I
I
KOLEKSI CERITERA BITARA
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK
“SISWA GURU PENCETUS KECEMERLANGAN PEDAGOGI DAN
INOVASI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU”
Diterbitkan oleh:
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
I
© Hak Cipta Terpelihara Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel dan
kandungan Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan Jabatan Pengajian Melayu,
IPGK Batu Lintang, Tahun 2022 ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan
apa-apa cara jugta sama ada secara secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau apa-apa cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis
daripada Penyunting Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak Jabatan
Pengajian Melayu Tahun 2022. Pembaca diingatkan bahawa hasil
penulisan dalam buku ini ialah pandangan para penyumbang semata-mata
dan tidaklah semestinya mencerminkan pandangan Penyuntingan
Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak Jabatan Pengajian Melayu Tahun
2022.
Cetakan pertama 2022
Koleksi Ceritara Bitara
Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak
Tahun 2022
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Jalan College
93200
Kuching, Sarawak
Tel : +60-082-228000
Faks : +60-082-252382
http://www.ipbl.edu.my
II
JAWATANKUASA PENERBITAN
KOLEKSI CERITERA BITARA
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK
Penaung
Dr. Lambat anak Lindong
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
Penasihat
Encik Yahya bin Sedik
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
Pengerusi
Encik Philip Micheal anak Meggong
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Kuching, Sarawak
Ketua Editor
Cik Habibu binti Morsili
Editor
Dr. Hasnalee bin Tubah
Panel Penilai
Dr. Hj. Zainal Abiddin bin Hj. Masleh
Pensyarah Pembimbing
Cik Habibu binti Morsili
Dr. Hasnalee bin Tubah
Dr. Hj. Zainal Abiddin bin Hj. Masleh
Puan. Saleena binti Mohamad Sukor
Encik V. Rajasegara a/l M. Veloo
Puan Tay Yong Choo
Puan Litat Bilung
Encik Derrick Warren anak Saging
Encik Philip Michael anak Meggong
Panel Pengarang
Dr. Hasnalee bin Tubah
Siswa Guru PISMP BMM Jun 2018
III
Semanis Bicara
DR. LAMBAT ANAK LINDONG
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Salam sejahtera. Salam IPGK Batu Lintang cinta ilmu.
Syukur atas limpahan keizinan dan rahmat maka terhasillah Buku Antologi
Ceritera Bitara Penulisan Kreatif Sastera Kanak-Kanak ini dengan jayanya.
Sekalung apresiasi kepada Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang yang telah berusaha sedaya upaya untuk
menghasilkan dan menerbitkan buku ini khususnya tahniah dan syabas
kepada En. Philip anak Meggong selaku Ketua Jabatan dan Cik Habibu
binti Morsili selaku pensyarah penyelaras serta anak-anak siswa guru
PISMP BMM Jun 2018 kumpulan Bahasa Melayu (SK) 1, Bahasa Melayu
(SK) 2 dan Bahasa Melayu (SK) 3 atas penghasilan karya sastera yang
berkualiti dan menjadi rujukan.
Buku Penulisan Kreatif Sastera Kanak-Kanak ini menyenaraikan hasil
kompilasi karya-karya sastera berbentuk puisi dan prosa sama ada
tradisional mahupun moden yang telah dihasilkan oleh siswa guru PISMP
BMM Jun 2018 melalui kursus BMM3103 Penulisan Kanak-Kanak dalam
IV
semester 5. Sebagai langkah peningkatan kualiti dan mengangkat hasil
karya ini ke tahap yang lebih tinggi, usaha pembukuan karya-karya ini
sewajarnya layak mendapat pujian dan sokongan yang padu daripada
semua warga institut tercinta ini.
Melalui penelitian saya, karya-karya yang dimuatkan dalam buku ini
amatlah sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan bahan bantu belajar
untuk murid-murid di sekolah rendah khususnya di samping menjadi
rujukan dan panduan untuk siswa guru opsyen Bahasa Melayu dalam
penghasilan karya kreatif untuk kanak-kanak. Dengan menyedari hakikat
bahawa tidak mudah untuk menghasilkan karya kanak kanak, maka buku
ini dilihat sebagai suatu khazanah yang berharga untuk semua siswa guru
menganalisis dan mengaplikasikan sebarang teknik mahupun gaya
penulisan yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak.
Semoga dengan penghasilan buku ini, pensyarah-pensyarah dan siswa-
siswa guru berupaya untuk menghasilkan lebih banyak lagi karya sastera
kanak-kanak yang berkualiti di samping mengangkat dan menerapkan
menerapkan nilai keintelektualan sastera Melayu dalam kalangan mereka
dan semestinya untuk manfaat kanak kanak di sekolah-sekolah rendah.
Akhir kata, diharapkan agar buku ini dapat diperluas ke semua IPG kampus
seluruh Malaysia sekali gus disebarkan sebagai bahan bacaan untuk murid
murid sekolah rendah di seluruh negara.
Selamat berkarya dan selamat maju jaya!
Dr. LAMBAT ANAK LINDONG
V
Seuntai Kata
Encik Philip Micheal anak Meggong
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Salam sejahtera.
Saya dengan rendah dirinya memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran
atas kejayaan buku Koleksi Ceritera Bitara yang berjaya diterbitkan tanpa
sebarang halangan. Buku yang merangkum segala macam jenis karya
seperti puisi moden, puisi tradisional serta prosa moden seperti pantun,
syair, gurindam, sajak, seloka, nazam, lagu rakyat, lagu kanak-kanak, lagu
kontemporari dan cerpen ini memupuk amalan perkongsian akademik di
samping memelihara khazanah bangsa.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada siswa guru PISMP BM SK 1 JUN 2018 (SIMETRI),
PISMP BM SK 2 JUN 2018 (KEJORA), PISMP BM SK 3 JUN 2018
(BITARA) dan Dr. Hasnalee bin Tubah dalam menghasilkan penulisan ini.
