TEMA : PENTERNAKAN DAN PERTANIAN
MELODI : RASA SAYANG
TAJUK : MARI KE KEBUN ATUK
Rasa sayang hey,
Rasa sayang sayang hey,
Hey lihat kebun atuk,
Rasa sayang sayang hey.
Segar sungguh udara dihirup,
Banyak jenis tumbuh-tumbuhan,
Ada juga haiwan ternakan,
Indah sungguh hai kebun atuk.
Rasa sayang hey,
Rasa sayang sayang hey,
Hey lihat kebun atuk,
Rasa sayang sayang hey.
Ada serumpun buluh,
Di sebalik sebatang sungai,
Nampak sungguh indah pandangan,
Oh saya sungguh gembira.
Rasa sayang hey,
Rasa sayang sayang hey,
Hey lihat kebun atuk,
Rasa sayang sayang hey.
Atuk mencantas rumput,
Menggunakan sebilah parang,
Saya pula sedang khusyuk,
Memerhatikan sekawan kerbau.
RAYMOND MERAYANG ANAK REKAN
69
LAGU KONTEMPORARI
TEMA : KEBERSIHAN
MELODI : TEMAN - IMAN TROYE
TAJUK : CUCI-CUCI TANGAN
Mesti bertugas ikut jadual,
Menyapu sampah seluruh kelas,
Agar semua terlihat kemas,
Saat bertugas mesti kerjasama.
Mudahan bersih dan kemas,
Sebelum kita mulakan kelas,
Marilah kita bersihkan semua,
Kini lebih selesa untuk belajar.
Tapi jangan dilupa selepas membersih,
Ayuh semua teman-teman,
Jaga kebersihan.
Mesti cuci cuci tangan, Cuci cuci tangan,
Kita basmi kuman,
Cuci cuci tangan, Cuci cuci tangan, Jaga kebersihan.
MOHD SYAMIEL NAZMI BIN MAHMUD
70
TEMA : KEBUDAYAAN
MELODI : 4 DARA
TAJUK : SONGKET TRADISI
Tiga dara anggun berbaju kurung,
Duduk bersimpuh menenunlah songket, (2x)
Songket melayu warisan berzaman,
Tenunannya halus indah dipandang. (2x)
Berbaju putih bersongketlah biru,
Segak tampan disarung si teruna, (2x)
Indah digaya di atas kepala,
Ayu terletak hai pandanglah tak jemu. (2x)
Tiga dara anggun berbaju songket,
Bersiar2 sekeliling kota, (2x)
Sekali pandang songket oh indahnya,
Warisan kita sepanjanglah zaman. (2x)
SITI NURSYAQILAH BINTI SAFE’I
71
TEMA : KEBUDAYAAN
MELODI : TEMAN - IMAN TROYE
TAJUK : UNIKNYA MALAYSIA
Sungguh indahnya negara Malaysia,
Berbeza bangsa berbeza budaya,
Adat warisan perlu dikekalkan,
Jadi kebanggaan zaman berzaman.
Pakaian tradisi dilupa jangan,
Kaum Melayu dengan songketnya,
Yang India pula dengan sarinya,
Yang Cina pula dengan Cheongsamnya.
Oh budaya kian dilupa,
Kini gugur bila dibiar,
Ku tertanya tanya mengapa budaya dilupa.
Kekal budaya tradisi,
Budaya tradisi,
Uniknya Malaysia.
Budaya negara,
Budaya negara,
Janganlah dilupa,
Kekal budaya tradisi,
Budaya tradisi,
Uniknya Malaysia.
Kepelbagaian budaya bukan penghalang,
Jalinan erat kita kekal bersama.
LYNA ALENA BINTI ROHIZAT
72
TEMA : KESIHATAN
MELODI : BANGUN PAGI GOSOK GIGI
TAJUK : ISU SEMASA
Bangun pagi berus gigi
Sebelum pergi sekolah
Pelitup muka jangan dilupa
Itulah tanggungjawab kita
Atas nama kesungguhan
Detik berlaku tak dibiarkan
Kesihatan kami pertahankan
Kejayaan pasti
Kejayaan pasti.
DANIELSON ANAK TAMA
TEMA : ALAM SEKITAR
MELODI : SAYANG KINABALU
TAJUK : OH, ALAM SEKITAR
Cantik cantik hutan hujan kita
Cantik lagi kalau kita jaga
Hijau hijau atas hutan hujan,
Tengok dari jauh,
Hati saya rindu,
Hutan hujan ada di Borneo,
Sumber kayu-kayan di Malaysia,
Jaga hutan habitat haiwan dan tumbuhan,
Demi masa depan,
Galak pelancongan,
Indah sungguh pemandangan air terjun,
Banyak haiwan baru ku lihat,
Pemandangannya pun sungguh indah ,
Mari, kita teroka,
Saya sayang, sayang hutan hujan,
Ekosistem harus diseimbang,
Flora fauna saling memerlukan,
Marilah kita, jaga alam sekitar.
AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
73
LAGU KANAK-KANAK
TEMA : KEBERSIHAN
MELODI : IKAN KEKEK
TAJUK : RUTIN SEHARI
Marilah dengar wahai kawan,
Pastikan badan bebas kuman,
Agar kesihatan sentiasa terjaga,
Kebersihan itu sebahgian dari iman.
Cuci tangan amalan utama,
Barulah badan tiada jangkitan,
Ingat sahabat untuk mandi,
Asas utama wajah ceria.
Jaga kebersihan setiap hari,
Kalau mahu gigi yang putih,
Gosok selalu jangan lupa,
Jaga kebersihan amalan mulia.
MOHD SYAMIEL NAZMI BIN MAHMUD
TEMA : KESIHATAN
MELODI : IBU AYAM DIKEJAR MUSANG
TAJUK : JAGA KESIHATAN
Pemakanan tidak dijaga,
Badan sakit diri,
Bersenam pun tidak,
Tidur saja, apa nak jadi,
Kalau tak nak sakit,
Badan lesu,
Amalkan gaya hidup sihat,
Oh marilah,
Oh marilah,
Jaga kesihatan. (2x)
ERNA NATASHA BINTI NAIM
74
TEMA : KEKELUARGAAN
MELODI : ANAK AYAM TEK KOTEK
TAJUK : MUTIARA TIADA TARA
Ibu ayah adik kakak abang,
Semuanya satu keluarga,
Mutiara tiada tara,
Bahagia selama lamanya.
Sayang ibu tiada tandingan,
Kasih ayah tiada ukuran,
Cintai ibu sayangi ayah,
Pasti hidup kekal gembira,
Susah senang sentiasa bersama,
Keluarga bahagia bawa ke syurga.
Ibu ayah banyak berkorban,
Demi lihat anak berjaya,
Wahai anak janganlah lupa,
Jasa dibalas budi dikenang.
(Ulang rangkap 1)
LYNA ALENA BINTI ROHIZAT
TEMA: KESELAMATAN
MELODI: IKAN KEKEK MAK ILOI ILOI
TAJUK : HATI-HATI DI JALAN RAYA
Hati-hati di jalan raya,
Pandang kiri, pandang kanan,
Keselamatan diutamakan,
Demi diri dan orang tersayang.
Lihat warna lampu isyarat,
Warna hijau, kita berhenti,
Warna kuning, sedia berhenti,
Warna merah, kita melintas.
Hati-hati di jalan raya,
Pandang kiri, pandang kanan,
Keselamatan diutamakan,
Demi diri dan orang tersayang.
AIN AQILAH BIN ALI SAMAD
75
TEMA : KEBUDAYAAN
MELODI : BAPAKU PULANG DARI KOTA
TAJUK : MARI BELAJAR
Marilah kita mari belajar,
Ayat majmuk topik diberi,
Ia terbentuk dari dua,
Ayat tunggal digabung sekali,
Ponponponponponpon
Jika tak faham cikgu bantu,
Bila dah faham hati riang,
Ayat majmuk mudah dan senang
ASTON ROLAND ANAK JITAM
76
PENGENALAN CERPEN
Cerita pendek lebih dikenali sebagai cerpen. Cerpen merupakan
akronim ang dibentuk daripada kata cerita dan pendek. 'cer'
daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek'. Cerita pendek
bermaskud kisah rekaan yang relatif pendek dihasilkan dalam
bentuk prosa dilihat dari segi panjang pendeknya, sesebuah cerpen
biasanya mengandungi antara 500-15,000 patah perkataan.
Tambahan lagi, cerita pendek ialah cerita khayal berbentuk prosa
yang pendek dengan anggaran 10000 patah perkataan bertujuan
menghasilkan kesan padat yang mengandungi unsur-unsur drama
sekaligus mempunyai nilai-nilai pengajaran yang tinggi.
Selain itu, cerita pendek merupakan suatu bentuk prosa naratif dan
bersifat cereka. Oleh itu, terdapat beberapa ciri-ciri cerita pendek
yang perlu diketahui. Antaranya, cerita pendek berdasarkan fakta
dan kadang kala ditambah unsur imaginasi. Cerita pendek
mengandungi jumlah watak yang sedikit di antara satu sehingga
empat dengan tema yang satu dan plot yang ringkas. Cerita
pendek turut dikenali sebagai cerita lucu berprosa, keadaan yang
dilakar dengan pantas yang dengan cepat sampai kemuncaknya,
selari dengan tradisi penceritaan lisan. Lazimnya, cerita pendek
mempunyai kesatuan terutamanya dalam plot disamping unsur lain
seperti tema, kesan, watak dan gaya.
Marcapada, cerita pendek di Malaysia sudah tidak asing lagi dalam
pelbagai bidang utama termasuklah bidang pendidikan, bidang
hiburan dan bidang penulisan. Oleh itu, cerita pendek sudah
menjadi satu bahan bacaan yang mudah didapati dan terkenal
tanpa mengira peringkat umur. Hal ini kerana, setiap individu yang
ingin meluangkan masa dengan membaca cerita pendek
semamangnya pilihan yang tepat kerana tidak mengambil masa
yang lama untuk menyelesaikan pembacaan disebabkan ceritanya
yang padat dan idea-idea yang menarik.
77
PULANG
Bunyi deruman enjin kereta di hadapan rumah menandakan
kepulangan walid dan umi dari kerja seharian. Umiku seorang guru di
sebuah sekolah yang terletak di bahagian pekan Sungai Petani,
sama dengan walidku juga seorang pendidik di sekolah yang
terletak di Alor Setar. Mereka sememangnya bekerja keras demi
menyara keluarga. Bak kata orang, pergi gelap balikpun gelap. Aku
bersama adikku menjemput umi dan walid di hadapan rumah
dengan senyuman. Senyuman kami dibalas dengan senyuman
pada wajah umi dan walid yang jelas menampakkan kepenatan.
Umi pernah berkata, “senyuman boleh berjangkit, bila semua orang
senyum dunia tiada penyakit”. Kini, aku sudah faham makna klausa
yang umi sampaikan, tetapi tidak semua. Beg dan segala
kelengkapan sudah aku susun di bahagian ruang tamu supaya lebih
mudah dicapai dan dimasukkan ke dalam kereta. Kami sekeluarga
sudah mengemas kelengkapan untuk pulang ke kampung semalam
kerana cuti hujung tahun sudahpun tiba. Hanya tinggal
memasukkan barang ke dalam kereta sahaja. Setelah 2 jam
perjalanan, kami pun sampai ke kampung, waktu menunjukkan jam
10 malam ketika itu. Kami terus mengangkat barang ke rumah
nenek lalu sambung berehat.
Ayam berkokok menandakan hari sudah pagi. Rumah nenek
agak jauh dari surau kampung menyebabkan azan subuh tidak
kedengaran kerana dilindung oleh bukit kecil. Seperti biasa, nenek
akan membangunkan semua orang untuk solat subuh bersama.
“Amin Ya Rabbal Alamin.” Pengakhiran doa kami bersama-sama
setelah selesai solat subuh disapa baik oleh sinaran matahari pagi.
Kedudukan rumah nenek yang terletak di atas bukit menjadikan
kawasan tersebut sebagai kawasan yang paling awal terdedah
dengan matahari. Aku dan adikku ditemani nenek mengambil
peluang bersiar-siar di kawasan bukit berhampiran rumah sambil
menikmati deruman air terjun yang terletak di bahagian hujung
sawah padi bukit. Alam semulajadi sangat menenangkan hati dan
melapangkan fikiran kami kerana aku dan adikku yang berasal dari
petempatan yang dikelilingi bangunan, ditambah dengan bunyi-
bunyian kenderaan melintas hampir setiap masa. Sedang khusyuk
kami bertiga menikmati alam semulajadi, terlihat seekor kancil
berjalan masuk ke sebatang jalan kecil di hujung sawah padi yang
lantainya hanyalah tanah merah serta diiringi oleh semak samun
sepanjang jalan. Secara spontan adikku berkata, ”Adik nak kejar
kancil itu !”. Nenek terus mencapai lengan adik sebelum dia
memulakan langkah sekaligus mengalihkan perhatian adik ke arah
air terjun yang cantik. Lalu kami bertiga berjalan menuju ke air terjun
dan menikmati pemandangan di sana sehingga tengah hari, kami
pulang ke rumah untuk menikmati makanan tengahari bersama umi
dan walid.
