hubungan kekeluargaan dan mengurangkan perselisihan faham antara satu sama lain dalam sesebuah institut keluarga yang bahagia. Ibu bapa juga perlu menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka untuk membajai sikap menghargai jasa orang tua. Meskipun pendidikan daripada ibu bapa tidak formal seperti di sekolah, ibu bapa amat berpengaruh dan diharapkan pendekatan mereka dapat mencorakkan sahsiah anak-anak yang betul dari sisi moral dan agama. Mereka mestilah memberikan pengetahuan yang perlu kepada anak-anak. Misalnya, seseorang anak yang dididik akan membantu warga emas melintasi jalan raya atau membantu mereka menjinjing barang yang berat supaya dapat meringankan beban mereka. Ibu bapa perlu mengajar mereka supaya menghayati sejarah negara kita kerana generasi tua banyak berkorban pada zaman perang dunia kedua. Sejajar dengan itu, anak-anak akan mulai menghormati mereka berkat keberanian dan kekentalan generasi tua ini. Kalau kita lebih halusi, akan kita dapati bahawa liputan berita meluas di seantero dunia semakin banyak melaporkan kes tentang warga-warga tua kurang dititikberatkan atau tidak dirawat di hospital. Sebenarnya, media perdana baik media cetak mahupun media elektronik berpengaruh kepada khalayak sasarannya. Agen pemasyararakatan ini tidak boleh lari daripada pemupukan sikap menghormati dan menghargai jasa warga tua. Media massa perlu memberikan penekanan kepada kepentingan menghargai orang tua. Sebagai contoh, rancangan televisyen yakni rancangan yang menghalusi kehidupan warga-warga tua yang tinggal berseorangan perlu disiarkan untuk menyedarkan masyarakat kini yang bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini. Pihak kerajaan sudah pasti perlu melaksanakan strategi yang segera untuk membantu warga tua ini. Kebajikan orang tua perlu diutamakan. Pendekatan-pendekatan sama ada jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang perlu dipergiat dan disegerakan. Tandas awam yang sesuai untuk warga emas perlu didirikan. Rawatan hospital untuk warga tua juga perlu dikurangkan kos. Infrastruktur dan prasarana awam amat penting dalam kehidupan harian orang tua ini. Wang juga perlu diperuntukkan oleh pihak kerajaan untuk membantu warga-warga emas ini secara tidak bermusim. Sebagai kesimpulan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa segenap lapisan masyarakat dipertanggungjawabkan untuk menjaga warga tua ini. Kita perlu menggembleng tenaga dan mengikhtiarkan usaha atau merangka strategi yang ampuh lagi bersepadu untuk menjaga kebajikan orang-orang tua ini. Kita mestilah cakna dan mengambil tahu tentang kondisi mereka secara berpanjangan. Tanpa mereka, siapalah kita? 399
Ng Siang Ching-S3CL Kategori A - Naib Johan Pada era globalisasi ini, perhubungan antara satu sama lain semkain pudar. Kata-kata orang ‘lain hulu lain pedang, lain dulu lain sekarang’, warga emas sesungguhnya diberikan perhatian dan kasih sayang pada zaman dahulu. Jika kita lebih peka, akan kita dapati generasi muda semakin kurangkan kesedaran tentang perkara tersebut. Oleh hal demikian, memandangkan isu kian meruncing, setiap lapisan masyarakat haruslah berikhtiar untuk mencari jalan keluarnya agar jasa warga tua dapat dipandang berat. Dalam usaha untuk membendung fenomena negatif ini, peranan keluarga memang tidak boleh dipandang enteng. Mengikut kajian, jumlah 38 peratus murid yang terlibat dalam kes jenayah berlatarbelakangkan keluarga yang porak-peranda. Seiring dengan itu, anak-anak yang kurang pendidikan mestilah tidak menyedari kepentingan menghormati orang tua di rumah. Perbuatan cucu sesungguhnya akan menyinggung orang tua. Ibu bapa sepatutlah mendidik anak-anak mereka dan juga mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap ibu bapa mereka. Keharmonian dan kesejahteraan keluarga adalah penting dalam kes ini. Selain peranan keluarga, pihak sekolah juga perlu menitikberatkan isu ini. Pendidikan moral serta program mentor-mentee memainkan tugasan yang tidak dapat dipandang kecil. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan tersebut menggalas tanggungjawab dalam pembentukkan jati diri dan sahsiah murid-murid pada peringkat rebung. Guru kaunseling seharusnya mendidik murid-murid tentang langkah-langkah menghargai jasa orang tua, seperti bersikap toleransi ketika berkomunikasi dengan mereka. Sehubungan dengan itu, kempen tentang kepentingan jasa orang tua boleh dianjurkan tetepi mesti dijalankan dengan kreatif, berterusan dan inovatif. Selain itu, memandangkan gologan orang tua telah banyak berjasa kepada negara, pihak kerajaan juga menggalas tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat. Dalam hal ini, pihak kerajaan dapat memperketat undang-undang tentang golongan warga emas kerana pendekatan tersebut yang kurang diamalkan ibarat singa yang hilang taringnya. Contohnya, pelbagai insentif dan subsidi tidak seharuslah dikurangkan kerana dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Perbuatan sebagainya dipandang sebagai cara-cara negara untuk menghargai jasa warga emas. Di samping itu, masyarakat juga perlu memberi perhatian tentang isu tersebut. Setiap lapisan masyarakat semestinya mengikis individualisme yang sudah berdarah daging dengan kehidupan kita. Sebaliknya, rakyat Malaysia haruslah menyedari sikap budi pekerti, bertoleransi dan sebagainya yang sudah ditelan zaman. Kalau setiap orang dapat mencurahkan kasih sayang dan lebih peka akan perasaan orang tua, mereka dapat merasa kesayangan daripada masyarakat. Bak kata pepatah, ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’, jiaka nilai-nilai murni dapat dipraktikkan oleh setiap orang, warga emas di sekeliling kita mestilah dapat berasa harmoni. Sebagai pelengkap peranan masyarakat, media massa baik media cetak mahupun media - Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Slogan ini menunjukkan bahawa warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana mereka diibaratkan golongan yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara.Huraikan cara-cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua. 400
Ambrose Chan-S3SF Kategori A - Ketiga Zaman beralih, musim berubah. Mendepani realiti dunia yang mengalami ledakan perubahan dan rancak beralih ini, warga tua semakin hari semakin dianaktirikan oleh segenap lapisan masyarakat bagai melukut di tepi gantang. Fenomena ini semakin kronik bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru dan mengundang keresahan kepada semua pihak bagai duri dalam daging kita. Hakikatnya, hal ini telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media arus perdana. Dalam konteks ini, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mencari cara penyelesaian agar membanteras masalah pengabaian warga emas tetapi segalka usaha menemui jalan buntu seperti membuang garam ke laut. Walau bagaimanapun, tiada penyakit yang tiada penawarnya. Lantaran itu, tepuk dada tanya selera, semua pihak harus mecerakin cara-cara untuk menghargai jasa warga tua dengan lebih mendalam sebelum nasi menjadi bubur. Bak kata pepatah: “Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Warga emas merupakan golongan pentingyang perlu dihormati dan disanjungi kerana tanpa mereka, manakah keluarga bahagia. Keluarga bahagia merupakan tunjang kemakmuran negara. Tanpa warga tua, kita tidak dapat lahir ke dunia ini. Merekalah yang berkorban harta dan nyawa untuk membahagiakan kita. Oleh itu, antara usaha yang efisien ialah ibu bapa memikul obligasi untuk melaksanakan anjakan paradigma dengan mengindoktrinasikan kepentingan warga tua lalu mengenang jasa warga tua dengan belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna kepada negara kita. Tamsilnya,m uswah hasanah tersebut harus diasuh sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan ibu bapa memainkan peranan mustahak untuk menunjukkan Langkah-langkah mengenang jasa warga tua. Jika ditinjau dalam perspektif yang lain, ibu bapa sebagai penggerak perubahan utama terhadap sikap anak patutlah menunjukkan suri teladan yang benar di hadapan anak-anak. Misalnya, ibu bapa harus taat kepada warga tua dengan meringankan beban mereka. Sehubungan dengan itu, anak-anak Bagai kain putih yang tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca akan meniru gelagat ibu bapa. Bapa borek, anak rintik. Contohnya, contoh teladan yang baik harus ditunjukkan oleh ibu bapa di mana-mana tempat pada bila-bila masa kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Tuntasnya, suri teladan yang mengenang jasa - elektronik juga perlu memikul tanggungjawabnya. Walaupun media massa diperkenalkan dengan tugasan untuk menghiburkan masyarakat, media massa seharusnya menyalurkan informasi yang bernilai dan positif. Dalam hal ini, media elektronik dapat menyalurkan nilai-nilai murni dan langkah-langkah menghargai jasa warga tua. Dengan itu, minda masyarakat dapat dipertajam. Kesimpulannya,setiap pihak mestilah bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menghargai jasa warga emas. Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya setiap lapisan masyarakat dapat memberi perhatian tentang isu ini supaya dapat membentuk masyarakt yang harmoni dan sejahtera. Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Slogan ini menunjukkan bahawa warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana mereka diibaratkan golongan yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara.Huraikan cara-cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua. 401
warga tua memang penting untuk mendorong anak-anak menghargai jasa warga tua dan tidak boleh seperti peribahasa sperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Selain itu, pihak kerajaan sebagai badan pentadbir negara harus melancarkan kempen kesedaran yang bertemakan ‘Hargailah Jasa Warga Emas’. Secara eksplisitnya, aktiviti seperti jualan diskaun barangan terhadap warga tua di pusat beli-belah, dan pelbagai kebajikan tunai boleh diberikan kepada warga tua. Dengan ini, kepentingan warga tua dapat diuar-uarkan kepada semua pihak, secara tidak langsung akan menggalakkan masyarakat menghargaijasa warga tua. Dalam konteks ini, kempen tersebut harus dianjurkan di mana-mana tempat kerana tak kenal maka tak cinta. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya kerajaan tidak menggalas kewajipannya, kes pengabaian sumbangan warga tua akan meningkat secara mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Di samping itu, pihak sekolah turut patut mengatur strategi untuk mendidik pelajar-pelajar mengenang jasa warga tua. Umumnya, guru sebagai penggerak dunia dalam aspek Pendidikan harus memperkenalkan kemaslahatan warga tua dalam rumah dan prakasa-prakasa menghargai jasa warga tua. Dari kaca mata lain, ceramah tentang sumbangan-sumbangan warga tua juga harus diadakan secara berterusan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini berobjektif untuk menyuntikkan semangat cinta akan warga tua kepada pelajar-pelajar. Izharnya, tanpa peranan pihak sekolah, gejala pengabaian golongan warga tua akan lebih serius dan menajdi-jadi. Lebih-lebih lagi, pengaruh media massa menjadi pola perilaku masyarakat remaja berubah secara agresif. Oleh hal yang demikian, penyiaran rancangan yang berunsur ketimuran juga dikenal pasti sebagai salah satu uslub untuk menghargai jasa golongan tua. Hal ini demikian kerana media arus perdana sama ada media cetak ataupun media elektronik mengambil pengaruh besar dalam kalangan remaja dan mudah mempengerauhi pemikiran remaja. Contohnya, rancangan seperti kelakuan taat kepada warga emas, menyantuni orang tua, aksi menunjukkan prihatin kepada golongan tua dan lain-lain boleh disiarkan melalui saluran kaca televisyen, animasi, corong radio, dan sebagainya. Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa memang terdapat pelbagai usaha unutk menghargai jasa warga tua. Sebagai makhluk yang diberi akal oleh tuhan, kita harus menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk mengenang jasa warga tua unutuk mengelakkan menyesal seperti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita bersikap seperti peribahasa ‘Bagai kacang melupakn kulit’ dan peribahasa ‘Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu, marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk menghargai jasa warga tua seperti bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya. Segala usaha harus dipraktikkan secara berterusan dan bukan sekadar melepaskan batuk di atas tangga sahaja. 402
