The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IZYAN AQILAH, 2024-05-12 10:27:59

manuskrip Cinta si Abang Polis

manuskrip Cinta si Abang Polis

_izyanaqilah_ 1


CINTA SI ABANG POLIS CINTA SI ABANG POLIS KARYA OLEH _izyanaqilah_. TIADA SEBARANG MENIRU ATAU MENCIPLAK DARIPADA CERITA PIHAK LAIN. SELAMAT MEMBACA. ASSALAMUALAIKUM, SAYA NUR IZYAN AQILAH BINTI IBRAHIM, PENULIS CINTA SI ABANG POLIS. KARYA INI TIADA HASIL CIPLAK DAN TERHASILNYA KARYA INI DARIPADA IDEA SAYA SENDIRI. SYUKUR ALHAMDULILAH, CINTA SI ABANG POLIS ANTARA KARYA YANG MENDAPAT BACAAN YANG TERTINGGI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA WALAUPUN ADA SEDIKIT KEKURANGAN DARIPADA SEGI JALAN CERITA DAN PLOT TWIST.


_izyanaqilah_ 3 BAB 1 Fitrie bersiap-siap dengan lengkap beruniform polis , dibahu lengkap dengan dua paku iaitu pangkat Inspektor . Dia bersiap-siap untuk melapor diri sebagai pegawai polis di tempat baru. Dimana adik bongsunya bersiap untuk hari pertama persekolahan sebagai pelajar tingkatan satu . Fitrie yang sudah bersiap lengkap beruniform itu turun daripada tingkat atas, sementara menunggu adiknya bersiap. '' Adik! Cepatlah! Nanti lewat nak daftar sekolah kejap lagi!'' Jerit Fitrie memanggil adiknya '' Sekejap!'' Jerit Amyrah sambil mengemas beg sekolahnya. Beberapa minit kemudian, Amyrah turun daripada tingkat atas dan menggalas beg sekolahnya. Fitrie memasang muka serius kerana menunggu Amyrah terlalu lama. Dengan pantas dia bangun daripada sofa dan melangkah menuju kepintu untuk meninggalkan rumah dan dia mengunci semua pintu itu sebelum bergerak ke destinasi . Kereta Honda Civic berwarna putih yang besar milik Fitrie itu tiba di kawasan sekolah menengah yang bakal Amyrah duduk. Semua pelajar baru,staf,guru-guru memandang kearah kereta yang besar itu muncul di hadapan sekolah. Semua orang yang berada disitu memandang Fitrie dan adiknya yang baru saja keluar daripada kereta.


CINTA SI ABANG POLIS Semua memandang Fitrie dengan berpakaian uniform polis. Dia cuma hanya ingin menghantar adiknya untuk mendaftar hari pertama persekolahan di alam menengah. '' Selamat Pagi dan Selamat Datang! '' Sapa Cikgu baru itu. '' Selamat pagi Cikgu!" Sapa Fitrie kepada cikgu itu. Tiba-tiba ada tiga orang pelajar baru itu memotong barisan untuk giliran Amyrah. Fitrie memerhati keadaan itu dan hatinya mula panas apabila pelajar itu menolak Amyrah. '' Tepi sikit!'' ujar pelajar nakal itu '' Eh! Berbarislah! Janganlah memotong!'' sapa Amyrah '' Kau jangan banyak bunyi! Mana mak ayah kau? Panggilah kalau berani mengadu!'' Tenking pelajar nakal itu. '' Mak ayah aku tak ada tapi abang aku ada.'' Sapa Amyrah. '' Mana abang kau, tunjuk sikit." Tanya pelajar nakal itu. Amyrah terus tunjuk kearah abangnya yang segak berpakaian uniform polis. Fitrie terus memasang muka serius dan memandang kearah mereka yang sedang berdaftar itu. Pelajar nakal itu dengan secara terkejutnya memandang ke arah seorang pegawai polis berpangkat yang sedang memerhati mereka. ''Alamak!! Geng, itu abang dialah! '' Ujar pelajar nakal itu dan mereka terus beratur ke belakang. '' Dik! mana adab korang? Kenapa biadap sangat?'' Teguran tegas daripada Fitrie kepada tiga pelajar nakal itu membuatkan mereka terus berdiam diri. '' Maafkan saya bang!" Sapa pelajar itu sambil meminta maaf.


_izyanaqilah_ 5 Setelah Amyrah selesai mendaftar namanya, dia terus menuju kearah abangnya dan bersalam untuk memulakan alam persekolahannya. '' Abang! adik pergi dulu tau,abang jaga diri elok, semoga berjaya di tempat baru.'' Sapa Amyrah. '' Okay, jaga diri baik-baik tau! Belajar rajin-rajin nanti boleh jadi macam abang!" Sapa Fitrie. '' Bye bang! ''Sapa Amyrah dan melambai daripada jauh. Fitrie membalas lambaian adiknya dan terus meninggalkan tempat itu. Didalam kelas penuh dengan suara pelajar-pelajar baru. Amyrah hanya termenung memandang diluar kelas , beberapa minit kemudian , susuk tubuh yang bergelar cikgu itu masuk ke kelas. '' Assalamualaikum semua!'' sapa cikgu itu. '' Waalaikumusalam cikgu!'' sapa pelajar kelas itu. '' Okay baiklah semua boleh duduk. Sebelum itu cikgu kenalkan diri cikgu. Nama cikgu Puan Hasrita binti Mohd . Saya sebagai guru kelas kamu. Baiklah, cikgu nak kamu semua perkenalkan diri kamu semua.'' Sapa Cikgu Hasrita . '' Baiklah, awak yang last sekali tu, kenalkan nama awak!'' sapa cikgu Hasrita sambil memberi senyuman . '' Nama saya Nur Amyrah Syuhada binti Mohd Akmal, berasal daripada Pahang , cita-cita saya ingin menjadi polis.'' sapa Amyrah selepas memperkenalkan dirinya. '' Wow! besar cita-cita awak ! kenapa awak nak jadi polis?'' tanya cikgu itu. ''Sebab saya ingin ikut jejak keluarga saya!'' Sapa Amyrah. ''Siapa dalam keluarga awak yang jadi polis?'' Tanya cikgu Hasrita.


CINTA SI ABANG POLIS '' Abang saya cikgu! Abang sulung saya sebagai Inspektor Polis disini.'' Sapa Amyrah sambil mengukir senyuman. '' Wah! Insyallah semoga cita-cita dan impian awak tercapai dan berjaya macam abang awak!'' Sapa cikgu itu. '' Terima kasih cikgu!"Sapa Amyrah. Setelah selesai sesi memperkenalkan diri, pelajar satu kelas dengan Amyrah memulakan pelajaran . Selepas tamat pelajaran pertama, semua pelajar keluar untuk rehat. Dua kawan baru Amyrah menegurnya untuk berkenalan. ''Hai! Awak Amyrah kan?'' Sampuk satu suara daripada belakang. ''Hai! Ya saya!" Sapa Amyrah. Amyrah mengeluarkan dompet dan mengeluarkan wang untuk membayar makanan itu, secara spontan dua kawannya itu terlihat gambar seorang lelaki yang sangat bergaya dan kacak beruniform. '' Awak! Siapa lelaki dalam dompet awak tu?'' '' Mana? Ooo yang ni abang saya.'' Jawab Amyrah tenang. Dua rakannya itu terkejut dan terkilan apabila melihat kekacakkan Fitrie didalam gambar yang diletakkan dalam dompet Amyrah . '' Abang awak ke!?Seriuslah? Handsome juga abang awak!" '' Huhu, handsome handsome juga tapi garang sangat!'' Usik Amyrah. Dua kawan baru Amyrah itu tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Amyrah yang mengata abangnya garang.


_izyanaqilah_ 7 BAB 2 Selepas menghantar adiknya ke sekolah , Fitrie dalam perjalanan untuk lapor diri sebagai pegawai baru di IPK Kuala Lumpur. Setelah dia sampai di hadapan IPK, dia memarking keretanya di tempat letak kereta yang berada di dalam kawasan IPK itu. Shahril melihat gambarnya sewaktu zaman sekolah . Didalam gambar itu menunjukkan dia bersama sahabatnya yang sekian lama tidak berjumpa apabila masing masing fokus kepada hala tuju. Sementara itu dimana Hafizi memeriksa data-data kes didalam komputer yang masih belum siap. " Rindunya zaman sekolah aku dulu.'' Ujar Shahril sambil menatap gambar itu. Dia merindui kawan lama satu sekolah dengannya. Hafizi dengan spontan mengambil gambar itu ditangan Shahril dan melihat wajah kawan lamanya. '' Apa nama kawan lama kau ini?'' Sapa Hafizi. '' Nama dia Fitrie Amsyar, aku pun tak tahu dimana dia sekarang" Keluh Shahril. Dia menukar kepada gambar yang lain yang berada didalam telefonnya. Tiba-tiba pegawai atasan mereka masuk dan membuka pintu bilik kerja itu.


