The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kajian tindakan mengenai keberkesanan VSS Module dalam meningkatkan tahap kemahiran menganalisa dan keyakinan dalam menjawab soalan Coulomb's Law

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2021-06-30 21:45:38

BUKU PROSIDING PPAPino2019(IPG PERLIS): Keberkesanan VSS MODULE

kajian tindakan mengenai keberkesanan VSS Module dalam meningkatkan tahap kemahiran menganalisa dan keyakinan dalam menjawab soalan Coulomb's Law

Keywords: VSS MODULE

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Menurut Highet dalam Mok Soon Sang (2010) pula, komunikasi merupakan
pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran seseorang kepada pemikiran
seseorang yang lain. Robert M. Gagne (1970), menyatakan pembelajaran bergerak
dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras tinggi
bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Pada peringkat permulaan,
pelajar didedahkan tentang teknik penyampaian sesi komunikasi dalam pengucapan
awam oleh para pensyarah. Ketika ini teori dalam kemahiran berkomunikasi
diterapkan secara langsung menerusi bahan bantu mengajar. Bahan pengajaran
disediakan lebih awal bagi memastikan keberkesanan penyampaian sebagai refleksi
kendiri oleh pihak pengkaji. Bimbingan secara berkumpulan dan individu turut
diberikan dalam kelas tutoran atau mellibatkan sesi rundingan di luar waktu
pengajaran seperti dicatatkan dalam log rundingan. Bimbingan amali oleh pensyarah
tidak hanya terhad kepada penyediaan skrip malah latihan simulasi turut
dipersembahkan sebagai pengukuhan kefahaman para pelajar.

Refleksi Masalah

Refleksi kendiri pengkaji didasarkan kepada pembinaan inventori Borang Penilaian
Pengucapan Awam Pelajar yang ditambahbaik daripada kepelbagaian rujukan
inventori sedia ada melalui aspek pembacaan dan rujukan di laman sesawang. Wilson
J & Wing Jan L (1993) menyatakan bahawa pemikiran reflektif dihubungkaitkan
dengan kepelbagaian aspek pemikiran lain bertujuan ke arah penyelesaian masalah.
Manakala Birchall (1992) berpandangan pemikiran reflektif berkeperluan terhadap
penggabungjalinan pengalaman sedia ada bagi mempertimbangan tindakan alternatif
pencapaian objektif, penyelesaian masalah serta bermatlamat menentukan tindakan
lanjut berdasarkan ketetapan keputusan. Selain itu, aspek pemerhatian yang
dilaksanakan oleh pihak pengkaji juga dianalisis dari semasa ke semasa bagi
memastikan isu sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Sehubungan itu, borang khas atau
senarai semak telah dibina bagi tujuan berkaitan. Justeru, pengkaji mendapati aspek
praktis ketrampilan bertutur kurang diberikan perhatian secara serius oleh pelbagai
pihak disebabkan faktor kekangan masa terutama dalam kalangan pelajar Program
Satu Tahun (PST) di kolej matrikulasi. Ketika mengenal pasti isu utama dalam
penguasaan ketrampilan bertutur pelajar, pihak pengkaji telah memusatkan perhatian
sepenuhnya terhadap situasi semasa yang sedang dihadapi, sebab musabab
kewujudan disertai sumbangan yang boleh diberikan dalam menangani situasi yang
dihadapi.

Pengkaji juga mengharapkan agar sesi pengajaran khususnya berkaitan
komunikasi dalam pengucapan awam dapat ditingkatkan menerusi penerapan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam ketrampilan bertutur menerusi pratis
pidato umum bagi topik 3 Keamanan dan Kemakmuran Negara: Isu dan Cabaran
dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Prestasi pelajar di
dalam kelas yang tidak mementingkan aspek pembelajaran yang kadang kala dilihat
kurang memberangsangkan disebabkan penyampaian kepadatan isi-isi penting dalam
tempoh kekangan masa 55 minit sahaja oleh pensyarah. Sehubungan itu, pengkaji
telah mengambil beberapa inisiatif dalam mengubahsuai situasi agar lebih menarik

141

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

minat selain penglibatan secara individual menerusi amali pengucapan awam seperti
penglibatan aktif pelajar menerusi aktiviti diskusi intelektual dalam meningkatkan
kemahiran ketrampilan bertutur. Selain itu, pengkaji juga turut mengambil beberapa
langkah alternatif yang praktikal dalam mengenengahkan idea yang
memberangsangkan pelajar seperti menyemarakkan sesi soal jawab yang melibatkan
komunikasi dua hala antara perucap dan pihak audiens. Pengalaman pengkaji selaku
jurulatih dan penceramah turut diadaptasi dalam mengatasi beberapa permasalahan
yang wujud dengan menyatakan rasional pelaksanaan amali pengucapan awam yang
tidak sahaja memberikan kredit terhadap penguasaan komunikasi dalam temu duga
bahkan juga sesi pembentangan di pelbagai peringkat dan situasi.

Isu Keprihatinan

Evaluasi terhadap kemahiran interpersonal pelajar ketika berucap dalam khalayak
ramai dengan bimbingan pengkaji berupaya menangani fobia kegugupan semasa
pembentangan dan interaksi komunikasi secara individu. Kajian oleh Crozier &
Garbert-Jones (1996) serta Holmes (1997) dalam Mohd Effendi (2010) menjelaskan
bahawa kewujudan perasaan malu ketika seseorang berucap di khalayak umum,
berpidato, sesi temu ramah, komunikasi dalam temu duga, peperiksaan secara lisan
selain berinteraksi bersama-sama tokoh yang disanjungi ramai, kenamaan yang
berwibawa dan para pakar. Penyelidik merasakan amali komunikasi jenis ini
merupakan sebahagian dari keperluan segera dan konsisten dalam jangka panjang
pada setiap semester dalam pengzahiran bakat, kreativiti dan inovasi bagi setiap sesi
penyampaian. Kajian Mohd Sofian Omar Fauzee et. al. (2007), menyifatkan
pengucapan yang dinamik serta keberkesanan penyampaian penting supaya audien
boleh mempraktikalkannya serta menimbulkan keinsafan. Malah, komunikasi yang
berjaya juga turut didasarkan kepada kaedah penghantaran penyampaian mesej bagi
mempengaruhi tingkah laku sedia ada penerima (Charles Osgood dalam Che Su
Mustaffa, 2007).

Penyelidikan tindakan ini dapat diuruskan dengan baik di peringkat
individual dan jua digemblengkan dalam kerja berpasukan secara kolaboratif. Isu
penguasaan kemahiran komunikasi pengucapan awam berfokus ketrampilan aspek
pertuturan dalam kalangan pelajar perlu dikaji dengan lebih mendalam dan menarik
untuk diketengahkan apabila penglahiran bakat dapat dicungkil selain unsur fobia
dapat ditangani secara berperingkat dalam kalangan pelajar berkaitan. Kefasihan
dalam pemilihan gaya berbahasa, kelancaran dan tertib dalam kawalan intonasi
sewaktu berkomunikasi membolehkan individu tersebut dikategorikan sebagai bijak
berkomunikasi (Abdullah Hassan, 2001). Kajian ini memberikan dorongan minat
yang lebih mendalam bukan sahaja terhadap pensyarah Pengajian Am Matrikulasi
dalam menguasai subtopik Pengucapan Awam bahkan juga silibus kursus. Majoriti
pelajar mengharapkan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan khususnya
bagi tajuk setelah menduduki kuiz. Menurut Beyer (1987), kemahiran berfikir dalam
mata pelajaran boleh diadaptasi melalui dua cara iaitu penerapan (infusion) dan
penyerapan (immersion). Amali pengucapan awam menerusi latihan diskusi

142

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

intelektual dalam ketrampilan bertutur secara tidak langsung juga menyumbang ke
arah penglahiran elemen kemahiran berfikir secara tersurat dan tersirat.

Jadual 1

Elemen Kemahiran Berfikir Secara Tersurat Dan Tersirat

Tersurat Tersirat
Penampilan diri dan penilaian Semangat patriotisme
personaliti/sahsiah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Penilaian komitmen pengurusan (KBAT)
kerja/tugasan Kemahiran Intrapersonal dan
Etiket dan protokol penyampaian Interpersonal
Keberkesanan penyampaian mesej dalam Keyakinan diri (self esteem)
kemahiran komunikasi; kematangan idea,
kreativiti dan inovasi
Kemahiran kerja berpasukan; koloborasi
dalam kumpulan

Objektif Umum

Objektif umum kajian adalah meningkatkan pembelajaran pelajar dan menilai
keupayaan berkomunikasi ketrampilan bertutur dalam sesi pengucapan awam secara
diskusi intelektual dengan bimbingan pensyarah Pengajian Am Matrikulasi terhadap
pelajar matrikulasi.

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

Menilai tahap penguasaan teknik pembelajaran topik komunikasi dalam sub topik
pengucapan awam oleh pelajar.

Menilai keupayaan ketrampilan bertutur secara diskusi intelektual dalam kalangan
pelajar matrikulasi.

Mengenal pasti pencapaian objektif pengajaran dalam memupuk dan menanam
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar program matrikulasi bagi topik 3
Keamanan dan Kemakmuran Negara: Isu dan Cabaran.

Mengenal pasti kesan positif terhadap peningkatan pengetahuan am dan aspek
pembinaan keyakinan diri pelajar.

143

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Soalan Kajian

Persoalan penyelidikan tindakan ini adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal, komunikasi
lisan dan bukan lisan dalam kalangan pelajar bagi topik komunikasi dalam
pengucapan awam?

2. Adakah bimbingan amali pengucapan awam dapat meningkatkan keupayaan
kemahiran ketrampilan bertutur secara diskusi intelektual dalam kalangan
pelajar matrikulasi?

3. Adakah pencapaian objektif pembelajaran topik 3 Keamanan dan
Kemamuran Negara memberi implikasi positif terhadap semangat
patriotisme dalam kalangan pelajar matrikulasi?

4. Adakah teknik pengajaran secara bimbingan amali kemahiran ketrampilan
bertutur secara diskusi intelektual dapat meningkatkan pengetahuan am dan
aspek keyakinan diri pelajar matrikulasi?

Sampel dan Populasi

Sampel kajian terdiri daripada 10 pelajar kelas tutoran Modul I semester II sesi
2018/2019 di KMPh. Persampelan rawak bertujuan dengan penglibatan pensyarah
kursus Pengajian Am Matrikulasi (PAM) selaku pengkaji digunakan dalam kajian ini.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Peringkat Pertama: Penilaian dan Refleksi Kendiri

Pengkaji melakukan refleksi awal sebelum pelaksanaan kajian menerusi penilaian
kendiri secara bertulis iaitu penulisan jurnal mingguan pada semester II sesi
2018/2019. Sehubungan itu, pengkaji telah membina inventori soal selidik
berasaskan ‘Borang Penilaian Penceramah’ yang telah diadaptasi bagi memahami
kewujudan permasalahan pelajar dalam kemahiran berkomunikasi. Selain itu,
inventori ini dibina bagi meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah. Terdapat dua
bahagian soal selidik yang digunakan oleh pasukan pengkaji yang perlu dijawab oleh
pelajar. Selain itu, borang pencerapan rakan sebaya juga turut digunakan bagi tujuan
penilaian kendiri pelajar mengendalikan diskusi intelektual. Borang soal selidik untuk
pelajar terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A (soalan tertutup) dan
bahagian B (soalan terbuka) yang mengandungi item-item pengukuran tahap
penguasaan pengajaran oleh pensyarah. Skala likert enam digunakan bagi persoalan
di bahagian A. Dapatan analisis data bagi memperoleh nilai min menggunakan
perisian SPSS versi 22. Penilaian kendiri pelajar terhadap tahap penguasaan pelajar
diukur berdasarkan nilai min yang diperoleh seperti

144

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Jadual 2
Tahap Min Penguasaan Pembelajaran Pelajar Bahagian A

Bil. Pernyataan Amat Lema Seder Baik Sanga Cemerlang (6)
N = 50 Lemah h (2) hana (4) t Baik
(1) (3) (5) 5.56
1. Pencapaian S/P = .705
Objektif 5.48
S/P = .735
2. Kesesuaian 5.74
S/P = .487
3. Pengisian
Kemahiran 5.30
Komunikasi S/P = .863
5.42
4. Nota S/P = .810
5.64
5. Tahap S/P = .663
Pemahaman 5.72
S/P = .536
6. Penilaian 5.66
Keseluruhan S/P = .557
5.80
7. Kecekapan S/P = .495
5.70
8. Perancangan S/P = .614

9. Gaya
Persembahan

10. Kaedah
Pengajaran

Jadual 3 :

Perbezaan min Tahap Penguasaan

Amat Lemah 0.00 – 0.99
Lemah 1.00 – 1.99

Sederhana 2.00 – 2.99
Baik 3.00 – 3.99
Sangat Baik 4.00 – 4.99
Cemerlang 5.00 – 6.00

Jadual 3 menunjukkan skor min dan sisihan piawai tahap penguasaan pelajar
secara keseluruhan dari aspek pencapaian objektif, kesesuaian, pengisisan kemahiran
komunikasi, nota, tahap pemahaman, penilaian keseluruhan, kecekapan,
perancangan, gaya persembahan dan kaedah pengajaran oleh pensyarah dalam

145

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

kalangan pelajar matrikulasi tanpa mengambil kira faktor demografi. Dapatan
menerusi Jadual 1 ini, skor min terhadap nota adalah 5.30 berbanding skor min gaya
persembahan adalah 5.80. Hal ini menunjukkan skor min terhadap penguasaan
pensyarah terhadap gaya persembahan adalah paling tinggi berbanding skor terhadap
tahap penguasaan penyampaian nota kepada pelajar adalah terendah (Lampiran 1).
Manakala skor min keseluruhan bagi setiap item pernyataan adalah berada di tahap
penguasaan cemerlang.

