189 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Antara perkara yang menjadi asas kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah ialah cinta kerana Allah SWT dan benci juga kerana Allah SWT. Cinta kerana Allah SWT membawa maksud kasih, memberikan ketuanan dan mendukung orang-orang yang beriman secara khusus dan orang-orang Islam secara umum. Benci kerana Allah SWT membawa maksud benci kepada orang-orang Musyrikin dan orang-orang kafir dan orang-orang yang mendukung mereka. Begitu juga dengan membebaskan diri daripada undang-undang dan juga perundangan- perundangan yang dibuat mereka. Firman Allah SWT: ْ رُ وِف َ ع ْ ل ٱ َ ب �ِ ُ رُ ون م ْ أ َ ي � ۚ ْ ٍض َع ُ ب ء ٓ َ ا ِلي ْ و َ ْ أ ْ ض ُ ُم َع ُ ب ٰت ـ َ ِمن ْ ُ ؤ ْ َ ٱل َ و ُون ِمن ْ ُ ؤ ْ َ ٱل و َ َّ َ ٱلل ُ ون ِطيع ُ َ ي َ و ٰة و َ َّ ك َ ٱلز ُون ت ْ ُؤ َ ي َ و ٰة و َ َّ ل َ ٱلص ُ ون ِقيم ُ َ ي ِ و ر َ ُ نك ْ ِ ٱل َ ن َ ع ْ ن َْو َ� ن َ ي و ٧١ ٌ ي� َ ِك زٌ ح ِي� َز َ ع َّ َّ ٱلل ِن ُۗ إ َّ ُ ٱلل ُم ي� َ ْح َ ُه َ َ س ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ ۚ أ ٓ ۥ ُ َ ُ ول َس َ ر و Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Tawbah 9: 71) Cinta kerana Allah dan juga benci kerana Allah SWT di atas melibatkan akidah muwalah (mendukung) dan mua’adah (memusuhi) dalam Islam. Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Konsep Mendukung Dan Memusuhi Manusia Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah dalam isu di atas ialah:
190 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Menyakini doktrin mendukung dan memusuhi manusia di atas termasuk ke dalam asas yang penting dalam agama dan salah satu rukun akidah. Ia mempunyai kedudukan yang tinggi dan agung dalam syariat, kerana disebabkan faktor-faktor berikut: Ia merupakan sebahagian daripada kesaksian tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Kesaksian ini membawa maksud keperluan membebaskan diri daripada setiap perkara yang disembah selain Allah SWT. Firman Allah SWT: ٣٦ َ َ ُوت ٰغ ـ َّ ۟ ٱلط ُوا ِنب َ ْ ت َ ٱج َ و َّ ۟ ٱلل ُ وا ُد ب ْ ِن ٱع َ ً أ ُ ول َّس َّ ٍة ر م ُ ِ أ ِ ك ُّ ف َ ا � ن ْ َ ث َع ْ ب د َ ق َ َ ل و Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”….. (al-Nahl 16: 36) Ia merupakan ikatan iman yang paling utuh dan merupakan syarat yang wajib dipenuhi bagi mengesahkan iman. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Zar RA, dalam hadis yang diriwayatkan oleh al- Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir (no hadis:11537) dan dinilai sebagai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ al-Saghir (no hadis:2539) daripada Ibn Abbas RA: ْ ِي ف ب � ُّ ُ ْ َ ال ِ، و َّ ْ الل ِي ف � ُ َ اة َ اد ُ ع ْ َ ال ِ، و َّ ْ الل ِي ف � ُ َ ة َ ال ُ و ْ َ ِان: ال ِي� إ ْ ُرَ ى ال ُ ع ق َ ْ ث و َ أ ِ َّ ْ الل ِي ف ْ ُض � ُغ ب ْ َ ال ِ، و َّ الل Maksudnya: Sekukuh-kukuh tali ikatan Iman ialah mendukung kerana Allah dan memusuhi kerana Allah. Begitu juga cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. Ia menjadi punca kepada kebolehan hati untuk menikmati kemanisan iman dan kelazatan keyakinan.
191 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 16) daripada Anas bin Malik RA: َ َّب ح َ ُ أ ُ ُ ول َس َ ر ُ و َّ َ الل ُون َك ْ ي ن َ َ ِان: أ ِي� َ إ ال َة و َ َ ال َ ح َ د َج َّ ِ ف ِيه و ُ ن ْ ك َ ن م ٌ َث ال َ ث َ ُ ود َع ْ ي ن َ َ أ رَ ه ْ َك ْ ي ن َ َ أ ِ، و َّ َّ ِ لل ِل ُ إ ُّه ِ ب ُ ي � َ َ ال َ رْء ِ َّب امل ُ ي � ْ ن َ َ أ َ ا، و ُ َ اه ِه م َِّ ِ ا سو ْ ي َ ِ ل إ ِ َّ ار ْ الن ِي ف � َ َ ف ذ ْ ُق ْ ي ن َ ُ أ رَ ه ْ َك َ َ ا ي ِ ك ر ْ ف ُ ِي الك ف � Maksudnya: Tiga perkara, sesiapa yang memperolehnya, akan memperoleh kemanisan iman iaitu orang yang mana Allah dan rasul-Nya lebih dia kasih berbanding dengan yang lain daripada kedua-duanya. Orang yang kasihkan seseorang hamba, di mana dia tidak kasihkan hamba itu melainkan kerana Allah dan orang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah SWT menyelamatkannya daripada kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka. Ia akan menyempurnakan iman dan menolaknya akan menatijahkan kekufuran. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis: 4681) dan dinilai sebagai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (no hadis:380) menerusi Abu Umamah RA: َ ْ َ ل َك ْ ت ِد اس َ ق َ ِ ف َّ َ ِ لل َع َ ن َم ِ، و َّ َ ِ لل ْط ع َ َ أ ِ، و َّ َ َض ِ لل ْغ ب َ َ أ ِ، و َّ َ َّب ِ لل ح َ ْ أ َ ن َ م َ ان ِي� إ ْ ال Maksudnya: Sesiapa yang kasih kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah, sesungguhnya dia telah menyempurnakan iman. Firman Allah SWT: ُ َم ع ْ ُط َ ي َل ُ و ِعم ْ ُط َ ي ُو َه ْ ِض و ر َ ْ أ َ ٱل ِت و ٰ َ ٰو َ ـ َّ م ِ ٱلس ِاطر َ ًّ ا ف ِلي َ ُ و ِ ذ خ َّ ت � َ ِ أ َّ ي� َْ ٱلل َ غ َ ْ أ ُل ق ١٤ َ ن ِ ِكي� ْ � ُ ش ْ َ ٱل ُ نو� َ نَّ ِ من َك َ ت َل و ۖ َ َ ْ ل س َ ْ أ َ ن َ م َّل و َ َ أ ُون ك َ ْ أ ن َ ُ أ ِمرْت ُ ٓ أ ِ ِ� نّ ْ إ ُل ۗ ق Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Patutkah
192 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan ia pula yang memberi makan dan bukan ia yang diberi makan?” Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firman- Nya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang Musyrik itu. (al-An’am 6: 14) Ia merupakan hubungan yang mana daripada asasnya tegak masyarakat Islam Rabbani dan binaannya menjadi sempurna. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis:13) daripada Anas RA: ِسِه ْ ف َ بِ لن ُّ ِ ُ َ يا � ِخ ِيه م َ أ ِ َّب ِ ل ُ َت� َّ ي � ُ ْ ، ح ُ ك َد ح َ ُ أ ِمن ْ ُؤ ي َ ال Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dalam kalangan anda, sehingga dia sukakan untuk saudaranya seperti apa yang dia sukakan untuk dirinya. Menyakini doktrin mendukung dan memusuhi adalah doktrin yang wajib dipegang menurut syarak, bahkan termasuk ke dalam tuntutan kalimah ‘tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan salah satu daripada syaratnya. Ia juga merupakan asas besar akidah dan iman, yang wajib ke atas orang Islam menjaganya. Banyak nas al-Quran yang menegaskan asas ini. Antaranya firman Allah SWT: ِم ي� ْ َ ِ ل َ إ ُون ق ْ ل ُ َ ت ء ٓ َ ا ِلي ْ و َ ُ ْ أ َّ ك ُ و َد َع ِ ى و ّ ُ و َد ۟ ع ُ وا ِخذ َّ ت َ َ ت ۟ ل ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َُّ ا ٱل ي� َ أ ٰٓ ـ َ ي ن َ ۙ أ ْ ُ َّ ك ِي� َ إ َ و ُ ول َ ٱلرَّ س ُ ون ِج ر ْ ُ خ ِ ي � ّ َق ْ َ ٱل ِ ن ّ ُ م َك ء ٓ َ ا َ ا ج ب � ِ ۟ رُ وا َ ف َ ْ ك د َ َ ق ِة و َّ َد َ و ْ ل ٱ ۚ ب�ِ ِ َ ا� ت َ رْض َ م ء ٓ ا َ ِتغ ْ َ ٱب ِ ِيل و َ ب ِ س ف ً ا � ٰد َ ـ ْ ج � ِ ُ ْ � ت َ رَج ْ خ ُ ُ ن� ت ِن ك ُ ْ إ ِك ّ َ ب ِ ر َّ ٱلل ب �ِ ۟ ُوا ِمن ْ ؤ ُ ت ُ ْ َ ل ع ْ َف َ ن ي َم ۚ و ْ ُ َن� ت ل ْ ع َ ٓ أ َ ا َم ْ و ُ ْ � ت ي َ ْ ف خ َ ٓ أ َ ا ُ ب � ِ َ ْ ل ع َ َ۠ أ ن � َ َ أ ِة و َّ َد َ و ْ ل ٱ ِ بم �ِ ي� ْ َ ِ ل َ إ ُّ ون ِس ُ ت ِ ِيل ١ َّ ب َ ٱلس ء ٓ َ ا َ و َّ س َ ل ْ ض د َ ق َ ُ ْ ف ِمنك Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
193 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang Mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan untuk mencari keredaan-Ku. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. (al-Mumtahanah 60: 1) Membahagikan manusia dari segi dukungan dan permusuhan kepada tiga bahagian iaitu: Orang yang berhak diberikan dukungan dan kasih secara mutlak. Mereka adalah orang-orang yang beriman yang ikhlas yang beriman kepada Allah SWT sebagai tuhan dan Rasulullah sebagai nabi. Mereka melaksanakan segala syiar baik berbentuk ilmu, amalan mahupun iktikad, dalam keadaan mengikhlaskan diri hanya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: َ ُون ت ْ ُؤ َ ي َ و ٰة و َ َّ ل َ ٱلص ُ ون ِقيم ُ َ ي ي�ن ِذ َّ ۟ ٱل ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٱل ُ ۥ و ُ ُ ول َس َ ر ُ و َّ ُ ُ ٱلل ُّك ِلي َ ِ� نََّ ا و َّ إ ِ ن إ َ ف ۟ ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٱل ُ ۥ و َ ُ ول َس َ ر َ و َّ َّ ٱلل َل َو ت َ َ ن ي َم َ ٥٥ و ُ ون ِكع ٰ َ ْ ر ُ َ ه َ و ٰة و َ َّ ك ٱلز ٥٦ َ ُون ِلب ٰ ـ َ غ ْ ُ ٱل ُ ِ ه َّ ْ َب ٱلل ِحز Maksudnya: Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).
