The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abuluqman75, 2023-06-22 04:18:44

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

139 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH afdal ialah mengucap tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan yang paling kurang sekali ialah membuang sesuatu yang mengganggu jalan. Dan malu itu adalah satu cabang daripada iman. Iman dan amalan dua perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain dan sama sekali tidak bercerai tanggal. Amalan adalah rupa iman dan intipatinya, malah termasuk ke dalam tuntutan iman dan separuh daripada maknanya. Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Iman Antara sikap Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah dalam persoalan iman ialah: Mengiktikadkan bahawasanya iman itu terdiri daripada perkataan dan amalan. Ia mempunyai darjat-darjat dan cabangcabang. Ia bertambah dengan melakukan amalan ketaatan sehingga menjadi tidak ubah bagaikan gunung dan berkurang dengan melakukan amalan kemaksiatan sehingga tidak ada apa lagi yang kekal. Orang yang beriman berbeza kedudukan mereka dari segi iman mengikut tahap ilmu dan amalan mereka. Sebahagian daripada mereka memiliki iman yang lebih sempurna berbanding dengan sebahagian yang lain. Firman Allah SWT: َّ ا م َ أ َ ف اۚ ً ن ٰ َ ـ ِي� ٓ إ ِذِهۦ ٰ ـ َ ُ ه ه ْ ت َ َ اد ُ ْ ز ُّك ي َ ُ أ ُول َق َّ ن ي ُْم م ِ � ن َ ف � ٌ َ ة ُ ور ْ س َت ل ِ � ن ز ُ ٓ أ َ ا َ ا م ِذ َ إ و ۝١۲٤ َ � ِ ُ ون ْش ب َ ْ ت َس ْ ي ُ َ ه ً ا و ن ٰ َ ـ ِي� ْ إ ُْم َ �ت َ اد ز َ ف ۟ ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ ٱل Maksudnya: Dan apabila diturunkan sesuatu surah (daripada alQuran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” . Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). (al-Tawbah 9: 124)


140 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: ْ ِم ي� ْ َ ل َ ْ ع َت ِلي ُ َ ا ت ِذ َ إ ْ و بو� ُُم ُ ل ُ ْ ق َت ِجل َ ُ و َّ ِكرَ ٱلل ُ َ ا ذ ِذ َ إ ي�ن ِذ َّ َ ٱل ُون ِمن ْ ُ ؤ ْ ِ� نََّ ا ٱل إ ۝۲ َ َُّون َ ك َو ت َ ْ ي ِِم ب� ّ َ ٰ ر َ َل َع ً ا و ن ٰ َ ـ ِي� ْ إ ُْم َ �ت َ اد ُ ۥ ز ُه ت ٰ ـ َ َ اي ء Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (al-Anfal 8: 2) Al-Hafiz Abu Umar bin Abd al-Bar menjelaskan, ulama fiqh dan hadis bersepakat, iman melibatkan ucapan dan juga amalan. Tidak ada amalan tanpa niat. Iman bagi mereka bertambah dengan melakukan amalan ketaatan dan berkurang dengan melakukan amalan kemaksiatan. Amalan ketaatan bagi mereka semuanya adalah iman (al-Tamhid,jil. 9, hlm. 23). Iktikad di atas merupakan iktikad yang dipegang oleh seluruh para sahabat, tabiin dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik yang terdiri daripada ulama hadis, fiqah, tokoh-tokoh agama dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka dan tidak ada seorang pun yang menyelisihi mereka, baik dalam kalangan salaf mahupun khalaf, kecuali mereka yang menyeleweng sahaja. b. Mempercayai sifat beriman tidak boleh ditarik balik dengan begitu mudah daripada seseorang hamba, apabila hamba itu melakukan sesuatu amalan yang diharamkan atau meninggalkan amalan wajib yang mana orang yang meninggalkannya tidak boleh dihukumkan sebagai kafir. Mereka juga tidak begitu mudah mengeluarkan seseorang Islam daripada landasan iman melainkan jika dia benar-benar melakukan salah satu daripada perkara yang membatalkan iman.


141 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Orang yang melakukan dosa-dosa besar dalam kalangan orang-orang Islam, tidak keluar daripada landasan iman, selagi dia tidak menghalalkan dosa yang dilakukannya itu. Di dunia dia tetap dikira sebagai orang beriman tetapi imannya mengalami kekurangan. Dari segi kewujudan iman, ia dikira orang yang beriman dan dari segi amalan dan perbuatannya dia dikira sebagai orang yang melakukan dosa besar. Di Akhirat kelak dia berada dalam masyi‘ah atau kehendak Allah SWT. Jika Allah SWT kehendaki, Dia mengampuninya dengan rahmat dan kelebihan-Nya dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengazabkannya dengan keadilan dan hikmah-Nya, kerana iman bagi mereka boleh berlaku pecahan dan pembahagian dari segi amal dan pelaksanaan kewajipan-kewajipannya. Dengan kewujudan sedikit iman pada diri seseorang, Allah SWT akan mengeluarkannya daripada neraka dengan kelebihan, rahmat, anugerah dan kemuliaan daripada- Nya. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis:4091) dan dinilai oleh al- Albani sebagai sahih dalam Ghayah al-Muram (no hadis: 114 ) daripada Abdullah bin Mas’ud RA: ِي� ْ َ ٍان ْ إ ٍ ِ من ة َ َ ل َ رْ د ُ خ َ ال ق ْ ِ ِه ِ مث ب ْ ل َ ْ ق ِي ف � َ َ ن ْ ك َ ن َ م َّ ار ُ الن ُ ل ْ خ َد َ ي َل و Maksudnya: Tidak akan masuk ke dalam neraka, orang yang terdapat di dalam hatinya iman meskipun seberat biji sawi. Nabi SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 153) daripada Abu Zar RA: ُ ِ ك ْ � ُش َ ي َ ل ِتك َّ م ُ ْ أ َ ِ من َ ات ْ م َ ن ُ م ه َّ ن َ ْ أ ِي َ � ن شَّ � َشَّ ب َ ُ ف َ م َّ ل ِه الس ْ ي َ ل َ ُ ع ِ يل ْ ِ جب� ْ ِي َ � ن ت � َ َ أ َ � ن ْ ز ِن َ إ َ : و َال َ ؟ ق ْ َسَق ِن َ إ َ و َ � ن ْ ز ِن َ إ ُ : و ْت ل ُ َ، ق ة َّ ن َ ج ْ َ ال َ ل َ خ ً ا د ئ ْ ي َ ِ ش ّ َ ب�ِ لل ْ َسَق ِن َ إ و Maksudnya: Jibril mendatangi aku dan menyampaikan berita gembira kepadaku iaitu sesiapa dalam kalangan umatmu yang meninggal, dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, pasti akan masuk Syurga. Aku berkata: Meskipun dia


142 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH berzina dan mencuri? Jawab Jibril: Meskipun dia berzina dan mencuri. Membolehkan menggunakan pengecualian dalam persoalan iman dan hukum berbuat demikian adalah sunat dan bukan wajib iaitu seseorang mengucapkan “Saya orang yang beriman In Sya Allah”. Menggunakan pengecualian di atas adalah lebih utama bagi mereka berbanding tidak menggunakannya, kerana mereka tidak dapat memastikan diri mereka benar-benar beriman, lantaran kerana takut kepada Allah SWT. Mereka mengelak untuk mengangkat diri sendiri dan bukan kerana syak dengan iman yang dimiliki mereka. Mereka bimbang kalau-kalau mereka belum dapat memenuhi hakikat-hakikat iman dalam erti kata yang sebenar. Mereka mengharapkan agar mereka dapat memenuhi segala kewajipan dan kesempurnaan iman, kerana iman yang mutlak merangkumi melakukan seluruh amalan ketaatan dan meninggalkan segala apa yang ditegah. Mereka menegah melakukan pengecualian, jika dilakukan dalam bentuk ragu-ragu terhadap iman, kerana seseorang yang ragu-ragu terhadap iman adalah kufur. Bahkan apa yang mereka maksudkan ialah menafikan ragu-ragu terhadap iman mereka dari satu sudut dan tidak menegaskan tentang pemilikan terhadap iman yang sempurna dari sudut yang lain. Mereka membenci untuk menyoal persoalan yang berkaitan di atas dan melihatnya sebagai satu bidaah. Dalil-dalil yang menjelaskan golongan salafus salih terdahulu mengharuskan penggunaan pengecualian begitu banyak sekali dalam al-Kitab dan al-Sunnah, athar salaf dan juga ungkapan- ungkapan para imam dan juga tokoh ulama. Antaranya firman Allah SWT: ر ُ ك ْ َ ٱذ ۚ و ُ َّ َ ٱلل ء ٓ ا َ َش َن ي َّٓ أ ِل ً ا ۝۲٣ إ د َ َ غ ِلك ٰ َ ٌ ذ ِاعل َ ِ ف ِ� نّ ٍء إ ْ ۟ى ا َ َّ ِ لش ن َ ُول ق َ َ ت َل و ً ا ۝۲٤ َ د َش َ ا ر ٰذ ـ َ ْ ه رَ َب ِ من ْ ق َ أ ِ ِ ل ب� ّ َ ِ ر ي� َ ن ِد َ ين � َ ْ َ َسٰٓ أ ْ ع ُل َ ق َ و ِسيت َ َ ا ن ِذ َ إ َّك َّ ب ر Maksudnya: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan


143 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dengan berkata): “In Sya Allah”. dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”. (al-Kahfi 18:23-24) Firman Allah SWT: ۝٣۲ ٰٓ َ َّ� ق ِ ٱت َ ن ُ ب � ِ َ ْ ل ع َ َ أ ُو ُ ْ ۖ ه َ ك ُس نف َ ۟ أ ٓا و ُّ َك ُز َ � ت ل َ ف Maksudnya: ...maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (al-Najm 53: 32) Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya tentang iman? Jawab beliau: “Ucapan, amalan dan niat. Beliau ditanya lagi: Apabila seseorang lelaki berkata; Adakah anda seorang yang beriman? Jawab beliau: Pertanyaan ini adalah bidaah. Beliau ditanya apakah yang hendak dijawab: Beliau berkata: Orang yang beriman In Sya’ Allah SWT”. Kesimpulan Dengan itu dapat disimpulkan yang dikatakan intipati sebenar iman ialah perkara yang terdapat dalam hati seseorang dan dibenarkan oleh lidah dan amalan. Hasilnya jelas kelihatan pada anggota dengan cara mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhkan diri daripada segala yang ditegah, kerana nama iman akan berlaku dalam erti kata yang sebenar kepada orang yang membenarkan segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, yang datang daripada tuhannya baik dari segi iktikad, perakuan mahupun amalan. Kerana itu orang yang mempercayai dan membenarkan dalam hati dan memperakui dengan lisan tetapi dalam masa yang sama tidak beramal dengan amalan-amalan ketaatan dan kewajipan yang diperintahkan, dengan anggota badan, tidak berhak menikmati nama iman. Orang yang memperakui dengan lisan dan


144 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH beramal dengan anggota badan sahaja, tetapi tidak percaya dalam hati, juga tidak berhak menikmati nama iman. Orang yang tidak memasukkan amalan sebagai sebahagian daripada iman, adalah orang yang berfahaman Murji’ah, yang melakukan bidaah lagi sesat.


