_izyanaqilah_ 101 abang nak adik belajar bersungguh-sungguh dan capai cita-cita adik itu.'' Tegur Fitrie kepada adiknya . '' Baik lah abang! ''Amyrah hanya mengangguk faham. Dia memahami apa yang dinasihatkan oleh abangnya. Aqil yang sedang leka makan dan minum didepan televisyen dihadiri satu sosok tubuh seorang gadis yang tinggi berjalan menuju kearahnya dengan wajah yang ketat. "Fitrie dan Farhana dah bertunang!" Sapa Elyana secara mengejut. '' What? Farhana bertunang? Dengan siapa?'' Tengking Aqil setelah mendengar berita itu daripada Elyana. '' Dengan siapa lagi?! dengan Inspektor polis itulah!" jawab Elyana dengan penuh tenang. Segala barang diatas meja dibuang oleh Aqil sambil mengamuk kerana gadis yang dia pernah tinggal dahulu telah menjadi tunangan orang. Muka bengisnya mula aktif dan dia mula mencari idea untuk merancang sesuatu terhadap Farhana dan Fitrie untuk memporak perandakan hubungan mereka. Elyana berjalan menuju kearah Aqil dan memandang dengan penuh senyum sinis jahatnya itu '' Aqil! Biar aku yang jalankan kerja ini!" Ujar Elyana sambil memegang bahu Aqil. '' Jangan! Better kita perhati mereka daripada jauh. Malam ini juga aku bertindak." Sapa Aqil dengan wajah bengisnya. Dia akan merancang sesuatu untuk menjatuhkan Fitrie untuk mendapatkan Farhana kembali. *** Pada malam itu, mereka berdua berjalan-jalan didalam Mall untuk mencari barang-barang perkahwinan mereka akan berlangsung minggu depan. Farhana melangkah masuk ke satu kedai
CINTA SI ABANG POLIS perfume jenama Victoria Secret , Fitrie hanya memerhati gelagat Farhana yang sedang memilih pelbagai perfume kegemarannya itu. Farhana memborong 8 kotak perfume Victoria Secret yang berlainan warna dan jenisnya,dia membayar perfume itu. Fitrie hanya memerhati daripada jauh. '' Semuanya RM400 cik'' Farhana menghulurkan wang itu kepada penjaga kaunter itu. Dia menunggu wang baki daripada cashier itu dan dia mengambil beberapa beg perfume itu setelah wang baki dikembalikan. "Terima Kasih!" sapa Farhana. '' Terima kasih datang lagi'' '' Awak! tengok ini!'' sapa Farhana sambil menunjukkan beberapa beg perfume ditangannya. Membulat mata Fitrie apabila dia melihat didalam beg itu dipenuhi lapan kotak perfume Victoria Secret yang diborong oleh Farhana. Dia hanya menggeleng kepala perlahan-lahan. '' Uish! Banyaknya awak borong!'' sapa Fitrie ''Apa yang banyaknya!? sikit saja ni!" Ujar Farhana. "Kalau sikit tak adalah sampai berhuyun-hayan awak bawa beg ini. Awak nak buat apa banyakbanyak perfume ini?" "Satu kotak untuk hantaran kahwin kita nanti dan tujuh kotak lagi untuk stock di butik saya!" Ujar Farhana.
_izyanaqilah_ 103 Fitrie menepuk dahi apabila melihat kerenah tunangnya memborong beberapa perfume kegemarannya itu. Dengan segera dia mengikut langkah tunangnya itu menuju ke restoran makan yang ada didalam Mall itu. Mereka berdua melabuhkan punggung dikerusi itu. '' Awak nak makan apa? '' Tanya Fitrie sambil memandang kearah banyak kedai makan disitu. ''Hmm! saya nak makan , haaa tu sushi." sapa Farhana. '' What? Are you serious? Sushi?'' terpaku Fitrie apabila tunangnya ingin makan sushi. Dengan segera Farhana bangun daripada tempat duduknya dan dia melangkah pergi kearah kedai sushi. Beberapa minit kemudian, Farhana tiba di meja makannya dan membawa beberapa pinggan sushi yang telah dipesan. Fitrie tidak dapat berkata apa-apa apabila melihat makanan kegemaran tunangnya sebanyak itu. '' Ya Allah, seriuslah tunang aku makan sushi sampai banyak ni?'' bisik hatinya sambil melihat tunangnya makan sushi sehingga tidak menghiraukan orang sekeliling yang lalu lalang disitu. ''awak.. saya nak...'' tanpa dia menghabiskan ayatnya terus disampuk oleh Farhana. '' Tak boleh! Ini saya punya! Awak nak makan pergi order makanan lain." Sapa Farhana sambil makan sushi. Mulutnya dipenuhi kecomotan sushi. '' Bukan lah, saya cuma nak cakap.. makanlah perlahan-lahan, kan nanti tercekik baru tahu'' tegur Fitrie sambil menongkat pipinya ''Tak nak.. ini makanan favourite saya .'' Balas Farhana. "Saya tahu awak penggemar Sushi tapi makanlah perlahan-lahan, kan nanti tercekik saya susah."
CINTA SI ABANG POLIS "Awak sajalah rawatkan saya dekat hospital!" Balas Farhana dengan reaksi wajah nakal. "Eh hallo! Saya Inspektor polis tau, saya bukan jururawat atau doktor." Balas Fitrie dengan usikkan Farhana. Fitrie hanya redha dengan telatah tunangnya yang sedang makan sushi tanpa menghirau keadaan sekeliling. Dia hanya menjeling kearah Farhana dan dia perlu bersabar. Selepas mereka selesai makan direstoran,mereka berjalan menuju kearah dimana parking lot kereta di mall. Tanpa mereka sedari, ada dua sosok tubuh yang sedang mengekori mereka daripada belakang. Langkah Fitrie terhenti seketika dan dia memandang kebelakang . '' Kenapa awak? '' tanya Farhana '' Saya rasa macam ada orang ikut kita '' sapa Fitrie. Keningnya berkerut dan matanya meliar memandang sekeliling kawasan itu. Dia dapat merasai seperti ada yang mengekori dia dan Farhana. '' Perasaan awak je kot,dahlah jom .. dah lewat ni'' Pujuk Farhana. Dia menenangkan Fitrie daripada berfikir perkara yang boleh membuatkan serabut. Tanpa mereka menghiraukan perkara itu, mereka melangkah menuju kearah kereta . Mereka berdua masuk kedalam kereta ,Fitrie menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan tempat itu. Beberapa jam kemudian, Setelah kereta milik Fitrie berhenti di perkarangan rumah flat dimana Farhana duduk, Farhana menggapai barangnya sebelum dia keluar daripada kereta itu. Wajah kacak Fitrie itu dipandang seketika. '' Terima kasih awak temankan saya shopping hari ini'' Ujar Farhana.
_izyanaqilah_ 105 '' No problem , awak kan bakal isteri saya nanti.. no hal." Balas Fitrie dengan mengukir senyuman. '' Baiklah! apapun hati-hati tau balik kerumah." Tegur Farhana. '' okay cik tunang. Bye Assalamualaikum'' '' Waalaikumusalam'' Setelah kereta milik Fitrie hilang dari radar matanya, dengan pantasnya dia berjalan menuju kearah lif untuk naik ke tingkat atas dimana rumahnya terletak. Dia segera masuk kedalam lif . Setelah dia tiba di rumahnya, sekali lagi dia merasai seakan ada yang mengekori daripada belakang dan dia terus mempercepatkan langkahnya supaya orang yang mengekori daripada belakang tidak dapat mengejarnya. Farhana mencari kunci rumahnya dan dia segera membuka pintu itu dan masuk kedalam rumah. Dia menghembus nafasnya kerana tidak cukup nafas apabila dia dapat merasai ada ada yang mengekorinya daripada belakang.
CINTA SI ABANG POLIS BaB 15 Jam 9 pagi , Fitrie tiba dibalai dan keretanya diparking dihadapan balai. Dia berjalan menuju pintu masuk balai IPK dengan berpakaian uniform. Ada dua orang anggota berpangkat Sarjan menyapa Fitrie dengan tabik hormat. Fitrie kembali tabik hormat kepada anggota itu dengan mengukir senyuman. " Selamat Pagi Tuan." Fitrie membalas sapaan itu dengan wajah senyum. " Selamat pagi." Sapa Fitrie. Dia masuk ke bilik kerjanya dan melabuhkan punggungnya diatas kerusi.Beberapa minit kemudian, hadirnya Hafizi dibilik itu . " Morning bro!" Sapa Hafizi. " Morning, eh lain macam je airmuka kau semenjak ni!" Tanya Fitrie kepada Hafizi . Mereka berdua sangatlah akrab dimana-mana apabila berjumpa berbanding Shahril yang seorang introvert. " Tak adalah cuma aku penat sikit. Maklumlah sekarang ini bini aku pun sarat mengandung." Ujar Hafizi. " Eh seriuslah kau?! Tahniah."Sapa Fitrie dengan berita itu.