Akhir kata, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan buku
himpunan karya yang berjudul Koleksi Ceritera Bitara ini. Semoga usaha
murni ini akan terus-menerus dihidupkan dan memberi manfaat kepada
pembaca.
VI
PRAKATA
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya sebuah
buku sastera kanak-kanak berjaya diterbitkan mengikut tempoh dan
perancangan yang ditetapkan.
Institut Pendidikan Guru sentiasa komited dalam membangun dan
melahirkan siswa pendidik yang berkaliber, kompeten dan berinovasi dalam
memenuhi keperluan dan hasrat negara. Selaras dengan itu, siswa guru
telah menyahut cabaran untuk menceburkan diri dalam bidang penerbitan
buku.
Buku ini diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada para
siswa guru Institut Pendidikan Guru dalam menghasilkan karya Sastera
Kanak-kanak di samping menjadi bahan bacaan kanak-kanak. Buku
merupakan medium yang signifikan dalam membentuk kemenjadian kanak-
kanak yang berfikiran kritis, kreatif dan berdaya saing.
Buku ini mengandungi pelbagai karya Melayu tradisional dan
moden seperti pantun, syair, gurindam, cerpen dan lain-lain yang
dikhususkan mengikut standard kanak-kanak. Hal ini bertujuan bagi
mendedahkan kanak-kanak kepada puisi tradisional Melayu sejak di
bangku sekolah lagi. Kepelbagaian koleksi puisi tradisional dalam buku ini
dapat memudahkan guru dalam memperkenalkan kesenian bahasa yang
indah dan pantun kepada para pelajar.
Diharapkan semoga nukilan karya siswa guru dapat memberi ilmu
dan ilham yang bermanfaat kepada pembacanya. Pada kesempatan ini,
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak yang
terlibat dalam menghasilkan buku Koleksi Ceritera Bitara.
VII
BIODATA
KETUA EDITOR
NAMA : CIK HABIBU BINTI MORSILI
ASAL : SARAWAK
JAWATAN : PENSYARAH
IPG KAMPUS BATU LINTANG
BIODATA PENGKARYA
(PENSYARAH)
NAMA : DR. HASNALEE BIN TUBAH
ASAL : MELAKA
JAWATAN : PENSYARAH
IPG KAMPUS BATU LINTANG
(PELAJAR PISMP BMM JUN 2018)
NAMA : AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
ASAL : BEAFOURT, SABAH
KARYA : PANTUN
Lumrah Hidup
Jati Diri
Jawi Jiwaku
SYAIR
Wejangan
SAJAK
Penguasa Nusa dan Bangsa
LAGU KONTEMPORARI
Oh, Alam Sekitar
CERPEN
Tembikai Untuk Ayah
VIII
NAMA : AIN AQILAH BINTI ALI SAMAD
ASAL : TELUK INTAN, PERAK
KARYA : PANTUN
Tanah Pusaka
NAMA : ASTON ROLAND ANAK JITAM
ASAL : SERIAN, SARAWAK
KARYA : NAZAM
Kekeluargaan
SAJAK
Integriti Guru
NAMA : DANIELSON ANAK TAMA
ASAL : SIBU, SARAWAK
KARYA : PANTUN
Pantun Dua Kerat : Kekeluargaan
NAMA : ELYONIE LIVAN LAING
ASAL : MIRI, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Si Hodoh Yang Lupa Diri
NAMA : ERNA NATASHA BINTI NAIM
ASAL : MUKAH, SARAWAK
KARYA : PANTUN
Pantun 10 Kerat : Kekeluargaan
SAJAK
Budaya
NAMA : ISOBEL SANTA ANAK HENRY
ASAL : SIBU, SARAWAK
KARYA : PANTUN
Pantun Dua Kerat : Kekeluargaan
Pantun Enam Kerat : Jati Diri, Patriotisme
dan Kewarganegaraan
NAMA : LYNA ALENA BINTI ROHIZAT
ASAL : SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
KARYA : SAJAK
Terima Kasih Petani
PANTUN
Perpaduan Rakyat Malaysia
IX
NAMA : MOHAMAD IRWAN BIN SUGIYO
ASAL : KLANG, SELANGOR
KARYA : CERPEN
Sambal Sotong Mak
LAGU RAKYAT
Ayahku Sayang
SAJAK
Hargailah Sahabat
PANTUN
Pantun Dua Kerat: Kekeluargaan
NAMA : MOHD SYAMIEL NAZMI BIN MAHMUD
ASAL : TAWAU, SABAH
KARYA : PANTUN
Pena Guru
SYAIR
Bangsa Ku
NAZAM
Pendemik
SAJAK
Covid -19
SELOKA
Kebersihan
NAMA : MUHAMMAD IZZAT BIN JASNI