CINTA SI ABANG POLIS '' Tuan!'' Tabik hormat mereka berdua kepada pegawai atasan itu. '' Saya nak maklumkan, sekejap lagi ada pegawai baru, pangkat Inspektor akan diserap didalam unit ini.'' Sapa pegawai atasan itu. Shahril dan Hafizi memandang antara satu sama lain apabila terdengar ada pegawai baru akan diserap ke dalam unit mereka tetapi mereka tidak tahu siapa gerangan pegawai baru itu. ''Jadi saya nak kamu berdua bersiap sedia dan sejam dari sekarang saya nak kamu berdua pergi ke bilik mesyuarat untuk kenalkan dengan pegawai baru itu. Faham?'' '' Faham Tuan! '' Kesemua pegawai dan anggota berjalan menuju kearah bilik mesyuarat dan semua daripada mereka melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Semua pegawai dan anggota sudah berada di bilik mesyuarat untuk memperkenalkan pegawai baru yang baru sahaja diserap ke unit itu. Beberapa minit kemudian, pegawai atasan mereka sudah tiba di bilik mesyuarat bersama pegawai itu. " Selamat Pagi semua!" Sapa pegawai atasan itu. "Selamat pagi Tuan." Sapa mereka semua. " Baiklah,hari ini saya memperkenalkan, ini Inspektor Fitrie Amsyar daripada IPK Pahang." Inspektor Fitrie bersalam dengan semua anggota dan pegawai disitu. " Fitrie, saya harap awak dapat memberi contoh dan prestasi terbaik kepada semua anggota kita." Tegur pegawai atasan. " Saya faham Tuan." Sapa hormat Fitrie.


_izyanaqilah_ 9 Selepas sesi perkenalan dengan pegawai baru itu, Hafizi dan Shahril serba salah untuk bertegur sapa kerana air muka Fitrie yang langsung tiada senyuman sedangkan Fitrie sangatlah seorang yang peramah dengan semua. Fitrie yang sedang menikmati makan tengahari seorang diri itu dipandang oleh dua rakan barunya. " Ril, kejap lagi kita tegur dia nak?" Sapa Hafizi untuk berkawan dengan Fitrie. " Tak naklah aku! Airmuka dia semacam garangnya!" Ujar Shahril yang sedang memesan makan tengahari. " Alah kau ni! Kalau kau tak nak, biar aku saja pergi tegur dia!" Sapa Hafizi. Hafizi terus pergi ke arah meja makan Fitrie. Fitrie yang sedang menikmati makanan tanpa menyedari pegawai-pegawai lain lalu lalang disitu. '' Assalamualaikum!'' Salam diberi oleh Inspektor Hafizi sambil membawa makanan. '' Waalaikumusalam! duduklah.'' Sapa Inspektor Fitrie sambil tersenyum. '' Makan apa je?"Sapa Inspektor Hafizi. '' Makan roti je! Kau makan apa?'' Sapa Inspektor Fitrie. '' Mee goreng! Macamana? kau okay dapat ditukarkan ke sini?'' Tanya Inspektor Hafizi. '' Haih! borak berdua je ke?" Sampuk Inspektor Shahril. '' Eh duduklah!" Sapa Inspektor Fitrie. '' Sekejap! macam aku kenal je Inspektor Fitrie ni! Muka mcm pernah aku nampak?'' Sapa Inspektor Shahril.


CINTA SI ABANG POLIS Hafizi tanpa sengaja berhenti menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tiba-tiba dia terkejut dengan persoalan Shahril kepada Fitrie. Dia memandang muka Fitrie sebegitu untuk mengecam wajah yang kacak itu. ''Seriuslah kau pernah nampak muka aku? Dekat mana tu?'' Tanya Fitrie. '' Kau sekolah dekat mana dulu?'' Sapa Shahril dengan wajah hairan. Dia seperti dapat mengecam wajah Inspektor baru itu. '' Di Temerloh Pahang, kenapa?'' sapa Fitrie. '' Sah! Sah!'' Ujar Shahril. '' Apa yang sah? Sejak bila aku akad nikah?'' Seloroh Fitrie didepan kawan barunya itu. Shahril seakan sudah mengesahkan bahawa Inspektor baru itu kawan lamanya sewaktu sekolah dahulu. ''Kau kawan baik aku zaman sekolah dulu. Fitrie Amsyar kan?'' Tanya Shahril. '' Ya! Aku Fitrie Amsyar!" Sapa Fitrie. '' Haaa!! Betullah weh! Fitrie Amsyar! Kawan satu sekolah aku dulu." Sapa Shahril. Fitrie memandang tag nama di baju Shahril, rupanya dia juga bertemu semula dengan kawan lamanya sewaktu sekolah di situ. Akhirnya mereka dalam satu unit. " Ya Allah akhirnya kita bertemu semula dekat sini sekian lama tak berjumpa! Makin hensem kau sekarang Fit!'' usik Shahril. '' Eh mana ada ! aku biasa je ! Tapi kau dulu kurus ,tapi bila dah jadi abam-abam polis ini makin sado semacam je!'' Usik Fitrie sambil menyuap makanan ke dalam mulut. '' Dia selalu workout dan pergi ke gym Fitrie. Aku nak join sekali pun dia tak bagi!'' Sapa Hafizi sambil memberi jelingan kepada Shahril.


_izyanaqilah_ 11 '' Sejak bila pulak aku tak ajak kau! Kau je banyak beri alasan, nak jumpa tunanglah, itu inilah'' Sapa Shahril sambil memberi jelingan. '' Sabar! Tak apa hari ini aku belanja korang." Sapa Fitrie. '' Eh! Tak payahlah susah-susah Fit, simpan je duit kau!'' Sapa Shahril. '' Ril, petang inii teman aku jumpa tunang aku! Aku nak bagi sesuatu dekat dia sebenarnya.'' Sapa Hafizi. '' Sorry weh! Aku kena siapkan beberapa kerja lagi ,terpaksalah balik lewat hari ini." Sapa Shahril. '' Tak apa! aku temankan kau!" Sapa Fitrie. '' Baiklah! Terima kasih!" Sapa Hafizi. Setelah mereka selesai makan, mereka bertiga terus masuk ke bilik kerja masing-masing, tibatiba telefon milik Fitrie berbunyi terpapar nombor yang tidak dikenali dan dia terus menjawab panggilan itu. ''Hallo! Siapa ni?'' Sapa Fitrie. '' Hallo abang, ini Myrah! Mari datang ambik Myrah!'' ujar Amyrah. '' Oo dah balik sekolah eh? Aah dah jam dua lah! Okay tunggu tau nanti abang sampai!'' sapa Fitrie. '' Okay bye." Sapa Amyrah dan terus meletakkan gagang telefon pondok itu. Beberapa minit dia menunggu kedatangan abangnya untuk mengambilnya daripada sekolah, dia ternampak sebuah kereta mewah Honda City berwarna putih dan rim tayar berwarna hitam hadir dihadapan pondok dimana pelajar-pelajar sekolah menunggu kehadiran ibubapa mereka .


CINTA SI ABANG POLIS Pelajar-pelajar disitu tergamam melihat kereta milik Fitrie yang berada didepan mata mereka. Seorang pelajar lelaki disitu tergamam dan menegur kereta itu sangat cantik. '' Wahhhh!! Kereta siapa pulak yang berhenti dekat sini?'' Tegur pelajar lelaki tingkatan dua itu. Beberapa minit kemudian, Fitrie keluar daripada kereta dan menjemput adiknya pulang ke rumah. Dia masih berpakaian uniform polis berpangkat Inspektor dibahunya membuatkan semua pelajar disitu tidak terkedip-kedip memandangnya. Kawan satu kelas dengan Amyrah bertanya siapa lelaki yang tinggi,beruniform dan putih itu. '' A..Amyrah, ini siapa?'' Tanya kawannya tergagap-gagap. '' Ini abang aku! Inspektor Fitrie." Jawab Amyrah setelah dia bangun daripada bangku pondok itu. '' Ha..hai abang!'' Tegur kawannya Amyrah. '' Hai! Mak ayah tak datang lagi ke?'' Tanya Fitrie sambil mengangkut beg sekolah Amyrah. '' Belum! Dah bosan menunggu ini." '' Mari tumpang dengan abang! Abang tolong hantarkan." Ujar Fitrie. Kawan-kawan Amyrah pandang satu sama lain apabila Fitrie menjemput untuk menghantar pelajar itu pulang ke rumah. Segan tanpa berkata-kata. Tiga pelajar perempuan itu hanya menayangkan wajah yang segan dan jantung berdegup laju apabila dihadapannya adalah pegawai polis. '' Erghhh ! Tak apalah abang! Segan pulak saya!''


