PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Seterusnya, guru perlu bijak dan kreatif untuk menarik minat murid belajar
membaca.. Kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran membaca agar dapat
menjadikan pengajaran lebih menarik, bervariasi serta dapat menimbulkan minat
murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh (Abdul Jalil Othman,
Normarini, Ghazali & Saedah Siraj, 2011). Murid-murid perlu dibimbing, diasuh, dan
dimotivasikan secara berterusan agar minat mereka terus bercambah untuk belajar.
Guru perlu memastikan semua murid mengambil bahagian dan diberi peluang untuk
berkongsi idea mengenai sesuatu topik yang dipelajari bagi menimbulkan minat
belajar mereka (Suraya & Aishah Daud, 2014). Minat murid akan bercambah jika
guru menggunakan kaedah yang membolehkan mereka belajar membaca dengan
lebih cepat dalam masa yang singkat.
Objektif Kajian
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
Mengenal pasti keberkesanan kaedah KGBK terhadap pencapaian kemahiran
membaca murid-murid pemulihan khas.
Membandingkan pencapaian kemahiran membaca murid-murid pemulihan khas yang
belajar menggunakan kaedah KGBK dengan murid-murid pemulihan khas yang
belajar menggunakan kaedah konvensional.
Mengenalpasti minat murid-murid pemulihan khas belajar menggunakan kaedah
KGBK dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran membaca.
Persoalan Kajian
Adakah belajar menggunakan kaedah KGBK boleh meningkatkan pencapaian
kemahiran membaca murid-murid pemulihan khas?
Adakah terdapat perbezaan pencapaian kemahiran membaca murid-murid pemulihan
khas yang belajar menggunakan kaedah KGBK dengan murid-murid pemulihan khas
yang belajar menggunakan kaedah konvensional?
Adakah minat murid-murid pemulihan khas belajar menggunakan kaedah KGBK
dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran membaca?
METODOLOGI
Reka bentuk kajian adalah merujuk kepada kaedah perancangan keseluruhan bagi
menjawab soalan kajian atau strategi dalam melaksanakan penyelidikan atau
melaksanakan kaedah atau teknik analisis data yang khusus (Cohen, L. Manion,
L& Marrison, K, 2003). Kajian yang dijalankan selama 12 minggu ini berasaskan
kepada pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kuasi eksperimental.
Reka bentuk ujian pra dan ujian pos dipilih dalam kajian ini bagi kumpulan
191
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
eksperimen dan kumpulan kawalan untuk melihat perubahan yang berlaku
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Seramai 30 orang murid terlibat
sebagai sampel kajian di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Suria
1(SS1) yang merupakan kumpulan eksperimen dan Sekolah Kebangsaan Tanah
Merah 2 (SKTM2) adalah kumpulan kawalan. Pemilihan sekolah dibuat
berdasarkan kedua-dua sekolah berada di dalam bandar dan bergred A serta
bilangan murid yang ramai belum menguasai kemahiran membaca pada konstruk
3. Dua orang guru Pemulihan Khas yang berpengalaman lebih dari sepuluh tahun
terlibat dalam kajian ini. Untuk mengelakkan kekeliruan dan mendapat hasil yang
tulen, pengkaji sendiri bertindak sebagai tenaga pengajar bagi kumpulan
eksperimen yang menggunakan kaedah KGBK.
Tempoh kajian dijalankan selama 12 minggu bermula pada Februari
hingga Mei 2019. Sepanjang tempoh ini, sampel dari kumpulan eksperimen
mengikuti pengajaran asas membaca menggunakan kaedah KGBK manakala
kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah konvensional. Sebanyak 30 waktu
pengajaran dan pembelajaran (PdP) diperuntukkan kepada sampel. Tiga puluh
minit diperuntukan bagi setiap waktu. Proses PdP berlaku di dalam kelas
Pemulihan Khas.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen ujian Saringan 1 dan
2 Literasi Membaca LINUS (Literacy and Numeracy Screening) 2015 sebagai
ujian pra dan ujian pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum intervensi dijalankan
pada minggu pertama kajian manakala ujian pos dijalankan pada minggu kedua
belas selepas murid melalui proses intervensi. Tujuan ujian pos adalah untuk
mengesan pencapaian murid dalam kemahiran membaca setelah mereka
didedahkan dengan pendekatan pembelajaran menggunakan kaedah KGBK.
Kedua-dua ujian ini ditadbir dan disusun mengikut urutan konstruk daripada
mudah kepada yang sukar.
Pengkaji memilih set ujian tahun 2015 ini untuk digunapakai sebagai uijan
pra dan ujian pos kerana ia merupakan tahun terakhir dalam Saringan LINUS di
mana murid menduduki Saringan 1 dan Saringan 2 dalam tahun tersebut. Tahun-
tahun berikutnya, murid tahun 2 hanya menduduki Saringan 2 sahaja untuk dinilai
penguasaan kemahiran membaca mereka. Pengkaji berpendapat adalah lebih valid
sekiranya set ujian yang berlainan diberikan kepada murid untuk mendapatkan
data yang tepat selain daripada mengelakkan murid hafal atau ingat soalan yang
telah dibuat. Kedua-dua set soalan mengandungi kemahiran yang sama cuma
perkataan dalam setiap kemahirannya adalah berbeza. Instrumen ini dipilih kerana
mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi kerana dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Data dan maklumat yang diperoleh daripada ujian pra dan ujian pos adalah
berbentuk kuantitatif. Data-data ini dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji.
Penggunaan statistik inferensi digunakan untuk melihat perbandingan dua
kumpulan. Pengkajiakan menggunakan The Statistical Package For the Social
192
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Science (SPSS) Version 20.0 sebagai kaedah analisis data. Untuk melihat taburan
skor pencapaian kemahiran asas membaca sampel kumpulan eksperimen dan
sampel kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos, analisis deskriptif min
kekerapan digunakan.
Statistik inferensi ujian-t sampel tak bersandar dan ujian-t sampel
berpasangan digunakan untuk membanding tahap min pencapaian murid dalam
ujian pra dan ujian pos kemahiran asas membaca bagi kedua-dua kumpulan
eksperimen dan kawalan. Aras kesignifikan untuk ke semua ujian ini ialah 0.05.
Item analisis yang akan digunakan ialah min, mod, medium dan Ujian-T sebagai
perbandingan dua kaedah pengajaran yang akan digunakan dalam kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
Analisis statistik inferensi ujian-t digunakan untuk membandingkan min-min
pencapaian sampel kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Bagi
menentukan min prestasi kedua-dua kumpulan sebelum sesi pengajaran
dijalankan ujian-t tak bersandar dijlalankan. Hasil dapatan menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan, t(30)=1.472, p > 0.05. Ini menunjukkan kedua-dua kumpulan
mempunyai tahap pencapaian kemahiran membaca yangsama sebelum intervensi
dijalankan. Dapatan kajian kumpulan eksperimen menunjukkan skor min ujian
Pos melebihi skor min ujian Pra yang mana peningkatan skor min ujian
pencapaian membaca adalah sebanyak 13.77. Dapatan ujian-t berpasangan
menunjukkan nilai signifikan (0.002) kurang daripada nilai alpha (0.05), p = .002
<0.05 dengan t (15) = 13.78. Kesimpulan kajian membuktikan terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi min pencapaian kumpulan eksperimen dalam ujian Pra
dan ujian Pos. Keputusan ini menunjukkan terdapat peningkatan peratusan skor
pencapaian selepas pengajaran dijalankan bagi kedua-dua kumpulan eksperimen
dan kawalan. Perbezaan signifikan yang ditunjukkan menerangkan berlakunya
peningkatan pencapaian murid membaca berdasarkan kaedah yang digunakan
dalam pengajaran. KGBK memberi impak positif dan sesuai digunapakai sebagai
kaedah pengajaran kepada murid-murid pemulihan khas dalam usaha
meningkatkan kemahiran membaca dengan lebih cepat.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Dapatan kajian ini berdasarkan ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian dalam
ujian pos lebih besar berbanding dengan min pencapaian ujian pra. Dapatan ini adalah
selaras dengan dapatan Suryani Talib (2015) yang menunjukkan wujud perbezaan
yang signifikan bagi pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Analisis kajian
yang dijalankan selepas intervensi menunjukkan wujudnya peningkatan yang ketara
bagi kumpulan eksperimen dalam pencapaian ujian pos berbanding dengan ujian pra.
Hasil analisis mendapati bilangan murid yang boleh membaca telah meningkat dalam
ujian pos. Pencapaian ini menunjukkan penggunaan kaedah KGBK berkesan dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid. Perubahan sikap murid dalam
193
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
kemahiran membaca telah berlaku. Murid lebih berminat untuk belajar membaca
berbanding sebelumnya. Kajian ini juga relevan dengan kajian Tamam, Zamri &
Afendi Hamat. (2011) dan Tuzana (2014) yang membuktikan bahawa kanak-kanak
boleh membaca dengan berkesan sekiranya guru melatih murid membaca dengan cara
yang betul dan sistematik.
Pengkaji mencadangkan kaedah KGBK ini perlu disebarluaskan kepada
guru-guru tahap satu agar masalah tidak menguasai kemahiran membaca di peringkat
sekolah rendah dapat dikurangkan. Kaedah ini merupakan satu kaedah alternatif yang
berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat
dan menarik minat murid untuk terus belajar membaca. Murid tidak perlu menguasai
26 huruf dan berpuluh-puluh pola suku kata sebelum mereka boleh membaca dengan
lancar. Huraian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Yahya (2001) dan Siti
Dahlia Said (2017) yang menyatakan terdapat hubungan positif antara minat murid
dengan kaedah mengajar yang digunakan. Bagaimana pun guru-guru yang ingin
melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah KGBK perlu mendapat pendedahan
atau kursus tentang kaedah ini supaya mereka dapat memberi komitmen yang tinggi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian ini memberi satu kefahaman tentang penggunaan kaedah
KGBK dalam kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Pemulihan Khas.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah KGBK dapat meningkat kemahiran
membaca dengan lebih cepat serta berjaya menarik minat murid untuk belajar
membaca berbanading kaedah konvensional. Kaedah KGBK merupakan pilihan yang
terbaik untuk para guru yang tercari-cari kaedah yang sesuai untuk mengajar murid
membaca dengan lebih berkesan. Oleh yang demikian, kaedah KGBK merupakan
satu dimensi baru bagi menyelesaikan masalah buta huruf di negara kita.
RUJUKAN
Abdul Jalil Othman, Normarini Norzan, Ghazali Darusalam & Saedah Siraj. (2011).
Cabaran guru program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa.
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Chew, F. P. (2015) Pelaksanaan program literasi dan numerasi (LINUS) disekolah
rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education
(MyLEJ), 5 (2). pp. 1-11. ISSN 2180-4842
Cohen, L. Manion, L & Marrison, K.(2003). Research methods in education. London.
Routledge Falmer.
194
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Isahak Haron (2007). Awal Membaca Bahasa Melayu : Keberkesanan Kaedah
Gabung Bunyi Kata untuk prasekolah & pemulihan, Konvensyen Penyatuan
bangsa. UITM Shah Alam, Selangor.
Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua (2016) – Buku DBP.com
Kulanz Salleh. (2009). Sejarah perkembangan pendidikan-di Malaysia. Diakses pada
13 Februari 2010.
Muhammad Saiful Haq bin Hussin 2009. Ujian diagnostik : Kepentingannya dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran. Konvensyen Pedagogi Bahasa Melayu
Serantau , Hotel Klana Resort, Seremban.
Muhammad Saiful Haq & Noor Aina Dani 2008. Penguasaan dan Penyelidikan
Bahasa: Serdang. Kuala Lunmpur: Gateway Publishing House Sdn. Bhd.
Nor Laila binti Kuslan (2014). Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sebuah Sekolah Rendah
: Satu Kajian Kes, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Nurul Haniza (2017). Pengaplikasian Model Awal Kit Asas Membaca Dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Jabatan
Bahasa dan Lingusitik Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya.
Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid, & Nur Azimah Mohd
Bukhari.(2018). Pembelajaran bahasa kanak-kanak pemulihan khas. Kuala
Lumpur: ITBN
Siti Nurul Jannah Fital , Mohamad Zaki Abdul Halim dan Suhaidah Said (2014).
Pendekatan Koloboratif dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar
: satu kajian Tinjauan terhadap pelajar IPTA, Universiti Malaysia Perlis.
Siti Dahlia Said (2017). Perbandingan Kaedah Pengajaran Berasaskan Tema dengan
kaedah konvensional dalam pembelajaran kefahaman Membaca Bahasa
Inggeris. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia UTM
Suraya Tarasat dan Aishah Daud.(2014). Kesan Penggunaan Perisian Asas Membaca
Terhadap PencapaianM embaca murid peringkat prasekolah.
Suryani Talib. (2015). Aktiviti Didik hibur dalam kalangan guru pra sekolah di daerah
Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5 (2016).
Tamam Timbang, Zamri Mahamod & Afendi Hamat. (2011). Faktor dan kesan
masalah Membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 89-107. ISSN: 2180-
4842.
195
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Tuzana Mohamad(2014). “Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu
Murid Linus tegar Dalam Kemahiran Membaca KVKV.” Pulau Pinang :
Universiti sains Malaysia.
Wan Nurzuliana Wan Ahmad & Zamri Mahamod.(2016). Amalan guru dalam
pelaksanaan kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi program LINUS di
sekolah rendah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
Melayu dan Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Ke-5,315-330. Bangi:
Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN: 978-
983-2267-49-2.
Yahya Othman, Aisah Mr Daud, Azmey Othman, D. S. A. P. M. dan M. M. S. 2012.
Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat
prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 93–
109.
Zahanim Ahmad (2013) ‘Perlaksanaan Literasi Dan Numerasi Di Sekolah Rendah’,
(Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor).
