The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IZYAN AQILAH, 2024-05-12 10:27:59

manuskrip Cinta si Abang Polis

manuskrip Cinta si Abang Polis

_izyanaqilah_ 151 Farhana terkejut dengan soalan itu apabila doktor itu meminta tandatangan suaminya. Wajah cuak Farhana mula terpapar dimukanya. " Sorry doktor, saya datang dengan kawan saya. Suami saya tak ada." " Okay tak apa, tandatangan puan pun tak apa." Selepas dia keluar daripada bilik doktor itu, Fatin dengan bingkas bangun daripada tempat duduk itu. " Macamana?" tanya Fatin. " Aku.. pregnant 3 week" " Serius lah ! Tahniah! Fitrie's junior. Tapi kenapa kau ajak aku teman kan kau ke hospital? Kenapa tak ajak Fitrie? Farhana hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan daripada Fatin. Dia sangat tidak tenang semenjak itu. Dia tidak tahu kemana suaminya pergi. " Farhana? Kau okay ke?" Sapa Fatin sambil memegang bahu Farhana. " Ops! ak.aku okay.. jomlah! Aku dah lapar ni." sapa Farhana " Okay jom, aku belanja kau nasi ayam geprek" " Wah sedap tu. Jom." Dengan segera mereka berdua berjalan menuju kearah pintu keluar hospital dan menuju kearah kereta milik Fatin. Dia menghidupkan enjin kereta. Dia curi-curi memandang kearah wajah Farhana yang sayu dan pucat itu. Seperti dia memikirkan sesuatu.


CINTA SI ABANG POLIS BaB 21 Selepas dia selesai menunaikan solat maghrib, dia terpandang frame gambar perkahwinannya yang terletak diatas meja solek. Dia buntu dan tidak tahu kemana suaminya menghilang. Airmata yang menitis membasahi pipi diseka selepas memandang gambar itu. " Abang pergi mana? Sudah lama saya menunggu abang balik rumah tapi bayang-bayang abang tidak saya nampak." Sapa Farhana sambil memegang perutnya yang sedang sarat itu. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi.. " Ting..." Dia membuka pintu dan melihat disekitar luar rumahnya, seorang pekerja penghantar makanan FoodPanda menghantar makanan yang baru dipesan. " Ini kak makanannya" sapa Foodpanda rider itu. " Okay Terima kasih dik" " Saya balik dulu." Sapa foodpanda itu. Selepas motorsikal foodpanda itu meninggalkan tempat itu, dia segera masuk kedalam rumah dan mengunci pintu. Dia meletakkan makanan itu atas meja dan dengan segera dia membuka bungkusan makanan itu. Dalam leka dia menjamu makanan itu, dia terpandang kearah kerusi sebelah , dia terbayang wajah suaminya yang selalu memberi senyuman.


_izyanaqilah_ 153 Perasaan rindu tiba-tiba hadir didalam hatinya. Telefon miliknya berdering dihadapannya , tertera nama Inspektor Hafizi dan dia menyambut panggilan itu. " Hallo Assalamualaikum." ' Waalaikumusalam! Farhana, Fitrie ada dekat rumah? " " Fit? Tidak ada dekat rumah!" " Tak ada? Dia pergi mana?" Tanya Hafizi " Aku tak tahu Fizi. Dah tiga hari dia tak ada dekat rumah. Aku risau sebenarnya" " Tak apalah! kalau Fitrie dah balik rumah, nanti suruh dia call aku." " Ok! okay baiklah, Kirim salam dekat Fatin." " Insyallah." Assalamualaikum." " Waalaikumusalam." Dia terus mematikan panggilan itu dan fikirannya mula terganggu. Aqil dan Elyana sedang enak menjamu selera diluar bersama-sama. Sementara dia mengawasi Fitrie yang dikurung didalam bilik yang gelap itu. Dirinya yang masih dalam keadaan diikat dan wajahnya dipenuhi lebam dan berdarah. Dia sudah tiada tenaga untuk meronta-ronta kerana ikatannya itu terlampau kuat. Tiba-tiba matanya terpandang satu gambar yang ditampal pada dinding. Sekeliling bilik itu dipenuhi gambar seorang gadis yang dia kenali.


CINTA SI ABANG POLIS Dia cuba untuk melepaskan ikatan itu tetapi gagal. Dia memandang gambar itu dan ada satu tulisan besar pada dinding itu " Farhana I Miss You" . Wajahnya cuak dan terkejut apabila gambar isterinya dijadikan bahan untuk melepaskan rindu sedangkan tiada lagi hati untuk lelaki seperti Aqil. Pintu bilik itu dibuka oleh Aqil , dia memandang tajam kearah Aqil kerana kemarahan nya membarak selepas melihat gambar isterinya dipenuhi didalam bilik itu. "Dasar kau lelaki iblis! Sanggup kau jadikan gambar isteri aku untuk lepaskan rindu" jerit Fitrie " Hahaha! yes! Why? Salah ke? Farhana adalah cinta pertama aku." " Sial! kau jangan sentuh dan ganggu isteri aku! Cukuplah dengan apa yang kau dah buat pada Farhana dulu. Farhana dah cerita segala-galanya. Kau memang kaki curang" Tiba-tiba Fitrie ditendang kuat sehingga kedudukan nya tumbang ke lantai. Aqil melangkah meluru kearah Fitrie dan menarik rambut sekuatnya. " Eh kau dengar sini! Kerana kau , aku dihina ,dicaci oleh Farhana. Aku yakin, isteri kau itu ,, akan aku cari nanti." " Kau jangan berani ganggu dia! Kau tunggu saja! Masa kau akan berakhir jua!" Jerit Fitrie. Aqil terus menerus menendang ke bahagian dada dan perut Fitrie setelah dia kesabarannya tercabar. Fitrie dalam keadaan lemah setelah diseksa dan ditendang oleh Aqil. Dia meninggalkan bilik itu dan membiarkan Fitrie berseorangan disitu. Hafizi dan Shahril yang fokus menyiapkan kerjanya itu, pintu bilik kerjanya dibuka , pegawai atasan masuk bertemu mereka berdua. " Tuan!" Berdiri tegak.


_izyanaqilah_ 155 "Dimana Inspektor Fitrie?" " Kami tidak tahu Fitrie kemana ! Sudah 3 hari dia tidak masuk bertugas tuan!" " 3 hari? Kemana dia pergi? Dua pegawai berpangkat Inspektor itu bahunya terangkat kerana tidak tahu untuk menjawab soalan pegawai atasan mereka. Mereka berdua tidak tahu dimana Fitrie menghilang semenjak tiga hari. " Ada tak dia minta cuti dengan Tuan beberapa hari lepas?" Tanya Hafizi. " Tiada!” Jawab pegawai atasannya itu. " Tak apa! kalau ada apa-apa nanti, beritahu saya. Faham!". " Faham Tuan" sapa mereka berdua. Farhana sedang fokus mengemas rumahnya tiba-tiba notifikasi whatsappnya berbunyi. Berkerut dahinya melihat mesej yang masuk tanpa hentinya. TING Diaa membuka notifikasi itu dan tertera nama " Ainul" pekerja butik pengantin miliknya. Mesej itu dibaca oleh Farhana dan dia membalas satu per satu sehingga habis. Tiba-tiba datangnya satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali masuk. Sekali lagi dahinya berkerut dan dia menggaru kepalanya kehairanan. " Hai baby, i miss u " Dahi Farhana berkerut membaca mesej itu dan wajahnya cuak seketika.


CINTA SI ABANG POLIS " Siapa ni? " Farhana kehairanan melihat mesej itu. Dia menutup mesej itu dan hatinya mula gusar.Dia tidak tahu apa yang berlaku diluar sana. Seorang anak buah Aqil iaitu Faysal baru saja melangkah masuk kedalam rumah usang itu dengan wajah yang ketat. Elyana didalam bilik sedang mengawasi Fitrie yang terbaring di atas lantai kerana tendangan kuat daripada Aqil. Matanya tertutup dan wajahnya penuh dengan luka dan darah. Elyana menyimbah air diatas muka Fitrie dan dia terkejut dengan simbahan itu. " Arghhh.. El.. apa kau buat kat sini? " Wajah cuak Fitrie terpapar jelas dan dia mengetap gigi mengawal amarahnya. " you tanya apa i buat dekat sini? I tetap tunggu u Fitrie. Please marry me!! "Gedik gadis itu membuatkan Fitrie makin kebelakang untuk mengelak dirinya. " Gila! Aku takkan kahwin dengan perempuan murahan macam kau." Elyana hanya senyum sinis apabila dirinya digelarkan perempuan murahan. Pisau di tangan Elyana mula bergerak dan dia melangkah perlahan kearah Fitrie. " Ish ish.. mudahnya mulut kau keluarkan ayat sebegitu ya Inspektor Fitrie Amsyar! " " Eh! Selagi kau tak ceraikan Farhana, selagi tu hidup kau diseksa dan terseksa." " Akuuuu takkkan ceraikan isteri aku.. Neverrrr." Jerit Fitrie sehingga Aqil dan Faysal masuk kedalam bilik itu. " Fay! Kau jaga dia. Jangan sampai dia terlepas." Sapa Aqil kepada Faysal.


