PERKASA STPM940/1
yang lalu.Faktor iniMenyebabkan negaraJerman perlu memperkuatkan diri bagi memulihkan nama
baikNegaranya dieropah.Tekanan politik,ekonomi dan social yang berlaku ini menjadikan Rakyatnya
berusaha kuat dan matang membangunkan Negara menempuh cabaran dan halangan
SOALAN 6: BINCANGKAN IMPLIKASI PERANG DUNIA KEDUA TERHADAP POLITIK
ANTARABANGSA.
PENDAHULUAN.
- Perang Dunia Kedua berlaku antara tahun 1939 hingga 1945.
- Kuasa Berikat dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Russia dan Perancis.
- Pakatan Paksi disertai Jerman, Jepun dan Itali.
- Peperangan ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam politik antarabangsa.
ISI 1: Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan.
- PBB ditubuhkan selepas kegagalan Liga Bangsa-Bangsa mengelakkan berlakunya Perang
Dunia Kedua.
- Matlamat PBB untuk memelihara keamanan dunia, menghalang peperangan,menggalakkan
kerjasama antarabangsa.
ISI 2: Dekolonisasi ke atas tanah jajahan di Asia dan Afrika.
- PD2 membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan pendudukdi Asia dan Afrika,
muncul gerakan membebaskan tanah air daripada penjajah untuk membentuk Negara dan
bangsa mereka sendiri.
- Kos peperangan yang tinggi menyebabkan Negara-negara Eropah menghadapi masalah
kewangan untuk menguruskan tanah-tanah jajahan. Negara-negara Eropah memulakan
proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan.
- Antara tahun 1945 – 1970, banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemerdekaan.
ISI 3: Perang Dingin
- Selepas PD2, Amerika Syarikat dan Russia muncul sebagai kuasa besar dunia.
- Amerika Syarikat memperjungkan penubuhan kerajan bercorak demokrasi di Eropah Barat.
- Russia mengasaskan pemerintahan Komunis di Negara-negara Eropah Timur.
- Pertentangan ini menyebabkan hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi tegang
sehingga mencetuskan Perang Dingin.
- Semasa perang ini berlangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai
pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
ISI 4: Perpecahan Jerman
- PD2 menyebabkan perpecahan Jerman. Jerman dibahagikan kepada empat zon yang
dikuasai oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Russia.
- Pada Disember 1946, Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon
mereka. Russia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis.
- Mei 1949, Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan, ibukotanya di Bonn. Demokratik Jerman
ditubuhkan pada bulan Oktober dengan ibukotanya di Berlin.
ISI 5: Perubahan sempadan negara-negara Eropah.
- PD2 menyebabkan berlaku perubahan dalam sempadan Negara-negara Eropah.
- Russia meluaskan sempadan hingga meliputi wilayah Jerman, Finland, Poland,
Czehoslovakia, Romania, dan Jepun.
- Rusia juga menguasai tiga Negara yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam
Perang Dunia Kedua iaitu Estonia, Latvia, dan Lithuania.
- Rusia menubuhkan kerajaan yang berasingan di wilayah-wilayah yang dikuasainya semasa
perang berlangsung.
243
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Perancis bertindak menguasai wilayah Saar daripada Jerman manakala Poland menguasai
wilayah perindustrian di Silesia daripada Jerman.
ISI 6: Pembentukan pentadbiran Supreme Council Absolute Powers (SCAP) di Jepun.
- Jepun ditadbir oleh Jeneral Douglas Mac Arthur, Pemerintah Agung Kuasa-kuasa Berikat
(SCAP) mulai September 1945 hingga April 1952.
- SCAP membubarkan angkatan tentera Jepun, memusnahkan kilang-kilang senjata.
- SCAP menggalakkan penubuhan koperasi pertanian di setiap kampong.
- Kurikulum pendidikan disusun semula, sukatan berunsurkan ketenteraan dan ultranasional
dihapus dan diganti dengan sukatan yang menyemai sifat demokrasi, bertanggungjawab, dan
individualisme.
KESIMPULAN.
- PD2 meninggalkan kesan amat mendalam dlam bidang politik antarabangsa.
- PD2 menyebabkan Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia.
- Hubungan tegang antara kedua-dua besar ini menyebabkan tercetus Perang Dingin yang
berlarutan hingga 1989.
SOALAN 7: BINCANGKAN KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA DARI ASPEK POLITIK,
EKONOMI DAN SOSIAL KE ATAS NEGARA JEPUN.
PENDAHULUAN :
- Negeri Jepun telah tewas dalam Perang Dunia Kedua. Pendudukan Amerika selama 6 ½
tahun telah bermula secara rasmi pada 2 September 1945 dan berakhir pada 28 April 1952.
- Pada teorinya, pendudukan tersebut adalah bersifat antarabangsa. Satu perjanjian yang
dicapai di Moscow pada bulan Disember 1945 telah menetapkan bahawa pendudukan di
negeri Jepun harus ditentukan oleh dua badan, iaitu Suruhanjaya Timur Jauh (Far Eastern
Commission) dan Majlis Berikat (Allied Council).
- Suruhanjaya Timur Jauh diwakili oleh 13 buah negara dan beribu pejabat di Washington
manakala Majlis Berikat diwakili oleh 4 buah negeri dan beribu pejabat di Tokyo.
- Pada akhirnya, pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat melalui
Jeneral Douglas MacArthur yang telah dilantik Pemerintah Agung Kuasa-kuasa Berikat
(Supreme Commander for the Allied Powers – SCAP).
Isi Penting :
Politik
1 Pembubaran angkatan tentera
- Salah satu tugas utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun. Ini adalah
untuk memastikan bahawa negeri Jepun tidak akan lagi mengancam keamanan dan
keselamatan dunia. Jentera perang Jepun telah dimusnahkan. Angkatan tentera Jepun dan
kira-kira 1300 buah persatuan nasionalis lampau telah dibubarkan.
- Kilang-kilang membuat senjata telah ditutup. Peperangan diharamkan. Semua tentera dan
orang awam Jepun di seberang laut yang berjumlah kira-kira 3 juta telah dibawa balik ke
negeri Jepun.
- Pembicaraan orang Jepun yang dianggap penjenayah perang telah diadakan. 7 pemimpin
Jepun termasuk Tojo telah digantung dalam bulan Disember 1948.
- SCAP telah juga menyingkirkan kira-kira 200000 orang pegawai tentera, kerajaan dan
pemimpin perniagaan yang dipercayai terlibat dengan dasar perluasan negeri Jepun.
2 Pengenalan unsur-unsur demokrasi
- Pengenalan unsur-unsur demokrasi merupakan kesan terpenting pendudukan Amerika.
- Satu perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada tahun 1947.
- Negara Jepun telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan
Diet. Diet yang terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Councillor dijadikan organ kuasa negara
yang tertinggi dan organ perundangan yang tunggal. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas
hal-hal kewangan.
244
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Councillor merupakan badan terpilih. 467 orang ahli
Dewan Rakyat adalah dipilih bagi tempoh 4 tahun manakala 250 orang ahli Dewan Councillor
adalah dipilih bagi tempoh 6 tahun. Semua rakyat Jepunyang berumur 20 tahun dan ke atas
mempunyai hak mengundi. Perlembagaan baru tersebut juga mensyaratkan bahawa Perdana
Menteri Jepun harus dipilih daripada kalangan ahli Diet.
- Majoriti menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli Diet. Kuasa kerajaan pusat telah
diagihkan dan pilihanraya tempatan digalakkan. Pihak-pihak berkuasa tempatan diberi kuasa
yang lebih dalam hal-hal cukai dan perundangan.
- Kementerian Dalam Negeri yang menguasai polis dan pentadbiran tempatan telah
dibubarkan.
- Perlembagaan baru ini telah menjamin hak-hak asasi seperti persamaan dari segi undang-
undang, kebebasan pemikiran, kebebasan akhbar dan hak-hak suami dan isteri yang sama.
Orang tahanan politik dibebaskan.
- Perlembagaan baru Jepun telah juga mengubah kedudukan Maharaja Jepun yang telah
dianggap sebagai suci dan “inviolable”. Maharaja Jepun dijadikan hanya lambang negara dan
perpaduan rakyat Jepun. Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan dengan
pentadbiran negara. Kerajaan Jepun telah menjadi sekular.
- Pada keseluruhannya terdapat kestabilan politik di negeri Jepun yang tetap mengamalkan
sistem kerajaan berparlimen.
- Parti Liberal Demokratik telah muncul sebagai parti yang paling penting dan berpengaruh.
Menjelang pertengahan tahun-tahun 1950-an, negeri Jepun telah mencapai semula paras
ekonomi sebelum perang.
Ekonomi
1 Akta Pembaharuan Tanah 1946
- Pemulihan ekonomi merupakan kesan jangka panjang pendudukan Amerika yang penting.
Beberapa pembaharuan ekonomi yang bertujuan menggalakkan pembahagian pendapatan
yang lebih luas di kalangan rakyat Jepun telah diperkenalkan.
- Pihak berkuasa pendudukan telah melaksanakan satu program pembaharuan tanah yang
bertujuan menambahkan pemilikan tanah oleh petani-petani.
- Melalui Akta Pembaharuan Tanah 1946, pihak berkuasa pendudukan telah membeli tanah-
tanah kepunyaan tuan-tuan tanah tidur (absentee landlords). Tanah-tanah ini kemudiannya
dijual dengan harga rendah kepada petani-petani.
- Program tersebut tamat dilaksanakan pada tahun 1950 dan telah membolehkan 3 juta orang
petani memperolehi tanah seluas 5 juta ekar. Ia juga berjaya menstabilkan ekonomi luar
bandar.
2 Hapus Monopoli Ekonomi golongan Zaibatsu
- Pihak berkuasa pendudukan telah juga mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan
- monopoli ekonomi negeri Jepun oleh golongan zaibatsu.
- 83 buah syarikat induk zaibatsu telah dibubarkan. Harta-harta zaibatsu telah dibekukan. Ahli-
ahli keluarga dan eksekutif zaibatsu telah disingkirkan. Pihak berkuasa pendudukan telah
menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja.
3 Akta Kesatuan Sekerja 1945
- Akta Kesatuan Sekerja 1945 telah memberi pekerja-pekerja hak mogok dan berunding
secara kolektif. Bilangan ahli kesatuan sekerja telah meningkat dengan pesat.
- Menjelang tahun 1949, kira-kira 6.5 juta orang pekerja telah menyertai kesatuan sekerja.
Dasar ekonomi pihak berkuasa pendudukan telah berubah selepas tahun 1948.
- Akibat Perang Dingin antara dunia Barat dan Timur, langkah-langkah telah diambil untuk
mengukuhkan negeri Jepun sebagai sekutu dunia Barat untuk menentang Komunisme.
- Pembayaran ganti rugi perang oleh Jepun telah dihapuskan. Amerika Syarikat telah memberi
bantuan ekonomi dan mempergiatkan langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi Jepun.
Perdagangan eksport Jepun telah digalakkan.
- Dalam tahun-tahun 1960-an pula, ia telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang
utama di dunia. Pendapatan per kapita Jepun telah meningkat dari $146 pada tahun 1951
ke $395 pada tahun 1960 dan melebihi $2000 pada tahun 1972.
245
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
4 Dasar hubungan luar berasaskan ekonomi dengan Amerika Syarikat
- Dasar luar Jepun adalah berasaskan pada hubungan yang erat dengan Amerika Syarikat dan
prinsip susunan dunia perdagangan yang aman dan terbuka.
- Menjelang tahun 1980, Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang ketiga terbesar
(selepas Amerika Syarikat dan Rusia) di dunia.
Sosial
1 Penyusunan semula sistem pendidikan
- Pihak berkuasa pendudukan telah menyusun semula sistem pendidikan Jepun dengan
berasaskan model Amerika Syarikat.
- Prinsip-prinsip yang mempengaruhi penyusunan semula pendidikan Jepun ialah demokrasi,
kebebasan, pengagihan kuasa pusat, pendidikan massa, kepelbagaian dan
internasionalisme.
- Pendidikan wajib dari 6 tahun ke 9 tahun. Kursus-kursus lama mengenai etik yang telah
menggalakkan perkembangan faham ketenteraan telah digantikan dengan kursus-kursus
sains sosial.
- Pentadbiran pendidikan diletakkan di bawah kerajaan tempatan. Beberapa universiti telah
ditubuhkan di peringkat prefecture. Buku-buku teks telah ditulis semula dan kaedah-kaedah
pengajaran baru diperkenalkan. Penekanan dalam buku-buku teks diberi ke atas aspek
demokrasi dan hak-hak individu.
2 Pengaruh budaya barat
- Bilangan penduduk Jepun di kawasan-kawasan bandar telah bertambah dengan pesat. Satu
kelas pertengahan yang baru telah muncul.
- Masyarakat Jepun semakin dipengaruhi oleh kebudayaan Barat. Kadar pertumbuhan
pendudukan Jepun telah merosot.
- Pergaulan antara lelaki dan wanita telah menjadi lebih bebas. Perasaan “kekitaan” masih
kuat di kalangan orang Jepun.
KESIMPULAN
- Pada bulan April 1951, Jeneral Douglas MacArthur telah diganti oleh Jeneral Matthew B.
Ridway. Dasar pendudukan Amerika adalah berasaskan kepada 2 prinsip utama iaitu
keperluan membubarkan angkatan tentera Jepun (demilitarization) dan menjadikan Jepun
sebuah negara yang demokratik (democratization of Japan).
- Amerika Syarikat telah membantu negeri Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan
sistem kerajaan berparlimen. Pada 8 September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah negara
lain telah menandatangani satu perjanjian perdamaian dengan negeri Jepun di San
Francisco. Melalui perjanjian ini, Jepun mencapai semula kemerdekaannya pada 28 April
1952 tetapi terpaksa menggugurkan segala tuntutan ke atas bekas koloni-koloninya.
.
246
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Unit 4.2 : Konflik Antarabangsa
4.2.3 : Perang Dingin 1945-1955
Hasil Pembelajaran : Menganalisis sebab dan kesan Perang Dingin
Masa / Kawasan Kajian : Rusia dan Amerika Syarikat (abad ke- 20)
Waktu pengajaran : 6 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar Belakang Perang Perang Dingin merujuk kepada konflik antara blok kapitalis yang
Dingin diterajui Amerika Syarikat dan blok komunis yang dipimpin oleh Soviet
Union sejak tamatnya Perang Dunia Ke-2. Kedua-dua kuasa ini
bersaing antara satu sama lain dengan menggunakan pelbagai
pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-
masing. Perang Dingin ini berlaku tanpa melibatkan sebarang
pertempuran bersenjata secara langsung.
2. Sebab berlaku perang 1. Perbezaan ideologi politik
Dingin 2. Perbezaan sistem atau dasar ekonomi
3. Dasar perluasan pengaruh Soviet Union di Eropah
3. Kesan Perang Dingin 4. Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet
Union
5. Doktrin Truman.
1. Kemunculan Perikatan Tentera
2. Penubuhan Pakatan NATO dan WARSAW
3. Dunia terbahagi kepada Blok Kapitalis dan Blok Komunis
4. Perlumbaan senjata dan ketenteraan
5. Kemunculan negara-negara berkecuali
6. Tamparan buat Asia
7. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
4. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
5. Latihan Pengukuhan Huraikan faktor- faktor Perang Dingin di Eropah pada tahun 1945-
1955
247
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DINGIN DARI TAHUN
1945 HINGGA 1955.
PENDAHULUAN
- Istilah perang dingin dipelopor oleh Bernard Baruch dalam ucapan kepada Jawatankuasa
Penyelidikan Senat pada tahun 1948. Istilah ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujut
arntara Amerika Syarikat dan Soviet Union.
- Perang ini merujuk kepada konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan
nasional melalui cara-cara politik,ekonomi,dan psikologi.Apabila tercatusnya perang dingin,
kedua-dua pihak menjalankan kegiatan subversive, propaganda, pengintipan, dan perang
secara tidak langsung menerusi sekutu mereka.