Cheah Wan Shan-S3CL Kategori A - Saguhati Warga tua diibaratkan warga emas kerana telah banyak berkorban dan berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Mereka merupakan golongan yang harus dihormati dan dihargai deh semua pihak. Bak kata pepatah “yang tua dihormati, yang muda disayangi”, semua pihak mestilah mengambil langkah untuk menghargai jasa warga tua. Hal ini telah dianggap sangat penting dalam pendidikan keagamaan juga. Terdapat pelbagai cara untuk menghargai jasa warga emas. Ibu bapa merupakan golongan penting dalam mendidik anak-anak menghormati dan menghargai warga emas. Ibu bapa haruslah menjadi contoh anak-anak untuk mematuhi arahan orang tua dan mengambil berat warga tua. Sentiasa mengambil kira keperluan warga tua dalam rumah seperti memastikan keselamatan warga tua. Misalnya, kita digalakkan memasang alat yang selamat di dalam tandas untuk mengelakkan orang tua terjatuh semasa duduk dan berdiri. Jika tidak tinggal dengan warga tua, kita haruslah sentiasa menziarahi mereka yang berada di kampung ataupun rumah warga emas untuk menceriakan kehidupan mereka. Selain itu, pihak sekolah bertanggungjawab mendidik pelajar untuk menghargai jasa warga tua dan tidak memandang rendah jasa dan korban mereka. Pelbagai aktiviti besempena dengan hari perayaan seperti hari ibu, hari bapa, hari guru dan juga hari kebangsaan boleh diadakan supaya murid-murid berpeluang menyampaikan kesyukuran kepada ibu bapa, guru-guru bekas dan tokoh-tokoh negara. Aktiviti seperti berkunjung ke rumah warga emas juga dapat dianjurkan untuk memupuk hati bersyukur terhadap warga tua dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, pihak kerajaan haruslah mempertingkat kemudahan awam untuk menyenangkan warga tua semasa menggunakannya. Hal ini dikatakan demikian kerana keselamatan dan kesenangan orang tua semasa menggunakan kemudahan awam sangat penting kerana mereka sudah tua. Penggunaaan peralatan elektrik awam seperti mesin menjual ticket LRT haruslah dijadikan lebih mudah untuk diguna oleh orang tua. Selain itu, jasa warga tua haruslah diingati dalam hati semua rakyat dan pihak kerajaan semasa bercadang segala polisi. Semua pihak haruslah menjaga nama harum negara kerana nama baik negara itu dibina oleh warga emas. Kita harusah memastikan kebersihan kawasan awam dan tidak melakukan perbuatan yang kurang berbudi. Contohnya, kita tidak boleh membuang sampah merata-rata tempat, percakapan kurang mulia dan berkelakuan tidak bersopan santun semasa berkomunikasi dengan pelancong asing. Hal tersebut akan memusnahkan nama baik negara kita, dan dianggap memusnahkan pengorbanan warga tua. Akhir sekali, pihak media massa memainkan peranan dalam menghargai jasa warga tua. Pihak media massa boleh mengiklankan jasa tokoh negara dan warga emas kepada masyarakat dan menggalakkan masyarakat menghantarkan perasaan cinta akan mereka Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Slogan ini menunjukkan bahawa warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana mereka diibaratkan golongan yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara.Huraikan cara-cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua. 403
kepada warga tua. Pihak media massa juga boleh mengingatkan masyarakat semasa hari perayaan seperti hari ibu, hari bapa dan sebagainya sambil bercadang pelbagai cara untuk menyampaikan kesyukuran kepada warga tua. Kesimpulannya, semua pihak berperanan menghargai jasa warga tua. Kita haruslah menzahirkan kesyukuran kita kepada warga emas dan menghargai jasa mereka. Hati kesyukuran terhadap warga tua mestilah dipupuk dalam jiwa rakyat dan bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Ng Wei Ci Kelas-S3CL Kategori A - Saguhati Dewasa ini, negara kita melangkah ke satu alaf pembangunan yang pesat berikutan pelbagai usaha yang pernah diambil oleh warga tua dalam menjayakan wawasan negara sebagai negara industri. Jasa golongan warga tua telah mendapat liputan akhbar yang meluas dan menjadi polemik yang hangat diperkatakan. Umumnya, golongan yang disanjungi tersebut diertikan sebagai golongan yang banyak menyumbangkan diri kepada keluarga, negara dan masyarakat. Oleh sebab itu, setiap lapisan masyarakat wajib berganding bahu dalam menghargai jasa warga tua. Nampaknya terdapat pelbagai langkah yang boleh dipraktikkan oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua. Seperti yang kita maklum, ibu bapa mendukung peranan yang signifikan dalam usaha murni tersebut. Ibu bapa patutlah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa haruslah rajin berkerja supaya mencapai aspirasi warga tua yang selama ini yakni mengeluarkan negara kita dari kepompong negara membangun. Jika sejak usia mudah anak-anak mereka terdedah kepada persekitaran sebegitu, mereka akan meneladani usaha yang dilakukan oleh ibu bapa mereka bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Dalam hal ini, anak-anak diyakini berkemampuan menjadi tonggak dan kepimpinan negara apabila masa dewasa. Selain daripada ibu bapa, barisan pendidikan juga tidak kurang pentingnya dalam usaha menghargai jasa warga tua. Penerapan nilai murni seperti menyanjungi orang tua dan berkasih sayang haruslah dibajai dalam sanubari setiap individu sejak kecil. Contohnya, mata pelajaran seperti Pendidikan Moral patut diperkenalkan dalam setiap institusi pendidikan. Selain itu, pihak sekolah disarankan supaya menganjurkan ceramah yang bersendikan tema jasa warga tua secara tidak bermusim sekadar hangat-hangat tahi ayam. Pendekatan tersebut didapati akan menimbulkan rasa sanjungan terhadap orang tua dalam jiwa murid-murid sekali gus mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain usaha yang diambil oleh ibu bapa dan barisan pendidikan, pihak sukarelawan juga mempunyai tanggungjawab yang tidak boleh diperkecil. Sesetengah warga tua yang tidak dipeduli oleh anak-anak mereka telah diurus untuk meninggal di rumah orang tua. Mereka yang berusia tua lebih-lebih lagi dihimpit kedaifan dan kemiskinan tidak berupaya untuk menjaga diri sendiri. Dalam hal ini, golongan sukarelawan dan organisasi perlulah menghulurkan bantuan kepada golongan tersebut. Sebagai contoh, masyarakat patutlah mengambil kesempatan untuk menderma duit, pakaian dan makanan melalui tawaran pihak Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Slogan ini menunjukkan bahawa warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana mereka diibaratkan golongan yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara.Huraikan cara-cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua. 404
sukarelawan dan organisasi untuk membantu warga tua tersebut. Pihak sukarelawan turut digalakkan untuk mengadakan akitiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah orang tua. Dengan ini, hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat dan warga tua akan dimesrai, dipererat dan didampingi. Dalam pada itu, peranan media massa juga tidak wajar dikesampingkan. Media massa lazimnya ditakrifkan sebagai rangkaian perhubungan antara masyarakat. Biasanya,media massa yang paling dekat dengan setiap individu merupakan televisyen. Pihak media massa haruslah memanfaatkan televisyen dengan menyiarkan program yang menyerlahkan jasa warga tua kepada khalayak yang luas. Iklan-iklan yang berpaksikan kepentingan menghargai jasa orang tua juga patut dipaparkan kerana media massa seperti televisyen, majalah dan surat khabar dipercayai akan membawa pengaruhan secara besar-besaran kepada masyarakat dari segi mental. Seiring dengan itu, pihak kerajaan juga mendukung tanggungjawab yang tidak dapatdipertikaikan. Pihak kerajaan patutlah bergiat dalam menyeru masyarakat supaya menghargai jasa warga tua. Misalnya, pihak kerajaan boleh menganjurkan kempen-kempen bertemakan jasa warga tua untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat. Pihak kerajaan juga perlu memberikan insentif kepada warga tua yang miskin. Sejajar dengan itu, dana perubatan patutlah ditanggung oleh kerajaan bagi kos perubatan untuk golongan warga tua yang tidak berkemampuan menanggung kos tersebut. Kesimpulannya, semua orang yang bergelar manusia baik ibu bapa, barisan pendidikan, pihak sukarelawan, pihak media massa bahkan pihak kerajaan haruslah bahumembahu dalam usaha murni tersebut. Jasa warga tua tidak patut lagi dikesampingkan kerana mereka yang paling banyak menyumbang kepada kemakmuran negara kita pada alaf ke-21. Kita haruslah menjadi modal insan yang menghargai warga emas pada semasa ke semasa. Dalam hal ini, kesejahteraan negara dijangka dapat dikekalkan sepanjang masa dan masa depan negara mampu diwarnai. 405
Wayne Ooi Jia Jie -S2SF Kategori A - Johan Pada zaman ledakan maklumat ini yang dilanda arus budaya songsang barat yang bersendikan pemikiran hedonisme dan liberalisme, masyarakat yang banyak bersikap “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” terhadap kepentingan jasa dan kewujudan golongan warga tua yang banyak memerlukan bantuan. Sebagai akibat, memang tidak keterlaluan bahawa cerita-cerita seperti warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak mereka ataupun individu-individu yang enggan memberikan tempat duduk dalam pengangkutan secara meluas. Masalah sebegini yang kian terdesak bukan sahaja tidak haus dipandang enteng, malah patutlah dititikberatkan. Persoalannya, apakah kaedah-kaedah yang efektif lagi proaktif untuk menghalusi jasa-jasa warga tua yang tinggi menggunung sebagai sebuah perkampungan global yang berikutan pengaliran maklumat yang bebas? Antaranya, pihak kerajaan mendukung peranan yang penting dalam perjalanan penghargaan jasa-jasa warga tua dalam dua aspek dominan. Yang pertama, pohak kerajaan harus mengadakan kempen-kempen yang bertemakan kepentingan penghargaan jasa warga tua dan cara-cara yang berkesan untuk melaksanakannya. Kempen-kempen sebegini dapat dilancarkan di seluruh negara dan dijadikan sebagai sesuatu agen pembentukan minda masyarakat. Dengan penyertaan kempen-kempen sebegini, masyarakat dari semua lapisan dapat diasuh dengan pemikiran yang betul. Yang kedua, pihak kerajaan boleh memperkasakan dan menyempurnakan kemudahan-kemudahan asas dan kebajikan yang dapat memanfaatkan golongan warga tua. Misalnya, memperbanyak tempat-tempat duduk yang khas disediakan kepada warga emas, meningkatkan jumlah pencen kepada warga-warga tua yang tidak mempunyai anak-anak, memberikan servis-servis asas yang percuma dan sebagainya. Natijahnya, pihak kerajaan dapat mengariskan pelbagai kaedah-kaedah yang dapat memanfaatkan jasa orang tua. Selain itu, pihak sekolah juga mampu memupuk budaya dan semangat menghargai jasa warga tua dalam kalangan murid-murid. Servis-servis komuniti seperti melawati rumah warga emas dapat dianjurkan antara persatuan kelab masing-masing untuk membolehkan interaksi antara pelajar-pelajar dengan warga-warga tua yang berada di rumah-rumah warga emas. Pelajar-pelajar boleh bergotong-royong membersihkan tempat tinggal mereka sambil mendengar cerita-cerita dan kisah-kisah orang tua, seterusnya memupuk hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak. Tambahan pula, elemen-elemen dan idealogi penghargaan jasa warga tua turut dapat diintegrasikan dalam kurikulum sekolah. Nilai-nilai sebegini terutamanya dapat didasari di dalam kelas-kelas pendidikan moral. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan degan pemupukan budaya sebegini seperti pertandingan syarahan, pertandingan penulisan puisi ataupun pertandingan melukis juga dapat dianjurkan oleh pihak sekolah. Tuntasnya, sekolah yang merupakan rumah kedua kepada murid-murid dapat melahirkan sesebuah generasi muda yang dapat mendarah daging dengan perasaan warga-warga tua. Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan pemkiran penghargaan jasa-jasa warga tua. Ibu bapa haruslah menjadi teladan yang baik Cara-cara untuk menghargai warga tua 406
- Chan Jia Ming-S2SF Kategori A - Naib Johan Tancap pantas pedang zaman sehingga perkembangan teknologi maklumat telah mengemparkan adiwangsa di setiap pelosok dunia . Zaman beralih , musim bertukar , kita sering dapat melihat informasi – informasi tentang masyarakat hari ini yang tidak menyanyangi orang tua , maka membiarkan orang tua tinggal berseorangan di dalam rumah ataupun menghantar orang tua ke rumah orang tua dan tidak pernah melawat mereka di rubik – rubik akhbar ataupun didengar di corong – corong radio . Pada era yang globalisasi ini , masyarakat hanya sibuk bekerja mendapatkan perndapatan untuk menyara keluarga dan telah mengabaikan ibu bapa mereka yang telah berusia . Orang tua sering berasa sedih dan berseorangan kerana tiada sesiapa yang mengambil prihatin kepada mereka . Persoalannya , apakah cara – cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua ? Sebagai mukadikmah perbincangan ini , ibu bapa merupakan karakter yang memainkan peranan yang amat penting dalam menhargai jasa warga tua . Ibu bapa seharusnya memberikan teladan yang baik kepada anak – anak mereka . Bak kata pepatah ,“bapa borek anak rintik”,anak – anaka akan mencontohi apa – apa yang telah dilihat dalam rutin mereka . Ibu bapa seharusnya mendidik anak – anak mereka tentang menghargai warga tua sejak kecil lagu kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa merupakan guru pertama dan guru yang paling penting dalam kehidupan anak mereka . Ibu bapa seharusnya mewarnakan kehidupan anak – anak mereka dengan pelbagai corak dengan mengajar anak – anaknya informasi yang positif . Ibu bapa boleh sering membawa anak – anak mereka melawat datuk dan nenek mereka ataupun menlancong bersama – sama mereka untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain . Cara – cara manghargai jasa warga tua - kepada anak-anak dengan mempamerkan cara-cara menghargai orang tua dengan tingkah laku mereka sendiri. Contohnya, mereka dapat membantu orang tua melintas jalan raya yang sibuk, memberikan wang kepada warga tua yang memerlukan bantuan kewangan dan sebagainya. Hal ini berlaku demikian kerana anak-anak merupakan kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Tingkah laku ibu bapa dapat mendatangkan kesan yang besar kepada pembentukan pemikiran anak-anak. Anak-anak dapat mencontohi tingkah laku ibu baoa mereka dan seterusnya menanam bijir penghargaan jasa warga emas dalam sanubari mereka sejak kecil lagi. Sebagai kesimpulan, semua lapisan masyarakat haruslah melipatgandakan usaha untuk menghargai jasa-jasa orang tua yang tinggi menggunung merekalah yang mengajari kita menjadi insan yang lebih baik, merekalah yang mengajari kita menjadi insan yang lebih baik, merekalah yang berpeluh dan berdarah untuk kestabilan dan kemajuan ekonomi ibu pertiwi kita, merekalah yang membolehkan setiap kemajuan dan kebolehan kita. Bak kata mutiara, “Yang tua dihormati, yang muda disayangi” 407
