PERKASA STPM940/1
ISI 2: Pembukaan pelabuhan Antwerp
- Menyebabkan barangan dari England di hantar ke eropah melalui pelabuhan di Belanda.
Malah, pelabuhan ini bertindak sebagai pelabuhan pengantara di mana barangan dari
kawasan lain juga dihantar untuk di edarkan di England.
- Oleh itu, pelabuhan ini menjadi pusat pertukaran barangan di eropah dan asia.
ISI 3: Dasar ekonomi merkantilisme
- Belanda merupakan satu-satunya negara yang tidak mengamalkan dasar ekonomi
merkantilisme di Eropah. Perdagangan dan perniagaan berkembang pesat dan maju
mengikut kebijaksanaan pedagang-pedagang.
- Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai negara yang terkaya di Eropah ketika itu.
ISI 4: Angkatan marin perdagangan
- Belanda mempunyai angkatan marin perdagangan yang besar dan terutamanya fluyts iaitu
kapal pengangkut sederhana dan tahan lasak. Ini membolehkan Eropah menguasai
perdagangan balak, bijirin, kain, garam, dan ikan herring pada tahun 1600.
- Dalam negeri pula, bahan mentah diimport dengan banyak dan menghasilkan barang siap
melalui pelbagai jenis perdagangan. Hal ini membangunkan industri pembersihan gula,
pelaburan, penyulingan, pemeraman, hasil tembakau, tenunan sutra, pembuatan tembikar,
kaca, senjata, kertas, dan percetakan.
ISI 5: Tindakan mengecualikan negara Belanda dari menggunakan pelabuhan Sepanyol dan
Portugal.
- Keadaan ini menyebabkan Belanda terpaksa mencari sumber bahan mentah dan pasaran
baru bagi memasarkan barangan mereka. Belanda telah menjual bijirin yang telah diproses
kepada Empayar Uthmaniyah.
- Mendapat keuntungan yang lumayan melalui perdagangan di kawasan Carribean dan
Selatan Amerika.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, faktor-faktor perkembangan perdagangan dan peniagaan di Belanda telah memberi
banyak sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial.
SOALAN 2: BINCANGKAN FAKTOR- FAKTOR YANG MENDORONG PERKEMBANGAN
KEGIATAN PERDAGANGAN DI BELANDA PADA ABAD KE – 16 HINGGA 18 MASIHI.
PENDAHULUAN
- Menjelang abad ke- 16 hingga 18 M, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat di
Belanda.
- Terdapat 3 jenis aktiviti perdagangan yang dijalankan di Belanda, iaitu:
Perdagangan dalam Negara.
Perdagangan luar Negara.
Perdagangan maritime.
- Perdagangan dalam Negara melibatkan perdagangan antara wilayah, provinsi dan Bandar-
Bandar.
- Selain perdagangan dalam Negara, perdagangan dengan Negara- Negara Eropah lain turut
berkembang.
143
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Belanda telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan England, Jerman, Perancis,
Sepanyol dan Itali.
- Di samping itu, Belanda turut terlibat dalam perdagangan maritime dengan Negara- Negara di
rantau timur.
- Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan di Belanda pada abad ke- 16
hingga 18 Masihi.
ISI 1: Kekurangan sumber alam
- Faktor pertama yang mendorong perkembangan perdagangan adalah kekurangan sumber
alam di Belanda.
- Kekurangan sumber alam menyebabkan Negara Belanda tidak dapat mengeluarkan barang
keperluan yang mencukupi.
- Dalam konteks ini, Belanda bergantung kepada Negara- Negara lain bagi mendapatkan
barang keperluan kecuali produk tenusu.
- Oleh demikian, Belanda mengimport barang keperluan penduduknya daripada Negara lain.
- Perkembangan ini menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat.
- Jelas ternyata kekurangan sumber bagi menghasilkan barangan keperluan mendorong
perkembangan perdagangan di Belanda.
ISI 2: Kedudukan strategikl
- Faktor kedua yang mendorong perkembangan perdagangan di Belanda adalah kedudukan
yang strategic.
- Perdagangan berkembang kerana Negara Belanda terletak di laluan perdagangan yang
menghubungkan bahagian timur dan barat daya Eropah.
- Tuntasnya, kedudukan strategic menyebabkan Belanda memainkan peranan sebagai pusat
pengedaran barangan dagangan di Eropah.
ISI 3: Kemudahan perbankan
- Faktor ketiga yang mendorong perkembangan perdagangan di Belanda adalah kemudahan
perbankan.
- Kemunculan institusi perbankan merangsang pertumbuhan sector perdagangan di Belanda.
- Institusi perbankan telah ditubuhkan di Negara Belanda pada awal abad ke- 17 Masihi.
- Institusi ini menyediakan kemudahan pinjaman dan menyediakan modal bagi pedagang.
- Selain itu, perbankan juga berperanan dalam menyelaraskan pinjaman dan memperkenalkan
pembayaran melalui cek.
- Pada tahun 1609, sebuah institusi pertukaran wang yang dikenali sebagai Wisselbank telah
ditubuhkan di Amsterdam.
- Tuntasnya, bantuan modal yang disediakan oleh bank- bank ini membantu perkembangan
perdagangan di Belanda.
ISI 4: Penggunaan mata wang.
- Setiap daerah dan wilatah di Negara Belanda memiliki mata wang masing- masing.
- Sebagai contoh, wilayah- wilayah seperti Hoorn, Medemblik dan Enkhuizen mempunyai mata
wang yang standard.
- Selain itu, mata wang kebangsaan yang mempunyai nilai yang berbeza turut digunakan
dalam urusniaga.
- Di samping itu, mata wang Pound Flemish, Ducatoon, Dollar Rix, Crusados dan Carolus juga
digunakan secara meluas dalam urus niaga.
- Penggunaan mata wang menyebabkan kegiatan perdagangan dapat dijalankan dengan
sistematik dan teratur.
144
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Tegasnya, penggunaan mata wang yang seragam mendorong perkembangan perdagangan
di Belanda.
ISI 5: Kemunculan syarikat dagang.
- Faktor terakhir yang mendorong perkembangan perdagangan di Belanda adalah kemunculan
Syarikat Dagang.
- Syarikat- syarikat dagang memainkan peranan dalam perkembangan perdagangan maritime.
- Sebagai contoh, pedagang- pedagang dari Amsterdam menubuhkan sebuah persatuan yang
dikenali sebagai ‘Society of Distant Lands’.
- Persatuan ini menyediakan dana bagi membantu pedagang- pedagang dan membiayai kos
pembinaan kapal- kapal dagang.
- Justeru, kemunculan syarikat- syarikat dagang turut memainkan peranan dalam peningkatan
perdagangan di Belanda.
ISI 6: Insuran Maritim
- Pengenalan insurans maritim mendorong perkembangan perdagangan di negara Belanda.
Insurans ini diperkenalkan bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam perdagangan
menggunakan laluan laut.
- Insurans ini diperkenalkan sejak pertengahan abad ke-16 M sebagai langkah menanggung
risiko yang dihadapi oleh pedagang semasa barang2 diangkut menggunakan jalan laut.
- Premium bagi insurans berbeza dari semasa ke semasa berdasarkan harga belian barang
yang diangkut
- Kadar premium insurans yang diperkenalkan pada tahun 1650 adalah antara 5% hingga 11%
daripada harga barangan.
KESIMPULAN
- Terdapat beberapa faktor yang merangsang perkembangan pesat kegiatan perdagangan di
Negara Belanda pada abad ke- 16 hingga 18 Masihi.
- Di samping kedudukan strategic, perkembangan perdagangan juga disebabkan oleh
pengenalan mata wang, kemudahan perbankan, pengenalan insuran maritime dan
kemunculan syarikat dagang.
- Perkembangan pesat kegiatan perdagangan menyebabkan Belanda muncul sebagai pusat
perdagangan penting di Eropah pada abad ke- 16 dan 18 Masihi.
145
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.2 : Perkembangan ekonomi
3.1.2.2 : Pertanian
Hasil Pembelajaran : Membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam
bidang pertanian
Masa /Kawasan Kajian : Belanda (abad ke- 17 hingga 18)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar belakang BelandaKe kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh laut membolehkan
Belanda muncul sebagai kuasa perdagangan di eropah pada abad
ke-16 hingga ke-18.
2. Perkembangan a. Penanaman sayur-sayuran
pertanian di Belanda b. Tanaman bijirin
pada abad ke-17 c. Tanaman dagangan
hingga 18 d. Penternakan
e. Industry tenusu
3. Faktor perkembangan f. Penanaman buah-buahan
pertanian di Belanda g. Tananam bunga
a. Pertambahan penduduk
4. Bahan rujukan b. Menebus guna tanah
c. Pengenalan tanaman bergilir
d. Kesuburan tanah
e. Sistem penanaman deretan
f. Sistem batas
g. Kemajuan dalam teknologi peralatan
1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
5. latihan Bincangkan faktor-faktor perkembangan pertanian di Belanda pada
pengukuhan/pengayaan abad ke-17 hingga 18.
146
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI PERTANIAN DI BELANDA PADA
ABAD KE – 17 DAN 18 MASIHI.
PENDAHULUAN
Iklim Belanda yang sederhana membolehkan pertanian menjadi punca ekonomi yang utama. Belanda
mempunyai tanah yang subur dan sungai utama seperti sungai Rhine dan sungai Mass serta
beberapa terusan yang membantu perkembangan ekonomi Belanda pada abad ke-17 hingga ke-18.
ISI – ISI PENTING
Sistem pengairan yang baik digunakan untuk mengairi tanaman. Petani mengusahakan tanaman
sayur-sayuran untuk memenuhi permintaan di Bandar. Belanda masih mendahuluhi dalam bidang
pertanian pada ketika ini. Pengeluaran pertanian Belanda meningkat kerana penebus gunaan tanah
yang dilaksanakan. Pada separuh pertama abad ke-17, penyaliran tanah secara besar-besaran telah
dijalankan. Benteng-benteng yang dibina menggunakan dinding tanah, kadang-kadang kayu yang di
perkukuhkan dan diliputi rumput. Sejenis alat digunakan untuk mengepam air yang berlebihan dari
kawasan rendah. Penyelanggaraan sistem seperti ini memerlukan usaha bersama dan menjadi
Belanda jurutera enjin hidrolik yang terbaik pada zaman itu.
Belanda juga merupakan pengasas dalam inovasi pertanian. Pertanian bergilir diperkenalkan
oleh petani-petani Belanda. Tanah yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan begitu sahaja.
Sementara menunggu masa untuk menanam semula, tanaman lain seperti lobak, kacang pis dan
sebagainya diselang-selikan dengan bijirin-bijirin. Ini membolehkan meraka mengekalkan
pengeluaran pertanian yang tinggi di samping memastikan kesuburan tanah. Penggiliran tanaman
dengan bijirin membolehkan mereka membela haiwan ternakan dan menggunakan najis haiwan
tersebut sebagai baja untuk tanah. Walaupun Belanda merupakan Negara yang maju dalam
pertanian, Negara itu tetap terpaksa mengimport bijirin untuk kegunaan penduduk kerana
penduduknya sangat padat.
Petani di Belanda juga mengusahakan penternakan haiwan secara intensif. Lembu-lembu di sini
dijaga dengan baik dan hasilnya sangat memberansangkan. Belanda memiliki kawasan yang sesuai
untuk member makan lembu dan menggemukkan lembu-lembu sebelum penyembelihan. Akhirnya,
lembu-lembu yang telah disembelih dieksport ke Bandar-bandar wilayah selatan. Perdagangan
lembuh disembelih berkembang dari tahun 1500 hingga tahun 1660. Tetapi langkah-langkah
perlindungan di pihak berkuasa Belanda yang mahu menggalakkan penggemukkan lembu di rumah
belaan menyebabkan pengucupan perdagangan lembu antarabangsa antara tahun 1660 dan tahun
1750.
Perdagangan gandum dengan Baltik telah menjadi sumber utama pekerjaan bagi Belanda
bukan sahaja dalam bidang maritim tetapi juga dalam hal menguruskan bekalan. Perdagangan
ini telah diibaratkan sebagai ibu perdagangan. Ini bermaksud perdagangan yang tertua dan teguh
merangkumi perkapalan, kelasi dan komoditi. Dalam jangka waktu panjang ,gandum dari Baltik telah
memajukan sektor perkapalan, perdagangan, dan industri pembuatan.
KESIMPULAN
Ekonomi pertanian di Belanda telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi perdagangan dan
seterusnya industri perkapalan
147
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 2: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERTANIAN DI BELANDA PADA
ABAD KE- 17 DAN 18 MASIHI.
PENDAHULUAN
Menjelang abad ke-17 dan 18, berlaku pertambahan bilangan penduduk di Belanda. Dalam pada
itu, bilangan penduduk yang tinggal di Bandar-bandar turut meningkat. Peningkatan penduduk di
kawasan Bandar menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran dan hasil tenusu meningkat.
Perkembangan ini menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di sekitar Bandar.
ISI 1: Menebus Guna Tanah
Perkembangan pesat dalam sector pertanian disebabkan oleh aktiviti menebus guna tanah. Melalui
aktiviti ini sebahagian besar tanah yang berada di bawah paras laut di tebus guna untuk menjalankan
aktiviti pertanian. Menjelang pertengahan kurun ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di
tebus guna untuk tujuan pertanian. Menerusi kegiatan tebus guna kawasan tanah, seluas 1772 ekar
telah ditebus untuk menjalankan aktiviti antara tahun 1765 hingga 1789. Aktiviti menebus guna tanah
menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian meningkat di Belanda
ISI 2: Pengenalan Tanaman Bergilir
Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan pengenalan sistem tanaman bergilir. Sistem
penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di wilayah weas pada tahun 1644. Dalam sistem
penggiliran tanaman yang diamalkan di Negara Belanda,sistem tanah rang di mansuhkan. Melalui
sistem ini, Kesuburan tanah pertanian dipelihara dan hasil pertanian turut meningkat.
ISI 3: Kesuburan Tanah
Salah satu faktor yang mendorong perkembangan aktiviti pertanian di Belanda ialah Kesuburan
tanah. Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada tanah di Negara Belanda amat subur dan
sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan petani-petani Belanda
memperoleh hasil pertanian yang banyak. Petani-petani di Belanda mempunyai pengetahuan
dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalanjan pelbagai langkah untuk memelihara
kesuburan tanah. Antaranya ialah : melakukan pemugaran tanah, penggunaan baja asli seperti najis
ternakan, Akhir sekali membuang rumput dan tanaman perosak
ISI 4: Sistem Penanaman Deretan
Penanaman dalam Deretan telah dipraktikkan di Belanda sejak abad ke-14 lagi. Sistem ini digunakan
dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau. Penanaman dalam
deretan menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
ISI 5: Sistem Batas
Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat
batas. Melalui sistem ini, Saliran yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh
dengan subur. Pengenalan sistem batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran
diperkenalkan.
148
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 6: Kemajuan dalam teknologi Peralatan
Perkembangan pesat dalam sector pertanian juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi
peralatan. Petani-petani di Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan seperti tenggala
dan mesin menampi bijirin. Penemuan peralatan-peralatan baharu menyebabkan berlaku
peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
KESIMPULAN
Faktor-faktor yang mendorong perkembanagn Revolusi Pertanian di England ialah dengar
menggunakan Menebus Tanah, Pengenalan Tanaman Bergilir, Kesuburan Tanah, Sistem
Penanaman Deretan, dan Sistem Batas. Perkembanagn Revolusi pertanian di Belanda telah
mangakibatkan perubahan-perubahan kemajuan dalam teknologi Peralatan pertanian di Belanda
149
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.2 : Perkembangan ekonomi
3.1.2.2 : Pertanian
Hasil Pembelajaran : Membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam
bidang pertanian
Masa /Kawasan Kajian : England (abad ke- 17 hingga 18)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar belakang revolusi ini telah menjadi asas kepada berlakunya Revolusi
pertanian di England Perindustrian kelak. Perubahan ini bukan sahaja menyebabkan
skala pengeluaran semakin besar, malah pengurusan kaedah
pertanian turut mengalami perubahan-perubahan yang amat
ketara apatah lagi munculnya tokoh yang kreatif dan inovatif
pada masa tersebut
2. Perkembangan a. Pengeluaran makanan secara besar-besaran
pertanian di England : kerana perubahan dalam system pemilikan tanah,
penggunaan kaedah saintifik dan kaedah
pemasaran produk yang berkesan.
b. Sistem pemilikan tanah terbahagi kepada dua iaitu
pemilikan persendirian dan pemilikan tanah awam
c. Akta pemagaran tanah menyebabkan tuan tanah
membeli tanah awam dan aktiviti pertanian
dijalankan secara besar-besaran
d. Kaedah pertanian baru seperti sistem penanaman
bergilir, memperkenalkan tanaman baru (turnip
dan ubi kentang)
e. Kaedah penternakan baru untuk membesarkan
binatang ternakan dengan cepat untuk bekalan
daging dan bulu binatang
f. Pengenalan pertanian campur melibatkan
tanaman dan ternakan
g. Ciptaan baru untuk meningkatkan pengeluaran
seperti Jethro Tull (Menggali dan menugal), bajak
tiga segi untuk membajak tanah, alat mengetam,
alat memukul dan alat menumbuk bijirin,
penciptaan jentera berkuasa wap.
h. Penggunaan baja dan sistem saliran. Penggunaan
baja tiruan dan baja asli daripada najis binatang.