ISI 1: Perbezaan Ideologi Politik
- Perbezaan ideology politik.Terdapat perbezaan ideology politik yang amat ketara antara
Amerika Syarikat dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa besar ini mengamalkan sistem
pemerintahan yang amat bertengagan. Amerika Syarikat memperjuangkan sistem
pemerintahan yang megutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk berkumpul,
menyuarakan pendapat, dan kebebasan media manakala Soviet Union pula merupakan
jaguh sistem pemerintahan sosialis yang beteraskan ideologi komunis.
- Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Soviet Union diterajui oleh Parti
Komunis.Dalam sistempemerintahan komunis, rakyat tidak di beri kebebasan untuk
berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka. Perbezaan ideologi politik antara sistem
pemerintahan demokrasi dan sistem pemerintahan komunis menyebabkan hubugan antara
kuasa besar ini menjadi rengang
ISI 2: Perbezaan Sistem Ekonomi
- Dalam sapek ekonomi, Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis iaitu
sistem yg bebas daripada campur tagan kerajaan dan mengalakkan ekonimi perdagangan
bebas.
- Soviet Union pula tidak mengalakkan kegiatan ekonomi bebas kerana bimbang masyarakat
terdedah kepada sistem ekonomi barat dan Soviet Union tidak mengalakkan Negara-negara
sosialis melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa dan bimbang pangaruh dari barat
akan mengancam regim totalitarian tersebut. Soviet Union bimbang pengaruh dari Barat akan
mengancam regim totalitarian.
ISI 3: Kemunculan Kuasa Dunia Yang Baharu
- Perang Dunia Kedua menyebabkan bilangan Negara yang bertaraf kuasa besar dunia telah
berkurangan. Negara-negara seperti Jepun dan Itali telah mengalami kekalahan dan menjadi
lemah selepas Perang Dunia Kedua. Britian dan Perancis telah menjadi lemah daripada segi
ketenteraan dan ekonomi.Malah Negara seperti Britian, Jerman, Jepun, dan Perancis kini
bergantung kepada Amerika Syarikat yang muncul sebagai kuasa dunia untuk membagunkan
semula ekonomi mereka.
- Perkembangan ini menyebabkan lahir dua kuasa baharu dunia, iaitu Amerika Syarikat dan
soviet Union yang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing
ISI 4: Dasar Peluasan Pengaruh Soviet Union Di Eropah
- Menjelang akhir tahun 1944, Tentera Merah (tentera komunis) Soviet Union bertindak
membebaskan dan mengawal sebahagian besar Negara-negara di Eropah Timur di bawah
248
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
pengaruh mereka. Semasa persidangan Yalta diadakan pada tahun 1945, Soviet Unoin
menguasai kawan yang meganjur hingga ke garisan Curzon yang dijadikan sempadan antara
Soviet Union dan Poland.
- Semasa Perang Dunia Kedua hamper tamat, Soviet Union bertindak megukuhkan
cengkamannya terhadap Negara-negara di Eropah Timur.Malah tentera Merah Soviet Union
turut menpegaruhi pilihan raya yang diadakan di Negara-negara Eropah Timur.Selain
itu,kerajaan-kerajaan yang bertindak di Eropah Timur juga didominasi oleh golongan
komunis.
- Stalin mengalakkan golongan komunis di Eropah Barat untuk memainkan peranan aktif
dalam pilihan raya umum yang diadakan di Negara-negara tersebut.Perkembangan ini
menyebabkan hubugan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat menjadi regang dan
tercetus Perang Dingin.
ISI 5: Perkembangan semasa Perang Dunia Kedua
- Menyebabkan hubugan antara Amerika Syarikat, Soviet Union, dan Britian telah menjadi
renggang sebelum Perang Dunia Kedua tamat.Hubugan yang semakin renggang antara
ketiga-tiga kuasa besar ini jelas ketara dalam Persidangan Yalta(Februaru 1945) dan
Persidangan Piotsdam(Julai 1945) yang diadakan untuk menentukan alah tujuh dan
kerjasama antara negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Kedua tamat.
- Dalam persidangan di Yalta, tiga pemimpin utama.iaitu Roosevelt, Winton Churchill, dan
Stalin bersetuju pilihan raya diadakan di Negara-negara Eropah Timur yang diduduki atau
dibebaskan oleh Soviet Union.Dalam pada itu, Stalin pula berazam untuk menubukan
kerajaan komunis di Negara-negara yang didudukinya demi keselamatan pada masa itu.
- Dalam Persidangan Potsdamyang diadakan pada Julai 1945 Prisiden America Syarikat Harry
Truman menuntut agar pilihan raya diadakan di Negara-negara Eropah Timur yang dikuasai
oleh Soviet Union.Tetapi stalin menolak tuntutan Harry Truman kerana Negara-negara
tersebut akan menubuhkan kerajaan anti-Soviet Union.
ISI 6: Hubugan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union
- Hubugan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union menjadi semakin buruk seklepas bulan
Mei 1945.Hal ini kerana tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta
oleh Soviet Union untuk membagunkan semukla negaraselepas perang megeruhkan
hubungan antara kedua-dua kuasa besar tersebut.
- Hubugan bertamba buruk lagi apabila Winston Churchill dalam ucapannya pada Mac 1946
menyatakan bahawa terdapat `tisai besi` yang menganjur dari Stettin di Baltik hinhha
keTrieste di Adriatik.Menurut beliau `tirai besi` ini memisahkan Eropah Timur degan Eropah
Barat.
- Amerika Syarikat dan Britain bimbang fahaman komunis akan merebak ke Eropah
Barat.Pemimpin-pemimpin di barat percaya kepada `teori domino` iaitu apabila sesebuah
Negara dikuasai oleh komunis maka satu demi satu Negara-negara lain akan jatuh ke tagan
komunis.
- Perkembagan ini amat membimbangkan Amerika Syarikat dan Britian hingga kedua-dua
Negara tersebut bertekad bagi menyekat perkembagan komunis di mana-mana
Negara.Keadaan ini telah mencetuskan ketegangan antara kedua-dua Negara serta
merancakkan Perang Dingin.
KESIMPULAN
- Kedua-dua kuasa besar ini bersaing antara satu sma lain debgabn pelbagai pendekatan
seperti diplomatic, ekonomi, politik, dan psikologi untuk megukuhkan ideology dan pengaruh
masing-masing. Perang dingin bermula di benua Eropah telah tersebar ke bahagian lain
seluruh dunia.
249
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980am dan berahir ekoran daripada keruntuhan
Negara-negara komunis di Eropah timur pada tahun 1989.
SOALAN 2: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERCETUS PERANG
DINGIN SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA BERAKHIR DARI TAHUN 1945 – 1955
PENDAHULUAN
Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dengan Soviet
Union. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar ini berlaku tanpa sebarang pertempuran
bersenjata secara langsung. Perang ini turut merujuk kepada konflik antara negara-negara komunis
yang diketuai oleh Soviet Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dingin selepas Perang Dunia
Kedua berakhir dari tahun 1945 sehingga 1955.
ISI 1: Dasar perluasan pengaruh Soviet Union di Eropah
Perang Dingin tercetus akibat tindakan Soviet Union yang telah meluaskan pengaruhnya di
Eropah sebelum Perang Dunia Kedua tamat. Menjelang akhir tahun 1944, tentera komunis
Soviet Union telah bertindak membebaskan dan mengawal sebahagian besar negara-
negara di Eropah Timur. Pada masa yang sama, Soviet Union juga telah berjaya meluaskan
pengaruhnya dan menguasai Jerman Timur. Semasa Persidangan Yalta pada tahun 1945,
Soviet Union turut menguasai kawasan yang menganjur hingga ke garisan Curzon yang
menjadi sempadan antara Soviet Union dengan Poland. Stalin mengandaikan pihak Barat
bersedia menerima pengaruh Soviet Union di Poland tetapi dalam Persidangan Potsdam
wujud ketidaksefahaman yang menyebabkan keretakan hubungan antara mereka. Keadaan
ini menyebabkan Soviet Union bertindak mengukuhkan cengkamannya terhadap negara-
negara di Eropah. Tambahan pula, kerajaan-kerajaan yang baru dibentukdi Eropah Timur
juga kebanyakannya didominasi oleh pihak Komunis.
Selain itu, kerajaan Soviet Union juga berusaha meluaskan pengaruh komunis di Eropah
Barat. Hal ini terbukti melalui tindakan Stalin yang menggalakkan pihak komunis di Eropah
Barat memainkan peranan aktif dalam pilihan raya umum di negara-negara tersebut.
Sebagai contoh parti-parti komunis menjadi amat berpengaruh di Itali dan
Perancis.Tindakan Soviet Union yang cuba menyebarkan pengaruh Komunis di Eropah Barat
menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah-langkah bagi menyekat penyebaran ideologi
komunisme supaya tidak terus merebak. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara
Soviet Union dengan Amerika Syarikat menjadi renggang sehingga mencetuskan Perang Dingin.
ISI 2: Perbezaan ideologi politik
Perbezaan ideologi politik yang ketara antara Amerika Syarikat dan Soviet Union turut
menjadi faktor tercetusnya Perang Dingin. Amerika Syarikat memperjuangkan sistem
pemerintahan demokrasi yang mengutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk
berkumpul, menyuarakan pendapat dan kebebasan media. Berpandukan ideologi ini, maka
Amerika Syarikat mahu pilihan raya diadakan di negara-negara yang dibebaskan selepas
Perang Dunia Kedua tamat. Soviet Union pula mengamalkan sistem pemerintahan sosialis
yang berteraskan ideologi komunis dan diterajui oleh Parti Komunis. Berdasarkan sistem
pemerintahan ini, rakyat tidak diberi kebebasan berhimpun dan menyuarakan pendapat
mereka. Perbezaan dalam ideologi politik antara sistem pemerintahan demokrasi dan sistem
pemerintahan komunis menyebabkan hubungan antara kuasa-kuasa besar ini menjadi renggang.
250
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Tambahan pula, tindakan Soviet Union meluaskan pengaruh komunis di Eropah telah mencabar
pengaruh dan kekuasaan Amerika Syarikat sebagai salah sebuah kuasa besar.
ISI 3: Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet Union
Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet Union menjadi semakin buruk
selepas Mei 1945. Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh
Soviet Union untuk membangunkan semula negara selepas perang telah mengeruhkan
hubungan antara kedua-dua kuasa besar. Keadaan ini menjadi semakin ketara apabila
Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dalam ucapannya di Missouri pada Mac 1946
menyatakan bahawa terdapat satu tirai besi yang memisahkan Eropah Timur dengan
Eropah Barat. Kewujudan tirai besi juga menyebabkan hubungan perdagangan antara
blok-blok ini amat terhad manakala hubungan biasa secara perseorangan hampir tidak
wujud. Jelaslah, ucapan Winston Churchill ini membuktikan kebimbangan Amerika
Syarikat dan Britain terhadap perluasan pengaruh Soviet Union di Eropah Timur dan
Eropah Tengah.
ISI 4: Doktrin Truman
Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa segala
bantuan yang diberikan kepada Soviet Union dihentikan. Pada Oktober 1945,Truman
menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak mengiktiraf mana-mana kerajaan yang
ditubuhkan tanpa persetujuan penduduknya.
Pada 1946, Presiden Harry Truman menekankan dasar Amerika Syarikat yang akan
menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung pengaruh komunisme. Kenyataan
Truman ini menjadi asas kepada pembentukan ‘Doktrin Truman’ yang membawa kepada
usaha Amerika Syarikat menentang peluasan pengaruh Soviet Union dan ideologi komunis
di seluruh dunia. Berdasarkan doktrin ini juga, Amerika Syarikat telah memberikan
bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Turki dan Greece bagi membendung ancaman
komunis. Hal ini menunjukkan bahawa pengisytiharan ‘Doktrin Truman’ oleh Presiden Harry
Truman adalah titik permulaan berlakunya Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet
Union. Bahkan doktrin ini telah menjadi dasar Amerika Syarikat bagi tempoh 30 tahun berikutnya.
KESIMPULAN
Perang Dingin menyebabkan kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan
kekuatan tentera. Di samping itu, perang ini menyebabkan persaingan antara kedua-dua kuasa besar
untuk menyebarkan ideologi dan pengaruh masing-masing. Ekoran persaingan ini, muncul dua blok
utama di dunia iaitu blok komunis dan blok kapitalis. Perang ini berlanjutan sehingga tahun 1980-an
dan berakhir ekoran keruntuhan negara-negara Komunis di Eropah Timur.
SOALAN 3: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERANG DINGIN DI EROPAH PADA TAHUN 1945-
1955
PENDAHULUAN :
Istilah perang dingin dipelopori oleh Bernard Baruch dalam ucapannya kepada Jawatankuasa
Penyelidikan Senat pada tahun 1948. Ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara
Amerika Syarikat dengan Soviet Union. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar ini berlaku
tanpa sebarang pertempuran bersenjata. Negara-negara komunis diketuai oleh Soviet Union dengan
negara-negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
Apabila tercetus perang dingin, kedua-dua pihak menjalinkan kegiatan subversif, propaganda,
pengintipan dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka. Menurut sejarawan, perang
dingin bermula pada tahun 1947, apabila Presiden Harry Truman, mengisytiharkan dasar antikomunis
yang dikenali sebagai ‘Doktrin Truman’. Perang ini berlanjutan hingga akhir tahun 1980-an.
251
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Isi-isi penting :
1. Doktrin Truman :
Perang dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa segala bantuan yang
diberikan kepada Soniet Union dihentikan. Pada Oktober 1945, beliau menegaskan Amerika Syarikat
tidak mengiktiraf mana-mana kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan penduduknya.
Pada tahun 1946, Presiden Harry Truma menekankan dasar Amerika Syarikat yang akan
menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung pengaruh komunis. Kenyataan ini, menjadi
asas kepada pembentukan ‘Doktrin Truman’ yang membawa kepada usaha Amerika Syarikat
menentang peluasan pengaruh Soviet Union dan ideology komunis keseluruh dunia. Berpandukan
kepada doktrin, Amerika Syarikat telah memberi bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Turki
dan Greece untuk menghadapi ancaman komunis.
2. Tirai besi :
Pada bulan Mac 1946, Perdana Menteri Britian Winston Churchill memberitahu bahawa terdapat ‘tirai
besi’ yang memisahkan Eropah kepada 2 blok yang bermusuhan, iaitu blok komunis dan blok bukan
komunis.
Kewujudan tirai besi menyebabkan hubungan perdagangan antara blok-blok ini amat terhad,
manakala hubungan biasa secara perseorangan hampir tidak wujud.
3. Rancangan Marshall :
Pada tahun 1947, Amerika Syarikat melancarkan perancangan Rancangan Marshall untuk membantu
negara-negara Eropah memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan demokratik di negara
tersebut. Soviet Union menolak Rancangan Marshall walaupun pada awalnya menyertai
perbincangan rancangan ini. Soviet Union menolak Rancangan Marshall yang didakwa sebagai
campur tangan Amerika Syarikat dalam hal negara lain.
Soviet Union enggan menerima bantuan dan memaksa negara-negara Eropah timur yang lain untuk
berbuat demikian. Di bawah Rancangan Marshall, Amerika Syarikat membekalkan bahan-bahan
mentah, jentera, minyak dan baja bernilai $ 3000 juta dollar Amerika.
4. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) :
Penubuhan OEEC untuk menguruskan Rancangan Marshall menambahkan ketegangan antara timur
dan barat. Pertubuhan ini dianggotai oleh 16 buah negara Eropah termasuk Amerika Syarikat dan
Kanada. Melalui pertubuhan ini, Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah besar wang bagi
menjalinkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara. Ekoran dari bantuan itu, Eropah barat
mengalami pemulihan ekonomi yang ketara.
