_izyanaqilah_ 51 Faysal hanya menggeleng kepalanya kerana pening dan hairan dengan ego dan baran kawannya itu untuk menjatuhkan Fitrie dan Farhana. Airmuka Aqil makin kearah ingin membalas dendam terhadap Fitrie dan Farhana.
CINTA SI ABANG POLIS BaB 8 Saya ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana dapat menjayakan operasi tempoh hari. Tahniah Inspektor Fitrie, Inspektor Shahril dan Inspektor Hafizi atas kejayaan awak sebagai ketua kumpulan operasi. '' Sapa pegawai atasan mereka '' Alhamdulilah terima kasih tuan." Sapa Fitrie dengan senyuman. '' Ini pun semua kerjasama anggota-anggota kita juga." Sapa Shahril dengan wajah tersenyum. Wajah mereka bertiga penuh dengan airmuka gembira kerana berjaya menghapuskan beberapa aktiviti-aktiviti haram dalam operasi tempoh hari. Setelah pegawai atasan melangkah pergi meninggalkan bilik kerja mereka, Fitrie ,Shahril dan Hafizi merancang sesuatu sebelum balik kerja nanti. Jam menunjukkan jam 8 malam , dimana waktu Fitrie pulang ke rumahnya. Shahril dan Hafizi masih didalam waktu bekerja . Dia mengemas barang-barang atas meja dan terus melangkah untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba telefonnya berdering dan terpapar nama adiknya terus dia menyambut panggilan itu.
_izyanaqilah_ 53 ''Hello'' sapa Fitrie. '' Hallo abang! Abang ada dekat mana?'' Tanya Amyrah '' Abang dalam perjalanan nak pulang ke rumah dah! Kenapa?'' tanya Fitrie sambil memandu '' Abang! Tolong belikan adik Pizza Hut! Adik laparlah'' sapa Amyrah '' Pizza? Okay nanti abang singgah Pizza Hut.'' Sapa Fitrie '' Nak tambah satu lagi. Adik nak starbuck '' sapa Amyrah. Fitrie sudah menepuk dahinya apabila permintaan daripada adik bongsunya membuat dirinya telah melampaui kesabarannya. Dia menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan-lahan untuk bersabar. '' Amboiii.. Lapar sangat ke dik?! Okaylah nanti abang beli”sapa Fitrie. '' okay bye bang'' sapa Amyrah dan dia terus mematikan panggilan itu. Dia meneruskan memandu untuk mencari makanan untuk Amyrah. Beberapa jam kemudian... Amyrah menunggu kepulangan abangnya kerumah sehingga terlelap diruang tamu . Kereta milik Fitrie diparkir dihalaman rumahnya dan dia mematikan enjinya. Dia membuka lock pintu rumah terus melangkah masuk kedalam rumah , dia terlihat adiknya terlelap diatas sofa diruang tamu . '' Assalamualaikum! Ya Allah budak ni! Tidur dah! '' sapa Fitrie Dia melangkah meluru kearah adiknya . Kelihatan Amyrah yang nyenyak lena diatas sofa itu. Fitrie hanya menggeleng kepala melihat Amyrah yang sedang nyenyak tidur. '' Adik, adik.. bangun! '' sapa Fitrie
CINTA SI ABANG POLIS Amyrah menggeliatkan badannya sebelum bingkas bangun daripada sofa. Matanya perlahanlahan buka dan dia ternampak sosok tubuh sasa abangnya disebelah kanan. '' Ehh abang! Bila abang sampai?'' tanya Amyrah dengan suara yang lemah gemalai. Kelihatan Fitrie sedang memegang beberapa bungkusan makanan dan minuman untuknya. Wajahnya mula mengukir senyuman. '' Hmmm baru je sampai, nah pizza dengan starbuck'' Sapa Fitrie . Dia terus duduk disebelah adiknya dengan wajah yang kepenatan. Amyrah memandang kearah abangnya dengan beberapa makanan dan minuman yang dipegang . '' Abang!! Abang okay ke?'' tanya Amyrah '' Abang okay je, but I'm just tired!'' sapa Fitrie '' abang nak makan? Jom makan sekali!'' Ujar Amyrah mengajak abangnya makan. Fitrie hanya menggeleng kepalanya menandakan dia tidak mahu. '' Tak apalah, adik makanlah. abang dah kenyang." sapa Fitrie dan dia bingkas bangun daripada sofa terus naik ke tingkat atas. Amyrah memandang kearah abangnya yang melangkah naik ketingkat atas dengan wajah yang sayu. Dia kehairanan kenapa wajah abangnya seperti tiada mood. '' Apahal abang aku ni? Semacam je dia hari ini?! Entahlah, abaikan je. '' ujar Amyrah dan dia meletakkan makanan itu atas meja. Tanpa dia mempedulikan abangnya naik ke tingkat atas, dia membuka kotak pizza dan mencucuk penyedut minuman itu ke atas penutup starbuck yang dibeli oleh abangnya. Tombol pintu biliknya dibuka perlahan-lahan dan dia melangkah masuk kedalam biliknya. Beg yang dibimbitnya itu diletakkan diatas kerusi. Dia merebahkan badannya keatas katil dengan keadaan penat. Matanya memejam dengan perlahan-lahan dan dia terlelap .
_izyanaqilah_ 55 Amyrah baru saja selesai makan seorang diri , dia melangkah naik ke tingkat atas dan dia ternampak abangnya sudah terlelap dengan sendiri nya . Dia menutup pintu bilik abangnya dan dia melangkah masuk ke bilik nya untuk tidur. “Lah! Dah tidur rupanya. Tak apalah abang, tidurlah! Amyrah tahu abang penat dengan kerja! Goodnight abang!” Sapa Amyrah dengan mengukir senyuman selepas dia melihat abangnya sudah nyenyak tidur diatas katil. Jam menunjukkan 5:45 pagi , azan berkumandang di masjid ,Fitrie dengan pantas bangun setelah azan berkumandang. Dia menggapai tuala yang tergantung pada penyidai itu dan dia terus melangkah kearah bilik mandi. Pada minggu itu, Amyrah ada lawatan 3 hari 2 malam di Kelantan bersama rakan-rakannya. Dia selesai menyarung baju dan berkain pelikat , dia mengerjakan solat subuh sebelum dia menghantar adiknya ke sekolah. '' Aamin yarabalalamin." Doa selesai dibaca oleh Fitrie. Dia bingkas bangun melipat sejadah dan letak diatas katilnya. Jam 7 pagi ,matahari sudah mula terbit ,dia menunggu adiknya bersiap . Amyrah yang baru saja keluar daripada biliknya memanggil Fitrie untuk bantu mengangkat beg untuk pergi lawatan 3 hari 2 malam. '' Abang!!!'' Jerit Amyrah daripada tingkat atas. '' Apa??'' sapa Fitrie sambil menunggu adiknya turun. '' Tolong angkat beg adik jap!'' Jerit Amyrah. '' Angkatlah sendiri! Takkan itu nak suruh abang jugak." Tegur Fitrie. '' Lahh! Tolonglah adik! Kalau abang tak nak angkat, adik merajuk seminggu." sapa Amyrah. '' Huh! Yalah! Jap abang tolong angkatkan." Keluh Fitrie dengan muka jengkelnya.
CINTA SI ABANG POLIS Dia melangkah naik ketingkat atas dengan muka jengkel dan mengangkat beg adiknya yang tidak seberat yang disangka oleh Amyrah. Amyrah memasang muka mengada kepada abangnya kerana sekian lama dia tidak menyakat abangnya. Fitrie menutup segala jendela dan pintu-pintu rumah sebelum dia masuk kedalam kereta untuk menghantar adiknya kesekolah. Enjin kereta dihidupkan ,dia mengundurkan kereta dan menekan pedal minyak sekuatnya. Setelah sampai di sekolah, pelajar disekolah itu sentiasa tak keruan melihat kereta mewah milik Fitrie itu selalu tiba dikawasan itu. '' Wahhhhh!! Ini mesti kereta abang si Amyrah." Sapa pelajar disitu. “Ya! Abang dia pegawai polis kan?” “Haah! Inspektor polis. Wuishh gerun aku! Bapak saudara aku baru je tamat rekrut.” Setelah kereta milik Fitrie berhenti disitu, dia keluar daripada kereta dengan berpakaian serba bergaya ,bercermin mata hitam, rambut yang dipenuhi gel rambut itu dipandang oleh semua pelajar disitu. Dia mengangkat beg adiknya masuk kedalam tempat letak barang didalam bas itu. Amyrah bersalam dengan abangnya. ''Ingat! Jaga diri masa lawatan nanti. Nahh duit belanja untuk lawatan nanti.'' Tegur Fitrie sambil memberi wang belanja kepada adiknya. '' Baiklah abang, terima kasih." Sapa Amyrah dan mencium tangan abangnya. Selepas beberapa minit bas itu meninggalkan tempat itu, dia terus masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Dalam perjalanan dia untuk pulang kerumah, tanpa dia sedari ada kereta yang mengekorinya dari belakang.
_izyanaqilah_ 57 Dia melihat cermin sisi tepi kerana ada yang mengekorinya tetapi dia tidak mengesyaki sesiapa. Itu hanya orang sekeliling yang sedang memandu dikawasan itu. Dalam perjalanan itu, dia kebosanan dan secara kebetulan radio yang dipasangnya itu siaran Sinar fm memainkan lagu Kesetiaan dan dia turut menyanyi untuk menghilangkan kebosanannya. Kesetiaan menghalangi Ku pindah ke lain hati Dan tak ingin ku melukai Mendambakan cinta ini hanya kekalnya denganmu Tapi kudrat tak di tanganku Keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di lorong kanannya. Pemandu didalam kereta itu memerhatinya dari jauh dengan pandangan tajam. '' Inspektor Fitrie, tunggu masa kau akan tiba nanti! Aku akan balas segala dendam terhadap kau." Pemandu didalam kereta itu adalah Aqil. Lampu merah bertukar kepada hijau, dia menekan pedal sekuatnya dan meneruskan perjalanan. Setelah dia sampai dirumah, dia merebahkan badannya keatas sofa dan menutup matanya kerana kepenatan dan kebosanan.