Zalizan Mohd Jelas. (Pnyt.). 2009. Pendidikan Kanak-Kanak Bekeperluan Khas:
Konsep dan Amalan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
196
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
KOMPETENSI GURU DALAM PENDIDIKAN
Roshida Binti Mustaffa
School of ICOM, Universiti Malaysia Perlis
[email protected]
ABSTRAK
Antara elemen dan prinsip asas kompetensi guru adalah berkaitan dengan
pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi seseorang guru itu sendiri dalam
menjalankan tugas dari semasa ke semasa menurut keperluan dalam bidang
pendidikan di Malaysia. Sejajar dengan perubahan dalam bidang pendidikan di
seluruh dunia sekarang ini yang sedang bergerak menuju ke arah bidang pendidikan
abad ke 21 yang berasaskan kepada bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) menuntut peningkatan tahap kompetensi guru-guru pada masa kini. Dalam
konteks pengetahuan dan kemahiran, guru perlulah lebih kreatif semasa merancang
pengajarannya. Pengajaran guru mestilah sesuai dengan keupayaan dan kebolehan
pelajar. Guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Melalui kompetensi peribadi pula, guru-guru akan
menyelami satu konsep yang memperkenalkan pengajaran berasaskan kepada
kreativiti, inovasi dan perlaksanaan seseorang guru yang mengajar. Tahap
kompetensi guru-guru yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Cadangan yang dikemukakan bagi
meningkatkan tahap kompetensi guru-guru adalah melalui kaedah pemantauan dan
skim latihan serta bimbingan terhadap guru sepanjang masa di sekolah-sekolah.
Pemantauan dan latihan yang bersesuaian perlu dijalankan agar proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku adalah bertepatan dengan kriteria-kriteria keperluan
pembelajaran abad ke 21 bagi memperbaiki mutu penyampaian pembelajaran yang
sedia ada. Hasil peningkatan tahap kompetensi guru-guru ini memberikan impak yang
sangat besar kepada para pelajar sekolah dari aspek pencapaian akademik mereka
yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam meningkatkan mutu dan kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia.
Kata Kunci: Kompetensi guru, Pengajaran dan pembelajaran (PdP), Pengetahuan,
Kemahiran, Keperibadian
PENDAHULUAN
Pencapaian sesebuah negara secara meluas bergantung kepada pengetahuan,
kemahiran dan kecekapan penduduk atau warganegaranya. Oleh yang demikian, tidak
hairanlah bahawa negara yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi akan lebih
cenderung menikmati kemewahan ekonomi yang lebih baik. Penubuhan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 menyatakan bahawa untuk
mencapai pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang baik di Malaysia,
pendidikan memainkan peranan yang amat penting (Kementerian Pendidikan, 2015).
197
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Malaysia dengan negara-negara yang lain di seluruh dunia sekarang ini sedang
bergerak menuju ke arah bidang pendidikan abad ke 21 yang berasaskan kepada
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Perkembangan pendidikan dan
teknologi yang pesat ini memperlihatkan penggunaan bahan pengajaran berbentuk
pembangunan laman web dalam proses pengajaran dan pembelajaran mula mendapat
perhatian. Kewujudan kepelbagaian teknologi mampu membawa perubahan yang
positif dalam sistem pendidikan. Perubahan tersebut juga telah mengubah peranan
guru-guru yang merupakan sebagai pelaksana utama di dalam bidang ini agar selari
dengan peredaran masa dan kaedah baru yang diperkenalkan bagi membantu
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Bagi menempuhi pembelajaran terkini,
guru-guru mestilah mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dengan mempunyai
ilmu pengetahuan yang kukuh, pedagogi yang mantap dan pengetahuan teknologi
yang tinggi bagi mengambil alih kaedah pengajaran konvensional yang kurang
relevan pada masa kini (Norasiah, Nor Risah Jamilah dan Rosnah, 2012).
Pada dasarnya, pertumbuhan modal insan adalah sangat bergantung pada
kualiti yang ada pada seseorang guru. Guru perlu kompeten dan bertindak sebagai
medium untuk menyampaikan pengetahuan, membentuk sikap positif dan memupuk
nilai-nilai yang membina di kalangan para pelajar. Pada pertengahan 1990-an,
penyelidikan yang dijalankan oleh Sanders dan Rivers (1996) di negeri Tennessee,
AS membuktikan bahawa kualiti guru adalah unsur utama untuk menentukan
pencapaian pelajar. Peranan guru mungkin berbeza di antara satu tempat dengan satu
tempat yang lain berdasarkan kepada sistem pendidikan, budaya, ekonomi dan
sebagainya lagi. Namun, tugas utama guru boleh diterjemahkan sebagai tugas
pengajaran yang formal termasuk menyediakan pelajaran mengikut kurikulum yang
dipersetujui, memberikan pelajaran, dan menilai kemajuan murid. Untuk memastikan
kualiti seseorang guru itu berada pada tahap yang cemerlang, institusi latihan guru
memainkan peranan yang sangat penting.
Latar Belakang Kajian
Pendidikan guru di Malaysia adalah berpandukan kepada Model Konsepsual
Pendidikan Guru (MKPG) dan Standard Guru Malaysia (SGM, 2009). Merujuk
kepada MKPG, seseorang guru mestilah memiliki kemahiran ikhtisas yang menjurus
kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir literasi
komputer, pedagogi dan pembinaan serta pengukuhan aspek “how to” dengan
memberi tumpuan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelaksanaan
kurikulum. Sementara SGM pula menuntut kemahiran kompetensi guru yang tinggi
dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, kemahiran pengajaran dan
pembelajaran, pengetahuan dan kefahaman dalam mengintegrasikan TMK dan
sumber pendidikan secara bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Keperluan terhadap tahap kompetensi guru perlu ditingkatkan di sekolah. Ini
bertujuan untuk menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan iaitu tempat
penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta
pembentukan keperibadian pelajar. Peranan sebagai seorang guru adalah amat
198
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
penting sebagai penyampai maklumat dan ilmu pelajaran kepada para pelajar di
sekolah. Kompetensi yang perlu ada pada seorang guru adalah untuk membantu
pelajar memahami konsep, seperti matematik, bahasa Inggeris, dan sains melalui
arahan dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi mengekalkan dan menambahbaik
kualiti dan keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah, pengetahuan dan
kemahiran guru adalah amat diperlukan.
Kompetensi Guru
Kompetensi adalah merujuk kepada elemen-elemen pengetahuan, kemahiran dan
ciri-ciri peribadi yang perlu ada pada seorang guru. Berdasarkan kepada kenyataan
Daud Ibrahim (2003) bahawa kompetensi adalah bermaksud “competence,
proficiency, skillful and skill” dan ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan,
kemahiran dan ciri‐ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi
melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan sebagai seorang guru. Elemen-elemen
tersebut adalah seperti berikut:
Kecekapan profesional (pengetahuan dan kefahaman):
• Memahami teori subjek yang diajar.
• Menguasai pelaksanaan teori subjek yang diajar.
• Menguasai pemilihan, perumusan, perancangan, dan penyampaian teori subjek.
•Menguasai prinsip, peraturan, teori, dan konsep teori dalam konteks persekitaran
pembelajaran.
Kecekapan pedagogi (kemahiran intelektual):
• Memahami kurikulum dan membangunkan rancangan pelajaran.
• Memahami pendekatan, metodologi dan teknik dalam pembelajaran serta aplikasi
dalam bilik darjah.
• Memahami pelaksanaan pembelajaran subjek yang diajar.
• Memahami sistem penilaian pembelajaran dan pelaksanaannya di dalam bilik
darjah.
•Menguasai kemahiran bagi menilai tahap pemahaman dan potensi pelajar dalam
pembelajaran.
• Menguasai kemahiran untuk menjalankan penyelidikan dalam pembelajaran subjek
yang diajar.
199
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Kecekapan peribadi (personaliti dan kemahiran praktikal):
• Memiliki keperibadian matang, watak mulia, kebijaksanaan dan karisma, serta
kesesuaian
menjadi model peranan kepada pelajar.
• Memahami hak dan tanggungjawab profesional sebagai guru.
• Memahami tugas dan fungsi profesional sebagai guru.
• Memahami kesan inovasi pendidikan dalam membangunkan watak negara.
Kerangka Konsep
KOMPETENSI
GURU
Pengetahuan Kemahiran Ciri-ciri Peribadi
Rajah: Kompetensi Guru
Kajian Literatur
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dirangka untuk
mentransformasikan sistem pendidikan negara untuk meningkatkan kualiti
pencapaian akademik pelajar sebagai agenda utama dan dengan komitmen semua
pihak terutamanya guru maka ianya dapat direalisasikan. Memandangkan guru adalah
merupakan peranan utama didalam merealisasikan agenda utama ini maka tahap
kompetensi guru-guru perlu diberi penekanan agar ianya dapat dicapai sepenuhnya.
Tiga (3) aspek ciri-ciri atau komponen kompetensi guru yang perlu ada pada mereka
adalah pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi untuk diguna pakai semasa
mengajar di sekolah. Dalam konteks pengetahuan dan kemahiran, guru perlulah lebih
kreatif semasa merancang pengajarannya. Pengajaran guru mestilah sesuai dengan
keupayaan dan kebolehan pelajar. Guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam
proses pengajaran. Pendekatan corak tradisional dan “chalk and talk” sudah kurang
relevan dengan keperluan pelajar hari ini. Pelajar lebih berminat jika turut dilibatkan
sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Ini akan
memberi impak yang lebih berkesan ke arah mencapai matlamat pendidikan itu
sendiri. Pembelajaran akan berlaku apabila apa yang diajar itu memberi makna
200
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
kepada pelajar (Caine & Caine, 1994). Hakikatnya sebagai seorang yang professional,
guru hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengajarannya.
Kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran dari aspek keupayaan
mempelbagaikan strategi pengajaran, membuat penilaian pembelajaran serta
kemahiran menggunakan teknologi adalah amat penting dan ditagih dalam
meningkatkan minat dan proses pemahaman pelajar serta menidakkan istilah “the
dead man of curriculum” yang sejak sekian lama membelenggu minda pelajar
(Rohana Zubir, 1987). Kompetensi kemahiran guru diharap mampu memberi kesan
terhadap peningkatan prestasi pelajar selaras dengan kepentingan sesuatu mata
pelajaran itu sendiri yang diangkat sebagai mata pelajaran yang diambil didalam
peperiksaan di peringkat SPM.
Ciri-ciri peribadi boleh disimpulkan sebagai perlakuan (personal attributes
and behavior) yang perlu dihayati dan diamalkan oleh seorang guru. Seseorang guru
perlu mampu mengawal perilaku diri sendiri dalam membina konsep kendiri yang
meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga
perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Ia
membolehkan seseorang itu mampu mengawal dan mengatur corak tingkah laku
dirinya sendiri dalam mengubah apa jua respon-respon, seperti mengendalikan
impuls perilaku (dorongan perilaku), menahan hasrat, mengawal fikiran dan
mengubah emosi (Rahmah, 2009). Menurut Losius Goliong, Mohd Khairuddin dan
Rosy Talin (2016) kompetensi peribadi adalah merujuk kepada pegangan nilai diri
guru yang sedia ada dan sepatutnya dikembangkan supaya ianya dapat memberikan
sumbangan yang lebih berkesan terhadap profesion pendidikan bagi mencapai
matlamat seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Melalui kompetensi peribadi, guru-guru akan menyelami satu konsep yang
memperkenalkan pengajaran berasaskan kepada kreativiti, inovasi dan perlaksanaan
seseorang guru yang mengajar. Ia adalah satu konsep keyakinan dan sikap seseorang
guru terhadap kemampuan individu (guru itu sendiri) untuk memobilisasikan peranan
motivasi, sumber kognitivisme, dan tindakan yang diperlukan untuk memenuhi
tuntutan keadaan atau situasi tertentu yang dihadapi (Schmitt dan Highhouse, 2012).
Langkah-langkah kreativiti pula menurut Mullins (2005) adalah terdiri daripada
persiapan dan perancangan tahap pertama proses kreatif yang meliputi pendidikan
dan latihan formal. Pengajaran yang kreatif melalui cirri peribadi guru (Self
Regulation Teaching) adalah merupakan satu konsep yang memperkenalkan
pengajaran berasaskan kepada sikap dan kreativiti seseorang guru itu.
Berdasarkan SGM (2009), tahap kompetensi guru boleh ditingkatkan melalui
latihan dalam perkhidmatan, peningkatan tahap akademik atau melalui program
perkembangan profesionalisme yang berterusan. Tahap kompetensi guru boleh
dianjakkan daripada tahap novis kepada guru novis berpengalaman, seterusnya
kepada kompeten, cekap dan akhirnya kepada tahap pakar.
201
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Signifikan
Perubahan corak dalam bidang pendidikan menuntut keperluan peningkatan kepada
tahap kompetensi guru-guru yang merupakan sebagai pelaksana utama di dalam
bidang ini agar selari dengan peredaran masa dan kaedah baru yang diperkenalkan
bagi membantu pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Pendidikan abad ke 21 yang
berasaskan kepada bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Digital
Age ini memperlihatkan perkembangan pendidikan dan teknologi yang pesat melalui
penggunaan bahan pengajaran berbentuk teknologi dan multimedia seperti slide
show, tayangan video, animasi, penggunaan computer melalui pembangunan laman
web dalam proses pengajaran dan pembelajaran mula diberi perhatian serius daripada
KPM. Kewujudan kepelbagaian teknologi ini mampu membawa perubahan yang
positif dalam sistem pendidikan. Guru-guru perlu meningkatkan tahap kompetensi
masing-masing terhadap pengetahuan TMK, kemahiran menggunakan kemudahan
TMK yang dsediakan dalam pembelajaran dan menyesuaikan ciri-ciri peribadi diri
agar dapat turut serta berkembang bersama pembelajaran abad ke 21 kini.