Pembangunan ekonomi dan kemakmuran yang dikecapi oleh penduduk menyebabkan
perkembangan fahaman komunis dapat disekat di Eropah Barat.
5. CAMECON :
Selepas penolakan terhadap Rancangan Marshall, Soviet Union mula mengawal negara-negara
Eropah timur di bawah pengaruh komunis. Stalin menubuhkan Biro Penerangan Komunis Cominform
untuk menyelaraskan kegiatan parti-parti komunis Eropah.
Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan kerjasama ekonomi bagi negar-negara Eropah Timur dalam
COMECON. Perkembangan ini melebarkan jurang antara Timur dan Barat di Eropah.
6. Perkembangan pengaruh komunis di Eropah Timur :
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Soviet Union mula mengukuhkan kedudukannya di Eropah
Timur, dengan menempatkan tenteranya di Poland, Hungary, Romania, Bulgaria, Czechoslovakia,
bahagian timur Jerman dan Austria.
Soviet Union menggunakan kekuatan tentera untuk membentuk kerajaan-kerajaan komunis, malah
menggunakan kuasanya untuk mengendalikan dasar-dasar dalam dan luar negara-negara tersebut.
252
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Dasar Soviet Union mengukuhkan pemerintah komunis jelas ketara di Poland, Czechoslovakia dan
Yugoslovia.
(1) Pengaruh komunis di Poland
Soviet Union melibatkan diri secara langsung dalam mengukuhkan pengaruh komunis di Poland. Parti
yang bukan komunis seperti Parti Rakyat telah diserapkan dalam Barisan Kebangsaan Parti Pekerja
Poland yang merupakan parti politik komunis. Malah Soviet Union juga bertindak menyingkirkan 75
000 anggota komunis dan sosialis Poland yang tidak menurut arahan serta panduan yang ditetapkan
oleh Soviet Union.
Pada tahun 1948, Setiausaha Parti Komunis, Gomulka dipaksa meletakkan jawatan kerana memberi
sokongan kepada Tito di Yugoslovia.
(2) Pengaruh komunis di Czechoslovakia :
Sebelum Perang Dunia Kedua, Czechoslovakia merupakan negara yang paling maju dalam bidang
perindutrian di Eropah Timur dan mempunyai pengalaman dalam pemerintahan demokrasi. Selepas
Perang Dunia Kedua, Parti Komunis mendapat sokongan yang meluas daripada golongan pekerja
dan intelek ekoran peranannya dalam penentangan terhadap Nazi Jerman. Parti komunis telah
menyertai kerajaan campuran yang terdiri daripada golongan liberal dan parti-parti berhaluan kiri di
bawah kepimpinan Klement Gottwald.
Pada bulan Febuari 1948, kerajaan baharu ditubuhkan oleh Parti Komunis dan Parti Demokrat.
Seterusnya berlaku gerakan untuk menyingkirkan golongan anti-komunis daripada jawatan-jawatan
kerajaan. Penguasaan Parti Komunis di Czechoslovakia diteruskan dengan gerakan pembersihan
dalam parti itu. Pemimpin-pemimpin yang menunjukan taat setia kepada Rusia dikekalkan berkuasa.
(3) Pengaruh komunis di Yugoslavia :
Parti Komunis Yugoslavia dibawah pimpinan Tito tidak mempunyai hubungan mesra dengan Soviet
Union. Menjelang tahun 1948, timbul perselisihan faham yang amat ketara antara Tito dan Stalin.
Soviet Union menuduh Tito sebagai pengkhianat bangsa dan membatalkan tuntutan Yugoslavia
terhadap Carinthia di Austria. Malah Rusia juga menuduh Yugoslovia memberi layanan buruk
terhadap rakyat Soviet Union yang menetap di negara tersebut. Hubungan antara Yugoslavia dan
Soviet Union menjadi semakin tegang apabila Tito enggan menerima rancangan ekonomi yang
dilaksanakan oleh Stalin.
Dalam pada itu, Tito mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu pakatan dalam kalangan
negara-negara Balkan. Rancangan Tito bertentangan dengan kehendak Soviet Union sehingga
beliau dituduh sebagai tali barut Amerika Syarikat. Perkembangan ini menyebabkan Yugoslavia
disingkirkan daripada Gerakan Komunis Antarabangsa.
Dalam pada itu, kuasa-kuasa Barat pula bersedia menghulurkan bantuan ekonomi kepada
Yugoslavia. Komunisme nasional bebas yang diperkenalkan oleh Tito turut mendapat sokongan
daripada negara-negara komunis lain. Ekoran perkembangan ini, Soviet Union mula menjalankan
gerakan pembersihan dalam kalangan pemimpin-pemimpin komunis tempatan di Hungary, Poland,
Romania, Bulgaria dan Czechoslovakia.
(4) Pengaruh komunis di Greek :
Semasa Perang Dunia Kedua, Parti Komunis Greek memainkan peranan dalam penentangan
terhadap Jerman. Pada tahun 1944, Parti Komunis turut menyertai kerajaan campuran. Peperangan
tercetus di Athens ekoran cadangan kerajaan agar gerila komunis meletakkan senjata.
Pada bulan Mac 1946, Parti Monarkis berhaluan kanan berjaya dalam pilihan raya umum. Kejayaan
ini disusuli dengan tindakan menindas penyokong-penyokong komunis. Golongan komunis
mewujudkan pasukan gerila di Macedonia untuk bertindak balas. Komunis turut mendapat bantuan
dan sokongan daripada Yugoslavia. Parti Monarkis pula mendapat sokongan daripada Britain dan
Amerika Syarikat selepas tahun 1947. Menjelang tahun 1949, gerila-gerila komunis dapat
ditewaskan.
253
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
7. Perkembangan politik di Eropah Barat :
Selepas Perang Dunia Kedua, negara-negara Eropah Barat menghadapi kesukaran untuk
membangunkan semula ekonomi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku inflasi, pengangguran
dan kebuluran. Perkembangan ini menyebabkan parti-parti berhaluan komunis mula mendapat
sokongan rakyat di Perancis dan Itali. Umpamanya, kerajaan campuran pertama diwujudkan di
Perancis di bawah pimpinan de Gaulle turut dianggotai oleh ahli-ahli Parti Komunis Perancis.
Menjelang tahun 1947, Parti Komunis menjadi pembangkang di Perancis dan mula mendapat tempat
di Itali pada tahun 1948. Parti Komunis Itali turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan oleh
de Gasperi yang merupakan pemimpin Parti Kristian Demokrat.
8. Masalah perpecahan Jerman :
Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua adalah
pembinaan semula ekonomi dan politik Jerman. Negara Jerman telah dibahagikan kepada 4 kawasan
yang ditadbir oleh Soviet Union, Amerika Syarikat, British dan Perancis. Manakala ibu negeri Jerman,
Berlin dibahagikan kepada 4 sektor.
Suruhanjaya Kawalan Berikat telah ditubuhkan untuk menyelaraskan perkara-perkara yang akan
memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran Jerman. Menjelang tahun
1948, Soviet Union telah memiliknegarakan semula industry di Jerman Timur, juga bertindak
merampas dan mengagihkan ladang melebihi keluasan 250 ekar.
Mereka juga menggalakkan penubuhan Parti Sosial Bersatu yang merupakan gabungan Parti
Komunis dan Parti Sosial Demokrat. Sebenarnya, sistem pentadbiran komunis telah diperkenalkan
oleh Soviet Union di Jerman Timur.
Pada tahun 1947, Amerika Syarikat dan British telah menyatukan kawasan-kawasan yang berada di
bawah penguasaan mereka untuk tujuan ekonomi. Pada tahun 1948, Amerika Syarikat, Britain, dan
Perancis telah membuat keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat melalui
Perjanjian London. Perkembangan ini menyebabkan muncul dua buah parti politik, iaitu Parti Kristian
Demokrat di bawah pimpinan Konrad Adenauer dan Parti Sosial Demokrat di bawah pimpinan Kurt
Schumacher di Jerman Barat. Perkembangan ini menyebabkan wujud perpecahan yang agak ketara
Jerman Barat dan Jerma Timur. Perpecahan ini menyebabkan hubungan antara Soviet Union dan
Amerika Syarikat semakin renggang.
9. Pengepungan Berlin :
Pada bulan Febuari 1948, panglima tentera Soviet Union, Sokolovsky mendakwa seluruh Kota Berlin
adalah sebahagian daripada Rusia. Sementara itu, pada bulan Jun 1948, wakil-wakil daripada
Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Belgium, Belanda dan Luxembourg yang mengadakan
pertemuan di London bersetuju untuk mewujudkan sebuah kerajaan pusat di Jerman Barat.
Konfrontasi secara terbuka berlaku apabila pihak berkuasa Jerman Barat membuat keputusan untuk
menilai semula mata wang Jerman. Tujuan penilaian semula mata wang ini dilakukan adalah untuk
Membantu pemulihan ekonomi dan Menentang pasaran gelap
Soviet Union mendakwa penilaian semula mata wang wang bertentangan dengan Perjanjian
Postdam. Malah Soviet Union berpendapat tindakan tersebut akan menyebabkan nilai mata wang
Jerman Timur merosot dn ini menghalang hubungan ekonomi antara Jerman Timur dan Jerman
Barat.
Seterusnya, Soviet Union mengambil langkah untuk menghalang penyebaran mata wang baharu di
zon mereka dan seluruh Berlin. Pada bulan Jun 1948, Soviet Union menutup semua laluan darat ke
bahagian barat Berlin. Ini menyebabkan bahagian yang di kuasai oleh Barat mendapat bekalan
melalui pengangkutan udara.
Pada bulan Mei 1949, satu perjanjian telah diadakan oleh kedua-dua pihak dan sebagai susulannya,
jalan-jalan darat dibuka semula. Dalam perjanjian tersebut keempat-empat kuasa yang mentadbir
Jerman bersetuju Jerman yang akan dibahagikan pada masa akn dtang. Perjanjian tersebut
membawa kpd penubuhan 2 buah ngara iaitu : Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) dan
Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur)
Republik Persekutuan Jerman ditubuhkan pada bulan Mei 1949 dan ibu negerinya terletak di Bonn.
Manakala, Republik Demokratik Jerman ditubuhkan pada Oktober 1949 dengan ibu negerinya di
Berlin.
254
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
KESIMPULAN
Penubuhan NATO yang merupakan pertubuhan pertahanan unutk membendung pencerobohan
komunis telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Apabila Perang
Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak menghalang komunis berkembang daripada
garisan lintang 38 darjah di Korea, persisiran pantai China di Quemoy dan Matsu dan garisan lintang
17 darjah di Vietnam.
Perang Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti NATO, SEATO,
dan pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar berlumba-lumba
untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera.
Menjelang Perang Dingin juga menyaksikan kemunculan negara-negara yang mengamalkan dasar
berkecuali menerusi NAM.
SOALAN 4: HURAIKAN PERANG DINGIN DI ASIA PADA TAHUN DARI 1945 HINGGA 1955
PENDAHULUAN
§ Selepas tamat perang dunia kedua, keadaan politik dinegara-negara asia menjadi tidak stabil. Di
China berlaku pertelingkahan antara puak komunis pimpinan Mao Tze Tung dan puak Kuomintang
dibawah pimpinan Chiang Kai-Shek.
§ Keadaan menjadi buruk ekoran penglibatan kuasa-kuasa besar iaitu, Amerika Syrikat dan Soviet
Union dalam hal ehwal dalaman negara-negara. Peperangan ini berlaku dinegara-negara asia
disebabkan pengaruh kedua-dua kuasa besar iaitu, Perang Korea(1950-1953) dan Perang Vietnam
Pertama(1946-1954).
ISI 1: China menyertai blok komunis
§ Pada tahun 1930-an kerajaan nasionalis China dibawah pimpinan chiang kai-shek menerima cabaran
daripada pihak komunis. Pada tahun 1949, Parti Komunis China pimpinan Mao Tze Tung berjaya
menewaskan Kuomintang dalam perang saudara. Pemimpin Kuomintang, Chiang kai-shek berundur
ke Taiwan dan mendirikan kerajaan dengan bantuan Amerika Syarikat.
§ Penyertaan China dalam blok komunis telah mengubah imbangan kuasa dunia secara dramatis.
Amerika Syrikat memberikan bantuan kepada Chiang kai-shek untuk menentang penguasaan
komunis namun usaha tersebut menemui kegagalan. Amerika Syrikat bertindak tidak mengiktiraf
kerajaan komunis dan mendesak Taiwan mengekalkan kerusi China di bangsa-bangsa bersatu.
ISI 2: Perang korea (1950-1953)
§ Perang korea yang meletus pada tahun 1950 telah merancakkan perang dingin antara Amerika Syrikat
dan Soviet Union. Selepas perang dingin kedua, tentera Amerika Syrikat menduduki bahagian korea
selatan manakala Soviet Union menguasai korea utara. Pada bulan Februari 1948, korea utara
mengisytiharkan dirinya sebagai Republik Demokrat Rakyat Korea. Kerajaan yang berasingan
ditubuhkan di Korea Selatan dibawah pimpinan Presiden Dr.Syngman Rhee.
§
Selepas pengunduran tentera Amerika Syrikat pada tahun 1948 dan tentera Soviet Union pada
tahun 1946 wujud ketegangan antara korea utara dan korea selatan. Keadaan politik di korea selatan
tidak stabil dan pengaruh komunis mula menular dalam kalangan rakyat miskin. Pada bulan
Jun 1950, tentera Korea Utara menyeberangi garis lintang 38 darjah dan menceroboh korea selatan.
§ Majlis keselamatan PBB bertindak meluluskan resolusi mengutuk tindakan korea utara. Pasukan
tentera Amerika Syrikat dihantar ke korea selatan dan diikuti oleh tentera British, tentera Komanwel
dan Turki sebagai sebahagian daripada pasukan tentera PPB. Pasukan tentera PPB dibawah
pimpinan Jeneral MacArthur berjaya mara ke garis lintang 38 darjah. Jeneral Mac Arthur merancang
untuk terus mara ke utara hingga ke sempadan Yalu yang menjadi sempadan dengan China.
Kerajaan China menghantar askar-askarnya untuk membantu Korea Utara.
255
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
§ Tentera PBB pimpinan Jeneral MacArthur mengalami kekalahan dan berundur ke selatan. MacArthur
bercadang untuk mengebom pusat-pusat industri China di Vumuria. Amerika Syarikat menarik balik
daripada mengambil risiko ini dan MacArthus dilucutkan jawatan oleh Presiden Truman. Cadangan
Soviet Union di PBB, satu perdamaian sementara diwujudkan pada bulan Jun 1951. Peperangan di
Korea jelas menunjukkan ketegangan Perang Dingin yang menular di rantau Timur Jauh.
ISI 3: Perang Vietnam
§ Selepas perang Dunia Kedua, Vietnam menjadi medan Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar di
Asia. Pada tahun 1954, Perancis menghadapi ancaman daripada komunis di bawah pimpinan Ho Chi
Minh. Pada 8 Mei 1954, bahagian utara Vietnam jatuh ke tangan komunis.
§ Rundingan yang diadakan di Geneva bersetuju untuk membahagikan Vietnam kepada Vietnam Utara
dan Vietnam Selatan berdasarkan garis lintang 17 darjah. Kerajaan komunis telah ditubuhkan di
bahagian utara di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Kerajaan bukan komunis ditubuhkan di selatan di
bawah pimpinan Ngo Dinh Diem. Pada tahun 1957, golongan komunis mula meluaskan pengaruh di
Vietnam Selatan.
§ Saki-baki anggota gerakan Viet Minh (komunis) yang masih berada di Vietnam Selatan mula
menjalankan gerakan untuk menentang pemerintahan Ngo Dinh Diem. Amerika Syarikat menambah
bantuan tentera kepada Vietnam Selatan. Amerika Syarikat bertindak melancarkan serangan bom di
Vietnam Utara mulai tahun 1965.
