The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kajian tindakan mengenai keberkesanan VSS Module dalam meningkatkan tahap kemahiran menganalisa dan keyakinan dalam menjawab soalan Coulomb's Law

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2021-06-30 21:45:38

BUKU PROSIDING PPAPino2019(IPG PERLIS): Keberkesanan VSS MODULE

kajian tindakan mengenai keberkesanan VSS Module dalam meningkatkan tahap kemahiran menganalisa dan keyakinan dalam menjawab soalan Coulomb's Law

Keywords: VSS MODULE

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

(Bowen et al., 2013; Ernest J. Wilson III, Goethals, Sorenson, & Burns, 2004;
Ottestad, 2013). Konsep kepimpinan maya mula mendapat tempat dalam kalangan
pemimpin sekolah, guru dan komuniti setempat. Penggunaan aplikasi media sosial
seperti whatsApp, line, telegram, viber dan facebook telah mencetuskan revolusi
dalam penyampaian maklumat dan mesej.

Amalan kepimpinan maya telah menyediakan peluang-peluang baharu dalam
pengupayaan berkomunikasi dengan subordinat, meningkatkan prestasi organisasi
dengan mewujudkan kumpulan yang pelbagai fungsi (multi-functional team),
meningkatkan kepuasan pelanggan dan berupaya mengurangkan kos sesebuah
organisasi serta memberi ruang untuk menambah baik pengetahuan dalam bidang
pengurusan (DasGupta, 2011). Pengguna boleh berkomunikasi tanpa batasan
geografi dan batasan waktu (Supyan, 2014; Zahiah & Abdul Razaq, 2010).

Konsep kepimpinan secara maya menjadikan fungsi kepimpinan menjadi
lebih mudah, cepat dan menjimatkan (DasGupta, 2011; Sarah et al., 2014; Supyan,
2014b). Maklumat dapat disampaikan pada bila-bila masa dengan cepat (Siti Ezaleila
& Azizah, 2010; Zahiah & Abdul Razaq, 2010). Perkembangan ini sekali gus dapat
membantu meringankan beban pengetua yang sentiasa sibuk dengan tugas
pentadbiran (Bity Salwana, Ahmad Basri, Ramlee, & Mohammed Sani, 2010;
Maimunah, 2005; Taat & Minhat, 2013) yang telah membataskan fungsi mereka
sebagai pemimpin instruksional.

Penyataan masalah

Kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik tempatan sejak tahun 1990-
an terhadap sekolah berkesan merumuskan pemimpin yang efektif merupakan faktor
utama menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Malah sekolah yang kurang berjaya
boleh bertukar menjadi berjaya sekiranya mempunyai kepimpinan yang berkualiti.
Begitu juga dengan kajian oleh penyelidik masa kini mendapati pengaruh kepimpinan
adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi (Ibrahim et al.,
2019). Oleh itu, pemimpin sekolah harus berperanan sebagai pemimpin yang yang
berkesan dalam menyediakan iklim sekolah yang kondusif untuk pembelajaran
dengan mempraktikkan sepenuhnya kepimpinan instruksional (Hallinger, 2003).

Di samping itu, komunikasi memainkan peranan yang penting dalam
sesebuah organisasi (Burbules, 2013; Hoy & Miskel, 2013; Sarah et al., 2014). Kajian
lebih sedekad yang lalu menunjukkan bahawa komunikasi yang efektif dapat
meningkatkan prestasi dan kepuasan kerja dalam organisasi (Sharina et al., 2014;
Syazwani, Noor Shah, & Sazeli, 2013; Zulch, 2014). Dalam organisasi sekolah,
komunikasi berperanan sebagai medium penghubung antara pengetua, guru dan
murid. Kajian menunjukkan komunikasi yang efektif terutamanya antara pengetua
dengan guru dan murid dapat meningkatkan keberkesanan sekolah, kepuasan kerja

241

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

dan prestasi kerja (Ahmad Jawahir, Rosli, & Kalthom, 2011). Dalam hal ini pengetua
selaku pemimpin intsruksional di sekolah perlu membentuk komunikasi yang efektif
terutamanya dengan guru.

Selain komunikasi yang efektif, pengaruh kepimpinan adalah amat penting
dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi (Hallinger, 2011; Nor Asikin,
2011). Oleh itu dalam mencorakkan keberkesanan sekolah, pengetua adalah personel
yang paling penting selain guru dan murid. Namun dalam realiti sebenar, pengetua di
Malaysia sibuk dengan tugas pengurusan dan pentadbiran yang sangat banyak. Kajian
oleh sarjana pendidikan sejak lebih tiga dekad yang lalu mendapati pengetua perlu
menghadiri mesyuarat, seminar, melayan tetamu, menguruskan kewangan sekolah
dan menjawab panggilan telefon (Bity Salwana et al., 2010; Ibrahim, 2012; James &
Balasandran, 2013; Sharil, Rahimah, & Hussein, 2010; Taat & Minhat, 2013; Yusof,
2017).