ASAL : SUNGAI PETANI, KEDAH
KARYA : CERPEN
Pulang
NAMA : MUHAMMAD YUSUF BIN A.BAKAR
ASAL : MARANG, TERENGGANU
KARYA : GURINDAM
Sang Celoreng Perwira Negara
PANTUN
Pantun Dua Kerat : Rintihan Alam
SAJAK
Watan Milik Bersama
NAMA : MUHAMMAD ZURAIMI BIN ADI SIN
ASAL : BESUT, TERENGGANU
KARYA : SAJAK
Kata Bonda
Pengatur Cerita
Alam Malam
Kamar Rindu
Sebuah Kesepian
PANTUN
Pantun Empat Kerat : Bahasa Kita
X
NAMA : NORISMALIZA BINTI ALI BASAH
ASAL : DARO, SARAWAK
KARYA : PANTUN
Pantun Dua Kerat : Sayangi Alam
SAJAK
Sihat
NAMA : NUR HANI BINTI MD DIAH
ASAL : MERLIMAU, MELAKA
KARYA : SAJAK
Keindahan Malaysia
PANTUN
Rakyat Bersepadu, Negara Sejahtera
NAMA : NURIN SYAFIQAH BINTI ABD HAMID
ASAL : SHAH ALAM, SELANGOR
KARYA : PANTUN
Budaya Malaysia Warisan Negara
Sajak
Kebersihan Terjaga, Kesihatan Terjamin
NAMA : RAYMOND MERAYANG ANAK REKAN
ASAL : MIRI, SARAWAK
KARYA : LAGU RAKYAT
Mari ke kebun atuk
SELOKA
Keluargaku sayang
PANTUN
Pantun Empat Kerat : Perpaduan
NAMA : SITI NURMAISARAH BINTI ROSLAN
ASAL : KUALA KRAI, KELANTAN
KARYA : PANTUN
Srikandi Negara
SAJAK
Jasamu Petani
NAMA : SITI NURSYAQILAH BINTI SAFE'I
ASAL : WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
KARYA : PANTUN
Pantun Lapan Kerat : Kebudayaan Kita
SAJAK
Pahlawan Kita
XI
NAMA : ABDUL HANIS BIN OTHMAN
ASAL : KG GERSIK, KUCHING, SARAWAK
KARYA : SELOKA
Bahasa Melayu
SAJAK
Adenanthera Yang Merdeka
CERPEN
Kerana Seguris Luka
NAMA : ALBANI BIN ARTARI
ASAL : SANDAKAN , SABAH
KARYA : SELOKA
Hidup Berkeluarga
CERPEN
Hidup Berkeluarga
NAMA : ALLOON J. BASINAU
ASAL : KUCHING, SARAWAK
KARYA : SELOKA
Dengarkanlah Wahai Anakku
CERPEN
Si Roko Yang Tamak dan Bebiri Cerdik
NAMA : DYG.KU AZIRA SHAZIRA BINTI GHANI
ASAL : KUDAT, SABAH
KARYA : SELOKA
Keluarga Sayang
CERPEN
Ela
NAMA : IZZAT HARRITH BIN IDERIS
ASAL : BETONG , SARAWAK
KARYA : SELOKA
Diri Bersih, Kesihatan Terjamin
CERPEN
Kisah Tiga Beradik
NAMA : MAZILAH BINTI UTI
ASAL : TAWAU, SABAH
KARYA : SELOKA
Bertuah Si Anak Manis
CERPEN
Cipin
XII
NAMA : MOHAMMAD AMIR ASHRAF
BINSAMAWI
ASAL : KUCHING, SRAWAK
KARYA : CERPEN
Pembersih Pantai Cahaya
NAMA : MOHD FITRI CHIA
ASAL : TENOM, SABAH
KARYA : SELOKA
Keluarga
CERPEN
Si Gadis Buta
NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAMAN
ASAL : TELUK INTAN, PERAK
KARYA : SELOKA
Kesatuan Dalam Kepelbagaian
CERPEN
Mudarat Diri
NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMMAD
PU'AD
ASAL : TUARAN , SABAH
KARYA : SELOKA
Kerenah
CERPEN
Gigi
NAMA : MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN ZAINUL
AMIRUDIN
ASAL : SUNGAI PETANI , KEDAH
KARYA : SELOKA
Hilangnya Pohon
CERPEN
Sahabat Bersama
XIII
NAMA : MUHAMMAD NOOR AYYUB BIN ADNAN
ASAL : SABAK BERNAM, SELANGOR
KARYA : SELOKA
Nasib Tiga Sekawan
CERPEN
Kasih Si Aiman
NAMA : NUR NASUHA BINTI KEBEHI
ASAL : SIBU, SARAWAK
KARYA : SELOKA
Oh Wahai Anakku
CERPEN
Adikku
NAMA : NURAZLIEN BINTI MUKTAR
ASAL : TAWAU, SABAH
KARYA : SELOKA
Teguh Bersatu
CERPEN
Sakit Yang Disyukuri
NAMA : NURUL SYAFIQAH BINTI MUNAHIR
ASAL : KULAI , JOHOR
KARYA : SELOKA
Pesan Ibu
SAJAK
Manusia
CERPEN
Kasih Seorang Kakak
NAMA : RASMAH BINTI MAT LAWA
ASAL : TAWAU, SABAH
KARYA : CERPEN
Angkara Alpa
NAMA : SALINA BINTI AZIZ
ASAL : SANDAKAN, SABAH
KARYA : SELOKA
Anak Derhaka
CERPEN
Matahari Senja Buat Afiq
XIV
NAMA : STEWARD ANAK MOHAMMAD
ASAL : SIBU, SARAWAK
KARYA : SELOKA
Bersih dan Sihat?
CERPEN
Kalau Tak Bersih dan Sihat?