§ Pada tahun 1967, Amerika Syarikat menempatkan 400 000 tentera untuk berjuang bersama tentera
Vietnam Selatan menentang komunis. Vietnam Utara pula mendapat bantuan ketenteraan daripada
Soviet Union dan China.
ISI 4: Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
§ Pada tahun 1954, satu pakatan tentera antikomunis yang dikenali sebagai Pertubuhan Perjanjian Asia
Tenggara (SEATO) telah ditubuhkan. Negara-negara yang dianggotai pakatan ini terdiri daripada
Amerika Syarikat, Australia, Britain, Perancis, New Zealand, Filipina, Thailand, dan Pakistan.
§
Penubuhan SEATO adalah menyekat keluasan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia
Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Myanmar dan Indonesia tidak
menyertai SEATO kerana bimbang pakatan tersebut meningkatkan ketidakstabilan politik di rantau
Asia Tenggara. Negara-negara tersebut mengambil pendirian berkecuali dalam hal ehwal
ketenteraan.
KESIMPULAN
§ Penubuhan NATO yang merupakan pertubuhan pertahanan unutk membendung pencerobohan
komunis telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Apabila Perang
Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak menghalang komunis berkembang daripada
garisan lintang 38 darjah di Korea, persisiran pantai China di Quemoy dan Matsu dan garisan lintang
17 darjah di Vietnam.
§ Perang Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti NATO,
SEATO, dan pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar berlumba-
lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera. Menjelang Perang Dingin juga
menyaksikan kemunculan negara-negara yang mengamalkan dasar berkecuali menerusi NAM.
256
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 5: HURAIKAN KESAN-KESAN PERANG DINGIN PADA TAHUN 1945-1955.
PENDAHULUAN:
- perang dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara Komunis yang diketuai oleh
Soviet Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Perang ini
melambangkan konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional melalui
cara-cara politik, ekonomi, dan psikologi.
- Apabila tercetus perang dingin, kedua-dua pihak menjalanan kegiatan subversive,
propaganda, pengintipan, dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka.
ISI 1: Kemunculan Perikatan Tentera
- Selepas Perang Dingin Kedua, Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat.
Kebangkitan Soviet Union menyebabkan negara-negara Eropah Barat mewujudkan Perikatan
Tentera.
- Antara Perikanan Tentera yang diwujudkan ialah Persetiaan Dunkirk dan Perjanjian Brusells.
Perikatan Tentera diwujudkan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ketenteraan dan
ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah Barat.
ISI 2: Penubuhan Pakatan NATO dan WARSAW
- Pada tahun 1949 pula, Blok Komunis menyertai China selepas Parti Komunis China (PKC)
memenangi Perang Saudara dimana PKC dipimpin oleh Mao Tse-Tung. Kerana perbezaan
pengamalan sistem politik dan ekonomi, kedua-dua blok bersiap sedia dengan sebarang
kemungkinan seperti perang kilat. Amerika Syarikat (AS) membentuk pakatan tentera yang
digelar sebagai North Atlantic Treaty Organisation (NATO). NATO disertai oleh negara-
negara yang mengalami ancaman daripada komunis.
- Sebagai balasan, Blok Komunis menubuhkan Pakatan Warsaw yang beranggotakan seluruh
negara-negara Eropah Timur. NATO dan Pakatan Warsaw ini masing-masing mempunyai
senjata nuklear. Manakala satu lagi pakatan iaitu South-East Asia Treaty Organisation
(SEATO) yang disertai oleh AS, Australia, Britain, New Zealand, Perancis, Filipina, Pakistan
dan Thailand ditubuhkan bagi menghalang komunis ataupun kerajaan Rusia dan China
berpengaruh di Asia .
ISI 3: Dunia terbahagi kepada Blok Kapitalis dan Blok Komunis
- Akibat Perang Dingin yang paling ketara adalah, terbahaginya dunia kepada dua blok yang
berbeza iaitu Blok Kapitalis dana Blok Komunis. Dapat dilihat bahawa, Jerman telah
berpecah kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat dimana ini melambangkan
bagaimana blok-blok ini wujud .
- Jerman Barat diduduki oleh Tentera Berikat manakala tentera Rusia berpihak di Jerman
Timur. Sistem demokrasi diamalkan oleh Jerman Barat dan Jerman Timur pula mengamalkan
sistem komunis. Tembok Berlin telah dibina bagi memisahkan dua negara Jerman, dimana
Ibu kota lama Jerman dibahagikan dua kepada Kuasa Berikat dan Tentera Rusia .
ISI 4: Perlumbaan senjata dan ketenteraan
- Pertelagahan dua kuasa besar ini menyebabkan masing-masing mahu memberi perhatian
terhadap keupayaan ketenteraan. Akibatnya berlaku perlumbaan senjata tetapi masing-masing
cuba mengelakkan perselisihan yang mungkin akan tercetusnya peperangan yang lebih besar.
- AS dan Rusia menggunakan pelbagai inisiatif bagi memperjuangkan kepentingan masing-masing
termasuklah melakukan kegiatan subversif , pengintipan , dan berperang melalui sekutu-sekutu
mereka sehingga melibatkan benua Asia.
- Contohnya yang berlaku di China, AS cuba membantu Chiang Kai-Shek menentang Parti
Komunis China (PKC). Namun, PKC memenanginya dan membawa kepada penyatuan AS
dengan Jepun yang sebelumnya adalah negara musuh yang sangat ditakuti . Ini kerana, AS
mahu membantu Jepun menggugat keselamatan China .
ISI 5: Kemunculan negara-negara berkecuali
257
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunie ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa
besar. Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok komunis atau blok kapitalis.
- Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan.
Matlamat utama NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat
ataupun blok komunis.
ISI 6: Tamparan buat Asia
- Perang Dingin juga memberi tamparan hebat buat Asia apabila tercetus di benua Asia
sebuah peperangan yang berlanjutan selama tiga tahun iaitu Perang Korea. Dalang
berlakunya Perang Korea ini adalah dua kuasa besar yang terlibat dalam Peang Dingin,
dimana Rusia dan China memberi sokongan kepada Korea Utara menentang Korea Selatan
yang mendapat pula sokongan daripada AS.
- Sehingga kini kita dapat lihat bagaimana kesan Perang Dingin ini telah membina tembok
yang cukup kuat antara dua buah kerajaan negara Korea. Begitu juga yang berlaku di
Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Mujurlah Vietnam mampu menyelesaikan konflik
mereka sendiri atas pimpinan nasionalis mereka Ho Chi Minh. Biarpun politik dunia
dipengaruhi oleh Perang Dingin, banyak negara yang tidak mahu terlibat dalam
persengketaan mereka dan tidak menyokong mana-mana blok dan negara-negara ini digelar
sebagai Negara-negara Dunia Ketiga
ISI 7: Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
- Perang Dingin menyebabkan Pakatan Tentera Antikomunis yang dikenali sebagai SEATO
ditubuhkan.Pakatan ini ditubuhkan untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan
Pasifik Barat dan Asia Tenggara.
KESIMPULAN
Perang Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain di dunia. Perang ini
berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran keruntuhan negara-negara komunis di Eropah
Timur pada tahun 1989. Biarpun politik dunia di pengaruhi oleh Perang Dingin, tetapi byk Negara
yang tidak mahu melibatkan diri dalam persengketaan tersebut. Mereka tidak mahu menyokong
komunis dan kapitalis. Negara-negara tersebut digelar Negara-negara dunia ketiga. Persaingan
antara dua kuasa bersa iatu Rusia dan Amerika Syarikat dan kemerosotan ekonomi di Eropah
merupakan faKtor dominan berlakunya Perang dingin.
258
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Unit 4.3 : Dekolonisasi Dan Pengembalian Kedaulatan
4.2.3 : Dekolonisasi China dan India
Hasil Pembelajaran : Menerangkan langkah-langkah mendapatkan kedaulatan dan
Dekolonisasi oleh orang tempatan.
Masa /Kawasan Kajian : China dan India (abad ke-20)
Waktu pengajaran : 6 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Definasi kedaulatan Usaha dilakukan oleh golongan Nasionalisme untuk kebebasan tanah
2. Langkah-langkah air daripada penjajah.
mendapatkan
kedaulatan a. politik
b. ekonomi
c. sosial
3. Deklonisasi oleh orang a. politik
tempatan b. sosial
c. ekonomi
4. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
5. Latihan Pengukuhan sejauh manakah pendidikan barat telah membawa kepada tercetusnya
nasionalisme di india pada abad ke-19
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: SEJAUH MANAKAH PERKEMBANGAN INTELEKTUALISME MENDORONG
KEPADA TERCETUSNYA GERAKAN 4 MEI 1919 DI CHINA.
PENDAHULUAN
Gerakan 4 Mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan oelh pelajar – pelajar universiti Peking
pada 4 Mei 1919. Gerakan ini merupakan kebangkitan Nasionalisme rakyat Cina terhadap kegiatan
imperialisme yang ditekankan ke atas mereka. Gerakan ini merupakan sebahagian daripada gerakan
intelektual yang berlaku antara rahun 1917 – 1923. Kemunculan gerakan 4 Mei ini disebabkan oleh
perasaan idak puas hati terhadap keputusan Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun.
ISI 1: Perkembangan intelektualisme
Kebangkitan intelektualisme merupakan salah satu factor yang mendorong tercetusnya gerakan 4
Mei. Antara tahun 1903 hingga 1919, ramai pelajar –pelajar Cina yang menuntut di luar Negara
kmbali ke tanah air. Pelajar – pelajar ini menyedari pelbagai kepincangan yang berlakau dalam
259
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Negara, Mereka mula mengatur langkah untuk melakukan pembaharuan2 bagi membangunkan
Negara mereka. Antara pelajar – pelajar yang mmainkan peranan dalam kebangkitan intlektualisme
di China ialah Chen Tu hsiu, Tsai Yuan Pei dan Hu shih. Dalam pada itu, Universiti Peking
memainkan peranan sebagai pusat perkembangan intelektual di China. Tenaga pengajar university
tersebut memainkan peranan menyebarkan idea baharu kepada pelajar – pelajar. Pelajar – pelajar
university yang terpengaruh dalam idea baharu memainkan peranan dalam kebangkitan 4 Mei.
ISI 2: Ketidakstabilan Politik
Selepas kerajaan Manchu Berjaya digulingkan, wujud keadaan politik tidak stabil di China.
Perselisihan faham timbul dalam kalangan pemimpin – pemimpin di China menyebabkakn mereka
tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. Tambahan pula, mereka juga gagal mengatur
program – program bagi membangunkan Negara yang mundur. Dalam pada itu, perselisihan faham
antara Presiden Yuan Shih Kai dengan Dr. Sun Yat Sen memburukkan keadaan politik di China.
Kadaan politik semakin meruuncing apabila muncul zaman kehulubalangan selepas kematian Yuan
Shih Kai. Pergolakan politik menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan hilang kepercayaan
terhadap kerajaan. Pergolakan politik menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan hilang
kepercayaan terhadap kerajaan.
ISI 3: Kemunculan Golongan Saudagar Dan Pekerja
Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), perusahaan besi dan keluli berkembang pesat di China.
Pihak Berikat memerlukan bekalan besi dan keluli serta kelengkapan perang.Perkembangna ini
menyebabkan permintaan untuk bkalan besi dan keluli mningkat dan muncul golongan saudagar dan
pekerja. Golongan saudagar dan pekerja tidak berpuas hati dengan pergolakn politik yang berlaku di
China. Keadaan politik yang tidak stabil telah menjejaskan sumber pendapatan saudagar – saudaar
dan golongna pekerja. Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan
penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai – pegawai kerajaan. Oleh yang demikian, golongan
saudagar dan pekerja melibatkan diri dalm gerkan tersebut demi menjga kepentingan ekonomi
mereka.
ISI 4: Perkembangan IdeologI Karl Marx Dan Bolshevik
Ideologi Karl Marx dan Bolshevik turut memainkan peranan dalam perkembngan Gerkan 4 Mei.
Ramai pelajar yang menuntut di Universiti Peking terdedah kepada ideology Marxism. Ideologi
Marxism berkembng pesat di China selepas kejayaan Revolusi Bolshevik yang tercetus di Rusia pada
tahun 1917. Kakitangan Universiti Peking seperti Chen Tu hsiu, Li Ta-chao, dan Mao Tze Tung turut
terpengaruh dengan ideology Marxism menubuhkan beberapa buah persatuan untuk meneybarkan
ideology tesebut. Antara persatuan tersebut ialah Persatuan Arus Baharu, Persatuan Majalah Rakyat
dan Kesatuan Pekerja dan Pelajar. Jelaskan menunjukkan ideologi kedua-dua tokoh membawa
kepada tercetusnya gerakan 4 Mei.
ISI 5: Pengambilan Wilayah Shantung Oleh Jepun
Peristiwa pengambilan wilayah Shantung oleh Jepun pada tahun 1915 merupakan salah satu factor
yang menyebabkan tercetus Gerakan 4 Mai. Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun bertindak
menguasai wilayah Shantung daripada Jerman. Seterusnya, Jepun menempatkan pasukan
tenteranya bagi mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut. Perjanjian Versailles yang
ditandatangani pada tahun 1919 memutuskan hak – hak Jerman di wilayah Shantung diserahkan
kepada Jepun. Keputusan tersebut mendapat tentangan hebat daripada orang China sama ada di
dlaam atau di luar negeri. Dalam pada itu, peljar – pelajar Universiti Peking melancarkan demonstrasi
besar – besaran di Peking pada 4 Mei 1919. Kesannya Mereka menuntut agar hak – hak China di
wilayah Shantung dikembalikan. Di samping itu, mereka juga mendesak suopaya wakil – wakil
kerajaan China tidak menandatangani Perjanjian Versailles.
ISI 6: Tuntutan 21 Perkara
260
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Faktor seterusnya yang menyebabkan tercetus Gerakan 4 Mei adalah tuntutan 21 perkara yang
dikemukan oleh Jepun. Pada 18 Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan tersebut dalam
lima kumpulan kepada China. Antara perkara – perkara yang terkandung dalam tuntutan tersebut
ialah China tidak menyerahkan atau memajak mana – mana wilayahnya kepada kuasa ketiga, China
dikehendaki melantik penasihat – penasihat Jepun dlambidang kewangan , ketenteraan dan pasukan
polis sreta China harus menerima keputusan yang dicapai oleh Jepun dengan Jerman
berhubungbdengan hak – hak Jerman di wilayah Shantung. Setelah mengadakan rundingan, kerjaan
China terpaksa menerima tuntutan2 tersebut selepas melakukan beberapa pindaan. Namun
demikian, golongan pelajar menolak tuntutan – tuntuatn berkenaan dan menganggap ia sebagai satu
penghinaan kepada Negara. Justeru itu, golongan pelajar menuntut agar kerajaan China menolak
asma sekali 21 tuntutan berkenaan. Mereka mendesak agar kerajaan China menjatuhkan hukuman
terhadap 3 ahli politik proJepun yang bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan – tuntutan oleh
China.
KESIMPULAN
Matlamat utama gerakan ini adalah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa – kuasa asing
SOALAN 2: HURAIKAN KESAN GERAKAN 4 MEI YANG DILANCARKAN OLEH PELAJAR-
PELAJAR UNIVERSITI PEKING PADA TAHUN 1919
PENGENALAN
Gerakan 4 Mei merujuk kcpada demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti Peking
pada 4 Mei 1919. Gerakan ini merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat China terhadap
kegiatan imperialisme yang ditekankan ke atas mereka.3 Gerakan ini merupakan sebahagian
daripada gerakan intelektual yang berlaku antara tahun 1917-1923.
Kemunculan Gerakan 4 Mei disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap keputusan
Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun. Matlamat utama gerakan ini adalah
menyelamatkan negara China daripada ancaman kuasa-kuasa asing.
