The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abuluqman75, 2023-06-22 04:18:44

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS


ii MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH BERDASARKAN MANHAJ SALAF © 2022 oleh Jabatan Mufti Perlis Cetakan Pertama 2022 Hak penerbitan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain, sebelum mendapat izin secara bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis. Atur Huruf dan Reka Letak oleh : RUMAH REKA No.1 PT 3776-1, Jalan Padang Siding, Kampung Kuala Tunggang, 02600 Arau, Perlis Tel: 017 555 2914 | 013 447 5815 E-mel: [email protected] Diterbitkan Oleh: JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato’ Mahmud Mat, 01000 Kangar Perlis. Tel : 04-979 4428 | Fax : 04-976 3844 Emel : muftiper1is.gov.my Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Prof. Dr. AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL JAMAAH BERDASARKAN MANHAJ SALAF / PROF DR BASRI BIN IBRAHIM AL-HASANI AL-AZHARI. ISBN 978-967-16744-9-9 (hardback) 1. Islamic sects. 2. Islam--Doctrines. 3. Pillars of Islam. 4. Islam--Customs and practices. 5. Government publications--Malaysia. I. Judul. 297.2041


iii KANDUNGAN Prakata 1 Pendahuluan 6 BAB 1 : LATAR BELAKANG Pendahuluan 18 Pengertian Akidah 18 Pengertian Salaf 18 Pengertian Ahli Sunah Waljamaah 23 Berdasarkan Manhaj Salaf Kelebihan Golongan Ahli Sunah 26 Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf Keistimewaan Akidah Ahli Sunah 29 Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf Asas-Asas Akidah Ahli Sunah 33 Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf Kesimpulan 34 BAB 2 : IMAN DAN RUKUN-RUKUNNYA Pendahuluan 36 Rukun Pertama: Beriman Kepada Allah 36 Tauhid Rububiyah 45 Dalil-Dalil Tentang Tauhid Rububiyah 45 Tauhid Rububiyah Adalah Fitrah 48 Tauhid Uluhiyah 52 Dalil-Dalil Tentang Tauhid Uluhiyah 53 Hubungan Tauhid Rububiyah Dengan 54 Tauhid Uluhiyah Tauhid Asma’ Dan Sifat 56


iv Rukun Kedua: Beriman Kepada Para Malaikat 71 Hukum Menolak Atau Mengingkari 72 Kewujudan Para Malaikat Bentuk Keimanan Dengan Para Malaikat 73 Hakikat Malaikat 73 Tugas-Tugas Para Malaikat 76 Rukun Ketiga: Beriman Dengan 87 Kitab Kitab-Kitab Yang Diturunkan Daripada Langit 88 Bentuk Beriman Dengan Kitab-Kitab 88 Kitab Al-Quranul Karim Dan Ciri-cirinya 89 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 93 Terhadap Al-Quran Rukun Keempat: Beriman Dengan 96 Para Rasul Hikmah Perutusan Para Rasul 98 Hala Tuju Dakwah Para Rasul 98 Bilangan Para Rasul 99 Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap 100 Beriman Dengan Para Rasul Nabi Muhammad SAW 101 Mukjizat Yang Dianugerahkan Kepada Nabi 104 Muhammad SAW Kesimpulan 109 Rukun Kelima: Beriman Dengan Hari Akhirat 109 Waktu Berlaku Kiamat 110 Tanda-Tanda Kiamat 111 Tanda-Tanda Kiamat Kecil 111 Tanda-Tanda Kiamat Besar 114 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 117 Terhadap Hari Akhirat Kesimpulan 124 Rukun Keenam: Beriman Dengan Qadar 124 Maksud Qadar 124 Tahap-Tahap Beriman Dengan Qadar 125 Tahap Pertama: Ilmu 126 Tahap Kedua: Penulisan 126 Tahap Ketiga: Iradah Dan Masyi‘ah 127


v Tahap Keempat: Penciptaan 128 Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap 129 Beriman Dengan Qadar Kesimpulan 135 BAB 3 : INTIPATI IMAN Pendahuluan 137 Konsep Iktikad Dalam Hati, Perakuan 137 Dengan Lisan Dan Amalan Dengan Anggota Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap 139 Iman Kesimpulan 143 BAB 4 : PERSOALAN TAKFIR Pendahuluan 146 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 147 Terhadap Persoalan Takfir Pembahagian Orang-Orang Kafir 150 Maksud Kufur Menurut Syarak 151 Kufur Yang Mengeluarkan Seseorang 151 Daripada Islam Kufur Yang Tidak Mengeluarkan Seseorang 156 Daripada Islam Halangan-Halangan Yang Tidak Boleh 158 Menghukumkan Seseorang Sebagai Kufur Syarat-Syarat Paksaan 163 Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman 164 Dan Tauhid Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid 165 Rububiyah Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid 166 Uluhiyah Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid 168


vi Asma Dan Sifat Perkara-Perkara Yang Membatalkan Agama 169 Secara Umum Contoh-Contoh Perkara Yang Membatalkan 170 Iman Menerusi Iktikad, Perkataan Dan Juga Amalan Perkara Yang Membatalkan Iman 170 Menerusi Iktikad Perkara Yang Membatalkan Iman 172 Menerusi Perkataan Contoh Perkara Membatalkan Iman 175 Menerusi Amalan Kesimpulan 178 BAB 5 : BERIMAN DENGAN NAS-NAS TENTANG JANJI BAIK DAN JANJI BURUK Pendahuluan 180 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 182 Terhadap Janji Baik Dan Janji Buruk Kesimpulan 187 BAB 6 : MENDUKUNG DAN MEMUSUHI MANUSIA Pendahuluan 189 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 189 Terhadap Konsep Mendukung Dan Memusuhi Manusia Kesimpulan 200


vii BAB 7 : MEMPERCAYAI KERAMAT PARA WALI, FIRASAT, MIMPI, SIHIR, HASAD, PENYAKIT AIN DAN JIN Pendahuluan 202 Keramat 202 Garis Panduan Berkaitan Dengan Keramat 203 Firasat 205 Mimpi Yang Benar 205 Sihir Dan Ahli-Ahli Sihir 207 Hasad Dan Ain 210 Jin 211 Kesimpulan 213 BAB 8 : MANHAJ PENERIMAAN DAN PENDALILAN AHLI SUNAH WALJAMAAH Pendahuluan 215 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 215 Dalam Manhaj Penerimaan Dan Pendalilan Kesimpulan 228 BAB 9 : KEWAJIPAN MENTAATI PEMERINTAH ORANG-ORANG ISLAM DALAM PERKARA YANG BAIK Pendahuluan 230 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 231 Dalam Mentaati Pemerintah Kesimpulan 235


viii BAB 10 : SIKAP TERHADAP SAHABAT, KHILAFAH DAN AHLI BAIT Pendahuluan 238 Status Para Sahabat 239 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 240 Terhadap Para Sahabat Kesimpulan 248 BAB 11 : SIKAP AHLI SUNAH WALJAMAAH TERHADAP AHLI BIDAAH DAN PENGIKUT HAWA NAFSU Pendahuluan 250 Tanda-Tanda Ahli Bidaah 251 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 252 Terhadap Golongan Ahli Bidaah Dan Pengikut Hawa Nafsu Pesanan Ahli Sunah Waljamaah 259 Tentang Bahaya Golongan Ahli Bidaah Dan Pengikut Hawa Nafsu Pesanan Imam-Imam Ahli Sunah 261 Waljamaah Tentang Keperluan Mengikut Sunnah Dan Menjauhi Ahli Bidaah Kesimpulan 264 BAB 12 : MANHAJ AHLI SUNAH WALJAMAAH DALAM MENYURUH YANG MAKRUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR Pendahuluan 266 Sikap Ahli Sunah Waljamaah 267


ix Terhadap Menyuruh Yang Makruf Dan Mencegah Yang Mungkar Akhlak Salafus Salih Dalam Kalangan Ahli 276 Sunah Waljamaah Kesimpulan 286 RUJUKAN 287


x MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS TAJUK: AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH BERDASARKAN MANHAJ SALAF Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Alhamdulillah, pertamanya Beta ucapkan puji dan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurnia rahmat-Nya jua Beta diberi kesempatan untuk menyampaikan perutusan ringkas di dalam buku bertajuk: Akidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah Berdasarkan Manhaj Salaf tulisan YBhg. Prof. Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani AlAzhari. Beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Mufti Negeri Perlis di atas usaha menerbitkan buku ini. Tahniah juga kepada penulis yang merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Syaria, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Islam Perlis (KUIPs). Penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di atas inisiatif untuk memberikan dana tajaan bagi penerbitan bahan-bahan ilmiah termasuk buku ini. Beta mengharapkan buku ini boleh menjadi sumbangan yang besar kepada seluruh masyarakat terutamanya rakyat Perlis. Ia boleh dijadikan rujukan kepada seluruh umat Islam kerana isu akidah ini adalah isu yang sangat penting dalam kehidupan. Dewasa ini, ramai yang terpengaruh dengan perkara-perkara ang dianggap mempunyai keramat seperti pokok, kubur dan batu. Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan


xi MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dukun juga semakin mempengaruhi sesetengah masyarakat kini. Kepercayaan karut ini dibimbangi akan membawa kepada syirik dan seterusnya akan merosakkan akidah umat Islam. Justeru, diharapkan dengan penghasilan dan penerbitan buku ini akan menjadi pencerahan yang jelas terhadap isuisu berkaitan yang boleh menganggu akidah umat Islam di Malaysia terutamanya negeri Perlis. Akhir titah, Beta mendoakan semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T., InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNU TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL, D.K.,S.P.M,P.A.T. RAJA MUDA PERLIS Termaktub di Istana Arau, Arau, Perlis. Malaysia. Tarikh : 09hb Ogos 2022


xii


1 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH PRAKATA Persoalan akidah merupakan persoalan yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam kerana ia merupakan asas kehidupan mereka. Dengan akidah yang betul ia akan menatijahkan ibadah yang diterima Allah SWT. Dalam berakidah, umat Islam bertitik tolak daripada dua perkara iaitu tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan Allah SWT tidak boleh disembah melainkan berdasarkan apa yang Dia sendiri syariatkan. Inilah akidah dipegang oleh generasi umat Islam pada zaman sahabat, tabiin dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik. Namun dewasa ini banyak berlaku perbezaan pendapat dalam persoalan akidah ini dalam kalangan orang ramai dan ada antaranya yang menyelisihi yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah SAW dan tokoh- tokoh Ahli Sunah Waljamaah yang muncul selepas daripada mereka. Dalam konteks negara kita ada dua golongan yang membawa pendekatan akidah Ahli alSunah Waljamaah yang berbeza iaitu yang bermanhaj Salaf dan Asya’irah, tetapi kesemuanya masih dalam lingkungan golongan Ahli Sunah Waljamaah. Penulisan tentang akidah berdasarkan kedua-dua manhaj yang disebutkan di atas berlaku secara bersilih ganti dalam sejarah daripada zaman dahulu sehinggalah ke zaman sekarang dan setiap golongan ada tokoh-tokoh yang mempertahankan akidah yang dipegang oleh masing-masing dan membantah serta menolak akidah yang dipegang oleh golongan yang tidak sealiran dengan mereka. Suasana sebegini rupa juga berlaku di negara kita Malaysia. Di Malaysia umat Islam sudah berpegang dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah semenjak zaman- berzaman lagi. Setakat yang sempat diikuti oleh penulis dalam pengajian berkaitan dengan akidah sewaktu menuntut di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Universiti al-Azhar, Mesir, Universiti Malaya dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia, pada peringkat awal ia disebutkan sebagai pengajian akidah Islam


