RAHSIA SEMAKAN KAN 12.7.2022
GAMBAR 2 GAMBAR 3
LRT Taman Melati 1 LRT Taman Melati 2
- Skrin Statik Tidak Dibersihkan Mengikut Jadual Kerja - Skrin Statik Tidak Dibersihkan Mengikut Jadual Kerja
oleh Syarikat Kontraktor oleh Syarikat Kontraktor
(28.02.2022) (28.02.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
GAMBAR 4 GAMBAR 5
Desa Pandan Jalan Sarjana, Taman Connaught
- Skrin Statik Tidak Dibersihkan Mengikut Jadual Kerja - Sampah yang Dikumpulkan dari Skrin Statik Tidak
oleh Syarikat Kontraktor Dibawa Keluar dari Sungai oleh Syarikat Kontraktor
(14.03.2022) (14.03.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
Maklum balas DBKL yang diterima pada 9 Jun dan 6 Julai 2022
JKAWS tidak menerima sebarang tuntutan daripada kontraktor sepanjang tempoh
tersebut. Bagaimanapun JKAWS telah memproses bayaran kepada kontraktor yang
telah membuat tuntutan selepas tarikh tersebut. Perbelanjaan penyenggaraan sungai
sehingga bulan Mei 2022 berjumlah RM7.31 juta.
Bukti penilaian kerja kontraktor dinilai berdasarkan dokumen sokongan yang
dikemukakan seperti gambar kerja sebelum dan selepas dan laporan kerja harian
kontraktor di tapak.
Tindakan penambahbaikan akan diambil dengan menyediakan satu dokumen
Prosedur Operasi Standard berkaitan dengan kerja penyenggaraan yang melibatkan
pengurusan parit induk, sungai serta kolam takungan banjir dan rekreasi.
Pendapat Kawal selia yang tidak dilaksanakan berisiko menyebabkan
Audit ketidaksempurnaan kerja penyenggaraan.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 4 -44-747
PPeenngguurruussaann MMiittiiggaassii BB aannjjiirr KKuuaallaa LLuummppuurr RAHSIA
RAHSIA SEMAKAN KAN 12.7.2022
5.2.6. Kolam Takungan Banjir dan Rekreasi
a. Berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) Edisi Kedua 2012, kolam
takungan banjir bertujuan untuk mengawal impak kuantiti larian air hujan kesan
daripada pembangunan di kawasan tadahan. Kemudahan ini biasanya terletak di
kawasan awam dengan membina benteng sepanjang sungai, saliran atau
menggali kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tempat simpanan. Kolam
takungan akan mengurangkan pelepasan air ribut ke kawasan downstream
dengan penyimpanan sementara dan pelepasan secara beransur-ansur.
b. Mengikut Senarai Kolam Takungan Banjir DBKL, terdapat 25 buah kolam takungan
banjir dan rekreasi di bawah senggaraan DBKL.
5.2.6.1. Komponen dan Konfigurasi Kolam Takungan Banjir dan
Rekreasi
a. Berdasarkan Bab 7 Kolam Takungan, MSMA Edisi Kedua, 2012, secara idealnya
kolam takungan banjir perlu mempunyai komponen dan konfigurasi sistem
kolam seperti dalam Jadual 22.
JADUAL 22
KOMPONEN DAN KONFIGURASI SISTEM KOLAM TAKUNGAN BANJIR DAN REKREASI
BIL. ZON FUNGSI
1. Salur Masuk Mengumpulkan aliran air larian permukaan daripada kawasan berdekatan dan dalam masa yang
sama mengasingkan kelodak dan sampah dari memasuki kawasan kolam takungan
2. Simpanan Menyimpan dan menahan air larian hujan di dalam kawasan kolam takungan untuk satu tempoh
3. Salur Keluar Mengawal dan memperlahankan aliran air keluar daripada kolam takungan
Sumber: MSMA Edisi Kedua, 2012
b. Semakan Audit terhadap komponen dan konfigurasi sembilan kolam takungan
banjir dan rekreasi DBKL mendapati komponen yang tidak sempurna seperti
dalam Jadual 23.
JADUAL 23
KOMPONEN DAN KONFIGURASI SEMBILAN KOLAM
TAKUNGAN BANJIR DAN REKREASI DBKL
ZON SALUR MASUK ZON SIMPANAN ZON SALUR KELUAR
● Enam kolam takungan banjir ● Tujuh kolam takungan tiada Lapan kolam takungan banjir
tiada perangkap sampah. low flow channel. tiada salur keluar utama
(multilevel).
● Tujuh kolam takungan banjir ● Lima kolam takungan banjir
tiada perangkap sedimen. tiada tanjakan penyenggaraan. Empat kolam takungan
banjir tiada secondary outlet.
● Lapan kolam takungan banjir ● Tiga kolam takungan banjir
tiada tanjakan penyenggaraan. tiada pond body embankment.
Sumber: Semakan JAN
44- -4848 LaLpaoproarnaKneKtueatuAaudAituNdietgNareagTaarahuTna2h0u2n12S0ir2i11 Siri 1 RAHSIA
P ePnegnugruursuasnanMMi tiitgigaassi iBBaannj ijrir KKuuaallaa LLuummppuurr
RAHSIA SEMAKAN KAN 12.7.2022
c. Maklumat lanjut komponen dan konfigurasi kolam takungan banjir dan
rekreasi DBKL adalah seperti dalam Jadual 24.
JADUAL 24
KOMPONEN DAN KONFIGURASI KOLAM TAKUNGAN BANJIR DAN REKREASI DBKL
ZON SALUR MASUK ZON SIMPANAN ZON SALUR KELUAR
NAMA STRUKTUR SALUR
MASUK
BIL. KOLAM TAKUNGAN/
LOKASI PERANGKAP SAMPAH
PERANGKAP SEDIMEN
KOLAM KUALITI AIR/
WETLANDS
TANJAKAN
PENYENGGARAAN
ROCK WEIR
LOW FLOW
CHANNEL/DRAIN
TANJAKAN
PENYENGGARAAN
POND BODY
EMBANKMENT
FASILITI REKREASI
SALUR KELUAR UTAMA
(SINGLE LEVEL )
SALUR KELUAR UTAMA
(MULTILEVEL )
SECONDARY OUTLET
POND BODY
EMBARKMENT
OUTFALL/ENERGY
DISSIPATOR
1. Taman Metropolitan XX X X X X X X X X X X
Kepong
2. Bukit Jalil Recreational XX XX X X X X
Park
3. Ampang Hilir X X X X X
X
4. Lorong Maarof XX X XXX TB X X X
TB
5. Universiti Malaya X X XXX X X X
XX X
6. Air Leleh X X XXX TB X XX X
7. Intan Baiduri X X X X X X X X
8. Pasar Borong Selayang X X X X X X X X X
9. Bukit Tunku (Kering) X X TB X X X X X
Sumber: Penilaian Fizikal Semasa Lawatan Tapak JAN Pada 12.11.2021, 28.02.2022 dan 15.03.2022
Nota : TB - Tidak Berkenaan
d. Contoh komponen dan konfigurasi kolam takungan banjir dan rekreasi DBKL
adalah seperti dalam Gambar 6 hingga Gambar 9.
GAMBAR 6 GAMBAR 7
Kolam Metropolitan Kepong Kolam Takungan Universiti Malaya
- Salur Keluar Tiada Multilevel Riser dan Spillway
- Kawasan Zon Salur Keluar Tanpa Struktur
(12.11.2021) Kawalan Kuantiti Air Keluar di Mana Tiada
(Sumber: Jabatan Audit Negara) Multilevel Riser dan Spillway
(28.02.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 4 -44-949
PPeenngguurruussaann MMiittiiggaassii BB aannjjiirr KKuuaallaa LLuummppuurr RAHSIA
RAHSIA SEMAKAN KAN 12.7.2022
GAMBAR 8 GAMBAR 9
Kolam Lorong Maarof Kolam Takungan Air Leleh
- Struktur Salur Masuk Tanpa Perangkap Sampah - Kawasan Zon Salur Masuk yang Hanya Ada Struktur
atau Sedimen Salur Masuk dan Perangkap Sampah. Tiada Perangkap
(28.02.2022) Sedimen dan Tanjakan Penyenggaraan
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (15.03.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
e. Semakan Audit terhadap Pelan Induk Sistem Saliran dan Pengurusan Air Hujan
Bandaraya Kuala Lumpur yang disediakan pada tahun 2017 juga mendapati
kajian terhadap kefungsian dan reka bentuk kolam takungan banjir DBKL tidak
diambil kira dalam kajian tersebut. Kolam takungan banjir yang tidak
mempunyai komponen dan konfigurasi yang sempurna berisiko untuk
menyumbang kepada peningkatan impak banjir di Kuala Lumpur.
Maklum balas DBKL yang diterima pada 9, 23 Jun dan 6 Julai 2022
Kolam takungan banjir di bawah seliaan DBKL pada asalnya direka bentuk
kemungkinan tidak merujuk MSMA 2 di mana kebanyakan kolam takungan adalah
sebelum MSMA 2 dan pada era 80an. DBKL menyenggara kolam seperti mana
asalnya. DBKL akan melaksanakan kajian bagi mengenal pasti komponen yang
tersedia mencukupi bagi membolehkan kolam takungan banjir dapat berfungsi secara
optimum.
DBKL merancang untuk menambah baik struktur kolam takungan sedia ada seperti
membina struktur dinding bagi kolam berasaskan tanah, mengubah suai zon salur
masuk dan keluar, memasang perangkap sampah dan menambah kekerapan
pengorekan kelodak bagi memastikan kapasiti kolam berada pada paras reka bentuk
dan dapat berfungsi secara optimum.
Pendapat Komponen dan konfigurasi sistem kolam takungan banjir yang
Audit tidak sempurna boleh menyebabkan kolam tersebut tidak
dapat berfungsi secara optimum sebagai kolam takungan
banjir.
4 4- 5- 050 LaLpaoproarnanKeKtueatuAaudAiut dNiet gNaeragaTraahuTnah2u0n212S0i2ri11Siri 1 RAHSIA
P ePnegnugur urus saannMMi tiitgigaassii BBaannjjiirr KKuuaallaa LLuummppuurr
RAHSIA SEMAKAN KAN 12.7.2022
5.2.6.2. Pewartaan Kolam Takungan Banjir dan Rekreasi
a. Seksyen 62 (1), Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri bolehlah dengan
pemberitahuan dalam Warta merizabkan mana-mana tanah Kerajaan untuk
apa-apa maksud awam.
b. Semakan Audit terhadap senarai kolam takungan mendapati sehingga bulan
Mac 2022, 13 daripada 25 kolam takungan banjir dan rekreasi
DBKL masih belum diwartakan. Empat daripada 13 kolam adalah
masing-masing tanah milik syarikat 385649-V, Universiti Malaya, Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Baki sembilan kolam
takungan banjir dan rekreasi masih dalam proses pewartaan seperti dalam
Jadual 25.
JADUAL 25
STATUS PEWARTAAN KOLAM TAKUNGAN BANJIR DAN REKREASI DBKL
SEHINGGA BULAN MAC 2022
BIL. NAMA KOLAM STATUS
1. Kolam Lorong Maarof Tanah Milik 385649-V
2. Kolam Universiti Malaya Tanah Milik Universiti Malaya
3. Kolam Takungan Air Leleh
Ditangguhkan kerana terdapat semakan kehakiman difailkan di Mahkamah Tinggi
Malaya Kuala Lumpur
4. Kolam Takungan Intan Pembatalan Warta P.U.(B) 580 bth 14.12.2017 (Sebahagian Tapak Terlibat
Baiduri Pembangunan)
DBKL dalam tindakan perizaban semula baki Lot 60454 dan dicantumkan dengan
Lot 80810 untuk kolam takungan
5. Kolam Takungan Tasik Damai Proses Lantikan Juruukur
Lakefields Sungai Besi
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah JKT 568/07 meluluskan permohonan
pembatalan Lot 54579 Mukim Kuala Lumpur yang diwartakan sebagai kawasan
6. Kolam Kampung Cheras Baru lapang mengikut Seksyen 64 KTN. Merizabkan semula kawasan tersebut sebagai
kolam takungan banjir di bawah Seksyen 62 KTN di bawah kawalan KSUKWP
bagi digunakan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Proses Lantikan Juruukur
7. Kolam Takungan Pasar Lot 11644 selesai tolak, batal keputusan perizaban melalui Mesyuarat JKTWPKL
Borong Selayang kali ke-743/2020 dan diluluskan sebahagian pemberimilikan kepada syarikat
1055834-M.
Terdapat juga permohonan pemberimilikan sebahagian lot daripada DBKL tujuan
rumah kediaman pekerja Pasar Borong
8. Kolam Kampung Melayu Proses Penyediaan Pelan Oleh Juruukur Berlesen
Kepong
9. Kolam Jalan Travers (Kering) Proses Penyediaan Pelan Oleh Juruukur Berlesen
10. Kolam Bukit Tunku (Kering) Tanah Milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
11. Kolam Takungan Sunway Proses Lantikan Juruukur
Montana
Permohonan perizaban berserta dengan Pelan Pra-Hitungan telah dikemukakan
12. Kolam Takungan Alam Sutera kepada PTGWPKL pada 24.06.2019 bagi maksud pewartaaan.
PTGWPKL pada 02.12.2021 sedang mendapatkan ulasan daripada JPS sebelum
Bukit Jalil
permohonan dikemukakan untuk pertimbangan Mesyuarat JKTWPKL.
13. Kolam Takungan Sri Rampai Tanah Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur
Sumber: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 4 -45-151
PPeenngguurruussaann MMiittiiggaassii BB aannjjiirr KKuuaallaa LLuummppuurr RAHSIA
RAHSIA SEMAKAN KAN 12.7.2022
c. Analisis Audit terhadap 12 kolam takungan banjir dan rekreasi DBKL yang telah
diwartakan mendapati tempoh masa proses kelulusan pewartaan mengambil
masa yang lama iaitu, antara 21 bulan hingga 192 bulan dari tempoh
permohonan dikemukakan. Maklumat tempoh kelulusan adalah seperti dalam
Jadual 26.