Pihak kerajaan yang terlibat secara langsung dengan isu yang berkaitan
dengan kompetensi guru-guru ini adalah KPM yang mana mereka boleh memainkan
peranan dengan merangka dan merancang strategi penambahbaikan dari segi
peningkatan kualiti penyampaian dan pengajaran oleh guru-guru yang merangkumi
tiga elemen atau komponen kompetensi seperti yang telah dibincangkan tadi iaitu
elemen pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi. Pihak kementerian perlu
merancang dan membina modul-modul latihan yang berkesan untuk membimbing
para guru dalam meningkatkan lagi tahap kompetensi guru-guru baru dan juga yang
sedia ada agar kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai di sekolah-sekolah.
Selain itu, mereka yang berkenaan juga boleh merancang dan mengambil langkah
yang positif untuk meningkatkan kualiti akademik negara. Ini diharapkan akan dapat
membantu dan memberikan panduan dalam merangka dan merancang strategi yang
lebih baik untuk perkembangan sekolah-sekolah di Malaysia.
Analisis dan Cadangan
Dalam mencapai sasaran menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, beberapa langkah
wajar perlu dilaksanakan. Kecemerlangan yang dimaksudkan adalah keperluan
kepada peningkatan terhadap tahap kompetensi guru-guru yang mana memberikan
kesan secara langsung terhadap keberkesanan pengajaran guru di sekolah-sekolah di
mana tujuan utamanya adalah untuk menjadikan sekolah sebagai pusat
kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai
jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar. Peranan sebagai seorang
guru adalah amat penting sebagai penyampai maklumat dan ilmu pelajaran kepada
para pelajar di sekolah. Peranan seorang guru adalah untuk membantu pelajar
memahami konsep, seperti matematik, bahasa Inggeris, dan sains melalui arahan dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
202
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Pendidikan dilihat sebagai cara terbaik dan paling sesuai untuk
menyampaikan ilmu kepada para pelajar dalam melatih dan mendidik mereka untuk
mencapai matlamat pembelajaran. Oleh itu, tahap kompetensi guru adalah amat
penting terutamanya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
kerana ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada mereka. Sekiranya kita
hendak melahirkan pelajar yang berkualiti maka orang yang mengajar itu harus
mempunyai kualiti yang lebih tinggi dari pelajar terlebih dahulu (Abd Rahim, 2001).
Menurut Suhardiman (1999) ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya seseorang
guru itu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang
baik sebagai seorang pendidik.
Oleh yang demikian, bagi mencapai hasrat tersebut maka cara yang paling
baik dan berkesan yang ingin dicadangkan oleh penyelidik adalah melalui kaedah
pemantauan dan latihan secara berterusan terhadap guru-guru bagi memastikan
mereka mencapai tahap kompetensi yang minimum sekurang-kurangnya dalam
melaksanakan tugas mereka secara berkesan didalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah. Berbekalkan dengan gabungan kepakaran, kuasa,
kemahiran dan keperibadian yang diperlukan yang diperolehi daripada proses latihan
dan bimbingan yang dibekalkan oleh KPM maka tidak mustahil tahap kompetensi
guru-guru berada di tahap yang tinggi semasa melakukan proses pengajaran di
sekolah.
Kesimpulan
Implikasi yang wujud daripada pengaruh kompetensi pengetahuan, kemahiran dan
ciri-ciri peribadi seseorang guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik
pelajar adalah seiring. Ini bermaksud semakin tinggi tahap kompetensi seseorang
guru itu maka semakin tinggilah kualiti pengajaran yang dijalankan dan seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik para pelajar di sekolah. Penekanan dan penilaian
kepada aspek kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyeluruh
akan dapat memberikan gambaran yang lebih luas dan tepat berkenaan dengan
pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Pihak pentadbir atau pengurusan di sekolah
harus sentiasa memberi sokongan dengan menggalakkan persekitaran yang sesuai
dan memberi autonomi untuk guru-guru mengembangkan kompetensi yang mereka
miliki dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak KPM perlu lebih proaktif
dalam memberikan latihan pembangunan profesionalisme dalam usaha
meningkatkan kompetensi guru-guru. Adalah lebih berkesan sekiranya diberi seawal
guru-guru tersebut berada dalam program persediaan latihan perguruan di institusi
yang menawarkan program perguruan seperti universiti dan Institut Pendidikan Guru
(IPG).
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa peranan guru-guru bukanlah
hanya sebagai penyampai ilmu kepada para pelajar berdasarkan kepada kemahiran
203
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
pedogogi semata-mata tetapi mereka juga bertanggungjawab untuk menyerlahkan
diri dengan tahap kompetensi profesionalisme yang tinggi dan tingkah laku peribadi
yang diperlukan. Justeru ketiga-tiga elemen ini bergerak selari dengan pencapaian
akademik para pelajar.
RUJUKAN
Abd Rahim Abd. Rashid. (2001). Guru sejarah berkesan dan bermotivasi tinggi dalam
pengajaran sejarah dan penerapan patriotisma. Persidangan Kebangsaan pendidikan
sejarah ke arah pembentukan warganegara patriotik, 8-12 Oktober 2001
Caine, G. & Caine, R. (1994). Making Connections: Teaching and Human Brain. New York:
Addison. Wesley
Daud Ibrahim (2003). Mengenalpasti Masalah-masalah Dalam Melaksanakan Standard ISO
9000. Tesis Sarjana. Bangi: UKM
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan
Guru Baharu (PPGB).
Losius Goliong, Mohd Khairuddin Abdullah dan Rosy Talin (2016). Kompetensi peribadi,
pedagogi, profesionalisme guru sekolah berprestasi rendah bahagian barat dan utara
Sabah. Jurnal Pendidikan Nusantara. Edisi khas. UTM & Universitas Muhammadiyah
Makassar.
204
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
KEBOLEHGUNAAN DAN KESESUAIAN “MODUL
INTERAKTIF EXCELL” BAGI PdPc PRAKTIKAL TOPIK
BELANJAWAN KURSUS PERAKAUNAN
Nur Hanisah binti Abdullah
Kolej Matrikulasi Pahang, KPM
Email: [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan menilai kebolehgunaan dan kesesuaian “Modul Interaktif
Excell” bagi PdPc praktikal kursus perakaunan di kolej matrikulasi. Reka bentuk dan
pembinaan modul ini bermatlamat untuk memudahkan proses PdPc praktikal bagi
topik belanjawan berbanding pendekatan PdP sedia ada yang hanya menggunakan
cara manual sahaja iaitu “chalk and talk”. Modul ini dibangunkan untuk memudahkan
sesi pengajaran topik belanjawan agar pelajar memperoleh nilai tambah dalam
penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kaedah tinjauan awal
digunakan untuk menilai kebolehgunaan dan kesesuaian modul ini dengan
menggunakan teknik temu bual separa berstruktur. Seramai 6 orang pensyarah Unit
Perakaunan, Kolej Matrikulasi Pahang telah dijadikan sebagai sampel kajian. Kajian
ini menggunakan kaedah deskriptif untuk menilai persepsi pensyarah terhadap
kebolehgunaan dan kesesuaian “Modul Interaktif Excell”. Hasil kajian ini mendapati
bahawa penggunaan modul ini bersesuaian sebagai salah satu alternatif dalam sesi
PdPc ke arah mengimplementasi Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).
Kata kunci: Reka bentuk dan pembangunan modul, penguasaan TMK, “chalk and
talk”, PdPc dan PAK21.
PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan suatu proses transmisi secara formal atau tidak formal
berkaitan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan kepada satu
generasi kepada generasi yang lain. Matlamat utama pendidikan adalah untuk
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep asas yang dipelajari
(Abdul Razak & Nor Asmah, 2008). Kaedah pembelajaran pada abad ke-21
secara interaktif adalah penting dalam menarik minat pelajar bagi memahami
sesuatu konsep. Menurut Harlina, Zubaidah dan Ainee Ahmad (2017) bagi
memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan
sesuai dengan keperluan abad ke-21, sedikit perubahan pedagogi pengajaran
perlu dilakukan.
Dalam usaha untuk menjadikan institusi pendidikan yang berkesan
sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan, pendidik harus menjadi
205
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
penggerak dan pendorong kepada pembentukan budaya ilmu yang dipupuk
sebagai satu budaya pengajaran serta diperkukuhkan dalam konteks budaya
pendidikan. Pendidik harus menunjukkan kecenderungan dan komitmen yang
tinggi sebagai penyebar ilmu yang berdedikasi dan bersifat profesional dengan
kepakaran dan keilmuan, selari dengan perkembangan yang berlaku masa kini
dan menjelang tahun 2020 (Abdullah Mat Lazim & Ahmad Zain, 2009).
Pendidik yang baik adalah pendidik yang mampu menyampaikan pengajaran
dengan menarik, berinovatif serta dapat memberi kesan kepada kemajuan dan
pencapaian pelajar-pelajarnya (Abd. Rashid, 2000).
Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai, perlu dirancang oleh
pendidik bagi menarik minat yang pelbagai ragam dan gaya pembelajaran
yang berbeza-beza. Penggunaan modul pembelajaran di dalam kajian
penyelidikan ini adalah untuk memandu dan memimpin pensyarah untuk
melaksanakan PdPc secara teransang. Perancangan yang rapi oleh pensyarah
sebelum proses PdPc dijalankan akan menghasilkan pengajaran yang lebih
berkesan dan pembelajaran yang optimum (Abdullah et al., 2009). Reka
bentuk pengajaran membantu pensyarah dalam membuat persediaan tentang
topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan pelajar (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001).
Sesuatu pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekirannya teori
yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh pelajar secara praktikal dan
kontekstual (Abell & Lederman, 2007). Justeru itu, pelajar perlu diberi
pendedahan yang baik dalam pelbagai kemahiran supaya dapat menghasilkan
pelajar yang cemerlang dari segala aspek. Kaedah pengajaran yang baik juga
merupakan satu aspek yang perlu diberi penekanan bagi menghasilkan pelajar
yang cemerlang. Kemenjadian pelajar merupakan aspek yang diberi
penekanan dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Penggunaan TMK/ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi
pendidikan memberi kesan yang baik kepada pelajar yang sejajar dengan
pendekatan di dalam pembelajaran abad ke-21 antara kemahiran yang boleh
diterapkan dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK21) adalah kemahiran
berfikir dan menyelesaikan masalah. Pelajar lebih terbuka minda untuk
menyelesaikan masalah jika proses pembelajaran dilaksanakan dengan
menggunakan modul dan kemudahan ICT yang bukan sahaja memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaannya juga dapat menarik
minat pelajar. Namun yang paling utama ialah output yang dihasilkan.
Kursus perakaunan merupakan satu kursus asas yang memerlukan
pemahaman konsep teori dan praktikal yang tinggi. Para pendidik dalam
206
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
bidang ini perlu lebih kreatif dalam pelaksanaan PdP agar pelajar lebih mudah
faham dan dapat menguasai topik belanjawan. Topik belanjawan ini adalah
salah satu topik yang dinilai dalam Penilaian Berterusan (PB) yang mewakili
10% markah.
Isu Keprihatinan
Pengkaji telah memilih isu keprihatinan ini atas sebab kesedaran pengkaji
terhadap peri pentingnya pensyarah dapat melaksanakan PdPc praktikal bagi
topik belanjawan dengan lebih berkesan tidak hanya menggunakan
pendekatan sedia ada “chalk and talk” sahaja. Pendekatan sedia ada ini dilihat
kurang memberi impak kepada pelajar apabila pelajar kurang berminat
menjawab soalan topik ini dalam peperiksaan.
Refleksi PdP lalu
Berdasarkan pengalaman lepas pensyarah melaksanakan PdPc topik
belanjawan dengan cara “talk and chalk”, pelajar agak sukar untuk
mengingati format-format belanjawan yang ada dalam topik ini. Tambahan
pula, topik belanjawan merupakan satu topik yang tidak digemari oleh pelajar
semasa menjawab peperiksaan. Hal ini kerana topik ini mempunyai banyak
format belanjawan yang perlu pelajar ingat dan tahu untuk menyediakannya.
Jika pengajaran dan pembelajaran praktikal hanya mengajar topik ini secara
manual yang mungkin agak membosankan pelajar dan proses pengajaran dan
pembelajaran tidak berbentuk interaktif. Rentetan itu, penggunaan “Modul
Interaktif Excell” difikirkan dapat membantu pensyarah untuk melaksanakan
PdPc dengan lebih berkesan. Tambahan pula pelajar era kini memang suka
menggunakan perisian komputer, jadi pemilihan penggunaan perisian ‘MS
Excell’ sangat sesuai untuk dilaksanakan dalam PdPc praktikal bagi topik
belanjawan.
Fokus kajian
Kajian ini ingin memfokuskan kepada penilaian terhadap kebolehgunaan
““Modul Interaktif Excell” dalam PdPc praktikal bagi topik belanjawan.
Modul ini dibangunkan adalah untuk memudahkan PdPc praktikal
dilaksanakan. Pelajar masih kurang diberi pendedahan menggunakan perisian
‘MS Excell’ sedangkan amat penting bagi pelajar aliran perakaunan
mengetahui untuk menggunakan perisian’ MS Excell’ terutama bagi kerja-
kerja yang melibatkan pengiraan dan juga melibatkan markah penilaian
207
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
berterusan. Kemahiran ini juga dapat menjadikan satu nilai tambah kepada
pelajar dalam menyediakan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah yang
tinggi.
Rentetan itu, penggunaan perisian ‘MS Excell’ dalam topik belanjawan
ini dapat meningkatkan penguasaan ICT dalam kalangan pelajar. Penggunaan
Modul Interaktif Excell, pelajar dapat meningkatkan kemahiran penggunaan
perisian ‘MS Excell’ dalam penyediaan belanjawan.
Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan “Modul Interaktif Excell”
bagi PdPc praktikal topik belanjawan. Bagi memenuhi tujuan ini, objektif
utama kajian yang hendak dicapai melalui kajian ini adalah menilai
kobolehgunaan modul ini dalam melaksanakan PdPc praktikal bagi topik
belanjawan dengan lebih efektif.
Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah terdiri daripada lima (5) orang
pensyarah Unit Perakaunan, Jabatan Sastera Ikhtisas, Kolej Matrikulasi
Pahang yang mengajar kursus Perakaunan.
