RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
Pendapat Pengiraan kadar harian dan man-month yang tidak tepat telah
Audit merugikan Kerajaan. Kelemahan dalam pengurusan
pertukaran kakitangan juga boleh menyebabkan risiko
bayaran tidak teratur.
5.2.2. Perancangan Projek
5.2.2.1. Kajian Kemungkinan
a. Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun
2009 (Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Program dan Projek
Pembangunan) telah dikeluarkan untuk membantu Kementerian merancang
projek yang dapat memberi value for money. Ia juga menerangkan kaedah
perancangan sistematik yang memberi tumpuan kepada pencapaian
keberhasilan bagi memenuhi keperluan kumpulan sasar. Kajian kemungkinan
hendaklah dilaksanakan untuk mempertimbangkan sama ada satu-satu projek
itu berdaya maju, mengenal pasti pilihan strategi terbaik yang efektif dan
efisien.
b. Bagi tujuan pelaksanaan Performance Based Navigation (PBN) di Malaysia dan
pelaksanaan projek KL ATCC Baharu, pada 3 Oktober 2012 DCA telah melantik
perunding bagi pelaksanaan kajian Enhancement of CNS-ATM in Kuala Lumpur
Flight Information Region and Kuala Lumpur International Airport Malaysia
Project (Kajian ATMOP) dengan kos RM23.99 juta. Kontrak adalah bagi
tempoh 46 bulan bermula pada 8 Oktober 2012 sehingga 7 Ogos 2016.
Kontrak antara Kerajaan yang diwakili oleh Ketua Pengarah DCA (ketika itu)
dengan perunding ATMOP telah ditandatangani pada 18 Disember 2012.
c. Semakan Audit terhadap pelaksanaan Kajian ATMOP mendapati perkara
berikut:
i. sebanyak 40 laporan atau deliverables (DEL) daripada keseluruhan 45 DEL
telah disediakan oleh perunding;
ii. tiga DEL telah digugurkan dengan pengurangan kos berjumlah
RM1.12 juta;
iii. dua DEL tidak disediakan oleh perunding;
iv. tempoh kontrak telah dilanjutkan sehingga 30 November 2016; dan
v. lima DEL yang telah disediakan dalam Kajian ATMOP tidak lengkap dan
perlu dilaksanakan semula oleh ICC.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -22-323
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 dan 31 Mei 2022
Pihak pelaksana Kajian ATMOP pada ketika itu ambil maklum akan kekurangan
maklumat yang terdapat dalam DEL disebabkan pelaksanaan projek KL ATCC Baharu
yang tidak dapat dilaksanakan secara serentak. Keadaan ini telah menyebabkan
maklumat sebenar rekaan dan pelaksanaan sistem yang akan dibekalkan oleh
kontraktor tidak dapat disediakan. CAAM akur akan kelemahan pengurusan projek
yang telah berlaku namun semua kekurangan ini telah dapat di atasi melalui
pemindahan KL ATCC yang berjaya dilakukan dengan selamat.
Pendapat Kajian ATMOP tidak berkesan sepenuhnya kerana pihak
Audit Kerajaan perlu melaksanakan semula sebahagian skop kajian
semasa projek dilaksanakan.
5.2.2.2. Makmal Pengurusan Nilai (VM)
a. Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bilangan 3 Tahun
2009 bertarikh 29 Disember 2009 menetapkan supaya semua projek bernilai
RM50 juta dan ke atas perlu melalui proses Makmal VM. Pelaksanaan Makmal
VM bertujuan untuk mengenal pasti, menyediakan pilihan dan mengeluarkan
komponen serta kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan,
sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.
b. Semakan Audit mendapati pelaksanaan Makmal VM turut dimasukkan dalam
skop perkhidmatan Kajian ATMOP. Perenggan 3.4.7 Schedule A, Term of
Reference, Kontrak ATMOP menghendaki perunding melaksanakan
pengurusan nilai sebelum penyediaan dokumen tender. Berdasarkan DEL 39,
Makmal VM bersama perunding telah dilaksanakan sebelum Makmal VM
bersama UPE bagi membantu CAAM mengenal pasti spesifikasi dan keperluan
projek.
c. Semakan Audit selanjutnya mendapati Makmal VM bersama UPE telah
diadakan pada 6 hingga 10 Januari 2014 dan 27 hingga 30 Januari 2014.
Semakan terhadap senarai kehadiran mendapati Makmal VM ini telah
melibatkan pegawai dari UPE, Jabatan Kerja Raya (JKR), Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), MOT dan DCA.
Berdasarkan Laporan Makmal VM, kos keseluruhan projek yang diperakukan
adalah berjumlah RM650.37 juta iaitu penjimatan berjumlah RM49.74 juta
berbanding kos sebelum RM700.11 juta.
d. Analisis Audit mendapati keputusan Makmal VM tidak dipatuhi sepenuhnya
oleh MOT/CAAM. Penemuan Audit adalah seperti berikut:
2 - 224- 24 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
i. Pertambahan Kos Melalui Arahan Perubahan Kerja
Semakan Audit mendapati sebanyak dua APK berjumlah RM3.91 juta telah
diluluskan kerana Makmal VM telah mengurangkan cadangan kos yang
dimohon oleh CAAM. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.
JADUAL 7
ARAHAN PERUBAHAN KERJA AKIBAT PENGURANGAN KOS OLEH MAKMAL VM
MAKMAL VM KOS KOS
SEBENAR
BIL. BUTIRAN CADANGAN KOS APK CATATAN
KERJA
KOS DILULUSKAN (RM Juta) (RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta)
Semasa Makmal VM, kos ini
Penyambungan dikurangkan kerana kerja-kerja
1. Utiliti Elektrik 2.00 0.10 2.78 2.78 penyambungan sumber utiliti
untuk Kompleks elektrik ke KL ATCC Baharu telah
KL ATCC Baharu dianggap akan dibekalkan oleh
pihak MAHB
APK dilaksanakan kerana kos yang
2. Hiasan Dalaman 1.50 0.20 1.13 2.88 diluluskan Makmal VM rendah dan
tidak mencukupi
JUMLAH APK 3.91
Sumber: Laporan Makmal VM dan Kertas Taklimat Lembaga Perolehan A MOT
ii. Pertambahan Kos Perunding
Semakan Audit mendapati berlaku peningkatan kos perkhidmatan ICC
berbanding kos yang diluluskan Makmal VM. Berdasarkan Kertas Maklumat
Pelantikan ICC bertarikh 22 September 2015 justifikasi peningkatan kos
ialah kerana Term of Reference (TOR) atau skop
perkhidmatan yang dijadikan asas semasa Makmal VM
masih belum diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian
Perunding (JPP). Selain itu, faktor asas pengiraan cadangan asal telah
dikeluarkan dan beberapa faktor tidak pernah diambil kira dalam cadangan
asal CAAM dan Makmal VM. Kemudian, pada 16 Oktober 2015, UPE telah
menyatakan tiada halangan dengan permohonan MOT untuk menaikkan
kos perkhidmatan ICC dari RM38.98 juta kepada RM49.43 juta.
iii. Skop Kerja Tidak Mematuhi Keputusan Makmal VM
Semakan Audit terhadap skop kerja bagi ATM-CNS system and facilities,
other costs dan preliminaries dalam Laporan Makmal VM dan Kontrak
Utama mendapati keputusan Makmal VM tidak dipatuhi. Pihak Audit
mendapati kos preliminaries meningkat daripada 5% kepada 28.7%
berbanding kelulusan Makmal VM. Makmal VM juga mengurangkan gross
floor area (GFA) daripada 16,737 m2 kepada 12,901 m2. Bagaimanapun,
berdasarkan Kontrak Utama jumlah GFA telah meningkat kepada
23,049.28 m2. Selain itu, kos penyenggaraan telah ditolak tetapi kos
warranty and maintenance berjumlah RM22.26 juta (termasuk GST) telah
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -22-525
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
dijadikan sebagai skop kerja dalam Kontrak Utama. Butiran lanjut
mengenai perkara ini adalah seperti dalam Jadual 8.
JADUAL 8
PERBANDINGAN SKOP KERJA
KEPUTUSAN MAKMAL VM BERBANDING KONTRAK UTAMA
BIL. SKOP KERJA KEPUTUSAN MAKMAL VM KONTRAK UTAMA
1. Preliminaries 5% daripada kos bangunan, Mekanikal dan 28.7% daripada kos bangunan, M&E,
Elektrikal (M&E), infrastruktur dan infrastruktur, provisional sum dan professional
provisional sum services
Jumlah: 12,901 m2 (Kos RM68.99 juta)
2. Gross Floor Equipment and technical room = 4,539 m2 Jumlah: 23,049.28 m2 (Kos RM75.17 juta)
Area Operational room = 2,700 m2 Equipment and technical room = 3,928.78 m2
Offices and other common areas: 4,910 m2 Operational room = 2,000 m2
Ancillary building = 752 m2 Offices and other common areas: 14,957.37 m2
Ancillary building = 2,163.13 m2
(Skop asal projek mencadangkan GFA
berjumlah 16,737 m2. Makmal VM Kos warranty and maintenance berjumlah
kurangkan kepada 12,901 m2 dengan RM22.26 juta
penjimatan kos RM28.195 juta)
• RM125,000 (dalam item sistem
3. Warranty and mekanikal)
Maintenance • Kos preventive maintenance yang
dicadangkan berjumlah RM2.00 juta
ditolak oleh Makmal VM
Sumber: Laporan Makmal VM dan Kontrak Utama
e. Pihak Audit mendapati perkara ini berlaku kerana kelemahan dalam
perancangan projek yang menyebabkan Makmal VM membincangkan
skop projek yang tidak muktamad. Pihak Audit juga mendapati pelantikan
perunding oleh CAAM untuk mengenal pasti spesifikasi dan
keperluan projek sebelum Makmal VM bersama UPE tidak
berkesan kerana:
i. 22 September 2015 - TOR yang dijadikan asas semasa Makmal VM masih
belum diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP); dan
ii. 19 September 2018 - CAAM dalam permohonan tambahan kos provisional
sum hiasan dalaman menyatakan bahawa tiada perincian yang tepat
berkaitan reka bentuk dan susun atur bangunan KL ATCC Baharu yang
ingin dibina semasa Makmal VM dilaksanakan.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 3 Jun 2022
Walaupun Makmal VM yang telah dijalankan dilihat kurang berkesan disebabkan
kekurangan kepakaran dalam sistem yang berkaitan (CNS/ATM System), namun
melalui proses ini cadangan pemasangan Sistem Radar Mersing telah dibangkitkan,
yang mana merupakan satu elemen penting dalam memastikan negara bersedia
untuk mengambil semula Delegated Airspace to Singapore. Peningkatan saiz GFA
2 - 226- 26 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
telah berjaya menempatkan bukan sahaja pejabat operasi dan pengurusan KL ATCC,
malah kini turut menjadi pejabat untuk Bahagian Trafik Udara (dengan lebih 60 orang
kakitangan) yang telah dipindahkan dari bangunan sewaan di Putrajaya.
Pendapat Kelemahan dalam perancangan bagi memuktamadkan skop
Audit projek telah menyebabkan pelaksanaan Makmal VM tidak
berjaya mencapai objektifnya.
5.2.2.3. Permohonan Projek Information and Communications Technology
a. Perenggan 4.3 Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2009 menetapkan semua
permohonan projek Information and Communications Technology (ICT) daripada
agensi Kerajaan Persekutuan hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa
Pemandu ICT (JPICT) di peringkat Kementerian sebelum dikemukakan kepada
Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) yang berurus setia di MAMPU. Perenggan 5.2
Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009 juga menyatakan garis panduan ini
diguna pakai bagi projek ICT yang dibiayai oleh peruntukan kewangan Kerajaan
Persekutuan.
b. Pihak Audit telah mendapatkan pandangan daripada MAMPU mengenai tatacara
perolehan projek KL ATCC Baharu. Urus Setia Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor
Awam (JTISA), MAMPU melalui e-mel bertarikh 13 Januari 2022 telah
mengesahkan skop ICT bagi projek KL ATCC Baharu perlu
mendapat kelulusan teknikal JTICT. Berdasarkan skop projek KL ATCC
Baharu, didapati komponen yang terlibat adalah seperti yang dinyatakan pada
Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2009 Perenggan 5: Skop Projek ICT yang
memerlukan kelulusan teknikal JTICT iaitu perolehan perkakasan, pembangunan
sistem, perolehan perisian dan rangkaian. Pihak MAMPU juga menyatakan
projek ini perlu dilaksanakan mengikut tatacara perolehan projek
ICT.
c. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap dokumen perolehan di MOT dan CAAM
mendapati perolehan projek KL ATCC Baharu tidak dikemukakan untuk
kelulusan teknikal JTICT dan JPICT MOT. Semakan Audit terhadap
perenggan 7.3 Minit Mesyuarat JPICT MOT Bil. 1 Tahun 2016, mendapati CAAM
memaklumkan projek ini dilaksanakan tanpa mendapat kelulusan
kerana kekeliruan pegawai Sektor Trafik Udara (STU) sama ada
projek ini perlu dibawa ke JPICT atau tidak untuk kelulusan.
Semakan Audit selanjutnya mendapati Mesyuarat JPICT MOT Bilangan 2 Tahun
2016 pada 25 Julai 2016 dimaklumkan bahawa projek KL ATCC Baharu telah
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -22-727
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
mendapat kelulusan Makmal VM bersama UPE dan tarikh tender ditutup adalah
pada 1 Jun 2015. Oleh yang demikian, projek ini tidak melalui mana-
mana proses JPICT.
d. Akibat pelaksanaan projek yang tidak melalui mana-mana proses permohonan
projek ICT, tiada penglibatan Pegawai Teknologi Maklumat yang berpengalaman
dalam proses perolehan seperti Ahli Jawatankuasa Spesifikasi dan Ahli
Jawatankuasa Penilaian Teknikal.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 3 Jun 2022
CAAM akan melaksanakan penstrukturan baharu di Bahagian Pengurusan Trafik
Udara (BTU) sebelum Julai 2022 bagi memantapkan lagi pengurusan dan operasi
CAAM. Pemantauan projek akan diletakkan di bawah Pengarah Teknikal yang akan
melaporkan secara terus kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi). Melalui
penstrukturan ini, semua pemantauan dan keputusan berkaitan projek akan dapat
dibuat dengan lebih efisien dan secara terus ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
CAAM bagi mengurangkan birokrasi.
Pendapat Pelaksanaan projek ICT yang tidak dirujuk kepada MAMPU dan
Audit tanpa penglibatan pegawai berpengalaman memberi risiko
kelemahan tadbir urus seperti pemantauan projek yang lemah,
defects warranty yang tidak dapat disahkan dan kelemahan
pemantauan faulty report.
5.2.3. Pentadbiran Kontrak – Kontrak Utama
Perolehan kontraktor telah dilaksanakan secara tender terbuka tempatan. Surat
Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan kepada kontraktor berjaya pada 8 Disember
2015 dan ditandatangani balas pada 10 Disember 2015. Kemudian, Kontrak Utama
telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOT dan kontraktor pada 7 November
2016 dengan harga kontrak berjumlah RM594.66 juta (termasuk GST).