JADUAL 26
TEMPOH KELULUSAN PEWARTAAN
BIL. NAMA KOLAM NO. WARTA TARIKH TARIKH TEMPOH
PEWARTAAN KELULUSAN
MOHON PEWARTAAN
PERIZABAN
(Bulan)
1. Kolam Taman Metropolitan P.U.(B) 521/2009 LOT67619 20.10.1993 26.10.2009 192
Kepong (PA123293) bth 26.10.2009 05.02.1996 8.3.2007
12.03.1999 132
2. Kolam Sri Permaisuri 1 dan 2 P.U.(B)82/LOT52901 19.02.1994 01.07.2009
(PA120772) bth 8.3.2007 19.01.1983 14.07.2000 124
15.04.1987 23.01.1989
3. Kolam Takungan Taman P.U.(B)290/LOT65422 17.02.2005 02.04.1992 77
Metropolitan Batu (PA123037) bth 01.07.2009 12.02.2007 29.10.2009
08.06.1995 19.10.2010 72
4. Kolam Takungan Danau Kota P.U.(B)300/LOT28164 01.04.1989 17.9.1998
(PA110681) bth 14.07.2000 30.09.2009 23.10.1991 60
21.06.2011
5. Tasik Titiwangsa P.U.(B)134/1989 LOT138 TM 14.10.1926 56
(PA101331) bth 23.01.1989
45
6. Kolam Takungan Taman P.U.(B)141/LOT44687
Tasik Bandar Manjalara (PA102448) bth 02.04.1992 39
7. Kolam Takungan Ampang P.U.(B) 465/2009 LOT12301 30
Hilir (PA121891) bth 29.10.2009
21
8. Kolam Takungan Kampung P.U.(B)490/LOT35309 TM
Bohol (PA105773) bth 19.10.2010
9. Kolam Bukit Jalil Recreational P.U.(B)422/LOT36869
Park (PA106630) bth 17.9.1998
10. Kolam Tasik Datuk Keramat P.U.(B)621/LOT1403
(PA103928) bth 23.10.1991
11. Kolam Medan Idaman Taman P.U.(B)428/LOT27539
Ibu kota (PA124514) bth 21.06.2011
12. Taman Botani Perdana G.N 6020-26
Sumber: Jabatan Penilalaian dan Pengurusan Harta DBKL
Maklum balas DBKL yang diterima pada 23 Jun dan 8 Julai 2022
a. Berikut adalah tindakan yang telah diambil bagi tujuan pewartaan:
NAMA KOLAM STATUS
Kolam Takungan Air Leleh Permohonan perizaban berserta dengan Pelan Pra-Hitungan telah dikemukakan
kepada PTGWPKL pada 31 Mei 2022.
Kolam Takungan Tasik Damai Permohonan perizaban berserta dengan Pelan Akui (PA1111155) telah dikemukakan
Lakefields Sungai Besi kepada PTGWPKL pada 31 Mei 2022.
Kolam Kampung Cheras Baru Surat bagi maksud menyegerakan pewartaan telah dihantar kepada PTGWPKL pada
31 Mei 2022.
Kolam Takungan Sunway Permohonan perizaban berserta dengan Pelan Akui (PA1109431) telah dikemukakan
Montana kepada PTGWPKL pada 31 Mei 2022.
Kolam Takungan Alam Sutera Surat bagi maksud menyegerakan pewartaan telah dihantar kepada PTGWPKL
Bukit Jalil pada 31 Mei 2022
Pentadbiran DBKL dalam mesyuarat pada 7 Julai 2022 telah memutuskan untuk
menarik balik permohonan pemberimilikan tanah kerajaan di atas sebahagian Lot
11644, Pasar Borong, Mukim Batu, Kuala Lumpur bagi tujuan tapak asrama pekerja
4 4- 5- 252 LaLpaoproarnanKeKtueatuAaudAiut dNiet gNaeragaTraahuTnah2u0n212S0i2ri11Siri 1 RAHSIA
P ePnegnugur urus saannMMi tiitgigaassii BBaannjjiirr KKuuaallaa LLuummppuurr
RAHSIA SEMAKAN KAN 12.7.2022
Pasar Borong Kuala Lumpur. DBKL juga bersetuju meneruskan permohonan perizaban
di atas keseluruhan Lot 11644 Pasar Borong, Mukim Batu, Kuala Lumpur yang
dimaksudkan untuk tujuan kolam takungan banjir.
Maklum balas PPTGWPKL yang diterima pada 3 Jun 2022
Dalam usaha untuk mengurangkan tempoh masa pemprosesan permohonan
perizaban, pentadbiran ini telah membuat kajian dan melaksanakan inisiatif
perekayasaan terhadap proses kerja sedia ada. Bermula bulan April 2022 semua
permohonan perizaban di bawah seksyen 62 KTN adalah di bawah kelulusan
Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Tanah Wilayah Persekutuan (JKTWPKL) kali ke - 754/2022 pada 16 Mac 2022
telah bersetuju dan memberikan kuasa/kebenaran kepada Pentadbir Tanah untuk
menjalankan kuasa bagi pihak JKTWPKL secara blanket approval untuk melaksanakan
sebarang keputusan ke atas setiap permohonan perizaban di bawah seksyen 62 KTN.
Pendapat Kolam takungan banjir dan rekreasi yang masih belum
Audit diwartakan dan proses pewartaan yang terlalu lama
mendatangkan risiko pemberimilikan tanah oleh pemaju bagi
tujuan pembangunan di kawasan kolam takungan banjir.
6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT
Secara keseluruhannya, berdasarkan skop dan sampel Audit dapat dirumuskan bahawa
pengurusan mitigasi banjir Kuala Lumpur masih belum mencapai objektif ditetapkan.
Cadangan langkah mitigasi banjir fasa jangka pendek (2018-2022) di bawah Pelan Induk
yang belum dilaksanakan sepenuhnya oleh DBKL menyebabkan masalah banjir kilat
belum dapat diatasi. Selain itu, masih berlaku kejadian banjir kilat selepas projek mitigasi
banjir dilaksanakan. Di samping itu, terdapat kelemahan dalam pengurusan program
iaitu, pelantikan kontraktor yang tidak teratur, kelemahan pentadbiran kontrak,
penyenggaraan yang tidak dilaksanakan dengan cekap, komponen dan konfigurasi kolam
takungan banjir dan rekreasi tidak sempurna serta kolam takungan belum diwartakan.
7. SYOR AUDIT
Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan dan
pengurusan mitigasi banjir dapat dilaksanakan dengan baik, adalah disyorkan supaya
DBKL mengambil tindakan seperti berikut:
7.1. Melaksanakan projek mitigasi banjir secara seimbang dan konsisten dengan
mengambil kira keperluan cadangan perunding dalam Pelan Induk dan keperluan
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 4 -45-353
PPeenngguurruussaann MMiittiiggaassii BB aannjjiirr KKuuaallaa LLuummppuurr RAHSIA
RAHSIA SEMAKAN KAN 12.7.2022
pelaksanaan projek hotspot banjir supaya pelaksanaan program mitigasi banjir menjadi
lebih menyeluruh dan holistik;
7.2. Melaksanakan penilaian pencapaian keberhasilan berdasarkan kepada Prosedur
Operasi Standard DBKL bagi memastikan program mitigasi dapat dinilai dari segi
keberkesanannya menangani masalah banjir;
7.3. Kajian semula komponen dan konfigurasi kolam takungan banjir dan rekreasi milik
DBKL serta melaksanakan kerja penyenggaraan secara berjadual dan menyeluruh bagi
memastikan kolam takungan banjir berfungsi secara optimum; dan
7.4. Mengemaskini rekod aset atau infrastruktur sungai, kolam takungan banjir dan
rekreasi serta menambahbaik kaedah pemantauan di lapangan semasa melaksanakan
kawal selia terhadap projek dan penyenggaraan yang dilaksanakan.
4 4- 5- 454 LaLpaoproarnanKeKtueatuAaudAiut dNiet gNaeragaTraahuTnah2u0n212S0i2ri11Siri 1 RAHSIA
P ePnegnugur urus saannMMi tiitgigaassii BBaannjjiirr KKuuaallaa LLuummppuurr
5 KEMENTERIAN PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN
– Pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan
Bandar
PENGURUSAN PROGRAM PEMBASMIAN
KEMISKINAN BANDAR
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
RUMUSAN AUDIT
“Prestasi output program tercapai, namun keberhasilan program tidak
tercapai sepenuhnya. Selain itu, pengurusan program kurang memuaskan
kerana masih terdapat kelemahan yang boleh ditambah baik agar golongan
sasar mendapat manfaat secara optimum”
PERBELANJAAN PBT
(2016 – 2021) Agensi Pelaksana Program Baik Pulih
RM201.94 Juta
Rumah & Rumah Sejahtera
GOLONGAN SASAR
B40 di Bandar NGO
Agensi Pelaksana Program PEKB
(Isi Rumah Pendapatan Bulanan < RM4,850)
PENCAPAIAN OUTPUT Sasaran tahun 2016 sebanyak 2,300 rumah peserta dibaiki
(Peserta) tidak tercapai melibatkan 118 rumah peserta
BAIK PULIH RUMAH 3 PBT tidak pernah mengemukakan permohonan
RMKe-11: 9,036 (115.3%) Program Perumahan: MD Simpang Renggam, MD Cameron
RMKe-12: 1,570 (125.6%) Highlands & MD Nabawan
RUMAH SEJAHTERA Projek bagi 39 peserta tidak dilaksanakan (RM620,000)
RMKe-11: 113 (128.4%) 2,193 peserta (15.8%) menetap di luar bandar
PEKB PENCAPAIAN KEBERHASILAN
RMKe-11: 5,597 (141.7%) 309 peserta Program PEKB (12.5%) tidak menjana
RMKe-12: 2,015 (223.9%)
pendapatan minimum
PENGURUSAN PROGRAM 25 peserta Program PEKB (50%) tidak manfaat peralatan
36 peserta Program PEKB (72%) kekal dalam kategori
miskin/miskin tegar
Program Baik Pulih Rumah & Rumah Sejahtera
9 PBT tiada 15 PBT tiada ID RM402,046 (18 PBT)
Akaun Pengguna - kerja tidak dilaksanakan
Khusus RM286,235 (20 PBT)
Sistem 603 peserta (6.6%) - kerja tidak memuaskan
RM4.82 juta baki eKasih tidak berdaftar
Akaun Khusus dalam Pemantauan PBT & KPKT
Maklumat bantuan 1,974 peserta kurang berkesan
rekod PBT (23.3%) tidak dikemas kini
Program PEKB Bilangan pemantauan Tidak selaras kursus
tidak cukup
Dilantik semula Lewat dibekalkan
walaupun prestasi NGO Maklumat pendapatan (denda boleh dikutip
tidak memuaskan meragukan
Bancian tidak dibuat RM0.62 juta) PERALATAN
Penggantian peserta
tanpa kelulusan Tidak mengikut spesifikasi
(nilai peralatan RM113,400)
SYOR 1 Nilai semula kriteria kelayakan peserta 3 Nilai semula keperluan/mekanisme
AUDIT bagi peralatan tidak digunakan
2 Nilai semula kaedah pemilihan peserta 4 Tumpuan kepada penyelarasan,
& bidang kursus ditawarkan pemantauan & penilaian program
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 5-1
Pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar
5-1
5-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
Pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar
RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
PENGURUSAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN
BANDAR
Perkara Utama
Apa yang •• Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dilaksanakan
diaudit? oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Inisiatif di bawah program ini adalah Program Baik Pulih Rumah,
Program Rumah Sejahtera dan Program Pemerkasaan Ekonomi
Komuniti Bandar (Program PEKB).
• Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah agensi pelaksana di
peringkat negeri bagi Program Baik Pulih Rumah dan Program
Rumah Sejahtera (Program Perumahan). Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) pula adalah agensi pelaksana bagi Program PEKB.
• Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan PPKB
telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi
mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mengurangkan beban
tanggungan serta meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup
keluarga B40 demi kesejahteraan komuniti.
• Pengauditan meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan
pengurusan program bagi Rancangan Malaysia Kesebelas
(RMKe-11) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)
setakat 31 Disember 2021.
• Prestasi program dinilai berdasarkan kepada dua perkara iaitu
pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pengurusan
program pula meliputi tiga perkara iaitu prestasi kewangan,
pengurusan Program Perumahan dan pengurusan Program PEKB.
• Pengauditan melibatkan Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT;
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri;
Jabatan Perangkaan Malaysia; dan PBT.
Mengapa ia • Kerajaan amat prihatin terhadap golongan miskin dan sentiasa
penting berusaha untuk membasmi kemiskinan serta meningkatkan
untuk kesejahteraan hidup rakyat.
diaudit?
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTuahnu2n0220121SiSriiri11 5 - 35 - 3
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiiaann KKeemm iisskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA
Terdapat pelbagai program bantuan telah dan sedang
dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya bagi memastikan kadar
kemiskinan terus dikurangkan.
Pengauditan dijalankan untuk memastikan objektif PPKB berjaya
dicapai dan memberi impak kepada golongan sasar.
Apa yang Secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan dapat
ditemui dirumuskan bahawa walaupun prestasi output program tercapai,
Audit? namun bantuan yang diluluskan tidak diagihkan secara seimbang
dan tepat kepada golongan sasar. Prestasi keberhasilan program
juga tidak tercapai sepenuhnya kerana masih terdapat peserta
yang tidak menjana pendapatan untuk keluar dari garis
kemiskinan. Selain itu, pengurusan program kurang memuaskan
kerana masih terdapat kelemahan yang boleh ditambah baik agar
golongan sasar mendapat manfaat secara optimum. Kelemahan
yang ditemui dan perlu diberi perhatian oleh KPKT seperti berikut:
Prestasi PPKB
- Sasaran Program Baik Pulih Rumah tahun 2016 sebanyak 2,300
rumah peserta tidak tercapai kerana agensi pelaksana gagal
melaksanakan kerja baik pulih melibatkan rumah 113 peserta.
Rumah lima peserta lagi adalah tidak ekonomik untuk dibaiki
dan terpaksa dibatalkan.
- Majlis Daerah (MD) Simpang Renggam, MD Cameron Highlands
dan MD Nabawan tidak mempunyai Program Perumahan
kerana tidak pernah mengemukakan permohonan dalam
tempoh RMKe-11.
- Kelulusan kerja baik pulih/bina baharu rumah kepada
39 peserta dengan nilai bantuan berjumlah RM620,000 tidak
dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan MD
Kota Belud.
- Seramai 2,193 peserta (15.8%) yang diluluskan bantuan
adalah peserta yang menetap di luar bandar.
- Seramai 309 peserta (12.5%) tidak berjaya menjana
pendapatan minimum yang ditetapkan.