2 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sahaja, kemudian diikuti dengan pengajian akidah berdasarkan Manhaj Ahli Sunah Waljamaah berikutan penyebaran akidah Syiah dalam masyarakat oleh segelintir umat Islam negara ini yang terpengaruh dengan fahaman tersebut. Manhaj Ahli Sunah Wal jamaah tidak ditekankan sangat kerana tidak timbul pertembungan antara golongan Ahli Sunah Waljamaah yang bermanhaj salaf dengan yang bermanhaj Asya’irah. Kemudian akhir-akhir ini wujud desakan daripada sesetengah pihak supaya umat Islam di negara ini mempelajari akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah berdasarkan Manhaj Asya’irah dan Maturidiyah sahaja dan mengenepikan manhaj salaf atas dasar orang-orang Islam di Malaysia sudah mempelajari akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan Manhaj Asya’irah dan Maturidiyah sejak zamanberzaman lagi. Desakan ini dikatakan muncul berikutan sikap yang ditunjukkan oleh sesetengah orang Islam yang terpengaruh dengan fahaman Ahbasy yang menular di Lubnan, yang dikaitkan dengan golongan Asya’irah yang agak taasub sehingga menafikan golongan yang beraliran salaf sebagai termasuk dalam golongan Ahli Sunah Waljamaah dan sikap keras yang ditunjukkan oleh segelintir orang- orang Islam yang mengikut akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj salaf, yang menafikan golongan Asya’irah dan Maturidiyah sebagai termasuk ke dalam kategori golongan Ahli Sunah Waljamaah. Di sesetengah negeri di Malaysia seruan supaya berpegang dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj Asya’irah dan Maturidiyah dilakukan secara terang-terangan di atas mimbar masjid dalam teks khutbah yang dibacakan kepada hadirin, meskipun ada dalam kalangan hadirin tidak memahami apa itu aliran akidah bermanhaj Asya’irah. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menjelaskan tentang kedudukan akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj salaf, yang merujuk kepada golongan yang berpegang teguh dengan Sunnah Nabi SAW dan Sunnah orang yang mengikut baginda SAW daripada kalangan para sahabat dan juga tabiin dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik dari segi iktikad, perkataan dan juga amalan. Orang-orang yang istiqamah di atas ikutan terhadap Sunnah Rasulullah SAW dan menjauhkan diri daripada bidaah, adalah golongan yang


3 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH kekal menang sehingga ke hari kiamat. Mengikut mereka bererti berada di atas dasar petunjuk dan menyelisihi mereka bererti berada di atas landasan kesesatan. Golongan ini adalah golongan yang pertengahan dan sederhana antara yang cuai dengan yang keterlaluan, antara yang ekstrimis dengan yang terlalu lembab, baik dalam bab akidah, hukum- hakam mahupun akhlak. Mereka adalah golongan yang pertengahan antara puak-puak yang ada dalam kalangan umat Islam. Golongan ini mengguna pakai nas al-Kitab dan al-Sunnah dan berpada menerima sumber daripada kedua-duanya dan juga memahami kedua-duanya berdasarkan kepada manhaj salaf dan jalan-jalan yang ditempuhi mereka. Golongan ini tidak wajar sama sekali ditolak daripada dimasukkan ke dalam kategori golongan Ahli Sunah Waljamaah kerana mereka juga mengamalkan Islam berdasarkan nas al-Quran, al-Hadis dan fahaman para sahabat Nabi SAW. Imam Ibn alJawzi, seorang tokoh ulama beraliran Asya`irah menyebut dalam Talbis Iblis, yang dinamakan sebagai Ahli Sunnah adalah mereka yang mengikuti kebenaran dan ahli bidaah pula yang mengikuti kesesatan. Ali al-Madini mengakui golongan Ahli Hadis sebagai Ahli Sunnah. Syeikh Yusuf al-Qaradawi, sebagai contoh, seorang yang mendukung dan berpegang dengan mazhab Asya`irah juga mengakui mazhab Salaf sebagai Ahli al-Sunnah dan berpegang bahawa pendapat mereka dalam soal ayat-ayat mutasyabihat lebih selamat. Seorang ulama al-Azhar kontemporari, Syeikh Muhammad bin Abdul Malik al- Zughbi turut menjelaskan bahawa tiada masalah atau pertikaian antara umat Islam terdahulu di kurun-kurun yang pertama Islam mengenai sifat-sifat Allah. Tercetusnya masalah dalam lingkungan Ahli al-Sunnah pada awal kurun ketiga hijrah dan ia berkisar hanya pada perkara-perkara ijtihad dalam pentakwilan sifat-sifat Allah. Kesimpulannya di sisi semua ulama pegangan Ahli al-Sunnah ialah fahaman yang kembali kepada sumber asal iaitu al-Quran dan Sunnah serta amalan para sahabat dan tabiin dan mereka juga tidak berselisih mengenai fakta bahawa akidah yang dipegang dan diamalkan umat Islam pada kurun pertama Islam adalah benar kerana bersumber pada al-Quran dan Sunnah.


4 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Walaupun istilah Ahli al-Sunnah belum diguna pakai pada ketika itu secara sistematik, tetapi tidak ada khilaf dari kalangan ulama yang datang kemudian untuk menerima pendapat yang dipegang oleh mereka di zaman itu mengenai tidak perlu mentakwilkan sifat-sifat Allah sebagai pendapat yang sah Ahli al-Sunnah. Bahkan pendapat ini mendahului pendapat golongan Asya`irah dalam Ahli al-Sunnah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Aliran-aliran kefahaman atau mazhab boleh dianggap seperti madrasah atau sekolah. Masing-masing mempunyai kekuatan kurikulum yang tersendiri. Pasti juga ada sudut-sudut kelemahan yang perlu diperbaiki. Matlamat utama bagi semua adalah melahirkan anak- anak murid yang baik akhlak, cerdas pemikiran dan bersikap profesional dalam menguruskan diri dan persekitaran apabila melangkah ke medan kehidupan. Adalah satu perkara yang biasa bagi pelajar-pelajar dari setiap institusi pengajian untuk merasa bangga dengan tempat pengajiannya, tetapi bukanlah satu kewajaran, malah ia satu keaiban untuk menuduh institusi lain dengan tuduhan kesat dan sesat. Teknik penulisan buku ini adalah teknik tahzib iaitu meringkaskan isi kandungan kitab dengan menggunakan gaya bahasa sendiri dengan tidak mengetepikan isi dan maksud yang hendak dijelaskan oleh pengarang buku asal, di samping membuat penambahan pada mana-mana tempat dan mengulas isu yang difikirkan perlu daripada beberapa sumber ulama masa kini. Ia dibuat ke atas tulisan yang dilakukan oleh seorang tokoh ulama semasa tentang akidah iaitu berdasarkan buku al-Wajiz Fi ‘Aqidah al-Salaf al-Salih, Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah yang dihasilkan oleh Syeikh Abdullah bin Abd al-Hamid al-Athari, seorang tokoh yang bermanhaj salaf di Jordan dan juga seorang pendakwah salaf yang gigih di sana. Tokoh ini beraliran sederhana dan wasati. Dengan menggunakan teknik tahzib ini, penulis berharap para pembaca dapat memahami aliran Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj salaf dan pandangan-pandangan mereka dan perbezaan pandangan tersebut dengan manhaj Asya’irah. Apalagi yang menjadi musuh sebenar kepada umat Islam dewasa ini ialah akidah yang menyeleweng dan bukannya pendekatan dalam memahami akidah yang benar tetapi berbeza segi manhaj.


5 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Hadis-hadis yang dikemukakan ditakhrijkan statusnya dengan merujuk kepada penilaian yang dibuat oleh Syeikh Nasir al-Din al-Albani. Ini tidak bermakna pengarang taasub kepada penilaian yang dibuat Syeikh Nasir al-Din al-Albani, sebaliknya tidak lebih untuk menyatakan dalam dunia moden hari ini tokoh yang berjaya menghasilkan karya-karya yang melibatkan penilaian status hadis yang agak lengkap dan mudah untuk dirujuk adalah hasil karya beliau, berbanding dengan tokoh lain. Apalagi beliau sendiri mempunyai karya yang berbentuk penarikan balik terhadap beberapa penilaian yang beliau lakukan pada peringkat awal penglibatan beliau dalam bidang hadis. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru- guru penulis yang memberi sokongan padu bagi menyiapkan penulisan ini. Begitu juga penulis tidak lupa dengan galakan yang diberikan oleh para sahabat seperjuangan di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu daripada pelbagai bidang pengajian Islam, terutama sekali Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Begitu juga penulis tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih di atas galakan yang diberikan oleh isteri tercinta Puan Norhayati binti Abdul Razak dan juga anak-anak, mudah-mudahan Allah SWT membalas mereka dengan kebaikan yang banyak di dunia dan juga akhirat. Dalam pada itu penulis bersedia menerima teguran yang membina daripada mana-mana pihak, seandainya terdapat kesalahan dan kekurangan dalam penulisan ini untuk memastikan karya ini menjadi karya terbaik berkaitan dengan persoalan akidah salaf. Sekian Al-Raji Ila Afwi Rabbihi Prof Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari Universiti Islam Malaysia, Blok 1, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor, Darul Ehsan, Jumaat | 17 Rabi’ul Awwal 1439H | 16 Jan 2018


