The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Alter Terahsia Bangsa Melayu ( PDFDrive.com )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SN MUHAMMAD HAJI SALLEH (HSBM), 2020-09-24 09:39:47

Alter Terahsia Bangsa Melayu ( PDFDrive.com )

Alter Terahsia Bangsa Melayu ( PDFDrive.com )

(keturunan Melayu-India Muslim) dan kini Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (keturunan Melayu
Bugis),mereka tetap menghormati budaya tradisi kaum-kaum Bumiputra dan kepercayaan mereka.

Ini berlainan dengan pemerintah Chaivinis-Rasis-Komunis yang dengan gelojoh mahu menghapuskan
budaya dan agama kaum bumiputra khasnya ORANG MELAYU-ISLAM.Tulisan Jawi mahu dipadam,azan
diperlekeh,perarakan Maulidur Rasul dibatalkan,gerai-gerai orang Melayu diruntuhkan dan lagi...lagi dan
lagi.Dan ini akan berterusan jika kita masih bermurah hati memberikan semua hak kita kepada bangsa
komunis (bukan semua orang Cina tetapi orang Cina yang menganut faham Rasis-Komunis) maka
tunggulah saat kepupusan kita kerana KEBODOHAN KITA MEWARISI TABIAT PAK KADUK MENANG
SORAK KAMPUNG TERGADAI.Perhatikan gelagat orang-orang Melayu yang terkinja-kinja bersorak seperti
monyet dan beruk ketika berdemonstrasi atau ketika pilihanraya.Habis sesuatu isu atau pilihanraya,yang
untung adalah bangsa asing.

251

Tiada di antara etnik-etnik Melayu ini yang berusaha mengaku merekalah etnik terhebat dan menjadi akar
kepada bangsa Melayu.Tiada pula etnik Boyan mengaku merekalah asal-usul Melayu dan sebenarnya orang
Nusantara adalah "rumpun Boyanlah".Atau orang Mendailing mengatakan raja-raja Melayu sebenarnya
beradatkan raja-raja Mendailing atau raja Batak.Etnik Jawa yang pernah membina kerajaan yang hebat itu
juga tidak pula berusaha 'menjawakan' seluruh Nusantara.Tambahan pula,tiada di antara mereka yang
mendakwa Inggerislah yang me'Melayu'kan orang Nusantara atau Malaysia.Rumpun Nusantara di sebelah
Indonesia hanya menganggap Malaysia adalah agenda British namun bukan mengatakan Melayu itu
agenda British,kerana sejarahwan mereka tahu betapa bersejarah dan agungnya nama 'Mala-yu' itu.Ini
kerana kerajaan yang dirujuk sebagai 'Melayu' atau menggunakan nama Melayu seperti Empayar
Srivijaya,Kerajaan Malayu dan Kerajaan Dharmasraya adalahSEBAHAGIAN DARI SEJARAH INDONESIA!

Ini berlainan pula dengan sesetengah orang yang mendakwa 'rumpun' dialah yang merupakan asal-usul
orang Melayu malah mengatakan bahawa nama 'Melayu' itu adalah ciptaan Inggeris!Ini amat melucukan
kerana nama 'Melayu' ini benar-benar ada dalam rekod China dan India purbakala (ini belum lagi rekod
Eropah,Arab dan tamadun-tamadun lain),manakala nama 'Siam' itu hanya wujud dalam kitab-kitab kuning
bertulisan Jawi dan berbahasa Melayu.Dalam hal ini sudah tentu bukan sahaja sejarahwan Malaysia malah
Indonesia juga berlepas tangan dari cerita sejarah ditahap komik Naruto yang cuba diketengahkan oleh
pihak-pihak yang berkenaan.Malahan sejarahwan Thai yang pening dengan cerita fantasi Ramkhamhaeng
juga menepuk dahi setelah mendengar komik manga dari 'bangsa Harimau' yang lebih kurang sama dengan
utopia Sukhothai dan batu bersurat Ramkhamhaeng.

Begitu senang orang dijadikan bangsa lain hanya dengan mendengar cerita-ceriti yang diselitkan beberapa
fakta sejarah yang diubahsuai.Jika bukan tema 'Siam' pun,jika ada pihak yang mendakwa dahulu
semenanjung ini milik kerajaan Planet Zargus misalnya,siap ada kitab bernama 'Undang-undang
Zargus' (UUZ) dan mendakwa dahulu penduduk Nusantara adalah rumpun Zargus,sudah tentu ada orang
Melayu yang merasakan dirinya adalah dari rumpun Zargus akibat cetek dalam ilmu sejarah bangsanya.Ini

252

adalah orang yang tiada jatidiri dan identiti.Cepat goyang apabila ditunjal.Belum berpencak sudah
mengalah.Ini bukan keturunan pendekar atau bangsa Harimau.Dia mungkin berasal dari The Planet of The
Apes.Oleh itu penting untuk memiliki 'intuisi' Kemelayuan sendiri jika tidak mahu ditukar kepada bangsa lain
secara mendadak,tidak kira bertukar menjadi Siam,Thai,Filipino,Cina,India atau menjadi 'Mat Salleh' (kerap
terjadi di kalangan Elit Melayu dan ahli korporat Melayu).Atau sekurang-kurangnya anda boleh "Bertukar!"
menjadi Gaban.
Oleh itu teramatlah penting bagi kita untuk mempelajari warisan bangsa kita,meneliti prasasti-
prasasti,manuskrip dan tinggalan nenek moyang kita dan memahami bahawa Melayu itu tiada sempadan
negara.Alam Melayu adalah katakuncinya bagi kita untuk mengelakkan secara tidak sedar bertukar menjadi
pencacai kepada sejarah orang lain atau kepada sejarah fantasi orang lain.

253

Legenda Kaundinya dan Soma

Di dalam ATBM VIII "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah kerajaan purba
Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di Indochina dan pengaruhnya mencapai seluruh
Kemboja,sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di kiri dan sehingga negeri-negeri Melayu utara
semenanjung.Tidak diketahui sejak bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod
China seawal 1 Masehi lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar
sejauh Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan' (Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah
orang China di masa itu.Orang Khmer menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya
sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud 'gunung' dalam bahasa Melayu Standard di mana ia
adalah perubahan beribu tahun dari kata asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran dari
kata 'penan' yang bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum Penan yang dikategorikan sebagai Dayak
darat manakala Iban sebagai Dayak laut).
Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer dan Melayu ini adalah kerana
pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai hubungan erat di Indochina.'Gunung'
adalah salah satu katakunci tabut rahsia Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer
mempunyai hubungan terahsia dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak angkat?
Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji
Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak teori yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri
ke Tanah Jawa dan mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer dan orang
Khmer sendiri bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah pewaris Funan padahal mengapa
Jayavarman II diberitakan 'baru pulang dari Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer itu tidak dapat
disorok kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang Jayavarman II yang dijumpai setakat ini.

254

Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau Malayo-Polynesian?
Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada pun prasasti Khmer yang
menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya mencatatkan kewujudan kerajaan
Champa,satu rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya
sumber China yang mula-mula menyedarkan kita tentang kewujudan Funan ini.
Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu legenda tentang 'orang suci'
yang datang ke Kemboja dan mengahwini puteri tempatan.Seorang pegawai China bernama Rang Tai telah
tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari kisah tentang Brahmin yang mengahwini seorang
puteri bernama Ye Ye (ada versi lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada
bahasa Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat kelapa/tumbuhan
yang panjang' atau dalam istilah hikayat Melayunya 'MAYANG MENGURAI'.Jadi dari sini kita tahu nama
gelaran puteri ini iaitu Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang panjang bak
mayang mengurai.

Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye cuba menyerang
perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri
tersebut lalu kehandalan Brahmin itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah menawan
hati Puteri Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan dikatakan warisan dari keturunan mereka melahirkan raja-raja
Funan.Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua watak utama dalam legenda ini
yang dikongsi oleh orang Cham dan Mon-Khmer.
Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang dari negeri luar.Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu
puteri tempatan yang menjadi raja atau pemimpin negeri.

255

Jika kita faham plot legenda ini betul-betul,kita akan dapat melihat kod-kod rahsia di hampir semua legenda
Melayu Purba;juga menggunakan plot cerita yang sama!
Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu bersurat yang bertarikh 657
Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah My Son di Vietnam ada mencatatkan legenda
Brahmin dan Ye Ye ini di mana mereka dikenali sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi
itu tidak menyatakan nama sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak perempuan
kepada Soma' di mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.
Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang sama namun lebih kuat sebagai
cerita rakyat yang popular di kalangan masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong
dan Ye Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer telah mendominasi Kemboja
pada hari ini dan berkuasa menuliskan sejarah mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden
lebih cenderung menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat sebenarnya bukan sahaja
para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat juga pada hari ini masih berdebat tentang siapakah orang
Funan ini.Ini kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan ini masih samar-
samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall cenderung mendakwa orang Funan adalah dari
keturunan Melayu sebagaimana orang Cham.Tetapi ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang
mengatakan Funan adalah Khmer.

*Lihat kostum orang Mon ini yang bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain
songket seperti lagak seorang srikandi Melayu.

Mari kita lihat siapakah yang lebih mempunyai 'autoriti' dengan warisan Funan berdasarkan apa yang
mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai cerita rakyat sahaja,namun orang Cham
punya prasasti bertulis tentang legenda ini!Kini dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita
orang suci dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada dalam prasasti Cham;di
mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa pemerintah-pemerintah mereka adalah
berasal dari Sri Kaundinya dan anak perempuan Soma.Mengapa inskripsi itu hanya menurut motif cerita
dalam rekod orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA
REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang Cham kerana bijak dan rajin
menuliskan rekod-rekod.Sebab itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa
ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!

256

*Kompleks My Son di Vietnam

Nasib baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya di Kemboja silap
haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan dengan ini mereka lebih selesa mendakwa Funan
benar-benar orang Khmer.
Legenda ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara oleh kerana orang Cham
tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian mereka menjadi rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi
rakyat Vietnam maka legenda ini semakin dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita ke sana sini
tentang legenda cinta Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan cerita
PENTING ini.Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam telah menjumpai
prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang merupakan tapak purbakala orang Cham di
Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita ini lebih awal dari versi orang Khmer?
INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.
Kerajaan Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang Champa lah yang
mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana peperangan di antara Cham dan Khmer yang diukir
oleh pengukir Khmer sendiri di Bayon.

257

*Relief di Bayon menunjukkan askar Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur
dengan askar Khmer

Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket perang dan helmet (topi
besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai kain selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka
yang tidak berbaju dan seolah-olah memakai cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR MENAFSIRKAN ORANG
MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada orang Melayu memikirkan bangsanya
dahulu adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka dengan
begitu hebat dan maju?Dan mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya begitu rendah dan
menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa melihat gambaran Orang Melayu
Patani yang memiliki pistol,meriam dan istinggar oleh pembuat filem Thailand (rujuk filem Queen of
Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI
ORANG KHMER SENDIRI DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13
MASEHI!!

Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.

Sebab itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari membina Angkor Thom di
tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia ibukota Khmer?
Kenapa Angkor Wat masih terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak
yang menang berperang di mana-mana sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN
SAHAJA ANGKOR WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA?

Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil oleh orang
Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor Wat bermakna SAMA
SAHAJA DENGAN MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN.

258

Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu yang bijak...kalaulah Dai-Viet
tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini andalah model Kemelayuan yang agung.

*Pakaian orang Mon.Orang Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok bahasa
mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian mencedok budaya orang Mon dan Khmer
serta satu lagi budaya,iaitu 'Srivichai'

Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja yang asalnya ialah negara
naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah serangan ketenteraan namun lebih cenderung kepada
teknikal sosial dan politik,di mana raja Chenla telah berkahwin dengan puteri Funan dan sekaligus seluruh
Funan di bawah pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian
perdagangan antara Empayar Rom,India dan China.
Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkajiADALAH KERAJAAN ORANG KHMER.
Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana warisan Funan ini telah
dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka menyimpulkan bahawa budaya Funan adalah 'campuran
kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon dan Malayu
adalah kerajaan purba orang Melayu Nusantara yang dikesan ciri-cirinya muncul di sekitar utara
semenanjung dan Sumatera.
Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-raja mereka adalah warisan Funan;INI MUNGKIN
BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN DARAH FUNAN menghasilkan
warisan pemerintahan rakyat Kemboja pada hari ini.
Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari orang Khmer,INI ADALAH
FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita
sebenar tentang saudara mereka ini.Mereka pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika Funan menjadi
empayar,Champa tetap selesa menduduki pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan
ada dalam manuskrip Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno iaitu di My

259

Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks kuil,istana dan monumen suci orang Cham
Kuno (sebelum kedatangan Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih
Huang Ti membina Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan Sulatus
Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu bersurat yang mencatatkan legenda
Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di tempat suci (sacred or holy place) Champa?ADA RAHSIA DI SINI.
Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan kerajaan Chenla.Chenla
adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para
pengkaji bersepakat menyimpulkan bahawa kerajaan Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum Funan
ini ke dalam budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian mempertahankan
bahawa Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan bahawa Funan itu adalah sekelompok
dengan Cham atau Malayo-Polynesian atau ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang
selesa dan perlu dielakkan dalam penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah Chenla menyerap seluruh
peradaban Funan adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh
dipastikan sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari ini masih diperdebatkan
identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan
adalah benar-benar kerajaan orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada.TIADA PRASASTI CHENLA
YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.
YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN SEBAGAI SESUATU
YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKENANG.