CINTA SI ABANG POLIS BaB 9 Hallo, Farhana Colletion here, siapa disana?'' Sapa Fatin '' Saya Inspektor Fitrie, boleh saya bercakap dengan cik Farhana?'' Sapa Fitrie. Fatin secara tiba-tiba terkejut, suara kacak itu adalah Inspektor Fitrie. Membulat matanya mendengar suara kacak itu. Matanya meliar mencari Farhana didalam butik itu tetapi tiada. Dengan begitu gelisah untuk Fatin menjawab pertanyaan daripada Fitrie didalam panggilan itu. Dia menarik nafas dan menghembuskan nafas sebelum dia menjawab pertanyaan daripada Fitrie. '' Ummm! Cik Farhana tak ada dekat butik ni, ada apa Inspektor Fitrie?'' Tanya Fatin dengan keadaan gelabah. Dia belum mengesyaki bahawa Fitrie sudah jatuh hati pada kawan sekerjanya itu. '' Ya ke? Dia pergi mana? Saya ada benda mustahak nak bincang dengan dia.'' Sapa Fitrie. '' Tak silap saya dia pergi shopping mall tadi.'' Sapa Fatin. ''Oh ya ke! Tak apalah, cakap dekat dia malam ini saya nak jumpa dia." Sapa Fitrie sambil mengukir senyuman. ''Oh baiklah nanti saya beritahu dia." Sapa Fatin. '' Okay! Assalamualaikum.'' Sapa Fitrie
_izyanaqilah_ 59 '' Waalaikumusalam." Balas Fatin . Dia terus mematikan panggilan itu.Terketar-ketar tangannya apabila dia menjawab panggilan daripada Fitrie. Kerana dia duduk berseorangan dirumah, Fitrie bersiap-siap untuk keluar bertemu dengan Farhana. Kunci keretanya diggapai yang terletak pada penyangkut kunci, tombol pintu dibuka dan dia melangkah keluar daripada rumah. Dalam perjalanan itu , fikirannya sering terganggu dengan pelbagai masalah yang melanda dirinya tetapi dia sentiasa berfikiran positif. Siaran radio itu dikuatkan lagi suaranya untuk bagi fikirannya menjadi tenang. Beberapa jam kemudian, dia tiba disebuah kafe, dia memarking kereta didepan kafe itu.Dia ternampak kelibat seorang gadis berjalan menuju masuk kepintu kafe . Dia mematikan enjin kereta dan keluar daripada kereta itu. Keretanya dikunci dan dengan pantas dia berjalan menuju pintu masuk kafe itu. Dia memandang kearah wajah gadis itu dengan riak wajah yang bersahaja. '' Assalamualaikum, Cik Farhana right?'' Tegur Fitrie dengan nada lemah lembut. '' Waalaikumusalam, Eh, Inspektor Fitrie! Sila duduk." Sapa Farhana. '' Janganlah panggil saya Inspektor dekat sini, Panggil Fit je." Tegur Fitrie dengan muka kerutnya. Pelayan kafe itu datang untuk mengambil pesan makan dan minum mereka berdua. '' Minum?'' Tanya pelayan kafe itu. '' Fresh oren." Jawab Fitrie '' Ummm, Manggo Flute.'' "Makan?'' Tanya pelayan kafe itu.
CINTA SI ABANG POLIS ''Awak nak makan apa?" Tanya Farhana. Fitrie membelek menu makanan sebelum dia memesan kepada pelayan itu. Dia memerhati setiap makanan yang ada pada buku menu itu. '' Saya nak Lamb Chop satu." Sapa Fitrie '' Saya, Chicken Grill." Sapa Farhana. Pelayan itu mengambil kembali buku menu itu dan pergi menuju kearah kaunter untuk meletakkan kertas order. Farhana dan Fitrie memulakan perbualan antara mereka sementara menunggu pesanan makanan dan minumannya sampai. Fitrie memandang sekeliling sebelum mengeluarkan ayatnya. '' Cik Farhana, boleh saya tanya sesuatu,? Ini serius!" Farhana membulat matanya dan keningnya mula terangkat. Apa yang serius sangat itu. Ya! Tuan nak tanya alamat rumah saya ke?"Seloroh Farhana. Fitrie menayangkan wajah jengkelnya kearah Farhana. Minuman yang mereka pesan sebentar tadi sudah sampai dimeja mereka. Fitrie menjulingkan matanya keatas apabila mendengar gurauan daripada Farhana. '' Terima kasih! Eh bukan! Saya bukan nak minta alamat Cik Farhana.” Balas Fitrie dengan wajah cuak. “Habistu?” Tanya Farhana lagi. Dia menahan ketawa melihat wajah pasrah lelaki kacak dihadapannya. “Saya nak tanya, macamana Cik Farhana boleh kenal dengan dia tu?” Tanya Fitrie dengan suara tegas. “Oo! Aqil! Sebenarnya Aqil tu..
_izyanaqilah_ 61 ** Flashback** Aqil dan Farhana adalah sahabat baik sewaktu zaman belajar di kolej dahulu. Mereka berpisah kerana Aqil menyimpan seorang perempuan dibelakang Farhana. Mereka berdua cuba untuk berbaik tetapi Farhana menolak permintaan itu. " Siapa perempuan ni?" Tengking Farhana didepan Aqil. '' Far.. Farhana dengar dulu, saya boleh terus terang'' sapa Aqil. '' Nak terus terang apa? Sanggup you curang dengan i! Apa kurangnya I?" Tanya Farhana dengan suara tinggi. '' Baby! Siapa perempuan ni? Berpakaian selekeh '' sampuk gadis itu. '' Kau diam perempuan! Oo patutlah aku call,mesej kau tak jawab. Rupanya simpan perempuan." Jerit Farhana. Nafasnya naik turun menahan kemarahan terhadap Aqil. '' Hahaha! Farhana Edrina! Aku terpaksa! Aku jadikan kau hanya habuan saja. Tak ada apa yang istimewa untuk aku simpan didalam hati selain dia ni." Ujar Aqil . Gadis yang merampas Aqil itu membuatkan Farhana semakin panas dan ingin mengertak gadis itu. Oleh kerana ditempat itu dipenuhi ramai orang, dia hanya memerhati riak wajah gadis yang bersama dengan Aqil. '' Now kita putus!. Aku tak nak tengok muka kau lagi." Jerit Farhana dan dia terus meninggalkan tempat itu dengan titisan airmata. Aqil memandang Farhana dengan reaksi rasa bersalah tetapi gadis itu hanya tersenyum sinis. Beberapa minggu kemudian Aqil mendapati gadis itu pula yang curang didepan matanya.Dia sangat menyesal kerana mempermainkan perasaan Farhana, kali ini terkena pada dirinya sendiri. Dia meninggalkan
CINTA SI ABANG POLIS tempat itu dan mencari Farhana merata-rata tempat, tiba-tiba dia ternampak Farhana sedang makan di kantin berseorangan. '' Farhana!" Aqil menegur Farhana. Membulat mata Farhana mendengar suara itu. Dia memandang kebelakang dan terlihat Aqil dibelakangnya. Dia mengabaikan lelaki itu dengan wajah serius. '' Apa lagi kau nak? Pergilah jumpa betina garik tu. Buat apa jumpa aku!'' Sergah Farhana '' Aku minta maaf! Aku tahu aku salah, Maafkan aku!" Sapa Aqil. Farhana perlahan- lahan bangun daripada bangku kantin itu dengan mengeluarkan airmuka yang tidak berpuas hati. Dia mengambil gelas yang berisi air oren itu dan menyimbah kearah muka Aqil. '' Maaf?! Puas hati kau permainkan aku? Mula pada hari ini aku tak nak tengok muka kau lagi!" Tengking Farhana dan meninggalkan Aqil di kantin itu. Aqil memandang Farhana dengan wajah tidak puas hati sambil mengelap mukanya yang disimbah air tadi. Flashback Tamat '' Macam itulah ceritanya Fit! Sebab itu dia datang cari saya malam tempoh lalu.'' Ujar Farhana. Fitrie mengangguk akur. Dia terkejut apabila cerita lama yang diceritakan oleh Farhana membuatkan dia semakin risau dengan nasib malang gadis itu. Dia semakin risau dengan keselamatan Farhana. '' Sekarang ini saya memang tidak tenang kerana setiap kali saya keluar kemana-mana, dia mesti ada." Sapa Farhana. ''Tak apa! Cik jangan risau, sekarang saya dapat tahu Aqil adalah ketua sindiket dadah. Kami baru saja ambush gudang milik dia tempoh hari.'' Sapa Fitrie.
_izyanaqilah_ 63 Membulat mata Farhana apabila Fitrie berkata tentang Aqil adalah seorang ketua sindiket. Dia mengelap mulutnya yang dibasahi dengan air yang tersembur. '' What?? Aqil ketua sindiket?'' Ya Allah'' ujar Farhana dengan nada terkejut '' Jadi saya harap, cik Farhana cepat-cepat call saya sekiranya ada apa-apa berlaku.” Ujar Fitrie tenang. Dalam sedar tak sedar, dua rakan sekerja Fitrie melintas didepan kafe itu dan dia ternampak Fitrie dan Farhana sedang berborak sesama mereka. Mereka berdua cuba menghendap secara diam-diam dan melihat reaksi Fitrie dan Farhana. '' Ril, kau tengok tu! tengok tu,ooo dalam diam rupanya." Perli Hafizi. '' Patutlah aku call tadi tak respon. Rupanya date dengan tauke butik pengantin." Ujar Shahril dengan wajah jengkelnya. Beberapa minit kemudian, selepas mereka berdua selesai berborak, Farhana dan Fitrie bingkas bangun dan terus berjalan meluru kearah pintu kafe itu. Pintu kafe itu dibuka perlahan dan dia memberi laluan untuk Farhana melangkah keluar terlebih dahulu. '' Terima kasih lah belanja saya malam ni'' sapa Farhana dengan memberi senyuman manis '' Eh tak ada apa sangatlah! Bukan selalu.'' Sapa Fitrie dengan membalas senyuman. Belum sempat dia melangkah kehadapan, Fitrie dan Farhana tersentak apabila dihadapannya ada dua figura sedang berdiri dengan wajah senyum memerli. '' Eh Fizi! Kau buat apa dekat sini?" Tanya Fitrie dengan reaksi muka terkejut. Dia memandang Farhana kerana risau dua kawannya itu bergosip yang tidak sepatutnya tentang mereka. '' Errrr tak ada, aku dengan Shahril saja ronda dekat sini! Tak tahu pulak nampak kau dekat sini." Sapa Hafizi.
