The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jamizan Baki, 2022-08-03 20:57:38

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2021 SIRI 1

aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

telah diperuntukkan, kesan limpahan yang dijana daripada projek, mengenal pasti
masalah dan cabaran serta saranan cadangan penambahbaikan.

Prestasi pencapaian dan sasaran pelaburan serta peluang pekerjaan mengikut negeri
bagi tahun 2015, 2020, 2021, dan 2025 adalah seperti berikut:

KEBERHASILAN 2015 2020 2021

SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN

Pelaburan 10.00 12.50 7.00 15.60 16.00 26.27
(RM Bilion)

Peluang Pekerjaan 12,000 11,835 5,900 22,364 20,000 30,573

Sumber: Minit Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 27/28 dan Laporan Tahunan NCIA 2015

2020 2021

NEGERI PELABURAN PELUANG PELABURAN PELUANG
(RM Bilion) PEKERJAAN (RM Bilion) PEKERJAAN

Perlis 0.53 393 0.28 30

Kedah 9.28 15,273 10.30 13,893

Pulau Pinang 4.69 5,897 11.00 8,278

Perak 1.10 801 4.60 8,372

Sumber: Data Pelaburan NCIA Yang Diluluskan

Tiada sebarang penetapan sasaran dibuat untuk jumlah pelaburan dan bilangan
peluang pekerjaan bagi tahun 2019 dan 2020 mengikut produk dan negeri. Sasaran,
bagaimanapun ada ditetapkan untuk NCIA/koridor NCER (global numbers) bagi KRI
tahun 2019 dan 2020. Tiada penanda aras boleh diguna pakai sebagai rujukan ketika
ketiga-tiga program ini dilaksanakan kerana negara berhadapan dengan pandemik
Covid-19 yang mengekang usaha untuk mendapatkan maklumat sasaran yang lebih
tepat daripada lapangan. Namun, pada tahun 2021 NCIA boleh membuat sasaran
baru berdasarkan data pencapaian tahun sebelumnya.

5.1.2.5. Keberhasilan Projek Berimpak Tinggi

Semakan Audit terhadap tujuh projek sehingga 31 Disember 2021 mendapati
tahap keberhasilan projek adalah seperti berikut:

a. Tahap keberhasilan projek IBC yang telah siap dapat dinilai berdasarkan
kepada objektif pembangunan projek. Bagaimanapun Terminal PB yang siap
pada 16 Jun 2020 masih belum boleh dinilai keberhasilan kerana penularan
wabak Covid-19 yang telah berlaku awal tahun 2020.

b. Tahap keberhasilan projek CVIA, IP, Terminal KS, KRC dan IHT masih tidak
boleh diukur kerana projek ini belum siap sepenuhnya. Keseluruhan projek
CVIA dan Terminal KS dijangka akan siap sepenuhnya pada Mac 2023 dan
April 2023 manakala projek PIP dijangka siap dan mula beroperasi pada Ogos
2023. Bagaimanapun, terdapat lima pelabur telah komited untuk membuat
pelaburan di projek CVIA dan PIP.

LapoLraapnorKaentuKaetAuaudAiutdNiteNgeagraaraTaThauhnun22002211SSiirrii 11 11--7733
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaawwaahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommi i KKoorriiddoorr UUttaarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

5.1.2.6. Keberhasilan Projek Dalam Meningkatkan Kapasiti Kargo

a. Projek Naiktaraf Terminal Keretapi di Padang Besar

i. Projek Terminal PB merupakan laluan keretapi bagi aktiviti perdagangan
antara Malaysia dan Thailand yang juga pintu masuk utama bagi aktiviti
eksport dan import bagi menyelesaikan isu kesesakan kemasukan kargo
dari selatan Thailand.

ii. Skop projek Terminal PB menumpukan kepada penambahbaikan fasiliti
sedia ada di terminal bagi meningkatkan jumlah kapasiti pengendalian
kargo daripada 110,000 Twenty-foot Equivalent Unit (TEU) kepada
150,000 TEU setahun. Jumlah kapasiti pengendalian kontena dari selatan
Thailand ke Malaysia melalui Terminal PB bagi tempoh 2017 hingga 2021
adalah seperti dalam Jadual 18.

JADUAL 18
JUMLAH KAPASITI PENGENDALIAN KONTENA DARI
SELATAN THAILAND KE MALAYSIA MELALUI TERMINAL PADANG BESAR

BAGI TEMPOH 2017 HINGGA 2021

KONTENA 2017 2018 TAHUN 2020 JANUARI -
2019 OGOS 2021

Bilangan kargo 20’ (a) TM TM 48,056 43,980 31,653

Bilangan kargo 40’ (b) TM TM 37,644 23,952 18,509
TM TM 85,700 67,932 50,162
JUMLAH BILANGAN KARGO 99,190 112,168 123,344 91,884 68,671
(a) + (b)

JUMLAH KAPASITI KARGO (TEU)

Purata bulanan kapasiti kargo (TEU) 8,266 9,347 10,279 7,657 8,584

Sumber: Kajian Outcome Projek Naiktaraf Padang Besar oleh Perunding NCIA
Nota: TM - Tiada Maklumat

iii. Semakan Audit terhadap data kemasukan kontena dari selatan Thailand
melalui Terminal PB mendapati penilaian keberhasilan masih tidak boleh
dinilai kerana penularan wabak Covid-19 berlaku pada awal tahun 2020
berbanding projek siap pada 16 Jun 2020. Penularan wabak Covid-19
menunjukkan penurunan TEU kargo setahun berbanding 123,344 pada
tahun 2019, iaitu sebanyak 91,884 (25.5%) pada tahun 2020 dan 68,671
(44.3%) sehingga bulan Ogos 2021. Oleh itu, pihak Audit tidak boleh
menilai keberhasilan projek Terminal PB iaitu 150,000 TEU setahun selaras
dengan objektif naiktaraf projek.

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati projek Terminal PB di bawah
kendalian Syarikat 0174274-D akan berhenti beroperasi apabila projek PIP
siap dan beroperasi sepenuhnya pada Ogos 2023.

1 -17-474 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PPror joejke kdadna nPrPorgorgarma mdid iBaBwa waha hWWilai lyaayha hEkEoknoonmoimKi oKroidriodorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 10 Jun 2022

Seperti yang dipersetujui dalam Makmal Pengurusan Nilai (VA Lab) projek PIP yang
dilaksanakan pada 5 hingga 9 April 2021, Perlis telah bersetuju untuk membenarkan
Terminal PB terus beroperasi bersama Terminal PIP dan perpindahan operasi
Terminal PB ke PIP akan bergantung kepada keperluan perniagaan serta
perbincangan bersama UPE, MOT, Kerajaan Negeri Perlis dan KTMB.

b. Projek Perlis Inland Port

i. Projek PIP merupakan satu projek strategik sejajar dengan Pelan
Pembangunan Lembah Chuping yang disediakan oleh Kerajaan Negeri
Perlis dan NCIA pada bulan Jun 2015. Anggaran keseluruhan pelaburan
projek PIP adalah RM1.54 bilion yang melibatkan RM1.2 bilion pelaburan
swasta dan RM336 juta pelaburan kerajaan. Projek PIP seluas 500 ekar
akan dilaksanakan secara PFI yang mana infrastruktur utama akan
disediakan melalui pelaburan swasta. Kerajaan akan menyediakan tiga
infrastruktur sokongan iaitu jambatan (1.6km), laluan khas bonded road
(4.47km) dan laluan keretapi spur line (1.3km).

ii. PIP digunakan oleh pengeksport dari selatan Thailand melalui
perkhidmatan rel bagi menghantar kargo ke Pelabuhan Pulau Pinang.
Selain itu, projek PIP menyokong projek CVIA, NAEZ, KSTP dan KRC serta
menyokong integrasi pelbagai logistik seperti Jeti Sanglang dan Hab
Pengangkutan Udara Alor Star.

iii. Berdasarkan Laporan Pengurusan Nilai [Value Management (VM)]
kesesakan di Terminal PB menyebabkan Malaysia kehilangan peluang
untuk menjadi hab perkhidmatan logistik bagi kargo dari selatan Thailand.
Perkhidmatan logistik di Terminal PB adalah terhad sebagai transit kepada
kargo antarabangsa dari selatan Thailand dan tidak mampu menampung
kargo domestik. Rekod perdagangan dua hala Malaysia-Thailand pada
tahun 2019 melalui Terminal PB berjumlah RM7.46 bilion.

iv. Pembangunan projek PIP telah dimasukkan dalam Rancangan Struktur
Negeri Perlis 2030 pada Disember 2012, Pelan Strategik Pembangunan
Perlis 2012-2030 (NCIA-Perlis) pada Ogos 2013, Rancangan Tempatan
Majlis Perbandaran Kangar 2009-2020 pada Disember 2013 dan Pelan
Pembangunan Lembah Chuping (NCIA-Perlis) pada Jun 2015.
Bagaimanapun, semakan Audit mendapati pembangunan projek PIP
lewat dilaksanakan seperti berikut:

 Mengikut Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) tarikh perancangan dan
mula projek PIP adalah pada 2 Mei 2016 manakala tarikh perancangan

LapoLraapnorKaentuKaetAuaudAiutdNiteNgeagraaraTaThauhnun22002211SSiirrii 11 11--7755
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaawwaahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommi i KKoorriiddoorr UUttaarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

siap adalah pada 31 Disember 2018. Semakan Audit mendapati
sehingga 31 Disember 2021, projek PIP telah lewat selama
1,095 hari dari tarikh perancangan siap.

 Selain itu, pihak Audit mendapati NCIA tidak melaksanakan
Pengurusan Nilai setelah mendapat kelulusan melalui surat UKAS
JPM pada 25 November 2015. Keadaan ini bertentangan dengan
Pekeliling Unit Perancang Ekonomi Bilangan 3 tahun 2009, di mana
semua projek yang bernilai RM50 juta ke atas hendaklah membuat VM.
Pelaksanaan VM ini amat penting sebagai management tool atau
perancangan terperinci seperti latar belakang, isu dan permasalahan
projek, skop pelaksanaan projek, risiko, kos, timeline dan pelan
tindakan projek.

v. Kelewatan pelaksanaan projek PIP disebabkan NCIA lewat
membangunkan infrastruktur luar dan Kerajaan Negeri Perlis lewat
membangunkan tapak projek. Semakan Audit mendapati Kerajaan Negeri
Perlis melalui MMK Bilangan 181/2018 telah bersetuju melantik Syarikat
1243296-A pada 15 November 2018 sebagai pelaksana secara PPP.
Bagaimanapun NCIA telah selesai melaksanakan Makmal Pengurusan Nilai
pada 5 hingga 9 April 2021.

vi. Kesan kelewatan pelaksanaan menyebabkan projek PIP kehilangan
peluang pasaran kemasukan kargo dari selatan Thailand. Mengikut kajian
yang dijalankan oleh perunding yang dilantik oleh NCIA, anggaran peluang
pasaran dari selatan Thailand adalah 687,992 TEU (2015) hingga 1.23 juta
TEU (2030). Jumlah anggaran kehilangan peluang pasaran disebabkan
ketidakmampuan infra sedia ada adalah 294,854 TEU (2015) hingga
550,000 TEU (2030). Mengikut Kertas Strategi 14 RMKe-11 Meningkatkan
Pertumbuhan Logistik dan Fasiliti Perdagangan UPE (2016), jumlah
kontena dari selatan Thailand adalah 396,000 TEU setahun dan Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) hanya mampu mengendalikan 120,000 TEU
setahun. Data yang diperolehi daripada KTMB pula menunjukkan hanya
91,289 TEU hingga 122,160 TEU kontena yang melalui Terminal PB untuk
tempoh lima tahun seperti di Carta 1.

1 -17-676 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

CARTA 1
JUMLAH KONTENA YANG MELALUI PERKHIDMATAN
REL TERMINAL PADANG BESAR BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2021

140,000 120,000 120,000 122,160 120,000 120,000 120,000
120,000 104,469 114,523 91,289
100,000
89,981

TEU 80,000

60,000

40,000

20,000

- 2018 2019 2020 2021 TAHUN
2017

Rekod Keluar Masuk Kemampuan TEU

Sumber: KTMB

vii. Kelewatan ini juga menyebabkan peningkatan kos projek sebanyak
RM176.60 juta daripada RM150.85 juta kepada RM327.45 juta. Selain itu
pada tahun 2019, Thailand telah memperkenalkan “Land Bridge Project”
untuk menghubungkan pelabuhan Ranong ke Chumphon bagi mengatasi
masalah had bilangan keluar/masuk kontena Thailand dan oleh
memendekkan tempoh perjalanan kapal kargo selama dua hari dari Asia
Timur ke Asia Tengah/Eropah di Selat Melaka.

viii. Semakan Audit mendapati sehingga tarikh pengauditan, tiada kajian
dijalankan oleh NCIA berkaitan impak pelaksanaan Land
Bridge Project. Perkara ini tidak pernah dibincangkan di dalam
Mesyuarat IMT-GT bagi mewujudkan kerjasama pelaburan dan
mengurangkan persaingan ekonomi antara Malaysia dan Thailand. Oleh
itu penilaian keberhasilan projek PIP masih belum boleh dinilai kerana
projek ini dijangka siap dan mula beroperasi pada bulan Ogos 2023.

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 13 Mei 2022 dan
10 Jun 2022

Tidak ada MoU yang diwujudkan bagi pelaksanaan projek di bawah wilayah IMT-GT
khususnya melibatkan projek NCER. Projek Land Bridge oleh Kerajaan Thailand masih
di dalam peringkat kajian dan tidak dibangkitkan di dalam mesyuarat IMT-GT. NCIA
telah menjalankan analisa dalaman berkenaan impak projek Land Bridge dan UPE
diminta untuk menjalankan kajian strategik untuk menilai impak serta melibatkan
Kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan dalam jawatankuasa kajian

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -7777
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorr UUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

tersebut. Keputusan mesyuarat sesi taklimat bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri (Ekonomi) Berhubung Cadangan Pembangunan Thailand Land Bridge yang
diadakan pada 16 Februari 2022:

a. PLANMalaysia diminta mengadakan perbincangan dengan UPE bagi mengkaji
semula skop kajian dan terma rujukan Kajian Sempadan Antarabangsa Malaysia
Thailand (KSAMT) berdasarkan input yang diterima daripada kementerian/agensi
dan Kerajaan negeri;

b. Bahagian Pembangunan Wilayah, UPE dan PLANMalaysia telah diminta untuk
menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Bandar Sempadan (Border
Development Committee); dan

c. Bahagian Pembangunan Wilayah, UPE diminta memanfaatkan platform IMT-GT
untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan perancangan pembinaan
Thailand Land Bridge melalui kolaborasi dengan pihak Thailand.

Kegagalan Syarikat 106362-T selaku pihak pemaju mematuhi keperluan yang
ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Perlis menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek
PIP kerana NCIA perlu memastikan perancangan dan pelaksanaan infrastruktur luaran
selari dengan perancangan infrastruktur dalaman.

Maklum balas yang diterima daripada SUK Perlis pada 25 Mei 2022

Surat tawaran telah dibuat kepada kontraktor baru pada 4 Mei 2022 dan kontrak
dijangka ditandatangani pada minggu keempat Mei 2022. Kerja tanah dijangka
bermula pada bulan Jun/Julai 2022.

