The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abuluqman75, 2023-06-22 04:18:44

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

Buku Memahami Akidah ASWJ - FA with Cover

89 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH melakukan ikrar dengan hati dan lisan terhadap kitab-kitab tersebut, sebaliknya beriman dengan al-Quran dilakukan dalam bentuk terperinci, dengan cara melakukan ikrar dengan hati dan lisan, mengikut apa yang dibawanya dan berhukum dengannya dalam setiap perkara yang kecil mahupun besar. Kitab Al-Quranul Karim Dan Ciri-cirinya Banyak ciri-ciri yang terdapat pada al-Quranul Karim, antaranya ialah: Al-Quran Adalah Kalam Allah Tuhan Sekalian Alam Al-Quran adalah kalam Allah, Tuhan sekalian alam, kitab- Nya yang jelas dan tali-Nya kukuh. Membacanya menjadi ibadah. Ia diturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya Muhammad bin Abdullah sebagai penutup kepada kitab- kitab yang diturunkan sebelum daripadanya. Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai penutup segala nabi dan rasul. Manhaj yang dibawa baginda SAW menjadi panduan ummah, mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dan menunjuki jalan yang lurus dan landasan yang betul. Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan tentang kisahkisah umat-umat terdahulu dan yang kemudian, sirah para nabi dan orang-orang soleh, penciptaan langit dan bumi, penjelasan tentang perkara halal dan haram, asas-asas adab dan akhlak, hukum-hakam ibadat dan muamalat, pembalasan ke atas orangorang yang beriman dan golongan kafir dan penjelasan suasana dalam Syurga untuk orang-orang yang beriman dan suasana dalam neraka untuk orang-orang kafir. al-Quran merupakan penawar kepada penyakit di dalam hati, penjelasan segala perkara, petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT: ا ً ِ يد َ � َ ش ِك َ ا ب ن ْ ِجئ َ ۖ و ْ ِم ِس ُ نف َ ْ أ ِ ن ّ ِم م ي� ْ َ ل َ ً ا ع ِ يد َ � َّ ٍة ش م ُ ِ أ ِ ك ُّ ف � ُ َ ث ْع ب َ َ ن ْ م َو َ ي ً و َح ْ َة َ ر ً ى و ُد َه ْ ٍء و َ � ِ ش ُّ ِك ّ ً ا ل ن ٰ َ ـ ي ْ ٰ َب ِ تب ـ َ ِكت ْ َ ٱل ْك ي َ ل َ َ ا ع ن ْ ل َزَّ َ � ن ۚ و ِء َٓ ُل ٰٓؤ ـ َ ٰ ه َ َل ع


90 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ۝٨٩ َ ن ْ ِ ِلي� ُ س ْ ٰ ِ لل َ ى ْ � ُش َ ب و Maksudnya: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran yang menjelaskan tiaptiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. (al-Nahl 16: 89) Umat Islam wajib mengikut dan berhukum dengan al- Quranul Karim dan Sunnah-sunnah Rasulullah yang sabit secara sahih daripada baginda, kerana Allah SWT mengutuskan Rasul-Nya kepada manusia dan juga jin untuk menjelaskan isi kandungan kitab yang diturunkan kepada mereka. Firman Allah SWT: ْ ُم ه َّ َ ل ع َ َ ل ْ و ِم ي� ْ َ ِ ل َ إ ِل َ ا � نُزّ ِ اس م َّ َ ِ للن ن ِ ي� ّ َ ب ُ رَ ِ لت ْ ِ ك ّ َ ٱلذ ْك ي َ ِ ل إ ٓ ا َ ن ْ ل َ � ن ز َ َ أ و ۗ ِ ب� ُ ُّ َ ٱلز ٰ ِت و ـ َ ِن ّ َ ي ب ْ ل ٱ ب�ِ ۝٤٤ َ رُ ون َّ ك َ ف َ ت َ ي Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keteranganketerangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (al-Nahl 16: 44) Al-Quran Adalah Kalam Allah Secara Hakiki Al-Quran merupakan kalam Allah secara hakiki – huruf- huruf dan makna-maknanya – daripada Allah ia datang dan kepada Allah ia akan kembali dan ia diturunkan daripada sisi Allah SWT dan bukan makhluk. Allah SWT bercakap dalam bentuk yang


91 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sebenar dengan suara yang didengar yang layak dengan kebesaran, keagungan dan kesempurnaan Allah SWT itu sendiri. Malaikat Jibril menerima al-Quran daripada Allah SWT setelah mendengar daripada-Nya, kemudian menyampaikannya kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW menerima al-Quran dengan cara mendengarnya daripada Jibril kemudian menghafaz dalam hati dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat baginda. Daripada sahabat baginda, ia tersebar kepada umatnya. Al-Quran memberi amaran kepada bangsa-bangsa yang ada di dunia. Allah SWT yang menurunkannya dalam bahasa Arab yang jelas dan dipindahkan kepada kita secara mutawatir, yang sedikit pun tidak dicelah oleh keraguan. Firman Allah SWT: َ ِ ك ب ْ ل َ ٰ ق َ َل نُ ۝١٩٣ ع ِمي� َ ْ أ ُ ٱل ِ ِه ٱلرُّ وح َ ب َل َز َ ۝١٩۲ � ن ن ِي� َ ٰل ـ َ ع ْ َ ّب ِ ٱل ُ ر ِ يل َ� ن ز ت َ ُ ۥ ل ه َّ ِ ن َ إ و ن ِلي� َّ و َ ْ أ ِ ٱل ب� ُ ُ ِ ز َ� ف ُ ۥ ل ه َّ ِ ن َ إ ٍ ۝١٩٥ و ن ِي� ب ُّ ٍ م ّ ب� ِ َرَ َ ٍان ع ِِلس َ ۝١٩٤ ب ِي�ن ُ ِنذر ْ َ ٱل ِ من َ ُون َ ك ِلت ۝١٩٦َ Maksudnya: Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.. ia dibawa turun oleh Malaikat Jibril yang amanah.. ke dalam hatimu, supaya engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).. (ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. Dan sesungguhnya al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu. (al-Syu’arak 26: 192-196) Al-Quran Tidak Diturunkan Dalam Keadaan Sudah Tertulis Al-Quran tidak diturunkan dalam keadaan sudah ditulis seperti mana Taurat. Ia juga tidak diturunkan secara sekali gus kepada Rasulullah SAW, bahkan diturunkan secara beransur-ansur agar mudah Rasulullah SAW menghafaznya mengikut peristiwa-


92 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH peristiwa yang berlaku atau sebagai menjawab sesuatu masalah atau mengikut tuntutan keadaan dan situasi dan dalam tempoh 23 tahun. Al-Quran Ditulis Di Luh Mahfuz Al-Quran tertulis di Luh Mahfuz, dihafaz oleh dada-dada, dibaca oleh lisan-lisan dan ditulis di atas mushaf. Ia mengandungi surah-surah yang muhkamah, ayat-ayat yang jelas, huruf-huruf dan kalimat-kalimat. Di dalamnya terdapat ayat muhkam dan mutasyabih, nasikh dan mansukh, khas dan am, suruhan dan juga larangan. Firman Allah SWT: َ َّرُ ون ه َ ُ ط ْ َّ ٱل ِل ٓ إ ۥ ُ ُّ ه َّ ي � َ َ س ُ ٍون ۝٧٨ ل ن ْ َّ ك ٍب م ٰ ـ َ ِ ِ كت ف � ۝٧٧ ٌ ي� ِ ر َ ٌ ك َ ان رْء ُ ق َ ُ ۥ ل ه َّ ِ ن إ ۝٨٠ َ ن ِي� َ ٰل ـ َ ع ْ َّ ّب ِ ٱل ِ ن ر ّ م ٌ ِ يل َ� ن ز ۝٧٩ ت Maksudnya: Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih Suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (al-Waqi’ah 56: 77-80) Al-Quran Adalah Mukjizat Yang Kekal Abadi Al-Quran adalah mukjizat yang kekal abadi yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tidak mampu dicabar oleh manusia dari segi uslub, susunan, ilmu, hukum, perundangan, cerita-cerita, janji baik dan janji buruk. Ia merupakan kitab terakhir yang diturunkan daripada langit. Tidak dinasakh mahupun diubah. Allah SWT menjamin untuk menjaganya daripada sebarang penyelewengan, perubahan, penambahan mahupun pengurangan sehingga ke hari Allah SWT mengangkat semula ke sisi-Nya iaitu sebelum berlaku hari kiamat. Firman Allah SWT:


93 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ۝٩ َ ُ ون ِفظ ٰ ـ َ َ ُ ۥ ل َ نَّ ل �ِ َ إ رَ و ْ ِ ك ّ َ ا ٱلذ ن ْ ل َزَّ ُ � ن ْ ن َ ن نَّ � �ِ إ Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr 15: 9) Al-Quran Ditulis Pada Zaman Nabi SAW Lagi Al-Quran al-Karim ditulis pada zaman Nabi SAW lagi dan dengan pemerhatian dan pemantauan ketat daripada baginda. Baginda mempunyai penulis-penulis wahyu dalam kalangan para sahabat yang terpilih. Mereka tidak berpisah dengan Nabi SAW dan menulis setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi SAW. Nabi SAW sendiri menunjukkan kepada mereka tempat diletakkan setiap ayat yang terdapat dalam surah. Setelah itu, al-Quran dikumpulkan pada zaman Abu Bakar al-Siddiq dalam mushaf. Pada zaman Uthman, al-Quran ditulis dalam satu mushaf dengan satu jenis bacaan sahaja. Penulisannya dipantau dengan ketat oleh para sahabat dan penulis-penulis wahyu yang jujur. Al-Quran Mengandungi 114 Surah Al-Quran mengandungi 114 surah. Sebanyak 86 daripadanya diturunkan di Mekah, manakala bakinya sebanyak 28 lagi diturunkan di Madinah. Surah-surah yang diturunkan sebelum hijrah ke Madinah dikenali sebagai surah-surah Makkiyah. Manakala surah-surah yang diturunkan di Madinah dikenali dengan surah-surah Madaniyah. Terdapat 29 surah yang dimulai dengan huruf-huruf ringkas. Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Al-Quran Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah ialah : Bersepakat Bahawasanya Al-Quran Menasakhkan Kitab- kitab Sebelumnya.


94 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Al-Quran menasakhkan kitab-kitab sebelumnya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: ا ً ِمن ْ َُ ي َ م ِب و ٰ ـ َ ِكت ْ َ ٱل ِهِ من ْ ي َ َد َ ي ي� ْ ن َ َ ا ب ِ ّ ًا ل ِ ق ّ َ د ُ ص ِ م ّ َق ْ ٱل ٰ َبب �ِ ـ َ ِكت ْ َ ٱل ْك ي َ ِ ل إ ٓ ا َ ن ْ ل َ � ن ز َ َ أ و ِه ۝٤٨ ْ ي َ ل َ ع Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya…. (al-Ma’idah 5: 48) Bersepakat Tentang Bilangan Surah Yang Terdapat Dalam AlQuran Ahli Sunah Waljamaah bersepakat tentang bilangan surah yang terdapat dalam al-Quran. Begitu juga dengan ayat-ayat, kalimat dan juga huruf-hurufnya. Mereka menghukumkan kufur kepada orang yang menolak satu surah, ayat, kalimah atau satu huruf sahaja atau menambah, mengurang, beranggapan al-Quran mengandungi ayat-ayat yang saling bertentangan antara satu sama lain atau mengandungi sebahagian cerita- cerita khurafat. Mereka beriman yang setiap ayat al- Quran diturunkan daripada sisi Allah SWT dan dipindahkan kepada umat Islam secara mutawatir, yang tidak dicelah oleh sebarang keraguan atau syak. Mengambil Berat Tentang Pengajaran, Pembelajaran, Penghafalan Dan Pembacaan Al-Quran Ahli Sunah Waljamaah mengambil berat tentang pengajaran, pembelajaran, penghafalan dan pembacaan al-Quran dengan suara yang baik. Mereka mendiamkan diri apabila al-Quran dibacakan kepada mereka. Mereka mentafsir al-Quran berdasarkan manhaj salaf dan beramal dengan hukum-hakamnya baik yang kecil mahupun yang besar. Firman Allah SWT:


95 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ِب ۝۲٩ ٰ َ ـ ب ْ ل َ ْ أ ۟ ٱل وا ُ ۟ ل و ُ رَ أ َّ ك َ َذ َ ت ِلي َ ِتِهۦ و ٰ ـ َ َ اي ۟ ء ٓا ب� َُّو َّ َد ِي ّ ٌ ل ٰرَ ك َ ـ ُ ب َ م ْك ي َ ِ ل ُ إ ٰه ـ َ ن ْ ل َ � ن ز َ ب أ ٌ ٰ ـ َ ِكت Maksudnya: (al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), - Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Sad 38: 29) Beribadah Kepada Allah Dengan Cara Membaca al- Quran Mereka beribadah kepada Allah dengan cara membaca al-Quran, kerana dengan membaca satu huruf akan meraih satu kebaikan. Satu kebaikan itu pula digandakan kepada sepuluh kebaikan, sebagaimana yang diberitahu oleh Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al- Tirmidhi (no hadis;2910) dan dinilai oleh beliau sebagai hadis Hasan Sahih Gharib daripada Ibn Mas’ud RA: َ َ ا، ل ِال َ ْ ث م َ ِ أ ْ � َ ش ِع ب ُ ة َ َ ن َس َ احل ، و ٌ ة َ َ ن َ س ِ ِه ح ُ ب َ ل َ ِ ف َّ َ ِ اب الل ْ ِ كت ِ ا من ً َ رْ ف َ ح رَ أ َ ْ ق َ ن م ٌ َ رْف ٌ ح ي� ِم َ و ٌ َ رْف ح ٌ َ م َل و ٌ َ رْف ح ٌ ِلف َ ْ أ ِكن َ َ ل ، و ٌ َ رْف ُ امل ح ُول ق َ أ Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, ia mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan itu pula digandakan kepada sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan: Membaca Alif Lam Mim itu dikira satu huruf, sebaliknya alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. Tidak Mengharuskan Mentafsir Al-Quran Dengan Menggunakan Logik Akal Ahli Sunah Waljamaah tidak mengharuskan mentafsir al-Quran dengan menggunakan logik akal semata-mata dan memperkatakan tentang Allah SWT tanpa berdasarkan kepada ilmu, kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan syaitan. Firman Allah SWT:


96 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ِت ٰ َ و ُ ُ ط ۟ خ ُ وا ِع ب َّ ت َ َ ت َل ً ا و ِب ّ ي َ ً ط ٰل ـ َ َ ل ْ ِض ح ر َ ْ أ ِ ٱل ف ۟ م َِّا � وا ُُ َّ ُ اس ك َُّ ا ٱلن ي� َ أ ٰٓ ـ َ ي ن َ َ أ ِء و ٓ ا َ ْ ش َح ف ْ َ ٱل ِء و ٓ و ُّ ٱلس ب �ِ ُ ُ رُ ك م ْ أ َ ِ� نََّ ي ا � نٌ ۝١٦٨ إ ِي� ب ُّ م ٌّ ُ و َد ُ ْ ع َك ُ ۥ ل ه َّ ِ ن إ ۚ ِ ٰن ـ َ ْ ط ي َّ ٱلش ۝١٦٩ َ ُون َ ْ ل ع َ َ ت َ ا ل ِ م َّ َ ٱلل َل ۟ ع وا ُ ُول ق َ ت Maksudnya: Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (al-Baqarah 2: 168-169) Mentafsir al-Quran Dengan al-Quran Dan al-Quran Dengan alSunnah Ahli Sunah Waljamaah mentafsir al-Quran dengan al-Quran. Mereka menghubungkan ayat yang mujmal (umum) dengan yang mubayyan (khusus), mutlak dengan muqayyad, am dengan khas dan mutasyabih dengan muhkam. Mereka juga mentafsir alQuran dengan Sunnah Nabi SAW yang sahih, kemudian dengan kata-kata para sahabat, kemudian dengan kata- kata para tabiin yang agung kemudian dengan menggunakan bahasa Arab yang merupakan bahasa yang diturunkan al-Quran. Kemudian mereka berijtihad dalam lingkungan sumber-sumber yang disebutkan di atas dan terikat dengan batasan-batasan syarak dan mereka tidak keluar daripada kaedah-kaedahnya. Mereka mengumpulkan sekali gus antara athar dengan nazar. Rukun Keempat: Beriman Dengan Para Rasul Allah SWT mengutuskan kepada para hamba-Nya, manusia yang terpilih daripada sisi-Nya sebagai rasul- rasul yang membawa berita gembira dan berita yang menakutkan. Mereka menyeru ke arah agama yang benar bagi menunjuki manusia jalan yang lurus dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada


97 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH cahaya. Dakwah mereka bertujuan menyelamatkan manusia daripada syirik dan penyembahan berhala dan membersihkan masyarakat daripada kerosakan dan kemusnahan. Mereka telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Mereka maksum daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan risalah dan mereka juga membawa bukti- bukti yang jelas dan terang yang membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Ahli Sunah Waljamaah tidak membezakan mana-mana Rasul dari sudut keperluan beriman kepadanya. Bagi mereka, orang-orang yang menolak untuk beriman dengan mana-mana Rasul, dia telah kufur dengan Allah SWT dan dengan seluruh para Rasul. Firman Allah SWT: ِِلۦ ُ ُس َ ر ِ و َّ َ ٱلل ي� ْ ن َ ب ۟ وا ُ ِ ق رّ َ ُف َن ي َ أ ُ ون ِ يد ي� ُ َ ِِلۦ و ُ ُس َ ر ِ و َّ ٱلل ب �ِ َ رُ ون ُ ف ْ َك َ ي ي�ن ِذ َّ َّ ٱل ِن َ إ ِلك ٰ َ َ ذ ي� ْ ن َ ب ۟ ُ وا ِخذ َّ ت َ َن ي َ أ ُ ون ِ يد ي� ُ َ ْ ٍض و َع ِب رُ ب ُ ف ْ ك َ َ ن ْ ٍض و َع ِب ُ ب ِمن ْ ؤ ُ َ ن ُون ُول َق َ ي و ً ا ۝١٥١ ِ ين ُّ ً م با� َ َذ َ ع ِي�ن ِفر ٰ ـ َ ك ْ ِ لل َ ن � ْ َد ت ْ ع َ َ أ و اۚ ًّ َ ق َ ح ِفرُ ون ٰ ـ َ ك ْ ُ ٱل ُ َ ه ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ ً ۝١٥٠ أ ِيل َ ب َ س ْ ف َ و َ س ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ ْ أ ُْم ِ � ن ّ ٍد م َ ح َ َ أ ي� ْ ن َ ب ۟ وا ُ ِ ق رّ َ ُف ْ ي َ َ ل ِِلۦ و ُ ُس َ ر ِ و َّ ٱلل ب �ِ ۟ ُوا َ ن َ ام َ ء ي�ن ِذ َّ َ ٱل و ً ا ۝١٥۲ َّ ِحي�م ً ا ر ُور ف َ ُ غ َّ َ ٱلل َ ن َ ك و ْۗ ُ َ ه ُ ور ج ُ ْ أ ِم ِتي� ْ ُؤ ي Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan (orang- orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: “Kami beriman kepada setengah Rasul- rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain”, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu: Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orangorang kafir itu azab seksa yang menghina. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul- rasul-Nya dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan


98 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH memberi mereka pahala mereka dan (ingatlah) Allah adalah Tuhan Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nisa’ 4: 150-152) Hikmah Perutusan Para Rasul Hikmah perutusan para rasul adalah untuk menyampaikan berita gembira bagi orang-orang yang beriman dan berita-berita yang buruk bagi orang-orang yang tidak beriman. Firman Allah SWT: ۚ ِل ُ َ ٱلرُّ س ْد َع ب ۢ ٌ َّة ج ِ ح ُ َّ َ ٱلل َل ِ اس ع َّ ِ للن َ ُون َك َّ ي َل َ ِ لئ ِي�ن ُ ِنذر َم َ و ِ ِي�ن ّ � َش ب ُّ ً م ُ ل ُّس ر ً ا ۝١٦٥ َ ِكي�م ًا ح ز ِي� َز ُ ع َّ َ ٱلل َ ن َ ك و Maksudnya: Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang- orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Nisa’ 4: 165) Hala Tuju Dakwah Para Rasul Seluruh para rasul menyeru ke arah asas yang sama iaitu mentauhidkan Allah SWT dalam ibadah dan menegah melakukan syirik. Islam adalah agama seluruh para nabi meskipun syariat mereka berbeza, sesuai dengan suasana dan keadaan. Allah SWT sama sekali tidak akan menerima agama daripada hamba-Nya selain daripada agama Islam. Firman Allah SWT: َۖ ُوت ٰغ ـ َّ ۟ ٱلط ُوا ِنب َ ْ ت َ ٱج َ و َّ ۟ ٱلل ُ وا ُد ب ْ ِن ٱع َ ً أ ُ ول َّس َّ ٍة ر م ُ ِ أ ِ ك ُّ ف َ ا � ن ْ َ ث َع ْ ب د َ ق َ َ ل و


99 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ْ ِض ر َ ْ أ ِ ٱل ف � ۟ ُوا ِسي� َ ف ۚ ُ ة َ ٰل ـ َ ل َّ ِه ٱلض ْ ي َ ل َ ْ ع َّت َ ق ْ ح َّ ن ُْم م ِم� ن َ ُ و َّ َ ى ٱلل َد ْ ه َّ ن ُْم م ِ � ن َ ف � ۝٣٦ َ ن ِي� ِ ب ّ ذ َ ُ ك ْ ُ ٱل َة ِقب ٰ ـ َ َ ع َ ن ْف َ ك ي َ ۟ ك رُ وا ُ َٱنظ ف Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka diantara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasul- Nya. (al-Nahl 16: 36) Bilangan Para Rasul Allah SWT mengutuskan ramai para rasul dan nabi. Antara mereka ada yang Allah SWT sendiri memperkenalkannya kepada manusia dalam kitab-Nya dan menerusi lisan para nabi-Nya dan dalam kalangan mereka ada juga yang Allah SWT tidak memperkenalkannya kepada manusia. Firman Allah SWT: ْ َّ َّ ن ل ُْم م ِم� ن َ َ و ْك ي َ ل َ َ ا ع ْ ن َ ص َص َّ ن ق ُْم م َ ِ م� ن ِلك ْ ب َ ِ ن ق ّ ً م ُ ل ُس َ ا ر ن ْ َ ل ْس ر َ ْ أ د َ ق َ َ ل و َ ء ٓ َ ا َ ا ج ِذ إ َ ف ۚ ِ َّ ِن ٱلل ْ ِذ ب �ِإ َّ ِل ٍة إ َ َٔاي ِ ـ َ ب ِ � ت ْ أ َ َ ين � ُ ٍول أ ِ لرَ س َ َ ن َ ا ك َم و َۗ ْك ي َ ل َ ُ ْص ع ْص ق َ ن ۝٧٨ َ ُون ْ ِطل ُ ب ْ َ ٱل ِالك َ ن ُ ِسَ ه َ َخ ِ و ّ َق ْ ٱل ُ ض� ِ َ ب �ِ ِ ق َّ ْ رُ ٱلل م َ أ Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan


100 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah. (Ghafir 40: 78) Nama-nama mereka yang terdapat dalam al- Quran ialah 25 orang Rasul dan nabi. Mereka ialah Adam, Idris, Nuh, Hud, Salih, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’qub, Yusuf, Syu’aib, Ayyub, Zulkifli, Musa, Harun, Dawud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW yang merupakan penutup segala Rasul dan nabi1 . Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Beriman Dengan Para Rasul Ahli Sunah Waljamaah beriman yang Allah SWT telah melebihkan sebahagian daripada nabi mengatasi sebahagian yang lain. Begitu juga dengan para Rasul. Umat Islam telah berijmak, para Rasul lebih utama berbanding dengan para nabi. Dalam kalangan para Rasul itu pula, terdapat perbezaan dari sudut kelebihan antara satu sama lain. Rasul dan nabi yang paling afdal sekali ialah Rasulrasul Ulul Azmi. Mereka terdiri daripada lima orang iaitu Nabi Muhammad SAW, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa. Firman Allah SWT: َس ٰ ُ و َم َ و ي� ِه ٰ ِب� َْ َ إ ٍ و وح ُّ ِمن ن َ َ و ِمنك َ ْ و َُم ٰ� ق ـ َ َ ِ ميث ۧن ِ ـ ّ ِي ب َّ َ ٱلن َ ِ من ن � ْ َ ذ خ َ ْ أ ِذ َ إ و ً ا ۝٧ ِليظ َ ً ا غ ٰق ـ َ ِ يث ّ ُْم م َ ِ م� ن ن � ْ َ ذ خ َ َ أ ََۖ و َ رْي� ِ م َس ب ٱ� ْ ن ِعي َ و Maksudnya: (Teruslah bertakwa kepada kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (Wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta Nabi Isa anak Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan 1 Susunan di atas adalah yang dibuat oleh Syeikh Ali al-Halabi, pengarang kitab al-Wajiz Fi Aqidah alSalaf. Terdapat sesetengah ulama yang menjelaskan Adam AS bukan Rasul sebaliknya seorang nabi. Begitu juga Idris AS. Nabi Idris pula tidak berada selepas daripada Nabi Adam AS sebaliknya selepas Nabi Nuh AS. Rasul yang pertama adalah Nabi Nuh AS.