_izyanaqilah_ 107 " Terima kasih! kau pun cepat-cepatlah naik pelamin. Jangan lama-lama nanti dikebas orang." Perli Hafizi. Apabila Hafizi mengeluarkan perkataan dikebas orang, didalam fikirannya terlintas wajah Aqil. Dia sangat pertimbangkan keselamatan tunangnya. " Bila kau sebut pasal dikebas orang, macamana kes sekarang?" Tanya Fitrie dengan wajah serius. " Kes apa? si Aqil itu?" Sapa Hafizi. " Yalah, si Aqil itu. Sekarang Farhana tak tenang tau" sapa Fitrie. " Sekarang ini anggota kita masih lagi menjejak dimana Aqil berada." Sapa Hafizi " Aku bukan apa, yang aku dengar sekarang ,Aqil yang gila tu cuba untuk menganggu tunang aku." " Farhana? " " Yalah! Farhana pernah beritahu aku, sekiranya dia masih rapat dengan aku, Aqil akan cari Farhana dan aku sehingga ke lubang cacing." Membulat mata Hafizi apabila mendengar kata-kata Fitrie. Tiba-tiba seorang anggota berpangkat koperal masuk ke bilik kerja Fitrie menghantar fail kes yang selesai disemak. " Tuan, ini laporan kes bunuh yang berlaku tiga hari lepas, semua dah selesai disemak." "Terima kasih." Fitrie mengambil laporan itu dan memeriksa kembali. **** Di Butik **** Farhana yang sedang fokus menyiapkan beberapa tempahan baju pelanggan dan dimana Fatin membungkus beberapa order daripada pelanggan untuk dipos . Jam ditangannya dikerling menunjukkan 1 tengahari, Farhana menghentikan kerjanya itu buat sementara waktu.
CINTA SI ABANG POLIS " Fatin, jom lunch, aku dah lapar ni!" " Aikk dah lapar? "Sapa Fatin sambil melihat waktu jam ditangannya. " Cepatlah!" " Kau ajaklah Fitrie keluar." " Tak boleh! Dia sibuk sekarang." "Okaylah jom aku temankan" Fatin bingkas bangun daripada tempat duduknya perlahan-lahan kerana risau dengan kandungannya yang sarat 9 bulan itu. Dia menggapai beg tangannya dan melangkah keluar bersama sama dengan Farhana. Kedai makan itu hanya dekat dengan kedai butik milik Farhana. Mereka berdua melintas jalan untuk pergi ke kedai makan. Fitrie dan Hafizi keluar makan tengahari bersama-sama di luar tetapi dikedai makan yang berlainan. Beberapa minit kemudian, selepas Farhana dan Fatin selesai makan disitu, dia bingkas bangun daripada tempat itu dan menuju keluar daripada kedai makan untuk pulang ke butik, tiba-tiba tangan Farhana digenggam lagi oleh seseorang dan dia memandang kearah orang itu. Begitu terkejut dirinya apabila seorang lelaki dihadapannya adalah orang yang selalu menganggunya tanpa henti. " Aqil!!! Kau lagi? Apalagi kau nak setan!? " Tengking Farhana sambil meronta-ronta tangannya untuk dilepaskan. "Sekarang aku nak kau putuskan tunang dengan abang Inspektor kau, kalau tidak..." Tanpa dia menghabiskan ayatnya, Fatin menyampuk.
_izyanaqilah_ 109 " Eh Aqil, kau siapa nak suruh Farhana putuskan tunang dengan Fitrie? Apa hak kau?" Tengking Fatin kepada Aqil. " Eh perempuan, kau jangan masuk campur! Ini urusan aku dengan Farhana. Farhana kau dengar sini, selagi kau tak putuskan tunang dengan dia, Aku akan cari tunang kau dan slapzzz.” Ugut Aqil dengan memberi isyarat untuk membunuh orang. " Lepaskanlah! Ahhh." Jerit Farhana kesakitan. Airmatanya gugur kerana kesakitan. " Lepaskan dialah Aqil lepaskan!" Fatin cuba membantu untuk melepaskan genggaman tangan Aqil terhadap Farhana tiba-tiba Fatin ditolak sehingga jatuh . " Kau jangan sibuklah perempuan." Jerit Aqil dan menolak Fatin sehingga jatuh kesakitan. " Ahhhh." Jerit Fatin kesakitan sambil memegang perutnya yang sarat itu. " Fatin! Sial kau Aqil!" Jerit Farhana dan menolak tubuh Aqil sekuat-kuatnya hingga langkah Aqil mengundurkan kebelakang. Aqil dengan hilang kesabaran dan dia menampar kuat muka Farhana sehingga jatuh. "Kau jangan kurang ajar dengan aku Farhana!" Tengking Aqil. Fitrie dan Hafizi melangkah keluar daripada kedai makan itu dan tiba-tiba mereka ternampak satu pergelutan antara Aqil dengan Farhana dan Fatin, dan mereka berdua terus bergerak ketempat itu. Aqil mengeluarkan pisau dan diacukan kearah Fatin dan Farhana yang terduduk diatas jalan tar selepas ditolak oleh Aqil. Mereka berdua tidak dapat berbuat apa-apa dalam masa yang sama Fatin kini menahan kesakitan di perutnya. “Eh! Fizi, itukan isteri kau dengan Farhana.” Sapa Fitrie dengan nada cemas " Aahlah! Woiii!" Jerit Hafizi .
CINTA SI ABANG POLIS Dengan segera Aqil memandang dan dia terus berlari meninggalkan tempat itu. Fitrie mengejar Aqil secepat cepatnya tetapi Aqil menghilang dengan begitu pantas. Dia mengeluarkan rasa keluhannya kerana gagal mengejar Aqil. " Sayang! sayang okay?" Tanya Hafizi kepada Fatin yang kesakitan itu. Farhana cuba mengangkat dan memapah bahu Fatin . Fitrie kembali ke tempat dimana pergelutan tadi dengan wajah kecewa. Dia meraut wajahnya dengan begitu kasar dan keluh. "Macamana Fit?" Tanya Hafizi. "Terlepas?"Jawab Fitrie dengan suara kecewa. Takpe, aku nak pergi hantar isteri aku ke hospital." "Abanggggg!" Jerit kesakitan Fatin. Hafizi mengangkat isterinya masuk kedalam kereta dan menempatkan Fatin di seat sebelah. Begitu cemas dirinya apabila melihat keadaan isterinya juga menjadi mangsa Aqil. Hanya kerana ingin menyelamatkan Farhana diganggu Aqil, dia juga turut menjadi mangsa. Hafizi menunggu diluar wad pembedahan untuk ibu mengandung. Dia meraut kasar wajah nya dan tidak berhenti dimulutnya berdoa dan zikir semoga isterinya selamat. Beberapa minit kemudian, Fitrie dan Farhana sampai ditempat itu. " Macamana Zi?" " Isteri aku masih dalam dewan pembedahan." " Sabar! Insyallah isteri kau selamat."
_izyanaqilah_ 111 Beberapa minit mereka menunggu keputusan daripada doktor. Seorang doktor keluar daripada dewan pembedahan itu dan menghampiri mereka bertiga. " Ini suami Puan Fatin ke? " "Ya ya saya! saya suami Fatin." Sapa Hafizi dengan tenang. " Okay! isteri dan anak encik selamat, Tahniah Puan Fatin selamat melahirkan anak kembar perempuan dan lelaki." Ujar doktor itu. " Kembar? Alhamdulilah! Doktor boleh saya masuk tengok isteri saya?" "Encik boleh masuk dan tengok." " Terima kasih doktor. Syukur Alhamdulilah. Hafizi meraut wajahnya dengan airmuka bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak kembar perempuan dan lelaki. Dia berjalan masuk ke dewan pembedahan itu dan melihat anak kembar nya itu berada diatas katil bayi. Hafizi mengangkat anak perempuan dan lelakinya dan mengazankan ditelinga. selepas Hafizi selesai azan ditelinga anak nya, dia mencium anaknya itu dan dia rasa bersyukur. " Anak papa ini, comelnya." Fitrie dan Farhana melihat kecomelan anak kembar Hafizi itu dengan penuh kegeraman. " Comelnya anak kau Fatin! putih melepak" " Huhuhu." Sapa segan Fatin melihat kerenah kawannya itu.
CINTA SI ABANG POLIS " Apa nama kau nak letak dekat anak kau ni Fizi?" Tanya Fitrie. " Wan Nur Faeqa Erwina dan Wan mohd Haider" Sapa Hafizi setelah dia meletakkan nama anaknya. Fitrie cuba memegang anak perempuan Hafizi itu dengan wajah penuh senyuman. Dia tidak dapat membayangi sekiranya dia mempunyai anak satu hari nanti. " Comelnya! Geram aku tengok." Sapa Fitrie apabila dia melihat kecomelan anak kecil milik Hafizi dan Fatin. " Kau jangan nak geram sangat, ini anak aku." " Haaa, korang ni bila lagi?" Tanya Fatin yang masih berehat diatas katil wad itu. Farhana menunduk muka nya kebawah kerana segan dan Fitrie memandang kearah Farhana. " Nak aku jujur ke macamana?" " Better jujur." " Insyallah, dalam minggu ini" " Alhamdulilah! Tak sabar aku nak makan nasi minyak kau Fit." Perli Hafizi. " Eleh! Kerja nak usik aku je." Jelingan diberi oleh Fitrie kepada Hafizi. Farhana berjalan menuju kearah kawannya itu. " Tahniah Fatin aku ucapkan." " Thank you Farhana." Sapa Fatin dengan suara yang lemah.