_izyanaqilah_ 13 '' Janganlah takut! abang tak garanglah." Fitrie hanya tergelak kerana pelajar itu segan dan berdebar apabila melihat Fitrie yang masih beruniform polis. '' Marilah abang hantarkan ke rumah!'' sapa Fitrie. Akhirnya pelajar-pelajar itu bangun daripada bangku itu dan terus masuk ke dalam kereta.Tanpa berlengah masa, Fitrie terus menekan pedal minyak dan terus tinggalkan tempat itu dan menghantar kawan-kawan Amyrah ke rumah masing-masing. Kawan-kawan Amyrah hanya mendiamkan diri dan memandang sekeliling dalam kereta milik Fitrie. Salah seorang daripada mereka menyiku lengan kerana menahan segan. Amyrah memandang wajah kawan-kawannya yang seperti ketakutan. " Korang semua okay ke? Kenapa muka korang macam gitu?" Tanya Amyrah kehairanan. Kawan-kawannya hanya menggeleng kepala perlahan-lahan. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan daripada Amyrah. "Korang dah kenapa? Korang takut dengan abang aku ke?" Tanya Amyrah. Tiga kawan Amyrah memerhati Fitrie yang sedang memandu kereta untuk menghantar mereka kerumah masingmasing tetapi mereka ketakutan kerana Fitrie masih didalam beruniform polis. "Jangan takut dik! Abang tahu adik-adik takut sebab abang dalam uniform polis kan!" "Adik-adik, polis ke tentera ke, mereka pun manusia juga cuma tugas macam abang ini jauh berbeza dengan perkerjaan yang lain." "Kenapa abang memilih diri abang sebagai polis?" Tanya kawannya Amyrah. Fitrie menarik nafas sebelum dia menjawab soalan adik itu. "Abang pilih kerjaya beruniform sebab abang minat! Dulu abang kadet polis. Segala aktiviti abang ikut sehinggalah abang dapat pergi ke peringkat negeri sewaktu zaman sekolah dulu dan


CINTA SI ABANG POLIS selepas abang tamat kursus pemilihan pengambilan Inspektor, akhirnya abang berjaya." Sapa Fitrie kepada Amyrah dan kawan-kawannya. "Abang! Bahaya tak kalau jadi polis?" Tanya kawan-kawannya Amyrah. "Nak masuk badan beruniform kena sediakan mental dan jiwa yang kental. Walaupun dalam tugasan, kita tak tahu apa yang berlaku. Sebab itu mental dan jiwa kena kental. Senang cerita risiko sangat tinggi." "Abang tak takut ke kalau apa-apa terjadi dekat abang?" Tanya salah seorang kawan kepada Amyrah. "Tak! Tugas macam abang ni kena kental dik. Macam abang cakaplah, Nak masuk badan uniform, tak kiralah askar ke bomba ke jiwa dan mental kena kental." Ujar Fitrie tenang. Mereka semua hanya mengangguk faham apa yang diceritakan oleh Fitrie. Beberapa minit kemudian, mereka tiba dirumah masing-masing. Kereta milik Fitrie berhenti ditepi rumah itu. "Terima kasih bang tolong hantarkan saya sampai rumah!" "Sama-sama dik! Lain kali jangan segan tau tegur abang." "Baik bang. Hati-hati balik. Bye Amyrah!"


_izyanaqilah_ 15 BAB 3 Disebuah butik pengantin, Farhana pemilik butik itu yang sudah 5 tahun beroperasi, dia mengemas barang-barang didalam stor, menyusun stok diatas rak di butiknya. Dimana pula ,rakan baiknya iaitu Fatin yang menjaga kaunter. Dia merupakan tunang kepada Inspektor Hafizi. Pada petang itu, dalam leka dan fokus membuat kerja, hadirnya dua orang jejaka berpakaian jaket hitam dan memakai topi hitam masuk ke dalam kedai butik mereka. Dua jejaka itu ialah Inspektor Fitrie dan Inspektor Hafizi . '' Assalamualaikum." Salam diberi oleh Hafizi. '' Waalaikumusalam! Eh awak, sila masuk." Sapa Fatin yang sedang sibuk mengira bilangan stok didalam buku. Kehadiran Hafizi ke butik itu untuk bertemu dengan tunangnya. ''Ada apa awak datang sini?" Tanya Fatin dengan muka hairan. '' Nah! Hadiah special daripada saya untuk awak!" Ujar Hafizi apabila memberi hadiah kepada tunangnya.


CINTA SI ABANG POLIS '' Awww! Perfume Victoria Secret! Ya Allah sweetnya! Terima kasih wak!'' Sapa Fatin dengan wajah ceria apabila Hafizi memberi hadiah untuknya. Sementara itu, Farhana tidak menyedari ada dua tetamu datang ke butiknya. Selepas dia selesai mengemas dan menyusun stok didalam stor, dia mula melangkah keluar daripada stor dan ternampak dua orang lelaki berpakaian segak berdiri didepan kaunter. Farhana terus berjalan menuju ke arah kaunter dan menegur Inspektor Hafizi ,tunang kepada kawannya. '' Hai Fizi, tak kerja ke hari ini?" Tanya Farhana. '' Kerja tapi hari ini shiff pagi." Ujar Hafizi. Sementara itu Fitrie hanya memerhati setiap sudut kedai yang dipenuhi dengan kain-kain dan baju pengantin yang berada di butik itu tanpa dia menganggu Hafizi bertemu dengan tunangnya. Fatin dan Farhana memerhati gerak geri Fitrie yang sedang ralik melihat pakaian pengantin yang serba cantik itu. Hafizi memanggil Fitrie untuk berkenalan dengan dua gadis butik itu. '' Fitrie! Sinilah!'' Hafizi memanggil Fitrie. Fitrie terus melangkah ke arah Hafizi. '' Fatin, ini kawan baru saya, Inspektor Fitrie Amsyar, pegawai polis yang baru saja diserap di Kuala Lumpur.'' Sapa Hafizi. '' Hai! Saya Fitrie Amsyar, salam kenal juga!" Sapa Fitrie dengan wajah kacak nya itu. '' Hai saya Fatin! Ini Farhana, tauke butik pengantin ini." Sapa Fatin. Farhana secara tiba-tiba mengeluarkan airmuka yang tidak selesa apabila memandang pelik terhadap Fitrie kerana memandang dirinya begitu tajam seakan mahu berkenalan lebih rapat. Dia


_izyanaqilah_ 17 bukanlah seorang gadis yang suka tergila-gilakan lelaki. Hidupnya dipenuhi dengan trauma yang pernah melanda dirinya suatu ketika dahulu. Selepas mereka selesai bersembang, Hafizi dan Fitrie minta izin untuk pulang dan meninggalkan butik itu. '' Awak! Saya balik dulu, jaga diri baik-baik dan kerja elok-elok!" Sapa Hafizi kepada tunangnya. '' Baiklah! Awak jaga diri tau." Sapa Fatin. '' Terima Kasih juga Inspektor Fitrie, lain kali datang lagi." Sapa Fatin lagi. '' Insyallah!" Sapa Fitrie sambil memberi senyuman. Setelah pada itu, mereka berdua keluar daripada kedai butik itu dan menuju ke arah kereta milik Fitrie. Fatin hanya memerhati kedua-dua jejaka itu melangkah kearah kereta yang diparking dihadapan kedai butiknya. Selepas kereta milik Fitrie hilang dari radar mata, Fatin hanya melambai mereka berdua. Farhana menyambung kerjanya tanpa mempedulikan Fatin yang keluar mengiringi Hafizi dan Fitrie yang baru saja keluar daripada butik sebentar tadi. Dia memerhati Farhana yang fokus menyiapkan kerja dengan reaksi pandangan yang kosong. Dia sangat memahami bahawa Farhana mengalami trauma yang sangat kritikal. “Farhana! Kau okay? Senyap je!” Tanya Fatin tenang. Farhana hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh membuatkan dirinya semakin gelisah. “Aku tahu, kau tak senang hati bila Hafizi bawa kawan baru dia tadi kan?” Tanya Fatin lagi.


CINTA SI ABANG POLIS “Tak adalah! Aku okay!” Tangannya bergerak tanpa henti meneruskan kerjanya diatas meja itu. “Aku tahu! Kau trauma dengan insan yang bernama lelaki kan! Kes kau dicurangi. Farhana! Aku faham perasaan kau, tapi boleh tak kau jangan overthinking.” Tegur Fatin. Farhana secara tiba-tiba menghentikan kerjanya dan dia memandang tajam kearah Fatin. Dadanya berombak-ombak menahan sabar apabila Fatin mengungkit kembali kisah lama Farhana.


_izyanaqilah_ 19 BAB 4 Jam di dinding menunjukkan pukul 5:45 pagi ,dia bangun daripada tempat tidurnya sementara itu dia menggeliatkan badannya sebelum dia menggapai tuala mandinya. Dia mengambil tuala mandi dan melangkah kearah bilik mandi untuk bersiap-siap pergi kerja. Selesainya dia mandi , dia menyarung jersi PDRM miliknya dan menunaikan solat subuh sebelum dia menyarung uniform. Selepas dia selesai menunaikan solat subuh, baju dan seluar uniformnya disarung didepan cermin yang besar itu dan dia terus membutang baju uniformnya. Jam 6:15 pagi , pintu bilik adiknya diketuk sekuat-kuatnya . Tok...Tok..Tok.. Amyrah bingkas bangun setelah terdengar ketukan pintu daripada abangnya. '' Adik! Adik! Bangun! Dah jam 6 ini." Jerit Fitrie memanggil adiknya. '' Arghhhh!! Ya bang !'' suara kuatnya terdengar satu bilik setelah dia membetulkan badannya. Amyrah menggapai tuala dan membuka langkah pergi kearah bilik mandi.