Ibu bapa juga bertanggungjawab mengambil pemerhatian kepada warga tua seperti membawa warga tua melakukan pemeriksaan kesihatan dua bulan sekali dan membeli barangan keperluan kepada mereka . Oleh itu , ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menghargai jasa warga tua . Dari perspektif yang lain , institusi Pendidikan merupakan salah satu ejen yang amat penting dalam menghargai jasa warga tua . Guru – guru yang ibarat lilin mengorbankan diri untuk menyalakan jalan muridnya mencurahkan ilmu pengetahuan kepada murid – murid untuk memastikan mereka menjadi orang yang berguna kepada masyarakat . Pihak sekolah boleh mendidik para pelajar tentang cara dan kepentingan menghargai jasa warga tua melalui mata pelajaran moral . Bukan it sahaja , pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan yang berkaitan dengan warga tua seperti membuat kraf tangan untuk menghadiahkan kepada warga tua ataupun mengadakan ceramah tentang menghargai jasa warga tua . Guru haruslah sentiasa merapkan nilai murni yang berkaitan dengan menghormati dan menghargai jasa warga tua kepada para pelajar . Institusi pendidkan memang dapat memberikan bantuan dalam menggalakkan masyarakat menghargai jasa warga tua . Selain itu , Pundak kerajaan juga beperanan penting dalam menyeru masyarakat dalam menghargai jasa warga tua . Kerja – kerja yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan telah membuktikan kejayaan dan kepesatan pembangunan negara kita . Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen atau aktiviti – aktiviti tentang menghargai jasa orang tua . Pundak kerajaan juga boleh memberikan bantuan kepada warga tua daripada pelbagai segi seperti memberikan wang , menyediakan infrastrktur yang lengkap untuk warga tua dan sebagainya . Pihak kerajaan juga seharusnya menyeru masyarakat supaya menghargai jasa – jasa warga tua . Oleh itu , Pundak kerajaan haruslah memberikan teladan dari diri sendiri untuk menyeru masyarakat supaya menghargai jasa warga tua . Pada era yang disuntik jiwa kerancakan teknologi ini , teknologi mempunyai suara yang paling besar dalam abad yang ke – 21 ini . Pihak media massa boleh menyebarkan informasi – informasi atau poster tentang menghargai jasa warga tua ke Internet . Pihak media massa juga boleh merakam video rakaman berkaitan lalu mengongsikan dalam Internet . Para remaja pada hari ini leka dalam dunia Internet , jika pihak media memastikan isi dalam Internet positif akan dapat melahirkan remaja yang berguna kepada masyarakt dan bertanggungjawab . Pihak media massa boleh memaparkan jasa – jasa yang telah dilakukan oleh warga tua supaya dapat mendorong sesiapa yang melihay informasiini menghargai jasa warga tua . Media massa merupakan cara yang paling efektif untukmempromosikan informasi – informasi tentang cara – cara yang paling efektif untuk mempromosikan informasi – informasi tentang cara menghargai warga tua pada era yang globalisasi ini . Akhir sekali , masyarakat yang merupakan salah satu cara untuk mendorong semua orang untuk menghargai jasa warga tua . Kita seharusnya pergi ke rumah orang tua untuk membantu pekerja seperti membersihkan Kawasan rumah orang tua , memasak dan sebagainya . Apabila menemui orang tua yang memerlukan bantuan , kita juga boleh menghulurkan bantuan kepada mereka. Menolong warga tua yang kurang Upaya melintasi jalan dan memberikan tempat duduk kepadamereka juga cara untuk menghargai jasa orang tua . Sebagai cucu yang menyayangi datuk dan nenek kita , kita juga boleh bermain permainan tradisional seperti congkak , wau dan gasing , mendengar cerita atau pengalaman mereka dan berkomunikasi dengan mereka melalui SMS pada masa lapang . 408
- Rennes Tan-S2CL Kategori A - Ketiga Cara – cara manghargai jasa warga tua Pada zaman yang lalu, pejuang-pejuang telah berkorban dalam perang untuk mempertahankan negara kita. Bukan sahaja pejuang-pejuang, malahan juga nenek moyang yang telah meninggal dunia yang berjasa demi mempertahankan negara untuk masa depan yang baik pada masa kini. Pada masa yang sama, ibu bapa yang bekerja dengan rajin juga memberikan kehidupan yang baik kepada kita. Jasa-jasa warga tua mestilah dihargai oleh generasi akan datang. Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua? Antara cara yang boleh diambil ialah tugu-tugu pejuang yang dipamerkan dalam muzium haruslah dijaga dengan baik. Contohnya, tugu pejuang yang telah berkorban pada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 haruslah sentiasa dalam keadaan yang bersih dan papan kenyataan yang menulis keterangan dan jasanya haruslah dijaga dengan baik. Hal ini demikian kerana apabila pelawat-pelawat berkunjung ke muzium, mereka boleh membaca jasanya dan menghargai jasa mereka. Penjaga muzium juga boleh meletakkan papan notis berhampiran dengan artifak-artifak yang bersejarah supaya dapat dipelihara dan dinikmati oleh generasi akan datang. Jelaslah, tugu-tugu pejuang telah merekodkan jasa mereka dan perlu dipelihara dengan baik. Selain itu, pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Pada hari itu, semua masyarakat boleh berkumpul di tempat yang sama menyambut Hari Kemerdekaan dan menghargai jasa Tunku Abdul Rahman, perdana Menteri pertama Malaysia. Semua masyarakat melaungkan ‘Merdeka’ tujuh kali dan dapat menyemai nilai cinta akan negara dalam jiwa mereka. Hal ini dapat mengingati masyarakat jasa golongan warga tua yang berkorban untuk kemerdekaan negara kita. Kempen-kempen ini juga boleh memberikan risalah tentang sejarah negara kita dan peristiwa-peristiwa yang dilakukan oleh British semasa penjajahan. Ceramah-ceramah tentang perkorbannan pejuang juga boleh menyemai nilai cinta akan negara dalam kalangan masyarakat. Tuntasnya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kempen dapat mengingati masyarakat agar menghargai jasa golongan warga tua. Seterusnya, pihak sekolah haruslah menetapkan subjek Sejarah dalam sistem pembelajaran. Hal ini demikian kerana melalui subjek Sejarah murid-murid dapat mempelajari pelbagai peristiwa pada zaman dahulu. Sebagai contoh, peristiwa rusuhan kaum Kesimpulannya , warga tua telah banyak berbakti kepada negara kita dan jasa mereka tidak seharusnya dilupa oleh kita . Kita seharusnya sering menemani ,mengambil prihatin dan mengharga jasa orang tua . Hamka pernah berkata bahawa jalan kita bukan lata dand ditaburi bunga maka disirami dengan air , mata dan darah . Semua pihak tidak seharusnya menunding jari menyalahkan pihak lain sebaliknya menggembleng tenaga bersama- same membuat ubahan untuk melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni . Warga tua merupakan orang yang berpengalaman dan dapat memberikan banyak bantuan kepada kita . Oleh itu , semua pihak haruslah bersama – sama menghargai jasa warga tua . 409
Sher Rong-S2CL Kategori A - Saguhati Cara-cara untuk menghargai jasa tua sering menjadi buah mulut yang hangat dibincangkan pada era globalisasi ini. Dengan ni, semua pihak haruslah berganding bahu mencari langkah untuk menghargai jasa warga tua. Usaha tangga kejayaan. Oleh itu, semua phak haruslah berkerjasama menyeleasakan tugas ini. Tepuk dada tanyalah selera. Persoalannya, apakah cara-cara untuk menghargai jasa warga tua? Antaranya, Pendidikan moral wajib dijanlankan oleh pihak sekolah dalam kumpulan kanak-kanak negara. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah darii rebungnya. Pihak selolah memainkan peranan yang penting dalam mendidik generasi baharu. Dengan ini, pihak sekolah harus menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat Cara – cara manghargai jasa warga tua 13 Mei 1969, peristiwa penjajahan British, peristiwa kemerdekaan negara Malaysia 31 Ogos 1957 dan peristiwa Hari Malaysia 17 September. Peristiwa-peristiwa ini telah mengorbankan banyak pejuang demi masa depan yang baik untuk generasi akan datang. Oleh itu, murid-murid haruslah mengingati jasa-jasa mereka sejak kecil lagi dan menyemai nilai-nilai dalam jiwa mereka. Pihak sekolah juga boleh mengadakan minggu Sejarah dengan mempunyai banyak pameran dan aktiviti yang menarik di sekolah. Hal ini juga boleh menarik minat pelajar dalam bidang Sejarah. Hakikatnya, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan murid menghargai jasa golongan warga tua. Tambahan pula, media massa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Media massa boleh memaparkan maklumat tentang jasa-jasa golongan warga tua dalam Internet. Mereka juga boleh menyiarkan dokumentari yang bersejarah melalui radio dan rancangan televisyen. Hal ini demikian kerana maklumat-maklumat yang dipaparkan dapat menarik minat masyarakat dan mengetahui jasa-jasa warga tua. Slogan-slogan dalam dokumentasi tersebut juga dapat diingati dan disebut oleh masyarakat berulang-ulang kali. Media massa juga boleh mengadakan pertandingan kuiz Sejarah melalui rancangan televisyen dan menghadiahi pemenang-pemenang. Dengan ini, bukanlah peserta yang boleh mengingati jasa-jasa warga tua, malahan penonton-penonton juga boleh mengetahui sejarah. Sesungguhnya, peranan media massa amat penting dalam menyemai nilai hargai jasa warga tua. Bak kata pepatah, “harimau mati meninggal belang, orang mati meninggal nama.” Kesimpulannya, warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana mereka diibaratkan golongan yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara. Walaupun landasan menyeru masyarakat menghargai jasa warga tua berlekuk-lekuk, tetapi semua pihak haruslah berpegang pada prinsip menangkis angin, memunggah awan dan mengharungi skrip rintangan. Di sini, saya ingin menyahut seruan sedunia agar menguatkan azam dalam menghargai jasa warga tua agar azam ini dapat direalisasikan dan bukanlah halusinasi yang diisikan dengan fatamorgana. Hargailah jasa warga tua yang telah banyak berjasa! 410
mempelajari kepentingan menghargai jasa warga tua. Misalnya, aktviiti memasak untuk warga tua, aktiviti membuat kuih yang digemari oleh warga tua. Tambahan pula, pihak sekolah harus mengalakkan kanak-kanak sering komunikasi dengan warga tua di rumah. Hakikatnya, kita harus menghargai jasa warga tua dengan Pendidikan yang efektif kerana asal bisa tegal biasa. Selain itu, pihak kerajaan boleh membina taman rekreasi atau memberi pelbagai promosi kepada warga tua. Sudah terang lagi bersuluh, warga tua telah banyak berjasa kepada negara atau masyarakat. Janganlah pihak kerajaan lupakan jasa mereka. Justeru, pihak kerahaan boleh merendahkan tax kepada warga tua dan juga memberi faedah dalam bidang perubatan. Taman rekreasi yang boleh mengenang tekanan warga tua dan mengurangkan risiko penyakit. Pihak kerajaan juga dapat memberi wang yang diperlu oleh warga tua. Oleh itu, kita harus menghargai jasa warga orang tua dengan meringankan beban dan kos mereka. Di samping itu, ahli keluarga haruslah sentiasa memberi perhatian kepada warga tua. Sentiasa membawa warga tua ke hospital untuk membuat analisis badan dua kali setahun untuk merendahkan risiko penyakit. Ahli keluarga digalakkkan menggunakan masa lapang untuk bermain atau berkominikasi dengan orang tua. Sediakan payung sebelum hujan untuk mengelakkan malang tidak berbau. Tambahan pula, ahli keluarga harus menyimpan wang untuk warga tua jikalau kemalangan akan dating pada masa hadapan. Selain dari itu, kita boleh merakamkan dokumentari atau filem warga tua yang berjasa kepada negara atau masyarakat. Justeru, warga negara dapat mengetahui jasa warga tua yang berbukit. Inilah juga salah satu cara untuk memberi mesej yang berterima kasih kepadawarga tua dan juga mengenangi jasa mereka. Oleh itu, ahli keluarga harus mengenang kasih sayang kepada warga tua untuk menghargai jasa mereka. Akhirnya, masyarakat harus member hormat kepada warga tua. Masayarakat harus memberi hormat kepada warga tua. Masyarakat digalakkan membina suasana yang ceria untuk arga negara. Seringlah membantu warga tua. Contohnya, mengangkat barang, melintas jalan, membuat makanan dan lain-lain. Jiran-kejiranan yang saling membantu juga membina persekitaran yang mesra. Hakikatnya, ahli-ahli masyarakat harus berganding bahu untuk menghargai jasa warga tua. Tuntasnya, semua pihak memikul tanggungjawan untuk mencapai vidsi kudsi ini. Dengan diharapkan semua pihak menggembleng tenaga mencapai aspirasi negara supaya rakyat negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri ama tinggi. Janganlah lupa, bukit sama didaiki, lurah sama dituruni. 411