_izyanaqilah_ 113 BaB 16 Dihari yang sangat bermakna buat Fitrie Amsyar dan Farhana Edrina sebagai pasangan pengantin. *** Amyrah masuk kedalam bilik untuk melihat abangnya yang sedang bersiap-siap dengan berpakaian pengantin yang serba putih itu. Dia mendekati abangnya dengan wajah yang penuh terpesona. Fitrie menyarung samping pengantin dibantu oleh dua sahabatnya iaitu Shahril dan Hafizi. Perasaannya yang begitu mendebarkan apabila kali ini gilirannya untuk berhadapan dengan tok kadi. Amyrah mengetuk pintu bilik abangnya untuk melangkah masuk kebilik itu. Hafizi dan Shahril menoleh kearah bunyi pintu diketuk oleh Amyrah. Tok Tok Tok
CINTA SI ABANG POLIS " Masuk!'' Jerit Fitrie Amyrah melangkah masuk kedalam bilik Fitrie. Dia melihat abangnya yang sedang bersiap-siap dengan menyarung samping yang dibantu oleh kawan-kawan abangnya. '' Wahh abang..'' Sapa Amyrah apabila melihat abangnya dengan berpakaian pengantin dan bersamping. '' Kenapa dik?? '' tanya Fitrie '' Kacak lah abang!'' puji Amyrah kepada abangnya. Tiba-tiba airmuka Amyrah berubah kepada sedih dan dia pergi melabuhkan punggungnya diatas katil yang berhias itu. Fitrie memandang kearah adiknya yang secara tiba-tiba berubah emosi kepada sedih. Dia melabuhkan punggung diatas katil dan duduk disebelah adiknya. ''Adik! Kenapa tiba-tiba menangis ni? '' tanya Fitrie sambil mengusap dibelakang Amyrah. Amyrah terus memeluk abangnya dengan sedu sedan tangisan nya tanpa henti. '' Abang, dengan siapa lagi adik nak bermanja lepas ini? Abang dah nak kahwin!" Tanya Amyrah dengan suara tangisan. ''Adik, janganlah nangis.. walaupun abang kahwin, abang takkan pindah kemana-mana. Ini rumah abang tau! '' '' Tipuuu..'' '' Apa pulak abang nak tipu! Adik, dengar sini abang nak beritahu satu cerita kisah lama abang dengan adik. Beberapa tahun yang lalu...
_izyanaqilah_ 115 Fitrie pada waktu itu berusia 19 tahun dan Amyrah dah mencecah umur 6 tahun . Fitrie memimpin adiknya pergi ke taman setiap petang. Dimana waktu itu ibu bapa kepada dua beradik itu kerja . Fitrie tinggal bersama dengan bapa saudara nya . Sewaktu itu Fitrie memantau adiknya yang sedang seronok bermain gelongsor ,Amyrah terjatuh tersungkur selepas keluar daripada gelongsor itu. Dia bergegas berlari kearah adiknya dan mengangkat adiknya yang kuat berteriak. ''Ya Allah, dah dah diam." Memujuk adiknya diam sambil menepuk perlahan dibelakang Amyrah tetapi suara Amyrah teriak masih tidak henti. Dia mendukung adiknya pulang kerumah . Setelah dia sampai dihalaman rumahnya, Dia melangkah masuk kedalam rumah dan meletakkan adiknya diatas sofa dengan segera dia mengambil peti kecemasan untuk merawat luka pada lutut Amyrah. ''Sabar dik, jangan nangis. Mari abang letakkan ubat '' sapa Fitrie sambil merawat luka adiknya. Beberapa minit kemudian ibu dan ayah nya baru saja pulang daripada kerja . Ibu dan ayahnya terkedu apabila melihat keadaan anak bongsunya itu menangis tanpa henti dan dia melihat Fitrie sedang merawat luka adiknya yang parah itu. '' Abang, kenapa dengan adik ?'' '' Ibu.. adik terjatuh tadi masa main gelongsor dekat taman'' '' Ya Allah, parah ini!" ''Ibu.... abg jahat! abang buat dekat adik..'' rayu manja Amyrah kepada ibunya. Terangkat kening Fitrie apabila dia dituduh. '' Dah dah, meh ibu dukung naik atas!"
CINTA SI ABANG POLIS Fitrie menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dan melihat adiknya yang didukung oleh ibu dan ayahnya naik ketingkat atas. Apa salah dirinya sehingga Amyrah menuduh dia membuli. Flashback end '' Macam tulah ceritanya dik! Kasih sayang abang terhadap adik tak pernah hilang walaupun abang ni garang sikit je. Kerana luka yang ada pada lutut adik tu lah abang cepat-cepat rawatkan.'' Amyrah memandang wajah abangnya seketika kerana dia terharu dengan keberanian abangnya merawat luka pada lututnya sewaktu kecil dahulu. '' Sekarang adik dah faham kan? sebesar mana kasih sayang abang terhadap adik?'' '' Terima kasih abang ,adik sayang abang '' sapa Amyrah sambil memeluk abangnya. '' Dah dah jangan nangis , abang sentiasa ada untuk adik." Sapa Fitrie sambil menyeka airmata adiknya. Tiba-tiba ada seorang sepupu kepada Fitrie masuk kedalam biliknya . '' Dah siap ke? Tok kadi dah sampai '' '' Jom jom.. Kesemua ahli keluarga kedua-dua belah pihak sedang menanti dan menunggu di upacara majlis akad nikah yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Bismillahirahmanirahim.. " Mohd Fitrie Amsyar bin Mohd Akmal'' '' Saya''
_izyanaqilah_ 117 '' Aku nikah kan dikau dengan Nur Farhana Edrina binti Mohd Farid dengan hantaran mas kahwin sebanyak RM1000 tunai..'' '' Aku terima nikahnya dengan Nur Farhana Edrina binti Mohd Farid dengan hantaran mas kahwin sebanyak RM1000 tunai." Sah? Sah Sah Sah " Alhamdulilah'." Setelah selesai lafaz akad nikah , kemudiannya doa dibaca oleh kadi. Fitrie dan Farhana selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri. Tetamu yang berpusu-pusu datang tanpa henti menjamu selera '' Tahniah Fit, akhirnya kau kahwin juga. Tak sia-sia aku perkenalkan kau dengan Farhana.'' perli Hafizi. '' Terima kasih bro.. terima kasih kerana capaikan cinta aku '' sapa Fitrie. Farhana hanya memberi jelingan tajam kepada Fitrie kerana tiga sahabat itu mengusiknya. Dia memeluk erat lengan Fitrie. Tiba-tiba ada seorang gadis berambut perang hadir ke majlis mereka . Farhana melihat dengan teliti dan dia kenal gadis itu " Sayang, itu bukankah Elyana?" Dahi Farhana berkerut apabila dia memandang Elyana. " Hai guys! Tahniah both of you. Selamat Pengantin Baru." Sapa Elyana "Errr, Terima Kasih El, jemputlah makan dulu." Sapa Fitrie. Farhana memeluk lengan sasa milik Fitrie dengan wajah cemberut (menyampah) nya.
CINTA SI ABANG POLIS Hafizi dan Shahril memandang pelik kearah Elyana. Sesungguhnya mereka bertiga tidak menyukai melihat sosok tubuh gadis itu. Pelbagai firasat pelik apabila gadis itu hadir ke majlis perkahwinan Fitrie dan Farhana. " Fit, kau jemput ke minah tu?" " Tidak! Sejak bila aku jemput dia?"Sapa Fitrie dengan wajah pelik. " Korang dah makan belum? Pergilah makan." Sapa Farhana kepada Shahril dan Hafizi. Mereka berdua melangkah menuju kearah meja yang dipenuhi segala makanan yang disediakan oleh para katering didalam dewan itu. Pada malam itu, Fitrie dan Farhana membuka satu demi satu hadiah yang mereka perolehi sewaktu majlis perkahwinan siang tadi. Setelah mereka selesai membuka semua hadiah itu, Farhana meletakkan kepalanya diatas riba Fitrie. Berkerut dahi suaminya melihat Farhana secara tiba-tiba meletakkan kepala diatas ribanya. "Abang!" " Ya sayang" " Tolong urutkan kepala sayang, pening lah!" sapa Farhana sambil memejam matanya. Fitrie mengurut kepala Farhana yang dalam keadaan migrain. " Macamana? Dah hilang?" Tanya Fitrie "Belum!" Sapa Farhana sambil mencembik bibirnya.
