The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IZYAN AQILAH, 2024-05-12 10:27:59

manuskrip Cinta si Abang Polis

manuskrip Cinta si Abang Polis

_izyanaqilah_ 201 " Nothing, cuma sayang perhati je classmate perempuan abang yang belum kahwin tu asyik pandang abang je." Pandangan cemburu Farhana jelas dipandang oleh Fitrie. " Astagfirullahalazim, sayang itu kisah dulu.. zaman sekolah.. Sekarang cukuplah abang ada sayang je!" Keningnya diangkat berkali-kali. Farhana hanya memberikan senyuman yang malas. Dia masih tidak percaya apa yang dikatakan oleh suaminya. Fikirannya kini terganggu dengan tanda tanya. "Sayang masih tak percaya apa yang abang cakap?" Tanya Fitrie dengan suara yang tegas. " Betul lah apa yang si Aerul cakap tadi, kau memang ramai peminat." Sampuk Shahril langsung tiada rasa bersalah. " Ewahh kau! Kalau bak kenakan aku cepat je." Ujar Fitrie " Cepatlah jawab soalan tadi." Farhana memaksa suaminya untuk menjawab soalan yang ditanya sebentar tadi. Fitrie menghembus dan memejam matanya untuk menjawab soalan Farhana . " Okay! Baiklah! ya dulu ramai pelajar perempuan yang suka dekat abang, tapi abang jual mahal." " Kenapa?" " Sebab abang tak nak prestasi pelajaran abang terganggu kerana bercinta zaman sekolah." Farhana hanya mengangguk faham apa yang dikatakan oleh Fitrie. Baru dia mengerti kenapa suaminya seorang yang begitu fokus dengan setiap perkara terutama tentang kerja. Beberapa minit kemudian, tiba di rumah Shahril. Shahril melangkah keluar daripada kereta milik Fitrie. Cermin tingkap kereta itu dibuka seketika. "Terima Kasih tumpangkan aku!" Ujar Shahril kepada Fitrie


CINTA SI ABANG POLIS "No hal lah! Aku balik dulu!" sapa Fitrie sambil mengangkat tangan. "Hati-hati!" Ujar Shahril. Setelah kereta milik Fitrie hilang daripada radar matanya, Shahril melangkah menuju masuk kerumahnya. Tanpa dia sedari, ada satu pasang mata yang memerhatinya sewaktu mereka berborak sebentar tadi.


_izyanaqilah_ 203 BaB 27 Dia meletakkan kepalanya diatas bantal dan memicitkan kepalanya. Kepenatan apabila menghadiri majlis reunion sekolah. Notifikasi whatsapp berdering disebelah dan dia menggapai telefon itu. Hafizi : Fit.. kau ada kat mana? Fitrie : Aku ada kat rumah.Kenapa? Hafizi : Jom lepak, tempat biasa! Dia memandang jam ditangan nya terlihat sudah masuk jam 10 malam. Fitrie : okay aku datang.. tunggu tau Dia terus menggapai jaket hitamnya dan bersiap-siap untuk keluar. Farhana yang sedang baring diatas katil itu melihat suaminya menyarung jaket hitam dan memakai kacamata. Farhana membulat matanya melihat kekacakkan suaminya. " Eh! abang nak kemana pulak ni?" Sapa Farhana sambil mengusap perutnya. "Abang nak keluar kejap, Hafizi nak jumpa!" Balas Fitrie sambil membetulkan jaketnya.


CINTA SI ABANG POLIS Farhana mengangkat keningnya kehairanan. Pantas dia bangun daripada katil itu dan berdiri sambil memegang perutnya yang sarat itu. Reaksi hairan jelas diwajahnya. " Eh.. baru je balik daripada reunion tadi terus nak ajak lepak pula" Farhana menepuk dahi kehairanan. Fitrie mendekatkan diri kepada isterinya. Dia memandang wajah cantik isterinya sambil mengusap perlahan perut isterinya yang sarat mengandung itu. " Sayang, walaupun abang selalu jumpa kawan-kawan abang, tapi dalam hati abang hanya satu je!" Farhana memandang dengan wajah sedih. " Apa dia ?" " Dalam hati abang hanya ada sayang!" Jawab spontan Fitrie kepada isterinya. Airmata Farhana gugur dipipi dan diseka perlahan oleh suaminya. " Kalau terjadi apa-apa pada abang, kalau abang dah tak ada, genggamlah kesetiaan cinta ni pada diri sayang" Ujar Fitrie dengan penuh lemah lembut. " Kenapa abang cakap macamtu? Saya dan anak tak nak kehilangan abang!" " Insyallah, doa yang baik-baik untuk abang okay." Farhana hanya mengangguk faham. Dengan pantas airmatanya diseka oleh Fitrie. " Okaylah, abang pergi dulu, kunci pintu rumah tau, banyakkan rehat!kesian anak papa ni nanti!" Usik Fitrie sambil mengusap perut Farhana. Farhana menepuk kuat lengan suami nya kerana menyempat bergurau dengan anak dalam kandungan isterinya. " Hati-hati bang, jangan lewat sangat!" Tegur Farhana sambil melambai tangan kearah suaminya. Perutnya dipegang sambil tangan sebelah kiri memegang tombol pintu.


_izyanaqilah_ 205 Sekian lama mereka berdua menunggu minuman mereka sampai, seorang pelayan menghantar dua minuman dimeja mereka. Fitrie dan Hafizi mengambil minuman itu dan mereka hirup dengan perlahan-lahan. Hafizi memandang Fitrie dengan reaksi kosong. Sahabatnya itu leka memandnag kearah telefon. "Fit! Aku nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Hafizi. " Apa dia?" Sapa Fitrie sambil menyedut minumannya. " Betul ke dulu kau ni ramai gadis yang rebutkan kau?" Air yang disedut oleh Fitrie tersembur diatas meja. Dia mengelap hidungnya yang juga terkena tempias tadi. Tisu yang berada didepannya segera diggapai. Dia memandang dengan jelingan tajam kearah Hafizi. Dia sendiri tidak tahu siapa yang membocorkan rahsianya itu. " Pftt ! Siapa yang cakap? Kau bagitahu aku sekarang?!" Tanya Fitrie dengan nada yang geram. " Mana ada orang bagitahu dekat aku!" Bohong Hafizi untuk mengelak rahsia itu " Ni mesti kerja si Shahril kan? Tak ada orang lain yang suka bocorkan rahsia!" Ujar Fitrie dengan penuh rasa tidak puas hati. Kini segala rahsia lamanya terbongkar. Sewaktu dahulu, dia adalah jejaka yang sering digilai ramai gadis. Hafizi hanya menahan gelak daripada terdengar gelak yang besar. " Ya! si Shahril beritahu dekat aku." Ujar Hafizi dengan masih menahan ketawa melihat riak wajah Fitrie. " Ahh kau jangan percaya lah si Shahril tu! fitnah je kerjanya" " Dah lewat ni, aku risau pulak bini aku dekat rumah tu.. Jomlah"


CINTA SI ABANG POLIS Selepas mereka bayar semua makanan dan minuman mereka, terus melangkah keluar ke pintu keluar cafe itu. Tanpa disedari ada sebuah kereta yang sedang memerhati mereka berdua didepan cafe itu. Lelaki berpakaian jaket hitam dan kepala nya ditutup . " Okay lah Zi, aku balik dulu,next time kita jumpa lagi." " Hati-hati.. " Fitrie melangkah melintas jalan dan tiba-tiba kereta yang dipandu lelaki itu dengan pantas ingin melanggar Fitrie. Hafizi menjerit memanggil Fitrie " Fitrieeeeee.. hati-hati! Jerit Hafizi daripada jauh. Dengan pantas Hafizi berlari menuju kearah Fitrie dan menyelamatkan kawannya itu tetapi kepala Fitrie terhantuk di atas batu kaki lima itu. " Fit! Bangun! Bangun!" jerit Hafizi sambil menggoyangkan badan Fitrie. Hafizi cuba menepuk pipi Fitrie untuk bagi menyedarkan Fitrie tetapi tiada respon. "Fitrieeeeeee!" Jerit Hafizi dengan penuh kuat sehingga bergema kawasan itu. Beberapa orang doktor dan jururawat di hospital itu mengiring dan menolak katil kecemasan hospital untuk menuju ke wad kecemasan zon merah. Hafizi menunggu diluar sementara kawan baik nya itu dirawat didalam ruangan zon merah. Kelihatan seoramg gadis berlari menuju kearah Hafizi. " Fizi, Fizi macamana keadaan suami aku? Apa terjadi sebenarnya? " Sapa Farhana dengan nada yang cuak.