Yeoh Hui Yu-S2CL Kategori A - Saguhati Topik-topik tentang warga tua kerap dibincangkan oleh rakyat. Hal ini kerana sesetengah orang tidak menghargai jasa warga tua. Oleh itu, semua orang perlulah menghargai jasa warga tua kerana mereka merupakan golongan yang banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara. Negara kita akan menjadi harmoni sekiranya rakyat menghargai jasa warga tua. Terdapat banyak cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua. Langkah pertama yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua ialah ibu bapa tidak perlu menghantar warga tua ke rumah orang tua. Hal ini demikian kerana orang tua akan sedih dengan perbuatan ini. Sebagai ibu bapa, mereka juga mestilah mengisi masa lapang untuk menjaga dan menghormati warga tua supaya tidak mengabaikan warga tua yang berada di rumah. Perbuatan ini juga dapat menjadi teladan kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Tegasnya, ibu bapa dapat menjadi contoh kepada anak-anak semasa mereka menghormati warga tua. Selain itu, pihak sekolah juga boleh melakukan tindakan-tindakan untuk menghargai jasa warga tua. Misalnya, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah tentang kepentingan menghargai warga tua kepada semua guru dan murid. Selain itu, guru-guru juga boleh mendidik murid-murid tentang perkara ini dan membawa murid-murid pergi ke rumah orang tua untuk membantu warga tua yang berada di sana. Sebagai impaknya, murid-murid dapat memupuk konsep-konsep tersebut supaya dapat menghargai jasa warga tua. Hakikatnya, cara-cara yang diambil oleh pihak sekolah dapat membawa guru-guru dan murid-murid di sekolah itu dapat menghargai jasa warga tua. Di samping itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen-kempen tentang aktiviti menghargai jasa warga tua dan menggalakkan semua rakyat menyertai kempen-kempen tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat di negara dapat memupuk kesedaran tentang menghargai jasa warga tua. Sebagai kesannya, negara kita akan menjadi makmur sekiranya semua orang menghormati dan menyayangi orang-orang tua. Semua orang juga mempunyai prihatin tentang menghargai jasa warga tua. Sesungguhnya, mengadakan kempen-kempen tentang aktiviti menghargai jasa warga tua membawa banyak kebaikan kepada pihak kerajaan dan rakyat di negara. Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh menghantar wang kepada warga tua untuk menghargai jasa warga tua. Tindakan ini dapat mengelakkan masalah kewangan yang dihadapi oleh warga tua yang miskin. Sebagai impaknya, warga-warga tua juga dapat mempunyai kehidupan yang berkualiti pada masa depan. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menghulurkan tangan kepada warga tua dalam pelbagai bantuan, contohnya insurance bantuan, makanan bantuan dan sebagainya. Sememangnya, Tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan juga boleh menghargai jasa warga tua. Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Slogan ini menunjukkan bahawa warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana mereka diibaratkan golongan yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara.Huraikan cara-cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua. 412
Akhir sekali, media massa juga boleh menawarkan perbuatan yang berani atau kasih sayang warga pada masa yang lalu. Media massa boleh menawarkan perkara-perkara tersebut pada berita, rencana, surat khabar, majalah, Internet dan sebagainya. Inilah juga merupakan satu cara untuk menghargai jasa warga tua. Sebagai kesannya, rakyat dapat memberi perhatian dengan perkara-perkara tersebut dan dapat mengingatkan perbuatan yang dilakukan oleh warga tua. Tegasnya. Konklusinya, terdapat banyak cara yang diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua. Semua pihak berkuasa juga perlu bekerjasama dengan bagai aur dengan tebing. Negara kita juga dapat menjadi sejahtera. Hal ini kerana semua pihak dan rakyat dapat menghargai jasa warga tua. Gabriel Woon Ren Jie-S1SF Kategori A - Johan Dalam mayapada mendepani arus globalisasi tanpa limitasi ini, masyarakat semakin mengejar keinginan materialisme. Hal ini menyebabkan saban hari kita disajikan dengan isu pengabaian perasaan orang lain di institusi pengajian tinggi, parlimen dan warung-warung kopi. Isu tentang masyarakat yang tidak acuh akan warga tua yang banyak berjasa kepada negara kita turut menjadi polemik yang hangat diperdebatkan. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berikut tentang cara-cara menghargai jasa warga tua yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara. Sudah terang lagi bersuluh, prakarsa afdal untuk menghargai jasa warga tua ialah melalui didikan ibu bapa. Ibu bapa sebagai uswah hasanah haruslah mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan menghargai jasa warga emas. Anak-anak yang tidak berfikiran matang tentu akan mengikuti jejakan ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa sebagai pembimbing primer juga patut melaksanakan tanggungjawab sendiri lalu menunjukkan perasaan cinta dan tingkah laku yang mulia terhadap warga emas supaya menjadi teladan yang dapat dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka menziarahi datuk nenek pada waktu lapang. Dengan ini, warga tua sesebuah keluarga tidak akan berasa bersendirian lagi. Tuntasnya, jikalau semua keluarga melakukan tindak-tanduk tersebut, warga tua mesti akan berasa tercinta dan jasa mereka dihargai. Dari kaca mata yang lain, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam menghargai jasa warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar-pelajar selalu berada di sekolah menyebabkan pengaruh budaya sesebuah sekolah terhadap kalangan pelajar amat besar. Oleh itu, pihak sekolah wajib mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi isu pelajar yang tidak menunjukkan kasih sayang dan berterima kasih kepada warga tua. Contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti ataupun mendirikan kelab dengan objektifnya untuk berbakti kepada masyarakat. Pelajar-pelajar boleh membantu pusat jagaan orang tua untuk membersihkan bilik tinggal mereka. Pihak sekolah turut boleh menambahkan markah prestasi pelajar-pelajar yang rela mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Persis aforisme yang berbunyi ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Pihak Cara-cara untuk menghargai warga tua 413
sekolah sebagai institusi yang mantap haruslah mendorong anak murid untuk berbuat baik sejak bangku sekolah. Natijahnya, kita bukan sahaja dapat mengharumkan nama sekolah serta menyemai budaya baik dalam kalangan remaja malahan juga dapat menghargai jasa warga tua. Dilihat daripada perspektif yang berbeza, pihak kerajaan juga merupakan sesuatu aspek yang amat mustahak dalam usaha menghargai bakti warga tua. Pihak kerajaan ialah pihak yang bermartabat tinggi dan mempunyai kuasa yang besar. Oleh sebab itu, pihak kerajaan haruslah meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menghargai jasa warga tua dalam kalangan rakyat. Kempen kesedaran merupakan strategi yang amat praktikal dalam keadaan tersebut. Seperti dikatakan oleh orang tua, tak kenal maka tak cinta. Kempen kesedaran wajib diadakan secara besar-besaran dan diikuti oleh usaha yang kamil untuk mencapai objektifnya. ‘Cintailah Warga Tua’ dan ‘Jasa Warga Tua Harus Kita Hargai’ menjadi tema yang akan menarik perhatian orang ramai. Tambahan pula, pihak kerajaan perlu bermula mengutip derma lalu diberikan kepada warga tua yang tidak lagi mempunyai kekuatan untuk bekerja. Daripada tamak haloba, menderma wang ringgit merupakan sesuatu kegiatan yang lebih bermakna. Konklusinya, pihak kerajaan patut menyeru semua rakyat supaya menjadi lebih peka terhadap isu pengabaian warga tua lalu mengambil inisiatif untuk membantu warga tua melalui pelbagai wahana. Ditinjaukan dari segi lain, media massa juga mempunyai peranannya dalam isu tersebut. Seperti peribahasa yang berbunyi, ‘ssetengah bagi bunyi enggang, setengah bagi bunyi kuau krana’, media massa merupakan ruang untuk semua individu untuk menyuarakan pendapat serta menimbulkan kesedaran terhadap sesuatu topik. Oleh itu, pihak media massa haruslah menguar-uarkan pelbagai usaha yang dapat kita lakukan melalui media cetak ataupun media sosial. Dalam era globalisasi ini, maklumat dapat disebarkan dengan sungguh cepat. Pengguna-pengguna gajet elektronik boleh mendapat infomasi tentang kelunturan budaya penyayang masyarakat dan kaedah untuk membina semula dunia yang harmoni. Setelah ramai orang lebih peka terhadap isu ini, warga tua akan mendapat bantuan dan tanya khabar daripada semua orang di pelosok dunia. Dengan ini, matlamat untuk menghargai jasa warga emas pula dapat tercapai. Akhirul kalam, semua pihak menggalas tanggungjawab yang signifikan dalam isu menghargai jasa warga tua. Oleh itu, semua pihak wajib menggembleng tenaga untuk menyebarkan kesedaran tentang isu ini. Kita juga harus menghulurkan bantuan kepada mereka pada saat-saat genting secara berterusan dan bukan melepaskan batuk di tangga sahaja. Saya percaya bahawa kita dapat mendirikan sesuatu masyarakat yang harmoni dan jasa warga tua akan lebih dihargai pada masa depan kelak. 414
Ong Rou Xuan-S1CL Kategori A - Naib Johan Baru-baru ini, banyak negara telah melangkah dengan gagahnya ke alaf siber baharu. Kita berlumba-lumba memenuhi nafsu kebendaan dalam era materialistik. Namun begitu, di sebalik kepesatan pembangunan ini, terselindungnya kemelut yang mencetuskan kebimbangan dan keresahan semua lapisan masyarakat, yakni golongan warga tua telah dipandang remeh dan dipinggir dalam arus pembangunan ini. Setelah menyedari hakikat ini, ada bakinya cara-cara yang boleh diambil untuk menghargai warga tua dihalusi. Cara perdana ialah kerajaan harus menganjurkan kempen-kempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya peghargaan jasa terhadap warga tua. Sememangnya, warga tua merupakan insan yang banyak berkorban untuk keluarga, masyarakat mahupun negara. Sebagai pelengkap, media massa seyogianya bersahut saranan kerajaan dengan menyiarkan program tentang kempen-kempen tersebut. Seperti yang kita maklumi, media massa kini telah mendarah daging dan bersebati dengan kehidupan harian manusia. Oleh itu, media sosial haruslah menggalas obligasi untuk menyeru masyarakat menyertai kempen-kempen tersebut dengan penyiaran program yang kerap. Selain itu, sekolah juga memainkan peranan yang mustahak dalam hal ini, bagi banyak pelajar, sekolah sering diibaratkan sebagai rumah kedua mereka. Oleh itu ,sejak bangku sekolah, pihak sekolah haruslah menerapkan nilai murni ini dalam sanubari anak-anak. Sebagai contoh, guru-guru boleh menceritakan kisah-kisah dan jasa-jasa warga tua pada zaman penjajahan. Merekalah yang berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah air. Semangat dan jasa mereka yang sudi berkorban tidak haruslah hanya menjadi liputan sejarah, tetapi terus kekal tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panaas. Bak kata aforisme, tak kenal maka tak cinta. Apabila pelajar-pelajar memahami dan menghayatinya, mereka akan menghormati dan menyayangi warga tua. Oleh sebab melentur buluh biarlah dari rebungnya, pihak sekolah haruslah memberikan penekanan terhadap aspek ini. Di samping itu, semua lapisan masyarakat haruslah menghormati warga tua sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka. Misalnya, kita harus bertutur dengan suara yang lembut dan tidak kedekut dengan senyuman kita. Dengan ini, mereka akan berasa senang hati. Sebaliknya, janganlah kita sesekali melemparkan kata-kata kesat dan menconteng arang ke muka warga tua. Hati mereka pasti tersinggung ibarat kaca terhempas ke batu. Oleh itu, kita harus bersopan santun terhadap mereka. Selain itu, kita juga harus menyayangi mereka. Sebagai contoh, kita tidak haruslah mengingkari nasihat mereka dan bersikap derhaka. Hal ini dikatakan demikian kerana warga tua telah melalui banyak asam garam dan pastinya pendapat mereka adalah bernas. Warga tua juga telah bekerja siang dan malam demi pembangunan negara dan kebahagiaan institusi negara. Oleh itu, janganlah kita sesekali menjadikan nasihat mereka seperti mencurah air ke daun keladi. Di samping itu, pemuda-pemuda mesti menjaga warga tua. Sebaliknya, kita tidak harus Cara-cara untuk menghargai warga tua 415
menghantar mereka ke rumah warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana warga tua yang membesarkan kita dan mengajar kita apabila kita masih berusia setahun jagung. Merekalah yang mencorokkan “kain putih” kita sehingga “kain” itu berwarna-warni. Oleh itu, apabila mereka telah berusia tua, kita tidak harus bersikap bagai kacang melupakan kulit. Mengikut perangkaan telah menunjukkan bahawa warga tua akan bertindak seperti kanak-kanak. Pada masa itu, kita tidak harus marah dengan mereka, tetapi penuh dengan sabar dan prihatin seperti mereka menjaga kita dengan menatang minyak yang penuh. Wahasilnya, warga tua merupakan insan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara. Apabila kita berkata bahawa “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, jangan kita lupakan warga tua juga pernah menjadi harapan dan kebanggaan bangsa kita. Oleh itu, penghargaan terhadap jasa mereka haruslah dipraktikkan oleh masyarakat kita sebelum masalah ini “kudis menjadi tokak”. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk menghargai jasa warga tua untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Golongan warga tua dianggap sebagai komuniti yang uzur ataupun berusia tinggi. Kebelakangan ini, berita tentang kepentingan menghargai jasa warga emas selalu menghiasi dada surat khabar saban hari. Namun, orang ramai masih mengabaikan isu-isu tersebut serta kurang menghormati golongan tua bagai kacang melupakan kulit. Natijahnya, masalah ini akan mengakibatkan kesusahan dalam masyarakat orang tua. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh semua pihak untuk menghargai jasa warga tua? Secara umumnya, pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting untuk menghargai jasa warga emas. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak kerajaan dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada mereka untuk meringankan beban. Lazimnya, pihak kerajaan haruslah memberikan sumbangan wang dan makanan secara sistematik serta mendirikan rumah orang tua sebagai tempat perlindungan kepada warga tua. Dengan ini, pelbagai celaka khususnya dari segi ekonomi dapat dielakkan di samping meningkatkan taraf kehidupan golongan warga tua. Di samping itu, tanggungjawab media massa juga mustahak dalam isu tersebut. Rakaman video tentang jasa-jasa golongan tua demi negara mesti disiarkan di Facebook, Instagram, Youtube dan pelbagai laman sosial sebagai tanda kehormatan dan kesanjungan. Tambahan pula, kegigihan dan semangat patriotisme orang tua yang tersohor seperti Robert Kuok dan Tan Kah Kee wajib terpapar dalam media cetak. Dengan ini, orang ramai yang tidak peka akan jasa-jasa warga emas seperti katak di bawah tempurung juga akan disedarkan. Oleh itu, tindakan media sosial dapat mendatangkan kesan-kesan tersebut. Selain itu, orang dewasa nescaya patut mengambil tindakan yang agresif untuk menghargai jasa warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana orang tua kita telah banyak Khor Wei Heng-S1SF Kategori A - Ketiga Cara-cara untuk menghargai warga tua 416