5.1.2.7. Keberhasilan Projek Dalam Mewujudkan Nod Pertumbuhan

a. Projek Pusat Perniagaan Bersepadu

i. Projek CVIA Fasa 1 - IBC yang terletak di CVIA merangkumi pembinaan
dua bangunan Pusat Perniagaan Bersepadu dan Pejabat Transit &
Kediaman Jangka Pendek. IBC menempatkan Pejabat Operasi dan
Pemasaran bagi Kawasan Pembangunan Lembah Chuping. Pembangunan
Pejabat Operasi dan Pemasaran pula merangkumi ruang pejabat tiga
tingkat bersama bilik mesyuarat dan bilik mesyuarat khas. Selain itu,
pembangunan Pejabat Transit & Kediaman Jangka Pendek adalah bagi
memudahkan pihak pelabur berurusan dengan pentadbiran Kawasan
Pembangunan Lembah Chuping. Antara objektif utama pembangunan
projek IBC adalah seperti berikut:

 Sebagai projek pemangkin bagi pembangunan keseluruhan CVIA;

1 -17-878 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

 IBC Fasa 1 bertindak sebagai pusat pentadbiran setempat bagi pelabur
untuk berurusan dengan CVIA;

 Pembangunan IBC bertindak sebagai pusat operasi dan pemasaran
bagi CVIA; dan

 IBC bertindak sebagai pusat transit pelabur yang berminat untuk
melabur di CVIA sementera membangunkan fasiliti masing-masing.

ii. Semakan Audit terhadap penilaian keberhasilan pembangunan projek IBC
mendapati bangunan IBC telah dihuni oleh dua agensi Kerajaan dan
disewa oleh lapan penyewa tetap. Semakan lanjut Audit mendapati
daripada lapan penyewa di bangunan IBC sebahagian besar penyewa
terdiri daripada kontraktor projek yang sedang membangunkan projek
CVIA Fasa 1. Berdasarkan keluasan keseluruhan bangunan IBC yang
berukuran 28,613.15 kaki persegi yang boleh disewa, sebanyak 9,863.62
kaki persegi (34%) telah disewa manakala baki sebanyak 18,749.53 kaki
persegi (66%) masih belum disewa.

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 13 Mei 2022

Tiga penyewa menunjuk minat untuk melabur di CVIA dan dalam proses
mendapatkan kelulusan pajakan tanah daripada Kerajaan Negeri Perlis. Terdapat
pelabur berminat membangunkan dan menghasilkan produk berasaskan kenaf seluas
5.9 ekar serta penyewaan ruang pejabat dan makmal ujikaji seluas 4,441.62 kaki
persegi untuk pembangunan ekosistem baharu teknologi bahan api alga boleh
diperbaharui. NCIA menjangkakan pada suku ketiga tahun 2022, kawasan seluas
18,744.09 kaki persegi bersamaan 66% akan disewakan. NCIA bercadang membuka
galeri jualan sebagai one stop centre bagi menarik pelabur di CVIA dan dijangka
beroperasi pada penghujung suku ketiga tahun 2022.

b. Projek Kedah Rubber City

i. Sehingga 31 Disember 2021, semakan terhadap Laporan Pelaburan KRC
yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri
Kedah Bilangan 3 Tahun 2021 pada 7 Oktober 2021 mendapati dua
syarikat telah bersetuju untuk melabur di KRC berjumlah RM1.550 bilion
(15.5%) daripada anggaran potensi pelaburan berjumlah RM10 bilion
melibatkan 115 ekar (38.3%) daripada 300 ekar KRC Fasa 1. Oleh itu,
penilaian keberhasilan projek KRC masih belum boleh dinilai kerana
projek ini masih dalam status pembinaan.

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -7799
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorrUUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 13 Mei 2022

Semasa Majlis Pelancaran KRC pada 7 Februari 2022 oleh YAB Perdana Menteri,
terdapat peningkatan nilai pelaburan daripada RM1.500 bilion kepada RM3.000 bilion
disebabkan syarikat bercadang membina sebuah kilang Nitrile Butadine Latex dengan
kapasiti 960 Kilo Tan Setahun. Teknologi automasi dan digitalisasi akan diguna pakai
adalah untuk tenaga kerja berkemahiran tinggi dan ini mengurangkan kadar peluang
pekerjaan dari 2,600 kepada 800 pekerja.

Maklum balas yang diterima daripada SUK Kedah pada 18 Mei 2022

Pentadbiran ini mengesahkan penemuan Audit berkenaan pelaburan komited di KRC
seperti dilaporkan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara Ke-26
pada 25 Jun 2021, Majlis Komitmen Pelaburan NCER 2021 disaksikan YAB Perdana
Menteri dan YAB Menteri Besar Kedah serta Majlis Pelancaran Projek Strategik NCER
– KRC oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Februari 2022.

5.1.2.8. Keberhasilan Program

a. Semakan Audit terhadap Laporan Kajian Outcome Pihak Berkuasa
Pelaksanaan Koridor Utara Di Bawah RMKe-11 mendapati enam daripada
sembilan program yang diteruskan telah mencapai sasaran
pencapaian keberhasilan yang ditetapkan iaitu KIDA, NTEP,
entrepreneurNCER, DU@NCER, program GaN-on-GaN CREST dan
Pembangunan MIDI SENTRAL/CREST.

b. Program empowerNCER mencapai 57.1% pencapaian
keberhasilan disebabkan peratus pelajar lulus SPM di kalangan pelajar
lemah dan sederhana pada fasa Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah
(PdPR), peserta tidak berminat untuk mendaftarkan perniagaan dan
menjalankan perniagaan daripada rumah serta secara atas talian. Program
Perlis Superfruit Valley tidak boleh diukur kerana tempoh
pelaksanaan sehingga 31 Disember 2030 (10 tahun). Pencapaian
keberhasilan program EMM 2.0 hanya boleh diukur bagi empat
(30.8%) daripada 13 musim. Dua musim telah tercapai dan dua musim
lagi tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Baki sembilan (69.2%)
musim lagi masih belum boleh diukur disebabkan tempoh pelaksanaan
program adalah sehingga tahun 2026. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 19.

1 -18-080 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

JADUAL 19

SASARAN PENCAPAIAN KEBERHASILAN BAGI TIGA PROGRAM

MENGIKUT KLUSTER DAN NEGERI SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

BIL. NAMA PROGRAM NEGERI PENCAPAIAN KEBERHASILAN

SASARAN SEBENAR

KLUSTER PERKHIDMATAN

empowerNCER ● 90% kadar kelulusan pelajar 57.1%
● Akademik SPM.
● 97.7% kadar kelulusan pelajar SPM
● 10% pelajar SPM mendapat 5A 2020.
dan ke atas.
● 8% pelajar SPM 2020 memperoleh
● 55% pelajar SPM meningkat 5A ke atas.
dalam Gred Purata Murid.
● 90.3% pelajar SPM meningkat
● Meningkatkan Kemahiran 3M dalam Gred Purata Murid.
sebanyak 20%.
● Kemahiran 3M murid Orang Asli
meningkat kepada 44%.

● 90% peserta menamatkan ● 97% peserta telah tamat latihan

latihan dan memperoleh sijil. dan memperoleh sijil.

Skill Training Programme Skill Training Programme

● 80% peserta bekerja dan kekal ● 90% peserta bekerja dan kekal
dalam pekerjaan selama tiga dalam pekerjaan selama tiga bulan.
bulan.
● 41% telah mendaftar SSM dan 80%
Pelbagai ● 80% mendaftar perniagaan dan mendapat bantuan kewangan.
1. Negeri memperoleh bantuan ● 72% peningkatan pendapatan bagi
kewangan. program kemahiran.
empowerNCER
● Latihan Kemahiran ● 80% peserta mencapai

dan Keusahawanan peningkatan pendapatan bagi

program kemahiran.

Entrepreneurship Development Entrepreneurship Development

Programme Programme

● 70% peserta memperoleh perkara  66% memiliki premis.

berikut:  Sekurang-kurangnya 3 dari 4
- Tempat perniagaan khusus; perkara berikut:

- Sekurang – kurangnya 3 dari 4 - 99% menerima bantuan
perkara berikut: kewangan

 Pinjaman atau bantuan - 100% pemasaran atas talian
kewangan - 100% penembusan pasaran

 Pemasaran dalam talian
 Penembusan pasaran - N/A (Covid-19)
 Mengambil bahagian dalam
- 100% peningkatan pendapatan
satu acara atau pameran; dan bagi program pembangunan
 Mempunyai usahawan.
pendapatan

purata kenaikan 100% selama

3 bulan.

KLUSTER PERTANIAN

2. Perlis Superfruit Valley Perlis 15 Agropreneur Superfruit. Tidak boleh diukur
 Masih dalam tempoh pelaksanaan

sehingga 31 Disember 2030.

3. Pembangunan Kedah Sasaran purata hasil bagi tahun 2021 Boleh diukur bagi empat musim
EMM 2.0 adalah 4.5mt/ha dan ke arah mencapai (30.8%)
 Masih dalam proses pelaksanaan
purata hasil padi sehingga 8 mt/ha
pada tahun 2026. dan akan dilaporkan pada tahun
2026.

Sumber: Kajian Penilaian Outcome Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara Di Bawah RMKe-11 yang dilaksanakan oleh

Syarikat 0455582W

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -8811
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorrUUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

Pendapat Pelaksanaan projek dan program yang tidak mengikut
Audit perancangan menyebabkan pencapaian keberhasilan NCER
melibatkan pelaburan dan peluang pekerjaan yang disasarkan
tidak dapat dinilai.

5.2. Pengurusan Projek dan Program

Pengurusan projek dinilai berdasarkan empat perkara iaitu pengurusan kewangan,
pengurusan tanah, pengurusan perolehan serta pematuhan spesifikasi dan kualiti.

5.2.1. Pengurusan Kewangan

a. Bagi tujuan pelaksanaan 40 projek, program dan kajian NCER di bawah RMKe-11,
peruntukan yang diluluskan bagi kos projek berjumlah RM5,067.22 juta sehingga
31 Disember 2021. Peruntukan yang diluluskan bagi kos projek adalah melalui
kaedah rolling plan (RP) dan Notis Perubahan (NOC) melibatkan dua projek yang
tidak diteruskan/ditangguhkan iaitu projek BDWC dan PHIP. NOC projek BDWC
berjumlah RM179 juta diperuntukkan bagi mewujudkan butiran baru untuk tiga
projek, lapan program dan tujuh kajian pada tahun 2019. NOC projek PHIP
berjumlah RM22.50 juta diperuntukkan kepada dua program dan satu kajian pada
tahun 2020.

b. Selain itu, berdasarkan maklum balas NCIA pada 13 Mei 2022 menyatakan
program GaN-on-GaN CREST dan MIDI SENTRAL/CREST diwujudkan di bawah
RMKe-11, RP4 tahun 2019 menggunakan penjimatan dalaman MoF. Butiran
program ini telah dipindahkan semula kepada NCIA daripada MITI dengan jumlah
kos siling RM12.50 juta. Prestasi peruntukan dan perbelanjaan projek, program
dan kajian NCER adalah seperti berikut:

c. Prestasi Peruntukan dan Perbelanjaan Projek, Program dan Kajian

i. Berdasarkan perkara A (5) Discretionary Authority Limit Version 4.0 NCIA,
pegawai yang telah diberi kuasa kewangan hendaklah sebelum melakukan
sesuatu perbelanjaan memastikan peruntukan semasa mencukupi seperti
yang diluluskan dalam bajet tahunan. Permohonan peruntukan perlu dibuat
terlebih dahulu sekiranya tiada peruntukan semasa.

ii. Semakan Audit terhadap Laporan Perbelanjaan Kumpulan Wang
Pembangunan NCER sehingga 31 Disember 2021 mendapati bagi projek,
program dan kajian sambungan daripada RMKe-10 hingga RMKe-11, sejumlah
RM820.02 juta peruntukan telah disalurkan dan RM898.60 juta (109.6%) telah
dibelanjakan iaitu melebihi peruntukan berjumlah RM78.58 juta.

1 -18-282 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan peruntukan dan
perbelanjaan tersebut disebabkan maklumat terperinci yang dikemukakan
tidak konsisten dan sebahagian dokumen berkaitan perbelanjaan belum
dikemukakan.

iii. Peruntukan dan perbelanjaan projek, program dan kajian bagi RMKe-11
sehingga 31 Disember 2021 adalah seperti dalam Jadual 20.

JADUAL 20
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PROJEK, PROGRAM DAN KAJIAN

SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

KOS PERUNTUKAN BAKI
PROJEK/ YANG
BIL. NAMA PROJEK PROGRAM/ PERBELANJAAN RM JUTA %
KAJIAN DISALURKAN (RM Juta)
(RM Juta)
(RM Juta)

A. PROJEK

i. NEGERI PERLIS

Kemudahan Infrastruktur 723.70 129.82 199.06 (69.24) (53.3)
327.46 12.77
1. di Kawasan Pembangunan 28.90 4.61 8.16 63.9
Lembah Chuping - CVIA 28.90 18.37 24.02 4.88 16.9
30.00 14.18 4.19 22.8
Kemudahan Infrastruktur 1,110.06 189.86 241.87 (52.01) (27.4)

2. Perlis Inland Port di Lembah 417.57 313.73
Chuping - PIP 168.80 29.29
14.00
3. Menaiktaraf Terminal Keretapi 26.00 1.35
Padang Besar 500.00
1.00
Terminal Pengangkutan 700.00 11.30
15.00
4. Awam Bersepadu Negeri Perlis 0.50 0.20

- Kangar Sentral 0.50 0.50
1,828.37 371.37
JUMLAH PROJEK
NEGERI PERLIS

ii. NEGERI KEDAH

5. Pembangunan Rubber City 397.42 (83.69) (26.7)
di Bukit Ketapang - KRC 13.70 15.59 53.2
21.25 (7.25) (51.8)
Pembangunan Infrastruktur 2.94 (1.59) (117.8)

6. Taman Sains & Teknologi di 0.55 0.45 45.0
Bukit Kayu Hitam - KSTP 10.71 0.59 5.2
0.20 100
7. Infra Luaran TM Bagi Projek 0.00
KSTP Dan KRC

Pembangunan Kemudahan

8. Infrastruktur Luar di Kawasan
Pembangunan Perindustrian &

Hab Logistik di Sidam

Pembangunan Kawasan

9. Perindustrian & Hub Logistik

di Sidam

10. Perpustakaan Digital Kedah -
KDL

Inisiatif-Inisiatif

11. Pembangunan Infrastruktur
Pelancongan di Lembah

Sintok

Pembangunan Infrastruktur

12. dan Kemudahan Asas 0.00 0.50 100
Pelancongan di Sungai Batu,

Lembah Bujang

JUMLAH PROJEK 446.57 (75.20) (20.3)
NEGERI KEDAH

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -8833
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorr UUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

KOS PERUNTUKAN BAKI
PROJEK/ YANG
BIL. NAMA PROJEK PERBELANJAAN RM JUTA %
PROGRAM/ DISALURKAN (RM Juta)
KAJIAN (RM Juta)

(RM Juta)

iii. NEGERI PERAK

Pembangunan Infrastruktur 177.50 0.00 0.00 0.00 0.0
13. Sokongan Bagi Perak Heavy
0.40 1.45 0.00
Industry Projects - PHIP
5.00 0.00 0.00
Pembangunan Infrastruktur & 21.00 5.00 4.36
23.00 3.00 9.87
14. Kemudahan Pelancongan 2.50 0.49 1.45 100
di Hutan Tropika Belum 3.00 11.95 14.72
229.90
(Fasa 2) – BTTR 1.00 0.00
1,515.99 1.00 0.00
Pembangunan Infrastruktur 1,515.99 574.18 703.16 0.00 0.00
15. di Bagan Datuk Water City - 4,684.32 0.64 13
2.00 0.50 (6.87) (229)
BDWC 2.00 2.00 0.50 2.01 80.4
2.00 (2.77) (23.2)
Pembangunan Infrastruktur 38.00 27.25
16. Sokongan Bagi Bagan Datuk 60.00 0.00 1.25
5.00 0.00 0.50
Water City – Infra BDWC 2.00
38.00 29.00
Pembangunan Infrastruktur 67.00
71.15 73.42
17. dan Kemudahan Pelancongan 77.40 30.55 30.05
Warisan Di Ipoh - IHT 38.00
2.00 0.00
Kerja-Kerja Awalan Bagi 2.00 0.50 0.00
2.00 104.20 103.47
18. Pembangunan Lembah 119.40
20.00 20.00
Makanan Lekir Di Manjung 20.00