_izyanaqilah_ 157 Fitrie memberikan pandangan tajam kepada mereka bertiga.Dia tidak dapat buat apa-apa kerana tenaganya semakin lemah. Dadanya " So macamana Aqil, apa kita nak buat dengan dia ni?" Sapa Elyana. " Biarkan je! aku ada next plan." Ujar Aqil dengan wajah bengis. " Aku akan cari Farhana sehingga dapat, jika aku tak dapat Farhana.. Fitrie aku bunuh." " And then?" " Kau ikut je plan aku. Tidak lama lagi Farhana akan jadi milik aku." Elyana hanya tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata Aqil untuk menghancurkan Fitrie dan Farhana. Kini dia berjaya melumatkan dendamnya terhadap pasangan itu. Setelah dia keluar daripada shopping mall, dia berjalan menuju kearah keretanya yang diparking disitu. Dalam setiap langkahnya, dia dapat merasai ada seseorang sedang mengekorinya dan dia dengan pantas melajukan langkahnya sehingga sampai di keretanya. Dia memandang sekeliling sebelum masuk kedalam kereta, tiba-tiba mulutnya ditekup menggunakan kain, dia meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi gagal dan matanya perlahan tertutup. ******** Matanya dibuka perlahan-lahan, dia memandang sekeliling tempat itu yang sangat asing. Rumah yang sangat usang dan dia merasai tangannya diikat kebelakang. Membulat matanya kerana dengan tiba-tiba dirinya berada ditempat itu.


CINTA SI ABANG POLIS Gadis yang bernama Elyana memandang kearah wajahnya dengan begitu tajam. " Farhana Edrina!" " Elyana! Kenapa aku ada dekat sini? Aqil? " Jerit Farhana apabila melihat dua manusia yang dia kenali selama hari ini. " Ooo inilah Farhana Edrina, isteri yang cantik yang dipikat oleh abang Inspektor dia tu!" Sapa Aqil dengan nada perli. " Apa kau nak? Lepaskan aku setan!" Jerit Farhana. Tamparan diberikan daripada Elyana sehingga bibirnya berdarah " Eh! kau nak tahu kenapa kau berada disini? Sebab aku akan membalas dendam terhadap kau,Abang inspektor kau itu milik aku." Jerit Elyana seperti orang yang sudah tidak waras. " Sial! Kau jangan perasan Elyana. Fitrie takkan terima kau lagi! Sebab kau perempuan yang durjana. Kau sakitkan hati dia." Jerit Farhana sepuas hatinya. " Kurang ajar" PANG" Tamparan diberikan sekali lagi daripada Elyana apabila Farhana mencabar kesabarannya. " Kau mesti tertanya-tanyakan, kemana cinta hati kau yang handsome tu menghilangkan?" " Faysalll!" Jerit Aqil memanggil Faysal untuk mengheret Fitrie keluar daripada bilik itu. Faysal membawa Fitrie keluar daripada bilik itu tetapi tangannya masih terikat. Wajah lemah Fitrie terpancar diwajah kerana dia sudah tiada tenaga untuk melawan musuhnya itu.


_izyanaqilah_ 159 Farhana sangat terkejut apabila selama ini suaminya tidak pulang kerumah kerana diculik oleh Aqil dan Elyana. " Itu ... abang inspektor kau yang selama harini kau cintakan, yang kau puja hati dia." " Abanggg" Jerit Farhana sambil meronta-ronta tetapi dia ditahan oleh Elyana. " Sekarang ni apa yang aku nak kau ceraikan isteri kau depan aku! Kalau tidak, Isteri kau aku bunuh." Ugut Aqil. " No! Aku tidak akan benarkan perkara ni berlaku. Tidakkkk!" Jerit Fitrie melepaskan geramnya. Aqil menendang Fitrie sekuat-kuatnya sehingga Fitrie jatuh terbaring kebelakang. Fitrie cuba untuk bangun tetapi gagal kerana dia menahan kesakitan. Aqil memijak badan Fitrie sehingga Fitrie meraung kesakitan. " Ahhhh" Jerit Fitrie dengan sekuat-kuatnya. Sungguh terseksa dirinya apabila dia menjadi mangsa tawan. " Aku akan pastikan riwayat kau habis disini! Blaaa." Mereka meninggalkan tempat itu dan membiarkan Fitrie dan Farhana dikurung ditempat itu. Aqil dan Elyana hanya tersenyum sinis jahat. Farhana melihat suaminya yang ditendang tadi ingin membantu tetapi apakan daya, dia juga diikat kuat dikerusi. “Abang!” Sapa Farhana lemah dan menangis. Terseksa matanya melihat keadaan suaminya diseksa. “Sa..sayang!” Sapa Fitrie kembali. Farhana hanya menangis dan tidak dapat berbuat apa-apa demi menyelamatkan suami didepan matanya. Dia terpaksa redha dan pasrah.


CINTA SI ABANG POLIS BaB 22 Gelak ketawa Hafizi dan Shahril kedengaran didalam cafe itu. Mereka berdua berborak sesama mereka tiba-tiba seorang kawan lama satu sekolah dengan Shahril datang menegur mereka. '' Malam ni aku belanja'' sapa Hafizi '' Tak payah! Biar aku je belanja kali ni!'' '' Kau ni kan! Bila Fitrie tak ada, kau sibuk nak belanja.. bila dia ada kau taknak bunyi pulak! Apa punya kawan kau ni'' bebel Hafizi '' Bebel pulak kau! Senang cerita, kau separuh aku separuh! Deal?'' Tiba-tiba seorang lelaki yang tinggi,tegap dan sasa menegur mereka yang sedang berentam tentang belanja. “Leftenan Tengku Aerul Ezwan" '' Assalamualaikum, Shahril Afwan” '' Waalaikumusalam, Eh Tengku Aerul Ezwan. '' Lamanya tak jumpa kau, sihat ke? Mana bini kau?''


_izyanaqilah_ 161 '' Alhamdulilah sihat, ada je kat rumah tu.. Eh mana kawan kita, apa nama dia?'' '' Fitrie Amsyar ?'' '' Yes, Fit! Dia tak join sekali ke?'' sapa Tengku Aerul '' Entah?! dah 4 hari aku tak nampak bayang-bayang dia dekat office.'' ''Kau kerja apa sebenarnya?'' '' Aku pegawai polis . Inspektor '' Tengku Aerul terkejut dengan karier kawan lama nya itu. Hafizi hanya tersenyum melihat gelagat dua kawan sahabat itu berborak. '' Serius lah kau? Inspektor polis? Terbaik terbaik! Habistu si Fitrie pulak? '' Dia pun Inspektor jugak! tapi baru je diserapkan di KL ni! Kau pun bukan calang-calang sekarang'' '' Hahaha! Ya kadang-kadang penat jugak aku kena jaga budak-budak baru yang baru masuk kem tu. Habis hilang suara aku '' sapa Tengku Aerul . ''Biasalah tu , nama pun askar. Aku pun macam tu jugak. '' Setelah makanan sampai dimeja, mereka bertiga menjamu selera. Selepas mereka selesai makan. Hafizi dan Shahril masih lagi berebut untuk bayar makanan itu tetapi dengan pantas Tengku Aerul membayar makanan mereka. " Okay aku dah bayar'' sapa Tengku Aerul Hafizi dan Shahril terkejut apabila Tengku Aerul membayar semua makanan itu. Dengan pantas mereka berdua bangun daripada bangku itu dan mengucapkan terima kasih.


CINTA SI ABANG POLIS '' Serius lah ? Apapun terima kasih " '' Sama-sama no hal lah! Perkara kecil je daripada korang berdua berebut nak bayarkan, baik aku tolong bayarkan'' '' Entah si Fizi ni, langsung taknak kalah'' '' Eh aku pulak! Kau pun sama'' '' Dah dah! Aku balik dulu,kesian bini aku tunggu dekat rumah tu! Kita jumpa lagi tau'' Selepas mereka bertiga keluar daripada cafe itu, Hafizi dan Shahril berjalan menuju kearah kereta mereka . Dia cuba untuk call Fitrie tetapi tiada respon . Giliran Hafizi pula yang call Fitrie ,juga tiada respon. Hafizi dan Shahril masih lagi tidak mengetahui apa punca Fitrie tidak bersama mereka. Fitrie cuba membuka ikatan tangan nya tetapi masih gagal. Tenaga nya makin berkurang dan terbaring di atas lantai.Dia memandang kearah Farhana yang duduk dikerusi dengan keadaan lemah longlai . '' Sayang..'' Sapa Fitrie dengan suara yang lemah. Farhana memandang kearah Fitrie dengan mata yang kuyu. ''Maafkan abang sayang! Ini semua salah abang! '' '' Tidak! abang tak bersalah.. ini semua salah sayang. Kerana sayang lah abang jadi mangsa.'' '' Sayang! jika terjadi apa-apa pada abang.. nanti beritahu dekat...'' Tanpa dia menghabiskan ayatnya , terdengar satu bunyi tapak kasut diluar rumah itu dan dengan segera mereka berpurapura pejamkan mata mereka.


_izyanaqilah_ 163 Aqil dengan langkah perlahan masuk ke tempat mereka dan memerhati dengan penuh pandangan yang tajam. Dia mendekati dirinya dengan Fitrie dengan melempar senyuman sinis . Botol air mineral ditangan nya disimbah keatas muka Fitrie. '' Ahhhh.. '' Fitrie terkejut dan terus mengundur dirinya ke belakang. Semakin dia mengundur kebelakang,Aqil semakin mendekatinya dengan wajah sinis. '' Macamana? Apa perasaan kau bila kau berada kat sini?'' sapa Aqil Fitrie hanya memberi pandangan yang tajam dan baran kearah wajah Aqil . Lelaki itu hanya mengukir senyuman sinis '' Kenapa kau buat aku macam ni Aqil? Kerana dendam terpahat dihati kau ,sanggup kau jadikan aku perangkap kau. Kau memang sial Aqil!" Jerit Fitrie Wajah Aqil berubah menjadi tegang apabila mendengar kata-kata Fitrie. Dengan segera dia bangun dan pergi kearah Farhana yang terduduk lemah diatas kerusi. Aqil mengelilingi Farhana dan dia berhenti didepan Farhana sambil mengusap rambut Farhana. Fitrie yang melihat Aqil sedang mengusap rambut Farhana itu menjadikan dia makin tercabar dan cuba untuk bangun daripada tempat itu tetapi apakan daya tangan dan kaki nya terikat. '' Farhana Edrina.. Hahaha.. kesian kan kau!'' '' Apa kau nak setan? Please lepaskan aku dengan Fitrie !!'' '' Lepaskan! Hahaha! Hey, jangan harap aku nak lepaskan korang. Dendam aku masih ada terhadap kau Farhana! Kenapa kau pilih dia? Kenapa?'' Jerit Aqil '' Kau memang daripada dulu memang tak boleh terima kenyataan kan! Please move on lah Aqil. Dengan senyuman sinis di wajah Aqil, dia mengenggam dagu Farhana dengan sekuat-kuatnya.