_izyanaqilah_ 207 " Fitrie masih dalam wad zon merah!" Jawab Hafizi. Wajahnya yang sedih itu membuatkan Farhana semakin risau. " Apa terjadi sebenarnya?" Tengking Farhana. " Huhh.. Sebenarnya ..." Tiba-tiba seorang doktor keluar daripada ruangan kecemasan zon merah itu. Hafizi dan Farhana meluru kearah doktor itu. " Doktor.. macamana dengan kawan saya?" Tanya Hafizi kepada doktor itu. " Ini isteri Encik Fitrie?" Tanya doktor itu . " Ya! Saya isteri dia.. macamana keadaan suami saya doktor?" Tanya Farhana dengan rasa gelisah. " Buat masa sekarang ni dia masih kritikal.. Gegaran otak tersangat kuat. Kami terpaksa tahan dia dalam wad kecemasan zon merah ini" Farhana terduduk diatas kerusi dan terkejut apabila dapat tahu suaminya kritikal. Airmatanya tidak lagi dapat ditahan kerana keadaan suaminya semakin kritikal. " Doa yang baik-baik ya puan, semoga suami puan cepat sedar dan pulih! Saya minta diri dulu." Ujar doktor itu. "Terima kasih doktor!" sapa Hafizi. Hafizi melihat keadaan Farhana yang menangis kesedihan apabila dia mendengar keadaan Fitrie dalam kritikal. " Sabar Farhana! Doakan yang baik-baik untuk Fit." Ujar Hafizi untuk menenangkan Farhana. Farhana menyeka airmatanya perlahan-lahan.


CINTA SI ABANG POLIS " Jom aku hantar kau balik ! Jangan seksa diri kau, kesian dekat anak kau tu!" Ujar Hafizi tenang. " Fizi, aku taknak kehilangan dia!" Sapa Farhana yang masih dalam kesedihan. " Farhana.. doa yang baik-baik saja untuk suami kau." Ujar Hafizi. Selepas itu, Hafizi menghantar Farhana pulang ke rumah. Mereka berdua berjalan menuju kearah pintu keluar wad kecemasan dengan penuh rasa kesayuan. *** Farhana memandang gambar perkahwinannya yang terletak diatas meja solek , dia menyentuh gambar itu dengan penuh perasaan sedih. Dia tidak menyangka ujian yang dihadapinya bersama Fitrie begitu besar. Keesokan pagi... Hafizi melangkah masuk ke pejabat dengan airmuka tiada senyuman, Shahril yang sedang menyiapkan kerjanya itu memandang kearah Hafizi. " Hey Zi, sorang je ke? Mana Fit?" Tanya Shahril dengan wajah hairan. Matanya meliar mencari kelibat Fitrie tetapi tidak kelihatan.Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi dan memicit kepalanya bingung. " Oii, aku tanya kau ni! Mana Fitrie?" Tanya Shahril sekali lagi. " Shahril! Aku beritahu kau perkara ni, kau jangan terkejut ya" " Apa dia? Macam serius je bunyi tu?!"


_izyanaqilah_ 209 " Semalam aku pergi lepak dengan Fitrie dekat cafe yang selalu kita lepak. Waktu kitaorang nak pulang, ada sebuah kereta nak langgar Fit tapi nasib aku sempat selamatkan dia!" Ujar Hafizi dengan nada sayu. Shahril mengeluarkan muka cuaknya " What? Kau cam ke siapa yang nak langgar Fit? " Wajah Shahril mula cuak. Dia terkejut dengan berita itu " Aku tak cam sebab muka dia dilindung dengan mask hitam, Tapi Fitrie dalam kritikal, doktor tahan dia dalam ruangan zon merah." " Astagfirullahalazim! Aku harap ada keajaiban untuk Fitrie! Aku kesian dekat si Farhana tu." Hafizi hanya mengangguk faham. Mereka berdua bersimpati apa yang berlaku terhadap sahabat baiknya. Hafizi menongkat dagunya dan fikirannya kini terganggu. Fitrie yang masih didalam tidak sedar dan masih kritikal itu dipantau oleh jururawat didalam wad itu. Jari jemari Fitrie bergerak perlahan, matanya terbuka dengan perlahan. Dia memandang sekeliling Seorang jururawat disitu memandang kearah Fitrie apabila dia sedar daripada kritikal. " Dokk..tor!" " Eh.. doktor.. pesakit dah sedar!" Ujar seorang jururawat yang menjaga wad itu. Beberapa orang doktor bergegas ke ruang zon merah untuk pergi melihat keadaan Fitrie. Seorang doktor disitu tersenyum kerana melihat perkembangan positif daripada Fitrie yang baru saja sedar daripada kritikal. Kring.. kring... Telefon milik Hafizi berbunyi.


CINTA SI ABANG POLIS " Hallo, Inspektor Hafizi bercakap!" " Hallo Tuan Hafizi, ini saya doktor Lee!" " Oh ya doktor ada apa? " " Maaf saya menganggu.. saya nak maklumkan bahawa kawan tuan dah sedar daripada kritikal." " Oh ya ke?! Macamana keadaan dia sekarang? " " Dia masih termenung dan masalah dia sekarang , pihak hospital memberi sedikit makanan untuk dia, tetapi dia tak nak makan!" " Tak apa.. nanti saya pergi ke sana." " Okay baiklah tuan!" " Terima kasih doktor!" Terus dia mematikan panggilan itu. Dia memandang kearah Shahril dengan wajah yang serba salah. " Kenapa Zi? Siapa call tu?" " Doktor Lee! Dia beritahu yang Fitrie dah sedar daripada kritikalnya." " Alhamdulilah.. nanti kita pergi melawat dia" Hafizi hanya mengangguk. Mereka berdua hanya mengukir senyuman apabila mereka mendapat berita yang gembira mengenai Fitrie.


_izyanaqilah_ 211 BaB 28 Farhana mendapat satu panggilan daripada Hafizi dan dia menyambut panggilan itu dengan sepantasnya. '' Hallo Assalamualaikum.." '' Waalaikumusalam Farhana, ni aku lah..Hafizi'' '' oo Hafizi, apahal kau call aku ni?'' '' Aku nak beritahu, Fitrie dah sedar daripada kritikal dia." " Serius? Macamana keadaan dia sekarang? '' Sekarang ni dia asyik termenung dan tidak mahu makan" Farhana terkejut apabila mendengar hal suaminya sebegitu. Dia cuba menenangkan dirinya supaya dia dapat menerima keredhaan apabila dia diuji sebegitu berat. Dia mematikan panggilan itu dan menggapai tudung serta kunci kereta yang terletak diatas meja itu dan terus menuju ke hospital.


CINTA SI ABANG POLIS Setelah sampai ke hospital, dia berjalan menuju kearah wad dimana suaminya berada. Hafizi dan Fatin bersama anak-anak nya menunggu diluar, Farhana berjalan sepantasnya menuju kearah mereka berdua '' Hai korang! " Sapa Farhana '' Eh Hai Farhana, kau datang dengan siapa?" Tegur Fatin sambil mendukung anaknya. '' Aku datang sorang-sorang. Drive sendiri'' '' Astagfirullahalazim.. kenapa tak call aku Farhana? Kau tu dah sarat mengandung'' '' Abang pun kenapa tak ambil je Farhana dekat rumah?'' bebel Fatin sambil mencubit lengan sasa suaminya Muka Hafizi kemerahan apabila lengan sasa nya itu dicubit halus oleh Fatin. '' aduh duh.. sakitlah sayang . Manalah abang tahu..'' '' eh sudahlah tu.. janganlah gaduh! Aku boleh drive lagi lah'' '' Aku faham kau boleh drive tapi risau kandungan kau tu'' tegur Fatin Tanpa dia menghirau bebelan Fatin itu, dia memandang suaminya diluar wad itu melalui cermin kaca pintu wad itu. Airmata nya mula gugur dan dia memandang perut nya itu sambil mengusap. Seorang doktor keluar daripada wad itu dan... '' Siapa isteri kepada Encik Fitrie?'' '' Saya Puan! " '' Okay.. Puan boleh masuk tengok suami puan.''