194 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. iaitu: orang-orang yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya. (al-Ma’idah 5: 55-56) Orang yang berhak diberikan dukungan daripada satu pihak tetapi di pihak yang lain berhak diletakkan permusuhan. Mereka terdiri daripada orang-orang yang beriman yang melakukan maksiat. Pada diri mereka berkumpul sekali gus antara keberhakan untuk dicintai dan juga keberhakan untuk dimusuhi. Mereka dikasihi kerana keimanan, ketaatan dan ketakwaan yang dimiliki dan dibenci kerana kemaksiatan dan kezaliman yang tidak mencecah tahap kufur dan syirik yang dilakukan. Kedudukannya sama juga dengan orang Islam yang melakukan maksiat yang mencampuradukkan antara amalan soleh dengan amalan yang buruk, yang mencuaikan sebahagian amalan yang wajib dan melakukan sebahagian perkara yang diharamkan, yang tidak mencapai tahap kufur. Bagi orang-orang yang seumpama di atas berhak diberikan dukungan dan sokongan mengikut kadar kebaikan yang dilakukan dan ditunjukkan permusuhan berdasarkan kadar kejahatan dan keburukan yang dilakukan. Dalam masa yang sama wajib menasihati mereka dan tidak boleh mendiamkan diri di atas kemaksiatan yang dilakukan, bahkan hendaklah disuruh melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar dan juga dilaksanakan hukuman hudud dan juga takzir supaya mereka berhenti daripada melakukan maksiat dan meninggalkan maksiat tersebut. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ke atas seorang lelaki yang bernama Abdullah, yang juga digelar sebagai keldai, ketika beliau dibawa ke hadapan Nabi SAW kerana meminum arak dan sesetengah sahabat Nabi SAW telah melaknat beliau tetapi Nabi SAW melarang mereka berbuat demikian. Baginda SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis:6282) daripada Umar bin al-Khattab RA:
195 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ُ َ ُ ول َس َ ر َ و َّ ب الل ُّ ِ ُ َّ يه � ُ إن ْ ت ِل َ َ ا ع ِ م َّ َ الل و َ ُ ، ف ُوه َ ن ع ْ ل َ َ ت ل Maksudnya: Jangan anda semua melaknatnya. Demi Allah, aku tidak mengetahui melainkan beliau seorang yang cintakan Allah dan Rasul-Nya. Orang yang berhak ditunjukkan kebencian secara mutlak. Mereka terdiri dalam kalangan orang-orang kafir yang menzahirkan kekufuran, kesyirikan dan juga kezindikan. Mereka melibatkan bangsa yang berbeza- beza antaranya ialah orang-orang Yahudi, Kristian, Musyrikin, Atheis, penyembah berhala, Majusi, golongan munafikin, golongan yang takabbur terhadap Allah SWT, golongan yang berpegang dengan aliranaliran yang merosakkan dan juga parti-parti sekular yang menolak Islam dan menyatakan agama tidak ada kena mengena dengan siasah atau politik. Hukum ini terkena kepada orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang mengkufurkan, dalam kalangan orangorang murtad yang disandar dan dikaitkan dengan ajaran Islam. Misalnya orang yang melakukan salah satu daripada perkara yang membatalkan Islam, mempersekutukan Allah dengan makhluk dalam ibadat, menumpukan jenis ibadah tertentu kepada makhluk seperti berdoa bukan kepada Allah, memohon pertolongan bukan daripada Allah, bertawakal, menyembelih dan bernazar kepada yang lain daripada Allah SWT, mencaci Allah, Rasul dan agamaNya, meninggalkan solat lima waktu tanpa sebarang keuzuran, memisahkan agama daripada kehidupan dengan mengiktikadkan agama Islam sudah tidak lagi sesuai dengan situasi zaman ini dan lain-lain. Para pemerintah umat Islam dan pihak berkuasa perlu berjihad menentang orang murtad jenis ini dan menyempitkan jalan yang membolehkan mereka menyebarluaskan kemurtadan tersebut dalam kalangan masyarakat dan tidak membiarkan mereka melakukan berbagai-bagai kerosakan di muka bumi.
196 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: ۟ ُوا ن َ َ ا ك َ م ء ٓ َ ا ْ س ِ� نَُّم ٓ ۚ إ ِ ِِ يلۦ َ ب َ ن س ۟ ع ُّ وا َ د َص ً ف ِليل َ ً ا ق َ ن َ ث � ِ َّ ٰ ِت ٱلل ـ َ َٔاي ِ ـ ب ۟ ْ ا ََو ْ � ت ٱش ٩ َ ُون َ ل ْم َع ي Maksudnya: Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu. (al-Tawbah 9: 9) Meyakini permusuhan kerana Allah SWT, mempunyai tuntutan-tuntutan dan hak-hak, yang wajib ditunaikan oleh orang Islam sehingga Islam dan iman menjadi sempurna dan selamat daripada terjerumus ke lembah kekufuran. Antaranya ialah: Melakukan hijrah daripada negara kufur ke negara orang-orang Islam dan yang hanya dikecualikan adalah orang-orang yang lemah sahaja dan orang-orang yang tidak mampu melakukan hijrah di atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak. Bergabung dengan Jamaah orang-orang Islam dan tidak berpisah daripada mereka. Begitu juga dengan bekerjasama dengan mereka dalam melakukan kebaikan dan takwa dan menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Kewajipan melakukan kebaikan dan membendung keburukan kepada orang-orang Islam yang lain, sebagaimana ia suka dilakukan kepada diri orang-orang Islam itu sendiri. Begitu juga dengan usaha-usaha untuk mengasihi, duduk dalam majlis dan bermesyuarat dengan mereka. Kewajipan menjauhkan diri daripada mengintip apa yang dilakukan oleh orang-orang Islam, menyebar berita atau rahsia tentang mereka kepada pihak musuh dan membendung segala perkara yang boleh menyakitkan mereka di samping mendamaikan antara mereka, jika berlaku perbalahan dan peperangan.
197 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Kewajipan membantu orang-orang Islam dalam menentang musuh-musuh mereka dan tidak menjauhkan diri daripada mereka, baik dalam keadaan senang mahupun susah, di setiap zaman dan juga tempat. Begitu juga menolong mereka dengan jiwa, harta dan lisan dan berkongsi rasa kegembiraan dan kedukacitaan dengan mereka. Kewajipan melaksanakan hak-hak orang-orang Islam seperti menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah, berlembut dan bertawaduk sesama umat Islam, berdoa, beristighfar, memberi salam, berlembut dengan orang- orang yang lemah, tidak menipu semasa melakukan muamalat, tidak memakan harta orang Islam secara batil, tidak menjual di atas jualan yang telah dipersetujui mereka, tidak meminang perempuan yang telah dipinang oleh mereka yang telah menyatakan persetujuan dengan terang dan akhir sekali tidak memulaukan orang Islam melebihi tiga hari. Kewajipan menjauhkan diri daripada menceroboh kehormatan orang-orang Islam seperti mengkafir, menghalalkan darah, kehormatan atau harta benda, atau menzalimi, mencaci, melaknat, menaruh perasaan buruk sangka, mempersenda, mengumpat, menista atau melakukan kerosakan dalam kalangan mereka. Meyakini yang permusuhan kerana Allah SWT melibatkan beberapa perkara dalam kehidupan orang Islam, yang wajib dirai dan dipegang sehingga selamat daripada terjerumus ke lembah kekufuran dan menyetujui orang-orang yang kufur, antaranya ialah: Membenci kesyirikan, kekufuran, orang kafir dan aliranaliran yang menjadi pegangan mereka dengan segala jenis dan bentuknya serta menyembunyikan permusuhan terhadap mereka, mengisytiharkan pembebasan diri daripada mereka, daripada tuhan-tuhan mereka, kekufuran dan kesyirikan mereka dan daripada seluruh kepercayaan, undang-undang, perundangan dan apa saja yang mereka sembah selain Allah
198 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH SWT dan juga tidak meredai mereka. Menjauhi daripada menjadikan orang-orang kafir sebagai penolong dan pembantu dan menunjukkan kecenderungan kepada mereka dengan cara berkawan dan menjadikan sandaran atau bergantung harapan kepada mereka. Selain itu tidak mengasihi mereka atau tidak mengagung, memulia atau menunjukkan muka yang manis di hadapan mereka, seterusnya memisahkan diri daripada mereka dengan pemisahan yang sempurna, meskipun mereka terdiri daripada kaum kerabat dan golongan yang khusus. Memulaukan negara-negara kafir secara umum, tidak menetap di negara mereka, tidak memperbanyakkan jumlah penduduk mereka, tidak bermusafir ke negara mereka kecuali kerana darurat, di samping mempunyai kemampuan untuk menunjukkan syiar-syiar agama, tidak menyeru dan tidak juga berbangga dengannya. Menjauhi daripada menyerupai orang-orang kafir, dalam amalan-amalan yang khusus mereka baik yang melibatkan urusan agama mahupun dunia. Antara yang termasuk ke dalam erti kata menyerupai orang-orang kafir dalam urusan agama ialah menyerupai mereka dalam syiar-syiar agama, cara-cara melakukan ibadah, menterjemah buku-buku dan mempermudahkan urusan pembacaan buku-buku mereka atau mengambil ilmu- ilmu mereka secara menyeluruh tanpa membuat tapisan dan pemilihan dan tanpa meraikan batasan syarak. Begitu juga dengan meminjam undang-undang dan manhaj mereka yang berbentuk hukum, pendidikan dan juga pengajaran, beramal dan memaksa orang ramai beriltizam dengannya. Dalam urusan dunia pula ialah dalam bentuk menyerupai mereka dari segi akhlak, adab dan adat-adat yang khusus yang berkaitan dengan mereka seperti cara makan, minum, berpakaian, menggunakan nama-nama dan mengikut adat dan tradisi yang tidak pernah dikenali dalam kalangan orang-orang Islam.
199 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Menjauhi daripada membantu orang-orang kafir, memuji, menyanjung, menyebarkan kelebihan, membantu kekufuran atau berkonspirasi dengan mereka bagi menentang orangorang Islam. Begitu juga dengan memindahkan rahsia orangorang Islam kepada mereka, menunjukkan kecenderungan atau meminta pertolongan daripada mereka kecuali di saat darurat. Bahkan wajib memulaukan persahabatan dengan mereka dan tidak duduk dalam majlis mereka. Mereka juga tidak dijadikan sebagai penjaga rahsia orang-orang Islam atau diberikan kesempatan untuk melakukan kerja-kerja penting orang- orang Islam. Menjauhi daripada berkongsi dengan orang-orang kafir dalam perayaan, upacara agama dan mengucapkan tahniah bersempena dengan perayaan tersebut. Begitu juga tidak mengagungkan mereka dengan perkataan mahupun perbuatan seperti menggelar mereka dengan istilah tuan, kerana Allah SWT telah menghina mereka. Menjauhi daripada menunjukkan rasa belas kasihan kepada orang-orang kafir atau memohon ampun untuk mereka, kerana amalan tersebut mengandungi maksud kecintaan kepada mereka dan membenarkan kerosakan dan kebatilan yang mereka lakukan. Menjauhi daripada mengampu orang-orang kafir sehingga mengetepikan kepentingan agama atau mendiamkan diri terhadap kemungkaran dan kebatilan yang mereka lakukan. Menjauhi daripada berhukum, meredai hukuman atau sebahagian daripada hukuman yang dijatuhkan mereka atau meninggalkan mengikut hawa nafsu mereka dalam apa-apa urusan, kerana dengan mengikut mereka bererti meninggalkan hukum Allah dan hukum yang dibawa oleh Rasul-Nya. Menjauhi daripada mengikut orang-orang kafir dan Musyrikin atau mentaati mereka dalam perkara yang mereka suruh atau isyaratkan, yang bercanggah dengan Islam.
200 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Menjauhi daripada memulakan mereka dengan ucapan salam. Suka dijelaskan permusuhan orang-orang Islam terhadap orang-orang kafir yang diibaratkan dengan istilah al-bara’, tidak membawa maksud boleh menyakiti dan mengganggu orang-orang kafir itu dengan menggunakan perkataan dan juga perbuatan dan tidak juga membawa maksud tidak perlu menoleh kepada syaratsyarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dalam berinteraksi dengan mereka, kerana syarat-syarat dan garis panduan berinteraksi dengan orang-orang kafir berdasarkan kepada konsep keadilan dan ihsan dan tidak melibatkan kecenderungan dan rasa kasih sayang dalam hati. Sebenarnya Islam mengharuskan pertukaran kepentingan dan maslahat dengan orang-orang bukan Islam dalam perkara yang boleh mengundang kemanfaatan kepada orang-orang Islam. Islam juga mengamalkan sikap toleransi dengan beberapa kumpulan orang-orang bukan Islam yang berdamai dan yang ada perjanjian dengan kerajaan Islam dan tidak memerangi kerajaan, yang tidak membawa kepada meminggir dan mengorbankan agama Islam itu sendiri. Kesimpulan Dalam persoalan memberikan dukungan dan menunjukkan permusuhan, kepada orang-orang bukan Islam, Islam mengambil jalan tengah. Islam tidak memerangi orang-orang bukan Islam semata-mata kerana nama mereka orang-orang bukan Islam, sebaliknya memerangi dan memusuhi mereka yang memerangi dan menzalimi orang-orang Islam sahaja. Walaupun begitu dari segi akidah, umat Islam sama sekali tidak boleh menyetujui, meredai atau mendukung akidah kufur yang dipegang oleh orang bukan Islam itu meskipun tidak boleh mengganggu dan menyakiti mereka terutama sekali yang menjadi warganegara Islam. Kerjasama dengan orang-orang bukan Islam hanya boleh dilakukan dalam perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada umat Islam dan membendung kemudaratan daripada menimpa mereka sahaja.
