The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kajian tindakan mengenai keberkesanan VSS Module dalam meningkatkan tahap kemahiran menganalisa dan keyakinan dalam menjawab soalan Coulomb's Law

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2021-06-30 21:45:38

BUKU PROSIDING PPAPino2019(IPG PERLIS): Keberkesanan VSS MODULE

kajian tindakan mengenai keberkesanan VSS Module dalam meningkatkan tahap kemahiran menganalisa dan keyakinan dalam menjawab soalan Coulomb's Law

Keywords: VSS MODULE

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN
PROFESIONAL DAN INOVASI
PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT
KEBANGSAAN
(PPAPIno2019)

“Amalan Profesional & Inovasi Solusi Pedagogi”

Penerbit:
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Malaysia

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL
DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT
KEBANGSAAN
(PPAPIno2019)

Hak cipta © 2019 Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dikeluarkan dalam apa jua bentuk
atau apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
penerbit.

Penerbit:
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (PIPK)
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis
Tel: 604-978 1522 Faks: 604-978 1593
web: http://ipgkp.moe.edu.my

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam
Penerbitan

Prosiding Penyelidikan Amalan Profesional dan Inovasi Pendidikan
2019 Peringkat Kebangsaan (PPAPIno2019)

ISBN NO: 978-967-17705-2-8

Dicetak oleh:
Altacom (M) Sdn Bhd,
No 128, Taman Sri Makmur
Jalan Alor Rambai
06000 Jitra,Kedah
047142254

Penaung

Tuan Hj. Abdul Muhaimin bin Osman
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Penasihat
Cik Ahnizah binti Arshad
Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Penyelaras (PPAPIno2019)

Dr Liza binti Saad
Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Profesionalisme Keguruan
IPG Kampus Perlis
Ketua Editor

Pn. Jauriah binti Md Azali

Editor

Dr Shuhairi bin Abdul Razak
Dr Nurulhidayah Lucy binti Abdullah

Dr Naziroh binti Ibrahim
Dr Ummu Rahmah binti Arifin
Dr Norazelina binti Awang @Man

En. Azman bin Ariffin
Pn. Ernie binti Adnan
Pn. Zainab binti Ahmad

Grafik Kulit
En. Noor Irwan bin Mohd Noor

ALUAN REKTOR

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah subhanahuwatalla
kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Persidangan
Penyelidikan Amalan Profesional dan Inovasi Pendidikan 2019
Peringkat Kebangsaan (PPAPIno2019) anjuran Institut Pendidikan
Guru Kampus Perlis berjaya dilaksanakan sepertimana yang telah
dirancang. Selaras dengan hala tuju IPGM untuk meningkatkan
standard pendidikan di Malaysia melalui latihan dan pembangunan
pendidikan guru, adalah wajar bidang penyelidikan dan inovasi diberi
perhatian supaya profesionalisme pensyarah dan guru pelatih
setanding di peringkat antarabangsa. Penyelidikan, inovasi dan
persekitaran pembelajaran juga adalah teras yang menyokong
transformasi organisasi dan kepemimpinan IPGM.

Bagi merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan pensyarah
dan guru pelatih yang berkualiti, maka pemupukan budaya
intelektual melalui penyelidikan dan inovasi perlu diperkembangkan.
Saya yakin dan percaya transformasi pendidikan yang dirancang
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 akan dapat dicapai. Adalah diharapkan semua warga
IPGM bersedia menjalankan penyelidikan dan inovasi masing-
masing secara berterusan demi kelangsungan pembangunan potensi
diri serta melonjakkan pendidikan negara ke peringkat global.
Penyelidikan dan inovasi yang berkualiti membolehkan pendidikan
standard antarabangsa dicapai selaras dengan membangunkan
prestasi pendidikan negara di mata dunia.

Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan
Malaysia

ALUAN PENGARAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamulaikum warahmatulah hiwabarakatuh dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu, saya bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wataala
kerana kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, Persidangan
Penyelidikan Amalan Profesional dan Inovasi 2019 Peringkat
Kebangsaan (PPAPIno2019) dapat dilaksanakan dengan jayanya di
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Selaras dengan Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang
melonjakkan pelan transformasi IPG secara komprehensif, maka
adalah wajar penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah dan
pelatih IPG dimantapkan untuk menyumbang ke arah keutuhan institusi
pendidikan di negara kita.

Secara tidak langsung, kualiti dan kepakaran pensyarah dapat
dipertingkatkan seiring dengan transformasi pendidikan yang semakin
rancak berkembang di seluruh dunia. Adalah diharapkan pembangunan
profesionalisme pensyarah dan guru pelatih berterusan dan dapat
mencapai standard pengantarbangsaan dalam bidang penyelidikan dan
inovasi. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima
kasih kepada barisan jawatankuasa pengelola yang telah banyak
memainkan peranan dan kesungguhan untuk merealisasikan
PPAPIno2019 berjalan dengan lancar. Komitmen dan kesepaduan
antara semua jawatankuasa menjadikan pelaksanaan PPAPIno2019
berjalan dengan lancar dan jayanya.

Adalah diharapkan persidangan penyelidikan ini diteruskan dari tahun
ke tahun bagi memastikan tranformasi dalam bidang pendidikan dapat
dicungkil dan dihayati sebaik-sebaiknya oleh para pendidik melalui
penyelidikan dan inovasi bertaraf global. Akhir kata, selamat bersidang
dan membentang penyelidikan dan inovasi masing-masing sambil
menjalin silaturrahim sesama pendidik yang menyertai persidangan
PPAPIno2019 kali ini.

Tuan Hj. Abdul Muhaimin bin Osman S.S.P
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

ii

KANDUNGAN

ALUAN REKTOR………..…………………………………………..………….i

ALUAN PENGARAH ………………………………………...............................ii

MENINGKATKAN PEMAHAMAN REAKTAN PENGEHAD MELALUI
KAEDAH PREDICTING REACTANTS KIT ................................................1

KEINDAHAN PENYERLAHAN BUSANA MELAYU DALAM MANIKAM
KALBU ..................................................................................................14

APLIKASI SUNTINGAN VIDEO: IMPAK TERHADAP ELEMEN-ELEMEN
PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG
HAYAT PELAJAR MATRIKULASI .......................................................25

PEMBINAAN INSTRUMEN PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL KURSUS
PENGAJIAN AM DALAM KURIKULUM PROGRAM MATRIKULASI ..32

PENGGUNAAN YOUTUBE SECARA TERANCANG DALAM BLENDED
LEARNING MERANGSANG MINAT PELAJAR MENYELESAIKAN
HOME WORK MATEMATIK SECARA SISTEMATIK ............................45

CABARAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
MELALUI PENDEKATAN STEM DALAM KALANGAN GURU SAINS
SEKOLAH RENDAH: SATU TINJAUAN AWAL....................................54

KEBERKESANAN VECTOR’S SYSTEMATICS STEP MODULE DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGANALISA DAN TAHAP
KEYAKINAN MENJAWAB SOALAN COULOMB’S LAW ......................70

TAHAP KECERGASAN FIZIKAL DAN CORAK AKTIVITI FIZIKAL DALAM
KALANGAN PELAJAR LEMAH PENCAPAIAN AKADEMIK DI
DAERAH HULU LANGAT ....................................................................87

MODUL HLmat: PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BOLA SEPAK.......99

PEMBENTUKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MELALUI TEKNIK PEER
INSTRUCTION DENGAN SUMBER-SUMBER SEJARAH. ....................114

AMALAN PENGGUNAAN TEKNIK KOPERATIF DAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI DALAM KURSUS ..........................................................125

IMPLEMENTASI KOMUNIKASI BERKESAN DALAM MENINGKATKAN
PEMBELAJARAN BAGI TOPIK PENGUCAPAN AWAM KURSUS
PENGAJIAN AM MATRIKULASI........................................................139

KEUPAYAAN PELAJAR DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
MATEMATIK BUKAN RUTIN MENGGUNAKAN MODEL POLYA:
SATU TINJAUAN SISTEMATIK..........................................................152

PENGGUNAAN SUMBER TEKS SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN SEJARAH: PERSEPSI MURID BERBEZA GAYA
PEMBELAJARAN ...............................................................................167

MENYELESAIKAN MASALAH MURID-MURID TINGKATAN 5 DALAM
MEMAHAMI TAJUK TEORI PENGELUARAN DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH “SIMBOL” .............................................177

KEBERKESANAN KAEDAH GABUNG BUNYI KATA (KGBK) TERHADAP
PRESTASI KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM
KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS ..........................................188

KOMPETENSI GURU DALAM PENDIDIKAN ..........................................197

KEBOLEHGUNAAN DAN KESESUAIAN “MODUL INTERAKTIF EXCELL”
BAGI PdPc PRAKTIKAL TOPIK BELANJAWAN KURSUS
PERAKAUNAN ...................................................................................205

MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH
PILIH ATUR DAN GABUNGAN MENGGUNAKAN “CT DIAGRAM”..215

HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN GENERIK GURU STEM TERHADAP
PRESTASI GURU SEKOLAH MENENGAH .........................................228

TEKNOLOGI DIGITAL DALAM AMALAN KEPIMPINAN PEMIMPIN
SEKOLAH ........................................................................................... 239



PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

MENINGKATKAN PEMAHAMAN REAKTAN
PENGEHAD MELALUI KAEDAH PREDICTING

REACTANTS KIT

Faizah Abu Bakar1, Aimi Baiduri Shamsudin2, Nuru Azra Abd Ghani3

Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Kedah

Email: [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam
subtopik reaktan pengehad dalam Topik 1.3 Stoikiometri subjek Kimia SK015.
Fokus utama kajian adalah mengatasi masalah yang dihadapi pelajar iaitu definisi
reaktan pengehad dan pengiraaan stoikiometri melibatkan reaktan pengehad.
Responden yang terlibat adalah pelajar semester 1 Program Satu Tahun iaitu kelas
tutorial K3S2T1(24 pelajar) dan kelas Program Kecemerlangan C.O.C (20 pelajar)
yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan model Action Research
Spiral/Cycle oleh Kemmis & McTaggart (1988). Intervensi penambahbaikan PdP
telah dihasilkan sendiri oleh penyelidik iaitu Predicting Reactants Kit. Alat bantu
mengajar ini terdiri daripada Motorcycle Analogy, Molecular Building Blocks dan
ARCT Table. Satu rubrik khas untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam
penggunaan alat pengajaran ini telah dibina berpandukan rubrik kajian lepas. Selepas
intervensi dijalankan, didapati berlakunya peningkatan peratusan markah dalam
perbandingan markah kuiz pra dan pos pelajar; Tutorial K3S2T1 (91.7%) dan Kelas
C.O.C (95.0%). Peningkatan skor markah kuiz pos menunjukkan bahawa kefahaman
pelajar untk subtopik ini berjaya ditingkatkan.

Kata kunci: reaktan pengehad, reaktan lebihan, produk, stoikiometri, ARCT Table

PENDAHULUAN

Reaktan pengehad merupakan salah satu subtopik dalam Bab 1: Jirim dalam silibus
Kimia SK015 yang perlu dipelajari oleh semua pelajar aliran Sains Program
Matrikulasi untuk semester 1. Pemahaman serta pengiraan reaktan pengehad adalah
penting kerana banyak diaplikasikan dalam bidang Kimia Kuantitatif seperti
pengiraan jumlah produk, pentitratan dan peratus penghasilan produk. Terdapat dua
jenis reaktan yang akan terlibat dalam tindak balas kimia iaitu reaktan pengehad
(Limiting reactant) dan reaktan lebihan (Excess reactant). Reaktan pengehad
memainkan peranan utama kerana reaktan inilah yang akan menentukan jumlah
reaktan lebihan yang telah bertindakbalas dan menentukan jumlah produk yang
terhasil. Untuk menentukan reaktan pengehad pula, pelajar perlu mahir dengan
pengiraan stoikiometri.

1

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Namun, konsep reaktan pengehad yang melibatkan pengiraan stoikiometri
sering menimbulkan masalah kepada pelajar. Berdasarkan kajian oleh Kimberlin dan
Yezierski (2016), kebanyakan pelajar berdepan dengan kesukaran dalam
menyelesaikan masalah dalam topik stoikiometri yang melibatkan reaktan pengehad.
Kajian oleh Boujaoude dan Barakat (2000) pula mendapati pelajar tidak dapat
menghubungkait antara konsep reaktan pengehad dengan pengiraan reaktan
pengehad. Situasi yang sama turut berlaku di Kolej Matrikulasi Kedah.

Penyelidik beranggapan bahawa kemungkinan terdapat kelemahan dalam
aktiviti pengajaran dan pengajaran (PdP) selama ini yang hanya menggunakan kaedah
penerangan pensyarah dan penggunaan papan putih (chalk and talk) semata-mata di
dalam kelas. Justeru itu, penyelidik telah membuat perbincangan dan bersepakat
untuk menghasilkan kaedah pengajaran baru yang mampu membantu pelajar
meningkatkan kefahaman mereka dalam topik ini.