Perancangan & Pelaksanaan Tindakan
Ausubel dalam Ee Ah Meng (2005) menyatakan bahawa segala maklumat
yang dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke
dalam struktur kognitif sedia ada. Ausubel menekankan bahawa fakta, konsep,
generalisasi yang dipelajari secara bermakna dapat diingati dengan lebih lama
berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafalan.
Kerangka konsep kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah:
Pembinaan Penggunaan Persepsi
modul modul pensyarah
Rajah 1. Kerangka konsep kajian
208
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Proses pembangunan modul melibatkan pembinaan draf modul yang dibuat
berdasarkan keperluan dan semakan kurikulum. Modul yang dihasilkan
disemak oleh seorang pakar dalam bidang ini. Beberapa cadangan daripada
pakar telah diambilkira dan dibuat penambaikan dalam modul sebelum modul
digunakan.
Tindakan yang dijalankan
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam
tempoh lima (5) minggu mengikut jam yang telah ditetapkan dalam
Spesifikasi Kurikulum yang dibekalkan oleh Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Pengajaran dan pembelajaran
ini dijalankan selama dua (2) jam seminggu dengan menggunakan modul
interaktif yang disediakan.
Pelajar diajar berkaitan sub topik belanjawan operasi dan belanjawan
tunai dan dalam masa yang sama pelajar diberi pendedahan menyediakan
belanjawan operasi dan belanjawan tunai menggunakan perisian ‘MS Excell’.
Modul ini dibentuk dengan menggabungkan penggunaan perisian ‘MS Excell’
dalam menyediakan belanjawan operasi dan belanjawan tunai. Menerusi
penggunaan modul ini, pelajar diajar menggunakan formula asas yang ada
dalam perisian MS Excell seperti tambah, tolak, bahagi dan purata bagi
menyediakan belanjawan operasi dan tunai dengan mudah tanpa perlu
menggunakan kalkulator. Semasa sesi PdP dijalankan respon pelajar sangat
positif. Menerusi teknik pemerhatian, mereka sangat seronok mempelajari
satu ilmu yang belum pernah mereka pelajari sebelum ini. Pelajar sangat teruja
untuk mempelajarainya. Setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pelajar, satu ujian praktikal akan dilaksanakan dan satu soal selidik diedarkan
kepada pelajar untuk mengukur keberkesanan penggunaan modul interaktif
dalam meningkatkan kemahiran praktikal pelajar.
Dapatan kajian
Pemerhatian
Instrumen pemerhatian dibuat oleh pengkaji bagi melihat aspek penting yang
dikaji dalam kajian tindakan ini. Pemerhatian tertumpu kepada pelaksanaan
proses PdPc dengan menggunakan “Modul Interaktif Excell”. Pemerhatian
dibuat semasa pensyarah melaksanakan PdPc. Hasil pemerhatian mendapati
pensyarah dapat menyampaikan PdPc topik belanjawan dengan mudah dan
berkesan dengan menggunakan “Modul Interaktif excell”. Pensyarah mudah
menerangkan topik belanjawan menggunakan modul ini kerana pensyarah
hanya mengajar format belanjawan dalam bentuk excell. Selain itu juga, reaksi
pelajar sangat seronok semasa PdPc dilaksanakan. Pelajar sangat teruja
209
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
semasa pensyarah mengajar kerana mereka mempelajari suatu benda yang
baharu.
Temu bual
Menurut Chuah Kim Hwa (2007), temu bual merupakan kaedah yang
membolehkan seseorang penyelidik mendapatkan maklumat kajian secara
mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka secara langsung (“face
to face”) dengan responden kajian.
Pengkaji dalam kajian ini menggunakan instrumen temu bual separa
berstruktur untuk mendapatkan sendiri maklum balas dari responden kajian.
Temu bual ini dijalankan untuk memastikan kebolehgunaan “Modul Interaktif
Excell” dalam PdPc praktikal bagi topik belanjawan.
Senarai soalan temu bual kajian
1. Apakah perasaan anda melaksanakan PdPc topik belanjawan dengan
menggunakan “Modul Interaktif Excell”?
2. Adakah “Modul Interaktif Excell” ini membantu anda melaksanakan
PdPc dengan lebih efektif?
3. Adakah terdapat perbezaan PdPc yang anda jalankan sebelum
menggunakan modul dan selepas menggunakan modul?
4. Adakah modul ini sesuai digunakan dalam PdPc praktikal bagi topik
belanjawan?
Apakah perasaan anda melaksanakan pdpc topik belanjawan dengan
menggunakan “Modul Interaktif Excell”?
Lecturer (L) Jawapan temu bual
L1 ‘Perasaan saya bila menggunakan modul ini dalam
L2 PdPc sangat seronok kerana seolah-olah seperti baru
L3 mengajar’.
‘PdPc menggunakan modul ini lagi mencapai hasil
L4 pembelajaran’.
L5 ‘Sangat teruja menggunakan modul ini’.
‘Modul ini memberikan saya semangat yang baru
untuk masuk mengajar di dalam kelas’.
‘Satu pembaharuan dalam teknik PdPc saya ’.
‘Seronok melaksanakan PdPc menggunakan modul
ini’.
‘Pelajar pun tidak bosan dengan PdPc yang saya
jalankan’.
210
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Adakah “Modul Interaktif Excell” ini membantu anda melaksanakan
PdPc dengan lebih efektif?
Lecturer (L) Jawapan temu bual
L1 ‘Sangat membantu saya dalam melaksanakan PdPc’.
L2 ‘PdPc yang dilaksanakan lebih menarik minat
pelajar’.
L3 ‘Sangat membantu saya melaksanakan PdPc kerana
modul yang lengkap’.
L4 ‘PdPc lebih efektif kerana pelajar tidak hanya dengar
sahaja’.
L5 ‘Sememangnya lebih menarik kerana pelajar
memang sukakan PdPc yang menggunakan
komputer’.
Adakah terdapat perbezaan pdpc yang anda jalankan sebelum
menggunakan modul dan selepas menggunakan modul?
Lecturer (L) Jawapan temu bual
L1 ‘PdPc yang sedia ada mengambil masa yang lama
untuk memahamkan pelajar’.
L2 ‘Ada, PdPc yang menggunakan modul ini lebih
praktikal untuk topik belanjawan’.
L3 ‘Ada, PdPc dulu rasa macam malas nak ajar kalau
masuk topik ini’.
L4 ‘PdPc guna modul ini lagi best’.
L5 ‘PdPc menggunakan modul ada berbeza dengan
PdPc sedia ada kerana PdPc guna modul lagi mudah
untuk dilaksanakan’.
Adakah modul ini sesuai digunakan dalam pdpc praktikal bagi topik
belanjawan?
Lecturer (L) Jawapan temu bual
L1 ‘Modul ini sangat sesuai untuk dipraktikkan dalam
L2 PdPc’.
‘Pada pandangan saya, modul ini sangat efektif
L3
untuk pelaksanaan PdPc praktikal topik
belanjawan’.
‘Sangat sesuai untuk diperluaskan ke kolej lain’.
211
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
L4 ‘Satu alternatif yang sangat bagus dalam menjadikan
PdPc lebih berkesan’.
L5 ‘Sangat sesuai untuk digunakan di samping ia
memberikan nilai tambah kepada pelajar’.
Keputusan Ujian
Ujian Praktikal ini disediakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
dalam Jadual Penentu Ujian (JPU) dan juga dibina agar dapat melihat
pencapaian objektif pembelajaran. Ujian Praktikal ini dijalankan selama satu
jam di makmal komputer. Pelajar diberikan satu soalan dan perlu menjawab
menggunakan perisian ‘MS Excell’. Kertas jawapan pelajar akan dinilai
dengan menggunakan skema jawapan dan rubrik pemarkahan seperti yang
digariskan oleh BMKPM.
Hasil Ujian Praktikal yang dilaksanakan menunjukkan bahawa
kesemua 75 orang pelajar kelas penyelidik dapat menjawab soalan dengan
baik iaitu memperolehi markah 90% dan ke atas. Output penilaian ini jelas
menunjukkan pelajar dapat menyediakan belanjawan operasi dengan baik
menggunakan “Modul Interaktif Excell” seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1: Keputusan Penilaian Ujian Praktikal
Julat markah Peratusan
90-100 100 %
80-89 -
Hasil daripada data kajian, didapati aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pelajar dapat dilaksanakan dengan seronok dan berkesan.
Pelajar juga dapat menggunakan perisian ‘MS Excell’ dengan baik.
Penggunaan perisian ‘MS Excell’ dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan ICT. Hampir keseluruhan pelajar
dapat menyediakan belanjawan menggunakan perisian ‘MS Excell’.
Penggunaan perisian ‘MS Excell’ ini juga dapat memberikan nilai tambah
dalam kemahiran penggunaan ICT.
Refleksi dan Kesimpulan
Penghasilan bahan PdPc perlu mengambil kira keperluan dan kesesuaian
dengan pelajar. Jadi penggunaan “Modul Interaktif Excell” sangat bersesuaian
212
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
dengan keperluan pelajar peringkat program matrikulasi masa kini yang mana
perlu diterapkan kemahiran insaniah pelajar. Kajian ini menunjukkan aktiviti
PdPc menggunakan modul ini berupaya menjadikan proses PdPc oleh
pensyarah menarik. Pensyarah juga berasa sangat teruja untuk melaksanakan
PdPc dengan pendekatan yang baharu. Modul ini menjadi alternatif kepada
pensyarah dalam mempelbagaikan teknik penyampaian PdPc agar sentiasa
seiring dengan arus kemodenan. Selain itu juga, pensyarah merasakan modul
ini sangat sesuai digunakan kerana pelajar tidak hanya mendengar sahaja
tetapi mereka perlu turut serta menyediakan belanjawan di dalam kelas
menggunakan komputer. memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam
menguasai kemahiran ICT.
Dapatan daripada kajian ini juga mendapati penggunaan perisian ‘MS Excell’
berjaya membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyediakan
belanjawan. Menurut (Nik Yusuf, Abdul Wahab & Mahamod, 2011) dengan
adanya kemudahan ICT akan dapat membantu mengurangkan dan
meringankan masalah dan kekangan yang berlaku jika dibandingkan dengan
pengajaran yang bersifat tradisional atau menggunakan pendekatan sedia ada.
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar yang mana sangat
penting untuk membezakan kebolehan pelajar.
Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, penyelidik mencadangkan
penggunaan “Modul Interaktif Excell” ini dapat diperluaskan ke kolej-kolej
lain supaya pensyarah dapat melaksanakan PdPc praktikal bagi topik
belanjawan dengan lebih efektif. Selain itu juga, penyelidik juga
mencadangkan agar kajian ini diteruskan bagi melihat persepsi dalam
kalangan pelajar tentang penggunaan “Modul Interaktif Excell”. Kajian ini
boleh memfokuskan untuk melihat peningkatan kemahiran ICT dalam
kalangan pelajar.
RUJUKAN
Ee Ah Meng. (2005). Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI): Ilmu
Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti
Carl S. Warren, James M. Reeve, & Philip E. Fess. (2005). Managerial
Accounting. (8th ed. pp. 177-222). Singapore: Seng Lee Press.
Carroll. (2010). 21st Century Skills for Students and Teachers. Honolulu:
Pacific Policy Research Center
213
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Kurt Lewin. (1946). Model Kajian Tindakan. Retrieved 7 Feb 2019, from
https://www.slideshare.net/johnrasta90/kajian-tindakan-15934373
Mohamed Amin Embi. (2007). Panduan Amalan Pengajaran &
Pembelajaran Berkesan. Bangi: UKM.
Ray H. Garrison, D.B.A., CPA, Eric W. Noreen, Ph.D., CPA, & Peter C.
Brewer, Ph.D., CPA. (2006). Managerial Accounting. (11th ed. pp.
376-428). America, New York: Mcgraw Hill International.
Siti Zakiah Abu Bakar. (2002), Modul Pembelajaran Kadar Kendiri Perisian
Lembaran Elektronik (MS Excel) Bagi Matapeajaran Pengenalan
Komputer (P104) untuk Meningkatkan Kemahiran Teknologi
Maklumat di kalangan Pelajar Diploma Perakaunan Politeknik. Kolej
Univertisiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Tracie L. Nobles, CPA, Brenda Mattison, & Ella Mae Matsumura. (2015).
Horngren’s Accounting. (10th ed. pp. 1368-1453). England: Global
Edition.
Wan Madznah Wan Ibrahim, Azizah Hj. Dolah, & Kamarulbaraini Keliwon.
(2004). Perakaunan Pengurusan. (2nd ed. pp. 204-223). Selangor:
Fajar Bakti.
214
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
MENYELESAIKAN MASALAH PILIH ATUR DAN
GABUNGAN MENGGUNAKAN “CT DIAGRAM”
Oh Siew Choo
Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Kedah
Email: [email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam
menyelesaikan masalah Pilih Atur dan Gabungan menggunakan gambar rajah “CT
Diagram”. Tinjauan awal ke atas 15 orang pelajar jurusan sains, Program Satu Tahun
(PST), Kolej Matrikulasi Kedah mendapati kesukaran pelajar dalam mengenalpasti
masalah Pilih Atur dan Gabungan. Justeru satu intervensi telah dilaksanakan ke atas
pelajar tersebut berpandukan gambar rajah “CT Diagram”. “CT Diagram”
(Classification Tree Diagram) merupakan carta alir yang dapat membimbing pelajar
langkah demi langkah untuk mengenal pasti kategori kehendak soalan seterusnya
menyelesaikan masalah berkaitan dengan kaedah yang tepat dan sistematik. Kajian
ini menggunakan reka bentuk kuantitatif, iaitu perbandingan min markah ujian pra
dan pasca dan kualitatif yang melibatkan soal selidik dan temu bual. Analisis ujian-t
menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan (p<0.05) di antara markah
Ujian Pra (min=6.47) dan Ujian Pasca (min=19.5) yang menilai pencapaian pelajar
sebelum dan selepas intervensi. Ekoran daripada dapatan temubual, penambahbaikan
telah dilaksanakan untuk intervensi kedua yang melibatkan 6 orang pelajar yang
berpencapaian rendah dalam Ujian Pasca dan disusuli dengan Ujian Pasca 2. Hasil
kajian ini membuktikan bahawa penggunaan gambar rajah “CT Diagram” sangat
membantu dalam mengenal pasti dan membezakan soalan Pilih Atur dan Gabungan,
menganalisis kategori kehendak soalan serta rumus yang tepat untuk
menyelesaikannya. Dapatan soal selidik juga menunjukkan penggunaan gambar rajah
“CT Diagram” dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran tajuk ini dan
harus dikekalkan pada sesi yang akan datang.