Pembinaan saliran dapat menyalirkan kawasan
pertanian yang luas.
3. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
150
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
4 latihan Bincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang pertanian
pengukuhan/pengayaan di England pada abad ke-17 hingga 18.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: JELASKAN PERKEMBANGAN EKONOMI PERTANIAN DI ENGLAND PADA ABAD
KE-17 DAN 18 M.
PENGENALAN
Revolusi pertanian yang berlaku di England merupakan satu fenomena yang berlaku apabila
apabila kegiatan pertanian di sana telah mengalami perubahan secara mendadak. Ia berlaku
secara menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Proses ini memakan masa yang
agak lama dan berterusan, malah revolusi ini telah menjadi asas kepada berlakunya Revolusi
Perindustrian kelak. Perubahan ini bukan sahaja menyebabkan skala pengeluaran semakin
besar, malah pengurusan kaedah pertanian turut mengalami perubahan-perubahan yang
amat ketara apatah lagi munculnya tokoh yang kreatif dan inovatif pada masa tersebut.
ISI 1: Pengeluaran makanan
Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan secara kecil-kecilan. Selepas revolusi
pertanian, berlakunya perubahan apabila pengeluaran makanan secara besar-besaran telah
berlaku. Perubahan ini disebabkan oleh perubahan dalam sistem pemilikan tanah,
penggunaan kaedah saintifik dalam penanaman dan kaedah pemasaran produk yang
berkesan.
ISI 2: Sistem Pemilikan Tanah
Sebelum revolusi pertanian, terdapat dua sistem pemilikan tanah, iaitu Sistem pemilikan
tanah persendirian dan Sistem pemilikan tanah awam. Tanah persendirian dimiliki oleh
golongan tuan-tuan tanah yang kaya. Tanah awam merupakan tanah yang dimiliki oleh orang
perseorangan.
Rakyat biasa dibenarkan menggunakan tanah awam untuk bercucuk tanam, memelihara
ternakan, memburu binatang dan memancing
ISI 3: Akta Pemagaran Tanah
Akta pemagaran tanah telah diwujudkan berikutan desakan oleh golongan tuan tanah untuk
tujuan pengeluaran hasil pertanian secara besar-besaran. Perubahan mendadak ini
disebabkan oleh pertambahan penduduk di England. Menjelang tahun 1801, bilangan
penduduk di England dan Wales adalah 9 juta orang. Tahun 1831, bilangan penduduk
meningkat secara mendadak mencapai 14 juta orang. Pertambahan penduduk menyebabkan
tuan-tuan tanah memanfaatkan tanah awam untuk menjalankan aktiviti pertanian secara
besar-besaran dan mendapat kelulusan parlimen untuk memagari tanah awam. Tahun 1761
hingga 1792, hampir 500 000 ekar tanah dipagari melalui akta tersebut, membentuk ladang-
ladang yang diusahakan secara intensif berikutan peningkatan harga gandum dan
permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian.
Akta pemagaran tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli tanah awam dan muncul
ladang pertanian.
ISI 4: Kaedah Pertanian Baharu
151
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Revolusi pertanian menyebabkan kaedah baharu diperkenalkan dalam bidang pertanian.
Kaedah yang diperkenalkan ialah sistem penanaman bergilir. Kaedah ini diperkenalkan oleh
Lord Townshend. Perubahan ini menyebabkan kaedah pertanian dapat digunakan secara
berterusan sepanjang tahun. Melalui kaedah baharu ini, kesuburan tanah tidak terjejas
kerana tanaman yang berlainan menggunakan bahan mineral tanah yang berlainan.
Pengenalan sistem penanaman bergilir menyebabkan beberapa tanaman baharu
diperkenalkan. Antara tanaman baharu yang diperkenalkan di England termasuklah turnip
dan ubi kentang. Thomas William Cake telah memperbaik sistem penggiliran tanaman dan
mendapati hasil pertanian semakin meningkat berlipat kali ganda.
ISI 5: Kaedah Penternakan Baharu
Usaha dilakukan untuk memperkenalkan kaedah baharu dalam bidang penternakan. Robert
Bakewell telah memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Hasil
penyelidikannya, Robert Bakewell telah berjaya menghasilkan biri-biri baka baharu yang
dikenali sebagai biri-biri Durham Shorthorn yang mempunyai berat sebanyak dua kali ganda
lembu biasa. Perkembangan dalam kaedah ini menyebabkan binatang ternakan boleh
membesar dan matang dengan lebih cepat. Bekalan daging dan bulu binatang bertambah
menerusi kaedah baharu ini dan binatang-binatang ternakan juga membekalkan baja kepada
para petani untuk tanaman mereka.
ISI 6: Pengenalan Pertanian Campuran
Sistem penggiliran tanaman yang diperkenalkan oleh Lord Townshend, petani terlibat dalam
penanaman rumput. Rumput yang ditanam oleh petani digunakan sebagai sumber makanan
kepada binatang ternakan seperti biri-biri dan lembu.
Petani mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan tanaman dan ternakan.
Penglibatan petani dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan
mereka.
ISI 7: Ciptaan Baharu
Revolusi pertanian menyebabkan peralatan baharu dicipta untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian. Jethro Tull telah mencipta alat yang digunakan untuk menggali dan menugal
tanah pertanian. Penciptaan alat ini membolehkan penugalan dan penanaman bijih benih
dapat dilakukan dengan lebih pantas. Tahun 1730-an, sejenis bajak berbentuk tiga segi yang
dikenali sebagai Rotterham telah direka yang dikendalikan oleh kuda.
Penciptaan alat tersebut membolehkan kerja membajak tanah dilakukan dengan lebih
berkesan. Antara alat pertanian yang telah direka ialah alat mengetam, alat memukul, dan
alat menumbuk bijirin. Dalam pada itu, penciptaan jentera berkuasa wap menyebabkan kerja
dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.
ISI 8: Penggunaan Baja dan Sistem Saliran
Menjelang pertengahan abad ke-19, ahli-ahli Sains berjaya menghasilkan baja tiruan. Di
samping itu, baja asli juga digunakan secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.Selain itu, langkah-langkah juga diambil untuk membina dan membaiki sistem
saliran. Pembinaan sistem saliran menyebabkan berjuta-juta hektar tanah dapat disalirkan
untuk tujuan pertanian.
KESIMPULAN
Perubahan-perubahan yang berlaku ini, walaupun banyak impak positifnya dari segi
pengeluaran, namun keadaan sebaliknya berlaku kepada petani-petani yang kehilangan
tanah apabila Akta Pemagaran Tanah diperkenalkan. Petani tidak mampu memagarkan
tanah mereka dan ada pula yang tidak dapat membuktikan bahawa tanah ladang yang
diusahakan adalah kepunyaan mereka. Malah, jentera-jentera pertanian yang baru
diperkenalkan pula sangat mahal dan mereka tidak mampu membelinya. Dengan itu, mereka
tidak dapat menyaingi peladang-peladang kaya dan akhirnya terpaksa menjual ladang
mereka. Kadar pengangguran juga berlaku apabila jentera-jentera yang baharu
152
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
diperkenalkan tidak memerlukan pekerja yang ramai. Oleh itu, penghijrahan secara besar-
besaran dari desa ke bandar-bandar perindustrian berlaku secara meluas.
Peringatan: Calon dikehendaki menghuraikan aspek perkembangan ekonomi di England
yang membawa berlakunya pola perubahan @ perubahan ke atas ekonomi di England.
SOALAN 2: HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI PERTANIAN DI ENGLAND
Pendahuluan
Pada tahun 1700, semua ekonomi di Negara-negara Eropah berasaskan kepada
pengeluaran sektor pertanian.
Kebanyakkan guna tenaga digunakan dalam sektor pertanian, menggunakan modal yang
paling banyak, dan menghasilkan sumbangan output yang paling tinggi dalam ekonomi.
Dengan kata lain, banyak aktiviti ekonomi berkaitan makanan termasuk perbelanjaan negara
dari segi ekonomi. Hal ini telah menyumbangkan kepada krisis ekonomi pada abad tersebut.
Oleh itu, ekonomi di England pada abad ke-17 juga berasaskan kepada pengeluaran sektor
pertanian. Perkembangan bidang pertanian dengan pengenalan percintaan baharu telah
membaawa pembangunan dalam ekonomi perindustrian di England pada abad ke-18.
Isi-isi penting
Perkembangan pertanian di England pada abad ke-17 hingga ke-18
Pada permulaan abad ke-17, ekonomi berasaskan pertanian di luar bandar. Petani
menjalankan ekonomi sara diri kerana ekonomi pertanian yang besar tetapi tidak cekap,
produktiviti yang rendah, dan tahap teknologi yang kurang maju.
Semua tenaga buruh dan sumber digunakan untuk memastikan makanan untuk penduduk
umum cukup dan ini menyebabkan pembaziransumber-sumber yang boleh digunakan untuk
sector-sektor yang lain.
Pada masa ini, ekonomi perindustrian tidak dapat berkembang maju kerana sumber
kewangan yang terhad dan tidak dapat digunakan bagi membeli barangan atau
perkhidmatan. Rakyat pula menggunakan semua pendapatan mereka untuk membayar
makanan dan perkara asas untuk meneruskan kehidupan. Mereka terpaksa membayar cukai
secara tunai dan seterusnya tiada wang simpanan.
Hal ini menyebabkan bandar-bandar tidak dapat berkembang kerana makanan yang baik
tidak cukup untuk penduduknya. Teknologi yang digunakan ketinggalan zaman dan hanya
baja asli digunakan ketinggalan zaman dan hanya baja asli digunakan.
Selain itu, cuaca menjadi factor utama yang mempengaruhi pertanian. Sebagai contoh
kelewatan salji mencair misalnya boleh mempengaruhi masa dan hasil tanaman dan
menyebabkan kebuluran.
Hasil pengeluaran yang rendah sejak zaman pertengahan disebabkan oleh kitaran sara hidup
pertanian masih kuno. Selepas beribu-ribu tahun menanam tanaman bijiin ang sama seperti
gandum, barli, dan oat pada tanah yang sama, tanah tersebut akhirnya menjasubur.
Nutrien tanah yang menjadi kurang kerana penggunaan yang berlebihan dan pembajaan
yang kurang. Makanan haiwan hanyalah rumput dan manusia lebih memerlukan makanan
daripada haiwan. Ini menyebabkan haiwan menjadi kurus kering dan kurang mengeluarkan
najis yang dapat digunakan sebagai baja.
Untuk mengatasi masalah ini, satu sistem telah dibangunkan di mana tanah dibahagikan
kepada tiga bahagian. Setiap tahun salah satu bahagian tanah dibiarkan tanpa ditanam
walaupun telah dibajak dan diudarakan. Oleh itu, nitrogen dalam tanah dapat digantikan.
Walaubagaimanapun, tanaman yang diutamakan ialah makanan ruji untuk memenuhi
permintaan makanan penduduk tanaman seperti sayur-sayuran dan bijirin lain serta tanaman
kontan tidak diutamakan. Ini menyebabkan penduduk mengalami kekurangan vitamin dan
mineral.
Sistem tanah terbuka yang diamalkan sejak zaman pertengahan ialah tanah tidak berpagar.
Persetujuan jenis tanaman yang akan ditanam, masa membajak dan menanam, dan kaedah
153
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
kerja tanah dipersetujui secara kolektif. Penggunaan lembu menyukarkan kerana seluruh
tanah harus dibajak menggunakan lembu tanpa boleh mencuba idea baharu atau tanaman
baharu kerana keputusan kolektif.
Pengenalan tanaman baru dari amerika membawa perkembangan kepada sektor pertanian.
Contohnya, kentang tidak pernah ditanam di Eropah sbelum tahun 1500 tetapi tidak lama
kemudian menjadi makanan ruji, terutamanya di Ireland. Jagung juga berkembang dengan
baik di selatan eropah berbanding barli atau sekoi dan menjadi makanan ruji di Eropah timur,
Romania, Serbia, dan Hungary.
Penemuan baharu juga membantu kepada perkembangan sektor di England. Kaedah yang
diperkenalkan oleh Jethro Tull (1674-1741) seorang ahli sains pertanian Inggeris membantu
penanaman kekacang. Beliau berjaya membangunkan konsep tanaman fodder kekacang,
iaitu makanan haiwan ditanah yang terbiar walaupun tidak subur. Kacang pis, Kacang soya,
dan alfalafa boleh dituai untuk makanan haiwan dan tanah boleh pulih pada kadar lebih cepat
daripada membiarkan tanah yang tidak subur itu terbiar.
Oleh itu, secara keseluruhan tanah boleh digunakan sepenuhnya secara aktif. Haiwan
ternakan pula dapat digemukkan dengan adanya makanan yang mencukupi hasil daripada
tanaman yang ditanam serta menghasilkan baja asli yang cukup untuk kesuburan tanah.
Tanaman kekacang sangat istimewa kerana bakteria yang terdapat pada akarnya mengambil
nitrogen dari udara dan meletakkannya kembali ke dalam tanah. Ini merevolusikan ekonomi
pertanian dan bekalan makanan sebenarnya mula berkembang. Pertambahan pertanian telah
membawa pertambahan makanan dan penduduk.
Seterusnya, pengeluaran makanan yang berlebihan daripada keperluan, telah membolehkan
petani mempunyai wang lebihan yang untuk dibelanjakan. Hal ini akan mewujudkan
permintaan perkembangan ekonomi pertanian barangan dan akan meransang kepada
pengeluaran industri.
Perkembangan ekonomi pertanian juga member kesan kepada perkembangan Bandar.
Perkembangan Bandar membawa perubahan ekonomi yang berasaskan secukup hidup dan
sara diri kepada ekonomi pasaran dan akhirnya menjadi ekonomi komersial perkembangan
ini mewujudkan pasaran ke seluruh Negara dengan kewujudan perladangan komersial,
permintaan barangan yang tinggi, dan revolusi perindustrian.
Oleh yang demikian, ekonomi komersial berkembang disebabkan faktor seperti perubahan
daripada pertanian sara diri kepada ekonomi pertanian eksport, kepesatan pedagangan
domestic dan perdagangan antarabangsa, perkembangan industri pembuatan, dan
perubahan cara pengeluaran. Kemuncak perkembangan ekonomi ialah munculnya ekonomi
kapitalisme.
Penutup
Tahun 1500 hingga tahun 1800 merupakan zaman perkembangan ekonomi kerana
kewujudan beberapa faktor yang menggalakkan kelahiran kapitalisme di England.
Zaman tersebut boleh dianggap sebagai zaman peralihan antara tamatnya ekonomi
feudalism dengan kemunculan revolusi perindustrian dan kapitalisme pada tahun 1750
sehingga tahun 1870.
154
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.2 : Perkembangan ekonomi
3.1.2.3 : Perindustrian
Hasil Pembelajaran : Membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam
bidang perindustrian
Masa /Kawasan Kajian : Jerman (abad ke- 19 hingga 20)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Sejarah perindutrian Penyatuan Jerman pada tahun 1870 merupakan faktor utama yang
Jerman telah meransang kekuatan, nasionalisasi kepada syarikat milik negara
dan seterusnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang
semakin pesat.
2. Perkembangan - Revolusi perindstrian kedua di Jerman
perindustrian di Jerman - Pengenalan penjanaan kuasa hidroelektrik
pada abad ke- 19 - 20 : - Kewujudan syarikat gergasi pertama industri
- Penciptaan teknologi
- Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi
- Kemunculan pengusaha terkemuka
- Pelaburan dalam penyelidikan
- Perkembangan industri kulit
- Pembangunan industri tekstil
- Pembangunan syarikat kimia dan elektrik
3. Faktor perkembangan a. Penyatuan Jerman menyebabkan Jerman muncul
perindustrian di Jerman sebagai negara industry yang unggul
4. Bahan rujukan b. Penubuhan kesatuan kredit member bantuan kewangan
kepada pengusaha industri
c. Penghapuskan sistem Guild menggalakkan pertumbuhan
ekonomi
d. Kemajuan dalam arang batu dan besi yang banyak
merangsang pertumbuhan perindustrian
e. Campur tangan kerajaan dalam industri mebantu
meningkatkan hasil pengeluaran dengan mengamalkan
dasar memberi perlindungan kepada sector perindustrian
f. Pertambahan pendudukkesan dari perpindahan
penduduk luar bandar ke Bandar membantu
g. pertumbuhan sektor perindustrian
h. Perkembangan industri perkapalan telah membawa
pembinaan kapal berkuasa wap dan kesannya barangan
dapat dihantar dengan cepat.
i. Penubuhan kartel dapat mengawal bekalan barangan,
harga barangan dan menjamin keuntungan dalam industri
j. Kemunculan bank memberikan modal kepada
pengusaha-pengusaha
1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
155
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
5. latihan Sejauhmanakah revolusi perindustrian tahap ke-2 membawa
pengukuhan/pengayaan perubahan ekonomi di Jerman pada abad ke-19 hingga 20
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: PENYATUAN JERMAN PADA TAHUN 1870 TELAH MEMBAWA KEPADA
PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI NEGARA TERSEBUT PADA ABAD 19 . BINCANGKAN.