Pada 4 Mei 1919, lebih kurang 5000 pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking mengadakan
demonstrasi membantah keputusan Perjanjian Versailles. Demonstrasi pelajar-pelajar mendapat
sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Cina. Perkembangan ini
menyebabkan rusuhan dan pemogokan diadakan diseluruh negara. .Gerakan 4 Mei telah
meninggalkan kesan yang besar kepada negara China
ISI 1.MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA CHINA
Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh golongan pelajar mempertahankan kedaulatan negara China
daripada pencerobohan kuasa asing. Ekoran daripada tekanan yang diberikan oleh golongan pelajar,
kerajaan China membuat keputusan untuk menolak Perjanjian Versailles.Pada masa yang sama,
ahli-ahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21 tuntutan Jepun dipaksa meletakkan
jawatan. Jepun bersetuju untuk menarik diri dari wilayah Shantung dalam Persidangan Washington
1921-1922.
ISI 2.MELAHIRKAN SEMANGAT KEBANGSAAN
Gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat negara China.
Golongan pelajar muncul sebagai pejuang bagi mempertahankan kepentingan dan kedaulatan
negara. Golongan pelajar mengadakan demonstrasi dan memulaukan barang-barang buatan
Jepun. Demonstrasi dan pemogokan yang dilancarkan oleh golongan pelajar mendapat sambutan di
seluruh negara.Pekerja-pekerja mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Peking,
261
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Shanghai, Hankow dan Tientsin. Pemulauan barang-barang buatan Jepun melahirkan perasaan anti-
Jepun dalam kalangan rakyat negara China.
ISI 3.PERKEMBANGAN FAHAMAN KOMUNIS
Gerakan 4 Mei meletakkan asas bagi perkembangan fahaman komunis di negara China.Fahaman
komunis mula bertapak dan mempengaruhi pelajar-pelajar daripada Universiti Peking.Perkembangan
fahaman komunis dalam kalangan pelajar terserlah apabila Pertubuhan Pengajian Marxism telah
ditubuhkan di Universiti Peking oleh Li Ta-chao pada tahun 1918. Kebanyakan daripada anggota
Pertubuhan Pengajian Marxism terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Peking. Pelajar-pelajar
Universiti Peking seperti Li Ta-chao, Chang Kuo-tao, Mao Tse-tung dan Chen Tu-hsiu memainkan
peranan dalam perkembangan fahaman komunis. Fahaman komunis bertapak kukuh apabila Parti
Komunis China ditubuhkan oleh Chen Tu-hsiu dan Li Ta-chao pada tahun 1921.
ISI 4. MELEMAHKAN KEDUDUKAN HULUBALANG-HULUBALANG
Gerakan 4 Mei menyebabkan kedudukan golongan hulubalang menjadi semakin lemah. Malah
golongan pelajar menyalahkan golongan hulubalang kerana gagal menipertahankan kepentingan
negara China dalam Perjanjian Versailles. Kabinet juga terpaksa dibubarkan ekoran desakan orang
ramai.
ISI 5.MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KUOMINTANG
Gerakan 4 Mei telah menyebabkan kedudukan Kuomintang menjadi semakin kukuh. Rakyat
memberikan sokongan kepada Kuomintang yang berjuang untuk menyatukan negara China. Malah
Gerakan 4 Mei memberikan dorongan kepada Dr. Sun Yat Sen untuk mengukuhkan kuasa di negara
China. Kuomintang berjaya membentuk kerajaan baru di Nanking pada tahun 1928.
ISI 6.KEMUNCULAN GERAKAN KEBUDAYAAN BARU
Gerakan 4 Mei meletakkan asas bagi kemunculan Gerakan Kebudayaan Baru di negara China. Surat
khabar dan majalah memainkan peranan dalam pembinaar masyarakat Cina yang baru.
Antara majalah-majalah yang penting termasuklah:
(a)Aliran baru (New Tide)
(b)Pembidas Mingguan (Weekly Critic)
(c) Pemuda Barn (New Youth)
Golongan intelektual seperti Chen Tu-hsiu mengkritik masyarakat tradisional China yang berteraskan
ajaran Confucius. Golongan ini menyokong pembinaan negara bangsa moden berteraskan sains dan
idea-idea Barat.
KESIMPULAN
Gerakan 4 Mei telah meninggalkan kesan yang hebat kepada negara China. Gerakan ini juga telah
berjaya menyatukan rakyat China dalam menghadapi penjajahan Barat
SOALAN 3 : NILAIKAN PERANAN DR. SUN YAT SEN DALAM REVOLUSI CHINA PADA TAHUN
1911
PENGENALAN:
1. Dr. Sun Yat sen iaitu “Bapa Revolusi China” dilahirkan pada 12 November 1866 di Hsiang Shan,
Kwangtung,China Selatan. Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun
hingga 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau telah memasuki sekolah mubaligh Anglican di
Honolulu,Hawaii dan meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Pada tahun
1887,beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan Queens College,Hong Kong.
2. Semasa menuntut di Hong Kong inilah beliau mula cenderung ke arah perkembangan politik
moden terutamanya mengenai nasionalisme,demokrasi ala-Amerika dan sejarah
262
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
revolusinya.Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong juga telah mempengaruhinya untuk
menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan republik China.
3. Dr Sun Yat Sen memainkan peranan penting dalam memimpin dan menggerakkan pergerakan
revolusi di China.
Isi-isi:
1. Menubuhkan pertubuhan revolusioner
a) Dalam usaha mengadakan revolusi,Dr Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina
seberang laut amatlah penting selain sokongan dalam negara.Justeru itu,pada 24 November
1894,Dr Sun Yat Sen telah menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner yang dikenali
sebagai Hsing Chung-hui atau Persatuan Memulihkan Negara China di
Honolulu,Hawaii.Keahlian persatuan ini seramai 112 orang yang kebanyakkannya golongan
sarjana.
b) Slogan perjuangannya ialah “Singkirkan Orang-orang Manchu,Pulihkan Pemerintahan Orang-
orang China dan tubuhkan Republik.Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah untuk
menggulingkan kerajaan Manchu .Beliau mendapat sokongan daripada orang Cina di
seberang laut untuk melancarkan pemberontakan.
c) Pertubuhan ini juga mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan
secara sulit di wilayah-wilayah dalam China.Walaupun pemberontakan yang dilancarkan oleh
mereka gagal,Dr Sun Yat Sen telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam
kalangan orang-orang Cina di dalam dan luar negara.
2. Menubuhkan Parti Revolusi
a) Ketika di Jepun,Dr Sun Yat Sen menubuhkan Parti Revolusi atau Tung Meng-hui atau Liga
Bersatu di Tokyo pada 20 Ogos 1905.Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsing Chung-hui
dengan dua persatuan revolusioner iaitu Hua Hsing-huidan Kung Fu-hui.
b) Matlamat utama parti ialah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan
republik di China.Tung Meng-hui juga bermatlamat untuk menjadikan tanah-tanah sebagai
hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.Cawangan Tung Meng-
hui ditubuhkan di Brusells,San Francisco,Singapura,Tanah Melayu dan Honolulu.Di China
cawangan Tung Meng-hui terdapat di bandar-bandar utama di seluruh negara.
c) Menerusi cawangan-cawangan di seberang laut pula,beliau memperoleh wang dan merekrut
sukarelawan bagi melancarkan pemberontakan.Usaha yang dilakukan oleh Dr Sun Yat Sen
menunjukkan bahawa beliau memberi sumbangan yang besar dan berjuang bersungguh-
sungguh untuk menyebarkan perjuangannya dalam kalangan orang-orang Cina.
d) Orang-orang Cina juga cuba disatukannya di bawah perjuangan yang sama dalam
menyingkirkan Manchu dari bumi China.
3. Menyebarkan perasaan anti-Manchu
a) Peranannya tidak terhenti setakat itu sahaja dalam menyebarkan perasaan anti-Manchu
dalam kalangan rakyat China.Dr Sun Yat Sen turut menyampaikan ceramah dan menulis
rencana-rencana dalam akhbar Min Pao(The People) di Tokyo.
b) Melalui penerbitan rencananya idea-idea republik disebarkan.Gerakan revolusioner Dr Sun
Yat Sen akhirnya telah mendapat sokongan daripada orang ramai terutamanya pelajar dan
rakyat yang tidak puas hati dengan kezaliman kerajaan Manchu.
c) Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen juga disokong oleh kumpulan kongsi gelap dan
anggota tentera yang mendapat latihan di Barat.Selain itu beliau turut berkunjung ke merata
tempat di dunia seperti Amerika dan Eropah bagi mendapat sokongan moral dan material dari
masyarakat Cina luar negeri.
d) Kesungguhan beliau menghasilkan kejayaan apabila bantuan kewangan yang diperolehi
misalnya dapat membantu Tung Meng Hui menjalankan pemberontakan di China.
4. Mengemukakan ideologi revolusi
a) Peranan yang dimainkannya menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang
Cina apabila beliau mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan yang relevan dengan
situasi semasa .
b) Ideologi revolusi atau prinsip perjuangan yang dikemukannya dikenali sebagai Tiga Prinsip
Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme,demokrasi dan kebajikan sosial.
c) Prinsip ini juga diterima sebagai ideologi utama Tung Meng-hui serta menjadi asas kepada
perkembangan gerakan revolusioner di China.
263
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
5. Melancarkan pemberontakan
a) Antara tahun 1891-1911,Dr Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya berperanan dalam
merancang dan melancarkan 10 kali pemberontakan di China bagi menggulingkan kerajaan
Manchu.
b) Beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat di wilayah
Selatan China.Pada awalnya perancangan pemberontakan ini dilakukan di Jepun.
c) Namun setelah mendapat tentangan daripada Kerajaan China Dr Sun Yat Sen telah beralih
pula ke Hanoi.Pada 11April 1911,gerakan revolusi telah dilancarkan namun menemui
kegagalan.Walaupun gagal pengaruh,martabat dan kewibawaan Manchu merosot.
d) Dr Sun Yat Sen dan pertubuhan Tung Meng Hui telah berjaya mempengaruhi tentera China
melancarkan pemberontakan.
e) Akhirnya pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 telah berjaya mengakibatkan
kejatuhan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China.
KESIMPULAN
1. Dr Sun Yat Sen merupakan seorang tokoh yang berperanan penting dalam Revolusi China
1911.Beliau memainkan peranan dalam mengatur dan memimpin gerakan revolusioner di
China.Beliau juga seorang tokoh revolusioner yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu
dalam perjuangannya.
2. Peranan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tentera revolusioner telah melancarkan
revolusi yang menyebabkan kerajaan Manchu tumbang dan sebuah kerajaan republik berjaya
ditubuhkan di China.Dr Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara di
Nanking.
SOALAN 4: : SEJAUH MANAKAH DASAR PEMERINTAHAN BRITISH MERUPAKAN FAKTOR
KEBANGKITAN NASIONALISME DI INDIA PADA ABAD KE-20.
PENDAHULUAN :
- Kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India bermula sejak tahun 1857
lagi iaitu dengan kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama. Pertubuhan-pertubuhan
ini membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui pembaharuan sosial.
- Selain itu, dasar pentadbiran serta amalan diskriminasi British dalam pentadbiran,
pendidikan, ekonomi dan perkhidmatan awam turut membangkitkan semangat nasionalisme
dalam kalangan penduduk tempatan di India.
Isi Penting :
1 Dasar Diskriminasi dalam Perkhidmatan Awam
- British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan
tinggi dalam perkhidmatan awam.Terdapat 6 orang sahaja penduduk tempatan menjawat
jawatan dalam pentadbiran awam.
- Amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan terpelajar
di India. Pada 1930- an hanya terdapat 6 orang sahaja penduduk tempatan diberi peluang
menjawat jawatan penting dalam pentadbiran.
- Hal ini mencetuskan rasa tidak puas hati dan mendorong rakyat menentang dasar Inggeris di
India.
2 Dasar Pentadbiran - Lord Lytton
- Lord Lytton memperkenalkan Akta Senjata Royal Enfield dan Akta Akhbar Akta Sistem
Vernakular yang melahirkan sentimen anti-British
- Langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari England dan
menghadkan umur penyertaan dalam perkhidmatan awam kepada 18 tahun dalam
pentadbiran.
- Jelas bahawa perubahan dasar ini hanya menjaga kepentingan orang Eropah sehingga telah
menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British.
3 Dasar Kehakiman - Akta Ilbert 1883
- Akta Ilbert 1883 merancakkan lagi sentimen anti-British.
- Akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan
hukuman ke atas orang Inggeris.
264
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Akta ini mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan British
menarik balik akta tersebut.
- Tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang terpendam
dalam hati orang Inggeris.
- Contohnya, Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan
Kebangsaan bagi menentang British. Penentangan ini jelas menunjukkan rasa tidak puas
hati orang India terhadap dasar British.
4 Dasar Pendidikan Barat.
- Pendidikan barat yang diperkenalkan di India melahirkan ramai golongan cerdik pandai.
Mereka yang berpendidikan ini terdedah kepada konsep-konsep seperti kebebasan,
demokrasi, persamaan dan hak asasi manusia.
- Perkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan
dalam gerakan kebangsaan di India. Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy,
W.C.Banerjee, Surendranath Banerjee, G.K. Gokhale.
- Namun diskriminasi dalam dasar pemerintahan Inggeris menimbulkan semangat nasionalis
kerana rakyat yang berpendidikan masih tidak diberi peluang dalam pentadbiran.
5 Dasar Pengenalan Bahasa Inggeris
- Bahasa Inggeris memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan. Di India lebih
kurang 600 bahasa daerah yang dituturkan menjadi batu penghalang untuk memupuk
persefahaman.
- Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan yang menyatukan rakyat
India yang terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.
- Jelas isu bahasa Inggeris telah memupuk semangat nasionalisme untuk memudahkan media
perhubungan antara penduduk di India.
6 Dasar Ekonomi British
- British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di
England
- Dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industri tempatan dan
mengawal perusahaan-perusahaan tempatan
- Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di
India
Faktor- Faktor lain
7 Perkembangan sistem Perhubungan dan Pengangkutan
- Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden juga pencetus kepada semangat
kebangsaan
- Pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan
8 Peranan akhbar
- Akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membengkitkan kesedaran
kebangsaan
- Akhbar seperti - Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot merupakan akhbar
yang mengkritik dasar British.
- Akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam
kalangan penduduk tempatan.
9 Kajian terhadap keagungan silam
- Kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban mereka.
- Sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier
Williams. Kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan
masyarakat India.
10 Peranan kesusasteraan
- Karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan
kesedaran kebangsaan.
- Karya-karya telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea nasionalisme
tersebar keseluruh India.
- Tokoh-tokoh yang banyak menulis ialah Bankim Chandra Chatterjee dan Rabindranath
Tagore.
- Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di
India
11 Penindasan Terhadap Buruh-buruh India di Seberang Laut
265
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Buruh-buruh India yang bekerja di seberang lautmenerima layanan buruk daripada British.
- British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka.Layanan sedemikian
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan nasionalis terhadap British.
12 Gerakan Refomasi Sosioagama
- Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama melahirkan semangat nasionalisme dalam
kalangan masyarakat India.
- Antara pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya
Samaj dan Pertubuhan Ramakrishna.
- Pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan
dan kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885.
KESIMPULAN
- Perubahan pelbagai dasar baru yang dilaksanakan oleh British dan faktor lain telah
membawa kepada kemunculan sentimen anti-British.
- Kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang
mengatur gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
SOALAN 5: SEJAUH MANAKAH PENDIDIKAN BARAT TELAH MEMBAWA KEPADA
TERCETUSNYA NASIONALISME DI INDIA PADA ABAD KE-19
PENGENALAN
Kesedaran kebangsaan atau nasionalisme bermaksud semangat cinta akan negara dan
ingin membebaskan tanah air daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing
Di India,kesedaran kebangsaan dapat dikesan sebelum 1857 lagi melalui pertubuhan-
pertubuhan sosio agama
Namun ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan permulaan
kesedaran kebangsaan rakyat di India
Terdapat pelbagai faktor dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat di India pada
abad ke-19
Faktor utamanya ialah pendidikan Barat.