_izyanaqilah_ 213 Hafizi sampuk satu suara ... '' Doktor, kami ni kawan-kawan dia, boleh kami masuk sekali?" '' Boleh encik.. silakan'' Pintu wad itu dibuka dan Farhana berjalan menuju kearah Fitrie yang sedang termenung dengan kepala dibalut.Dia memegang tangan Fitrie tetapi ditepis kuat oleh Fitrie. Farhana tersentak apabila tangannya ditepis kuat oleh suaminya sendiri. Fikiran nya mula bingung . " Abang.. ni saya bang ! Isteri abang'' '' Siapa kau? Siapa isteri aku?" " Fit? " Kau keluar.. keluar.. aku tak kenal kau perempuan " jerit Fitrie yang masih hilang ingatan. " Abangggg" Dengan tiba-tiba Fitrie berkelakuan seperti kerasukan . Beberapa orang doktor disitu cuba menenangkan keadaannya dan dia menyuruh Farhana ,Hafizi dan Fatin keluar daripada wad itu buat sementara waktu. '' Saya minta tolong awak semua keluar dari wad ini dahulu ya'' Mereka bertiga melangkah keluar daripada wad itu. Farhana yang dalam keadaan menangis tanpa henti ditenangkan oleh Fatin. " Fatin.. Fitrie..'' tanpa dia menghabiskan ayatnya dengan suara tangisan yang sedu sedan.


CINTA SI ABANG POLIS Tiba-tiba, suara kesakitan daripada Farhana terdengar oleh beberapa jururawat disitu. '' Arhhh.. tolong.. Fatin..'' Jerit Farhana yang mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. '' Farhana... Nurse.. Nurse tolong'' Dengan segera beberapa orang jururawat disitu mengangkat Farhana dan diletakkan diatas katil itu dan dibawa kedewan bedah. BEBERAPA MINIT KEMUDIAN. Fatin menunggu diluar dewan pembedahan itu dan terdengar suara tangisan bayi yang sangat kuat. Dia terkejut dan teruja apabila kawannya itu selamat melahirkan anak sulung. '' Doktor... macamana dengan kawan saya?'' tanya Fatin sambil mendukung anaknya '' Suami Puan Farhana ada tak?'' '' Ummm.. doktor.. Suami Puan Farhana sekarang ada dekat wad kritikal sana'' '' Oh okay, Puan Farhana dan bayinya selamat. Baby boy.'' " Alhamdulilah! Terima Kasih doktor." *** Di Wad Farhana*** " Ya Allah comelnya anak kau Farhana, muka sebijik Fitrie lah" '' Huhu,kuatnya gen papa dia budak comel ni" " Apa nama anak kau ni?" " Fareeq Ashraf"


_izyanaqilah_ 215 '' Amboii nama dia, handsome betul" Farhana hanya senyum melihat kerenah dua kawannya itu. Dalam masa yang sama, dia terbayang sosok tubuh yang berdiri disebelahnya yang lengkap beruniform polis, tetapi dia terpaksa menerima hakikat apa yang terjadi kepada suaminya. Fatin memandang sekilas kearah wajah Farhana dia duduk disebelah. Dia cuba menenangkan keadaan Farhana yang masih lagi bingung terhadap suaminya. '' Farhana, are you okay?" '' Fatin, serius aku rindu suami aku.. Macamana aku nak kenalkan Fareeq kepada papanya." '' Farhana, Ini dah sebahagian ujian untuk kau dan Fitrie. Macamana pun kau kena bawa juga anak kau ni pada Fitrie. " Airmata Farhana gugur dan mengusap kepala anaknya dengan lembut . Dia masih tidak boleh terima apabila suaminya masih hilang ingatan. ______ Dua bulan kemudian Seorang wanita yang berusia menjangkau usia 40 tahun itu yang dikenali Mak Timah. Jiran yang selalu berborak dengan Farhana ketika mereka melakukan aktiviti diluar rumah. Mak Timah membuat segala kerja didalam rumah itu kerana Farhana sedang menjaga anak sulung lelaki itu. Dia merenung wajah anaknya tiba-tiba airmatanya gugur membasahi pipi. Wajah anak lelaki itu mirip suami nya. Sudah 2 bulan suaminya tiada didalam rumah ini apabila masih ditahan didalam wad. " Nak!" Tegur Mak Timah sambil memegang penyapu


CINTA SI ABANG POLIS Farhana segera menyeka airmatanya tanpa disedari oleh Mak Timah. " Ya Mak Timah" Sapa Farhana. " Nak okay?" " Saya okay Mak Timah.." Wanita berusia itu duduk disebelah Farhana dan cuba menenangkan keadaan dirinya. " Sabar ya nak! Mak Timah tahu kamu sedih sekarang sebab suami Nak masih ditahan dalam hospital. Doa yang baik-baik " Farhana hanya mengangguk. ----------- Jam 10 malam, Shahril dan Hafizi mengawal sekeliling luar wad itu sekiranya ada orang yang tidak dikenali cuba masuk ke dalam wad itu. Hafizi melihat keadaan Fitrie daripada luar pintu wad itu sedang berehat. " Fizi, macamana ni? Dah dua bulan si Fitrie ditahan dalam wad. Siapa punca sebenarnya?" " Aku tak tahu! Aku tak nampak muka orang yang cuba nak langgar Fitrie tempoh hari" " Aku bukan apa! Aku just kesian dekat Farhana dan Fareeq. " Tak apa.,kita tunggu untuk beberapa hari lagi. Dan kita akan tahu siapa dalang disebalik kejadian ni.” Seorang lelaki berpakaian berhoodies hitam, menutup kepalanya berjalan menuju kearah wad Fitrie dengan perlahan-lahan.


_izyanaqilah_ 217 Shahril dan Hafizi memerhati gerak geri lelaki itu yang berjalan menuju ke wad dan dihalang serta merta. " Berhenti! Encik siapa?" Tegur Hafizi dengan wajah yang serius. " Jangan halang! Aku nak berjumpa dengan kawan aku." Sapa lelaki itu. Shahril memasang wajah yang bengis kerana hatinya mula tidak tenang dengan kehadiran lelaki misteri itu untuk berjumpa Fitrie. Hafizi hanya bersiap sedia sekiranya ada perkara yang tidak diigini berlaku. " Maaf encik, kami tidak benarkan sesiapa masuk kedalam wad ini kecuali ahli keluarga pesakit Sahaja." Tegur Hafizi dengan tegas. Lelaki itu mula mengeluarkan airmuka bengis kerana dihalang. " Kau siapa nak halang-halang aku? " Jerit lelaki itu " Encik, sebelum kami bertindak, lebih baik encik keluar daripada tempat ini" "Siapa korang berdua?" " Kami polis!" Lelaki itu terus melepaskan hoodies diatas kepalanya dan memaparkan wajahnya yang sebenar. Hafizi dan Shahril hanya berjaga-jaga sekiranya lelaki itu akan bertindak lebih agresif. " Aku lah Afeeq Edrian! Abang kepada Aqil Edrian. Suspek yang korang tangkap tempoh hari. Aku datang untuk membalas dendam apa yang telah terjadi kepada adik aku." " Jadi kau lah yang nak langgar kawan aku?" Soal Hafizi dengan suara garang.


CINTA SI ABANG POLIS " Ya itu lah aku, aku nak kawan kau yang terlantar atas katil tu mati.." Ugut Afeeq Edrian. " Jahanam punya pengkhianat." Dengan secara tiba-tiba lelaki yang bernama Afeeq Edrian itu mengeluarkan pistol dan mengacukan kearah mereka berdua. Tapi dengan pantasnya Hafizi menepis pistol lelaki itu dan kini giliran mereka berdua mengeluarkan pistol mengacukan kearah Afeeq. Afeeq dengan pantas menepis pistol itu dan berlari keluar menuju keluar daripada kawasan itu. Hafizi dan Shahril mengejar lelaki itu tetapi lelaki itu pantas loloskan diri. Hafizi melepaskan geram kerana tidak dapat menangkap Afeeq. Shahril menenangkan keadaan Hafizi dan mereka berdua kembali mengawasi wad Fitrie. Senjata mereka berdua kembali disimpan dan menenangkan keadaan setelah berlakunya kekecohan sebentar tadi.


_izyanaqilah_ 219 BaB 29 Shahril mengawasi keseluruhan wad itu sementara beberapa orang jururawat sedang memeriksa data-data yang tertera di mesin itu. '' Selamat Pagi Tuan.'' Sapa anggota itu '' Selamat Pagi! Macamana? Dapat kesan dimana 3 suspek ni?" '' Setakat ini belum lagi tuan, tapi Insyallah dalam masa terdekat kita akan dapat kesan tidak lama lagi.'' ''Jangan buang masa, kita kena berkas suspek ini secepat mungkin." '' Baik Tuan!" " Dan satu lagi, saya nak salah seorang daripada awak semua tolong awasi rumah tuan Fitrie awak. Kalau ternampak apa-apa yang mencurigakan,cepat-cepat bertindak! Faham!'' '' Faham Tuan."