Semua penyelidik merupakan pensyarah yang mengajar sendiri subjek kimia
dengan pengalaman mengajar melebihi 11 tahun di kolej matrikulasi. Manakala dua
orang daripada penyelidik merupakan Guru Cemerlang DG 48(M). Maka, setiap
tindakan yang dilakukan telah mengambil kira pengalaman sendiri dan isu semasa
yang timbul sepanjang pensyarah mengajar di bawah program matrikulasi.

Refleksi PdP Lalu

Semasa mengajar topik reaktan pengehad, pelajar didapati sering bertanya kepada
pensyarah, “Apa itu reaktan pengehad?” “Bagaimana hendak membuat perbandingan
mol reaktan untuk menentukan reaktan pengehad?”

Melalui perbincangan tutorial pula, pelajar didapati keliru tentang
perbandingan mol reaktan yang perlu dibuat samada menggunakan mol reaktan yang
sedia ada (available mole) ataupun menggunakan mol reaktan yang diperlukan
(required mole) atau kedua-duanya. Ada segelintir pelajar dapat membuat pengiraan
sebagaimana yang ditunjukkan dalam nota, akan tetapi, apabila mereka diminta
memberikan penerangan, pelajar hanya mendiamkan diri.

Melalui pemerhatian dalam kelas tutorial, didapati pelajar sebenarnya tidak
memahami maksud reaktan pengehad walaupun sudah diajar dalam kuliah. Mereka
tidak dapat menghubungkait antara maksud reaktan pengehad dengan bilangan mol
reaktan dalam persamaan tindak balas Kimia. Perbincangan penyelidik dengan rakan-
rakan sejawat yang lain juga mendapati bahawa pelajar mereka juga menghadapi
masalah yang sama.

Analisis koleksi soalan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
telah menunjukkan bahawa soalan reaktan pengehad adalah popular serta
menyumbang kepada markah yang agak tinggi iaitu sebanyak 10 markah. Malangnya,
laporan Kerja Calon SK016 PSPM Semester 1 Tahun 2011/2012 telah mendedahkan
bahawa calon tidak dapat mengenal pasti dan menyatakan yang mana satu adalah

2

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

reaktan pengehad. Sekiranya masalah tidak diselesaikan, pelajar berkemungkinan
akan hilang markah yang banyak dalam PSPM yang sebenar.

Hal sedemikian dibuktikan lagi melalui Bengkel Kerja Penyampaian Isi
Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Kimia BMKPM, 25-27 Mac 2015 yang
melaporkan kebanyakan pelajar kurang mahir dalam pengiraan untuk menentukan
reaktan penghad dalam suatu tindak balas kimia.

Penyelidik berpendapat bahawa konsep reaktan pengehad dianggap sukar
dan abstrak oleh pelajar kerana tidak dikaitkan dengan kehidupan harian mereka.
Terdapat dua masalah utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu definisi reaktan
pengehad dan pengiraan stoikiometri melibatkan reaktan pengehad. Apabila pelajar
keliru dan tersalah menentukan reaktan pengehad, pengiraan stoikiometri yang
seterusnya seperti penentuan raktan lebihan yang bertindak balas dan penghasilan
produk akan turut salah.

Oleh itu, satu situasi harian yang menggunakan konsep reaktan pengehad
perlu diperkenalkan kepada mereka supaya mereka lebih memahami konsep tersebut.
Disebabkan cara penentuan reaktan pengehad melibatkan pengiraan yang agak
kompleks bagi pelajar, maka mereka memerlukan satu panduan untuk membuat
pengiraan dan perbandingan mol antara reaktan pengehad dan reaktan lebihan.
Panduan yang diberikan mestilah ringkas, mudah diingati serta jelas kelihatan.

Oleh itu, penyelidik telah memperkenalkan kaedah Predicting Reactants Kit
untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh majoriti pelajar ini. Predicting
Reactants Kit terdiri daripada tiga komponen iaitu Motorcycle Analogy, Molecular
Building Blocks dan ARCT Table. Diharapkan dengan penggunaan ketiga-tiga teknik
dalam kajian ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam subtopik reaktan
pengehad. Gabungan gaya pembelajaran visual (analogi model motosikal, jadual
ARCT) dan gaya pembelajaran kinestetik (permainan molekul building blocks)
mampu memberi panduan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah penentuan
reaktan pengehad. Penyelidik juga merancang untuk meningkatkan kemahiran
komunikasi pelajar menerusi aktiviti pembentangan berkumpulan.

Fokus Kajian

Kajian ini difokuskan kepada subtopik 1.3: Stoikiometri/ Stoichiometry untuk
menyelesaikan 4 masalah utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu:

i. Tidak memahami definisi reaktan pengehad.
ii. Tidak dapat membuat pengiraan menentukan reaktan pengehad.
iii. Tidak dapat membuat pengiraan untuk jumlah produk yang terhasil.
iv. Tidak dapat membuat pengiraan untuk jumlah reaktan lebihan yang bertindak

balas.

3

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Objektif

Meningkatkan pencapaian markah kuiz pelajar dalam definisi reaktan pengehad dan
pengiraan stoikiometri melibatkan reaktan pengehad.

Objektif Khusus

Berikut merupakan objektif-objektif khusus yang ingin dicapai:

i. Pekajar dapat menulis definisi reaktan pengehad dengan menggunakan
analogi motosikal/ Motorcycle Analogy.

ii. Pelajar dapat membuat pengiraan stoikiometri untuk menentukan reaktan
pengehad, reaktan lebihan dan produk tindak balas dengan menggunakan
model struktur molekul Molecular Building Blocks.

iii. Pelajar dapat membuat pengiraan perbandingan mol reaktan untuk penentuan
reaktan pengehad dengan menggunakan jadual sistematik ARCT Table.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran untuk Kitar 1 adalah kelas tutorial K3S2T1 yang dipilih secara
rawak dari pelajar Program Satu Tahun (PST) Modul 2 (Sains Fizikal). Manakala
kumpulan sasaran untuk Kitar 2 adalah satu kelas C.O.C yang dipilih secara rawak
dari peserta PST Program Kecemerlangan Kimia: Chemistry Excellent Program/
C.O.C yang mempunyai latar belakang keputusan Sijil Pelajaran Kimia/ SPM Kimia
Gred C ke bawah. Manakala pelajar Modul 2 mempunyai latar belakang akademik
gred SPM Kimia yang sederhana di antara Modul 1 dan Modul 3. Semua responden
merupakan pelajar kaum Melayu. Para penyelidik bersetuju untuk menguji
keberkesanan intervensi ini terhadap kedua-dua kumpulan sasaran ini
memandangkan dapatan kajian boleh digunakan untuk mewakili kumpulan majoriti
pelajar di kolej matrikulasi ini (90% pelajar Melayu). Keseluruhan pelajar yang
terlibat adalah seramai 44 pelajar dengan 68.18% pelajar perempuan dan 31.82%
pelajar lelaki.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Reka Bentuk dan Prosedur Kajian

Kajian ini telah dijalankan sebanyak dua kitaran PDCA menggunakan model kajian
tindakan Action Research Spiral/Cycle oleh Kemmis & McTaggart (1988).
Penyelidik merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpandukan langkah-
langkah dalam model tersebut iaitu Plan (perancangan), Do (pelaksanaan), Check
(refleksi) dan Action (penambahbaikan). Berpandukan model kajian tindakan
tersebut, penyelidik ingin memastikan intervensi yang dilakukan berjalan dengan
lancar mengikut aliran kerja yang sistematik. Rajah 1 menunjukkan model kitaran
kajian manakala Rajah 2 menunjukkan carta proses perancangan dan pelaksanaan
kajian.

4

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Rajah 1. Kitaran kajian

Rajah 2: Carta alir prosedur kajian

5

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Intervensi Predicting Reactants Kit

Predicting Reactants Kit terdiri daripada tiga teknik pengajaran yang dihasilkan oleh
penyelidik sebagai satu usaha untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang
reaktan pengehad. Berikut merupakan maklumat ringkas tentang alat pengajaran yang
digunakan.

i. Motorcycle Analogy:

Analogi motosikal digunakan untuk membantu pelajar memahami aplikasi
konsep jenis reaktan dengan kehidupan seharian. Komponen tayar dan
rangka motosikal mewakili reaktan pengehad dan reaktan lebihan
manakala motosikal mewakili produk.

ii. Molecular Building Blocks:

Model yang mewakili struktur molekul ini dibina menggunakan permainan
kanak-kanak iaitu building blocks. Model ini bertujuan mengaitkan
pengiraan stoikiometri yang selama ini dilihat secara hitam putih dalam
bentuk persamaan kimia sahaja diubah kepada nisbah amaun reaktan dan
produk yang boleh dilihat secara visual dan dimainkan sendiri oleh pelajar.
Setiap blok mewakili atom dan gabungan blok mewakili molekul. Pelajar
juga boleh melihat dengan lebih jelas reaktan yang digunakan sepenuhnya
dan reaktan yang terlebih untuk penghasilan nisbah produk yang tertentu.

iii. ARCT Table:

Jadual ini direka khas untuk membimbing pelajar membuat pengiraan
untuk penentuan reaktan pengehad secara tersusun dan lebih mudah.
Pelajar hanya perlu membuat jadual dan memenuhi maklumat yang telah
diaturkan oleh kami. Bermula dengan pengiraan Available mole diikuti
Required mole, Compare mole dan Types of reactant. Terdapat juga
panduan khas diberikan untuk memudahkan jalan kerja pengiraan.

Dapatan Kajian

Analisis Data
Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan Microsoft Office Excell. Pengukuran
yang digunakan adalah nilai min dan peratus. Data yang dianalisis adalah markah
yang diperolehi pelajar dalam Kuiz pra dan Kuiz pos yang mewakili Ujian Pra-Pos
dalam suatu kajian tindakan. Markah maksimum setiap kuiz adalah skor markah 10.
Markah sasaran yang perlu diatasi oleh pelajar adalah skor markah 8/10 (sasaran
markah Unit Kimia KMK untuk setiap kuiz). Markah Penilaian Berterusan untuk
Kuiz semasa kajian ini dilaksanakan adalah Skor Markah 10.

6

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Jadual 1
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Berdasarkan CLO – Kitar 1

Soalan Aras Kognitif Skor Markah Peratus Pencapaian Pelajar

Soalan 1 Ujian Pra Ujian Pos
Soalan 2
Soalan 3 C1 (Pengetahuan) 1 45% 95.8%
Soalan 4 C4 (Analisis) 5
C3 (Aplikasi) 2 45.8% 100%
C3 (Aplikasi) 2
62.5% 95.8%

29.2% 91.6%

Terdapat empat soalan yang dikemukakan dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.
Soalan dibina sendiri oleh penyelidik dengan berpandukan fokus kajian dan merujuk
kepada soalan kuiz dalam Bank Soalan Kuiz Kimia SK015 Unit Kimia, KMK. Soalan
seterusnya ditaksir oleh salah seorang pensyarah Subject Matter Expert (SME) Unit
Kimia KMK. Soalan kuiz adalah selari dengan silibus dan Course Learning Outcome
(CLO) untuk subtopik ini yang menetapkan aras kognitif C1 (Pengetahuan) untuk
definisi reaktan pengehad dan C2 (Pemahaman), C3 (Aplikasi) dan C3 (Analisis)
untuk pengiraan stoikiometri yang melibatkan reaktan pengehad.

Jadual 2
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Berdasarkan CLO – Kitar 2

Soalan Aras Skor Peratus Pencapaian Pelajar
Ujian Pra Ujian Pos
Soalan 1 C1 (Pengetahuan)
Soalan 2 C4 (Analisis) 1 60% 100%
Soalan 3 C3 (Aplikasi) 5 45% 100%
Soalan 4 C3 (Aplikasi) 2 25% 95%
2 25% 75%

Jadual 3 di bawah menunjukkan analisis data untuk skor markah kuiz yang
telah diperolehi pelajar semasa Kitar 1. Berdasarkan jadual tersebut, min markah bagi
ujian pra adalah 6.75 manakala min markah ujian pos adalah 9.75. Peningkatan min
sebanyak 3.00 menunjukkan bahawa penggunaan intervensi Predicting Reactants Kit
Edisi 1 memberi kesan yang positif kepada pelajar K3S2T1 dalam menguasai
subtopik reaktan penghad. Ujian pos juga menunjukkan sebanyak 91.7% pelajar telah
berjaya memperoleh skor 8 ke atas dan ini telah mengatasi target skor yang ditetapkan
oleh Unit Kimia.