_izyanaqilah_ 119 " Baru hari pertama dah mengada-ngada. Dulu bukan main jual mahal dengan abang." Perli Fitrie kepada isterinya. " Eh saya pula! Abang tu yang gatal datang nak mengorat saya." " Tak kisah lah itu kisah lama, sekarang abang dah dapat sayang." " Tapi.." Ujar Farhana tanpa menghabiskan ayat nya. Fitrie memandang pelik kearah wajah isterinya. " Tapi apa sayang?" " Macamana jikalau Aqil still ganggu sayang?" Wajah cuak Farhana terpapam didepan Fitrie . Dia cuba menenangkan isterinya yang risau apabila menyebut nama Aqil. Hatinya mula panas apabila mendengar nama Aqil disebut oleh isterinya. Sesungguhnya hatinya mula tidak tenang apabila ada figura yang cuba menganggu isterinya. " Jangan risau sayang! Sekarang abang dengan anggota abang sedang mencari Aqil. dimana lokasi dia bersembunyi." Ujar Fitrie dengan suara tegas. " Tapi ingat! Aqil sekarang tengah bebas dekat luar sana. Abang nak sayang berhati-hati! Bukan setakat sayang saja dia aim, abang pun dia tengah aim sekarang. " Farhana hanya mengangguk akur. " Dah lupakan je, dah lewat ni kita masuk tidur jelah." " Abang." " Ya!" "Dukung!" Farhana menggapai kedua dua tangannya untuk meminta Fitrie mendukungnya untuk masuk ke bilik .
CINTA SI ABANG POLIS Fitrie memasang muka menyampah manja dan dia melangkah kearah isterinya untuk mengangkat Farhana. "Ehh mengada-ngada! Eghhh.. boleh tahan berat juga awak ni ya" perli Fitrie sambil memandang mata Farhana. Farhana menyandar kepalanya didada Fitrie yang sasa itu dan tangannya memeluk leher Fitrie. Dia memandang wajah isterinya dengan penuh rasa kasih sayang. Begitu mendalam cintanya terhadap Farhana walaupun kini dilanda bahaya.
_izyanaqilah_ 121 BaB 17 Jam di dinding berbunyi tepat pada angka 6 pagi. Fitrie bingkas bangun daripada katil dan dia mengstabilkan posisi dan tulang-tulangnya. Dia melihat wajah isterinya yang sedang nyenyak diulit mimpi berpelukan dengan bantal hello kitty. " Sayang! sayang bangun! Dah subuh ni" ujar Fitrie Farhana masih memeluk bantal helo kittynya. Dia menukar posisi tidurnya kearah kanan. " Sayang bangunlah!" Tegur Fitrie dengan suara kasar. Tangannya ditepis perlahan oleh Farhana. Tanpa membuang masa, dia menghidupkan suis lampu biliknya. Cahaya silau memanah kearah mata Farhana. " Ummphh.. abang! Tutuplah lampu tu!" Rengek manja Farhana sambil menggosok matanya yang masih mengantuk itu. Fitrie mencekak pinggangnya kerana geram dengan isterinya yang rumit untuk bangun. " Bangun cepatlah! nanti abang lambat nak ke balai."
CINTA SI ABANG POLIS "Abang pergilah mandi dulu, saya nak sambung tidur lagi.. ehhhr." Sapa Farhana " Tak ada! abang mandi sekejap je, sayang tu mandi lambat! Cepat pergi mandi. Jangan sampai abang ambil baldi dan jirus sayang kat sini. Nak ke?" Tegur Fitrie dengan suara kasar " Okay! okay ! tak nak tak nak." Sapa Farhana bingkas bangun daripada katil nya. Dia menggapai tuala itu dan melangkah masuk ke bilik mandi. Setelah mereka selesai solat subuh , Fitrie bangun daripada sejadah dan Farhana melipatkan sejadah itu diletakkan atas katil. Fitrie menyarung jersi kerja nya dan menyikat rambutnya didepan cermin. Farhana melihat suaminya yang sedang menyiapkan diri nya dengan terukir senyuman dibibir. Pada jam 7 pagi , Farhana menyiapkan sarapan pagi untuk mereka bertiga. Fitrie melangkah kearah pintu rumah untuk keluar. Dia membuka hos air itu dan menyiram pokok dihalaman rumahnya. " Abang!" Jerit Farhana daripada dapur. " Ya sayang!!" " Kejutkan Amyrah , dah pagi ni." " Sekejap!" Dia menutup pili hos itu dan segera melanglah naik ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik Amyrah. " Tok Tok Tok.. Amyrah! Amyrah! " Jerit Fitrie daripada luar. " Ummmmphh apa dia? eh abang! " tersentak Amyrah selepas membuka pintu biliknya. " Dah jam berapa ni? Dah pergi mandi! Tak elok perempuan bangun lewat." Tegur Fitrie kepada adiknya.
_izyanaqilah_ 123 Dengan segera Amyrah melangkah masuk ke bilik mandi. 1 minggu cuti sekolah, dia ditemani abang dan kakak iparnya. " Hmmm sedapnya bau, sayang masak apa? " Sapa Fitrie sambil memeluk pinggang isterinya. " Hari ini saya masak nasi lemak ayam goreng dan sambal manis untuk abang" "Manis?" Tanya Fitrie dengan wajah yang hairan. " Yalah manis, manis seperti senyuman abang." Pickupline yang keluar daripada mulut Farhana membuatkan muka Fitrie kemerahan. Belum pernah dia mendapat kata-kata manis daripada seorang wanita. Amyrah melangkah turun daripada tingkat atas dan menuju kedapur dengan menberi jelingan kearah abangnya. " Morning akak." Sapa Amyrah sambil memeluk lengan Farhana. " Eh! sister in law dah bangun! Morning sayang." Sapa Farhana dengan wajah manis tersenyum. Fitrie melihat gelagat adiknya dengan wajah menyampah dan perli kerana adiknya lewat bangun daripada tidur.Sesungguhnya dia suka menyakat adik bongsunya itu sehingga adiknya naik menyampah. Amyrah membantu kakaknya menyedok lauk untuk sarapan pagi dan menghidangkan sarapan itu atas meja. " Tepilah sikit abang! Bagi ruang adik nak lalu." Sapa Amyrah dengan suara memerli. Dia menjeling kearah abangnya. " Eh budak ini , tarik telinga baru tahu." Ujar Fitrie sambil mencekak pinggang. "Abang, tengahari nanti saya nak pergi butik kejap, nak jenguk anak buah jaga butik."
CINTA SI ABANG POLIS " Boleh je! Tapi hati-hati pergi butik tu." " Insyallah. Amyrah nak ikut akak?" Amyrah yang sedang fokus menikmati sarapan itu hanya mengangguk dengan pertanyaan kakak iparnya. " Nak ikut akak jugak" " Okay nanti akak belanja sushi untuk Amyrah." " Sushi? Taknak! Nak starbuck or Pizza hut."sapa Amyrah " Tak ada benda lain ke adik nak makan selain dua tu?" Tanya Fitrie dengan suara kasar. " Ish sibuklah abang ni.. biarlah kak Far nak belanja, nak tunggu abang belanja memang lambat lagi." Sapa Amyrah sambil menjeling kearah abang nya. " Hah melawan!" Farhana menepuk dahinya melihat dua beradik itu bertengkar mulut tanpa henti. " Eh eh dah dah.. abang pun tak habis-habis nak sakat Amyrah." Selepas mereka selesai bersarapan, Amyrah dan Farhana mengemas dan membasuh semua pinggan yang mereka gunakan semasa bersarapan. Setelah Fitrie sampai di balai dia berjalan menuju kebilik kerjanya, tiba-tiba ada satu laporan yang masih belum siap terletak diatas meja. Dia mengambil laporan itu dan menyemak dengan begitu fokus . Gambar didalam laporan itu menunjukkan ada satu lagi kes bunuh. Dia menyemak teliti laporan kes itu , tertera nama Aqil Edrian.
_izyanaqilah_ 125 " Mangsa adalah Afira Aimuni seorang wanita berusia 20 tahun dibunuh di sebuah kediaman nya kerana dendam dan hutang yang belum dilangsaikan. Pemangsa adalah Aqil Edrian." Setelah dia membaca serba sedikit mengenai kes bunuh didalam laporan itu , fikirannya mula risau. Jam menunjukkan angka 11 pagi, Amyrah menemani kakak iparnya pergi ke butik . Setelah mereka sampai di butik, tiga pekerja butik itu menjalankan kerja masing-masing. " Assalamualaikum." Sapa Farhana " Waalaikumusalam kak Far." Salam dijawab oleh pekerja butik itu. " Macamana hari ini ? Semua okay? " tanya Farhana. Amyrah duduk diatas kerusi sambil menikmati tutti frutti yang baru saja dibeli tadi. " Alhamdulilah! Tadi ada seorang pelanggan datang tempah baju pengantin sebanyak 5 pasang." " Syukur Alhamdulilah! ingat ya, kekalkan momentum macam ini, barulah bisnes butik kita maju." Sapa Farhana. Semua pekerja butik itu bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Farhana. Seorang jejaka tinggi memerhati dari jauh kearah Farhana dan Amyrah. " Akak, saya rasa nak makan Texas Chicken lah malam ini" Sapa Amyrah sambil memegang phonenya yang ralik bermain games Candy Crush. " Texas Chicken? Wow sedap jugak , tapi abg Fit suka tak Texas Chicken?" Tanya Farhana kepada adik iparnya. " Entah! Dia suka kot." Sapa Amyrah.