78
Sehari sudah berlalu, namun persoalan tentang sebatang
jalan di hujung sawah itu masih terngiang-ngiang dalam fikiranku,
seakan memaksa aku untuk bertanya umi dan walid kerana berasa
takut untuk bertanya terus kepada nenek. Aku lunaskan juga hasrat
untuk bertanya umi dan walid tetapi jawapan yang diberi tidak
seperti yang aku harapkan, umi dan walid menyuruhku bertanya
kepada nenek kerana nenek lebih arif tentang selok belok kawasan
Kampung Sungkup ini. Aku terpaksa akur lalu terus bertanya kepada
nenek. Nenek menerima baik pertanyaanku sambil mempelawa aku
duduk minum kopi bersamanya selepas solat zuhur.
Pada pagi yang indah, dihiasi bunyi burung berkicauan. Tiba-
tiba kedengaran bunyi “pommm... kabomm !” seakan bumi
digoncang dengan sekuat-kuatnya. Semua tercengang. “Komunis
dah masuk kampung !” Jerit seorang pemuda ke arah sawah padi
yang padat dengan pesawah yang sedang menuai padi. Mereka
bertempiaran melarikan diri dan bersembunyi di kawasan rumah
dan semak samun yang berdekatan. Terlihat seorang gadis sunti
sedang mencuci baju di kawasan air terjun tergesa-gesa mengemas
barangnya. Bunyi tembakan dan letupan saling menyahut
sehinggalah bunyi tersebut kedengaran semakin dekat. Beberapa
sosok tubuh berpakaian tentera lengkap bersenjata, berkulit putih
bermata sepet, tertera bintang tiga pada topi yang dipakai, satu
per satu keluar dari sebatang jalan kecil di hujung sawah padi.
Semua penduduk kampung ketakutan dan hanya mampu melihat
hasil titik peluh mereka dirampas begitu sahaja. Kelihatan seorang
lelaki tua sedang mendaki bukit kecil sambil dikejar beberapa orang
pemuda bersenjata. Lelaki tua itu ditangkap lalu ditikam dengan
kejam menggunakan bayonet. Penduduk kampung seakan tiada
terbawa sekam segantang melihat lelaki tua itu diperlakukan
sedemikian rupa. Setelah Komunis beransur pergi, mereka segera
mendapatkan lelaki tua yang ditikam sebentar tadi, rupa-rupanya
lelaki tua tersebut ialah Tok Bilal surau kampung. Belum sempat
penduduk kampung memanggil keluarga beliau, Tok Bilal
menghembus nafas terakhir di atas pangkuan sahabatnya. Tuhan
lebih menyayangi Tok Bilal. Mereka segera mempersiapkan
perkakasan dan mengebumikan Tok Bilal sebelum sebelum hari
senja. Siang pun melabuhkan tirai, penduduk kampung
mengadakan sidang mesyuarat tergempar di surau tentang
peristiwa yang berlaku. Mereka bersetuju untuk berhenti menanam
padi dan menukar sektor pertanian padi kepada penanaman ubi
kayu di kawasan rumah masing-masing dan sentiasa berwaspada
dengan serangan Komunis. Kanak-kanak dan wanita diarahkan
agar sentiasa berada di rumah, hanya lelaki dewasa sahaja
dibenarkan untuk mengutip hasil hutan. Mesyuarat disudahi dengan
bacaan Al-Fatihah kepada Tok Bilal surau yang terkorban siang tadi.
Keesokan harinya, berita tentang seluruh negara diisytihar
darurat oleh pihak British tersebar hingga ke Kampung Sungkup. Tiga
79
purnama sudah berlalu, suasana kampung yang dahulunya meriah
kini bertukar menjadi suram. Penduduk kampung hanya keluar untuk
memungut hasil hutan sahaja. Tiada lagi menuai padi,
mengusahakan tanah ladang, menanam dusun, dan sebagainya.
Bekalan makanan semakin berkurang. Penduduk kampung terpaksa
juga menjalankan pertanian walau kampung sering didatangi
komunis dan hasil tanaman juga kerap dicuri oleh komunis.
“Paridah, tolong ibu ambilkan air dalam tempayan.”
Permintaan ibu dari dapur kepada Paridah. “Baik ibu”, sahut Paridah
sambil mengatur kain yang dipakainya supaya kelihatan sopan
ketika ingin berdiri. Paridah merupakan satu-satunya gadis sunti yang
tinggal di Kampung Sungkup ketika itu kerana rakan-rakannya sudah
berhijrah ke bandar untuk menyambung pelajaran dan bekerja.
Pintu rumah dibuka dengan perlahan oleh Paridah lalu dia
mencapai tudung tempayan untuk melihat air yang tersisa. Ternyata
bekalan air sudah habis. Paridah secara senyap menyusup melalui
bawah rumah untuk mengambil air di air terjun berhampiran sawah
padi. Setelah Paridah menghampiri sebatang jalan kecil di hujung
sawah, kedengaran suara orang sedang ketawa disahut dengan
perbualan dalam bahasa asing. Paridah terus bersembunyi di
kawasan semak sebelah jalan kecil itu, ternyata dia sudah
bertembung dengan sekumpulan komunis yang sedang dalam
perjalanan masuk ke kampung. Jantungnya berdegup kencang,
badannya sejuk teramat kerana terlalu takut. Hampir satu jam
Paridah menyorok dalam semak, tiba-tiba dia terdengar jeritan dari
arah rumahnya. Dia jadi tidak keruan. Banyak perkara buruk terlintas
dalam fikiran terutamanya tentang ibunya yang berada di rumah
sendirian kerana ayahnya keluar untuk memungut hasil hutan.
“Pom !”. Bunyi tembakan memecah kesunyian. Ternyata
sememangnya bunyi itu dari arah rumahnya. Tanpa diduga, air
mata Paridah terus berlinang kerana kerisauan yang teramat.
Namun apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana
situasinya sekarang seakan keluar mulut harimau masuk mulut buaya.
Setelah itu, dia melihat sekumpulan komunis yang sama berjalan
sambil ketawa keluar dari kampung melalui sebatang jalan kecil
yang Paridah sedang menyorok itu. Paridah yakin tiada lagi saki baki
komunis yang berada dalam kawasan kampung lalu dia pun
beredar keluar dan bergegas pulang ke rumah membawa air yang
dipesan. “Ibu, Paridah sudah pulang!” jerit Paridah dari depan
rumah. Jeritan Paridah tidak berbalas. Dia berasa gundah-gulana.
Paridah pun pergi menjengah ibunya di dapur. “Allahuakbar! Ibu !”.
Luluh hatinya apabila melihat keadaan ibu. Darah membasahi lantai
dapur. Perkakasan bersepah seakan baru sahaja berlaku ribut.
Paridah segera mendapatkan ibunya. “Paridah, jaga diri anakku”.
Ibunya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Paridah.
Pada suatu petang yang hening, kedengaran bunyi
kenderaan seakan trak memasuki perkarangan kampung. Hampir
80
sepuluh orang penduduk tempatan yang berpakaian serba lengkap
seperti tentera bersama dengan beberapa pegawai British turun
dari trak lalu menyeru penduduk Kampung Sungkup untuk berada di
perkarangan kampung. Kedatangan mereka seakan sinar terhadap
penduduk kampung yang sudah sekian lama bertarung nyawa
demi kelangsungan hidup. Mereka membawa segala bekalan
makanan dan kelengkapan senjata serta melatih penduduk
kampung untuk mengawal kampung. ‘Home Guard’ diperluaskan
dan aktiviti mencari penduduk kampung yang hilang diadakan.
“Paridah ! Cepat ikut saya ke surau kampung !” Jerit Sobri dengan
nada yang tergesa-gesa. Sobri merupakan pemuda kampung yang
menyertai ‘Home Guard’ dan terlibat dengan sesi mencari
penduduk kampung yang hilang. Setelah Paridah dan Sobri tiba di
surau kampung, kelihatan ramai orang sedang bersedih dan
meratapi tubuh yang terbaring kaku, barangkali keluarga mereka.
Langkah Paridah terhenti, jantungnya berdegup kencang. Paridah
dengan sayunya berkata “Tidak mungkin” . Misteri ayah Paridah
yang tidak pulang semasa keluar mencari hasil hutan tempoh hari
yang lepas sudah terungkai, setelah melihat satu sosok tubuh lelaki
yang terbujur kaku di hadapannya. Ketika itu hidupnya seakan tiada
arah bak layang-layang terputus tali. Paridah tiada siapa-siapa lagi
di dunia.
Kuteguk secawan kopi yang dihidang nenek sebentar tadi. “Eh,
sudah sejuk !” Kataku dengan nada agak terkejut. Nenek tertawa
melihat gelagatku lalu berkata, “Kini, nenek sudah ada kamu”. Aku
tercengang. Tiba-tiba kedengaran azan dari telefon pintar walid
menandakan sudah masuk waktu solat asar. Lalu kami
menghabiskan sisa minuman seterusnya mendirikan solat asar
berjemaah
MUHAMMAD IZZAT BIN JASNI
81
SANG MERAK YANG SOMBONG
Pada suatu hari, Sang Merak dijemput ke Majlis Pertabalan Raja
Hutan Rimba. Semua haiwan dijemput bagi memeriahkan majlis itu.
Majlis bermula pada waktu senja dan dihiasi dengan kerlipan lampu-
lampu yang sangat cantik.
“Nampaknya tiada lagi yang layak mendapat gelaran
cantik kerana akulah yang paling cantik dan menawan. Tengoklah
bulu yang ada pada tubuh badan aku. Berwarna-warni dan sangat
cantik” kata Sang Merak pada dirinya sambil tersenyum. “Terima
kasih merak kerana hadir ke majlis ini” tegur Sang Singa kepada
Sang Merak. “Mestilah aku datang kerana aku paling cantik di hutan
ini. Semua orang cemburukan kecantikan aku ini” kata Sang Merak
dengan megah. Semua tetamu di majlis itu mula berbisik sesama
sendiri mengenai Burung Merak. Burung Merak terkenal dengan
sikapnya yang suka membangga diri dan riak dengan
kecantikannya.
Sang Merak melangkah keluar dari kampung dengan
angkuhnya dan tidak menghiraukan sindiran haiwan-haiwan di situ.
Dia memberikan senyuman sinis kepada Sang Angsa. "Hei Angsa
yang hodoh, aku akan buktikan bahawa aku akan memegang
gelaran Ratu Tercantik di seluruh kampung ini. Aku Merak yang
cantik, sudah pasti aku akan dapat", katanya dengan penuh
angkuh sambil menuding jarinya ke arah Sang Angsa. Sang Angsa
hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mahu memburukkan
keadaan dan membiarkan Sang Merak berlalu pergi.
Dalam perjalanan Merak menuju ke kota, tiba-tiba
kedengaran bunyi derapan kaki manusia dan bunyi das tembakan
sebanyak tiga kali. Tembakan kali ketiga mengena tubuh Sang
Merak. Merak tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Penglihatannya
mulai kabur lalu jatuh tersembam ke tanah. Sang Merak mulai
sedarkan diri. Dia merasakan kepalanya sakit. Dia terkejut melihat
dirinya penuh dengan darah. Sang Merak dapat merasakan dirinya
sangat ringan. Setelah beberapa saat tersedar dari lamunannya, dia
terkejut melihat perubahan badannya.
"Bulukuuuuuu!!! Mana pergi buluku yang cantik!!!", teriak Sang
Merak dengan penuh kerisauan dan Sang Merak mulai menangis
teresak-esak. Setelah beberapa jam, dia mulai teringat akan
kejadian beberapa jam yang lalu. Dia ditembak okeh pemburu. Dan
dalam keadannya yang separuh sedar, pemburu tersebut
mencabut bulunya untuk dijadikan perhiasan di kepala manusia.
"Kita ambil sahaja bulunya. Kita jual dan jadikan perhiasan kepala
yang cantik", ujar si Pemburu kepada kawannya.
82
"Huhuhu. Apalah nasib diriku. Aku malu menunjukkan diriku
yang tidak sempurna lagi kepada kawan-kawanku", katanya sambil
mengusap air mata yang berjuraian di pipinya. Usai meratapi masib
malangnya, Sang Merak melangkah dengan lemah menuju ke
kampung halamannya semula. "Hahaha. Eh Sang Merak sombong
balik!", teriak Sang Pipit sehingga menyebabkan semua haiwan
berkumpul ingin melihat keadaan Sang Merak yang lama
menghilang. "Eeeee. Apa dah jadi dengan bulu kau yang cantik
dulu? Eeeee, hodohnya kau Merak," kata Sang Angsa. Sang Merak
mulai menangis teresak-esak mengenangkan nasib dirinya dihina
oleh kerana kesombongannya dulu kini memakan dirinya. Sang
Merak berlari ke rumahnya dan mengurung dirinya.
ELYONIE LIVAN LAING
83
SRI GEMALAI
"Kenapa dia ni Ani? Menangis macam anak kucing mati"
tanya Mawar.
"Dari tadi aku tengok dia menangis. Ditanya, menyahut tidak.