CINTA SI ABANG POLIS Shahril berbisik kepada Hafizi tetapi suara itu dapat didengari oleh Farhana dan Fitrie. Wajah Fitrie mula berubah apabila dua kawannya itu mengusik dirinya dan Farhana. ''Fizi! Aku macam bau-bau nasi minyak je ni!'' Bisik perlahan di telinga Hafizi. '' Korang mengumpat aku?" Perlahan saja suara Fitrie apabila Shahril berbisik di telinga Hafizi. Selepas itu, Farhana meminta izin untuk pulang ke rumah dan meninggalkan mereka bertiga disitu. '' Ummm Fit, saya pulang dulu ya, apa-apa kita jumpa lagi!'' sapa Farhana sambil tersenyum . Shahril dan Hafizi hanya melihat gelagat kawannya itu bersembang dengan Farhana dengan reaksi wajah perli. ''Alright! Insyallah kalau ada apa-apa call je saya!'' Sapa Fitrie. '' Okay! Bye semua, Assalamualaikum!'' sapa Farhana. '' Waalaikumusalam." Salam dijawab kembali mereka bertiga. Farhana menghidupkan enjin keretanya , cermin tingkap dibuka dan melambai tangan tanda untuk meninggalkan mereka bertiga. Selepas tubuh kereta milik Farhana hilang dari radar mata mereka, Shahril dan Hafizi mengusik Fitrie tentang Farhana,tetapi Fitrie dengan keadaan yang sedang berfikir sesuatu membuatkan mereka berdua gagal untuk mengusik. '' Nampaknya tak lama lagi kawan kita ni naik pelamin Ril." Usik Hafizi. '' Itulah! Aku dah lama tak makan nasi minyak orang." Usik Shahril Mereka berdua memandang airmuka Fitrie yang serius itu. Wajah Fitrie yang serius itu seakan sedang memikirkan sesuatu sambil memandang kearah Farhana. '' Fit! Kau okay?'' Tanya Hafizi.
_izyanaqilah_ 65 '' Nampaknya kita ada kes baru guys!" Sapa Fitrie dengan tenungan yang tajam. Jiwanya semakin tidak tenang apabila dia melihat gadis butik itu sering diganggu '' Kes baru?'' Hafizi dan Shahril serentak terkejut. '' Ya! Kes ini melibatkan nyawa Farhana. Bekas kekasihnya bernama Aqil adalah ketua sindiket dadah. Gudang yang kita serbu tempoh hari, itu adalah gudang dia orang.'' ujar Fitrie. Hafizi dan Shahril hanya mengangguk akur. '' So? Kita nak buat apa? ''Tanya Shahril. '' Kita kena awasi cik Farhana dimana-mana dia berada. Untuk keselamatan dia.'' Ujar Fitrie. '' Tapi kes ini pun melibatkan nyawa kau juga Fit. Si Aqil bingau itu dah tahu kau rapat dengan Farhana.'' Ujar Hafizi. '' Kau ingat aku pengecut ke? Come on lah guys, ini Inspektor Fitrie Amsyar, jangan cabar aku sebarangan." Jerkah Fitrie didepan muka kawan-kawannya. Hafizi dan Shahril sudah membulat mata dan terkejut melihat reaksi wajah dan suara tinggi daripada Fitrie.
CINTA SI ABANG POLIS BAB 10 ** Hari Kebahagiaan Hafizi dan Fatin** Dihari kebahagiaan antara Hafizi dan Fatin penuh kemeriahan . Pengantin lelaki bersiap-siap untuk meraikan hari yang penuh bermakna untuk dirinya dan bakal isteri. Hafizi memakai pakaian pengantin berformal sebagai seorang pegawai polis. Dia memandang cermin dan senyuman terukir dibibirnya. Fitrie dan Shahril memandang pengantin lelaki itu dengan wajah perli. Mereka berdua hanya menahan gelak melihat Hafizi yang berada didalam berdebar. '' Ya Allah, kau berikanlah aku ketenangan dalam menghadapi hari yang penuh bermakna ini!” bisik doa didalam hatinya. Fatin dihiaskan dengan pakaian gaun putih dan solekkan yang sangat cantik daripada Mua. Mua itu adalah rakan sekerjanya iaitu Farhana. Dia menyolek bahagian muka , pipi,bibir dan mata Fatin secantiknya sebagai pengantin. '' Aaaa! cantiknya bakal isteri kepada Inspektor Hafizi.'' perli Farhana sambil memegang berus solek. Fatin memandang cermin dan melihat dirinya yang selesai disolek oleh Farhana. Dia mengukir senyuman dan anak matanya secara tiba-tiba memandang kebawah kerana malu-malu.
_izyanaqilah_ 67 '' Janganlah! Malulah aku." Sapa Fatin. Farhana menahan gelak apabila Fatin berkata seperti itu. Setelah selesai berhias,dia hanya menunggu waktu untuk bergerak ke masjid bagi majlis akad nikah dan majlis walimatulurus. ... Fitrie dengan berpakaian baju melayu biru gelap menunggu pengantin bersiap diluar. Beberapa minit kemudian, pengantin lelaki keluar daripada bilik solek itu dan bersiap-siap untuk pergi ke masjid. Hafizi keluar dengan muka yang penuh berdebar dan berpeluh kerana hari yang bermakna untuknya telah tiba. Dia mengelap peluh dimukanya . '' Dah siap? '' Tegur Fitrie. '' Dah siap semuanya. Fit tolong aku! aku berdebar ni!" Keluh manja Hafizi berdebar. ''Haha! Itulah kau, siapa suruh hensem sangat, kan tak pasal-pasal dah nak jadi laki orang.'' Perli Fitrie. ''Kau jangan cakap besar Fit! Kalau sampai hari kau kahwin nanti baru kau tahu." Sapa Hafizi. '' Apa bising-bising ni?! Dah dah jom,tok kadi dah tunggu kat masjid." Sapa Shahril. Mereka bertiga melangkah kearah kereta untuk membawa pengantin ke masjid untuk majlis akad nikah. Pengantin lelaki diiringi oleh dua kawan baiknya sehingga kearah kereta. **** Setelah beberapa jam pengantin perempuan menunggu, dia cuba membuat panggilan kepada pengantin lelaki untuk mengetahui dimana mereka berada.Fatin cuba membuat panggilan kepada Hafizi untuk bertanya dimana mereka berada.
CINTA SI ABANG POLIS Telefon milik Hafizi berdering dan terpapar nama '' My Beauty'' dan dia menyambut panggilan itu. '' Assalamualaikum yang!'' sapa Hafizi. '' Waalaikumusalam ! dah sampai mana?'' Tanya Fatin sambil mengelap peluh dimukanya. '' Kitaorang sesat ni? Rumah sayang lorong berapa?'' tanya Hafizi. ''Sayang dekat lorong mana tu?'' Tanya Fatin. '' Lorong 5'' jawab Hafizi. Fatin menepuk dahinya kerana mereka tersalah masuk lorong rumah pengantin perempuan. Farhana hanya menahan gelak mendengar bebelan daripada Hafizi kerana tersalah masuk lorong rumah. ''Sayang! Lorong rumah i lorong 2 lah, macamana boleh tersesat ke lorong 5 pulak?!'' Keluh Fatin menepuk dahinya berkali-kali. Farhana hanya menahan gelak. “Baiklah! Tunggu sekejap lagi kami semua sampai! Jom Fit!” Sapa Hafizi. Fitrie mengundurkan kereta itu. Hafizi mematikan panggilan itu dan Fitrie berputar arah untuk pergi ke masjid di lorong 2 . Beberapa buah kereta tiba diperkarangan masjid ,tok kadi menunggu pengantin lelaki untuk diakad nikahkan sebentar lagi. Hafizi diiringi Shahril untuk masuk kedalam masjid, semua keluarga pengantin perempuan memandang Hafizi dengan penuh fokus berjalan menuju kearah tok kadi. Tok kadi memulakan upacara akad nikah. “Mohd Hafizi Shazwan Bin Mohd Tarmiizi”
_izyanaqilah_ 69 “Saya” “Aku nikahkan kau dengan Wan Fatin Aisyah Binti Razali dengan hantaran mas kahwin sebanyak RM2000 tunai” Aku terima nikahnya dengan Wan Fatin Aisyah Binti Razali dengan hantaran mas kahwin sebanyak RM2000 tunai'' Sah? Sah? Sah! Sah! Alhamdulilah! Setelah selesai lafaz akad nikah, doa dibacakan oleh tok kadi . Semua orang menadah tangan untuk mengaminkan doa sebelum sesi menyarung cincin. Kedua-dua mempelai itu mengiringi ke dewan untuk majlis seterusnya. Pasangan itu diiringi oleh dua pengapit iaitu Fitrie dan Farhana menuju naik ke pelamin. Selepas kedua-dua mempelai itu sampai didewan, mereka diiringi beberapa orang anggota yang memegang pedang khas untuk pengantin menuju kearah pelamin. Fitrie dan Farhana menjadi pengapit khas untuk Hafizi dan Fatin. Dalam sesi menjadi pengapit itu, Farhana tanpa sedar ,dirinya diperhati oleh Fitrie kerana kecantikkan nya berpakaian berkebaya dan shawl putih. Tetamu yang hadir ke dewan itu berpusu-pusu tanpa henti dengan kehadiran pegawai atasan ,anggota bawahan mereka. Ukiran senyuman diwajah Hafizi dan Fatin tidak henti . Selepas pada itu, pengantin turun daripada pelamin dan bertemu dengan beberapa tetamu yang hadir didewan itu. Kawan-kawan Fatin sakan bergambar diatas pelamin, dimana pula Hafizi berborak sesama rakan unitnya.
