PERKASA STPM940/1
Cadangan latihan - Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830,
kemungkinan berperang secara terbuka dengan
pengukuhan/pengayaan penjajah Austria agak sukar dilakukan. Mereka yang
menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam
bentuk kongsi gelap. Kongsi gelap yang terpenting ialah
Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali
penentangan pada tahun 1818 & 1830, namun gerakan
tersebut mengalami kegagalan.
- Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan
Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang
dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo Benso di Cavour &
Guiseppe Garibaldi.
Contoh soalan esei :
a. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Count
Camillo di Cavour dalam menyatukan Itali.
b. Anilisiskan peranan Mazzini, dan Guiseppe
Garibaldi dalam menjayakan penyatuan Itali.
CONTOH SOLAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN
SOALAN 1: HURAIKAN LANGKAH LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH CAMILLO BENSO DE
CAVOUUR UNTUK MENYATUKAN BANGSA ITALI.
Pendahuluan
Camillo Benso de Cavour (1810— 1861) tokoh yang memainkan peranan penting dalam
penyatuan negara bangsa. Count Cavour merupakan seorang bangsawan yang berasal
dari negeri Piedmont.
Pada tahun 1847, beliau mengasaskan akhbar Risorgimento dan menjadi ahli parlimen
kerajaan Piedmont pada tahun 1848.
Beliau telah merancang dan memperkenalkan Perlembagaan 1848 yang mengandungi
Dewan perundangan dan cabinet.
Beliau dilantik sebagai Verdana Menteri Piemont menggantikan Massimo d'AzeglioSelepas
dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau mengatur langkah bagi merealisasikan penyatuan
negara bangsa Itali.
Isi-isi penting
(a) Mengukuhkan kerajaan Piedmont
Langkah pertama yang diambil oleh CountCavouradalah mengukuhkan kedudukan kerajaan
Piedmont dalam bidang ekonomi dan politik. bidang
Antara langkah yang diambil oleh beliau adalah menjalankan reformasi dalam
ketenteraan, pentadbiran, dan perundangan.
Beliau juga membangunkan ekonomi dengan memajukan bidang Pertanian,perdagangan dan
perindustrian.
Selain perdagangan, itu, beliau dan turut perindustrian.menggalakkan pelabur-pelabur dari
luar negara melabur di Piedmont.
Dalam bidang agama, beliau memperkenalkan Undang-Undang Siccardi bagi menghadkan
kuasa gereja.
Tuntasnya, langkah-langkah tersebut berjaya mengukuhkan kedudukan Piedmont sebagai
langkah persediaan ke arah penyatuan negara bangsa Itali.
(b) Mendapatkan bantuan Perancis
Langkah kedua yang diambil oleh Count Cavour adalah mendapatkan bantuan daripada
Perancis.
93
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Count Cavour mengadakan perikatan dengan Perancis bagi merealisasikan hasrat untuk
menyatukan Itali.
Tujuan perikatan ini dijalinkan adalah bagi mengelakkan kewujudan perikatan antara Austria
dan Perancis.
Tambahan pula, pemimpin Perancis iaitu Napoleon berminat untuk memberi bantuan kepada
Itali.
Pada tahun 1859, Perancis dan Piedmont telah menandatangani pakatan ketenteraan.
Menurut perjanjian tersebut, Perancis akan mempertahankan Piedmont sekiranya diserang
oleh Austria.
Ternyata, bantuan daripada Perancis telah membantu Piedmont mengalahkan Austria
serta merealisasikan penyatuan negara bangsa Itali.
(c) Menyelaraskan Pergerakan Kebangsaan Itali
Langkah ketiga yang diambil oleh Count Cavour adalah menyelaraskan kegiatan pergerakan
kebangsaan di Itali.
Beliau menjalinkan hubungan sulit dengan pemimpin-pemimpin Persatuan kebangsaan.
Tambahan pula, beliau mendapatkan bantuan La Farina bagi mencetuskan kebangkitan
rakyat di wilayah-wilayah utara dan tengah Itali.
Beliau turut mendapat kerjasama daripada Garibaldi untuk menubuhkan pasukan tentera
sukarela daripada kalangan penduduk Lombardy.
persatuan Kebangsaan menubuhkan depot-depot tentera dan mengedarkan risalah
Tuntasnya, tindakan count Cavour menyelaraskan kegiatan pemimpin-pemimpin kebangsaan
dapat mengukuhkan lagi perjuangan menyatukan negara bangsa Itali.
(d) Pembentukan Persatuan Kebangsaan
Langkah keempat yang diambil oleh count Cavour adalah menubuhkan Persatuan
Kebangsaan bagi menyatukan negara bangsa Itali.
Matlamat penubuhan Persatuan Kebangsaan adalah untuk menyatukan kumpulankumpulan
yang berjuang menyatukan Itali.
Moto bagi persatuan tersebut ialah 'Kemerdekaan, perpaduan dan kebebasan perlembagaan
di bawah pemerintahan dinasti kesedaran Savoy'. dalam kalangan nasionalis untuk
mewujudkan
Persatuan ini melahirkan organisasi pusat bagi menyelaraskan usaha penyatuan Itali.
Jelas ternyata, melalui tindakan ini Count Cavour berjaya merapatkan hubungan serta
kerjasama dalam kalangan pejuang untuk merealisasikan penyatuan Itali.
(e) Provokasi terhadap Austria
Langkah terakhir yang diambil oleh Count Cavour adalah melakukan provokasi agar Austria
memulakan peperangan.
Beberapa langkah berbentuk provokatif telah diambil oleh Count Cavour agar Austria
memulakan peperangan.
Antara langkah yang diambil ialah:
a. Memutuskan hubungan diplomatik dengan Vienna apabila seorang senator Sardinia
dilucutkan jawatan daripada kerajaan Lombardy.
b. Mengarahkan LaMarmora (menterikewangan)mengumpuldanabagimenghadapi
peperangan dengan Austria.
c. Menjalinkan hubungan sulit dengan Persatuan Kebangsaan bag mencetuskan
kebangkitan terhadap Austria.
d. Menolak permintaan Austria untuk ekstradisi pemimpin-pemimpin Lombardy
dVenetia.
Justeru, tindakan provokatif Count Cavour membuahkan hasil apabila Austria melancarkan
serangan terhadap Piedmont.
Implikasinya, Count Cavour berjaya menghadapi peperangan tersebut dengan bantuan
daripada tentera Perancis.
94
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan Count Cavour telah memberikan sumbangan besar dalam usaha
menyatukan negara bangsa Itali.
Beliau menggunakan pelbagai pendekatan dengan bijak dalam mengatur gerakan
menyatukan Itali.
Pendekatan realpolitic yang digunakan Oleh Count Cavour menjadi asas kepada penyatuan
negara bangsa di Itali.
ISI TAMBAHAN
Penyertaan dalam Perang Crimea
Cavour mengambil langkah bagi melibatkan Piedmont dalam peperangan yang berlaku di
Crimea. Cavour berpendapat kuasa-kuasa Eropah akan membantu Itali jika negara tersebut
memainkan peranan dalam hal ehwal antarabangsa. Malah kejayaan tentera Piedmont
dalam peperangan di Tchernaya memberi keyakinan kepada kerajaan Piedmont untuk
berperang dengan Austria.
95
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Unit 2.2 : Negara Bangsa:
Unit 2.2.3 : Penyatuan Negara Bangsa
Hasil Pembelajaran Membincangkan proses penyatuan negara bangsa.
Masa / Kawasan Kajian : Jerman abad ke-19 (1800 – 1899 Masihi)
Waktu pengajaran : 4 waktu
Bil Kandungan Keterangan
a. Konsep Negara Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang
Bangsa memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah
entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit)
wilayah yang berdaulat.
"Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik,
manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan /atau etnik.
Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya
(negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya
dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud
sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa
rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan
merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya.
Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan
melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan
autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama
fahaman nasionalisme.
b. Penyatuan Negara Penyatuan negara bangsa di Jerman
Bangsa
Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana
wujud beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi
pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia
iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai
golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada
yang telah menetap di Amerika
Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk
penyatuan Jerman tetap bermula pada tahun 1815 iaitu selepas
tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam
Kongres Vienna 1815. menetapkan Persekutuan Jerman
sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan
keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi yang turut
menyemai penyatuan dalam bidang politik.
Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah
ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha
menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti
perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman
untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria.
Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di
Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
Proses Penyatuan Jerman:
i. Usaha William I
ii. Otto von Bismark
Pada 18 Januari 1871, Raja William I dilantik sebagai Kaiser
Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor (Perdana
Menteri).
Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman
dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis
Persekutuan dan Diet Maharaja.
Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja,
menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor
perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan
96
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
serta pemulihan sosial.
Cadangan latihan Contoh soalan esei :
a. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh
pengukuhan/pengayaan Bismark untuk menyatukan Jerman.
b. Huraikan proses penyatuan negara bangsa di
Jerman pada abad ke-19.
CONTOH SOLAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH BISMARCK MENYATUKAN
NEGARA BERDAULAT BANGSA JERMAN PADA ABAD KE-19 MASIHI.
PENDAHULUAN
Bismarck merupakan negarawan yang berjaya menyatukan negara bangsa Jerman.
Beliau menyatukan negara bangsa Jerman melalui dua peringkat iaitu peringkat pertama
melalui peperangan dan peringkat kedua melalui program pembangunan.
Dalam merealisasikan usaha penyatuan, beliau menggunakan pelbagai strategi dan
pendekatan dengan berkesan.
Pendekatan yang menjadi asas kepada kejayaan beliau menyatukan Jerman adalah
pendekatan ‘realpolitic’ dan ‘hdarah dan besi’.
Beliau menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, dasar pemencilan musuh dan
peperangan bagi merealisasikan impiannya.
Isi-isi penting
Mengukuhkan pasukan tentera
Salah satu strategi yang digunakan oleh Bismarck bagi menyatukan Jerman adalah
mengukuhkan pasukan tentera.
Strategi ini digunakan kerana beliau berpendapat penyatuan Jerman hanya dapat
dilaksanakan melalui peperangan.
Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck bertindak membentuk penyatuan tentera yang
kuat.
Antara langkah yang diambil oleh Bismarck bagi membentuk pasukan tentera yang kuat
adalah:
Memberi latihan ketenteraan
Melengkapkan pasukan tentera dengan senjata-senjata yang termoden
Selepas langkah mengukuhkan pasukan tentera selesai, beliau mengalihkan perhatian untuk
melancarkan peperangan menentang musuh.
Tuntasnya, strategi Bismarck membina pasukan tentera yang kuat membolehkan tentera
Jerman berjaya menumpaskan musuh serta menyatukan negara bangsa Itali.
Dasar memencilkan munsuh
Strategi kedua yang digunakan oleh Bismarck dalam usaha menyatukan negara bangsa Itali
adalah mengamalkan dasar memencilkan musuh.
Bismarck menggunakan pendekatan diplomasi dengan bijak bagi memencilkan musuh
sebelum melancarkan peperangan.
Contohnya, beliau mengambil langlah-langkah bagi memastikan Austria (1866) dan Perancis
(1870) tidak mempunyai rakan sekutu sebelum memulakan peperangan.
Di samping itu, beliau menjalankan hubungan baik dengan negara-negara yang menjadi
sekutu kepada musuhnya.
Tindakan seperti ini diambil oleh Bismarck bagi memastikan musuh tidak mendapat
bantuan daripada negara-negara lain.
Jelas ternyata, strategi memencilkan musuh membuahkan hasil apabila Jerman berjaya
mengalahkan Denmark dan Austria dalam usaha pembentukan negara bangsa.
97
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Menawarkan wilayah
Strategi ketiga yang digunakan oleh Bismarck dalam menyatukan Jerman adalah
menawarkan wilayah sebagai ganjaran.
Strategi ini digunakan oleh Bismarck bagi mengelakkan campur tangan negara-negara lain
ketika melancarkan serangan terhadap musuh.
Beliau sanggup menawarkan wilayah sebagai ganjaran agar negara-negara berdiam diri
semasa peperangan berlangsung.
Contohnya, semasa peperangan dengan Denmark, Bismarck berjanji untuk menyerahkan
wilayah Rhine kepada Perancis.
Tindakan Bismarck menawarkan wilayah tersebut adalah untuk memastikan Perancis
mengamalkan sikap berkecuali.
Jelas ternyata, strategi ini amat berkesan apabila Jerman dapat menumpaskan musuh
dengan mudah dan merealisasikan penyatuan negara Jerman.
Menggunakan tipu helah
Strategi keempat yang digunakan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman adalah
menggunakan tipu helah.
Bismarck menggunakan tipu helah untuk menyatukan negeri-negeri Jerman Selatan dengan
Prussia.
Contohnya, beliau mendedahkan surat yang ditulis oleh Perancis mengenai tuntutan
terhadap negeri-negeri Jerman Selatan kepada pemimpin negeri-negeri tersebut.
Tindakan Bismarck telah menyebabkan negeri-negeri Jerman Selatan membuat keputusan
untuk bergabung dengan Prussia.
Justeru, tindakan tipu helah yang digunakan oleh Bismarck membantu beliau mendapatkan
wiilayah Jerman Selatan daripada Perancis.
Melancarkan peperangan
Strategi terakhir yang diambil oleh Bismarck bagi menyatukan Jerman adalah melancarkan
peperangan.
Bismarck melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun 1864 bagi menguasai
wilayah Holstein dan Schleswig.
Peperangan terhadap Denmark dilancarkan bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh
negara tersebut.
Selepas mengalahkan Denmark, Bismarck melancarkan peperangan terhadap Austria pada
tahun 1866.
Selepas menewaskan Austria, Bismarck mengatur langkah untuk melancarkan peperangan
terhadap Perancis.
Bismarck melancarkan peperangan dengan Perancis pada tahun 1870 bagi
menyempurnakan penyatuan negeri-negeri Jerman.
Kejayaan Bismarck menewaskan Denmark, Austria dan Perancis menyebabkan negeri-
negeri dapat disatukan.
Tuntasnya, kebijaksanaan Bismarck dalam mengatur strategi peperangan membolehkan
Jerman menewaskan musuh dan berjaya menyatukan Jerman.
Isi tambahan
Mengekang pengaruh Austria
Bismarck mengambil langkah agar Austria tidak campur tangan dalam hal ehwal Jerman.
Contoh, Bismarck memujuk raja Prussia agar tidak menghadiri persidangan raja-raja yang
dianjurkan oleh raja Austria pada tahun 1863. Bismarck tidak membenarkan Austria menjadi
anggota pertubuhan Zollverein. Tindakan sedemikian diambil bagi melemahkan Austria agar
usaha penyatuan Jerman menjadi kenyataan.
KESIMPULAN
Bismarck merupakan seorang negarawan yang tiada tolok banding dalam usaha
menyatukan negara bangsa Jerman.
Kejayaan Bismarck disebabkan oleh kebijaksanaannya dalam menggunakan pendekatan
realpolitic dengan berkesan bagi mencapai matlamatnya.
Beliau juga menggunakan pelbagai taktik dan strategi seperti penipuan, pemalsuan
dokumen dan peperangan bagi merealisasikan impiannya.Penggunaan taktik dan strategi
98
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
secara bijak membolehkan Bismarck mencapai kejayaan dalam usaha penyatuan negara
bangsa Jerman.
SOALAN 2: BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH BISMARCK UNTUK
MENGUKUHKAN PENYATUAN JERMAN SELEPAS TAHUN 1871.
PENDAHULUAN
Bismarck merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam penyatuan negara
bangsa Jerman.
Beliau berjaya melaksanakan penyatuan negara bangsa Jerman melalui dua peringkat.
Pada peringkat pertama beliau melancarkan peperangan terhadap negara-negara asing
yang menguasai wilayah Jerman.
Manakala pada peringkat kedua, beliau melaksanakan program pembangunan dalam bidang
ekonomi, politik dan sosial bagi mengukuhkan penyatuan Jerman.
Dalam konteks ini, terdapat beberapa langkah yang diambil oleh Bismarck untuk
mengukuhkan penyatuan Jerman selepas tahun 1871.
Isi-isi penting
Memulihkan keamanan
Langkah pertama yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan Jerman adalah
memulihkan keamanan dalam negara.
Sehubungan dengan itu, Bismarck mengambil tindakan bagi mengukuhkan keselamatan
negara daripada ancaman luar.
Beliau menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah.
Pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali
sebagai Perikatan Bertiga.
Menerusi perikatan ini, beliau berharap negara-negara lain tidak akan melancarkan
peperangan terhadap Jerman.
Justeru, melalui tindakan tersebut Bismarck berjaya melahirkan keamanan dalam negara
bagi pengukuhan penyatuan negara.