- Seramai 25 peserta (50%) tidak memanfaatkan peralatan yang
diterima dan 36 peserta (72%) masih kekal dalam kategori
miskin/miskin tegar.
5 - 45 - 4 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1 RAHSIA
PPeenngguurur usas na nPProrgorgarma mPePme mbabsams miaina nKeKme miski sinkai nna Bn aBnadnadr a r
RAHSIA
Pengurusan Program Perumahan
- Sembilan PBT tidak mewujudkan Akaun Khusus PPKB manakala
22 PBT mempunyai baki akaun iaitu antara RM11,808.43
hingga RM2.06 juta dengan baki keseluruhan berjumlah
RM4.82 juta.
- PBT tidak memastikan borang permohonan peserta lengkap
(17 PBT); tidak mengadakan lawatan tapak untuk
mengesahkan status kemiskinan dan keadaan fizikal rumah
Ketua isi Rumah (KIR)/Ahli Isi Rumah (AIR) (10 PBT); tidak
mempunyai ID Pengguna sistem eKasih (15 PBT); dan tidak
mengemukakan nama KIR/AIR yang disahkan dalam
Mesyuarat Focus Group kepada Pejabat Pembangunan Negeri
untuk proses verifikasi dan pendaftaran dalam sistem eKasih
(10 PBT).
- Dalam tempoh RMKe-11, seramai 603 peserta (6.6%) yang
diluluskan bantuan tidak berdaftar dalam sistem eKasih;
472 (5.6%) peserta turut menerima bantuan baik pulih/bina
baharu rumah daripada agensi Kerajaan yang lain; dan
maklumat bantuan yang diterima oleh 1,974 peserta Program
Perumahan (23.3%) tidak dikemas kini dalam sistem eKasih.
- Skop kerja tertentu tidak dilaksanakan sepenuhnya/
sebahagian mengikut spesifikasi mengakibatkan bayaran yang
dibuat kepada kontraktor berjumlah RM402,046 tidak teratur.
Pengurusan Program PEKB
- NGO A dilantik secara terus untuk tempoh tiga tahun berturut-
turut kerana terdapat lebihan peruntukan berjumlah
RM2.59 juta dalam tempoh tersebut. NGO B dan NGO C pula
dilantik semula walaupun prestasi tidak memuaskan.
- Empat NGO tidak melaksanakan bancian dan pengesahan
peserta.
- Penggantian peserta dibuat tanpa kelulusan membolehkan
KPKT menuntut bayaran balik berjumlah RM210,000 daripada
NGO (baki RM50,000 masih belum diperoleh setakat bulan Jun
2022).
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTuahnu2n0220121SiSriiri11 5 - 55 - 5
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA
- NGO lewat membekalkan peralatan dan denda berjumlah
RM0.62 juta boleh dikenakan kepada NGO;
- NGO membekalkan peralatan tidak selaras dengan kursus
diikuti; dan tidak mengikut spesifikasi/pembayaran.
- Peralatan yang tidak dimanfaatkan oleh 10 peserta bernilai
RM18,315.
- Bayaran penginapan dan makan minum yang dibuat kepada
NGO melebihi kadar yang ditetapkan mengakibatkan lebihan
bayaran berjumlah RM9,210.
- NGO tidak menjalankan pemantauan sebanyak enam kali,
namun bayaran keempat berjumlah RM222,700 kepada NGO
dibuat sepenuhnya tanpa pemotongan.
Apa yang Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan dapat ditambah
disyorkan baik dalam pelaksanaan program, adalah disyorkan kepada pihak
yang terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti
Audit? berikut:
- KPKT hendaklah menilai semula kriteria kelayakan peserta
yang ditetapkan supaya golongan yang mendapat manfaat
program adalah golongan B40 di bandar dan memastikan tiada
pertindihan bantuan kerana sumber kewangan kerajaan yang
terhad.
- KPKT hendaklah menilai semula kaedah pemilihan peserta dan
bidang kursus yang ditawarkan dengan mengambil kira
keperluan semasa dan kehendak pasaran supaya pendapatan
dapat dijana secara optimum dan berterusan selari dengan
minat peserta seterusnya membantu mereka keluar dari
kemiskinan.
- KPKT hendaklah menilai semula keperluan/mekanisme untuk
menguruskan peralatan yang tidak digunakan oleh peserta
Program PEKB supaya tiada kerugian di pihak Kerajaan
terhadap perbelanjaan yang dibuat.
- KPKT hendaklah memberikan tumpuan terhadap usaha
penambahbaikan mekanisme penyelarasan, pemantauan dan
penilaian program yang dilaksanakan agar dapat mencapai
matlamat yang disasarkan dengan berkesan.
5 - 65 - 6 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 RAHSIA
PPene ngugruursuasna nPrPorgorgarma mPePme bmabsamsimani a nKeKmeimskiisnkain aBnanBdaanrd a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN
1. PENGURUSAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
FAKTA UTAMA
RM201.94 Juta 18,331 Peserta Golongan B40
Jumlah perbelanjaan program Bilangan peserta program yang Isi rumah yang mempunyai
dalam tempoh RMKe-11 dan menerima bantuan dalam tempoh RMKe- pendapatan bulanan kurang
RMKe-12 (tahun 2021) 11 dan RMKe-12 (tahun 2021) daripada RM4,850 sebulan
Program Pembasmian Inisiatif PPKB:
Kemiskinan Bandar (PPKB) Program Baik Pulih Rumah di Bandar
Program Rumah Sejahtera
Objektif PPKB Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar
Mengurangkan beban tanggungan keluarga B40 di bandar
Bahagian Kesejahteraan Meningkatkan keupayaan keluarga B40 di bandar
Komuniti Meningkatkan kualiti hidup keluarga B40 di bandar
Kumpulan Sasar Bertanggungjawab merancang, melaksana, memantau dan menilai PPKB
Pihak Berkuasa Tempatan
Sistem eKasih Golongan B40 bandar berstatus warganegara dan status kemiskinan disahkan
dalam sistem eKasih atau Mesyuarat Focus Group
Agensi pelaksana di peringkat negeri bagi Program Perumahan
Sistem yang menjadi sumber rujukan utama profil kemiskinan isi rumah
negara
1. LATAR BELAKANG
1.1. Pelbagai program bantuan telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya
bagi memastikan kadar kemiskinan terus dikurangkan tanpa mengira lokasi individu.
Antara jenis bantuan yang disalurkan adalah seperti dalam Jadual 1.
JADUAL 1
JENIS BANTUAN YANG DISALURKAN KEPADA GOLONGAN MISKIN
JENIS BANTUAN
1. Keperluan Bantuan Bina Rumah Baharu 2. Sosio Bantuan Warga Emas
Asas Bantuan Baiki Rumah Kebajikan Bantuan Kanak-kanak
Elaun Pekerja Cacat
Bantuan Sara Hidup
3. Ekonomi Program Peningkatan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
Pendapatan 4. Pelajaran Bantuan Rancangan Makanan Tambahan
Program AZAM
Bantuan Usahawan
5. Minda Insan Kursus Jahitan 6. Lain-lain Program Peningkatan Ekonomi Setempat
Program Pembangunan Program Kampung Sejahtera
Latihan dan Kerjaya
Program Pembangunan Masyarakat
Program Minda Insan Setempat
AZAM Kerja
Sumber: Pemberitahuan Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat Soalan No. 438 Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua,
Parlimen Keempat Belas (11 Mac hingga 11 April 2019)
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 5 -57- 7
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
1.2. Memetik jawapan bertulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung
pertanyaan soalan No. 438 dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat
Belas, dinyatakan bahawa penyaluran program bantuan kemiskinan dilaksanakan oleh
kementerian utama iaitu Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT); dan Kementerian Sumber Manusia.
1.3. KPKT melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) bermula
tahun 2013. Inisiatif di bawah program ini meliputi Program Bantuan Sewa Rumah,
Program Bantuan Perumahan Bandar (baik pulih dan bina baharu rumah), Program
Latihan dan Keusahawanan, Program Kios Penjaja Bandar, Program Titipan Kasih dan
Program Amanah Saham Wawasan Bandar. Mulai tahun 2019, hanya tiga program yang
dikekalkan iaitu Program Baik Pulih Rumah di Bandar (Program Baik Pulih Rumah),
Program Rumah Sejahtera (bina baharu rumah) dan Program Pemerkasaan Ekonomi
Komuniti Bandar (Program PEKB) disebabkan oleh kekangan peruntukan.
1.4. Objektif PPKB adalah mengurangkan beban tanggungan golongan B40 dalam
bandar serta meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup mereka demi kesejahteraan
komuniti. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), PPKB menyokong teras
strategik Memperkukuh Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat. Di bawah
Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), tumpuan komponen kepada SDG 1 iaitu
Menghapuskan Kemiskinan. Ringkasan program adalah seperti dalam Rajah 1.
RAJAH 1
INISIATIF PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
BAIK PULIH RUMAH & PEKB
RUMAH SEJAHTERA
(PROGRAM PERUMAHAN)
Pelan Strategik KPKT 2016 – 2020 Pelan Strategik KPKT 2016 – 2020
Mengurangkan beban tanggungan dan meningkatkan Meningkatkan kualiti hidup B40 bandar
kualiti hidup B40 bandar
Objektif Program
Objektif Program Meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya
Menyediakan tempat kediaman selamat dan selesa bagi mampu mengusahakan perniagaan yang boleh
menyumbang kehidupan yang berkualiti dan sejahtera memberi pendapatan yang lebih tinggi seterusnya
meningkatkan kualiti hidup dan keluar daripada
Garis Panduan kemiskinan
Prosedur Operasi Standard (SOP) Bantuan Baik Pulih
Rumah & SOP Projek Rumah Sejahtera Garis Panduan
Garis Panduan Teknikal PEKB
Agensi Pelaksana
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Agensi Pelaksana
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Perbelanjaan
Baik Pulih Rumah (RMKe-11: RM110.70 Juta; Perbelanjaan
RMKe-11: RM51.27 Juta; RMKe-12: RM10.66 Juta
RMKe-12: RM24.51 Juta)
Rumah Sejahtera (RMKe-11: RM4.80 Juta)
Sumber: Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT
Nota: Sebelum Tahun 2019 Program Baik Pulih Rumah Melibatkan Pejabat SUK, Pejabat Pembangunan Negeri
dan ICU Negeri; dan Program Rumah Sejahtera Melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
5 - 85 - 8 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
1.5. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebagai agensi pelaksana bagi
Program Perumahan (Baik Pulih Rumah dan Rumah Sejahtera). Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) pula berperanan sebagai agensi pelaksana bagi Program PEKB. Ilustrasi
PPKB adalah seperti dalam Rajah 2.
RAJAH 2
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
Sumber: Ilustrasi Audit Berdasarkan SOP Program Perumahan dan Garis Panduan Teknikal PEKB
1.6. PPKB disasarkan kepada golongan B40 tinggal di bandar, sebagai warganegara dan
disahkan status kemiskinan dalam sistem eKasih atau Mesyuarat Focus Group (MFG) yang
diurussetiakan oleh Pejabat Daerah. Setakat 31 Disember 2021, seramai 26,479 peserta
telah diluluskan bantuan sejak program ini dilaksanakan oleh KPKT bermula pada tahun
2013 (Baik Pulih Rumah: 11,045 peserta; Rumah Sejahtera: 828 peserta; dan PEKB:
14,606 peserta).
1.7. Di peringkat daerah, MFG berperanan menyelaras serta memantau perancangan
dan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan kepada golongan sasar. Golongan
sasar PPKB merupakan isi rumah golongan B40 yang mempunyai pendapatan bulanan
kurang daripada RM4,850 sebulan. Maksud bandar pula menurut Jabatan Perangkaan
Malaysia (DOSM) adalah kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang
bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk
seramai 10,000 atau lebih. Berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan
Asas 2019 oleh DOSM, bilangan isi rumah golongan B40 mengikut negeri adalah seperti
dalam Carta 1.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 5 -59- 9
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
CARTA 1
BILANGAN ISI RUMAH B40 BANDAR MENGIKUT NEGERI 2019
WP Putrajaya 13,100 193,700
WP Labuan 8,500
WP Kuala Lumpur 70,700
Terengganu
NEGERI Selangor 143,900 613,900
Sarawak 128,400 Bilangan Isi Rumah
Sabah
Pulau Pinang 172,800
Perlis 16,000
Perak
Pahang 207,100
87,500
Negeri Sembilan 82,300
Melaka 86,900
72,400
Kelantan
Kedah 145,600
Johor 280,700
Sumber: Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh DOSM
1.8. Sumber maklumat peserta PPKB adalah daripada sistem eKasih yang menjadi
rujukan profil kemiskinan isi rumah negara. Sistem ini di bawah seliaan Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Sistem eKasih mengandungi maklumat
profil Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), permohonan bantuan,
program/bantuan yang diterima daripada agensi pemberi bantuan dan pemantauan
keberkesanan program/bantuan yang diterima.
1.9. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) digunakan sebagai medium pengukuran
kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam sistem eKasih.
PGK ialah pendapatan bulanan bagi memenuhi keperluan asas sebuah isi rumah.
Sumber PGK nasional daripada DOSM dan PGK semasa yang menjadi rujukan adalah PGK
2019 iaitu RM2,208 sebulan. Sistem eKasih mengklasifikasikan golongan miskin kepada
dua kategori, iaitu Miskin Tegar (PGK RM1,169) atau Miskin (PGK RM2,208).
1.10. Bagi Program Perumahan, PBT melantik kontraktor dengan kaedah seperti dalam
Rajah 3.
5 - 510- 10 LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiit NNeeggaarraaTTaahhuunn20220121SirSii1ri 1 RAHSIA
PePnegnugrusr auns aPnroPgr oragmr a mPemP ebmasbma siamni aKnemK eismkiinsakni n aBnanBdaanr d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
RAJAH 3
KAEDAH PELANTIKAN KONTRAKTOR BAGI PROGRAM PERUMAHAN
BAIK PULIH RUMAH RUMAH SEJAHTERA
Kaedah Perolehan : Lantikan Terus Kaedah Perolehan : Sebut Harga
Nilai Perolehan : Tidak melebihi RM20,000 Nilai Perolehan : Tidak melebihi RM50,000
Kaedah Perolehan : Undian/Pusingan (Semenanjung) atau
Nilai Perolehan : Melebihi RM20,000 dengan had
RM60,000 (Sabah/Sarawak)
maksimum RM200,000 setahun
Sumber: SOP KPKT dan Surat Kelulusan Kementerian Kewangan
1.11. Bagi Program PEKB pula, Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kerajaan di peringkat
KPKT berperanan dalam pelantikan NGO sebagai pelaksana program. Jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) dan
bertanggungjawab menilai dan memperakukan permohonan oleh NGO serta
mencadangkan tindakan terhadap NGO yang melanggar peraturan.