101 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH apa yang ditugaskan kepada mereka). (al-Ahzab 33: 7) Dalam kalangan Rasul bertaraf Ulul Azmi, yang paling afdal pula ialah Nabi Muhammad SAW, yang merupakan penutup para nabi dan Rasul. Baginda SAW merupakan Rasul yang diutuskan ke seluruh alam dan penghulu segala anak Adam, berdasarkan firman Allah SWT: َۗ ۧن ِ ـ ّ ِي ب َّ ََ ٱلن ت َ ا� َخ ِ و َّ َ ٱلل ُ ول َّس ٰ ِكن ر ـ َ َ ل ُ ْ و َ ِالك ِج ّ ِ ن ر ّ ٍد م َ ح َ ٓ أ َ ب� َ ٌ أ َّد َُم َ م َ ن َّ ا ك م ً ا ۝٤٠ ِلي�م َ ْ ٍء ع َ � ِ ش ُّ ِك ُ ب َّ َ ٱلل َ ن َ ك و Maksudnya: Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Ahzab 33: 40) Ahli Sunah Waljamaah beriman dengan seluruh para nabi dan rasul, baik yang disebutkan nama mereka dalam al-Quran mahupun yang tidak disebutkan, daripada awal mereka, Nabi Adam AS sehinggalah kepada nabi dan Rasul yang terakhir sekali dalam kalangan mereka. Beriman kepada para Rasul dilakukan secara umum dan berlaku dengan iktikad dan juga perkataan, sebaliknya beriman dengan Nabi Muhammad SAW perlu dilakukan secara terperinci dan dilakukan menerusi iktikad, perkataan dan juga amalan. Ia memerlukan umat Islam mengikut apa yang dibawa oleh baginda SAW daripada tuhannya secara terperinci. Nabi Muhammad SAW Nama sebenar Nabi Muhammad SAW ialah Abu al- Qasim Muhammad bin Abdullah bin Abd Muttalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai bin


102 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’an bin Adnan daripada anak Nabi Ismail bin Ibrahim AS. Nabi Muhammad SAW merupakan penutup para nabi dan rasul dan diutuskan kepada seluruh manusia. Baginda juga diutuskan kepada manusia dan juga jin, untuk membawa kebenaran dan petunjuk. Allah SWT mengutuskan baginda sebagai rahmat kepada sekalian alam. Baginda SAW adalah seorang rasul yang tidak boleh disembah dan tidak boleh ditolak dakwahnya. Baginda adalah sebaik-baik makhluk, bahkan yang paling afdal dan paling mulia di sisi Allah, malah yang paling tinggi darjatnya. Wasilahnya paling hampir dengan Allah SWT. Syariat baginda SAW merupakan syariat yang menguasai seluruh syariat yang lain, sesuai dan memenuhi maslahah setiap zaman dan tempat. Ia kekal sehingga ke hari kiamat. Firman Allah SWT: ۝١٠٧ َ ن ِي� َ ٰل ـ َ ع ْ ِل ّ ل ً َح ْ َة َّ ر ِل َ إ ٰك ـ َ ن ْ َ ل ْس ر َ ٓ أ َ ا َم و Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya’ 21: 107) Keimanan seorang hamba tidak sah melainkan setelah beriman dengan risalah dan memperaku saksi kenabian baginda. Sesiapa yang mentaatinya, akan memasuki syurga dan sesiapa yang menderhaka kepadanya, akan memasuki neraka. Firman Allah SWT: ٓ ِ ف � ۟ ُ وا ِ د ج َ َ ي � َّ ل ُ ث � ْ َُم ْ� ن ي َ َ رَ ب ج َ ش َ ا ِ في�م َ ِ ُوك ّ َُك َت� َّ ٰ ي � َ ح ُون ِمن ْ ُؤ َ ي َ ل ِك ّ َ ب َ ر َ و ل َ ف ً ا ۝٦٥ ْ ِلي�م س َ ت ۟ ُوا ِ ّ َ ل ُس َ ي َ و ْت َ ي َض َِّا ق ّ ً ا م َ رَج ْ ح ِم ِس ُ نف َ أ


103 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan terhadap apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (al-Nisa’ 4: 65) Firman Allah SWT: ُ ُم َ َ ل ُون َك َن ي ْ رً ا أ م َ ٓ أ ۥ ُ ُ ُ ول َس َ ر ُ و َّ َ ض� َ ٱلل َ ا ق ِذ ٍة إ َ ِمن ْ ُ ؤ َ م َل ٍ و ِمن ْ ُ ؤ ِ ل َ َ ن َ ا ك َم و ً ا ۝٣٦ ِ ين ب ُّ ً م ٰل ـ َ ل َ َّ ض َ ل ْ ض د َ ق َ ُ ۥ ف َ ُ ول َس َ ر َ و َّ ْ ِص ٱلل َع َ ن ي َم و ْۗ ِه ِ ْ ر م َ ْ أ ِ من ُ ِي� ََ ة خ ْ ٱل Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul- Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al-Ahzab 33: 36) Setiap nabi diutuskan kepada kaumnya secara khusus, tetapi Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada seluruh manusia. Firman Allah SWT: َ ِ اس ل َّ َ ٱلن َ ث � ْ ك َ َّ أ ٰ ِكن ـ َ َ ل ًا و ي� ِذ َ َ ن ً ا و ِشي� َ ِ اس ب َّ ِلن ّ ل ً ة َّ ف َٓ َّ ك ِل َ إ ٰك ـ َ ن ْ َ ل ْس ر َ ٓ أ َ ا َم و ۝۲٨ َ ُون َ ْ ل َع ي Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang- orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). (Saba’ 34: 28)


104 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ( no hadis:812) menerusi Abu Hurairah RA: ِب ْ ُ ب �ِ لرُّع ْت ِص ُ َ ن ِ و ِ َ ْك َ ال َ ِامع َ و ُ ج ِطيت ْ ع ُ ّ أ ِ ِس ٍت َ ِاء ب ِي ب ْ ن َ ْ أ َ ال َل ُ ع ْت ل ّ ِض ُ َ ف ِل ُ إ ْت ِسل ْ ر ُ َ أ ً ا و ْ ِجد َ س َم ً ا و ُور َ ْض ُ ط ر َ ْ أ ل ال ْ ِي َت ِعل ُ َج ُ و ِ ئ َ ا� ن َ غ ْ ل ال ْ ِي َّت ِحل ُ َ أ َ و ُّون ِي ب َّ َ ب � ِي الن ِ ُ � ت َخ ً و ة َّ ف َ ق ِ ك ْ ل َ خ ْ ال Maksudnya: Aku dilebihkan ke atas para nabi dengan enam perkara iaitu aku dianugerahkan dengan Jawami’ al-Kalim (ucapan yang mengandungi makna yang banyak dengan hanya mengemukakan lafaz yang ringkas), aku diberikan pertolongan dengan rasa gentar (perasaan takut dicampakkan dalam hati musuh) aku dihalalkan harta rampasan perang, bumi dijadikan untukku sebagai alat bersuci dan masjid, aku diutuskan kepada seluruh makhluk dan aku dijadikan sebagai penutup para nabi. Mukjizat Yang Dianugerahkan Kepada Nabi Muhammad SAW Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada nabi Muhammad SAW begitu banyak sekali, antaranya ialah: Al-Quranul Karim. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan paling agung sekali, yang Allah SWT anugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang mencabar bangsa yang dikira paling fasih dalam menggunakan tatabahasa Arab, supaya mereka membawa ayat seumpama al-Quran. Walau bagaimanapun mereka gagal membawa satu surah yang sama dengan al-Quran. Hikmah Allah SWT menghendaki al-Quran menjadi mukjizat Nabi Muhammad SAW yang paling besar sekali. Jika mukjizat Rasulullah SAW hanyalah mukjizat yang berbentuk mukjizat hissiyyah (mukjizat yang boleh dilihat dengan mata kasar ) sematamata, sudah tentu ia akan berakhir, sebagaimana mukjizat para rasul terdahulu berakhir.


105 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Mukjizat Israk dan Mikraj. Nabi SAW telah dimi’rajkan dalam keadaan jaga dengan roh dan jasad ke langit pada malam Israk. Baginda diisrakkan pada satu malam daripada al-Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa berdasarkan nas al-Quran. Firman Allah SWT: ْ ِجِد َ س ْ َ ٱل ِل َرَ ِام إ ْ ْ ِجِد ٱل َ س ْ َ ٱل ِ ن ّ ً م ْل ي َ ِدِهۦ ل ْ َ ب ِع ٰ ب ْسَ ى َ ٓ أ ِذى َّ َ ٱل ٰن َ ـ ْح ُ ب س ُ َّ ِميع َ ٱلس ُو ُ ۥ ه ه َّ ِ ن إ ۚ ٓ ا َ ِتن ٰ ـ َ َ اي ْ ء ُ ِ ۥ من َه ِ ي ُ ِ ۥ ل� نُ َ ْ ل َ و َ ا ح ن ْ ٰرَ ك ـ َ ِذى ب َّ َ ا ٱل ْص ق َ ْ أ ٱل ۝١ ُ َ ِصي� ب ْ ٱل Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al- Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-Israk 17:1) Baginda SAW dimi’rajkan ke langit dan baginda naik ke langit sehingga ke langit yang ketujuh, kemudian yang lebih atas lagi daripada itu, mengikut yang dikehendaki Allah SWT, sehingga ke Sidrah al-Muntaha. Di situlah terletaknya Syurga al-Ma’wa. Allah SWT telah memuliakan baginda SAW dengan apa yang dikehendaki-Nya dan mewahyukan kepada baginda apa yang hendak diwahyukan kepadanya. Allah SWT berkata-kata dengan baginda dan mensyariatkan kepadanya solat lima waktu sehari semalam. Baginda SAW juga diberi peluang menziarahi syurga dan melihat isi kandungannya dan juga menziarahi neraka. Baginda melihat para malaikat dan melihat Malaikat Jibril dalam rupanya yang sebenar yang diciptakan Allah SWT. Hati Nabi SAW tidak menolak apa yang baginda lihat itu, bahkan segala apa yang baginda lihat itu berlaku dengan mata kepala baginda, sebagai memulia dan mengagungkan baginda mengatasi nabi-nabi yang lain, malah menzahirkan ketinggian kedudukan baginda mengatasi nabi-nabi lain. Kemudian baginda turun ke Baitulmuqaddis dan


106 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH menunaikan solat dengan para nabi, seterusnya kembali ke Kota Mekah sebelum Subuh. Firman Allah SWT: ِ َ ن ُ ع َ ِنطق َ ا ي َم ٰ ۝۲ و َ ى و َ َ ا غ َم ُ ْ و ُك َ ِاحب َّ ص َ ل َ ا ض ٰ ۝١ م َ ى َو َ ا ه ِذ ِم إ ْ َّج َ ٱلن و ۢ ُ ِو مرَّ ٍة ٰ ۝٥ ذ َ ى و ُ ق ْ ُ ٱل ِديد َ ُ ۥ ش َه َّ َ ل ُ َوح ٰ ۝٤ ع ۭ ي َ ٌْح َّ و ِل َ إ ُو ْ ه ِن ٰٓ ۝٣ إ َ ى َو ْ ٱل َ َ اب َ ق َ ن ك َ ٰ ۝٨ ف َّ َ ل َد ت َ َ ف ن �َ َّ د ُ ث � ۝٧ ٰ َ ْل ع َ ْ أ ق ِ ٱل ُ ف ُ ْ أ ل ٱ َ ب �ِ ُو َه ٰ ۝٦ و َ ى َو ْ ت َٱس ف ُ َاد ؤ ُ ف ْ َ َب ٱل َذ َ ا ك ْ َح ٰ ۝١٠ م و َ ٓ أ َ ا ِدِهۦ م ْ ب َ ٰ ع َ ِل ْ َحٰٓ إ و َ أ َ ٰ ۝٩ ف َ ْ � ن د َ ْ أ و َ ِ أ ي� ْ ن َ ْ س و َ ق َ ٰ ۝١٣ ِ عند ْ رَ ى خ ُ ً أ ة َ ْل َز ُ � ن َ اه َء ْ ر د َ ق َ َ ل ٰ ۝١۲ و َ يا � ََى ٰ م َ َل ُ ۥ ع ه َ ٰرُ ون َ ـ ُم ت َ ف َ ٰٓ ۝١١ أ ى َ َ أ َ ا ر م َ ا َ م َ ة ْ ر ِ د ّ � َ ٱلس ْ ش َغ ي ْ ِذ ٰٓ ۝١٥ إ َ ى و ْ َ أ ْ ُ ٱل ة َّ َ ن َ ا ج َ ه ُ تن� ََ ٰ ۝١٤ ِ عند ْ ِة ٱل َ ْ ر ِسد ِ ِه ّ َ ب ٰ ِت ر ـ َ َ اي ْ ء ٰ ِ من ى َ َ أ ْ ر د َ ق َ ٰ ۝١٧ ل َ َ� غ َ ا ط َم َ َ ُص و ب ْ َ ٱل َ اغ َ ا ز ٰ ۝١٦ م َ � ْ ش َغ ي ۝١٨ ٰٓ ب� َْى ُ ك ْ ٱل Maksudnya: Demi bintang semasa ia menjunam, - rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah dia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (Malaikat Jibril) yang amat kuat gagah, - lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; lalu Allah wahyukan kepada hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan Malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukan-Nya. Hati (Nabi Muhammad) tidak


107 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH mendustakan apa yang dilihatnya. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu? Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (Malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi “Sidratul- Muntaha”;15. Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul- Makwa”.. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “ Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk daripada alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (al-Najm 53: 1-18) Bulan terbelah dua. Ia merupakan satu tanda yang besar yang dianugerahkan Allah SWT kepada nabi-Nya, sebagai bukti kenabian baginda. Peristiwa tersebut berlaku di Mekah, ketika orang-orang Quraisy mencabar baginda menunjukkan bukti kebenaran risalah yang dibawa baginda SAW. Memperbanyakkan makanan yang sedikit. Ia berlaku kepada baginda beberapa kali. Memperbanyakkan air dan memancarkannya daripada jarijemari Rasulullah SAW, makanan bertasbih di tangan baginda, ketika ia dimakan. Ia banyak kali berlaku kepada Rasulullah SAW. Menyembuhkan orang sakit dan menyembuhkan penyakit beberapa orang sahabat tanpa menggunakan ubat fizikal. Binatang menunjukkan adab dengan baginda, pokok tunduk kepada baginda, malah pokok-pokok memberi salam kepada baginda sebelum baginda diutuskan menjadi nabi lagi. Nabi SAW boleh melihat orang yang berada di belakangnya ketika menunaikan solat, sebagaimana baginda SAW boleh