NAMA : TYNNIE ANAK STEPEN
ASAL : SIBU, SARAWAK
KARYA : SELOKA
Pengorbanan Keluarga
CERPEN
Ayah
NAMA : ALEX KALANG
ASAL : LONG PUAH, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Tuah Seorang Penternak Muda
NAMA : ALLEN KUBA
ASAL : RH. KEJAMAN, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Maafkan Aku
NAMA : CEARRINNA KELI
ASAL : RH. SEKAPAN PIIT, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Impian
XV
NAMA : CONNYLIA PADA
ASAL : RH. SIHAN, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Sesal
NAMA : CRESSIDA SIMON
ASAL : LONG LAMAI, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Balasan
NAMA : ERNA NASTAZSA SAMMY
ASAL : LONG LAMAI, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Petani Yang Baik
NAMA : JULIA BA’UN INONG
ASAL : MIRI, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Pak Man
NAMA : MONICA USUN LAING
ASAL : MIRI, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Monyet yang Sombong
XVI
NAMA : NUR A’FIFAH AINA BT BENZ AZRAI
ASAL : KOTA BHARU, KELANTAN
KARYA : SELOKA
Budaya Palsu
NAMA : NUR ARIFAH AWANIS BINTI SHAARI
ASAL : KOTA BHARU, KELANTAN
KARYA : CERPEN
Persahabatan
NAMA : NUR AFIQAH ZAFIRAH BT ROSLEY
ASAL : KUALA NERANG, KEDAH
KARYA : CERPEN
Putus Tali
NAMA : NUR FARAHANIM BINTI ROSDI
ASAL : KUALA KEDAH, KEDAH
KARYA : CERPEN
Lelaki Tua
NAMA : NURUL HIDAYAH BT MOHD SAUFI
ASAL : KOTA BHARU, KELANTAN
KARYA : CERPEN
Aku Anak Miskin
XVII
NAMA : NURAFIRA BINTI ARSAD
ASAL : SEBUYAU, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Si Apin Kelinci yang Pandai
NAMA : NURUL IZZAH BT ABD RAHIM
ASAL : HUTAN MELINTANG, PERAK
KARYA : CERPEN
Melihat Kembali
SELOKA
Kisah Keluarga Si Kundur
NAMA : ROSEMIYANTY PAYA LAGEH
ASAL : LONG LUTENG, SARAWAK
KARYA : CERPEN
M16
NAMA : SHALIZA EILLEN SAPU
ASAL : LONG KEVOK, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Nasib Si Anak Tiri
NAMA : SYLVIA USUN MUSIT
ASAL : MARUDI, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Cinta Mahligai
XVIII
NAMA : WEBSTER BRITZASCA DAWAT
ASAL : LONG LAMAI, SARAWAK
KARYA : CERPEN
Bijak
XIX
SENARAI KANDUNGAN
Semanis Bicara IV
Seuntai Kata Ketua Jabatan VI
Prakata VII
Biodata Pengkarya VIII
Senarai Kandungan XX
Muka surat
Pengenalan Pantun 1
Pantun 2 Kerat
Kelestarian Alam Sekitar 2
(Norismaliza binti Ali Basah)
Kasih Syurga 2
(Mohamad Irwan bin Sugiyo)
Wasiat Alam 3
(Muhammad Yusuf bin A Bakar)
Anak Terbilang 3
(Danielson anak Tama)
Lestarikan Alam 3
(Danielson anak Tama)
Pantun 4 Kerat
Lumrah Hidup 4
(Ag Mohd Firdaus bin Ag Aji)
Identiti Diri 4
(Ag Mohd Firdaus bin Ag Aji)
Jawi Jiwaku 4
(Ag Mohd Firdaus bin Ag Aji)
Warna-warni Perpaduan 5
(Raymond Merayang anak Rekan)
Warisan Ibunda 5
(Nurin Syafiqah binti Abd Hamid)
Kasih Kekasih 6
(Elyonie Livan Laing)
XX
Rona Bahasa 7
(Muhammad Zuraimi bin Adi Sin)
Karma 8
(Muhammad Izzat bin Jasni)
Pantun 6 Kerat
Malaysiaku Sejahtera 9
(Nur Hani binti Md Diah)
Permata Hati 9
(Isobel Santa anak Henry)
Pejuang Provinsi 9
(Isobel Santa anak Henry)
Pantun 8 Kerat
Leluri Melayu 10
(Siti Nursyaqilah binti Safe’I)
Pantun 10 Kerat
Bara Pejuang 11
(Siti Nurmaisarah binti Roslan)
Jasa Tersayang 11
(Erna Natasha binti Naim)
Pinta Alam 12
(Aston Roland anak Jitam)
Pantun 12 Kerat 13
Tinta Guru
(Mohd Syamiel Nazmi bin Mahmud)
Wadah Penyatu 13
(Lyna Alena binti Rohizat)
Pusaka Merdeka 14
(Ain Aqilah bin Ali Samad)
Pengenalan Syair 15
Wira Negara 16
(Siti Nurmaisarah binti Roslan)
Nasihat Untuk Anak 17
(Siti Nursyaqilah binti Safe’I)
Perpaduan Tonggak Kesepakatan 18
(Nur Hani binti Md Diah)
XXI
Pusaka Yang Dijaga 19
(Ain Aqilah bin Ali Samad
Wejangan 20
(Ag Mohd Firdaus bin Ag Aji)
21
Pengenalan Gurindam 22
Insan
(Elyonie Livan Laing)
Kebersihan Alam 22
(Norismaliza binti Ali Basah)
Malaysia Teguh 23
(Nurin Syafiqah binti Abd Hamid)
Keluargaku 23
(Danielson anak Tama)
Gurindam Sedadu 24
(Muhammad Yusuf bin A Bakar)
Pengenalan Seloka 25
Sehati Sejiwa 26
(Mohd Syamiel Nazmi bin Mahmud)
Bangsa Merdeka 26
(Erna Natasha binti Naim)
Melupakan 27
(Lyna Alena binti Rohizat)
Rona Budaya 27
(Isobel Santa anak Henry)
Keluargaku Sayang 28
(Raymond Merayang anak Rekan)
Pesan Ibu 29
(Nurul Syafiqah binti Munahir)
Oh Wahai Anakku 30
(Nur Nasuha binti Kebehi
Dengarkanlah Wahai Anakku 30
(Alloon J.Basinau)
XXII
Kerenah 31
(Muhammad Firdaus bin Mohd Pu’ad)
Nasib Tiga Sekawan 31