CINTA SI ABANG POLIS Beberapa minit selepas itu, Fitrie memandang kearah sosok tubuh yang sedang berdiri disebelahnya dan ... '' Shahril?" Shahril terkaku dan tergamam apabila kawan lamanya itu menyapa namanya. Fitrie cuba untuk membetulkan posisi badan ke kanan untuk memandang kearah Shahril. Fikirannya masih tertanya-tanya kenapa dia berada disitu. Shahril mengenggam tangan kawannya itu untuk memberi semangat dan kuat. '' Fitrie.. kau kenal aku?" Tiba-tiba pintu wad itu ditolak . Farhana membawa anaknya bersama-sama untuk melawat suami yang masih ditahan didalam wad. Fitrie memandang begitu lama kearah Farhana dan dia melihat seorang anak kecil yang dipegang oleh Farhana Farhana mendekati dirinya kearah suaminya dan menatap dengan penuh kesedihan. Anak itu diberikan kepada Fitrie. '' Abang.." '' Ini anak siapa?'' Tanya Fitrie dengan wajah yang begitu sedih ''Ini anak kita abang.. Mohd Fareeq Ashraf Bin Mohd Fitrie Amsyar " Fitrie yang masih dalam keadaan serba salah itu mencium dahi anak itu dan mengusap kepala . Farhana mendekati dirinya dan mengenggam tangan Fitrie dengan begitu banyak airmata gugur. Dia sangat kesal dengan apa yang terjadi pada suaminya setelah mendirikan rumah tangga. Shahril yang melihat keluarga kecil itu dengan penuh keluhan dan dia mengusap dada nya kerana hanya dia saja yang belum berkahwin.


_izyanaqilah_ 221 " abang.. saya rindu abang '' '' Abang juga rindu sayang'' '' Cepat-cepat lah sihat bang.'' Fitrie hanya melemparkan senyuman ikhlas . Dia sangat tahu isterinya memerlukan dirinya disisi. Sekian lama 2 bulan dirinya tiada disisi isteri . Fareeq yang berusia 2 bulan itu berada didalam dakapan Fitrie dan dia berasa bersyukur kerana sekarang dia bergelar seorang ayah kepada anak itu. " Assalamualaikum anak papa, doakan papa semoga cepat sembuh ya! Papa tahu , mama kamu rindu dekat papa. Papa harap nanti kamu dah besar, boleh jadi macam papa tau. '' Farhana melihat gelagat suaminya yang sedang meng acah-acah Fareeq didalam dakapan Fitrie. Dia memeluk suaminya begitu erat kerinduan dan airmata masih lagi menitis dipipinya. _____ Hafizi memeriksa data-data dan lokasi suspek didalam komputer dengan begitu fokus dan tibatiba telefon miliknya berdering dan terpapar nama. '' Shahril" dan dia menyambut panggilan itu. '' Halo Assalamualaikum'' "Waalaikumusalam, kau busy ke?" '' Sikit je, kenapa call aku?" " Aku nak beritahu .... Fitrie dah kembali normal. Sekarang ni dia tengah pegang anak dia." '' What? Seriuslah? Farhana pun ada kat situ?" Sapa Hafizi


CINTA SI ABANG POLIS '' Ya, dia pun baru sampai " Tiba-tiba terpapar lokasi suspek pada skrin komputer dan membuatkan panggilan itu dimatikan segera. Dia menyemak sekali lagi untuk lokasi suspek. Akhirnya dia berjaya mengesan lokasi itu. Keesokan hari , Shahril dan Hafizi bersama-sama dengan beberapa anggotanya menjejak dua suspek yang mereka sedang buru iaitu Elyana dan Faysal. Setelah Hafizi dapat mengesan kedudukan lokasi suspek, mereka bergerak menuju ke lokasi. '' Baiklah, kita akan bergerak ke satu lokasi dimana dua suspek yang sudah lama kita buru iaitu Elyana dan Faysal," " Tuan! Macamana dengan Tuan Fitrie?" " Tuan Fitrie awak masih dihospital.. doakan dia semoga dia cepat sembuh. Sekarang ni saya menggantikan dia sebagai ketua kumpulan untuk operasi kali ini.'' '' Baiklah kita bergerak sekarang." Tegas Shahril kepada semua anak buah nya. Kesemua anggota yang menyertai operasi itu berlari menuju kearah truck pdrm dan semua sudah bersiap sedia. Setelah mereka sampai di lokasi, Shahril dan Hafizi perlahan-lahan melangkah kedepan untuk menuju ke satu markas kecil dimana Elyana dan Faysal bersembunyi. Dua orang anggotanya mengendap daripada luar dan memberi isyarat tangan kepada dua pegawainya itu. " Baiklah, kita akan bergerak ke sana sekarang.. Ayuh" Tegas Hafizi. Kesemua daripada mereka berlari meluru masuk ke gudang itu dan... " Jangan bergerak! Menyerah sekarang!" Jerit Hafizi . Elyana dan Faysal telah digari tangannya . Shahril dan Hafizi memeriksa dan selongkar seluruh gudang itu tetapi tiada apa kesan yang ditinggalkan.


_izyanaqilah_ 223 '' Bawa mereka ke truck kita" Sapa Hafizi dengan suara yang tegas. '' Alhamdulilah mission kita selesai " " Belum lagi , ada seorang yang masih terlepas.." " Siapa?" " Afeeq Edrian" Jelingan maut diberi kepada Shahril. Keesokan harinya, pihak hospital membenarkan Fitrie discharge daripada wad itu. Segala kesembuhannya sudah menjadi normal. Fareeq yang masih tidur diatas katil wad itu dipandang oleh jururawat kegeraman dengan kecomelan anak itu . Farhana membantu suaminya mengemas baju kedalam beg untuk pulang kerumah. " Sayang.. tak payah susah-susah " " abang... mari saya tolong kemaskan baju-baju ni." Tiba-tiba suara Fareeq kedengaran dan segala gerak kerja menyusun baju kedalam beg terhenti seketika. Dia bangun dan menuju kearah Fareeq yang sedang menggeliat badan diatas katil itu. '' Alolol sayang mama ni.. shhhh" Farhana menepuk paha kecil Fareeq itu untuk tidak mengeluarkan suara tangisan. " papa." suara pertama Fareeq yang terkeluar daripada mulutnya. Fitrie memandang dengan pantasnya kearah anak kecil itu Dia melihat wajah anaknya itu dengan penuh wajah yang terkejut. Adakah dia tersalah dengar. Dia mengusap dan mencium dahi anak lelaki nya itu dan memberi senyuman kepada Farhana.


CINTA SI ABANG POLIS Beberapa minit kemudian, Fatin bersama anak-anaknya yang sudah berusia 6 bulan itu masuk kedalam wad. " Assalamualaikum" " Waalaikumusalam.. eh Fatin... Kau datang bertiga je? Mana Hafizi?" " laki aku ada operasi,so aku terpaksa drive kereta sendiri" Fatin melihat gelagat Fareeq yang sedang bermain dengan Fitrie diatas katil wad itu dan dia cuba mendekati dirinya dengan Fareeq. Fareeq memandang kearah muka Fatin tetapi dia cepat menyorokkan muka pada dada Fitrie. " Fareeq.." " Eh eh.. Fareeq anak papa.. kenapa ni?'' '' Anak kau malu-malu ya Fit?" " Entahlah.. aku pun tak tahu ikut perangai siapa?! Boleh tahan juga perangai select anak aku ni" Farhana memandang dengan wajah yang sengkek dan tangannya disilang kerana dia tahu Fitrie mengutuk dirinya . '' Abang nak mengata dekat saya ? Abang nak kata saya ni select lah sewaktu saya kenal abang dulu-dulu. Fine" '' Mana ada lah abang mengata dekat sayang.." '' Jangan bohong" '' Alahai merajuk pulak mama kamu ni Fareeq.. alololol nanti abang belanja makan sushi .. Nak?