JUMLAH PROJEK
NEGERI PERAK

iv. PROJEK PELBAGAI NEGERI

19. Northern Corridor Expressway 1.00 100
1.00 100
JUMLAH PROJEK
PELBAGAI NEGERI (128.98) (22.46)

JUMLAH KESELURUHAN
PROJEK

B. PROGRAM

i. NEGERI PERLIS

20. Perlis Superfruit Valley 1.50 75
1.50 75
JUMLAH PROGRAM
NEGERI PERLIS

ii. NEGERI KEDAH

21. KIDA 10.75 28.3
(1.25) N/A
22. Pembangunan EMM 2.0 (0.50) N/A

23. Pembangunan Hab Padi 9.00 23.7
Organik di NCER

JUMLAH PROGRAM

NEGERI KEDAH

iii. NEGERI PULAU PINANG

24. Pembangunan Projek GaN-on- (2.27) (3.2)
GaN CREST 0.50 1.6

25. Pembangunan MIDI
SENTRAL/ CREST

Pembangunan Usahawan

26. Dalam Penternakan 2.00 100

Akuakultur@NCER

Inisiatif-inisiatif Pembangunan 0.50 100
27. Infrastruktur 0.73 0.7

Pelancongan@NCER

JUMLAH PROGRAM
NEGERI PULAU PINANG

iv. PELBAGAI NEGERI

28. empowerNCER 0.00 0.0

1 -18-484 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

KOS PERUNTUKAN BAKI
PROJEK/ YANG
BIL. NAMA PROJEK PERBELANJAAN RM JUTA %
PROGRAM/ DISALURKAN (RM Juta)
KAJIAN (RM Juta)

(RM Juta)

29. NTEP 20.00 20.00 5.08 14.92 74.6
15.40 76.6
30. entrepreneurNCER 20.00 20.11 4.71 10.87 72.5
41.19 54.8
31. DU@NCER 95.00 15 4.13
155.00 75.11 33.92 52.42 23.9
JUMLAH PROGRAM 343.40 219.31 166.89
PELBAGAI NEGERI

JUMLAH KESELURUHAN
PROGRAM

C. KAJIAN

i. NEGERI KEDAH

Kajian Pembangunan

32. Kawasan Perindustrian & Hab 3.00 3.00 2.95 0.05 2.0

Logistik Sidam 2.00 1.72 1.72
2.00 1.55 1.55
Kajian Pembangunan 19.50 9.00 13.41
26.50 15.27 19.63
33. Kawasan Perindustrian 0.00 0.0
2.00 2.00 1.94
Petrokimia Gurun
5.00 4.00 3.73
34. Kajian Pembangunan 2.00 1.75 1.75 0.00 0.0
2.00 1.50 1.50 (4.41) (49.0)
Pelabuhan Pulau Bunting 11.00 9.25 8.92 (4.36) (28.6)

35. Kajian Cash Crop 2.00 2.00 0.00
2.00 2.00 0.00
JUMLAH KAJIAN 39.50 26.52 28.55
NEGERI KEDAH

ii. NEGERI PERAK

Kajian Pembangunan

36. Pelancongan di Manjung dan 0.06 3.0

Pulau Pangkor 0.27 6.8
0.00 0.0
Kajian Bagi Pembangunan 0.00 0.0
0.33 3.6
37. NEXGEN dan Pembangunan
EduCity

38. Kajian Perak Hi Tech
Industrial Park

Kajian Pelan Strategik
39. Pelaksanaan Pulau Bebas

Cukai Pulau Pangkor

JUMLAH KAJIAN
NEGERI PERAK

iii. PELBAGAI NEGERI

40. Kajian Impak Sosioekonomi 2.00 100
Northern Corridor Expressway

JUMLAH KAJIAN 2.00 100
PELBAGAI NEGERI (2.03) (7.7)
(78.58) (9.6)
JUMLAH KAJIAN

JUMLAH KESELURUHAN 5,067.22 820.02 898.60

Sumber: Laporan Perbelanjaan Kumpulan Wang Pembangunan, NCIA
Nota: N/A – Not Applicable

iv. Analisis terhadap keseluruhan prestasi peruntukan dan perbelanjaan projek,
program dan kajian sehingga 31 Disember 2021 mendapati perkara berikut:

 Perbelanjaan dibuat tanpa peruntukan bagi dua program iaitu
EMM 2.0 dan Pembangunan Hab Padi Organik berjumlah
RM1.25 juta dan RM0.5 juta.

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -8855
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorr UUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

 Perbelanjaan melebihi RM175.32 juta (32.3%) daripada
peruntukan yang disalurkan RM542.05 juta bagi lima
projek, satu program dan satu kajian iaitu:

- Perbelanjaan berjumlah RM630.54 juta bagi lima projek iaitu
projek CVIA, KRC, Infra Luaran KSTP dan KRC,
Pembangunan Infrastruktur Luar di Hab Logistik di
Sidam dan IHT telah melebihi RM168.64 juta (36.5%)
berbanding peruntukan yang disalurkan iaitu sebanyak
RM461.90 juta.

- Perbelanjaan sebanyak RM73.42 juta bagi program Pembangunan
Projek GaN-on-GaN CREST sebanyak RM73.42 juta telah melebihi
RM2.27 juta (103.2%) daripada berbanding peruntukan yang
disalurkan RM71.15 juta.

- Perbelanjaan sebanyak RM13.41 juta bagi kajian Tanaman
Kontan telah melebihi RM4.41 juta (49%) berbanding
peruntukan yang disalurkan RM9 juta.

v. Peruntukan berjumlah RM0.11 juta (0.6%) melebihi kos
projek bagi program entrepreneurNCER berjumlah RM20 juta
disebabkan oleh bayaran hibah daripada akaun projek bagi tahun 2020 dan
2021.

d. Pindah Peruntukan Tanpa Kelulusan Notis Perubahan

i. Berdasarkan perkara 1.2.1 Discretionary Authority Limit Version 4.0 NCIA,
pindah peruntukan Pembangunan Rancangan Malaysia hendaklah melalui syor
ketua eksekutif untuk kelulusan oleh pegawai pengawal dan UPE. Merujuk
kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan MoF Bilangan 1
Tahun 2019 bertarikh 18 Februari 2019, agensi di bawah MoF diminta
mengambil iktibar dari perbelanjaan dan prestasi projek fizikal RP3 2018
RMKe-11. Ia juga mengingatkan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) tidak
mengamalkan cash management dalam pelaksanaan projek pembangunan.
Sebaliknya perlu mengemukakan permohonan NOC kepada MoF supaya
projek dilaksanakan dengan teratur dan selaras dengan peraturan yang
ditetapkan.

ii. Semakan Audit terhadap waran peruntukan bertarikh 26 Januari 2018, NCER
menerima peruntukan pembangunan tahun 2018 berjumlah RM22.13 juta.
Selanjutnya, pada 1 November 2018 NCIA memohon untuk meminda

1 -18-686 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PPror joejke kdadna nPrPorgorgarma mdid iBaBwa waha hWWilai lyaayha hEkEoknoonmoimKi oKroidriodorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

peruntukan siling yang disalurkan bertujuan menggunakan
peruntukan berjumlah RM8.38 juta untuk dipindahkan ke projek CVIA bagi
menampung perbelanjaan pembangunan IBC.

iii. Selanjutnya, berdasarkan memo Ketua Pengarah UKAS pada 14 Disember
2018 telah mengesyorkan permohonan tersebut untuk pertimbangan dan
persetujuan pegawai pengawal bagaimanapun masih belum
mendapat keputusan. Maklumat permohonan pindah peruntukan oleh
NCIA adalah seperti dalam Jadual 21.

JADUAL 21

MAKLUMAT PERMOHONAN PINDAH PERUNTUKAN NCIA TAHUN 2018

BIL. NAMA PROJEK PERUNTUKAN PERMOHONAN PINDAH
DISALURKAN PERUNTUKAN OLEH NCIA

(RM Juta) (RM Juta)

+/- JUMLAH

1. Pembangunan Kedah Rubber City 3.75 0.00 3.75
3.75 0.00 3.75
2. Pembangunan Infrastruktur Taman Sains & Technology, 0.00
Bukit Kayu Hitam 0.00
0.00
3. Pembangunan Infrastruktur Sokongan Bagi Perak Heavy 1.00 -1.00
Industry Projects

4. Pembangunan Infrastruktur Sokongan Bagi Bagan 1.25 -1.25
Datuk Water City 0.63 -0.63

5. Pembangunan MIDI SENTRAL/CREST

6. Pembangunan Projek GaN-on-GaN CREST 5.50 -5.50 0.00

7. Kemudahan Infrastruktur di Kawasan Lembah Chuping 6.25 +8.38 14.63

JUMLAH BESAR 22.13 0.00 22.13

Sumber: Waran Peruntukan No.91000354 bertarikh 26 Januari 2018 dan Surat NCIA/CSD/FIN/2018/63

iv. Semakan lanjut terhadap Laporan Peruntukan Pembangunan RMKe-11 NCER
bertarikh 31 Disember 2021 mendapati RM8.38 juta daripada projek
PHIP, BDWC, Program Pembangunan MIDI SENTRAL/CREST
dan program GaN-on-GaN CREST telah dipindahkan ke projek
CVIA tanpa kelulusan NOC.

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 13 Mei 2022 dan
10 Jun 2022

NOC hanya digunakan bagi siling yang belum disalurkan. Bagi penyaluran telah dibuat,
pindahan adalah menggunakan kaedah cash management. NCIA mengambil maklum
bahawa MJTP Kementerian Kewangan, Bilangan 1 Tahun 2019 pada 18 Februari 2019
telah mengingatkan PBK untuk tidak mengamalkan cash management dalam
pelaksanaan projek pembangunan.

Pada tahun 2018, NCIA telah disekat penyaluran bagi suku pertama, kedua dan ketiga.
Ini menyebabkan NCIA kekurangan peruntukan bagi melaksanakan pembayaran
kepada kontraktor. Cash management dilaksanakan pada tahun 2018 kerana

LapoLraapnorKaentuKaetAuaudAiutdNiteNgeagraaraTaThauhnun22002211SSiirrii 11 11--8877
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaawwaahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommi i KKoorriiddoorr UUttaarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

berlakunya perubahan Kerajaan Pusat. UPE telah mengeluarkan surat makluman
bahawa bagi projek pembangunan yang belum dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST)
ditangguhkan/dibatalkan pelaksanaannya dan menyekat baki peruntukan yang belum
disalurkan sepenuhnya kepada agensi pelaksana.

Permohonan cash management untuk dipindahkan kepada projek CVIA pada
1 November 2018 semasa NCIA masih di bawah pemantauan UKAS bagi membuat
pembayaran kepada kontraktor. Kelulusan dasar cash management diberikan oleh
UKAS kepada semua PBK adalah di dalam JPPP Bilangan 8 Tahun 2015 pada
21 September 2015 dan juga JPPP Bil.2 Tahun 2017 pada 21 Februari 2017.

Walaupun CVIA telah disenaraikan oleh UPE sebagai projek tangguh, namun terdapat
komponen pembangunan projek CVIA iaitu pembangunan IBC perlu diteruskan kerana
telah dikeluarkan SST.

e. Pemulangan Baki Peruntukan Tidak Dibelanja Bagi Projek Tidak
Diteruskan Dalam RMKe-11

i. Berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPK)
Kementerian Kewangan Bilangan 7 Tahun 2018 yang diadakan pada
30 Oktober 2018 menyatakan mulai tahun 2019, PBK tidak dibenarkan
menyimpan baki peruntukan yang tidak dibelanjakan dan menyerahkan baki
tersebut kepada MoF untuk sekatan.

ii. Semakan Audit mendapati baki peruntukan berjumlah RM9.65 juta
bagi empat projek dan dua program yang tidak diteruskan
dalam RMKe-11 masih tidak diserahkan kepada MoF. Kesannya
peruntukan yang tidak dibelanjakan tidak dapat dimanfaatkan dalam tempoh
RMKe-11. Butiran terperinci seperti dalam Jadual 22.

JADUAL 22

MAKLUMAT BAKI PERUNTUKAN PROJEK NCER TIDAK DITERUSKAN DALAM RMKe-11

BIL. NAMA PROJEK PERUNTUKAN PERBELANJAAN BAKI
DISALURKAN (RM Juta) (RM Juta)

(RM Juta)

A. PROJEK

1. Inisiatif-Inisiatif Pembangunan Infrastruktur 0.20 0.00 0.20
Pelancongan Di Lembah Sintok 0.50 0.00 0.50
1.45 0.00 1.45
2. Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas 5.00 0.00 5.00
Pelancongan Di Sungai Batu, Lembah Bujang

3. Pembangunan Infrastruktur & Kemudahan
Pelancongan Di Hutan Tropika Belum (Fasa 2)

4. Pembangunan Infrastruktur Di Bagan Datuk Water
City

JUMLAH PROJEK 7.15 0.00 7.15

B. PROGRAM

1. Pembangunan Usahawan Dalam Penternakan 2.00 0.00 2.00
Akuakultur@NCER

1 -18-888 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

BIL. NAMA PROJEK PERUNTUKAN PERBELANJAAN BAKI
DISALURKAN (RM Juta) (RM Juta)
2. Inisiatif-inisiatif Pembangunan Infrastruktur
Pelancongan@NCER (RM Juta) 0.00 0.50

JUMLAH PROGRAM 0.50 0.00 2.50
0.00 9.65
JUMLAH BESAR 2.50
Sumber: Laporan Peruntukan Pembangunan RMKe-11 NCER
9.65

iii. Berdasarkan maklum balas daripada NCIA bertarikh 10 Jun 2022, NCIA akan
menentukan hala tuju projek dan program yang berkaitan dalam Mesyuarat
Pihak Berkuasa Koridor Utara atau Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri
bagi tindakan yang perlu diambil sama ada membatalkan projek tersebut dan
memulangkan baki kepada MoF.

Pendapat Pengurusan kewangan projek, program dan kajian tidak
Audit memuaskan kerana butiran peruntukan dan perbelanjaan
projek, program dan kajian tidak konsisten dan tidak disokong
dengan dokumen yang lengkap.

5.2.2. Pengurusan Tanah

a. Pajakan Tanah dan Model Pengurusan CVIA

i. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Perlis pada 20 Januari 2016
bersetuju meluluskan pemberimilikan tanah bagi keseluruhan kawasan CVIA
seluas 2,982 ekar kepada Menteri Besar Incorporated (MBI). MMKN juga
bersetuju secara dasar mewujudkan Entiti Pelaksana Khas bagi menguruskan
Kawasan Pembangunan Lembah Chuping dan seterusnya sebuah Syarikat
Tujuan Khas akan diwujudkan dalam jangka masa panjang mengikut
kesesuaian atau keperluan.

ii. MMKN pada 20 Mac 2019 telah memutuskan secara dasarnya Kerajaan negeri
tidak berhasrat untuk memberikan hakmilik tanah di CVIA kepada syarikat
yang terlibat dalam pembangunan CVIA, sebaliknya memberikan pajakan kecil
melalui MBI. Bagaimanapun, perkara ini menjadi kekangan kepada pihak
pelabur di mana bagi membolehkan pelabur mendapat pinjaman pembiayaan,
pihak bank masih mengenakan syarat supaya tanah tersebut dicagarkan
kepada pihak bank sebagai sebahagian aset syarikat. Oleh itu, Kerajaan negeri
akan melihat semula kesesuaian dasar ini dengan mengambil kira justifikasi,
merit dan syarat yang perlu dikenakan bagi melindungi kepentingan Kerajaan
negeri.