Soal selidik menggunakan skala likert bagi persoalan tertutup (Bahagian A)
dan persoalan terbuka (Bahagian B) bagi mengenal pasti persepsi sampel ke atas
kekuatan dan kelemahan amalan pengkaji serta ke arah penambahbaikan tindakan
jangka panjang. Soalan terbuka bertujuan memberikan kebebasan kepada pelajar bagi
mengemukakan pandangan serta menghuraikan lebih lanjut terhadap persoalan yang
dikemukakan. Analisis kualitatif soal selidik bahagian B ini menunjukkan pelajar
berpuas hati terhadap pengendalian slot kemahiran komunikasi dalam pengucapan
awam oleh pensyarah. Mesej dan objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya
dengan memberikan kemahiran dan pengetahuan baru kepada para pelajar. Kualiti
pembentangan pensyarah juga dinilai pada tahap sangat baik dan cemerlang. Terdapat
beberapa tema berulang yang wujud dalam cadangan mempertingkatkan
keberkesanan amalan pengajaran pensyarah seperti penyediaan nota bertulis yang
lengkap dan penggunaan bahan pengajaran berbantukan media teknologi. Berikut
adalah empat (4) persoalan terbuka yang dikemukan kepada pelajar pada Bahagian
B:

Secara umumnya, apakah pendapat anda tentang slot ceramah yang dikendalikan?

Apakah pengajaran paling berkesan sepanjang pembelajaran?

Pada pendapat anda, bagaimanakah kualiti pembentang?

Bagaimanakah keberkesanan pengajaran ini dapat dipertingkatkan?

Peringkat Kedua: Perancangan dan Pelaksanaan

Pengumpuan data menerusi rakaman audio ke atas salah seorang pensyarah
telah dijalankan justeru keinginan untuk mengetahui situasi semasa yang berlaku
dalam proses pengajaran. Teknik trangulasi data dirancang secara berperingkat bagi
memastikan penggunaan instrumen antara data yang dipungut adalah jelas serta
melengkapi ciri-ciri perhubungan logikal (logical connections) di antara satu sama
lain. Pengkaji telah membuat beberapa teknik pencerapan menerusi audio dan secara
langsung menerusi penilaian oleh rakan sebaya. Proses perbincangan berkumpulan
dilaksanakan dan beberapa ramalan atau jangkaan dapatan kajian dibina. Antaranya
ialah:

Keperluan terhadap aktiviti yang memberikan lebih rangsangan kepada pelajar

146

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Pelajar tidak jelas tentang kepentingan kesan amali pengucapan awam iaitu
ketrampilan bertutur dalam jangka panjang

Pencapaian semasa dan pencerapan secara visual secara pemerhatian melalui kaedah
intervensi berulang; pelajar didapati lebih aktif dan mengambil tanggungjawab dalam
proses pelaksanaan pengucapan ketrampilan bertutur

Kepelbagaian idea dilahirkan dalam proses meningkatkan keyakinan kendiri dan
sokongan kumpulan

Mewujudkan suasana komunikasi lisan secara menang-menang

Ujian Pra

Sebelum menjalankan aktiviti pengucapan awam (diskusi intelektual) pelajar akan
menjalani satu ujian pra yang diberikan kepada semua pelajar. Ujian pra digunakan
untuk mendapatkan data-data bagi mengesan pelajar pelajar lemah agar dapat
diberikan bantuan awal.

Ujian Pasca

Ujian pasca diberikan kepada pelajar adalah bertujuan untuk melihat kemajuan atau
kelemahannya selepas menjalankan aktiviti pengucapan awam (diskusi intelektual).
Set soalan bagi ujian pra dan pasca merupakan set soalan yang sama.

Peringkat Ketiga: Pemerhatian

Pemerhatian Semi Berstruktur dilaksanakan oleh pengkaji tanpa berpandukan kepada
set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti. Fokus pemerhatian melibatkan tingkah
laku (non verbal) pelajar, bahasa badan (body language), nada dan intonasi suara
(verbal) semasa proses penyampaian mesej dilaksanakan ke atas sekumpulan pelajar
di dalam kelas tutoran. Oleh itu, pengkaji menentukan kesesuaian tingkah laku yang
berkaitan bagi memastikan keberkesanan penyampaian dalam praktis diskusi
intelektual direkodkan dalam borang senarai semak (Lampiran 2).

Responsif oleh pelajar dianalisis menerusi dokumentasi bahan ke atas
persoalan secara lisan oleh pasukan pengkaji diikuti penulisan terbuka oleh para
pelajar. Data yang terkumpul dianalisis mengikut tema berdasarkan catatan
pengalaman, pandangan peribadi, gambaran perasaan serta pengetahuan yang
dimiliki. Malah proses penilaian berterusan ke atas para pelajar berteraskan tugasan
secara individu di bawah bimbingan serta pemerhatian pensyarah dilaksanakan
sepanjang semester. Kepelbagaian kaedah penilaian dilaksanakan semasa sesi
pengujian khas secara spontan dijalankan selama tempoh 5 – 10 minit seperti simulasi
oleh panel penemuduga, ujian lisan, pembentangan projek/program dalam bentuk
viva, perbincangan secara berkumpulan dalam kalangan audien, latihan penyelesaian
masalah serta main peranan (role play).

147

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Pengiktitafan kepada para pelajar diberikan berbentuk ucapan, pujian,
maklum balas positif serta sokongan moral setelah selesai sesi pengucapan awam
(diskusi intelektual) dijalankan. Hal ini penting bagi meningkatkan motivasi, potensi
serta prestasi pelajar. Analisis di peringkat akhir, didapati bahawa respons pelajar
bertambah baik dan berjaya ditingkatkan dari semasa ke semasa (Lampiran 3). Para
perucap juga berjaya memberikan jawapan yang bernas dan audiens juga berupaya
menyatakan persoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, suasana
kelas juga lebih aktif dan komited sungguhpun di penghujung silibus. Hal ini
dibuktikan menerusi kehadiran pelajar melebihi 95% pada penghujung kelas minggu
terakhir subjek Pengajian Am Matrikulasi seperti yang direkodkan dalam Sistem
Maklumat Pelajar (MIS).

Pelaksanaan pengujian kendiri secara lisan merangkumi tajuk 3 Keamanan
dan Kemakmuran Negara: Isu dan Cabaran secara individual dijalankan secara 2 sesi
iaitu (1) hafalan dan bermanuskrip dalam tempoh 7 minit, diikuti sesi pertuturan
secara (2) spontan bagi menilai kefahaman serta pengetahuan am pelajar berkaitan
tajuk-tajuk diskusi intelektual. Analisis dokumen yang direkodkan oleh pihak
pengkaji juga melibatkan penulisan skrip yang dihasilkan oleh para pelajar. Walau
bagaimanapun, teknik penyoalan perlu ditingkatkan agar lebih bersifat menyeluruh
iaitu berbentuk sebaran soalan. Hal ini disebabkan oleh terdapat sebilanga kecil
pelajar yang masih pasif serta kurang mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran.
Oleh itu, pihak pengkaji akan memperbaiki situasi ini pada sesi pengambilan pelajar
yang akan datang.

Teknik Penyoalan

Menerusi sesi penilaian secara individual ini, pelajar tidak hanya diuji kebolehan
secara hafalan dan teks tetapi juga diuji kebolehannya untuk menyampaikan
ketrampilan bertutur dengan berucapan secara spontan berdasarkan soalan-soalan
terbuka mengikut ketetapan kriteria-kriteria yang telah digariskan oleh pensyarah.
Teknik penyoalan berkisar tentang perkaitan kandungan silibus dengan isu-isu
semasa dan kaedah menangani situasi corak komunikasi secara menang-menang
dalam pelbagai situasi.

Jadual 5

Kriteria Penilaian Kemahiran Generik

Kriteria Penilaian Kemahiran Generik Peratus (%)

Teknik Pengolahan Isi Kandungan 30%
dan
Keberkesanan mesej (Kelancaran
Kesinambungan)

148

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Kreativiti dan Kualiti Penyampaian 20%
Intonasi, Nada Suara dan Keyakinan 15%
Respon Soalan Spontan 15%
Pengurusan Masa 15%
5%

REFLEKSI DAN KESIMPULAN KAJIAN

Kajian ini juga dapat melihat tahap penguasaan pengajaran oleh pensyarah untuk
cadangan kajian akan datang melalui borang refleksi kendiri oleh para pelajar dan
rakan sejawat. Sungguhpun skor min tahap penguasaan pengajaran secara
keseluruhannya adalah tinggi iaitu 5.89 namun pensyarah perlu meningkatkan aspek
kemahiran pembelajaran agar lebih konsisten dan progresif dari semasa ke semasa.
Pemerhatian dan pemantauan dilakukan oleh pengkaji bersama-sama rakan sejawat
dan pelajar menggunakan Borang Penilaian Penceramah dan borang pemerhatian
semi berstrukur. Hasil penilaian kendiri diukur secara deskriptif serta digambarkan
secara dwi metodologi iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Hasil keseluruhan
kajian menunjukkan kemahiran ketrampilan bertutur dalam kalangan pelajar
matrikulasi semakin meningkat dan diikuti maklum balas yang positif dalam
kalangan mereka. Sunggupun demikian, pasukan penyelidik masih berhadapan
dengan beberapa halangan minor dalam memantapkan aktiviti amali ini seperti sikap
pelajar yang kurang memberikan komitmen sepenuhnya, kekangan masa serta tahap
penguasaan kemahiran pelajar yang berbeza.

Cadangan

Merancang latihan kompetensi kendiri yang lebih mantap ke arah peningkatan bidang
profesionalisme khusus dalam kemahiran komunikasi dari aspek ketrampilan
bertutur.

Merancang prosedur bimbingan ketrampilan bertutur yang lebih efisyen dan berkesan
dalam kalangan pelajar.

Penerapan elemen dorongan motivasi oleh para pensyarah dan adaptasi unsur-unsur
terhadap peningkatan kemahiran insaniah (soft skills) ketika latihan sesi soal jawab
semasa kuliah dijalankan perlu diperkasakan.

Aktiviti penglibatan pelajar di kelas-kelas tutoran ditingkatkan ke tempat-tempat
publik atau dewan-dewan seminar. Aktiviti penganjuran berbentuk seminar atau
konvensyen juga wajar diketengahkan.

149

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Pertandingan pembentangan kertas kerja terbaik atau penghasilan inovasi
disebarluaskan di dalam subjek-subjek lain dengan mewujudkan hubungan dua hala
antara pengkaji dengan rakan-rakan yang lain di peringkat kolej.

Keperluan tentang pendedahan bahan-bahan pengucapan awam yang baik secara atas
talian bersumberkan kaedah interaktif dipelbagaikan. Kaedah pembelajaran
berpusatkan pelajar adalah lebih dinamik (Burden & Byrd, 1994 dalam Zaharatul
Laili & Ramlee, 2007). Manakala menurut Graff dan Kolmos (2003), kepelbagaian
kaedah pengajaran dapat memenuhi gaya pembelajaran pelajar dan alternatif
pembelajaran aktif berdasarkan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM).

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi untuk Guru. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2001). Komunikasi untuk Pendakwah. Pahang : PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad (2000). Panduan Pengucapan Awam. Selangor :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmawati & Anita (2010). Keperluan Memperkasakan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Dinamika. Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara Ke-4.

Asmawati, Norizal, Noraihan & Anita (2011). Kepentingan Pendidikan
Kewarganegaraan dalam Kalangan Pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi
Pahang. International Conference on Teaching and Learning Education.

Asmawati Mohamad Ali & Mohamad Syahrul Kassim (2012). Cabaran Pensyarah
dalam Meningkatkan Tahap Penguasaan Soft Skills Pelajar Perakaunan: Satu
Kajian Kes. Konvensyen Antarabangsa IPGM dalam Pembelajaran dan
Pembangunan Guru.

Baran, S.J. & Davis, K.D. (2000). Mass communication theory: foundations, ferment
and future. Belmont: Wadsworth.

Elliott, J. & Adelman, C. (1976). Innovation at the classroomlevel: A case study of
the Ford teaching project. Curriculum Design and Development. Open
University Press.

Emery, E.; P. Ault & W. Ageel. (1973). Introductionto mass communication. New
York: Dodd, Mead and Co.

Eddie Rosyadie (2007). Juara Pentas! : Panduan Praktikal Pengucapan Awam.
Kuala Lumpur: PTS Litera Utama

Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore (2010). Hubungan antara faktor demografi
terhadap fobia pengucapan awam dalam kalangan pelajar politeknik: Satu

150

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Kajian Awal. Journal of Human Capital Development Vol. 3 No.1 January –
June 2010.
Samsuddin A. Rahim (2003). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sayed Mahussain Sayed Ahmad & Fathiah Mustaffa. Kemahiran Berkomunikasi
secara Berkesan dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam). Fakulti Pendidikan, UTM.

151

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

KEUPAYAAN PELAJAR DALAM MENYELESAIKAN
MASALAH MATEMATIK BUKAN RUTIN

MENGGUNAKAN MODEL POLYA: SATU TINJAUAN
SISTEMATIK

Dahlina binti Kamat

SK Paya Jakas, Johor

[email protected]

ABSTRAK

Keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin adalah
sangat penting bagi memperkasakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan bagi menghadapi cabaran baru yang semakin mencabar. Pelajar
didapati lemah dalam menyelesaikan masalah matematik terutama sekali soalan
bukan rutin atau berbentuk ayat. Berdasarkan artikel lepas, pelajar dapat
menyelesaikan masalah matematik rutin dan telah dibuktikan dengan jelas.
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelompangan dalam menentukan keupayaan
pelajar menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Artikel ini bertujuan untuk
mengenal pasti corak kajian lepas dan penambaikan yang dilakukan tentang
keberkesanan menggunakan Model Polya dalam menyelesaikan masalah matematik
bukan rutin kepada pelajar. Berpandukan kepada laporan daripada PRISMA
(Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta- Analysis) kaedah
analisis ini telah menggunakan dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Web of
Science serta telah mengenal pasti sebanyak 20 artikel yang telah diterbitkan dari
tahun 2015 sehingga 2019 berkaitan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian
menyokong penggunaan Model Polya dalam menyelesaikan masalah matematik
bukan rutin bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam penyelesaian
masalah matematik bukan rutin.