CINTA SI ABANG POLIS " Tak apalah , disebabkan Amyrah nak makan, nanti akak belikan Texas Chicken, okay sayang!" Sapa Farhana. Enjin kereta miliknya itu dihidupkan dan mereka terus meninggalkan tempat itu untuk perjalanan pulang ke rumah. Pada petang itu, Fitrie pulang daripada kerja dan kakinya melangkah masuk kedalam rumah. Uniformnya diletakkan diatas kepala sofa dan dirinya kepenatan terus terbaring diatas sofa. Matanya ditutup dan terus lelap. Jam 8 malam, Amyrah sedang mengulangkaji pelajaran didalam biliknya sementara itu Farhana ditingkat bawah diruang tamu sedang menonton tv seorang diri. Kereta miliknya dimatikan setelah sampai di Texas Chicken. Dia keluar daripada keretanya dan menuju ke pintu masuk Texas Chicken. Tanpa dia sedar, seorang gadis sedang mengekori daripada belakang. Sah gadis itu adalah Elyana. " Terima kasih! Datang lagi." Sapa pelayan Texas Chicken itu. Dia melangkah menuju kepintu keluar dan tiba-tiba bahunya dicuit perlahan dari belakang. " Elyana.. bu..buat apa dekat sini?" Tanya Fitrie sambil memandang sekeliling. " I nak ajak you kahwin." " What?? Apa semua ini El? I dah kahwin lah! Boleh tak you lupakan i dengan segala kenangan dulu." " Alah Fit.. itu kisah dulu," " No! i dah kahwin! kalau you nak kahwin, carilah lelaki yang lebih baik daripada i. Now, Farhana adalah segala-galanya untuk i."
_izyanaqilah_ 127 " u.... u .. Ishh." Keluh Elyana Tanpa melengahkan masanya , dia meninggalkan gadis itu dan dia menghidupkan enjin keretanya dan meminggalkan tempat itu. Pandangan tajam Elyana kearah Fitrie membuatkan dendamnya terpahat didalam hati. Dia berpakat dengan Aqil untuk menjatuhkan Farhana dan Fitrie. " Tak apa! Kau tunggu Fitrie, aku akan pastikan kebahagiaan kau akan hancur tidak lama lagi". senyuman sinis terukir di bibir Elyana. Pada jam 9 malam, kereta milik Fitrie didengar oleh Amyrah dan dia membuka pintu rumah untuk melihat abangnya. " Nah Texas Chicken " " Yeay, terima kasih abang. Beruntunglah Amyrah ada abang macamni, hari-hari boleh habiskan duit abang." Perli Amyrah sambil meletakkan plastik Texas Chicken diatas meja. Wajah Fitrie mula berkerut apabila adiknya berkata begitu. " Banyak cantik muka kau dik!! Jangan macam-macam ya, abang jentik telinga kau kejap lagi." " Akak, tengok abang ni, Semenjak dah kahwin makin garang je hari-hari." Jelingan diberi oleh Amyrah. Fitrie mencekak pinggangnya apabila mendengar adiknya mengutuk dirinya garang. “Apa? Kau ulang balik cakap kau dik! Abang kau garang? Haa memang pun!” Balas Fitrie dengan suara memerli. Sekali lagi Amyrah memberi jelingan kepada abangnya.
CINTA SI ABANG POLIS Farhana mengambil dua ketul ayam diletakkan didalam pinggan dan diletakkan dihadapan suaminya. Dia hanya menggeleng kepalanya melihat kerenah suami dan adik iparnya yang masih berperang mulut. Amyrah yang masih berumur 13 tahun itu mulutnya lebih berbisa daripada abangnya.
_izyanaqilah_ 129 BaB 18 Fitrie mengubah posisi tidurnya kearah kanan,matanya sedikit terbuka dan melihat disebelahnya tiada sesiapa. Dia bingkas bangun dan mencari sosok tubuh isterinya,tetapi tidak jumpa. Tiba-tiba terdengar satu bunyi dibelakang rumah . “Prak!” Bunyi pasu bunga pecah dibelakang rumah. Farhana mengangkat pasu bunga itu untuk mengubah posisi ke tempat lain dan pasu itu terjatuh lalu pecah. Fitrie dengan pantas berlari menuju kearah belakang rumah dan melihat apa yang berlaku. " Alamakkkk! Pasu aku!!!" Jerit Farhana apabila melihat pasu bunganya pecah. "Sayang, kenapa tu?" Sapa Fitrie "Abang, pasu bunga yang kita beli tempoh hari dah pecah."Merayu Farhana kepada Fitrie dengan suara yang manja. Fitrie hanya memerhati isterinya dengan riak wajah yang bersahaja tetapi hatinya ingin saja gelak. " Hmm! Yang awak pergi angkat seorang diri dah kenapa? Pasu tu kan berat." Tanya Fitrie.
CINTA SI ABANG POLIS "Abang dah mandi belum? Bukan sepatutnya hari ini abang kerja ke?" Tanya Farhana sambil melihat suaminya yang baru saja bangun daripada tidur. "Tak! abang cuti." Amyrah melangkah turun daripada anak tangga dan menuju kearah dapur. Dia terlihat abang dan kakak iparnya berada dikawasan belakang rumah. " Abang! kakak!" Jerit Amyrah sekuat-kuatnya. " Eh Amyrah!" Sapa Farhana. " Abang! Tadi abang Akeem call, dia ajak Amyrah teman dia pergi duduk rumah pak long." " Akeem? Sepupu kita?" Tanya Fitrie. " Ya, abang Akeem. Dia ajak adik seorang je temankan paklong dekat kampung." Fitrie memandang adiknya dengan pandangan yang tajam untuk memberi keizinan. Dia raguragu untuk melepaskan adiknya. " Please abang!! Izinkan! " Amyrah mencebikkan bibirnya dan tangannya digenggam keduaduanya. " Baiklah, abang izinkan, tapi ingat jangan nakal-nakal tau". Tegur Fitrie “Baiklah abangku! Sayang abang!” Ujar Amyrah sambil memeluk erat abangnya dengan begitu kasar walaupun sering bergaduh tidak kena tempat. Pada malam itu, mereka hanya tinggal berdua dirumah itu dimana Amyrah sudah pergi ke kampung bersama sepupunya. Farhana duduk disamping suaminya diatas sofa itu dan dia memeluk pinggang suaminya .
_izyanaqilah_ 131 " Abang." " Ya sayang." Sapa Fitrie sambil menukar siaran menggunakan alat kawalan tv. " Fatin dan Hafizi dah ada anak, kita bila lagi bang? " Fitrie memandang kewajah isterinya apabila mendengar kata-kata isterinya. Sayu saja dia mendengar suara isterinya apabila bercakap tentang anak. " Sayang! Kenapa tanya macam itu? Ada rezeki tak kemana-mana sayang. Insyallah sayang, abang tak kisah tentang itu janji cinta abang tak pernah berubah!” " Betul?" " Betul sayang." Pipi Farhana dicubit halus oleh Fitrie " Love you abang Inspektor " " Love you too sayang." Pelukkan erat Farhana di pinggang Fitrie masih tidak dilepaskan. ... Keesokan harinya, Fitrie dan Farhana keluar membeli belah di sebuah pusat membeli belah . Mereka berjalan bersama-sama berpimpin tangan. Orang sekeliling didalam mall itu hanya memandang mereka berdua. Setelah sampai di satu kedai baju, Farhana mengheret tangan Fitrie untuk masuk sekali didalam kedai baju blaus itu. Dia memilih pelbagai jenis baju yang ada disitu. Dia tidak pernah mengeluh dengan sifat suka membeli daripada isterinya. "Abang, cantik tak yang ini?" Fitrie memegang dagunya dan meneliti kecantikkan baju itu.
CINTA SI ABANG POLIS " Cantik tak? Cepatlah!” Rungut Farhana menyuruh Fitrie memberi jawapan. Lengan Fitrie digoncangkan dengan kuat. Dua pekerja kedai baju itu melihat gelagat Farhana yang serba tidak kena. " Janganlah macamni sayang! Sakit lengan abang." Sapa Fitrie dengan tidak rela. Tiba-tiba telefon miliknya berbunyi dan dia menyambut panggilan itu. " Halo Assalamualaikum." " Waalaikumusalam tuan, saya Koperal Azril." " Ya kenapa tu Azril?" " Tuan, saya baru saja check kordinat dimana suspek yang kita buru sekarang berada." " Jadi? Dimana kedudukan mereka sekarang? " " Mereka sekarang bersembunyi di sebuah rumah usang. Lokasinya di Kepong. Penagih dadah yang baru bersembunyi disitu." " Baiklah, sekarang saya nak awak dan orang-orang awak serbu tempat itu, malam ini juga" "Baiklah Tuan, Terima Kasih Assalamualaikum. "Waalaikumusalam. Dia terus mematikan panggilan itu. Farhana yang baru selesai membeli baju miliknya terus berjalan menuju kearah Fitrie. "Abang!" " Eh dah siap? Berapa helai beli baju?" Tanya Fitrie tenang. " Dua je tapi berlainan design." Sapa Farhana sambil memegang beberapa buah beg kertas yang berisikan baju yang dibeli tadi.