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -8899
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorrUUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

iii. MMKN yang bersidang pada 3 Februari 2021 mengambil maklum bahawa YAB
Menteri Besar telah mengadakan perbincangan di peringkat teknikal dengan
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, YB
Pegawai Kewangan Negeri, BPEN, MPK, PLANMalaysia dan jabatan/agensi lain
yang berkaitan mengenai model pengurusan CVIA yang dicadangkan NCIA.
Satu model pengurusan baharu yang lebih berupaya untuk menjaga
kepentingan Kerajaan negeri dalam CVIA telah dipersetujui secara prinsip dan
kertas cadangan mengenainya akan disediakan oleh BPEN untuk
pertimbangan MMKN.

iv. Semakan Audit mendapati pada 27 September 2021 Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri telah mengemukakan surat kepada NCIA tentang keputusan
terkini Kerajaan Negeri Perlis tentang Cadangan Model Pengurusan Baharu
CVIA dan permohonan pajakan tanah bagi bangunan IBC oleh NCIA seperti
berikut:

● Meluluskan secara dasar pelupusan tanah bagi IBC di CVIA seluas
7.43 ekar secara pemberimilikan kepada MBI di bawah seksyen 76, Kanun
Tanah Negara bagi tempoh yang dipersetujui.

● Tanah tersebut seterusnya dipajak kepada NCIA selama 5 tahun mengikut
seksyen 221, Kanun Tanah Negara pada kadar pajakan nominal sebanyak
RM10,000 setahun. Tempoh pajakan ini boleh diperbaharui dan
dilanjutkan atas permohonan dan kadar pajakan adalah berdasarkan
kepada nilaian semasa oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
(JPPH).

● Bagi mengikat pihak terlibat kepada pajakan tanah dan menguatkuasakan
hak serta obligasi, terma dan syarat dalam draf perjanjian mengurus
terdahulu boleh disesuaikan dan dimasukkan ke dalam perjanjian pajakan
tanah antara Kerajaan negeri/anak syarikat Kerajaan negeri dengan NCIA.
Hal ini tertakluk kepada format perjanjian Kerajaan negeri serta
peruntukan Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120) yang mana berkenaan.

● Bagi cadangan Model Pengurusan CVIA, MMKN telah memutuskan untuk
menggunapakai Model Pengurusan Taman Perindustrian Lembah Chuping
yang dicadangkan oleh NCIA melalui kertas MMKN bertarikh 13 November
2019. Rundingan semula terma-terma tertentu yang terkandung dalam
draf perjanjian kerjasama di antara Kerajaan negeri dan NCIA adalah
dibatalkan.

v. Pada 3 Disember 2021, Jabatan Perdana Menteri telah memohon rayuan
kepada Kerajaan Perlis untuk mempertimbangkan semula tempoh pajakan
bangunan IBC kepada NCIA dipanjangkan daripada lima tahun kepada

1 -19-090 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

30 tahun. Semakan Audit mendapati sehingga tarikh
pengauditan, tempoh pajakan tanah IBC dan Model
Pengurusan CVIA belum dimuktamadkan.

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 13 Mei 2022

Status terkini pajakan tanah dan perjanjian antara NCIA dan Kerajaan negeri masih
di peringkat pertimbangan Kerajaan Negeri Perlis. Pihak JPM dan NCIA telah membuat
susulan terhadap status permohonan rayuan tersebut melalui surat bertarikh
17 Mac 2022, 4 April 2022 dan 25 April 2022.

Maklum balas yang diterima daripada SUK Perlis pada 25 Mei 2022

Kerajaan negeri sedang menyediakan kertas pertimbangan MMKN untuk diangkat ke
perhatian MMKN pada Jun 2022. Buat masa ini tiada sebarang perjanjian akan
ditandatangani antara Kerajaan negeri dan NCIA. MMKN bertarikh 15 September 2021
bersetuju menggunapakai Model Pengurusan CVIA.

Pendapat Ketiadaan perjanjian pajakan tanah antara Kerajaan negeri/
Audit anak syarikat Kerajaan negeri dengan NCIA dan Model
Pengurusan CVIA yang belum dimuktamadkan boleh
mengganggu kelancaran operasi pengurusan dan pelaburan di
CVIA pada masa akan datang.

b. Status Pajakan Tanah di Bawah Program EMM2.0

i. Para 5.1.1 (a) Perjanjian Kerjasama Bagi Projek Model Pengurusan Aset di
Kampung Asam Jawa, Pendang, Kedah Darul Aman (EMM 2.0) antara NCIA
dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyatakan pihak MADA
hendaklah memastikan pemilik tanah yang terlibat bersetuju untuk
menyambung pajakan sehingga Musim 1/2026. Pihak MADA
bertanggungjawab memastikan kesemua persetujuan tersebut dapat dicapai
sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tamat Musim 1/2021
(September 2021).

ii. Pelaksanaan program ini telah bermula pada Julai 2020 melibatkan 13 musim
iaitu Musim 1/2020 hingga Musim 1/2026. Pajakan tanah bagi Musim 1/2020
hingga Musim 1/2021 adalah melalui Perjanjian Tambahan Pengurusan Sawah
Secara Berpusat di antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) F-III Pendang
dengan pemilik tanah pada Julai 2020. Bagi Musim 2/2021 hingga Musim

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -9911
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorr UUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

1/2026, perjanjian pajakan tanah yang baru perlu dimeterai sekurang-
kurangnya tiga bulan sebelum tamat Musim 1/2021 iaitu pada Jun 2021.

iii. Sehingga 31 Disember 2021, pihak Audit mendapati perjanjian pajakan tanah
yang baru bagi 64.106 hektar telah diperbaharui pada Jun 2021 kecuali
bagi pemilik tanah/waris 5.851 hektar (9.1%) yang tidak
dapat dikenalpasti/gagal dikesan. Ini disebabkan pemilik
tanah asal telah meninggal dunia, berpindah ke tempat lain
dan berlaku pertikaian keluarga yang gagal diselesaikan.

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati pelaksanaan program ini telah
dilaksanakan pada Julai 2020 walaupun perjanjian pajakan tanah
bagi Musim 1/2020 hingga Musim 1/2021 untuk pemilik tanah
5.851 hektar yang tidak dikenal pasti atau gagal dikesan masih
belum diperolehi. Sehubungan itu, pihak MADA/PPK F-III Pendang telah
mewujudkan satu tabung khas untuk menyimpan bayaran sewa pajakan tanah
sekiranya terdapat pihak yang akan membuat tuntutan yang sah pada bila-
bila masa.

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 13 Mei dan 6 Jun 2022

Pihak MADA telah berhubung dengan Pejabat Tanah Pendang pada 10 April 2022 bagi
mengenal pasti pemilik berdaftar tanah, sebagaimana dilaporkan di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal Projek Bilangan 3 Tahun 2022.

Kawasan ini dipilih sebagai plot perintis pengurusan sawah padi melalui pertanian
pintar berteraskan penyatuan tanah semenjak 1978 hasil daripada cetusan idea Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad. Mengikut MADA, telah menjadi amalan dalam menjamin
hak waris petak sawah, suatu tabung khas diwujudkan sejak sekian lama bagi
pembayaran pajakan untuk lot yang melibatkan waris yang tidak dapat dikesan.

Pada peringkat awal perbincangan, NCIA telah menetapkan bahawa pihak MADA perlu
menandatangani perjanjian pajakan baru sebelum perjanjian dengan NCIA
disempurnakan. Namun, dengan kekangan bagi mengenal pasti waris yang
mengambil masa yang lama dan melibatkan kos tambahan serta pendekatan sedia
ada, pihak MADA memohon pertimbangan supaya Syarat Duluan tidak dimasukkan.
Sebagai balasan pihak MADA memberi jaminan untuk mengambil langkah sewajarnya
supaya tiada isu berkenaan tuntutan yang boleh menjejaskan pelaksanaan dan
kesinambungan projek.

1 -19-292 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PPror joejke kdadna nPrPorgorgarma mdid iBaBwa waha hWWilai lyaayha hEkEoknoonmoimKi oKroidriodorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

Maklum balas yang diterima daripada SUK Kedah pada 18 Mei 2022

Pihak MADA masih berusaha mengenal pasti tuan tanah. Projek masih diteruskan dan
bayaran telah dimasukkan ke dalam tabung khas sekiranya dituntut oleh waris.

Pendapat Isu pajakan tanah yang tidak diselesaikan di peringkat awal
Audit pelaksanaan program berisiko kepada pertikaian dengan
pemilik tanah. Tuntutan tanah boleh dibuat oleh pemilik tanah
dan memberi kesan kepada pencapaian keberhasilan
program.

5.2.3. Pengurusan Perolehan

a. Pelantikan Perunding Pengurusan Projek NCER Secara Kolaborasi
Teknikal

i. Surat Setuju Terima (SST) kolaborasi teknikal kepada konsortium iaitu
gabungan syarikat 0154159-T dan 405601-M dikeluarkan pada 19 Jun 2015
dan lanjutan kolaborasi teknikal mulai 17 September 2015. Berdasarkan SST,
skop tugasan kolaborasi teknikal adalah membangunkan pelan pelaksanaan
projek terperinci dan garis masa (tiga kaki pelan pelaksanaan) dari rangka
tindakan dan kajian; membantu pihak NCIA dalam memainkan peranan dalam
melaksanakan dan memantau projek; membantu dalam proses perolehan;
menyelaras dengan agensi pelaksanaan; menyelesaikan isu-isu pelaksanaan;
serta urusan tanah dan melaporkan kemajuan kepada Jawatankuasa
Pemandu.

ii. Semakan Audit mendapati pelantikan kolaborasi teknikal telah diluluskan oleh
Ketua Eksekutif NCIA melalui Kertas Pengurusan Kolaborasi Teknikal pada
bulan Ogos 2015 tanpa kontrak formal. Kolaborasi teknikal melibatkan tiga
peringkat pelantikan dengan skop perkhidmatan yang berbeza. Peringkat
pertama bermula 26 Mac 2015 untuk tempoh selama tiga bulan, peringkat
kedua bermula 29 Jun 2015 untuk tempoh enam bulan dan peringkat lanjutan
melibatkan lapan kali penyambungan mulai 29 Disember 2015 hingga 31 Julai
2018 (31 bulan). Setiap lanjutan diluluskan melalui kertas pengurusan dan
surat persetujuan penyambungan. Bagaimanapun, kolaborasi teknikal telah
ditamatkan melalui surat bertarikh 2 Julai 2018 tanpa dinyatakan sebab dan
telah ditandatangani oleh Pengarah Kanan, Perkhidmatan Korporat. Butiran
lanjut seperti dalam Jadual 23.

LapoLraapnorKaentuKaetAuaudAiutdNiteNgeagraaraTaThauhnun22002211SSiirrii 11 11--9933
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaawwaahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommi i KKoorriiddoorr UUttaarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

JADUAL 23

PERINGKAT PELANTIKAN KOLABORASI TEKNIKAL DAN SKOP PERKHIDMATAN

TAHUN TEMPOH PERINGKAT SKOP PERKHIDMATAN
PELANTIKAN

26.03.2015 3 bulan Peringkat 1 Menyemak cadangan concept plan dan laporan pembangunan/report
hingga study sedia ada.

25.06.2015

29.06.2015 6 bulan Peringkat 2 Perkhidmatan untuk mengurus DMO di CVIA dan sebagai perunding
hingga pengurus projek.

28.12.2015

 Inisiatif pembangunan projek yang dikenal pasti dalam kolaborasi

teknikal adalah Pembangunan CVIA, KSTP, Kulim International
Airport dan KRC, Kedah dan Greater Kamunting, Conurbation

Perak.

29.12.2015 31 bulan Lanjutan  Membantu NCIA menubuhkan DMO di NCIA.
hingga
Kolaborasi  Berfungsi sebagai barisan hadapan untuk mengurus dan
31.07.2018 Teknikal menyelaras pelbagai tugas dan aktiviti yang diperlukan untuk
melaksanakan projek.

 Mengendalikan pengurusan projek, penyelarasan, koordinasi dan
pelaporan.

 Menyediakan sokongan dan nasihat teknikal dan bukan teknikal.

 Membantu pelaksanaan projek berdasarkan keperluan NCIA
dengan sokongan sumber NCIA.

Sumber: Kertas Pengurusan NCIA

iii. Semakan Audit mendapati Kertas Pengurusan Kolaborasi Teknikal dan SST
tidak menjelaskan secara terperinci peranan konsortium dalam pelantikan
perunding menyebabkan pihak konsortium terlibat dalam urusan perolehan
sehingga kepada pelantikan perunding projek. Selain itu, pihak konsortium
juga bertindak dalam mengendalikan penilaian pelantikan serta
mengeluarkan surat lantikan kepada empat perunding negeri
Perlis dan satu perunding negeri Kedah yang tidak diperincikan
dalam skop tugasan kolaborasi teknikal.

iv. Selain itu, tiada kontrak perjanjian dimeterai bagi pelantikan lima perunding
dengan pihak konsortium tersebut. Seterusnya, selepas kolaborasi teknikal
ditamatkan, letter of novation terpaksa dikeluarkan oleh pihak NCIA bagi
mengambil alih pelantikan perunding bagi skop kerja perkhidmatan yang
belum selesai.

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 13 Mei 2022 dan
10 Jun 2022

NCIA telah melaporkan kepada Pihak Berkuasa pada 24 Jun 2015 tentang cadangan
melantik DMO bagi menguruskan pelaksanaan Growth Nodes termasuk CVIA dan
tidak menamakan secara spesifik syarikat yang hendak dilantik.

1 -19-494 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

Pendapat Pelantikan konsortium tanpa perjanjian dan tanpa perincian
Audit skop tugas menyebabkan pelantikan perunding dibuat secara
tidak teratur.

b. Perolehan Projek IHT Tanpa Peruntukan

i. Merujuk kepada NCIA Procurement Policies & Procedures bertarikh 12 Jun
2019, perkara 1.14 menyatakan semua perolehan mesti diluluskan mengikut
Discretionary Authority Limit (DAL). Selain itu, perkara 2.5.2.3 menyatakan
Jawatankuasa Tender hendaklah meluluskan tender yang memenuhi
keperluan NCIA berdasarkan bajet yang diluluskan.

ii. Semakan Audit mendapati peruntukan yang disalurkan kepada projek IHT
adalah berjumlah RM3.00 juta dan perolehan perunding berjumlah
RM2.32 juta telah dibuat pada 6 Disember 2019. Hal ini menjadikan
peruntukan projek berbaki RM0.68 juta. Bagaimanapun melalui kertas
keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan Bilangan 6 tahun 2020 bertarikh
21 Ogos 2020 telah meluluskan pelantikan kontraktor bernilai
RM11.02 juta tanpa peruntukan mencukupi dan bertentangan
dengan perkara 2.5.2.3. Perkara ini juga bertentangan dengan DAL NCIA
Version 4.0 perkara A (5) menyatakan pegawai yang telah diberi kuasa
kewangan hendaklah sebelum melakukan sesuatu perbelanjaan memastikan
peruntukan semasa mencukupi seperti yang diluluskan dalam bajet tahunan.
Permohonan peruntukan perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya tiada
peruntukan semasa disediakan. Selain itu, perkara 1.2.2 Development Fund
Budget (RMK) menyatakan NCIA perlu menghantar permohonan peruntukan
ke UPE/UKAS untuk kelulusan.

iii. Pihak Audit mendapati NCIA telah membuat permohonan NOC dan mendapat
kelulusan bersyarat NOC sebanyak RM20 juta pada 17 Disember 2020.
Berdasarkan maklum balas daripada pihak NCIA bertarikh 13 Mei 2022, NCIA
telah menerima kelulusan pertambahan kos menjadikan kos projek yang baru
bernilai RM23 juta melalui surat kelulusan UPE bertarikh 9 Ogos 2021.
Bagaimanapun sehingga tarikh pengauditan dijalankan, peruntukan ini
masih belum disalurkan disebabkan permohonan mewujudkan
butiran bagi kos projek baru masih belum dibuat oleh pihak
NCIA.

iv. Selain itu, pihak Audit mendapati bayaran telah dibuat kepada
kontraktor sebanyak RM5.48 juta sebelum kelulusan

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -9955
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorrUUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

peruntukan diperolehi. Maklum balas NCIA bertarikh 13 Mei 2022
menyatakan NCIA akan memastikan bahawa perkara seperti ini tidak akan
diulang pada masa hadapan dan akan mengikuti proses yang diminta. Selain
itu, NCIA menyatakan sumber kewangan yang digunakan untuk membuat
pembayaran sebelum kelulusan UPE diperoleh adalah menggunakan
peruntukan sementara daripada projek lain menggunakan kaedah cash
management.