201 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
202 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Antara asas yang menjadi pegangan Ahli Sunah Waljamaah ialah mempercayai kewujudan keramat para wali. Keramat para wali merupakan istilah yang tidak asing lagi kepada orang-orang Islam, namun dalam kalangan generasi sahabat satu ketika dahulu para wali dan isu keramat bukan sesuatu yang dipuja, dipuji dan dikejar oleh setiap orang yang beriman. Sahabat yang dikurniakan Allah SWT dengan keramat itu pula tidak didukung dan ditaati sehingga melibatkan perkara maksiat dan penderhakaan kepada Allah SWT. Pada zaman tersebut istilah yang popular dalam kalangan orang-orang Islam ialah orang-orang soleh. Para sahabat Nabi SAW sangat takut diri mereka dihinggapi dengan penyakit riyak. Kerana itu mereka bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah dengan berusaha mengikhlaskan diri kepada Allah SWT. Mereka tidak memberikan tumpuan yang besar kepada persoalan keramat, meskipun keramat itu berlaku dalam kalangan mereka, tidak sebagaimana segelintir umat Islam pada zaman ini. Keramat yang berlaku dalam kalangan para sahabat itu pula, kebiasaan berlaku ketika mereka melakukan berbagai-bagai amalan soleh seperti berjihad, berdakwah, berperang menentang musuh, membaca al-Quran dan lain-lain. Apabila berlaku keramat itu pula mereka tidak mencanangkan kepada masyarakat umum termasuk kepada para sahabat yang lain, yang diri mereka telah dikurniakan dengan keramat dan berhak diberikan layanan istimewa yang tertentu. Mereka memahami keramat yang paling besar adalah seseorang dikurniakan dengan sifat istiqamah dalam melaksanakan ajaran Islam terutama sekali dalam menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW, meskipun sedikit sahaja orang yang berbuat demikian. Keramat Keramat dikurniakan Allah SWT kepada sesetengah orang yang beriman, yang soleh yang mengikut petunjuk Nabi SAW dan Sunnah baginda SAW. Ia merujuk kepada perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada yang terlibat dengan tujuan memulia dan menzahirkan kelebihan mereka, sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Kitab, al-Sunnah dan juga ijmak.
203 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: ۟ ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٦۲ ٱل ُون ن َ َ ْز ْ ي � ُ َ ه َل ْ و ِم ي� ْ َ ل َ ع ٌ ْ ف َ و َ خ ِ ل َّ َ ٱلل ء ٓ َ ا ِلي ْ و َ َّ أ ِن إ َٓ ل َ َ أ ِديل ْ ب َ َ ت ۚ ل َٔ ِاخرَ ِة ـ ْ ِ ٱل ف � َ َ ا و ي ْ ن ُّ ِة ٱلد ٰ َو ي َ ْ ِ ٱل ف � ٰ َ ى ْ � ُش ب ْ ُ ٱل ُم َ َ ٦٣ ل ُون ق َّ ت َ ي ۟ ُوا ن َ َ ك و ٦٤ ُ ي� ِظ َ ع ْ ُ ٱل ْ ز و َ ف ْ َ ٱل ُو َ ه ِلك ٰ َ ۚ ذ ِ َّ ٰ ِت ٱلل َ ـ ِ َ ِلك Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji- janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. (Yunus 10: 62-64) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (no hadis: 6021) daripada Abu Hurairah RA; َرْ ِب ْ ب �ِ ل ُ ُه ت ْ ن َ ْ آذ د َ ق َ ً ا ف ِلي َ َ ِيى لْ و َ اد ْ ع َ ن م Maksudnya: Sesiapa yang memusuhi waliku, sesungguhnya aku isytiharkan perang ke atasnya. Garis Panduan Berkaitan Dengan Keramat Ahli Sunah Waljamaah mempunyai garis panduan dalam mempercayai dan membenarkan keramat para wali. Bagi Ahli Sunah Waljamaah tidak semua perkara yang luar biasa dan menyelisihi adat dikira sebagai keramat. Bahkan kadang-kadang perkara yang luar biasa itu merupakan istidraj (perkara luar biasa yang dianugerahkan kepada orang-orang fasik dan kafir dengan tujuan menambahkan lagi kefasikan dan kezalimannya), black magic, amalan-amalan sihir, penipuan dan permainan syaitan jin. Perbezaan begitu ketara di antara keramat dengan silap mata.
204 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Keramat muncul daripada sisi Allah SWT. Puncanya adalah kerana ketakwaan dan ketaatan kepada Allah SWT, mengikut petunjuk dan Sunnah Nabi SAW dan juga melakukan amalan soleh. Firman Allah SWT: ۟ ٓا و ُ ن َ َ ا ك َم َرَ ِام و ْ ْ ِجِد ٱل َ س ْ ِ ٱل َ ن َ ع ُّ ون ُ د َص ْ ي ُ َ ه ُ و َّ ُ ٱلل ِ ب� َُم ّ َذ ُع َّ ي ل َ ْ أ ُم َ َ ا ل َم و ٣٤ َ ُون َ ْ ل َع َ ي ْ ل ُ َه َ ث � ْ ك َ َّ أ ٰ ِكن ـ َ َ ل َ و ُون ق َّ ُ ت ْ َّ ٱل ِل ٓ إ ۥ ُ ه ُ ؤ ٓ َ ا ِلي ْ و َ ْ أ ِن ۚ إ ٓ ۥ ُ َ ه ء ٓ َ ا ِلي ْ و َ أ Maksudnya: Kenapa Allah tidak mengazab mereka padahal mereka menghalangi orang untuk (mendatangi) Masjid al-Haram, dan mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya? Orang-orang yang berhak menguasai(nya) hanyalah orang-orang yang bertakwa. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (al-Anfal 8: 34) ‘Black Magic’ berpunca daripada syaitan. Ia muncul hasil daripada melakukan amalan yang mengkufurkan, syirik, maksiat, fasik, zalim dan mengikut hawa nafsu dan pendukungpendukungnya. Black Magic dikhususkan untuk wali-wali syaitan yang sesat dalam kalangan orang-orang yang kufur, syirik, sesat, melakukan bidaah, mengikut hawa nafsu dan juga bersikap munafik. Firman Allah SWT: َ ن ِطي� ٰ ـ َ ي َّ َّ ٱلش ِن َ إ و ٌۗ ْ ق ِفس َ ُ ۥ ل ه َّ ِ ن َ إ ِه و ْ ي َ ل َ ِ ع َّ ِ ٱس ْ ُ ٱلل ر َ ك ْ ُذ ْ ي َ ۟ م َِّا ل وا ُُ ك ْ َأ ت � َ َل و ١۲١ َ ُون ِ ك ْ � ُ ش َ ُ ْ ل َّك ِ ن ْ إ ُ ُ وه ُم ْ ت ع َ ط َ ْ أ ِن َ إ و ْۖ ُ ُوك ِدل ٰ َ ـ ُج ْ ِ لي ِِم � ئ ٓ َ ا ِلي ْ و َ ٰٓ أ َ ِل َ إ ُ ون ُوح ي َ ل Maksudnya: Dan janganlah kamu memakan binatangbinatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang- orang yang musyrik. (al-An’am 6; 121)
205 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Ahli Sunah Waljamaah tidak pernah mengutamakan para wali mengatasi para nabi. Bagi mereka seorang nabi lebih baik daripada seluruh para wali dan orang-orang soleh. Mereka juga tidak melampau terhadap mana-mana wali dan tidak mengiktikadkan mereka boleh mendatangkan kemudaratan atau membawa kemanfaatan kepada orang lain. Para wali bukan orang yang maksum dan bukan tuan punya syariat dalam erti kata yang sebenar. Firman Allah SWT: ٧٥ ٌ ِصي� َ ب ۢ ٌ ِ يع َ َ س َّ َّ ٱلل ِن ۚ إ ِ اس َّ َ ٱلن ِمن َ ً و ُ ل ُس ِة ر َ ِئك ٰٓ ـ َ َ ل ْ َ ٱل ِ ِ من َ� ف ْ ط َص ُ ي َّ ٱلل Maksudnya: Allah memilih utusan-utusan-Nya daripada Malaikat dan daripada manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (al-Hajji 22: 75) Firasat Antara asas penting Ahli Sunah Waljamaah ialah mempercayai firasat yang benar yang datang daripada orang-orang soleh dan orang-orang yang bertakwa dalam kalangan orang yang beriman dan ahli tauhid. Ia merupakan cahaya yang dicampakkan Allah SWT ke dalam hati seseorang hamba, yang membolehkannya membezakan antara yang benar dengan yang batil dan yang benar dengan yang dusta. Orang yang paling kuat keimanannya, adalah orang yang berpotensi untuk memiliki firasat yang lebih tajam. Mimpi Yang Benar Ahli Sunah Waljamaah mempercayai mimpi yang benar dan ia merupakan satu bahagian daripada kenabian. Ia merupakan berita gembira daripada Allah SWT untuk hamba-Nya yang beriman dan pembuka pintu kebaikan kepadanya di dunia dan juga akhirat. Apabila hampir berlaku kiamat, mimpi orang yang beriman hampir-hampir tidak meleset.
206 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: ْ َس َّ م َ ٱلش ً ا و ب َ ْ ك و َ َ ك َ � َ ش َ ع َد ح َ ُ أ ْت ي َ َ أ ِ ر ِ� نّ َ ِت إ ب َ أ ٰٓ ـ َ ِ ِيه ي ب َ أ ُ ف ُ ِ ل ُوس َ ي َال ْ ق ِذ إ ٰٓ َ َل َ ع َ ك ي� ْ ُء ُ ْص ر ْص ق َ َ ت َّ ل ُ ن� َ ب ٰ ـ َ َ ي َال َ ٤ ق ي�ن ِجِد ٰ َ ـ ْ ِ ل س ُُم ْ�ت ي َ َ أ َ رَ ر م َ ق ْ َ ٱل و نٌ ٥ ِي� ب ُّ م ٌّ ُ و َد ِ ع ٰن َ ـ ِ نس إ ْ َ ِ لل ٰن ـ َ ْ ط ي َّ َّ ٱلش ِن ۖ إ ا ً ْد ي َ َ ك َك ۟ ل ُ وا َ ِكيد ي َ َ ف ِتك َ ْ و ِخ إ ۥ ُ َه َ ت ْ م ُّ ِ نع ِ ُ� ت َ ي َ ِاد ِ يث و ح َ ْ أ ِ ِيل ٱل و ْ َأ ت َ ِ من � ُ ك ِ ّ َ ل ُع َ ي َ و ُّك َ ب َ ر ِيك ب َ ْ ت ج َ َ ي � ِلك ٰ َ َذ َ ك و َ ي� ِه ٰ ِب� َْ ُ إ ْل ب َ َ ِ من ق ْك َ ي َو ب َ ٰٓ أ َ َل َ ا ع ََّ ه � ت َ ٓ أ َ َ ا وب ك َ ُ ْ ق َع َ ِال ي ٰٓ ء َ َل َع َ و ْك ي َ ل َ ع ٦ ٌ ي� َ ِك ٌ ح ي� ِل َ َ ع َّك َ ب َّ ر ِن َ ۚ إ ٰق ـ ِس ْ َ َ إ و Maksudnya: (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” Ayahnya berkata: “Wahai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. “Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta’bir mimpi-mimpi dan disempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapamu sebelum itu, (iaitu) Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Yusuf 12: 4-6) Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (no hadis: 6475) daripada Abu Hurairah RA: َ ي� ْ َ الرُّ ؤ َال ُ ق َ ات ّ ِ � َش ُ ب ْ َ ا ال َم ُوا و ال َ ُ ق ِ َ ات ّ � َش ُ ب ْ َّ ال ِل ِة إ َّ ُو ب ُ ْ الن َ ِ من ْق ب َ ْ ي َ ُ ل َ ة َّ ِال الص Maksudnya: Tidak kekal lagi daripada kenabian selain daripada mubasysyirat. Para sahabat bertanya: Apakah itu mubasysyirat?. Sabda baginda: Mimpi yang benar.
