239 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH mereka untuk menjadi sahabat Rasul-Nya dan memilih mereka untuk memikul risalah Rasul-Nya untuk disebarkan kepada manusia seluruhnya. Orang yang bahagia adalah orang yang mengikut jejak langkah mereka, berhujah dengan ijmak yang dibuat oleh mereka, mempelajari ilmu mereka dan beramal dengan amalan yang dilakukan mereka, disamping mengenali tahap kedudukan dan kemuliaan mereka. Para sahabat mempunyai keistimewaan yang besar yang tersendiri yang tidak dimiliki oleh generasi selepas daripada mereka, meskipun generasi selepas mereka menikmati ketinggian kedudukan dan status istimewa dalam masyarakat. Keistimewaan tersebut ialah mereka melihat, bertemu, bersahabat, bergaul dan mendengar sendiri hadis yang disampaikan oleh baginda SAW. Mereka juga mengambil agama daripada baginda secara langsung dan menyampaikannya kepada orang- orang yang datang selepas daripada mereka, dalam bentuk yang mereka terima daripada Rasulullah SAW. Mereka menikmati pahala dan ganjaran orang yang beramal dengannya dan pahala mereka dalam hal tersebut sedikit pun tidak berkurangan. Status Para Sahabat Kesemua para sahabat adalah adil dan dipercayai, kerana Allah SWT dan Rasul-Nya yang menilai mereka sebagai adil dan memuji mereka. Tidak ada makhluk yang lebih adil, selain daripada orang yang Allah SWT reda mereka menjadi sahabat kepada RasulNya dan menerima syariat daripada baginda SAW. Tidak ada satu bentuk pengangkatan darjat yang lebih tinggi daripada yang dinikmati mereka dan tidak ada penilaian keadilan yang lebih sempurna selain daripada yang diberikan kepada mereka. Mereka adalah wali-wali Allah dan orang-orang pilihan Allah dalam kalangan makhluk-Nya. Mereka adalah orang-orang yang paling afdal sekali dalam kalangan umat Islam selepas daripada Nabi Muhammad SAW, bahkan merupakan golongan umat Islam yang paling baik sekali. Mengiktiraf mereka mempunyai ketinggian
240 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dari segi iman, ihsan, kelebihan, keadilan, ketinggian darjat dan kesempurnaan sifat, merupakan asas yang qat’i dan termasuk ke dalam perkara yang diketahui umum dalam agama. Kerana itu mencintai dan mengikut jejak langkah mereka adalah agama dan iman dan membenci dan gagal menjaga hak- hak mereka, adalah satu bentuk kekufuran dan kemunafikan. Firman Allah SWT: ٍ ٰن َ ـ ْ س ِح ب �ِإ ُ ُ وه َع ب َّ َ ٱت ي�ن ِذ َّ َ ٱل ِ و َ ار َ نص ْ أ َ ٱل َ و ِي�ن ِجر ٰ ـ َ ُ ه ْ َ ٱل ِ من َ ُون َّ ل و َ ْ أ َ ٱل ُون ِ ق ب ٰ َّ ـ َ ٱلس و ٰرُ َْ ـ � ن َ ْ أ ََا ٱل ْ �ت َ ت ِى � ْر ج َ ت ٰ ٍت � ـ َّ َ ن ْ ج ُم َ َّ ل َد ع َ َ أ ُ و ه ْ ن َ ۟ ع ُ وا َض َ ر ْ و ُْم َ � ن ُ ع َّ َّ ض� ِ َ ٱلل ر ١٠٠ ُ ي� ِظ َ ع ْ ُ ٱل ْ ز و َ ف ْ َ ٱل ِلك ٰ َ ذ اۚ ً َد ب َ ٓ أ َا َ ِ في� ي�ن ِلِد ٰ ـ َ خ Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga- syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (al-Taubah 9: 100) Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Para Sahabat Antaranya ialah: Ahli Sunah Waljamaah tidak suka menyebut sesuatu yang kurang baik tentang para sahabat. Apa yang disebutkan mereka tentang para sahabat semuanya yang baik-baik, malah mereka memuji para sahabat dengan pujian yang baik. Ini kerana Rasulullah SAW mengasihi mereka dan berpesan agar umat Islam turut mengasihi mereka. Orang yang melihat Nabi SAW, dihukumkan sebagai sahabat. Setiap orang yang melihat Nabi SAW dan beriman dengan baginda SAW dan mati dalam beriman,
241 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH termasuk ke dalam sahabat. Tahap persahabatannya mengikut lama masa bersahabat dengan Nabi SAW. Ini tidak mengira sama ada persahabatan dan pertemuan itu berlaku selama sebulan, satu hari atau satu ketika masa pada siang hari sahaja. Tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat yang masuk ke dalam neraka baik dalam kalangan Muhajirin mahupun Ansar, yang melakukan Baiah al-Ridwan di bawah sepohon pokok di lembah Hudaibiyah untuk tidak lari daripada medan peperangan atau mati demi baiah itu. Mereka tetap berpegang dengan janji yang mereka meterai dengan Allah dan Rasul-Nya, kerana itu Allah SWT meredai mereka dan mereka juga meredai Allah SWT. Jumlah mereka pada hari itu lebih daripada 1400 orang. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alTirmidhi (no hadis:3795) dan dinilai oleh beliau sebagai Hasan Sahih daripada Jabir RA: َ رَ ِة َّ ج َ الش ْت َ ت � َ َع َ ي ْ ب � م َِّن ٌ َد ح َ َ أ َّ ار ُ الن ُ ل ْ خ َد َ ي ل Maksudnya: Tidak ada seorang pun yang melakukan baiah di bawah pohon di Hudaibiyah yang masuk neraka. Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan para sahabat meskipun mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi, tetapi darjat mereka antara satu sama lain tidak sama, bahkan sebahagian daripada mereka lebih afdal berbanding dengan sebahagian yang lain, mengikut mana dahulu yang masuk Islam, berhijrah, membantu, mendukung, melakukan jihad dan membantu perjuangan Nabi SAW. Yang paling afdal sekali dalam kalangan mereka ialah golongan Muhajirin dan Ansar, kemudian diikuti dengan ahli Badar, Uhud, Ahzab, orang-orang Islam yang terlibat dalam baiah yang dilakukan di bawah sepohon pokok untuk membela kematian Sayyiduna Uthman di lembah Hudaibiah, orang-orang Islam yang terlibat dalam Baiah Aqabah yang pertama dan Baiah Aqabah Kedua, yang membantu Allah SWT dan RasulNya, kemudian diikuti dengan kesemua sahabat Nabi SAW yang membelanjakan harta demi kepentingan Islam sebelum hijrah dan diikuti dengan orang-orang Islam yang memeluk Islam selepas
242 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH pembukaan kota Mekah dan berperang bersama dengan baginda selepas itu. Ahli Sunah Waljamaah juga mengiktikadkan sebahagian daripada sahabat telah disampaikan berita gembira tentang bakal memperoleh syurga oleh Rasulullah SAW, termasuk 10 orang sahabat yang diberitahu oleh baginda secara serentak dalam satu majlis. Mereka yang disebutkan namanya secara terang oleh Rasulullah SAW ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al- Faruq, Uthman Zu al-Nurain, Ali al-Murtada, Talhah bin Ubaidillah, al-Zubir bin al-Awwam, Sa’ad bin Abi Waqqas, Sa’id bin Zaid, Abd al-Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah, pemegang amanah umat ini. Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan secara jelas dan pasti, manusia yang paling berhak sekali menjawat jawatan khalifah selepas daripada kewafatan Rasulullah SAW ialah sahabat empat yang bermula daripada Abu Bakar, kemudian diikuti dengan Umar, Uthman dan akhir sekali Ali. Mereka merupakan golongan Muhajirin dan orang Islam yang paling afdal sekali. Empat orang yang disebutkan di atas adalah umat Islam yang terbaik berdasarkan kesepakatan ulama. Mereka adalah menteri-menteri, pendukung dan penolong Nabi SAW. Mereka juga adalah Khulafa ar-Rasyidin dan imam-imam yang mendapat petunjuk. Nabi SAW pernah berpesan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis:4607) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’, (no hadis:4314) daripada al-Irbad bin Sariyah RA: ْ َ ن ُ م ه َّ ِ ن إ َ ًّ ا، ف ِشي َ َ ب ً ا ح ْد ب َ ْ ع ِن َ إ ِة، و َ َّاع َ الط ِ و ْ ع َّ م َ الس ِ و َّ َ ى الل و ْ ق َ ِت ُ ْ ب ِوصيك ُ أ ِة َّ ُ ن َ س ت� ِي و َّ ُ ن ِس ُ ْ ب ْك ي َ َ ل ع َ ً ا، ف ِثي� َ ًا ك َ ف ِتل ْ َ ي� ََى اخ س َ ِدي ف ْ َع ُ ْ ب ْك ْ ِ من ِعش َ ي ُ ِاجِذ، َّو ي� َْ ب ا �ِ لن َ ل َ ُّ وا ع َض َع َ ا و ُ ب وا � ِ َّ ك َ َ س َ ، � ت ي�ن َ الرَّ ِاشِد ن ي� ّ ِ ِدي ْ َ ه ْ ِاء ال َ ف َ ل خُ ْ ٌ ال ة َ َ ل َ ل ٍة ض َ ْ ع ِد َ ك َُّ ب ، و ٌ َة ْ ع ِد ٍة ب َ ث َ ُ ْد َّ ك َُّ م ِ ن إ َ ِ ، ف ُ ور م ُ ْ أ ِت ال َ ث � َ ُ ْد َم ُ ْ و َّ ك ِي� َ إ و Maksudnya: Aku berpesan kepada anda sekalian agar sentiasa bertakwa kepada Allah, mentaati dan mematuhi meskipun diperintah oleh seorang hamba berbangsa Habsyah. Sesiapa
243 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sahaja yang hidup selepasku nanti, akan melihat banyak berlaku perselisihan, ketika itu anda semua hendaklah berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah Sunnah itu dengan penuh kesungguhan dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah daripada melakukan perkara-perkara baru, kerana setiap perkara yang baru itu adalah bidaah dan setiap yang bidaah itu adalah sesat. Khilafah Nubuwwah atau khilafah kenabian melibatkan masa selama 30 tahun termasuk khilafah al- Hasan bin Ali. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2152) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (no hadis: 2226) daripada Safinah: َ ِلك َ َ ذ ْد َع ب ٌ ْك ُ ل َّ م ُ ث � ً ة َ َ ن َ س ُون ث َ ل َ َّت� ِي ث م ُ ِي أ ف � ُ ة َ َ ف ِ ل خ ْ ال Maksudnya: Khilafah dalam kalangan umatku berlaku selama 30 tahun kemudian akan berlaku sistem beraja selepas itu. Ahli Sunah Waljamaah tidak mengiktikadkan maksum kepada seorang pun dalam kalangan para sahabat mahupun kerabat Rasulullah. Begitu juga dengan golongan terdahulu umat Islam dan juga orang- orang Islam yang datang selepas daripada mereka. Bahkan harus berlaku mereka terlibat dengan dosa secara umum, tetapi Allah SWT menjanjikan mereka dengan keampunan dan juga keredaan dan mengampunkan mereka dengan cara bertaubat dan melakukan berbagai-bagai amalan kebaikan dan amalan soleh yang menghapuskan dosa tersebut. Mereka menyatakan para sahabat adalah maksum pada umumnya daripada terlibat dengan kesalahan, di mana mereka tidak mungkin berkumpul untuk melakukan sesuatu yang batil dan meninggalkan kebenaran. Tetapi individu dalam kalangan mereka tidak maksum. Kemaksuman adalah datang daripada Allah SWT bagi rasul-rasul-Nya yang merupakan manusia terpilih bagi menyampaikan risalah. Allah SWT menjaga himpunan umat ini daripada melakukan kesalahan dan bukan individunya.