6 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH PENDAHULUAN Di nusantara dan juga di negara kita Malaysia pengajian akidah atau tauhid adalah berdasarkan antaranya kepada kitab-kitab jawi yang diajar oleh tuan-tuan guru yang mendapat pendidikan dalam bidang pengajian Islam daripada Timur Tengah dan juga di tanah air sendiri. Mereka membuka pondok-pondok Pengajian Islam, sekolah pondok moden, pesantren, kolej dan juga universiti swasta. Ia juga dilakukan di masjid-masjid dan juga surau-surau menerusi program Talaqqi Kitab. Kitab- kitab tauhid yang diajar adalah berdasarkan kepada kitab tauhid aliran Asya’irah dan juga Maturidi, kerana aliran inilah yang sampai ke tanah air kita dan mempunyai ramai pendokong sehingga kini. Ada juga yang mengajar kitab Syarah Jawharah Tauhid, yang juga berdasarkan kepada aliran Asya’irah. Ini tidak hairan kerana rantau nusantara adalah merupakan rantau Ahli al-Sunnah yang beraliran Asya’irah dan Maturidiyah semenjak dahulu lagi. Penulis sempat menuntut dan mempelajari akidah Ahli Sunah Waljamaah bermanhaj Asya’irah ini dengan beberapa orang guru baik di Malaysia mahupun semasa berada di Mesir. Penulis juga mempelajari akidah berdasarkan manhaj salaf dengan beberapa orang guru baik di Malaysia mahupun ketika berada di Mesir. Pengajian tauhid berdasarkan konsep sifat 20 sangat masyhur dipelajari di nusantara termasuk di negara kita. Masyarakat Melayu jarang berusaha mengetahui dari manakah asal usul pengajian tauhid tersebut, sebaliknya apa yang penting ialah kefahaman terhadap sifat 20 itu sendiri yang lebih penting dalam menghadapi berbagai karenah dalam kehidupan dan berbagai-bagai fahaman moden yang cuba mengganggu gugat akidah umat Islam. Mereka juga tidak memahami secara mendalam kenapa tauhid tersebut digubalkan oleh para ulama terdahulu. Namun pengajian tauhid sifat 20 mula memasuki era baru di negara kita terutama sekali pada zaman penjajahan dan di ambang kemerdekaan, apabila punca dan sebab kenapa ia muncul turut dibahaskan oleh tuantuan guru yang mengajar sifat 20 itu sendiri dan dikaitkan dengan isu-isu semasa dan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan. Para ulama yang mengajar tauhid berteraskan sifat 20


7 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH berusaha memudahkannya dengan menyertakannya dengan nasnas daripada al-Quran dan juga al-Sunnah. Fenomena ini berjalan dengan penuh harmoni dan tidak ada yang cuba menuduhnya sebagai sesat apalagi sebagai bidaah jauh sekali. Satu hakikat yang perlu difahami, tuan-tuan guru yang mengajar tauhid sifat 20 tidak pernah mengiktikadkan bahawasanya itulah merupakan tauhid yang diajar oleh Rasulullah pada masa hayatnya, yang diamalkan oleh baginda, para sahabat dan juga tabiin. Sebaliknya mereka mengajar kepada orang-orang Islam yang tauhid sifat 20 merupakan salah satu daripada pendekatan untuk mengenal Allah dan mempelajari ilmu akidah, kerana memenuhi slogan yang sering disebut oleh para ulama: Langkah pertama mempelajari agama ialah belajar mengenal Allah terlebih dahulu. Para tuan guru dan ulama di nusantara juga tidak pernah mengiktikadkan dan mengajar kepada orang-orang Islam yang sifat kesempurnaan bagi Allah hanya 20 sahaja, bahkan sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah S.W.T cukup banyak, melebihi daripada 20 sifat. Kemunculan pendekatan sifat 20 adalah kerana meraikan keadaan pada zamannya yang banyak berdepan dengan golongan Muktazilah, Falsafah, Jahmiyyah, Muatillah, Mujasimah, Musyabbihah dan lain- lain. Sifat-sifat 20 yang dipelajari itu pula adalah merupakan sifat zat dan tidak melibatkan sifat-sifat Af’al, kerana itulah yang menonjol pada zaman pendekatan tauhid sifat 20 tersebut muncul. Pendekatan tauhid sifat 20 tidak dinyatakan secara terang oleh nabi dalam hadis- hadis baginda, yang mewajibkan kepada umat Islam berpegang teguh dengannya dan menolak segala pendekatan tauhid yang lain daripada itu. Namun begitu kandungannya juga diambil daripada nas-nas al-Quran dan juga hadis dan juga tidak bercanggah dengan kedua sumber tersebut. Ia muncul hasil daripada kefahaman ulama terhadap nas dalam kerangka menentang aliran pemikiran yang wujud pada zamannya yang banyak dipelopori oleh golongan Muktazilah dan seumpamanya. Meskipun sebahagian daripada para pengikut Imam Abu Hasan al-Asy’ari menegaskan yang imam tersebut telah kembali menempuh jalan salaf pada akhir hayat beliau


8 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dalam berakidah dan bertauhid sebagaimana yang dimuatkan dalam karya beliau al-Ibanah dan juga Maqalat al-Islamiyyin. Selain daripada pendekatan tauhid sifat 20 atau tauhid Asya’irah dan al-Maturidiyyah, muncul juga pendekatan tauhid tiga serangkai yang dikenali sebagai tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Dan Sifat dan pendekatan tauhid seperti ini juga diajar oleh sebahagian ulama di negara kita. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz bin Nik Mat misalnya antara tokoh yang mengambil pendekatan mengajar tauhid tiga serangkai sejak awal tahun 1980-an lagi, kerana beliau melihat pendekatan tauhid tersebut lebih memudahkan masyarakat Islam di negara ini kerana ia lebih hampir kepada nas al-Quran, bersih daripada unsur falsafah dan lebih mampu menghadapi cabaran semasa. Bahkan beliau telah menghasilkan buku-buku akidah yang membicarakan tentang akidah tiga serangkai itu. Pendekatan tauhid tiga serangkai juga tidak dinyatakan secara langsung oleh Rasulullah SAW dalam mana-mana hadis sahih, meskipun isyarat-isyarat tentangnya jelas terdapat dalam nas-nas al-Quran dan juga al-Sunnah. Meskipun demikian Tuan Guru tidak pula menolak pendekatan pengajaran tauhid berteraskan sifat 20. Dengan itu, hubungan di antara ulama yang mengajar kedua pendekatan tauhid di atas berjalan dengan baik dan mesra tanpa ada perasaan curiga-mencurigai antara satu sama lain. Apa yang penting ialah kefahaman tentang akidah itu mesti jelas dan umat Islam mesti melakukan ibadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan juga memahami matlamat mereka diciptakan adalah untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T. Adalah tidak benar kalau dikatakan tauhid tiga serangkai itu adalah tauhid yang digubalkan oleh Ibn Taimiyyah dan Wahabi. Mufti negeri Kelantan pernah menjelaskan: “Sesiapa yang mengatakan Tauhid Tiga Serangkai adalah Tauhid Wahabi dan sesat, maka dialah yang tersilap! Komponenkomponen Tauhid Tiga Serangkai memang banyak disebut di


9 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dalam tulisan-tulisan ulama silam, sebelum Syeikh Muhammad Abdul Wahhab (yang dikatakan pengasas Wahabi) dan Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah.” Tauhid Tiga Serangkai ialah: Tauhid Rububiyah - Mengesakan Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu, sesiapa yang mengatakan ada sesuatu selain Allah yang mencipta (sepertimana Allah mencipta), atau mentadbir alam ini, atau lain-lain daripada perbuatan yang berunsur ketuhanan, maka dia telah melakukan Syirik dalam Rububiyah. Tauhid Uluhiyah atau Ilahiyah - Mengesakan ibadat hanya untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu, sesiapa mengalihkan tumpuan apa-apa bentuk ibadat kepada selain Allah, maka dia telah melakukan Syirik dalam Uluhiyah. Tauhid Asma wa al-Sifat - Mengesakan nama-nama dan sifat-sifat ketuhanan yang sempurna, kamil dan mutlak hanya untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian semesta alam. Oleh itu, sesiapa yang memberikan walaupun satu sahaja daripada nama atau sifat Allah yang sempurna kepada selain Allah, maka dia telah melakukan Syirik dalam Asma’ wa al-Sifat. Namun akhir-akhir ini suasana yang agak tidak harmoni dalam kalangan sesetengah ulama yang mengajar kedua pendekatan di atas mula tercetus di negara kita dan ia kadangkadang bertukar kepada penggunaan kata-kata yang keras, kasar, tuduhan sesat, bidaah dan juga menyerupai triniti. Suasana tidak harmoni ini muncul disebabkan oleh sifat taasub dan kasar sesetengah pendukung kedua pendekatan tauhid tersebut. Muncul segelintir golongan yang mendakwa dirinya sebagai golongan beraliran salaf namun mengambil pendekatan yang agak melampau lalu menuduh orang yang belajar sifat 20 sebagai mempelajari


10 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sesuatu yang bidaah (rekaan baru dalam perkara agama) dan juga sesat. Pendukung sifat 20 pula membalas tuduhan tersebut dengan mengatakan pengamal tauhid tiga serangkai juga telah mengamalkan sesuatu yang bidaah dan sesat bahkan lebih teruk daripada itu menyerupai konsep triniti dalam agama Kristian. Perbalahan yang berterusan ini sebenarnya tidak menguntungkan kedua belah dan juga tidak menguntungkan umat Islam di negara kita, sebaliknya menguntungkan musuh-musuh Islam belaka. Perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam memberi ruang kepada musuh untuk memporak- perandakan lagi barisan umat Islam dan sistem pemikiran mereka. Dalam pada itu suka dinyatakan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah bukanlah individu pertama yang bertanggungjawab mereka pembahagian tauhid kepada tiga bahagian. Sebaliknya pembahagian ini telah wujud lebih awal lagi. Perkara ini dapat ditelaah dari kitab-kitab karangan ulama yang awal. Pembahagian tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan juga Asma’ dan Sifat adalah berdasarkan istiqra’i (kajian dan pemerhatian) yang dibuat oleh tokoh-tokoh salaf generasi awal seperti Ibn Mandah dalam Kitab Tauhid, Ibn Battah dalam al-Ibanah Syariah al-Firqah al-Najiah, Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsirnya, Abu Yusuf sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Mandah dalam Kitab Tauhid dan lain-lain. Ia diperakui oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kebanyakan karya masing-masing, al-Zabidi dalam Taj al-Arus dan al-Syankiti dalam Adwa’ al-Bayan. Kewujudannya memang tidak terdapat dalam kitab, al- Sunnah, ijmak dan juga qiyas, sebaliknya berdasarkan istiqra’i. Kedudukannya sama juga dengan sistem pembelajaran bahasa Arab yang dibahagi kepada tiga kategori iaitu kata nama, kata kerja dan sendi kata (isim, fi’lun dan harfun). Ia muncul hasil daripada pemerhatian para ulama yang pakar dalam bahasa Arab terhadap penggunaan bahasa Arab yang sering digunakan oleh orang-orang Arab generasi terdahulu dan mereka menyimpulkannya dasar besarnya kepada tiga aspek di atas (Ibn Uthaimin, 2007:12-13). Ibn Taimiyyah bukanlah orang yang pertama memperkenalkan tauhid tiga ini sebaliknya merupakan tokoh yang mempopularkannya dalam kalangan