Memperkenalkan perlembagaan Jerman
Langkah kedua yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah
memperkenalkan Perlembagaan Umum bagi Jerman,
Bismarck memperkenalkan perlembagaan yang memperuntukkan kuasa bagi penubuhan
sebuah Parlimen.
Parlimen Jerman terdiri daripada dua badan iaitu Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja.
Mengikut perlembagaan baru Jerman, kuasa sebenar terletak di tangan Canselor dan
Kaiser.
Jelas ternyata, perlembagaan baru ini memberi kuasa kepada Bismarck untuk mengukuhkan
penyatuan negara Jerman.
Menyekat pengaruh gereja
Langkah ketiga yang diambil oleh Bismarck bagi mengukuhkan penyatuan Jerman adalah
menyekat pengaruh institusi gereja.
Semasa pemerintahannya, Bismarck menghadapi masalah dengan Gereja Romam Katolik.
Beliau bimbang kebangkitan Gereja Roman Katolik akan memecahkan perpaduan dalam
negeri Jerman.
Bagi mencegah perkembangan ini, Bismarck memulakan pergerakan anti gereja yang
dikenali sebagai ‘Kulturkampf”.
Beliau meluluskan Undang-Undang Mei bagi menyekat perkembangan Gereja Katolik di
Jerman.
Tuntasnya, tindakan menyekat pengaruh gereja mengelakkan perpecahan dalam negara dan
mengukuhkan penyatuan Jerman dengan berkesan.
99
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Menyeragamkan sektor ekonomi
Langkah seterusnya yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman
adalah melaksanakan program pembangunan ekonomi.
Antara tindakan yang diambil oleh Bismarck adalah memperkenalkan sistem ekonomi yang
teratur dan cekap.
Contohnya, beliau memperkenalkan sistem cukai, mata wang serta sistem sukatan dan
timbangan yang seragam di seluruh negara.
Selain itu, beliau juga menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf serta membina landasan
kereta api di seluruh Jerman.
Bismarck juga mengambil langkah-langkah berikut membangunkan sektor perindustrian,
iaitu:
Menubuhkan kartil
Menubuhkan Bank Kebangsaan ‘Reich Bank’
Mewujudkan daerah perusahaan baru
Di samping itu, Bismarck turut mengambil langkah untuk memajukan sektor pertanian dan
perundangan.
Justeru, langkah-langkah ini berjaya membangunkan negara serta mengukuhkan
penyatuan negara Jerman.
Pemulihan sosial
Langkah terakhir yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman
adalah melaksanakan program pemulihan sosial.
Bismarck memperkenalkan pelbagai rancangan sosial bagi merapatkan jurang antara
golongan kaya dengan golongan miskin.
Selain itu, beliau memperkenalkan undang-undang bagi membaiki taraf hidup golongan
pekerja di kilang.
Antara undang-undang yang diperkenalkan oleh beliau ialah:
Undang-Undang Insurans Sakit
Undang-Undang Insurans Hari Tua
Menerusi undang-undang ini, beliau berjaya mewujudkan perpaduan dan menjaga
kebajikan pelbagai lapisan penduduk Jerman.
Ternyata program pemulihan sosial berjaya menyatukan penduduk Jerman dan dapat
mengukuhkan penyatuan negara bangsa.
KESIMPULAN
Bismarck merupakan tokoh yang memiliki kebijaksanaan dalam memanipulasikan isu
demi mencapai matlamatnya, iaitu menyatukan Jerman.
Selepas penubuhan negara bangsa Jerman, beliau mengambil pelbagai langkah bagi
mengukuhkan penyatuan tersebut.
Beliau memperkenalkan pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi
menyatukan rakyat dan membangunkan Jerman.
Ekoran usaha Bismarck, Jerman muncul sebagai sebuah negara bangsa yang unggul serta
menjadi contoh kepada negara-negara lain di Eropah.
100
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.1 : Feudalisme dan Kapitalisme
Hasil Pembelajaran : Menghuraikan sistem ekonomi feudalisme di Asia
Masa /Kawasan Kajian : Jepun (abad ke-16)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Konsep Ekonomi Kepulauan Jepun mempunyai keadaan semulajadi yang
Feudalisme di Jepun membolehkan perkembangan ekonomi feudalisme.
Struktur muka bumi Jepun yang bergunung-ganang,
dipenuhi dengan banjaran gunung yang tinggi dan
berbukit-bukau menyebabkan kawasan tanah semulajadi
untuk kegiatan pertanian hanyalah 20 peratus sahaja.
Namun begitu, kegiatan pertanian masih merupakan
tulang belakang kepada ekonomi Jepun pada abad ke-16.
Bagi Negara Jepun, revolusi perdagangan hanya lebih
tertumpu kepada Negara-negara Asia Timur dan Asia
Tenggara. Hal ini berikutan dasar pemerintahan yang
diamalkan oleh pemerintah Jepun. Jepun hanya
menjuruskan aktiviti perdagangan dengan China dan
Negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal
masyarakatnya serta daimyo-daimyo dibawah kekuasaan
Shogun. Namun begitu, Jepun membuka pintu negaranya
kepada Negara Barat tetapi mengadakan perdagangan
yang terhad dan mengenakan pelbagai peraturan.
2. Sistem Ekonomi a. Ekonomi pertanian
Feudalisme di Jepun. - 70% hasil pertanian sumber pendapatan ekonomi
Jepun
3. Bahan rujukan - tanaman yang ditanam ialah padi, buah-buahan
gandum, barli teh, sayur-sayuran
- menggunakan sitem pengairan iaitu sungai
b. Perusahaan tempatan
- menghasilkan hasil pertukangan
- munculnya tukang-tukang mahir
- contoh barang perak, tembaga, tembikar, lukisan dan
ukiran, rumah..istana…
c. Perikanan
- sumber kedua dan merupakan sumber penting dalam
diet harian masyarakat Jepun
- dijalankan di pesisir pantai..
d. Perlombongan
- melombong emas, perak dan tembaga..
e. Perdagangan
- membawa kepada pertumbuhan ekonomi wang
terjalinnya hubungan dengan negara luar
3. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
101
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1 4. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
4. Latihan Pengayaan 1955),Shah Alam,Oxford Fajar
Terangkan kegiatan sistem ekonomi feudalisme di Jepun.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN PADA ABAD KE-16
MASIHI.
PENGENALAN :
Feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan
tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki. Feudalisme di Jepun dapat dikesan dengan jelas pada
zaman Kamakura (1192 – 1333) hingga zaman Sengoku Jidai (1536 -1598) dan kematangan pada
zaman Keshogunan Tokugawa (1603 – 1867). Jepun merupakan negara kepulauan dengan keadaan
semulajadi yang bergunung ganang dan berbukit. Kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 20
%.
ISI 1: Ekonomi pertanian
70% hasil pertanian sumber pendapatan ekonomi Jepun dan 80 % hingga 85 %
rakyat Jepun ialah petani.
Tanaman utama ialah padi.
Pengairan semulajadi iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak sungai yang
mengandungi nutrient yang sesuai untuk padi. Ia dapat mengurangkan penggunaan
baja dan menyuburkan tanah
Selain padi tanaman lain ialah buah-buahan gandum, barli teh, sayur-sayuran.
Teh dan kapas merupakan tanaman yang diusahakan secara besar besaran
ISI 2: Perusahaan tempatan
Perusahaan tempatan berasaskan pengeluaran daerah dan pemasaran antara
daerah
Hasil kraftangan merupakan antara perusahaan tempatan yang utama dan
melahirkan tukang-tukang mahir. Di antaranya ialah barangan perak, tembaga,
tembikar, lukisan dan ukiran, dan perusahaan membuat pedang
Perusahaan kain kapas merupakan perusahaan tekstil yang utama. contoh kawasan
perusahaan kain kapas ialah Kinai
Perusahaan ulat sutera menghasil industry kain sutera contoh nya di Fukushima dan
Yamanashi.
Perusahaan tembikar pesat di Seto dan menjadikannya pusat pengeluaran tembikar
di Jepun
ISI 3: Perikanan
sifat negara kepulauan / kelautan menjadikan perikanan penting di Jepun
Kedudukan Jepun di persimpangan arus hitam yang panas dengan arus kamachatka
menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan
merupakan sumber kedua dan merupakan sumber penting dalam diet harian
masyarakat Jepun
Perikanan di jalankan laut dalam dan persisiran pantai
kemahiran membina kapal – membantu perikanan laut dalam
102
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 4: Perlombongan
Aktiviti perlombongan utaama ialah emas, perak dan tembaga.
Oda Nabunga teelah memajukan perlombongan emas, perak dan tembaga
Perlombongan telah memajukan Bandar Osaka
ISI 5: Perdagangan
Perdagangan telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi wang
Orang Jepun mengimport barangan tropika dari Asia Tenggara dan India
Jepun juga mengimport barangan mentah dari China seperti sulfur, papan, emas,
mutiara, merkuri dan ibu mutiara
Barangan eksport utama ialah pedang, kipas berlipat dan pemidang
Terdapat ramai pedagang Portugal di Jepun dan negara Jepun telah menerima
teknologi perkapalan dan persenjataan dari pedagang Portugal.
KESIMPULAN :
Perkembangan ekonomi feudalisme berasaskan pemerintahan bercorak feudalisme di Jepun.
Kemajuan ekonomi feudalisme menyumbang kepada perluasan penjajahan Negara Jepun.
SOALAN 2: HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN PADA
ABAD KE- 16 MASIHI.
PENDAHULUAN
Menjelang abad ke-16 M. sistem ekonomi bercorak feudal berkembang pesat di Jepun. Sistem
ekonomi feudalisme merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berada di bawah penguasaan golongan
bangsawan. Sistem ekonomi ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politikm dan ekonomi
golongan pemerintah. Kegiatan ekonomi utama dalam sistem ekonomi feudal yang dilaksanakan di
Jepun ialah pertanian. Di Samping itu, kegiatan ekonomi lain seperti pertukangan, perniagaan,
perdagangan dan perindustrian juga diamalkan.
ISI 1: Pertanian.
Kegiatan ekonomi feudal yang paling penting di Jepun pada abad ke- 16 M adalah pertanian.
Kegiatan pertanian mengalami perkembangan pesat di Jepun pada zaman Kamakura. Tanaman
yang diusahakan oleh petani ialah padi, gandum, barli, teh, buah- buahan dan sayur- sayuran. Sistem
pengairan diperkenalkan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Bagi meningkatkan
pengeluaran, penanaman dua tanaman setiap tahun dilaksanakan, selain itu, tanaman komersial
seperti kapas dan the juga ditanam secara meluas pada zaman ini. Justeru, aktiviti pertanian
merupakan tulang belakang sistem ekonomi feudal yang diamalkan oleh masyarakat Jepun.
ISI 2: Pertukangan
Kegiatan ekonomi feudal yang kedua di Jepun pada zaman feudal adalah pertukangan.
Perkembangan perdagangan menyebabkan permintaan untuk hasil pertukangan meningkat.
Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan tukang- tukang mahir yang menghasilkan kraf
tangan yang bermutu. Antara hasil pertukangan ialah barang perak, tembaga, tembikar lukisan dan
ukiran. Barang- barang yang dihasilkan oleh tukang- tukang mahir digunakan oleh golongan Daimyo.
Malah golongan artisan seperti membuat senjata mendapat layanan istimewa pada zaman feudal.
Tuntasnya, aktiviti pertukangan merupakan aktiviti ekononi yang menjamin sumber pendapatan yang
tinggi kepada golongan artisan.
103
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 3: Perniagaan
Kegiatan ekonomi seterusnya pada zaman feudal di Jepun adalah aktiviti perniagaan. Kegiatan ini
mengalami perkembangan yang pesat di Jepun pada zaman Kamakura. Peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian menyebabkan petani menjual lebihan hasil pertanian di pasar dan kedai.
Petani- petani yang tinggal di pecan atau Bandar- Bandar besar menjual hasil untuk mendapatkan
wang.
ISI 4: Perdagangan
Kegiatan ekonomi seterusnya pada zaman feudal di Jepun adalah aktiviti perdagangan.
Perkembangan ekonomi menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.
Pedagang- pedagang Jepun terlibat dalam perdagangan beras, garam, sake, pakaian dan kapas. Di
samping perdagangan dalam Negara, wujud hubungan perdagangan dengan Negara luar seperti
China. Kemajuan dalam perdagangan juga menyebabkan muncul sistem ekonomi wang di Jepun.
Perkembangan perdagangan menyebabkan wujud kesatuan- kesatuan pedagang. Tuntasnya,
perdagangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting yang mengukuhkan kedudukan Shogun pada
zaman feudal.
ISI 5: Perindustrian
Kegiatan ekonomi terakhir di Jepun pada zaman feudal adalah perindustrian. Barangan tembikar
meningkat dengan pesat. Bandar Seto yang terletak di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran
barang- barang tembikar di Jepun. Di samping itu, industri perlombongan emas, perak dan tembaga
juga berkembang dengan pesat. Jelas ketara, perkembangan perindustrian mengukuhkan
kedudukan ekonomi masyarakat feudal di Jepun.
KESIMPULAN
Perkembangan ekonomi pada zaman feudal melahirkan kestabilan politik dan ekonomi di Jepun. Di
samping itu, Jepun turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara- Negara luar seperti
China dan Asia Tenggara. Kegiatan perdagangan dengan kuasa- kuasa barat seperti Portugal
membuka lembaran baru dalam dasar ekonomi Negara.
104
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.1 : Feudalisme dan kapitalisme
Hasil Pembelajaran : Menghuraikan sistem ekonomi feudalisme di Asia
Masa /Kawasan Kajian : China (abad ke-16)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Definisi/ Konsep ekonomi feudalisme berkait rapat dengan keadaan geografi
Ekonomi Feudalisme negara China. Dua pertiga merupakan kawasan gunung dan
di China gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan pertanian hanya 15
peratus sahaja namun mampu mengeksport makanan keluar
negara dan keperluan masyarakatnya. Selain itu, sistem ekonomi
feudalisme di China memperlihatkan kawalan ketat daripada
maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang
datang berdagang di China
2. Sistem ekonomi a. Ekonomi pertanian
feudalisme di China - bercorak sara diri
- tanaman yang ditanam ialah padi, gandum, barli,
oat dan milet..
- Penggunaan kaedah-kaedah baru seperti
menanam padi dua kali setahun, sistem
penanaman bergilir, memperkenalkan tanaman
baru (jagung India, ubi kentang manis, kekacang),
penggunaan baja.
- pengenalan peralatan baru seperti tenggala
penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar
kuda, pembinaan terusan, kolam takungan air
dan empangan
- tanaman komersial seperti tembakau, kapas,
mulberi, tebu..
b. Ekonomi industri kecil
- industri berdasarkan kawasan contoh Kiangsi
sebagai pusat pengeluar porselin, Soochow
pengeluar kain kapas
c. Perdagangan
- wujudnya kesatuan dagang
- sungai sebagai jalan perhubungan dan
pengangkutan
d. Hubungan luar dan perdagangan
- hubungan dengan pedagang luar baik
- aktiviti penjelajahan dibenarkan contohnya ke
Asia Tenggara, selatan India, Sri Langka,
Hormuz..
- pelabuhan Canton dibuka kepada pedagang luar
seperti dari Asia Tenggara, Arab dan Eropah..
3. Bahan Rujukan 5. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka
105
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1 6. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
4. Latihan Pengukuhan 1955),Shah Alam,Oxford Fajar
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1:TERANGKAN KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI CHINA PADA ABAD KE- 16
MASIHI.
PENGENALAN
- Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan keadaan geografi Negara China. Dua per
tiga daripada Negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun pula di sebelah barat
dan utara. Oleh yang demikian, keluasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15% sahaja.
Namun China masih mampu untuk menanpung makanan untuk penduduknya dan mampu
mengeksport makanan ke luar Negara. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China
memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang
asing yang berdagang di China.
- Pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi dan
dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar Bandar dan mengawal
aktiviti ekonomi di kawasan luar Bandar. Kemakmuran ekonomi China pada zaman
pemerintahan Dinasti Ming diperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada
akhir abad ke-16.
ISI 1: Pertanian
- Hasil pertanian menjadi penyumbang utama dalam ekonomi pada era pemerintahan Dinasti
Ming. Justeru, hampir 85% masyarakat China masih menetap di desa. Kawasam tumpuan
utama China ialah di kawasan laut Timur China dan Mongolia, iaitu di dataran loes yang subur
yang dilalui oleh Sungai Kuning. Sungai Yangtze menjadi nadi kehidupan masyarakat dan
penyumbang utama ekonomi, serta sistem perhubungan utama kepada 12 wilayah di bawah
pemerintahan empayar China. Di sini, terbentuk Bandar-bandar besar China seperti Chungking,
Hankow, Kiukiang, Anking dan Nanking.
- Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah. Penanaman padi ini banyak diusahakan di
kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain yang diusahakan ialah
kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain bijirin. Bagi masyarakat China yang tinggal di
kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China, iaitu di sekitar Sungai Heilongjiang,
mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang. Kepelbagaian tanaman ini memperlihatkan
kesuburan tanah dalam Negara China dan kekayaan alam semulajadi.
- Pemerintahan Dinasti Ming telah mengadakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan hasil
pengeluaran pertanian. Antaranya: Meningkatkan penggunaan sistem pengairan, Mengamalkan
pertanian selingan antara musim-musim tanaman, Menggunakan peralatan pertanian seperti
cangkul, sabit dan penyisir tanah, Memperkenalkan kaedah pertanian baru seperti tanaman
bergilir dalam skala yang besar, Memperkenalkan permulaan tanaman dua musim yang
dipinjam dari Vietnam Selatan dan Penggunaan baja telah meningkatkan hasil pengeluaran.
- Penanaman padi jenis baharu yang cepat masak dibawa dari Vietnam Selatan telah
membolehkan penanaman padi dilakukan dua kali setahun dalam semusim di tanah yang sama.
Tambahan pula, padi ini tidak memerlukan banyak air semasa musim semaian dan ini
telahmembolehkan padi baka baru ini ditanam di kawasan yang berbukit di China. Seterusnya,
pertambahan dalam hasil pertanian juga membolehkan barang hasil pertanian ini dijual di
bandar-bandar besar oleh tuan-tuan tanah. Malahan, ada orang tengah yang membeli secara
pukal dan menjual hasil pertanian ini di bandar-bandar besar di China.
ISI 2: Industri kecil
106
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Kepesatan perkembangan ekonomi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di pusat-
pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing. Bandar-bandar ini turut menyumbang
kepada pertumbuhan industri swasta. Khususnya, industri-industri skala kecil seperti
pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri porselin telah
berkembang sehinggapada zaman pemerintahan Maharaja Zhu Yuan Zhang, industri ini
member sumbangan yang besar dalam perbendaharaan Negara. Kiangsi muncul sebagai pusat
pengeluaran porselin yang utama.
- Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang sebagai pusat utama pengeluaran
kain kapas. Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan kapas sebagai satu tanaman
penting dalam Dinasti Ming. Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang
dalam sector pertanian dan pembangunan Negara China. Usaha pertukaran dengan Negara luar
turut mencapai perkembangan pesat sehingga mewujudkan perdagangan dengan Jepun, Afrika
Timur, dan negara-negara Asia.
ISI 3: Perdagangan
- Pada abad ke-16, ekonomi feudalism yang mengutamakan pertanian sebagai sumber utama di
China telah menyebabkan status ekonomi perdagangan diletakkan sebagai lapisan paling
rendah dalam bidang ekonomi. Justeru, para pedagang dipandang hina walaupun membawa
pulangan yang banyak kepada Negara China.
- Namun begitu, aktiviti perdagangan di China tetap berjalan dengan lancar dengan adanya
sistem pengangkutan yang baik. China telah menggunakan sungai-sungai sebagai jalan
perhubungan yang utama. Sungai Yangtze yang boleh dimuduki kapal sejauh seribu batu dari
kuala telah membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan tengah.
- Sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan pembinaan Terusan Besar yang menganjur
dari Peking di sebelah utara ke Hangchow, selatan Sungai Yangtze. Sementara di bahagian
tengah dan selatan China pula, khasnya di wilayah-wilayah timur, banyak terusan kecil yang
membantu membawa barang dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
ISI 4: Hubungan Luar dan Perdagangan
- Perdagangan di China pada abad ke-16 turut berkembang. Perkembangan ini berikutan
pembaharuan dasar pemerintahan Dinasti Ming. Pada abad ini, maharaja telah membenarkan
pelayar-pelayar China memulakan pelayaran ke pesisir pantai di Asia Tenggara, selatan India,
Sri Lanka, Hormuz dan pesisir pantai Afrika. Pelayaran ini membuahkan hasil apabila wujudnya
hubungan dengan negara luar dan hubungan perdagangan.
- Hubungan dengan Negara luar ini telah meningkatkan perdaganganv China dan membawa
pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di pelabuhan Canton. Pelabuhan Canton
menerima pelbagai bangsa, antaranya pedagang Asia Tenggara, Arab dan Eropah.
Kepelbagaian Negara para pedagang yang datang ini membolehkan China menerima banyak
aspek-aspek lain dari tamadun luar. Keterbukaan pemerintah era Dinasti Ming ini telah
membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian di China. Hal ini Berjaya meningkatkan
ekonomi Negara China.
KESIMPULAN
Ekonomi feudalisme di China menunjukkan aspek dari segi pertanian, industri kecil, perdagangan serta
hubungan luar dan perdagangan yang menjadikan negara China sebuah Negara yang wajar menjadi
contoh kepada negara-negara lain. Kepesatan dan kemakmuran ekonomi China pada zaman
pemerintahan Dinasti Ming telah menjadikan China sebagai sebuah Negara yang masyhur dalam
perkembangan ekonomi pada masa tersebut.
SOALAN 2: BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDAL DI CHINA PADA ABAD
KE- 16 MASIHI.
PENDAHULUAN
Sistem ekonomi yang diamalkan di negara China pada abad ke 16 Masihi dalah ekonomi feudal.
Kegiatan ekonomi feudal yang diamalkan oleh masyarakat China berasaskan kepada kegiatan
107
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
pertanian. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tanam secara kecil- kecilan yakni pertanian sara diri.
Selain aktiviti sara diri, masyarakat feudal di China turut mengusahakan tanaman komersial.
ISI 1: Kegiatan Pertanian.
Perkermbangan sistem ekonomi feudalisme di negara China dapat dikesan melalui perkembangan
kegiatan pertanian. Menjelang abad ke 16 Masihi, kegiatan pertanian sara diri diamalkan oleh petani-
petani, antara tanaman makanan yang diusahakan ialah padi, gandum, barli, oat dan millet. Penaman
padi dijalankan di lembah Sungai Kuning, Hilir Sungai Yangtze dan bahagian Selatan China. Gandum
merupakan tanaman makanan utama di bahagian dataran tinggi di Utara China. Tanaman gandum
ditanam di wilayah Shantung, Kansu, Shensi, Utara Anhui dan Hupeh. Justeru, aktiviti pertanian
merupakan tulang belakang sistem ekonomi feudal di China pada abad ke 16 Masihi.
ISI 2: Penggunaan Kaedah Baru.
Perkembangan kegiatan ekonomi feudal di China disebabkan oleh penggunaan kaedah baru dalam
pertanian. Penggunaan kaedah- kaedah baru menyebabkan bidang pertanian mengalami perkembangan
pesat. Antara kaedah baru yang diperkenalkan di negara China adalah penanam padi dua musim,
sistem penanaman bergilir secara besar- besaran pada zaman Ming. Sistem tanaman bergilir
dilaksanakan untuk memelihara kesuburan tanah pertanian. Penggunaan baja secara berleluasa
menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Tuntasnya, penggunaan kaedah
baru dalam pertanian menyebabkan kedudukan ekonomi China kukuh pada zaman itu.
ISI 3: Kemajuan Teknologi Pertanian
Perkembangan sistem ekonomi feudal di China juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi
pertanian. Pelbagai peralatan baru telah dicipta seperti tenggala penabur benih, penyisir tanah, kereta
sorong beroda dua dan kolar kuda. Tenggala penabur benih digunakan untuk menabur benih. Tenggala
sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barang- barang diangkut. Penciptaan peralatan baru
menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Ternyata, kemajuan dalam
teknologi telah menyebabkan sistem ekonomi feudal mengalami perkembangan pesat.
ISI 4: Sistem pengairan
Perkembangan sistem ekonomi feudal juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi pengairan.
Terusan, kolam takungan dan empangan dibina untuk mengairi kawasan pertanian. Pam yang digerakan
oleh binatang atau manusia digunakan untuk mengepam air ke kawasan pertanian. Projek pengairan
juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Sebagai contoh, projek pengairan di
Sichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas 2,000,000 hektar. Tuntasnya, kemajuan dalam
teknologi pengairan meningkatkan pengeluaran hasil dan mengembangkan sistem ekonomi feudal di
China.
ISI 5: Pertanian Komersial
Perkembangan sistem ekonomi feudal juga disebabkan oleh perkembangan aktiviti pertanian komersial.
Perkembangan kapitalisme menyebabkan pertanian komersial diperkenalkan di negara China pada
zaman Ming. Antara tanaman komersial yang diusahakan ialah kapas, tembakau, tebu dan mulberi.
Tanaman tembakau diusahakan secara besar- besaran di wilayah Kwangsi dan Fukien. Tanaman kapas
mempunyai permintaan yang tinggi dan di usahakan di wilayah Sungkiang, Taitsang dan Tung- Chou.
Penanaman mulberi dan perusahaan sutera dijalankan secara meluas di wilayah Kwangtung. Justeru,
perkembangan pertanian komersial mengukuhkan kedudukan ekonomi feudal di negara China pada
zaman feudal.
KESIMPULAN
Menjelang abad ke 16 Masihi, berlaku perkembangan dalam sistem ekonomi feudal di negara China.
Kegiatan ekonomi feudal berada di bawah penguasaan golongan tuan tanah yang terdiri daripada
kerabat diraja. Sistem ekonomi feudal berperanan dalam mengukuhkan kedudukan golongan
bangsawan dan kerabat diraja.
108
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem Ekonomi
3.1.1 : Feudalisme dan Kapitalisme
Hasil Pembelajaran : Menghuraikan sistem ekonomi feudalisme di Eropah
Masa /Kawasan Kajian : Jerman (abad ke-16 hingga 18)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Definisi/Konsep mula abad ke-9 selepas perpecahan empayar Charlemagne yang
Ekonomi Feudalisme di dikenali sebagai empayar Carolingian.
Jerman
Empayar Charlemagne didirikan pada 800M dan dilantik sebagai
maharaja Rom Suci oleh Paus
Feudalisme di Jerman dikesan selepas tamat Perang 30 tahun dan
dikenali sebagai Perang Agama
abad ke-16-ke-18 Jerman menjadi moden yang tetap mewarisi ciri-ciri
feudalisme dalam sistem ekonomi
2. Sistem ekonomi a. Ekonomi pertanian
feudalisme di Jerman - tanah dimiliki oleh golongan bangsawan
pada abad ke- 16 - amalkan tiga bidang pertanian
hingga 18 - usahakan tanaman bijirin
- peralatan daripada kayu, sabit dan binatang ternakan
- petani dibebani dengan cukai tanah
b. Ekonomi perindustrian
- industri tekstil (kain bulu, linen, kain kapas)
- menggunakan mesin untuk mewarna dan
memutihkan kain
- industri kraftangan
c. Institusi Kewangan
- bank-bank Jerman membantu dalam kewangan dan
modal kepada pedagang
d. Perdagangan
3. Bahan Rujukan 7. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka
8. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
4. Latihan pengukuhan bincangkan sistem ekonomi feudalisme jerman pada abad ke-16
hingga abad ke-18.
109
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME JERMAN PADA ABAD KE-16
HINGGA ABAD KE-18
PENDAHULUAN
Menjelang abad ke-16, sistem ekonomi feudalisme berkembang di Jerman pada abad ke 16
hingga 18.
merupakan negara moden yang tetap mewarisi ciri-ciri feudalisme dalam sistem ekonominya
Sistem ekonomi ini merujuk kepada kegiatan ekonomi yang dikuasai oleh golongan
bangsawan yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi golongan
tersebut
Pelbagai kegiatan dijalankan dalam sistem ekonomi feudalisme di Jerman.
ISI 1: Ekonomi Pertanian
Pertanian masih menjadi sumber ekonomi utama pada abad 16
Tanah dimiliki oleh golongan bangsawan. Petani masih dikongkong oleh tuan tanah
Mengamalkan kaedah primitif
Mengamalkan sistem tiga bidang pertanian (tanah ditanam dengan tanaman bijirin)
Peralatan daripada kayu,sabit dan binatang ternakan untuk menggembur tanah
Petani dibebani cukai tanah dan tidak bebas lekukan pekerjaan lain spt memburu,
memotong kayu
Abad ke-17, nasib golongan petani mula mendapat perhatian pemerintah dengan
menyediakan kemudahan system saliran, pengecualian cukai selama 10 tahun,
menggabungkan tanah-tanah pertanian yang diusahakan dan galakkan pembukaan
tanah-tanah baru
ISI 2: Ekonomi Perindustrian
Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran utk pasaran dalaman dan
dieksport.
Mengusahakan perusahaan sutera dan tidak bergantung kepada kain import dari
Asia
Tenaga kerja kilang terdiri daripada golongan tentera bagi menampung keperluan
pekerja serf yang mendapat kebenaran tuannya
Berkembang di desa dan mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen
Masyarakat Bandar gunakan mesin utk mewarnakan dan memutihkan kain
Industri kraftangan berkembang di pedalaman Jerman (Bohemia dan Chemnitz)
Dimonopoli oleh kaum wanita dalam penenunan kain dan bekerja sebagai pemintal
benang di rumah.
ISI 3: . Institusi Kewangan
Bank-bank Jerman banyak menyumbang bantuan kewangan atau modal
perdagangan kepada pedagang Jerman untuk berdagang dengan Sepanyol
Hasilnya, barangan buatan kilang Jerman dapat diperdagangkan di Lisbon dan Sevile
Ini membantu perkembangan ekonomi di Frankfurt pada abad ke-18 dalam bidang
perdagangan dan perbankan.
ISI 4: Pertukangan
Industri kraf tangan berkembang di kawasan pedalaman.
Pusat pengeluaran hasil kraf tangan terkenal terletak di Bohemia.
Hasil kraf tangan dieksport ke Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
ISI 5: Perdagangan
110
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Perkembangan perdgangan antrabangsa, perniagaan dan perusahaan mengukuhkan
kedudukan golongan borjois.
Mereka menubuhkan pelbagai bentuk orgnisasi perniagaan baru.
Mereka juga memegang jawatan dalam pentadbiran dan mempunyai pengaruh besar
dalam ekonomi sehingga kerajaan bergantung kepada mereka dari segi kewangan.
Organisasi perniagaan tradisional seperti persatuan tukang atau guild tidak lagi
berperanan penting.
KESIMPULAN
Sistem ekonomi feudalisme di Jepun dan Jerman berkembang dalam pelbagai sektor untuk
memenuhi permintaan dalam dan luar negara yang akhirnya membawa kepada berlakunya
perdagangan bebas.
SOALAN 2: HURAIKAN PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN
PADA ABAD KE- 16 HINGGA 18 MASIHI.
PENDAHULUAN :
- kegiatan ekonomi yang berlaku dan feudalisme serta kapitalisme di Jerman
adalah seperti pertanian, industri dan institusi kewangan. Ekonomi kapitalisme
menjadi dominan d Barat sejak berakhirnya era feudalisme. Bermula di England,
kapitalisme merebak ke seluruh eropah.
- Pada abad ke-18 hingga ke-20, kapitalisme menjadi sistem ekonomi utama dunia
yang menggerakkan era Perindustrian.
ISI 1: Kegiatan pertanian
- Jerman masih mengamalkan sistem tiga bidang pertanian. Tanah-tanah yang
diusahakan ditanam dengan tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan
kekacang. Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang diperbuat daripada
kayu, sabit untuk menebas rumput dan binatang ternakan untuk menggembur
tanah.
- Selepas tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan ke tanah-tanah ini
dan tiada tanaman lain yang ditanam. Petani-petani Jerman juga dibebankan
dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan pekerjaan lain seperti memburu,
menangkap ikan, dan memmotong kayu. Mereka hanya menurut perintah tuan-
tuan tanah. Malahan, kemiskinan petani pada abad ke-16 dapat digambarkan
apabila seseorang petani meninggal dunia, tuan tanah akan menyediakan
keranda untuk petani.
ISI 2: Kegiatan industri
- Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16, bukan sahaja
untuk pasaran dalaman, malahan untuk dieksport. Kain dan teknik pengeluaran
sutera yang diimport dari dunia ke Eropah oleh pedagang Arab pada abad ke-16
di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah.