Dalam satu kajian lain pula, dapatan menunjukkan pengetua menggunakan
masa kerja 60% hingga 68% daripada keseluruhan masa mengurus sekolah kepada
aktiviti-aktiviti pentadbiran (Azlin Norhaini, Jamalullail, Hamzah, & Norhayati,
2013; Azlin Norhaini, Jamalullail, Mohd Izham, & Norhayati, 2011; Hamzah, Wei,
Ahmad, Hamid, & Mansor, 2013) atau hanya 25% masa pengetua digunakan untuk
mengurus kurikulum dan penyeliaan pengajaran guru (Arsaythamby Veloo &
Komuji, 2013; Hamdan & Nurlia, 2013). Jika dihayati secara mendalam, isu
kesibukan pengetua dengan tugas pentadbiran kian meruncing yang menyebabkan
fungsi kepimpinan instruksional terbatas dan berlaku kelemahan komunikasi
terutamanya antara pengetua dan guru. Kajian penyelidik tempatan dekad ini
menunjukkan bahawa kelemahan komunikasi telah menjejaskan fungsi kepimpinan
instruksional, pencerapan dan penilaian pengajaran guru, menyelaras kurikulum dan
memantau kemajuan murid (Azlin Norhaini et al., 2013, 2011; M. Y. Ibrahim et al.,
2019; Norashikin, Ramli, & Nurnazahiah, 2013; Sharil et al., 2010).

Bagi menangani permasalahan ini, penyelidik mencadangkan agar pemimpin
sekolah mengintegrasikan teknologi digital dalam kepimpinan pemimpin sekolah.
Justeru kajian yang dijalankan ini adalah bermatlamat untuk mengenal pasti lompang-
lompang yang perlu diisi bagi menjawab isu dan masalah yang dihadapi dalam
konteks pengintegrasian teknologi digital dan komunikasi digital dalam kepimpinan
instruksional pemimpin sekolah.

Objektif kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi teknologi digital
dalam amalan kepimpinan instruksional pemimpin sekolah. Secara khususnya kajian
ini adalah untuk i. mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional maya, pola

242

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

komunikasi pemimpin sekolah, dan ii. Mengenal pasti tingkah laku kepimpinan
instruksional maya dan pola komunikasi pemimpin sekolah.

Kepentingan kajian

Secara umumnya dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan yang
besar terutamanya kepada pengetua selaku pemimpin instruksional dalam
mengaplikasikan fungsi kepimpinan instruksional maya di sekolah, pembuat dasar di
peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, pembuat dan pelaksana dasar di
peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Model interaksi kepimpinan instruksional maya yang dibangunkan hasil
dapatan kajian ini diharap akan menjadi penambah baik kepada model-model
kepimpinan instruksional yang sedia ada. Model ini diharap dapat membantu
pengetua mempraktikkan kepimpinan instruksional maya terutamanya dalam fungsi
menjalankan penyeliaan pengajaran. Ia juga diharapkan dapat membantu pengetua
meningkatkan amalan komunikasi yang efektif antara pengetua dengan guru
terutamanya ketika mereka menjalankan tugas rasmi di luar kawasan sekolah.

Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan dan asas kepada
pengetua dalam mempraktikkan kepimpinan instruksional maya di sekolah.
Seterusnya menjadi panduan dalam meningkatkan kompetensi pengajaran guru
melalui kepimpinan instruksional maya terutamanya fungsi menyelia dan menilai
pengajaran.

METODOLOGI

Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara rentasan iaitu
mengkaji populasi dengan mengukur sampel daripada sebahagian sample yang
ditetapkan (Airasian, Gay, & Mills, 2011; Lodico, T., Dean, Spaulding, & Voegtle,
2010). Sampel kajian terdiri daripada 352 orang guru yang ditentukan menggunakan
teknik persampelan rawak berstrata dan formula penentuan saiz sampel Krejcie dan
Morgan (1970). Data dikumpul menggunakan soal selidik dianalisis menggunakan
SPSS dan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan program AMOS 22 adalah
untuk tahap amalan dan tingkah laku yang diterima. Bagi menentukan tingkah laku
yang diterima analisis pengesahan faktor dilakukan. Sesuatu faktor yang dicadangkan
boleh diterima sekiranya nilai factor loading > 0.708 (Hair, Sarstedt, Pieper, & M.,
2012). Namun begitu, jika nilai factor loading ≥ 0.4 boleh diterima sekiranya nilai
Average Variance Extracted (AVE) mencapai nilai yang dicadangkan iaitu > 0.5.
Manakala item yang mempunyai nilai factor loading <0.40 haruslah dibuang, factor
loading yang >0.40 tetapi <0.70 perlu diberi pertimbangkan. Item tersebut harus

243

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

dihapuskan jika dengan menghapuskan item tersebut boleh meningkatkan
kebolehpercayaan komposit dan nilai AVE. Namun jika menghapuskan item tersebut
boleh mengurangkan kebolehpercayaan komposit dan nilai AVE, maka item tersebut
haruslah dikekalkan (Hair, Black, Babin, & Anderson, 2010) Item yang mempunyai
factor loading >0.70 adalah perlu dikekalkan bagi menjalankan kaedah model
pengukuran reflektif.Seterusnya nilai kebolehpercayaan komposit (C.R)
diperhatikan. Bagi C.R pula nilai > 0.708 adalah diterima (Hair et. al, 2012).