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 10 Jun 2022

Pihak JPM telah memohon agar NCIA mengemukakan surat permohonan untuk
mewujudkan semula butiran projek ini di bawah RMKe-12 berdasarkan kelulusan yang
diperolehi daripada UPE melalui NOC Kos Projek di bawah RMKe-11 dan juga
Jawatankuasa Standard dan Kos (JSK) bagi tujuan menyalurkan baki peruntukan yang
masih belum disalurkan (RM20 juta).

Pendapat Perolehan IHT tidak teratur kerana projek dilaksanakan tanpa
Audit peruntukan yang mencukupi dan sebelum NOC bagi
pertambahan kos projek diluluskan.

5.2.4. Pematuhan Spesifikasi dan Kualiti

a. Kecacatan Pembinaan Terminal Padang Besar yang Masih Tidak Dibaiki

i. Merujuk kepada Klausa 48.1 (a) dan (b) Syarat-syarat Kontrak PWD Form
203A (Rev.1/2010), segala kecacatan, kekecutan dan kerosakan lain yang
mungkin kelihatan pada kerja dalam tempoh tanggunggan kecacatan perlu
dibaiki oleh pihak Kontraktor.

ii. Klausa 48.2 Syarat-syarat Kontrak PWD Form 203A (Rev.1/2010) pula
menyatakan sekiranya pihak Kontraktor masih gagal untuk melaksanakan
pembaikan dalam tempoh yang ditetapkan sepertimana klausa 48.1(a) dan
(b), Pegawai Penguasa (SO) boleh melaksanakan sendiri pembaikan tersebut
dengan melantik pihak ketiga dan mengenakan kos pembaikan tersebut
(termasuk On-Cost Chargers) kepada Kontraktor dari baki wang yang belum
dibayar kepada Kontraktor.

iii. Semakan Audit mendapati projek Terminal PB telah siap sepenuhnya dan
mendapat Sijil Perakuan Siap Kerja pada 16 Jun 2020 serta Sijil Perakuan Siap
dan Pematuhan pada 5 Ogos 2020. Tempoh DLP adalah 12 bulan dan
Sijil Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD)
sepatutnya telah dikeluarkan pada 15 Jun 2021.

1 -19-696 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

iv. Berdasarkan surat daripada jururunding 0780854-A kepada 173262-T
bertarikh 21 Mei 2021, pemeriksaan tapak telah dijalankan pada 28 April 2021
dan mendapati terdapat kecacatan di sekitar terminal yang masih belum
dibaiki antaranya ialah kesan keretakan pada dinding, permukaan jalan dan
weighbridge, air bertakung di permukaan jalan dan di dalam parit, kerosakan
penutup manhole, pemasangan kabel yang tidak kemas, kesan lembapan
pada dinding dan lain-lain.

v. Berdasarkan penjelasan oleh pihak NCIA, kerja pembaikan kecacatan dalam
tindakan pihak kontraktor, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara, kerja-kerja pembaikan tertangguh
bagi memenuhi keperluan Prosedur Operasi Standard sebelum pembaikan
kecacatan dapat diteruskan.

vi. Namun lawatan ke tapak pada 23 Februari 2022 mendapati
CMGD masih belum dikeluarkan disebabkan masih terdapat
kerja-kerja kecacatan yang sama masih belum dibaiki.

Maklum balas yang diterima daripada NCIA pada 13 Mei dan 10 Jun 2022

Tindakan pembaikan yang akan dilaksanakan adalah air bertakung di permukaan
jalan, kesan lembapan pada dinding dalam, keretakan pada plate besi weighbridge,
MS Grating rosak dan hilang serta keretakan pada permukaan jalan konkrit.

Pendapat Pihak Kontraktor masih bertanggunggjawab untuk
Audit menyiapkan kerja-kerja kecacatan yang berlaku semasa
tempoh tanggungan kecacatan walaupun tempoh telah tamat
dan CMGD masih belum dikeluarkan.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek dan program di bawah NCER masih belum
boleh dinilai pencapaian objektif supaya menjadi wilayah ekonomi bertaraf dunia dan
destinasi pilihan pelaburan, pekerjaan dan kehidupan sehingga tahun 2025.

Pengurusan projek dan program adalah kurang cekap kerana berlaku kelemahan yang
ketara dalam aspek pengurusan kewangan, pengurusan tanah, pengurusan perolehan
serta pematuhan spesifikasi dan kualiti. Selain itu pengumpulan maklumat data pelaburan
dan peluang pekerjaan NCER yang tidak lengkap menyukarkan pemantauan dan

LapoLraapnorKaentKueatuAauAdiutdNiteNgeagraaraTaThahuunn22002211 SSiirrii 11 11- -9977
PPrroojjeekk ddaann PPrrooggrraamm ddii BBaaww aahh WWiillaayyaahh EEkkoonnoommii KKoorriiddoorrUUt atarraa RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_14.07.2022

pengesyoran standard, garis panduan, amalan terbaik, proses dan tatacara pentadbiran
yang seragam dalam memudahkan pembangunan NCER.

7. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang dalam pelaksanaan dan
pengurusan projek dan program di masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan supaya
pihak NCIA mengambil tindakan penambahbaikan seperti berikut:

7.1. memastikan Blueprint NCER mendokumenkan perancangan strategik yang
komprehensif meliputi projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan negeri dan NCIA bagi
pihak Kerajaan Persekutuan sebagai panduan untuk hala tuju serta pelaksanaan projek.
Selain itu, NCIA perlu memastikan penetapan sasaran pelaburan dan peluang pekerjaan
di peringkat negeri dan mengikut sektor diwujudkan dalam Blueprint NCER bagi
memudahkan pemantauan pencapaian;

7.2. memastikan pelaksanaan projek dan program mengikut tempoh yang ditetapkan
agar pembangunan koridor selari dengan perancangan di peringkat Kerajaan negeri
dalam memastikan arah, dasar dan strategi pembangunan dapat mencapai objektif
penubuhan NCER;

7.3. memastikan pengurusan kewangan projek dan program dilaksanakan mengikut
peraturan kewangan, dokumen kewangan sentiasa diurus dengan terperinci dan
disenggara dengan baik sebagai pemantauan terhadap peruntukan dan perbelanjaan
serta memberi gambaran sebenar peruntukan yang telah dibelanjakan. JPM mengenal
pasti dan menyenarai projek-projek yang telah diluluskan tetapi masih belum dilaksana
dalam tempoh dua tahun untuk disemak semula kebolehlaksanaannya bagi mengelakkan
peningkatan kos; dan

7.4. memastikan kecacatan pembinaan dibaiki dengan segera agar pengoperasian
projek tidak terjejas.

1 -19-898 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PPrroojej ekkddaann PPror oggrarma mddi iBBaawwaha hWWilialyaayha hEkEoknoonmo mi Ki oKroirdidoorr UUttaarraa
RAHSIA

2 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
• PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM
MALAYSIA

– Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu
dan Sistem-Sistem yang Berkaitan bagi Kuala
Lumpur Flight Information Region



PROJEK PUSAT KAWALAN TRAFIK UDARA
BAHARU DAN SISTEM-SISTEM YANG
BERKAITAN BAGI KUALA LUMPUR FLIGHT
INFORMATION REGION

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA

RUMUSAN AUDIT

“Secara keseluruhannya, projek KL ATCC baharu berjaya
disiapkan & mula beroperasi 31 Ogos 2021 selepas lima

lanjutan masa berjumlah 898 hari”

Keperluan tiga landasan KLIA melalui Projek KL ATCC baharu disiapkan
pelaksanaan Simultaneous Independent 31.8.2021. Terdapat kelemahan:
1 Parallel Approaches/ Departures
(mendarat & berlepas serentak)
Sijil FAT dikeluarkan sebelum
RM665.19 juta semua subsistem beroperasi

Pertambahan mendadak trafik udara Siling Peruntukan FAT dilaksanakan sebelum
semua UAT selesai
2 KLIA & Subang serta penerbangan Projek
overfly

Keperluan menaik taraf sistem 108 (15.2%) outstanding
Communication, Navigation, works telah disiapkan daripada
3 Surveillance/Air Traffic Management RM666.32 juta 712 kerja yang dinyatakan
(CNS/ATM) yang telah usang Jumlah kos kontrak
dalam LoU

PENCAPAIAN KEBERHASILAN PENGURUSAN PROJEK

5 keberhasilan ditetapkan Komitmen Kerajaan melebihi siling
peruntukan projek
2 Mengurangkan pesawat: 30 kepada
Makmal VM tidak berkesan
DAPAT 15 pesawat untuk satu sektor
DIUKUR Kontrak secara hibrid tidak menjamin
Peningkatan jumlah pergerakan kepentingan Kerajaan
pesawat keluar masuk ke KLIA 68
Kelemahan pengurusan
kepada 108 pergerakan sejam penyenggaraan menyebabkan
kerugian kepada Kerajaan
3 Meminimumkan masa berlegar di
ruang udara: 30 minit kepada tidak RM4.88 juta bayaran ICC melebihi kos
TIDAK siling kontrak yang sah
DAPAT melebihi 5 minit
DIUKUR RM5.33 juta bayaran ICC tidak dapat
Mengurangkan pembebasan disahkan keteraturannya
gas karbon dioksida (CO2)
Risiko pencerobohan, pengubahsuaian
Penentuan kawasan kemalangan & kehilangan data akibat kelemahan
lebih tepat melalui penggunaan keselamatan fizikal bangunan serta
satelit akses kepada sistem

Keberhasilan projek masih belum dapat diukur sepenuhnya
kerana KPI tidak ditetapkan & kemerosotan industri
penerbangan akibat pandemik Covid-19.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 2-1

Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu dan Sistem-Sistem 2-1
yang Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region

2-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1

Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu dan Sistem-Sistem
yang Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region

RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM
MALAYSIA
PROJEK PUSAT KAWALAN TRAFIK UDARA BAHARU DAN
SISTEM-SISTEM YANG BERKAITAN BAGI KUALA
LUMPUR FLIGHT INFORMATION REGION

Perkara Utama

Apa yang  Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu dan Sistem-sistem yang
diaudit? Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region atau KL
ATCC Baharu dilaksanakan atas faktor seperti berikut:

− Bagi memenuhi keperluan tiga landasan di Kuala Lumpur
International Airport (KLIA) melalui pelaksanaan Simultaneous
Independent Parallel Approaches/Departures (mendarat dan
berlepas dari ketiga-tiga landasan secara serentak);

− Pertambahan mendadak trafik udara di KLIA dan Subang serta
penerbangan overfly telah menyebabkan kesesakan komunikasi
radio dan meningkatkan beban kerja Pengawal Trafik Udara;
dan

− Keperluan menaik taraf sistem Communication, Navigation,
Surveillance/Air Traffic Management (CNS/ATM) yang telah
usang dan seiring dengan pembangunan sistem negara-negara
jiran untuk menepati keperluan International Civil Aviation
Organisation (ICAO) dalam Global Air Navigation Plan – 2030.

 Siling peruntukan asal projek yang diluluskan dalam RMKe-11 dan
RMKe-12 adalah berjumlah RM650.37 juta dan Unit Perancang
Ekonomi (UPE) telah meluluskan kenaikan siling projek kepada
RM665.19 juta pada 17 Mei 2022. Kos kajian kemungkinan projek
adalah sejumlah RM22.87 juta.

 Pengauditan ini meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi
projek dan pengurusan projek bagi tahun 2015 hingga 2021.
Bagaimanapun, semakan terhadap rekod perancangan dibuat mulai
tahun 2010.

 Prestasi projek dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian
output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai
berdasarkan prestasi pelaksanaan projek KL ATCC Baharu

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTuahnu2n0220121SiSriiri11 2 - 32 - 3
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr BuFFallidihggaahhnrttuSIIndinsafftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgytgeiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_12.7.2022

manakala pencapaian keberhasilan dinilai berdasarkan lima
keberhasilan seperti berikut:

− Peningkatan kapasiti ruang udara dapat mengurangkan
kelewatan pesawat dengan meminimumkan masa berlegar di
ruang udara daripada 30 minit kepada tidak melebihi lima minit;

− Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida (CO2) yang
menyebabkan pencemaran alam sekitar di samping dapat
menjimatkan kos bahan api/kos operasi syarikat penerbangan;

− Meningkatkan tahap keselamatan dengan pertambahan sektor
(area & approach) dengan mengurangkan pesawat daripada 30
kepada 15 pesawat untuk satu sektor;

− Keupayaan operasi Search and Rescue (SAR) dapat
dipertingkatkan dengan penentuan kawasan kemalangan yang
lebih tepat melalui penggunaan satelit; dan

− Jumlah pergerakan pesawat keluar masuk di KLIA dapat
dipertingkatkan daripada 68 kepada 108 pergerakan sejam.

 Pengurusan projek pula meliputi prestasi kewangan, perancangan,
perolehan Kontrak Utama dan Kontrak Independent Checker
Consultant (ICC), pentadbiran kontrak, Program Kolaborasi Industri
[Industrial Collaboration Program (ICP)], pembangunan sistem,
perkakasan dan rangkaian, pengurusan pembinaan,
penyenggaraan dan pengurusan operasi.

Mengapa ia  Untuk menilai sama ada objektif projek KL ATCC Baharu bagi
penting memenuhi keperluan tiga landasan di KLIA, mengatasi kesesakan
untuk komunikasi radio dan beban kerja Pengawal Trafik Udara serta
diaudit? menaik taraf sistem CNS/ATM telah berjaya dicapai.

Apa yang  Secara keseluruhannya, projek KL ATCC Baharu telah berjaya
ditemui disiapkan dan mula beroperasi pada 31 Ogos 2021. Bagaimanapun,
Audit? berlaku beberapa kelemahan dalam aspek pelaksanaan Final
Acceptance Test (FAT) yang menyebabkan objektif ujian FAT tidak
tercapai dan tidak selaras dengan ketetapan kontrak. Bagi aspek
keberhasilan projek, penilaian masih belum dapat dibuat
sepenuhnya kerana bilangan trafik udara yang rendah pada masa
ini.