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan PPKB telah dilaksanakan
dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan iaitu
mengurangkan beban tanggungan serta meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup
keluarga B40 demi kesejahteraan komuniti.
3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Skop pengauditan meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi program dan
pengurusan program bagi tempoh RMKe-11 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas
(RMKe-12) setakat 31 Disember 2021. Prestasi program dinilai berdasarkan dua perkara
iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pengurusan program pula meliputi
tiga perkara iaitu prestasi kewangan, pengurusan Program Perumahan dan pengurusan
Program PEKB.
3.2. Auditi terlibat ialah Bahagian Kesejahteraan Komuniti (BSK) KPKT, ICU JPM, DOSM
dan PBT. BSK KPKT bertanggungjawab merancang, melaksana, memantau dan menilai
PPKB. Bagi Program Perumahan, 28 PBT dipilih sebagai sampel (18.5%) daripada
keseluruhan 151 PBT yang mempunyai kelulusan peserta baik pulih pada tahun 2020 dan
2021. Berdasarkan kedudukan topografi dan logistik, seramai 348 peserta (3.2%) telah
dipilih sebagai sampel untuk semakan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal daripada
keseluruhan populasi 10,719 peserta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 2.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -1111
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
JADUAL 2
SAMPEL PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PESERTA PROGRAM PERUMAHAN
SAMPEL BAIK PULIH RUMAH SAMPEL RUMAH SAMPEL PESERTA
SEJAHTERA
BIL. PBT DOKUMENTASI PEMERIKSAAN
PEMERIKSAAN
PESERTA FIZIKAL FIZIKAL JUMLAH %
Negeri Selangor
1. MP Selayang 10 10 - 10 2.9
2. MP Ampang Jaya 10 10 - 10 2.9
3. MP Kuala Langat 15 15 - 15 4.3
4. MP Kuala Selangor 6 6 - 6 1.7
5. MD Sabak Bernam 10 10 - 10 2.9
Negeri Sabah
1. DB Kota Kinabalu 61 30 - 61 17.5
2. MP Tawau 13 11 2 15 4.3
3. MD Penampang 2 2 - 2 0.5
4. MD Kota Belud 15 8 2 17 4.9
5. MD Papar 17 15 1 18 5.2
6. MD Semporna 10 5 - 10 2.9
Negeri Johor
1. MB Iskandar Puteri 3 3 - 3 0.8
2. MP Batu Pahat 10 10 - 10 2.9
3. MP Pengerang 9 8 - 9 2.6
4. MD Tangkak 10 8 - 10 2.9
5. MD Yong Peng 8 8 - 8 2.2
6. MD Kota Tinggi 10 9 2 12 3.4
Negeri Perak
1. MB Ipoh 10 10 - 10 2.9
2. MP Teluk Intan 10 9 2 12 3.4
3. MD Kerian 10 7 1 11 3.2
4. MD Tanjong Malim 10 10 - 10 2.9
5. MD Tapah 10 8 1 11 3.2
Negeri Kelantan
1. MP Kota Bharu 10 10 2 12 3.4
Bandaraya Islam 10 10 - 10 2.9
2. MD Gua Musang
3. MD Ketereh 10 5 - 10 2.9
4. MD Tanah Merah 10 7 1 11 3.2
5. MD Tumpat 10 10 1 11 3.2
6. MD Pasir Puteh 12 12 2 14 4.0
JUMLAH 331 266* 17 348 100
Sumber: Jabatan Audit Negara
Nota: (*) - Perbezaan 65 Sampel Disebabkan oleh Pemeriksaan Fizikal Dibuat Secara Sampel bagi Projek yang Tidak
Dilaksanakan oleh DB Kota Kinabalu; Peserta Tiada di Rumah; dan Peserta Dijangkiti Covid-19
DB-Dewan Bandaraya, MB-Majlis Bandaraya, MP-Majlis Perbandaran, MD-Majlis Daerah
3.3. Bagi Program PEKB, 12 NGO (52.2%) dipilih sebagai sampel daripada keseluruhan
23 NGO yang dilantik dalam tempoh RMKe-11. Sampel NGO adalah berdasarkan kepada
penilaian risiko audit iaitu NGO yang melatih peserta tertinggi bagi sesuatu tahun.
Dengan populasi 4,612 peserta yang dilatih oleh sampel 12 NGO berkenaan, seramai
2,476 peserta (53.7%) dipilih sebagai sampel untuk semakan lanjut. Butiran lanjut adalah
5 - 152- 12 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
seperti dalam Jadual 3. Selain itu, NGO Y yang dilantik dalam tempoh RMKe-10 turut
dibuat semakan kerana terdapat isu yang belum diselesaikan sehingga tarikh
pengauditan.
JADUAL 3
SAMPEL NGO DAN PESERTA PROGRAM PEKB
BIL. SAMPEL NGO POPULASI BILANGAN PESERTA PEKB %
SAMPEL DOKUMENTASI 35.8
21.4
1. NGO A 2,471 885 100
61
2. NGO B 509 109 100
100
3. NGO C 441 441 100
100
4. NGO D 384 234 100
100
5. NGO F 150 150 100
100
6. NGO G 143 143 53.7
7. NGO I 125 125
8. NGO K 100 100
9. NGO R 64 64
10. NGO M 96 96
11. NGO Q 79 79
12. NGO V 50 50
JUMLAH 4,612 2,476
Sumber: Statistik Peserta PEKB Mengikut NGO, BSK KPKT
4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod, dokumen serta menganalisis data
(data sistem eKasih yang dianalisis dimuat turun pada bulan September 2021). Selain itu,
pemeriksaan fizikal, temu bual dengan pegawai dan peserta serta maklum balas soal
selidik mengenai keberkesanan program dijalankan.
5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT
Pengauditan dilaksanakan pada bulan Oktober 2021 hingga April 2022. Perkara ditemui
serta maklum balas dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup pada 21 Jun 2022.
Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan Audit adalah seperti dalam perenggan berikut:
5.1. Prestasi Program
5.1.1. Pencapaian Output
a. Berdasarkan rekod Sistem Pemantauan dan Penilaian Petunjuk Prestasi Utama
(MyKPI) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikemaskinikan oleh KPKT,
seramai 11,878 peserta telah disasarkan bagi tempoh RMKe-11 manakala 2,150
peserta bagi tempoh RMKe-12 (tahun 2021) seperti dalam Rajah 4.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -1133
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
RAJAH 4
SASARAN BILANGAN PESERTA PPKB RMKe-11 dan RMKe-12 (TAHUN 2021)
RMKe-11 RMKe-12 (Tahun 2021)
Sasaran 11,878 peserta Sasaran 2,150 peserta
Baik Pulih Rumah : 7,840 peserta Baik Pulih Rumah : 1,250 peserta
Rumah Sejahtera : 88 peserta PEKB : 900 peserta
PEKB : 3,950 peserta
Sumber: MyKPI KPKT
b. Semakan Audit terhadap Senarai Peserta yang dilapor oleh KPKT adalah seperti
dalam Jadual 4.
JADUAL 4
PRESTASI PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
BAGI TEMPOH RMKe-11 DAN RMKe-12 (TAHUN 2021)
PROGAM BAIK PULIH RUMAH PROGRAM RUMAH PROGRAM
(Bilangan Peserta) SEJAHTERA PEKB
(Bilangan Peserta) (Bilangan Peserta)
TAHUN
SASARAN
PENCAPAIAN
SEBENAR
BEZA
SASARAN
PENCAPAIAN
SEBENAR
BEZA
SASARAN
PENCAPAIAN
SEBENAR
BEZA
RMKe-11
2016 2,300 2,182 (118) - - - 1,000 1,607 607
(94.8%) 297 35 41 6 600 (160.7%) 301
2017 1,520 18 22 (117.1%) (6) 300 294
1,817 469 20 16 25 850 901 230
2018 1,520 (119.5%) 530 11 (72.7%) 0 (150.2%) 215
88 45 25 1,200 1,647
2019 1,000 1,538 1,196 (225%) 3,950 594
(101.2%) 11 - (198.0%)
2020 1,500 (100%) -
1,469 113 1,080
JUMLAH 7,840 (146.9%) (128.4%) (127.1%)
2,030 - 1,415
(135.3%) (117.9%)
-
9,036 5,597
(115.3%) (141.7%)
Jumlah Sasaran: 11,878 Peserta
Jumlah Sebenar: 14,746 Peserta (124.1%)
RMKe-12 1,250 1,570 320 - 900 2,015 1,115
2021 1,250 (125.6%) 320 - (223.9%)
JUMLAH 1,570 900 2,015 1,115
(125.6%) (223.9%)
Jumlah Sasaran: 2,150 Peserta
Jumlah Sebenar: 3,585 Peserta (166.7%)
Sumber: MyKPI KPKT
c. Dalam tempoh RMKe-11, seramai 14,746 peserta (124.1%) diluluskan bantuan
berbanding sasaran 11,878 peserta untuk ketiga-tiga program. Prestasi
pencapaian Program Baik Pulih Rumah adalah 9,036 peserta (115.3%), Rumah
Sejahtera 113 peserta (128.4%) dan Program PEKB 5,597 peserta (141.7%).
5 - 514- 14 LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraaTTaahhuunn20220121SirSii1ri 1 RAHSIA
PePnegnugrusr auns aPnroPgr oragmr a mPemP ebmasbma siamni aKnemK eismkiinsakni n aBnanBdaanr d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
d. Dalam tempoh RMKe-12 (tahun 2021), seramai 3,585 peserta (166.7%)
diluluskan bantuan berbanding sasaran 2,150 peserta. Kedua-dua program iaitu
Program Baik Pulih Rumah dan Program PEKB juga mencapai sasaran yang
ditetapkan dengan prestasi pencapaian adalah 1,570 peserta (125.6%) dan 2,015
peserta (223.9%) masing-masingnya.
e. Analisis Audit terhadap pencapaian RMKe-11 mendapati perkara seperti berikut:
i. Bagi Program Baik Pulih Rumah, sasaran tahun 2016 sebanyak
2,300 rumah peserta dibaiki tidak tercapai melibatkan 118
rumah peserta. Berdasarkan Minit Mesyuarat Pelaksanaan PPKB Bilangan
1 Tahun 2017, perkara ini berlaku disebabkan oleh agensi pelaksana gagal
melaksanakan kerja baik pulih yang diluluskan kepada 113 peserta. Rumah
lima peserta lagi didapati tidak ekonomik untuk dibaiki. Kegagalan ini
mengakibatkan golongan sasar yang layak dan memerlukan bantuan tidak
mendapat manfaat program. Di samping itu, baki peruntukan tahun 2016
berjumlah RM1.08 juta diserah balik oleh KPKT kepada Kementerian
Kewangan kerana tidak dapat dibelanjakan.
ii. Tiga PBT iaitu MD Simpang Renggam, MD Cameron Highlands
dan MD Nabawan tidak mempunyai Program Perumahan
kerana tidak pernah mengemukakan permohonan kepada KPKT.
iii. Pemeriksaan fizikal Audit mendapati kelulusan baik pulih/bina baharu
rumah kepada 39 peserta dengan nilai bantuan berjumlah
RM620,000 tidak dilaksanakan oleh agensi pelaksana seperti
dalam Jadual 5. Kelemahan ini mengakibatkan peruntukan yang disalurkan
oleh KPKT tidak dibelanjakan untuk manfaat golongan sasar. Isu berkaitan
baki peruntukan PPKB yang tidak dibelanjakan oleh PBT ada dilaporkan dalam
perenggan 5.2.1. (Prestasi Kewangan) laporan ini.
JADUAL 5
KERJA BAIK PULIH/BINA BAHARU YANG TIDAK DILAKSANAKAN
PBT PROGRAM TAHUN BILANGAN JUMLAH BANTUAN
KELULUSAN PESERTA (RM)
DB Kota Kinabalu Baik Pulih Rumah 2020 38 570,000
2019 1 50,000
MD Kota Belud Rumah Sejahtera 39
620,000
JUMLAH
Sumber: Pemeriksaan Fizikal Audit
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTuahnu2n0220121SiSriri11 55- -1155
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKeemiskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
iv. Bagi Program PEKB, peserta tertinggi dilatih oleh NGO A iaitu seramai
2,471 peserta (44.1%), diikuti NGO B seramai 509 peserta (9.1%) dan
NGO C seramai 441 peserta (7.9%). NGO A dilantik pada setiap tahun untuk
melatih peserta dengan jumlah peserta dilatih adalah antara 355 hingga 860
peserta. Butiran terperinci adalah seperti dalam Jadual 6.
JADUAL 6
STATISTIK PESERTA PROGRAM PEKB DALAM TEMPOH RMKe-11
BIL NGO TAHUN (Bilangan Peserta) JUMLAH
2016 2017 2018 2019 2020
1. NGO A 355 860 350 530 376 2,471
2. NGO B 300 - 100 109 509
3. NGO C - 41 100 150 150 441
4. NGO D - - 144 150 90 384
5. NGO E - - - - 180 180
6. NGO F - - - 150 - 150
7. NGO G 143 - - - - 143
8. NGO H 140 - - - - 140
9. NGO I - - - - 125 125
10. NGO J 100 - - - - 100
11. NGO K 100 - - - - 100
12. NGO L 100 - - - - 100
13. NGO M - - - - 96 96
14. NGO N - - - - 92 92
15. NGO O 85 - - - - 85
16. NGO P 80 - - - - 80
17. NGO Q 40 - - - 39 79
18. NGO R 64 - - - - 64
19. NGO S - - - - 57 57
20. NGO T - - - - 51 51
21. NGO U 50 - - - - 50
22. NGO V 50 - - - - 50
23. NGO W - - - - 50 50
JUMLAH 1,607 901 594 1,080 1,415 5,597
Sumber: Statistik Peserta PEKB Mengikut NGO, BSK KPKT
5.1.1.1. Kelulusan Peserta Tidak Berdasarkan Statistik B40 Bandar
a. PPKB menyasarkan golongan B40 di bandar. Taburan isi rumah B40
dikeluarkan oleh DOSM melalui Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan
Kemudahan Asas. Laporan terkini adalah setakat tahun 2019. Perbandingan
antara taburan isi rumah B40 di bandar dengan kemiskinan di bandar
(berdasarkan sistem eKasih) ditunjukkan seperti dalam Jadual 7.