5.2.3.1. Semakan Dokumen Kontrak
a. Arahan Perbendaharaan 204.1 menyatakan nasihat dari Peguam
Negara atau Penasihat Undang-undang adalah perlu sekiranya
dibuat pindaan matan ke atas sesuatu bentuk kontrak
tertentu; kontrak walaupun kecil nilainya tetapi mengandungi implikasi
undang-undang; atau sesuatu kontrak memasukkan prinsip-prinsip atau dasar
2 - 228- 28 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
baru atau kontrak bagi sesuatu jenis perkhidmatan yang belum pernah
dikontrakkan.
b. Semakan Audit mendapati perolehan projek KL ATCC Baharu telah dibuat
secara tender bekalan atau perkhidmatan kerana komponen sistem CNS/ATM
merangkumi 75% daripada jumlah kos projek. Semakan Audit selanjutnya
mendapati dokumen Kontrak Utama telah disediakan secara hibrid kerana
menggabungkan syarat kontrak bekalan atau perkhidmatan (bagi skop sistem
CNS/ATM) dan kerja (bagi skop bangunan).
c. Berdasarkan memo bertarikh 20 September 2016, Penasihat Undang-undang
(PUU) MOT menyatakan draf perjanjian (kontrak hibrid) adalah teratur
tertakluk kepada ulasan dan pindaan serta persetujuan Bahagian
Pembangunan MOT ke atas perkara dasar dan teknikal. PUU MOT juga
menasihatkan agar Bahagian Pembangunan MOT mengambil tindakan seperti
memastikan bahawa semua prosedur perolehan dan
kewangan yang berkaitan telah diperoleh dan dipatuhi.
d. Semakan Audit terhadap surat MoF bertarikh 23 November 2016 mendapati
MOT telah memohon untuk mentadbir kontrak mengikut tatacara kontrak
bekalan dan kerja pada 25 Mei 2016. Bagaimanapun, MoF tidak
meluluskan permohonan MOT tersebut. MoF menegaskan supaya
projek ini hendaklah dilaksanakan selaras dengan syarat-syarat kontrak asal
iaitu secara tender bekalan atau perkhidmatan. Bagaimanapun, MOT
telah menandatangani Kontrak Utama pada 7 November 2016
yang merupakan kontrak hibrid (bekalan dan kerja).
e. Semakan Audit mendapati MoF telah mengeluarkan amaran dan teguran
berkaitan pentadbiran kontrak KL ATCC Baharu. Butiran mengenainya adalah
seperti berikut:
i. MoF melalui surat bertarikh 28 Mac 2019 memaklumkan Klausa 23.4
Kontrak Utama mengenai provisional sum adalah
bercanggah dengan Arahan Perbendaharaan 201. MOT diberi
teguran untuk memastikan klausa kontrak hendaklah selaras dengan
peraturan dan tatacara kewangan yang berkuat kuasa. MOT selaku
pentadbir kontrak perlu faham dan jelas berkenaan dengan
klausa-klausa yang diperuntukkan dalam kontrak dan
mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
kepentingan Kerajaan sentiasa terpelihara.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -22-929
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
ii. Pada 30 April 2020, MoF telah memberi teguran kepada MOT berikutan
tindakan MOT yang telah memasukkan tempoh tanggungan
kecacatan ke dalam kontrak adalah tidak wajar. Perkara ini
menyukarkan pentadbiran kontrak dilaksanakan dengan baik
memandangkan kontrak yang dimeterai adalah bersifat hibrid yang mana
tiada dalam tatacara perolehan semasa Kerajaan.
f. Semakan Audit terhadap kandungan Kontrak Utama juga mendapati
kelemahan seperti dalam Jadual 9.
JADUAL 9
KELEMAHAN DALAM DOKUMEN KONTRAK UTAMA
BIL. PERKARA PENEMUAN AUDIT
Klausa 53.4 syarat-syarat Standard Form of Design and Build Contract PWD Form DB
(Rev. 1/2010) mengenai bayaran interim bagi material on site/unfixed materials tidak
Material on dimasukkan dalam syarat kontrak hibrid.
1. site/unfixed
materials Bagaimanapun, MOT telah membuat tujuh bayaran material on site/unfixed materials.
Semasa bayaran dibuat, MOT tidak mempunyai punca kuasa melalui kontrak.
Schedule 13 Kontrak Utama menetapkan bayaran tempoh jaminan dan penyenggaraan
berjumlah RM21 juta (tanpa GST) akan dibayar kepada kontraktor apabila CCC/CPC
dikeluarkan.
2. Warranty and Tempoh jaminan dan penyenggaraan ialah selama 24 bulan mulai tarikh CPC
maintenance dikeluarkan.
Menyebabkan bayaran dibuat sebelum perkhidmatan dilaksanakan.
Sehingga 17 Mei 2022, sejumlah RM18.53 juta (88.2%) bayaran warranty and
maintenance telah dibayar oleh MOT. Pada masa bayaran, perkhidmatan
penyenggaraan telah dilaksanakan selama lapan bulan (33.3%) sahaja.
Perbezaan syarat bagi penyenggaraan housekeeping dalam Schedule 2 dan Schedule 6
dalam Kontrak Utama:
Perenggan 21.4 Statement of Compliance Checklist (Building Maintenance
Methodology), Schedule 2 Kontrak Utama menyatakan ‘general cleaning such as
cleaning the floors, toilets, cooking utensils, apparatus, drains etc. are not part of the
3. Penyenggaraan requirements of maintenance’.
housekeeping
Perenggan 4, Schedule 6, (Maintenance Methodology for Building) Kontrak Utama pula
menyatakan kerja-kerja seperti mencuci lantai termasuk dust mops all hard and
resilient floors, sweep balcony stairway and vacuum, mencuci tandas ada dinyatakan
sebagai skop kerja housekeeping. Kerja ini turut dinyatakan dalam Jadual
Penyenggaraan Housekeeping di Appendix 3, Schedule 6.
Sumber: Kontrak Utama dan Baucar Bayaran
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
Satu perjanjian tambahan akan diwujudkan bagi memuktamadkan pindaan yang telah
dilakukan ke atas Kontrak Utama. Ini bagi memastikan keteraturan pentadbiran
kontrak dan kepentingan Kerajaan terjamin. Bengkel dijadualkan pada minggu kedua
bulan Ogos 2022 dengan melibatkan semua pihak berkepentingan daripada MOT,
CAAM dan MoF.
Pendapat Pentadbiran Kontrak Utama secara hibrid yang tiada dalam
Audit mana-mana peraturan perolehan Kerajaan tidak menjamin
kepentingan Kerajaan.
2 - 320- 30 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
5.2.3.2. Pengurusan Kontrak Utama
Perenggan 1, PK 4.1 menyatakan pengurusan dan pentadbiran kontrak bagi
perolehan yang diuruskan secara tender dan secara sebut harga hendaklah diberi
perhatian yang serius. Ini adalah bagi menjaga kepentingan Kerajaan
dan melicinkan urusan yang berhubung kait dengan pelaksanaan
sesuatu perolehan. Bagi menentukan sama ada syarat kontrak telah
disediakan selaras dengan peraturan dan tatacara kewangan yang berkuat kuasa
dan menjamin kepentingan Kerajaan, semakan Audit telah dibuat terhadap syarat
kontrak serta lampirannya. Penemuan Audit mengenai kelemahan dalam
penyediaan Bill of Quantity bagi Kontrak Utama adalah seperti dalam perenggan
berikut:
a. Tender Document Charges
i. PK 2/2013 perenggan 8(iii)(e)(3) menyatakan kadar Tender Document
Charges (hard copy/soft copy) bagi tender bekalan/perkhidmatan/kerja
hendaklah dijual berdasarkan kadar yang telah ditetapkan. Semakan Audit
terhadap kenyataan tender pada iklan tender mendapati Tender Document
telah dijual pada harga RM5,000. Setiap petender yang berminat terhadap
tender ini hendaklah membayar Tender Document Charges berdasarkan
kadar yang telah ditetapkan.
ii. Semakan Audit terhadap Annex A, Item 1, Preliminaries and General
Items, Schedule 12, Kontrak Utama mendapati sejumlah RM5,012 telah
dihargakan bagi Tender Document Charges. Berdasarkan peraturan
kewangan berkuat kuasa, kos pembelian dokumen tender
sepatutnya ditanggung sendiri oleh petender (berjaya atau
gagal). Semakan Audit terhadap baucar bayaran sehingga 31 Disember
2021 pula mendapati kos Tender Document Charges telah dibayar
sepenuhnya kepada kontraktor.
b. Consultancy
i. Semakan Audit mendapati kos perunding telah dihargakan sebanyak dua
kali seperti berikut:
kos consultancy berjumlah RM110,000 dalam Annex A, Item 1,
Preliminary and General Items, Schedule 12, Kontrak Utama yang
mana sehingga 31 Disember 2021 sejumlah RM99,000 telah dibayar.
kos Contractor’s Consultant berjumlah RM7.60 juta dalam Annex A –
Contractual and General Requirements & Turnkey Elements bagi kos
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -23-131
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
arkitek, jurutera sivil dan struktur, jurutera mekanikal dan elektrikal
serta juruukur bahan. Sehingga 31 Disember 2021, sejumlah
RM6.93 juta (91.2%) telah dibayar kepada kontraktor.
ii. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan tujuan kos
consultancy di Annex A, Item 1, Preliminary and General Items kerana
tidak dinyatakan dalam Kontrak Utama.
c. Caj Perkhidmatan e-Perolehan
i. Perenggan 8.1 PK 5.1 Perolehan Secara Elektronik menyatakan
penggunaan sistem e-Perolehan diwajibkan bagi perolehan bekalan dan
perkhidmatan bukan perunding.
ii. Klausa 23.2.(c), Kontrak Utama menyatakan Kerajaan akan menolak caj
e-Perolehan pada kadar 0.4% daripada jumlah setiap pesanan rasmi.
Semakan Audit terhadap Annex A, Item 1, Preliminary and General Items,
Schedule 12, Kontrak Utama pula mendapati caj e-Perolehan telah
dihargakan berjumlah RM94,000.
iii. Semakan Audit terhadap baucar bayaran mendapati sehingga 31 Disember
2021, MOT telah membuat potongan caj e-Perolehan berjumlah
RM43,158.64. Potongan e-Perolehan telah dihentikan mulai Bayaran
Interim No. 13 kerana kontrak ini dikategorikan sebagai kontrak kerja
dalam sistem iGFMAS. Bagaimanapun, semakan Audit selanjutnya
terhadap baucar bayaran mendapati kontraktor telah menuntut
sepenuhnya caj e-Perolehan berjumlah RM94,000. Berdasarkan pengiraan
Audit, sejumlah RM50,841.36 telah dibayar kepada
kontraktor walaupun caj perkhidmatan e-Perolehan tidak
dikenakan selepas Bayaran Interim No. 12.
d. Penggunaan Khidmat Pengangkutan
i. PK.4, Penggunaan Khidmat Pengangkutan menetapkan maksimum hanya
tiga kenderaan pacuan empat roda (4WD) sahaja dibenarkan bagi projek
melebihi RM50 juta. Khidmat pengangkutan hendaklah berserta pemandu.
ii. Semakan Audit terhadap Schedule 1B, Kontrak Utama mendapati
kontraktor perlu menyediakan tujuh unit kenderaan 4WD bagi
pelaksanaan projek ini dengan kos berjumlah RM1.24 juta. Perkara ini
jelas bertentangan dengan PK.4.
iii. Semakan Audit selanjutnya terhadap surat kontraktor bertarikh 27 Mei
2021 mendapati kontraktor hanya menyediakan lima unit
2 - 322- 32 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
yPaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
kenderaan berbanding tujuh yang dinyatakan dalam Kontrak
Utama. Semakan lanjut mendapati dua daripada lima kenderaan tersebut
adalah bukan 4WD iaitu Hyundai Starex Royale. Selain itu, pihak Audit
juga tidak dapat mengesahkan sama ada penyediaan
kenderaan disertakan bersama pemandu kerana tiada
dokumen yang menyatakan perkara tersebut.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
Pada 23 Jun 2022, CAAM telah mengemukakan surat kepada kontraktor untuk
cadangan tuntutan semula bayaran tender document charges, consultancy dan
caj perkhidmatan e-Perolehan. Bengkel penyediaan perjanjian tambahan sedang
diaturkan oleh MOT dan dijadualkan sebelum pertengahan bulan Ogos 2022.
Antara perkara yang akan dibincangkan ialah mengenai isu penyediaan
kemudahan pengangkutan. Pandangan PUU MOT berkenaan perkara ini telah
dipohon pada 23 Jun 2022.
Pendapat Penyediaan Bill of Quantity tidak dilaksanakan dengan
Audit berhemat dan tidak selaras dengan peraturan kewangan
yang berkuat kuasa. Perkara ini menyebabkan Kerajaan
terpaksa menanggung kos yang tidak sepatutnya kerana
dokumen kontrak telah ditandatangani dan dipersetujui
antara Kerajaan dan kontraktor.
5.2.3.3. Pengurusan Lanjutan Masa
a. Klausa 2.2 (a) Kontrak Utama menetapkan kontraktor hendaklah
memaklumkan SO secara bertulis mengenai sebab kelewatan projek berserta
dokumen sokongan. Klausa 2.2 (a) Kontrak Utama juga menetapkan jika SO
berpendapat EOT boleh diberi kepada kontraktor, Sijil Perakuan Kelambatan
dan Lanjutan Masa hendaklah dikeluarkan oleh SO.
b. Sehingga bulan Mei 2022, projek KL ATCC Baharu telah diluluskan lima EOT
dengan tempoh lanjutan sebanyak 898 hari. Kelulusan EOT telah meminda
tempoh keseluruhan kontrak daripada 62 bulan kepada 92 bulan. Semakan
Audit terhadap pengurusan permohonan dan kelulusan EOT mendapati
kelemahan seperti berikut:
i. Kelewatan dalam permohonan EOT Bilangan 4 dan 5 iaitu antara
8 hingga 139 hari selepas tarikh siap projek;
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -23-333
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
ii. empat daripada lima EOT lewat diluluskan antara 30 hingga 392
hari;
iii. Sijil Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa Bilangan 2, 3
dan 4 tidak dikeluarkan;
iv. Sijil Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa Bilangan 1 hanya
dikeluarkan pada 10 Oktober 2018 iaitu 161 hari selepas ia diluluskan; dan
v. Tarikh Siap Baharu yang dinyatakan dalam Sijil Perakuan Kelambatan dan
Lanjutan Masa Bilangan 1 tidak tepat iaitu 19 Ogos 2019 walaupun tempoh
EOT adalah mulai 18 Mac 2019 hingga 17 Ogos 2019.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 10.
JADUAL 10
MAKLUMAT EOT BAGI KONTRAK UTAMA
PERKARA EOT 1 EOT 2 EOT 3 EOT 4 EOT 5
Tarikh Siap Asal/EOT 18.03.2019 17.08.2019 18.04.2020 12.07.2020 01.01.2021
Tarikh Permohonan 02.02.2018 11.07.2019 TB 20.07.2020 20.05.2021
Kelewatan Permohonan (hari) TB TB TB 8 139
02.05.2018 14.08.2019 18.05.2020 04.12.2020 16.08.2021
Tarikh Kelulusan/Perakuan 30.04.2020 28.01.2022
Lembaga Perolehan TB TB TB
Tarikh Kelulusan MoF
Kelewatan Kelulusan (hari) TB 257 30 145 392
Tarikh Sijil EOT 10.10.2018 Tiada Tiada Tiada 20.03.2022
Tempoh EOT 18.03.2019 18.08.2019 18.04.2020 12.07.2020 01.01.2021
hingga hingga hingga hingga hingga
17.08.2019 17.04.2020 11.07.2020 31.12.2020 31.08.2021
Bilangan Hari EOT 153 244 85 173 243
Sumber: Surat Permohonan EOT, Keputusan MoF, Minit Mesyuarat Lembaga Perolehan, Kertas Taklimat EOT dan Sijil EOT
Nota: (TB) - Tidak Berkaitan
Maklum balas MOT yang diterima pada 3 Jun 2022
MOT telah mengeluarkan surat teguran kepada CAAM pada 6 Mei 2020 untuk
memperbetulkan Sijil Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa Bilangan 1.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
Kelewatan permohonan EOT disebabkan kesukaran untuk menentukan tarikh siap
lanjutan yang boleh dianggarkan. Ini adalah kerana ketidaktentuan penyelesaian isu
kekangan membawa pakar OEM dari luar negara. CAAM akan mengemukakan Sijil
Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa Bilangan 2, 3 dan 4 pada 30 Jun 2022.