Selepas memerhatikan kebolehpercayaan komposit dan indikator, untuk
memenuhi syarat CFA bagi kaedah model pengukuran deskriptif, tumpuan diberikan
kepada kesahan menumpu dan kesahan diskriminan. Kesahan menumpu adalah
bertujuan untuk mengukur hubungan positif sesama item di dalam sesuatu faktor.
Bagi tujuan ini nilai Average Variance Extracted (AVE) dalam kesahan menumpu
(convergent validity) diperhatikan. Nilai AVE yang diterima pula adalah > 0.5 (Hair
et. al, 2012; Zainuddin, 2014). Akhir sekali dalam CFA adalah kesahan diskriminan.
Kesahan diskiriminan bertujuan untuk mengukur sejauh mana kesahihan konstruk
berbeza daripada konstruk yang lain mengikut piawaian empirikal. Dalam kajian ini
kaedah Fornell-Larker digunakan iaitu dengan membandingkan nilai AVE punca
kuasa dua bagi setiap konstruk. Kaedah Fornell-Larker kriteria adalah lebih mudah
dan sering digunakan dalam menjalankan kesahan diskriminan. Untuk kaedah ini
nilai AVE punca kuasa dua haruslah lebih besar daripada nilai korelasi antara
konstruk lain (David & Fornell, 1981; Hair, 2010; Lim Siew Ngen, 2014; O’Cass &
Ngo, 2009; Zait & Bertea, 2011)

DAPATAN KAJIAN

Responden terdiri daripada 110 atau 31.3% lelaki dan 242 atau 68.7% perempuan.
Majoriti gred jawatan responden adalah gred DG 44 iaitu seramai 131orang atau
37.2%, manakala selebihnya berada pada gred DG 41, DG 42, DG 52 dan DG 54.
Namun terdapat empat orang responden atau 1.1% responden yang berjawatan gred
DG 29–38. Daripada segi kelayakan akademik pula majoriti responden adalah
pemegang ijazah sarjana muda iaitu seramai 292 orang atau 83% diikuti ijazah sarjana
seramai 47 orang atau 13.4% responden. Manakala selebihnya adalah pemegang
ijazah doktor falsafah (PhD) dan sijil atau diploma. Seramai 175 orang atau 49.7%
responden adalah guru akademik, 101 orang atau 28.7% responden dalam kalangan
pihak pengurusan yang terdiri daripada penolong kanan dan ketua bidang dan
selebihnya adalah guru Pendidikan Islam. Kebanyakan responden pula
berpengalaman di antara 11 hingga 20 tahun sebagai guru iaitu seramai 142 orang
atau 40.3%, 104 orang atau 29.5% kurang daripada 10 tahun, 92 orang atau 26.1%
antara 21 hingga 30 tahun dan selebihnya adalah berpengalaman lebih daripada 30

244

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

tahun. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan pengetua mengamalkan

fungsi kepimpinan instruksional maya pada tahap yang tinggi dengan nilai

(min=3.78, SP=0.06). Tahap tinggi dalam skala ini bermaksud tingkah laku

kepimpinan instruksional maya diamalkan oleh pengetua secara kerap dan sangat

kSeercaapr.a keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan pengetua mengamalkan fungsi kepimpinan

Secinasrtarukkessioenluarluhmaany,adpaapdataantakhaajpianyamngentuinngjugki kdaenngpaenngneitlauai (mmeinng=a3m.a78lk,asnpfu=ng0s.0i 6k)e.pTimahpainpantinggi

idsneascldstaraeaumrclkaaassmkrikoeaansrlkaaakepalEirnlmadamiapabinnpyediaraasbmatnepnafarsgukmadasnnaautggkdktasseatuithrinadkyagpepatk.rinnaaEygphgamk.nladapEghkaimcuttliaapfnkudkagenutgapgfinkiusmedgni pepygkniaisnamgnianpagyniandndinnaaincgsnliaaltadrdimuniiacks(nasmtkgrdiuoeikanknapnsan=igilmokdm3naap.aan7laily8ndmma,aaadslnkayipeamaipmn=idmkasi0eatlpkr.pm0iauni6manka)lnps.koiialTnieonnaahnshnotapraluileenpknhmssgttpiirneoauegntykungaasagilieoiantuiaatlu
mammyeaamyiaabituiearmitiueimnsebeemnrbitieinfrsi ekinnestpief ankdteifpakaemdpauamrdiaudrmid(um(rmiidnin(=m=3in3.9.=9993,,S.s9Pp9=,=s00p..00=660)).m0m6e)ennmggienintneggtienragtesrgiakrsaainskipkaeannngppgeunnggaggauunnnaaaann
tm3e.ek6Stetm3n8mePk.o,ek6a=lnsno8mnp0oog,taa.lils=o0noupdgt06giakgi=.)iu0eid,t05maidkg.)l0ea,miit(g5mjbamue)ielaa,timrn(anjbamuleda=amirann(na3umtpd=.ram9iaadiu73udnp,.(ra=9miasdk7t3dpaie,n(a.hm=9msa=tp7ai0pna3,h.=j0t.a=ui7Sn60pa6g3)P.,,n0tg.i=7mns6i.6p0g)em,,g.m=0msi.up6b0ere).mi=0,rdi5b0mi)ne.,0(sredim5emai)nn,intsnbidfem=eaknren3etini.pfm7jaiekn6edleas,napsejaekgnSdaluatanpirsuf=kgma(0ukmanr.etu0ilmpna5(mama=)d,tail3anat .mds9=gea3aku3,nto.rss9lupae3mhk,=(oes(ml0mnpa.ihj0inn=e6(=l)=0ma,3.s0in.k69a)=3,n,

