The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Alter Terahsia Bangsa Melayu ( PDFDrive.com )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SN MUHAMMAD HAJI SALLEH (HSBM), 2020-09-24 09:39:47

Alter Terahsia Bangsa Melayu ( PDFDrive.com )

Alter Terahsia Bangsa Melayu ( PDFDrive.com )

lagi dan kerajaan Vietnam memerintahkan penghapusan total kaum minoriti ini lalu beribu-ribu orang Campa
ini lagi lari ke Kemboja lagi dan meminta izin Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berhijrah ke AS. Pada 10 dan 11
April 2004 kaum minoriti Vietnam ini dengan sokongan FULRO memberontak lagi dan Hanoi menghancur-
leburkannya. Sedihnya berita-berita pemberontakan ini langsung tidak sampai kepada kita kerana kepekaan
kita terhadap rumpun sendiri itu sudah lenyap ditimbus oleh kolonialisme dan kemudiannya nasionalisme
sempit kita ditambah pula KEBANYAKAN ORANG MELAYU KINI SUDAH BUTA SEJARAH DAN
BERPECAH BELAH.Mungkin 100 tahun akan datang terdapat dua jenis kaum yang berasal dari rumpun
yang sama iaitu kaum Umno dan Kaum Pas yang berlainan budaya dan bahasa.

Bagaimana teraturnya pentadbiran dan pengurusan kerajaan Campa yang terbayang daripada kewujudan
jawatan-jawatan itu dapat difahami lagi dengan adanya sistem subsidi dan cukai kepada kaki tangan
kerajaannya, adanya unit-unit sukatan seperti yak dan jak (untuk berat atau isipadu beras dan sebagainya)
yang masih dipakai oleh para petani sekarang, di Kelantan umpamanya; sukatan jarak li dan chang (kira-kira
sama dengan 10 kaki atau sekitar 3 meter); unit luas yang dinamai sinjol, makik, malau dan satam; unit berat
tael (ejaan Melayu kini ialah “tahil”, dan masih dipakai hingga sekarang), dram (sekitar 3 gm dan 12 dram =
setael; di Barat drum yang berpunca drp bahasa yang sama, Sanskrit: drama, digunakan untuk isipadu
cecair), thil atau tei untuk emas dan benda-benda yang berharga seperti itu (sekarang menjadi tahil juga),
karsa atau kar untuk benda lain yang seberat thil juga, kemudian unit yang lebih tinggi lagi: pala = 4 karsa,
tula = 100 pala dan bhara = 20 tula. Unit-unit lain lagi yang belum diketahui kuantitinya mengikut sukatan
moden ialah panda, kattika dan pana. Semua ini berlaku sekurang-kurangnya sejak abad 8M lagi. Wujudnya
sistem unit sukatan yang agak lengkap ini tidak menghairankan apabila mengenangkan Campa juga,
bersekali dengan Kerajaan Funan-Chenla, sudah mendahului dunia dalam ciptaan sistem angka
perpuluhannya dengan wujudnya sistem tersebut sekurang-kurang sejak abad ke-6M lagi (lihat Fazura
2005). Unit-unit sukatan di atas wujud di Campa sekurang-kurangnya dalam abad ke-12M kerana unit-unit
itu tercatat di prasasti Campa bertarikh 1150M
Bilangan tiga, tujuh dan seratus menjadi nombor mistik Campa dalam upacara kematian yang masih diwarisi
oleh orang-orang rumpun Melayu sekarang walaupun ini bertentangan dengan ajaran Islam: orang biasa
dibakar secepat mungkin pada hari kematian, bagi orang besar upacara dibuat 3 hari selepas kematian, raja
selepas 7 hari dan 7 hari kemudian orang datang membakar jostik dan menangis lagi pada abu mayat dan
ini diulangi 7 kali setiap minggu sekali, pada hari ke-100 selepas 3 tahun kematian mereka membuat
upacara mengingatkan kematian itu lagi.

151

Di sepanjang wujudnya kerajaan Campa itu, tentu wujud pemimpin-pemimpin besarnya yang mengamalkan
suatu cara kepemimpinan dan kepengurusan yang dianggap hebat sekurang-kurang pada zaman itu,
terutamanya pada zaman kemuncaknya yang dinamai Zaman Mison atau My-Son itu. Umpamanya, Raja
Bharavarman I (abad ke-6M) itu layak ditakhtakan sebagai seorang raja agung kerajaan Campa.

Sebagai pengetahuan tambahan,penyelidik bersekutu INSPEM (UPM) turut mengemukakan fakta bahawa di
antara sempadan Greek dan Albania, terdapat rumpun Melayu Champa yang mendiami di perbatasan
tersebut, yang mana mereka ini mungkin dibawa ke sana oleh para penjajah ataupun aktiviti mengimport
sarjana sebagaimana yang dilakukan oleh Imperium China bagi tujuan pemindahan pengetahuan yang
terdapat di Alam Melayu. Kehadiran bangsa Chameria ini, boleh menimbulkan satu hipotesis, bahawa
sebenarnya terdapat hubungan lama antara Tamadun Melayu dengan beberapa Negara Eropah Timur.
Namun, sudah tentu, suatu penyelidikan mendalam haruslah digarap untuk mengesahkan hipotesis ini.

152

*Cham Albanian

*Cham Vietnam

153

*Cham Cambodia

Bangsa-bangsa di dunia berubah mengikut peredaran zaman.Ada bangsa yang dahulunya adalah bangsa
yang hebat dan menjadi bangsa penakluk,membina negarakota yang kaya raya,tetapi akhirnya terpadam
dari peta sejarah,bangsanya hanya kelihatan dalam buku-buku sejarah dan dilupakan.Inilah yang terjadi
kepada bangsa Assyria,Chaldea,Phoenicia dan Hittite sekadar menyebutkan beberapa nama.Antara bangsa
yang pernah hidup dikalangan bangsa-bangsa yang dilupakan ini adalah bangsa Yahudi dan Arab.Kita boleh
pelajari bagaimana bangsa Yahudi dapat berasimilasi dan menyesuaikan diri dalam pelbagai
keadaan.Bangsa Arab,tidaklah sebesar pada hari ini sampaikan boleh dinamakan Dunia Arab jika tidak
kerana rahmat agama Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.Jika bangsa Arab kekal berdasarkan gaya
hidup jahiliah,kemungkinan besar kini bangsa Arab juga hanya muncul dalam buku-buku sejarah dan
seluruh semenanjung Arab itu mungkin di bawah bangsa Iran,Yahudi dan Eropah.KEBOLEHAN
BERASIMILASI INILAH YANG MENGEKALKAN BANGSA YAHUDI DAN INILAH YANG BERLAKU PADA
BANGSA MELAYU.Apa yang berlaku pada bangsa Yahudi,di mana mereka pernah berkerajaan seperti
Kerajaan Israel Raya yang kemuncaknya pada era pemerintahan Nabi Daud a.s dan nabi Sulaiman
a.s,Kerajaan Israel Utara,Kerajaan Samaria dan Kerajaan Judah/Judea.Kerajaan mereka juga telah
dibumihanguskan malah rakyatnya dibunuh atau dijadikan hamba malah sebahagian lagi dibuang ke
daerah-daerah jauh hingga dinamakan The Lost Tribe of Israel.

Inilah yang berlaku kepada The Lost Kingdom of Champa dan Funan dan negarakota-negarakota Melayu
lain di Indochina.

Sekiranya bangsa Assyria masih kuat dan ramai sehingga diberikan sebuah negara,kemungkinan besar
mereka boleh maju setanding malah lebih lagi daripada Iran dan negara-negara Arab.FIKIRKAN.Jika
dikatakan bangsa Khmer itu mewarisi kehebatan dan ketinggian Tamadun Angkor,bagaimanakah keadaan
Kemboja pada masa kini jika dibandingkan dengan Malaysia.Sejarah peperangan,kemiskinan,kemelesetan
ekonomi,penindasan adalah warna-warni negara ini,dan hanya pelanconganlah harapan ekonomi Kemboja
terutamanya Angkor Wat kebanggaan orang Khmer tinggalan Melayu Funan yang direnovasi oleh kerajaan-
kerajaan selepasnya,walaupun sebenarnya terdapat banyak hasil bumi lain tetapi tidak dapat
dimajukan.Adakah ekonomi Vietnam mencapai tahap gergasi sehingga ramai orang Bangladesh atau
Indonesia beramai-ramai menyerbu negara itu atau adakah rakyat Malaysia beramai-ramai mencari kerja
hatta sesuap nasi di negara yang bukan sahaja pernah menghalau orang Cham malah Amerika juga!
REALITINYA TIDAK SAMA SEKALI PADA HARI INI.Malah orang Vietnamlah menjadi orang hanyut untuk
bekerja di Malaysia kerana keadaan ekonomi yang lembab berbanding keajaiban ekonomi Malaysia,The

154

Golden chersonese.Pelancongan juga adalah salah satu industri Vietnam dan orang-orang luar berduyun
datang ke Vietnam ingin melihat struktur-struktur tinggalan orang Melayu Champa terutamanya di My Son
yang menjadi warisan Vietnam dan dibanggakan oleh orang Vietnam itu.Apa yang terjadi kepada Laos,yang
pernah diberi ulasan oleh seorang wartawan Perancis yang mencatatkan kehidupan orang Laos tidak
berubah seperti zaman sebelum Perang Dunia Kedua.Apakah yang terjadi Myanmar yang menjadi semakin
lembab di bawah junta tentera dan perkara yang menjadikannya terkenal adalah mungkin hanya isu Aung
San Suu Kyi.Hanya Thailand yang maju sedikit seiring negara-negara membangun Asean yang lain,tetapi
sepatutnya negara yang dikatakan tidak pernah dijajah lebih maju dari negara-negara Asean yang lain yang
menderita di bawah Imperialisme Barat.Kini keadaan Thailand juga boleh bergolak bila-bila masa,sehingga
Perdana Menterinya juga digulingkan oleh tentera dan jika trend ini dibiarkan tidak mustahil kuasa tentera
akan semakin kuat dan menjadi JUNTA TENTERA seperti yang terjadi di Myanmar dan Turki.Keadaan
semakin tidak terkawal sehingga rakyat Thai keturunan Cina mampu juga berarak beramai-ramai
berdemostrasi menggulingkan pemimpin politik yang tidak disukai mereka.
Orang-orang Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari Suvarnabhumi,menghadapi pelbagai
rintangan yang getir,cabaran yang pedih dan rentetan sejarah yang meletihkan,namun dengan rahmat Allah
s.w.t bangsa ini masih dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia,Indonesia dan Brunei.Pelbagai cara
subversif dan perang saraf digunakan untuk memecahbelahkan bangsa misteri sehingga sesetengah
rumpun Melayu di Indonesia sudah tidak mengenal kawan dan lawan mereka.Ada di antara mereka
termakan racun yang mengatakan mereka adalah bangsa Indonesia,berbeza dengan bangsa Melayu di
Malaysia padahal bahasa yang mereka gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.Di Malaysia sendiri
Melayunya terdiri daripada Jawa,Banjar,Mandiling,Rawa,Boyan,Minang dan pelbagai lagi malah malah
Negeri Sembilan itu juga asalnya adalah negeri orang-orang Melayu Minangkabau.MEREKA
SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DARI
MEMIKIRKAN BETAPA LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.