PENDAHULUAN
Perkembangan sektor perindustrian di Eropah dapat dikesan pada penghujung abad ke 19. Antara
negara Eropah yang memberi tumpuan dalam bidang perindustrian ialah Jerman. Penyatuan Jerman
pada tahun 1870 merupakan faktor utama yang telah meransang kekuatan, nasionalisasi kepada
syarikat milik negara dan seterusnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat.
Jerman telah muncul sebagai sebuah negara yang disegani.
ISI 1: Penyatuan Jerman (Isi Utama)
Penyatuan ini menyebabkan wujud keseragaman dari segi mata wang , sistem percukaian,
sistem timbangan dan sistem perundangan.
Selain itu, perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi diletakkan di bawah bidang kuasa
kerajaan pusat.
Perkembangan ini melahirkan suasana yang amat kondusif untuk merangsang pertumbuhan
industri di Jerman.
Terdapat faktor –faktor lain yang menggalakkan perkembangan industri di Jerman.
ISI 2: Pemansuhan Sistem Guild pada tahun 1871
Sistem Guild menghendaki seseorang memperolehi kemahiran daripada Guild sebelum
menjalankan perdagangan . Sistem ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan industri
Jerman sebelum tahun 1871.
Dengan penghapusan Sistem Guild ,perkembangan perdagangan bersemarak semula yang
menggalakkan perkembangan industri Jerman.
ISI 3: Penubuhan Kesatuan Kredit
Kesatuan kredit berfungsi memberi bantuan kewangan kepada pengusaha-pengusaha
industri. Lebih 20 000 kesatuan kredit di Jerman pada akhir abad ke 19
ISI 4: Penubuhan Kartel
156
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan mengawal harga
jualan bagi barangan keluaran serta menjamin keuntungan dalam industri.
Institusi ini memainkan peranan dalam mengawal kewangan dan pasaran barangan.
Terdapat kira-kira 2100 kartel di Jerman pada awal tahun 1800 yang terlibat dalam
perindustrian arang batu dan keluli.
ISI 5: Kekayaan Hasil Bumi
Bekalan arang batu dan besi banyak merangsang pertumbuhan perindustrian di
Jerman.
Menjelang tahun 1875 , jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu. Pada tahun
1913, pengeluaran arang batu di Jerman meningkat kepad 287 juta tan.
ISI 6: Campur tangan kerajaan dalam industri
Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sector
perindustrian sejak tahun 1879.
Kerajaan juga menyediakan kadar pengangkutan keretapi yang murah.
Perlaksanaan dasar ini membantu meningkatkan hasil pengeluaran sektor
perindustrian di Jerman.
ISI 7: Pertambahan Penduduk
Pertambahan penduduk berlaku akibat perpindahan penduduk dari dari luar bandar
ke kawasan bandar.
Pertambahan penduduk di kawasan bandar turut membantu pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.
ISI 8: Perkembangan Industri Perkapalan
Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan dalam pembinaan kapal-kapal wap .
Industri pembinaan kapal tertumpu di Hamburg, Stettin, Danzig,Bremen dan Elby.
Pembinaan kapal-kapal wap meningkatkan pertumbuhan industri kerana barang-
barang dapat dihantar dengan cepat.
ISI 9: Kemunculan Bank
Kemunculan industri perbankan membantu peningkatan dalam sector perindustrian.
Menjelang pertengahan abad ke-19, muncul Bank Joint Stock baharu di Jerman .
Bank-bank ini memberi modal kepada pengusaha-pengusaha yang erlibat dalam
bidang perindustrian.
KESIMPULAN
Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian di Jerman bermula selepas penyatuan negara
tersebut.Perkembangan ini menyebabkan muncul revolusi dalam bidang perindustrian di Jerman.
157
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 2: HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI PERINDUSTRIAN KEDUA DI
JERMAN
1. Pendahuluan:
Revolusi perindustrian menyebabkan pembangunan industri yang pesat di Eropah Barat
(Britain,Jerman,Perancis),Amerika Syarikat dan Jepun.
Revolusi kedua ini adalah kesinambungan daripada revolusi perindustrian pertama yang
bermula pada lewat abad ke-18 yang tersebar ke seluruh Eropah Barat dan Amerika Syarikat.
Menjelang tahun 1890-an,perindustrian di kawasan ini telah mewujudkan syarikat gergasi
pertama industry seperti AS Steel,General Electric,Minyak Standard dan Bayer AG menyertai
syarikat-syarikat di pasaran saham dunia.
2. Isi-isi penting:
Revolusi perindustrian kedua juga dikenali sebagai revolusi teknologi dan merupakan fasa
revolusi perindustrian yang lebih besar.pada tahun 1860,sir Henry Bessemer telah mencipta
sebuah relau baharu yang boleh menukar besi tempa menjadi keluli dalam kuantiti yang besar.
Ciptaan tersebut hanya digunakan pada 1870 selepas prosesnya diubahsuai menghasilkan
kuantiti yang seragam. Di Barat Jerman, perkembangan perindustrian meliputi pembukaan
lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia.Pengeluaran arang batu bertambah
dua kali ganda antara tahun 1860 hingga tahun 1870.pengeluaran bijih besi meningkat dripada
1.5 juta tan pada tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.
Perkembangan membawa kemunculan penguasaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang
mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.pada tahun
1851,syarikat Krupp mengadakan pameran di Istana Crystal, London yang mempamerkan
gerabak kereta api yang terkini dan meriam.Hasilnya,permintaan kereta api dari Jerman
meningkat. Sistem Kartel Jerman(Konzerne) digunakan sepenuhnya untuk memastikan
penggunaan modal yang lebih cekap.malah Jerman mencontohi dan melaksana daripada apa
yang menjadi asas perindustrian Perancis.
Pada tahun 1870, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Perkembangan indusrtri kulit di Jerman turut menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat
kepada gaya hidup mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan,kehidupan
yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan.pada pertengahan tahun 1830-
an,pembangunan industri tekstil berlaku dan tertumpu di wilayah Rhineland,Saxony dan
Silesia.
Pembangunan syarikat kimia dan elektrik Jerman telah menjadi perintis kepada kepesatan
perusahaan kimia baharu.Syarikat-syarikat kimia dan elektrik telah membina makmal
penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di
university.kesannya,Jerman berjaya memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.
Revolusi perindustrian kedua ini telah berkembang secara beransur-ansur.perkembangan ini
merangkumi industri kimia,penapisan dan pengedaran petroleum serta industri elektrik.pada
abad ke-20,industri automotif turut berkembang pesat dengan peralihan teknologi dari Britain
ke Amerika Syarikat dan Jerman.pada tahun 1900,industri kimia Jerman telah menguasai
pasaran dunia untuk pewarna sintetik
Pertambahan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport
sehingga menimbulkan masalah dalam meluaskan pasaran.Oleh yang demikian,Otto Von
Bismarck berusaha meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan
meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman.hasilnya,pada tahun 1884,Jerman berjaya
mengambil alih bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron. seterusnya menguasai
Tanganyika dan Afrika Timur.
Jerman meluaskan perdagangannya dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan
pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea,dan membeli kepulauan Carolina dari
Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan
dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir
laut China.Jerman telah mengugut China dengan menggunakan alasan pembunuhan dua
orang paderi Jerman di wilayah Shantung utuk mengadakan perjanjian dengan China.Pada
tahun 1898,satu perjanjian ditandatangi dan China bersetuju menyewakan Tsingtao kepada
Jerman selama 99 tahun.sepanjang tempoh penyewaan,China tidak akan menjalankan kuasa
politiknya ke atas Tsingtao.Seterusnya,China memberikan hak pembinaan jalan kereta api dan
158
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
mengusahakan perlombongan arang batu di wilayanh Shantung,perjanjian ini memberi
keuntugan pada Jerman. Perkembangan ini membolehkan pendapatan negara Jerman
meningkat. perolehan pendapatan ini digunakan untuk meningkatkan pembangunan
insfrastruktur seperti landasan kereta api.
Penubuhan Kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian.matlamat
Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan. Kartel Jerman memerlukan
kerjasama dari negara luar untuk membantunya mengawal harga dan pasaran
antarabangsa.melalui kerjasama dengan bank dan penguasaha perindustrian dari
Perancis,Belanda,dan Britain.Kesannya,pada tahun 1907,terdapat 15 juta penduduk Jerman
yang bekerja di kilang-kilang perindustrian.
3.Penutup:
Revolusi perindutrian kedua adalah kesinambungan revolusi perindustrian pertama yang juga
dikenali sebagai revolusi teknologi dan merupakan revolusi fasa yang lebih besar di Jerman.
Revolusi ini menyaksikan perubahan gaya hidup masyarakat kepada kehidupan lebih mewah
dan mementingkan pendidikan.Pertambahan pembangunan perindustrian di Jerman juga
menimbulkan masalah dalam meluaskan pasaran.
Pakar sosiologi,Werner Sombart menganggarkan 67%-68% penduduk tertumpu dalam bidang
perindustrian.
159
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.1 : Sistem ekonomi
3.1.2 : Perkembangan ekonomi
3.1.2.3 : Perindustrian
Hasil Pembelajaran : Membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam
bidang perindustrian
Masa /Kawasan Kajian : Jepun (abad ke- 19 hingga 20)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar belakang Menjelang abad ke 19 dan 20 , Jepun mengalami perkembangan
perindustrian di Jepun pesat dalam bidng perindustrian. Pelbagai dasar dan pembaharuan
telah dilakukan oleh pemimpin – pemimpin Jepun bagi memajukan
sektor perindustrian di Jepun. Perkembangan dalam sektor
perindustrian disebabkan oleh pembaharuan yang dilakukan oleh
kerajaan Meiji
2. Faktor perkembangan a. Dasar kerajaan Meiji
perindustrian di Jepun - memberi bantuan modal, latihan perindustrian,
khidmat nasihat, bengkel, mendapatkan khidmat
pakar.
b. Kemajuan dalam pengangkutan
- membina landasan kereta api
c. Kemajuan dalam telegraf
- memudahkan perhubungan dan komunikasi
d. Perkembangan sektor pertanian
- meningkatkan hasil pertanian dengan cara
menghantar pelajar jurusan pertanian ke luar negara,
mendapatkan khidmat pakar pertanian asing,
mengimprot benih baru, penggunaan baja kimia,
memperbaiki sistem pengairan, galakkan pertanian
komersial
e. Dasar kewangan yang teratur dengan memperkenalkan
matawang, menubuhkan bank negara berasaskan model
bank di Amerika Syarikat, penubuhan Bank Pusat Jepun
f. Kemunculan pengusaha-pengusaha baru yang kaya raya
g. Perkembangan perindutrian
- Industri pertahanan
- Industri tekstil
- Industri milik kerajaan
- Industri perlombongan
- Industri perkapalan
h. Perkembangan syarikat persendirian
Kemunculan syarikat-syarikat besar
3. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
160
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
4. latihan Huraikan faktor –faktor perkembangan perindustrian di Jerman pada
pengukuhan/pengayaan abad ke -19 hingga 20
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN KEGIATAN DAN KEMAJUAN BIDANG PERINDUSTRIAN DI JEPUN
PADA ABAD KE 19 HINGGA 20
PENDAHULUAN
Menjelang abad ke 19 dan 20 , Jepun mengalami perkembangan pesat dalam bidng
perindustrian. Pelbagai dasar dan pembaharuan telah dilakukan oleh pemimpin – pemimpin
Jepun bagi memajukan sektor perindustrian di Jepun. Perkembangan dalam sektor perindustrian
disebabkan oleh pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Meiji dalam bidang ekonomi.
Pertumbuhan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan Jepun muncul sebagai negara
industri dalam tempoh masa yang singkat.
1. Dasar Kerajaan Meiji
Kerajaan Meiji telah mengambil beberapa langkah untuk memajukan bidang perindustrian di
Jepun .Antaranya ialah memberi bantuan modal kepada pengusaha industri , mendapatkan
khidmat pakardari luar negara untuk memodenkan sektor perindustrian, menyediakan latihan
perindustrian dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha industri , mengadakan
bengkel mengenai teknik perniagaan . Kementerian Perusahaan juga turut ditubuhkan bagi
memajukan sektor perindustrian di Jepun . Seramai 130 orang pegawai asing telah diambil
oleh kerajaan Meiji pada tahun 1879 bagi memajukan lagi sektor perindustrian.
2. Kemajuan dalam pengangkutan
Pemimpin-peminpin kerajaan Meiji telah mengambil langkah untuk membangunkan
kemudahan dalam bidang pengangkutan di Jepun. Pada tahun 1872,landasan kereta api
sepanjang 26 batu dibina di Jepun yang menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Pada tahun
1874landasan kereta api Kobe dan Osaka juga turut dibina dan menjelang tahun 1877
landasan kereta api diperluaskan ke Kyoto , Otsu , Tsuruga dan Nagahama. Pada tahun
1880 landasan kereta api Tokyo – Yokohama telah berjaya mengangkut seramai dua hingga
tiga juta orang penumpang . Kemajuan dalam bidang pengangkutan telah merangsang
perkembangan sektor perindustrian di Jepun .
3. Kemajuan dalam perhubungan telegraf
Kerajaan Jepun telah mengambil langkah untuk membangunkan sistemperhubungan
sepertimenyediakan perkhidmatan telegraf.Talian telegraf dibina untuk memudahkan
perhubungan dan komunikasi.Stesen-stesen telegraf dan taliantelegraf dibina di seluruh
negara Jepun. Pada tahun 1893 kawat telegrafsepanjang 4000 batu telah dibina di seluruh
Jepun. Jumlah kawat yang diterima dan dihantar telah meningkat daripada 19448 pada tahun
1871 kepada 1.2 juta pada tahun 1884. Kemajuan sistem perhubungan telegraf telah
membantu memodenisasikan perkembangan perindustrian di Jepun.
161
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
4. Perkembangan sektor pertanian
Perkembangan pesat sektor pertanian telah membolehkan kerajaan Jepun membangunkan
bidang perindustrian . Beberapa langkah telah dilakukan bagi meningkatkan hasil pertanian
dengan cara menghantar pelajar daripada jurusan pertanian ke luar negara, mendapatkan
khidmat pakar pertanian asing, mengimport benih-benih baharudan memperbaiki sistem
pengairan.Penggunaanbaja kimia juga digunakan secara intensif dan menggalakkan
penanaman tanaman dagangan komersial seperti teh dan sutera.Sekolah
,Maktabdanstesenpertanianjugaturutdibina di bandar-bandarutama . Langkah-langkah yang
diambil ini telah menyebabkan hasil pengeluaran pertanian di Jepun meningkat antara 35
peratus hingga 40 peratus antara tahun 1894 hingga 1914.
5. Dasar kewangan yang teratur
Pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik di Jepun juga menjadi faktor kepada
perkembangan perindustrian semakin maju .Kerajaan Jepun telah memperkenalkan
matawang dan menubuhkan institusi kewangan . Pada tahun 1868unit mata wang kertas
ditukar dari ryo kepada yen.Menjelang tahun 1873Bank Negara telah ditubuhkan berasaskan
model bank di Amerika Syarikat.Bank PusatJepunjugaditubuhkan dan menjadi agensi
kewangan utama kerajaan.Pada tahun 1872, MitsuiOno Bank ditubuhkan.1880Bank
Yokohoma Specie muncul sebagai bank asing utama Jepun. Manakala pada tahun
1897Bank Hypothec ditubuhkan dan berperanan sebagai bank pusat bagi bank-bank
pertanian dan perindustrian di 47 buah wilayah di jepun . Pada tahun 1900Bank Perindustrian
muncul di Jepun untuk membiayai perindustrian secara besar-besaran. Menjelang akhir abad
ke 19 , Jepun mempunyai lebih daripada 200 buah bank beroperasi di Jepun. Kemunculan
bank-bank ini telah membantu perkembangan sektor perindustrian .
6. Kemunculan pengusaha-pengusaha baharu
Perkembangan sektor perindustrian di Jepun didorong oleh kemunculan pengusaha-
pengusaha baharu yang kaya raya.Pada awal abad ke20 muncul empat buah keluarga
ekonomi baharu yang dikenali sebagai zaibatsu . Keluarga ini telah berjaya menguasai dan
menjadi penaung kepadasektor perkembangan perindustrian di Jepun
KESIMPULAN
Perkembangan perindustrian di Jepun merupakan bidang utama yang mengukuhkan
ekonomi di Jepun. Perkembangan pesat ekonomi Jepun daripada bidang pertanian kepada
sektor perindustrian menyaksikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya di
rantau Asia Timur.
SOALAN 2: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN
PERINDUSTRIAN DI JEPUN
A) PENDAHULUAN
Jepun merupakan sebuah negara kepulauan di Asia Timur. Jepun di bawah kepimpinan
Tokugawa telah berjaya dalam bidang ekonomi komersial dan sifat nasionalisme dalam
kalangan penduduk turut berkembang. Namun, Jepun masih terus mengamalkan dasar tidak
suka kepada orang asing.