- Jerman juga mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung
kepada kain import dari Asia dan Persia. Selepas perang 30 tahun, industri tekstil
berkembang di desa, dimana masyarakat desa mengeluarkan pakaian
berasaskan kain bulu dan linen. Manakala, masyarakat bandar menggunakan
mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain dan kemudian memasarkannya.
- Perdagangan tertumpu di bandar-bandar Uzbenk, Hamburg, can buemen atau
dikenali sebagai ikatan Han Seatic. Perkembangan perdagangan ini telah
membawa kepada perkembangan bandar perdagangan di Jerman Utara.
Kekayaan bandar ini datang daripada perdagangan bijiran dari Baltic, tuan tanah
polish dan kawasan dari Hungary dan Bohemia yang menyumbangkan hasil
111
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
pertanian untuk dieksport ke Belanda dan negara Barat yang mengalami
pertumbuhan pusat pemasaran lembu dan bijirin, pusat pentadbiran, serta
petempatan pedagang dan tukang-tukang.
ISI 3: Kegiatan institusi kewangan
- bank-bank Itali tidak dapat memberi bantuan kewangan atau modal kepada
perdagangan serta tidak dapat membiayai perdagangan di Lisbon dan Sevile
berikutan kemerosotan import akibat permusuhan dan penaklukkan Turki
Uthmaniyah danPersaingan daripada Portugal dan Sepanyol, bank-bank Jerman
pula banyak menyumbangkan bantuan kewangan atau modal perdagangan
kepada perdagang Jerman untuk menjalankan urusan perdagangan dengan
Sepanyol.
KESIMPULAN
Kesannya, pedagang Jerman dapat membawa barangan buatan kilang Jerman banyak melakukan
urusan perdagangan dengan Portugal dan Sepanyol.
112
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem Ekonomi
3.1.1 : Feudalisme dan Kapitalisme
Hasil Pembelajaran : Menghuraikan sistem ekonomi feudalisme di Eropah
Masa /Kawasan Kajian : Perancis (abad ke-16 hingga 18)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
Definisi/Konsep Pada abad ini, Masyarakat Perancis masih terikat dengan sistem
Ekonomi Feudalisme di feudal iaitu penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah ke atas
Perancis golongan petani. Ekonomi feudalisme di Perancis boleh dilihat dalam 4
bidang iaitu pertanian, perdagangan, perindustrian dan institusi
kewangan.
Sistem ekonomi a. Ekonomi pertanian
feudalisme di Perancis - tanah dimiliki oleh golongan bangsawan yang menjadi
pada abad ke- 16 tuan tanah
hingga 18 - petani menjadi hamba atau serf
- terdapat juga petani yang menjadi penyewa atau buruh
yang diupah oleh tuan tanah
b. Perdagangan
- wujud apabila berlakunya lebihan barangan
c. Institusi kewangan
- wujud apabila sistem tukar barang diganti dengan
penggunaan matawang
d. Industri
- wujudnya kilang tepung, membuat wain
Bahan Rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
Latihan pengukuhan nilaikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di perancis pada
abad 16 hingga 18
113
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: NILAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS PADA
ABAD 16 HINGGA 18
PENDAHULUAN
Pada abad ke-16M. Masyarakat Perancis juga masih terikat dengan sistem feudal iaitu penguasaan
golongan bangsawan dan tuan tanah ke atas golongan petani. Ekonomi feudalisme di Perancis boleh
dilihat dalam 4 bidang iaitu pertanian, perdagangan, perindustrian dan institusi kewangan..
Isi 1: Pertanian
Pada abad ke-16M, Perancis juga masih bergantung kepada bidang pertanian yang
diusahakan oleh masyarakat yang tinggal di desa. Petani masih terikat dengan tuan-tuan tanah
dan perlu berkhidmat kepada mereka di bawah sistem manor. Mengikut sistem ini, petani akan
tinggal di tanah milik tuan tanah, mengusahakan tanah tuan tanah, membekalkan kayu api, membina
jalan dan membayar cukai kepada tuan tanah.
Kegiatan pertanian di Perancis menggunakan kaedah tanah lapang iaitu tanah-tanah ini
dibahagi kepada 3 bahagian atau pusingan penanaman. Pusingan pertama akan ditanam dengan
tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim bunga, kemudian ditanam dengan gandum pada
musim luruh dan pusingan yang terakhir tanah tersebut dibiarkan kosong. Ketika ini binatang
ternakan seperti kuda dan lembu akan dilepaskan untuk meragut rumput yng tumbuh.
Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara perlahan dalam bidang pertanian di
selatan Perancis apabila golongan bangsawan telah mula memajak dan menyewakan tanah
mereka kepada petani untuk mendapatkan keuntungan. Petani tidak lagi menjadi hamba atau serf
tetapi telah menjadi penyewa tanah yang bebas. Petani telah digelar sebagai metayers di mana
mereka bukan sahaja bertani tetapi telah melakukan pekerjaan lain seperti menternak lembu daging
dan lembu susu kemudian dijual di pasar-pasar.
Bagi memajukan bidang pertanian, Raja Henry IV telah mengarahkan menterinya Duke
Sully memajukan bidang pertanian di Perancis. Beliau telah memperkenalkan beberapa
pembaharuan seperti menghapuskan cara lama yang dilakukan oleh petani, membekalkan biji
benih percuma, membiayai kegiatan penternakan, larangan memusnahkan hutan dan
mengeringkan paya dikluar, dan membangunkan kemudahan pengangkutan jalan raya,
jambatan dan terusan. Pembaharuan ini telah menjadikan Perancis sebagai pengeluaran bijirin
dan anggur merah dan hasil ini telah menjadi bahan dagangan utama Perancis ke Eropah
seperti Belanda. Tanaman malberi dan penternakan ulat sutera juga telah diusahakan di Perancis.
Ini telah mendorong berlakunya peningkatan pendapatan petani dan membawa perkembangan
bandar Paris, Lyons dan Marseilles. Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, pembaharuan dalam
bidang pertanian juga turut dilaksanakan oleh menteri Jean-Baptiste Colbert. Antara pembaharuan
yang dilaksanakan ialah peralatan pertanian petani tidak dibenarkan dirampas akibat hutang,
menggalakkan aktiviti penternakan lembu dan kuda, membaiki jalan raya, membina terusan
dan menyelaraskan cukai antara wilayah.
Walaupun kegiatan ekonomi pertanian berkembang pesat tetapi petani kekal miskin dan
ditindas oleh golongan tuan tanah. Golongan petani masih lagi dibebani dengan pembayaran cukai
langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung seperti cukai pendapatan, cukai keluarga dan
cukai harta manakala cukai tidak langsung pula cukai garam dan cukai seigneur. Kehidupan petani
bertambah sukar bila berlaku kemeleseten ekonomi pada tahun 1787-1789, tanaman tidak menjadi,
kenaikan harga gandum, kekurangan makanan dan pelbagai tekanan lain.
114
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Isi 2 Sektor Perdagangan
Kekayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan dan perdagangan luar mendorong
Perancis meluaskan tanah jajahan dan meluaskan perdagangan di seberang laut. Perancis
memulakan penjelajahan dan membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara. Ini telah
membolehkan Perancis memonopoli perdagangan bulu dan membuka petempatan di Amerika.
Pada tahun 1620-an, Perancis telah membuka petempatan di Hindia Barat, pangkalan di
Chandernagore timur India dan pada tahun 1642 pula membuka bandar Montreal. Perkembangan
perdagangan turut berlaku dalam negara iaitu bandar-bandar perdagangan telah muncul seperti
bandar Champagne, Lyon dan Beaucaire.
Untuk menggalakkan lagi perdagangan di Perancis, beberapa pembaharuan telah
dilaksanakan oleh Jean-Baptiste Colbert seperti membina gudang senjata di Toulan dan
pelabuhan, membina kapal di Rochefort, Calaeis, Brest dan Havre, melengkapkan pasukan
tentera laut, menggalakkan pembukaan petempatan baru, menggalakkan migrasi golongan
profesional dari luar Perancis, dan meyakinkan raja untuk berperang bagi meningkatkan
perdagangan.
Perdagangan di Perancis juga dapat berkembang kerana bantuan Raja Louis XIV seperti
mengenakan tarif cukai yang tinggi kepada barangan asing dan kapal asing yang
menggunakan pelabuhan Perancis serta memberi bantuan kewangan kepada industri
perkapalan.
Pembaharuan dan dasar yang dilaksanakan ini telah mendorong berkembangnya beberapa
industri kraf tangan berdasarkan daerah di Perancis seperti industri gelas di Paris; industri sutera di
Lyon; industri kain bulu; pembukaan ladang tebu di San Domingo, Martinique dan Guadeloupe serta
menjadi pembekal gula ke Eropah; perdagangan Perancis dengan Sepanyol meningkat; dan Levant
menjadi pusat perdagangan utama.
Isi 3 Sektor Perindustrian
Pada abad ke-16M, industri tekstil iusahakan secara besar-besaran untuk pasaran dalam
negeri dan dieksport. Kain dan teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh pedagang
Arab ke Eropah dan ini membolehkan Perancis mengeluarkan sendiri kain seperti di Tuscany.
Industri kain telah berkembang di desa dan mereka berjaya mengeluarkan pakaian berasaskan kain
bulu dan linen. Manakala masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk mewarnakan dan
memutihkan kain sebelum dipasarkan.
Di Perancis industri pertukangan juga berkembang iaitu tukang yang berkelayakan akan
bekerja tanpa menerima upah selama beberapa tahun di rumah guru atau ahli pertukangan sebelum
membuka pusat pertukangan sendiri apabila mereka kembali ke tempat asalnya. Mereka akhirnya
menubuhkan kesatuan tukang untuk menjaga hasil pertukangan mereka. Barangan pertukangan
Perancis seperti perabut telah mendapat tempat di pasaran pada tahun 1770.
Perkembangan perdagangan dan galakan daripada kerajaan telah mengukuhkan kedudukan
golongan saudagar atau borjois sehingga menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam bidang
politik.
Isi 4 Institusi Kewangan
Perkembangan perdagangan adalah didorong oleh perkembangan institusi kewangan di
Perancis. Menjelang tahun 1500, pedagang tidak perlu membawa wang dengan banyak untuk urusan
perdagangan. Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada abad ke-18 dengan penubuhan
institusi kewangan dan perbankan sepeti Paris Bourse (1724), Caisse ’Escompte (1776), Loterie
115
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Royale (1783).Jelas menunjukkan bahawa Penubuhan institusi kewangan ini banyak memudahkan
urusan perdagangan dan kutipan cukai di Perancis.
KESIMPULAN
Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis begitu ketara dengan berlakunya banyak
perubahan dalam sektor pertanian, perdagangan, perindustrian dan perbankan. Perkembangan ini
telah memberi kelebihan kepada golongan saudagar sehingga boleh menyaingi kedudukan golongan
aristocrat. Walau bagaimanapun, kemajuan ini tidak dinikmati sepenuhnya oleh golongan petani
sehingga mereka bangkit melancarkan pemberontakan dan akhirnya berjaya menumbangkan rejim
feudal
SOALAN 2: BINCANGKAN PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI
PERANCIS PADA ABAD KE- 16 HINGGA KE- 18 MASIHI.
PENDAHULUAN :
- Masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang pertanian pada awal
abad ke-16.
- Kemewahann masyarakat masih diukur dari keluasan ladang yang dimiliki.
Masyarakat masih lagi tinggal di desa berbanding di bandar.
ISI 1: Pertanian
- petani masih lagi terikat dengan tuan-tuan tanah dan golongan bangsawan.
Petani masih lagi mengerjakan tanah-tanah pertanian dalam sistem manor.
Dalam sistem ini, petani mempunyai kewajipan kepada tuan tanah, antaranya;
tinggal di tanah kepunyaan tuan tanah, mengusahakan tanah terutamanya pada
musim menuai, membekalkan kayu api ke rumah manor, membaiki jalan jka
diminta oleh manor dan membayar cukai hasil pertanian yang diusahakan
kepada manor.
- Petani mengusahakan tanah pertanian menggunakan kaedah sistem tanah
lapang atau open field. Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bahagian
untuk pusingan dalam proses penanaman. Bahagian pertama akan ditanam
dengan oat dan barli pada musim bunga.
- Selain itu, petani tidak lagi menjadi hamba atau serf, tetapi kini menjadi penyewa
tanah yang bebas atau mengambil upah sebagai buruh. Masyarakat petani kini
digelar metayers. Metayers mula mempelbagaikan pekerjaan. Disamping itu,
penanaman pokok mulberi dan penternakan ulat sutera diusahakan oleh Raja
Henry VI telah meningkatkan ekonomi rakyat dan membawa perkembangan
bandar Paris, Iyons dan Marseilles.
- Perkembangan dalam bidang pertanian dibantu dengan pembinaan jalan raya
pada tahun 1747 yang membolehkan perhubungan lebih luas di Perancis dan
membawa hasil pertanian ke bandar-bandar besar.
ISI 2: Perdagangan
- kepesatan perdagangan di Perancis dapat dilihat pada masa pemerintahan Raja
Henry VI. Raja Henry VI telah menubuhkan sebuah angkatan tentera laut bagi
melindungi perdagangan Perancis. Seterusnya, Perancis mula menerajui
perdagangan di seberang laut dan bersaing dengan Belanda dan British.
116
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Perancis mula membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara.
Kekayaan yang dimiliki Portugal dan Sepanyol telah membangkitkan semangat
Perancis untuk meluaskan tanah jajahan di seberang laut dan mencari kekayaan.
Oleh yang demikian, pedagang Perancis mula melebarkan pencarian dengan
membuka petempatan di Amerika Utara.
- Pembukaan petempatan ini membolehkan pedagang Perancis memonopoli
perdagangan bulu dan memberi hak pembukaan petampatan imigran Perancis di
Amerika. Pada tahun 1642, Perancis berjaya membuka bandar montreal.
ISI 3: Institusi kewangan
- perkembangan perdagangan turut dipengaruhi oleh faktor perkembangan sistem
kewangan. Pada tahun 1500, wang tidak perlu dibawa dengan banyak untuk
melakukan urusan perdagangan. Keadaan tersebut memudahkan pedagang dan
pengeluar mengawal dan memasarkan barangan dengan bebas.
- Selain itu, urusan pengutipan cukai juga mula dilaksanakan. Misalnya, 200 cukai
berjaya dikutip dalam satu masa di 120 tempat yang berlainan di Sungai Loire
dan daerah-daerah yang lain.
- sistem perbankan di Perancis hanya berkembang pesat pada abad ke-18.
Misalnya, pembukaan Paris Bourse pada tahun 1724, Caisse D'escompte pada
tahun 1776, dan Lorene Royale pada tahun 1783. Syarikat Joint Stock
berkembang pada pertengahan abad ke-18. Pada tahun 1788, syarikat Perancis
memperkenalkan insurans kebakaran.
KESIMPULAN
- Masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang pertanian pada awal
abad ke-16. Kemewahann masyarakat masih diukur dari keluasan ladang yang
dimiliki. Masyarakat masih lagi tinggal di desa berbanding di bandar.
SOALAN 3: BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDAL DI EROPAH BARAT
PADA ABAD KE 16 DENGAN MERUJUK DI JERMAN ATAU PERANCIS.
PENDAHULUAN
Sistem ekonomi feudal merujuk kepada sistem ekonomi yang dikuasai oleh golongan bangsawan
yang memfokuskan kepada institusi minor . Dalam sistem ekonomi ini, petani bekerja di atas tanah
bangsawan dan sebagai balasannya mereka perlu memberi taat setia kepada golongan bangsawan.
Sistem ekonomi ini berleluasa di Jerman dan Peranchis pada abad ke 16 bukan sahaja dalam bidang
pertanian malah dalam bidang perdagangan dan perindustrian.
JERMAN
ISI 1: Pertanian.
- Hampir 90% penduduk di Jerman menjadi petani dan menjalankan aktiviti pertanian di atas
tanah tuan tanah. Mereka menanam bijirin seperti gandum, oat, barli dan kekacang.
117
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Petani mengamalkan kaedah penanaman tiga bidang iaitu tanaman gandum, menternak
binatang selepas musim menuai dan membiarkan tanah kosong sementara menunggu
musim menanam seterusnya.
- Petani menggunakan peralatan yang primitif dan mereka dikongkong ketat oleh tuan tanah .
Mereka juga dibebankan dengan pelbagai cukai dan tidak berpeluang untuk meningkatkan
taraf hidup selain berkhidmat kepada tuan tanah.Ini menjadikan petani hidup dalam kedaifan
dan mereka menjadi serf ( hamba ) dan dibelenggu dengan pelbagai bentuk penindasan.