155

Indonesia secara kasarnya dikuasai oleh orang Jawa.Orang Jawalah yang sebenarnya memegang
kekuasaan sama ada secara langsung atau disebalik tabir bagi pembinaan apa yang dinamakan 'bangsa
Indonesia'.Ibukota Indonesia ialah Jakarta,terletak di Pulau Jawa yang lebih kecil dari Sumatera.TETAPI
ANEHNYA MENGAPA PEMIMPIN-PEMIMPIN JAWA INI MEMILIH BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA
FRANCA INDONESIA BUKANNYA BAHASA JAWA???

Ini kerana kaum Jawa adalah serumpun dengan etnik-etnik Melayu yang lain,dan tamadun mereka juga
sudah biasa menggunakan bahasa Melayu sebagaimana Empayar Srivijaya dan Majapahit.Mereka
menyedari bahawa bahasa MELAYULAH YANG LAYAK MENJADI BAHASA PENYATUAN SELURUH
NUSANTARA.Setiap etnik-etnik Melayu ini mempunyai bahasa atau loghat mereka yang tersendiri.Jawa
dengan bahasanya,Banjar dengan bahasanya,Sunda dengan bahasanya,Kelantan dengan
bahasanya,Kedah dengan bahasanya.
NAMUN DALAM RUANGLINGKUP ILMU DAN POLITIK,BAHASA MELAYULAH YANG MENJADI
BAHASA PERANTARAAN SEGALA ETNIK-ETNIK MELAYU INI.
Bahasa Melayu dalam konteks ini setaraf dengan Sanskrit dan Latin.Di Eropah pada masa
dahulu,menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa kesusasteraan dan ilmu pengetahuan,walaupun orang
Inggeris dengan bahasanya,Perancis dengan bahasanya dan suku-suku Jerman dengan bahasanya.Begitu
juga di India.Adakah semua orang India faham bahasa Sanskrit?TIDAK SAMA SEKALI.Malah bahasa ini
mengalami kepupusan di negaranya.Bahasa Sanskrit adalah bahasa kaum Elit,bahasa Istana dan
bangsawan.Kaum Sudra atau Parya yang ingin membaca malah mahu mendengar sahaja isi Veda dalam
bahasa elit ini akan dihukum sekeras-kerasnya.Namun orang-orang Melayu Srivijaya bebas berbahasa
Sanskrit sehingga menjadi pakar bahasa itu malah membuka fakulti-fakulti pengajian Sanskrit di Sumatera
sehingga ramai pendeta dan sarjana China datang belajar dari orang Melayu.

156

Lihat,orang Melayu yang memegang kuasa politik di Malaysia dapat bangkit selama 52 tahun sahaja
membangunkan SUVARNABHUMI ini lebih cepat daripada bangsa yang mewarisi tamadun dan tinggalan
Melayu di IndoChina,manakala saudara serumpun di Indonesia juga dapat membangunkan negara mereka
dan lebih maju dari bekas jajahan mahupun naungan mereka di Indochina ketika era Srivijaya dan
Majapahit.MENGAPA KEADAAN EKONOMI INDOCHINA LEBIH LEMBAB BERBANDING NEGARA-
NEGARA ASIA TENGGARA YANG LAIN??

Di Malaysia, sedar tak sedar,dalam pelbagai penghinaan dan cemuhan kepada orang Melayu yang
dikatakan lembab dan pemalas,mereka dapat mentadbir dan mengawal suasana politik dan sosial dengan
baik,dari sini pertumbuhan pelaburan dan ekonomi pun meningkat.Mungkin ada yang membandingkan
dengan Singapura,namun Singapura hanya layak dikatakan sebagai 'negarakota' dimana seluruh kekayaan
ekonominya termampat dalam pulau sekecil itu.Bayangkan jika Terengganu sahaja menggunakan segala
kekayaan minyaknya untuk membangunkan ekonominya,negeri ini sebenarnya mampu lebih kaya dari
Selangor dan Kuala Lumpur malah tidak mustahil seluruh Malaysia.FIKIRKAN,jika pemimpin-pemimpin
Melayu tidak pandai mengawal sosio-ekonomi Malaysia,pergaduhan seperti 13 Mei akan berlaku saban
waktu akibat ketidaksefahaman antara kaum-kaum di Malaysia.

Kita lihat betapa dungunya pemimpin China Komunis yang melarang penduduk Uighur mengamalkan
agama mereka.Betapa bodohnya pemimpin China Komunis ini ditahap paranoid Selesema Babi apabila
melarang umat Islam Uighur di Xinjiang berpuasa dan bersembahyang di masjid.Malah tahap selesema babi
mereka mencapai tahap kronik apabila sengaja membuka jamuan makan percuma ketika tengah hari ketika
Ramadhan untuk penduduk Islam dan membuat peraturan rimba memaksa orang Islam menyertai makan
percuma itu.Kedai-kedai makan orang Islam juga dipaksa menjalankan operasinya pada waktu siang.

Patutlah antara negara yang akan diperangi dan ditakluk oleh Imam Mahadi di akhir zaman nanti adalah
negara China.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum (di China dan
Mongolia) yang kasutnya adalah (diperbuat dari kulit dan) bulu. Dan tidak akan terjadi kiamat
sehingga kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya kecil/sepet.”

(Ibnu Majah)

Dari Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya sepet
dan berwajah lebar, matanya bagaikan mata belalang, wajah mereka bagaikan perisai yang
dilapisi kulit. Mereka memakai kasut dari bulu (binatang) dan membuat perisai dari kulit dan
mereka mengikatkan kuda-kuda pada pohon kurma.”

(Ibnu Majah)

Apakah yang akan terjadi jika pemimpin Melayu mengharamkan perarakan pengebumian mayat orang Cina
dengan alasan mengganggu orang awam dan lalulintas??Gendang kematian orang Cina juga boleh
dijadikan alasan membingitkan telinga.

Di sini rakyat asing mampu menghina malah menyaman Sultan,raja orang-orang Melayu.Jika di
Thailand,mereka ini sudah lama dipenjarakan dan diseksa di dalam penjara.

ORANG MELAYU ADALAH ORANG YANG AMAT SUKA MEMENDAM RASA DAN BERSIKAP
MENGALAH.PERASAAN MEREKA AMAT SUKAR UNTUK DITELAH ATAU DIAGAK.NAMUN SAMPAI
SATU TAHAP,ALTER TERAHSIA MEREKA AKAN MELEDAK DAN KESANNYA AMATLAH DASYAT.

JIka kita lihat pola taburan kekayaan dunia,kita akan sedar bahawa negara-negara yang dimiliki umat Islam
di seluruh dunia kebanyakan telah disediakan sumber kekayaan;setidak-tidaknya EMAS
HITAM.Petroleum,adalah anugerah Tuhan kepada negara-negara Islam khasnya kepada negara-negara
Arab.Tidak terkecuali negara-negara Melayu.Contoh yang paling popular adalah Brunei Darussalam.Namun
negara-negara Melayu ini lebih bertuah lagi kerana disirami dengan pelbagai hasil bumi dan mineral selain

157

petroleum.Ambil contoh Malaysia,negara ini mempunyai kedua-duaEMAS iaitu 'emas hitam' dan 'emas
kuning'.Selain itu,Malaysia mempunyai mineral-mineral lain seperti tembaga,besi,bauksit,batu kapur,kaolin
dan bijih timah.Simpanan bijih timah terbesar di dunia adalah di Lembah Kinta di negeri Perak.Malaysia juga
memiliki simpanan arang batu dan gas asli.Ini belum dikira hasil hutan dari Malaysia.Malah BATU JUGA
DAPAT DIJADIKAN PERNIAGAAN.Batu-batu kristal telah digilap dan ditambah nilai dan dapat
menghasilkan keuntungan.Mendiang Lim Goh Tong telah merubah sebuah gunung di Pahang dan gunung
itu telah menjana kekayaan yang bagai tidak habisnya kepada keluarga Lim Goh Tong itu.Ada orang
menggelarnya 'Dewa Gunung'.
Bangsa Cina sememangnya telah lama nampak sebab-sebab mengapa 'homeland' Melayu ini digelar 'The
Land of The Gods'
Loh Boon Siew telah mengharungi pelbagai onak dan duri sebelum berjaya mendapatkan hak mengedar
motor Honda di Malaysia.Selepas itu beliau telah menjumpai lubuk kekayaan di Suvarnabhumi ini sehingga
dikatakan separuh dari Pulau Pinang itu adalah miliknya.Ada orang menggelarnya 'Dewa Motorsikal'
'Dewa Gula' Robert Kuok rasanya tidak perlu diceritakan lagi.Begitu juga 'Dewa Telekomunikasi' Ananda
Krishnan.Namun dewa yang seorang ini masih mahu membeli kelab bawahan Liga Inggeris yang sudah
tentu akan menghabiskan jutaan dollar daripada membantu kaumnya yang semakin lama semakin dihasut
pengganas LTTE yang mengambil kesempatan dari sikap tipikal orang India kaya yang suka mewujudkan
jurang antara kaya dan miskin seperti yang kita lihat di India dan filem-filem Tamil.