Kata kunci: Pilih Atur dan Gabungan, Gambar Rajah, Carta Alir
Pendahuluan
Tajuk Pilih Atur dan Gabungan merupakan tajuk ketujuh dalam subjek Matematik
semester kedua yang dipelajari oleh semua pelajar sains, Program Matrikulasi.
Penguasaan ilmu dan kemahiran Matematik dalam tajuk ini bergantung kepada
penguasaan konsep yang kukuh dan tepat. Tugas utama pensyarah ialah membimbing
pelajar memahami konsep yang betul tentang Matematik (Swan, 2001). Konsep yang
215
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
perlu diberi perhatian adalah pemilihan kaedah yang tepat dalam penyelesaian
masalah berkaitan dengan Pilih Atur dan Gabungan.
Dalam kajian ini, penekanan diberi kepada perbezaan antara masalah Pilih
Atur dan Gabungan (Permutation and Combination), kaedah yang tepat dan
sistematik dalam penyelesaian masalah berkaitan berpandukan gambar rajah “CT
Diagram” (Classification Tree Diagram). Menurut Usry & Rosli (2015), jenis
kesilapan utama yang dilakukan oleh pelajar matrikulasi adalah keliru dalam
membezakan ciri-ciri Pilih Atur dan Gabungan. Pelajar gagal mengaitkan maklumat
yang diberi, gagal memilih rumus dan kaedah yang tepat dan seterusnya gagal dalam
penyelesaian soalan tersebut. Tajuk ini memainkan peranan penting dalam aplikasi
sains dan teknologi seperti termodinamik dan mekanik statistik. Ia juga berkait rapat
dengan pengiraan dan kebarangkalian dalam kehidupan harian, maka amatlah penting
bagi pelajar memahami dan menguasai tajuk ini.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan amat penting supaya
pelajar mendapat ilmu yang disampaikan secara optimal. Sebagai pensyarah yang
dedikasi, perkongsian masalah yang dihadapi semasa penyampaian PdP dan cara
penyelesaian sering dijadikan tajuk perbincangan antara pensyarah.
Tajuk Pilih Atur dan Gabungan merupakan salah satu tajuk yang bermasalah
di kalangan pelajar. Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam tajuk ini adalah
pelajar tidak dapat mengenalpasti perbezaan antara Pilih Atur dan Gabungan
berdasarkan maklumat yang diberi dalam soalan. Selain itu, pelajar tidak mempunyai
idea dan teknik yang sistematik untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Perkara ini
lebih merunsingkan apabila mereka tidak dapat menjawab soalan kuiz dan tugasan
dalam tajuk ini. Sehubungan itu markah quiz dan tugasan mereka kurang
memberangsangkan. Kegagalan menguasai konsep tajuk ini akan mempengaruhi
tajuk seterusnya iaitu kebarangkalian.
Berdasarkan temubual dengan pelajar pula, mereka mengaku bahawa mereka
fobia tajuk ini sejak sekolah menengah lagi. Mereka tidak mempunyai idea dan
gambaran yang jelas terhadap maklumat yang diberi untuk menyelesaikan masalah
yang berkaitan. Sebagai contoh, mereka tidak dapat mengenalpasti soalan tersebut
perlu atur terus atau kena pilih dahulu diikuti atur.
Tajuk ini menyumbang lebih kurang 10% markah dalam kertas 2 semester 2
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Kegagalan dalam mengenalpasti
kaedah yang betul akan menyebabkan kehilangan markah yang banyak seterusnya
menjejaskan gred PSPM.
216
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
Fokus kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan “CT Diagram”
(Classification Tree Diagram) bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam penyelesaian
masalah Pilih Atur dan Gabungan. Di peringkat kolej matrikulasi, terdapat tujuh hasil
pembelajaran yang perlu pelajar faham dan kuasai. Antaranya ialah Pilih Atur n objek
yang berbeza, Pilih Atur r objek daripada n objek yang berbeza, Pilih Atur objek yang
sama dan Gabungan r objek daripada n objek (Usry & Rosli, 2015). Soalan Pilih Atur
dan Gabungan dalam bentuk berayat boleh menyebabkan pelajar tidak memahami
kehendak soalan, gagal menggunakan kaedah dan rumus yang tepat untuk
menyelesaikan soalan yang diberi. Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan
gambar rajah “CT Diagram” (Lampiran 2). Menurut Beckmann (2004), gambar rajah
dapat membantu pelajar memahami masalah dan mengenalpasti kehendak soalan.
Pelajar dapat menghasilkan pendapat tersendiri melalui penilaian mereka terhadap
sesuatu maklumat dan dapat membuat tafsiran secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan gambar rajah. Carta alir dalam “CT Diagram” dapat membimbing
pelajar langkah demi langkah untuk mengenalpasti kategori kehendak soalan dan
kaedah tepat untuk meyelesaikannya. Selain itu, strategi understand, plan and try it
(Lampiran 1) turut diterapkan untuk melatih pelajar menjawab soalan dengan tepat
dan sistematik.
Objektif Kajian
Objektif umum
Meningkatkan prestasi pelajar dalam penyelesaian masalah Pilih Atur dan Gabungan.
Objektif khusus
i. Membantu pelajar mengenalpasti dan membezakan Pilih Atur dan Gabungan
berpandukan “CT Diagram”.
ii. Membantu pelajar menganalisis kehendak soalan berdasarkan “CT Diagram” dan
menyelesaikannya dengan kaedah dan rumus yang tepat.
iii. Meningkatkan minat dan keyakinan pelajar dalam mempelajari tajuk Pilih Atur
dan Gabungan.
Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Kajian tindakan ini berpandukan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh
Kemmis & McTaggart (1988). Terdapat 4 langkah dalam model ini berdasarkan
gelung (cycle), iaitu merancang (Plan), bertindak (Action), memerhati (Observe) dan
mereflek (Reflect).
217
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian ini adalah Gabungan antara kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini
melibatkan 15 responden yang akan menduduki ujian pra, kemudian diikuti proses
intervensi, iaitu proses rawatan dan ujian pasca akan dijalankan selepas rawatan
diberi. Keberkesanan intervensi akan ditentukan melalui perbandingan dapatan ujian
pra dan ujian pasca.
Sampel Kajian
Responden kajian merupakan pelajar jurusan Sains, Program Satu Tahun, Sesi
2018/2019, Kolej Matrikulasi Kedah. Seramai 15 responden daripada kumpulan
tutorial saya, iaitu B2T3 telah dipilih sabagai sampel dalam kajian ini. Kumpulan
tutorial ini terdiri daripada pelajar modul 3 yang berpencapaian sederhana dan lemah
dalam Peperiksaan Akhir Semester Satu Program Matrikulasi yang lepas. Mereka
memerlukan lebih perhatian dan bimbingan pensyarah dalam proses pembelajaran.
Instrumen
Alat pengukuran keberkesanan kajian ini merangkumi dua bahagian iaitu ujian pra
dan ujian pasca. Kedua-dua ujian ini mempunyai aras kesukaran soalan yang sama
dan digubal berdasarkan silibus Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia (BMKPM).
Pelaksanaan Kajian Dan Pemerhatian
Terdapat 3 fasa dalam pelaksanaan kajian ini. Fasa pertama adalah ujian pra,
pemerhatian dan temu bual, fasa kedua merupakan pelaksanaan intervensi dan
pemerhatian manakala fasa ketiga merupakan ujian pasca, pemerhatian dan temubual.
Ketiga-tiga fasa ini akan diulang dalam gelung kedua jika perlu. Soal selidik bagi
menilai keberkesanan penggunaan “ CT Diagram” dalam penyelesaian masalah Pilih
Atur dan Gabungan turut diberi selepas selesai ketiga-tiga fasa ini.
Ujian Pra dan Temu Bual
Ujian pra selama 30 minit telah diberikan kepada pelajar untuk menguji tahap
kefahaman dan penguasaan mereka terhadap penyelesaian masalah berkaitan Pilih
Atur dan Gabungan. Daripada pemerhatian saya, ramai pelajar tiada idea dan
mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Mereka
menunjukkan pelbagai reaksi negatif seperti mengerutkan dahi, gelisah dan kurang
yakin semasa menjawab soalan yang diberi. Ada segelintir pelajar hanya termenung
sahaja kerana tiada idea langsung untuk menjawab soalan.
Maklumbalas pelajar selepas ujian pra adalah mereka keliru untuk
membezakan soalan yang diberi adalah kes Pilih Atur atau Gabungan atau kedua-
duanya, keliru dalam pemilihan rumus n! atau nPr atau nCr , keliru antara darab
218
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
atau tambah patut digunakan, keliru apabila ada objek yang seiras dan berulang.
Mereka juga gagal mendapat gambaran yang jelas terhadap maklumat yang diberi
dalam soalan sehingga mereka tiada idea untuk menyelesaikannya. Pelaksanaan
intervensi dijalankan selepas maklumbalas pelajar terhadap ujian pra.
Intervensi (Rawatan)
Berdasarkan kajian tinjauan awal, saya telah merancang dan menjalankan intervensi
terhadap pelajar seperti berikut:-
Peringkat 1(5 min):
Setiap pelajar dibekalkan kertas soalan untuk dijawab. Pelajar diminta membulatkan
kata kunci dan kehendak soalan pada soalan yang diberi. Kata kunci dapat memberi
idea kepada pelajar dalam pemilihan rumus yang tepat. Langkah ini turut dapat
mencegah pelajar daripada salah menjawab kehendak soalan.
Peringkat 2 (15 min):
Setelah pelajar mengenalpasti kehendak soalan, mereka menghadapi masalah untuk
memilih kaedah dan rumus yang tepat. Untuk menangani masalah ini, gambar rajah
“CT Diagram” (LAMPIRAN 2) diperkenalkan kepada pelajar. Pensyarah menerang
dan membimbing pelajar langkah demi langkah dalam menjawab soalan berdasarkan
gambar rajah tersebut. Pelajar turut didedahkan strategi understand, plan and try it
(LAMPIRAN 1) untuk membimbing pelajar menjawab soalan dengan lebih
sistematik.
Peringkat 3 (40 min):
Pensyarah membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 3
orang ahli. Pelajar akan menjawab soalan seterusnya secara berkumpulan. Mereka
perlu berbincang sesama ahli kumpulan untuk mengenalpasti kehendak soalan dan
kaedah yang tepat untuk menyelesaikan masalah berpandukan strategi understand,
plan and try it berserta “CT Diagram”.
Penyelesian masalah melalui komunikasi dan kolaboratif dengan rakan lain
turut dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis, berani memberi pandangan
secara aktif serta sensitive dengan pendapat orang lain.
Melalui pemerhatian saya, pelajar mendapat gambaran yang lebih tersusun
dan menyeluruh terhadap kaedah dan rumus untuk menyelesaikan masalah Pilih Atur
dan Gabungan berpandukan gambar rajah “CT Diagram”. Pelajar turut menunjukkan
semangat dan minat yang tinggi dalam menjawab soalan secara berkumpulan. Mereka
dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Hanya sekali-sekala
mereka akan merujuk kepada saya apabila terdapat percanggahan pendapat yang tiada
219
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
keputusan. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir pelajar yang kelihatan
pasif dalam perbincangan dan kurang yakin dengan jawapan sendiri.
Melalui temu bual, ramai pelajar memberi maklumbalas bahawa mereka
sudah jelas penggunaan rumus factorial n Pn n! dan nPr . Mereka dapat
membezakan kaedah atur terus n Pr dengan kaedah pilih dahulu diikuti atur nCr r!
. Selain itu, pelajar turut mendapat idea sama ada perlu selesaikan masalah yang diberi
secara terus atau pertimbangkan kes demi kes. Pelajar juga berpendapat perbincangan
secara berkumpulan amat menarik, mereka berkongsi idea dan pendapat, tidak cepat
putus asa untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
Rajah 1. Pelajar sedang berbincang dan menjawab soalan berpandukan “CT
Diagram”
Ujian Pasca
Ujian pasca selama 30 minit telah dijalankan pada minggu seterusnya. Soalan yang
diuji dalam ujian pasca adalah soalan yang sama tahap kesukarannya dengan ujian
pra. Markah pelajar direkod dan analisis telah dijalankan. Pelajar dikehendaki
menjawab soal selidik yang dibekalkan dalam “Google Form” dan analisis akan
dilakukan.
Daripada pemerhatian, pelajar menjawab ujian pasca dengan bersungguh-sungguh.
Akan tetapi, terdapat segelintir pelajar agak cuai dalam penyelesaian masalah yang
melibatkan operasi algebra.
Gelung Kedua
Terdapat 6 orang pelajar yang markah ujian pascanya kurang daripada 15 markah,
iaitu 50% daripada markah penuh. Temu bual secara individu dengan 6 orang pelajar
telah dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah dan kekurangan proses intervensi
pertama.
Daripada hasil perbualan, semua pelajar menyatakan bahawa mereka boleh
membezakan antara Pilih Atur dan Gabungan tetapi mereka masih keliru dan tidak
220
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
yakin apabila soalan melibatkan syarat tambahan. Mereka tidak dapat
membayangkan kehendak soalan samada mereka perlu pilih dahulu diikuti atur atau
mereka perlu senaraikan semua kes yang berkemungkinan. Manakala seorang pelajar
pula masih keliru dengan kes objek seiras, seorang lagi keliru maksud “odd” dan
“even” dalam soalan yang diuji.
