PERKASA STPM940/1
Pembinaan perpustakaan awam Zaman Pencerahan.
Pada zaman pencerahan perpustakaan awamtelah dibiayai oleh kerajaan dan
boleh digunakan oleh semua masyarakat secara percuma. Ini merupakan
perubahan yang berlaku kepada institusi awam seperti perpustakaan dan
muzium pada zaman pencerahan.
Peningkatan bilangan kedai kopi,kelab,akademi, dan sebagainya menjadi lokasi
sebagi memperolehi pendidikan.
Kedai kopi @ university Penny menjadi tempat untuk orang ramai berkumpul ,
membaca, belajar, dan berdebat antara satu sama lain. Kedai kopi mempunyai
reputasi sebagai pusat pembelajaran tidak formal. Walaupun kedai kopi
umumnya boleh diguna semua orang kebanyakan daripada kedai-kedai kopi ini
tidak membenarkan wanita menyertai pebincangan.
Secara amnya, kadar celik huruf telah menigkat bagi kedua-dua jantina . walau
bagaimanapun ,terdapat juga perbezaan daripada segi pendidikan,yang diterima
kedua-dua jantina.
Peningkatan dalam bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh penulis wanita.
Kemunculan feminisme dalam pendidikan semasa Zaman pencerahan dan
Revolusi Perancis telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam bilangan
penerbitan yang dihasilkan oleh penulis wanita.
Bilangan wanita yang menerbitkan karya mereka dalam bahasa perancis pada
abad 18 kekal sekitar 55-78 . Bilangan penulisan oleh wanitaterus meningkat
selepas Revolusi Perancis dari tahun 1789 sehingga 1800.
KESIMPULAN
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam anjakan dan transformasi idea .sistem
pendidikan di eropah sentiasa mengalami kemajuan dan proses ini berterusan sepanjang
tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis.
Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak
melahirkan elemen baharu dalam bidang pendidikan .
Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan raja yang
memerintah .Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa .Di Perancis
usaha untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan yang
dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains,matematik, dan
vernakular.
193
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.3 : Kemajuan Pendidikan
Hasil Pembelajaran : menghuraikan proses perubahan pendidikan daripada sistem
Pendidikan tradisonal kepada pendidikan moden
Masa /Kawasan Kajian : Jerman (abad ke- 19 hingga 20)
Waktu pengajaran : 4 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar belakang Perkembangan pendidikan di Jerman mula mengalami perubahan
pendidikan di Jerman pada abad ke- 18 dan abad ke- 19. Perubahan ini selaras dengan
hasrat Jerman untuk membangunkan semula Jerman selepas
kekalahan kepada Perancis. Wujud rombakan dalam pelbagai aspek
terhadap sistem pendidikan Jerman di memastikan kepentingan
negara diutamakan.
2. Perubahan sistem a. Dasar Pendidikan
pendidikan di Jerman : - Menjelang awal abad ke-18 M, pendidikan terletak di
bawah penguasaan gereja.
Semasa pemerintahan Raja Frederic II, kerajaan
mengambil alih pentadbiran sekolah-sekolah.
Menjelang abad ke-19 M, sistem pendidikan dikuasai
sepenuhnya oleh kerajaan.
b. Kod Undang-undang Pendidikan
- Kod undang-undang bagi sekolah Latin dan sekolah
mubaligh diisytiharkan oleh Raja Frederic William I.
- Baginda mengeluarkan “Advisory Order” pada tahun
1717.
- Undang-undang penyelenggaraan diperkenalkan oleh
Raja Frederic II.
- Pada tahun 1763, undang-undang sekolah
diperkenalkan.
c. Pembinaan Sekolah
- Raja Frederic William I memperuntukkan wang untuk
pembinaan sekolah.
- Semasa pemerintahan beliau 8000 sekolah baru
dibina.
d. Bantuan Kewangan
- Raja Frederick William I memperuntukkan sumber
kewangan untuk meningkatkan kemudahan
prasarana.
e. Institusi Pendidikan
- Menjelang abad ke-19 M, institusi pendidikan
terdiri daripada sekolah rendah, sekolah
menengah, sekolah teknik dan university.
f. Pentadbiran Sekolah
194
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Sistem pentadbiran pusat yang seragam
diperkenalka di Prusia.
g. Kurikulum
- Kurikulum sekolah rendah menekankan
pembelajaran Sejarah, Geografi dan bahasa
Jerman.
- Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada
bahasa Latin, Greek, Jerman, Matematik,
Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
- Pendidikan di university menekankan
pengkhususan dalam bidang - seperti Psikologi,
Sejarah, Falsafah, Undang-undang, Anatomi,
Kimia dan Fizik.
h. Tenaga Pengajar
- Semasa pemerintahan Raja Frederic William I,
seorang pesuruhjaya dilantik bagi membekalkan
tenaga pelajar pelatih.
- Raja Frederic II merekrut guru-guru yang
berwibawa untuk berkhidmat di sekolah.
i. Latihan Perguruan
- Pusat latihan perguruan didirikan untuk melatih
guru-guru di Jerman.
- Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di
Berlin.
- Pusat latihan guru juga ditubuhkan di wilayah-
wilayah Jerman seperti Austria, Saxe-Weimar dan
Saxony.
3. Bahan rujukan j. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
- Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
dianjurkan oleh Pestalozzi diperkenalkan.
k. Yuran Pengajian
- Semasa pemerintahan Raja Frederic William I,
pelajar-pelajar dikehendaki membayar yuran
persekolahan.
1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
4. latihan Huraikan perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan di Jerman
pengukuhan/pengayaan pada pada abad ke -18 hingga 19
195
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN YANG DIAMALKAN DI JERMAN
PADA ABAD KE-18 HINGGA 19.
PENDAHULUAN
Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19 adalah selaras dengan
perkembangan politik semasa ketika itu. Kekalahan Jerman kepada Perancis menyebabkan
pemerintah Jerman cuba membangunkan negaranya melalui pendidikan
ISI 1: Dasar Pendidikan
Menjelang abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja.Semasa pemerintahan
Raja Frederick II, kerajaan mengambil alih pentadbiran sekolah. 1763, Raja Frederick II
mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak2 antara usia 5 hingga 14 tahun.Akhir
abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan kawalan pusat terhadap sekolah2
menengah tinggi di Prusia. Abad ke-19, sistem pendidikan berada di bawah kawalan dan
penguasaan kerajaan sepenuhnya. Menteri Pendidikan bertanggungjawab terhadap hal ehwal
pendidikan dan dibantu lembaga pengelola sekolah di peringkat wilayah dan daerah. Dasar
pendidikan yng diperkenalkan membantu dalam meningkatkan perkembangan pendidikan di
Jerman
ISI 2: Institusi Pendidikan
Sekolah Rendah
Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua lapisan penduduk
Jerman. Kanak2 berumur 7 tahun diwajibkan mendaftar dan mengikuti pembelajaran di sekolah
rendah sehingga 14 tahun. Pengajian meliputi agama, membaca, menulis, mengira, Geografi,
Sejarah dan gimnastik. Menyebabkan kadar buta huruf sangat rendah di Jerman.
Sekolah Menengah
Dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam. Sekolah gymnasium keutamaan kepada
bahasa Latin dan Greek dan bertujuan menyediakan pelajar2 utk melanjutkan pelajaran ke
universiti. Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman, Matematik, Sains Tabii dan bahasa2
moden bertujuan melahirkan pelajar2 yang dapat menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
Tempoh pengajian menengah selama 9 tahun dengan kadar yuran sebanyak lima hingga 27
dollar.
Sekolah Teknik
Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor perindustrian dan
perdagangan. Penekanan kpd mata pelajaran teknikal menyebabkan lebih banyak politeknik dan
sekolah2 perdagangan ditubuhkan.
Universiti
Pengajian di universiti dibahagikan kpd 4 fakulti – Teologi, Undang2, Perubatan, Falsafah.
Pentadbiran universiti dikendalikan rector. Universiti Berlin merupakan yang tersohor dan terbesar
di Jerman dengan 200 professor dan 5000 pelajar.
196
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 3: Latihan Perguruan
Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik bagi membekalkan
tenaga pengajar pelatih. Raja Frederick turut merekrut guru2 yang berwibawa untuk berkhidmat di
sekolah.. Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin. Pusat latihan guru juga
ditubuhkan di wilayah2 Jerman seperti Austria, Saxe-Weimar, dan Saxony.
ISI 4: Bantuan Kewangan
Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk menyediakan kemudahan dan prasarana di
sekolah. Frederick Willian I telah memberikan sumbangan kewangan untuk prasarana dan
peralatan di sekolah. 50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan sekolah serta
membaiki bangunan usang. Baginda turut mengurniakan tanah yang luas untuk pembinaan
sekolah. Bantuan kewangan sememangnya dapat mengembangkan lagi kemajuan pendidikan di
Jerman.
ISI 5: Kurikulum
Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa
Jerman.Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada bahasa Latin, Greek, Jerman, Matematik,
Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam
bidang seperti Psikologi, Sejarah, Falsafah, Undang2, Anatomi, Kimia dan Fizik. Kurikulum yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan lagi sistem pendidikan di Jerman.
KESIMPULAN
Pendidikan di Jerman bertujuan memberikan peluang kepada individu mendapatkan ilmu Bidang
ini berkembang disebabkan bukan sahaja peranan kerajaan secara langsung bahkan mendapat
kerjasama pihak swasta di samping penetapan standard kaliti yang tinggi
SOALAN 2: SEJAUH MANAKAH DASAR KERAJAAN MENJADIKAN PENDIDIKAN DI JERMAN
BERKEMBANG SEKITAR ABAD 18 DAN 19 MASIHI.
PENDAHULUAN
Perkembangan pendidikan di Jerman mula mengalami perubahan pada abad ke- 18 dan abad ke- 19.
Perubahan ini selaras dengan hasrat Jerman untuk membangunkan semula Jerman selepas
kekalahan kepada Perancis. Wujud rombakan dalam pelbagai aspek terhadap sistem pendidikan
Jerman di memastikan kepentingan negara diutamakan.
Isi 1 Dasar Kerajaan
- Menjelang abad ke- 18 pendidikan Jerman diletakan dibawah kawalan gereja tetapi semasa
pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan telah mengambil alih penguasaan terhadap
pentadbiran sekolah dan mengubal kod Undang- undang sekolah.
- Di bawah undang- undang ini sekolah akan diperiksa oleh seorang inspektor yang dilantik
oleh kerajaan. Selain itu, kanak- kanak berusia 5 hingga 14 tahun diwajibkan menerima
pendidikan.
- Di akhir abad ke- 19, sistem pendidikan Jerman berada di bawah kawalan kerajaan
sepenuhnya.
- Menteri pendidikan berkuasa mengawal segala hal ehwal pendidikan dan Jabatan Pendidikan
Awam telah ditubuhkan untuk memudahkan kerajaan pusat mengawal institusi pendidikan.
197
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Penguasaan kerajaan pusat terhadap sistem pendidikan telah mengubah landskap
pendidikan di Jerman.
Isi 2 perkembangan dari aspek institusi pendidikan
- Namun terdapat perkembangan lain, Dari segi institusi pendidikan kanak- kanak bermula
sekolah dari peringkat sekolah rendah.
- Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua lapisan
penduduk di Jerman.
- Kanak- kanak berumur 7 tahun diwajibkan mendaftar dan mengikuti pembelajaran di sekolah
rendah sehingga berumur 14 tahun.
- Pengajian meliputi pengajian agama, membaca, menulis, mengira, geografi, sejarah dan
gimnastik.
- Peringkat seterusnya ialah peringkat menengah, pendidikan ini mempunyai dua aliran ialatu
sekolah gymnasium dan sekolah awam. Matlamat sekolah gymnasium adalah untuk
menyediakan pelajar- pelajar melanjutkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.
- Manakala sekolah awam pula untuk melahirkan pelajar- pelajar yang dapat menjalani
kehidupan seharian dengan teratur.
- Tempoh pengajian di kedua- dua aliran ini adalah selama 9 tahun.
- Peringkat seterusnya ialah pendidikan teknik, pendidikan ini merupakan usaha kerajaan
membangunkan sektor perindustrian dan perdagangan.
- Contohnya ialah politeknik dan sekolah perdagangan.
- Peringkat terakhir ialah universiti, pengajian di universiti terbahagi kepada 4 fakulti iaitu fakulti
Teologi, Undang- undang, Perubatan dan Falsafah.
- Pentadbiran universiti dikendalikan oleh Rektor.
- Contohnya seperti Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor dan terbesar di
Jerman dengan mempunyai 200 profesor dan 5000 pelajar.
- Perubahan yang sistematik dalam sistem pendidikan Jerman telah merealisasikan hasrat
kerajaan untuk membangunkan Jerman.
Isi 3 Latihan perguruan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
- Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kod undang- undang telah digubal untuk
pengambilan dan pelantikan guru.
- Undang- undang telah digubal untuk pengambilan dan pelantikan guru.
- Undang- undang tersebut juga menyatakan gutu- guru yang tidak mencapai prestasi yang
baik akan dipecat.
- Johann Julius Hecker menubuhkan pusat latihan guru Lehrerseminar yang mendapat piagam
di raja dan dana dari Raja Frederick II.
- Pada tahun 1808, 17 guru dari Prussia telah dihantar ke Switzerland untuk mempelajari
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan oleh Pestalozzi.
- Pada tahun 1809, Carl August Zellar dijemput oleh kerajaan untuk mengendalikan bengkel
kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada guru- guru.
- Bantuan dan program yang dianjurkan oleh kerajaan dapat memajukan sistem pendidikan di
Jerman.
Isi 4 Perkembangan aspek Kurikulum
- Di peringkat sekolah rendah, teori Pestalozzi telah diguna pakai dalam pengajaran dan
pembelajaran.
- Dalam teori ini penekanan diberikan kepada perkembangan mental kanak- kanak dan latihan
deria.
- Kanak- kanak diajar subjek geografi, sejarah dan bahasa Jerman bagi melahirkan semangat
patriotisme.
198
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Di peringkat menengah pula, penekanan diberikan kepada pengajian mata pelajaran
kemanusiaan.
- Antara subjek yang diajar ialah Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Jerman, Matematik,
Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
- Diperingkat universiti pula, penekanan diberikan dalam pengkhususan dalam bidang ilmu
pengetahuan. Kajian dan penyelidikan dijalankan dalam bidang Philologi, Egiptologi, sejarah,
Falsafah, Psikologi, Undang- undang, Anatomi, zoology, kimia dan fizik.
Perkembangan kurikulum pendidikan di Jerman dapat memenuhi keperluan negara serta
memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan.
Isi 5 Bantuan Kewangan
- Kerajaan juga memberi bantuan kewangan kepada institusi pendidikan di Jerman untuk
penyediaan kemudahan dan prasarana di sekolah.
- Ketika pemerintahan Raja Frederick William I, baginda telah memberi sumbangan kewangan
sebanyak 50000 Thaler untuk membina bangunan sekolah dan membaiki bangunan usang.,
Baginda juga mengurniakan tanah yang luas untuk pembinaan sekolah.
KESIMPULAN
Pendidikan di Jerman bertujuan untuk memberikan peluang kepada individu mendapat pendidikan.
Bidang ini berkembang disebabkan bukan sahaja peranan kerajaan secara langsung bahkan
mendapat kerjasama dari pihak swasta, di samping penetapan standard kualiti yang tinggi. Sistem
pendidikan yang memberikan penekanan kepada teologi turut merubah kepada sistem pendidikan
yang memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada rakyat..
SOALAN 3: HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH JERMAN UNTUK
MELAHIRKAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN PADA ABAD KE-18M HINGGA ABAD KE-
19M.
PENDAHULUAN
- Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19 adalah selaras
dengan perkembangan politik semasa ketika itu. Kekalahan Jerman kepada Perancis
menyebabkan pemerintah Jerman cuba membangunkan negaranya melalui pendidikan.
- Kerajaan Jerman telah berjaya mengambil alih sistem persekolahan yang berada didominasi
oleh institusi gereja.Perubahan ini telah meletakkan asas bagi kemunculansistem pendidikan
yang memenuhi aspirasi negara.
- Pelbagai langkah telah diambil oleh Jerman untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan
pada abad ke-18M hingga abad ke-19M. Perkembangan sistem pendidikan di Jerman
melibatkan pelbagai aspek bagi mengutamakan kepentingan negara.
ISI 1: Dasar Pendidikan
- Menjelang abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja. Semasa
pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan mengambil alih pentadbiran sekolah. 1763, Raja
Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak2 antara usia 5 hingga 14
tahun.
- Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan kawalan pusat terhadap
sekolah-sekolah menengah tinggi di Prusia. Abad ke-19, sistem pendidikan berada di bawah
kawalan dan penguasaan kerajaan sepenuhnya. Menteri Pendidikan bertanggungjawab
199
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
terhadap hal ehwal pendidikan dan dibantu lembaga pengelola sekolah di peringkat wilayah
dan daerah.
- Dasar pendidikan kerajaan Jerman ini telah membentuk sistem pendidikan kebangsaan
menjelang abad ke 18.
ISI 2: Instituisi Pendidikan
Sekolah Rendah
Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua lapisan
penduduk Jerman. Kanak-kanak berumur 7 tahun diwajibkan mendaftar dan mengikuti
pembelajaran di sekolah rendah sehingga 14 tahun.
Sekolah Menengah
Dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam. Sekolah gymnasium keutamaan
kepada bahasa Latin dan Greek dan bertujuan menyediakan pelajar-pelajar utk melanjutkan
pelajaran ke universiti.
Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman, Matematik, Sains Tabii dan Bahasa-
bahasa moden bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menjalani kehidupan
seharian dengan teratur.
Tempoh pengajian menengah selama 9 tahun dengan kadar yuran sebanyak lima hingga 27
dollar.
Sekolah Teknik
Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor perindustrian dan
perdagangan. Penekanan kpd mata pelajaran teknikal menyebabkan lebih banyak politeknik
dan sekolah-kanak perdagangan ditubuhkan.
Universiti
Pengajian di universiti dibahagikan kpd 4 fakulti – Teologi, Undang-undang, Perubatan,
Falsafah. Pentadbiran universiti dikendalikan rector. Universiti Berlin merupakan yang
tersohor dan terbesar di Jerman dengan 200 Professor dan 5000 pelajar. Tegasnya,
penubuhan institusi pendidikan ini dapat memenuhi aspirasi negara Jerman dalam
memantapkan sistem pendidikan.