CINTA SI ABANG POLIS '' Kau jangan sentuh dia! '' Jerit Fitrie .Ketawa jahat Aqil dengar satu rumah usang itu membuatkan mereka berdua meronta-ronta untuk melepaskan diri. Ini ** Di GYM** Shahril dan Hafizi berada di sebuah Gym di sekitar bandar Kuala Lumpur itu. Mereka berdua sering bersama untuk bersenam di GYM itu. Hafizi mengayuh basikal gym dan dimana Hafizi mengangkat berat. Dalam mereka fokus bersenam tiba-tiba telefon milik Hafizi berdering dan terpapar nama " Koperal Hafiz" dan dia terus menyambut panggilan itu '' Assalamualaikum '' '' Waalaikumusalam Tuan '' ''Haa ada apa awak call saya ni Hafiz?'' '' Tuan, saya baru dapat tahu, ada satu berita yang tidak baik yang baru saya dapat'' '' Berita tidak baik? Apa dia?'' ''Tuan, saya baru dapat info daripada orang bawahan kita.. Semalam mereka mengintip satu rumah usang tapi yang mengejutkan kita.. orang-orang kita ternampak Tuan Fitrie dikurung didalam rumah itu. '' What? Are you seriously?'' Sapa Hafizi dengan suara yang tinggi. Shahril dengan tiba-tiba menghentikan kayuhan basikal itu apabila mendengar suara lantang Hafizi. Dia terus mendekati Hafizi. '' Ya Tuan. Saya syak Tuan Fitrie diculik beberapa hari lepas tapi kita tak tahu siapa dalang nya''


_izyanaqilah_ 165 '' Okay tak apa! Apa pun terima kasih kerana inform dekat saya'' '' Okay baik Tuan! Assalamualaikum '' Waalaikumusalam" Hafizi terus mematikan panggilan itu dan wajahnya terus berubah menjadi tegang dan cuak apabila mendengar berita itu. '' Kenapa Hafizi? Siapa call tadi?'' Tanya Shahril dengan riak wajah yang cemas. '' Koperal Hafiz'' Jawab Hafizi. '' Kenapa dia call?'' Dia terus memandang ke arah muka Shahril dengan airmuka tegang. Dia menarik nafas sebelum menjawab pertanyaan daripada Shahril tadi. Jantungnya kini berdegup dengan laju apabila orang bawahannya memberitahu satu berita yang mengejutkan mereka berdua. '' Kau tahu tak, kenapa Fitrie tak ada semenjak 2,3 hari ni?” Tanya Hafizi kepada Shahril. Wajah tegangnya makin memerah. '' Haa kenapa?''Cemas saja suara Shahril. Dia menghentikan senamannya buat seketika. " Koperal Hafiz beritahu aku, Fitrie diculik tapi aku tak tahu siapa yang culik dia'' Jawab Hafizi dengan penuh cemas. ''What?” Membulat mata Shahril apabila mendengar jawapan daripada Hafizi. Sungguh dia terkejut dengan berita itu. '' Yes, kita tak boleh duduk diam Ril! Kita kena cari jugak maklumat siapa dalangnya.'' Wajah tegang Hafizi membuatkan dia makin laju untuk mencari dan menyelamatkan kawan baiknya yang menjadi mangsa tebusan itu. Darah panasnya lagi membahaya berbanding dengan Shahril dan Fitrie


CINTA SI ABANG POLIS Shahril hanya mengangguk akur dengan apa yang dikatakan oleh Hafizi. Tidak tahu apa yang sedang bermain didalam fikirannya apabila dapat tahu nyawa Fitrie dalam bahaya. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.


_izyanaqilah_ 167 BaB 23 Hafizi dan Shahril berjalan menuju masuk kebilik DSP Hafzan dengan wajah yang serius. Tangannya cuba menyentuh tombol pintu itu tetapi dihalang oleh Hafizi. Mereka berdua mengetuk pintu itu sebelum melangkah masuk. " Tok " Tok "Tok "Masuk" sapa Dsp Hafzan "Selamat Tengahari Tuan" sapa mereka berdua. Hafizi dan Shahril melangkah berhadapan dengan pegawai atasnya itu. "Selamat Tengahari! Ada apa nak jumpa dengan saya?" Sapa Dsp Hafzan "Tuan! Saya ada satu berita tak berapa baik untuk saya maklumkan kepada tuan.” Sapa Shahril sambil memandang kearah Hafizi. Hatinya semakin berdebar untuk memberitahu perkara itu. Hafizi dengan beraninya membuka mulut untuk memberitahu tentang kehilangan Fitrie. "Apa dia?" Tanya Dsp Hafzan.


CINTA SI ABANG POLIS " Tuan.,saya dapat info daripada Koperal Hafiz kelmarin! Ada satu kes culik yang baru kita dapat." ujar Hafizi dengan wajah tegangnya. " Kes culik? Awak dapat daripada sumber mana?” Tanya Dsp Hafzan. " Info ni saya dapat daripada Koperal Hafiz! tapi.." Hafizi tidak meneruskan ayatnya. "Tapi apa?" "Kes culik yang saya dapat ini, ada orang kita yang menjadi mangsa." Perlahan saja suara Shahri memaklumkan hal itu didepan pegawainya. "Siapa?" Tanya Dsp Hafzan. Hafizi dengan beraninya menjawab pertanyaan Dsp Hafzan itu. Shahril dengan wajah cuaknya terpaksa merelakan Hafizi memberitahu hal itu. Nafasnya ditarik panjang dan terus melepaskan nafas leganya. " Inspektor Fitrie Amsyar." Sapa Hafizi dengan nada tegas. Dsp Hafzan membulat matanya terkejut apabila Hafizi mengeluarkan kata-katanya itu. Shahril hanya berdiam . " What? Inspektor Fitrie? " " Ya Tuan! sebab itu semenjak beberapa hari ini hati saya tidak tenang. Saya cuba call dan mesej dia langsung tak ada respon.” " Saya pun begitu juga tuan, kami sangka dia cuti " Ujar Hafizi lagi. Dsp Hafzan mula memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dan mengaturkan rancangan untuk menyelamatkan Fitrie apabila menjadi mangsa tebusan.


_izyanaqilah_ 169 " Sekarang macamana tuan? Apa tindakkan kita? " tanya Hafizi Dsp Hafzan memicit kepalanya dan dia menoleh kearah Hafizi dan Shahril yang berdiri dihadapannya. Dia bangun daripada tempat duduknya dengan reaksi wajah yang serius. " Tak apa! Kita akan cari maklumat dan kumpul untuk kita cari dimana Inspektor Fitrie disembunyikan! Ini bukan hal main-main." Hafizi dan Shahril hanya mengangguk akur dengan arahan yang diberikan oleh Dsp Hafzan. Semangat yang berkorbar-korbar sudah marak berapi didalam jiwa mereka berdua. "Sekarang macamana Aqil? Kau masih nak simpan durjana dua ekor tu?” Tanya Elyana. Aqil memandang tajam ke arah Elyana. " Huh! Kalau dia berkeras juga, tiada jalan lain, hanya bunuh saja." Balas Aqil dengan suara yang ngeri. " Tapi, aku nak kau pisahkan perempuan tu dengan abang Inspektor dia. Sembunyikan di tempat yang asing." Elyana tersenyum sinis dengan cadangan yang diberikan oleh Aqil. Dia ingin mencuba memusnahkan Farhana dan Fitrie . Sekian lama dia menyimpan dendam setelah bekas tunangnya itu tidak menerima dirinya lagi. Faysal yang sedang nyenyak tidur diatas sofa buruk itu diperhati jauh oleh Fitrie . Dia cuba untuk melepaskan ikatan tetapi masih lagi tidak berjaya tiba-tiba terbunyi satu botol kaca jatuh retak berpunca daripada terkena kaki Fitrie. Faysal dengan pantas bangun daripada nyenyaknya dan meluru kearah mereka dengan memegang sepucuk pistol. Fitrie meronta-ronta untuk melepaskan ikatan itu dan secara tiba-tiba pistol itu berada di kepalanya.


CINTA SI ABANG POLIS " Hey hey.. boleh duduk diam tak? Jangan sampai peluru ini terbenam dalam kepala kau." Jerit Faysal sambil menghalakan pistol di kepala Fitrie. Tiba-tiba Fitrie menendang perut Faysal sehingga terjatuh. Beberapa minit kemudian , Elyana dan Aqil terdengar satu suara kekecohan didalam rumah itu dan menyebabkan dia meluru masuk. " Abangg!" Jerit Farhana sambil meronta-ronta. Tetapi rontaan Farhana itu ditahan oleh Elyana. "Kau diam perempuan!” Elyana mengenggam lengannya pada leher Farhana. "Eh eh kau nak mampus ke? " jerit Aqil sambil mengenggam dagu Fitrie. Wajah Fitrie yang bengis itu membuatkan Aqil makin tersenyum sinis jahat. "Lepaskan aku setan! Lepaskannnn! " Jerit Fitrie sambil dia menepiskan genggaman Aqil itu. "Faysal! Kau bawa jantan ini kurung tempat lain! Pisahkan dengan perempuan ni." Tengking Aqil. "Bangun! Bangun! Jalannn." Jerit Faysal sambil mengheret Fitrie daripada belakang untuk keluar daripada rumah usang itu. "Ahhh.. lepaskan aku hanat!” Jerit Fitrie sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri. "Mana kau nak bawa suami aku tu? " Jerit Farhana tetapi satu tamparan hinggap ke muka Farhana sehingga kepala Farhana terteleng ketepi. " Diam!" Jerit Elyana ****** Sebuah rumah usang yang tidak jauh daripada rumah usang yang pertama dimana Farhana dikurung.