Kata kunci: Matematik, Masalah Bukan Rutin, Model Polya

PENGENALAN

Di Malaysia, isu pelajar yang tidak menguasai penyelesaian masalah matematik
bukan rutin telah wujud sejak penggubalan sistem pendidikan Malaysia dan menjadi
semakin serius sekitar tahun 1960-an (Laporan Keciciran Murid, 1972). Oleh hal
yang demikian, perhatian serius perlu diutamakan terhadap isu keupayaan pelajar
dalam menyelesaikan masalah matematik ini bermula daripada peringkat rendah lagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, satu pelan strategik dan operasi yang
meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara satu pertiga
yang mempunyai sistem Pendidikan terbaik di dunia. Nyata disini bahawa kurikulum

152

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

standard yang dilaksanakan mengambil kira pembelajaran terkini iaitu pembelajaran
berasaskan. Aalisis literatur mendapati kajian-kajian berkenaan dengan penyelesaian
masalah Matematik bukan rutin telah dijalankan dengan meluas samada dalam dan
luar negara. Beberapa model penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh
penyelidik Pendidikan matematik iaitu Polya (1957), Davis (1984), Schoenfield
(1985), Krulik dan Rudnick (1996), Goldin (1998), dan Stylianou (2002) telah diteliti.
Pelajar akan lebih berjaya jika bijak menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan
(Goldin 1998). Beliau menyatakan penyelesaian masalah melibatkan himpunan
proses psikologi antaranya sistem kepercayaan tentang Matematik, proses lisan dan
sintaktik, konseptual, perwakilan, proses metakognotif, dan pelbagai respons afektif.
Oleh yang demikian, tinjauan sistematik ini dijalankan agar dapat memberikan
gambaran dan persoalan yang jelas bagi menentukan keberkesanan menggunakan
Model Polya dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin kepada pelajar.

METODOLOGI

Dalam bahagian ini, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan artikel-artikel yang
berkaitan dengan tajuk kajian akan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi.
Menurut Xiao dan Watson (2019) Terdapat penganalisis yang menggunakan kaedah
yang dikenali Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses
(PRISMA) termasuk dalam sumber ( Scopus dan Web of Science) digunakan secara
meluas dalam kajian literatur ini, artikel yang layak untuk dimasukkan semasa
pemilihan serta kriteria artikel yang dikecualikan, cara-cara untuk membuat proses
semakan ( pengenalan, pemeriksaan dan kelayakan) dan analisis data.

1 Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses
(PRISMA)

Kajian ini melaporkan kajian literatur yang sistematik oleh yang demikian, kaedah
kajian ini berpandukan kepada Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and
Meta-Analyses (PRISMA). PRISMA ini telah digunakan secara meluas di dalam
bidang pengurusan alam sekitar dan kesihatan. Dalam kajian ini, PRISMA digunakan
agar laporan disediakan adalah lengkap, kemas, terkini dan mudah untuk dibuat
rujukan. Selain itu, PRISMA juga memberikan tiga kebaikan utama iaitu dapat
menentukan soalan penyelidikan yang jelas dan bersistematik, kedua PRISMA juga
dapat mengenal pasti kriteria setiap kemasukan dan pengecualian artikel yang
dikehendaki dan ketiga ia akan memeriksa pangkalan data dalam masa yang
ditetapkan berpandukan kepada artikel penyelesaian masalah matematik bukan rutin.

2. Sumber

Menurut (Xiao, & Watson 2019) menyatakan tiada satu pun pangkalan data yang
lengkap serta dapat digunakan. Oleh yang demikian, proses pengenalpastian
penyelesaian masalah matematik bukan rutin dimulakan dengan pencarian artikel
penyelidikan dari kajian-kajian lepas dari pangkalan data Scopus dan Web of Science
(WoS). Wos adalah pangkalan data yang kuat dan mempunyai lebih daripada > 33

153

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

000 jurnal merangkumi lebih daripada 256 bidang pelbagai subjek termasuklah kajian
alam sekitar, sains sosial, isu-isu semasa, perancangan dan pembangunan. Selain itu
juga, WoS juga sudah berusia lebih daripada 100 tahun dan sangat komprehensif
dalam kutipan data kerana ditubuhkan oleh sebuah syarikat analisis yang terkenal dan
kukuh iaitu Clarivate. Manakala pangkalan data kedua yang digunakan sebagai
sumber pencarian adalah daripada Scopus. Ia adalah pangkalan data yang mempunyai
lebih daripada >22 800 jurnal dan meliputi lebih daripada 5000 penerbit di seluruh
dunia. Scopus juga merupakan pangkalan data yang terdiri daripada pelbagai bidang
termasukla Sains alam sekitar, Sains Sosial, Sains Pertanian dan Biologi.

3 Proses semakan sistematik

3.1 Proses Kenal Pasti

Dalam setiap kajian yang dijalankan, terdapat empat langkah yang terlibat dalam
proses semakan sistematik sebelum sesebuah artikel terbaik perlu dipilih. Fasa
pertama adalah mengenal pasti kata kunci yang digunakan dalam proses pencarian.
Dalam kajian ini kata kunci yang digunakan adalah seperti dalam jadual. Ianya juga
bergantung pada kajian sebelumnya termasuklah penggunaan kata kunci yang serupa,
adaptasi digunakan. Pada peringkat ini, selepas pemeriksaan yang teliti telah
dilakukan, dua artikel yang memiliki kriteria dan tajuk yang sama akan dihapuskan
atau dibuang. “Boolean operator” untuk mengecilkan atau memperbesarkan
pencarian. Fasa kedua adalah penggunaan “phrase searching” yang membawa
maksud padanan yang tepat dengan kata kunci pada kata carian dalam frasa (dengan
petikan berganda) akan berjaya mendapatkan carian yang lebih tinggi yang sama
dalam carian bukan frasa (dengan petikan berganda). Fasa yang ketiga adalah
“truncation” membawa maksud teknik pencarian yang menggunakan pangkalan data
dimana perkataan yang terakhir digantikan dengan simbol. Pada kebiasaanya simbol
yang biasa digunakan adalah “asterisk (*)” dan ianya juga bergantung kepada
pangkalan data yang digunakan. Setiap pangkalan data mempunyai “asterisk (*)”
yang berbeza simbolnya. Fasa yang keempat adalah “wildcards” membawa maksud
menggantikan simbol dengan perkataan. Sebagai contoh “Analy*e” (s, z), dan
“Wom? n” (e, a). Di sini penting bagi setiap carian artikel atau kajian hendaklah
menggunakan pangkalan data ‘help’ atau ‘search tips’ dengan lebih lanjut untuk
mengetahui simbol yang terbaik untuk digunakan semasa pencarian. Berdasarkan
pencarian melalui dua pangkalan data, sebanyak 1815 artikel dan kajian-kajian lepas
dijumpai di Scopus dan Web of Science (WoS). Sebanyak 58 artikel telah dijumpai
di Scopus manakala sebanyak 1757 artikel dan kajian-kajian lepas telah dijumpai di
Web of Science (WoS). Pencarian artikel ini dilakukan dengan beberapa kriteria.
Pertama, artikel dicari dalam bentuk jurnal ‘peer-reviewed’ atau tesis dan kedua,
ditulis dalam Bahasa Inggeris. Kedua-dua kriteria pemilihan ini digunakan agar
pemilihan artikel penyelidikan bersifat ilmiah dan berwibawa. Ketiga, untuk lebih
fokus terhadap artikel penyelidikan yang dicari, ia perlu berkaitan dengan
penyelesaian masalah matematik bukan rutin. Keempat, berdasarkan skop yang
berkaitan dengan isi kandungan kajian ini, artikel ini berkaitan rapat dengan bidang
matematik. Kelima, artikel kajian yang dipilih melaporkan penyelidikan empirikal di

154

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

mana empirikal ini bersifat kuantitatif atau kualitatif dengan mengetepikan kertas
konseptual atau kertas cadangan semata-mata. Penggunaan lima kriteria ini
menghasilkan beberapa artikel penyelidikan yang digunakan dalam sumbangan
semasa. Dalam setiap artikel penyelidikan diringkaskan dalam skema klasifikasi
termasuk dalam beberapa aspek iaitu definisi mathematics non-rountine problems,
soalan penyelidikan, kaedah penyelidikan yang digunakan, domain matematik yang
disiasat, negara di mana kajian dilakukan, bilangan peserta dan sifat peserta.
Pencarian dalam pangkalan data ini menggunakan istilah bahasa Inggeris kerana ia
agak terhad menggunakan Bahasa Melayu dan skopnya meluas bukan hanya semata-
mata di dalam negara tetapi juga di luar negara. Masa pencarian terbitan artikel adalah
lima tahun dari tahun 2014 sehingga 2018. Sesebuah kajian memerlukan tempoh
masa antara lima tahun kerana kajian yang dijalankan perlulah mempunyai maksud
kajian yang baik. Secara tidak lansung, pengkaji atau penyelidik lain, akan merujuk
kepada kajian yang baru, dan terkini sesuai dengan isu semasa.

Jadual 1

Kata Kunci Dan Kaedah Pencarian

DATABASES KEYWORDS USED
SCOPUS
TITLE-ABS-KEY ((“student * non-routine *” OR
“mathematic* problems*” OR “model* polya”) AND
(mathematic OR polya*))

WEB OF TS = ((“student* non -routine*” OR “mathematical*

SCIENCE problem*” OR “polyas’* model”) AND (mathematics

OR polyas’*))

3.2 Saringan

Tinjauan sistematik yang dijalankan ini menggunakan dua saringan yang utama iaitu
kelayakan dan pengecualian. Pertama adalah jenis artikel, hanya artikel jurnal dengan
data empirikal adalah dipilih dalam proses carian ini. Ini jelas membawa maksud
samada siri buku, bab dalam buku, proses persidangan semuanya adalah
dikecualikan. Kedua, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesukaran dalam
menterjemah maksud artikel, maka usaha pencarian artikel yang tidak termasuk
dalam penerbitan bukan bahasa inggeris tidak layak diterima. Ketiga, berkenaan
dengan tempoh masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh 5 tahun iaitu bermula
2015 hingga 2019. Tempoh masa adalah penting untuk melihat evolusi penyelidikan
dan penerbitan di samping dapat memberi maksud bahawa kajian yang dijalankan
adalah kajian yang sihat kerana memilih tempoh masa yang mencukupi. Oleh kerana
kajian yang dijalankan adalah keupayaan pelajar menyelesaikan masalah matematik
dengan menggunakan Model Polya, maka artikel yang terindeks akan dipilih.

155

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Jadual 2
Kriteria Kelayakan dan Pengucualian

KRITERIA KEMASUKAN PENGECUALIAN

JENIS KAJIAN Jurnal (Artikel Jurnal, bab dalam buku,
BAHASA
Jurnal) persidangan

Bahasa Inggeris Selain daripada bahasa inggeris

TEMPOH 2015-2019 <2014
MASA
INDEXES Mathematics, Science Citation Index
education Expanded
educational research
(Web of Science)

3.3 Data Abstrak dan Analisis Artikel

Kesemua artikel yang dipilih adalah daripada kajian yang dijalankan di luar negara.
Artikel yang dipilih dianalisis data dan dibuat penilaian. Data tersebut dinilai melalui
pembacaan abstrak dahulu, maka artikel penuh (mendalam) dibaca untuk mengenal
pasti tema dan sub tema yang bersesuaian dianalisis serta apa jua artikel yang tidak
memenuhi kriteria akan dikeluarkan. Analisis secara kualitatif dilakukan dengan
menggunakan analisis kandungan untuk mengenal pasti tema yang berkaitan dengan
tajuk keupayaan pelajar menyelesaikan masalah bukan rutin dengan menggunakan
Model Polya.

156

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini mendapati terdapat beberapa perkara penting dalam usaha
menyelesaikan masalah matematik bukan rutin ini dengan lebih mendalam. Ini selari
dengan persoalan kajian yang pertama iaitu menentukan keupayaan pelajar dalam
memahami masalah matematik bukan rutin. Berdasarkan analisa yang telah
dilakukan, kesemua kajian dan artikel telah bersetuju mengulangi pembacaan soalan
sebanyak mana yang diperlukan bagi memahami kehendak soalan dengan diberikan.
Hal ini penting kerana ia akan mempengaruhi keupayaan pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik bukan rutin dengan lebih tepat lagi (Sari,
Kusnandi & Suhendra 2017), (Radmehr, & Drake 2018), (Nikmah, Juandi &
Prabawanto 2019), (Sulistyowati, Budiyono & Slamet 2017), (Daulay, & Ruhaimah
2019). Namun begitu, terdapat juga kajian yang menyatakan mengalami sedikit
masalah dalam memahami kehendak soalan kerana tidak memahami frasa matematik
yang diberikan dan membuatkan pelajar menjadi keliru(Jupri, & Drijvers 2016).
Masalah ini mungkin berkaitan dengan penggunaan bahasa mengikut konteks dan
konsep yang terkandung dalam soalan penyelesaian masalah matematik bukan rutin
yang dikemukakan. Tahap keupayaan pelajar yang lemah dalam memahami
kehendak soalan akan membataskan peluang untuk belajar bukan sahaja konsep
Matematik yang abstrak dan aplikasi, tetapi juga konsep Matematik yang lebih
mudah, dan dipercayai mempengaruhi pencapaian murid. Aktiviti melukis gambar
rajah atau visualisasi juga turut membantu pelajar dalam memahami kehendak soalan
dengan lebih tepat (Roszelina Abd Rahman, & Maria Salih 2016) seterusnya
berupaya menyelesaika masalah matematik apabila kaedah visualisasi ini memberi
fokus kepada fasa memahami masalah yang paling utama.

157

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Berikut merupakan analisa hasil dapatan secara horizontal analysis (1) Lokasi (2)
persampelan dan jenis sampel, (3) kaedah analisis data, (4) bidang kajian dan, (5)
kaedah analisis data.