ISI 3: Latihan Perguruan
- Kerajaan Jerman mengambil langkah-langkah bagi menyediakan latihan perguruan kepada
bakal guru.
- Pada tahun 1738, Johann Julius Hecker menganjurkan seminar bagi guru-guru di Prussia.
Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik bagi
membekalkan tenaga pengajar pelatih. Raja Frederick turut merekrut guru-guru yang
berwibawa untuk berkhidmat di sekolah.
- Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin. Pusat latihan guru juga ditubuhkan
di wilayah2 Jerman seperti Austria, Saxe-Weimar, dan Saxony.
- Latihan perguruan yang disediakan ini dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kerana dapat melahirkan tenaga pengajar yang mahir
ISI 4: Bantuan Kewangan
- Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk menyediakan kemudahan dan
prasarana di sekolah. Frederick Willian I telah memberikan sumbangan kewangan untuk
prasaran dan peralatan di sekolah.
200
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Sepanjang pemerintahannya, 8000 buah sekolah telah didirikan di seluruh Jerman
Contohnya, 50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan sekolah serta
membaiki bangunan usang. Baginda turut mengurniakan tanah yang luas untuk pembinaan
sekolah. Peruntukan juga diberikan untuk menyediakan kemudahan prasarana dan peralatan
di sekolah.
- Bantuan yang disalurkan dapat memajukan sistem pendidikan di Jerman
ISI 5: Kurikulum.
- Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Jerman.
- Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada bahasa Latin, Greek, Jerman,Matematik,
Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
- Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang seperti Psikologi, Sejarah,
Falsafah, Undang-undang, Anatomi, Kimia dan Fizik.
- Perkembangan bidang kurikulum dalam sistem pendidikan di Jerman dapat memenuhi
keperluan negara serta peningkatan ilmu pengetahuan .
KESIMPULAN
- Langkah-langkah yang dinyatakan di atas berjaya melahirkan sistem pendidikan yang
berkualiti di Jerman pada abad ke-18 dan 19.Pendidikan di Jerman bertujuan memberikan
peluang kepada individu mendapatkan pendidikan.
- Bidang ini berkembang disebabkan bukan sahaja peranan kerajaan secara langsung bahkan
mendapat kerjasama pihak swasta di samping penetapan standard kualiti yang tinggi. Sistem
pendidikan di Jerman juga menjadi wadah penting pembinaan negara bangsa serta
penyatuan Jerman.
SOALAN 4: BINCANGKAN SEJARAH DAN PERTUMBUHAN SISTEM PERNDIDIKAN DI JERMAN
PENDAHULUAN :
Semasa abad ke-18, kerajaan Jerman antara negara pertama di dunia yang
memperkenalkan cukai yang dibiayai dan amnya pendidik rendah adalah wajib. Pendidikan
terdiri daripada kursus lapan tahun pendidikan rendah yang dipanggil volksschule.
Pendidikan menyediakan bukan sahaja kemahiran yang diperlukan dalam dunia industri yang
awal seperti membaca, menulis dan mengira, pendidikan yang tegas dalam etika, tugas,
disiplin dan ketaatan. Falsafah tentang tugas negara telah digabungkan dengan pandangan
John Locke, seorang ahli falsafah inggeris yang sangat berpengaruh pada zaman
pencerahan.
Jerman telah menubuhkan satu sistem pendidikan tiga peringkat yang dianggap saintifik yang
mula dirangka pada tahun 1807 dan telah disempurnakan menjelang tahun 1819. Sistem
pendidikan di Jerman menekankan sistem kawalan pemikiran atau kawalan minda.
Isi-isi Penting :
Martin Lurther telah menganjurkan kewajipan pelajaran supaya semua rakyat bebas akan
dapat membaca dan mentafsir kitab Bible. Pentadbiran sekolah dipengaruhi oleh masalah
yang berlaku antara raja, golongan Gereja Lutheran. Golongan ini tidak disukai oleh raja dan
golongan Pietism menyebelahi raja.
Golongan Pietism merupakan kumpulan reformis dalam Lutheranisme serta mengadakan
satu pakatan politikdengan raja Prusia berdasarkan kepentingan bersama untuk
memecahkan dominasi Gereja Lutheran.
Golongan tersebut menekankan keperluan kerohanian dalaman dan hal ini boleh dicapai
melalui pembacaan kitab Bible. Golongan Pietism juga membantu membentuk prinsip-prinsip
sistem sekolah awam yang moden termasuklah penekanan pada literasi.
201
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Pendidikan dianggap sangat penting untuk menanamkan ketaatan sosial dalam kalangan
rakyat melalui Indoktrinasi. Oleh itu, sekolah-sekolah menggunakan bahasa rasmi untuk
memupuk kesetiaan kepada raja dan melatih lelaki muda menjadi tentera dan golongan
birokrat.
Pendidikan dikategorikan sebagai salah satu tugas kerajaan. Pada tahun 1763, aoabila raja
Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak-kanak antara usia lima
hingga tiga belas tahun.
Peperiksaan akhir, abitur telah diperkenalkan pada tahun 1788 dan dilaksanakan di semua
sekolah menengah menjelang tahun 1812 dan diperluaskan ke seluruh Jerman pada tahun
1871. Lulus abitur menjadi pra-syarat untuk menceburi profesion yang telah dipelajari dan
perkhidmatan awam.
Pada tahun 1809 pula, ahli falsafah Prusia yang merupakan Menteri Pendidikan, Wilhelm von
Humboldt melaksanakan pembaharuan sistem pendidikan Prusiaatau Jerman yang
dipengaruhi oleh pendebatan idealistik.
Apabila empayar Jerman ditubuhkan pada tahun 1871, Jerman mengalami perkembangan
sistem persekolahan dan sistem persekolahan menjadi lebih berpusat. Jerman telah
memperkenalkan sekolah menengah pertama pada tahun 1872.
4 jenis sekolah menengah telah dibangunkan antaranya :
Gymnasium selama lapan atau sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa Latin)
Realgymnasium selama sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa Latin, moden,
sains dan math)
Realschule selama enam tahun (tanpa kelayakan masuk ke universiti)
Oberealschule selama sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa-bahasa moden,
sains dan math)
KESIMPULAN :
Pada awal abad ke-20, sekolah tersebut telah mencapai pangkat dan keistimewaan yang
sama walaupun mempunyai prestij yang berbeza.
Oleh itu, pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara serta sistem
pendidikan yang diamalkan adalah berbeza mengikut kuasa, tempat dan adat resam yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat.
Proses seseorang mendapat pendidikan adalah sepanjang hayat kehidupannya di dunia ini
bermula dari kelahirannya dan berterusan hingga ke akhir hayat.
202
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Unit 4.1 : Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Perluasan Kuasa Barat
dan Kesan Penjajahan Barat.
4.1.1 : Reaksi dan Kesan Perluasan Kuasa Barat
Hasil Pembelajaran : Menganalisis reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat.
Masa /Kawasan Kajian : China dan India (abad ke-19 hingga 20)
Waktu pengajaran : 6 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Definisi perluasan Usaha perluasan kuasa dijalankan setelah seseorang pemerintah
kuasa, reaksi. membentuk kerajaan yang kuat dan stabil. Cara meluaskan
kawasan pemerintahan ialah menerusi penaklukan dan pembukaan
kawasan baru.Jajahan takluk akan menerima corak pemerintahan
serta kebudayaan penakluknya.
2. Reaksi masyarakat a. politik
tempatan di china dan b. ekonomi
India dari segi c. sosial
3. Transformasi di China a. Sosial
dan India b. Ekonomi
c. Intelektual tempatan
4. Bahan rujukan 3. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
4. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-1955),Shah
Alam,Oxford Fajar
5. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya perang candu
1839-1842
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: SEJAUHMANAKAH PERBEZAAN UNDANG-UNDANG MERUPAKAN FAKTOR
UTAMA TERCETUSNYA PERANG CANDU PADA TAHUN 1839 – 1842 DI CHINA .
PENGENALAN
Perang Candu merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah negara China yang merupakan titik
permulaan dari zaman tradisional ke era pemodenan. Perang ini juga dikenali sebagai peperangan
Inggeris – China Pertama yang berlaku pada tahun 1939 dan berakhir tahun 1842. . Faktor utama
perang ini meletus berpunca daripada perbezaan undang-undang China dan Barat . Terdapat juga
faktor lain antaranya hubungan tegang yang berlaku antara kuasa barat dengan kerajaan Manchu di
China , pertembungan dua kebudayaan yang bertentangan , kemasukan candu dan juga konsep
perdagangan yang berbeza . Peperangan ini telah menyebabkan bermulanya pertapakan kuasa-
kuasa barat di China.
203
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 1: Perbezaan sistem perundangan
Konsep sistem perundangan yang berbeza merupakan faktor utama menyebabkan
tercetusnya peperangan antara China dengan British . Masing-masing mengamalkan konsep
perundangan yang bertentangan dan bercanggah antara satu sama lain. Menurut konsep
perundangan dan keadilan di China berdasarkan guilty until proven innocent yang
menganggap ‘seseorang yang dituduh bersalah dianggap bersalah sehingga kebenaran
kesalahannya dapat dibuktikan’. Manakala perundangan barat berpegang kepada prinsip
innocent until proven guilty yang bermaksud seseorang yang dituduh melakukan
kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas .
Falsafah undang-undang di China juga berbeza dengan amalan undang-undang barat .
Undang-undang China berdasarkan doktrin tanggungjawab berkumpulan dan nyawa dibalas
nyawa. Prinsip ini bermaksud sekiranya individu yang melakukan kesalahan itu tidak dapat
dikesan , maka kumpulannya akan bertanggungjawab untuk menyerahkan salah seorang
daripada ahli kumpulan mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu. Berbeza dengan falsafah undang-undang Barat yang
berdasarkan konsep tanggungjawab individu yang bermaksud hukuman akan dijatuhkan
kepada individu yang melakukan kesalahan.
Orang Barat menganggap undang-undang China tidak adil dan amat kejam . Pada tahun
1874 tercetusnya peristiwa ‘Kapal Lady Hughes’ . Seorang kelasi kapal telah dikenakan
hukuman dicekik sehingga mati oleh kerajaan China tanpa sebarang perbicaraan atas
kesalahan melepaskan tembakan hormat apabila sampai di Whampoa yang mengakibatkan
seorang Cina terbunuh. Hubungan bertambah tegang pada bulan julai 1839 apabila
keengganan British menyerahkah pesalah kelasi-kelasi Inggeris yang mabuk dan telah
membunuh seorang China bernama Lin Wei Hsi . Peristiwa ini menyebabkan hubungan yang
tegang antara British China yang membawa kepada tercetusnya perang.
Selain daripada factor perbezaan undang-undang , terdapat factor lain yang menyebabkan
berlakunya Perang Candu Pertama .
ISI 2: Konsep perdagangan yang bertentangan
Kerajaan China dan Negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang berbeza
. Kerajaan Manchu mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan dan dan tidak berminat
mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara Barat kerana China lebih
mementingkan ekonomi sara diri dan perdagangan dianggap satu kegiatan yang hina.
Sebaliknya orang Barat mengamalkan dasar perdagangan bebas atau laissez faire. . Kuasa
Barat mengharapkan keuntungan yang besar dan berlumba-lumba untuk mendapatkan
bahan mentah dan pasaran bagi memenuhi keperluan dalam Revolusi Perindustrian di
Eropah . Teh dan sutera mendapat permintaan yang tinggi di Britain . Disebabkan dasar
perdagangan yang bertentangan telah membawa kepada berlakunya Perang Candu .
ISI 3: Sekatan terhadap perdagangan asing
Pemerintah China telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas pedagang asing. Pedagang
asing hanya dibenarkan melaksanakan urus niaga dengan China melalui pelabuhan Canton
sahaja dan berurusan dengan orang tengah melalui kesatuan saudagar China yang dikenali
sebagai Co-hong. Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co-hong. Pedagang asing
juga tidak dibenarkan membawa keluarga dan tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita
tempatan. Wanita dan pedagang bersenjata tidak dibenarkan memasuki kawasan
perdagangaan. Pedagang dibenarkan bergerak dalam kumpulan tidak melebihi 10 orang dan
tidak boleh mempelajari bahasa China. Pedagang juga tidak dibenarkan tinggal sepanjang
tahun dan hanya dibenarkan tinggal pada musim sejuk di sekitar kilang mereka sahaja .
Apabila selesai berurusniaga di Canton , mereka dikehendaki kembali ke Macau.
204
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Disamping itu juga , tindakan kerajaan China yang telah mengenakan cukai yang tinggi telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pedagang asing. Sekatan perdagangan
kerajaan Manchu ke atas pedagang asing terutamanya orang Barat telah mencetuskan
peperangan .
ISI 4: Kegagalan hubungan diplomatik
Kerajaan China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf
dengan kuasa Barat. China menggelar dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia yang
bertamadun mtau middle kingdom . Maharaja China sebagai ‘son of heaven’ atau anak
syurga dan pemerintah sejagat . Orang China menganggap orang Barat sebagai barbarian
atau orang gasar yang tidak bertamadun dan bertaraf rendah Semua duta Barat dianggap
pembawa ufti yang harus melakukan amalan ‘kowtow’ , iaitu melutut tanda hormat di hadapan
Maharaja . Beberapa utusan Barat yang dihantar ke China seperti George Macartney tahun
1793 dan Lord Amherst tahun 1816 dihantar ke Peking untuk menuntut perwakilan diplomatic
dan syarat-syarat perdagangan yang liberal menemui kegagalan . Keengganan kerajaan
China mengadakan hubungan diplomatic atas dasar sama taraf telah memaksa Britain
menggunakan kekerasan melancarkan peperangan ke atas China .
ISI 5: Masalah Candu
Tindakan orang Inggeris membawa masuk bekalan candu ke Negara China merupakan
faktor serta merta tercetusnya Perang Candu . Keengganan China membeli barangan dari
Britain menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan pihak British
terutamanya kesukaran untuk mendapatkan sutera dan teh yang amat diperlukan di negara
Eropah . Bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah ini, pedagang Barat mencari
alternatif dengan membawa masuk candu dari India. Lama kelamaan candu menjadi barang
kegemaran masyarakat China yang menyebabkan pengeluaran wang perak yang terlalu
banyak kos mengimport candu sehingga melebihi kos mengeksport teh dan sutera. Keadaan
ini telah merugikan China dan ekonomi China mulai merosot dan ia ditentang hebat oleh
kerajaan Manchu. Maharaja China , Tao Kuang telah mengeluarkan surat perintah untuk
pengharaman candu, tetapi kegiatan penyeludupan candu semakin berleluasa. Antara tahun
1821 sehingga 1839 , jumlah candu yang diimport telah meningkat daripada 4244 buah peti
kepada 40 200 buah peti . Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan China
ISI 6: Tindakan Lin Tsu Hse
Lin Tsu Hse telah dilantik sebagai pesuruhjaya imperial untuk mengawal kemasukan candu di
pelabuhan Canton . Beliau telah mengambil tindakan drastik meminta orang asing
menyerahkan semua candu dan memberi akuan untuk tidak membawa masuk lagi candu ke
China . Keengganan British berbuat demikian telah menyebabkan Lin Tsu Hse bertindak
mengawal kediaman orang asing. Bagi menjamin keselamatan orang asing , British telah
menyerahkan candu dan meminta ganti rugi kemusnahan candu. Malangnya pihak China
tidak menghiraukan tuntutan ganti rugi British. Hubungan bertambah buruk apabila Lin Tsu
Hse telah dibunuh oleh beberapa kelasi kapal British yang mabuk. Kapten Charles Eliot
enggan menyerahkan kelasi kapal kepada China kerana bimbang insiden kapal Lady Hughes
berulang lagi. Situasi ini membawa kepada berlakunya Perang Candu .
KESIMPULAN
Peristiwa Perang Candu memberi impak yang besar kepada kerajaan China . Perang ini
berakhir dengan termeterainya Perjanjian Nangking 1842 . Kekalahan China di tangan British
telah mendedahkan kelemahan pemerintahan Manchu dan juga telah menjatuhkan imej
negara China sekali gus menandakan bermulanya kemerosotan Dinasti Manchu.
205
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 2: HURAIKAN FAKTOR FAKTOR DAN KESAN KESAN PERANG CANDU KEDUA
(1856-1860)
PENDAHULUAN
Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai
Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Nanking pada
29 Ogos 1842. Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan
masalah dalam hubungan antara China dan British. Hubungan antara mereka tetap runcing sehingga
mengekibatkan peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu
Kedua atau Perang Arrow.
Isi-isi Penting:
A) Faktor-faktor Perang Candu Kedua
1. Kelemahan Perjanjian Nanking. Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F.
Beers mendakwa kelemahan Perjanjian Nanking merupakan faktor utama meletuskan
peperangan yang kedua antara China dengan British pada 1856-1860. Keengganan China untuk
mematuhi syarat-syarat Perjanjian Nanking dan tindakan British untuk memaksa China
mematuhinya serta menuntut keistimewaan-keistimewaan tambahan telah meruncingkan
hubungan antara China dan British.
2. Masalah Amoy dan Ningpo. Mengikut Perjanjian Nanking 1842, China membuka 5
pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tersebut ditandatangani, British mendapati Amoy dan
Ningpo tidak sesuai dari segi perdagangan. Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar
pelabuhan-pelabuhan tersebut dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai. Selain itu,
British berhasrat untuk mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China. Mereka tidak
mahu kegiatan perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian. Oleh itu, mereka telah
mendesak China membuka lebih banyak pelabuhan kepada pedagang asing. Kehendak British
tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap negeri China telah memberi terlalu
banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat. Keengganan China untuk memenuhi kehendak
British dan tindakan British untuk memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu
meruncingkan hubungan antara China dan British.
3. Masalah Canton dan Foochow. Mengikut Perjanjian Nanking, pedagang-pedagang asing diberi
kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan perjanjian. Walau bagaimanapun, pedagang-
pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan-sekatan dan tekanan-tekanan terutamanya di
Canton dan Foochow. Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-
lebih lagi kerana mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan
mereka terjejas akibat kehadiran barat. Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki takhta pada
1850 iaitu Hsien Feng dan Pesuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming
Chen juga bersikap anti asing. Penduduk-penduduk tempatan telah memulaukan barang-barang
barat. Selain itu, berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan
kapal perang British membedil Canton. Sebagai tindak balas, pihak China telah membunuh 6
orang rakyat British. Peristiwa ini sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dengan
British.
4. Krisis ekonomi. Perang Candu pertama telah menyebabkan negeri China mengalami krisis
ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi
peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan
pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup.
Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah
ekonomi, China telah merayu supaya British mengurangkan ganti rugi. Keengganan British telah
menjejaskan hubungan antara mereka
206
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
5. Mambaharui perjanjian. Bila Brtitish menyedari China tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat
Perjanjian Nanking, mereka telah mendesak China supaya diadakan rundingan bagi mengkaji
semua syarat-syarat Perjanjian Nanking. Tindakan ini diambil kerana British dipengaruhi oleh
syarat Perjanjian Wanghsia 3 Julai 1844 antara China dengan Amerika dan Perjanjian Whampoa
24 Oktober 1844 antara China dengan Perancis yang menegaskan perjanjian-perjanjian tersebut
akan dikaji semula dalam tempoh 12 tahun. British menuntut keistimewaan ini berdasarkan
prinsip “layanan negara yang diutamakan”. Sekiranya keistimewaan ini dinikmati oleh British,
bermakna Perjanjian Nanking perlu dikaji semula pada 1854. British mahu mengkaji semula
syarat-syarat Perjanjian Nanking dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan
tambahan seperti kebebasan berdagang di kawasan pedalaman, Bandar-bandar serta
pelabuhan-pelabuhan di pinggir pantai dan juga untuk menempatkan perwakilan diplomatik di
Peking. Desakan British supaya China mengkaji semula syarat Perjanjian Nanking dan
keengganan China untuk memenuhi kehendak tersebut telah meruncingkan hubungan antara
mereka. Pihak China telah mendakwa negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan
kepada kuasa-kuasa barat.
B) Kesan-kesan Perang Candu Kedua
1. Menyedarkan China barat lebih superior.Kekalahan China dalam Perang Candu kedua
merupakan kekalahan kedua mereka kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad.
Kekalahan inimenyedarkan mereka bahawa barat lebih superior daripada China. Buktinya
mereka mula meniru teknik-teknik barat untuk dilaksanakan di negeri China. Pemimpin-pemimpin
China seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang telah meniru idea-idea barat
dalam politik, ekonomi dan sosial untuk dilaksanakan dalam Rancangan Pembaharuan “Gerakan
Memperkuatkan Diri 1864-1894”.
2. Lahir dua golongan .Peperangan Arrow telah mengakibatkan lahirnya 2 golongan dalam
masyarakat China iaitu golongan pro barat dan golongan anti barat. Golongan pro barat meniru
idea-idea barat untuk dilaksanakan di negeri China manakala golongan anti barat menjalankan
kegiatan menentang kegiatan orang barat serta pengaruh mereka di China. Contohnya pada 21
Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-kanak yatim Kristian di Tientsin menyebabkan
20 orang terbunuh termasuk 10 rahib wanita. Pada tahun 1875, Raymond Margary serta 5 orang
Cina yang menjadi pengikutnya telah dibunuh semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari
jalan darat dari Myanmar ke China.
5. Hubungan diplomatik.Selepas Perang Arrow, China mula mewujudkan hubungan diplomatik
atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat. Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-
kuasa barat, Pejabat Hal Ehwal Luar yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada
11 Mac 1861. Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka
ialah Anson Burlingame (duta Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan De
Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866, dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan China yang
diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah. Pada tahun 1868 dengan bantuan Anson
Burlingame, satu perwakilan China yang diketuai oleh Chih Kong dan Sun Chia Ku telah dihantar
ke Amerika. Perwakilan ini kemudiannya melawat negara-negara Eropah. Sejak tahun 1877,
duta-duta China mula ditempatkan di negara-negara asing seperti di Amerika, British, Perancis,
Jerman, Rusia, Sweden, Sepanyol dan lain-lain lagi.
6. Krisis ekonomi.Perang Arrow telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi.
China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta
bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang
tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu
meruncingkan lagi masalah ekonomi di China.
7. Penghijrahan. Perang Arrow, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya
ke Asia Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan
perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Tambahan pula,
Kerajaan China juga tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut selepas
termeterainya Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking. Orang-orang China sanggup berhijrah
kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri
daripada penderitaan di China.
207
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
KESIMPULAN
Perang Candu Kedua telah membawa keadaan di China lebih buruk dengan membebanan hutang
yang tinggi serta terpaksa wilayah perdagangan lebih banyak kepada pihak barat.
SOALAN 3: ANALISISKAN REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN CHINA TERHADAP
PERLUASAN KUASA BARAT SELEPAS PERANG PADA ABAD KE 19.
PENDAHULUAN
Menjelang pertengahan abad ke 19, dasar isolasi (dasar tutup pintu) kerajaan China mengalami
perubahan. Reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat bermula selepas China kalah dalam
Perang Candu pertama pada tahun 1839 -1842 , Perang Candu kedua tahun 1856-1860 dan Perang
China-Jepun pada tahun 1894-1895. Kesan peperangan inilah yang mempengaruhi reaksi
masyarakat China terhadap kuasa Barat .Terdapat pelbagai reaksi yang dilaksanakan oleh
masyarakat china selepas perang pada abad ke 19.
ISI 1: Gerakan Menguatkan Diri
Kerajaan China pada 1860-an terpaksa menghadapi pencerobohan kuasa-kuasa asing serta
pemberontakan di dalam negeri. Kerajaan pusat dan pegawai-pegawai di peringkat wilayah ingin
menguatkan negara dgn meminjam unsur-unsur tamadun Barat.
Langkah-langkah yg diambil: (Gerakan Menguatkan Diri)
i. Dlm bidang ketenteraan :
- Diwujudkan perusahaan ketenteraan (kilang utk membuat senjata di Nanking pd 1867);
pendidikan ketenteraan diperkenalkan (akademi tentera dan angkatan laut di Tientsin pd
1880-an; Lembaga Hal Ehwal Angkatan laut ditubuhkan pd 1880, dsb.
ii. Dlm bidang ekonomi :
- Membina jalan keretapi (Kaiping-Tientsin pd 1888); membuka lombong arang (Kaiping
1876); perusahaan tekstil diwujdukan (kapas di Shanghai pd 1878); kerajaan menyelia
usaha-usaha yg dijalankan oleh para saudagar.
iii. Dlm bidang pelajaran :
- Diasaskan sekolah2 utk pembelajaran bahasa asing serta pengajian2 Barat; para pelajar
dihantar ke seberang laut utk. mempelajari teknologi (ke England, Amerika dan
Perancis).
iv. Dlm bidang diplomasi :
- Diasaskan pejabat luar (Tsungli Yamen pd 1861); kuasa2 asing dibenarkan membuka
kedutaan di Peking dan kedutaan China pula dibuka di negara2 luar (yg. pertamanya di
London)
Kejayaan langkah-langkah itu adalah terbatas. Peminjaman sains dan teknologi Barat tidak disertai
oleh penggunaan institusi dan nilai Barat. Di samping itu terdapat tentangan daripada pegawai-
pegawai-sarjana tradisional. Kerajaan Ching terlampau longgar pada masa itu – tiada pihak yg dapat
menyelaraskan berbagai perancangan. Desakan kuasa-kuasa Barat utk berbagai jenis keistimewaan
(perbelanjaan perang dan gantirugi) melemahkan kedudukan Kerajaan Ching. Gerakan
memperkuatkan diri (GMD) ini merosot menjelang thn 1895.
208
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 2: Gerakan Islah 1898
Gerakan ini diketuai oleh Kang Yu-Wei; tujuannya ialah utk mengubah institusi sosial dan politik
China berasaskan model Barat (kerana kegagalan gerakan memperkuatkan diri).Ajaran Kung Fu-tze
ditafsirkan semula oleh KangYu-wei utk menyokong islah yg radikal (misalnya, Kang cuba
memperkenalkan sistem beraja berasaskan perlembagaan). Tdpt percubaan juga utk menyusun
semula kerajaan utk. menghapuskan rasuah dan meminda sistem peperiksaan. Gerakan Islah 1898
juga gagal kerana terlampau radikal, golongan elit di China masih konservatif dan tidak menerima
islah-islah yg bertentangan dgn amalan tradisional.
ISI 3: Pemberontakan Boxer (1899)
Sentimen anti-asing dalam kalangan orang China wujud selepas negara China kalah dalam
peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Reaksi masyarakat tempatan China dapat kita lihat melalui
pemberontakan ini. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh
orang China yang beragama Kristian. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap China
yang dikenali sebagai I Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian)
Tindakan kuasa- kuasa Barat menyebabkan wujudnya kebimbangan masyarakat China bahawa
Negara China akan dibelah bahagikan sesama kuasa Barat. Lantaran itu adalah menjadi kewajipan
orang-orang China untuk mengusir orang-orang asing keluar dari Negara China.
Perkembangan agama Kristian dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan
falsafah orang China yang berasaskan ajaran Confucius . Masyarakat China juga turut menunjukkan
kebencian terhadap orang China yang memeluk agama Kristian sebagai pengkhianat bangsa kerana
mereka telah diperalatkan oleh orang-orang asing. Disini jelas menunjukkan kepada kita reaksi
masyarakat tempatan erhadap kuasa Barat.
Penguasaan Ekonomi China oleh orang asing telah menambahkan sentimen anti-asing dalam
kalangan orang-orang China. Kemelesetan ekonomi dan pengangguran merupakan impak negatif
kepada China. Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan ekonomi China oleh orang asing telah
menyebabkan ramai petani dan penganggur menyertai Gerakan Boxer.
Malangnya Gerakan Boxer ditumpaskan oleh pasukan tentera bersekutu yang terdiri daripada Britan,
Perancis dan Rusia.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya walaupun pelbagai reaksi yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap kuasa
Barat namun kerajaan China terpaksa tunduk terhadap kuasa Barat pada akhirnya. Selain itu,
kerajaan China terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Hal ini berlaku kerana kelemahan
sistem pentadbiran kerajaan China dari segi politik ekonomi dan sosial. Landskap politik China
menampakkan perubahan yang besar menjelang abad ke 20.
SOALAN 4: BINCANGKAN PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN OLEH NEGARA CHINA DALAM
MENGHADAPI ANCAMAN KUASA BARAT PADA PERTENGAHAN ABAD KE-19
PENDAHULUAN
Kelemahan negara China jelas dapat dilihat mulai pertengahan abad ke-19. Ia terbukti daripada
kekalahan yang dialami oleh China dalam Perang Inggeris-China Pertama dan Perang Inggeris China
Kedua. China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian yang merugikan seperti Perjanjian
Nangkin, Perjanjian Tientsin dan Konvensyen Peking. Dinasti Manchu juga menghadapi
pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan Taiping yang menjejaskan kewibawaan
209
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
kerajaan Manchu. Keadaan ini menimbulkan kesedaran dalam kalangan beberapa orang pegawai
istana Manchu seperti Putera Kung, Feng Kuei Fen dan Tsung Tang tentang keperluan menguatkan
dan memodenkan negara China. Pada tahun 1861, pembaharuan telah dilakukan oleh negara China
melalui gerakan menguatkan diri meliputi pelbagai bidang.
ISI 1: Pembaharuan Pendidikan
Pendidikan diberi keutamaan demi memajukan China. Pegawai-pegawai Cina digalakkan
mempelajari bahasa asing serta menimba ilmu pengetahuan Barat. Tung Wang Kuan (maktab
bahasa) ditubuhkan di Peking. Maktab ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pusat
penterjemahan buku- buku asing bagi mempercepat penyebaran pengetahuan dan teknologi Barat.
Menggalakkan pelajar-pelajarnya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tahun 1871 hingga 1881
seramai 150 pelajar dihantar ke Amerika Syarikat dan England untuk mempelajari teknologi Barat.
Kerajaan Manchu telah melatih pegawai-pegawai kerajaan yang lebih cekap. 1904, memperkenalkan
model pendidikan Jepun yang merangkumi 4 tahap iaitu sekolah rendah selama 4 tahun, sekolah
menengah selama 5 tahun, sekolah tinggi/maktab selama 3 tahun dan Universiti Peking selama 3
tahun. Pada tahun 1905, peperiksaan perkhidmatan awam kerajaan yang berdasarkan kitab klasik
Cina dimansuhkan. 1906 menubuhkan Kementerian Pendidikan untuk menguruskan pelaksanaan
sistem pendidikan dan menyelia sekolah-sekolah.Jelaslah bahawa pembaharuan dalam pendidikan
telah munculnya ramai golongan cerdik pandai Cina
ISI 2: Pembaharuan Ketenteraan
Mengambil tindakan memodenkan tentera mengikut sistem ketenteraan Barat. Membina gudang
senjata dan limbungan kapal Membina kilang senjata Kiangnan di Shanghai pada tahun 1865. Kilang
senjata ini menghasilkan serbuk letup, senapang, meriam dan peluru. Menghasilkan lapan buah
kapal perang. Menyediakan sekolah tentera untuk memberikan latihan ketenteraan kepada pekerja-
pekerja. Menyediakan pusat penterjemahan buku dalam bidang ketenteraan dan kejuruteraan asing
ke dalam bahasa Cina. Maktab Tentera Laut dan Maktab Tentera Darat dibina di Tientsin, Whampoa
dan Nanking. Menghantar pegawai-pegawai Cina ke Eropah untuk mempelajari sains ketenteraan.
Dari tahun 1872 hingga 1876, pegawai-pegawai Cina dihantar ke Jerman, Britain dan
Perancis.Jelaslah, pembaharuan ketenteraan China lebih efisian dan mengambil gaya ketenteraan
dan ketahanan dari Barat.
ISI 3: Bidang Ekonomi
Menggalakkan rakyatnya memulakan industri tempatan secara kecil-kecilan untuk menambahkan
pendapatan rakyat. 1876, syarikat perlombongan arang batu ditubuhkan bagi mengendalikan
perlombongan arang batu. Lombong besi dibuka di Hupei. Memberikan perhatian untuk majukan
bidang pertanian. Menambahkan jumlah kawasan pertanian untuk meningkatkan hasil pengeluaran.
Petani digalakkan membuka dan meneroka tanah-tanah baharu di wilayah Sinkiang. Petani diberi
kemudahan memiliki tanah dan cukai pertanian dikurangkan. Membaiki sistem pengairan seperti tali
air, parit, terusan dan empangan.Jelaslah bahawa penyusunan semula ekonomi oleh kerajaan
Manchu telah merancakkan ekonomi Cina
ISI 4: Bidang Perhubungan Dan Pengangkutan
1876, kerajaan Manchu membina landasan kereta api pertama yang menghubungkan Shanghai
dengan Tientsin dengan kerjasama Syarikat Jardine dan Matheson. 1896, Shanghai dihubungkan
dengan Peking. Menubuhkan sistem telegraf melalui Imperial Telegraph Administration. Pada tahun
1900, perkhidmatan telegraf telah diperluas ke seluruh bandar utama di negara China. Sistem
telegraf telah mempercepat urusan perdagangan. Sistem pos juga dilaksanakan.Perkembangan
bidang perhubungan dan pengangkutan yang dijalankan bagi berdepan dengan ancaman kuasa
barat.
210
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 5: Hubungan Diplomatik
Penubuhan Tsungli Yamen (Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri) di Peking bagi menjalankan hubungan
diplomatik. Membenarkan penubuhan Pejabat Perwakilan Asing di Peking. Wakil-wakil Cina melawat
negara-negara Eropah. Pejabat Kedutaan China ditubuhkan di London, Berlin, Paris dan
Washington.. Melantik dua orang Pesuruhjaya Perdagangan di Nanking dan Tientsin bagi
menguruskan masalah hubungan perdagangan dengan orang-orang Barat.Hubungan ini merintis
jalan bagi negara china untuk mempelajari teknologi barat.
ISI 6: Pembaharuan Sosial
Kerajaan Manchu telah melaksanakan pembaharuan sosial seperti larangan ke atas perkahwinan
antara orang Manchu dengan orang China telah ditarik balik. pada tahun 1902, larangan terhadap
amalan menghisap candu dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang berumur di
bawah 60 tahun dilaksanakan pada tahun 1906 dan penghapusan amalan mengikat kaki dalam
kalangan wanita Cina.Jelaslah bahawa kerajaan Manchu telah memansuhkan mana-mana amalan
yang mendatang kemudaratan kepada Cina dan melaksanakan peraturan sosial yang
menguntungkan Cina.
ISI 7: Pembaharuan Dalam Pentadbiran
Kerajaan Manchu telah melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran. Beberapa kementerian
baharu telah ditubuhkan untuk menjalankan pemerintahan secara birokratik dan teratur. Antara
kementerian yang ditubuhkan seperti
Kementerian Luar Negeri pada tahun 1901, Kementerian Polis pada tahun 1905, Kementerian
Angkatan Tentera Darat dan Kementerian Kewangan pada tahun 1906. Jelaslah bahawa
pembaharuan dalam pentadbiran yang mengikut corak Barat diperkenalkan bagi memastikan sistem
pentadbiran Cina teratur dan sistematik
ISI 8: Sistem Pemerintahan Berperlembagaan
Kerajaan Manchu telah mengambil langkah memperkenalkan sistem pemerintahan berpelembagaan
bagi menyekat penjajahan kuasa kuasa asing. Sebuah jawatankuasa yang mengkaji perlembagaan
negara-negara asing ditubuhkan dan terdiri 5 orang yang diketuai oleh Tsai Tse. Jawatankuasa
tersebut telah dihantar ke Jepun, Britian, Perancis, Belgium, Austria dan Itali untuk mengkaji
perlembagaan negara tersebut. Pada 1908, kerajaan Manchu telah meluluskan undang-undang
penubuhan Majlis Perhimpunan Wilayah dan telah bersidang kali pertama pada 1909 serta berjaya
menubuhkan sebuah parlimen Jelaslah bahawa bentuk pemerintahan Barat telah diterapkan dalam
kerajaan Manchu buat kali pertama
KESIMPULAN
Gerakan Pembaharuan Ching yang berlaku dari tahun 1901 sehingga 1911 telah menjadikan Cina
sebuah negara. moden dalam politik, ekonomi, pendidikan dan sisoal. Zaman ini juga merupakan
suatu peralihan ke arah republik yang berlaku pada tahun 1911 dalam Revolusi Cina.
SOALAN 5: : HURAIKAN GERAKAN MENGUATKAN DIRI PADA TAHUN 1861-1895 DAN
FAKTOR KEGAGALANNYA TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT DI CHINA.
PENGENALAN :
Kekalahan kpd kuasa Barat m’beri kesan besar kpd China iaitu menimbulkan kesedaran dlm kalangan
pemimpin China untk melindungi kedaulatan Negara. Oleh itu, kerajaan China tlh melaksanakan
211
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan salah satu
usaha pembaharuan ataupun pemodenan China.