mengorbankan masa untuk menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Tatkala ini, kita wajar menjaga orang tua yang uzur apabila menjadi dewasa dan berkemampuan. Oleh itu, setiap dewasa haruslah selalu berada di sisi ibu bapa dan meluangkan masa untuk menemani mereka. Jika semua orang dewasa selalu memberi perhatian orang tua di rumah diri, maka kesejahteraan hidup dapat dicapai. Akhirnya, sebagai remaja yang masih setahun jagung dan kurang berkemampuan dari segi ekonomi haruslah menghormati dan menjunjungi sumbangan golongan tua. Setiap remaja mesti bersyukur atas jasa orang tua yang pernah terkorban demi negara ini. Oleh itu, mereka harus menghormati golongan tua dengan bertungkus-lumus agar menjadi modal insan yang bakal memimpin negara ke arus pembangunan yang lebih bertahap. Oleh hal tersebut, pihak remaja harus berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menghargai sumbangan orang tua. Walhasil, golongan tua merupakan golongan yang pernah banyak berjasa terhadap masyarakat dan negara demi masa depan yang cerah. Oleh itu, semua generasi muda haruslah mengingati jasa, budi dan semangat warga emas. Memang tidak dinafikan bahawa semua pihak haruslah bermuafakat untuk menghargai jasa warga tua bagai aur dengan tebing. Lim Yuen Jo-S1SF Kategori A - Saguhati Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia tentang masalah pengabaian jasa warga tua. Umum mengetahui bahawa masalah pengabaian warga tua semakin membimbangkan. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini telah menjadikan golongan warga tua yang berjasa berasa sedih. Persoalannya mengapakah masalah sedemikian berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmikan hingga ke akar umbi. Tidak dapat dinafikan bahawa didikan agama dan moral merupakan salah satu pengaruh yang penting supaya golongan pemuda dapat menghormati jasa warga tua. Kegagalan ibu bapa untuk memberi didikan agama dan moral kepada anak mereka menyebabkan anak mereka sentiasa tidak menghormati golongan warga tua. Anak ini tidak dapat membezakan perlakuan yang baik dan buruk akan terus mengabaikan jasa warga tua dan tidak menghormati mereka. Oleh itu, ibu bapa harus memberi didikan berkaitan agama dan moral supaya anak dapat menghormati jasa golongan warga tua. Selain daripada itu, ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak mereka. Hal ini dikatakan sedemikian kerana anak-anak akan mempelajari cara ibu bapanya dan seterusnya memimikkan mereka. Mereka yang tidak dapat membezakan perkara yang betul atau salah akan melakukan perlakuan yang buruk jika ibu bapanya sentiasa melakukan perkara ini di depan mereka. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa harus menghormati dan menyayangi warga tua bagai menatang minyak yang penuh supaya Cara-cara untuk menghargai warga tua 417
mereka dapat menjadi teladan yang baik kepada anak mereka. Seterusnya, pihak sekolah juga harus mendidik anak-anak tentang kepentingan menghormati jasa warga tua. Contohnya, pihak sekolah harus mendidik anak-anak tentang sejarah golongan tua yang berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara supaya anak-anak dapat menghormati golongan tua. Pihak sekolah juga seharusnya mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan menghormati golongan tua dan cara untuk menyayangi mereka. Dengan perbuatan ini, anak-anak akan bermula untuk menghormati jasa golongan tua kerana mereka telah diberi pendedahan tentang kepentingan menghargai jasa warga tua. Oleh itu, pihak sekolah harus mendidik anak-anak supaya mereka dapat menghargai jasa golongan tua. Pengaruh media massa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan golongan warga tua diabai. Pihak media massa haruslah memaparkan informasi tentang penghargaan jasa warga tua di dada akhbar dan laman sosial mereka seperti Facebook, Instagram, MySpace dan sebagainya. Masyarakat atau pemuda yang ternampak informasi ini akan tersedar dan lantas menghormati dan menyanjungi jasa warga tua. Pihak media massa juga haruslah menayangkan video yang kreatif tentang menyayangi warga tua di mana-mana laman web kerana perbuatan ini akan menyebabkan pemuda menyayangi warga tua di mana-mana tempat. Dengan ini, golongan warga tua dapat disayangi dan dihargai dan masalah pengabaian warga tua akan dibasmikan hingga ke akar umbi. Oleh itu, pihak media massa haruslah menayangkan video dan infomasi tentang cara dan kepentingan menyayangi golongan warga tuaa supaya semua orang akan mula menyayangi dan menghargai golongan tua. Akhir sekali, masyarakat juga harus tidak bersikap individualistik dan menjadi teladan kepada orang lain. Masyarakat yang bersikap individualistik akan menyebabkan golongan warga tua terabai dan tidak dihormati. Oleh itu, masyarakat haruslah membantu golongan tua dengan cara seperti memimpin mereka melintasi jalan raya, menderma wang dan barang keperluan kepada orang tua yang sudah uzur dan banyak berkomunikasi dengan mereka supaya mereka berasa dihargai dan disayangi. Orang lain yang ternampak kelakuan baik ini akan cenderung membantu warga tua dan menghargai jasa mereka. Oleh itu, masyarakat perlu membantu golongan tua dan menghargai jasa mereka supaya masalah pengabaian warga tua dapat diselesai. “Yang tua dihormati, yang muda disayangi”, slogan yang berbunyi ini menunjukkan bahawa warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana mereka diibaratkan golongan yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat, mahupun negara. Oleh itu, semua pihak mestilah berganding bahu supaya masalah pengabaian jasa warga tua ini dapat diselesai. 418
Low Yin Yin-S1SF Kategori A - Saguhati Golongan orang tua ditakrifkan sebagai golongan individu yang berusia 55 tahun dan ke atas, dan juga merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjungi. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka diibaratkan sebagai golongan yang telah banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat mahupun negara. Namun, gejala buruk seperti pengabaian orang tua, tidak mengendahkan warga tua, memandang rendah mereka sering menghiasi dada-dada akhbar pada darsawarsa ini. Natijahnya, jasa golongan orang tua sering diremehkan dan dilupakan. Bagi menangani kemelut ini, marilah kita membincangkan cara-cara untuk menghargai jasa warga tua. Pertama sekali, kita patut meluangkan masa senggang untuk menemani warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan orang tua telah bersara dan saban hari hanya berehat di rumah. Oleh itu, kehadiran cucu tentu akan menggembirakan perasaan mereka. Contohnya, anak-anak boleh menemani mereka menonton rancangan televisyen, membantu mereka memasak dan sebagainya. Kesannya, golongan orang tua tidak mudah berasa bosan. Intihanya, ahli keluarga patutlah banyak menemani orang tua di rumah dan juga menerapkan nilai ini ke dalam sanubari anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, kita juga harus memberikan bantuan sekiranya mereka memerlukannya. Dalam era modenisasi ini, banyak alat-alat moden seperti telefon pintar telah muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Seringkali golongan orang tua susah untuk mempelajari penggunaan alat tersebut oleh sebab mekanisme yang kompleks itu. Misalnya, kita sebagai golongan remaja patut memikul tanggungjawab untuk mengajar mereka cara-cara menggunakan gajet teknologi terkini seperti menelefon seseorang dengan telefon pintar, menghantar e-mesej kepada seseorang dan lain-lain. Janganlah kita bersikap sambil lewa dan tidak sopan apabila mengajari mereka kerana sikap itu tentu akan melukai hati mereka. Tuntasnya, kita wajarlah memberikan bantuan kepada orang tua dengan hati yang besar sekiranya diperlukan. Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam memberikan kebajikan kepada orang tua. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan warga tua banyak berjasa kepada negara kita. Sebagai contoh, pihak kerajaan wajar memberi wang bersara kepada orang tua, mendirikan laluan khas untuk orang tua apabila mengendalikan urusan di jabatan kerajaan, membekalkan tempat parkir percuma kepada mereka dan sebagainya. Kesannya, golongan orang tua dapat menyelesaikan urusan mereka dengan lebih mudah dan cepat. Oleh itu, kebajikan golongan orang tua patutlah dipentingkan oleh pihak kerajaan sebagai sesuatu langkah menghargai jasa mereka. Tambahan pula, media massa juga merupakan watak yang mustahak dalam menghargai jasa orang tua. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa memberi impak yang besar terhadap golongan sasarannya yang banyak merupakan golongan remaja. Tamsilnya, media massa harus banyak memaparkan tayangan atau filem pendek yang menimbulkan kesedaran Cara-cara untuk menghargai warga tua 419
terhadap penonton untuk menghormati dan menghargai jasa orang tua. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti atas talian yang bertemakan menghormati orang tua patut dianjurkan. Dengan ini, para netizen akan disemai nilai murni untuk menghargai jasa orang tua. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kita wajarlah menghormati dan menyayangi golongan orang tua. Oleh itu, janganlah kita sentiasa sibuk mengejar kekayaan dan mengabaikan orang tua dalam keluarga kita. Dengan melaksanakan cara-cara yang telah dituliskan dan kerjasama daripada semua pihak, saya berharap agar segala tindakan yang mengabaikan jasa dan budi orang tua dapat dielakkan di samping menyemai nilai murni untuk menghargai jasa orang tua dalam kalangan generasi muda. Lim Yu Han-J3F Kategori B - Johan Sedasawarsa ini, bilangan kucing dan anjing terbiar di Malaysia semakin bertambah. Fenomena yang akan banyak menyebabkan kesan negatif ini dititikberatkan oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, perlulah kita mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita. Sesungguhnya, kempen dan ceramah kesedaran harus dipergiat oleh pihak kerajaan. Dalam menyoroti hal ini, rakyat Malaysia akan menginsafi kelakuan mereka yang membiarkan haiwan peliharaan mereka di tepi jalan. Tambahan pula, mereka akan mempelajari ilmu pengetahuan, nilai murni, dan persediaan yang diperlukan sebelum memelihara seekor haiwan. Natijahnya, bilangan individu yang rela membawa haiwan terbiar pulang ke rumah mereka dan memelihara haiman-haiwan tersebut akan semakin bertambah melalui kempen kesedaran yang dianjurkan secara konsisten. Dari kaca mata yang lain pula, pihak kerajaan mesti menambahkan bilangan pusat pemeliharaan haiwan terbiar. Hal ini dikatakan demikian kerana pusat tersebut dapat dijadikan tempat tinggal haiwan terbiar. Haiwan terbiar akan mendapat tempat hidup yang sejahtera dan makanan serta air yang mencukupi selama-lamanya. Dengan ini, seandainya kebanyakan haiwan terbiar hidup di tempat tersebut, haiwan terbiar yang melepak di jalan raya akan berkurangan. Sementelahan, pihak berkuasa perlu mengasi haiwan terbiar melalui pembedahan. Usaha ini dapat diterangkan bahawa pembiakan haiwan terbiar disebabkan persetubuhan yang tidak terkawal. Tamsilnya, bilangan haiwan semakin bertambah kerana kebanyakan haiwan terbiar mempunyai sistem pembiakan yang sempurna. Sudah terang lagi bersuluh, pihak berkuasa harus memperkasakan tindakan mengurangkan pembiakan haiwan terbiar. Memang yang tidak dapat dinafikan bahawa pemelihara yang bertanggungjawab memainkan peranan yang signifikan untuk mengatasi isu haiwan terbiar. Hal ini disebabkan pemelihara haiwan yang bertanggungjawab itu tidak akan membiarkan haiwan yang dipelihara oleh mereka di jalan raya. Pembuangan haiwan secara sewenang-wenangnya merupakan punca dominan menambahkan bilangan haiwan terbiar. Tuntasnya, sikap Langkah-langkah Mengatasi Isu Haiwan Terbiar di Negara Kita 420