2 - 4 2- 4 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PyPbarroanojggejiekBkKePuPruakuslaasaiattaLtKnuKamwabpwaauglaarilnaKFnluTiargTalhrafatikfLIiunkUmfdUopardurmaarraaBFt ilaioBghnahahtrRuaIerngdufiaoodnrnma SnaitsSitoiesnmt e-RmSeig-sStioei snmt e m y a n g B e r k a i t a n
RAHSIA

RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

 Seterusnya, terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan projek
seperti berikut:

- komitmen Kerajaan melalui kontrak (arahan perubahan kerja
dan kos lanjutan masa) telah melebihi siling peruntukan projek;

- pelaksanaan Makmal Pengurusan Nilai tidak berkesan akibat
kelemahan dalam perancangan projek;

- keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mentadbir
kontrak secara hibrid tidak menjamin kepentingan Kerajaan
sentiasa terpelihara dan telah melanggar peraturan kewangan
yang berkuat kuasa;

- projek tidak diuruskan dengan cekap kerana berlaku kelemahan
dalam pengurusan lanjutan masa projek dan penyenggaraan;

- program ICP masih belum disiapkan dan kelewatan
menandatangani Perjanjian Tambahan ICP telah menyebabkan
pelaksanaan ICP dibuat tanpa ketetapan yang sah;

- pelanjutan tempoh Kontrak ICC yang tidak sah kerana dibuat
selepas tempoh kontrak asal tamat telah menyebabkan bayaran
berjumlah RM4.88 juta dibuat melebihi kos siling kontrak yang
sah;

- sejumlah RM5.33 juta bayaran ICC tidak dapat disahkan
keteraturannya; dan

- kelemahan dalam aspek keselamatan fizikal bangunan serta
akses kepada sistem yang mendedahkan operasi KL ATCC
Baharu kepada risiko pencerobohan, pengubahsuaian dan
kehilangan data.

Apa yang  Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan
disyorkan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan, pihak Audit
mengesyorkan tindakan seperti berikut:
Audit?
- MOT perlu menyemak semula semua syarat kontrak untuk
memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara.

- MOT dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
perlu memastikan kontraktor melaksanakan semua skop
perkhidmatan penyenggaraan dengan sempurna dan
mengenakan penalti/denda yang sepatutnya.

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaaTraahTuahnu2n0220121SiSriiri11 2 - 52 - 5
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr BuFFallidihggaahhnrttuSIIndinsafftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgytgeiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA SEMAKAN KAN_12.7.2022

- MOT perlu menyegerakan proses pewartaan KL ATCC Baharu
sebagai Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) supaya
kawasan ini dilindungi sepenuhnya selaras dengan fungsinya
yang sangat penting dalam penerbangan awam Malaysia.

- MOT dan Technology Depository Agency Berhad (TDA) perlu
memastikan pelaksanaan ICP berjalan seperti yang dirancang
dan objektif pelaksanaannya tercapai seperti hasrat Kerajaan.

2 - 6 2- 6 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPbarroanojggejiekBkKePuPruakuslaasaiattaLtKnuKamwabpwaauglaarilnaKFnluTiargTalhrafatikfLIiunkUmfdUopardurmaarraaBFt ilaioBghnahahtrRuaIerngdufiaoodnrnma SnaitsSitoiesnmt e-RmSeig-sStioei snmt e m y a n g B e r k a i t a n
RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA

1. PROJEK PUSAT KAWALAN TRAFIK UDARA BAHARU DAN SISTEM-SISTEM
YANG BERKAITAN BAGI KUALA LUMPUR FLIGHT INFORMATION REGION

FAKTA UTAMA

RM666.32 Juta RM665.19 Juta RM22.87 Juta
 Jumlah kos kontrak  Siling baharu projek
 Kos kajian kemungkinan

Justifikasi Projek  Bagi memenuhi keperluan tiga landasan di Kuala Lumpur International
Airport (KLIA) melalui pelaksanaan Simultaneous Independent Parallel
Pemilik Projek Approaches/Departures (mendarat dan berlepas dari ketiga-tiga landasan
Pengguna secara serentak);

 Pertambahan mendadak trafik udara di KLIA dan Subang serta penerbangan
overfly telah menyebabkan kesesakan komunikasi radio dan meningkatkan
beban kerja Pengawal Trafik Udara; dan

 Keperluan menaik taraf sistem Communication, Navigation, Surveillance/Air
Traffic Management (CNS/ATM) yang telah usang dan seiring dengan
pembangunan sistem negara-negara jiran untuk menepati keperluan ICAO
dalam Global Air Navigation Plan – 2030.

 Kementerian Pengangkutan

 Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

1. LATAR BELAKANG

1.1. Berkuat kuasa 19 Februari 2018, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), sebuah agensi
Kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) telah diperbadankan menjadi
badan berkanun yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
(CAAM). Penubuhan CAAM adalah selaras dengan kehendak International Civil Aviation
Organisation (ICAO) supaya pihak berkuasa penerbangan awam yang berautonomi
ditubuhkan untuk memastikan pengurusan pengawasan dan keselamatan penerbangan
awam yang lebih cekap.

1.2. Kawalan trafik udara ialah perkhidmatan yang disediakan untuk menggalakkan
aliran trafik udara yang selamat, teratur dan cepat serta cekap. Keselamatan pada
dasarnya adalah berkenaan dengan menghalang perlanggaran antara pesawat dengan
pesawat lain; membantu pesawat mengelak daripada cuaca yang berbahaya;
memastikan pesawat tidak beroperasi di ruang udara yang tidak dibenarkan; dan
membantu pesawat dalam kesusahan.

1.3. Dalam penerbangan, Flight Information Region (FIR) ialah wilayah ruang udara
yang ditentukan di mana perkhidmatan maklumat penerbangan dan perkhidmatan
amaran disediakan. ICAO mewakilkan negara mana yang bertanggungjawab untuk
pengendalian operasi terhadap FIR yang diberikan. Pembahagian ruang udara dilakukan
dengan persetujuan antarabangsa melalui ICAO. Ruang udara Malaysia terbahagi kepada
Kuala Lumpur FIR dan Kota Kinabalu FIR yang mana operasi dilaksanakan oleh pusat

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 - 72 - 7
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFallidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgytgeiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

kawalan trafik udara. Maklumat FIR Malaysia dan negara berhampiran adalah seperti
dalam Rajah 1.

RAJAH 1
FIR MALAYSIA DAN NEGARA BERHAMPIRAN

Sumber: CAAM

1.4. Berdasarkan taklimat oleh Bahagian Pembangunan MOT dan CAAM mengenai
projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu dan Sistem-sistem Berkaitan Bagi Kuala
Lumpur Flight Information Region (KL ATCC Baharu) pada 23 Julai 2020, keperluan
pembangunan sebuah bangunan KL ATCC Baharu mula dibangkitkan pada tahun 2010.
Perkara ini bagi menggantikan bangunan KL ATCC sedia ada di Subang yang telah
beroperasi sejak tahun 1993. Pada 3 Oktober 2012, DCA telah melantik perunding bagi
melaksanakan kajian kemungkinan projek ini iaitu Enhancement of CNS-ATM in Kuala
Lumpur Flight Information Region and Kuala Lumpur International Airport Malaysia
Project (Kajian ATMOP). Kemudian, semasa pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober
2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan projek KL ATCC Baharu
dengan kos berjumlah RM700 juta. Berdasarkan maklumat di Sistem Pemantauan Projek
II (SPP II), siling projek ialah RM650.37 juta. Maklumat ringkas mengenai projek KL ATCC
Baharu adalah seperti dalam Jadual 1.

PERKARA JADUAL 1
Siling Peruntukan (asal) MAKLUMAT UTAMA PROJEK
Siling Peruntukan (baharu)
BUTIRAN PROJEK
Kontrak Utama
RM650.37 juta
Kaedah Perolehan
Tarikh Surat Setuju Terima RM665.19 juta
Tarikh Kontrak Ditandatangani Design, Supply, Install, Test and Commission Of Communication,
Pegawai Penguasa Projek (SO) Navigation Surveillance/Air Traffic Management (CNS/ATM)
Tempoh Kontrak (asal) Systems For KL FIR KL ATCC at KLIA
Tender Terbuka Tempatan

08.12.2015

07.11.2016

Ketua Setiausaha MOT

18.01.2016 hingga 17.03.2021 (62 bulan)

2 - 82 - 8 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PyPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

PERKARA dan BUTIRAN PROJEK
18.01.2016 hingga 31.08.2023 (92 bulan)
Tempoh Kontrak (sebenar) 18.03.2019
31.08.2021
Tarikh Siap Asal
Lima (898 hari)
Tarikh Siap Sebenar
Bilangan Perakuan Kelambatan Empat
Pelanjutan Masa (EOT) RM594.66 juta [termasuk Goods and Services Tax (GST)]
Bilangan Arahan Perubahan Kerja RM20.75 juta
RM14.71 juta
Kos Kontrak Utama (asal) Independent Checker Consultant for Kuala Lumpur Flight
Information Region’s (KL FIR) New Air Traffic Control Centre (KL
Pertambahan Kos Kontrak Utama ATCC) at Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Lantikan Terus
Penjimatan GST 10.12.2015
17.08.2016
Kontrak Independent Checker Consultant RM52.39 juta
(ICC) RM13.23 juta
10.12.2015 hingga 10.05.2021
Kaedah Perolehan 10.12.2015 hingga 31.08.2021
Tarikh Surat Setuju Terima
Tarikh Kontrak Ditandatangani
Kos Siling Kontrak (asal)
Pertambahan Kos Siling Kontrak
Tempoh Kontrak (asal)
Tempoh Kontrak (sebenar)
Sumber: Kontrak Utama dan Kontrak ICC

1.5. Berdasarkan maklumat dalam SPP II, sebanyak lima objektif telah ditetapkan
untuk projek ini seperti berikut:

a. Peningkatan kapasiti ruang udara dapat mengurangkan kelewatan pesawat dengan
meminimumkan masa berlegar di ruang udara daripada 30 minit kepada tidak
melebihi lima minit.

b. Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida (CO2) yang menyebabkan
pencemaran alam sekitar di samping dapat menjimatkan kos bahan api/kos operasi
syarikat penerbangan.

c. Meningkatkan tahap keselamatan dengan pertambahan sektor (area & approach)
dengan mengurangkan pesawat daripada 30 kepada 15 pesawat untuk satu sektor.

d. Keupayaan operasi Search and Rescue (SAR) dapat dipertingkatkan dengan
penentuan kawasan kemalangan yang lebih tepat melalui penggunaan satelit.

e. Jumlah pergerakan pesawat keluar masuk di KLIA dapat dipertingkatkan daripada
68 kepada 108 pergerakan sejam.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan projek KL ATCC Baharu

telah diuruskan dengan cekap, berhemat dan berkesan bagi mencapai objektif seperti

yang ditetapkan dalam SPP II.

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 - 92 - 9
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Skop pengauditan ini merangkumi dua bidang utama Audit iaitu prestasi projek dan
pengurusan projek. Prestasi projek meliputi pencapaian output dan pencapaian
keberhasilan. Manakala pengurusan projek meliputi prestasi kewangan, perancangan,
perolehan Kontrak Utama dan Kontrak ICC, pentadbiran kontrak, pengurusan Program
Kolaborasi Industri [Industrial Collaboration Program (ICP)], pembangunan sistem,
perkakasan dan rangkaian, pengurusan pembinaan, penyenggaraan dan pengurusan
operasi.

3.2. Pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek.
Bagi aspek perancangan, semakan terhadap rekod yang diselenggarakan bermula tahun
2010 manakala aspek pelaksanaan dan pemantauan projek adalah bagi tempoh tahun
2015 hingga 2021. Bagi data operasi, semakan dibuat mulai tahun 2018 hingga 2021.

3.3. Pengauditan telah dilaksanakan di MOT, CAAM, KL ATCC Baharu dan sampel lokasi
pemasangan sistem Communication, Navigation, Surveillance (CNS)/Air Traffic
Management (ATM) di Kuala Terengganu, Kuantan dan Mersing.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan rekod dan dokumen di MOT, CAAM dan KL
ATCC Baharu. Semakan rekod berkaitan ICP telah dilaksanakan di Technology Depository
Agency Berhad (TDA). Pihak Audit juga telah melaksanakan sesi libat urus bersama
agensi lain seperti Kementerian Kewangan (MoF) bagi kelulusan perolehan, Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi
pembangunan sistem dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO) bagi
aspek keselamatan perlindungan. Analisis terhadap data/maklumat berkaitan operasi dan
keberhasilan projek KL ATCC Baharu telah dilaksanakan. Selain itu, temu bual dan
perbincangan dengan pegawai yang terlibat, edaran soal selidik kepada peserta latihan
sistem CNS/ATM dan ICP mengenai keberkesanan latihan, serta pemeriksaan fizikal turut
dilaksanakan.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan dari bulan Oktober 2021 hingga Februari 2022. Penemuan
Audit serta maklum balas daripada MOT, CAAM dan TDA telah dibincangkan dalam
Mesyuarat Penutup yang diadakan pada 20 Jun 2022. Penjelasan lanjut mengenai
penemuan Audit adalah seperti di perenggan berikut:

2 - 120- 10 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
yPaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

5.1. Prestasi Projek

5.1.1. Pencapaian Keseluruhan Output

5.1.1.1. Klausa 1.1 Kontrak Utama menyatakan Date of Practical Completion ialah
tarikh pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) seperti yang dinyatakan dalam
Schedule 5 iaitu pada 18 Mac 2019. Klausa 28 pula menyatakan penyiapan kerja
adalah termasuk completion of building, completion of CNS and ATM System dan
interface and integration.

5.1.1.2. Semakan Audit mendapati bangunan telah disiapkan pada 27 Ogos 2021
dengan pengeluaran Certificate of Completion and Compliance (CCC). Seterusnya,
sistem CNS/ATM telah disiapkan pada 27 Ogos 2021 dengan pengeluaran
Certificate of Work Completion (CWC). Keseluruhan projek berjaya disiapkan pada
31 Ogos 2021 dengan pengeluaran CPC selepas lima pelanjutan masa (EOT)
berjumlah 898 hari. Sebab EOT ialah kelewatan penyerahan tapak projek kepada
kontraktor, kelewatan Kerajaan membuat keputusan mengenai kos kerja hiasan
dalaman, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kekangan
kemasukan pakar Original Equipment Manufacturer (OEM) dari luar negara.
Maklumat lengkap mengenai EOT adalah seperti dalam Jadual 2.

JADUAL 2
KELULUSAN LANJUTAN MASA (EOT)

NO. TARIKH SEBAB TEMPOH EOT TARIKH SIAP KELULUSAN
EOT LULUS BAHARU

1 02.05.2018 Pindaan tarikh serah tapak pembinaan 153 hari 19.08.2019 SO
bangunan KL ATCC Baharu yang (18.03.2019 hingga
2 30.04.2020 disebabkan oleh pindaan warta syarat 17.04.2020 MoF
guna Lot PT85 Bandar Lapangan 17.08.2019)
3 18.05.2020 Terbang Antarabangsa Sepang, 11.07.2020 SO
4 04.12.2020 Selangor (KLIA) yang perlu 244 hari 31.12.2020 SO
5 28.01.2022 dilaksanakan oleh Kerajaan (18.08.2019 hingga 01.09.2021 MoF
Kelewatan Kerajaan dalam membuat
keputusan untuk permohonan 17.04.2020)
tambahan kos bagi Kerja-kerja
Pemasangan Rekaan Dalaman (Interior 85 hari
Design – ID) bangunan KL ATCC, KLIA (18.04.2020 hingga
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) berkuat kuasa 18 Mac 2020 11.07.2020)
sehingga 9 Jun 2020 173 hari

Kekangan mobilisasi pekerja OEM ke (12.07.2020 hingga
tapak projek 31.12.2020)
243 hari
Kekangan kemasukan pakar OEM
(01.01.2021 hingga
31.08.2021)

JUMLAH 898 hari

Sumber: Surat Kelulusan EOT

5.1.1.3. Semakan Audit selanjutnya mendapati empat EOT diluluskan tanpa
tambahan kos. Bagaimanapun, EOT kelima telah diluluskan dengan tambahan kos
berjumlah RM15.18 juta. Tambahan kos tersebut merupakan sewaan Internet

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -21-111
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

Protocol Management Exchange (IPME) yang meningkat dari 12 bulan kepada
32 bulan.