11 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH umat Islam dan melihat ia lebih dekat dengan roh al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Tambahan pula pada zamannya beliau berdepan dengan banyak golongan yang taasub kepada akidah dan pegangan puak masing-masing. Persoalannya apakah yang dikatakan Ahli Sunah Waljamaah yang bermanhaj salaf? Inilah yang menjadi tujuan buku ini dihasilkan bagi menjelaskan tentang akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj salaf. Istilah salaf menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada empat bentuk iaitu: Salaf hanya para Sahabat Nabi SAW sahaja. Salaf adalah para Sahabat Nabi dan Tabiin (orang yang berguru kepada Sahabat). Salaf adalah para Sahabat Nabi, Tabiin, dan Tabi Tabiin. Pendapat yang benar dan masyhur, yang mana sebahagian besar ulama Ahli al-Sunnah berpegang dengannya ialah adalah pendapat ketiga ini. Salaf adalah masa utama selama tiga kurun atau period yang telah diberi kesaksian oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda. Mereka adalah umat Islam yang hidup pada tiga kurun yang pertama iaitu para sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin (https://muslim.or.id,2018). Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (2652) dan Muslim (2533) daripada Ibn Mas‘ud RA: ْ َُم ُو� ن ل َ َ ي ي�ن ِذ َّ َّ ال ُ ث � ، ْ َُم ُو� ن ل َ َ ي ي�ن ِذ َّ َّ ال ُ ث ِي ، � رْ � ن َ ِ اس ق َّ ي� ُْ الن َ خ Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada masaku, kemudian yang hidup pada masa berikutnya, kemudian pada masa berikutnya.


12 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Kerana itu, setiap orang yang mengikuti jalan dan manhaj mereka, termasuk salafi, kerana menisbahkan diri mereka kepada golongan tersebut. Mengikut manhaj salaf dalam kehidupan adalah sesuatu yang mesti dilakukan. Banyak dalil yang menjelaskan demikian. Antaranya firman Allah SWT: ِ ِيل َ ب ي� َْ س َ ْ غ ِع ب َّ ت َ َ ي ٰ و َ ى ُد ْ ُ ٱل َ َ ل ي� َّ ن َ ب َ َ ا ت ِد م ْ َع ب ۢ َ ِ من ُ ول ِاقق ِ ٱلرَّ س َ ُش َ ن ي َم و ً ا ۝١١٥ َ ِصي� ْ م َت ء ٓ َ ا َ س و َۖ ِِل جۦ � َ َ � نَّ ْ ُص َ ن ٰ و َّ َ ل و َ َ ا ت ِِۦ م ّ َ ل و ُ َ ن ن ِمِني� ْ ُ ؤ ْ ٱل Maksudnya: Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orangorang mukmin. Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali. (al-Nisa’4: 115) Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: ٍ ٰن َ ـ ْ س ِح ب �ِإ ُ ُ وه َع ب َّ َ ٱت ي�ن ِذ َّ َ ٱل ِ و َ ار َ نص ْ أ َ ٱل َ و ِي�ن ِجر ٰ ـ َ ُ ه ْ َ ٱل ِ من َ ُون َّ ل و َ ْ أ َ ٱل ُون ِ ق ب ٰ َّ ـ َ ٱلس و ٰرُ َْ ـ � ن َ ْ أ ََا ٱل ْ �ت َ ت ِى � ْر ج َ ت ٰ ٍت � ـ َّ َ ن ْ ج ُم َ َّ ل َد ع َ َ أ ُ و ه ْ ن َ ۟ ع ُ وا َض َ ر ْ و ُْم َ � ن ُ ع َّ َّ ض� ِ َ ٱلل ر ۝١٠٠ ُ ي� ِظ َ ع ْ ُ ٱل ْ ز و َ ف ْ َ ٱل ِلك ٰ َ ۚ ذ ا ً َد ب َ ٓ أ َا َ ِ في� ي�ن ِلِد ٰ ـ َ خ Maksudnya: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertamatama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungaisungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar. (al-Tawbah 9: 100)


13 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Allah SWT mengancam akan mengenakan seksaan neraka Jahanam bagi sesiapa yang mengikuti jalan selain daripada jalan Salafus Salih dan menjanjikan syurga dan keredaan-Nya bagi sesiapa yang mengikuti jalan mereka. Antara dalil daripada al-Sunnah yang menjelaskan keperluan mengikut manhaj salaf ialah hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (3650), Muslim (2533) daripada Abdullah bin Mas‘ud, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ْ ُ َ ك ْد َع َّ ب ِن َّ إ ُ ث � ، ْ َُم ُو � ن ل َ َ ي ي�ن ِذ َّ َّ ال ُ ث � ، ْ َُم ُو � ن ل َ َ ي ي�ن ِذ َّ َّ ال ُ ث ِي ، � رْ � ن َ َّت� ِي ق م ُ ُ أ ي� َ َ خ َال َ و ُ ون ر ُ ْذ ن َ َ ي َ ، و ُون َ َ ن ْ � ت ُؤ ي َ َال َ و ُون َ خُون ي� َ َ ، و ُ ون ْ َد � َش ْ ت ُس ي َ َال َ و ُ ون ْ َد � َش ً ا ي ْم و َ ق ُ َ ن ِ م ّ ُ الس ِم َرُ ِ في� ه ْ َظ َ ي َ ، و ُون َف ي Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada masaku, kemudian yang hidup pada masa berikutnya, kemudian yang berikutnya, kemudian akan datang suatu kaum kesaksian salah seorang dari mereka mendahului sumpahnya, dan sumpahnya mendahului kesaksiannya. Antaranya juga adalah hadis yang menjelaskan tentang perpecahan umat kepada 73 golongan, yang diriwayatkan secara sahih, oleh Abu Dawud (no. 4597), Ahmad (4:102), al-Hakim (I:128), al-Darimi (2:241), al- Lalikai dalam al-Sunnah (I:113 no. 150). Ia juga disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh Imam al- Zahabi daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan hadis ini sahih lagi masyhur. Ia juga disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah (no. 203-204) di mana baginda SAW bersabda: ً ة َّ َ ِ مل ن ِعي� ْ َ ب َ س ِ و ي� ْ ن َ ت ْ َ ِ ثن َل ُوا ع ََق � ت ْ َ ِ اب اف ِكت ْ ِل ال ْ ه َ ْ أ ُ ْ ِ من َك ْ ل ب َ ْ ق َ ن َّ م ِن َ إ ل َ أ ِ َّ ار ِي الن ف � َ ُ ون ْع َ ب َ س ِان و َ ت ْ َ ِ ثن ن ِعي� ْ َ ب َ س ٍث و َ ل َ َ ث َل ُ ع ِق َ ْ� ت ف َ َ ت َ س ة َّ ِل ْ ِذِه ال َ َّ ه ِن َ إ ُ و َة َ اع َم ج ْ َ ال ِهي َ ِة و َّ ن َ ج ْ ِي ال ف � ٌ َ ة َ ِاحد َ و و


14 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum anda dalam kalangan ahli Kitab telah berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Sesungguhnya (umat) agama ini (Islam) akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan. Tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan hanya satu golongan di dalam Syurga, iaitu al-Jamaah. Dalam sebuah riwayat lain yang dinilai sebagai Hasan, oleh al-Tirmidhi (no. 2641) dan al-Hakim (I/129) dari Abdullah bin ‘Amr. Ia juga dinilai sebagai hasan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ (no. 5343) menyebut: با� ِي َص ْ َ َ أ ِه و ْ ي َ ل َ َ ع ن � َ َ ا أ م Maksudnya: Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (iaitu) yang aku dan para Sahabatku berjalan di atasnya. Hadis tentang perpecahan umat Islam menjadi 73 golongan, semua binasa kecuali satu golongan, iaitu yang mengikuti apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RHM. Oleh itu, jalan selamat hanya satu sahaja iaitu mengikut al-Quran dan Al-Sunnah menurut pemahaman Salafus Salih (para Sahabat). Dalam kalangan tokoh ulama terdahulu pula, Imam al Awza’i pernah menegaskan: ٍ ْ ِ ِعل ْ َس ب ي َ ل َ َ ف ِلك َ ي� ُْ ذ َ َ غ َ ن َ ا ك َ ف َّ ٍد � َُم َص ْ َ ِ اب م ْ أ َ ن َ ع َ اء َ ا ج ُ م ْ ِعل ْ ال Maksudnya: Ilmu yang sebenar adalah yang diperolehi daripada sahabat Muhammad SAW dan yang lain daripada itu, tidak layak dikatakan sebagai ilmu (Ibn Abd al-Bar, Jami’ul Bayan alIlmi Wa Fadhlihi, 2:29). Setakat pengamatan penulis sudah ada buku- buku yang menghurai dan mengupas tentang Ahli Sunah Waljamaah yang bermanhaj Salaf. Namun kebanyakannya masih dalam bahasa


15 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Arab dan keberadaannya di pasaran masih belum mencukupi untuk memahamkan masyarakat tentang apa itu akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj salaf, terutama sekali di negeri Perlis, yang masih belum mempunyai teks pengajaran akidah Ahli Sunah Waljamaah bermanhaj salaf yang khusus dan tersendiri bagi memantapkan kefahaman umat Islam tentang akidah yang murni itu di negeri tersebut. Antara buku akidah yang bermanhaj Salaf dalam bahasa Arab ialah Tahzib Syarah Aqidah al-Sunnah Wa al-Jamaah (2007), yang dihasilkan oleh alSyeikh Muhammad Uthaimin, al- Wajiz Fi al-Iman oleh Syeikh Abdullah bin Abd al-Hamid al-Athari (2013) dan lain-lain. Antara buku terjemahan akidah Ahli Sunah Waljamaah beraliran salaf ke dalam bahasa Melayu pula ialah buku akidah yang dihasilkan oleh Syeikh Sulaiman al-Asyqar dan lain-lain. Golongan yang berakidah Ahli Sunah Waljamaah menurut al-Baghdadi sebenarnya tidak terbatas kepada golongan Asya’irah dan Maturidiyah sahaja, bahkan lebih daripada itu iaitu: Golongan ahli kalam yang bersih daripada tasybih (penyerupaan), ta’til (penafian) dan bidaah golongan Rafidah, Khawarij, Jahmiyyah dan al-Najjariyah dan seluruh golongan yang mengikut nafsu. Termasuk yang bersih daripada mengikut nafsu ialah Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi. Golongan ahli fiqh termasuk tokoh-tokoh mereka imam fiqh baik yang beraliran al-Ra’yi mahupun al-Hadis yang bersih daripada tasybih dan ta’til termasuk para sahabat terkemuka, Imam Malik, al-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, al- Awza’i, alThawri, Ibn Abi Laila, dan murid-murid mereka, ahli zahir dan seluruh fuqaha’ yang mengisbatkan sifat dan bersih daripada golongan yang mengikut hawa nafsu. Golongan ahli hadis, yang bersih daripada golongan yang mengikut hawa nafsu seperti al-Bukhari, Muslim, alTirmidhi, Abu Dawud, Ibn Majah dan lain-lain.