CINTA SI ABANG POLIS '' Tahniah bro! Tak sangka kawan aku sorang ni dah kahwin." Sapa Shahril. ''Terima Kasih bro! lepas ini turn kau pulak.'' Sapa Hafizi sambil menepuk bahu kawannya itu. Fitrie yang sedang leka menikmati nasi kenduri tanpa mempeduli apa rakannya berborak. '' Ishhh! Aku lambat lagi , jodoh pun tak nampak." sapa Shahril '' Aku rasa turn Fitrie pulak lepas ni." Sapa Shahril lagi. Fitrie tersedak apabila mendengar katakata daripada Shahril. Air yang ingin diminumnya tersembur keluar . '' a..aa..ku? pleaselah! Aku pun lambat lagi '' sampuk Fitrie yang sedang mengelap mukanya. '' Sudahlah Fit, jodoh kau dah ada depan mata! Kau jangan nak berpura-pura dengan aku." perli Shahril. Anak mata Fitrie terus memandang kearah meja sekumpulan gadis-gadis didepannya, tiba-tiba dia terpandang Farhana yang sedang rancak berborak dengan kawan-kawannya. '' Mengarutlah kau! '' tegur Fitrie sambil menyambung makan . Selepas pada itu, semua tetamu sudah berkurang hanya tinggal anggota keluarga pengantin saja disitu. Fitrie berdiri menyilang tangannya melihat ahli keluarga pengantin bergambar diatas pelamin. Telefon milik Fitrie berdering dan terpapar nama "Pak Long'' dan dia menyambut panggilan itu. Berkerut dahinya apabila sekian lama bapa saudaranya itu tidak bertanya khabar kepada dirinya. '' Hallo Assalamualaikum.'' Sapa Fitrie. '' Waalaikumusalam Fitrie! Pak Long ni.'' '' Pak long. Ya Allah lama nya tak jumpa. Pak long sihat?'' Tanya Fitrie
_izyanaqilah_ 71 '' Alhamdulilah Pak Long sihat! Kau?'' '' Saya sihat! Kenapa Paklong call Fit ni? '' Tanya Fitrie. '' Pak Long nak minta tolong dekat kamu sikit boleh? Mak long kamu tak sihat Fit." '' Apa? Maklong tak sihat? '' Muka terkejut. '' Ya Maklong kau tak sihat, jadi Paklong nak kau datang sini untuk 2 hari boleh?'' Fitrie serba salah kerana sekarang dia ada dua masalah yang perlu hadapi iaitu Kes Aqil dan ibu saudaranya yang sakit. Dia meraup wajahnya kerana sekarang fikirannya terlampau banyak berfikir. **** Dia termenung sejenak diruang tamu kerana memikirkan ibu saudaranya yang sakit tenat di kampong dan lagi dia memikirkan kes yang perlu dia kendalikan sekarang. '' Macamana ya? Yang mana patut aku selesaikan dulu? Kes Aqil atau mak long aku?'' bisik hatinya . Sekiranya dia tidak mengendalikan kes Aqil.. Farhana pasti dalam bahaya . Aqil adalah orang yang sangat dikehendaki oleh pihak polis. “Farhana! Kalau aku tak kendalikan kes ini, nyawa kau dalam bahaya! Hal ini pun melibatkan nyawa aku!” Keluh Fitrie lagi. Tepat jam 9 malam, Farhana menyediakan makan malam dirumahnya untuk dirinya sendiri. Rumah itu sebelumnya dia bersama dengan Fatin tetapi sekarang Fatin sudah menjadi isteri kepada seorang pegawai polis iaitu Hafizi. Sekarang dia menetap didalam rumah itu bersendirian.
CINTA SI ABANG POLIS Pintu lif terbuka dan arah naik ke tingkat 8. Seorang lelaki berpakaian baju putih dan berjaket merah menuju naik ke tingkat 8. Setelah lif itu sampai ketingkat 8, dia meluru keluar dan menuju ke arah satu rumah yang ingin dia pergi. Farhana duduk diatas sofa berhadapan dengan tv, di tangannya memegang sebiji pinggan berisikan chicken chop double yang dimasaknya tadi, tiba-tiba terdengar bunyi ketukkan pintu.Dia bingkas bangun daripada sofa dan melangkah menuju kearah pintu itu. Dia melihat melalui satu lubang kecil yang ada dipintu itu dan dia terkejut , dia sangat kenal dengan wajah lelaki itu. '' Aqil '' dia memusing badannya dan dengan pantasnya dia mengambil telefonnya untuk membuat panggilan terus kepada Fitrie untuk dapatkan bantuan. '' Haaa! Inspektor Fitrie." Ujar Farhana sambil mencari nombor Fitrie didalam telefonnya. Beberapa minit kemudian, lelaki itu masih lagi mengetuk pintu itu tanpa henti dan tiba-tiba dia menendang pintu itu dan berjaya, dia dapat menceroboh masuk rumah Farhana. '' Ahhhh! Aqil apa lagi kau nak? Pergi dari sini'' jerit Farhana selepas gagal membuat panggilan kepada Fitrie. '' Apa aku nak? Aku nak kau kembali dalam hidup aku! Boleh?'' Sapa Aqil dengan wajah sinisnya itu sambil tangannya didalam poket berjalan menuju kearah Farhana dengan perlahanlahan. Farhana memegang telefonnya dan berjalan mengundur kebelakang perlahan-lahan. '' Mana abang Inspektor kau yang hensem tu? Tak datang jumpa kau ke?'' perli Aqil. Farhana masih dalam ketakutan . Langkahnya terhenti kerana halangan dinding dibelakang. Aqil makin menghampiri Farhana . Dia mencuba untuk mendail nombor Fitrie tetapi tangannya makin terketar-ketar kerana lelaki itu makin menghampirinya.
_izyanaqilah_ 73 '' Aku boleh jadi partner dalam hidup kau. Kau lupakan abang inspektor kau tu, kau ambil aku!” Sapa Aqil. '' Gila! Kau dah gila Aqil? I'm really hate you. Kau kotor,jijik ! Aku benci dengan sifat durjana kau." jerit Farhana Aqil memberi tamparan pada Farhana. Dia tidak tahan dengan kata-kata Farhana kerana menghinanya “Pang!” Satu tamparan hinggap kewajah Farhana. Terasa kepanasan diwajahnya setelah ditampar. Aqil menarik rambut Farhana sekuat-kuatnya dan tiba-tiba tendangan padu daripada Farhana terus terkena pada perut Aqil. Dia terus melarikan diri kearah sudut lain tetapi pantas ditangkap oleh Aqil. ''Lepaskan aku setan." Jerit Farhana. '' Jangan harap aku nak lepaskan kau selagi kau tak tinggalkan abang Inspektor kau tu." Farhana cuba melepaskan genggaman tangan daripada Aqil tetapi tidak berjaya. Dia cuba menekan nombor di telefonnya tetapi gagal dan telefon miliknya jatuh keatas lantai. Aqil mengambil phone Farhana dan terpapar nama Fitrie di skrin. Aqil memandang wajah Farhana dan dia menampar muka Farhana sekuatnya . Farhana jatuh layu dan pengsan kebawah. Aqil meninggalkan Farhana sendirian disitu dan dia meninggalkan tempat itu secepat mungkin.
CINTA SI ABANG POLIS BAB 11 Farhana yang terlantar diatas katil hospital didalam wad kritikal kerana dipukul secara teruk oleh Aqil. Fitrie dan seorang anggotanya memerhati keadaan Farhana yang berada didalam wad itu. Beberapa jam dia menunggu keputusan doktor, akhirnya doktor yang merawat Farhana keluar daripada bilik itu. " Macamana doktor keadaan mangsa?" Tanya Fitrie dengan wajah yang tegas. " Setakat ini Cik Farhana masih dalam tidak sedar dan dia masih dalam keadaan kritikal. Mungkin dalam beberapa hari lagi dia akan dipindahkan ke wad biasa." Sapa doktor itu. " Terima kasih doktor, nanti kalau ada apa-apa perkembangan positif , maklumkan kepada saya." Sapa Fitrie. " Baiklah! Saya minta diri dulu! " Doktor meninggalkan tempat itu. Fitrie dan anggotanya masih mengawal wad Farhana diluar. Dia meraup lembut wajahnya kerana dia risau dengan keadaan Farhana. " Sekarang macamana tuan?" Tanya anggota itu.
_izyanaqilah_ 75 " Kita kena aturkan rancangan untuk mencari Aqil." Sapa Fitrie tegas. " Apapun awak kena pantau mangsa dalam wad ini! Ada apa apa perkembangan positif maklumkan kepada saya." " Baik tuan!" Sapa anggota itu. Fitrie terus membuka langkahnya untuk meninggalkan tempat itu. Diruang bilik tidur Aqil yang gelap itu dipenuhi gambar-gambar Farhana yang cantik ditampal di dinding. Pisau diatas mejanya mula diangkat untuk menikam gambar itu. " Farhana..kau tetap menjadi milik aku! Aku tetap dapatkan kau daripada jantan sial itu." Dia memandang sekeping lagi gambar seorang lelaki yang segak dan tinggi beruniform . Gambar yang dipegang itu gambar Fitrie Amsyar yang dia kenali. Wajah bengisnya bertukar kemerahan. " Hahaha! Aku harap kehidupan kau akan merana nanti Inspektor Fitrie! Jika aku tak dapat Farhana, kau juga tak akan dapat Farhana! Hahahaha!!" Gelak jahat dikeluarkan olehnya. Dia menikam dua gambar itu menggunakan pisau dan dia meninggalkan tempat itu. ... Fitrie berseorangan didalam bilik kerjanya. Dia mencari beberapa fail kes didalam almari tibatiba Shahril dan Hafizi menyergah Fitrie daripada belakang. " Haaaaaaaa! " Sergah Shahril dan Hafizi daripada belakang. Fail yang dipegang oleh Fitrie jatuh kebawah. " Arhhh! Astagfirullahalazim, ishh korang ni terkejut aku! Bagi salam dulu boleh tak? Nasib aku tak ada sakit jantung." Amarah Fitrie sambil mengambil fail yang jatuh. " Alahaii.. nak sergah sikit pun tak boleh! Sensitif sangat sekarang." Sapa Shahril.