145 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH


146 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Ahli Sunah Waljamaah tidak mengkafirkan (takfir) manamana orang Islam yang melakukan perkara yang mengkafirkan melainkan setelah ditegakkan hujah terlebih dahulu, barulah boleh dihukumkan menjadi kafir. Kerana ketika itu baru cukup syarat dan tidak ada lagi halangan untuk mengkafirkan yang terlibat. Malah hilang syubhah daripada orang yang jahil dan orang yang melakukan takwilan. Sebagaimana yang dimaklumi, ia melibatkan perkara-perkara yang tersembunyi yang memerlukan kepada pembongkaran dan penjelasan, berbeza sama sekali dengan perkara-perkara yang zahir seperti menolak kewujudan Allah SWT, menolak kebenaran para rasul, menolak keumuman risalah Rasulullah SAW, kedudukan Rasulullah sebagai penutup para nabi dan rasul dan lain-lain perkara yang termasuk ke dalam perkara yang diketahui umum dalam Islam. Mereka juga tidak mengkafirkan orang yang terpaksa melakukan sesuatu perbuatan yang mengkufurkan, yang hatinya tetap tenang dengan iman dan sama sekali tidak meredai kekufuran itu. Bahkan mereka tidak mengkafirkan sesiapapun dalam kalangan orang-orang Islam yang melakukan dosa, meskipun melibatkan dosa-dosa besar selagi tidak melibatkan syirik. Sebaliknya mereka hanya menghukumkan orang- orang seperti itu sebagai orang yang fasik dan kurang iman sahaja, selagi dia tidak menghalalkan dosa yang dilakukannya itu. Apabila seseorang meninggal dalam keadaan melakukan sesuatu dosa yang bukan dosa syirik dan dia sendiri tidak menghalalkan melakukan dosa tersebut, urusannya terserah kepada Allah SWT. Jika Dia kehendaki, Dia boleh mengazabkannya dan jika Dia kehendaki, Dia boleh mengampunkannya. Ini berbeza dengan pandangan puak-puak yang menyeleweng yang menghukumkan orang yang melakukan dosa besar sebagai kafir atau berada di antara dua persimpangan. Firman Allah SWT: َ ن َم ۚ و ُ ء ٓ ا َ َش َ ن ي َ ِ ل ِلك ٰ َ َ ذ ُون َ ا د ِفرُ م ْ َغ َ ي ِ ِهۦ و َ ب َ ك ْ � ُش َن ي ِفرُ أ ْ َغ َ ي َ ل َّ َّ ٱلل ِن إ


147 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ً ا ۝٤٨ ِظي�م َ ً ا ع ْ ث �ِ ٰٓ إ ََى � ت ْ ِد ٱف َ ق َ ِ ف َّ ٱلل ب �ِ ْ ِ ك ْ � ُش ي Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (al-Nisa’4: 48) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari ( no hadis: 6045) daripada Abu Zar RA: ْ ِن ِه، إ ْ ي َ ل َ ْ ع َّ ت د َ ْ ت َّ ار ِل ِ ، إ ر ْ ف ُ ِهب �ِ لك ْ ِمي ي � َ ْ َ َال ُ ِوق، و ُس ب �ِ لف ً ُ ل َج ر ٌ ُ ل َج ْ ر ي ِم ي � َ ْ َ َ ال ِلك َ َذ ُ ك ُه َ ِ احب ْ ص ُ ن َك ْ ي َ ل Maksudnya: Seseorang tidak boleh menuduh seseorang yang lain sebagai fasik dan juga tidak boleh menuduhnya sebagai kufur, melainkan tuduhan tersebut akan kembali kepadanya, jika yang dituduh tidak sebagaimana tuduhan yang ditujukan kepadanya. Sikap Ahli Al-Sunnah Terhadap Persoalan Takfir Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah terhadap persoalan takfir ialah: Membezakan antara hukum yang bersifat mutlak ke atas orang-orang yang melakukan bidaah dalam bentuk maksiat atau kekufuran dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas individu tertentu, yang sabit Islamnya secara yakin tetapi melakukan perkara-perkara bidaah. Hukuman ke atas individu berkenaan tidak dijatuhkan melainkan apabila perkara yang sebenar terserlah, dengan cara membentangkan hujah dan menghapuskan segala menegakkan syubhah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis: 4901) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ al- Saghir (no hadis: 1552) daripada Abu Hurairah r.a, katanya:


148 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ، ِ ي� ْ ن َ َ ِاخي َو ُ ت َ م ْسَ ِائيل ِ ْ إ َ ن� ِي ْ ب ِي ف ِن � َ ُ ل َج َ ر َ ن َ : ” ك ُول َق ِ ي ّ َ الل ُ ول َس ُ ر ْ ت ِ ع َ س ُ ِد َ ْ �ت ُ ج ُ امل َال ي � َ ز َ َ ل َ ن ك َ ِة، ف َ َ اد ْ ِ العب ِي ف � ٌ ِد َ ْ �ت ج ُ َ رُ م خ ْآ َ ال ِن ُب و ْ ُذ َ ا ي ُ ُ ه َد ح َ َ أ َ ن ك َ َ ف َ ال ق َ ٍب، ف ْ ن َ َ ذ َل ً ا ع ْم َو ُ ي َ ه َ د َج و َ ْ ، ف ِص ْ ق َ َ : أ ُول َق ي َ ِب، ف ْ ن َّ َ الذ َل َ رَ ع خ ْآ ي� ََى ال ِفرُ ْ َغ َ ي ِ ل َّ َ الل َ : و َ ال ق َ ً ا؟ ف ْ ب ِقي َ َّ ر ي َ َل َ ع ْت ِعث ُ ب َ ْ ، أ ِي ب� ّ َ َ ر ْ و ن� ِي ِ ّ ل َ َ : خ َ ال ق َ ْ ، ف ِص ْ ق َ ُ : أ َ ل َ ْد َ ِ ا عن َ ع َم ْ ت َاج َ ا، ف َ ُحم َ ا ْ و ر َ َ َض أ ب َ ق َ َ - ف ة َّ ن َ ج ْ ُ ال َّ َ الل ُك ْ ِخل ُد َ ي ْ ل و َ َ - أ َك ُ ل َّ الل َ ا َ م َل َ ع ْت ن ُ ْ ك و َ ً ا؟ أ ِال َ ْ ع َ ب � ِي ْت ن ُ ك َ ِ ِد: أ َ ْ �ت ُ ج ْ َ ا ال َذ ِ ل َ َ ال ق َ ِي� ْ ن ، ف َ َ ال ع ْ ّ ال ِب َ َ ر َال َ ق ْ ، و َح ْ َت� ِي ِ ب � َ ة َّ ن َ ج ْ ِل ال ُ ْ خ اد َ َ ْب ف ه ْ ِن ِب اذ ْ ُذ ْ َ ِ لل َال َ ق ً ا؟ و ِادر َ ْ ق ِدي َ ِي ي ف � َ ََّ َك ت َ ِدِه ل َ ِي ْ ب ي ِس ْ ف َ ْ ن ِذي َّ َ ال َ : و ي� َْة ُرَ ْ ه ُو ب َ َ أ َال ِ “ ق َّ ار َ الن ِل ِ ِه إ ُوا ب ب َ ه ْ ِ : اذ َ ر خ ْآ ُ ِلل ه َ َآِخرَ ت َ ا و ي ْ ن ُ ْ د َت َق ْ ب و َ َ ٍة أ ِ َ ِك ب Maksudnya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ada dua orang lelaki dalam kalangan kaum Bani Israel satu ketika dahulu, yang bersaudara. Salah seorang daripadanya melakukan dosa dan yang seorang lagi bersungguh dalam melakukan ibadah. Lelaki yang bersungguh melakukan ibadah melihat saudara melakukan dosa lalu berkata: Berhentilah. Satu hari beliau mendapati saudaranya itu sedang melakukan satu dosa, lalu beliau berkata: Berhentilah. Saudaranya itu berkata: Biarkan aku dengan apa yang aku lakukan. Demi Tuhanku, adakah anda dibangkitkan untuk menjadi pengintip terhadap apa yang aku lakukan? Jawab lelaki itu: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni dosa anda atau Allah tidak akan memasukkan anda ke dalam Syurga-Nya. Setelah itu kedua-duanya meninggal dunia dan kedua-duanya berkumpul di sisi tuhan sekalian alam. Tuhan berfirman kepada lelaki yang melakukan ibadah dengan penuh kesungguhan: Adakah anda tahu tentang- Ku atau anda berkuasa ke atas apa yang ada di tangan- Ku? Tuhan berfirman kepada lelaki yang melakukan dosa itu: Pergilah masuk ke dalam syurga dengan rahmat-Ku dan berfirman kepada yang seorang lagi: Bawalah dia ke neraka. Kata Abu Hurairah RA; Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya, lelaki itu telah mengeluarkan satu patah perkataan yang membinasakan


149 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dunia dan akhiratnya sekali gus. Menjauhkan diri daripada terlalu mudah menghukumkan kafir kepada orang Islam yang melakukan dosa besar, bahkan mereka merupakan golongan yang paling jauh daripada mengkafirkan seseorang, kerana mengkafirkan orang Islam merupakan isu yang besar dan menimbulkan kesan yang juga besar. Kerana itu sewajarnya menjauhkan diri daripada terlibat dengan sesuatu perkara yang tidak ada bukti yang kukuh, apalagi situasi asal bagi seseorang Islam yang adil dari segi zahirnya, dikira kekal berada dalam status Islam dan adil sehingga benar-benar diyakini perkara tersebut hilang daripada diri yang terlibat, berdasarkan dalil syarak. Antaranya perlu mengelakkan daripada mengkafirkan saudara seislam sedaya mungkin. Orang yang tidak mengetahui selok-belok berkaitan dengannya, akan gelincir dan boleh menjadi sesat. Ramai tokoh ulama besar yang mengambil sikap tawakuf dalam isu tersebut. Sayangnya ramai dalam kalangan orang-orang yang masih hingusan berani mengkafirkan saudara seislam dengan begitu mudah disebabkan sesuatu dosa yang dilakukan oleh orang itu. Akibatnya mereka tergelincir ke lembah melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya mereka terlibat. Menghukumkan manusia berdasarkan aspek zahir. Jika mereka menzahirkan amalan Islam, mereka dihukumkan sebagai orang Islam zahir dan batin. Jika mereka menzahirkan amalan kekufuran, mereka dihukumkan sebagai kufur zahir dan batin, tanpa melihat kepada batin mereka. Menghukumkan seseorang itu menjadi kafir, apabila dia teragak-agak untuk mengkafirkan orang yang telah dihukumkan sebagai kafir oleh Allah SWT sendiri dan Rasul-Nya, kerana nasnas syarak membuktikan orang yang melakukan amalan atau mengeluarkan perkataan yang mengkufurkan, dia menjadi kafir, bahkan mereka menjadikan, mengkafirkan orang kafir sebagai asas dalam persoalan iktikad. Mereka menghukumkan menjadi kafir orang yang tidak menghukumkan kafir kepada orang kafir atau ragu-ragu tentang kekufurannya.


150 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pembahagian Orang-Orang Kafir Orang-orang kafir dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu: Orang-Orang Kafir Asli Orang-orang kafir asli ialah orang-orang yang tidak masuk Islam sama sekali. Mereka adalah golongan Atheis, ahli-ahli falsafah, orang-orang Musyrik, Majusi, penyembah berhala dan ahli kitab dalam kalangan orang- orang Yahudi dan Kristian. Kekufuran mereka yang disebutkan di atas telah disebutkan dengan jelas dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Orang-orang yang mati dalam kalangan mereka, kekal dalam neraka dan diharamkan sama sekali memasuki syurga. Firman Allah SWT: َ َ رَّم َ ا ح َ م ُ ون ِم َُرّ َ ي � َل ِ و َٔ ِاخر ـ ْ ِم ٱل ْ َو ي ْ ل ٱ َ ب �ِ َل ِ و َّ ٱلل ب �ِ َ ُون ِمن ْ ُؤ َ ي َ ل ي�ن ِذ َّ ۟ ٱل وا ُ ِتل ٰ ـ َ ق َت� َّ ٰ ٰ َب ح ـ َ ِكت ْ ۟ ٱل ُوا وت ُ َ أ ي�ن ِذ َّ َ ٱل ِ ِ من ّ َق ْ َ ٱل ي�ن َ ِ د ُون ِدين َ َ ي َل ُ ۥ و ُ ُ ول َس َ ر ُ و َّ ٱلل ۝۲٩ َ ِغرُ ون ٰ َ ـ ْ ص ُ َ ه ٍد و َ َ ن ي َ ع َة ْ ي ِز ج ْ ۟ ٱل وا ُ ْ ط ُع ي Maksudnya: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang- orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri. (al-Tawbah 9: 29) Orang-Orang Yang Murtad Orang-orang yang dikaitkan dengan agama Islam tetapi terlibat dengan iktikad, perbuatan atau perkataan, yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka menjadi kafir dengan sebab tersebut, meskipun mereka sendiri melakukan sebahagian daripada ajaran