CINTA SI ABANG POLIS Dia turun daripada tingkat atas, sementara menunggu adiknya bersiap-siap untuk pergi ke sekolah, dia menyiapkan sarapan pagi untuk dirinya dan adiknya. Amyrah turun daripada tingkat atas dengan lengkap berpakaian sekolah menengah , dia menuju kearah meja makan dan dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi makan. '' Selamat Pagi abang!'' sapa Amyrah kepada abangnya yang sedang menyiapkan sarapan pagi. '' Haa! Selamat Pagi! nah makan dulu! '' sapa Fitrie kepada adiknya. Fitrie duduk diatas kerusi makan dan mengambil sekeping roti makan bersama-sama dengan telur separuh masak. Tiba-tiba telefon milik Fitrie berdering dan terpapar nama Hafizi. Dengan segera dia mengangkat panggilan itu.. ''Assalamualaikum! Fit, kau dah sampai office ke?'' ''Waalaikumusalam Fizi!! Belum,aku masih dekat rumah!" Balas Fitrie. ''Tuan Hafzan baru saja inform dekat aku! Terdapat satu kes bunuh dekat Bukit Bintang." ''Oh ya ke? Bila berlaku?" "Baru saja berlaku! Tuan Hafzan nak kita pergi ke lokasi kejadian secepat mungkin!" Ujar Hafizi tenang. "Baik! Baik aku akan kesana sekarang!" Dia mematikan panggilan itu sepantasnya. '' Adik cepat sikit makan tu, abang kena masuk awal ini, Hari ini ada kes." Sapa Fitrie Amyrah mengangguk dan makan secepatnya. Selepas mereka selesai makan pagi, mereka bergegas meninggalkan ruang makan dan meluru kearah pintu rumah. Fitrie menggapai kunci keretanya dan menghidupkan enjin kereta.


_izyanaqilah_ 21 Selepas Fitrie menghantar adiknya ke sekolah, dia terus menekan pedal minyak sekuat-kuatnya dan terus pergi ke lokasi kejadian. Beberapa anggota sedang menguruskan mangsa kes bunuh ditempat itu, Hafizi dan Shahril memeriksa kawasan itu . Beberapa minit kemudian, kereta milik Fitrie sampai dikawasan kejadian. '' Tuan." Sapa hormat anggota bawahan. Fitrie hanya mengangguk hormat kembali kepada anggota bawahan itu. Bergegas dia memakai sarung tangan putih dan membuka plastik hitam yang menutup semua anggota badan mangsa bunuh itu. Ketika itu , seorang anggota terjumpa sebilah pisau yang ada kesan darah di lokasi itu. Barang bukti itu diletakkan didalam plastik dan diserahkan kepada pegawai mereka. '' Tuan, kami terjumpa satu barang bukti di sekitar pokok itu, pisau ini mempunyai kesan darah yang banyak." Sapa anggota itu. Fitrie dan Hafizi melihat pisau itu dengan teliti dan memasukkan kembali pisau itu kedalam plastik. Dia memerhati setiap sudut kawasan yang menjadi tempat pembunuhan terhadap seorang perempuan. '' Periksa barang bukti ni secepat mungkin." Tegur Fitrie dengan tegas. Selepas mereka selesai menyiasat kes bunuh di tempat itu, mereka semua terus pulang ke balai. Fitrie dan rakan-rakannya masuk ke bilik kerja mereka setelah pulang daripada tempat kes bunuh. '' Fit, kau bila nak kahwin?'' Usik Shahril terhadap Fitrie. Kening Fitrie terangkat apabila terdengar pertanyaan Shahril. Serba salah untuk dia menjawab soalan daripada Shahril mengenai kahwin.


CINTA SI ABANG POLIS ''Entahlah Ril, aku tak jumpa lagi perempuan yang dapat memahami aku , memahami kerja aku. Dulu aku pernah bercinta dan bertunang tetapi dia tinggalkan aku tanpa sebab.'' Sapa Fitrie '' Tak apa! Aku rasa aku dah jumpa jodoh untuk kau Fit!'' Usik Hafizi dengan muka selambernya. '' Apa maksud kau? Siapa?" Tanya Fitrie '' Farhana!" Jawab Hafizi. Fitrie terkejut apabila mendengar nama gadis itu. Hatinya mula berdebar dan jantungnya berdegup laju. Seakan sesuatu sedang cuba menusuk ke dalam hatinya. '' Siapa Farhana?" Tanya Fitrie. '' Gadis yang kerja dekat butik tu!" Jawab Hafizi Fitrie terkejut apabila mendengar nama gadis itu. Hatinya seakan-akan berdebar. Seakan ada panahan yang menusuk ke hatinya. . Farhana sedang menyiapkan manik diatas baju pengantin yang ditempah oleh pelanggannya . Tiba-tiba dia ternampak satu hadiah berbentuk kotak berisikan anak patung,coklat yang mahal berada didepan pintu butiknya. '' Giftbox?'' Farhana mengambil giftbox itu dan memandang kiri dan kanan didepan kedainya itu. Dia membaca ucapan pada kad itu. From : MR F


_izyanaqilah_ 23 Specially for you .. Thank you! Kening Farhana terangkat kerana ucapan didalam kad itu hanya pendek sahaja dan nama pengirim itu sangat misteri dan tidak diketahui. '' Mr F? Siapa pulak Mr F ini?" Hairan Farhana dengan muka cuaknya. Dia terus mengambil giftbox itu dan menutup pintu kedai butiknya. Fatin yang baru saja keluar daripada stor melihat reaksi Farhana dikaunter yang sedang melihat giftbox itu. '' Hana, apa yang kau belek-belekkan tu? Itu giftbox daripada siapa?'' Tanya Fatin kehairanan. '' Ohh mak kau! Kau ni terkejut aku! Aku tak tahu ini daripada siapa? '' Ujar Farhana. '' Tak apalah abaikan kotak itu! Hana, kau teman aku dinner malam ini." Ujar Fatin. '' Dinner! Alah aku kena siapkan baju pengantin ini , esok customer dah nak datang ambil." Keluh Farhana. '' Oh tak apalah ! Aku ajak tunang aku sajalah malam ini ,apa-apa pun kau jangan lupa kunci pintu ini kalau balik lewat'." Tegur Fatin . '' Baiklah! Kirim salam jelah dekat tunang kau itu." Usik Farhana sambil menahan gelak. '' Baiklah! Insyallah.'' Sapa Fatin. Pada jam 8 malam, Hafizi dan Fatin sedang menikmati makan malam disebuah restoran yang besar di ibu kota itu. Bilik vvip yang serba mewah itu menceriakan lagi makan malam mereka. Makanan untuk mereka sudah dihidang diatas meja. Hafizi dan Fatin menyuap makanan dengan perlahan-lahan. "Macamana dengan bisnes butik tu?" Tanya Hafizi. "Alhamdulilah! Ramai yang datang. Tapi kesian juga dekat Farhana."


CINTA SI ABANG POLIS "Kenapa?" Tanya Hafizi. "Sebab kalau stok baru sampai, segala kerja dia buat seorang diri." Hafizi hanya mengangguk faham. "Tak apalah! Farhana kan pemilik butik tu." Sapa Hafizi. "Habistu, awak ada kes ke tidak hari ini?" Tanya Fatin. "Belum apa-apa dah ada kes bunuh!" Keluh Hafizi sambil menyuap makanan kedalam mulutnya. Fatin hanya mengangguk faham. Dia sangat memahami karier dan kerja tunangnya. Pada jam 9 malam, Farhana masih lagi belum selesai mencantum manik-manik pada baju pengantin. Dia cuba menyiapkan segala kerja yang masih belum diselesaikan. Beberapa jam kemudian..... Setelah kesemua manik pada baju pengantin itu selesai, tiba-tiba telefon Farhana berbunyi dan terpapar nama '' Customer'' dan dia menyambut panggilan itu. ''Hallo, Farhana Collection disini." Ujar Farhana lembut. '' Halo cik, baju pengantin yang saya tempah dengan cik hari itu dah siap?'' '' Alhamdulilah baru semua dah settle, so, esok puan boleh ambil dekat butik saya." Sapa lembut Farhana. '' Baiklah! Esok pagi saya datang ambil! Berapa kesemuanya?" '' Kesemuanya dua pasang baju pengantin RM550.00 puan." Sapa Farhana. '' Okay! Nanti saya transfer dekat Cik Farhana .''


_izyanaqilah_ 25 "Okay Terima Kasih." Selepas pada itu, dia mematikan panggilan itu dan dengan segera dia mengemas butiknya sebelum dia menutup butik itu. Selesai mengemas semua barang-barang dalam butik, dia mematikan semua elektrik didalam kedainya selepas itu dia keluar dan mengunci semua pintu kedai. Dia melangkah ke arah keretanya yang diparking berhadapan dengan kedainya tapi tanpa dia sedar, ada seorang lelaki berhoodies hitam berjalan meluru kearahnya dan mengenggam tangannya dan terus menoleh kebelakang. "Aqil!" Dia terkejut ,bekas kekasihnya sewaktu zaman belajar di kolej dahulu bertemu dengannya untuk kembali dalam hidup. ''Apa kau buat dekat sini?'' Tanya Farhana dengan suara yang cemas. '' Aku nak kau kembali!'' Sapa Aqil. '' Kau gila? Hati aku dah tertutup ! Jangan ganggu aku!'' sapa Farhana. '' Please bagi aku peluang Farhana! '' sapa Aqil sambil tersenyum sinis '' Lepaslah! Hey kau jangan cari masalah dengan aku. Aku tinggalkan kau sebab kau curang depan mata aku. Cukuplah!" Tengking Farhana. '' Huh! Berani betul kau ya." Ugut Aqil sambil menahan marahnya,tiba-tiba satu tamparan hinggap ke wajah Farhana .