260

Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia

Siapakah orang suci itu?Dalam teks tertua yang menceritakan legenda orang suci yang berkahwin dengan
puteri tempatan ini,menyatakan nama orang suci ini adalah BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa
Sanskrit.Variasi nama ini menjadi 'Brahmin' iaitu telah diterjemahkan sebagai golongan pendeta
Vedic.Brahma adalah tatabahasa Sanskrit yang diadaptasi dari struktur bahasa Aryan Purba.Kata 'Brahma'
berasal dari kata 'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit huruf 'a' dihadapan telah dipindahkan ke hujung
perkataan.Jadi kata asalnya kemungkinan besar adalah 'Abrahama' namun loghat Sanskrit menyebutkan
kata ini dengan menghilangkan 'a' dipangkal kata dan lama kelamaan meringkaskan kata 'Brahama' ini
menjadi 'Brahma'.

(Ingat,Sanskrit adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European sekelas dengan bahasa
Inggeris,jadi Abraham,Abrahama dan Brahma adalah struktur yang saling berkait.Ini berlainan dengan
bahasa Semitik seperti Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya Arab menyebutnya sebagai 'Ibrahim',perhatikan
sebutan pada pangkal kata 'i' berbeza dengan 'a' yang dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu
'keturunan' dengan bahasa Aryan dan Sanskrit)

Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.

Anda nampak rahsia ini?

Sampai di sini,jika kita telah ada 'visi' sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita akan mengenal siapakah
moyang kita ini,walaupun cuba menyorok dalam pelbagai legenda dan nama.Hanya mereka yang punya
'darah naga' sahaja akan menyelinap intuisi yang menyentap.

Hanya yang benar-benar mengalir 'darah naga' di dalam pembuluh darahnya sahaja akan dapat menghidu
misteri susurgalurnya yang sebenar.

Yang tidak mempunyainya walaupun mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,bangsa Harimau,bangsa Singa
mahupun bangsa Monyet dan Beruk...akan terkeliru dan menjadi pencacai kepada sejarah orang lain yang
sama ada yang fantasi atau realiti.Tidak sampai seminit seluruh nama bangsa dan jatidirinya menjadi
sakibaki dan sisa kekotoran sejarah orang lain yang bukan pun dari rumpunnya.

Namun orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak perlu mengaku sama sekali sama
ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan di atas.Mereka adalah dari bangsa Manusia yang punya jatidiri dan
identiti sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari Yunnan...bukan dan bukan.Berfikirlah 10 kali sebelum mengaku
anda berasal dari Yunnan kerana sejarah anda tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar berdarah
Melayu.Tai,Viet,Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik dipengaruhi budaya dan gaya Sino-
Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin,TETAPI BUKAN BAHASA MELAYU YANG MISTERI INI.Sebab itu
pakar bahasa mengelaskan bahasa Melayu menjadi satu kelas dunia yang tersendiri.Bahasa Melayu adalah
salah satu kelas bahasa utama dunia iaitu istilah saintifiknya sebagai MALAYO-POLYNESIAN.Kini ia disebut
sebagai Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil bahasa Formosan rupa-
rupanya termasuk dalam laras bahasa Melayu!Adakah orang Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke
Taiwan?SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE JEPUN!!

Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik telah dikaji oleh para penyelidik Jepun dan
Barat dan mereka mendapati terdapat beberapa perkataan mereka yang sama dengan bahasa Melayu
seperti 'mata' dan 'batu'.Dan ingat sebelum migrasi bangsa Yamato (bangsa asas Nippon atau Jepun moden
pada hari ini) ke pulau-pulau Jepun,para penyelidik sudah dapat 'menghidu' gaya budaya bangsa asal
kepulauan Jepun yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian.

Satu daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini amat misteri
kewujudannya.Sebelum ini ramai pengkaji menyangka mereka adalah dari keturunan Eropah,namun kajian
genetik mendapati mereka mempunyai kaitan dengan puak-puak Eskimo dan Alaska.Dan jika mengkaji
tentang orang Eskimo,hanya dua bangsa di dunia ini diketahui mempunyai 'penyakit' genetik LATAH,iaitu
Melayu dan Eskimo!

Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babilon,ke India,Sri Lanka hingga ke Taiwan dan
mencapai Jepun.Dari sini ke pulau-pulau Pasifik sejauh Hawaii dan mencapai pantai Amerika (?).Sebab itu

261

anak kapal Magellan terpaksa 'memaksa' Hitam a.k.a Enrique menjadi kapten mereka supaya membawa
mereka pulang ke Sepanyol.Jika Hitam tidak bersetuju,sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih
tersadai ini turut dibunuh oleh Humabon dan Lapu-Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian Filipina yang tengah
mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah membunuh Magellan.Hitam telah memandu kapal-kapal
Magellan pulang ke Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua Amerika.Begitu indahnya masa silam orang
Melayu.Begitu gigih mereka pada ketika itu.Jauh perjalanan luas pemandangan.Moyang kita rupanya minat
mengembara dan belayar.Ombak laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu yang melukiskan
pahit manis sejarah kehidupan mereka.

'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja sahaja.Darah ULAR BESAR atau NAGA ini tercantum dalam
peribahasa lama Melayu,"Tidakkan hilang bisa ular yang menyusur akar".

Orang yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya walaupun merentasi waktu beribu
tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba berubah menjadi Siam,Cina atau kaum lain secara tiba-tiba,kecuali
menjadi seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya oleh orang lain yang ada agenda sendiri.Mereka yang tidak
punya kesedaran identiti ini akan hilang bisa Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-Islam,Siam Perut
Hijau,Cina Yunnan,Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi 'Mat Salleh'.

Berbalik kepada kisah orang suci tadi,kita tahu sebahagian rahsia dia.Kita tahu kisah cintanya.Tidak perlu
malu dan segan dengan anak cucu.Anak cucu akan korek rahsia moyang habis-habisan!

Mari kita siasat.Dalam hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin,ada diceritakan tentang keturunan
raja-raja Melayu yang berasal dari Sang Sapurba,satu watak agung dalam sejarah Melayu yang berasal dari
kisah tiga orang putera luar yang bertemu dengan dua orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan Wan
Malini.Dua putera raja itu akhirnya berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan Malini manakala yang bongsu
yang bernama Nila Utama yang bergelar Sang Sapurba (versi A.Samad Ahmad mengatakan Nila Pahlawan
bergelar Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu anak kepada Demang Lebar Daun,penguasa
tempatan.Kita tinggalkan pihak di sebelah Demang Lebar Daun,Wan Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari
(perhatikan pangkal nama Wan ini telah digunakan di Sumatera,kaji kaitannya dengan keturunan Wan di
Perak dan Kelantan hari ini).Ini adalah keturunan Nusantara asli.Yang ingin kita sentuh ialah 'raja-raja' luar
itu.

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini,mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran
keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita,Nila Pahlawan dan Nila Utama
itu.Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:

"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri.Bahwa kami ini bangsa
manusia;asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain,nisab kami daripada Raja Nursyirwan
Adil,raja masyrik dan maghrib,dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."

Jika kita selidiki,Zulkarnain adalah gelaran kepada kepada Raja Cyrus The Great dan ada yang merujuk
kepada Alexander The Great.Dalam Sulatus Salatin diceritakan Raja Iskandar telah menakluk Raja Kinda
Hindi.Dalam sejarah penaklukan Alexander The Great,kita tahu bahawa raja itu pernah menyerang utara
India.Namun Cyrus The Great juga pernah menawan wilayah India seperti Gandhara (di Pakistan kini).Raja
Nursyirwan Adil kemungkinan raja-raja Parsi.Salah seorang anak raja Suran dirajakan di Amdan Nagara dan
ini merupakan nama Melayu kepada Hamadan di Iran kini.

Raja Suran adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.Raja Suran ini seringkali disamakan dengan Raja
Chola yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.Raja Zulkarnain ini pula dikatakan berbangsa Rum
dari negeri Makaduniah (Makaduniya adalah Macedon di Greek sekarang).Terdapat kepincangan maklumat
dari segi kronologi sejarah dan genetik di sini.Dan ini membuka tembelang sebenar para penyelenggara
teks-teks Sulalatus Salatin yang terdiri dari para orientalis Inggeris.

Jadi adakah Raja Chola ini berketurunan dari Alexander The Great?Ini adalah amat menghairankan dan
setengah melucukan kerana kita tahu Raja Rajendra Chola adalah dari dinasti pemerintah selatan
India.Chola adalah dari puak Dravidian.Pengaruh Hellenestik atau Seleucid dari Empayar Alexander ini tidak
sampai sejauh selatan India.Pengaruhnya cuma negeri-negeri utara India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu
ada pula nama Raja Sulaiman alahissalam.Ini sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang juga Raja Israel Raya
(961-922 Sebelum Masehi) yang mewarisi penyatuan Israel dan Judah oleh bapanya Daud a.s.Sulaiman a.s
adalah anak kepada Daud a.s dan Bathsheba.Mereka adalah keturunan Bani Israel.

262

Jadi bagaimana ini?Nampaknya Sang Sapurba ini punya darah campuran Hindi,Greek,Parsi dan Yahudi
(bani Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu meneliti semua petunjuk ini satu persatu.Jangan pula jadi
sesetengah pihak yang mendakwa Zulkarnain itu berbangsa Siam dari Xian di China pula.Siam adalah etnik
baru wujud sebagaimana Tai ketika migrasi mereka ke Indochina.Terma 'Siam' ini dipopularkan oleh
kerajaan Ayutthaya.Sebelum kewujudan Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.Siam adalah Ayutthaya,Ayutthaya
adalah Siam.Siam adalah istilah sosio-politik kepada Ayutthaya dan negeri-negeri naungannya.Siam juga
lebih kepada nama dinasti Ayutthaya,sebab itu dinasti yang merampas Ayutthaya membuang nama Siam ini
dan menggantikan kepada Thai sebagai contoh 'Thailand'.Jangan terperangkap dengan dalih bahawa
sejarah kita kononnya khayalan dan terpaksa menerima sejarah orang lain yang juga rupanya sengaja
direka-reka malah bertahap superkhayalan.KITA KENA BERHENTI SEJENAK DAN KAJI DAHULU.FIKIR
DAHULU.Jangan gelojoh terburu-buru menjadi pencacai sejarah orang lain.

Sulalatus Salatin telah disunting oleh orientalis seperti Shallabear,Winsted,Dulaurier dan Maxwell.Tidak
dinafikan mereka telah 'menambahbaik' kitab purba orang Melayu ini.Antara penambahbaikan mereka ialah
kata 'Makaduniah'.Ini terjadi ketika proses suntingan, mereka menyangka Raja Zulkarnain yang menyerang
India itu mungkin Alexander The Great dari Macedon.Jadi dinyatakan Raja Iskandar Zulkarnain dari
Makaduniah.Walhal Cyrus The Great pernah menyerang sehingga ke Gandhara dan dari sini mereka
menyebarkan budaya,bahasa dan tulisan Aryan seperti Brahmi dan kesusasteraan Sanskrit ke Benua India
(Sulalatus Salatin menyebutnya sebagai Benua Keling).Ada istilah 'Rum' dalam kitab ini.Sebenarnya orang
Melayu dahulukala menyebutkan sama ada budaya keParsian,Hellenistik (Greek) atau budaya Empayar
Rom sebagai 'RUM' sahaja.Jadi kita boleh buang 'Greek' dari senarai keturunan campuran Sang
Sapurba.Tinggal Parsi,Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi adalah petunjuk kepada budaya Vedic.Ingat,dalam
ATBM II,kita telah belajar tentang kaitan nama Mala-Yu dengan budaya Avestan-Vedic.Suffix -Yu adalah
tambahan bagi kesusasteraan Avestan-Assyria kepada cara berfikir atau jenis budaya.Bangsa Media (Ingat
kisah Nabi Syuaib dan kaum Madyan?),salah satu bangsa asas bangsa Iran telah digelar sebagai 'Mada-Yu'
dalam kesusasteraan Avestan-Assyria dari kata asal 'Mada'.Perkataan 'Mala' itu sendiri ada dalam kosakata
bahasa Ibrani (Ancient Hebrew)!Dalam Ibrani,'Mala' bermaksud 'memenuhi','menyelesaikan' atau
'mengabulkan'.Bukan itu sahaja,terdapat Mala lelaki (Male of Mala) dan Mala perempuan (female of
Mala).Jantina perempuan bagi Mala dinamakan Malayah (Meleah) dalam Ibrani Kuno!

Mari kita susun kembali semua 'puzzle' ini!

Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang datang ke Nusantara dan mengahwini Wan Sendari,anak
Demang Lebar Daun.

1-Hindi

2-Parsi

3-Bani Israel

Hindi dan Parsi adalah katakunci kepada budaya Vedic di mana terdapat ajaran Veda dan Avesta.Bahasa
Sanskrit (bahasa suci ajaran Veda) adalah saduran dari bahasa Avesta dan Agatha (ajaran Zoroester
Aryan).Ajaran Veda ini mengandungi tinggalan agama Ibrahim (Ingat,agama berhala Hindu amat jauh dan
berbeza dari makna-makna tersirat dalam ajaran Veda yang suci dari tangan-tangan penyembah
berhala).Brahma adalah Ibrahim dan Saras (juga digelar Saraswati di mana 'wati' adalah suffix) adalah Siti
Sarah!Ini dijelaskan oleh sarjana Sanskrit iaitu Vidyarthy (seorang maulana muslim yang pakar dalam kitab
Veda) dan beliau pernah berdebat dengan golongan elit Brahmin Hindu yang bergelar Pandit dari aliran
Brahma Samaj tentang rahsia kitab-kitab Veda ini.Akhirnya para Pandit ini meminta maulana ini meneruskan
penggalian rahsia Veda yang mereka sendiri tidak tahu selama ini!!

Jadi ini membawa kita kepada bayang-bayang Ibrahim a.s!

Jadi apa kaitan dengan Bani Israel?

Nabi Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada Segala Bangsa.Nabi Ibrahim menurunkan tiga bangsa;Bani Israel
(The House of Israel),Bani Ismail (The House of Ishmael) dan bangsa misteri ini,Bani Jawi (The House of
Jawi).