Isi-isi Penting:
A) Gerakan Menguatkan Diri
Menjelang pertengahan abad ke-19,kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di
China. Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan
Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-1868). Perkembangan ini telah memberi
kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah seperti Putera Kung
(1833-1898), Tseng Kuo-fan (1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan Tso Tsung-tang (1812-
1885) mengenai keperluan untuk memodenkan China.
Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali sebagai
Gerakan Menguatkan Diri. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri adalah Feng
Kuei-fen. Feng Kuei-fen berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada Negara-negara Barat
untuk memodenkan China. Gerakan ini telah dilaksanakan mulai tahun 1861 dan berlanjutan hingga
tahun 1895. Langkah-langkah yang diambil untuk menguatkan diri mencakupi bidang diplomatik,
pendidikan, ketenteraan, ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan pengangkutan.
B) Faktor-fakor kegagalan Gerakan Menguatkan Diri
1. Ketiadaan Pemimpin Nasional Yg Cekap.
Mencapai kejayaan yg terhad kerana tiada pemimpin yg cekap & dinamik bg menerajui gerakan ini.
Malah kerajaan Manchu jg gagal melahirkan pemimpin-pemimpin yg berkaliber bg memimpin
gerakan tersebut.
Tlh disingkirkan drpd istana pd thn 1875 (pemimpin berkaliber – Putera Kung). Maharani Dowager
yg memegang tumpuk pemerintahan slpas itu b’sifat antipemodenan.
2. Tentangan Daripada Golongan Konservatif.
Mendapat tentangan drpd golongan konservatif di istana Ching. Golongan konservatif menentang
usaha memodenkan China selepas Putera Kung disingkirkan drpd istana.
Pd thn 1875, Maharani Dowager yg mempunyai sifat antipemodenan menerajui pemerintahan
China. Baginda membelanjakan wang yg dikutip utk memodenkan Negara bg mengindahkan
istananya Golongan sarjana & pegawai-pegawai kerajaan China tdk menyokong program pemodenan
krn mereka dikongkong olh adat resam tradisional & ajaran Confucius.
3. Masalah Kewangan.
Ekoran masalah kewangan yg dihadapi olh China. Berlaku kerana ekoran bencana alam seperti
banjir & kemarau (thn 1840-an). Perbelanjaan utk menghadapi peperangan & pemberontak
menambahkan beban kwangan kerajaan China.
Kerajaan China membayar ganti rugi kpd kuasa-kuasa Barat selepas Perang Candu Pertama &
Perang Candu Kedua. Menyebabkan program pemodenan tdk dpt dijalankan.
4. Ketiadaan Penyelarasan.
Gerekan ini mencapai kejayaan yg terhad krn tiada kerjasama antra kerajaan pusat dgn kerajaan di
peringkat wilayah. Tidak mendapat kerjasama & sokongan drpda kerajaan pusat
Li Hung-chang, Tseng Kuo-fan & Tso Tsung-tang tdk memberikan kerjasama kpd kerajaan pusat.
5. Kesan Imperialisme Barat & Jepun.
Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tdk m’capai kejayaan. Keadaan politik di China tdk stabil
kerana peperangan yg dilancarkan olh kuasa-kuasa Barat.
Malah menyebabkan kerajaan China t’paksa menanggung kos perbelanjaan perang yg tinggi.
Kerajaan China t’paksa membayar ganti rugi yg tinggi kpd uasa-kuasa Barat.
6. Pemodenan Terhad.
Kerajaan China tdk bersedia utk melakukan pembaharuan-pembaharuan radikal bg memodenkan
Negara. Tdk bersedia utk melakukan rombakan serta menyusun semula institusi-insitusi tradisional
bg memodenkn Negara.
Hanya meminjam teknologi Barat utk memodenkan Negara berasaskan institusi-institusi tradisional yg
sedia ada. Sikap kerajaan China tdk sanggup mengorbankan nilai-nilai serta institusi tradisional
m’jejaskan pencapaian ini.
212
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
7. Kelemahan Kerajaan Manchu.
Kelemahan kerajaan Manchu. Tdak mempunyai sistem pentadbiran yg teratur & sistematik. Tdk dpt
mengawal amalan rasuah & penyelewengan yg berleluasan dlm kalangan pegawai-pegawai
kerajaan.
Menyalahgunakan dana yg diperuntukkan olh kerajaan pusat bg melaksanakan program-program
ini. Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tdk berjaya.
KESIMPULAN
Walaupun berusaha memajukan Negara bg menjamin kedaulatan wilayah, langkah memajukan China
kurang Berjaya. Kegagalan China dlm usaha pemodenan ini t’bukti apabila mereka b’jaya dikalahkan
olh kecil seperti Jepun dlm Perang China-Jepun.
Kekalahan kpd kuasa Barat m’beri kesan besar kpd China iaitu menimbulkan kesedaran dlm
kalangan pemimpin China utk melindungi kedaulatan Negara. Oleh itu, kerajaan China tlh
melaksanakan rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan
salah satu usaha pembaharuan / pemodenan China.
SOALAN 6: SEJAUH MANAKAH SENTIMEN ANTI ORANG ASING MEMBAWA KEPADA
TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA PADA TAHUN 1900
PENDAHULUAN :
- Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai
Pemberontakan Boxer di China. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari
China dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer
merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing
terhadap kerajaan China. Malah anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing
bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.
- Di samping itu, mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala Kepincangan
yang berlaku dalam bidang politik,ekonomi dan sosial di China. Gerakan Boxer berasal
daripada sebuah kongsi gelap Cina yang dikenali sebagai I HO CHUAN (Persatuan Tinju
Keadilan dan Keharmonian). Menjelang tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah
mengharamkan I Ho Chuan Kerana persatuan ini bersifat anti Manchu.Namun anggota
persatuan ini bergiat secara Sulit di wilayah-wilayah Shantung,Hunan dan Kiangsu.
Isi Penting :
1 Sentimen Anti orang Asing
- Sentimen anti orang asing dalam kalangan rakyat dan pihak istana merupakan faktor yang
menyebabkan tercetusnya Pemberontakan Boxer.Pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-
kuasa Barat sejak Perang Candu pertama (1839-1842) menimbulkan semangat anti orang
asing dalam kalangan rakyat Cina.
- Sentimen anti orang asing meningkat ekoran tindakan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-
lumba untuk mendapatkan konsesi di China malah tindakan kuasa-kuasa Barat merebut
konsesi telah menjatuhkan maruah orang Cina dan mencemar kedaulatan China.
- Semangat anti orang asing juga menebal dalam kalangan sarjan dan pembesar istana.
Tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-I mengamalkan
sikap anti orang asing terhadap kuasa-kuasa Barat dan Jepun di China. Maharani Dowager
Tzu His bertindak menamatkan Hak Wilayah Asingan yang diberikan Kepada kuasa-kuasa
asing di China.
- Semangat anti orang asing telah menyebabkan rakyat China dan pihak istana berganding
tenaga untuk mengusir orang asing dari China.
2 Sentimen Anti kristian
- Sikap dan tindakan golongan Mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian dalam
kalangan Perjanjian Whampoa dan Konvensyen Peking membenarkan golongan Mubaligh
Kristian menjalankan aktiviti keagamaan di pelabuhan-pelabuhan dan kawasan pedalaman.
213
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Penyebaran agama Kristian mencemaskan golongan konservatif yang menganggap ajaran
Kristian amat bertentangan dengan ajaran Confucianisme, buddhisme dan Taoisme yang
diamalkan sejak turun-temurun.
- Di samping itu, mubaligh-mubaligh Kristian juga campur tangan dalam kes-kes mahkamah
yang melibatkan orang Cina yang bukan beragama Kristian, tindakan mubaligh-mubaligh
Kristian campur tangan dalam hal ehwal tempatan telah menimbulkan kemarahan orang
Cina.
- Selain itu, sikap dan kelakuan orang Cina yang memeluk agama Kristian telah permusuhan
dengan orang Cina yang bukan Kristian.Tambahan pula, hubungan antara orang Cina yang
bukan Kristian dengan orang Cina yang memeluk agama Kristian menjadi renggang, kerana
sikap orang Cina beragama Kristian yang tidak menghormati adat resam yang diwarisi sejak
turun-temurun,meninggalkan agama dan kepercayaan asal mereka, enggan menyertai
upacara keagamaan dan enggan membiayai perayaan keagamaan
- Orang Cina yang beragama kristian dibenci kerana bersikap sombong dan menganggap diri
mereka lebih tinggi daripada masyarakat Cina yang lain dan orang Cina yang beragama
Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka diperalatkan oleh orang asing.
3 Penguasaan Ekonomi Oleh Kuasa Asing
- Penguasaan ekonomi China oleh kuasa-kuasa asing juga merupakan faktor Tercetusnya
Pemberontakan Boxer. Kemasukan barang-barang asing telah menyebabkan perusahaan
tempatan seperti perusahaan tekstil dan pertukangan tangan mula merosot dan pasaran
tempatan mula dikuasai oleh orang asing kerana barang-barang buatan Barat lebih murah
serta bermutu tinggi berbanding barang tempatan.
- Tambahan pula, kemasukan pelabur-pelabur asing telah menyebabkan pengusaha-
pengusaha tempatan hilang sumber pendapatan,akibatnya bilangan penduduk tempatan
yang menganggur turut meningkat. Penguasaan ekonomi negara oleh kuasa-kuasa asing
telah menimbulkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap orang-orang asing.
4 Masalah Kewangan
- Kerajaan China juga menghadapi masalah kewangan dan ekonomi yang serius, masalah ini
timbul kerana kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membayar
ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa Barat.
- Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan China terpaksa memperkenalkan cukai-cukai baharu
dan kerajaan juga bertindak menambah cukai yang telah membebankan rakyat pada masa
itu. Oleh itu, masyarakat Cina pada masa itu yang terdiri daripada golongan petani dan
penganggur menyertai pemberontakan bagi menghalau orang asing dari negara China.
5 Bencana Alam
- Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau yang melanda China menyebabkan
Rakyat China terpaksa menanggung pelbagai jenis penderitaan,antara bencana alam yang
yang dihadapi masyarakat Cina pada masa itu ialah banjir yang berlaku pada tahun 1898 di
wilayah-wilayah sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho dan pada tahun 1900 berlaku
kemarau dibahagian utara Negara China termasuk Peking. Bencana alam ini telah
menyebabkan kebuluran dan kemusnahan harta benda.
- Oleh itu, masyarakat Cina menyalahkan orang asing sebagai punca kepada bencana alam
yang melanda negara mereka dan mereka berpendapat projek-projek pembangunan seperti
pembinaan landasan kereta api,pemasangan kabel telegraf dan pembinaan kilang telah
menganggu keharmonian alam serta menyinggung perasaan dewa-dewi mereka.
- Selain itu, penyebaran agama Kristian yang telah dilakukan oleh mubaligh-mubaligh Kristian
telah menganggu roh nenek moyang dan golongan pendeta.Justeru masyarakat China
berpendapat bencana alam yang melanda negara mereka merupakan balasan daripada
dewa-dewi mereka dan berpendapat orang asing yang menjadi punca kepada segala
penderitaan harus diusir keluar dari China.
KESIMPULAN
- Pemberontakan Boxer berlaku disebabkan oleh penguasaan orang Barat terhadap ekonomi
dan mempengaruhi masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian. Tindakan orang Barat
ini menyebabkan masyarakat biasa dan golongan istana bangkit untuk mempertahankan hak
mereka dan menyelamatkan negara mereka daripada terus dikuasai oleh pengaruh orang
asing.
214
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Pemberontakan Boxer merupakan asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu dan
kemunculan kerajaan republik di China.
SOALAN 7: JELASKAN KESAN –KESAN PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA PADA TAHUN
1899.
PENGENALAN.
Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap China yang dikenali sebagai I Ho Chuan yang
bermaksud Tinju Keadilan dan Keharmonian. Boxer dipercayai wujud pada akhir abad ke-18 atau
awal abad ke-19. Pada peringkat awal, penubuhan Boxer bersikap anti-Manchu dan anti orang asing.
Slogan perjuangan mereka ialah “Gulingkan Manchu dan Usir Orang Asing”. Pada tahun 1890-an,
sikap mereka berubah menjadi pro-Manchu dan anti orang asing. Slogan mereka juga bertukar
menjadi “Lindungi Manchu dan Usir Orang Asing”. Perubahan ini berlaku kerana mereka diyakinkan
segala masalah yang berlaku di China bukan kerana Dinasti Manchu tetapi akibat dari kehadiran
asing. Pemberontakan Boxer yang berlaku pada tahun 1900 dipimpin oleh Chu Hung Teng.
Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China yang
beragama Kristian.
ISI 1. Kemerosotan Kerajaan Manchu.
Pemberontakan mendedahkan kelemahan yang berlaku dalam kerajaan Manchu. Kuasa-kuasa Barat
berlumba-lumba mendapatkan wilayah dan konsesi di negara China. Kebangkitan Boxer menjadi
asas bagi perubahan yang berlaku dalam politik dan masa depan negara China. Bagi memodenkan
negara China, Dinasti Manchu perlu digulingkan. Gerakan ini memberi peluang kepada golongan
revolusioner yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen melancarkan Revolusi China 1911 yang berjaya
menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan republik di China.
ISI 2: Menjatuhkan maruah China.
Protokol Boxer yang ditandatangani oleh kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat menjejaskan
maruah dan kedaulatan China. Kerajaan China terpaksa tunduk kepada tekanan dan desakan kuasa-
kuasa Barat. Antara syarat Protokol Boxer yang menjejaskan maruah adalah :
- Kerajaan China terpaksa membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera di tempat-tempat
yang strategik.
- Kerajaan China diharamkan mengimport senjata dari luar selama dua tahun
- Kerajaan China terpaksa menaiktaraf hubungan dengan kuasa-kuasa asing e taraf kedutaan.
Melalui Protokol Boxer, kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan mereka di China.
ISI 3: Masalah kewangan kerajaan Manchu.
Kerajaan Manchu menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa mmembayar ganti rugi kepada
kuasa-kuasa Barat termasuk Jepun. Ganti rugi sebanyak 450 juta tael perlu dijelaskan dalam masa
40 tahun dengan kadar faedah 4%.Kesulitan China membayar ganti rugi ini memberi kesempatan
kepada Rusia untuk menduduki wilayah Manchuria sehingga bayaran ganti rugi
diselesaikan.Kegagalan pemberontakan ini memberi peluang kepada kuasa-kuasa Barat
mengeksploitasi ekonomi China dalam bidang perkapalan, perusahaan tekstil, perlombongan besi
dan perkhidmatan keretapi.
215
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 4 Mencetuskan Perang Rusia-Jepun.
Semasa pemberontakan Boxer, Rusia mengambil kesempatan untukmeluaskan kuasa dan pengaruh
di Manchuria. Pencerobohan Rusia ini mencetuskan kemarahn Jepun kerana tindakan Rusia
bertentangan dengan kepentingan mereka.Hubungan antara Rusia-Jepun menjadi semakin tegang
apabila Rusia cuba meluaskan pengaruh di Semenanjung Korea.Perselisihan ini mencetuskan
perang Rusia-Jepun pada tahun 1904-1905.
ISI 5: Muncul Gerakan Pembaharuan.
Kegagalan pemberontakan Boxer menyebabkan golongan cerdik pandai mendesak kerajaan Manchu
melaksanakan pembaharuan. Pembaharuan adalah untuk memodenkan China dan untuk
menghapuskan ancaman revolusioner. Perkembangan ini menyebabkan kerajaan Manchu
memulakan Gerakan Pembaharuan Ching sebagai langkah untuk menguatkan diri bagi menghadapi
ancaman kuasa-kuasa Barat. Antara bidang yang dimodenkan ialah pendidikan, ketenteraan,
perlembagaan, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun gerakan pembaharuan ini gagal
menguatkan China daripada pencerobohan kuasa asing.
ISI 6: Membangkitkan semangat nasionalisme orang China.
Peringkat awal, gerakan nasionalisme bercorak anti Barat tetapi kekalahan kerajaan Manchu dalam
beberapa siri peperangan serta kegagalan rancangan pembaharuan melahirkan perasaan anti
Manchu. Masalah ekonomi dan kesengsaraan sosial menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat.
Rakyat telah menyokong gerakan revolusioner di bawah Dr.Sun Yat Sen yang berjaya
menggulingkan Dinasti Manchu melalui Revolusi 1911.
KESIMPULAN
Pemberontakan Boxer mempengaruhi masa depan politik China. Kegagalan Pemberontakan Boxer
mengakibatkan kemerosotan maruah serta kewangan kerajaan China. Manakala kedudukan orang-
orang asing di China semakin kukuh akibat daripada Protokol Boxer. Kegagalan pemberontakan
Boxer juga telah mempercepatkan keruntuhan Dinasti Manchu. Akhirnya Dinasti Manchu telah
digulingkan oleh golongan revolusioner setelah memerintah selama 300 tahun. Sistem beraja di
China telah digantikan dengan sistem Republik. Landskap politik China menampakkan perubahan
yang besar menjelang abad ke 20.
SOALAN 8: PERTEMBUNGAN BUDAYA BARAT DENGAN BUDAYA TEMPATAN MERUPAKAN
SALAH SATU FAKTOR TERCETUSNYA PERISTIWA DAHAGI DI INDIA. BINCANGKAN.
PENGENALAN :
Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah berlaku di
India. Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi India dan merupakan pemberontakan tentera atau
sepoi menentang pemerintahan di India. .Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas
masyarakat India membebaskan negara daripada cengkaman pentadbiran British. Memang benar
bahawa pertembungan budaya merupakan faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi
namun terdapat juga faktor-faktor lain iaitu faktor politik seperti pengilhakan Lord Dalhousie,
pentadbiran yang tidak stabil dan faktor ekonomi turut menyebabkan tercetusnya Dahagi India.
216
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Pembaharuan Sosial (Pertembungan budaya)
ISI 1: Penghapuskan Amalan Thugge dan Sutte yang Dianggap Kejam :
Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral British di India [Lord
William Bentick] telah menghapuskan amalan thugge dan sutte. Tradisi Sutte merujuk kepada amalan
balu akan dibakar bersama-sama mayat suami ketika upacara pengebumian. Amalan Thuggee ialah
amalan merompak dan membunuh pengembara oleh kumpulan agama atas nama Dewi Kali.
