PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Jadual 1:
Analisis deskriptif latar belakang demografi
Kekerapan (N) Peratus (%) Min Sisihan
Piawai
Jantina 1.59 0.499
Lelaki 17 41.5
Perempuan 24 58.5
Bangsa 1.2 0.558
Melayu 36 87.8
Cina 2 4.9
India 3 7.3
Lain-lain - -
Pekerjaan Ibubapa 1.98 0.935
Kerajaan 17 41.5
Swasta 9 22
Sendiri 14 34.1
Tidak Bekerja 1 2.4
Pendapatan Ibubapa 1.76 0.799
> RM2,000 17 41.5
RM1,000 - RM1999 19 46.3
RM500 - RM999 3 7.3
< RM500 2 4.9
Tahap kesihatan
Tahap kesihatan diukur menggunakan indeks jisim badan (BMI) murid. Dapatan
mendapati bahawa secara keseluruhannya, BMI murid berada dalam kategori ideal
atau normal dan risiko kesihatan yang rendah iaitu 56.1% (min = 2.22). Jadual 2
menunjukkan analisis berkaitan dengan indeks jisim badan dan risiko kesihatan murid
mengikut jantina.
91
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Jadual 2:
Indeks jisim badan dan risiko kesihatan mengikut jantina
Jantina Tahap Risiko Kekerapan Peratus Min Sisihan
Kecergasan Kesihatan (N) (%) Piawai
Lelaki Kurang Tinggi 5 29.4
Berat Rendah
Tinggi 10 58.8 1.94 0.899
Ideal / Sangat
Normal Tinggi -2 -11.8
Berlebihan 2 8.3
Berat
Obesiti 13 54.2
Kurang 2.42 0.83
Berat
6 25
Perempuan Ideal / Tinggi 3 12.5
Normal Rendah
Berlebihan Tinggi
Berat Sangat
Tinggi
Obesiti
Corak Aktiviti Fizikal
Analisis kajian berkaitan dengan corak aktiviti fizikal di sekolah menunjukkan
bahawa murid melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti tinggi iaitu 97.6% (min =
1.02) yang mana masa yang diluangkan dalam sehari adalah 2 hingga 3 jam (46.3%).
Corak perjalanan dari atau ke sesuatu tempat menunjukkan bahawa murid lebih
memilih untuk berjalan kaki atau mengayuh basikal sebagai pengangkutan untuk
bergerak ke sesuatu destinasi iaitu 73.2% (min = 1.27) dengan meluangkan masa
sebanyak kurang daripada 2 jam dalam sehari. Corak aktiviti fizikal waktu rekreasi
atau senggang menunjukkan bahawa murid banyak melakukan aktiviti fizikal
berintensiti sederhana iaitu 95.1% (min = 1.05) dengan meluangkan masa sekurang-
92
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
kurangnya bawah 2 jam dalam sehari (min = 3.46). Analisis sedentari atau tingkah
laku duduk menunjukkan bahawa murid lelaki dan perempuan meluangkan masa
sebanyak antara 3 hingga 4 jam iaitu 31.7% (min =2.63). Masa yang diluangkan
oleh murid perempuan dalam sedentari adalah kurang daripada 3 jam berbanding
murid lelaki iaitu 3 hingga 4 jam sehari. Jadual 2 menunjukkan analisis corak aktiviti
fizikal murid di sekolah, corak perjalanan, waktu rekreasi, dan tingkah laku sedentari.
Jadual 2:
Corak aktiviti fizikal murid di sekolah, perjalanan, waktu rekreasi, dan
tingkah laku sedentari
93
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Tahap kecergasan
Analisis kecergasan fizikal menunjukkan bahawa secara keseluruhan murid lelaki dan
perempuan berada di dalam kategori kurang cergas iaitu 36.6% (min = 3.27). Tahap
kecergasan fizikal murid lelaki menunjukkan bahawa mereka berada dalam kategori
cergas iaitu 47.1% (min = 3.06) dan murid perempuan dalam kategori kurang cergas
iaitu 41.7% (min = 3.42). Jadual 4 menunjukkan analisis tahap kecergasan murid
mengikut jantina.
Jadual 4:
Tahap kecergasan fizikal murid mengikut jantina
94
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Corak Pemakanan
Dapatan menunjukkan bahawa murid mengamalkan corak pemakanan yang
berkhasiat dan pengambilan nutrisi yang baik iaitu 51.2% (min = 2.44). Corak
pemakanan murid lelaki dan perempuan adalah baik dan berkhasiat iaitu masing-
masing 52.9% (min = 2.41) dan 50.0% (min = 2.46). Jadual 5 menunjukkan dapatan
kajian yang berkaitan dengan corak pemakanan murid mengikut jantina.
Jadual 5:
Corak pemakanan murid mengikut jantina
PERBINCANGAN KAJIAN
Keputusan analisis data menunjukkan kebanyakan pelajar lemah pencapaian
akademik ini mempunyai tahap kesihatan yang sihat. Tahap kesihatan diukur
menggunakan indeks jisim badan (BMI) murid. secara keseluruhannya, BMI murid
berada dalam kategori ideal atau normal dan risiko kesihatan yang rendah iaitu 56.1%
(min = 2.22). Berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit dan
mengurangkan kualiti hidup (Se Xian Tan et al, 2016).
Berdasarkan kajian juga, didapati para pelajar ini mempunyai corak aktiviti
fizikal yang berintensiti tinggi iaitu 97.6% (min = 1.02) yang mana masa yang
diluangkan dalam sehari adalah 2 hingga 3 jam (46.3%). Hal ini menyumbang kepada
tahap kesihatan murid yang lebih baik selari dengan dapatan Malaysian Association
for the Study of Obesity, MASO (2005) yang menyatakan untuk mengehadkan risiko
penyakit kronik, aktiviti fizikal perlulah dilakukan dalam tempoh masa 45 hingga 60
minit bagi mengelakkan berat badan berlebihan, manakala bagi mengehadkan risiko
penyakit kronik masa sebanyak 60 hingga 90 minit diperlukan. Pencegahan
penambahan berat badan boleh dilakukan sekiranya aktiviti fizikal dijalankan selama
60 hingga 90 minit sehari. .
95
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Corak perjalanan dari atau ke sesuatu tempat menunjukkan bahawa murid
lebih memilih untuk berjalan kaki atau mengayuh basikal sebagai pengangkutan
untuk bergerak ke sesuatu destinasi iaitu 73.2% (min = 1.27) dengan meluangkan
masa sebanyak kurang daripada 2 jam dalam sehari. Murid memilih untuk berjalan
kaki dan mengayuh basikal kerana jarak yang dekat dan terdapat kemudahan
pengangkutan awam.
Corak aktiviti fizikal waktu rekreasi atau senggang menunjukkan bahawa
murid banyak melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana iaitu 95.1% (min =
1.05) dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya bawah 2 jam dalam sehari (min
= 3.46). Hal ini selari dengan kajian Slaman et al,. (2010) yang menyatakan murid
berumur 13 hingga 14 tahun lebih menggemari aktiviti fizikal berintensiti sederhana.
Manakalai analisis sedentari atau tingkah laku duduk menunjukkan bahawa
murid lelaki dan perempuan meluangkan masa sebanyak antara 3 hingga 4 jam iaitu
31.7% (min = 2.63). Masa yang diluangkan oleh murid perempuan dalam sedentari
adalah kurang daripada 3 jam berbanding murid lelaki iaitu 3 hingga 4 jam sehari.
Penggunaan gajet dan meluangkan masa menonton televisyen merupakan aktiviti
yang paling digemari bagi mengisi masa lapang (Kerner, 2005).
Analisis tahap kecergasan menunjukkan bahawa secara keseluruhan murid
lelaki dan perempuan berada di dalam kategori kurang cergas iaitu 36.6% (min =
3.27). Tahap kecergasan fizikal murid lelaki menunjukkan bahawa mereka berada
dalam kategori cergas iaitu 47.1% (min = 3.06) dan murid perempuan dalam kategori
kurang cergas iaitu 41.7% (min = 3.42). Tahap kecergasan ini didapati berbeza kerana
prestasi kecergasan fizikal pelajar perempuan berbeza mengikut peringkat umur
mereka berbanding lelaki (Borms, 1986). Pelajar lelaki juga mempunyai prestasi
lebih baik dalam kemahiran yang banyak menggunakan kekuatan otot berbanding
perempuan yang lebih mahir dalam aspek lompatan dan keseimbangan (Mc Keenzie
et al, 2002). Ujian SEGAK merupakan ujian yang mempunyai lebih item berkaitan
keupayaan otot,daya tahan kardiovaskular dan kelenturan yang menyebabkan skor
pelajar perempuan menjadi rendah.
Menurut Azrina et al,. (2017), pelajar yang mempunyai tahap kecergasan
fizikal yang cergas membantu dalam peningkatan prestasi akademik. Menurut
Moktar (2011) aktiviti fizikal yang dilakukan selama sepuluh minit setiap hari mampu
meningkatkan tahap kesihatan mental dan mengurangkan stress seterusnya
menjadikan individu itu lebih mudah gembira.
Dapatan juga menunjukkan bahawa murid mengamalkan corak pemakanan yang
berkhasiat dan pengambilan nutrisi yang baik iaitu 51.2% (min = 2.44). Corak
pemakanan murid lelaki dan perempuan adalah baik dan berkhasiat iaitu masing-
masing 52.9% (min = 2.41) dan 50.0% (min = 2.46).
96
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
KESIMPULAN
Kajian ini telah mengkaji tahap kecergasan fizikal dan corak aktiviti fizikal dalam
kalangan pelajar lemah pencapaian akademik. Berdasarkan kajian ini, para pelajar
lemah dalam pencapaian akademik mempunyai corak aktiviti fizikal yang berintensiti
tinggi dan mempunyai berat badan yang ideal. Hal ini dapat membantu mencapai
tahap kesihatan yang baik. Tahap kesihatan yang baik dapat mengurangkan risiko
penyakit kronik.
Namun,tahap kecergasan pelajar lemah pencapaian akademik ini berada di
tahap kurang cergas. Tahap kecergasan fizikal yang cergas terbukti penting dalam
membantu meningkatkan pencapaian akademik. Tahap kecergasan fizikal yang
cergas dapat membentuk mental dan fizikal yang baik. Apabila pelajar cergas, tahap
kesihatan mental dapat ditingkatkan dan stress dapat dikurangkan. Kecergasan juga
dapat membantu pelajar mengelakkan diri daripada kelesuan, cepat penat dan obesiti.
Pelajar perlu digalakkan untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dapat
membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal agar pencapaian akademik juga
boleh ditingkatkan.
RUJUKAN
Azrina & Kamarulzaman, Mohd Hasrul. (2017). Tahap kecergasan fizikal di kalangan
pelajar pintar dan berbakat . E Proceeding of the 6th Global Summit On
Education
Chukwu-Etu, O. (2009). Underachieving learners: Can They Learn At All?
ARECLS, 2009, Vol.6, 84-102.
Erwan Ismail & Mohd Radzani Abdul Razak (2017) Tahap Kecergasan Fizikal
Berlandaskan Kesihatan Dan Corak Aktiviti Fizikal Murid Sekolah Di
Gugusan Felda.Seminar Serantau.
Figg, S. D.., Rogers, K. B., McCormick, J. & Low, R. (2012). Differentiating low
performance of the gifted learner: Achieving, underachieving, and selective
consuming students. Journal of Advanced Academics, 23 (1), 53-71.
Hasan Basari, Norhidayah. (2011). Tinjauan Perkaitan di Antara Komposisi Tubuh
Badan dan Paras Glukosa dalam Darah dengan Kekerapan Senaman Mengikut
Kategori Umur dan Jantina. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru,
Johor.
Hassan, Muhammad Haniff. (2000). Pandangan Umum Islam Terhadap Kesihatan
dan Perubatan. Singapura: Perdaus
Kerner, M.S. (2005). Leisure-Time Physical Activity, Sedentary Behavior, And
Physical Fitness Among Adolescents. JOPERD. The Journal of Physical
Education, Recreation & Dance, 76(8): 26-30.
97
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Moktar, Zainah. (2011). Awet Muda 7 Rahsia Kesihatan Holistik. Skudai, Johor
Bahru: Penerbit UTM Press.
SE XIAN, Tan et al. Obesity is Associated with More Sick Leave and Lower Quality
of Life Among Malay Male Security Officers. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
(Malaysian Journal of Health Sciences), [S.l.], v. 14, n. 2, june 2016
Slaman J, (2010). Learn 2 Move 16-24 : Effectiveness Of An Intervention To Stimulate
Physical Activity And Improve Physical Fitness Of Adolescents And Young
Adults With Spastic Cerebral Palsy ; A Randomized Controlled Trial. BMC
Pediatr, 10:7
Wee, E. (2013). Contemporary issues in the teaching of PE in Malaysia. Journal of
Physical Activity, Sports, and Exercise 1: 17–20.
98
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
MODUL HLmat: PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
BOLA SEPAK
Mat Bin Berahim
SMK Mengkebang, Kelantan
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan membandingkan kesan penggunaan
Pendekatan Taktikal M-HLmat yang menerapkan Pendekatan Taktikal ‘Tiki Taka’
terhadap pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun. Kajian berbentuk quasi
eksperimen yang menjadikan program latihan intensif selama lapan minggu
melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang (SMKM), daerah
Kuala Krai, Kelantan.Pelajar SMKM sebagai sampel kajian manakala pelajar
Sekolah Menengah Dato Mahmud Satu (SMKDM1) di daerah Tanah Merah sebagai
sampel kawalan kajian. Walau bagaimanapun untuk mengukur dan menilai
keberkesanan program latihan kajian yang dijalankan, pengkaji melakukan kajian
terhadap sampel ujian prestasi melibatkan pemain bola sepak Program Latihan
Daerah (PLD), SSN dan PPBN. Hasil dapatan kajian mendapati program latihan
intensif yang dilakukan selama lapan minggu adalah signifikan di peringkat negeri.
Analisis deskriptif dan Ujian-t digunakan untuk menganalisis data-data ujian kajian.
Hasil Ujian Kecergasan Fizikal mendapati ujian anaerobik adalah signifikan
(LZZ10MDB=0.00, LSR10MDB=0.00 dan LP30MDB=0.00). Dalam ujian aerobik
tidak terdapat perbezaan yang signifikan iaitu ujian L12mDB=0.21. Oleh yang
demikian kajian ini dapat menjadi satu modul alternatif khusus dalam pembentukkan
program latihan bola sepak lelaki bawah 15 tahun peringkat negeri atau modul di
peringkat akar umbi pembangunan bola sepak serta mampu menjadi bahan rujukan
kepada jurulatih atau guru sukan untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak sama
ada di peringkat sekolah dan kelab akedamik bola sepak.