244 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alTirmidhi ( no hadis: 2167) dan sebahagian besar lafaznya dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Wa Da’if Sunan alTirmidhi ( no hadis: 2167) daripada Ibn Umar RA: َ َل َ ـ ع َّ َ ل َ س ِه و ْ ي َ ل َ ُ ع َّ َّ الل َ ل َّ ٍد ص َُم َ م َّ ة م ُ َ : أ َال ْ ق و َ َّت� ِي ـ أ م ُ ُ أ َ ع ْم ج َ َ ي � َ ل َّ َّ الل ِن إ ِ َّ ار َ الن ِل إ َّ َ ذ َّ ش َ ذ ْ ش َ ن َم ِة، و َ َ اع َم َ ج ال َ ع ِ م َّ ُ الل َد َ ي ٍ، و ة َ َ ل َ ل ض Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku atau baginda bersabda: Umat Muhammad SAW di atas landasan kesesatan. Tangan Allah di atas Jamaah. Sesiapa yang janggal (keseorangan), dia akan keseorangan di dalam neraka. Ahli Sunah Waljamaah berijmak tentang kewajipan mendiamkan diri daripada membicarakan tentang fitnah-fitnah yang berlaku dalam kalangan para sahabat RHM dan menahan dari menyentuh perselisihan yang berlaku dalam kalangan mereka. Mereka menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT. Apa yang dilakukan ialah mereka memperbanyakkan melakukan istirja’ di atas musibah-musibah yang berlaku tersebut dan memohon keampunan untuk orang-orang Islam yang terkorban dalam kalangan dua kumpulan dan menunjukkan belas kasihan kepada mereka. Ahli Sunah Waljamaah tidak menghukumkan mereka semua maksum dan tidak juga menghukumkan mereka berdosa, bahkan mengiktikadkan mereka semua melakukan ijtihad, sedangkan orang-orang yang mencari kebenaran, tidak sengaja untuk melakukan kesalahan. Mana-mana dalam kalangan mereka yang betul dalam melakukan ijtihad, mendapat dua pahala dan mana-mana yang tersalah, mendapat satu pahala. Kesalahannya diampunkan Allah SWT dengan izin daripadanya. Kesemua mereka diberikan kemaafan dan tidak berdosa. Ahli Sunah Waljamaah tidak pernah mencaci mana-mana sahabat, tidak membebaskan diri daripada mereka dan juga tidak bersikap kasar terhadap mereka, malah tidak pernah menyebut perkara-perkara yang kurang baik kepada mereka. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berpesan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 4610) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih
245 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH al-Jami’, (no hadis:7310) daripada Abu Hurairah RA: ْ ُ َ ك َد ح َ َّ أ ن َ ْ أ و َ ِدِه ل َ ِي ي ب ِس ْ ف َ ِذي ن َّ َ ال و َ با� ِي ف َص ْ َ ُّوا أ ُ ب س َ َ ت با� ِي ل َص ْ َ ُّوا أ ُ ب س َ َ ت ل ُ ه َ ِصيف َ َ ن َل ْ و ِدِه َ ح َ َّ أ ُد َ م َ ك ْر د َ َ ا أ ً ا م ب َ ه َ ٍد ذ ُ ح ُ َ أ ْل َ ِ مث َق ف ْ ن َ أ Maksudnya: Jangan mencaci para sahabatku. Jangan mencaci para sahabatku. Demi zat yang diriku berada dalam genggamanNya, sekiranya salah seorang daripada anda membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, dia tetap tidak dapat mencapai satu cupak daripada yang dibelanjakan oleh mereka (para sahabat baginda SAW) mahupun separuh daripadanya. Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan wajib mengasihi dan mencintai keluarga Nabi SAW atau ahli bait Nabi SAW yang terdiri daripada kalangan para isteri, zuriat dan kaum kerabat baginda dan tidak membenci, bahkan mendukung, memulia dan menghormati mereka. Begitu juga Ahli Sunah Waljamaah mengambil sikap berlaku ihsan, berselawat, menunjukkan belas kasihan, meredai dan menjaga hak-hak mereka seperti pemberian satu perlima daripada harta rampasan perang dan harta fai’i dan mengharamkan menyakiti dan melakukan sesuatu yang buruk terhadap mereka, bahkan perlu mempertahankan diri dan kehormatan mereka dan membersihkan mereka daripada tuduhan yang ditujukan kepada mereka secara bohong dan dusta. Ahli Sunah Waljamaah juga membebaskan diri daripada orang yang keterlaluan dalam menyanjung dan membenci mereka, begitu juga yang mencela atau memusuhi mereka. Ahli Sunah Waljamaah sentiasa menjaga pesanan dan wasiat Rasulullah SAW yang bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 36) daripada Zaid bin al-Arqam: ِي ف � َ َّ ُ ُ الل ِرُ ك ّ ك َ ذ ُ ْت� ِي ، أ ي َ ِل ب ْ ه َ ِي أ ف � َ َّ ُ ُ الل ِرُ ك ّ ك َ ذ ُ ْت� ِي ، أ ي َ ِل ب ْ ه َ ِي أ ف � َ َّ ُ ُ الل ِرُ ك ّ ك َ ذ ُ أ ْت� ِي ي َ ِل ب ْ ه َ أ Maksudnya: Aku memperingatkan anda sekalian kepada Allah tentang ahli keluargaku. Aku memperingatkan anda sekalian kepada Allah tentang ahli keluargaku. Aku memperingatkan anda
246 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sekalian kepada Allah tentang ahli keluargaku. Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan antara yang termasuk ke dalam ahli keluarga Rasulullah SAW ialah para isteri baginda RHM. Mereka adalah ibu-ibu orang-orang Islam, berdasarkan nas al-Quran. Firman Allah SWT: َ ٰة و َ َّ ل َ ٱلص ْ ن ِ ق � َ َ أ ۖ و ٰ َ ُول ْ أ َّ ِة ٱل ِ ِلي ٰه ـ َ ج ْ َ ٱل ج ب� َُّ َ َ ت ْ ن ب� ََّج َ َ ت َل َّ و ُ ن ُ ِوتك ُي ِ ب ف � َ رْ ن َ َ ق و ُ ُ َ نك ِه َب ع ْ ُذ ُ ِ لي َّ ُ ٱلل ِ يد ِ� نََّ ي ا � ُ ۚ إ ٓ ۥ ُ َ ُ ول َس َ ر َ و َّ َ ٱلل ْ ن ِطع َ َ أ َ و ٰة و َ َّ ك َ ٱلز ن َ ِاتي� َء و ً ا ٣٣ ِي� ه ْ َط ُ ْ ت ِرَ ك ّ ه َ ُط َ ي ْ ِت و َ ي ب ْ َ ٱل ْ ل ه َ ْ َس أ ِج ٱلرّ Maksudnya: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai “Ahl al-Bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih- bersihnya (dari segala perkara yang keji). (al-Ahzab 33: 33) Dilihat dari segi susunan, mereka terdiri yang pertama ialah Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah, Saudah binti Zam’ah Ibn Qais al-Amiriyyah, A’isyah binti Abu Bakar al-Siddiq, Hafsah binti Umar bin al-Khattab, Zainab binti Khuzaimah al-Hilaliyah, Ummu Salamah Hind binti Abi Umayyah al-Makhzumiyyah, Zainab binti Jahsy al-Asadiyyah, Juwairiyyah binti al-Harith bin Abi Dirar al-Khuza’iyyah, Ummu Habibah Hind binti Abi Sufyan, Sufiyyah binti Huyai bin Akhtab, Maimunah binti alHarith al-Hilaliyah dan Maimunah adalah wanita yang terakhir sekali dikahwini oleh Rasulullah SAW.
247 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Ahli Sunah Waljamaah mengiktikadkan Allah SWT menjadikan isteri-isteri Rasulullah SAW sebagai ibu orang-orang Islam kerana menghormati dan memperkukuhkan kehormatan mereka, di samping memuliakan kedudukan dan ketinggian martabat mereka. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat perlu menghormati kedudukan isteri-isteri Rasulullah SAW, berdoa dan mengenal pasti kedudukan mereka. Mereka adalah wanitawanita yang suci yang bersih daripada sebarang kotoran. Mereka juga merupakan isteri Rasulullah SAW di dunia dan juga akhirat. Allah SWT telah meredai mereka dan mereka juga meredai Allah sebagai tuhan mereka. Allah SWT membenci orang-orang yang mencela mereka. Yang paling afdal dalam kalangan mereka ialah Khadijah binti Khuwailid yang merupakan ibu kepada anak-anak baginda dan merupakan wanita pertama memeluk Islam. Kemudian diikuti dengan A’isyah binti al-Siddiq RA, yang merupakan isteri Rasulullah SAW yang paling faqih secara mutlak. Nabi SAW tidak berkahwin dengan wanita yang masih gadis selain beliau. Baginda tidak mengasihi isteri lain seumpama yang baginda lakukan kepada A’isyah. Wahyu pernah turun kepada baginda ketika baginda sedang berselimut dengan A’isyah dan tidak melibatkan isteri-isteri lain. Kewafatan Rasulullah SAW adalah di atas riba beliau. Allah SWT mengumpulkan air liur baginda dengan air liur A’isyah pada saat akhir kehidupannya di dunia dan saat pertama akhirat. Baginda SAW dikebumikan di rumah beliau. A’isyah RA juga merupakan isteri yang telah dibersihkan Allah SWT daripada tujuh petala langit daripada tuduhan melakukan perkara curang yang disebarkan oleh golongan munafik. Firman Allah SWT: َ ُو ْ ه َل ُۖ ب ك َّ ًّ ا ل َ � ُ ش ُوه َ ب ْ س َ ت � َ ۚ ل ْ ُ ِ نك ّ م ٌ َة ْ ب ُص ِك ع ْ ِ ف إ ْ ل ٱ ُ بو �ِ ء ٓ َ ا َ ج ي�ن ِذ َّ َّ ٱل ِن إ ۥ ُ ٰ ِ كب� َْ ه َّ َ ل و َ ِذى ت َّ َ ٱل ۚ و ِ ْ ث � ِ إ ْ َ ٱل َ َب ِ من َس ت ْ َّ ا ٱك ُْم م ِ � ن ّ ِ ٍئ م ْ ر ِ ٱم ُّ ِ لك ۚ ْ ُ َّك ي� ٌْ ل َ خ ١١ ٌ ي� ِظ َ َ ٌ اب ع َذ ُ ۥ ع َ ْ ل ُْم ِم� ن
248 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat). (al-Nur 24: 11) Kesimpulan Ahli Sunah Waljamaah membenci dan memusuhi orang-orang yang membenci dan memusuhi para sahabat atau bersikap lancang terhadap mereka, kerana Allah SWT telah pun meredai mereka, menjelaskan tentang taubat, keampunan, keredaan dan syurga untuk mereka. Mereka adalah golongan yang pertama beriman dengan Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya yang amanah. Allah SWT telah memandu mereka kepada Islam, agama yang benar dan tauhid yang murni. Ahli Sunah Waljamaah tidak suka menyebut sesuatu yang kurang baik tentang para sahabat. Apa yang disebutkan mereka tentang para sahabat semuanya yang baik-baik, malah mereka memuji para sahabat dengan pujian yang baik. Ini kerana Rasulullah SAW mengasihi mereka dan berpesan agar umat Islam turut mengasihi mereka.