263

Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa dalam perlambangan Sang Sapurba!
Dalam hikayat Melayu ini kita dapati Sang Sapurba telah mengahwini puteri tempatan,Wan Sendari.Raja
Suran pula mengahwini Dara Segangga,seorang kerabat diraja Gangga Negara (kerajaan ini dikesan
terdapat di sekitar Dinding dan Beruas dan melangkaui pengaruhnya sejauh Bidor di Perak) dan Onang
Kiu,seorang puteri kerajaan purba orang Mon (Gelanggi adalah nama Melayu bagi Klang Kio,sebuah kota
orang Mon.Ada pendapat mengatakan ia terdapat di Johor.Namun ada bukti mengatakan ia terletak di
Pahang).Tinggalan saki-baki orang Mon ini adalah puak-puak Orang Asli seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini
bukan kerajaan Siam Ayutthaya atau Tai Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba orang Mon.Orang Mon
dan Melayu hidup secara harmoni pada zaman purba,jauh sebelum kewujudan kaum Tai versi
Ramkhamhaeng dan Siam versi Ayutthaya.Perhatikan kostum orang Mon yang mirip Melayu.Mereka ibarat
'Baba dan Nyonya' pada zaman purbakala.Mereka pandai menyerap budaya Malayo-Polynesian.

*Kanak-kanak Mon dengan pakaian tradisi mereka
Terlanjur bercakap tentang puak-puak Orang Asli di Malaysia,kita kena faham terdapat dua kategori dalam
masyarakat Orang Asli berdasarkan bahasa mereka.Pertamanya kategori Aborogine Malay,di mana bahasa
mereka lebih dekat dengan bahasa-bahasa Malayo-Polynesian.Contohnya Jakun,Temuan,Orang
Kanaq,Orang Kuala dan Seletar.Kedua,kategori Aslian,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan laras
bahasa Mon-Khmer.Puak-puak Orang Asli dalam kelompok ini ialah seperti Temiar,Senoi,Jahai,Mah
Meri,Semang dan Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA BAHASA ORANG SENOI DAN TEMIAR INI
MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN KELOMPOK BAHASA MON-KHMER?

264

Jawapannya,mereka pernah datang sejauh tanah semenanjung ini.Bukan sekadar di Indochina sahaja (kini
majoriti orang Mon terdapat di Burma dan ada yang menetap di luar negara).Namun nasib baik orang Jakun
dan Temuan berbahasa Malayo-Polynesian,nanti jika semua Orang Asli Malaysia berbahasa Mon-
Khmer,sudah tentu para Rasis-Komunis-Chauvinis akan mengatakan orang Melayu benar-benar pendatang
dan merampas Malaysia dari tangan orang Mon.Jadi tugas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang amat penting
ialah menjaga orang Jakun,Temuan,Seletar dan seumpamanya sebagai bukti terdapatnya aborigine Melayu
yang punya hubungan linguistik dan budaya dengan Melayu-Melayu lain yang lebih terbuka sifatnya seperti
Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.Jadi mereka tidak boleh 'menghalau' orang Melayu begitu
sahaja dan mendakwa bumiputra sebenar ialah Orang Asli.Orang Jakun ini nak campak mana?Sebab itu
dakwaan mereka ini bersifat rasis dan tidak berpelajaran.

Orang Han dan Monggol boleh menghalau orang Tai dan Dai-Viet dari wilayah-wilayah mereka sehingga
berebutkan tanah-tanah yang asalnya milik kaum-kaum Malayo-Polynesian.Tetapi mereka tidak boleh
menghalau orang Melayu begitu sahaja dari bumi tanah tumpah darah ini pada hari ini.Ideologi komunis
mereka tidak boleh terpakai di sini.Jika golongan komunis ini masih berkokok,baik buang mereka semua ini
ke Thailand dan merasa di'Thai'kan oleh Raja Thai yang memang menyimpan dendam dengan orang Han
yang menghalau kaum mereka dahulu dari wilayah Xian,tempat asal etnik Tai.

Kini ada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai Siam Ayutthaya ingin pula menghalau orang Melayu
ke daerah Xian dan Yunnan.Orang yang masih berdegil membanggakan keturunan dan menghina orang
Melayu yang baik hati memberikan tempat tinggal kepada mereka ini patut dicampak ke halaman istana
Raja Thai.Silap haribulan Raja Thai (yang tengah berusaha menjaga sejarah fantasi mereka dari terbongkar)
ini akan mengarahkan agar mereka ini dipijak-pijak oleh gajah diraja.Ketika ini barulah terkocoh-kocoh mahu
bersyukur kepada Ilahi dan terbayangkan saudara-saudara Melayu mereka yang asyik mengalah dengan
telatah mereka dan setia mendengar luahan hati mereka diburu Raja Thai pada waktu silam.

Lihat rahsia ini.

265

Sang Sapurba dan Raja Suran dikatakan datang dari luar dan ada kaitan dengan budaya Vedic.Kedua-dua
mereka menjalinkan perkahwinan dengan puteri-puteri Nusantara.
Semak kembali kisah Kaundinya dan Soma!
Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian dan Mon-Khmer punya legenda orang suci dari luar yang
mengahwini puteri tempatan.
Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan kisah yang sama!Bentuk yang sama!'Pattern' yang sama!
APA MAKSUD SEMUA INI??
Biar kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-kaum terawal di Nusantara punya legenda atau kisah rakyat
tentang perkahwinan orang luar dan puteri tempatan,dan anehnya kesemua mereka punya plot cerita yang
sama seterusnya;mengaku hasil dari perkahwinan ini melahirkan keturunan raja-raja mereka!!!
Jadi apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh legenda ini??
SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN IBRAHIM a.s DAN SITI
KETURAH DALAM PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!
Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di tangan Bani Israel,dirakam dan dikenang-kenang di dalam kitab-kitab
purba mereka!
"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian,
Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the
Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and
Eldaah. All these were descendants of Keturah."
(Genesis 25:1-4) 
"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife
and sent them away from his son Isaac to the land of the east"
(Genesis 25:5-6)

266

Pembukaan Kepada Rahsia 'Darah Naga'

Cerita tentang 'Darah Naga' memakan ruang yang besar jika dihuraikan satu-persatu.Ini kerana ia
berhubungkait dengan pelbagai mitos yang dikongsi oleh Tamadun China,Firaun Mesir dan Kabbalah
Yahudi.Sebagaimana legenda Ibrahim (Brahmin) dan Keturah (Puteri Mayang Mengurai/Puteri wangi-
wangian) yang dikongsi oleh budaya Mon-Khmer dan Cham,kisah 'Darah Naga' ini terdapat dalam
kesusasteraan Mesir Purba,mitos masyarakat China dan kultus-kultus mistik Kabbalah!

Dan rahsia 'Darah Naga' ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya.IA ADALAH RAHSIA DALAM
RAHSIA.

Shriners bertahap 33rd degree pun tidak mengetahui asal-usul 'Darah Naga' ini.

Sebelum rahsia dibuka,kami ingin beritahu buat kesekian kalinya,BAHAWA MELAYU ITU BUKAN YAHUDI
ATAU DARI BANI ISRAEL.Tetapi jika ada golongan Bani Israel yang datang ke sini,mereka telah terserap
menjadi Melayu sepertimana orang India (keturunan Pakistan,Benggali,Urdu,Hindi,Tamil dll) yang berkahwin
dengan orang Melayu cenderung menjadi Melayu di Nusantara ini (menjadi satu lagi cabang Melayu iaitu
golongan Mamak atau Mamu dan Mami).Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel) adalah dari berlainan keturunan
tetapi ada hubungan jauh.Dan ada dua 'jenis Melayu'.Satu adalah Melayu hasil perkahwinan Abrahama
(Ibrahim a.s) dan Keturah (Orang Yahudi menggelarkan beliau sebagai Wangi-wangian,Khmer
menggelarnya sebagai puteri naga,tradisi Melayu Cham menggelarnya MAYANG MENGURAI),dan satu lagi
adalah Melayu Kuno Nusantara,yang dahulunya bergelar 'Darah Naga'.Ia adalah dari keturunan sebelah ibu
Melayu Moden,Siti Keturah (Melati/Damar Wangi/Ye Ye/Mayang Mengurai).

Tradisi Yahudi Kuno menyebutnya sebagai Leviathan ( LʼVʼThʼN),Ular Besar yang berenang di Laut Merah
(Giant Serpent).Ia adalah raksasa laut atau digelar sebagai Draken.Kod Warna untuk menggambarkan
legenda ini adalah hitam dan merah.Ini adalah warna di atas Aziluth dalam mistik Kabbalah Tree of Life
"Pohon Kehidupan".Ia adalah Sacred of Binah.Bermula dari warisan The Giant Serpent ini muncullah
pelbagai kepercayaan karut Kabbalah,sehingga sampai penyembahan kepada Pentagram dan Sabbatical
Goat;Baphomet.

Terdapat satu ritual yang dinamakan Rite of Vampire.Semuanya berkaitan Dragon Blood sebagai 'The Royal
Blood of Kings'.Namun tradisi Kabbalah Yahudi membuatkannya menjadi ramuan kepada mistik sesat yang
menyeramkan.

Menariknya Kabbalah Yahudi menggunakan mantera-mantera dalam bahasa Mesir Kuno untuk menjalankan
ritual paling gelap dan terahsia mereka.Contohnya,mantera untuk membangkitkan 'MIND'S EYE' dalam
tubuh menggunakan mantera:

"Ti Ah Maat!"

267

Mantera ini dizikirkan (chanting) sehingga kuasa itu bangkit menyelubungi diri.Ketika para rahib Kabbalah
sedang bertafakur di hadapan berhala Ular Besar mereka,mari kita perhatikan rahsia dalam mantera ini.
'Ti Ah Maat' di mana 'Maat' bermaksud 'Mata' (ingat petunjuk dalam The Egyptian Book of The
Dead).Mantera ini adalah untuk membangkitkan 'penglihatan minda'.Ini dinamakan nama
sfera:Kether.Terdapat nama sfera lain yang aneh,iaitu Daath.Daath adalah bererti 'royal edict' iaitu 'gelar
diraja' dalam bahasa Ibrani Kuno (ingat Darth Vader?Setiap gelaran Darth dalam filem Starwars merujuk
kepada gelaran elit golongan Darkside Force,Darth di dalam filem ini diambil dari kata Daath/Dath dalam
bahasa Ibrani/Hebrew).Perhatikan persamaan kata 'Datu/Dato' dalam budaya Melayu dengan 'Daath
(disebut 'Dat') dalam budaya Ibrani Kuno.Perhatikan kata 'Maat' (disebut 'Mat') dalam bahasa Mesir Purba
dengan 'Mata' dalam bahasa Melayu.Dalam tatabahasa Ibrani huruf 'u' dihujung 'Datu' hilang dan mereka
menyebutkan sebagai 'Dat' sahaja.Mesir Purba pula menghilangkan huruf 'a' dihujung kata 'Mata' dan
menjadi 'Maat' (sebutan 'Mat').Cuba anda sebut 'MatHeru' berulangkali.Rasakan persamaannya dengan
kata 'Matahari' (Heru adalah nama asal dalam bahasa Mesir Purba manakala orang Barat menyebutnya
sebagai Horus).
Maat Heru=Mata Heru=Mata Horus=Mata Hari.
Mengapa Kabbalah Yahudi menyebutkan mantera agama sihir mereka di dalam bahasa Mesir Purba??INI
KERANA BAHASA MESIR PURBA ADALAH BAHASA SUCI AGAMA SIHIR KABBALAH!

Dan bahasa suci ini dipengaruhi 'BAHASA NENEK MOYANG DI THE LAND OF GODS,PUNT!
Tanah Punt digelar sebagai 'Sun God Land'.Ini kerana kedudukannya yang menerima cahaya matahari
sepanjang tahun.Ini adalah ciri-ciri iklim Khatulistiwa!Dalam bahasa Mesir Purba ia disebut sebagai 'Ta
netjer'.Heru (tradisi Greek menyebutnya sebagai Horus) adalah seorang raja di 'Sun God Land' ini.Tradisi
Mu (nama lama Nusantara mengikut mistik Barat) menghormati raja ini yang memerintah dengan saksama
seperti cahaya mentari,memberikan cahaya kesejahteraan kepada rakyat.Dari sini muncul simbolisme 'Mata

268

Heru' atau 'Matahari';kesan raja ini yang masih tertinggal ada bahasa Mu/Punt yang masih bertahan
sehingga ke hari ini!
(Ingat,kebiasaan kaum pagan menganggap raja-raja yang berkarisma sebagai dewa/tuhan dan ini
bertentangan dengan fikiran sihat yang dianjurkan oleh Islam)
Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di relief pada kuil di
Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri badak Asia,bukan badak Afrika!
Ketika ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum Masehi,dicatatkan pada relief pada tembok kuil
bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut.Ketika itu Punt diperintah oleh
Raja Perehu (King Parahu) dan Permaisuri Hati (Queen Ati).

269

Rahsia Gelaran Pharaoh (Firaun) dan Kunci Sulit Amun-Ra di Kamar Raja-Raja

Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan.Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya
berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'.Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin
menjadi 'Pharao'.Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini.Pada
awalnya,maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja.
SOALANNYA SEKARANG,APAKAH SEBENARNYA 'PRAU' INI??
Nanti dulu,kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya Mesir Purba.
Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada
Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana
disebutkan dengan kata-kata:
"Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!"
Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum Amenhotep IV ini!
Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud
'Tuanku'.
Dari sini kita dapat menghidu,dari mana orang Mesir ini mencedok kata 'Prao' ini.

270

PEMBUKAAN RAHSIANYA IALAH,KATA 'PRAO' INI BERASAL DARI NAMA RAJA PUNT,RAJA
PEREHU.

Perahu,juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat adalah nama sejenis
pengangkutan laut orang Melayu.Nama lain bagi perahu adalah sampan.Raja Punt bergelar Raja Perahu
menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim,profesion utama orang Melayu pada
zaman purba.Ingat,bilakah ekspedisi Mesir Purba bertemu Raja 'Prao' ini di Punt?