108 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH melihat orang yang berada di hadapannya. Lengan kambing bercakap memberitahu Nabi SAW, yang ia telah dibubuh racun. Nabi SAW memberitahu beberapa perkara. Baginda memberitahu perkara-perkara yang berlaku jauh daripada baginda sebaik sahaja ia berlaku. Baginda SAW juga memberitahu beberapa perkara ghaib sebelum ia berlaku dan kemudian berlaku setelah itu. Doa Nabi SAW diterima secara umum. Allah SWT membalas segera ke atas sesetengah orang yang mengkhianati atau memusuhi baginda SAW. Allah SWT menghukum orang yang tidak menghormati baginda dan tidak menghormati kata-kata, perintah dan juga larangan baginda. Allah SWT menjaga Rasulullah SAW dan menjauhkan musuh daripada diri baginda. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 38) daripada Abu Hurairah RA, menjelaskan: ، ْ َم ع َ َ : ن ِقيل َ َ ف َال ُ ْ ؟ ق ِك ْ ُر ظ َ َ أ ي� ْ ن َ ُ ب َ ج� ْ َه و ٌ َّد َُم رُ م ّ ِف َ ُع ْ ي َ ل ٍل: ه ُ جو � َ ْ ب َ َ أ َال ق ْ و َ ِتِه أ َ ب َ َ ق َ ر َل َّ ع ن َ أ َ ط َ َ أ َ ل ِلك َ ُ ذ َ ل ع ْ َف ُ ي ُه ت ْ ي َ َ أ ْ ر ن ِ َ� ئ َّ ى ل ُ ز ع ْ َ ال ِت و َّ ل ْ َ ال َ : و َ ال ق َ ف َ َّ َ ل َ س ِه و ْ ي َ ل َ ُ ع ّ َّ الل َ ل ِ ص ّ َ الل ُ ول َس َ ر � ت َ أ َ َ : ف َال َُّ ِ اب، ق ِي ال� ت ف � ُ َ ج� ْ َه َّ و رَ ن ّ ِف َ ع ُ َ أ ل ُ ُص ْ ك ن َ َ ي ُو َه َّ و ِل ُ إ ه ْ ْ ِ من ُم َ ِ � ئ ج َ ف َ ا � َ ف � : َ َال ِتِه، ق َ ب َ َ ق َ ر َل ع َ أ َ َ ط ِ لي َ َ َع ي ، ز ّ ِل َ ُص َ ي ُو َه و ُ ه َ ن ْ ي َ َ ب ْ ن� ِي و ي َ َّ ب ِن َ : إ َ ال ق َ َ ؟ ف َك َ ا ل ُ : م َ َ ل ِقيل َ َ : ف َال ِه، ق ْ ي َ َد ِي ِي ب َّ� ق ت َ َ ي ِه و ْ َي ِقب َ َ ع َل ع ِه ْ ي َ ل َ ُ ع ّ َّ الل َ ل ِ ص ّ ُ الل ُ ول َس َ ر َ ال ق َ ً، ف َ ة ِنح ْ ج َ َ أ ً و ْل َو َه ٍ و َ ر ن � ْ ً ِ ا من ق َ ْد ن َ خ َ ل ً ا ْ و ُض ً ا ع ْ و ُض ُ ع ة َ ِئك َ َ ل ْ ُ ال ْه ت َ ف َ َ ط ْ ت َ خ ي ل ّ ن� ِ َ ِ م ن �َ ْ د و َ َ : ل َّ َ ل َ س و


109 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Abu Jahal pernah berkata: Adakah Muhammad meletakkan wajahnya di atas tanah di hadapan anda sekalian? Kata perawi: Ucapan beliau itu dijawab: Ya. Jawab Abu Jahal: Demi Latta dan Uzza, jika aku melihatnya melakukan demikian, aku akan pijak tengkuknya atau aku akan benamkan wajahnya ke dalam tanah. Kata perawi: Lalu Abu Jahal menemui Rasulullah SAW dan ketika itu baginda sedang menunaikan solat dan dia yakin dapat memijak tengkuk Rasulullah SAW. Kata Perawi: Sebaik sahaja dia menghampiri tempat Nabi SAW menunaikan solat, tiba-tiba dia mengundur ke belakang dan mengangkat keduadua tangannya. Kata Perawi: Lalu dia ditanya: Apa yang berlaku kepada anda? Jawab dia: Antara aku dan baginda dihalang oleh satu parit daripada api, perasaan takut dan juga sayap-sayap (malaikat). Nabi SAW bersabda: Sekiranya dia (Abu Jahal) mendekatiku pada waktu itu, pasti dia akan dibinasakan oleh para malaikat, anggota demi anggota. Kesimpulan Beriman dengan para rasul merupakan salah satu daripada rukun iman dan orang yang tidak mempercayainya akan menyebabkan dia menjadi kufur. Bilangan para rasul berdasarkan yang dijelaskan dalam al-Quran ialah 25 orang dan Nabi Muhammad SAW merupakan penutup segala nabi. Baginda bukan sahaja diutuskan kepada manusia, bahkan juga kepada makhluk yang tidak dapat dilihat oleh manusia iaitu jin. Baginda dikurniakan dengan berbagai-bagai mukjizat baik maknawi mahupun hissi. Mukjizat baginda yang paling besar adalah al-Quranul Karim yang mengandungi petunjuk untuk sekalian manusia. Rukun Kelima: Beriman Dengan Hari Akhirat Hari kiamat ialah hari di mana Allah SWT menghidupkan kembali segala makhluk selepas mereka semua meninggal. Mereka dibangkitkan daripada kubur, seterusnya dihisab segala amalan yang mereka lakukan. Ia juga melibatkan berbagai-bagai peristiwa dan suasana huru-hara yang amat dahsyat yang berlaku pada hari akhirat. Ia juga melibatkan perkara yang berlaku dalam


110 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH kubur seperti fitnah, azab atau nikmat kubur, tiupan sangkakala, kebangkitan semula, perhimpunan besar- besaran, pemberian buku catatan amalan, hisab, timbangan amalan, kolam Nabi SAW, titian sirat mustaqim, syafaat, dan juga pembalasan sehingga ahli syurga masuk ke dalam syurga dan ahli neraka masuk neraka. Dalil tentang kewujudan hari akhirat itu terdapat dalam alQuran antaranya ialah: ْ ُ َٔ ِاخرَ ِة ه ـ ْ ل ٱ ب�ِ َ َ و ِلك ْ ب َ َ ِ من ق ِل � ن ز ُ ٓ أ َ ا َم َ و ْك ي َ ِ ل َ إ ِل � ن ز ُ ٓ أ َ ا َ ب � ِ ُون ِمن ْ ُؤ َ ي ي�ن ِذ َّ َ ٱل و ۝٤ َ ُون ُ ِوقن ي Maksudnya: Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (al-Baqarah 2: 4) Waktu Berlaku Kiamat Waktu berlaku kiamat merupakan rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. Firman-Nya: َ ا َم و َ ِامۖ ْح ر َ ْ أ ِ ٱل ف َ ا � ُ م َ ْ ل َع َ ي َ و ْث ي َ غ ْ ُ ٱل ِل َ زّ ُ� ن َ ي ِة و َ َّ اع ُ ٱلس ْ ُ ِ ۥ عل َ ه َ ِ عند َّ َّ ٱلل ِن َّ إ ِن ُ ۚ إ َُ وت ْ ٍض � ت ر َ ِ أ ّ ى َ أ ب �ِ ۢ س ٌ ْ ف َ ِ ى ن ْ ر د َ َ ا ت َم و ً ا ۖ د َ ِس ُب غ ْ َك َ ا ت َّ اذ س م ٌ ْ ف َ ِ ى ن ْ ر د َ ت ۝٣٤ ۢ ٌ ِي� َ ب ٌ خ ي� ِل َ َ ع َّ ٱلل Maksudnya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui


111 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya. (Luqman 31: 34) Tanda-Tanda Kiamat Walaupun Allah SWT tidak memberitahu secara tepat bila berlaku kiamat, namun Dia menjelaskan tanda-tanda dan syarat-syarat sebelum berlaku kiamat dan sekali gus merupakan tanda-tanda hampir berlaku kiamat itu sendiri. Tanda-tanda kiamat terdiri daripada dua jenis iaitu pertama tanda-tanda kiamat kecil dan kedua tanda- tanda kiamat besar. Tanda-Tanda Kiamat Kecil Antaranya ialah: Perutusan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup segala nabi dan juga Rasul. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis:6023) menerusi Anas RA: ن ن والساعة هك ي ات� بعثت أ� Maksudnya: Aku diutuskan menjadi Nabi dalam keadaan masa untuk berlaku kiamat seperti dua jari ini (jari telunjuk dan jari tengah). Pembukaan Baitulmuqaddis, muncul fitnah daripada Timur dan sesetengah kalangan umat Islam mengikut Sunnah-Sunnah umat-umat terdahulu dalam kalangan golongan Yahudi dan juga Kristian, keluar Dajjal kecil dan golongan yang mendakwa sebagai nabi. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (no hadis: 2940) menerusi Auf bin Malik RA: ِد ِس ْ َ ق ْ ِت امل ي َ ُ ب ْح ت َ َّ ف ُ ث ِي ، � ْ � ت َ و ِة: م َ َّ اع ِ الس َ ي َد َ ي ي� ْ ن َ ًّ ا ب ْ ِ ست ُ د ْد اع


112 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Maksudnya: Hitunglah enam perkara yang termasuk ke dalam tanda kiamat iaitu kematianku, kemudian pembebasan kota Baitulmuqaddas… Muncul penciptaan hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan Nabi SAW, penolakan terhadap hadis baginda, banyak berlaku pembohongan, tidak memeriksa berita yang disampaikan, terangkat ilmu, pencarian ilmu bukan daripada ahli, kemunculan penyakit jahil dan kerosakan dalam masyarakat, kematian ramai orang-orang soleh, keruntuhan tali ikatan Islam ikatan demi ikatan, umat- umat bukan Islam merebut-rebut tanah air orangorang Islam seolah-olah bagaikan orang yang sedang menghadapi hidangan makanan dan Islam dan penganutnya menjadi asing pada pandangan orang ramai. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad (21363) menerusi Thawban RA dan ia dinilai sebagai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al- Jami‘ (no hadis :8183): َ َ ال ق َ َا ف ِ َ �ت ْ ع َص َ ق ِل ُ إ ََة ك َ ْ أ اع َ ال َ د َ َ َ ا ت ُ ْ ، ك ْك ي َ ل َ اع َ ع َ د َ ْ ت ن َ َُ أ م ُ أ ُ ال ُ ِوشك ي ِاء َ ث ُ غ َ ٌ ك َاء ث ُ ُ ْ غ َّك ِكن َ َ ل ٌ ، و ِثي� َ ْ ك ُ � ت ْ ن َ ْ أ َل َ : ب َ ال ِئٍذ ق َ ْم َو ُ ي ْ ن َ ن � ٍ َّة ْ ِ قل ٌ ِ : من ِائل َ ق ُ َّ َّ الل ن َ ِذف ْ َق ي َ َ ل ُ ْ ، و ْك ِ من َ َة َ اب َ ه ْ ُ ْ ال ّ ك ِ ُ و َد ِ ع ُ ور ُ د ْ ص ُ ِ من َّ َّ الل َ ن ِع ْ ز َ � ن ي َ َ ل ِل، و ْ َّ ي الس ب ُّ ُ َ : ح َال ُ ؟ ق ْ ن َه و ْ َ ا ال َم ِ، و َّ َ الل ُ ول َس َ ر ٌ ي : � ِائل َ َ ق َ ال ق َ َ ، ف ْ ن َه و ْ ل َ ُ ْ ا ِك ُوب ل ُ ِي ق ف � ْ ِت َ و ْ ُ ال َة رَ ِاهي َ َ ك َ ا و ي ْ ن ُّ الد Maksudnya: Hampir-hampir anda semua akan diterkam oleh berbagai-bagai bangsa di dunia dari segenap ufuk sebagaimana orang yang sedang berhadapan dengan makanan yang telah dihidangkan. Kata Thawban: Kami berkata: Wahai Rasulullah SAW adakah jumlah kita sedikit ketika itu. Baginda bersabda: Jumlah anda ketika itu banyak. Tetapi jumlah anda yang banyak itu tidak lebih bagaikan buih di laut. Allah SWT mencabut rasa hebat kepada anda daripada hati-hati musuh anda dan meletakkan dalam hati-hati anda penyakit wahan. Kami berkata: apakah itu


113 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH penyakit wahan?. Baginda bersabda: Penyakit cintakan dunia dan bencikan mati. Banyak berlaku pembunuhan, muncul hasrat untuk mati, timbul kecemburuan kepada orang yang hidup terhadap orang yang telah mati, kerana banyak bala bencana yang menimpa, banyak berlaku mati mengejut, kematian kerana gempa bumi dan penyakit, kurang bilangan orang-orang lelaki, ramai bilangan kaum wanita, muncul wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, tersebar zina di jalan-jalan raya, muncul penggunaan alat-alat muzik secara meluas, peminuman arak, amalan zina, riba, pemakaian sutera dan penghalalan pemakaian sutera tersebut, berlaku tanah runtuh, tanah mendap dan seumpamanya. Hilang amanah, pemberian jawatan bukan kepada ahli, muncul kepimpinan orang-orang yang hina dalam kalangan masyarakat, orang-orang yang bodoh menjadi pemimpin mengatasi orangorang yang terpilih, hamba melahirkan tuan sendiri, muncul pendukung-pendukung dan pembantu-pembantu orang-orang yang zalim yang merotan orang ramai sewenang-wenangnya dan berlaku fitnah dalam kalangan masyarakat, tidak ubah bagaikan kepingan malam yang gelap-gelita. Berlaku perlumbaan dalam membina bangunan- bangunan yang tinggi, orang ramai berbangga dengan perhiasan yang ada dalam masjid, banyak berlaku perdagangan, pasar-pasar berada di lokasi yang tidak jauh antara satu sama lain, pemegangan harta yang banyak di tangan orang ramai, tetapi tidak bersyukur, sifat kedekut berleluasa, banyak muncul persaksian palsu, muncul berbagai-bagai kerosakan, permusuhan, pemulauan, dengkimendengki, pemutusan hubungan silaturahim, wujud jiran yang jahat, pemberian salam hanya kepada orang yang dikenal sahaja, berlaku penafian dalam kalangan orang ramai, penyerupaan orang-orang tua dengan anak-anak muda dan perlekehan Sunnah yang digalakkan oleh Islam. Berlaku perubahan zaman sehingga berhala disembah orang, muncul banyak perkara syirik dalam kalangan masyarakat, banyak