Pemulihan Meiji telah mempercepatkan perubahan dan perindustrian di Jepun yang
membawa kepada peningkatan kekuatan kuasa tentera. Pemulihan Meiji mengubah empayar
Jepun menjadi negara industri moden dan sekaligus memperkuatkan angkatan tenteranya.
162
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Setelah mengalahkan China dalam Perang China-Jepun Pertama dan Rusia dalam Perang
Rusia-Jepun, Jepun menguasai Taiwan, separuh dari Sakhalin, dan Korea.
B) Isi-isi penting
Perubahan perindustrian
Semasa dasar pintu tertutup yang diamalkan di Jepun. Tokugawa telah melaksanakan proses
pembandaran, membina rangkaian jalan raya yang baik, dan sebagainya. Langkah ini telah
menyumbang kepada pembangunan industri-proto di bandar seperti Osaka dan Edo (kini Tokyo)
dan menyediakan prasarana untuk perindustrian pada masa hadapan.
Perkembangan perindustrian
Pertumbuhan yang berterusan dalam industri-proto di kawasan bandar Jepun turut berlaku di
kawasan luar bandar selepas tahun 1700. Hal ini telah memberi sumbangan yang besar kepada
pertumbuhan produktiviti dalam pengeluaran padi dan tanaman industri yang semakin
meningkat seperti the, buah-buahan, mulberi, dan kapas. Malah sumber-sumber domestik ini
telah memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan industri di Jepun.
Mencontohi kuasa Barat
Jepun juga membuka pintu negaranya dengan kesediaan untuk mencontohi kuasa Barat. Hal ini
disebabkan perubahan dan kemajuan domestic yang dicapai. Beberapa langkah dilaksanakan
seperti meningkatkan infrastruktur, membaiki pendidikan, dan melahirkan tahapcelik huruf yang
tinggi. Dalam bidang industri-proto, Jepun meniru dari Barat cara pengagihan kuasa, bentuk
organisasi dan teknik dalam pengeluaran tenaga, serta pengurusan sumber tenaga seperti arang
batu dan bahan api yang lain untuk menjana kuasa wap. Setelah membangunkan ekonomi
organik yang bergantung kepada aliran tenaga semula jadi seperti angina, air, dan api secara
intensif, Jepun sudah cukup bersedia untuk menguasai pengeluaran bukan organik.
Perkembangan infrastruktur dan pertahanan negara
Jepun dapat membina pasukan tentera laut moden yang mampu mengehadkan kuasa Barat dan
menubuhkan zon penampan perlindungan di Asia Timur yang akhirnya membentuk asas bagi
empayar Jepun untuk berkembang di Asia dan Pasifik. Infrastruktur dipertingkatkan melalui
peluang pekerjaan,keupayaan untuk mengimport dan mengeksport melalui ekonomi
antarabangsa, dan akses kepada teknologi Amerika yang disokong melalui pakatan keselamatan
dengan Amerika Syarikat. Melalui langkah-langkah ini, Jepun mengalami pertumbuhan dramatik
dan menakjubkan turut mempengaruhi peningkatan dalam kadar pengumpulan modal tetap
domestik dan kenaikan dalam nisbah pelaburan terutamanya dalam tabungan isi rumah
persendirian.
Pembaharuan kerajaan Meiji
Pemimpin-pemimpin baharu kerajaan Meiji membentuk negara kesatuan dengan kementerian
yang kuat di ibu Negara, Tokyo. Kementerian Pelajaran yang ditubuhkan menggalakkan sekolah
rendah wajib bagi orang ramai. Memperkenalkan pendidikan universiti elit yang bertujuan
meningkatkan bidang kejuruteraan dan pengetahuan saintifik. Kementerian Kewangan membina
Bank Jepun pada tahun 1882 yangtelah meletakkan batu asas bagi sistem perbankan swasta.
Kerajaan membina landasan kereta api berkuasa wap yang menghubungkan empat pulau
utama. Pemerintah Meiji menggalakkan syarikat swasta mengambil bahagian dalam projek yang
dirancang oleh pemerintah.
Peralihan bidang
Satu lagi langkah untuk meningkatkan keupayaan dan penghasilan dalam bidang industri ialah
dengan beralih daripada pertanian yang menghasilkan produktiviti rendah ke bidang pembuatan
yang menghasilkan produktiviti yang tinggi, sektor perlombongan, dan pembinaan. Bidang-
bidang tersebut menyumbang kepada peningkatan dan pertumbuhan produktiviti. Semua ini
dapat direalisasikan melalui pelaburan.
163
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Pertumbuhan seimbang
Pertumbuhan seimbang pada penghujung abad ke-19 telah menyumbang kepada industrialisasi
Jepun. Pertumbuhan seimbang merujuk kepada sektor yang menggunakan teknologi tradisional
dan moden telah meningkat pada kadar yang lebih kurang sama dan penggunaan tenaga buruh
terutama gadis-gadis muda yang direkrut daripada isi rumah untuk bekerja di kilang tekstil
menggunakan kuasa wap turut meningkatkan produktiviti.
KESIMPULAN
Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi perindustrian di Jepun telah
mengubah empayar Jepun menjadi sebuah negara industri yang moden.
SOALAN 3: HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI PERINDUSTRIAN DI JEPUN
Pendahuluan:
Pada tahun 1868, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran
dan ekonomi gaya Barat yang dilaksana oleh Maharaja Meiji menjadikan Jepun lebih
dihormati di Barat.
Zaman Meiji menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia. Permodenan zaman Meiji
turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya yang bertukar
ekonomi perdagangan di rantau Asia Timur.
Perkembangan negara Jepun melalui perindustrian dapat dilihat daripada empat elemen
perindustrian. Iaitu industri-proto, perkembangan melalui pelaburan, peralihan bidang dan
ekonomi dualisme.
Isi-isi penting:
Sektor pertanian menjadi penyumbang utama ekonomi Jepun. Sektor pertanian
menyumbangkan hampir 60% daripada jumlah pendapatan kerajaan Jepun.Eksport pertanian
seperti sutera dan teh telah menampung pembelian kebanyakan dari jentera dan bahan-
bahan perindustrian yang diimport dari Barat. Produktiviti pertanian Jepun sangat tinggi dan
berjaya mengekalkan pengeluaran industri-proto Jepun dikawasan Bandar dan luar
Bandar.Industri-proto merujuk kepada satu bentuk pengeluaran pembuatan dan organisasi.
Peningkatan dan pertambahan pelaburan dicapai melalui pelaburan domestik dalam industri
dan insfrastruktur. Kerajaan pusat dan kerajaan tempatan menyelaraskan pembinaan
tempatan.
Kerajaan Jepun juga membangunkan perusahaan kilang-kilang penggulungan sutera moden
di Tomioka dan Maebashi pada tahun 1870,kilang memintal kapas di Nagoya pada tahun
1875,dan kilang benang bulu kambing di Senju pada tahun 1875.Kerajaan Meiji turut
membina kilang simen Fukugawa pad atahun 1875 dan kilang kaca Shinnagawa pada tahun
1876. Untuk memastikan perkembangan perindustrian berterusan,kerajaan Meiji telah
menyerahkan kebanyakan daripada milik perindustrian ini kepada beberapa buah syarikat
seperti Mitsui,Mitsubishi,Sumitomo,Yasuda dan lain-lain.Kemunculan zaibatsu telah
mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun.
Kemunculan ekonomi dualisme pada tahun 1910-an sebagai pemacu kepada industri berat
seperti industry bahan kimia,besi dan keluli,jentera telah melonjakkan permintaan untuk
tenaga kerja mahir yang fleksibel. Buruh-buruh yang dikategori mengikut kemahiran dan
pasaran modal muncul di Jepun selepas tahun 1910-an.Sektor yang memerlukan dan
menggunakan tenaga buruh yang tinggi mendapat upah yang lebih rendah.Ini disebut
sebagai dualisme. Ekonomi dualisme turut menyumbang kepada ketidaksamaan pendapatan
dan menyebabkan berlaku pergolakan social dalam negeri
Penggunaan kaedah terbaik dalam pertanian telah menyumbang kepada kemajuan wilayah-
wilayah yang kurang produktif. pertemuan dan penyebaran benih-benih berkualiti telah
meningkatkan produktiviti pertanian di seluruh negara.Pada masa sama,berlaku kemajuan
dalam bidang pertanian apabila menggunakan teknoligi pertanian yang diimport dari Barat.
164
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Penggunaan teknologi kuasa wap telah meningkatkan produktiviti dan mengurangkan
kos,penggunaan kuasa elektrik membolehkan setiap mesin diselengara secara berasingan
dan menjadikan seluruh kilang menggunakan jentera elektrik. Kapasiti social untuk
mengimport dan menyesuaikan teknologi asing bertambah baik selepas Perang Pasifik.
Kerajaan Jepun mewujudkan consensus social dalam melaksanakan pembaharuan tanah
dan subsidi pertanian,mengurangkan pecah belah politik,melanjutkan pendidikan wajib,dan
perpecahan zaibatsu telah memberi kesan positif.
Penubuhan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MITI bertindak
sebagai pembeli tunggal ekonomi dan memainkan peranan untuk mengurangkan persaingan
dalam kalangan industri Jepun dan dapat mengawal harga yang perlu dibayar untuk teknologi
Barat. Kawalan kualiti dalam industri pemasangan telah dilaksana dan pekerja velajar dengan
tekun bagaimana untuk mengendalikan mesin selain daripada berusaha untuk mengeluarkan
komponen-komponen sendiri.Jepun berjaya merevolusikan industri pemasangan pada tahun
1950-an dan tahun 1960-an
Penutup:
Perkembangan perindustrian Jepun mempunyai empat elemen perindustrian iaitu industri-
proto, pelaburan, peralihan bidang dan ekonomi dualisme.
Perindustrian yang pesat dan pemodenan Jepun menyumbang kepada peningkatan besar-
besaran dalam pengeluaran dan insfrastruktur
Jepun membina industri seperti limbungan kapal dan pelaburan besi yangh kemudiannya
dijual kepada usahawan berkaliber.kesannya,syarikat-syarikat tempatan menjadi pengguna
teknologi Barat dan menggunakan untuk menghasilkan barangan yang dapat dijual murah di
pasaran antarabangsa.
165
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.2 : Intelektual
3.2.1 : Perkembangan ilmu
Hasil Pembelajaran : Membincangkan proses perubahan pemikiran dan
Kemajuan ilmu pengetahuan kesan daripada Renaisans,
Reformasi Protestan, Revolusi sains dan Gerakan
Pencerahan
Masa /Kawasan Kajian : England dan Perancis (abad ke- 17 hingga 19)
Waktu pengajaran : 1 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Konsep ilmu/ Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai
Pengertian ringkas Enlightenment atau Zaman Pencerahan. Zaman ini menyaksikan
intelektual dan ilmu kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-pemikir
dalam bidang politik, ekonomi dan social, contohnya John Locke,
Voltaire, Montesquieu dan Adam Smith.
2. Konsep a. Renaisans ialah zaman pemulihan budaya yang
Renaisans, melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal
Reformasi Protestan, dan seterusnya membawa melahirkan masyarakat
Revolusi Sains, terbuka
Gerakan Pencerahan
b. Reformasi Protestan ialah pembaharuan agama yang
menyebabkan agama kristian terbahagi kepada Protestan
dan Roman Katholik
c. Revolusi Sains
d. Gerakan Penceraha ialah zaman di mana semangat
kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan
berasaskan sebab musabab dan kaedah-kaedah saintifik
3. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
4. latihan Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan
pengukuhan/pengayaan pemikiran di Eropah Barat pada abad ke-16 Masihi.
166
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERKEMBANGAN GERAKAN
INTELEKTUAL DI EROPAH PADA ABAD KE-18
PENDAHULUAN
Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Enlightment atau Zaman
Pencerahan.Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-
pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan social. contohnya John Locke, Voltaire, Montesquieu dan
Adam Smith.Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan Gerakan Intelektual di
Eropah.
ISI 1: Pengaruh Renaisans
Gerakan Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam kalangan
masyarakat. Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu pengetahuan, sains, seni lukis, seni
bina dan sebagainya. Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang bersedia untuk menghadapi
perubahan yang lebih besar
ISI 2: Pengaruh Reformasi
Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
Gerakan ini menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa autonomi dan bebas daripada
pengaruh gereja. Hal ini membolehkan idea baru seperti rasionalisme berkembang sekali gus
meletakkan asas bagi kelahiran revolusi di Eropah
ISI 3: Pengaruh Ahli Falsafah.
Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di
Eropah.Golongan ini terdedah kapada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu yang kuat.
Mereka member penekanan kepada pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik. Perkembangan
ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang ilmu.
ISI 4: Revolusi Sains
Revolusi sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang membawa kepada
kemunculan idea-idea baharu serta penyelidikan bercorak saintifik. Keadaan ini melahirkan ramai
tokoh saintis yang terkenal seperti francis Bacon, Spinoza, John Locke dan Isaac Newton.
ISI 5: Penerokaan Dan Penjelajahan
Kegiatan ini menyebabkan lahir keinginan yang kuat dalam kalangan orang Eropah untuk
memperolehi idea dan maklumat tentang bangsa dan budaya lain. Perkembangan ini melahirkan
corak pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab musabab.
ISI 6: Peranan Kelas Pertengahan
Golongan terpelajar dari kelas pertengahan mula meninggalkan tabiat lama yang tidak sesuai dengan
zaman baharu.Mereka terdedah dengan perkembanagn semasa melalui surat khabar dan
majalah.perkembangan ini menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap kamus, ensiklopedia dan
karya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. perkembangan ini menyebabkan permintaan yang tinggi
terhadap kamus, ensiklopedia dan karya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
167
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
KESIMPULAN
Perkembangan gerakan intelektual di Eropah telah mengubah corak kehidupan masyarakat terutama
dari aspek politik ekonmi dan sosial.
SOALAN 2: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN ZAMAN PENCERAHAN DI
EROPAH PADA ABAD KE-18 MASIHI.
PENGENALAN.
- Menjelang abad ke 18, muncul zaman yang dikenali sebagai Zaman Pencerahan (
Enlightenment ). Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh
pemikir-pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan social.
- Tokoh-tokoh ulung pada zaman ini ialah John Locke, Voltaire, Montesquieu, Rousseau dan
Adam Smith.
- Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemunculan Zaman Pencerahan ini di Eropah
iaitu Pengaruh Renaisans, Pengaruh Reformasi, Pengaruh ahli falsafah, Revolusi Sains,
Kegiatan Penerokaan dan Penjelajahan dan kemunculan kelas pertengahan.
ISI 1: Pengaruh Renaisansse
- Gerakan Renaisans melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal yang radikal dalam
kalngan masyarakat. Secara tidak langsung, hal ini telah mendorong masyarakat menolak
sistem yang sedia ada.
- Renaisans membuka mata masyarakat untuk mengkritik system lama yang dianggap tidak
sesuai dengan peredaran zaman.
- Hasilnya muncul negara bangsa , ciptaan baharu, kemajuan dalam seni lukis, seni bina dll
Perkembangan ini telah melahirkan masyarakat yang bersifat terbuka dan sedia untuk
menghadapi perubahan yang lebih besar.
ISI 2 Pengaruh Reformasi.
- Reformasi menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti
Protestan, Anglican dan Presbyterianism.
- Perkembangan ini meletakkan asas kepada kemunculan Negara mutlak dengan pemerintah
sebagai ketua agama dan Negara. Para pemerintahan mula mengejar kemewahan dan
berusaha menubuhkan Negara yang kuat.
- Badan-badan yang muncul pada zaman ini mempunyai kuasa autonomi dan mula bebas
daripada ancaman gereja. Perkembangan ini membolehkan idea baharu seperti rasionalisme
dan reasoning berkembang luas.
ISI 3: Pengaruh ahli falsafah
- Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau dan Monstesquieu turut
mempengaruhi perkembangan Zaman Pencerahan.
- Golongan ahli falsafah yang dikenali sebagai physiocrats merupakan golongan yang
mempelopori gerakan pencerahan. Mereka terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki
semangat ingin tahu.
- Golongan ini berusaha membebaskan pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik.
ISI 4: Revolusi Sains
- Semangat Zaman Pencerahan diperolehi daripada revolusi saintifik dan intelektual pada abad
ke-17.
- Revolusi Sains telah menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal. Perkembangan ini
melahirkan percambahan idea-idea baharu yang menggalakkan para saintis melakukan
penyelidikan saintifik.
- Kemajuan dalam bidang sains menyebabkan perunhan daripada kepercayaan karut dan mitos
kepada kuasa akal dan sains.
- Revolusi ini melahirkan tokoh-tokoh saintis terkenal seperti Francis Bacon, Rene Descartes,
Baruch Spinoza, John Locke dan Isaac Newton.
- Idea tokoh-tokoh ini telah tersebar secara meluas pada zaman tersebut dan menjadi ciri-ciri
dominan dalam tamadun Eropah mulai abad ke-17-20.
168
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 5: Kegiatan penerokaan dan penjajahan.
- Golongan kelas pertengahan bukan sahaja berpengetahuan , malah peka terhadap
perkembangan sekeliling.
- Keinginan untuk memperoleh idea dan maklumat menyebabkan golongan ini belayar dan
menjelajah ke luar. Contohnya Columbus, Ferdinand Magellan dan Francis Drake.