249
250 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Antara asas akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah mereka membenci ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu, yang mereka cipta sesuatu dalam agama yang bukan termasuk ke dalam urusan agama. Mereka mencela golongan tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membenci, memulau, mengeji, menghina, meninggalkan memberi salam dan menjauhi daripada menghormati dan membesarkan golongan itu. Mereka tidak mengasihi, tidak berkawan dan tidak duduk dalam majlis, tidak bercampur, tidak menerima kesaksian dan riwayat, tidak mendengar percakapan, tidak berbahas dan berdebat dalam perkara agama, malah memelihara telinga mereka daripada mendengar kebatilan-kebatilan yang dijaja oleh golongan tersebut. Mereka berpendapat kedudukan dan keburukan golongan ahli bidaah itu perlu dijelaskan kepada masyarakat agar masyarakat tidak terlibat dengan golongan itu dan amalan bidaah yang mereka lakukan. Perkara tersebut dilihat oleh mereka sebagai termasuk ke dalam erti kata kewajipan agama yang paling besar yang perlu dilakukan dan termasuk ke dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, menasihati untuk Allah SWT, Rasul dan juga orang-orang yang beriman. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 71) daripada Abdullah bin Mas’ud RA; َ ُّون ِ ي َ ار َ و ِتِه ح َّ م ُ ْ أ ُ ِ من َ َ ل َ ن َّ ك ِل ي إ ِل ْ ب َ َّ ٍة ق م ُ ِي أ ف � ُ َّ ُ الل ه َ َ ث َع ٍ ب ّ ب� ِي َ ْ ن َ ِ ا من م ْ ِدِه ْ َع ْ ب ُف ُ ِ من ل ْ خ َ ت ِ� نََّ ا � َّ إ ُ ث ِ ِه � ْ ر م َ أ ب �ِ َ ُ ون َد ت ْ َق َ ي ِتِه و َّ ُ ن ِس َ ب ُ ون ُ ذ خ ْ أ َ َص ْ َ ٌ اب ي � َ أ و ْ ُ َ ه َد َ اه ْ ج َ ن َ ف � َ َ رُ ون م ْ ُؤ َ ي َ ا ل َ م ُون َ ل ع ْ َف َ ي َ و ُون َ ل ع ْ َف َ ي َ ا ل َ م ُون ُول َق ي ٌ وف ُ ل ُ خ ٍل َ َ رْ د ُ خ َّة َ ب َ ِان ح ِي� إ ْ ْ ال َ ِ من ِلك َ َ ذ َ اء َ ر ْ َس و ي َ َ ل و ٌ ِمن ْ ُ ؤ َ م ُو َ ف ِدِه � َ ِي ب Maksudnya: Tidak ada seorang nabi yang diutuskan Allah kepada sesuatu umat sebelum daripadaku melainkan mempunyai
251 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH pendukung dalam kalangan umatnya dan para sahabat yang berpegang teguh dengan Sunnah dan mengikut jejak nabi tersebut. Kemudian selepas itu muncul beberapa golongan yang bercakap apa yang mereka tidak lakukan dan melakukan apa yang mereka tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangannya, dia adalah orang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lisan, dia adalah orang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati, dia adalah orang yang beriman. Tidak ada selepas daripada itu iman lagi meskipun sebesar biji sawi. Tanda-Tanda Ahli Bidaah Tanda-tanda ahli bidaah antaranya ialah: Jahil tentang hukum-hakam agama dan maqasid syariah Tidak melihat kepada syarak dengan pandangan yang sempurna. Tidak menyerah dan tidak tunduk kepada nas-nas daripada alQuran dan Sunnah yang sahih. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan sesuatu yang tidak disyariatkan Allah SWT dan Rasul-Nya. Berpecah belah dan mengasingkan diri daripada Jamaah. Suka berbahas, bermusuh dan mengikut hawa nafsu. Mendahulukan akal mengatasi nas. Jahil tentang sunnah. Bergantung kepada hadis-hadis yang lemah dan palsu. Menolak hadis yang tidak secocok dengan amalan bidaah yang dilakukan.
252 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Suka menyelami perkara-perkara mutasyabihah. Menolak Sunnah dengan al-Quran. Melampau dalam menghormati seseorang dan taasub kepada pendapat yang dikemukakan. Mengikut adat dan uruf yang bercanggah dengan nas- nas daripada al-Kitab dan al-Sunnah. Melampau dalam melakukan ibadah. Menyerupai orang-orang bukan Islam dalam syiar ibadah mereka. Menggelar golongan Ahli Sunah Waljamaah dengan gelaran yang buruk. Membenci ahli hadis. Membenci Sunnah Nabi SAW dan mempersenda- sendakannya. Mengkafirkan orang yang tidak sealiran tanpa sebarang bukti. Meminta bantuan dan pertolongan daripada orang-orang bukan Islam bagi menentang orang-orang Islam sendiri. Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Golongan Ahli Bidaah Dan Pengikut Hawa Nafsu Antaranya ialah: Ahli Sunah Waljamaah menjelaskan yang dikatakan sebagai bidaah ialah segala iktikad atau ibadah yang tidak disyariatkan Allah SWT dan Rasul-Nya dalam agama. Dengan lain perkataan setiap perkara yang tidak didapati sebarang dalil syarak yang memerintahkan melakukannya baik daripada al-Kitab mahupun daripada al-Sunnah, dinamakan sebagai bidaah. Ia merupakan
253 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH segala bentuk amalan dan tindakan berasaskan hawa nafsu yang dilakukan selepas daripada kewafatan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Ia membabitkan rekaan dalam perkara agama dan tidak melibatkan urusan adat dan tradisi, kerana rekaan dalam perkara adat adalah harus. Bidaah adalah lawan kepada Sunnah, di mana Sunnah adalah petunjuk, kejayaan dan keselamatan. Ia juga merupakan jalan yang lurus dan jalan yang boleh membawa kepada keredaan Allah SWT dan syurga yang kekal abadi, sebaliknya bidaah adalah sesat dengan segala jenisnya. Ia menyumbang kepada neraka, menjauhkan seseorang daripada Allah dan rahmat-Nya dan juga daripada syurga yang kekal abadi. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis:3991) dan dinilai sebagai Sahih oleh al- Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (no hadis:2735) daripada Abdullah bin Mas’ud RA: ُّ وا َض َع َ ا و ُ بوا � ِ َّ ك َ َ س َ � ت ي�ن َ الرَّ ِاشِد ن ي� ّ ِ ِدي ْ َ ه ْ ِاء ال َ ف َ ل خُ ْ ِة ال َّ ُ ن َ س ت� ِي و َّ ُ ن ِس ُ ْ ب ْك ي َ َ ل ع َ َ ك َُّ ف و ٌ َة ْ ع ِد ٍة ب َ ث َ ُ ْد َّ ك َُّ م ِ ن إ َ ِ ف ُ ور م ُ ْ أ ِت ال َ ث � َ ُ ْد َم ُ ْ و َّ ك ِي� َ إ َ ِاجِذ و َّو ي� َْ ب ا �ِ لن َ ل َ ٌ ع ة َ َ ل َ ل ٍة ض َ ْ ع ِد ب Maksudnya: Hendaklah anda berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham anda. Jauhilah daripada terlibat dengan perkara-perkara yang baharu dalam agama, kerana setiap perkara yang baharu itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah dalam agama melibatkan dua jenis iaitu pertama bidaah i’tikadiyyah dan qawliyyah seperti iktikad dan ungkapan yang dikeluarkan oleh puak-puak yang sesat yang mencanggahi manhaj Ahli Sunah Waljamaah seperti golongah Jahmiyyah, Muktazilah, Qadariyyah dan Rafidah dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka. Kedua: bidaah dalam ibadah seperti beribadah kepada Allah SWT dengan sesuatu yang tidak berdasarkan kepada syariat
254 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Allah SWT, tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW, tidak pernah diperintahkan, tidak pernah diperakui oleh baginda dan juga tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda SAW. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah dalam perkara agama adalah haram, sesat dan tertolak dengan segala jenis dan bentuknya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis:3242) daripada A’isyah RA: ٌّ َ د َ ر ُو َ ف � ُ ه ْ ْ َس ِ من ي َ َ ال َ ا م َذ َ ه ن �ِ ْ ر م َ ِي أ ف � َ َ ث َد ح َ ْ أ َ ن م Maksudnya: Sesiapa yang mereka-reka perkara baru dalam urusan agama kita ini, yang bukan daripadanya, ia tertolak. Baginda SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 1435) daripada Jabir bin Abdillah RA: ِ ُ ور م ُ ْ أ َّ ال َ � َش َّ ٍد و َُم َ ى م ُد َ ى ه ُد ْ ي� َْ ال َ َخ ِ و َّ َ ُ اب الل ِد ِ يث ِ كت َ ْ ي� َْ ال َ َّ خ ِ ن إ َ ف ٌ ة َ َ ل َ ل ٍة ض َ ْ ع ِد َ ك َُّ ب َُ ا و َ �ت ث � َ ُ ْد م Maksudnya: Sesungguhnya sebaik-baik perbicaraan itu adalah kitab Allah, sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk perkara itu perkara-perkara yang direka dalam agama dan setiap perkara yang direka dalam agama itu adalah sesat. Walau bagaimanapun bidaah yang haram dari segi jenis, boleh dibahagikan kepada dua iaitu pertama jenis yang menyebabkan syirik dan kufur secara terang- terangan. Ia melibatkan perkara iktikad seperti ungkapan yang dikeluarkan oleh golongan Jahmiyyah dan Muktazilah. Ia juga melibatkan persoalan ibadat seperti melakukan tawaf di kubur, kerana mendekatkan diri, mengemukakan sembelihan, nazar, memohon pertolongan daripada ahli kubur (istighathah) dan lain- lain. Kedua jenis yang menafikan kesempurnaan tauhid dan merupakan wasilah yang boleh menyumbang kepada syirik seperti membuat binaan di atas kubur, menunaikan solat dan berdoa di sisi kubur dan lain-lain
255 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH bentuk bidaah. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah dalam perkara agama merupakan salah satu wasilah kepada syirik kerana ia melibatkan qasad untuk beribadah kepada Allah SWT dan mendekatkan diri dengan-Nya dengan sesuatu yang tidak disyariatkan. Sebagaimana yang maklum diketahui, wasilah menduduki hukum maqasid. Setiap yang membawa kepada syirik dalam beribadah kepada Allah SWT atau melakukan bidaah dalam agama, wajib dibendung. Ini kerana Allah SWT telah menyempurnakan Islam pada masa hayat Nabi SAW dan Rasulullah SAW telah menjelaskan segala perkara yang berkaitan dengan agama, sama ada dengan perkataan, perbuatan ataupun dengan perakuan baginda, sama ada di peringkat permulaan ataupun sebagai jawapan kepada satusatu persoalan yang dikemukakan kepada baginda. Baginda tidak mengabaikan sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam urusan ibadat dan muamalat, bahkan menjelaskannya dengan lengkap dan sempurna, malah baginda SAW meninggalkan umatnya di atas landasan yang putih bersih. Malamnya sama sahaja dengan siangnya dan orang yang menyeleweng daripadanya pasti akan binasa. Firman Allah SWT: ِ ِهۦ ِ ب َّ ِ ٱلل ي� ْ َ َّ ِ لغ ِهل ُ ٓ أ َ ا َم ِيِ� و ِ � ن ز خ ْ ُ ٱل ْم َ َ ل ُ و َّ م َ ٱلد ُ و َة ْ ت َ ي ْ ُ ُ ٱل ْك ي َ ل َ ْ ع َ ت ِم ُ رّ ح َ ا َّ م ِل ُ إ ُع َّ ب َ ك ََ ٱلس ٓ أ َ ا َم ُ و َ ة ِطيح َّ َ ٱلن ُ و َة ِ ي ّ ََد ُ � ت ْ َ ٱل ُ و ة َ ُوذ ْ ق َ و ْ َ ٱل ُ و ة َ ِنق َ ْخ ُ ن ْ َ ٱل و ٌۗ ْ ق ُ ْ ِ فس ِلك ٰ َ ذ ۚ ِم ٰ ـ َ ل ْ ز َ ْ أ ل ٱ ب �ِ ۟ ُ وا ِسم ْ ق َ ْ ت س َ َن ت َ أ ُ ِب و ص ُّ َ ٱلن َل َ ع ب� ِ ُ َ ا ذ َم ْ و ُ ْ � ت ي َّ ك َ ذ َ ْ م َو ي ْ ۚ ٱل ِن ْ َ و ْ ش َ ٱخ ْ و ُ ْ ه َ و ْش خ َ ت � َ ل َ ُ ْ ف ِ م ِن دِينك ۟ رُ وا َ ف َ َ ك ي�ن ِذ َّ ِئ َس ٱل َ َ ي ْ م َو ي ْ ٱل َ ٰم ـ َ ْ ل ِ س إ ْ ُ ُ ٱل َك ُ ل َ ِضيت َ ر َت� ِ و ْم ُ ْ ِ نع ْك ي َ ل َ ُ ع ْ ت ْ َ م � ت َ َ أ ُ ْ و َك ُ ْ ِ دين َك ُ ل ْت ْ َ ل َ ك أ ٌ ي� َّ ِح ر ٌ ُور ف َ َ غ َّ َّ ٱلل ِ ن إ َ ف ۙ ٍ ْ ث � ِ ِإ ّ َ ِان ٍف ل َج ُ ت ي� َْ م َ َ ٍة غ َ ص م ْ َ خ ِ م ف رَّ � ُ ْ ط ِ ٱض َ ن َ ف � ۚ ا ً ِدين ٣ Maksudnya: Pada hari ini, orang- orang kafir telah putus asa
256 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ma’idah 5: 3) Ahli Sunah Waljamaah berpendapat asas-asas kepada ahli bidaah tertumpu kepada lima golongan iaitu Khawarij, Rafidah, Jahmiyyah, Qadariyyah dan Murji’ah. Kemudian daripada lima golongan ini muncul berbagai- bagai golongan yang lain sehingga melengkapi jumlah 72 golongan, yang pernah diberitahu oleh Rasulullah SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al- Mu’jam al-Aswat (no hadis:4886) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (no hadis: 203. 204 dan 1492) dengan sedikit perbezaan lafaz pada bahagian awalnya daripada Abdullah bin Amru, menjelaskan, Nabi SAW bersabda: ، ً َ ة َ ِاحد َّ و ِل ِ إ َّ ار ِي الن ف � ْ ُم ه ُُّ ً ك ة َ َ ِ فرْ ق ن ِعي� ْ َ ب َ س ٍث و َ ل َ َ ث َل ُ ع َّ ة م ُ ْ أ ِذِه ال َ ُ ه ِق َ ْ� ت ف َ ت با� ِي َص ْ َ َ أ َ و ْ م َو ي ْ ِه ال ْ ي َ ل َ َ ع ن � َ َ ا أ َ : م َ ال ُ؟ ق ة َ ِفرْ ق ْ َ ال ْك َ ِ تل َ ِ ا هي َم ُوا: و ال َ ق Maksudnya: Umat ini akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak sahaja. Ujar Abdullah: Siapakah puak yang selamat itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Golongan yang berada di atas landasanku dan landasan para sahabatku. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah yang tidak bercanggah dengan al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak, bukan bidaah yang keji, sebaliknya ia disebut sebagai bidaah dari segi bahasa