114 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH turun hujan tetapi tumbuh-tumbuhan kurang, masa menjadi singkat dan kurang berkat, anak bulan menjadi kecil, binatang buas dan benda-benda beku bercakap dengan manusia dan mimpi orang yang beriman menjadi mimpi yang benar. Pengumpulan air Sungai Furat daripada sebuah bukit daripada emas, peristiwa yang berlaku di Madinah yang membersihkan kotoran dan tidak ada yang tinggal di situ melainkan orang-orang soleh yang bertakwa sahaja, semenanjung Tanah Arab kembali menjadi mewah dan menghijau dan muncul seorang lelaki daripada Qahtan yang ditunduki oleh manusia. Ramai jumlah bangsa Rom dan banyak peperangan yang dilancarkan mereka terhadap orang-orang Islam. Muncul peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Islam ke atas Yahudi sehingga batu dan pokok mengucapkan: Wahai orang Islam, ini dia Yahudi, datang dan bunuhlah Yahudi itu. Berlaku pembukaan Kota Roma, sebagaimana kota Qastantiniyah dibuka dan lain-lain tanda kiamat kecil yang sabit dengan hadis-hadis yang sahih Tanda-Tanda Kiamat Besar Tanda-tanda kiamat besar merupakan, tanda-tanda luar biasa yang berlaku menjelang berlaku kiamat. Apabila satu sahaja tandanya muncul, akan muncul tanda-tanda seterusnya, tidak ubah bagaikan benang yang dijahit di pakaian, yang mengikut antara satu sama lain. Ia berakhir dengan berlakunya kiamat, antaranya ialah: Muncul al-Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah dalam kalangan ahli keluarga Nabi SAW dan beliau keluar daripada arah Timur. Beliau telah dibaiah di Kaabah. Pemerintahannya berdasarkan kepada manhaj kenabian dan memerintah selama tujuh tahun. Sepanjang pemerintahannya beliau memenuhi bumi dengan keadilan, setelah sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Beliau memberikan harta kepada orang yang meminta tanpa terhad kepada bilangan tertentu. Umat Islam pada


115 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH zamannya menikmati kehidupan yang penuh dengan berbagaibagai nikmat. Bumi mengeluarkan pepohon, manakala langit menurunkan hujan. Muncul al-Masih Dajjal, yang bermata buta sebelah lagi pendusta. Dia keluar daripada arah Timur daripada arah Khurasan dan bersamanya 70,000 orang Yahudi. Antara dua matanya tertulis kalimah kafir. Beliau muncul dalam kalangan orang-orang Islam di antara Syam dengan Iraq. Setelah itu beliau tidak meninggalkan sebuah pun negara melainkan memasukinya kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri ini sahaja yang tidak berjaya dimasuki oleh beliau, kerana ia dijaga oleh para malaikat. Dajjal berada di muka bumi selama 40 hari. Satu hari tidak ubah bagaikan setahun. Satu hari seterusnya tidak ubah bagaikan sebulan. Satu hari seterusnya tidak ubah bagaikan satu minggu dan hari- hari yang lain sama dengan hari-hari biasa. Turun Nabi Isa AS berhampiran menara putih di bahagian Timur Damsyik, di negara Syam. Beliau turun kepada golongan yang mendapat kemenangan yang berperang di atas landasan kebenaran. Seterusnya beliau membentuk satu angkatan umat Islam yang besar bagi memerangi Dajjal. Beliau turun pada waktu hampir hendak didirikan solat. Beliau menunaikan solat di belakang amir golongan yang menang itu iaitu al-Mahdi. Beliau memerangi Dajjal dengan tombaknya di Timur Bab Lud di Baitulmuqaddis. Beliau memerintah bumi dengan berdasarkan syariat Islam, mematahkan salib, membunuh khinzir dan menghapuskan cukai. Beliau tidak menerima selain daripada Islam. Keamanan, kestabilan dan kemewahan wujud dalam pemerintahannya. Perasaan dengki dan hasad sesama umat Islam tidak ada. Keberkatan meratai segenap rakyat, manakala kebaikan banyak dilakukan. Tidak ada orang yang hendak menyimpan harta kerana terlalu banyak ketika itu. Keamanan tersebar di seluruh negara dan peperangan-peperangan berakhir. Keluar Yakjuj Makjuj. Mereka turun daripada tempat yang tinggi dan memusnahkan segala tanaman dan manusia. Mereka juga melakukan kerosakan besar di muka bumi. Allah SWT


116 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH membinasakan mereka dengan ulat-ulat kecil yang masuk ke dalam otak-otak mereka lalu mereka semua mati bergelimpangan sebagaimana belalang mati. Bumi dipenuhi dengan bangkaibangkai mereka. Setelah itu Allah SWT mengutuskan burungburung yang membawa bangkai mereka ke satu tempat yang dikehendaki Allah dan kemudian Dia menurunkan hujan bagi membersihkan bumi daripada kesan-kesan Yakjuj Makjuj itu. Berlaku tiga gempa bumi berskala besar di beberapa tempat di muka bumi. Satu gempa bumi berlaku di Timur. Satu di Barat dan satu lagi di semenanjung Tanah Arab. Muncul asap tebal lalu memenuhi ruang antara langit dan bumi dan antara Timur dan Barat, malah meliputi seluruh dunia. Asap itu menimpa orang-orang Islam tidak ubah bagaikan selsema. Ia masuk ke dalam lubang hidung orang-orang kafir dan munafikin, lalu mereka bertempik sehingga didengar oleh setiap orang daripada kalangan mereka. Naik matahari daripada sebelah Barat. Tidak ada seorang pun yang melihatnya melainkan beriman kepada Allah SWT tetapi iman mereka ketika itu sudah terlambat kerana ia tidak bermanfaat lagi, kerana mereka tidak beriman sebelum itu. Taubat yang dilakukan oleh orang yang melakukan maksiat tidak diterima lagi selepas itu. Keluar seekor binatang daripada bumi. Binatang ini begitu besar sekali dan sangat berbeza dengan binatang-binatang yang biasa dilihat manusia dari segi bentuk kejadian dan aktiviti. Binatang ini bercakap dengan manusia dan berbicara dengan mereka. Ia memisahkan antara orang yang beriman dengan orang kafir. Bagi orang yang beriman, wajah mereka bersinar sehingga keluar cahaya dan itu menunjukkan imannya. Bagi orang kafir, ia menampar pada bahagian hidungnya, sebagai tanda kekufuran. Keluar api daripada Teluk Aden dan Laut Hadramaut. Api itu melingkungi manusia daripada belakang mereka. Api itu mengumpulkan mereka ke tempat perhimpunan iaitu negara


117 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Syam. Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Hari Akhirat Antara sikap Ahli Sunah Waljamaah terhadap hari akhirat adalah sebagaimana berikut: Beriman dengan segala perkara ghaib yang akan berlaku selepas kematian, yang diberitahu oleh Allah dan Rasul-Nya seperti kewujudan Sakaratul Maut, kehadiran Malaikat Maut, kegembiraan orang yang beriman untuk bertemu dengan Allah Azza Wajalla, kehadiran syaitan ketika hampir mati, iman orang kafir tidak diterima, kepercayaan tentang kewujudan alam Barzakh, nikmat di dalam kubur, azab dan fitnah kepada roh dan jasad, soal dua orang malaikat, orang-orang yang mati syahid hidup di sisi tuhan mereka dan diberikan rezeki, roh-roh orangorang yang bahagia diberi nikmat, manakala roh-roh orang yang celaka dikenakan azab. Beriman dengan kewujudan hari kiamat besar yang mana pada hari itu Allah SWT akan hidupkan kembali orang-orang yang telah mati daripada kubur-kubur mereka dan kemudian menghisab mereka. Beriman dengan kewujudan tiupan sangkakala. Malaikat Israfil sedang meletak trompet pada mulutnya sambil menunggu arahan daripada Allah SWT untuk meniupnya. Ia melibatkan dua kali tiupan, berdasarkan pendapat yang sahih dan tidak kurang juga ada sesetengah ulama berpendapat tiga kali. Tiupan pertama menyebabkan berlaku kejutan yang amat dahsyat kepada manusia. Tiupan kedua menyebabkan kemusnahan secara total terhadap alam dunia yang wujud hari ini, di mana segala sistemnya rosak. Ia akan melibatkan kehancuran orang-orang yang telah ditetapkan sebagai hancur. Tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan semula dan berdiri di hadapan Tuhan sekalian alam.


118 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Beriman dengan kebangkitan semula dan hari perhimpunan yang maha hebat. Manusia bangkit daripada kubur masing-masing dalam keadaan telanjang dan tidak berkhitan. Matahari berada dekat dengan kepala. Manusia berpeluh mengikut kadar amalan masing-masing. Ada yang ditenggelamkan oleh peluhnya. Orang yang pertama dibangkitkan dan pecah kuburnya ialah nabi kita Muhammad SAW. Pada hari yang maha menggerunkan dan hebat itu, manusia akan keluar daripada kubur masing-masing seolaholah bagaikan belalang yang terbang bertebaran dengan cepat menuju kepada pihak yang menyeru. Pergerakan menjadi cepat manakala suasana diam yang dahsyat menyelubungi manusia pada hari itu. Buku-buku catatan amalan dibahagikan. Segala yang disembunyikan akan terbongkar. Segala yang disimpan di dalam dada juga akan didedahkan. Allah SWT akan berbicara dengan para hamba-Nya pada hari kiamat, tanpa ada sebarang penterjemah. Manusia pada hari itu akan diseru dengan menggunakan namanama mereka dan nama-nama ibu bapa mereka. Beriman dengan kewujudan neraca timbangan para hamba yang mempunyai dua penimbang, yang berfungsi menimbang amalan-amalan para hamba. Beriman tentang pembahagian buku-buku amalan manusia. Ada yang mengambil buku tersebut dengan tangan kanan. Ada yang mengambil dengan tangan kiri dan tidak kurang juga yang mengambilnya daripada arah belakang. Beriman yang titian pada hari itu lebih tajam daripada mata pedang dan lebih halus daripada rambut. Ia dibentangkan di atas neraka Jahanam. Orang-orang yang baik dapat melaluinya dengan baik, manakala orang-orang yang zalim dan fasik akan tergelincir dan jatuh ke dalam neraka jahanam. Beriman syurga dan neraka adalah dua makhluk yang diciptakan Allah SWT. Ia sudah pun wujud buat masa sekarang ini. Keduaduanya tidak akan binasa dan juga tidak akan musnah. Syurga adalah tempat menerima pembalasan yang baik dan menikmati nikmat yang berkekalan yang disediakan Allah SWT buat orang-


119 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH orang Islam, orang-orang yang beriman, ahli tauhid, orang- orang yang bertakwa, orang-orang yang berjihad dan juga orang-orang yang soleh. Neraka adalah tempat menerima pembalasan buruk yang disediakan Allah SWT kepada orang yang melakukan jenayah dan orang-orang kafir dalam kalangan orang-orang Musyrikin, Yahudi, Nasara, Munafikin, Atheis, penyembah berhala, ahli-ahli maksiat dan juga orang-orang yang melakukan kejahatan. Beriman orang-orang yang melakukan maksiat dalam kalangan orang-orang yang beriman, tidak akan kekal dalam neraka, bahkan mereka akan diazab mengikut kadar dosa-dosa yang mereka lakukan. Seterusnya masa depan mereka adalah ke syurga. Mereka adalah orang-orang yang masuk neraka dengan berbagaibagai maksiat yang mereka lakukan, yang tidak melibatkan syirik kepada Allah SWT, kerana orang-orang yang mensyirikkan Allah akan kekal dalam neraka dan tidak akan keluar daripadanya sama sekali. Mudah-mudahan dilindungi Allah SWT. Beriman umat Muhammad, adalah umat yang pertama akan dihisab pada hari kiamat kelak dan umat yang pertama dipersilakan masuk ke dalam syurga. Mereka mewakili satu pertiga daripada penghuni syurga. Dalam kalangan mereka ada 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Beriman dengan kewujudan telaga Kauthar Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat. Ia merupakan destinasi yang pertama ditujui oleh para makhluk selepas dibangkitkan daripada kuburkubur masing-masing. Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Baunya lebih harum daripada Kasturi. Bekas pencedok airnya sebanyak bintang di langit. Panjangnya sebulan perjalanan, manakala lebarnya juga sebulan perjalanan. Sesiapa yang meminum airnya, tidak akan merasa dahaga buat selama-lamanya. Ada beberapa kaum daripada umat Muhammad SAW yang akan diusir daripada mendekati telaga tersebut, kerana mereka mengubah dan menukar ganti syariat baginda SAW setelah kewafatan baginda SAW, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang sahih.