- Pengetahuan tentang penduduk dan budaya asing telah membawa perspektif baharu tentang
konsep manusia sejagat kepada mereka. Dengan ini, segala prasangka terhadap budaya asing
terhakis dan cara pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab-musabab pun
bermula.
-
ISI 6: Kemunculan kelas pertengahan.
- Kemunculan kelas pertengahan turut mempengaruhi perkembangan zaman pencerahan.
- Jumlah golongan terpelajar dan professional meningkat berbanding zaman sebelumnya.
- Bilangan surat khabar dan majalah yang diterbitkan juga bertambah.
- Terdapat permintaan yang tinggi untuk kamus, ensiklopedia dan kajian ke atas semua jenis
ilmu pengetahuan.
KESIMPULAN
- Berasaskan faktor – faktor ini telah menjadikan Eropah sebagai tempat munculnya idea-idea
baharu.
- Perkembangan ini telah berjaya meletakkan asas bagi kelahiran zaman Pencerahan di
Eropah pada abad ke 18 dan mempengaruhi perkembangan politik, ekonomi dan sosial
masyarakat di Eropah.
SOALAN 3: HURAIKAN KESAN-KESAN ZAMAN PENCERAHAN DALAM BIDANG POLITIK DAN
EKONOMI DI EROPAH PADA ABAD KE 18M.
A. PENGENALAN :
i. Zaman Pencerahan bermula antara 1650-1800 Masihi dan adalah era di mana semangat
kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan sebab musabab dan
kaedah-kaedah saintifik, Zaman ini berusaha untuk mglahirkan masyarakat yang lebih
terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-undang
dan perlembagaan.
ii. Zaman ini telah lahir pemikir-pemikir terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu,
Jeremy Bentham, David Ricardo, Thomas Malthus dan Rousseau yang telah memberikan
idea pemikiran yang berjaya mengubah lanskap politik dan ekonomi negara-negara Eropah
pada abad ke-19 dan 20 Masihi.
B. Isi
Lanskap Politik :
i. Charles Louis Montesqiueu melalui karya “The Spirit of the Laws” mengemukakan idea kerajaan
yang berbeza-beza mengikut iklim dan doktrin pembahagian dan imbangan kuasa.
ii. Menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang (eksekutif), pelaksanaan
keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan kehakiman (judiciary). Bila ketiga-tiga jentera ini
menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.
Kesan Kepada Perubahan Lanskap Politik Eropah :
i. Idea yang dikemukakan oleh Montesquieu menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis
apabila berlaku Revolusi Perancis pada 1789.
ii. ii. Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang
mendokong kedaulatan rakyat ( prinsip rakyat harus memerintah sendiri ), kebebasan (
kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaran yang tidak
169
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
adil) dan persamaan ( hak yang sama kepada setiap individu dalam segala aspek
kehidupan ).
iii. Raja-raja Eropah lain seperti Frederick the Great dari Prussia, Joseph II dari Austria, Peter
the Great dan Catherine the Great dari Rusia juga mula mengamalkan pemerintahan yang
adil dan saksama.Kuasa politik kini digunakan untuk membaiki taraf hidup rakyat.
iv. Frederick the Great mengamalkan toleransi agama, memajukan pendidikan awam dan
mengadakan perKniamatan awam yang efisyen. Joseph II membebaskan serf yang terikat di
bawah sistem feudal.
v. Pada era ini pentadbir kerajaan dilantik berasakan merit dan bukan keturunan.
Raja-raja era ini menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan, gereja dan elit di
Bandar. Raja mengasaskan jentera pentadbiran sebuah negara moden tanpa campurtangan raja.
Lanskap Ekonomi :
i. Pemikir utama dalam bidang ekonomi ialah Adam Smith melalui karya “The Wealth of the
Nations”.
ii. Memajukan idea kebebasan perdagangan berasaskan kritikan terhadap sistem Merkantilisme
yang mengongkong ekonomi negara-negara Eropah.
iii. Menurutnya kerajaan tidak harus campurtangan dalam urusan ekonomi dan membiarkannya
berfungsi seperti biasa mengikut hukum permintaan dan penawaran.
Kesan Kepada Perubahan Lanskap Ekonomi Eropah :
i. Kesan perjuangan Adam Smith membawa kepada pemansuhan monopoli perdagangan
Syarikat Hindia Timur Inggens di India dan China. Monopoli dengan India dimansuhkan pada
1813 dan dengan China pada 1833.
ii. Pemansuhan monopoli ini membuka peluang perdagangan yang sama kepada pedagang
persendirian dan pedagang lain di kedua buah negara ini Kemuncak perjuangan ialah
pemansuhan Svarikat Hindia Timur Inggeris pada 1858.
iii. England juga menjalankan dasar perdaganan yang lebih liberal, dengan mengurangkan
senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport; meminda Akta Perkapalan pada
1825 dan menggalakkan dasar perdagangan bebas dan penubuhan pelabunan-pelabuhan
bebas di tanah jajahan. Sebagai contoh pengsiytiharan Singapura sebagai pelabuhan bebas
pada 1819 dan Pelabuhan di Negeri-Negeri Selat pada 1826.
iv. Perjanjian-perjaniian perdagangan yang liberal juga mula dimeteri dengan negara-negara
tanah jajahan. Sebagai contoh Perjanjian Bowring di Thailand pada 1855.
C. KESIMPULAN :
i. Kesimpulannya, pemikir yang lahir pada zaman Pencerahan telah mengemukakan banyak
idea baru yang telah membantu dalam perubahan lanskap politik dan ekonomi negara-negara
Eropah Barat abad ke-19 dan 20 Masihi.
ii. Kesan dari segi politik ialah kerajaan yang memberi keutamaan kepada reformasi politik dan
pentadbiran; ekonomi, amalan dasar perdagangan bebas.
SOALAN 4: SEJAUH MANAKAH ZAMAN PENCERAHAN PADA ABAD KE-18 MASIHI
MEMBAWA PERUBAHAN LANDSKAP POLITIK, EKONOMI, DAN SOSIAL DI EROPAH.
PENDAHULUAN
Zaman Pencerahan atau enlightenment merupakan satu zaman yang berlaku di Eropah
selepas Renaisans dan Reformation, iaitu sekitar kurun ke-17 hingga ke-18. Zaman ini
mendukung gerakan pemikiran dan kepercayaan yang berkaitan dengan konsep-konsep
ketuhanan, alam, manusia dan sebab musabab. Lantaran itu zaman ini dikatakan telah
170
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
melahirkan masyarakat Eropah yang lebih terbuka berdasarkan konsep toleransi,
kebebasan, perlembagaan, dan tidak lagi dikongkong oleh gereja. Zaman Pencerahan telah
meninggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap politik, ekonomi, dan sosial masyarakat
khususnya di Eropah.
A. Politik
1. Muncul raja-raja enlightened despot
Zaman pencerahan menyaksikan kemunculan raja-raja yang dikenali sebagai
enlightened despot seperti Frederick the Great dari Prussia, Joseph II dari Austria,
dan Peter the Great dari Rusia.
Raja-raja ini memerintah dengan penuh kesedaran dan menggunakan kuasa politik
untuk membaiki taraf hidup manusia.
2. Pemusatan kuasa
Ahli-ahli politik pada zaman tersebut memberi perhatian terhadap pemusatan kuasa
oleh pemerintah.
Raja-raja melaksanakan pemusatan kuasa dengan menghapuskan keistimewaan
yang dinikmati oleh provinsi.
3. Pengukuhan kuasa raja
Dalam teori politik, mereka percaya bahawa kuasa ialah suatu kepercayaan daripada
masyarakat. Suatu doktrin yang menggalakkan penentangan radikal terhadap
pemerintah mutlak.
Pemerintah melihat negara sebagai entiti suci dan raja memajukan negara tanpa
batas.
4. Pembaharuan sistem pentadbiran
Para pemerintah mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan pembaharuan.
Contohnya, Raja Frederick Agung mewujudkan perkhidmatan awam yang cekap dan
menyeragamkan undang-undang. Raja Joseph II pula telah membebaskan golongan
serf yang terikat di bawah sistem feudal.
Raja-raja berusaha untuk menggantikan pegawai-pegawai tradisi dengan birokrat
yang terlatih dan bertindak memodenkan jentera pentadbiran negara tanpa campur
tangan pemerintah.
5. Sistem perundangan
Zaman Pencerahan menyaksikan kemunculan reformasi dalam bidang kehakiman.
Kod undang-undang yang seragam diperkenalkan berasaskan prinsip yang rasional
dan berperikemanusiaan.
Pemerintah menolak hukuman berat dan penyeksaan terhadap pesalah.
Undang-undang pada zaman ini berteraskan prinsip semua warganegara adalah
sama di sisi undang-undang.
B. Ekonomi
1. Memajukan sektor pertanian
Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian.
Contohnya meluaskan kawasan pertanian dengan membersihkan kawasan berpaya,
membuka kawasan pertanian baharu dan berusaha memperkenalkan tanaman serta
kaedah pertanian baharu.
2. Penghapusan sistem serfdom
171
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Para pemerintah turut mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan sistem
serfdom kerana sistem perburuhan ini tidak berperikemanusiaan dan tidak ekonomik.
Petani-petani dibenarkan meninggalkan manor dan melibatkan diri dalam bidang
industri di bandar.
3. Sektor perindustrian berkembang
Raja-raja mengambil langkah untuk membangunkan sektor perindustrian. Contohnya
menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, serta membangunkan
sungai, terusan dan pelabuhan.
Tindakan juga diambil untuk menghapuskan dasar dan sistem yang menghalang
pertumbuhan industri. Contohnya menghapuskan sistem ekonomi merkantilisme,
keistimewaan provinsi dan imuniti bandar.
4. Perdagangan bebas berkembang
Pemerintah juga mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan sistem
perdagangan bebas.
Sekatan kastam dalam negeri dikurangkan bagi merangsang pertumbuhan
perdagangan.
C. Sosial
1. Perkembangan idea progresif
Pada Zaman Pencerahan, falsafah idea progresif amat berpengaruh dalam
masyarakat.
Masyarakat percaya kehidupan mereka akan menjadi lebih baik berbanding dengan
zaman nenek moyang mereka.
Idea ini menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan
datang.
2. Kuasa gereja dikurangkan
Raja-raja mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kuasa institusi gereja.
Contohnya mengurangkan kuasa Pope dalam hal pelantikan pegawai-pegawai
institusi gereja.
Agen-agen dari Rom juga tidak dibenarkan melawat biara. Institusi ini dihapuskan
dan harta benda dirampas.
3. Sistem pendidikan dimodenkan
Pendidikan di peringkat universiti, sekolah menengah, dan rendah diperluas dan
dimodenkan.
Mata pelajaran praktikal dan kaedah moden disatukan untuk melatih pegawai-
pegawai awam.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, zaman pencerahan ternyata meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial. Perubahan-perubahan ini meletakkan asas bagi kemunculan
masyarakat Eropah yang lebih terbuka pada abad ke-19 dan 20 sekali gus melahirkan masyarakat
yang lebih progresif. Perkembangan ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terbukti
menjadi asas kepada peningkatan dan pemantapan peradaban manusia sejagat.
172
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
SOALAN 5: HURAIKAN PERKEMBANGAN ILMU DI ENGLAND
A) PENDAHULUAN
Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan renaisans yang bermula di
itali pada abad ke-14.Renaisans bermula sekitar abad ke-14 dan mencapai kemuncaknya
pada abad ke-16.Di England,Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu Elizabeth
yang dapat dilihat dalam beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah zaman Renaisans.zaman Renaisans terbahagi kepada dua
peringkat.Peringkat pertama dan peringkat kedua Renaisans bermula pada abad ke-14
hingga ke-17.Renaisans peringkat pertama ialah pergerakan intelektual,sastera dan seni
yang bermula di itali manakala Resainans peringkat kedua merupakan revolusi yang berlaku
dalam bidang keagamaan akibat reformasi protestan.
Peringkat kedua ialah Reformasi protestan yang berlaku pada abad ke-15.Renaisans dalam
bidang keagamaan yang membawa kepada pecahnya gereja katolik dan terbentuknya
gereja protestan.
Peringkat ketiga ialah revolusi sains yang berlaku pada abad ke-16 dan abad ke-17.revolusi
sains ialah perubahan dan penemuan dalam bidang sains tentang cara melihat dunia
semula jadi.
Zaman terakhir ialah zaman pencerahan yang berlaku pada abad-18.zaman pencerahan
ialah perubahan masyarakat dari era kejahilan kepada era baru ekoran perkembangan sains
dan manusia.
B) isi-isi penting
Kelahiran zaman Renaisans
Zaman Renaisans membawa kepada perkembangan dalam bidang keilmuan termasuk
dalam agama,politik,social,dan ekonomi.Aliran pemikiran seperti
humanisme,individualisme,dan kritis turut berkembang.
Renaisans bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada perkembangan
keilmuan,keintelektualan,sastera dan seni.
Resainans bermula di Itali (1350) dan akhirnya merebak keseluruh Eropah .zaman
Renaisans dianggap sebagai zaman pemulihan semula selepas tragedi black Death dan
masalah politik yang melanda pada Eropah pada abad ke-14.
Semasa berlangsungnya zaman Renaisans,berlaku beberapa perubahan dalam
masyarakat Eropah yang mencukupi beberapa aspek:
a) Aspek keintelektualan yang mementingkan semangat inkuiri atau penyelidikan dan
menekankan pemikiran logic dan falsafah.
b) Aspek politik yang membawa zaman Renaisans pembentukan monarki baharu
seperti Portugal, England ,Belanda, dan Perancis.pada abad ke-15,berlaku
perubahan dalam sistem pemerintahan di Eropah yang meliputi kuasa raja
(meningkat),kuasa bangsawan (dikurangkan) ,dan usaha untuk menguasai Gereja.
c) Aspek sains,zaman Renaisans merupakan permulaan kepada revolusi sains yang
tercetus pada abad ke-17.ahli-ahli sains pada ketika itu mula menekankan kaedah
saintifik yang bertentangan pendapat dengan tokoh lama seperti
Aristotle.Mementingkan aspek pemerhatian dalam kajian dan hasil penemuan
hendaklah disertakan dengan bukti Empirikal.
d) Aspek seni dan seni bina.zaman Renaisans menyaksikan pengenalan dan
perkembangan teknik seni realistic.Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan
kepada kaedah seni baru yang menggambarkan alam semula jadi secara
realistic.sebagai contoh,Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam
semula jadi.perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka bentuk bangunan
purba.Basilika St.Peter merupakan contoh seni bina agung yang dibina dengan
menggabungkan kemahiran tokoh terkenal seperti Michealangelo,Raphael,dan
Sangallo.
173
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Reformasi Protestan
Reformasi protestan dipelopori oleh tokoh martin Luther dan john calvin.faktor tercetusnya
reformasi kerana ketidakpuasan hati dengandokrin,ritual dan organinisasi gereja Roman
katolik dan merupakan perusahaan pembaharuan Gereja roman katolik(GRK).
Golongan reformasi ini berusaha untuk menghapuskan dokrin palsu dan juga amalan
rasuah dikalangan penguasa gereja.reformasi diperluaskan lagi dengan alat pencetakan
dan pembaharuan dalam bidang teologi kontemporari iaitu menilai semula hubungan antara
manusia dan tuhan.
Perkembangan media cetak banyak membantu penyebaran idea reformasi.Kitab bible telah
diterjemahkan dalam bahasa jerman sekaligus telah merangsang perkembangan literasi.
Revolusi Sains
Revolusi sains,bermula di Itali dan berkembang keseluruh Eropah dan melahirkan
masyarakat yang maju.pada abad ke-16 dan 17,banyak penemuan baru dalam bidang
sains.kemunculan dan perkembangan revolusi sains telah menjadi batu asas kepada sains
moden.Ilmu pengetahuan berkembang pesat dengan penemuan dan idea baru yang tidak
wujud sebelum ini.hasil penemuan dan idea baru ini membawa kepada gambaran dan
penjelasan yang lebih luas dan tepat tentang alam semesta.
Zaman Pencerahan
Zaman pencerahan,revolusi sains telah membawa kepada munculnya zaman
pencerahan.zaman pencerahan merujuk kepada era perubahan masyarakat daripada
kejahilan/ zaman kegelapan kepada zaman era baru yang moden.Antara tokoh yang
terkenal pada zaman pencerahan ialah John Locke,Voltaire,Charles Louis de Secondat dan
Montesquieu.
C) KESIMPULAN
Zaman Resainans telah melahirkan masyarakat Eropah yang
perpengatahuan.perkembangan dalam bidang Intelektual,agama,sains dan kesenian telah
membawa perubahan yang besar dalam aspek pemikiran dan kehidupan masyarakat
Eropah.Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea baru sehingga mendorong
kepada pembentukan masyarakat yang lebih moden.