Kata kunci: Ujian Kecergasan Fizikal, Ujian Anaerobik, Ujian Aerobik, Ujian
Kemahiran Taktikal HLmat, Ujian Prestasi HLmat dan Modul M-HLmat.
PENGENALAN
Kajian ini menghuraikan secara terperinci tentang dapatan kajian yang telah diperoleh
khususnya melibatkan pembangunan modul program latihan bola sepak yang dikenali
sebagai Modul Hantaran Leret Mat (M-HLmat). Pembangunan modul merupakan
antara objektif utama kajian ini. Kajian ini memfokuskan kepada proses
pembangunan modul merangkumi Model Russell (1974) dan Model Mohd Sidek
(2001) serta penerangan terperinci dalam proses pembangunan modul.
99
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Pengkaji menyenaraikan 14 langkah pembangunan modul hasil gabungan Model
Russell (1974) dan Model Mohd Sidek (2001) bermula dengan mengenal pasti
kebolehan pelajar, pemilihan dan senarai, mereka bentuk modul baru, menentukan
objektif, membina item pengukuran, menganalisis dan menentukan pencapaian
pelajar, urutan pencapaian dan pemilihan media, mencuba ke atas pelajar, kajian
lapangan. menyatukan draf modul, kajian rintis untuk menilai modul, menguji
kesahan dan kebolehpercayaan, penilaian keberkesanan dan modul utama. Gabungan
langkah-langkah ke dua-dua model tersebut dapat menghasilkan jalinan proses-
proses perancangan, perlaksanaan dan pembentukkan modul M-HLmat.
Pembangunan modul merupakan antara objektif utama kajian ini. Kajian ini
menggunakan Model Russell dan Mohd Sidek sebagai panduan kerana gabungan ke
dua-dua model ini menghasilkan modul program latihan permainan bola sepak yang
lebih kompeten untuk digunakan oleh jurulatih dalam latihan. Modul yang dibentuk
akan mennjadi garis panduan kepada jurulatih untuk membentuk program
pembangunan bola sepak terutama untuk pasukan lelaki bawah 15 tahun. Berdasarkan
aktiviti-aktiviti yang terdapat program latihan yang dirancang mampu digunapakai
oleh pasukan bola sepak wanita atau pasukan yang lebih elit.
Latar Belakang Kajian
Perubahan pendekatan taktikal dalam permainan bola sepak perlu dilaksanakan di
Malaysia kerana taktik yang digunakan oleh jurulatih terutamanya yang melibatkan
pasukan bola sepak kebangsaan sering menghasilkan kekalahan dan tidak mampu
menyaingi pasukan terbaik Asia (Husin, 2014). Salah satu faktor kekalahan sesebuah
pasukan adalah kesilapan jurulatih-jurulatih memilih dan menggunakan pendekatan
taktikal yang tidak bersesuaian dengan pemain (Araya, 2015). Oleh yang demikian,
pasukan bola sepak negara memerlukan satu pendekatan taktikal yang mampu
digunapakai oleh populasi pemain bola sepak di Malaysia. Penemuan suatu
pendekatan taktikal yang signifikan mampu melahirkan sebuah pasukan bola sepak
yang berjaya.
Sehubungan dengan pembentukkan pelan PPBN maka pengkaji cuba
memperkenalkan satu program latihan bola sepak di peringkat umur bawah 15 tahun
bagi membentuk satu acuan yang sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar di pelbagai
peringkat sama ada di sekolah, daerah dan negeri. Dalam kajian yang akan dilakukan
aspek kecergasan, kemahiran dan pencapaian prestasi akan diterapkan bersandarkan
pendekatan taktikal “Tiki Taka” (TT). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan
membandingkan keberkesanan program latihan bola sepak ini dengan program yang
telah tersedia ada. Di akhir kajian, pengkaji akan mengeluarkan satu modul program
latihan bagi pemain-pemain bawah 15 tahun yang bercirikan pendekatan TT.
Pemilihan pendekatan TT dalam kajian ini adalah kerana pendekatan ini mempunyai
elemen-elemen yang bersesuaian dengan acuan populasi pemain bola sepak
Malaysia. Menurut Davies (2013), kemahiran permainan bola sepak TT menerapkan
aspek-aspek tentang penggunaan hantaran bola leret, hantaran bola dekat, hantaran
100
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
“One And Two Touch” (OnTT), meminimumkan hantaran tinggi, bijak mengisi ruang
hantaran dan kepantasan merampas bola dari pihak lawan (6 saat). Penggunaan
taktikal TT juga telah memberi banyak kejayaan kepada pasukan negara atau kelab
di seluruh dunia.
Penyataan Masalah
Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mencintai permainan bola
sepak. Tahun 1970-an dan 190-an merupakan zaman kegemilangan bola sepak
negara. Tetapi seterusnya 30 tahun kebelakangan ini pasukan negara telah mengalami
zaman kemerosotan dalam dunia bola sepak (KBS, 2014). Pihak FAM hanya
melakukan beberapa perubahan seperti memperkenalkan liga profesional,
menggunakan pemain luar negara dan menukar jurulatih kebangsaan sahaja. Tiada
program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dilaksanakan untuk
mengenalpasti acuan sukan bola sepak negara.
Dalam sesi pemilihan pemain bagi membentuk sesebuah pasukan sama ada
di peringkat akar umbi atau senior, jurulatih perlu memilih calon-calon pemain
berdasarkan tahap kecergasan fizikal mereka dan bukan berpandukan kepada faktor-
faktor lain seperti kemahiran atau pengalaman (O’Garman, 2015). Oleh itu untuk
menentukan calon yang selayaknya terpilih, jurulatih perlu mengenalpasti aktiviti-
aktiviti ujian kecergasan fizikal yang bersesuaian dengan permainan bola sepak dan
harus menetapkan had kelayakan ujian kecergasan fizikal yang dikehendaki dalam
prosedur ujian yang bakal digunakan (Baumgartner, 2003 & Barkell, 2013).
Permasalahan kajian yang kedua yang diutarakan adalah berkaitan dengan
aspek kemahiran taktikal. Fokus kajian ini adalah terhadap kemahiran yang
memaksimumkan hantaran bola leret. Pemain-pemain bola sepak di Malaysia suka
menggunakan kemahiran hantaran bola tinggi (KOSMO, 2016). Jika dianalisis secara
terperinci berkaitan kemahiran hantaran bola oleh pemain yang terdapat dalam Liga
Super (Liga M), kebanyakan pasukan didapati lebih kerap melakukan hantaran tinggi
dengan jarak yang jauh. Ketepatan hantaran tinggi tersebut kepada sasaran
mempunyai peratus pencapaian yang rendah berbanding ketepatan melakukan
hantaran secara leret dan dekat (Armatas, 2012 & Albrecht, 2015). Oleh itu, jurulatih
yang prihatin terhadap kemahiran hantaran seharusnya memilih hantaran leret dan
dekat dalam pendekatan taktikal yang digunakan dalam setiap perlawanan.
Kemerosotan bola sepak di Malaysia dipengaruhi oleh ketiadaan modul
pembangunan bola sepak pada peringkat akar umbi yang bersesuaian kehendak acuan
masyarakat Malaysia. Kelemahan dan kekurangan program latihan bola sepak di
peringkat akar umbi menyebabkan mutu permainan bola sepak Malaysia berada
ditahap yang mengecewakan (KBS, 2014). Walaupun di Malaysia sukan bola sepak
mempunyai liga bola sepak profesional yang diiktiraf oleh FIFA tetapi mutu
permainan pemain dan pasukan masih tidak mampu bersaing di peringkat dunia. Oleh
yang demikian satu program pembangunan dan latihan yang sistematik dan
101
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
berterusan perlu dilaksanakan bagi membentuk acuan yang berdaya saing dan
kompeten dalam sukan bola sepak.
Objektif Kajian
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
4.1 Mengenalpasti tahap keberkesanan Program Latihan Bola Sepak Bawah 15
Tahun (PLBB15T) dalam pembangunan aspek kecergasan fizikal dan kemahiran
melalui aktiviti dan ujian kecergasan program latihan bola sepak yang direka bentuk.
4.2 Membandingkan prestasi pemain dari aspek kecergasan fizikal dan
kemahiran bola sepak individu dalam PLBB15T.
4.3 Membangunkan Modul-Hantaran Lerat mat (M-HLmat) untuk digunakan
sebagai program latihan bola sepak lelaki bawah 15 tahun peringkat negeri.
4.4 Menganalisis keberkesanan program latihan bola sepak yang menggunakan
pendekatan taktikal M-HLmat terhadap pasukan bola sepak lelaki bawah 15 tahun.
Persoalan Kajian
5.1 Sejauh manakah tahap kecergasan fizikal dan kemahiran taktikal sampel
kajian dan sampel kawalan dapat mengikuti program latihan bola sepak bawah 15
tahun yang direka bentuk?
5.2 Sejauh manakah tahap peningkatan prestasi bagi sampel kajian dan sampel
kawalan yang mengikuti program latihan yang dirancangkan?
5.3 Apakah tahap yang mampu dicapai oleh pasukan kajian setelah mengikuti
program latihan kajian yang direka bentuk?
5. 4 Sejauh manakah penerimaan jurulatih-jurulatih bola sepak negeri terhadap
modul permainan bola sepak pendekatan taktikal M-HLmat bagi pasukan bola sepak
bawah 15 tahun?
Kepentingan Kajian
Pengkaji melakukan kajian ini bagi menilai kesan suatu pendekatan taktikal baru
dalam permainan bola sepak. Program latihan taktikal yang direka bentuk adalah
untuk dipraktikkan oleh jurulatih-jurulatih dalam sukan bola sepak. Sesuatu kajian
baru yang dilaksanakan amat penting kepada jurulatih bagi penambahbaikan atau
percubaan sebelum diterapkan dalam aktiviti latihan yang dirancangkan (Bloom,
2009; Bennie, 2013 & Bangso, 2015). Menurut Liu (2015), kajian terhadap
pelaksanaan dan penilaian sesuatu pendekatan taktikal dalam sukan dapat memberi
102
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kejayaan atau kegagalan yang mungkin
boleh diatasi pada masa-masa akan datang.
Kepentingan kajian ini dihuraikan melalui penyataan masalah dan objektif
kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji (Hart, 2007). Program yang dihasilkan jika
berkesan akan memberi impak yang tinggi kepada sukan bola sepak negara.
Pembangunan sukan di peringkat akar umbi dapat menjaminkan kejayaan pada masa
depan (Barkell & O’Connor, 2015). Walau bagaimanapun penglibatan semua pihak
amat penting dalam menjayakan sesuatu program pembangunan sukan.
Para jurulatih, guru sukan sekolah rendah dan menengah, Institut Pengajian
Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kelab-kelab pembangunan bola
sepak di Malaysia menjadikan hasil kajian untuk digunapakai dalam permasalahan
yang dihadapi bagi meningkatkan program latihan pembangunan, peningkatan
prestasi sukan, menjadi salah satu bateri ujian dalam mengenalpasti bakat pemain
bola sepak sama ada pemain lelaki atau wanita. Hasil kajian juga dapat memperbaiki
atau menambahbaik program yang sedia ada.
Teori Konseptual Kajian
Menurut Othman Talib (2007), kerangka konseptual kajian merujuk kepada struktur
set idea dan teori yang digabung jalinkan dalam suatu kajian bagi memudahkan
penjelasan objektif kajian dan persoalan kajian. Penilaian dilakukan pada aspek
kecergasan fizikal, kemahiran permainan bola sepak dan tahap pencapaian prestasi
perlawanan yang disertai oleh sampel kajian. Kajian ini juga ialah mengenalpasti
sejauh mana PLBB15T dapat dipraktikkan dalam perlawanan bola sepak bawah 15
tahun.
Pengkaji memilih Teori Behaviorisme yang diasaskan oleh seorang pengkaji
Rusia iaitu Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936). Kerangka Teori Behaviorisme ini
seterusnya dikembangkan oleh Williams dan Anandam, (1973). Pengkaji-pengkaji
ini menyatakan bahawa Teori Pembelajaran Behaviorisme merupakan satu proses
pelaziman, di mana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu
dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal (Maslow, 1954).
Apabila pemain dapat melakukan lakuan perlaziman (latih tubi) yang berterusan
maka akan wujud lakuan tingkah laku yang kekal dalam melakukan sesuatu tindakan
(Guilherme, 2015). Pemain memerlukan latihan latih tubi untuk menguasai aktiviti
kecergasan fizikal dan kemahiran taktikal bagi meningkatkan pencapaian prestasi
lakuan (Bangso, 2015). Teori ini dipilih kerana bertepatan dengan aktiviti-aktiviti dan
faktor-faktor yang ingin dikaji.
Pada peringkat permulaan pemain akan sukar untuk melakukan hantaran dan
tendangan dengan betul dan tepat pada sasaran. Pengkaji akan melaksanakan latihan
latih tubi secara berterusan (perlaziman) bagi membolehkan pemain menghasilkan
satu lakuan yang lebih positif (Krustup, 2015). Aktiviti hantaran statik dan dinamik
dalam program latihan akan bermula dengan jarak dekat (2 meter) dan menjadi
103
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
semakin jauh (20 meter). Menurut O’Connor (2016), untuk menghasilkan lakuan
kemahiran yang kompleks, seorang atlet perlu menguasai asas lakuan kemahiran
(O’Connor, 2016).
Sorotan Kajian
Terdapat beberapa teori yang digunapakai dalam kajian ini seperti Teori
Behaviorisme Pavlov (1849), Hukun Newton Kedua (1979) dan Teori Taktikal Pivot
(1979). Teori dan hokum tersebut digunapakai dalam situasi latihan dan perlawanan
melibatkan aktiviti kecergasan serta kemahiran dalam program latihan bola sepak
bawah 15 tahun yang bentuk (Cohen,1969). Setiap kajian yang dijalankan perlu
menggunakan teori-teori yang mempunyai perkaitan dengan kajian (Bangso, 2013).
Teori Perlaziman Behaviorisme
Definisi Teori Behaviorisme adalah “Pembelajaran merupakan perubahan tingkah
laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan” dan dihujjahkan oleh
(Williams & Anandam, 1973). Manakala Maslow (1954), menyatakan bahawa teori
pembelajaran Behaviorisme merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan
antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku yang tekal. Teori behaviorisme ini diasaskan oleh seorang
pengkaji Rusia bernama Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936).
Pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan,
dikawal dan boleh diramal serta merupakan teori pembelajaran yang digunakan
dalam program latihan yang dijalankan (Thorndike, 1991). Teori ini juga dikenali
sebagai Teori Perlaziman yang mempunyai perkaitan antara rangsangan dan
tindakbalas manusia. Lakuan rangsangan dan tindakbalas diulang dan diulang
sehingga menjadi lakuan perlaziman lokomotor yang diingini (Haywood, 2014).
Kaedah latih tubi merupakan salah satu kaedah untuk membentuk perlaziman lakuan.
Hukum Isaac Newton Kedua
Dalam kajian ini, “Hukum Newton Kedua” digunakan oleh pengkaji untuk
menentukan jarak masa lakuan dalam aktiviti program latihan. Menurut Jacobson
(1995), salah satu prinsip Hukum Newton Kedua adalah membandingkan arah
pergerakan yang sama pada jarak yang sama antara pergerakan yang lurus dan
pergerakan yang melengkung. Hasil dapatan kajian Cohen (2003), menunjukkan
sesuatu pergerakan jisim yang sama berat dan pada jarak yang sama menunjukkan
arah pergerakan lurus yang lebih laju berbanding pengerakan pada arah yang
melengkung.
Teori Taktikal Pivot
Menurut Jones dan Welton (1979), taktikal adalah satu cara untuk memenangi
perlawanan dalam pertandingan. Mereka berpendapat taktik yang digunakan untuk
104
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
menjaringkan lebih banyak gol daripada pihak lawan. Walau bagaimanapun pasukan
yang teratur dan mempunyai persediaan yang cukup bersedia sering dilihat berjaya
menewaskan pasukan walaupun mempunyai pemain yang lebih berkemahiran. Aspek
yang menentukan kekalahan dan kemenangan sesebuah pasukan dipengaruhi taktik
yang dirancang oleh jurulatih dan kesanggupan serta kesungguhan pemain
melakukan taktik tersebut dalam perlawanan. (Guardiola, 2014).
METODOLOGI
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti, membanding dan membentuk
satu modul latihan bola sepak bagi pemain bola sepak bawah 15 tahun melalui
program latihan yang dilaksanakan. Pengkaji memperkenalkan pendekatan taktikal
TT dalam program latihan kajian. Bagi mencapai objektif kajian yang ditetapkan
maka elemen-elemen dalam metodologi kajian seperti latar belakang, reka bentuk,
tempat dan masa kajian, populasi dan sampel, tempat kajian, tatacara kajian,
instrumen kajian, kajian rintis, definisi operasi, analisis data, etika penyelidikan dan
kesimpulan kajian (Machi, 2009).
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah “Survey Analysis Experimental” berpandukan aspek
“Ex-post-facto” yang mempunyai ujian amali lapangan kuantitatif Terdapat ujian pre
test dan ujian post test dalam kajian ini. Sampel ujian terdiri dari sampel kajian,
sampel kawalan dan sampel kawalan untuk pengumpulan data ujian pencapaian
prestasi sampel kajian. Walau bagaimanapun dalam kajian ini terdapat ujian kaji
selidik bagi menentukan pengesahan keberkesanan berkaitan program latihan bola
sepak yang dilaksanakan. Respoden kaji selidik ini terdiri dari jurulatih-jurulatih
Pusat Latihan Bola Sepak Daerah (PLD) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) di
Malaysia.
Populasi kajian
Pensampelan adalah berkaitan dengan prosedur dan proses memilih sebilangan
subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sampel atau responden kajian
(Creswall, 2008). Dalam sesuatu kajian pensampelan merupakan salah satu aspek
penting dalam prosedur pengkajian kerana penggunaan saiz dan jenis sampel yang
tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian (Ahmad, 2004
& Ahmad, 2015). Selain daripada faktor-faktor reka bentuk kajian dan pengukuran,
kualiti hasil pengkajian juga bergantung kepada pensampelan kajian (Creswell,
2008). Dalam kajian ini dua subjek populasi digunakan iaitu subjek sampel bagi
pelajar bawah 15 tahun dan subjek responden bagi jurulatih PLD dan SSN di
Malaysia.
105
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Sampel Kajian
Dalam kajian ini, terdapat dua subjek yang digunakan iaitu subjek sampel dan subjek
responden. Subjek sampel terbahagi kepada dua jenis sampel iaitu sampel eksperimen
dan sampel kawalan. Sampel eksperimen kajian terdiri dari pelajar SMKM. Manakala
sampel kawalan kajian terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan sampel
kawalan kajian untuk mengumpul data ujian pre-test dan post-test terhadap program
latihan yang dilaksanakan. Sampel ini terdiri dari pelajar dari SMKDM1.
Kategori kedua sampel kawalan kajian terdiri daripada pemain bola sepak beberapa
sekolah yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Krai (MSSDKK) tahun 2016. Pengkaji hanya
menggunakan data lakuan bagi sampel PLDKD, sampel SSNK dan sampel PPBN.
Tempat Dan Tempoh Masa Kajian
SMKM dipilih sebagai tempat kajian Pembinaan Program Latihan Bola Sepak Bawah
15 Tahun (PPLBB15T). Kemudahan infrastruktur permainan bola sepak dan
kerjasama dari pihak pentadbir merupakan faktor pemilihan SMKM. Lokasi SMKM
digunakan untuk lakuan peringkat pertama (program penyesuaian) dan peringkat
kedua (program latihan).
Manakala tempat kajian bagi peringkat ketiga dilakukan di padang Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Krai (SMKKK) di daerah Kuala Krai Kelantan. Kajian
dilakukan di SMKKK kerana sekolah berkenaan menjadi tuan rumah bagi kejohanan
bola sepak bawah 15 tahun 2016 MSSD Kuala Krai. Tempat kajian peringkat
keempat dilakukan di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (ABMD) di Gambang,
Kuantan, Pahang. Ini adalah kerana di ABMD seluruh jurulatih PLD dan SSN hadir
bersama pasukan masing-masing bagi menyertai Karnival Bola Sepak Kebangsaan
yang dianjurkan oleh PPBN. Pengkaji mengambil kesempatan untuk menjalankan
kaji selidik kajian semasa karnival tersebut.
Prosedur Kajian
Sebelum melakukan sesuatu kajian ilmiah, pengkaji perlu menyelesaikan urusan
permohonan untuk mendapat kebenaran melaksanakan kajian. Antara pihak yang
perlu dirujuk adalah di peringkat kementerian, pejabat pelajaran negeri, pejabat
pelajaran daerah dan di sekolah yang terlibat. Dalam kajian ini terdapat dua
kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Bahagian-bahagian KPM yang terlibat adalah
seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan (Unit Pembangunan), SMK. Mengkebang, SMK. Dato
Mahmud dan sekolah menengah di daerah Kuala Krai yang terlibat dalam Kejohanan
Sukan Sekolah Daerah (MSSD), sekolah SIC (PLDKB) dan SMK. Putra (SSNK).
Manakala di KBS pula agensi yang terlibat adalah Pejabat Program Pembangunan
106
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Bola Sepak Negara (PPBN-Bukit Jalil), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Persatuan Bola Sepak Negeri dan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (ABMD).
Instrumen Kajian
Instrumen ujian merupakan salah satu elemen penting dalam menentukan kesahan
dan kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian (Bompa & Haff, 2009). Sesuatu instrumen
yang digunapakai dalam setiap ujian perlu mempunyai tahap ketekalan kesahan dan
kebolehpercayaan kerana ketekalan ujian akan menentukan dapatan data ujian yang
tepat (Baumgartner, Jackson & Mahar, 2003). Instrumen yang digunakan dalam ujian
perlu mengikut tahap umur sampel kajian. Menurut Ahmad (2015), bateri ujian bagi
sampel berumur 15 hanya sah digunakan pada tahap umur yang sama.
Kajian ini mempunyai dua instrumen ujian kajian. Instrumen pertama melibatkan
peralatan sukan yang digunakan dalam ujian dan instrument kedua adalah berkaitan
soalan kaji selidik. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kedua-dua instrumen
dalam aktiviti ujian yang dilaksanakan. Bagi menjawab persoalan-persoalan kajian,
instrumen yang akan digunakan ialah: (1) Data Ujian Kecergasan; (2) Data Ujian
Kemahiran; (3) Data Ujian Prestasi; (4) Data Ujian pre-test – Ujian post-test
Kecergasan; (5) Data Ujian pre-test – Ujian post-test Kemahiran (6) Data Ujian
Prestasi pre-test – post-test; (7) Soalan Kaji Selidik Kesahan dan (8) Soalan Kaji
Selidik Pengukuhan.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kaji selidik
terhadap jurulatih bola sepak yang dibina berdasarkan ketetapan dalam objektif
kajian berpandukan contoh yang dikemukakan daripada modul program latihan
Sekolah Berprestasi Tinggi (KPM, 2014) dan modul pembangunan bola sepak PPBN
(2014). Ujian kaji selidik yang dikemukakan mempunyai satu bahagian sahaja. Jadual
3.4 menunjukkan taburan item kaji selidik tersebut. Terdapat 26 bahagian soalan
mengandungi 159 item kajian. Terdapat lima jenis skala yang boleh digunakan dalam
kajian seperti mana disarankan oleh Cunningham-Sabo,& Baker, (2011); Diker,
Walters & Elizer, (2011) dan Singletary, Emm & Hill, (2011). Namun bagi kajian ini
didapati paling sesuai adalah skala Likert.
ANALISIS DATA
Analisis data telah dilaksanakan bagi pengumpulan data untuk fasa tiga kajian ini.
Menurut Ahmad (2015), analisis data eskploratori digunakan untuk mengenal pasti
ciri-ciri dalam set data dan bagi mengembangkan idea bagi penyiasatan yang
selanjutnya. Ujian statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian-t.
Ujian-t adalah gabungan pengiraan korelasi dan regresi. Ujian-t dijalankan untuk
mengawal faktor gangguan atau pemboleh ubah luaran yang mengganggu pemboleh
ubah bersandar selain pemboleh ubah tidak bersandar yang digunakan.
107
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Prosedur Penganalisis Data
Kajian ini menggunakan kedua-dua jenis statistik iaitu statistik deskriptif dan
inferensi bagi menghuraikan hasil dapatan kajian. Statistik deskriptif melibatkan
penghuraian tentang program latihan yang dijalankan. Statistik inferensi digunakan
untuk membuat inferens daripada data sampel ke atas populasi. Kesemua analisis
dibuat menggunakan program SPSS Version 20.0.
Ujian eksperimen dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan pembinaan
program latihan manakala ujian kaji selidik pula untuk diperakui oleh jurulatih-
jurulatih yang terpilih bagi mengukuhkan kebolehpercayaan terhadap keberkesanan
program latihan yang dikaji. Berdasarkan kedua-dua ujian tersebut, data yang
diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program statistik SPSS Version 20.
Analisis data dilakukan untuk membuktikan secara sistematik tentang keberkesanan
program latihan yang dikaji.
Jika hasil dapatan kajian menunjukkan kesan positif maka program latihan
bola sepak mampu digunapakai oleh jurulatih-jurulatih. Tetapi jika hasil dapatan
kajian menunjukkan kesan yang negatif maka program tersebut perlu dibuat
penambahbaikan bagi meningkatkan lagi program latihan bola sepak bagi pemain
bola sepak diperingkat akar umbi dan seterusnya.
Perbincangan Kajian
Implikasi utama kajian ini ialah pembentukkan modul M-HLmat. Modul M-HLmat
menunjukkan hasil inovasi dan tranfomasi yang mampu digunapakai oleh jurulatih
bola sepak yang ingin membentuk sebuah pasukan amatur yang berjaya sama ada di
peringkat negeri atau ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini memberikan implikasi
terutama secara teori dan praktikal kepada jurulatih bola sepak untuk membina dan
melaksanakan program latihan terhadap pemain bawah 15 tahun khususnya di
peringkat negeri dan amnya di peringkat yang lebih tinggi.
M-HLmat adalah satu modul yang tercipta hasil dapatan kajian program
latihan bola sepak bawah 15 tahun. Tempoh masa program latihan adalah tiga bulan
melibatkan dua fasa iaitu fasa penyesuaian (4 minggu) dan fasa program latihan (8
minggu). Tujuan M-HLmat dibina untuk mengenalpasti satu acuan latihan yang
mampu membentuk calon pemain bola sepak berkemahiran yang sesuai digunakan
oleh pemain bola sepak bawah 15 tahun peringkat negeri. Kajian M-HLmat bermula
di peringkat akar umbi dan berakhir di peringkat pengukuhan iaitu perbandingan
dengan pasukan yang bertaraf antarabangsa (PPBN).
Keunikan M-HLmat adalah kekerapan melakukan hantaran leret tepat,
memaksimumkan hantaran leret, membudayakan hantaran OnTT dan kekerapan
melakukan percubaan ke gol. M-HLmat adalah modul yang mempunyai sebahagian
ciri-ciri pendekatan taktikal “Tiki Taka”. Modul M-HLmat terbentuk hasil dari
dapatan program latihan dan pengukuhan berpandukan pendapat dari jurulatih-
108
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
jurulatih bermula dari kejurulatihan peringkat sekolah dan berakhir di peringkat
kejurulatihan profesional.
Cadangan Kajian Lanjutan
Kesinambungan terhadap kajian-kajian amat diperlukan bagi menyesuaikan
permainan bola sepak dengan taktik, teknik dan peraturan yang diperkenalkan oleh
FAM atau FIFA. Berikut adalah kajian lanjutan yang dicadangkan;
(i) Modul HLmat ini boleh dipraktik di sekolah-sekolah PLD dan SSN semua
negeri yang mempunyai masa dan infrastruktur sukan bola sepak yang mencukupi.
(ii) Kajian-kajian yang berkaitan aspek biomekanik, psikologi dan fisiologi perlu
dilakukan. Subjek kajian juga masih dalam proses tumbesaran fisiologi dan faktor ini
mungkin akan mempengaruhi kesinambungan program latihan dalam modul M-
HLmat apabila pemain yang dilatih lebih matang dalam proses ketumbesarannya.
(iii) Modul HLmat terhadap pendekatan taktikal dengan lebih menyeluruh, adalah
dicadangkan kajian dilaksanakan di sekolah-sekolah di bawah projek pembangunan
bola sepak sama ada sekolah di bawah KPM atau projek pembangunan di bawah
KBS.
KESIMPULAN
Hasil analisis kajian, dapatan kajian, perbincangan kajian dan kesimpulan kajian
berdasarkan objektif kajian yang dicapai dalam kajian ini, pengkaji merumuskan dan
mengemukakan empat falsafah kajian yang terbentuk. Falsafah kajian yang terbentuk
adalah seperti berikut:
Semakin banyak hantaran bola dilakukan, semakin sukar pasukan tersebut mengalami
kekalahan.