120 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 27) menerusi Amru bin al-as RA: ُ ُه ي� ِ َ ر ِِق، و َ ر و ْ َ ال َ ُض ِ من ْي ب َ ُ أ ه ُ َ اؤ َم ، و ٌ َ اء َ و ُ س َ ه َ يا� َ و َ ز ٍ ، و ْ ر َ � ُ ش َ ة ِسي� َ ْ ض� ِ ي م َ و َ ح ل َ ُ ف ه ْ َب ِ من ِ َ � ْ ش َ ن َ ف َ ِاء، � َّ م ُ ِوم الس ُج ن َ ُ ك ه ُ َ ان ز َ ِكي� ْ ِك، و ِس ْ َ ال َ ُب ِ من ي ْ ط َ أ ا ً َد ب َ ُ أ َ ه ْد َع ب ُ َ أ م ْ َظ ي Maksudnya: Telagaku panjangnya jarak perjalanan sebulan, sudut telaga tersebut adalah sama, airnya lebih putih daripada susu dan baunya lebih harum daripada kasturi. Bekas pencedok airnya banyak sebanyak bintang-bintang di langit. Sesiapa yang meminumnya tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no hadis: 7050) daripada Sahl bin Sa’ad: ْ َ ُ ل ه ْ َب ِ من ِ َ � ْ ش َ ن َم ُ ، و ه ْ َب ِ من ِ َ � ُ ش َ ه َ د َ ر ْ و َ ن َ ف ْ ِض، � َو َ احل َل ُ ْ ع ُك رَ ط َ َ ف ن � َ أ ْ ن� ِي ي َ ُ ب َُ ال َّ ي � ُ ث ِي ، � ُو� ن ِ ف ْ ر َع َ ي ْ و ُم فُ � ِ ْر ع َ ٌ أ َ ام و ْ ق َ َّ أ ي َ َل ُ ع ِد ي� َ َ ً ا، ل َد ب َ ُ أ َ ه ْد َع ب ْ َ أ م ْ َظ ي ْ ُم ُ ث � ّ ِد َ ح ُ َ أ ن � َ َ أ َّ ٍ اش، - و ي َ ب� ِي ع َ ب � ْ نُ أ ُ َ ان ْم ع ُّ َ ن� ِي الن َ ِمع س َ ٍِم: ف َ از ُو ح ب َ َ أ َال ْ ق َُم ْ� ن ي َ َ ب َ و َل ُ ع َد ْ � ش َ َ - أ ن � َ َ أ َ : و َال ْ ، ق َم ع َ ُ : ن ْت ل ُ ق َ ً ، ف َ َ ْسل ْ ت ِ ع َ َ ا س ذ َ َ ك َ : ه َ ال ق َ َ ا، ف َذ َ ه َّك ِ ن ُ : إ َ ال ُق ي َ ِي ، ف ن� ّ ْ ِ م ِ� نَُّم َ : ”إ َال ُ ِ ف ِيه ق ِ يد ي � َ ز ُ ُه ْ ت َ ِمع س َ ّ ، ل ِ ِ ي ْ ر خُد َ ِع ٍيد ال ب� ِي س َ أ ِدي ْ َع َ ب َّ ل َد ْ ب َ ن ً ِ ا ل ً ا س ُ ْ ق ُ : س ُ ْ ق ُول ق َ أ َ َ ، ف َ ك ْد َع ُوا ب ل َّ َد َ ا ب ِ ي م ْ ر د َ ت َ ال Maksudnya: Sesungguhnya aku mendahului anda sekalian di telagaku. Sesiapa yang lalu di hadapanku akan meminum air itu dan sesiapa yang minum, tidak akan merasa dahaga buat selama-lamanya. Akan lalu di hadapanku beberapa kaum yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, tetapi mereka dihalang daripada mendekati telagaku. Kata Abu Hazim. AlNu’man bin Iyas memperdengarkan kepadaku dan ketika itu aku sedang menceritakan kepada mereka hal itu. Katanya: Begitukah


121 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH anda mendengar Sahl berkata demikian? Aku berkata; Ya. Aku bersaksi ke atas Abu Sa’id al-Khudri, aku mendengar beliau menambah: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya mereka adalah daripada umatku. Lalu dikatakan: Sesungguhnya tuan tidak tahu apakah yang mereka ubah selepas kewafatan tuan. Maka aku (Nabi SAW) berkata: Binasalah, binasalah untuk orang yang merubah syariatku selepas daripada kewafatanku. Beriman dengan kewujudan syafaat dan maqam yang terpuji untuk Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat. Beriman dengan kewujudan syafaat Nabi SAW untuk orangorang yang berada di padang Mahsyar bagi menyegerakan perbicaraan dalam kalangan mereka dan ia dikenali dengan nama maqam yang terpuji. Beriman dengan kewujudan syafaat Nabi SAW untuk ahli syurga bagi membolehkan mereka masuk syurga. Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasukinya. Beriman dengan kewujudan syafaat Nabi SAW kepada bapa saudaranya Abu Talib agar diringankan azab. Tiga syafaat di atas adalah khusus untuk Nabi SAW sahaja dan tidak ada seorang pun nabi yang diberikan kemuliaan syafaat tersebut. Beriman dengan kewujudan syafaat baginda SAW untuk mengangkat darjat sebahagian umatnya, yang akan masuk ke dalam syurga ke darjat yang lebih tinggi dan syafaatnya kepada segolongan umat Islam, yang akan masuk syurga tanpa hisab. Beriman dengan kewujudan syafaat baginda SAW dalam mengeluarkan ahli-ahli maksiat dalam kalangan umatnya daripada neraka dan memasukkan mereka ke dalam syurga. Syafaat ini turut dikongsi bukan sahaja oleh Nabi SAW, bahkan juga oleh para malaikat, para nabi yang lain, orang-orang yang mati syahid, orang- orang yang benar (al-Siddiqun), orang-orang soleh dan orang-orang yang beriman. Setelah itu Allah SWT sendiri yang akan mengeluarkan beberapa kaum daripada neraka tanpa


122 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sebarang syafaat, bahkan dengan kelebihan, anugerah, kemuliaan dan rahmat-Nya jua. Selain itu amalan soleh yang dilakukan oleh seseorang, juga berfungsi memberi syafaat kepada orang yang melakukannya. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al- Mu’jam al-Kabir (no hadis: 88) dan dinilai sebagai sahih oleh al-Albani dalam Misykah al-Masabih (no hadis: 1963), daripada Abdullah bin Amru RA: ُ ُه ْ ت َع َ ن َ ّب ِ م ُ ر َ ام ّ ي ُ ِ الص ْل و ُ َق ِد ي ْ َ ب ع ْ َ ِانِ لل ع َ ف ْ َش َ ِة ي َ ام ِقي ْ ُ ال ْ م َو ُ ي رْ آن ُ ق ْ َ ال ُ و َ ام ِ ي ّ الص ُ ُه ْ ت َع َ ن ّ م ِب َ ُ ر رْ آن ُ ُ الق ْل و ُ َق َ ي ِه و ْ ْ ن� ِي ِ في ع ّ ِف َ ش َ ِ ف َ َ اب ب �ِ ل� نََّار شَّ َ شَّ ال� َ و َ ام ع َّ الط َ ِان ع َّ ف َ ُش ي َ ِه ف ْ ْ ن� ِي ِ في ع ّ ِف َ ش َ ِل ف ْ ي َّ ب �ِ لل َ ْ م َّو الن Maksudnya: Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba (orang yang membaca dan berpuasa) pada hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari, benarkan aku mensyafaatkannya. Al-Quran berkata: Wahai Tuhanku, aku menghalangnya daripada tidur pada waktu malam, benarkan aku mensyafaatkannya, lalu kedua-duanya dibenarkan mensyafaatkan orang yang melakukannya itu. Orang-orang kafir dan Musyrik, tidak memperoleh sebarang syafaat. Firman Allah SWT: َ ن ِٰ ِلي� ـ َّ َ ِ ا للظ َۚ م ن ِظِمي� ٰ ـ َ ِ ك ِاجر َ ن َ ْ َ ى ٱل د َ وب ل ُ ُ ل ُ ق ْ ِ ِذ ٱل ِة إ َ ِ ف َٔاز ـ ْ َ ٱل ْ م َو ْ ي ُ ْ ه ِنذر َ َ أ و ۝١٨ ُ َاع ُط ٍ ي ِفيع َ َ ش َل ٍ و ِي� ْ ح َ ِمن Maksudnya: Dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabat pun


123 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (Ghafir 40: 18) Beriman yang maut akan dibawa pada hari kiamat lalu disembelih, sebagaimana yang diberitahu oleh Nabi SAW. Antara nikmat yang paling besar yang dikurniakan Allah SWT kepada para hamba-Nya dalam kalangan ahli syurga dan yang mendukacitakan ahli-ahli neraka ialah kekal abadi dan tidak hilang kehidupan di akhirat. Maut adalah perkara maknawi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi Allah SWT jadikannya sebagai satu perkara yang boleh dilihat pada hari itu dan juga berjisim. Ia disembelih antara syurga dengan neraka. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no hadis: 43) daripada Abdullah bin Umar RA: َ ِي � ت ُ ِ ، أ َّ ار َ الن ِل ِ إ َّ ار ُ الن ْ ل ه َ َ أ َ ار َص ِة، و َّ ن َ ج ْ َ ال ِل ِة إ َّ ن َ ج ْ ُ ال ْ ل ه َ َ أ َ ار َ ا ص ِذ إ َ ٍاد ي : � َ ُ ن ِادي م َ ن ُ َّ ي ُ ث � ،َُ ب� ْ ُذ َّ ي ُ ث � ، ِ َّ ار َ الن ِة و َّ ن َ ج ْ َ ال ي� ْ ن َ َ ب َ ل ْع ج ُ َت� َّ ي � ْ ِت ح َ و ْ ب�ِ ل ً ا رَح َ ِة ف َّ ن َ ج ْ ُ ال ْ ل ه َ ُ أ َ اد ْد ي� َ ز َ َ ، ف ْ ت َ و َ م ِ ل َّ ار َ الن ْ ل ه َ َ أ َ ي� َ ، و ْ ت َ و َ م ِة ل َّ ن َ ج ْ َ ال ْ ل ه َ أ ْ ِِم ْ � ن ُ ز َ ح ِل ً إ ن � ْ ُ ز ِ ح َّ ار ُ الن ْ ل ه َ ُ أ َ اد ْد ي� َ ز َ ْ ، و ِم رَ ِح َ َ ف ِل إ Maksudnya: Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga dan ahli neraka masuk ke dalam neraka, maut dibawa sehingga diletakkan antara syurga dengan neraka kemudian disembelih, kemudian penyeru menyeru: Wahai ahli syurga, tidak ada kematian selepas ini dan wahai ahli neraka tidak ada lagi kematian selepas ini. Ketika itu ahli syurga bertambah gembira di samping kegembiraan mereka kerana memperoleh berbagai-bagai nikmat di dalam syurga dan ahli neraka berdukacita di samping dukacita kerana diazab di dalam neraka.


124 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Kesimpulan Ahli Sunah Waljamaah beriman dengan kewujudan hari Akhirat yang juga merupakan hari pembalasan dan pengadilan yang bukan sahaja untuk manusia dan jin, bahkan juga untuk binatang sesama mereka. Pada hari kiamat Allah SWT akan menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati daripada kubur-kubur mereka dan kemudian menghisab mereka. Segala perkara ghaib yang akan berlaku selepas kematian, yang diberitahu oleh Allah dan RasulNya seperti kewujudan Sakaratul Maut, kehadiran Malaikat Maut dan lain-lain diimani oleh golongan Ahli Sunah Waljamaah. Rukun Keenam: Beriman Dengan Qadar Segala kebaikan dan keburukan yang berlaku di alam wujud ini adalah berlaku dengan qada’ dan qadar Allah SWT. Allah SWT adalah Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu. Apa sahaja yang dikehendaki-Nya tidak akan terhalang. Dia adalah Tuhan yang maha melakukan sesuatu yang dikehendaki-Nya. Segala yang berlaku adalah berlaku dengan iradat, pentadbiran dan qudratNya dan sama sekali tidak keluar daripada masyi‘ah (kehendak) dan taqdir-Nya. Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku, sebelum perkara itu wujud diazali lagi. Dia Maha Mengetahui, perkara-perkara yang ditentukan-Nya akan berlaku pada waktu-waktu yang telah ditentukan dan dalam sifat-sifat yang telah ditentukan. Ia berlaku mengikut yang telah ditakdirkan Allah SWT. Maksud Qadar Maksud qadar ialah sesuatu yang diketahui pada ilmu Allah, yang ditulis oleh al-Qalam dan akan berlaku sehingga ke hari kesudahan. Orang Islam wajib menyerah dengan sempurna kepada qadar Allah, kerana qadar melibatkan perkara ghaib, manakala perkara ghaib berdasarkan penyerahan kepada Allah SWT semata- mata.