(Muhammad Noor Ayyub bin Adnan)
Bahasa Melayu 32
(Abdul Hanis bin Othman)
Kesatuan Dalam Kepelbagaian 32
(Muhammad Firdaus bin Jaman)
Hilangnya Pohon 33
(Muhammad Hafizzudin bin Zainul Amirudin)
Hidup Berkeluarga 34
(Albani bin Artari)
Anak Derhaka 35
(Salina binti Aziz)
Teguh Bersatu 35
(Nurazlien binti Muktar)
Diri Bersih, Kesihatan Terjamin 36
(Izzat Harith bin Ideris)
Keluarga Sayang 37
(Dygku. Azira Shazira binti Ghani)
Bersih dan Sihat 38
(Steward anak Mohamad)
Keluarga 39
(Mohd Fitri Chia)
Pengorbanan Keluarga 39
(Tynnie anak Stepen)
Bertuah Si Anak Manis 40
(Mazilah binti Uti)
Budaya Palsu 41
(Nur Afifah Aina binti Benz Azraai)
Kisah Keluarga Si Kundur 42
(Nurul Izzah binti Abd Rahim)
XXIII
Pengenalan Nazam
Kami Cakna 43
(Siti Nurmaisarah binti Roslan) 44
Malaikat Dunia
(Siti Nursyaqilah binti Safe’I) 45
Keluarga Tercinta
(Nur Hani binti Md Diah) 46
Kasihnya Ayah
(Danielson anak Tama) 47
Anugerah Ilahi
(Aston Roland anak Jitam) 47
Pengenalan Sajak 48
Hargai Sahabat 49
(Mohamad Irwan bin Sugiyo)
Pesan Bonda 50
(Muhammad Zuraimi bin Adi Sin)
Pengatur Cerita 51
(Muhammad Zuraimi bin Adi Sin)
Alam Malam 52
(Muhammad Zuraimi bin Adi Sin)
Kamar Rindu 53
(Muhammad Zuraimi bin Adi Sin)
Sebuah Kesepian 54
(Muhammad Zuraimi bin Adi Sin)
Amanat 55
(Muhammad Izzat bin Jasni)
Cinta 55
(Muhammad Izzat bin Jasni)
Jasamu Petani 56
(Siti Nurmaisarah binti Roslan)
Pahlawan Kita 57
(Norismaliza binti Ali Basah)
Terima Kasih Petani 58
(Lyna Alena binti Rohizat)
XXIV
Linangan Kasih 59
(Ain Aqilah bin Ali Samad)
Penguasa Nusa dan Bangsa 60
(Ag Mohd Firdaus bin Ag Aji)
Adenanthera Yang Merdeka 61
(Abdul Hanis bin Othman)
Manusia 62
(Nurul Syafiqah binti Munahir)
Pengenalan Lagu 64
Lagu Rakyat
Ayahku Sayang 65
(Mohamad Irwan bin Sugiyo)
Sepakat Membawa Berkat 65
(Siti Nurmaisarah binti Roslan)
Bunga Raya 66
(Erna Natasha binti Naim)
Malaysia Ala Amboi Amboi 67
(Nurin Syafiqah binti Abd Hamid)
Songket Warisan 68
(Isobel Santa anak Henry)
Mari Ke Kebun Atuk 69
(Raymond Merayang anak Rekan)
Lagu Kontemporari
Cuci-cuci Tangan 70
(Mohd Syamiel Nazmi bin Mahmud)
Songket Tradisi 71
(Siti Nursyaqilah binti Safe’I)
Uniknya Malaysia 72
(Lyna Alena binti Rohizat)
Isu Semasa 73
(Danielson anak Tama)
Oh, Alam Sekitar 73
(Ag Mohd Firdaus bin Ag Aji)
XXV
Lagu Kanak-kanak
Rutin Sehari 74
(Mohd Syamiel Nazmi bin Mahmud)
Jaga Kesihatan 74
(Erna Natasha binti Naim)
Mutiara Tiada Tara 75
(Lyna Alena binti Rohizat)
Hati-hati Di Jalan Raya 75
(Ain Aqilah bin Ali Samad)
Mari Belajar 76
(Aston Roland anak Jitam)
Pengenalan Cerpen 77
Pulang 78
(Muhammad Izzat bin Jasni)
Sang Merak Yang Sombong 82
(Elyonie Livan Laing)
Sri Gemalai 84
(Norismaliza binti Ali Basah)
Terima Kasih Jiran 90
(Nurin Syafiqah binti Abd Hamid)
Sudah Terhantuk Baru Terngadah 93
(Isobel Santa anak Henry)
Buah Tembikai Untuk Ayah 96
(Ag Mohd Firdaus bin Ag AjI)
Aku Sebatang Pokok Kecil 99
(Erna Natasha binti Naim)
Si Anjing Yang Malang 100
(Nur Hani binti Md Diah)
Atan Yang Degil 101
(Danielson anak Tama)
Memandang Jauh 102
(Aston Roland anak Jitam)
Sambal Sotong Mak 103
(Mohamad Irwan bin Sugiyo)
XXVI
110
Kerana Seguris Luka
(Abdul Hanis bin Othman)
Kasih Si Aiman 113
(Muhammad Noor Ayyub bin Adnan)
Kasih Seorang Kakak 116
(Nurul Syafiqah binti Munahir)
Si Gadis Buta 121
(Mohd Fitri Chia)
Sahabat Bersama 123
(Muhammad Hafizzuudin bin Zainul Amirudin)
Ela 124
(Dyg.ku Azira Shazira binti Ghani)
Si Roko Yang Tamak dan Bebiri Cerdik 126
(Alloon J. Basinau)
Kisah Tiga Beradik 128
(Izzat Harrith bin Ideris)
Adikku 131
(Nur Nasuha binti Kebehi)
Gigi 134
(Muhammad Firdaus bin Mohd Pu’ad)
Angkara Alpa 136
(Rasmah binti Mat Lawa)
Bersih dan Sihat? 140
(Steward anak Mohammad)
Mudarat Diri 142
(Muhammad Firdaus bin Jaman)
Matahari Senja Buat Afiq 146
(Salina binti Aziz)
Cipin 150
(Mazilah binti Uti)
Kita Jaga Kita 153
(Albani bin Artari)
Pembersih Pantai Cahaya 156
(Mohammad Amir Ashraf bin Samawi)
XXVII
Sakit Yang Disyukuri 159
(Nurazlien binti Muktar)
Tuah Seorang Penternak Muda 163
(Alex Kalang)
Maafkan Aku 165
(Allen Kuba)
Impian 169
(Cearrinna Keli)
Sesal 172
(Connylia Pada)
Balasan 174
(Cressida Simon)
Petani Yang Baik 176
(Erna Nastazsa Sammy)
Pak Man 179
(Julia Ba’un Inong)
Monyet Yang Sombong 181
(Monica Usun Laing)
Persahabatan 183
(Nurul Arifah Awanis binti Shaari)
Putus Tali 185
(Nur Afiqah Zafirah bt Rosley)