_izyanaqilah_ 171 Faysal dan Aqil mengikat kedua-dua tangan keatas. Bertubi-tubi tumbukkan dan pukulan dasyat menghinggap ke perut dan muka Fitrie. Darah dan luka terpapar dimuka Fitrie. "Inilah balasannya jika suka menyibuk urusan orang. Aku akan pastikan kau akan mati wahai abang inspektor!” Ugut Aqil dengan senyuman sinisnya. " Puihh! durjana kau. Kau akan mati nanti! kau tunggu saja orang-orang aku akan tangkap kau." Jerit Fitrie melepaskan marahnya. “Apa? Apa kau cakap? Aku atau kau yang mati dulu? Kau jangan nak tunjuk hero dengan aku.” Tengking Aqil sambil mengacukan pistol pada dahi Fitrie. Dia hanya memandang tajam kearah mereka berdua. Hafizi yang sedang fokus menyiapkan kerja dengan riak wajah tegang dan fikirannya terganggu kerana dia tidak dapat terima apa yang terjadi terhadap Fitrie. " Serius aku tak percaya! berani budak itu bermain api dengan kita." Sapa Hafizi dengan suara yang lantang. Pen yang dipegang tadi dihempas. Tersentak bahu Shahril apabila pen yang dihempas oleh Hafizi itu membuatkan dia menoleh pantas kearah Hafizi. " Sabar lah Zi.. aku tahu kau risau tentang Fitrie. Aku pun risau jugak tau." " Kau cakap senanglah Ril, si Aqil tu psychopath tau. Kalau dia cederakan Fitrie , apa kita nak jawab?!" " Ya aku faham sekarang kau risau tentang Fitrie! Kita tunggu arahan seterusnya daripada Tuan Hafzan"


CINTA SI ABANG POLIS Hafizi melabuhkan punggung diatas kerusi dan memicit kepalanya. Dia hanya mampu redha dan sabar. Shahril menepuk perlahan dibelakang Hafizi untuk menenangkan perasaan Hafizi. Tiba-tiba telefon milik Hafizi berdering dan terpapar nombor yang tidak dikenali, dia terus menyambut panggilan itu. " Hello Inspektor Hafizi bercakap!" Tegas saja suara Hafizi menyambut panggilan itu. " Hallo tuan Inspektor Hafizi, ini aku Aqil Edrian. Kenal? " sapa Aqil dengan suara yang sangat seram. Membulat mata Hafizi mendengar nama itu. " Apa kau nak? Mana kawan aku?" Ujar Hafizi dengan suara yang tegang. " Hahaha! kawan kau ada dengan aku sekarang." Sapa Aqil dengan suara yang garau. " Oii berani kau culik kawan aku! Apa kau nak? Jangan nak main api dengan aku!” Tengking Hafizi. Dadanya beromba-ombak kerana tidak dapat mengawal kesabarannya. " Sabar tuan Inspektor! Kalau kau nak kawan kau ni selamat, aku nak kau datang ke sini seorang diri. Jangan sesekali bawa orang orang kau! Kalau tidak... " Okay.. aku akan datang , tapi tolong jangan cederakan kawan aku." Panggilan itu terus dimatikan begitu saja. Hafizi menggusarkan rambutnya kerana geram dengan tindakan Aqil itu. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi itu dengan keadaan yang sangat tidak dapat menahan sabar. " Kurang ajar betul setan ni, dia matikan macam itu je." '' Sabar Zi sabar! Tenang kan diri dulu.'' Shahril cuba menenangkan Hafizi yang masih dalam kemarahan.


_izyanaqilah_ 173 Dia cuba membuka ikatan itu tetapi apakan daya keadaannya sangat lemah saat itu. Aqil hanya memberikan pandangan yang tajam dan senyuman sinis kepada Fitrie . Dia cuba mencari sesuatu di dalam jaket Fitrie dan dia terjumpa pistol milik Fitrie dan dengan segera dia mengambil pistol itu. Membulat matanya apabila Aqil mengambil pistol miliknya di dalam poket baju jaketnya. " Woi! Pulangkan balik pistol aku! Ahh! Sergah Fitrie. Aqil memandang sinis dan dia menghalakan pistol itu kearah kepala Fitrie. Dia mengacahacahkan untuk menembak di kepala Fitrie. Senyuman sinis terukir di bibir Aqil. Mereka meninggalkan tempat itu dan membiarkan Fitrie berseorangan di situ. ... Hafizi, Shahril dan beberapa orang anggota yang berada di dalam bilik mesyuarat itu fokus dengan suasana yang sepi. Hafizi dan Shahril berdiri dengan wajah yang tegas. Dsp Harzan memulakan perbincangan. "Baiklah! Saya panggil kamu semua ke sini ada perkara untuk saya bincangkan dengan kamu semua. Inspektor Hafizi baru saja memaklumkan saya ada satu kes culik yang berlaku 5 hari lepas. Dengan pantas Hafizi mengeluarkan suaranya. ''Baiklah! Saya dan Inspektor Shahril baru saja dapat info daripada anggota kita, satu kes culik yang baru saya dapat.. Suspek kes culik iaitu Aqil Edrian , mastermind dadah yang pernah kita buru beberapa bulan yang lepas tetapi dia terlepas. Dan yang mengejutkan saya , Inspektor Fitrie menjadi mangsa tebusan Aqil Edrian beberapa hari lepas!”


CINTA SI ABANG POLIS "Jadi Tuan Hafzan panggil saya dan awak semua ke sini untuk berbincang, mengatur strategi untuk mencari dan menyelamatkan Inspektor Fitrie." Sapa Shahril dengan tegas. ''Jadi saya harap kamu semua fahamlah apa yang Inspektor Hafizi dan Inspektor Shahril katakan itu.” Kata Dsp Harzan. "Bila kita akan bertindak tuan?" Tanya salah seorang anggota yang berada di situ "Malam ini juga! Kerana kita sangat pertimbangkan keselamatan dan nyawa Inspektor Fitrie dan dalam masa yang sama kita akan buru suspek ini.” Tegas saja suara Dsp Harzan. Mereka semua hanya mengangguk akur dan faham. " Tapi tuan, sebentar tadi suspek call saya, dia suruh saya datang seorang diri tanpa membawa orang-orang kita." Ujar Hafizi. '' Tak apa, kita kena juga bawa orang-orang kita tapi ingat plan yang telah kita aturkan sebentar tadi. Tapi ingat, utamakan keselamatan dan nyawa awak Hafizi. Faham!” Tanya Dsp Harzan. '' Saya faham Tuan.Selepas sesi perbincangan untuk misi menyelamatkan Fitrie selesai, mereka semua bersurai dan keluar daripada bilik mesyuarat itu. Shahril dan Hafizi segera melangkah keluar daripada bilik mesyuarat itu dengan riak wajah yang masih tidak tenang apabila mereka berdua memikirkan keadaan Fitrie yang menjadi mangsa tebusan.


_izyanaqilah_ 175 BaB 24 Hafizi, Shahril dan beberapa pasukannya bersiap siap untuk melibatkan diri dalam satu operasi. Mereka berdua memakai baju operasi sebelum bergerak ke lokasi. Beberapa orang anggota bawahan mereka bersedia dengan beberapa senjata untuk mengikuti tugasan yang rumit itu. "Baiklah dengar sini, kita akan bergerak ke lokasi yang kita tetapkan. Dimana lokasi itu tempat persembunyian 3 suspek yang kita buru sekarang." Tegas Hafizi kepada anak buahnya. Beberapa anggota yang berada disitu hanya mengangguk faham dengan arahan daripada ketua mereka. Kini giliran Shahril untuk memberi arahan kepada anak buahnya. "Dan dalam masa yang sama, kita akan mencari dan menyelamatkan Inspektor Fitrie yang menjadi mangsa tebusan, tapi ingat, ikut plan yang telah kita aturkan. Faham?" Tegur Shahril dengan suara tegas. "Faham Tuan." Sapa anggota bawahan dengan setegasnya. "Kalau semua dah faham, kita bergerak sekarang." Sapa Hafizi. Mereka semua berlari menuju kearah trak PDRM dan bersiap sedia untuk bergerak pergi ke lokasi. BEBERAPA JAM KEMUDIAN


CINTA SI ABANG POLIS Setelah mereka sampai di lokasi dimana Aqil dan anak buahnya bersembunyi, Hafizi dan anak buahnya memulakan langkahnya masuk kedalam hutan dengan perlahan-lahan. Setiap langkah menuju masuk kedalam hutan itu sangat perlahan. Setelah mereka sampai di lokasi, Hafizi memberitahu kepada semua anak buahnya supaya tunggu arahan seterusnya. "Baiklah, ikut plan yang kita dah atur, Saya nak awak semua kepong dua rumah usang disana. Saya kena masuk seorang diri dulu!" Sapa Hafizi tegas. "Hati-hati Tuan!" Sapa salah seorang anggota yang berada disitu. Hafizi hanya mengangguk akur. Dengan segera Hafizi berjalan menuju ke rumah usang itu dan apabila dia sampai ke tempat itu, dia mengintai suasana didalam rumah usang dan dia ternampak Fitrie yang berdiri tangan diikat keatas. " Fitrie!" Bisik dengan suara perlahan terkejut. Dengan tiba-tiba ada seorang lelaki menghalakan senjata dibelakangnya dan dia mengangkat tangan kononnya menyerah. Nafasnya naik turun tetapi hatinya tidak gentar.Dia beriak tenang walaupun senjata pihak musuh berada dibelakangnya. "Siapa kau? Apa urusan kau datang sini?" Jerit lelaki itu. Dengan tindakkan lelaki itu tidak membuat Hafizi gentar dan membuatkan dia menjadi seorang pengecut. Keberanian nya tersangat tinggi. " Aku nak jumpa ketua kau, Aqil Edrian" Sapa Hafizi dengan wajah serius dan baran. Setelah pada itu, lelaki itu membawa Hafizi masuk ke tempat itu. Senjatanya kekal dibelakang Hafizi sehingga melangkah masuk kedalam gudang itu.


