The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL SEJARAH DUNIA SEMESTER 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iszuanezry91, 2021-07-03 00:25:11

MODUL SEJARAH DUNIA 940/1

MODUL SEJARAH DUNIA SEMESTER 1

Keywords: SEJARAH DUNIA,PANITIA SEJARAH KT6P,SEJARAH SEMESTER 1

PERKASA STPM940/1

TN HJ ABD RAHMAN BIN MOHD NOR
(PENGETUA CEMERLANG GRED JUSA C)

PN. HJH ROSYATIMAH PN. HJH EN. AIRILAZHAR EN. MOHD EN. MOHAMAD
NORALIZAH KHIR ISZUAN

i
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

i
PANITIA SEJARAH KT6P
TN.HJ ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOR : PENGETUA CEMERLANG JUSA C (TENGAH)
BERSAMA-SAMA TENAGA PENGAJAR SEJARAH STPM 940/1 KT6P
DARI KIRI:

CIKGU HJH NORALIZAH BINTI SAHID, CIKGU MOHD KHIR BIN YUSOF, CIKGU AIRILAZHAR BIN MUSTAPAR,
CIKGU MOHD ISZUAN BIN MOHAMAD LEHAN & CIKGU HJH ROSYATIMAH BINTI PACHURI.

PERKASA STPM940/1

ii
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. TUAN PENGETUA BERSAMA BARISAN GURU- GURU MATAPELAJARAN
SEJARAH i-iv

2. MUTIARA KATA TUAN PENGETUA 1-3
3. SENARAI KANDUNGAN
4. BAHAGIAN 1 4
5- 7
A. PENGENALAN KERTAS SEJARAH DUNIA
B. FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN SEAJARAH STPM 940/1 8
C. TREND AGIHAN SOALAN STPM 940/1 (2013- 2021)
D. TREND SOALAN MENGIKUT TEMA DAN TAJUK 9- 22
E. TAJUK PERUNCINGAN 23- 28
5. BAHAGIAN 2: KOLEKSI SOALAN STPM SEBENAR SEMETER 1 DARI TAHUN 29- 38
2013 HINGGA 2021. 39- 49
6. BAHAGIAN 3: SIFIR PENCERAKINAN SOALAN SEJARAH STPM 940
50- 67
7. BAHAGIAN 4: RUBRIK PENSKORAN PRESTASI CALON BERDASARKAN 68- 84
SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN SEJARAH STPM 85- 91
92- 100
8. BAHAGIAN 5: PETA DUNIA
9. BAHAGIAN 6: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 101- 133
10. TEMA 1: MASYARAKAT 134- 145
11. MASYARAKAT FEUDAL 146- 154
12. MASYARAKAT AGRARIA 155- 165
13. MASYARAKAT MARITIM 166- 188
14. MASYARAKAT INDUSTRI 189- 202
15. TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
16. INSTITUSI PEMERINTAHAN: CHINA DAN RUSIA 203- 221
17. NEGARA BANGSA: RAJA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN 222- 234
18. NEGARA BANGSA: NEGARA KESATUAN DAN NEGARA PERSEKUTUAN 235-246
19. NEGARA BANGSA: PENYATUAN NEGARA BANGSA 247-258
20. TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN 259- 273
21. SISTEM EKONOMI: FEUDALISME DAN KAPITALISME 274- 283

22. SISTEM EKONOMI: PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN
23. SISTEM EKONOMI: PERTANIAN
24. SISTEM EKONOMI : PERINDUSTRIAN
25. INTELEKTUAL
26. KEMAJUAN PENDIDIKAN
27. TEMA 4 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
28. REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
29. KONFLIK ANTARABANGSA: PERANG DUNIA PERTAMA 1914- 1918
30 KONFLIK ANTARABANGSA: PERANG DUNIA KEDUA 1941-1945
31. KONFLIK ANTARANBANGSA: PERANG DINGIN 1945-1955
32. DEKOLONISASI DAN PENGEMBALIAN KEDAULATAN
33. PERHUBUNGAN LUAR

iii
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

BAHAGIAN 1

A PENGENALAN KERTAS SEJARAH DUNIA
Mengandungi empat tema iaitu
Tema 1 : Masyarakat
Tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran
Tema 3 : Kemajuan dan Pembangunan
Tema 4 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH 1 STPM 940/1

Berbentuk esei
Mengandungi enam soalan
Calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja
Masa diperuntukkan dua jam

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

C TREND AGIHAN SOALAN STPM 940/1 (2013 – 2021)

TEMA FORMAT A BILANGAN SOALAN
1 FORMAT B
TEMA 1 1 1
TEMA 2 2 2
TEMA 3 2 1
TEMA 4 6 2
JUMLAH 6

i
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1
D. TREND SOALAN MENGIKUT TEMA DAN TAJUK

TEMA TAJUK PEPERIKSAAN
2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021

1 MASYARAKAT Jepun England Jepun
-Masyarakat Feudal
-Masyarakat Agraria China Belanda
-Masyarakat Maritim
-Mastarakat Industri Portugal Jepun

2 PEMERINTAHAN England England
-Pemerintahan Beraja
-Peranan Pembesar Russia China Russia
-Raja Mutlak Russia
-Raja Berperlembagaan
-Negara Kesatuan England
-Republik Perancis England England
-Negara Persekutuan
-Penyatuan Jerman Amerika
-Penyatuan Itali
bismark Bismark
3 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN CBD
-Feudalisme di China dan Jepun
Jepun China

- - Feudalisme di Jerman dan Perancis

-- Kapitalisme di Amerika Syarikat dan EB Ame.Sy Ame.Sy
England
England

-Merkantisme di England

-- Perkembangan Perdagangan dan

Perniagaan

-Perkembangan Pertanian Belanda England

-Perkembangan Perindustrian Pencera Jepun
han Renaise
nce
- - Perkembangan Intelektual di Eropah
-Sumbangan Tokoh Intelektual AS JJR CM

-Pendidikan di Jerman

-Pendidikan di Perancis

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
4 NEGARA

ii
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

BANGSA PC 1 China
-Reaksi dan Kesan Imperialisme di China India India
Faktor
- - Reaksi dan Kesan Imperialisme di India Faktor Kesan
-Perang Dunia Pertama Faktor
Kesan Faktor
-Perang Dunia Kedua MG

-Perang Dingin SYS

-Dekolonisasi di India

-Dekolonisasi di China

-PBB

-Komanwel

-NATO

iii
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

E TAJUK PERUNCINGAN

TEMA TAJUK SUB TAJUK KAWASAN

MANUSIA DAN Masyarakat Feudal  Ciri-ciri  Jepun
 Struktur  England
MASYARAKAT  Perbandingan
1  Faktor kemunculan  Jepun
 Ciri-ciri masyarakat  Portugal
Masyarakat Maritim  Pencapaian / kemajuan
 Faktor kemunculan  England
Masyarakat Industri  Ciri-ciri masyarakat  Jerman
 Pencapaian/kemajuan
PEMERINTAHAN Raja / Maharaja  Peter The Great  Russia

DAN Pembesar  Peranan pembesar  Russia
2 PENTADBIRAN  China

 Struktur pembesar  Perancis
 England
 Perbandingan
 Jerman
Raja Mutlak  Kekuasaan Raja Mutlak
 Jerman
Raja  Kekuasaan Raja  Perancis
Berperlembagaan  Portugal
Berperlembagaan  Belanda
Negara Bangsa
 Bismarck  Eropah
KEMAJUAN DAN Sistem Ekonomi
PEMBANGUNAN  Sistem Ekonomi  Jerman
3 Perkembangan
Feudalisme  Jerman
Ekonomi  Rusia
 Faktor perkembangan
Sumbangan tokoh  Amerika
perdagangan  Rusia
 China
 Charles Louis  India
Montesquieu
Kemajuan  UK
Pendidikan  Adam Smith  Amerika
 Perkembangan
NASIONALISME Konflik Antarabangsa
DAN pendidikan
4 PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA  Perang Dunia Pertama

Dekolonisasi  Perang Dingin

Hubungan Luar  Gerakan Pembaharuan
Ching / Gerakan 4 Mei

 Nasionalisme India
 NATO

iv
PANITIA SEJARAH KT6P

BAHAGIAN 2 : KOLEKSI SOALAN STPM SEBENAR SEMESTER 1 DARI TAHUN 2013 HINGGA
2021

TEMA 1

1. Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan kesyogunan Tokogawa
dari tahun 1603 hingga tahun 1868. (2013)

2. Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritime pada abad ke-15 dan abad
ke-16 masihi. (2014/ulangan 2013)

3. Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 masihi.
(2015/ulangan 2014)

4. Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 hingga abad ke-17 masihi.
(2016/ulangan 2015)

5. Terangkan ciri-ciri kemajuan masyarakat industri di England pada abad ke-19 masihi.
(2017/ulangan 2016)

6. Sejauh manakah kemunculan ekonomi merkantilisme menjadi asas perkembangan Revolusi
Perindustrian di England pada abad ke-18 dan abad ke-19? (2018/ulangan 2017)

7. Jelaskan ciri ciri masyarakat maritime di Jepun pada abad ke 16 M hingga abad 17 M (2019)
8. Huraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda dari abad ke 16

hingga abad 17.(2020)
9. Huraikan struktur masyarakat feudal di jepun pada abad 16 dan 17M (2021 /u2020)

TEMA 2

1. Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa
Jerman selepas penyatuan negara Jerman 1871. (2013)

2. Galurkan proses penyatuan negara bangsa di Itali pada abad ke-19 masihi. (2014/ulangan
2013)

3. Huraikan peranan maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917. (2015/ulangan
2014)

4. Huraikan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan negara China pada zaman dinasti
Ching. (2016/ulangan 2015)

5. Bincangkan usaha Otto Von Bismarck untuk menyatukan Jerman pada abad ke-19 masihi.
(2017/ulangan 2016)

6. Huraikan peranan pembesar dalam era pemerintahan Peter The Great di Rusia dari aspek
pemerintahan,kehakiman, dan ketenteraan. (2018/ulangan 2017)

7. Bincangkan kedudukan dan kuasa raja di England pada abad ke 17 M (2019)
8. Huraikan system kerajaan persekutuan yang diamalkan di Amerika Syarikat sejak abad ke

18. (2020)
9. Bincangkan perkembangan sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dari tahun

1660-1699 (2021/U2020)

TEMA 3

1. Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari abad ke-
16 hingga abad ke-18 masihi. (2013)

2. Sejauh manakah zaman pencerahan pada abad ke-18 masihi membawa perubahan
landskap politik,ekonomi dan sosial di Eropah? (2013)

3. Bincangkan pelaksanaan Merkantilisme di England pada abad ke-17 masihi. (2014/ulangan
2013)

4. Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanisme di Eropah pada abad ke-
16 dan abad ke-17 masihi. (2014/ulangan 2013)

5. Jelaskan faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad ke-18 masihi. (2015/ulangan
2014)

1

PERKASA STPM940/1

6. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 masihi.
(2015/ulangan 2014)

7. Bincangkan tiga transformasi dalam bidang politik hasil daripada penubuhan kerajaan
republik di Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis. (2016/ulangan 2015)

8. Jelaskan perubahan ekonomi di Amerika Syarikat pada abad ke-19 masihi. (2016/ulangan
2015)

9. Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 masihi.
(2017/ulangan 2016)

10. Huraikan tiga idea Adam Smith dalam bukunya yang berjudul The Wealth Of Nation.
(2017/ulangan 2016)

11. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Dinasti Ming untuk memajukan sektor
perdagangan dan pertanian pada abad ke-16m. (2018/ulangan 2017)

12. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Meiji untuk memajukan sektor
perindustrian pada abad ke-19 dan abad ke-20 m. (2018/ulangan 2017)

13. Kejayaan penyatuan Negara bangsa Itali disebabkan oleh kepimpinan Count Camelio Benso
De Cavour. Bincangkan (2019)

14. Huraikan idea idea yang diperjuangkan oleh Jean Jacques Rousseau di Perancis pada
zaman Pencerahan. (2019)

15. Bincangkan factor factor yang membawa perkembangan ekonomi pertanian di England dari
abad ke 17 hingga abad 18. (2020/u2019)

16. Bincangkan perubahan pemikiran yang berlaku ke atas masyarakat Eropah semasa zaman
Renaisance. (2020/u2019)

17. Bincangkan kemajuan ekonomi kapitalisem yang dicapai oleh Amerika Syarikat pada abad
ke18-19M (2021/U2020)

18. Huraikan kepentingan pemikiran Charles Montesquieu dari aspek politik (2021/U2020)

TEMA 4

1. Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman
kuasa British terhadap India.Bincangkan. (2013)

2. Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
(2013)

3. Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. (2014/ulangan
2013)

4. Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa. (2014/ulangan 2013)
5. Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911. (2015/ulangan 2014)
6. Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika Syarikat di Eropah semasa era Perang Dingin

dari tahun 1945 hingga tahun 1955. (2015/ulangan 2014)
7. Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap aspek politik dan ekonomi negara

Jerman. (2016/ulangan 2015)
8. Terangkan kaedah perjuangan Mahatma Gandhi dalam menuntut kemerdekaan di India.