Lelaki Tua 188
(Nur Farahanim binti Rosdi)
Aku Anak Miskin 190
(Nurul Hidayah bt Mohd Saufi)
Si Apin Kelinci Yang Nakal 194
(Nurafira binti Arsad)
Melihat Kembali 197
(Nurul Izzah bt Abd Rahim)
M16 200
(Rosemiyanty Paya Lageh)
Nasib Si Anak Tiri 202
(Shaliza Eilen Sapu)
XXVIII
Cinta Mahligai 208
(Sylvia Usun Musit)
Bijak 209
(Webster Britzasca Dawat)
Ayah 212
(Tynnie anak Stepen)
Pengenalan Skrip Drama 216
Jejak 66 217
(Dr. Hasnalee bin Tubah)
XXIX
PENGENALAN PANTUN
Pantun merupakan puisi tradisional yang digunakan secara
meluas sejak zaman dahulu sehingga kini sebagai suatu bentuk
pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap
seseorang. Pantun merupakan warisan bangsa Melayu yang sangat
tinggi nilai estetikanya dan menjadi simbol artistik masyarakat
Nusantara serta lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun bukan
sahaja dijadikan sebagai hiburan tetapi dalam hiburan terdapat
unsur-unsur seperti nasihat, dan peraturan-peraturan hidup yang
membimbing anggota masyarakat.
Pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap dan
mengandungi bahagian pembayang serta maksud. Terdapat
beberapa bentuk pantun seperti pantun dua baris, empat baris,
enam baris, lapan baris dan 12 baris. Kebiasaannya, pantun
dijadikan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan
hajat seperti ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu
upacara atau majlis rasmi. Oleh yang demikian, dapat dilihat
bahawa pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu
mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas.
1
PANTUN 2 KERAT
TEMA : ALAM SEKITAR
TAJUK : KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Dulang dibawa berisi mempelam,
Didiklah jiwa sayangi alam.
Burung balam hinggap di dahan,
Pelihara alam penuh keindahan.
Lempar batu sembunyi tangan,
Pencemaran alam jadikan ingatan.
Intan berlian cantik berkilauan,
Indah permandangan alam kehijauan.
Tumbuh melata pohonan liar,
Sampah merata usah dibiar.
NORISMALIZA BINTI ALI BASAH
TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : KASIH SYURGA
Papan petunjuk ke arah siam,
Kasih tak tunjuk sayang dalam diam.
Putih cahaya ilmu merah buah anggur,
Didik tidak jemu sabar bila tegur.
Buah belimbing pokok semalu,
Sering membimbing menegur selalu.
Pancing tenggiri sungai seberang,
Pandai berdikari mengeluh jarang.
Hitam arang dibawa ke hulu,
Ditangisi jarang disayangi selalu.
MOHAMAD IRWAN BIN SUGIYO
2
TEMA : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI
HIJAU
TAJUK : WASIAT ALAM
Diasah intan senilai berlian,
Sungai di hutan nadi hidupan.
Turutnya manusia pada serakah,
Flora dan fauna rakus dijajah.
Zaman berzaman jadi warisan,
Alam sekitar kurniaan Tuhan.
Kebaya disulam di atas ram,
Sejahtera alam jiwa tenteram.
Atasi ranjau kemanusiaan disemi,
Teknologi hijau pulihkan bumi.
MUHAMMAD YUSUF BIN A BAKAR
TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : ANAK TERBILANG
Pokok kelapa batangnya tinggi,
Ibu dan bapa kita sayangi.
Pulau Papua kita kunjungi,
Orang tua kita sanjungi.
DANIELSON ANAK TAMA
TEMA : ALAM SEKITAR
TAJUK : LESTARIKAN ALAM
Daun Sirih dimakan Siamang,
Sungai bersih cantik dipandang.
Ikan Tapah di pasar Palu,
Kutip sampah janganlah malu.
DANIELSON ANAK TAMA
3
PANTUN 4 KERAT
TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : LUMRAH ALAM
Tanam pegaga di tanah rata,
Tumbuh melambak di mana-mana,
Hilang keluarga nisan di mata,
Walau sebak doa bersama.
AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
TEMA : JATI DIRI
TAJUK : IDENTITI DIRI
Jauh terbang burung merpati,
Terbang dari kota seberang,
Jalur Gemilang itulah identiti,
Jatuh berdiri tetap disayang.
AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
TEMA : KEBUDAYAAN
TAJUK : JAWI JIWAKU
Pegal kaki asyik bertandak,
Dari pagi sampai ke malam,
Tulisan Jawi jangan dibundak,
Itulah seni warisan Islam.
AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
4
TEMA : PERPADUAN
TAJUK : WARNA-WARNI PERPADUAN
Berakit-rakit ke hulu Pilah,
Membawa rami sebagai hiasan,
Hati sakit akibat berbalah,
Tiga belas Mei jadi pedoman.
Elak kesumat meracuni buana,
Agar aman jelata negeri,
Saling hormat walau tak serona,
Semat perpaduan dalam diri.
Kerabat beta memerintah takhta,
Mencari gahara ke negeri Pattani,
Hapuskan dusta lupakan sengketa,
Nescaya negara aman harmoni.