Di India saban waktu golongan Paryar ataupun istilah kini,Dalit ditindas dan didiskriminasikan tanpa
bersebab.Wanita-wanita Dalit kerapkali dibogelkan beramai-ramai dan diarak sebelum dirogol dan
dibunuh.Kaum lelaki pula akan dibelasah beramai-ramai sebelum dibunuh.Inilah realiti yang berlaku di India
kepada golongan Dravidian Dalit ini.Namun golongan ini yang berada di The Land of The Gods nampaknya
tidak mensyukuri nasib mereka di sini yang berkali-kali ganda lebih baik dari di India.

158

*Pembunuhan satu keluarga Paryar,ibu dan anak perempuan dibogel,dirogol dan dibunuh manakala ayah
dibelasah dan dibunuh.
Carilah perkataan Dalit ini di Internet,dan baca kisah penderitaan mereka.Sebab itu Perdana Menteri India
tidak mempedulikan tekanan pengganas LTTE Malaysia yang sudah tentu orang-orang di Benua Kecil India
sendiri amat arif dan maklum asal-usul mereka.Malah jika boleh,golongan Paryar dan Dalit ini sudah tentu
mahu 'dibuang' ke Malaysia yang menakjubkan ini supaya dapat membaiki kasta dan nasib mereka
sebagaimana saudara mara yang telah lama tinggal di Malaysia.Sudah tentu generasi Dalit ini amat
menyesal mengapakah pihak British tidak memilih nenek moyang mereka dahulu untuk diangkut beramai-
ramai ke Tanah Melayu.Kalau tidak sudah tentu nasib mereka tidak seburuk pada hari ini,dihina dan
didiskriminasikan oleh kasta-kasta yang lebih tinggi.

159

*Penderaan wanita Dalit di Bihar
Penyelesaiannya ialah,buang segala buruk sangka,hidup bersama-sama dengan kaum lain secara harmoni
bagi memajukan Suvarnabhumi ini bersama-sama.
Sebagai penutup kepada Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 2 ini,marilah kita renung-renungkan di
manalah alter terahsia bangsa Melayu ini di Malaysia khasnya.

160

Di Malaysia,terdapat 4 organisasi orang Melayu yang kita boleh renungkan di mana tersimpannya alter
terahsia Melayu itu.Pertamanya,Umno yang lebih terkenal sebagai parti nasionalis Melayu.Parti ini adalah
tunjang kepada politik Melayu di Malaysia ketika ini.Tiada apa yang dapat diulas dari organisasi politik
Melayu ini,dengan latar belakang pendukungnya yang berbilang fahaman,namun fahaman sekular-moderate
lah yang mendominasi parti Melayu ini walaupun ada di antara mereka masih kuat fahaman Islam mereka.

161

Organisasi kedua ialah Pas.Parti ini menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka.Yang paling
dominan ialah bab kenegaraan atau Jinayah.Inilah bahagian yang paling ditekankan dalam perjuangan
Pas.Pegangan parti yang majoritinya Melayu ini ialah "Pemerintahan perlu di Islamkan" yang inilah sumber
kemajuan umat Islam.Selagi pemerintahan masih kotor dengan fahaman sekular penjajah,maka
pembangunan ummah akan terencat.Ini adalah ideologi yang dipercayai dan menjadi fokus perjuangan Pas.

Organisasi ketiga ialah Al-Arqam.Organisasi ini telah terkubur.Namun kita boleh mengkaji dari satu
segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu fenomena
seluruh umat Melayu di Malaysia.Tidak keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin yang
merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat kepada agama

162

mereka.Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadis-gadis Melayu yang memakai tudung masih
ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin
popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita berhijab muka juga menjadi
pemandangan biasa.

Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakat Melayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu ciri penting Al-
Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN EKONOMI.Pegangan Al-Arqam ialah "JIka ekonomi
ummat Islam maju,maka seluruh umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa".Inilah
yang menjadi steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan sendiri,berniaga,dan menjadi
usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah calang-calang sehingga industri kicap yang
dulu dimonopoli oleh orang Cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam.Monopoli industri
kicap Cina hancur kerana Al-Arqam.Jika dahulu orang-orang Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap
Cina namun kini tidak lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap,malah mee,bihun,tauhu dan
kacang soya.Kesungguhan mereka membangkitkan inspirasi (baca:alter) kepada orang Melayu yang lain
menghasilkan makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang mengusahakannya
kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang Melayu membeli taucu-taucu Melayu.Dahulu di
kedai-kedai,taucu Cina diisi di dalam balang kaca kecil.Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket
kecil sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai.Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu
membeli pajero,bot,bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina sahaja mampu
memakainya.Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak orang Melayu menaiki
pajero,tentu dia dari Al-Arqam.
Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara,sehingga ada wakil orang
Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam.Al-Arqam
mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga.Warisan Al-Arqam ini dapat kita
lihat dari syarikat Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang kukuh ekonominya di Rawang Country
Height.Kesampingkan isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam
yang di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja
siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.

163

Yang terakhir adalah Jemaah Tabligh.Ini adalah satu organisasi tersembunyi yang jarang diperhatikan oleh
orang Melayu.Padahal jemaah ini amat penting dalam 'hikayat Melayu' seterusnya.Jemaah Tabligh amat
menitikberatkan satu sifat Rasulullah s.a.w iaitu 'Tabligh' iaitu 'menyampaikan' dari segi terjemahan
bahasa.Mereka ibarat misionari Jesuit dalam Islam.Namun mereka tidaklah kotor dan jahat sebagaimana
Jesuit ini.Prinsip 'Amar Makruf Nahi Mungkar' mereka amat kuat,malah lebih praktikal dari sesetengah ahli
Pas yang mendabik dada seolah-olah merekalah lebih Islam dari orang lain.Konsep Tawakal mereka amat
teguh dalam menjalankan usaha dakwah atau 'usaha agama' atau 'usaha atas iman'.Walaupun Amerika-
Zionis sedikit sebanyak telah berjaya membuatkan imej orang Islam berjanggut adalah pengganas dan
menimbulkan Islamophobia di kalangan masyarakat Barat namun jemaah Tabligh seolah-olah bebas keluar
masuk di luar negara tanpa masalah.Malah mereka berjaya mengadakan perhimpunan atau ijtima' yang
besar tanpa gangguan pihak kerajaan.Dilaporkan bahawa di Israel,gangguan dan diskriminasi ke atas umat
Islam di sana adalah pemandangan biasa namun ini tidak terjadi ke atas Jemaah Tabligh Palestin.Masjid-
masjid tempat berkumpul 'karkun-karkun' ini tidak diganggu Yahudi malah ada seorang rabbi Yahudi apabila
ternampak para karkun ini,melarang askar Israel mengganggu mereka atas sebab-sebab yang aneh.Anda
akan tahu mengapa golongan ini mendapat 'perlindungan' istimewa jika anda bersama-sama masuk ke
dalam Jemaah Tabligh ini.

JIKA ANDA FAHAM PENERANGAN SETAKAT INI,ANDA AKAN TAHU DI MANAKAH ALTER TERAHSIA
BANGSA MELAYU ITU.

Setiap organisasi menjalankan agenda masing-masing.Kesampingkan Umno,kerana kuasa politik mereka
adalah hasil dari pemberian pihak Inggeris.KUASA INI SEBENARNYA TIDAK KEKAL DAN BILA-BILA
MASA ALLAH AZZA WA JALLA AKAN MENARIK BALIK KUASA INI DARI TANGAN PEMIMPIN-
PEMIMPIN UMNO YANG MENGEJAR HARTA DUNIA.

164

Kita lihat Pas.Parti ini berpegangkan satu prinsip yang dilupakan oleh ummah Islam dan ini menyebabkan
umat Islam dihina Allah s.w.t di akhir zaman ini,iaitu sistem pemerintahan Islam atau dalam istilah fekahnya
JINAYAH.Bila sebut hukum Islam terbayang hukum Hudud dan terbayang pula tangan yang
dipotong.Padahal Jinayah bukan semata-mata hukum Hudud.Hukum Hudud itu sebahagian kecil
darinya.Mengapa hukum lain seperti Qisas tidak popular?Nampaknya orang Islam sendiri yang
mengelirukan orang Islam yang lain,menjadi kuli percuma bagi Yahudi dan Nasrani.
JIKA JINAYAH (FEKAH KENEGARAAN ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA
MELAYU AKAN MENYALA.

165

Al-Arqam.Ini adalah lambang ekonomi Islam di mana jika kita berjaya menghayati satu lagi fekah umat Islam
yang dipandang sepi iaitu MUAMALAH,kita tidak akan bimbang lagi dengan kemiskinan orang Melayu.Kini
orang bukan Islam semakin sedar akan betapa hebatnya sistem ekonomi Islam ini.Industri yang peka
terhadap MUAMALAH ini bukanlah calang-calang industri tetapi INDUSTRI PERBANKAN.Jika di tahun 80-
an dahulu pernahkah kita mendengar perkataan 'Mudharabah' atau akaun simpanan Islam.Sehingga ada
bank bernama Bank Islam.Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana Gautama Buddha sendiri tidak pernah
mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri tidak pernah pun mengajarkan para pengikutnya
mempertuhankan dirinya sendiri.Yang diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja.Tetapi nabi
Muhammad s.a.w bukan sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah hal-hal menyangkut segala masalah
manusia dari adab memasuki tandas hinggalah bab-bab mengurus sesebuah negara.Al-Arqam berjaya
menghayati keajaiban sistem ekonomi Islam,dan 99% mereka adalah ORANG MELAYU!Jika mereka boleh
mengapa kita tidak boleh?Mengapa kita tidak memandang keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang
sisi negatif mereka yang kontroversi sahaja??
JIKA MUAMALAH (FEKAH EKONOMI ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA
MELAYU AKAN MENYALA.