CINTA SI ABANG POLIS "Makna tidaknya, Fitrie sekarang berkawan dengan gadis Butik Pengantin tu.Sebab itu dia sombong sekarang." Perli Hafizi sambil memandang komputer. "Sejak bila aku sombong? Fitnah je kerja korang." Tiba-tiba pintu bilik kerja Fitrie dibuka oleh pegawai atasan mereka dan mereka bertiga berdiri tegak.Seorang pegawai atasan mereka melangkah masuk kedalam bilik kerja. " Tuan" sapa hormat mereka bertiga. " Macamana dengan keadaan mangsa yang kritikal tu?" " Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan positif Tuan, tapi saya dh maklumkan kepada anggota kita supaya sentiasa memantau mangsa yang kritikal itu."sapa Fitrie. " Dalam masa yang sama, kita mesti jejak suspek yang kita buru sekarang." " Maksud tuan, Aqil?" " Ya, saya dapat tahu Aqil akan terus menganggu pesakit yang menjadi mangsa pukul tempoh hari! Jadi saya nak awak semua sentiasa pantau pesakit itu.Faham!" " Faham Tuan!" Jawab mereka bertiga. Pegawai atasan itu terus meninggalkan bilik kerja mereka . Dia mula gelisah apabila tindakan gila Aqil masih aktif untuk menganggu Farhana . Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi dan mukanya diusap dengan dua belah tangannya. " Sabar Fit, aku tahu kau risaukan si Farhana tu " sapa Hafizi sambil menenangkan Fitrie. " Aku bukan apa! Aku risau takut si Aqil gila itu dia akan buat perkara yang lagi serius terhadap Farhana." Sapa Fitrie.
_izyanaqilah_ 77 " Tak apa, aku harap anggota-anggota kita akan pantau seketat-ketatnya terhadap Farhana." Sapa Hafizi. Fitrie hanya tersenyum. Walaupun dia sudah terpaut hati dengan gadis itu, dalam masa yang sama dia juga akan menjaga keselamatan dan nyawa Farhana. ***** Didalam wad kritikal yang penuh dengan pesakit koma dengan suasana sunyi dan mesin disetiap katil berbunyi. Doktor dan jururawat yang lalu lalang masuk keluar daripada wad icu itu tiada hentinya. Jari jemari Farhana perlahan-lahan bergerak menandakan ada tanda positif dia akan sedar . Matanya terbuka dan kepalanya memandang kiri ke kanan . Dia masih tertanya dimanakah dia berada. " Dokkk...tor... " Suara lemah mendayu itu didengari oleh doktor. Doktor dan jururawat yang berada disitu melangkah kearah katil Farhana dan memeriksa keadaannya. Dia memeriksa segalanya akhirnya ada perkembangan positif. Jururawat disitu terukir manis senyuman kearah Farhana menandakan ada tanda positif. " Cik Farhana Edrina, awak akan dipindahkan ke wad biasa." Kata jururawat itu tenang. " Tapi, kenapa saya ada kat sini?" Dia masih bingung bagaimana dia boleh berada didalam wad itu. Keliling wad icu itu dipandang bergilir-gilir. Wajah cuaknya membuatkan dia masih berfikir. "Cik Farhana pengsan dan ada kesan lebam dibibir,tapi saya dah periksa semua, Alhamdulilah awak ada perkembangan positif. " Farhana hanya mengangguk akur . Airmatanya jatuh dan dia tidak tahu apa yang berlaku.
CINTA SI ABANG POLIS Seorang anggota yang berada disitu melihat suasana wad kritikal itu melalui cermin yang ada pada pintu wad itu. Dia membuat panggilan kepada Fitrie untuk memaklumkan perkembangan tentang Farhana. Hahaha." Gelak kecil mereka bertiga berborak sambil menyiapkan kerja ,tiba-tiba telefon milik Fitrie berdering terpapar nama " Koperal Azmi " dia menyambut panggilan itu. " Hallo, Inspektor Fitrie Amsyar bercakap." Sapa Fitrie tenang. " Hallo Tuan , saya nak maklumkan tentang Cik Farhana." " Haa! Macamana?" Tanya Fitrie. Tegas saja suaranya. Hafizi dan Shahril hanya memerhati dan mendengar. " Cik Farhana dah sedar dari kritikalnya. Sekejap lagi dia akan dipindahkan ke wad biasa." " Alhamdulilah! Okay apa-apa awak tunggu disitu, sebentar lagi saya akan sampai." " Baiklah tuan." Dia terus mematikan panggilan itu dan senyuman terukir dibibirnya. Hafizi dan Shahril memandang kearah Fitrie. Mereka berdua menggaru kepala melihat senyuman terukir diwajah Fitrie. " Fit ! Siapa yang call?" Tanya Hafizi. " Koperal Azmi, dia cakap ada perkembangan positif tentang Farhana." Jawab Fitrie. Setiap jari jemarinya bergerak serentak. " Apa dia?" Tanya Hafizi lagi. " Farhana dah sedar dari kritikalnya. Sekejap lagi dia akan dipindahkan ke wad biasa.” Jawab Fitrie dengan penuh senyuman diwajahnya.
_izyanaqilah_ 79 " Alhamdulilah!" Syukur diucapkan oleh Hafizi dan Shahril apabila mendengar berita itu. Jam menunjukkan tepat angka 1 , mereka bertiga bangun daripada kerusi itu dan keluar daripada bilik kerja untuk makan tengahari . " Jomlah, dah jam 1 ni, aku laparlah! aku belanja korang makan nasi ayam geprek." Sapa Shahril. " Jomlah , aku pun lapar juga ni." Sapa Fitrie. Mereka berjalan menuju keluar daripada balai dan kunci kereta milik Fitrie dibuka. Mereka bertiga dalam perjalanan menuju ke hospital. _____________ Fitrie,Hafizi dan Shahril menuju masuk ke arah pintu masuk hospital untuk pergi ke wad privasi Farhana. Selepas mereka sampai di wad itu, kelihatan Farhana yang sedang rehat tiba-tiba Farhana bangun daripada tidur apabila mendengar bunyi tapak kasut yang dipakai oleh 3 pegawai polis berpangkat Inspektor itu melangkah masuk ke dalam wadnya. Matanya dibuka perlahan-lahan dan melihat ada 3 sosok lelaki dihadapan berpakaian uniform polis yang datang melawatnya. Membulat matanya apabila tiga jejaka beruniform itu berdiri didepannya. " Ahhh tolong, jangan tangkap saya! saya tak bersalah." Jerit Farhana selepas melihat 3 pegawai polis dihadapannya. Fitrie dan kawannya itu datang hanya untuk mengambil keterangan tentang kejadian tempoh hari. " Sabar sabar Cik! Ini saya Inspektor Hafizi!” Ujar Hafizi. Matanya dikerling kearah Fitrie yang serius dan berdiri tegak memandang Farhana yang dalam ketakutan. “Haa ini dia Inspektor Fitrie. Dah lama dia tunggu awak sedar daripada koma tau!” Usik Hafizi.
CINTA SI ABANG POLIS Fitrie membulatkan matanya apabila terdengar usikkan daripada Hafizi. Dia menampar bahu Hafizi sekuatnya. Jururawat yang berada disitu melihat kerenah mereka berdua disitu. " puk!" Aduh! Sakitlah! Apahal kau tampar bahu aku?” " Rasakan! suka sangat usik aku.” Ujar Fitrie dengan nada yang tegas. Farhana hanya memerhati gelagat dua pegawai inspektor didepannya dengan riak wajah yang kosong. Dia mahu saja gelak tetapi keadaannya masih belum tenang. " Cik Farhana, kami datang nak ambil keterangan. Apa yang terjadi sebenarnya?" Tanya Fitrie sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi disebelah katil Farhana. " Sebenarnya, pada malam itu, saya tengah memasak untuk makan malam dirumah seorang diri. Tiba-tiba saya terdengar ketukkan pintu dan saya cuba lihat melalui lubang kecil pada pintu rumah. Saya dah syak itu adalah Aqil, memang benar! Dia datang untuk menuntut dendam." Sapa Farhana " Menuntut dendam? Terhadap siapa? " tanya Hafizi sambil mencekak pinggangnya . Farhana memandang kearah Fitrie. Dia sangat risau apabila nama lelaki itu terkeluar daripada mulutnya secara sengajam " Dia menuntut dendam untuk ... " terus dia menunjuk kearah Fitrie. Shahril dan Hafizi terkejut dengan kata-kata Farhana. Mereka berdua terkejut kerana kes yang melibatkan Farhana, Fitrie juga menjadi sasaran oleh Aqil. " Katanya , jika saya masih rapat dan ada contact dengan Inspektor Fitrie, dia akan bunuh saya dan.."
_izyanaqilah_ 81 " dan saya jugak?" Sampuk Fitrie . Kening nya terangkat . Nyawanya kini dalam bahaya tetapi tidak gentar buat dirinya sebagai seorang pegawai polis. " Itu saja ? " tanya Shahril. Farhana hanya mengangguk akur. Dia menunduk kepalanya apabila selesai memberi keterangan. " Kalau macam itu , terima kasih bagi kerjasama dengan kami.. Insyallah, setiap pergerakkan Cik Farhana akan dipantau oleh anggota kami kemana-mana saja. " Ujar Hafizi tenang. "Kami minta diri dulu, rehat secukupnya ya." Sapa Fitrie. Mereka bertiga melangkah menuju kearah pintu keluar wad dan meninggalkan Farhana disitu.