16 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Golongan ahli bahasa Arab yang bersih daripada golongan yang mengikut hawa nafsu seperti Khalil al- Farahidi, alAla’, Sibawaih, al-Akhfasy dan lain-lain. Golongan yang pakar dalam lapangan pembacaan al- Quran, yang menjauhi golongan mengikut hawa nafsu seperti Hafs, Asim dan lain-lain. Golongan Zuhud dan ahli-ahli sufi, yang berpegang kuat dengan al-Quran dan al-Sunnah seperti al-Junaid, Rabiah alAdawiyah, al-Fudail bin Iyad, Hasan al-Basri dan lain-lain. Golongan yang berjaga di sempadan negara daripada diceroboh oleh musuh. Golongan rakyat jelata yang mengikut Ahli Sunah Waljamaah dan di negara mereka berjalan syiar Ahli al- Sunnah Wa alJamaah (al-Baghdadi, 2008:253-255).


18 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Golongan Ahli Sunah Waljamaah melibatkan banyak golongan sebagaimana yang disenaraikan oleh al-Baghdadi (2008:253-255), antaranya ialah golongan yang mengikut aliran atau mengikut manhaj salaf dalam memahami akidah. Golongan ini juga disebut sebagai golongan yang berjaya dan golongan yang memperoleh kemenangan, golongan ahli hadis, ahli athar dan golongan yang mengikut jejak langkah Nabi SAW dan para sahabat. Mereka adalah orang yang berada di atas landasan yang dibawa oleh Nabi SAW dan juga para sahabat RHM. Pengertian Akidah Akidah dari segi bahasa membawa maksud hukum yang tidak dicelah oleh sebarang keraguan bagi orang yang mempercayainya. Apabila disebut akidah dalam agama, ia membawa maksud perkara yang menjadi kepercayaan di dalam hati dan tidak melibatkan perbuatan, seperti akidah tentang kewujudan Allah SWT dan perutusan para Rasul. Dari segi istilah, akidah membawa maksud perkara-perkara yang wajib dipercayai oleh hati dan disenangi oleh jiwa sehingga menjadi satu keyakinan yang sabit (kukuh dan tetap), yang tidak dicelah oleh sebarang keraguan dan tidak bercampur dengan sebarang syak. Ia melibatkan keimanan atau kepercayaan yang jelas yang tidak dicelah oleh sebarang syak kepada orang yang mempercayainya dan selaras pula dengan realiti. Jika kepercayaan tersebut tidak mencapai ke tahap yang meyakinkan, ia tidak dinamakan sebagai akidah. Ia juga dinamakan sebagai akidah, kerana manusia mengikat kukuh sesuatu kepercayaan di dalam hati. Pengertian Salaf Salaf dari segi bahasa, membawa maksud perkara yang telah berlalu dan telah lepas. Dari segi istilah, membawa maksud umat


19 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Islam yang berada atau hidup di tiga kurun yang pertama, yang terdiri daripada para sahabat, tabiin dan juga tabi tabiin, yang telah disaksikan Rasulullah SAW sebagai manusia yang berada pada kurun yang terbaik. Mereka ini merupakan sebaik-baik manusia secara mutlak. Dalam kalangan mereka, ada orang- orang yang siddiqun (orang-orang yang benar), syuhada’ (orang-orang yang mati syahid), orang-orang yang soleh dan tokoh-tokoh agamawan yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi sahabat Nabi SAW dan menyampaikan risalah yang dibawa baginda SAW. Mereka adalah orang yang mantap dalam penguasaan ilmu pengetahuan, sentiasa berpandukan petunjuk Rasulullah SAW dan menjaga Sunnah baginda SAW. Firman Allah SWT: ِ ِيل َ ب ي� َْ س َ ْ غ ِع ب َّ ت َ َ ي ٰ و َ ى ُد ْ ُ ٱل َ َ ل ي� َّ ن َ ب َ َ ا ت ِد م ْ َع ب ۢ َ ِ من ُ ول ِاقق ِ ٱلرَّ س َ ُش َ ن ي َم و ً ا ۝١١٥ َ ِصي� ْ م َت ء ٓ َ ا َ س و ۖ َ ِِل جۦ � َ َ � نَّ ْ ُص َ ن ٰ و َّ َ ل و َ َ ا ت ِِۦ م ّ َ ل و ُ َ ن ن ِمِني� ْ ُ ؤ ْ ٱل Maksudnya: Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orangorang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (al-Nisa’ 4: 115) Firman Allah SWT: ٍ ٰن َ ـ ْ س ِح ب �ِإ ُ ُ وه َع ب َّ َ ٱت ي�ن ِذ َّ َ ٱل ِ و َ ار َ نص ْ أ َ ٱل َ و ِي�ن ِجر ٰ ـ َ ُ ه ْ َ ٱل ِ من َ ُون َّ ل و َ ْ أ َ ٱل ُون ِ ق ب ٰ َّ ـ َ ٱلس و ٰرُ َْ ـ � ن َ ْ أ ََا ٱل ْ �ت َ ت ِى � ْر ج َ ت ٰ ٍت � ـ َّ َ ن ْ ج ُم َ َّ ل َد ع َ َ أ ُ و ه ْ ن َ ۟ ع ُ وا َض َ ر ْ و ُْم َ � ن ُ ع َّ َّ ض� ِ َ ٱلل ر ۝١٠٠ ُ ي� ِظ َ ع ْ ُ ٱل ْ ز و َ ف ْ َ ٱل ِلك ٰ َ ذ ً ا ۚ َد ب َ ٓ أ َا َ ِ في� ي�ن ِلِد ٰ ـ َ خ Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah)


20 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga- syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (al-Tawbah 9: 100) Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiin dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik, adalah golongan salaf umat ini. Setiap orang yang menyeru kepada apa yang diseru oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan juga tabiin, sebenarnya adalah orang-orang yang berada di atas landasan salaf. Penetapan zaman atau masa bukan syarat untuk dikaitkan dengan salaf, bahkan syarat yang utama ialah bertepatan dengan al-Kitab dan al-Sunnah dalam akidah, hukum-hakam dan juga akhlak, menurut kefahaman salaf. Setiap orang yang bertepatan akidah pegangannya dengan al-Kitab dan al-Sunnah, adalah pengikut salaf, meskipun jarak masa dan tempat di antaranya dengan generasi salaf dahulu, begitu jauh sekali. Sebaliknya orang yang menyelisihi mereka, adalah bukan dalam kalangan mereka, meskipun hidup pada zaman mereka. Imam salaf yang pertama sekali ialah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT: ْ ََ ى ُٰم � ت ۖ ْ َُم ْ� ن ي َ ُ ب ء ٓ ا ُح َ َ ِ ر َّ ار ف ُ ك ْ َ ٱل َل ُ ع ء ٓ ا َّ ِشد َ ٓ أ ۥ ُ َ ه َ ع َ م ي�ن ِذ َّ َ ٱل ِ ۚ و َّ ُ ٱلل ُ ول َّس ر ٌ َّد َُّم م ْ ِ ن ّ ِم م ُ ِوهه ُج ِ و ف � ْ ُ َ اه ِسي�م ۖ ً ن � ٰ َ ْ و ِض َ ر ِ و َّ َ ٱلل ِ ن ّ ً م ْ ل َض َ ف ُون َغ ت ْ ب َ ً ا ي َّد ج ً ا س ُ ع َّ ُ ك ر َ ْ رَج خ َ ٍ أ ْ ع َ ر ز َ ِ ِيل ك ج ن � ِ إ ْ ِ ٱل ف � ْ ُم ه ُ ل َ َ ث َم و ۚ ِة ٰ َ ى ْ ر َّو ِ ٱلت ف � ْ ُم ه ُ ل َ َ ث َ م ِلك ٰ َ ذ ۚ ُ ِود ج ُّ ِ ٱلس َ ث � َ َ أ ِغيظ َ ِ لي َ َّ اع ر ُّ ِج ُب ٱلز ْ ُع ُ ِوقِهۦ ي ٰ س َ َل ٰ ع َ ى َو ْ ت َٱس َ ف َظ ل ْ َغ ْ ت َٱس ُ ۥ ف َ ه َ ر َٔاز ـ َ ُ ۥ ف َٔه ـ ْ َ ط ً ش ِفرَ ة ْ َّ غ ُْم م ٰ ِت ِ م� ن َ ـ ِلح ٰ َّ ـ ۟ ٱلص وا ُ ِ ل َ َع ۟ و ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ ُ ٱل َّ َ ٱلل َد َع و ۗ َ َّ ار ف ُ ك ْ ُ ٱل ب� ِِم ۢ ا ۝۲٦ ً ِظي�م َ ْ رً ا ع ج َ َ أ و


21 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, SAW dan pengikut- pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang- orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (al-Fath 48: 29) Sedangkan dalam masa yang sama Allah SWT memerintahkan kita mentaati Rasulullah SAW dan menjauhi daripada mencanggahi perintah baginda SAW. Firman Allah SWT: َ ۧن ِ ـ ّ ِي ب َّ َ ٱلن ِ ن ّ ِم م ي� ْ َ ل َ ُ ع َّ َ ٱلل َم ع ْ ن َ َ أ ي�ن ِذ َّ َ ٱل َ ع َ م ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ أ َ َ ف ُ ول َ ٱلرَّ س َ و َّ ِ ٱلل ِطع ُ َ ن ي َم و ً ا ۝٦٩ ِفيق َ َ ر ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ َ أ ُ ن َ س َح و َۚ ن ِل ِحي� ٰ َّ ـ َ ٱلص ِء و ٓ ا َ ُّ َد َ ش ٱل� َ و ن ِ ِيقي� ّ ِ د ّ َ ٱلص و Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orangorang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqin, dan orang-orang yang