125 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: َ ي�ن ِذ َّ ِ ٱل ف � ِ َّ َ ٱلل ة َّ ُ ن ۖ س ُ ۥ َ ُ ل َّ رَض َ ٱلل َ َ ا ف ٍ ِ في�م َ رَج ْ ح ِ ِ من ّ ب� ِ َّ َ ٱلن َل َ ع َ ن َّ ا ك م ً ا ۝٣٨ ُ ور د ْ َّ ق ً ا م َ ر د َ ِ ق َّ ْ رُ ٱلل م َ َ أ َ ن َ ك ُ ۚ و ْل ب َ ِ من ق ۟ ْ ا و َ ل َ خ Maksudnya: Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya. (al-Ahzab 33: 38) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (no hadis: 2144) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Jami’ al-Sahih, (no hadis:7585) daripada Jabir bin Abdillah RA: ُ َه َ اب ص َ َ ا أ َّ م ن َ َ أ َ ْ ل َع َت� َّ ي ّ ِه، ح ِ َ � َش ِ ِه و ي� ْ َ ِ خ َ ر د َ َ ب �ِ لق ِمن ْ ُؤ َت� َّ ي ح ٌ ْد ب َ ُ ع ِمن ْ ُؤ ي َ ال ُ َه ْ ب ُ ِصي ْ ِ لي ُ ن َك ْ ي َ ُ ل ه َ أ َ ْ ط خ َ َ ا أ َّ م ن َ َ أ ُ ، و ه َ ْ ِطئ ُخ ْ ِ لي ُ ن َك ْ ي َ ل Maksudnya: Seseorang hamba itu tidak beriman sehingga dia beriman dengan al-Qadar, yang baik dan yang buruk, sehingga dia mengetahui apa yang patut menimpa dirinya, pasti berlaku, dan dan apa yang tidak patut menimpanya, pasti tidak berlaku. Tahap-Tahap Beriman Dengan Qadar Beriman dengan qadar tidak akan sempurna melainkan disertai empat perkara yang juga dinamakan sebagai Maratib al-Qadar atau rukun-rukun qadar. Ia merupakan pengantar yang sebenar dalam memahami qadar. Keimanan dengan qadar tidak akan sempurna melainkan dengan merealisasikan seluruh rukun-rukunnya dan difahami dalam bentuk yang betul, kerana ia saling lengkap melengkapi dan saling terikat antara satu sama lain. Sesiapa yang memperakui kesemuanya, keimanannya kepada qadar dikira


126 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH sempurna. Sesiapa yang mengurangi atau menolak satu sahaja, bererti dia telah mencacatkan konsep beriman dengan qadar. Tahap Pertama: Ilmu Beriman bahawasanya Allah SWT Maha Mengetahui tentang segala sesuatu. Ilmu-Nya merangkumi apa yang telah berlaku, apa yang akan berlaku dan apa yang tidak berlaku. Bagi apa yang berlaku itu pula, Dia Maha Mengetahui bagaimana ia berlaku, baik dalam bentuk umum mahupun terperinci. Tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripada ilmu-Nya meskipun seberat atom yang ada di langit mahupun di bumi. Dia adalah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang akan dilakukan oleh para makhluk sebelum dia menciptakan mereka lagi. Dia juga Tuhan yang Maha Mengetahui rezeki, ajal, perkataan, amalan, pergerakan dan juga diam mereka. Dia juga mengetahui siapakah orang yang celaka dan siapakah orang yang bahagia. Itu semua berdasarkan ilmuNya yang qadim, yang mana Dia bersifat dengannya semenjak azali dan selama-lamanya. Firman Allah SWT: ۝١١٥ ٌ ي� ِل َ ْ ٍء ع َ � ِ ش ُّ ِك َ ب َّ َّ ٱلل ِن إ Maksudnya: ….Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Tawbah 9: 115) Tahap Kedua: Penulisan Allah SWT menulis dalam Luh Mahfuz apa yang terdapat lebih dahulu dalam ilmu-Nya tentang qadar para makhluk sehingga ke hari kiamat. Ia merupakan buku yang tidak mengabaikan sesuatu apa pun. Setiap yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku, malah yang berlaku sehingga ke hari kiamat, adalah tertulis di sisi Allah SWT dalam Ummu al-Kitab. Ia juga disebut sebagai al-Zikr, al- Imam dan al-Kitab al-Mubin.


127 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Firman Allah SWT: ُ ٰه ـ َ ْ ن َ ي ْ ص ح َ ْ ٍء أ َ � َ ك َُّ ش ْ ۚ و ُ ٰرَ ه ـ َ َ اث َء ۟ و ُ وا َّ م د َ َ ا ق ُ ُب م ت ْ ك َ َ ن ٰ و َ ْ � ت َ و ْ ِ ٱل ْ ُ � نُ ْ ن َ ن نَّ � �ِ إ ۝١۲ ٍ ن ِي� ب ُّ َ ٍام م ِم ٓ إ ِ ف � Maksudnya: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang- orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap- tiap sesuatu Kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu suratan) yang jelas nyata. (Yasin 36: 12) Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no hadis: 578) dan dinilai sebagai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ al-Saghir ( no hadis: 2017) menerusi Ubadah bin al-Samit RA: ُ ُب؟ ت ْ ك َ َ ا أ َ ّب ِ م َ ر َ ي : � َ ال ق َ ُ ْب ف ت ْ َ : اك َ ال ق َ َ ف َ َ ل ق ْ ُ ال َّ َ الل ق َ ل َ َ ا خ َ م َّل و َ َّ أ ِن إ ِد َ ب َ ْ أ َ ال ِل نٌ إ َ ئ� ِ َ ك ُو َ ا ه َم َ و َ ن َ ا ك َ م َ ر د َ ق ْ ُ ْب ال ت ْ َ : اك َال ق Maksudnya: Sesungguhnya makhluk pertama yang Allah cipta ialah qalam. Dia berfirman: Tulislah. Jawab al- Qalam: Apakah yang aku perlu tuliskan? Firman Allah SWT: Tulislah takdir yang telah berlaku dan takdir yang akan berlaku sehingga akhir kehidupan. Tahap Ketiga: Iradah Dan Masyi‘ah Setiap apa yang berlaku di alam maya ini, adalah berlaku dengan iradah dan masyi‘ah Allah SWT, yang berlegar di antara rahmat dan hikmah. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan rahmat-Nya dan menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dengan hikmah-Nya. Apa yang dilakukannya tidak boleh ditanya kerana kesempurnaan hikmah dan kekuasaanNya. Sebaliknya yang akan ditanya ialah apa yang dilakukanm oleh manusia. Apa yang berlaku adalah selaras dengan ilmu Allah SWT yang terdahulu dan tertulis dalam Luh Mahfuz. Masyi‘ah


128 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Allah adalah telus dan terlaksana, manakala qudrat-Nya adalah menyeluruh. Apa yang dikehendaki Allah akan berlaku dan apa saja yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan berlaku. Tidak ada suatu pun yang boleh keluar daripada iradah dan masyi‘ah-Nya. Firman Allah SWT: ۝۲٩ َ ن ِي� َ ٰل ـ َ ع ْ ب ٱل ُّ َ ُ ر َّ َ ٱلل ء ٓ ا َ َش َن ي َّٓ أ ِل َ إ ُون ء ٓ ا َ ش َ َ ا ت َم و Maksudnya: Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (al-Takwir 81: 29) Tahap Keempat: Penciptaan Allah SWT menciptakan segala sesuatu. Tidak ada pencipta dan tidak ada tuhan yang sebenar selain daripada-Nya. Segala sesuatu selain daripada Allah adalah makhluk yang diciptakan yang sebelum itu tidak ada. Dialah Tuhan yang menciptakan setiap orang yang beramal dan amalan yang dilakukannya dan setiap yang bergerak dan gerakannya. Tidak berlaku di alam maya dan wujud ini sesuatu melainkan Dia adalah Tuhan penciptanya. Firman Allah SWT: ۥ ُ َّ ُ ن ل َك ْ ي َ َ ل ً ا و د َ َ ل ْ و ِخذ َّ ت َ ْ ي َ َ ل ْ ِض و ر َ ْ أ َ ٱل ِت و ٰ َ ٰو َ ـ َّ م ُ ٱلس ْك ُ ل ُ ۥ م َ ِذى ل َّ ٱل ًا ۝۲ ي� ِد ْ ق َ ُ ۥ ت َ ه َّ ر د َ ق َ ْ ٍء ف َ � َ ك َُّ ش ق َ ل َ َخ ِك و ْ ُ ل ْ ِ ٱل ف � ٌ ِ يك َ � ش Maksudnya: Tuhan yang Menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya; dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhlukmakhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (al-Furqan 25: 2)


129 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Pencipta dan mencipta dan menjadikan sesuatu secara bersendirian. Dia adalah Tuhan yang Maha Pencipta segala sesuatu tanpa ada pengecualian. Tidak ada pencipta yang sebenar selain-Nya. Dia juga merupakan Tuhan yang menciptakan para hamba dan segala perbuatan yang dilakukan oleh hamba itu, malah segala perkara yang berlaku baik kebaikan mahupun keburukan, kekufuran mahupun keimanan, ketaatan mahupun kemaksiatan, yang diinginkan Allah, adalah ditentukan dan diciptakan-Nya. Firman Allah SWT: ۝٩٦ َ ُون َ ل ْم ع َ َ ا ت َم ُ ْ و َك ق َ ل َ ُ خ َّ َ ٱلل و Maksudnya: “Padahal Allah yang mencipta kamu dan bendabenda yang kamu buat itu!” (al-Safat 37: 96) Sikap Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Beriman Dengan Qadar Antara sikap yang ditunjukkan oleh golongan Ahli Sunah Waljamaah terhadap beriman dengan hari Akhirat ialah: Mereka beriman yang Allah SWT sukakan ketaatan dan menyuruh melakukan ketaatan itu dan seterusnya membalasnya dengan kebaikan. Allah SWT benci kepada kemaksiatan, menegah melakukannya dan mengenakan hukuman ke atas pelakunya. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan kelebihan dan anugerah-Nya dan menyesatkan sesiapa sahaja dengan keadilan dan hikmah-Nya. Firman Allah SWT: ۟ رُ وا ُ ْ ك ش َ ِن ت َ إ ۖ و رَ ْ ف ُ ك ْ َ ِادِه ٱل ي � َ ْ ض� َ ٰ ِ لِعب َ َل ُ ْ ۖ و َ نك ٌّ ع ن� ِ َ َ غ َّ َّ ٱلل ِ ن إ َ ف ۟ رُ وا ُ ف ْ َك ِن ت ُ إ ُك ِ ئ ّ ب َ ُ ن ي َ ُ ْ ف ُ ك َّ رْ ِجع ُ م ِك ّ َ ب ٰ ر َ ِل َّ إ ُ ث � ٰۗ ْ رَ ى خ ُ َ أ ْ ر ِ ز و ٌ َ ة ِ ر َ از ُ و ِر َ ز َ � ت َل و ۗ ْ ُ َك ُ ل َ ه ي� َ ْض


130 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ۝٧ ِ ُ ور ُّ د َ ِ ات ٱلص ِذ ب ۢ ٌ ي� ِل َ ُ ۥ ع ه َّ ِ ن َۚ إ ُون َ ل ْم ع َ ْ ت ُ ُ ن� ت َ ا ك ب� ِ Maksudnya: Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmat-Nya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaan-Nya); dan ia tidak redakan hamba-hamba-Nya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (al-Zumar 39: 7) Tidak ada hujah bagi orang yang disesatkan Allah SWT dan tidak ada keuzuran buatnya, kerana Allah SWT telah mengutuskan para rasul untuk menegakkan hujah dan menyandarkan amalan kepada hamba itu sendiri dan menjadikannya sebagai usaha hamba tersebut. Allah SWT tidak mentaklifkan hamba itu melainkan berdasarkan yang mampu dilakukan oleh hamba tersebut. Firman Allah SWT: ُ ِ يع َ َس َّ َّ ٱلل ِن ۚ إ َ ْ م َو ي ْ َ ٱل ْ ُ ل َ ظ ْ ۚ ل َت َ ب َ س َ ا ك ۭ ب � ِ ٍس ْ ف َ ن ٰ ك ُُّ َ ى ْز ج ُ ت � َ ْ م َو ي ْ ٱل َ ِ اب ۝١٧ ِ س ْ ٱل Maksudnya: “Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya. (Ghafir 40: 17) Mereka beriman, yang kejahatan tidak boleh disandarkan kepada Allah SWT dalam apa bentuk sekalipun, baik pada zat-Nya, nama-nama-Nya, sifat- sifat-Nya dan juga perbuatan-perbuatanNya, kerana kesempurnaan sifat-sifat, rahmat dan keadilan-Nya. Apalagi Allah SWT menyuruh bersama dengan petunjuk, ihsan


131 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH dan juga kebaikan dan menegah melakukan kejahatan, kekufuran, kesesatan dan juga kemaksiatan. Keburukan dilihat dari sudut hikmah-Nya yang mantap dan iradah-Nya yang telus. Firman Allah SWT: ً ا ْس ف َ ُ ن ه ْ ِ ن ّ ْ ٍء م ن � َ َ ش ُ ْ ع َك َ ل ِ ِن طب� ْ ن إ َ ف ۚ ً ة َ ِ ْ ل ن � َّ ِِ ن ٰ�ت ـ َ ق ُ َ د َ ص ء ٓ َ ا ِس ّ ۟ ٱلن ُوا َ ات َء و ًٔا ۝٤ ـ ٓ ِ ي َّ ر ًٔا م ٓـ ِني َ ُ ه ُُوه ك َ ف Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan- perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hati memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (al-Nisa’ 4: 4) Allah SWT bersih daripada melakukan kezaliman, sebaliknya bersifat dengan keadilan yang mutlak. Dia tidak pernah menzalimi mana-mana orang dalam kalangan makhlukNya meskipun seberat atom. Setiap perbuatan-Nya mengandungi keadilan dan hikmah belaka. Firman Allah SWT: ُ ه ْ ن ُ د َّ ِتِ من ل ْ ُؤ َ ي ْ َ ا و ِع� ف ٰ ـ َ ُض ي ً ة َ َ ن َ س ُ ح َك ِن ت َ إ و ۖ ٍة َّ ر َ َ ذ َ ال ق ْ ُ ِ مث ِل ْ َظ َ ي َ ل َّ َّ ٱلل ِن إ ً ا ۝٤٠ ِظي�م َ ْ رً ا ع ج َ أ Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi dari sisi-Nya pahala yang amat besar. (al-Nisa’ 4: 40) Mereka beriman yang Allah SWT menciptakan manusia dan segala perbuatannya. Allah SWT juga mengurniakan kehendak, kudrat, pilihan dan masyi‘ah kepada manusia, agar segala