1. Lokasi
Jadual 3
Negara kajian dan artikel-artikel

Negara N Penulis (Tahun)

Ecuador 1 Angelica et al (2018)

United 1 Keith Williams et al (2019)
Kingdom

USA 1 Lisa L. Morin et al (2016)

Europe 1 Nurdan Ozrecberoglu et al (2017)

Indonesia 14 Iyan Rasita et al. ( 2018), M Hutujulu et al. (
2018), K R Daulay et al( 2019), I Ramadani et al.
(2019), N A Rusyda et al.(2017), F Sulistyowati
et al.(2017),R Febriyanti et al.(2018), A.M.Irfan
Taufan Asfar et al. (2018), I K Darma et al( 2018)
, Arwanto et al.(2019), M Rizal et al.(2017), I L
Nikmah et al.( 2019), Sumaji et al.(2019)

Taiwan 1 Chien I Lee (2015)

New Zealand 1 Farzad et al. (2018)

Jadual 3 menunjukkan hasil analisis kajian dan artikel-artikel yang menggunakan
Model Polya dalam penyelesaian masalah matematik bukan rutin. Indonesia
merupakan Negara yang kerap menjalankan kajian berkaitan Model Polya ini
(Ramadani, & Kusnandi 2019),(Daulay, & Ruhaimah 2019), (Febriyanti, Fuad &
Masriyah 2018), (Darma et al. 2018), (Irfan Taufan Asfar et al. 2018), (Sumaji et al.
2019), (Arwanto, Ketut Budayasa & Budiarto 2019), (Sulistyowati et al. 2017),
(Nikmah et al. 2019), (Fasni, Turmudi & Kusnandi 2017), maka Negara mendahului

158

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

dapatan dengan 12 kajian dilakukan berkaitan dengan keupayaan pelajar dalam
menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin dengan menggunakan Model
Polya.Benua Eropah, Afrika kurang menjalankan kajian berkenaan dengan
keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin dengan
menggunakan Model Polya dengan hanya 1 kajian artikel dijumpai. Dapatan ini
menunjukkan bahawa Negara Indonesia kini sudah mula membangun untuk lebih
menjalankan kajian berkenaan berbanding dengan negara lain. Kajian -kajian yang
terpilih dan bilangannyauntuk tinjauan sistematik ini telah dijalankan dalam 7 buah
negara seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3 di bawah ini.

Persampelan Dan Jenis Sampel

Jadual dibawah menunjukkan tahap pendidikan sampel yang digunakan dalam kajian.
Kesemua kajian terdiri daripada 20 artikel yang dipilih dengan menggunakan sampel
samada sekolah menengah, warga guru dan pusat pengajian tinggi.

Kaedah Analisis Data

Dalam setiap kajian yang dijalankan pengkaji akan menetapkan kaedah analisis data
yang dikehendaki bagi memastikan kajian yang dijalankan berada pada landasan yang
betul dan tepat. Kaedah analisis data dibahagikan kepada dua bahagikan yang besar
iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Tujuan utama analisis kandungan
kualitatif adalah untuk mengenal pasti tema dan kategori dalam sesuatu himpunan
data bagi memberikan penjelasan yang terperinci (Nik Azis,2014). Berdasarkan
analisis artikel dan kajian yang dijalankan, 13 kajian menggunakan kaedah analisis
data berbentuk kualitatif manakala tujuh kajian dan artikel yang dianalisa
menggunakan kaedah analisis berbentuk kuantitatif dan tiada satu kajian
menggunakan kaedah mixed method dalam menjalankan analisis data yang diperoleh.
Ini menunjukkan bahawa analisis data berbentuk kualitatif lebih gemar digunakan
dalam kajian. Hasil dapatan berbentuk kualitatif seperti temubual dan pemerhatian
dilihat mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang lebih tinggi.

Melalui kajian dan artikel yang diperolehi, satu analisis berkenaan dengan
kaedah pengumpulan data diperoleh. Beberapa kaedah pengumpulan data digunakan
dalam melihat keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah matematik bukan rutin
dengan menggunakan Model Polya telah digunakan; (1) Ujian, (2) soal selidik, (3)
temubual, (4) analisis dokumen, dan (5) pemerhatian. Jadual 6 menunjukkan kaedah
pengumpulan dalam kajian keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah
matematik bukan rutin dengan menggunakan Model Polya

Dapatan kajian yang dipilih dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu
keupayaan pelajar dalam memahami masalah matematik bukan rutin, merancang
strategi penyelesaian masalah matematik bukan rutin, melaksanakan strategi dan
menyemak semula jawapan dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin.
Semua kajian ini dibuat ke atas setiap dapatan kajian bagi memastikan pelajar dapat

159

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

menggunakan Model Polya serta memberi kefahaman untuk menyelesaikan masalah
matematik bukan rutin.

Memahami Soalan

Bagi kajian yang dijalankan oleh (Yang et al. 2017), (Radmehr, & Drake 2018)
terdapat banyak persamaan dari segi kefahaman pelajar dalam menyelesaikan
masalah matematik bukan rutin. Kajian mendapati bahawa pelajar akan membaca
soalan yang diberi melebihi daripada sekali bacaan agar pelajar dapat membuat
perkaitan antara kefahaman dengan maklumat yang diberi, membuat perbezaan apa
yang terkandung pada setiap soalan seterusnya dapat menjelaskan dan
menterjemahkan kefahaman pelajar terhadap soalan yang diberi. Pelajar juga akan
menggariskan maklumat dan isi penting dan utama agar segala maklumat yang
dikehendaki dimasukkan dengan tepat.

Namun, persoalan yang seringkali timbul adalah berkaitan dengan
kandungan yang diajar oleh guru serta pendedahan sama ada dari segi pengetahuan,
kemahiran dan penekanan yang terkandung dalam pembelajaran Matematik.
Kemampuan seseorang pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan Matematik
dalam konteks dunia sebenar adalah penting kerana penyelesaian masalah matematik
adalah berpandukan daripada masalah yang mudah sehingga ke satu bentuk yang
sukar. Secara keseluruhannya, kajian yang dipilih menunjukkan keupayaan pelajar
dalam memahami kehendak soalan dengan baik dengan memberikan penekanan ke
atas proses memahami soalan penyelesaian masalah matematik bukan rutin

Merancang strategi penyelesaian masalah

Kajian yang dijalankan oleh (Irfan Taufan Asfar et al. 2018) telah menggunakan
strategi Relating, Exploring, Applying, Cooperating, Evaluating (REACE) dalam
membantu pelajar memahami masalah seterusnya merancang strategi yang bakal
digunakan untuk pengiraan penyelesaian masalah matematik bukan rutin. Kajian ini
berbeza daripada dapatan kajian oleh (Sumaji et al. 2019) dimana pelajar menghadapi
kesukaran apabila tidak mengenali symbol bahasa dengan tepat seterusnya
menyebabkan pelajar berasa tidak yakin, kurang bermotivasi dalam menyelesaikan
masalah matematik bukan rutin. Salah satu strategi yang dapat membantu pelajar
untuk menyelesaikan masalah matematik adalah dengan memberi pendedahan
tentang soalan matematik. Hal ini kerana pengetahuan asas tentang masalah
matematik tersebut akan memberikan kemampuan kepada pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik yang lebih mencabar.

Dalam masa yang sama, kajian yang dilaksankan oleh (Febriyanti et al. 2018)
juga menunjukkan penggunaan garis nombor dalam menyelesaikan masalah
matematik bukan rutin mampu mengubah persepsi pelajar daripada soalan
penyelesaian matematik yang sukar kepada lebih mudah. Secara tidak lansung,
kejayaan pelajar bergantung kepada kebolehan, pelaksanaan yang sistematik semasa
menyelesaikan masalah matematik bukan rutin.

160

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Melaksanakan strategi penyelesaian masalah

Dalam penyelesaian masalah, pelajar akan berusaha mencari jalan penyelesaian
dengan mencari strategi, seterusnya melaksanakan stategi yang telah dipilih.
Menerusi analisis dapatan yang dijalankan terhadap kajian (Darma et al. 2018)
(Mercedes et al. 2018)(Widyasari, & Rosiyanti 2018)(Daulay, & Ruhaimah 2019)
mendapati Model Polya mampu menimbulkan kesan positif dan minat terhadap mata
pelajara matematik kerana pelajar seringkali mengganggap matematik merupakan
satu mata pelajaran yang sukar. Strategi yang digunakan dalam menyelesaikan
masalah Matematik ini dapat membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia
ada selain membuat perkaitan dengan kehidupan seharian dan menjurus kepada
pembelajaran yang bermakna kerana mata pelajaran Matematik merupakan mata
pelajaran yang banyak mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Pelaksanaan strategi
tersebut merupakan hasil daripada penaakulan seseorang pelajar. Pelbagai strategi
penyelesaian masalah matematik bukan rutin yang dapat digunakan oleh pelajar
antaranya termasuklah melukis rajah atau graf, menulis, bercakap, atau menggunakan
bahan konkrit. Pendedahan pelajar kepada strategi yang dapat membina yakin diri
dalam diri pelajar akan menajamkan kemahiran asas dan konsep matematik melalui
penyelesaian masalah bukan rutin. Bukan itu sahaja, strategi yang digunakan dapat
membina ilmu pengetahuan serta kemahiran kerana sifatnya yang lebih terbuka, luas,
mempunyai pelbagai cara dan tidak terhad kepada satu jawapan sahaja untuk
menyelesaikan masalah.

Menyemak semula jawapan

Keupayaan pelajar menyelesaikan masalah matematik bukan rutin ini akan berjaya
sekiranya pelajar membuat semakan semula terhadap jawapan yang telah
dikemukakan sebelum dihantar. Analisis dapatan terhadap kajian-kajian (Arwanto et
al. 2019) (Williams, & Williams 2019) (Jupri, & Drijvers 2016) mendapati bahawa
pelajar menyemak semula jawapan dengan tepat. Hasil yang diperolehi apabila
menyemak semula jawapan berfungsi menyokong jawapan yang diperolehi adalah
tepat. Ketepatan semakan semula jalan penyelesaian ini dilakukan dengan membaca
soalan semula, meninjau semua maklumat penting agar telah dimasukkan,
menentukan kehendak soalan, mengimbas gambar rajah yang telah dilukis serta
melihat semula ketepatan nilai-nilai yang ditulis pada setiap langkah pengiraan.
Tujuan utama menyemak semula keseluruhan proses penyelesaian masalah
matematik bukan rutin ini adalah untuk mengelakkan kesilapan yang berpunca
daripada kecuaian pelajar sendiri.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk melakukan tinjauan sistematik yang memberi fokus
kepada keupayaan pelajar menyelesaikan masalah matematik bukan rutin dengan
menggunakan Model Polya. Berdasarkan pencarian sistematik menggunakan dua
pangkalan data iaitu Scopus dan Web of Science (WoS) artikel penyelidikan
dianalisis dalam kajian ini dan dibuat perbincangan serta kesimpulan.

161

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Pencapaian sesebuah negara dalam pentaksiran antarabangsa seperti Trend in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for
International Student Assessment (PISA) secara implisit menggambarkan kualiti
sistem pendidikan negara daripada lensa dunia luar. Justeru itu, tidak hairanlah
mengapa Malaysia menetapkan peningkatan kedudukan negara dalam TIMSS dan
PISA sebagai aspirasi kualiti PPPM 2013-2025 (KPM 2013). Namun begitu, impian
Malaysia ini mungkin sukar dicapai sekiranya jurang peluang untuk belajar kurang
diberi perhatian kerana peluang untuk belajar dan pencapaian pelajar adalah saling
berkait.

Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyelesaian masalah
matematik bukan rutin melibatkan pengetahuan dan kemahiran pelbagai elemen yang
sentiasa berinteraksi dengan pelbagai cara serta berbentuk kompleks. Justeru, guru
perlu menyediakan pelbagai peluang dan masa yang mencukupi untuk pelajar berlatih
dan mengukuhkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran serta mampu
menyelesaikan masalah matematik dengan mengaplikasikannya dalam konteks
kehidupan seharian. Berdasarkan persoalan kajian yang pertama, 15 daripada 20
analisis dapatan artikel menyatakan penyelesaian masalah Matematik bukan rutin
memerlukan pelajar mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut
(Abdullah 2018) setiap pelajar mempunyai kecerdasan pelbagai serta mempunyai
lebih daripada satu kecerdasan pelbagai. Terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai
utama iaitu logik matematik, linguistik, muzik, interpersonal, intrapersonal,
kinestatik, ruang dan natural. Kecerdasan ini amat penting digunakan dalam
memahami konsep-konsep Matematik, melaksanakan operasi aritmetik, algebra atau
geometri dan menyelesaikan masalah (Low 1994). Penyelesaian masalah
membabitkan pelbagai strategi kognitif dan metakognitif (Nik Aziz 1992).
Penyelesaian masalah matematik memerlukan pelajar memiliki kemahiran berfikir
secara logik Matematik. Logik ialah alat untuk memproses maklumat yang diterima.
Proses ini penting dalam Matematik. Pelajar yang menggunakan kecerdasan logik
Matematik dapat melihat dengan jelas kaitan antara maklumat yang terdapat di dalam
masalah Matematik bukan rutin yang diberikan. Pelajar juga menggunakan logik
untuk memahami hubungan perkaitan itu. Hubungan logik yang utama ini dikenali
sebagai hubungan sebab-akibat. Proses berfikir berlaku di dalam dua tahap. Tahap
pertama adalah tahap apabila otak membuat persepsi, iaitu tanggapan. Tahap kedua
ialah memproses, iaitu apabila otak menggunakan logik. Dalam menyelesaikan
masalah matematik bukan rutin, pelajar sering kali melakukan kesilapan logikal iaitu
kesilapan yang sering ketara berlaku pada proses-proses berfikir. Oleh itu, kesilapan
logikal dapat dikesan dan dibetulkan dengan mudah. Pelajar yang mempunyai
kecerdasan logikal Matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap
kegiatan yang berbentuk eksplorasi serta sering bertanya mengenai berbagai-bagai
fenomena yang dilihat sering berlaku di sekeliling dan suka mengklasifikasi benda
untuk mudah mengira.