Iaitu KETIKA ERA RATU HATSHEPSUT!!

Patutlah inskripsi terawal yang mencatatkan gelaran 'Pharaoh' ini hanya dikesan selepas era
Hatshepsut.Sebab ketika era Hatshepsutlah Raja Kuno Melayu 'King Parahu' memerintah seluruh
Nusantara!

Raja Prao dan Permaisuri Ati.Misteri yang tidak tertanggungkan.Sebab itu para Firaun menyebutkan tanah
ini sebagai 'Tanah Nenek Moyang'.

INILAH HUBUNGAN TERAHSIA RAJA PEREHU DENGAN PARA FIRAUN.Gelarannya dipakai oleh
kerabat diraja Firaun.Tanyalah Tutankhamun dan Nefertiti,siapakah sebenarnya 'Prao' ini?

Mari kita siasat lagi siapakah Raja Prao/Perehu ini.

Di dalam era Dinasti ke-12,perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang
terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba.Kisah ini menyebutkan:

"...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah karam.Dia cuba berenang
untuk mendekati pantai.Sampai di pantai,pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu.Tiba-tiba seekor
Ular Besar telah menghampirinya.Pelaut itu berasa amat takut.Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila Ular
Besar tadi berkata-kata dengannya: 

Akulah Raja Punt.

Aku memerintah pulau-pulau.Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini. 

Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu.Dia diberi makanan,minuman dan layanan mesra..."

Cerita ini mengandungi separuh mitos,dan separuh kebenaran.Mungkin penulisnya mahu menggunakan
teknik perlambangan kepada imej Raja Punt itu.Kemungkinan raja itu memakai topi yang bermotifkan kepala
ular atau kostum yang bercorakkan kulit ular.Namun kata Ular Besar (Giant Serpent) itu mengandungi rahsia
terdalam orang Melayu.Dan rahsia ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya SECARA LANGSUNG di
dalam blog percuma seperti ini.Ia adalah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline).JIka anda masih setia dengan
kami,kami akan cuba bukakan sedikit demi sedikit.Selagi potoh NAGA masih tersimpan di dalam simpanan
Kesultanan Perak,selagi itu rahsia ini masih ada.Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh,cerita rakyat negeri
Perak,disebutkan mahkota anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak
hari ini tiada bermahkota.Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah,dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan
Perak,mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini.

Jadi siapakah warisan Raja Naga ini?Ingat lagi Soma atau Puteri Mayang Mengurai yang jatuh cinta dengan
ORANG SUCI?Soma adalah keturunan Raja Naga dalam cerita rakyat Khmer.Dalam versi Khmer
ini,Brahmin (Preah Thaong) telah sampai ke satu pulau dan menjumpai 'RUMAH PARA NAGA' seterusnya
bertemu dengan Neang Neak (Ye Ye atau Mayang Mengurai),anak perempuan kepada Raja Naga (seolah-
olah sama dengan kisah pelaut yang bertemu dengan Ular Besar dalam sastera Mesir Purba tadi).Mereka
pun berkahwin atas restu Raja Naga,ayah kepada Neang Neak.Raja Naga itu kemudiannya menyedut air di
sekitar pulau itu dan menamakan ia sebagai Kampuchea Thipdei atau Raja Kemboja.

Jika mengikutkan hikayat dari mulut orang Mon-Khmer ini,Raja Prao/Perehu itu kemungkinan besar dari
keturunan raja Soma (Naga).

271

Di dalam hikayat Pahang atau hikayat Tasik Chini,ada kisah dua ekor naga,SERI GUMUM DAN SERI
KEMBOJA!Dan kononnya di dasar Tasik Chini terdapat puing-puing kota purba Khmer (tepatnya ialah kota
orang Mon).Jika dikatakan kota Gelanggi itu di dasar tasik ini,IA MUNGKIN BENAR.

Dan tanyalah kepada Nehesi,wakil angkatan laut Hatshepsut,tentang potoh yang dipakai oleh Raja Prao
itu.Jika potoh itu adalah POTOH NAGA sama seperti yang diwarisi oleh Kesultanan Perak,maka tidak
hairanlah motif ular dipakai pada mahkota para Firaun.Renunglah topeng emas Tutankhamun yang penuh
misteri itu.Perhatikan ukiran ULAR yang melingkar atas mahkota.Jika gelaran Raja Punt diambil oleh para
Firaun ini,maka tidak hairanlah kostum dan motif Raja Punt ini,pasti dicontohi oleh mereka.Sebab itu mereka
menggelar Punt sebagai,THE LAND OF GODS...Tanah Para Dewa.
Holy Land.
Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah bukti bahawa rahsia kita masih tersimpan di merata
dunia.Mencari jejak sejarah kita memerlukan kita belayar mengelilingi dunia;sepertimana moyang kita
dahulu.Sejarah kita direbutkan orang lain,terpecah-pecah,bercaing-caing diambil oleh pelbagai kaum.Kaum
yang tidak punya sejarah,terpaksa mencedok sejarah kita dan mengaku ia warisan mereka.Sejarah,budaya
dan warisan kita di Indochina dipecah-pecah,direbut dan dikoyak-koyakkan secebis demi secebis kemudian
diambil cebis-cebis itu setiap kaum yang dahagakan warisan sejarah agung kita.Srivijaya itu adalah
Melayu,Melayu itu adalah Srivijaya maka tanyalah para leluhur bangsa Thai siapakah dia Srivichai itu?Tanya
pada nenek moyang Thai apakah dia dinasti Teratai Srivichai itu?Lambang Garuda itu warisan siapa?
Perhatikan siapa yang terlampau megah menggunakan lambang Garuda ini,yang kini dikongsi oleh
Indonesia dan Thailand.Mengapa orang Khmer mengenal Srivijaya sebagai 'Malayu' sahaja?Kaji tarian
Srivichai dan sejarahnya...wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu semua menjadi
pencacai sejarah orang lain.Sebelum kamu menjadi lembu dicucuk hidung kepada budaya Barat yang juga
mencedok budaya Semitik.Sebelum kamu terpaksa menyapu lumpur kekotoran sejarah yang dipaksakan ke
muka-muka kamu.

272

Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah seroja pelangi dan aurora lazuardi yang disapu oleh mendung
pembohongan dan buta sejarah oleh kita sendiri.Sampai bila kita mahu merendah diri tak bertempat dan
mengiyakan pembohongan orang lain terhadap permata dan emas sejarah agung kita.Cukup-cukuplah
Inggeris menipu kita,mengapa kita sanggup menjilat pula pembohongan warisan kemelayuan oleh pihak-
pihak yang juga berharap merampas warisan kita (rujuk Teori Memelayukan Siam oleh Siam
Ayutthaya).Sudahlah Raja Thai berusaha mencipta pelbagai fantasi mahu menThaikan semua warisan
Melayu kita,inikan pula 'satu rumpun mereka' yang lain mahu menSiamkan sisa-sisa sejarah yang
ditinggalkan pada kita.Mengapa mereka kurang selesa dengan nama 'Melayu'?Sebab mereka
tahu,SEBENARNYA MEREKALAH PENCACAI SEJARAH DAN WARIsAN AGUNG KITA,jadi apa yang
perlu dibuat ialah menukarkan semua sisa-sisa sejarah yang ada menjadi warisan Siam yang sebenarnya
hanyalah dongeng di zaman moden.Tiada lagi warisan Melayu selepas itu...tiada lagi ayahanda Ibrahim dan
bonda Mayang Mengurai.Yang ada selepas itu adalah Siam Ayutthaya Traikolanat Watpapat Sikulipat Siapa
Cepat Dia Dapat!Akhirnya yang kecewa adalah kita sendiri yang tergadai semua sejarah agung dan warisan
zaman-berzaman.Ingat!Tiada bukti pun orang Siam pernah membina kota purba di sini.Gelanggi bukan kota
Siam Ayutthaya atau Thai.

Sungguh!Cubalah wahai pakar psikik dan channeling Malaysia 'tengok-tengok'kan kota purba ini jika semua
ahli sejarah dan pakar arkeologi Malaysia sudah mengalah sebelum berjuang...sesungguhnya kota ini
adalah kota bersama orang Melayu Kuno dan orang Mon.Tanyalah orang Temiar dan Jahai,bagaimana
mereka boleh sesat ke hutan-hutan Malaysia.Bahasa mereka adalah bahasa MON PURBA!!Wahai anak-
anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu termuntah berkahak-kahak kerana mual dengan daki
kekotoran sejarah fantasi orang lain.Orang Mon dan Melayu Gelanggi inilah Siam Asli yang sebenar...tiada
orang Siam Anai-anai yang berbahasa Siam Kedah atau Tai Ramkhamhaeng yang tertinggal di hutan-hutan
MalaysiaMENJADI ABORIGINE SEBAGAI BUKTI KEWUJUDAN MEREKA TERHADAP HAK KOTA
GELANGGI YANG DIREBUT SETENGAH MATI OLEH TAI RAMKHAMHAENG ADULYADEH DAN SIAM
AYUTTHAYA ANAI-ANAI.Tiada...memang tiada.
YANG ADA ADALAH ABORIGINE MALAY SEPERTI JAKUN DAN TEMUAN SERTA ASLIAN MON
PURBA SEPERTI MAH MERI DAN JAHUT.

273

Jika dikatakan istilah 'Siam' itu hak orang Mon,YA INI MUNGKIN BENAR kerana merekalah etnik selatan
China yang terawal berhubung dengan kaum-kaum Malayo-Polynesian.Ketika Tai Ramkhamhaeng terpisat-
pisat 'membina' kerajaan gerila di utara Indochina...orang Mon telah ada pagoda-pagoda emas dan negara-
negarakota mewah.Ketika Siam celup versi Ayutthaya baru membuka negeri di Sungai Chao Phraya,sejarah
manis orang Mon ini telah menjadi muzium sejarah sebagaimana sejarah orang Melayu Funan dan Cham
yang 'established' menjadi legenda yang dikenang-kenang oleh orang Khmer sama ada diukir di kuil-kuil
atau istana mereka.

Tuan-tuan dan Puan-puan!

Sejarah itu amat penting jika tidak,mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis,mengedit malah
sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk membangkitkan estim diri (self-esteem)?Raja-raja
mereka tidak sampai hati membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan
bangsa-bangsa lain maka INILAH CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN 'PRIDE' DAN
'NATIONALISM' pada semangat anak bangsa mereka pada masa hadapan.Hasilnya orang luar pun
menghormati mereka kerana punya warisan sejarah (padahal dicedok dari warisan kuno kita),dan ini
membuatkan mereka lebih memiliki 'self-confident'.Tetapi sesetengah anak Melayu lain cara berfikir
mereka,mereka menganggap semua ini sia-sia dan hanya menyuburkan rasa angkuh dan meninggi diri
jadicukuplah aku MENJADI PENCACAI KEPADA SEJARAH FANTASI YANG KHAS DICIPTAKAN
UNTUK AKU SUPAYA AKU DAPAT MENJILAT AIR LUDAH DAN KAHAK PERASAAN RENDAH DIRI
YANG TIADA BERTEMPAT,MENJADI PENGEMIS BUDAYA DAN WARISAN BANGSA LAIN.Jadi
buta,pekak,tuli dan bisu.

274

Lihat dengan mata hati Tuan-tuan dan Puan-puan...!Betapa orang Khmer mengukirkan kostum orang
Melayu yang memakai jaket dan helmet perang siap berperisai,betapa segaknya pahlawan Melayu Cham!
Orang Khmer juga mengukir tentera-tentera Cham menaiki kapal-kapal perang dengan ukiran aneh di
muncung kapal yang sama dengan ukiran di muncung perahu-perahu Kelantan dan Terengganu....Mesir
Purba mengukirkan Raja Perehu yang tegap dan kacak siap berkeris (malangnya mereka tidak mengukirkan
gelang potoh dilengan Perehu padahal tulisan hiroglif menyatakan Nehesi melihat Raja Melayu Purba itu
memakai gelang potoh)...rekod-rekod China Purba merakamkan kehebatan orang Melayu Nusantara yang
digelar mereka sebagai Kunlun belayar dan mengembara,menguasai laut dan angin.Rishi-rishi Hindu
mengarang syair memuji-muji Malayadvipa (Kepulauan Melayu) sebagai bumi emas yang menakjubkan dan
tempat tinggal dewa-dewi;sama seperti gelaran para Firaun terhadap Nusantara.Tetapi mengapa ada anak
Melayu hari ini yang tergamak sanggup menelan air longkang dan najis sejarah ciptaan penjajah dan sisa-
sisa warisan yang dicuri oleh pelbagai kaum mendatang termasuk Siam Ayutthaya yang berasal dari etnik
Cina Xian di China.Siam Ayutthaya sememangnya dari Xian (ini diakui sendiri oleh salah seorang keturunan
mereka,jadi salahkan dia...jangan salahkan Srikandi ek) dan Tai itu dari Shan dan Yunnan,TETAPI BUKAN
ANAK CUCU MAYANG MENGURAI INI!Bukan...bukan...dan bukan...!

Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam,sekejap mengaku Cina Xian,sekejap mengaku Cina
dinasti Tang,sekejap bangsa Harimau,sekejap puak Naga...akhirnya mengaku Melayu keturunan
Siam.Tanah Melayu pula sekejap dikatakan kepunyaan Maharaja Siam,sekejap kepunyaan Raja India
Monggol,sekejap milik Ayutthaya...sekejap ini sekejap itu sekejap begini sekejap begitu seperti
sesumpah...inilah contoh orang yang tidak punya sejarah cuba untuk merompak sejarah orang lain.Mengapa
begitu payah menetapkan nama keturunan sendiri?Kenapa tersasul-sasul dan merapu meraban sebegitu
teruk?Tanah Melayu milik Monggol India?BUKAN...BUKAN...BUKAN...DAN BUKAN....!!