174
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.2 : Intelektual
3.2.2 : Sumbangan tokoh
Hasil Pembelajaran : Menilai idea dan sumbangan tokoh
Masa /Kawasan Kajian : England dan Perancis (abad ke- 18 hingga 19)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Charles Louis Latar belakang Charles Louis Montesquieu
Montesquieu - dilahirkan di Chaeteau de la Brede. menjadi seorang peguam
pada 1708
Hasil karya dan sumbangan :
a. Karya Lettres Persanes(1721)
- Dalam bentuk surat
- Sejenis satira
- Mempunyai pelbagai tema
b. Karya The Considerations on the Causes of the Grandeur
and Decadence of the Romans (1734)
- Mengenai sejarah kebangkitan, kegemilangan dan
kejatuhan kerajaan Rom
- Mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena
persekitaran terhadap tingkah laku manusia
c. Karya Spirit of the Laws (1748)
- Undang-undang manusia dan institusi sosial
- Pengasing kuasa dalam pemerintahan
2. Adam Smith Latar belakang Adam Smith
- pelopor idea perdagangan bebas. dilihat sebagai
pengasas kepada disiplin ekonomi moden.
Hasil karya dan sumbangan :
a. The Theory of Moral Sentiments (1759)
- Secara kritikal meneliti dan membincangkan
pemikiran moral
- Mengetengahkan teori simpati
- Memperkembangkan teori psikologi
- Kesedaran terhasil daripada hubungan sosial
b. Wealth of Nations (1776)
- Membuka dimensi baru dalam disiplin ekonomi
moden
- Kebebasan perdagangan berasaskan kritikannya
terhadap sistem mekantilisme
- Memperkenalkan teori ekonomi yang sistematik
- Penekanan pentingnya negara mempunyai
jongkong emas
- Memperkenalkan konsep Laissez Faire
- Menekankan pentingnya meritokrasi
- Menekankan pembahagian kerja
- Menekankan proses pengumpulan modal
- Menyatakan proses pertumbuhan ekonomi bersifat
kumalatif
175
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
3. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
4. latihan a. Huraikan idea-idea utama yang disumbangkan oleh Charles
pengukuhan/pengayaan Louis Montesquieu.
b. Bincangkan sumbangan Adam Smith sebagai pengasas disiplin
ekonomi moden.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: BINCANGKAN SUMBANGAN CHARLES LOUIS MONTESQUIEU (1689–1775)
DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN INTELEKTUAL PADA ZAMAN PENCERAHAN DI
EROPAH.
PENDAHULUAN
Pada abad ke 17, benua Eropah telah mengalami Zaman Pencerahan (Enlightenment) dan
berlakunya revolusi intelektual baru yang pesat yang mementingkan fakta dan rasional. Ia dipolopori
oleh golongan intelektual baharu yang mengenepikan unsur teologi dan fahaman kolot yang menular
dalam masyarakat Eropah pada masa itu. Antara tokoh intelek pada zaman ini ialah Charles Louis
Montesque dari Peranchis. Beliau merupakan pemikir politikPeranchis yang terkenal dan idea idea
beliau banyak memberi kesan yang besar dalam perkembangan intelektual di Eropah.
ISI 1: Memperkenalkan idea atau kaedah baru untuk membentuk sebuah negara yang baik
khususnya di Peranchis.
Idea beliau ini dapat di lihat dalam karyanya yang bertajuk Spirit of the Law (1748). Dalam bukunya
ini, beliau menegaskan bahawa bentuk pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza mengikut
iklim dan keadaan. Sebagai contoh pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas
dalam iklimyang panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota yang kecil.
Idea beliau ini tidak pernah wujud di Peranchis yang baru mengalami kejatuhan sistem Raja Mutlak
pada 1715. Jelas meunjukkan bahawa idea yang diperkenalkan memberi kesan dalam
perkembangan intelektual di Eropah.
ISI 2: Konsep Pengasingan Kuasa/ Pembahagian dan Imbangan Kuasa
Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Peranchis. Menurut beliau, kuasa harus
dibahagikan antara raja dan badan badan perantaraan seperti parlimen, estet estet provinsi,
golongan bangsawan, bandar dan gereja. Ini bermakna mesti terdapat pemisahan antara Badan
Perundangan , Badan Eksekutif dan badan Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat
kebebasan. Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan
penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang. Idea beliau ini
telah mempengaruhi pembentukan Perlembagaan Amerika Syarikat ( 1787 ).
ISI 3: Pandangan baru dalam soal amalan adat masyarakat peranchis
Beliau mengkritik amalan masyarakat Peranchis yang masih lagi mengamalkan adat lama yang
menyekat kemajuan khususnya konkongan lelaki terhadap wanita. Ia dianggap sebagai ahli sosiologi
yang melihat gaya hidup mewah golongan atasan dan kemerosotan akhlak masyarakat Peranchis di
akhir zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Beliau juga mengkritik sikap
176
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
masyarakat Peranchis yang memberi taat setia yang keterlaluan kepada raja. Idea ini merupakan
pencetus kepada perubahan sikap masyarakat Peranchis terhadap raja berkuasa mutlak. Montesque
juga memperkecilkan prinsip pemerintahan mengikut mandat tuhan. Idea beliau ini telah
menimbulkan kesedaran masyarakat Peranchis untuk menilai semula kehidupan dan taraf mereka
di sisi raja. Dengan ini sekitar tahun 1789 -1795 telah wujud semangat kebangsaan di kalangan
rakyat Peranchis yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang akhirnya mencetuskan
Revolusi Peranchis.
ISI 4: Memperbaharui kaedah penulisan sejarah yang mementingkan bukti yang sainstifik dan
relevan berdasarkan sebab dan akibat secara tersurat dan tersirat
Ia menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasilan penulisan sejarah. Sebab itulah
beliau dikenali sebagai ahli sosiologi yang pertama dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan
fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia. Ini dapat dilihat melalui hasil karyanya “ The
Consideration of the Grandeur and Decadence of the Roman ( 1734 ) “yang membincangkan
kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Rom. Apa yang menariknya dalam kajian ini, beliau telah
mengemukan sebab sebab tersirat kejatuhan Rom iaitu keruntuhan moral pemimpin Rom, ketiadaan
semangat nasioalisme di kalangan rakyat di empayar yang luas dan sebagainya. Kajian beliau ini
telah memperkembangkan kegiatan intelektual di Peranchis dan di Eropah secara keseluruhannya.
KESIMPULAN:
Charles Louis Monteesque telah memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan perkembangan
intelektual di Peranchis dan Eropah. Hasil hasil penulisan beliau telah mempengaruhi masyarakat
Eropah di zaman Penyerlahan untuk mencipta kehidupan baru yang lebih ideal dan selesa. Di
Peranchis, idea konsep pengasingan kuasa dan ketaatan kepada raja serta pembesar telah
menyebabkan berlakunya Revolusi Peranchis dan berakhirnya sistem pemerintahan beraja.
SOALAN 2: CHARLES LOUIS MONTESQUIEU TELAH MENGHASILKAN KARYA- KARYA YANG
MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN LANDSKAP POLITIK DI EROPAH PADA ABAD KE- 19
MASIHI. BINCANGKAN.
Pendahuluan
Charles Louis Montesquie dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari
1689.
Beliau lulusan undang- undang dari Universiti Bordeaux dan menjadi peguam pada 1708.
- Merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan idea semasa
zaman pencerahan.
- Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sebagai Presiden Parlimen Bordeaux mengantikan
bapa saudara beliau.
- Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada
tahun1748 telah membawa perubahan yang besar kepada landskap politik dunia pada abad
ke- 19.
- Karya lain ialah The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the
Roman dan Letter Persanes.
Isi 1 Teori pengasingan kuasa
- Teori ini dibincangkan melalui karyanya Spirit of The Laws (L’Esprit des Lois).
- Karya ini memberi kesan yang mendalam terutamanya dalam bidang politik dan
pemerintahan terhadap negara- negara di dunia dan intelektual.
- Dalam karya ini, beliau mengutarakan kuasa pemerintahan perlu diasingkan antara raja,
golongan bangsawan, majlis perbandaran, estet- estet provinsi dan gereja.
177
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
- Beliau menjelaskan bahawa konsep pengasingan kuasa terbahagi kepada 3 badan iaitu,
Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
- Ketiga- tiga badan ini mempunyai bidang kuasa tersendiri dan setiap cabang pemerintahan
tidak dicampuri urusan badan lain.
- Doktrin ini dikemukakan kerana beliau menentang pemerintahan berkuasa mutlak.
- Beliau juga berpendapat jika kuasa mengubal undang- undang dasn kuasa pemerintah
dikuasai oleh orang yang sama, pasti kebebasan tidak wujud kerana pihak pemerintah akan
mengubal undang- undang yang zalim agar mereka terus berkuasa.
- Kebebasan tidak akan berlaku jika hakim- hakim tidak diberi kebebasan untuk melaksanakan
tugasnya.
- Justeru, jika ketiga- tiga badan ini diasingkan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.
- Sememagnya, Karya Spirit of The Law membawa perubahan kepada landskap politik di
Eropah pada abad ke- 19.
Isi 2 Mengkritik amalan masyarakat Perancis
- Dalam karya beliau seterusnya iaitu The Consideration on the Causes of the Grandeur and
Decadence of the Roman memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan
kerajaan Rom di akhir abad ke- 4 masihi.
- Dalam karya ini beliau menyatakan seseorang perlu memahami masyarakatnya terlebih
dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk sesebuah negara.
- Antara iktibar yang boleh diperoleh dan dapat dijadikan panduan dalam bidang politik ialah
faktor kejayaan Rom, antaranya kebajikan masyarakat. Sistem konsul, kebijaksanaan senat,
kekuasaan rakyat yang terbatas, konsentrasi perang, kemenangan, pembahagian harta
rampasan, pembahagian tanah sama rata, pemeriksaan, pembahagian kuasa politik dan
sokongan senat terhadap ketenteraan dan politik luar negeri.
- Manakala, kejatuhan Rom disebabkan oleh merosotnya kerjasama antara rakyat dan tentera,
kesenjangan ekonomi dan kekuasaan, hilang identiti kewarganeraan rakyat Rom.
- Beliau juga memerhatikan perkembangan fahaman atheism, materialism dan hedonism
membawa kepada kehancuran moral, kepercayaan agama, semangat patriotisme dan
kebajikan masyarakat Rom.
- Dalam karya ini juga beliau membuat kajian tentang kesan dan akibat sosial dan fenomena
persekitaran tingkah laku manusia.
Isi 3 Kemerosotan moral
- Dalam karya beliau seterusnya Letters Persanes yang diterbitkan pada tahun 1721, beliau
telah mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral pada
penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV, dimana rakyat telah
memberikan taat setia yang keterlaluan kepada raja.
- Dalam karya ini terdapat 161 surat dan tidak huraian atau kaitan cerita di antara surat yang
lain.
- Surat ini mirip sebuah karangan singkat yang mengambarkan beberapa subjek seperti dasar
pemerintahan, tradisi kepercayaan, gaya hidup dari suatu masyarakat bahkan ada beberapa
surat diterima dari sanak saudara, isteri, para pembantu tentang pelbagai peristiwa yang
terjadi di Persia dan karya ini boleh dijadikan landasan yang betul dalam mempertahankan
keutuhan sesebuah kerajaan.
- Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa masyarakat Perancis masih mengamal cara lama
yang boleh menyekat kemajuan seperti kongkongan golongan lelaki terhadap wanita.
- Sehubungan dengan itu karya ini juga telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat Perancis.
-
178
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Isi 4 Pembinaan jentera pentadbiran sebuah negara moden.
- Muncul pemerintahan Engligtened Despot iaitu raja- raja memerintah dengan penuh
kesedaran dan mempratikan undang- undang yang tegas.
- Selain itu, berlaku pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu keistimewaan yang dimiliki
oleh wilayah yang dihapuskan.
- Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera pentadbiran
sebuah negaramoden yang berfungsi tanpa campur tangan raja.
- Raja juga bertindak menggantikan pegawai- pegawai kerajaan di peringkat pusat, wilayah
dan tempatan.
- Contohnya, perlantikan mereka berasaskan teori- teori politik oleh golongan intelektual.
Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan
bangsawan dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.
- Jelaslah doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap landskap
politik di Eropah seperti bangsa Amerika dan beberapa negara lain sehingga didapati bahawa
Amerika Syarikat mengubal perlembagaan mereka berdasarkan idea beliau.
Kesimpulan
- Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada perubahan
landskap politik dan pemerintahan di Eropah melalui karya- karya beliau.
- Idea- idea yang dikemukan oleh beliau juga telah menjadi asas bagi kemunculan revolusi di
Perancis.
- Selain itu, idea yang dikemukan oleh beliau tersebar ke negara- negara lain di benua Eropah.
SOALAN 3: BINCANGKAN SUMBANGAN ADAM SMITH DALAM BIDANG EKONOMI DI EROPAH
PADA ABAD KE-18.
PENGENALAN
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland. Semasa berusia 14
tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral. Beliau
kemudiannya menjadi professor di situ. Pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau
gelaran Doktor Undang-undang dan beliau pernah memegang jawatan sebagai Rektor Universiti
Glasgow. Adam Smith terkenal kerana pengaruh bukunya, “The Wealth Of Nations” dan dianggap
sebagai Bapa Ekonomi Moden.
Isi-isi Penting
ISI 1: Pengasas kepada disiplin ekonomi moden
Beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina
kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada kerajaan. Menurut
beliau, sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Beliau juga
mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme, monopoli negara, dan
memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
ISI 2: Konsep ekonomi laissez-faire
Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang sedia
ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan
urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan. Doktrin ini kemudiannya
179
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan tidak harus campur
tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi berfungsi seperti biasa.
Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan
kebajikan rakyat.
ISI 3: Mengkritik dasar merkantilisme
Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni. Menurut
beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan menjalankan aktiviti
mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara dari
segi kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia
Timur Inggeris.
ISI 4: Teori percukaian
Teori percukaian menurut Adam Smith ialah kerajaan hanya patut mengenakan cukai dengan cara
tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut menyokong
negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri. Menurut beliau kekayaan negara
dinilai dari segi stok emas dan perak yang ada. Mengimport barangan dari luar negara di
anggap merosakkan kerana kekayaan mesti dilepaskan untuk membayar barangan tersebut.
Mengeskport barangan dianggap baik kerana kekayaan akan kembali kepada negara. Oleh itu
negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan cukai atas
barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport dan melindungi industri domestik.
ISI 5: Amalan perdagangan
Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan.
Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-dua
pihak. Bagi Adam Smith faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak
perlu meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuatan. Menurutnya kekayaan
sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik kebal, tetapi bergantung
kepada jumlah pengeluaran dan perdagangannya.
ISI 6: Teori ekonomi yang sistematik
Adam Smith menentang teori ekonomi lama yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong
emas yang banyak. Beliau juga menolak pandangan yang mengatakan bahawa tanah merupakan
sumber utama. Sebaliknya beliau menekankan kepada tenaga buruh. Menurut beliau peningkatan
pengeluaran dapat dicapai melalui pembahagian kerja. Beliau menentang peraturan usang dan
campur tangan pemerintah yang menghalang perkembangan dan perluasan industri. Pasaran
bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Di mana pengeluar mengeluarkan
barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan
meningkat. Harga barang akan meningkat jika barang yang diperlukan itu adalah kurang dalam
pasaran. Ini akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.
ISI 7: Pengumpulan modal
Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja.
Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi, Adam
Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan
keuntungan. Secara ringkasnya tiada siapa yang akan menjalankan perniagaan sekiranya
mendapat kerugian. Pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan. Modal ini
boleh diguna untuk perdagangan dan pertumbuhan stok dalam modal membawa kepada
persaingan antara pengusaha. Apabila modal sudah berkembang maka terjadilah
peningkatan dalam kemakmuran.
180
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Adam Smith telah banyak memberi sumbangan daalm bidang ekonomi yang
digunapakai hingga hari ini. Sumbangan beliau membawa kepada pembentukan ekonomi moden
dan perdagangan bebas. Malah pandangan dan pemikiran Adam Smith dalam bidang ekonomi
telah mempercepatkan pertumbuhan Revolusi Industri di Eropah. Kemajuan dalam bidang
perindustrian memberi kemakmuran kepada sesebuah negara.
SOALAN 4: NILAIKAN SUMBANGAN ADAM SMITH KEPADA PERKEMBANGAN PEMIKIRAN
EKONOMI DI EROPAH.
PENDAHULUAN
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Dilahirkan di
Kirkcaldy, Fife, Scotland. Menerima pendidikan di Burgh School of Kirkcaldy dan seterusnya di
Universiti Glasgow. Beliau telah mempelajari bidang falsafah moral seterusnya memasuki Kolej
Balliol, Universiti Oxford pada tahun 1740. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Reaktor
Universiti Glasgow dari rahun 1787 sehingga 1789. Terkenal dengan bukunya bertajuk “The Wealth
of Nations” dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden.
Tiada siapa yang akan menjalankan perdagangan jika mereka menjangkakan akan mengalami
kerugian. Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua- dua pihak. Kekayaan sesebuah Negara
bukan dalam kuantiti emas dan perak, tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan
perdagangan. Mempunyai kefahaman dan pandangan yang radikal tentang bagaimana masyarakat
dan manusia bekerja. Beliau menyedari bahawa keharmonian social akan muncul secara semula jadi
apabila manusia berusaha mencari jalan untuk tinggal dan bekerjasama.