Seterusnya analisis kajian mengenal pasti tujuh strategi yang digunakan oleh
pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Strategi penyelesaian
masalah termasuklah mencari pola, menyenarai dengan tersusun, mencuba dan

162

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

menyemak, membina jadual, menyelesaikan kerja secara terbalik, pemikiran logik,
melukis rajah dan menyelesaikan masalah yang lebih mudah dahulu. Namun begitu,
kajian yang dijalankan oleh (Sumaji et al. 2019) pelajar menghadapi kesukaran dalam
mengenali simbol serta melukis geometri. Masalah ini juga mempunyai kaitan dengan
penguasaan bahasa mengikut konteks penyelesaian masalah matematik bukan rutin
yang dikemukakan. Pelajar yang memiliki kecerdasan visual lebih cenderung
melaksanakan strategi melukis gambar rajah seterusnya mencari jalan penyelesaian
dengan mudah. Oleh yang demikian, pendedahan pelajar kepada pelbagai soalan
penyelesaian masalah matematik bukan rutin yang merangkumi masalah procedural,
masalah bukan rutin, penaakulan matematik semasa di dalam kelas dan semasa
pentaksiran adalah elemen penting dalam meninngkatkan pencapaian pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Hal ini kerana, melalui pelbagai
pendedahan kepada pelbagai soalan bukan rutin, ianya akan dapat membantu pelajar
memahami konsep matematik serta mempersiapkan diri bagi menghadapi pentaksiran
yang lebih besar, seperti peperiksaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

IMPLIKASI TERHADAP PENYELIDIKAN

Walaupun terdapat banyak kajian menunjukkan penyelesaian masalah matematik
dengan menggunakan Model Polya memberikan kesan positif terhadap pencapaian
pelajar, terdapat beberapa cadangan serta penambahbaikan yang boleh dijalankan
untuk penyelidikan akan datang. Pertama, kajian mengenai pembelajaran masalah
matematik ini boleh diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering dan
Matematik (STEM) untuk membantu pelajar- pelajar terutama sekolah luar bandar
meningkatkan pencapaian Matematik mereka. Strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran STEM perlu disesuaikan dengan topik dan hasil pembelajaran perlu
dicapai, tahap kognitif pelajar, kemudahan makmal, kemudahan teknologi maklumat,
kesediaan guru, sekolah, ibu bapa dan kementerian pelajaran itu sendiri. Guru
merupakan pelaksana di barisan hadapan sekali dan perlu dilatih sepenuhnya tentang
cara-cara pelaksanaan strategi ini. Pengalaman yang ada pada guru itu sendiri mampu
meninggalkan kesan di samping meningkatkan keberkesanan pelaksaan STEM pada
masa hadapan. Salah satu cara yang biasa digunakan untuk membantu guru dalam
pelaksanaan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang luar biasa adalah
dengan menyediakan Modul Pengajaran Masalah Matematik Berasaskan STEM.
Dengan adanya modul seperti ini, diharapakan dapat membantu guru untuk mengajar
dengan lebih baik dan pelajar akan belajar dengan lebih efektif lagi.

Seterusnya, kajian lanjutan yang boleh dijalankan adalah penggunaan Model
Polya dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan pra sekolah. Ini kerana kajian
mengenai penggunaan Model Polya ini masih kurang dilaksanakan selain dapat
melihat kesesuaian model ini untuk diaplikasikan di peringkat rendah. Ketiga, kajian
selanjutnya boleh dijalankan melalui pengurusan kelas dalam pembelajaran dimana
guru memainkan peranan utama dalam kelas. Guru dapat menentukan corak
penyelesaian masalah yang terbaik sebagai contoh penerapan pembelajaran secara
berkumpulan dalam pembelajaran kooperatif dimana guru akan mencipta ruang kelas
yakng multidimensional dan juga menghasilkan proses pembelajaran yang

163

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

menggambarkan keragaman kemampuan pelajar belajar dalam kelas yang
mengaplikasikan Model Polya. Kelas multidimensional membawa maksud kelas
yang mempunyai program pembelajaran yang sama, topik yang berbeza serta
dilaksanakan pada kumpulan yang berbeza berbantukan Model Polya. Seterusnya,
guru perlu mempersiapkan strategi pembelajaran dan penyelesaian masalah
matematik dengan menggunakan Model Polya kepada kumpulan pelajar yang
berbeza latar belakang seterusnya menjadikan guru tersebut sebagai pakar dalam
pengurusan kelas yang baik dan efektif.

Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa penyelesaian
masalah matematik dengan menggunakan Model Polya akan meningkatkan
pencapaian pelajar seterusnya menjadikan Malaysia mencapai aspirasi kualiti PPPM
2013-2025 yang ditetapkan iaitu “Negara dalam kelompok sapertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti Trend in International Mathematics and Science
Study (TIMSS) dan Programme for International Students Assessment (PISA) dalam

RUJUKAN

Abdullah, A. H. 2018. Tingkah Laku dan Proses Menjawab Soalan Penyelesaian
Masalah Matematik Bukan Rutin Merentas Kecerdasan Pelbagai (June).

Arwanto, Ketut Budayasa, I. & Budiarto, M. T. 2019. The development role of
mathematic intuition principles in mathematical problem-solving. Journal of
Physics: Conference Series, 1188(1). doi:10.1088/1742-6596/1188/1/012089

Darma, I. K., Candiasa, I. M., Sadia, I. W. & Dantes, N. (2018). The effect of
problem based learning model and authentic assessment on mathematical
problem solving ability by using numeric ability as the covariable. Journal of
Physics: Conference Series, 1040(1). doi:10.1088/1742-6596/1040/1/012035

Daulay, K. R. & Ruhaimah, I. (2019). Polya theory to improve problem-solving
skills. Journal of Physics: Conference Series, 1188(1). doi:10.1088/1742-
6596/1188/1/012070

Fasni, N., Turmudi, T. & Kusnandi, K. (2017). Mathematical Problem Solving
Ability of Junior High School Students through Ang’s Framework for
Mathematical Modelling Instruction. Journal of Physics: Conference Series,
895(1). doi:10.1088/1742-6596/895/1/012082

Febriyanti, R., Fuad, Y. & Masriyah, M. (2018). The Way of Students’ Reasoning
of Elementary Students in Solving Integer Problem. Journal of Physics:
Conference Series, 1108(1). doi:10.1088/1742-6596/1108/1/012033

164

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Halim, A., Universiti, A., Order, H., Skills, T., Learning, M., Geometric, U.,
Software, D. et al. (2017). Keupayaan dan Kreativiti Pelajar Menyelesaikan
Masalah Matematik Bukan Rutin (June).

Irfan Taufan Asfar, A. M., Iqbal Akbar Asfar, A. M., Darmawati & Darmawan, D.
(2018). The Effect of REACE (Relating, Exploring, Applying, Cooperating
and Evaluaring) Learning Model Toward the Understanding of Mathematics
Concept. Journal of Physics: Conference Series, 1028(1). doi:10.1088/1742-
6596/1028/1/012145

Jupri, A. & Drijvers, P. (2016). Student difficulties in mathematizing word
problems in Algebra. Eurasia Journal of Mathematics, Science and
Technology Education, 12(9), 2481–2502. doi:10.12973/eurasia.2016.1299a

Mercedes, A., Castro, T., Ernestro, G. & Guerra, C. (2018). Journal of Technology
and Science Education LEISURE ACTIVITIES FOR THE DEVELOPMENT
OF CREATIVE 8(2), 126–131. Retrieved from
https://upcommons.upc.edu/bitstream/handle/2117/116937/412-2081-1-
PB.pdf?sequence=1&isAllowed=y

Nikmah, I. L., Juandi, D. & Prabawanto, S. (2019). Students’ difficulties on solving
mathematical problem based on ESD objectives. Journal of Physics:
Conference Series, 1157(3). doi:10.1088/1742-6596/1157/3/032116

Radmehr, F. & Drake, M. (2018). An assessment-based model for exploring the
solving of mathematical problems: Utilizing revised bloom’s taxonomy and
facets of metacognition. Studies in Educational Evaluation, 59(February), 41–
51. doi:10.1016/j.stueduc.2018.02.004

Ramadani, I. & Kusnandi. (2019). Investigating undergraduate students’
mathematical creative thinking skill in social arithmetic problem. Journal of
Physics: Conference Series, 1211, 012063. doi:10.1088/1742-
6596/1211/1/012063

Roszelina Abd Rahman & Maria Salih. (2016). Visualisasi Penjanaan Kendiri (
VPK ) terhadap konsep kitar karbon dalam kalangan pelajar pra universiti
Self-generated visualization ( SGV ) of the abstract science concept of carbon
cycle : A case study of Malaysia ’ s pre -university students 3(3), 22–34.

Sari, D. S., Kusnandi, K. & Suhendra, S. (2017). A Cognitive Analysis of Students’
Mathematical Communication Ability on Geometry. Journal of Physics:
Conference Series, 895(1). doi:10.1088/1742-6596/895/1/012083

Sulistyowati, F., Budiyono, B. & Slamet, I. (2017). Problem Solving Reasoning and
Problem Based Instruction in Geometry Learning. Journal of Physics:
Conference Series, 895(1). doi:10.1088/1742-6596/895/1/012045

165

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Sumaji, Sa’Dijah, C., Susiswo & Sisworo. (2019). Students’ problem in
communicating mathematical problem solving of Geometry. IOP Conference
Series: Earth and Environmental Science, 243(1). doi:10.1088/1755-
1315/243/1/012128

Widyasari, N. & Rosiyanti, H. (2018). Developing material for promoting problem-
solving ability through bar modeling technique. Journal of Physics:
Conference Series, 948(1). doi:10.1088/1742-6596/948/1/012055

Williams, K. & Williams, H. (2019). Mathematics problem-solving homework as a
conduit for parental involvement in learning. Evaluation of a pilot study.
Educational Review, 00(00), 1–20. doi:10.1080/00131911.2019.1566210

Xiao, Y. & Watson, M. 2019. Guidance on Conducting a Systematic Literature
Review. Journal of Planning Education and Research, 39(1), 93–112.
doi:10.1177/0739456X17723971

Yang, G., Badri, M., Al-Mazroui, K., Al-Rashedi, A. & Nai, P. (2017). Science as
interests but not for career: Understanding high school students’ engagement
in science in Abu Dhabi. Eurasia Journal of Mathematics, Science and
Technology Education, 13(7), 3621–3639. doi:10.12973/eurasia.2017.00649a

166

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

PENGGUNAAN SUMBER TEKS SEJARAH DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEJARAH: PERSEPSI MURID BERBEZA GAYA
PEMBELAJARAN

M. Kaviza

Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia,
Changloon, Kedah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tinjauan secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi
terhadap penggunaan sumber teks sejarah dari aspek keseronokan belajar sejarah,
kompetensi belajar sejarah dan tekanan belajar sejarah dalam kalangan murid berbeza
gaya pembelajaran iaitu gaya visual, verbal, kepekaan, intuisi, aktif, reflektif,
sequential dan global. Seramai 55 orang murid Tingkatan Empat melalui teknik
persampelan bertujuan telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang diadaptasi
daripada Text Material Questionnaire dan Index of Learning Style yang telah
disahkan oleh dua orang pakar penilai dalam bidang sejarah dan mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini telah
dianalisis secara deskriptif melalui perisian IBM SPSS Statistic. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa tahap persepsi terhadap penggunaan sumber teks sejarah
berada pada tahap tinggi bagi murid gaya reflektif. Dari aspek keseronokan belajar
sejarah, ketujuh-tujuh gaya pembelajaran iaitu gaya visual, kepekaan, intuisi, aktif,
reflektif, sequential dan global berada pada tahap tinggi kecuali bagi murid gaya
verbal. Selain itu, persepsi terhadap kompetensi belajar sejarah dan tekanan belajar
sejarah bagi kelapan-lapan jenis gaya pembelajaran berada pada tahap sederhana
dalam kajian ini. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa guru-guru Sejarah boleh
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan sumber
teks sejarah berdasarkan jenis gaya pembelajaran murid yang berbeza-beza bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang direkabentuk dapat mencapai
matlamat pembelajaran yang ditetapkan.

Kata kunci: Perspektif, sumber teks sejarah, gaya pembelajaran

PENDAHULUAN

Ilmu sejarah melibatkan proses penyelidikan tentang sesuatu perkara yang telah
berlaku yang ditafsir dengan menggunakan bahan bukti sejarah (Hazri Jamil, 2003;
Sunthralingam, 1985; Hover, Hicks & Dack, 2016; Wineburg, 1991). Selaras dengan
matlamat ini, mata pelajaran sejarah telah dilaksanakan adalah bertujuan untuk

167

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

memupuk dan memperkukuhkan identiti diri, masyarakat dan negara sebagai
warganegara Malaysia, di samping dapat mewujudkan semangat patriotik dan jati diri
(Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2003). Sehubungan dengan itu, murid-
murid perlu dilibatkan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sejarah
berasaskan sumber teks sejarah yang berupaya menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah lebih menarik dan menyeronokkan (Johansson, 2017; Reisman
& Fogo, 2015) dan berupaya untuk memberikan peluang kepada murid untuk
mengkaji ilmu sejarah itu sendiri (Hynd, 1999).

Sumber-sumber teks sejarah telah ditakrifkan sebagai sebuah karya-karya
atau bahan bertulis yang menyediakan maklumat-maklumat berkaitan dengan sesuatu
fakta, kejadian atau siri sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu
(Suntharalingam, 1985). Sumber-sumber teks terdiri daripada sumber primer iaitu
catatan, laporan, surat, buku harian, dokumen, rekod dan sebagainya yang bersifat
asli, manakala sumber sekunder iaitu enskliopedia, majalah, buku teks, risalah dan
sebagainya yang bersifat tidak asli (Hazri Jamil, 2003). Dengan perkembangan
teknologi maklumat, guru dan murid dapat mengakses sumber-sumber teks daripada
portal dan laman web yang disediakan secara percuma (Breakstone & Smith, 2013;
Brown & Dotson, 2007).

PERNYATAAN MASALAH

Tidak dapat disangkal bahawa kaedah pengajaran sejarah chalk and talk telah
menimbulkan tanggapan dalam kalangan murid yang mengatakan bahawa mata
pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran bosan kerana menekankan hafalan
maklumat semata-mata (Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhammad, 1996; Hazri
Jamil, 2003; Siti Hawa Abdullah, 2008). Sehubungan dengan itu, penggunaan sumber
teks sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dilaporkan dapat
meningkatkan daya kognitif dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid (Macedo-
Rouet, Braasch, Britt & Rouet, 2013; Merkt, Werner & Wagner, 2017; Reisman,
2012).

Namun begitu, persepsi murid terhadap penggunaan sumber teks sejarah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah masih tidak diketahui lagi. Hal
ini kerana setiap murid mempunyai cara belajar dan berfikir yang berbeza bagi
membentuk pengalaman tersendiri yang telah mencadangkan keperluan kepada guru-
guru untuk mempelbagaikan cara pengajaran mereka di dalam kelas (Noriati A.
Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Maka, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti tahap persepsi terhadap penggunaan sumber teks sejarah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kalangan murid berbeza gaya
pembelajaran. Secara khususnya, soalan kajian ini adalah seperti berikut:

Apakah tahap persepsi terhadap penggunaan sumber teks sejarah dalam kalangan
murid berbeza gaya pembelajaran?