257 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sahaja. Kadang-kadang ia adalah baik seperti mencetak al-Quranul Karim, menggunakan teknik tertentu dalam mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat, menyusun angkatan tentera, jabatan kerajaan dan lain- lain. Kadang-kadang juga ia termasuk ke dalam erti kata masalih mursalah dan perkara yang wajib dilakukan oleh pemerintah. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bidaah yang bertentangan dengan al-Kitab, al-Sunnah dan Ijmak salaf umat Islam yang melibatkan perkara- perkara iktikad dan ibadat, adalah bidaah dan sesat yang ditolak, meliputi segala jenis dan bentuknya, berdasarkan kesepakatan orang-orang Islam. Walau bagaimanapun Ahli Sunah Waljamaah tidak melihat bidaah dalam agama itu berada pada satu tahap sahaja, bahkan memerlukan kepada penjelasan yang terperinci. Ia berbeza dari segi hukum dan orang yang melakukannya. Ia juga berbeza menurut keperbezaan jenisnya. Sebahagian daripadanya boleh menyebabkan seseorang Islam terkeluar daripada landasan agama. Sebahagian lagi hanya mencecah tahap dosa besar. Sebahagian lagi hanya mencecah tahap dosa-dosa kecil sahaja. Namun kesemuanya berkongsi dari sifat sesat dan bercanggah dengan al- Kitab, alSunnah dan juga ijmak umat Islam. Bidaah kuliyyah (bidaah yang menyeluruh) tidak sama dengan bidaah juz’iyyah (bidaah yang melibatkan bahagian tertentu sahaja). Bidaah murakkabah (bidaah yang melibatkan gabungan beberapa amalan bidaah) tidak sama dengan bidaah basitah (bidaah ringan). Bidaah haqiqiyah (bidaah hakiki) tidak sama dengan bidaah idafiah (bidaah tambahan), baik dari segi zat mahupun dari segi hukum. Sebahagian daripadanya adalah kufur, manakala sebahagian lagi adalah fasik. Ia berbeza dari segi hukum dan orang yang melakukannya. Bertitik tolak daripada kaedah di atas, Ahli Sunah Waljamaah tidak meletakkan satu hukum sahaja kepada ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu. Bahkan hukumnya berbeza daripada seorang individu dengan seorang individu yang lain dilihat dari segi bidaah dan situasi yang dialaminya. Orang yang jahil dan orang yang melakukan takwil tidak sama dengan orang alim, yang menyeru masyarakat ke arah amalan bidaah yang dilakukannya. Orang
258 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH alim yang boleh melakukan ijtihad tidak sama dengan orang alim yang menyeru masyarakat ke arah mengamalkan bidaah dan juga orang yang mengikut hawa nafsu. Dengan lain perkataan Ahli alSunnah menetapkan hukum yang berbeza di antara orang yang melakukan bidaah secara terang dan menyeru masyarakat ke arahnya dengan orang yang melakukan bidaah secara senyap dan tidak pula menyeru masyarakat ke arah bidaah tersebut. Ahli Sunah Waljamaah menunjukkan rasa belas kasihan kepada ahli bidaah dan orang-orang yang mengikut hawa nafsu dan mendoakan agar mereka diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT. Mereka mengharapkan agar ahli-ahli bidaah itu kembali mengikut Sunnah, mendapat petunjuk dan berada di atas jalan yang lurus dan menjelaskan perkara tersebut dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik sehingga mereka bertaubat daripada bidaah yang mereka lakukan dan kembali berada di jalan yang benar dan jamaah. Mereka menjatuhkan hukum berdasarkan aspek yang zahir dan menyerahkan rahsia hati ahli-ahli bidaah itu kepada Allah SWT, jika bidaah yang mereka lakukan tidak mencecah ke tahap yang mengkufurkan. Ahli Sunah Waljamaah melakukan usaha yang terpuji dalam menolak ahli bidaah dan orang-orang yang mengikut hawa nafsu. Mereka sentiasa bersedia untuk berdepan dengan golongan tersebut di setiap masa dan juga tempat. Mereka membongkar tembelang ahli bidaah dan menjelaskan penyelewengan dan pendustaan mereka. Ucapan dan kata-kata mereka terhadap ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu begitu banyak sekali antaranya ialah: Imam Ahmad bin Sinan al-Qattan pernah menyatakan: “Tidak ada ahli bidaah di dalam dunia melainkan dia akan membenci ahli hadis. Apabila seseorang melakukan bidaah, kemanisan hadis akan tercabut daripada hatinya”. Imam Abu Hatim al-Hanzali al-Razi pernah menyatakan: ‘Tanda ahli bidaah ialah mencela ahli hadis dan tanda golongan
259 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH zindiq ialah menamakan ahli hadis sebagai golongan Hasyawiyah. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk membatalkan hadis. Tanda golongan Jahmiyyah ialah menamakan golongan ahli al-Sunnah sebagai musyabbihah. Tanda golongan Qadariyah ialah menamakan golongan ahli al-Sunnah sebagai mujabbirah. Tanda golongan Murji’ah ialah menamakan golongan ahli al-Sunnah sebagai golongan yang tidak sealiran dan kurang. Tanda golongan Rafidah ialah menamakan ahli al-Sunnah sebagai golongan Nasibah. Ahli al-Sunnah tidak boleh dikaitkan melainkan dengan satu nama sahaja dan mustahil mereka dikaitkan dengan berbagaibagai nama di atas”. Imam Abu Muhammad al-Barbahari pernah menyatakan: “Apabila anda mendengar seseorang berkata: Si pulan itu musyabbihah. Si pulan berbicara tentang taysbih atau penyerupaan dengan makhluk, berhati-hati dengannya, sesungguhnya dia adalah seorang yang beraliran Jahmiyyah. Jika anda mendengar seseorang berkata: Si pulan itu adalah golongan Nasibah, ketahuilah dia adalah seorang yang beraliran Rafidah. Jika anda mendengar seseorang berkata: Berbicaralah tentang tauhid dan ulaslah tentang tauhid, ketahuilah dia adalah seorang yang berfahaman Khawarij dan Muktazilah, atau mengatakan si pulan itu adalah seorang yang berfahaman Jabariyah atau membicarakan tentang ijbar (keterpaksaan hamba dalam melakukan perbuatan tanpa sebarang pilihan) atau bercakap tentang keadilan tuhan, ketahuilah dia seorang yang berfahaman Qadariyyah, kerana kesemua namanama yang disebutkan di atas adalah nama-nama baru yang direkacipta oleh golongan ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu”. Pesanan Ahli Sunah Waljamaah Tentang Bahaya Golongan Ahli Bidaah Dan Pengikut Hawa Nafsu Banyak dalam kalangan tokoh salaf yang berpesan tentang marabahaya golongan ahli bidaah dan keperluan menjauhkan diri daripada mereka. Misalnya Umar bin al-Khattab RA pernah menyatakan, sebagaimana yang terdapat dalam Syarah Aqidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah dan Ibn Battah dalam al- Ibanah:
260 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH “Beberapa orang manusia akan datang untuk berdebat dengan anda tentang perkara-perkara yang samar mengenai al-Quran, berdepanlah dengan mereka dengan al-Sunnah, kerana orangorang yang berpegang teguh dengan Sunnah lebih mengetahui tentang kitab Allah SWT”. Abdullah bin Umar pula pernah menjawab soalan orang yang bertanya beliau tentang status orang-orang yang menolak qadar: “Apabila anda menemui mereka, beritahulah yang Ibn Umar membebaskan diri daripada mereka dan mereka tidak ada kena mengena dengan Ibn Umar, sebanyak tiga kali”. Abdullah bin al-Abbas pula menyatakan: “Jangan duduk dalam majlis orang yang mengikut hawa nafsu, kerana duduk dalam majlis mereka akan menyebabkan penyakit kepada hati”. Al-Fudail bin Iyad pernah menyatakan: “Pelaku bidaah tidak boleh anda amanahkan untuk menjaga agama. Jangan bermesyuarat dengannya dalam urusan anda dan jangan duduk dalam majlisnya. Sesiapa yang duduk dalam majlis pelaku bidaah, Allah SWT akan wariskannya dengan kebutaan”. Al-Hasan al-Basri pernah menyatakan: “Allah SWT enggan membuka pintu taubat kepada orang- orang yang melakukan bidaah”. Imam Ahmad bin Hanbal pernah menegaskan dalam manaqibnya; “Ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu, tidak sewajarnya diminta pertolongan dalam apa-apa urusan orang-orang Islam kerana ia menimbulkan kemudaratan yang besar kepada agama”. Imam Abd al-Rahman bin Mahdi pernah menjelaskan,
261 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sebagaimana yang terdapat dalam al-Ibanah oleh Ibn Battah: “Tidak ada dalam kalangan golongan yang mengikut hawa nafsu, yang lebih jahat daripada para pengikut Jahm. Mereka ingin mengatakan di langit tidak ada apa- apa. Aku berpendapat mereka tidak wajar dinikahi dan juga diwarisi harta mereka”. Pesanan Imam-Imam Ahli Sunah Waljamaah Tentang Keperluan Mengikut Sunnah Dan Menjauhi Ahli Bidaah Banyak pesanan telah dibuat oleh tokoh-tokoh Ahli Sunah Waljamaah tentang keperluan mengikut al- Sunnah dan menjauhkan diri daripada melakukan atau terlibat dengan amalan bidaah, antaranya ialah : Mu’az bin Jabal RA pernah menyatakan, sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Waddah dalam al-Bida’ Wa al- Nahyi Anha: “Wahai sekalian manusia, hendaklah anda sekalian berpegang teguh dengan ilmu pengetahuan, sebelum ia diangkat. Pengangkatan ilmu itu berlaku dalam bentuk pemergian ahli-ahlinya. Jauhilah daripada bidaah, melakukan bidaah dan juga melampau. Hendaklah anda berpegang teguh dengan urusan anda yang asal.” Huzaifah bin al-Yaman pernah menegaskan sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Battah dalam al- Ibanah: “Setiap ibadat yang tidak dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW, jangan anda lakukan, kerana orang yang awal tidak meninggalkan satu perbicaraan kepada golongan yang akhir. Takutlah kepada Allah, wahai para qurra’. Ambillah jalan orang yang sebelum daripada anda.” Ibn Mas’ud RA pernah menyatakan, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah:
262 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH “Sesiapa yang ingin mengikut Sunnah, ikutlah Sunnah orang yang telah mati. Mereka adalah para sahabat Muhammad, yang merupakan sebaik-baik umat ini, yang paling baik hati, yang paling dalam ilmu dan yang paling kurang membebankan diri dengan perkara yang bukan- bukan. Mereka adalah satu kaum yang dipilih oleh Allah untuk bersahabat dengan nabi-Nya dan memindahkan agama baginda. Ikutlah akhlak dan jalan-jalan mereka. Mereka berada di atas jalan yang lurus”. Abdullah bin Umar RA menegaskan, sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Battah dalam al-Ibanah. “Setiap bidaah itu adalah sesat, meskipun dilihat oleh orang ramai sebagai amalan baik” Abdullah bin Amru bin al-Asr pernah menegaskan sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Battah dalam al- Ibanah. “Tidak ada satu amalan bidaah yang dilakukan melainkan berlaku keadaan yang semakin jauh daripada Sunnah dan tidak dicabut sesuatu amalan Sunnah melainkan menyebabkan orang ramai semakin lari daripada Sunnah”. Abu Ayyub al-Sakhtiyani pernah menyatakan, sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Waddah dalam al- Bida’ Wa al-Nahyu Anha. “Tidak ada seorang ahli bidaah yang bersungguh dalam melakukan sesuatu amalan bidaah melainkan dia semakin jauh daripada Allah”. Hassan bin Atiyyah menyatakan sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Lalaka’i dalam Syarah Usul al-I’tiqad Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah. “Tidak ada satu kaum yang melakukan sesuatu amalan bidaah dalam agama mereka melainkan Sunnah yang seumpama dengannya akan dicabut daripada mereka”.