207 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2201) dan dinilai sebagai Hasan oleh beliau, daripada Abu Salamah, menjelaskan, Abu Salamah berkata: Aku pernah diberitahu oleh Ubadah bin al-Samit katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang firman Allah SWT: َ ِلك ٰ َ ۚ ذ ِ َّ ٰ ِت ٱلل َ ـ ِ َ ِ لك َ ِديل ْ ب َ َ ت ۚ ل َٔ ِاخرَ ِة ـ ْ ِ ٱل ف � َ َ ا و ي ْ ن ُّ ِة ٱلد ٰ َو ي َ ْ ِ ٱل ف � ٰ َ ى ْ � ُش ب ْ ُ ٱل ُم َ ل ٦٤ ُ ي� ِظ َ ع ْ ُ ٱل ْ ز و َ ف ْ َ ٱل ُو ه Maksudnya: Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. (Yunus 10: 64) Sihir Dan Ahli-Ahli Sihir Ahli Sunah Waljamaah memperakui di dunia wujud sihir dan ahli-ahli sihir. Ada di antaranya yang boleh memberi kesan kepada alam maya dengan izin Allah SWT dan ada juga yang tidak dapat memberi kesan secara hakiki, sebaliknya tidak lebih daripada khayalan belaka. Syaitan-syaitan jin merupakan pendukung utama amalan sihir dan ahli sihir, berdasarkan berbagai-bagai kemampuan yang Allah SWT kurniakan kepadanya yang tidak dikurniakan kepada anak cucu Nabi Adam AS, yang lain. Cuma mereka tidak dapat memudaratkan melainkan dengan keizinan, masyi‘ah dan takdir daripada Allah SWT jua. Setiap kali ahli sihir semakin kufur kepada Allah SWT, syaitan semakin kuat mentaatinya. Firman Allah SWT: َ ُون ُول َق َ ي رَ و ْ ِ ك ّ ۟ ٱلذ ُ وا ِ ع َ َّ ا س َ ْ ل ِه ِ ٰر َ ـ ْص ب َ أ َ ب �ِ َك ُون ِلق ْ ي� ُ ز َ ل ۟ رُ وا َ ف َ َ ك ي�ن ِذ َّ ُ ٱل َ د َك ِن ي َ إ و ٥١ ٌ ُون ْ ن َ ج َ ُ ۥ ل ه َّ ِ ن إ
208 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”. (al-Qalam 68: 51) Firman Allah SWT: َّ ٰ ِكن ـ َ َ ل ُ و ٰن َ ـ ْم ي َ ُ ل رَ س َ ف َ َ ا ك َم َۖ و ٰن َ ـ ْم ي َ ُ ل ِك س ْ ُ ل ٰ م َ َل نُ ع ِطي� ٰ ـ َ ي َّ ۟ ٱلش وا ُ ل ْ ت َ َ ا ت م ۟ ُ وا َع ب َّ َ ٱت َ و ِل َ اب ِب ِ ب ي� ْ ن َ ك َ َ ل ْ َ ٱل َل َ ع ِل � ن ز ُ ٓ أ َ ا َم ْ رَ و ِ ح ّ َّ َ اس ٱلس َ ٱلن ُون ِ ّ َ ل ُع ي ۟ رُ وا َ ف َ َ ك ن ِطي� ٰ ـ َ ي َّ َ ٱلش ل َ ف ٌ ة َ ن ْ ُ ِ فت ْ ن َ ن ِ� نََّ ا � إ َٓ ُول َق َت� َّ ٰ ي ٍد ح َ ح َ ْ أ َ ِان ِ من ِ ّ َ ل ُع َ ا ي َم و ۚ َ ٰرُ وت َ ـ َم َ و ٰرُ وت ـ َ ُ ه َ ا ه َم ۚ و ِجِهۦ ْ َ و َ ز ِء و َ رْ ْ َ ٱل ي� ْ ن َ ِ ِهۦ ب َ ب ُون ِ ق رّ َ ُف َ ا ي َ ا م ُْم َ ِ م� ن ُون َّ َ ل َع َ ت ي َ رْ ۖ ف ُ ف ْ َك ۚ ت ْ ُُم َع َنف َ ي َل ْ و ُ َ ض� ُ ُّ ه َ ا ي َ م ُون َّ َ ل َع ت َ َ ي ۚ و ِ َّ ِن ٱلل ْ ِذ َّ ب �ِإ ِل ٍد إ َ ح َ ْ أ ِ ِه ِۦ من َ ب ِي�ن ّ ر ٓ ا َ ِض ۟ ب ْ ا َ و َ َ ش ا � ْ َس م ِ ئ ب َ َ ل و ۚ ٰق ٍ ـ َ ل َ ْ خ َٔ ِاخرَ ِة ِ من ـ ْ ِ ٱل ف ُ ۥ � َ َ ا ل ُ م ٰه ى ََ ْ � ت ِ ٱش َ ن َ ۟ ل ُوا ِل َ ْ ع د َ ق َ َ ل و ١٠۲ َ ُون َ ْ ل َع ي ۟ ُوا ن َ ْ ك و َ ل ْۚ َ ُسم ُ نف َ ٓ أ ِ ِهۦ ب Maksudnya: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitansyaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang kedua-duanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya Kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua Malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya
209 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. (al-Baqarah 2: 102) Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (no hadis: 2560) dan Muslim (no hadis: 129) daripada Abu Hurairah RA: ِ َّ ب �ِ لل ُ ْ ك ّ َ ش ال� ِ َ ال َّ ق ُ ن َ ا ه َم ِ و َّ َ الل ُ ول َس َ ر ُ يوا � ال َ َ ِ ات ق ِق ُ وب ْ َ ال ْع َّ ب ُوا الس ِنب َ ْ ت اج ْ رُ ّ ح َ ِ الس و Maksudnya: Jauhilah anda daripada melakukan tujuh dosa besar. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, apakah tujuh dosa besar tersebut?. Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, mengamalkan sihir... Sesiapa yang mengiktikadkan sihir boleh memberi mudarat atau manfaat dengan sendiri tanpa keizinan daripada Allah SWT, sesungguhnya dia telah kafir. Sesiapa yang mengiktikadkan sihir itu harus dilakukan, dia wajib dibunuh, kerana orang-orang Islam telah berijmak tentang pengharamannya. Orang yang mengamalkan ilmu sihir sebenarnya telah melakukan sebahagian daripada amalan kufur dan dia perlu diminta bertaubat. Jika bertaubat, dirinya akan selamat, sebaliknya jika tidak bertaubat, tengkuknya hendaklah dipotong. Ahli Sunah Waljamaah beriman, penyembuhan dan penawar daripada sihir adalah dengan doa dan jampi yang dibenarkan syarak, yang bersumberkan al-Kitab dan al-Sunnah, kerana Allah SWT menjelaskan; َ ن ِٰ ِلي� ـ َّ ُ ٱلظ ِ يد ي � َ ز َ َل َ ۙ و ن ِمِني� ْ ُؤ ْ ِل ّ ل ٌ َح ْ َة َ ر و ٌ ء ٓ ا َ َ ِ شف ُو َ ا ه َ ِان م رْء ُ ق ْ َ ٱل ُ ِ من ِل َ زّ ُ� ن َ ن و ً ا َ ار َ س َّ خ ِل إ Maksudnya: Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim ...
210 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH selain kerugian. (al-Israk 17: 82) Hasad Dan Ain Penyakit hasad dan ain adalah benar. Ia menimpa seseorang hamba apabila dikehendaki Allah SWT, bahkan kadang-kadang ia membunuh mangsa yang dihasad dan juga yang terkena penyakit ain. Hasad lebih umum daripada ain, kerana setiap orang yang membawa penyakit ain, adalah orang yang hasad tetapi tidak semua orang yang terkena penyakit hasad adalah pembawa penyakit ain. Hasad berlaku akibat daripada tabiat keji yang terdapat pada diri orang yang dengki dan muncul hasil daripada kedengkian, kebencian dan keinginan agar nikmat yang diperoleh oleh orang lain akan hilang. Sebaliknya penyakit ain, kadang-kadang berlaku daripada seseorang yang soleh atau dengan lain perkataan, kadangkadang seseorang terkena penyakit ain disebabkan oleh diri dan hartanya sendiri. Puncanya adalah kerana merasa taajub, besar diri dan memandang baik apa yang ada pada diri sendiri. Walau bagaimanapun dilihat dari segi kesan, kedua-duanya berkongsi kesan iaitu ia mengundang mudarat kepada mangsa penyakit ain dan hasad. Ahli Sunah Waljamaah beriman kepada kewajipan berlindung dengan Allah daripada kejahatan penyakit hasad dan ain dengan menggunakan doa dan zikir-zikir yang syarii. Firman Allah SWT: َ ُون ُول َق َ ي رَ و ْ ِ ك ّ ۟ ٱلذ ُ وا ِ ع َ َّ ا س َ ْ ل ِه ِ ٰر َ ـ ْص ب َ أ َ ب �ِ َك ُون ِلق ْ ي� ُ ز َ ل ۟ رُ وا َ ف َ َ ك ي�ن ِذ َّ ُ ٱل َ د َك ِن ي َ إ و ٥١ ٌ ُون ْ ن َ ج َ ُ ۥ ل ه َّ ِ ن إ Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”. (al-Qalam 68: 51)
211 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 4058) daripada Ibn Abbas RA: ْ ُ � ت ْ ِسل ْ ُغ ْ ت َ ا اس ِذ َ إ ي� ْ نُ و َ ع ْ ُ ال ْه ت َ َق َ ب َ س َ ر د َ ق ْ َ ال َق َ اب ٌ س ْ ء ي َ � َ ش َ ن ْ ك و َ َ ل و ٌّ َ ق ي� ْ نُ ح َ ع ْ ال وا ُ ِسل ْ َاغ ف Maksudnya: Ain itu benar. Jika ada sesuatu yang boleh mendahului qadar, sudah tentu ia didahului oleh Ain. Apabila anda diminta mandi, hendaklah mandi. Jin Ahli Sunah Waljamaah mempercayai Allah SWT menciptakan jin daripada api sebelum menciptakan manusia. Mereka memakan makanan, berkahwin dan beranak pinak. Mereka mempunyai berbagai-bagai puak dan golongan. Mereka boleh melihat manusia tetapi manusia tidak dapat melihat mereka. Mereka mempunyai kemampuan untuk menjelma dalam berbagai-bagai bentuk yang boleh dilihat oleh manusia. Selain itu mereka juga mempunyai tenaga yang kuat dan kemahiran- kemahiran yang tinggi dalam lapangan industri. Mereka merupakan makhluk yang ditaklifkan beriman dan akan dihisab oleh Allah SWT. Dalam kalangan mereka, ada yang beriman dan ada yang kafir. Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW kepada mereka. Sesiapa dalam kalangan mereka yang mentaati baginda akan memasuki syurga dan sesiapa yang menderhaka, akan memasuki neraka. Mereka dinamakan sebagai jin kerana tersembunyi daripada penglihatan manusia. Ahli Sunah Waljamaah mempercayai Allah SWT menciptakan syaitan-syaitan jin, yang berusaha mewas-waskan anak cucu Nabi Adam As dan sentiasa menunggu kesempatan dan ruang keemasan untuk memperdaya dan menghasut mereka. Firman Allah SWT: َ ن ِطي� ٰ ـ َ ي َّ َّ ٱلش ِن َ إ و ٌۗ ْ ق ِفس َ ُ ۥ ل ه َّ ِ ن َ إ ِه و ْ ي َ ل َ ِ ع َّ ِ ٱس ْ ُ ٱلل ر َ ك ْ ُذ ْ ي َ ۟ م َِّا ل وا ُُ ك ْ َأ ت � َ َل و
212 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ١۲١ َ ُون ِ ك ْ � ُ ش َ ُ ْ ل َّك ِ ن ْ إ ُ ُ وه ُم ْ ت ع َ ط َ ْ أ ِن َ إ ۖ و ْ ُ ُوك ِدل ٰ َ ـ ُج ْ ِ لي ِِم � ئ ٓ َ ا ِلي ْ و َ ٰٓ أ َ ِل َ إ ُ ون ُوح ي َ ل Maksudnya: Dan janganlah kamu memakan binatangbinatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang- orang yang Musyrik. (al-An’am 6: 121) Allah SWT menjadikan mereka dapat menguasai orang- orang tertentu dalam kalangan hamba-Nya kerana hikmah tertentu. Firman Allah SWT: َ ِجِلك َ َ ر َ و ِلك ْ ي َ خ ِ بم � ِ ي� ْ َ ل َ ِل ْب ع ْ ج َ َ أ َ و ِتك ْ َ و ِص ُْم ب َ ِ م� ن ْ ت ع َ َ ط ْ ت ِ ٱس َ ن ْ م ِ ز ز ْ ف َ ْ ت َ ٱس و ً ا٦٤ رُ ور ُ َّ غ ِل ُ إ ٰن ـ َ ْ ط ي َّ ُ ٱلش ُ ُ ه ِعد َ َ ا ي َم و ۚ ْ ُ ْ ه ِعد َ ِد و ٰ ـ َ ْ ل و َ ْ أ َ ٱل ِل و ٰ َ ْ و م َ ْ أ ِ ٱل ف � ْ ُم ْ ِك َ ار َ ش و Maksudnya: Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokongpenyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta- benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (al-Israk 17: 64) Allah SWT menjaga sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-Nya daripada tipu daya syaitan. Firman Allah SWT: ِ� نََّ ا َ ٩٩ إ َُّون َ ك َو ت َ ْ ي ِِم ب� ّ َ ٰ ر َ َل َع ۟ و ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٱل َل ع ٌ ٰن ـ َ ط ْ ُ ل ُ ۥ س َ ْ َس ل ي َ ُ ۥ ل ه َّ ِ ن إ ١٠٠ َ ُون ِ ك ْ � ُ ش ِ ِهۦ م ُ ب َ ه ي�ن ِذ َّ َ ٱل ُ ۥ و ه َ ْ ن و َّ َ ل َو ت َ َ ي ي�ن ِذ َّ َ ٱل َل ُ ۥ ع ه ُ ن ٰ ـ َ ط ْ ُ ل س Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya
213 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (al-Nahl 16:99-100) Kesimpulan Ahli Sunah Waljamaah tidak menolak keramat yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang soleh, tetapi keramat tersebut tidak dijadikan agenda utama dalam hidup mereka sehingga tidak ada apa yang hendak dicakap dan dikejar selain daripada keramat yang berlaku kepada pulan bin pulan dan sebagainya. Keramat yang paling besar ialah istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. Para wali memang wujud tetapi sama sekali tidak dapat mengatasi darjat para nabi. Wali dalam kalangan umat Muhammad mengikut jejak langkah Nabi Muhammad SAW dan Sunnah-Sunnah yang ditinggalkan baginda SAW. Wali yang paling tinggi sekali darjatnya ialah Abu Bakar, Umar, Uthman dan juga Ali. Firasat sesuatu yang benar. Kekuatannya bergantung kepada kekuatan iman seseorang. Mimpi adalah sesuatu yang benar dan ia hampirhampir tidak meleset apabila hampir tiba hari kiamat. Namun ia tidak boleh menjadi hujah syarak sebaliknya tidak lebih daripada sekadar berita gembira sahaja kepada orang yang mengalaminya. Amalan sihir dan ahli-ahli sihir adalah ditolak oleh Islam. Orangorang Islam tidak perlu mempelajari sihir dalam berdepan dengan musuh-musuh mereka, kerana Nabi SAW tidak pernah menggunakan teknik sihir dalam berdepan dengan musuh-musuh Islam baik di peringkat Mekah mahupun Madinah. Penyakit ain adalah benar dan orang yang terkena penyakit ini perlu segera dirawat dengan rawatan al-Quran. Jin adalah makhluk yang samasama ditaklifkan supaya beriman kepada risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW seperti juga manusia dan kedua-dua makhluk ini bakal dihisab pada hari kiamat kelak. Kedua-dua makhluk ini juga bakal merasai syurga atau neraka.