166

Yang terakhir dan tersembunyi,Jemaah Tabligh.Mereka bergerak secara 'underground'.Para karkun ini
tidaklah membawa keramat dan mukjizat tetapi tawakal dan prinsip dakwah usaha atas iman mereka
menyebabkan mereka layak mendapat perlindungan Allah s.w.t di mana-mana sahaja malah di Israel
sekalipun.LIHAT,JIKA KITA MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA,SEMUA MAKHLUK DI BUMI AKAN
TUNDUK KEPADA KITA.Mereka mengamalkan prinsip Tabligh,yang bukan termasuk dalam fekah Islam
tetapi INTIPATI AJARAN ISLAM ITU SENDIRI MALAH SALAH SATU SIFAT KEKASIH ALLAH S.W.T.Mereka
hanya menjalankan FOKUS hanya satu SIFAT RASULULLAH s.a.w namun kerana satu sifat itu sahaja
menyebabkan bukan sahaja Yahudi dan Nasrani,MALAH DAJAL AMERIKA DAN PARA PENYEMBAH
IBLIS PUN SEGAN DAN TAKUT KEPADA MEREKA disebabkan perlindungan dari RAJA SEGALA
RAJA.Isu-isu bodoh seperti mengabaikan hak isteri adalah karut semata-mata,kerana jika anda faham
hakikat sebenarnya,para karkun ini wajib menyediakan segala perbelanjaan dan keperluan keluarga
secukupnya sebelum keluar berdakwah.JIka tidak mampu,buatlah sahaja usaha atas iman sendiri.Jika
mampu,bolehlah keluar di jalan Allah,buat usaha atas agama.

“Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan
mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.

(Al-Imran, ayat 110)

JIKA AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR BERJAYA DITEGAKKAN,BUKAN ALTER TERAHSIA SAHAJA
YANG MUNCUL MALAH UMAT MELAYU MENJADI UMAT YANG TERBAIK PERNAH DIKELUARKAN
KEPADA MANUSIA.

Sekarang cuba renungkan sebaik-baiknya.Jika kita gabungkan ketiga-tiga organisasi ini;Pas,Al-Arqam dan
Tabligh,dan ketiga-tiga kombinasi ini pula berada di posisi Umno sebagaimana yang kita lihat
sekarang,apakah yang akan terjadi??

167

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME II COMPLETED...
--------------------------------
Bibliografi
Akademi Sains Islam Malaysia
Ahmad Jelani Halimi,Sejarah dan tamadun bangsa Melayu

168

Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Kembali bertemu di Gua Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah gerangan hajat kalian kali ini?Tidak
puaskah dengan Rahsia Dari Wangi-wangian yang hamba bukakan untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh
Emas dan Tanah Para Dewa?Bukankah kalian sudah mencium haruman dari kamar diraja Firaun?

Hahaha!Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah Tuan-tuan dan Puan-puan,gaharu
dan cendana ialah barangan eksport bangsa Mala di pasar-pasar kota Ur,Kish dan Uruk?Dan ini tercatat di
dalam kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba setaraf Epik Gilgamesh?Masakan kalian tidak
mengetahuinya,bukankah kalian anak cucu keturunan Sang Naga Buana dan Puteri Kaca Bertuang?

Hamba hanya menjaga rahsia saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba akan hamba bukakan untuk anak
cucunya seperti yang diwasiatkan kepada hamba.

Mari mendekat ke sini wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu sesuatu.(Penjaga Gua Rahsia
melakarkan beberapa perkataan di atas pasir gua):

Bunga
Mala
Abraham
Tanah Kanaan
Zulkarnain
Gunung
Emas
The Land of The East

169

Keturah
Kemenyan
Haruman
Laut
Keris
Songkok dan Tanjak
Avesta
Kapur Barus
Rempah

Hamba bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini mengandungi rahsia-rahsia
tertentu.Setiap kata akan membuka seribu kata yang lain.Setiap seribu kata akan membuka seribu makna
yang lain.Dan setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa yang terpendam.Tetapi anak cucu ke sini
bukanlah untuk memilih yang mana dahulu perlu dibuka.Anak cucu ke sini adalah untuk memahami
mengapa katakunci ini dibuka untuk kalian.
Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti rahsia di sana.Salah satunya akan dibuka hari
ini.Jadi,yang mana satu?Pandang tulisan-tulisan di atas pasir,di sana ada katakunci yang akan kalian
gunakan untuk membuka salah satu peti itu.
Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,'Laut dan Bahtera'

170

'THE VIKING OF THE ORIENT'

"They were Africa's Vikings. Tough, daring voyagers who sailed thousands of miles...."
(Rory Carroll -The Guardian)

Laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama dan lagu.Kehidupan orang-orang
Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-
orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang
dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.Namun yang anehnya mengapa
beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique
(manuskrip Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia?
Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth
sense' semulajadi tentang laut.SEjak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui
berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh
Christopher Columbus ini.Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus
sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia
telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran
Portugis.
Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di
Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin memanfaatkan satu bakat turun-temurun yang diwarisi oleh
Hitam.Sebab itu setelah Magellan mati dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh kru kapal lain sebagai
nakhoda atau kapten kapal salah satu kapal Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam
bukan calang-calang anak kapal di dalam kapal Magellan.
Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak membantu Magellan
memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas kematian Magellan dalam peperangan
Humabon dengan Lapulapu (keduanya adalah ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan

171

pelayaran kembali ke Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkat
sebagai nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte Barbossa,salah
seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal yang lain (3 kapal yang tinggal
dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju
Eropah.Apabila sampai di Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih dengan kematian
Magellan.Nama El Cano (salah satu nakhoda kapal,Juan Sebastián del Cano) disebut-sebut sebagai wira
yang berjaya melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan berbangsa
Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain Awang,catatan Sepanyol dan
Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan Inggeris mengetahuinya sebagai Henry The Black.
Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-navigation.” Ia boleh dianggap sebagai
deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia.Psycho-navigation bermaksud orang
Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka boleh
berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal
laut,perahu dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh diistilahkan
sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah pelayar,pelaut,pengembara,lanun,pedagang dan tukang kapal
yang dikenali umum oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang tinggi
pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu ombak.

172

Kapal-kapal Bani Jawi

*Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia
Inovasi tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya rekabentuk perahu yang mereka bina,
termasuk jenis kemudi, abah-abah dan layar.Kini, bentuk perahu yang disebut dalam sastera Melayu lama,
seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran lagi. Bentuk-bentuk perahu itu sudah diganti dengan
yang baru yang lebih kecil dan efisyen untuk pelayaran di laut kepulauan Melayu yang mulai sibuk setelah
kedatangan kapal dari Eropah, selain lebih
senang untuk mengelak dari ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan monopoli perdagangan Inggeris
dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu disusuli perubahan jenis kemudi: dari kemudi birai kepada
kemudi tetap dilinggi belakang.Untuk mendapat kuasa maksimum, layar empat segi yang biasa digunakan
perahu Melayu itu telah juga diganti dengan layar empat segi yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan
dan diturunkan menggunakan puli.Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia tidak terdapat
pada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954). Perubahan-perubahan itu adalah sebahagian
daripada proses peniruan dan penyesuaian dengan berpandukan model kapal-kapal India, Cina, Arab dan
terakhir sekali Eropah yang sampai ke Alam Melayu seiring dengan perkembangan perdagangan.
Penyesuaian ini bukanlah secara ikut-ikutan; sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang
sedia ada.

173

Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi hasil penggabungan pelbagai
pengaruh. Badannya yang meruncing di keduadua hujung itu berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun
linggi dipasang di atas lunas dan bukan disambung seperti yang terdapat pada kebanyakan perahu yang
lebih awal, termasuk kolek. Bentuknya dipanggil belakang katup, manakala deknya dipanggil dandang
dipasang di atas birai belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu. Kemudi di belakangnya itu adalah
sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat kerana dipasang dengan halkah kepada linggi belakang
dan dikendali dengan uling-uling di atas dandang. Perahu bedar mempunyai tiang sprit untuk mengikat layar
cucur seperti kapal Eropah, manakala layarnya sama seperti wangkang Cina kerana menggunakan satu
atau dua layar apit yang dibuat dari tikar kercut dan rotan.

Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang lain membuat inovasi telah diperhatikan pegawai tadbir
Inggeris ketika mereka berkhidmat di negerinegeri Melayu masa dahulu. Mereka itu termasuk Hugh Clifford
yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1895. Dalam lawatan itu, beliau telah menyatakan bahawa
tukang perahu di Terengganu boleh membuat perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru sebuah model
yang diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang Terengganu itu lebih kemas dan cantik berbanding
dengan hasil
kerja tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan nada yang sinis Clifford menganggap
kepandaian ini lebih berupa peniruan dan bukan hasil kreativiti, memandangkan orang Melayu terlalu terikat
kepada tradisi .

Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang ditunjukkan pada beberapa bahagian perahu
mereka. Yang komited pada agama akan mengelak dari mengukir imej yang menyerupai manusia dan
binatang, selain menekankan ukiran yang berbentuk ayat al-Quran, seperti yang dilakukan tukang rumah.
Bahagian perahu yang tidak sesuai diukirkan ayat al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa
dikenali sebagai bangau yang mungkin akan
dilangkah berulangkali oleh awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan diganti dengan ukiran awan larat
yang mempunyai motif umbi, sulur, daun dan bunga yang membawa nilai keindahan dan simbolisme yang
sama, iaitu kemakmuran dan infiniti Tuhan. Di kalangan orang yang masih kuat berpegang kepada
anamisme, peralatan perahu seperti ʻBangauʼ dan ʻOkokʼ akan memaparkan figur tokoh-tokoh wayang kulit,
seperti Raja Bota.