151 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Islam seperti golongan Batiniyah, pelampau Rafidah, Qadyaniyah dan lain-lain. Maksud Kufur Menurut Syarak Kufur menurut syarak terdiri daripada dua jenis iaitu pertama kufur yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam dan kedua kufur yang tidak mengeluarkan seseorang daripada agama Islam. Ini kerana kufur mempunyai cabang-cabangnya, sebagaimana iman mempunyai cabang-cabangnya. Kufur juga melibatkan perkataan dan perbuatan, sebagaimana iman melibatkan perkataan dan perbuatan. Maksiat dan dosa kesemuanya termasuk ke dalam cabang-cabang kekufuran, sebagaimana amalan ketaatan kesemuanya termasuk ke dalam cabang-cabang iman. Kekufuran berlaku dengan iktikad dalam hati, perbuatan, perkataan keraguan dan meninggalkan amalan dalam Islam dalam keadaan menghalalkannya. Antara asas yang menjadi pegangan Ahli Sunah Waljamaah ialah seseorang mungkin terdapat pada dirinya iman dan sebahagian cabang kufur atau nifak yang tidak menafikan asas dan hakikat iman. Kufur mempunyai asas dan cabang yang berbagai-bagai. Ada di antaranya yang menatijahkan keluar daripada agama dan ada juga yang tidak menatijahkan keluar daripada agama. Kufur Yang Mengeluarkan Seseorang Daripada Islam Kufur ini juga dikenali sebagai Kufur Akbar atau kufur besar. Antara bentuk kufur ini ialah: Kufur Ingkar Dan Dusta Kufur ini berlaku dari segi zahir dan batin seperti iktikad para rasul berdusta, berita-berita yang diberitahu oleh mereka menyelisihi realiti, Rasulullah SAW membawa sesuatu yang bercanggah dengan kebenaran atau menghalalkan apa yang telah diharamkan


152 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Allah atau mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah. Firman Allah SWT: ْ َس ي َ ل َ ۚ أ ٓ ۥ ُ َ ه ء ٓ َ ا َّ ا ج َ ِ ل ّ َق ْ ٱل َّ َبب �ِ َذ ْ ك و َ ً أ ِذب� َ ِ ك َّ َ ٱلل َل ٰ ع ََى � ت ْ ِ ٱف ُ م َِّن َ ْ ل ظ َ ْ أ َ ن َم و ۝٦٨ َ ِي�ن ِفر ٰ ـ َ ك ْ ِل ّ ً ى ل و ْ َ ث َ م ِ ج � َ َ � نَّ ف � Maksudnya: Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (al-Ankabut 29: 68) Kufur Ego Dan Sombong Kufur ego dan sombong ialah tidak mahu tunduk dan menyerah diri kepada Rasulullah SAW dari segi zahir, dalam keadaan mengetahui tentang baginda dan mengenalinya dari segi batin. Individu ini memperakui apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah benar dan datang daripada Allah SWT, tetapi menolak untuk mengikutnya kerana ego, sombong dan memandang hina kepada kebenaran dan rasul yang membawa kebenaran tersebut seperti kekufuran Iblis. Firman Allah SWT: ب� ََ ْ َ ك ْ ت َ ٱس ب� َ ٰ و َ ِل َ يس أ ْ ِ ب َّٓ إ ِل ۟ إ ٓا ُ و َ د َ ج س َ َ ف َم َٔاد ِ لـ ۟ ُ وا ُد ج ِة ٱس ْ َ ِئك ٰٓ ـ َ َ ل ْ َ ِ ا لل ن ْ ل ُ ْ ق ِذ َ إ و ۝٣٤ َ ِي�ن ِفر ٰ ـ َ ك ْ َ ٱل ِ من َ َ ن َ ك و Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (al-Baqarah 2: 34)


153 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Kufur Tidak Mahu Mendengar Kebenaran Kufur tidak mahu mendengar ialah kufur dalam bentuk tidak mahu mendengar dan tidak mahu memahami dengan hati apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Yang terlibat tidak mempercayainya dan juga tidak menolaknya. Tidak mendukung dan juga tidak memusuhi. Dia membiarkan kebenaran begitu sahaja dan tidak mempelajari, tidak beramal dan melarikan diri daripada tempattempat yang disebutkan kebenaran itu. Kufur orang yang sebegini dikenali sebagai kufur ‘irad. Firman Allah SWT: ۚ م ًّ َ ُّ س ٍل م َ ج َ َ أ ِ و ّ َق ْ ٱل َّ ب �ِ ِل ٓ إ َ ا َُم ْ� ن ي َ َ ا ب َم ْض َ و ر َ ْ أ َ ٱل ِت و ٰ َ ٰو َ ـ َّ م َ ا ٱلس ن ْ ق َ ل َ َ ا خ م ۝٣ َ ُ ون ِض ْ ر ُ ع ۟ م ُ وا ِنذر ُ ٓ أ ا َّ َ ۟ ع رُ وا َ ف َ َ ك ي�ن ِذ َّ َ ٱل و Maksudnya: (Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan); dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya. (al-Ahqaf 46: 3) Kufur Syak Kufur syak ialah kufur orang yang tidak menyatakan dengan tegas tentang keimanannya dengan Nabi SAW, bahkan dia raguragu dan syak tentang baginda SAW dan untuk mengikut baginda SAW. Untuk mengelakkan kufur perlu menyatakan keyakinan sepenuhnya terhadap apa yang dibawa oleh Nabi SAW daripada tuhannya sebagai satu perkara yang benar, yang tidak ada raguragu lagi. Orang yang ragu-ragu dan syak untuk mengikut apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau mengharuskan kebenaran itu berbeza dengan apa yang dibawa oleh baginda SAW, adalah orang yang kufur.


154 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: ۢ َ ِ من ي�ن ِذ َّ َ ٱل َ ۛ و ُ ود َ ث � َ َ ٍاد و َع ٍ و وح ُ ِم ن ْ و َ ُ ْ ق ِلك ْ ب َ َ ِ من ق ي�ن ِذ َّ ۟ ٱل ا ُ َؤ ب َ ُ ْ ن ِتك ْ أ َ ْ ي � َ ل َ أ ٓ ِ ف � ْ ِدي� َُم ْ ي َ ۟ أ ٓا و ُّ رَ د َ ٰ ِت ف ـ َ ِن ّ َ ي ب ْ ل ٱ ُ بم �ِ ه ُ ُ ل ُس ْ ر ُْم َ �ت ء ٓ َ ا ج ُۚ َّ َّ ٱلل ِل ْ إ ُم ُ ه َ ْ ل َع َ ي ْ ۛ ل ِدِه ْ َع ب ِه ْ ي َ ِ ل إ ٓ ا َ ن َ ُون ْ ع د َ َِّا ت ّ ٍ م ّ َ ك ِ ش َ� ف نَّ ل �ِ َ إ ِ ِهۦ و ُ ب � ت ْ ِسل ْ ر ُ ٓ أ َ ا َ ب � ِ ن رْ � َ ف َ نَّ ك �ِ إ ۟ ٓا و ُ ال َ َ ق ْ و ِم ِهه ٰ َ و ْ ف َ أ ِ ٍ يب ۝٩ ُ ر م Maksudnya: (Mengapa kamu masih berdegil) Bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian daripada mereka ? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah didatangi oleh Rasul-rasul mereka dengan membawa keteranganketerangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata: “Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu-kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya”. (Ibrahim 14: 9) Kufur Nifak Kufur nifak ialah kufur dalam bentuk menzahirkan Islam dan kebaikan dan dalam masa yang sama menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Ia melibatkan pertentangan antara batin dengan zahir dan menzahirkan perkataan dengan lisan atau melakukan perbuatan yang bercanggah dengan iktikad yang terdapat dalam hati. Orang munafik ialah orang yang mana ungkapannya berlainan dengan perbuatannya dan yang sulitnya berlainan dengan yang zahir. Orang sebegini masuk Islam dari satu pintu dan dalam masa yang sama keluar daripada Islam daripada pintu yang lain. Dia masuk ke dalam pangkuan iman dari segi zahir tetapi keluar daripada iman itu dari segi batin. Nifak ini disebut juga sebagai nifak besar. Firman Allah SWT:


155 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ۝٨ َ ن ِمِني� ْ ُ ؤ ب � ِ ُ َ ا ه َم ِ و َٔ ِاخر ـ ْ ِم ٱل ْ َو ي ْ ل ٱ ب�ِ َ ِ و َّ ٱلل َّ با �ِ َ ن َ ام ُ ء ُول َق َ ن ي ِ اس م َّ َ ٱلن ِمن َ و Maksudnya: Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (al-Baqarah 2: 8) Kufur Mencaci Dan Mempersenda Kufur ini ialah kufur merendah-rendah, mencaci atau memperlekehkan sesuatu yang terdapat dalam ajaran Islam, yang sudah makruf diketahui umum, baik yang terlibat melakukannya dalam keadaan bergurau, bermain atau sebagai mengambil hati orang-orang kafir atau semasa bertengkar atau marah dan sebagainya. Umat Islam berijmak dari segi kufur orang yang melakukannya. Firman Allah SWT: ِتِهۦ ٰ ـ َ َ اي َء ِ و َّ ٱلل ب�ِ َ ْ أ ُل ۚ ق َ ُب ع ْ ل َ َ ن خُوض ُ و َ ن َّ ا � ن ُ ِ� نََّ ا ك َّ إ ن ُ ُول َق ي َ ْ ل َُم �ت ْ ل َ َ أ ن س ِ َ� ئ َ ل و ِن ۚ إ ْ ُ ِنك ٰ َ ـ ِي� َ إ ْد َع ُ ب ت رْ � َ ف َ ْ ك د َ ق ۟ ُ وا ِذر َ ْ ت ع َ َ ت َ ۝٦٥ ل ُون ِء َ ْز ْ �ت س َ ْ ت ُ ُ ن� ت ُ ِِولۦ ك َس َ ر و ۝٦٦ َ ن ِِمي� ْر ج ُ ۟ م ُوا ن َ ْ ك � نَُّم َ أ ب �ِ ۢ ً ة َ ِئف ٓ ا َ ِ ْب ط ّ َذ ع ُ ُ ْ ن ِ نك ّ ٍة م َ ِئف ٓ ا َ َ ن ط ْ ف ُ ع ع َّ ن Maksudnya: Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak daripada kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. (al-Tawbah 9: 65-66)


156 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Kufur Benci Kufur ini berlaku dalam bentuk seseorang membenci agama Islam, mana-mana hukum atau sesuatu yang berkaitan dengan syariatnya. Begitu juga membenci Nabi Muhammad SAW, apa yang dibawa oleh baginda SAW atau apa saja yang berkaitan dengan baginda SAW. Begitu juga dengan membenci apa yang telah diijmakkan oleh para ulama sebagai termasuk ke dalam agama. Firman Allah SWT: ۝٩ ْ ُم ه َ ل ٰ ـ َ ْ ع َ َ أ َط ْ ب ح َ أ َ ُ ف َّ َ ٱلل َل � ن ز َ ٓ أ َ ا ۟ م ُوا ِه ر َ ْ ك � نَُّم َ أ َ ب �ِ ِلك ٰ َ ذ Maksudnya: Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum Syarak yang diterangkan di dalam al- Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. (Muhammad 47: 9) Jenis-jenis kufur yang disebutkan di atas menyebabkan yang terlibat kekal dalam neraka dan membatalkan segala amalan yang dilakukan. Firman Allah SWT: َ ي�ن ِلِد ٰ ـ َ َ خ ِ ج � َ َ � نَّ َ ر ن � ِ ف � َ ن ِ ِكي� ْ � ُ ش ْ َ ٱل ِب و ٰ ـ َ ِكت ْ ِل ٱل ْ ه َ ْ أ ِ من ۟ رُ وا َ ف َ َ ك ي�ن ِذ َّ َّ ٱل ِن إ ِة ۝٦ َّ ِ ي ب� َ ْ ُّ ٱل َ � ْ ش ُ َ ه ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ ٓۚ أ َا ِفي� Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang Musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahatjahat makhluk. (al-Bayyinah 98: 6)