263 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Sufyan al-Thawri pernah menegaskan sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Baghawi dalam Syarah al- Sunnah: “Amalan bidaah lebih disukai oleh Iblis berbanding dengan maksiat. Taubat orang yang melakukan maksiat diterima Allah, tetapi taubat orang yang melakukan bidaah tidak diterima Allah”. Ibn Majisun melaporkan, sebagaimana yang dinukilkan oleh alSyatibi dalam al-I’tisam, beliau mendengar Imam Malik berkata: “Sesiapa yang melakukan suatu amalan bidaah dalam Islam, yang dilihat sebagai satu amalan kebaikan, sesungguhnya dia telah beranggapan Muhammad SAW telah mengkhianati risalah yang dibawa baginda, kerana Allah SWT menyatakan dengan jelas : Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu”,. Sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari itu, juga tidak menjadi agama pada hari ini”. Imam Ahmad bin Hanbal menegaskan sebagaimana yang dinukilkan daripada al-Lalaka’i dalam Syarah Usul I’tiqad Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah: “Asas-asas Sunnah bagi kita ialah berpegang teguh dengan apa yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah SAW, mengikut jejak langkah mereka dan meninggalkan amalan bidaah, kerana setiap bidaah itu adalah sesat”. Al-Fudail bin Iyad pernah menyatakan sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Syatibi dalam al-I’tisam: “Ikutlah jalan petunjuk, anda tidak akan dapat dimudaratkan oleh kurangnya orang yang menempuhi jalan tersebut. Jauhilah jalanjalan kesesatan dan jangan terpedaya dengan sebab ramai orang yang menempuh jalan itu”. Al-Fudail bin Iyad juga menegaskan sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Lalika’i dalam Syarah Usul I’tiqad Ahli alSunnah Wa al-Jamaah:
264 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH “Allah SWT mempunyai hamba-hamba, yang dengan mereka Dia menghidupkan beberapa negara. Mereka adalah golongan yang mengikut Sunnah”. Kesimpulan Orang-orang yang melakukan bidaah ditolak oleh golongan Ahli Sunah Waljamaah. Kerana itu umat Islam berkewajipan menjauhkan diri daripada melakukan bidaah dan mengelakkan daripada mendukung ahli bidaah dalam aktiviti yang dilakukan mereka. Imam Abd al-Bar pernah menegaskan: “Para ulama berijmak, seseorang Islam tidak harus memulaukan saudaranya selama tiga hari, kecuali jika dengan bergaul dan berinteraksi dengannya akan menyebabkan rosak agama atau menimbulkan kemudaratan kepada agama dan dunia orang itu sendiri. Jika begitu keadaannya, kelonggaran diberikan untuk menjauhkan diri daripadanya”.
265
266 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Antara asas akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar dan melihat kebaikan umat ini dan keistiqamahannya kekal selagi mana mereka melakukan kedua-dua tugas di atas, kerana ia merupakan antara syiar Islam dan agama yang paling besar sekali, malah merupakan punca kepada penjagaan Jamaah, perpaduan dan negara Ahli Sunah Waljamaah. Ia merupakan antara perkara yang paling penting, yang dibawa oleh para nabi dan merupakan perkara penting untuk kehidupan manusia di mana tanpanya hidup mereka tidak mungkin akan stabil. Firman Allah SWT: ِ ر َ ُ نك ْ ِ ٱل َ ن َ ع ْ ن َْو � ن َ َ ت ْ رُ وِف و َ ع ْ ل ٱ ب �ِ َ ُ رُ ون م ْ َأ ت ِ اس � َّ ْ ِ للن َ ت ِج ْ ر خ ُ َّ ٍة أ م ُ ي� َْ أ َ ْ خ ُ ُ ن� ت َ ك ُون ِمن ْ ُ ؤ ْ ُ ٱل ُْم ِ � ن ّ م ۚ ُم َّ ي� ًْ ا ل َ َ خ َ ن ك َ ِب ل ٰ ـ َ ِكت ْ ُ ٱل ْ ل ه َ َ أ َ ن َ ام ْ ء و َ َ ل و ۗ ِ َّ ٱلل ب �ِ َ ُون ِمن ْ ؤ ُ َ ت و ١١٠ َ ُون ِسق ٰ ـ َ ف ْ ُ ٱل ُ ُه َ ث � ْ ك َ َ أ و Maksudnya: Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaikbaik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Ali Imran 3: 110) Ahli Sunah Waljamaah berpendapat, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar termasuk ke dalam perkara wajib yang paling besar, yang perlu dilakukan oleh umat Islam, baik dalam bentuk perkataan mahupun amalan. Setiap golongan perlu melakukannya berdasarkan kemampuan. Mereka menyuruh yang makruf secara umum dan terperinci dan mencegah perkara
267 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH mungkar, bagi mengelakkan perkara- perkara yang diharamkan Allah dilanggar. Ia merupakan jihad terhadap orang yang zalim dan fasik. Orang yang melakukannya diberi pahala dan ganjaran dan orang yang meninggalkannya dikenakan hukuman. Firman Allah SWT: ِ َ ن َ ع ْ ن َْو َ� ن َ ي ْ رُ وِف و َ ع ْ ل ٱ ب �ِ َ ُ رُ ون م ْ أ َ َ ي� ِ و ي� ْ َ خ ْ َ ٱل ِل َ إ ُون ْ ع َد ي ٌ َّ ة م ُ ُ ْ أ ِ نك ّ ُ ن م َ ك ت ْ َ ل و ١٠٤ َ ُ ون ِلح ْ ُ ف ْ ُ ٱل ُ َ ه ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ َ أ ۚ و ِ ر َ ُ نك ْ ٱل Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran 3: 104) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis:70) daripada Abu Sa’id RA: ْ َ ْ ل ِ ن إ َ َ ِانِه ف ِ ِلس ب َ ْ ف ِطع َ ْ ت َس ْ ي َ ْ ل ِ ن إ َ ِدِه ف َ ِي ُ ب ّ ْ ه ي� ِ َ ُغ ي ْ ل َ رً ا ف َ ْ ك ُ ن ُ ْ م ْك َ ِى من َ أ ْ ر َ ن م َ ِان ِي� إ ْ َ ف ُ ال ْ ع ض َ َ أ ِلك َ َذ ِ ِه و ب ْ ل َ ِ ق ب َ ْ ف ِطع َ ْ ت َس ي Maksudnya: Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah mengubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, hendaklah mengubah dengan lisannya dan jika tidak mampu juga hendaklah mengubah dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman. Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Menyuruh Yang Makruf Dan Mencegah Yang Mungkar Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah dalam perkara ini ialah: Mereka berpendapat meninggalkan menyuruh yang makruf dan menegah yang mungkar menjadi sebab kepada turun azab
268 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dan hukuman daripada Allah SWT, malah keberhakan sesuatu bangsa mendapat laknat daripada-Nya. Meninggalkannya juga merupakan punca tersebar kerosakan dan penyelewengan dalam kehidupan umat Islam. Firman Allah SWT: َ ي�ن ِذ َّ َ ٱل ن � ْ َ ذ خ َ َ أ ِء و ٓ و ُّ ِ ٱلس َ ن َ ع ْ ن َْو َ� ن َ ي ي�ن ِذ َّ َ ا ٱل ْ ن َ ي ج ن � َ ٓ أ ِ ِهۦ ب ۟ ِرُ وا ّ ك ُ َ ا ذ ۟ م ُ وا س َ َّ ا ن َ ل َ ف ١٦٥ َ ُون ُ ق ْس َف ي ۟ ُوا ن َ َ ا ك ۭ ب � ِ ِ ٍ يس ٔ ـ َ ۭ ب ٍ اب َ َذ ِع ب ۟ ُوا َ َ ل ظ Maksudnya: Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang- orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (al-A’raf 7: 165) Ahli Sunah Waljamaah berpendapat perlu mengutamakan sifat lemah lembut dalam melaksanakan tugas menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar dan melakukan gerak kerja dakwah dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Firman Allah SWT: ت� ِ ِ هَ َّ ل ٱ ُ بم �ِ ْ ِدل ٰ َ ـ َج ۖ و ِة َ َ ن َس ْ ِة ٱل َ ِعظ ْ َ و ْ َ ٱل ْ َ ِة و ِك ْ ٱل َ ب �ِ ِك ّ َ ب ِ ِيل ر َ ب ٰ س َ ِل ُ إ ْع ٱد َ ي�ن ِد َ ْ ت ُ ه ْ ل ٱ ُ ب �ِ َ ْ ل ع َ َ أ ُو َه ۖ و ِ ِِ يلۦ َ ب َ ن س َّ ع َ ل َ ن ض ُ ب � ِ َ ْ ل ع َ َ أ ُو َ ه َّك َ ب َّ ر ِن ُۚ إ َ ن ْ س ح َ أ ١۲٥ Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (al-Nahl 16: 125)
269 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Mereka berpendapat wajib bersabar dalam menghadapi gangguan para makhluk dalam melaksanakan tugas menyuruh yang makruf dan menegah yang mungkar, sebagai beramal dengan firman Allah SWT: ٓ َ ا ٰ م َ َل ْ ع ب� ِ ْ َ ٱص ِ و ر َ ُ نك ْ ِ ٱل َ ن َ ع ه ْ َ ٱن ْ رُ وِف و َ ع ْ ل ٱ ُ رْ ب �ِ م ْ َ أ َ و ٰة و َ َّ ل ِ ِ ٱلص � ق َ َّ أ ُ ن� َ ب ٰ ـ َ ي ١٧ ِ ُ ور م ُ ْ أ ِم ٱل ْ َز ْ ع َ ِ من ِلك ٰ َ َّ ذ ِن َۖ إ َك َ اب ص َ أ Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman 31: 17) Ahli Sunah Waljamaah sentiasa menjaga perpaduan dan Jamaah orang-orang Islam dan menjauhi daripada perpecahan dan perbalahan ketika melakukan tugas menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat wajib memberikan nasihat kepada setiap orang Islam, dengan cara yang terbaik, selaras dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 82) daripada Tamim al-Dari RA: َ ن ْ ِ ِلي� ُ س ْ َّ ِة ال ِ � ئ َ أ ِل َ ُ ِِول و ِلرَ س َ ِ ِه و َ اب ِل ِكت َ ِ و َّ َ ِ لل َ ال ْ ق َ ن َ ِ ا ل ن ْ ل ُ ق ُ َ ة ِصيح َّ ِي�نُ الن ّ الد ْ ِِم َّ �ت َ ام َع و Maksudnya: Agama itu nasihat. Kami berkata: Untuk siapa?. Sabda baginda : Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin orang Islam dan juga orang awam mereka. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat wajib bekerjasama dalam melakukan kebajikan dan takwa dan menjauhkan diri daripada bekerjasama dalam melakukan perkara dosa dan maksiat.