CINTA SI ABANG POLIS '' Pang!" Farhana tersungkur diatas bonet depan keretanya. Tepi bibirnya lebam dan terkeluar darah. Aqil mengenggam dua tangan Farhana. Dia menjerit sepuas-puasnya tetapi tiada yang mendengar. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi kedua-dua tangan digenggam kuat. "Tolong!!" Jerit Farhana "Kau jeritlah sekuat-kuatnya, tak ada sesiapa yang dengar!" Ugut Aqil. Beberapa minit kemudian, Fitrie dalam perjalanan pulang ke rumah, dengan secara tiba-tiba dia ternampak seorang gadis yang dalam keadaan bahaya dan dia terus pergi ke lokasi itu. Makin cemas dirinya melihat suasana yang tegang didepan matanya. '' Lepaskan aku lah Qil'' Jerit Farhana sambil meronta-ronta. '' Jangan harap aku lepaskan kau! Berani kau tolak aku ya." Marah Aqil. Farhana cuba untuk melarikan diri tetapi pantas ditangkap dan digenggam pada lehernya oleh Aqil. Dengan pantasnya Fitrie menyelamatkan gadis itu daripada diugut oleh lelaki itu. Fitrie menjerit memanggil nama lelaki itu. '' Oiiii! Lepaskan dia." Tengking Fitrie daripada jauh. Aqil dan Farhana memandang kearah suara yang garau itu. '' Siapa kau?" Sapa Aqil dengan wajah yang bengis. '' Siapa aku itu tak penting, sekarang aku nak kau lepaskan dia." tegas Fitrie sambil menunding jari kearah Aqil. Aqil melepaskan genggaman yang kuat daripada tangan Farhana. Dia terus melangkah kearah Fitrie , renungan mata yang tajam itu membuatkan Fitrie tidak gentar dengan Aqil . Aqil cuba


_izyanaqilah_ 27 berhadapan dengan Fitrie, tiba-tiba ternampak satu kad yang berada didalam jaket hitam Fitrie. Aqil hanya tersenyum sinis apabila mendapat tahu Fitrie adalah polis. '' Huh! Rupanya kau polis! Inspektor Fitrie Amsyar'' Sapa Aqil sambil tersenyum sinis. Fitrie hanya mengukir senyuman sinis kepada Aqil. Dia memberi amaran supaya tidak menganggu gadis itu. '' Aku nak kau jangan ganggu perempuan ini! Pergi!'' Tegur Fitrie. Suaranya yang lantang itu membuatkan satu bangunan itu bergema. Selepas Fitrie menghalau Aqil pergi meninggalkan tempat itu, Aqil menunding jari amaran kepada Fitrie. Fitrie membantu gadis itu daripada trauma, tetapi gadis itu dengan secara selambernya meninggalkan tempat itu tanpa mengucapkan terima kasih kepada Fitrie. “Ingat! Sekali lagi aku nampak muka kau, mati aku kerjakan!” Ugut Aqil. Dia meninggalkan tempat itu. Ugutan daripada Aqil tidak membuatkan dirinya gentar dan makin membuatkan dia semakin berani untuk melindungi gadis itu. '' Cik! Cik okay ke?'' Tanya Fitrie kepada Farhana. Farhana meluru masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya, dia menekan pedal minyak dan terus meninggalkan Fitrie disitu .'' Sombongnya! Ucap terima kasih pun tidak!Apa punya perempuan!” Bebel Fitrie . Dia meninggalkan tempat itu dan menghidupkan enjin terus menekan pedal minyak . Dalam perjalanan pulang kerumah, Farhana dengan reaksi wajah yang langsung tiada senyuman mengingati kembali saat dia memandang wajah Fitrie. Dia memukul stereng keretanya kerana wajah Fitrie bermain didalam mindanya.


CINTA SI ABANG POLIS “ Ish! Menyampah aku, tahulah kau tu polis, berani tapi kenapa asyik aku je kau nak selamatkan?!” Bebel Farhana seorang diri. Tanpa membuang masanya, dia menekan pedal minyak sekuat-kuatnya dan kereta yang dipandunya terlalu laju.


_izyanaqilah_ 29 BAB 5 Matahari kini terpacak diatas kepala menunjukkan waktu tengahari, mereka berdua pada hari itu cuti. Farhana yang sedang menyiapkan makan tengahari didapur ditemani lagu kegemarannya.Suaranya yang lantang itu bergema satu ruang dapur dirumahnya. Sudip kayu dijadikan sebagai mikrofon. ''Usik mengusik semakin lama menjadi rindu Hati merindu asyik merindu tersentuh rasa Tidak terduga timbullah sayang Andai tak jumpa menjadi gundah... Fatin mendengar nyanyian daripada Farhana didapur. Dia mengintai disebalik dinding yang hampir menuju ke dapur dan tiba-tiba dia menyergah Farhana daripada belakang. Langkah demi langkah untuk dia menyergah Farhana daripada belakang. ''Waaaaaaaaa!” Sergah Fatin daripada belakang.


CINTA SI ABANG POLIS '' Opocot kauu.. Fatinnnnn! Kau ni kan kalau tak buat aku terkejut tak sah ! Nasib pisau ini tak terhiris jari aku!” Bebel Farhana kepada Fatin yang terkejut disergah. Fatin hanya menahan ketawa melihat reaksi wajah Farhana. '' Seronok sangat nampak ! Siap menyanyi lagi... Kau ada rindu someone ke?'' Perli Fatin sambil mengangkat keningnya. '' Mengarutlah! Aku nak rindu siapa?! Jawab?" Ujar Farhana sambil membasuh pingganpinggan didalam sinki . '' Mana tahu kau rindu orang baru tu '' perli Fatin. Farhana mula berpusing kearah Fatin dan dia menyilang kedua-dua tangannya. Dia seperti sudah dapat tangkap siapakah yang dimaksudkan oleh Fatin.. '' Inspektor Fitrie? Mamat poyo tu? '' tanya Farhana dengan nada yang sombong. '' Ya! Itu aku nak maksudkan." perli Fatin '' Erghhh!! Tak ada kerja aku nak rindu dekat mamat tu! '' ujar Farhana sambil mengaul lauk didalam periuk masakkan. Airmukanya kini sudah menjadi murung apabila kawannya menyebut nama Fitrie dihadapannya. Sungguh benci dia terhadap lelaki itu. '' Kau jual mahal sangat lah Hana! Sebab itu ramai lelaki takut dengan kau'' Ujar Fatin. '' Biarlah aku jual mahal janji hati aku tidak dipermainkan macam dulu-dulu'' ujar Farhana. "Suka hati kaulah! Eh, malam ini jom kita lepak dekat McD nak? Sebab hari ini birthday tunang aku!'' Sapa Fatin sambil mengukir senyuman . '' Haaa! Seriuslah hari ini birthday dia?! Yang ke berapa?'' Tanya Farhana. '' Yang ke 28 tahun '' jawab Fatin tenang.


_izyanaqilah_ 31 '' Sebelum itu aku nak ajak kau teman aku pergi beli bouquet bunga untuk tunang aku! Boleh?!'' Tanya Fatin. '' Boleh je! Kejap, sikit lagi." Sapa Farhana sementara menunggu masakkan tengaharinya siap. Dia menutup api dapur gas itu dan mencurah lauk itu kedalam mangkuk dan dihidang diatas meja. Mereka berdua menikmati makan tengahari bersama-sama . *** Rumah Fitrie *** Pada tengahari itu, dia sedang menikmati makan tengahari sementara menunggu adiknya pulang daripada sekolah. Tiba-tiba notifikasi whatsapp masuk pada phone miliknya dan tertera nama ' Inspektor Hafizi” . "Assalamualaikum Fit! Kau free tak malam ini?" " Free! Waalaikumusalam Kenapa?" "Tak ada, aku nak ajak kau datang dekat MCD malam ini." "Ada apa kau nak ajak aku?" "Saja, aku nak lepaskan stress." "Okay! Nanti aku join." Jam menunjukkan jam 2:30 petang, dia segera menggapai kunci keretanya . Dia menghidupkan enjin kereta dan terus pergi ke sekolah untuk mengambil Amyrah. Setelah sampai di sekolah, Amyrah berlari meluru kearah kereta abangnya dan terus masuk kedalam . Dia terus menekan pedal minyak sekuat-kuatnya. .


CINTA SI ABANG POLIS . Beberapa orang staf McD menyiapkan deco party untuk ulangtahun kelahiran Hafizi. Sementara itu seorang staf McD menggantungkan belon di dinding . Beberapa minit selepas itu, Fatin bersama Farhana baru saja sampai di McDonald dan memberikan kek kepada staf McD supaya kek itu disorokkan terlebih dahulu. Mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan segala hiasan untuk ulangtahun Hafizi didalam MacDonald itu. Beberapa jam kemudian... '' Denyuttt jantungku berdebar terasa indahnya dunia ini kita yang punya...'' Hafizi nyanyi sambil berjalan dengan Fitrie. Dia menepuk dahinya kerana tidak tahan melihat Hafizi yang seronok menyanyi didalam mall yang ramai itu '' Kau dah kenapa? Malu lah orang tengok! '' tegur Fitrie kepada kawannya itu kerana menyanyi didalam mall. '' Kenapa? Jeles suara aku sedap?!" Tegur sapa Hafizi. '' Tak ada kerja aku nak jeles dengan kau." Jeling Fitrie. '' Dah dah! Jom pergi makan,aku dah lapar ini." Sapa Hafizi. Mereka berdua teruskan langkahnya untuk pergi makan di MCD . Fatin dan Farhana mengintai mereka berdua daripada jauh sebelum mereka membuat kejutan hari lahir Hafizi. Setelah mereka berdua ternampak dua sosok tubuh yang datang menuju kearah McDonald, Fatin dan Farhana dengan pantas menyorok sebelum hadirnya dua jejaka itu. “Alamak! Dia dah dekat! Jom menyorok!” Kata Farhana cemas. “Jom! Jom!” Fatin menarik lembut tangan Farhana untuk menyorok.