157 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Kufur Yang Tidak Mengeluarkan Seseorang Daripada Islam Kufur ini tidak menafikan sama sekali asas iman, sebaliknya hanya mengurang dan melemahkan iman sahaja. Ia juga tidak menghapuskan terus sifat Islam daripada diri seseorang yang terlibat dengannya. Cuma orang yang melakukannya terdedah kepada ancaman keras, jika tidak bertaubat. Syarak mengaitkannya dengan sebahagian daripada maksiat dan dosa sebagai satu bentuk ancaman, kerana ia termasuk ke dalam sifat- sifat kufur, tetapi tidak mencapai tahap kufur besar. Antara contohnya ialah: Mengkufuri nikmat Mengkufuri ahli keluarga (tidak tahu berterima kasih kepada ketua keluarga) Mengkufuri perbuatan baik orang (tidak tahu berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita) Membunuh orang Islam Bersumpah bukan dengan nama Allah SWT Mencela keturunan seseorang Meratapi mayat Mengucapkan kepada orang Islam: Wahai orang kafir. Antara dalil yang berkaitan dengannya ialah firman Allah SWT: ْ َ ت َغ ب ۢ ِ ن إ َ ۖ ف َ ا َُم ْ� ن ي َ ۟ ب ُ وا ِلح ْ ص َ أ َ ۟ ف وا ُ ل َ ت َ ت ْ َ ٱق ن ِمِني� ْ ُ ؤ ْ َ ٱل ِان ِ من َ ت َ ِئف ٓ ا َ ِن ط َ إ و ِ ن إ َ ۚ ف ِ َّ ِ ٱلل ْ ر م َ ٰٓ أ َ ِل َ إ ِٓ ء َ� ف َت� َّ ٰ ت ِ ح ْ� غ ب َ ت� ِ ت َّ ۟ ٱل وا ُ ِتل ٰ ـ َ ق َ ٰ ف ْ رَ ى خ ُ ْ أ َ ٱل َل َ ا ع َ ى ُٰم ْد ِح إ


158 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ۝٩ َ ن ِس ِطي� ْ ُ ق ْ ب ٱل ُّ ِ ُ َ ي � َّ َّ ٱلل ِن ۟ ۖ إ ٓا و ُ ِسط ْ ق َ َ أ ِل و ْ َد ع ْ ل ٱ َ با �ِ َُم ْ� ن ي َ ب ۟ ُ وا ِلح ْ ص َ أ َ ْ ف َت ء ٓ ا َ ف Maksudnya: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. (al-Hujurat 49: 9) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 116) daripada Ibn Mas’ud RA: ٌ ر ْ ف ُ ُ ك ُ َ ال ِقت َ و ٌ ُ وق س ُ ِ ف ْ ِل ُ س ْ َ ُ اب ال ِسب Maksudnya: Mencaci orang Islam itu suatu kefasikan dan membunuhnya suatu kekufuran. Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 121) daripada Abu Hurairah RA: َ َل ُ ع َ ة َ اح ي ّ َ ِالن َ ِب و س َّ ْ الن ِي ف � ُ ْ ن ع َّ ٌ : الط ر ْ ف ُ ْ ك َ ب ا � ِِم ُ ِ اس ه َّ ْ الن ِي ف ِان � َ ت َ ن ْ اث ِ ِت ّ َ ي ْ ال Maksudnya: Dua perkara yang berlaku dalam kalangan manusia, yang menyebabkan mereka menjadi kufur iaitu mencela keturunan dan meratapi mayat. Halangan-Halangan Yang Tidak Boleh Menghukumkan Seseorang Sebagai Kufur Antara halangan yang menghalang boleh dihukumkan kafir kepada seseorang, meskipun dia melakukan perbuatan yang mengkufurkan ialah:


159 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Wujud ketidakmampuan dalam melaksanakan hukum syarak. Para ulama bersepakat orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan apa yang diperintahkan Allah SWT atau melaksanakan sebahagian daripada apa yang disyariatkan Allah, sebenarnya mewujudkan halangan untuk menghukumkan beliau sebagai kafir. Ketidakmampuan beliau berbuat demikian hendaklah disertai dengan tiada pilihan, tidak reda dan tidak mengqasad untuk tidak ingin melaksanakan hukum tersebut. Yang terlibat pula bertakwa kepada Allah SWT mengikut yang termampu. Individu ini merupakan orang yang diberikan keuzuran dan tidak berdosa kerana meninggalkan berhukum dengan apa yang diturunkan Allah SWT. Contohnya orang-orang yang berada di negara bukan Islam dan memeluk agama Islam setelah sampai seruan dakwah kepada mereka. Orang-orang seperti ini tidak mampu untuk berhijrah ke negara Islam dan juga tidak mempunyai orang-orang yang boleh mengajar mereka keseluruhan syariat dan ajaran Islam (al-Athari, 2013:292-293). Wujud kejahilan. Kejahilan di sini ialah kejahilan yang diberikan keuzuran, baik yang melibatkan perkara asas agama atau cabang-cabangnya. Orang yang menolak sesuatu perintah syarak, kerana jahil dan tidak sampai pengetahuan tentang perkara tersebut kepadanya, tidak boleh dihukumkan sebagai kafir, meskipun terjebak ke dalam salah satu fenomena syirik atau kufur. Misalnya orang yang baru saja memeluk Islam atau tidak mempunyai ilmu tentangnya atau hidup di kawasan jauh daripada orang ramai atau tempat orang-orang menuntut ilmu dan ahli-ahli ilmu dan tidak sampai berita tentang perintah tersebut kepada beliau. Kemungkinan juga yang terlibat hidup di sebuah negara yang telah lenyap sama sekali kesan-kesan risalah Islam dan tauhid, penyakit jahil pula tersebar secara meluas dalam kalangan masyarakat, neraca syariat tidak dihiraukan lagi, syirik menjadi tauhid, amalan bidaah menjadi Sunnah, banyak berlaku penyelewengan, kebatilan dan kekufuran diperjuangkan secara habis-habisan, ulama banyak menimbulkan kekeliruan dan dalam masa yang sama tidak didapati pula orang yang mengajar Islam yang sebenar. Begitu juga bagi orang yang terjebak ke lembah kekufuran tanpa mengqasadkannya seperti orang yang terjebak ke


160 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dalam kesalahan, terlupa atau berlaku dengan sebab ijtihad yang diharuskan oleh syarak. Walau bagaimanapun kejahilan mempunyai beberapa darjat. Kejahilan terhadap perkara yang diketahui umum dalam Islam yang melibatkan perkara- perkara yang zahir dengan jelas kepada orang Islam seperti tauhid, syirik, perkara-perkara yang diharamkan, perkara-perkara yang diijmakkan oleh ulama yang melibatkan ilmu fara’id atau perkara-perkara wajib, tidak sama dengan kejahilan dalam perkara-perkara yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh pakar-pakarnya sahaja seperti persoalan yang berkaitan dengan Asma’ dan sifat, iktikad-iktikad kumpulankumpulan yang ada dalam kalangan umat Islam yang bercanggah dengan iktikad Ahli Sunah Waljamaah dan ungkapan- ungkapan yang bercanggah dengan pendapat Ahli Sunah Waljamaah. Begitu juga mengetahui persoalan-persoalan cabang yang tidak terkenal dalam kalangan orang-orang awam Islam dan lain-lain persoalan (al-Athari, 2013: 293). Orang yang jahil kerana tidak dapat bertanya dan mencari ilmu atau tidak ada orang yang sanggup mengajar, tidak sama dengan kejahilan orang-orang yang kukuh dan mantap, yang sengaja tidak mencari ilmu, enggan menuntut ilmu syarak, sombong terhadap ilmu-ilmu syarak, lalai atau sibuk dengan benda-benda yang melekakan atau mengikut jejak langkah nenek moyang terdahulu. Orang-orang seumpama ini tidak ada keuzuran bagi mereka. Hal ini kerana kejahilan merupakan keuzuran yang hanya bersifat sementara waktu dan terikat dengan kegagalan memenuhi sesetengah syarat. Jika syarat-syarat tersebut wujud, kejahilan yang dinyatakan di atas tidak lagi dinamakan sebagai kejahilan, bahkan menjadi sesuatu yang tercela dan hujah yang menentang kepada yang terlibat itu sendiri. Wujud kesalahan yang tidak disengajakan, termasuk ke dalam perkara yang menghalang seseorang boleh dihukumkan sebagai kafir. Begitu juga dengan orang yang melakukan kesalahan hasil daripada berijtihad dalam mencari kebenaran dan mengikut Nabi SAW dan tidak pernah bermaksud melakukan kesalahan, yang


161 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH bercanggah dengan syarak, adalah orang yang diberikan keuzuran. Hukum orang ini sama juga dengan hukum orang yang jahil dan orang yang melakukan takwil dari segi tidak boleh dijatuhkan hukuman kufur ke atas mereka. Hukuman kufur tidak boleh dijatuhkan melainkan setelah ditegakkan hujah. Jika yang terlibat seorang ulama yang harus melakukan ijtihad, dia mendapat pahala ijtihad, meskipun dia tersalah. Sebaliknya bagi yang tidak mempunyai kelayakan dan tidak harus melakukan ijtihad, kemudian salah melakukan ijtihad, dia dikira berdosa (al-Athari, 2013: 295). Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah (no hadis: 2033) dan disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Abi Dawud (no hadis:1662) daripada Abu Zar alGhifari RA: ِه ْ ي َ ل َ ُوا ع ِه ر ْ ُ ك ْ ت َ ا اس َم َ و َ ان ْ ي ِس ّ َ الن و َ أ َ َط خ ْ َّت� ِي ال م ُ ْ أ َ ن َ ع َ ز َ او ج َ ت � َ َّ َّ الل ِن إ Maksudnya: Sesungguhnya Allah memaafkan untuk umatku kesalahan, lupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (no hadis: 6805) daripada Amru bin al-As: َّ ُ ث � َ ََد ْ �ت َاج َ َ ف َ ك َ ا ح ِذ َ إ ْ رَ ِان و ج َ ُ أ َ ل َ َ َ اب ف ص َ َّ أ ُ ث � َ ََد ْ �ت َاج ُ ف َ ِاك ْ َ َ ال َ ك َ ا ح ِذ إ ٌ ْ ر ج َ ُ أ َ ل َ ف َ أ َ ْ ط خ َ أ Maksudnya: Apabila hakim berijtihad, kemudian betul, dia mendapat dua ganjaran pahala dan apabila hakim berijtihad dan tersalah dalam ijtihadnya, dia mendapat satu ganjaran pahala. Wujud Takwilan. Takwilan membawa maksud meletakkan lafaz nas syarak tidak pada tempatnya dan bertentangan dengan lafaz zahir itu sendiri, berdasarkan ijtihad yang diharuskan atau menerusi taklid. Dengan lain perkataan, seseorang terjebak ke lembah kekufuran disebabkan melakukan takwilan tanpa ada niat sengaja untuk melakukan kesalahan, baik yang melibatkan iktikad, perkataan mahupun amalan. Ulama Ahli Sunah Waljamaah bersepakat takwilan yang diharuskan, yang mempunyai sokongan