Semakin kerap tendangan percubaan ke arah gol dilakukan, semakin sukar pasukan
tersebut mengalami kekalahan.
Semakin banyak hantaran bola dan semakin kerap tendangan percubaan ke arah gol
dilakukan maka semakin tinggi nilai peratusan pasukan tersebut memenangi
perlawanan.
Program latihan pembangunan bola sepak lelaki bawah 15 tahun selama lapan
minggu secara intensif hanya mampu menyamai prestasi pencapaian pasukan bola
sepak di peringkat negeri.
109
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Rumusan Keseluruhan Kajian
Secara keseluruhan kajian ini dapat menghasilkan satu modul latihan bola sepak
lelaki bawah 15 tahun di peringkat negeri. Pengkaji mencadangkan agar modul ini
dicuba dan dipraktikkan bagi pemain bola sepak wanita di semua peringkat, pemain
lelaki bawah 12 tahun dan pemain elit di pelbagai peringkat. Seterusnya untuk melihat
keberkesanan pelaksanaan program latihan pendekatan taktikal M-HLmat dengan
lebih baik, maka penambahbaikan modul ini yang melibatkan tempoh masa latihan
yang lebih panjang serta penggunaan instrumen yang lebih canggih dalam
memperolehi data kajian yang lebih spesifik dan jitu adalah diperlukan.
Kajian ini memberi implikasi kepada pemain dan jurulatih tentang
kepentingan kemahiran hantaran leret dan kemahiran tendangan percubaan ke arah
gol ketika dalam perlawanan sebagai satu acuan latihan yang boleh memantapkan
permainan bola sepak secara berpasukan yang mampu membangunkan pemain-
pemain bola sepak kebangsaan yang berwibawa dan berkemampuan tinggi.
Hasil dapatan kajian juga didapati berupaya memberi sumbangan yang
bermakna ke arah pelaksanaan kurikulum baharu dalam arena bola sepak tanahair.
Jika dilihat secara normal, kajian ini merupakan salah satu cabang yang seiring
dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang diasaskan oleh KBS. Kajian ini
menunjukkan satu usaha menyahut cabaran KBS bagi meningkatkan mutu permainan
bola sepak negara. Program di peringkat akar umbi merupakan titik permulaan bagi
kejayaan sesebuah pasukan kebangsaan (O’Gorman, 2015).
Pengkaji mengharapkan pengubahsuaian dalam gerak kerja taktikal yang
dilakukan mampu membentuk program latihan yang lebih berkesan dan dapat
meningkatkan mutu permainan bola sepak terutama di peringkat akal umbi.
Sesungguhnya pasukan-pasukan yang kerap menggunakan hantaran leret dan
percubaan ke arah gol telah berjaya meningkatkan pencapaian prestasi dan mencapai
kemenangan dalam pertandingan yang disertai. Sebagai kata kunci dari pengkaji
kepada pemain dan jurulatih, cuba utamakan pendekatan taktikal hantaran leret tepat
dan hantaran OnTT untuk mendapat jumlah hantaran yang tinggi kerana penguasaan
perlawanan dipengaruhi oleh jumlah hantaran bola dalam permainan. Walau
bagaimnapun bagi mendapat peratusan kemenangan sesebuah pasukan dalam
perlawanan kekerapan pemain dalam pasukan melakukan tendangan percubaan ke
gol adalah amat penting. Justeru itu dengan gabungan kedua-dua faktor di atas
mampu meningkatkan nilai nisbah kemenangan dalam sesuatu perlawanan bola
sepak.
110
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
RUJUKAN
AAHPERD (1980). Youth Fitness test manual. Washington, DC: AAHPERD.
AAHPERD (2012), Youth Fitness test manual. Washington, DC: AAHPERD.
Ahmad Hashim (2015), Pengujian Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan Jasmani:
Selangor: Dobook Press Sdn Bhd:
Armatas, V., Yiannakos, A. (2010). Analysis and evaluation of goals scored in 2006
World Cup. Journal of Sport and Health Research, 2 (2), pp. 119-128.
Araya, J., Bennie, A., O'Connor, D. (2015). Understanding Performance Coach
Development: Perceptions About a Postgraduate Coach Education Program.
International Sport Coaching Journal, 2(1), 3-14.
Barkell, J, & O'Connor, D. (2013). A case study of coach practices in skill acquisition
training. In Hiroyuki Nunome.
Bangsbo, J. & Krustrup, P. (2015). Cardiovascular adaptations to a 10-week low-
volume school-based football intervention for 9-10-yr-old children. FIFA
Medical Assessment and Research Centre (F-MARC) and Schulthess Klinik,
Zurich, Switzerland.
Baumgartner, T. A., Jackson A. S., Mahar M. T. & Rowe D.A. (2003). Measurement
for evaluation in physical education and exercise science (7th ed.). New
York: McGraw-Hill.
Bompa, T.O., & Haff, G.G. (2009). Periodization: Theory and Methodology Of
Training. 5th Edition. Champaign, IL: Human Kinetics.
Bucciarelli, R. (2015). Effectiveness of treadmill versus ground-based over-speed
training on speed, power, agility, and high intensity running ability in youth
female soccer players Soccer Fitness Inc., Vaughan, Ontario, Canada.
Chua, A., (2011). Battle Hymn of the Tiger Mother, The Penquin Press, New York.
Cohen, L. Manion, L. & Marrison, K. (2003). Research methods in education.
London. Routledge Falmer.
Craswell, J. W. (2008). Educational research (3rd ed.). New Jersey: Person.
Davies, J.C. (2013). “Coaching The Tiki Taka Style Of Play”. Published By
Soccertutor.com
111
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
FAM, (2014). Laporan Prestasi Pasukan Bolasepak Kebangsaan. Selangor:
Kementerian Belia dan Sukan.
Guardiola, J. (2014). The Inside Story of Pep Guardiola’s First Season at Bayern
Munich: Germany.
Guilherme., M, Padilha., M. & Teoldo da Costa., I. (2015). Quality of tactical
behaviours of soccer players according to positional role. Federal University
of Viçosa, Centre of Research and Studies in Soccer, Brazil
Hamilton, A. (2012). Long-Term Athlete Deverlopment: Trainability in Childhood
and Adolescence. Olympic Coach, 4-9
Husin Deraman, (2014). Pelaksanaan Pengurusan Pasukan Bola Sepak Untuk
Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Malaysia. Jurnal kurikulum dan
pengajaran Asia Pasifik. Vol. 5. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kassim, M., Ahmad, K. & Muda, B. (2015). Konsep Latihan Dalam Sukan: Selangor:
Penerbitan Pekan Ilmu.
Kassim. M & Berahim, M. (2014). Football Training Development Program Under-
15 State Level: Centre for Coaching Science, National Defense University of
Malaysia, Malaysia: ISSN 1991-8178
KBS, (2014). PELAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK FASA 1: 2014-2020.
Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. ISBN 97896711607-5-6.
Krustrup, P. (2015). Playing football to prevent chronic diseases. 8th World Congress
on science and Football: NEXS, University of Copenhagen, Department of
Nutrition, Exercise and Sports, Copenhagen Denmark
Liu, Z. H Wang, W Yan, Y Li, Y Qin, WY Ren, Z Tian, W Wang, (2015). Growth
model: develodment trends of National School Football League from a
review of thecampus football in China: Tianjin University of Sport, Physical
Education Research Center, Tianjin, PR China
Machi, L. A., & McEvoy, B.T. (2009). The literature review. London: SAGE Ltd.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York: Harper.
Mohd Sidek Noah & Jamaluddin Ahmad, (2005). Constructing Module. Ways in
development an acadwmic and practical module. Serdang University Putra
Malaysia.
112
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
O'Connor, D., Larkin, P. (2017). Coaching practice and player development. In J.
Bangsbo, P. Krustrup, P. R. Hansen, L.Ottesen, G. Pfister & A-M. Elbe
(Eds.), Science and footballVIII. London, UK: Routledge.
O’Gorman, J., & Partington, M. (2015). The changing nature of English professional
football academy coaching in light of the implementation of the EPPP: Edge
Hill University, Department of Sport & Physical Activity, Ormskirk, UK
Othman Talib. (2013). Asas Penulisan Tesisi Penyelidikan & Statistik. Universiti
Putra Malaysia, UPM Press. Serdang Malaysia.
Peralta, L., O'Connor, D., Cotton, W., Bennie, A. (2014). The effects of a community
and school sport-based program on urban Indigenous life skills and physical
activity levels: The SCP case study. Health, 6, 2469-2480.
Pernarau, M. (2014). Pep Confedential – Inside Pep Guardiola”s first season at
Bayern Munich. Publisher: Back Press, Great Britian.
PPK, (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Ujian SeGAK
Tingkatan 1). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Russell, J., (1981). Affective quality attributed to environments. A factor study.
Environment and Behavior, 13(3), 259-288.
Thorndike, R.L. (1991). Edward L. Thorndike: A professional and personal
appreciation. In G. A. Kimble,, M. Wertheimer, & C. White (eds.), Portraits
of pioneers in psychology (pp. 139-151). Washington, DC: American
Pcychological Association.
Wikman, J., Stelter, R., Petersen, N.K. & Elbe. A. (2015). The effects of a team
building intervention in young elite football players. 8th World Congress on
Science and Football, Center for Team Sport and Health, NEXS, University
of Copenhagen, Denmark
Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 , 27-38.
113
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
PEMBENTUKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MELALUI TEKNIK PEER INSTRUCTION DENGAN
SUMBER-SUMBER SEJARAH
M. Kaviza
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Sintok,
Kedah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi
melalui teknik Peer Instruction dengan sumber-sumber sejarah, di samping mengenal
pasti sama ada terdapat perbezaan min kemahiran komunikasi berdasarkan jantina.
Seramai 25 orang murid tingkatan empat terlibat dalam kajian ini yang ditentukan
melalui teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik
yang diadaptasi yang telah disahkan pakar penilai dalam bidang sejarah dan
mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha (0.80) yang baik. Data kajian
ini dianalisa secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar dengan
menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap
kemahiran komunikasi bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
melalui teknik Peer Instruction dengan sumber-sumber sejarah berada pada tahap
tinggi (M=3.68, SD=0.47). Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa
tidak terdapat perbezaan min kemahiran komunikasi yang signifikan antara murid
lelaki dan murid perempuan. Implikasi kajian ini telah mencadangkan kepada guru-
guru Sejarah untuk melaksanakan teknik Peer Instruction dengan sumber-sumber
sejarah dengan lebih meluas bagi membantu murid-murid untuk membentuk
kemahiran komunikasi yang lebih baik.
Kata kunci: Kemahiran komunikasi, teknik Peer Instruction, sumber-sumber sejarah
PENGENALAN
Pembentukan kemahiran komunikasi yang baik adalah disarankan selaras dengan
proses transformasi sistem pendidikan Malaysia yang bermatlamat untuk
menyediakan dan mempersiapkan murid-murid dalam dunia perkerjaan yang bakal
diceburi pada masa akan datang (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2013;
Pusat Perkembangan Kurikulum [PPK], 2015). Sehubungan dengan itu, adalah turut
diakui bahawa komunikasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas (Tay, 2013; Ivy Deirdre Mangkau, 2012; Sulaiman Md
Yassin, Mohd Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2002). Hal ini kerana
murid-murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi yang baik dapat
membentuk suasana pembelajaran yang kondusif yang membolehkan mereka dapat
menyampaikan sesuatu idea dan perasaan secara lisan mahupun secara bukan lisan
114
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
(Noor Asliza Abdul Rahim & Normaliza Abdul Rahim, 2014; Tay, 2013). Tambahan
pula, komunikasi juga telah ditakrifkan sebagai proses memberi makna dan berupaya
mempengaruhi seseorang untuk mempercayainya atau melakukan sesuatu melalui
proses interaksi, saling membantu, menjalankan tanggungjawab, membina keyakinan
diri dan sebagainya (Nurul Jamilah Ismail Rani, Nursyamimi Harun &
Rahimahtunnisah Hj. Sailin, 2015; Littlejohn & Foss, 2005). Takrifan ini adalah
bertepatan dengan pendapat Lawrence, Charles dan James, (1995), Aino, James dan
Virginia, (1991) dan Nurul Salmi dan Mohd Isa Awang (2014) yang menjelaskan
bahawa pembentukan kemahiran komunikasi yang berkesan adalah dipengaruhi oleh
penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran berkumpulan yang dijadikan tempat
untuk menyampaikan pendapat dan fikiran, di samping untuk mengharungi
persekitaran pembelajaran dengan mengawal diri dalam menghadapi cabaran serta
meningkatkan kecemerlangan pencapaian mereka.
Pernyataan Masalah
Dalam kurikulum sejarah, murid adalah disarankan untuk mendapatkan dan
memahami maklumat sejarah melalui proses tafsiran sumber-sumber sejarah bagi
membolehkan mereka dapat mengaplikasikan maklumat-maklumat tersebut dalam
konteks kehidupan sebenar secara berterusan (PPK, 2015; Barton, 2005). Namun
begitu, proses pemahaman maklumat-maklumat sejarah tidak dapat dikuasai dengan
lebih baik disebabkan oleh ketidakupayaan murid-murid untuk menyatakan
pandangan mereka secara kritis dan kreatif dalam bentuk lisan dan tulisan (Said
Hamid Hasan, 2019; Ipek, 2017). Hal ini kerana murid-murid kurang
mengaplikasikan kemahiran komunikasi yang dirujuk sebagai proses interaksi sosial
antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru. Keadaan ini telah
mencadangkan kepada keperluan untuk membentuk suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan bagi memastikan maklumat-maklumat yang
dipelajari dapat disampaikan dengan lebih mudah serta mengelakkan berlakunya
kesalahtafsiran maklumat-maklumat tersebut (Nurul Salmi Mohd Dazali & Mohd Isa
Awang, 2014; Abdul Hamid Mahmod, 1990). Sehubungan dengan itu, adalah
dibuktikan bahawa pelaksanaan teknik Peer Instruction dalam pelbagai disiplin ilmu
dapat meningkatkan pemahaman konseptual, motivasi, penyertaan, kemahiran
berfikir kritis, sikap dan sebagainya (Tolga, 2012; Lucas, 2009; Cortright, Collins &
DiCarlo, 2005; Rao & DiCarlo, 2000), namun sejauh manakah pengingtegrasian
sumber-sumber sejarah dengan teknik Peer Instruction dapat membentuk kemahiran
komunikasi masih belum diketahui lagi walaupun dalam satu kajian tindakan yang
dijalankan oleh pengkaji ini telah membuktikan bahawa pelaksanaan teknik Peer
Instruction dengan sumber sejarah dapat meningkatkan pemahaman sejarah dalam
kalangan murid berpencapaian rendah (Kaviza, 2018). Justeru, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi bagi murid yang mengikuti
pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknik Peer Instruction dengan
sumber-sumber sejarah.