Michell Ooi Min Suan-F3M Kategori B - Naib Johan Pada zaman pascakemerdekaan, masalah haiwan terbiar semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Isu ini selalu dipaparkan di dada surat khabar dan media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar tidak membiarkan haiwan untuk menjadikan haiwan liar. Justeru itu, pelbagai langkah yang proaktif haruslah dilancarkan untuk mengatasi masalah haiwan terbiar di Malaysia. Persoalannya ialah bagaimanakah isu haiwan terbiar dapat diatasi ? Orang tua pernah mengatakan kata hikmat seperti setiap penyakit ada penawanya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Antara langkah menangani masalah haiwan terbiar termasuklah pihak kerajaan mestilah berperanan untuk bertanggungjawab dalam menggalakkan rakyat negara kita agar tidak membuang haiwan peliharaan masing-masing. Hal ini terjadi apabila pihak kerajaan menguar-uarkan perkara tersebut kepada rakyat Malaysia. Pihak berkuasa hendaklah menganjurkan kempen-kempen kesedaran dan program motivasi bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia. Sebagai contoh, ‘Kempen Sayangi Haiwan’, ‘Kempen Memelihara Binatang’ dan sebagainya. Sebagai langkah yang efektif, rakyat Malaysia akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menyayangi haiwan sekali gus kes haiwan terbiar dapat dikurangkan dengan komitmen yang tinggi. Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menangani isu tersebut. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang longgar juga dapat mengakibatkan masalah haiwan terbiar berlaku. Hal ini terjadi apabila rakyat negara kita alpa akan undang-undang Malaysia disebabkan denda yang tidak berat. Maka, undang-undang di Malaysia perlulah diketatkan dengan meningkatkan wang dendaan dan memanjang tempoh hukuman. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran dalam jiwa rakyat Malaysia supaya mereka tidak melanggar undang-undang negara kita. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penguatkuasaan undang-undang amat kritikal dalam menangani isu tersebut. Oleh itu, undang-undang negara kita patutlah dikuatkuasakan dengan segera untuk mengelakkan masalah haiwan terbiar berlaku. Di samping itu, pihak sekolah yang merupakan teladan kepada murid-murid memainkan peranan yang penting. Murid-murid yang berada di sekolah dari bangku sekolah dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru-guru. Guru-guru patutlah mengajar pendidikan moral dan Islam di sekolah kerana dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang akan haiwan, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab. Hal ini dapat , Langkah-langkah Mengatasi Isu Haiwan Terbiar di Negara Kita pemelihara yang bertanggungjawab dan berkualiti harus dipupuk. Konklusinya, banyak prakarsa dapat dilakukan untuk mengatasi masalah haiwan terbiar yang semakin banyak itu. Semua pihak mestilah bersendel bahu untuk mengelakkan kesan buruk yang akan timbul akibat isu tersebut. Janganlah kita sudah terhantuk baru tengadah. Marilah kita berusaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera. 421
menyemarakan semangat murid-murid sayang akan binatang di samping tidak membiarkan serta menganiayai binatang-binatang liar. Pendidikan Islam juga penting dalam melahirkan seseorang murid yang berakhlak mulia kerana mereka mempercayai sebarang hawa nafsu atau tindakan ganas yang tidak moral akan dilihat oleh Tuhan. Tegasnya, pihak sekolah haruslah mengajarkan Pendidikan Moral dan Islam kepada murid-murid di sekolah. Akhirnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mengatasi isu haiwan terbiar. Hal ini disebabkan anak-anak akan mencontohi ibu bapa mereka sebagai teladan yang betul kerana bapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak kerana mereka mempunyai talian darah. Ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak dengan memelihara haiwan-haiwan dan membawa anak-anak untuk mengunjungi kedai binatang dan Zoo Negara. Ibu bapa patutlah mengajarkan anak-anak sejak kecil lagi tentang nilai mulia tersebut untuk menyuburkan sikap sayang akan haiwan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Tegasnya, tiap-tiap ibu bapa sewajarnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka agar anak-anak mempunyai perasaan sayang akan binatang sejak kecil lagi. Bak kata peribahasa, bulan semakin terang, bayang semakin jelas bahawa isu haiwan Bernice Lim Khai Hsin-J3F Kategori B - Ketiga Kucing dan anjing terbiar di Malaysia semakin bertambah setiap hari. Walaupun pihak bukan kerajaan (NGO) telah mengambil pelbagai langkah seperti ‘Kempen Sayangi Haiwan’ bagi menangani isu tersebut, namun kesan yang diharapkan tidak terjadi. Walau bagaimanapun, terdapat langkah-langkah lain yang boleh diambil untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita. Salah satu langkah ialah pihak kerajaan boleh mengambil tindakan untuk menguatkuasakan undang-undang negara kita untuk menangani isu haiwan terbiar. Sebagai contohnya, pihak kerajaan boleh mengenakan hukuman wang terhadap sesiapa yang membiarkan haiwan peliharaan mereka. Kesannya, rakyat di negara kita akan menjadi lebih bertanggungjawab tanpa membiarkan haiwan-haiwan yang dipelihara supaya tidak perlu membayar denda yang dikenakan. Oleh itu, penguatkuasan undang-undang negara dapat mengurangkan bilangan kes haiwan terbiar di negara kita. Selain itu, langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita ialah ibu bapa mesti mendidik anak-anak mereka supaya tidak membiarkan haiwan yang dipelihara sejak kecil. Contohnya, ibu bapa harus menyayangi haiwan-haiwan dan tidak mencederakan haiwan tersebut untuk menjadi teladan anak-anak. Akibatnya, anak-anak akan menjadi orang yang baik hati dan menghargai haiwan-haiwan kecil di dunia. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh hal yang demikian, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita. Di samping itu, antara langkah yang dapat diambil untuk menangani isu haiwan terbiar ialah pihak bukan kerajaan boleh membina tempat tinggal untuk haiwan terbiar. Langkah-langkah Mengatasi Isu Haiwan Terbiar di Negara Kita 422
Haiwan-haiwan terbiar akan lapar hingga mati ataupun berasa terlalu sejuk hingga mati jika tidak mempunyai tempat perlindungan. Oleh itu, pihak bukan kerajaan boleh membina tempat tinggal haiwan terbiar untuk memberikan makanan, minuman dan penjagaan yang lebih baik kepada haiwan-haiwan terbiar. Hal ini dapat mengurangkan bilangan haiwan yang terbiar di Malaysia. Tambahan pula, pihak media sosial juga memainkan peranan penting untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita. Internet telah menjadi semakin popular di seluruh dunia. Jika media sosial sering memberikan mesej tentang menyayangi haiwan-haiwan kepada rakyat, rakyat akan lebih mementingkan isu-isu haiwan terbiar di negara. Dengan ini, rakyat tidak akan membiarkan haiwan-haiwan peliharaan mereka sebaliknya menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab. Oleh itu, media sosial perlu menyeru rakyat Malaysia supaya lebih menyayangi haiwan-haiwan di dunia. Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita. Kuan Yi Suen-J3F Kategori B - Saguhati Guru sekolah menengah memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Sekiranya aku seorang guru sekolah menengah, aku mestilah berusaha mengajar murid-murid dan menangani perselisihan antara mereka dengan bersungguh-sungguh. Sebagai seorang guru sekolah menengah, aku haruslah menampilkan teladan yang baik dan tidak berkelakuan sebagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Contohnya, aku akan menumpukan perhatian semasa mengajar dan tidak bercakap kata-kata yang kesat. Oleh itu, pelajar-pelajar sekolah tidak akan bertutur dengan tidak bersopan santun atau tidak menghormati guru kerana dalam tanggapan mereka perkara yang dilakukan oleh guru adalah tidak betul. Aku juga akan memberikan nasihat apabila pelajar-pelajar tidak menghormati guru atau rakan-rakan serta mengajar mereka nilai bertolak ansur. Selain itu, sebagai seorang guru, aku akan menitikberatkan kesihatan mental murid-murid. Dewasa ini, jumlah murid sekolah menengah yang menghadapi kemurungan semakin bertambah setiap hari. Oleh itu, aku akan memantau perasaan atau emosi setiap murid dengan teliti. Dengan tindakan ini, kes buli di sekolah juga dapat dikurangkan. Seterusnya, aku akan mengajar pelajar-pelajar dengan lebih aktif dan menjalankan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar seperti sesi soal jawab, bertukar-tukar pendapat secara berkumpulan dan sebagainya. Dengan ini, mereka dapat menumpukan perhatian semasa belajar dan tidak berasa bosan atau lesu untuk belajar. Lama-kelamaan, mereka dapat meningkatkan prestasi akademik. Mereka juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan semasa belajar secara berkumpulan. Di samping itu, aku akan melakukan aktiviti yang mengurangkan stres yang dihadapi Sekiranya Aku Seorang Guru Sekolah Menengah 423
oleh mereka. Tamsilnya, aku akan mengurangkan beban kerja rumah mereka ataupun memberikan bantuan dan dorongan yang positif kepada pelajar-pelajar apabila mereka menghadapi masalah atau rintangan dalam pelajaran. Oleh itu, mereka akan berasa seronok dan berminat untuk belajar. Akhirnya, aku akan berganding bahu dengan pihak sekolah untuk mengadakan pelbagai pertandingan atau kempen yang memikat hati mereka. Contohnya, pertandingan syarahan, sukaneka atau pertandingan melukis. Dengan ini, murid-murid berpeluang untuk mencuba apa-apa yang diminati dan bakat mereka akan dicungkil. Kesimpulannya, pelajar-pelajar sekolah menengah merupakan aset negara kita. Bak kata pepatah Melayu, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kita haruslah mendidik generasi muda ini dan menyemai nilai yang baik dalam sanubari mereka dengan sedaya upaya. Teh Rui Xin-J3F Kategori B - Saguhati Guru sering diibaratkan lilin yang mengorbankan diri untuk menerangi pelajar-pelajar. Guru merupakan seorang insan yang memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan pelajar-pelajar. Pada pendapat saya, guru yang paling penting dalam pembelajaran seseorang pelajar ialah guru sekolah menengah. Oleh itu, saya akan berkongsi dengan anda apa-apa yang akan saya lakukan jika aku seorang guru sekolah menengah. Sekiranya aku seorang guru sekolah menengah, aku akan mengajar nilai-nilai murni yang berkaitan dengan kehidupan kepada pelajar-pelajar. Contohnya, nilai bekerjasama, bertimbang rasa, hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar-pelajar mudah melakukan kelakuan yang tidak bermoral, seperti merosakkan barang-barang awam, membuli, ponteng sekolah, merokok dan lain-lain. Selain itu, aku akan membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan untuk belajar bersama-sama dengan pelajar lain. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dengan kawan mereka. Mereka juga dapat belajar teknik-teknik pembelajaran daripada pelajar yang lain. Sebagai contoh, pelajar A lebih baik dalam tatabahasa manakala pelajar B lebih baik dalam kosa kata. Mereka dapat saling membantu untuk memperoleh markah yang lebih cemerlang. Tambahan pula, aku akan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi pandangan mereka tentang ilmu-ilmu yang diajar. Cara mengajar secara dua hala ini lebih cenderung untuk menarik perhatian pelajar-pelajar. Mereka juga tidak akan berasa bosan semasa belajar. Saya juga akan mengadakan lawatan sambil belajar. Dengan ini, para pelajar dapat memperoleh ilmu pengetahuan apabila melawat ke tempat-tempat yang unik dengan gembira. Bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’. Contohnya, pelajar-pelajar dibawa ke Melaka untuk lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar dapat melawat ke tempat-tempat Sekiranya Aku Seorang Guru Sekolah Menengah 424
Rachelle Chai Jenn Lynn-F2M Kategori B - Johan Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Dalam meniti kehidupan pada marcapada, acap kali meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap lapisan mujtamak tentang masalah haiwan terbiar yang semakin bermaharajalela di negara kita. Kes kucing dan anjing terbiar sering meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kes kehilangan nyawa haiwan, khususnya haiwan terbiar juga sering terpampang di dada akhbar dan “terjerit keluar” daripada kaca televisyen. Apakah gunanya jika negara kita makmur dari segi ekonomi, tetapi muflis dari segi agama? Tepuk dada, tanya selera. Oleh itu, rasionalnya untuk kita mengupas langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi haiwan terbiar di negara kita. Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Sebagai pengemudi bahtera keluarga, ibu bapa boleh mendidik anaknya tentang kesan-kesan negatif tentang haiwan terbiar. Dalam menyingkap hal ini, ibu bapa boleh menceritakan pengalaman haiwan terbiar yang boleh didapati daripada laman sesawang atau buku cerita. Misalnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk membeli bahan bacaan tentang haiwan untuk anak-anak yang berumur setahun jagung. Ada sepotong hadis yang mengatakan, “masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka pedang itu akan memotong kita”. Kesannya, anak-anak bukan sahaja akan mengisi masa lapang secara berfaedah, malahan juga dapat memupuk rasa cinta akan haiwan dalam sanubari mereka. Benarlah kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Janganlah ibu bapa memandang enteng terhadap isu ini tetapi mahu anaknya mengamalkannya. Senario ini persis peribahasa, bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani isu tersebut kerana bagaimana acuan,begitulah kuihnya. Dari aspek yang lain pula, pihak sekolah seyogianya mengadakan pelbagai jenis pertandingan untuk menanam semangat cinta akan haiwan dalam sukma murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan seperti katak di bawah tempurung. Tamsilnya, pertandingan seperti pertandingan melukis poster dan pertandingan deklamasi sajak yang bertajuk ‘Haiwan’ boleh dianjurkan oleh pihak sekolah. Natijahnya, murid-murid akan menjadi tajam akal dan juga mencungkil bakat mereka dengan melibatkan diri dalam pelbagai jenis pertandingan. Deduksinya, memang izharlah bahawa pihak sekolah mesti menganjurkan aktiviti yang berfaedah untuk mengatasi masalah haiwan terbiar. Langkah-langkah Mengatasi Haiwan Terbiar di Negara Kita bersejarah yang berlainan daripada Pulau Pinang sambil belajar tentang sejarah bangunan-bangunan yang berkenaan. Kesimpulannya, guru memang merupakan orang yang penting dalam pembelajaran seseorang pelajar. Pelajar-pelajar akan lebih berfokus di dalam kelas jika guru kelas mengajar dengan lebih menarik. Secara tidak langsung, keputusan akademik pelajar dapat ditingkatkan. 425