Mamnaatklaalamafutnsgeski-foulnaghsi(mmeinne=t3ap.6k8an, SmPa=tl0am.0a5t)sbeekoraladha (tmaihna=p t3i.n6g4,gis.pM=an0a.0k5a)l,amfeulnibgastki-afnungsi
ssopmkMs=ooean0knng.o0ean6tnkga)aapkblanoekmrakfauondnmamgitupisnaai(-mitdftuliaian(mmtga=sihani3at=.mp6s4ee3y,nak.6sneo4pgtla,a=spshekp0da(.=en0mr60hmi).an0sna=6eat)lr3a.tsa.mF6eumar4nttae,gSnssmPeyi ekem=olnie0alyam.ed0hblai5aen()mrd,imiaimnnensne=emillnaiet3biinf.ap6iklte4aekn,ipagpasnaedpjnaasgr=omaaknju0aor.(ri0nmda5gnimn)a,(enm=mni3ckne.aol6i=tb2ama,t3ut.k6na2in,ti
mpai(indasmmaplpiainfa=nhulpin=0nagpg.30lsia.n6it6dignm)4agbet,gieSnnfirygPua(egmnd=liiagia0n(sm.pd0i=aain6dnm3)a=.m9ets93anee,.hny9rsaite9lpaapl,ii=ysapmape0nend.=g0gna5a0syn)j.ee.a0drlmM5aie)anre.hn.nMadainaaklaaanni.laaFkmpamuelenainngngmsitleiaianmrjeiaentrepmdareanebnhn.egdr(Jiaamaihjnidans(urema=annilt3nif.26(=km2e3,mpi.san6epd2=ma,=3sam.0p6p.u20a=r6,ird)k0S.mai0aPn6ela=)nhtc0iaa.hl0taaa6htp)
Jaadpmuaadalala2fnunbkgeesrpiikmiumtenpmyienemlaianadpiaannrsktamrnuekntsialaihoianppeanlagmmaajaalyarananp.keenpigmeptiunaandiinMstraulkasyiosinaal maya pengetua di

Malaysia.

Jadual 2 berikut memaparkan tahap amalan kepimpinan instruksional maya pengetua di

Malaysia. Jadual 2: Tahap amalan kepimpinan instruksional maya

Fungsi N Min SP Tahap

Menetapkan Matlamat SekJoaladhual 2: Tahap ama3l5a2n kepimpi3n.a6n4instruksi0on.0a5l mayaSederhana

Menjelaskan Matlamat Sekolah 352 3.68 0.06 Tinggi

Menyelia dan MenilaFi Punegnsgiajaran 352 N 3.62 Min 0.06 SP SederhTanaahap

MemMaennteatuapKkeamnaMjuaatnlaMmuartidSekolah 352 352 3.763.64 0.050.05 TinSgegdi erhana
MTeeknMngoeinlnotjegegilaPrsaeksraiaknnatnMi MatuladmahatASliPhekeonlgaghunaan 352 352 3.973.68 0.060.06 TinggTiinggi

MemMbeenryieInliasednatinf KMeepnaildaai PGeunrugajaran 352 352 3.933.62 0.060.06 TinSgegdierhana

MemMbeemriaInntsaeunKtifeKmeapjuaadna MMuurriidd 352 352 3.993.76 0.050.05 TinggTiinggi

MelMibeantkgainnteSgorkaosnikgaann Komuniti Penggunaan 352 3.64 0.06 Sederhana
KesTeelukrnuohlaongi Peranti Mudah Alih
352 3.783.97 0.060.06 TinggTiinggi

PetMunejmukbpeerSinIuenmtsaebpneatrni:f HKtaeahpraraipsd: damaGinnuW1ru.0ill0ow- e2r.3(319r9e8n)d,aWha,3nm52Rino2s.l3in4a-(2303.61.9713)seddaenrhNaonra0A,.0zmn6iin(230.6185)-. T5.i0n0ggtiinggi.

Memberi Insentif Kepada Murid 352 3.99 0.05 Tinggi

Melibatkan Sokongan Komuniti 352 3.64 0.06 Sederhana

9.3 TKaehsaepluarumhanlan pola komunikasi digital 3.78 0.06 Tinggi

Petunjuk penetapan tahap: min 1.00 - 2.33 rendah, min 2.34 - 3.67 sederhana, min 3.68 - 5.00 tinggi.

JSakTdouraabhlaa3gpbi peaerimmkubatSomlluaeemnhnbuupebnro:ajulHhkaakinrkariinsojummdgaiannumnWskieioklnloragwkgseeuirsnde(a1liu9kgra9ui8nth)a,ajWulnlaattnashRkaoopsrlpi1no.a0la0(2kh0oi1nm1g)ugndaaikn5a.Ns0io0pr.eAnzgnei t(u2a01y5a)n. g dikaji.

