersebut terpaksa berhadapan dengan satu lagi
ancaman baru,iaitu keghairahan Raja Lao.Setelah berunding,raja Lao Lanxang membuat keputusan sendiri
untuk menakluk Kemboja sebagai negeri bawahannya.Dia mengutus utusannya bersama-sama dengan
1000 tentera,gajah-gajah perang dan mesej kepada kerajaan Kemboja.Mesej raja Lao yang mendorong
kerajaan Khmer ke dalam pertarungan gajah perang (budaya popular di Indochina pada masa dahulu
termasuk raja-raja Melayu dahulukala),bermula dengan pendahuluan:
"Mesej daripada Prah Chao Sisattanakanahok, "Mauli dari orang-orang Mala" dari negara Lanxang,dalam
kaitannya dengan Prah Boromindaraja Ramadhipti dari Kerajaan Kemboja"
Sangat menarik untuk dicatat bahawa raja Laos telah memperkenalkan dirinya sebagai "Mauli dari orang-
orang Mala" yang merupakan tradisi dari kerajaan 'Mala dari Malayu' (nota:ini diambil dari istilah sejarahwan
Khmer,secara tradisinya bangsa Khmer mencatat 'Mala' dan 'Malayu' sebagai entiti yang
sama).Sepertimana sarjana Khmer telah melihat bahawa Lanxang sendiri selalu dikenali oleh Lao barat
sebagai Muang Chawa (Ini berasal dari nama Jawaka,empayar Melayu purba sebelum kebangkitan
Sriwijamala),penemuan ini menyokong teori masa lalu berkenaan hubungan di antara Lanxang dan
Champapura.Pada bahagian berikutnya dari mesejnya,Raja Laos menyampaikan syor untuk menyatukan
kedua-dua negara.
349
Siapakah Kekanda Raja Siam dan apa kaitan dengan Syam Kut?
Nama Siam berasal dari Syam,iaitu sebutan orang Mon-Khmer kepada suku Melayu yang membina kota di
selatan Lembah Menam.Suku Melayu ini punya hubungan dengan Cham,satu lagi suku Melayu yang
menduduki sebahagian Vietnam pada hari ini pada masa dahulu.Perhatikan kaitan antara 'Cham' dengan
'Syam'.Asal-usul perkataan 'Syam' ini adalah 'Cham' kerana lidah Sanskrit yang pekat kadangkala
menjadikan bunyi 's' sebagai 'c' atau sebaliknya (vice versa).Contohnya dalam inskripsi,nama Srivijaya
ditulis pada awalnya sebagai 'cri vijaya'.Kemungkinan besar,orang Khmer dahulu memanggil 'Champa'
sebagai 'Syampa'.Selepas kejatuhan Sri Dharmaraja kepada Ayutthaya,konotasi Siam/Syam ini diambilalih
oleh suku-suku Tai yang berkahwin campur antara orang Mon,Khmer dan Melayu Segenting Kra.
Syam Kut bermaksud Kota Siam,adalah nama sebuah negarakota Melayu yang kemudiannya dinaungi oleh
Sri Dharmaraja(Ligor).Rakyatnya dipanggil 'Siam' oleh orang Mon-Khmer.
Bukti paling jelas tentang nama 'Syam' ini ialah pada penggambaran dari Angkor,dimana apa yang menjadi
misteri adalah bahagian di bawah label "Syam Kut", jelas menggambarkan kumpulan-kumpulan bukan
Khmer di bawah komander mereka sendiri.Hal ini menunjukkan perbezaan antara kumpulan-kumpulan itu
dengan tentera Khmer dari kerajaan Angkor (tentera Angkor bukanlah semuanya berbangsa
Khmer).Inskripsi kecil yang lain mengenalpasti komander mereka sebagai "Anak rajyakaryya bhaga paman
jen jhala ta nam Syam Kuk",seorang perwira kerajaan dari Paman bhaga "jhala Jen" yang bernama "Siam
Kuk" (ayat dalam inskripsi itu jika kita lihat memiliki kata-kata dalam bahasa Melayu dan jika diterjemah lebih
kurang seperti ini:'Anak raja 'karya' paman 'jen jhala ta' yang bernama Siam Kuk).Petunjuk ini
menggambarkan para askar di Syam Kuk terdiri dari pasukan yang tidak mempunyai formasi dan kelihatan
tidak teratur serta lebih primitif daripada unit-unit tentera dari kumpulan-kumpulan ketenteraan
Angkor.Melihat dengan teliti tentera Siam Kut lebih sesuai dengan ciri-ciri para askar Guchanaga (berkaitan
dengan tentera Paramakamboja dalam hikayat Mahabbharata).Bulu Merak yang menghiasi aksesori mereka
itu nampaknya digunakan untuk dekorasi pada kedua-dua tombak mereka dan hiasan kepala.Mereka juga
memakai pakaian yang menutup di bahagian bawah yang nampaknya sama dengan pakaian tradisional
Mon atau sarung Melayu yang disebut "longyi".
350