168

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Apakah tahap persepsi terhadap keseronokan belajar sejarah dalam kalangan murid
berbeza gaya pembelajaran?

Apakah tahap persepsi terhadap kompetensi belajar sejarah dalam kalangan murid
berbeza gaya pembelajaran?

Apakah tahap persepsi terhadap tekanan belajar sejarah dalam kalangan murid
berbeza gaya pembelajaran?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tinjauan berbentuk deskriptif (Creswell, 2014) ini melibatkan 55 orang murid
Tingkatan Empat yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan dari sebuah
sekolah menengah harian di utara Semenanjung Malaysia. Instrumen kajian ini
merupakan soal selidik yang diadaptasi daripada Text Material Questionnaire (Deci
& Ryan, 1985) dan Index of Learning Style (Felder & Soloman, 1997). Pengkaji telah
menterjemahkan instrumen Text Material Questionaire dengan menggunakan kaedah
back to back translation dengan khidmat bantuan dua orang pakar dalam bidang
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebenaran menterjemahkan dan menggunakan
instrumen tersebut telah diperolehi daripada pembina instrumen tersebut secara atas
talian.

Instrumen soal selidik Index of Learning Style pula diadaptasi daripada kajian

Rowinah Jakiwa, (2012) yang telah menterjemahkan instrumen tersebut dan
digunakan secara meluas dalam kajian-kajian lepas. Kedua-dua instrumen kajian
tersebut telah disahkan dari segi kandungan dan konstruknya oleh dua orang pakar
penilai dalam bidang sejarah serta mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach
Alpha iaitu 0.76 bagi Text Material Questionnaire dan 0.80 bagi soal selidik Index of
Learning Style yang dianggap baik dan boleh diterima untuk kajian ini (Nunnally,
1978). Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif melalui perisian IBM SPSS
Statistic. Terdapat empat item negatif dalam instrumen Text Material Questionnaire
yang telah recode semula sebelum analisis dilakukan. Interpretasi tahap persepsi
murid dalam kajian ini dilakukan berdasarkan tiga tahap skor min yang diadaptasi
daripada Jamil Ahmad, (2002) seperti ditunjukkan pada Jadual 1. Gaya pembelajaran
murid telah ditentukan terlebih dahulu dengan mentadbir soal selidik Index of
Learning Style sebelum kajian dimulakan. Pembahagian murid berdasarkan jenis
gaya pembelajaran telah dilakukan berdasarkan formula pengiraan yang ditetapkan
oleh pembina instrumen tersebut.

169

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Jadual 3

Interpretasi Tahap Persepsi Murid

Skor Min Tahap
Rendah
1.00 – 2.33 Sederhana
2.34 – 3.66 Tinggi
3.67 – 5.00

Sumber: Adaptasi daripada Jamil Ahmad, (2002)

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi empat soalan kajian yang
dikemukakan iaitu:

Soalan Kajian 1

Apakah tahap persepsi terhadap penggunaan sumber teks sejarah dalam kalangan
murid berbeza gaya pembelajaran?

Berdasarkan Jadual 2, tahap persepsi terhadap penggunaan sumber teks sejarah dalam
kalangan murid gaya reflektif (M=3.70, SD=0.54) dan gaya global (M=3.69,
SD=0.62) berada pada tahap tinggi berbanding dengan murid gaya visual (M=3.62,
SD=0.50), gaya verbal (M=3.57, SD=0.57), gaya aktif (M=3.59, SD=0.49), gaya
kepekaan (M=3.60, SD=0.48), gaya intuisi (M=3.65, SD=0.41) dan gaya sequential
(M=3.56, SD=0.41). Walau bagaimanapun, min persepsi terhadap penggunaan
sumber teks sejarah adalah lebih tinggi bagi murid gaya reflektif dalam kajian ini.
Maka dapat dirumuskan bahawa tahap persepsi terhadap penggunaan sumber teks
sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi murid gaya reflektif
dan global adalah tinggi.

Jadual 4

Skor Min dan Tahap Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Sumber Teks Sejarah

Gaya Pembelajaran Persepsi Terhadap Penggunaan Sumber Teks Sejarah

Gaya Visual NM SD Tahap
Gaya Verbal
Gaya Aktif 48 3.62 0.50 Sederhana
Gaya Reflektif
Gaya Kepekaan 7 3.57 0.57 Sederhana
Gaya Intuisi
Gaya Sequential 43 3.59 0.49 Sederhana
Gaya Global
12 3.70 0.54 Tinggi

43 3.60 0.48 Sederhana

12 3.65 0.60 Sederhana

33 3.56 0.41 Sederhana

22 3.69 0.62 Tinggi

170

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Soalan Kajian 2

Apakah tahap persepsi terhadap keseronokan belajar sejarah dalam kalangan murid
berbeza gaya pembelajaran?

Berdasarkan Jadual 3, tahap persepsi terhadap keseronokan belajar sejarah melalui
penggunaan sumber teks sejarah dalam kalangan murid bagi ketujuh-tujuh gaya
pembelajaran berada pada tahap tinggi iaitu gaya visual (M=3.76, SD=0.63), gaya
aktif (M=3.71, SD=0.62), gaya reflektif (M=3.82, SD=0.61), gaya kepekaan (M=3.73,
SD=0.60), gaya intuisi (M=3.73, SD=0.68), gaya sequential (M=3.67, SD=0.55) dan
gaya global (M=3.69, SD=0.70) berada pada tahap tinggi. Namun begitu, hanya murid
gaya verbal (M=3.83, SD=0.43) sahaja menunjukkan tahap persepsi keseronokan
belajar yang sederhana. Walau bagaimanapun, min persepsi terhadap keseronokan
belajar sejarah adalah lebih tinggi bagi murid gaya global dalam kajian ini. Maka,
dapat dirumuskan bahawa persepsi terhadap keseronokan belajar sejarah dalam
kalangan murid berbeza gaya pembelajaran berada pada tahap tinggi kecuali bagi
murid gaya verbal.

Jadual 5

Skor Min dan Tahap Persepsi Murid Terhadap Keseronokan Belajar Sejarah

Gaya Pembelajaran Persepsi Terhadap Keseronokan Belajar Sejarah

Gaya Visual NM SD Tahap
Gaya Verbal
Gaya Aktif 48 3.76 0.63 Tinggi
Gaya Reflektif
Gaya Kepekaan 7 3.54 0.43 Sederhana
Gaya Intuisi
Gaya Sequential 43 3.71 0.62 Tinggi
Gaya Global
12 3.82 0.61 Tinggi
Soalan Kajian 3
43 3.73 0.60 Tinggi

12 3.73 0.68 Tinggi

33 3.67 0.55 Tinggi

22 3.83 0.70 Tinggi

Apakah tahap persepsi terhadap kompetensi belajar sejarah dalam kalangan murid
berbeza gaya pembelajaran?

Berdasarkan Jadual 4, tahap persepsi terhadap kompetensi belajar sejarah melalui
penggunaan sumber teks sejarah dalam kalangan murid bagi kelapan-lapan gaya
pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu gaya visual (M=3.58, SD=0.73), gaya
verbal (M=3.57, SD=0.98), gaya aktif (M=3.59, SD=0.74), gaya reflektif (M=3.54,
SD=0.84), gaya kepekaan (M=3.59, SD=0.74), gaya intuisi (M=3.54, SD=0.84), gaya
sequential (M=3.61, SD=0.62) dan gaya global (M=3.55, SD=0.94). Walau
bagaimanapun, min persepsi terhadap kompetensi belajar sejarah adalah lebih tinggi
bagi murid gaya sequential dalam kajian ini. Maka, dapat dirumuskan bahawa

171

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

persepsi terhadap kompetensi belajar sejarah bagi kelapan-lapan gaya pembelajaran
murid berada pada tahap sederhana.

Jadual 6

Skor Min dan Tahap Persepsi Murid Terhadap Kompetensi Belajar Sejarah

Gaya Pembelajaran Persepsi Terhadap Kompetensi Belajar Sejarah

Gaya Visual NM SD Tahap
Gaya Verbal
Gaya Aktif 48 3.58 0.73 Sederhana
Gaya Reflektif
Gaya Kepekaan 7 3.57 0.98 Sederhana
Gaya Intuisi
Gaya Sequential 43 3.59 0.74 Sederhana
Gaya Global
12 3.54 0.84 Sederhana
Soalan Kajian 4
43 3.59 0.74 Sederhana

12 3.54 0.84 Sederhana

33 3.61 0.62 Sederhana

22 3.55 0.94 Sederhana

Apakah tahap persepsi terhadap tekanan belajar sejarah dalam kalangan murid
berbeza gaya pembelajaran?

Berdasarkan Jadual 5, tahap persepsi terhadap tekanan belajar sejarah melalui
penggunaan sumber teks sejarah dalam kalangan murid bagi kelapan-lapan gaya
pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu gaya visual (M=3.55, SD=0.80), gaya
verbal (M=3.21, SD=0.86), gaya aktif (M=2.57, SD=0.75), gaya reflektif (M=2.88,
SD=1.07), gaya kepekaan (M=2.62, SD=0.79), gaya intuisi (M=2.71, SD=0.98), gaya
sequential (M=2.42, SD=0.69) dan gaya global (M=2.95, SD=0.94). Walau
bagaimanapun, min persepsi terhadap tekanan belajar sejarah adalah lebih tinggi bagi
murid gaya verbal dalam kajian ini. Maka, dapat dirumuskan bahawa persepsi
terhadap tekanan belajar sejarah bagi kelapan-lapan gaya pembelajaran murid berada
pada tahap sederhana.

Jadual 7

Skor Min dan Tahap Persepsi Murid Terhadap Tekanan Belajar Sejarah

Gaya Pembelajaran Persepsi Terhadap Tekanan Belajar Sejarah

Gaya Visual NM SD Tahap
Gaya Verbal
Gaya Aktif 48 2.55 0.80 Sederhana
Gaya Reflektif
Gaya Kepekaan 7 3.21 0.86 Sederhana
Gaya Intuisi
43 2.57 0.75 Sederhana

12 2.88 1.07 Sederhana

43 2.62 0.79 Sederhana

12 2.71 0.98 Sederhana

172

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Gaya Sequential 33 2.42 0.69 Sederhana
Gaya Global 22 2.95 0.94 Sederhana

PERBINCANGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini yang menunjukkan tahap persepsi terhadap penggunaan sumber
teks sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi murid gaya
relektif dan global yang berada pada tahap tinggi adalah konsisten dengan kajian
Niewenhuyse, Roose, Wils, Depaepe, Verschaffel, (2017) dalam kajiannya secara
kualitatif telah melaporkan bahawa penggunaan sumber-sumber sejarah yang
berperanan sebagai bahan pembelajaran, dan pembekal sumber maklumat adalah
berupaya untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang menarik, meningkatkan
minat dan motivasi serta penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
secara minds on dan hands on.

Pendapat kajian Niewenhuyse et al, (2017) tersebut adalah selari dengan
dapatan kajian Rully Putri Nirmala Puji dan Abdul Razak Ahmad, (2015) yang
menjelaskan bahawa murid-murid yang mempunyai gaya judging adalah kurang
berminat dengan kaedah pengajaran yang bersifat hafalan semata-mata dan berasa
cepat bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut malah mereka lebih
suka belajar secara terarah kendiri dengan membuat penerokaan dan pengkajian yang
mendalam berdasarkan objektif dan tujuan yang ditetapkan dalam diri mereka.

Selain itu, tahap persepsi terhadap keseronokan belajar sejarah yang berada
pada tahap tinggi bagi ketujuh-tujuh gaya pembelajaran kecuali bagi murid gaya
verbal yang lebih suka kepada cara pengajaran secara penerangan lisan atau kuliah
dalam kajian ini adalah sealiran dengan dapatan kajian Fitzgerald, (2009) yang telah
membuktikan penggunaan sumber sejarah merupakan pilihan utama yang dapat
menggalakkan proses penemuan dan penerokaan dalam kalangan murid.

Tambahan pula, persepsi kompetensi belajar sejarah yang berada pada tahap
sederhana bagi kelapan-lapan jenis gaya pembelajaran dalam kajian ini adalah
konsisten dengan dapatan kajian Rantala dan Van Den Berg, (2015) yang mendapati
kebolehan dan kemahiran mentafsir atau belajar dengan sumber sejarah dapat
dipertingkatkan apabila murid-murid didedahkan dengan pelbagai jenis aktiviti
análisis sumber-sumber sejarah di dalam kelas. Namun begitu, tahap kompetensi
belajar sejarah yang berada pada tahap sederhana dalam kajian ini adalah
bertentangan dengan kajian Ling, Mona Masood dan Siti Hawa Abdullah, (2016)
yang melaporkan bahawa penjanaan kemahiran penaakulan sejarah seperi membuat
tafsiran, membuat pertimbangan serta penjanaan pendapat adalah sama antara murid
gaya sequential dan global.

Walau bagaimanapun, kemahiran-kemahiran mentafsir sumber-sumber
sejarah didapati akan menjadi lebih baik apabila murid-murid kerap didedahkan

173

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

dengan aktiviti mentafsir dan belajar sejarah dengan menggunakan sumber-sumber
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan di dalam kelas yang
diutarakan dalam kajian Hynd, (1999) dan Johansson, (2017) adalah sependapat
dengan dapatan kajian ini yang menjelaskan tahap persepsi terhadap tekanan belajar
sejarah berada pada tahap sederhana memandangkan murid-murid tersebut masih
tidak dapat menyesuaikan diri dengan strategi pengajaran yang berlainan dengan
amalan pengajaran dan pembelajaran sebelum ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa tahap persepsi terhadap penggunaan
sumber teks sejarah dalam kalangan murid berbeza gaya pembelajaran telah
mempamerkan pola yang berbeza-beza. Implikasi kajian ini, pengkaji mencadangkan
kepada guru-guru Sejarah untuk mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah
dengan menggunakan sumber teks sejarah dengan mengambil kira aspek personaliti
murid iaitu gaya pembelajaran bagi membolehkan matlamat dan hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam kurikulum Sejarah dapat dicapai dengan lebih baik.