115
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Objektif kajian
Objektif kajian ini ialah:
Mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan murid
Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan min kemahiran
komunikasi berdasarkan jantina
Soalan kajian
Soalan kajian ini ialah:
Apakah tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan murid?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min kemahiran komunikasi berdasarkan
jantina?
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Teknik Peer Instruction
Teknik Peer Instruction merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid yang menggunakan soalan untuk meningkatkan penglibatan murid
dan meningkatkan pemahaman murid secara mendalam terhadap sesuatu bahan
pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan berlakunya miskonsepsi pemahaman
konseptual dalam mata pelajaran fizik (Crouch & Mazur, 2001; Mazur, 1997). Teknik
Peer Instruction menyediakan persekitaran pembelajaran yang berstruktur kepada
para murid untuk mengemukakan pandangan dan idea serta menyelesaikan masalah
dengan rakan-rakan bagi membolehkan mereka belajar pengetahuan dan fakta baharu
yang dapat membentuk pembelajaran dalam komuniti di dalam kelas. Langkah-
langkah pelaksanaan teknik Peer Instruction adalah seperti berikut:
Guru mengemukakan soalan (ujian konsep) berkaitan bahan pengajaran
Murid diberikan 1 hingga 2 minit untuk berfikir
Murid menjawab soalan secara individu dengan mengangkat kad jawapan
Murid berbincang dengan rakan sebelah berkaitan dengan pemilihan jawapan
Murid menjawab semula soalan dengan mengangkat kad jawapan
Guru memberikan maklum balas terhadap pemilihan jawapan
Guru memberikan penerangan kepada jawapan yang betul
116
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Sumber sejarah
Sumber sejarah sebagai karya-karya yang menyediakan maklumat atau bukti masa
lalu (Barton & Levistik, 2004). Terdapat dua jenis sumber sejarah iaitu sumber primer
dan sumber sekunder. Sumber primer iaitu merujuk kepada sumber seperti catatan,
laporan, surat, buku harian, dokumen, rekod dan sebagainya yang bersifat asli yang
dapat memberikan maklumat, catatan atau melaporkan mengenai ssuatu peristiwa
yang berlaku. Manakala, sumber sekunder pula dirujuk sebagai sumber yang tidak
asli yang dihasilkan oleh ahli sejarah melalui pengkajian atau penulisan mereka
tentang sesuatu peristiwa sejarah berpandukan kepada sumber primer seperti
ensiklopedia, majalah, buku teks, risalah dan sebagainya (Hazri Jamil, 2003).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian tinjauan berbentuk deskriptif (Creswell, 2014) ini melibatkan 25 orang murid
tingkatan empat yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian
ini ialah soal selidik kemahiran sosial yang diadaptasi daripada kajian Lumpe, Haney
dan Czerniak, (1998) yang telah diterjemahkan oleh Malar Muthiah, (2010) dalam
kajian kedoktorannya yang terdiri daripada 13 item dengan menggunakan skala likert
lima mata. Terdapat dua item yang mempunyai pernyataan negatif yang telah recode
semula item tersebut sebelum penganalisaan data kajian dilakukan. Instrumen
tersebut disahkan oleh dua orang pakar penilai dalam bidang pendidikan sejarah.
Struktur ayat telah diubahsuai semula berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh
pakar-pakar penilai tersebut. Nilai ketekalan dalamam Cronbach Alpha ialah 0.80
merupakan nilai yang dianggap baik dan diterima (Nunnally, 1978). Tahap
interpretasi min kemahiran komunikasi dalam kajian ini telah dilakukan berdasarkan
tiga tahap min yang diadaptasi daripada kajian Jamil Ahmad, (2002) seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1
Interpretasi Min dan Tahap Kemahiran Komunikasi
Min Tahap Min
Rendah
1.00 – 2.33 Sederhana
2.34 – 3.66 Tinggi
3.67 – 5.00
Sumber. Adaptasi daripada Jamil Ahmad, (2002)
117
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
Soalan Kajian 1
Apakah tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan murid?
Berdasarkan Jadual 2, tahap kemahiran komunikasi melalui penggunaan teknik Peer
Instruction dengan sumber-sumber sejarah berada pada tahap tinggi (M=3.68,
SD=0.47) dalam kalangan murid. Dari segi konstruknya, min bagi item “Saya dapat
berkomunikasi dengan semua orang” (M=3.96, SD=1.32), item “Saya bersikap
terbuka semasa menerima pendapat rakan yang lain” (M=4.08, SD=0.86), item “Saya
suka bekerjasama ketika perbincangan dalam kumpulan” (M=4.12, SD=0.88), item
“Saya suka menghargai idea dan pendapat rakan sebaya” (M=4.32, SD=0.63), item
“Saya suka mengamalkan sikap toleransi ketika bergaul dengan rakan sebaya”
(M=4.04, SD=0.93), item “Saya akan menyiapkan tugasan yang diberikan ketika
perbincangan kumpulan” (M=3.92, SD=0.86), item “Saya suka memuji rakan yang
memberi idea atau pendapat yang bernas” (M=3.92, SD=0.95), item “Saya akan
berusaha memahami perasaan dan sikap rakan sebaya” (M=4.08, SD=0.57), item
“Saya menghormati setiap ahli dalam kumpulan” (M=4.44, SD=0.58) dan item “Saya
suka membuat keputusan secara kolektif” (M=4.00, SD=0.82) yang berada pada tahap
tinggi. Seterusnya, hanya item “Saya berasa yakin untuk memberikan pendapat
dengan jelas” berada pada tahap sederhana (M=3.60, SD=1.32), manakala dua item
iaitu “Saya suka mengungkitkan kesilapan yang lalu ketika bergaul dengan rakan
sebaya” (M=1.64, SD=0.47) dan item “Saya cuba mengelakkan diri apabila rakan
sebaya meminta bantuan” (M=1.72, SD=0.81) berada pada tahap rendah. Maka, dapat
disimpulkan bahawa tahap kemahiran komunikasi melalui penggunaan teknik Peer
Instruction dengan sumber-sumber sejarah berada pada tahap tinggi dalam kalangan
murid.
Dapatan kajian ini yang telah membuktikan bahawa tahap kemahiran komunikasi
yang tinggi dapat dibentuk melalui pelaksanaan teknik Peer Instruction dengan
sumber-sumber sejarah adalah konsisten dengan dapatan kajian Azizah Abdul Rahim
dan Fazillah Mohamed Ismail, (2016), Thomas, (2005), Malar Muthiah, (2010),
Leow, Neo & Chong, (2014), Jacob, Gan dan Ball (1998) dan Slavin (1978) yang
telah menjelaskan bahawa pelaksanaan kaedah Lima Fasa Needham, kaedah Student
Teams and Achievement Divisions (STAD), kaedah web-based social tools dan
kaedah didik hibur sebagai kaedah pengajaran Sejarah dan Bahasa Melayu yang
efektif yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial dengan
memberikan peluang yang meluas kepada murid-murid untuk lebih yakin dan berani
dalam menyuarakan idea-idea baru semasa fasa pencetusan, aplikasi dan refleksi
pengajaran. Hal ini kerana perubahan kepada kaedah pengajaran tradisional dapat
meningkatkan interaksi sesama murid secara verbal mahupun secara tidak verbal bagi
membantu mereka untuk memahami isi pelajaran. Sungguhpun begitu, integrasi
sumber-sumber sejarah melalui teknik Peer Instruction adalah disarankan dalam
pendidikan sejarah selaras dengan kepentingan teknik Peer Instruction yang dapat
membantu murid untuk mengenalpasti kesalahfahaman maklumat agar maklum balas
118
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
segera dapat diberikan (Mazur, 1997; Mark & Katrina, 1998; Tolga, 2012; Smith et
al, 2009).
Jadual 2
Interpretasi Min dan Tahap Kemahiran Komunikasi
Bil Item Min Sisihan Tahap
(M) piawai
(SD)
1 Saya dapat berkomunikasi dengan 3.96 1.32 Tinggi
semua orang
2 Saya berasa yakin untuk memberikan 3.60 1.32 Sederhana
pendapat dengan jelas
3 Saya bersikap terbuka semasa 4.08 0.86 Tinggi
menerima pendapat rakan yang lain
4 Saya suka bekerjasama ketika 4.12 0.88 Tinggi
perbincangan dalam kumpulan
5 Saya suka menghargai idea dan 4.32 0.63 Tinggi
pendapat rakan sebaya
6 Saya suka mengamalkan sikap toleransi 4.04 0.93 Tinggi
ketika bergaul dengan rakan sebaya
7 Saya suka mengungkitkan kesilapan 1.64 0.81 Rendah
yang lalu ketika bergaul dengan rakan
sebaya*
8 Saya akan menyiapkan tugasan yang 3.92 0.86 Tinggi
diberikan ketika perbincangan
kumpulan
9 Saya suka memuji rakan yang memberi 3.92 0.95 Tinggi
idea atau pendapat yang bernas
10 Saya akan berusaha memahami 4.08 0.57 Tinggi
perasaan dan sikap rakan sebaya
11 Saya menghormati setiap ahli dalam 4.44 0.58 Tinggi
kumpulan
12 Saya cuba mengelakkan diri apabila 1.72 1.02 Rendah
rakan sebaya meminta bantuan*
13 Saya suka membuat keputusan secara 4.00 0.82 Tinggi
kolektif (kumpulan)
Keseluruhan 3.68 0.47 Tinggi
* Item pernyataan negatif
119
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Soalan Kajian 2
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min kemahiran komunikasi
berdasarkan jantina?
Bagi menjawab soalan kajian 2, maka hipotesis kajian telah dibentuk; Ho1: Tidak
terdapat perbezaan min kemahiran komunikasi yang signifikan berdasarkan jantina.
Berdasarkan statistik deskriptif pada Jadual 3, min kemahiran komunikasi bagi murid
perempuan (M=3.70, SD=0.48) adalah lebih tinggi berbanding dengan murid lelaki
(M=3.65, SD=0.48). Berdasarkan keputusan ujian Levene’s yang tidak signifikan
(F=0.04, p=0.85), keputusan ujian-t sampel tak bersandar dalam Jadual 4
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan min kemahiran
komunikasi [t(23)=3-0.27, p=0.79]. Justeru, Ho1 telah ditolak. Maka, dapat
disimpulkan bahawa min kemahiran komunikasi adalah sama antara murid lelaki dan
murid perempuan yang mengikuti pengajaran melalui penggunaan teknik Peer
Instruction dengan sumber-sumber sejarah. Dapatan kajian ini adalah sealiran dengan
dapatan kajian Nurul Salmi Mohd Razali dan Mohd Isa Awang, (2014) dan Umi
Nadiha, Zamri Mahmod dan Jamaludin Badusah, (2011) yang telah melaporkan
jantina adalah tidak mempengaruhi tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan
murid. Hal ini kerana murid lelaki dan murid perempuan adalah seiring dalam
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, kerjaya, dan sebagainya walaupun dari segi
fitrahnya murid perempuan didapati lebih bersifat pemalu, risau dan takut untuk
berkomunikasi berbanding dengan murid lelaki yang secara tidak langsung telah
menyokong dapatan kajian ini (Daly & Stanfford, 2008; Mok, 2008; Hampton &
Mason, 2003).
Jadual 3
Statistik Deskriptif bagi Min Kemahiran Komunikasi
Murid lelaki NM SD
Murid perempuan 11 3.65 0.48
14 3.70 0.48
Jadual 4
Ujian-t Sampel Tak Bersandar Bagi Min Kemahiran Komunikasi
Ujian Ujian-t bagi persamaan min Min 99% selang
Levene’s t df p Perbezaan ralat keyakinan
Piawai bagi
min
120
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Fp perbezaan
Perbezaan 0.04 0.85 - 23 0.79 -0.05 Bawah Atas
Min 0.27 0.19 -0.45 0.35
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penggunaan teknik Peer Instruction dengan sumber-sumber
sejarah dapat membentuk tahap kemahiran komunikasi yang tinggi dalam kalangan
murid selaras dengan saranan dalam kurikulum sejarah yang menekankan penerapan
kemahiran abad ke-21. Hal ini kerana kepelbagaian kaedah pengajaran yang
dilaksanakan dalam mata pelajaran sejarah, khususnya teknik Peer Instruction
dengan sumber-sumber sejarah dalam kajian ini telah membolehkan murid-murid
dapat berinteraksi secara berkesan bagi menggalakkan proses pembelajaran
bermakna melalui penyiasatan sejarah yang berkesan. Justeru, pihak guru, sekolah,
PPK, dan Kementerian Pendidikan Malaysia perlu berganding bahu untuk
melaksanakan teknik Peer Instruction dengan sumber-sumber sejarah pada semua
peringkat persekolahan di Malaysia.
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (1990). Komunikasi berkesan asas pendidikan bermutu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aino, S.K, James, C.M & Virginia, P.R. (1991). Willingness to communication
apprehension, introversion and self-reported communication competence:
Finnish and American Comparisons. Communication Research Report, 8, 55-
64.
Azizah Abdul Rahim & Fazillah Mohamed Ismail. (2016). Merangsang Kemahiran
Komunikasi Pelajar Melalui Kaedah Didik Hibur. Prosiding Seminar Bahasa
Melayu 2016. Retrieved from: https://malaylanguagecentre.moe.edu.sg
Barton, K., & Levistik, L. (2004). Teaching History for the Common Good. Mahwah,
New Jersey: Lawrence Erlbaum.
Barton, K.C. (2005). Primary sources in history: Breaking through the myths. Phi
Delta Kappan, 86(10), 745-753.
Cortright, R.N., Collins, H.L & DiCarlo, S.E. (2005). Peer Instruction enhanced
meaningful learning; abilitiy to solve novel problems. Adv Physiol Educ, 29,
107-111.
121
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Creswell, J. W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (4th Ed). New Jersey: Pearson Prentice
Hall.
Crouch, C.H., & Mazur, E. (2001). Peer Instruction: Ten Years of Experiences and
Result. American Journal of Physics, 69, 670-977.
Daly, J., & Stanfford, L. (2008). Correlates and consequences of social
communication anxiety. In. J. Daly & J.C. McCroskey (eds). Avoiding
communication shyness, reticence and communication apprehension.
Beverly Hill: Sage Publications.
Hampton, N.Z., & Mason, E. (2003). Learning disabilities, gender, sources of
efficacy, self-efficacy beliefs, and academic achievement in high school
students. Journal of School Psychology, 41(2), 101-112.