_izyanaqilah_ 177 Aqil yang duduk diatas sofa bersilang kakinya menyambut kehadiran Hafizi ditempatnya. Hafizi hanya mengeluarkan muka serius.Dia melihat keadaan Fitrie yang sangat serius dan penuh dengan lebam dimuka. Dia cuba membuka langkah untuk selamatkan Fitrie tetapi bahunya ditarik oleh anak buah Aqil. Lelaki itu mengacukan pistol dibelakang kepala Hafizi apabila Hafizi ingin membuka langkahnya untuk pergi kearah Fitrie. Belakang bajunya ditarik kuat oleh lelaki itu sehingga Hafizi mengeluarkan airmuka bengisnya. "Selamat Datang Inspektor Hafizi. Akhirnya kau datang juga." Sapa Aqil dengan nada seperti mengugut Hafizi. Wajah riak tenang Hafizi kini bertukar menjadi baran melihat suspek utama dihadapannya. "Aku nak kau lepaskan Fitrie sekarang." Garau saja suara Hafizi meminta Aqil lepaskan Fitrie. Dia tidak sanggup melihat keadaan Fitrie diikat seperti itu. Aqil hanya ketawa besar dan mengeluarkan senyum sinis kepada Hafizi. Dia mendekatkan dirinya dengan Hafizi dan bertentang mata. Wajah kacak Hafizi bertukar menjadi bengis setelah dia bertentang mata dengan Aqil. "Gelojoh betul kau ya! Kau nak aku lepaskan dia? Satu syarat..." "Apa?" Tanya Hafizi. "Aku nak dia ceraikan isterinya Farhana Edrina sekarang juga! Kalau tidak, nyawa dia akan melayang disini." Ugut Aqil dengan selamber badak. Hatinya kini sudah dipenuhi rasa dendam apabila Farhana telah menolak untuk kembalikan cinta lama tetapi Farhana tetap memilih Fitrie. "Kau memang gila! Apa hak kau?" Tanya Hafizi dengan suara garau. Makin terseksa matanya melihat Fitrie dalam keadaan begitu. Kedua-dua tangan terikat keatas.


CINTA SI ABANG POLIS "Kau pun tak setuju? Okay, ini lah masanya untuk aku lepaskan segala dendam aku kepada kawan kau! Inspektor Fitrie, are you ready for go to hell?" "Kau sepatutnya go to hell! Dasar manusia tiada hati perut!" Tengking Hafizi kuat. Tiba-tiba lelaki dibelakang Hafizi memukul Hafizi sehingga tersungkur jatuh terbaring.Dibelakangnya dipijak sekuat-kuatnya oleh lelaki itu. "Ahh!" Jerit kesakitan Hafizi. Lelaki itu menarik rambut Hafizi sekuat-kuatnya menyuruh untuk bangun kembali. Terserlah kesakitan diwajahnya apabila rambutnya ditarik. Aqil membuka ikatan itu, tetapi Hafizi cuba menyelamatkan tetapi Fitrie sudah didalam dakapan Aqil.. Sepucuk pistol dihalakan di kepala Fitrie. " Sekarang kau nak tengok macamana aku akan bunuh kawan kau?" Tanya Aqil. " Lepaskan dia sekarang!" Jerit Hafizi. Dia meronta-ronta untuk melepaskan genggaman lelaki yang masih menarik rambutnya itu. Semua anggota telah mengepung kawasan itu dan dengan arahan yang diberikan oleh Shahril. Kesemua anggota perlahan-lahan mengambil tempat untuk menyasarkan kearah suspek diluar rumah usang itu. Shahril memberi arahan menggunakan bahasa isyarat badan kepada anggotanya. Shahril menyerbu masuk dengan pantasnya. "Jangan bergerak! menyerah sekarang." Jerit anggota itu. Membulat matanya melihat Fitrie dalam genggaman Aqil. Fitrie didalam keadaan yang sudah lemah layu tetapi Aqil mengacukan pistol didahi Fitrie. " Lepaskan Fitrie, lebih baik kau menyerah sekarang!" Jerit Shahril sambil menghalakan pistol kearah Aqil.


_izyanaqilah_ 179 Aqil masih lagi mengenggam leher Fitrie dan pistol yang berada di dahi Fitrie masih diacukan. Shahril dan Hafizi cuba mendekatkan diri mereka kearah Aqil tetapi peluru milik Aqil tersasar kearah Hafizi. "Bang!" “Allah!” Ucap di mulut Hafizi apabila pehanya terkena peluru. Tembakkan itu terkena tepat pada paha kanan Hafizi dan dia jatuh tersungkur. Salah seorang daripada anggota yang berada disitu terkejut melihat Hafizi tersungkur akibat terkena sasaran peluru. Mereka bergegas berlari kearah pegawainya itu. " Hafizi!!!!!!" Jerit Shahril. Membulat matanya apabila kawannya itu sudah tersungkur rebah akibat terkena sasaran peluru. " Tuan! tuan bangun!" Sapa anggotanya. " Bawa tuan awak keluar daripada sini, Cepat". Tegas Shahril menyuruh anak buahnya membawa Hafizi keluar daripada rumah itu. Beberapa anggota yang berada disitu memapah Hafizi dibawa keluar daripada tempat itu. Aqil masih tidak melepaskan genggaman pada leher Fitrie. Selangkah demi selangkah mengundur langkahnya. Fitrie cuba melepaskan genggaman itu tetapi Aqil masih mengacukan pistol itu secara keras. Dia perlu redha sekira ajalnya sampai disitu. "Please! Lepaskan Fitrie!" Arahan keras diberikan oleh Shahril sambil mengacukan pistol kearah Aqil. "Tidak! Aku dah kata, selagi dia tidak ceraikan isteri dia didepan aku, aku takkan lepaskan dia." Ugut Aqil dengan sekeras-kerasnya. Shahril semakin hilang sabarnya. Dia melepaskan tembakkan itu dan terkena pada tangan Aqil. Dengan pantasnya anggota mereka menggari tangan Aqil.


CINTA SI ABANG POLIS “Ah! Lepaskan aku! Ahh!” Aqil meronta-ronta untuk melepaskan tangannya tetapi anggota itu meneruskan menggari tangan Aqil. Shahril meletakkan kepala Fitrie diatas ribanya dan cuba menyedarkan Fitrie tetapi Fitrie masih lagi berupaya untuk bangun. " Fitrie, bangun. Kau okay?" Tanya Shahril cemas. " Aku okay, Ril, tolong selamatkan isteri aku.." Cemas saja suara Fitrie meminta bantuan kepada Shahril untuk mencari dan menyelamatkan Farhana yang juga menjadi mangsa culik Aqil dan Elyana. " Mana isteri kau?” " Dirumah usang di hujung sana! Please aku merayu." Sayu saja suara Fitrie meminta tolong kepada Shahril untuk menyelamatkan Farhana. " Team..." Jerit Shahril memanggil anggota mereka. " Ya tuan!" " Pergi selamatkan isteri Tuan Fitrie cepat, lokasinya di rumah usang yang satu lagi, arah sana. Cepat!" Tegas saja suara Shahril memberi arahan kepada anggotanya. " Baik tuan!” Dengan segera mereka pergi menyelamatkan Farhana dan meninggalkan Shahril dan Fitrie disitu. Shahril memapah bahu Fitrie dan mereka meluru keluar daripada tempat itu dan duduk disebelah Hafizi. Kelihatan Hafizi sudah lemah menyandar pada pokok. Begitu banyak darah memercik keluar daripada paha kanan Hafizi. Dia tidak berdaya untuk bangun dan masih lagi menyandar di dahan pokok itu.


_izyanaqilah_ 181 Fitrie melihat keadaan Hafizi yang cedera di paha kanan itu membuatkan mereka berdua menitis airmata kerana eratnya persahabatan mereka. Sayu saja airmuka Shahril dan Fitrie memandang kearah Hafizi. " Fizi!" Sapa Fitrie dengan riak wajah yang sedih. " Fitrie, Syukur Alhamdulilah kau selamat!" " Terima kasih datang selamatkan aku! Tapi macamana korang tahu aku diculik?" Tanya Fitrie kehairanan. "Orang bawahan kita beritahu." Jawab Shahril. " Tak ada masalah bro, aku sangat risau dan aku betul-betul tidak tahu yang Aqil jadikan kau tebusan dia." Ujar Hafizi. Fitrie hanya tersenyum dan menundukkan kepalanya kerana dia redha dan tabah apa yang telah terjadi padanya. Hatinya gembira kerana dengan beraninya melihat Hafizi seorang diri masuk kedalam gudang itu untuk menyelamatkan dirinya walaupun menjadi sasaran peluru. Beberapa minit kemudian, beberapa orang anggota perlahan-lahan melangkah kearah tempat dimana Farhana disembunyikan. Salah seorang anggota disitu memberi isyarat untuk menyerbu masuk. Pintu itu ditendang juat oleh anggota itu dan kelihatan Farhana yang layu dan lemah tersandar pada kerusi. Dia menoleh kearah bunyi pintu yang ditendang tadi. Beberapa orang anggota datang menyelamatkan dirinya. Mereka membuka tali pada kaki dan tangan Farhana. Dia mengenggam sedikit pergelangan tangannya yang terasa sakit itu.