162 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH daripada ilmu dan bahasa Arab dan tidak melibatkan asas-asas penting agama, merupakan ruang yang paling besar yang boleh mengelakkan seseorang daripada boleh dijatuhkan hukuman kufur. Hukum orang yang melakukan takwilan sebegini sama dengan hukum orang yang jahil dari segi tidak boleh dihukumkan kufur dengan begitu mudah. Orang yang melakukan takwilan tetapi tersalah namun dalam masa yang sama mempunyai iktikad dan niat yang selaras dengan syariat dan juga termasuk ke dalam orang yang beriman dan soleh, diberikan kemaafan sehingga ditegakkan hujah dan syubhah yang dialaminya dihilangkan terlebih dahulu. Ahli Sunah Waljamaah bersepakat, terdapat beberapa jenis takwilan yang tidak boleh diberikan keuzuran dan juga bukan penghalang untuk menjatuhkan hukuman ke atas seseorang. Misalnya takwilan yang dilakukan oleh golongan Batiniyah, ahli falsafah dan lain-lain golongan pelampau, kerana hakikat sebenar golongan yang disebutkan di atas adalah mendusta dan menolak agama, baik secara umum mahupun secara khusus atau menolak asas yang menjadi tonggak kepada tegaknya agama Islam atau menghalalkan perkara yang diharamkan secara zahir berdasarkan nas yang mutawatir atau enggan beribadah kepada Allah SWT seperti penolakan yang dilakukan oleh golongan ahli falsafah terhadap kebangkitan semula jasad manusia pada hari kiamat, kepercayaan orang yang berada kubur boleh memberikan manfaat dan mudarat kepada orang yang hidup dan lain-lain. Wujud paksaan untuk melakukan kekufuran sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak (al- Athari, 2013: 299). Firman Allah SWT: ِ ٰن َ ـ ِي� إ ْ ل ٱ ب �ِ ۢ نٌّ ِ َ � ئ م ْ ُ ط ُ ۥ م ُه ب ْ ل َ َ ق َ و ِه ر ْ ك ُ ْ أ َ ن َّ م ِل ٓ إ ِنِهۦ ٰ َ ـ ِي� ِد إ ْ َع ب ۢ ِ ِ من َّ ٱلل رَ ب �ِ َ ف َ َ ن ك م َ ٌ اب َذ ْ ع ُم َ َ ل ِ و َّ َ ٱلل ِ ن ّ ب م ٌ َ َض ْ غ ِم ي� ْ َ َ ل ع َ ً ا ف ْ ر َ د ِ ص ر ْ ف ُ ك ْ ل ٱ َ ب �ِ َح َ َّ شن � ٰ ِكن م ـ َ َ ل و ۝١٠٦ ٌ ي� ِظ َ ع


163 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl 16: 106) Syarat-Syarat Paksaan Tidak semua orang yang mendakwa berada dalam situasi terpaksa atau dipaksa boleh diterima dakwaannya itu, sebaliknya perlu melengkapkan syarat-syarat pihak yang dipaksa supaya syaratsyarat paksaan benar-benar boleh dikaitkan berlaku ke atas dirinya. Syarat-syarat tersebut ialah: Pihak yang memaksa mampu merealisasikan apa yang diancam sama ada dengan kekuasaan yang dimiliki, pengontrolan atau serangan yang luar biasa. Pihak yang dipaksa tidak dapat mempertahankan diri dan juga tidak dapat melawan sama ada dengan cara sendiri atau meminta pertolongan daripada orang lain atau melarikan diri. Jika yang terlibat mampu melakukan kesemua perkara yang disebutkan di atas, dia tidak dinamakan sebagai orang yang dipaksa. Perkara yang diancam dalam paksaan itu, termasuk ke dalam perkara yang tidak mampu dihadapi oleh pihak yang dipaksa, seperti melibatkan pukulan yang kuat yang boleh mengundang kepada kematian atau penyeksaan yang dahsyat yang melibatkan pemotongan anggota badan, penyeksaan dengan api atau pembunuhan secara terang-terangan. Walau bagaimanapun cacian, makian dan pukulan yang masih mampu ditanggung oleh seseorang, tidak termasuk ke dalam erti kata paksaan. Ancaman itu benar-benar akan dilakukan dan bukan hanya berbentuk lafaz sahaja. Pihak yang dipaksa meyakini jika dia enggan melakukan perkara yang dipaksa itu, dia akan terkena


164 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ancaman serta merta. Dengan itu jika pihak yang memaksa berkata kepada pihak yang dipaksa: Jika anda tidak melakukan demikian, aku akan bunuh anda esok atau selepasnya, situasi sebegini tidak termasuk ke dalam situasi terpaksa. Ancaman paksaan itu melibatkan tubuh badan pihak yang dipaksa dan bukan harta benda miliknya atau tubuh badan kaum kerabatnya. Kerana itu jika seseorang dipaksa oleh seseorang dengan mengatakan kepadanya: “Jika anda tidak kufur, kami akan bunuh bapa atau saudara anda atau kami akan seksa anda berdua atau kami akan ambil harta benda anda berdua”, yang terlibat tidak boleh kufur dan yang terlibat juga tidak dikira sebagai orang yang terpaksa, kerana hukuman tidak terkena pada tubuh badannya. Pihak yang dipaksa tidak melakukan perkara yang dipaksa itu secara sukarela, kerana perkara yang diharuskan kerana darurat perlu dilakukan berdasarkan kadarnya dan tidak boleh lebih daripada itu (Abd al- Hamid al-Athari, 2013: 300-301) Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman Dan Tauhid Iman terbatal berikutan batal salah satu daripada unsurnya. Orang yang mempertikaikan salah satu sahaja daripada persoalan iman atau menghalalkan melakukan maksiat atau membantah manamana syiar Islam, seolah-olah dia telah mempertikaikan seluruh bahagian iman. Ini kerana iman bukan terdiri daripada berbagaibagai juzuk yang berasingan dan jauh antara satu sama lain, yang mana boleh diambil mana rukun dan unsur yang disukai dan meninggalkan rukun dan unsur yang tidak disukai. Sesiapa yang mengeluarkan sesuatu perkataan, melakukan sesuatu perbuatan atau mengiktikadkan sesuatu perkara, yang menunjukkan dia menolak salah satu daripada unsur iman atau bahagian- bahagian atau rukun-rukunnya, bererti dia sebenarnya telah membatalkan imannya dan tindakannya itu menyebabkan dirinya terkeluar daripada landasan Islam. Akibatnya segala hukum-hakam yang berkaitan dengan orang yang murtad, akan dilaksanakan ke atas dirinya. Jika dia tidak bertaubat, dia akan kekal di dalam neraka.


165 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Ahli Sunah Waljamaah mengambil pendekatan yang sederhana dan pertengahan dalam menetapkan perkara-perkara yang membatalkan iman antara golongan yang melampau dan keterlaluan sehingga memasukkan perkara yang tidak sepatutnya membatalkan iman, dengan golongan yang terlalu longgar sehingga mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja dalam berdepan dengan perkara-perkara yang membatalkan iman, dengan menjadikannya sebagai termasuk ke dalam perkara haram dan berdosa besar sahaja dan tidak mengeluarkan seseorang daripada landasan Islam. Perkara-perkara yang membatalkan iman dan tauhid dapat dibahagikan kepada empat perkara iaitu pertama perkara-perkara yang membatalkan tauhid Rububiyah, kedua perkara-perkara yang membatalkan tauhid Uluhiyah, ketiga perkara- perkara yang membatalkan tauhid Asma’ dan Sifat dan keempat perkaraperkara yang membatalkan agama secara umum (Abd al-Hamid al-Athari, 2013: 307). Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid Rububiyah Antaranya ialah: Mengiktikadkan bahawasanya Allah SWT mempunyai rakan kongsi atau sekutu yang lain dalam mencipta, memberi rezeki, menghidup, mematikan para makhluk atau mengurus alam maya ini. Mengiktikadkan bintang-bintang, planet dan orbit- orbitnya boleh memberi kesan dan boleh menguruskan kehidupan manusia. Mengiktikadkan makhluk boleh memberi rezeki kepada makhluk lain atau menghalang rezeki daripada makhluk lain atau boleh memudarat atau memanfaatkan makhluk lain selain daripada Allah SWT. Mengiktikadkan seseorang manusia boleh mengetahui perkara ghaib.


166 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Mengiktikadkan Allah SWT menjelma ke dalam diri para makhluk atau Allah berada di semua tempat. Mengiktikadkan kesembuhan penyakit datang daripada pakar perubatan atau ubat-ubatan yang diambil atau mengiktikadkan taufik dalam hidup manusia berpunca daripada kecerdikan, kepintaran dan hasil usahanya sendiri dan bukan daripada Allah SWT. Mengiktikadkan para makhluk mempunyai hak dalam menggubal undang-undang iaitu undang-undang yang mengawal harta dan juga kehormatan manusia (al- Athari, 2013: 309). Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid Uluhiyah Antaranya ialah: Tidak mengesakan Allah SWT dalam ibadah dan syiar iaitu melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT seperti solat, rukuk, sujud, puasa, tawaf, sembelihan, nazar, khusyuk dan juga merendahkan diri kepada yang lain daripada Allah SWT. Begitu juga dengan berdoa, berdoa kepada yang lain bersamasama dengan berdoa kepada Allah dan memohon pertolongan (istighathah) dengan yang lain daripada Allah, bagi mendapatkan kebaikan atau membendung kemudaratan. Begitu juga dengan bertawakal, meminta perlindungan, meletakkan rasa takut, menunjukkan ketundukan atau mendekatkan diri kepada yang lain daripada Allah SWT dengan apa-apa bentuk amalan ibadah atau mentaati yang lain daripada Allah SWT dengan ketaatan yang bersifat mutlak. Tidak mengesakan Allah SWT dalam wala’ dan kasih sayang. Dengan lain perkataan mencintai sesuatu selain daripada Allah SWT sama dengan mencintai Allah SWT atau mengagungkan yang lain daripada Allah SWT sama dengan mengagungkan Allah SWT, tanpa mengira benda yang diagungkan itu merupakan malaikat, nabi, wali, kubur, batu mahupun pokok-pokok.


167 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Tidak mengesakan Allah SWT dalam hukuman dan perundangan. Misalnya mentaati dan tunduk kepada yang lain daripada Allah SWT dalam berdepan dengan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya atau mengiktikadkan seseorang mempunyai hak memperundangkan sesuatu yang tidak diizinkan Allah SWT, seperti menghalal, mengharam, menggubal undangundang atau mengiktikadkan syariat Allah SWT tidak sesuai lagi pada zaman ini atau tempat tertentu (al- Athari, 2013: 310-313). Firman Allah SWT: ُ َة ِ َ َ ك ْل و َ َ ل ۚ و ُ َّ ِ ِه ٱلل ب ۢ َ ن ذ ْ أ َ ْ ي � َ َ ا ل ِ م ِي�ن ّ َ ٱلد ِ ن ّ ُم م َ ۟ ل ُوا َع َ � ۟ ش ا ُ ٰٓؤ ـ َ َ ك ُ � ْ ش ُم َ ْ ل م َ أ ۝۲١ ٌ ي� ِل َ َ ٌ اب أ َذ ْ ع ُم َ َ ل ن ِٰ ِلي� ـ َّ َّ ٱلظ ِن َ إ و ۗ ْ َُم ْ� ن ي َ ُ ض� ِ َ ب ق َ ِل ل ْ َص ف ْ ٱل Maksudnya: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang- orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Syura 42: 21) Begitu juga dengan orang yang membantah dan tidak meredai perundangan Allah, dikira sebagai kufur dan murtad, kerana penentangan dan bantahan ini akan menyebabkan bantahan dan penolakan terhadap Rasulullah SAW atau menolak apa yang dibawa oleh baginda SAW. Begitu juga dengan perbuatan mempersendakan orang yang berusaha melaksanakan perundangan ilahi dalam kalangan orang-orang Islam atau mempersendakan orang-orang yang beriman dengan sebab pegangan mereka terhadap mana-mana syiar agama, kerana ia termasuk ke dalam erti kata memerangi agama Allah dan menentang agama tersebut, malah menghalang manusia daripada menempuh jalan Allah SWT. Persendaan ini


168 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH pada hakikat persendaan kepada perundangan ilahi itu sendiri dan kemudian kepada pembawa risalah dan akhir sekali kepada Allah SWT yang menurunkan perundangan itu (al-Athari, 2013: 310- 313). Firman Allah SWT: ۟ ُّ وا َ ر َ ا م ِذ َ إ َ ۝۲٩ و ُون َ ك ْ ح َض ي ۟ ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٱل ِ من ۟ ُوا ن َ ۟ ك ُ وا ْ رَم ج َ َ أ ي�ن ِذ َّ َّ ٱل ِن إ ا َ ِذ َ إ ن َ ۝٣١ و ِي� ِك َ ف ۟ ُوا ب َ ل َ ُ ٱنق ِم ِله ْ ه َ ٰٓ أ َ ِل إ ۟ ٓا ُو ب َ ل َ َ ا ٱنق ِذ َ إ َ ۝٣٠ و ُ ون َ ز َ ام َغ ت َ ْ ي ب� ِِم ۝٣٣ َ ن ِفِظي� ٰ َ ـ ْ ح ِم ي� ْ َ ل َ ۟ ع وا ُ ِسل ْ ر ُ ٓ أ َ ا َم َ ۝٣۲ و ون ُّ ل ٓ ا َ َض ِء ل َٓ ُل ٰٓؤ ـ َ َّ ه ِن ۟ إ ٓا و ُ ال َ ْ ق ُ ْ ه و َ َ أ َ ر رُ ون ُ َنظ ِئ ِك ي ٓ َ ا ر َ ْ أ َ ٱل َل َ ۝٣٤ ع ُون َ ك ْ ح َض ِ ي َّ ار ف ُ ك ْ َ ٱل ِ من ۟ ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٱل ْ م َو ي ْ َٱل ف ۝٣٥ Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orangorang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!” Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu! Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin- pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya). (al-Mutaffifin 83: 29-35) Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tauhid Asma’ Dan Sifat Antaranya ialah: Mengingkari atau menolak nama-nama Allah, sifat-Nya, sebahagian nama-Nya, sebahagian sifat-Nya atau mengisbatkan