5 - 516- 16 LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiit NNeeggaarraaTTaahhuunn20220121SirSii1ri 1 RAHSIA
PePnegnugrusr auns aPnroPgr oragmr a mPemP ebmasbma siamni aKnemK eismkiinsakni n aBnanBdaanr d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
JADUAL 7
TABURAN GOLONGAN B40 DAN KEMISKINAN DI BANDAR TAHUN 2019
BIL. NEGERI DOSM MISKIN SISTEM eKASIH JUMLAH
TEGAR (Bilangan KIR) (d=b+c)
B40 BANDAR
(Isi Rumah) (b) MISKIN
(c)
(a)
1. Sarawak 143,900 11,449 25,648 37,097
2. Kelantan 72,400 875 18,772 19,647
3. Sabah 128,400 4,376 9,437 13,813
4. Pulau Pinang 172,800 1,472 5,274 6,746
5. Selangor 613,900 1,883 4,798 6,681
6. Terengganu 70,700 14 4,502 4,516
7. WP Kuala Lumpur 193,700 1,045 2,868 3,913
8. Perlis 16,000 2 2,984 2,986
9. Pahang 87,500 570 1,563 2,133
10. Johor 280,700 99 1,556 1,655
11. Negeri Sembilan 82,300 27 1,272 1,299
12. Perak 207,100 130 856 986
13. Melaka 86,900 1 764 765
14. WP Labuan 8,500 162 590 752
15. Kedah 145,600 84 563 647
16. WP Putrajaya 13,100 - 3 3
JUMLAH 2,323,500 22,189 81,450 103,639
Sumber: Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT (Statistik Kemiskinan Bandar sehingga 31 Disember 2019) dan DOSM
(Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019)
b. Berdasarkan Jadual 7, lima negeri yang mencatatkan bilangan B40 bandar
tertinggi adalah Selangor, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang. Berdasarkan statistik kemiskinan bandar pula, lima negeri
yang mencatatkan bilangan kemiskinan bandar tertinggi adalah Sarawak,
Kelantan, Sabah, Pulau Pinang dan Selangor.
c. Bagaimanapun, analisis Audit terhadap senarai peserta Program Baik Pulih
Rumah yang diluluskan dalam tempoh RMKe-11 mendapati perkara seperti
berikut dan ditunjukkan dalam Jadual 8.
i. Melaka (1,154 peserta) merupakan negeri ketiga tertinggi mendapat
manfaat selepas Sarawak (1,659 peserta) dan Selangor (1,200 peserta)
walaupun Melaka tidak termasuk dalam senarai lima negeri yang
mempunyai B40 bandar atau kemiskinan bandar tertinggi.
ii. Pulau Pinang walaupun termasuk dalam senarai lima negeri yang
mempunyai B40 bandar dan kemiskinan bandar tertinggi, namun kelulusan
hanya kepada 137 peserta mewakili 1.5% daripada populasi peserta.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -1177
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
JADUAL 8
STATISTIK PESERTA PPKB MENGIKUT NEGERI DALAM TEMPOH RMKe-11
BIL. NEGERI PROGRAM (Bilangan Peserta)
BAIK PULIH RUMAH RUMAH SEJAHTERA PEKB
1. Sarawak 1,659 13 -
2. Selangor 1,200 15 1,010
3. Melaka 1,154 4 341
4. Kelantan 1,031 11 681
5. Sabah 850 11 280
6. Terengganu 806 10 589
7. Kedah 766 8 268
8. Perak 564 7 269
9. Pahang 423 8 351
10. Johor 213 9 368
11. Pulau Pinang 137 2 373
12. Perlis 105 3 366
13. Negeri Sembilan 29 4 294
14. WP Labuan 91 8 -
15. WP Kuala Lumpur 8 - 297
16. WP Putrajaya 0 - 110
JUMLAH 9,036 113 5,597
Sumber: Data oleh Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT
5.1.1.2. Peserta Menetap di Luar Bandar
a. Analisis Audit selanjutnya juga mendapati seramai 2,193 peserta
(15.8%) yang diluluskan bantuan adalah peserta yang
menetap di luar bandar dalam sistem eKasih.
b. Situasi ini menunjukkan pelaksanaan program sedikit terkeluar daripada
golongan sasar sebenar. Kategori kawasan bagi 1,601 peserta
(11.5%) pula tidak dapat ditentukan kerana maklumat
tersebut tiada dalam profil peserta. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 9.
JADUAL 9
KATEGORI KAWASAN PESERTA
PROGRAM BERDAFTAR eKASIH KATEGORI KAWASAN (Bilangan Peserta)
(Bilangan Peserta)
BANDAR LUAR BANDAR TIADA MAKLUMAT
Baik Pulih Rumah 8,367 5,136 1,704 1,527
Rumah Sejahtera 104 61 31 12
PEKB 5,425 4,905 458 62
JUMLAH 13,896 10,102 2,193 1,601
(72.7%) (15.8%) (11.5%)
Sumber: Analisis Audit Terhadap Sistem eKasih
5 - 158- 18 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
Maklum balas KPKT yang diterima pada 20 hingga 26 Mei 2022
DB Kota Kinabalu dan MD Kota Belud tidak pernah memaklumkan secara rasmi
bahawa projek tidak dapat dilaksanakan. Setelah teguran Audit, surat arahan
pemulangan semula peruntukan telah dikeluarkan kepada kedua-dua PBT terlibat.
KPKT tidak mengguna pakai statistik B40 yang dikeluarkan oleh DOSM, sebaliknya
mengguna pakai PGK sebagai asas pertimbangan sesuatu permohonan. Selain itu,
pelaksanaan Program Baik Pulih Rumah di bawah RMKe-11 adalah secara one line
item dan kuota negeri tidak ditetapkan. Kelulusan adalah berdasarkan kepada
permohonan yang diterima daripada PBT (first come, first served basis).
Bagaimanapun, penambahbaikan dibuat bermula RMKe-12 yang mana kuota
mengikut negeri (multiple items) diwujudkan bagi tujuan pengagihan lebih seimbang.
Maklum balas ICU JPM yang diterima pada 20 Jun 2022
Pengemaskinian medan strata bandar/luar bandar bukan mandatori wajib bagi sistem
eKasih. Selain itu, perubahan strata boleh berlaku disebabkan oleh isi rumah
berpindah, aktiviti pemutihan dan pengesahan kawasan operasi oleh PBT.
Maklum balas PBT yang diterima pada 31 Mac hingga 13 Julai 2022
DB Kota Kinabalu – Terdapat kekangan dalam pelaksanaan kerana projek
dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
MD Cameron Highlands – Permohonan pembaikan yang diterima tidak layak kerana
melibatkan rumah sewa/rumah setinggan.
MD Simpang Renggam – Permohonan baik pulih dan bina baharu rumah telah
dikemukakan kepada MFG melalui peruntukan Kerajaan Negeri.
MD Nabawan – Senarai pemohon yang dikemukakan bertindih dengan agensi pemberi
bantuan yang lain menyebabkan permohonan tidak disokong oleh MFG.
Pendapat Pencapaian output program adalah baik kerana berjaya
Audit mencapai bilangan peserta yang disasarkan. Namun begitu,
bantuan yang diluluskan tidak diagihkan secara seimbang dan
tepat kepada golongan sasar. Selain itu, masih terdapat
peserta yang tidak mendapat manfaat program walaupun
kelulusan telah diberikan kerana agensi pelaksana gagal
melaksanakan kerja baik pulih/bina baharu rumah peserta.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -1199
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
5.1.2. Pencapaian Keberhasilan
Pencapaian keberhasilan program dinilai berdasarkan penjanaan pendapatan oleh
peserta Program PEKB dan tahap kepuasan peserta program.
5.1.2.1. Penjanaan Pendapatan oleh Peserta Program PEKB
a. Perenggan 7 Garis Panduan Teknikal PEKB menetapkan NGO hendaklah
memastikan semua peserta menjana pendapatan seperti dalam Rajah 5.
RAJAH 5
SASARAN PENDAPATAN PESERTA PROGRAM PEKB
Tahun 2018 dan ke bawah Tahun 2019 dan ke atas
Sekurang-kurangnya RM300 sebulan Sekurang-kurangnya RM600 sebulan
sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan
Sumber: Garis Panduan Teknikal PEKB
b. Semakan Audit terhadap sampel 2,476 peserta yang dilatih oleh 12 NGO
sepanjang tempoh RMKe-11 mendapati 2,072 peserta (83.7%) berjaya
menjana pendapatan minimum yang ditetapkan. Bagaimanapun 309
peserta (12.5%) tidak berjaya, manakala baki 95 peserta
(3.8%) tidak dapat ditentukan kerana laporan pemantauan tidak
dilampirkan bersama baucar bayaran semasa semakan.
c. Analisis Audit terhadap 309 peserta yang tidak berjaya adalah seperti berikut
dan ditunjukkan dalam Carta 2 dan Jadual 10.
i. 92 peserta (3.7%) menjana pendapatan minimum sebanyak dua kali
dalam tempoh enam bulan;
ii. 66 peserta (2.7%) menjana pendapatan minimum sebanyak sekali dalam
tempoh enam bulan;
iii. 151 peserta (6.1%) langsung tidak berjaya menjana
pendapatan minimum walaupun sekali dalam tempoh enam
bulan; dan
iv. peserta yang dilatih oleh NGO D merupakan peserta tertinggi yang tidak
berjaya iaitu 99 peserta (32%), diikuti NGO K 44 peserta (14.2%) dan
NGO A 43 peserta (13.9%).
5 - 520- 20 LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraaTTaahhuunn20220121SirSii1ri 1 RAHSIA
PePnegnugrusr auns aPnroPgr oragmr a mPemP ebmasbma siamni aKnemK eismkiinsakni n aBnanBdaanr d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
CARTA 2
KATEGORI PENJANAAN PENDAPATAN PESERTA PEKB
Tiada Maklumat 95 peserta (3.8%)
Tidak Berjaya (Tidak Menjana Pendapatan) 151 peserta (6.1%)
Tidak Berjaya (Menjana Pendapatan Minimum Sekali Sahaja) 66 peserta (2.7%)
Tidak Berjaya (Menjana Pendapatan Minimum Dua Kali 92 peserta (3.7%)
Sahaja)
2,072 peserta (83.7%)
Berjaya Menjana Pendapatan
Pendapatan (RM) 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500
Sumber: Analisis Jabatan Audit Negara Berdasarkan Laporan Pemantauan NGO
JADUAL 10
PRESTASI PESERTA PROGRAM PEKB
YANG DILATIH OLEH 12 NGO DALAM TEMPOH RMKe-11
MENJANA PENDAPATAN MINIMUM YANG DITETAPKAN
BIL. NGO JUMLAH BERJAYA TIDAK BERJAYA TIADA
PESERTA MAKLUMAT
DILATIH BILANGAN % BILANGAN %
PESERTA PESERTA
1. NGO R 64 35 54.7 29 45.3 -
2. NGO K 100 56 56.0 44 44.0 -
3. NGO D 234 135 57.7 99 42.3 -
4. NGO V 50 35 70.0 15 30.0 -
5. NGO Q 79 58 73.4 21 26.6 -
6. NGO G 143 115 80.4 28 19.6 -
7. NGO B 109 100 91.7 9 8.2 -
8. NGO A 885 747 84.4 43 4.9 95
9. NGO M 96 92 95.8 4 4.2 -
10. NGO C 441 425 96.4 16 3.6 -
11. NGO F 150 149 99.3 1 0.7 -
12. NGO I 125 125 100 - - -
JUMLAH 2,476 2,072 83.7 309 12.5 95
Sumber: Analisis Jabatan Audit Negara Berdasarkan Laporan Pemantauan oleh NGO
d. Analisis Audit terhadap 151 peserta yang tidak berjaya menjana pendapatan
minimum pula mendapati perkara berikut dan ditunjukkan dalam Jadual 11.
i. Kesemua peserta yang tidak berjaya dilatih oleh 11 NGO. Bilangan
terbanyak peserta yang tidak berjaya dilatih oleh NGO D iaitu seramai
51 peserta (33.8%), diikuti NGO A dengan 26 peserta (17.2%) dan
NGO K dengan 20 peserta (13.2%).
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTuahnu2n0220121SiSriri11 55- -2211
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
ii. Berdasarkan julat umur peserta, bilangan terbanyak peserta yang tidak
berjaya berumur antara 41 hingga 50 tahun iaitu seramai 50 peserta
(33.1%), diikuti 18 hingga 30 tahun seramai 37 peserta (24.5%) dan
51 hingga 60 tahun seramai 33 peserta (21.9%).
JADUAL 11
JULAT UMUR PESERTA YANG TIDAK BERJAYA MENJANA PENDAPATAN
JULAT UMUR (Bilangan Peserta) JUMLAH
PESERTA
BIL. NGO 18 – 30 31 – 40 41 – 50 51 – 60 MELEBIHI
TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN 60 TAHUN
1. NGO Q 4 1 5 1 - 11
2. NGO R 2 2 4 3 - 11
3. NGO G 3 4 7 4 - 18
4. NGO V 1 3 - 1 -5
5. NGO A 11 5 4 6 - 26
6. NGO K 1 3 7 8 1 20
7. NGO D 11 11 21 8 - 51
8. NGO C 1 1 1 1 -4
9. NGO F - - - 1 -1
10. NGO M 1 - - - -1
11. NGO B 2 - 1 - -3
JUMLAH 37 30 50 33 1 151
Sumber: Laporan Pemantauan Peserta
iii. Bilangan peserta terbanyak yang tidak berjaya menjana pendapatan
minimum adalah peserta yang mengikuti kursus jahitan (43 peserta),
diikuti kursus makanan minuman pelbagai (32 peserta) dan kursus bakeri
(25 peserta). Perincian adalah seperti dalam Jadual 12.