(2016/ulangan 2015)
9. Perang Candu 1 (1839-1842) di China merupakan reaksi penentangan masyarakat tempatan

terhadap peluasan kuasa Barat. Bincangkan faktor-faktor berlakunya perang tersebut.
(2017/ulangan 2016)
10. Soviet Union dan Amerika Syarikat berperanan besar dalam usaha penubuhan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Bincangkan usaha yang telah diambil oleh kedua-dua kuasa besar
tersebut dan sumbangannya terhadap PBB sehingga tahun 1950. (2017/ulangan 2016)
11. Bincangkan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh British untuk mengukuhkan
kedudukannya selepas peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857. (2018)
12. Sejauh manakah perbezaan ideologi antara Rusia dengan Amerika Syarikat menjadi
penyebab berlaku Perang Dingin pada abad ke-20m. (2018/ulangan 2017)
13. Bincangkan peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi China 1911. (2019)

2
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1
14. Sejauhmanakah kejayaan menghapuskan dasar apartheid menjadi kejayaan utama
pertubuhan Komenwel. (2019)
15. Bincangkan kesan imperialism Barat ke atas ekonomi dan politik di China.(2020)
16. Bincangkan kesan Perang Dunia kedua terhadap politik dunia pada abad ke 20.(2020)
17. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kebangkitan nasioanlaisme di India abad
19M)2021/U2020)
18. Sejauh manakah perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang dunia Pertama
menjadi faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua?(2021/U2020)

3
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

BAHAGIAN 3: SIFIR PENCERAKINAN SOALAN SEJARAH STPM 940

SOALAN KATA KEHENDAK LOKASI/ TEMPOH KETERANGAN
TUGAS SOALAN MASA

Huraikan struktur masyarakat - Jepun Memperihalkan/ menceritakan
feudal Jepun dalam era
pemerintahan kesyogunan - Kesyogunan sesuatu dengan panjang lebar/
Tokogawa dari tahun 1603
hingga tahun 1868. Tokugawa terperinci dan teratur

Huraikan Struktur masyarakat - 1603 hingga
feudal Jepun
1868

Jelaskan/Terangkan ciri ciri Ciri- ciri masyarakat - Jepun Memberi penerangan dengan
masyarakat maritime di maritim - Abad ke- 16 mengemukakan sebab supaya
Jepun pada abad ke 16 M perkara lebih jelas dan difahami.
hingga abad 17 M hingga 17 M.

Jelaskan/
Terangkan

Galurkan proses penyatuan Proses penyatuan - Itali Huraikan mengikut kronologi
negara bangsa di Itali pada negara bangsa Itali - Abad ke- 19 masa/ peristiwa.
abad ke-19 masihi
Galurkan

Nyatakan sumbangan ilmu Nyatakan sumbangan ilmu - England dan Memberikan jawapan yang
pada zaman pencerahan pada zaman Perancis. spesifik tanpa memerlukan
dalam bidang politik dan pencerahan dalam penerangan lanjut
ekonomi bidang politik dan - Abad ke 17
ekonomi hingga 19

Bincangkan factor factor Bincangkan Faktor- faktor - England Menghuraikan secara kritis
yang membawa perkembangan - Abad ke 17 tentang tajuk yang diberikan
perkembangan ekonomi ekonomi pertanian dengan menyatakan pro atau
pertanian di England dari hingga 18 kontra dan baik atau buruk dan
abad ke 17 hingga abad 18 lain- lain.

Nilaikan sumbangan Charles Nilaikan Sumbangan - England dan Menimbang sesuatu perkara
Montesquieu dari aspek sumbangan Charles Perancis berdasarkan pelbagai kriteria
politik Montesquieu dari
aspek politik - Abad ke- 18 Menilai peranan sesuatu faktor
hingga 19. dalam sesuatu peristiwa dan
Sejauh manakah perjanjian Sejauh perjanjian Versailles menyenaraikan faktor- faktor lain.
Versailles yang manakah yang ditandatangani - Perang Dunia
ditandatangani selepas selepas Perang dunia Kedua.
Perang dunia Pertama Pertama menjadi
menjadi faktor yang faktor yang - Tahun 1941
mencetuskan Perang Dunia mencetuskan Perang hingga 1945
Kedua Dunia Kedua
- Abad k 20

Bandingkan sistem ekonomi sistem ekonomi - China dan Membuat perbandingan serentak .
feudalisme yang diamalkan di feudalisme Jepun masukan aspek yang sama dan
China dan Jepun pada abad berbeza.
ke- 16 Bandingkan - Abad ke- 16

4
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

BAHAGIAN 4:RUBRIK PENSKORAN PRESTASI CALON BERDASARKAN SKRIP JAWAPAN
PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN SEJARAH STPM

Tugasan: Calon memberikan respon bebas terhadap tugasan item peperiksaan berdasarkan
pembahagian berikut:

P (Pengetahuan) :Maksimum 8 markah
T (Taakulan) :Maksimum 6 markah
K (Komunikasi) :Maksimum 6 markah

DIMENSI DAN 18 – 20 14 – 17 10 – 13 6–9 0–5
KRITERIA CEMERLANG BAIK LEMAH LEMAH
AMAT
CEMERLANG 4–5 2–3 1–2

8 6–7

PENGETAHUAN Penguasaan Penguasaan Menguasai Hanya Tiada
DAN KEFAHAMAN subjek soalan subjek soalan subjek mengetahui pengetahuan
luas dan agak luas tetapi mendalam, subjek soalan subjek soalan.
Fakta, idea, konsep, mendalam kurang tetapi keluasan secara kabur.
tema mendalam. dan Gagal
Menyediakan kedalamannya Maklumat menyediakan
maklumat Menyediakan terbatas. utama, bukti maklumat
utama , bukti maklumat utama, sokongan utama dan
sokongan bukti sokongan Maklumat sangat terhad bukti
dan dan pendetailan utama bukti dan tidak sokongan.
pendetailan agak memadai , sokongan dan mendasar, ada Hanya
amat majoritinya tepat, pendetailan yang kurang membuat
memadai, relevan dan terbatas, tepat, kurang kenyataan
tepat, relevan, membantu hanya relevan, dan umum,
dan amat menjwab soalan sebahagiannya tidak banyak tidak
membantu secara tepat, relevan, membantu tepat, tidak
calon mendalam. menyumbang calon relevan, dan
menjawab kepada menjawab gagal
soalan secara Kesilapan fakta kedalaman soalan secara menyediakan
terperinci dan minimum, tidak jawapan memuaskan. maklumat
mendalam. mencacatkan yang
ketepatan Kesilapan Kesilapan agak diperlukan
Kesilapan keseluruhan fakta kurang ketara bagi
fakta amat jawapan. ketara, tetapi sehingga menjawab
minimum, agak banyak soalan
sama sekali mencacatkan kecacatan dari
tidak ketepatan segi ketepatan Kesalahan
mencacatkan jawapan. jawapan. amat ketara,
ketepatan dan
jawapan mencacatkan
ketepatan
keseluruhan
jawapan.

5
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

6 5 3- 4 2-3 0–2

TAAKULAN / Membina Membina Pembinaan Hujahan teras Tiada hujahan
REASONING hujahan teras hujahan teras hujahan teras tidak jelas dan teras,
secara logikal merujuk kepada kehendak hanya merujuk kenyataan
Kefahaman, aplikasi, merujuk kehendak merujuk secara longgar kabur dan
sintesis dan evaluasi sepenuhnya soalan. secara longgar kepada soalan. tidak jelas
kepada kepada serta tidak
kehendak Kupasan idea kehendak Kupasan idea merujuk
soalan. menggunakan soalan. hanya kepada
beberapa berdasarkan kehendak
Idea yang contoh, fakta Kupasan idea sedikit bukti soalan.
dikembangkan dan pendetailan yang menyebabkan
sebagai yang dikembangkan hujahan kurang Kupasan idea
respons menyumbangkan berdasarkan koheren. yang
terhadap kepada taakulan bukti terbatas, dikembangkan
soalan, yang agak tetapi hujahan Ada eviden tidak
kupasan isu mantap. agak koheren. yang relevan, didasarkan
disandarkan tetapi bukti.
pada banyak Eviden dalam Sebahagian kebanyakannya
contoh, fakta, hujahan kecil eviden lemah.
pendetailan kebanyakannya kurang
yang relevan relevan. relevan. Tiada eviden
menyebabkan yang relevan
penaakulan dalam
sangat hujahan.
mantap

Eviden dalam
hujahan amat
relevan.

6 5 3–4 2–3 1–2

KOMUNIKASI Susunan idea Susunan idea Susunan idea Susunan Susunan idea
amat logikal, logikal, agak secara kurang logikal, tidak logikal,
Susunan wacana – analitikal, analitikal dan deskriptif , sangat dan tidak
binaan tesis, teratur dan tersusun sesuai kurang logikal, deskriptif dan tersusun
penyampaian isi, fokus sesuai dengan kehendak tetapi tersusun tidak tersusun serta lari dari
perbincangan, kehendak soalan. dan tidak lari tetapi tidak lari kehendak
penegasan wacana, soalan. dari kehendak dari kehendak soalan.
rumusan dan Penyampaian soalan soalan
kesimpulan. Penyampaian idea jelas dan Idea yang
idea amat licin, tetapi ada Penyampaian Penyampaian disampaikan
jelas dan licin kesilapan ayat idea kurang idea kabur, ada menyimpang
menerusi ayat dan tatabahasa jelas dan pengulangan dipenuhi
dan yang minimum. melompat, dan kesilapan kesilapan ayat
tatabahasa kesilapan ayat ayat dan dan

6

PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

yang kemas. dan tatabahasa tatabahasa yg tatabahasa

Idea – idea agak ketara. ketara. Perenggan
utama dalam tiada idea
perenggan Idea utama Idea utama Idea utama utama, hanya
terangkai dalam dalam dalam kenyataan
secara perenggan perenggan perenggan byk umum yang
bertalian terangkai secara terangkai yg tidak tidak
membentuk bertalian secara bertalian dan terangkai dan
idea membentuk idea bertalian kurang binaan idea
keseluruhan keseluruhan membentuk membantu keseluruhan
yang padu. yang kemas. idea pembentukan tidak teratur.
keseluruhan idea
Wacana Wacana yang kemas. keseluruhan Wacana tidak
terfokus pada terfokus pada secara lancar. terfokus pada
tesis; tesis; Wacana kurang tesis;
menunjukkan menujukkan terfokus pada Wacana tidak menunjukkan
kefahaman kefahaman tesis; banyak ketiadaan
mendalam terhadap menunjukkan terfokus pada kefahaman
terhadap pengetahuan kefahaman tesis; terhadap
pengetahuan dan kehendak tidak menunjukkan pengetahuan
dan kehendak soalan. sepenuhnya kefahaman dan kehendak
soalan terhadap rendah soalan.
Sintesis idea pengetahuan terhadap
Mensintesis keseluruhan dan kehendak pengetahuan Sintesis idea
idea agak jitu soalan dan kehendak keseluruhan
keseluruhan sehingga soalan. sangat
secara jitu rumusan dan Sintesis idea longgar
sehingga kesimpulan kurang jitu Sintesis idea sehingga
rumusan dan agak padu. menyebabkan keseluruhan rumusan dan
kesimpulan rumusan dan longgar kesimpulan
amat padu. kesimpulan sehingga tidak relevan.
longgar. rumusan dan
kesimpulan
tidak jelas.

7
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1
BAHAGIIAN 5: PETA DUNIA

8
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

BAHAGIAN 6: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEMA 1 : MASYARAKAT

Unit 1.1 : Masyarakat Feudal

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan definisi dan ciri-ciri dan susun lapisan masyarakat

feudal di England

Kawasan Kajian/ Masa : Masyarakat Feudal di England abad ke-16 hingga 17

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan

1 Konsep  Digunakan oleh sejarawan untuk menerangkan susunan sosial
/definisi masyarakat yang muncul di Eropah pada zaman pertengahan di
Masyarakat Eropah.
Feudal
 Secara umum terdapat dua maksud feudalisme yang merangkumi ciri
persamaan dan perbezaan. Takrifan pertama feudalisme ialah satu
bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau

susunan tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki. Takrifan kedua
membawa maksud satu sistem hubungan timbal-balas yang
berdasarkan ketaasetiaan antara dua kumpulan manusia bebas

2. Sejarah  Sebuah kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke-9 M,

kemunculan selepas perpecahan Empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga

sistem abad ke-13 M

feudal di  Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke

England tangan orang persendirian

3. Ciri-ciri ● Sosial

masyarakat - Masyarakat bersusun lapis yang terdiri daripada raja, bangsawan

feudal di dan petani (serf)

England - Wujud hubungan timbal balas di antara dua kumpulan iaitu golongan

yang memerintah dan diperintah.

- Golongan pemerintah terdiri daripada raja, dan beberapa

bangsawan

- Bangsawan merupakan pengikut yang setia (vassal) kepada raja

- Rakyat biasa yang dikenali serf merupakan golongan yang setia

kapada bangsawan yang berkuasa ke atas mereka.


Ekonomi

- Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti
kampong yang dikenali sebagai manor

- Kegiatan konomi bergantong kepada aktiviti pertanian. Manor menjadi
asas ekonomi feudalisme kerana manor yang menghasilkan
makanan untuk semua lapisan masyarakat termasuk raja.

- kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak menjalankan
perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka
menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri

- perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dkendalikan secara
sistem barter.

● Agama
- Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka memiliki
sebahagian besar tanah.
- Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman
feudal.
- Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat
- Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang

9
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

menekankan aspek duniawi.

● Politik
- Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah
menyebabkan pperangan sering berlaku antara wilayah.
- Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa
dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering
menentang raja.

3 Susun Raja

lapis - berada didudukan yang tinggi. Berperanan menyatupadukan

masyarakat penduduk di bawahnya dengan memberi jaminan keselamatan dan

feudal di perkhidmatan lain.

England - Di bawah raja terdapat beberapa lapisan bangsawan yang menjadi

pengikut raja (vassal) dan memberi kesetiaan kepada raja.

- Bangsawan kelas pertama digelar tenant in chief. Golongan ini

kadang-kala menjadi terlalu berkuasa dan mencabar autoriti raja.

- Raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas tuan tanah (lord) dan pemilik

kepada semua tanah dalam kerajaannya. Ini scara langsung

membolehkan raja menyeragamkan undang-undang yang berkaitan

dengan hal-ehwal politik, ekonomi dan sosial.

- raja memberi tanah kepada golongan bangsawan seperti baron dan

knight sbagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Sebagai balasannya bangsawan harus membekalkan askar-askar

untuk peperangan.

 Bangsawan

- terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua. Lapisan

pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dan

dikenali sebgai tenants in chief.

- Bangsawan lapisan pertama membahagikan tanah (fief) mereka

kepada bangsawan lapisan kedua. Bangsawan lapisan kedua

seterusnya membahagikan fief mereka kepada golongan banagsawan

yang lebih rendah daripadanya atau golongan petani.

- Setiap bangsawan (vassal) berkuasa ke atas petani yang menetap

dalam fiefnya.

- Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan

memerntah di tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah,

undang-undang sendiri dalam mengawal petani yang mengusahakan

tanah dan dikenakan cukai tertentu. Tanah yang diberikan oleh raja

boleh diwariskan oleh golongan banagsawan

- sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan

akan dikenakan cukai ke atas tanah berkenaan, mereka harus

memberi kesetiaan kepada raja dan menyediakan knight sebagai

tentera raja

- Golongan bangsawan diberikan gelaran oleh raja seperti duke, count,

baron (lord) dan vassal.
● Knight

- Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang

ketenteraan. Berkhidmat dengan raja, bangsawan (lord atau baron)

dan mendapat ganajaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan.

- bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga banagsawan.

Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka berkhidmat

untuk raja dan bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.

- Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai balasan serf akan

memberi perkhidmatan kepada knight. Knight pula akan melindungi

serf dan keluarganya.

- Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah dan pasukan

tentera sendiri. Meek juga berhak memungut cukai di kawasannya.

Petani

10
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

- rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan.
Mereka dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak
bebas sepenuhnya.

- petani terikat dengan pemimpin atau tuan tanah mereka dan tidak
bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

- berada di bawah pengawasan dan bergantung kepada raja dan
bangsawan untuk mendapatkan rezeki.

- bercucuk tanam dan menjelankan ternakan di tanah yang diperuntukkan
oleh tuan tanah untuk keperluan harian. Ada juga petani yang
menyewa tanah dengan golongan bangsawan.

- Petani mewakili sebahagian besar daripada penduduk England. Mereka
dikenali sebagai freeman, villian, sokeman, border dan cottar.

- Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord manor (institusi
manor/ladang) yang akan melindungi petani, mendirikan mahkamah
bagi membolehkan petani mendapatkan keadilan.

● Hamba
- Berada di bawah golongan petani.mewakili satu persepuluh penduduk
England.
- Golongan ini tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan
yang terhad.

Paderi
- merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar
terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai
vassal.
- pada abad ke-12 dan 13 M hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di
Eropah Barat dikawal oleh gereja..
- Boshop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam
gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campurtangan
golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan
pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan
material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia
(tanah).

Bahan -
Rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-1955),Shah
Alam,Oxford Fajar

Latihan Huraikan struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 hingga abad

Pengayaan ke-17.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN

SOALAN : 1.BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND ABAD 16 HINGGA
17 MASIHI

PENDAHULUAN
Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis
tersendiri. Masyarakat feudal di England dapat dibahagi kepada dua golongan iaitu golongan
pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, bangsawan dan dan
golongan knight manakala golongan diperintah terdiri daripada petani dan hamba. Walaupun begitu,
perubahan dalam struktur masyarakat feudal di England mula berlaku pada abad ke-16 dan 17. Oleh
itu, terdapat beberapa ciri masyarakat feudal di England pada masa itu.

ISI- CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

11
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

Antara ciri masyarakat feudal di England ialah kedudukan raja. Raja England mempunyai kuasa
mutlak dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran , perundangan dan kehakiman. Hal ini kerana
sistem pemerintahan monarki diamalkan di England. Sebagai contoh, Raja James I dan Raja Charles
I. Raja juga mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Selain itu, raja juga
mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukannya. Contohnya, cukai eksport dan
import dikemukakan. Jelaslah bahawa kedudukan raja semakin kukuh dalam masyarakat feudal di
England pada abad ke-16 dan 17.

Ciri masyarakat feudal yang seterusnya ialah kemerosotan kedudukan bangsawan. Hal ini
disebabkan kedudukan raja England semakin kukuh akibat perkembangan ekonomi kapitalis.
Ekonomi kapitalis menyebabkan raja semakin berkuasa dan juga dapat mengawal golongan
bangsawan. Perkembangan ini menyebabkan kekuasaan golongan bangsawan semakin merosot.
Jelaslah di sini kedudukan dan kekuasaan golongan bangsawan semakin merosot pada abad ke-16
dan 17.

Selain itu, ciri–ciri masyarakat feudal di England ialah kedudukan knight. Dalam masyarakat ini,
golongan knight memainkan peranan dalam bidang ketenteraan untuk menjaga dan
mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka akan menerima
ganjaran iaitu tanah daripada raja dan golongan bangsawan. Walaupun begitu, kedudukan knight
juga mengalami perubahan kerana raja England tidak lagi bergantung dengan golongan knight untuk
menpertahankan negara. Hal ini disebabkan kerana raja England menggunakan tentera persendirian
daripada golongan bawahan seperti petani dan hamba untuk berkhidmat dalam pasukan tentera.
Tegasnya kedudukan knight mula berubah pada abad ke-16 dan 17.

Pemilikan tanah juga merupakan salah satu ciri masyarakat feudal di England. Pada masa itu,
kegiatan ekonomi masyarakat feudal bergantung kepada tanah. Sebagai contoh, raja England akan
mengurniakan tanah kepada golongan bangsawan. Tanah yang dikurniakan oleh raja boleh diwarisi
oleh keluarga bangsawan. Menjelang pertengahan abad ke 16 dan 17, masyarakat feudal tidak lagi
bergantung kepada tanah. Mereka mula melibatkan diri dalam aktiviti perindustrian. Jelaslah bahawa
pemilikan tanah adalah ciri-ciri masyarakat feudal di England.

Ciri yang selanjutnya ialah kewajipan peribadi. Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan
peribadi antara raja dengan golongan bangsawan. Contohnya, raja England juga akan memberikan
perlindungan kepada golongan bangsawan manakala golongan bangsawan memberikan
perkhidmatan ketenteraan kepada raja. Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam
hubungan antara raja dengan golongan bangsawan. Kesannya, kedudukan raja semakin kukuh dan
raja tidak perlu lagi bergantung dengan golongan bangsawan untuk mendapat perkhidmatan
ketenteraan. Jelaslah bahawa hubungan peribadi tersebut mula berubah pada abad ke-16 dan 17.

Ciri masyarakat feudal yang seterusnya ialah mobiliti sosial. Masyarakat feudal merupakan
masyarakat yang mempunyai susun lapis serta mempunyai kedudukan ekonomi, sosial, dan politik
yang berlainan. Dengan ini, setiap lapisan harus melaksanakan peranan dan tugas yang telah
ditetapkan. Menjelang abad ke-16 dan 17, masyarakat feudal England berlaku perubahan dalam
bidang ekonomi, politik dan sosial. Kesannya, kemunculan golongan pertengahan dan kelas
menengah dalam masyarakat feudal seperti pedagang dan peniaga. Jelaslah bahawa wujud mobiliti
sosial dalam masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan 17.

Ciri terakhir dari aspek pengaruh Agama. Gereja Katolik merupakan institusi yang berkuasa,
mereka memiliki sebahagian besar tanah. Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada
zaman feudal.

Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat. Gereja menekankan aspek
kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.

Kesimpulannya, masyarakat feudal England mula berlaku perubahan dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial pada abad ke-16 dan 17. Hal ini kerana kedudukan raja semakin kukuh dan juga
dapat mengawal kekuasaan golongan bangsawan. Perkembangan ini menyebabkan kedudukan dan
peranan masyarakat feudal mengalami perubahan. Kesannya juga muncul golongan pertengahan
dalam masyarakat England.

12
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

SOALAN 2: HURAIKAN STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL YANG DIAMALKAN DI NEGARA
ENGLAND PADA ABAD KE-16 HINGGA KE-17.

PENDAHULUAN
Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis

tersendiri. Kedudukan, kekuasaan dan status setiap lapisan ditentukan melalui penguasaan ke atas
tanah. Masyarakat feudal di England dapat dikesan pada zaman kemuncaknya semasa Dinasti Tudor
tahun 1485 hingga 1603. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu
Pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan iaitu baron, dan
knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf

Isi-Isi Penting:
1.Golongan Raja
Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485-1603). Raja
Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan
berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara.
Walaupun raja-raja mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang
kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah
meliputi pusat segala kekuasaan. Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja.
Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam
Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen.
Pembatasan kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16
menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak dapat
menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan
pemerintahan.
Contoh Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya
Meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera
persendirian, dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan.
Raja Henry juga menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk menguruskan hal
berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan mi menjadi popular
dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.

2.Golongan Bangsawan atau Baron
Golongan Bangsawan atau Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi.
Raja akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron dan vassal. Duke
berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal.
Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka
akan mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani
atau serf yang mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh golongan
bangsawan.
Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan dikenakan cukai ke atas tanah
memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja.
Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan mengagihkannya
kepada knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem
pewarisan yang dikenali sebagai sistem primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak
lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau
tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan
dikekalkan.
Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga tahun
1485 antara golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam golongan
bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut telah
mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti Tudor yang memerintah England.
Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh England. Pengukuhan
dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan raja merasakan kesetiaan golongan
bangsawan kepada raja tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah
melantik golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja.

13
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

3.Golongan Knight
Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi tanah
sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja.
Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta,
dan barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga
baron daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat
untuk baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.
Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah
tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight
dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki
rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight
juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.
Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja telah
mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau
musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kemajuan
ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan
tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah memainkan peranan utama dengan
menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera
tetap terutama dalam pasukan infantri.

4.Golongan Rakyat biasa
Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah sekali dalam lapisan
masyarakat Feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan
Berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk tanam dan
menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian dan
Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain.
Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor (institusi
manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk
keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Namun, kehidupan
golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Pada abad ke- 16,
banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan bertambah.
Pertanian komersial turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada man tanah selepas berlaku
peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.

Golongan Paderi
Golongan Paderi merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri
daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal. pada abad ke-12 dan 13 M
hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.
Boshop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan
bangsawan. Campurtangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan
pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua
tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).

KESIMPULAN
Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada
raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight dan rakyat
biasa. kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun
lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan
pemerintah ke atas golongan bawahan di England. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun
lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada
saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan.

14
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

TEMA 1 : MASYARAKAT

Unit 1.1 : Masyarakat Feudal

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan ciri-ciri dan struktur masyarakat feudal di Jepun abad ke-

16 dan 17

Kawasan Kajian/Masa : Masyarakat Feudal di Jepun abad ke-16 hingga 17

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan

1. Sejarah - Feudalisme di Jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman
kemunculan Kamakura (1192 – 1333) hingga zaman Sengoku Jidai (1536 -1598)
sistem feudal
di Jepun Feudalism di Jepun mencapai kematanagan pada zaman

Keshogunan Tokugawa (1603 – 1867)

2 Ciri-ciri Kedudukan maharaja dan Daimyo

masyarakat - Maharaja tiada kuasa. Keadaan geografi negara Jepun yang

feudal di bergunung-ganang menyebabkan maharaja gagal mengawal

Jepun Daimyo.

- Gabenor yang dilantik yang terdiri daripada bangsawan istana gagal

mengawal kuasa Daimyo kerana kelekaan dengan kemewahan dan

mereka tinggal di kota.

- Belakunya perebutan dalam kalanagan suku untuk menguasai

kekuasaan politik. Kemuncak perebutan tersebut berlaku apabila

ketua keluarga Miramoto Yoritomo berjaya membentuk kerajaan

bersifat keteneteraan yang pertama di Kamakura yang dikenali

Bakufu. Miramoto Yoritomo menggunakan gelaran Shogun

- Kemerosotan kuasa raja memberi ruang kepada kemunculan tuan-

tuan tanah (Daimyo) yang memiliki banyak ladang yang dipanggil syo

atau Syoen.

- Keadaan ini menyebabkan kekuasaan golongan tanah (Daimyo)

mengatasi kekuasaan istana dan maharaja. Impaknya petani tidak

lagi memberi ketaatsetiaan kepada maharaja tetapi sebaliknya

kepada Bakufu.

- Pemerintahah Kamakura menandakan bermulanya sistem feudal di

Jepun

- Pada zaman Shogun Tokugawa, maharaja dianggap sebagai

ketua negara tetapi dan lambang perpaduan

kuasa sebenarnya berada ditangan Shogun.

- Bagi mengawal kuasa maharaja, Shogun mengeluarkan satu ordinan

yang dikenali Kinchu Kuge Sho-Hatto (Peraturan bagi Istana)

● Ekonomi
- Pada era Shogun Tokugawa, ekonomi berasaskan beras. Hasil
pendapatan dan kekayaan Daimyo dan Samurai diukur mengikut
banyak beras yang dimilikinya dan bukannya wang.
- Kedudukan petani penting kerana mereka adalah jentera yang
menghasilkan beras. Kedudukan atau kekayaan Daimyo dan
Samurai bergantung kepada petani.
- Pekembangan perdagangan menyebabkan golongan Samurai
menjual beras mereka kepada pedagang untuk memperoleh wang.
- Masalah ekonomi menyebabkan golongan Samurai berhutang dengan
golongan pedagang. Keadaan ini menyebabkan berlaku
kemerosotan kedudukan golongan Samurai dan seterusnya
meningkatkan status sosial golongan pedagang

● Kepentingan golongan Samurai

15
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

- mempunyai kedudukan istimewa kerana mereka adalah penentu

kepada kelangsungan kekuasaan Shogun. Berfungsi menjaga

keamanan negara dan menjaga kepentingan Daimyo tanpa berbelah

bahagi.

- Tidak melakukan sebarang pekerjaan walaupun dalam keadaan

aman. Kehidupan mereka ditanggung oleh petani
● Kepentingan Petani

- Kedudukan penting kerana Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.

- Bertanggungjawab mengeluarkan beras yang menjadi makanan

rakyat

- Kehidupan petani tertekan kerana mereka dikenakan sistem kerah

iaitu dikerah untuk mengangkut barangan pertanian melalui

sepanjang jalan Tokaido dengan dikenakan beberapa tempat

sekatan bagi membolehkan pegawai menjalankan pemeriksaan.

Mereka juga dikenakan cukai yang tinggi.
● Peranan golongan artisan

- mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi,

tukang tembaga, tukang timah, penenun, pembuat kertas dan lain-

lain.

- mereka diberi gaji dan rumah yang baik serta dibenarkan

menggunakan pedang. Walaupun tarafnya lebih rendah daripada

petani tetapi kehidupannya lebih baik.
● Peranan Pedagang

- Dipandang hina kerana Jepun amalkan dasar tutup pintu.