Oleh itu, semua pihak sama ada pihak sekolah, guru dan Pusat Perkembangan
Kurikulum perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk merancang proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah yang lebih bermakna dengan meningkatkan
penglibatan aktif dan berpusatkan murid.

RUJUKAN

Breakstone, J., & Smith, M. (2013).Using Library of Congress Primary Sources for
assessment.The TPS Journal, 1(3), 1-8.

Brown, C.A., & Dotson, K. (2007). A Case Study Using Digital Primary Source
Documents.TechTrends, 51(3), 30-37

Creswell, J. W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (4th Ed). New Jersey: Pearson Prentice
Hall.

Deci, E. L. & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic Motivation and Self-Determination of
Human Behavior. New York: Plenum.

Felder, R. M. & Henriques, E. R. (1995). Learning and teaching styles in foreign and
second language education. Foreign Language Annals, 28, 21-31.

Felder, R. M., & Soloman, B. A. (1997). Index of learning styles questionnaire.
Retrieved from http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html

Fitzgerald, J.C. (2009). Textbooks and Primary Source Analysis. Social Studies
Research and Practice, 4(8), 37-43.

174

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Hazri Jamil. (2003). Teknik mengajar Sejarah. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Hover, S.V., Hicks, D., & Dack, H. (2016). From Source to Evidence?Teachers’ Use
of Historical Sources in Their Classrooms.The Social studies, 107(6), 209-
217.

Hynd, C.R. (1999). Teaching students to think critically using multiple texts in
history.Journal of Adolescent & Adult Literacy, 42(6), 428-436.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di
Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Johansson, P. (2017). Learning study as a clinical research practice to generate
knowledge about the learning of historical primary source
analysis.Educational Action Research, 25(1), 167-181.

Ling, W.A., & Mona Massod., & Siti Hawa Abdullah. (2016). Analysing the
Relationship of Sequential and Global Learning Styles on students’ historical
thinking and understanding: A case study on Form for Secoandary school
students in Malaysia. International Journal of Assessment and Evaluation in
Educatiom, 6, 51-58.

Macedo-Rouet, M., Braasch, J.L.G., Britt, M.A & Rouet, J.F. (2013). Teaching
Fourth and Fifth Graders to Evaluate Information Sources During Text
Comprehension. Cognition and Instruction, 31(2), 204-226.

Merkt, M., Werner, M., & Wagner, W. (2017).Historical thinking skills and mastery
of multiple documents tasks.Learning and Individual Differences, 54, 135-
146.

Nieuwenhuyse, K.V., Roose, H., Wils, K., Depaepe, F., Verschaffel, L. (2017).
Reasoning with and /or about sources? The use of primary sources in Flemish
Secondary school history education. Journal of Historical consciousness,
historical cultures and history education, 48-70.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Shah Alam: Penerbit Oxford Fajar Sdn Bhd.

Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2nd Ed). New York: McGraw Hill.

Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhammad. (1996). Kaedah Pengajaran sejarah.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah
Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rantala, J. & Van Den Berg, M. (2015). Finnish high school and university students’
ability to handle multiple source documents in history. Historical
Encounters: A Journal of Historical Consciousness, historical cultures and
history education, 2(1), 70-88.

175

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Reisman, A. (2012). The Document-Based Lesson: Bringing Disciplinary inquiry
into high school history classrooms with adolescent struggling readers.
Journal of Curriculum Studies, 44(2), 233-264.

Reisman, A., & Fogo, B. (2016). Contributions of Educative document based
curricular materials to quality of historical instruction. Teaching and Teacher
Education, 59, 191-202.

Rowinah Jakiwa. (2012). Tesis Universiti Malaya. Retrieved from:
http://studentsrepo.um.edu.my/

Rully Putri Nirmala Puji, & Abdul Razaq Ahmad. (2015). Gaya Belajar dan
Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pembelajaran Sejarah di Peingkat
Universitas. Edusentris, Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran, 2(3), 253-
263.

Siti Hawa Abdullah. (2008). Takrif dan Ciri-ciri Pemikiran Sejarah. Pendidikan
Sejarah, 9(1), 98-106.

Suntharalingam.(1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican &
Sons Sdn Bhd

Wineburg, S.S. (1991). On the Reading of Historical Texts: Notes on the Breach
between School and Academy. American Educational Research Journal,
28(3), 495-519.

176

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

MENYELESAIKAN MASALAH MURID-MURID
TINGKATAN 5 DALAM MEMAHAMI TAJUK TEORI
PENGELUARAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH

“SIMBOL”

Muruga a/l Krishnan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah

email : [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah murid-murid tingkatan 5 dalam
memahami tajuk teori pengeluaran dengan menggunakan kaedah ”Simbol”. Objektif
kajian ini terdiri daripada tiga objektif utama iaitu mengenal pasti titik maksimum
berdasarkan jadual, menghubung kait antara jumlah keluaran, keluaran purata dan
keluaran sut dan membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam
peperiksaan SPM. Sample kajian ini terdiri daripada 33 orang pelajar dari tingkatan
5. Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah kajian iaitu pemerhatian, ujian pra dan
ujian pos untuk mengatasi masalah tersebut. Berdasarkan keputusan kajian, sebanyak
93.94% iaitu 31 orang pelajar telah gagal dalam ujian pra manakala dalam ujian pos
pula sebanyak 33 orang pelajar mendapat keputusan yang cemerlang iaitu gred A.
Kesimpulannya, ujian pos memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah
pelajar dalam 5.

Kata Kunci: Tajuk teori pengeluaran, menyelesaikan masalah, SIMBOL

PENDAHULUAN

Semakan buku latihan dan kertas peperiksaan yang dijalankan oleh penyelidik
didapati pelajar berada pada tahap lemah dan sederhana khususnya pelajar kelas 5.
Kemerosotan prestasi pada tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk teori pengeluaran
dan teori kos sangat mengecewakan. Sebanyak 90% pelajar tidak dapat menjawab
soalan daripada teori pengeluaran dan teori kos. Pelajar cina dapat menjawab soalan
pengiraan tetapi mereka gagal menghuraikan hubungan antara jumlah keluaran,
keluaran purata, keluaran sut, jumlah kos, kos purata dan kos sut. Di samping itu,
pelajar melayu dan pelajar india gagal menjawab kedua-dua bahagian iaitu pengiraan
dan hubung kait. Rasanya, saya telah berusaha semampu yang boleh membuat modul
topikal, program ’morning glory’, penilaian berasaskan sekolah (PBS), ujian eco-
hafal dan sebagainya. Apabila pelajar 5 berada di tingkatan lima pada 3hb Jan 2017,
saya telah memperkenalkan kaedah ”Simbol” kepada pelajar tersebut. Oleh itu, saya
bertekad untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tersebut kerana setiap perkara

177

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

yang diinginkan pasti ada jalan yang membawa kita ke arah kejayaan. Dalam kajian
ini, saya cuma menggunakan teori pengeluaran sahaja.

PERNYATAAN MASALAH

Analisis soalan-soalan tahun lepas Ekonomi Asas (SPM) didapati bahawa item teori
pengeluaran dan teori kos pengeluaran merupakan soalan popular bagi kertas 1 dan
kertas 2, tetapi dalam tajuk kajian ini terdapat beberapa masalah berikut:

Antaranya, pelajar tidak dapat menghubung kait antara jumlah keluaran,
keluaran purata dan keluaran sut serta jumlah kos, kos purata dan kos sut. Masalah
kedua pula, pelajar gagal membahagikan jadual mengikut urutan tetapi mereka
bercampuradukkan susunan ayat semasa membuat hubung kait. Masalah ketiga,
pelajar mengabaikan input berubah semasa membuat huraian. Keempat pula, pelajar
menghadapi masalah kekeliruan sama ada titik maksimum atau titik minimum.

TEORI KAJIAN

Kajian ini menggunakan teori Howard Gardner (1981) yang menyatakan bahawa
sekurang-kurangnya tujuh keupayaan intelektual ketara yang individu gunakan bagi
mendekati masalah-masalah dan menciptakan sesuatu produk. Kajian produk ini telah
menggunakan Logikal matematik (Logical Mathematics). Kanak-kanak yang
mempunyai banyak kebijaksanaan logikal, amat berminat dengan corak, kategori dan
hubungan (relationships). Mereka akan hanyut dengan permasalahan matematik,
pemainan-pemainan yang berstrategi dan yang melibatkan eksperimen.

Pedagogi yang selalu digunakan dalam P & P Ekonomi Asas antaranya:

Pembelajaran Koperatif

Menurut Bartlett (1999), pembelajaran koperatif dalam pendidikan ekonomi sebagai
satu kumpulan kecil dan belajar bersama dan saling bantu-membantu antara satu sama
lain. Semasa saya menjalankan (PdPC) dalam kelas 5, saya telah menggunakan
beberapa strategi pelaksanaan, antaranya:

Berpasangan

Teknik ini lebih sesuai untuk kumpulan yang sederhana dan lemah.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai
objektif berikut:

178

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menghubung kait dalam
kalangan pelajar dengan teori pengeluaran dan teori kos.
Objektif Khusus
1. Mengenal pasti titik-titik maksimum berdasarkan jadual yang telah diberi.
2. Menghubung kait antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.
3 Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan
SPM.
METODOLOGI KAJIAN
Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan 33 orang pelajar daripada 37 orang pelajar. Tahap pencapaian
murid ini adalah sederhana dan lemah.

Jadual 1

Kumpulan Pelajar Mengikut Etnik Kaum

Bangsa Lelaki Perempuan
Melayu 10 8
Cina 4 5
India 4 2
Jumlah 18 15

Sumber: Data Entrolmen Tingkatan 5/2017

Instrumen Kajian

Beberapa instrumen digunakan untuk mengkaji permasalahan tersebut. Insterumen-
instrumen yang digunakan ialah:

Pemerhatian

Ujian Pra

179

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Ujian Pos
PELAKSANAAN DAN DAPATAN KAJIAN
Dalam pelaksanaan kajian, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian
pra, dan ujian pos.
Tinjauan Masalah
Pemerhatian
Pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung sebelum kajian dijalankan. Sebelum kajian, murid kurang memberikan
tindakbalas kepada soalan yang diajukan oleh guru. Kebiasannya murid perempuan
yang lebih bersedia memberi kerjasama dan menunjukkan kesungguhan serta minat
sebaliknya murid lelaki kurang memberi tumpuan dan kurang mengambil bahagian
dalam aktiviti (PdPC) yang dijalanka
Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan ingatan mereka terhadap teori pengeluaran. Selepas saya menanda
dan menyemak jawapan pelajar, saya mendapati sebanyak jawapan pelajar salah.
Kesalahan yang saya kenal pasti melalui jawapan pelajar ialah yang pertama tidak
menyatakan hubung kait, kedua tidak menyatakan bilangan input buruh dan ayat
tergantung. Oleh itu, saya telah memulakan kaedah “Simbol” selepas waktu
persekolahan iaitu pada pukul 1.40 petang hingga 2.00 petang kepada kumpulan
sasaran. Selepas seminggu memperkenalkan kaedah tersebut, saya telah memberi
ujian pra kepada pelajar. Satu minggu selepas ujian pra, saya telah memberi ujian pos
menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra.
Ujian Pos
Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mendapatkan maklum balas
pelajar.

180

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

KERANGKA PELAKSANAAN DAN DAPATAN KAJIAN

Murid-murid tingkatan 5 RANCANG Mengapakah pelajar saya
sederhana dan lemah. Apa tak pandai menghuraiakan
kaedah yang sesuai saya GELUNGAN teori pengeluaran?
dilakukan terhadap murid saya. Bagaimana saya boleh
Apakah kaedah pendekatan membantu?
yang paling sesuai kepada
pelajar saya. TINDAKAN

REFLEKSI Membuat ujian pra yang
menguji kemahiran yang
Mengikut analisis daripada PERHATIAN perlu dikuasai. Laksanakan
ujian pra. Saya sangat ujian pra pada pelajar
sedih terhadap markah tingkatan 5.
ujian pra. Saya
menggunakan kaedah

Rajah 1. Gelung Pertama

Teknik ini baik dan RANCANG Saya cuba berfikir teknik yang
sesuai kepada pelajar mudah untuk menghuraikan
tingkatan 5. hubugan antara TP, AP dan MP
lalu mencari titik maksimum.

REFLEKSI GELUNGAN TINDAKAN

Setiap pelajar memberi PERHATIAN Saya cuba menggunakan
soalan ujian pra, pelajar kaedah simbol dalam kalangan
dikehendaki menjawab pelajar tingkatan 5SS2. Setiap
soalan tersebut selama 15 pelajar meberi soalan yang
minit. sama untuk menguji ujian
pos.
Rajah 2. Gelung Kedua

181

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Guru menggunakan RANCANG Uji sejauhmanakah murid-

kaedah ‘simbol’ murid telah dapat

dengan membentuk menguasai kemahiran

kumpulan. simbol dalam

menghubungkait TP,AP

dan MP.

REFLEKSI GELUNGAN TINDAKAN

Analisis keputusan PERHATIAN Ujian pos dijalankan
ujian pos sangat
baik dan mencapai terhadap pelajar
objektif kajian.
tingkatan 5.
Rajah 3. Gelung Ketiga

ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati:

Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara
lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang.

Murid lebih suka menerangkan hubung kait antara jumlah keluaran, keluaran purata
dan keluaran sut secara individu serta dalam kumpulan masing-masing dan menukar
jawapan antara satu sama lain dengan kumpulan lain.

Aktiviti Pemerhatian

Semasa waktu ekonomi asas, saya mengambil 15 minit untuk melaksanakan kaedah
”Simbol” dalam (PdPc).

Aktiviti Pemerhatian 2

Selepas waktu persekolahan kumpulan sasaran balik semula kelas untuk
mendedahkan dengan kaedah ”Simbol” melalui papan putih. Pada masa itu, guru
menerangkan satu per satu hubung kait jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran
sut dengan menggunakan simbol. Pada masa yang sama pelajar mencatatkan nota dan
selepas 10 minit guru mengedarkan soalan-soalan tahun lepas untuk menguji latihan
tadi.

Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pos

182

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Jadual 2

Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos .

Bil Nama Murid Ujian Pra Ujian Pos
1. Pelajar 1 0 9
2. Pelajar 2 0 9
3. Pelajar 3 1 9
4. Pelajar 4 0 9
5. Pelajar 5 0 9
6. Pelajar 6 0 9
7. Pelajar 7 0 9
8. Pelajar 8 0 9
9. Pelajar 9 0 9
10. Pelajar 10 0 9
11. Pelajar 11 0 9
12. Pelajar 12 0 9
13. Pelajar 13 0 9
14. Pelajar 14 0 9
15. Pelajar 15 0 8
16. Pelajar 16 0 9
17. Pelajar 17 0 9
18. Pelajar 18 0 9
19. Pelajar 19 0 9
20. Pelajar 20 0 9
21. Pelajar 21 0 9
22. Pelajar 22 0 9
23. Pelajar 23 7 9
24. Pelajar 24 0 9
25. Pelajar 25 0 9
26. Pelajar 26 0 9
27. Pelajar 27 0 9
28. Pelajar 28 0 9
29. Pelajar 29 0 9
30. Pelajar 30 0 9
31. Pelajar 31 0 9
32. Pelajar 32 0 9
33. Pelajar 33 0 9

Sumber: Ujian Pra dan Ujian Pos Tingkatan 5/2017

183

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Graf 1. Prestasi Antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Prestasi Antara Ujian Pra dan Uiian Pos
9

8

7

6

5

4 UJIAN PRA
UJIAN POS

3

2

1

0 PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR
3 5 79 11 13 15
PELAJAR Pelajar
1

Sumber: Ujian Pra dan Ujian Pos Tingkatan 5/2017

Graf 2. Prestasi Antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Prestasi Antara Ujian Pra dengan Ujian Pos
9

8

7

6

5

4 Series1
Series2

3

2

1

0 PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR PELAJAR
18 20 22 24 26 28 30 32
PELAJAR Pelajar
16

184

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Jadual 3
Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred

GRED SKALA UJIAN PERATUS UJIAN PERATUS
MARKAH PRA (%) POS (%)
(BIL) (BIL)
A 7-9 1 3.03 33 100
B 5-6 0 0
C 3-4 0 0 0 0
D 1-2 3.03 0
E0 0 93.94 0 0
JUMLAH 100 % 100%
1 0
31 0

33 33

Sumber: Ujian Pra dan Ujian Pos Tingkatan 5/2017

Graf 3. Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut
Gred

Perbandingan Prestasi Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

100 93.94
100

90

80

70

60

Peratus (%) 50 Ujian Pra
Peratus(%)
40 31 Ujian Pos
33 Peratus (%)

30

20

10 000 000 1 3.03 0 0
3.03 B
5-6 C D E
1 3-4 1-2 0
0 Gred

A

7-9

Sumber: Ujian Pra dan Ujian Pos Tingkatan 5/2017

Berdasarkan jadual di atas analisis data menunjukkan bahawa murid yang mendapat
gred A dalam ujian pra ialah 1 orang pelajar iaitu 3.03% manakala murid yang
mendapat gred A dalam ujian pos ialah 33 orang pelajar iaitu 100% . Murid yang
mendapat gred B dalam ujian pra ialah tiada sementera murid yang mendapat gred B
dalam ujian pos ialah tiada. Murid yang mendapat gred C ujian pra dan ujian pos
masing-masing tiada. Ujian pra gred D dengan gred E masing-masing tiada dan 31
orang gagal dalam ujian tersebut. Manakala ujian pos pula gred D dan E tiada. Hal

185

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

ini kerana, guru mendedahkan kaedah “Simbol” untuk meningkatkan keputusan
dalam ujian pos.

Kesimpulannya, hasil kajian didapati bahawa pencapaian murid telah
meningkat selepas tindakan diambil.
CADANGAN KAJIAN
Tajuk ini boleh disarankan kepada pelajar tingkatan enam sama ada tingkatan enam
rendah dan tingkatan enam atas.
Kaedah “Simbol” boleh digunakan mata pelajaran geografi bagi PMR, SPM dan
STPM iaitu bab cuaca dan iklim.
Ulasan Guru
Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru-guru pula adalah seperti berikut:
i) Guru KH:
Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar .
ii) Guru Bahasa Melayu:
Satu teknik yang cekap dan mudah difahami oleh pelajar. Proses lebih mudah dihafal
dan difahami oleh pelajar.
Guru TESL:
Satu kaedah yang paling menarik dan berkesan kepada pelajar yang lemah

186

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

RUJUKAN
Data Entrolmen Tingkatan 5/2017. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri,

09300 Kuala Ketil, Kedah.
Kamarudin Hj. Husin (1989). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Model-

Model Pengajaran Bahsa.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (2004). Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Manual Kajian Tindakan.
Muruga Krishnan (2008).’ Kaedah Cafe Ekonomi’. Johor Bahru:SMKS, Skudai.
Muruga Krishnan (2009).’ Kaedah Traffic Light’. Johor Bahru:SMKS, Skudai.
Muruga Krishnan (2010).’ Kaedah Start of S’. Johor Bahru: SMKS,Skudai.
PPD, Daerah Johor Bahru (2009). Contoh Manual Kajian Tindakan.
Sulaiaman Ngah Razali (1991). Penggunaan Statistik Dalam Penyelidikan

Pendidikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

187

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

KEBERKESANAN KAEDAH GABUNG BUNYI KATA
(KGBK) TERHADAP PRESTASI KEMAHIRAN

MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN
MURID PEMULIHAN KHAS

Nor Adzleena Binti Wahap

SK Sri Suria (1), Tanah Merah, Kelantan

[email protected]

ABSTRAK

Permasalahan tidak menguasai kemahiran membaca dipandang serius kerana ianya memberi
kesan yang tidak baik terhadap pencapaian murid-murid dalam pelajaran. Justeru, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti dan membandingkan keberkesanan penggunaan
Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK) dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-murid
Pemulihan Khas di sekolah rendah dengan kaedah konvensional. Kajian yang dijalankan
selama 12 minggu ini berasaskan kepada pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah
kuasi eksperimental. Reka bentuk ujian pra dan ujian pos dipilih dalam kajian ini untuk
melihat perubahan yang berlaku sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Seramai 30 orang
murid Pemulihan Khas di dua buah sekolah di dalam bandar di Tanah Merah, Kelantan
menduduki ujian ini. Mereka mewakili Kumpulan eksperimen yang belajar membaca
menggunakan kaedah KGBK dan kumpulan kawalan belajar menggunakan kaedah
konvensional. Analisis statistik inferensi ujian-t digunakan untuk membandingkan min-min
pencapaian sampel kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Bagi menentukan min
prestasi kedua-dua kumpulan sebelum sesi pengajaran dijalankan ujian-t tak bersandar
dijlalankan. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan kedua-dua kumpulan
mempunyai tahap pencapaian kemahiran membaca yang sama sebelum intervensi dijalankan.
Dapatan kajian kumpulan eksperimen menunjukkan skor min ujian Pos melebihi skor min
ujian Pra yang mana peningkatan skor min ujian pencapaian membaca adalah sebanyak 13.77.
Keputusan ini menunjukkan terdapat peningkatan peratusan skor pencapaian selepas
pengajaran dijalankan bagi kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan. Perbezaan
signifikan yang ditunjukkan menerangkan berlakunya perkembangan pengetahuan murid
berdasarkan kaedah yang digunakan dalam pengajaran. KGBK memberi impak positif dan
sesuai digunapakai sebagai kaedah pengajaran kepada murid-murid pemulihan khas dalam
usaha meningkatkan kemahiran membaca dengan lebih cepat.

Kata kunci: kemahiran membaca, kaedah KGBK, pemulihan khas, kuasi eksperimen

PENDAHULUAN

Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berhasrat untuk menjadi
sebuah negara maju. Salah satu faktor pembentukkan negara maju adalah kemajuan
berkaitan pendidikan (Suryani, 2015). Kemajuan yang hendak dicapai meliputi ke
semua aspek kehidupan secara seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Kulanz Salleh, 2009). Justeru itu, bermula tahun 2010 Kementerian

188

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyasarkan semua murid berkeupayaan untuk
menguasai kemahiran membaca dan mengira semasa berada di Tahap 1 di bawah
program NKRA. Hasrat ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Murid yang ketinggalan dalam penguasaan kemahiran
membaca, menulis dan mengira akan mengikuti kelas pemulihan khas sehingga
mereka dapat mengikuti kurikulum di kelas perdana. Laporan PPPM (2016) turut
menyatakan bahawa murid-murid yang belum menguasai kemahiran literasi perlu
dibantu oleh program LINUS dan Program Pemulihan Khas (PPK).

Latar Belakang Kajian

Pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS) selaras dengan FPN (KPM, 2012). Selaras dengan
keperluan dan kehendak semasa bagi memenuhi aspirasi NKRA maka kemahiran
bacaan patut menjadi fokus utama dalam memacu potensi diri murid-murid sekolah
rendah. Bagi memenuhi hasrat tersebut, penguasaan kemahiran asas membaca perlu
dikuasai seawal mungkin bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan
menimba ilmu pengetahuan (Wan Nurzuliana & Zamri, 2016). Kecekapan membaca
juga merupakan keperluan asas dalam proses pembelajaran. Penekanan kepada
penguasaan kemahiran membaca akan memberi impak kepada pembentukan modal
insan yang akan menjadi generasi pewaris negara pada masa akan datang (Siti Nurul
Jannah, M. Zaki & Suhaidah, 2014)

Menurut Nurul Haniza (2017), isu berkaitan masalah menguasai kemahiran
asas membaca masih lagi diperkatakan biar pun masyarakat kita mengalami arus
perubahan dalam dunia permodenan globalisasi, dunia teknologi maklumat dan alam
perkomputeran. Bagi menangani masalah ini, kaedah pengajaran yang menjurus
kepada keperluan murid perlu dikenalpasti kerana wujudnya perbezaan intelektual
dan kebolehan belajar dalam kalangan kanak-kanak (Nurul Haniza, Puteri Roslina &
Nur Azimah (2018). Dengan cara itu, pihak guru dapat menangani permasalahan yang
dihadapi dan membantu mencari jalan penyelesaiannya (Nor Laila, 2014)

Penyataan Masalah

Di Malaysia, penguasaan kemahiran literasi awal telah menjadi tumpuan hangat sejak
dulu lagi. Sistem pendidikan Malaysia dan isu buta huruf ini hangat diperkatakan
sejak zaman 1960an hinggalah ke hari ini (Zahanim, 2013). Kenyataan ini turut
disokong oleh Chew (2015). Berita Harian Online pada 12 September 2009,
menyiarkan berita tentang Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti
sejumlah 85,000 orang murid-murid tahun satu yang masih belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Isu ini berlarutan sehingga 15 Februari 2010. Hasil
dapatan dalam The Star, halaman 17 pada 19 Oktober 2011 telah menunjukkan
seramai 3,916 murid yang bermasalah pembelajaran dalam Tahun 2. Dapatan dari

189

PROSIDING PENYELIDIKAN AMALAN PROFESIONAL INOVASI PENDIDIKAN 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN (PPAPIno2019)

Laporan Data Linus Daerah Pendang bagi tahun 2013 menunjukkan penguasaan
tahap literasi murid-murid tahun satu adalah 64.14% daripada seramai 1595 orang.
Ini menunjukkan seramai 572 orang atau 35.86% masih berada pada tahap tidak
menguasai kemahiran bacaan.

Permasalahan buta huruf juga semakin membimbangkan di negeri Kelantan.
Dapatan dari laporan Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas KPM pada
31 Oktober 2016 menyatakan seramai 3498 orang murid di Kelantan tidak menguasai
kemahiran membaca. Data 31 Oktober 2017 pula menunjukkan seramai 5260 orang
murid masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Seterusnya,
pada 31 Januari 2018 bilangan murid tidak menguasai kemahiran membaca semakin
meningkat kepada 5486 orang murid Pemulihan Khas. Persoalannya, mengapakah
bilangan murid yang tidak menguasai kemahiran membaca semakin bertambah pada
setiap tahun? Di manakah silapnya?

Selain itu, guru merupakan faktor yang amat penting dalam memastikan
tahap penguasaan bacaan murid. Menurut Nurul Haniza (2017), salah satu aspek yang
mempengaruhi perkembangan literasi membaca dan menulis seseorang murid ialah
pengajaran yang mereka terima daripada guru. Yahya Othman (2012), menyatakan
untuk mencapai matlamat meningkatkan kemahiran bacaan kanak-kanak, kaedah
mengajar yang sesuai perlu dilaksanakan oleh guru agar proses penguasaan
kemahiran tersebut dapat berlaku dengan mudah dan berkesan.

Zalizan (2010), dalam kajian masalah pembelajaran ke atas murid tahap satu
seramai 2682 orang yang berumur dari tujuh hingga sembilan tahun di tujuh kawasan
di seluruh Malaysia mendapati dari segi pembelajaran awal sebanyak 21.4% hanya
kenal satu huruf abjad sahaja. Dari aspek penguasaan kemahiran asas 3%, 1.3%
kanak-kanak didapati tidak dapat membaca langsung manakala 25.6% tidak dapat
mengeja langsung. Keadaan ini amat membimbangkan. Persoalannya, adakah
berkemungkinan kaedah pengajaran yang digunakan ketika mengajar membaca di
peringkat awal tidak sesuai menyebabkan masih ramai yang tidak pandai membaca?
Jika benar, kaedah pengajaran membaca perlu berubah daripada kaedah konvensional
kepada satu kaedah yang boleh membantu murid-murid Pemulihan Khas belajar
membaca dengan lebih cepat. Pengajaran membaca menggunakan kaedah
konvensional dikesan mengambil masa yang lama sebelum murid-murid mahir
menguasai kemahiran membaca (Siti Dahlia, 2017). Oleh yang demikian, dalam
kajian ini pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah KGBK bagi membantu
murid-murid Pemulihan Khas menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat
berbanding dengan kaedah-kaedah yang lain.

Mengapakah KGBK menjadi pilihan pengkaji sedangkan kaedah ini telah
diperkenalkan sejak tahun 1979 malah telah banyak kajian tentang kaedah ini
dijalankan antara tahun 2002 hingga 2012? Pengkaji ingin menguji keberkesanannya
ke atas murid-murid Pemulihan Khas Tahun 2 yang tidak lulus konstruk 3 sahaja
setelah setahun belajar di tahun satu.

190


Click to View FlipBook Version