Proses intervensi kedua telah dijalankan secara individu dengan pelajar di
kubikal pensyarah. Pelajar didedahkan dengan soalan pelbagai situasi yang mereka
keliru. Pensyarah menjelas dan membimbing pelajar untuk memahami situasi soalan
dan kaedah yang tepat untuk menyelesaikan masalah berpandukan “CT Diagram”
berserta alat bantu mengajar (beberapa marker pen yang pelbagai warna). Kemudian,
pelajar dikehendaki menjawab latihan yang diberi di depan pensyarah supaya
pensyarah dapat mengenalpasti masalah pelajar dan memperbetulkan kesalahan
konsep pelajar sehingga mereka faham. Dedikasi dan kesabaran pensyarah amat
diperlukan dalam intervensi kedua ini.
Latihan tambahan diberikan kepada 6 orang pelajar ini dan dibincangkan
semasa sesi konsultasi dengan pelajar lemah. Melalui pemerhatian saya, pelajar lebih
berani untuk mengemukakan kekeliruan mereka dalam pembelajaran, lebih
bersemangat dan berkeyakinan tinggi semasa menjawab soalan. Akhir sekali, ujian
pasca 2 diberi pada minggu seterusnya dan markah direkod. Rajah 2 di bawah
merupakan gambar semasa proses intervensi kedua dijalankan.
Rajah 2. Proses intervensi kedua secara individu dan perbincangan latihan tambahan
semasa sesi konsultasi.
221
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Dapatan Kajian & Analisis Data
Taburan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca bagi 15 responden ditunjukkan seperti
dalam Rajah 3. Markah penuh kedua-dua ujian ini adalah 30 markah.
Markah 40
30
20 PRA
10 PASCA
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Responden
Rajah 3. Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca
Secara keseluruhannya, markah semua responden telah meningkat.
Pencapaian ujian pra adalah pada tahap yang kurang memberangsangkan. Tiada
responden yang mendapat markah lebih daripada separuh, iaitu 15 markah (Rajah 3).
Setelah intervensi dilaksanakan, pencapaian responden dalam ujian pasca sangat
memberangsangkan, sebanyak 60% responden mendapat markah lebih daripada 15
markah dan seorang responden mendapat markah penuh.
Selain itu, peningkatan pencapaian responden amat besar, antaranya
meningkat dari 7 markah ke 25 markah, 9 markah ke 27 markah, iaitu peningkatan
sebanyak 18 markah.
Jadual 1
Analisis Perbandingan Min Markah Antara Ujian Pra Dan Ujian Pasca
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
Ujian PRA 15 2.00 14.00 6.47 3.78
13.00 30.00 19.53 5.79
Ujian PASCA 15
Valid N (listwise) 15
Jadual 1 menunjukkan analisis perbandingan min markah antara Ujian Pra dan Pasca.
Min markah Ujian Pra adalah 6.47 manakala min Ujian Pasca adalah 19.53.
222
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Perbezaan min adalah sebanyak 13.06. Markah minimum Ujian Pra telah meningkat
daripada 2 markah kepada 13 markah dalam Ujian Pasca. Markah maximum turut
menunjukkan peningkatan yang besar daripada 14 markah (Ujian Pra) kepada 30
markah (Ujian Pasca).
Ujian t
Jadual 2
Statistik Ujian t
Dapatan dalam jadual 2 menunjukkan nilai t sebanyak -14.656 dan terdapat perbezaan
min yang signifikan secara statistik bagi markah pelajar dalam ujian pra berbanding
ujian pasca berdasarkan nilai p < 0.05. Ini bermakna terdapat peningkatan yang
signifikan selepas proses intervensi berpandukan “CT Diagram” dijalankan.
Soal Selidik
Jadual 3
Hasil Dapatan Pelajar Terhadap Soal Selidik Keberkesanan Penggunaan “ CT
Diagram”
Nota: STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, S = setuju, SS = sangat setuju
223
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Secara keseluruhan, semua responden telah memberi respon positif terhadap soal
selidik yang dikongsikan menerusi “WhatsApp” kumpulan tutorial bagi menilai
keberkesanan penggunaan “CT Diagram” dalam penyelesaian masalah Pilih Atur dan
Gabungan. Sebanyak 73.33% responden sangat setuju bahawa penggunaan “CT
Diagram” dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar tajuk ini, 66.67%
responden sangat setuju penggunaan “CT Diagram” membantu mereka dalam proses
membezakan penggunaan rumus Pilih Atur dan Gabungan.
Taburan Markah Ujian Pasca Dan Ujian Pasca 2
Perbandingan markah Ujian Pasca dan Ujian Pasca 2 bagi 6 responden ditunjukkan
seperti dalam jadual 4.
Jadual 4
Perbandingan Markah Antara Ujian Pasca Dan Ujian Pasca 2
BIL NAMA NO MATRIK KEPUTUSAN PERBANDINGAN
PASCA PASCA 2 PASCA-PASCA 2
1 MUHAMMAD MS1818122067
KHAIRUL ANAM MS1818123603 14 24 +10
MS1818123865 14 26 +12
2 AIN NADZIRAH MS1818124091 13 30 +17
MS1818122362 14 26 +12
3 AINA BALQIS MS1818123890
14 26 +12
4 NUR AZRIENNA 13 27 +14
5 ROSZAIDIYANI
6 SITI KHADIJAH
Berdasarkan jadual 4 di atas, semua responden telah mencapai peningkatan yang
memberangsangkan dalam ujian pasca 2, iaitu dengan peningkatan maksimum
sebanyak 17 markah. Terdapat seorang pelajar telah mendapat markah penuh
manakala 5 lagi masih cuai dalam pengiraan. Pencapaian ini adalah hasil daripada
usaha dan kerjasama para pelajar dan pensyarah.
Kesan Penyelidikan
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pelajar mampu mengenalpasti dan
membezakan Pilih Atur dan Gabungan berpandukan “CT Diagram”. Semasa proses
intervensi dijalankan, semua pelajar tertarik dengan “CT Diagram” kerana carta alir
dalam gambar rajah ini dapat memberi gambaran yang menyeluruh dan idea yang
jelas kepada mereka. Ia selaras dengan pendapat Samkoff (2012) mengatakan bahawa
ahli matematik dan pendidik di bidang matematik berpendapat gambar rajah adalah
komponen yang penting dalam pembelajaran dan pemahaman matematik. Begitu juga
dengan Larkin dan Simon (1987) mengatakan ‘a diagram is (sometimes) worth ten
thousand words’. Ini menunjukkan bahawa satu gambar rajah bersamaan sepuluh ribu
224
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
perkataan. Pelajar dapat mengetahui dan memahami dengan cepat melalui gambar
rajah berbanding perkataan. Selain itu, Schoenfeld (1985) mengakui bahawa
pengajaran adalah lebih eksplisit melalui penggunaan gambar rajah.
Semasa perbincangan pelajar sesama ahli kumpulan, pelajar membulat kata
kunci dan kehendak soalan, berkongsi idea dan pendapat untuk menganalisis
kehendak soalan berdasarkan “CT Diagram” dan memilih kaedah dan rumus yang
tepat untuk menjawab soalan yang diberi. Pelajar turut dapat membezakan rumus dan
kaedah yang tepat antara kes n objek pilih semua, kes n objek pilih r dan kes yang
mempunyai objek yang seiras (identical) berpandukan “CT Diagram”. Tambahan
pula, “CT Diagram” juga dapat membimbing pelajar membezakan kes atur terus, kes
pilih dulu diikuti atur dan kes senaraikan semua kemungkinan. Melalui kolaborasi
dan komunikasi sesama ahli kumpulan, didapati minat dan keyakinan pelajar terhadap
tajuk ini telah meningkat. Mereka tidak lagi fobia dalam menyelesaikan masalah
dalam tajuk ini. Semangat kerja sepasukan dan saling bantu-membantu turut dapat
dipupuk melalui aktiviti ini.
Peningkatan pencapaian Ujian Pasca 1 dan 2 dalam kajian ini membuktikan
penggunaan “CT Diagram” dapat membantu pelajar berfikir secara kritis dalam
mengenalpasti kaedah dan rumus yang tepat dalam penyelesaian masalah. Intervensi
kedua terhadap pelajar secara individu berpandukan “CT Diagram” dan alat bantu
mengajar telah memberi pelajar gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh dalam
penyelesaian masalah. Rajah 3(a) dan 3(b) merupakan sebahagian contoh hasil kerja
ujian pra dan ujian pasca pelajar.
Rajah 3(a). Hasil kerja pelajar dalam ujian pra
225
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Rajah 3(b). Hasil kerja pelajar dalam ujian pasca
Kesimpulan dan Cadangan Kajian Seterusnya
Secara keseluruhan, kajian ini telah menunjukkan gambar rajah “CT Diagram” amat
berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam penyelesaian masalah Pilih
Atur dan Gabungan. Sesi pembelajaran secara berkumpulan dalam tajuk ini bukan
sahaja dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar, malah mampu
memupuk semangat kerjasama, bertoleransi dan hormat-menghormati sesama ahli
kumpulan. Melalui perbincangan, pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas
terhadap kehendak soalan yang diberi, memilih kaedah dan rumus yang tepat untuk
menyelesaikannya berpandukan “CT Diagram”. Tanggapan negatif dan fobia pelajar
dalam tajuk ini turut dapat dikurangkan.
“CT Diagram” bukan sahaja sesuai didedahkan kepada pelajar tutorial sahaja,
ia turut sesuai diperkenalkan kepada semua pelajar pada semester yang akan datang.
Bagi pelajar yang lemah, proses intervensi perlu diulang secara individu agar
tumpuan yang lebih rapi dapat diberikan kepada mereka. Penggunaan alat bantu
mengajar berserta “CT Diagram” dapat membantu mereka memahami kehendak
soalan dengan lebih cepat dan menyelesaikannya dengan kaedah dan rumus yang
tepat dan sistematik.
Kajian ini juga boleh diusulkan kepada rakan-rakan pensyarah subjek
Matematik bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PSPM yang
melibatkan tajuk ini.
226
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
RUJUKAN
Beckmann, Sybilla. 2004. “Solving Algebra and Other Story Problems with Simple
Diagrams: A Method Demonstrated in Grades 4 –6 Texts Used in Singapore.”
The Mathematics Educator 14 (1): 42–46.
Kemmis. S & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong: Deakin
University Press
Larkin, J. H. & Simon, H. A. (1987). Why a diagram is (sometimes) worth ten
thousand words. Cognitive Science, 11, 65-69.
Samkoff, A., Lai, Y. & Weber, K. (2012). On the different ways that Mathematics
use
diagrams in proof construction, Research in Mathematics Education, 14(1), 49-67.
Schoenfeld, A. (1985). Mathematical Problem Solving. Orlando, FL: Academic
Press.
Swan, M. (2001). Dealings With Misconceptions In Mathematics. Dalam Gates,
P.(Ed.).
Issues In Mathematics Teaching. (m.s.147-165). London: Routledge Falmer.
Usry R. & Rosli R. (2015). Analisis Kesilapan Pelajar Matrikulasi Dalam Tajuk Pilih
Atur Dan Gabungan. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015.
Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
http://WorldConferences.net
227
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN GENERIK GURU
STEM TERHADAP PRESTASI GURU SEKOLAH
MENENGAH
Cham Nian a/l Song1, Salleh Abd Rashid2, Abdul Jalil Ramli3
1Institut Aminudin Baki, Jitra, Kedah
2 ,3Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Perlis
[email protected]
ABSTRAK
Guru yang berkualiti dan berkeupayaan tinggi adalah merupakan matlamat utama
sekolah demi menghasilkan pelajar yang turut berkualiti. Salah satu tumpuan utama
ke arah melahirkan guru berkualiti adalah melalui pembangunan fizikal dan juga
kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi seperti kemahiran dan
kecekapan guru. Sebagai orang yang bertanggungjawab untuk melahirkan bakal
ketua negara dan generasi yang berbakat serta berilmu pengetahuan, guru perlu
dilengkapkan dengan kemahiran generik yang tinggi. Kemahiran generik merupakan
elemen yang penting dalam memenuhi sumber manusia yang berkompeten dalam
keperluan global serta memenuhi matlamat dasar pendidikan negara. Kajian ini
dijalankan bagi menguji kesan kemahiran generik terhadap prestasi guru terutamanya
dalam kalangan guru STEM. Kajian berbentuk kuantitatif ini memilih sampel dalam
kalangan guru STEM sekolah menengah di utara Semenanjung Malaysia. Seramai
500 orang guru dipilih bagi kajian ini. Data yang diperolehi diproses dan diuruskan
menggunakan program SPSS dan PLS-SEM. Pelbagai teknik analisis akan digunakan
merangkumi ujian deskriptif, inferensi dan permodelan persamaan berstruktur
(SEM). Dapatan kajian ini menunjukkan kemahiran generik guru memberi implikasi
dan kesan yang ketara ke atas prestasi guru.
Kata kunci: kemahiran generik, STEM, prestasi guru
PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan satu usaha melahirkan insan yang berilmu, bersahsiah serta
modal insan yang tinggi, berfikiran kekitaan, bertanggungjawab, berkomunikasi dan
menerima cabaran (Mohd Hasril, Noorazman & Norasmah, 2015). Cabaran
globalisasi dan ekonomi negara memerlukan rakyat Malaysia yang lebih
berpengetahuan, lebih berkemahiran, lebih berdisiplin, mengutamakan kualiti, serta
berfikiran terbuka.
228
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Sistem pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat seiring dengan era globalisasi
yang semakin membangun. Kelahiran generasi yang beretika, berinovasi, kreatif dan
berpendidikan terletak di tangan warga guru (Wong, Rosnidar & Syakirah, 2015).
Guru merupakan orang yang bertanggungjawab melahirkan bakal ketua negara dan
generasi yang berbakat serta berilmu pengetahuan. Guru perlu berhadapan dengan
pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan untuk menerajui pekembangan
teknologi dan maklumat masa kini. Guru akan ketinggalan jauh sekiranya tidak
mampu menyahut cabaran dalam persekitaran dunia kini.
Pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran tinggi sangat penting
dalam menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara (Norasmah, Mohd Hasril
& Mazura, 2011). Kemahiran generik perlu ada dalam diri seseorang individu bagi
menjadikannya modal insan yang cemerlang berasaskan pengetahuan, meningkatkan
produktiviti dan sikap berdaya saing (Mohd Hasril, Noorazman & Norasmah, 2015).
Kemahiran generik merangkumi aspek-aspek kemahiran yang melibatkan
elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti
kepimpinan, kerja berkumpulan, komunikasi dan menyelesaikan masalah (Mohd
Hasril, Norasmah & Ramlee, 2009). Kemahiran generik merupakan elemen yang
dikenalpasti mendatangkan kehendak dan keperluan dalam dunia pekerjaan (Mohd
Hasril & Norasmah 2010). Kemahiran ini bukan sekadar menekankan seseorang guru
perlu memenuhi keperluan kemahiran dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan
malah kemahiran generik merupakan elemen yang penting yang perlu diterapkan
kepada pelajar yang berada di institusi pendidikan (Wong, Rosnidar & Syakirah,
2015). Hal ini kerana, keperluan pasaran pekerjaan kini yang memerlukan pekerja
yang produktif dan berpengetahuan luas selain mempunyai kemahiran dalam bidang
akademik.
Kemahiran generik yang ingin diterapkan perlu dipertimbangkan supaya
relevan, berguna dan tahan lama serta boleh menguatkan sistem pendidikan agar
mampu untuk menjadi asas kepada sokongan pembelajaran sepanjang hayat (Mohd
Safarin & Kamaruddin 2004). Menurut mereka lagi, kemahiran generik hendaklah
berfaedah dan penting untuk para guru menceburi semua bidang kerjaya dan
memenuhi keperluan majikan masa kini. Kemahiran generik ini adalah sesuatu yang
realistik dan penting untuk dibangunkan dan ditaksir. Kemahiran-kemahiran ini
sangat diperlukan oleh semua sektor untuk menjadikan pelajar dan guru lebih efektif
dan berkesan (Rodiah, Siti Rahayah & Noriah, 2008).
Menurut Norasmah & Mohd Hasril (2010) berpendapat seorang individu
perlu mempunyai ciri-ciri dan sikap yang positif, kecerdasan emosi, kebolehan
mencipta, berkebolehan dalam menyelesaikan masalah, boleh bekerja dalam
kumpulan dan berupaya menyesuaikan diri. Kemahiran generik merupakan elemen
yang penting dalam memenuhi sumber manusia yang berkompeten dalam keperluan
229
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
global serta memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu modal insan
yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek (Uk Raai, Alias & Mohd Hasril
2014). Oleh itu, keperluan kemahiran generik sangat penting dalam melahirkan
pelajar institusi pendidikan di Malaysia yang mempunyai keperluan yang
dikehendaki untuk menjadikan pelajar yang mempunyai kebolehpasaran.
Oleh kerana matlamat kerajaan adalah untuk melahirkan guru-guru yang
berkualiti melalui pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru
serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada, maka sudah pasti
tiada jawapan serta kaedah yang tepat untuk mencapai matlamat ini. Oleh itu, dengan
mengetahui tahap kemahiran generik tahap prestasi kerja dalam kalangan guru, maka
kualiti guru yang dikehendaki oleh kerajaan dengan melahirkan guru-guru yang
berprestasi tinggi akan diketahui dengan lebih jelas lagi. Justeru, isu untuk melahirkan
guru yang berkualiti serta berprestasi tinggi ini digunakan untuk menjawab persoalan
kajian serta memenuhi ruang-ruang kajian yang terdapat dalam kajian ini.
Tinjauan Literatur
Kemahiran Generik
Pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran tinggi sangat penting
dalam menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara (Norasmah, Mohd Hasril
& Mazura, 2011). Kemahiran generik perlu ada dalam diri seseorang individu bagi
menjadikannya modal insan yang cemerlang berasaskan pengetahuan, meningkatkan
produktiviti dan sikap berdaya saing (Mohd Hasril, Noorazman & Norasmah, 2015).
Kemahiran generik merangkumi aspek-aspek kemahiran yang melibatkan
elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti
kepimpinan, kerja berkumpulan, komunikasi dan menyelesaikan masalah (Mohd
Hasril, Norasmah & Ramlee, 2009). Kemahiran generik merupakan elemen yang
dikenal pasti mendatangkan kehendak dan keperluan dalam dunia pekerjaan (Mohd
Hasril & Norasmah, 2010). Kemahiran ini bukan sekadar menekankan seseorang
individu perlu memenuhi keperluan kemahiran dalam menghadapi cabaran dunia
pekerjaan malah ianya merupakan elemen yang penting yang perlu diterapkan kepada
seseorang individu (Wong, Rosnidar & Syakirah, 2015). Hal ini kerana, keperluan
pasaran pekerjaan kini yang memerlukan pekerja yang produktif dan berpengetahuan
luas selain mempunyai kemahiran dalam bidang akademik.
Menurut Zakaria (2004) serta Norasmah & Mohd Hasril (2010) berpendapat
seorang guru perlu mempunyai ciri-ciri dan sikap yang positif, kecerdasan emosi,
kebolehan mencipta, berkebolehan dalam menyelesaikan masalah, boleh bekerja
dalam kumpulan dan berupaya menyesuaikan diri. Kemahiran generik merupakan
elemen yang penting dalam memenuhi sumber manusia yang berkompeten dalam
230
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
keperluan global serta memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek (Uk Raai, Alias &
Mohd Hasril 2014). Oleh itu, keperluan kemahiran generik sangat penting dalam
melahirkan pelajar di Malaysia yang mempunyai keperluan yang dikehendaki untuk
menjadikan pelajar yang mempunyai kebolehpasaran.
Kearns (2001) menerangkan kemahiran generik digunakan dalam pelbagai
jenis pekerjaan. Kemahiran tersebut bukan sahaja merangkumi key competencies atau
key skills tetapi melebihi daripada itu, iaitu termasuk kognitif, personal dan kemahiran
interpersonal yang berkaitan dengan pekerjaan. Dawe (2002), menerangkan
kemahiran generik dikenali dengan pelbagai istilah lain iaitu soft skills, behavioural
skills, enterprise skills, key compentencies, core skills, employability skills dan people
skills. Selain daripada itu, kemahiran tersebut juga dikenali secara berbeza oleh
beberapa buah negara.
Prestasi Kerja Guru
Nurhazirah Hashim, Wan Edura Wan Rashid, Abdul Kadir Othman,
Muhammad Iskandar Hamzah dan Fatimah Sunai (2012) mendefinisikan prestasi
kerja merujuk kepada keupayaan pekerja untuk melaksanakan tugasan yang
ditetapkan dengan berkesan dan cekap. Kemahiran yang berkaitan dengan bidang
tugas adalah menjadi kelebihan kepada organisasi memandangkan ianya
membenarkan pertukaran idea-idea dan membantu prestasi yang lebih baik dalam
kalangan ahli kumpulan. Mount (1991) mendefinisikan prestasi kerja ialah keupayaan
melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan oleh pekerja-pekerja. Campbell
(2000) mendefinisikan prestasi kerja merupakan individu bertindak dan menyumbang
dengan barisan tingkahlaku dengan memperbanyakkan idea-idea bagi mencapai
objektif organisasi.
Rehan dan Syed Nisar (2014) menyatakan kebanyakan prestasi pekerja di
dalam organisasi boleh dibuktikan melalui produktiviti, keberkesanan dan kebolehan
dalam menangani aduan daripada pelanggan. Melalui kajian Boshoff dan Arnold
(1995) mencadangkan prestasi kerja menunjukkan bagaimana prestasi individu sama
ada lelaki atau perempuan melalui tugasan yang ditetapkan dan bagaimana mereka
mengurus situasi untuk menyelesaikan tugasan tersebut, bagaimana mereka
menggunakan masa, tenaga, sumber dan bagaimana mereka bertindak terhadap
tugasan yang diberikan. Prestasi kerja selalunya didefinisikan sebagai keupayaan bagi
individu untuk mencapai matlamat di dalam sesuatu kerja yang
dipertanggungjawabkan, menepati jangkaan mereka, mencapai arah tujuan atau
mengekalkan matlamat di dalam organisasi (Bohlander, Snell & Sherman, 2001,
Campbell, 1990 dan Eysenck, 1998).
231
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Menurut Obilade (1999), prestasi guru boleh diklasifikasikan sebagai hasil kerja yang
dijalankan oleh guru dalam sesuatu tempoh dalam membantu membangunkan dan
menambah baik sistem sekolah. Peretemode (1996) pula menambah bahawa prestasi
guru pula ditentukan oleh tahap penglibatan guru dalam organisasi mereka setiap hari.
METODOLOGI
Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Melalui kajian kuantitatif ini dapat membantu
pengkaji membentuk model kajian yang dapat menjelaskan fenomena atau isu
kajian (Cavana, et al., 2001). Unit analisis dalam kajian ini adalah individu iaitu
guru-guru yang mengajar di sekolah menengah yang terdiri dari guru STEM.
Menurut data daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (2016) terdapat sejumlah
2408 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia yang mempunyai seramai
181,978 guru. Oleh itu, populasi kajian adalah guru-guru STEM yang sedang
mengajar di seluruh sekolah menengah.
Saiz sampel ditetapkan sebanyak 500 responden (seramai 40 guru diambil
sebagai responden kajian daripada setiap kawasan yang dikunjungi) yang
melebihi saiz maksimum sampel bagi populasi yang melebihi 75,000 responden
(Cavana et al., 2001), iaitu sebanyak 382 responden. Saiz yang lebih besar ini
diperlukan bagi mengatasi masalah kemungkinan responden tidak menjawab soal
selidik dengan lengkap serta bagi mengatasi masalah jika sambutan daripada
responden utntuk menjawab soal selidik adalah tidak menggalakkan. Maka, kajian
ini menggunakan 400 guru STEM sebagai sampel.
Instrumen kajian adalah soal selidik. Terdapat tiga bahagian dalam
membentuk soal selidik kajian. Bahagian-bahagian berkenaan termasuk: (A)
Latar belakang responden, (B) Kemahiran Generik Guru (Albrecht and Sack,
2000), (C) Prestasi Guru (Koopmans et al. (2013). Kemahiran generik
dibahagikan kepada tiga kemahiran iaitu komunikasi (3 item), analitik (4 item)
dan interpersonal (8 item). Kesemua instrumen pemboleh ubah kajian adalah
berbentuk konstruk atau indeks, kecuali latar belakang responden.
DAPATAN KAJIAN
Daripada 400 soal selidik yang dihantar, 381 soal selidik telah dikembalikan
menjadikan kadar pulangan sebanyak 95.25 peratus. Jadual 1 menunjukkan
taburan responden mengikut latar belakang demografi. 44.09 peratus merupakan
guru STEM lelaki, manakala 55.91 merupakan guru STEM perempuan. Lebih
separuh daripada responden berumur 30 hingga 49 tahun (51.97%) dengan
pengalaman antara 10 hingga 19 tahun (48.29%).
232
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Jadual 8 Frekuensi Peratus
Latar Belakang Responden 168 44.09
213 55.91
Jantina
Lelaki 67 17.59
Perempuan 198 51.97
104 27.30
Umur 12 3.15
Bawah 30 tahun
30 hingga 49 71 18.64
50 hingga 60 184 48.29
Lebih 60 tahun 115 30.18
11 2.89
Pengalaman Mengajar
Kurang 10 tahun
10 hingga 19 tahun
20 hingga 30 tahun
Lebih 30 tahun
Penilaian Model Pengukuran
Bagi menilai model pengukuran, beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu menilai
konsistensi dalaman, kebolehpercayaan indicator, dan menentukan kesahan
konvegen dan diskriminan (Hair et al., 2014). Aktiviti-aktiviti dijalankan bagi
menguji perhubungan Antara pemboleh ubah laten pemboleh ubah yang kelihatan
dalam model (Hamid, Ishak & Yusof, 2015). Hasil dapatan daripada aktiviti-aktiviti
ini dapat dilihat dalam Jadual 2 dan Jadual 3.
Cronbach’s alpha dan kebolehpercayaan komposit digunakan untuk
mengukur konsistensi dalaman. Menggunakan indek kebolehpercayaan komposit dan
indek cronbach’s alpha adalah berdasarkan keperluan nilai yang melebihi 0.70 (Hair
et al., 2014). Oleh itu, dapat dilihat dalam Jadual 2 bahawa nilai cronbach’s Alpha
adalah antara 0.715 hingga 0.945, manakala nilai kebolehpercayaan komposit adalah
Antara 0.827 hingga 0.950. Dengan ini, kajian ini Berjaya menyelesaikan isu
konsitensi dalaman model pengukuran.
Kesahan indicator pula dinilai menggunakan nilai muatan factor luaran (outer
loading) bagi setiap pengukuran konstruk (Hair et al., 2014). Bagi memastikan
kesahan indicator yang memuaskan, muatan factor mestilah melebihi 0.50
(Afthanorhan, 2013). Dalam Rajah 1, didapati semua muatan factor adalah melebihi
233
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
nilai 0.5. Hanya item PG8 sahaja yang menunjukkan muatan kurang daripada 0.5 dan
dikeluarkan daripada model pengukuran.
Kesahan konvergen pula menggunakan indek AVE bagi setiap konstruk
(Hair et al., 2014). Nilai AVE bagi setiap konstruk mestilaj melebihi 0.50 seperti
dicadangkan oleh Chin (1998). Nilai indek AVE ditunjukkan dalam Jadual 2 dan
melebihi 0.50, menunjukkan kesahan konvergen telah dipenuhi.