ISI 2: Amalan Membunuh Bayi Perempuan :
Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi perempuan
yg dianggap akan memalu dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa menyediakan dowri
perkahwinan anak perempuan mereka.
ISI 3: Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie :
Undang-undang ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yg menetapkan isteri
‘mesti mati’ bersama-sama suami.
ISI 4: Diskriminasi Kaum :
Orang British memandang rendah masyarakat India. Sebagai contoh, masyarakat India hanya boleh
menaiki kereta api kelas ketiga[kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai Inggeris.
Masyarakat India yang berkasta tinggi berasa marah kerana menganggap situasi tersebut
mengancam sistem kasta yg mereka amalkan secara turun-temurun.
ISI 5: Isu Penggunaan Senapang Rifle Enfield
Pengenalan senapang Rifle Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian sepoi-sepoi.
Hujung peluru senapang telah disapu dengan rninyak lembu dan babi. Sepoi Hindu dan Muslim
menganggap tindakan ini satu muslihat British menentang kebudayaan mereka dan sebagai satu
langkah mengkristiankan mereka.
ISI 6: Ketidakpuasan hati golongan Sepoi.
Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dan kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta
tinggi. Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di luar India. Perasaan tidak
puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera Am Melalui akta ini
seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana-mana sahaja perkhidmatan mereka diperlukan.
Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang lebih. Sepoi-sepoi
ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika mereka bekerja di luar India. Sepoi-
sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dan tentera British. Mereka
diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah. Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan
217
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
tempoh perkhidmatan dan bukannya keupayaan dan kebolehan seseorang calon. Penglibatan British
dalam Perang Crimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi bahawa mereka dapat mengusir orang
British dari tanah air mereka dengan mudah.
Faktor Politik:
ISI 7: Dasar pengilhakan Lord Dalhousie
Proses penaklukan dan Undang:undang Lesap Waris yang dijalankan telah menyinggung perasaan
orang India, khasnya pemerintah wilayah-wilayah. Lord Dalhousie telah mengilhakkan wilayah-
wilayah di India tanpa mempertimbangkan perasaan orang India.. Juga telah mencabar kedaulatan
pemerintah tempatan seperti Nawab dan Camatic dan Raja Tanjore. Tindakan Dalhousie menarik
balik pembayaran• pencen Nana Sahib, anak angkat Baji Rao selepas kemangkatan beliau
menyebabkan Nana Sahib begitu benci terhadap pihak British sehingga beliau sendiri memberi
sokongan kepada Dahagi India.
ISI 8: Pentadbiran tidak stabil
Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran baru yang menyebabkan
kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan dengan sistem yang telah mereka
alami sejak turun temurun. Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India.
Suruhanjaya Inam yang dibentuk untuk menakaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan
Inggeris merampas 20,000 estet di Deccan. Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah telah
menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada para pemilik dan penyewa tanah. Di wilayah
Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta pencen kepada pegawai-
pegawai. Tentera raja dibubar mengakibatkan mereka kehilangan punca pencarian. Sikap angkuh
pegawai -pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat membenci British. -Pengenalan
Undang-Undang British yang dianggap asing dan tidak difahami oleh rakyat serta Bahasa Inggeris
dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk India. Inggeris
juga tidak memberi jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awam dan tentera kepada orang
India. Orang orang India tidak diberi apa-apa ha politik ,menyebabkan semua lapisan masyarakat
India menentang British.
Faktor Ekonomi
ISI 8: Penindasan Ekonomi
Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula beroperasi.
Perdagangan telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan India telah dimusnahkan dengan
mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-barang India. Ini menyebabkan eksport
kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran India pula telah dibanjiri dengan barangan
218
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Inggeris. Ini menyebabkan industri perkilangan India lumpuh. Industri-industri lain juga mengalami
nasib yang sama, contohnya industri melebur besi lumpuh kerana pengimportan besi dan besi waja.
Industri desa, iaitu penggabungan pertanian dan industri desa turut musnah. Keadaan ini
menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke sektor pertanian. India
beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini bermakna India
membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan rnembeli barangan siap buatan
British.
KESIMPULAN
Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba melumpuhkan
kebangkitan masyarakat India.Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya ditamatkan. Maharaja
Delhi berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak .Dahagi India menjadi titik tolak permulaan
semangat mengusir penjajah daripada tanah India. Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah
menjadi detik terpenting dalam sejarah penentangan masyarakat India terhadap pihak Inggeris.
SOALAN 9: PELUASAN KUASA BARAT DI INDIA TELAH MEMBAWA KEPADA
TRANSFORMASI SOSIAL, EKONOMI DAN PENDIDIKAN PADA ABAD KE-19. BINCANGKAN.
PENGENALAN
- British ialah kuasa barat yang melakukan imperialisme di India secara berperingkat- peringkat
mulai pertengahan abad ke-18
- pada peringkat awal penjajahan India dilakukan oleh SHTI dan diikuti pemerintahan Mahkota
(Crown Colony ).
- British telah berjaya menguasai wilayah2 India melalui cara “pengilhakan”
- Antara 3 pegawai utama British yang mengetuai pemerintahan British di India ialah Lord
William Bentick, Lord Elllenborough dan Lord Dailhousie
- penjajahan British telah meninggalkan kesan2 sosio-ekonomi
ISI 1: transformasi sosial (adat-adat tradisional)
- British bertindak hapuskan adat-adat lama dan perhambaan
- Lord William Bentick hapuskan adat Suttee, Thuggee & bunuh bayi perempuan.
- Adat “Suttee ialah adat membakar balu hidup-hidup semasa upacara pembakaran mayat
suaminya yang meninggal dunia
- Adat “Thugee” ialah amalan merompak dan membunuh pedagang2 atas nama Dewi Kali.
- amalan membunuh bayi perempuan ialah amalan lama kerana bayi perempuan dianggap
pembawa malang dan ibu bapa tidak mampu menyediakan “dowry” perkahwinan
- Usaha Bentick diteruskan lagi oleh Lord Dailhousie yang memperkenalkan Akta Kahwin
Semula Janda/balu kematian suami
- Lord Elllenborough pula telah mengharamkan amalan sistem perhambaan
ISI 2: transformasi ekonomi
- dilakukan oleh Lord William Bentick ekoran masalah kewangan SHTI
- puncanya menanggung kos Perang Inggeris-Burma I
- beberapa langkah drastik untuk penjimatan dilakukan seperti kurangkan kakitangan awam,
tamatkan kerja askar2 SHTI & kurangkan elaun.
- langkah2 beliau menambahkan perbendaharaan British namun menimbulkan rasa tidak puas
hati penduduk India
ISI 3: transformasi pendidikan
219
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- dilakukan oleh Lord William Bentick.
- Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar IPT & tubuhkan Kolej Perubatan Calcutta dan
Eiphstone College di Bombay.
- Lord Ellenborough memperkenalkan Akta Pendidikan 1854 Ia menjadi asas penubuhan
institusi pendidikan di India secara berperingkat Jabatan Pendidikan ditubuhkan di setiap
daerah geran dan bantuan kewangan turut diberikan kepada sekolah2 swasta.
KESIMPULAN
- perubahan sosial dan ekonomi oleh British di India pada tahap awal telah menerima
tentangan penduduk tempatan sehingga mencetuskan Pemberontakan Dahagi 1857 namun
pada jangka masa panjang, ia telah memberi kesan positif dan melahirkan golongan
intelektual yang menjadi pemimpin gerakan kebangsaan di India.
SOALAN 10: HURAIKAN KESAN-KESAN DAHAGI DI INDIA PADA TAHUN 1857
PENDAHULUAN
Pada tahun 1857, berlaku penentangan terhadap pemerintahan British yang dikenali sebagai Dahagi
India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang
pemerintahan British di India.
Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara daripada
pemerintahan British. Dalam pada itu, bukan semua askar bangkit menentang British kerana askar-
askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain bertindak menyebelahi British.
Isi-isi Penting:
1. PEMBUBARAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS (SHTI)
Peristiwa Dahagi India yang tercetus pada tahun 1857 jelas menunjukkan kegagalan Syarikat HIndia
Timur Inggeris (SHTI) memerintah dan mentadbir Benua Kecil India. Mengikut Akta Kerajaan India
yang dikuatkuasakan pada tahun1858, SHTI telah dibubarkan. Pentadbiran India diletakkan di bawah
pentadbiran Mahkota British pada 2 Ogos 1858.
Perkembangan menyebabkan Benua Kecil India menjadi Tanah Jajahan Mahkota British Semua
dasar dan hal ehwal pentadbiran India diletakkan di bawah Setiausaha Negara India yang dibantu
oleh Majlis yang terdiri daripada 15 orang ahli. Pentadbiran dijalankan oleh Gabenor Jeneral yang
diberikan gelaran Wizurai.
2. PERUBAHAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN
Kerajaan British telah menubuhkan Majlis Kerja dan Majlis Perwakilan bagi melicinkan sistem
pentadbiran. Akta Majlis India 1861, menambahkan bilangan perwakilan dalam Majlis Kerja dan
Majlis Perundangan.
Tahun 1862, perwakilan daripada kalangan orang-orang India dilantik dalam Majlis Perundangan.
Perwakilan terdiri daripada golongan bangsawan yang tidak memahami hasrat orang-orang India.
3. PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG LESAP WARIS
Kerajaan British mengambil keputusan untuk menghapuskan Undang-Undang Lesap Waris yang
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan.
Pemimpin yang tidak mempunyai waris dibenarkan mengambil anak angkat untuk dijadikan waris
yang sah terhadap semua harta dan peninggalan mereka.
4. KEDUDUKAN PUTERA-PUTERA RAJA
Tahun 1858, Ratu Victoria mengumumkan bahawa putera-putera raja tempatan tidak akan kehilangan
hak-hak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian sebelum ini.
Baginda memberi keampunan kepada mereka yang terlibat dalam Dahagi India kecuali meraka yang
terlibat dalam pembunuhan rakyat British.
5. PEMERINTAHAN MUGHAL BERAKHIR
September 1857, British Berjaya menawan semula kota Delhi daripada pemberontakan. Menangkap
Maharaja Bahadur Shah II dan baginda dibuang negeri ke Myanmar.
220
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Pemberontakan 1857 telah menyebabkan pemerintahan Mughal Di India berakhir dan diganti oleh
pemerintahan British.
PENUTUP
Dahagi merupakan pemberontakan sepoi bagi menentang pemerintahan British di India. Peristiwa
Dahagi bermula pada 10 Mei 1857 di Meerut apabila British bertindak memenjarakan sepoi-sepoi
yang enggan menggunakan peluru senapang Riffle.
Menjelang tahun 1858, pihak British Berjaya mengawal Dahagi daripada tersebar ke seluruh benua
kecil India.
SOALAN 11: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN DAHAGI DI INDIA
PENDAHULUAN
Pada tahun 1857, berlaku penentangan terhadap pemerintahan British yang dikenali sebagai Dahagi
India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang
pemerintahan British di India.
Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara daripada
pemerintahan British. Dalam pada itu, bukan semua askar bangkit menentang British kerana askar-
askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain bertindak menyebelahi British.
Isi-isi Penting:
Tiada perpaduan
Faktor utama kegagalan Dahagi India adalah disebabkan tiadanya perpaduan dalam kalaangan
pemberontakan. Terdiri daripada beberapa pelbagai lapisan masyarakat,seperti penduduk
tempatan,petani ,tentera,dan pemimpin-pemimpin tempatan menentang demi kepentingan masing-
masing.
Ratu Jhansi berjuang untuk mempertahankan hak baginda sebagai putera raja. Nana saheb berjuang
untuk membalas dendam atas kehilangan tanah ayahandanya. Sepoi-sepoi pula berjuang
disebabkan oleh faktor peribadi seperti kehilangan kedudukan dan bayaran upah yang rendah.
Tiada Sokongan
Dahagi India juga tidak dapat sokongan padu daripada semua lapisan penduduk India .Sebahagian
masyarakat sikh tidak menyokong Dahagi India.
Golongan yang berpendidikan barat, tuan-tuan tanah, golongan petani serta peniaga turut menyokong
pemerintahan britsh yang akan menyediakan peluang ekonomi yang baik.
Dasar Toleransi Lord Canning
Lord canning dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang Indiameredakan kemarahan orang
India terhadap pemerintahan British
Sepoi-sepoi India juga menaruh harapan yang tinggi terhadap perubahan yang akan di bawa oleh lord
canning dalam menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
Kekurangan Pemimpin
Dahagi juga gagal disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berwibawa dalam kalangan
pemberontak.
Tidak wujud kesepakatan dalam kalangan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam pemberontakan.
KESIMPULAN
Dahagi merupakan pemberontakan sepoi bagi menentang pemerintahan British di India. Peristiwa
Dahagi bermula pada 10 Mei 1857 di Meerut apabila British bertindak memenjarakan sepoi-sepoi
yang enggan menggunakan peluru senapang Riffle.
Menjelang tahun 1858, pihak British Berjaya mengawal Dahagi daripada tersebar ke seluruh benua
kecil India.
221
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Unit 4.2 : Konflik Antarabangsa
4.2.1 : Perang Dunia Pertama 1914-1918
Hasil Pembelajaran : Membincangkan kesan dan sebab Perang Dunia Pertama
Masa /Kawasan Kajian : Jerman dan Rusia (abad ke- 20)
Waktu pengajaran : 6 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar Belakang Perang tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan
Dunia Pertama negara-negara Eropah.Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple
Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) yang dianggotai oleh Jerman,
Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain.
2. Sebab berlaku perang f. politik
Dunia Pertama - Kegagalan Sistem Pakatan
Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan
kuasa dalam kalangan negara-negara Eropah telah menjadi
salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem
pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi
kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa)
yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary,
Turki dan Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga)
pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis,
Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece.
g. Ekonomi
- Imperialisme Ekonomi
Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula
mencari tanah jajahan baru untuk membolehkan mereka
menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman, Britain,
Perancis dan Itali. Ini telah menyebabkan wujudnya
persaingan antara negara-negara tersebut untuk
mendapatkan tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika dan
Kepulauan Pasifik.
h. Sosial
- Idea dan Pendidikan
Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara
Eropah turut meningkatkan semangat patriotik yang akhirnya
menyemai bibit-bibit ke arah peperangan. Kurikulum
pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap bahasa
Jerman telah berjaya menyuburkan semangat cintakan negara
dalam kalangan generasi muda.
222
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
3. Kesan Perang Dunia a. Politik
Pertama - Menamatkan Sistem Pemerintahan Beraja
Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan
beraja di Rusia di bawah kerajaan Tsar yang pernah
memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama
telah menguji kemampuan kerajaan menghadapi keadaan
semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Rusia
khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan
kelemahan kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di
medan perang menyebabkan kesetiaan sebahagian tentera
berbelah bagi. Di Jerman, Dalam keadaan ekonomi dan sosial
yang terumbang-ambing di samping keadaan perang yang
tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta
dan mendapat suaka politik di Belanda.
b. Sosial
- Korban Nyawa dan Kecederaan
Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-
kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam
terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini
mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS$ 36 760 juta.
Britain kehilangan 750,000 rakyatnya, iaitu 9% daripada
jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah
manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta
orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5
juta tercedera. Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat
lelakinya yang cergas dan ini merupakan satu kehilangan
besar kepada Perancis. Tambahan pula,Perancis mengalami
kadar pertumbuhan penduduk yang rendah.
c. Ekonomi
- Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan Makanan
Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan
berlakunya masalah inflasi dan terpaksa mengenakan catuan
terhadap bahan makanan yang penting seperti roti, kentang,
susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan anti-
kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang
melibatkan hampir 300,000 orang pekerja. Di Rusia, timbul
masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh
kerana 4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai
pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan
pengeluaran pertanian terus berkurangan.
4. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
223
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
5. Latihan Pengukuhan perang dunia pertama telah meninggalkan kesan dalam bidang politik
dan sosial kepada dunia. Bincangkan.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: HURAIKAN FAKTOR- FAKTOR TERCETUS PERANG DUNIA PERTAMA PADA
TAHUN 1914 HINGGA 1918.
PENGENALAN
Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan
negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah
Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Negara-negara di
Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan negara-
negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat dua pihak iaitu Triple
Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente
yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman.
ISI 1: Kegagalan Sistem Pakatan
o Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-
negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem
pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance
(Perikatan Tiga Kuasa) yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki
dan Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut
disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece.
o Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat
daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya
peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah sehingga tahun 1900.
o Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh wujudnya persaingan
negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan setelah runtuhnya
Empayar Turki Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan tentera lautnya yang
menimbulkan kebimbangan Britian dan tibdakan Perancis menggunakan bantuan Rusia
dengan cara peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine.
o Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan di Eropah.
Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di negara-negara Balkan yang
bebas daripada penguasaan Turki jelas menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu
cara mengawal negara-negara berdaulat dalam hubungan antarabangsa.
o Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna lagi apabila negara seperti Serbia
yang disokong Rusia begitu bebas bertindak dengan menggunakan ketenteraan, tindakan
Austria-Hungary dan Rusia untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam kalangan
bangsa Slav dan tindakan Rusia berusaha mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari
Laut Hitam ke Laut Tengah dengan menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.
ISI 2: Imperialisme Ekonomi
o Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula mencari tanah jajahan baru untuk
membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis
dan Itali. Ini telah menyebabkan wujudnya persaingan antara negara-negara tersebut untuk
mendapatkan tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik.
224
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
o Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah jajahan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu, Jerman telah memulakan tindakan
dengan merampas tanah jajahan di Afrika daripada negara-negara yang dianggap lemah
seperti Portugal dan Perancis pada tahun 1890-an. Manakala Itali pula cuba mendapatkan
bekas jajahan Turki Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya
tanah jajahan baharu yang dikenali sebagai Libya.
o Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara Britian dan Perancis
terutamanya apabila Jerman telah bertindak memperbesarkan angkatan lautnya. Oleh itu,
Britain turut memperkuatkan angkatan lautnya untuk melindungi empayar dan aktiviti
perdagangan antarabangsanya.Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi melebihi
jirannya iaitu Britain dan Perancis, terutama dalam pengeluaran besi pada tahun 1900.
o Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 sehingga hampir menggugat
kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah menyebabkan munculnya
negeri-negeri Slav yang baru seperti Serbia dan Bulgaria. Kesan semangat nasionalisme
yang melampau,negeri-negeri kecil tersebut berjaya mengalahkan Turki keluar dari Eropah
pada tahun 1908 hingga 1913.
o Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan
Rusia untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908, Austria-Hungary berjaya
menakluki Bosnia-Herzegovina dan sasaran seterusnya ialah menguasai Serbia. Bagi
menghalang serangan Austria-Hungary ke atasnya, Serbia berjaya mendapatkan sokongan
Rusia yang bercita-cita menguasai Selat Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini telah
mendorong ke arah meletusnya Perang Dunia Pertama di Eropah.