_izyanaqilah_ 33 Setelah Hafizi dan Fitrie sampai di McD , dia kehairanan kerana McD dihiasi tempat VIP untuk sesiapa yang menyambut birthday disitu. Tanpa dia memikirkan hal itu, dia terus pergi ke kaunter untuk pesan menu McD untuk makan. Selepas dia selesai order makanan , dia meletakkan dulang McD diatas meja berhampiran meja VIP birthday. Sebelum dia menyuapkan makanan, dia terdengar satu suara menyanyikan lagu hari lahir untuknya. “Suprise!” Jerit staf McDonald melaungkan kejutan serentak apabila Hafizi melangkah masuk kedalam McDonald itu. Tersentak bahunya apabila seluruh staf McDonald membuat kejutan itu. Happy Birthday to you Happy Birthday to you Happy Birthday to Hafizi Happy Birthday to you.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU EN HAFIZI. Beberapa minit kemudian tunangnya Fatin membawa bouquet bunga besar sebagai hadiah ulang tahunnya. Airmuka Hafizi berubah terharu melihat kejutan itu “ Happy Birthday sayang!” Sapa Fatin sambil menghulurkan bouquet bunga terbesar itu kepada Hafizi. Hafizi menitis airmata kerana gembira ulang tahunnya disambut oleh tunangnya. '' Ya Allah! Terima Kasih semua.. Terima Kasih sayang!” Sapa Hafizi dengan suara terharu. Tanpa dia membuang masa , Fatin memotong kek dan menyuapkan kek itu kepada tunangnya. Mereka berempat menjamu selera dengan ayam goreng, fries dan segala makanan disitu sempena birthday Hafizi. Fitrie yang sedang leka menjamu selera, dia memerhati secara diam dan jauh kearah wajah Farhana , seakan hatinya sudah terdetik satu perasaan yang tak dapat diluahkan. Farhana yang sedang asyik makan sambil berborak dengan Fatin, tanpa dia sedar, dia dipandang oleh Fitrie .


CINTA SI ABANG POLIS Selepas party birthdaynya selesai, semua pekerja McD mengemas meja VIP Birthday , mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Mereka berjalan menuju kearah lot parking . '' Sayang! Terima kasih tau untuk surprise ni! Tak pernah dapat surprise sebesar ni'' ujar Hafizi dengan suara romantik '' Sama-sama sayang! Kita dah bertunang 2 bulan , tak lama lagi kita dah nak kahwin !'' Sapa Fatin. '' Tak apalah, nanti apa-apa kita jumpa lagi. Maybe esok kita ada tugasan dekat luarkan Fit?!'' Tanya Hafizi. Fitrie hanya mendiamkan diri dan tidak merespon pertanyaan Hafizi itu. '''Oo tak apalah saya balik dulu tau ! Bye sayang'' sapa Fatin sebelum mereka pergi kearah kereta mereka. Tiba-tiba, sebuah kereta cuba untuk melanggar mereka berdua. Hafizi dan Fitrie dengan pantasnya menyelamatkan mereka berdua. ''Vroommmm.....'' bunyi enjin kereta yang laju. '' Sayangggggg!!'' Jerit Hafizi selepas ternampak sebuah kereta cuba untuk melanggarnya . '' Ahhhh!!!'' Jerit Farhana dan Fatin tetapi mereka selamat selepas dua jejaka itu menyelamatkan mereka apabila ada sebuah kereta yang cuba ingin melanggar dua gadis itu. Farhana dan Fatin mengaduh kesakitan apabila mereka berdua tersungkur jatuh selepas diselamatkan oleh Hafizi dan Fitrie. '' Aduhhh! '' Farhana dan Fatin meraung kesakitan. “Kau okay?” Tanya Fatin cemas.


_izyanaqilah_ 35 “ Okay!” Jawab Farhana tenang. Dia memerhati sikunya sekiranya ada cedera disitu. Dia menyapu debu yang melekat di tapak tangannya. Fitrie memandang kereta itu ,dia mengesyaki orang yang sengaja untuk langgar Farhana dan Fatin itu adalah orang yang dia jumpa tempoh hari. '' Cik! Awak okay ke? '' Tegur Fitrie kepada Farhana. Fitrie mengerutkan dahinya apabila melihat reaksi Farhana itu seakan tidak suka kepada dirinya. '' Hmmm.. saya okay je'' jawab Farhana dengan suara yang malas. Fatin bingkas bangun dan mengangkat Farhana yang masih terduduk kesakitan. Dia memapah bahu Farhana . '' Terima kasih Hafizi, selamatkan kitaorang tadi.'' Ujar Farhana sambil menjeling kearah Fitrie. Dia masih tidak menyukai jejaka itu . '' Terima kasih dekat Fizi je ke cik kak? Saya ni apa? Tunggul?'' Tegur Fitrie dengan suara tidak puas hati. Farhana hanya menjeling tajam kearah Fitrie. Mereka masih belum kenal antara satu sama lain kerana ego masing-masing. '' Fit Fit sabar! Okaylah sayang, saya balik dulu tau,apa-apa nanti call saya .'' sapa Hafizi . '' Baiklah! Bye." Sapa Fatin dengan penuh gembira. Fatin memandang kearah wajah Farhana yang masih tidak berpuas hati terhadap Fitrie. Farhana hanya membalas jelingan maut tidak suka kepada lelaki itu. Dengan pantas beg tangannya dibimbit dengan kasar. Fatin memandang reaksi Farhana seakan sedang melepaskan geram seorang diri. '' Hana, asal muka kau muncung semacam je?'' Sapa Fatin kehairanan.


CINTA SI ABANG POLIS Tanpa dia menjawab soalan Fatin, dia terus meluru masuk kedalam kereta dan menutup pintu kereta itu sekuatnya. Fatin kehairanan dengan sikap kawannya semenjak ini.


_izyanaqilah_ 37 BAB 6 Jam 8 pagi , Farhana dalam perjalanan untuk pergi ke butik pengantin miliknya. Kereta yang dinaiki itu Honda Civic merah berhenti kerana lampu isyarat merah. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi sementara menunggu lampu hijau, tiba-tiba,berhenti sebuah kereta Honda Civic disebelah kanannya. Dia memandang kearah kereta itu, pemilik kereta itu adalah pemuda yang menyelamatkannya daripada kejadian tempoh hari. '' Ishhh! Mamat ni lagi! Menyampah pulak aku!" Keluh Farhana selepas memandang kearah kereta disebelah kanannya . '' Walaweii, minah ni rupanya! Aku lambai ,dia buat tak tahu je." Keluh Fitrie selepas melambai kan tangan . Beberapa minit selepas itu, lampu merah bertukar hijau , dia terus menekan pedal minyak tanpa menghirau kereta milik Fitrie. Beberapa jam selepas itu, Farhana sampai di butiknya dan dia membuka kunci pintu butiknya dan masuk kedalam.


CINTA SI ABANG POLIS Kereta miliknya tiba di perkarangan Balai IPK Kuala Lumpur , semua anggota disitu tabik hormat kepadanya. Fitrie berjalan menuju ke tingkat atas dimana terletaknya bilik kerjanya. Hafizi dan Shahril melihat kelibat Fitrie yang baru saja sampai di IPK dan menegur . Fit! Fit!" Jerit Hafizi memanggil Fitrie daripada jauh. Langkah Fitrie terhenti seketika apabila terdengar satu suara memanggilnya daripada belakang . '' Eh korang! '' sapa Fitrie sambil memandang kebelakang '' Baru sampai ke?'' Tanya Shahril sambil berjalan mengiringi Hafizi mengejar Fitrie. '' Haah! Baru je sampai." Sapa Fitrie. Hafizi memandang airmuka Fitrie yang secara tiba-tiba berubah seakan airmukanya sedang memikirkan sesuatu. '' Fit, kau okay ke? Macam pucat je?" Tegur Hafizi. '' Aku okay lah, Cuma....'' Sapa Fitrie tanpa menghabiskan ayatnya. '' Cuma apa??'' Tanya Shahril '' Aku tahu! Ini mesti kau fikir pasal perempuan tempoh hari kan?!'' Tanya Hafizi Fitrie terus menghentikan langkahnya dan memandang kearah Hafizi dengan pandangan yang tajam. Dia seperti memendam sesuatu dan susah untuk diperkatakan. '' Macamana kau tahu?'' Tanya Fitrie dengan suara garaunya. '' Alahai kau ini kan! Macam baru kenal sehari dua pula. Aku boleh bacalah apa yang kau tengah fikirkan sekarang." Ujar Hafizi.