JADUAL 12
KURSUS YANG DIIKUTI OLEH PESERTA YANG TIDAK BERJAYA
MENJANA PENDAPATAN MINIMUM DALAM TEMPOH ENAM BULAN PEMANTAUAN
KURSUS YANG DIIKUTI OLEH PESERTA TAHUN (Bilangan Peserta) JUMLAH
2016 2017 2018 2019 2020
Jahitan (Sulaman Manik, Alteration dan Kreatif) 27 - - 6 10 43
Makanan Minuman Pelbagai 24 - - 5 3 32
Bakeri 2 - 17 2 4 25
Kios Makanan 1- -71 9
Makanan Sejuk Beku - -116 8
Peruncitan dan Pemasaran Online - -413 8
Membaiki Telefon Bimbit --5-1 6
Rawatan Gunting Rambut --6-- 6
Fotografi --5-- 5
5 - 252- 22 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
KURSUS YANG DIIKUTI OLEH PESERTA TAHUN (Bilangan Peserta) JUMLAH
Penjagaan dan Urutan Ibu Selepas Bersalin 2016 2017 2018 2019 2020 3
Kimpalan 1 - 3
Urutan Tradisional dan Spa 3 -2- - 2
Penyelenggaraan Penghawa Dingin 1 - 1
- --- - 151
JUMLAH 59 28
Sumber: Analisis Jabatan Audit Negara - -1
-1-
0 41 23
iv. Masalah kesihatan merupakan penyumbang utama kepada
kegagalan peserta menjana pendapatan bagi kesemua NGO.
Faktor lain adalah kekurangan modal, kekangan mendapatkan lokasi
perniagaan yang bersesuaian dan masalah keluarga.
v. Berhubung dengan masalah kesihatan, dua peserta enggan menerima
peralatan kerana bimbang gagal menjana pendapatan seperti yang
ditetapkan. Hasil temu bual Audit dengan seorang peserta mendapati
peserta tersebut telah pun menghidapi sakit mata yang kronik
sebelum mengikuti Program PEKB pada tahun 2016.
e. Semakan secara fizikal selanjutnya adalah untuk menilai status penjanaan
pendapatan 50 peserta Program PEKB dan mendapati perkara seperti berikut:
i. 25 peserta (50%) tidak memanfaatkan peralatan diterima
untuk menjana pendapatan disebabkan oleh masalah kesihatan,
komitmen kerja, tidak berminat dan kurang kemahiran. Nilai peralatan
berkaitan bagi 10 peserta berjumlah RM18,315. Baki 15 peserta tidak
dapat ditentukan kerana invois tidak dilampirkan bersama tuntutan
bayaran.
ii. Kos siling berjumlah antara RM2,250 hingga RM4,500 diperuntukkan untuk
peralatan kursus bagi setiap peserta Program PEKB. Selain menjejaskan
pencapaian objektif program, kegagalan peserta memanfaatkan peralatan
yang dibekalkan juga mengakibatkan pembaziran wang awam terhadap
jumlah yang dibelanjakan. Contoh peralatan yang tidak digunakan adalah
seperti dalam Gambar 1 dan Gambar 2.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -2233
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
GAMBAR 1 GAMBAR 2
Kampung Pasir Puteh, Bachang, Melaka Kampung Kubang Menerong, Kangar, Perlis
- Water Boiler yang Tidak Pernah Digunakan - Peti Sejuk Beku dan Kelengkapan Perkakasan Lain
Sejak Tahun 2016 yang Tidak Pernah Digunakan Sejak Tahun 2020
(17.03.2022) (25.01.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
iii. Hanya 18 peserta (36%) menjalankan perniagaan berkaitan dengan
kursus yang diikuti manakala sembilan peserta (18%) menjalankan
perniagaan yang tidak berkaitan dengan kursus yang diikuti (Gambar 3
dan Gambar 4). Selain itu, 13 peserta pula (26%) tidak bekerja.
Ringkasan status terkini pekerjaan peserta semasa pemeriksaan dan
lawatan fizikal Audit adalah seperti dalam Jadual 13.
JADUAL 13
STATUS TERKINI PEKERJAAN PESERTA PROGRAM PEKB
BIL. STATUS TERKINI PESERTA BILANGAN PESERTA
1. Bekerja Tetap/Kontrak 9
2. Tidak Bekerja 13
3. Menjalankan Pekerjaan Berkaitan dengan Kursus Diikuti 18
4. Menjalankan Perniagaan Tidak Berkaitan dengan Kursus Diikuti 9
5. Meninggal Dunia 1
JUMLAH 50
Sumber: Pemeriksaan dan Lawatan Fizikal Audit
GAMBAR 3 GAMBAR 4
Pasar Nelayan Kg. Balok, Kuantan, Pahang Jalan Kg. Paya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Peserta yang Mengikuti Kursus Kios Makanan - Peserta yang Mengikuti Kursus Kios Makanan
Menjalankan Perniagaan Hasil Tangkapan Laut Menjalankan Perniagaan Hasil Tangkapan Laut
(24.02.2022) (11.02.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
5 - 254- 24 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
iv. Berdasarkan sistem eKasih setakat bulan Mac 2022 pula, daripada
50 peserta tersebut, 13 peserta sahaja (26%) yang berjaya keluar
daripada garis kemiskinan. Baki 36 peserta (72%) pula masih dalam
kategori miskin/miskin tegar, manakala seorang peserta tidak dapat
ditentukan kerana tidak berdaftar dalam sistem eKasih. Perincian adalah
seperti dalam Carta 3.
CARTA 3
STATUS KEMISKINAN PESERTA BERDASARKAN SISTEM eKASIH
26%
(13 peserta)
Terkeluar
40% 2%
(20 peserta) (1 peserta)
Miskin Tidak Berdaftar
dalam Sistem eKasih
32%
(16 peserta)
Miskin Tegar
Sumber: Sistem eKasih Setakat Bulan Mac 2022
Maklum balas KPKT yang diterima pada 20 Mei 2022
Kebanyakan peserta kursus jahitan tiada pengalaman dan memulakan perniagaan
secara kecil-kecilan, menyebabkan jumlah pendapatan yang dijana adalah kecil. Bagi
kursus bidang makanan pula, peserta juga memerlukan pengalaman untuk
menghasilkan produk makanan berkualiti dan mempunyai kebolehpasaran tinggi.
KPKT menghadapi kekangan untuk menarik balik peralatan yang tidak digunakan
kerana akan melibatkan kos logistik dan kos penyimpanan barang.
Berhubung dengan isu masalah kesihatan peserta, syarat supaya peserta sihat dan
mampu bekerja telah dimasukkan dalam Garis Panduan Teknikal PEKB bagi
pelaksanaan program bermula tahun 2022.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -2255
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
5.1.2.2. Tahap Kepuasan Peserta
a. Program Perumahan
Penilaian adalah berdasarkan soal selidik kepada 278 peserta (98.2%)
daripada 283 sampel peserta Program Perumahan yang dibuat pemeriksaan
fizikal Audit.
i. Rumah yang Selamat dan Selesa
Secara umumnya peserta berpuas hati rumah yang mereka duduki selamat
(89.8%) dan selesa (90.3%). Kerja pembaikan yang dijalankan juga
selaras dengan permohonan yang dilakukan (98.9%). Butiran lanjut
adalah seperti dalam Carta 4.
CARTA 4
TAHAP KEPUASAN PESERTA RUMAH YANG DIDUDUKI SELAMAT DAN SELESA
Perkara yang Dinilai Rumah yang diduduki selamat 211 (89.8%)
24 (10.2%)
Rumah yang diduduki selesa 23 (9.7%)
213 (90.3%)
Skop kerja baik pulih selaras dengan 173 (98.9%)
permohonan
2 (1.1%)
0 50 100 150 200 250
Bilangan Responden*
Ya Tidak
Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara kepada Peserta Program Perumahan
Nota: (*) - Bilangan Responden Merujuk kepada Bilangan Peserta yang Memberi Maklum Balas
ii. Pengetahuan Peserta Mengenai Bantuan
Berdasarkan maklum balas, secara umumnya didapati skop kerja baik
pulih dimaklumkan oleh kontraktor kepada peserta (98.8%) sebelum kerja
baik pulih dijalankan. Bagaimanapun, peserta tidak mengetahui
jumlah bantuan yang disalurkan kepada mereka (77.8%),
kesedaran mengenai Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP)
projek (79.9%) dan mengetahui bahawa aduan boleh
dikemukakan kepada PBT dalam tempoh tersebut (91.1%).
Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 5.
5 - 526- 26 LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraaTTaahhuunn20220121SirSii1ri 1 RAHSIA
PePnegnugrusr auns aPnroPgr oragmr a mPemP ebmasbma siamni aKnemK eismkiinsakni n aBnanBdaanr d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
CARTA 5
TAHAP PENGETAHUAN PESERTA MENGENAI BANTUAN YANG DITERIMA
Jumlah bantuan diterima dimaklumkan kepada 39 (22.2%)
peserta
137 (77.8%)
Skop kerja baik pulih dimaklumkan sebelum kerja 2 (1.2%) 171 (98.8%)
pembaikan dilaksanakan 139 (79.9%)
Peserta dimaklumkan mengenai tempoh DLP 35 (20.1%)
Peserta mengetahui bahawa aduan kerosakan boleh 15 (8.9%)
dibuat kepada pihak Majlis dalam tempoh DLP
153 (91.1%)
0 50 100 150 200
Ya Tidak Bilangan Responden*
Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara kepada Peserta Program Perumahan
Nota: (*) - Bilangan Responden Merujuk kepada Bilangan Peserta yang Memberi Maklum Balas
b. Program PEKB
Penilaian adalah berdasarkan soal selidik kepada 50 peserta program yang
dipilih sebagai sampel untuk dibuat pemeriksaan fizikal Audit. Maklum balas
mendapati seperti berikut dan ditunjukkan seperti dalam Carta 6.
i. 28 peserta (57.1%) bersetuju merasa cukup selesa dengan keadaan
ekonomi sekarang manakala 13 peserta (26.5%) tidak bersetuju;
ii. 29 peserta (60.4%) bersetuju mereka dapat meningkatkan pendapatan
selepas mengikuti Program PEKB manakala 13 peserta (27.1%) tidak
bersetuju; dan
iii. 26 peserta (54.1%) bersetuju program yang ditawarkan telah mengubah
taraf hidup mereka manakala 13 peserta (27.1%) tidak bersetuju.
CARTA 6
PENILAIAN TAHAP KEPUASAN PESERTA PROGRAM PEKB
Perkaya yang Dinilai Program yang ditawarkan telah mengubah taraf 13 (27.1%) 26 (54.1%)
hidup peserta 9 (18.8%)
Dapat meningkatkan pendapatan selepas mengikuti 13 (27.1%) 29 (60.4%)
program PEKB 6 (12.5%)
Cukup selesa dengan keadaan ekonomi sekarang 13 (26.5%)
8 (16.4%)
28 (57.1%)
0 10 20 30 40
Bilangan Peserta
Tidak Setuju Sederhana Setuju
Sumber: Analisis Soal Selidik Jabatan Audit Negara
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -2277
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
Pendapat Program bantuan yang dijalankan dapat membantu
Audit mengurangkan beban dan meningkatkan kualiti hidup
golongan B40 di bandar. Namun begitu, masih terdapat
peserta yang dilatih tidak dapat menjana pendapatan untuk
keluar dari garis kemiskinan.
5.2. Pengurusan Program
5.2.1. Prestasi Kewangan
a. PB 1.2 (Anggaran Perbelanjaan Persekutuan) menyatakan Pegawai Pengawal
dibenarkan membuat perbelanjaan seperti yang diluluskan dalam Anggaran
Perbelanjaan Pembangunan. Selain itu khusus bagi peruntukan PPKB, Prosedur
Operasi Standard Akaun Khusus PPKB di PBT menghendaki agar PBT mewujudkan
Akaun Khusus PPKB bagi tujuan penyaluran peruntukan, pelaksanaan program
dan pemantauan oleh KPKT.
b. Semakan Audit mendapati bagi tempoh RMKe-11, sejumlah RM175.38 juta telah
diperuntukkan dan RM166.77 juta (95.1%) telah dibelanjakan. Bagi tempoh
RMKe-12 pula iaitu setakat 31 Disember 2021, sejumlah RM35.62 juta telah
diperuntukkan dan RM35.17 juta (98.7%) telah dibelanjakan. Bagaimanapun,
prestasi kewangan tahun 2016 dan 2017 bagi ketiga-tiga program tidak dapat
disahkan kerana tiada dokumen sokongan. Butiran terperinci adalah seperti dalam
Jadual 14.
JADUAL 14
PRESTASI KEWANGAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
BAGI TEMPOH RMKe-11 DAN RMKe-12 SETAKAT 31 DISEMBER 2021
BAIK PULIH RUMAH RUMAH PROGRAM
DI BANDAR SEJAHTERA PEKB
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
TAHUN PERUNTUKAN
(RM Juta)
PERBELANJAAN
(RM Juta)
%
PERUNTUKAN
(RM Juta)
PERBELANJAAN
(RM Juta)
%
PERUNTUKAN
(RM Juta)
PERBELANJAAN
(RM Juta)
%
RMKe-11
2016 21.82 21.59 98.9 - - - 16.71 15.70 94.0
99.4 7.13 7.13 100
2017 20.86 20.02 96.0 1.71 1.70 51.2 8.00 7.07 88.4
100 9.98 9.98 100
2018 25.00 21.09 84.4 1.25 0.64 94.0 99.2
88.1 11.48 11.39 96.2
2019 20.45 20.42 99.9 1.99 1.99 53.30 51.27
2020 28.50 27.58 96.8 0.50 0.47
JUMLAH 116.63 110.70 94.9 5.45 4.80
Jumlah Peruntukan : RM175.38 Juta
Jumlah Perbelanjaan : RM166.77 Juta (95.1%)
5 - 258- 28 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
BAIK PULIH RUMAH RUMAH PROGRAM
DI BANDAR SEJAHTERA PEKB
(RM Juta) (RM Juta)
(RM Juta)
TAHUN PERUNTUKAN
(RM Juta)
PERBELANJAAN
(RM Juta)
%
PERUNTUKAN
(RM Juta)
PERBELANJAAN
(RM Juta)
%
PERUNTUKAN
(RM Juta)
PERBELANJAAN
(RM Juta)
%
RMKe-12
2021 24.71 24.51 99.2 - - - 10.91 10.66 97.7
Jumlah Peruntukan : RM35.62 Juta
Jumlah Perbelanjaan : RM35.17 Juta (98.7%)
Sumber: BSK KPKT
c. Semakan Audit selanjutnya mendapati perkara berikut:
i. Sembilan PBT yang dilawati tidak mewujudkan Akaun Khusus PPKB. Ketiadaan
Akaun Khusus menyebabkan wujud risiko kawalan peruntukan dan kesukaran
pengenalpastian butiran perbelanjaan PPKB. Senarai PBT yang terlibat adalah
seperti dalam Jadual 15.