Jadual 3

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos - Kitar 1

Responden S1 S2 S3 S4 Kuiz S1 S2 S3 S4 Kuiz Pos Peningkatan
Pra / 10 /10
Pelajar 1 0 42 2 152 2 10 +2
Pelajar 2 0 42 2 8 152 2 10 +2
Pelajar 3 1 52 2 8 152 2 10 -
10

7

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Pelajar 4 0 20 0 2 152 2 10 +8
Pelajar 5 0 40 0 4 152 2 10 +6
Pelajar 6 1 52 0 8 152 2 10 +2
Pelajar 7 1 50 0 6 152 2 10 +4
Pelajar 8 0 31 0 4 152 2 10 +6
Pelajar 9 0 42 0 6 152 2 10 +4
Pelajar 10 0 42 2 8 152 2 10 +2
Pelajar 11 1 52 0 8 152 2 10 +2
Pelajar 12 1 52 2 10 1 5 2 2 10 -
Pelajar 13 1 52 0 8 152 2 10 +2
Pelajar 14 0 42 2 8 152 2 10 +2
Pelajar 15 1 31 0 5 152 2 10 +5
Pelajar 16 1 50 0 6 151 0 7 +1
Pelajar 17 0 42 2 8 152 2 10 +2
Pelajar 18 0 42 0 6 152 2 10 +4
Pelajar 19 1 51 0 7 152 2 10 +3
Pelajar 20 0 20 0 2 052 0 7 +5
Pelajar 21 0 52 1 8 152 2 10 +2
Pelajar 22 1 50 0 6 152 2 10 +4
Pelajar 23 0 42 2 8 152 2 10 +2
Pelajar 24 1 52 0 8 152 2 10 +2

Min 6.75 9.75

Jadual 4:

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos - Kitar 2

Responden S1 S2 S3 S4 Kuiz Pra S1 S2 S3 S4 Kuiz Pos Peningkatan
/10 /10
Pelajar 1 1 51 0 7 152 0 8 +1
Pelajar 2 0 41 0 5 152 1 9 +3
Pelajar 3 1 00 0 1 152 2 10 +9
Pelajar 4 1 52 2 10 152 2 10 +0
Pelajar 5 1 51 0 7 152 2 10 +3
Pelajar 6 0 42 2 8 152 1 9 +1
Pelajar 7 1 51 0 7 152 0 8 +1
Pelajar 8 0 52 2 9 152 2 10 +1
Pelajar 9 1 31 0 5 152 2 10 +3
Pelajar 10 1 52 2 10 152 2 10 +0
Pelajar 11 0 30 0 3 152 2 10 +7
Pelajar 12 0 30 0 3 152 2 10 +7
Pelajar 13 0 40 0 4 152 2 10 +6
Pelajar 14 1 31 0 5 152 2 10 +5
Pelajar 15 1 51 0 7 152 2 10 +3
Pelajar 16 1 52 2 10 152 2 10 +0
Pelajar 17 1 51 0 7 152 2 10 +3
Pelajar 18 1 31 0 5 150 0 6 +1
Pelajar 19 0 30 0 3 152 2 10 +7
Pelajar 20 0 41 0 5 152 2 10 +5

Min 6.1 9.5

Jadual 4 menunjukkan analisis data untuk skor markah kuiz yang telah
diperolehi pelajar semasa Kitar 2. Berdasarkan jadual tersebut, min markah bagi ujian
pra adalah 6.10 manakala min markah ujian pos adalah 9.40. Peningkatan min
sebanyak 3.3 menunjukkan bahawa penggunaan intervensi Predicting Reactants Kit
Edisi 2 memberi kesan yang positif kepada pelajar program kecemerlangan C.O.C
dalam menguasai subtopik reaktan penghad. Ujian pos juga menunjukkan sebanyak

8

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

95.0% pelajar telah berjaya memperoleh skor 8 ke atas dan ini telah mengatasi target
skor yang ditetapkan oleh Unit Kimia.

Hasil analisis skor markah ujian untuk kedua-dua kitar tersebut jelas
menunjukkan bahawa intervensi Predicting Reactants Kit telah berjaya
meningkatkan pemahaman pelajar dalam subtopik reaktan pengehad. Pemahaman
yang jelas tentang konsep dan pengiraan yang terlibat dalam penentuan jenis reaktan
telah membantu majoriti pelajar menjawab dengan baik dalam soalan kuiz yang
diberikan dan seterusnya membuatkan mereka berjaya mencapai sasaran markah kuiz
yang ditetapkan.

Penyelidik juga telah membangunkan satu rubrik untuk mengukur
penguasaan pelajar dalam penggunaan intervensi Predicting Reactants Kit dengan
mengubahsuai elemen-elemen yang terdapat dalam rubrik pentaksiran pembentangan
berkumpulan oleh Anna, Jesse & Cassandra (2017). Penyelidik menambah elemen
isi kandungan subtopik dalam rubrik yang dibangunkan. Seterusnya rubrik tersebut
ditaksir dan disahkan oleh seorang pensyarah Unit Kimia DG52 yang mempunyai
kelayakan PhD dalam bidang Psikometrik dan Penilaian dari USM. Rujuk Lampiran
untuk rubrik penggunaan Predicting Reactants Kit dalam kelas.

Selain itu, salah seorang pensyarah Subject Matter Expert/ SME unit kimia
telah memantau kelas PdP yang dilaksanakan oleh penyelidik dan berikut merupakan
ringkasan komen yang diberikan:

i. Motorcycle Analogy idea yang menarik dan sesuatu yang baru kerana
selama ini kebanyakan pensyarah menggunakan analogi pembuatan roti
sandwich, aiskrim sundae dan kek.

ii. Aktiviti Molecular Building Blocks adalah yang paling menarik dan pelajar
kelihatan ceria dan santai dalam menyelesaikan tugasan.

iii. ARCT Table membantu pelajar membuat pengiraan stoikiometri yang lebih
tersusun dan membantu pelajar mengenalpasti jenis reaktan dengan tepat.

Refleksi Dan Cadangan Penambahbaikan

Kitar 1 (Pelajar Tutorial K3S2T1)

Motorcycle Analogy:

Pelajar menunjukkan perasaan teruja terutamanya pelajar lelaki apabila melihat
gambar motosikal dan tayar yang dilekatkan di papan putih. Pelajar juga dengan
mudah dapat mengaitkan konsep reaktan penghad, reaktan lebihan dan produk
dengan analogi tersebut apabila disoal oleh pensyarah. Namun begitu, pendekatan ini
agak memakan masa kerana pensyarah perlu menampal semua gambar komponen
motosikal pada papan putih. Selain itu, penggunaan dua papan putih melambatkan
pergerakan pensyarah. Cadangan untuk penambahbaikan seterusnya adalah
menggunakan model motosikal daripada permainan kanak-kanak untuk menjadikan

9

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

analogi ini lebih menarik dalam bentuk tiga dimensi (3D) dan mengurangkan
pergerakan pensyarah di papan putih.

Molecular Building Blocks:

Pelajar melibatkan diri secara aktif, kelihatan ceria dan berinteraksi sesama rakan
sekumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Sebahagian pelajar
menyatakan perasaan teruja mereka apabila berjaya memahami tentang struktur
molekul, persamaan kimia dan stoikiometri menerusi permainan ini kerana selama ini
hanya melihat perkara tersebut dalam bentuk tulisan di buku ataupun papan putih.
Namun begitu, aktiviti ini juga agak memakan masa di permulaannya kerana ramai
pelajar yang tidak jelas atau terlupa akan arahan permainan tersebut. Pensyarah pula
terpaksa menjelaskan arahan berulang kali dan bergerak dari satu kumpulan ke
kumpulan lain untuk menunjukkan sendiri fungsi permainan tersebut. Cadangan
penambahbaikan untuk aktiviti ini adalah setiap set Molecular Building Blocks akan
dilampirkan manual bercetak yang mengandungi maklumat penggunaan dan arahan
tugasan.

ARCT Table:

Semasa fasa pengenalan tentang teknik ini oleh pensyarah, pelajar menunjukkan
minat mereka untuk mengetahui tentang pengisian jadual dengan meneka dan
menjawab bersama-sama dengan pensyarah. Semasa sesi pembentangan pula, mereka
berjaya membentangkan tugasan penentuan jenis reaktan dengan baik menerusi
kaedah yang diperkenalkan ini. Apabila kuiz diberikan, majoriti pelajar berjaya
mengaplikasikan ARCT Table. Cadangan untuk kitar kajian seterusnya; penyelidik
akan laksanakan intervensi pada pelajar yang mempunyai prestasi akademik pada
tahap rendah daripada program kecemerlangan unit Kimia. Antara kelemahan yang
dikenal pasti adalah pelajar agak keliru semasa pengiraan Required mole. Cadangan
penambahbaikan adalah memperkenalkan penggunaan teknik “cross multiplication”.
Pelajar akan diberikan petunjuk pengiraan mol dengan anak panah silang pada ARCT
Table.

Kitar 2 (Pelajar Program Kecemerlangan C.O.C)

Motorcycle Analogy:

Pelajar kelihatan ceria dan teruja untuk mengetahui isi pelajaran apabila melihat
model motosikal mainan dan model kilang industri. Pelajar dengan mudah
memberikan respon akan perkaitan antara situasi tersebut dengan konsep jenis
reaktan penghad dan penghasilan produk dalam tindak balas kimia. Namun begitu,
penyelidik terlepas pandang akan jangka masa untuk memasang komponen tayar
motosikal pada badan kenderaan tersebut. Proses pemasangan agak mengambil masa
dan berlaku sedikit pembaziran masa di situ. Cadangan penambahbaikan seterusnya
adalah pensyarah perlu menyediakan model motosikal yang lengkap dan
disembunyikan di belakang kilang tersebut. Kaedah ini akan menjimatkan masa

10

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

memandangkan pensyarah hanya perlu membuat pemasangan motosikal secara olok-
olok sahaja di belakang kilang dan secepat mungkin menunjukkan produk motosikal
yang terhasil.

Molecular Building Blocks:

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling disukai oleh pelajar memandangkan
semua pelajar berebut-rebut dalam kumpulan masing-masing untuk mengambil
bahan dan menyelesaikan tugasan bersama-sama. Walaupun terdapat sebahagian
pelajar yang terlupa beberapa penjelasan awal oleh pensyarah, mereka masih boleh
merujuk manual penggunaan yang telah dilampirkan dalam setiap set tersebut.
Kaedah ini lebih efektif dan realistik sekiranya setiap kumpulan dibekalkan sebanyak
3 bikar kaca untuk mewakili situasi 2 bikar untuk reaktan dan 1 bikar untuk produk.
Namun begitu, disebabkan risiko radas pecah dan kekangan membawa radas makmal
ke kelas, hanya 3 bikar sahaja yang dipinjam untuk kegunaan pensyarah semasa sesi
penjelasan aktiviti ini.

ARCT Table:

Pelajar menunjukkan minat menggunakan teknik ini memandangkan masing-masing
membuat jadual dengan teliti dan kemas semasa aktiviti pembentangan dan
menjawab kuiz. Namun begitu, beberapa pelajar didapati bermasalah dalam
menentukan lebihan amaun untuk Excess reactant. Kami telah mengkaji jadual ini
dan mendapati terdapat panduan terbaharu yang boleh membantu pelajar mengatasi
masalah ini. Untuk pelajar prestasi akademik tahap rendah, mereka berhadapan
masalah ini kerana dua operasi matematik terlibat untuk menentukan lebihan reaktan
iaitu: 1) pengiraan Required mole 2) pengiraan Available mole – Required mole.
Pensyarah akan menunjukkan cara mudah dihafal untuk pengiraan lebihan reaktan
menggunakan ARCT Table iaitu; mol Baris Pertama (Available) – mol Baris Kedua
(Required).

Rubrik Pentaksiran Penggunaan Predicting Reactants Kit

Penyelidik telah merekodkan pemerhatian dan penguasaan pelajar dalam penggunaan
alat pengajaran Predicting Reactants Kit pada rubrik yang dibina. Didapati min skor
markah keseluruhan untuk Kitar 1 adalah 4.77 dan untuk Kitar 2 adalah 4.83 (Jadual
5). Merujuk kepada skala Likert, Skor 4 menunjukkan nilai Setuju manakala skor 5
menunjukkan nilai Sangat Setuju. Nilai min yang menghampiri 5 ini menunjukkan
bahawa majoriti pelajar berjaya menguasai penggunaan alat pengajaran ini
menghampiri tahap yang sangat baik.