Sementara itu, penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi menggantikan penampilan lembaga
manusia atau haiwan seperti yang berlaku di Thailand, Kemboja dan Bali.
Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah

174

dipasang pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan sekarang. Peralatan yang dimaksudkan
itu adalah lunas bilga, yang dalam istilah tempatan dipanggil pisang yang berfungsi untuk menggurangkan
olengan kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian dari katir (outriger) yang terdapat pada kebanyakan
perahu di Alam Melayu dan Polinesia. Walaupun belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya
inovasi ini, tetapi dalam industri pembinaan perahu
Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan mungkin diambil dari perahu Siam.
Kini warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di Malaysia diwarisi oleh tukang-
tukang dari Terengganu.Contohnya Haji Yusuf yang banyak memenangi anugerah inovasi dalam pembuatan
kapal dari kerajaan.Pengetahuannya mereka pelan dan membuat perahu layar membolehkannya mendapat
tempahan dari pengemar-pengemar perahu
layar dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.Sejak tahun 1965 dia telah
membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu buatannya telah sampai ke seluruh dunia sehingga ke
Alaska.Beliau juga menerima tempahan membuat bot nelayan dan kapal persiaran. Sehingga kini, beliau
telah membuat lebih seratus buah perahu yang panjangnya antara 20 hingga 30 meter untuk pelanggan
dalam dan luar negara.
Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel Terengganu) adalah kapal yang dibuat
terutamanya dari kalangan orang Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal sebagai pelaut,pedagang dan
lanun yang berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari pembuatan perahu pinisi dengan teknologi
pembuatan kapal Barat adalah,jika orang Barat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina
dindingnya,tapi pembuatan pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina
rangkanya.Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu
manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang dinamakan "Jaya Langkara" menurut orang-orang tua di
Ara,Indonesia malah kitab itu pernah dipinjam oleh Belanda,malangnya hingga kini belum dikembalikan
(disimpan di dalam muzium Belanda).Sedangkan prinsip perletakan papan papan teras dan aturan aturan
dasar lainnya dalam pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang Bugis yang menjadi tukang timbal atau
tukang kapal).Sampai sekarang dalam pembuatan perahu pinisi aturan Ruling inilah yang menjadi
panduannya.Disamping itu orang Bugis memiliki undang undang pelayaran dan perdagangan yang disusun
oleh "Ammana Gappa" yang namanya sempat diabadikan pada pelayaran expedisi pinisi ke Madagaskar.

*Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.Dari relief di Angkor.

175

Orang-orang Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal sebagai para pembina kapal yang
hebat.Salah satu kapal mereka yang terhebat ialah Jong Jawa yang disebut oleh para pengembara China
sebagai 'Chuan'.
Malahan pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad ke-16 itu menyebutkan, orang
Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung Harapan, Afrika, dan Madagaskar. Ia mendapati penduduk
Tanjung Harapan awal abad ke-16 berkulit coklat seperti orang Jawa. "Mereka mengaku keturunan Jawa,"
kata Couto, sebagaimana disalin oleh Anthony Reid dalam buku Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala
pelaut Portugis mencapai perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an mereka menemui kawasan ini
didominasi kapal-kapal Jong Jawa. Kapal dagang milik orang Jawa ini menguasai jalur rempah rempah yang
sangat strategik, antara Maluku, Jawa, dan Melaka. Kota pelabuhan Melaka pada waktu itu berfungsi
menjadi kota perniagaan orang Jawa dengan jong-jong mereka bersimpang-siur dari Tanah Jawa ke seluruh
dunia dan singgah ke pelabuhan Melaka,Venice of The East.
Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap dan sekaligus mengendalikan
perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang kayu Jawa yang berketerampilan membangun limbungan kapal
di kota pelabuhan terbesar di Asia Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa dalam bidang perkapalan juga
ditemui pada relief Candi Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik - kebelakangan ini disebut
sebagai "Kapal Borobudur".
Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu dibentuk sebagai menyambungkan papan-papan
pada lunas kapal. Kemudian disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau
paku besi.Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi
menyerupai dayung, serta layar berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China yang
lambungnya dikencangkan dengan bilah-bilah kayu dan paku besi. Selain itu kapal China memiliki kemudi
tunggal yang dipasang pada palang rusuk buritan.

Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap urusan orang Jawa di bidang pelayaran,
selama beratus ratus tahun sebelum abad ke-13. Memasuki awal abad ke-8, peranan kapal Borobudur
digeser oleh kapal kapal Jawa yang berukuran lebih besar,dengan tiga atau empat layar,dikenali sebagai
Jong.Pelaut Portugis menyebut juncos,pelaut Itali menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai pertama

176

kali dalam catatan perjalanan Rahib Odrico, Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta yang berlayar ke
Nusantara, awal abad ke-14 mereka memuji kehebatan kapal Jawa berukuran raksasa sebagai penguasa
laut Asia Tenggara.Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan warisan kapal Borobudur; seluruh
badan kapal dibangun tanpa menggunakan paku.Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan
Alfonso de Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada 1511. Orang Portugis
mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.Kapal jenis ini digunakan angkatan laut kerajaan Jawa
(Demak) untuk menyerang armada Portugis.
Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan berlapis empat serta mampu menahan
tembakan meriam kapal kapal Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar 600 ton, melebihi kapal perang
Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya mencapai 1000 ton yang digunakan sebagai
pengangkut pasukan Jawa untuk menyerang armada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga
dikatakan,kapal jong jawa ini dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang ini.
"Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka pada tahun 1511) sama sekali tidak
menyerupai sebuah kapal bila digandingkan dengan Jong Jawa." catat pelaut Portugis Tom Pires dalam
Suma Oriental (1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini, menurut Tome Pires, lambat bergerak ketika
bertempur dengan kapal-kapal Portugis yang lebih ringan dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis
mampu menghalau jong Jawa dari perairan Melaka.
Ada pendapat istilah jung berasal dari kata 'chuan' dari bahasa Mandarin yang bererti perahu.Namun
perubahan pengucapan dari 'chuan' menjadi jung nampaknya terlalu jauh. Yang lebih mendekati adalah
"jong' dalam bahasa Jawa yang ertinya kapal. Ini dikuatkan dalam bukti bertulis,kata jong dapat ditemui
dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke 9. Undang-undang laut Melayu yang disusun pada abad ke-15
(lihat,orang Melayu bukan sahaja membina kapal malah menggubal undang-undang laut juga-Seafarers
Codex!) juga menggunakan kata jong untuk menyebut kapal pengangkut barang.
Jong pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut Jawa. Para pelaut Melayu
Semenanjung dan China juga menggunakan kapal layar jenis ini (sehingga menjadi popular di kalangan
orang China dengan identiti jong mereka padahal jong berasal dari orang Melayu/Jawa).Jong memegang
peranan penting dalam perdagangan Asia Tenggara masa lampau. Ia menyatukan jalur perdagangan Asia
Tengara yang meliputi Champa (hujung selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,Melaka dan Makassar.
Selepas dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan kapal dan pembuatan jong pun
merosot setelah perdagangan pulau Jawa dikawal oleh penjajah Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat
Hindia-Belanda (VOC) di Batavia melaporkan pada 1677, bahawa orang-orang Mataram di Jawa Tengah
tidak lagi memiliki kapal-kapal besar.

177

Dari The Land of The East Hingga ke Tanah Kanaan:Misteri 'Prau' Melayu

Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah berlayar hingga ke pelabuhan
Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-kapal Bani Jawi yang membawa
emas,gaharu,cendana,rempah,kapur barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini
mencapai klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The Gods II) sebagaimana
ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah oleh dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi
Daud dan anaknya Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,sepertimana
Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja
Mala dan Jawi juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat dan perlindungan ketika itu.
Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah diketahui merupakan pelayar
yang berkemahiran dan mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy (berasal
dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan
Hindi berdekatan Benua Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa
Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau' mereka (sebutan Inggeris untuk
'perahu') dan membuat penempatan di utara pantai Australia yang digelar mereka sebagai 'Merege'.Di
dalam kebanyakan bahasa kelompok Malayo-Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan
atau kampung sering bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang
bermakna 'kapal' atau 'kampung'.
Perahu Melayu atau 'prau'/'parao' (pharaoh?) kemungkinan besar telah sampai ke bumi para Firaun di
Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.Kapal-kapal Melayu adalah
di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah
disebut di dalam prasasti-prasasti sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari
Eropah,adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal
dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat'
yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan
'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud

178

'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun' dan
Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah
terjadi di antara penempatan orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi
pada masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India dan China menunjukkan penduduk
Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini
merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.Malah ketua kaum di
Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara
adalah untuk mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman purba.Ini
dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos Relativos a las Islas
Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'.

Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era Srivijaya dengan bahasa
Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yang aneh,contohnya:

Ancient Malay

Abah (father,be dense)
Datu,Datuk (a royal edict)
Lahat (Tower)
Mura (fear)
Saka (to roam)

Ancient Hebrew

Abba
Dath (ingat Darth Vader?)
Lahat
Moora
Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya)

......
.....

......
.....

.....

(*Dan senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan kami telah menjumpai satu hakikat
yang amat mengejutkan berkaitan asal-usul Melayu dan Mala dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam
Diari Lodgekeeper...kami akan sentuh dalam artikel The Land of The Gods II)

Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu antara kerajaan Melayu
Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang
Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir.

Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah mendominasi seluruh Asia
Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan perdagangan maritim.Ini disambut dengan
Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini
telah mempengaruhi banyak aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan
bahasa (penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayu dipengaruhi
bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini sehingga melenyapkannya
menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia
Tenggara.