JADUAL 15
PBT YANG TIDAK MEWUJUDKAN AKAUN KHUSUS PPKB
PBT
1. MP Ampang Jaya 4. MD Kota Belud 7. MD Pasir Puteh
2. MP Kuala Selangor 5. MP Batu Pahat 8. MD Tanah Merah
3. MP Kuala Langat 6. MD Yong Peng 9. MD Tumpat
Sumber: Lawatan Audit di PBT
ii. Walaupun prestasi perbelanjaan KPKT adalah baik, namun berdasarkan
pemeriksaan fizikal Audit dan maklumat Baki Akaun Khusus PPKB oleh PBT,
sebanyak 22 PBT masih mempunyai baki akaun iaitu antara
RM11,808.43 hingga RM2.06 juta dengan baki keseluruhan
berjumlah RM4.82 juta seperti dalam Jadual 16. Baki akaun terkumpul
ini adalah termasuk peruntukan daripada program lama PPKB bagi tempoh
RMKe-10 yang tidak dibelanjakan untuk manfaat golongan sasar.
JADUAL 16
KEDUDUKAN PBT YANG MASIH MEMPUNYAI BAKI PERUNTUKAN PPKB
BIL. PBT BAKI AKAUN TARIKH AKHIR KEMAS KINI
(RM)
1. MP Sandakan, Sabah 2,059,514.15 30.11.2021
2. DB Kota Kinabalu, Sabah* 1,533,187.60 31.12.2021
3. MD Kota Belud, Sabah* 210,979.79 31.12.2021
4. MD Setiu, Terengganu 136,550.79 30.11.2021
LaporLaanpoKreatnuaKeAtuadiAtuNdeitgNaeragaTrahTuanhu2n0220121SiSrir1i 1 55--2299
PPeenngguurruussaann PPrrooggram Pembasmmiiaann KKeemmiisskkini naann BBaannddaar r RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
BIL. PBT BAKI AKAUN TARIKH AKHIR KEMAS KINI
(RM)
5. MD Sik, Kedah 122,168.00 31.12.2021
6. MP Dungun, Terengganu 111,049.99 03.01.2022
7. MP Manjung, Perak 87,326.09 04.01.2022
8. MP Tawau, Sabah* 85,312.66 31.12.2021
9. MD Bera, Pahang 74,945.75 30.04.2022
10. MD Sarikei, Sarawak 69,064.34 31.12.2021
11. MP Jempol, Negeri Sembilan 62,103.94 06.01.2022
12. MP Kangar, Perlis 37,738.07 04.02.2022
13. MD Jelebu, Negeri Sembilan 36,787.97 30.04.2022
14. MP Kubang Pasu, Jitra, Kedah 36,626.34 31.12.2021
15. MD Rompin, Pahang 28,770.84 30.11.2021
16. MD Simunjan, Sarawak 23,924.61 31.12.2021
17. MD Hulu Terengganu, Terengganu 23,240.42 31.12.2021
18. MD Pasir Mas, Kelantan 20,265.83 31.12.2021
19. MD Tangkak, Johor* 17,707.97 31.12.2021
20. MB Pulau Pinang 17,054.82 23.12.2021
21. MD Bandar Baharu, Serdang, Kedah 14,985.26 31.12.2021
22. MB Ipoh, Perak* 11,808.43 31.12.2021
JUMLAH 4,821,113.66
Sumber: BKB KPKT (Senarai Baki Akaun Khusus PPKB PBT)
Nota: (*) - Sampel Pemeriksaan Fizikal Audit
Maklum balas KPKT yang diterima pada 20 Mei dan 3 Jun 2022
KPKT akan membuat penambahbaikan dari segi penguatkuasaan dan pemantauan ke
atas pewujudan Akaun Khusus PPKB. KPKT juga berpandangan bahawa baki
peruntukan boleh digunakan bagi agihan baik pulih rumah kepada golongan B40 di
kawasan pentadbiran PBT tertakluk kepada permohonan dan kelulusan Pegawai
Pengawal. Bagaimanapun penarikan peruntukan tidak boleh dilaksanakan jika PBT
tidak memaklumkan pembatalan secara rasmi kepada KPKT.
Maklum balas PBT yang diterima mulai 21 Januari hingga 29 Mei 2022
Akaun Khusus PPKB tidak diwujudkan kerana peruntukan yang diterima bukan
terimaan rutin; Program Baik Pulih Rumah merupakan program baharu kepada PBT;
dan akaun yang dibuka telah ditutup kerana tidak aktif.
Pendapat Ketidakupayaan agensi pelaksana melaksanakan program
Audit PPKB menyebabkan peruntukan tidak dibelanjakan untuk
memberi manfaat kepada golongan sasar.
5 - 350- 30 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
5.2.2. Pengurusan Program Perumahan
Pengurusan Program Perumahan (Baik Pulih Rumah dan Rumah Sejahtera) dinilai
berdasarkan proses permohonan, kelulusan, pelaksanaan program dan pemantauan
oleh KPKT. Rumusan status ketidakpatuhan sampel 28 PBT terhadap aspek yang
dinilai adalah seperti dalam Jadual 17 manakala penjelasan lanjut adalah seperti
dalam perenggan berikut:
JADUAL 17
STATUS KETIDAKPATUHAN PBT
BIL. PBT KETIDAKPATUHAN
Negeri Selangor
1. MP Selayang beg i j - - - -
-
2. MP Kuala Selangor abc i j k- - -
-
3. MD Sabak Bernam b cgh i j k - k
4. MP Kuala Langat abegh i j - -
-
5. MP Ampang Jaya abcefhi j -
-
Negeri Sabah -
k
1. DB Kota Kinabalu c eh i j k- -
-
2. MD Semporna b ceghk - - -
-
3. MP Tawau begh i k- - -
-
4. MD Penampang bcef i jk- -
5. MD Papar b ce f gh i k -
-
6. MD Kota Belud abcefhi j -
-
Negeri Johor -
1. MP Pengerang di j----- -
-
2. MB Iskandar Puteri cdi j ---- -
-
3. MP Batu Pahat adgh i - - - -
-
4. MD Kota Tinggi c dh i k - - -
5. MD Tangkak cdfhik- -
6. MD Yong Peng ad f gh i j k
Negeri Perak
1. MD Kerian c dg- - - - -
2. MP Teluk Intan dgh j - - - -
3. MD Tanjong Malim ghi jk- - -
4. MB Ipoh c dgh i k- -
5. MD Tapah c degh j k -
Negeri Kelantan
1. MD Ketereh bc----- -
2. MD Gua Musang gj------
3. MP Kota Bharu Bandaraya Islam bghk- - - -
4. MD Tumpat abh i - - - -
5. MD Tanah Merah abcgk- - -
6. MD Pasir Puteh abcgh i j k
Sumber: Borang Permohonan, Penyata Bank, Baucar Bayaran dan Pemeriksaan Fizikal Audit
Rujukan:
(a) - Akaun Khusus PPKB (g) - Skop Kerja Baik Pulih Dibenarkan
(b) - Mempunyai ID Pengguna Sistem (h) - Kerja Pembaikan Dilaksanakan
eKasih Sebagaimana Spesifikasi Projek
(c) - Borang Permohonan Lengkap (i) - Kualiti Kerja Memuaskan
(d) - KIR/AIR yang Disahkan MFG Berdaftar (j) - Surat Akuterima
eKasih
(e) - Mengadakan Lawatan Tapak (k) - Laporan Akhir Lengkap
(f) - Spesifikasi Kerja Mengikut Peraturan
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -3311
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
5.2.2.1. Permohonan Bantuan
a. SOP Bantuan Baik Pulih Rumah menyatakan PBT bertanggungjawab
memastikan borang permohonan KIR/AIR lengkap; mengesahkan status
kemiskinan KIR/AIR dalam sistem eKasih; dan melaksanakan lawatan tapak
untuk mengesahkan status kemiskinan KIR/AIR dan keadaan fizikal rumah.
b. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:
i. PBT Tidak Memastikan Borang Permohonan Peserta Lengkap
Sebanyak 17 PBT tidak memastikan borang permohonan peserta
lengkap dengan maklumat yang dikehendaki seperti gambar bahagian
rumah yang rosak dan menyatakan jenis kerosakan yang dipohon
untuk dibaik pulih. Kelemahan ini membawa risiko permohonan
tersebut tidak diperakukan untuk kelulusan KPKT.
Mesyuarat Jawatankuasa Penyaluran Peruntukan PPKB Bilangan 1
Tahun 2020 pula telah memutuskan agar permohonan yang tidak
lengkap ditukar kepada tidak layak agar PBT lebih prihatin menyemak
borang permohonan terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada
KPKT.
ii. Lawatan Tapak/Pemeriksaan Fizikal oleh PBT Tidak Dapat
Disahkan
Lawatan tapak yang dilaksanakan oleh 10 PBT tidak dapat disahkan
kerana tiada dokumen pembuktian bahawa lawatan dan pemeriksaan
fizikal ada dilakukan. Permohonan tanpa pengesahan PBT di tapak
akan menyebabkan wujud risiko permohonan yang diperakukan tidak
layak. Sebagai contoh, pemohon telah menerima bantuan bina baharu
daripada agensi kerajaan yang lain; rumah yang dimohon untuk dibaik
pulih tidak ekonomik untuk dibaiki; rumah sebenar yang dibaik pulih
berbeza dengan permohonan (Gambar 5 dan Gambar 6) dan
peserta tidak mendiami rumah yang dimohon untuk dibaik pulih
(Gambar 7).
Selain itu, wujud juga risiko komponen rumah yang dimohon untuk
dibaik pulih masih berkeadaan baik menyebabkan pembaikan tidak
dilakukan oleh kontraktor. Isu berkaitan skop kerja pembaikan tidak
dilaksanakan oleh kontraktor ada dilaporkan dalam perenggan 5.2.2.3.
(Pelaksanaan Program Perumahan).
5 - 532- 32 LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraaTTaahhuunn20220121SirSii1ri 1 RAHSIA
PePnegnugrusr auns aPnroPgr oragmr a mPemP ebmasbma siamni aKnemK eismkiinsakni n aBnanBdaanr d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
GAMBAR 5 GAMBAR 6
Papar Papar
- Gambar Rumah yang Dimohon - Rumah Sebenar Peserta A yang Dibaik Pulih
untuk Dibaik Pulih oleh Peserta A
(Sumber: Borang Permohonan) (16.11.2021)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
GAMBAR 7
Semporna
- Peserta Tidak Mendiami Rumah
yang Dimohon untuk Dibaik Pulih
(Sumber: Borang Permohonan )
iii. PBT Tidak Mempunyai ID Pengguna Sistem eKasih
Sebanyak 15 PBT tidak mempunyai ID Pengguna untuk mengesahkan status
kemiskinan KIR/AIR dalam sistem eKasih kerana tidak mengemukakan
permohonan kepada pihak ICU. Sebaliknya, semakan hanya setakat di web
rasmi sistem eKasih menyebabkan maklumat profil dan bantuan yang diterima
pemohon tidak dapat disahkan. Hal ini membawa risiko pengesahan PBT turut
diberikan kepada permohonan yang tidak layak.
Maklum balas KPKT yang diterima pada 20 Mei 2022
Permohonan tidak lengkap sering dibangkitkan oleh KPKT. Permohonan ini
tidak akan diproses untuk pertimbangan.
5.2.2.2. Kelulusan Permohonan
a. SOP Bantuan Baik Pulih Rumah dan Rumah Sejahtera menyatakan KIR/AIR
yang layak dipertimbangkan adalah yang disahkan status kemiskinan dalam
sistem eKasih (kumpulan B40). Bagi bantuan balik pulih rumah, sekiranya
tidak berdaftar dalam sistem eKasih, KIR/AIR hendaklah disahkan oleh MFG.
PBT pula bertanggungjawab memastikan KIR/AIR yang disahkan dalam MFG
didaftarkan dengan kadar segera oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
dalam sistem eKasih.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -3333
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
b. SOP Bantuan Baik Pulih Rumah turut menyatakan KIR/AIR tidak layak
dipertimbangkan sekiranya telah menerima bantuan bina baharu/baik pulih
daripada KPKT atau agensi kerajaan yang lain kecuali terlibat musibah.
Berdasarkan Manual eKasih pula, maklumat bantuan yang diterima oleh
KIR/AIR perlu dikemas kini oleh agensi pemberi bantuan dalam sistem eKasih.
c. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:
i. Peserta Tidak Berdaftar dalam Sistem eKasih
Analisis Audit terhadap 9,074 peserta baik pulih rumah dan bina
baharu rumah RMKe-11 dengan sistem eKasih mendapati seramai 603
peserta (6.6%) yang diluluskan bantuan dalam tempoh tersebut tidak
berdaftar dalam sistem eKasih seperti dalam Jadual 18.
JADUAL 18
STATUS PENDAFTARAN PESERTA DALAM SISTEM eKASIH
PROGRAM BERDAFTAR eKASIH BILANGAN PESERTA JUMLAH
TIDAK BERDAFTAR eKASIH
Baik Pulih Rumah 8,367 594 8,961*
Rumah Sejahtera 104 9 113
JUMLAH 8,471 603 9,074
Sumber: Sistem eKasih
Nota: (*) - 9,036 Peserta Ditolak dengan 75 Duplikasi Nama Peserta dan Peserta Berganda dalam Tempoh RMKe-11
Antara sebab berlakunya perkara ini adalah disebabkan PBT tidak
mengemukakan senarai nama KIR/AIR yang disahkan dalam MFG
kepada PPN untuk proses verifikasi dan pendaftaran dalam sistem
eKasih. Pengesahan Audit dengan PBT yang dilawati mendapati 10 PBT
tidak mematuhi kehendak ini. PBT beranggapan bahawa proses
tersebut akan dilakukan oleh pegawai PPN yang menghadiri di
mesyuarat MFG berkenaan. Kelemahan ini boleh mengakibatkan
statistik kemiskinan negara yang dilaporkan tidak tepat kerana statistik
sebenar adalah lebih tinggi. Hal ini boleh memberi kesan terhadap
pelaksanaan program Kerajaan.
ii. Penerimaan Berganda
Semakan Audit terhadap Senarai Penerima Bantuan Program Baik Pulih
Rumah bagi tempoh RMKe-11 dan RMKe-12 mendapati seramai 54
peserta mempunyai rekod penerimaan berganda kerana
menerima bantuan baik pulih sebanyak dua kali daripada KPKT.