CINTA SI ABANG POLIS BAB 12 Setelah selesai membeli barang keperluan dapur, dia berjalan menuju kearah keretanya yang parking berdekatan dengan pintu masuk . Kunci keretanya dibuka dan dia membuka bonet belakang untuk meletakkan barang didalam bonet . Setelah dia menutup bonet belakang ,tiba-tiba sekali lagi tangannya digenggam oleh seseorang. Dengan pantas dia menoleh kearah tangannya digenggam dan ternyata Aqil Edrian datang menganggunya. Wajah cuak dan cemas Farhana mula timbul. “Aqil!” Sapa Farhana dengan wajah terkejut. Dia cuba untuk melepaskan genggaman yang kuat itu tetapi gagal. Yes! Aku kembali lagi!” Sapa Aqil dengan suara yang menyeramkan. “ Apa lagi kau nak daripada aku?” Soal Farhana dengan suata yang begitu lamtang. “Aku datang untuk dapatkan hati kau kembali!” Wajah terkejutnya membuatkan dirinya meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada genggaman itu tetapi Aqil menguatkan genggaman tangan. Dia cuba untuk mendapatkan kembali ggadis yang oernah terpahat didalam hatinya ketika dahulu.
_izyanaqilah_ 83 “Aku tak naklah! Please! Lepaskan aku!” Ujar Farhana sekali lagi dengan suara yang lantang “Kenapa? Disebabkan sekarang kau dah ada abang Inspektor itulah kan!” '' Lepaskan tangan aku, kalau tidak...'' “' Kalau tidak apa? Kau nak panggil siapa? '' Belum sempat dia mengheret Farhana menuju ketempat lain, tiba-tiba dirinya diserang daripada belakang. Dia tersungkur jatuh oleh kerana tendangan hebat daripada belakang. '' Ahhh!”. Ternyata seorang lelaki yang menendang nya daripada belakang adalah Inspektor Fitrie Amsyar. Wajah baran Aqil memanah kearah Fitrie. Dia menepuk lantai simen itu kerana lelaki itu sering datang menjadi penyelamat Farhana. '' Lebih baik kau pergi dari sini!” Fitrie menayangkan wajah yang macho setelah menendang Aqil sehingga tersungkur jatuh. Dia melihat Farhana yang tersandar ketakutan. Farhana memeluk kedua-dua lutunya kerana dirinya sedang dalam ketakutan. '' Haha! Kau lagi rupanya! Inspektor Fitrie ! Kesayangan Farhana Edrina.” Perli Aqil sambil menepuk tangan. '' Kau masih tak serik-serik Aqil?! Kau masih lagi nak ganggu Farhana! Excuse me sir, She’s mine!” Ujar Fitrie dengan beraninya. Aqil perlahan-lahan melangkah kearah Fitrie. Dia memasang muka yang bengis .Fitrie masih berdiri dalam keadaan tegak tetapi dengan kehadiran Aqil berhadapan dengannya tidak membuatkan dirinya gentar dan kecut. '' Haha!! Wahai Inspektor Fitrie, kau ni kan memang suka tunjuk hero!" sapa Aqil sambil menyentuh pipi Fitrie tetapi tangannya ditepis kuat oleh Fitrie.
CINTA SI ABANG POLIS Fitrie memasang wajah dengan tanpa senyuman . Farhana masih terduduk ditepi kaki lima dalam keadaan ketakutan. Sebilah pisau berada di dalam poket seluar Aqil dan dia mengeluarkannya. '' Lebih baik kau pergi dari sini Aqil,sebelum aku pukul kau lebih teruk." Sapa Fitrie.dengan suara yang agak lantang dan tegas. Dia tidak pernah gentar apabila berhadapan dengan Aqil Edrian. ''Bravo bravo, dia halau aku! Eh kau dengar sini, Farhana itu tetap milik aku! Kau jangan perasan yang Farhana milik kau." “Dia milik aku! Aku dah claim hati dia awal daripada kau!” Sapa Fitrie dengan penuh lagaknya. Dia menendang pisau itu jauh dan juga dia menendang Aqil sehingga terhumban jatuh. Fitrie hanya bersedia sekiranya serangan daripada Aqil lebih teruk terhadapnya.Mereka berdua saling membalas tumbuk menumbuk tanpa henti sehingga antara mereka cedera dimuka. Pistol milik Fitrie dirampas oleh Aqil apabila pistol itu berada di sisi pinggang Fitrie. Farhana dengan muka cuak dan terkejut apabila pistol Fitrie berada di tangan Aqil. Kemungkinan akan berlaku perkara tidak diingini. Apabila Fitrie bergelut untuk merampas pistol miliknya daripada Aqil , tiba-tiba ... " Pom" Satu tembakkan terkena diperut Fitrie setelah mereka bergelut tiada henti. Farhana dengan penuh rasa cuak apabila melihat Fitrie ditembak. " Fitrieeeee " jerit Farhana dengan penuh rasa cemas. Aqil mengeluarkan muka cuak dan terkejut apabila dia melepaskan tembakkan terhadap Fitrie dibahagian perut. Fitrie jatuh terbaring dan dia memegang perutnya yang dipenuhi darah yang keluar. Aqil meninggalkan tempat itu dengan pantasnya.
_izyanaqilah_ 85 Farhana segera berlari kearah Fitrie yang sudah tersungkur dengan penuh darah diperutnya. Airmata ketakutan mengalir dipipinya. Dia cuba menyedarkan Fitrie tetapi lelaki itu tersedaksedak dengan keluarnya darah daripada mulut. “Awak! Bangun! Bangun!” Ujar Farhana sambil menampar pipi Fitrie dengab penuh rasa cuak. “Awak... To..tolong jaga diri ya!” tersekat-sekat suara Fitrie. Tangannya dipenuhi darah. Perlahan-lahan mata Fitrie terpejam. Farhana sudah berasa cemas dan dia cuba menyedarkan lelaki itu tetapi tidak berjaya. “Fitrie! Fitrie! Fitrieeeeeee!!!!” Jerit Farhana. Kring kring kring " Alarm di telefonnya berbunyi pada jam 5 pagi. Dia terbangun selepas mengalami mimpi ngeri . Dia memandang jam ditelefonnya sudah jam 5 pagi. Dia meraut perlahan rambutnya setelah terbangun daripada mimpi ngeri. " Astagfirullahalazim mimpi rupanya " ujar Farhana sambil mengusap muka nya. Dia bingkas bangun menggapai tuala mandi dan terus melangkah menuju kearah bilik mandi untuk bersiap sebelum dia pergi kerja. Setelah selesai solat Subuh, dia bersiap-siap untuk memakai baju kerja setelah sekian lama Butik Pengantinnya tutup . Dia melangkah turun dari tingkat atas dan menuju kearah pintu keluar rumah . Segala pintu dan jendela ditutup sebelum dia pergi ke butiknya. ---------- Farhana menyusun segala barang-barang baru diatas rak didalam butik nya tiba-tiba pintu butik dibuka oleh satu pelanggan yang masuk ke butiknya . " Assalamualaikum" Salam diberi oleh seseorang.
CINTA SI ABANG POLIS "Waalaikumusalam.. Selamat Datang ke Farhana Collection" Pelanggan itu melihat segala barang-barang untuk pengantin didalam butik itu. " Cik, saya nak tempah baju pengantin boleh?" " Boleh? Kami ada banyak koleksi dan design terkini untuk baju pengantin.. Barang-barang untuk hantaran juga kami sediakan, bouquet semuanya ada. " sapa Farhana kepada pelanggannya dengan wajah senyum. Dalam fokus dia melayan pelanggannya untuk menempah baju pengantin, tiba-tiba satu sosok tubuh lelaki beruniform menuju masuk ke butik nya. Dia memandang kearah pintu yang dibuka itu. " Inspektor Fitrie??" Matanya membulat selepas melihat seorang jejaka beruniform masuk ke butiknya. " Tak apa ! Layan customer awak dulu." sapa Fitrie sambil dia duduk diatas kerusi dihadap kaunter bayaran itu. Beberapa minit kemudian , pelanggan yang menempah segala barang kahwin berdiri didepan kaunter bayaran . Farhana mengira kesemua jumlah barang perkahwinan pelanggan nya itu. " Semuanya RM3200." Setelah selesai urusan pelanggannya , dia menegur lelaki kacak yang pernah dia temui sebelum ini . " Ada apa awak datang sini Tuan Inspektor?" Tanya Farhana. " Tak ada, saya cuma datang melawat butik awak je. Macamana keadaan awak sekarang ? Sihat? " Tanya Fitrie.
_izyanaqilah_ 87 " Alhamdulilah sihat? Cuma... " ujar Farhana tanpa menghabiskan ayatnya. Kening Fitrie dinaikkan kehairanan. Dia berdiri dan mendekatkan diri nya dengan Farhana. Dia mencekak pinggangnya. " Cuba cakap .. cuma apa?? " Tegas Fitrie. " Tak ada apalah." Sapa Farhana sambil menyusun stok baru atas rak. Perutnya berkeroncong menandakan untuk mengisi makanan didalam perut. Dia memegang perut kerana daripada pagi dia tidak bersarapan. " Lapar lah pulak." Keluh Farhana. " Jom keluar makan dengan saya." Sapa Fitrie. " What?" Tanya Farhana. " Saya cakap jom keluar dengan saya! Awak pekak eh?" Perli Fitrie dengan muka selamber badaknya. Farhana hanya mengukir senyuman sinis sambil menoleh kearah wajah kacak lelaki itu. " Eh mamat ni, suka hati kata aku pekak. Tahu lah hensem." Bisik hatinya. " Ummm, boleh je." Sapa Farhana dengan suara yang begitu pasrah. Fitrie hanya menahan gelak melihat reaksi wajah pasrah Farhana yang mengukir senyuman sinis kearahnya. Tanpa membuang masa, dia mengambil beg tangannya dan dia meninggalkan butik itu kepada pekerja baru sementara menggantikan Fatin yang sedang bercuti honeymoon di Langkawi . " Ainul! Tolong jaga kedai kejap, saya nak keluar makan. Kalau ada customer call tolong angkat ya."