_izyanaqilah_ 133 " Oh ya ke? Jomlah abang dah lapar ni." " Jom makan sushi bang!" Sapa Farhana mengeluarkan muka memaksa. Fitrie menepuk dahinya kerana Farhana dengan sushi tidak boleh berpisah. Langkah mereka berdua terhenti seketika. " Aduii sayang, Abang baru nak makan dekat McDonald." " Alahh! nak makan sush!" " Farhana Edrina!" Jelingan tajam diberikan kepada Farhana. " Okay lah okaylah jom, McDonald jom." Sapa Farhana dengan suara malas. Airmukanya mula malas hendak melayan. Fitrie memandang kearah wajah Farhana yang masam mencuka itu. Dia hanya menahan gelak. Farhana meluru naik ke tingkat atas tanpa menghirau suaminya yang mengangkat barang yang dibeli tadi. Dia duduk diatas katil sambil termenung seketika. Tiba-Tiba dia menekup mulutnya seakan ingin muntah. " Werkkk" Dia pantas ke bilik mandi dan mengeluarkan segala isi perutnya. Selepas dia mengeluarkan segalanya, dia keluar daripada bilik mandi dan ternampak sosok tubuh suaminya diatas katil. " Eh abang!" " Sayang okay ke?" " Okay cuma muntah sikit. Maybe tersalah makan kot" " Ooo ya ke? Tak apalah rehat dulu. Abang nak mandi " Sapa Fitrie menggapai tuala mandinya. "Abang!" Sapa Farhana dengan suara yang lemah. Pandangannya menunduk kebawah.
CINTA SI ABANG POLIS Langkah Fitrie terhenti seketika. Dia menoleh kearah isterinya dengan pandangan yang bersahaja. Dia berdiri dan memandang dengan penuh sayu. " Ya Sayang" " Goodnight and I love You" "Goodnight sayang abang." Setelah itu , dia meletakkan kepalanya diatas bantal terus melelapkan matanya. Fitrie yang baru saja selesai membersihkan dirinya ,dia terlihat isterinya yang sudah nyenyak diulit mimpi dan dia terus menutup semua suis lampu biliknya. " Selamat malam sayang." Sapa Fitrie sambil mengusap rambut isterinya. " Tolong lepaskan aku! Aku merayu." Jerit Farhana meronta-ronta untuk dilepaskan. " Jangan harap aku akan lepaskan kau Farhana! kau tetap akan jadi milik aku.” Kata lelaki itu dengan penuh rasa menyeramkan. Lelaki misteri itu cuba menyeksakan keadaan terhadap Farhana. Dia meronta ronta untuk lepaskan diri tetapi gagal. Bajunya yang ditarik oleh lelaki itu sudah terkoyak. " Tolong! Tolong!" Jerit Farhana sekuat-kuatnya. Dia menutup bahagian bajunya yang terkoyak itu. " Diam! better kau diam kalau tidak pisau ni tertusuk dalam perut kau! Kau tak sayang nyawa kau?" Tengking lelaki itu. Dengan tiba-tiba lelaki itu cuba untuk membunuh Farhana dan...
_izyanaqilah_ 135 " Ahhh tolong tolong! jangan bunuh aku." Jerit Farhana sehingga katil tidurnya bergoyang. Kakinya menendang Fitrie sehingga terjatuh kebawah. "Aduh!” Sapa Fitrie selepas ditendang oleh Farhana. Dia segera bangun daripada tendangan itu dan memegang muka Farhana. Dia cuba menenangkan isterinya yang masih dalam mimpi ngeri itu. " Sayang! Sayang bangun." Fitrie cuba menepuk pipi isterinya untuk sedar. " Ahhh! Astagfirullahalazim mimpi rupanya." Sapa Farhana sambil mengusap wajahnya. " Sayang okay ke? Sakit tau abang kena tendang." Bibirnya dicebik. " Alamak! Sorrylah abang. Astagfirullahalazim! Abang okay tak?" Tanya Farhana sambil menggaru kepalanya. " Abang okay, dah sambung tidur.” Selepas dia mengusap kepala isterinya untuk sambungkan tidur, dia bangun daripada katil dan menuju ke dapur untuk mencari air untuk diminum. Dia berjalan menuju ke dapur, tiba-tiba dia ternampak satu ekor tikus yang sedang merobek tong sampah yang berada didapur. Dia menghalau tikus itu dan dengan segera dia mengambil sebiji cawan dan menadah air Coway. Dalam dia leka meneguk air itu, tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang cuba memerhatinya daripada luar. Fitrie mambasuh gelas itu dan diletakkan ditempat simpan gelas itu. Dia tidak menyedari bahawa ada sepasang mata yang memerhati dirinya daripada luar. Hatinya mula tidak tenang dan langkahnya terhenti, sebelum dia mematikan suis lampu didapur, dia memandang sekeliling dapur.
CINTA SI ABANG POLIS " Perasaan aku je kot." Ujar Fitrie. Dia menutup suis lampu dapur dan bergerak naik ke tingkat atas. Farhana mencari sosok tubuh suaminya disebelah tetapi tiada. Terdengar satu tapak kaki meluru kearah biliknya dan dia melihat kearah pintu. " Eh! abang rupanya. Abang pergi mana?" Tanya Farhana dengan nada ketakutan. " Abang pergi bawah tadi,haus." Jawab Fitrie dengan tenang. “Oo! Jomlah tidur!” Lelaki yang sedang memerhati Fitrie dan Farhana daripada luar itu membuatkan dirinya makin panas dan rasa dendamnya makin tinggi. " Fitrie Amsyar! Dendam aku tehadap kau masih belum hilang! Farhana tetap milik aku." Ujar lelaki yang memerhati Fitrie sewaktu didapur. Dia meninggalkan tempat itu dengan pantasnya.
_izyanaqilah_ 137 BaB 19 Aqil membuka pintu biliknya yang dipenuhi dengan gambar Farhana di dinding , dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi dan pisau diatas meja diggapai dan dia menghiris sekeping gambar Farhana bersama Fitrie . Dia menikam pisau itu diatas gambar. '' Aku pastikan kebahagiaan korang akan hancur!" Sergah Aqil Dia menghentakkan mejanya sehingga barang diatas meja itu jatuh ke lantai. Dia masih menyimpan perasaan kepada Farhana daripada dahulu lagi tetapi kerana kehadiran Fitrie dalam kehidupan Farhana, semuanya menjadi dendam . Dia tidak dapat menerima kenyataan apabila gadis yang dicintai dahulu kini menjadi milik orang lain. Hanya dendam dihati untuk dia mendapatkan kembali gadis itu. .. Alarm di telefonnya berbunyi dengan sekuat-kuatnya, matanya perlahan-lahan terbuka dan dia memandang kearah kanan,tiada sosok tubuh isteri disitu. Bingkas dia bangun daripada tidur dan terdengar satu suara ditingkat bawah . Dia bingkas bangun dan melangkah turun anak tangga dan dia melihat dua tetamu yang dia kenali. Hafizi dan Fatin bersama anak kembarnya. Sekian lama mereka tidak bertemu dengan pasangan pengantin baru ini. '' Haaa itu pun dia pengantin lelaki,baru bangun daripada tidur." Perli Hafizi
CINTA SI ABANG POLIS '' Lama tak nampak kau Fizi, sihat ke? '' sapa Fitrie '' Alhamdulilah sihat! Macamnilah aku sejak dah jadi bapak ni." Keluh Hafizi dengan riak wajah yang kurang menyenangkan. Farhana dan Fatin hanya menahan gelak apabila mendengar kata-kata Hafizi. Dia tahu semenjak Hafizi menjadi ayah, hidupnya semakin tegas. '' Mana anak kembar kau?" Tanya Fitrie ''Itu dekat sana! Tengah main lego!” Balas Hafizi sambil memandang anaknya bermain lego. Fitrie berjalan kearah anak-anak Hafizi yang sedang asik bermain lego. Faeqa dan Haider memandang wajah Fitrie . Faeqa menggapai tangan kepada Fitrie untuk minta didukung. '' Alahaiii! anak uncle ni,mari sini." Sapa Fitrie sambil mendukung Faeqa. '' Amboiii! Bukan main ya Faeqa, laju je kalau uncle Fitrie datang. Papa nak minta dukung ,terus tak nak!” Keluh Hafizi cemburu. '' Haha, kau jeles ke anak kau aku dukungkan?'' '' Tiada masa aku nak jeles.” '' Eleh, jeles cakap jelah jeles.'' “Uncle so handsome!” Kata Faeqa kepada Fitrie. Membulat mata Fitrie mendengar kata-kata anak kepada kawannya mengatakan dia kacak. Jelingan tajam daripada Hafizi membuatkan Fitrie menahan gelak apabila melihat reaksi wajah rakannya. Dia hanya menggeleng kepala melihat gelagat anaknya.