Nanti dia okay, dia ceritalah tu," balas Mawar yang dari tadi
menemani teman baiknya Nor yang kesedihan.
Setelah beberapa lama, Nor mula mengangkat mukanya.
Dengan mata yang sembab disebabkan menangis Nor mula
bersuara, "Galang Maya tak terima aku wei! Aku nak sangat masuk
kumpulan mereka dan pertandingan menari tu! Aku pandai
menarilah wei, sampai hati dorang cakap aku ni menari macam
kayu."
Setelah mendengar luahan Nor yang sedih bercampur tidak
puas hati sebentar tadi, Ani dan Mawar terdiam. Mereka memang
tahu, minat mendalam Nor dalam bidang tarian. Namun mereka
juga tahu, betapa tidak pandainya Nor menari. Ani dan Mawar
terdiam memikirkan apa yang patut dijawab bagi menenangkan
hati Nor yang kecewa. Mahu jujur, makin sedih pula rakan mereka ni
nanti. Mereka pun terdiam seribu kata.
"Apalah mereka tu. Sampai hati cakap macam tu kan Nor,
biarlah dorang, menyesal dorang tak nak ambik kau sekali sebagai
penari" kata Mawar cuba untuk mengambil hati kawannya yang
masih dalam kesedihan.
"Haa! betul tu Mawar. Kau ni bukannya kayu macam dorang
cakap tu. Kau ni berbakat apa. Bukan macam kitaorang ni barulah
kayu," sambung Ani.
Nor hanya terus terdiam sambil tersedu-sedu. Melihat Nor
yang masih begitu, Mawar menambah lagi "Haa Nor! kau dapat
sertai jugaklah pertandingan tu. Kau carilah kumpulan lain. Kau
masuk lawan dorang tu," Nor tiba-tiba tersenyum lebar.
Nor mendapat satu idea. "Haa betul tu. Apa kata kita yang
masuk pertandingan tu. Jom Mawar, Ani! Kita buat satu kumpulan"
mendengar kata-kata Nor, Mawar dan Ani pula yang tersentak.
Mereka langsung tidak minat menari. Inikan pula mahu masuk
pertandingan.
"Haa boleh boleh. Boleh je kan, Ani," Mawar yang baru saja
hendak berkata tidak terkejut pula dengan jawapan kawannya itu.
Melihat Nor yang sudah tersenyum lebar, Mawar terpaksa
mengangguk setuju.
84
"Yayyy!!” sorak Nor kegembiraan. Akhirnya Nor masih
mempunyai peluang untuk masuk pertandingan menari itu. Sejak
dulu lagi Nor telah menyimpan niat untuk memasuki pertandingan
menari. Walaupun dia tidak berapa mahir menari, namun dia
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tarian. Tarian
yang paling digemarinya ialah tarian zapin.
Beberapa hari selepas itu, mereka pun membuat
perjumpaan. Nor telah berjaya memujuk beberapa orang lagi
kawannya untuk menyertai pertandingan tarian tersebut. Ali, Irwan
dan Awang telah berjaya dipujuk Nor untuk menyertai kumpulan
mereka. Nor juga telah menamakan kumpulan tarian mereka
sebagai "Kumpulan Sri Gemalai".
"Ehem ehem, pada hari ini saya dengan berbesar hatinya
ingin mengalu-alukan kedatangan anda semua ke perjumpaan
kumpulan tarian kita! Tepuk tangan tepuk tangan," Rakannya yang
lain hanya menurut dan bertepuk tangan sahaja.
"Kau cakap macam biasa jelah Nor. Tak payah nak berbesar
hati sangatlah" kata Awang.
"Ye ye..ehehe" balas Nor sambil ketawa kecil. "Kamu semua
tahu kan. Kita semua ni satu kumpulan. Nama kumpulan kita
"Kumpulan Sri Gemalai". Kita akan masuk pertandingan menari bulan
depan. Kita menari tarian zapin okay. Setuju semua?" Nor bertanya
persetujuan daripada rakan rakannya. Rakannya hanya
mengangguk tanda setuju. Melihat reaksi rakannya yang bersetuju,
semakin lebar senyumannya.
"Baiklah rakan-rakanku yang disayangi sekalian, sebelum kita
belajar pergerakan zapin aku nak tunjukkan dulu ini merupakan
tarian zapin." Nor menunjukkan video tarian zapin melalui komputer
riba kepada rakannya.
Dia tahu rakannya semuanya tidak berapa minat dengan
seni tarian tradisional ini. Mereka menyertai kumpulan ini pun atas
paksaannya. Sambil menayangkan video tersebut, Nor
menyambung menerangkan tentang tarian zapin kepada rakan-
rakannya. Rakan-rakanya hanya mengangguk, mengangguk dan
mengangguk.
"Okay semua. Faham kan. Tarian zapin ni senang je. Jangan
risaulah. Semua dahi berkerut ni hahaha," kata Nor melihat muka
rakan-rakannya.
85
"Kaki ke situ, ke sana, angkat tangan wuishh, senang ke
macam tu, aku ni mana pernah menari, berlari pandailah," kata
Irwan.
“Aku pun sama Wan, kalau menari tik tok ampun bang jago
tu pandailah aku” kata Awang pula.
"Tu jangan risau, kita sama sama belajar okay. Aku
pandailah sikit-sikit tarian zapin ni. Aku selalu tengok video zapin ni
kat YouTube. Live pun aku ada pergi tengok. Kita cuba belajar dulu
okay semua" balas Nor.
"Okay okay..kita dapat ni" tambah Mawar juga.
Nor seterusnya cuba mengajar beberapa pergerakan asas
tarian zapin kepada rakannya. Rakannya hanya menurut sahaja.
Walaupun nampak kucar-kacir, namun rakannya bersungguh untuk
mengikut pergerakan tarian yang ditunjukkan oleh Nor. Mereka juga
turut melihat video berulang-ulang kali. Kemudian cuba mengikut
gerak tarian tersebut berulang ulang kali.
"Aku tengok video tadi macam senang je tarian zapin ni tadi.
Sekali cuba satu pun tak menjadi hahahah" kata Ali sambil ketawa
kecil mengenangkan betapa susahnya dia untuk mengikuti gerak
tari zapin.
"Aku setuju dengan kau Ali, aku ingat senang, rupanya..."
sambut Awang.
"Alah senang je lah, tapi kita kena berlatih lagi lah. Bak kata
peribahasa belakang parang diasah lagikan tajam. Boleh ni nanti
okay. Dah latihan kita hari ni sampai sini je. Esok petang tempat
sama jam sama kita jumpa berlatih lagi okay semua," kata Nor
kepada semua rakannya. Mereka pun bersurai dan balik ke rumah
masing masing.
Nor kebingungan. Sudah seminggu mereka berlatih namun
masih lagi tiada perkembangan. Dia juga tahu rakan-rakannya
bersusah payah untuk mengikuti gerak tarian yang diajarnya.
Bertambah resah apabila Nor ternampak rakannya yang
menolaknya dulu menari dengan baik sekali. Gerak tarian mereka
telah lengkap dan hebat sekali.
"Aaaaaaahhh!" Jerit Nor. Nor buntu bagaimana mahu
meneruskan lagi.
86
"Kamu kenapa menjerit malam malam ni oi" tepuk Mak Nor
yang terdengar anaknya yang menjerit dengan tiba-tiba.
Nor terkejut lalu berkata "Oh Mak! Takda apalah Mak"
"Kenapa ni? Dari petang tadi sampai ke malam depan
laptop tu tengok video zapin?" Tanya Mak Nor lagi.
"Makkk!!" Jerit Nor sekali lagi dengan tiba-tiba kemudian
menangis lalu berkata. "Macam mana ni Mak, Nor nak masuk
pertandingan menari hujung bulan ni dengan rakan-rakan. Tapi
kami masih tak ada perkembangan ni mak. Macam mana ni Mak!
Tolong Nor Mak! Kami dah cuba belajar dari video ni Mak, tak
menjadi Mak. Takkan kami nak menyerah, takkan nak tarik diri. Tak
akan. Makkkk tolong Nor Makk"
Setelah mendengar masalah anaknya, Mak Nor hanya
tersenyum. "Alah itu je ke yang buat kau jadi macam tak betul ni oi
anakku. Apa susah, kau mintak tolong ngan anak Mak Ngah kau tu.
Diakan guru tarian. Mak dengar dia pandai ajar macam-macam
tarian lagi. Pernah masuk macam-macam pertandingan tarian
lepastu selalu menjadi juara pulak tu. Apa kata kau pi jumpa anak
Mak Ngah kau tu. Mak rasa nak je dia tolong ajar kau ngan rakan-
rakan kau tu" balas Mak Nor. Senyuman kembali terukir dibibir Nor.
"Makkk!! Terima kasih Mak. Idea Mak ni memang bernas.
Boleh pulak Nor terlupa anak Mak Ngah tu. Dulu Nor ingat lagi Nor
pernah tengok dia ajar kumpulan tarian sekolah Nor tarian zapin tiap
petang. Siap jadi juara pulak tu. Dia mesti boleh tolong ajar kitorang
ni kan Mak".
Akhirnya Nor telah jumpa penyelesaian terhadap
masalahnya. Mereka sememangnya memerlukan seorang guru
tarian. Pada keesokan harinya, Nor telah berjumpa dengan anak
Mak Ngahnya, Kak Dayang. Dia telah memberitahu hajatnya yang
ingin menjadikan Kak Dayang sebagai guru tarian mereka. Nor amat
gembira dan terkejut Kak Dayang mahu menjadi guru tarian zapin
mereka. Kak Dayang turut bercerita tentang pengalaman-
pengalamannya belajar menari zapin.
"Perkenalkan, Kak Dayang. Mulai hari ni, kita tak belajar zapin
sambil tengok video dah. Kita ada guru tarian zapin. Kak Dayang ni
banyak pengalaman menari tarian zapin tau." Nor memperkenalkan
Kak Dayang kepada rakannya. Semenjak itu, Kak Dayang yang
mengajar mereka menari tarian zapin.
87
"Okay kita mula dengan kaki kiri ke depan satu, kemudian
silangkan kaki kanan kedepan dua, kepakkan kaki kiri ke tepi tiga,
tarik kaki kanan ke kaki kiri empat, pusing ke belakang lima, enam,
tujuh dan pacakkan kaki kanan lapan. Boleh ikut semua ? kita ulang
lagi, 1 2 3 4 5 6 7 8." mereka menari sambil mengikut arahan kak
Dayang.
Kak Dayang mereka dan membuat pola untuk kumpulan Sri
Gemalai. Mereka memilih lagu Zapin Ya Salam kerana rentaknya
yang menarik dan senang untuk diikuti. Kak Dayang juga
mengingatkan mereka supaya jangan lupa senyum. Untuk lelaki
badan mestilah tegak manakala untuk perempuan postur badan
harus dijaga dengan membongkokan sedikit lutut dan menegakkan
badan supaya postur badan penari kelihatan cantik.
Berbaki tiga hari lagi untuk pertandingan. Kumpulan Sri
Gemalai telah menunjukkan perkembangan yang amat baik.
Mereka mula menari zapin dengan seragam dan mengikut pola
tarian yang telah dirangka oleh Kak Dayang. Daripada tidak pandai
menari zapin, kini Nor dan rakan-rakannya mula menunjukkan bakat
terpendam menari. Irwan, Ali, Awang, Ani dan Mawar turut mula
meminati seni tarian tradisional.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, mereka berkumpul di
Dewan Bitara seawal jam 7 pagi. Ali, Irwan dan Awang segak
dengan baju melayu, berkain samping. Manakala Nor, Ani dan
Mawar tampak manis berbaju kurung, juga berkain samping. Nor
dan rakan-rakannya berasa amat gementar. Ini merupakan
pertandingan pertama mereka, malah pertama kali mereka menari
atas pentas.
"Baik semua, kita kumpulan Sri Gemalai pasti boleh! " Jerit
Awang, tanda semangat. Rakan-rakannya yang lain dengan
serentak menyahut " Kumpulan Sri Gemalai Boleh". Guru tarian
mereka, Kak Dayang turut berpesan agar menikmati tarian
sepenuhnya, persembahkan dengan baik dan sentiasa senyum.
Kak Dayang amat berbangga dengan anak muridnya yang
dapat belajar tarian zapin ini dalam masa yang agak singkat.
Kesungguhan mereka jelas terpancar semasa latihan
tarian."Dipersilakan kumpulan seterusnya kumpulan Sri Gemalai
dengan tariannya, tarian Zapin Ya Salam".
Apabila lagu mula dimainkan, mereka terus memulakan
langkah tarian sambil tersenyum. Melihat persembahan mereka,
tiada satu pun kesalahan. Semuanya berjalan dengan sungguh
lancar.
88
"Baiklah, kita ada dua kumpulan yang berentap untuk
tempat kedua dan tempat pertama. Antara kumpulan Galang
Maya dan kumpulan Sri Gemalai. Tempat kedua disandang oleh
Kumpulan Sri Gemalai!” umum pengacara majlis.