Jadual 3: Tahap amalan pola komunikasi

Jadual 3 menunjukkan min skor keseluruhan tahap pola komunikasi pengetua yang
d9i.k3aTjia.hSakporambaaFgluainngpspeiomlabkoolemhuunbikaahsiindiigjiutNagla menggMuinnakan juSlPat skor T1a.0ha0phingg 5.00

Komunikasi ke atas 352 3.97 0.05 Tinggi
KJoamduunaikl a3sbi keerikbuawt mahenunjukkan min skor ke3s5e2luruhan t4a.h1a0p pola ko0.m04unikasi pTeinngggei tua yang dikaji.
JKSaokdmouuranbilkaa3gs:ii pmeemndbaotalerh ubah ini juga menggu3n5a2kan julat3.s8k9or 1.00 h0i.n0g5ga 5.00T.inggi

Keseluruhan 3.93 0.05 Tinggi
Jadual 3: Tahap amalan pola komunikasi

Fungsi N Min SP Tahap

Komunikasi ke atas 352 3.97 0.05 Tinggi
Komunikasi ke bawah
Komunikasi mendatar 352 4.10 0.04 Tinggi

Keseluruhan 352 3.89 0.05 Tinggi

3.93 0.05 Tinggi

245

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini mendapati tahap kepimpinan instruksional maya pengetua secara
keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini bermaksud pengetua di
Malaysia mengamalkan kepimpinan instruksional maya secara kerap dan sangat
kerap. Dalam erti kata lain, walaupun pengetua sibuk dengan tugas pengurusan dan
pentadbiran, dengan medium komunikasi maya fungsi kepimpinan instruksional
dapat dilaksanakan secara konsisten. Komunikasi pengetua dan guru menjadi
semakin aktif kerana pengetua sentiasa dapat berkomunikasi dengan guru walaupun
berada di tempat yang berbeza, di luar waktu persekolahan dan sebagainya.

Kepimpinan instruksional maya menyediakan ruang dan peluang kepada
pengetua menjalankan fungsi sebagai pemimpin instruksional secara jarak jauh.
Ironinya, kesibukan pengetua dengan tugas rasmi seperti menghadiri mesyuarat,
seminar, bengkel, menghadiri majlis-majlis keraian anjuran JPN dan PPD dan
melayan tetamu adalah bukan penghalang bagi mereka untuk menjalankan fungsi
kepimpinan instruksional. Dengan medium baharu komunikasi digital seperti
whatsApp atau telegram yang diintegrasikan dalam amalan kepimpinan instruksional
membolehkan pengetua sentiasa memantau dan berkomunikasi secara atas talian.

Penerimaan fungsi mengintegrasikan teknologi digital dalam kepimpinan
instruksional pada tahap yang tinggi menunjukkan bahawa pemimpin sekolah
mengaplikasikannya secara kerap dan sangat kerap. Ia sekali gus membuktikan
bahawa teknologi digital amat diperlukan dalam praktik kepimpinan pemimipin
sekolah dalam era Revolusi Industri 4.0.

Misalnya, pengetua mengamalkan fungsi memberi insentif kepada guru dan
memberi insentif kepada dengan saluran komunikasi digital. Pengetua memberi
pujian kepada guru-guru atas usaha atau prestasi mereka dan menghebahkan
sumbangan guru terhadap kecemerlangan melalui sistem pesanan ringkas (SMS),
whatsApp atau telegram.

Bagi pola komunikasi digital pula, secara keseluruhan dapatan kajian
menunjukkan amalan pola komunikasi digital pengetua berada pada tahap yang
tinggi. Sebagaimana kepimpinan instruksional maya, pengetua juga mengamalkan
pola komunikasi digital secara kerap dan sangat kerap. Implikasi daripada dapatan ini
menunjukkan pengetua banyak menggunakan pola komunikasi ke bawah dalam
amalan kepimpinan instruksional mereka. Komunikasi ke bawah bermaksud arahan
atau maklumat yang datang daripada pihak atasan kepada subordinat. Dapatan ini
menunjukkan dengan menggunakan medium komunikasi digital, pengetua sentiasa
dapat berinteraksi dengan guru tanpa mengira batasan waktu dan jarak. Pengetua
boleh berinteraksi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

246

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Dalam konteks kajian ini ialah segala maklumat, pesanan atau arahan yang
disampaikan oleh pengetua kepada guru-guru disampaikan melalui aplikasi media
sosial, maklumat yang diterima jelas, tepat pada masanya dan selalu menggunakan
bahasa yang mudah difahami. Selain penyampaian arahan, mesej dan maklumat,
dapatan kajian ini juga menujukkan pengetua mengamalkan komunikasi dua hala
dengan guru, guru bebas menyuarakan rasa tidak puas hati berkaitan bidang tugas,
selalu memberi ruang kepada guru untuk mengemukakan pendapat dan idea.

Semua tingkah laku ini dirangkumkan dalam pola komunikasi ke atas yang juga
dilakukan secara kerap dan sangat kerap oleh pengetua.

Dapatan ini menggambarkan pengetua bersikap terbuka dalam amalan
komunikasi digital mereka. Guru diberi peluang bersuara tentang ketidakpuasan hati
berkaitan tugas yang diberi. Dalam masa yang sama pengetua memberi maklum balas
dengan baik pendapat guru. Amalan komunikasi begini membolehkan hubungan
semakin erat di antara pengetua dan guru. Pengetua dapat berbincang dan
membimbing berkaitan pengajaran dan pembelajaran, pencapaian akademik murid
dan sebagainya secara maya.

Sikap keterbukaan komunikasi pengetua semakin mudah dengan
penggabungan teknologi digital dan teknologi internet dalam komunikasi seharian.
Selain merapatkan hubungan, pengetua boleh berkomunikasi dengan guru setiap
masa. Segala arahan, mesej dan maklumat dapat disampaikan dan dikongsi dengan
serta merta melalui aplikasi-aplikasi seperti kumpulan whatsApp, telegram, twitter
atau facebook rasmi sekolah.