Jadual 5

Min Skor Markah Rubrik

Kitar 1 Skor A Skor B Skor C Skor Keseluruhan
Kitar 2 4.86 4.67 4.77 4.77
4.86 4.78 4.85 4.83

11

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Kesan Penyelidikan

Pelajar

Didapati Motorcycle Analogy memberikan gambaran yang mudah buat pelajar
memahami situasi reaktan pengehad yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kaedah ARCT Table memberi panduan pengiraan kepada pelajar untuk menentukan
reaktan pengehad dengan lebih mudah dan tersusun. Molecular Building Blocks pula
memudahkan pelajar menvisualisasikan pengiraan stoikiometri yang selama ini
dipelajari dalam bentuk tulisan persamaan kimia semata-mata. selain mampu
mengaktifkan pembelajaran pelajar secara visual dan kinestetik.

Hasil daripada kajian jelas menunjukkan bahawa intervensi penambahbaikan
PdP yang dihasilkan iaitu Predicting Reactants Kit telah memberi impak yang positif
terhadap pencapaian pelajar dalam subtopik reaktan pengehad. Aktiviti yang
dilakukan lebih berpusatkan pelajar serta tidak membosankan. Motivasi pelajar untuk
belajar juga dapat ditingkatkan secara tidak langsung. Selain itu kami juga berjaya
menerapkan diri pelajar dengan beberapa elemen dalam Pembelajaran Abad Ke-21
ke dalam PdP yang dilaksanakan iaitu Kolaboratif (Tugasan berkumpulan) dan
Komunikasi (Pembentangan berkumpulan).

Pensyarah

Intervensi yang dilaksanakan membuktikan pensyarah mampu mewujudkan
suasana PdP dalam kelas yang ceria. Kajian ini dapat membudayakan pensyarah
dengan sikap berfikiran secara kreatif dan kritis dalam usaha menyelesaikan masalah
proses pengajaran dan pembelajaran. Profesionalisme pensyarah juga dapat
dipertingkatkan selain menggalakkkan perkongsian idea serta ilmu di kalangan
pensyarah melalui aktiviti sumbangsaran. Amalan pengajaran tradisional dalam kelas
yang berpusatkan guru dapat diubah kepada pengajaran yang lebih berpusatkan
pelajar selaras dengan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 dalam bilik darjah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, intervensi Predicting Reactants Kit yang dilaksanakan telah berjaya
mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam subtopik reaktan pengehad.
Objektif kajian juga telah berjaya dicapai dan dibuktikan menerusi peningkatan
pencapaian markah kuiz pelajar. Gaya pembelajaran visual dan kinestetik ternyata
dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap suatu konsep. Suasana
pembelajaran bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan dapat dibina apabila pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP di kelas. Hal ini akan mendorong
kepada peningkatan minat pelajar terhadap subjek Kimia dan seterusnya menjamin
prestasi akademik yang cemerlang dalam subjek ini.

12

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

RUJUKAN
Anna, A., Jesse S. & Cassandra, S. (2017). Using iteractive grup presentations in an

introductory biology course. The American Biology Teacher 79(6),450-454.
Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/318997621
Boujaoude, S. and H. Barakat (2000). Secondary school students’ difficulties with
stoichiometry.
School Science Review, 81(296): 91-98.
Kemmis and McTaggart (1988). Action Research for Bhutan? Scientific Figure on
Research Gate. Retrieved from: https://www.researchgate.net/The-Kemmis-
and-McTaggart
Kimberlin, S. & Yezierski, E. (2016). Effectiveness of inquiry-based lessons using
particulate level models to develop high school students’ understanding of
conceptual stoichiometry. Journal of Chemical Education. 93, 1002−1009.

13

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

KEINDAHAN PENYERLAHAN BUSANA MELAYU
DALAM MANIKAM KALBU

Mohd Haniff Mohammad Yusoff1, Nooraini Ab Latif2, Siti Irmi Din3, Zaitun Hasan4

1Universiti Utara Malaysia
2Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

3SMK Bandar Puteri Jaya, Kedah
4SK Seri Aman Bedong, Kedah

[email protected]

ABSTRAK
Makalah ini cuba mengenal pasti dan menghuraikan pemikiran yang cuba
diketengahkan oleh penulis berdasarkan novel kajian. Novel merupakan genre sastera
berbentuk prosa yang menjadi pilihan penulis untuk menyampaikan idealogi mereka.
Menerusi kajian ini, novel berjudul Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani telah
dijadikan sebagai data kajian. Oleh itu sebagai data kajian, novel ini telah dibaca
sebanyak lima kali secara menyeluruh. Pembacaan secara teliti ini penting bagi
memastikan kandungan cerita yang disampaikan dapat difahami serta dapat mengenal
pasti pemikiran penulis. Novel Manikam Kalbu dipilih sebagai data kajian atas
justifikasi pengiktirafan yang telah diberikan seperti memenangi tempat pertama
dalam Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Selain itu, novel Manikam Kalbu telah memenangi Hadiah Sastera
Perdana Malaysia 2006/2007 bagi kategori Novel Remaja. Secara jelasnya, penelitian
yang dijalankan telah menemukan penceritaan secara keseluruhannya mengangkat
tema pakaian tradisional masyarakat Melayu yang kaya dengan falsafahnya.
Kreativiti Faisal Tehrani dalam mengolah penceritaan dengan menggabungkan hasil
kajian yang mendalam terhadap pakaian tradisional masyarakat Melayu telah
menjadikan novel ini begitu menarik untuk dihadami dan diteliti, malah bermanfaat
dengan ilmu pengetahuan
Kata Kunci: Novel, Manikam Kalbu, Faisal Tehrani, Busana Melayu, Novel
Remaja, Sastera Remaja

PENGENALAN

Novel merupakan antara genre penulisan yang begitu popular dalam kalangan
pembaca memandangkan novel membawa muatan ideologi atau pemikiran penulis
yang lebih sarat berbanding cerpen yang lebih pendek jumlah patah perkataannya.

14

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Istilah ‘novel’ dipinjam daripada bahasa Inggeris yang turut dieja sebagai ‘novel’.
Walau bagaimanapun usul mula perkataan ‘novel’ ini berasal daripada bahasa Itali
iaitu novella atau novellete (S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir, 2003).

Perkembangan novel dalam kesusasteraan Melayu bermula sekitar 1920-an.
Namun, novel pertama di Malaysia sebenarnya telah muncul pada tahun 1876 dengan
ditandai novel Hikayat Panglima Nikosa oleh Ahmad Syawal bin Abdul Hamid.
Seterusnya muncul novel Kecurian Lima Million Ringgit karya Haji Muhammad bin
Muhammad Said dan novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi yang
mengemukakan latar tempat luar negara sebagai latar penceritaan. Kemunculan novel
pada peringkat awal kebanyakkannya turut dipengaruhi cerita-cerita tradisional
apabila menggunakan ‘hikayat’ sebagai judul novel.

Seterusnya, novel remaja dtakrifkan Rahman Shaari (1987) sebagai karya
yang dihasilkan untuk bacaan remaja dan mudah difahami. Perkembangan novel
remaja dikatakan bermula sekitar tahun 1950-an. Ketika ini, masyrakat mula sedar
akan kepentingan berkarya, tambahan pula sudah mula wujud Angkatan Sasterawan
50 (ASAS 50). Faktor yang turut menyumbang kepada penerbitan novel remaja ada
dekad 50-an ialah penganjuran peraduan mengarang bahan bacaan untuk golongan
remaja. Menerusi peraduan ini, muncullah novel Cincin Rahsia karya Hashim Amir
Hamzah. Novel Cincin Rahsia mengisahkan kisah detektif yang digabungjalin antara
unsur saspens dan ketegangan yang cukup mendebarkan dan menarik perhatian
golongan remaja. (Jumali Selamat, 2012)

Menerusi penelitian ini, sebuah novel remaja yang berjudul Manikam
Kalbu dijadikan sebagai data kajian untuk diperhalusi. Novel Manikam Kalbu
dikategorikan sebagai novel remaja kerana mengangkat watak utama daripada
golongan remaja. Selain itu, novel ini mengemukakan nilai-nilai murni yang boleh
dijadikan panduan kepada golongan remaja. Mohd Haniff Mohammad Yusoff
(2014) merumuskan nilai-nilai positif yang terdapat dalam diri watak utama iaitu
Ziryab dan Manikam Kalbu dalam memartabatkan busana Melayu boleh dijadikan
inspirasi kepada golongan remaja untuk menghargai sejarah dan budaya yang kita
miliki.

Sorotan Kajian Karya-karya Faisal Tehrani

Penelitian dan kajian terhadap teks-teks karangan Faisal Tehrani bukanlah sesuatu
yang asing lagi. Telah banyak penelitian yang telah dijalankan oleh para sarjana
dalam menemukan kekuatan, keistimewaan dan kelebihan yang terkandung dalam
tulisan-tulisan Faisal Tehrani. Kajian Rosma Derak (2007) telah menjadikan
novel 1515, 1511 H Kombat dan Surat-surat Perempuan Melayu Johor sebagai
data kajian tesis sarjananya. Pengkaji menggunakan kaedah Deconstructing
Historiography terhadap ketiga-tiga buah novel kajiannya dan mendapati telah

15

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

menemui persamaan yang jelas dalam ketiga-tiga novel tersebut iaitu penulisan
semula sejarah iaitu penentangan daripada golongan subaltern atau golongan yang
dijajah. Selain itu, kajian ini mengemukakan dapatan bahawa golongan subaltern
mempunyai hak untuk bersuara menentang penjajah.

Misran Rokiman (2009) pula menerusi kajiannya yang bertajuk
“Pembangunan Tamadun Islam akan Berulang? Meneliti Novel Remaja 1511 H
Kombat Karya Faisal Tehrani” membincangkan sebuah novel remaja berjudul
1511H Kombat karya Faisal Tehrani seorang penulis muda yang prolifik di negara
ini. Karya- karya Faisal Tehrani banyak menyentuh tentang pentingnya kesedaran
beragama oleh anak-anak muda sebagai asas kekuatan jati diri. Sebagai landasan
menganalisis novel ini teori perulangan sejarah yang dikemukakan oleh Ibn
Khaldun lebih 600 tahun digunakan. Teori ini menjelaskan, dalam pembangunan
tamadun sesebuah negara-bangsa akan mengalami jatuh bangun secara berulang-
ulang akibat berlaku berbagai-bagai konflik. Bagi mengekalkan sesebuah
tamadun bangsa itu agar tidak jatuh, Ibn Khaldun menyarankan supaya setiap
bangsa memiliki semangat kekitaan yang teguh yang berlandaskan sifat berhemah
tinggi, taat dalam melaksanakan kewajipan, menyanjung tinggi syariat agama dan
adil mengurus dan mengambil berat. Kaedah penelitian yang digunakan ialah
teknik bacaan rapi dan seterusnya menganalisis isi novel tersebut dengan
mengaplikasikan empat ciri semangat kekitaan ke atas watak dan perwatakan,
watak utamanya. Hasil analisis diharapkan boleh menjadi panduan kepada orang
Melayu yang telah mengalami rentetan kejatuhan bermula zaman kesultanan
Melaka, kemudian ditakluk di bawah penjajah silih berganti selama lebih 400
tahun dan setelah itu bangkit semula apabila negara mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957. Pengkaji cuba melihat keadaan semasa dengan semangat kekitaan
yang cuba diterapkan oleh penulis dalam novel 1511 H Kombat.

Seterusnya, Rosma Derak (2014) meneruskan kajiannya dengan
menggunakan data yang sama iaitu novel 1515 dalam kajian yang berjudul
“Mendekonstruksi Sejarah dalam Novel 1515: Satu Penulisan Semula daripada
Perspektif Golongan Sulbaltern”. Kajian ini telah menggunakan kaedah
Deconstructing Historiography yang diperkenalkan Ranajit Guha bagi penulisan
semula sejarah dari perspektif yang baharu. Dapatan kajain ini menunjukkan
berlakunya penulisan semula sejarah dan mengangkat golongan sulbaltern dalam
penentangan penjajah. Menerusi novel 1515, Faisal Tehrani menulis semula sejarah
kejatuhan Melaka pada tahun 1515 dengan mengubah kemenangan kepada Melaka
yang berjaya menawan Portugis pada tahun 1515.

Melalui novel Surat-surat Perempuan Melayu Johor dalam kajian Rosma
Derak dan Asmiaty Amat (2016), pengkaji mengkaji perjuangan wanita sebagai wakil
bagi golongan yang dijajah ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan
Ibrahim di negeri Johor. Pengkaji telah menjalankan kajian dengan menganalisis
kandungan novel Surat-surat Perempuan Melayu Johor untuk meneliti sejarah negeri

16

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Johor yang dinafikan oleh penjajah Inggeris ketika di bawah pemerintahan Sultan
Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji
mendapati negeri Johor pernah melaksanakan pemerintahan berteraskan Islam suatu
ketika dahulu dan majalah Akhram Johor telah dijadikan panduan. Walau
bagaimanapun, pihak Inggeris telah mencampuri urusan pemerintahan sultan dengan
melaksanakan undang-undang sekular Inggeris secara paksaan.