5.1.1.4. Pihak Audit juga mendapati berlaku kelemahan dalam pengeluaran CCC,
CWC dan CPC seperti berikut:

a. Pengeluaran Certificate of Completion and Compliance Tidak
Mematuhi Kontrak

Klausa 28.1.(a) Kontrak Utama menyatakan CCC hendaklah dikeluarkan tidak
kurang dari dua bulan sebelum CPC. Semakan Audit mendapati CCC telah
dikeluarkan pada 27 Ogos 2021 iaitu hanya empat hari
sebelum CPC dikeluarkan pada 31 Ogos 2021. Semakan Audit
terhadap surat CAAM kepada MOT bertarikh 17 September 2021 mendapati
kelewatan pengeluaran CCC adalah disebabkan kerja pemasangan sistem
pemadam api dan alat pencegah kebakaran tambahan yang perlu
dilaksanakan oleh kontraktor susulan kelulusan penuh pengecualian air dari
pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diterima pada
1 Jun 2021.

Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei 2022 dan 3 Jun 2022

CAAM mengesahkan pengeluaran CCC untuk bangunan KL ATCC Baharu telah
terlaksana tidak mengikut Kontrak Utama. Bagaimanapun, ia tidak memberikan
sebarang kesan ke atas pelaksanaan projek kerana semua kerja pembinaan telah siap
sepenuhnya lebih awal dan hanya menunggu kelulusan JBPM bagi pemasangan
sistem pemadam api tambahan. Keperluan asal syarat dua bulan untuk persijilan CCC
sebelum CPC ini adalah untuk memastikan pelaksanaan Operational Readiness and
Transfer (ORAT) bagi pemindahan operasi dan pengurusan KL ATCC tidak terganggu.

b. Certificate of Work Completion (CWC)

Berdasarkan Annex A – Acceptance Certificate Activities yang dilampirkan
bersama CWC, sebanyak 26 Installation Acceptance Test (IAT), 18 User
Acceptance Test (UAT), satu Final Acceptance Test (FAT) dan 11 handing over
acceptance telah dilaksanakan. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap
pelaksanaan UAT dan FAT mendapati kelemahan seperti berikut:

i. FAT Dilaksanakan Sebelum Semua UAT Selesai

 Klausa 28.2.4.(a) Kontrak Utama menyatakan FAT hendaklah
dilaksanakan selepas UAT berjaya dan sijil UAT telah dikeluarkan.
Semasa FAT dilaksanakan, kontraktor hendaklah memastikan sistem

2 - 212- 12 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PyPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

CNS/ATM beroperasi sepenuhnya dan berterusan dalam tempoh
minimum dua bulan selepas tarikh sijil UAT. Klausa 28.2.4.(d)
menyatakan pengeluaran sijil FAT mengesahkan bahawa sistem
CNS/ATM telah diterima oleh Kerajaan.

 Semakan Audit terhadap sijil FAT mendapati FAT telah dilaksanakan
mulai 3 November 2020 hingga 7 Januari 2021 selama 66 hari.
Bagaimanapun, perbandingan dengan tarikh pelaksanaan UAT
mendapati FAT telah dilaksanakan sebelum UAT bagi
subsistem Surveillance Performance Monitoring System (SPMS), Air
Traffic Flow and Capacity Management (ATFCM), Data Analysis
Statistic and Billing (DASB) dan Technical Monitoring System (TMS)
selesai. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3
PELAKSANAAN FAT SEBELUM UAT SELESAI

BIL. SUBSISTEM TARIKH UAT TARIKH FAT PENEMUAN AUDIT

1. Surveillance Performance Monitoring 02.03.2021 FAT telah dilaksanakan
System (SPMS) 119 hari sebelum UAT
21 hingga
2. Air Traffic Flow and Capacity 23.04.2021 03.11.2020 FAT telah dilaksanakan
Management (ATFCM) hingga 169 hari sebelum UAT
27.05.2021
3. Data Analysis Statistic and Billing (DASB) 07.01.2021 FAT telah dilaksanakan
205 hari sebelum UAT
4. Technical Monitoring System (TMS) 30 dan
Sumber: Sijil UAT dan Test Data Record 31.05.2022 FAT telah dilaksanakan
573 hari sebelum UAT

 Semakan Audit selanjutnya terhadap Minit Mesyuarat ICC Monthly
Progress Meeting yang diadakan pada 6 November 2020 mendapati
mesyuarat telah bersetuju supaya FAT diteruskan walaupun kemajuan
UAT pada masa itu hanya pada tahap 81%. Kelulusan berkenaan
diberikan dengan syarat ia boleh dihentikan pada bila-bila masa.
Mesyuarat juga bersetuju proses migrasi ke KL ATCC Baharu akan
diteruskan pada bulan Jun 2021 dan empat subsistem akan available
selepas proses migrasi selesai.

 Pelaksanaan FAT sebelum semua UAT selesai didapati tidak
teratur dan tidak sempurna kerana tidak meliputi
subsistem SPMS, ATFCM, DASB dan TMS yang masih
belum beroperasi ketika FAT dilaksanakan.

Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei 2022 dan 3 Jun 2022

Antara beberapa perkara yang turut diambil kira sewaktu pelaksanaan UAT ialah
fungsi dan tahap kepentingan sesuatu subsistem berdasarkan kepada kadar trafik

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -21-313
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

semasa yang rendah impak dari pandemik Covid-19. Penilaian ini telah dibuat bagi
mengelakkan kelewatan projek KL ATCC Baharu yang telah berlarutan dan
memastikan pemindahan KL ATCC dapat dilaksanakan dengan kadar segera
(memandangkan kos sewaan IPME yang telah melebihi RM10 juta).

Bagi subsistem Air Traffic Management (ATM), khususnya ATFCM, DASB dan TMS
yang hanya diperlukan sebagai subsistem sokongan dalam kadar kapasiti trafik udara
yang tinggi dan hanya boleh diuji dengan data pergerakan pesawat yang sebenar,
keputusan untuk pengeluaran sijil UAT adalah bagi membolehkan ujian FAT terhadap
subsistem yang telah kritikal dapat diteruskan. Ini turut mengambil kira kesediaan
dan kemampuan sistem ATM KL ATCC Baharu harus sekurang-kurangnya setara
dengan komponen sistem ATM di KL ATCC Subang (yang belum mempunyai
kemudahan aplikasi subsistem seperti ATFCM dan DASB).

Pendapat Pelaksanaan FAT sebelum keseluruhan sistem tersedia dan

Audit beroperasi tidak mencapai objektif FAT.

ii. Sijil FAT Dikeluarkan Sebelum Semua Subsistem Beroperasi

 Klausa 28.2.4(c) Kontrak Utama menetapkan selepas tarikh CPC, jika
mana-mana sistem CNS/ATM belum beroperasi atau tidak boleh
beroperasi seperti yang ditetapkan, kontraktor dianggap gagal
melaksanakan tanggungjawabnya di bawah kontrak. Sehubungan itu,
Kerajaan berhak mengenakan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan
selaras dengan Klausa 34.2. Klausa 28.2.4(d) pula menetapkan selepas
tempoh FAT tamat, jika sistem CNS/ATM telah beroperasi seperti
kehendak kontrak, sijil FAT hendaklah dikeluarkan.

 Semakan Audit mendapati sijil FAT telah ditandatangani oleh OEM,
kontraktor dan CAAM pada 5 Julai 2021 manakala CPC telah
dikeluarkan pada 31 Ogos 2021. Bagaimanapun, berdasarkan Test
Data Record, UAT bagi TMS hanya dilaksanakan pada 30
dan 31 Mei 2022 iaitu 329 hari selepas sijil FAT
dikeluarkan dan 272 hari selepas CPC dikeluarkan.
Pemeriksaan Audit pada 24 Februari 2022 juga mendapati sistem TMS
masih tidak boleh digunakan. Paparan skrin TMS yang menunjukkan ia
belum beroperasi adalah seperti dalam Gambar 1 dan Gambar 2.

2 - 124- 14 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
yPaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

GAMBAR 1 GAMBAR 2

Log Masuk NOT CONNECTED

TMS di KLATCC Baharu
- Paparan Skrin Menunjukkan Sistem Tidak Beroperasi

(24.02.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

 Pihak Audit mendapati dalam keadaan ini, FAT dan CPC yang
dikeluarkan adalah tidak teratur kerana UAT belum
dilaksanakan dan sistem belum beroperasi sepenuhnya.
Pihak Audit juga mendapati kecuaian CAAM dalam menandatangani
sijil FAT telah menyebabkan Kerajaan tidak boleh mengenakan denda
kepada kontraktor seperti yang ditetapkan dalam Klausa 28.2.4.(c).

Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022

Ujian UAT untuk TMS telah dilaksanakan pada 31 Mei 2022. Selain itu, perjanjian
tambahan akan diwujudkan bagi memuktamadkan pindaan yang telah dilakukan ke
atas Kontrak Utama. Ini bagi memastikan keteraturan pentadbiran kontrak dan
kepentingan Kerajaan terjamin. Bengkel dijadualkan pada minggu kedua Ogos 2022
dengan melibatkan semua pihak berkepentingan daripada MOT, CAAM dan MoF.

Pendapat Pengeluaran sijil FAT sebelum semua subsistem CNS/ATM
Audit beroperasi adalah tidak teratur serta bercanggah dengan
Klausa 28.2.4(c), Kontrak Utama.

c. Certificate of Practical Completion (CPC)

i. Klausa 28.5.(c)(iii) Kontrak Utama menyatakan CPC hanya boleh
dikeluarkan apabila semua kerja telah disiapkan. Kerja hanya boleh
dianggap siap apabila kontraktor telah memberikan Letter of Undertaking
(LoU) kepada SO untuk menyiapkan kerja very minor nature.

ii. Semakan Audit mendapati pada 31 Ogos 2021, kontraktor telah
mengemukakan LoU kepada Pengarah Projek CAAM untuk semua kerja-
kerja ringan yang masih lagi tertangguh. Pengeluaran LoU kepada

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -21-515
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

Pengarah Projek CAAM adalah tidak selaras dengan
ketetapan kontrak yang menyatakan LoU hendaklah dikeluarkan
kepada SO.

Pendapat LoU yang dikeluarkan kepada Pengarah Projek CAAM

Audit bercanggah dengan ketetapan kontrak.

5.1.2. Pencapaian Keberhasilan

a. Berdasarkan maklumat di SPP II, sebanyak lima keberhasilan telah ditetapkan
untuk projek KL ATCC Baharu. Sehingga bulan Mac 2022, pihak MOT dan CAAM
masih lagi belum membuat penilaian keberhasilan bagi projek ini. Selain itu,
semakan Audit selanjutnya mendapati tiada sebarang Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) ditetapkan oleh pihak MOT/CAAM bagi mengukur pencapaian keberhasilan
ini. Memandangkan pihak MOT/CAAM tidak menyediakan kaedah pengukuran
bagi keberhasilan projek ini, perbincangan bersama pihak CAAM telah diadakan
bagi mendapatkan kaedah penilaian yang sesuai. Hasil perbincangan, penilaian
keberhasilan telah dilaksanakan dengan mendapatkan data daripada sistem ATM
serta membuat semakan terhadap laporan yang disediakan oleh perunding Kajian
ATMOP. Perbandingan antara laporan/data sebelum dan selepas projek KL ATCC
Baharu beroperasi telah dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan projek.

b. Daripada lima keberhasilan yang ditetapkan, hanya dua dapat diukur iaitu
Keberhasilan 3 dan 5. Hasil semakan mendapati hanya Keberhasilan 3 iaitu
mengurangkan bilangan pesawat daripada 30 kepada 15 untuk satu sektor telah
berjaya dicapai. Bagaimanapun, penilaian ini didapati tidak
menunjukkan keberhasilan sebenar projek kerana jumlah trafik
yang rendah akibat kemerosotan industri penerbangan sejak pandemik Covid-
19. Bagi Keberhasilan 1 dan 2 masih belum dapat diukur kerana ketiadaan data
yang boleh dipercayai manakala Keberhasilan 4 tidak dapat diukur kerana tiada
aktiviti SAR diaktifkan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
KEBERHASILAN PROJEK KL ATCC BAHARU

BIL. KEBERHASILAN PENEMUAN AUDIT
1.
Peningkatan kapasiti ruang udara Pihak Audit tidak dapat mengesahkan keberhasilan ini kerana tiada KPI
2. dapat mengurangkan kelewatan yang ditetapkan oleh CAAM.
pesawat dengan meminimumkan
masa berlegar di ruang udara Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
daripada 30 minit kepada
tidak melebihi lima minit Pada dasarnya memang sukar untuk membuktikan keberhasilan ini
berdasarkan kepada kadar trafik udara yang hanya kira-kira 25% dari
Mengurangkan pembebasan gas jumlah penerbangan sebelum pandemik Covid-19.
karbon dioksida (CO2) yang
menyebabkan pencemaran alam Pihak Audit tidak dapat mengesahkan ketepatan maklumat penjimatan
sekitar di samping dapat jumlah masa perjalanan dan penjimatan bahan api yang dikemukakan oleh
CAAM. Ini adalah kerana maklumat penerbangan tidak selaras dengan data
Terminated Flight List (TFL) dan sumber maklumat penggunaan bahan api
mengikut jenis pesawat yang tidak boleh dipercayai (unreliable).

2 - 216- 16 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PyPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

BIL. KEBERHASILAN PENEMUAN AUDIT
3. menjimatkan kos bahan api/kos
operasi syarikat penerbangan Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
Data pembakaran bahan api daripada syarikat penerbangan masih dalam
Meningkatkan tahap keselamatan penyediaan.
dengan pertambahan sektor i. Ujian Simulasi
(area & approach) dengan
mengurangkan pesawat daripada  Semakan Audit terhadap laporan DEL 23 bagi Kajian ATMOP
30 kepada 15 pesawat untuk satu mengenai Approved Air Traffic Control Procedures for Approach
sektor Surveillance Services - Fast Time Simulation (FTS) Validation Report
yang dikeluarkan pada 15 November 2016 mendapati perunding
telah menjalankan simulasi bagi mengukur KL Terminal Control Area
(TMA) – Sector Occupancy.

 Simulasi ini telah menggunakan sampel data trafik sebenar pada
10 September 2015 dengan jumlah 942 penerbangan.

 Simulasi ini hanya dilaksanakan untuk dua sektor penerbangan
sahaja iaitu Departure South dan Departure North.

 Keputusan simulasi merekodkan bilangan maksimum lima
pergerakan/minit untuk dua sektor berkenaan.

ii. Semakan Data TFL
Analisis Audit terhadap data TFL bagi penerbangan pada 29 Januari
2021 menunjukkan jumlah pesawat tertinggi direkodkan ialah
14 pesawat dalam satu sektor pada satu-satu masa (jumlah
trafik 494 penerbangan).

Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei 2022 dan
3 Jun 2022

Kaedah pengukuran keberhasilan ini adalah dibuat melalui kadar trafik yang

direkodkan pada satu-satu masa, namun ini tidak dapat dilakukan kerana
kadar trafik sebenar yang telah berkurang lebih 70% (trafik kurang dari 15

pesawat pada satu-satu masa di dalam satu sektor yang telah distrukturkan
semula).