Mereka semua bersorak kegembiraan, walaupun tidak
mendapat tempat pertama dan tidak dapat mengalahkan
kumpulan Galang Maya, Nor dan ahli kumpulannya tetap berasa
amat gembira dengan keputusan itu. Walaupun mereka baru
sahaja terlibat dengan bidang tarian ini, namun mereka telah
berjaya mempersembahkan tarian zapin dengan baiknya. Kak
Dayang gembira melihat semangat dan minat menari anak
muridnya.
"Nanti kita belajar lagi tarian zapin dan tarian tradisional yang
lain dengan lebih mendalam lagi." kata Ani. " Betul tu saya suka
tarian zapin ni." sahut Ali.
"Kita masih banyak peluang. Masih banyak pertandingan di
luar sana" tambah Mawar. Nor terharu melihat semangat rakannya.
"Kak Dayang ada hadiah untuk kamu semua. Kak Dayang
akan taja kamu semua ke sebuah 'Bengkel tarian tradisional’ pada
hujung minggu ni. Hadiah ini Kak Dayang bagi supaya kamu semua
lebih meminati dan tidak berputus asa untuk mengangkat seni tarian
tradisional negara kita."
"Yayyy" serentak mereka menjerit kegembiraan. Minat
mereka terhadap tarian tradisional juga semakin mendalam.
NORISMALIZA BINTI ALI BASAH
89
TERIMA KASIH JIRAN
Pinnn…. Pinnnnnn…….
“Semua dah siapkah?” soal Pak Kamal sambil menekan hon
keretanya. Menunggu Amri dan isterinya bersiap-siap untuk
berpindah ke kampung. Sememangnya rutin yang selalu dilakukan
oleh Pak Kamal adalah menunggu anak dan isterinya bersiap.
“Ya ayah, sudah.” Amri meluru ke kereta sambil melihat
rumah yang akan ditinggalkan. Rumah yang memberi banyak
kenangan kepadanya sejak kecil. Air jernih bertakung di mata.
Akhirnya titis demi titis air matanya mengalir ke pipi. Pasti rindu
kenangan dan rakannya Zubir dan Aiman.
Amri merupakan seorang anak usahawan yang tinggal di
bandar. Namun syarikat ayahnya, Pak Kamal telah mengalami
masalah kewangan atau lebih mudah difahami syarikatnya sudah
bankrap. Oleh sebab itu, mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke
kawasan yang tidak memerlukan kos hidup yang tinggi. Mereka
mula berpindah ke kampung bagi menampung kehidupan keluarga
secara sederhana.
“Haaa, inilah rumah kita yang baharu. Ayah harap kita
dapat selesakan diri di rumah ini ya. Barang-barang yang lebih ayah
dah suruh Pak Cik Badul hantarkan naik lorinya.” Ujar Pak Kamal
sambil meninjau-ninjau kawasan rumah baharunya. Rumahnya
dipenuhi sawang dan daun-daun hijau, mungkin sudah lama
ditinggalkan.
“Baik ayah.” Amri hanya mengangguk sambil mengangkat
barangnya ke dalam rumah.
“Zalina, nanti jangan lupa buang habuk dulu. Aku ni resdung
dan alahan. Teruklah kalau habuk tu masuk dalam hidung ini.
Memang tak tenang hidup aku harini”. Ayah memang alah dengan
habuk. Pernah sekali ayah menolong rakannya mengemas rumah,
sehingga perlu ditahan dalam wad. Doktor memberitahu ayah
mempunyai penyakit alahan yang teruk dengan habuk.
“Baik bang,” ujar isterinya sambil mengelap almari yang
dipenuhi habuk. “Ayah, esok Amri dah mula sekolah ke?” tanya Amri.
“Ya, esok Amri dah boleh pergi sekolah. Sekolah Amri di
kawasan sini sahaja. Esok pagi ayah hantar Amri tapi balik Amri naik
bas ya. Ibu dan ayah sibuk minggu ini.”
Amri mengangguk.
90
**********
Kringggg kringgggg
“Baik murid-murid. Kita ada murid baharu hari ini. Amri sila
perkenalkan diri.” Ujar guru kelas baharunya.
“Nama saya Amri. Saya baru sahaja berpindah ke sini.” Amri
yang bertubuh kecil dan mempunyai lesung pipit di pipinya mula
memperkenalkan diri. Suara serak basah Amri memperkenalkan diri
menyelubungi kelas.
“Hai Amri. Selamat datang ke kelas kami 5 Hanafi.” Seorang
lelaki bertubuh gempal dan berkaca mata berdiri lantas
melambaikan tangannya sambil menunjukkan tempat duduk
kepada Amri.
“Hai Amri. Nama saya Rajit dan ini kawan saya Ah Sang.”
Amri tidak melayan sapaan lelaki tersebut. Amri berpura-pura
sedang membaca buku sambil terkumat kamit untuk mengelak
daripada diajak berbual. Amri sememangnya tidak selesa
sepanjang keberadaannya di kelas. Rakan kelasnya terdiri daripada
pelbagai kaum. Oleh sebab itulah Amri lebih suka bersendirian
semasa di sekolah.
“Kenapa mereka berkawan tanpa melihat kaum mereka
sendiri. Mereka tidak takutkah apabila berlaku pergaduhan akan
menyebabkan pembunuhan antara satu sama lain.” Amri
bermonolog. Amri mudah terpengaruh dengan drama yang
ditontonnya. Dia merasakan apabila berkawan dengan rakan yang
berbeza kaum boleh menyebabkan pergaduhan besar sehingga
membunuh apabila mempunyai masalah sesama sendiri.
“Baik semua, selamat pulang. Berhati-hati semasa balik nanti
ya.” Nasihat guru kepada murid-muridnya.
Semua murid bergegas memasukkan buku dan peralatan
tulis ke dalam beg galas mereka. Kemudian, meluru dan berlari
keluar untuk mendapatkan tempat duduk di dalam bas.
Amri meluru ke perhentian bas, dia melihat dua pasang
mata melihatnya dengan senyuman. Walau bagaimanapun, Amri
mengabaikan lirikan mata mereka dan meneruskan langkahnya.
Kemudian, dua orang budak lelaki menghampirinya.
“Amri, kenal saya? Saya Rajit rakan sekelas kamu.” Ujar Rajit
sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Amri
sebagai tanda perkenalan tetapi malangnya ditepis oleh Amri. Amri
menjeling 90 darjah kepada mereka berdua. Amri terus meluru
91
masuk ke dalam bas meninggalkan dua sosok asing yang jelas
menunjukkan kesedihan pada raut wajah mereka. Rajit dan Ah Sang
saling berbalas pandangan sebelum melompat masuk ke dalam bas.
“Hei kau orang bandar kan? Kenapa kau sombong sangat?”
seorang lelaki bertubuh tinggi menolak kepala Amri sambil
melonggarkan tali lehernya persis samseng jalanan. Amri hanya
mendiamkan diri yang menyebabkan lelaki tersebut berang dan
hampir memukul Amri. Amri bernasib baik kerana Rajit dan Ah Sang
sempat bertindak meleraikan pergaduhan tersebut. Namun
demikian, masih berat mulut Amri untuk mengucapkan terima kasih
atas pertolongan mereka berdua.
“Nah satu ringgit!” Amri menghulurkan duit kertas seringgit
kepada pemandu bas kemudian meluru ke perkarangan rumahnya.
Dia merasakan seseorang mengikutinya turun dari bas. Rupanya
Rajit iaitu budak lelaki india yang sekelas dan membantunya semasa
di dalam bas merupakan jirannya.
“Dia ini jiran aku? Ah sudah! Habislah lepas ini mesti dia
ganggu aku!” Amri bermonolog sambil berjalan meninggalkan Rajit.
“Amri! Amriiii!!” Rajit mengejar Amri.
“Eh kita berjiranlah Amri. Nanti itu kamu ada masalah atau
mahu kamu belajar boleh jumpa saya.” Ujar Rajit dengan slang
Indianya.
Amri tidak mengendahkan sapaan Rajit dan melangkah laju
memasuki rumahnya. Amri sememangnya tidak pernah mempunyai
rakan selain daripada kaumnya. Oleh sebab itu, Amri tidak mahu
berkawan dengan Rajit dan Ah Sang rentetan dimomokkan dengan
drama-drama negatif di kaca televisyen.
NURIN SYAFIQAH BINTI ABD HAMID
92
‘SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH’
Setiap hari Azim selalu pergi ke sekolah bersama rakan
baiknya iaitu Haikal. Mereka pergi ke sekolah menaiki basikal.
Walaupun mereka mempunyai hubungan yang rapat, namun
mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Dari segi kebersihan,
Haikal jauh lebih kemas dan bersih berbanding Azim.
“Tuup, tuup” Haikal menepuk kasut. “Hmm sebaik tak kotor,
hampir-hampir terkena tanah” getusnya sendiri. Lama memerhati
baru Azim mula bersuara. “Ishh kau ni, takut betul kalau kasut tu
kotor, lek la” tegur Azim. “Nanti hitam, tak cantikla kasut aku” jawab
Haikal. “Eh, petang ni jangan lupa tau” “bola sepak” ujarnya sambil
tersengih.
Begitulah rutin mereka setiap petang. Setelah habis waktu
persekolahan terus Azim dan Haikal bermain bola sepak di padang
sekolah. Dari jauh kelihatan Haikal yang segak dengan pakaian
sukan. Lama Azim memerhati, kemudian dia memandang sekilas
pada pakaian dan kasutnya. “Ala nanti kotor juga” getus hatinya
lalu berlari mengambil bola dari tepi padang. Mereka terus bermain
sehinggalah langit kelihatan ungu kemerahan menandakan hari
sudah lewat petang. Mereka pun pulang.
Dari jauh Azim sudah terhidu sambal sotong masakan ummi.
Pantas dia mengorak langkah menuju ke dapur. “Zap” Azim menarik
kerusi lalu duduk menjamah makan. “Emmm sedapnya Umi!” jerit
Azim sambil menjilat jari. Umi yang sedang menghidangkan
makanan terkejut melihat perbuatan anak tunggalnya itu lalu
berkata “Azim, alalala kenapa tak basuh tangan dulu? Badan
selemuih dengan tanah, terus makan pula” bebel si umi geram.
Azim hanya tersengih-sengih sambil menyuap nasi pada
tangannya dan berkata “Azim lapar sangat ni umi, sampai lupa nak
basuh tangan. Nanti lepas makan, Azim basuh ye umi.”
“Bertuah punya anak, orang basuh tangan sebelum makan,
bukan lepas makan baru nak cuci tangan” sapa si ayah yang
terdengar perbualan anak dan isterinya dari pintu rumah. Ayahnya
baru sahaja balik dari kedai.
“Alaaa, bukan kotor sangat pun tangan Azim ni ayah” kata
Azim kepada ayahnya. Kebetulan juga Azim sudah menghabiskan
sisa makanannya di pinggan lalu Azim berlari menuju ke biliknya
selepas mencuci tangannya selepas makan. Ibu dan ayah Azim
mengeleng-geleng kepala sesudah melihat gelagat anaknya yang
tidak menghiraukan kebersihan diri.
93
Keesokan harinya, seperti biasa Azim dan Haikal pergi ke
sekolah bersama-sama. Haikal seperti biasa segak dengan
penampilannya yang bersih dan kemas. Azim pula, kelihatan sangat
comot dan kotor. Kasutnya masih bersalut tanah ketika bermain
bola sepak tempoh hari.
“Eh Azim, kenapa kotor sangat kasut kau tu?. Kau tak basuh
ke semalam ? Aku tengok cuaca elok je panas terik, takde pula
hujan “ Kata Haikal kepada Azim
“Arghh, aku malas lah nak cuci semalam. Masih elok je kasut
ni aku tengok”. Balas si Azim kepada Haikal.
“Azim, kau tak kisah ke kasut kau kotor macam tu? Mak aku
cakap kalau guna barang yang kotor, nanti mudah kena penyakit.”
soal Haikal.
Azim tidak menghiraukan pertanyaan Haikal. Dia bernyanyi
sambil mengayuh basikalnya. “Nanti aku basuhlah.” “Kalau rajin,
hehe” sambungnya ringkas
“Kau tak takut ke kena penyakit tangan kaki dan mulut tu?
Orang cakap penyakit tu boleh jadi serius tau kalau tak jaga
kebersihan” kata Haikal.
“Takkanlah sebab aku tak cuci kasut je, terus kena penyakit
tu. Takde lah. Kau ni Haikal, macam-macamlah.” kata Azim.
**************************
“Maaf cik, anak cik disahkan HFMD” ulas doktor “Ohh
penyakit apa tu doktor, tak pernah lagi saya dengar”. “Penyakit ini
penyakit berjangkit. Mungkin anak cik dijangkiti semasa pergi ke
tempat awam seperti pusat membeli belah. Sepatutnya, anak cik
perlu kerap membasuh tangan selepas keluar berjalan dan rajin
mandi supaya dapat elakkan penyakit tersebut dari menjangkiti
badan”.
“Jadi bagaimana keadaan dia doktor, okay ke?” “Buat
masa sekarang keadaan anak cik agak teruk. Badannya begitu
lemah dan penuh ruam sehingga kulitnya menjadi lepuh.” tenang
jawapan si doktor.