Pendapat Pengurusan tadbir urus projek yang lemah telah memberi
Audit kesan kepada pengurusan EOT yang tidak cekap.
2 - 324- 34 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
5.2.3.4. Letter of Undertaking (LoU)
a. Berdasarkan LoU bertarikh 31 Ogos 2021, kontraktor akan menyiapkan semua
712 kerja dalam ANNEX 1 sebelum 30 November 2021. Semakan Audit
terhadap Monthly Progress Report [Defect Liability Period (DLP)] No. 3
mendapati sehingga 30 November 2021, hanya 51 (7.2%) daripada
712 kerja telah disiapkan.
b. Semakan Audit selanjutnya terhadap Monthly Progress Report (DLP) No. 7
mendapati sehingga 31 Mac 2022 sebanyak 108 (15.2%) kerja telah selesai,
139 (19.5%) kerja masih belum selesai manakala sebanyak 465 (65.3%) kerja
defect for building tidak dilaporkan. Semakan Audit juga mendapati tiada
pengesahan oleh wakil Kerajaan (MOT/CAAM) terhadap kerja yang telah
disiapkan oleh kontraktor. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11.
JADUAL 11
STATUS KERJA DALAM LoU SEHINGGA 31 MAC 2022
BIL. PERKARA STATUS 31.08.2021 30.11.2021 31.03.2022
11
1. Technical Training Belum Siap 19 12 8
Siap TB 7 42
9
2. As-Built Drawing Belum Siap 51 51 44
Siap TB 0 9
10
3. Operation And Belum Siap 53 53 9
Maintenance Manuals Siap TB 0 32
73
4. Work To Be Completed Belum Siap 19 14
Siap TB 5 Tidak Dilaporkan
5. Defect For CNS/ATM Belum Siap 105 66 139
System Siap TB 39 108
465
6. Defect For Building Belum Siap 465
Siap Tidak Dilaporkan
TB
BELUM SIAP 712 196
JUMLAH SIAP TB 51
465
TIDAK TB
DILAPORKAN
Sumber: LoU dan Monthly Progress Report (DLP) No. 3 dan No.7
Nota: (TB) – Tidak Berkenaan
Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei 2022 dan 3 Jun 2022
Status defect list adalah dilaporkan pada setiap bulan seperti dalam Laporan Bulanan
Kontrak Bagi Tempoh DLP. Lain-lain perkara selain defect adalah perkara yang akan
dipantau oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan DLP (JPPD) Projek KL
ATCC Baharu yang akan memperkemaskan mesyuarat bulanan mereka.
LaporLaanpoKreatnuaKeAtuuadiAtuNdeitgNaeragaTraahTuanhu2n0220121SiSriir1i 1 2 2- 3-535
P r o j e k PPyrauonsjegaktBBeKPeraurkwskaaaaititltaaaKnnnawbTbaaragalgaifini KkKuTuUraaadllfaaaikrLLauUuBmmdaapphruuaarrrBuFFallidihggaahhrnttuSIIdnni saffotnoerrmmmSia-asStttieioisomntne-RSmReisegytgeiaoimonnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
Pendapat Kegagalan kontraktor menyelesaikan semua outstanding work
Audit mengikut tarikh yang dipersetujui menunjukkan tadbir urus
projek yang tidak cekap.
5.2.4. Pentadbiran Kontrak - ICC
Perolehan ICC telah dilaksanakan secara rundingan terus. SST telah dikeluarkan pada
10 Disember 2015 dan ditandatangani balas oleh perunding pada 16 Disember 2015.
Kontrak ICC antara Kerajaan (yang diwakili oleh KSU MOT) dengan ICC telah
ditandatangani pada 17 Ogos 2016 dengan kos siling berjumlah RM52.39 juta.
5.2.4.1. Pelanjutan Tempoh Kontrak
a. Perenggan 2.8.3 PK 3.10 Pentadbiran Kontrak Perunding menjelaskan
pelanjutan tempoh perunding mestilah dilanjutkan semasa perjanjian sedia
ada masih sah berkuat kuasa.
b. Klausa 3.1 Kontrak ICC menetapkan tempoh kontrak ialah selama 66 bulan
bermula 10 Disember 2015 hingga 11 Mei 2021. Semakan Audit mendapati
sehingga bulan April 2022, Kontrak ICC telah diluluskan empat lanjutan
tempoh kontrak dengan tempoh lanjutan sehingga 31 Ogos 2021 serta
peningkatan kos siling berjumlah RM13.23 juta. Maklumat lanjut berkaitan
pelanjutan tempoh kontrak ICC adalah seperti dalam Jadual 12.
JADUAL 12
LANJUTAN TEMPOH KONTRAK ICC
PELANJUTAN TARIKH LANJUTAN TEMPOH KONTRAK TARIKH TAMBAHAN
TEMPOH LULUS AKHIR KOS SILING
KONTRAK TARIKH JUMLAH BAHARU
22.11.2018 BULAN (RM Juta)
No. 1 14.08.2019 11.05.2021 hingga 10.08.2021
29.09.2020 10.08.2021 +2* 5.94
No. 2 14.04.2022 17.04.2022
18.08.2021 hingga +8 7.29
No. 3 17.04.2022 17.12.2022
+8 -
No. 4 18.04.2022 hingga 31.08.2021
17.12.2022 -15 bulan 17 hari -
Dipendekkan dari
17.12.2022 ke 31.08.2021
JUMLAH TAMBAHAN KOS SILING 13.23
Sumber: Perjanjian Tambahan No. 1 dan No. 2, Minit Mesyuarat Lembaga Perolehan A MOT
Nota: (*) -Tambahan Dua Bulan Sahaja Adalah Mengambil Kira Pembetulan Tarikh Tamat Kontrak Asal
yang Sepatutnya Pada 10 Jun 2021
c. Berdasarkan Perjanjian Tambahan ICC No. 1, tempoh kontrak telah
dilanjutkan selama dua bulan sehingga 10 Ogos 2021. Seterusnya, tempoh
perkhidmatan ICC dilanjutkan untuk kali kedua mulai 18 Ogos 2021
sehingga 17 April 2022 melalui Perjanjian Tambahan ICC No. 2. Berdasarkan
perkara di atas, Kontrak ICC telah tamat pada 10 Ogos 2021 (Perjanjian
Tambahan ICC No. 1) kerana tiada lanjutan kontrak (gap) bagi tempoh
2 - 326- 36 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
yPaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
11 hingga 17 Ogos 2021. Memandangkan Perjanjian Tambahan ICC No. 1
telah tamat, lanjutan tempoh kontrak kedua melalui Perjanjian
Tambahan ICC No. 2 adalah tidak sah.
d. Akibat kelemahan ini, bayaran berjumlah RM4.88 juta kepada ICC
telah melebihi kos siling kontrak yang sah. Ini kerana, sehingga
31 Disember 2021 sejumlah RM63.21 juta telah dibayar kepada ICC.
Bagaimanapun, kos kontrak yang sah hanya berjumlah RM58.33 juta (Kontrak
Asal berjumlah RM52.39 juta dan Perjanjian Tambahan ICC No. 1 berjumlah
RM5.94 juta).
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
Pelarasan tarikh kuat kuasa Perjanjian Tambahan No. 2 akan dibuat dalam Perjanjian
Tambahan ICC No. 3 yang akan dimuktamadkan selewat-selewatnya bulan Ogos
2022.
Pendapat Kelemahan pengurusan kontrak mengakibatkan bayaran
Audit kepada ICC dibuat melebihi kos siling kontrak yang sah.
5.2.4.2. Kos Imbuhan Balik
a. Perenggan 5.3, PK 3.2 Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding (MPPP)
menyatakan kos imbuhan balik adalah perbelanjaan selain daripada yuran
perunding. Perenggan 5.3.1.4 pula menerangkan butiran dan kadar imbuhan
balik tidak melebihi sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan. Perenggan
5.3.1.5, PK 3.2 MPPP menetapkan bagi butiran imbuhan balik yang tidak
termasuk dalam item yang dibenarkan oleh MoF tetapi merupakan
perbelanjaan yang diperlukan oleh perunding, agensi hendaklah mendapatkan
kelulusan daripada MoF ke atas butiran dan kadar imbuhan balik tersebut
terlebih dahulu.
b. Semakan Audit terhadap Kontrak ICC mendapati kos imbuhan balik yang
disenaraikan dalam Appendix 6C mengandungi lima item yang tidak
dibenarkan dalam peraturan dengan kos berjumlah
RM415,815. Item yang tidak dibenarkan ialah professional indemnity
insurance (PII), aset projek, alat tulis serta sewaan bilik mesyuarat dan
katerer. Selain itu, tuntutan perbatuan juga tidak dibenarkan kerana
perunding telah membuat sewaan kenderaan dengan kos RM960,000.
Semakan Audit selanjutnya terhadap baucar bayaran ICC mendapati sehingga
bulan Disember 2021, sejumlah RM394,950 telah dibayar untuk lima item ini.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 13.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -23-737
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
JADUAL 13
KOS IMBUHAN BALIK YANG TELAH DIBAYAR BAGI ITEM YANG TIDAK DIBENARKAN
NILAI BAYARAN PENEMUAN AUDIT (KESAN KELEMAHAN SEMASA
RUNDINGAN HARGA/PENYEDIAAN DOKUMEN KONTRAK)
BIL. BUTIRAN KONTRAK SEBENAR*
(RM) (RM)
Tuntutan 29,505 PK3.2, Lampiran 51, A3(2), Perunding yang telah disediakan
1. Perjalanan 60,430 kemudahan kenderaan atau menyewa kenderaan, tidak dibenarkan
Kenderaan untuk membuat tuntutan perjalanan kenderaan
2. Stationery 6,310 6,930 Butiran tiada dalam item yang dibenarkan oleh MoF
3. Meeting room 80,000 92,090 Butiran tiada dalam item yang dibenarkan oleh MoF
with catering 50,000
4. Aset Projek - Sehingga bayaran interim No. 36, tiada tuntutan bayaran diterima
daripada perunding ICC
Professional 250,000 • Perenggan 5.3.1.6, PK 3.2, Agensi hendaklah memastikan
5. Indemnity 235,500 • tuntutan premium insurans bagi PII yang diambil oleh firma tidak
dimasukkan dalam kos imbuhan balik. Kos tersebut adalah
Insurance ditanggung sendiri oleh perunding.
Permohonan pengecualian telah dikemukakan kepada MoF pada
27 Mei 2016. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat
mengesahkan sama ada MoF telah meluluskan permohonan ini
kerana tiada surat kelulusan dikemukakan untuk semakan Audit.
JUMLAH 415,815 394,950
Sumber: Appendix 6C Kontrak ICC dan Baucar Bayaran ICC
Nota: (*) – Sehingga 31 Disember 2021
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 dan 30 Jun 2022
CAAM telah mengeluarkan surat kepada ICC pada 27 Jun 2022 untuk menuntut
bayaran balik berjumlah RM159,450 (tidak termasuk PII). Bagi PII, tiada maklum
balas daripada MoF berhubung permohonan pengecualian ini. CAAM akan menyemak
perkara ini dengan MoF. Sekiranya tidak diberikan pengecualian, tuntutan semula
akan dibuat kepada perunding.
Pendapat Penetapan kos imbuhan balik semasa penyediaan dokumen
Audit Kontrak ICC tidak mematuhi peraturan kewangan yang
berkuat kuasa. Perkara ini juga menyebabkan kerugian kepada
Kerajaan.
5.2.4.3. Pertindihan Skop Perkhidmatan ICC dengan Perunding ATMOP
Semakan Audit telah dilaksanakan terhadap skop perkhidmatan ICC dengan
perunding ATMOP untuk memastikan tiada pertindihan skop berlaku. Penemuan
Audit berhubung perkara ini adalah seperti berikut:
2 - 328- 38 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
yPaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
a. Skop Penyediaan dan Semakan Dokumen Kontrak
Semakan Audit mendapati skop perkhidmatan assisting in the preparation of
contract document for contract document between DCA with contractor telah
dimasukkan sebagai skop perkhidmatan dalam kedua-dua Kontrak ATMOP dan
ICC. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 14.
JADUAL 14
PERBANDINGAN SKOP PERKHIDMATAN PERUNDING KAJIAN ATMOP DENGAN ICC
KONTRAK ATMOP KONTRAK ICC
RUJUKAN SKOP PERKHIDMATAN KOS RUJUKAN SKOP PERKHIDMATAN KOS
Schedule A, Assisting in the Schedule 1, Bill Appendix 1, Assist DCA during Appendix 6A –
Para 3.6.1.d. preparation of the of Quantity - Para contract signing and Overall Program
Contract Document for Contractual contract documents
the contract between expert 4.1.2.viii) submission Management
DCA with contractor RM218,109.70 Appendix 1, ICC shall review and RM3,550,218.24
Para 4.1.2.xi) audit the contract
Schedule L, Finalization of all clauses documentation prepared (tiada kos
WP6200 of the Contract Term and by the Contractor
Conditions included in the spesifik)
tender documents;
Review of technical
annexes as necessary.
Sumber: Kontrak ATMOP dan Kontrak ICC
Maklum balas CAAM yang diterima pada 3 Jun 2022
Keadaan ini berlaku disebabkan kelemahan pengurusan projek yang dijangka akan
dapat diperkemas melalui penstrukturan semula organisasi yang akan mula berkuat
kuasa pada bulan Julai 2022.
b. Skop Operational Readiness and Transfer (ORAT)
i. Semakan Audit terhadap skop perkhidmatan ICC mendapati 3 daripada
5 perkhidmatan ORAT re-scope adalah sama dengan skop
perkhidmatan dalam Kajian ATMOP. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 15.
JADUAL 15
PERBANDINGAN SKOP KAJIAN ATMOP DENGAN ORAT RE-SCOPE
ORAT RE-SCOPE KAJIAN ATMOP DEL
BIL. SKOP PERKHIDMATAN
DEL 25
SKOP PERKHIDMATAN DEL DEL 26
1. TASK 1 - ATC procedures DEL 16 Approved Procedures for Clearance Delivery DEL 43
review and update Approved Procedures for Arrival/Departure Flow Control DEL 44
2. TASK 2 - MATS Volume I DEL 16 Updated copy of the Manual of Air Traffic Services Volume 1
and II update Updated copy of Manual of Air Traffic Services Volume 2
3. TASK 3 - Training Manual DEL 17 Digugurkan dari ATMOP
development Digugurkan dari ATMOP
4. TASK 4 - Training of DEL 18
Trainers conduction
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -23-939
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
ORAT RE-SCOPE KAJIAN ATMOP DEL
BIL. SKOP PERKHIDMATAN DEL 45
SKOP PERKHIDMATAN DEL
Description of all technical and operational steps and timelines
TASK 5 - Transition/ Procedures to operate two ATCC in parallel: the new active
5. migration procedures ATC operations and the existing centre in shadow mode
operations
development
Design of a specific roster scheme in order to minimise the
DEL 19 need of additional ATCOs
Schedule for the publication in AIP of information related to
changes
Integration of new systems/functionalities
Recovery procedures
Sumber: Kontrak ATMOP dan Perjanjian Tambahan Kedua ICC
ii. Semakan Audit selanjutnya mendapati perkara ini berlaku kerana Pelan
ORAT dan prosedur yang disediakan dalam Kajian ATMOP tidak
lengkap dan perlu dibangunkan semula. Kronologi perkara ini adalah
seperti berikut:
16 November 2015 - slaid ATMOP Progress Meeting, perunding
menyatakan bahawa skop kerja melibatkan 11 DEL tidak dapat
disediakan dengan lengkap kerana kelewatan projek KL
ATCC Baharu (termasuk DEL 25, 26, 43, 44 dan 45). Hanya
high level document akan disediakan. Perunding ATMOP juga
menyatakan the high level ORAT Plan is not suitable to be used
as solid base for the ATCC transition.