5 - 354- 34 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
Pengesahan Audit dengan sistem eKasih juga mendapati 472
peserta turut menerima bantuan baik pulih/bina baharu
rumah daripada agensi kerajaan yang lain antaranya KPLB,
Majlis Agama Islam Negeri dan PPN. Berdasarkan pemeriksaan fizikal
Audit pula, lapan peserta di enam PBT [MP Selayang, MD Yong Peng,
MP Tawau (Gambar 8), MD Semporna, MB Ipoh dan MP Kota Bharu
Bandaraya Islam] telah didapati menerima bantuan berganda.
GAMBAR 8
Tawau
- Peserta Menerima Bantuan Bina Baharu Rumah
pada Tahun 2016 (RM50,000) dan Baik Pulih Rumah
pada Tahun 2019 (RM15,000)
(23.11.2021)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
iii. Maklumat Bantuan Tidak Dikemas Kini dalam Sistem eKasih
Analisis Audit mendapati bantuan yang diterima oleh 1,960 peserta
Program Baik Pulih dan 14 peserta Program Rumah Sejahtera tidak
dikemaskinikan dalam sistem eKasih walaupun kesemua
peserta tersebut berdaftar dalam sistem eKasih. Kelemahan ini
membawa risiko pertindihan program/bantuan kepada individu yang
sama.
Ketiadaan keselarasan antara pelbagai agensi peringkat Persekutuan
dan negeri membawa risiko penerimaan bantuan berganda
(double-dipping). Hal ini mengakibatkan agihan bantuan tidak dibuat
secara optimum kepada golongan sasar sedangkan sumber kewangan
Kerajaan adalah terhad. Tambahan pula, terdapat peserta yang
menerima bantuan tidak berdaftar dalam sistem eKasih.
Maklum balas KPKT yang diterima pada 20 Mei dan 28 Jun 2022
Peserta tidak berdaftar dalam sistem eKasih antaranya disebabkan oleh
permohonan melalui pengesahan MFG dan maklumat profil peserta
dikeluarkan dari sistem eKasih. Maklumat bantuan peserta yang berdaftar
dalam sistem eKasih dikemas kini setelah teguran Audit. KPKT mengambil
maklum mengenai penerimaan berganda dan berharap agensi pelaksana
tidak mengemukakan permohonan yang telah menerima bantuan yang
sama tertakluk kepada lawatan ke rumah.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -3355
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
Maklum balas ICU JPM yang diterima pada 20 Jun 2022
Terdapat keperluan untuk menghapuskan profil peserta berdasarkan SOP
yang disediakan. Sistem eKasih yang dibangunkan sejak tahun 2008 tidak
mempunyai kemudahan ‘rekod sementara’ bagi profil yang dihapuskan dan
perlu ditambah baik.
5.2.2.3. Pelaksanaan Program Perumahan
a. SOP Bantuan Baik Pulih Rumah menyatakan PBT selepas menerima surat
kelulusan daripada KPKT bertanggungjawab sepenuhnya melaksanakan
projek berdasarkan syarat kelulusan; mengurus pelantikan kontraktor;
memastikan kontraktor melaksanakan projek mengikut jadual dan Bill of
Quantity (BQ) yang telah dikemukakan kepada KPKT; dan memantau
pelaksanaan projek.
b. Turut dinyatakan dalam SOP ialah pembaikan melibatkan komponen asas
rumah sahaja dibenarkan seperti bumbung, siling, dapur, tandas, bilik air,
pintu, dinding, lantai dan pendawaian elektrik. Pembesaran dan
pengubahsuaian bahagian dalam atau luar rumah sedia ada seperti kerja
membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, longkang dan
jalan masuk tidak dibenarkan.
c. Berhubung dengan penyediaan spesifikasi projek, Perenggan 1 PK 2.1
(Kaedah Perolehan Kerajaan) antaranya menyatakan dalam menggariskan
spesifikasi, perkara seperti saiz, bentuk, kualiti, nisbah kandungan dan butiran
lain hendaklah dinyatakan dengan jelas.
d. Semakan Audit berhubung pelaksanaan program mendapati perkara seperti
berikut:
i. Spesifikasi Projek Disediakan Secara Pukal
Enam PBT menyediakan spesifikasi projek secara pukal. Pihak Audit tidak
dapat memastikan butiran kos pembaikan ditentukan bagi setiap skop
kerja kerana kuantiti, kadar dan jumlah yang terlibat bagi setiap kerja
pembaikan tidak dinyatakan secara terperinci. Kelemahan ini
mengakibatkan pengesahan kerja tidak dapat ditentukan dengan tepat
bagi tujuan pembayaran/pemotongan bayaran kepada kontraktor.
ii. Skop Kerja Tidak Dibenarkan
Skop kerja baik pulih yang disediakan oleh 17 PBT berjumlah RM358,613
adalah termasuk skop kerja yang tidak dibenarkan seperti
5 - 356- 36 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
pembekalan peralatan, pembesaran dan pengubahsuaian rumah
(Gambar 9) serta kerja mengecat (Gambar 10). Perkara ini berlaku
kerana PBT memberi pertimbangan terhadap permintaan dan keperluan
peserta.
GAMBAR 9 GAMBAR 10
Daerah Tapah Yong Peng
- Kerja Ubah Suai Rumah yang Tidak Dibenarkan - Kerja Mengecat Dinding Luar Rumah yang Tidak
(Kos Bernilai RM8,192) Dibenarkan (Kos Bernilai RM6,370)
(Sumber: Laporan Akhir MD Tapah) (07.02.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
iii. Skop Kerja Pembaikan Tidak Dilaksanakan
Pemeriksaan fizikal Audit mendapati skop kerja tertentu seperti
pembaikan bumbung dan siling serta kerja mengecat
tidak dilaksanakan sepenuhnya/sebahagian mengikut
spesifikasi. Pembaikan tidak dilaksanakan disebabkan komponen rumah
masih berkeadaan baik. Sungguhpun tidak dilaksanakan, namun bayaran
berjumlah RM402,046 dibuat kepada kontraktor. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 19 serta Gambar 11 dan Gambar 12.
JADUAL 19
KERJA TIDAK DILAKSANAKAN
KERJA TIDAK DILAKSANAKAN
PBT SEPENUHNYA SEBAHAGIAN
Negeri Selangor BIL. KIR (RM)* BIL. KIR (RM)*
1. MD Sabak Bernam
2. MP Ampang Jaya 5 14,490 1 4,500
3. MP Kuala Langat -
Negeri Sabah 1 12,350 - -
4. MD Kota Belud
5. MD Papar 4 1,861 -
6. MP Tawau
7. DB Kota Kinabalu 7 59,300 3 25,500
8. MD Semporna 14,110
Negeri Johor 6 21,160 4 24,781
15,400
3 8,787 5
7,074
4 4,650 5
2 4,497 3
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -3377
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
KERJA TIDAK DILAKSANAKAN
PBT SEPENUHNYA SEBAHAGIAN
BIL. KIR (RM)* BIL. KIR (RM)*
9. MD Tangkak 2 7,820 2 15,386
10. MD Yong Peng 1 1,000 4 4,550
11. MP Batu Pahat 3 2,110 3 1,800
Negeri Perak
12. MB Ipoh 1 3,036 5 27,260
13. MP Teluk Intan 2 7,930 5 12,651
14. MD Tanjong Malim - -5 6,600
15. MD Tapah 1 3,360 - -
Negeri Kelantan
16. MD Pasir Puteh 3 13,480 8 61,335
17. MD Tumpat 2 5,677 2 4,810
18. MP Kota Bharu Bandaraya Islam 2 3,772 1 1,009
JUMLAH 49 175,280 56 226,766
Sumber: Pemeriksaan Fizikal Audit dan Skop Kerja Projek
Nota: (*) - Kos yang Dinyatakan Adalah Secara Pukal Termasuk Skop Kerja Lain
GAMBAR 11 GAMBAR 12
Tangkak Tangkak
- Siling Tidak Ditukar (Kos RM1,820). Hanya Kayu - Bumbung Tidak Ditukar (Kos RM13,650). Hanya Zink
di Bahagian Tepi Siling Sahaja yang Ditukar Merah Diletakkan Pada Bumbung untuk Elak Bocor
(10.02.2022) (10.02.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
iv. Kualiti Kerja yang Dilaksanakan Tidak Memuaskan
SOP Bantuan Baik Pulih Rumah menetapkan PBT hendaklah memantau
pelaksanaan projek oleh kontraktor. Pemeriksaan fizikal Audit
mendapati kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor melibatkan
20 PBT dengan kos berjumlah RM286,235 tidak memuaskan. Antara
kelemahan yang ditemui adalah siling tidak dipasang mengikut ukuran
yang tepat, bumbung yang dibaik pulih masih bocor, penggunaan
bahan yang kurang berkualiti, keadaan lantai yang disimen kasar dan
berpasir serta lepaan simen yang tidak sempurna dan tidak dicat.
Contoh gambar adalah seperti dalam Gambar 13.
5 - 358- 38 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
GAMBAR 13
Pasir Puteh
- Terdapat Ruang Antara Bumbung ke Bumbung
yang Dipasang Mengakibatkan Air Hujan Masuk
Melalui Celah Bumbung
(13.03.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
Tambahan pula, keperluan Surat Akuterima diadakan tidak dipatuhi
oleh 16 PBT sebagaimana ketetapan dalam Mesyuarat Penyelarasan
Pelaksanaan PPKB Bilangan 2 Tahun 2016. Surat Akuterima perlu
ditandatangani oleh KIR sebagai bukti bahawa KIR berpuas hati
dengan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor sebelum sesuatu
bayaran dibuat. Setelah teguran Audit, tindakan pembaikan dan
pelarasan skop projek tertentu telah dilakukan oleh PBT.
v. Kos Kerja Baik Pulih Melebihi Kadar Maksimum
Berdasarkan SOP Bantuan Baik Pulih Rumah, kadar maksimum
bantuan yang ditetapkan bagi Semenanjung Malaysia sebelum tahun
2021 adalah RM13,000. Semakan Audit terhadap sampel 10 peserta
melibatkan MD Tangkak mendapati kos kerja pembaikan yang
ditetapkan bagi setiap peserta adalah antara RM4,640 hingga
RM26,796. Kos kerja yang ditetapkan bagi tujuh peserta
melebihi kadar maksimum ditetapkan iaitu antara
RM13,440 hingga RM26,796, manakala kos kerja bagi baki tiga
peserta adalah antara RM4,640 hingga RM12,784.
Kesemua projek dilaksanakan oleh kontraktor yang sama. Oleh itu,
kawalan kos dibuat secara menyeluruh dan tidak berdasarkan individu
peserta. Tindakan ini mengakibatkan nilai bantuan yang diterima oleh
peserta lain kurang daripada RM13,000 walaupun masih terdapat
komponen tertentu yang memerlukan pembaikan.
Maklum balas KPKT yang diterima pada 20 Mei 2022
PBT perlu menyediakan skop kerja berdasarkan lawatan tapak. Kelulusan siling adalah
RM13,000 bagi sebuah rumah. Penyaluran peruntukan adalah berdasarkan skop kerja
yang dikemukakan kepada KPKT. Sebarang pindaan/perubahan kos kerja yang
melebihi/kurang daripada yang telah diluluskan adalah tidak dibenarkan.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTauhnu2n0220121SiSriiri11 55- -3399
PPeenngguurruussaann PPrrooggrraamm PPeemmbbaassmmiian KKe miskkiinnaann BBaannddaarr RAHSIA
RAHSIA AGONG KAN_19.7.2022
Maklum balas PBT yang diterima mulai 21 Januari hingga 29 Mei 2022
Spesifikasi Projek Disediakan Secara Pukal
Peserta tiada di rumah semasa lawatan tapak oleh PBT; spesifikasi projek disediakan
oleh kontraktor; dan spesifikasi projek disediakan sendiri oleh Jabatan Belia
Masyarakat dan Landskap tanpa penglibatan Jabatan Teknikal di PBT.
Skop Kerja Tidak Dibenarkan
PBT tidak maklum. Selain itu, PBT juga telah mengemukakan skop kerja kepada KPKT
dan beranggapan kesemua dokumen telah dipersetujui dan diluluskan.
Skop Kerja Pembaikan Tidak Dilaksanakan
Pengesahan kerja dibuat melalui panggilan telefon, melihat secara fizikal di luar
rumah atau pengesahan oleh peserta kerana pelaksanaan kerja dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); dan perubahan skop kerja di tapak. Setelah
teguran Audit, kerja pembaikan/penggantian skop kerja telah dilaksanakan.
Kos Kerja Baik Pulih Melebihi Kadar Maksimum
MD Tangkak hanya mematuhi kadar harga yang dipersetujui oleh kontraktor.
5.2.2.4. Pemantauan
a. Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan PPKB Tidak Diadakan
i. Berdasarkan Minit Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan PPKB, dinyatakan
bahawa mesyuarat diwujudkan sebagai platform untuk KPKT
menyampaikan dasar dan arahan terkini kementerian bagi memantapkan
sistem penyampaiannya kepada golongan sasar.
ii. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati mesyuarat ini tidak
diadakan pada tahun 2020 dan 2021. Kali terakhir mesyuarat
adalah pada 7 November 2019. Hal ini mengakibatkan interaksi secara
langsung dan perbincangan antara ahli mesyuarat tidak dapat dibuat bagi
menambah baik pelaksanaan program.
iii. Beberapa isu berbangkit yang dihadapi dan belum diselesaikan oleh PBT
dalam tempoh tersebut adalah seperti berikut:
Pemulangan baki peruntukan PPKB. Isu ini ada dibangkitkan dalam
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan PPKB Bilangan 1 Tahun 2019
pada 21 April 2019. Bagaimanapun, tindakan susulan terhadap isu ini
tidak dilakukan oleh KPKT. Baki peruntukan yang tidak dibelanjakan
masih dalam rekod PBT.
5 - 450- 40 LaLpaoproarnanKKeteutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn22020121SiSriir1i 1 RAHSIA
PePnegnugruusrauns aPnroPgrroagmr aPmemP ebmasbmaisamn i aKnemKiesmkini sakni nBaannBdarn d a r