**************************
Azim, azim! Sabar, kuatkan semangat! Jerit ibu dari luar bilik
kecemasan. Dia sudah cemas melihat anaknya yang kelihatan
tenat. Badannya begitu panas dan kelihatan kurus sehingga
94
menampakkan rangka. Sepanjang empat hari di hospital, beratnya
sudah menyusut 3 kg.
Dari jauh kelihatan doktor berkali-kali menggelengkan kepala.
Ibu sudah mula menangis teresak-esak dan meraung. Manakan
tidak, tiga hari yang lepas dia mendapat tahu anak jiran sebelah
rumahnya maut disebabkan HFMD.
**************************
“Termenung ku sendiri ~..” nyanyi seorang jejaka. “Manelah
pergi budak ni..”dalam hatinya. Haikal masih dengan perasaan
sendiri, malas hendak melayankan jejaka tersebut.“Huii Haikal, rindu
aku ke tu?” usik Azim.
Sepantas kilat Haikal menoleh belakang. “Weh, pergi mana lama
menghilang?” soalnya teruja sambil bersalam dengan Azim. “Tak
pergi mana-mana pun, duduk rumah je. Kena ikut saranan Doktor.”
“Saranan doktor???” balas Haikal yang terpingga-pingga “Ha’ah,
aku kena jangkitan kulit hari isnin yang lepas, baru sekarang dapat
masuk sekolah, risau kalau aku pergi sekolah nanti korang terkena
jangkitan” balas si Azim. “Haritu, tiba-tiba tapak tangan dan lutut
aku naik ruam-ruam.” “Aku ingatkan demam biasa, rupa-rupanya
aku dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Mat saleh kata HFMD
gituu.” selorohnya ringkas.
“Haaaa, itulah kau, sudah terhantuk baru nak tengadah.
Jaga kebersihan diri tu penting, badan yang bersih akan
membuatkan tubuh badan kita sihat serta tidak mudah diserang
penyakit” pesan Azim kepada rakan baiknya itu.
Sejak hari itu, Azim telah berubah dan berjanji pada dirinya
untuk mengutamakan kebersihan diri serta sentiasa menjaga
kesihatan dengan baik. Dia juga sentiasa mendengar nasihat ibu
bapa dan rakan-rakannya. Haikal dan Azim sentiasa mengingatkan
diri tentang kebersihan antara satu sama lain supaya tubuh badan
tidak mudah diserang penyakit yang berbahaya.
ISOBEL SANTA ANAK HENRY
95
BUAH TEMBIKAI UNTUK AYAH
Bunyi titisan deras air yang jatuh menimpa lantai kedengaran
jelas dari pintu bilik Zarul, menandakan ayah sedang berwuduk dan
bersedia untuk menunaikan solat Tahajud. Malam yang sunyi
berbalam cahaya dewi malam, ditemani usapan angin sepoi-sepoi
bahasa kini disinari dengan ibadah kepada Tuhan pencipta.
“Wahai Tuhanku, kau jadikanlah hidup kami sekeluarga
dijauhkan daripada ujian kemiskinan, kau jadikanlah tubuh kami
tetap kuat untuk terus menghadap dugaan hidup ini, sesungguhnya
Engkaulah Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, amin,
amin ya Rabbalalamin,” doa Zarul kepada Tuhan dalam solat
Tahajudnya.
Setiap malam, Zarul dan ayahnya bangun dalam masa satu
per tiga malam untuk memohon kepada Tuhan agar nasib mereka
diubah. Azan mula berkumandang Zarul dan ayahnya mula bersiap
sedia untuk menunaikan solat berjemaah di rumah. Kemeriahan di
masjid kini sukar dirasai dek kerana penularan virus Covid-19 di
serata dunia. Terpaksalah mereka solat berjemaah di rumah sahaja.
Sang suria mula kelihatan muncul dari sisipan horizontal
pandangan, cuaca dingin mula menjadi sedikit panas menandakan
pagi mula mendatang. Zarul dan ayahnya sudah bersiap sedia
untuk bertolak pergi ke kebun.
“Brooom, brooom, Zarul dah siap ke belum ?, banyak kerja
nak dibuat kat kebun,” Kata ayah kepada Zarul.
“Baik ayah, Zarul tengah kemas buku ni ayah,” kata Zarul
kepada ayahnya.
Inilah kehidupan Zarul dihujung minggu, pergi ke kebun dan
membantu ayahnya sebagai seorang petani. Namun,
tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar tak pernah diabaikan.
Kebun inilah satu-satunya harta peninggalan datuk kepada mereka.
Kebun mereka tidaklah besar tetapi cukup untuk sayur-sayuran
harian seperti cili, kubis, sawi, kacang panjang dan labu. Tanaman
yang ditanam juga cukup-cukup untuk menampung keperluan
makan mereka. Jika ada lebihan, barulah mereka pergi ke pekan
untuk menjual.
Pada suatu hari, semasa pembelajaran topik keusahawanan
dalam subjek ekonomi, Zarul berfikir panjang dengan kata-kata
cikgunya.
96
“Dalam kehidupan, kita perlulah bijak mencari peluang
seiring dengan usaha dan komitmen yang diberikan untuk menjaya
sesuatu yang dihasilkan,” kata cikgu Rosnah kepada Zarul dan rakan
sekelasnya.
Kata-kata cikgu Rosnah terngiang-ngiang di benak fikiran
Zarul. Dengan rasa ingin tahu yang mendalam, Zarul pergi ke pusat
Bestari untuk membuat kajian mengenai tanaman komersial.
“Ayah, Zarul ada cadangan, apa kata kita cuba tanaman
tembikai di kebun kita, rasanya belum ada yang menanam tembikai
di kampung ini,” kata Zarul kepada ayahnya.
“Kenapa pula tiba-tiba kamu bercadang nak tanam
tembikai, selama ini tanaman kita sudah cukup untuk menyara
kehidupan kita berdua,” balas ayah kepada Zarul.
Perbualan pun berterusan sehingga Zarul berjaya
menyakinkan ayahnya untuk menanam tembikai di kebun mereka.
*Masa berganti masa
Buah tembikai mula kelihatan dan membesar hari demi hari.
Namun, musim tengkujuh yang berlarutan menjadikan hasil buah
tembikai kurang enak. Mereka terpaksa menjual buah tembikai
tersebut dengan harga yang cukup rendah sekadar untuk
mendapatkan pulangan untuk menanam tembikai pada musim
seterusnya. Orang kampung juga banyak mengejek Zarul dan
ayahnya kerana tidak mempunyai ilmu dalam penanaman buah
tembikai. Namun, Zarul dan ayahnya tetap cekal.
“Aku kena bersabar, suatu hari nanti aku yakin buah tembikai
yang terhasil pasti berkualiti. Aku dan ayah kena banyak belajar lagi
cara menanam buah tembikai dengan betul. Kalau kita tidak
berusaha, kita tidak akan berjaya,” bisik hati Zarul.
Hari demi hari, bulan demi bulan berganti, Zarul dan ayahnya
mula belajar cara untuk menanam buah tembikai dengan betul.
“Saya nak kamu tahu, buah tembikai tak boleh dituai pada
musim tengkujuh, nanti rasanya kurang manis. Buah tembikai juga
sangat mementing suhu, iaitu antara 25 sehingga 35 darjah celsius
pada siang hari dan 18 sehingga 22 darjah celsius pada malam hari.
Kamu kena pastikan tanah juga perlu mempunyai keasidan yang
sederhana iaitu mempunyai pH antara 4.5 sehingga 7.0. Kalau tanah
terlalu berasid kamu kena buat proses pengapuran dulu, faham tak?”
kata Zarul kepada pekerjanya.
97
“Faham encik Zarul !” kata para pekerja kepada Zarul.
Taklimat ringkas penanaman buah tembikai yang diBerikan
oleh Zarul mengingatkannya kembali kepada kisah 7 tahun lepas
semasa mereka belum mempunyai kemahiran menanam buah
tembikai. Kini, Zarul hanya mampu bersyukur kerana doanya telah
dimakbulkan oleh Tuhan.
“Alhamdulillah Ayah, Zarul sudah berjaya,” bisik Zarul di hati kecilnya.
AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
98
AKU SEBATANG POKOK KECIL
Aku sebatang pokok. Aku tinggal di dalam hutan di lereng
bukit bersama keluargaku. Kami hidup aman dan harmoni. Kami
tidak bersendirian. Kadang kala ada serangga dan haiwan yang
menjadi rakan kami.
Pada suatu pagi, kami dikejutkan dengan bunyi jentera
jentolak yang kuat. Aku kehairanan melihat jentolak yang besar itu
perlahan-lahan merempuh keluargaku. Satu persatu keluargaku
jatuh terhempas ke tanah. Namun aku yang masih kecil ini tidak
dirempuh. Kemudian mereka diikat pada belakang lori dan dibawa
pergi. Aku keliru dan sedih kerana tinggal aku dan adik beradikku
yang tinggal. Ibu bapa kami telah hilang ditebang oleh manusia.
Pada suatu hari, hujan lebat membasahi bumi. Ditambah
dengan angin yang sangat kuat membadai badanku. Aku cuba
berpaut pada tanah sekuat boleh. Cengkaman akarku kian lemah.
Akhirnya aku dengan pokok kecil yang lain runtuh bersama tanah ke
bawah bukit. Begitulah nasib kami.
ERNA NATASHA BINTI NAIM
99
SI ANJING YANG MALANG
Di sebuah rumah, terdapat seekor kucing dan seekor anjing yang
menjadi haiwan peliharaan sebuah keluarga. Mereka berdua
sangat disayangi keluarga tersebut. Namun pada suatu hari,
keluarga tersebut terpaksa berpindah kerana mengalami masalah
kewangan. Mereka bercadang ingin membawa seekor sahaja
haiwan peliharaan bersama namun tidak tahu untuk memilih sama
ada si kucing atau si anjing.
“Kita lihat siapa yang masuk ke dalam sangkar dulu nanti,
dialah yang akan pindah,” anjing hanya sempat mendengar
tuannya berkata sedemikian.
Anjing pun mulai berasa risau akan nasibnya jika dipindahkan tanpa
tuan mereka. Anjing mula memikirkan strategi untuk menyelamatkan
dirinya.
“Aku kena perangkapkan si kucing supaya aku terselamat,”
salaknya. Lalu anjing pun segera bertemu dengan kucing yang
sedang bermain reben. “Kucing, kamu nak tau? Tadi aku sempat
mencuri dengar tuan kita mengatakan akan meletakkan makanan
mewah di dalam sangkar sekiranya salah seekor daripada kita
masuk ke dalam sangkar terlebih dahulu.” Kucing mula berasa teruja
mendengarnya. Anjing menyambung percakapannya, “Aku rasa
aku sudah bosan dengan makanan itu semua. Apa kata kau yang
masuk ke dalam sangkar pagi esok, mesti kau teringin mahu
makanan mewah.” Anjing mula menghasut kucing.
“Wah, terima kasih anjing! Aku memang inginkan makanan
mewah. Aku nak tidurlah dahulu supaya esok aku dapat bangun
awal untuk masuk ke dalam sangkar.” Kucing mula berangan lalu
beredar ke tempat tidurnya dengan perasaan gembira.
Keesokan harinya, kucing bangun awal dan bersiap-siap
untuk masuk ke dalam sangkar. Kucing mengiau tanda tidak sabar
ingin makan makanan mewah yang lazat. Tuannya bangun sedikit
lambat pagi itu. Kucing bersedia di kaki tangga memerhati tuannya
membukakan sangkar di luar rumah. Si anjing hanya memerhati dari
jauh sambil mentertawakan gelagat si kucing. Anjing menjelir-jelirkan
lidahnya kerana sangat berpuas hati setelah berjaya
memperdayakan si kucing. Usai memasukkan semua barang ke
dalam but kereta, tuannya kemudiannya mengangkat sangkar
tersebut dan memasukkannya ke dalam kereta. Rupa-rupanya,
kucing akan berpindah rumah ke rumah yang lebih besar dan selesa
bersama tuannya. Anjing terkebil-kebil setelah menyedari dirinya
ditinggalkan.
NUR HANI BINTI MD DIAH
100
ATAN YANG DEGIL
Suatu hari tinggal seorang budak bernama Atan di hujung
kampung. Atan pergi ke sungai pada waktu petang bersama
abangnya untuk pergi bermandi manda. Ibu juga sempat berpesan
suoaya jangan bermandi di kawasan yang dalam disebabkan
mereka tidak begitu mahir berenang. Oleh itu, mereka selalu mandi
di bahagian sungai yang cetek.
Namun suatu hari Atan memberontak dan bertekad untuk
mandi di kawasan yang dalam. Dia cuba menunjukkan lagaknya
yang mahir berenang. Tiba-tiba air mula menjadi deras. Atan tidak
berupaya berenang ke tebian kerana tubuhnya telah dihanyutkan
oleh air yang deras. Abang Atan cuba menyelamatkannya dengan
menggunakan kayu namun tidak berjaya.
Di tebing sungai, kelihatan dua orang pemuda sedang
memancing lalu abang Atan pun berteriak meminta pertolongan
daripada pemuda tersebut. Lantas dengan cepatnya, salah
seorang dari pemuda tersebut terjun untuk mendapatkan Atan.