Dari kaca mata yang berbeza, mengelolakan kempen kesedaran merupakan prakarsa yang konkrit serta pragmatik. Hal ini membawa konotasi bahawa aktiviti yang afdal ini boleh memperluas horizon pemikiran dan melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek. Contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengelolakan kempen atau ceramah di sekolah atau dewan besar. Walaupun pihak bukan kerajaan (NGO) pernah mengambil pelbagai operasi seperti “Kempen Sayangi Haiwan”, tetapi masih tidak membuahkan hasil yang diimpi-impikan. Namun begitu, kita tidak patut berputus asa dan sebaliknya mesti memberikan komitmen yang jitu dalam masalah ini. Justeru, semua pihak patut menyahut seruan dalam aktiviti yang dianjurkan supaya usaha yang dilakukan oleh kerajaan tidak tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jika kita bersendel bahu bagai aur dengan tebing, pastilah kita akan menemui kejayaan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jelas terbuktilah bahawa pihak kerajaan perlu banyak mengadakan kempen kesedaran untuk memberikan pendedahan tentang isu haiwan terbiar yang menular di negara kita. Sementelahannya, pihak bukan kerajaan boleh bekerjasama dengan sukarelawan untuk membina kawasan untuk memelihara haiwan terbiar. Dalam konteks ini, bilangan haiwan terbiar akan dikurangkan akibat dipelihara oleh insan yang tidak bersikap mementingkan diri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Namun, kerja ini perlu dijalankan secara konsisten dan janganlah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Akibatnya, rakyat Malaysia dapat merehatkan minda dengan memelihara haiwan terbiar selepas penat bekerja. Konklusinya, sukarelawan yang baik hati boleh mengatasi masalah tersebut dengan melakukan pembinaan kawasan sebagai tempat tinggal haiwan tersebut. Tidak ada kusut yang tidak terlerai, tidak ada keruh yang tidak jernih. Akhirulkalam, bulan makin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak langkah yang boleh kita praktikkan untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita. Oleh itu, semua pihak mesti menggembleng tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan menyemai semangat tinggi setinggi Gunung Everest, seluas banjaran Himalaya, sedalam jurang Mariana dalam membendung masalah ini. Jangan kita membiarkan masalah ini terus menjadi barah yang akan merosakkan pembangunan negara kita. Walaupun usaha ini seakan-akan menemui “jalan buntu”, namun kita tidak boleh berputus asa. Dengan ini, negara kita akan menjadi lebih gemilang, terbilang dan cemerlang sehingga duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara mapan di seantero dunia. 426
- Tan Jie Shuen-F2M Kategori B - Naib Johan Bak kata pepatah, guru umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi murid-murid. Guru susah payah mendidik murid-murid supaya mewujudkan modal insan yang berilmu pengetahuan. Persoalannya, apakah akan aku lakukan sekiranya aku seorang guru sekolah menengah? Antara perkara yang akan aku lakukan ialah mengajar murid-murid dengan cara yang menarik. Dengan ajaran yang menarik, murid-murid akan memberikan sepenuh perhatian apabila aku mengajar konsep-konsep baharu. Jadi, mereka tidak akan menjadi sebagai katak di bawah tempurung. Contohnya, aku akan memikat hati murid-murid dengan permainan interaktif untuk memberikan motivasi kepada mereka. Kelas aku tidak akan menjadi bosan dan murid-murid akan berasa seronok semasa belajar. Izharnya, ajaran yang menarik akan memastikan mereka memberikan sepenuh perhatian dalam bilik darjah. Selain itu, aku akan menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan menyertai aktiviti kokurikulum, murid-murid dapat memperoleh ilmu dari luar bilik darjah. Contohnya, jika murid-murid menyertai pasukan pengakap, mereka akan mempelajari ilmu pengetahuan yang penting ketika kecemasan seperti mendirikan khemah, cara mengubati luka, memasak di dalam hutan dan sebagainya. Tuntasnya, para murid akan memperoleh banyak faedah jika mereka digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Di samping itu, aku akan membawa murid-murid ke pelbagai tempat menarik melalui lawatan sambil belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid dapat mempelajari ilmu pengetahuan tentang tempat-tempat yang dikunjungi. Misalnya, jika aku membawa murid-murid melancong ke Melaka, mereka berpeluang untuk melihat pelbagai bangunan bersejarah di situ. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat mempelajari adat resam dan menikmati makanan tradisional kaum lain yang unik. Konklusinya, mereka dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika melawat ke tempat menarik. Akhirnya, aku akan kerap berbual-bual dengan murid-murid. Perbuatan tersebut bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara guru dengan murid, malahan dapat menggalakkan mereka untuk meluahkan isi hati dan emosi kepada aku. Jadi, aku boleh memastikan murid-murid sihat dari segi mental dan emosi serta memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah. Jika guru dan murid-murid berkomunikasi dengan kerap, mereka akan berasa lega dan selesa. Tuntasnya, hubungan antara guru dengan murid akan menjadi rapat jika berkomunikasi dengan kerap. Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang akan aku lakukan jika aku merupakan seorang guru sekolah menengah. Murid-murid umpama kain putih, guru merupakan ejen pencorak yang berwarna-warni. Usaha guru-guru tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja, merekalah yang mewujudkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek. Wahai kawan-kawanku, janganlah seperti kacang lupakan kulit kerana guru-guru amat berjasa kepada kita. Sekiranya Aku Seorang Guru Sekolah Menengah 427
Ong Yun Xin-J2F Kategori B - Ketiga Memang tidak dapat dinafikan bahawa jasa-jasa seorang guru harus dihargai. Hal in dikatakan demikian kerana guru-guru banyak berkhidmat kepada masyarakat. Adakah anda pernah memikir bahawa jika anda seorang guru sekolah menengah? Sekiranya aku seorang guru menengah, aku akan mengajar murid-murid dengan sabar. Aku akan memastikan semua murid memahami ilmu pengetahuan yang diajar. Jika seseorang murid tidak faham akan pengajaran aku, aku akan menerangkan pengajaran aku kepada murid tersebut dengan jelas. Dengan itu, murid-murid dapat memahami pengajaran aku dengan sempurna dan tidak takut untuk bertanya soalan. Di samping itu, aku akan mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni bagai menatang minyak yang penuh kepada murid-murid. Sebagai contoh, aku akan mendorong murid-murid aku untuk melahirkan perasaan cinta akan tanah air agar negara dapat memaju pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, aku juga akan mengadakan aktiviti-aktiviti secara berkumpulan bagi menerapkan semangat bekerjasama dalam kalangan murid. Dengan tersebut, nilai-nilai murni dapat disemai dalam murid-murid dan kes-kes sosial kebejatan yang merebak umpama virus epidemik dapat dikurangkan. Selain itu, jika aku seorang guru menengah, aku akan menjalinkan hubungan silaturahim yang erat dengan murid-murid. Sekolah merupakan rumah kedua kepada murid-murid. Oleh itu, aku berharap agar murid-murid dapat berkomunikasi dengan aku jikalau mereka menghadapi sebarang kesusahan dalam kehidupan. Aku juga akan menitikberatkan kesihatan mental murid-murid dan menghulurkan bantuan kepada murid untuk mengalami cabaran. Seterusnya, jikalau aku seorang guru sekolah menengah, aku akan memberikan kelas bimbingan percuma kepada murid-murid yang memerlukan. Bagi murid-murid yang lemah dalam pelajaran atau berasal dari keluarga yang miskin, aku akan meluangkan masa untuk mengajar murid-murid tersebut. Dengan itu, aku berhasrat agar murid-murid mendapat keputusan cemerlang supaya masa kelak mereka lagi cerah. Tuntasnya, sekiranya aku seorang guru sekolah menengah, aku akan berusaha untuk membentuk murid-murid yang mempunyai nilai-nilai murni seperti kasih sayang, berdaya saing dan bersopan santun agar mereka berguna kepada masyarakat dan negara pada masa depan. Sekiranya Aku Seorang Guru Sekolah Menengah 428
Teng Yuan Xun-J2F Kategori B - Saguhati Seorang guru sekolah menengah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk seorang insan yang bermodal tinggi. Sekiranya aku seorang guru menengah, aku akan memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada sedasawarsa ini kurang membaca. Keadaan ini menyebabkan mereka kurang idea dalam mengarang, pengetahuan semakin kecundang dan sebagainya. Untuk menghadapi masalah ini, aku akan menjalankan program membaca dalam sesi pengajaran. Sebagai contoh, aku akan membina sebuah perpustakaan mini di belakang kelas, membeli buku yang menarik seperti buku novel, buku komik dan sebagainya untuk murid. Dengan ini, murid -murid dapat mengamalkan amalan membaca dengan kerap, pandangan dan ilmu mereka dapat ditambah. Oleh itu, amalan membaca penting disemai dalam kalangan remaja. Sekiranya aku seorang guru menengah, aku akan menambahkan keseronokan dalam pengajaran aku. Pada sedasawarsa ini, murid -murid kurang berfokus di dalam kelas kerana mereka beranggapan bahawa pengajaran guru adalah bosan. Kekurangan fokus telah menyebabkan murid-murid tidak dapat menangani ilmu yang diajar oleh guru. Aku akan sentiasa mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar, membawa murid -murid ke kilang, muzium, zoo dan sebagainya.Selain itu, aku juga boleh mengadakan projek berkumpulan yang memerlukan kerjasama setiap murid, seperti perdebatan, pembentangan dan sebagainya. Oleh itu, aku wajarlah menyeronokkan pengajaran saya untuk memikat hati pelajar. Sekiranya aku seorang guru menengah, aku akan mengambil berat tentang kesihatan mental murid, keadaan rumahnya dan kelakuannya di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru kini sentiasa mengabaikan mental kesihatan murid. Jika pelajar sentiasa terbenam dalam kesedihan atau berfikir tentang masalah keluarga, mereaka akan kurang memberi tumpuan dalam kelas dan menyebabkan kemerosotan prestasi akademik. Oleh itu, sekiranya aku seorang guru menengah, aku wajarlah sentiasa memerhatikan dan memberi kaunseling kepada murid. Dengan ini, kesihatan mental murid dapat diatasi dan dipentingkan. Akhirnya, sekiranya aku seorang guru menengah, aku boleh memberi hadiah kepada murid sebagai dorongan. Jika murid mencapai markah yang tinggi atau berakhlak mulia, aku akan memberi hadiah. Hadiah tersebut tidak perlu bermutu tinggi atau mahal. Aku akan membuat kraf tangan kepada pelajar. Oleh itu, dorongan juga penting dalam perjalanan pelajaran murid. Bak kata peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Seseorang guru menengah yang berkasih sayang dan berdedikasi penting untuk membentuk murid yang berkualiti tinggi. Sekiranya Aku Seorang Guru Sekolah Menengah 429
Gracy Ng Yun Ning-J2F Kategori B - Saguhati Di negara kita, isu haiwan terbiar semakin bertambah setiap hari. Isu-isu ini amat serius di negara kita. Dengan ini, pihak kerajaan perlu mengambil pelbagai operasi untuk mengatasi isu tersebut. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita. Antaranya, pihak kerajaan boleh mengadakan aktiviti tentang menyayangi haiwan untuk mengatasi masalah tersebut. Aktiviti tersebut boleh diadakan pada setiap tahun. Aktiviti yang dapat diadakan seperti kempen, pertandingan, ceramah tentang memelihara haiwan. Akitiviti tersebut dapat menyeru orang ramai untuk menyayangi haiwan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengadakan aktiviti tersebut untuk mengatasi isu haiwan terbiar. Seterusnya, langkah yang boleh mengatasi isu haiwan terbiar merupakan pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Pembuangan haiwan terbiar di negara kita perlu dilarang untuk mengelakkan isu tersebut. Dengan ini, haiwan peliharaan dapat hidup dengan selamat. Undang- undang tersebut boleh menangani isu tersebut dengan mendenda pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang mustahak dalam isu tersebut. Mereka perlu mendidik anak mereka supaya mereka dapat memelihara dan memulihara haiwan peliharaan dengan penuh bertanggungjawab. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Mereka harus mendidik anak mereka untuk menyayangi haiwan sejak kecil lagi. Justeru, pendidikan yang baik amat penting. Isu tesebut akan diatasi. Di samping itu, pihak kerajaan boleh menyeru orang ramai untuk menyayangi haiwan melalui media sosial. Amalan ini dapat menyuburkan baik ke seluruh negara, mahupun di seluruh dunia. Pihak kerajaan dapat menyeru orang ramai melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Oleh itu, langkah tersebut dapat mengelakkan haiwan daripada terbiar. Kesimpulannya, haiwan merupakan hidupan yang tidak ternilai harganya. Justeru, kita mesti menyayangi haiwan untuk mengatasi isu haiwan terbiar di negara kita dengan bekerjasama. Saya berharap agar isu tersebut akan diatasi dengan segera. Langkah-langkah Mengatasi Isu Haiwan Terbiar di Negara Kita 430
Kuan Han Yi-F1P Kategori C - Johan Amalan gotong-royong merupakan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Terdapat pelbagai kebaikan amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Antaranya, kita dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. Aktiviti gotong-royong perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu supaya kita dapat banyak berjumpa dan berbual-bual dengan jiran kita. Dengan cara ini, hubungan silaturahim sesama jiran akan menjadi lebih erat dan kita dapat mewujudkan suasana kehidupan yang sejahtera. Selain itu, kita dapat memupuk amalan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat. Kita akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kawasan di sekeliling perumahan. Oleh itu, kita tidak akan bergaduh malah kita akan saling membantu apabila menghadapi masalah. Di samping itu, kita dapat menjamin kebersihan perumahan kita. Kita dapat menghindari penyakit yang berbahaya seperti demam denggi. Kawasan perumahan kita tidak akan menarik haiwan perosak seperti tikus dan lalat. Kita akan berasa gembira dan ceria kerana dapat hidup dalam suasana yang bersih dan selesa. Akhir sekali, kita dapat mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Kita tidak akan melakukan aktiviti yang sia-sia seperti melepak dan merokok. Oleh itu, masa kita dapat digunakan untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat dan tidak dibazirkan kerana masa itu emas. Selain itu, kita juga dapat melapangkan dada dan menenangkan fikiran kita. Kita dapat menangani stres yang dihadapi dalam pelajaran dan pekerjaan apabila menjalani aktiviti gotong-royong. Kesimpulannya, amalan gotong-royong amat penting dan membawa banyak faedah kepada masyarakat. Oleh itu, kita haruslah memupuk amalan gotong-royong sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat. Kebaikan Amalan Gotong-Royong 431