- Mereka mmpunyai kedudukan ekonomi yang baik dan kaya raya.

Akhirnya berjaya memperbaiki status sosialnya.
3. Susun lapis ● Kedudukan Raja

masyarakat - Masyarakat feudal di Jepun zaman Tokugawa (1603-1867) terdiri

feudal di daripada Daimyo, Samurai, petani, tukang mahir dan saudagar.

Jepun Maharaja hanyalah sebagai boneka dan dijadikan simbol

pemerintahan sahaja.

- Kuasa pemerintahan sebenar terletak ditangan Shogun dan dibantu

oleh daimyo-daimyo. Daimyo yang penting adalah daimyo Fundai.

Mereka akan membantu Shogun dalam pemerintahan. Mereka

merupakan anggota keluarga dan sekutu-sekutu Shogun. Mereka

dikurniakan tanah dibahagian tengah dan utara Honshu.

- Diamyo Tozama ialah musuh Shogun. Mereka terdiri daripada suku-

suku barat seperti Satsuma,Chosu,Toza dan Hizen. Mereka akan

diawasai oleh Shogun dan dilarang memasuki istana maharaja di

Kyoto.

- Golongan daimyo sangat berkuasa di Jepun dan dikatakan

mengalahkan kuasa yang dimiliki oleh maharaja sendiri.

Samurai

- Golongan samurai mempunyai kedudukan yang istemewa kerana

kemahiran mereka dalam bidang ketenteraan.

- Kekuatan ketenteraan mereka menjadi tulang belakang kepada

daimyo dan golongan bangsawan. Golongan samurai akan

mempertahan hak milik serta melindungi keselamatan tuannya.

Mereka tidak dibenarkan menceburi bidang pekerjaan yang lain.

Daimyo

● Petani
- Golongan petani menduduki tempat yang istimewa kerana Jepun juga
adalah negara pertanian. Mereka merupakan pembekal beras
kepada masyarakat dan pembayar cukai kepada kerajaan Jepun.

 Tukang / Artisan
- Tukang-tukang mahir adalah kedua penting selepas petani. Mereka

16
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

mahir membuat alat-alat senjata seperti pedang untuk kegunaan

samurai.

- Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang. Walaupun mereka

dipandang rendah dan tidak dibenarkan dalam pergerakan sosial

namun keamanan yang mendorong perkembangan ekonomi

membolehkan mereka mengumpul kekayaan dan berjaya sebagai

pemiutang kepada golongan bangsawan.

Saudagar

Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang Walaupun mereka

dipandang rendah dan tidak dibenarkan dalam pergerakan sosial

namun keamanan yang mendorong perkembangan ekonomi

membolehkan mereka mengumpul kekayaan dan berjaya sebagai

pemiutang kepada golongan bangsawan.

4 Bahan Rajendran ,M. 1988 Sejarah Jepun, Kuala Lumpur,Arenabuku

Rujukan

5 Latihan Soalan Latihan:

Pengayaan a) Bandingkan ciri-ciri masyarakat di England dengan di Jepun pada

abad ke-16 dan 17

b) Analisiskan struktur sosial masyarakat di England dan Jepun pada

abad ke-16 dan 17

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1 : HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN ABAD 16-17M

Pendahuluan
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan
bukan wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah
mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja yang berada di kemuncak struktur
pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya
termasuklah tanah. Dalam sistem feudal di Jepun terdapat beberapa ciri-ciri masyarakat feudal di
Jepun. Antaranya ialah Kedudukan Maharaja, Kedudukan Shogun, Kedudukan Samurai, Pemilikan
Tanah, Kewajipan Peribadi dan Mobiliti Sosial.

Isi-isi Penting Ciri-Ciri Masyarakat Feudal di Jepun

1.Kedudukan Maharaja
Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan
dengan unsur ketuhanan yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja serta
menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.
Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua Negara. Tetapi, Maharaja tidak mempunyai
kuasa pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto
dengan di kelilingi oleh pegawai istana ( kuge )

2.Kedudukan Shogun.
Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan Shogun
Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal
ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.
Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau
Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah
manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu
Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di
Edo.

3.Kedudukan Samurai.
Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera). Mereka mempunyai kedudukan istemewa iaitu
mempunyai nama keluarga dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga

17
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

keamanan Negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja
lain.
Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk
Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf
tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memiliki tanah, Samurai bersederhana merupakan
samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki.

4.Pemilikan Tanah.
Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah di serahkan kepada vassal yang setia kepada shogun.
Selain itu, shogun memberikan tanah kepada tuan tanah ( daimyo ) yang setia kepadanya. Daimyo
yang setia akan mengawasi gerak geri daimyo yang di ragui kesetiannya.
Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah daripada daimyo yang menentang
pemerintahannya. Tanah-tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera dan tuan tanah yang setia
kepadanya. Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.
Pegawai yang menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai dan Daskan.

5.Kewajipan Peribadi.
Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo. Shogun
menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan
membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan.
Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama, iaitu satu
pihak memberikan perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam
pentadbiran dan ketenteraan.

6.Mobiliti Sosial.
Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan ke 17 terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap
lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.
Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam hal
ini, perubahan status dan mobility sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku.
Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang di pandang rendah dan tak berlaku
mobiliti sosial.

KESIMPULAN
Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat dibuat berdasarkan
pekerjaan yang diwarisi. Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa
pemerintahan meiji dan di anggap sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini
kekal sehingga hari ini.

SOALAN 2: HURAIKAN STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL YANG DIAMALKAN DI JEPUN

PENDAHULUAN :
Konsep feudal boleh dimaksudkan dengan kuasa politik yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh
individu tertentu atau kerajaan pusat. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah
feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika
itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan
golongan atasan. Sistem beraja dibantu oleh pembesr dalam menjalankan urusan pemerintahan dan
pentadbiran.masyarakat feudal terbahagi kepada dua lapisan masyarakat. Golongan pemerintah dan
golongan di perintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, pembesar daimyo dan
golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, tukang mahir dan saudagar.

Isi-isi penting:
1.Golongan raja atau Shogun Tokugawa

 Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja. secara teorinya maharaja dianggap sebagai
pemerintahan keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur
ketuhanan yg bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharajaserta menanam
kesetiaan rakyat kepada maharaja.

 Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa
pemerintahan di bawah shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto

18
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

yang dikeliling oleh pengawal istana. Ini bermakna, sistem ekonomi juga di pegang oleh
shogun tokugawa dan para pembesar yang akan mengutip cukai

2.Golongan Pembesar Daimyo
 Daimyo terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu, Daimyo fudai, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga tokugawa dan sekutunya. Mereka
menbantu tokugawa menguasai pemerintahan dan diberikan tanah di bahagian tengah dan
utara Honshu.
 Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah persaudaraan yang terdiri daripada saudara mara
keluarga tokugawa. Keluarga tokugawa yang utama dikenali sebagai Go-sanke milik anak
Leyasu yang terletak di daerah Owari ,kii dan mito. Daimyo Tozama pula dikenali sebagai
daimyo luar di mana mereka merupakan musuh shogun tokugawa yang terdiri daripada suku-
suku barat seperti kato, ikeda, asano, shimazu. Tindak-tanduk mereka sentiasa di awasi oleh
shogun tokugawa. Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan
mereka mnjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan shogun

3.Golongan Samurai
 Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem
susun lapis masyarakat Jepun. Mereka berfungsi menjaga keamanaan negara dan daimyo.
 Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan melakukan kerja lain

4.Golongan petani – nomin
 Petani mendapatkan kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa. Amalan dasar
tutup pintu yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan dgn
negara luar. Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan menbayar
sebahagian besar cukai. Mereka hanya diberikan makanan secukupnya sebagai balasan
kerana hasil yang dikeluarkan untuk negara.

5.Golongan Artisan atau tukang mahir
 Artisan adalah dibawah golongan petani dimana mereka akan membuat pedang serta
peralatan yang berguna. Mereka di beri penghormatan dan sumbagan masyarakat dan di beri
gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu juga turut diberi layanan yang sama serta diberi gaji
sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilang pedang

6.Golongan Pedagang – chonin
 Pedagang di bawah tukang mahir. Mengikut tradisi Jepun, golongan pedagang dipandang
rendah oleh masyarakat feudal kerana mempunyai pekerjaan yang hina dan tidak
menguntungkan. Namun begitu, keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin
berkembang dan para pedagang berjaya mengumpul wang dan harta dengan banyak.
 Mereka berjaya memperbaiki status diri dan mengikat ramai bangsawan melalui hutang.
Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yg akhirnya diwarisi oleh syarikat
moden Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal termasuklah mitsui dan Noraya Mozaemon

KESIMPULAN
Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat di buat berdasarkan
perkerjaan yang diwarisi. Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan
diaggap sebagai raja perlembagaan maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

+++++++++++++++++++++++++++++++
MAHARAJA
HIERARKI TERTINGGI
Ketua negara
Kuasa terhad
Kuasa ditangan shogun
Pemerintah keduniaan dan kerohanian
Lambang perpaduan
Kuasa terhad di istana
Tinggal di istana Kyoto dikawal oleh kuge
Tidak boleh dilawati kecuali dengan izin shogun

19
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

SHOGUN
LAPISAN KEDUA
Pemerintah sebenar -jalankan tugas atas nama maharaja
Ketua pahlawan/tentera
Pemerintahan berdasarkan bakufu (tentera) atas kuasa Shogun Tokogawa
3 jabatan -Tairo (majlis penasihat agung), Roju dan Hyojosho -licinkan pentadbiran
Kenalkan ordinan 1615- sekat kuasa maharaja
Kenalkan sistem sankin kotai -kawal daimyo
Elak kuasa shogun tercabar

DAIMYO-LAPISAN KE3
Sebagai golongan tuan tanah
Kuasai pentadbiran dalam daerah
Terdiri 3 kumpulan-

- Daimyo Fudai -anggota keluarga Tokugawa-miliki tanah luas-bantu Shogun dalam
pentadbiran dan ketentearaan.

- Daimyo Shimpan- mempunyai hubungan persaudaraan dengan Tokugawa-bantu Shogun
dalam pentadbiran dan ketenteraan

- Daimyo Tozama -dikenali daimyo barat atau musuh -terdiri daripada pual Chosu, Toza, Hizen
dan Satsuma. Tidak dipercayai Shogun- berperanan bekalkan tenaga buruh dan bahan
binaan -nayaran rendah

SAMURAI
- Panglima perang atau pahlawan
- Kedudukan istimewa
- Jaga keamanan-luaskan wilayah kekuasaan dan pengaruh -jaga kepentingan daimyo’
- Taatsetia terhadap Daimyo
- Dilarang lakukan pekerjaan lain selain tentera
- Tidak berlaku mobiliti sosial
- Kehidupan ditanggung oleh petani -petani bekalkan beras kepada samurai -makanan yang
cukup.
- Kekayaan samurai bergantung kepada jumlah beras yang diperoleh
- Samurai jual beras kepada saudagar untuk dapatan wang

PETANI
- Golongan dipandang mulia
- Kedududkan tertinggi dalam masyarakat Jepun (diperintah)
- Berupaya keluarkan beras untuk bangsawan dan negara (pdg mulia)
- Balasannya – diberikan makanan yang cukup
- Juga berpeluang mendapat Pendidikan di sekolah kampung- kemahiran asas
- Sistem kerah
- Bayar cukai 40-50% kepada daimyo

ARTISAN
- Mahir buat pedang
- Dihormati kerana mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sumbangan kepada masyarakat
- Dibayar gaji
- Kediaman selesa ( artisan pembuat senjata)

PEDAGANG/CHONIN
- Lapisan paling rendah- Jepun tidak galakan aktiviti perdagangan dengan kuasa barat- dasar
isolasi yang diamalkan.
- Abad ke-17 muncul golongan pedagang yang cekap seperti Mitsui, Kamoike dan Sumitomo
- Perkenalkan budaya pengurusan baharu

KESIMPULAN
- Suktur Feudal – tidak berlakunya mobility sosial – perkerjaan diwarisi
- Usaha Shogun kekalkan kuasa dan pengaruh
- Kuasa asing- hapus sistem feudal

20
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

SOALAN 3: BANDINGKAN SISTEM FEUDAL YANG DIAMALKAN DI ENGLAND DAN JEPUN
PADA ABAD KE 16 HINGGA KE 17.

PENGENALAN
Definisi Masyarakat Feudal – masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan
aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-
dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan
di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.masyarakat feudal di
England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti
oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)manakala masyarakat feudal di
Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke
atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah
mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Isi – isi Penting
Persamaan:

1.Konsep masyarakat feudal dibina atas dasar keturunan dan sistem kelas yang saling memerlukan
antara golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid. Contohnya, dalam
sistem piramid , golongan bangsawan berada di atas diikuti oleh golongan tentera dan petani.

2.Pembinaan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas antara kedua-dua
negara. Contohnya,di England sistem Primogeniture memberikan hak kepada anak lelaki tertua
sahaja mewarisi harta pusaka bagi mengelakkan harta dibahagikan. Manakala di Jepun pula
golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Jepun iaitu mereeka
bermula dari status ketua yang popular dalam kalangan bangsawan.

3.Kurangnya perubahan status atau mobaliti sosial dalam masyarakat feudal. Misalnya, jika
dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarakan sebagai anak petani, sedangkan anak-anak
bangsawan akan tetap menjjadi golongan bangsawan.

4.Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat di England dan Jepun. Keadaan
ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan Samurai di Jepun mempunyai peranan yang penting
pada zaman feudal . Kedua-dua berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat dengan
undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry manakala samurai terikat dengan
konsep bushido di Jepun.

5.Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju
perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi dan di sadur dengan besi . Baju perisai Jepun
pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan bantuan untuk
menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak memerlukan bantuan.

Perbezaan:

1.Konsep undang-undang Rom yang diamalkan masyarakat feudal di England menekankan hak,
undang-undang dan kewajipan iaitu hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi
zaman feudal digunakan di England. Manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan
dipengaruhi oleh etika Confucius yang lebih menekankan aspek moral berbanding undang-undang.
Dalam erti kata lain, kekuasaan dan kesetian menjadi kuasa mutlak.