Hazri Jamil. (2003). Teknik mengajar Sejarah. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Ipek, D. (2017). Student’s based curriculum evaluation: A case study of
‘contemporary world history and science history” subject. EURASIA:
Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 1-16.
Ivy Deirdre Mangkau. (2012). Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan
pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Proseding Seminar Pendidikan
pasca Ijazah dalam PTV kali ke-2, 40-59.
Jacob, G.M., Gan, S.L., & Ball, J. (1998). Belajar Pembelajaran Kerjasama Melalui
Pembelajaran Kerjasama: Buku sumber untuk Pendidikan Perguruan.
Serdang: Universiti Putera Malaysia.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di
Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia
yang tidak diterbitkan.
Kaviza, M. (2018). Sources-Peer Instruction: Kaedah untuk Meningkatkan
Pemahaman Konsep Sejarah dalam Kalangan Murid Berpencapaian Rendah.
Asian Education Action Research Journal, 7(1), 1-10.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lawrence, B.R., Charles, H.G III & James, C.M. (1995). Communication
apprehension and self-perceived communication competence of
academically gifted students. Communication Education, 44, 79-86.
122
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Leow, F.T., Neo M., & Chang, Y.C. (2014). Study on student’s communication and
interaction in collaborative learning processes with web based social tools.
Jurnal Teknolgi, 68(2), 19-28.
Littlejohn, S.W & Foss, K.A. (2005). Theories of Human Communication (8th ed).
Belmont: Wadsworth Thomson Publication.
Lucas, A. (2009). Using Peer instruction and I-Clikers to enhance student
participation in calculus. Primus, 19, 219-231.
Lumpe, A.T., Hanley, J.J., & Cheniak, C.M. (1998). Science Teachers Belief and
Intentions Regarding the use of cooperative learning. School Science and
Mathematics, 98(3), 123-132.
Malar Muthiah. (2010). Membanding kesan kaedah Lima Fasa Needham, kaedah
STAD dan kaedah konvensional terhadap pencapaian, kemahiran sosial dan
minat murid dalam pengajaran sejarah Tingkatan Empat. Tesis kedoktoran
Universiti Sains Malaysia yang tidak diterbitkan.
Mark, C., & Katrina, M. (1998). Promoting interaction with children using
augmentative communication through a peer-directed intervention.
International Journal of Disability development and Education, 45(1), 75-96.
Mazur, E. (1997). Peer Instruction: A User Manual. New Jersey: Upper Saddle River.
Mok, S.S. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: PTS Publication.
Noor Asliza Abdul Rahim & Normaliza Abdul Rahim (2014). Strategi komunikasi
lisan secara formal dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Procedia: Social and
Behavioral Science, 134, 382-388.
Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2nd ed). New York: McGraw Hill.
Nurul Jamilah Ismail Rani, Nursyamimi Harun & Rahmahtunnisah Hj Sailin. (2015).
Kekhuatiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. Proceeding of the 2nd International Conference on
Management and Muamalah 2015, 268-275
Nurul Salmi Mohd Razali & Mohd Isa Awang. (2014). Tahap kemahiran komunikasi
dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA di utara
Semenanjung Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 44-56.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
123
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Rao, S.P., & DiCarlo, S.E. (2000). Peer Instructions improves performance on
quizzes. Adv Physiol Educ, 24, 51-55.
Said Hamid Hasan. (2019). Pendidikan sejarah untuk kehidupan abad ke-21.
HISTORIA: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah, 2(2), 61-72.
Slavin, R.E. (1978). Student teams and achievement divisions (STAD). Journal of
Research and Development in Education, 12, 39-49.
Smith, M.K., Wood, W.B., Adams, W.K., Wieman, C., Knight, J.K.., Guild, N., &
Su, T.T. (2009). Why peer discussion improves student’s performance on in-
class concept questions. Science, 323, 122-124.
Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2002).
Komunikasi dalam pengajaran dan kepimpinan pendidikan. Kuala Lumpur:
Karisma Publications Sdn Bhd.
Tay, M.G. (2013). Komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar Institut
Pendidikan Guru Semasa Praktikum. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 11, 1-
17.
Thomas, R.G. (2005). A historical perspective on closing achievement gap. National
Association of Secondary School Principals (NASSP) Buletin, 89, 644.
Tolga, G. (2012). The effects of peer instruction on student’s conceptual learning and
motivation. Asia pacific Forum SciLearn Teach, 13(1), 1-17.
Umi Nadiha Mohd Nr, Zamri Mahmod & Jamaluddin Badusah. (2011). Penerapan
kemahiran generik dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 71-84.
124
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
AMALAN PENGGUNAAN TEKNIK KOPERATIF DAN
PEMBELAJARAN TEKNOLOGI DALAM KURSUS
Noraihan binti Ismail
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
menggunakan teknik koperatif serta pembelajaran teknologi bagi kursus Pengajian
Am Matrikulasi dalam kalangan pelajar pra universiti di Kolej Matrikulasi Pahang
(KMPh), KPM. Penggunaan teknik koperatif seperti aktiviti-aktiviti kumpulan pakar
dan gallery walk yang digabungkan dengan teknik pembelajaran teknologi seperti
video, aplikasi google, whatsapp dan youtube menjadikan sesi PdP lebih menarik
serta bersesuaian dengan generasi masa kini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan pelajar dengan menganalisis faktor-faktor yang menarik
minat pelajar terhadap kursus ini melalui kutipan data-data kualitatif. Kajian kes ini
menggunakan kaedah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Persampelan kajian
ini terdiri daripada 19 orang pelajar KMPh jurusan Modul 2. Hasil kajian mendapati
faktor utama pelajar memilih teknik ini kerana kepelbagaian teknik yang mampu
merangsang untuk mereka berfikir aras tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa pelajar suka kepada penggunaan teknologi dan lebih berminat
jika diimplementasikan semasa sesi PdP. Kesimpulannya, teknik koperatif serta
pembelajaran teknologi wajar digunakan sebagai alternatif yang boleh menggalakkan
pelajar untuk meminati kursus Pengajian Am Matrikulasi.
Kata kunci: Teknik koperatif, pembelajaran teknologi, berfikir aras tinggi serta
amalan PdP
PENGENALAN
Penguasan pembelajaran adalah satu konsep penting bagi seseorang pelajar untuk
memahami dan menguasai sesuatu subjek. Pembelajaran kreatif dan produktif
merupakan satu cara yang baik untuk membantu pelajar dalam menguasai
pembelajaran didalam kelas. Kaedah pembelajaran kreatif dan produktif yang
dikembangkan dengan menggunakan pelbagai teori dan pendekatan pembelajaran
mampu meningkatkan kualiti proses dan hasil pembelajaran pelajar. Teori dan
pendekatan tersebut, antara lain belajar aktif, belajar kreatif, pendekatan konstruktif,
serta belajar kolaboratif dan kooperatif. Pembelajaran secara aktif seperti yang
digunakan dalam Teknik Pembelajaran Koperatif dapat menjamin keterlibatan pelajar
secara maksimum dalam sesuatu proses pembelajaran dalam kuliah. Penglibatan
pelajar secara optimum mampu mempengaruhi daya intelektual dan emosional dalam
pembelajaran. Pelajar tidak hanya sekadar menjadi penonton dan ahli lelap dalam
125
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
kumpulan. Pelajar juga berupaya melaksanakan aktiviti tanpa hanya menunggu input
yang disogokkan daripada pensyarah sahaja. Tanpa penglibatan aktif dari pelajar
mereka tidak akan belajar secara langsung tentang sesuatu pembelajaran. Pensyarah
mungkin sudah menyampaikan berbagai informasi, namun jika pelajar itu sendiri
tidak aktif, informasi atau pengetahuan yang disampaikan tersebut akan berlalu tanpa
meninggalkan kesan kepada pelajar tersebut. Keterlibatan secara emosional akan
memberi kesedaran kepada pelajar tentang makna dari apa yang dipelajarinya. Pelajar
sebenarnya mempunyai potensi yang dapat dikembangkan jika pensyarah dapat
menyediakan cara pembelajaran yang kondusif. Pembelajaran secara Kooperatif dan
Kolaboratif mementingkan kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan yang dirancang
dan dilaksanakan dengan baik. Teknik yang digunakan dalam Pembelajaran
Koperatif seperti gallery walk dan kumpulan pakar memerlukan penglibatan semua
ahli dan tanggunjawab daripada semua untuk merealisasikan tugasan.
Pelajar kini merupakan generasi Z yang lahir pada zaman perkembangan
teknologi yang pesat. Selari dengan perkembangan zaman yang berlalu generasi
pelajar sekarang lebih berminat dengan peralatan teknologi seperti gajet-gajet
terutamanya telefon pintar. Oleh sebab itu, penggunaan teknologi menggunakan
telefon pintar mampu untuk menarik minat mereka bagi mempelajari subjek ini.
Mengikut pembelajaran mengunakan Teknologi Maklumat merujuk kepada
pembelajaran daripada aplikasi berasaskan bukan sahaja komputer yang
menyediakan pengguna pelbagai jenis media untuk mempersembah informasi atau
maklumat pembelajaran ini juga boleh menggunakan telefon pintar. Teknologi
maklumat menyediakan bahan pembelajaran yang melibatkan penggunaan teks
perkataan dan gambar yang dapat dipersembahkan melalui verbal atau cetakan seperti
penggunaan Power Point, email, google dan whatapps. Bentuk persembahan
multimedia dapat diaplikasi kepada pelbagai format contohnya seperti ilustrasi, graf,
peta minda, gambar, animasi tersusun, permainan video pembelajaran, persembahan
Power Point serta video pembelajaran menerusi you tube. Pemindahan teks dan visual
bergambar dalam persembahan multimedia dapat membantu fungsi kognitif individu
dalam mengenal pasti maklumat yang penting dan bermakna. Keaktifan para pelajar
dapat diwujudkan dalam berbagai bentuk, baik dengan mengerjakan sesuatu, maupun
dengan berdialog bersama orang lain atau dengan diri sendiri.
SOROTAN LITERATUR
Teknik Kooperatif
Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi
pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara
berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan
memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan
daripada pensyarah. Pensyarah biasanya akan membuat uijian dan memberi gred
berdasarkan prestasi individu dan membina kumpulan berdasarkan gred tersebut.
Pembentukan kumpulan teknik koperatif biasanya hanya terdiri daripada empat
126
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh
tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan, 1980).
Semua kaedah teknik koperatif akan melatih pelajar bertanggungjawab ke
atas pembelajaran mereka sendiri dan pembelajaran ahli-ahli sepasukan mereka.
Selain daripada idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan memberi
penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, serta boleh
dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan
(Slavin, 1990).
Ciri-ciri Pembelajaran Kooperatif
Rajah 1. Ciri Utama dalam Teknik Koperatif
Ciri-ciri utama Teknik Koperatif adalah berasaskan prinsip KISSES. Mengikut
Johnson & Johson (1985), tidak semua bentuk pembelajaran dalam kumpulan itu
adalah merupakan Teknik Koperatif. Menurut Ng Kim Choy (1999), prinsip-prinsip
asas pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:
Saling pergantungan secara positif pelajar: Semua pelajar dan ahli dalam kumpulan
koperatif seharusnya berubah dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan
seterusnya ke tahap saling pergantungan antara seorang individu kepada seorang
individu yang lain. Saling pergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa
ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun
seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi yang cuma
boleh dicapai melalui usaha, input dan tenaga orang lain.
Akauntabiliti individu: Walaupun setiap individu dikehendaki bekerjasama
dalam sesuatu tugasan yang masih lagi perlu bertanggungjawab ke atas
127
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu dengan melihat tahap
kerjasama dan tanggungjawab yang diberikan.
iii. Interaksi kumpulan: Pelajar-pelajar membantu proses pembelajaran pelajar lain
dengan berkongsi maklumat dan menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih
baik. Interaksi kumpulan termasuklah tindakan pelajar untuk menerang, berbincang
dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.
iv. Kemahiran sosial: Untuk memastikan pembelajaran koperatif berkesan, guru
mestilah mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Ianya merangkumi aspek
kepimpinan, membuat keputusan, membina kemahiran, berkomunikasi dan
pengurusan konflik.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar
dari pelbagai kebolehan berkerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja untuk diri sendiri, bahkan untuk ahli sepasukan yang lain. Menurut Ahmad Md
Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran
dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana pengajaran tersebut
berpusatkan pelajar yang memberi peluang kepada pelajar berinteraksi,
berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang lebih
berkesan.
Pembelajaran Teknologi
Penggunaan teknologi dalam pembelajaran telah lama dimanfaatkan untuk membantu
peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi seharusnya dimanfaatkan dalam proses pembelajaran
terutama teknologi komputer dan telefon pintar bagi memudahkan para pendidik
untuk menjelaskan objektif pembelajaran yang bersifat abstrak dan jauh dari sukar
untuk difahami oleh pelajar. Melalui penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran pensyarah akan mudah melakukan simulasi pembelajaran mendekati
situasi pembelajaran yang abstrak, contohnya dalam sukatan Pengajian Am
Matrikulasi tugasan ke 3 yang harus dilaksanakan adalah penghasilan sebuah video
pendek berbentuk dokumentari. Aplikasi seperti you tube boleh membantu pelajar
untuk melihat contoh-contoh video pendek yang telak dibuat oleh orang lain.
Penggunaan teknologi ini dapat membantu pembelajaran lebih mudah difahami oleh
para pelajar seiring dengan perkembangan teknologi informasi dan komunikasi
(TMK) yang telah mengubah kehidupan masyarakat. Pembelajaran menggunakan
TMK sering disebut dengan e-learning yang merupakan proses pembelajaran melalui
penggunaan teknologi atau internet pada khususnya atau pembelajaran berbasis
komputer.
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif utama yang ingin dicapai menerusi kajian ini iaitu:
128
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Mengenal pasti kesan penggunaan Teknik Koperatif dan Pembelajaran Teknologi
dalam penguasaan PdP pelajar bagi subjek Pengajian Am Matrikulasi.
Mengenal pasti faktor-faktor yang menarik minat pelajar terhadap subjek Pengajian
Am Matrikulasi.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif secara temu bual, soalan selidik dan
pemerhatian dalam kalangan pelajar matrikulasi. Kutipan data soalan terbuka separa
berstruktur dianalisa secara verbatim. Peserta kajian terdiri dalam kalangan 19 pelajar
matrikulasi Program Satu Tahun (PDT) Modul 2.