22 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). (al-Nisa’4: 69) Firman Allah SWT: ِ ِل ٰ ـ َ ٰ ع َ ِل َ إ ُّون َُد َّ � ت ُ ث � ْۖ ُ ِقيك ٰ ـ َ ُ ل ُ ۥ م ه َّ ِ ن إ َ ُ ف ه ْ ِ من َ ُّ ون ِفر َ ِذى ت َّ َ ٱل ْ ت َ و ْ َّ ٱل ِن ْ إ ُل ق ۝٨ َ ُون َ ل ْم ع َ ْ ت ُ ُ ن� ت َ ا ك ب � ِ ُ ُك ِ ئ ّ ب َ ُ ن ي َ ِة ف َ ٰد َّ َ ـ َ ش ٱل� ِب و ْ ي َ غ ْ ٱل Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”. (al-Jumu’ah 62: 8) Allah SWT menjelaskan nabi-Nya merupakan ikutan dan pedoman yang baik. Baginda merupakan contoh paling unggul yang wajib diikuti jejak langkahnya. Firman Allah SWT: ۗ ْ ُ َك ُوب ن ُ ُ ْ ذ َك ِفرْ ل ْ َغ َ ي ُ و َّ ُ ُ ٱلل ْك ِ ب ُ ْ ب ِ ي � ُ و� ن ِع ب َّ َٱت َ ف َّ َ ٱلل ُّون ِ ب ُ ت � ْ ُ ُ ن� ت ِن ك ْ إ ُل َ ق َ ل َّ َّ ٱلل ِ ن إ َ ف ۟ ْ ا و َّ َ ل و َ ِ ن ت إ َ َ ۖ ف ُ ول َ ٱلرَّ س َ و َّ ۟ ٱلل ُ وا ِطيع َ ْ أ ُل ٌ ۝٣١ ق ي� َّ ِح ر ٌ ُور ف َ ُ غ َّ َ ٱلل و ۝٣۲ َ ِي�ن ِفر ٰ ـ َ ك ْ ب ٱل ُّ ِ ُ ي� Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Ali-Imran 3: 31-32)


23 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Lafaz salafiyah menjadi tanda kepada jalan salafus salih, dalam menerima Islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi SAW, memahaminya mengikut yang dikehendaki oleh Nabi SAW dan melaksanakannya dalam bentuk iktikad, perkataan dan juga amalan. Dengan itu kefahaman tentang salafiyah ditujukan kepada orang-orang yang beriltizam dengan kitab Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW, dalam bentuk pengiltizaman yang sempurna, benar, jelas, zahir dan batin dan beriltizam dengan apa yang dipegang oleh generasi tiga kurun pertama umat Islam, yang tidak melakukan bidaah dalam agama dan tidak dihanyutkan oleh hawa nafsu sehingga Allah menguasai bumi ini dan orangorang yang berada di atasnya. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2641) yang merupakan hadis mufassar gharib dan al-Hafiz menjelaskan dalam Takhrij Usul al-I’tiqad hadis ini adalah hasan berdasarkan sokongan (syawahid), daripada Abdullah bin Amru RA: ً َ ة َ ِاحد ً و ة َّ ِ مل َّ ِال ِ إ َّ ار ِي الن ف � ْ ُم ه ُُّ ً ك ة َّ َ ِ مل ن ِعي� ْ َ ب َ س ٍث و َ ال َ َ ث َل َّت� ِي ع م ُ ُ أ ِق َ ْ� ت ف َ َ ت و با� ِي َص ْ َ َ أ ِه و ْ ي َ ل َ َ ع ن � َ َ ا أ َ م َ ال ِ؟ ق ّ َ الل ُ ول َس َ ر َ ي � ْ ِ هي َ ن َم ُوا و ال َ ق Maksud: Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan. Kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu golongan sahaja. Mereka(sahabat) bertanya: Siapakah dia wahai Rasulullah SAW? Sabda baginda: Yang aku dan para sahabatku berada di atas landasannya. Pengertian Ahli Sunah Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf Sunnah dari segi bahasa ialah jalan yang terpuji mahupun yang keji, manakala dari segi istilah ialah petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda RHM, baik dalam bentuk ilmu, iktikad, perkataan, amalan dan juga perakuan. Sunnah juga dikaitkan dengan Sunnah ibadat dan iktikad. Lawannya ialah bidaah (rekaan yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah dan jalan para sahabat). Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis: 4607) daripada al-


24 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Irbad bin Sariyah RA: ِة َّ ُ ن َ س ت� ِي و َّ ُ ن ِس ب ُ ْك ي َ َ ل ع َ ف ً ِثي�ا َ ًا ك ف َ ِتال ْ َ ي� ََى اخ س َ ْ ف ِدي ْ َع ب ُ ْك ْ ِ من ِعش َ ْ ي َ ن ُ م ه َّ ِ ن إ َ ف َ ا َ با � ِ و ُ َّ ك َ َ س َ � ت ي�ن َ الرَّ ِاشِد ن ِي� ّ ِدي ْ َ ه ِاء، امل َ ف َ ل خُ ال Maksudnya: Sesungguhnya orang yang hidup dalam kalangan kalian yang mempunyai umur yang panjang, akan melihat banyak berlaku perselisihan. Ketika itu hendaklah kalian semua berpegang teguh dengan Sunnahku dan sunnah Khulafa' yang mendapat petunjuk. Peganglah Sunnah itu sekukuh- kukuhnya. Al-Jamaah dari segi bahasa membawa maksud mengumpul atau menggabungkan sesuatu dengan cara meletakkannya berada berdekatan antara satu sama lain. Al-Jamaah juga membawa maksud bilangan yang ramai dalam kalangan manusia. Ia juga melibatkan sekumpulan manusia yang dikumpulkan oleh satu tujuan. Al-Jamaah dari segi istilah membawa maksud golongan salaf umat Islam yang dirahmati dan diberkati Allah SWT yang terdiri daripada kalangan para sahabat, tabiin dan imam-imam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik, ikhlas dan jujur sehingga ke hari kiamat. Mereka berkumpul di atas landasan alQuran dan al-Sunnah dan berjalan di atas landasan yang dibawa oleh Rasulullah SAW dari segi iktikad, ilmu, amalan baik yang zahir mahupun batin. Allah SWT memerintahkan hamba- hambaNya yang beriman supaya bersama dengan al- Jamaah, perpaduan dan saling bekerjasama antara satu sama lain dan menegah mereka berpecah, berselisih dan pulau-memulau. Firman Allah SWT: ْ ِذ ُ ْ إ ْك ي َ ل َ ِ ع َّ َ ٱلل َ ت ْم ِ نع ۟ رُ وا ُ ك ْ َ ٱذ ۟ ۚ و وا ُ رَّ ق َ ف َ َ ت َل ً ا و ِ يع َ ِ ج َّ ِل ٱلل ْ َ ب ب � ِ ۟ ُ وا ِصم َ ت ْ َ ٱع و ٰ َ َل ْ ع ُ ُ ن� ت َ ك ً و ن � ٰ َ ْ و ِخ ٓ إ ِتِهۦ َ ْ م ِِنع ُ ب ْ � ت َح ْ ب ص َ أ َ ُ ْ ف ِك ُوب ل ُ َ ق ي� ْ ن َ َّف َ ب ل َ أ َ ً ف ء ٓ ا َ ْد ع َ ْ أ ُ ُ ن� ت ك ْ ُ َّك َ ل ع َ ِتِهۦ ل ٰ ـ َ َ اي ُ ْ ء َك ُ ل َّ نُ ٱلل ِ ي� ّ َ ب ُ َ ي ِلك ٰ َ َذ ۗ ك َْا ِ � ن ّ ُ م ك َ ذ َ نق َ أ َ ِ ف َّ ار َ ٱلن ِ ن ّ رَ ٍة م ْ ُ ف َ ا ح ف َ ش ۝١٠٣ َ ُ ون َد َ ْ ت �ت


25 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhmusuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orangorang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayatayat keterangan- Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Ali Imran 3:103) Firman Allah SWT: ۚ ُ ٰت ـ َ ِن ّ َ ي ب ْ ُ ٱل ُ َ ه ء ٓ َ ا َ ا ج ِد م ْ َع ب ۢ ِ من ۟ وا ُ ف َ ل َ ْ ت َ ٱخ ۟ و وا ُ رَّ ق َ ف َ َ ت ي�ن ِذ َّ ل َٱ ۟ ك ُوا ُون َك َ ت َل و ۝١٠٥ ٌ ي� ِظ َ َ ٌ اب ع َذ ْ ع ُم َ َ ل ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ َ أ و Maksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang- orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keteranganketerangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (Ali Imran 3:105) Firman Allah SWT: َ ن ُ ْ ع ِك َ ب رَّق َ ف َ ت َ َ ف ُل ب ُّ ۟ ٱلس ُ وا ِع ب َّ ت َ َ ت َل ُۖ و ُ وه ِع ب َّ َٱت ً ا ف ِقي�م َ ْ ت ُ س ِط م ٰ َ ِ ا صَ ٰذ ـ َ َّ ه ن َ َ أ و ِ ِِ يلۦ ۝١٥٣ َ ب س Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia. Janganlah anda mengikuti jalan- jalan yang lain, kerana itu akan memecah-belahkan anda dari jalan-Nya.” (al-An’am 6:153)


26 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alTirmidhi (no hadis: 2165) dan dinilai oleh beliau sebagai Hasan Sahih Gharib daripada Ibn Umar, daripada bapanya Umar bin alKhattab RA: َ َ ِ من ُو َه َ ِاحِد و َ الو َ ع َ م َان ْ ط ي َّ َّ الش ِ ن إ َ ف َ ة َ رْ ق ُ َ الف ُ ْ و َّ ك ِي� َ إ ِة و َ َ اع َم ُ ْ ب �ِ جل ْك ي َ ل َ َ ع َة َ اع َم ْ ج ال َم ز ْ َ ل ي ْ ل َ ِة ف َّ ن َ ج ْ َ ال َ ة ُوح ُ ْ ب َ ب � َ اد ر َ ْ أ َ ن ُ ، م َد ْع ب َ ِ أ ي� ْ ن َ ن ْ ِالث Maksudnya: Hendaklah anda sekalian bersama dengan al-Jamaah dan jauhilah daripada perpecahan. Sesungguhnya syaitan itu bersama dengan orang berada seorang diri, tetapi jauh daripada dua orang. Sesiapa yang ingin tempat yang berada di tengah-tengah Syurga, hendaklah bersama dengan al-Jamaah. Dengan itu yang dimaksudkan sebagai Ahli al- Sunnah Wa al-Jamaah ialah golongan yang berpegang teguh dengan Sunnah Nabi SAW dan Sunnah orang yang mengikut baginda SAW daripada kalangan para sahabat dan juga tabiin dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik dari segi iktikad, perkataan dan juga amalan. Orang-orang yang istiqamah di atas ikutan terhadap Sunnah Rasulullah SAW dan menjauhkan diri daripada bidaah, mereka ini adalah golongan yang kekal menang sehingga ke hari kiamat. Mengikut mereka bererti berada di atas dasar petunjuk dan menyelisihi mereka bererti berada di atas landasan kesesatan. Kelebihan Golongan Ahli Sunah Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf Kelebihan golongan Ahli Sunah Waljamaah berbanding dengan puak-puak yang lain dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut: Golongan ini adalah golongan yang pertengahan dan sederhana antara yang cuai dengan yang keterlaluan, antara yang ekstrimis dengan yang terlalu lembab, baik dalam bab akidah, hukum-hakam mahupun akhlak. Mereka adalah golongan yang pertengahan antara puak- puak yang ada