2.Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu. Bagi
golongan bangsawan di England pembinaan istana daripada batu sangat penting bagi melindungi
mereka dan vassal dari serangan. Golongan Daimyo di Jepun membina istana daripada kayu
memandangkan banyak sumber hutan di Jepun.

3.Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun kuasa dan
kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak.

21
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1
4.Perbezaan yang paling ketara ialah Pemilikan tanah, Di England golongna knight mendapat tanah
sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani atau
serf yang berkerja di tanah-tanah mereka. Manakala di Jepun, samurai tidak mempunyai tanah. Hal
ini kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam bentuk
beras.
5.Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua
tentera.
KESIMPULAN
Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di Eropah dan Jepun.
Persamaan yang terdapat dalam pelbagai aspek antaranya; Konsep, Pembinaan, Masyarakat,
Mobiliti Sosial, Peperangan, dan Peralatan Peperangan..

22
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

TAJUK 1 : MASYARAKAT

Unit 1.2 : Masyarakat Agraria
Hasil Pembelajaran : Menghuraikan definisi dan ciri-ciri masyarakat agraria.
Kawasan Kajian/Masa : Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga

Waktu pengajaran abad ke- 17
Bil Kandungan : 2 waktu

Keterangan

Konsep /definisi - Masyarakat Agraria ialah masyarakat yang berasaskan

1. Masyarakat Agraria pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan

sungai.

- Masyarakat agrarian tinggal menetap di

kawasantanahpertanian yang subur dan sesuai untuk

menjalankan kegiatan pertanian.

2. Ciri-ciri masyarakat  Kegiatan ekonomi
Agraria di Belanda - Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian

yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis tanaman,
antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.
- Hasil sayur-ssyuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol,
ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin pula seperti barli,
gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.
- Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi
merosot pada abad ke-17 dan peranannya diambil alih oleh
tanaman gandum.
- Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman
dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.
- Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan pentenakan
secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu
dan kambing. Mereka juga mengusahakan perusahaan
tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju.
Kawasan tebusu utama ialah di utara Samsterdam dan di
wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda banyak di ekspot
 Petempatan
Masyarakat membina penempatan di lembah-lembah
sungai kerana tanahnya yang subur.
Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi
tumpuan penempatan masyarakat agraria di Belanda ialah di
wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect
 Pembinaan sistem pengairan
- Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan,
kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi
kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air
dari sungai untuk tujuan pertanian.
- Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan secara insentif.
- masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk
menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi
tujuan pertanian
 Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk
meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli
digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.
Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang
ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.
 Pengenalan kaedah pertanian baru
- Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan

23
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

3. Sumber Rujukan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan
kesuburan tanah.Peralatan tengala baru telah dicipta dan
4 Cadangan latihan digunakandi Gelderland
- Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad
pengukuhan/pengayaan ke16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara
tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman
sengkuan dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin.
Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di wilayah Waes
pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan
Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.
- Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan
sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini
dimansuhkan.
 Penambakan laut untuk kawasan pertanian
- aktiviti penambakan laut telah dijalankanuntukmeluaskan
kawasan pertanian.
- kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan
Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan
kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian

 Kemajuan dalam teknologi pertanian
- masyarakat agraria Belanda mempunyai kemahiran dalam

mencipta peralatan-peralatan baru bagi menjalankan
kegiatan pertanian. Antara alatan yang dicipta ialah tugal dan
tenggala beroda untuk tujuan memugar dan membajak tanah
pertanian. Alat ini digunakan di Gelderland

Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan
pertanian dijalankan secara besar-besaran.
 Buku Rujukan :
1. Sivachandralingam Sundar Raja Sejarah Dunia (1500 –

1955), Shah Alam Raja Fajar Bakti.
2. Mahdi Shuib dan rakan-rakan, Teks STPM Sejarah

Penggal 1,Bandar Baru Bangi, Pelangi
 Internet/Blogspot :

a. Semekar Cintaku
b. Sukosensei
c. Cikgustpm

 Contoh soalan esei :
a. Masyarakat agraria di Belanda abad ke-16 hingga 17

menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian.
Bincangkan.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN PERKEMBANGAN KEGIATAN PERTANIAN MASYARAKAT
AGRARIA DI CHINA

PENDAHULUAN
Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat, sistem feudal diamalkan di China. Masyarakat China
mengamalkan kegiatan ekonomi feudal seperti bercucuk tanam secara kecil-kecilan dan berbentuk
secara sara diri. Berikut adalah perkembangan kegiatan pertanian menjelang abad ke-16 dan 17
dalam tamadun China.

Sistem ekonomi yang diamalkan pada abad ke-16 dan 17 di China bercorak sara diri.
Sebahagian besar daripada penduduk China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Antara
tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah padi, gandum, milet dan sebagainya.

24
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

Padi ditanam secara meluas di kawasan selatan Lembah Sungai Kuning dan bahagian hilir Sungai
Yangtze. Gandum juga merupakan makanan utama di bahagian tanah tinggi di utara China.Sejak
zaman awal pemerintahan beraja, tanah pertanian di China dimiliki oleh golongan tuan tanah yang
terdiri daripada kalangan kaum kerabat diraja. Tuntasnya, terdapat pelbagai jenis tanaman yang
ditanam oleh masyarakat agraria secara sara diri.

Menjelang abad ke-16 dan 17, ekonomi kapitalisme mula bertapak di China. Kegiatan ekonomi
kapitalisme berkembang pesat semasa pemerintahan Maharaja Chien Lung pada abad ke-18.
Perkembangan ini menyebabkan tanaman komersial seperti tembakau, kapas, dan tebu
diperkenalkan. Tanaman tembakau ditanam secara besar-besaran di wilayah Kwangsi dan Fukien.
Tanaman kapas merupakan tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran.
Menurut perangkaan lebih kurang 100000 orang penduduk di wilayah Kwangtung terlibat dalam
perusahaan sutera. Jelasnya, kegiatan ekonomi kapitalisme menyebabkan tanaman komersial
berkembang.

Perkembangan kegiatan pertanian masyarakat agraria seterusnya adalah mendirikan petempatan
di kawasan lembangan sungai. Kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat agraria
di China ialah lembah Sungai Kuning dan Sungai Yangtze. Kawasan ini mempunyai tanah loes yang
subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Masyarakat agraria mendirikan petempatan di
tanah pamah dan kawasan ini menjadi tumpuan masyarakat agraria kerana tanah subur dan terdapat
sistem saliran dan pengairan. Jelaslah bahawa masyarakat agraria di China mendirikan petempatan
di kawasan tanah pamah untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam.

Di samping itu, perkembangan seterusnya adalah masyarakat agraria mempunyai kemahiran dalam
teknologi pengairan. Petani telah membina terusan bagi mengawal aliran air sungai. Terusan dibina
untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banijr. Mereka juga membina teres di
lereng-lereng bukit bagi penanaman padi. Pam yang digerakkan dengan menggunakan tenaga
binatang ataupun manusia untuk mengepam air ke kawasan pengairan juga digunakan. Empangan
juga dibina untuk membekalkan bekalan air bagi mengairi kawasan pertanian. Konklusinya,
masyarakat agraria menggunakan pelbagai kemahiran untuk meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.

Perkembangan yang seterusnya dalam kegiatan pertanian masyarakat agraria adalah memelihara
kesuburan tanah pertanian. Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara
kesuburan tanah pertanian. Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di negara China sejak zaman
dinasti Han. Petani juga menggunakan baja untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Tuntasnya, pengetahuan memelihara kesuburan tanah membolehkan masyarakat agraria mencapai
kemajuan dalam pertanian.

Perkembangan kegiatan pertanian terakhir dalam masyarakat agraria China adalah teknologi
pertanian. Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk membina alur, parit atau lekuk
memanjang di permukaan tanah. Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti
penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda. Di samping teknologi pertanian, masyarakat agraria di
China memperkenalkan kaedah baharu dalam pertanian. Contohnya tanaman bergilir, tanaman dua
pusingan dan pengkhususan dalam pertanian. Tegasnya, peningkatan teknologi merupakan
perkembangan yang penting dalam aktiviti pertanian masyarakat agraria di China.

Kesimpulannya, menjelang abad ke-16 dan 17 masihi, masyarakat agraria memainkan peranan
penting dalam bidang ekonomi. Mereka mencapai kemajuan pesat dalam kaedah dan teknologi
pertanian. Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan peningkatan pengeluaran hasil
pertanian dan kemajuan ini meletakkan asas bagi kebangkitan negara China.

25
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

SOALAN 2: HURAIKAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI PERTANIAN MASYARAKAT AGRARIA DI
BELANDA ABAD 16 HINGGA ABAD 17 M

Masyarakat agraria di Belanda merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan
pertanian. Masyarakat agraria di Belanda tinggal menetap di sekitar kawasan lembah sungai
mempunyai tanah subur seperti wilayah Zeeland. Oleh itu, petempatan masyarakat ini menggalakkan
Belanda mengalami perkembangan pesat dalam kegiatan pertanian pada abad 16 ke 17. Terdapat
beberapa kemahiran teknologi pertanian terhadap masyarakat agraria di Belanda abad 16 hingga
abad 17 M.

Antara kemahiran teknologi pertanian dalam masyarakat agraria di Belanda adalah
mempelbagaikan tanaman. Hal ini kerana masyarakat Belanda mempunyai kaedah dan teknik
pertanian yang maju seperti sistem tanaman bergilir pada abad ke 16 dan 17. Dengan itu, tanaman-
tanaman dapat diperkenalkan dalam masyarakat Belanda dan juga boleh memastikan aktiviti
pertanian dapat dilaksanakan sepanjang tahun. Sebagai contohnya, masyarakat agraria di Belanda
boleh menanam pelbagai jenis tanaman seperti barli, madder, bunga hop dan sebagainya. Jelaslah
bahawa kemahiran teknologi pertanian dapat mewujudkan pelbagai jenis tanaman dalam masyarakat
agraria di Belanda pada abad ke 16 dan 17.

Kemahiran teknologi pertanian yang seterusnya dalam masyarakat agraria di Belanda adalah
kemahiran menebus guna tanah. Aktiviti menebus guna tanah dijalankan oleh masyarakat Belanda
untuk meluaskan kawasan pertanian. Misalnya, sebahagian besar wilayah Zeeland ditebus guna
untuk menjalankan aktiviti pertanian. Hal ini disebabkan petempatan masyarakat Belanda tinggi
menetap di kawasan tanah yang subur. Oleh itu, aktiviti menebus guna tanah telah menyebabkan
keluasan kawasan tanah pertanian meningkat di masyarakat Belanda pada abad ke 16 dan 17.

Bukan itu sahaja, kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda adalah
mempelbagaikan kaedah tanaman. Antara kaedah pertanian yang diamalkan seperti sistem
tanaman giliran dan sistem batas. Contohnya, sistem penggiliran tanaman diperkenalkan secara
meluas di wilayah Waes. Kaedah tersebut berjaya memelihara kesuburan tanah serta meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian di masyarakat Belanda. Tegasnya, kemahiran teknologi pertanian dapat
mengekalkan kesuburan tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian dalam masyarakat agraria di
Belanda pada abad ke 16 hingga ke 17.

Kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda juga adalah kemahiran
meningkatkan kesuburan tanah. Hal ini kerana petani Belanda mempunyai pengetahuan
memelihara kesuburan tanah pertanian. Antara langkah bagi memelihara kesuburan tanah seperti
pemugaran tanah pertanian, penggunaan baja dan sebagainya. Petani menggunakan baja yang
dihasil daripada najis ternakan. Impaknya, kesuburan tanah pertanian dapat dikekalkan dan juga
meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran hasil pertanian. Jelaslah disini, kemahiran
meningkatkan kesuburan tanah telah menggalakkan perkembangan kegiatan pertanian dalam
masyarakat agraria di Belanda pada abad ke 16 dan 17.

Di samping itu, kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda ialah
membangunkan pusat hortikultur. Pembinaan pusat hortikultur disebabkan kemajuan dalam sistem
pengangkutan air dalam masyarakat Belanda. Sebagai contoh, bandar Delft dan bandar Amsterdam.
Perkembangan ini telah menggalakkan aktiviti penanaman dijalankan secara meluas di Belanda.
Selain itu, perkembangan ini juga memudahkan penghantaran pengeluaran hasil pertanian ke seluruh
Belanda melalui pengangkutan air. Jelaslah bahawa bidang hortikultur dapat menggalakkan
perkembangan masyarakat agraria di Belanda pada abad ke 16 hingga ke 17.

Selain itu, kemahiran teknologi pertanian dalam masyarakat Belanda ialah penciptaan
peralatan pertanian. Antara peralatan yang dicipta oleh saintis seperti tenggala dan mesin menampi
bijirin. Oleh itu, peralatan pertanian yang dicipta dapat memudahkan barang-barang diangkut dan
juga dapat menjimatkan masa masyarakat penduduk dalam aktiviti pertanian. Justerunya, penciptaan
peralatan pertanian dapat mendorong masyarakat agraria di Belanda melibatkan diri sendiri dalam
kegiatan pertanian pada abad ke 16 dan 17.

26
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

Akhirnya, kemahiran teknologi pertanian dalam masyarakat agraria di Belanda adalah sistem
pengairan. Masyarakat Belanda menggunakan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang
ditebus guna. Hal ini dapat memastikan kawasan pertanian di Belanda mendapat bekalan air yang
secukupnya dalam aktiviti penanaman. Kegiatan pertanian juga dapat dijalankan secara intensif
dalam masyarakat Belanda. Perkembangan ini telah mendorong berlakunya pertambahan keluasan
dengan caranya menebus guna tanah. Jelaslah bahawa sistem pengairan yang berkemahiran dalam
masyarakat agraria di Belanda juga menggalakkan perkembangan kegiatan pertanian pada abad ke
16 dan 17.

Kesimpulannya, masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi berasaskan pertanian dan
penternakan pada abad ke 16 hingga ke 17 M. Kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di
Belanda menggalakkan perkembangan kegiatan pertanian. Perkembangan ekonomi pertanian telah
membawa kepada kemunculan ekonomi perdagangan di Belanda menjelang abad ke

SOALAN 3: “MENJELANG ABAD KE-16 DAN 17, MASYARAKAT AGRARIA MEMAINKAN
PERANAN DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI DI BELANDA”. MERUJUK KEPADA
PERNYATAAN TERSEBUT, HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA.