_izyanaqilah_ 225 Farhana dengan pantas memusingkan badan kearah suaminya dan mengukir senyuman pelik. " Nak? Lama dah saya tak makan sushi!" Fitrie hanya menahan gelak apabila isterinya berkata sebegitu. Dia tahu makanan kegemaran isterinya iaitu Sushi. '' Okay lah nanti abang belanja sayang sushi.." " Betul? Janji?" " Ya.. abang janji" " Love u abang Inspektor ku" " Love u too sayang" Farhana segera peluk badan sasa suaminya dan tangan anaknya itu digenggam lembut seerateratnya. Kini kebahagiaan keluarga kecil itu kembali terpaut setelah sekian lama mengalami gangguan dan dugaan .


CINTA SI ABANG POLIS BaB 30 Afeeq memandang kesemua gambar adik nya yang sewaktu itu berusia 19 tahun, airmatanya gugur di pipi tanpa henti. " Jahanam! Kau tunggu semua orang, aku akan balas dengan apa yang kau dah lakukan terhadap adik aku" Jerit Afeeq sambil memandang kearah gambar adiknya. Memori beberapa tahun dahulu kembali bermain di fikiran nya........ Afeeq dan Aqil berjalan-jalan disekitar taman permainan itu, seorang pemuda berlaga bahu dengan Aqil dan kedua-dua mereka jatuh. " Ahhh.. weh jalan tak tengok depan ke?" Jerit Aqil " Sorry. sorry, adik okay ke?" Tanya pemuda itu. " Lain kali jalan tengok depanlah. tengok, Kan dah luka lengan adik aku" Jerit Afeeq sambil mengangkat adiknya bangun. Memori itu bermain difikiran nya tetapi dia sering teringat kepada adiknya. Fareeq terkedek-kedek berjalan mengelilingi meja kecil itu diperhatikan oleh Fitrie. Dalam masa yang sama, Fitrie sedang menyiapkan beberapa kerjanya yang masih tertangguh sambil memerhati anaknya sedang bermain disitu.


_izyanaqilah_ 227 Kaki kecil Fareeq terpijak satu mainan yang terletak diatas karpet cantik itu dan suara tangisan Fareeq keluar. " Wuaaaaa." Suara tangisan Fareeq bergema satu ruang dalam rumah itu sehingga Farhana terkejut mendengar suara anaknya. " Ya Allah kenapa ni sayang? Hmm kenapa letak lego kat sini?" Fitrie mendukung dan menepuk belakang Fareeq untuk menghentikan tangisan itu. Kehadiran Farhana kearah mereka berdua membuatkan dirinya risau kenapa anak nya menangis. " Kenapa Fareeq nangis? Siapa yang buat?" " Pa..pa" Tiba-tiba wajah cuak Fitrie terpapar. Dia memandang pelik kearah anaknya yang menuduh dirinya sebagai punca anaknya menangis. Begitu terkejut apabila dengan spontan anaknya menuduh. " Eh! Asal papa pulak?" Hairan Fitrie. " Abang!!!" Suara keluhan Farhana membuatkan Fitrie serba salah. " Bukan abanglah. Dia yang lempar mainan dekat situ." Sapa Fitrie. " Meh sini dekat mama." TING


CINTA SI ABANG POLIS Notifikasi whatsapp pada phone Fitrie berbunyi. Dia menghidupkan dan membuka notifikasi itu. Whatsapp itu daripada Hafizi. Hafizi: Fit aku ada perkara penting nak bagitahu dekat kau✓✓ Fitrie: apa dia? ✓✓ Hafizi: Orang-orang kita baru saja dapat kesan dimana Afeeq Edrian berada ✓✓ Fitrie: Haaa? Dimana malaon tu bersembunyi? ✓✓ Hafizi: Disebuah rumah besar di hujung bandar ni✓✓ Fitrie: Baiklah, nanti apa-apa aku bersiap ✓✓ Fitrie mematikan phonenya dan menyambung dukung anaknya. Farhana memandang kearah wajah suaminya yang kini cemas. Apa yang sedang difikirkan oleh Farhana sendiri. Dia mendekatkan dirinya dengan Fitrie. “Kenapa bang?” Tanya Farhana cemas. “Malam ini abang ada operasi. Hafizi dapat jejak dimana Afeeq Edrian berada.” Balas Fitrie tenang. Anaknya didalam dukungan sudah terlelap. “Afeeq Edrian? Asal nama familiar sangat ni?” Farhana mula hairan. Mengapa nama lelaki itu tersangat sama.


_izyanaqilah_ 229 “Ya! Afeeq Edrian tu abang kepada si Aqil Edrian. Eloklah dua beradik sama-sama bangang.” Balas Fitrie dengan penuh bahasa yang kasar. “Lah! Abang si Aqil itu ke? Ya Allah! Hati-hati tau bang.” Fitrie hanya tersenyum manis. Dia kembali mendodoikan anaknya yang sudah terlelap didalam dukungannya. Jam 8 malam, Hafizi dan Shahril keluar bersama-sama setelah mereka lepak di kedai makan. Tiba-tiba seorang lelaki beruniform askar iaitu Leftenan Tengku Aerul menegur Shahril daripada belakang. "Oh mak kau Ya Allah kau rupanya" sapa Shahril terkejut. " Eh melatah rupanya tuan inspektor kita ni " sapa Tengku Aerul " Aku terkejut jelah.kau pun satu hal,bagi lah salam dulu lain kali" " Sorrylah!” " Kau baru balik kerja ke? Segak beruniform lagi ni?" " Haah, on the way nak balik, aku singgah sekejap dekat kedai roti ni, bini aku mengidam " " Pulak dah." " Fitrie apa khabar? Sihat ke dia?" " Dia sihat je.itu pun baru je dapat anak!" Bungkusan roti yang dipegang oleh Tengku Aerul terjatuh daripada genggaman tangan nya kerana terkejut. Sekian lama dia tidak berjumpa dengan rakan sekolah, kini dia baru saja mendapat tahu bahawa Fitrie sudah mempunyai anak.


CINTA SI ABANG POLIS " Serius lah?? Alhamdulilah, dah jadi bapak orang" Sapa Tengku Aerul. Shahril dan Hafizi hanya gelak kecil mendengar kata-kata daripada lelaki berpangkat leftenan itu. Dia memandang jam ditangan menunjukkan angka 9 malam. " Aku balik dulu tau, nanti kirim salam dekat Fitrie." " Okay Insyallah. Hati-Hati." Selepas kereta milik Tengku Aerul pergi meninggalkan tempat itu, Shahril dan Hafizi memandang sekeliling kawasan itu dan pantasnya mereka berjalan menuju kearah kereta yang diparking di hadapan kedai itu. Tanpa mereka sedari, tiba-tiba seorang lelaki melepaskan tembakkan kearah Hafizi dan Shahril. Mereka berdua pantas melindungi diri mereka dan mengeluarkan pistol milik mereka. Hafizi mengejar lelaki itu sekuat-kuatnya dan melepaskan beberapa das tembakkan kepada lelaki itu tetapi lelaki itu pantas meloloskan diri. Jam menunjukkan angka 7 pagi, Fitrie bingkas bangun daripada tidurnya dan bersiap-siap pergi menyertai satu operasi mencari Afeeq Edrian bersembunyi. Anak lelaki nya yang masih tidur diatas katil dengan gaya tertonggek dipandang lama. "Ya Allah, anak papa ni, asal tidur macamani?! " Farhana membuka pintu bilik itu. " Abang, tak nak makan dulu ke? Aikkk! Dah kenapa Fareeq tidur gaya macam tu.. Astagfirullahalazim" " Entah. ikut perangai sayang lah ni"


_izyanaqilah_ 231 " Eh eh. apa apa saya yang kena." Farhana membetulkan posisi tidur anaknya. " Abang nak makan tak? Saya dah sediakan makanan untuk abang" " Boleh je. hari ni abang kena ikut pergi operasi. Nak cari suspek baru yang bersembunyi. " " Hati-hati tau abang, Sayang doakan semoga urusan abang dan kawan-kawan dipermudahkan" " Terima kasih sayang, abang pergi dulu ya sayang, Jaga Fareeq elok-elok" " Ya baiklah." Farhana menyalam tangan suaminya sebelum berangkat pergi menyertai operasi. Kereta milik Fitrie meninggalkan halaman rumah dan bersiap sedia untuk pergi ke lokasi. Farhana hanya memandang kosong kearah kereta suaminya. _________ Shahril dan Hafizi menunggu kehadiran Fitrie untuk menyertai operasi yang akan mereka sertai. Sebuah kereta Honda Civic melintasi didepan mata mereka dan diparking disitu. Kesemua anggota yang terlibat gembira apabila melihat pegawai nya sekian lama tidak bertugas. " Selamat Pagi Tuan" " Selamat Pagi semua" sapa Fitrie Fitrie berjalan menuju kearah dua rakan nya itu. "Morning bro. " Sapa Hafizi dan Shahril "Morning! Macamana? Semua dah siap ke?" Tanya Fitrie