214 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
215 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Antara asas penting akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah yang berkaitan dengan manhaj penerimaan dan pendalilan. Manhaj mereka mengikut apa yang terdapat dalam kitab Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW yang sahih, zahir dan batin, menyerah, tunduk dan beramal dengan yang terdapat dalam kedua- dua sumber tersebut. Firman Allah SWT: ُ ُم َ َ ل ُون َك َن ي ْ رً ا أ م َ ٓ أ ۥ ُ ُ ُ ول َس َ ر ُ و َّ َ ض� َ ٱلل َ ا ق ِذ ٍة إ َ ِمن ْ ُ ؤ َ م َل ٍ و ِمن ْ ُ ؤ ِ ل َ َ ن َ ا ك َم و ً ا ٣٦ ِ ين ب ُّ ً م ٰل ـ َ ل َ َّ ض َ ل ْ ض د َ ق َ ُ ۥ ف َ ُ ول َس َ ر َ و َّ ْ ِص ٱلل َع َ ن ي َم و ْۗ ِه ِ ْ ر م َ ْ أ ِ من ُ ِي� ََ ة خ ْ ٱل Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul- Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al-Ahzab 33: 36) Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Anas RA (no hadis: 1594), yang dinilai sebagai Hasan oleh alAlbani dalam Misykah al-Masabih ( no hadis; 186): ِ ِه ّ ِي ب َ ن َ ة َّ ُ ن َ س ِ و َّ َ َ اب الل َ ِ ا كت ْ ب � ِِم ُ � ت ْ َّ ك َ َ س َ ا � ت ْ ا م و ُّ ِضل َ ْ ت ن َ ِ ل ي� ْ ن ْ رَ م َ ُ ْ أ ْك ُ ِ في ْ ت ََك � ت Maksudnya: Aku tinggalkan kepada anda dua perkara, anda sekali-kali tidak akan sesat selagi mana anda berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Manhaj Penerimaan Dan Pendalilan
216 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Antara sikap golongan Ahli Sunah Waljamaah terhadap manhaj penerimaan dan pendalilan ialah antaranya: Ahli Sunah Waljamaah tidak menyatakan kitab Allah dahulu kemudian baru Sunnah Rasulullah SAW, bahkan mereka menyatakan kitab Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya secara serentak. Ini kerana Allah SWT menggandingkan sekali Sunnah Rasul-Nya dengan Kitab Allah SWT dalam kebanyakan dalil dan memfardukan para hamba mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya. Sunnah Rasulullah SAW bertindak sebagai penjelas kepada makna yang diinginkan Allah SWT dalam kitab-Nya yang mulia dan syariat-Nya yang maha bijaksana. Tidak ada seorang pun yang boleh mencanggahi Sunnah setelah Sunnah tersebut sampai kepadanya. Firman Allah SWT: ْ ُم ه َّ َ ل ع َ َ ل ْ و ِم ي� ْ َ ِ ل َ إ ِل َ ا � نُزّ ِ اس م َّ َ ِ للن ن ِ ي� ّ َ ب ُ رَ ِ لت ْ ِ ك ّ َ ٱلذ ْك ي َ ِ ل إ ٓ ا َ ن ْ ل َ � ن ز َ َ أ و ۗ ِ ب� ُ ُّ َ ٱلز ٰ ِت و ـ َ ِن ّ َ ي ب ْ ل ٱ ب�ِ ٤٤ َ رُ ون َّ ك َ ف َ ت َ ي Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keteranganketerangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (al-Nahl 16: 44) Ahli Sunah Waljamaah berpendapat perlu mengikut Sunnah Nabi SAW dalam setiap perkara yang kecil dan besar dan menyerah kepada kedua-duanya dan ia merupakan jalan rahmat, selamat, berjaya dan mendapat keredaan Allah SWT.
217 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: َ َ ال ق ۚ َ ْك ي َ ِ ل إ َٓ ن � ْ ُد نَّ ه �ِ َٔ ِاخرَ ِة إ ـ ْ ِ ٱل ف � َ ً و ة َ َ ن َ س َ ا ح ي ْ ن ُّ ِذِه ٱلد ٰ ـ َ ِ ه ف َ ا � ن َ ُ ْب ل ت ْ َ ٱك و ب� َُا ُ ت ْ ك َ َ أ س َ ف ۚ ْ ٍء َ � ْ ك َُّ ش َ ت ِسع َ َح ْ َت� ِ و َ ر و ُۖ ء ٓ ا َ ش َ ْ أ َ ن ِ ِهۦ م ِص ُ يب ب ُ ٓ أ با� ِ َ َذ ع َ ي�ن ِذ َّ َ ١٥٦ ٱل ُون ِمن ْ ُؤ َ ا ي ِتن ٰ ـ َ َٔاي ِ ـ ُ ب َ ه ي�ن ِذ َّ َ ٱل َ و ٰة و َ َّ ك َ ٱلز ُون ت ْ ُؤ َ ي َ و ُون ق َّ ت َ َ ي ي�ن ِذ َّ ِلل ِة ٰ َ ى ْ ر َّو ِ ٱلت ف � ْ ُ َ ه ً ِ عند ُ بو� ت ْ َ ك ُ ۥ م ه َ ُ ون ِ د ج َ ِذ يى � َّ ّم ِ َّ ٱل ُ ْ أ َّ ٱل ب� ِ َّ َ ٱلن ُ ول َ ٱلرَّ س ُ ون ِع ب َّ ت َ ي ٰ ِت َ ـ ِب ّ ي َّ ُ ٱلط ُم َ ل ُّ ِ ل ُ ي� َ ِ و ر َ ُ نك ْ ِ ٱل َ ن ْ ع َْى ُٰم َ� ن َ ي ْ رُ وِف و َ ع ْ ل ٱ ب �ِ ُ ُ رُ ه م ْ أ َ ِ ِيل ي � ج ن � ِ إ ْ َ ٱل و ْ ِم ي� ْ َ ل َ ْ ع َت ن َ ت� ِ ك َّ َ ٱل ٰل ـ َ ل ْ غ َ ْ أ َ ٱل ْ و ُ ْ َصه ِ ْ إ ُْم َ � ن ُ ع َ ع َض َ ي َ و ِئث ٰٓ َ ـ ب َ خ ْ ُ ٱل ِم ي� ْ َ ل َ ُ ع ِم َُرّ ي� َ ۙ و ٓ ۥ ُ َ ه َ ع َ م ِل � ن ز ُ ٓ أ ِذى َّ َ ٱل ور ُّ ۟ ٱلن ُ وا َع ب َّ َ ٱت ُ و َ َ ُصوه َ ن ُ و ُ وه َّ ر َز َع ِ ِهۦ و ب ۟ ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َٱل ۚ ف ١٥٧ َ ُ ون ِلح ْ ُ ف ْ ُ ٱل ُ َ ه ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ أ Maksudnya: “Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu”. Allah berfirman: “Azab-Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmat-Ku meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orangorang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara- perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu- belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang- orang yang berjaya. (al-A’raf 7: 156-157)
218 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Ahli Sunah Waljamaah mengikut landasan yang ditempuhi oleh para sahabat Nabi SAW selepas daripada Sunnah Rasulullah SAW, yang telah mengambil agama mereka daripada Nabi SAW dengan penuh kejujuran, keikhlasan, ilmu dan juga amalan, dalam kalangan golongan Muhajirin dan Ansar secara umumnya dan Khulafa ar-Rasyidin secara khusus, kerana Nabi SAW berwasiat dan berpesan supaya mengikut Khulafa ar- Rasyidin secara khusus. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis: 3991) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Jami’ al-Sahih ( no hadis: 2549) daripada al-Irbad bin Sariyah: ُّ وا َض َع َ ا و ُ بوا � ِ َّ ك َ َ س َ � ت ي�ن َ الرَّ ِاشِد ن ي� ّ ِ ِدي ْ َ ه ْ ِاء ال َ ف َ ل خُ ْ ِة ال َّ ُ ن َ س ت� ِي و َّ ُ ن ِس ُ ْ ب ْك ي َ َ ل ع َ َ ك َُّ ف و ٌ َة ْ ع ِد ٍة ب َ ث َ ُ ْد َّ ك َُّ م ِ ن إ َ ِ ف ُ ور م ُ ْ أ ِت ال َ ث � َ ُ ْد َم ُ ْ و َّ ك ِي� َ إ َ ِاجِذ و َّو ي� َْ ب ا �ِ لن َ ل َ ٌ ع ة َ َ ل َ ل ٍة ض َ ْ ع ِد ب Maksudnya: Hendaklah anda semua berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah daripada melakukan perkara- perkara yang baru dan diada-adakan (dalam agama). Kerana sesungguhnya setiap perkara yang diadaadakan itu adalah bidaah dan setiap perkara bidaah itu adalah sesat. Kemudian mereka mengikut tabiin yang mengikut generasi sahabat dan orang-orang yang mengikut generasi tabiin dengan baik. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2641) dan dinilai sebagai Hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ ( no hadis: 5343) Abdulah bin Amru RA: ، ً َ ة َ ِاحد ً و َّة َّ ِ مل ِل ِ إ َّ ار ِي الن ف � ْ ُم ه ُُّ ً، ك َّة َ ِ مل ن ِعي� ْ َ ب َ س ٍث و َ ل َ َ ث َل َّت� ِي ع م ُ ُ أ ِق َ ْ� ت ف َ َ ت و با� ِي َص ْ َ َ أ ِه و ْ ي َ ل َ َ ع ن � َ َ ا أ َ : م َال ِ؟ ق َّ َ الل ُ ول َس َ ر َ ي � ْ ِ هي َ ن َم ُوا: و ال َ ق Maksudnya: Umatku akan berpecah kepada 73 golongan. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu golongan sahaja. Kata Abdullah:
219 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Apakah golongan yang satu itu wahai Rasulullah? Sabda baginda: Golongan yang berada di atas landasanku dan landasan para sahabatku. Daripada sini jelas, rujukan utama bagi golongan Ahli Sunah Waljamaah ketika berhadapan dengan perselisihan dan perbezaan pendapat adalah kitab Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya. Firman Allah SWT: ۖ ْ ُ ِ ِ منك ْ ر م َ ْ أ ِل ٱل ۟ و ُ َ أ َ و ُ ول ۟ ٱلرَّ س ُ وا ِطيع َ َ أ َ و َّ ۟ ٱلل ُ وا ِطيع َ ۟ أ ٓا ُو َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َُّ ا ٱل ي� َ أ ٰٓ ـ َ ي ِ َّ ٱلل ب �ِ َ ُون ِمن ْ ؤ ُ ْ ت ُ ُ ن� ت ِن ك ُ ِول إ َ ٱلرَّ س ِ و َّ َ ٱلل ِل ُ إ وه ُّ رُ د َ ْ ٍء ف َ � ِ ش ف � ْ ُ ْ � ت َع ٰز ـ َ ن َ ِ ن ت إ َ ف ٥٩ ً ِ يل و ْ َأ ت � ُ َ ن ْ س ح َ َ أ ي� ٌْ و َ َ خ ِلك ٰ َ ذ ۚ ِ َٔ ِاخر ـ ْ ِم ٱل ْ َو ي ْ َ ٱل و Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al- Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (al-Nisa’4:59) Para sahabat Rasulullah SAW pula merupakan rujukan Ahli Sunah Waljamaah dalam memahami al-Kitab dan alSunnah, kerana merupakan generasi yang pernah menyaksikan penurunan al-Kitab, hidup bersama dengan Nabi SAW dan perbezaan pandangan dalam perkara usul tidak berlaku dalam kalangan mereka. Malah mereka merupakan manusia yang paling mengetahui kehendak Allah SWT dan kehendak Rasul- Nya. Allah SWT menetapkan kegagalan seseorang mengikut mereka, akan mengundang kepada azab, kesesatan dan juga perpecahan. Firman Allah SWT: ِ ِيل َ ب ي� َْ س َ ْ غ ِع ب َّ ت َ َ ي ٰ و َ ى ُد ْ ُ ٱل َ َ ل ي� َّ ن َ ب َ َ ا ت ِد م ْ َع ب ۢ َ ِ من ُ ول ِاقق ِ ٱلرَّ س َ ُش َ ن ي َم و
220 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ً ا ١١٥ َ ِصي� ْ م َت ء ٓ َ ا َ س و ۖ َ ِِل جۦ � َ َ � نَّ ْ ُص َ ن ٰ و َّ َ ل و َ َ ا ت ِِۦ م ّ َ ل و ُ َ ن ن ِمِني� ْ ُ ؤ ْ ٱل Maksudnya: Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orangorang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (al-Nisa’ 4: 115) Mereka tidak lari daripada nas yang sahih dan juga tidak juga mendahului Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka juga tidak menolak apa-apa yang terdapat dalam al-Kitab dan al-Sunnah yang sahih, baik dengan menggunakan logik akal, qiyas, rasaan rohani, kasyaf ahli sufi, kata-kata syeikh, imam dan juga pendapat majoriti, kerana agama telah pun lengkap dan sempurna pada masa hayat Rasulullah SAW. Firman Allah SWT: ُ ُ َك ُ ل َ ِضيت َ ر َت� ِ و ْم ُ ْ ِ نع ْك ي َ ل َ ُ ع ْ ت ْ َ م � ت َ َ أ ُ ْ و َك ُ ْ ِ دين َك ُ ل ْت ْ َ ل َ ك َ أ ْ م َو ي ْ ٱل َ َّ َّ ٱلل ِ ن إ َ ف ۙ ٍ ْ ث � ِ ِإ ّ َ ِان ٍف ل َج ُ ت ي� َْ م َ َ ٍة غ َ ص م ْ َ خ ِ م ف رَّ � ُ ْ ط ِ ٱض َ ن َ ف � ۚ ا ً َ ِ دين ٰم ـ َ ْ ل ِ س إ ْ ٱل ٣ ٌ ي� َّ ِح ر ٌ ُور ف َ غ Maksudnya:….pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat- Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
221 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH lagi Maha Mengasihani. (al-Mai’dah 5: 3) Mereka meyakini tindakan mendahului Allah SWT dan RasulNya merupakan punca kepada kesesatan, kerana termasuk ke dalam erti kata mengikut hawa nafsu dan berbicara tentang Allah SWT tanpa berdasarkan ilmu. Ia merupakan perhiasan syaitan bagi menghalang manusia daripada jalan Allah Azza Wajalla. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat akal yang sarih bertepatan dengan naqal yang sahih. Ketika berlaku permasalahan, mereka mendahulukan naqal, kerana naqal tidak membawa melainkan sesuatu yang mustahil kepada akal yang sihat untuk menerimanya, sebaliknya ia membawa sesuatu yang boleh menimbulkan kebingungan kepada akal. Akal yang sihat membenarkan naqal yang sahih pada setiap perkara yang diberitahunya, kerana ia datang daripada sisi Allah SWT dan bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun Ahli Sunah Waljamaah juga tidak pernah memperkecilkan akal dan kedudukan akal dalam kehidupan manusia, kerana akal di sisi mereka adalah sumber taklif. Peranannya ialah reda, tenang, berfikir dan mentadabbur alam maya yang luas ini dan juga tentang isi kandungan syariat yang maha bijaksana. Cuma bagi mereka akal tidak boleh mendahului syarak kerana jika demikian bererti manusia tidak memerlukan para rasul. Akal hanya berfungsi dalam skop dan ruang lingkup yang dibenarkan syariat dan hukum-hakamnya sahaja, kerana Allah SWT menetapkan batasan tertentu kepada akal, yang mana ia tidak mampu melampaui batasan tersebut. Firman Allah SWT: َ َع ب َّ ِ ٱت م َِّن ُّ َ ل ض َ ْ أ َ ن َم و ْۚ ُ َ ه ء ٓ َ ا ْو ه َ َ أ ُ ون ِع ب َّ ت َ � نََّ ا ي َ ْ أ َ ْ ل َٱع َ ف َك ل ۟ ُوا ِجيب َ ْ ت َس ْ ي َّ ِ ن ل إ َ ف ٥٠ َ ن ِٰ ِلي� ـ َّ َ ٱلظ ْ م و َ ق ْ ِدى ٱل َ ي � َ ْ َ ل َّ َّ ٱلل ِن إ ۚ ِ َّ َ ٱلل ِ ن ّ ً ى م ُد ِ ه ي� ْ َ ِغ ُ ب ٰه َ ى َو ه Maksudnya: Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (Wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang
222 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya). (al-Qasas 28: 50) Ahli Sunah Waljamaah berpegang dengan ijmak pemimpinpemimpin agama dan ulama Islam yang adil, yang terdiri daripada dalam kalangan tokoh-tokoh yang disaksikan oleh umat Islam sebagai mempunyai kelebihan dan ikutan yang kuat terhadap Sunnah Rasulullah SAW, di samping menjauhi amalan bidaah dan memberi amaran keras terhadapnya. Tokoh-tokoh tersebut adalah tokoh-tokoh yang telah disepakati oleh umat Islam dari aspek kepimpinan dalam urusan agama dan besarnya kedudukan mereka terhadap agama itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis:2093) dan dinilai sebahagian besar lafaznya sebagai sahih oleh alAlbani dalam Sahih Wa Da’if Sunan al-Tirmidhi (no hadis: 2167) daripada Ibn Umar: َ َل َ ع َّ َ ل َ س ِه و ْ ي َ ل َ ُ ع َّ َّ الل َ ل َّ ٍد ص َُم َ م َّ ة م ُ َ أ َال ْ ق و َ َّت� ِي أ م ُ ُ أ َ ع ْم ج َ َ ي � َ ل َّ َّ الل ِن إ ِ َّ ار َ الن ِل إ َّ َ ذ َّ ش َ ذ ْ ش َ ن َم ِة و َ َ اع َم ج ْ َ ال َع ِ م َّ ُ الل َد َ ي ٍ و ة َ َ ل َ ل ض Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku atau baginda bersabda: Umat Muhammad SAW di atas landasan kesesatan. Tangan Allah itu di atas Jamaah. Sesiapa yang berpisah daripada Jamaah, dia akan berseorangan di dalam neraka. Umat Islam maksum daripada berkumpul untuk melakukan kebatilan dan kesesatan dan tidak mungkin sama sekali mereka akan berkumpul untuk meninggalkan kebenaran yang jelas. Ahli Sunah Waljamaah tidak mengiktikadkan seseorang maksum daripada salah dan silap selain daripada Rasulullah SAW sahaja, tanpa mengira tinggi mana kedudukan orang itu dalam agama dan pencapaian ilmu yang dikuasainya. Mereka juga berpendapat ijtihad sama sekali tidak boleh dilakukan
223 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dalam perkara yang sudah ada nas yang jelas. Mereka meyakini ulama yang mencukupi syarat-syarat melakukan ijtihad seperti mengetahui tentang nasikh dan mansukh, khas dan am, mutlak dan muqayyad dan juga menguasai sejumlah ilmu tentang dalildalil yang terperinci daripada al-Kitab, al-Sunnah, ijmak, qiyas, kata-kata para sahabat dan selok-belok bahasa Arab kemudian berijtihad dalam batasan-batasan tersebut, boleh terdedah kepada salah dan betul dalam ijtihad yang dilakukannya itu. Jika betul, dia mendapat dua pahala iaitu pahala betul dan juga pahala kerana berusaha untuk melakukan ijtihad dan jika salah, hanya mendapat satu pahala iaitu pahala kerana melakukan ijtihad sahaja. Firman Allah SWT: َ ِل ُ إ وه ُّ َ د ْ ر و َ َ ل ۖ و ِ ِهۦ ب ۟ ُوا َ اع ذ َ ْ ِف أ و َ خ ْ ِ ٱل و َ ِ أ ْ ن م َ ْ أ َ ٱل ِ ن ّ ٌ م ْ ر م َ ْ أ ُ َ ه ء ٓ َ ا َ ا ج ِذ َ إ َ و ْل و َ َ ل و ۗ ْ ُْم ُ ِ ۥ م� ن ه َ ون ُ ِ ط ب ۢ ن َ ْ ت َس َ ي ي�ن ِذ َّ ُ ٱل َه ِل َ ع َ ْ ل ُْم ِ ِ م� ن ْ ر م َ ْ أ ِل ٱل ۟ و ُ ٰٓ أ َ ِل َ إ ُ ِول و ٱلرَّ س ٨٣ ً ِليل َ َّ ق ِل َ إ ٰن ـ َ ْ ط ي َّ ُ ٱلش ُ ْ � ت َع ب َّ ت َٱ ُ ۥ ل ُه َح ْ َت َ ر ُ ْ و ْك ي َ ل َ ِ ع َّ ُ ٱلل ْ ل َض ف Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada- “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). (al-Nisa’4: 83) Perselisihan dalam persoalan ijtihad tidak menyebabkan berlaku permusuhan, kebencian dan pulau-memulau, bahkan saling mengasihi dan mendukung antara satu sama lain. Begitu juga saling menunaikan solat di belakang antara satu sama lain.