Menerusi penelitian ini pula, pengkaji memfokuskan aspek busana
tradisional Melayu yang cuba diketengahkan Faisal Tehrani menerusi novel
Manikam Kalbu.

Sipnopsis Novel Manikam Kalbu

Ziryab merupakan seorang remaja lelaki yang cekal dalam memperjuangkan busana
Melayu.Biarpun mengambil kursus Ekonomi Rumah Tangga, Ziryab tidak menyesal
biarpun rata-rata pelajarnya ialah perempuan. Ziryab merupakan anak yatim piatu
yang tinggal bersama neneknya, namun semakin hari kesihatan neneknya semakin
merosot. Ziryab telah diambil sebagai anak angkat oleh Dr. Basri dan Dr. Faizah.

Selain pandai menjahit, Ziryab juga pandai dalam tulisan khat sehinggalah
satu tugasan Ziryab yang mempunyai tulisan khat telah menjadikannya suspek dalam
kes Cikgu Natasya. Cikgu Natasya telah menerima SMS lucah dan kad hari guru yang
bertulisan khat tanpa nama pengirim yang isinya seperti ingin meraih cinta Cikgu
Natasya. Namun segalanya merupakan perancangan Ahdaf dan Nur Haliza. Nur
Haliza yang berasa bersalah telah menjernihkan keadaan. Ziryab yang dipilih untuk
menyertai pertandingan fesyen di peringkat antarabangsa telah cuba mengetengahkan
busana Melayu dan dengan tunjuk ajar Pak Ated, Ziryab telah belajar membuat destar
dan dengan yakin mempersembahkannya di hadapan juri. Kejayaan Ziryab dalam
pertandingan ini telah membawanya ke luar negara atas tiket biasiswa mempelajari
fesyen.

Kisah yang kedua pula menamakan Manikam Kalbu sebagai watak utama.
Manikam Kalbu telah menyertai pertandingan busana Melayu yang dianjurkan oleh
Sultan Muhammad Syah dan ternyata rakyat jelata secara majoritinya memilih rekaan
Manikam Kalbu yang menepati ciri kemelayuan yang dicari. Kemenangan Manikam
Kalbu telah membawanya ke beberapa buah negeri yang terlebih dahulu datangnya
Islam untuk pengajian busana Melayunya yang ditaja oleh baginda Sultan.

Ketika dalam pengajian bersama Pak Ated di Palembang, Tun Matin telah
datang mencari Manikam Kalbu membawa berita duka. Ibu yang disayangi telah
menghadap Ilahi.Manikam Kalbu pun pulang ke Melaka, dan beberapa purnama
kemudian, baginda Sultan telah mempelawa Manikam Kalbu untuk bersama-sama
rombongan berangkat ke negeri China. Semasa di China, Manikam Kalbu telah
diperkenalkan sebagai jurubusana dan Maharaja China telah memberi beberapa teka-
teki yang harus dijawab oleh jurubusana Melaka. Ganjarannya ialah Melaka akan
selamat di bawah lindungan China daripada serangan Siam. Setelah diberi beberapa
hari tempoh masa untuk berfikir, akhirnya Manikam Kalbu berjaya menjawab soalan
yang diajukan atas kebijaksanaannya.

17

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Analisis Pemikiran: Penyerlahan Keindahan Busana Melayu dalam Manikam
Kalbu

Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya turut melahirkan kebudayaan dari segi
pakaian tradisional. Sosiobudaya Melayu itu juga diungkapkan melalui pemakaian
masyarakat Melayu yang penuh dengan falsafahnya. Dalam masyarakat Melayu,
busana tradisional seperti baju Melayu, baju kurung dan baju kebaya masih kekal
menjadi pilihan untuk diperagakan pada hari perayaan dan majlis-majlis keraian.

Menurut Hasma Ahmad Rafeah Legino dan Norizan Sajar (2007), busana
tradisional Melayu mempunyai sifatnya yang tersendiri iaitu labuh dan pakaian yang
labuh ini mencerminkan kehalusan dalam budaya Melayu, pakaian yang indah dan
santun. Berikut merupakan pendapat Siti Zainon Ismail (2006) mengenai busana
Melayu yang menggambarkan identiti Melayu.

"Pakaian adalah aspek budaya yang membuktikan kewibawaan adat
istiadat wilayah budaya Melayu. Pakaian cara Melayu yang pertama
kali disebut pada abad ke-16 adalah kesinambungan pola asas yang
berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman
keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak
berkembang di istana Kerajaan Melayu Melaka pada zaman
keagungannya di Kepulauan Melayu.Pemakaiannya tidak
berkembang di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sahaja,
malah ke Brunei dan Sulawesi. Walaupun di sana sini ada unsur luar
yang digunakan tetapi ia digabungkan secara harmoni. Di sinilah
ditemui persamaan ciri rekabentuk pakaian wilayah budaya Melayu
seperti baju kurung Palembang, baju kurung Melayu-Brunei dan baju
panjang Minangkabau yang umumnya dikenali sebagai baju teluk
belanga. Keistimewaan konsep pakaian cara Melayu dibuktikan
dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional Melayu yang
diterima sebagai salah satu identiti budaya Melayu " (Siti Zainon
Ismail, 2006: 15)

Jelasnya, pakaian tradisional Melayu itu tetap diterima di seluruk pelusuk
Nusantara dan secara tidak langsung menggambarkan betapa kukuhnya nilai Melayu
yang dipelihara zaman-berzaman. Menerusi novel Manikam Kalbu, novel ini hadir
dengan tema yang menarik untuk diketengahkan iaitu mengangkat keindahan busana
Melayu yang bercitrakan ajaran Islam.

Busana Melayu Bercitra Islam

Melalui novel Manikam Kalbu, Sultan Muhammad Syah telah bermimpi akan
anakandanya iaitu Puteri Kecil Cempaka Lana yang berpakaian mencolok mata.
Puteri Kecil Cempaka Lana berkebaya pendek ketat dan digandingkan bersama skirt
pendek berbelah yang diperbuat daripada fabrik sifon.

18

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Nyatalah ini mimpi ngeri buat Sultan Muhammad Syah yang
istiqamah untuk menegakkan tiang-tiang Islam di negeri
Melaka.Dalam igau baginda, pakaian Puteri Kecil Cempaka Lana itu
berkebaya renda dengan jahitan kemas fabrik polos di bahagian
hadapan dan di hujung lengan. Kebaya pendek ketat itu diganding
dengan skirt pendek berbelah daripada fabrik sifon. Ketika tidur itu
terpancutlah dari mulut baginda perkataan ‘busana’. Apabila baginda
terjaga, geram baginda tidak sudah. Tahulah baginda bahawa ada
kuasa rahsia mendesak baginda untuk menyelamatkan orang
Melayu. (hlm. 18-19)

Keresahan Sultan Muhammad Syah bukan sekadar terhadap anakandanya
tetapi menjangkau bangsanya pada masa akan datang. Sultan Muhammad
Syah telah berjumpa dengan Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim untuk meminta
pandangannya memandangkan Sultan Muhammad Syah bakal menganjurkan
pertandingan mengubah busana Melayu. Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim telah
mencadangkan lima syarat yang boleh dijadikan panduan.

“Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka
aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah
berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-
dedah. Barang siapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya
tiada beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.”
(hlm. 45)

“Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis. Apabila
berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis. Apabila
memakai baju yang terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang.
Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata, tanda dirinya
dalam nista.” (hlm. 45)

“Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia berpotongan
yang ketat. Tiada boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di
tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang
binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya
sakit. Ingatlah Anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat
pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh pakaian
sempit memang dijauh.” (hlm. 45)

“Pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka
tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu.Apabila memakai
tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai elok menurut
adat kelak tika membawa mudarat. Ingatlah, jika memakai elok
menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.” (hlm. 46)

“Syarat yang kelima busana Melayu itu dilarang sekalai memandai-

19

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

mandai. Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib
tersingkap malu terburai.” (hlm. 46)

Berdasarkan syarat-syarat yang dicadangkan, ajaran Islam dijadikan panduan
untuk menghasilkan busana Melayu. Allah S.W.T telah mewajibkan seluruh umat
Islam untuk menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin
(2004), hikmah menutup aurat ini ialah menjaga kehormatan manusia dan menyekat
pergaulan bebas. Faisal Tehrani turut menyentuh tentang aurat dalam novel ini.
Melalui novel ini, Manikam Kalbu telah bertemu dengan Imam Mai Umaiyyah dan
memohon penerangan mengenai aurat. Peristiwa ini digambarkan berdasarkan
petikan berikut;

“Adapun aurat itu berasal dari kata aar yang maknanya suatu yang
cela, aib, dikeji dan patut diselindung. Jika dari segi kata yang
dipakai, aurat itu bermakna bahagian anggota badan yang wajib
dilindungi ketika dalam solat, baik untuk lelaki mahupun perempuan.
Adapun saudaraku, Adinda Manikam Kalbu, terdapat hadis dari at-
Tabrani yang berbunyi: Sesiapa yang menutup aurat seseorang
Islam, seolah-olah dia telah menghidupkan orang yang telah mati.
Nah, inilah kerja adinda sebagai jurubusana, ingatlah hadis ini saat
melindungkan aurat orang itu, nescaya adinda beroleh sawab yang
besar.” (hlm. 181)

Jelasnya, pengaruh Islam turut menjadi elemen penting dalam membentuk
sosiobudaya Melayu. Prof. Sidek Baba (2009) menyatakan Islam sebagai agama
alamiah atau sejagat yang memiliki kualiti dalam menyerasikan diri dan kriteria-
kriteria budaya setempat yang fitrah dan tidak bercanggah dengan syarak.

Falsafah di Sebalik Busana Melayu

Busana Melayu sebenarnya mempunyai falsafah yang tersendiri. Istimewanya busana
Melayu ini ialah setiap ciptaan dan rekaan membawa maksud yang tersendiri. Melalui
novel ini, Manikam Kalbu telah memperincikan falsafah yang terdapat di sebalik baju
yang diciptakannya ketika mempersembahkan rekaannya di hadapan Sultan
Muhammad Syah seperti yang diungkapkan dalam petikan berikut;

“Tuanku, pacal namakan busana pertama ini baju kurung. Boleh
sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan
sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana
pertama, busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian Melayu ini
haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan
pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.
Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat. Manusia Melayu
itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri,
menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus
dipakai bersama, tahu cara memakainya dan wajib pula tahu apa

20

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

makna dan tujuan mengenakannya. Pacal mengimpikan sejenis
busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung
dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-
kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju
kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong.” (hlm. 126)

“Ampun tuanku, beribu ampun. Pacal membayangkan rumah butang
yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu
mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat lima
waktu justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah
ketiganya itu mengingatkan kepada puasa Ramadan dan yang
keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan
yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik
haji.” (hlm. 127)

Berdasarkan petikan di atas, Manikam Kalbu telah mempersembahkan
rekaan buasananya di hadapan Sultan Muhammad Syah, lantas menjelaskan
justifikasi rekaanya. Rekaan Manikam Kalbu secara jelasnya berpandukan pakaian
yang dituntut dalam Islam sama ada untuk lelaki mahupun perempuan. Selain tu,
falsafah-falsafah yang dihubungkaitkan dengan rekaan Manikam Kalbu turut
mengingatkan si pemakai tentang tuntutan, mahupun ajaran Islam. Yasmin Siddik
(2007) menyifatkan baju kurung teluk belanga mudah memikat kebanyakkan wanita
Melayu. Si pemakainya akan kelihatan lebih sopan dan mencerminkan kesopanan dan
kesantunan wanita Melayu yang bersesuaian dengan peraturan berpakaian menurut
agama Islam.

Selain baju kurung, Manikam Kalbu turut menyerlahkan keistimewaan destar
yang dipakai di kepala. Destar turut membawa falsafahnya yang tersendiri yang
menjadi pegangan pemakainya.

“Untuk destar dendam tak sudah yang hadir dengan lima lipatan, ia
bermaksud lima rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadah,
solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, mengeluarkan zakat
dan mengerjakan fardu haji. Lima lipatan itu juga merujuk kepada
lima waktu solat. Dengan semangat itu, si pemakainya sentiasa
terpelihara dan mengingati solat yang merupakan kewajipan untuk
setiap orang Islam.” (Faisal Tehrani, hlm. 351)

Penulis menjelmakan falsafah rukun Islam melalui pembuatan destar. Lima
lipatan yang berkaitan dengan destar dendam tak sudah membawa pengertian
lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu,
berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan fadu haji
bagi yang berkemampuan. Penciptaan busana Melayu tradisional yang
bergantung kepada ajaran Islam menggambarkan sosiobudaya Melayu itu
begitu dekat dengan ajaran Islam, malah memperlihatkan ketelitian dalam
pembuatan rekaan busana tradisional Melayu.