CINTA SI ABANG POLIS " Baik kak." Farhana dan Fitrie melangkah keluar daripada butik dan melangkah kearah kereta milik Fitrie . Dia menyarung heel nya sebelum dia melangkah menuju kearah kereta milik Fitrie. Farhana memandang kereta milik Fitrie yang serba mewah itu, dia tidak menyangka bahawa inspektor polis itu bukan sahaja kacak pada tuan punya badan tetapi kereta juga kacak. " Ini kereta awak ke?” Tanya Farhana sambil memandang tajam kearah Fitrie. " Ya ini kereta saya! Kenapa?" Keningnya terangkat. " Tak ada apa.. jomlah saya dah lapar ni" Mereka berdua masuk kedalam kereta , enjin dihidupkan dan Fitrie menukar gear dan menekan pedal untuk meninggalkan tempat itu. Fitrie dan Farhana sedang menikmati makanan tengahari bersama-sama tanpa mengeluarkan sebarang suara. Fitrie memandang tajam tanpa berkedip kearah Farhana. Membulat mata Farhana apabila dia tersedar apabila Fitrie memandangnya tanpa berkedip matanya. “Kenapa awak pandang saya macam itu?” Tanya Farhana dengan suara garang. “Tak..tak ada apa! Salah ke saya nak tengok?” Tanya Fitrie. “Awak jangan macam-macam ya!”Balas Farhana. Tiba-tiba mereka berdua terdengar satu bunyi tapak kasut yang begitu kuat sehingga satu kedai makan itu kedengaran. Farhana dan Fitrie menoleh kearah bunyi tapak kasut milik siapakah itu. Ternyata seorang gadis berpakaian menjolok mata sedang menuju masuk ke dalam kedai makan itu.
_izyanaqilah_ 89 Gadis itu dengan pantas menoleh kearah Fitrie dan Farhana. Reaksi wajah gadis itu seperti dia pernah mengenali wajah lelaki berpangkat Inspektor itu sebelum ini. “Excuse me! Are you Fitrie Amsyar?” Tanya gadis itu dengan penuh tenang. “ Who are you?” Tanya Fitrie kehairanan. Dia tidak dapat mengcam gadis yang menegurnya. “Jawab dulu soalan saya, awak Fitrie Amsyar kan?” “ Haah! Saya Fitrie Amsyar. Awak siapa?” “ Ini sayalah, Elyana.” Jawab gadis itu dengan penuh reaksi wajah yang ceria. Farhana hanya memerhati mereka berdua sedang rancak berborak. Dia menghirup minuman dengan penuh rasa bentakkan dihati kerana menahan geram. “You buat apa dekat sini?” Tanya Elyana “Saya lunch dekat sini. Awak buat apa dekat sini?” " i pun selalu lunch dekat sini.” Sapa Elyana. " Oo! Lupa pula! ini Farhana, ketua butik pengantin dan juga bakal.... " Farhana membulat matanya apabila Fitrie berkata-kata tanpa menghabiskan ayatnya. Apa yang ingin Fitrie keluarkan daripada mulutnya. " Bakal? Bakal apa? " Tanya Elyana. " Hai saya Farhana Edrina, salam kenal." sapa Farhana dengan memberi senyuman yang tidak beberapa ikhlas.
CINTA SI ABANG POLIS " Saya Elyana, saya bekas tunang dia." Fitrie menoleh kearah lain apabila Elyana berkata sebegitu. Elyana adalah merupakan bekas tunang kepada Fitrie ketika dahulu. Dia membulat matanya dan memandang kearah Farhana dengan wajah gelisah. Mata Farhana membulat selepas mendengar kata-kata daripada Elyana yang mengatakan dirinya itu bekas tunang Fitrie Amsyar. Wajah masam Farhana mula keluar apabila melihat Fitrie dan bekas tunangnya itu rancak berborak tanpa menghiraunya. " Fitrie.. saya minta diri dulu." Dia pantas bangun daripada bangku itu dan melangkah menuju kearah pintu keluar kedai makan itu. Tanpa dia menghirau mereka berdua , Farhana terus melangkah keluar daripada kedai itu dengan airmata gugur dipipinya. Airmatanya diseka dengan laju bergilir antara pipi kanan dan kiri. " Elyana! Saya minta diri dulu." Sapa Fitrie. Elyana hanya mendiamkan diri melihat reaksi cuak wajah Fitrie. " Hahaha.. aku pastikan korang berdua takkan kekal bahagia nanti." bisik hati Elyana untuk memporak perandakan hubungan Fitrie dan Farhana. Didalam fikirannya sudah bermain agenda kotornya. Fitrie mengejar Farhana untuk memujuk dan berterus terang apa yang berlaku dihadapan mata Farhana. Dia melepaskan genggaman tangan daripada Fitrie begitu kasar. " Farhana.. Farhana! awak nak pergi mana?" Tanya Fitrie. " Lepaskan saya Fitrie.. bukan main awak bila perempuan itu datang rancak berborak tanpa sedar saya depan awak." Ujar Farhana dengan nada yang begitu sakit. Dia terlalu kecewa apabila ada suasana yang tidak tenang menganggunya.
_izyanaqilah_ 91 " Ya Allah .. saya langsung tak nak layan dia.. Please dengar apa saya cakap . Dia hanya bekas tunang saya .. bekasss!" Tegas saja suara Fitrie untuk berterus terang tetapi dibantahkan oleh Farhana. " Kalau dia bekas tunang awak, kenapa dia masih cari awak? Explain to me." Balas Farhana keras. Wajah barannya membuatkan Fitrie rasa serba bersalah. Tiba-tiba Elyana berjalan menuju dihadapan mereka dengan reaksi yang gedik. " Okaylah you all, i pergi dulu ya! Farhana i pergi dulu.. jumpa lagi." Sapa Elyana sambil melambaikan tangan. Farhana memendamkan segala marahnya apabila Elyana lalu dihadapan. Merah kemerahan wajahnya menahan marah terhadap gadis itu. Sekarang ini saya nak awak lupakan saya! Awak pergilah kejar perempuan itu. Saya sedar saya tidak secantik dia." Sapa Farhana dengan airmatanya jatuh pada pipinya. Airmatanya diseka perlahan-lahan. “Tapi...” Ayatnya belum habis dipotong oleh Farhana. “ Saya minta diri dulu.” Sapa Farhana dengan suara yang lemah. Tanpa membuang masa, dia pergi meninggalkan Fitrie berseorangan disitu. Dia memandang Farhana dengan perasaan serba bersalah. " Ya Allah apa aku dah buat ni?" Keluh Fitrie. Dia meraut kasar rambutnya apabila Farhana meninggalkan dirinya seorang disitu. Dengan pantasnya dia mengambil kunci keretanya didalam poket dan dia melangkah menuju kearah keretanya dan dia terpaksa balik ke balai .
CINTA SI ABANG POLIS BAB 13 Pada pagi itu, Fitrie menyiapkan laporan didalam bilik kerjanya seorang diri tanpa ada sesiapa menganggunya. Hafizi dan Shahril melintas didepan bilik kerja Fitrie dan langkah mereka terhenti seketika. Mereka berdua memandang kearah Fitrie yang sedang fokus menyiapkan kerja seorang diri. Hafizi mengetuk pintu bilik itu dengan pantas. Fitrie hanya menoleh kearah pintu dan sedikit tiada respon. Tanpa menunggu lama, mereka berdua membuka pintu itu dengan perlahan-lahan dan mengintai Fitrie dengan wajah yang kosong. " Hai Inspektor Fitrie , rajin dan fokus nampak " Tenang saja suara Shahril menyapa kawannya. Fitrie hanya mendiamkan diri dan menoleh kearah dua rakannya yang berdiri didepan. Airmuka Fitrie sedikit tiada terukirnya senyuman tetapi pandangan maut saja yang ada diwajahnya. Dia menutup fail laporan itu dan segera dia bangun dan meninggalkan kawan-kawannya di bilik kerja itu. Hafizi dan Shahril memandang pelik kearah Fitrie meninggalkan bilik kerja itu. "Fitrie! Fitrie!" Sapa Hafizi. " Kenapa dengan dia? Tiba-tiba je bla macam itu" Tanya Shahril.
_izyanaqilah_ 93 " Entah! Aku pun tak tahu." Sapa Hafizi “ Mesti dia ada masalah dengan Cik Farhana ni!” Ujar Shahril. Hafizi hanya mengangkat kedua-dua bahunya menandakan dia tidak tahu apa yang berlaku. Farhana melelapkan matanya di atas meja kaunter bayaran kerana kepenatan diwaktu tengahari. Pintu butik pengantin terbunyi menandakan ada orang datang ke butiknya. Dia meletakkan bantal kecil untuk mengalaskan kepalanya diatas meja. " Assalamualaikum! Ya Allah dia ini tidur pula." sapa Fatin sambil menggelengkan kepala melihat Farhana yang tidur diatas meja kaunter itu Farhana masih dibuai mimpi tanpa menyedar kehadiran Fatin yang sedang sarat mengandung anak sulungnya. Tiba-tiba, meja dihempuk oleh Fatin. " Bam " " Alalala.. aku cinta padamu! " Melatah Farhana setelah meja dihempuk oleh Fatin. Dia memandang muka kawannya yang tidak sengaja melatah. " Aku cinta padamu? Hahaha.. kau kalau dah tidur tak sedar apa dah." Tegur Fatin sambil memegang pinggang dan perutnya. " Eh.. asal perut kau makin besar ni Tin? " tanya Farhana kehairanan " Lahh kau ni, aku dah pregnant lah, dah 4 bulan! " sapa Fatin " Kau pregnant ?! Tahniah babe! boy or girl?" " Hari itu aku pergi scan nampak macam twin! " sapa Fatin
CINTA SI ABANG POLIS " Wow.. beruntung kau dengan Hafizi!” sapa Farhana. Tiba-tiba airmukanya berubah kepada muram kerana teringat kekecohan antara dia dengan Fitrie. Kerana kehadiran bekas tunang Fitrie membuatkan dia makin resah kerana hatinya sudah terpaut pada Fitrie. Telefonnya berdering dan terpapar nama Mr F dan dia menyambut panggilan itu. " Hallo!” " Hallo.. saya nak minta maaf tentang hari itu." " its okay Fitrie! saya dah lupakan tentang itu." " Maafkan saya tau.. Malam ni kita jumpa nak?". " Dekat mana awak nak jumpa?" "Macam biasa, Cafe yang first time kita jumpa tu." " Okay baiklah " Farhana mematikan panggilan itu dan menyambung kerjanya yang tertangguh. *** Aqil yang berseorangan diruang tamu , diatas meja makan dipenuhi dengan kekacang yang belum habis dimakan.. tiba-tiba terdengar satu ketukkan pintu daripada luar . " Elyana?" Dia terpinga apabila sosok tubuh gadis itu berada hadapan pintu rumah. Dia menggaru lehernya kerana dia tidak tahu bahawa gadis itu datang secara mengejut dirumahnya. " Yes its me! " sapa Elyana. Dia mula melangkah masuk kedalam rumah Aqil. Dia memandang sekeliling rumah itu dan dia melabuhkan punggungnya diatas sofa didepan tv.