29 Julai 2016 – Perunding ATMOP kemukakan DEL 45 (Pelan ORAT).
Semakan Audit mendapati DEL 45 tidak lengkap seperti skop
perkhidmatan yang dinyatakan dalam Schedule L, Kontrak
ATMOP. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 16.
JADUAL 16
PENYEDIAAN DEL 45 OLEH PERUNDING ATMOP
BIL. SKOP PERKHIDMATAN KONTRAK ATMOP DEL 45
1.
2. Description of all technical and operational steps Tiada
3. and timelines
Procedures to operate two ATCC in parallel: the Tiada prosedur lengkap tetapi ada diterangkan mengenai
4. new active ATC operations and the existing centre transition strategy at a glance untuk mengoperasi kedua-dua
in shadow mode operations ATCC serentak.
Design of a specific roster scheme in order to
minimise the need of additional ATCOs Tiada
Transition Step yang diterangkan adalah berkenaan dengan
2 senario iaitu:
New ATCC configuration transition steps i. CNS/ATM System change /upgrading and no change in
ATS Scenario
ii. CNS/ATM System change/upgrading and change in ATS
Scenario
5. Integration of new systems/functionalities Tiada
2 - 240- 40 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PyPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKaiwabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
BIL. SKOP PERKHIDMATAN KONTRAK ATMOP DEL 45
Tiada
6. Recovery procedures Tiada
Tiada
7. Schedule for the publication in AIP of information
related to changes Tiada
8. Schedule for the applicability of the LoAs agreed Tiada
Determine actions related to monitoring, collection
of reports, survey, evidence of satisfaction Safety
9. Objective and Safety Requirements both for
transitional phase and for the implementation
10. Identification of the necessary corrective actions
and support for their implementation
Sumber: Schedule L, Kontrak ATMOP dan DEL 45
17 Julai 2019 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Perunding ICC Projek
KL ATCC Baharu Bil. 3/2019 dimaklumkan bahawa:
- Skop ORAT sedia ada tidak memenuhi keperluan sebenar
CAAM kerana Pelan ORAT yang perlu dipantau oleh ICC belum dapat
dimuktamadkan; dan
- Pelan ORAT yang disediakan di bawah Kontrak ATMOP
tidak menyediakan butiran terperinci berkaitan proses
pemindahan operasi KL ATCC Subang ke Kompleks KL ATCC Baharu.
19 Julai 2019 - surat daripada CAAM kepada ICC meminta ICC untuk
menyemak semula skop perkhidmatan ICC kerana:
- cadangan Pelan ORAT Projek KL ATCC Baharu seperti yang
terkandung dalam dokumen DEL 45 Kontrak ATMOP
perlu dibangunkan semula, dimuktamadkan dan
disahkan sebelum ia boleh dilaksanakan untuk peralihan yang
selamat dan lancar.
- bagi menyelaras Pelan Peralihan Kontraktor (maklumat
ini tidak tersedia semasa penyediaan DEL 45).
6 Disember 2019 - Mesyuarat Lembaga Perolehan MOT Bilangan 13 Tahun
2019 telah bersetuju dan meluluskan cadangan untuk perubahan skop
perkhidmatan ICC bagi Pelan ORAT (ORAT re-scope).
iii. ORAT re-scope telah dimasukkan dalam Perjanjian Tambahan No. 2 ICC yang
ditandatangani pada 21 Oktober 2020 yang diperincikan kepada lima tugasan.
Skop asal ORAT telah digugurkan dan digantikan dengan lima tugasan baharu.
Semakan Audit terhadap Appendix 12B, Perjanjian Tambahan No. 2 ICC
mendapati kos bagi ORAT re-scope ialah RM3.38 juta. Selanjutnya, pihak Audit
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -24-141
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
mendapati walaupun perubahan skop ini tidak melibatkan pertambahan kos
siling ICC, hakikatnya CAAM telah pun membayar tiga daripada
lima perkhidmatan ORAT re-scope dalam Kajian ATMOP di
bawah DEL 25, 26, 45, 43 dan 44.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei 2022 dan 3 Jun 2022
ORAT re-scope terpaksa dibuat berdasarkan pelaksanaan projek KL ATCC Baharu
yang lewat untuk dimulakan sehingga memerlukan perubahan skop perkhidmatan
ICC.
Pendapat Pertindihan skop perkhidmatan ICC dan perunding ATMOP
Audit telah merugikan Kerajaan. Kelemahan CAAM dalam memantau
hasil kerja perunding ATMOP telah menyebabkan Kerajaan
melaksanakan ORAT re-scope dengan kos berjumlah
RM3.38 juta.
5.2.5. Pengurusan Pembinaan
5.2.5.1. Pepasangan Elektrik
a. Merujuk Kontrak Utama, Volume 26 of 30, semua pepasangan elektrik perlu
mematuhi kehendak Suruhanjaya Tenaga, Akta dan Peraturan Elektrik. Setiap
pepasangan elektrik Sistem Voltan Rendah dan Sistem Voltan Tinggi bagi
sesuatu bangunan/premis perlu didaftarkan mengikut kehendak Seksyen 21
Akta Bekalan Elektrik 1990.
b. Semakan Audit mendapati permohonan pendaftaran pepasangan masih belum
dimuktamadkan. Berdasarkan semakan dokumen, permohonan pendaftaran
bagi pepasangan telah dilakukan pada 31 Mei 2021 oleh pihak kontraktor.
Namun, permohonan pendaftaran ini tidak diluluskan kerana geganti dan
peranti pelindung tidak dikalibrasi selepas tamat tempoh pada Januari 2021.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 17 dan Gambar 3.
JADUAL 17
PEPASANGAN ELEKTRIK YANG BELUM DIDAFTARKAN KE SURUHANJAYA TENAGA
JENIS PEPASANGAN KAPASITI, JENIS KUANTITI PENDAFTARAN PEPASANGAN KE SURUHANJAYA
VOLTAN (Unit) TENAGA
(kVA)
Jana kuasa Tunggu Sedia 1250 Pendaftaran dibuat pada 31.05.2021
(Genset) (Voltan Rendah) 3 Pendaftaran tersebut telah ditolak ST kerana tidak
Alat Tubah (Transformer) 1600 memenuhi syarat yang ditetapkan dan dimaklumkan
(Voltan Tinggi) 2 melalui e-mel kepada CAAM pada 13.07.2021
Sumber: Rekod Dokumen Pendaftaran Suruhanjaya Tenaga daripada Kontraktor
2 - 242- 42 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
GAMBAR 3
Bilik Main Switchboard No. 1
- Geganti dan Peranti Pelindung Tidak Dikalibrasi Selepas Tamat Tempoh Dua Tahun pada Januari 2021
(05.01.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
c. Pengujian ini amat penting bagi memastikan setiap pepasangan elektrik
berada dalam keadaan selamat dan dapat didaftarkan kepada ST mengikut
ketetapan akta serta peraturan sedia ada.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
Kerja kalibrasi dan penyenggaraan pepasangan elektrik dijangka selesai pada minggu
keempat Jun 2022. Proses pendaftaran akan dilakukan pada minggu pertama bulan
Julai 2022.
Pendapat Ketidakpatuhan terhadap Akta dan Peraturan Elektrik boleh
Audit membawa risiko kepada keselamatan pengguna, kerosakan
peralatan/sistem dan menjejaskan operasi KL ATCC.
5.2.6. Program Kolaborasi Industri (ICP)
Klausa 6(a) Kontrak Utama menyatakan kontraktor perlu melaksanakan ICP melalui
First Tier ICP Agreement (FTIA) yang menetapkan kewajipan Kerajaan dan kontraktor
mengenai pelaksanaan ICP. Butiran ringkas mengenai Projek ICP KL ATCC Baharu
adalah seperti dalam Jadual 18.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -24-343
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
PERKARA JADUAL 18
Nama Program BUTIRAN ICP KL ATCC BAHARU
Penyedia ICP
BUTIRAN
Provision of ICP Program Under the Procurement of Design, Supply, Install,
Test and Commission of Communication, Navigation, Surveillance/Air Traffic
Management (CNS/ATM) Systems for the Kuala Lumpur Flight Information
Region’s (KL FIR) New Air Traffic Control Centre (KL ATCC) at KL
International Airport (KLIA) for Ministry of Transport
Kontraktor
Tarikh Surat Setuju Terima 08.12.2015
Tarikh Kontrak Utama 07.11.2016
Tarikh First Tier ICP Agreement (FTIA) 07.11.2016
Tarikh Perjanjian Tambahan FTIA (Bil.1) 25.04.2018
Tarikh Perjanjian Tambahan FTIA (Bil.2) Dalam proses semakan MOT
Tarikh Mula 18.01.2016
Tarikh Tamat (asal) 17.03.2021
Tarikh Tamat (baharu) 30.06.2023
Tempoh (asal) 62 bulan
Tempoh (baharu) 89 bulan 12 hari
Nilai Kredit ICP Mandatori RM561,000,000
Bilangan Projek ICP Lapan
ICP Management Unit Technology Depository Agency Berhad (TDA)
Sumber : First Tier ICP Agreement (FTIA), Surat Kelulusan MoF dan Perjanjian Tambahan Pertama FTIA
5.2.6.1. Kemajuan Pelaksanaan ICP
a. Klausa 2.1 FTIA menetapkan tempoh pelaksanaan ICP bagi KL ATCC Baharu
adalah selama 62 bulan yang bermula dari 18 Januari 2016 sehingga 17 Mac
2021. Klausa 3.2 FTIA pula menetapkan sebanyak lapan Projek ICP perlu
dilaksanakan.
b. Klausa 2.2 FTIA menyatakan kontraktor boleh memohon lanjutan masa secara
bertulis. Jika kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, perjanjian ini akan
tamat secara automatik pada tarikh tamat ICP (expiry date). Perenggan 44.1
Dasar dan Garis Panduan Program ICP menyatakan Penyedia ICP boleh
berunding dengan Kerajaan melalui TDA untuk pelanjutan masa tertakluk
kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melulus (MoF).
c. Semakan Audit terhadap Laporan Suku Tahunan bagi Suku Tahunan Ke Empat
Tahun 2021 bertarikh 31 Disember 2021 mendapati Projek ICP masih dalam
pelaksanaan dengan peratus kemajuan pada tahap 65% berbanding
100% yang dijadualkan. Semakan Audit mendapati hanya empat daripada
lapan projek telah berjaya disiapkan manakala baki empat projek berada pada
tahap kemajuan 35% hingga 60%. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 19.
2 - 244- 44 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
JADUAL 19
STATUS KEMAJUAN PROJEK ICP KL ATCC BAHARU SEHINGGA 31 DISEMBER 2021
BIL. PROJEK ICP LAPORAN SUKU TAHUNAN BAGI SUKU TAHUNAN
KE EMPAT TAHUN 2021
STATUS % CATATAN
1. ICP Project 1 - Transfer of Technology Selesai 100 Dalam proses verifikasi ICV.
for SATCAS-IBL 4
2. ICP Project 2 - Transfer of Technology Selesai 100 Projek telah tamat dan selesai
for CNS/ATM System Design diverifikasi.
3. ICP Project 3 - Transfer of Technology Selesai 100 Dalam proses verifikasi ICV.
for MRO (Radar Performance)
4. ICP Project 4A - Air Traffic Safety Dalam Aktiviti pertama di dalam projek ini iaitu
Electronic Personnel (ATSEP) pelaksanaan 60 pembangunan modul ATSEP bagi sistem
ADS-B telah selesai dilaksanakan.
5. ICP Project 4B - Project Management Dalam Pihak TDA masih menunggu
Professional (PMP) pelaksanaan 60 pengesahan tarikh latihan PMP daripada
kontraktor.
6. ICP Project 6 - Parts and Component Selesai 100 Projek telah tamat pada 31 Ogos 2021.
Manufacturing / Supply
7. ICP Project 7 - Authorized Maintenance Tangguh 35 Projek ini dijangka akan dilaksanakan
Centre for Level 3 and Level 4 pada suku tahunan ketiga tahun 2022.
8. ICP Project 12 - Transfer of Technology Tangguh 35 Projek ini dijangka akan dilaksanakan
for CNS/ATM System Design Phase 2 pada suku tahunan ketiga tahun 2022.
Sumber: Laporan Suku Tahunan bagi Suku Tahunan Keempat Tahun 2021 Bertarikh 31 Disember 2021
d. Semakan Audit terhadap pencapaian deliverables bagi empat projek yang
dikategorikan sebagai siap mendapati perkara berikut:
i. ICP Project 1 - Transfer of Technology for SATCAS-IBL 4 - hanya dua
daripada tiga deliverables telah selesai. Deliverable ketiga iaitu pemberian
lesen SATCAS IBL-4 kepada kontraktor masih belum dilaksanakan.
ii. Semua deliverables bagi ICP Project 2 dan 3 telah selesai.
iii. ICP Project 6 - Parts and Component Manufacturing/Supply - pencapaian
deliverables tidak dapat disahkan kerana Perjanjian Tambahan Kedua FTIA
yang mengandungi deliverables bagi projek tersebut masih belum
ditandatangani.
e. Semakan Audit selanjutnya mendapati sehingga 31 Disember 2021 tiada
lanjutan tempoh diluluskan oleh MoF bagi ICP KL ATCC Baharu walaupun
tempoh FTIA telah tamat pada 17 Mac 2021. Berdasarkan Minit Mesyuarat ICP
Working Committee pelanjutan tempoh projek ICP ada dibincangkan,
bagaimanapun tiada permohonan bertulis dibuat oleh Penyedia
ICP seperti yang ditetapkan dalam Klausa 2.2 FTIA.
f. Selanjutnya, permohonan lanjutan tempoh juga ada dibincangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa ICP MOT (MOTIC) sejak bulan Jun 2020. Semakan
Audit mendapati Mesyuarat MOTIC ke-27 pada 15 Februari 2022 telah
mengambil maklum dan bersetuju dengan pengesyoran lanjutan tempoh
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -24-545
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
Program ICP sehingga 30 Jun 2023. Bagaimanapun, permohonan kepada MoF
hanya dikemukakan pada 20 April 2022 oleh TDA.
Maklum balas TDA yang diterima pada 24 Jun 2022
Pada 10 Jun 2022, MoF telah bersetuju meluluskan permohonan TDA untuk
pelanjutan tempoh masa bagi pelaksanaan ICP KL ATCC Baharu bermula 18 Februari
2021 sehingga 30 Jun 2023.
Pendapat Kegagalan kedua-dua pihak (kontraktor dan Kerajaan) dalam
Audit memuktamadkan tempoh lanjutan ICP boleh menyebabkan
FTIA tamat dengan sendirinya pada 17 Mac 2021. Ini akan
menyebabkan kontraktor tidak terikat untuk melaksanakan
semua obligasi ICP yang masih belum siap.