224 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: ۚ ۟ ٓا ُو ب� ِ ْ َ ٱص ۖ و ْ ُ ُك ي� ِ َ َب ر ه ْ ذ َ َ ت ۟ و وا ُ ل َ ْش ف َ ت َ ف ۟ ُوا َع ٰز ـ َ ن َ َ ت َل ُ ۥ و َ ُ ول َس َ ر َ و َّ ۟ ٱلل ُ وا ِطيع َ َ أ و ٤٦ َ ب� ِ ِي�ن ٰ َّ ـ َ ٱلص َ ع َ م َّ َّ ٱلل ِن إ Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul- Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al-Anfal 8: 46) Ahli Sunah Waljamaah juga tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab faqih tertentu, meskipun mereka berpendapat tidak ada masalah jika ada individu yang hendak berbuat demikian, asalkan berbentuk ittiba (ikutan dengan memahami dalil) dan bukan tanpa mengetahui dalil. Seseorang yang berusaha mencari keredaan Allah SWT dan mengikut Sunnah Rasulullah SAW boleh berpindah daripada satu mazhab ke satu mazhab yang lain, kerana mengutamakan kekuatan dalil yang kuat yang dipegang oleh mazhab tersebut dan memilih pendapat itu. Bagi penuntut ilmu yang mempunyai kelayakan dan segala peralatannya dan dalam masa yang sama pula mengetahui dalildalil yang dipegang oleh imam- imam mujtahidin, boleh beramal dengan dalil-dalil tersebut. Dia boleh berpindah daripada seseorang imam kepada imam lain dalam sesuatu masalah, jika dilihat imam tersebut mempunyai dalil yang lebih kuat dan penguasaan fiqh yang lebih matang. Tidak harus mengikuti seseorang tanpa mengetahui dalil, kerana dengan berbuat demikian, dia menjadi seorang yang bertaklid. Dia berkewajipan mengorbankan segala usaha dan tenaga untuk meneliti perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan ulama dan dalil-dalil yang dikemukakan mereka, sehingga jelas kepada beliau dalil yang kuat. Jika beliau tidak mampu membuat pemilihan pendapat yang kuat, statusnya dikira sama sahaja dengan status orang awam dan orang awam boleh
225 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH bertanya kepada sesiapa sahaja dalam kalangan orang alim yang dikehendakinya. Bagi orang awam yang tidak mempunyai kemahiran dalam menganalisis dalil, dikira tidak bermazhab dengan mazhab manamana imam muktabar, bahkan mazhabnya adalah mazhab ulama yang dia bertanya itu sendiri. Dia berkewajipan mengambil sikap yang teliti dalam persoalan yang ditanya dan bertanya kepada orang yang dia percayai ilmu, agama dan sifat amanah. Dia hendaklah bertanya kepada ulama yang rabbani, bertakwa, soleh, alim dan beramal dengan kitab Allah SWT dan Sunnah RasulNya. Firman Allah SWT: ِن ِ إ ر ْ ِ ك ّ َ ٱلذ ْ ل ه َ ۟ أ ٓا و ُ ل َٔ ْ ـ س َ ۚ ف ْ ِم ي� ْ َ ِ ل ِوحٓ إ ُّ ً ن َ ال ِج َّ ر ِل َ إ ِلك ْ ب َ َ ِ ا من ق ن ْ َ ل ْس ر َ ٓ أ َ ا َم و ٤٣ َ ُون َ ْ ل ع َ َ ت ْ ل ُ ُ ن� ت ك Maksudnya: Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (Wahai golongan Musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. (al-Nahl 16: 43) Ahli Sunah Waljamaah tidak mengharuskan berpegang dengan pendapat-pendapat yang mudah (al- Rukhas) tanpa berdasarkan dalil syarak yang jelas dan kuat dan juga bertaklid kepada seseorang alim yang muktabar. Mereka juga menegah melakukan talfiq (mencampuradukkan antara mazhab dalam sesuatu isu) tanpa tujuan untuk mencari kebenaran, kerana dengan mengikut pendapat-pendapat yang mudah tanpa dalil yang kukuh akan menyebabkan seseorang mudah terlepas daripada ikatan taklif syarak, bahkan lebih berbentuk mengutamakan amalan berdasarkan hawa nafsu tanpa berdasarkan dalil.
226 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan pendalaman ilmu agama tidak akan berlaku dan tidak akan stabil kecuali berdasarkan ilmu dan amalan sekali gus. Sesiapa yang memperoleh ilmu yang banyak tetapi tidak beramal dengan ilmu itu atau tidak mengikut petunjuk Rasulullah SAW dan juga tidak mengikut Sunnah baginda SAW, bukanlah seorang yang faqih dalam erti kata yang sebenar, kerana teks-teks al-Kitab dan al-Sunnah menjelaskan tentang kewajipan menggabungkan sekali antara ilmu dengan amalan dan memberi amaran keras agar tidak memisahkannya. Firman Allah SWT: َُّ ا ي� َ أ ٰٓ ـ َ ُ ١ ي ي� َ ِك ْ زُ ٱل ِي� َ ز ع ْ َ ٱل ُو َه ۖ و ْ ِض ر َ ْ أ ِ ٱل ف َ ا � َم ِت و ٰ َ ٰو َ ـ َّ م ِ ٱلس ف َ ا � ِ م َّ َ ِ لل َّح َ ب س ۲ َ ُون َ ل ع ْ ف َ َ ت َ ا ل َ م ُون ُول ق َ َ ت ِ ل ۟ ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ ٱل Maksudnya: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Wahai orang- orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. (al-Saf 61: 1-2) Ahli Sunah Waljamaah berpendapat menuntut ilmu yang bermanfaat wajib ke atas setiap orang Islam, mengikut kemampuan yang ada. Ilmu yang dimaksudkan itu adalah ilmu yang membolehkannya mengenal tuhan, agama yang benar dan nabinya yang amanah. Ilmu yang membolehkannya melakukan ibadah kepada Allah SWT, mencari keredaan dan Syurga-Nya dan juga bagaimana cara mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan, kemarahan dan azab Allah SWT yang amat pedih. Ini kerana ilmu yang bermanfaat merupakan pemimpin kepada amalan yang benar. Amalan yang dilakukan tidak sah melainkan berdasarkan ilmu yang benar.
227 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: َ َح ْ َة ۟ ر ُ وا ي� َ ْج َ َ و َٔ ِاخرَ ة ـ ْ ُ ٱل ر َ َ ْذ ً يا � ِ ٓ� ئ ا َ َ ق ً ا و َ ِاجد ِل س ْ ي َّ َ ٱل ء َٓ ن َ ا� ء ٌ ِنت ٰ ـ َ َ ق ُو ْ ه َّ ن م َ أ رُ َّ ك َ َذ ت َ ِ� نََّ ا ي َۗ إ ُون َ ْ ل َع َ ي َ ل ي�ن ِذ َّ َ ٱل َ و ُون َ ْ ل َع َ ي ي�ن ِذ َّ ِ ى ٱل َو ْ ت َس ْ ي َ ل ْ ه ُل ق ۗ ِ ِهۦ ّ َ ب ر ِب ٩ ٰ َ ـ ب ْ ل َ ْ أ ۟ ٱل وا ُ ۟ ل و ُ أ Maksudnya: “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang- orang yang berakal sempurna. (al-Zumar 39: 9) Setelah mempelajari ilmu yang bermanfaat, wajib menyebarkannya kepada manusia dengan cara-cara yang dibenarkan oleh syarak dan mengajarkannya kepada orang-orang yang tidak mengetahuinya. Tidak halal menyembunyikan ilmu tersebut, lebih-lebih lagi apabila ditanya oleh seseorang. Firman Allah SWT: ُ ٰه ـ َّ ن َّ ي َ َ ا ب ِد م ْ َع ب ۢ ٰ ِ من َ ى ُد ْ َ ٱل ٰ ِت و ـ َ ِن ّ َ ي ب ْ َ ٱل َ ِ ا من ن ْ ل َ � ن ز َ ٓ أ َ ا َ م ُ ون ُم ت ْ َك َ ي ي�ن ِذ َّ َّ ٱل ِن إ َ ي�ن ِذ َّ َّ ٱل ِل َ ١٥٩ إ ُون ِعن ٰ ـ َّ ُ ٱلل َ � نُُم ع ْ ل َ َ ي ُ و َّ ُ ٱلل َ � نُُم ع ْ ل َ َ ي ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ ۙ أ ِب ٰ ـ َ ِكت ْ ِ ٱل ف ِ اس � َّ ِللن ١٦٠ ُ ي� َّ ُ اب ٱلرَّ ِح َّو َ ٱلت ن � َ َ أ ْ ۚ و ِم ي� ْ َ ل َ وب ع ُ ُ ت َ َ أ ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ أ َ ف ۟ ُوا ن َّ ي َ َ ب ۟ و ُ وا َح ْ ل ص َ َ أ ۟ و ُوا ب َ ت � Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat
228 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH mereka, dan Akulah yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah 2:159-160) Kesimpulan Dalam soal penerimaan dan pendalilan, Ahli Sunah Waljamaah merujuk kepada dua sumber asas yang mana jika seseorang Islam berpegang teguh dengan kedua-duanya, dia sama sekali tidak akan sesat. Dalil- dalil yang lain adalah cabang daripada keduaduanya. Kedua-dua sumber asas tersebut ialah al-Quran dan al- Sunnah yang sahih. Kedua-dua sumber inilah yang dipegang oleh generasi sahabat dan tabiin satu ketika dahulu dan hasilnya mereka telah muncul sebagai bangsa yang hebat, kuat dan sangat kuat menyerah diri kepada Allah SWT. Kefahaman tentang nas yang terbaik adalah yang difahami oleh generasi salafus salih yang terdiri daripada generasi sahabat, tabi dan juga tabiin dan ketiga-tiga generasi ini telah diperakui oleh Rasulullah SAW sendiri sebagai generasi yang paling baik dan manusia yang hidup di kurun yang paling baik. Kerana itu umat Islam hari ini wajib memahami dalil-dalil mengikut sebagaimana yang difahami oleh generasi salafus salih satu ketika dahulu, jika mereka inginkan keselamatan hidup di dunia dan juga akhirat. Golongan Ahli Sunah Waljamaah tidak menolak sama sekali penggunaan dalil akli, sebaliknya menggunakan dalil tersebut di bawah kerangka yang diizinkan oleh syarak dan batasan-batasannya.
229 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
230 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Antara asas akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah mereka mengiktikadkan wajib melantik pemimpin orang- orang Islam bagi menjaga agama Islam, menegakkan agama, melaksanakan hudud, menguruskan urusan orang-orang Islam, melaksanakan hak-hak, menghukum berdasarkan apa yang diturunkan Allah SWT, melaksanakan amar makruf dan menegah yang mungkar dan menyeru manusia kepada agama Allah SWT. Mereka berpendapat wajib mentaati dan mematuhi pemerintah yang dilantik bagi mengetuai urusan orang- orang Islam, selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat. Apabila mereka menyuruh melakukan maksiat, ketika itu mentaati mereka sama sekali tidak harus. Kewajipan mentaati mereka dalam perkara yang baik, kekal secara umum, sebagai beramal dengan firman Allah SWT: ۖ ْ ُ ِ ِ منك ْ ر م َ ْ أ ِل ٱل ۟ و ُ َ أ َ و ُ ول ۟ ٱلرَّ س ُ وا ِطيع َ َ أ َ و َّ ۟ ٱلل ُ وا ِطيع َ ۟ أ ٓا ُو َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َُّ ا ٱل ي� َ أ ٰٓ ـ َ ي ِ َّ ٱلل ب �ِ َ ُون ِمن ْ ؤ ُ ْ ت ُ ُ ن� ت ِن ك ُ ِول إ َ ٱلرَّ س ِ و َّ َ ٱلل ِل ُ إ وه ُّ رُ د َ ْ ٍء ف َ � ِ ش ف � ْ ُ ْ � ت َع ٰز ـ َ ن َ ِ ن ت إ َ ف ٥٩ ً ِ يل و ْ َأ ت � ُ َ ن ْ س ح َ َ أ ي� ٌْ و َ َ خ ِلك ٰ َ ۚ ذ ِ َٔ ِاخر ـ ْ ِم ٱل ْ َو ي ْ َ ٱل و Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al- Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (al-Nisa’4: 59) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (no hadis:6604) daripada Abu Hurairah RA: َ َاع ط َ ْ أ َ ن َم َ و َّ َ َص الل ْ ع د َ ق َ ِي ف َ ا� ن َص ْ ع َ ن َم َ و َّ َ الل َاع ط َ ْ أ د َ ق َ َ ن� ِي ف َاع ط َ ْ أ َ ن م
231 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ِي َ ا� ن َص ْ ع د َ ق َ ِي ف ِمي� َ َ َص أ ْ ع َ ن َم َ ن� ِي و َاع ط َ ْ أ د َ ق َ ِي ف ِمي� َ أ Maksudnya: Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhaka kepadaku bererti dia telah menderhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati pemerintahku, sesungguhnya dia mentaatiku dan sesiapa yang menderhaka kepada pemerintahku, sesungguhnya dia telah menderhaka kepadaku. Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 3439) daripada Ibn Abbas. RA: َ َ رَج ِ اس خ َّ ْ الن ٌ ِ من َد ح َ ْ َس أ ي َ ُ ل ه َّ ِ ن إ َ ِه ف ْ ي َ ل َ ْ ع ب� ِ ْ َص ي ْ ل َ ً ا ف ئ ْ ي َ ِ ِه ش ِمي� َ ْ أ َ ِ من ِه ر َ ْ ك َ ن ً م َّة َ ِاهِلي ً ج َه َ ِ ميت َ ات َّ م ِل ِه إ ْ ي َ ل َ َ ع َ ات َ ف ِان ِ شب� ًْ ا � َ ط ْ ُّ ل ْ الس ِمن Maksudnya: Sesiapa yang membenci sesuatu perkara yang dilakukan oleh pemerintahnya, hendaklah bersabar, kerana tidak ada seorang pun yang keluar daripada mentaati pemerintah meskipun untuk sekadar sejengkal melainkan dia mati dalam keadaan jahiliah. Sikap Ahli Sunah Waljamaah Dalam Mentaati Pemerintah Ahli Sunah Waljamaah mempunyai sikap yang tersendiri dalam mentaati pemerintah iaitu: Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan mentaati pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara yang baik adalah amalan ketaatan yang paling besar dan boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia merupakan antara kewajipan yang paling besar yang wajib dilakukan oleh rakyat jelata. Ia merupakan asas yang agung dan besar, yang melibatkan asas akidah dan iman. Kerana itu tokoh-tokoh imam salafus salih memasukkannya ke dalam kategori akidah. Boleh dikatakan hampir semua buku-buku yang membicarakan persoalan akidah mengandungi perkara-perkara asas, perakuan, ulasan dan juga keterangan tentang akidah. Ia