RAYMOND MERAYANG ANAK REKAN
TEMA : KEBUDAYAAN
TAJUK : WARISAN IBUNDA
Gambus dipetik kuat bergema,
Melodi diseri gendangan serama;
Zapin dilenggok penuh irama,
Tarian tradisi kebanggaan bersama.
Berenang di laut ikan belata,
Lelayang bersarang di dalam gua;
Budi bahasa budaya kita,
Terus diamalkan dimana jua.
Buah betik di atas gagang,
Dibawa sekali hingga ke gurun;
Songket, batik dan selendang,
Tenunan asli turun-temurun.
NURIN SYAFIQAH BINTI ABD HAMID
5
TEMA : KEMASYARAKATAN
TAJUK : KASIH KEKASIH
Bunga kemboja bunga kantan,
Dibuat hiasan di dalam rumah,
Kalau cemburu jangan berlebihan,
Agar kasih tidak termusnah.
Berhati lara di pohon cemara,
Cemara berasal dari Senggora,
Hidup harus beramah mesra,
Agar kita tidak sengsara.
Puteri Melaka tersipu malu,
Dipandang Putera berbadan sasa,
Kasih dan sayang itu perlu,
Agar bahagia mekar sentiasa.
Burung merbah di tepi tasik,
Sayapnya lebar burung tekukur,
Hidup haruslah sentiasa cerdik,
Ikhlas dan sabar bila menegur.
ELYONIE LIVAN LAING
6
TEMA : KEBUDAYAAN
TAJUK : RONA BAHASA
Tidak layu tumbuh melata,
Harum mewangi bukan pulasan,
Bahasa Melayu bahasa kita,
Kekal ulung jadi warisan.
Pergi ke hutan mencari rotan,
Angkat sebakul si gagah perkasa,
Berbeza latar anak watan,
Bersatu gagah pejuang bahasa.
Putera kayangan memburu cinta,
Puteri mahkota di pinggir laman,
Bahasa dijaga dicakna kita,
Tiada luntur walau berzaman.
Terang menyuluh alam semesta,
Ronanya senja pulanglah serati,
Jangan dirojak bahasa kita,
Kelak bangsa hilang identiti.
Kembara belantara si raja muda
Kuda putih jadikan teman
Bahasa Melayu bahasa ibunda
Jangan diabai ditelan zaman
MUHAMMAD ZURAIMI BIN ADI SIN
7
TEMA : KEMASYARAKATAN
TAJUK : KARMA
Kalaulah langit tujuh petala,
Pasti ilmuan amat terpesona,
Kalaulah amal disiap segala,
Orang sanjung dimana-mana.
Kalaulah akal letaknya di kepala,
Pasti leka tidak terbawa,
Kalaulah ikhlas atas segala,
Nescaya tenang ke akhir nyawa.
Berhijrah hamba ke Kota Burma,
Elok rupanya tidak terkata,
Sering terlupa wujudnya karma,
Lalu ditanya mengapa dusta,
MUHAMMAD IZZAT BIN JASNI
8
PANTUN 6 KERAT
TEMA : PERPADUAN
TAJUK : MALAYSIAKU SEJAHTERA
Molek sungguh walau berusia,
Sulaman seni indah sutera,
Lukisan pelikat bercorak angsa.
Indah sungguh negara Malaysia
Tetap harmoni aman sejahtera
Walau rakyat berbilang bangsa.
Bunga melati tumbuh melata,
Putih bersemi tampak indahnya,
Ingin kugapai beri saudara,
Baik hati tanpa sengketa,
Saling memahami menjaga tuturnya,
Demi mencapai negara sejahtera.
NUR HANI BINTI MD DIAH
TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : PERMATA HATI
Buah pisang masak di atas peti,
Dibawa seikat ke hujung titi,
Disambar sebiji burung Merpati;
Kasih sayang orang tua simpan di hati,
Hubungan terikat ku nikmati,
Ibu bapa turut berbangga, syukur ku amati.
ISOBEL SANTA ANAK HENRY
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISM DAN
KEWARGANEGARAAN
TAJUK : PEJUANG PROVINSI
Bunga angerik tepian cermai,
Indah bersemi tumbuh melata,
Menjadi laman Puteri berada ;
Semangat patriotik harus disemai,
Berkorban demi negara tercinta,
Sebagai pedoman anak muda.
ISOBEL SANTA ANAK HENRY
9
PANTUN 8 KERAT
TEMA : KEBUDAYAAN
TAJUK : LELURI BUDAYA
Bunyi gamelan mendayu-dayu,
Paluan kemplingan ikut di sisi,
Riuh keluarga datang berisih,
Alunan irama penghibur setia;
Merdu dendangan irama Melayu,
Disahut dengan tarian tradisi,
Budaya dijaga jangan disisih,
Agar ternama di mata dunia.
SITI NURSYAQILAH BINTI SAFE’I
10
PANTUN 10 KERAT
TEMA : PATRIOTIK
TAJUK : BARA PEJUANG
Pahlawan gagah turun berperang
Lincah gerakan diatur rapi,
Gigih terarah walau kurang,
Senjata dan pedang menjadi api,
Nyawa membara terus diserang;
Memori dijajah masih berderang,
Perkasa pahlawan dikenang tapi,
Subjek sejarah bukti penerang,
Semangat juang tidak menyepi,
Merdeka negara jasa pejuang,
SITI NURMAISARAH BINTI ROSLAN
TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : JASA TERSAYANG
Buah kelapa jatuh tersasar,
Kelapa dibuka jadikan santan,
Santan pekat untuk dimasak,
Hidangan kari sedap sekali,
Lebih enak dimakan bersama;
Ibu bapa pengorbanannya besar,
Jasa mereka tiada bandingan,
Biar penat mengeluh tidak,
Biar diri belakang sekali,
Kepentingan anak tetap utama.