CINTA SI ABANG POLIS " Ya,semua anggota kita dah bersedia." " Baiklah semua, kita bergerak sekarang." Sapa Fitrie kepada anak buah nya. Kesemua anggota mereka berlari menuju kearah kenderaan pdrm untuk bergerak ke lokasi suspek. .... Beberapa jam kemudian, mereka telah sampai di lokasi suspek. Pintu rumah itu ditendang kuat oleh anggota nya dan mereka meluru masuk. Mereka mencari dimana keberadaan suspek yang bernama Afeeq Edrian. Fitrie naik ke tingkat atas dengan perlahan-lahan dan mencari jejak Afeeq disetiap ruang bilik itu. Dia masuk ke sebuah bilik dan tiba-tiba... " Selamat kembali Inspektor Fitrie.. kau datang tepat pada masanya." Ugut Afeeq menghalakan pistol di belakang kepala Fitrie. Langkah Fitrie terhenti seketika dan senjata nya masih lagi didalam genggaman. " Apa yang kau nak? Tak cukup lagi kau nak langgar aku tempoh hari dan harini kau nak bunuh aku?" " Itu belum cukup lagi... Aku ingin balas dendam atas apa yang terjadi pada adik aku Aqil Edrian. " Kau memang dah melampau.. arghhh" Fitrie menendang pistol Afeeq dan mereka berdua bertumbuk sesama mereka tanpa henti.


_izyanaqilah_ 233 Hafizi naik ke tingkat atas dan ternampak Afeeq menghala pistol kearah Fitrie dan satu das tembakkan tepat pada lengan Afeeq. Afeeq jatuh tersungkur dan meraung kesakitan. Darah melimpah banyak diatas lantai. Dua anggota mereka menggari tangan Afeeq dan mendirikan nya. " Dasar pengkhianat.. melingkup lah kau dalam penjara dengan adik kau.. Dah bawa dia keluar" jerit tegas Hafizi dengan pandangan tajam. Hafizi menggengam tangan Fitrie untuk memyuruh kawan nya itu bangun setelah ditendang kuat oleh Afeeq. " Terima kasih bro.. kau datang cepat dan tepat pada masanya" " No hal bro.." senyum terukir dibibir Hafizi sambil mengenggam tangan Fitrie. Fitrie dan Hafizi melangkah turun anak tangga untuk ke tingkat bawah, Shahril dengan wajah gembira dan bersyukur kerana operasi terakhir mereka ini berjaya. " Alhamdulilah.. misi kita berjaya " Syabas geng" Akhirnya mereka bertiga berjaya menumpaskan Afeeq Edrian dan Aqil Edrian dan konco-konco nya yang selama ini menganggu kehidupan Fitrie dan Farhana. Jam menunjukkan 5 petang , Fareeq yang ralik bermain lego diruang tamu itu diperhatikan oleh Farhana. Satu ketukkan pintu terdengar daripada luar, Fareeq segera bangun dan menuju ke pintu itu. " Assalamualaikum"


CINTA SI ABANG POLIS " Pa..pa.. " terkedek-kedek Fareeq berlari kearah Fitrie. "Waalaikumusalam abang." Fitrie dengan pantas mendukung Fareeq dan mencium pipi gebu itu. Farhana memerhati lama ke wajah suami nya kerana dia terharu dengan suami nya. "Macamana bang? Operasi berjaya?" " Mmmm. Alhamdulilah berjaya. Afeeq Edrian sudah kami tahan." "Alhamdulilah! Tahniah abang, saya bangga dengan abang" Farhana memeluk erat tubuh Fitrie dengan airmata gugur dipipi. Akhirnya kebahagiaan mereka kembali terjalin.


_izyanaqilah_ 235 Special Chapter 1 Beberapa Tahun Kemudian.. Majlis Walimatulurus Shahril Afwan dan pasangannya Syafieyra Elmida yang berkerja sebagai Barista Tealive yang berusia 24 tahun itu berlangsung di sebuah hotel mewah. Tetamu yang hadir di majlis itu memeriahkan lagi majlis walimatulurus Shahril dan pasangannya. Fitrie dan Farhana bersama anaknya yang kini berumur 1 tahun itu hadir ke majlis walimatulurus sahabat mereka. Hafizi ,Fatin dan anak kembarnya yang berumur 4 tahun itu juga hadir ke majlis itu. *** Majlis akad nikah*** " Bismillahirahmanirahim.. Mohd Shahril Afwan bin Mohd Tajudin" " Saya" " Aku nikahkan kau dengan Nurul Syafieyra Elmida binti Mohd Farizuddin dengan hantaran mas kahwin sebanyak RM1000 tunai." " Aku terima nikahnya dengan Nurul Syafieyra Elmida Binti Mohd Farizuddin dengan hantaran mas kahwin sebanyak RM1000 tunai" “Sah”?


CINTA SI ABANG POLIS “Sah” "Sah” "Sah” Alhamdulilah." Setelah selesai lafaz akad nikah, kesemua saksi dan keluarga terdekat disitu menadah tangan untuk bacaan doa. Setelah majlis itu hampir ke penghujungnya, dua tetamu terakhir datang ke majlis iaitu Tengku Aerul dan Firhan Darwish . Dua rakan mereka yang datang ke majlis itu berpakaian uniform. Seorang berpakaian loreng askar dan seorang loreng merah iaitu Bomba " Ehh, bro! Leftenan Tengku Aerul " " Selamat Pengantin Baru Inspektor Shahril Afwan! Akhirnya, Tahniah bro" Ucap Tengku Aerul untuk Shahril. Suara lantangnya bergema satu dewan itu sehingga tetamu yang berada didalam dewan itu memandang kearah mereka. " Selamat pengantin baru abam inspektor kita." Sapa Firhan Darwish. " Terima kasih abam bomba kita, jemputlah makan dulu,nanti kita bergambar sama-sama" Tengku Aerul dan Firhan berjalan menuju kearah meja yang masih lagi dihidangkan makanan . Faeqa , Haider dan Fareeq berlari-lari dikeliling meja itu diperhatikan oleh ibu ayah mereka. Dalam seronok Fareeq dan Haider berlari-lari, Fareeq memandang satu sosok tubuh yang tinggi berdiri didepannya. Fareeq dengan segera berlari kearah Fitrie dan memanjat keatas riba dan menutup muka pada badan sasa papanya.


_izyanaqilah_ 237 " Eh dah kenapa pulak ni Fareeq? Selalu macam ni tau." Tegur Fitrie kearah anaknya yang menutup muka diatas badan miliknya. Begitu hairan mengapa sifat anaknya begitu. " Papa! Tachod." Suara kecil Fareeq sambil menutup mukanya pada badan sasa papanya. " Tachod? Kenapa sayang?" " Hahaha, anak kau takut dengan orang ke Fit?" " Entah.. aku pun pelik dengan perangai anak aku ni!" Farhana sedang leka berselfie bersama Fatin dan Syafieyra diatas pelamin. Mereka bertiga tidak hirau kearah suami masing-masing yang sedang menjaga anak masing-masing. Para suami terkaku melihat kerenah para isteri mereka yang seronok bergambar diatas pelamin yang besar itu. " Fizi! Kau tengoklah tu sang isteri kita, sakan bergambar." Sapa Fitrie sambil mendukung Fareeq. Hafizi memanggil sang isteri dengan suara yang kuat. " Wuihh! Wahai bidadari PDRM, sakan betul bergambar! Tak nak ajak sang suami ke?" Perli Hafizi kearah isterinya yang sedang seronok bergambar tanpa mengajak dirinya. Fitrie juga terkaku melihat kerenah isterinya. " Alamak! Para suami dah berbunyilah" Sapa Fatin kepada Farhana. " Jom join sekali." Sapa Farhana sambil memanggil para-para suami mereka. Fitrie,Hafizi dan Shahril berjalan menuju ke pelamin besar dan mereka mengambil posisi masing-masing untuk bergambar.