270 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: ۟ ُوا ق َّ َ ٱت ۚ و ِن ٰ َ ْ و ُد ع ْ َ ٱل ِ و ْ ث � ِ إ ْ َ ٱل َل ۟ ع ُوا َ ن َ او ع َ َ ت َل ٰۖ و َ ى و ْ ق َّ َ ٱلت ِ و ّ ب� ِ ْ َ ٱل َل ۟ ع ُوا َ ن َ او ع َ َ ت و ِ اب ۲ َ ِعق ْ ُ ٱل ِديد َ َ ش َّ َّ ٱلل ِن َ ۖ إ َّ ٱلل Maksudnya:…. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolongtolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). (al-Ma’idah 5: 2) Ahli Sunah Waljamaah berpendapat perlu menjaga syiar Islam dan agama seperti mendirikan solat Jamaah dan Jumaat, solat hari raya, solat istisqa’, ibadah haji dan melakukan jihad bersama dengan ketua-ketua negara umat Islam baik yang baik mahupun yang fasik dan ini berbeza dengan pendapat golongan ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu. Mereka segera menunaikan solat lima waktu dan menunaikannya pula pada awal waktu secara berjemaah di masjid. Awal waktu lebih afdal berbanding dengan akhir waktu kecuali solat Isyak. Mereka juga berpesan agar menunaikan solat dalam keadaan khusyuk dan tenang, kerana beramal dengan firman Allah SWT: ۲ َ ُ ون ِشع ٰ ـ َ ْ خ ِِم َ �ت َ ل ِ ص ف � ْ ُ َ ه ي�ن ِذ َّ َ ١ ٱل ُون ِمن ْ ُ ؤ ْ َ ٱل ح َ ل ْ ف َ ْ أ د َ ق Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (al-Mukminun 23: 1-2) Ahli Sunah Waljamaah saling berpesan supaya bersungguhsungguh dalam melakukan amalan ketaatan kepada Allah SWT, beribadah, melakukan qiamullail dan menghidupkan malam dengan solat dan bacaan al- Quran, kerana ia termasuk ke dalam petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW dan Allah SWT memerintahkan nabi-Nya supaya melakukan qiamullail dan menjaganya dengan penuh kesungguhan. Dalam hadis yang
271 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 4837) daripada A’isyah RA menjelaskan: رَ َّ ط َ ف َ ت َ َت� َّ ت ِل ح ْ ي َّ َ الل ُ ِ من ُوم َق َ ي َ ن َ ك َّ َ ل َ س ِه و ْ ي َ ل َ ُ ع ّ َّ الل َ ل ِ ص َّ َّ الل ب� ِي َ َّ ن ن َ َ أ َك ُ ل َّ رَ الل َ ف َ ْ غ د َ َ ق ِ، و َّ َ الل ُ ول َس َ ر َ ي ا � َذ ُ ه َع ْ ن َص َ ت ِ: ل ُ ة َ ئش اِ َ ْ ع َت َ ال ق َ ُ ، ف َ اه َ م د َ ق ا ً ْد ب َ َ ع ُون ك َ ْ أ ن َ ب أ ُّ ِح ُ َ أ ل َ ف َ َ : أ َال َّ رَ ؟ ق خ َ َأ ت َ ا � َم َ و ِ ك ب ْ ن َ ْ ذ َ ِ من َّ م د َ ق َ َ ا ت م ً ا ُور َ ك ش Maksudnya: Nabi SAW melakukan qiyam sehingga bengkak kedua-dua belah kaki baginda. A’isyah r.a berkata: Kenapa tuan melakukan demikian wahai Rasulullah, bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosa-dosa tuan yang telah lalu dan juga yang kemudian. Baginda bersabda: Apakah salah aku suka menjadi hamba yang bersyukur? Ahli Sunah Waljamaah mempunyai pendirian yang tetap di saat menerima berbagai-bagai ujian dan cubaan. Mereka bersabar ketika menghadapi bala, bersyukur ketika menghadapi kesenangan dan kemewahan dan reda kepada qadak Allah SWT. Ini kerana mereka meyakini Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang sabar dengan memasukkan mereka ke dalam syurga tanpa hisab. Firman Allah SWT: َ ا ي ْ ن ُّ ِذِه ٱلد ٰ ـ َ ِ ه ف � ۟ ُوا َ ن ْ س ح َ َ أ ي�ن ِذ َّ ِ لل ۚ ْ ُ َّك َ ب ۟ ر ُوا ق َّ ۟ ٱت ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ِاد ٱل ِعب ٰ ـ َ ْ ي ُل ق َ ٍ اب ِ ِ حس ي� ْ َ ِغ ُ ب ْ رَ ه ج َ َ أ ُون ب� ِ ٰ َّ ـ فَّ ٱلص �َ ُو ِ� نََّ ا ي إ ٌۗ َ ة ِسع ٰ َ ِ و َّ ْض ُ ٱلل ر َ َ أ و ٌۗ ة َ َ ن َ س ح ١٠ Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). Dan (ingatlah)
272 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. (al-Zumar 39: 10) Mereka tidak memohon kepada Allah agar diturunkan bala bencana dan tidak pula bercita-cita agar diturunkan bala bencana itu, kerana mereka sendiri tidak tahu apakah mereka teguh dalam menghadapinya atau tidak? Tetapi jika mereka diuji, mereka bersabar. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al- Bukhari ( no hadis:2744) daripada Abdullah bin Aufa RA: ُوا َ ْ ل َ اع ُوا و ب� ِ ْ َاص ْ ف ُ ُ وه ُم ِقيت َ َ ا ل ِذ إ َ ف َ َة َ ِافي ع ْ َ ال َّ ُوا الل َ ل َ س ِ و ّ ُ و َد ع ْ َ ال َ اء ْ ِا لق َّو َ ن َم ت َ َ ت ل ُوِف ي ُّ ِل الس َ َ ِ ظل ْت َ ت � َ ة َّ ن َ ج ْ َّ ال ن َ أ Maksudnya: Jangan bercita-cita untuk bertemu dengan musuh dan pohonlah kepada Allah kesejahteraan. Apabila anda bertemu dengan musuh, bersabarlah. Ketahuilah syurga itu berada di bawah bayangan pedang. Ahli Sunah Waljamaah tidak pernah berputus asa daripada rahmat Allah SWT ketika berhadapan dengan berbagai-bagai ujian, cubaan dan kesukaran hidup, kerana Allah SWT mengharamkan sikap berputus asa ke atas orang-orang yang beriman. Mereka hidup pada zaman ujian dengan harapan agar ujian tersebut berlalu dengan cepat dan diberikan bantuan dan pertolongan oleh Allah SWT dalam menghadapinya. Ini kerana mereka sangat meyakini janji dan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT. Mereka juga meyakini dalam kesukaran itu ada kemudahan dan dalam kesempitan itu ada jalan keluar. Mereka mengkaji punca- punca ujian yang mengenai diri mereka terlebih dahulu dan melihat segala musibah dan ujian tidak menimpa mereka kecuali dengan sebab hasil daripada kerja tangan mereka sendiri yang melibatkan maksiat dan juga dosa. Mereka meyakini bantuan dan sokongan Allah SWT, kadang-kadang terlewat tiba disebabkan oleh berbagaibagai maksiat yang dilakukan, kekurangan dalam melakukan berbagai-bagai amalan ketaatan atau kegagalan mengikut atau
273 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH beramal dengan Sunnah. Firman Allah SWT: ٣٠ ٍ ِثي� َ َ ن ك ۟ ع وا ُ ْ ف َع َ ي ُ ْ و ِديك ْ ي َ ْ أ َت َ ب َ س َ ا ك ِم ب� َ َ ٍة ف ُّ ِصيب ِ ن م ّ ُ م َك ب ٰ َ ـ ص َ ٓ أ َ ا َم و Maksudnya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan- perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (al-Syura 42: 30) Dalam berdepan dengan berbagai-bagai bentuk ujian dan usaha menolong agama Allah SWT, mereka tidak bergantung kepada sebab-sebab yang ada di bumi, pujukan-pujukan duniawi dan juga Sunnah-Sunnah universal, sebagaimana mereka juga tidak mengabaikan pengambilan sebab-sebab, sebagaimana yang diperintahkan syarak. Cuma mereka berpendapat bertakwa kepada Allah SWT dan memohon keampunan daripada dosa dan maksiat, bergantung kepada Allah SWT dan bersyukur kepadaNya ketika senang, antara sebab yang penting dalam menyegerakan perlepasan daripada kesukaran yang dihadapi itu. Ahli Sunah Waljamaah mempercayai, mereka diuji dalam agama dan dunia sekali gus, manakala musibah-musibah yang berlaku merupakan kafarah kepada dosa dan kesalahan yang mereka lakukan dan juga sebagai mengangkat darjat dan pahala yang bakal diperoleh mereka. Mereka adalah orang-orang asing dalam kehidupan dunia dan menjadi penyeberang jalan menuju ke akhirat. Kehidupan dunia bagi mereka tidak ubah bagaikan penjara, bila dinisbahkan kepada nikmat- nikmat di akhirat yang kekal abadi. Dunia merupakan penjara kepada hati dan anggotaanggota zahir mereka menerusi perhiasan, fitnah, syahwat dan maksiat- maksiat yang berlaku di situ. Kecuali yang diharuskan kepada mereka melakukannya. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi ( no hadis: 2323) dan dinilai oleh beliau sebagai Hasan Sahih daripada Abu Hurairah RA:
274 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH َ َّ َ الل ْ� ق ل َ َت� َّ ي َ ِِ ال ح َم ِدِه و َ َ ل َو ِسِه و ْ ف َ ِي ن ف ِة � َ ِمن ْ ُ ؤ ْ َ ال ِ و ِمن ْ ُ ؤ ْ ُ ب �ِ ل َ ء َل ب ْ ُ ال َال َ يا � َ ز م ٌ ة َ ِطيئ َ ِه خ ْ ي َ ل َ َ ا ع َم و Maksudnya: Sentiasalah bala bencana menimpa orang yang beriman lelaki dan juga wanita terhadap diri, anak dan juga harta bendanya sehingga dia bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan tidak lagi membawa kesalahan. Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 5256) daripada Abu Hurairah RA; ِ ِفر َ ك ْ ُ ال ة َّ َ ن َج ِ و ِمن ْ ُ ؤ ْ ُ ال ْ ن َ ِ ا سج ي ْ ن ُّ الد Maksudnya: Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir. Ahli Sunah Waljamaah sangat takut kepada hukuman akibat kufur nikmat dan kegagalan menghargai nikmat tersebut dalam erti kata yang sebenar. Kerana itu mereka adalah orang-orang yang bersungguh dalam melahirkan kesyukuran dan pujian kepada Allah SWT, bahkan berterusan dalam melakukannya dalam setiap nikmat, baik kecil mahupun besar, kerana takut dan malu merupakan antara sifat mereka yang utama. Hal demikian kerana kekuatan iman dan muraqabah kepada tuhan mereka. Seolah-olah mereka berada di hadapan tuhan mereka sendiri, kerana rasa takut kepada keagungan Allah SWT tidak pernah berpisah daripada diri dan hati-hati mereka. Mereka beriman yang Allah SWT itu Tuhan yang Maha Kaya dan selain daripada-Nya memerlukan kepada rahmat-Nya. Dia Tuhan yang Maha Kuat, sedangkan yang lain daripada-Nya adalah lemah dan tidak bermaya. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat al-Tirmidhi (no hadis:2437) dan dinilai sebagai sahih oleh beliau daripada Abu Hurairah RA: ُ ه َّ ِ ن إ َ ُ ْ ف َك ْ ق و َ َ ف ُو ْ ه َ ن َ م ِل رُ وا إ ُ ْ ظ ن َ َ ت َل ُ ْ و ْك َ ِ من َل ْ ف س َ َ أ ُو ْ ه َ ن َ م ِل رُ وا إ ُ ظ ْ ان ْ ُ ْك ي َ ل َ ِ ع َّ َ الل َ ة ْم ُ ِوا نع َر ْد َ ز َ � ت ْ ل ن َ ُ أ َ ر ْ د ج َ أ