Atan berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke tebian batu.
DANIELSON ANAK TAMA
101
MEMANDANG JAUH
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang
suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup
di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga
berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia,
kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni
dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia
akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang
mempunyai ramai rakan di dalam taman itu. Ada rama-rama,
kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu
dengan aman dan damai. Mereka sering bermain dan menyanyi
bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya
untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari
makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan
tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik
menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang
pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan
lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di
rumahnya tiada makanan.
“Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,”
katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur.
Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang
berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk
mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh
sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang
yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia
keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat
terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada
belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah
mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang.
Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering
mendengar nasihat daripada rakannya.
ASTON ROLAND ANAK JITAM
102
SAMBAL SOTONG MAK
“Adik! Adik! Oh Adik!”.
“Ya emak, adik dah bangun ni!”. Mak mula bersungut
kerana aku lewat bangun lagi kali ini. Sudah menjadi kebiasaan
setiap pagi, diriku yang liat bangun pagi memaksa mak untuk
terjerit-jerit bagai harimau bertempik tak akan makan orang.
“6.30 pagi ni dik oi!, nanti lewat pergi sekolah mak juga
dipersalahkan. Sarapan pagi mak dah siapkan atas meja, makanlah
dulu, isi perut tu jangan biar kosong, nanti sakit perut pula dekat
sekolah nanti,” pesan mak pada aku.
“Ya mak, adik makan ni”
“Duit belanja ada lagi?. Kalau tiada ambil atas peti sejuk tu”.
“Ada lagi ni mak, mak janganlah risau. Adik pergi sekolah
dulu ye.” Tiap hari begitulah rutin harian aku sebelum pergi sekolah.
Mak sediakan sarapan, mak bertanya duit belanja sekolah dan
emak sering ambil berat berkaitan aku. Manakan tidak, aku satu-
satunya anak kesayangan mak, senyum kecil aku sambil melambai
tangan ke arah mak.
“Hari ini aku tak dapat bantu mak untuk buka gerai Nasi
lemak di simpang empat hujung taman seperti biasa. Aku dah
berjanji dengan Haziq untuk tolong ajar Persamaan Linear di kantin
sekolah, maafkan Wan mak,” bisik hati kecilku ini.
“Haziq!, kau faham tak apa aku ajar ni. Kau faham kenapa +
bertukar – bila pindah silang berlaku?”
“Aku faham Wan,” dengan yakin Haziq menjawab.
“Nanti masa rehat kita sambung lagi, dah bunyi lonceng ni.
Jom masuk kelas”.
“Cikgu Murad suruh kamu semua turun pergi Dewan Bitara
sekarang. Bawa pen dengan buku penulisan saja bila turun nanti”,
pesan ketua kelas kepada kami semua. Satu kelas hairan, tak
pernah Cikgu Murad bawa kami belajar di luar kelas.
“Kau jangan berkerut sangatlah Wan, ikut apa yang cikgu
suruh”, sapa Haziq dari belakang sambil menepuk bahuku.
“Sekarang cikgu nak semua buka kasut dan stoking kamu
letak di tepi dewan, pergi dekat paip air sebelah dewan. Harini
cikgu nak ajar kamu semua cara cuci tangan dengan betul, lihat
dan dengar betul-betul!”, tegas Cikgu Murad.
“Pertama, basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih
secukupnya”
“Kedua, gosok tapak tangan”
“Ketiga, gosok setiap jari dan celah-celah jari”
“Empat, gosok kuku pada tapak tangan”
“Kelima, gosok belakang tangan”
“Keenam, bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan
sempurna”
103
“Akhir sekali, keringkan tangan dengan tuala yang kering
dan bersih atau alat pengering tangan”
“Aku, Haziq dan yang lain hanya menggangguk faham,
yang pasti kami semua masih tidak faham kenapa Cikgu Murad
mengajar kami cara mencuci tangan. Bukankah ini sepatutnya
diajar oleh guru Sains. Tiada kena mengena langsung dengan
Bahasa Melayu”, soal kotak kecil hatiku ini.
“Sekarang, cikgu nak kamu semua buat semula apa yang
cikgu ajar tadi”.
“Baik cikgu”.
“Tahu kenapa cikgu tunjuk cara mencuci tangan dengan
betul tadi?”, soal Cikgu Murad pada kami.
“Tidak tahu cikgu”, jawap Nisa ketua kelas kami.
“Kamu semua tahu, tangan kita mudah terdedah dengan
kuman dan bakteria di persekitaran kita. Tangan ialah ejen
pengangkutan paling cekap memindahkan bakteria dan virus
kerana apabila menyentuh muka terutama mata, hidung atau
mulut, organisma halus ini terus sampai ke pintu masuk badan kita”,
terang Cikgu Murad
“Kalau begitu, cara mudah elak daripada terdedah kuman
dan bakteria cikgu?”, sampuk Haziq yang duduk dibelakang aku.
“Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC),
menjaga kebersihan tangan satu langkah paling penting dan
mudah yang boleh kita ambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit
dan penyebaran kuman”, terang Cikgu Murad pada kami semua.
“Cikgu nak kamu semua buat latihan karangan, tulis
karangan umum berkaitan kelebihan menjaga kesihatan, buat juga
latihan karangan bahan rangsangan rujuk buku teks muka surat 66.
Naik cuti sekolah nanti saya semak!”, tegas Cikgu Murad.
“Baik cikgu”, jawap kami semua.
“Musim Covid-19 ni jaga diri, jaga kesihatan”, tambah Cikgu
Murad.
Cikgu Murad memang begitu. Sikapnya yang tegas
membuatkan pelajar di SMK Tinggi Klang ini gerun padanya. Dialah
guru Bahasa Melayu kami, dia juga guru kelas kami. Namun dia
tetap ambil berat pada kami. Buktinya,dia sendiri menunjukkan cara
mencuci tangan dengan betul hari ini, malah dia berulang kali
menyuruh kami menjaga kesihatan dan kebersihan diri tatkala
wabak Covid-19 ini sedang melanda.
“Assalammualaikum mak”
“Waalaikumussalam, adik dah balik? Sini cepat, mak masak
ikan kembung goreng kegemaran kamu ni”,
“Mak, sedap ni, kicap mana mak? Makan dengan nasi
panas sedap ni mak,” sambil beg galas aku letakkan di tepi kerusi.
“Lauk sambal kerang baki jualan pagi tadi ada lagi ni, adik
habiskan ya”
“Sambal sotong dah habis mak?”
104
“Awal pagi dah habis, ramai juga yang beli. Tadi, Pak Cik
Atan kau singgah kedai suruh mak masakkan sambal sotong untuk
esok. Katanya ada majlis doa selamat, esok tolong hantarkan ke
rumah dia ya ”, pinta mak.
“Baik mak”.
Pak Cik Atan adik kepada arwah ayah. Semenjak ayah
meninggal akibat sakit jantung tahun lepas, Pak Cik Atanlah yang
banyak membantu kami. Hari biasa aku berjalan kaki ke sekolah,
namun jika hari hujan Pak Cik Atanlah yang sering menghantar aku
ke sekolah. Pak Cik Atan juga selalu menjenguk kami anak beranak
di rumah. Ya, banyak jasa Pak Cik Atan pada kami sekeluarga.
“Adik! Adikk!, termenung apa?. Tolong mak kuatkan
televisyen tu, mak nak dengar berita” suara mak menghentikan aku
mengelamun.
“Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan
berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi
mengekang penularan Covid-19. Bermakna segala aktiviti negara
meliputi larangan menyeluruh pergerakan di seluruh negara
termasuk aktiviti ekonomi, keagamaan, sosial dan budaya tidak
dibenarkan”, jelas suara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di
kaca televisyen.
Usai kelas tambahan, aku segera pulang ke rumah. Payung
yang dipegang tak mampu menahan panasnya matahari di atas
kepala. Sampai di rumah, terlihat nota kiriman mak ditampal
melekat pada pintu peti sejuk.
“Adik, mak dah masak makanan tengah hari. Lepas makan
jangan lupa hantar sambal sotong ke rumah Pak Cik Atan. Kirimkan
salam mak juga”.
“Mak pergi mana? Selalu pasti ada makan tengah hari
bersama. Sejak mendengar berita semalam, mak berkelakuan pelik.
Malam semalam termenung sampai tengah malam di meja makan.
Pagi ini pula, mak bangun lebih awal daripada kebiasaanya”, aku
kerisauan sesaat.
Habis makan, aku terus bergegas ke rumah Pak Cik Atan.
Rumahnya tidak jauh, selang 3 baris perumahan dari rumah kami
anak beranak. Nampak ramai budak berkeliaran sana-sini, selipar
tersusun rapi, gelak tawa juga kedengaran sampai ke luar pagar
rumah.
“Wan, buat apa termenung kat pagar?, masuklah rumah,”
“Pak cik, mak tak dapat datang. Mak kirim salam tadi”.
“Ha takpelah, sambal sotong tu, letak sahaja di dapur nanti
mak cik kamu hidangkan”, pinta Pak Cik Atan.
“Wan!, datang seorang? mana mak kamu?, sampuk anak
Pak cik Atan.
“Mak tak dapat datang, Wan bawa sambal sotong mak ni”.
105
“Mesti sedap sambal sotong ni, abang buat majlis doa
selamat kecil-kecilan sahaja. Doakan Abang Man selamat buat
umrah bulan depan ya Wan”.
“Amin, Insya Allah bang Man”, balas aku.
“Macam manalah aku boleh lupa, abang Man memang
ada beritahu aku sebelum ini, bulan 4 nanti dia mahu menunaikan
umrah”, bermonolog aku sendirian. Aku renung langit, awan
mendung makin menghitam. Tanda mahu hujan ni, aku bergegas
pulang. Sampai di rumah, mak belum pulang lagi, hati makin tidak
tenang.
“Adik! Adik! Tolong mak, tolong amik kain tuala”, suara mak
dari luar rumah.
“Ni mak, kain tuala. Basah baju mak ni!. Mak pergi mana dari
tengah hari tadi?”
“Mak pergi kedai gantung banner, kemudian mak singgah
dekat pasar beli apa yang patut untuk malam ni”.
“Mak gantung banner untuk apa, kenapa tak ajak adik?
Pasar? Mak biasa pergi pasar pagi-pagi!” aku mengangkat kening
seolah tidak faham.
“Nanti mak beritahu, adik tolong mak masakkan sambal
sotong, mak nak mandi nanti demam pula”, bergegas mak ke bilik
air.
Masak sambal sotong ini mudah sahaja. Bersihkan sotong
hingga bersih. Kemudian tumis bawang kisar hingga naik bau dan
kekuningan.
“Dapat tak masak tu”, sampuk mak dari belakang.
“Dapat memang dapat mak, tapi adik bukan pandai masak
sangat”
Mak terus ke dapur menyambung masak, takut nanti
menjadi cacat-cela. Nampak mak memasukkan cili api, masukkan
cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Mak juga masukkan
asam jawa, dan tunggu sambal menjadi merah tua. Kata mak
orang lain pasti guna asam keping bukan asam jawa, kerana itu
bahan istimewa mak. Masukkan sotong, masak tapi jangan terlalu
lama takut sotong menjadi lembik.
“Orang kita kalau makan sambal, lebih pedas orang lebih
suka”, ujar mak.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah habis juga nasi lemak malam
ini”, sambil kedua tangan mak diusap pada muka.
“Mak? Siapa buatkan banner untuk mak ni? Siapa tolong
tuliskan ini mak?”
“Pak Ngah kamu yang tolong buatkan, Pak Ngah kamu pun
tahu mak tak dapat hadir majlis doa selamat. Sekarang kita kemas,
esok kamu nak ke sekolah. Lewat bangun nanti”, mak memandang
dalam-dalam wajah aku.
Atas katil, aku mengiring ke kanan, aku mengiring ke kiri, aku
pegang erat bantal peluk. Aku masih tak dapat lelapkan mata,
106
renung tajam mataku pada jam di dinding. 12.30 pagi, masih aku
bermonolog dengan diri.
“Kenapa mak meniaga malam? Mak mahu cari duit lebih?
Selama ini mak meniaga pada waktu pagi bukankah sudah
cukup?”, terlelap dek banyak berfikir.
“Awal bangun dik?”
“Adik hari ini dapat tolong mak, kita pergi kedai kemudian
baru adik pergi sekolah ya mak”. Pagi ini aku bangun lebih awal
memang berniat untuk tolong mak.
“Tinggal sahaja kuih atas meja, bekas nasi lemak letak sahaja
atas kerusi, kedai ini biar mak buka. Dah lewat, nanti adik sampai
sekolah lambat”, bimbang mak.
“Baik mak, adik pergi sekolah dulu’’.
“Hati-hati’’, lambai mak dari jauh.
“Kedai ini memang kecil, hanya ada 4 meja sahaja, kerusi
pula tidak lebih 10. Inilah peninggalan arwah ayah. Cita-cita ayah,
selepas berhenti dari membawa lori. Ayah mahu buka kedai nasi
lemak pada pagi hari dan cendol pada tengah hari”, masih segar
dalam ingatan.