5.2.6.2. Pencapaian Objektif Projek ICP
a. Projek ICP 1 - Transfer of Technology for SATCAS-IBL 4
i. Klausa 3.2 (a) FTIA menyatakan objektif bagi projek ini adalah untuk
membangunkan dan melesenkan Malaysian Beneficiary Company
(Penerima ICP) dengan pengetahuan untuk mengekalkan,
membangunkan dan penglibatan dalam aktiviti pembangunan perniagaan
berkaitan penyelesaian berasaskan perisian “SATCAS IBL 4”.
ii. Semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat MOTIC Bil. 14 bertarikh 3 Julai
2018 mendapati kontraktor telah memohon untuk mengeluarkan
deliverables bagi License of SATCAS IBL-4. Permohonan ini adalah
disebabkan kontraktor pada mulanya menjangkakan RM60 juta dapat
dijana melalui pelesenan di dalam Projek ICP 1. Bagaimanapun, jangkaan
tersebut tidak dapat diguna pakai setelah projek Kota Kinabalu FIR
dianugerahkan kepada kontraktor lain. Pembatalan projek ini akan
mengurangkan ICV bagi Projek ICP 1 berjumlah RM218.89 juta.
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan pengurangan
jumlah ICP Credit Value (ICV) tersebut. Pihak Audit mendapati
pengguguran License of SATCAS IBL-4 akan menyebabkan objektif Projek
ICP 1 tidak tercapai.
2 - 426- 46 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
yPaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
Maklum balas TDA yang diterima pada 24 Mei 2022 dan 3 Jun 2022
Pada 3 Februari 2022, mesyuarat dalam talian telah diadakan antara TDA,
kontraktor dan OEM. Kontraktor dan OEM akan mengemukakan Perjanjian
Licensing berserta ICV untuk semakan TDA.
b. Projek ICP 2 – Transfer of Technology of CNS/ATM System Design
i. Klausa 3.2 (b), FTIA menyatakan objektif projek ini adalah untuk
pemindahan pengetahuan amalan sistem kejuruteraan dan mereka bentuk
atau pembangunan sistem CNS/ATM yang moden.
ii. Bagi menentukan keberkesanan Projek ICP 2 yang dilaksanakan, pasukan
Audit telah mengedarkan soal selidik melalui platform google form kepada
semua Penerima ICP bagi Projek ICP 2. Tahap keberkesanan Projek ICP 2
ini diukur melalui dua aspek iaitu aspek pengetahuan dan kemahiran serta
objektif kursus/latihan. Pihak Audit telah mengedarkan sebanyak 10 soal
selidik kepada responden yang terdiri daripada tujuh orang kakitangan
CAAM dan tiga orang kakitangan kontraktor yang telah menyertai Projek
ICP 2. Semua responden telah mengemukakan maklum balas dan butiran
terperinci mengenainya adalah seperti dalam Jadual 20.
JADUAL 20
MAKLUM BALAS RESPONDEN MENGENAI PENCAPAIAN OBJEKTIF PROJEK ICP 2
BIL. ASPEK YANG MAKLUM BALAS RESPONDEN
DINILAI Tahap pengetahuan responden mengenai system engineering practice for modern CNS/ATM
system telah meningkat daripada skor purata 1.8 kepada 3.5.
Pengetahuan Tahap pengetahuan responden berkenaan design/development activities for modern CNS/ATM
dan Kemahiran system telah meningkat daripada skor purata 1.5 kepada 3.4.
1. Tahap kemahiran peserta telah meningkat daripada skor purata 2.0 kepada 3.5.
Peserta bersetuju (skor purata 3.4) yang hasil latihan/kursus telah digunakan dalam tugasan
harian mereka.
Secara keseluruhan, analisis deskriptif menunjukkan responden bersetuju bahawa objektif
kursus/latihan Projek ICP 2 telah tercapai dengan purata skor 3.18.
Hanya empat daripada 10 responden (40.0%) pernah melaksanakan tugas penyenggaraan
Objektif Kursus/ sistem CNS/ATM selepas menjalani kursus.
Latihan
2. Hanya dua daripada tujuh (28.6%) kakitangan CAAM yang menghadiri latihan ini pernah
melaksanakan tugasan penyenggaraan.
Salah satu manfaat projek ini ialah bagi membolehkan Penerima ICP mengurus dan
menyenggara sistem ATM sendiri. Jika latihan ini tidak dipraktikkan, dikhuatiri tahap
kompetensi peserta akan menurun.
Sumber: Borang Soal Selidik JAN
iii. Berdasarkan maklum balas responden, antara sebab mereka tidak
bersetuju atau sangat tidak bersetuju bahawa objektif latihan adalah
tercapai ialah seperti berikut:
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -24-747
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
tidak mempelajari secara khusus kaedah managing and maintaining
tetapi mempelajari seni bina sistem ATM sahaja;
pihak OEM hanya membenarkan pihak kontraktor mewakilinya (sole
proprietary) bagi tujuan to expand the capability and have a market
access to Original Equipment Manufacturer's market share especially
in Middle East North Africa (MENA); dan
hanya mempelajari seni bina sistem ATM lama milik DCA yang dibuat
oleh OEM sahaja, dan seni bina yang dipelajari bukan berasaskan
sistem terbaru diperoleh.
c. Projek ICP 3 – Transfer of Technology of Maintenance Repair
Overhaul (MRO) Radar Performance
i. Klausa 3.2(c) FTIA menyatakan matlamat projek ini adalah untuk
menyediakan Penerima ICP dengan peralatan dan kemampuan (melalui
penyediaan latihan dan pemindahan pengetahuan) yang membolehkan
Penerima ICP untuk menyediakan perkhidmatan ujian
berkesan dan aktiviti pembaikan tahap 3 untuk sistem radar
yang baru diperoleh dalam Kontrak Utama.
ii. Berdasarkan Schedule A, Second Tier ICP Agreement (STIA) bagi Projek
3, tool and equipment adalah merupakan software yang akan diberikan
oleh OEM kepada Penerima ICP. Sebanyak tiga software akan diterima
oleh Penerima ICP bagi tujuan pengujian sistem radar. Semakan Audit
terhadap akuan penerimaan mendapati tiga software tersebut telah
dipasang dalam komputer riba peserta daripada CAAM pada 2 September
2019.
iii. Pihak Audit telah mengedarkan soal selidik melalui platform google form
kepada Penerima ICP bagi Projek ICP 3. Tahap keberkesanan Projek ICP
3 diukur menggunakan dua aspek iaitu pengetahuan dan kemahiran serta
objektif kursus/latihan. Pihak Audit juga telah mengedarkan sebanyak
tujuh soal selidik kepada responden yang terdiri daripada dua orang
kakitangan CAAM dan lima orang kakitangan kontraktor yang telah
menyertai Projek ICP 3. Bagaimanapun, hanya enam responden (89.7%)
telah memberikan maklum balas. Butiran terperinci adalah seperti dalam
Jadual 21.
2 - 248- 48 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
JADUAL 21
MAKLUM BALAS RESPONDEN MENGENAI PENCAPAIAN OBJEKTIF PROJEK ICP 3
BIL. ASPEK YANG MAKLUM BALAS RESPONDEN
DINILAI
Tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam pengujian dan pembaikan sistem radar
telah meningkat selepas menghadiri kursus.
1. Pengetahuan Ini dapat dilihat dalam peningkatan purata skor sebelum dan selepas kursus daripada 2.33
dan Kemahiran kepada 3.83 bagi pengetahuan dan 2.17 kepada 3.83 bagi kemahiran.
Responden juga telah mempraktikkan hasil kursus ke dalam tugasan sekarang dengan purata
skor 3.33.
Analisis deskriptif menunjukkan responden bersetuju bahawa objektif kursus/latihan bagi
Projek ICP 3 adalah tercapai dengan purata skor 3.29.
2. Objektif Kursus/ Bagaimanapun, item kebolehan untuk melakukan flight trial dan site survey merekodkan
Latihan purata skor kurang daripada 3 iaitu dengan skor 2.50.
Empat daripada enam responden (66.7%) pernah melaksanakan tugasan pengujian dan
pembaikan sistem radar selepas menjalani kursus/latihan ICP.
Sumber: Borang Soal Selidik JAN
Pendapat Keberkesanan ICP masih belum dapat dinilai sepenuhnya
Audit kerana projek belum disiapkan dan Perjanjian Tambahan
Kedua FTIA masih belum dimuktamadkan.
5.2.6.3. Kelewatan Memuktamadkan Perjanjian Tambahan Kedua FTIA
a. Perenggan 94 Dasar dan Garis Panduan ICP Dalam Perolehan Kerajaan Tahun
2014 menyatakan jika perolehan diterajui oleh Agensi Kerajaan, FTIA adalah
merupakan perjanjian dua pihak di antara pihak Penyedia ICP dan Kerajaan di
mana TDA (bersama Kerajaan) akan berfungsi sebagai pemantau. Klausa 6(b)
Kontrak Utama menyatakan “The Contractor shall sign this Agreement and the
First Tier Agreement simultaneously. In the event the First Tier Agreement
cannot be signed simultaneously with this Agreement, The First Tier
Agreement shall be signed prior to first payment”.
b. Semakan Audit mendapati FTIA telah ditandatangani oleh MOT mewakili
Kerajaan dengan kontraktor selaku Penyedia ICP pada tarikh sama dengan
tarikh Kontrak Utama ditandatangani iaitu pada 7 November 2016. Semakan
Audit selanjutnya mendapati FTIA memperincikan objektif, deliverables,
Penerima ICP, nilai ICV, modul latihan, syarat kompetensi dan tempoh
pelaksanaan. Bagaimanapun, FTIA hanya mengandungi keterangan terperinci
bagi empat daripada lapan projek ICP (Projek ICP 1, 2, 3 dan 7 sahaja).
Sehingga bulan Disember 2021, tiada Perjanjian Tambahan Kedua
FTIA ditandatangani bagi baki empat projek ICP.
c. Pada 29 Ogos 2018, MoF mengarahkan kontraktor untuk memuktamadkan
cadangan projek ICP bagi memenuhi baki ICV dan seterusnya
menandatangani Perjanjian Tambahan Kedua ICP selewat-lewatnya pada
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -24-949
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
30 September 2018. Bagaimanapun, sehingga 31 Disember 2021 Perjanjian
Tambahan Kedua FTIA masih belum ditandatangani. Seterusnya, walaupun
Perjanjian Tambahan Kedua FTIA tidak ditandatangani, Projek ICP 4A, 4B, 6
dan 12 telah dimulakan dan sehingga 31 Disember 2021 peratus kemajuan
bagi empat projek ini ialah antara 35% hingga 100%. Tanpa Perjanjian
Tambahan Kedua, adalah sukar bagi Kerajaan memastikan Penyedia ICP telah
melaksanakan projek ICP mengikut ketetapan yang sepatutnya.
Maklum balas TDA yang diterima pada 24 Jun 2022
TDA telah mengemukakan Draf Perjanjian Tambahan Kedua FTIA kepada Bahagian
Perolehan dan Kewangan MOT bagi proses semakan dan persetujuan pada 22 Jun
2022.
Pendapat Kelewatan memuktamadkan Perjanjian Tambahan Kedua FTIA
Audit menyebabkan kepentingan Kerajaan tidak terpelihara. Selain
itu, ia juga menyebabkan status kemajuan sebenar projek ICP
yang dilaporkan tidak dapat dinilai dan disahkan dengan tepat.
5.2.6.4. Penyedia ICP Menjadi Penerima ICP Melebihi Had Sepatutnya
a. Perenggan 13.5 Dasar dan Garis Panduan ICP Tahun 2014 menyatakan
Penyedia ICP boleh menjadi Penerima ICP dalam mana-mana projek ICP
dengan syarat ICV keseluruhan yang dijana dari projek-projek dalam Program
ICP tersebut tidak melebihi 30% dari ICV Mandatori.
b. Perenggan 78 Dasar dan Garis Panduan ICP Tahun 2014 menyatakan pihak
TDA hendaklah melaksanakan Audit Penerima ICP [ICP Recipient Audit (IRA)]
bagi mengenal pasti kesesuaian syarikat yang berminat untuk menyertai
Program ICP. IRA perlu dimulakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh
penerimaan notis pengeluaran SST kepada pembekal yang terpilih oleh Pemilik
Program. Perenggan 82 pula menyatakan pemilihan muktamad penerima ICP
adalah oleh ICP Committee (IC) dan diperakukan oleh Pihak Berkuasa Melulus
MoF.
c. Berdasarkan kiraan Audit, Penyedia ICP telah menjadi Penerima ICP
dengan jumlah 49% berbanding 30% seperti yang ditetapkan dalam
Garis Panduan ICP. Pihak Audit mendapati antara sebab perkara ini berlaku
ialah kerana IRA yang dilaksanakan tidak memperincikan bilangan Projek ICP
yang akan diterima oleh kontraktor atau mana-mana Penerima ICP.
2 - 250- 50 LLaappoorraann Ketuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n02102S1iriS1iri 1
PPBrroeojrejkekakiPtPauunsasbat atKgKai waKwaulaaalnlaanTLrTaurfmaikfpiukUrdUaFdrl aai gr haBtaBhIaanhrfuaorrudmaadntai noSinsStiResmet eg-miSoi-snStei smt e m y a n g
yang Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
Maklum balas TDA yang diterima pada 24 Mei dan 27 Jun 2022
Pada 24 Mei 2022, kontraktor telah mengemukakan permohonan rayuan sebagai
Penerima ICP melebihi 30% daripada nilai ICV kepada TDA. TDA menjelaskan pihak
kontraktor perlu mengemukakan surat rayuan bagi membolehkan lebihan 19% ICV
ini dikira dan diluluskan oleh pihak MoF.
Pendapat Kegagalan kontraktor mematuhi had nilai maksimum menjadi
Audit penerima ICP telah menyebabkan manfaat ICP hanya terhad
kepada kontraktor sahaja dan kurang dimanfaatkan oleh
pemain-pemain industri yang lain.