275 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Lihatlah kepada orang yang berada di bawah daripada anda dan jangan lihat kepada orang yang ada di atas anda, kerana ia dapat membuatkan anda tidak dapat menghargai nikmat Allah yang dikurniakan kepada anda. Ahli Sunah Waljamaah, merasa kecut hati-hati, gelisah jiwa, gementar kulit-kulit badan dan khusyuk suara-suara mereka, apabila disebut nama Allah SWT, kerana membesarkan perintah Allah SWT dan mengagungkan kebesaran dan kehebatan kerajaanNya, malah terlalu takut dengan azab Allah yang sangat pedih. Apabila mereka menyebut kesempurnaan kasih sayang Allah dan rahmat-Nya kepada para hamba, begitu juga ganjaran dan pemberian Allah kepada mereka, hati-hati mereka penuh dengan harapan, kulit-kulit mereka menjadi lembut, dada-dada mereka menjadi lapang dan jiwa-jiwa mereka bergembira. Hati-hati mereka pula gementar apabila menyebut nama Allah dan menjadi tenang apabila disebut rahmat dan besarnya anugerah Allah SWT. Inilah keadaan orang-orang yang mengenal Allah dan yang takut kepada azab-Nya. Firman Allah SWT: ْ ِم ي� ْ َ ل َ ْ ع َت ِلي ُ َ ا ت ِذ َ إ ْ و بو� ُُم ُ ل ُ ْ ق َت ِجل َ ُ و َّ ِكرَ ٱلل ُ َ ا ذ ِذ َ إ ي�ن ِذ َّ َ ٱل ُون ِمن ْ ُ ؤ ْ ِ� نََّ ا ٱل َ إ ٰة و َ َّ ل َ ٱلص ُ ون ِقيم ُ َ ي ي�ن ِذ َّ َ ۲ ٱل َُّون َ ك َو ت َ ْ ي ِِم ب� ّ َ ٰ ر َ َل َع ً ا و ن ٰ َ ـ ِي� ْ إ ُْم َ �ت َ اد ُ ۥ ز ُه ت ٰ ـ َ َ اي ء َ ٌ ِ عند ٰت َ ـ َج َر ْ د ُم َّ ل اۚ ًّ َ ق َ ح ُون ِمن ْ ُ ؤ ْ ُ ٱل ُ َ ه ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ َ ٣ أ ُون ُ ِنفق ْ ي ُم ٰه ـ َ ن ْ ق َ َ ز َ م َِّا ر و ٤ ٌ ي� ِ ر َ ك ٌ ْق ِ ز َ ر و ٌ ِفرَ ة ْ َ غ َم ْ و ِِم ب� ّ َ ر Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia
276 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH yang mulia (di Syurga). (al-Anfal 8:2-4) Ahli Sunah Waljamaah menghiaskan diri dengan akhlak yang terpuji, amalan, perkataan dan perbuatan- perbuatan yang baik. Mereka mengasihi dan menunjukkan belas kasihan sesama manusia. Mereka juga menampung kekurangan antara satu sama lain. Mereka tidak mendukung mahupun memusuhi melainkan di atas asas agama. Mereka adalah manusia yang paling baik sekali akhlak dan paling bersungguh dalam membersihkan diri dengan melakukan berbagai- bagai amalan ketaatan, malah merupakan manusia yang paling sempurna akhlak dan tingkah laku. Mereka tidak berbicara melainkan perkara kebaikan dan perkara yang boleh memanfaatkan manusia lain. Mereka adalah orang-orang pilihan Allah, golongan yang terbaik dan para wali selepas daripada rasul dan nabi. Antara keistimewaan sifat mereka dalam berakidah dan berakhlak mulia. Mereka tidak berbeza pendapat meskipun berbeza masa dan tempat. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 1926) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ ( no hadis: 10664) daripada Abu Darda’ RA: َ ِاح َب َّ ص ِن َ إ ق ِ و ُ ل خُ ْ ِ ال ْ ن ُ س ْ ح ُ ِ من َ ل ق ْ ث َ َ ِان أ ز ِي� ْ ِي ال ف � ُ َ ع ُوض ْ ٍء ي ي َ � ْ ش َ ِ ا من م ِة َ َّ ل َ الص ِم و ْ َّ و َ ِ اح ِب الص َ ص َ ة َج َر ِ ِه د ُ ب غ ُ ْ ل َ ب ي َ ق ِ ل ُ ل خُ ْ ِ ال ْ ن ُ س ح Maksudnya: Tidak ada sesuatu yang diletakkan di dalam neraca timbangan pada hari kiamat, yang lebih berat daripada akhlak yang baik. Orang yang mempunyai akhlak yang baik, pasti mencapai darjat orang yang berpuasa dan menunaikan solat. Akhlak Salafus Salih Dalam Kalangan Ahli Sunah Waljamaah Antara bentuk akhlak Ahli Sunah Waljamaah dalam kalangan generasi salafus salih ialah:
277 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Mengikhlaskan diri dalam mencari ilmu dan beramal dan takut kepada riyak. Mereka mengikhlaskan niat kerana Allah dan membersihkannya daripada kotoran syirik, riyak, sum’ah dan juga mengikut hawa nafsu, kerana memahami Allah SWT sahaja tuhan yang berhak disembah dan diberikan ketaatan dalam erti kata yang sebenar. Keikhlasan dalam mengamalkan agama berlaku dalam dua bentuk iaitu beramal kerana Allah SWT dan amalan yang dilakukan itu selaras dengan apa yang disyariatkan Allah SWT. Firman Allah SWT: َ ٰة و َ َّ ل ۟ ٱلص ُ وا ِقيم ُ َ ي َ و ء ٓ ا َ ف َ ُ ن َ ح ِي�ن ّ ُ ٱلد َ َ ل ن ِل ِصي� ْ ُ خ َ م َّ ۟ ٱلل ُ وا ُد ْ ب َع َّ ِ لي ِل إ ۟ ٓا ِمرُ و ُ ٓ أ َ ا َم و َ ِة ٥ ِم ّ ي َ ق ْ ي�نُ ٱل َ ِ د ِلك ٰ َ َذ َ ۚ و ٰة و َ َّ ك ۟ ٱلز ُوا ت ْ ُؤ َ ي و Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah ugama yang benar. (al-Bayyinah 98:5) Menghiaskan diri dengan kesabaran ketika menggunakan nikmat-nikmat Allah SWT baik zahir mahupun batin, bersabar dalam menghadapi segala musibah dan bala bencana yang mengganggu kehidupan dunia, bersabar dalam berdepan dengan runtunan syahwat, melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan melaksanakan kewajipan ubudiyah. Begitu juga dengan bersabar dalam berdepan dengan berbagai- bagai kesukaran berdakwah kepada agama Allah SWT dan berjihad pada jalan-Nya, yang melibatkan berbagai- bagai kesukaran. Mereka menyedari bersabar pada jalan Allah SWT termasuk ke dalam sifat para rasul dan nabi dan titik tolak kepada kejayaan dalam menyampaikan risalahrisalah Allah SWT, syariat, perintah dan hukum- hakam agama Allah SWT. Mereka menyedari bersabar itu adalah satu keperluan yang perlu dilakukan oleh seseorang hamba bagi mencapai citacita dan tujuan, kerana mereka bercita-cita untuk mendapat syurga yang penuh dengan nikmat dan syurga itu merupakan barangan
278 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH perniagaan yang sangat mahal, yang juga perlu dibayar dengan harga yang mahal. Sesiapa bersabar, dia akan berjaya. Firman Allah SWT: ْ ُ ك َّ َ ل ع َ َ ل َّ ۟ ٱلل ُوا ق َّ َ ٱت ۟ و وا ُ ِ ط َ اب َ ر ۟ و ُوا ِ با� َ َص ۟ و ُوا ب� ِ ْ ۟ ٱص ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َُّ ا ٱل ي� َ أ ٰٓ ـ َ ي ۲٠٠ َ ُ ون ِلح ْ ف ُ ت Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkaraperkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran 3:200) Mengagung dan menghormati kehormatan-kehormatan Allah SWT dan cemburu apabila melihat kehormatan- kehormatan tersebut dicabul. Mereka juga mengasihi hukum-hakam agama Allah SWT dan mendukung agama dan syariatnya. Mereka menyerah sepenuhnya kepada syariat Allah yang Maha Bijaksana baik dalam perkara yang kecil mahupun besar. Mereka berbuat demikian kerana takutkan Allah SWT dan tidak takut kepada yang lain daripadanya. Mereka mengasihi Nabi SAW dengan rasa kasih yang begitu kuat, yang tidak menyamai kecintaan kepadanya dengan kecintaan kepada lain. Dia tidak berganjak dalam melaksanakan hudud-hudud Allah SWT meskipun terdapat rasa kasihan kepada pesalah. Firman Allah SWT: ِوب ٣۲ ُ ل ُ ق ْ َ ى ٱل و ْ ق َ ِ � نََّ ِ ا من ت إ َ ِ ف َّ َ ٱلل ِ � ئ ٰٓ ـ َ َ ع ْ ش ِم ّ َ ظ ُع َ ن ي َم َ و ِلك ٰ َ ذ Maksudnya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-
279 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sifat takwa hati orang Mukmin. (al-Hajj 22:32) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis:63) daripada Anas bin Malik RA: ِ اس َّ َ الن َ ِالِدِه و َ و ِدِه و َ َ ل ْ و ِه ِ من ْ ي َ ِ ل َ َّب إ ح َ َ أ ُون ك َ َت� َّ أ ُ ْ ح ُ ك َد ح َ ُ أ ِمن ْ ُؤ َ ي ل َ ن ِعي� َ ْ ج َ أ Maksudnya: Tidak beriman salah seorang daripada anda sehingga aku lebih dikasihi olehnya berbanding dengan anak, bapa dan seluruh manusia. Berusaha menjauhi sifat nifak, di mana amalan kebaikan yang mereka lakukan secara senyap sama dengan amalan yang dilakukan secara terang, memandang sedikit amalan yang dilakukan dan mengutamakan amalan akhirat mengatasi amalan di dunia. Mudah lembut hati dan banyak menangis apabila melihat diri cuai dalam melakukan hak Allah SWT, agar Allah merahmati, mengampun dan menghapuskan kesalahan mereka. Mengambil iktibar dan menangis apabila mengenangkan kematian, lebih-lebih lagi apabila melihat jenazah dan mengingati su’u al-khatimah sehingga hati-hati mereka menjadi gementar ketakutan. Meningkatkan lagi tahap tawaduk setiap kali kedudukan mereka dekat dengan Allah SWT. Memperbanyakkan taubat, penyesalan dan istighfar, baik pada waktu malam mahupun siang, kerana mereka melihat diri mereka tidak selamat daripada melakukan dosa, termasuk dalam amalan ketaatan dan ibadat yang dilakukan. Mereka selalu beristighfar daripada kekurangan yang mereka alami dalam perkara tersebut, melakukan muraqabah, tidak taajub dengan amalan dan benci kepada kemasyhuran, bahkan sentiasa melihat diri masih kurang
280 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dalam melakukan berbagai-bagai amalan ketaatan. Sentiasa mengutamakan ketakwaan dan tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang mendakwa dirinya sudah berada pada martabat orang yang bertakwa kepada Allah SWT dalam erti kata yang sebenar. Sangat takut kepada pengakhiran hidup yang buruk (Su’u alKhatimah). Sangat takut kepada Allah SWT dan tidak lalai daripada mengingati-Nya. Tidak merasa gembira dengan perhiasan hidup duniawi yang bakal fana, kehinaan dunia dan segala kandungannya, malah menolak gaya hidup duniawi yang melekakan lantaran kesempurnaan dan kematangan akal fikiran mereka. Tidak suka memberikan tumpuan dan menghabiskan masa membina berbagai-bagai bangunan mewah dan indah-indah tanpa tujuan yang jelas kecuali yang cukup sekadar untuk hidup dunia tanpa membazir atau menggunakan perhiasan yang keterlaluan. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al- Tirmidhi (no hadis:2245) dan dinilai oleh beliau sebagai sahih daripada Mustaurid: رْ ُ ْ ظ َ ن ي ْ ل َ ِ ف ي� َّ ْ ِي ال ف � ُ َ ه َع ْ ب ِص ُ ْ إ ُ ك َد ح َ ُ أ َ ل ْع ج َ َ يا � ُ م ْل َّ ِ مث ِل ِخرَ ِة إ ْآ ِي ال ف َ ا � ي ْ ن ُّ َ ا الد م ُ ِجع يا � َ ْ َ َ اذ ب� ِ Maksudnya: Bandingan dunia dengan akhirat tidak ubah bagaikan salah seorang daripada anda memasukkan jarinya ke dalam laut. Lihatlah apa terlekat di jarinya? Tidak meredai kesalahan yang berlaku yang membabitkan perkara agama atau yang melibatkan orang-orang Islam, bahkan menolak kesalahan tersebut. Walau bagaimanapun mereka memberikan keuzuran kepada orang yang melakukannya, jika orang