- Kesan daripada keadaan ini, petani bangkit memberontak menuntut ruang kebebasan pada
tahun 1824 hingga 1825 tetapi gagal.
- Di Jerman, sektor pertanian mendapat perhatian daripada pemerintah khususnya pada
zaman pemerintahan Raja Frederik Wiliiam ( 1640 - 1688 ).
- Beliau telah mengadakan pelbagai pembaharuan dalam bidang pertanian seperti membina
terusan, pengecualian cukai, memperkenalkan tanaman campur, bergilir, penggabungan
tanah, pembukaan tanah baru dan sebagainya.
- Kesannya agak positif seperrti berlakunya peningkatan dalam sumber makanan dan
berlakunya amalan pengkhususan tanaman tetapi masih ramai petani ketinggalan dalam
usaha pembangunan ekonomi ini khususnya petani di luar bandar seperti di Silesia, Neckar
dan Pomeneria
ISI 2: Aktiviti perindustrian
- Khususnya industri tekstil yang berkembang pesat dibeberapa daerah seperti di Bohemia dan
Saxony.
- Aktiviti ini melibatkan tenaga buruh di desa yang menghasilkan kain bulu dan linen dan dibeli
oleh masyarakat bandar untuk diwarna dan dipasarkan.
- Tenaga buruh pula terdiri daripada golongan wanita dan tentera serta golongan serf yang
mendapat kebenaran daripada tuannya. Selain daripada industry tekstil,
- Jeman juga terlibat dalam industri membuat senjata api di Berlin, industri kraftangan dan
industri menghsilkan cermin di Neuhaus serta industry ukiran.
- Kesan kepesatan industri ini, Jerman telah berjaya menjadi pengeksport tekstil terbesar di
Eropah di samping kewujudan beberapa bandar pelabuhan yang maju serta mengukuhkan
lagi kedudukan golongan borjuis.
ISI 3: Aktiviti perdagangan pada abad ke 16 hingga ke 18
- Aktiviti perdagangan amat maju di bahagian Jerman Barat khususnya di Luberk, Hamburg
dan Bremen yang menjadi laluan masuk barangan dari Eropah ke Jerman seperti logam, bulu
binatang, barangan kulit, rempah ratus, sutera dan barangan dari timur. Kebanyakkan
barangan ini datangnya dari pelabuhan Venice.
118
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Di bahagian utara Jerman juga wujudnya bandar perdagangan yang menjadi pusat
perdagangan bijirin dari Baltik dan pintu keluar eksport barangan Jerman ke negara barat
yang lain.
- Kemajuan perdagangan ini menyebabkan munculnya golongan saudagar yang menubuhkan
pelbagai organisasi perdagangan dan mengikis amalan perdagangan tradisional.
- Ini menjadikan Jerman maju dalam setaraf dengan negara Barat yang lain.
ISI 4: Kewujudan institusi kewangan iaitu bank yang memberi pembiayaan kepada saudagar
saudagar di Jerman.
- Ini merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Jerman kerana hasil pengeluaran barangan Jerman
sama ada dalam sektor pertanian dan industri menjadi semakin bertambah dan mampu di
dieksport ke luar Eropah.
- Golongan borjois telah membuka institusi perbankan dan memberi bantuan modal kepada
pedagang untuk menjalankan aktiviti erdagangan antarabangsa khususnya di Sepanyol dan
Portugal.
- Contohnya keluarga Fuggers Augsburg mempunyai kekayaan modal sebanyak 200 000
guilder dan mampu melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di dalam dan di luar Jerman.
Pada tahun 1546, mereka memperolehi keuntungan sebanyak 4 juta guilden. Bandar
Augsburg dan Frankfurt merupakan pusat perbankan dan perdagangan yang amat maju di
Jerman.
PERANCIS
ISI 5: Sistem ekonomi bercorak feudal khususnya dalam bidang pertanian.
- Aktiviti pertanian masih lagi mengamalkan sistem manor yang dikongkong oleh tuan tanah.
Petani masih lagi mengamal sistem tanah lapang dan membahagikan tanah kepada 3
bahagian untuk pusingan dalam proses penanaman.
- Mereka menggunakan kaedah tradisional dan petani dibebankan dengan pelbagai cukai
seperti cukai tanah (taille), cukai keluarga ( pol tax ) dan cukai harta ( vingtieme ).
- Ini tidak termasuk pelbagai cukai lain ( cukai tak langsung ) seperti cukai garam, cukai feudal,
cukai dapur, cukai jalan dan jambatan dan sebagainya.
- Semasa pemerintahan Raja Henry IV dan Raja Louis XIV , pembaharuan dalam pertanian
dilakukan dengan menghapuskan amalan tradisional, memberi bijih benih percuma,
penternakan , mengadakan kemudahan sistem pengangkutan dan terusan dan sebagainya.
- Petani juga di kenali sebagai golongan Meteyers iaitu golonga penyewa tanah dari tuam
tanah .Namun begitu, golongan petani pada asasnya tidak mendapat kekayaan dihasilkan
dan masih lagi ditindas oleh tuan tanah.
ISI 6: Sektor Perindustrian
119
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Antara industri yang berkembang maju pada zaman ini ialah industry tekstil seperti kain
bulu,linen dan kain sutera di Utara Peranchis.
- Di Abbeville sahaja terdapat 12 000 pekerja di kilang kain. Biasanya kain ini dikeluarkan oleh
petani petani di kampung dan dibeli oleh saudagar kain dari bandar untuk diwarnakan
menggunakan mesin.
- Ini menjadikan Peranchis mampu mengeksport hasil industri keluar Eropah pada abad ke 18.
Industri pertukangan tangan juga begitu terkenal di Peranchis sehingga wujudnya kesatuan
tukang untuk mengawasi ketelitian, kreativiti dan pemasaran barangan sebelum ia
dihapuskan pada 1776.
- Namun begitu, petukang di Peranchis masih lagi mampu menghasilkan barangan
pertukangan yang bermutu tinggi dan berjaya menyaingi hasil hasil pertukangan dari luar
dengan harga yang lebih murah dan berkualiti. Kepesatan dalam bidang perindustrian ini
menyebabkan munculnya golongan saudagar baru sebagai kuasa politik dan mampu
menyaingi kedudukan golongan aristokrat.
ISI 7: Aktiviti ekonomi perdagangan antarabangsa pada abad ke 16.
- Aktiviti ini berkembang pesat semasa pemerintahan Raja Henry IV ( 1598 1610 ) dan Raja
Louis XIV pada tahun 1683. Pada zaman ini, Peranchis telah meluaskan perdagangan
sehingga ke Amerika Utara dan India. Ini semua meningkatkan perdagangan Peranchis di
luar negara.
- Pada zaman ini hasil hasil industri di Peranchis dieksport ke luar negara seperti hasil kraf,
sutera dan pakaian bersulam dan kain bulu. Gandum dan arak Peranchis juga mendapat
permintaan yang tinggi di sekitar Laut Mediterenean.
- Bandar bandar perdagangan turut berkembang di Peranchis seperti Champagne, Lyon dan
Beaucaire yang mengawal perdagangan di bahagian Eropah Utara dan Mediterenean.
Kawasan Levant menjadi pusat perdagangan Peranchis ke Eropah.
- Pedagang Peranchis juga membuat pelaburan di luar seperti membuka ladang tebu diSam
Domingo, Martinique dan Guadeloupe sehingga Peranchis berjaya menjadi pengeluar gula
yang terbesar di Eropah.
- Kepesatan ini disebabkan oleh galakan kerajaan yang memberi pelbagai inisiatif dan bantuan
termasuklah penggunaan tentera laut untuk melindungi aktiviti perdagangan.
- .Kesan dari kepesatan perdagangan ini Peranchis mampu bersaing dengan kuasa England,
Sepanyol dan Portugal dalam aktiviti perdagangan. Hasil perdagangan Peranchis juga
meningkat sehingga 500 juta livres pada tahun 1789.
ISI 8: Wujudnya institusi kewangan.
- Golongan ini yang terdiri daripada golongan borjois telah memberi modal dan pinjaman
kepada pedagang pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa. Namun
120
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
di Peranchis, sistem ekonomi ini berkembang agak lewat iaitu pada abad ke 18 dengan
wujudnya beberapa bank seperti Paris Bourse, Caisse d’ Escompte dan Loterie Royale.
- Ekoran daripada ini wujud pula Syarikat Joint-stock yang melibatkan saham. Kewujudan
institusi kewangan menyebabkan aktiviti ekonomi di Peranchis semakin berkembang dan
mengukuhkan lagi kedudukan saudagar dalam arena politik di Peranchis.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Jerman / Perancis masih mengamalkan sistem ekonomi feudal khususnya
dalam bidang pertanian walaupun aktiviti ini melibatkan majoriti penduduk Jerman/Peranchis.
Golongan tuan tanah dan bangsawan banyak mendapat manafaat dalam aktiviti ini. Namun yang
menariknya, di Perancis / Jerman terdapat juga perkembangan sistem ekonomi perdagangan,
industry dan institusi kewangan. Namun begitu, hanya golongan bangsawan dan golongan yang
mempunyai modal dan kemahiran sahaja yang memonopoli aktiviti ini. Manafaatnya masih tidak
dapat dinikmati oleh kebanyakan rakyat di Jerman dan Perancis.
SISTEM MANOR DI EROPAH
121
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem Ekonomi
3.1.1 : Feudalisme dan kapitalisme
Hasil Pembelajaran : Menghuraikan sistem ekonomi kapitalisme
Masa /Kawasan Kajian : England (abad ke-18 hingga 19)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
Definisi/Konsep kapitaslisme merupakan sistem ekonomi yang menekankan hak milik
persendirian, pasaran, kebebasan ekonomi dan perniagaan untuk
Ekonomi Kapitalisme meraih keuntungan. Kegiatan ekonomi ini berkembang pesat selepas
tersectus Revolusi Perindutrian di England pada abad ke- 18 hingga
di England 19.
Sistem ekonomi a. Kegiatan pertanian telah dikomersialkan
Kapitalisme di England
pada abad ke- 18 - penglibatan secara langsung tuan tanah
hingga 19
- Pengenalan Akta Pemagaran Tanah Awam
- penggunaan teknologi moden
- pengenalan kaedah-kaedah pertanian baru
b. Pengenalan sistem pertanian campur
- pertanian dijalankan seiring dengan perternakan
- satu kawasan pertanian digunakan untuk menternak
biri-biri dan lembu
c. Perkembangan penternakan
- memperkenalkan kaedah mempercepatkan
pembesaran binatang ternakan (bekalan daging)
- peningkatan bekalan daging dan susu
d. Perkembangan sektor perindustrian
- industri tekstil berkembang pesat
- pengenalan mesin menenun kain seperti Spinning
Jenny dan Power Loom
e. Perkembangan dalam sistem pengangkutan
- perkembangan pengangkutan air dan darat
- pengenalan kapal berkuasa wap
- penciptaan lokomotif
f. Perdagangan antarabangsa
- berlaku lebihan barangan akibat pengeluaran secara
besar-besaran dan dijual di negara jajahan
g. Pengenalan konsep perdagangan bebas
- hubungan perdagangan dengan dunia luar berasaskan
prinsip perdagangan bebas
pemansuhan monopoli perdagangan
Bahan Rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Latihan pengukuhan Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
Nilaikan secara kritis perubahan- perubahan yang berlaku ekoran
perkembangan ekonomi kapitalisme pada zaman Revolusi
Perindustrian di England.
122
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: NILAIKAN SECARA KRITIS PERUBAHAN- PERUBAHAN YANG BERLAKU EKORAN
PERKEMBANGAN EKONOMI KAPITALISME PADA ZAMAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI
ENGLAND.
PENDAHULUAN
Revolusi Perindustrian diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan
selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan
kepada mesin. Perkembangan Revolusi Perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di
England daripada ekonomi berasaskan pertanian dan ekonomi komersial kepada negara
perindustrian.
ISI 1: kemajuan pengangkutan
Kemunculan industry menyebabkan pembinaan jalan raya, terusan, landasan kereta api dan
perkapalan. sistem pengangkutan disediakan bagi memudahkan pergerakan barangan dan
pemasaran . kemajuan dalam teknologi pembinaan jalan raya dan lokomotif menyebabkan sistem
pengangkutan berkembang.
ISI 2: Kemajuan Pertanian
Kemajuan dalam bidang ini menyaksikan peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
Penggunaan kaedah pertanian yang baharu seperti tanaman bergilir oleh Lord Townshend dan
sistem pengurusan lading oleh Coke of Holkham telah meningkatkan pengeluaran.
ISI 3: Penggunaan Tekonologi Moden
Pelbagai rekaan dan ciptaan baru digunakan dalam kegiatan perindustrian. Selain itu, jentera baharu
seperti mesin pembajak dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
ISI 4: Kemajuan Industri
Perkembangan ekonomi kapitaslimse menyebabkan kemajuan dalam industry tekstil, kain kapas,
arang batu dan besi. Industri Tekstil mengalami perkembangan pesat selepas penciptaan mesin
baharu seperti Flying Shuttle dan Spining Jenny. Kemunculan kilang- kilang perindustrian
menyebabkan industri arang batu dan keluli berkembang.
ISI 5: Kemunculan Bandar perusahaan
Bandar- Bandar perusahaan muncul ekoran daripada penghijarahn penduduk ke kawasan Bandar
untuk bekerja di kilang. Contohnya Manchster, Liverpool, York dan Birmingham. Pertambahan
penduduk di Bandar perusahaan menyebabkan keadaan hidup menjadi lebih teruk.
ISI 6: Perdagangan antarabangsa
Perdagangan antarabangsa melibatkan pengeluaran barangan industri seperti arang batu, jentera,
tekstil, besi dan tembaga. Hal ini menyebabkan England menghasilkan pengeluaran secara besar-
besaran. Bagi meningkatkan perdagangan, England melaksanakan dasar perdagangan bebas.
KESIMPULAN
Perkembangan kapitalisme selepas Revolusi Perindustrian menyebabkan perubahan besar dalam
sistem ekonomi. Pertumbuhan dalam bidang perindustrian dan pertanian telah menyebabkan
England terlibat dalam perdagangan antarabangsa.
123
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 2: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERTUMBUHAN INDUSTRI DI ENGLAND PADA
ABAD KE- 18 HINGGA 19 MASIHI.
PENDAHULUAN
- Revolusi Perindustrian diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah
pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan
barangan daripada penggunaan tangan kepada mesin. Perkembangan Revolusi
Perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di England dan Amerika
daripada ekonomi berasaskan pertanian dan ekonomi komersial kepada negara
perindustrian.
- Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan
pertumbuhan penduduk yang tinggi. Ini membawa kepada pengenalan kuasa
jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlipat kali ganda, modal yang
memesatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan bilangan kelas pekerja
dan kelas pertengahan.
ISI 1: Perkembangan bidang pertanian
- Selepas 1750, berlaku pertumbuhan pesat dalam bidang pertanian yang
meningkatkan pengeluaran makanan di England. Penambahan makanan ini telah
membawa kepada peningkatan penduduk. Pada tahun 1701, penduduk England
dan Wales ialah 5.5 juta telah bertambah kepada 6.2 juta pada tahun 1751. Oleh
itu, sektor pertanian menjadi cekap dan produktif dalam menampung bekalan
makanan di England.
- Perusahaan tekstil turut berkembang , memaksa beribu-ribu tenaga kerja diambil
untuk menghasilkan tekstil di England.
ISI 2: Modal dan bahan mentah
- Kekayaan diperoleh daripada perdagangan dan industri kapas yang dilabur di
bank pusat. Oleh itu, England mempunyai modal yang banyak dan dipusatkan di
Bank England serta pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran
untuk barangannya.
- England mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih
besi. Empayar England di luar negara juga menjamin sumberr bahan mentah dan
pasaran untuk barangan siap.
ISI 3: Tenaga buruh dan pengangkutan
- Kepesatan pertumbuhan penduduk pada pertengahan abad ke18 di bandar dan
desa menyumbang kepada peningkatan permintaan barang keperluan dan
keperluan tenaga buruh bagi memenuhi pekerjaan di bandar dan kilang.
- Kemajuan sistem pengangkutan membantu operasi pengagihan barangan ke
seluruh negara.
ISI 4: Peranan kerajaan
- England menguasai industri perindustrian di Eropah kerana hasil kekayaan
daripada amalan dasar merkantilisme. England mengamalkan satu bentuk sistem
aristokrat yang terbuka. Pada abad ke18, kemunculan kelas pedagang diterima
secara terbuka telah merapatkan hubungan antara kedua golongan.