5.2.7. Pembangunan Sistem, Perkakasan dan Rangkaian
5.2.7.1. Hak Milik Kod Sumber
a. Klausa 27.1(d) Kontrak Utama menetapkan kontraktor hendaklah
menyediakan Lesen Perisian Aplikasi bagi perisian yang dinyatakan dalam
Schedule 2A dan 3B. Klausa 27.1(e) pula menyatakan kontraktor dikehendaki
menyerahkan Kod Sumber Perisian Aplikasi kepada Kerajaan.
b. CPC bagi projek ini telah dikeluarkan pada 31 Ogos 2021 yang menandakan
semua komponen projek termasuk perisian aplikasi telah diterima oleh
Kerajaan. Semakan Audit mendapati kod sumber bagi Search and Rescue
Coordination System (SAROCS) telah diserahkan oleh kontraktor kepada Unit
Search and Rescue CAAM pada 13 Mei 2022. Semakan Audit mendapati
pengesahan penerimaan secara bertulis dibuat oleh pegawai Unit Search and
Rescue CAAM pada 22 Jun 2022 dan pengujian kod sumber telah dilaksanakan
pada 23 Jun 2022.
c. Berdasarkan Schedule 3B Kontrak Utama, projek ini melibatkan perolehan
30 perisian atau customized Application Software. Semakan Audit mendapati
kontraktor masih belum mengemukakan license on the
Application Software bagi kesemua 30 perisian kepada
Kerajaan.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 30 Jun 2022
Berdasarkan semakan yang telah dibuat dengan pihak kontraktor, perkara ini masih
dalam proses untuk diperakui oleh OEM dan akan dikemukakan selewat-lewatnya
pada 7 Julai 2022.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -25-151
P r o j e k PPruosjaetBk eKPraukwsaaai ttlaaKnnabwTaragalaif inKk uTUardal afairkLauUBmdapahruaarr uBF al idhgaahnrtuSI nidsfatonermmS-iasSttiiesomtne-mSRiesytgeai monng RAHSIA
yang Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
5.2.7.2. Kawalan Fizikal dan Persekitaran
a. Perenggan 5.3.3. Statement of Compliance Checklist, CNS-ATM Building
Technical Specifications yang dilampirkan bersama-sama Kontrak Utama
menetapkan raised floor hendaklah tahan lasak, anti-kebakaran, anti-statik
untuk keperluan sesebuah sistem. Tanjakan atau tangga yang sesuai
hendaklah disediakan agar sesuai dengan fungsi.
b. Perenggan 050101 Dasar Keselamatan ICT (DKICT) DCA Versi 2.0 bertarikh
15 Oktober 2015 menyatakan perkara yang perlu dipatuhi termasuk
memastikan alat penggera atau kamera sentiasa berfungsi dengan baik;
mereka bentuk dan melaksanakan perlindungan fizikal dari kebakaran, banjir,
letupan, kacau-bilau dan bencana; dan menyediakan garis panduan untuk
kakitangan yang bekerja di dalam kawasan terhad.
c. Pemeriksaan fizikal Audit telah dilaksanakan ke enam lokasi di KL ATCC Baharu
pada 23 hingga 25 Februari 2022 merangkumi Bilik Data Centre MOS, Bilik
Data Centre BCTS, Pusat Pemulihan Bencana dan tiga Bilik UPS. Semakan
Audit mendapati lantai Bilik Data Centre MOS dan BCTS tidak melindungi fizikal
aset ICT daripada banjir. Ini kerana, raised floor dibina di bahagian bawah
lantai bilik berkenaan. Berdasarkan site plan (with level) yang dikemukakan
oleh CAAM, terdapat gradient level of building location yang menunjukkan
kawasan KL ATCC Baharu berada di kawasan lebih tinggi dan tidak berisiko
banjir. Bagaimanapun, Bilik Data Centre MOS dan BCTS yang berada di aras
tanah (ground floor) masih terdedah kepada risiko banjir akibat limpahan air
daripada sistem perparitan yang tersumbat dan hujan lebat.
d. Selain itu, tiada pemasangan kamera litar tertutup di Bilik Data Centre MOS.
CAAM juga masih belum menyediakan garis panduan untuk kakitangan yang
bekerja di dalam kawasan terhad seperti ditetapkan dalam DKICT DCA 2015.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 22 dan Gambar 4 dan
Gambar 5.
JADUAL 22
PEMATUHAN KAWALAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN
LOKASI
BIL. KRITERIA BILIK BILIK PUSAT BILIK BILIK BILIK
DATA DATA PEMULIHAN UPS 1 UPS 2 UPS 3
1. Memasang alat penggera atau kamera CENTRE CENTRE
MOS BCTS BENCANA
X
2. Melindungi kawasan terhad melalui X
kawalan pintu masuk yang bersesuaian
Mereka bentuk dan melaksanakan X X XXX
3. perlindungan fizikal dari kebakaran,
banjir, letupan, kacau-bilau dan bencana
2 - 252- 52 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
LOKASI
BIL. KRITERIA BILIK BILIK PUSAT BILIK BILIK BILIK
DATA DATA UPS 1 UPS 2 UPS 3
CENTRE CENTRE PEMULIHAN
MOS BCTS BENCANA X X X
Menyediakan garis panduan untuk X X X
4. kakitangan yang bekerja di dalam
kawasan terhad
Sumber: DKICT dan Pemeriksaan Fizikal Audit Pada 23 Hingga 25 Februari 2022
Nota: () – Patuh
(X) - Tidak Patuh
GAMBAR 4 GAMBAR 5
As Built Drawing – Keratan C-C Bilik Peralatan ACC dan Bilik Data Centre MOS, KL ATCC Baharu
Bilik Peralatan BC - Ketinggian Lantai Bilik Data Centre MOS Sama
- Lantai Kedua-dua Bilik Selari dengan Lantai Luar dan Dengan Lantai Luar
Raised Floor System Dibina di Bahagian Bawah Lantai (25 Februari 2022)
(Sumber: CAAM)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei 2022 dan 3 Jun 2022
Pematuhan dan garis panduan untuk kakitangan di kawasan terhad akan diusahakan
berselari dengan DKICT DCA (2015) yang sedang dibangunkan semula oleh pihak ICT
CAAM. Perbincangan lanjut mengenai perkara ini akan dibincangkan dengan CGSO
kelak semasa pertemuan dengan mereka.
5.2.7.3. Pelan Kecemasan
Klausa 5.2.(g) General Obligation dalam Kontrak Utama menetapkan kontraktor
perlu menyediakan pelan kecemasan yang dipersetujui oleh Kerajaan bagi
menangani sebarang situasi kecemasan termasuk kebakaran dan banjir. Semakan
Audit mendapati pelan kecemasan tidak disediakan oleh kontraktor.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 1 Julai 2022
Kontraktor akan menyiapkan dokumen yang berkaitan untuk tujuan pengesahan
CAAM pada atau sebelum 20 Julai 2022.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -25-353
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
5.2.7.4. Kawalan Akses Logikal
a. Identiti Pengguna
i. Klausa 27.4(d) Kontrak Utama menetapkan kontraktor hendaklah
bertanggungjawab untuk memastikan akses kepada data Kerajaan
diberikan kepada kakitangan yang diberi kuasa sahaja dan diluluskan oleh
Kerajaan. Perenggan 20.1.7.(e) Arahan Teknologi Maklumat Disember
2007 MAMPU pula menetapkan setiap pengguna hendaklah dikenal pasti
dengan pengenalan identiti (ID) pengguna yang unik dan hendaklah
disahkan sebelum mendapat akses kepada sumber maklumat.
ii. Semakan Audit mendapati CAAM masih belum menyediakan polisi kawalan
akses bagi sistem di KL ATCC Baharu. Semakan Audit terhadap data
pengguna dari sistem Lightweight Directory Access Protocol (LDAP)
mendapati setakat 8 Mac 2022 sebanyak 607 ID pengguna telah
didaftarkan bagi capaian kepada modul dalam Flight Data Processor (FDP).
iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati data 607 ID pengguna dalam LDAP
hanya menyatakan nombor lesen, capaian dan encrypted password
sahaja. Sehubungan itu, bagi menentukan maklumat lengkap pengguna,
semak silang telah dibuat dengan maklumat 241 senarai nama, jawatan,
nombor lesen serta nombor kad pengenalan yang dikemukakan oleh CAAM
pada 2 Mac 2022. Hasil semak silang mendapati hanya 189 (31.1%)
daripada 607 pengguna mempunyai maklumat lengkap
seperti nama, nombor kad pengenalan, jawatan dan lokasi
penempatan pegawai. Sebanyak 52 (8.6%) pengguna hanya
dinyatakan lokasi penempatan pegawai di KLIA dan baki sebanyak
366 (60.3%) pengguna tidak dapat dikenal pasti. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 23.
JADUAL 23
CAPAIAN PENGGUNA DALAM SISTEM LDAP
BIL. LOKASI admin CAPAIAN q Tiada JUMLAH
PENEMPATAN fda fdp oper 189
PENGGUNA
1. KL ATCC Baharu 3 162 6 0 8 10
2. KLIA 3 43 1 0 0 5 52
3. Tiada Maklumat 8 283 20 1 13 41 366
JUMLAH 14 488 27 1 21 56 607
Sumber: CAAM
Nota: admin - Administrator fda - Flight Data Assistant fdp - Flight Data Processor
q - Tiada Maklumat
oper - Operator
iv. Ketiadaan maklumat lengkap bagi 418 (68.9%) pengguna yang
mempunyai akses terhadap sistem CNS/ATM akan menyukarkan CAAM
memantau aktiviti pengguna tersebut. Perkara ini juga menyebabkan
2 - 254- 54 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurl aairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada ID ini turut dikeluarkan
kepada kakitangan kontraktor.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
CAAM telah mengemas kini data dalam LDAP pada 28 Jun 2022. Selepas kemas
kini, sebanyak 432 ID pengguna sahaja yang masih aktif dalam LDAP.
b. Akses kepada Sistem/Data
i. Klausa 27.4(c) Kontrak Utama menetapkan semua data Kerajaan shall not
be removed from the Installation Sites melainkan dengan kebenaran
bertulis Kerajaan terlebih dahulu. Klausa 27.4(d) pula menyatakan untuk
tujuan keselamatan, kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk
memastikan akses kepada data Kerajaan diberikan kepada kakitangan
kontraktor yang diluluskan oleh Kerajaan.
ii. Perenggan 20.1.7.(d) Arahan Teknologi Maklumat Disember 2007 MAMPU
pula menetapkan, aktiviti akses hendaklah dipantau setiap hari untuk
mengesan aktiviti luar biasa seperti cubaan berulang akses yang tidak sah
yang mungkin mengancam integriti, kerahsiaan atau ketersediaan sistem.
iii. Semakan Audit terhadap data firewall sistem CNS/ATM sepanjang tempoh
bulan Oktober 2021 hingga Februari 2022 mendapati sebanyak 294
remote access telah dilakukan oleh enam ID pengguna. Berdasarkan
maklum balas CAAM pada 3 Jun 2022, tiada sebarang permohonan
bertulis dikemukakan oleh kontraktor berhubung 294 akses
tersebut. Sehubungan itu, kesemua akses berkenaan tidak
pernah mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 24.
JADUAL 24
AKSES SECARA REMOTE BAGI BULAN OKTOBER 2021 HINGGA FEBRUARI 2022
ID PENGGUNA/KEKERAPAN AKSES JUMLAH
KEKERAPAN
TAHUN BULAN caam.hq1 caam.hq2 caam.hq3 DCA- DCA- DCA-
user1 user10 user3 AKSES
Oktober - - - -- 1 1
2021 November - - - - - 60 60
Disember - - - 1 2 70 73
2022 Januari - - - - - 81 81
Februari 3
6 1 5 - 64 79
JUMLAH 3 6 1 6 2 276 294
Sumber: Data Firewall Sistem ATM
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -25-555
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
iv. Berdasarkan maklum balas CAAM pada 3 Jun 2022, ID DCA-user1
digunakan oleh lapan orang kakitangan OEM serta kontraktor yang terlibat
dengan sistem DASB. Manakala, ID DCA-user3 digunakan oleh 15 orang
kakitangan OEM serta kontraktor yang terlibat dengan sistem ATM.
Bagaimanapun, tiada kelulusan diberikan kepada kakitangan
kontraktor dan OEM seperti yang dikehendaki Klausa 27.4
Kontrak Utama. Selain itu, ID pengguna caam.hq1, caam.hq2,
caam.hq3, dan DCA-user10 tidak dapat dikenal pasti pemiliknya kerana
tiada profil pengguna dinyatakan dalam sistem dan tiada maklumat
mengenainya disimpan oleh kontraktor dan CAAM.
v. Pihak Audit mendapati perkara ini disebabkan kata laluan untuk firewall
sistem CNS/ATM dikawal/disimpan oleh pihak kontraktor. Sehubungan itu,
tidak ada jaminan bahawa pihak kontraktor atau OEM tidak mengakses
sistem secara remote tanpa kebenaran CAAM.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28 Jun 2022
Garis Panduan Permohonan dan Penggunaan Akses Virtual Private Network CAAM
telah diluluskan oleh Ketua Pegawai Maklumat pada 23 Jun 2022. Akses firewall juga
telah diserahkan kepada CAAM pada 23 Jun 2022.
Pendapat Kelemahan dalam kawalan akses mendedahkan CAAM kepada
Audit risiko capaian kepada sistem tanpa kebenaran, pencerobohan,
pengubahsuaian dan kehilangan data.
5.2.8. Penyenggaraan
Klausa 3 Kontrak Utama (Scope of Works and Maintenance) menetapkan kontraktor
hendaklah memberikan perkhidmatan penyenggaraan sebagaimana Schedule 6.
Klausa 32 pula menetapkan tempoh penyenggaraan ialah selama 24 bulan selepas
tarikh CPC iaitu mulai 1 September 2021 hingga 31 Ogos 2023. Schedule 12, Kontrak
Utama menetapkan kos jaminan dan penyenggaraan ialah RM21 juta (tidak termasuk
GST) yang dinyatakan secara lump sum (1 lot). Schedule 13, Kontrak Utama pula
menetapkan bayaran jaminan dan penyenggaraan akan dibuat kepada kontraktor
apabila CCC/CPC dikeluarkan. Sehingga 17 Mei 2022, sejumlah RM18.53 juta (88.2%)
kos jaminan dan penyenggaraan telah dibayar kepada kontraktor. Semasa bayaran
dibuat perkhidmatan penyenggaraan telah dilaksanakan bagi tempoh lapan bulan
17 hari (35.4%) daripada 24 bulan. Aktiviti penyenggaraan yang dilaksanakan oleh
kontraktor adalah seperti dalam perenggan berikut:
2 - 526- 56 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
5.2.8.1. Laporan Bulanan
a. Klausa 32.5 Kontrak Utama menetapkan kontraktor hendaklah
mengemukakan laporan bulanan kepada SO atau wakil pegawai penguasa
yang mengandungi maklumat penting berkaitan dengan prestasi operasi dan
penyenggaraan. Klausa 32.5 juga telah menyenaraikan 15 maklumat sebagai
kandungan Laporan Bulanan.
b. Analisis Audit telah dibuat terhadap Laporan Bulanan yang dikemukakan oleh
kontraktor bagi bulan September hingga Disember 2021 dengan syarat
kontrak. Semakan Audit mendapati hanya enam daripada 15
maklumat telah dilaporkan dalam Laporan Bulanan. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 25.
JADUAL 25
MAKLUMAT YANG DILAPORKAN DALAM LAPORAN BULANAN
BIL. KLAUSA 32.5 KONTRAK UTAMA LAPORAN BULANAN
(ADA/TIADA)
1. Summary of the maintenance performed Tidak Lengkap*
2. System operational availability as calculated in accordance with Schedule 3F (SLA) Ada
3. Mean response time, in minutes Ada
4. Any abnormal occurrences Ada
5. Any fault analysis conducted Tiada
6. Any improvement programs implemented Tiada
7. The turn-around-times achieved for each item returned for the Maintenance Tiada
8. Areas of interest including efficiency of performance of the facilities and areas of Tiada
shortfall Tiada
9. Availability and reliability of the facilities, shown as a daily/hourly log of capability,
availability and efficiency
10. Information relating to training, staff and industrial relations Tiada
11. Details of equipment and spares consumed Ada
12. Details of availability of maintenance staff for the month concerned including Tiada
information on staff on vacation or medical leave
13. Any recommendation that, in the Contractor's opinion, will enhance the maintenance Tiada
of the system as a whole
14. Such other information as the SO or SO’s Representative shall have reasonably Tiada
requested the Contractor to provide Ada
All major repairs or maintenance performed or any portion thereof within the month
in question and all major repairs or maintenance projected for the subsequent
15. month(s) together with the project time schedule for such intended repairs or
maintenance
Sumber: Kontrak Utama dan Laporan Bulanan
Nota: (*) - Hanya Corrective Maintenance Sistem Sahaja
c. Semakan Audit selanjutnya mendapati penyenggaraan bangunan dan
preventive maintenance (PM) bagi sistem CNS/ATM tidak
dilaporkan. Laporan Bulanan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti
corrective maintenance (CM) bagi sistem CNS/ATM. Tanpa Laporan Bulanan
yang lengkap, berlaku kelemahan seperti berikut:
LaporLaanpoKreatnuaKeAtuuadiAtuNdeitgNaeragaTraahTuanhu2n0220121SiSriir1i 1 2 2- 5-757
P r o j e k PPyrauonsjegaktBBeKPeraurkwskaaaaititltaaaKnnnawbTbaaragalgaifini KkKuTuUraaadllfaaaikrLLauUuBmmdaapphruuaarrrBuFFallidihggaahhrnttuSIIdnni saffotnoerrmmmSia-asStttieioisomntne-RSmReisegytgeiaoimonnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
i. tidak dapat disahkan sama ada kontraktor telah melaksanakan
penyenggaraan bangunan dan preventive maintenance bagi sistem
CNS/ATM;
ii. tiada bukti pemantauan dibuat oleh Kerajaan terhadap prestasi
perkhidmatan kontraktor; dan
iii. tiada bukti kerja penyenggaraan telah disahkan oleh Kerajaan.
d. Semakan Audit selanjutnya terhadap Summary of Corrective Maintenance
(CNS/ATM System) dalam Laporan Bulanan (September hingga Disember
2021) mendapati 13 fault docket tidak dilaporkan dalam Laporan Bulanan.