27 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dalam kalangan umat Islam. Golongan ini mengguna pakai nas al-Kitab dan al- Sunnah dan berpada menerima sumber daripada kedua- duanya dan juga memahami kedua-duanya berdasarkan kepada manhaj salaf dan jalan-jalan yang ditempuhi mereka. Golongan ini tidak meletakkan pemimpin adalah orang yang wajib diterima segala perkataannya secara mutlak dan ditinggalkan perkataan orang yang menyelisihinya kecuali Rasulullah SAW sahaja. Golongan ini lebih tahu tentang hak ehwal Rasulullah, perkataan dan juga perbuatan yang diketengahkan baginda SAW. Mereka adalah manusia yang sangat kuat kecintaan dan keinginan untuk mengikut Sunnah dan sangat teguh dalam mendukung Ahli Sunnah. Golongan ini meninggalkan permusuhan dengan sebab agama dan menjauhkan diri daripada orang-orang yang suka bermusuh dalam agama. Mereka meninggal perdebatan dan perbahasan dalam persoalan-persoalan halal dan haram dan menerima keseluruhan ajaran agama Islam. Golongan ini sangat mengagungkan golongan salafus salih dan tokoh-tokoh mereka dan meyakini jalan yang ditempuhi generasi salaf dan manhaj mereka lebih selamat, lebih mengetahui dan juga lebih kukuh. Golongan ini menolak takwil yang banyak digunakan oleh ahli kalam, sebaliknya menyerah kepada syarak dalam keadaan mendahulukan naqal daripada akal dan menundukkan akal kepada naqal. Golongan ini tidak meletakkan hukuman yang umum, bahkan mereka mengumpulkan sekaligus antara nas- nas syarak dalam sesuatu masalah, mengaitkan mutasyabihah (ayat yang hanya mengandungi satu tafsiran saja) dengan muhkamah (ayat-ayat yang tidak diketahui makna yang sebenarnya oleh siapapun kecuali Allah sahaja atau ayat


28 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH yang memiliki banyak tafsiran), mujmal (ayat berbentuk umum yang bergantung pada ayat lain bagi menjelaskannya) dengan mubayyan (ayat yang dapat difahami maksudnya berdasarkan asal peletakannya atau setelah adanya penjelasan) dan mutlak (lafaz yang menunjukkan makna atau pengertian tertentu tanpa dibatasi oleh lafaz lain) dengan muqayyad (lafaz yang menunjukkan suatu hakikat berdasarkan qayid (batasan tertentu). Dengan cara tersebut mereka selamat daripada pertentangan dan berjaya sampai kepada kebenaran. Golongan ini menjadi ikutan orang-orang soleh, yang berjalan di atas landasan kebenaran. Mereka tetap di atas landasan kebenaran dan tidak berbolak-balik. Mereka bersepakat dalam perkara akidah dan mengumpulkan sekali gus antara ilmu dengan ibadat, tawakal kepada Allah SWT dengan pengambilan sebab- sebab, urusan dunia dengan bersikap warak terhadapnya, harap, kasih dan benci dengan belas kasihan dan bersikap lembut terhadap orang-orang yang beriman dengan keras dan tegas ke atas orang-orang kafir dan tidak berpecah-belah meskipun berlaku perbezaan masa dan juga tempat. Golongan ini tidak mempunyai nama lain selain daripada Islam, al-Sunnah dan juga al-Jamaah. Golongan ini begitu bersungguh dalam menyebarkan akidah yang benar dan agama yang lurus, mengajar, membimbing, mengemukakan nasihat dan mengambil berat tentang segala urusan ummah. Golongan ini sentiasa bersama dengan al-Jamaah dan menjaga perpaduan. Mereka menjauhkan diri daripada perselisihan dan juga perpecahan dan memberi amaran kepada masyarakat agar tidak terlibat dengan perpecahan. Golongan ini dijaga oleh Allah SWT daripada mengkafirkan antara satu sama lain. Begitu juga dengan membidaah dan


29 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH memfasikkan antara satu sama lain. Mereka adalah golongan yang paling faqih tentang hukum-hakam syarak. Apabila menghukum ke atas orang lain, mereka menghukumkan berdasarkan ilmu, keadilan dan juga kebijaksanaan. Golongan ini tunduk kepada Allah SWT dengan cara mengasihi, menunjukkan belas kasihan, mendoa, mempertahan, menahan diri daripada memburukkan antara satu sama lain. Mereka tidak menyokong mahupun memusuhi melainkan berasaskan asas agama. Kesimpulannya golongan Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang paling baik akhlak dan paling berusaha untuk membersihkan jiwa dengan cara mentaati Allah, paling luas minda, paling jauh pandangan dan paling berlapang dada dalam menghadapi perselisihan, malah paling mengetahui tentang adabadab dan asas-asasnya. Dengan ini pengertian Ahli Sunah Waljamaah tidak lari daripada pengertian salaf, kerana yang dikatakan sebagai golongan salaf itu ialah golongan yang beramal dengan al-Kitab dan berpegang teguh dengan al-Sunnah. Salaf adalah golongan Ahli al-Sunnah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW dalam hadis baginda, manakala Ahli al-Sunnah pula ialah golongan salafus salih dan orang-orang yang berjalan di atas landasan mereka. Dengan itu juga golongan-golongan seperti Khawarij, Jahmiyyah, Qadariyyah, Muktazilah, Murji’ah, Rafidah dan lain-lain bukan termasuk ke dalam golongan Ahli Sunah Waljamaah, bahkan termasuk ke dalam golongan ahli bidaah. Begitu juga golongan yang mengikut jejak langkah golongan-golongan yang disebutkan di atas. Keistimewaan Ahli Sunah Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf Akidah salafus salih mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang unggul, antara yang terpenting sekali ialah:


30 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Merupakan Akidah Orang-orang Islam Yang Hidup Pada Kurun Yang Terbaik Akidah salaf merupakan akidah yang dianuti oleh umat Islam yang hidup pada tiga kurun yang pertama yang telah disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai kurun yang paling baik. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 2457) menerusi Imran bin Husain RA: ْ َُم ُو� ن ل َ َ ي ي�ن ِذ َّ َّ ال ُ ث � ْ َُم ُو� ن ل َ َ ي ي�ن ِذ َّ َّ ال ُ ث ِي � رْ � ن َ ُ ْ ق ي� ُْك َ خ Maksudnya: Sebaik-baik anda adalah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang mengikuti mereka…. Sumber Perolehannya Adalah Selamat Akidah salaf diambil daripada sumber yang suci iaitu daripada al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak salafus salih dan para ulama mujtahidin yang terkemuka yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik. Para ulama itu adalah orang-orang yang mengikut jalan, manhaj dan kefahaman salafus salih dalam urusan agama. Sanadnya Berhubung Terus Dengan Allah SWT Dan RasulNya. Akidah salaf mengikat orang Islam secara langsung dengan Allah SWT dan Rasul-Nya dan juga dengan kecintaan dan penghormatan kepada kedua-duanya dan sama sekali tidak meminggirkan kedua-duanya, kerana sumbernya ialah firman Allah dan sabda Rasulullah dan dalam masa yang sama jauh daripada permainan hawa nafsu, syubhah dan bersih daripada pengaruh-pengaruh asing seperti falsafah, mantiq dan fahaman rasionalis. Sumbernya tidak lain tidak bukan ialah kitab Allah, Sunnah Rasulullah dan juga ijmak ummah. Syiarnya Ialah Penyerahan Diri Kepada Allah SWT Dan RasulNya


31 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Akidah salaf tegak di atas prinsip penyerahan yang sempurna kepada Allah dan Rasul-Nya baik yang melibatkan perkara yang kecil mahupun yang besar dan juga berdasarkan kepercayaan yang tegas dan perakuan yang lengkap terhadap hukum-hakam yang terdapat dalam kedua-duanya, kerana beriman dengan perkara ghaib, merupakan asas penyerahan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, dalam berdepan dengan perintah dan larangan keduaduanya. Keterangannya Jelas, Terang, Mudah Dan Senang Difahami Akidah salaf tidak mengandungi kesamaran, sesuatu yang sukar difahami dan tidak ada pertentangan. Ia jauh daripada perkara yang sukar dan penyelewengan nas. Lafaz-lafaznya jelas dan disenangi oleh jiwa-jiwa manusia yang sihat. Orang yang berpegang dengannya memiliki hati yang lapang dan jiwa yang tenang, yang jauh daripada berbagai-bagai syak, waham dan was-was syaitan, malah menyejukkan hati, kerana ia berjalan di atas petunjuk Nabi SAW, para sahabat baginda dan juga imam-imam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik. Mengutamakan Tauhid, Jamaah, Perpaduan Dan Juga Kemenangan Akidah salaf adalah tali Allah SWT yang kukuh, manhaj- Nya yang lurus dan jalan-Nya yang betul, kerana ia merupakan akidah tauhid yang bersih, murni dan suci daripada syirik dan bidaah dan segala jenisnya. Dengan akidah seumpama ini, beramal dan juga menyeru masyarakat ke arahnya, barisan umat Islam akan bersatu dan menjadi kuat. Suara mereka akan berada di atas landasan kebenaran seterusnya membolehkan mereka meraih kemenangan dan penguasaan dan akhir sekali menghukum dalam urusan manusia berdasarkan syariat Allah SWT. Sejarah Islam merupakan sebaik-baik saksi terhadap akidah salaf tersebut, kerana ia merupakan sahutan yang jujur terhadap firman Allah SWT:


32 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ْ ِذ ُ ْ إ ْك ي َ ل َ ِ ع َّ َ ٱلل َ ت ْم ِ نع ۟ رُ وا ُ ك ْ َ ٱذ و ۚ ۟ وا ُ رَّ ق َ ف َ َ ت َل ً ا و ِ يع َ ِ ج َّ ِل ٱلل ْ َ ب ب � ِ ۟ ُ وا ِصم َ ت ْ َ ٱع و ٰ َ َل ْ ع ُ ُ ن� ت َ ك ً و ن � ٰ َ ْ و ِخ ٓ إ ِتِهۦ َ ْ م ِِنع ُ ب ْ � ت َح ْ ب ص َ أ َ ُ ْ ف ِك ُوب ل ُ َ ق ي� ْ ن َ َّف َ ب ل َ أ َ ً ف ء ٓ ا َ ْد ع َ ْ أ ُ ُ ن� ت ك ْ ُ َّك َ ل ع َ ِتِهۦ ل ٰ ـ َ َ اي ُ ْ ء َك ُ ل َّ نُ ٱلل ِ ي� ّ َ ب ُ َ ي ِلك ٰ َ َذ ۗ ك َْا ِ � ن ّ ُ م ك َ ذ َ نق َ أ َ ِ ف َّ ار َ ٱلن ِ ن ّ رَ ٍة م ْ ُ ف َ ا ح ف َ ش ۝١٠٣ َ ُ ون َد َ ْ ت �ت Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhmusuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orangorang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayatayat keterangan- Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Ali Imran 3:103) Mana-mana perpaduan dan perhimpunan yang tidak berdasarkan akidah salaf yang disebutkan di atas, hala tujunya akan berakhir dengan perpecahan, persengketaan, pergaduhan dan kegagalan. Bersifat Kekal, Teguh, Stabil Dan Syumul Antara ciri dan kriteria akidah salaf yang terpenting ialah bersifat kekal, teguh, stabil, syumul dan terjaga. Dengan kata lain ia merupakan akidah yang utuh, stabil, terjaga dari segi riwayah dan dirayah, bersifat umum dan holistik, istimewa, baik dan mendatangkan kebaikan untuk setiap zaman, tempat, umat dan keadaan. Ia merupakan akidah yang kekal abadi dan sentiasa menang sehingga ke hari kiamat. Ia dijaga oleh Allah dan dipindahkan daripada satu generasi ke satu generasi yang