- England juga mempunyai kelengkapan kebendaan dan pengetahuan yang
membantu mereka memasarkan barangan ke luar negara. Golongan puritan turut
124
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
membantu mereka melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga
menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam industri.
ISI 5: Penciptaan baharu dan teknologi
- Penciptaan baharu dalam Revolusi Perindustrian seperti mesin menyemai benih
oleh Jethro Tull (tahun 1700), Rotterham, sejenis bajak yang membantu proses
menyemai berjalan dengan lebih lancar (tahun 1730an). Pada tahun 1798,
jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap telah
digunakan.
- Ini menyebabkan kurang penggunaan tenaga manusia dan menghasilkan lebihan
hasil pertanian. Pengeluaran hasil pertanian yang berlebihan dijadikan sumber
bahan mentah kepada sektor perkilangan. Kesannya, berlaku Revolusi
Perindustrian.
KESIMPULAN
- Revolusi Perindustrian di England memperlihatkan beberapa faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan industri di negara tersebut. Terutamanya dalam
bidang penghasilan barangan
- Pertumbuhan industri di England telah menjadikan England sebuah negara
perindustrian yang menguasai perdagangan di Eropah.
SOALAN 3: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERKEMBANGAN
EKONOMI KAPITALISME DI ENGLAND SELEPAS BERLAKUNYA REVOLUSI INDUSTRI.
A. PENDAHULUAN :
1. Ekonomi Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mementingkan pengumpulan
kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan yang bertujuan untuk memperolehi
keuntungan. Revolusi Industry di England telah mencetuskan sistem ekonomi bersifat
kapitalisme.
2. Sistem kapitalisme di England mengamalkan pemilikan secara persendirian terhadap harta
benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong yang dikategorikan
sebagai modal.
3.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan ekonomi kapitalisme di
England selepas berlakunya revolusi industri.
B. Isi
Perkembangan dalam sektor perindustrian
i. Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil di eropah telah membawa kepada penciptaan
mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764.
ii. Pada tahun 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang menggunskan
kuasa air. Kemajuan dalam perindustrian telah membawa kepada kemajuan peleburan besi
dengan menggunakan arang batu untuk menghasilkan besi tempa bagi membuat peralatan besi.
Pada akhir abad ke18, kuasa wap telah digunakan dalam bidang industri untuk mengendalikan
jentera.
iii. Pelbagai kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri perindustrian di England. Antaranya,
Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli daripada keluli belum tempa.
Penggunaan teknologi tersebut membolehkan pertambahan pengeluaran dalam industri tekstil
pada abad ke18.
125
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
iv. Industri besi juga menunjukkan pertambahan dalam pengeluaran selepas Revolusi Perindustrian
di England. Ini adalah kerana England mempunyai banyak sumber bijih besi dan telah berjaya
mengeluarkan besi yang lebih bermutu berbanding negara lain di Eropah. Jelaslah bahawa
perkembangan yang pesat dalam bidang perindustrian telah mendorong perkembangan
ekonomi kapitalisme di eropah
Kemajuan dan perkembangan sistem pengangkutan
i. Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti
perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan. Kapal-kapal mula dibina daripada besi
menggantikan kayu balak dari Baltik.
ii. Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun `787 telah menyaksikan kapal-kapal
dibina menggunakan besi sebagai rangka kayu sebagai dinding. Kapasiti kapal menjadi lebih
besar dengan penggunaan besi kerana boleh mengangkut lebih banyak kargo berbanding
kapal yang dibina menggunakan kayu pada masa dahulu. Pada tahun 1802, kapal-kapal
menggunakan enjin stim dan keluli menggantikan besi dalam industri pembinaan kapal.
iii. Perluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan raya di
Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu dan minyak tar.
Kemajuan ini mempermudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Penambahbaikan sistem jalan raya ini dibuktikan dengan penjimatan masa perjalanan antara
satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Perkembangan dan Kemajuan bidang pertanian
i. Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah
meningkatkan hasil tanaman. Petani di England mengamalkan sistem tanah berpagar untuk
menggantikan tanah lapang.
ii. Pemagaran tanah dapat memisahkan kawasan yang dimiliki dan diusahakan daripada tanah
yang diusahakan dan dimiliki oleh orang lain. Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta
peraturan tradisi yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang lebih kepada
seseorang dalam usahanya untuk memajukan tanah yang disewa atau dimiliki.
iii. Seterusnya, penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera diperkenalkan. Antaranya
penggunaan alat penggali dan penabur oleh Jethro Tull. Penggunaan alat ini telah
memudahkan para petani untuk menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang
ditetapkan. Ini menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris yang sama
jaraknya dan memudahkan petani menggembur dan membersihkan tanah.
iv. Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya memperkenalkan baja tiruan
kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi keperluan baja yang
meningkat terutamanya dalam ladang-ladang yang luas. Kesuburan tanah juga dapat
ditingkatkan dengan penggunaan baja kimia. Penggunaan kaedah dan pengenalan tanaman
baharu juga telah meningkatkan sumbangan pertanian kepada ekonomi England. Ini
membuktikan bahawa perkembangan dan kemajuan dalam bidang pertanian telah mendorong
kepada kemajuan bidang ekonomi kapitalisme di Eropah.
Perkembangan sektor penternakan
i. Para petani juga turut mengamalkan sisitem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri dan
lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Kaedah ini berjaya
mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan, khususnya pada musim sejuk.
Bulu-bulu binatang juga boleh digunakan untuk industri membuat kain dan najis binatang
dijadikan baja.
ii. Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan kaedah baru
yang dapat mempercepatkan proses pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan
ternakan yang besar saiznya. Hasilnya, baka biri-biri yang terbaik dapat dihasilkan. Kaedah
ini telah tersebar luas dan digunakan di England. Kesannya, bekalan daging dan susu
meningkat bagi memenuhi keperluan England.
126
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Perpindahan dan pertambahan penduduk
i. Perkembangan perindustrian telah menyumbang kepada pertambahan penduduk. Pada tahun
1850, menyaksikan lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan bandar. Peningkatan
penduduk disebabkan oleh migrasi penduduk dari luar, misalnya pada tahun 1851, penduduk
dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
ii. Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan Ireland-England dan
penduduknya lebih tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Jika mereka tidak berhijrah
akan lumpuh disebabkan kekurangan tenaga pekerja.
C. KESIMPULAN :
1. Perkembangan industri di England selepas berlakunya revolusi industry telah dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Perkembangan yang dilalui oleh masyarakat England kesan Revolusi Perindustrian
memperlihatkan perkembangan sistem ekonomi di England dan menjadikan England sebagai sebuah
negara industri yang terkemuka di benua Eropah.
127
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.1 : Feudalisme dan kapitalisme
Hasil Pembelajaran : Menghuraikan sistem ekonomi kapitalisme
Masa /Kawasan Kajian : Amerika Syarikat (abad ke-18 hingga 19)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
Definisi/Konsep Th
Ekonomi Kapitalisme di
Amerika Syarikat Pada abad ke-18 hingga ke-19 ekonomi Amerika beralih kpd
perkembangan industri baru sprti industri kereta api, pemprosesan
makanan , besi keluli, dan perlombongan selari dgn industri lama sprti
industri tekstil dan pmbungkusan daging. Selepas tahun 1812,
Amerika mula mengalihkan prhatian kpd dasar dlm negeri. Ekonomi
masyarakat Amerika beralih drpd mengusahakan prladangan kpd
prkilangan.
Sistem ekonomi a. Perkembangan sektor pertanian
Kapitalisme di Amerika - hasil keluaran pertanian ialah kapas, gula, beras,
Syarikat pada abad ke- gandum, daging, tenusu, tembakau
18 hingga 19 - membekalkan 75% kapas kepada kilang tekstil di
Britain
b. Perkembangan sistem pengangkutan
- pembinaan lebuhraya merentasi Cumberland,
Maryland dan Wheeling
- terbinanya jaringan landasan kereta api
c. Perkembangan perniagaan
- munculnya perniagaan berskala besar
- penyatuan syarikat-syarikat yang membawa
tertubuhnya syarikat besar seperti syarikat Dupont dan
General Electric
- mempunyai modal dan pelaburan yang besar
d. Perkembangan industri minyak dan keluli
- telaga minyak pertama digerudi di Pennsylvania
- muncul syarikat-syarikat minyak seperti Standard Oil of
New Jersey dan Standard Oil Company of Ohio
- US Steel Corporation menjadi syarikat pengeluar besi
dan keluli di Amerika syarikat
e. Perkembangan perdagangan antarabangsa
- barangan yang dikeluarkan secara besar-besaran
dipasarkan secara meluas
- pelabur membuat pelaburan ke tempat lain seperti di
Hawai, China dan Cuba
f. Perkembangan pesat industri perkapalan
barang dagangan dibawa masuk ke Amerika Syarikat menggunakan
kapal milik Amerika Syarikat dikenakan cukai yang lebih rendah
128
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Bahan Rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
Latihan pengukuhan bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan kapitalisme
di amerika syarikat pada abad ke-18 dan 19.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERKEMBANGAN
KAPITALISME DI AMERIKA SYARIKAT PADA ABAD KE-18 DAN 19.
PENDAHULUAN
Menjelang pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di
Amerika Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan
pesat dalam sektor perindustrian. Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan
ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.
ISI 1: Kekayaan sumber asli
Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai kekayaan sumber alam seperti arang
batu, besi, keluli dan minyak. Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar
arang batu utama di dunia. Kekayaan sumber asli mendorong perkembangan kapitalisme di
Amerika Syarikat.
ISI 2: Tenaga buruh yang ramai
Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang
ramai merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Amerika Syarikat.. Bekalan tenaga
buruh yang ramai menyediakan permintaan untuk hasil keluaran negara.
ISI 3: Imigrasi buruh
Kehadiran buruh luar dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan tenaga
buruh yang mencukupi..Undang-undang Buruh Kontrak menggalakkan kedatangan buruh ke
Amerika Syarikat. Perkembangan ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China untuk
bekerja dalam industri pembinaan landasan kereta api.
ISI 4: Kemajuan teknologi
Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan muncul banyak ciptaan baharu di Amerika
Syarikat.Perkembangan ini menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal di Amerika
Syarikat.Antara pencipta yang terkenal ialah Thomas Alva Edison (elektrik), Henry Ford
(kereta) dan Graham Bell (telefon). Pada tahun 1900, syarikat pengeluar kereta di Amerika
Syarikat mengeluarkan 40 000 buah kereta.
ISI 5: Teknik pemasaran
Perkembangan kapitalisme didorong oleh perkembangan teknik pemasaran baru di Amerika
Syarikat. Syarikat penghantaran melalui pos seperti Roebuck and Company dan Montgomery
Ward telah ditubuhkan.Teknik pemasaran baru diperkenalkan kerana kemajuan dalam sistem
129
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
pos dan jalan kereta api.Perkembangan teknik pemasaran baru menyebabkan barangan
dapat dihantar dengan cepat.
ISI 6: Kemunculan gedung perniagaan besar
Selain itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pelbagai jenis
barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Antara gedung perniagaan yang
terkenal di Amerika Syarikat ialah Macy, Filene dan Marshall Field.
ISI 7: Sistem pengiklanan
Dalam pada itu, muncul sistem pengiklanan untuk mempromosikan barangan yang dihasilkan
oleh industri. Agensi pengiklanan yang terawal di Amerika Syarikat ditubuhkan oleh Francis
Wayland Oyer.Ekspo perdagangan juga diadakan untuk memasarkan barangan yang
dihasilkan oleh kilang. Dalam ekspo perdagangan banyak barangan baharu diperkenalkan
kepada pengguna.
ISI 8: Pengangkutan jalan air
Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan
kapal wap merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat. Pada tahun 1807, kapal
wap Robert Fulton melakukan pelayaran pertama di Sungai Hudson. Kapal wap mengangkut
barangan dan manusia dengan cepat dan cekap.
ISI 9: Pembinaan terusan
Terusan muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerika
Syarikat.Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding
dengan jalan raya. Antara terusan terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New
York.
KESIMPULAN
Faktor-faktor tersebut mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.
Kegiatan ekonomi kapitalisme menyebabkan perkembangan pesat dalam sektor
perindustrian di negara tersebut.
SOALAN 2: BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME DI AMERIKA
SYARIKAT PDA ABAD KE-18.
PENDAHULUAN
- Peprangan Amerika dgn Britain yg berakhir pda thn 1812 mmbuka era baru bgi Amerika.
Rakyat Amerika berusaha gigih agar dapat brdikari dri segi ekonomi dan tidak dibelenggu olh
Britain.
- Slps thun 1812, Amerika mula mengalihkan prhatian kpd dasar dlm negeri. Ekonomi
masyarakat Amerika beralih drpd mengusahakan prladangan kpd prkilangan.
- Pda abad ke-18 hingga ke-19 ekonomi Amerika beralih kpd prkembangan industri baru sprti
industri kereta api, pemprosesan makanan , besi keluli, dan perlombongan selari dgn industri
lma sprti industri tekstil dan pmbungkusan daging.
Isi-isi penting
1. Pertanian & industri.
- Pda thun 1800, 6 drpd 7 pekerja di Amerika mrupakan petani dan ketika itu tiada Bandar yg
mmpunyai pndduk melebihi 100 000 org. Pda thun 1860, populasi brtambah kpd 30 juta org
dan 9 buah Bandar di Amerika mmpunyai kpd tan pnddk melebihi 100 000 org dan hanya
50% pekerja Amerika adlh petani. Hal ini, mmperlihatkn bahawa benua Amerika yg luas dan
hanya bberapa kwsan yg masih mnjalankn kegiatan prtanian dan prladangan.
130
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Sebahagian drpd kwsn selatan dan barat Amerika masih mngusahakan pertanian sbgai
sumber ekonomi yg utama. Negari2 di selatan mngusahakn prtanian sbgai sumber ekonomi
yg utama dan mmerlukan byk buruh utk mengusahakn kegiatan prladangannya. Hasil
keluaran negeri di selatan yg utama ialah kapas , gula , beras , dan tembakau dibawa ke
negeri di utara bagi tujuan pemasaran dlm negeri atau luar.
- Hasil pertanian dri negeri2 dibarat tengah seperti gandum,daging dan tenusu dibawah ke
utara dan kemudian dipasarkn ke luar Negara.
- Perkembangan pertanian mmbawa kpd perkembangan perindustrian dan perkilangan diutara.
Kebanyakan pekerja datang dri dearah pedalaman New ,England. Mereka dri keluarga yg
sma trmsuk kanak2 & wanita. Selain drpd aktiviti prdagangan yg dijlnkn di wilayah utara,
aktiiti pemasaran barangan turut dijlnkn sma ada utk dlm negeri atau luar Negara.
2. Perkembangan sistem pengangkutan.
- Slps kerajaan meluluskn akta ladasan kereta api pasifik pda thun 1862, sistem landasan
kereta api Amerika tlh berkembang pesat.
- Jaringan landasan kereta api tlh meningkat drpd 31 ribu kpd 53 ribu dan mnjelang thun 1880-
an prluasan landasan kereta api berada pda kemuncaknya apabila jumlah prbatuan
meningkat sehingga 165 ribu batu.
- Landasan kereta api merentas benua yg pertama dibarat siap dibina pda thun1869.
Landasan kereta api union pasifik yg dibina di sebelah barat sungai Missouri brcantum dgn
landasan kereta api central pasifik yg dibina di sebelah timur sacramento,California tlh brtemu
di promontory point Utah. Kesan pembinaan jaringan landasan kereta api
Menggalakkn prpindahan pendduk
Mmbuka petempatan baharu
Mmpercepatkn penghantaran barang dri bndr ke desa dan serata Amerika
Menjadi satu cara pengiklanan utk mnggalakkn kedatangan imigran dri dlm dan luar ke
tempatan baru itu.
3. Industri minyak.
- Industry ini brmula di Amerika dgn pengunaan minyak tanah bgi tujuan pemanasan dan
cahaya smsa perang saudara ( 1861-1865 ). Telaga minyak yg pertama dijumpai di
Pennsylvania pda thun 1859. Seterusnya pda penghujung abad ke-19, industri minyak
tertumpu di Cleveland, pittburg, Philadelphia.
- Usahawan yg mula melibatkn diri dlam industry minyak ialah John D. Rockefeller pada thun
1863. Pda thn 1879, John dan rakan2nya mnubuhkan stantart oil of New jersey dan pda thn
1870, syarikatnya sendiri , iaitu standart oil company of ohio tlh mnjadi pengeluar trbesar di
Cleveland, Ohio. Kejayaan syarikat ini brterusn apabila mngeluarkn 90% drpd minyak
Amerika dan mnjadi pengeluar utama minyak pd 1880.