Tujuh daripada 13 (53.8%) fault docket berkenaan merupakan kes yang
dikategorikan sebagai total failure. Laporan Bulanan yang tidak lengkap
memberi kesan kepada pengiraan System Operational Availability (SOA)
kerana maklumat downtime bagi 13 fault docket tidak diambil kira.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei dan 30 Jun 2022
CAAM telah mengarahkan kontraktor untuk memperbetulkan laporan bulanan mulai
bulan Januari 2022. Siasatan CAAM berkaitan 13 fault docket yang tidak dilaporkan
pula mendapati terdapat kesilapan dalam penyediaan Laporan Bulanan. Peringatan
telah diberikan kepada kontraktor pada 6 Mei 2022 untuk memantau senarai fault ini
untuk mengelakkan kesilapan berulang. Pemantauan perkara ini akan menjadi
sebahagian daripada tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan
DLP (JPPD). Laporan PM untuk CNS/ATM bagi bulan September 2021 hingga Mei 2022
telah dikemukakan oleh kontraktor pada 23 Jun 2022.
5.2.8.2. Penyenggaraan Bangunan
a. Penyenggaraan Housekeeping
i. Appendix T12 (Maintenance Methodology for the Building), Schedule 6
Kontrak Utama menetapkan penyenggaraan oleh kontraktor adalah
meliputi skop mekanikal dan elektrikal (M&E), pembersihan bangunan
(housekeeping) dan landskap. Perenggan 4 pula menyatakan kerja seperti
mencuci lantai termasuk menyapu tangga balkoni, memvakum dan
mencuci tandas adalah sebahagian skop kerja housekeeping. Kerja ini
turut dinyatakan dalam Jadual Penyenggaraan Housekeeping di Appendix
3 kepada Appendix T12.
ii. Semakan Audit terhadap fail penyenggaraan di pejabat KL ATCC Baharu
mendapati kontraktor tidak melaksanakan penyenggaraan
2 - 258- 58 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PyPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurl aairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
housekeeping sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak. Perkara
ini berlaku kerana kontraktor merujuk Perenggan 21.4, Schedule 2 dalam
Kontrak Utama berkaitan Statement of Compliance Checklist (Building
Maintenance Methodology) yang menyatakan pembersihan secara umum
seperti membersihkan lantai, tandas, peralatan memasak, longkang dan
lain-lain bukan sebahagian daripada keperluan penyenggaraan.
iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati CAAM telah melantik syarikat lain
untuk penyenggaraan housekeeping mulai 1 Disember 2021 sehingga 30
November 2022 dengan kos berjumlah RM238,500. Selain itu, CAAM juga
telah membuat bayaran kepada syarikat lain berjumlah RM48,900 bagi
penyenggaraan housekeeping bulan September hingga November 2021
(tiga bulan). Pihak Audit mendapati tiada pelarasan harga
Kontrak Utama dilaksanakan oleh MOT terhadap perkara
ini.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 30 Jun 2022
Isu ini akan dimasukkan dalam penyediaan perjanjian tambahan. Sekiranya gagal,
pihak CAAM akan mengambil tindakan dengan membuat penolakan performance
bond daripada kontraktor.
Pendapat Ketidakpatuhan kepada Appendix T12, Schedule 6 dalam
Audit Kontrak Utama telah merugikan Kerajaan berjumlah
RM287,400 bagi kos pelantikan syarikat housekeeping lain.
b. Kakitangan Penyenggaraan
i. Klausa 32.2 Kontrak Utama (Maintenance of the CNS and ATM System and
Building), kontraktor dikehendaki membekalkan kakitangan yang
berpengalaman, berkelayakan dan kompeten dengan
mencukupi bagi menjalankan penyenggaraan. Appendix T12
(Maintenance Methodology for the Building), Schedule 6 pula telah
menetapkan bilangan kakitangan yang perlu dibekalkan oleh kontraktor.
ii. Secara keseluruhan, kontraktor perlu menyediakan seramai 27 orang
kakitangan penyenggaraan pelbagai jawatan. Semakan Audit terhadap
senarai serta jadual bertugas kakitangan penyenggaraan M&E
dan landskap bagi bulan September hingga Disember 2021
mendapati jumlah kakitangan yang dibekalkan oleh
kontraktor tidak menepati syarat Kontrak Utama. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 26.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -25-959
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
JADUAL 26
BILANGAN KAKITANGAN PENYENGGARAAN SEBENAR BERBANDING KONTRAK
JENIS PENYENGGARAAN M&E HOUSEKEEPING LANDSKAP JUMLAH
KONTRAK 17 6 4 27
SEBENAR
September 2021 7 - 18
Oktober 2021 7 - 18
November 2021 18 - 1 19
Disember 2021 18 - 1 19
Sumber: Kontrak Utama dan Senarai Kakitangan dan Jadual Bertugas Kontraktor Penyenggaraan
iii. Bilangan kakitangan penyenggaraan landskap yang tidak mencukupi telah
memberi kesan kepada kualiti kerja penyenggaraan landskap seperti lumut
di kawasan luar bangunan tidak dibersihkan dan longkang tidak
disenggarakan dengan sempurna. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Gambar 6 dan Gambar 7.
GAMBAR 6 GAMBAR 7
Tangga Blok B Berhampiran Bangunan Penyenggaraan
- Lumut di Tangga Tidak Dibersihkan - Longkang Tidak Dibersihkan Mengakibatkan Air Bertakung
(04.01.2022) (04.01.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada klausa dalam Kontrak
Utama yang menetapkan kadar penalti/denda yang boleh
dikenakan terhadap kontraktor sekiranya gagal menyediakan
bilangan kakitangan yang mencukupi atau tidak melaksanakan skop
penyenggaraan dengan sempurna.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 3 dan 28 Jun 2022
Mulai bulan Januari 2022 hingga kini, bilangan kakitangan penyenggaraan M&E ialah
seramai 18 orang. Manakala bagi penyenggaraan landskap bagi bulan Mac 2022
hingga Ogos 2023 seramai 4 orang kakitangan yang terdiri seorang supervisor dan 3
orang pekerja telah disediakan oleh kontraktor. Pengemaskinian ke atas klausa
berhubung kerja-kerja penyenggaraan, kaedah bayaran dan elemen denda di bawah
2 - 260- 60 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PyPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKaiwabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
kontrak ini akan dibuat melalui perjanjian tambahan. Bengkel penyediaan perjanjian
tambahan dijangka diadakan pada minggu kedua Ogos 2022.
Pendapat Kelemahan dalam syarat kontrak telah mendedahkan Kerajaan
Audit kepada kerugian dan tidak menjamin kepentingan Kerajaan
terpelihara.
c. Penyenggaraan Mekanikal dan Elektrikal (M&E)
i. Perenggan 3.1 (Preventive Maintenance Works for Equipment) Appendix
T12, Kontrak Utama, Preventive Routine Maintenance menyatakan PM
dibahagikan kepada empat suku tahunan supaya semua peralatan
diperiksa, disenggarakan dan diuji sekurang-kurangnya sekali dalam setiap
suku tahun. Jadual penyenggaraan bangunan dalam Kontrak Utama telah
menetapkan setiap kerja penyenggaraan dikategorikan mengikut tahap
kategori normal, minor atau major maintenance.
ii. Semakan Audit terhadap Jadual PM M&E yang disediakan oleh kontraktor
mendapati:
Tiada jadual disediakan bagi bulan September dan Oktober 2021.
Jadual bagi November 2021 hingga November 2022 tidak lengkap
kerana tidak dikategorikan mengikut tahap normal, minor
atau major maintenance. Pengelasan PM mengikut kategori
adalah penting untuk memastikan setiap aset disenggarakan mengikut
spesifikasi.
Kerja penyenggaraan general cleaning (for equipment),
Closed Circuit Television (CCTV), elevator, pest control
dan building cleaning tidak dijadualkan.
iii. Semakan Audit terhadap Laporan Bulanan mendapati kerja PM M&E yang
telah dilaksanakan oleh kontraktor tidak dilaporkan. Selain itu, tiada bukti
pihak CAAM telah memantau dan mengesahkan kerja PM M&E yang
dilaksanakan oleh kontraktor. Penyediaan jadual PM M&E yang tidak
mengikut kontrak mengakibatkan kerja penyenggaraan tidak dapat
dipantau dengan berkesan. Kelemahan ini juga memberi risiko kerja
penyenggaraan tidak dilaksanakan mengikut kekerapan yang ditetapkan
dan akhirnya memberi kesan kepada tahap kebolehan serta usia guna
peralatan.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -26-161
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei, 3 dan 28 Jun 2022
JPPD akan bertanggungjawab untuk memastikan semua jadual penyenggaraan yang
perlu dilakukan oleh pihak kontraktor sama ada secara PM mahu pun CM adalah
mengikut syarat Kontrak Utama selain menyemak dan meluluskan semua jadual
penyenggaraan yang akan disediakan oleh kontraktor. Mulai bulan Mei 2022, pihak
CAAM telah membuat pengesahan kerja PM M&E dalam Laporan Penyenggaraan
M&E.
Pendapat Penyenggaraan bangunan tidak diurus dan dilaksanakan
Audit dengan cekap dan berhemat. Pembayaran kos penyenggaraan
sebelum perkhidmatan diberikan telah menyebabkan aktiviti
penyenggaraan oleh kontraktor tidak disemak dan disahkan
oleh CAAM bagi memastikan ia telah mematuhi ketetapan
kontrak.
5.2.8.3. Penyenggaraan Sistem CNS/ATM
Klausa 32.4(a) Kontrak Utama menyatakan bagi penyenggaraan sistem
CNS/ATM, kontraktor hendaklah memastikan sistem mencapai Guaranteed
Service Operational Availability (GSOA) 99.9% seperti yang dinyatakan dalam
Schedule 3F. Berdasarkan Klausa 33.1 sekiranya kontraktor gagal mencapai
GSOA sebagaimana yang dinyatakan dalam Schedule 3F, Kerajaan berhak
mengenakan penalti berdasarkan formula di perenggan 33.1(d). Schedule 3F
pula menetapkan dua parameter digunakan dalam pengukuran GSOA iaitu
maintenance service availability dan response time. Semakan Audit mendapati
perkara seperti berikut:
a. Maintenance Service Availability
i. Berdasarkan Schedule 3F Kontrak Utama, nilai peratusan service
availability akan dikira pada setiap hujung bulan. Semakan Audit terhadap
Laporan Bulanan bagi bulan September hingga Disember 2021 mendapati
system operational availability (SOA) yang dilaporkan oleh kontraktor telah
mencapai tahap 100% kecuali Radar Mersing pada bulan Disember 2021
yang merekodkan SOA 72.6%. Semakan Audit selanjutnya terhadap
laporan SOA ini mendapati:
pengiraan SOA dibuat secara manual di mana actual operating hours
diperoleh daripada Faulty Report Form (Docket) dan bukannya
diperoleh dari Computerized Monitoring System;
2 - 262- 62 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurl aairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
tiada bukti semakan telah dibuat oleh CAAM terhadap
laporan SOA yang dikemukakan oleh kontraktor;
tiada dokumen sokongan dikemukakan untuk membuktikan
bahawa sistem/peralatan telah benar-benar mencapai SOA 100%
seperti yang dilaporkan; dan
tiada denda dikenakan kepada kontraktor.
ii. Walaupun SOA yang dilaporkan oleh kontraktor menunjukkan tahap
100%, semakan Audit terhadap Laporan Bulanan bagi bulan September
hingga Disember 2021 dan fault docket bagi tempoh yang sama
menunjukkan perkara sebaliknya kerana:
Sehingga bulan Mei 2022, 43 daripada 627 fault yang dilaporkan
dalam bulan September hingga Disember 2021 masih dalam tindakan
(work in progress). Sebanyak 27 fault tidak diketahui status
penyelesaiannya.
Sebanyak 9 (37.5%) daripada 24 fault docket adalah
dalam kategori Total Failure.
Tempoh downtime iaitu tempoh yang diambil oleh kontraktor untuk
menyelesaikan kerosakan/fault ialah antara satu jam hingga 2,122 jam
(88 hari).
Berdasarkan Log Book bulan September 2021 hingga Januari 2022, 43
aduan/laporan melibatkan Chennai Direct Line yang
terputus, tidak berfungsi dengan baik serta tidak dapat
digunakan. Bagaimanapun, semua aduan tidak dilaporkan sebagai
Non Availability dan pencapaian SOA bagi CNS/ATM masih dilaporkan
sebagai 100%.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei 2022
Pihak kontraktor telah diberikan peringatan pada 6 Mei 2022 berkaitan perkara ini dan
perlu dikemas kini untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JPPD. Buat sementara ini
belum ada sebarang tindakan yang diambil ke atas ketidakpatuhan ini dan siasatan
terperinci sedang dijalankan.
Tiada penalti dikenakan bagi kerosakan Chennai Direct Line kerana operasi masih
diteruskan dengan menggunakan talian alternatif International Direct Dialling.
Kerosakan ini berlaku kerana konsep pelaksanaan Chennai Direct Line adalah
berasaskan half circuit, di mana separuh talian (infra di Malaysia) disenggarakan oleh
Malaysia, dan separuh talian (infra di India) disenggarakan oleh India. CAAM telah
menghubungi Telekom Malaysia dan Airport Authority of India, melalui e-mel pada 15
Mei 2022 bagi menyelesaikan masalah ini.
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -26-363
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFlalidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgygteiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
iii. Semakan Audit terhadap Laporan Outage Report & Mean Response Time
dalam Laporan Bulanan bagi bulan Disember 2021 mendapati berlaku
Operational Non Availability di Radar Mersing selama
203.33 jam. Berdasarkan kiraan Audit, jumlah penalti yang boleh
dikenakan kepada kontraktor berikutan kegagalan Radar
Mersing mencapai GSOA 99.9% adalah berjumlah
RM16,397. Bagaimanapun, berdasarkan Laporan Bulanan bagi bulan
Disember 2021, tiada penalti dikenakan kepada kontraktor kerana gagal
mencapai GSOA bagi Radar Mersing. Semakan Audit terhadap Minit
Mesyuarat JPPD Bil. 3/2022 pada 23 Jun 2022 mendapati mesyuarat
bersetuju untuk mengenakan denda untuk Radar Mersing. Bagaimanapun,
tiada butiran mengenai tempoh ketidakpatuhan dan jumlah denda yang
akan dikenakan.