CINTA SI ABANG POLIS "Ayuh Puan! Puan dah selamat." Kata anggota itu. Begitu terkejut Farhana apabila dirinya kini diselamatkan oleh anggota itu. "Suami saya?" Tanya Farhana cemas. Matanya meliar mencaru kelibat suaminya. "Jom Puan! Kita keluar daripada sini!" Tanpa membazir masa, mereka semua membawa Farhana keluar daripada tempat itu dengan pantasnya. Fitrie dan Shahril cuba membalut luka Hafizi yang masih tersandar lemah pada dahan pokok. Tiba-tiba Fitrie terdengar satu suara yang jauh seperti memanggil namanya. Dia menoleh kearah suara yang menyapanya itu. "Abangggg!"Jerit Farhana daripada jauh berlari kearah mereka bertiga. Fitrie dengan segera bangun dan melihat Farhana sedang berlari kearahnnya "Sayang!" Farhana memeluk erat tubuh suaminya dengan sedu sedan menahan tangisan gembira. Begitu Bahagia diri mereka berdua apabila selamat daripada kejadian itu. "Alhamdulilah! Kita selamat abang!" Ujar Farhana sayu. Airmatanya diseka oleh Fitrie. Shahril melihat kebahagiaan mereka berdua menyebabkan dia pasrah dan redha kerana hanya dia sahaja yang belum kahwin. " Apalah nasib aku, last-last aku jugak yang single" bisik hatinya. Farhana membulat matanya melihat kearah Hafizi tersandar di dahan pohon pokok. Dia menekup mulutnya terkejut setelah melihat keadaan suami sahabat baiknya. " Eh, kenapa Hafizi? Abang?" Tanya Farhana apabila terkejut melihat keadaan Hafizi yang tersandar pada pokok . " Fizi kena tembak tadi" sampuk Shahril


_izyanaqilah_ 183 " Ya Allah! Habistu abang okay tak?" Tanya Farhana cemas. " Abang okay sayang!" Jawab Fitrie tenang. Wajah mulus Farhana dipandang tenang dan mengukir senyuman manis. Mereka berdua berasa lega apabila dirinya selamat. Shahril memapah Hafizi untuk berjalan sehingga sampai ke kenderaan yang mereka naiki tadi . ---------- Hafizi terbaring diatas katil kecemasan dan dibawa masuk kedalam dewan pembedahan. Shahril dan Fitrie menunggu diluar sementara operation dijalankan. Dia ternampak seorang gadis yang membawa anak kembar datang menuju ke arah mereka. " Shahril! macamana dengan suami saya? " Tanya Fatin dengan cemas sambil membawa anakanaknya." "Masih dalam dewan pembedahan." Balas Shahril. Fatin hanya redha apa yang telah terjadi kepada suaminya . Anak kembarnya itu didukung . Anak perempuannya itu menepuk paha ibunya dengan banyak kali " ma..ma.. nak.. papa!" Ujar Faeqa dengan suara yang seperti ingin menangis. " Sayang, duduk diam sini." sapa Fatin kepada anak perempuannya. Selepas pada itu, seorang doktor keluar daripada bilik pembedahan dan Shahril bingkas bangun . Fitrie dan Farhana juga turut bangun melangkah kearah doktor itu. " Doktor macamana dengan kawan saya? " Tanya Shahril cemas. " Macamana dengan suami saya doktor?" Tanya Fatin. Jantungnya mula berdegup laju untuk menunggu jawapan daripada doktor itu.


CINTA SI ABANG POLIS " Alhamdulilah pembedahan buang peluru selamat dijalankan. Kami akan pindahkan Encik Hafizi ke wad biasa." Kata Doktor itu " Terima kasih doktor." Fatin mencium dahi anaknya itu dan dia berasa syukur kerana suaminya selamat dalam pembedahan sebentar tadi. Anak kembarnya memeluk tubuh Fatin dengan wajah yang sedih. Tiada kata-kata yang dapat diungkap oleh seorang isteri dan anak-anak apabila melihat ketua mereka didalam kritikal.


_izyanaqilah_ 185 BaB 25 BEBERAPA BULAN KEMUDIAN... Azan subuh berkumandang di masjid.. Fitrie melihat jam di telefonnya dan dia bingkas bangun daripada katil. Dia melihat isterinya yang masih nyenyak dibuai mimpi. Dia hanya menggeleng kepala . Dia tidak tahu cara apa lagi untuk dia kejutkan isterinya bangun daripada tidur. "Sayang!! Bangun dah subuhlah!” Sapa Fitrie. Dia mencekak pinggangnya menunggu isterinya bangun daripada tidur. "Ummmm.. mengantuk lagi lah!” Ujar Farhana dengan suara yang masih lemah. Matanya masih mengantuk. Farhana menggeliatkan badannya dan dia meneruskan tidurnya. Fitrie menepuk dahinya "Bangun! Nak suruh abang ambil satu baldi air ke dan simbah dekat sayang?" Tegur Fitrie Farhana dengan pantas bangun daripada tidur dan menggosok matanya yang masih mengantuk. "Abang pergilah mandi dulu, nanti sayang mandi." Sapa Farhana "Okay.. ke nak mandi sama-sama?" Sapa Fitrie dengan wajah jengkelnya.


CINTA SI ABANG POLIS Dahi Farhana mula berkerut mendengar pertanyaan daripada Fitrie. Dia memandang kearah wajah suaminya dengan penuh pandangan yang tajam. Semakin hari semakin pelik perangai suaminya itu. "Ish gatal! Abang pergilah mandi dulu." Tegur Farhana dengan wajah yang masih kusam itu. Dia menyambung tidur sementara menunggu suaminya selesai mandi. Beberapa minit kemudian, Fitrie melangkah keluar daripada bilik mandi. Dia menggapai tshirt hitam dan menyarung pada badannya. ..... Selepas mereka berdua selesai solat subuh, Farhana mencium tangan suaminya apabila selesai solat. Mereka berdua bangun daripada tempat itu dan melipat sejadah letak diatas katil. Dia melihat Farhana berjalan sambil memegang perut . "Sayang, abang nak tanya something boleh?” Tanya Fitrie. Wajah tenangnya terpanah kearah wajah Farhana. "Ya abang.. nak tanya apa? " Jawab Farhana. "Kenapa abang nampak sayang berjalan asyik pegang perut je semenjak ni? Sakit ke?” Tanya Fitrie. Airmuka Farhana makin cuak apabila soalan itu dituju kepada dirinya. " Ya Allah abang tak tahu ke?" Membulat mata Farhana apabila dengan soalan yang diajukan oleh Fitrie. Sesungguhnya dia memang tidak tahu yang Farhana sedang sarat mengandung. Fitrie hanya menggeleng perlahan. Sesungguhnya dia tidak mengetahui bahawa isterinya sedang mengandung. " Abang!! Nak tahu tak abang bakal jadi " papa to be" tau tak? "


_izyanaqilah_ 187 Membulat mata Fitrie apabila Farhana berkata sedemikian. Dia tidak sangka bahawa isterinya sudah mengandung 5 bulan. Dia tidak mengetahui hal itu selepas dia menjadi mangsa tebusan Aqil. "Ha??? Are you seriously sayang? Dah berapa bulan? " Tanya Fitrie dengan suara yang terkejut dengan berita yang gembira itu. Dia bakal menjadi seorang ayah. "5 bulan sudah!” Jawab Farhana. Dia mengukir senyuman manis kepada Fitrie. "Boy or Girl? "” “Boy! Junior is coming!”Senyum terukir dibibir Farhana. Fitrie dengan riak wajah gembira dan airmatanya gugur gembira apabila dia mendapat tahu dia bakal menjadi bapa.Dia mengusap perut isterinya dan bercakap sesama bayi di dalam perut itu. "Assalamualaikum anak papa.. sentiasa sihat-sihat selalu ya .." Farhana hanya mengukir senyuman melihat kerenah suaminya yang sedang bercakap dengan bayi didalam kandungan isterinya. "Tentu anak papa ni copy paste wajah papa nanti, Mix korea!" Ujar Fitrie. Farhana hanya menjeling dengan kata-kata suaminya. Menyampah telinganya mendengar syiok sendiri suaminya itu. "Tak ada, tentu dia ikut muka sayang" "Mana boleh! Tentu dia ikut muka abang nanti. " Farhana hanya membalas jelingan dan terus mengusap perutnya. ......