PENDAHULUAN

Menjelang abad ke-16 dan 17, Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian.
Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknologi yang lebih maju dalam bidang pertanian.
Penggunaan teknologi baharu daam bidang pertanian dan penternakan menyebabkan lahir
masyarakat agraria di Belanda. Ciri-ciri msyarakat agraria dapat dilihat melalui kegiatan ekonomi,
kaedah memelihara kesuburan tanah, petempatan, pengetahuan dalam sistem pengairan dan
peningkatan teknologi pertanian.

a) Kegiatan ekonomi
Menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat di kawasan Bandar di Belanda.
Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat dijalankan secara ekstensif. Kegiatan
pertanian yang dijalankan termasuk sayur-sayuran, bijirin dan tanaman dagangan. Tanaman
dagangan yang menjadi pengeluaran utama masyarakat belanda ialah hem, biji kol dan madder. Biji
kol yang diproses untukmenghasilkan minyak ditanam secara meluas di utara Belanda. Manakala,
madder pula ditanam secara meluas di Bahagian Barat Daya. Akar tanaman madder ini dijadikan
serbuk pewarna yang digunakan dalam industry tekstil.

b) Penternakan
Pada abad ke-17, aktiviti penternakan giat dijalankan di bahagian timur Belanda. Perkembangan ini
turut didorong oleh pertambahan penduduk yang berlaku yang berlaku di Belanda sekitar abad ke-16
dan 17. Petani dan penternak di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing.
Penternakan lembu dijalankan di wilayah Hoolland dan Friesland manakal kambing diternak di Pulau
Taxel, Wieringan dan pulau Grind.

c) Hortikultur
Pertambahan penduduk dan peningkatan taraf hidup menyebabkan munculnya pusat horikultur di
sekitar bandar. Pembangunan dalam sektor ini disebabkan oleh kemajuan dalam sistem
pengangkutan air. Perkembangan bidang horikultur meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-
buahan dan bunga-bungaan.

d) Kaedah memelihara kesuburan tanih
Seterusnya, petani-petani juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam memelihara kesuburan
tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan melakukan pembugaran tanah
pertanian, menggunakan baja asli, membuang rumput serta tanaman perosak. Mereka juga
melakukan sistem penggiliran tanaman seperti sistem tanah rang. Kawasan tanah ini ditanam dengan
kacang tanah dan jagung. Sistem ini melibatkan penanaman jagung musim sejuk satu tahun, jagung
musim panas satu tahun, tanah rang satu tahun dan penanaman rumput tiga atau empat tahun.
Menurut Sir Richard Wetson, sistem penggiliran tanaman diamalkan secara meluas di wilayah waes.

27
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

e) Petempatan
Selain itu, petempatan masyarakat agrarian Belanda terletak di kawasan pinggir pantai yang amat
subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di bawah
paras laut. Mereka juga menjalankan penebus guna tanah untuk meluaskan kawasan pertanian.
Pada abad ke-17, sebahagian besar wilayah Zeeland ditebus guna untuk menjalankan aktiviti
pertanian. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang ditebus guna ialah Pulau Zuid-
Beveland, Middlezee, Oud-Beijerland dan New-Bijerland.

f) Sistem pengairan
Disamping itu, masyarakat agraria Belanda mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknologi
pengairan. Mereka mendirikan kincir angina untuk menyalurkan air dan tanah yang ditebus guna bagi
tujuan pertanian. Kegiatan ini dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada
di bawah paras laut. Masyarakat Belanda memulakan usaha menambak tanah bagi menebus guna
tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahaguan
besar tanah di wilayah Zeeland ditebus guna tujuan pertanian.

g) Peningkatan teknologi pertanian
Seterusnya, ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda ialah Peningkatan Teknologi. Menjelang

abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda.
Pengembara dari England, Perancis, Jerman dan Itali berpendapat kegiatan pertanian di Belanda
amat maju berbanding dengan Negara eropah lain pada abad ke-16 dan ke-17. Banyak kaedah
pertanian yang diamalkan di Belanda telah disebarkan ke negara lain. Antara perkembangan yang
berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini ialah kajian mengenai sistem Pertanian Belanda. Kajian
tentang teknik dan kaedah pertanian masyarakat Belanda dijalankan oleh sarjana-sarjana dari
England. Selain itu, sistem penggiliran tanaman. Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam
memperkenalkan sistem penggiliran yang diamalkan di Belanda secara sistem tanah rang telah
dimansuhkan.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17 mempunyai ciri-ciri
tersendiri. Mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi menerusi penglibatan
dalam bidang pertanian dan penternakan. Mereka turut memberi sumbangan dalam peningkatan
teknologi pertanian seperti sistem penggiliran tanaman, sistem pengairan dan teknologi memelihara
kesuburan tanah. Kegigihan masyarakat agraria di Belanda telah menyebabkan negara tersebut
muncul sebagai negara yang paling maju dalam bidang pertanian di eropah pada abad ke-17.

28
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

TEMA 1 : MASYARAKAT

Unit 1.4 : Masyarakat Maritim

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan definisi dan ciri-ciri masyarakat maritim

Kawasan Kajian/Masa : Portugal Abad ke-18 hingga 19

Waktu pengajaran : 2 Waktu

Bil Kandungan Keterangan

Definisi dan Masyarakat Maritim di Portugal

1. ciri-ciri - Orang Portugis ialah bangsa Eropah terawal mempelopori

masyarakat pelayaran-pelayaran ke seberang laut pada abad ke-15 M.

maritim di

Portugal Definisi Masyarakat Maritim:

- Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung

kepada aktiviti berasaskan laut.

- Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan , perikanan,

pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, penjelajahan dan

aktiviti-aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan kelautan.

Kemunculan masyarakat maritim di negara Eropah dapat dikesan

sejak abad ke-15M

- Portugal muncul sebagai kuasa laut yang terunggul menjelang abad

ke-16 M.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim:
a) Kegiatan ekonomi
- Kegiatan utama masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan
- Masyarakat maritim membekalkan hasil tempatan kepada
pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan
- Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan barang
dagangan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di
pelabuhan.
b) Petempatan
- Lazimnya masyarakat maritim tinggal di kawasan pesisiran pantai,
lembah sungai dan kepulauan.
c) Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka
menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut Kemahiran membina
kapal
- Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan
kapal
- Mampu membina kapal yang besar seperti caravel yang boleh
belayar di lautan luas
- Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri
pembinaan kapal di Portugal

d) Kemahiran teknologi pelayaran
- Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi

pelayaran
- Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan arah

pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan astrolabe
- Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu

nautical
- Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih

ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.

e) Penjelajahan dan penerokaan
- Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang terdedah kepada

kegiatan penerokaan dan penjelajahan

29
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

- Mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan
ekspedisi penerokaan dan penjelajahan

- Menjelang abad ke-15M, orang Portugis melancarkan beberapa
ekspedisi mencari jalan laut ke Timur – contohnya Vasco da Gama
melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja Manuel I sekitar tahun
1497

f) Sifat ingin tahu
- Masyarakat maritim mempunyai sifat ingin tahu yang mendorong

mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan
- Semangat ini mendorong mereka menjalankan kajian mengenai

bentuk muka bumi dan iklim sesuatu tempat

g) Semangat keterbukaan
- Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan
- Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara-negara

lain
- Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan
- Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi
Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru
h) Memiliki sifat berani
- Masyarakat maritim berani hadapi cabaran
- Mempunyai kemampuan untuk hadapi pelbagai cabaran ketika

belayar di lautan luas
- Contohnya Ferdinand Magellan melancarkan ekspedisi ke Timur

pada tahun 1519
- Pengalaman yang diperoleh masyarakat maritime ketika di laut

menjadikan mereka bangsa yang berani

i) Keupayaan menguasai laluan laut
- Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut
- Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai laluan laut ke

Timur
- Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa

dan Kepulauan Rempah

3 Sumber  Buku Rujukan :
Rujukan a. Sejarah Dunia, Sivachandralingam Sundara Raja Fajar Bakti.
b. Sejarah Dunia, Mahdi Shuib, Pelangi
4 Cadangan
latihan  Internet/Blogspot :
pengukuhan/ a. Semekar Cintaku
pengayaan b. Sukosensei
c. Cikgustpm

 Contoh soalan esei :

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN PORTUGAL SEBAGAI KUASA
MARITIM PADA ABAD KE-15 DAN ABAD KE-16 MASIHI

PENDAHULUAN
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut

seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil, penerokaan dan penjelajahan. Masyarakat ini
tinggal di kawasan pesisir pantai, lembah sungai dan pelabuhan yang terletak di kawasan sungai.
Kemunculan masyarakat maritim di Eropah seperti Portugal dapat dikesan sejak abad ke-15. Hal ini

30
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

dapat menggalakkan masyarakat Portugal terlibat dalam aktiviti pelayaran dan penjelajahan untuk
melancarkan ekspedisi ke kawasan baharu. Oleh itu, terdapat beberapa faktor kemunculan Portugal
sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.

ISI- ISI DAN HURAIAN
Antara faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim adalah perkembangan kapitalisme

dan merkantilisme. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah
pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bertujuan keuntungan.
Perkembangan ini menggalakkan raja Portugal mempelopori sistem ekonomi kapitalisme untuk
mengukuhkan kedudukan mereka. Kesannya, dasar merkantilisme yang bermaksud campur tangan
kerajaan mula diamalkan dalam masyarakat Eropah. Dasar ini telah menyebabkan raja Portugal
memberi galakan kepada pelayar dan menaja pelayaran ke seberang laut untuk menguasai
kekayaan. Jelaslah bahawa perkembangan kapitalisme dan merkantilisme memainkan peranan
dalam kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim.

Faktor yang seterusnya kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim adalah memecahkan
monopoli perdagangan oleh saudagar Itali dan Kristian. Hal ini disebabkan negara Portugal tidak
menghadapi saingan daripada negara-negara Eropah yang lain. Misalnya, Sepanyol yang masih
belum teguh dan bersatu pada manakala negara Itali masih tidak bersatu kerana setiap negara kota
bersaing untuk menguasai perdagangan di Laut Mediterraanean. Oleh itu, kestabilan politik Portugal
menggalakkan masyarakat Portugal melibatkan diri dalam bidang perkapalan dan perdagangan.
Jelaslah di sini keadaan ini memberi ruang kepada Portugal untuk muncul sebagai kuasa maritim di
Eropah.

Di samping itu, faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim adalah menyebarkan agama
kristian. Hal ini kerana mubaligh Kristian mula dihantar dalam ekspedisi pelayaran ke Timur untuk
mengkristiankan penduduk di tanah jajahan seperti Cape Verda. Perkembangan ini telah memberi
semangat kepada masyarakat Portugal dan mubaligh Kristian dalam bidang penerokaan dan
penjelajahan untuk menyebarkan agama Kristian ke dunia baharu. Tegasnya, penyebaran agama
Kristian menggalakan Portugal untuk muncul sebagai kuasa maritim di Eropah.

Faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim juga adalah pengaruh renaisans. Gerakan
renaisans ini telah menyebabkan berlaku perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans
mempunyai ciri-ciri seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme.
Perkembangan ini telah mewujudkan era ekoran yang mementingkan sains dan teknologi serta
kebebasan manusia untuk berfikir. Keadaan ini juga melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan
masyarakat Eropah. Oleh itu, gerakan renaisans menyebabkan masyarakat Portugal mula
menjalankan aktiviti penerokaan dan penjelajahan dan muncul sebagai kuasa maritim di Eropah pada
abad ke-15 dan ke-16 Masihi.

Bukan itu sahaja, perlumbaan antara negara-negara bangsa merupakan faktor yang
menyebabkan Portugal bangkit sebagai kuasa maritim. Hal ini dikatakan kerana kuasa Barat yang
lain berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai kekayaan.
Perkembangan ini memberi kesedaran kepada masyarakat Portugal dalam melancarkan ekspedisi ke
Timur. Selain itu, kedudukan Portugal yang terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi oleh
Lautan Atlantik juga telah memudahkan masyarakatnya melibatkan diri dalam bidang maritim.
Misalnya, pelabuhan seperti Lisbon berperanan sebagai pusat pengedaran dagangan dan pusat
pengagihan rempah ratus yang dibawa dari Timur. Tegasnya, perlumbaan antara negara-negara
bangsa telah menggalakkan kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim di Eropah.

Faktor yang selanjutnya kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim adalah kewujudan dalam
teknologi pelayaran. Antara penciptaan peralatan pelayaran seperti astrolab. Kompas magnetik dan
carta pelayaran. Peralatan-peralatan ini telah memudahkan masyarakat Portugal terlibat dalam
kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Selain itu, pelayar Portugal juga mempunyai pengetahuan
dalam bidang geografi dan ilmu pelayaran. Oleh itu, kapal jenis Caravel seberat 2000 tan telah dicipta
oleh masyarakat Portugal untuk mengharungi lautan yang luas dan jarak jauh. Jelaslah bahawa
kewujudan teknologi pelayaran telah menyebabkan kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim.

31
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

Tambahan pula, perang salib juga memainkan peranan dalam kebangkitan Portugal sebagai
sebuah kuasa maritim. Perang ini memberi peluang kepada orang Portugal dan bangsa Eropah lain
mengenali peradaban dan kebudayaan Timur. Perkembangan ini melahirkan bangsa Eropah yang
berfikiran terbuka dan mempunyai cara pemikiran yang baharu. Kesannya, masyarakat Eropah mula
belayar ke Timur untuk mendapatkan barangan berharga. Masyarakat Eropah juga berpeluang untuk
mendapatkan pengetahuan daripada orang Islam seperti matematik, geomertri dan sains. Jelaslah
bahawa perang salib telah menggalakkan masyarakat Portugal muncul sebagai kuasa maritim di
Eropah pada abad ke-15 dan ke-16.