- John D. Rockefeller tlh mnggunakn pelbgai keadah utk memonopoli industry minyak.
Antarannya , mmbeli syarikat pesaing mmbeli scra trbuka arau scra senyap, mmulau, dan
memufliskn syarikat lain melalui perang harga.
- Kejayaan memonopoli perniagaan ini tlh brkembang kpd bidang lain dgn kewujudan syarikat2
lain. Misalnya, persyarikatan gula, tembakau, dan sebagainya. Hal ini mmperlihatkn
perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika.
4. Industri besi keluli
- Sprti indusri minyak ,indusri keluli juga menuju kpd penyatuan. Andrew Carnegie ialah org yg
bertanggungjawab mmajukn indusri keluli di Amerika. Menjelang tahun 1894, firmanya
menguasai 25 % drpd pengeluaran Negara .
- Pda thn 1901, Carnegie menjual syarikatnya kpd J.Pierpont Morgan. Morgan tlh mmulakn
penyatuan sehingga mmbawa kpd penubuhan U.S Steel Corporatin. Syarikat ini tlh Berjaya
mngatasi pesaingnya dan menguasai industry keluli di Amerika .
131
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
5. Perniagaan besar.
- Perniagaan bsr muncul mlalui gerakn penyatuan syarikat2 di Amerika syarikat yg mmbentuk
prsyarikatan dlm industri2 utama di Amerika syarikat. Langkah yg dimulakn olh carriegie &
Rockefeller tlh mnjadi ikutan industri2 lain di Amerika syarikat.
- Kemunculan prniagaan bsr tlh mmbawa kestabilan ekonomi kapitalisme di Amerika. Selain
itu, dpt mndominasi ekonomi & mngawal psran di Amerika.
- Gelombang pnyatuan besar ini brmula pd thn 1895 – 1905. Dri thn 1895- thn1904, lebih
kurang 300 syarikat lenyap stiap thn. Dri thn 1898-1902, lebih drpd 2600 syarikat lenyap.
- Syarikat2 besar yg mnguasai psrn ialah syarikat Dupont & General Electric yg mndominasi 58
% psrn bhn kimia & kuasa Elektrik
6. Perdagangan antarabangsa.
- Kelahiran perniagaan bsr yg mgeluarkn lebihn brngn prtanian & brngan prindustrian tlh
myebbkn Amerika mmerlukn psran yg lbh luas serta kprluan bhn mntah bg mykong
kesinambungan & kejayaan ekonomi Amerika.
- Amerika mrsakn prbhan dsr pmencilan kuasa kpda prluasn empayar akn mmbri manfaat kpda
prdagangan antabangsanya.
- Prbhan ini mmperlhatkn pningkatan prdagangan antarabangsa . pda thn 1897,nilai eksport yg
tinggi brbandig nilai import sbnyak $286 juta dolar mrupakn yg trbsr dlm sejarah Amerika.
- Prdgangan Amerika dgn Cuba .Amerika mrpakn psran utama gula dr Cuba.pd thn 1894,hmpir
90% hsil eksport Cuba ke Amerika & Cuba mgimport 38% dr Amerika.
- Brasaskan kpntingn industry & dagangan trsebut,Amerika mnruskan dsr prluasan
kuasanya.pd thn 1898, presiden McKinley mbyar $20 juta dolar kpda Filipina.Sepanyol
myrahkn Cuba, Guam, Puerto Rico,dan kpulauan Filipina kpda Amerika.
KESIMPULAN
- Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat
perang amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi
kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar.
- Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas
negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776.
SOALAN 3: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PERTUMBUHAN
INDUSTRI DI AMERIKA SYARIKAT.
A) Pendahuluan
- Tdpt pelbagai faktor yg mmbuatkn peningkatan ekonomi di Amerika Syarikat dgn sebab
mmpunyai sumber aasli yg byk, tenaga buruh yg ramai, penggunaan teknologi maju,
teknik pemasaran yg di gunakn kpd pengguna & mmggunakn dasar2 kerajaan yg tlh di
ttpkn.
B) Isi2 penting :
1. Sumber Asli & Negara yg luas
- Amerika mrpakn sbuah Negara bsr serta mampu myediakn pnawaran tanah yg luas blum
dterokai spnuhnya. Prkmbngan revolusi prindustrian tlh mnambahkn pgeluaran hasil
pertanian,mningkatkn pnggunaan teknologi,& mgurangkn prmintaan tenaga buruh dlm
prtanian.
- Pnawaran tenaga buruh tlh dgunakn dlam bidg industri tanpa mnjejaskn bidang prtanian d
Amerika.
- Amerika juga kaya dgn sumber asli sprti kayu balak,arang batu,&minyak yg mbwa kpda
prtumbuhan industri arang batu,besi keluli & minyak.
132
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
2. Imigrasi,buruh & perbandaran.
- Amerika mnjdi tumpuan imigran dr perancis pd thn 1695, & imigran jerman mlarikan diri dr tnh
air mereka krna tdk mahu trhimpit dgn pperangn antara jerman & perancis.
- Kmsukan buruh2 ini hsil galakkn drpd undang2 Buruh Kontrak yg tlh dwartakn pd thn 1864.
Kdtgn buruh2 luar & penghijrahn pnddk dr desa ke bndr tlh mdrong pertmbuhn ekonomi krna
mmpunyai tenaga buruh yg bnyak.
- Prtumbuhn prindustrian & prdagangan trut mndrong prtumbhn Bandar antara thn 1860 – thn
1900.
3. Kemajuan Teknologi
i. Ciptaan telegraf – Samuel F.B. Morse ( 1844 )
ii. Telefon – Alexander Graham Bell ( 1876 )
iii. Cahaya elektrik – Thomas Alva Edison ( 1879 )
iv. Kereta – Henry Ford ( 1893 )
- Pnciptaan teknik pgeluaran besi keluli scra bsr2an & pmbinaan & pertumbuhan jaringan
pengangkutan peringkat kebangsaan.
- Penciptaan baru slaras dgn pggunaan tenaga elektrik & telefon tlh mmudhkn sistem
komunikasi & mningkatkn hsl mgluaran prklangan di Amerika.
4. Teknik pemasaran
- Membantu pnjualan brngan siap & mmajukn bidang prniagaan di Amerika.
i). mail order house.
- prhidmatan mghntar brg mlalui sistem pos . Brgan dpt d hntar & d trima o msyrt luar bndr.
ii). Gedung jualan besar.
-mnawarkn plbgai brngn & prkhidmatan di 1 tmpt.
iii). Teknik pengiklanan.
-mempromosikn brngan mula brkmbg pd thn 1869.
iv). Ekspo Antarabangsa.
-Columbian yg prtama di Chicago tlh d anjurkn pd thn 1893.
-mrpkn upacara social & bdaya yg pplar & brjaya mnrik 27 juta plawat.
-plbgai brngan pgguna tlh di prknlkn kpd rakyat Amerika.
5. Peranan kerajaan.
- Mmainkn pranan pntg dlm prtumbuhan industry & prdagangan di Amerika. Antaranya :
i. Mwujudkn kstabilan mata wang
ii. Tarif yg brsesuaian
iii. Mmbnrkan pgguna mggunakn sumber semula jadi
iv. Mmbntuk polisi imigrasi yg longgar
v. Mgenakn kdr cukai yg rndh
vi. Mwujud kn sistem prbankan kbgsaan
- Kerajaan mwujudkn bbrpa akta bgi mnggalakkn & melindungi prdagangan. Antaranya :
i). akta landasan krta api pasifik pda thn 1862 & thn 1864 yg mmbolehkn kerajaan amerika
mnyumbangkn tanah awam kpd syrikat2 swasta utk mmbina landasan krta api merentas
benua. Kerajaan jga mnyumbang bantuan kewangan , iaitu mnjanjikn byrn $ 48 ribu dolar bgi
stiap batu jln krta api yg di bina di kwsn prgunungan . kerajaan jga mmberi pinjaman yg
disubsidi slm 30 thn dgn kadar faedah yg rendah di bawah harga pasarn.
ii) pengenalan akta ladang & akta majlis tanah .
KESIMPULAN
Faktor-faktor tersebut mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.
Kegiatan ekonomi kapitalisme menyebabkan perkembangan pesat dalam sektor
perindustrian di negara tersebut.
133
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.2 : Perkembangan ekonomi
3.1.2.1 : Perdagangan dan Perniagaan
Hasil Pembelajaran : Membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam
bidang perdagangan dan perniagaan
Masa /Kawasan Kajian : Portugal (abad ke- 16 hingga 18)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Perdagangan Abad ke-15 dan 16 Portugal menjadi negara penjelajah dan pelayar
dan ulung; merintis jalan ke timur. Membentuk jaringan perdagangan dan
perniagaan di membina empayar yang luas. Portugal kemudian menunjukkan
Portugal perkembangan pesat dalam perdagangan pada abad ke-16 hingga
18.
2. Faktor perkembangan a. Peranan Putera Henry
penjelajahan orang - menubuhkan Akademik Laut
Portugal pada - memberi galakkan kepada pelayar Portugal
b. Peranan pemerintah Portugal
- memberi peluang kepada rakyat Portugal menerokai
bidang perkapalan dan pelayaran
c. Kesan Perang Salib
- berlaku pertembungan ilmu
- orang Portugal mengetahui ilmu pelayaran daripada
pelayar-pelayar Islam
d. Penemuan baharu/ teknologi baharu
- penemuanan baharu dan teknologi baru membawa
kepada kegiatan pelayaran seperti peta dan kompas
- berjaya membina kapal yang tahan dan kuat seperti
kapal jenis Cravel
e. Kemunculan tokoh-tokoh pelayar Portugal
3. Kesan perkembangan
penjelajahan Portugal :
- Perluasan pengaruh dan empayar
- Perluasan hubungan antarabangsa
- Kepesatan perdagangan
- Wujudnya rantaian pelabuhan di Goa dan Melaka
Berjaya memonopoli perdagangan rempah di Kepulauan rempah
4. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
134
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
5. latihan Bincangkan kesan-kesan perdagangan di Portugal pada abad ke-17
pengukuhan/pengayaan hingga 18.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI PORTUGAL PADA
ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18.
PENDAHULUAN
Abad ke-15 dan 16 Portugal menjadi negara penjelajah dan pelayar ulung; merintis jalan ke timur.
Membentuk jaringan perdagangan dan membina empayar yang luas. Portugal kemudian
menunjukkan perkembangan pesat dalam perdagangan pada abad ke-16 hingga 18.
ISI 1: Peranan Pemerintah
Lahirnya pemimpin yang berkaliber berjaya mengekalkan kestabilan politik. Mewujudkan keamanan
dan kemakmuran.Menggalakkan kegiatan penjelajahan.Meneroka bidang perdagangan dan
perkapalan. Membantu perkembangan perdagangan Portugal.
ISI 2: Peranan Putera Henry
Menubuhkan Akademi Laut dan memberikan galakan kepada pelayar. Melahirkan tokoh pelayar
(Bartholomew Diaz dan VascoDa Gama). Membantu kepada perkembangan pelayaran dan
penerokaan. Meneroka kawasan-kawasan baru dan membina empayar yang besar Amerika Selatan,
Afrika, Asia dan Australia. Menguasai pelabuhan, bahan mentah dan pasaran. Sumbangan yang
besar kepada perkembangan perdagangan Portugal.
ISI 3: Penemuan Baharu
Penemuan baru dalam bidang pelayaran.. Reka bentuk kapal yang kuat dan berupaya mengharungi
lautan (Cravel).Penemuan peta dan kompas. Membantu aktiviti pelayaran dan penerokaan.
Menyumbang kepada perkembangan perdagangan Portugal. Menyumbang kepada perkembangan
perdagangan Portugal
ISI 4: Kesan Perang Salib
Persaingan Islam dan Kristian.. Portugal terpaksa mendapatkan bekalan bahan mentahnya sendiri.
Tidak boleh bergantung kepada pedagang-pedagang Islam. Pertembungan budaya Islam dan
Kristian.Portugal banyak mempelajari bidang pelayaran Islam.Sumbangan besar dalam bidang
pelayaran dan penerokaan. Membawa kepada perdagangan Portugal.
ISI 5: Kemunculan Tokoh-Tokoh Pelayaran
Diego Cam –menjelajah 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika.. Bartholomew Diaz –
mengelilingiTanjung Pengharapan. Vasco Da Gama –melepasi Tanjung Pengharapan dan Pantai
Timur Afrika. Alfonso de Albuquerque dan Lopez de Sequire menjelajah hingga ke India dan Asia
Tenggara. Menguasai rantaian pelabuhan antarabangsa seperti Goa dan Melaka. Menguasai
pasaran rempah di kepulauan rempah. Meningkakan kepesatan kegiatan perdgangan Portugal.
KESIMPULAN :
Bidang pelayaran dan penerokaan menjadikan Portugal sebagai kuasa penjelajah dan penjajah.
Memberi kesan yang besar dalam perkembangan perdagangan Portugal.
135
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 2: SEJAUHMANAKAH PERANAN PUTERA HENRY MENJADI SEBAB UTAMA
PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI PORTUGAL DARI ABAD KE- 16 HINGGA 18 MASIHI.
PENDAHULUAN
Pada abad ke- 14, Portugal telah menjadi kuasa maritim yang utama di Eropah. Ahli pelayaran
Portugal telah menemui jalan laut ke timur. Pada tahun 1488, Batholomweow Diaz telah berjaya
sampai ke Tanjung Harapan atau Cape Hope, Afrika Selatan. Pada abad ke 15 dan 16 Masihi,
Portugal berubah menjadi kuasa empayar melalui pembukaan petempatan di Goa dan Khalikat, India,
kepulauan rempah di Indonesia, China, Amerika Selatan, Afrika dan Australia. Perkembangan
perdagangan di Portugal dipengaruhi oleh kemajuan dan perkembangan dalam industri perkapalan
dan perkembangan dalam ilmu pengetahuan tentang pelayaran dan kelautan.
ISI 1: Peranan Putera Henry (Isi Utama)
Peranan Putera Henry menjadi sebab utama perkembangan kegiatan perdagangan di Portugal.
Putera Henry memberi galakan kepada usaha- usaha mencari jalan laut ke timur yang kaya dengan
pelbagai bahan mentah, terutamanya rempah sebagai barang dagangan yang sangat diperlukan
pada waktu itu. Penguasaan pedagang- pedagang Islam ke atas jalan darat telah memaksa mereka
berusaha untuk sampai ke kepulauan rempah melalui jalan untuk menamatkan monopoli pedagang
Islam. Akademi laut telah di bina di Lisbon dan Sagraos untuk meningkatkan pengetahuan tentang
dunia kelautan dan teknologi membina dan membaiki kapal. Putera Henry telah menghantar kapten-
kapten untuk melaksanakan misi perdagangan hamba dan perdagangan ini telah mendapatkan
keuntungan. Hasilnya, menjelang tahun 1460, Portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari
Madeira ke Cape Verda. Pelabuhan Lisbon di Portugal bukan sahaja menjadi pusat membina dan
membaiki kapal malah menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan dari Eropah
dan Timur. Minat Putera Henry yang mendalam terhadap aktiviti kelautan menjadi pemangkin kepada
perkembangan kegiatan perdagangan di Portugal.
ISI 2: Keadaan Politik yang stabil (Sebab- sebab lain)
Namun begitu, terdapat sebab- sebab lain yang menyebabkan perkembangan perdagangan di
Portugal berkembang maju. Keadaan politik dan kekuasaan raja- raja Portugal turut membantu
perkembangan perdagangan dan perniagaan pada abad ke- 16 berbanding dengan negara- negara
Eropah yang lain. Sejarah membuktikan bahawa raja- raja Portugal dari dinasti Avis (1383-1577)
telah melahirkan pemimpin- pemimpin yang berkaliber dan memberi galakan kepada rakyat Portugal
untuk meneroka bidang perdagangan dan perkapalan. Sumbangan pemimpin Portugal ini
menyebabkan berlakunya perkembangan yang pesat dalam penjelajahan dan penerokaan.
ISI 3: Perang Salib
Sebab yang berikutnya adalah berlaku persaingan antara kerajaan Islam dengan kuasa- kuasa barat
yang membawa kepada Perang Salib. Ekoran perang ini, Paus merestui usaha membanteras
kekuasaan sepenuhnya di Semenanjung Iberia. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang
berfikiran terbuka, mempunyai cara pemikiran baru, gaya hidup yang suka bersiar- siar dan belayar.
Penaklukan wilayah Islam menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai ke masyarakat Eropah dan
membantu mereka menjelajah dunia luar. Portugal dapat mengembangkan perdagangan melalui
persaingan ini.