_izyanaqilah_ 95 " Apahal kau datang sini? " Sapa Aqil sambil berjalan menuju kearah Elyana yang duduk diatas sofa. " Aku datang ke sini ada hal penting untuk aku beritahu kepada kau." Fikirannya mula tertanya-tanya apakah perkara penting yang ingin Elyana beritahu kepadanya. Mereka berdua sangatlah agresif dalam merancang sesuatu. Telinga Aqil mula ditarik perlahan dan Elyana berbisik Airmuka Aqil mula berubah kepada ceria apabila Elyana berbisik sesuatu yang membuatkan dia gembira. " Are you serious? Mereka bertengkar?" Tanya Aqila dengan riak wajah terkejut. Fikirannya mula merasai tenang apabila mendengar berita itu. " Ya! Mereka dah tidak bertegur sapa." Senyuman sinis Aqil mula jelas di wajahnya. *** Pada malam itu , Fitrie menunggu kehadiran Farhana di sebuah Cafe dimana kali pertama mereka berjumpa tempoh hari. Kedengaran bunyi enjin kereta milik Farhana didepan cafe, dia mematikan enjin keretanya dan keluar menuju kearah cafe itu. Fitrie dalam gelisah untuk bertemu dengan Farhana , dia membetulkan jaket hitam dan posisi diri. " Ha...hai " tegur Fitrie.
CINTA SI ABANG POLIS Farhana dalam keadaan wajah serius tanpa senyuman dan melabuhkan punggung diatas bangku cafe itu. Dia memandang kearah Fitrie dengan wajah serius dan mulutnya disengetkan. " Dah lama sampai?” Fitrie memandang kiri dan kanan. " Saya tanya ni, awak dah lama ke sampai?" Tegas Farhana. "Tak adalah! Saya pun baru je sampai!" bohong Fitrie . Pelayan cafe itu hadir di meja mereka untuk memesan kepada Farhana. “Minum?” Tanya pelayan cafe itu. " Manggo flute." “Hot Chocolate!” Selepas pelayan itu pergi dari meja mereka , Fitrie mula membuka mulut dan meminta maaf terhadap Farhana apa yang terjadi tempoh hari. " Farhana.. saya minta maaf tentang tempoh hari. Saya dengan Elyana tu dah tak ada apa-apa. Saya dah cuba elak daripada dia tetapi..." Tanpa dia menghabiskan ayatnya disampuk oleh Farhana. " It's okaylah Fit, saya dah lupakan hal itu. Saya tahu bukan salah awak! Tapi hati saya masih gusar." Sapa Farhana . Minuman yang dipesan tadi sampai dimeja mereka . Sambil mereka minum , mereka mula berborak sesama mereka. Dalam rancak berborak, pelayan cafe itu hadir dengan satu bouquet rose yang besar kepada Farhana. Dia terkejut dengan kehadiran bouquet itu. " Cik! ini untuk Cik." sapa pelayan itu setelah memberi bouquet rose itu kepadanya.
_izyanaqilah_ 97 Farhana terkesima dan terkejut , kedua- dua tangannya menekup mulutnya kerana didepan matanya dihadiri sebuah bouquet yang besar. " Ya Allah! ini daripada siapa?" Tanya Farhana sambil menerima bouquet itu. " Ini daripada Encik ..... " pelayan itu menunding jari kearah Fitrie. " Fit? this bouquet from ..." " Yes.. from me and specially for you !” Farhana terkejut dan terkilan dengan apa yang Fitrie lakukan untuk meminta maaf. Dia tidak menyangka bahawa lelaki dihadapannya berani mati meminta maaf dengan memberi bouquet bunga yang besar itu. Fitrie mengeluarkan satu kotak didalam nya berbentuk cincin. Dia menghulurkan kotak cincin itu didepan Farhana. " So Farhana Edrina, sudi tak awak menjadi sebahagian didalam hidup saya? " lamar Fitrie dihadapan Farhana. Lima pelayan cafe itu menepuk tangan tanda menyokong dan terkilan dengan lamaran berani Fitrie itu. Mereka juga turut rasa gembira dan terharu melihat pasangan itu. Farhana memandang sekeliling cafe itu dan semua orang memandang kearah mereka sambil menepuk tangan. Dia serba salah untuk menjawab pertanyaan Fitrie itu. " Sudi tak? Sekian lama saya pendam, tapi saya tak pernah putus asa untuk memikat hati awak." Luah Fitrie dengan penuh riak wajah yang boleh membuatkan Farhana menerima lamarannya. " Yes!" Jawab Farhana dalam keadaan segan.
CINTA SI ABANG POLIS Akhirnya Farhana menerima lamaran itu dan kotak cincin itu diberi kepada Farhana sebagai tanda hadiah. Salah seorang pelayan cafe itu membisik pada telinga kawannya apabila melihat reaksi berani mati Fitrie melamar Farhana didepan orang ramai. “Gentle teruk abang polis tu! Untunglah akak tu!” bisik pelayan cafe itu. “Ya weh! Sweet gila aku tengok. Untunglah akak tu dapat abang polis. Aku nak try abang askar pun awal-awal kena reject!” Mereka berdua menghabiskan minuman mereka sebelum pulang kerumah masing-masing. Mereka bingkas bangun daripada bangku cafe itu dan berjalan menuju pintu keluar cafe itu. Mereka berjalan menuju kearah kereta mereka dan Fitrie membuka pintu kereta milik Farhana untuk membantu Farhana meletakkan bouquet rose yang besar itu didalam kereta. " Terima kasih wak, sebab bagi bunga ni dekat saya! Awak memang berani buat suprise macamni." " Sama-sama! sebenarnya, semasa kali pertama kita berjumpa, hati saya sudah terpaut pada awak , cuma saya tak berani nak luahkan." Farhana segan sipu malu dengan apa yang dikatakan oleh Fitrie. Dia hanya memandang kearah bunga-bunga bouquet itu. Rasa segan dan malunya membuatkan jantungnya berdegup laju. " Huhuhu! tak apalah, saya balik dulu.. Thank you abam polis." Selepas kereta milik Farhana hilang dari radar matanya, dia melangkah masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjinnya. Tanpa dia sedari ada sepasang mata sedang memerhati nya dari jauh. Seorang lelaki berhoodies hitam memerhati Fitrie dan Farhana bergembira didepan cafe sebelum pulang sebentar tadi.
_izyanaqilah_ 99 BaB 14 Beberapa bulan kemudian... Di hari majlis pertunangan antara Fitrie dan Farhana disambut baik oleh kedua-dua belah pihak tetapi yang hadir mewakili keluarga mereka hanya ibu dan bapa saudara kepada Fitrie dan Farhana. Keluarga pihak lelaki telah tiba dirumah Farhana , suara yang serba riuh didalam rumah itu menyambut kehadiran tetamu pihak lelaki yang membawa dulang cincin. Sesi menyarung cincin kepada bakal pengantin lelaki dimulakan diatas pelamin. Fitrie berjalan menuju kearah pelamin dan dia melabuhkan punggung. Sementara itu, ibu saudara kepada Farhana mengiringi bakal pengantin perempuan menuju ke pelamin. Farhana menunduk mukanya kebawah kerana malu dan segan. Sesi menyarung cincin kepada bakal pengantin perempuan dimulakan. Ibu saudara Fitrie menyarung cincin kepada Farhana dan sesi salam menyalam telah selesai. Seluruh keluarga sebelah lelaki dan juga perempuan mengambil peluang untuk bergambar bersama dua merpati sejoli itu. '' Jadi bilakah tarikh yang sesuai untuk mereka disatukan?'' tanya bapa saudara Fitrie
CINTA SI ABANG POLIS '' Baiklah, saya sebagai wakil bapa saudara kepada bakal pengantin perempuan, saya akan menetapkan satu tarikh yang sangat cantiklah iaitu minggu depan. Minggu depan mereka akan kami satukan. Macamana ?'' Tanya bapa saudara Farhana. Kedua-dua belah pihak bertanya sesama mereka. Ibu dan bapa saudara kepada Fitrie berbincang sesama sebelum membuat keputusan yang muktamad. '' Baiklah! Saya bagi pihak lelaki, kami setuju dengan cadangan itu. Insyallah Fitrie dan Farhana akan disatukan pada minggu hadapan.'' '' Apapun terima kasih semua kerana majlis ini dah berjalan dengan lancar. Alhamdulilah." " Tahniah bro! kau selamat jadi tunang orang." Sapa Shahril. Dia memeluk erat Fitrie menandakan dia bersyukur dan gembira apabila sahabatnya itu sudah bertunang. Amyrah memeluk abangnya apabila dia gembira melihat abangnya dalam diam-diam telah menjadi tunangan orang. Amyrah juga memeluk erat Farhana '' Abangggg! '' peluk Amyrah. '' Eh adik! '' dia mengusap kepala adiknya Farhana mengusap kepala Amyrah dengan penuh lemah lembut. Pelukkan itu penuh erat. Dia memandang wajah sedih Amyrah dengan mengukir senyuman. '' Abang, nanti abang dah kahwin, siapa nak jaga adik." Keluh Amyrah dengan wajah yang sedih . Fitrie memandang wajah adiknya yang sedih itu dan dia memujuk hati adiknya dengan penuh kasih sayang. '' Adik.. jangan sedih-sedih. Walaupun abang dah kahwin nanti, adik masih tinggal dengan abang tau. Sebab adik je permata abang dekat atas dunia ini. Kita hanya tinggal dua beradik selepas ibu dan ayah meninggal tiga tahun lepas, tapi ingat, adik sekarang dah tingkatan 1,