281 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH itu wajar diberikan keuzuran. Ini kerana Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang suka menutup keaiban saudaranya dan suka memuhasabah diri sendiri kerana mengambil sikap warak. Mereka tidak suka aurat mereka dilihat oleh orang-orang Islam yang lain. Mereka lebih banyak mencari keaiban diri sendiri berbanding mencari keaiban orang lain. Malah mereka berusaha bersungguhsungguh untuk menutup keaiban dan menyembunyikan rahsia orang lain dan tidak mudah menyampaikan kepada seseorang apa yang didengar daripada seseorang. Mereka meninggalkan bermusuh dengan manusia lain, semata-mata kerana mengikut hawa nafsu, sebaliknya permusuhan tersebut dilakukan sematamata kerana asas agama, malah tidak memusuhi seorang pun dalam kalangan orang Islam. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 1949) dan dinilai sebagai Hasan Sahih oleh beliau daripada Hammam bin al-Harith: ٌ َّ ات ت َ ق َ ة َّ ن َ ج ْ ُ ال ُ ل ْ خ َد َ ي ل Maksudnya: Tidak akan masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah. Menutup pintu mengumpat dalam majlis dan menjaga lidahlidah daripada mengumpat seseorang, supaya majlis mereka tidak bertukar menjadi majlis mengumpat dan bukan majlis ilmu. Ini kerana mereka beramal dengan firman Allah SWT: َ َل ٌۖ و ْ ث �ِ ِ إ ّ َّ ن ْ َض ٱلظ َع َّ ب ِن ِ إ ّ َّ ن َ ٱلظ ِ ن ّ ً ا م ِثي� َ ۟ ك ُوا ِنب َ ْ ت ۟ ٱج ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َُّ ا ٱل ي� َ أ ٰٓ ـ َ ي ِخ ِيه َ َ أ ْم َ ْ ك َُ ل أ َ َ ين � ُ ْ أ ُ ك َد ح َ ب أ ُّ ِ ُ ي� َ أ ا ۚ ً ْ ض َع ب ُ ُ ك ْ ض َّع َب ب ت ْ َغ َ ي َل ۟ و ُ وا َّ س َ س ج َ ت � ١۲ ٌ ي� َّ ِح َّ ٌ اب ر و َ َ ت َّ َّ ٱلل ِن إ َۚ َّ ۟ ٱلل ُوا ق َّ َ ٱت ۚ و ُ ُ وه ُم ت ْ ِه ر َ ك َ ً ا ف ْ ت َ ي م Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari
282 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat 49: 12) Menunjukkan sikap yang pemalu, menjaga adab, menunjukkan perasaan kasih sayang, tenang, hebat, berakhlak mulia, kurang bercakap, kurang ketawa, banyak mendiamkan diri dan bercakap dengan penuh hikmah bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 5671) daripada Abu Hurairah RA: ْ ُ ت ْ م َص ْ ِ لي و َ ي� ًْ ا أ َ ْ خ ُ ل َق ي ْ ل َ ِ ف ِخر ْآ ِم ال ْ َو ي ْ َ ال ِ و َّ ُ ب �ِ لل ِمن ْ ُؤ َ ي َ ن ْ ك َ ن َم و Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata perkara yang baik atau diam. Suka memaafkan orang yang menyakiti mereka dalam bentuk memukul, mengambil harta, menjatuhkan maruah atau lain-lain, kerana beramal dengan firman Allah SWT: ِ َ ن َ ع ن َ ِافي� ع ْ َ ٱل َ و ْظ ي َ غ ْ َ ٱل ن ِظِمي� ٰ ـ َ ك ْ َ ٱل ِء و ٓ َ ض ٱل� َّ َّ ا ِء و ٓ َّ َّسا ِ ٱل ف � َ ُون ُ ِنفق َ ي ي�ن ِذ َّ ٱل ١٣٤ َ ن ْ ِسِني� ُ ح ْ ب ٱل ُّ ِ ُ ُ ي � َّ َ ٱلل و ۗ ِ اس َّ ٱلن Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Ali Imran 3: 134) Tidak pernah lalai dalam memerangi musuh yang paling besar kepada anak Adam dan pendukungnya iaitu syaitan jin dan syaitan manusia, malah berusaha untuk mengenal pasti tipu daya
283 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dan perangkap yang digunakan musuh-musuh tersebut. Tidak mengalami was-was dan tidak melayani was-was dalam melaksanakan ibadah seperti ketika mengambil wuduk, menunaikan solat dan lain-lain, kerana kesemua itu termasuk ke dalam aktiviti syaitan belaka. Banyak bertanya tentang para sahabat dan rakan-rakan untuk mengetahui hal keadaan mereka, sebagai kesediaan untuk membantu mereka dengan makanan, pakaian dan juga harta. Banyak bersedekah dengan lebihan keperluan tanpa membazir mahupun kedekut baik pada waktu malam mahupun siang, baik dalam keadaan sulit mahupun terang. Tidak membazir dalam menggunakan harta yang halal, apabila memperolehnya kerana Allah SWT tidak suka kepada orangorang yang membazir. Mencela sifat bakhil, menunjukkan sifat pemurah, suka mengorbankan harta, sentiasa senyum dan membantu para sahabat, baik semasa musafir mahupun ketika berada di kampung halaman. Kerja-kerja yang mulia di atas merupakan kerja-kerja memperkukuhkan agama yang menjadi perkara yang dicitacitakan mereka. Sangat suka berbuat baik kepada para sahabat dan berusaha menggembirakan mereka, malah sanggup mendahulukan sahabat daripada diri sendiri. Memuliakan tetamu, kerana termasuk ke dalam erti kata beriman kepada Allah SWT, malah mereka sendiri berkhidmat kepada tetamu tersebut. Mereka tidak pula melihat apa yang mereka lakukan terhadap tetamu itu sebagai telah melakukan yang terbaik buat mereka. Menerima jemputan saudara mara dan rakan-rakan kecuali yang melibatkan majlis yang menghidangkan makanan haram
284 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH atau yang mengkhususkan orang kaya dan dalam masa yang sama meminggirkan orang miskin atau mengandungi berbagai-bagai bentuk maksiat. Menunjukkan adab yang baik dengan kanak-kanak kecil, apalagi kepada orang-orang dewasa. Begitu juga dengan orang yang jauh, yang dekat, yang jahil dan juga yang alim. Melakukan kerja mendamaikan sesama orang Islam yang bersengketa, kerana ia termasuk ke dalam bab melakukan kebaikan yang terbaik sekali dan kemuncak melakukan perkara makruf, kerana mendamaikan orang yang bersengketa akan merosakkan perancangan syaitan dan matlamatnya untuk mencetuskan permusuhan dan kebencian sesama orang-orang Islam dan merosakkan hubungan dalam kalangan mereka. Melarang menunjukkan sikap hasad dengki, kerana sikap hasad dengki mencetuskan permusuhan, kemarahan, kelemahan iman dan kecintaan kepada dunia dan segala yang ada di dalamnya tanpa mengambil kira tujuan syarak, kerana orang yang hasad sebenarnya tidak beriman kepada qadar Allah SWT, kerana dia telah menaruh perasaan dengki kepada kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang. Menyuruh berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, memulia dan berusaha untuk mendapatkan keredaan daripada keduaduanya. Begitu juga dengan kesanggupan untuk mengeluarkan belanja, tidak menyakiti mahupun mengherdik, lebih-lebih lagi ketika kedua-duanya sudah tua, kerana berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa akan mengundang keredaan Allah SWT. Firman Allah SWT: َ َ ك َّ ِ عند َ ن غ ُ ْ ل ب َ َّ ا ي ِم إ اۚ ً ن ٰ َ ـ ْ س ِح ِ إ ي� ْ ن َ ِلد ٰ َ و ْ ل ٱ ب�ِ َ ُ و َّ ه ِي� إ َّٓ ِل إ ۟ ٓا ُ و ُد ْ ب ع َ َّ ت ل َ َ أ ُّك َ ب َ ض� َ ٰ ر َ ق ً و ْل و َ َ ا ق ُم َّ ُل ل َ ق َ ا و ُ َْرْ ه � ن َ َ ت َل ٍ و ّ ُف ٓ أ َ ا ُم َّ ُ ل ل ق َ َ ت ل َ َ ا ف ُ َ ه ْ ِك و َ ٓ أ َ ا ُ ُ ه َد ح َ ِكب� ََ أ ْ ٱل َ ا ُم ْح َ ْه َّ ّب ِ ٱر ُل ر َ ق ِة و َ ٱلرَّح ْ َ ِ ِ من ّ ل ُّ َ ٱلذ اح َ َ ن َ ا ج ُم َ ْض ل ِف ْ َ ٱخ ً ا ۲٣ و ِي� ر َ ك
285 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ً ا ۲٤ ِغي� َ ِ ص َ ا� ن َّي َ ب َ َ ا ر ك Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (al-Israk 17: 23-24) Menyuruh agar berbuat baik kepada jiran tetangga, berlembut dengan para hamba Allah SWT, menghubungkan tali silaturahim, menyebarkan salam, menunjukkan belas kasihan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan juga orang-orang yang berada dalam perjalanan. Menegah menunjukkan sikap bangga diri, sombong, ego, ujub, zalim dan meninggi diri terhadap orang ramai tanpa sebenar. Begitu juga menyuruh berlaku adil dalam setiap perkara. Tidak mempersenda dan memandang mudah perkara- perkara yang melibatkan kelebihan beramal dan bercakap yang digesa oleh syarak supaya orang-orang Islam melakukannya. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 4760) daripada Abu Zar RA: ق ٍ ْ ل َ ْ ٍه ط َج ِو َ ب َ اك خ َ َ أ ْ� ق ل َ ْ ت ن َ ْ أ و َ َ ل ً ا و ئ ْ ي َ ْ رُ وِف ش َ ع ْ ْ ال ِ من َّ ِقرَ ن ْ َ ت � َ ل Maksudnya: Jangan anda memandang hina sesuatu perkara makruf meskipun sekadar anda menemui saudara anda dengan wajah yang manis.
286 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Menegah buruk sangka, melakukan pengintipan dan mencari keaiban orang Islam, kerana perkara tersebut merosakkan hubungan kemasyarakatan, memisahkan hubungan antara sahabat dan juga menanam bibit kerosakan dalam masyarakat. Tidak marah kerana diri sendiri, kerana mereka amat memahami hakikat sebenar marah. Firman Allah SWT: ِ َ ن َ ع ن َ ِافي� ع ْ َ ٱل َ و ْظ ي َ غ ْ َ ٱل ن ِظِمي� ٰ ـ َ ك ْ َ ٱل ِء و ٓ َ ض ٱل� َّ َّ ا ِء و ٓ َّ َّسا ِ ٱل ف � َ ُون ُ ِنفق َ ي ي�ن ِذ َّ ٱل ١٣٤ َ ن ْ ِسِني� ُ ح ْ ب ٱل ُّ ِ ُ ُ ي � َّ َ ٱلل و ِ اسۗ َّ ٱلن Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Ali Imran 3: 134) Kesimpulan Golongan Ahli Sunah Waljamaah merupakan golongan yang suka menyuruh melakukan yang makruf dan menegah yang mungkar dan sentiasa memperkukuhkan keimanan mereka kepada Allah daripada semasa ke semasa dengan melakukan berbagai-bagai amalan soleh baik yang wajib mahupun yang sunat. Tiga elemen tersebut menjadikan umat Islam berada pada status sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia di muka bumi. Namun dalam melaksanakan tugas menyuruh melakukan yang makruf dan menegah melakukan yang mungkar, perlu kepada kebijaksanaan dan meraikan syarat-syarat yang perlu diambil kira, agar perkara yang makruf tidak dilihat sebagai mungkar dan perkara mungkar tidak dilihat sebagai makruf.
287 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
288 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH RUJUKAN Abu Dawud, Abu Dawud bin Sulaiman, 2009. Sunan Abi Dawud. Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah. Ahmad bin Hanbal, t.th. Musnad Ahmad. Http://www.alislam. com. al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 1423. Da‘if Abi Dawud. alKuwait: Mu’assasah Ghirasy Li al-Nasyri. al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 1985. Irwa’ al-Ghalil. Beirut: al-Maktab al-Islami. al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 2002. Sahih Abi Dawud. AlKuwait: Mu’asassah Ghirasy li al-Nasyri. al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th. Sahih al-Jami’. Beirut: al-Maktab al-Islami. al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th. Silsilah al-Ahadis alSahihah. al-Riyad: Maktabah al-Ma’arif. al-Albani, Muhammad Nasir al-Din,t.th. Sahih al-Targhib Wa alTarhib. al-Riyad: Maktabah al-Ma’arif. al-Athari, Abdullah bin Abd al-Hamid (2009). al-Wajiz Fi Aqidah al-Salaf al-Salih, Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah. Iskandariyah: Dar al-Iman. al-Athari, Abdullah bin Abd al-Hamid (2013). al-Wajiz Fi alIman. Beirut: Dar ibn Kathir. Ayyub, Hasan (2007) Tabsit al-Aqa’id al-Islamiyyah. AlQahirah: Dar al-Salam. al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husain bin Mas‘ud.1983. Syarah al-Sunnah. Beirut: al-Maktab al-Islami.