 Bagi menentukan sama ada operasi SAR telah dipertingkatkan, semakan
Audit telah dibuat terhadap Laporan SAR Exercise (SAREX) yang
dilaksanakan oleh CAAM. Selepas KL ATCC Baharu beroperasi, CAAM
telah melaksanakan dua sesi SAREX.

 Berdasarkan laporan SAREX, pihak Audit mendapati tempoh masa yang

diambil bagi mengenal pasti lokasi nahas atau menyelamat nahas

Keupayaan operasi Search and kemalangan adalah antara 2 jam 49 minit hingga 3 jam 18 minit.

Rescue (SAR) dapat  Bagaimanapun, adalah sukar untuk mengesahkan sama ada keupayaan

4. dipertingkatkan dengan operasi SAR telah dapat dipertingkatkan kerana laporan SAREX tidak
penentuan kawasan kemalangan memperincikan mengenai peralatan/sistem yang digunakan dan

yang lebih tepat melalui manfaatnya dalam penentuan kawasan kemalangan yang lebih tepat.

penggunaan satelit Selain itu, sejak KL ATCC Baharu mula beroperasi tiada operasi SAR

diaktifkan.

5. Jumlah pergerakan pesawat Maklum balas CAAM yang diterima pada 31 Mei 2022
keluar masuk di KLIA dapat
CAAM mengesahkan tiada insiden yang melibatkan operasi SAR sepanjang
dipertingkatkan daripada 68 tempoh bermula dari tarikh operasi KL ATCC pada 1 September 2021
kepada 108 pergerakan sejam sehingga hari ini.

i. Ujian Simulasi

 Semakan Audit terhadap laporan DEL 23 bagi Kajian ATMOP
mengenai Approved Air Traffic Control Procedures for Approach
Surveillance Services FTS Validation Report yang dikeluarkan pada
15 November 2016 mendapati perunding telah menjalankan simulasi
bagi mengukur kapasiti pergerakan pesawat keluar masuk di KLIA.

 Simulasi ini dilaksanakan bagi menilai prestasi aliran trafik TMA Kuala
Lumpur apabila perubahan prasarana dan operasi baharu
diperkenalkan terutama yang melibatkan triple simultaneously arrival
and departure. Simulasi tersebut dibuat dengan menggunakan
sampel trafik udara sebenar pada 10 September 2015 dengan jumlah
942 penerbangan.

 Berdasarkan simulasi yang dijalankan, kapasiti jumlah pergerakan
pesawat keluar masuk di KLIA boleh mencapai sehingga 112
pergerakan sejam yang mana melebihi keberhasilan yang
ditetapkan iaitu 108 pergerakan sejam.

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -21-717
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

BIL. KEBERHASILAN PENEMUAN AUDIT

ii. Semakan Data TFL
Semakan Audit terhadap data dari TFL mendapati:
 Sebelum KL ATCC Baharu beroperasi (tahun 2018 hingga 31 Ogos
2021) - jumlah pergerakan pesawat keluar masuk di KLIA ialah antara
1 hingga 85 pesawat sejam.
 Selepas projek KLATCC Baharu beroperasi (1 September 2021 hingga
31 Januari 2022) jumlah pergerakan pesawat keluar masuk di KLIA
yang tertinggi direkodkan hanya 37 pergerakan sejam.

Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022

CAAM akan membuat penilaian sebenar apabila jumlah trafik udara kembali
sibuk seperti sebelum pandemik Covid-19.

Sumber: SPP II, Laporan DEL23 Kajian ATMOP, Laporan SAREX dan Data TFL

Pendapat Keberhasilan projek ini masih belum dapat diukur sepenuhnya
Audit kerana KPI tidak ditetapkan dan berikutan kemerosotan
industri penerbangan akibat pandemik Covid-19.

5.2. Pengurusan Projek

5.2.1. Prestasi Kewangan

5.2.1.1. Siling Peruntukan dan Komitmen Kewangan

a. Arahan Perbendaharaan (AP) 54 menetapkan seseorang Pegawai Pengawal
dikehendaki mengawal perbelanjaan berkenaan sesuatu program dan aktiviti
atau objek perbelanjaan yang diperuntukkan dalam Maksud Perbelanjaan
Anggaran Belanjawan di bawah kawalannya supaya peruntukan tidak terlebih
dibelanjakan.

b. Berdasarkan maklumat dalam SPP II siling projek yang diluluskan adalah
berjumlah RM650.37 juta. Semakan Audit mendapati kos asal Kontrak Utama
adalah berjumlah RM594.66 juta manakala kos asal Kontrak ICC adalah
berjumlah RM52.39 juta. Secara keseluruhan, projek KL ATCC Baharu telah
diluluskan empat Arahan Perubahan Kerja (APK) berjumlah RM5.57 juta,
pertambahan kos RM15.18 juta bagi EOT No. 5 dan pertambahan kos siling
ICC berjumlah RM13.23 juta. Selain itu, berdasarkan Senarai Semak
Permohonan Notis Perubahan Kementerian Pengangkutan, sejumlah RM14.71
juta telah dijimatkan selepas pembatalan GST.

c. Sehingga 28 Januari 2022, jumlah keseluruhan kos kontrak bagi
projek KL ATCC Baharu adalah RM666.32 juta iaitu melebihi
sejumlah RM15.95 juta berbanding peruntukan yang
diluluskan RM650.37 juta. Sehubungan itu, pada 15 Mac 2022 MOT

2 - 128- 18 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

telah mengemukakan permohonan tambahan siling peruntukan kepada Unit
Perancang Ekonomi (UPE) berjumlah RM15.18 juta. Pada 17 Mei 2022, UPE
telah meluluskan permohonan penambahan kos projek KL ATCC Baharu
sejumlah RM14.82 juta menjadikan kos keseluruhan projek berjumlah
RM665.19 juta.

d. Berdasarkan pengiraan Audit, jumlah yang diluluskan oleh UPE adalah masih
tidak mencukupi dengan perbezaan RM1.13 juta. Perkara ini berlaku
kerana MOT tidak memasukkan pertambahan kos di bawah peruntukan wang
sementara (Provisional Sum) berjumlah RM1.13 juta dalam permohonannya
kepada UPE. Selain itu, pihak Audit juga mendapati jumlah tambahan kos
lanjutan tempoh kontrak No. 1 ICC yang dinyatakan dalam permohonan
kepada UPE adalah berbeza sejumlah RM262,757 dan terdapat kos APK dalam
rayuan berjumlah RM259,326. Maklumat lanjut adalah seperti dalam
Jadual 5.

JADUAL 5
KOMITMEN KERAJAAN BAGI PROJEK KL ATCC BAHARU

PERKARA RM JUTA RM JUTA CATATAN

Siling Peruntukan Asal (A) 650.37 SPP II

Kos Asal Kontraktor 594.66 Klausa 23.1 Kontrak Utama

Kos Siling Asal ICC 52.39 Klausa 2.0 Kontrak ICC

ARAHAN PERUBAHAN KERJA (APK)

Penyambungan Utiliti Elektrik 2.78 Diluluskan oleh Lembaga Perolehan A pada
19 Mac 2018
Pemindahan Tapak Pemasangan Radar 1.42 Diluluskan oleh MoF pada 4 September 2018
Mersing 0.24 Diluluskan oleh Lembaga Perolehan pada
1.13 21 Julai 2020
Kerja-kerja Penambahbaikan Diluluskan oleh Jawatankuasa Perubahan
Persimpangan CTA3-Jalan KLIA1 5.57 Kerja Bil. 3 Tahun 2019 pada 11 Jun 2019
15.18
Pertambahan Kos di Bawah Peruntukan Diluluskan oleh MoF pada 28 Januari 2022
Wang Sementara (Provisional Sum) 13.23
Diluluskan oleh Lembaga Perolehan pada 22
JUMLAH ARAHAN PERUBAHAN November 2018
KERJA Diluluskan oleh Lembaga Perolehan (Khas)
pada 14 Ogos 2019
Pertambahan Kos Lanjutan Masa bagi
Kontraktor - EOT No. 5 -

PERTAMBAHAN KOS LANJUTAN TEMPOH KONTRAK ICC

Lanjutan Tempoh Kontrak No. 1 5.94

Lanjutan Tempoh Kontrak No. 2 7.29
JUMLAH PERTAMBAHAN KOS SILING ICC

TOLAK: PENJIMATAN GST (14.71) Surat UPE bertarikh 17 Mei 2022

JUMLAH KOMITMEN KERAJAAN (B) 666.32 -
15.95 -
PERBEZAAN SILING ASAL BERBANDING
KOMITMEN KERAJAAN (B-A) 665.19 Surat UPE bertarikh 17 Mei 2022

SILING PROJEK BAHARU (C)

PERBEZAAN (B-C) 1.13 -

Sumber: Kontrak Utama, Kelulusan APK, Kelulusan EOT, SPP II dan Surat UPE Bertarikh 17 Mei 2022

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -21-919
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

Maklum balas MOT/CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022

Semakan mendapati berlaku kesilapan semasa permohonan kenaikan kos siling yang
dibuat kepada UPE pada 15 Mac 2022. Sehubungan itu, kekurangan kos siling
berjumlah RM1.13 juta akan dipohon kepada UPE selewat-lewatnya pada
30 Jun 2022.

Pendapat Pengurusan belanjawan projek yang tidak cekap boleh
Audit memberi risiko kepada kekangan aliran tunai Kerajaan kerana
komitmen melalui kontrak telah melebihi siling peruntukan
yang ditetapkan.

5.2.1.2. Prestasi Perbelanjaan

Semakan Audit terhadap Laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
mendapati bagi tempoh tahun 2016 sehingga 2021, MOT telah menerima
peruntukan berjumlah RM585.50 juta bagi projek KL ATCC Baharu. Daripada
jumlah tersebut, RM578.53 juta (98.8%) telah dibelanjakan. Maklumat lanjut
seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
PRESTASI PERBELANJAAN BAGI TEMPOH TAHUN 2016 SEHINGGA 2021

TAHUN PERUNTUKAN PERBELANJAAN %
(RM Juta) RM JUTA

2016 70.00 68.09 97.3

2017 94.76 94.76 100.0

2018 225.28 225.28 100.0

2019 140.85 140.82 100.0

2020 50.96 45.93 90.1

2021 3.65 3.65 100.0

JUMLAH 585.50 578.53 98.8

Sumber: Laporan C110P eSPKB, Surat UPE dan Laporan ZRFM022 1GFMAS

Pendapat Prestasi perbelanjaan adalah baik.
Audit

5.2.1.3. Bayaran Kemajuan Kerja

Semakan Audit terhadap senarai baucar bayaran yang dikemukakan oleh MOT
mendapati sehingga 17 Mei 2022 sebanyak 35 bayaran telah dibuat kepada
kontraktor dan 39 bayaran kepada ICC. Bayaran yang telah dibuat oleh MOT
kepada kontraktor dan ICC adalah berjumlah RM639.89 juta. Penemuan Audit
mengenai pengurusan bayaran adalah seperti berikut:

2 - 220- 20 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

a. Baucar Bayaran Tidak Dikemukakan

Sehingga bulan Mei 2022, pihak MOT gagal mengemukakan baucar
bayaran B4803 bertarikh 8 Disember 2016 dengan jumlah
RM11.03 juta untuk semakan Audit.

Maklum balas MOT yang diterima pada 28 Jun 2022
Baucar bayaran masih belum ditemui.

b. Perbezaan Pengiraan Kadar Harian Yuran Perunding

i. Klausa 5.6(b) Kontrak ICC menyatakan perkhidmatan perunding
hendaklah dilaksanakan oleh kakitangan yang disenaraikan di Appendix 9
mengikut tempoh masa seperti yang dinyatakan dalam Consultant
Engineer’s Time Input Schedule di Appendix 10. Manakala nota pada
Appendix 10.1 Kontrak ICC menyatakan, The Man Month Report adalah
berdasarkan kadar harian bagi 20 hari bekerja sebulan.

ii. Semakan Audit terhadap baucar bayaran ICC mendapati bayaran yuran
perunding dibuat berdasarkan jumlah hari bekerja dan kadar harian setiap
kakitangan. Bagaimanapun, kadar harian tidak dinyatakan dalam Kontrak
ICC. Bagi menentukan ketepatan bayaran yuran perunding, pihak Audit
telah membuat pengiraan kadar harian berdasarkan gaji bulanan di
Appendix 6.1B dan nota pada Appendix 10.1. Analisis Audit mendapati
kadar harian yang dibayar adalah berbeza dengan pengiraan Audit.
Selanjutnya, pengiraan Audit terhadap sampel bayaran bagi 25 kakitangan
perunding menunjukkan jumlah yuran perunding ialah RM36.96 juta
berbanding yang telah dibayar RM38.75 juta (perbezaan RM1.79 juta).

iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati perkara ini berlaku kerana
perunding menuntut kadar harian berdasarkan Financial Proposal yang
dikemukakan kepada MOT pada 2 Julai 2015. Bagaimanapun, Financial
Proposal ini tidak dijilid sebagai kontrak.

c. Perbezaan Pengiraan Man-Month

Berdasarkan time sheets yang dilampirkan bersama baucar bayaran ICC
mendapati kehadiran perunding telah direkodkan dalam jam (man hours).
Bagaimanapun, semakan Audit mendapati pengiraan jumlah man-month dari
maklumat jumlah jam bekerja sebulan dalam baucar bayaran adalah tidak
tepat. Pengiraan Audit terhadap sampel bayaran bagi 27 kakitangan

LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -22-121
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA

RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022

menunjukkan jumlah yuran perunding ialah RM1.64 juta berbanding
RM1.68 juta yang telah dibayar (perbezaan sejumlah RM0.04 juta).

Maklum balas MOT yang diterima pada 28 Jun 2022

Tuntutan terhadap lebihan bayaran rate for consultancy fees dan perbezaan
pengiraan man-month bagi kakitangan perunding akan dibuat melalui pelarasan
harga kontrak.

d. Pertukaran Kakitangan

i. Klausa 5.6(d) Kontrak ICC menyatakan tiada sebarang perubahan atau
penggantian kakitangan syarikat perunding dibenarkan tanpa kelulusan
bertulis daripada Kerajaan terlebih dahulu.

ii. Semakan Audit mendapati pada 3 April 2017, ICC telah memaklumkan
penggantian empat kakitangan perunding. Bagaimanapun, tiada surat
kelulusan penggantian empat kakitangan ini dikeluarkan
oleh Kerajaan seperti yang ditetapkan dalam Klausa 5.6(d).
Seterusnya, sebanyak 15 resume kakitangan perunding baharu telah
dilampirkan dalam Perjanjian Tambahan No. 1 ICC yang berkuat kuasa
mulai 18 Julai 2017.

iii. Semakan Audit terhadap baucar bayaran ICC mendapati sejumlah
RM5.33 juta bayaran telah dibuat untuk 17 kakitangan perunding
(replacement) bagi tempoh bulan April 2017 sehingga 17 Ogos 2019.
Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada bayaran
ini adalah teratur kerana:

 tiada kelulusan bertulis daripada MOT berhubung pertukaran
kakitangan ini;

 tiada kadar man-month (gaji sebulan) dilampirkan dalam Perjanjian
Tambahan No. 1 ICC bagi 15 kakitangan yang diganti; dan

 dua orang kakitangan perunding tidak tersenarai dalam Perjanjian
Tambahan No. 1 ICC tetapi tuntutan telah dibuat oleh ICC.

Maklum balas MOT yang diterima pada 28 Jun 2022

Perkara ini akan diangkat kepada Jawatankuasa Penilaian Perunding selewat-
lewatnya pada 30 Ogos 2022 untuk kelulusan bagi memastikan keteraturan
pentadbiran kontrak.

2 - 222- 22 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA


Click to View FlipBook Version