179

Viking Timur Jauh:Catatan-catatan conquistador,pengembara Eropah dan rekod Maharaja China

Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur Jauh' yang
menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod Emperium China yang berhubungan dengan
Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang peranan
Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT
DENGAN PELABUHAN-PELABUHAN CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah
satu pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan angin,memperbaharui bekalan makanan
dan air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan
Pasifik.
Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya) berminat pada
bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/
Colan), kerana mereka mendapati banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam
rekod purba China tercatat perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang.
“Further information is to be found in the I-chʼieh-ching yin-i,a dictionary compiled by Huei-lin which
according to Pelliot was completed in A.D. 817. Huei-lin gives a number of instances of po and includes the
following passage:
“Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tzü, says: “large ocean-going ships are called po”. According
to the Kuang ya: ʻpo is an ocean-going ship”. It has a draught of 60 feet (!). It is fast and carries 1000 men as
well as merchandise. It is also called kʼun-lun-poʼ.
-Christie (1957), pp. 347-348.
Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian sarjana Eropah
tentang Viking Timur Jauh ini:
“By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching their shores from the
“Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed
with marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these islanders as builders and as the
crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have
learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced

180

with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221
B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92)
Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari tukang-tukang kapal
dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana diterangkan sebagai "as the crews of ocean-going vessels
engaged in long-distance overseas trade".Dan pada pada era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum
Masehi),orang-orang China telah menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan
sebagai "a sail, made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus tahun
sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.
Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan teknologi perkapalan
China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama
pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:

Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah:
"Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga
Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu),sebuah kapal dengan lambung
kapal yang berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang
China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang China juga mengenali bahawa perkataan
mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan
asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980: 266-67, 274)
Manguin mencatatkan lagi:
"Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik ton,namun sekurang-
kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000 ton.Lapisan badan kapal dihubungkan dengan
menggunakan tanggam:tiada bahan logam seperti paku digunakan dalam pembinaan kapal hebat
mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal digabungkan dengan menggunakan serat
tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4
tiang kapal termasuk tiang cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua
belah.Gandung kapal (outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di mana digunakan pada banyak
kapal namun bukanlah karakteristik kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-74)

181

Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar 'balance-lug sail' dan
ini diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan dunia:

"The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of global significance. Balance-lugs
are square sails set fore and aft and tilted down at the end. They can be pivoted sideways, which makes it
possible to sail into the oncoming wind at an angle of to tack against the wind – to sail at an angle first one
way and then the other, in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing.
Because of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it looked somewhat triangular. . . . It is
thus quite likely that the Malay balance-lug was the inspiration for the triangular lateen sail, which was
developed by sailors living on either side of the Malays, the Polynesians to their east and the Arabs to their
west.
Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains unknown, but it would
seem to have been in the last centuries B.C.E. It is known that the Arabs in the vicinity of the Indian Ocean
were accomplished sailors by the first century C.E. and both they and the Polynesians apparently had the
lateen sail by then" (Hourani, 1951: 102).

Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah mengambil peranan aktif di dalam perdagangan
dan penjelajahan.Dan ini diketahui umum antara sebab agama dan kebudayaan dari India mempengaruhi
budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara sendiri,jika kita ingin bercakap tentang perdagangan
maritim,orang-orang Melayu adalah peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang
peranan orang-orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh Periplus,seorang sarjana:

“[There] are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the Coromandel Coast of south-east India],
where are local ships which sail along the coast as far as Limyrice, and others which are very large vessels
made of single logs bound together and called sangara; those that cross over to Chryse and the Ganges are
called colandiophonta and are the largest.”

182

Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat Kunlun atau
Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu) adalah diyakini para sarjana lebih merujuk kepada orang-orang
Melayu atau Indonesia berbanding orang India.Ini dibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China
menyimpan rekod tentang Melayu Kuno) di mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih
terperinci,di bawah nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri ini dijelaskan
oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:
"...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men and some nine hundred
tons of cargo – which makes them perhaps a shade larger than those other leviathans of the Ancient World,
the grain-ships that plied between Alexandria and Rome. They were also probably faster: even the largest
Roman ships usually managed with a single enormous square sail, whereas a Kʼun-lu pʼo had four sails and
may even have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner.” Sitwell (1984), pp. 146-147.

Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di Laut
Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya apabila berhadapan dengan kapal-kapal
pedagang Melayu ini (Kunlun Po) ketika perjalanan mereka ke Afrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang
besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih tanpa menggunakan paku (ini ciri khas seni
pertukangan dan arkitek Melayu Purba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan kapal
dan sistem layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang di Kepulauan Melayu,yang
amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang penemuan penyelidik USM tentang puing-puing kilang-kilang
melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lama di Manjung dan Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam
Hikayat Merong Mahawangsa ada diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis
perkahwinannya dengan puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal 'Kunlun Po'
ini,kapal besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.
Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat berbanding ketika itu
pelaut Arab dan China menggunakan takal segitiga.Ini kerana Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal
bulat.
Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun majoriti
perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh kapal-kapal Melayu dan India.Ketika itu orang-orang
China agak gerun dengan keadaan laut di selatan dan kurang berpengalaman dengan keganasan ombak

183

dan perubahan angin di sekitar Kepulauan Melayu (Ini antara sebab kegagalan misi Monggol menawan
Pulau Jawa dan menghalang armada China menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan
Inggeris menulis:

"Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan sebenarnya hanya
dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang China berasa takut dan tidak yakin untuk berlayar
merapati pantai-pantai laut selatan yang berbahaya dan berisiko tinggi dengan perubahan angin monsun
yang aneh,walhal orang Melayu,India dan Arab telah lama belajar secukupnya tentang angin bermusim dan
pemanduan pelayaran untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan China Selatan,tidak
menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi yang menggambarkan ciri pelabuhan di
kerajaan tengah India.Hanya selepas kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan
menjadi ketara di abad kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima secara rasmi namun dibataskan
kepada setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada abad ke-6
Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk mengawal kelompok-kelompok
pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan
perkapalan orang China.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China yang
dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi adalah pedagang Sumatera atau Semenanjung Tanah
Melayu yang berdagang wangi-wangian Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang dibuat atau
dikumpulkan dari hutan-hutan tropika dan pantai-pantai dari seluruh Asia Tenggara.Dalam banyak
kes,inisiatif di dalam perdagangan antara China di utara dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera
di selatan adalah hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang China cuba
mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai penumpang dalam kapal 'Po-ssu'
yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Indonesia"
(Holmgren (1980), p. 76)

Ini menunjukkan pengiktirafan yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan Barat terhadap
kemampuan,kemahiran dan bakat yang ada pada orang di Nusantara (China menyebutnya sebagai Kunlun)
sebagai 'The King of Sea'.

Beberapa catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa Melayu yang tidak diketahui oleh
anak-anak Melayu era siber dan rempit ini:

Dari Jones,sejarahwan Eropah:

"Ketika musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan udara menjadi berat,ketika udara
di laut lebih hangat dan ringan.Perbezaan dalam ketumpatan ini menyebabkan udara berat dari Asia Tengah
menghembus menentang udara laut yang ringan,oleh itu dari Disember ke Mac angin kering dari Asia
Tengah menghembus ke seluruh benua menuju ke lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah amat
sukar diramal (ini yang digeruni oleh pelaut China).Walaupun ketika musim luruh,perubahan arah angin
secara kasarnya lebih cepat,di dalam bulan April,pertukaran angin musim bunga dari dalam ke luar adalah
lembab menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin yang pelbagai dari September ke
November.Mengambil kesempatan dari corak angin bermusim ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin
monsun dan 'menunggangnya'.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,dengan ini mereka telah
berlayar beribu batu ke destinasi yang jauh-jauh.Kemudian mereka menunggu sehingga angin bertukar
arah,di mana ini membenarkan mereka berlayar pulang ke rumah,dengan angin tetap di belakang
mereka,menolak mereka ke kampung halaman dengan mudah.

Jones menambah:

"Setakat ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah pelaut Melayu pertama mencapai
pantai timur Afrika dan Madagaskar,lebih dari 3000 batu ke barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada
awal abad pertama Masehi.Dengan tarikh yang masih misteri bilakah mereka tiba di Afrika,dalam proses
pelayaran merentasi beribu batu lautan selatan,para pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa mereka
membawa sejumlah tumbuh-tumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,kelapa dan cocoyam (sejenis ubi
di Afrika Barat di mana terma cocoyam ini diceduk dari perkataan Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk
dari orang Melayu ke Afrika walaupun diketahui bagaimana alat muzik ini datang dari Afrika Timur ke Afrika
Barat,di mana ia masih kedengaran hari ini,tetap meninggalkan sebab yang kontroversi" (Jones, 1971: 115–
19).

Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji:

184

"The Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian Ocean to supply the
Mediterranean market with cinnamon – a product of southern China – even before the development of an
overland or overseas silk route. The Greek word for cinnamon was derived from a Malayo-Polynesian word,
through Phoenician and Hebrew. Even though cinnamon was never grown commercially in Africa, Egyptian
and Hebrew texts dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from Africa, leading several
scholars to suggest that Malay sailors were responsible for bringing this cinnamon from the coasts of the
South China Sea to East Africa. Pliny, writing in the first century C.E., describes an already well-developed
trade in cinnamon. The men who brought the cinnamon “put out to sea . . . when the east winds are blowing
their hardest; these winds drive them on a straight course . . . from gulf to gulf.” Pliny calls their vessels
“rafts,” a plausible but mistaken description of the Malaysʼ double outrigger canoe (Taylor, 1976: 45). The
cinnamon they provided could then have been traded north by the East Africans until it reached Ethiopia,
where Mediterranean merchants purchased it.
There is also a thirteenth-century Arab text that refers to a Malay settlement in the vicinity of Aden sometime
around the Roman conquest of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleets of Malay outrigger canoes came and went
from this place, it tells us, but eventually the settlers “grew weak, lost their seafaring skills, and were overrun
by neighbouring peoples.” (Taylor, 1976: 25, 39). According to the text, this happened after Egyptʼs decline,
and scholars have tentatively dated the settlement to the first century CE.
At roughly the same time Malay communities were established on the island of Madagascar, some 250 miles
off the East African coast, where their descendants still constitute the majority of the islandʼs population and
Malayo-Polynesian languages are still spoken today by almost all. Given the many clusters of islands in the
Indian Ocean and the Malay use of islands for navigating, their likely route to East Africa would have been by
way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos, the Seychelles, and the Comores (Taylor,
1976: 30, 45–46).” Shaffer (1996), pp. 15-16.

Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu sehingga mencapai Yunani
(Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi Kuno (Hebrew) sehinggakan kata 'cinnamon' dalam bahasa
Yunani dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan Melayu Kuno selepas diubahsuai dari perkataan
Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba Aden (Di Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu
menurut teks Arab kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-haruman boleh tiba di
istana Firaun dan benih-benih bunga-bungaan dan pokok-pokok tropika boleh tiba di kota Babilon.
Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan:
"Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari sana,membekalkannya ke seluruh
India.Tiada besi yang mampu dibandingkan dengan mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk

185

Zabaj kerap dipanggil di Zanj di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan
dengan mereka,sebagaimana mereka memahami behasa masing-masing"

Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu terbesar di Asia Tenggara.Di sini
kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang Melayu sudah pandai mengeksport besi pula ke India!
Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya Lancang Kuning yang
dinaiki Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh seorang pakar perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika
ditemuramah oleh The Jakarta Post:
"Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began their journey to look for new
territories, ships from the islands now known as Indonesia were traveling around Asian waterswith very
advanced technology.
The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the Java Sea found that the ship had
better technology than those from Europe,China or Japan.The ship,believed to have sunk between 930 AD
and 990 AD in a storm, was also bigger and better constructed.Our preliminary analysis concludes that the
ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships thatcould sail the
oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and
15th century Europeanships were all less than 20 meters,"

Renungkan bahtera besar yang diukir di candi Borobudur.Kemudian renungkan kata-kata PAKAR
PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau berkata untuk menyedapkan hati orang Nusantara?Adakah
sengaja mahu mengembangkuncupkan hidung orang-orang Melayu?Menaikkan punggung orang-orang
Melayu ke paras maksima?Kemudian berjalan mendada tidak ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI.
Beliau bercakap melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang maritim.Sudah tentu catatan
tentang Kepulauan Melayu telah ada di dalam simpanan Empayar Austria-Hungary (Jerman sebelum
Perang Dunia Pertama) dan Kerajaan Perancis.Perhatikan semula kata-katanya yang penuh makna tersirat
ini:
"Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that
period, China still had no ships that could sail the oceans, while European ships were much smaller.
Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20
meters,"

186

Dan ini bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana Inggeris seperti yang kita baca
tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun China banyak mendapat faedah dari pembelajaran mereka tentang
pembuatan kapal dari orang-orang Nusantara khasnya para pelaut Melayu.Sebab itu kerajaan-kerajaan
Melayu dahulu sukar dikalahkan melalui peperangan laut.Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka
menguasai Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan Kedah dan Patani,namun bukan
Melaka,kerana Melaka adalah warisan Emperor terakhir Srivijaya,'The Lord of Sea'.JIka Funan menggelar
raja-raja mereka,'The Lord of Mountain' (gunung adalah katakunci terahsia Melayu yang lain),Emperor-
emperor Srivijaya adalah 'Dewa-dewa laut' yang menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka
mampu mematahkan dua kali serangan Siam (era Ayutthaya).
Selain itu,Orang Sulu juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran ilmu laut Orang Sulu setanding
dengan Orang Bugis.JIka Inggeris menganggap Orang Bugis sebagai lanun,Sepanyol juga menganggap
Orang Sulu ini sebagai lanun yang kasar dan kejam (padahal merekalah bangsa yang kejam dan ganas)

*Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang berperang.Perhatikan kapal perang mereka.

Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang kesukaran tentera Thai untuk
mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai menggunakan taktik pengecut
yang sekian lama digunakan apabila berasa terancam dengan kekuatan musuh;meminta bantuan kuasa
Eropah,dalam kes ini meminta bantuan Inggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris
sebagai 'lanun' Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah oleh kira-kira
80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai Perai,namun tiba-tiba dibedil Inggeris yang
campurtangan setelah berpakat dengan Thai.Wan Muhammad Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang begitu
berjaya dalam kempen menentang tentera Thai di laut sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal
perang Inggeris.Ilmu pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata
berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal perang Inggeris.Dengan jong
yang lebih ringan dan laju angkatan tersebut berjaya menjarakkan diri dari angkatan Inggeris dan belayar
bersembunyi di selat-selat kecil di Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati telah maju ke Pulau
Langkawi dan menyerang kubu dan merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera
pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah yang sukar
ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke Sumatra dan menetap di sana.

187

Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka Raja Jambangan
atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah dapat dibebaskan dari taklukan
Thai.Beliau telah dianugerahkan wilayah Kubang Pasu sebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan
Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja
Ligor untuk mengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja Thai supaya
menyerang Kedah.

Berbalik kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga pandangannya yang jujur),dalam
bukunya,"A History of Johor' mencatatkan laporan dua askar Belanda tentang geliung-geliung Johor ketika
perdagangan di Betawi dan Melaka:
Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan oleh geliung Johor membawa
barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:'Gonqua' dari Johor dengan sebuah kapal geliung,
26 anak kapal...."
Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentu termasuk Kesultanan
Johor diketahui mahir dalam membuat kapal geliung.Negara-negara Asia yang lain seperti India dan China
ketika itu memiliki kapal-kapal besar namun ketidaksesuaian rekabentuk tradisional mereka tidak mampu
menghadapi kapal-kapal pedagang Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang
kapal Melayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai menggabungkannya dengan
rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah revolusi kapal Melayu yang digabungkan
dengan senibina kapal-kapal Eropah,dengan penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.

Perlu diingat sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang tidak dinaungi
Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor menerima residen Inggeris secara rasminya pada
tahun 1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminya terjajah keseluruhannya bermula tarikh ini.Johor
moden adalah warisan dari Empayar Johor-Riau,yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar
Kesultanan Melaka.Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu dan
kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris yang menggunakan kapal
jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi (The Black Pearl dalam filem Pirates of Caribbean adalah
contoh kapal jenis frigate),geliung-geliung Johor mundar-mandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh
Belanda dan Inggeris.Kepantasan geliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat

188

dan meriam mortar agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen
Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan kapal (seperti kapal
The Flying Dutchman dengan triple cannonnya).Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu ketika itu
membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke geliung menunjukkan mereka sekali lagi
adalah 'The Lord of Sea' walaupun dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para
pembikin kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean,berdagang
dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba Phoenicia dan Sumeria yang sudah pupus pada hari
ini.Yang tinggal cuma bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah menubuhkan 'Israel
Baru'.Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Yahudi
Moden pada hari ini,tidak seperti di zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara.
Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika menghadapi serangan
Portugis.Catatan dari conquistador Portugis:
"Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-geliung
Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah"
Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada tahun 1614
menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah
dalam pertempuran laut .
Dalam perjalanan pulang mereka telah “singgah” di Melaka untuk membedil dan menenggelamkan kapal-
kapal musuh yang sedang berlabuh.

189

*Perbandingan antara kapal Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.Mungkin beginilah kapal
Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya dan Mendam Berahi.

Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah
kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia:

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and
gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the
largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de
la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and
only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on
the barges of Ribatejo"

Perhatikan kata-kata ini:

""Her sides were so high...."

Menunjukkan geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis ketika itu.Ini terbukti dengan
kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.Hanya Belanda yang mampu menekan Aceh kemudiannya
setelah muncul sebagai kuasa laut Eropah yang baru ketika Sepanyol dan Portugis meniti zaman
kemerosotan penjajahan maritim.

Begitulah kisah silam orang Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana Tamadun Mesir dan Sumeria
mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur barus dan wangi-wangian kemenyan,dunia juga mengenal
bangsa ini sebagai pelaut,pelayar dan pengembara maritim yang gagah.Tidak mengapa jika anak-anak
Melayu pada hari ini memperlekehkan sejarah bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa kepada kegigihan
para pelayar Melayu ini meredah ombak,merenung bintang-bintang di langit dan merasa pergerakan
angin,berlayar beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-pantai Afrika,Teluk Parsi dan Mediteranean.

Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan kemampuan nenek moyang
mereka,namun dunia masih menyimpan kenangan bagaimana pelaut-pelaut Melayu tekun bertukang
membina kapal-kapal,memasang layar dan menyorong kapal ke laut.Ombak dan pantai masih mengingati
para pelaut ini menyeka peluh dan membanting tulang melaraskan layar-layar dan kemudi kapal.Angin laut

190

masih rindukan wajah-wajah pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di lautan,kerana
angin dan bayu laut inilah teman mereka gembira dan menangis ketika kesepian di tengah-tengah lautan
luas.Tidak mengapa anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun dakwat para pengkaji Barat
dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu ini dari kejahilan dan kedunguan anak-anak
Melayu yang terjajah mindanya oleh penjajah.
Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi kapal-kapal Melayu dan kehidupan pelaut dengan
membaca dua karya tentang perkara ini,iaitu Novel Sukma Angin hasil karya Sasterawan Negara Arena
Wati.Novel ini mengisahkan kehebatan kapal layar dagang Melayu terakhir.Satu lagi adalah karya penulis
tersohor tanahair,Faisal Tehrani dengan karyanya,Bedar Sukma Bisu.
Jika sekiranya orang Melayu duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain dengan monyet dan
tupai,sekurang-kurangnya fikirkanlah,bagaimana keturunan Merina di Madagaskar mengaku berasal dari
Kepulauan Melayu dan bahasa Malagasy adalah sekelompok dengan bahasa Melayu bukan bahasa
Afrika.Para pelaut Melayu telah berlayar sehingga ke Madagaskar dan Afrika menghasilkan raja-raja Dinasti
Merina yang telah memerintah Madagaskar sekian lama sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan ilmu
pelayaran Melayu yang sanggup belayar hingga ke Afrika ini diabadikan oleh seorang pengkaji sejarah
orang Melayu dari Eropah,John Tiffany sebagai “The Viking of the Orient”

Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam Berahi,bukannya kapal Flor de La Mar
malahan kapal Mendam Berahi lebih besar dan hebat dari Flor de La Mar.Flor de La Mar hanya sebagai
bukti jiwa Melayu yang terjajah,namun jika anak Melayu hari ini dapat melihat replika Mendam Berahi,betapa
mereka nanti akan menyelami kehebatan nenek moyang mereka membina kapal yang sehebat
itu.Menyelami sehingga ke sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja Merina,memerintah
suku-suku kaum Afrika di pulau itu.

