_izyanaqilah_ 251 Amyrah mencari kelibat abang nya untuk wakil sebagai ibu dan ayah. Ibu dan ayahnya sudah lama meninggal dunia. " Amyrah., takkan kau nak ambil result peperiksaan tanpa ibu ayah kau" "Ibu ayah aku dah lama meninggallah Sya. Sekarang aku hanya tinggal abang aku je." "Alamakkk, sorry aku tak tahu. Tapi mana abang kau?" Tiba-tiba 3 pelajar nakal itu datang menganggu Amyrah dan kawan-kawan nya lagi. "Eh, minah ni lagi, Haha, mana wakil kau ? Tak datang ke? Kesian." Tiba-tiba datangnya kelibat sebuah kereta Honda Civic diperkarangan sekolah dan diparking disitu. Satu sosok tubuh yang tinggi dan sasa beruniform polis keluar daripada kereta itu. Pelajar nakal itu tergamam apabila melihat sosok tubuh beruniform berada disitu. Amyrah tersenyum sinis kepada 3 pelajar nakal itu. " Haaa.. itulah abang aku! Segala wakil untuk aku. Puas hati?" " Jom guys, bye bye" sapa Amyrah dengan aksi yang gedik. Pelajar itu tergamam dan kehilangan kata-kata apabila melihat Fitrie datang ke sekolah untuk wakil sebagai ibubapa kepada Amyrah sempena program kecemerlangan disekolah. "Serius lah?! Itu abang dia!!!!???" "Abang dia polis? Pangkat bukan kaleng-kaleng siot!" "Dah lah jom kita bla, sebelum kita pula kena marah"
CINTA SI ABANG POLIS " Abang..." Sapa Amyrah teruja dengan kehadiran abang nya " Sorry dik, abang lewat, ada hal tadi." Sapa Fitrie "Tak apa.. adik dah tahu kerja abang macamana" Dua kawan Amyrah menegur sapa kepada Fitrie. Mereka juga tergamam melihat kekacakkan Fitrie beruniform. "Hai abang" sapa dua rakan Amyrah. "Hai. Mak dengan ayah tak datang ke?" Tanya Fitrie "Dah datang, diorang duduk kat depan sana" " Jomlah bang, duduk kat depan sana" Sapa Amyrah sambil mengheret tangan abangnya. Kesemua ibu bapa dan pelajar disitu memandang kepada Fitrie yang beruniform polis berjalan menuju ketempat duduk. Selepas selesai ucapan pengetua, kini giliran untuk mengambil keputusan peperiksaan bagi semua pelajar. "Pelajar yang seterusnya,dipersilakan Nur Amyrah Syuhada binti Mohd Akmal Selepas namanya dipanggil , Amyrah terus berjalan menuju naik ke pentas dan mengambil sijil kecemerlangan bersama fail keputusan peperiksaan. Fitrie dengan airmuka gembiranya apabila melihat adiknya diatas pentas dengan anugerah kecemerlangan. Amyrah melangkah turun anak tangga pentas itu dan kembali ke tempat duduk bersebelahan abangnya.
_izyanaqilah_ 253 "Tahniah adik abang." Sapa Fitrie "Terima Kasih abang" senyum Amyrah kepada abangnya. Amyrah menghulurkan keputusan peperiksaan itu kepada Fitrie. "Nah abang, tengok lah result adik" "7A 1B? " Membulat mata Fitrie melihat result adiknya. Amyrah hanya mengangguk faham. "Ya, kenapa? Abang tak percaya?" "Bukan.. abang macam.. Hmmm abang bangga lah dengan pencapaian adik. Baru je form satu , result dah cantik." Sapa Fitrie dengan wajah yang terharu "Nanti adik nak tunjuk dekat kak Farhana pulak" sapa Amyrah Fitrie hanya memberi senyuman kepada adiknya. ... Kesibukkan Fitrie fokus kepada beberapa laporan diatas mejanya tanpa menghiraukan anggota dan pegawai yang lain lalu lalang disitu. Hafizi dan Shahril memerhati Fitrie daripada jauh dan mereka berdua cuba untuk membuat sesuatu. Langkah demi langkah untuk menuju kearah Fitrie dan... " Haaaaaa" Sergahan daripada Hafizi dan Shahril. "Opocot kauu! Korang ni dah kenapa? Tak reti bagi salam ke?" Bebel Fitrie selepas terkejut dengan sergahan itu.
CINTA SI ABANG POLIS "Alah marah pulak Inspektor Fitrie kita ni. Dah fokus sangat dengan kerja atas meja ni" "Kau ni kan Fizi, semua fail kes tertangguh tau." " Kau bagi jelah orang kita siapkan semua laporan ni" "Tadi aku pergi cari koperal Alif tapi Tuan Hafzan cakap dia cuti" "Tak apa, biar aku tolong siapkan" sapa Shahril Kening dan dahi Fitrie mula berkerut memandang kearah Shahril. Tidak pernah kawan satu sekolahnya itu rajin bantu dirinya. "Kau dah kenapa tiba-tiba rajin sangat hari ini? Selalunya aku suruh buat itu ini, banyak pulak alasan kau." Sapa Fitrie "Alah kau ini, itu dulu, sekarang aku dah faham lah apa erti kawan.. mari sini aku siapkan." Fitrie hanya mengukir senyuman ikhlas. Mereka bertiga sama-sama menyiapkan dan menyemak segala laporan kes yang mereka bakal siapkan. ... Pada malam itu , Fitrie mengadakan satu majlis besar untuk Amyrah sempena kecemerlangan adiknya terhadap keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tetamu yang hadir memenuhi perkarangan rumah Fitrie. Farhana ,Fatin dan Syafieyra menyiapkan makanan didapur dan dibawa keluar untuk dihidang diatas meja untuk tetamu. Shahril dan Hafizi juga membantu isterinya menghidangkan makanan untuk tetamu.