_izyanaqilah_ 139 Fatin membantu Farhana menyiapkan makanan untuk tengahari . Sekian lama mereka tidak bertemu selepas Farhana dan Fitrie mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu. '' Macamana ? Sedap tak?" Tanya Farhana '' Ummmm! Sedap weh! pandai jugak kau masak!'' sapa Fatin dengan masakkan Farhana. '' Of course lah, ini Farhana Edrina kot. Macam kau tak kenal'' '' Berlagak!" Fatin menaikkan matanua keatas tanda dia menyampah dengan sifat berlagak Farhana itu. Dia meneruskan membantu Farhana masak untuk makan tengahari. Beberapa minit kemudian, selepas mereka semua selesai menikmati makan tengahari, Hafizi dan Fatin meminta diri untuk pulang ke rumah. Faeqa masih didalam dukungan Fitrie. '' Terima kasihlah, susah-susah je siapkan makan tengahari." Sapa Hafizi '' No hal lah, kebetulan kau datang waktu macam ini, Farhana masak siap-siaplah.” Ujar Fitrie. '' Okaylah, aku pulang dulu tau. Kita jumpa esok dekat office'' '' Okay baiklah bro. jumpa esok'' Sapa Fitrie selepas mengenggam tangannya dengan Hafizi. Selepas kereta milik Hafizi hilang dari radar mata mereka, Fitrie memandang wajah Farhana dan mengempung Farhana di depan pintu rumahnya. ''Eh abang dah kenapa? '' Membulat mata Farhana apabila Fitrie memandang tajam kearahnya. " Salah ke abang nak tengok wajah isteri abang ?'' Sapa Fitrie sambil memberi pandangan tajam kepada Farhana. '' Eiii, pergi lah mandi! Busuklah.” Ujar Farhana sambil menutup hidungnya.
CINTA SI ABANG POLIS '' Kalau abang tak nak mandi?'' Tanya Fitrie sambil mengusik isterinya. Sengaja dia ingin menyakat isterinya. '' Kalau abang tak nak, biar saya mandikan abang pakej bungkus dengan kain kapan. Nak?'' Ugut Farhana dengan pandangan yang maut menusuk kedalam anak mata Fitrie. “Okaylah! Abang pergi mandi sekarang!” Sapa Fitrie tenang. Sebelum dia meninggalkan Farhana, dia mengenyitkan matanya kearah Farhana. Riak wajah Farhana hanya bersahaja dan tiada sedikit senyuman tetapi hatinya ingin saja mahu gelak. Dengan segera dia melangkah menuju naik ke tingkat atas dan membersihkan dirinya. Farhana menggeleng kepala apabila melihat kerenah nakal suaminya yang belum lagi mandi daripada tadi. Tiba-tiba dirinya terasa ingin mengeluarkan isi perut dan dengan pantasnya dia pergi ke tandas dan dia mengeluarkan segala isi perut didalam sinki. '' Werk! Apa dah kena dengan aku ni? Dua kali muntah?''. Selepas dia keluar daripada tandas, dia ternampak satu kotak diatas almari dapurnya . Kotak itu adalah alat ujian kehamilan yang diletakkan oleh Fatin secara senyap sewaktu mereka sedang memasak. Fitrie melihat isterinya yang berada didapur yang sedang memegang satu barang di tangan isterinya. ''Sayang, buat apa tu?'' '' Eh abang! Tak, saya terjumpa benda ni haa! Tak tahu siapa punya!” Ujar Farhana. Dia memusingkan kotak alat ujian kehamilan itu berkali-kali. '' Alat uji kehamilan?'' Farhana hanya mengangguk.
_izyanaqilah_ 141 '' Sayang, malam ini abang nak keluar!'' Sapa Fitrie. Dahi Farhana berkerut apabila mendengar kata-kata Fitrie. Tiba-tiba saja suaminya meminta izin untuk keluar malam ini. Hatinya mula rasa tidak tenang. Fikirannya mula negatif '' Abang nak pergi mana?'' Tanya Farhana dengan suara yang lemah. '' Malam ni abang nak lepak dengan Shahril. Dia baru je balik daripada kampung petang tadi.'' " Oh ya ke? Okay! Tapi jangan balik lewat tau! Kalau tidak saya kunci pintu." Perli Farhana dengan wajah yang jengkel. ''Okay lah sayang. Abang janji.” Sapa Fitrie. Dia memeluk pinggang isterinya dengan penuh kasih sayang. ... Jam menunjukkan angka 8:45 malam, dia bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan rakan sekerjanya Shahril. Dia menyarung baju putih ,berjaket hitam dan memakai topi hitam. Dia menggapai kunci keretanya yang terletak diatas almari itu. '' Dia melangkah turun anak tangga dan terlihat Farhana yang sedang nyenyak diatas sofa yang baru saja selesai menunaikan solat isyak . '' Sayang'' '' Eh abang.,nak kemana?'' '' Abang nak keluar kejap! Jumpa Shahril" ''Oh ya ke! Okay-okay, hati-hati tau. Sayang risau lah." Sayu saja suara Farhana dengan riak wajah yang tidak tenang.
CINTA SI ABANG POLIS '' Apa yang sayang risaukan? Dah jangan fikir bukan-bukan. Abang pergi dulu tau." Sapa Fitrie dan mencium dahi isterinya sebelum langkah keluar daripada rumah. " Jangan lupa kunci rumah ni. Abang pergi dulu.'' Tegur Fitrie dan dia menutup pintu rumahnya. Enjin kereta miliknya dihidupkan, Farhana melihat suaminya yang sedang mengundurkan keretanya keluar daripada halaman rumah . Selepas kereta milik suaminya hilang dari radar mata nya, hatinya mula merasai tidak tenang. Dia menutup pintu rumahnya dengan penuh perlahan . Tangannya diletakkan diatas dada , jantungnya berdegup laju. “Ya Allah! Jauhikanlah kami dari segala mara bahaya.” Farhana mengaminkan doa itu. *** Di Cafe *** Di Cafe yang mereka selalu lepak , Shahril dan Fitrie berjumpa disitu setelah sekian lama tidak bertemu. Shahril yang baru pulang daripada kampung neneknya kerana dia menjaga neneknya sakit. " Macamana dengan nenek kau? Dah sihat?'' Tanya Fitrie. '' Macam tulah, dia punya kanser dah tahap 4." Sapa Shahril. Beberapa minit kemudian, makanan yang mereka pesan sebentar tadi sampai dimeja mereka. Shahril hanya melemparkan senyuman kepada pelayan itu dan mengucapkan terima kasih . '' Oh ya ke? So Macamana? ''Tanya Fitrie dengan wajah yang cuak. '' Aku suruh cousin aku jagakan, sebab aku dapat cuti 3 hari je.'' '' Hm! Aku dengar member sekelas dengan kita dulu si Airul dah kahwin kan? "
_izyanaqilah_ 143 '' Airul? Oh si hyper itu! Ya dia dah kahwin, dia pun kerja sebagai askar. Pangkat pun Leftenan woii." '' Seriuslah Leftenan?! Boleh tahan juga si Aerul itu ya." " Yes, memang pangkat dia Leftenan. Kalau ada masa boleh kita ajak dia lepak sekali.” "Dia nak ke lepak dengan kita masalahnya? Entah-entah kerja dia lagi sibuk." " Its okay, kalau dia free, kita ajak je dia lepak sama-sama. Dia melihat jam ditangannya sudah masuk jam 10 malam. Dia cuba menghabiskan minumannya dan bingkas bangun daripada bangku itu. Shahril dan Fitrie berjalan menuju kepintu keluar cafe itu . '' Ril, aku pulang dulu tau, apa-apa kita jumpa lagi nanti. Kirim salam dekat Aerul tau." Sapa Fitrie sambil menyalam dengan Shahril ''Beres! Insyallah nanti aku sampaikan salam dekat Airul." '' Aku balik dulu! Take Care bro'' '' Ok. Hati-hati." Selepas dia meninggalkan Shahril dan tempat itu, dia berjalan dimana tempat keretanya diparking. Dia melalui kawasan yang sunyi itu dan dia merasai ada yang mengekorinya daripada belakang tetapi dia tidak menghiraukan hal itu dan dia meneruskan langkahnya menuju kearah keretanya Belum sempat dia membuka pintu keretanya, tiba-tiba mulutnya ditekup dengan kain oleh seseorang dibelakang. Dia cuba meronta-ronta tetapi gagal dan dia pengsan dipangkuan lelaki itu. Sebuah van berhenti disitu, Fitrie dicampak masuk kedalam van dan segera meninggalkan tempat itu.
CINTA SI ABANG POLIS Lelaki itu mengikat tangan dan kaki Fitrie dengan tali sekuat-kuatnya
_izyanaqilah_ 145 BaB 20 " Prakk." Pinggan yang dipegang Farhana terjatuh kelantai dan hancur berkecai. Selepas itu sebiji mentol lampu rumahnya pula terpadam dan pecah secara tiba-tiba. Hatinya mula merasai tidak tenang. Dia termenung seketika dan didalam fikirannya seperti bermain sesuatu. " Astagfirullahalazim! Apa yang berlaku sebenarnya ni? Pinggan ini dahlah mahal, boleh pulak jatuh berkecai." bebel Farhana seorang diri sambil mengutip serpihan kaca pinggan diatas lantai. Dia memandang kearah jam dinding yang menujukkan angka sudah masuk 12 tengah malam. Dia menunggu Fitrie pulang ke rumah sehingga dia tertidur atas sofa diruang tamu nya. Segala lampu diruang tamu dibiarkan begitu saja. Di sebuah rumah usang yang jauh didalam pendalaman hutan, lelaki itu mengikat tangan dan kaki Fitrie dengan sekuatnya pada kerusi. Dia masih berada didalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mata tertutup. Lelaki itu membuka kain hitam yang menutup mata Fitrie. Lelaki itu menyimbah sebotol air kearah muka Fitrie dan dia perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat sekeliling kawasannya yang sangat asing, dia mencuba untuk melarikan diri tetapi tangannya diikat kebelakang dengan kuat. Lelaki itu berdiri dihadapan dan memandang dengan pandangan yang tajam.