169 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sifat-sifat bagi Allah SWT yang Allah SWT nafikan daripada diriNya. Menafikan nama-nama dan sifat-sifat Allah atau menolak makna-maknanya atau menyelewengkannya daripada maksudnya yang betul atau menafikan sifat- sifat kesempurnaan bagi Allah atau sifat-sifat kebesaran- Nya dalam al-Kitab dan al-Sunnah, sebagaimana yang dinyatakan oleh golongan Jahmiyyah, namanama dan sifat-sifat Allah SWT itu tidak lebih daripada lafaz-lafaz kosong yang tidak mengandungi apa-apa sifat mahupun makna. Menamakan Allah SWT dengan sesuatu yang tidak layak dengan kebesaran-Nya. Misalnya orang-orang Kristian menamakan Allah SWT sebagai bapa, manakala golongan falsafah pula menamakanNya sebagai tuhan yang mewajibkan kewujudan dengan zat-Nya atau illah fa’ilah (sumber utama). Menyifatkan Allah SWT dengan sifat-sifat yang mustahil bagiNya seperti ungkapan yang dikeluarkan oleh golongan Yahudi: Allah SWT itu fakir, Allah SWT beristirahat pada hari Sabtu atau tangan Allah terbelenggu. Menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk. Menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang wajib dibersihkan Allah SWT daripadanya seperti mempunyai rakan kongsi, anak, tidur, mengantuk, lalai dan lain-lain (al-Athari, 2013: 314-315). Perkara-Perkara Yang Membatalkan Agama Secara Umum Antaranya ialah: Membantah dan tidak meredai perundangan yang diturunkan Allah SWT, kerana bantahan ini bermakna bantahan terhadap pembawa risalah atau menolak apa yang dibawa olehnya.


170 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Mempersendakan orang-orang Islam yang beramal dengan perundangan ilahi atau mempersendakan mereka kerana berpegang dengan salah satu syiar Islam atau memusuhi mereka kerana berpegang teguh dengan syiar tersebut, kerana ia mengandungi erti kata memerangi dan menolak agama Allah SWT dan menghalang manusia daripada agama Allah SWT (al- Athari, 2013: 315-316). Contoh-Contoh Perkara Yang Membatalkan Iman Menerusi Iktikad, Perkataan Dan Juga Amalan Di sini akan disentuh tentang perbicaraan tentang perkara-perkara yang membatalkan iman menerusi iktikad terlebih dahulu. Perkara Yang Membatalkan Iman Menerusi Iktikad Antaranya ialah: Menolak atau syak terhadap kewujudan Allah SWT atau mengiktikadkan Allah SWT mempunyai sekutu dalam RububiyahNya atau mengiktikadkan alam maya ini bersifat qadim. Menolak atau syak terhadap risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan keumumam risalahnya, kedudukannya sebagai penutup para nabi atau menolak sebahagian daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW atau mempertikaikannya selepas ia sabit. Mengiktikadkan Rasulullah SAW merahsiakan sesuatu wahyu yang diwahyukan kepada baginda SAW, sedangkan baginda diperintahkan menyampaikan apa yang diwahyukan kepada baginda SAW itu. Menolak atau syak terhadap mana-mana rukun Islam yang lima, rukun iman yang enam, syurga, neraka, pahala, hukuman, kebangkitan semula, jin, malaikat atau menyatakan Allah SWT tidak boleh dilihat di hari Akhirat kelak atau menolak manamana sifat-sifat Allah SWT atau salah satu daripada sifat-Nya


171 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH atau mengiktikadkan zat Allah SWT berjisim dan bercontoh atau menolak apa-apa yang telah diijmakkan oleh para ulama seperti peristiwa Israk dan Mikraj atau syak terhadap perkara-perkara ghaib yang diberitahu oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Menolak mana-mana ayat al-Quran atau mengiktikadkan boleh melakukan penambahan atau mengiktikadkan al-Quran mempunyai zahir dan batin. Batinnya bercanggah dengan zahirnya atau batinnya dikhususkan kepada sesetengah orang sahaja dan tidak kepada sesetengah orang lain. Meyakini syariat bukan Islam dan ia lebih sesuai untuk menjadi panduan hidup manusia, diamal dan dipraktikkan untuk mereka. Mengiktikadkan orang-orang kafir Atheis, Musyrikin, orangorang murtad, orang yang zindiq, tidak kufur atau syak tentang kekufuran mereka atau membenarkan mazhab pegangan mereka atau mendukung mereka dengan mengorbankan agama Islam itu sendiri (al- Athari, 2013: 317-318). Mengiktikadkan gereja dan rumah-rumah ibadat agama lain selain daripada Islam adalah juga rumah Allah dan Allah SWT disembah dan diabdikan diri di situ. Begitu juga mengiktikadkan apa yang dilakukan oleh orang- orang Yahudi dan Kristian di tempat-tempat tersebut merupakan ibadah kepada Allah SWT, ketaatan kepada- Nya dan juga kepada para Rasul-Nya. Menolak sesuatu perkara yang diketahui umum oleh orang Islam sebagai wajib seperti kewajipan menunaikan solat lima waktu,mengeluarkan zakat, berpuasa, menunaikan ibadah haji dan lain-lain. Mengiktikadkan haram sesuatu perkara yang diketahui umum oleh orang Islam sebagai harus seperti jual beli, perkahwinan atau mengiktikadkan harus melakukan perkara haram yang telah diketahui umum oleh orang- orang Islam seperti pembunuhan, perzinaan, riba atau memberikan kepada yang lain daripada Allah SWT hak atau kuasa menyuruh atau melarang, hak menghalal


172 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH atau mengharam atau mengiktikadkan keharusan berhukum kepada sesuatu yang lain daripada Allah SWT. Menolak salah seorang daripada Rasul Allah SWT, dalam mana-mana perkara yang sabit daripada mereka. Mendakwa sebagai nabi atau mempercayai orang yang mendakwa sebagai nabi. Mengiktikadkan sesetengah orang tertentu boleh tidak mengikut syariat Islam atau tidak wajib mengikut Nabi Muhammad atau harus kepada individu tertentu beriltizam dengan agama yang bukan agama Islam. Mengiktikadkan, majoriti para sahabat, telah murtad atau fasik setelah kewafatan Rasulullah SAW. Menafikan persahabatan Abu Bakar al-Siddiq dengan Rasulullah SAW atau menafikan mana-mana nas al- Quran. Meredai kekufuran, berazam untuk menjadi kufur atau menggantung hasrat untuk menjadi kufur pada masa akan datang. Mendukung dan meredai orang yang menuturkan kalimah kufur. Meragui kekufuran mana-mana amalan yang mengkufurkan, yang telah jelas dan telah disepakati oleh imam-imam Ahli Sunah Waljamaah (al-Athari, 2013: 319). Perkara Yang Membatalkan Iman Menerusi Perkataan Antaranya ialah: Mencaci Allah SWT atau menisbahkan kecacatan kepada-Nya atau mencaci Rasulullah SAW, salah seorang rasul, malaikat atau agama Islam.


173 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Mempersendakan Allah SWT dan Rasul-Nya atau memperlekehkan kedua-duanya atau mempersendakan kalam Allah, seluruh kitab-kitab-Nya, mana-mana ayat- Nya, Rasulrasul-Nya, atau Nabi Muhammad. Misalnya mempertikaikan kebenaran Rasul Allah, sifat amanah, penjagaan kehormatan diri seperti mengatakan Nabi SAW seorang yang mengutamakan kepentingan syahwat, kerana berkahwin dengan ramai wanita, mempersenda dan memperlekehkan peribadi Nabi SAW seperti mengatakan: Baginda seorang yang berkulit hitam, atau mempersendakan Sunnah baginda atau menolak Sunnah tersebut atas alasan dan hujah, ia tidak selaras dan tidak sesuai dengan logik akal. Mempersenda atau memperlekehkan nama-nama Allah atau menguranginya atau dengan janji baik tentang syurga atau janji buruk tentang neraka seperti ungkapan sesetengah orang: “Kalau Allah SWT mengurniakan syurga kepada saya, saya tetap tidak akan memasukinya”. Jika para nabi dan Rasul sekalipun yang bersaksi di hadapan saya, saya tidak akan menerima persaksian mereka, saya tidak pernah memperoleh kebaikan semenjak menunaikan solat” dan lain-lain. Mempersenda atau memperlekeh syiar-syiar Islam yang sabit seperti menjaga janggut, hijab wanita, syiar-syiar ibadat atau lainlain. Mempersenda atau memperlekehkan hukum-hukum Islam yang mulia dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang buruk. Misalnya seseorang menyatakan: “Memotong tangan pencuri adalah satu jenayah yang keji atau merejam penzina muhsan adalah satu bentuk kezaliman”. Menentang perintah-perintah Allah secara menyeluruh atau salah satu daripadanya (al-Athari, 2013: 320-321) Berdoa kepada para nabi, para wali atau orang soleh dan memohon pertolongan daripada mereka ketika menghadapi kesusahan dan kesukaran, malah meminta pertolongan dalam


174 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH perkara yang mereka tidak mampu melakukannya melainkan Allah SWT sahaja. Mengucapkan : “Saya tidak takut kepada Allah atau saya tidak mencintai Allah SWT”. Mengatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah mewajibkan kita menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa, haji” atau lainlain. Mengatakan: “Agama tidak ada hubungan dengan negara dan seluruh urusan kehidupan manusia atau ajaran Islam tidak lagi sesuai dengan tuntutan zaman moden”. Mengucapkan kepada orang Islam yang beriltizam dengan agama Islam: “Anda seorang yang mundur”. Mengatakan: “Agama Islam dan ajaran-ajarannya merupakan punca umat Islam atau negara-negara Islam menjadi mundur”. m. Mengatakan: “Kalau benar Allah SWT itu Tuhanku, aku tetap tidak akan menyembah-Nya atau kalau benar Nabi Muhammad SAW itu adalah seorang nabi, aku tetap tidak akan beriman dengannya”. Mengucapkan ketika mendengar seseorang mengatakan: “Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah SWT, “kata-kata ini tidak menguntungkan dan tidak mengundang sebarang manfaat”. Mengucapkan: “Anak atau isteri saya lebih saya cintai berbanding dengan Allah SWT atau Rasul-Nya”. Mendakwa menerima wahyu, meskipun tidak mendakwa sebagai nabi. Mendakwa mengetahui perkara ghaib atau perkara yang akan berlaku pada masa akan datang.


175 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Mengucapkan: “Oleh kerana Allah SWT telah mengurangkan hartaku, aku akan mengurangkan hak- Nya dan aku tidak akan menunaikan solat”. Mengucapkan kepada seseorang yang dikasihi: “Jika Allah SWT mengurniakan syurga kepadaku, aku tidak akan memasukinya tanpamu”. Mengucapkan kepada seseorang yang menyuruh seseorang menunaikan solat agar merasai kemanisan solat tersebut: “Aku tidak akan menunaikan solat sehingga aku menemui kemanisan dalam meninggalkan solat itu”. Membaca al-Quran mengikut irama gendang yang dipalu atau mengikut alunan muzik (al-Athari, 2013: 321). Mengaibkan mana-mana ayat al-Quran atau membacanya dalam bentuk mempersenda atau mentertawakannya. Mempertikaikan keadilan para sahabat atau majoriti dalam kalangan mereka seperti mengatakan: “Mereka adalah orangorang yang fasik atau sesat”. Mengatakan Ali adalah tuhan atau seorang nabi. Mendakwa Malaikat Jibril mengkhianati amanah, kerana menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dan bukan kepada Ali. Menuduh Ummu al-Mukminin A’isyah RA melakukan perkara sumbang yang telah Allah SWT bersihkan dirinya daripada tuduhan tersebut daripada tujuh lapis langit.