21

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Pakaian Cerminan Masyarakat

Pakaian bukan sekadar menjadi identiti setiap bangsa tetapi juga secara tersiratnya
menggambarkan keseluruhan masyarakat tersebut. Melalui novel Manikam Kalbu,
penulis turut menyentuh tentang ikutan masyarakat zaman kini dalam berpakaian dan
berfesyen.

“Bila saya katakana tajdid pada busana, ini bermakna awak kena
kembali kepada busana Melayu yang dasar. Dasar busana Melayu itu
selain punya falsafah dan konsep tertentu, kaya dengan nilai adat dan
serta adab dan menampung makna agama kita. Bukan main pakai
sahaja. Busana Melayu bukan main sarung sahaja. Kreatif bukan
lesen untuk semberono menggabungkan kebaya dan seluar jeans
misalnya, kemudian mengenakan mini telekung. Ini kesesatan.
Tajdid ialah usaha untuk kembali kepada yang asal, dan asal kita
ialah agama dan adab. Kita kan orang Melayu, mana santunnya kalau
gadis Melayu berseluar jeans ketat, carik di lutut, bercoreng tulisan
di punggung dan kemudian dipadan kebaya? Ini kreatif songsang dan
berniat jahat ke atas budaya Melayu.” (hlm. 53)

Penulis secara tidak langsung mengkritik masyarakat masa kini terutama
remaja yang semakin tidak cakna dalam perihal pemakaian. Selain itu, golongan
remaja lebih gemar memperagakan pakaian barat daripada pakaian tradisi sendiri
yang telah lama diwarisi dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Penulis
memperingati pembaca melalui dialog yang diciptakan dalam novel seperti berikut;

“Awak harus ingat yang pakaian itu bukan sahaja berhubung kait
dengan hukum halal haram sahaja bagi pemakainya, tetapi kita dapat
menilai, menilai, mengkaji dan mengenali imej atau gambaran
masyarakat yang mengamalkan sesuatu pakaian itu.” (hlm. 63)

Penulis secara jelas menyatakan bahawa pakaian bukan sekadar
memenuhi peraturan pemakaian dari perspektif agama mahupun budaya,
tetapi menjangkaui gambaran terhadap keseluruhan masyarakat. Cara
berpakaian secara tidak langsung memberi gambaran keperibadian dan
ketamadunan sesuatu bangsa, mahupun masyarakat.

KESIMPULAN

Alur cerita novel Manikam Kalbu digarap dengan baik oleh penulisnya dengan
membawa para pembaca ke dalam dua zaman yang berbeza untuk mengetengahkan
dua anak muda yang begitu gigih memartabatkan busana Melayu. Tema sebegini
sebenarnya mampu membijakkan pembaca dan membawa pembaca keluar daripada
ruang lingkup tema yang klise. Busana Melayu diungkapkan tidak terserlah
keindahan pada material semata-mata, sebaliknya terdapat falsafah yang tersirat di
sebalik pembuatan busana Melayu. Jumali Selamat (2012) berpandangan, setiap

22

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

aspek atau persoalan yang terungkap dalam novel-novel remaja yang dihasilkan
mempunyai kepentingan dan mesejnya tersendiri sebagaimana yang diinginkan oleh
pengarangnya yang cukup sensitif terhadap pergolakan dalam masyarakat dan alam
di sekelilingnya. Melalui novel Manikam Kalbu, secara jelasnya penulis
menyerlahkan keindahan busana tradisional Melayu dari segi penciptaannya. Penulis
secara tidak langsung mengetengahkan kearifan orang Melayu dalam menghasilkan
busana tradisional yang berlandaskan ajaran Islam, sekali gus mengangkat
ketamadunan bangsa.

RUJUKAN

Faisal Tehrani. (2009). Manikam Kalbu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasma Ahmad, Rafeah Legino & Norizan Sajar. (2007). Reka bentuk dan pola baju
kurung di Malaysia. (Laporan penyelidikan), Universiti Teknologi Mara.

Jumali Selamat. (2012). Sejarah perkembangan novel remaja di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Misran Rokimin. (2009). Pembangunan tamadun Islam akan berulang? ; Meneliti
novel remaja 1511 H [Kombat] karya Faisal Tehrani. Journal of Southeast
Asia Social Sciences and Humanities, 75 (1)

Mohd Haniff Mohammad Yusoff. (2014). Penyerlahan kematangan remaja dalam
Manikam Kalbu. Jendela Utara. 18-20.

Rahman Shaari. (1997, September). Sastera remaja dalam pendidikan. Dewan
Sastera. 12-15.

Rosma Derak. (2007). Penulisan sejarah dalam novel terpilih Faisal Tehrani: Satu
kajian sulbaltern. Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia.

Rosma Derak. (2014). Mendekonstruksi sejarah dalam novel 1515: Satu penulisan
semula daripada perspektif golongan subaltern. MANU Jurnal Pusat
Penataran Ilmu dan Bahasa, 21, 125-147.

Rosma Derak & Asmiaty Amat. (2016). Perjuangan wanita dalam novel Surat-surat
Perempuan Johor. Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa MANU, 24,91-
109.

S. Othman Kelantan & Abdullah Tahir. (2003). Sejarah kesusasteraan Melayu
moden: Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidek Baba. (2009). Acuan minda. Shah Alam. Alaf 21.

23

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Siti Zainon Ismail. (2006). Pakaian cara Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Melaysia.

Yasmin Siddik. (2007). Sopan dan anggun gaya pengantin bertudung. Kuala lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

24

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

APLIKASI SUNTINGAN VIDEO: IMPAK TERHADAP
ELEMEN-ELEMEN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PELAJAR
MATRIKULASI

Norizal binti Abdul Karim @ Sab

Kolej Matrikulasi Pahang, KPM

[email protected]

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat impak elemen-elemen Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
terhadap pelajar dengan penggunaan aplikasi suntingan ketika menghasilkan video
dokumentari bagi tugasan portfolio. Kajian ini melibatkan 117 orang pelajar jurusan
sains sesi 2019/2020. Selain itu, kajian ini meninjau penggunaan aplikasi suntingan
video dalam kalangan pelajar yang bukan berlatar belakangkan PdP subjek Teknologi
Maklumat (TM) tetapi dapat memanfaat TM sebagai hasil pembelajaran seperti yang
terkandung dalam Hasil Pembelajaran Kursus (CLO 1) Pengajian Am Matrikulasi
(PAM). Matlamat CLO 1 iaitu pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan dan yakin. Komunikasi yang berkesan
membolehkan idea dan maklumat dapat disampaikan dengan sempurna ini dapat
dibuktikan melalui penghasilan suntingan video oleh pelajar. Antara aplikasi yang
digunakan untuk suntingan video adalah seperti Adobe Premiere Clip, Filmora Go,
Movie Make Filmmaker, Magisto Video Editor dan Kine Master. Penggunaan
aplikasi suntingan video secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada pelajar
kerana merupakan usaha yang berterusan untuk memperoleh dan pemindahan
pengetahuan, nilai murni dan kemahiran yang membawa kepada Pembelajaran
Sepanjang Hayat.

Kata Kunci: Aplikasi Suntingan, Pengurusan Maklumat dan Komunikasi,
Pembelajaran Sepanjang Hayat, video dokumentari serta portfolio.

PENGENALAN

Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi
gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian, (Teacher Education Division,
Ministry of Education Malaysia, March 1997 ‘PETEP’; Profiling Portfoplios For
The Teaching Practim, Kuala Lumpur). Penghasilan portfolio merupakan salah satu
kaedah pentaksiran kerja kursus bagi menterjemahkan kemahiran pengurusan
maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Antara ciri-ciri penting dalam sebuah
portfolio ialah merupakan satu bentuk dokumentasi berstruktur; penyediaannya

25

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian teliti; dijalankan secara
kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan dapatan yang
diperoleh selain memerlukan pencarian fakta dan maklumat yang tepat.

Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi menyaksikan dunia
pendidikan beranjak ke satu dimensi baharu apabila berkemampuan memberi
kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat sama ada berbentuk teks, grafik,
audio atau video. Oleh itu, penghasilan video dokumentari merupakan satu
pendekatan pendidikan yang difikirkan sesuai diaplikasi seiring dengan
perkembangan era teknologi masa kini. Video merupakan salah satu elemen dalam
multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat
berbentuk gambar yang bergerak. Video ditakrifkan sebagai media yang
mempersembahkan audio dan grafik secara serentak (Shephard, 2003). Menurut
Brown J.W., Lewis R.B, Harcleroad F.F, (1985) menegaskan bahawa gambar
bergerak (video) adalah merupakan bahan pengajaran yang mempunyai kekuatan
yang tinggi berbanding dengan bahan-bahan bantu yang lain.

Dokumentari pula adalah berasal daripada perkataan ‘document’ bermaksud
mengajar. Dokumentari bermaksud suatu pembelajaran, teguran dan amaran (Oxford,
2000). Menurut Daud Montak Zakaria (Pengarah Studio UKM), video dokumentari
merujuk kepada rakaman bersifat non-fleksi yang berperanan dalam memaparkan
realiti kehidupan melalui rakaman bagi membolehkan ia ditonton, difahami dan
dinikmati merentas masa dan ruang, memaparkan kepada penonton sesuatu topik atau
isu yang menyajikan informasi penceritaan visual. Walau bagaimanapun,
dokumentari juga sebenarnya seperti filem atau video careka yang boleh dihasilkan
dengan pelbagai bentuk dan pendekatan artistiknya. Kreativiti dalam penghasilan
video dokumentari tidak semestinya menonjolkan realiti atau fakta sahaja tetapi
pengarah video boleh mengolah dan menganalisis realiti kepada maksud yang lebih
umum. Oleh itu, penghasilan video dokumentari dapat menemukan elemen-elemen
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH).

TINJAUAN LITERATUR

Limitasi terhadap tinjauan literatur dalam kajian ini hanyalah melibatkan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Peningkatan mutu pendidikan di sekolah merupakan suatu tuntutan. Salah satu aspek
peningkatan dalam meningkatkan mutu bidang pembelajaran dengan menggunakan
media pembelajaran dan juga evaluasi pendidikan menurut Mohamad Yazid Dosen
(2012).

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kini, menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menjadi salah satu
mercu tanda aras masyarakat moden. Banyak negara mengganggap memahami TMK
dan menguasai kemahiran asas dan konsep TMK sebagai sebahagian daripada teras

26

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

pendidikan, di samping membaca, menulis dan mengira. Bidang TMK memberi
impak kepada peningkatan teknologi dan inovasi dalam sistem pendidikan secara
amnya. TMK dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin dalam mencapai
proses pengajaran dan pembelajaran yang unggul (Surif, Ibrahim, & Abu Hassan,
2012).

Menurut laporan McKinsey (2010) terdapat 87% graduan mahukan lebih
banyak nasihat kerjaya dan 63% alumni berharap dapat meningkatkan komunikasi
mereka. Hal ini bermakna elemen komunikasi belum dikuasai sepenuhnya oleh
graduan sementelah di peringkat Pra Universiti seperti program matrikulasi. Proses
pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang menggunakan pendekatan
pembelajaran berasaskan Projek berteraskan TMK telah menunjukkan kesan yang
lebih postif kepada pencapaian pelajar berbanding dengan kaedah konvensional.
Dapatan kajian ini selari dengan dapatan yang menyatakan bahawa pembelajaran
berasaskan TMK mampu meningkatkan motivasi pelajar dan tumpuan terhadap
aktiviti PdP (Lam, Cheng, & Ma, 2009).

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Pembelajaran sepanjang hayat ialah pembelajaran yang berterusan sejak dari lahir
sehingga ke liang lahad sama ada secara formal atau tidak formal, sedar atau tidak,
secara berkumpulan atau individu. Perkara yang baru dan berbeza dihadapi setiap hari
dan ia selalunya memerlukan proses pembelajaran untuk menghadapinya. (Michael
dan Diane, 2008). Perubahan pengetahuan berasaskan ekonomi secara global, kualiti
adalah perkara paling berharga dalam menghadapi era globalisasi. Pembelajaran
sepanjang hayat (PSH), merupakan satu pendemokrasian pendididkan yang
merangkumi program, pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama
ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat
kerja (Wahid Razzaly, et.al., 2007).

Pembelajaran sepanjang hayat itu merupakan satu proses pendidikan yang
berterusan bagi setiap individu mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran
selepas tamat sistem persekolahan sebenar yang boleh jadi secara sepenuh masa atau
secara sambilan dan juga mengandungi pelajaran berbentuk vokasional atau bukan
vokasianal (Jarvis, 1995).