CINTA SI ABANG POLIS " Ready,1,2 senyumm" Sapa jurugambar itu " Okay sekarang saya nak ambil Tuan Shahril dengan Puan Syafieyra. Senyum.. 1,2 ... Click " " Sekarang giliran Tuan Fitrie dan Puan Farhana. "Ready? 1,2 senyum. Cantik." " Tuan Hafizi? Tuan taknak ke?" Soal jurugambar itu kepada Hafizi. " Jom sayang, bukan senang nak bergambar macamni." Dengan pantas Hafizi dan Fatin bersama dua anaknya melangkah menuju kearah pelamin. " Ready Tuan,1,2 senyum! Click. Cantik, nanti saya sent dekat Tuan Shahril semua gambar ni.. Terima Kasih.” Sapa jurugambar itu tenang. Beberapa bulan kemudian Hafizi dan Shahril membuat persiapan untuk Ulangtahun Kelahiran sahabatnya. Sementara kehadiran Fitrie , mereka mempercepatkan kerja mereka untuk menghiaskan meja dan bilik vip itu. Dalam perjalanan mereka ke restoran, Farhana menyuruh Fitrie berhenti didepan kedai bunga itu. " Abang.. nanti berhenti depan kedai bunga tu.. sayang nak beli bunga lah." " Nak buat apa? Kan bunga dah banyak kat rumah." " Sayang cakap berhenti .. berhenti jelah.." Fareeq yang lena diulik mimpi itu terbangun kerana terkejut dengan brek mengejut . " Abang tunggu sini kejap.. saya nak cari bunga. Tolong pegang Fareeq"


_izyanaqilah_ 239 Farhana membuka pintu kereta itu dan melangkah masuk ke kedai bunga. Dia mencari satu bouquet untuk diberikan hadiah ulangtahun kelahiran suaminya. Dia memilih bouquet yang berisikan fererro rocher dan satu slide kek berwarna biru gelap. " Saya nak bouquet dan kek yang warna biru gelap tu" " Puan boleh tulis ucapan kat sini" Selamat Ulangtahun buat suami tercintaku , Abang Inspektor . Semoga ceria selalu, diberikan kesihatan yang baik dan semoga menjadi "papa" yang terbaik. Love You " Boleh tak bouquet dan kek ni hantar dekat restoran mewah ni?" Peniaga bouquet itu melihat lokasi restoran itu dan dia bersetuju untuk menghantar hadiah itu. " Okay baiklah Puan.. nanti saya suruh orang-orang saya hantarkan" Selepas selesai urusan itu, Farhana keluar daripada kedai bunga itu dan berpura-pura membuat muka kecewa kononnya bunga yang ingin dia beli sudah habis. Dengan pantas dia membuka pintu kereta itu dan kembali menutup pintu kereta dengan wajah pura-pura kecewa. " Mama dah datang." sapa Fitrie kepada anaknya. " Tak ada lah pulak bunga yang saya nak!!" " Kenapa ni sayang? Muncung je! " " Bunga yang sayang nak beli tadi dah habis." " Alahai. tak ada rezeki lah tu. dah jom kawan-kawan dah tunggu kita tu."


CINTA SI ABANG POLIS Tanpa dia melengah kan masa, Fitrie meneruskan pemanduannya untuk pergi ke restoran itu. Farhana memandang sipi-sipi kearah wajah Fitrie sambil mengukirkan senyuman perli dan seram kerana dia berjaya berpura-pura untuk melakukan kejutan. Setelah mereka sampai di restoran itu, sekali lagi Farhana berpura-pura untuk pergi ke tandas. Fitrie melihat kerenah pelik isterinya dengan wajah hairan. Mengapa pula isterinya tiba-tiba ingin pergi ke tandas. " Alamak! Abang saya pergi tandas kejap ya. Nah pegang Fareeq kejap." Fitrie mengeluarkan wajah hairan dengan perangai isterinya. " Dah kenapa pulak dia ni? Belum apa-apa lagi dah sakit perut?" "Ma...ma" " Sabar sayang.. mama pergi tandas. Jom ikut papa masuk dalam restoran." Farhana menghentikan langkahnya dan memerhati Fitrie daripada jauh dengan intaian sedikit daripada jauh. Mahu saja dia untuk melepaskan gelak apabila sekali lagi dia berjaya berpura-pura untuk pergi ke tandas. Dia membawa anaknya masuk kedalam restoran. Dia terlihat di ruangan vip itu seperti tiada cahaya, dengan perlahan-lahan dia melangkah masuk dan pintu itu dibuka perlahan.. " SUPRISEEEE!” Bergema satu ruang Vip dengan jeritan itu. Fitrie dengan tersentak dan terkejut apabila seluruh ruang VIP itu dipenuhi suara "Suprise". Suara nyanyian daripada luar ruangan VIP itu kedengaran.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU


_izyanaqilah_ 241 HAPPY BIRTHDAY TO FITRIE AMSYAR HAPPY BIRTHDAY TO YOU Selepas semua menyanyikan lagu hari ulangtahun, airmuka Fitrie dipenuhi keharuan dan gembira kerana dikejutkan dengan ulangtahun kelahirannya. Dia meniup lilin yang ada diatas kek itu dan tiba-tiba beberapa orang pekerja restoran itu diiringi Farhana membawa sebiji kek dan sejambak bouquet menuju kearah ruang VIP. Kawan-kawannya menepuk tangan. " Abang! Happy Birthday to you, Nahh special for you " " Terima kasih sayang.. Subhanallah." Fitrie sungguh terkejut dengan kejutan daripada isterinya sendiri. Perasaan terharu terpancar diwajahnya. Dia mengambil bouquet bunga yang besar itu wajah kegembiraannya terserlah. Dia melihat bouquet itu dengan penuh rasa terharu dan tiada kata-kata yang dapat dia ungkapkan. Kasih sayang daripada Farhana untuk dirinya begitu terpahat didalam hati. " Terima kasih kawan-kawan semua, tak sangka aku korang buat suprise dalam diam-diam." "Terima kasih wife, suprisekan abang." " You are welcome abang, love you so much.” Setelah majlis ulangtahun kelahiran Fitrie berakhir, kesemua daripada mereka berjalan meninggalkan restoran itu dan mereka semua pulang ke rumah masing-masing. Mereka bertiga masuk kedalam kereta, Fitrie menghidupkan enjin keretanya, dalam masa yang sama, dia memandang kearah Farhana dengan wajah seriusnya. " Sayang!"


CINTA SI ABANG POLIS " Yes..What?" Sapa Farhana sambil menyuapkan susu anaknya. " Sayang bohong abang ya?" Kening Farhana terangkat kehairanan dengan pertanyaan Fitrie itu. " Bohong?? For what? " " Pasal bunga tadi!" Farhana mengeluarkan senyuman sinis dan perli kepada Fitrie. " Hahaha! Nak saya jujur ke atau double bohong?" " Better jujur kalau tidakkk..." " Okay okay sayang jujur ya sebenarnya sayang suruh abang berhenti didepan kedai bunga tadi sebab sayang nak tempah bouquet susprise untuk abang." Fitrie tidak menyangka begitu bersungguh sungguh isterinya memberi keistimewaan sempena ulangtahun kelahirannya. " Subhanallah! Apapun terima kasih sayang dengan kejutan ni.." " Sama-sama abang". Sapa Farhana sambil memberi senyuman manis kepada Fitrie.


_izyanaqilah_ 243 Special Chapter 2 Pada pagi yang segar itu, Fitrie bersama anak nya masih lagi diulik mimpi diatas katil . Farhana menyiapkan sarapan pagi untuk suaminya. Dia memanggil suamimya dengan nada yang kuat tetapi tiada respon. " Abangggg!!" Jerit Farhana memanggil suaminya. Tanpa dia melengah kan masa , dia berjalan menuju ketingkat atas. Tombol pintu dibuka perlahan-lahan. " Astagfirullahalazim dua beranak ni.. belum bangun lagi". Bebel Farhana sambil mencekak pinggang nya. " Abang .. bangun.. dah jam berapa ni!" Bebel Farhana lagi. Fitrie menggeliatkan badannya untuk bangun daripada katil itu. " Hmmm.. apa ni ganggu jelah" "Abang.. bangunlah, ke nak suruh saya siram satu baldi?" Dengan pantasnya Fitrie bangun daripada tidur dan dia menggosok matanya. Dia memandang kearah satu sosok tubuh yang sedang mencekak pinggang dengan wajah dingin.