_izyanaqilah_ 255 Amyrah dan kawan-kawan nya iaitu Syafinaz dan Amanda bersama dua rakan lelaki satu kelas dengan nya iaitu Fariz dan Ikhwan sedang rancak berborak tanpa mempedulikan orang lain. Leftenan Tengku Aerul Izwan melangkah masuk bersama isterinya ke halaman rumah Fitrie. "Assalamualaikum" Salam diberi oleh Aerul. "Waalaikumusalam.. Leftenan Tengku Aerul" "Haaaa Inspektor Fitrie Amsyar. Sihat ke ?" "Alhamdulilah aku sihat.. Sayang." sapa Fitrie sambil memanggil Farhana. "Ya bang.." sapa Farhana "Ini isteri Tengku Aerul." Buat pertama kali Farhana bertemu dan bertegur sapa dengan isteri Tengku Aerul itu. " Hai saya Farhana Edrina" " Saya Areena Aulia" "Marilah masuk, makanan dah siap semuanya tu" Beberapa jam kemudian, Fitrie memberi sedikit kata-kata untuk majlis itu untuk adiknya. " Assalamualaikum semua.. saya disini nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis yang sederhana ini.. Tujuan saya buat majlis ini adalah untuk celebrate sempena adik saya Amyrah Syuhada yang baru saja mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan baru-baru ini..
CINTA SI ABANG POLIS Kepada adik abang, Amyrah Syuhada... Abang harap adik teruskan kecemerlangan ini hingga adik mencapai cita-cita adik suatu hari nanti." Amyrah menitis airmata kerana dia tahu abang nya bangga dengan pencapaian nya walaupun masih Tingkatan 1. "Itu sajalah ucapan saya.. semua boleh menjamu selera dulu ya" Semua tetamu yang hadir menjamu selera bersama-sama keluarga mereka. Fitrie dan Farhana menolak satu troller diatasnya dihidangkan kek berwarna hitam dan pink. Amyrah terharu dan terkejut dengan kek yang dibawa oleh abangnya dan kakak iparnya. Sesi memotong kek bermula dan Fitrie menyuapkan kek itu kepada Amyrah. Fareeq yang sedang memegang tangan papanya itu dipandang semua orang. Fareeq menghulurkan tangan kepada Amyrah untuk didukung. "Achuuu, nak ukung" Amyrah mengangkat dan mendukung Fareeq sambil mencium pipi anak saudaranya itu. ... Jam 7 pagi, Farhana berjogging ditaman itu berseorangan. Selepas dia selesai berjogging , dia melabuhkan punggung nya diatas satu bangku yang ada ditaman itu. Sementara dia merehatkan dirinya, dia terpandang sebuah kereta berhenti . Dia melihat dengan penuh teliti tetapi dia masih lagi tidak dapat tangkap siapa pemilik kereta itu. Terus mengabaikan siapa pemilik kereta itu. Satu sosok tubuh keluar daripada kereta dengan berpakaian jaket hitam dan tshirt putih berkaca mata melangkah menuju kearahnya.
_izyanaqilah_ 257 "Hai cik puan" Farhana memandang kebelakang dan dia terkejut apabila melihat sang suami nya berada disitu. " Abang... Buat apa kat sini?" Fitrie terus mengeluarkan seutas gelang untuk Farhana. " Specially for you Mrs Fitrie (Farhana Edrina) " wow.. abang.. what the?? "Ya khas untuk isteri abang yang paling abang sayang.." Dia terus memeluk pinggang suaminya dan terharu dengan sifat romantik suaminya. "Terima kasih abang.. terharu saya. Abang lah ' Engkau lah Wira dihatiku' Love you abang Inspektor ku." "Love you too sayang" Selepas pada itu Fitrie memimpin tangan Farhana kearah kereta. Mereka berdua masuk kedalam kereta bersama-sama.
CINTA SI ABANG POLIS Terima Kasih kepada sahabat saya daripada tiktok yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada saya sebagai penulis yang baru untuk menceburi bidang penulisan. CINTA SI ABANG POLIS antara karya pertama yang mendapat bacaan tertinggi didalam wattpad. Terima kasih juga kepada kawan wattpad saya Gwendal,Aina,Hanisah,Babyria dan Amydorry yang memberi semangat kepada saya ketika saya jatuh dan memberi semangat kepada saya untuk meneruskan sebagai penulis. Terima kasih By: _izyanaqilah_
_izyanaqilah_ 259