132 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH perbuatan mereka merupakan perbuatan mereka yang sebenar dan bukan sebagai majazi (simbolik). Allah SWT menganugerahkan kepada mereka akal yang membezakan antara baik dengan yang buruk dan tidak akan menghisab manusia melainkan berdasarkan amalan-amalan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri, yang dilakukan berdasarkan kehendak dan pilihan sendiri. Manusia yang memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan dan menentukan akidah pegangan. Cuma kehendak mereka ada hubungan dengan masyi‘ah Allah SWT, kerana setiap perkara yang dikehendaki Allah, pasti akan berlaku dan yang tidak dikehendaki oleh-Nya, tidak akan berlaku. Allah SWT yang menciptakan segala perbuatan manusia. Manusia itu yang melakukan perbuatannya secara hakiki, baik berbentuk kebaikan mahupun keburukan. Perbuatan tersebut daripada Allah SWT dalam bentuk penciptaan, penwujudan dan penentuan, manakala daripada manusia dalam bentuk perbuatan dan usaha. Firman Allah SWT: ب ُّ َ ُ ر َّ َ ٱلل ء ٓ ا َ َش َن ي َّٓ أ ِل َ إ ُون ء ٓ ا َ ش َ َ ا ت َم َ ۝۲٨ و ي� ِق َ ْ ت َس َن ي ُ ْ أ َ ِ منك ء ٓ ا َ َ ن ش ِل ۝۲٩ َ ن ِي� َ ٰل ـ َ ع ْ ٱل Maksudnya: Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (al-Takwir 81: 28-29) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (no hadis: 4949) daripada Ali RA: َ ُ ِ من ُ ه َد ع ْ َ ق ِ ، وم َّ ار َ الن ُ ِ من ُ ه َد ع ْ َ ق ِت َب م ُ ْ ك د َ َ ق َّ و ِل ٍد إ َ ْ أح ُ ْ ِ من َ ِ ا منك م : َ َ ؟ قال َ ل َ م ُ الع َ ع د َ َ ن َ ا، و ِن َ اب َ ِ كت َل ُ ع ِك َّ ت َ َ ن ل َ ف َ ِ، أ َّ َ الل ُ ول َس َ ر ُ ي وا: � ال َ ِة ق َّ ن َ ج ال ِل ْ ه َ ْ أ ِ من َ َ ن ْ ك َ ن َّ ا م م َ ُ ، أ َ َ ل ِلق ُ َ ا خ سِ ل ٌَّ َ ُ ي م ٌُّ َك ُوا ف ل َ ْ اع


133 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH ِل ْ ه َ ْ أ ِ من َ َ ن ْ ك َ ن َّ ا م م َ َ أ ِة، و َ َ اد َّ ع ِل الس ْ ه َ ِل أ َ َم َ َّ ُسِ لع ُ ي ي َ ِة ف َ َ اد َّ ع َ الس ْط ْ أع َ ن َّ ا م م َ أ َ : }ف َ رَ أ َ َّ ق ُ ث ِة، � َ َ او ق َّ ِل الش ْ ه َ ِل أ َ َم َ َّ ُسِ لع ُ ي ي َ ِاء ف َ ق َّ الش ْ ن� َ { الليل : 6-5 ُس ْ ب �ِ ل َ َّ ق َ د َ وص َّ� ق َ ات و Maksudnya: Tidak ada seorang pun dalam kalangan anda melainkan ditulis tempat duduknya di dalam neraka atau tempat duduknya di dalam syurga. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kita berserah sahaja kepada apa yang telah ditulis untuk kita dan meninggalkan amalan? Sabda baginda: Beramallah, setiap orang akan dimudahkan Allah untuk melakukan apa yang telah diciptakan untuknya. dan orang yang ditulis sebagai orang yang celaka, dimudahkan baginya melakukan amalan orang yang celaka. Seterusnya Nabi SAW membaca ayat: Adapun orang yang memberi dan bertakwa dan membenarkan perkara yang baik. (al- Lail: 5-6) Allah SWT menolak orang-orang Musyrikin yang berhujah dengan qadar, sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah SWT: ا َ ْ ن َ رَّم َ ح َل َ و ن � ُ ؤ ٓ َ َ با� َٓ ء َل َ ا و ن ْ َ ك ْ � ش َ ٓ أ َ ا ُ م َّ َ ٱلل ء ٓ ا َ ْ ش و َ ل ۟ ُوا َ ك ْ � ش َ َ أ ي�ن ِذ َّ ُ ٱل ُول َق َ ي ْ س َ ل ْ ه ُل ق اۗ َ َ ن س ْ أ َ ب � ۟ وا ُ اق َ َت� َّ ٰ ذ ْ ح ِم ِله ْ ب َ َ ِ من ق ي�ن ِذ َّ َّ َب ٱل َذ َ ك ِلك ٰ َ َذ ك ۚ ْ ٍء ن � َ ش َّ ِم ِل ْ إ ُ ن� ت َ ْ أ ِن َ إ َّ و َّ ن َّ ٱلظ ِل َ إ ُ ون ِع ب َّ ت َ ِن ت ٓۖ إ ا َ ن َ ُ ل ُ وه ِج ْ ر ُخ ت َ ٍ ف ْ ْ ِ عل ِ ن ّ ُ م َ ك ِعند ۝١٤٨ َ ُ ون رُص ْ خ َ ت � Maksudnya: Orang-orang Musyrik akan mengatakan: “Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek Kami tidak mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun”. Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada Kami? Tiadalah kamu semak


134 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta”. (al-An’am 6: 148) Beriman yang qadar Allah adalah rahsia Allah terhadap para makhluk-Nya. Tidak ada seorang pun dalam kalangan malaikat yang dekat dengan Allah SWT mahupun para nabi yang diutuskan kepada manusia yang mengetahuinya. Tidak ada seorang pun dalam kalangan makhluk yang mengetahuinya melainkan setelah ia berlaku. Meneliti dan mendalaminya merupakan satu kesesatan, kerana Allah SWT tidak pernah memberitahu tentang qadar-Nya kepada mana- mana makhluk-Nya. Ahli Sunnah hanya beriman sahaja dengan perkara ini. Firman Allah SWT: ْ ِصب� ُْم ُ ِن ت َ إ و ۗ ٍة َ َّد ي َ ُّ ش ٍ م ِ ب � ُُوج ف � ْ ُ ُ ن� ت ْ ك و َ َ ل ُ و ْ ت َ و ْ ُّ ُ ٱل ِكك ْ ر ُد ي ۟ ُوا ُون َك َ ا ت َم ن � ْ ي َ أ ِذِهۦ ٰ ـ َ ۟ ه وا ُ ُول َق ي ٌ ة َ ِئ ّ َ ي ْ س ِصب� ُْم ُ ِن ت َ إ ۖ و ِ َّ ْ ِ ع ِند ٱلل ِذِه ِۦ من ٰ ـ َ ۟ ه وا ُ ُول َق ي ٌ ة َ َ ن َ س َ ح ُون َ د َك َ ي ِم ل ْ و َ ق ْ ِء ٱل َٓ ُل ٰٓؤ ـ َ َ ِال ه َ ف � ۖ ِ َّ ْ ِ ع ِند ٱلل ِ ن ّ م ْ ك ٌُّ ُل ق ۚ َ ْ ِ ع ِندك ِمن ا ۝٧٨ ً ِديث َ َ ح َُون ْ� ق َف ي Maksudnya: Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam bentengbenteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:” ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?. (al-Nisa’4: 78) Dengan beriman dengan Qadar Allah sebagaimana yang diimani oleh salafus salih terdahulu yang terdiri daripada kalangan sahabat, tabiin dan juga tabi tabiin, seseorang itu akan menjadi


135 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH hamba kepada tuhannya yang sebenar. Beliau bersama dengan orang- orang yang telah diberi nikmat oleh Allah SWT yang terdiri daripada para nabi, orang-orang yang benar, orang-orang yang mati syahid dan juga orang-orang soleh. Kesimpulan Segala kebaikan dan keburukan yang berlaku di alam wujud ini adalah berlaku dengan qada’ dan qadar Allah SWT. Allah SWT adalah Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu. Apa sahaja yang dikehendaki-Nya tidak akan terhalang. Dia adalah Tuhan yang maha melakukan sesuatu yang dikehendaki-Nya. Kita sebagai orang Islam perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar menjadikan kita orang-orang yang istiqamah dalam melakukan berbagai-bagai amalan soleh dan meninggalkan apa saja yang dilarang oleh syarak, baik yang zahir mahupun batin. Apalagi hatihati manusia terlalu mudah berbolak-balik. Orang-orang Islam perlu melakukan amalan soleh seperti bersedekah, menziarahi para sahabat, orang sakit dan menghubungkan tali silaturahim. Mereka sama sekali tidak boleh berhujah dengan qadar Allah apabila tergelincir dalam melakukan sesuatu perkara maksiat dalam rangka menghalalkan perbuatan keji tersebut, kerana Allah SWT tidak pernah meredai para hamba-Nya melakukan perkara maksiat mahupun kekufuran.


136 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH


137 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH Pendahuluan Antara asas akidah Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan manhaj salafus salih, ialah iman terdiri daripada kata-kata dan amalan. Ia boleh bertambah dan boleh berkurang. Ia melibatkan iktikad di dalam hati, perakuan dengan lidah dan amalan dengan anggota. Iman bertambah dengan amalan ketaatan dan berkurang dengan amalan maksiat. Konsep Iktikad Dalam Hati, Perakuan Dengan Lisan Dan Amalan Dengan Anggota Konsep iktikad dalam hati membawa maksud mengiktikad, membenar, memperakui dan meyakini. Konsep perakuan dengan lisan ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan memperakui kedua-dua kalimah tersebut. Konsep amalan dengan hati pula ialah berniat, menyerah diri, mengejar keikhlasan, menyerah, tunduk, mencintai dan menginginkannya. Konsep amalan dengan anggota ialah melakukan segala perkara yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan itu difahami yang dikatakan iman itu melibatkan iktikad, perkataan dan juga amalan. Ia bertambah dengan melakukan amalan ketaatan dan berkurang dengan melakukan amalan kemaksiatan. Sesiapa yang melaksanakan keseluruhan, imannya akan sempurna. Sesiapa yang hanya melaksanakan dua perkara sahaja dan tidak melaksanakan yang ketiga, imannya tidak sah, kerana segala amalan bagi mereka merupakan sebahagian daripada amalan dan termasuk ke dalam intipatinya. Iman tanpa amalan tidak sah dan tidak mencukupi. Imam-imam salafus salih yang terkemuka telah berijmak, iman tidak wujud tanpa amalan. Tidak ada perkataan mahupun amalan melainkan dengan niat. Tidak ada perkataan, amalan mahupun niat melainkan hendaklah selaras dan bertepatan dengan sunnah. Perkara ini ditegaskan oleh imam-imam seperti al-Awza’i, Sufyan al-Thawri, al- Humaidi dan lain-lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Lalikai’, Ibn Battah dan lain-lain. Allah SWT menyebut sifat-sifat orang-orang yang beriman


138 MEMAHAMI AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH yang sebenar dalam al-Quran dengan orang- orang yang beriman dan beramal dengan apa yang mereka beriman, yang melibatkan perkara-perkara asas agama, cabang-cabang, zahir dan batinnya. Iman itu pula zahir dengan jelas pada iktikad, perkataan dan amalan yang zahir dan juga batin. Firman Allah SWT: ْ ِم ي� ْ َ ل َ ْ ع َت ِلي ُ َ ا ت ِذ َ إ ْ و بو� ُُم ُ ل ُ ْ ق َت ِجل َ ُ و َّ ِكرَ ٱلل ُ َ ا ذ ِذ َ إ ي�ن ِذ َّ َ ٱل ُون ِمن ْ ُ ؤ ْ ِ� نََّ ا ٱل َ إ ٰة و َ َّ ل َ ٱلص ُ ون ِقيم ُ َ ي ي�ن ِذ َّ َ ۝۲ ٱل َُّون َ ك َو ت َ ْ ي ِِم ب� ّ َ ٰ ر َ َل َع ً ا و ن ٰ َ ـ ِي� ْ إ ُْم َ �ت َ اد ُ ۥ ز ُه ت ٰ ـ َ َ اي ء َ ٌ ِ عند ٰت َ ـ َج َر ْ د ُم َّ ل ًّ ا ۚ َ ق َ ح ُون ِمن ْ ُ ؤ ْ ُ ٱل ُ َ ه ِئك ٰٓ ـ َ ۟ ل و ُ َ ۝٣ أ ُون ُ ِنفق ْ ي ُم ٰه ـ َ ن ْ ق َ َ ز َ م َِّا ر و ۝٤ ٌ ي� ِ ر َ ك ٌ ْق ِ ز َ ر و ٌ ِفرَ ة ْ َ غ َم ْ و ِِم ب� ّ َ ر Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). (al-Anfal 8: 2-4) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i (no hadis: 5005) dan dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Jami’ al-Saghir, (no hadis: 2800) daripada Abu Hurairah RA : ُ ة َ َ اط ِم َُ ا إ َ ع ْض و َ َ أ ُ، و َّ َّ الل ِل َ إ َ ِل َ إ َ ا ل ه ُ ل َ ْض ف َ ً، أ َة ْ ب ُ ع َ ش ُ ون ْع َ ب َ س و ٌ ْ ع ِض ُ ب َ ان ِي� إ ْ ال ِي� ْ َ ِان إ ْ َ ال ِ من ٌ َة ْ ب ُ ع ُ ش َ اء ي َ ْ َ ال ِ يق ِ ، و ر َّ ِ الط َ ن َى ع ذ َ ْ أ ال Maksudnya: Iman itu lebih daripada 70 cabang. Yang paling


Click to View FlipBook Version