ISI 3: Perlumbaan Dalam Teknologi Ketenteraan
o Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya antara Jerman, Britain dan Perancis yang
telah membawa keuntungan kepada syarikat pengeluar senjata seperti Syarikat Krupp di
Jerman dan Coventry Ordanance Work di Britain. Pada tahun 1906, Britain berjaya
menghasilkan HMS Dreadnought iaitu sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di
dunia pada ketika itu serta berkuasa tinggi untuk menyaingi angkatan tentera Jerman
walaupun melibatkan peruntukkan perbelanjaan yang besar.
o Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah menambah lebih 50%
perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun 1908 hinggga 1914 terutama apabila golongan
tentera semakin berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran di sesebuah negara.
o Negara Jerman golongan tenteranya bertanggungjawab terus kepada Kaiser/Raja, nilai-nilai
ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat Jerman dan rakyat telah memberi
sokongan terhadap pengisytiharaan perang yang dibuat kerajaan pada tahun 1914.
Peningkatan bilangan anggota tentera yang ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan
ketegangan sedia ada dan perang tidak dapat dielakkan lagi.
ISI 4: Idea dan Pendidikan
o Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah turut meningkatkan
semangat patriotik yang akhirnya menyemai bibit-bibit ke arah peperangan. Kurikulum
pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap bahasa Jerman telah berjaya
menyuburkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.
o Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan perasaan mengagungkan
peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota sehingga rakyat Jerman percaya
mati dimedan pertempuran adalah lebih baik daripada mati di atas katil, malah nama mereka
yang terkorban akan dipahat di tugu peringatan.
o Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912 mengingatkan
rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan rakyatnya diingatkan supaya
membuat persiapan yang sewajarnya. Setiap pelajar diberitahu kewajipan mempertahankan
negara Perancis.
ISI 5: Pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand
o Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan
isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh seorang pemuda Serbia yang
225
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
merupakan ahli kongsi gelap Black Hand telah menjadi sebab serta-merta meletusnya Perang
Dunia Pertama.
o Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menghapuskan
kedaulatan Serbia kerana Serbia sudah lama menghasut rakyat Austria yang berbangsa Serb
supaya membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat
sokongan sekutunya iaitu Jerman.
o Melihatkan keadaan tersebut, Rusia yang merupakan sekutu Serbia memberi amaran kepada
Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman yang bimbang dengan
perkembangan tersebut meminta Rusia menghentikan persiapannya. Oleh kerana Rusia
enggan menuruti saranan Jerman telah menyebabkan Jerman mengisytiharkan peperangan
terhadap Rusia dan sekutunya.
KESIMPULAN
Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1919 telah menamatkan Perang Dunia Pertama.
Perjanjian ini dianggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat
sebelah. Jerman menerima hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple Entente).
Syarat yang terpaksa dipatuhi oleh Jerman ialah:
o Menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya.
o Menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk ¾ hasil besi dan 1/5 hasil arang batu.
o Membayar ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi.
o Mengurangkan jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan daripada 400,000 kepada
200,000 menjelang 30 September 1919 dan 100,000 menjelang 31 Mac 1920.
Matlamat perjanjian ini ialah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman
begitu marah dan terhina dengan syrat-syarat tersebut. Perdana Menteri Jerman, Philip Scheidemann
meletak jawatan sebagai tanda protes. Para perwakilan Jerman ke Versailles terpaksa menurunkan
tandatangan mereka kerana yakin Jerman tidak mampu ingkar dan berperang semula.
SOALAN 2: SEJAUHMANAKAH PAKATAN TENTERA MERUPAKAN FAKTOR YANG
MENCETUSKAN PERANG DUNIA PERTAMA.
PENGENALAN
Perang Dunia Pertama (PD1) yang tercetus pada awal Ogos 1914 merupakan peperangan yang
melibatkan Britain, Perancis, Russia, Austria-Hungary, Belgium, Serbia, Itali, Bulgaria dan Turki.
Peperangan ini bermula dengan serangan Jerman ke atas Belgium pada 4 Ogos 1914. Penyertaan
Amerika di pihak Pakatan Bertiga menyebabkan Jerman dan sekutunya dapat dikalahkan. Kewujudan
pakatan tentera merupakan faktor utama tercetusnya perang Dunia Pertama. Namun terdapat
beberapa punca lain menyebabkan meletusnya PD1.
ISI 1: Pakatan Tentera (isi utama)
Kemunculan pakatan tentera telah menyebabkan negara Eropah terbahagi kepada dua blok yang
saling bertentangan antara satu sama lain. Kemunculan pakatan ini berpunca daripada permusuhan
antara Perancis dan Jerman. Pada tahun 1879, Jerman telah membentuk pakatan tentera dengan
Austria-Hungary yang dikenali sebagai Perikatan Berdua. Pada tahun 1882, Itali telah menyertai
pakatan ini untuk membentuk Perikatan Bertiga (Triple Alliance). Pada tahun 1894, Russia pula
menjalinkan pakatan tentera dengan Perancisyang dikenali sebagai Pakatan Berdua. Pada tahun
1907, Britain menyertai Perancis dan Russia untuk menubuhkan Pakatan Bertiga (Triple Entente)
bagi menghadapi ancaman Jerman. Kemunculan pakatan tentera telah menambahkan kemungkinan
tercetus PD1.
226
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 2: Perlumbaan Senjata
Perlumbaan senjata dalam kalangan negara Eropah untuk memajukan kelengkapan perang
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan PD1 tercetus. Negara Jerman dan Britain bersaing
untuk meningkatkan kekuatan tentera laut masing-masing. Misalnya menjelang 1909, Britain memiliki
lapan kapal perang Dreadnought. Jerman pula memiliki kapal U-Boat dan Zeppelin. Pada tahun 1900,
Perancis dan Russia pula masing-masing telah meningkatan kekuatan tentera darat mereka, iaitu
900,000 dan 1.3 juta orang. Kuasa besar lain seperti Britain, Jerman, Perancis, Itali, Austria-Hungary
dan Russia mengeluarkan belanja yang tinggi untuk meningkatkan kekuatan masing-masing.
ISI 3: Imperialisme Kuasa Barat
Revolusi perindustrian yang bermula di Britain menyebabkan kuasa barat berlumba-lumba untuk
menguasai tanah jajahan bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran. Misalnya Jerman dan
Perancis bertelingkah untuk menguasai Morocco sehingga menyebabkan peperangan hamper
tercetus. Britain bimbang dengan usaha Jerman untuk memperoleh tanah jajahan di Asia dan Afrika.
Persaingan untuk menguasai tanah jajahan menimbulkan permusuhan dalam kalangan kuasa barat.
ISI 4: Kebangkitan Nasionalisme
Kebangkitan semangat nasionalisme yang melampau dalam kalangan negara Eropah mencetuskan
permusuhan sesame mereka. Misalnyasikap orang Jerman yang menggangap diri mereka sebagai
bangsa-tuan menyebabkan mereka tidak dapat menerima kebangkitan negara Eropah lain.
Semangat nasionalisme mendorong Perancis untuk mendapatkan kembali wilayah Alsace dan
Lorraine yang diserahkan kepada Jerman selepas kekalahan mereka dalam perang Perancis-Prussia
(1870-1871).
ISI 5: Pengaruh Autokrasi
Golongan aristokrat dan elit yang menerajui pemerintahan di Jerman, Russia dan Austria-Hungary
memainkan peranan penting dalam mencetuskan PD1. Golongan ini menggunakan perang sebagai
alat untuk mengukuhkan kekuasaan dan pengaruh mereka. Misalnya Maharaja Jerman, Kaiser
Wilhem II bercita-cita untuk mewujudkan empayar Jerman yang kuat dan berpengaruh di benua
Eropah. Antara usaha beliau adalah membina kapal perang, peluru berpandu dan menggali Terusan
Keil untuk kapal besar berlabuh. Persatuan belia di Jermanpula diterapkan perasaan mengagungkan
peperangan dan ciri-ciri keperwiraan sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan pertempuran
adalah lebih baik daripada mati di atas katil. Tindakan Maharaja Jerman ini ini telah menimbulkan
perasaan curiga dan kebimbangan kuasa barat yang lain.
ISI 6: Krisis Balkan
Permusuhan antara Austria-Hungray dengan Serbia menimbulkan ketegangan di rantau Balkan.
Kerajaan Austria-Hungray menganggap negara Serbia menghasut rakat berketurunan Serb untuk
berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Tambahan pula perkembangan
nasionalisme etnik kalangan orang Serb ekoran gerakan Pan Slav melahirkan sentiment anti Austria-
Hungray. Penaklukan Bosnia dan Herzogonia oleh Austria-Hungray telah membangkitkan kemarahan
Serbia dan Russia. Tambahan pula, Jerman menyokong tindakan Austria menakluk Bosnia dan
Herzogonia. Kemuncak kepada krisis Balkan adalah peristiwa pembunuhan Archduke Ferdinand,
putera mahkota Austria dan isterinya oleh seorang pemuda Serb, ahli kongsi gelap Black Hand pada
28 Jun 1914, di Sarajevo. Kerajaan Austria mengambil kesempatan ini untuk menghapuskan
kedaulatan negeri Serbia dengan mengisytiharkan perang pada 28 Julai 1914. Russia telah
membantu Serbia manakala Jerman yang menyebelahi Austria telah mengisytiharkan perang
terhadap Russia.
KESIMPULAN
Ringkasnya, krisis Balkan merupakan punca yang membawa kepada meletusnya PD1 di samping
punca-punca lain. PD1 telah meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap sistem politik,
227
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ekonomi dan sosial dunia. Perang ini juga telah melumpukan kekuatan Jerman serta meletakkan
asas penting kepada peletusan Perang Dunia Kedua.
SOALAN 3: HURAIKAN PERISTIWA- PERISTIWA PENTING SEMASA BERLAKUNYA PERANG
DUNIA PERTAMA PADA TAHUN 1914- 1918.
PENDAHULUAN
Perang dunia pertama berlaku antara tahun 1914-1918, berpunca dan bermula di Eropah. Perang ini
melibatkan dua pihak, iaitu pihak Bertiga terdiri daripada Jerman, Itali dan Turki Uthmaniyah dengan
pihak Bersekutu iaitu British, Rusia, Perancis, Austria Hungary dan Belgium. Ia berlaku berpunca
daripada persaingan untuk meluaskan pengaruh di rantau Balkan setelah lemahnya Empayar Turki
Uthmaniyah. Jerman telah membesarkan tentera lautnya menyebabkan Britain merasa bimbang.
ISI 1: Peristiwa Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand
Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria – Hungary bersama- sama dengan
isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Pembunuhan tersebut telah dirancang. Jerman yang berpihak
kepada Austria Hungary telah menyalahkan Serbia. Hal ini kerana Serbia ingin menuntut Austria
Hungary sebagainya wilayah naungannya. Perkara ini menyebabkan tercetusnya perang dunia pada
28 Julai 1914.
ISI 2: Ketegangan di Eropah
Austria Hungary telah menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Tindakan tersebut menyebabkan Rusia
menyokong Serbia. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman menyerang Perancis.
Jerman berusaha untuk memcepatkan usahanya menakluki Paris melalui Belgium, sebuah Negara
yang berkecuali. Britain kemudian bertindak menyerang Jerman. Kebanyakan pertempuran berlaku di
Belgium dan Perancis. Perang dunia pertama dinyatakan sebagai perang yang akan berakhir dengan
krismas. Walaubagaimapun, ia diseret selamat empat tahun dalam peristiwa berdarah.
ISI 3: Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
Pada tahun 1914, Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman setelah Jerman menyerang
Belgium. Manakala Jepun menyertai angkatan bersekutu: Empayar Uthmaniyyah tidak lama lagi
menyertai kuasa pusat. Perang merebak ke laut. Selepas tahun 1914, Negara Jerman menguasai
Luxemborg, sebahagian besar Belgium dan sebahagian daripada Utara Perancis. Jerman juga
menguasai Timur Rusia.
ISI 4: Serangan berterusan oleh Jerman.
Pada tahun 1915, golongan wanita mengambil pekerjaan lelaki kerana lelaki terlibat dengan perang.
Kebuntuan berterusan di pihak bersekutu atau barat. Kapal penumpang Lusitania Tenggelam,
dengan 1,200 nyawa hilang. Kota London telah diserang tentera Jerman dari udara oleh kapal belon
udara panas yang dikenali sebagai Zeppelin Jerman.
ISI 5: Meningkatkan Jumlah ketenteraan.
menjelang tahun 1916, pengambilan lelaki berumur antara 18 hingga 41 tahun diperkenalkan. Satu
juta telah terkorban dalam tempoh 10 bulan, Jerman berjuang untuk “berdarah Perancis Putih” atau
Bleed France White”. Selain itu, pada tahun 1916 berlaku pertempuran Somme. Pertempuran ini
berlaku pada 1 Julai 1916 hingga November 1916.
ISI 6: Pengunduran Askar Jerman.
Pada tahun 1917, lebih 60,000 tentera British telah terbunuh. Pada akhirnya , lebih 1 juta askar
terbunuh di semua pihak. Pada tahun 1917, tentera Jerman terpaksa berundur ke Jalur Hindenburg.
Amerika Syarikat telah menyertai perang dan membantu pihak bersekutu untuk mengalahkan
Jerman. Kapal tangki, kapal selam dan peperangan gas semakin bertambah. Keluarga di Raja
menukarkan nama keluarga mereka daripada Saxe- Coburg ke Windsor.
ISI 7:Genjatan Senjata oleh Jerman.
Pada tahun 1918, Jerman telah melancarkan serangan besar- besaran ke atas pihak bersekutu. Akan
tetapi menjelang tahun 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalan ketenteraan tidak
228
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
mencukupi dan terdapat pergolakan social dalam Negara Jerman. Pada waktu yang sama, semakin
ramai tentera Amerika Syarikat tiba untuk mengukuhkan kedudukan tentera bersekutu. Pada musim
panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu penentangan serangan Jerman yang terakhir di
barat. Pihak bersekutu telah melancarkan serangan luar biasa yang Berjaya di Marne dan Amiens.
Gencatan senjata yang ditandatangani pada 11 November 1918, menamatkan perang pada jam 11
pagi. Negara Jerman telah menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata dan menamatkan
perang tersebut.
KESIMPULAN
Peristiwa Perang Dunia Pertama telah memperlihatkan kegagalan manusia menyelesaiakn konflik
secara rundingan dan kegagalan Liga Bangsa sebagai satu organisasi yang mewakili masyarakat
dunia untuk menyelesaikan konflik atau perbezaan pendapat antara mereka melalui meja rundingan.
Peristiwa perang ini jelas menunjukan kesan yang buruk akibat perang yang membawa kehilangan
nyawa, kemusnahan harta benda dan infrastruktur untuk keselesaan penduduk.
SOALAN 4: PERANG DUNIA PERTAMA TELAH MENINGGALKAN KESAN DALAM BIDANG
POLITIK DAN SOSIAL KEPADA DUNIA. BINCANGKAN.
PENGENALAN
Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan negara-
negara Eropah.Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah)
yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain.Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat khususnya
dalam bidang politik dan sosial.
KESAN POLITIK
ISI 1: Keruntuhan pemerintahan monarki
Perang ini menamatkan sistem beraja di benua Eropah, khususnya di Jerman, Rusia dan
Turki.
Tahun 1925, Khalifah Turki Uthmaniyyah turun takhta selepas kepimpinan diambil alih Turki
Muda ekoran kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.
Perkembangan ini meruntuhkan empayar Turki yang meliputi sebahagian daripada Eropah
seperti Bulgaria.
Perang ini juga menyebabkan sistem beraja di Jerman tamat.
Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang tenat dan keadaan perang yang tidak menentu,
Kaiser William II bersedia turun takhta dan mendapat suaka politik di Belanda.
Empayar Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg tamat.
Berlaku pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasai seperti
Pole, Slovak, Czech dan Finn.
Di Rusia, perang ini menamatkan pemerintahan Tsar yang memerintah Rusia selama 400
tahun.
Pada peringkat awal perang, Rusia sentiasa dikalahkan oleh Jerman yang membuktikan
kelemahan kerajaan Tsar.
Selepas Perjanjian Brest Litovsk, Rusia hilang suku wilayahnya di Eropah kepada Jerman
dan tiga suku sumber arang batu dan beri turut diserah.
Tsar Nicolas II terpaksa menyerah kuasa kepada kerajaan sementara dan keluarganya
dibunuh.
ISI 2: Kemunculan negara-negara baharu.
Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan banyak negara-negara baharu
muncul.
Keruntuhan empayar Rusia membentuk Poland, Finland, Estonia, Latvia dan Lithuania.
229
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Pemberontakan di Austria oleh penduduk bangsa asing melahirkan Hungary, Romania dan
Yugoslavia.
Perpecahan empayar Turki Uthmaniyyah membebaskan banyak kawasan dibawah
pengaruhnya seperti Syria, Lebanon dan Iraq.
ISI 3: Kebangkitan ideologi baharu seperti Demokrasi dan Sosialisme.
Di Turki, sebuah kerajaan republik diasaskan di bawah kepimpinan Mustafa Kamal Ataturk
pada tahun 1923.
Selepas Kaiser William II dibuang negeri, Parti Sosialis Demokrat di bawah pimpinan
Griendrich Ebertt telah membentuk Republik Weimer sebuah kerajaan demokratik tetapi
masih menggunakan khidmat golongan tentera.
Kerajaan-kerajaan republik muncul di negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Poland,
Latvia dan sebagainya.
Austria juga menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan.
Di Rusia, parti-parti politik ditubuhkan.
Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh Demokratik Sosial yang kemudian dikenali
sebagai Parti Komunis.
Parti ini berpecah kepada dua.
Golongan Bolsheviks yang dipimpin oleh Vladimir Lenin mencetuskan revolusi yang
mengasaskan kerajaan komunis yang pertama.
ISI 4: Kehilangan kekuasaan Jerman.
Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluknya.
Wilayah Alsace dan Lorainne diserah kepada Perancis.
Wilayah Euphen dan Malmedy diserah kepada Belgium.
Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu di serah kepada Perancis.
Wilayah ini diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun.
Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah ini.
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.
Jerman juga perlu mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia.