Bagaimana kaum dan bangsa lain apabila ingin membicarakan WARISAN MELAYU DARI SEGI FAKTA
SEJARAH,mereka mengukir dan melukiskannya dengan indah,agung dan mengasyikkan pada tembok-
tembok kuil,istana serta manuskrip dan prasasti.Namun mengapa penjajah bila ingin membicarakan tentang

275

Melayu yang dijajah dan dijarah hasil buminya MENULISKAN BAHAWA INI ADALAH BANGSA PEMALAS
DAN MUNDUR?Fikirkan perbezaan ini.Orang Tai,Mon,Dai-Viet dan Khmer berkali-kali meyakinkan kita
bahawa kita punya peradaban agung dahulu tetapi mengapa kita amat percaya dengan mulut penjajah yang
mengangkut 1001 prasasti dan manuskrip sejarah kita ke Eropah?Mereka rampas semua kecerdikan kita
masa silam dan kata:

"Ya...lihat,kamu tidak punya apa-apa!Nothing!Dari dahulu kamu memang bodoh dan tidak punya apa-apa
dan kini kamu mewarisi kebodohan itu!"

Malangnya ada orang Melayu hari ini teramat percaya kepada kata-kata ini dan berasa malu menjadi Melayu
dan sanggup 'menukar' bangsa asal mereka kepada bangsa khayalan Siam Xian yang berasal dari etnik
Cina yang lemah dan kalah berperang dengan dinasti-dinasti China yang lebih gagah,dihalau beramai-ramai
ke Indochina dan Tanah Melayu,memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Melayu sehingga menjadi
Melayu Siam pada hari ini.Bahasa Siam Kedah itu sendiri diakui oleh mereka sendiri punya persamaan
dengan bahasa Hokkien!Hanya orang yang tidak berpuashati dengan sejarah kaumnya yang menyedihkan
itu sanggup mendakwa orang Melayu itu tidak punya apa-apa dan fantasi sahaja kerana perasaan dengki
padahal sejarah kaum dia lah yang superkhayalan laksana Superheroes dari komik Marvel.Semua warisan
Melayu yang ada seperti kitab (UUK sebagai contoh),artifak,candi,istana sehingga sejarah Kedah TUa yang
gemilang itu didakwa mereka sebagai hak Siam Xian ini sehingga Cyrus The Great yang berketurunan Parsi
Kuno itu dikatakan keturunan Siam Xian ini!Semua..semua dan semua...warisan Melayu diambil oleh
pelbagai kaum yang mendatang...sehingga akhirnya tiada apa yang tinggal,dan kita menumpang pada
sejarah orang lain yang dahulunya milik kita.Pelikkan?Orang lain dijajah negara mereka sehingga terpaksa
menumpang di tanah orang lain yang dahulunya milik dia,tetapi lain pula dengan kita.Kita terpaksa
menumpang sejarah orang lain yang dahulunya milik kita.

KITA HARI INI TERPERANGKAP DALAM SEJARAH MELAYU ERA PENJAJAHAN.Ini realitinya.Kita
berfikir dengan pemikiran sejarah orang Melayu bermula dengan kejatuhan Melaka,era penjajahan sehingga
merdeka.SEjarah orang Melayu pada hari ini di buku-buku teks sekolah adalah SEJARAH ORANG
MELAYU SEKECIL SEJARAH MALAYSIA YANG TERJAJAH PADAHAL SEJARAH MELAYU ITU
SELUAS SEJARAH NUSANTARA YANG MEMBINA EMPAYAR PERDAGANGAN MARITIM TERAGUNG
DUNIA!

Inilah gunanya memisahkan Nusantara kepada beberapa negara.Orang Brunei memikirkan sejarah Melayu
sekecil sejarah Brunei,orang Malaysia memikirkan sejarah Melayu sekecil sejarah Malaysia,rumpun
Nusantara di Indonesia pula memikirkan perkara lain...tentang krisis identiti apakah benar aku ini berbangsa
Indonesia ciptaan Belanda,atau aku ini adalah rumpun Nusantara?Masing-masing pening memikirkan
masalah ini sampai bergaduh dan mahu berperang;isu Tarian Pendet dan batik dan lagi...dan lagi...fikirkan
sekiranya Nusantara ini disatukan seperti negara China.Orang Manchu,orang Han,Monggol,Hui,Zhuang
(sekadar menyebut beberapa contoh) telah cair menjadi BANGSA CINA,dengan sejarah dan budaya yang
diseragamkan.Tiada pula orang-orang di wilayah-wilayah berbeza bergaduh berebut tarian dan baju di
China.Tetapi orang Indonesia yang dirasuk oleh hantu Belanda berebutkan tarian dan baju batik dengan
orang Malaysia yang sah-sah sama bahasa dan budaya dengan mereka.Memang membingungkan!

SEmentara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh,Cina Singapura mencuri air dari Indonesia dan mencuri
pasir di Malaysia buat menambak tanah sekangkang kera mereka yang dihadiahkan sendiri oleh orang
Melayu juga!SEmentara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh...keturunan Siam Xian yang telah menjadi
Melayu cuba untuk mencuri sejarah dan identiti orang Melayu Nusantara dan cuba berusaha menubuhkan
identiti dan nasionalis sendiri sebagaimana orang Lao yang berjaya menubuhkan identiti sendiri dari sejarah
Tai dan orang Tai yang berjaya menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri hasil pinjaman dan cedokan dari
budaya Khmer dan 'Srivichai'.

Ini lebih membingungkan!

---------------------------------------

276

Jadi setelah lama kita mengembara,mari kita berhenti sejenak dan berfikir...siapakah diri aku sebenarnya
sebagai Melayu di bumi Nusantara ini.Adakah rahsia yang lain?
Mengapa nenek moyangku meninggalkan warisan mereka dan persoalan asal-usulku begitu kompleks dan
merumitkan?
Kita bagaikan berada di satu lorong yang gelap di mana hujungnya bercahaya.Kita ikut cahaya itu,kalau-
kalau di sana ada ayahanda dan bonda kita menyambut tangan-tangan kita.
Dan kisah seterusnya ialah kisah suka-duka Nefi dan Lemani di Promised Land,dinasti raja-raja Darah Naga
di Mu dan Lemuria,dinasti Teratai Melayu Srivijaya dalam kenangan sastera Tai-Khmer kuno,bangsa misteri
di The Land of The East,rahsia Illuminatus berkaitan pengetahuan tamadun yang tenggelam dan
pembukaanTABUT RAHSIA BANI JAWI...
Apa yang BERLAKU ketika ritual tersulit para Masons?Aha...anda kena tunggu lagi...!
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME III "THE RESURRECTION" ACCOMPLISHED.

277

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

Selamat datang ke Gua Rahsia!Cucu semua masih ingat pada Atuk ya?Rindu Atuk pada cucu-cucu
semua.Sudah beberapa purnama kita tidak bersua.Cucu-cucu semua mari mendekat pada Atuk.Atuk mahu
bercerita.
Sebenarnya cu...orang Melayu telah ada sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan
Israel Raya naik memerintah.Kerajaan ini antara kuasa besar dunia ketika itu,malah kuasa dunia utama
yang tidak terkalahkan.Sejak zaman-berzaman,pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam
dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk
mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-
peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas',selain bumi di mana orang Melayu
tinggal.Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'.Dari mana
Atuk tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?Melalui kitab-kitab Hindu
seperti Purana.Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang
lebih kuno,terutamanya dari kitab Avestan,iaitu dalam bahasa Parsi Kuno.Di dalam kitab Avestan ini pula
tercatat kisah-kisah Raja Babilon dan peperangannya dengan jiran sekitar,antaranya Kerajaan Israel
Utara,Kerajaan Samirah juga Judah.Selepas perpecahan Empayar Israel Raya,dan perluasan kuasa oleh
bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babilon,kisah 'syurga emas dari Timur' meniti di bibir-bibir dayang-
dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar.Mereka memandang perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan
tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini didapati oleh Bani Israel. 
Tahukah cucu-cucu semua,bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan
sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan
(Phoenicia)?
Atuk akan ceritakan satu legenda seorang raja yang memerintah bumi Malayu beribu-ribu tahun dahulu.Dan
peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para pembina piramid di Mesir dan Amerika Tengah.Segala aura
Ketuanan Melayu berasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya.Raja ini amat
gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana.

278

Sebelum itu,ada perkara yang Atuk terlupa nak tunjuk pada cucu.Tanpa benda ini Atuk tidak boleh
bercerita.Ya,peti-peti kita.Lihat di sana satu peti besar yang bertulis perkataan 'Wangsa Malayu'.Di dalamnya
ada gulungan-gulungan watikah yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai,Dinasti
Seroja,Dinasti Mala,Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti Sriwijaya.Sebelum 300 tahun SM kita tidak
tahukah apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini.Sehinggalah catatan-catatan pada
tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan nama satu dinasti purba dari 'Tanah
Nenek Moyang'.
Sila lihat satu peti kecil di dalamnya.Ya...ini dia...Matahari.

279

"THE CHRONICLES OF MATAHARI"

 "Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that he is Thoth; others
say that he is Nefer-Tem; and others say that he is Sept who doth bring to nought the acts of the foes of
Nebertcher"
(Papyrus of Nebseni,The Egyptian Book of The Dead)

Sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal Sriwijaya.Paling awal pun kerajaan
Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih menjadi perdebatan).Oleh kerana orang Champa dahulu
bertempat di Vietnam yang kini menjadi sebahagian dari Indochina,maka anak-anak Melayu mungkin tidak
menyedari terdapat suku Melayu yang membuka kerajaan yang memiliki peradaban maju di Vietnam.Suku
Melayu Cham ini mempunyai bahasa yang secara linguistiknya cenderung kepada bahasa-bahasa
Austronesia berbanding jiran-jirannya seperti Mon-Khmer atau Sino-Tibetan.Orang Champa punya kaitan
rapat dengan suku-suku Melayu yang lain.Sebab itu apabila raja-raja Champa memeluk
Islam,anehnya,selepas itu raja-raja Melayu di Sumatera,Borneo dan Semenanjung mula mengikut jejak raja
Champa,menunjukkan pertalian antara Champa dengan dunia Melayu bukan sekadar bahasa tetapi talian
persaudaraan.Raja Khmer,Thai mahupun Burma tidak pula memeluk Islam,berbanding raja Patani atau
kerajaan di dunia Melayu yang lain.
Apabila seseorang mendapat hidayah dan kebenaran,sudah tentu dia mahu mengkhabarkannya kepada
saudara-saudaranya.Inilah yang berlaku kepada raja-raja Champa yang menghantar para mubaligh agama
ke serata Nusantara untuk membantu menyebarkan Islam.Kadangkala kita keliru,dengan budaya Champa

280

ini.Kadang-kadang apabila disebutkan peranan mubaligh Champa kebanyakan kita tersilap dengan
mentafsirkannya kepada mubaligh dari Cina.Suku Melayu Champa memang rata-ratanya berkulit cerah dan
memiliki mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang Cina,Mon atau Khmer.Kadang-kadang
apabila terdapat senibina Champa di dalam masjid-masjid lama,kita cenderung mengatakan ia adalah
senibina masjid Cina.Sejarah Champa lebih dekat dengan negeri Kelantan.Dan pendakwah-pendakwah
awal di Kelantan dulu banyak datang dari Champa.Perkataan Melayu purba juga kebanyakan punya
persamaan dengan bahasa Champa.Salah satu perkataan yang terkenal adalah 'orang'.Pada satu prasasti
abad ke-2 Masehi milik kerajaan Champa ditemui perkataan 'eurang' merujuk kepada manusia terukir dalam
tulisan aksara.Di dalam lagenda Melayu Indochina,pada zaman dahulu terdapat satu kaum yang asyik
berperang dengan dinasti China di utara.Akhirnya kaum ini menang perang dan membuat sempadan negara
untuk mengelakkan raja China mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini.Kaum ini digelar Jawaka dan
merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina.Kaum Jawaka ini muncul dalam
teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali,catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat
dinasti China.Anehnya kaum Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan nama 'Melayu' di mana
raja Melayu bagi dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat
berbahasa Pali sebagai 'raja Jawaka'.Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama 'Mo-lo-
yu' atau 'Ma-li-yue' merujuk kapada Zabag,sebuah kerajaan maritim yang unggul di laut selatan.Zabag pula
adalah istilah para pedagang Arab dan Parsi,berasal dari perkataan 'Jawak' iaitu Jawaka.

Lihat,mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak sumber.Jika tidak,kita akan gagal
mencantum sebegitu banyak misteri yang tersembunyi dalam sejarah Kemelayuan.Kita tidak boleh menggali
sumber-sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja,tetapi mesti menerawang ke seluruh pelusuk
dunia.Profesion purba bangsa Melayu sebagai pelaut,pengembara dan pedagang adalah MASALAH
TERBESAR untuk kita menggapai sejauh mungkin tarikh-tarikh yang ada.Orang Melayu gemar membina
negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang,mereka segera berpindah ke tempat
lain.Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu tadi menjadi milik orang lain.Sebab itu 'bekas-
bekas' tangan bangsa Melayu berada di tempat lain.Contohnya di Kemboja.Para sejarahwan mereka
mengakui bahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu,dan mengesahkan bahawa raja
Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor,setelah bertahun-tahun belajar sistem
pentadbiran dari dinasti Melayu Sailendra di bawah naungan Emperium Sriwijaya.Sebelum penubuhan

281

Angkor kerajaan orang Khmer adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di utara Kemboja.Chenla menjadi
dominan setelah berhasil menakluk Funan melalui taktik perkahwinan kerabat diraja.Kemudian Chenla telah
dikalahkan oleh Sriwijaya dalam peristiwa 'Kepala Maharaja Zabag' yang popular itu,terakam dalam catatan
pengembara Arab,Mas'oudi dan riwayat-riwayat Buddha di Kemboja.Chenla dikalahkan melalui serangan
laut dengan beratus-ratus kapal perang dihantar oleh Maharaja Sriwijaya.Sebab itu sebagai
taktik,Jayavarman II yang belajar dari kesilapan Chenla memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh ke
daratan,untuk mengelakkan serangan dari laut.

Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang Sriwijaya berbanding
Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka jelas dan masih baru berbanding usia lebih 1000 tahun
Empayar Sriwijaya.Satu faktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di sebelah barat sehingga
mendapat jolokan 'Venice Timur' kerana kekayaannya.Di era Kesultanan Melakalah orang Melayu mula
belajar berdagang dengan bangsa-bangsa Eropah yang mula menemui jalan laut ke Timur.Kejatuhan
Melaka juga berpunca dari orang Eropah dan ini menguatkan lagi kewujudan Melaka melalui catatan-catatan
orang Eropah.NAMUN BAGAIMANA CARANYA KITA TAHU TENTANG SRIWIJAYA?

Dari pengembara Arab,Parsi,pedagang China dan India.Juga dari kaum-kaum Asia Tenggara yang lain
seperti Khmer,Thai,Mon dan Burma.

Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu empayar maritim BUKAN
SEMUTLAKNYA DI ATAS PENGUASAAN TENTERA tetapi berdiri di atas HEGEMONI PERDAGANGAN
DAN PRESTIJ.

Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia Tenggara,sejarah orang
Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan kronologi masa.Dahulu orang Melayu memikirkan
bahawa mereka lahir dari Kesultanan Melaka.Sebelum itu,entah...ada yang meracau-racau mengatakan
berasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan India.Ada yang mengigau
berasal dari Siam.Tetapi penemuan prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno,terutamanya Prasasti
Kedukan Bukit menyingkap satu RAHSIA YANG AMAT BESAR.Orang Melayu sudah ada sebelum
Kesultanan Melaka!Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah mengkuarantinkan orang Melayu dari
mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah Melaka.

Sejak itu para pengkaji sejarah;kebanyakannya dari luar dan sejarahwan Indonesia mula mengkaji tentang
misteri empayar Sriwijaya.Semua 'puzzle' yang ditemui di Kemboja,Thailand,Indonesia,Malaysia dan Filipina
akhirnya terjawab dengan kewujudan satu empayar 'thalassocracy' yang paling berpengaruh di seluruh Asia
Tenggara.Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yang menemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu
Kuno di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja,Thailand dan seluruh Asia
Tenggara serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini;Sriwijaya.Ketika para pengkaji
luar sibuk meneliti empayar agung ini,para sejarahwan Malaysia masih duduk di dalam kepompong sejarah
Melakanya bermalas-malasan.Lepas itu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu
bina kapal besar,malahan sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapal Flor de La Mar yang

282

menyerang Melaka!Ini satu kedunguan para sejarahwan Malaysia.Sebab itu ada menteri Malaysia yang
mengeluarkan kenyataan tidak berpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya
menggunakan tombak dan keris sahaja.Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugis tetapi bukan
sebab berperang dengan keris,tetapi dikhianati.
Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang,kapal perang atau kapal pelaut Sriwijaya masih
tersadai di dasar laut Selat Melaka,Laut Champa (Laut China Selatan) dan sekitar Borneo?Tetapi ini hanya
heboh di Indonesia.Ketika orang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarah
bangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum,pakar-pakar perkapalan Eropah telah
menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini
hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya.Pakar arkeologi maritim,Pierre-Yves
Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya,pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik
pembuatan kapal yang amat maju,jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman
dengannya.

Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya?Dari para pengkaji luar.Goerge Coedes dari L'École française
d'Extrême-Orient,sebuah institusi kajian sosio-budaya Asia telah menemui rahsia satu empayar maritim yang
hilang ketika menafsirkan catatan-catatan kuno China berkenaan 'Sanfotsi' dan prasasti-prasasti berbahasa
Melayu Kuno berkenaan 'Sriwijaya'.Tidak ada bukti bertulis tentang Sriwijaya seperti kitab-kitab atau rekod
dalam bahasa Melayu sebagaimana Kesultanan Melaka yang dirakan kewujudannya dalam Sulalatus
Salatin.Kita hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti China serta bukti perdagangan seperti
bangkai kapal atau artifak.Satu tindakan yang bijak oleh raja-raja dahulu ialah mereka senantiasa
menghantar duta ke Negeri China untuk menjalin hubungan diplomatik.
Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya?Adakah orang Melayu hanya wujud ketika
bermulanya Sriwijaya?
Tidak,kerana terdapat konsep 'city-states' Melayu yang berselerak di seluruh Nusantara sebelum era
Sriwijaya.Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera yang mengeksport emas,juga kerajaan yang
bernama Melayu di Segenting Kra.Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam rekod

283

Maharaja China,juga tercatat nama 'Dungun' sebagai satu pelabuhan kuno dalam senarai pelabuhan pada
satu rekod China Purba sekitar 1 Masehi!
Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsing itu adalah ketika Sriwijaya
mencapai tahap kemuncaknya.Apa maksud dari semua misteri ini?
SEBENARNYA SEMAKIN DALAM KITA MENGKAJI SEJARAH MELAYU,SEMAKIN JAUH KITA
MENGGAPAI MASA SILAM.Dan sejarah Melayu mampu ditelusuri sehingga ke zaman Mesir Purba!

 Mengapa begitu?Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menemui
bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa sisi budaya Melayu.Pertama sekali bahasa
terutama bahasa Melayu Sumatera.Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan 'Maatheru'
yang punya padanan ketara dengan perkataan 'Matahari'.'Heru' adalah 'god-king' dalam tradisi Mesir Purba
dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa Greek.'Maat' bermaksud 'eye' dalam bahasa Inggeris.Jones
mendapati orang Mesir purba seolah-olah 'menyingkatkan' sebutan perkataan dalam bahasa
Melayu.Contohnya 'baik' (good) menjadi 'bw/bai' dalam bahasa Mesir Purba.'Hawa' (hot breath) menjadi
'hh' (diterjemah dari hiroglief).'Agak' (approximately) menjadi 'aga'.
Mata (eye) menjadi 'maat'!
Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan 'maat' dan 'heru' menjadi 'matahari' yang merujuk
kepada 'sun'?SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?
Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan dengan bahasa Mesir
Purba.Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia?Ini yang memeningkan para pengkaji
American Research Center.
Terdapat rahsia besar di sini.Beribu-ribu tahun dahulu,terdapat hubungan yang erat antara Mesir Purba
dengan The Land of Gods.

284

285

Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings

Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh Egyptologist dan pengkaji sejarah
Mesir Purba.Ini kerana mereka tidak punya pengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu dan
etnik-etnik Austronesia.Di Lembah Raja-raja,iaitu kompleks makam para Firaun,terdapat ukiran kapal-kapal
besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh.Para pengkaji 'Ekspedisi Punt' kerap mengaitkan Punt terletak
di Afrika,tepatnya di Somalia atau orang Phoenicia.Namun apa gunanya kapal-kapal besar itu?Orang Mesir
Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering dikhabarkan bahawa kapal-kapal Mesir
Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan sering tenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari
batang-batang jerami).Jika Punt di Somalia,bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki
sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah?Namun gambar-gambar kapal besar di Luxor itu
menceritakan rahsia besar hubungan keturunan raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan 'Tanah Nenek
Moyang'.
Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja,mari kita belajar bagaimana kod-kod rahsia
dari hikayat-hikayat Melayu dapat dipecahkan.Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang banyak
menyimpan rahsia bangsa Melayu.Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubungan antarabangsa
orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan dan terampil.Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan
diplomatik,menghantar duta,mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri luar dan menerima kunjung
hormat.Salah satunya Raja Suran.Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi satu raja purba yang
keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun,pemerintah Palembang.Siapakah Demang
Lebar Daun?Baginda kemungkinan adalah pemerintah kerajaan Melayu yang kembali bebas atau
pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya merosot.Raja Suran sering dikaitkan dengan Rajendra
Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,Raja Suran adalah
keturunan Raja Kinda Hindi yang telah dikalahkan oleh Iskandar Zulkarnain.Rajendra Chola pula keturunan
Tamil-Dravidia.Bila disebut 'Hindi' maka kita mestilah membayangkan kerajaan-kerajaan utara India seperti
Maurya,Gupta atau Pala.Setidak-tidak pun Empayar Kushan atau Gandhara.
Di dalam Purana dan Mahabharata,tercatat nama kaum-kaum utara yang dinamakan 'gerombolan barbarian'
seperti Yavanas,Sakas,Pahlavas,Hunas dan Kambojas (terdapat banyak lagi seperti Parasikas,Kiratas) yang
sering menyerang perbatasan utara India.Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah Sanskrit kepada
Ionia,wilayah yang terletak di Anatolia sekarang,dahulunya di bawah pengaruh Hellenistik Greek.Lidah Arab
menyebutnya sebagai Yunani,dan ini diikuti oleh lidah Melayu.Hunas adalah kaum Hun,salah satu kaum
gasar berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan Sanskrit.Pahlavas ditafsirkan sejarahwan kepada
Pahlavi atau Parthia,satu kerajaan barat laut Iran.Dan akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok
Aryan yang berbahasa Avestan.

286

Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupun Parsi) kemungkinan adalah
bayangan kepada 'Iskandar Zulkarnain' yang mengalahkan 'Raja Kinda Hindi'.Kemudian Iskandar Zulkarnain
telah mengahwini puteri Raja Kinda Hindi.Keturunannya inilah melahirkan Raja Suran dan dari keturunan
Raja Suran ini ada yang berlayar ke Sumatera dan berkahwin dengan anak raja Melayu.

Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakan terletak di Perak.Tetapi
dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara atau Gangganagar sekalipun.Kewujudan Gangga
Negara hanya diketahui dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti
yang menyebut nama kerajaan ini.Kajian oleh Colonel James Low pada tahun 1849 pula hanya menjejak
satu kerajaan purba lain  iaitu Kerajaan Beruas.Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan
mungkin sezaman dengan Langkasuka.Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satu kerajaan yang lebih
tua dari Kerajaan Beruas ini.

Apakah maksud dari semua ini?

SEBENARNYA KISAH RAJA YANG MENEUTRALKAN MONOPOLI EMPAYAR-EMPAYAR MARITIM
MELAYU TELAH BERLAKU BERULANG KALI.

Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya,cara yang sama juga telah
digunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar maritim Nusantara memonopoli cukai dan
perdagangan di Selat Melaka.

Cuba teka,mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka,satu lagi empayar maritim Melayu selepas
Sriwijaya?MONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH.

287

Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk memusnahkan monopoli
satu empayar maritim sebelum Sriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,telah diceritakan Raja Suran kononnya
mahu menundukkan China kerana semua kerajaan tunduk kepadanya kecuali China.Dalam perjalanan dari
Benua Keling,Raja Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga sampai ke
Temasek.Sampai ke Temasek,raja Suran telah bertanya kepada para pedagang China yang singgah di sana
berapa lamakah perjalanan ke negeri China.Namun pedagang itu yang tahu Raja Suran mahu menyerang
negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran membayangkan letaknya negeri China itu terlampau
jauh.Setelah itu Raja Suran pun membuat satu peti kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke
dalam air.Selepas puas melihat dunia bawah air,diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu peringatan
yang menerangkan segala penaklukannya ke atas Tanah Melayu sehingga ke Temasek.

Menariknya,Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles 'membuka Singapura'
menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin!Terdapat kisah Raja Suran
yang menakluk semenanjung hingga ke Temasek.Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan
penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura.Kedudukan batu itu amat aneh dan
terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu.Mereka cuba menggunakan asid untuk menimbulkan
tulisan tetapi masih sukar dibaca.Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang pernah
diangkat oleh Badang,satu watak legenda dalam Sulalatus Salatin.

Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin.Pada permulaan kata-kata yang menerangkan
sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu:

"Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang
lain. Maka ber¬kata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa;
barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian
daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."

Goa di sini bukanlah Goa di India,tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi.Semasa kejatuhan
Melaka,rakyat,tentera mahupun perompak telah melarikan banyak khazanah dari istana berupa kitab-kitab
atau hikayat-hikayat.Sebahagian khazanah itu telah dikumpulkan di Gowa,satu kerajaan yang punya
hubungan erat dengan Kesultanan Melaka.Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan menguasai kembali
perdagangan selat,di zaman Tun Seri Lanang itulah,para pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan
singgah di pasar-pasarnya.Salah satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab,manuskrip dan
hikayat.Pedagang-pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempat dan dari
sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali semua manuskrip itu menjadi Sulalatus
Salatin yang kita tatap pada hari ini.Ini bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat
Melayu di Gowa itu.Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo mendapat ilham mengarang
hikayat panjang tersebut.

Di antara manuskrip-manuskrip tersebut,terdapat sebuah manuskrip yang menceritakan seorang raja yang
memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya Raja Suran.Raja ini juga mempunyai empayar maritimnya
sendiri,cara yang akan berulang-rulang kali muncul selepasnya.Namanya ialah Hari.

Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya,Emperor Hari telah berkuasa di The Land of Gods.Kuasa
yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah:

Perdagangan maritim.

                     ------------------ X * X--------------------

Bibliografi:

-Sulalatus Salatin,A. Samad Ahmad
-Journal of the Asiatic Society of Bengal Vol XVII,Part II-July to December
-Specimen C,frame no.176 inscribed stone,Luxor.
-Specimen G,frame no.67 west block (?),3rd tomb
-Inscription found in Province Wallesley,Col.James Low.