ISI 1: Pendidikan Barat
Faktor utama
Mula diperkenalkan pada tahun 1854
Matlamat utama kerajaan British memperkenalkan pendidikan barat adalah untuk melahirkan
tenaga kerja yang murah dan ingin memupuk kesetiaan rakyat
Menjelang 1858,tiga buah universiti didirikan iaitu di Calcutta,Madras dan Bombay
Universiti-universiti ini didirikan mengikut model Universiti London
Sukatan pelajarannya merangkumi mata pelajaran Sejarah,Falsafah Politik,Undang-undang
dan Kesusasteraan Barat
Kesannya,lahir ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan rakyat India yang menjadi
peguam,doktor,guru dan kerani
Golongan berpendidikan barat juga terdedah dengan pandangan pemikir-pemikir barat
seperti John Locke,Rousseau,Mazzini dan Thomas Paine
Konsep-konsep kebebasan,demokrasi,persamaan dan hak asasi individu yang dikemukakan
oleh tokoh-tokoh tersebut berjaya mempengaruhi mereka
Pendidikan barat juga telah menyedarkan mereka tentang penindasan British
Antara tokoh-tokoh berpendidikan barat ialah Raja Ram Mohan Roy,W.C.Banarjee dan
Surendranath Banarjee
Mereka menjadi pelopor gerakan kesedaran kebangsaan di India
ISI 2: Bahasa Inggeris:
Antara faktor lain yang turut membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat di India
Bahasa Inggeris digunakan sebagai medium perantaraan di sekolah-sekolah
Bahasa Inggeris bertindak sebagai alat perpaduan yang menyatukan orang India
266
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Ini kerana,India mempunyai lebih kurang 600 bahasa daerah yang menjadi penghalang untuk
memupuk persefahaman antara rakyat di India.
ISI 3: Diskriminasi dalam perkhidmatan awam:
Faktor lain yang turut menyumbang dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan
Amalan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan terpelajar di India
Akta Piagam 1833 dan Akta Perkhidmatan Awam 1861 menyatakan bahawa orang India
tidak dihalang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
Namun,kerajaan British tidak menguatkuasakan janji-janji dalam akta tersebut
Peperiksaan yang diadakan seolah-olah sengaja menghalang penyertaan rakyat India dalam
perkhidmatan awam
Pada tahun 1878,had umur dikurangkan untuk menyertai perkhidmatan awam daripada 22
tahun kepada 19 tahun
Langkah ini menghalang pelajar-pelajar yang sedang menuntut di universiti menduduki
peperiksaan ini
Bagi rakyat India,ini merupakan percubaan untuk menghalang mereka memegang jawatan
tinggi dalam kerajaan
Perasaan tidak puas hati ini akhirnya membangkitkan kesedaran kebangsaan.
ISI 4 : Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan:
Faktor lain yang membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat di India
Pembinaan jalan raya,landasan kereta api dan sistem pos menyatukan orang India
Peningkatan mobiliti penduduk dari satu tempat ke satu tempat menjadi semakin cepat
Hubungan juga dapat dirapatkan
Idea-idea nasionalisme dapat disebarkan dengan pantas.
ISI 5: Peranan Akhbar:
Turut membangkitkan kesedaran kebangsaan
Akhbar-akhbar yang diterbitkan ialah Bengal Gazette 1780,Madras Courier 1785,Bombay
Gazette 1789
Akhbar-akhbar ini berperanan sebagai medium untuk menyuarakan pandangan rakyat
Akhbar-akhbar lain seperti Kesari,The Maratha,Amrit Bazar Patrika dan Patriot pula berani
mengkritik dasar yang diamalkan oleh British
Akhbar-akhbar ini juga menyebarkan idea mengenai pemerintahan sendiri dan amalan
demokrasi
Akhirnya timbul kesedaran politik dalam kalangan rakyat India.
ISI 6: Kajian terhadap keagungan silam:
Faktor lain yang juga menyumbang dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan
Kajian terhadap keagungan silam dilakukan oleh golongan cendiakawan India
Fokus kajian mengenai zaman kegemilangan Asoka dan Chandragupta
Kajian juga dijalankan tentang kemajuan yang dicapai oleh masyarakat India dalam bidang
astronomi,sains,falsafah,matematik,perubatan dan kesenian
Sarjana-sarjana Barat seperti Sir William Jones,Max Muller dan Monier William turut mengkaji
peradaban India
Sir William Jones menterjemahkan karya Sakuntala yang dihasilkan oleh Kalidasa ke dalam
Bahasa Inggeris
Kajian terhadap keagungan silam telah membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat India.
ISI 7: Peranan Kesusasteraan:
Novel,esei,lagu-lagu patriotik dan sajak juga berperanan membangkitkan kesedaran
kebangsaan
Karya-karya tersebut dimuatkan di akhbar-akhbar yang akhirnya tersebar ke seluruh India
Tokoh-tokoh kesusasteraan yang terlibat termasuklah Bankim Chandra Chatterjee dan
Rabindranath.
267
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 8: Dasar ekonomi British:
Turut melahirkan sentimen anti British dan kesedaran kebangsaan
Dasar ekonomi British bagi memenuhi kepentingan sektor perindustrian di England
British tidak menggalakkan perkembangan industri tekstil dan perkilangan tempatan
Perusahaan-perusahaan tenpatan dikawal
Monopoli perdagangan garam oleh British menjejaskan pendapatan penduduk tempatan
Diskriminasi dalam bidang ekonomi telah membangkitkan kesedaran kebangsaan .
ISI 9: Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut:
British menggalakkan penghijrahan rakyat India ke kawasan lain dalam empayar British
Mereka bekerja sebagai buruh dan menerima layanan yang buruk
Kebajikan dan hak asasi buruh-buruh Indiadi seberang laut tidak dipedulikan
Buruh-buruh ditindas,dikenakan pelbagai undang-undangdan cukai yangmembebankan oleh
kerajaan British
Ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan nasionalis India
Pemimpin-pemin liberal di India juga mengkritik dasar pentadbiran British.
ISI 10: Gerakan Reformasi Sosio agama:
Muncul pertubuhan-pertubuhan agama seperti Brahmo Samaj,Brahma Samaj,Arya
Samaj,Pertubuhan Ramakrishna dan Persatuan Teosofika
Pertubuhan agama menjadi asas bagi kebangkitan nasionalisme dan kemunculan parti-parti
politik di India
Antaranya Persatuan Reformasi Keagamaan yang ditubuhkan oleh penganut agama
Zoroastrian pada tahun 1851
Kemudiannya muncul pula persatuan-persatuan sosioagama yang telah membangkitkan
semangat kebangsaan
Semangat kebangsaan ini meletakkan asas bagi kemunculan organisasi politik yang terbesar
di India iaitu Parti Kongres India pada tahun 1885.
ISI 11: Dasar Pentadbiran Lytton dan Akta Ilbert 1883
Dasar pentadbiran Lord Lytton dan Akta Ilbert juga merupakan faktor yang membangkitkan
kesedaran kebangsaan
Lord Lytton memperkenalkan pelbagai akta seperti Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular
Akta Akhbar Vernakular melarang penerbitan rencana dan artikel yang anti Inggeris
Manakala Akta Ilbert merancakkan lagi sentimen anti Inggeris apabila kuasa diberikan
kepada hakim-hakim berketurunan India untuk mengadili dan menjatuhkan hukuman
terhadap orang Inggeris
Akta ini ditentang oleh golongan Anglo-India.
KESIMPULAN
Pelbagai faktor membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat di India pada abad ke-19
Pendidikan barat merupakan faktor utama yang membangkitkan kesedaran kebangsaan di
India
Kemuncak kepada kebangkitan ini ialah kemunculan Kongres Kebangsaan India pada tahun
1885
Kongres ini berjaya menyatukan golongan nasionalis bagi mengatur gerakan menentang
British di India
Perjuang Kongres berhasil apabila India mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.
268
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 6: BINCANGKAN PERKEMBANGAN DEKOLONISASI INDIA PADA TAHUN 1919
HINGGA 1935
PENDAHULUAN
§ Pada tahun 1905 sehingga 1918 deklonisasi di India dikenali sebagai tahap militant .Hal ini kerana
munculnya gerakan bersifat radikal yang diketuai oleh B.G.Tilak, Lala Lajpat Rai , Bipin Chandra
Pal dan Aurobindo Ghosh .Tokoh-tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam menggerakan
penentangan terhadap British kerana bagi mereka tindakan yang keras harus dilakukan terhadap
penjajah British harus dipulaukan termasuklah barangan,institusi pendidikan,perkhidmatankerajaan,
undang-undang dan mahkamah.
§ Jika langkah tersebut dijalankan secara berterusan , pastinya melemahkan kedudukan British di
India. Bagaimanapun, menjelang tahun 1920 , usaha golongan militant untuk membebaskan India
daripada British namun menemui kegagalan. Berikut adalah Usaha-usaha mendaulatkan India.
Isi-isi Penting:
1. Melancarkan gerakan khilafat.
§ Masyarakat islam di India menganggap musuh kerajaan turki juga musuh islam . Abul kalam azad
khan ,Muhammad ali dan shaukat ali melancarkan gerakan yang dinamakan gerakan khalifah
.Gerakan tersebut mengadakan pemulauan dalam semua aktiviti kerajaan dan penutupan premis
perniagaan telah dilakukan pada 27 oktober 1919.
§ Gerakan tersebut mengadakan pemulauan dalam semua aktiviti kerajaan dan penutupan premis
perniagaan telah dilakukan pada 27 oktober 1919.
§ Pemimpin-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa India bukanlah Negara islam dan menyarankan
supaya masyarakat islam berhijrah ke Negara islam iaitu Afghanistan.
2. Perjuangan Bersifat Sederhana
Selepas perang dunia pertama, perjuangan penduduk tempatan bercorak sederhana tetapi
enggan bekerjasama dengan pihak British .Gandhi merupakan pemimpin kongres kebangsaan
India (INC) dari tahun 1920 sehigga tahun 1939. Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan
India (INC) dan menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili semua
lapisan masyarakat. Tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi ialah satyagraha, ahimsa dan swadesi.
Prinsip swadesi ialah berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
3. Pemulauan terhadap barangan eropah dan barangan British berlaku.
Prinsip swadesi atau berdikari bagi memenuhi keperluaan sendiri tanpa mengharapkan bantuan
orang lain. Gandhi menyarankan agar tindakan pemulauan terhadapa barangan eropah dan
barangan buatan British dilakukan .
Menurut Ghandi ,kebijaksanaan penjajah British ialah menjadikan India sebagai tempat untuk
memasarkan barang kilangnya .Ghandi menjadi diri sebagai contoh dengan tidak menggunakan
barang barat.
4. Penentangan melalui mogok lapar.
Salah satu tindakan popular melalui prinsip ahimsa ialah mogok lapar yang dilakukan pada tahun
1920. Penentangan melalui mogok lapar menyebabkan kekuatan tentera British tidak berguna
kerana tidak ada penentangan bersenjata daripada pengikut Mahatma Gandhi.
Tindakan melalui tiga prinsip iaitu satyagraha,ahimsa,dan swadesi memaksa British member
kemerdekaan kepada India pada tahun 1947. Menawarkan jawatan Presiden atau perdana meneri
kepada Mahatma Gandhi ,tetapi beliau menolak kerana perjuangannya bukan untuk mengejar
pangkat dan kedudukan.
5. Mengadakan gerakan penentang awam
269
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Usaha besar kearah pembebasan tanah air berlaku pada bulan mac 1930 apabila Gandhi
bertindak mengadakan gerakan penentang awam dan peristiwa ini dikenali sebagai Perarakan
Garam .Kerajaan British yang memonopoli garam telah menaikkan harga garam yang
menyebabkan timbulnya kesukaran terutama golongan bawahan.
Mahatma Gandhi telah melakukan perarakan garam dari Ahmadabad menuju ke pantai Gujerat
.Perarakan ini juga dikenali sebagai Perarakan Dandi kerana Mahatma Gandhi dan pengikutnya
memulakan perjalanan tanpa menggunakan kasut dari Sabarmati Ashram sehingga ke pantai
Gujerat. British telah bertindak menahan dan memenjarakan pemimpi-pemimpin INC termasuk
Mahatma Gandhi dan mengharamkan INC.
6. Persidangan Meja Bulat.
Pada tahun 1930 , persidangan meja bulat diadakan yang dihadiri Raja- raja India , orang
islam, hindu ,kristian ,dan sind gagal mencapai kata sepakat . INC memboikot persidangan ini.
Seterusnya British telah berkerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin
pada tahun 1931.Berdasarkan pakatan tersebut M.Gandhi bersetuju membatalkan kempen
melanggar perintah awam dan sebagai balasan British akan menarik balik egala tindakan kekerasan
dan member jaminan untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan.
7. Mengadakan mogok lapar di penjara.
Selepas itu, INC bersetuju mengadakan Persidangan Meja Bulat kedua. Keadaan tersebut
membayangkan British member status dan autoriti kepada INC sebagai jurucakap kepada rakyat
India. M.Gandhi mendapati pegawai –pegawai British berdolak-dalik dalam hal memberi kuasa
kepada orang India untuk mentadbir Negara mereka sendiri .
British mendakwa M.Gandhi gagal meyakinkan mereka tentang cara menyelesaikan perpaduan
dalam kalangan rakyat India. Sikap British mengecewakan M.Gandhi dan beliau terus menentang
British .Sekali lagi ,beliau ditahan dan beliau terus mengadakan mogok lapar namun
menghentikannay apabila British memperkenalkan Pakatan Poona pada tahun1932.
KESIMPULAN
Jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri . Bagaimanapun,
semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma Gandhi dalam menghadapi tekanan Barat dan
mengatasi masalah perpaduan rakyat India yang mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai oleh
generasi hari ini tidak kira di mana kita berada
SOALAN 7: NILAIKAN PERANAN MAHATMA GANDHI DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN
INDIA.
PENGENALAN
- Dilahirkan pada 2/10/1869 dalam kalangan keluarga ortodoks Hindu.
- Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Britain.
- Memulakan perkhidmatan dalam bidang guaman di Bombay.
- -Beliau melancarkan penentangan terhadap dasar Aparteid dan Undang-
- undang dikriminasi oleh kerajaan Afrika Selatan terhadap orang India dan
- penduduk berkulit hitam di Afrika Selatan.
- -Setelah kembali ke India, beliau memulakan perjuangan untuk membela
- nasib petani-petani yang hidup dalam kesengsaraan.
ISI 1: Gerakan Satyagraha
- Menyarankan agar bangsa India terus memperjuangan kemerdekaan kerana perjuangan
kemerdekaan dibenarkan dalam sistem demokrasi yang diamalkan oleh penjajah British.
- Berjaya membakar semangat perjuangan rakyat India untuk membebaskan tanah air
- Menyeru rakyat India tidak mematuhi undang-undang baru yang melarang rakyat menentang
penjajah yang termaktub pada Akta Rowlatt.
270
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Rakyat India diminta mengadakan bantahan dan tidak bekerja padam 30 Mac 1919 yang
diistiharkan sebagai Hari Bantahan.
- Mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat India.
- Tunjuk perasaan, mogok, pemberontakan telah diadakan di seluruh negara.
ISI 2: Pergerakan Khilafat
- Beliau sokong pergerakan ini dan menggunakan peluang ini untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan orang Hindu-Islam
- Menggunakan pertubuhan ini untuk merapatkan hubungan antara Kongres, Liga Islam
- bekerjasama untuk melancarkan penentangan terhadap kerajaan British.
ISI 3: Pergerakan Tidak Bekerjasama
- -Memulakan pemgembaraan ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk
gerakan tidak bekerjasama.
- Mendapat sokongan padu orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan dan peguam.
- Mereka memulau dengan bertindak meletak jawatan masing-masing ,
- memulau dewan perundangan, sekolah dengan meninggalkan perkhidmatan mereka untuk
mengambil bahagian.