Instrumen Kajian
Temu bual, soal selidik dan pemerhatian
Persampelan Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 19 orang pelajar daripada Modul 2 Program Satu
Tahun (PST) yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Pahang, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Subjek yang terlibat hanyalah subjek wajib iaitu Pengajian Am
Matrikulasi.
DAPATAN KAJIAN
Kesesuaian aplikasi penggunaan Teknik Koperatif dan penggunaan teknologi ini
dinilai menggunakan soalan separa berstruktur. Terdapat 5 soalan separa berstruktur
telah diberikan kepada 19 orang pelajar Modul 2 Sesi Satu tahun untuk dianalisa.
Soalan 1: Apa pendapat anda tentang pengajaran dan pembelajaran yang dibuat secara
(konvensional) bercakap dan menulis papan putih?
Soalan 2: Apakah pendapat anda tentang pengajaran dan pembelajaran yang dibuat
secara berkumpulan dan dalam bentuk aktiviti (Teknik Koperatif)?
Soalan 3: Teknik PdP yang manakah lebih menarik bagi anda sama ada Konvensional
atau Teknik Koperatif?
Soalan 4: Pada pendapat anda elemen- elemen teknologi (multimedia) seperti video,
google dan youtube membantu anda dalam PdP?
129
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Soalan 5: Pada pendapat anda adakah elemen multimedia dapat menarik minat anda
dalam pdp?
Berdasarkan analisa dapatan secara soalan separa berstruktur terhadap peserta kajian,
kesesuaian gaya PdP yang diaplikasikan dalam subjek wajib Pengajian Am
Matrikulasi bagi membantu menarik minat pelajar dalam subjek ini merujuk kepada
pelbagai kaedah merangkumi penggunaan pelbagai bantuan aplikasi teknologi seperti
Youtube, whatapps, video, grafik dan power point. Peserta kajian berpandangan
bahawa kaedah yang menggunakan teknik koperatif merupakan kaedah yang lebih
menarik, lebih seronok dan mudah untuk difahami. Seterusnya gabungan penggunaan
teknologi dalam pdp menyebabkan mereka lebih tertarik untuk belajar dalam subjek
ini. Kaedah konvensional juga ada dinyatakan kebaikannya akan tetapi semua
responden telah memilih teknik koperatif merupakan cara terbaik dalam
menyampaikan pdp untuk subjek Pengajian Am Matrikulasi. Beberapa cadangan
penambahbaikan yang disarankan oleh pelajar ialah walaupun teknik koperatif sangat
menarik dan berkesan bagi mereka, namun ada beberapa bahagian yang mereka ingin
menggunakan cara konvensional untuk belajar. Hal ini kerana mereka sukar
memahami seperti istilah dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah pembelajaran,
dilihat apabila teknik koperatif dan teknologi digabung, mereka merasakan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Bagi pelajar kadang
kala apabila bosan mereka mudah untuk hilang tumpuan dan fokus di dalam kuliah.
Kesimpulannya, para pelajar sememangnya lebih berminat kepada kaedah yang
koperatif yang digunakan dan merasakan teknologi memang menjadi faktor penting
dalam menarik minat mereka untuk focus dalam subjek yang diikuti. Pembelajaran
yang berfokuskan kepada kaedah konvensional menyebabkan mereka mudah hilang
tumpuan kerana tiada daya penarik. Kepelbagaian kaedah yang digunakan dalam
penyampaian pdp memberikan kesan yang positif kepada pelajar dan penglibatan
mereka secara menyeluruh. Rumusan dapatan umum daripada persepsi pelajar
merangkumi perkara-perkara berikut iaitu penggunaan teknik koperatif berbantukan
teknologi dalam pdp yang diharapkan agar menjadi lebih menarik dan para pelajar
menjadi lebih berminat untuk terus menuntut ilmu.
R1 Teknik Jenis Teknik Pengguna-an Penggunaan Teknik
Pengajar-an Elemen
Pengajaran Aktiviti Yang Lebih Teknologi Yang
Menarik
Konvension-al Berkum- Koperatif Perlu untuk Mengabungkan
mencari
Atau Koperatif pulan Koperatif contoh yang Elemen Teknologi
sesuai
1 Kurang Lebih Menarik kerana
Membantu
berkesan berkesan untuk tidak diajar secara
memahami
pelajaran. teori dan boleh
Lebih mudah
dan berkesan mendapatkan
gambaran lebih jelas
2 Tidak menarik Menarik Ya.
Hilang fokus perhatian
Mengantuk Dapat melihat
gambaran dengan
lebih jelas kerana
melalui percakapan
sahaja tidak
1 Responden
130
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
R1 Teknik Jenis Teknik Pengguna-an Penggunaan Teknik
Pengajaran Aktiviti Pengajar-an Elemen Yang
Konvension-al Berkum- Yang Lebih Teknologi Mengabungkan
Atau Koperatif pulan Menarik Elemen Teknologi
mencukupi
3 Mengguna-kan Amat bagus Koperatif Elemen2 Ianya menarik sekali
kaedah Kerana dapat teknologi kerana dengan
pembelajaran meningkat- dapat bantuan elemen
secara visual kan semangat meningkat- teknologi ianya
dan audio kesepaka-tan kan lagi dapat mengelakkan
diantara kefahaman pelajar daripada
pelajar lain. pelajar mudah bosan dan
Mereka juga mengenai dapat melahirkan
akan saling suatu topik pelajar yang lebih
bertukar- pembelajar-an kreatif dan inovatif
tukar pendapat
bagi
menghasil-kan
idea-idea yang
kreatif dan
inovatif
4 Kurang Yakin Koperatif Ya, elemen2 Ya,
berkesan berkomu- ini dapat kerana saya akan
nikasi membantu lebih memahami
dengan saya untuk topik yang diajarkan
orang lain lebih dan akan lebih santai
dan memahami dalam menuntut
mengeratka dan mencari ilmu
n hubungan bahan untuk
sesama tugasan
mereka
5 Kaedah menulis Mengenal-i Koperatif Menarik dan Tidak dapat menarik
adalah lebih antara satu Pelajar tidak memudah-kan minat saya
berkesan sama lain akan berasa proses
dan mening- kekok untuk pembelajar-an
katkan melontar-kan pelajar
kemahir-an pandangan
mereka
disebabkan
ahli kumpulan
adalah dalam
kalangan
remaja sebaya
mereka
sendiri.
Oleh itu, ini
akan
membuat-kan
mereka lebih
bersema-ngat
untuk belajar
6 Bosan Memudah- Koperatif Carian google Satu alternatif lain
Kurang kan bertukar Pembaharu-an adalah jauh bagi pelajar masih
menarik. Teknik idea dalam lebih mudah memahami apa yg
ini juga sudah Mengeratka pembelajar-an dan cepat diajar
terlalu kerap n hubungan dapat daripada
131
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
R1 Teknik Jenis Teknik Pengguna-an Penggunaan Teknik
Pengajaran Aktiviti Pengajar-an Elemen Yang
Konvension-al Berkum- Yang Lebih Teknologi Mengabungkan
Atau Koperatif pulan Menarik Elemen Teknologi
digunakan sejak Pengajar-an memupuk rasa membelek
sekolah rendah menjadi teruja dalam buku rujukan
lagi. lebih diri pelajar
seronok dan untuk
mudah menimba ilmu
diingati oleh
pelajar.
7 Kurang menarik Lebih sesuai Koperatif Dapat Ya.
Kurang fokus dipraktik-an membantu Kerana pelajar boleh
Bosan berkongsi pelajar untuk mendapat gambaran
Mengantuk ilmu dan mencari yang lebih jelas
pendapat maklumat dan terhadap topik yang
memahami diajar serta tidak
pelajaran cepat berasa bosan
dengan lebih dan mengantuk
mudah dan
efektif.
8 Boleh bertanya Lebih Koperatif Membantu Lebih menarik dan
secara terus menarik dan melaksana- tidak mengantuk
dengan pelajar sesuai untuk kan tugasan
Pengajian dengan mudah
Am
9 Pelajar mudah Lebih Koperatif Tugasan Kepelbagaian bahan
faham bila memudahka mudah dibuat boleh didapati
pensyarah n kerana dengan dengan
menulis dan Lebih internet boleh menggunakan
menerangkan menarik mencari bahan teknologi
dengan cepat
10 Bosan Boleh Koperatif Ya, memudah- Ya,
Mengantuk bekerja- kan saya dan kerana tidak mudah
sama kawan-kawan bosan dalam pdp
dengan mencari bahan
rakan untuk tugasan
11 Mudah hilang Mudah Koperatif Ya, membantu Lebih menarik dan
fokus untuk Lebih menarik dan lebih mudah memahami
berkongsi dan tidak menarik contoh yang dilihat
pendapat membosan- apabila ada daripada you tube
dan idea kan grafik
12 Cara yang Lebih Koperatif Ya, menarik Ya,
membosan-kan banyak idea perhatian saya merasakan
yang boleh kerana ada lebih menarik
didapati bila pergerakan
bekerja dan audio
dalam contohnya bila
kumpulan mengguna-
kan video
13 Tidak menarik Menarik Koperatif Lebih menarik Memudahkan dan
kerana boleh kerana boleh menarik dalam
melaksa- mengguna- pelajaran yang saya
nakan kan gajet ikuti
aktiviti seperti telefon
bersama dan tab
132
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
R1 Teknik Jenis Teknik Pengguna-an Penggunaan Teknik
Pengajaran Aktiviti Pengajar-an Elemen Yang
Konvension-al Berkum- Yang Lebih Teknologi Mengabungkan
Atau Koperatif pulan Menarik Elemen Teknologi
kawan-
kawan
14 Kurang Memudahka Koperatif Mudah untuk Menarik minat saya
berkesan kerana n tugasan Menarik mencari bahan kerana tidak
mudah berbanding membosankan
membosan-kan dengan
merujuk
daripada buku
15 Pelajar dapat Memban-tu Koperatif Ya, Ya,
berinteraksi pelajar lebih menarik kerana ia kerana ia
dengan berkongsi kerana dapat mempunyai mempunyai
pensyarah idea menyum-bang pelbagai pelbagai bahan yg
dengan baik Memudah- idea antara grafik yang menarik dan dapat
dengan menulis kan pelajar satu sama lain dapat menarik membantu pelajar
papan putih menyele- dan membantu perhatian menyiapkan tugasan
Dapat saikan antara satu pelajar dalam dengan cepat dan
meningkat-kan aktiviti sama lain pengajaran mudah
kefahaman dalam Pengajian Am
pelajar dalam menyelesaika
pelajaran di n tugasan yang
kelas diberi bagi
subjek
Pengajian Am
16 Konven-sional Memper- Koperatif Membantu Dapat menarik
membantu kukuhkan lebih menarik pelajar untuk minat pelajar kerana
pelajar lagi kerana dapat lebih ada pelajar yang
mempraktik-an kefaham-an mengurang- memahami memerlukan elemen
dan memahirkan didalam kan kebosanan suatu bab multimedia untuk
lagi untuk suatu subjek semasa pdp dalam suatu lebih faham dalam
menjawab kerana ianya subjek tetapi suatu subjek
peperiksaan mengu- harus
dengan baik rangkan dilakukan di
kerana pelajar tekanan akhir suatu
sudah terbiasa semasa bab itu
pdp waktu
konvensional pembela-
jaran
17 Bosan Berkongsi Koperatif Ya, Pada pendapat saya
Kurang fokus idea kerana melalui ianya dapat menarik
Pembela- teknologi minat saya kerana
jaran akan banyak multimedia banyak
jadi tidak memapar-kan memaparkan info²
membo- perkara yang yang bagus dan
sankan menarik dan mempunyai grafik
banyak info yang menarik
yang saya berbanding buku
boleh dapat
seperti
multimedia
18 Bosan Membina Koperatif Ianya amat Ya,
semangat kerana para membantu kerana generasi kini
kerjasama pelajar dapat saya kerana sudah didedahkan
133
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
R1 Teknik Jenis Teknik Pengguna-an Penggunaan Teknik
Pengajaran Aktiviti Pengajar-an Elemen Yang
Konvension-al Berkum- Yang Lebih Teknologi Mengabungkan
Atau Koperatif pulan Menarik Elemen Teknologi
dan toleransi menunjuk-an pada zaman dengan telefon
dalam diri idea-idea kini, ilmu bagi pintar. Jadi melalui
para pelajar mereka yang sesuatu penggunaan telefon
bernas dan perkara itu pintar dalam pdp
mungkin tidak terhad ianya dapat
konsep yang dan ianya mendidik diri para
mereka berkait antara pelajar dan saya
gunakan satu sama lain. untuk mengguna-
dalam Jadi melalui kannya untuk
pelajaran multimedia perkara yang
tersebut dapat seperti berfaedah dan lebih
diaplikasi-kan YouTube dan berilmiah
dalam sesi google ianya
pembelajaran dapat
yang lain agar menerap-kan
ia mudah sifat inkuiri
difahami iaitu sifat
ingin tahu
19 Bercakap dan Aktiviti Koperatif Elemen2 spt Elemen2 teknologi
menulis di lebih lebih menarik video, google ini dapat menarik
papan putih berkesan. berbanding dan YouTube pelajar dalam pdp.
tidak berapa Berkongsi konven- dapat bantu Ini kerana dapat
berkesan kepada idea sional. serba sedikit menghilangkan
setengah pelajar. Namun, jika dlm pdp tapi kebosanan pelajar
Ini kerana kedua2 teknik penjelasan ketika belajar
pelajar tidak ini digabung- drpd guru juga
akan memberi kan, ia akan perlu ada utk
fokus dan akan bertambah memudah-kan
cepat merasa lagi menarik. lagi
bosan apabila kefahaman
mendengar dan pelajar2.
memerhati.
Rajah 2. Dapatan Teknik Pengajaran dan Elemen Teknologi Dalam PdP
Rajah 2 menunjukkan dapatan yang telah diperolehi daripada jawapan 19 orang
responden. Analisa dibuat secara terperinci mengikut soalan yang telah ditanya
kepada responden dan dipersembahkan di dalam rajah 3 dan 4 beserta penerangan
dalam perenggan seterusnya.
Bil Tugasan Teknik Koperatif Aplikasi yang digunakan
1 Pengenalan subjek (Aktiviti)
2 Temuduga - Power Point, Whatapps,
Grafik
3 Diskusi intelek Kumpulan Pakar Google
(Jigsaw) You Tube
Whatapps
Gallery walk Google
134
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
4 Video pendek Think Pair Share You Tube
Whatapps
Google
You Tube
Whatapps
Rajah 3. Teknik Pengajaran Yang Diaplikasikan
Rajah 3 merupakan penggunaan teknik koperatif yang berbentuk aktiviti dan aplikasi
teknologi dalam proses pengajaran subjek Pengajian Am. Semua pelajar dibenarkan
menggunakan akses yang mudah seperti komputer, telefon pintar dan tab untuk
mendapatkan maklumat. Pelajar tidak menghadapi masalah kerana mereka
mempunyai sekurang-kurangnya satu alat untuk mengakses maklumat yang
diperlukan.