CINTA SI ABANG POLIS Farhana segera menarik telinga suaminya. " Aduh duh sayang sakitlah!" rengek Fitrie kesakitan telinganya ditarik oleh Farhana " Dah pergi mandi. Saya kejutkan baik-baik abang taknak bangun" " Cakaplah baik-baik sikit.. merah tau telinga abang ni" "Saya dah cakap baik-baik kan tadi" Tiba-tiba satu suara kecil disampuk. "Mama... Papa... Bishingglah" sapa Fareeq dengan wajah mengantuk. "Mama kamu ni.. sampai merah telinga papa ditariknya." "Padan muka, liat sangat nak bangun" Bebel Farhana sambil mencekak pinggangnya. Farhana terus mengangkat Fareeq untuk membetulkan posisi tidur anaknya dalam keadaan yang betul. Dia tahu Fareeq dan suaminya suka tidur dalam keadaan posisi yang sama. Beberapa minit selepas itu, Fitrie keluar daripada bilik mandi dan dia menggapai baju tshirt hitam yang terletak didalam almari itu. Suara kecil Fareeq kedengaran. Fitrie memandang ke belakang dan dia terkejut apabila melihat posisi tidur anaknya hampir-hampir dihujung katil. "Fareeq.." jerit Fitrie sambil berlari anak menuju kearah Fareeq. "Ya Allah.. buas betul anak aku sorang ni! Nasib papa sempat selamatkan , kalau tidak dah cedera kepala tu". Bebel Fitrie kepada anaknya. *** Bowling ***


_izyanaqilah_ 245 Jam 10 pagi, mereka bertiga sekeluarga bersama-sama untuk melepaskan tekanan kerja. Mereka pergi melepaskan tekanan dengan bermain bowling waktu itu. 3 keluarga itu bersiap-siap untuk memakai kasut bowling sebelum mereka memulakan permainan itu. Fitrie memulakan giliran nya untuk menjatuhkan pin bowling dihadapan. "Strikeeee" "Pa..pa... Ctrikeee". Sapa Fareeq teruja "Giliran mama pula". Farhana membaling dan menjatuhkan pin bowling dihadapan . "Alahhh.. 1 je pin tak jatuh" Farhana mencebik bibirnya. " mama.. Areeq nak cuba." Fareeq menggapai kedua-dua tangan untuk membaling bola itu kearah pin itu. Farhana membantu anaknya dan membaling bola itu perlahan-lahan. "Yeahh,, mama benda tu atuh." Sapa Fareeq sambil menunjukkan kearah pin yang jatuh. "Ya sayang,, atuh dah" Sapa Farhana. **Delete Scene**- author malas nak sambung panjang2 sebab otak tengah lag puasa2 ni Selepas mereka selesai bermain bowling , dengan segera mereka sekeluarga berjalan keluar menuju kearah pintu keluar dari pusat bowling itu. ... Keesokan harinya, Fitrie bersama Hafizi pergi ke lokasi dimana terdapatnya kes pil haram di sebuah kelab.


CINTA SI ABANG POLIS Fitrie dan Hafizi bersama beberapa anak buahnya menyerbu masuk ke dalam kelab secara perlahan-lahan dan diam. "Matikan muzik... Kami polis" arahan tegas daripada Fitrie membuatkan semua orang didalam kelab itu terdiam dan duduk menyerah. Anggota mereka iaitu Alfie dan Adam memeriksa beberapa buah beg yang berada diatas meja itu dan terdapat beberapa banyak pil khayal didalam beg. "Tuan!" Sapa Alfie kepada Fitrie Fitrie melangkah menuju kearah Alfie dan Adam yang sedang memeriksa beg yang berisikan pil itu. Hafizi mengeluarkan wajah serius dan memandang sepantasnya terhadap pil itu. "Pil khayal?!" Sapa Fitrie " Hmmm! Bawa diorang!" Arah Fitrie kepada anak buahnya. Kesemua penagih pil khayal disitu digari oleh anak buah Fitrie. . . . "Tuan, lima orang suspek disyaki penagih pil khayal didalam kelab itu dan kami terjumpa satu lagi beg berisikan bahan-bahan merbahaya" "Hmm.. baiklah kita akan soal siasat mereka hari ini juga" "Baik Tuan" ** Dibilik soal Siasat**


_izyanaqilah_ 247 Fitrie dan Hafizi berada didalam bilik soal siasat. 2 orang suspek yang duduk diatas kerusi berhadapan dengan mereka. Fitrie memandang kearah wajah suspek itu dengan airmuka yang beku dan serius. Hafizi menyilang tangannya sambil memandang kearah wajah suspek itu. 2 suspek itu menunduk wajah mereka kerana ketakutan memandang dua pegawai yang berwajah dingin itu. "Kenapa diam? Takut?" Tanya Fitrie " Jawab soalan kami. Siapa ketua awak?" Tanya Hafizi dengan wajah yang garang. Suspek itu hanya menggeleng kepala nya. Tidak tahu.. "Jawabb.. berikan kerjasama dengan kami!!" Tengking Fitrie Suspek itu menunjuk kearah kawan nya yang duduk di sebelah. "Ooh, ini rupanya ketua dia. Daripada mana awak dapat pil khayal ni?" Tanya Fitrie "Kami kerja dengan salah seorang penjual pil khayal, tapi dia dah lari ke Thailand" Fitrie dan Hafizi hanya mengangguk akur dan memandang sesama mereka. "Alfie.. bawa dia ke lokap" arah Fitrie kepada Alfie. "Baik tuan.. Bangun." Arah Alfie Selepas mereka selesai menyoal siasat suspek itu, Fitrie dan Hafizi melepaskan nafas lega . .


CINTA SI ABANG POLIS . Fareeq yang seronok bermain lego dan melukis diatas kertas menggunakan crayon. Tanpa disedari, diatas lantai dipenuhi contengan crayon berwarna warni setelah dicorakkan oleh Fareeq. Farhana yang baru saja keluar daripada ruangan dapur terkejut melihat lantai rumahnya dipenuhi contengan crayon " Fareeq! Buat apa ni? Habis lantai rumah." Mama,, cantik tak areeq ukis?" Sapa Fareeq sambil menunjukkan kertas lukisan itu. "Cantik sayang, Tapi nanti papa balik kerja habislah mama kena bebel " Sapa Farhana ketakutan. Enjin kereta milik Fitrie kedengaran diluar rumah. Farhana memandang sepantasnya kearah halaman rumah. "Alahai habislah laki aku bebel kejap lagi" bisik Farhana didalam hati. "Assalamualaikum" Fareeq segera bangun dan meninggalkan crayon diatas lantai itu. Dia akan bangun apabila mendengar suara papanya. Pintu itu dibuka perlahan.. "Papa." Fareeq menghulurkan tangan untuk didukung. Fitrie terkejut apabila dia melihat lantai rumahnya dipenuhi warna warni. Dia memandang kearah Farhana. " Ya Allah, sayang! Kenapa lantai rumah warna warni?" Tanya Fitrie


_izyanaqilah_ 249 "Entah bang, saya baru je lepas masak tadi tengok-tengok lantai dah jadi macamni" Fitrie melabuhkan punggungnya diatas sofa dan Fareeq menyambung lukisan nya. Dia hanya tersenyum melihat gelagat anak nya. "Abang tahu, ni Fareeq punya kerja." Farhana mendekati dirinya dengan suami untuk mengurutkan bahu. "Abang dah makan?" "Belum, lapar ni! Sayang masak apa?" "Saya masak ikan masak asam pedas" Mata Fitrie membulat kerana lauk kegemaran nya disediakan. Dia mengambil pinggan dan meletakkan beberapa senduk nasi kedalam pinggan. Fareeq bangun menunjukkan lukisan kepada papanya. "Papa, engokk ni" Sapa Fareeq sambil menujukkan lukisan itu. "Awww, cantiknya anak papa lukis" sapa Fitrie Fitrie dan Farhana makan bersama-sama dan saling suap menyuap.


CINTA SI ABANG POLIS Special Chapter 3 *** Disekolah Amyrah*** Pada jam 8:30 pagi, Amyrah membantu cikgu-cikgu yang membuat persiapan untuk hari kecemerlangan pelajar di sekolah itu. Dalam fokus membuat kerja dan tugasan , tiga pelajar perempuan daripada kelas lain sengaja melanggar bahu Amyrah. " Ahhhh" Jerit Amyrah selepas bahu nya dilanggar. "Ehh.. tak nampak orang ke?" Tengking pelajar perempuan itu " Kau yang langgar lepastu nak salahkan aku pulak." Balas Amyrah dengan wajah yang tegang "Dah lah , geng jom pergi" Pelajar perempuan itu terus meninggalkan tempat itu. ... Jam 9:30 pagi, kesemua ibu bapa pelajar datang ke sekolah itu untuk melihat keputusan peperiksaan anak-anaknya.


Click to View FlipBook Version