- Melalui slogan Swadeshi beliau menyeru orang ramai menggunakan
- barangan buatan tempatan dilaungkan di seluruh negara dengan memulau barangan dari
Barat.
- Kerajaan British mengambil tindakan tegas dengan menangkap dan
- memenjarakan terhadap orang ramai dan pemimpin-pemimpin yang terlibat.
- Ini menyebabkan rakyat terus menentang tindakan kerajaan dengan kempen tidak
bekerjasama menjadi lebih agresif sehingga tercetus insiden Chauri Chaura yang
menybabkan sebuah balai polis dibakar .
- Dibatalkan apabila gerakan bertukar menjadi ganas. Beliau ditangkap dan dijatuhkan
hukuman penjara selama 6 tahun
ISI 4: Bantahan dan mogok lapar di penjara
- Menarik perhatian rakyat dan diikuti oleh pengikut-pengikut Gandhi British tidak
- kebimbangan British terhadap pengaruh beliau kerana kekuatan tentera
berguna.
- Ini kerana tidak ada penentangan bersenjata daripada pengikut Gandhi.
ISI 5: Perarakan Garam
- Kerajaan British yang memonopoli pengeluaran garam telah menaikkan
- harga garam
- Tindakan ini menimbulkan kesukaran terutamanya golongan bawahan.
- Beliau bersama pengikutnya memulakan perarakan tanpa memakai kasut dari Sabarmathi
ke Dandi sebagai tanda memprotes undang-undang yang mewajibkan rakyat membeli garam
daripada kerajaan.
- Pearakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakan di seluruh India kerana diikuti
oleh jutaan orang awam.
- Menyebabkan Jawatankuasa Kerja Kongres memulaukan barang-barang asing seperti kain
dan minuman keras.
ISI 6: Anugerah Perkauman
- Pilihan raya berasingan akan diadakan bagi golongan kelas rendah dalam masyarakat India
- Dianggap cubaan untuk memecahbelahkan masyarakat Hindu
- Membantah dengan menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan India supaya menarik balik
pelaksanaan Anugerah Perkauman
- Akhirnya ditarik balik kerajaan British akibat mogok lapar yang
- dilancarkan beliau.
- Beliau menerima Pakatan Poona dan bersetuju membatalkan mogok lapar.
271
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
KESIMPULAN
Persidangan Meja Bulat pada 1932 untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan
perlembagaan. Usul-usul yang dikemukakan dalam persidangan tersebut diluluskan sebagai Akta
Kerajaan India. Akta ini telah menjadi asas kemerdekaan India.
SOALAN 8: BINCANGKAN CORAK DEKOLONISASI KE ATAS PENJAJAHAN BRITISH DI INDIA
OLEH MAHATMA GHANDHI SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.
PENGENALAN
Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai tahap militant kerana
munculnya gerakan bersifat radikal. Gerakan ini diketuai oleh B.G Tilak, Lala Lajpat Rai, Bipin
Chandra Pal dan Aurobindo Ghosh dan menemui kegagalan. 1920-an Proses dekolonisasi bersifat
lebih sederhana. Pemimpin seperti Shaukat Ali, Maulana Abdul Kalam dan Muhammad Ali
bersifat sederhana. Seperti Gerakan Khilafat yang
memulaukansemua aktiviti dianjurkan olh pihak British. Corak dekolonisasi ini beruabah semasa
Mahatma Gandi mengetuai gerakan kemerdekaan India.
ISI-ISI PENTING
Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh berwibawa di India iaitu Mahatma Gandhi.
Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC).
Beliau menekankan prinsip swadesi (berdikari atanpa mengharap bantuan dari British) satyagraha
(berpegang kepada kebenaran) dan ahimsa (menolak kekerasan),.
INC mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat India sehingga menjadi sebuah
parti yang kuat. Atasan desakkan orang India, kerajaan British telah menggubalAkta Majlis
India dan Akta Montague-Chelmsford bagi mempersiapkan orang India ke arah berkerajaan sendiri.
Walau bagaimanapun usaha ini gagal memenangi hati orang India. Tindakan British
memonopoli pengeluaran garam sehingga menyebabkan harga garam melambung tinggi
menambahkan kemarahan orang India. Sebagai tanda protes, Mahatma Gandhi telah
memimpin Perarakan Garam @ Perarakan Dandi. British bertindak balas dengan mengharamkan
INC dan pemimpin utama INC termasuk Mahatma Gandhi dipenjarakan. Mahatma Gandhi
melancarkan mogok lapar di penjara ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan British tidak
bersungguh-sungguh dalam memberi kuasa kepada orang India memerintah. Beliau juga
memperkenalkan Anugerah Perkauman orang India berkasta rendah dan diberi pilihan raya yang
berasingan.
British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan membentuk Pakatan
Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935, British
memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya memberikan peluang pilihan raya kepada
penduduk India. Walau bagaimanapun, orang India masih tidak berpuas hati kerana Gabenor
Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai British] masih berkuasa penuh.
Seterusnya pada tahun 1937, INC menang besar dalam Pilihan Raya Umum India.
Kekalahan LigaIslam menyebabkan pemimpinanya iaitu Muhamad Ali Jinnah menuduh INC hanya
memperjuangkan kepentingan orang Hindu dan meminggirkan orang Islam. Muhamad Ali Jinnah
kemudian bertindak menyeru penduduk Islam di Sind, Bengal dan Punjab bersatu di bawah Liga
272
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Islam. Tindakan ini merupakan titik tolak bermulanya idea penubuhan negara Pakistan. Pergeseran
antara orang Hindu dengan orang Muslim menyebabkan Gabenor Jeneral India iaitu Lord Louis
Mountbatten mengajak pemimpin INC dan Liga Islam berunding. Hasil rundingan memutuskan
bahawa India mesti dibahagikan kepada 2[India dan pembentukan negara baru iaitu Pakistan] bagi
mengelakkan pertelingkahan berterusan. Usaha pemisahan ini telah mengorbankan ribuan nyawa.
Pada bulan Ogos 1947, British memberikan kemerdekaan kepada kedua-dua
negara.Muhamad Ali Jinnah kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Jeneral Pakistan yang
pertama. Jawaharlal Nehru pula dilantik sebagai Perdana Menteri India yang pertama.
Kesimpulannya, peranan besar yang disumbangkan oleh Mahatma Gandhi melalui INC telah
membuka jalan kepada kemerdekaan India. Dasar anti-kekerasan yang diamalkan oleh Mahatma
Gandhi menjadikan British tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak perjuangan kemerdekaan
orang India. Usaha dekolonisasi di India juga menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan
pejuang kemerdekaan sehingga membawa kepada terbentuknya negara Pakistan.
273
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Unit 4.4 : Perhubungan Luar
4.2.1 : Kerjasama antarabangsa
Hasil Pembelajaran : Membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antarabangsa
selepas Perang Dunia Kedua
Masa / Kawasan Kajian : Sovit Union, Amerika Syarikat, United Kingdom dan India
(abad ke- 20)
Waktu pengajaran : 14 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latarbelakang dan struktur PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan di San
PertubuhanBangsa- Francisco pada 24 oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua
BangsaBersatu . Tujuan utama penubuhan menjamin keamanan dan
( 6 WAKTU ) keselmatan dunia, menggalakkan hubungan baik antara
negara anggota dan melindungi hak asasi manusia. Anggota
terdiri daripaada negara-negara yang telah mencapai
kemerdekaan. PBB memainkan peranan penting dalam
menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa
menggunakan kekerasan
Penglibatan dan kerjasama Soviet Union dan Amerika
Syarikat dari segi:
politik
ekonomi
sosial
2. Komanwel Latar belakang dan struktur komanwel
( 4 WAKTU ) Komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara
bekas tanah jajahan British yang telah mencapai
3. North Atlantic Treaty kemerdekaan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1931
Organization dan Raja British dianggap sebagai Ketua Komanwel. Terdapat
( 4 WAKTU ) beberapa peranan United Kingdom dalam Komanwel
antaranya sebagai pengasas komanwel
Penglibatan dan kerjasama United Kingdom dan India dari
segi:
a) politik
b) sosial
c) ekonomi
Latarbelakang dan struktur NATO
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara yang dikenali sebagai
NATO ditubuhkan pada 4 April 1949. NATO ditubuhkan untuk
mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan
semua negara anggota. Pertubuhan ini juga berperanan
memelihara kedaulatan negara-negara anggota dan
membendung pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet
274
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Union.
4. Bahan rujukan Penglibatan dan kerjasama United Kingdom dan Amerika
Syarikat dari segi:
a) politik
b) social
c) ekonomi
1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
5. Latihan Pengkuhan jelaskan sumbangan united kingdom dalam komanwel selepas
penubuhannya.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN PERANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DALAM
MENGEKALKAN KEAMANAN DUNIA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA.
PENGENALAN:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan di San Francisco pada 24 oktober 1945 selepas
Perang Dunia Kedua . Tujuan utama penubuhan menjamin keamanan dan keselmatan dunia,
menggalakkan hubungan baik antara negara anggota dan melindungi hak asasi manusia. Anggota
terdiri daripaada negara-negara yang telah mencapai kemerdekaan. PBB memainkan peranan
penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa menggunakan kekerasan.
Isi jawapan
ISI 1: Mengekalkan keamanan antarangsa
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan tuntutan kemerdekaan wilayah tanah
jajahan . Pada tahun 1960 PBB telah meluluskan perisytiharan kemerdekaan wilayah dan
penduduk negara yang dijajah.
PBB telah mengatasi masalah perlumbaan senjata nukleaar dan kimia. PBB mengambil
langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang dapat
meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang. Contohnya PBB berjaya
mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat agar mengundurkan peluru
berpandu dalam krisis Cuba.
ISI 2: Masalah pelarian
PBB telah memainkan peranan menyelesaikan masalah pelarian. Rundingan diplomatik
telah dibuat untuk menempatkan pelarian di negara-negara tertentu seperti pelarian
Kemboja . PBB juga memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian melalui
Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) dengan menempatkan semula, menghantar
pulang dan memberi perlindungan kepada lebih satu juta orang pelarian.
275
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 3: Dasar Aparteid
PBB telah menubuhkan jawatankuasa khas menangani masalah aparteid yang berlaku di
Afrika Selatan pada tahun 1963. Perhimpunan Agung PBB meluluskan perisyhtiharan
pembasmian segala bentuk diskriminasi ras.
ISI 4: Hak Asasi Sejagat
PBB menggubal Perisyhtiharan Hak Asasi Sejagat pada tahun 1948. Pada tahun 1966 ,
Majlis Perhimpunan PBB meluluskan dua perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat
iaitu Perjanjian Antarabangsa berhubung hak Awam dan Politik dan Perjanjian
Antarabangsa tentang Hak Ekonomi , Sosial dan Kebudayaan sejagat .
ISI 5: Menangani konflik antarabangsa
PBB turut memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman
. Contohnya pada tahun 1956 telah Berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez , pada
tahun 1960 menghantar tentera pengaman ke Congo dan memainkan peranan dalam
mengawal persengketaan di Cyprus tahun 1964 – 1974 .
ISI 6: Membantu negara mangsa perang
PBB memberi bantuan kepada Negara-negara yang menjadi mangsa perang menerusi “
Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB” di Asia , Timur Jauh , Amerika Latin
dan Afrika. PBB juga memberi bantuan khidmat kebajikan kepada mangsa perang bagi
memastikan kualiti kehidupan rakyat di Negara tersebut terpelihara . PBB juga
menyalurkan bantuan menerusi agensi seperti FAO , UNICEF dan WHO.
ISI 7: Merapatkan persahabatan antarabangsa
PBB berusaha menyelesaikan masalah yang menimbulkan ketegangan antara Negara.
Contohnya menyelesaikan masalah perebutan Kepulauan Spratly yang melibatkan China
, Taiwan , Vietnam , Brunei dan Malaysia .
ISI 8: Menyelesaikan perebutan pulau
PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan anntara Negara
dapat dikurangkan. PBB mengisytiharkan Undang-undang Laut pada 1994.
ISI 9: Menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi
PBB menubuhkan Majlis Ekonomi dan Sosial bagi mengumpulkan data tentang
kemajuan social dan ekonomi antarabangsa. Maklumat ini digunakan dalam merancang
dan melaksanakan projek pembangunan di Negara-negara membangun. PBB turut
menyediakan pinjaman untuk pembangunan Negara-negara mundur. Contohnya
penubuhan International Development Assoation yang bertujuan untuk membiayai
sesuatu projek yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.
KESIMPULAN :
PBB berjaya mengekalkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan. PBB
telah berjaya mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan
negara-negara anggota .
276
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 2: JELASKAN SUMBANGAN UNITED KINGDOM DALAM KOMANWEL SELEPAS
PENUBUHANNYA
PENDAHULUAN:
Komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan British yang
telah mencapai kemerdekaan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1931 dan Raja British dianggap
sebagai Ketua Komanwel. Terdapat beberapa peranan United Kingdom dalam Komanwel antaranya
sebagai pengasas komanwel, memberi bantuan ekonomi, ketenteraan, kerjasama dalam pendidikan
dan bantuan keselamatan
Isi-isi Penting:
Sumbangan utama United Kingdom ialah perintis menubuhkan Pertubuhan Komanwel.
Pertubuhan ini dianggap sinonim dengan United Kingdom dan boleh dianggap sebagai pengasas
dan ketua Komanwel. Pertubuhan ini bermatlamatkan menggalakkan kerjasama dalam bidang bidang
politik, ekonomi dam sosial dalam kalangan negara angggta selain daripada memaju dan
menyelesaikan masalah bersama . Antara negara-negara yang menjadi anggota Komanwel adalah
Australia, New Zealand, Kanada, India dan Malaysia. Jelaslah bahawa United Kingdom memberikan
sumbangan utama dalam penubuhan Komanwel ini.
Seterusnya dalam Komanwel United Kingdom berperanan membangunkan tanah
jajahannya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi. Pembangunan ekonomi ini dapat dicapai
dengan mewujudkan kerjasama dengan negara-negara anggota demi kepentingan bersama. Negara-
negara Komanwel menjalinkan kerjasama dalam urusan perdagangan dengan negara-negara
Komanwel yang diketuai oleh United Kingdom ini. Bantuan United Kingdom pula seperti
mengenakan cukai yang rendah ke atas hasil eksport negara anggota. Antara kejayaan dalam bidang
ekonomi ini ialah negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jus,
getah, minyak sawit dan koko dunia. Selai itu negara komanwel juga menyumbang separuh daripada
keluaran aluminium dunia. Jelslah bahawa peranan United Kingdom ini dapat memajukan lagi
pencapaian negara ahli dari sudut ekonomi.
Penglibatan seterusnya, United Kingdom telah menggunakan pengaruhnya yang ada utuk
memujuk Amerika Syarikat, kanada dan Jepun bagi mewujudkan Rancangan Colombo pada tahun
1950. Rancangan in bertujuan memberi bantuan kewangan, teknikal dan biasiswa kepada negara-
negara kurang maju. Contohnya dalam bidang ekonomi, bantuan pembangunan tanah dan pertanian
serta pengekalan kaedah pertanian moden dilaksanakan. Antara negara yang menikmati racagan
Colombo seperti Pakistan, Seri Lanka, Fiji dan India. Tanah Melayu umpamanya mendapat
pembiayaan dalam bidang insfratuktur dengan pembinaan lebuh raya timur barat dan pembinaan
jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak. Jelaslah bahawa memalui pengaruh United Kingdom
yang mengilhamkan rancangan ini telah member manfaat kepada negara anggota komanwel.