OBJEKTIF

Terdapat dua objektif utama yang ingin dicapai menerusi kajian ini iaitu:
i) Mengetahui jenis-jenis aplikasi suntingan yang digunakan oleh pelajar dalam

menghasilkan video dokumentari.
ii) Elemen-elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan perkaitannya dengan CLO
Pengajian Am Matrikulasi

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif secara teknik temu bual dan

27

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

pemerhatian dalam kalangan pelajar matrikulasi. Kajian ini juga disokong oleh
instrumen soal selidik Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang melibatkan 117 orang
pelajar dari 6 buah kelas tutoran dan melibatkan 27 buah kumpulan kerana
penghasilan video dokumentari dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripad 3 orang
sehingga 5 orang pelajar.

DAPATAN KAJIAN

Penghasilan video dokumentari yang berinformasi, menarik dan berinovasi dapat
dilihat melalui penyuntingan. Proses penyuntingan melibatkan perisian yang
mengandungi adunan video (daripada pelbagai sumber), gambar foto dan audio
(suara, muzik dan kesan bunyi). Berdasarkan temu bual bersama pelajar mendapati
aplikasi suntingan yang telah dipilih oleh pelajar seperti berikut:

Jadual 1

Jenis-jenis Aplikasi Suntingan

TUTORAN KUMPULAN JENIS-JENIS APLIKASI
4M2S16 KUMPULAN 1 VIDEO MAKER
2M3S10 KUMPULAN 2 VIVA VIDEO
10M1S44 KUMPULAN 3 iMOVIE
KUMPULAN 4 INSHOT
2M2S10
KUMPULAN 1 VIVA VIDEO & KINEMASTER
9M1S40 KUMPULAN 2 POWER DIRECTOR & INSHOT
KUMPULAN 3 FILMORA GO
KUMPULAN 4
FILMORA GO
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2 FILMORA GO
KUMPULAN 3 FILMORA GO
KUMPULAN 4 FILMORA GO
KUMPULAN 5 FILMORA GO
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2 FILMORA GO
KUMPULAN 3 VIDEO SHOP
KUMPULAN 4 KINEMASTER
KUMPULAN 5 KINEMASTER
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2 iMOVIE
FILMORA GO
KUMPULAN 3 MOVIE MAKER&KINEMASTER
iMOVIE,KINEMASTER&VIVA
KUMPULAN 4 VIDEO
KINEMASTER,VIDEO MAKER
&VIVA VIDEO
FILMORA GO,MOVIE MAKER

28

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

KUMPULAN 5 iMOVIE, SPLICE, IMPACT

2M3S08 KUMPULAN 1 FILMORA 9
KUMPULAN 2 KINEMASTER
KUMPULAN 3 FILMORA 9
KUMPULAN 4 FILMORA GO

Jadual 1 di atas menunjukkan aplikasi-aplikasi suntingan yang digunakan
oleh pelajar bagi menghasilkan video dokumentari. Terdapat 11 jenis aplikasi
suntingan yang digunakan oleh pelajar iaitu Video Maker (7.4%), Viva Video
(14.8%), iMovie (14.8%), inShot (7.4%), KineMaster (25.9%), Power Director
(3.7%), Filmora Go (37%), Video Shop (3.7%), Splice (3.7%), Impact (3.7%) dan
Filmora 9 (7.4%). Penggunaan aplikasi-aplikasi suntingan ini menunjukkan
kesediaan pelajar untuk belajar dan meningkatkan tahap penguasaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi(TMK) serta dapat menerapkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH).

Jadual 2

Elemen-elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) dan perkaitannya dengan CLO Pengajian Am Matrikulasi

Min Pernyataan Item Sisihan

Piawai

3.53 Kemahiran Pengurusan Maklumat .540

LL1 KIM Kebolehan untuk mencari maklumat yang relevan

daripada pelbagai sumber

LL1 KIM Kebolehan untuk menguruskan maklumat yang

relevan daripada pelbagai sumber

3.39 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat .408

LL2 KIM Kebolehan untuk menerima idea baru

LL2 KIM Berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi

Pelajar mampu berkomunikasi dengan yakin

Pelajar mampu berkomunikasi dengan berkesan

Pelajar seorang yang patriotic

Pelajar seorang yang mampu mendokong wawasan negara.

Pelajar memiliki berpengetahuan dalam perkembangan isu-

isu semasa.

3.31 Kemahiran Komunikasi .386

CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan terang

secara lisan

CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan berkesan

secara lisan

CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan penuh

keyakinan secara lisan

CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan terang

secara bertulis

CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan berkesan

secara bertulis

CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan penuh

keyakinan secara bertulis

CS2 KIM Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar

29

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

yang aktif
CS2 KIM Kebolehan mengamalkan kemahiran memberikan
maklum balas
CS3 KIM Kebolehan untuk membuat pembentangan secara
jelas dengan penuh keyakinan
CS3 KIM Kebolehan untuk membuat pembentangan secara
jelas bersesuaian dengan tahap pendengar

Jadual 2 di atas menunjukkan hasil instrumen soal selidik dan didapati tahap
penguasaan kemahiran Pengurusan Maklumat (min =3.53, SP=.540), kemahiran PSH
(min=3.39, SP=.408) dan kemahiran komunikasi (min=3.31, SP=.386).

PERBINCANGAN

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Elemen Merentas Kurikulum
atau (EMK) merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen
ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan
yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Sehubungan itu, terdapat banyak peranan atau fungsi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) ini sebagai satu unsur penerapan Elemen Merentas Kurikulum
(EMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam menghasilkan video dokumentari melalui aplikasi suntingan sudah
pasti elemen-elemen TMK serta PSH dapat diterjemahkan kerana pelajar akan
menghasilkan video dokumentari yang melibatkan pelajar-pelajar:
i) Mengetahui asas-asas suntingan
ii) Berfikir aras tinggi
iii) Berketrampilan dan berkeyakinan
iv) Kreativiti
v) Memberi idea
vi) Mewujudkan kerjasama

Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara individu atau
kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalu rigid. Pelajar hendaklah
diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi
dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru. Guru pula akan
menyokong dan memantau sepanjang proses penghasilan video dokumentasi
tersebut.

KESIMPULAN

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO1) sangat jelas ingin menghasilkan pelajar yang
berupaya mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan manakala
Objektif Pendidikan Program (PEO 4) pula ingin menghasilkan pelajar yang
berkebolehan mengamalkan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan penuh komitmen
bagi pemerolehan ilmu dan kemahiran baru. Pelajar merupakan rakan kongsi yang
berpotensi dalam pembelajaran yang melibatkan pelajar dengan kemahiran teknologi
maklumat sebenarnya melatih mereka bertanggung jawab, berkeyakinan dan
menjadikan mereka warga negara yang kreatif dan inovatif.

30

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

RUJUKAN
Asmawati Mohamad Ali, Norizal Abdul Karim@SAB, Anita Mohamed&Noraihan

Ismail.(2018). Aplikasi Gaya Pengajaran dan Pembelajaran Aktif dalam
Subjek Kemahiran Dinamika bagi Merealisasikan Pendidikan Abad ke-21.
Sains Humanika (10:3-) 47-55
Faridah Salam, Ramlah Mailok & Norhasbiah Ubaidullah. (2015). Perubahan
Pencapaian Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui
Pembelajaran Berasaskan Projek dengan Scaffolding. Jurnal Pendidikan
Malaysia 40 (1). 29-41
Garis Panduan Umum Pengendalian dan Pelaksanaan Kerja Kursus Pengajian Am
Matrikulasi edisi I, 2018.
Hassan, J., & Abdul Rahman, F.R. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Jamalludin Harun & Dr Zaidatun Harun Tasir. (2003). Multimedia Dalam
Pendididkan. PTS Publication.
Md Rais., A.R., Abd Hadi, N.A.,& A. S. (2015). Kompentasi Guru Terhadap Aplikasi
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. 7th International Seminar on Regional Education (pp. 79-89),
Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia
Shafini Mohamad Ali & Nuru Mazlia Musa. Persepsi Pelajar Terhadap Pembangunan
Aplikasi Digital Multimedia Learning (Digital MultiLearn) dalam Kursus
DFT3063-Digital Multimedia.
Surif, J., Ibrahim, N.H., & Abu Hassan, R. (2012). Tahap Amalan Dan
Pengintegrasian Ict Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains.
Seminar MEDC.

31

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

PEMBINAAN INSTRUMEN PENDIDIKAN BERASASKAN
HASIL KURSUS PENGAJIAN AM DALAM KURIKULUM

PROGRAM MATRIKULASI

Asmawati Mohamad Ali

Unit Pengajian Am, Jabatan Sastera Ikhtisas, Kolej Matrikulasi Pahang, KPM

[email protected]

ABSTRAK

Pendidikan Berasaskan Hasil merupakan satu pendekatan terbaik untuk melihat
pencapaian pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan pembelajaran yang turut
memudah carakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) para pensyarah. Kajian
ini bertujuan untuk membina instrumen amalan pentaksiran bagi menilai tahap
penguasaan elemen-elemen kemahiran pelajar dari persepsi kendiri, rakan sebaya dan
pensyarah. Tahap penguasaan atribut kemahiran dikategorikan kepada lima iaitu (1)
sangat rendah; (2) rendah; (3) sederhana; (4) tinggi dan (5) sangat tinggi. Pendidikan
Berasaskan Hasil atau OBE kursus dan program melibatkan pernyataan item-item
bagi konstruk kemahiran-kemahiran komunikasi, berpasukan, pengurusan maklumat,
pembelajaran sepanjang hayat serta kemahiran boleh pindah (transferable skills).
Konstruk dan definisinya telah dibina hasil temu bual berstruktur ke atas lima
pensyarah dalam bidang pengkhususan Dapatan menunjukkan instrumen mempunyai
kesahan yang tinggi dan nilai kebolehpercayaan yang juga tinggi serta skala
pengukuran boleh difahami oleh pelajar. Sehubungan itu, implikasi kajian ini
membolehkan pelajar membuat penilaian kendiri, sesama rakan sebaya dan
diperkukuhkan dengan amalan pentaksiran oleh pensyarah dalam kurikulum program
matrikulasi.

Kata kunci: Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE), amalan pentaksiran, penilaian
kendiri, kursus pengajian am dan kurikulum program matrikulasi.

PENGENALAN

Proses pendidikan terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pengajaran,
pentaksiran dan pembelajaran yang bertindak saling membantu membentuk hasil
pengajaran dan pembelajaran yang optimum (Mohd Faizal Nizam, et al., 2014).
Pengukuran merupakan proses memberi nilai dan nombor kepada sesuatu pemboleh
ubah atau cerapan supaya nombor tersebut boleh dianalisis dengan cara dan peraturan
tertentu. Pengukuran dapat menghasilkan maklumat baharu tentang objek yang
diukur serta melibatkan operasi dan manipulasi nombor bergantung kepada aras
pengukuran yang digunakan. Alat pengukuran digunakan untuk memberi kategori
atau nombor kepada pemboleh ubah yang berkepentingan untuk membantu
penyelidik mencapai objektif kajian dengan mendapatkan data penyelidikan melalui
pengukuran pemboleh ubah yang dikaji.

32

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan pembinaan
instrumen penilaian yang boleh digunakan oleh pensyarah khususnya dan para
penyelidik pada masa akan datang bagi membuat penilaian terhadap penggunaan
pentaksiran OBE kursus pengajian am program matrikulasi. Pengkaji membina
instrumen penilaian bagi penentu ukuran penilaian terhadap hasil pembelajaran
dalam kursus PAM berdasarkan objektif utama kajian ini adalah membina instrumen
OBE bagi menilai persepsi kendiri dalam kalangan pelajar dan rakan sebaya mereka
bagi kursus pengajian am matrikulasi.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian berikut dibentuk bagi menjawab soalan-soalan berkaitan instrumen
kajian yang dibina:

i. Adakah instrumen kajian yang dibina mempunyai kesahan?
ii. Adakah instrumen kajian yang dibina mempunyai tahap

kebolehpercayaan yang memuaskan?
iii. Bagaimanakah analisis dapatan instrumen dihuraikan?