Dapatan ini juga membawa implikasi yang besar kepada amalan kepimpinan
instruksional maya. Kelemahan komunikasi antara pengetua dan guru lantaran
kesibukan tugas pentadbiran pengetua dapat di atasi dengan bantuan komunikasi
maya. Ini adalah kerana literatur menunjukkan pemimpin instruksional yang cekap
hendaklah sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan guru-guru dan warga
sekolah (Mohammed Sani et al., 2013). Dengan komunikasi maya fungsi kepimpinan
instruksional dapat dijalankan sepanjang masa.

Manakala dalam konteks amalan komunikasi pula, dapatan ini memberi
sumbangan baharu terhadap medium komunikasi dalam kalangan pemimpin sekolah
terutamanya dalam menjalankan fungsi sebagai pemimpin instruksional.
Pengintegrasian teknologi digital dan aplikasi seperti whatsApp, telegram, facebook
dan twitter telah membolehkan komunikasi sama ada komunikasi ke bawah, ke atas
atau mendatar dapat dilakukan tanpa batasan geografi dan waktu.

247

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Komunikasi tidak lagi terhad kepada hubungan secara langsung (bersemuka)
pengetua dan guru sahaja, malah pengetua boleh berkomunikasi secara maya. Situasi
ini membolehkan komunikasi yang efektif pengetua dan guru berlaku. Perkongsian
maklumat serta penyampaian mesej dan arahan dapat dilakukan dengan serta-merta.

KESIMPULAN

Secara kesuluruhannya dapatan kajian ini berjaya membuktikan bahawa teknologi
digital telah membawa perubahan dalam praktik kepimpinan dan komunikasi
pemimpin sekolah. Pengintegrasian teknologi digital dalam kepimpinan dan
komunikasi seharian di sekolah telah memberi ruang kepada pengetua
mempraktikkan kepimpinan instruksional maya dan komunikasi digital yang tinggi.
Impaknya, kelemahan dalam kepimpinan instruksional dan kelemahan komunikasi
sebelum ini dapat diatasi dengan penggunaan teknologi digital.

RUJUKAN

Ahmad Jawahir, T., Rosli, S., & Kalthom, H. (2011). Kesan Komunikasi Dalam
Organisasi Ke Atas Kepuasan Kerja Staf Sokongan Di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM). Journal of Human Capital Development, 4(2),
57–74.

Ahmad, Z. (2014). NPQEL menjana kepemimpinan masa hadapan. (K. Moidunny,
A. Jameela Bibi, & Aziah Schamichan, Eds.). Genting Highlands: Institut
Aminuddin Baki.

Airasian, P. W., Gay, L. R., & Mills, G. E. (2011). Educational Research:
Competencies for Analysis and Applications (10th Edition). Upple Sadder
River: NJ: Pearson Education.

Andreano, R. S. (2013). Pola komunikasi public relation officer dalam
mempertahankan citra PT. Lion Air Indonesia cabang Manado. Journal
Acta Diurna, 1(1), 1–18.

Ariffin Baa’da, & Robiah Sidin. (2002). Komunikasi Pengetua -Guru :Satu Analisis.
Jurnal Teknologi, 37(E), 71–79.

Arsaythamby Veloo, & Komuji, M. M. A. (2013). Kesan penyeliaan klinikal terhadap
prestasi pengajaran guru sekolah menengah. Asia Pacific Journal of
Educators and Education, Vol. 28, 81–102.

Asmia Ayu, A. (2013). Gaya komunikasi interpersonal guru besar dan hubungannya
dengan kepuasan kerja guru sekolah rendah zon Kukup Daerah Pontian,
Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Azlin Norhaini, M., Jamalullail, A. W., Hamzah, M. I. M., & Norhayati, Y. (2013).
Aktiviti Kepimpinan di Rantau Asia : Analisis Data Kajian TIMSS 2011.

248

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke- 20.
Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Azlin Norhaini, M., Jamalullail, A. W., Mohd Izham, M., & Norhayati, Y. (2011).
Aktiviti Kepimpinan Pengetua di Asia Tenggara : Analisis Data Kajian
TIMSS 2011. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Baquero, P. (2013). Mobile communication networks and Internet technologies as
drivers of technical efficiency improvement. Information Economics and
Policy, 25(3), 126–141. https://doi.org/10.1016/j.infoecopol.2012.11.004

Bity Salwana, A., Ahmad Basri, M. Y., Ramlee, M., & Mohammed Sani, I. (2010).
Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan,
kemahiran dan qamalan pengurusan sekolah menengah Malaysia. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 35(2), 31–41.

Bowen, E. E., Bertoline, G. R., Athinarayanan, R., Cox, R. F., Burbank, K. a.,
Buskirk, D. R., & Küçükönal, H. (2013). Global Technology Leadership:
A Case for Innovative Education Praxis. Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 75, 163–171. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.04.019

Burbules, N. C. (2013). Communication in school. In Educational Administration
(Ninth Edit, pp. 388–425). New York: Mc Graw Hill Education.

DasGupta, P. (2011). Literature review: e- Leadership. Emerging Leadershiip
Journeys, 4(1), 1–36.

David F. L., & Fornell. C. (1981). Evaluating Structural Equation Models with
Unobservable Variables and Measurement Error. Journal of Marketing
Research, 18(1), 39–50.

Djamarah, & Syaiful Bahri. (2004). Pola Komunikasi Orangtua & Anak Dalam
Keluarga Jakarta. Jakarta: Rineka Cipta.

Dominick, J. R. (2013). The dynamics of mass communication (Twelth Edi). New
York: Mc Graw Hill.