ERNA NATASHA BINTI NAIM
11
TEMA : ALAM SEKITAR
TAJUK : PINTA ALAM
Waktu pagi memetik bunga,
Bunga ixora bukan murahan,
Panas mentari cahaya indah,
Hangatnya jangan dikata tidak,
Pinang merah tumbuh melata;
Khazanah negeri harus dijaga,
Hendak memelihara terleka jangan,
Degil sekali membawa padah,
Hati jangan mengikut kehendak,
Alam punah dek tamak haloba.
ASTON ROLAND ANAK JITAM
12
PANTUN 12 KERAT
TEMA : INTEGRITI
TAJUK : TINTA GURU
Pena guru bagai senjata,
Ke mana pergi sentiasa ada,
Dalam pena dakwat berwarna,
Hujungnya tajam awas terluka,
Dakwat pena warnanya merah,
Banyak sudah memberi jasa;
Jika menipu dalam berkata,
Takut nanti tiada percaya,
Tajam mana kerisnya raja,
Lebih tajam lidah manusia,
Daging saudara jangan dilapah,
Jangan mudah mendabik dada.
MOHD SYAMIEL NAZMI BIN MAHMUD
TEMA : PERPADUAN
TAJUK : WADAH PENYATU
Dari Asia ke negara Barat,
Mencari puteri buat raja,
Berlabuh santap tepi muara,
Alas perut dengan juadah,
Perahu diangkut ombak besar,
Hingga jumpa emas mutiara;
Rakyat Malaysia berbilang adat,
Elakkan diri saling menjaja,
Jiwa mantap agungkan bendera
Elakkan jerut jangan berbalah,
Agar anut tidak berkasar,
Bertegur sapa negara sejahtera.
LYNA ALENA BINTI ROHIZAT
13
TEMA : PATRIOTIK
TAJUK : PUSAKA MERDEKA
Tanah rata penuh pusaka,
Diratib rakyat penuh harapan,
Berbenteng arjuna berkeris Pekaka,
Laksana Hang Tuah bertaming sari,
Bertakhta destar sulaman suasa,
Mematah gunting dalam lipatan;
Anak jelata jangan terleka,
Usah dilaknat makna kemerdekaan,
Bebas terbang apa maknanya,
Andai diri masih terkunci,
Bekalkan semangat raksi senusa,
Buat santapan sebuah perjuangan.
AIN AQILAH BIN ALI SAMAD
14
PENGENALAN SYAIR
Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah
dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan
Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa
Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat
bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud
tetapi namanya telah ditukar.
Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud
sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat
dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang
telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada
T.M. 1380 itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera
yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun,
harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman
kejatuhan Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang;
buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung
Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan
demikian
"…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi,
pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang
seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair,
ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang
berseloka, ada yang seperti orang bergurindam "
Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta
oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada
tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal
daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta
pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan
pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa
yang indah dan menarik.
Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi
kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik
atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh
masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair
yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah
menyimpang daripada bentuk syair Arab.
15
TEMA : PATRIOTIK
TAJUK : WIRA NEGARA
Tersebutlah kisah pewira negara,
Gigih berjuang terus mara,
Nekad jiwa walau didera,
Berkorban demi agama negara.
Kini Malaysia merdeka sudah,
Pencakar langit berdiri megah,
Tanah tercinta tetaplah gagah,
Demimu sanggup bertumpah darah.
Pengorbanan sudah tidak terbilang,
Nama pendekar tak akan hilang,
Tetaplah terang bersama bintang,
Berkibar megah jalur gemilang.
Walaupun datang anasir kejam,
Janganlah mahu mudah diancam,
Pusaka kita sama digenggam,
Semangat bangsaku tak akan padam,
Kepada wira negara bangsa,
Cekal hatimu tekadkan rasa,
Tinggalkan nama dan juga jasa,
Akan dikenang sepanjang masa.
Biar dihunus berjuta pedang,
Namun dirimu tetap berjuang,
Musuh menerpa usah dipandang,
Berani menempuh tidak ditentang.
SITI NURMAISARAH BINTI ROSLAN
16
TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : NASIHAT UNTUK ANAK
Dua insan tonggak keluarga,
Kasih mereka hingga ke syurga,
Pengorbanan mereka sangat berharga,
Hargai mereka sentiasa dijaga
Jasa mereka tiada bandingan,
Rela menempuh setiap halangan,
Mengutip lelah jadi dagangan,
Walaupun tidur berbantalkan lengan.
Ibu dan bapa hormat sentiasa,
Patuhi mereka setiap masa,
Jangan derhaka jagalah bahasa,
Jadikan taat amalan biasa.
Dengan keluarga sentiasa berbakti,
Jangan berkira saling mengungkiti.
Kelak menyesal kemudian nanti,
Kerana mereka tiada ganti.
Selagi masih ada peluang,
Sentiasa hidup berkasih sayang,
Jangan biarkan masa terbuang,
Moga kasih takkan hilang.
SITI NURSYAQILAH BINTI SAFE’I
17
TEMA : PERPADUAN
TAJUK : PERPADUAN TONGGAK KESEPAKATAN
Negara Malaysia aman sejahtera
Jalinan erat ikatan mesra
Lemah lembut tutur bicara
Hidup bersama penuh gembira
Perpaduan bangsa aman negara
Saling bersatu hapuskan sengsara
Malaysia maju terus mara
Hidup aman tanpa duka lara
Perpaduan bangsa rakyat bersatu
Saling menggenggam semangat jitu
Rakyat harmoni bertambah mutu
Demi menggapai impian yang satu
Perpaduan rapuh integrasi terkubur
Jati diri langsung lebur
Perbalahan punca negara hancur
Bercerai berai jadi cabur
Sikap pemimpin sering kelusuh
Rakyat turut saling merusuh
Semangat patriotik kian lusuh
Perbalahan punca kaum bermusuh
Bersatu padu saling sepakat
Negara maju kerjasama masyarakat
Hapuskan sengketa teruskan muafakat
Agar Malaysia terus diangkat
NUR HANI BINTI MD DIAH
18