288

-Note on the Inscription from Singapore,Hons. Col. Butterworth,C.B,James Low.
-In The History of Sumatra, William Marsden
-Phoenician Characters In Sumatra," Part 6, (1892-1895) 
-Edouard Naville, "The Naval Expedition to the Land of Punt," The Temple of Deir El Bahari, III (London:
Egypt Exploration Fund, 1884) Plates LXXVIII-LXXXI
-Margaret Bunson, The Encyclopedia of Ancient Egypt, (New York: Facts on File, 1991) 
-Munoz, Paul Michel, (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula,
Editions Didier Millet.
-Po Klaus Garai Inscription (BEFEO IX, Notes D'epigraphie: Nouvelles incriptions de Po Klaus Garai, Louis
Finot)
-Chronicles of Chiang Mai
-From the Red to the Med,Harry Bourne
---------------------------------------------

289

Next....
Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV
"The Federation of Maritime Powers & Seaports"
                                            
   

-Siapakah Srivijaya?
-Dari mana kita tahu tentang Srivijaya?
-Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya
-Siapakah Maharaja Zabag?
-catatan Mas'udi
-Siapakah Sribhoja?
-Dari mana asal-usul Srivijaya?
-Srivijaya sebagai sebuah empayar
-Penakluk Segala Pelabuhan
-"Maharaja Seluruh Kepulauan"
-The Guardian of Malacca Straits
-Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan
-Monopoli dan prestij Srivijaya
-Siapakah orang Bugis,Bajau Laut,Orang Laut dan Sulu?
-Profesion purba Bangsa Melayu
-'The Eastern Norsemen and Phoenicia'
-Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

Riwayat Melayu telah tenggelam ke dasar lautan yang dalam...bersama-sama MistisFiles kita cari kembali
hikayat bangsa!

290

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV

Hujan rintik-rintik di luar.Suasana di Bangkok pagi itu sejuk sekali.Lelaki muda itu menyelak langsir,melihat
dari luar bangunan National Library of Thailand.Dia merenung titis-titis hujan terjun di jalanan yang
becak.Memorinya ligat mengingat-ngigat kata-kata anak buahnya;seorang pelatih dalam bidang arkeologi
yang berkerja di Sumatera.
"Monsieur,dengarlah kata-kata saya ini...mereka telah menjumpai berpuluh-puluh prasasti menakjubkan
terbenam di dalam lumpur.Saya telah membaca laporan dari ketua ekspedisi...dan apa yang saya beritahu
dahulu..."
"San fo qi?"
"Saya telah beritahu tuan bukan?"
Lelaki muda itu kelihatan resah.Dia mundar mandir di dalam ruang pejabat,kemudian terus duduk di
hadapan meja kerjanya sambil kedua-dua tangannya menggenggam ;sambil bermain dengan jari-
jemarinya.Di atas mejanya terletak satu plat tembaga berkilat yang terukir namanya:Georges Coedès 
"Di Ligor,mereka telah menjumpai satu batu yang terukir tulisan-tulisan yang amat kuno.Orang aku telah
meminta sami-sami Buddha menterjemahkan erti dalam batu bersurat itu,namun sami-sami itu semuanya
tidak berguna!Aku terpaksa mengupah seorang pandit tua dari Ceylon yang tahu bahasa Sanskrit dan
Pali.Dia mengesan beberapa perkataan yang boleh dibaca,namun ada perkataan-perkataan yang tidak
mampu diterjemahkan," Coedes teringatkan kata-kata sahabatnya di Paris,beberapa minggu selepas dirinya
dilantik menjadi pengarah di National Library of Thailand.
"Apa isinya?"
"Nama seorang Maharaja..."

291

Coedes menyelak helaian-helaian jurnal di atas meja.Dia terpandang satu perkataan di hujung
perenggan:Lo-Yue
"Aku tidak setuju!Kamu lihat apa keadaan orang-orang di sini,mustahil mereka boleh membina sesuatu
sehebat itu?"
"Apa masalahnya?Mundur?Terjajah?"
"Kamu tahu apa yang Raffles tulis?"
Coedes mencebik bibir sambil tersenyum mengejek,"...dan kamu tidak tahu apa yang ditulis Raffles selepas
dia menjumpai Borobudur..."
Lelaki muda itu masih termenung mengingatkan dialog antara dirinya dan sahabat baiknya setahun yang
lepas.San fo qi,hatinya berbisik.Kepalanya ligat memikirkan misteri itu.Dia bangun lalu mengambil laporan-
laporan tebal yang berisi koleksi rekod-rekod China Purba berkenaan kerajaan-kerajaan di Asia
Tenggara.San fo qi dan Sribhoja adalah benda yang sama,detik hatinya.
"Monsieur...ingatlah kata-kata saya ini,di sana...beribu-ribu tahun yang silam...terdapat satu empayar yang
amat megah.Mereka menjalankan perdagangan maritim yang amat berjaya;dari Sumatera hingga ke
Visaya.Dari Jawa hingga ke Kemboja.Mereka berdagang dengan dinasti-dinasti China,dagangan mereka
sampai ke India dan tiba sejauh Empayar Rom dan menembusi runtuhan Persepolis.Monsieur,rahsia yang
paling tersembunyi adalah kemegahan yang tidak terbandingkan."
Coedes tiba-tiba tersentak.Matanya melilau sambil tangan kanannya mencari-cari hadiah pemberian pelatih
arkeologi itu kepadanya.Kemudian dia mengeluarkan perlahan-lahan,satu syiling purba yang diperbuat dari
emas tulen.Kilauan aneh dari syiling emas itu begitu mempesona.
Srivijaya,Coedes berbisik.
"...Monsieur,rahsia yang paling tersembunyi adalah kemegahan yang tidak terbandingkan..."

292

THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS

"Srivijaya is  remembered today not for its temples or even its own literary records  but in the literature of
foreign countries, whose merchants enjoyedthe facilities of the Malay seafarers " 
( O. Wolters )

Tidak dinafikan,kewujudan sesuatu entiti itu adalah disebabkan kesan-kesan yang ditinggalkan.Peradaban
Assyria jika dikaji dari segi kota-kota atau bangunan-bangunan...memang hampir tiada dan hampir mustahil
untuk dibuktikan kewujudannya.Ibukotanya,Nineveh kini sudah rata menjadi pasir.Namun adakah peradaban
Assyria itu tidak wujud hanya disebabkan Nineveh sudah hilang dari muka bumi?
Peradaban Assyria wujud disebabkan beratus-ratus prasasti,manuskrip,catatan-catatan ahli sejarah,helaian-
helaian kitab agama dan rekod-rekod kerajaan yang akhirnya membuktikan bahawa peradaban ini benar-
benar wujud.Sebab itu,walaupun Nineveh hanya tinggal lagenda,keberadaannya mampu dibuktikan melalui
sumber-sumber bertulis yang lain.Inilah yang terjadi kepada empayar maritim ini;Sriwijaya.
Pada tahun 1918,selepas beberapa tahun meneliti,akhirnya George Coedès dari École française d'Extrême-
Orient (Institut Kajian Timur Jauh Perancis) yang ketika itu berkedudukan sebagai pengarah telah
mengemukakan satu nama yang kemudiannya membuka satu rahsia besar kepada sejarah Asia
Tenggara.Beliau mendapati terdapat satu empayar maritim yang hilang di Asia Tenggara di mana bukti
kewujudannya berada dalam pelbagai bentuk sumber;dari prasasti,rekod dari China,riwayat dari India dan
Sri Lanka,serta catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi.Beliau mendapati nama 'Sanfotsi' yang tercatat
di dalam rekod-rekod kuno China adalah entiti yang sama dengan 'Sribhoja' yang terdapat dalam teks-teks
Arab dan India.Beliau juga merujuk entiti yang sama muncul dalam prasasti-prasasti yang ditemui di
Sumatera,tertulis dalam bahasa Melayu Kuno.Teks-teks China juga kadangkala menyebutkannya sebagai
'Shilifoshih' sementara Sumatera muncul dalam manuskrip-manuskrip kuno dengan nama 'San Fo Qi' atau
'Sanfotsi'.
Goerge Coedes telah menjumpai satu empayar maritim yang dahulunya amat berkuasa di Asia Tenggara!
Penemuan Coedes ini telah mencantum beratus-ratus 'puzzle' yang lain;empayar yang sama disebut dalam
rekod-rekod China,prasasti di Nusantara dan India,juga catatan-catatan pengembara Arab dan
Parsi.Kesemua rekod-rekod luar negara ini pula bertepatan dengan prasasti-prasasti yang ditemui di seluruh
Asia Tenggara.Antaranya Prasasti Ligor,Prasasti Chaiya,Laguna Copperplate,Prasasti Kedukan
Bukit,Prasasti Telaga Batu,Prasasti Talang Tua,Prasasti Tanjore dan sebagainya.Kesemua rekod bertulis ini
mengukuhkan kewujudan empayar maritim paling misteri dalam sejarah dunia.
Kewujudan Sriwijaya tidak diketahui dengan tepat bilakah ianya bermula.Catatan dari pengembara yang
juga sami Buddha dari China,I-Tsing,adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya.Ketika

293

itu,Sriwijaya menjadi pusat pengajian Buddha Mahayana terbesar di dunia sehinggakan para sami Buddha
dari China wajib mempelajari bahasa Sanskrit di Sriwijaya sebelum melanjutkan pengajian ke India.Sriwijaya
memerlukan beratus tahun untuk muncul sebagai empayar yang terkenal!

Catatan dari K.A Nilakanta Sastri menyatakan wujud rekod-rekod dari manuskrip-manuskrip purba India
bahawa terdapat kewujudan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara sejauh 300 tahun Sebelum
Masehi.Para sarjana Tamil lebih cenderung menyebutkan ini sebagai 'hubungan dagang dengan Sriwijaya'.

Sriwijaya umumnya diketahui sejauh apa yang dicatat dalam Prasasti Kedukan Bukit.Menggunakan skrip
Pallava,dalam bahasa Melayu Kuno:

    Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi
    Shuklapaksa wulan Waishaka dapunta hiyang naik
    Disambau mangalap siddhayatra di Saptami Shuklapaksa
    Wulan Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga
    Tamvan (Tamvar?) mamawa jang bala dua laksa dangan 
    dua ratus tsyara disambau dangan jalan saribu
    Tlu ratus sapuloh dua banyaknya. Datang di Matajap (Mataya?)
    Sukhatshitta. Di pantshami shuklapaksa Wulan 
    Laghu mudik datang marwuat manua
    Syriwijaya jayasiddhayatra subhiksa. 

Maksud dalam bahasa Melayu Moden:

    Selamat dan Bahagia. Dalam Syaka 605
    Sebelas hari Bulan Waisyaka. Baginda naik kapal
    Mencari untungnya pada tujuh hari
    Bulan Jyestha, Baginda berlepas dari Muara
    Tamvan membawa bala dua laksa dengan 
    Dua ratus pawang di kapal dengan jalan seribu
    Tiga ratus sepuluh dua banyaknya. Datang di Matajap
    Sukacita. Di lima hari Bulan 
    Belayar mudik datang membuat benua 
    Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.

Ketika ini,seorang maharaja Sriwijaya yang bernama Dapunta Hiyang Jayanasa telah berlayar ke
Palembang pada tahun 682 Masehi untuk membina kota Sriwijaya dengan membawa tentera sebanyak
2000 orang,200 pawang dan 1312 tentera berjalan kaki.Dari sinilah pengkaji mengetahui nama empayar
ini:Sriwijaya.Inilah prasasti yang tidak ternilai kepentingannya dalam membuktikan kewujudan empayar
maritim ini.

294

Siapakah Sriwijaya?

Satu perkara yang menarik tentang Sriwijaya,kewujudan direbut oleh pelbagai negara pada hari
ini.Contohnya Thailand yang mendakwa Sriwijaya bermula di wilayah selatan Thai,tepatnya di
Chaiya.Kemboja menampilkan nama-nama raja dinasti Sriwijaya yang memerintah Angkor dan
Kamboja,juga penemuan Prasasti Ligor di perbatasan Kemboja menunjukkan asal-usul dinasti ini terutama
Sailendra adalah dari Funan yang terletak di Kemboja.Sri Lanka menampilkan sejarah raja Vijaya yang
kononnya bermigrasi ke Sumatera dan mewujudkan kerajaan Sriwijaya.India menyatakan hipotesis tentang
orang Malayalam yang berhijrah ke Sumatera.Juga tentang legenda Raja Vijaya.Malaysia dengan
Kesultanan Melakanya yang dikatakan warisan mutlak Sriwijaya disamping teori Sriwijaya berasal dari
wilayah Langkasuka.Dan akhirnya sudah pasti,Indonesia dengan Sriwijaya sebagai lambang kemegahan
kebangsaannya.

Terdapat juga suku kaum tertentu yang cuba menaikkan prestij kaumnya dengan mendakwa empayar ini
milik mereka.Namun malangnya mereka tidak mampu menampilkan apa jua prasasti atau bukti bertulis
bahawa kaum mereka pernah memerintah Sriwijaya.Sriwijaya hanya mengeluarkan prasasti dalam bahasa
Sanskrit atau Melayu Kuno atau campuran kedua-dua bahasa.

Ini adalah bukti jelas kepada para sarjana seluruh dunia bersepakat bahawa Sriwijaya ADALAH EMPAYAR
ORANG-ORANG MELAYU.Maharaja-maharajanya menuliskan dengan megah kerajaan dan nama keluarga
dinasti mereka dalam bahasa Melayu Kuno!

Dari Sriwijaya inilah,kebudayaan Melayu tersebar ke seluruh pelusuk Asia Tenggara.Bahasa Melayu menjadi
lingua franca,bahasa perdagangan,bahasa pentadbiran dan bahasa persuratan.Taraf bahasa Melayu di Asia
Tenggara adalah setaraf dengan bahasa Latin.Dahulu,raja-raja Eropah wajib mempelajari bahasa Latin
untuk berhubung antara kerajaan-kerajaan di Eropah.Seorang kerabat diraja Perancis contonya,disamping
berbahasa Perancis,dia juga wajib mempelajari bahasa Latin.Bagaimanakah bahasa Latin menjadi lingua
franca?

Melalui Empayar Rom.

Bagaimanakah bahasa Melayu menjadi lingua franca?

Melalui Empayar Sriwijaya.