Ernest J. Wilson III, Goethals, G. R., Sorenson, G., & Burns, J. M. (2004). Leadership
in digital age. The Encylopedia of Leadership, 858–861.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data
Analysis (Seventh Ed). Pearson Prentice Hall.

Hair, J. F., Sarstedt, M., Pieper, T. M., & M., C. R. (2012). The Use of Partial Least
Squares Structural Equation Modeling in Strategic Management
Research: A Review of Past Practices and Recommendations for Future
Applications. Long Range Planning, 45(5–6), 320–340.

Hallinger, P. (2011). A Review of Three Decades of Doctoral Studies Using the
Principal Instructional Management Rating Scale: A Lens on
Methodological Progress in Educational Leadership. Educational
Administration Quarterly, 47(2), 271–306.

Hamdan, S., & Nurlia, M. (2013). Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Retrieved
March 26, 2014, from
http://eprints.utm.my/12013/1/Penyeliaan_Pengajaran_Dan_Pembelajara
n_Di_Sekolah.pdf

249

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Hamzah, M. I. M., Wei, Y., Ahmad, J., Hamid, A. H. A., & Mansor, A. N. (2013).
Supervision Practices and Teachers’ Satisfaction in Public Secondary
Schools: Malaysia and China. International Education Studies, 6.
Retrieved from http://pitt.summon.serialssolutions.com

Hendri, G. (2013). Jenis pola komunikasi orang tua dengan anak perokok aktif di
Desa Jembayan Kecamatan Loa Kulu Kabupaten Kutai Kartanegara.
EJournal Ilmu Komunikasi, 1(3), 218–233.

Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2013). Educational administration (Ninth Edit). New
York: Mc Graw Hill Higher Education.

Ibrahim, M. Y. (2012). Model KepimpinanPengajaran Pengetua Efikasi dan
Kompetensi Pengajaran. Universiti Malaysia Terengganu.

Ibrahim, M. Y. (2014). Model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi
pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11–
25.

Ibrahim, M. Y., & Amin, A. (2014). Model Kepimpinan Pengajaran Pengetua dan
Kompetensi Pengajaran Guru. Jurnal Kurikulum Pasifik, Pengajaran Asia
Pasifik, 22(1), 11–25.

Ibrahim, M. Y., & Amin, W. A. A. W. M. (2013). Membangunkan model modifikasi
kepimpinan pengajaran pengetua. Trend of Busines and Social, 2, 94–109.

Ibrahim, M. Y., & Aziz Amin. (2013). Model E-Kepimpinan , Komunikasi Kumpulan
& Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pemimpin Sekolah Di Malaysia. In
Seminar Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke- 20.

Ibrahim, M. Y., Noh, C. H. C., & Ibrahim, S. Z. (2013). Model of E-Leadership, Intra-
team Communication and Job Satisfaction Among School Leaders in
Malaysia. In International Conference on Education & Educational
Psychology 2013 (ICEEPSY 2013).

Ibrahim, M. Y., Yusof, M. R., Morni, M. M., Kasawani, I., Sinin, A. M., & Mahadi,
M. Z. (2019). The measurement model of virtual instructional leadership :
Confirmatory factor analysis approach. The Journal of Social Sciences
Research, 5(1985), 154–158.

Ibrahim, M. yusri, & Amin, A. (2014). Model Kepimpinan Maya Dan Prestasi Kerja
Pemimpin Sekolah Malaysia: Perantaraan Oleh Komunikasi Dalam
Kumpulan. In 2ND International Seminar Teaching Excellence And
Innovation (Vol. 2, pp. 1–10). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

James, A. J. E., & Balasandran, R. (2013). Kepimpinan instruksional satu panduan
praktikal (Kedua). Batu Caves: PTS Akademia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malayisia 2013 - 2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah).
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khalfalla, M. A., & Che Su, M. (2014). How do Non-profit Organizations in Libya
Adopt and Use Social Media to Communicate with The Society. Procedia-
Social and Behavioral Sciences, 155(October), 1–5.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.10.262Larry, L. (2002). Developing
Instructional Leaders, 46(160), 1–8.im Siew Ngen. (2014). Kompetensi

250

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

ICT Pemimpin Sekolah. In Kolokium ICT dalam Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan 2013 (pp. 95–105). Genting Highlands: Institut

Aminuddin Baki.

Lodico, M. G., T., Dean, Spaulding, & Voegtle, K. H. (2010). Methods in edcational

research from theory to practice (Second edi). San Francisco: Jossey -

Bass.

Maimunah, M. (2005). Kepimpinan Situasi di Kalangan Pengetua Sekolah di

Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Miller, K. (2005). Communication Theories (Second Edi). New York: Mc Graw Hill

Higher Education.

Miller, K. (2006). Organizational Communication: Approaches and processes (Sixth

Edit). United States of America: Thomson Higher Education.