“Rabu ni dah cuti Wan, kau buat apa cuti nanti. Jom datang
rumah aku, kita makin PS4”, Haziq pemula bicara.
“Bukan Rabu ini 18 March? Perintah Kawalan Pergerakan
akan berkuat kuasa?”
“Iya, maksudnya kita akan tinggal di rumah dua minggu
tanpa buat apa apa Wan!”, risau Haziq.
“Kerja sekolah banyak Ziq, karangan yang Cikgu Murad suruh
kita buat, kau boleh siapkan awal Haziq”
“Bangun, selamat pagi Cikgu Halimah”, ucap ketua kelas.
Cikgu Halimah merupakan guru Sains kelas kami, beliau juga
merupakan ketua panitia Sains tingkatan 5 di sekolah kami.
Perwatakan sopan, tinggi dan hitam manis orangnya. Tidak
hairanlah ramai pelajar gemar mata pelajaran Sains kerana beliau.
“Kamu semua tahukan negara ketika ini sedang
berhadapan dengan wabak penyakit, kamu tahu apa itu Covid-
19?.Cikgu harap kamu jaga kesihatan sebab wabak ini sangat
berbahaya”, jelas Cikgu Halimah.
“Sebab apa berbahaya cikgu?”, Nisa ketua kelas kami
bertanya.
“Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh
menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Jangkitan Coronavirus
boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa
kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pandemik Covid-19 terbukti
10 kali lebih bahaya berbanding wabak selesema babi atau H1N1”,
terang Cikgu Halimah.
107
Suasana kelas berubah menjadi tegang. Air muka berubah
menjadi bimbang. Satu kelas renung dalam-dalam Cikgu Halimah
yang sedang berdiri di hadapan.
“Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00
tengah malam, 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta
untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak
berkuasa”, sidang akhbar Majlis Keselamatan Negara.
“Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah
sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas.
Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang
sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.”, semakin tegang
berita yang disampaikan di kaca televisyen.
Hari ini 18 Mac 2020, pasti ramai rakyat Malaysia sedang
duduk di hadapan kaca televisyen di rumah. Tidak kurang juga yang
mendengar di corong radio mendengar sidang akhbar oleh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ehe’k,ehe’k”, batuk mak semakin kuat hingga kedengaran
di ruang tamu.
“Mak, adik bawa air, mak minum dulu ya,”.
“Adik, tolong ambil ubat di meja buku”, pinta mak.
“Mak kena rehat mak, sudah lima hari mak meniaga siang
dan malam. Mak penat sangat ni, rehat ya mak”, sambil aku
mengurut lembut bahu mak.
Mak sudah masuk dua hari demam, kata mak minum air
putih banyak dan telan ubat demam sudah cukup untuk surut
demamnya. Sejak mak mendengar 18 Mac akan bermulanya PKP di
kaca televisyen. Mak mula bekerja keras meniaga siang dan malam.
Sejak lima hari ini juga mak sering aku lihat suka termenung lama di
dapur. Pernah sekali, cili kisar yang ditumis hangus dek mak
termenung lama. Mak juga pernah melecur di tangan kerana
panasnya kuah sambal sotong.
“Tepat 8.30 pagi. Ya, aku lewat bangun lagi. Manakan tidak,
PKP yang sudah masuk hari ke-12 membuatkan jadual tidur tidak
seperti kebiasaan”, sambil renungan tajamku pada jam di dinding
bilik.
Baru sahaja aku keluar ke bilik, terlihat mak sedang
termenung di meja makan. Makin langkah menghampiri, makin aku
lihat mak menangis.
“Mak, kenapa ni mak”, pantas mak mengesat air mata.
“Tiada apa dik”
“Mak, ceritalah pada adik. Kenapa mak suka termenung
seorang diri, kenapa mak menangis ni”, pinta aku.
“Mak risau, sampai bila kita mahu duduk rumah dik. Bila PKP
mahu habis adik, mak tak dapat meniaga. Duit simpanan makin
lama makin berkurang. Mak malu dengan Pak Ngah, kadang kala
108
dia hantar beras, dia juga hantar telur papan ke rumah. Mak tidak
mahu menyusahkan orang”.
Sebenarnya, mak meniaga siang malam sebelum ini kerana
mak tahu perlu menyimpan duit saku untuk PKP ini. Mak tahu tak
boleh berniaga, mak tak dapat buka gerai, sambal sotong masakan
mak juga tak dapat djiual dengan orang kampung lagi.
“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dilanjutkan
bermula 1 April sehingga 14 April. Sepanjang PKP berkuatkuasa,
sasaran utama masih kekal sama iaitu untuk memutuskan rantaian
penularan wabak COVID-19 di negara ini”, pesanan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terdengar dari kaca televisyen
rumah.
“Ya Allah, maafkanlah kami. Permudahkanlah kami,
hilangkanlah wabak ini. Murahkanlah rezeki kami, bantulah kami Ya
Allah, agar kami dapat berniaga seperti sediakala”, pintaku merayu
dalam hati pada Sang Pencipta.
MOHAMAD IRWAN BIN SUGIYO
109
KERANA SEGURIS LUKA
Bumi Sarawak dibasahi hujan lagi. Musim tengkujuh kini tiba setelah
beberapa purnama menyepi dan menyembunyi diri. Aku termenung
di beranda teratak usangku. Merenung rintik-rintik hujan yang menitis
deras dari atas bumbung nipah. Indah. Cukup indah. Seperti titisan
kristal yang berkilauan. Silir yang menghembus lembut sungguh
menenangkan jiwa. Acap kali aku terleka dengan sapaannya yang
lembut pada pipiku. Aku memejamkan mataku sejenak. Menikmati
nikmat damai yang sudah lama tidak aku rasai. Peristiwa sedekad
yang lalu tiba-tiba tertayang pada layar mindaku.
…….
“Pehah, teman ibu ke pekan nak. Ibu nak beli barang dapur
sikit”, ujar ibuku dengan nada romantis. Mana taknya, nada itu
memang kerap kudengar tiap kali ibu ingin meminta bantuanku.
Kiranya nada romantis digunakan agar aku lembut hati untuk
meringankan tangan membantunya. “Ala bu, Pehah penat lah.
Pehah nak belajar. UPSR tak lama lagi. Ibu nak tengok anak ibu yang
cantik ni gagal UPSR ke?”, bentakku dengan nada sedikit sinis.
Vokalku juga sedikit tinggi saat itu. Ibu tersenyum mendengar
alasanku.
“Sekejap je Pehah. Bukannya lama pun. Kalau kau
menghadap buku tu tak guna jugak kalau fikiran melayang jauh
Pehah oii. Sekali sekala kau kena lah jugak hirup udara segar kat luar
tu. Takkan nak terperap kat rumah je. Nanti orang kampung cakap
kau tu kera sumbang. Kau nak?”, balas ibu dengan panjang lebar.
Aku terdiam sejenak. Memikirkan hujah balas. “Tapi bu........”, aku
masih berdalih. “Dah. Takda nak tapi tapi lagi. Ibu nak kau teman
ibu jugak. Ibu tak kira”, ujar ibu dengan tegas. Aku mengalah.
Terdiam seribu bahasa.
Aku lantas masuk ke bilik untuk berkemas dengam muka
yang masam dan monyok. Usai berkemas, aku dan ibu berjalan kaki
ke jeti. Kami menaiki penambang untuk ke pekan. Sudah menjadi
kelaziman bagi penduduk kampung di sini untuk menggunakan
pengangkutan air sebagai alternatif ke pekan seberang dengan
lebih cepat. Tambangnya pun murah. Hanya 50 sen seorang.
Almaklumlah, perkampungan nelayan begitulah realitinya. Kami
lebih selesa hidup dalam kesederhanaan tanpa pembangunan
kerana hubungan kemasyarakatan di kampung kami lebih erat dan
kami hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing tanpa
pembangunan yang moden. Asal ada sahaja kenduri-kendara, pasti
orang kampung kami akan bergotong-royong.
110
Aku dan ibu tiba di pekan tepat jam 2.30 petang. Matahari
terik saat itu. Panasnya masih membahang. Memek mukaku masih
masam. Marah kerana terpaksa menemani ibuku membeli barang
ditambah lagi dengan cuaca yang panas. Karenah ibuku yang
cerewet ketika membeli barang menambahkan lagi meter
kemarahanku. “Ibu, bila nak balik ni? Tak habis lagi ke barang yang
nak dibeli tu? Pehah laparlah bu”, rungutku. “Sabarlah nak. Kejap
lagi kita balik ye. Ibu tinggal nak beli bawang merah je lagi ni.
Lepastu kita balik ye nak”, balas ibu seraya mengusap lembut
kepalaku. Usapan itu tidak melembutkan hatiku malah
menambahkan lagi amarahku. Aku membebel dalam hati.
Tiba-tiba, ketika aku sedang berjalan mengekori ibuku dari
belakang, sambil menarik muka masam, kakiku terlanggar sesuatu
yang tajam. Barangkali serpihan simen yang retak. Ibu kakiku terasa
pedih. Pedih sepedih-pedihnya. Aku berhenti seketika dek ingin
melihat kakiku yang luka. Darah pekat hangat mengalir pada luka di
hujung ibu jari kakiku. Aku tergamam lantaran takut melihat darah.
Aku bergegas mengejar ibuku yang sudah di hadapan. Sambil
berlari anak. Sambil terhincut-hincut. Kenapa dengan kaki kau tu
Pehah?”, tanya ibu cemas. Aku terkedu. “Takde apa-apa lah bu.
Penat kot. Hehe”, jawabku sambil menyeringai. Cuba untuk
menyembunyikan kesakitan yang aku alami.
Setelah selesai membeli barang, kami bergegas menuju ke
jeti untuk pulang. Aku hanya menanggung kepedihan sambil
mengukir senyuman kelat. Setibanya kami di jeti, hujan mulai turun
dengan lebatnya. Aku dan ibu berteduh di bawah sebuah pondok
berdekatan dengan jeti. Hujan kian lebat. Terdapat beberapa orang
lain yang turut berteduh di bawah pondok itu. Saat itu, aku mula
terfikirkan nasib buruk yang menimpa diriku hari ini. Adakah luka ini
kerana aku kempunan ingin makan lempeng masin sebelum ke
pekan tadi? Atau mungkinkah kerana aku marah pada ibuku tadi?
Pelbagai andaian berlegar-legar di ruang fikiranku. Aku
akhirnya sedar akan kesilapanku. Barangkali luka pada kakiku ini
balasan buatku kerna menderhaka pada ibuku. Aku mendekati
ibuku yang sedang memeluk kemas barang-barang yang dibelinya
tadi. “Ibu, ampunkan Pehah bu. Maafkan Pehah sebab berkasar
dengan ibu tadi. Kaki Pehah luka bu. Mungkin balasan sebab Pehah
lukakan hati ibu”, aku menunjukkan luka pada kakiku. Mataku
berkaca. Air mataku menitis selebat hujan yang membasahi bumi.
Aku menyesal. Sungguh aku menyesal. “Takpe nak. Ibu tak kecil hati.
Nanti sampai rumah ibu sapu ubat pada luka Pehah tu ye”, balas
ibu sambil mengukir sekuntum senyuman manis. Aku dan ibu
berpelukan. Mengendahkan beberapa pasang mata yang
111
memandang. Kesejukan angin yang kurasa lantas hilang dek
pelukan hangat seorang insan bergelar ibu.
Hujan akhirnya teduh selepas setengah jam kami menunggu.
Orang-orang yang berteduh di pondok itu mulai beredar
meneruskan perjalanan mereka. Aku dan ibu lantas menaiki
penambang untuk pulang. Sesampainya di rumah, ibu terus
menyapu ubat pada lukaku. “Terima kasih bu”, ujarku sambil
mencium pipi ibuku. Biarpun hari ini aku penat. Biarpun hari ini aku
ditimpa kemalangan kecil. Aku bersyukur. Kerana luka ini, aku sedar
bahawa syurgaku terletak di bawah kaki ibuku dan aku tidak
sewajarnya bersikap kasar terhadap insan yang telah melahirkan
juga membesarkanku tanpa bantuan seorang lelaki bergelar ayah.
Aku nekad dan aku berazam untuk sentiasa menghormati juga
melayan ibuku dengan mesra.
…….
Lamunanku tersentak dek disapa oleh ibuku. Aku
memeluknya tiba-tiba. “Terima kasih ibu”, bisik hatiku. Ibuku yang
semakin dimamah usia terkejut dengan telatahku. Dia hanya
membalas pelukanku sambil mengukir senyuman. Biarpun mukanya
kini berubah lantaran kedut-kedut yang mulai terlakar pada wajah
bujur sirihnya, namun senyumannya tetap manis seperti dulu. Malah
hanya senyuman itu yang mampu meredakan gusar jiwa juga pilu
hati ini.
Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang insan yang cukup
istimewa dalam hidupku. Biarpun ayahku sudah terlebih dahulu
dijemput Ilahi ketika sedang berjihad mempertahankan maruah
bangsa dan negara. Penuh pengharapan dalam diri ini agar insan
ini bisa melihat dunia lebih lama lagi. Melihat anaknya yang seorang
ini berjaya memegang segulung ijazah. Aku berharap agar bisa
berbakti pada ibuku sebelum dia pergi berjumpa ilahi. Namun, ajal
itu ketentuan Allah Yang Maha Esa. Kita sesungguhnya hanya
mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa.