191

Satu perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila mereka meninggal dunia,mereka
mewasiatkan mayat mereka ditanam di dalam makam berbentuk rumah tradisional Melayu,walaupun
kehidupan harian mereka tidak berbeza dengan suku-suku kaum Afrika yang lain.
Artikel ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,Afrika..dan hayatilah misteri makam
sepi ini,sesepi hati perantau Melayu di bumi asing.

Caption:
The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers Queen Rasoherina and King Radama I stand side by side
on burial grounds in central Madagascar. The Merina culture descended from that of the original Malay
settlers of Madagascar and rose to prominence during the early 19th century. Many Merina rulers, including
King Radama I, resisted the initial European presence on Madagascar. Merina rulers fought against colonial
expansion until the French takeover of Madagascar in 1896.(Microsoft Encarta 2009)
----------------------

192

Next...
Alter Terahsia Bangsa Melayu 'X' Edition
The Land of The Gods II

-Siapa penduduk asli Indochina?
-Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian
-Perak Man dan Jawa Man
-Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu?
-Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu?
-Rahsia Borobudur dan Angkor Wat
-Kota Khmer di dasar Tasik Chini
-Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno
-Tulisan Purba orang Melayu
-Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh?
-Teori Peradaban
-Teori Kemerosotan
-Rahsia tersembunyi di The Land of The East
-Dewa-dewi di Golden Chersonese
-Nenek Moyang Para Firaun
Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk segala ilmu,semakin haus
dengan kebenaran!
Bersama MistisFiles,melayari segala kejaiban dan misteri....
Akan datang di MistisFiles...

193

Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah sini.....terdapat sebuah
kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan.Kapal-kapal bersimpang-siur di satu selat yang paling
sibuk di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti China dengan Kaisar dan Kisra.Kehidupan di sini amat
mewah,telah ada universiti-universiti pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib
yang belajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di hadapan para pendeta.Ketika
di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial,di sini...wanita dilayan dengan
penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja!
Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,nama 'Melayu' telah tercatat di dalam
Ramayana dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang suci,merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan
Melayu...cerita tentang percintaan dewa-dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini.
Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh dengan misteri dan rahsia
terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani Tua,mereka menggelarnya sebagai,The Land
of The East.Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan
Akkadia menganggap tanah ini adalah 'kayangan' yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan
kekayaan dan kuasa kepada siapa yang memilikinya.
Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land of Gods ini.Kita akan mengenali lebih dekat apa yang
sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian rupa.Kita akan belajar
memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita dan kemunculan Hanuman yang dipuja
oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di sini...mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal
ke sini 10 abad Sebelum Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan
mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian Book of The Dead.Kita juga akan
mengetahui satu rahsia besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia yang tersembunyi beribu-
ribu tahun...tanda keturunan mereka yang bersambung dengan Nabi Ibrahim di Tanah Kanaan (Canaan/
Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebih besar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang
silam,terselamat...kemudian bermula di sini!

194

The Land of Gods I

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku
bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

(catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke-5 Masehi)

Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat roda,sekejap di atas,sekejap di
bawah.Ada masa-masa susah ada masa-masa senang.JIka dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina
peradaban tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban itu akan lenyap,dan bangsa itu akan terkial-kial
untuk mempertahankan kewujudannya.Inilah yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu
orang Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka mampu membina
piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik.Ilmu astronomi dan matematik mereka amat
menakjubkan.Orang Aztek dan Maya contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di kawasan kota.Mereka
adalah 'urban people' yang moden dan maju berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti
Comanche,Apache dan Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang
penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan tawanan perang mereka sebagai
hamba atau korban dewa-dewa.Anda boleh membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding
kaum-kaum lain di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.Lihat perbezaan
antara mereka dengan kaum-kaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa
terkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat besar dengan
bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan rumah-rumah batu yang moden berbanding kediaman
mereka di hutan rimba.Dari mana orang Maya belajar semua ini?
Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi kepupusan,malah ada yang pupus terus
seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti nasib penduduk 'kampung' yang dijarah mereka
dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti yang dimimpikan oleh 'Jaguar Paw' dan ramalan budak
perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan Apocalypse.Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah
sebenarnya dimaksudkan dengan 'apocalypse' itu,seperti ramalan budak perempuan aneh tersebut.Bacalah

195

sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan
Francisco Pizarro memperdayakan Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil
menjarah kekayaan Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini!

Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang memperdayakan Montezuma
II,Emperor Aztek dan Cuauhtémoc,anak saudaranya.Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga
menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah Sepanyol ini,tetapi Cuauhtémoc,raja
terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas
kepada cerita National Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh
kekayaan.Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialah menganggap
pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa-dewa mereka,padahal orang-orang Sepanyol yang tiba di
ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramid-piramid dan bandar orang-orang yang
dianggap mereka sebagai aborigine dan kurang bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas
yang boleh dijumpai merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah yang perlu kita
tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja Aztek!

196

Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman diraja.Montezuma apabila
mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkan campuran rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila
orang Sepanyol tiba,betapa hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa
resepinya ke Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai
perpustakaan yang menyimpan tablet-tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan astronomi
purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak seperti kaum gasar (barbarian)
atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.Ini juga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana
penjajah Sepanyol ini membedil khazanah ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai
harganya.Sehingga ke era moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Maya tidak
diketahui oleh dunia,sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod-
rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum Maya.Salah satunya ialah Kalendar
Maya atau Kalendar 2012 yang popular itu.Dari sini,barulah dunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu
pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu ton tablet berisikan karya-
karya agung dalam bidang sastera,sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah
Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yang teguh.

197

Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengan tragedi yang melanda
orang Melayu,khasnya orang-orang Champa.Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Melayu
berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman
II,orang Cham telah memiliki tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang
Melayu yang hilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti perdagangan
yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan Sutera Laut' antara
China dan India.Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh masyarakat dunia,apatah
lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk bercakaran sesama sendiri,menghina raja-raja
(sedihnya,yang sudah dijemput Allah s.w.t pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang
anak,merempit,menjadi pelacur dan bapuk,berpolitik secara dungu,berpecah-belah,kafir-mengkafir,wahabi-
mengwahabi,mempersendakan nama 'Allah' sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wang rakyat didahulukan
perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama sendiri,mementingkan diri,hasad
dengki sesama sendiri,murtad,menjadi Islam Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang
tamak dan ada agenda sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga asing membanjiri
mengaut kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis dan pencacai
Dajal,menjadi bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu.

Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam buku sejarah dan
muzium.Ambillah pengajaran dari sejarah,sebelum kita 'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang
dimuziumkan di Kota Singa.

198

*Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam

Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka sudah pun memakai
sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalam pernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA
YANG MASIH TIDAK DIKETAHUI SECARA MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG CHAM
LEBIH AWAL MEMAKAI ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih awal dari orang-
orang Arab yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang Eropah.Mungkin ramai anak Melayu
yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan pencapaian orang Melayu Cham yang
hanya merintis penggunaan angka '0',namun perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini,para
pembina piramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,Taipei 101,WTC yang runtuh
serta bangunan tertinggi di dunia setakat ini yang berada di Dubai itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa
kewujudan angka '0' ini.Penemuan dan pemakaian angka '0' ini amat besar ertinya dalam sejarah dunia
metematik dan tamadun yang merintis penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan
berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh atau mungkin mencapai ratusan
manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh
orang Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju,berbanding ekonomi Vietnam
sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan
demi sesuap nasi.Hanya anak-anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu diuntung,dapat duduk
di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di
sini,kalau boleh biar orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua bangsa di
dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini sambil mengaut dan memakan hasil bumi
yang berlimpah ruah,termasuk hasil minyak dan emas perak.Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak yang
bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang Melayu ini,sanggup mengatakan yang
bukan-bukan kepada orang Melayu.Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang
Asli sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang Malaysia,mungkin Ultrakiasu
ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang dari Afrika atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai
Bumiputra pula.Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari Great India,padahal
orang India (Tamil terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman
dahulu,kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan dan wilayah
jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan balatentera seluruh
Nusantara,terkocoh-kocoh raja Chola balik ke India tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara
yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah' Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat demikian
mengenangkan kisah kepala raja Khmer yang dipancung Emperor Srivijaya akibat
mempersendakannya.Tidak pernah pula dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada

199

zaman dahulu.Yang ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialah
pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India.

*Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India.

Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Melayu dan sarjana-sarjana
mereka,membina biara dan institusi pengajian,kerana ketika itu,orang Melayu Srivijayalah pakar dalam
bahasa Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta-kasta kepada sukukaum di India.Raja Chola
tidak pernah membina penempatan di Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan
memiliki tanah di India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara pensyarah di Universiti Nalanda
yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah
kerajaan Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah kolej kediaman juga bagi
para pelajar Nusantara dan pensyarah Melayu.Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United
Kingdom.Kerajaan Melayu Srivijaya membantu membina universiti di India kerana universiti-universitinya
sendiri di Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari
seluruh dunia terutamanya dari China dan Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh I-Ching,seorang
sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang sami dari Tibet.
Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka yang berkahwin dengan orang-
orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan menghasilkan keturunan
Melayu yang segak-segak di Nusantara.
Ada juga orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan meminta rakyat menganggapnya sebagai
sultan.Ada juga yang mendakwa waris maharaja tertentu dan mendakwa orang Melayu merampas takhta
maharaja ini malah menuduh orang Inggerislah yang memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu seolah-
olah orang-orang Melayu terlupakan nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih
perih orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan dilupakan.Orang lain
yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu terkena tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu
lembik dan mengalah kepada Thai,sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama-
sama wilayah Patani,Narathiwat,Yala dan lain-lain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa
dikerjakan raja Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh keturunan maharaja
sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada
universiti seperti UiTM yang memberi kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin
akan dibiarkan buta huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis
blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan raja Thai,menjadi
orang Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha.

200


Click to View FlipBook Version