Mohammed Sani, I., Ahmad Zabidi, A. R., Husaina Banu, K., Mohd Sani, I., Ahmad
Zabidi, Abdul Razak, Husaina Banu, K., Mohammed Sani, I., … Ahmad

Zabidi, Abdul Razak, Husaina Banu, K. (2013). Smart Principals and

Smart Schools. 13th International Educational Technology Conference,
103(826–836), 826–836. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.404

Mohd Yusri Ibrahim. (2015). Model of Virtual Leadership, Intra-team

Communication and Job Performance Among School Leaders in
Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 186, 674–680.

https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.04.126

Neufeld, D. J., Wan, Z., & Fang, Y. (2010). Remote Leadership , Communication
Effectiveness and Leader Performance. Group Decis Negot, 227–246.

https://doi.org/10.1007/s10726-008-9142-x

Nor Asikin, S. (2011). Kepimpinan pengajaran dan perkongsian wawasan: Satu

kajian kes di sekolah-sekolah kebangsaan luar bandar. Retrieved April 20,

2014, from

http://jabatanbahasastar.files.wordpress.com/2011/08/kepimpinan-

pengajaran-dan perkongsian-wawasan%0A%0A

Nor Azni, A. A. (2015). Hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua

dengan komitmen untuk perubahan guru sebagai mediator dalam

melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Universiti Putra

Malaysia. https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2

Nor Azni, A. A., Foo, S. F., Soaib, A., & Aminuddin, H. (2014). Kepimpinan

instruksional pengetua dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah ( PBS ). In Proceeding of the Global Summit on Education GSE
2014 (Vol. 2014, pp. 4–5).

Norashikin, A. B., Ramli, B., & Nurnazahiah, A. (2013). Kepimpinan pengajaran

pengetua dan kepimpinan guru. In Seminar Pasca Siswazah Dalam
Pendidikan (GREDUC 2013) (pp. 419–430).
O’Cass, A., & Ngo, L. (2009). Achieving customer satisfaction via market

orientation, brand orientation, and customer empowerment: evidence

from Australia. Australian and New Zealand Marketing Academy

251

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

(ANZMAC), 1–8. Retrieved from
http://nova.newcastle.edu.au/vital/access/manager/Repository/uon:9137
Ottestad, G. (2013). School leadership for ict and teachers’ use of digital tools. Nordic
Journal of Digital Literacy, 2013, 107–125.
Sarah, S. A., Afzahanee, Z., & Rosliza, M. Z. (2014). Organizational Behavior. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sharil, M., Rahimah, A., & Hussein, A. (2010). Kepimpinan instruksional di sekolah
berkesan dalam menjana modal insan cemerlang. In Shahril @ Charil
Marzuki, Rahimah Ahmad, & Hussein Ahmad (Eds.),
KepimpinanPengetua Menjana Modal Insandi Sekolah Berkesan (pp.
265–280). Batu Caves: PTS Profesional.
Sharina, M. N., Sivapalan, S., Bhattacharyya, E., Hezlina, H., Wan Fatimah, W. A.,
& Azrai, A. (2014). Organizational communication climate and conflict
management: communications management in an oil and gas company.
Procedia - Social and Behavioral Sciences, 109, 1046–1058.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.12.587
Sheninger, E. (2014). Digital Leadership: Changing Paradigms for Changing Times.
Corwin Press.
Siti Ezaleila, M., & Azizah, H. (2010). Media Sosial : Tinjauan Terhadap Laman
Jaringan Sosial alam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia,
12(2010), 37–52.
Supyan, H. (2014). Kelestarian Insan Dan Bahasa Dalam Arus Telekomunikasi
Global. Batu Pahat. Retrieved from
http://supyanhussin.files.wordpress.com/2014/04/kelestarian-insan-dan-
bahasa-supyan2.pdf
Syazwani, S., Noor Shah, S., & Sazeli, A. G. (2013). Tinjauan tentang amalan
komunikasi guru matematik sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Sains
& Matematik Malaysia, 3(1), 2013–2014.
Taat, M. S., & Minhat, M. (2013). Pengaruh dimensi kepimpinan instruksional
pengetua terhadap komitmen kerja guru di sabah. In Seminar Kebangsaan
Kali ke IV Majlis Dekan IPTA 2013 (pp. 449–457). Gombak: Universiti
Islam Antarabangsa.
Yusof, M. R. (2017). Pembinaan model kepimpinan instruksional maya, pola
komunikasi dan kompetensi pengajaran guru sekolah menengah di
Malaysia. Universiti Malaysia Terengganu.
Yusof, M. R., & Ibrahim, M. Y. (2015). Sumbangan Model Kepimpinan Instruksional
MayaTerhadap Kompetensi Pengajaran Guru. In 3rd International
Conference on Social Sceince Research. Kuala Lumpur.
Yusof, M. R., & Ibrahim, M. Y. (2016). Amalan kepimpinan instruskional maya
dalam kalangan pengetua di Malaysia. In Konferens Kebangsaan
Pendidikan Abad ke 21. Taiping: PPD Larut Matang Selama.
Yusof, M. R., Ibrahim, M. Y., & Ahmad, Z. (2016). Kepimpinan digital pemimpin
sekolah. In Seminar Nasional Pengurasan dan Kepimpinan Pendidikan ke
- 23. Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki.

252

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Zahiah, K., & Abdul Razaq, A. (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam
Pembelajaran Sepanjang Hayat. In Proceedings of Regional Conference
on Knowledge Integration in ICT 2010 (pp. 209–218).

Zainuddin, A. (2014). A Handbook on SEM For Academicians and Practioners.
Bandar Baru Bangi: MPWS Rich Resources.

Zait, A., & Bertea, P. (2011). Methods for testing discriminant validity. Management
and Marketing, 9(2), 8.

Zulch, B. (2014). Leadership communication in project management. Procedia -
Social and Behavioral Sciences, 119, 172–181.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.03.021

253


Click to View FlipBook Version