CINTA SI ABANG POLIS "Dah bangun?" Sapa lelaki itu, Wajah lelaki itu ditutupi dengan topeng hitam. " Siapa kau? Aku dekat mana ni? " jerit Fitrie sambil meronta-ronta tangannya. Dia tidak sedar dan tertanya kenapa dirinya berada ditempat yang sangat asing sekarang. Lelaki itu hanya memberi senyuman sinis. Dia bangun daripada kerusinya dan berjalan mengelilingi Fitrie dan berhenti didepan. Dia memandang dengan pandangan tajam . Senyuman yang jahat dan sinis itu membuatkan Fitrie makin tercabar. " Hahaha! Kau nak tahu siapa aku? " Tanya lelaki itu sambil membaling senyuman jahat. Lelaki itu terus membuka topeng dan memandang kearah Fitrie. Sungguh dia tidak sangka lelaki itu adalah musuh ketatnya Aqil Edrian. Wajah Fitrie sangat terkejut dan cuak apabila lelaki itu adalah Aqil. " Aq..Aqil? Kenapa kau buat semua ini? Apa salah aku terhadap kau?" Jerit Fitrie dengan wajah bengisnya. Aqil hanya tersenyum sinis dan tiba-tiba... Pang ... Aqil menampar kuat kearah muka Fitrie sehingga bibirnya terluka. Terasa panas dipipinya setelah satu tamparan kuat daripada Aqil. Dia meronta-ronta dengan kuatnya tetapi apakan daya tangan dan kakinya terikat kuat pada kerusi itu. Dia memasang muka yang baran kearah Aqil. " Ahhh! Jerit Fitrie kesakitan selepas ditampar. Aqil mengenggam dagu Fitrie dan dia memberi pandangan tajam dengan penuh dendam. " Inspektor Fitri Amsyar, kau jangan nak tunjuk herolah dengan aku. Kau masih ingat lagi, operasi melibatkan kes dadah beberapa bulan yang lalu? " Tanya Aqil dengan suara penuh dendam. Fitrie hanya diam membisu dan memandang wajah Aqil dengan penuh baran.
_izyanaqilah_ 147 "Kerana engkau. anak-anak buah aku semua tidur didalam lokap.Dadah yang anak-anak buah aku simpan semua dirampas. " Tengkin Aqil dengan penuh keras. Dia melepaskan dagu Fitrie dengan penuh kemarahan yang membarak didalam hatinya. “Sepatutnya dengan kau sekali disumbat dalam penjara!” Jerit Fitrie dengan wajah yang baran. Sekali lagi tamparan kuat daripada Aqil hinggap ke muka Fitrie. Terasa panas pipinya apabila ditampar buat kali kedua. Dia tidak dapat membuat apa-apa. "PANG" "Kurang ajar! Kau jangan nak tunjuk hero. Disebabkan kaulah segala rancangan aku musnah. " Dan Farhana,sepatutnya Farhana menjadi milik aku, bukan milik kau". Jerit Aqil sambil mengacukan pistol kearah Fitrie. Ingin saja dia membunuh Fitrie kerana dendam yang sekian lama tersemat didalam hatinya. " Kau jangan sentuh isteri aku! Kau tiada hak untuk ganggu isteri aku." Jerit Fitrie sambil meronta-ronta. Tiba-tiba terdengar satu bunyi tapak kasut heel daripada luar. Seorang gadis berskirt pendek dan memakai jaket hitam masuk kedalam rumah usang itu. Gadis itu adalah Elyana. Dia melangkah masuk sehingga kedalam rumah usang itu dan memerhati Fitrie yang duduk terikat dikerusi itu. Dia mendekatkan dirinya didepan Fitrie. "Inspektor Fitrie Amsyar right?" Sapa Elyana dengan wajah yang sinis dengan penuh dendam. " Elyana,apa semua ni?" Tanya Fitrie dengan suara garaunya. " You masih ingat i ? Kalau u masih ingat, bagus lah.. apa nama isteri kesayangan u tu? Farhana Edrina kan."
CINTA SI ABANG POLIS " Kau jangan sebut nama isteri aku , dasar gadis murahan." jerit Fitrie. " What? Murahan? Durjana punya jantan." marah Elyana terus memberi tamparan hinggap ke wajah Fitrie. " Isteri kau itu yang murahan.. dia dah rampas segalanya daripada i untuk mendapatkan you balik." Aqil hanya memandang dengan wajah sinis dan dendam. "Isteri aku bukan perampas dan murahan! Tetapi kau yang murahan, kau sanggup curang belakang aku sewaktu kita bertunang dahulu! kau keluar dengan lelaki lain." Tengking Fitrie sambil meronta-ronta tangannya. " Well! aku terima kau hanya untuk sebagai penumpang! Bukan atas dasar cinta."Sapa Elyana dengan penuh dendam. " Durjana kau berdua, kerana dendam, sanggup membolak balikkan hubungan aku dan Farhana.. Setan!" Jerit Fitrie. Aqil menarik kuat rambut Fitrie sehingga wajahnya itu mendongak keatas. Suara kesakitan rambutnya ditarik jelas didengar. Aqil makin menarik dengan kuatnya rambut Fitrie sehingga terkeluarnya suara kesakitan Fitrie. “Ahhhh!!” Jerit Fitrie kesakitan. "Shh.. kau diam! Jangan sampai aku bunuh isteri kau!” Tengking Aqil dan segera dia melepaskan terikkan rambut Fitrie. Elyana dan Aqil meninggalkan bilik kurungan itu dan mengunci bilik itu dan membiarkan Fitrie berseorangan didalam. Fitrie masih lagi meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Dia dikurung didalam bilik itu.
_izyanaqilah_ 149 Hafizi dan Shahril tiba di balai beberapa minit yang lalu. Mereka berdua menuju kebilik dan ada beberapa orang anggota yang berada disitu menegur sapa hormat kepada Hafizi dan Shahril. " Selamat Pagi Tuan" " Selamat Pagi!" Selepas mereka sampai dibilik kerja, Hafizi membuka pintu bilik kerja Fitrie, tetapi tidak kelihatan sosok tubuh yang selalu menceriakan hari mereka berdua. Hafizi dan Shahril kehairanan kenapa kawannya itu tidak hadir. " Aikk.. mana Fitrie?" Dahi Hafizi berkerut apabila melihat kawannya tiada didalam bilik itu. Selalunya yang datang tepat ke pejabat hanya Fitrie. " Kenapa dia tak ada hari ini?" Sapa Hafizi lagi. " Dia cuti kot! Biasalah pengantin baru katakan" sapa Shahril tanpa rasa bersalah. " Eh kau ni kan mulut mengalahkan orang perempuan. " Rileklah, aku gurau jelah." "Kelmarin aku baru je datang rumah dia , kata nya dia akan datang hari ni!" " Mungkin dia minta cuti last minit kot" sapa Shahril. " Hmm, mungkin jugak!" sapa Hafizi. Tanpa mereka melengah masa, mereka berdua terus memulakan kerja dengan membuka fail laporan kes yang belum disiapkan. Farhana yang sedang sibuk memasak makanan tengahari itu menjadi tidak tenang apabila dia menunggu kehadiran suami nya pulang kerumah tetapi sebarang bayangan dia tidak nampak.
CINTA SI ABANG POLIS Dia cuba menghubungi nombor suaminya tetapi tiada respon. Dia mula gelisah dan berfikir panjang. " Ya Allah, kemana laki aku ni? Asal tak jawab call?" keluh Farhana dengan suara tegas. " Susah sangat ke nak angkat call? Kenapa sebelum ni mudah je angkat call" keluh Farhana lagi. Tiba-tiba dia terasa mual. Tanpa dia berdiam diri disitu dan terus ke tandas dan mengeluarkan segala isi perutnya. Dia ternampak kotak pregnancy test diatas almari dapur itu dan dia mencuba untuk mengetahui keputusannya. Beberapa minit kemudian.... Dia melihat alat ujian kehamilan itu keluar keputusan " + 3Weeks " . Dia tidak tahu kenapa dia selalu muntah berkali-kali, rupanya dia sudah mengandung 3 minggu. " What? 3 week? Syukur Alhamdulilah.. Fitrie's junior " " Semoga sihat-sihat selalu ya sayang mama" sapa Farhana sambil mengusap perutnya. Fatin menemani Farhana membuat check up di hospital. Fatin menunggu diluar sementara Farhana berjumpa dengan doktor untuk membuat check up. " Tahniah puan! Puan telah hamil 3 minggu " ucap doktor itu kepada Farhana. Wajah Farhana yang begitu terkejut apabila doktor itu mengatakan dia betul-betul mengandung sudah 3 minggu. Dia sungguh tidak menyangka dia dan Fitrie bakal menjadi ibu dan ayah untuk anaknya itu. " Alhamdulilah! terima kasih doktor." " Suami encik datang bersama tak? Saya nak tandatangannya" sapa doktor itu