Dalam buku beliau yang bertajuk The Theory of Moral Sentiments atau Teori Sentimen Moral
membincangkan tentang kesedaran terhasil daripada perhubungan social. Beliau mengemukakan
Teori Simpati yang menjelaskan bagaimana pemerhatian terhadap orang lain menyebabkna
seseorang menyedari tentang diri dan kelakuan sendiri. Menulis buku Wealth of Nations yang
mempengaruhi ahli- ahli politik pada zamannya dan menjadi asas intelektual pada zaman
kegemilangan pada abad ke 19. Buku ini juga telah membuka dimensi baru dalam displin ekonomi
moden.
Selain itu, beliau juga memperkenalkan teori ekonomi sistematik yang menentang teori ekonomi lama
iaitu ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya Negara memiliki jongkong emas. Beliau juga
menolak pandangan golongan physiokrat yang menyatakan tanah adalah sumber utama ekonomi.
Beliau juga berpendapat bahawa pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik,
dimana pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan
terhadap barang tersebut akan meningkat. Beliau juga menyatakan bahawa campur tangan
pemerintah akan menjejaskan kecekapan ekonomi dan akhirnya akan menaikan harga. Konsep ini
kemudiannya dikenali sebagai Laissez Faire.
Beliau juga menekankan pentingnya meritokrasi. Sistem ini digunakan oleh institusi untuk memilih
pekerja yang memikul tanggungjawab berdasarkan kemampuan dan bakatnya. Meritokrasi
mendorong masyarakat agar selalu memperbaiki dirinya sendiri dan mewujudkan pengkhususan dan
kecekapan dalam ekonomi. Beliau percaya bahawa pembahagian kerja adalah titik permulaan dari
teori pertumbuhan ekonomi. Dengan adanya pembahagian kerja, maka berlakunya peningkatan
produktiviti tenaga kerja yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja, menjimatkan waktu
dalam pengeluaran barang dan penemuan yang menjimatkan tenaga kerja.
181
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Adam Smith juga menekankan bahawa proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu
daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses
pembangunan ekonomi. Modal diperolehi daripada tuan tanah atau golongan bangsawan. Para
pengusaha atau kapitalis akan mengembangkan modal tersebut. Modal juga turut digunakan untuk
perdagangan. Beliau menyatakan proses pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini bermakna
apabila wujud kemakmuran kesan daripada kemajuan dalam bidang pertanian, industry, pengeluaran
dan perniagaan akan menarik pelaburan modal, pembangunan teknologi, meningkatkan jumlah
penduduk, Peluasan pasaran, pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan secara berterusan.
KESIMPULAN
Adam Smith percaya bahwa kerajaan Cuma mempunyai 3 fungsi utama iaitu melindungi rakyat
daripada penaklukan tentera musuh, melindungi warganegara daripada ketidakadilan dan
menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh
individu.
SOALAN 5: BINCANGKAN KARYA DAN SUMBANGAN ADAM SMITH DALAM ASPEK
INTELEKTUAL.
a) PENDAHULUAN
merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland yang terkenal kerana
pengaruh bukunya The Wealth of Nations dan dianggap sebagai bapa ekonomi moden.
Merupakan anak kepada Margeret Dauglas. Dilahirkan di Kirkcaldy. Ketika berumur 4
tahun,pernah diculik oleh sekumpulan Gipsi tetapi Berjaya diselamatkan oleh bapa
saudaranya.
Beliau sangat rapat dengan ibunya dan ibunyayang menggalakkan beliau Berjaya dalam
pelajaran.
Pada tahun 1762 ,pihak university Glasgow menganugerahkan belian Doktor undang-
undang. Beliau meninggal dunia pada 17 julai 1790 di Edinburg dan disemadikan di
Canongate ,Kirkyard.
b) ISI-ISI PENTING
Pengasas kepada disiplin ekonomi moden .
Beliau memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina
kehidupan lebih bermoral dengan mengetengahkan idea untuk mengakhiri sistem feudal dan
memperkenalkan laissez-faire iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
Didalam bukunya , The Teory of moral Sentiment ,beliau menulis tentang teori motivasi yang
cuba untuk mengamankan perasaan yang menekankan kepentingan sendiri.
Karya The Wealth of Nations
Beliau menyatakan bahawa pasaran dibawah sesuatu syarat mengaturi sistem dengan
sendirinya akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal
yang menjadi satu perkara yang biasa pada waktu itu.
Hanya membenarkan kerajaan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh
badan yang bergantung kepada keuntungan sahaja .Sebagai contoh , menghalang
seseorang daripada menggunakan kekasaran atau penipuan untuk mengelakkan
persaingan,perdaganganatau pengeluaran.
Adam smith mempunyai amalan dan kepercayaan ekonomi yang tersendiri.
Kekayaan Negara di nilai dari segi stok .emas dan perak .sebagai contoh, mengimport
barangan dari luar Negara dianggap merosakkan kerana ini bermakna kekekayaan mesti
182
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
dilepaskan untuk membayar barangan tersebut .Manakala mengisport barangan dianggap
baik kerana kekayaan ,iaitu logam ,emas dan perak kembali kepada mereka.
Seterusnya, pekeja-pekerja mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke Bandar lain untuk
memasarkan barangan. Pengilang dan pedagang hendaklah menghantar petisyen kepada
raja untuk melindungi monopoli. Peralatan yang menjimatkan tenaga buruh dilarang sekali
kerana di anggap menjadi ancaman kepada pihak pengeluar .
Menerbitkan karya pertama pada tahun 1759 bertajuk the theory of moral sentiments
Kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial .Beliau menyatakan bahawa moral
bergantung kepada simpati antara agen dan penonton. Dengan kata lain,indivudu dan
masyarakat berkait rapat dengan moral.
Beliau cuba menyelaraskan tentang punca dan kebolehan manusia untuk membentuk
pertimbangan moral walaupun wujud kecenderungan kearah kepentingan semula jadi.
Beliau juga menyelidik pemikiran moral masyarakat pada ketika itu dan menyatakan bahawa
kesedaran sebenarnya adalah hasil daripada perhubungan sosial.
c) KESIMPULAN
Adam s. Percaya bahawa kerajaan mempunyai tiga fungsi utama iaitu rakyat dilindungi daripada
pemikiran tentera, warganegara dilindungi daripada ketidakadilan dan menyediakan kemudahan
seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu.
183
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.2 : Intelektual
3.2.2 : Sumbangan tokoh
Hasil Pembelajaran : Menilai idea dan sumbangan tokoh
Masa /Kawasan Kajian : England dan Perancis (abad ke- 18 hingga 19)
Waktu pengajaran : 1 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar belakang Jean Rousseau yang dilahirkan di Geneva dan mempelajari sastera purba
Jacques Rousseau Greek dan Rom tokoh yang mempunyai falsafah yang berbeza.
Beliau menjadi penulis ketika berusia 40 tahun. Rousseau ialah
penulis paling berpengaruh pada zaman berkenan. Rousseau
terkenal dengan penerbitan risalah politik berjudul “Kontrak Sosial”.
Menurut beliau, semua kerajaan menjalankan kuasa mereka
berdasarkan perjanjian yang dibuat sesame manusia dan boleh
ditukar bila-bila masa.
.
2. Karya dan sumbangan : a. Karya Discourse on the Arts and Sciences
- Seni dan sains tidak menyumbang kepada
pemurnian moral individu, sosial dan tahap politik.
- Menekankan kepada memperbaiki tingkah laku
dan akhlak
b. Karya Discourse on the Origin of Inequality (1755)
- Memahami manusia dalam keadaan alam semula
jadi tulen
c. Karya The Social Contract (1762)
- Manusia dilahirkan bebas tetapi terikat di mana-
mana
- Mementingkan kepentingan umum berbanding
kepentingan individu
- Kontrak sosial satu perkara yang semulajadi
- Pendidikan cukup membataskan tingkah laku
manusia supaya berada di landasan yang betul
- Perpaduan negara dating dari persetujuan
bersama
- Kerajaan menjalankan kuasa berdasarkan
perjanjian yang dibuat oleh manusia
- Manusia dirosakkan oleh masyarakat
d. Karya Emile
- Khusus tentang pendidikan awal kanak-kanak
- Kanak-kanak hidup secara semula jadi dan
hindarkan pengaruh masyarakat
- Pendidikan bermula sejak lahir
- Belajar melalui pengalaman sendiri
3. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
4. latihan Bincangkan idea-idea utama yang disumbangkan oleh Jean Jacques
pengukuhan/pengayaan Rousseau.
184
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: NILAIKAN SUMBANGAN JEAN - JACQUES ROUSSEAU DALAM
PERKEMBANGAN INTELEKTUAL DI EROPAH DALAM ABAD KE-18.
PENDAHULUAN
Latar belakang era Enlightenment iaitu gerakan budaya intelektual yang berusaha untuk
menggembleng kuasa mereformasikan masyarakat dan pengetahuan. Kemunculan tokoh
Enlightenment seperti Rousseau yang dilahirkan di Geneva dan mempelajari sastera purba Greek
dan Rom.
ISI 1. Karya Emile
Rousseau menekankan pentingnya pendidikan awal kepada kanak-kanak bagi meransang pemikiran
mereka.Menekankan perkara yang baik dan mampu memupuk minat serta diikuti dengan aktiviti yang
spontan.Pengaruh masyarakat harus dihindarkan daripada seseorang kanak-kanak supaya mereka
boleh hidup secara semula jadi dan membesar dengan bebas daripada pengaruh negatif. Ibu bapa
dan guru harus peka dengan perkembangan kanak-kanak dan diharapkan dapat menyediakan
pengalaman berdasarkan masa yang sesuai.
Impak :
Penerimaan terhadap karya beliau mengubah hala tuju pemerintahan Perancis kepada kewajaran
mendidik kanak-kanak ke arah pendidikan awal yang bermoral dan bersesuaian dengan nilai-nilai
kemanusiaan. Jika sebelum ini kanak-kanak lebih dididik ke arah ketenteraan, masyarakat beralih
kepada pendidikan yang sewajarnya seperti pelaksanaan undang-undang kerajaan Perancis
mewajibkan kanak-kanak diberikan pelajaran seawal usia enam tahun dan larangan kanak-kanak
dijadikan buruh di sektor pekerjaaan dan perindustrian.
ISI 2. Karya The Social Contract
Membicarakan teori politik yang agak bertentangan dengan sistem politik yang dipraktikkan oleh
kerajaan Perancis. Mengharapkan akan wujud sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap
rakyat terutama dalam aspek keselamatan dan kebajikan..Rosseau berpandangan hubungan
hubungan antara kerajaan dengan rakyat ibarat suatu kontrak.
Impak :
Rosseau membuka minda masyarakat Perancis tentang proses menghasilkan warganegara yang
baik boleh dilakukan dengan memperbaiki hubungan di antara pemerintah dan rakyat. Perpaduan
sesebuah negara itu datang daripada persetujuan bersama yang dikenali sebagai ‘kehendak
kebangsaan’.
ISI 3. Karya Discourse on the Origin of Inequality
Menggambarkan perkembangan tamadun yang merosakkan kebahagiaan semula jadi kebebasan
manusia dengan mencipta ketidaksamaan dalam aspek kekayaan, kekuasaan dan keistimewaan
sosial.
Impak :
Beliau menegaskan hakikat kehidupan manusia primitif sebenarnya sama kerana setiap individu
adalah bebas namun apabila masyarakat semakin moden ahli-ahli yang kuat dan pintar akan
memperolehi kelebihan daripada saudara-saudara mereka yang lemah.
ISI 4. Karya Discourse on the Arts and Sciences
Karya ini mengharumkan nama Rousseau. Membicarakan tentang aspek seni dan sains. Berusaha
menghubungkaitkan kedua-dua bidang ini dengan aspek moral. Kemajuan bidang seni dan sains
tidak mampu menyumbang kepada pemurnian moral individu, sosial dan perkembangan politik. Amat
mengagumi pemikiran Bacon, Newton dan mahukan masyarakat memberikan perhatian kepada
185
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
memperbaiki tingkah laku dan akhlak berbanding memajukan bidang sains dan seni. Mendakwa
bahawa Mesir Purba mula runtuh setelah faksafah dan seninya berkembang maju.
Impak :
Mengambil iktibar Greek purba yang mengalami nasib yang sama walaupun asalnya Greek purba
sangat mementingkan nilai keberanian tetapi apabila sains dan seni mula berkembang,
masyarakatnya menjadi masyarakat yang berasaskan kemewahan dan keseronokkan. Di samping
itu, beliau menyokong Sparta yang mengetepikan artis dan para saintis.
KESIMPULAN
Idea-idea Rosseau melalui karyanya banyak memberikan impak yang besar kepada masyarakat
Eropah. Mempengaruhi pemikiran tokoh-tokoh zaman seterusnya ke arah pembentukan atau
kemerdekaan Amerika Syarikat.Rosseau seolah menongkah arus pemikiran pada zaman tersebut
yang begitu mengagungkan kegiatan seni dan ilmu sains. Beliau berpendapat bahawa kemajuan
sains tidak mendorong kepada pembinaan dan pemurnian moral, individu, sosial dan tahap politik.
SOALAN 2: NILAIKAN SUMBANGAN JEAN JACQUES ROUSSEAU DALAM BIDANG
INTELEKTUAL DAN INSPIRASI KEPADA REVOLUSI PERANCIS PADA ABAD KE 18 HINGGA
19 MASIHI
PENDAHULUAN
Jean Jacques Rousseau lahir di Geneva merupakan seorang pemikir yang sangat berpengaruh
semasa era Enlightenment di Eropah. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam bidang muzik,
politik, psikologi dan pendidikan. Ideanya menjadi inspirasi kepada Revolusi Perancis. Di antara
karyanya yang terkenal ialah Discourse on the Arts and Sciences, Emily dan The Social Contract.
ISI 1: Karya Discourse on the Arts and Sciences – Hak Sosial dan mengkritik Kemajuan
Sains
Beliau berpendapat seni dan sains tidak menyumbang kepada pemurnian moral individu, sosial dan
tahap politik. Bidang seni dan sains bukan sahaja tidak bermanafaat malah boleh membawa kepada
keruntuhan moral dan akhlak. Beliau juga berpendapat, masyarakat Eropah perlu memperbaiki
tingkah laku dan akhlak untuk meningkat taraf hidup. Jelas bahawa sains hanya merosakan
pemikiran masyarakat dan bidang seni dapat meningkatkan kreativiti dan inspirasi hidup masyarakat.
ISI 2: Karya Discourse on the Origin of Inequality – Persamaan Hak Manusia
Beliau juga berpendapat cara terbaik untuk memahami tingkahlaku ialah memahami manusia dalam
keadaan alam semula jadi tulen. Setiap individu yang lahir ke dunia adalah suci dan tidak terikat
dengan mana-mana kuasa. Manusia mempunyai kebebasan untuk bersuara, berpolitik dan
menyatakan pendapat. Jelas ideanya memperjuangkan nasib golongan kelas bawahan atau
proletariat dan mengkritik kehidupan golongan atasan yag kaya raya dan hidup mewah di Paris .
ISI 3: Karya The Social Contract – Kebebasan Hak Indvidu
Karya beliau yang paling terkenal ialah The Social Contract yang ditulis pada 1762. Karya tersebut
begitu berpengaruh dalam Revolusi Amerika dan Perancis. Beliau berpendapat manusia dilahirkan
bebas . Mementingkan kepentingan umum berbanding kepentingan individu. kontrak sosial adalah
satu perkara yang semulajadi dan kontrak ini perlu dipatuhi oleh manusia. Bagi beliau pendidikan
186
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
yang sempurna membataskan tingkah laku manusia supaya berada di landasan yang betul.
Seterusnya, beliau berpendapat perpaduan negara datang dari persetujuan bersama. Kerajaan
menjalankan kuasa berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh manusia. Bagi beliau, manusia selalu
dirosakkan oleh masyarakat . Jelas bahawa idea perpaduan dan bentuk kerajaan yang baru dan
diingini oleh rakyat perlu didirikan bagi memenuhi aspirasi rakyat. Sistem beraja mutlak di Perancis
perlu digulingkan dan digantikan dengan negara republik atau demokrasi yang baru.
ISI 4: Karya Emile – Psikologi Pendidikan
Karya Emile merupakan karya yang menjurus kepada bidang pendidikan psikologi. Ia
memperkatakan tentang pendidikan awal kanak-kanak. Bagi beliau kanak-kanak perlu hidup secara
semula jadi dan perlu menghindari pengaruh – unsur negatif dalam masyarakat.Beliau menegaskan
pendidikan bermula sejak lahir. Beliau sangat menekankan pendidikan melalui pengalaman sendiri.
Jelas bahawa persekitaran yang baik penting untuk pertumbuhan mental seseorang kanak-kanak
yang genius, bijak dan berkualiti.
KESIMPULAN
Kesimpulan Jean Jacques Rousseau telah mencetuskan idea perubahan dalam pemikiran
masyarakat di Eropah . Falsafah dan pemikiran beliau dilahirkan melalui karya-karya yang terkenal
terutama The Social Contract. Idea idea beliau telah menjadi inspirasi kepada pejuang nasionalis
Perancis dan Amerika Syarikat
SOALAN 3: BINCANGKAN SUMBANGAN JEAN-JACQUAS ROUSSEAU DALAM ASPEK
INTELEKTUAL.