Jerman juga hilang tanah jajahannya di Afrika dan Asia kepada pihak pemenang.
Cameron dan Togoland diserah kepada Britain dan Perancis.
ISI 5: Penubuhan Liga Bangsa.
Liga Bangsa ditubuhkan pada tahun 1819.
Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya
peperangan.
Liga Bangsa berpusat di Geneva.
Disertai oleh kebanyakan negara Eropah kecuali Rusia.
Amerika Syarikat juga tidak menyertainya.
Liga Bangsa diharapkan dapat menyelesaikan masalah antara negara melalui mesyuarat dan
perundingan.
Namun demikian, Liga Bangsa gagal menyekat peperangan.
KESAN SOSIAL
ISI 6: Korban nyawa dan kecederaan.
Perang ini banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta
orang awam terkorban.
Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS $36
760 juta.
Britain kehilangan 750 000 rakyatnya iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang
berumur 45 tahun ke bawah.
Bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta orang.
Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta orang cedera.
230
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini merupakan
satu kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan pula, Perancis mengalami kadar
pertumbuhan penduduk yang rendah.
ISI 7: Pencemaran udara / bumi.
Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas
dalam pertempuran sengit di Marne dan Somme.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, kesan-kesan Perang Dunia Pertama mendorong tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Hubungan antarabangsa masih renggang selepas perang. Jerman berasa tidak puas hati terhadap
Perjanjian Versailles kerana perjanjian ini dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta
kedaulatan negara Jerman. Itali juga tidak puas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan walaupun
berda dalam kumpulan menang. Liga Bangsa juga gagal menyekat pencerobohan Jerman ke atas
Austria, Jepun ke atas China dan Itali ke atas Abyssina. Keadaan ini mendorong kebangkitan
pemerintahan diktator di Jerman dan Itali yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.
SOALAN 5: HURAIKAN KESAN-KESAN PERANG DUNIA PERTAMA DARI ASPEK SOSIAL DAN
EKONOMI
PENDAHULUAN
Perang Dunia Pertama berlangsung antara rahun 1914 hingga 1918. Berlaku dalam kalangan
negara-negara Eropah seperti, Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Australia, Hungary, Serbia, Italia,
Belgium dan Turki. Seterusnya, Negara di Asia dan di Afrika turut terlibat apabila wilayah mereka
dijadikan rebutan negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Peperangan ini melibatkan dua pihak.
Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple
Entente yang dipimpin Rusia Berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai Jerman.
Sosial
ISI 1: Kehilangan nyawa
Perang dunia pertama telah menyebabkan ramai anggota tentera dan orang awam terkorban.
Perang menyebabkan 10 juta orang anggota tentera terkorban manakala 20 juta tercedera.
Dianggarkan lebih kurang 13 juta orang awam terkorban dalam peperangan ini.
ISI 2: Semangat perkauman luntur
Semangat perkauman dan perbezaan warna kulit yang menebal dalam kalangan bangsa Eropah
mulai luntur.
Sebelum perang, rakyat Britian, Perancis dan Jermanmementingkan keagungan bangsa.
Orang Eropah memandang rendah orang kulit hitam(India)
Semua bangsa serta dalam perang.Tentera India dan Afrika bantu British
ISI 3: Peningkatan peranan wanita
Golongan lelaki terpaksa menyertai tentera untuk mempertahankan negara.
Disebabkan itu, wujudnya kekurangan tenaga kerja (perkilangan dan pejabat)
Wanita berpeluang berkerja dalam sector perkilanagan dan pengurusan.
ISI 4: Institusi pendidikan tidak berfungsi
Terpaksa ditutup apabila perang meluas.
Pelajar-pelajar diwajibkan menyertai ketenteraan dan mengambil bahagian dalam peperangan.
ISI 5: Rekaan peralatan perang moden.
Banyak peralatan dan senjata telah dicipta.
Kapal terbang dan kapal tentera laut menyebabkan berlaku perubahan yang ketara dalam taktik
perang.
231
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Aspek Ekonomi
ISI 6: Kos perbelanjaan perang yang tinggi
Di anggarkan US$ 338 billion telah dibelanjakan oleh negara-negara yang terlibat sepanjang
peperangan. Purata 80 juta rupees dibelanjakan oleh negara yang terlibat setiap hari.
Britain membelanjakan 15 lac pounds sehingga bulan Mac 1915 dan 60 lac pounds pada tahun
1917-1918.
ISI 7: Hutang Antarabangsa
Menanggung hutang yang tinggi. Britain tanggung hutang. Dianggarkan 74350 lac pound.
Perancis 1474720 lac pound Perancis dan Jerman 1606000 lac Marks.
ISI 8: Peningkatan cukai
Cukai yang tinggi dikenakan terhadap rakyat bagi menanggung perbelanjaan perang yang tinggi.
Mata wang kerja diperkenalkan.
ISI 9: Peningkatan harga barang
Peningkatan harga barang secara mendadak
Berlakunya inflasi
Kekurangan bekalan makanan
ISI 10: Pasaran dunia
Dikuasai Amerika Syarikat dan Jepun.
Britain sebagai negara industri menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar.
Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesan Perang Dunia pertama dari segi sosial, ramai anggota tentera dan orang
awam terkorban dan semangat perkauman dalam kalangan bangsa Eropah luntur. Malah, golongan
wanita melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi dan politik negara. Disamping itu, institusi
pendidikan di tutup dan peralatan canggih direka. Manakala, dari segi Ekonomi pula ia memakan kos
perbelanjaan yang tinggi dan beban hutang perang yang tinggi. Selain itu, cukai tinggi dikenakan
terhadap rakyat dan berlaku inflasi dan kebuluran.
SOALAN 6: BINCANGKAN KESAN PERANG DUNIA PERTAMA TERHADAP RUSIA.
PENGENALAN
Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan negara-
negara Eropah.Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah)
yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain.Perang dunia pertama juga memberi kesan terhadap
Rusia.
ISI 1: Menamatkan Sistem Pemerintahan Beraja
o Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan
Tsar yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama telah menguji
kemampuan kerajaan menghadapi keadaan semasa. Kekalahan demi kekalahan yang
dihadapi oleh Rusia khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan
kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di medan perang menyebabkan kesetiaan
sebahagian tentera berbelah bagi.
ISI 2: Kerajaan Hilang Imej dan Sokongan
o Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah, kerajaan
juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib
mereka dalam suasana ekonomi yang muram kesan daripada Perang Dunia Pertama.
232
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 3: Pejuang Revolusi Berpecah
o Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja dan petani telah
berpecah ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin telah mengambil
kesempatan untuk mendapatkan sokongan pekerja dan petani serta menyokong rampasan
tanah yang dilakukan oleh golongan petani.
ISI 4: Kerajaan Komunis Terbentuk
o Dengan sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang berdisiplin, Lenin
berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang
pertama di dunia.
ISI 5: Rusia Kehilangan Wilayah
o Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani
Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui perjanjian tersebut, Rusia telah kehilangan
¼ wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman dan ¾ sumber arang batu dan besi.
Kejayaan tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.
ISI 6: Wujud Golongan Kapitalis
o Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi perlahan berbanding dengan
negara-negara Eropah Barat. Wujud sebilangan kecil golongan kapitalis yang menyediakan
modal bagi melibatkan diri dalam perniagaan.
ISI 7: Kemunculan Golongan Pekerja Industri
o Golongan tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang dan jalan kereta api.
Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan pekerja industri yang miskin dan
persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Jumlah pekerja industri kecil iaitu kira-kira 10%
daripada penduduk Rusia pada tahun 1917.
ISI 8: Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial
o Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan dalam bidang politik. Parti-parti
politik ditubuhkan seperti Parti Buruh Demokratik Sosial oleh golongan pekerja yang
kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis. Oleh kerana perselisihan pendapat, maka parti
ini berpecah kepada dua iaitu Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks
yang dipimpin oleh Lenin
ISI 9: Berlaku Demonstrasi / Rusuhan
o Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan pekerja, petani dan
pemimpin parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis kerajaan
Tsar melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
ISI 10: Gerakan “ Tanah, Roti dan Keamanan ”
o Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks meminta “tanah, roti
dan keamanan”. Tanah untuk diberikan kepada golongan petani miskin manakala roti untuk
diberikan kepada pekarja yang kelaparan. Keamanan pula bermaksud untuk menamatkan
penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat untuk menubuhkan
kerajaan, khususnya untuk membela nasib pekerja dan petani. Demonstrasi terbesar berlaku
di ibu negara iaitu di Petrograd, kini dikenali sebagai St.Petersburg. Walaupun Tsar telah
melakukan sedikit pembaharuan politik dengan menubuhkan Duma (Parlimen), namun Duma
mempunyai kuasa yang terhad.
KESIMPULAN
Peristiwa Perang Dunia Pertama telah memperlihatkan kegagalan manusia menyelesaiakn konflik
secara rundingan dan kegagalan Liga Bangsa sebagai satu organisasi yang mewakili masyarakat
dunia untuk menyelesaikan konflik atau perbezaan pendapat antara mereka melalui meja rundingan.
Peristiwa perang ini jelas menunjukan kesan yang buruk akibat perang yang membawa kehilangan
nyawa, kemusnahan harta benda dan infrastruktur untuk keselesaan penduduk.
233
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 7: HURAIKAN KESAN PERANG DUNIA PERTAMA TERHADAP JERMAN DAN
AUSTRIA HUNGARY.
PENGENALAN
Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan negara-
negara Eropah. Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah)
yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain. Perang dunia pertama juga memberi kesan yang amat
mendalam terhadap Jerman dan Austria Hungary.
ISI 1: Keresahan Rakyat Bawahan
o Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan
bawahan seperti petani, pekerja dan tentera.
ISI 2: Tentangan Golongan Ahli Politik
o Penentangan terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun
sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama.
ISI 3: Kaiser Wilhem II Turun Takhta
o Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan perang
yang tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta dan mendapat suaka
politik di Belanda.
ISI 4: Kerajaan Republik Terbentuk
o Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah kerajaan republik
yang dikenali sebagai Republik Weimer yang menggunakan khidmat golongan tentera dan
pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada
tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa mengikut semua kemahuannya dalam usaha
menguasai Eropah.
ISI 5: Dinasti Habsburg Tamat
o Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg
ditamatkan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh
bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti Czech, Pole, Slovak, Finn dan Liithuania.
Kejayaan pemberontakan tersebut telah menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti
Czechoslovakia, Estonia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Rumania dan Yugoslavia.
ISI 6: Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan Makanan
o Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan
terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting seperti roti, kentang,
susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin
dan Leipzip yang melibatkan hampir 300,000 orang pekerja.
ISI 7: Kejatuhan Nilai Mata Wang
o Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun hingga kurang
daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga
terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah
pengeluaran sebelum perang.
KESIMPULAN
Peristiwa Perang Dunia Pertama telah memperlihatkan kegagalan manusia menyelesaiakn konflik
secara rundingan dan kegagalan Liga Bangsa sebagai satu organisasi yang mewakili masyarakat
dunia untuk menyelesaikan konflik atau perbezaan pendapat antara mereka melalui meja rundingan.
Peristiwa perang ini jelas menunjukan kesan yang buruk akibat perang yang membawa kehilangan
nyawa, kemusnahan harta benda dan infrastruktur untuk keselesaan penduduk.
234
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Unit 4.2 : KonflikAntarabangsa
4.2.2 : Perang Dunia Kedua 1941-1945
Hasil Pembelajaran : Menganalisis sebab dan kesan Perang Dunia Kedua
Masa /Kawasan Kajian : Jepun dan Amerika Syarikat (abad ke-20)
Waktu pengajaran : 6 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar Belakang Dunia Perang Dunia Kedua meletus selepas 20 tahun berakhirnya Perang
Kedua Dunia Pertama . Berlaku sekitar tahun 1939 sehingga tahun 1945 .
Tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap
Poland pada 1 September 1939. Melibatkan dua pihak iaitu Kuasa
Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat , Britain, Perancis dan
Rusia serta Pakatan Paksi yang disertai oleh Jerman , Itali dan Jepun .
Berakhir setelah Kuasa Berikat berjaya menewaskan pasukan tentera
Jerman . Perang ini meninggalkan kesan negatif dari aspek politik ,
ekonomi dan sosial kepada negara Jerman
2. Sebab berlaku perang a. politik
Dunia Kedua b. ekonomi
c. sosial
3. Kesan Perang Dunia a. politik
Kedua b. sosial
c. ekonomi
4. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
5. Latihan pengukuhan bincangkan kesan perang dunia kedua terhadap jerman pada abad ke-
20
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN SEBAB-SEBAB MELETUSNYA PERANG DUNIA KEDUA.
PENDAHULUAN
Perang dunia kedua ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945. Perang dunia kedua melibatkan
dua pakatan iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia
manakala Pakatan Paksi yang dianggotao oleh Jerman,Itali dan Jepun. Perang dunia kedua
melibatkan kawasan yang lebih luas,iaitu di Eropah, Asia, Afrika, dan Kepulauan Pasifik.
235
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 1: Pertembungan Ideologi Demokrasi Menentang Fasisme/Nazisme
Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini yang menjadi dictator Itali antara tahun 1922
hingga tahun 1943. Nazisme pula, muncul di Jerman lewat tahun 1920-an dan mejadi
idealogi negara setelah Adolf Hitler menguasai Jerman pada tahun 1933. Fasisme memberi
keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu.Benito Mussolini
menubuhkan satu pasukan tentera khas bagi menghapuskan semua tentangan serta
mengukuhkan penguasaanya sebagai ketua parti dan ketua negara.Fasisme menekankan
dasar perluasan wilayah.
Adolf Hitler telah dilantik sebagai Canselor (Perdana Menteri) pada tahun 1933, mempunyai
tentera peribadi (Parti Nazi) telah mengetepikan perlembagaan dengan menumpaskan
semua tentangan dalam negeri dan melantik dirinya sebagai dictator Jerman sehingga tahun
1945. Nazisme juga mengutamakan kepentingan negara,mengagungkan bangsa Jerman
(bersifat anti-Yahudi dan anti-Slav),dan menyatukan bangsa Jerman yang berselerak di
Eropah Tengah dan Timur. Bagi Nazisme, Eropah Tengah dan Eopah Timur merupakan
kawasan penting bagi bangsa dan negara JermaN
ISI 2: Kelemahan Perjanjian Versailles
Perjanjian Versailles telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
negara terumanya Jerman.Justeru itu,perang dunia kedua sering disebut “World War 2
resulted from the unfinished business of World War 1”. Adolf Hitler yang tidak berpuas hati
dengan Perjanjian Versailles telah melanggar perjanjian tersebut.Pada tahun 1935,Hitler
telah mengumumkan pembentukan Tentera Udara Jerman.Seminggu selepas itu,Jerman
memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera yang
mempunyai 500 000 anggota.Pada tahun 1936,tentera Jerman menawan kembali daerah
Saar dan Rhineland yang diberikan kepada Perancis.
Adolf Hitler seterusnya beralih ke Poland. Tindakan, Adolf Hitler itu membimbangkan Britain
dan Perancis,dan kedua-dua kuasa itu memberi jaminan akan membantu Poland jika
diserang oleh Jerman.Pada bulan September 1939,seperti diduga Jerman menyerang
Poland.Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.Dengan itu
bermulalah Perang Dunia Kedua.
Perjanjian Versailles gagal memusnahkan negara Jerman seblaliknya Jerman hanya dapat
dilemahkan buat sementara waktu sahaja.Ada dalam kalangan pemimpin Eropah yang tidak
mahu Jerman dilemahkan terus kerana Jerman boleh member sumbangan kepada
kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik di Eropah. Selain itu, Itali yang berada di pihak
yang menang dalam Perang Dunia Pertama turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap
Perjanjian Versailles.Hal ini kerana Itali tidak diberikan ganjaran yang sewajarnya seperti
tanah jajahan.
ISI 3: Desakan Ekonomi
Kejatuhan harga saham di Bursa Saham New York pada tahun 1929 dikatakan menjadi
punca bermulanya kemelesetan ekonomi dunia.Para pemodal (pelabur) di Amerika Syarikat
terjejas teruk sehingga mereka terpaksa menarik balik semua pinjaman yang telah berikan
kepada pelabur di Eropah.Keadaan ini menyebabkan keadaan ekonomi dunia tidak stabil.
Semasa kemelesetan ekonomi,para petani kecil menghadapi masaalah memasarkan
gandum sehingga remain petani menjadi miskin.Masaalah yang dihadapi oleh sector
pertanian turut memberi kesan kepada industri pengguna dan kerajaan.
Masalah pengangguran berlaku dengan meluas terutamanya dalam kalangan kakitangan
awam, manakala graduan universiti pula ramai yang menjadi penganggur.Di Jerman,pada
tahun 1932 terdapat hampir enam juta pekerja yang menganggur. Krisis sistem kredit dan
institusi bank turut menjejaskan perdangangan antarabangsa di Eropah.Pada tahun 1932,
236
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
sebuah bank di Austria telah mengamalkan dasar tutup pintu. Pengunduran Britain daripada
melibatkan diri dalam perdangangan di Eropah memberi peluang kepada Jerman
mengukuhkan kedudukan ekonominya di Eropah Timur dan Eropah Tengah yang
kemudiannya menyebarkan pengaruh politiknya.
ISI 4: Sikap Negara-Negara Terlibat
Amerika Syarikat mula menonjolkan diri dan keluar dari dasar pemencilan yang diamalkan
sejak sekian lama.Amerika Syarikat berasa tergugat dengan dasar perluasan kuasa Jepun
dan curiga dengan sikap British. Menjelang tahun 1930-an,Jepun cuba bersaing dengan
Britain untuk menguasai perdangangan di China.Britain sedar bahawa tidak ada harapan
untuk menewaskan Jepun jika mereka berperang di Asia Timur kerana Jepun memiliki
angkatan tentera yang kuat manakala tentera British jumlahnya kecil di Asia Timur
berbanding Jepun.
Oleh itu Britain sanggup bersekongkol dengan Jepun dan menyatakan besediaan berunding
soal pembahagian keuntungan yang diperolehi daripda aktiviti perdangangan di
China.Sekiranya Amerika Syarikat bergabung dengan Britain untuk menyerang Jepun,sudah
tentu Jepun dapat di tewaskan. Presiden Franklin D.Roosevelt member amaran kepada
rakyat Amerika Syarikat supaya menyokong kerajaan kerana sikap agresif Jepun menguasai
China pada tahun 1937 sebagai “the epidemic of world lawlessness is spreading”.