176 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Perkara Yang Membatalkan Iman Menerusi Amalan Antaranya ialah: Sujud, bernazar atau menyembelih untuk yang lain selain daripada Allah SWT. Mempersendakan salah satu nama Allah, janji baik, janji buruk atau menyebut nama Allah SWT ketika mengambil arak, melakukan zina dan menghisap rokok dengan tujuan memandang ringan dan rendah kepada nama Allah SWT itu. Menghina Mushaf al-Syarif, mencampakkannya ke dalam sampah sarap, menginjak dengan kaki, mengisyaratkan dengan tangan, kaki atau bibir dalam bentuk yang menghina. Begitu juga melakukan perkara yang sama terhadap hadis-hadis Nabi SAW dan kitab- kitab syariat secara umum. Melakukan tawaf di makam-makam, kubur-kubur para wali dan orang-orang soleh dengan tujuan mendekatkan diri kepada mereka. Begitu juga dengan berdoa dan memohon pertolongan daripada mereka. Menunjukkan rasa kebencian dan kemarahan ketika disebut nama Allah, Rasul-Nya, Islam atau ketika diajak kepada Islam. Memakai sesuatu yang berupa syiar orang-orang bukan Islam seperti salib, songkok majusi dan lain-lain yang hanya khusus untuk upacara agama mereka, dalam keadaan mengetahui, sengaja dan reda dengan syiar dan agama tersebut (al-Athari, 2013: 321-322). Menyertai orang-orang bukan Islam dalam upacara ibadat mereka seperti sembahyang dan lain-lain. Meruntuhkan tempat-tempat ibadah orang Islam seperti masjid untuk dibina tempat ibadah agama lain.


177 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Membina rumah-rumah ibadah bukan Islam atau membantu untuk membina rumah ibadah mereka seperti membina gereja dan sebagainya. Begitu juga dengan membina bangunan di atas kubur yang bertujuan menggalakkan orang ramai melakukan tawaf di bangunan tersebut dan berdoa dan bernazar di situ. Melakukan sesuatu perbuatan yang diijmakkan oleh ulama sebagai kufur. Mempelajari, mengamal dan mengajar sihir kepada masyarakat. Meninggalkan sepenuhnya ajaran Islam, tidak mahu mempelajari dan beramal dengannya lagi. Mendukung dan menyokong musuh-musuh Islam dalam kalangan orang-orang bukan Islam dan Musyrikin dan membantu mereka dalam menentang atau memerangi orang-orang Islam. Membantu orang-orang bukan Islam dan Musyrikin dalam upacara keagamaan mereka yang kufur dan mengucapkan tahniah kepada mereka. Membenci agama Islam dan orang-orang Islam atau apa saja yang dibawa oleh Islam atau yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Menegah orang-orang Islam yang ingin beriltizam dengan syariat Islam yang maha mulia tanpa sebab yang munasabah. Tidak mengesakan Allah SWT dari segi hukuman dan perundangan seperti berhukum bukan dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT atau perundangan yang bertentangan dengan syariat Allah, melaksanakan dan beriltizam dengannya. Sesiapa yang mensyariatkan sesuatu hukum yang bukan hukum Allah dan menguatkuasakannya dalam kalangan rakyat atau mengganti syariat Allah dengan syariat yang lain atau membantut pelaksanaannya, ia dikira telah melakukan perkara yang mengkufurkan. Dalam kes di atas tidak disyaratkan yang terlibat


178 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH perlu menghalalkan perbuatan dan tindakannya itu terlebih dahulu untuk menghukumnya sebagai kufur, kerana tindakan yang ditunjukkannya itu jelas menunjukkan keingkarannya dalam beriltizam dengan syariat Allah SWT (al-Athari, 2013: 323). Kesimpulan Ahli Sunah Waljamaah merupakan golongan yang mengambil jalan tengah dalam persoalan takfir atau menjatuhkan hukuman kafir atau tidak, kepada amalan tertentu yang dilakukan oleh sesetengah orang Islam, meskipun dari segi zahirnya kelihatan kufur. Mereka tidak terlalu mudah menjatuhkan hukum tersebut dan tidak juga terlalu longgar dalam berbuat demikian, kerana kufur besar akan mengakibatkan seseorang kekal dalam neraka. Apalagi terdapat halangan-halangan tertentu yang perlu dilihat dan diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman kufur terhadap amalan-amalan tertentu yang dilakukan oleh sesetengah umat Islam seperti jahil, tidak mampu melaksanakan syariat Allah, wujud suasana terpaksa, wujud takwilan dan lain-lain. Kufur itu sendiri pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu kufur besar atau kufur iktikad dan kufur kecil atau kufur nikmat. Kufur besar menyebabkan seseorang terkeluar daripada landasan agama, manakala kufur kecil tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada landasan agama.


179 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH


180 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Antara asas yang menjadi pegangan golongan Ahli Sunah Waljamaah ialah beriman dengan nas-nas yang membicarakan tentang janji baik dan janji buruk dalam bentuk keimanan yang tegas dan berinteraksi dengannya, sebagaimana ia datang daripada sisi Allah SWT. Mereka tidak mentakwilkannya. Firman Allah SWT: َ ن َم ۚ و ُ ء ٓ ا َ َش َ ن ي َ ِ ل ِلك ٰ َ َ ذ ُون َ ا د ِفرُ م ْ َغ َ ي ِ ِهۦ و َ ب َ ك ْ � ُش َن ي ِفرُ أ ْ َغ َ ي َ ل َّ َّ ٱلل ِن إ ً ا ۝١١٦ ِعيد َ ب ۢ ً ٰل ـ َ ل َ َّ ض َ ل ْ ض د َ ق َ ِ ف َّ ٱلل ب �ِ ْ ِ ك ْ � ُش ي Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum- hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (al-Nisa’ 4: 116) Ahli al-Sunnah mengiktikadkan, akibat-akibat yang bakal dialami oleh para hamba masih samar-samar dan tidak ada seorang pun yang mengetahui bagaimana pengakhiran hidupnya. Orang yang beriman tidak dapat menjamin dirinya tidak terkena perancangan daripada Allah SWT, dalam bentuk yang dia sendiri tidak mengetahuinya atau mengazabkannya dengan dosa- dosa yang dilakukannya. Walau bagaimanapun orang- orang mukmin tidak boleh berputus asa, selagi mana dia berada di atas landasan iman, tauhid dan juga Sunnah. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (7454) daripada Abdullah bin Mas’ud RA: َّ ِل ُ إ ه َ ن ْ ي َ َ ب ََا و ْ� ن ي َ ُ ب ُون َك ي َ َت� َّ ال ِة ح َّ ن َ ِل ج ال ْ ه َ ِل أ َ َم ِع ُ ب َ ل ْم َع ي َ ُ ْ ل َ ك َد ح َ َّ أ ِ ن إ َ ف ، َ َّ ار ُ الن ُ ل ْ خ َد ي َ ِ ف َّ ار ِل الن ْ ه َ ِل أ َ َم ِع ُ ب َ ل ْ م َع ي َ َ ُ اب، ف ِه ِ الكت ْ ي َ ل َ ُ ع ِ ق ْ ب َس ي َ ٌ، ف َ اع ِذر


181 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH َّ ِل ُ إ ه َ ن ْ ي َ َ ب ََا و ْ� ن ي َ ُ ب ُون َك َ ا ي َت� َّ م ِ ، ح َّ ار ِل الن ْ ه َ ِل أ َ َ م ِع ُ ب َ ل ْم َع ي َ ُ ْ ل َ ك َد ح َ َّ أ ِن َ إ و ا َ ه ُ ل ُ ْ خ َد ي َ ِة ف َّ ن َ ِل ج ال ْ ه َ َ أ َل َ ُ ع َ ل ْ م َع ي َ َ ُ اب، ف ِه ِ الكت ْ ي َ ل َ ُ ع ِ ق ْ ب َس ي َ ٌ، ف َ اع ِذر Maksudnya: Sesungguhnya salah seorang daripada anda melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak di antaranya dengan syurga itu sehasta, akan tetapi dia didahului oleh al-Kitab, lalu dia melakukan amalan ahli neraka. Akibatnya dia masuk ke dalam neraka. Sesungguhnya salah seorang daripada anda melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak di antaranya dengan neraka hanyalah sehasta, akan tetapi dia didahului oleh al-Kitab, lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga. Maka dia masuk syurga. Jalan untuk mendapat kejayaan dan memperoleh keredaan Allah SWT menurut Ahli Sunah Waljamaah ialah jalan pertengahan di antara merasa aman daripada perancangan Allah dengan berputus asa daripada rahmat Allah dan di antara rasa takut dan juga harap. Firman Allah SWT: َ ُون ِع ٰر َ ـ ُس ي ۟ ُوا ن َ ْ ك ِ� نَُّم إ ۚٓ ۥ ُ َ ه ْج َ و ُ ۥ ز َ َ ا ل ْ ن َح ْ ل ص َ َ أ ي� َ ٰ و ْ َ ُ يۥ � َ َ ا ل ْن ب َ َه َو ُ ۥ و َ َ ا ل ْن َ ب َج ْ ت َٱس ف ۝٩٠ َ ن ِشِعي� ٰ ـ َ َ ا خ ن َ ل ۟ ُوا ن َ َ ك ۖ و ً ا ب َ َه َ ر ً ا و ب َ َغ َ ا ر ن َ ُون ْ ع َد َ ي ِت و ٰ ي� َْ َ خ ْ ِ ٱل ف � Maksudnya: Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (al-Anbiya’ 21: 90) Tetapi mereka bersaksi bagi orang yang meninggal di dalam Islam, tauhid dan melakukan ibadah hanya kepada Allah SWT semata-mata, pada zahirnya mereka adalah orang Islam dan


182 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH termasuk ke dalam golongan ahli syurga – jika dikehendaki Allah. Firman Allah SWT: َا ِ ْ �ت َ ت ِ ِى من � ْر ج َ ت ٰ ٍت � ـ َّ َ ن ْ ج ُم ه ُ ْ ِخل ُد َ ن ٰ ِت س َ ـ ِلح ٰ َّ ـ ۟ ٱلص وا ُ ِ ل َ َع ۟ و ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٱل و ۝١۲۲ ً ِ ِ قيل َّ َ ٱلل ِ من ُ َ ق ْ د ص َ ْ أ َ ن َم ۚ و ا ًّ َ ق ِ ح َّ َ ٱلل ْد َع ۖ و ا ً َد ب َ ٓ أ َا َ ِ في� ي�ن ِلِد ٰ ـ َ ٰرُ خ َْ ـ � ن َ ْ أ ٱل Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamalamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (al-Nisa’4: 122) Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Janji Baik Dan Janji Buruk Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah dalam isu ini ialah: Tidak menetapkan mana-mana ahli kiblat sebagai masuk ke dalam syurga atau ke dalam neraka, tanpa mengira siapa dia kecuali orang yang telah ditegaskan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya tentang hal tersebut. Mereka menyerahkan persoalan masuk syurga atau neraka kepada Allah SWT jua. Mereka mengharapkan orang yang baik diberikan pahala dan bimbang orang yang melakukan keburukan dikenakan hukuman. Mereka bersaksi tentang orang-orang yang telah disaksikan oleh Nabi SAW sebagai memasuki syurga, antaranya sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW dalam satu majlis. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alTirmidhi (no hadis:3747) dan dinilai sahih oleh beliau daripada Abd Rahman bin Auf RA: ِة، َّ ن َ ْ ج ال ِي ف � ٌ َ ي ِل َ َع ِة، و َّ ن َ ْ ج ال ِي ف � ُ َ ان م ْ ث � ُ َع ِة، و َّ ن َ ْ ج ال ِي ف َرُ � ُ ِع ِة، و َّ ن َ ْ ج ال ِي ف � ٍ ر ْ َ ك ُو ب ب َ أ ِة، َّ ن َ ْ ج ال ِي ف ْ ٍف � َو ِ ب � ْ نُ ع ُ الرَّح ْ َن ْد ب َ َع ِة، و َّ ن َ ْ ج ال ِي ف ي� ُْ � َ ب ُّ َ الز ِة، و َّ ن َ ْ ج ال ِي ف � ُ َ ة ْح ل َ َ ط و