_izyanaqilah_ 39 ''Pandai betul kau ya! Entahlah Fizi, aku tak tahu nak buat dengan cara apa lagi. Tadi aku terserempak dengan minah itu dekat traffic light, dia buat bodoh je'' keluh Fitrie. Hafizi menepuk bahu Fitrie untuk memberi semangat kepada kawannya yang hampir putus harapan itu. '' Sabar Fit! Aku tahu kau suka dekat si Farhana itu! Tapi si Farhana itu bukan jenis perempuan yang suka gila-gilakan lelaki macam perempuan lain. Dia sangat berwaspada terhadap dirinya.'' Ujar Hafizi Fitrie hanya menunduk kepalanya mengalah dengan usaha untuk memikat Farhana . Shahril dan Hafizi memberi semangat untuk Fitrie semoga dia dapat memikat gadis butik itu. '' Fit, kau suka dekat Farhana kan?'' tanya Hafizi '"' Nak aku jujur atau membongak?'' Tanya Fitrie. Hafizi dan Shahril mengeluarkan reaksi muka yang serius apabila mendengar soalan daripada Fitrie. Tangan mereka sudah menggengam penumbuk untuk menumbuk Fitrie. '' Sebelum penumbuk ini sampai dekat muka kau, baik kau." Tanpa menghabiskan ayatnya , Fitrie terus menjawab soalan daripada Hafizi. '' Baiklah baiklah! Jujur aku cakap,. memang aku jatuh hati dekat si Farhana." Ujar Fitrie ' Kau nak Farhana terima kau? Tidak semudah itu Fit! '' sampuk Hafizi dengan berterus terang . '' Alamak! Habistu macamana?" Tanya Fitrie. '' Kau kena bagi bunga! Bunga yang besar untuk dia." ujar Hafizi. Fitrie mengeluh kerana risau sekiranya cadangan yang diberikan oleh Hafizi itu untuk memikat Farhana tidak berjaya. Perlahan-lahan nafasnya dilepaskan.


CINTA SI ABANG POLIS Setelah mereka leka berborak , mereka menyambung langkah naik ke tingkat untuk pergi ke bilik kerja mereka. Beberapa anggota disitu tabik hormat kepada mereka bertiga dan mereka membalas tabik hormat itu. Mereka sampai di bilik kerja masing-masing, beberapa minit kemudian, pegawai atasan mereka masuk ke bilik mereka . '' Selamat Pagi Tuan!" Tabik hormat kepada pegawai atasan. '' Selamat Pagi, saya nak maklumkan esok kita ada operasi besar-besaran di sebuah gudang lama. Aktiviti menyeludup dadah, penyimpanan senjata api dan juga kad kredit palsu.'' Ujar tegas pegawai atasan itu. '' Bila kita akan bergerak Tuan? '' tanya Fitrie. 'Malam esok! Jadi saya nak kamu semua buat persiapan dan maklumkan kepada semua anggota bawahan kamu. Faham!'' sapa pegawai atasan. '' Faham Tuan!'' sapa mereka bertiga. An empty street, an empty house A hole inside my heart I'm all alone, the rooms are getting smaller I wonder how, I wonder why I wonder where they are The days we had, the songs we sang together


_izyanaqilah_ 41 Oh, yeah Farhana yang sedang leka menyiapkan tempahan pelanggannya sambil menyanyi lagu kegemarannya, tanpa disedari, Fatin baru sahaja sampai di butik itu dan menyergah Farhana daripada belakang. '' Waaaaaaa!!!!'' Sergah Fatin daripada belakang. '' Ahhhhh!! Astagfirullahalazim!! Ishh kau ini kan, boleh tak bagi salam dulu. Nasib tak tercabut jantung aku." Marah Farhana dan menyambung kerjanya. Fatin hanya menahan gelak apabila melihat suara amarah Farhana keluar daripada mulutnya. Dia meletakkan beg kerjanya dibawah meja kaunter dan segera membantu Farhana menyiapkan pesanan daripada pelanggan untuk dipos. Telefon milik Farhana bordering dan terpapar nombor tidak dikenali. Dahinya berkerut dan dia menyambut panggilan itu. ' Hallo! Siapa ni?'' '' Farhana! Ini aku! Aqil'' Membulat matanya apabila didalam talian itu adalah suara seorang lelaki yang pernah menganggunya ketika dia hendak pulang daripada tempat kerjanya. '' Eh ! Kau nak apa lagi Qil? Kan aku dah cakap jangan ganggu aku!'' Tengking Farhana sehingga Fatin terdengar suara tengkingan Farhana. Wajah hairannya membuatkan dia tertanyatanya dengan siapakah Farhana sedang berbual. '' Hahaha! Please Farhana! Aku nak getback dengan kau.'' '' Aqil please move on dan tolong jangan ganggu aku."


CINTA SI ABANG POLIS '' Hahaha! Aku tetap akan cari kau, walaupun kau dah tolak aku." Ugut Aqil. Farhana terus mematikan panggilan itu dan menyambung kerjanya yang serba belum selesai itu. Dia mengeluarkan airmuka yang sangat gelisah dan serabut apabila bekas kekasihnya menghubungi kembali. “Tak habis-habis minta getback, harap muka je hensem tapi perangai macam monyet. Eh! Tapi Inspektor Fitrie lagi hensem. Ah! Whatever!” Bebel Farhana seorang diri selepas mematikan panggilan itu. … Pada malam itu , Fitrie memarking keretanya didepan kedai 7-eleven dan dia terus masuk kedalam kedai itu. Tanpa dia sedari, Farhana juga ada didalam kedai itu. Dia menunggu giliran untuk membayar barang yang dibelinya . Selepas Fitrie membeli semua barang miliknya, tiba-tiba Farhana kekurangan wang untuk membayar. Fitrie melihat dan cuba mengeluarkan dompetnya dan dia membayar kesemuanya sekali. Kesemuanya RM30 cik!" Farhana cuba mengeluarkan wang daripada dompetnya tetapi hanya wang RM10 sahaja yang berada didalam dompetnya. Dia menggaru kepalanya gelisah apabila dirinya didalam keadaan itu. '' Alamak!! Ada RM 10 je dalam dompet aku?'' kata Farhana. Fitrie terus menghulur wang kertas RM50 kepada cashier 7-eleven itu, Farhana terkejut apabila melihat wang kertas RM50 itu didepan matanya dengan perlahan-lahan dia memandang kearah wajah yang membayar untuknya.


_izyanaqilah_ 43 '' Awak?? '' sapa Farhana dengan nada terkejut. Dia tidak menyangka bahawa lelaki yang dia tidak suka itu membayar barang yang dibeli tadi. Dia menekup mulutnya kerana terharu dengan sikap lelaki yang dibencinya itu. "Baik juga dia ni!" Bisik didalam hati Farhana sambil memandang kosong kearah Fitrie. Cashier 7-eleven itu memulangkan baki itu kepada Fitrie . Farhana mengambil barangnya diatas kaunter itu. '' Te...terima kasih awak." Sapa Farhana dengan secara tiba-tiba malu. '' Its okay! '' senyuman diberikan oleh Fitrie. Mereka keluar bersama-sama daripada kedai itu dan terus berkenalan antara satu sama lain. Fitrie memandang dengan wajah serius kerana dia masih lagi samar-samar terhadap gadis itu. ''Terima kasih awak kerana bayarkan untuk saya tadi hehehe." Sapa Farhana dengan wajah malu. '' Tak ada masalah! Lagi pun saya suka bayarkan untuk orang." Sapa Fitrie. ''Oo, by the way nama awak apa?'' tanya Farhana. '' Saya Fitrie Amsyar atau senang nak dipanggil Inspektor Fitrie .'' senyum Fitrie. Dia mengenyitkan matanya. Farhana terkejut dengan kata-kata Fitrie adalah seorang polis . Dia terkedu dan tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Wajahnya kini kemerah-merahan menahan malu melihat wajah kacak inspektor polis itu. '' Awak polis?? Seriusly?'' Sapa Farhana dengan membulat matanya. Dia masih tidak percaya bahawa lelaki didepannya itu adalah pegawai polis berpangkat Inspektor. Hatinya kini makin berdebar dna jantungnya berdegup laju.


CINTA SI ABANG POLIS '' Ya awak! Kenapa tak percaya ke?'' Tegur Fitrie. ' okay-okay, saya percaya. Eh tak apalah saya pulang dulu , dah malam ni. Oh nama saya Farhana Edrina.Salam kenal." '' Salam kenal juga." Sapa Fitrie. Senyuman manis dilemparkan kearah Farhana. '' Cik! Ni kad saya, kalau ada apa-apa , call je saya." Farhana terus mengambil kad itu dan terus meninggalkan tempat itu dengan memberi senyuman kepada Fitrie. Dia menghidupkan enjin keretanya dan meletakkan barang yang dibelinya tadi di atas seat sebelahnya. Dia masih tersenyum setelah berbaik dan berkenalan dengan gadis itu. Setelah dia membuka pintu rumahnya, dia meletakkan kepalanya diatas sofa dan memandang keatas menghadap ke siling rumah, dirinya seakan sudah didalam dilema dan jatuh hati kepada Farhana. '' Farhana! Engkaulah bidadari ku , aku terpesona dengan senyumanmu." Bisik hatinya sambil tersenyum. Wajah Farhana kini bermain-main didalam fikirannya. Setelah itu, dia bangun dan masuk kedalam biliknya dan terus meletakkan kepalanya diatas bantal . Matanya perlahan-lahan pejam untuk tidur.


_izyanaqilah_ 45 BAB 7 Pada petang itu, mereka semua bersiap-siap untuk menyertai satu operasi besar-besaran di sebuah gudang dimana aktiviti penyeludupan dadah, senjata haram dan kad kredit palsu . Fitrie ,Shahril , Hafizi bersama anggota-anggotanya bersiap-siap menyarung uniform operasi sebelum mereka bergerak ke lokasi . '' Assalamualaikum semua." Sapa pegawai atasan. '' Waalaikumusalam Tuan!'' salam dijawab. '' Dengar baik-baik, operasi kali ini akan saya pecahkan kepada tiga kumpulan dimana diketuai oleh Inspektor Fitrie , Inspektor Hafizi dan Inspektor Shahril. Ingat, operasi kali ini bukan mudah. Tersilap langkah akan menguntungkan pihak musuh! Jadi ikut arahan ketua kamu, Faham!'' Tegur pegawai atasan.