295

Faktor bahasa ini adalah hujah terkuat untuk membuktikan bahawa Sriwijaya adalah milik mutlak bangsa
Melayu.Sebagai contoh,sekiranya Sriwijaya adalah milik orang-orang Tausug,adalah tidak relevan maharaja-
maharaja Tausug menuliskan prasasti dalam bahasa Melayu Kuno.Sekiranya teori bahasa Melayu hanya
berfungsi sebagai bahasa perdagangan (ini teori yang selalu dicipta oleh fanati-fanatik sukukaum tertentu
yang buta sejarah),ini bermakna sebelum kemunculan maharaja-maharaja Tausug ini,ADA SEBUAH
EMPAYAR YANG MENYEBABKAN BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA.Bahasa menjadi lingua
franca,adalah disebabkan hegemoni pemerintahan sesebuah kerajaan.Bahasa Inggeris menjadi dominan
pada hari ini kerana British pernah menjadi empayar kolonial terbesar di dunia.Penguasaan British di
Amerika menyebabkan bahasa Inggeris menjadi dominan di Amerika walaupun selain imigran
British,terdapat juga imigran dari kalangan bangsa-bangsa Eropah yang lain seperti imigran
Itali,Jerman,Perancis,Sepanyol dan sebagainya.Bahasa Arab menjadi lingua franca di Timur Tengah kerana
penguasaan wilayah oleh empayar-empayar khalifah Islam pada masa dahulu.Bahasa Sepanyol menjadi
dominan di Amerika Selatan kerana kesan penjajahan Sepanyol di sana.JADI KONSEP BAHASA
MENJADI LINGUA FRANCA ADALAH DISEBABKAN OLEH HEGEMONI PEMERINTAHAN.

Perhatikan Prasasti Kota Kapur ini:

Siddha titam hamba nvari i avai kandra kayet ni paihumpaan namuha ulu lavan tandrun luah makamatai
tandrun luah vinunu paihumpaan hakairum muah kayet ni humpa unai tunai.
Umentern bhakti ni ulun haraki. unai tunai kita savanakta devata mahardika sannidhana. manraksa yan
kadatuan çrivijaya. kita tuvi tandrun luah vanakta devata mulana yan parsumpahan.
paravis. kadadhi yan uran didalanna bhami paravis hanun. Samavuddhi lavan drohaka, manujari drohaka,
niujari drohaka talu din drohaka. tida ya.
Marppadah tida ya bhakti. tida yan tatvarjjawa diy aku. dngan diiyan nigalarku sanyasa datua. dhava
vuathana uran inan nivunuh ya sumpah nisuruh tapik ya mulan parvvanda datu çriwi-
jaya. Talu muah ya dnan gotrasantanana. tathapi savankna yan vuatna jahat. makalanit uran. makasuit.
makagila. mantra gada visaprayoga. udu tuwa. tamval.
Sarambat. kasihan. vacikarana.ityevamadi. janan muah ya sidha. pulan ka iya muah yan dosana vuatna
jahat inan tathapi nivunuh yan sumpah talu muah ya mulam yam manu-
ruh marjjahati. yan vatu nipratishta ini tuvi nivunuh ya sumpah talu, muah ya mulan. saranbhana uran
drohaka tida bhakti tatvarjjava diy aku, dhava vua-
tna niwunuh ya sumpah ini gran kadachi iya bhakti tatvjjava diy aku. dngan di yam nigalarku sanyasa dattua.
çanti muah kavuatana. dngan gotrasantanana.
Samrddha svasthi niroga nirupadrava subhiksa muah vanuana paravis chakravarsatita 608 din pratipada
çuklapaksa vulan vaichaka. tatkalana
Yan manman sumpah ini. nipahat di velana yan vala çrivijaya kalivat manapik yan bhumi java tida bhakti ka
çrivijaya.

296

297

Terjemahan dalam bahasa Melayu Moden:

Keberhasilan ! (disertai mantera persumpahan yang tidak difahami ertinya)
Wahai sekalian dewata yang berkuasa, yang sedang berkumpul dan melindungi Kadātuan Śrīwijaya ini;
kamu sekalian dewa-dewa yang mengawali permulaan segala sumpah !
Bilamana di pedalaman semua daerah yang berada di bawah Kadātuan ini akan ada orang yang
memberontak yang bersekongkol dengan para pemberontak, yang berbicara dengan pemberontak, yang
mendengarkan kata pemberontak;
yang mengenal pemberontak, yang tidak berperilaku hormat, yang tidak takluk, yang tidak setia pada saya
dan pada mereka yang oleh saya diangkat sebagai datu; biar orang-orang yang menjadi pelaku perbuatan-
perbuatan tersebut mati kena kutuk biar sebuah ekspedisi untuk melawannya seketika di bawah pimpinan
datu atau beberapa datu Śrīwijaya, dan biar mereka
dihukum bersama marga dan keluarganya. Lagipula biar semua perbuatannya yang jahat; seperti
mengganggu :ketenteraman jiwa orang, membuat orang sakit, membuat orang gila, menggunakan mantra,
racun, memakai racun upas dan tuba, ganja,
saramwat, pekasih, memaksakan kehendaknya pada orang lain dan sebagainya, semoga perbuatan-
perbuatan itu tidak berhasil dan menghantam mereka yang bersalah melakukan perbuatan jahat itu; biar
pula mereka mati kena kutuk. Tambahan pula biar mereka yang menghasut orang
supaya merusak, yang merusak batu yang diletakkan di tempat ini, mati juga kena kutuk; dan dihukum
langsung. Biar para pembunuh, pemberontak, mereka yang tak berbakti, yang tak setia pada saya, biar
pelaku perbuatan tersebut
mati kena kutuk. Akan tetapi jika orang takluk setia kepada saya dan kepada mereka yang oleh saya
diangkat sebagai datu, maka moga-moga usaha mereka diberkahi, juga marga dan keluarganya
dengan keberhasilan, kesentosaan, kesehatan, kebebasan dari bencana, kelimpahan segalanya untuk
semua negeri mereka ! Tahun Śaka 608, hari pertama paruh terang bulan Waisakha (28 Februari 686
Masehi), pada saat itulah
kutukan ini diucapkan; pemahatannya berlangsung ketika bala tentara Śrīwijaya baru berangkat untuk
menyerang bhūmi jāwa yang tidak takluk kepada Śrīwijaya.

Kita akan berjumpa beberapa perkataan yang masih wujud dalam bahasa Melayu Moden seperti=

1.hamba
2.sumpah
3.kasihan
3.tunai
4.jahat
5.aku
6.uran (orang)
7.yan (yang)
8.ka (ke)

Terdapat berpuluh-puluh lagi prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno ditulis oleh Empayar Sriwijaya,untuk
merekodkan watikah empayar ataupun pemberitahuan peristiwa.Dari prasasti ini jelaslah bahawa Empayar
ini diperintah oleh raja-raja Melayu Kuno dan ini bertepatan dengan bukti-bukti dari Indochina.Dari Inskripsi
Po Klaus Garai:

Dalam Saka 972,Pulyang Sri Devaraja mahsenapati, anak saudara perempuan Sri Paramesvaravarmadeva,
datang untuk mengambil kota Pandranga untuk Sri Paramesvaravarmadeva.

Ketika itu negeri Champa dalam pengaruh Sriwijaya dengan dibuktikan nama diraja 'Yang Pu Ku Vijaya Sri'
ditemui dalam prasasti di Vietnam.Perhatikan perkataan 'mahsenapati' dan ini adalah gelaran jawatan dalam
sistem Kedatuan (Emperial) Sriwijaya. 

Prasasti Ligor pula yang ditemukan di selatan Thai menceritakan tentang Raja Sriwijaya dan pembangunan
trisamayacaithya untuk menyembah dewa-dewa agama Buddha, serta menyebutkan seorang raja bernama
Vishnu dengan gelar Sarwarimadawimathana atau pembunuh musuh-musuh yang sombong tiada bersisa.
Begitu pula prasasti Nalanda yang dikeluarkan oleh Raja Dewa Paladewa. Isinya menyebutkan tentang

298

pendirian bangunan biara di Nalanda oleh Raja Balaputradewa, Raja Sriwijaya yang menganut agama
Buddha.
Wilayah kekuasaan Sriwijaya meliputi seluruh Sumatera,Jawa,
Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ayutthaya di selatan Thai,menjangkau ke Kemboja sehingga ke
Vietnam Tengah (Champa).Kemudian ke timur mencapai Borneo,Sulawesi dan Kepulauan Filipina.Dengan
menguasai Selat Melaka, Selat Sunda,Laut Sulu dan Laut Jawa,Sriwijaya menjadi penguasa lautan Asia
Tenggara paling digeruni dengan autoritinya mengutip cukai ke atas kapal dagang yang lalu di Asia
Tenggara.Prasasti Ligor mempunyai dua bahagian.
Dalam prasasti Ligor (A):
“Pujian terhadap raja Sriwijaya yang di ibaratkan bagai Mnu yang
memberi berkah bagi dunia menyerupai Indra dan semua raja tetangga
taat kepadanya ditulis pula pendirian sebuah bangunan batu
trisamayacahtya untuk padma, pani, sakyamuni, dan wajrpani”.
Prasasti Ligor (B):
"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan
merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya
disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan keangkuhan semua
musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga
Syailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja.”
Membincangkan prasasti-prasasti Sriwijaya memerlukan ruang penulisan yang amat besar,mungkin
beberapa buah tesis setebal ensiklopedia.Kewujudan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno ini
membuatkan Sriwijaya tidak syak lagi merupakan hak milik bangsa Melayu yang paling tidak diragukan dan
membatalkan apa jua dakwaan tidak berpelajaran sukukaum-sukukaum tertentu yang gagal menampilkan
apa jua prasasti dalam bahasa sukukaum mereka,bagi menuntut nama agung Sriwijaya.

 

299

Catatan-catatan Para Pengembara Arab dan Parsi

Para pengembara Arab dan Parsi adalah salah satu sumber terpenting disamping rekod dari China.Legenda
para pengembara Arab dan Parsi ini muncul dalam kisah-kisah pelayaran Sinbad.Sriwijaya sebagai
penguasa lautan Asia Tenggara,akan mudah dikunjungi oleh para pedagang dan pengembara dari seluruh
dunia,termasuk dari Arab dan Parsi.Orang Arab Kuno memanggil orang-orang Sriwijaya sebagai
Zabaj,merupakan transliterasi bagi sebutan Jawak atau Javaka yang terakam dalam kitab-kitab Pali Kuno.

Dalam catatan pengembara Arab disebutkan tentang kerajaan Zabag:

"Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan,yang
berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya.Bahkan kapal yang
paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di
bawah pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik,dan tiada
kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi"

-Catatan pengembara Arab Al Ma'sudi pada 943 Masehi yang melawat Sriwijaya / Zabag / Sribuza.

Dalam catatan di atas,kita tahu bahawa Zabaj ini menguasai seluruh kepulauan dan mempunyai armada
tentera yang ramai.Keluasan jajahannya sehinggakan kapal yang paling pantas pun tidak mampu
menghabiskan pelayaran mengelilingi seluruh jajahan Zabaj dalam tempoh 2 tahun.Komoditi utama yang
didagangkan oleh Zabaj ialah REMPAH RATUS dan WANG-WANGIAN.Rempah ratus amat diperlukan di
dunia sebelah Barat kerana rempah boleh memanaskan badan dikala cuaca sejuk.Rempah sering
dimasukkan ke dalam arak sebagai tonik.Wangi-wangian ialah kemenyan,dan kemenyan memang disukai
oleh orang Arab.Dua benda ini adalah komoditi paling mahal ketika itu sehinggakan ia memberi kekayaan
yang tiada taranya berbanding kerajaan-kerajaan lain di dunia.Maharaja Sriwijaya menjadi terlampau kaya
sehinggakan dalam catatan pengembara Parsi,setiap pagi,maharaja akan mencampakkan syiling emas ke
dalam sebuah kolam sebagai ritual.Selepas kemangkatan maharaja itu,para kerabat diraja berebut-rebut
mengaut kembali timbunan duit emas yang mendap di dasar kolam!

Pada abad ke-12 Arab Geografi El Idrisi menulis dalam Kitab Rujar tentang penduduk Zabaj yang
melakukan perjalanan ke Sofala dan Zanj di pantai sub-Sahara Afrika: 

"Penduduk dari Zabaj pergi ke tanah Sofala dan mengeksport besi dari sana dan membekalkannya untuk
seluruh wilayah India. Tidak ada besi setanding dengan mereka dalam kualiti dan ketajaman ...... Penduduk
Zabaj selalu diperlukan di Zanj di kedua-dua kapal besar dan kecil dan memperdagangkan barang
dagangan mereka sesama sendiri,kerana mereka memahami bahasa masing-masing"

Sememangnya telah diketahui umum bahawa salah satu pelabuhan kesayangan Sriwijaya,Kalah (Kedah)
adalah pelabuhan antara terkaya yang mengeksport besi ke India.Menakjubkan,catatan pengembara Arab
ini telah terbukti pada hari ini apabila penemuan tamadun Sungai Batu di Kedah telah menyaksikan tapak-
tapak loji pembakaran besi dan ini bertepatan dengan catatan dari El Idrisi!

Di Universiti Leiden terdapat satu kitab berbahasa Parsi ditulis pada abad ke-16,`Ajâʼib al-
Makhlûqâ,menceritakan maharaja Sriwijaya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu sambil
dikelilingi oleh dayang-dayang yang cantik jelita.Terdapat berpuluh-puluh lagi kitab Parsi Kuno yang masih
dikaji kemungkian besar menyimpan rahsia paling rumit tentang hubungan antarabangsa orang-orang
Melayu Sriwijaya dengan empayar Parsi dan Rom.Sejarah orang Melayu terakam indah dalam catatan
orang asing,ditulis megah bagaikan raja-raja kayangan dan kerajaan-kerajaan bunian.

bersambung....

Artikel terbaru Srikandi dalam RiwayatMelayu

300


Click to View FlipBook Version