183 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ِة َّ ن َ ْ ج ال ِي ف � ِ َرَّ اح ب � ْ نُ ج ال َ َ ة ْد َي ب ُ ُو ع ب َ َ أ ِة، و َّ ن َ ْ ج ال ِي ف � ٌ َ ِعيد َ س ِة، و َّ ن َ ْ ج ال ِي ف � ٌ ْد َ ع َ س و Maksudnya: Abu Bakar di dalam syurga, Umar di dalam syurga, Uthman di dalam syurga, Ali di dalam syurga, Talhah di dalam syurga, al-Zubir di dalam syurga, Abd al- Rahman bin Auf di dalam syurga, Saad bin Abi Waqqas di dalam syurga, Said bin Zaid di dalam syurga dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah di dalam syurga. Ramai sahabat Rasulullah SAW yang disaksikan sebagai mewarisi syurga, seperti ‘Ukasyah bin Mihsan al- Asadi, Abdullah bin Salam, keluarga Yasir, Bilal bin Rabah, Jaafar bin Abi Talib, Amru bin Sabit, Zaid bin Harithah, Abdullah bin Rawahah, Asma’ binti Abu Bakar, Fatimah binti Asad, Ummu Ammarah, Ummu Aiman, Fatimah anak perempuan Rasulullah SAW, Khadijah binti Khuwailid, A’isyah, Sufiyyah, Hafsah dan seluruh isteri Rasulullah SAW yang lain dan ramai lagi para sahabat yang diperakui oleh Rasulullah SAW sebagai masuk syurga. Mereka menyaksikan orang-orang yang masuk neraka berdasarkan apa yang disebutkan oleh nas-nas al-Quran. Antara mereka ialah Abu Lahab Abd al-Uzza bin Abd al-Muttalib, Isterinya Ummu Jamil Arwa binti Harb, Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf, Ubai bin Khalaf, Abdullah bin Ubai bin Salul dan lain-lain lagi. Tidak mewajibkan seseorang dibalas syurga tanpa mengira siapa dia, meskipun amalan yang dilakukannya soleh dan baik, kecuali orang yang dilingkungi dengan kelebihan, anugerah dan kemuliaan daripada Allah SWT, orang ini akan masuk syurga dengan rahmat dan ihsan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT: ِت ٰ َ و ُ ُ ط ْ خ ِع ب َّ ت َ َ ن ي َم ۚ و ِ ٰن ـ َ ْ ط ي َّ ِت ٱلش ٰ َ و ُ ُ ط ۟ خ ُ وا ِع ب َّ ت َ َ ت ۟ ل ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َُّ ا ٱل ي� َ أ ٰٓ ـ َ ي ْ ُ ْك ي َ ل َ ِ ع َّ ُ ٱلل ْ ل َض َ ف ْل و َ َ ل ۚ و ِ ر َ ُ نك ْ َ ٱل ِء و ٓ ا َ ْ ش َح ف ْ ل ٱ ُ رُ ب �ِ م ْ أ َ ُ ي ۥ � ه َّ ِ ن إ َ ِ ف ٰن ـ َ ْ ط ي َّ ٱلش


184 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ُ َّ َ ٱلل و ُۗ ء ٓ ا َ َش َ ن ي ِ م ّ َك ي � ُز َ َّ َّ ٱلل ٰ ِكن ـ َ َ ل ً ا و َد ب َ ٍد أ َ ح َ ْ أ ِ ن ّ ُ م ٰ ِ منك َ َ ك َ ا ز ُ ۥ م ُه َح ْ َت َ ر و ۝۲١ ٌ ي� ِل َ ٌ ع ِ يع َ س Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. (al-Nur 24: 21) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis:72) daripada Abu Hurairah RA: : َ َال ِ؟ ق ّ َ الل ُ ول َس َ ر َ ي � ْت ن َ َ أ َل َ : و ْل ِقي َ ف َ ة َّ ن َ ج ْ ُ ال ُ َل َ ُ ع ُ ْ ِخل ُد ٍد ي َ ح َ ْ أ َ ِ ا من م ٍة َح ْ َ ِ ْ ب � ي ّ ب� ِ َ ْ ر ِي َ � ن َّد م َ َغ ت َ ْ ي ن َ َّ أ ِل َ ، إ ن � َ َ أ َل و Maksudnya: Tidak ada seorang pun yang amalannya membuatkannya dapat masuk ke dalam syurga. Ketika itu Rasulullah SAW ditanya: Tuan juga? Sabda baginda: Saya juga, tetapi Tuhanku telah meliputiku dengan rahmat-Nya. Tidak mewajibkan terkena azab kepada orang yang diberi ancaman dalam kalangan orang-orang Islam dalam perkara yang tidak melibatkan kekufuran atau orang yang tidak menghalalkan kesalahan atau dosa yang dilakukannya. Kadang-kadang Allah SWT mengampuninya disebabkan oleh amalan-amalan ketaatan yang dilakukan, syafaat, taubat, ditimpa musibah atau sakit yang menghapuskan dosa-dosanya. Firman Allah SWT:


185 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH َّ ِن ۚ إ ِ َّ ِة ٱلل َّح ْ َ ِ من ر ۟ وا ُ َ ط ن ْ ق َ َ ت ْ ل ِم ِس ُ نف َ ٰٓ أ َ َل ۟ ع وا ُ ْسَ ف َ َ أ ي�ن ِذ َّ َ ٱل َ ِادى ِعب ٰ ـ َ ْ ي ُل ق ۝٥٣ ُ ي� ُ ٱلرَّ ِح ُور ف َ غ ْ َ ٱل ُو ُ ۥ ه ه َّ ِ ن ۚ إ ً ا ِ يع َ وب ج َ ُ ن ُّ ِفرُ ٱلذ ْ َغ َ ي َّ ٱلل Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hambahamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar 39: 53) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis:164) daripada Abu Hurairah RA: ، ُ َّ رَ ه خ َ أ َ ِ يق ِ ف ر َّ َ الط َل ْ ٍك ع َ و َ ش ْ ن ُص َ غ َ د َج ِ يق ٍ ، و ر َ ِ ط � ِ ي ب ٌ ي � َ ْ ش ُ ل َج َ ا ر َم ن � ْ ي َ ب ُ َ رَ ل َ ف َ غ َ ُ، ف َ ُ ل َّ رَ الل َ َ ك ش َ ف Maksudnya: Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, tiba-tiba beliau mendapati satu dahan pokok yang berduri di jalan itu lalu beliau mengalihkannya. Allah SWT berterima kasih kepadanya, lalu mengampuninya. Tidak menghukumkan individu tertentu sebagai ahli neraka dan jika dihukumkan sebagai ahli neraka, tidak diputuskan kekal dalam neraka kerana kemungkinan dia bertaubat atau mengakhiri hidupnya dengan amalan yang soleh. Jika perlu juga diputuskan hukuman, mereka mengikatkan hukuman tersebut dengan mati dalam keadaan kufur, kerana perkiraan yang diambil kira ialah saat akhir seseorang itu meninggal dunia. Jika berakhir dengan iman, dia dihukumkan sebagai orang yang beriman meskipun sebelum itu dia melakukan amalan yang tidak soleh. Jika berakhir dengan kekufuran, dia termasuk ke dalam ahli neraka dan kekal di dalamnya, meskipun sebelum itu dia melakukan berbagai-bagai amalan soleh. Seseorang yang sudah diketahui sebagai kufur dan tidak ada


186 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH tanda-tanda bertaubat atau beriman sebelum meninggal, orang itu dihukumkan sebagai seorang yang kufur dan kekal dalam neraka – mudah- mudahan dilindungi Allah SWT – kaedah ini dilaksanakan ke atas orang yang telah sabit kekufuran dan kemurtadannya dalam kalangan orang-orang Islam. Bagi orangorang kafir semenjak asal, mereka kekal dalam neraka. Setiap makhluk ada ajalnya dan sesuatu jiwa itu tidak akan mati melainkan dengan izin Allah SWT sebagaimana yang telah ditetapkan untuknya. Apabila ajal tiba, ia tidak akan dapat dilewatkan mahupun didahulukan meskipun sesaat. Jika seseorang meninggal atau terbunuh, dia meninggal atau terbunuh kerana ajalnya sudah pun berakhir berdasarkan tempoh yang ditetapkan Allah SWT. Firman Allah SWT: َ َ اب و َ ْ ث ِد َ ين � ُ َم و ۗ ً َّ ل َج ُّ ؤ ً ا م ب ٰ ـ َ ِ ِ كت َّ ِن ٱلل ْ ِذ َّ ب �ِإ ِل َ إ َُ وت َن � ت ٍس أ ْ ف َ ِ لن َ َ ن َ ا ك َم و ِ ى ْ ز َج َ ن َ س ۚ و َْا ِتِه ِ ۦ م� ن ْ ؤ ُ َٔ ِاخرَ ِة ن ـ ْ َ َ اب ٱل و َ ْ ث ِد َ ين � ُ َم َْا و ِتِه ِ ۦ م� ن ْ ؤ ُ َ ا ن ي ْ ن ُّ ٱلد ۝١٤٥ َ ِي�ن ٰ ِكر ـ َّ ٱلش Maksudnya: Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali Imran 3: 145) Janji baik Allah SWT kepada orang-orang yang beriman yang bertakwa untuk memasukkannya ke dalam syurga, adalah benar dan janji buruk Allah SWT untuk mengazabkan dengan neraka orang-orang yang melakukan maksiat dalam kalangan ahli tauhid dan melakukan dosa, adalah benar. Janji buruk Allah SWT kepada


187 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH orang-orang kafir dan munafik dan memasukkan mereka di dalam neraka, adalah benar. Allah SWT tidak akan memungkiri janjiNya. Firman Allah SWT: َا ِ ْ �ت َ ت ِ ِى من � ْر ج َ ت ٰ ٍت � ـ َّ َ ن ْ ج ُم ه ُ ْ ِخل ُد َ ن ٰ ِت س َ ـ ِلح ٰ َّ ـ ۟ ٱلص وا ُ ِ ل َ َع ۟ و ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٱل و ۝١۲۲ ً ِ ِ قيل َّ َ ٱلل ِ من ُ َ ق ْ د ص َ ْ أ َ ن َم ۚ و ا ًّ َ ق ِ ح َّ َ ٱلل ْد َع ۖ و ا ً َد ب َ ٓ أ َا َ ِ في� ي�ن ِلِد ٰ ـ َ ٰرُ خ َْ ـ � ن َ ْ أ ٱل Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamalamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (al-Nisa’4: 122) Walau bagaimanapun Allah SWT menjanjikan untuk memaafkan orang-orang yang beriman dalam kalangan ahli tauhid dengan kelebihan, kemuliaan dan rahmat-Nya dan juga dengan syafaat daripada orang- orang yang memberikan syafaat. Kesimpulan Ahli Sunah Waljamaah mempercayai konsep janji baik dan janji buruk oleh Allah SWT kepada manusia. Kerana itu mereka tidak berani untuk menetapkan mana-mana ahli kiblat sebagai masuk ke dalam syurga atau ke dalam neraka, tanpa mengira siapa dia kecuali orang yang telah ditegaskan oleh Allah SWT dan RasulNya tentang hal tersebut. Mereka menyerahkan persoalan masuk syurga atau neraka kepada Allah SWT jua. Mereka mengharapkan orang yang baik diberikan pahala dan bimbang orang yang melakukan keburukan dikenakan hukuman. Bagi orang-orang yang beriman mereka yakin Allah SWT sama sekali tidak akan memungkiri janji baik yang dijanjikan kepada para hamba-Nya yang soleh sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran seperti janji untuk memasukkan ke dalam syurga, menikmati kehidupan yang baik di dunia dan akhirat dan lain-lain.


188 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH


Click to View FlipBook Version