PENDAHULUAN
Intelektual atau intelengensia berasal dari Rusia dan digunakan pada abad ke-19. Merujuk
kepada satu kumpulan kecil golongan elit. Direkrut daripada segala kelas atau golongan.
Selain itu juga, ditemui dalam kalangan pendukung atau penentang pergerakkan budaya atau
politik. Ia juga menjauhi diri daripada bergaul dengan masyarakat tetapi bergaul didalam
golongan sendiri.Tertarik kepada idea pengetahuan mekanikal, teknikal, idea2 agama dan
sebagainya.
Seterusnya, beliau merupakan salah seorang pemikir yang sangat berpegaruh pada zaman
Englightmen pada abad ke-18 di Eropah. Zaman Englightmen merujuk kepada gerakkan
budaya intelektual yang berusaha untuk menggembleng kuasa mereformasikan masyarakat
dan berpengetahuan. Malahan, sains dan perkembangan intelektual diberi penekanan dan
perkara berkaitan tahyul tidak diterima.
ISI-ISI PENTING:
Menghasilkan karya muzik Diderot dan D’ Alemberts.
Menghasilkan beberapa hasil karya muzik untuk Diderot dan D’ Alemberts. Pada 1750, beliau
menerbitkan karya bertajuk Discourse on the Arts and Sciences. Malahan, hasil karyanya
telah memenangi anugerah akademi dan menjadi terkenal. Selain itu, muzik masih
merupakan perkara penting dalam hidupnya dan selepas beberapa tahun operanya yang
bertajuk Le Devin Do Village telah menjadikan Rousseau sangat terkenal dan
menyebabkannya diterima dan dihargai.Selepas itu Rousseau telah berhenti berkarya dalam
bidang muzik.Namun begitu, terhasillah karyanya seperti Discourse On The Origen of
Ineaquality (1755), La Novvella Heloise (1761), Emile (1762), The Social Contract (1762) dan
Confessions (1770) yang meningkatkan popularitin beliau. Karya terakhirnya ialah Judge of
Jean-Jaques dan Reveries of a Solitary Walker.
Menghasilkan Karya Discourse on The Arts and Sciences
187
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Karya Discourse on The Arts and Sciences telah mengharumkan nama Rousseau. Selai itu,
bahagian pertama mengenai kajian sejarah dan Rousseau menunjukkan bagaimana
masyarakat yang maju berkembang dari segi seni dan sains mengalami kemerosotan dari
segi moral dan nilai2 murni. Seterusnya, beliau mendakwa bahawa Mesir purba mula runtuh
setelah falasafah dan seninya berkembang maju.Malahan, menurutnya lagi perkara ini turut
berlaku kepada Greek purba yang mengalami nasib yang sama walaupun asalnya Greek
purba sangat mementingkan nilai keberanian tetapi apabila sains dan seni mula berkembang,
masyarakatnya menjadi masyarakat yang berasaskan kemewahan dan keseronokkan.Di
samping itu, beliau menyokong Sparta yang mengetepikan artis dan para saintis.
Memperjuangkan pengetahuan tingkahlaku dan akhlak yang baik
Rousseau juga mengiktiraf Socrates sebagai seorang yang bijak kerana menyedari
kebinasaan yang disebabkan oleh seni dan sains.Tambahan pula, beliau menyatakan seni
dan sains lahir daripada kemaksiatan manusia.Hal ini dapat dilihat seperti, geometri lahir
daripada kerakusan, fizik daripada semangat ingin tahu yang sia2 dan falsafah moral
daripada rasa bangga.Malahan, Rousseau terus menyerang sains dengan mengutarakan
bagaimana sains tidak menyumbang kepada nilai moral.Selain itu, menurut beliau sains
menjadikan hidup lebih mudah dan menyeronokkan tetapi bukan bertambah baik dari sei
moral.Walaubagaimanapun,beliau menyokong pemikir yang dianggap bijak seperti Bacon,
Descrates dan Newton. Beliau juga mahu majority rakyat memberikan perhatian kepada
memperbaiki tingkah laku dan akhlak berbanding memajukan seni dan sains.
Menghasilkan Karya Discourse on The Origin of Ineaquality pula didedikasikan oleh Rousseau
kepada Republik Geneva
Karya Discourse on The Origin of Ineaquality pula didedikasikan oleh Rousseau kepada
Republik Geneva. Rousseau cuba menjelaskan sifat manusia secara semula jadi tanpa
kualiti2 yang terbia akibat sosialiasi, iaitu memahami manusia dalam keadaan alam semula
jadi tulen.Namun begitu, bertentangan dengan pendapat pada zaman itu terutamanya
pendapat Aristotle yang menyatakan bahawa keadaan masyarakat sivil itu adalah keadaan
semula jadi manusia. Selain itu, gambaran Rousseau tentang manusia dalam keadaan
semula jadi adalah berbeza dengan pendapat pada zamanya. Di samping itu, menurut
Rousseau cara hidup seperti ini boleh menghasilkan kebebasan dan keselamatan serta
mewujudkan persaudaraan.
Karya Discourse on The Origin of Inequality dikatakan salah satu dokumen yang paling
revolusioner pada abad ke-18 dieropah.Seterusnya, karya ini menujukkan bagaimana
perkembangan tamadun merosakkan kebahagiaan semula jadi dan kebebasan manusia
dengan mencipta ketidaksamaan tiruan dalam kekayaan,kuasa, dan keistimewaan
sosial.Malahan, menujukkan bahawa manusia primitif adalah sama dengan manusia lain
kerana setiap individu adalah bebas tetapi apabila masyarakat menjadi lebih moden, ahli2
yang kuat dan paling pintar dalam masyarakat memperolehi kelebihan yang tidak semula jadi
keatas saudara mereka yang lemah.Selain itu, perlembagaan yang digubal untuk
membetulkan ketidakseimbangan ini melalui keamanan dan keadilan sebenarnya tidak
melakukan apa2 tetapi mengekalkan perkara ini.
KESIMPULAN
Jean Jaques Rousseau telah memberikan banyak sumbangan yang penting kepada
perkembangan intelektual di Eropah. Beliau juga telah menulis beberapa buku yang
bermanfaat dalam perkembangan tersebut.Malahan idea2 Rosseau telah menjadi elemen
utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta digunakan
oleh pemikir2 Amerika.Selain itu, Beliau juga menjadi terkenal melalui bidang pendidikan
kerana teori Naturalisme yang diperkenalkan melalui karyanya bertajuk Emile yang
mengkhusus kepada pendidikan awal kanak2.
188
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Unit 3.3 : Kemajuan Pendidikan
Hasil Pembelajaran : menghuraikan proses perubahan pendidikan daripada sistem
Pendidikan tradisonal kepada pendidikan moden
Masa /Kawasan Kajian : Perancis (abad ke- 19 hingga 20)
Waktu pengajaran : 4 waktu
Bil Kandungan Keterangan
1. Latar belakang sistem Menjelang abad ke- 19, muncul sistem yang sistematik dan teratur di
pendidikan di Perancis Perancis. Sistem pendidikan di Perancis jadi teratur selepas Undang-
undang Imperial diperkenalkan oleh Napoleon. Undang- undang ini
menyebabkan semua institusi pendidikan disatukan di bawah
pentadbiran Universiti Paris.
2. Perubahan sistem a. Dasar pendidikan
pendidikan di Perancis : - Perubahan-perubahan yang berlaku di Perancis
adalah seperti berikut :
- Napoleon memperkenalkan pendidikan yang
seragam di Perancis.
- Selepas zaman Napoleon, sistem pendidikan
dikuasai oleh golongan gereja.
- Selepas Revolusi 1830, pendidikan diletakkan di
bawah penguasaan kerajaan.
- Menjelang zaman Republik Kedua, sistem pendidikan
awam dimantapkan
b. Institusi pendidikan
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Sekolah Tinggi
- Sekolah Teknik
- Universiti
c. Kurikulum
- Kurikulum sekolah rendah terdiri daripada aktiviti
membaca, menulis dan mengira.
- Di sekolah menengah pula merangkumi mata
pelajaran bahasa-bahasa kuno, Retrorik, Logik, Etika,
Matematik, Lukisan dan Sains.
- Kurikulum peringkat universiti terdiri daripada
pengajian Sastera, Sains, Perubatan, Undang-
undang dan Teologi.
d. Latihan Perguruan
- Pada tahun 1808, Napoleon menubuhkan pusat
latihan guru.
- Pelajar-pelajar akan menjalankan kaedah dan latihan
praktikal pada tahun akhir.
e. Bantuan Kewangan
- Kerajaan memberi peruntukan untuk menyediakan
189
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
buku-buku sekolah dan memberi insentif kepada
guru-guru sekolah rendah.
3. Bahan rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar
4. latihan Huraikan perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan di
pengukuhan/pengayaan Perancis pada pada abad ke -18 hingga 19
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN
SOALAN 1: HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI PERANCIS PADA ABAD
KE- 19 MASIHI.
PENDAHULUAN
Menjelang abad ke- 19, muncul sistem yang sistematik dan teratur di Perancis. Sistem pendidikan di
Perancis jadi teratur selepas Undang- undang Imperial diperkenalkan oleh Napoleon. Undang-
undang ini menyebabkan semua institusi pendidikan disatukan di bawah pentadbiran Universiti Paris.
ISI 1: Dasar pendidikan
Napoleon memperkenalkan pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis dengan
menyatukan institusi pendidikan di bawah sebuah badan induk yang dikenali sebagai Universiti
Perancis. Selepas Revolusi 1830, pendidikan dibebaskan daripada cengkaman gereja dan
diletakkan di bawah penguasaan kerajaan. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kelahiran sistem
pendidikan kebangsaan yang seragam di seluruh Perancis.
ISI 2: Institusi Pendidikan
Institusi pendidikan Perancis terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah (Lyceum dan Kolej
Awam) sekolah Tinggi, sekolah Teknik dan Universiti. Sekolah rendah di Perancis ditadbir dan
diuruskan oleh komuniti masing- masing manakala sekolah menengah terletak di bawah bidang
kuasa pengarah pendidikan. Pentadbiran sekolah menengah akan dikendalikan oleh Ketua pentadbir,
penyelia dan pesuruhjaya. Manakala pentadbiran university diterajui oleh ketuia pentadbir dengan
bantuan majlis universiti.
ISI 3: Latihan Penguruan
Pada tahun 1808, Napoleon menubuhkan pusat latihan guru yang dikenali sebagai Superior Normal
School. Pusat latihan ini melatih bakal guru daripada kalangan pelajar- pelajar lepasan Lyceum. Pada
tahun ketiga, pelajar- pelajar akan mempelajari kaedah dan menjalani latihan pratikal.
ISI 4: Bantuan Kerajaan
Kertajaan memberi peruntukan untuk menyediakan buku- buku sekolah dan insentif kepada guru-
guru sekolah rendah. Menjelang tahun 1847, peruntukan sebanyak 1500000 Franks diberikan
kepada 54 buah lyceum di Perancis.
190
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
ISI 5: Kurikulum
Kurikulum sekolah rendah terdiri daripada aktiviti membaca, menulis dan mengira. Mata pelajaran
seperti Sains, Sejarah, Geografi, Muzik, Lukisan Linear dan Matematik diajar. Kurikulum sekolah
menengah merangkumi pelajaran bahasa- bahasa Kuno, Retorik, Logik, Etika, Matematik, Lukisan
dan Sains. Pendidikan Menengah juga turut menekankan pembelajaran bahasa Latin, Bahasa
Perancis, Sejarah, Geografi dan Matematik. Kurikulum peringkat university terdiri daripada pengajian
sastera, sains, perubatan, undang- undang dan teologi.
KESIMPULAN
Perancis merupakan antara Negara Eropah memperlopori sistem pendidikan kebangsaan.
Pendidikan di Perancis berada dibawah penguasan dan kawalan kerajaan sepenuhnya.
Perkembangan ini meletakkan asas bagi pemodenan dalam sistem pendidikan di Perancis dan
Eropah.
SOALAN 2: BINCANGKAN SEJARAH DAN PERTUMBUHAN PENDIDIKAN DI PERANCIS.
PENDAHULUAN
Pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara serta sistem pendidikan yang
diamalkan adalah berbeza mengikut masa,tempat,dan adat resam yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat. Pendidikan diperoleh daripada pelbagai sumber dan bentuk.
Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak
melahirkan elemen baharu dalam bidang pendidikan .
Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan raja yang
memerintah .Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa .Di Perancis
usaha untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan yang
dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains,matematik, dan
vernakular.
Isi –isi penting:
I. Sejarah pendidikan
Semasa Zaman pencerahan dan Revolusi Perancis.
Sistem pendidikan di eropah sentiasa mengalami kemajuan dan proses ini berterusan
sepanjang tempoh zaman pencerahan dan revolusi perancis. Dalam tempoh tersebut
,pembangunan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menigkat dan menjadi
lebih signifikan.
Peningkatan dalam sistem pendidikan membentuk masyarakat membaca yang lebih
besar .Hal ini terjadi kerana ledakan pencetakan yang menigkatkan permintaan
daripada pembaca daripada pelbagai golongan masyarakat dan kelas sosial.
Sebelum Zaman Pencerahan
Sistem pendidikan belum begitu dipengaruhi oleh Revolusi Saintifik .Apabila Revolusi
Saintifik menembusi pandangan tradisional pada masa itu , agama,dan kepercayaan
karut telah digantikan dengan hujah dan fakta saintifik yanb membawa kepada
pandangan bahawa semua orang mempunyai kapasiti yang sama dan pendidikan tidak
harus terhad kepada kelas tertentu atau jantina.
Sebelum abad ke 17 dan 18
Sistem pendidikan asas dimulakan oleh Jules Ferry, Menteri Pelajaran pada tahun
1880. Beliau mahukan sebuah sekolah yang mempunyai guru yang terlatih disetiap
191
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1
Bandar dan kampung untuk menyampaikan pendidikan yang sempurna dan wajib
kepada semua golongan dan tidak harus berada di bawah pengawalan gereja. Pada
tahun1880 ,telah wujud pemisahan yang jelas antara gereja dengan pihak pemerintah.
II. Pertumbuhan sistem pendidikan
Kadar celik huruf di Eropah dari abad 17 -18 menigkat dengan ketara.
Pendidikan teral disediakan untuk semua kelas masyarakat. Pada pertengahan
1920 an ,majoriti masyarakat Perancis adalah celik huruf dan 50 peratus
daripada mereka telah memperolehi apa yang dipanggil sebagai Certificate
d’etudes yang diberikan selepas tamat pendidikan rendah pada usia 12 tahun.
Walaubagaimanapun ,hanya 3 peratus penduduk mendapat manfaat kerana
masalah yuran yang dikenakan.
Konsep literasi
Menggambarkan keadaan pada abad 17 dan 18 adalah bebeza dari segi definisi
literasi atau cekik huruf sekarang.
Terdapat perubahan yang ketara dalam bidang pendidikan pada abad ke 18 di
Eropah .Secara amnya,kadar celik huruf di Eropah pada abad ke 18 hampir dua
kali ganda berbanding abad ke 17. Kadar celik huruf meningkat dengan ketara
terutamanya di kawasan padat penduduk dan kawasan sekitar sekolah-sekolah
agama.
Konflik antara istana dan gereja
Pihak gereja dan istana berpendapat bahawa institusi pendidikan seperti
universiti dan kolej boleh mengekalkan dominasi masing-masing. Walau
bagaimanapun , subjek yang diajar di institusi ini adalah terhad dan hanya
menyokong salah satu pihak sama ada gereja atau kerajaan.
Perubahan dalam keperluan di alam pekerjaan
Perubahan dalam keperluan alam pekerjaan atau kerjaya berpendapatan tinggi
juga telah menyumbang kepada keperluan untuk berpendidikan tinggi. Kriteria
untuk pekerjaan seperti ini telah di perketatkan .
Pencetakan bahan bacaan yang sangat penting.
Pencetakan buku yang menigkat telah menyebabkan kadar literasi meningkat.
Bilangan buku yang diterbitkan dalam tempoh Zaman Pencerahan meningkat
secara mendadak kerana peningkatan dalam kadar celik huruf dan penigkatan
permintaan untuk buku.
Walau bagaimanapun, sepanjang abad 18 ,peratus minat membaca genre
tradisional seperti agama telah menurun manakala buku-buku Almanak
meningkat.
Sastera dalam bahasa perancis
Sastera yang menekankan sains dalam bahasa perancis telah mendapat
sambutan. Walau bagaimanpun ,sastera kontemporari juga menigkat pada abad
ke 18. Selain itu ,terdapat perubahan dalam pencetakan buku
Sebelum abad 18 , kebanyakan buku menggunakan bahasa latin tetapi tdengan
peredaran masa peratus buku yang dicetak dalam bahasa latin berkurang.
Malah ,permintaan buku-buku perancis menigkat dan ini menyebabkan
peningkatan di dalam penerbitan buku-buku dalam bahasa perancis yang
menebakan bahas tersebut terus tersebar.
192
PANITIA SEJARAH KT6P