CINTA SI ABANG POLIS Hafizi dan Fitrie menyemak beberapa fail laporan didalam bilik kerjanya tiba-tiba terdengar satu ketukkan pintu. Mereka berdua menoleh kearah pintu yang diketuk itu. Hafizi dan dan Fitrie memandang antara satu sama lain. Tok Tok Tok "Masuk!” Sapa Fitrie. Dia meneruskan kerjanya dengan menulis diatas kertas laporan itu. "Selamat petang Tuan!" Sapa seorang anggota PGA berpangkat Sarjan. "Selamat petang. Boleh saya bantu?" Sapa Fitrie. "Tuan! Saya baru dapat info mengenai satu lagi kes dadah, mereka beroperasi di sebuah gudang lama." "Dadah? Siapa lagi mastermind diorang ni?" Tanya Hafizi dengan nada tegas. Kening Hafizi berkerut apabila mendengar kata-kata anggota PGA berpangkat Sarjan itu. " Mastermind baru mereka iaitu Faysal. Dimana dia seorang konco Aqil Edrian yang kita tahan baru-baru ini.” Fitrie dan Hafizi terkejut mendengar nama itu. "Baiklah! Terima kasih maklumkan info ini kepada saya!” Kata Hafizi tenang. "Terima Kasih Tuan.” Setelah pada itu, anggota PGA itu melangkah keluar daripada bilik kerja mereka. Hafizi melihat kertas yang terpapar mengenai kes dadah yang diketuai oleh Faysal.


_izyanaqilah_ 189 "Sekarang macamana Fit? Anak buah Aqil masih bebas ni!" Tanya Hafizi. Fitrie memandang kearah kertas laporan yang dipegang oleh Hafizi. "Kita kena cari jugak diorang ni! Memang aku takkan bagi muka!” Balas Fitrie dengan penuh rasa geram. Tiba-tiba Dsp Hafzan masuk didalam bilik mereka . "Tuan!” Sapa hormat Hafizi dan Fitrie kepada Dsp Hafzan. "Saya nak maklumkan kepada awak berdua, kita akan ada operasi di sebuah lokasi yang baru saja kita dapat kesan. Tempat penyimpanan dadah dan senjata haram." "Bila kita akan sertai operasi Tuan?" Tanya Fitrie kepada Dsp Hafza . "Esok! Kita akan berkas beberapa suspek yang disyaki membawa masuk senjata haram dan dadah. Jadi saya nak kamu semua bersiap sedia untuk operasi kita esok.. Fitrie, tolong maklumkan kepada Shahril. Faham?!” "Faham Tuan!” Selepas Dsp Hafzan melangkah keluar daripada bilik kerja mereka, Fitrie terduduk diatas kerusinya dan memicitkan kepala nya kerana serabut dengan segala hal. "Nampaknya kita terlibat lagi dengan operasi kali ini!" Kata Hafizi tenang. Dia menyambung kembali kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. "Aku risau sekarang.. Dengan bini aku yang sarat mengandung , sekarang kena libatkan diri dengan operasi!” "Fit, kau jangan risau! Doa yang baik-baik semoga segala urusan operasi kita berjaya!” Fitrie hanya mengukir senyuman redha. ....


CINTA SI ABANG POLIS Pintu rumahnya dibuka dan melangkah masuk . Sosok tubuh isterinya dipandang dengan airmuka serba salah. Dia membuang baju uniform polis yang dipakai dan diletakkan diatas kepala sofa. Farhana menoleh kearah suaminya yang baru saja pulang daripada kerja. "Eh abang,awalnya balik? " Tanya Farhana kehairanan. Fitrie melabuhkan punggungnya disebelah Farhana dan dia menarik badan isterinya mendekati dirinya. "Sayang.. abang nak beritahu something boleh?" "Apa dia?" " Esok abang terlibat dengan satu operasi" Balas Fitrie dengan penuh tenang. Wajah isterinya dipandang lama. " What?" " Ya.. abang harap sayang jaga diri dekat rumah tau." Tegur Fitrie kepada isterinya sebelum dia pergi melibatkan dirinya dengan operasi. " Nanti siapa nak usap-usap kepala sayang sebelum tidur?”sapa Farhana sambil mencebik bibirnya. "Alah! Abang pergi tak lama lah, just 2 hari je!” Jawab Fitrie. Dia mengusap kepala Farhana untuk menenangkan diri isterinya. Farhana tersangatlah risau apabila dirinya berjauhan dengan Fitrie. “Hmm, abang pergi baik-baik tau." Ujar Farhana. " Insyallah sayang!” Balas Fitrie dengan mengukir senyuman kearah isterinya. Farhana menggapai tangan suaminya dan tiba-tiba dia mengeluarkan airmuka yang manja.


_izyanaqilah_ 191 "Abang!” " Ya Sayang?!" " Sayang mengidam nak makan kek lapis Sarawak lah!” "What? Kek Lapis Sarawak? Dekat mana abang nak cari sayang." Fitrie menepuk dahinya kerana isterinya mengidam. Dimana dia ingin mencari kek lapis Sarawak yang diminta oleh isterinya. " Alah tak kira, kalau abang tak cari kek lapis Sarawak, sayang akan halau abang tidur luar!” Ugut Farhana dengan wajah jengkelnya. " Huh, baiklah nanti abang cari kek lapis okay! nanti abang beli banyak-banyak perisa okay!” Perli Fitrie sambil menaikkan matanya keatas. " Terima Kasih abang Inspektor ku sayang, Muahh" Sekilas dia mencium pipi suaminya. Wajah Fitrie mula kemerahan apabila Farhana berkata-kata sebegitu. Dia hanya menahan malu. ******* Keesokan harinya, Fitrie bersiap-siap untuk pergi melibatkan diri dengan satu operasi dimana pasukannya bakal memberkas satu aktiviti haram iaitu dadah dan senjata haram. Rakan-rakan sepasukannya yang lain bersiap-siap memakai baju operasi sebelum bergerak ke lokasi yang akan mereka tuju. "Baiklah, semua dengar sini.. operasi kali ini sangat tersangatlah bahaya.. jumlah musuh kesemuanya 20 orang. “Operasi kali ini diketuai oleh Inspektor Fitrie ,Inspektor Hafizi dan Inspektor Shahril , Ingat! Jangan bertindak sebarangan.. Faham!”


CINTA SI ABANG POLIS "Faham tuan" sapa mereka semua. Setelah taklimat untuk operasi itu selesai, mereka semua bergerak menuju ke kenderaan khas untuk operasi. ------- Beberapa orang musuh disitu sedang menyusun paket dadah dan menyusun beberapa senjata yang dibawa masuk secara haram ke dalam gudang mereka. Dua anak buah kepada Aqil Edrian yang sedang memerhatikan orang bawahannya menyusun paket-paket dadah kedalam kotak. Fitrie dan rakan sepasukannya menyelinap masuk kedalam hutan dengan secara perlahan-lahan sambil memerhati keadaan sekeliling. Mereka ternampak satu gudang lama yang tersangatlah besar didalam hutan itu. Mereka memerhati segala gerak geri musuh yang keluar masuk di kawasan itu. Dia mengaturkan plan untuk memberkas musuh mereka itu . "Baiklah.. kita akan serang mereka tak lama lagi.. semua pergi ambil tempat dan ingat... tunggu arahan daripada saya.." "Baik tuan!” Beberapa anggota bawahan mereka mula bergerak mengambil tempat dan hanya perlu menunggu arahan daripada Fitrie. " Kau ke sana sikitlah Zi, sempit aku tau" sapa Shahril apabila dia dihimpit Hafizi " Ishhh.. kau lah kesana sikit"


_izyanaqilah_ 193 Fitrie menghembus nafas kerana tidak tahan dengan kerenah kawannya yang sedang berebut tempat untuk menyasarkan peluru mereka kearah suspek. " Oii.. focus please." Tegur Fitrie Shahril dan Hafizi memandang Fitrie dengan muka cuak dan terkejut. " Attack .... move move .." Jerit Fitrie " Jangan bergerak.. menyerah semua.. letakkan senjata ke bawah." jerit Fitrie sambil menghalakan senjatanya Kesemua musuh disitu menjadi kelam kabut kerana gudang mereka dikepong oleh pihak polis. Fitrie merampas segala paket-paket dadah dan dimana Hafizi merampas segala senjata yang disimpan oleh suspek disitu. Wajah-wajah suspek yang berada disitu dipandang tajam oleh Fitrie. " Bawa diorang!” Arah Fitrie kepada anggotanya membawa musuh naik ke truck PDRM. " Alhamdulilah! Operasi kita kali ini berjaya." " Syabas". Selepas anggota mereka membawa beberapa orang suspek masuk kedalam trak PDRM, Fitrie,Shahril dan Hafizi memeriksa sekeliling kawasan itu sekali lagi sebelum meninggalkan tempat itu.


CINTA SI ABANG POLIS BaB 26 Selepas mereka bertiga pulang daripada operasi dua hari lalu, Shahril dan Fitrie mendapat jemputan daripada rakan lama satu sekolah untuk menghadiri satu reunion yang akan diadakan di Dewan Besar. " Fit, nanti kita kena pergi reunion sekolah tau dekat satu dewan besar!" Ujar Shahril. " Reunion? Sekolah kita?" Tanya Fitrie dengan wajah cuak. Dia mula menggari kepalanya dengan jemputan reunion sekolah bersama Shahril. " Yalah, tapi ada tema menarik untuk hadir ke majlis reunion tu." Shahril hanya tersenyum manis kearah Fitrie. "Apa tema dia?" Tanya Fitrie untuk mendapat kepastian. " Tema dia macam karier kita sendiri. Hmm contohnya kita berdua kan polis, so kena pakai uniform polis nanti!" Ujar Shahril. " What? Macam tu pulak? Malulah aku. Dahlah dulu aku selalu kena buli." Sapa Fitrie sambil menghirup tomyam. " Apa kau nak malu? Masa ini lah kau kena tunjuk siapa diri kau yang sebenar!" " Ya aku tahu tapi..." tanpa dia menghabiskan ayatnya , Shahril membantah kata-kata Fitrie.