33 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH lain, tanpa berlaku penambahan, pengurangan, penukaran, penyelewengan atau kesamaran. Firman Allah SWT: ۝٩ َ ُ ون ِفظ ٰ ـ َ َ ُ ۥ ل َ نَّ ل �ِ َ إ رَ و ْ ِ ك ّ َ ا ٱلذ ن ْ ل َزَّ ُ � ن ْ ن َ ن نَّ � �ِ إ Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr 15:9) Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT Berpegang teguh dan beramal dengan akidah salaf merupakan antara sebab yang terbesar yang boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT, kejayaan memperoleh keredhaan dan SyurgaNya dan keselamatan daripada azab yang sangat pedih. Merupakan Akidah Yang Dipegang Oleh Imam-imam Yang Berada Di Atas Landasan Kebenaran Akidah salaf adalah akidah yang dipegang oleh imam- imam yang berada di atas landasan kebenaran. Mereka berpegang teguh dengan al-Kitab dan al-Sunnah dan mengikut athar salafus salih dengan baik. Asas-Asas Ahli Sunah Waljamaah Berdasarkan Manhaj Salaf Asas-asas agama atau usuluddin telah dijelaskan oleh Nabi SAW dengan satu penjelasan yang lengkap dan sempurna. Tidak ada seorang pun yang boleh membuat penambahan di dalamnya dan menganggap ia merupakan sebahagian daripada agama. Golongan yang berakidah salaf adalah golongan yang berpegang teguh dengan asas-asas akidah yang besar ini dan menjauhkan diri daripada lafaz-lafaz yang bidaah. Mereka beriltizam dengan lafazlafaz yang syar’i. Oleh sebab itu mereka adalah kesinambungan tabiin dan hakiki kepada generasi salafus salih terdahulu.


34 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Kesimpulan Golongan Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah adalah merupakan golongan yang mengikut jejak langkah Rasulullah SAW, para sahabat dan juga tabiin, dalam berakidah, beribadah dan juga berakhlak. Tiga generasi yang menjadi ikutan di atas merupakan generasi yang paling baik dan paling memahami tentang nas-nas al-Quran dan juga al-Sunnah. Hidup mereka sederhana tetapi jiwa mereka besar. Mereka sentiasa mengutamakan keikhlasan dalam melakukan sesuatu amalan dan tidak ingin amalan mereka dilihat oleh orang lain kecuali yang melibatkan amalan dan ibadah yang berbentuk kemasyarakatan. Akidah mereka murni. Ibadah mereka mantap dan akhlak mereka memukau kawan mahupun lawan. Dua buah kuasa besar dunia yang sangat disegani dan ditakuti musuh, jatuh ke tangan mereka. Golongan Ahli Sunah Waljamaah tidak terhad dan terikat dengan masa dan tempat tertentu, bahkan kewujudan mereka berlaku sepanjang masa termasuk di zaman kita ini, asalkan ikutan terhadap tiga generasi terkemuka di atas berlaku.


35 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH


36 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Iman tertumpu kepada kepercayaan yang tegas, pengiktirafan yang lengkap dan perakuan yang sempurna terhadap keseluruhan apa yang diperintahkan Allah SWT dan Rasul-Nya dan juga ketundukan kepada- Nya zahir dan batin. Ia merupakan kepercayaan dalam hati dan iktikad tersebut mengandungi amalan-amalan hati dan anggota. Golongan yang berakidah salaf mempercayai rukunrukun iman yang enam, sebagaimana yang diberitahu oleh Nabi SAW dalam hadis yang panjang. Sabda baginda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 1) daripada Abdullah bin Umar bin al-Khattab RA: ِ ْ ر د َ ق ْ َ ب �ِ ل ِمن ْ ؤ ُ َ ت ِ و ِخر ْآ ِم ال ْ َو ي ْ َ ال ِِل و ُ ُس َ ر ِ ِه و ب ُ ت ُ َ ك ِتِه و َ ِئك َ َ ل َم ِ و َّ َ ب �ِ لل ِمن ْ ؤ ُ ْ ت ن َ أ ِ ِه ّ َ � َش ِ ِه و ي� ْ َ خ Maksudnya: Hendaklah anda beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan anda beriman dengan al-Qadar yang baik dan juga yang buruk. Iman seseorang hamba tidak sah melainkan setelah betulbetul mempercayai keenam-enam rukun iman dengan lengkap. Jika satu rukun sahaja gugur atau tidak dipercayai, iman akan rosak dan batal dan individu yang terlibat tidak lagi dipanggil sebagai orang yang beriman. Iman tidak akan sempurna kecuali dengan rukun-rukunnya yang enam dalam bentuk yang benar, yang ditunjukkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Sesiapa yang menolak atau mengingkari satu sahaja daripadanya, bukan lagi dinamakan orang yang beriman, meskipun mendakwa dirinya masih beriman dan melaksanakan sebahagian daripada rukunrukun iman itu sendiri. Rukun Pertama: Beriman Kepada Allah Beriman kepada Allah SWT membawa maksud kepercayaan yang tegas, perakuan yang sempurna dan pengiktirafan yang lengkap tentang kewujudan Allah Azza Wajalla, Rububiyah-


37 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Nya, Uluhiyah-Nya dan Asma’ dan Sifat-Nya. Ia melibatkan kewajipan mentauhidkan Allah SWT dari segi Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ dan Sifat dari segi iktikad dan juga amalan. Tauhid membawa maksud mengesakan sesuatu. Apabila disebut mentauhidkan Allah, ia membawa maksud mengesakan Allah SWT. Tauhid tidak akan terealisasi melainkan dalam bentuk menafi dan mengisbatkan iaitu menafikan hukum selain daripada Tuhan yang ditauhidkan dan mengisbatkan hanya Tuhan yang ditauhidkan itu sahaja. Misalnya kita menyatakan tauhid tidak akan sempurna sehingga seseorang mengucap tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Ia membawa maksud keperluan menafikan Uluhiyah selain daripada Allah dan mengisbatkan Uluhiyah itu hanya kepada Allah semata- mata. Dengan itu semata-mata menafikan sahaja tidak mencukupi, sebagaimana semata-mata mengisbatkan sahaja juga tidak mencukupi. Jika seseorang menyatakan: Muhammad berdiri, bermakna orang itu telah mengisbatkan Muhammad berdiri, tetapi tidak boleh dikatakan Muhammad sahaja yang berdiri dan orang lain yang bersama dengan beliau, tidak berdiri, bahkan harus berlaku orang lain juga turut berdiri bersama-sama dengan beliau. Jika seseorang menyebut “tidak ada seorang pun yang berdiri” membawa maksud tidak ada seorang pun yang berdiri dan orang lain juga tidak berdiri bersama dengan beliau. Apabila seseorang mengeluarkan ucapan: “Tidak ada yang berdiri melainkan Muhammad”, barulah ucapan di atas membawa maksud mengesakan Muhammad dari segi berdiri dan tidak ada orang lain yang turut berdiri bersama-sama dengan Muhammad. Inilah yang disebut sebagai tauhid yang sebenar dari segi realiti. Pembahagian tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan juga Asma’ dan Sifat adalah berdasarkan istiqra’i (kajian dan pemerhatian) yang dibuat oleh tokoh-tokoh salaf generasi awal seperti Ibn Mundah dalam Kitab Tauhid, Ibn Battah dalam al- Ibanah Syariah al-Firqah al-Najiah, Ibn Jarir alTabari dalam tafsirnya, Abu Yusuf sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Mundah dalam Kitab Tauhid dan lain- lain. Ia diperakui oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah


38 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dalam kebanyakan karya masing-masing, al-Zabidi dalam Taj al-Arus dan al- Syankiti dalam Adwa’ al-Bayan. Kewujudannya memang tidak terdapat dalam kitab, al-Sunnah, ijmak dan juga qiyas, sebaliknya berdasarkan istiqra’i. Kedudukannya sama juga dengan sistem pembelajaran bahasa Arab yang dibahagi kepada tiga kategori iaitu kata nama, kata kerja dan kata sendi (isim, fi’lun dan harfun). Ia muncul hasil daripada pemerhatian para ulama yang pakar dalam bahasa Arab terhadap penggunaan bahasa Arab yang sering digunakan oleh orang-orang Arab generasi terdahulu dan mereka menyimpulkannya dasar besarnya kepada tiga aspek di atas (Ibn Uthaimin, 2007:12-13). Ibn Taimiyyah bukanlah orang pertama memperkenalkan tauhid tiga ini sebaliknya merupakan tokoh yang mempopularkannya dalam kalangan umat Islam dan melihat ia lebih dekat dengan roh al-Quran dan al- Sunnah yang sahih. Tambahan pula pada zamannya beliau berdepan dengan banyak golongan yang taasub kepada akidah dan pegangan puak masing-masing. Al-Syeikh Muhammad al-Syankiti Rahimahullah pernah menjelaskan (Abd al-Muhsin al-‘Abbad,1414:25- 30), berdasarkan renungan dan pemerhatian terhadap ayat-ayat al-Quran didapati tauhid kepada Allah SWT dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: Pertama: Tauhid dari segi Rububiyah. Tauhid seumpama ini merupakan tauhid yang melibatkan fitrah orang-orang yang berakal. Firman Allah SWT: ۝٨٧ َ ُون ك َ ف ْ ُؤ ٰ ي � نَّ َ أ َ ف ُۖ َّ َّ ٱلل ن ُ ُول َق ي َ ْ ل َُم َ� ق ل َ ْ خ َّ ن َُم م �ت ْ ل َ َ أ ن س ِ َ� ئ َ ل و Maksudnya: Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: “Allah”, Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah )? (al-Zukhruf 43: 87)


Click to View FlipBook Version