Pendapat Kegagalan CAAM memantau tahap perkhidmatan kontraktor
Audit terutama dalam aspek pencapaian SOA boleh memberikan
risiko kepada operasi kawalan trafik udara yang tidak cekap
akibat kegagalan sistem/peralatan CNS/ATM.
b. Response Time
i. Perkara 3.2, Schedule 3F Kontrak Utama menyatakan response time ialah
masa yang diambil dari masa laporan kerosakan diterima sehingga
kontraktor tiba di lokasi yang terjejas (station). Berdasarkan Attachment
1, Staff Function and Responsibilities, antara tanggungjawab Maintenance
Engineer ialah memberikan tindak balas terhadap semua kerosakan/faults
yang dilaporkan oleh Pegawai Trafik Udara secepat mungkin dan dengan
mematuhi Guaranteed Response Time (GRT).
ii. Semakan Audit mendapati kontraktor hanya melaporkan response time
bagi 24 fault docket sahaja sedangkan berdasarkan Laporan Bulanan bagi
bulan September hingga Disember 2021, sebanyak 627 fault telah
dilaporkan. Semakan Audit selanjutnya terhadap Buku Log
Penyenggaraan mendapati masa dan tarikh fault diambil tindakan tidak
direkodkan. Sehubungan itu, pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama
ada semua fault berkenaan telah diambil tindakan mengikut response time
yang ditetapkan. Perkara ini berlaku kerana kelemahan pemantauan GRT
oleh CAAM yang tidak dilaksanakan selaras dengan ketetapan kontrak.
2 - 264- 64 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
PyPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
Maklum balas CAAM yang diterima pada 3 dan 28 Jun 2022
CAAM telah mengeluarkan surat mohon penjelasan kepada kontraktor pada
30 Mei 2022 bagi mendapatkan penjelasan berhubung maklumat tarikh dan waktu
tindakan kontraktor tidak dilengkapkan dalam Faulty Report Form. Ini termasuk
arahan memberikan penjelasan berkenaan ketiadaan pemantauan terhadap
response time bagi 627 fault berkenaan. Mulai Laporan Bulanan bagi bulan Mei
2022, masa tindakan diambil dan diselesaikan telah dilaporkan.
Pendapat Pemantauan response time adalah sangat penting bagi
Audit memastikan CAAM mendapat perkhidmatan terbaik seperti
ditetapkan dalam kontrak.
5.2.9. Pengurusan Operasi
5.2.9.1. Keselamatan Perlindungan
a. Berdasarkan Laporan Makmal VM, projek KL ATCC Baharu telah diluluskan kos
berjumlah RM4.72 juta untuk building security system dengan justifikasi KL
ATCC Baharu perlu mematuhi Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.
Perenggan 39 Arahan Keselamatan pula menyatakan Ketua Jabatan
hendaklah mengkaji keperluan keselamatan perlindungan di jabatan masing-
masing terutamanya untuk memberikan perlindungan keselamatan
sepenuhnya terhadap kawasan tersebut. Perenggan 40 pula menyatakan bagi
kawasan atau tempat yang memerlukan langkah khas bagi keselamatan
perlindungan, Ketua Jabatan boleh mencadangkan untuk mengisytiharkan
kawasan atau tempat tersebut sebagai Kawasan Larangan atau Tempat
Larangan (KLTL) di bawah Akta 298.
b. Semakan Audit mendapati kawasan KL ATCC Subang telah diisytiharkan
sebagai Kawasan Larangan Tempat Larangan sejak tahun 1996. Sehubungan
itu, bagi menentukan sama ada KL ATCC Baharu telah mendapat perlindungan
keselamatan yang sesuai, pihak Audit telah mendapatkan pengesahan melalui
e-mel daripada CGSO. Pada 21 Februari 2022, pihak CGSO
mengesahkan bahawa pada masa ini kawasan KL ATCC Baharu
belum diisytiharkan sebagai KLTL. CGSO turut memaklumkan bahawa
tiada permohonan dikemukakan oleh CAAM bagi cadangan pengisytiharan
kawasan KL ATCC Baharu sebagai KLTL.
c. Memandangkan KL ATCC Baharu menempatkan sistem dan aset penting bagi
kawalan trafik udara di seluruh Semenanjung Malaysia, kelewatan
permohonan bagi pengisytiharan KL ATCC Baharu sebagai KLTL boleh
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -26-565
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFallidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgytgeiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
menyebabkan KL ATCC Baharu tidak mendapat keselamatan perlindungan di
bawah Akta 298 yang memberi perlindungan keselamatan sepenuhnya bagi
kawasan tersebut.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 Mei, 3 dan 28 Jun 2022
Pada 23 Mei 2022 CAAM telah mengemukakan surat kepada Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Negeri Selangor untuk datang melawat serta membantu CAAM
mendaftar KL ATCC Baharu sebagai KLTL. Tarikh jangkaan selesai permohonan
pengisytiharan KLTL ialah sebelum 31 Disember 2022. Sehingga 27 Jun 2022, tiada
maklum balas daripada CGSO diterima berkenaan permohonan CAAM.
5.2.9.2. Keselamatan Fizikal
Penemuan Audit mengenai aspek keselamatan fizikal yang merangkumi pagar
keselamatan, kamera litar tertutup dan door access system adalah seperti dalam
Jadual 27.
JADUAL 27
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN KESELAMATAN FIZIKAL
BIL. PERKARA KRITERIA PENEMUAN AUDIT
1. Pagar i. Appendix T11 - Chapter 11- Annex i. Bagi menentukan keberkesanan PIDS, lawatan
Keselamatan 11.2 – Civil and Structure Works fizikal Audit bersama wakil CAAM pada 23
Kontrak Utama - anti-climb fence Februari 2022 telah dilaksanakan dan
with anti-dig concrete kerb mendapati:
hendaklah disediakan di sekeliling
KL ATCC Baharu seperti garis • PIDS tidak berfungsi dalam melaporkan
panduan yang dikeluarkan oleh sebarang gangguan ke atas pagar
keselamatan;
CGSO.
• pengujian dilaksanakan dengan melakukan
ii. Perbincangan bersama CGSO goncangan yang kuat pada pagar dari Zon 1
sehingga Zon 5 (Gambar 8);
diadakan pada 10 Februari 2017
• tiada status cut fence/climb fence dilaporkan
untuk memberi cadangan dan dalam bentuk alarm (berwarna merah) pada
paparan PIDS sebaliknya hanya
pandangan keselamatan menunjukkan status NORMAL (Gambar 9);
dan
perlindungan berhubung
• kelemahan ini akan menyebabkan aktiviti
kelengkapan fizikal di KL ATCC. sabotaj/pencerobohan tidak dapat dikesan
lebih awal.
iii. Semasa perbincangan, pihak CAAM
ii. Selain itu, pemeriksaan fizikal Audit pada 24
dan kontraktor telah menyatakan Februari 2022 mendapati pagar keselamatan
cadangan berikut: dibina berukuran kurang dari 9 kaki. Kawasan
tersebut ialah di hujung bangunan West Wing
• pemasangan perimeter intruder dan East Wing. Ukuran pagar keselamatan
detection systems (PIDS) pada terendah ialah 7 kaki 9 inci.
pagar keselamatan yang Maklum balas CAAM yang diterima pada 24
Mei dan 3 Jun 2022
diintegrasikan dengan
penggunaan kamera pat, tilt and Kerosakan PIDS disebabkan masalah cable fibre
zoom (PTZ). optic keseluruhannya. Pada 7 April 2022 CAAM
telah mengeluarkan memo kepada kontraktor
• pembinaan pagar keselamatan untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara
dengan ketinggian 9 kaki. ini dan menyegerakan pembaikan.
iv. CGSO telah memberikan ulasan
bahawa penggunaan PIDS perlu
disemak agar keberkesanan PIDS
mencapai objektif pemasangan
peralatan tersebut.
2 - 266- 66 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
yPPBarroenojrgejkekaBkiePtPraukunsaasibattaatKngKai wabKwaauglaaailnlaKanuTLarTaulrafmaikfLpiuukUmrdUpaFdurlaairgrhaBFtlaiBghIahanhtrfuaoIrrnudmfaoadnrtami noSaintsSitoiResnmet eg-RmiSeoig-snStioei snmt e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
BIL. PERKARA KRITERIA PENEMUAN AUDIT
2. Kamera Litar i. Statement of Compliance, CNS-ATM Semakan Audit bersama wakil pihak kontraktor
Tertutup/Closed Buildings Technical Specifications, pada 23 Februari 2022 mendapati:
Circuit Schedule 2B Kontrak Utama
Television menetapkan sistem keselamatan hanya 75.7% (81 unit CCTV) berfungsi;
(CCTV) yang ditawarkan oleh kontraktor 24.3% (26 unit) kamera tidak berfungsi; dan
adalah terdiri daripada sistem CCTV keseluruhan kamera yang rosak adalah untuk
dan door access system. memantau kawasan di luar bangunan.
ii. Berdasarkan As Built Drawing CCTV Maklum balas CAAM yang diterima pada 28
sebanyak 107 CCTV telah dipasang Jun 2022
di keseluruhan kawasan KL ATCC
Baharu. Pada 23 Jun 2022, CAAM telah mengeluarkan surat
kepada kontraktor untuk memperbaiki
ketidakpatuhan yang ada sebelum 29 Julai 2022
(pagar keselamatan) atau 1 Ogos 2022 (PIDS dan
CCTV) dan sekiranya gagal, CAAM akan melantik
pihak ketiga untuk menjalankan kerja-kerja ini dan
kos akan ditolak dari performance bond.
3. Door Access Statement of Compliance, CNS-ATM i. Analisis Audit terhadap laporan door access
System Buildings Technical Specifications, system mendapati:
Schedule 2B Kontrak Utama
menyatakan Door Access System tiada polisi atau prosedur kerja bagi proses
dipasang di lokasi yang ditetapkan oleh permohonan kad akses di KL ATCC Baharu;
SO dan mengikut keperluan bangunan.
pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama
ada pengeluaran kad akses telah mematuhi
prosedur dan menjamin tahap keselamatan
di KL ATCC Baharu;
sehingga 5 Januari 2022, sebanyak 752 kad
akses telah dikeluarkan;
pengeluaran kad akses tidak selari dengan
tempat bertugas pegawai;
kategori 0004 untuk kakitangan CAAM turut
dikeluarkan kepada kontraktor,
subkontraktor dan kakitangan pembersihan;
dan
kategori 0001 iaitu free access to all doors
turut diberikan kepada kontraktor dan kad
sementara.
ii. Pengeluaran kad akses yang tidak selaras
dengan tempat bertugas kakitangan
menyebabkan kakitangan berkenaan boleh
memasuki kawasan yang tidak sepatutnya atau
tidak berkait dengan bidang tugasnya.
Maklum balas CAAM yang diterima pada 28
Jun dan 1 Julai 2022
Draf Garis Panduan Pengurusan Kelengkapan dan
Kemudahan Penggunaan Kad Pengenalan Jabatan
kepada Kakitangan serta Pelawat CAAM telah
disediakan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai
2022. Aktiviti pemutihan akan disiapkan
sepenuhnya pada atau sebelum 20 Julai 2022.
Sumber: Pemeriksaan Fizikal Audit
LaporLaanpoKreatnuKaeAtuuadAituNdietgNaergaarTaahTauhnu2n0220121SiSriiri11 2 -26-767
P r o j e k PPyruaosnjaegtBk eBKPreaukrwsakaaai ttilataaKnnnabwTbaraagalgaifiinKkKuTUuaradal lafaairkLaLuUuBmmdapaphruuaarrr uBFFallidihggaahhnrttuSIInidnsfaftoonerrmmmS-iaasStttiiieosomntne-mRSReiesgytgeiaioomnnng RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
GAMBAR 8 GAMBAR 9
KL ATCC Baharu, Sepang Bilik Keselamatan dan Bilik Penyenggaraan, KL ATCC
- Pengujian Fizikal ke Atas Pagar Keselamatan yang Baharu, Sepang
Dipasang PIDS - Tiada Status Alarm (Warna Merah) pada Paparan PIDS
(23.02.2022) (23.02.2022)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
Pendapat Pengurusan aspek keselamatan adalah sangat lemah dan tidak
Audit diuruskan secara serius. Perkara ini mendedahkan KL ATCC
kepada risiko pencerobohan, kecurian dan kehilangan yang
boleh menggugat operasi KL ATCC yang menempatkan sistem
dan aset penting kawalan trafik udara di seluruh Semenanjung
Malaysia.
6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT
Secara keseluruhannya, projek KL ATCC Baharu telah berjaya disiapkan dan mula
beroperasi pada 31 Ogos 2021. Bagaimanapun, berlaku beberapa kelemahan dalam
aspek pelaksanaan FAT yang menyebabkan objektif ujian FAT tidak tercapai dan tidak
selaras dengan ketetapan kontrak. Bagi aspek keberhasilan projek, penilaian masih belum
dapat dibuat sepenuhnya kerana bilangan trafik udara yang rendah pada masa ini.
Seterusnya, berlaku kelemahan dalam aspek pengurusan belanjawan projek yang mana
komitmen Kerajaan melalui kontrak (arahan perubahan kerja dan kos EOT) telah melebihi
siling peruntukan projek. Selain itu, keputusan MOT untuk mentadbir kontrak secara
hibrid diperhatikan tidak menjamin kepentingan Kerajaan sentiasa terpelihara dan
melanggar peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Akhirnya kelemahan ini telah
menyebabkan Kerajaan menanggung kos yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh
kontraktor dan perunding serta bayaran dibuat sebelum perkhidmatan dilaksanakan.
Projek didapati tidak diuruskan dengan cekap yang dapat dilihat dalam kelemahan
pengurusan EOT, penyenggaraan dan program ICP. Pengauditan juga mendapati
kelemahan dalam aspek keselamatan fizikal bangunan serta sistem yang boleh memberi
risiko pencerobohan fizikal dan sistem jika tidak ditambah baik dengan segera.
2 - 628- 68 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1
PyaPrBonrejogrejkkeBakeiPtruPaksunaasittbaaatKngaKiwbaaKawgulaaialnlaKanuTaLrTaluarfmiakLfpuiUukmrdUpaFdurlaari grBFhalatigBhIhaantrhfuaoIrnrdumfaoandrmtaiSnoaintsSitoeiRnsmet eg-RSmieoigs-ntiSoeinms t e m y a n g
RAHSIA
RAHSIA PINDAAN KAN_18.7.2022
7. SYOR AUDIT
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara sama tidak
berulang pada masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan tindakan seperti berikut:
7.1. MOT perlu menyemak semula semua syarat kontrak untuk memastikan kepentingan
Kerajaan terpelihara;
7.2. MOT dan CAAM perlu memastikan kontraktor melaksanakan semua skop
perkhidmatan penyenggaraan dengan sempurna dan mengenakan penalti/denda yang
sepatutnya;
7.3. MOT perlu menyegerakan proses pewartaan KL ATCC Baharu sebagai KLTL supaya
kawasan ini dilindungi sepenuhnya selaras dengan fungsinya yang sangat penting dalam
penerbangan awam Malaysia; dan
7.4. MOT dan TDA perlu memastikan pelaksanaan ICP berjalan seperti yang dirancang
dan objektif pelaksanaannya tercapai seperti hasrat Kerajaan.
LaporLaanpoKreatnuaKeAtuuadiAtuNdeitgNaeragaTraahTuanhu2n0220121SiSriir1i 1 2 2- 6-969
P r o j e k PPyrauonsjegaktBBeKPeraurkwskaaaaititltaaaKnnnawbTbaaragalgaifini KkKuTuUraaadllfaaaikrLLauUuBmmdaapphruuaarrrBuFFallidihggaahhrnttuSIIdnni saffotnoerrmmmSia-asStttieioisomntne-RSmReisegytgeiaoimonnng RAHSIA
2 - 70 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu dan Sistem-Sistem
yang Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region
3 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
• JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
• JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
– Perkhimatan Konsesi Kerajaan Elektronik
(e-Khidmat) oleh Syarikat Perkhidmatan