Jadual 9
Muatan Faktor, AVE dan Kebolehpercayaan Model Pengukuran
Konstruk Laten dan Muatan Keboleh Cronbach’s Average
Percayaan Alpha Variance
Pengukuran Faktor Komposit Extracted
0.945 (AVE)
Prestasi Kerja Guru 0.512- 0.950 0.715
0.725 0.811 0.550
Kemahiran Analitik 0.558- 0.827 0.872
Kemahiran 0.861 0.530
Interpersonal 0.548- 0.854
0.802 0.795
Kemahiran Komunikasi 0.547- 0.921 0.596
0.825
Dalam Jadual 3, korelasi Antara konstruk laten dengan punca kuasa dua AVE. semua
AVE adalah lebih besar berbanding korelasi Antara konstruk, menunjukkan kesahan
diskriminan telah dipenuhi (Fornell & Larcker, 1981).
Jadual 10
Ujian Kesahan Diskriminan
ANALITIK ANALITIK INTERPERSONAL KOMUNIKASI PRESTASI
INTERPERSONAL 0.841 KERJA
KOMUNIKASI 0.555 0.756 0.892 GURU
PRESTASI KERJA 0.807 0.349 0.584
GURU 0.63
0.653 0.741
234
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Penilaian Tahap Signifikan Model Berstruktur
Kajian ini menilai model berstruktur. Kajian ini juga menggunakan kaedah
bootstrapping dengan 5000 sampel bagi menilai signifikan bagi pekali perhubungan
(Hair et al., 2014). Rajah 1 dan Jadual 3 menunjukkan penganggaran bagi model
berstruktur yang lengkap.
Daripada jadual 3, model kajian menerangkan 67.1 peratus varian prestasi
kerja guru (R2 = 0.671). Ini menunjukkan bahawa semua set pembolehubah exogen
secara bersama telah menerangkan 67.1 peratus varian dalam Prestasi Guru. Oleh itu,
berdasarkan kriteria Falk dan Miller (1992) dan Chin (1998). Nilai ini menunjukkan
nilai R2 yang boleh diterima.
Objektif utama kajian ini adalah bagi menguji kesan kemahiran generik
terhadap prestasi kerja guru. Dapatan kajian dari analisis PLS-SEM yang dijalankan
ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Jadual 4.
Jadual 11
Penilaian Koefisian Model Berstruktur
Beta T Sig.
ANALITIK -> PRESTASI KERJA GURU 0.058 1.046 0.296
INTERPERSONAL -> PRESTASI KERJA 0.594 16.697 0
GURU 0.33 6.982 0
KOMUNIKASI -> PRESTASI KERJA
GURU
Hasil kajian menunjukkan bahawa pemikiran analitik tidak mempengaruhi prestasi
kerja guru (p>0.05). Dalam persekitaran sekolah, pemikiran analitik tidak dititik
beratkan dalam melakukan tugas guru, tidak seperti persekitaran lain seperti di institut
pengajian tinggi. Seterusnya, kajian mendapati kemahiran interpersonal mempunyai
kesan yang signfikan terhadap prestasi kerja guru (B = 0.594, t = 16.697, p<0.01).
Kemahiran interpersonal amat penting supaya guru dapat mengawal pelajar dan
menarik minat pelajar dalam bilik darjah. Kemahiran interpersonal guru amat penting
dalam melaksakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh pentadbir sekolah dan
kementerian pendidikan terutamanya bagi guru-guru STEM di sekolah menengah.
Akhir sekali, kajian ini turut mendapati kemahiran komunikasi turut
mempengaruhi prestasi kerja guru STEM di sekolah menengah (B = 0.33, t= 6.982,
p<0.01). Kemahiran komunikasi dalam kalangan guru amat penting bagi
235
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Selain itu, kemahiran
komunikasi dapat memupuk perhubungan yang baik Antara guru dengan pelajar,
terutamanya guru-guru STEM.
Rajah 2. Hubungan antara kemahiran komunikasi, analitik dan interpersonal dengan
prestasi kerja guru.
Kesimpulan
Kajian yang terhasil ini memberikan sumbangan kepada teori dan praktikal. Dari segi
teori, pengubahsuaian Teori Pertukaran Sosial melalui penguraian dan pembentukan
konsep dapat memastikan kedudukan model yang mantap dari segi kebolehpercayaan
dan kesahihan. Penambahan beberapa pemboleh ubah baru turut menyumbang
kepada peningkatan pemahaman prestasi kerja dalam teori ini. Dari segi praktikal,
kajian ini menyediakan jawapan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi
kerja terutamnya bagi guru STEM. Sebarang usaha yang hendak dilaksanakan bagi
meningkatkan prestasi guru (individu) haruslah melihat kepada kemahiran genetik.
Sebagai kesimpulannya, adalah diharapkan dapatan kajian ini boleh dijadikan asas
236
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
bagi meningkatkan prestasi serta kualiti guru melalui prestasi kerja pada masa
hadapan. Dalam konteks model prestasi kerja guru STEM, penemuan kajian ini dapat
memperbanyakkan lagi khazanah ilmu dalam persekitaran pendidikan dan bidang-
bidang lain seperti sains sosial, metodologi, psikologi dan sebagainya.
RUJUKAN
Afthanorhan, W. M. A. B. W., (2013). Modelling The Multimediator On Motivation
Among Youth In Higher Education Institution Towards Volunteerism
Program. Mathematical Theory and Modeling, 3(7), 64-70.
Bohlander, G., Snell, S. and Sherman, A. (2001) Managing Human Resource. 12th
Edition, South Western College, Cincinnati.
Boshoff, C. & Arnolds, C. (1995). Some antecendents of employee commitment and
their influence on job perfomance. South African Journal of Business
Management, 26, 125-144.
Campbell, J. P. (1990). Job Performance: Theories of determinants and factor
structure San Francisco: Society for Industrial and Organizational
Psychology, Comments as symposium discussant (April).
Cavana, R. Y., Delahaye, B. L., & Sekaran, U. (2001). Applied business research:
Qualitative and quantitative methods. New York: John Wiley & Sons.
Chin, W.W. (1998) The Partial Least Squares Approach to Structural Equation
Modeling. Modern Methods for Business Research, 2, 295-336.
Eysenck, H. (1998). Dimensions of personality. Piscataway, NJ, US: Transaction
Publishers.
Falk, R.F. and Miller, N.B. (1992). A Primer for Soft Modeling. University of Akron
Press, Akron.
Fornell, C., & Larcker, D. F. (1981). Evaluating Structural Equation Models with
Unobservable Variables and Measurement Error. Journal of Marketing
Research (JMR). Feb1981, 18(1), 39–50. 12p.
Hair Jr, H., Sarstedt, Hopkins, L. and Kuppelwieser, V. (2014), Partial least squares
structural equation modeling (PLS-SEM), European Business Review, Vol.
26 No. 2, pp.
237
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Hamid, N. A., Ishak, M. S. & Yusof, N. (2015). Measurement model of empowerment
for women and girls using social media. E-Bangi, Special Issue, 1, 84-91.).
Kearns, P. (2001). Generic Skills For The New Economy – review of research,.
Adelaide: NCVER.
Norasmah, O., & Mohd Hasril, A. (2010). Different Perspectives of Learning Styles
from VARK Model. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 7, 652-660.
Mohd Hasril Amiruddin, Noorazman Abd. Samad, Norasmah Othman (2015) An
Investigation Effects Of Mastery Learning Strategy on Entrepreneurship
Knowledge Acquisition among Aboriginal Students. Procedia Social and
Behavioral Sciences, 204,, 183-90.
Mohd Hasril Amiruddin, Norasmah Othman, Ramlee Mustapha (2009) Potensi
Masyarakat Orang Asli Dalam Bidang Keusahawanan. Seminar Kebangsaan
Pembangunan Keusahawanan 2009. Universiti Kebangsaan Malaysia &
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Norasmah Othman, Mohd Hasril Amiruddin, Mazura Mansor (2011) The
Entrepreneurial Behavior Of Orang Asli Youths In South Peninsular
Malaysia. International Journal of Education and Information Technologies,
1(5), 132-139.
Obilade, S.O., (1999). Leadership qualities and styles as related to instructional
programme. Ibadan Department of Educational Management.
Peretemode VF (1996). Education Administrations Applied Concepts and
Theoretical Perspective. Lagos, Joja. Edu. Res., pp. 36-50.
Rodiah Idris, Siti Rahayah Ariffi n, & Noriah Mohd Ishak. (2008a). Pemeriksaan
ciri-ciri psikometrik instrumen pentaksiran kemahiran generik menggunakan
pendekatan model Rasch. Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelaras
Pendidikan Guru (JPPG 2008).
Uk Raai Chen, Alias Masek, Mohd Hasril Amiruddin (2014) Kajian Gaya
Pembelajaran dan Motivasi terhadap Pencapaian Pelajar Diploma
Kejuruteraan di Politeknik. Prosiding Persidangan Pendidikan
(Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (CiE-TVET 2014) Kali ke-4..
238
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
TEKNOLOGI DIGITAL DALAM AMALAN KEPIMPINAN
PEMIMPIN SEKOLAH
Mat Rahimi bin Yusof1, Mohd Faiz bin Mohd Yaakob2, Mohd Sofian Omar
Fauzee3, Mohd Yusri bin Ibrahim4
123Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
4Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu
[email protected]
ABSTRAK
Perkembangan pesat teknologi digital era Revolusi Industri 4.0 menjadi salah satu
cabaran yang besar kepada pemimpin sekolah terutama untuk mengintegrasikan
teknologi baharu dalam amalan kepimpinan. Pengintegrasian teknologi peranti
mudah alih, percambahan aplikasi-aplikasi baharu komunikasi, penggunaan data
raya, pengkomputeran awam dan pelestarian artificial adalah antara elemen yang
perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah abad ini. Kajian ini menggunakan kaedah
analisis kuantitatif bagi tujuan untuk mengenal pasti fungsi teknologi digital dalam
amalan kepimpinan pemimpin sekolah. Data yang dikutip daripada 352 responden
yang dianalisis menggunakan perisian SEM-AMOS. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pemimpin sekolah mengintegrasikan teknologi digital (min = 3.97, sp =
0.06), dan aplikasi baharu komunikasi maya (min = 3.93, sp = 0.05) dalam amalan
kepimpinan instruksional di sekolah. Dapatan juga, menunjukkan pemimpin sekolah
mengamalkan lapan fungsi dan 41 tingkah laku kepimpinan instruksional maya pada
tahap yang tinggi (min = 3.78, sp = 0.06) serta 17 tingkah laku pola komunikasi maya.
Akhir sekali, sebuah model interaksi kepimpinan instruksional maya dan pola
komunikasi berjaya dibangunkan.
Kata kunci: kepimpinan pendidikan, kepimpinan instruksional maya, komunikasi
maya
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menggambarkan usaha keras
kerajaan dalam transformasi sistem pendidikan negara. Kerajaan sangat komited
untuk melengkapkan setiap murid dengan segala kemahiran baharu dalam mendepani
peluang dan cabaran abad ke-21. Dalam konteks ini, sistem pendidikan kita mampu
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berfikir secara kritis dan kreatif,
mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi secara
berkesan pada peringkat global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
239
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Salah satu elemen penting untuk membentuk murid yang berkualiti dan guru
yang berkompetensi ialah melalui kepimpinan sekolah. Kepimpinan sering menjadi
topik penting dalam kajian berkaitan organisasi (Hallinger, 2011; M. Y. Ibrahim et
al., 2019; Yusof, 2017). Penyelidik-penyelidik yang telah membuat kajian tentang
sekolah berkesan dalam tempoh lebih tiga dekad merumuskan pemimpin sekolah
yang efektif merupakan faktor utama kejayaan sesebuah (Yusof & Ibrahim, 2016).
Salah satu elemen kejayaan dan keberkesanan sekolah adalah amalan kepimpinan
instruksional pemimpin sekolah.
Dalam konteks kepimpinan abad ini, era globalisasi telah membawa satu
paradigma baharu dalam amalan komunikasi (Baquero, 2013; M. Y. Ibrahim et al.,
2019; Khalfalla & Che Su, 2014) yang telah merubah pendekatan kepimpinan
tradisional kepada konsep kepimpinan berasaskan teknologi digital.
Pengintergarasian teknologi digital telah membuka ruang yang luas kepada pengetua
mengaplikasikan kepimpinan secara maya. Salah satunya adalah dalam menjalankan
fungsi kepimpinan instruksional. Dengan teknologi digital, fungsi kepimpinan
instruskional dapat dijalankan tanpa batasan jarak dan waktu. Kelemahan komunikasi
lantaran kesibukan pengetua dengan tugas pentadbiran dapat diminimumkan.
Latar belakang kajian
Kemajuan pendidikan di Malaysia sentiasa diberi keutamaan dalam semua agenda
kerajaan dalam membangunkan dan mempersiapkan modal insan yang bersifat
holistik, berkualiti dan cemerlang. Dalam era digital, modalinsan yang cemerlang
menjadi aset utama pembangunan negara ke arah mencapai tahap negara maju dan
berpendapatan tinggi. Oleh itu, sekolah adalah merupakan institusi formal yang
dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membentuk dan melahirkan modal insan
yang berkualiti dan cemerlang sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tanggujawab ini perlu digalas oleh pemimpin
sekolah dalam memastikan segala aspirasi kerajaan mencapai kejayaan.
Dalam hal ini, bagi membangunkan modal insan yang berkualiti, sekolah
memerlukan kepimpinan yang dinamik dan berani (Nor Azni, Foo, Soaib, &
Aminuddin, 2014). Kerajaan telah mengambil langkah prokatif melalui transformasi
pendidikan dengan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di semua
sekolah. Bermula 1 julai 2014, pengetua atau guru besar yang baharu dilantik
mestilah mempunyai sijil National Profesional Qualification for Educational Leader
(Ahmad, 2014; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Namun, menjadi satu cabaran yang besar kepada pemimpin sekolah
terutamanya untuk mempraktikkan kepimpinan instruksional yang berkesan dalam
susasana kesibukan tugas-tugas pentadbiran. Walau bagaimanpun, fenomena global
komunikasi digital turut memberi dimensi baharu dalam konteks amalan kepimpinan
240