Au Kai Nian-F1M Kategori C - Naib Johan Amalan bergotong-royong merupakan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Terdapat banyak kebaikan amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Antaranya, kita dapat membersihkan kawasan persekitaran kita. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan gotong-royong supaya persekitaran sekolah menjadi bersih, cantik dan indah. Melalui aktiviti gotong-royong, kita juga dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, kita dapat memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Jika kita bekerjasama, kita akan menyiapkan semua kerja dengan lebih mudah dan cepat. Oleh ini, masyarakat kita akan dihormati oleh rakyat negara lain dengan adanya sikap bekerjasama. Di samping itu, kita juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara rakan dengan keluarga kita. Sebagai contoh, kita boleh menyertai gotong-royong bersama dengan kawan-kawan atau keluarga. Kita dapat berbual-bual sambil membersihkan kawasan persekitaran. Kita juga diberi peluang untuk mengenali kawan baharu dengan peserta-peserta di sana. Akhir sekali, kita boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah jika kita menyertai aktiviti gotong-royong. Kita dapat menggunakan masa lapang untuk membersihkan tempat dan menjadi seorang warga insan yang dihormati oleh kawan dan keluarga. Jangan membazirkan masa untuk menjalankan aktiviti yang tidak membawa faedah seperti bermain permainan video dalam jangka masa yang panjang! Kesimpulannya, amalan gotong-royong ialah amalan yang banyak membawa kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk berkongsi faedah-faedah ini kepada anak sejak kecil bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kebaikan Amalan Gotong-royong 432
Lim Weng Kee-J1F Kategori C - Ketiga Suasana kawasan sekolah yang selesa membolehkan kita dapat belajar dengan baik. Terdapat pelbagai kebaikan tentang amalan gotong-royong. Antaranya, amalan gotong-royong membolehkan kawasan sekolah dan rumah menjadi lebih bersih. Contohnya, kita dapat bekerjasama menyapu dan mengelap lantai supaya lantai kelihatan lebih bersih dan ceria. Kebaikan kedua amalan gotong-royong ialah kita dapat berpeluang untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Contohnya, kita boleh bergotong-royong sambil berbual-bual dengan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Amalan ini dapat memastikan hubungan sesama insan menjadi lebih kekal. Kebaikan ketiga amalan bergotong-royong adalah dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, kita dapat membahagikan kerja antara rakan-rakan berbilang kaum dan bangsa supaya dapat memupuk semangat bekerjasama. Secara tidak langsung, semangat perpaduan antara satu sama lain dapat dipupuk dan perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan. Kebaikan amalan gotong-royong seterusnya ialah kita dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit melalui aktiviti bergotong-royong, kita dapat menuangkan air yang bertakung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Kita juga dapat mengelap tingkap supaya habuk tebal tidak terlekat pada tingkap dan seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. Kebaikan yang terakhir ialah kita dapat menyihatkan badan kita melalui kerja bergotong-royong. Kita dapat mengeluarkan peluh melalui aktiviti gotong-royong seperti mengelap tingkap dan menyapu lantai. Dengan ini, badan kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Kesimpulannya, amalan bergotong-royong memang banyak membawa faedah kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah memupuk amalan ini supaya kawasan persekitaran akan menjadi lebih bersih dan selesa pada setiap masa. Kebaikan Amalan Gotong-Royong 433
Toh Yan Xuan-F1M Kategori C - Saguhati Amalan gotong-royong di taman perumahan merupakan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Aktiviti ini boleh banyak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Antaranya, aktiviti gotong-royong yang dijalankan dari semasa ke semasa boleh memastikan kebersihan tempat perumahan. Daripada perspektif yang berbeza, penduduk tidak perlu memberikan wang kepada tukang cuci untuk membersihkan tempat perumahan. Selain itu, tempat persekitaran yang bersih dapat mengelakkan pembiakan haiwan perosak seperti tikus, lalat dan nyamuk. Pelbagai penyakit yang disebabkan oleh haiwan perosak akan dielakkan .Penduduk pun tidak akan selalu jatuh sakit. Di samping itu, amalan gotong-royong dapat memupuk sikap menjaga kebersihan dan kejiranan penduduk sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya, amalan ini juga dapat memupuk semangat perpaduan penduduk melalui bergotong-royong. Mereka akan bekerjasama untuk menyiapkan suatu tugasan dengan pantasnya jika seseorang penduduk mengalami kesusahan. Akhir sekali, akitiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga. Bergotong-royong juga merupakan peluang yang baik untuk mengisi masa lapang penduduk dan boleh menyihatkan badan penduduk dengan megeluarkan peluh. Dengan proses mengeluarkan peluh, sisa toksik dalam badan boleh dikeluarkan. Kesimpulannya, orang ramai digalakkan untuk melakukan aktiviti ini. Kebaikan Amalan Gotong-royong 434
Eunice Lim Xin Yee-F1M Kategori C - Saguhati Amalan bergotong-royong merupakan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Aktiviti ini telah ditelan zaman secara turun-temurun. Kini, amalan bergotong-royong diadakan di banyak tempat, iaitu di sekolah, halaman rumah, rumah terbuka dan lain-lain. Budaya mulia ini haruslah disemai oleh masyarakat sedunia sejak kecil lagi. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Amalan bergotong-royong amat berfaedah kepada kita. Sebagai contoh, masyarakat selalu mengadakan aktiviti gotong-royong sebelum musim perayaan dan masa lapang. Mereka akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membersihkan dan menceriakan rumah mereka. Selain itu, aktiviti ini pun selalu dijalankan di sekolah. Murid-murid haruslah berganding bahu untuk mengemaskan bilik darjah mereka. Contohnya, mereka akan mengelap tingkap, menyusun meja dan kerusi, menyapu lantai dan lain-lain. Selagi aktiviti ini dijalankan secara berterusan, kebersihan suasana akan terjamin. Dalam pada itu, murid-murid juga boleh menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar dalam keadaan yang bersih. Sebelum ketibaan musim perayaan, anggota keluarga akan mengadakan gotong-royong. Penduduk-penduduk akan bekerjasama untuk membersihkan rumah mereka. Dengan ini, hubungan silaturahim akan dieratkan antara anggota keluarga bagai isi dengan kuku. Di samping itu, melalui aktiviti gotong-royong, kita boleh memupuk sikap perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum. Kita dapat mengambil kesempatan untuk mengenali mereka dan bersalam-salaman dengan mesranya. Tambahan pula, amalan gotong-royong agak penting untuk kita. Dengan mengadakan aktiviti gotong-royong, kita dapat mengelakkan diri daripada menghidap penyakit-penyakit yang berbahaya seperti demam denggi. Jika kita tidak memastikan kebersihan persekitaran, kita akan membahayakan nyawa kerana terdedah kepada kuman atau virus. Tuntasnya, amalan gotong-royong banyak mendatangkan manfaat kepada kita. Dengan mengadakan aktiviti tersebut, semua lapisan masyarakat akan berada dalam keadaan yang sihat dan cergas, bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ Kebaikan Amalan Gotong-royong 435
⛼ 岁⡲ㅷ ۈۍ䊈∂℁Γ᪴ࡻἌڕ ႆ㓷䛼44' ۈ⃬䊈∂℁Γ᪴ࡻἌڕ 䭵⯵࿄+' ႆ㓷䛼44' ႆ㓷䛼44' 436
宐 㟯歘 㩎⁐∮4 䭵∮⯵4 叱⎅⼓4 437
宐宐 㟯歘 ᳄⦉ྤ4 䩧䛴䱀4 ҆䣔⦴4 ݅㟤໑4 438
宐稇 䲽 㩎়ᖖ4 䭵⯵Ⴔ4 ᶮ䃥ప4 叱ଶ⁐4 ҆⁹+ ᑍ᪴᮱4 㩎়ᖖ4 439
ヘӷ' 㦐ᚔ㥞' ⢸Ꮪᭌ' 叱Ϯ命+ 䭵⁐ᚔ4 䩧Ⲭᖙ+ 絚 歘⡲ 440
絚 歘⡲ ݅⇈⦴4 䭵ܜ⥠4 叱ଶ仕4 䭵⁐ᚔ4 䭵↮䧱' 䭵侤ߴ4 441
霃 雦 ݅⇈⦴4 ∮ᒑ4 ॡႴ䨚+ ᑍတຯ4 䅚ܜ仕' 䘚㟘ဆ+ 侙㐸䅇4 442
霃 雦 㦸ϓྤ4 㦸ϓྤ4 ूጔᴁ4 䗞᷀㡢4 ᒽҠ䰜4 ᳄䨚㥞4 443
ॡ∮ᴁ4㉘⣛4 䃥ᖧ㤞4Ვᚔа4 䭵ᮀ㑅4䃥⋾⁐4 ᳄ଶ㥞4 䗾䴢␏4 侙㐸䅇4 霃 雦 444
⚆ 歲ぐ㖑Ꞃ抳吥⠔鸑雴㢅 ގᄴ༦ಢԣ͗ Persatuan Alumni Chung Ling Seberang Perai ͗᫁ὙᖺΪॳ।ߥ࣍᫁ /P +BMBO5FSBUBJ 0GG+BMBO3BKB6EB #VUUFSXPSUI 4FCFSBOH1FSBJ 5FMflҫflౣ᩼ᕥߥ᫁Ὀ &NBJMflQOLFEPFST!HNBJMDPN )PNFQBHFflIUUQflXXXDIVOHMJOHBMVNOJPSH ᄅى༦ಢԣ͗ Persatuan Alumni Chung Ling Terengganu ͗᫁Ὑ᳦ԣߥ᫁ (SE'MPPS +BMBO5PL-BN ,VBMB5FSFOHHBOV 5FSFOHHBOV 5FMfl 'BYfl &NBJMflXFFCFOHZV!ZBIPPDPN ᆊડᡔ༦ಢԣ͗ Persatuan Alumni Chung Ling Sarawak ᫁ߥ͟ౣὙ͗᫁ DP4-" TU'MPPS -PU,VFI)PDL,VJ $PNNFSDJBM$FOUSF +BMBO5VO"INBE;BJEJ"ESVDF ,VDIJOH 4BSBXBL 5FMfl ᫁ߥ੍ࣸҫὙ 'BYfl &NBJMflBQTCDIFL!ZBIPPDPN ͗༦ಢԣࣄ Persatuan Alumni Chung Ling Sabah ᫁ߥӝၶ᳜ގὙᗿ͗᫁ 10#09 ,05",*/"#"-6 4"#") )1fl &NBJMflTBCBI!DIVOHMJOHPSH ಀ༦ಢԣ͗ Persatuan Alumni Chung Ling Johor ᫁ߥὙ៘तᮊ͗᫁ +BMBO+BUJ 5BNBO/VTB#FTUBSJ+BZB +PIPS#BISV )1fl NJNJማ˹Ὑᗿ᩷ߥ᫁Ὀ &NBJMflLFBO@TPPO!IPUNBJMDPN )PNFQBHFflIUUQflXXXDIVOHMJOHKPIPSPSH ˖ᯰ༦ಢԣ͗ Persatuan Alumni Chung Ling Wilayah Tengah ͗᫁Ὑૅᅕࣺᕌؒߥ᫁ /P +BMBO6UBSB 4FL 1FUBMJOH+BZB 5FMflNJ'BYfl &NBJMflDMPCBXU!HNBJMDPN )PNFQBHFflIUUQflXXXDMPCBPSH Ռလ༦ಢԣ͗ Persatuan Alumni Chung Ling Kedah/Perlis ᫁ߥጸࡌᯭὙᬇઇ͗᫁ 4 5BNBO(PMG "MPS4FUBS ,FEBI )1fl͗᫁Ὀ NJNJҫὙਥՙಢ᫁Ὀ &NBJMflIDCPFZ!HNBJMDPN ՌП˜༦ಢԣ͗ Persatuan Alumni Chung Ling Kelantan ͗᫁Ὑබ͚ߥ᫁ +BMBO,, ,PUB#IBSV ,FMBOUBO )1fl &NBJMflZBOQ!HNBJMDPN ᭜᭄༦ಢԣ͗ Persatuan Alumni Chung Ling Perak ᫁ߥὙᬇᕥၶ͗᫁ +BMBO3BKB1FSNBJTVSJ#BJOVO +BMBO,BNQBS *QPI 1FSBL )1fl NJNJ ҫὙᬇۓጨߥ᫁ 5FM'BYfl &NBJMflQLDIVOHMJOHBMVNOJ!HNBJMDPN )PNFQBHFflXXXDIVOHMJOHQFSBLDPNNZ Persatuan Alumni Chung Ling Pulau Pinang ᫁ߥТὙழ͗᫁ DP$IVOH-JOH)JHI4DIPPM ,BNQVOH#BSV "ZFS*UBN 1VMBV1JOBOH 5FMfl ҫὙழ೧ຸߥ᫁Ὀ &NBJMflQFOBOH!DIVOHMJOHPSH )PNFQBHFflIUUQflXXXDIVOHMJOHPSH പۡ༦ಢԣ͗ ᯰ᜴̍༦ಢԣ͗ᐎՋ͗Persekutuan Alumni Chung Ling Malaysia ᫁ߥТὙழ͗᫁ 5FMfl "EESFTTflDP$IVOH-JOH)JHI4DIPPM ,BNQVOH#BSV "ZFS*UBN 1FOBOH .BMBZTJB ማ˹Ὑழ೧ຸߥ᫁Ὀ &NBJMflQBDMNTJB!HNBJMDPN 445
༦˖ߥளҪڸὈಢԣ͗ Chung Ling High School Alumni (Singapore) Association ͗᫁Ὑ͉බ·ߥ᫁ "-BWFOEFS4USFFU 4JOHBQPSF 5FMfl &NBJMflDMTH!PVUMPPLDPN )PNFQBHFflIUUQflDIVOHMJOHPSHTH ᜴་༦ಢԣᐎፎ˖ॶ Western Australia Chung Ling Alumni Liaison Centre ͗᫁Ὑᬇளߥ.᫁S5POZ$IJOὈ -FPOPSB4USFFU $PNP 8FTU"VTUSBMJB )1fl &NBJMὙDMPCTXB!HNBJMDPN ฐڍఠ༦ಢԣ͗ᐎፎ˖ॶ Bangkok Chung Ling Old Boy’s Liaison Centre ˞͉Ὑృং͚ߥ.᫁S,PWJUὈ )1fl ,BFIB3PNLMBP ,IPOH4POHUPOVO -BULSBCBOH%JTUSJDU #BOHLPL5IBJMBOE &NBJMflLPWJU@DI!JDMPVEDPN Chung Ling Old Boy’s Association South Australia ͗᫁Ὑषຌ᭔ߥ᫁ DP.S$IBOH$IFOH-JN /P 8JODIFTUFS4U)JHIHBUF 4PVUI"VTUSBMJB 5FMfl &NBJMflDMDIBOH00!IPUNBJMDPN Ӯ་ฮ༦ಢԣ͗ ฐӮ༦ಢԣᐎፎ˖ॶ Chung Ling Alumni South Thailand Liaison Centre ᫁ߥ֖Ὑಌ˞͉ DP.S2VBI#FOH)PF 1SBDIBZJOEFF3PBE )BUZBJ 4POHLIMB 5IBJMBOE )1fl 5FMflNJ'BYfl &NBJMflRVBICFOHIPF!ZBIPPDPUI ͗༦ಢԣఴ࠶ܚ Chung Ling Alumni Melbourne ͗᫁ὙౣڍКߥ.᫁S,$-JNὈ 5FMfl Ꮇူ͗᫁Ὑ᳦ਥ᠊ߥ.᫁S8JMMJBN/HὈ 5FMfl ማ˹Ὑʹ፤ੳߥ.᫁S#SJBO)PὈ 5FMfl &NBJMflDIVOHMJOH!HNBJMDPN )PNFQBHFflIUUQTflDIVOHMJOHPSHBV ་ฮࡈὈ༦ಢԣ͗ Chung Ling Alumni Association Sydney ч䪬喟᳄ᮧ䯱႓䪬喍.S3BZNPOE-JN喎 &NBJMflSMJN!SPDLFUNBJMDPN 㒟⤳ч䪬喟ᱻ㔭᭫႓䪬喍#PCCZ:FX)JO-FF喎 CPCCZMFF!HNBJMDPN Ͷߎ亅Γ喟䰺ᔄ⺒႓䪬喍"MMBO'PL喎 BDDGPL!HNBJMDPNȟ)1fl ฐڍुડउ༦ಢԣ͗ᐎፎ˖ॶ Thailand Yala Province Chung Ling Alumni Liaison Centre ͨШ喟কⰈ⎽႓䪬 4VLBZBOH3PBE #FUPOH :BMB 5IBJMBOE 5FMfl 'BYflȟ&NBJMflDZUFY!$4$0.4DPN ጰ᜴П༦ಢԣᐎፎ˖ॶ New Zealand Chung Ling Alumni Liaison Centre ˞ࣝὙೌ፤۲ߥ.᫁S-FPOH8FF,IFFὈ .VMHBO8BZ #SPXOT#BZ "VDLMBOE /FX;FBMBOE )1fl &NBJMflO[DMBMD!HNBJMDPN ፴ႄ༦ಢԣᐎፎ˖ॶ Myanmar Chung Ling Alumni Liaison Centre ͨШ喟䭵ϮᲝ႓䪬 /P :BEBOBS3PBE 4PVUI0LBMBQB5PXOTIJQ :BOHPO.ZBONBS )1fl &NBJMflEUHL!IPUNBJMDPN 446
ᯭຠ༦ಢԣ͗ Chung Ling Old Boys’ Association (Hong Kong) ͗᫁Ὑ͏ʹஊߥ᫁ DP"OUIPOZ/H .BOBHJOH%JSFDUPS &Y$BMJCSF*OUFSOBUJPOBM-JNJUFE $P'PVOEFS$&0 ++(SPVQ%BUB$FOUFS 0GGJDFfl'JOBODF4USFFU -FWFM*'$5XP $&/53"- )POH,POH4"3 5FMfl ማ˹ဌ᭠ஏߥ᫁ &NBJMflBOUIPOZNDOH!ZBIPPDPNKNPDIJFO!HNBJMDPN ˖ڍӧˋ༦ಢԣ͗ Eastern China Chung Ling Alumni Liaison Centre ˞ࣝὙృݐᐒߥ.᫁S-FF:JL$IPPOHὈ ˖ڍᔙᄴܹ̱ࣉ᫁ᑇӮᡸՁὋ။ᕥ७ᗯັ ࠈ࣮ ᥪᎃflஅ͇̠Ὑࣺᕥᒱߥ᫁Ὀ #MPDL /P $IBOHTIFOH4PVUI3PBE 5BJDBOH$JUZ +JBOHTV1SPWJODF $IJOB )1fl &NBJMflTIBOHIBJDMPC!HNBJMDPN ఴ༦ಢԣ͗ Chung Ling Alumni Association Japan ͗᫁Ὑᕥߥ+᫁BTPO,PXὈ 5FMfl &NBJMflKBTPOLDF!HNBJMDPN ӑ̚༦ಢԣ͗ ᫁ߥ˦ᮽʹὙ͗᫁ ˖ڍӑ̚ࣉమӜ߿ለࣺˋᛣʶՁ Ձߥܷ͛ڍ˖ ᥪᎃὙ )1fl &NBJMflDIVOHMJOH@CFJKJOH!IPUNBJMDPN ӑᎾ༦ಢԣ͗ Chung Ling Alumni Association America ͗᫁ὙౣТ̳ߥ.᫁S-JN)FOH4PPὈ 'MBOEFST%SJWF 8BUFSEPXO 0OUBSJP $BOBEB-#( 5FMfl &NBJMflIFOHTMJN!IPUNBJMDPN Chung Ling Alumni UK ͗᫁Ὑృ᳀ઋߥ.᫁S-FF1IPOH5IVBOὈ $MBSFNPOU)PVTF 8PSDFTUFS3PBE 4VUUPO 4VSSFZ4.1# 6OJUFE,JOHEPN )1fl &NBJMflQIPOHUMFF!ZBIPPDPVL )PNFQBHFflIUUQflXXXDIVOHMJOHBMVNOJDPVL Ꮎڍˋ๑ࡿ༦ಢԣᐎፎ˖ॶ ᔭڍ༦ಢԣ͗ᐎፎܪ USA East Coast Chung Ling Alumni Liaison Centre ˞͉Ὑիངၖߥ.᫁S4UFWFO(PI4BJL$IFPOHὈ "EEfl+PTFQI3PBE 4ISFXTCVSZ ." 64" )1fl &NBJMfl4UFWFOHPI!IPUNBJMDPN Իັ༦ಢԣ͗ ူ̂᫁Ὑ᳦ᬶ̤ӝၶߥ᫁ ͗ڦὙರࣉچರچӜՎ߶ᛣՁ /P 5POHBO4U 5BPZVBO%JTU 5BPZVBO$JUZ 5BJXBO 30$ )1flူ̂᫁Ὀ NJNJማ˹ὙߴὈ &NBJMflDIVOHMJOHUBJXBO!HNBJMDPN ͗Ὀಢԣˋࣸߥ˖༦ᯰ᜴̍ Malaysia Chung Ling High School Old Boys’ (Guangdong) Association ᫁ߥᝧߔὙի͗᫁ ˖ࣉࢶࣸڍὋˋࡢӜὋࠫԾӮ̃ᛣНࣅՁࠈ அ͇̠Ὑիᓡ̤ߥ᫁Ὀ 5FMfl &NBJMflUFPITK!HNBJMDPN 447
ఴѮЮࠓᅋ᧗ࣱతᒯࣱత˝ൢὋᄥʶࣱఴಢ ˞᜵ᛠஊᦉ᫂ઐնNjՉጞՎߥᄉߥశˀߥᓧͺֵNjͳᐱባᠾNjణளาҮ ઐ᥊ˀཱྞኍኍnjఴѮᑞܴᮊѽ̶ѢྟὋథᠺ̅ಢ᫁Njҝಢ᫁NjՉܪ ˞͉Nj᠆᠉Ꮴ࣍ԢᎃށᒯҦՋͺˀӨүὋᒰ̾ʹ̃ѫ៘nj た露 ఴѮᗛབॶᗈ̂NjಢԣԢՉႌᏏ৻ᄅࣸնਦᡁүፂὋఴѮ ३̾ᮊѽѢྟὋᬟৰԑὋᩆਕ൳ຆnj 靧 ᮎ᫇NJNJὙի፤ۡಢ᫁ ᎃᣣ࠴ጷὙஓߥ̂ҫᦉNjߥၶ̂ҫᦉNjᐎា̂ҫᦉNjᛠஊܪNj NJNJNJNJNJʻឥመ˞͉NjᎾశመ˞͉Ԣಢᎃᣣᇪnj ⴚ綘鳓㼭絆 綘 뚅 吥 448