277
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Seterusnya United Kingdom telah mengambil inisiatif dalam meningkatkan bidang
pendidikan. Bagi menjayakan usaha ini, United Kingdom mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan
Pelajaran Komanwel pada tahun 1950 bagi membantu negara-negara anggota menyediakan sistem
pelajaran yang lebih teratur dan sempurna. Jawatankuasa ini merupakan sebuah badan penasihat
dan perunding dalam bidang pendidikan yang dianggotai oleh beberapa orang pakar dalam bidang
pelajaran. Dalam hal ini, Universiti di negara-negara Komanwel sering mengadakan kerjasama
melalui Persatuan Universiti Komanwel yang dianggotai lebih 200 buah universiti. Antara tujuan
penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu university terutama universiti yang baru ditubuhkan
dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan, dan lain-lain keperluan yang berkaitan
pendidikan.
United Kingdom tidak ketinggalan dalam mengetuai Komanwel memberikan bantuan dari
sudut ketenteraan kepada negara-negara anggota. Bantuan dari sudut ketenteraan ini dapat
mempertahankan keamanan dan kestabilan dalam kalangan negara anggota yang menghadapi
masalah ancaman dari negara luar atau ancaman-ancaman lain. Contohnya tentera-tentera daripada
Negara Komanwel (Britain dan Australia) telah mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan
Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Tentera-tentera Komanwel juga membantu Tanah Melayu
menghadai ancaman komunis pada zaman darurat. Begitu juga, tentera Kmanwel telah membantu
memulihkan keamanan Negara Uganda yang mengalami kehancuran akibat Perang Saudara.
Akhir sekali, sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah
memperkenalkan sistem sosial, ekonmi dan politik berdasarkan model Barat. Pemerintahah
model Barat yang telah diterapkan melalui pengamalan sistem undang-undang, birokrasi, ekonomi
dan lain-lain ini telah menjadikan struktur pentadbiran Negara-negara Komanwel lebih kemas dan
berkesan. Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan
menjadi tradsisi kepada negara Komanwel ini menyebabkan mereka lebih cenderung mengekalkan
hubungan baik dengan United Kingdom.
KESIMPULAN
United Kingdom telah berjaya membina sebuah pertubuhan yang banyak memberi manfaat kepada
negara anggota dari sudut sosial, ekonomi dan politik. Kerjasama erat dalam kalangan anggota telah
mengukuhkan lagi pertubuhan ini.
SOALAN 3: JELASKAN PENGLIBATAN UNITED KINGDOM DARI ASPEK POLITIK DAN
EKONOMI DALAM KOMANWEL PADA ABAD KE 20.
PENDAHULUAN :
- Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu organisasi
yang penting. Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
mencapai kemerdekaan. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di
278
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Afrika, Asia, Carribbean, dan Pasifik yang mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai
Komanwel.
- Negara-negara ini yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui pengalaman
dijajah oleh British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki,
atau menerima monarki British.
- United Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.
Isi Penting :
Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari aspek Politik
1 Sebagai pengasas dan ketua Komanwel
- Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan Pertubuhan
Komanwel. United Kingdom boleh dianggap sebagai "pengasas" dan "ketua" Komanwel.
Penubuhan ini berjaya menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya
daripada tanah jajahannya lenyap begitu sahaja.
- Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai
oleh negara-negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini
mempunyai status yang sama dengan Britain.
2 Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri
- United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan
sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak
dipaksa untuk menyertai Komanwel dan keahliannya dalam Komanwel adalah bebas, iaitu
boleh menarik diri daripada Komanwel pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar telah
meninggalkan Komanwel dan Republik Ireland meninggalkan pertubuhan ini pada tahun
1949.
- Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-
ahli demi kepentingan bersama. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore,
Pakistan pada tahun 1954, dua syarat lagi dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen
dan berkemampuan untuk mentadbir negara.
3 Pengekalan legasi monarkinya
- Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi
monarki United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen (Raja
Inggeris) sebagai ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.
- Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah
jajahan British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai
kemerdekaan. Sesebuah negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk menjadi
ahli Komanwel. Malahan, syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang berhasrat
untuk menukarkan status monarki menjadi republik, maka negara tersebut mestilah
memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain. Kesannya, lebih kurang 16 buah
negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua
negara.
4 Pengekalan model Barat
- Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah dengan memperkenalkan
sistem sosial, ekonomi, dan politik berdasarkan model Barat. Penerapan sistem undang-
undang, birokrasi, ekonomi, dan lain-lain menjadikan struktur pentadbiran negara-negara
Komanwel lebih kemas dan berkesan.
- Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan
menjadi tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung
mengekalkan hubungan baik dengan United Kingdom.
Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari aspek Ekonomi
5 Memberi bantuan ekonomi
- United Kingdom ini juga menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan tanah
jajahannya, termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari
segi ekonomi. Oleh itu, Komanwel telah mengambil langkah yang wajar dengan bekerjasama
secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan
mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan.
279
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut,
getah, minyak sawit, dan koko dunia. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang separuh
daripada keluaran aluminium dunia.
6 Mewujudkan Rancangan Colombo
- United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan
Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan
kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Dalam bidang
ekonomi, bantuan pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan kaedah pertaian
moden telah disumbangkan.
- Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah
Melayu menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan
pembinaan infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.
KESIMPULAN
- Sumbangan United Kingdom dalam Komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang
ekonomi, pelajaran, teknikal, dan lain-lain.
- Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak meninggalkan
Komanwel.
SOALAN 4: SEJAUH MANAKAH PENYEBARAN FAHAMAN KOMUNIS MENYEBABKAN
PENUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO) 1949
PENDAHULUAN
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara yang dikenali sebagai NATO . ditubuhkan pada 4 April 1949.
NATO ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara
anggota. Pertubuhan ini juga berperanan memelihara kedaulatan negara-negara anggota dan
membendung pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong penubuhan NATO.
ISI 1: Tersebarnya Fahaman Komunis
Ini adalah kerana fahaman komunis mula tersebar secara meluas di Eropah yang diterajui oleh Rusia.
NATO diharap menjadi benteng untuk menyekat pengaruh komunis. Sebagai contoh,Rusia telah
berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.
Perkembangan komunis di negara negara Eropah Timur menimbulkan kebimbangan kepada Amerika
Syarikat dan Britain. Tegasnya dapat dikatakan bahawa menyekat pengaruh komunis di Eropah
merupakan salah satu faktor yang mendorong terbentuknya NATO.
ISI 2: Dasar Ketenteraan Rusia.
Ini adalah kerana Rusia mula menjalankan dasar ketenteraan dan perluasan pengaruh di Eropah.
Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan kepada Amerika Syarikat. Sebagai contoh, Rusia
berjaya mengukuhkan kedudukan dan kekuatan ketenteraan di negara negara Eropah Timur yang
prokomunis. Tegasnya dapat dikatakan bahawa NATO diwujudkan bagi membentuk pakatan untuk
menghadapi ancaman Rusia.
ISI 3: Kebangkitan Jerman.
Ini adalah kerana selepas tamatnya PD2, Jerman masih menjadi ancaman kepada dunia terutama
Eropah. Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara Eropah terutama
Britain dan Perancis.Sebagai contoh, negara-negara Eropah mahu menyekat kebangkitan Jerman
yang dikhuatiri akan mencetuskan pergolakan dunia. Dalam konteks ini, pakatan ketenteraan seperti
280
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
NATO dapat menyekat kebangkitan Jerman sebagai kuasa tentera yang akan mengancam kestabilan
politik di benua Eropah. Tegasnya dapat dikatakan bahawa ancaman kebangkitan Jerman dalam
bidang ketenteraan merupakan salah satu faktor penubuhan NATO.
ISI 4: Penglibatan Amerika Syarikat
Ini adalah kerana penubuhan NATO bertujuan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam
hal ehwal ketenteraan dan politik di benua Eropah. Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO
bertujuan untuk memastikan pertubuhan ini memainkan peranan yang lebih efektif Sebagai contoh,
tentera Amerika Syarikat ditempatkan di Jerman dan Turki selepas PD2 supaya komunis dapat
disekat. Tegasnya dapat dikatakan bahawa melibatkan Amerika Syarikat secara langsung di Eropah
merupakan salah satu faktor penubuhan NATO.
ISI 5: Kegagalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ini adalah kerana penubuhan NATO bertujuan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap
kemampuan PBB dalam menangani konflik dunia. PBB tidak berupaya memainkan peranan sebagai
pertubuhan yang boleh mengekang sebarang konflik dengan berkesan. Kelemahan utama PBB ialah
badan dunia itu tidak memiliki pasukan tentera sendiri. Sebagai contoh, NATO memiliki tentera
sendiri bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara anggota. Tegasnya dapat dikatakan
bahawa mengambilalih peranan PBB merupakan salah satu faktor utama yang mendorong
penubuhan NATO.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa faktor penubuhan NATO.
Keadaan politik yang tidak menentu era Perang Dingin menyebabkan kerjasama dalam bidang
kententeraan dianggap perlu. Selepas Perang Dingin berakhir, NATO tidak dibubarkan. NATO terus
menyusun strategi bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing masing.
SOALAN 5: TERANGKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM
DALAM NORTH ATLANTIC TREATY ORGANIZATION (NATO)
PENGENALAN
NATO (North Atlantic Treaty Organization) – merujuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
ditubuhkan pada 4 April 1949
ibu pejabat pertubuhan terletak di Paris
sebuah pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama antara
negara anggota.
12 buah negara yang terlibat sahaja pada awalnya
Amerika Syarikat ditonjolkan sebagai satu kuasa besar berperanan utama untuk
mempertahankan keselamatan di Eropah Barat dan membendung pengaruh komunis yang
disebarkan oleh Soviet Union
ISI-ISI PENTING
United Kingdom (Britain) - peranan utama dalam proese pembentukan NATO
281
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Rujukan - daripada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari
tahun 1946 hingga 1951dan hasil dokumen oleh Foreign Office
United Kingdom – menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan Amerika Syarikat
dalam proses penubuhan NATO
United Kingdom – berjaya – tidak menonjolkan peranan walaupun British – peranan utama
(key player) – dalam proses pembentukan
United Kingdom – diterajui Parti Buruh – menyusun strategi – memastikan pertubuhan
antarabangsa akan disertai Amerika Syarikat
Pengalaman United Kingdom – pertubuhan tanpa Amerika Syarikat – tidak berkesan – seperti
Liga Bangsa
Presiden Hurry S. Trumen (Britain)– belum bersedia menghadapi ancaman – Soviet Union di
Eropah
Perancangan melibatkan Amerika Syarikat – dalam soal keselamatan - tepat dengan
perkembangan politik antarabangsa dan kewujudan NATO
Perang Dingin – menyebabkan hubungan Amerika Syarikat dan United Kingdom – lebih
akrab
Kedua-dua kuasa besar - mempunyai hubungan dalam bentuk bilateral – seperti perundingan
diplomatik, kerjasama ketenteraan dan perisikan
Soviet Union – memberi satu persepsi – “NATO ialah Amerika Syarikat” dan “Amerika
Syarikat ialah NATO”
NATO - didominasikan oleh Amerika Syarikat berbandingkan negara-negara lain
KESIMPULAN
NATO dan Amerika Syarikat – komitmen – sebagai kunci kesinambungan, keutuhan dan
kestabilan NATO - sebuah institusi
Peranan kedua-duanya – memelihara kemanan dan keselamatan dunia secara praktikal
bukan di Eropah sahaja, malah di seluruh dunia.
SOALAN 6: BINCANGKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM
DALAM NATO PADA ABAD KE-20 MASIHI.
PENGENALAN
- Amerika Syarikat dan United Kingdom merupakan 2 kuasa besar yang menerajui NATO
- NATO atau North Atlantic Treaty Organizations merupakan pakatan ketenteraan yang
ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Atlantik pada 4 April 1949
- pada peringkat awal NATO dianggotai oleh 12 negara seperti Amerika Syarikat, Belgium,
Canada, Portugal UK, Perancis, , Luxembourg dll
- ibu pejabat NATO asal ialah Brussels, Belgium diikuti Paris, Perancis sehingga 1966
- matlamat utama NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa Jerman di Eropah,
- matlamat lain ialah membendung mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Soviet
Union di Eropah.
- ahli2 NATO bersetuju untuk bekerjasama dari segi ketenteraan jika salah satu negara disera
peranan United Kingdom dalam NATO
ISI 1: pengasasan / pembentukan NATO
- UK peranan penting dalam proses penubuhan NATO.
- buktinya dapat dilihat pada koleksi peribadi Setiausaha Luar Britain iaitu Ernest Bevin dan
dokumen oleh Foreign Office, United Kingdom
- dokumen2 tersebut mengandungi strategi penubuhan NATO dengan
mengetengahkan/menonjolkan peranan AS sungguhpun UK ialah “key player”. UK sedar
perlunya penglibatan Amerika Syarikat dalam mana-mana pertubuhan antarabangsa kerana
tanpa penyertaan AS pertubuhan tersebut akan lemah dan gagal seperti Liga Bangsa
282
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 2: melibatkan Amerika Syarikat dalam NATO
- UK yang diterajui Parti Buruh menyusun pelbagai strategi bagi memastikan NATO disertai
Amerika Syarikat.
- Setiausaha Luar Britain iaitu Ernest Bevin dipertanggungjawab “educating the americans”
bagi menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah selepas Perang Dunia 2
- Presiden AS iaitu Harry S. Truman masih belum bersedia menghadapi ancaman Soviet
ekoran itu, UK membuat perancangan jangka panjang melibatkan Amerika Syarikat dalam
NATO.
peranan Amerika Syarikat dalam NATO
ISI 3: pertahanan & keselamatan Eropah Barat
- tujuan asal penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa Jerman di
Eropah bahkan Amerika Syarikat turut dilibatkan bersama untuk mengukuhkan pertahanan
- ia juga bertujuan menghalang perkembangan ideologi komunisme di Eropah Barat dan
ketenteraan Soviet Union.
- ia juga mahu meyakinkan ahli2 PBB untuk mengatasi sebarang konflik antarabangsa
- NATO ingin membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union ke atas
negara-negara Eropah Timur.
- oleh itu NATO telah mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas
tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari
Moscow dapat disekat dengan berkesan.
- Tambahan pula pada tahun 1949 Soviet telah meletupkan bom atomnya yang pertama.
isi 4: hubungan United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam NATO
- hubungan UK dan US menjadi akrab selepas Perang Dingin bermula
- ia dapat dilihat dalam 3 bentuk iaitu hubungan diplomatik, kerjasama ketenteraan dan
perkongsian perisikan.
- Hubungan diplomatik ialah melalui perundingan, pertukaran diplomat dan lain-lain
- Kerjasama ketenteraan merujuk kerjasama bilateral terutama tentera udara dan laut
- manakala kerjasama perisikan menguntungkan kedua-dua pihak seperti FBI, CIA ( Amerika
Syarikat ) manakala MI6 MI7 ( UK ).
- komitmen UK dan US merupakan kunci keseimbangan, keutuhan dan kestabilan sejaga.
- Hubungan keduanya renggang apabila Atomic Energy Act of 1946 diperkenalkan yang
- melarang Amerika mengadakan kerjasama nuclear dengan negara-negara lain kerana
- bimbang berlaku percambahan aktiviti pembinaan senjata nuclear di tempat-tempat lain.
- Ianya mengecewakan Britain yang bercita-cita membangunkan senjata nuclear dan ingin
meminta bantuan Amerika.
- Britain akhirnya mendirikan sendiri senjata nuclear setelah mengadakan beberapa siri
rundingan nasihat dari Amerika.
- Akhirnya pada tahun 1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuclear
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, jelaslah negara Amerika Syarikat dan United Kingdom memainkan peranan
aktif dalam NATO dari segi penubuhannya, perkembangan dan peranan2nya. NATO telah melibatkan
diri dalam beberapa peperangan sperti Perang Korea (1950-an ) Perang Vietnam ( 1965 – 1975 )
Perang di Afghanistan ( 1980-an). Selepas tamatnya Perang Dingin, Soviet Union telah tumbang dan
Pertubuhan2 Komunis seperti Pakatan Warsaw juga berakhir. Maka NATO menjadi pakatan
ketenteraan tunggal di dunia
283
PANITIA SEJARAH KT6P