232 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH merupakan satu kewajipan syarak yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam, kerana ia merupakan salah satu daripada tonggak hukum dan salah satu daripada kaedah yang berkaitan dengan sistemnya. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 6611) daripada Abdullah: َ رْ م ْ ُؤ ْ ي َ َ ال َ م ِه ر َ َ ك َ َّب و ح َ َ ا أ ِ ِ في�م ْ ِل ُ س ْ ِء ال َ رْ ْ َ ال َل ُ ع َة َّاع َ الط ُ و ْع َّ م َ الس َة َاع َ ط َل َ و َ ْع َ س ل َ َ ٍة ف ْ ِصي َ ع ِمرَ ب � ِ ُ َ ا أ ِذ إ َ َ ٍة ف ْ ِصي َ ع ب� ِ Maksudnya: Ketaatan dan kepatuhan wajib dilakukan oleh seseorang Islam, dalam perkara yang dia suka dan benci, selagi tidak diperintahkan melakukan sesuatu maksiat. Apabila diperintahkan melakukan sesuatu maksiat, ketika itu tidak ada ketaatan dan juga kepatuhan. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 3424) daripada Ali RA: ْ رُ وِف َ ع ْ ِي ال ف � ُ َة َّاع ِ� نََّ ا الط ِ إ َّ َ ِة الل ْ ِصي َ ع ِي م ف � َ َة َاع َ ط ل Maksudnya: Tidak ada ketaatan dalam melakukan penderhakaan kepada Allah, sebaliknya ketaatan hanya kepada perkara yang baik sahaja. Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan perlu menunaikan solat, solat Jumaat dan hari raya di belakang para pemerintah, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, melakukan jihad bersama-sama dengan pemerintah, baik pemerintah yang baik mahupun yang fasik, berdoa dengan kebaikan, istiqamah dan juga hidayah untuk mereka, menasihati dan membimbing ke jalan yang lurus, memperingatkan mereka secara lembut dan harmoni dan mengajak masyarakat mentaati mereka, selagi mereka tidak mengubah asas-asas Islam dan asas-asas agama. Ahli Sunah Waljamaah mengharamkan kepada rakyat jelata keluar menentang pemerintah dengan menggunakan senjata, jika pemerintah melakukan perkara yang bercanggah dengan
233 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH syariat yang tidak mencecah tahap kufur. Mereka menyuruh rakyat bersabar dalam berdepan dengan fenomena tersebut, asalkan pemerintah tidak melakukan perkara yang mengkufurkan secara terang-terangan. Ini kerana Nabi SAW memerintahkan mereka mentaati pemerintah dalam perkara yang tidak berbentuk maksiat, sebagaimana baginda SAW juga memerintahkan mereka tidak terlibat dalam peperangan yang melibatkan fitnah sesama umat Islam dan juga memerangi orang-orang yang berusaha memecahbelahkan umat Islam. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 3447) daripada Auf bin Malik RA: َ ون ُّ َ ل ُص َ ت ُ ْ و ْك ي َ ل َ َ ع ون ُّ َ ل ُص َ ي ُ ْ و َك ُّون ِ ب ُ ي� َ ْ و َُم و� ن ُّ ِ ب ُ ت � َ ي�ن ِذ َّ ُ ْ ال ِتك َّ ِ � ئ َ ُ أ َ ار ِخي ْ َُم ُو� ن َ ن ع ْ ل َ َ ت ُ ْ و َك ُ ون ِغض ْ ب ُ َ ي ْ و َُم ُ و� ن ِغض ْ ب ُ َ ت ي�ن ِذ َّ ُ ْ ال ِتك َّ ِ � ئ َ ُ أ � ِ َ ار َش ْ و ِم ي� ْ َ ل َ ع ُ وا َام ق َ َ ا أ َ م َ ل َ ال ق َ ْ ِف ف َّ ي ْ ب �ِ لس ُ ُ ه ِذ َ اب ن ُ َ ن ل َ ف َ ِ أ َّ َ الل ُ ول َس َ ر َ ي � ُ ْ ِ قيل َك ُون َ ن ع ْ ل َ َ ي َ و َل ُ و َ َل َ ُوا ع رَه ْ َاك ُ ف ه َ ُون رَه ْ َك ً ا ت ئ ْ ي َ ُ ْ ش ِتك َ ُل ْ و ْ ِ من ُ ْ� ت ي َ َ أ َ ا ر ِذ َ إ َ و َ ة َّ ل ُ ْ الص ِفيك ٍة َ َاع ْ ط ً ِ ا من َد ُوا ي ِع ْ ز َ� ن ت Maksudnya: Pemimpin anda yang paling baik sekali ialah yang anda suka kepada mereka dan mereka pula suka kepada anda. Mereka mendoakan anda dan anda pula mendoakan untuk mereka. Pemimpin anda yang paling keji ialah yang anda benci dan mereka pula membenci anda. Anda melaknat mereka dan mereka pula melaknat anda. Ketika itu Rasulullah SAW ditanya: Wahai Rasulullah bolehkah kita memerangi mereka dengan mata pedang? Baginda bersabda: Tidak, selagi mereka menegakkan solat dalam kalangan anda. Apabila anda melihat sesuatu yang anda benci yang dilakukan oleh pemerintah dalam kalangan anda, bencilah amalan tersebut tetapi jangan mencabut ketaatan daripadanya. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat imam atau ketua negara mempunyai tanggungjawab yang berat, kewajipan-kewajipan yang besar dan amanah yang berbagai-bagai. Allah SWT mewajibkan pemerintah melaksanakannya antaranya ialah:
234 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Melaksanakan syariat Islam, sebagaimana yang diinginkan Allah SWT di seluruh aspek kehidupan. Syariat bersifat menyeluruh dan sama sekali tidak boleh dipecah-pecahkan. Berdakwah menyebarkan Islam, ilmu dan pengetahuan yang sebenar, dengan segala cara yang ada, disamping membendung dan memerangi berbagai-bagai syubhah dan kebatilan. Melancarkan jihad pada jalan Allah SWT agar kalimah Allah menjadi kalimah yang tertinggi. Menjaga benteng dan sempadan negara dengan kelengkapan yang kuat dan utuh, sehingga orang-orang Islam merasa aman dalam mengamalkan agama dan aman terhadap nyawa, harta dan juga kehormatan. Menegakkan hudud dan melaksanakan hukum-hakam bagi mengelakkan perkara-perkara yang diharamkan dilanggar dan menjaga hak-hak hambanya daripada rosak dan musnah. Memungut cukai al-Fai’ dan zakat daripada orang-orang yang diwajibkan berbuat demikian oleh syarak berdasarkan nas dan ijtihad. Menunjukkan rasa takut kepada Allah dalam melaksanakan hak terhadap rakyat, bersikap lembut terhadap mereka dan menasihati mereka dengan cara yang baik dan tidak mencari-cari keaiban mereka untuk disebarkan kepada umum. Pemerintah hendaklah menyedari, dia adalah penjaga yang diamanahkan Allah untuk menjaga umat Islam, berkhidmat kepada agama dan syariatnya dan juga melaksanakan hukum-hukum hudud, baik yang umum mahupun khusus. Menunjukkan teladan dan ikutan yang baik kepada rakyat jelata, mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah cair oleh cacian orang-orang yang suka mencaci. Pemerintah juga merupakan pemegang amanah umat dan amanah agama, darah, harta, kehormatan, kepentingan, keamanan dan juga tingkah laku
235 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH mereka. Bertindak bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya untuk kepentingan umat. Firman Allah SWT: ۟ َ رُ وا م َ َ أ َ و ٰة و َ َّ ك ۟ ٱلز ُ ا و َ َ ات َء َ و ٰة و َ َّ ل ۟ ٱلص ُ وا َام ق َ ْ ِض أ ر َ ْ أ ِ ٱل ف � ْ ُم ٰه ـ َّ ن َّ َّ ك ِن م َ إ ي�ن ِذ َّ ٱل ٤١ ِ ُ ور م ُ ْ أ ُ ٱل َة ِقب ٰ ـ َ ِ ع َّ ِلل َ و ۗ ِ ر َ ُ نك ْ ِ ٱل َ ن ۟ ع ْ ا ََو َ � ن ْ رُ وِف و َ ع ْ ل ٱ ب�ِ Maksudnya: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (al-Haj 22: 41) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis:203) daripada Ma’qil bin Yasar RA: ِتِه َّ ٌّ ِ لرَ ِعي َ اش َ غ ُو َه ُ و َ ي � َُ وت ْ م َو ُ ي ي � َُ وت ً َّة ِعي َ ُ ر َّ ِع ِيه الل ْ َ ْ � ت َس ٍد ي ْ ب َ ْ ع َ ِ ا من َ م ة َّ ن َ ج ْ ِه ال ْ ي َ ل َ ُ ع َّ َ الل َ رَّم َّ ح ِل إ Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang Allah lantiknya memimpin satu golongan rakyat kemudian meninggal dalam keadaan menipu rakyat jelatanya itu melainkan Allah SWT akan haramkan ke atasnya untuk memasuki syurga. Kesimpulan Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan wajib mentaati pemerintah yang dilantik dalam kalangan umat Islam dan orang Islam yang meninggal dalam keadaan tidak membaiah pemerintah umat Islam yang dilantik itu dikira meninggal dalam keadaan sama taraf dengan orang yang meninggal pada zaman jahiliah. Walau
236 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH bagaimanapun ketaatan yang dilakukan itu hanya melibatkan arahan, perintah dan perkara yang baik sahaja dan bukan yang buruk. Pemerintah itu pula hendaklah melaksanakan tugas dan fungsinya yang telah ditetapkan untuk benar-benar layak dikatakan sebagai pemerintah umat Islam. Jika tidak, ia tidak lebih daripada sekadar pemerintah umat Islam pada nama sahaja.
237 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
238 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Ahli Sunah Waljamaah mempunyai sikap yang tersendiri dalam berdepan dengan isu sahabat, khilafah dan juga ahli bait. Mereka sangat mencintai para sahabat, Khulafa ar-Rasyidin dan juga keluarga Rasulullah SAW. Antara asas akidah salafus salih, Ahli Sunah Waljamaah ialah mencintai para sahabat dengan sepenuh hati dan memuji mereka dengan lisan. Begitu juga dengan berdoa, memohon ampun dan mencari keredaan untuk mereka. Hatihati, lidah dan tangan-tangan mereka dijaga daripada melakukan sesuatu yang tidak baik kepada para sahabat. Mereka juga membenci dan memusuhi orang- orang yang membenci dan memusuhi para sahabat atau bersikap lancang terhadap mereka, kerana Allah SWT telah pun meredai mereka, menjelaskan tentang taubat, keampunan, keredaan dan syurga untuk mereka. Mereka adalah golongan yang pertama beriman dengan Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya yang amanah. Allah SWT telah memandu mereka kepada Islam, agama yang benar dan tauhid yang murni. Mereka menerima agama Islam daripada acuan kenabian dan sumber risalah. Mereka mengikhlaskan diri dalam mengamalkan agama, baik secara sulit mahupun secara terang. Mereka telah mengorbankan segala yang bernilai dan berharga untuk meninggikan agama. Mereka beriman kepada agama Islam pada masa Islam berada di saat dagang. Mereka berjihad di waktu susah dan menyeru manusia kepada agama Allah dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan bersabar menghadapi permusuhan yang dilancarkan oleh kaum kerabat terdekat dan juga yang jauh. Mereka adalah golongan yang paling sempurna Islam, iman dan juga ihsan dan golongan yang paling besar sekali ketundukan, kepercayaan, kepatuhan, keikhlasan, keilmuan, amalan, ketaatan dan juga jihad, malah merupakan golongan yang sentiasa mendahului golongan lain dalam menunjukkan sifat yang mulia dan terpuji. Mereka mengemukakan pemimpin-pemimpin agama dan sandaran syariat dalam ilmu dan amalan. Mereka adalah umat yang hidup dalam sebaik-baik kurun. Allah SWT telah memilih