KESIMPULAN
Wujud 2 pemimpin iaitu Benito Mussolini yang mempunyai fahaman Fasisme dan Adolf Hitler
yang mempunyai fahaman Nazism.
Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman kerana kehilangan tanah
jajahan dan terpaksa membayar pampas an perang yang tinggi.
SOALAN 2: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA
KEDUA
PENGENALAN
Jepun merupakakan kuasa besar dalam perang dunia kedua. Pengiktirafan yang diterima setelah
berjaya mengalahkan kuasa Rusia menjadikan Jepun berkeyakinan untuk mengukuhkan lagi
kedudukannya sebagai kuasa besar dunia dengan menyertai Perang Dunia Pertama
(PD1). Penglibatan Jepun dalam PD1 mempunyai agendanya yang tersendiri
Isi Penting
1. Antara faktor yang membawa penglibatan Jepun dalam perang ini ialah sekatan ekonomi yang
dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap Jepun telah menyebabkan Jepun bertindak balas
dengan menyerang Pearl Harbour sekaligus mencetuskan Perang Pasifik atau Perang Dunia
Kedua di Asia. Sekatan ini dilancarkan disebabkan Jepun telah bertindak menceroboh China
yang mana impaknya segala bentuk bantuan dan aktiviti perdagangan dilarang daripada
memasuki Jepun malah aset Jepun di Amerika Syarikat turut dibekukan. Hal ini menyebabkan
ekonomi Jepun merosot kerana pemangkin ekonomi industri berkurangan seperti petroleum,
getah, bijih besi, arang batu dan sebagainya.
2. Faktor seterusnya yang menyebabkan Jepun terlibat dengan Perang Dunia Kedua ialah Jepun
memerlukan bahan mentah bagi menampung keperluan kilang-kilangnya dan memerlukan
pasaran baharu untuk barangan industrinya sekaligus membiayai peperangannya dengan China.
Bagi mengatasi kemelut itu, Jepun telah melancarkan dasar imperialisme dengan sasaran Asia
Tenggara dan kawasan Timur Jauh yang sememangnya kaya dengan bahan-bahan mentah
seperti bijih timah, bijih besi, petroleum dan getah.
3. Seterusnya penguasaan golongan tentera dalam politik Jepun menjelang pada tahun 1940 telah
237
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
membabitkan Jepun dalam perang ini. Perdana Menteri, Jeneral Tojo Hideki telah mengamalkan
dasar imperialisme bagi menjadikan Jepun sebagai kuasa baharu di Asia. Sehubungan dengan
itu, kempen¬kempen ketenteraan telah dilancarkan bermula dengan serangan ke atas
Manchuria, diikuti China, Indo-China dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu
dengan menggunakan slogan seperti "Asia Untuk Asia", "Semangat Asia" dan melancarkan
"Rancangan Kesemakmuran Asia Timur Raya".
4. Tindakan Jepun menyertai Pakatan Paksi yang dianggotai oleh Jerman dan Itali turut sama
menjadi faktor penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Kesan daripada penyertaan dalam
pakatan ini menyebabkan Jepun menjadi Kuasa Paksi utama di Asia dan Kepulauan Pasifik.
Pada tahun 1941, Jepun telah mengisytiharkan perang dengan Amerika Syarikat di Asia kerana
tindakan Amerika Syarikat berperang dengan Jerman dan Itali di Eropah. Hal ini direalisasikan
apabila Jepun menyerang pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour.
5. Faktor seterusnya ialah semangat yang ada dalam kalangan tentera Jepun. Mereka berjuang
dengan matlamat mengharumkan nama negara serta menjadi lambang kesetiaan mereka
terhadap Maharaja Jepun. Hal ini dibuktikan tentera Jepun diterapkan dengan semangat
kamikaze, contohnya juruterbang merempuh kubu pertahanan musuh demi benteng pihak lawan
bagi memperoleh emenangan.
6. Penglibatan Jepun dalam perang ini juga dikaitkan dengan cita-cita Jepun membentuk Kesatuan
Asia yang baharu di bawah kepimpinannya dengan melancarkan konsep "Asia Raya" dan
membentuk zon ekonomi yang akan diketuainya yang dikenali sebagai "Rancangan
Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya". Jepun berhasrat menakluk negara-negara yang
dikuasai oleh kuasa-kuasa barat seperti Indo-China yang dikuasai oleh Perancis, Indonesia yang
dijajah oleh Belanda dan Tanah Melayu serta Burma yang dikuasai oleh British serta Kepulauan
Pasifik yang dikuasai oleh Amerika Syarikat. Hal inilah yang menyebabkan Jepun telah diserang
oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Asia bagi menggagalkan cita-cita tersebut.
KESIMPULAN
1. Pembabitan Jepun dlm perang dunia kedua adalah utk mempertahankan meruah diri dan juga utk
memperkukuhkan kedudukannya. Namun begitu, Jepun mengalami kekalahan dan terpaksa
menyerah kalah kpd AS setelah dua buah Bandar utamanya dibom oleh tentera AS.
2. Jepun juga mengalami pelbagai perubahan selepas perang dunia kedua, kesan drpd pendudukan
AS
SOALAN 3: HURAIKAN PERISTIWA PERANG DUNIA KEDUA SECARA KRONOLOGI
PENDAHULUAN
- Selepas tamat perang dunia pertama, masih wujud rasa tidak puas hati dalam
kalangan negara yang terlibat dalam peperangan tersebut. Antara Negara yang paling
terjejas adalah Jerman. Jerman menganggap syarat-syarat yang di tetapkan dalam Perjanjian
Versailles berta sebelah dan tidak adil. Perkembangan ini menyebabkan Jerman bertindak
tidak mematuhi Perjanjian Versailles dan memulakan program mengukuhkan kekuatan
tentera. Tindakan Jerman menimbulkan kebimbangan Kuasa Berikat yang terdiri daripada
Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Dalam pada itu, Jerman mewujudkan pakatan
dengan Itali dan Jepun yang dikenali sebagai Kuasa Paksi.
- Perkembangan ini telah menyebabkan wujud ketegangan antara kedua-dua belah pihak
hingga menyebabkan dunia berada di ambang peperangan. Perang dunia kedua tercetus
apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap Poland pada 1 september 1939.
ISI 1: Peperangan bermula
- Menjelang awal tahun 1939, pasukan tentera Jerman menawan seluruh Czechoslovakia.
Selepas itu, Jerman menuntut agar bandar raya daniz di Poland diserahkan kepada mereka
dan menuntut sebidang tanah yang terletak di antara Jerman dan Prusia.
238
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Perang Dumia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada 1 september 1939.
Perkembangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas
Jerman pada 3 september 1939.
ISI 2: Serangan Blitzkrieg
- Selepas peperangan diisytiharkan, Hitler menunjukkan kekuatannya menerusi serangan yang
di kenali sebagai ‘Blitzkrieg’ atau serangan kilat. Panglima-panglima perang Jerman seperti
Heinz Gderian dan Erwin Rommel telah menggunakan taktik ini dengan berkesan dalam
medan perang. Pada 27 september 1939, pasukan tentera Jerman Berjaya menawan Poland
dan keadaan menjadi senyap untuk beberapa bulan, iaitu antara bulan oktober 1939 hingga
bulan april 1940.
- Dalam tempoh tersebut, berlaku peperanga kecil. Tempoh waktu ini di kenali sebagai
sitzkrieg ataupun Phoney War. Dalam pada itu, Rusia mengambil kesempatan melanggar
dan menawan Latvia, Lithuania, Estonia dan beberapa bahagian Finland.
ISI 3: Penaklukan Barat Daya Eropah
- Menjelang bulan april 1940, tentera Jerman Berjaya menakluk Denmark dan Norway tanpa
sebarang tentangan yang kuat. Pada bulan mei 1940, Jerman Berjaya menawan Belanda,
Belgium dan Luxemburg. Selepas itu, tentera Jerman merempuh banteng pertahanan
pasukan tenytera Berikat dan mara menuju ke Selat Inggeris.
- Tentera Perancis dan British tidak dapat mempertahankan kemaraan tentera Jerman dan
terpaksa berundur hingga ke pelabuhan Dunkrik. Adalah dianggarkan seramai 300 000
anggota tentera British terperangkap di pelabuhan Dunkrik.Dengan bantuan 900 buah kapal,
tentera-tentera British Berjaya menyeberang Selat Inggeris.
- Selepas itu, Jerman mula melancarkan serangan terhadap tentera Perancis di bahagian
selatan. Pada bulan jun 1940, pasukan tentera Jerman Berjaya masuk ke wilayah Perancis
selepas menyeberang Sungai Somme. Pada 14 jun 1940, tentera Jerman Berjaya menawan
Paris dan akhirnya kerajaan Perancis menyerah diri pada 17 jun 1940.
ISI 4: Empayar Jepun tumbang
- Menjelang tahun 1942, Jepun mula mengalami kekalahan dalam pertempuran dengan
tentera laut Amerika Syarikat di rantau Pasifik. Pada tahun 1942, Amerika Syarikat Berjaya
menguasai kepulauan Marshall dan kepulauan Marianas daripada Jepun. Pada tahun 1945,
Amerika Syarikat Berjaya menguasai Filipina daripada Jepun. Pangkalan-pangkalan tentera
ini digunakan oleh kapal terbang B-29 milik Amerika Syarikat untuk mengebom bandar-
bandar perusahaan Jepun yang penting.
- Dalam satu battalion angkatan laut Amerika Syarikat bersedia untuk membuat serangan akhir
ke atas Jepun. Sementara itu, tentera British di bawah pimpinan Lord Mountbatten
mengundurkan tentera Jepun dari Myanmar. Tentera Jepun juga bersedia untuk menawan
Tanah Melayu. Dalam pada itu, tentera pimpinan Chiang KaiShek mula menentang Jepun di
China.
ISI 5: Pengeboman Bom atom
- Pada 26 Julai 1945, kerajaan Britain, Amerika Syarikat dan China membuat pengisytiharan
bersama meminta Jepun supaya menyerah diri. Pada 6 Ogos 1945, sebuah kapal terbang B-
29 telah menggugurkan bom atom ke atas bandar raya Hiroshima. Serangan tersebut
menyebabkan hampir 60 000 nyawa terkorban dan lebih kurang 100 000 orang cedera. Pada
9 Ogos 1945, sebuah lagi bom atom digugurkan ke atas bandar Nagasaki. Pada masa yang
sama, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas Jepun
239
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Pada 14 Ogos 1945, kerajaan Jepun bersetuju tanpa syarat untuk menyerah diri. Penyerahan
diri telah ditandatangani dengan rasminya pada 2 September 1945 di dalam kapal perang
Amerika, Missouri di Teluk Tokyo. Peristiwa tersebut menandakan bahawa Perang Dunia
Kedua tamat
KESIMPULAN
- Peristiwa Perang Dunia Kedua ini menimbulkan banyak kesan kepada Negara Jerman,
Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat . Dari sudut politik, penubuhan badan dunia
yang dikenali sebagai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), kebangkitan semangat
kebangsaan, Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia, perpecahan
negara Jeman dan perubahan sempadan negara-negara Eropah.
- Dari sudut ekonomi pula, kemusnahan ekonomi negara-negara Eropah, banyak nyawa yang
terkorban dalam sejarah manusia dan Negara yang menang menuntut ganti rugi daripada
Negara yang kalah dalam perang. Manakala dari sudut sosial pula, perubahan peranan
kepada golongan wanita, timbul masalah pelarian dan perbicaraan terhadap penjenayah-
penjenayah perang.
SOALAN 4: SEJAUH MANAKAH KEMUNCULAN NASIONALISME MELAMPAU DI JEPUN TELAH
MENDORONG MELETUSNYA PERANG DUNIA KEDUA DI ASIA
PENDAHULUAN
Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan
hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan
Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan
lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong kepad tercetusnya PD2 di Asia.
ISI 1: Gerakan Nasionalisme Yang Melampau Di Jepun
Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun.
Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu
dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak
dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah
dengan golongan tentera.
Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun
dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan
sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai
kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi
peperangan.
ISI 2: Kegagalan Liga Bangsa.
Ini adalah kerana Liga Bangsa gagal memainkan peranan dengan aktif dan berkesan bagi menyekat
peperangan. Hal ini jelas apabila Negara-negara seperti Jerman, Itali dan Jepun bertindak
meluaskan kuasa serta menakluki negara-negara lain.Sebagai contoh, Jerman menawan Austria
manakala Jepun menakluki Manchuria. Disamping itu Itali telah bertindak menyerang dan menakluki
Abyssinia. Tegasnya dapat dikatakan bahawa kegagalan Liga Bangsa merupakan antara sebab
utama tercetusnya PD2.
240
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 3: Dasar / Pendirian Negara Terlibat
Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2. Pada
ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama lain sama ada
dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan suasana tegang di
antara negara terbabit.
ISI 4: Kepentingan Ekonomi
Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang
kuat. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar
imperialisme. China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis
bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara
menjejaskan kepentingan mereka. Justeru kuasa-kuasa barat bimbang seandainya Jepun menjadi
kuasa utama dunia.
ISI 5: Isu Keselamatan Negara Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi (penghujung abad ke-19] dan dasar imperialisme yang
dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan Rusia.
Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan
pertahanannya. Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas
tentera Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis
kepentingan negara merujuk kepada kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun
dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar
diperkukuhkan. Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis
kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937],
Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941]. Jelas Menunjukkan Faktor Ini Penyebab
Kepada Kebangkitan Perang Dunia Ke-2
KESIMPULAN:
Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap
saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam
bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan
Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan.
Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar dunia dicatatkan
SOALAN 5: BINCANGKAN KESAN PERANG DUNIA KEDUA TERHADAP JERMAN PADA ABAD
KE- 20
PENDAHULUAN
Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Poland pada
tahun1939.Dalam Perang Dunia Kedua, Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat membentuk
pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman,Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang
dikenali sebagai Kuasa Paksi. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terutama
dalam bidang politik, ekonomi dan social di eropah dan juga kepada Jerman sendiri.
241
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 1: Perpecahan Jerman
Apabila peperangan tamatdan Jerman dikalahkan,Jerman dibahagikan kepada empat buah zon yang
dikuasai oleh Britain,Perancis,AmerikaSyarikat dan Soviet Union.Sistem ekonomi yang seragam
dijalankan dengan menggabungkan semua zon yang dikenali sebagai Jerman Barat. Zon ini
memperolehi bantuan ekonomi daripada AmerikaSyarikat melalui Rancangan Marshall.Soviet Union
membangunkan Jerman Timur sebagai zon yang dipengaruhi oleh komunis. Perkembangan yang
berlaku ini menyebabkan wujudnya perpecahan yang ketara antara Jerman Barat dengan Jerman
Timur yang terpisah daripada segi politik, ekonomi dan social sehingga Jerman kembali bersatu pada
tahun1989.
ISI 2: Negara Jerman Kehilangan Wilayah
Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua menyebabkan Jerman kehilangan satu Perempat
daripada wilayahnya kepada pihak yang menang.Perancis menguasai wilayah Saar,SovietUnion
meluaskan sempadannya sehingga meliputi wilayah Jerman dan rantau Baltik. Walaupun Jerman
gagal memperlihatkan negaranya sebagai kuasa politik yang hebat dieropah dalam era ini namun
Jerman bangkit sebagai kuasa ekonomi yang berperanan penting dieropah selepas perang dunia
kedua.Jerman Berjaya muncul Sebagai Negara termaju didalam dunia yang berada dalam kelompok
Negara G7
ISI 3: Kehilangan Nyawa dieropah dan Asia mengorbankan banyak nyawa
Perang dunia kedua yang berlaku
manusia,kemusnahan harta benda dan mengundang kesengsaraan kehidupan Manusiadalam
sejarah dunia. Rakyat Jerman berjumlah 600000 orang dianggarkan terkorban akibat letupan
bom,pembunuhan,wabak penyakit dan kebuluran.Negara Jerman mengalami kerosakan dan
kemusnahan infrastruktur, bandar dan Perusahaan yang terjejas dengan teruk dan menyusahkan
kehidupan rakyatnya. Rakyat Jerman menghadapi situasi kehidupan yang amat tragis ekoran
peperangan yang berlaku.Mereka berhadapan dengan kesedihan,trauma dan masa hadapan yang
tidak menentu.Namun begitu,rakyatJerman Berjaya memulihkan kehidupan mereka dengan bangkit
berusaha membina Negara semula daripada kemusnahan perang.Hasilnya negaraJerman tetap
menjadi sebuah Negara maju dalam dunia sekarang ini.
ISI 4: Ganti Rugi Peperangan
Selepas perang tamat,menurut Perjanjian Damai Paris,Negara yang kalah didalam peperangan
dikehendaki membayar gantirugi peperangan kepada negara-negara yang menang.Ini menyebabkan
negara-negara yang menang dalam peperangan Bertindak menuntut gantirugi peperangan daripada
Negara yang kalah.NegaraBritain Dan Perancis mendapat bekalan arangbatu secara percuma dan
bekalan tenaga Buruh secara paksa daripadaJerman.Amerika Syarikat pula mengambil semua aset.
Milik syarikat-syarikatJerman yang beroperasi di negaranya.Hakcipta jentera dan mesin-mesin yang
dihasilkan oleh saintis Jerman turut diambil oleh Negara Amerika Sebagai gantirugi. Negara Jerman
terpaksa berhadapan dengan tindakan Negara yang menang dalam Peperangan ini.Aset galian dan
kelebihan dalam pengetahuan serta teknologi di rampas sebagai gantirugi dalam peperangan.Walau
pun Negara Jerman seperti Sudah jatuh ditimpa tangga,rakyat dan bangsaJerman bangun
memulihkan ekonomi dan menguruskannya sehingga Berjaya standing Negara lain di Eropah
ISI 5: Hukuman Jenayah Perang
Perbicaraan terhadap penjenayah diadakan di Nuremberg selepas peperangan tamat.
Sejumlah177orangJerman dihadapkan kemahkamah atas tuduhan jenayah perang.
Sebanyak13kaliperbicaraan terhadap orangJerman diadakan antaratahun1945-1947.Perbicaraan
tersebut memutuskan seramai 25 orang dijatuhkan hukuman mati, 20 orang dikenakan hukuman
penjara dan 35 orang dibebaskan daripada tuduhan. Peristiwa buruk peperangan dunia kedua
menjadikan Negara Jerman sekalilagi di hukum selepas berhadapan dengan perang dunia pertama
242
PANITIA SEJARAH KT6P