Akhirnya, pengetahuan tentang dunia luar mendorong orang Portugal melibatkan diri dalam
penerokaan dan penjelajahan. Antara pengembara memberi inspirasi kepada pelayar Portugal adalah
seperti Marco Polo, John Monte Corvino. Tokoh-tokoh tersebut telah memberi semangat kepada
masyarakat Portugal untuk mencari jalan laut. Contohnya, The Travels of Marco Polo. Jelaslah di sini
pengetahuan tentang dunia luar menyebabkan kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor berlakunya aktiviti pelayaran dan penerokaan dalam

masyarakat maritim di Portugal. Hal ini telah membolehkan Portugal melancarkan ekspedisi ke dunia
luar untuk memperluaskan pengaruh dan tanah jajahan mereka. Kesannya, wujudnya Portugal
sebagai kuasa maritim yang kuat di Eropah pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.

SOALAN 2: BINCANGKAN SUMBANGAN MASYARAKAT MARITIM PORTUGAL ABAD 16-17M

PENGENALAN
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti
perdagangan, perikanan, penerokaan dan penjelajahan. Kemunculan masyarakat maritim di negara
Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai
kuasa maritim pada abad ke-16 dan ke-17. Oleh itu, terdapat beberapa sumbangan masyarakat
maritim di Portugal. Antara sumbangan masyarakat maritim adalah dalam bidang penjelajahan,
perdagangan, penjajahan perkapalan dan penyebaran agama Kristian.

Isi-Isi Sumbangan masyarakat maritim di Portugal

Dalam bidang Penjelajahan
Sumbangan masyarakat maritim di Portugal adalah dalam bidang penjelajahan. Hal ini kerana
penglibatan masyarakat Portugal dalam bidang penerokaan dan penjelajahan dapat dikesan pada
abad ke-15 dan ke-16. Perkembangan ini telah menggalakkan pelayar Portugal melancarkan
ekspedisi untuk mencari dunia baharu. Misalnya, pelayar Portugal berjaya menguasai Kepulauan
Madeira dan Azores pada abad ke-15. Pada tahun 1434, pelayar Portugal juga berjaya mengelilingi
Tanjung Bojador. Jelaslah bahawa perkembangan dalam bidang penjelajahan telah memberi
sumbangan kepada masyarakat maritim di Portugal.

Perdagangan
Sumbangan masyarakat maritim di Portugal yang seterusnya adalah dalam kegiatan perdagangan.
Hal ini disebabkan aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang dijalankan oleh pelayar Portugal untuk
menguasai kekayaan dan mendapatkan barangan berharga. Contoh barangan yang mempunyai
permintaan tinggi seperti rempah ratus, sutera dan batu permata. Perkembangan ini telah mendorong
kepada pelayar Portugal melancarkan ekspedisi perdagangan ke Timur untuk pengumpulan
kekayaan. Sebagai contoh, pedagang-pedagang Portugal mendirikan pangkalan perdagangan di Sri
Lanka, Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan Rempah. Tegasnya, masyarakat maritim di Portugal
menggalakkan perkembangan kegiatan perdagangan pada abad ke-15 dan ke-16.

Penjajahan
Selain itu, kegiatan penjajahan juga merupakan sumbangan masyarakat maritim di Portugal. Hal ini
kerana masyarakat Portugal melancarkan ekspedisi untuk menambah kekuasaan dengan menguasai
laluan laut. Sebagai contoh, Portugal berjaya menguasai Azores dan seterusnya belayar sepanjang

32
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

pantai ke selatan benua Afrika pada tahun 1427. Bukan itu sahaja, Portugal juga berjaya menguasai
Melaka pada tahun 1511 untuk menguasai Kepulauan Melaka. Perkembangan ini menyebabkan
Portugal muncul sebagai kuasa Barat yang paling aktif dalam bidang penjajahan pada abad ke-16.
Oleh itu, kegiatan penjajahan yang dijalankan secara meluas telah menyebabkan Portugal muncul
sebagai kuasa maritim yang kuat.
Perkapalan
Di samping itu, sumbangan masyarakat maritim di Portugal juga adalah dalam bidang perkapalan.
Hal ini demikian masyarakat Portugal mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pembinaan
kapal dan teknologi perkapalan. Sebagai contoh, Caravel seberat 2000 tan telah diciptakan oleh
orang Portugal untuk mengharungi lautan yang luas dan juga digunakan pelayaran jarak jauh.
Seterusnya, masyarakat Portugal juga mencipta pelbagai jenis peralatan baharu seperti kompas dan
astrolab. Peralatan ini dapat menentukan arah pelayaran serta memudahkan aktiviti pelayaran jarak
jauh. Jelaslah bahawa masyarakat maritim di Portugal juga mencapai kemajuan yang pesat dalam
bidang perkapalan.
Penyebaran Agama Kristian
Sumbangan masyarakat maritim yang terakhir di Portugal juga terlibat dalam penyebaran agama
Kristian. Hal ini dikatakan kerana mubaligh Kristian juga dihantar dalam ekspedisi pelayaran ke
Timur. Oleh itu, mubaligh Kristian mula menyebarkan agama Kristian di tanah jajahan Portugal.
Misalnya, mubaligh Kristian yang datang ke Brazil dan menetap di petempatan baharu seperti di Sao
Paolo dan Bahia. Jelaslah disini penyebaran agama kristian juga menggalakkan perkembangan
masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-15 dan ke-16.
KESIMPULAN
Masyarakat maritim di Portugal telah memberikan sumbangan besar dalam bidang ekonomi, politik
dan sosial. Antara sumbangan adalah dalam bidang penjelajahan, perdagangan, penjajahan,
perkapalan dan penyebaran agama Kristian. Kesannya, wujudnya Portugal sebagai kuasa maritim
yang kuat di Eropah pada abad ke-15 dan ke-16.

33
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

TEMA 1 : MASYARAKAT

Unit 1.4 : Masyarakat Maritim

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan definisi dan ciri-ciri masyarakat maritim

Kawasan Kajian/Masa : Jepun (Abad ke-18 hingga 19)

Waktu pengajaran : 2 Waktu

Bil Kandungan Keterangan

Definisi dan Masyarakat Maritim di Jepun

1. ciri-ciri - Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim boleh dikesan sejak abad

masyarakat ke-3 M apabila menjalinkan hubungan dengan China dan Korea
maritim di pada dinasti Qin (221 – 206 M)

Jepun - Kemunculan Jepun sebagai kuasa dagang / maritim dapat

diperhatikan dengan jelas pada abad ke-14 M

Definisi Masyarakat Maritim

- Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan

tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan

dengan laut.

- Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk

menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan.

Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan

seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan

kawasan untuk berjual beli.

- Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir

pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal,

menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

- Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang

lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di

pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.

a) Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.

Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan.

Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting

dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara,

perdagangan, membaiki dan membuat kapal.

- Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana

makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah

ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.

b) Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai.

- Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat

pulau terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau

terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di

Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya

merupakan gunung berapi.

- Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di

perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-

kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya,

Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.

c) Masyarakat pelbagai Budaya.

- Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa

menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh

budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh

mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius

dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Di

bandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang

Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup

34
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran

agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan

agama mereka.

d) Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.

- Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka

belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea

dan China.

- Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor

merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata

pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangannya ke

pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal

pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih

dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.

b) Pelabuhan Entreport.

- Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui

pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki.

Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah

mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang

lainnya.

- Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia

Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-

rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak

banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara

menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.

c) Menerima Pengaruh Luar.

- Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun

mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha, Confucius

dan agama Kristian.

- Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba

di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan

kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan

Nanban).

- Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh

juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China

dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa

Portugis.

- Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat

sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan.

3 Sumber  Buku Rujukan :
Rujukan
c. Sejarah Dunia, Sivachandralingam Sundara Raja Fajar Bakti.
4 Cadangan
latihan d. Sejarah Dunia, Mahdi Shuib, Pelangi
pengukuhan/
pengayaan  Internet/Blogspot :

d. Semekar Cintaku

e. Sukosensei

f. Cikgustpm

 Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-18

hingga abad ke-19.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: KEMAJUAN TEKNOLOGI PERKAPALAN DAN PELAYARAN TELAH
MEMPENGARUHI KEMUNCULAN MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN PADA ABAD KE-16
HINGGA ABAD KE-17 MASIHI. BINCANGKAN.

35
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

PENGENALAN
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti
perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
Kemunculan masyarakat maritim Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3 Masihi.
Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai dan kawasan kepulauan seperti Kyushu.
Pedagang-pedagang Jepun telah menjalankan hubungan perdagangan dengan China, Vietnam dan
Korea.
Menjelang abad ke-16 masihi, Jepun mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagang luar.
Terdapat beberapa faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

Isi-isi Penting:
1.Kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran

Kemajuan Teknologi Perkapalan
Masyarakat maritim Jepun mahir dalam bidang pembinaan kapal dan perahu
Mereka membina kapal dikenali sebagai shuinsen (kapal mohor merah) yang menggunakan teknologi
tinggi iaitu senjata bagi mempertahankan diri dari serangan lanun dan sebagainya.
Kapal ini digunakan untuk pelayaran jarak jauh seperti ke Asia Tenggara.
Kapal dagang seperti Higaki-Kaisen dan Taru-Kaisen juga digunakan untuk perdagangan dalam
negara.
Mereka mendapat pengetahuan teknologi perkapalan daripada orang Portugal, Sepanyol dan lain-
lain. Contohnya Shogun Ieyasu mendapat bantuan daripada Sepanyol dalam bidang perkapalan dan
bantuan teknikal daripada British dan Belanda.

Kemajuan dalam kemahiran Ilmu Pelayaran
Masyarakat maritim Jepun juga berkemahiran dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu
pelayaran.
Mereka mahir dalam ilmu astronomi, ilmu nautika dan kartografi
Masyarakat maritim Jepun telah dapat melahirkan ramai ahli pelayaran menyebabkan kemajuan
pesat dalam aktiviti pelayaran.
Kemahiran inilah telah mendorong masyarakat Jepun terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan
penerokaan.
Mulai abad ke-16, para pedagang dan pelayar Jepun telah sampai ke Asia Tenggara, Australia, India
dan Amerika Selatan.
Pada abad ke-17 masihi, dianggarkan terdapat 350 buah kapal Jepun terlibat dengan aktiviti
perdagangan antarabangsa.

(Selain itu, terdapat juga faktor lain iaitu)
2. Kedudukan Geografi
Dari segi geografi, negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut.
Antara pulau yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan
Honshu.
Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-ganang, maka petempatan didirikan
di kawasan pesisir pantai.
Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan
berasaskan laut.
Perkembangan ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

3.Galakan Pemerintah
Pemerintah juga memainkan peranan penting dalam kemunculan masyarakat maritim di Jepun
Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan.
Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut.
Semasa pemerintahannya, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea.
Beliau mengawal kegiatan perdagangan dengan negara-negara asing dengan mengawal segala
aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587.
Ekoran itu, pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar ekspedisi ke Asia Tenggara.
Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan diri dalam perdagangan maritim.
Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuinsen diperkenalkan.

36
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

Berdasarkan dasar ini kapal dagang yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara asing
dikehendaki memiliki mohor merah.
Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.
Ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim.

4.Kemunculan Pelabuhan
Kemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot. Antara pelabuhan entrepot
terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda yang juga menjadi tumpuan pedagang
tempatan dan pedagang luar negara.
Menjelang pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.
Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.
Perkembangan ini menjadikan Jepun sebagai kuasa maritim.

5.Pengaruh Luar
Kemunculan masyarakat maritim disebabkan oleh pengaruh luar iaitu hubungan antara Jepun
dengan negara-negara lain.
Menjelang abad ke-16, Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal.
Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Menjelang abad ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan perdagangan
dengan Jepun.
Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat dan meletakkan
kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

6.Dasar Kerajaan Jepun
Dasar buka pintu yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepada kemunculan masyarakat
maritim di Jepun.
Dasar ini juga menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah pengaruh dari luar seperti Asia dan
juga Barat.
Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan
Jepun.
Selain pedagang, golongan mubaligh Kristian juga terlibat dalam menyebarkan dakwah dikalangan
penduduk Jepun.
Hubungan dengan Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima teknologi baharu
dari Barat iaitu perkapalan.
Perkembangan ini memainkan peranan dalamm merancakkan kegiatan maritim.

6.Perdagangan
Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun. Pedagang Jepun menjalinkan
hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara.
Menjelang zaman Tokugawa, hubungan perdagangan terjalin denngan China, Korea dan Vietnam.
Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke Jepun.
Pada zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun.
Kedatangan pedagang asing ini menyebabkan munculnya masyarakat maritim di Jepun.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan kemajuan
teknologi perkapalan dan pelayaran.
Disamping itu, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kemunculan masyarakat maritim
seperti kedudukan geografi, pelabuhan, galakan pemerintah dan sebagainya.

SOALAN 2: HURAIKAN KEMAJUAN YANG DICAPAI OLEH MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN
DALAM BIDANG EKONOMI PADA ABAD KE 16 DAN 17 MASIHI

PENDAHULUAN
Masyarakat Maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan
kelautan.Kemunculan masyarakat maritime di Jepun dapat dikesan sejak abad ke 16 dan abad ke 17

37
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

Masihi.Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China,Vietnam
dan Korea.Disamping itu pedagang Jepun juga menjalankan kegiatan perdagangan dengan
pelabuhan lain di Asia Tenggara.
-Menjelang abad ke 16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran
pedagang Barat ke negara tersebut.Kehadiran pedagang Barat menyebabkan pedagang Jepun
bangkit sebagai sebuah kuasa maritime di Asia.