CINTA SI ABANG POLIS '' Faham Tuan!'' sapa mereka semua. Selepas mereka semua diberikan arahan , semua sekali bergerak menuju kearah kenderaan PDRM dan mereka semua akan pergi lokasi untuk menyelesaikan operasi kali ini. Farhana yang termenung diatas kaunter bayaran tanpa menyedari kehadiran Fatin yang baru saja keluar daripada stor barang. Didalam fikirannya angau kerana mengingati seorang pemuda yang baru sahaja dia kenali tempoh lalu, seorang lelaki kacak,tinggi dan bergaya . '' Farhana!! Farhana." Fatin melambaikan tangannya dihadapan muka Farhana tetapi dia masih hairan dengan kawannya itu. '' Maa rabuka." bisik di telinga Farhana. '' Astagfirullahalazim ! Eh kau Fatin." kejut Farhana dan terus menyambung angaunya. '' Kau dah kenapa? Termenung ,senyum sorang-sorang?!'' Tanya Fatin sehingga dahinya berkerut. '' Tak ada apalah, nak termenung pun tak boleh ke?'' tanya Farhana. '' Tak salah tapi apa yang kau fikirkan sebenarnya? Beritahu aku cepat!'' Sapa Fatin sambil meletakkan stok baru diatas rak jualan. ''Fatin.. salah ke aku fikirkan tentang si dia? '' tanya Fahana sambil meletak tapak tanganya diatas dagu. Fatin terkejut dengan soalan Farhana itu seakan kawannya itu sedang dilamun cinta. Dia mengesyaki kawannya itu sudah jatuh cinta. '' Apa maksud kau? '' tanya Fatin sehingga terhenti tangannya menyusun barang-barang baru diatas rak jualan.


_izyanaqilah_ 47 '' Tak salah Farhana, tapi... trauma kisah silam kau dah hilang kah? Aku risau dekat kau je!'' tegur Fatin '' Wajah kacaknya membuat aku tidak tidur malam, sifatnya buat aku berubah sekelip mata dan pekerjaannya membuatkan... '' Farhana menekup mulutnya kerana hampir-hampir terkeluar pekerjaan Fitrie. '' Pekerjaannya?? apa?'' tanya Fatin '' Ahhhh, tak apalah abaikan!'' sapa Farhana. '' Ada-ada je kau ini!'' Tegur Fatin sambil menggeleng perlahan kepalanya. Lokasi : Gudang dadah Selepas beberapa jam mereka dalam perjalanan ke lokasi untuk operasi besar-besaran itu, akhirnya mereka sampai di lokasi. Fitrie , Shahril dan Hafizi melangkah sepantas nya ke gudang itu dan mengaturkan rancangan untuk menghapuskan aktiviti-aktiviti haram yang berada di gudang itu. '' Baiklah! Sepertimana kita rancang, kita akan berpecah kepada tiga kumpulan. Alex,Haris dan Zull ikut Inspektor Shahril. Izwan, Farid dan Azrul ikut saya , dan awak bertiga ikut Inspektor Hafizi.. Ingat jangan bertindak sebarangan selagi saya belum bagi arahan. Faham! '' tegur Fitrie kepada anak buahnya. '' Faham Tuan!'' sapa anggota itu. '' Kita bergerak sekarang, move move!" tegas Fitrie. Mereka semua bergerak mengikut kumpulan dan arah yang mereka akan menyasarkan suspek didalam gudang itu. Beberapa minit kemudian , arahan untuk menyerang diberi oleh Fitrie .


CINTA SI ABANG POLIS '' Jangan Bergerak! Polis!!! Menyerah! Jerit Fitrie sambil menghalakan senapangnya kearah suspek yang berada di gudang itu. Suspek-suspek yang berada disitu menjadi kelam kabut kerana mereka dikepung oleh semua . Beberapa orang suspek disitu telah digari oleh anggota bawahan Fitrie tetapi salah seorang daripada mereka dapat melarikan diri . '' Diam! Duduk!'' Tengking Shahril. Fitrie dan Hafizi memeriksa meja yang dipenuhi aktiviti-aktiviti haram yang dilakukan oleh suspek-suspek itu. Fitrie melangkah menuju kearah suspek yang duduk terlutut itu dengan airmuka serius tanpa sebarang senyuman. Wajah suspek itu dalam ketakutan melihat wajah serius Fitrie dan Hafizi memandang mereka. '' Apa ini? Jawabbb apa ni?'' Tengking Fitrie. '' Jawab cepat! Kenapa diam?'' Tengking Hafizi '' Sanggup korang buat kerja-kerja haram ni ya! Sanggup rosakkan nama negara!'' Tegur tegas Fitrie sambil memegang paket dadah itu didepan muka suspek itu. '' Dah! Bawa diorang masuk dalam truck." Tegas Fitrie . Shahril dan Hafizi mengucapkan syukur kerana operasi kali ini berjaya . Seorang daripada suspek yang melarikan diri iaitu Faysal berjaya lolos daripada tangkapan pihak polis . Dia membuat panggilan kepada kawannya iaitu Aqil. Dia tercungap-cungap kepenatan setelah gudang itu diserbu oleh pihak polis. '' Halo! Qil, masalah besar sekarang! Gudang kita diserbu polis. Habis orang-orang kita ditangkap." Ujar Faysal.


_izyanaqilah_ 49 '' What? Macamana diorang dapat tahu lokasi gudang kita?'' marah Aqil dengan mata nya terluas terus mengetuk kuat meja didepannya. '' Aku tak tahu! Tiba-tiba je." Sapa Faysal kepenatan. Aqil dalam keadaan marah kerana gudang dimana tempat mereka melakukan aktiviti haram disitu diserbu oleh polis. '' Tak apa! Malam nanti aku jumpa kau dekat tempat biasa." Ujar Aqil. '' okay." Sapa Faysal dan dia terus mematikan panggilan itu. '' Sial! ini mesti kerja si Fitrie ni! Polis yang tunjuk lagak dengan aku tempoh hari. Tiba-tiba seorang gadis cantik dan seksi keluar daripada bilik iaitu Elyana juga merupakan bekas tunang kepada Fitrie sewaktu dulu sebelum dia berpindah ke Kuala Lumpur. '' Ummmhhh apahal bising-bising ni?'' tanya Elyana. '' Sial! Gudang dadah kita diserbu oleh polis El." ujar Aqil dengan nada marahnya. '' What? Bila diserbunya tu?'' tanya Elyana. '' Baru saja! Faysal baru saja call aku sebentar tadi! Aku syak ini mesti plan si Fitrie." Ujar Aqil. Elyana terkejut dengan nama itu, seakan memori difikirannya kembali . '' Kau ulang balik nama tu? Apa nama tu?'' ujar Elyana '' Fitrie." sapa Aqil. '' Itu bekas tunang aku dulu. Macamana kau boleh kenal dia?'' tanya Elyana.Dia sudah menggaru kepalanya kehairanan kerana bagaimana Aqil mengenali lelaki itu. "Tempoh hari, aku ternampak ex aku si Farhana baru balik dari kerja, aku gertak si Farhana untuk getback dengan aku tiba-tiba si Fitrie itu datang untuk selamatkan dia, so aku terhalang


CINTA SI ABANG POLIS untuk gertak si Farhana itu. Aku bla macam tu je sebab si Fitrie itu.'' Ujar Aqil dengan muka marahnya. Elyana hanya mengangguk dan senyum sinis apabila mendengar apa yang diceritakan oleh Aqil itu. Dia cuba mencari idea dan merancang mencari Fitrie kembali untuk merosakkan hubungan Fitrie dan Farhana. '' Kau tunggu Fitrie! Aku akan cari kau sampai dapat. Aku akan pastikan kehidupan kau takkan bahagia.'' Bisik hati Elyana sambil mengeluarkan senyuman sinis. Pada malam itu, Aqil dan Faysal bertemu sesama mereka diluar untuk berborak tentang gudang mereka diserbu oleh polis. Mereka menghentikan kereta dikaki lima. '' Sekarang macamana? Habis gudang kita diserbu. Orang kita ditangkap, macamana ni Qil?'' Tanya Faysal. "Aku tahu ini angkara siapa? Ketua yang mengetuai operasi tempoh hari. Inspektor Fitrie.'' Sapa Aqil . Faysal hanya mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh Aqil. '' Kerana dia, aku tak dapat gertak si Farhana. Disebabkan dia jugak gudang dadah kita diserbu.'' Sapa Aqil sambil mengangkat keningnya. ''Jadi? Apa kita nak buat?" Tanya Faysal. '' Aku nak kita bunuh je polis tu! Hahahaha."Gelak jahat Aqil itu membuatkan Faysal menggeleng kepalanya . '' Aku tak setuju! kau gila ke Qil? Kau berani nak gertak polis tu?" Tanya Faysal dengan suara lantang. '' Apa kau nak takut? Disebabkan dia aku terhalang untuk dapatkan si Farhana tau!Disebabkan dia juga Gudang dadah kita diserbu.'' Amarah Aqil makin membarak didalam hati.


Click to View FlipBook Version