ISI 4 Penemuan Baharu.
Kemajuan dalam penemuan baharu seperti carta pelayaran (peta), Kompas, reka bentuk kapal dan
sebagainya turut mendorong penerokaan dan penjelahan. Dalam hal pembinaan kapal, orang
Portugis mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Kapal- kapal ini kuat
136
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
dan mempunyai keupayaan mengharungi lautan luas. Keupayaan teknologi perkapalan sebegini
membolehkan barang dagangan dibawa dengan banyak, murah dan cepat daripada tanah jajahan ke
Lisbon dan menghantar barang dan hasil perdagangan dari Eropah ke seluruh dunia.
ISI 5: Kemunculan Tokoh Pelayaran .
Perdagangan berkembang juga disebabkan oleh kemunculan tokoh pelayaran Portugal. Seperti
Diego Cam dan Bartholomew Diaz. Diego Cam yang berjaya belayar sejauh 1400 batu panjang
pantai barat Afrika antara tahun 1482 hingga 1484 menjadikan Portugal sebagai negara yang
memiliki pakar- pakar pelayaran yang boleh menjelajah dunia. Pada tahun 1487, Bartholmew Diaz
telah memulakan pelayaran dengan 3 buah kapal dan mengelilingi Tanjung Harapan/Cape Hope.
Vasco Da Gama melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan dan
membawa 180 pelaut. Pada tahun 1497, Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan
belayar sepanjang pantai Timur Afrika hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco Da Gama menyebabkan
banyak kapal Portugis belayar ke Timur untuk memperoleh lada hitam, sutera, batu permata dan
rempah ratus. Kejayaan ini membolehkan perkembangan perdagangan di Portugal, hasil daripada
kemajuan dalam aktiviti pelayaran.
KESIMPULAN
Peranan Putera Henry yang mengalakkan aktiviti kelautan dan pelayaran telah menjadi sebab utama
kepada perkembangan perdagangan di Portugal. Namun begitu, terdapat juga sebab- sebab lain
yang telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di Portugal. Perkembangan penjelajahan dan
penerokaan oleh bangsa Portugis menyebabkan kepesatan dalam perdagangan, perluasan pengaruh
dan perluasan empayar.
SOALAN 3: BINCANGKAN FAKTOR- FAKTOR YANG MENDORONG PORTUGAL MEMBINA
EMPAYAR PERDAGANGAN PADA ABAD KE- 16 MASIHI.
PENDAHULUAN
- Penglibatan masyarakat Portugall dalam bidang perdagangan dapat dikesan pada abad ke
15 Masihi.
- Menjelang tahun 1460, Portugal berjaya menguasai rangkaian pelabuhan yang menganjur
dari Kepulauan Madeira hingga Cape Verda.
- Kejayaan Vasco Da Gama sampai ke Timur mendorong pelayar Portugal melancarkan
ekspedisi ke Timur.
- Ekspedisi perdagangan dihantar untuk mendapatkan barang dagangan dari Timur
terutamanya rempah ratus.
- Pencapaian pelayar Portugal dalam ekspedisi maritim menyebabkan kejayaan
membangunkan sebuah empayar perdagangan di Asia dan Amerika.
- Terdapat beberapa faktor yang mendorong Portugal mendirikan empayar perdagangan pada
abad ke- 16 Masihi.
ISI1 : Kedudukan Geografi
- Kedudkan Portugal berhampiran dengan laut mendorong perkembangan perdagangan
maritim.
- Dari segi geografi, Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik.
- Portughal juga mempunyai kawasan pantai yang panjang dan pelabuhan yang baik seperti
Lisbon dan Antwerp.
137
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Pelabuhan ini memainkan peranan sebagai pusat pengedaran dan pengagihan rempah ratus
dari timur.
- Jelas ternyata kedudukan geografi Portugal yang dikelilingi laut mendorongt orang Portugal
mendirikan empayar perdagangan.
ISI 2: Teknologi Pelayaran
- Perkembangan perdagangan maritim disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi
pelayaran.
- Penemuan peralatan baru seperti astrolab, carta pelayaran dan kompas magnetik
merancakkan kegiatan pelayaran.
- Pelayaran Portugal mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang geografi dan ilmu
pelayaran.
- Orang Portugal juga mempunyai kemahiran membina kapal Caravel yang digunakan
dalam pelayaran jarak jauh.
- Perkembangan ini membantu orang Portugis melancarkan ekspedisi perdagangan
dengan timur.
- Tuntasnya, kemajuan dalam teknologi pelayaran membantu orang Portugis melancarkan
ekspedisi serta mengasaskan empayar perdagangan.
ISI 3: Kapitalisme
- Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme memainkan peranan dalam perkembangan
perdagangan di Portugal.
- Kemunculan ekonomi kapitalisme mendorong raja- raja Portugal melancarkan ekspedisi
perdagangan ke Timur.
- Ekspedisi perdagangan dilancaran bagi mengaut keuntungan dan mengukuhkan
kedudukan raja.
- Pemerintahan Portugal menggalakan orang Portugal melibatkan diri dalam kegiatan
perdagangan dan perniagaan.
- Jsuteru, perkembangan kapitalisme merangsang pemerintah dan rakyat Portugal
membina perdagangan bagi mengumpul kekayaan.
ISI 4: Penguasaan laluan laut
- kejayaan orang Portugal dalam perdagangan maritim disebabkan oleh keupayaan
mereka menguasai laluan laut.
- Penguasaan laluan laut membolehkan masyarakat maritim menguasai pelabuhan di
sepanjang laluan perdagangan.
- Mereka juga mendirikan pangkalan perdagangan dan mengasaskan koloni perdagangan
di tanah jajahan.
- Orang Portugis mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan
Kepulauan Rempah.
- Tuntasnya, kejayaan menguasai laluan laut merupakan punca kejayaan orang Portugal
membina empayar perdagangan.
ISI 5: Perdagangan Rempah.
- Portugal melancarkan ekspedisi ke timur untuk mendapatkan barangan dagangan seperti
rempah, lada hitam, sutera dan batu pertama.
- Selain itu, mereka berhasrat untuk menghapuskan monopoli perdagangan rempah oleh
saudagar Islam.
- Pangkalan perdagangan di tubuhkan di Sri Lanka, Asia Tenggara, Jepun dan Afrika.
- Pangkalan perdagangan ini memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan rempah
ratus.
138
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Tgasnya, penguasaan perdagangan rempah turut mendorong orang Portugal membina
empayar perdagangan.
KESIMPULAN
- Menjelang abad ke- 16 dan 17 Masihi, kedudukan ekonomi Portugal menjadi kukuh hasil
kekayaan yang diperolehi melalui aktiviti perdagangan.
- Kejayaan Portugal dalam perdagangan maritim mendorong kuasa- kuasa barat lain
seperti Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain melancarkan ekspedisi perdagangan ke
Timur.
SOALAN 4: BINCANGKAN PERUBAHAN ORIENTASI KEGIATAN DAN KEMAJUAN DALAM
BIDANG-BIDANG PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI PORTUGAL PADA ABAD KE-1618
PENGENALAN
1. Pada abad ke 16, berlaku perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang
perdagangan dan perniagaan di Portugal.
2. Pada abad ke-16, Portugal ialah sebuah negara bangsa yang terletak di Semenanjung Iberia.
Portugal bersempadankan Sepanyol di utara dan timur, dan Lautan Atlantik di barat dan selatan.
3. Orang Portugal dipanggil Portugis.
Isi Penting
1. Perdagangan dan perniagaan orang Portugis bermula dengan perdagangan hamba.
Perdagangan hamba dijalankan apabila orang Portugis mula belayar ke pantai Afrika atas
galakan daripada Putera Henry sejak abad ke-15 lagi. Sehingga tahun 1500, Portugis telah
membuat penghantaran hamba seramai 81,000 orang untuk pasaran pelbagai negara. Jumlah
hamba di Medeira mencapai 10% daripada jumlah keseluruhan populasi pada abad ke-16.
Portugis juga telah mendirikan pangkalan-pangkalan dagang di pantai Afrika, terutamanya di
Mozambique pada tahun 1520 dengan tujuan sebagai tempat persinggahan dan mengisi muatan
dalam pelayaran mereka di antara Eropah dan Asia, dan juga sebagai pusat-pusat perdagangan
emas, gading, hamba abdi dari Afrika. Selain itu, Portugis juga menjadikan pantai Guinea sebagai
pusat bagi perdagangan hamba.Portugis telah mengangkut ramai hamba abdi Afrika ke Brazil
dan Hindia Timur untuk dijadikan buruh yang murah dan lasak.
2. Pada abad ke-16, perdagangan rempah pula berkembang setelah Vasco da Gama menemui
jalan ke Timur, mereka telah menguasai Melaka, dan kepulauan rempah seperti pulau Maluku
dan pulau Banda yang merupakan tempat pengeluaran dan pengumpulan rempah di Asia
Tenggara. Di Banda, Portugis mendapatkan buah pala, cengkeh dan lada hitam. Rempah-
rempah tersebut mereka tukar dengan bahan pakaian dari India. Sejak tahun 1534, Portugis
mendapat kebebasan penuh untuk melakukan monopoli perdagangan rempah di Maluku.
3. Portugis juga telah mengadakan hubungan perdagangan dengan China dan Jepun. Kejayaan
Portugis menguasai perdagangan barangan Timur telah menjadikan Lisbon sebagai ibu kota
perdagangan di Eropah. Dengan itu, mereka telah berjaya memecahkan monopoli perdagangan
di Eropah yang dikuasai oleh saudagar-saudagar Venice dan Genoa serta menandakan
perpindahan pusat perdagangan dari kawasan Mediterranean ke pantai Atlantik. Portugis juga
terlibat dalam perniagaan gula tebu yang diusah akan di koloninya di Amerika Selatan iaitu di
Brazil. Brazil menguasai ekonomi yang berasaskan pengeluaran pertanian untuk di eksport ke
Eropah. Sebelum abad ke-18, gula menjadi komoditi penting Portugis untuk eksport dan diikuti
oleh galian seperti emas yang mendapat permintaan tinggi.
4. Kepesatan perniagaan dan perdagangan yang dijalankan tersebut telah membentuk empayar
perdagangan dari Eropah ke Afrika, Amerika Selatan dan seterusnya di Asia. Keluasan empayar
perdagangan itu telah membawa kepada kejatuhan Portugal sebagai kuasa kelautan kerana tidak
mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk mengendalikannya. Kemerosotan Portugal juga
akibat daripada saingan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Sepanyol, Belanda dan Inggeris.
KESIMPULAN
1. Penaklukan Sepanyol ke atas Portugal mengurangkan kekayaan dan status Portugal.
2. Sejak abad ke-18, Portugal semakin hilang pengaruh apabila Belanda, British, dan Perancis
139
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
mengambil alih perdagangan rempah ratus dengan menakluki pusat-pusat perdagangan Portugal
SOALAN 5: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR DAN PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DAN
PERNIAGAAN DI PORTUGAL.
A) Pendahuluan
Sejarah Portugal sebagai sebuah negara eropah dan negara atlantik bermula sejak awal
zaman pertengahan.
Pada abad ke-15 dan 16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman
Penerokaan di eropah kerana Portugal berjaya membina sebuah empayar besar di amerika
selatan, afrika, asia, dan Australia
B) Isi-isi penting
Faktor-faktor yang mempengaruhi nya adalah seperti :
Galakan Putera Henry
Putera henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakn misi perdagangan
hamba yang mendatangkan keuntungan.
Hasilnya, menjelang tahun1460, portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari
Madeira dan cape verda.
Keadaan politik
Galakan daripada raja-raja Portugal terutamanya semasa pemerintahan Dinasti Avis telah
melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang memberikan dorongan kuat kepada
rakyat untuk menceburi bidang perdagangan dan perkapalan.
Perang salib
Ekoran perang salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan semenanjung Iberia
yang sekaligus melahirkan masyarakat eropah yang berfikiran terbuka.
Penaklukan wilayah islam yang menyebabkan ilmu pelayaran islam telah sampai kepada
masyarakat eropah membantu mereka untuk menjelajah negara luar.
Kemajuan dalam penemuan baharu
Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas, rekabentuk kapal, dan sebagainya.
Dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran dalam membina kapal
jenis caravel seberat 2000 tan yang kuat dan mampu mengharungi lautan luas.
Kemunculan tokoh pelayar Portugal
Kemunculan tokoh seperti Diego Cam dan Bartholomew Diaz yang berjaya belayar sejauh
1400 batu sepanjang pantai barat afrika antara tahun 1482-1484.
Bartholomew telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi
Tanjung Pengharapan
Vasco da Gama pula melancarkn ekspedisi ke timur dengan empat buah kapal seberat
120 tan dan 180 orang pelaut
Selepas tu, mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang pantai timur afrika
hingga ke Malindi.
Hal ini, menyebabkn banyak kapal portugis belayar ke timur untuk memperoleh lada
hitam, batu permata, dan rempah-ratus
KESIMPULAN
Kesimpulannya, faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Portugal telah memberi
sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan social.
140
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.2 : Perkembangan ekonomi
3.1.2.1 : Perdagangan dan Perniagaan
Hasil Pembelajaran : Membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam
bidang perdagangan dan perniagaan
Masa /Kawasan Kajian : Belanda (abad ke- 16 hingga 18)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
Latar belakang Belanda pada abad ke 16 M hingga ke 18 M.
Kegiatan perdagan di Belanda terdiri daripada perdagangan dalam
negara,perdagangan luar negara dan perdagangan maritim.
Hubungan perdagangan terjalin antara Belanda dengan negara
Eropah seperti England, Jerman, Peranchis, Sepanyol,Norway,Rusia
dan Itali. Menjelang abad ke 16, wujud perdagangan maritim yang
melibatkan negara-negara di Timur.
Faktor perkembangan a. Muncul sebagai kuasa perkapalan yang maju
perdagangan di - kapal-kapal dagang Belanda menghantar barang ke
Belanda : Sepanyol, Portugal dan Amerika
- muncul sebagai industri pembina kapal
b. Bekalan tenaga murah
- Belanda mempunyai bekalan tenaga buruh yang
murah dan ramai
c. Pembukaan Pelabuhan Antwerp
- Antwerp menjadi pelabuhan yang utama
d. Suasana politik di Belanda
e. Kekurangan sumber alam
- Belanda terpaksa mengimport barangan
- menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan
dengan negara luar
f. Kemunculan industri pembuatan
- menghasilkan barangan daripada bahan yang
diimport
- tumpuan kepada penghasilan barangan tekstil dan
kertas
- barangan yang dihasilkan akan diimport semula
g. Kedudukan strategik di laluan Maritim
- kedudukan Belanda di tengah-tengah laluan
perdagangan yang menghubungkan timur laut dan
barat daya Eropah
- menjadi pusat pengedaran barang dagangan di benua
Eropah
h. Kemudahan perbankan
- menyediakan modal dan member pinjaman
141
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- penubuhan institusi pertukaran wang
- menyelaraskan pinjaman
j. Insuran maritim
- untuk menanggung risiko semasa menghantar
- barangan melalui laut
k. Mata wang
- tidak terdapat keseragaman penggunaan matawang
- matawang yang digunakan ialah Pound Flemish,
Ducatoon, Dollar Rix, Crusados, Carolus
l. Sistem ukuran dan timbangan
- tidak seragam
- setiap bandar mempunyai sistem ukuran
- masing-masing
m. Kemunculan syarikat dagang
- dikenali sebagai “Society of Distant Lands”
- untuk membiayai kos pembinaan kapal-kapal
dagang
- membiayai kegiatan penjelajahan dan
- penerokaan
Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
Cadangan latihan Sejauhmanakah fator-faktor perdagangan dan
pengukuhan/pengayaan perniagaan membawa perkembangan ekonomi di
Belanda pada abad ke -17 hingga 18.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DAN
PERNIAGAAN DI BELANDA PADA ABAD KE- 16 HINGGA 18 MASIHI.
PENDAHULUAN
- Belanda bukan sahaja terkenal sebagai negara pertanian
- Malah kedudukannya geografinya yang dikelilingi oleh laut membolehkan Belanda muncul
sebagai kuasa perdagangan di eropah pada abad ke-16 hingga ke-18.
ISI 1: Bekalan tenaga yang murah
- Bekalan tenaga yang murah kerana dihasilkan melalui kincir angin dan tanah gambut. Dapat
mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan. Hal ini menyumbang kepada pembinaan
kapal-kapal besar yang boleh digunakan untuk berdagang sekaligus dapat memajukan
ekonomi.
- Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan yang maju.
142
PANITIA SEJARAH KT6P