Berkesan Kurang
17% menarik
Hilang fokus 18%
13% Bosan
Mengantuk 26%
13%
Kurang
berkesan
13%
Rajah 4. Teknik Pengajaran Secara Konvensional
Rajah 4 menunjukkan dapatan daripada soalan 1 iaitu penggunaan konvensional.
Dapatan menunjukkan hanya 17% yang berpendapat teknik konvensional satu teknik
yang berkesan. Namun begitu responden lain tidak bersetuju dengan pendapat 4 orang
pelajar itu. Responden yang lain berpendapat teknik itu adalah kurang berkesan.
Teknik konvensional juga dianggap membosankan dan mudah menjadikan pelajar
hilang fokus apabila mengantuk. Mereka juga merasakan teknik ini kurang menarik
dalam pdp.
135
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
Memudahkan Lebih berkesan Menarik
tugasan 5% perhatian
6% 5% Bagus
Pengajaran 6%
menarik dan Yakin
seronok berkomunikasi
28% 11%
Perkongsian Mengeratkan
Idea hubungan
28% 11%
Rajah 5. Penggunaan Teknik Koperatif (Berkumpulan)
Rajah 5 pula menunjukkan dapatan daripada respon oleh responden terhadap teknik
koperatif atau berkumpulan. 100% responden berpendapat teknik ini lebih baik
diterapkan dalam pdp. Di antara sebab yang dinyatakan oleh mereka ialah teknik
koperatif dapat menjana perkongsian idea dalam kumpulan dengan baik. Apabila ahli
bekerjasama dengan baik mereka mudah untuk mencari maklumat dan menyelesaikan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Para pelajar juga berpendapat kerja
berkumpulan ini menjadikan pembelajaran lebih seronok dan tidak membosankan.
Mereka lebih yakin untuk berkomunikasi sesama mereka dalam satu kumpulan.
Responden menyatakan mereka saling mengenali antara satu sama lain dan dapat
mengeratkan hubungan dalam kalangan mereka.
Seterusnya untuk soalan 4, semua responden telah memilih teknik koperatif
sebagai teknik yang lebih menarik dalam pdp. Mereka beranggapan teknik ini amat
berkesan dan boleh menarik perhatian mereka semasa PdP dilaksanakan oleh
pensyarah. Soalan terakhir menunjukkan responden bersetuju bahawa unsur
teknologi boleh membantu menaikkan rasa ingin tahu mereka dalam pelajaran.
Penggunaan teknologi juga memberi elemen yang menarik dan memudahkan mereka
dalam menyiapkan tugasan serta memahami sesuatu tajuk. Oleh sebab itu mereka
menyatakan teknologi patut diterapkan dalan pdp agar sesuatu pembelajaran itu lebih
memberangsangkan.
Pemerhatian juga dibuat oleh pensyarah terhadap teknik yang digunakan
dalam kuliah. Pensyarah mendapati pelajar lebih berminat sekiranya aktiviti
dilaksanakan. Mereka akan melibatkan diri secara aktif berbanding pdp dibuat secara
syarahan. Temu bual yang dilaksanakan juga menyatakan bahawa pelajar lebih
berminat dengan teknologi dan kurang merasa bosan sekiranya mereka menggunakan
gajet untuk mencari maklumat.
136
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
PERBINCANGAN
Penerapan Teknologi Maklumat dan Multimedia (TMK) adalah satu usaha yang
boleh dibuat penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan teknik
dalam pdp ini juga seiring dengan konsep yang ingin direalisasikan ke arah PAK21.
Kemenjadian pelajar amat dititik beratkan bagi menjamin pembangunan masa
hadapan negara kita. Pelajar kurang berminat terhadap sesuatu subjek. Walaupun
subjek Pengajian Am Matrikulasi merupakan satu subjek wajib dalam program
matrikulasi, ianya dianggap kurang penting oleh pelajar kerana tidak dikira untuk
CGPA. Subjek ini lebih berunsurkan sejarah dan kenegaraan, oleh itu ianya dianggap
membosankan oleh para pelajar. Penggunaan teknik berkesan dalam menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran merupakan satu faktor penting dalam menarik minat
pelajar untuk menguasai sesuatu subjek terutamanya subjek Pengajian Am
Matrikulasi.
Teknik koperatif dan pembelajaran teknologi ini dibuat untuk menarik minat pelajar
agar tidak bosan dalam pdp subjek ini. Selaras dengan perkembangan pendidikan
kearah revolusi perindustrian 4.0 pelajar seharusnya didedahkan dengan elemen-
elemen yang boleh membantu dan memudahkan mereka dalam pembelajaran.
Disamping memudahkan, mereka juga lebih tertarik dengan teknik ini kerana terbiasa
dalam penggunaan gajet dan perkembangan media sosial di internet. Penggunaan
teknologi dan teknik koperatif dilihat sesuai untuk melaksanakan tugasan yang perlu
dibuat oleh para pelajar seperti temuduga, diskusi intelek dan penghasilan video.
Penggunaan teknik koperatif boleh membantu kumpulan bekerjasama dengan baik
dan bertanggunjawab terhadap tugasan mereka. Bukan saja untuk kepentingan
individu malahan kepentingan semua ahli kumpulan. Penggunaan teknologi boleh
membantu mereka mengekses maklumat dengan cepat dan mendapat maklumat
terkini. Perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu
fenomena yang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya. Teknologi ini
semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali
daripada merasai bahang daripada teknologi ini dan ianya semakin ketara sejak akhir-
akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan
sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk
bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Hal ini bagi
memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya
mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan semasa. Pelajar-pelajar dewasa ini
mempunyai capaian terhadap maklumat yang tidak terbatas dan mereka tidak lagi
hanya tertumpu pada buku teks dan penerangan guru semata-mata. Maka, sewajarnya
seseorang guru itu seiring dengan dunia pelajar masa kini dengan berani melibatkan
diri serta mendalami dunia multimedia ini sepenuhnya.
KESIMPULAN
Sesuatu pendekatan itu akan ada kekuatan dan kelemahannya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kekangan ini berlaku adalah kerana sesuatu pendekatan atau kaedah
137
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
itu mungkin sesuai dan berkesan bagi sesuatu objektif pelajaran dan suasana
pembelajaran. Jika pendekatan atau kaedah ini dilaksanakan dengan serius ia akan
membawa manfaat kepada pelajar (Ahmad,1994). Begitu juga dengan kesesuaian
seseorang pelajar. Setiap pelajar mempunyai keunikan tertentu dan mempunyai
kelebihan yang berbeza dalam belajar. Kebaikan sesuatu teknik seperti pembelajaran
koperatif kepada pelajar boleh dimanfaatkan untuk menambahbaikan kaedah pdp
dalam kelas. Mengikut Kagan (1992), kaedah ini dapat memberi motivasi yang lebih
tinggi untuk berjaya kerana seseorang bukan sahaja mencapai kejayaan untuk diri
sendiri, tetapi untuk rakan-rakan sekumpulan juga. Keadaan ini menyebabkan lebih
masa ditumpukan pada sesuatu tugas dan akan meningkatkan pembelajaran. Pelajar
dengan strategi pembelajaran yang lemah mendapat lebih peluang untuk melihat
model pelajar lain yang mempunyai strategi yang lebih berkesan. Perhubungan
interpersonal dan komunikasi bertambah baik, disebabkan oleh kemahiran
bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain. Suasana
sosial pembelajaran dalam bekerjasama membuat aktiviti itu satu tempat yang
seronok. Pengabungjalinan dengan penggunakan teknologi boleh mengukuhkan
minat generasi sekarang untuk belajar dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
berkumpulan. Kekurangan antara ahli kumpulan saling dilengkapi dengan kebolehan
yang berbeza daripada individu yang berbeza.
RUJUKAN
Ahmad Md. Shariff (1994), “Strategi Pendidikan Bahasa Melayu” Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Efendi Zakaria (1998). “Pembelajaran Koperatif”. Bangi:Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Johnson, D.W & Johnson, R (1985). “Learning Together and Alone: Cooperative
Competitive and Individualistic Learning”. Boston: Allyn & Bacon. First
Edition.
Ng Kim Choy (1999).“ “Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif”. Sandakan : Maktab
Perguruan Sabah. Tidak Diterbitkan.
Sharan, S (1980). “Cooperative Learning in Small Group: Recent Method and Effect
on Achievement, Attitude and Ethnic Relations”. Review of Educational
Research.
Slavin, R.E (1990). “Cooperative Learning: Theory, Research and Practice”.
Kagan, S (1992). “Cooperative Learning Resources For Teachers”. Riverside, CA:
University of California at Riverside.
138
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
IMPLEMENTASI KOMUNIKASI BERKESAN DALAM
MENINGKATKAN PEMBELAJARAN BAGI TOPIK
PENGUCAPAN AWAM KURSUS PENGAJIAN AM
MATRIKULASI
Anita binti Mohamed
Kolej Matrikulasi Pahang, KPM
Email: [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi
interpersonal, komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal)
dalam kalangan pelajar bagi topik pengucapan awam. Pelaksanaan kajian ini
melibatkan 10 orang sampel yang telah dipilih dalam kalangan pelajar Program Satu
Tahun (PST), Kolej Matrikulasi Pahang, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah ujian pra, ujian pasca, temu bual
dan borang soal selidik. Kaedah analisis kualitatif dan teknik semak data adalah
secara triangulasi sumber. Perbandingan ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
peningkatan yang ketara bagi setiap persampelan kajian yang menunjukkan kesemua
sampel kajian telah menguasai topik pengucapan awam. Dapatan menunjukkan
penggunaan amalan komunikasi berkesan ini amat bersesuaian dan sangat membantu
dalam meningkatkan pengucapan awam khususnya dalam kalangan pelajar pra
universiti. Antara cadangan bagi kajian seterusnya ialah memfokuskan lagi kaedah
pengajaran pensyarah kursus Pengajian Am Matrikulasi, pemilihan responden yang
lebih luas, mengaplikasikan kemahiran-kemahiran lain serta menambah tempoh masa
kajian.
Kata kunci: komunikasi interpersonal, komunikasi lisan dan komunikasi bukan
lisan, komunikasi berkesan serta pengucapan awam.
PENDAHULUAN
Implementasi membawa maksud proses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu,
pelaksanaan; mengimplementasikan melaksanakan, menjalankan, menunaikan
(tugas, usaha, dan lain-lain): utk ~ projek-projek yg telah lama dirancangkan. (Kamus
Dewan Edisi Keempat). Komunikasi merupakan satu instrumen yang sangat penting
dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sistem komunikasi yang
berkesan dalam PdP sangat penting yang membantu kefahaman pelajar terhadap
penyampaian guru di dalam kelas (Ee Ah Meng,1999) dan hampir segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas melibatkan komunikasi (Mok Soon Sang,
139
PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)
2000). Bagi pelajar pula, kemahiran komunikasi penting sebagai persediaan
megnhadapi cabaran dunia kerjaya untuk menghadiri temu duga.
Komunikasi berasal daripada istilah Latin iaitu ‘communicates’ yang
membawa maksud berkongsi sesuatu (Sulaiman et al., 2002). Menurut Mansor et al.,
(1984) komunikasi merupakan satu proses sesuatu idea, nilai, sikap dan
seumpamanya yang disalur, dipindahkan dan dikongsi oleh seseorang individu
dengan individu lain. Justeru itu, dalam situasi pembelajaran di dalam kelas,
komunikasi adalah merujuk kepada perkongsian ilmu atau idea daripada seorang guru
dengan pelajarnya.
Ketrampilan bererti kecekapan atau kemampuan yang tinggi (Kamus Dewan,
2005). Ketrampilan bertutur juga signifikasinya ketrampilan berbahasa didefinisikan
sebagai kecekapan atau kemampuan tinggi ketika berbahasa atau berkomunikasi
secara lisan. Oleh itu, komunikasi berkesan memerlukan aspek ketrampilan ketika
berbahasa. Komunikasi merupakan perhubungan secara langsung atau dengan
perantara surat, radio, telefon dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi keEmpat, 2007).
Menurut Emery, Ault dan Ageel (1973) pula menyatakan komunikasi adalah salah
satu seni menyalurkan maklumat, idea-idea dan sikap-sikap dari seseorang kepada
seseorang yang lain. Takrifan ini megutamakan penyaluran sesuatu daripada
seseorang individu kepada individu lain. Baran dan Davis (2000) menyatakan bahawa
komunikasi dapat menyebarkan informasi dan amaran, menjalinkan hubungan
dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat, transmisi budaya masyarakat dan
hiburan. Komunikasi dapat menyebarkan informasi semasa dan terkini tentang
keadaan persekitaran manusia. Selain itu, komunikasi juga bertindak menyampaikan
amaran yang berupa peringatan kepada sesebuah masyarakat atau kelompok terlibat.
Komunikasi berkesan memberi definisi bahawa sesuatu komunikasi adalah
satu penghantaran dan penerimaan maklumat, pendapat, idea melalui tulisan,
percakapan atau mesej visual atau lain-lain perantara lagi dengan mudah difahami
oleh setiap individu terlibat (Sillar,1988) Manakala itu, Shanon dan Weaver (1949)
dalam Komunikasi Antara Manusia mengatakan bahawa komunikasi berkesan
merupakan satu minda yang lain melalui tulisan, percakapan, muzik, seni, lukisan
teater dan semua perlakuan manusia. Model Komunikasi Wilbur Schramm (1954)
merupakan penyelidik komunikasi massa yang ulung menyatakan komunikasi di
antara sumber dan penerimaan hanya tertumpu kepada perkara-perkara yang kedua-
duanya mempunyai pengalaman sama. Hanya utusan yang difahami oleh kedua-dua
pihak sahaja akan dapat membantu keberkesanan komunikasi. Proses komunikasi
yang berkesan hanya boleh berlaku jika terdapat pertindihan pengalaman dan bahasa
antara dua pihak iaitu di antara sumber dengan destinasi. Rangsangan dienkod dan
mesej didekod jika penyampai mesej dan penerima mesej mempunyai pengalaman
pada aras bahasa yang sama. French (1993), berpendapat bahawa komunikasi adalah
satu usaha mewujudkan saling memahami dalam minda orang lain. Komunikasi
berkesan berlaku sekiranya mesej yang disampaikan itu dapat difahami oleh penerima
sebagaimana ia sepatutnya difahami.
140