ISI
KEMAJUAN PENGGUNAAN MATA WANG
Masyarakat maritim di Jepun menggunakan mata wang dalam aktiviti perdagangan.Kerajaan Jepun
juga mengimport mata wang tembaga bagi memastikan bekalan mencukupi.Pedagang Jepun juga
membekalkan mata wang tembaga kepada Vietnam.
-Sebagai contoh,Nguyen Phuc Tran(Maharaja Vietnam) memohon untuk mendapatkan bekalan mata
wang tembaga daripada Jepun pada akhir abad ke 17.
-Penggunaan mata wang telah menggantikan penggunaan beras dan kain sebgai alat berjual beli
barangan di Jepun
Kesannya penggunaan mata wang telah melahirkan pasar dan Bandar-bandar baru di Jepun

KEMAJUAN KEGIATAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI
Masyarakat maritime di Jepun terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan dunia luar.Pedagang
Jepun membuat hubungan perdagangan dengan negara-negara di Asia Tenggara.
-Buktinya hubungan perdagangan antara Jepun dengan Vietnam yang berkembang pesat pada abad
ke 16.Jepun juga turut menjalin hubungan perdagangan dengan China dan Korea sejak abad ke 3.
Kesannya Jepun mengalami pertumbuhan yang pesat dalam bidang ekonomi

KEMAJUAN PENGKHUSUSAN PEKERJAAN
Penduduk Jepun telah melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi iaitu pertukangan,perlombongan dan
perdagangan.Ini menyebabkan telah muncul golongan pedagang dan artisan
-Contohnya golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan
menggunakan teknologi dari Korea
Tegasnya, pengkhususan kerja yang diamalkan di Jepun dapat meningkatkan kemajuan dalam
industry tekstil dan penghasilan kain sutera yang bermutu tinggi.

KEMAJUAN INDUSTRI
Menjelang abad ke 16,sektor perindustrian mengalami perkembangan pesat.Antara industry yang
berkembang maju di Jepun adalah industry tekstil,tembikar,industry kertas dan barang
logam.Manakala menjelang abad ke 17,industry tembikar,porselin dan tekstil merupakan industry
penting di Jepun
-sebagai contoh,industry kain kapas berkembang di Kinai dan industry sutera di Fukushima
Tegasnya kemajuan industry di Jepun telah meningkatkan pertumbuhan ekonominya.

KESIMPULAN
Masyarakat maritime memperlihatkan sumbangan yang besar dalam pertumbuhan ekonomi di
Jepun.Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara
luar seperti Korea,China dan Vietnam dan telah memantapkan kedudukan ekonomi Jepun.
Oleh itu kemajuan ekonomi yang dicapai oleh masyarakat maritime di Jepun dalam bidang ekonomi
pada abad ke 16 dan 17 ini telah membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa dan membawa
pengukuhan kuasa maharaja di Jepun.

38
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

TEMA 1 : MASYARAKAT

Unit 1.4 : Masyarakat Industri

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri

Kawasan Kajian/Masa : England (Abad ke-18 hingga 19)

Waktu pengajaran : 2 Waktu

Bil Kandungan Keterangan

1 Masyarakat Definisi :

Industri di Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada

England sektor perindustrian.

Terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan

menggunakan mesin.

Dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran

secara besar-besaran.

Ciri-ciri masyarakat industri:

a) Kegiatan ekonomi

- Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di

kilang-kilang tekstil.

- Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai

sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.

b) Mobiliti sosial

- Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan

taraf hidup golongan pekerja meningkat. Peningkatan dalam

pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang

tinggi .

c) Pengkhususan kerja

- Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian drpd kerja utk

menghasilkan sesuatu barangan. (pengkhususan kerja)

d) Kemunculan kelas

- Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima

pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan

kelas menengah dalam masyarakat.

- Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis

dan kelas pekerja.

- Menjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar

perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool.

Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di

bandar-bandar perindustrian.

e) Masyarakat literasi

- Merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan

berpendidikan. MI terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam

kehidupan mereka. Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan

kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.

- Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan

pekerja di parlimen England.

4 Cadangan  Contoh soalan esei :

latihan a) Perkembangan sektor industri di negara Jerman pada abad

pengukuhan/ ke-19 telah mengubah corak kegiatan masyarakat di negara

pengayaan tersebut. Bincangkan.

b) Masyarakat Jerman mengutamakan peningkatan teknologi

pada abad ke-19. Bincangkan pernyataan ini.

39
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: SEJAUH MANAKAH KEMUNCULAN EKONOMI MERKANTILISME MENJADI ASAS
PERKEMBANAGN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI ENGLAND PADA ABAD KE18 DAN 19M.

PENDAHULUAN
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada

abad ke-18. Revolusi ini telah melahirkan masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat industri.
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang bergantung kepada bidang perindustrian sebagai
sumber kehidupan masyarakat England. Perkembangan ini telah menyebabkan perubahan dalam
sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat England pada abad ke-18 dan 19 M. Oleh itu, terdapat
beberapa faktor yang menggalakkan perkembangan revolusi perindustrian di England.

ISI- ISI DAN HURAIAN

Antaranya adalah kemunculan ekonomi merkantilisme menjadi asas perkembangan revolusi
perindustrian di England. Sistem ekonomi merkantilisme merupakan satu sistem campur tangan
kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara untuk mengukuhkan kekuasaan dan kekayaan negara.
Menjelang abad ke-16 dan ke-17, sistem ekonomi merkantilisme diamalkan secara meluas dalam
masyarakat England. Perkembangan ini menyediakan kekayaan dan modal yang mencukupi untuk
perkembangan sektor perindustrian. Contohnya, pemberian latihan kemahiran ditentukan untuk
pekerja-pekerja menerusi Dasar Apprentice. Kesannya, tenaga buruh mahir yang terlatih akan mudah
diserapkan dalam sektor perindustrian. Jelaslah bahawa kemunculan ekonomi merkantilisme
merangsang pertumbuhan revolusi perindustrian di England.

Selain daripada kemunculan ekonomi merkantilisme pertambahan penduduk juga menggalakkan
perkembangan revolusi perindustrian di England. Hal ini disebabkan pertambahan penduduk akan
menyediakan bekalan tenaga buruh yang mencukupi dalam sektor perkilangan. Misalnya, jumlah
penduduk di England meningkat sebanyak 50% antara tahun 1750 hingga 1801. Terdapat juga ramai
penduduk dari Ireland dan Scotland berhijrah ke England untuk bekerja di kilang. Penghijarahan
pekerja secara besar-besaran juga mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar perindustrian
seperti Liverpool dan Lyons. Oleh sebab peningkatan penduduk di England telah mewujudkan
pasaran yang luas bagi barangan yang dikeluarkan oleh sektor perkilangan. Jelaslah di sini
pertambahan penduduk dalam masyarakat industri telah menyediakan bekalan tenaga buruh yang
mencukupi bagi perkembangan revolusi perindustrian di England.

Selain itu, kekayaan bahan mentah memainkan peranan dalam perkembangan revolusi
perindustrian di England. Hal ini kerana terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang
batu dan bijih besi di England. Misalnya, bekalan arang batu yang banyak terdapat di wilayah New
Castle dan Wales. Ini membolehkan masyarakat England dapat menghasilkan pengeluaran barangan
secara besar-besaran bagi menyara hidup. Bukan itu sahaja, masyarakat England juga mula
menguasai tanah jajahan di Asia dan Afrika supaya dapat menjamin bekalan mentah yang mencukupi
bagi kilang-kilang perindustrian di England. Tegasnya, kekayaan bahan mentah telah menggalakkan
perkembangan revolusi perindustrian di England.

Di samping itu, kemajuan pengangkutan juga mendorong pertumbuhan revolusi perindustrian.
Hal ini demikian kemajuan dalam bidang pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh
negara. Perkembangan ini dapat mengurangkan kos operasi serta menjimatkan masa penghantaran
barangan perkilangan. Contohnya, penggunaan kuasa wap dalam bidang pengangkutan seperti
kereta api dan kapal laut. Bukan itu sahaja, rekaan gerabak berkuasa wap membolehkan gerabak
dipacu dengan laju dan barangan serta pekerja kilang dapat dihantar dengan cepat. Jelaslah bahawa
perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan merangsang pertumbuhan revolusi perindustrian di
England.

40
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

Kemunculan revolusi perindustrian di England juga disebabkan oleh kelemahan negara-negara
lain. Sebagai contohnya, ketidakstabilan negara Jerman tidak dapat bersaing dengan England dalam
sektor perkilangan kerana kongkongan adat, cukai tinggi dan sebagainya. Bukan itu sahaja,
kestabilan politik di England dan tidak terlibat dalam peperangan dengan negara lain juga
menyumbang kepada perkembangan revolusi perindustrian. Hal ini kerana penglibatan dalam
peperangan akan menjejaskan kekuasaan dan kekayaan negara seperti Perancis. Perkembangan ini
telah memberi ruang kepada masyarakat England untuk mencipta peralatan berteknologi baharu
dalam sektor perindustrian. Jelaslah bahawa, kestabilan politik England dan juga kelemahan negara
lain pada masa yang sama telah mendorong perkembangan revolusi perindustrian di England.

Faktor yang terakhir yang menggalakkan perkembangan revolusi perindustrian adalah kemajuan
sains dan teknologi. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi telah menghasilkan
ciptaan-ciptaan baru di England. Sebagai contoh, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang
menggunakan kuasa wap telah digunakan pada tahun 1798 untuk meningkatkan hasil pengeluaran
dalam bidang pertanian. Bukan itu sahaja, pencipta England juga diberikan paten untuk
menggelakkan orang lain meniru hasil ciptaan mereka. Jelaslah bahawa penciptaan mesin baharu
menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menggalakkan perkembangan revolusi
perindustrian di England. Revolusi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan ekonomi yang pesat di
masyarakat England.

SOALAN 2: PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI MERUPAKAN SALAH SATU CIRI
WUJUDNYA MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND PADA ABAD KE 18 DAN 19 MASIHI.
BINCANGKAN.

PENGENALAN

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.
Mereka terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan menggunakan mesin. Revolusi
Perindustrian bermula di England selepas tahun 1750.Revolusi ini bermula di England selepas
berlaku perubahan yang pesat dalam bidang pertanian dan dikaitkan dengan penemuan mesin wap
di Eropah. Perkembangan sains dan teknologi merupakan ciri penting wujudnya masyarakat industri
di England.

1. Kemajuan sains dan teknologi

England mempunyai pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi untuk mengungguli negara-
negara lain dalam perindustrian. Beberapa rekaan dan ciptaan ditemui. Para pencipta diberikan
paten untuk hasil ciptaan mereka. Teknologi awal ialah penghasilan tenaga wap melalui pembakaran
arang batu. Thomas Newcomen mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.Enjin ini digunakan
dalam perusahaan melombong arang batu. James Watt telah memperbaiki enjin rekaan Thomas
Newcomen.Enjin ciptaan beliau digunakan di England dan juga dieksport.

2. Kegiatan Ekonomi

Menjalankan kegiatan ekonomi yang bertumpu kepada pengeluaran barangan besar-besaran.
Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada sektor perindustrian dan perlombongan. Mereka
memberi tumpuan kepada perusahaan tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England. Kilang
kapas pertama didirikan pada tahun 1790.Masyarakat industri juga menjalankan aktiviti ekonomi
dalam sektor perlombongan. England menjadi pengeluar bekalan bahan mentah yang banyak
seperti arang batu dan bijih besi. Bekalan ini dari wilayah New Castle dan Wales. England muncul

41
PANITIA SEJARAH KT6P

PERKASA STPM940/1

sebagai pengeluar keluli terbesar dunia. Pada tahun 1860 England mengeluarkan 80 juta tan metric
arang batu dan 225000 tan metrik keluli.

3. Pengkhususan Pekerjaan

Mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tersendiri. Masyarakat tertumpu dalam sektor pekerjaan
perkilangan dan mempunyai pekerjaan yang tetap. Penggunaan mesin juga telah digunakan secara
meluas. Pekerja yang mempunyai kemahiran dan menghasilkan sesuatu barangan amat diperlukan
dalam kelompok masyarakat ini. Pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja bagi
menghasilkan sesuatu barangan. Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-
besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran. Penggunaan mesin
menyemai benih oleh Jethro tull membolehkan proses pembajakan berjalan lancar dan telah
menambahkan hasil pengeluaran.

4. Mobiliti Sosial

Mobiliti sosial telah berlaku dalam masyarakat

industri.Kumpulan masyarakat ini telah berubah dengan wujudnya kelas pekerja dan individu

yang tumbuh dengan pesat dalam aspek saiz mahupun kepentingan.

Taraf hidup golongan pekerja telah meningkat. Peningkatan dalam pengeluaran

menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi. Ini meletakkan asas bagi

kemunculan golongan kelas menengah dalam masyarakat. Golongan kelas menengah

terdiri daripada golongan yang memiliki kilang, para peniaga, peguam dan jurutera. Golongan ini

berkeinginan dan bersedia menerima risiko untuk mendapatkan kekayaan.

5. Kemunculan kelas

Tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri
daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Kelas pekerja pula ialah buruh dan
pekerja kilang di kilang tekstil, kilang kimia dan kejuruteraan elektrik. Golongan pekerja amat
bergantung kepada golongan kapitalis. Pada peringkat awal, proses perindustrian membawa
kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang. Selepas berlaku
peningkatan dalam pengeluaran muncul golongan professional. Perkembangan ini menyebabkan
taraf kehidupan golongan pekerja meningkat.

6. Urbanisasi

Perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan penduduk dari
kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal
di bbandar-bandar perindustrian. Proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar. Mereka bekerja di
kilang atau sebagai pengusaha industri. Misalnya penghijrahan penduduk Ireland ke bandar-bandar
besar di England. Menjelang tahun 1851 bandar-bandar seperti Lancashire, Yorkshire
dan Nottinghamshire menjadi tumpuan penduduk. Perkembangan ini membawa kepada
proses urbanisasi.

7. Masyarakat Literasi

Masyarakat industri ialah masyarakat literasi.Mereka terdiri daripada kelompok masyarakat yang
memiliki ilmu dalam bidang pendidikan. Kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan
kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah, pertambahan sistem komunikasi dan
pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan. Masyarakat ini mula
terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dan memperjuangkan kepentingan mereka. Perjuangan
mereka melalui parlimen dan sebanyak 61 wakil kelas menengah berada di Parlimen pada
pertengahan abad 18.

KESIMPULAN
Masyarakat industri di England mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan Revolusi
Perindustrian di England. Perkembangan masyarakat industri di England ini telah membawa kepada
kemunculan England sebagai kuasa imperialis yang baru pada akhir abad ke 19.

42
PANITIA SEJARAH KT6P


Click to View FlipBook Version