Definisi Operasional

Terdapat beberapa singkatan berbahasa Inggeris yang digunakan dalam kajian ini
seperti OBE (Outcomes-Based Education), PEO (Programme Educational
Objectives), PLO (Programme Learning Outcomes) dan CLO (Course Learning
Outcomes). OBE mengalih fokus daripada input dan proses kepada memberi
tumpuan kepada Programme Educational Objectives (PEO) dan Programme
Learning Outcomes (PLO). PEO merupakan penyataan-penyataan yang menyatakan
pencapaian yang disasarkan oleh institusi untuk dicapai pelajar setelah beberapa
tahun berada universiti. PEO perlu dihubungkaitkan dengan visi dan misi institut
BMKPM dan Kolej-kolej Matrikulasi. PLO pula adalah pernyataan tentang ilmu
pengetahuan, kemahiran praktikal dan profesional serta kemahiran insaniah yang
disasarkan untuk dicapai oleh pelajar semasa berada di institusi daripada mula
sehinggalah mereka menamatkan pengajian. PLO mestilah dinyatakan secara jelas
dan nyata tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh setiap
pelajar. Analisa pencapaian PLO sama ada tercapai atau tidak bergantung kepada Key
Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan. Lazimnya, pencapaian PLO
terhadap pelajar bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar
menamatkan pengajian.

Instrumen ialah suatu alat atau prosedur pengumpulan data yang dilakukan
secara sistematik manakala hasil pembelajaran (HP) bermaksud apa yang dipamerkan
oleh pelajar tentang pengetahuan serta kebolehan mereka mengaplikasi sesuatu yang
telah dipelajari (Noorlyda, 2012). Penilaian bermaksud mempertimbangkan nilai atau
makna terhadap suatu kaedah, idea atau produk. Selain itu, HP juga merujuk kepada

33

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar pada akhir suatu tempoh
pembelajaran (PPK, 2001). Hasil pembelajaran penting bagi mengenal pasti apa yang
perlu dikuasai oleh pelajar, memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran,
membantu merancang serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang berkesan
selain membantu membina ujian formatif dan sumatif (Noorlyda, 2012). Antara ciri
hasil pembelajaran yang baik adalah jelas, terperinci, disusun mengikut tahap
kesukaran serta dalam bentuk tingkah laku.

Pembinaan Instrumen Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE)

Menerusi kajian ini terdapat beberapa konsep berkaitan Pendidikan Berasaskan Hasil
(OBE), kursus Pengajian Am Matrikulasi (PAM), program matrikulasi yang
merangkumi kajian tentang kurikulum serta pelaksanaannya di Kolej Matrikulasi,
perihal kursus PAM, perihal instrumen penilaian yang digunakan untuk menilai hasil
pembelajaran, perihal model pembangunan ujian dan tentang teori-teori penilaian
yang dijadikan panduan dan rujukan dalam kajian. Pembinaan instrumen
dilaksanakan mengikut prosedur asas yang melibatkan sepuluh langkah dan
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat reka bentuk, pembinaan dan
pengesahan. Pada peringkat reka bentuk, pengkaji telah membahagikan kepada empat
langkah iaitu tujuan pembinaan instrumen, menentukan kandungan instrumen,
memberi definisi dan membina jadual penentuan instrumen. Pada peringkat
pembinaan, pengkaji membahagikan kepada penulisan item, penghakiman panel
pakar dan semakan item. Pada peringkat pengesahan terdapat tiga langkah iaitu kajian
rintis, analisis kebolehpercayaan dan kesahan dan penambahbaikan item.

Model Pembangunan Ujian dan Teori-teori Penilaian

Kajian pembangunan ini diadaptasi daripada kajian terdahulu yang dijalankan oleh
Mohd Sahandri Gani et al. (2013) yang melibatkan tiga bahagian pembinaan suatu
set instrumen mengikut prinsip dan prosedur yang betul. Bahagian-bahagian ini
terdiri daripada input, proses serta produk. Input terdiri daripada tinjauan literatur
yang dijalankan ke atas kajian terdahulu berkaitan tajuk kajian diikuti dengan analisis
dokumen. Proses merangkumi komponen serta konstruk kajian. Hasil tinjauan
literatur dan analisis dokumen yang dijalankan, terdapat empat komponen utama
kajian telah dikenal pasti iaitu kemiran-kemahiran yang dimiliki pelajar, hasil
pembelajaran kursus (CLO), hasil pembelajaran program (PLO) dan hasil
pembelajaran program (PEO). Kemahiran-kemahiran pelajar terdiri daripada
kemahiran komunikasi, berpasukan, pengurusan maklumat, pembelajaran sepanjang
hayat dan kemahiran boleh pindah. Sementara itu, hanya terdapat tiga CLO (CLO1;
CLO2; CLO3), dua PLO (PLO3; PLO5) dan dua PEO (PEO2; PEO4) sahaja yang
berkaitan dengan kursus PAM. Akhirnya, suatu produk terbentuk iaitu satu set
instrumen penilaian OBE.

34

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Rajah 1. Pembinaan Instrumen Pendidikan Berasaskan Hasil Kursus Pengajian Am
Dalam Kurikulum Program Matrikulasi

Reka Bentuk Pembinaan Pengesahan

1. tujuan 1. penulisan item 1. kajian rintis
pembinaan 2. penghakiman 2. analisis
instrumen
panel pakar kebolehpercayaan
2. menentukan 3. semakan item dan kesahan
kandungan 3. penambahbaikan
instrumen item.

3. memberi
definisi

4. membina
jadual
penentuan
instrumen

Secara umumnya, terdapat lima langkah-langkah bagi pembinaan Jadual Penentuan
Instrumen (JPI) iaitu:

1) Tentukan skop/topik/masa menjawab instrumen/soal selidik.

2) Anggarkan masa/wajaran bagi setiap item yang mewakili konstruk.

35

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

3) Tentukan hasil pembelajaran yang ingin ditaksir serta arasnya.

4) Tentukan jenis instrumen yang sesuai (objektif / subjektif).

5) Tentukan bilangan item bagi setiap konstruk (masa ÷ jumlah masa x jumlah
skor).

Jadual 1

Penentuan Instrumen (JPI) Kajian OBE Kursus Pengajian Am dalam Kurikulum
Program Matrikulasi

Langkah- Konstruk Penjelasan/Indikator
langkah

1. Berpandukan Kemahiran Item Skala Likert 1 -
objektif 5
penyelidikan. 1) Komunikasi
2) Berpasukan 1 = Sangat Rendah
2. Berasaskan 3) Pengurusan (SR)
definisi operasi
pemboleh ubah. Maklumat 2 = Rendah (R)
4) Pembelajaran
3. Tentukan 3 = Sederhana (S)
kesahan (validity). Sepanjang Hayat
5) Kemahiran Boleh 4 = Tinggi (T)
4. Tentukan jenis
jawapan sama ada Pindah 5 = Sangat Tinggi
dibina dan/atau Hasil Pembelajaran (ST)
dipilih. Kursus

Course Learning
Outcome (CLO)

5. Tentukan Hasil Pembelajaran Interpretasi 5 tahap
kesesuaian Program penguasaan
bilangan item.
Programme Learning (Range mak – min)
6. Tentukan Outcomes (PLO)
kesesuaian aras 5 – 1/5 = 4/5
kesukaran item. = 0.8

7. Tentukan Objektif Pendidikan 1.00 – 1.80 = Sangat
kesesuaian aras Program Rendah (SR)
diskriminasi item. Programme Education
Objective (PEO) 1.81 – 2.60 = Rendah
8. Tentukan (R)
kesesuaian
kebolehpercayaan 2.61 – 3.40 =

36

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

(reliability) Sederhana (S)

3.41 – 4.20 = Tinggi
(T)

4.21 – 5.00 = Sangat
Tinggi (ST)

Pengesahan Instrumen

Kesahan dan kebolehpercayaan adalah penting bagi sesuatu instrumen bagi
memastikan pemerolehan dapatan boleh dipercayai serta tidak dipersoalkan
(Kerlinger & Lee, 2001). Oleh itu, instrumen kajian telah disahkan oleh lima orang
pakar (expert views) dalam bidang untuk menentukan kesesuaian item yang
disenaraikan mewakili setiap konstruk yang dinilai. Menurut kesahan dalaman oleh
Cohen (2011) perlu melebihi dua pakar rujuk manakala rule of thumb lazimnya
melebihi empat pakar rujuk. Sementara itu, Wiersma & Jurs (1990) berpendapat
bahawa pekali kesahan yang mempunyai nilai 0.7 ke atas adalah dianggap
mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Penyelidik menyediakan beberapa
dokumen seperti Borang Penilaian Pakar dan Borang Skor Panel Pakar. Prinsip yang
digunakan untuk mengesahkan instrumen ini adalah dengan merujuk kepada item
demi item yang perlu dipersetujui oleh kelima-lima pakar. Tahap minimum
penerimaan bagi setiap item yang disahkan tidak kurang daripada 80 peratus. Hasil
analisis item demi item yang dijalankan 48 item dikekalkan, 8 item dibuang manakala
10 item telah ditambahbaik dan diubahsuai. Selain itu, pengkaji memastikan agar
bilangan item diperlukan dan bentuk yang ditetapkan, memilih item yang benar-benar
menepati ciri-ciri item yang baik, menyediakan arahan, soalan contoh, kekunci
penskoran, helaian jawapan serta menentukan tempoh masa yang sesuai di samping
keperluan-keperluan khas yang lain.

Kebolehpercayaan berkait rapat dengan konsistensi, kestabilan dan keteguhan
skor (McMillan, 2007). Sehubungan itu, cronbach alpha dalam kajian ini
menganggarkan kebolehpercayaan ketekalan dalaman untuk item-item dikotomus
atau politomus berdasarkan formula manual seperti berikut:

  k 1   2 
 i

k 1  2
i

dim ana

k  bilangan item,

 2  jumlah varian semua item,
i

 2  var ian ujian  skor mentah
i

37

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Penyelidik menjalankan kajian rintis bagi memastikan instrumen kajian yang
dibina mempunyai kebolehpercayaan tidak kurang daripada 0.67 (Nunnally, 1982).
Analisis kebolehpercayaan telah dijalankan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) versi 21 ke atas maklum balas yang diperolehi
daripada pensyarah-pensyarah PAM. Nilai pekali kebolehpercayaan yang
menghampiri 1.00 menunjukkan instrumen mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi (Lim, 2007). Jadual di bawah menunjukkan ringkasan analisis
kebolehpercayaan yang telah dijalankan.

Jadual 2:

Ringkasan analisis kebolehpercayaan bagi lapan konstruk dari kedua-dua persepsi
kendiri dan rakan sebaya

Nilai Pekali Cronbach Alpha Konstruk

Reliability Statistics

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha Based on N of Items
Standardized Items

.913 .915 8

Reliability Statistics

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha Based on N of Items
Standardized Items

38

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

.747 .756 2

Item Statistics Mean Std. Deviation N
30
MeanKENDIRI 3.5538 .37222 30
MeanRKNSBY 3.9597 .45433

ANALISIS DATA

Min Pernyataan Item Sisihan
3.31 Persepsi Kendiri dan Persepsi Rakan Sebaya Piawai
Kemahiran Komunikasi
CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan .386
terang secara lisan
CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan
berkesan secara lisan
CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan
penuh keyakinan secara lisan
CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan
terang secara bertulis
CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan
berkesan secara bertulis
CS1 KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan
penuh keyakinan secara bertulis
CS2 KIM Kebolehan mengamalkan kemahiran
mendengar yang aktif

39

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

CS2 KIM Kebolehan mengamalkan kemahiran .457
memberikan maklum balas
CS3 KIM Kebolehan untuk membuat .540
pembentangan secara jelas dengan penuh .408
keyakinan
CS3 KIM Kebolehan untuk membuat
pembentangan secara jelas bersesuaian dengan
tahap pendengar
3.97 Kemahiran Berpasukan
TS1 KIM Kebolehan untuk membina hubungan
yang baik
TS1 KIM Kebolehan untuk berinteraksi dengan
orang lain
TS1 KIM Kebolehan untuk bekerja secara efektif
bersama mereka untuk mencapai objektif yang
sama
TS2 KIM Kebolehan untuk memahami peranan
bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli
kumpulan
TS2 KIM Kebolehan untuk mengambil peranan
bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli
kumpulan
TS3 KIM Kebolehan untuk mengenal sikap orang
lain
TS3 KIM Kebolehan untuk menghormati sikap
orang lain
TS3 KIM Kebolehan untuk mengenal kelakuan
orang lain
TS3 KIM Kebolehan untuk menghormati kelakuan
orang lain
TS3 KIM Kebolehan untuk mendapatkan
kepercayaan orang lain
TS3 KIM Kebolehan untuk menghormati
kepercayaan orang lain
3.53 Kemahiran Pengurusan Maklumat
LL1 KIM Kebolehan untuk mencari maklumat
yang relevan daripada pelbagai sumber
LL1 KIM Kebolehan untuk menguruskan
maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber
3.39 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat
LL2 KIM Kebolehan untuk menerima idea baru
LL2 KIM Berkeupayaan untuk pembelajaran
autonomi
Pelajar mampu berkomunikasi dengan yakin
Pelajar mampu berkomunikasi dengan berkesan

40


Click to View FlipBook Version