_izyanaqilah_ 195 " Tak ada tapi-tapi.. Kau jangan nak malukan aku dan PDRM okay. Kau kena bangga tau dengan karier kau sekarang!" Bebel Shahril kepada Fitrie. Dia cuba memujuk kawannya itu untuk pergi ke majlis reunion sekolah. " Okay lah aku faham." sapa Fitrie. KEESOKAN HARINYA REUNION SEKOLAH Fitrie bersiap-siap memakai uniform polis untuk pergi ke majlis reunion sekolahnya.. Dimana Farhana sudah bersiap dengan blaus putih dan menunggu suaminya siap. Fitrie langkah turun anak tangga sehingga ke bawah dengan lengkap uniform di badannya. " Sayang dah lama ke tunggu?" Perli Fitrie sambil membetulkan uniformnya. Farhana hanya memberi pandangan tajam kerana terlalu lama menunggu suami nya bersiap. " Kenapa lambat sangat? Saya hampir nak tertidur tadi!" Sapa Farhana sambil mencekak pinggangnya. Segala kekedutan didahi Fitrie terpapar apabila melihat Farhana membebel. " Haih! sorrylah. Dah jom dah lambat ni" Sapa Fitrie sambil memujuk isterinya. Tangan isterinya ditarik perlahan Di dalam sebuah Dewan yang tersangat besar dipenuhi bekas pelajar dan rakan-rakan satu kelas Fitrie dan Shahril. Dia memerhati suasana dewan yang besar itu. Ada yang memakai uniform bomba, uniform TUDM, Maritim dan lain-lain. Apabila Fitrie ,Farhana dan Shahril melangkah masuk kedalam dewan itu, kesemua rakan sekelasnya itu memandang mereka dengan begitu teliti. Seorang kawan lamanya iaitu Tengku Aerul Izwan sebagai Askar berpangkat Leftenan menegur mereka sekian lama tidak berjumpa.


CINTA SI ABANG POLIS " Yowww Inspektor Shahril Afwan." Tegur Tengku Aerul. " Wehhh Leftenan Tengku Aerul Izwan.. Berjumpa lagi kita ya." Tengku Aerul memandang sekilas pasangan itu. " Ini bukan..." " Inilah kawan sekelas dengan kita juga, Inspektor Fitrie Amsyar" " Oh ini lah yang hyper dalam kelas dulu kan?! " Sapa Fitrie " Inilah kawan kita yang menjadi kegilaan pelajar wanita dulu." usik Leftenan Tengku Aerul. " Mana adalah.. itu semua kerja kau suruh pelajar perempuan goda aku." sapa Fitrie dengan wajah kemerahan. Farhana memandang dan tersenyum melihat keakraban dan kenakalan kawan-kawan sekolah suaminya. " Marilah , cari tempat duduk dulu." Selepas mereka mencari tempat duduk, Fitrie memandang disetiap sudut dewan itu dipenuhi rakan-rakan lamanya yang sekian lama tidak bertemu Farhana masih memegang tangan sasa suaminya kerana dia tidak biasa dengan suasana sebegitu ramai dan dia mula berasa segan. Dia memerhati sekeliling dewan itu dengan pelbagai uniform yang ada. "Abang, ini semua classmate abang dulu?" Tanya Farhana. " Haa betul! Kenapa? " " Kenapa baju diorang lain-lain?"


_izyanaqilah_ 197 " Sayang, setiap orang ada cita-cita yang berbeza-beza. Tak semuanya sama walaupun satu kelas" Tiba-tiba ada seorang lagi rakan sekelas menegur Shahril dan Fitrie dimeja itu. Fitrie yang sedang membetulkan awning tudung Farhana terhenti seketika. Dia menoleh kearah duara yang menyapanya . " Eh Shahril Afwan! Datang jugak kau eh, ingat tak datang." Sapa Firhan. Seorang pegawai bomba. Rakan satu kelas dan satu sekolah yang sama dengan Shahril dan Fitriem " Eh Abam bomba! Erghhh Firhan kan? "Sapa Shahril. Mereka bersalaman setelah sekian lama tidak berjumpa. " Ya, dulu orang panggil aku Aan kan." " Kau ingat tak orang sebelah aku ni?" Tanya Shahril sambil menunjuk kearah Fitrie yang sekian tadi hanya berdiam diri. " Tak silap aku ni... Fitrie kan?" " Yes! aku lah tu." Jawab Fitrie dengan penuh sopan. " Wow.. korang berdua sama-sama Inspektor ya.." " Kebetulan aku dapat tukar daripada Pahang ke KL, tak sangka pula satu unit dengan mangkuk hayun sebelah aku ni." Perli Fitrie. Farhana hanya menahan gelak apabila melihat suaminya mengusik Shahril. Shahril hanya memberi jelingan tajam kearah Fitrie apabila kawannya itu berkata sedemikian. Apa? Kau panggil aku mangkuk hayun?!" Tanya Shahril dengan nada yang geram.


CINTA SI ABANG POLIS Firhan hanya tergelak melihat kerenah dua rakannya itu. Hanya dia saja yang tahu bagaimana sikap Fitrie dan Shahril sewaktu zaman sekolah dahulu. " Yang ni, adik kau ke?" Tanya Firhan tuju kearah Farhana. Kening Farhana terangkat apabila Firhan berkata sedemikian. Dia tidak mengetahui bahawa Farhana adalah isteri kepada Fitrie " Eh! Bukanlah! Ini bini aku lah!" Balas Fitrie dengan tenang. " Eh kau dah kahwin? Tak jemput aku pun." Firhan mengeluarkan wajah jengkel kepada Fitrie bahawa dia tidak dijemput pada majlis kahwin Fitrie dan Farhana tempoh lalu. " Macamana aku nak jemput, nombor kau pun aku tak ada." Balas Fitrie lagi. " Haha! Yalah , habis sekolah je semua buat haluan masing-masing." Lelaki yang berpakaian askar berpangkat Leftenan itu melabuhkan punggungnya disebelah Shahril. Wajah jengkelnya seperti ingin mengusik Shahril terus terpanah kearah Shahril. " Haa kau Ril, bila lagi nak kahwin?" Tanya lelaki yang berpangkat Leftenan itum " Entahlah! Jodoh aku sesat lagi." Balas tenang Shahril. " Ek eleh! Kau yang select sebenarnya! Hari itu aku nak jodohkan kau dengan makcik kiah kau taknak!" " Kau gila ke? Aku baru 26 tahun kau nak jodohkan aku dengan makcik yang umur 42 tahun! Mental aku nanti!" Jawab Shahril dengan penuh rasa cuak. Fitrie dan Tengku Aerul hanya menahan gelak melihat reaksi Shahril. " Hahaha tak apalah dah okay dah tu!" Usik Fitrie.


_izyanaqilah_ 199 " Dah! kau tak payah nak perli aku, sekarang ni aku tengah lapar, jom ambil makanan." Selepas mereka menjamu selera, semua rakan satu kelas menonton satu video dimana kenangan mereka sewaktu di zaman sekolah dahulu. Beberapa gambar dimainkan di slide dissksikan oleh semua orang didalam dewan itu. Airmata Fitrie gugur dipipi tetapi ditenangkan oleh Shahril. Dia menepuk bahu Fitrie bagi menenangkan keadaan sedih. Seorang MC berucap diatas pentas dengan bergemanya satu dewan itu. " Okay, ini adalah tiga rakan yang selalu bersama-sama, Iaitu Shahril Afwan, Fitrie Amsyar dan Tengku Aerul Izwan! Sekarang mereka bertiga adalah.. "Shahril dan Fitrie sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dan Tengku Aerul Izwan adalah askar ATM berpangkat Leftenan. Tepukkan untuk mereka!" Shahril dan Fitrie berpeluk sesama mereka kerana keakraban persahabatan mereka masih utuh. Setelah tontonan gambar kenangan selesai, mereka semua naik keatas pentas dan sesi bergambar. " Beruntungnya aku dapat suami macam dia!" bisik hati Farhana sambil memandang suaminya sedang bersedia untuk bergambar. Setelah majlis itu selesai , mereka bertiga melangkah keluar daripada dewan itu dan berjalan menuju ke arah kereta mereka. " Aerul, aku balik dulu tau, insyallah nanti kita jumpa lagi!" sapa Fitrie " Beres! Lagipun minggu ni aku busy terlampau.. sebab ada pelatih baru akan masuk ke kem!" Kata Tengku Aerul.


CINTA SI ABANG POLIS " Hmm tak apalah nanti kau roger-rogerlah aku kalau kau free!" " Insyallah,Apapun hati-hati dan selamat bertugas buat Inspektor Shahril dan Inspektor Fitrie" " Haha.. okay see you later Leftenan Tengku Aerul" Selepas mereka selesai bertegur sapa, Mereka bertiga melangkah menuju kearah kereta yang diparking didepan dewan itum Dalam perjalanan pulang kerumah, Farhana hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Sesuatu yang sedang bermain didalam fikirannya. Fitrie memerhati wajah Farhana dengan begitu fokus. Dia cuba memegang tangan Farhana secara perlahan-lahan. Farhana menoleh kearah wajah suaminya dan dikerling kearah tangannya yang dipegang. "Kenapa abang pegang tangan sayang?" "Abang nak tanya, Are you okay dear?" Tanya Fitrie sambil fokus memandu. " Tak ada apalah." jawab Farhana. " Ehh! Jangan nak bohong abang! Ada apa-apa yang tak kena ke? Cuba beritahu abang." Tanya Fitrie. Dia mengenggam kuat tangan isterinya. " Betul ke dulu ramai pelajar perempuan yang suka abang?" Sapa Farhana dengan wajah sayu. Fikirannya terganggu seketika. Shahril yang duduk tempat belakang terkejut dengan soalan Farhana. Dia hanya memerhati dan mendengar perbulana suami isteri itu. Dia berpura-pura fokus terhadap telefonnya. " Aikk? Kenapa sayang tanya soalan macam tu?" Tanya Fitrie dengan wajah terkejut.


Click to View FlipBook Version