ABDUL HANIS BIN OTHMAN
112
KASIH SI AIMAN
Aiman termenung di hadapan jendela yang terbuka luas. Hujan
lebat di luar membuatkannya tidak dapat keluar bermain pada
petang itu. Jika tidak, pasti dia sudah bermain bola di padang
bersama rakan karibnya Lim dan Raju.
Lalu, perlahan-lahan dia kembali ke ruang tamu setelah
menunjukkan tiada tanda hujan akan reda. Kesal melanda hatinya
umpama kaca terhempas ke batu kerana hasratnya hendak
bermain di luar tidak kesampaian. Aiman merupakan kanak-kanak
yang aktif, suka meneroka dan bukanlah seorang yang reti duduk
diam di rumah menghadap gajet setiap masa.
Dia lebih gemar ke padang berbanding hanya bermain
permainan video di rumah. Baginya, melakukan aktiviti di luar
memberikannya kepuasan berbanding hanya duduk di rumah
sahaja.
Keesokan harinya, Aiman tidak dibenarkan bermain di luar
rumah oleh ibunya, Mak Siti kerana hari kelihatan mendung
menunjukkan tanda hujan akan turun. Oleh itu, dia hanya bermain
bola di halaman rumahnya yang berbumbung sahaja petang itu.
Tidak lama kemudian, hujan lebat pun turun.
“Aduh, tak puas main seorang diri macam ni! Asyik-asyik
hujan. Tak dapat keluar bermain dengan kawan-kawan” rungut
Aiman sambil berjalan ke paip untuk mencuci kakinya yang kotor
sebelum masuk ke dalam rumah. Maklumlah, main berkaki ayam.
Namun, terdetik hatinya “Ahhhh, pakai air hujan pun boleh”.
Dia terus beralih ke kawasan yang tidak berbumbung.
Semasa membasuh kakinya, Aiman terpandang daun-daun yang
hanyut di dalam longkang. Air longkang yang deras mengalir
menghanyutkan daun tersebut dengan lajunya. Dia yang teruja itu,
terus bermain daun di longkang itu. Habis basah kuyup pakaiannya.
Aiman bukan sahaja mencelupkan tangannya untuk
mengambil daun malah dia turut memasukkan kakinya supaya
menjadi halangan untuk daun tersebut melaluinya.
“Aiman, masuk rumah! Hujan di luar tu!” Kedengaran Mak Siti
memanggil dari dalam rumah. Aiman yang leka bermain terkejut
apabila mendengar suara ibunya itu.
Lantas, dia bergegas masuk ke dalam rumah kerana takut
dimarahi ibunya akibat bermain hujan. Pakaian yang basah
disidainya di luar rumah. Dengan hanya bertuala, dia terus masuk ke
biliknya tanpa mandi terlebih dahulu. Niatnya hanya mahu berehat
sebentar tetapi selang beberapa minit, diapun tertidur dalam
keadaan tidak berselimut, tidak berbaju dengan kipas laju
terpasang di angka lima.
“Tok, tok, tok...” Aiman terjaga apabila terdengar ketukan
pintu yang agak kuat itu. Namun matanya berat hendak dibuka,
badannya terasa sejuk dan kebas sehingga tidak mampu untuk dia
113
bangun atau berdiri. Pintu dikuak dari luar. Bapanya, Pak Zaid
muncul di hadapan pintu.
“Aiman, Aiman! Bangun mandi. Sekejap lagi masuk waktu
maghrib. Jom kita ke surau.” Suara bapanya yang garau itu
kedengaran sayup di telinganya. Pak Zaid yang pelik melihat reaksi
anaknya yang tidak menyahut atau bergerak itu terus bergerak
menghampiri Aiman. Laju tangannya diletakkan ke dahi anak
lelakinya itu.
“Panas badan kamu ni Aiman.” Ucap Pak Zaid. Tanpa berfikir
panjang, dia memanggil isterinya untuk mengambilkan peti
pertolongan cemas mereka di stor simpanan. Sebagai bapa dan
ketua keluarga, Pak Zaid sudah menyediakan bekalan seperti ubat-
ubat umum dan alat bantuan kecemasan untuk kegunaan
kecemasan mereka sekeluarga.
Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga seperti kata pepatah
sediakan payung sebelum hujan. Pak Zaid mengeluarkan dan
memberi sebiji panadol berserta setengah gelas air mineral kepada
anaknya.
“Selepas solat, Aiman rehat sahaja di bilik. Nanti, ayah minta
ibu sediakan bubur untuk Aiman.” Aiman menganggukkan
kepalanya sebagai tanda faham kepada bapanya itu. Sejurus
selepas itu, Aiman terlelap kembali akibat kesan mengantuk ubat
demam yang dimakannya itu.
Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Silauan terang cahaya
matahari yang menerobos masuk jendela bilik Aiman telah
menyuluh matanya sehingga menyebabkannya terjaga daripada
tidur. Kelihatan ibunya tenang menemaninya di sisi katil sambil
membaca majalah masakan Rasa keluaran terbaharu bulan itu.
Aiman berasa serba salah kerana keadaannya yang tidak
sihat itu telah menyusahkan kedua ibu bapanya. Mereka bergilir-gilir
menjaganya sejak semalam lagi. Mana tidaknya, dia yang deman
panas itu turut muntah-muntah, sakit kepala dan muncul ruam
merah yang gatal di betis dan lengannya sejak malam tadi. Setiap
enam jam, pasti dia akan dikejutkan oleh mereka untuk menelan
sebiji pil panadol yang disediakan oleh bapanya.
“Aiman, jom ke klinik. Buat pemeriksaan kesihatan. Khabar
angin, semalam ada jiran taman kita yang disahkan suspek demam
denggi semasa ayah berborak dengan Pak Abu di surau malam
tadi.” Beritahu bapanya yang muncul di hadapan pintu biliknya.
Lalu, beliau menyambung lagi, “Ayah nak Aiman cepat
sembuh, sihat dan ceria seperti biasa. Boleh bermain dengan Lim
dan Raju petang-petang.” Pujuk bapanya itu lagi.
Aiman akui, demamnya tidak surut-surut sejak semalam
meskipun dia sudah makan ubat mengikut dos dan jadual yang
disarankan seperti yang tertulis pada panduan kotak ubat
berkenaan. Perlahan-lahan Aiman bangun dan mula bersiap
mengenakan pakaian yang lebih kemas dan sopan sambil dibantu
114
oleh ibunya kerana badannya masih lemah dan perlukan bantuan
untuk berdiri.
Sekembalinya mereka dari klinik, Aiman sambung berehat di
biliknya. Dia lega kerana tidak disahkan positif demam denggi. Hasil
ujian darah dan pemeriksaan yang diambil di klinik membuktikan
bahawa Aiman hanya demam panas yang biasa sahaja.
Teringat dia akan kata-kata doktor di klinik tadi. Suhu
badannya meningkat disebabkan badannya kesejukan setelah
terdedah dengan air hujan dan angin kipas yang kuat tempoh hari.
Ruam yang disangka simptom awal penyakit demam denggi
pula timbul kerana dia tidak segera membersihkan dirinya setelah
bermain air longkang sewaktu hujan semalam.
Kulitnya alah kepada air longkang yang kotor. Oleh itu, dia
perlu menyapu krim yang dibekalkan oleh doktor dari klinik itu. Rasa
gatal dan pedih ruam di tubuhnya itu menyebabkan Aiman insaf
atas kesalahannya itu sendiri.
Dia sedar, pentingnya mandi dan membersihkan diri selepas
bermain di luar atau terdedah dengan air hujan atau kotoran seperti
air longkang agar tubuhnya bersih dan terhindar daripada penyakit.
Petangnya itu, hati Aiman dilambung kegembiraan dan lebih
bermakna apabila Lim dan Raju datang mengunjunginya setelah
mengetahui dia demam panas.
Kedua-dua mereka turut membawa buah tangan. Lim
membawa buah limau yang kaya dengan vitamin C untuk
meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit manakala Raju
membawa beberapa bungkus air kelapa muda di tangannya yang
dapat meredakan panas dalam badan kerana mengandungi
kandungan elektrolit yang tinggi.
Hidup dalam keluarga yang penyayang dan dikelilingi rakan
yang baik membuatkan Aiman bersyukur. Sesungguhnya dia adalah
antara orang yang beruntung kerana dikurniakan ibu bapa dan
mengenali rakan-rakan yang prihatin akan dirinya.
MUHAMMAD NOOR AYYUB BIN ADNAN
115
KASIH SEORANG KAKAK
Keluarga miskin sering dianggap tidak berguna. Walaupun mereka
miskin, tetapi mereka kaya dengan budi bahasa. Terdapat sebuah
keluarga yang menetap di Sandakan, Sabah yang miskin harta
tetapi kaya budi bahasa dan kasih sayang. Itulah keluarga Pak Yah
atau Yahya dan isterinya Salmah serta dua orang cahaya mata
yang bernama Hana dan Helmi. Hana Balqis Binti Yahya nama
penuhnya, Hana pula ialah panggilan manjanya.
Hana mempunyai seorang adik lelaki bernama Helmi.
Adiknya berusia lapan tahun. Walaupun masih kecil, Helmi ini sangat
suka menolong ahli keluarganya. Keluarga Hana sangat jarang
bertikam lidah. Hubungan antara Hana dan adiknya ibarat isi
dengan kuku. Hana sekarang berada di Universiti Kebangsaan
Malaysia melanjutkan pengajian. Hana mengimbau kembali
peristiwa bersama adiknya beberapa tahun dahulu.
“Kak, lambat lagi ke waktu berbuka? Helmi dah tak tahan ni”
rungut Helmi ketika waktu berbuka puasa semakin hampir.
“Lambat lagilah Helmi, ada kira-kira setengah hari lagi.” ujar
Hana yang memang suka mengusik adiknya. Waktu berbuka hanya
kurang satu jam sahaja. Helmi mencebik ke arah kakaknya itu
kerana dipermainkan.
“Lambatnya bunyi azan,lambatnya.” rungut Helmi lagi. Hana
hanya ketawa menyaksikan gelagat adiknya itu dan ibu bapa
mereka hanya tersenyum sahaja. Mereka sudah biasa dengan
perangai Helmi yang tidak sabar apabila menjelang waktu berbuka.
Sebanyak sahaja azan Magrib berkumandang, Helmi terus
mencapai gelas dihadapannya dan meneguk air sehingga habis.
Kakak dan ibu bapanya terkejut menyaksikan gelagat Helmi
tersebut.
“Aahai… tak baca doa berbuka puasa ke?” tegur ayahnya.
“Maaf ayah. Helmi tak sempat baca doa berbuka kerana haus
sangat. Tapi, Helmi sempat baca Bismillah.” ujar Helmi manja. Kakak
dan ibu bapanya ketawa menyaksikan gelagat Helmi itu. Hana
menangis sendiri ketika mengimbas kenangan bersama adiknya.
Rakan sebiliknya, Ju meluru masuk ke arah bilik.
“Hana kenapa awak menangis?” tanya Ju.
“Tak ada apa-apa. Cuma rindu dengan keluarga di sana.”
balas Hana bersahaja.
116
“Oooo.. biasalah tu, saya pun rindu dengan keluarga saya
yang tinggal di Sarawak itu.” ujar Ju lagi. Ju adalah gadis berbangsa
Bidayuh yang berasal daripada Kuching, Sarawak. Manakala
keluarga Hana pula berbangsa Dusun berasal daripada Sandakan,
Sabah. Mereka berkenalan semasa sesi suai kenal di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Semenjak itu, mereka menjadi sahabat baik.
“Kalau awak ada apa-apa masalah luahkan saja kepada
saya. Saya sedia membantu awak.” ujar Ju sambil tersenyum. Hana
sangat bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan sahabat yang
baik seperti Ju.
“Saya pergi jumpa kawan saya sekejap. Nanti saya datang
balik. Janganlah asik mengelamun sahaja.” ujar Ju sambil keluar dari
bilik. Sejurus selepas Ju keluar, Hana kembali mengimbau peristiwa
semasa hampir menyambut Hari raya Aidilfitri.
“Kak, kenapa tahun ni kita tak ada baju raya baharu kak?”
soal Helmi ketika mereka bersama-sama membakar lemang. Hari itu
ialah hari raya kedua akhir Ramadhan sebelum Syawal menjelma.
“Baju raya tahun lepas masih ada lagi kan?” soal Hana
kembali tanpa menjawab soalan adiknya.
“Tapi kak, baju raya tahun lepas sudah pudar warnanya.
Helmi berasa malu apabila pergi ke rumah kawan pada masa raya
nanti.” kata Helmi kepada kakaknya.
Air mata Hana bergenang. Tersentuh hatinya apabila Helmi
menyatakan hasrat hendak memakai baju raya yang baharu. Hana
tahu kehidupan mereka yang ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang menyebabkan mereka tidak mampu
membeli baju raya.
Sebaik sahaja lemang selesai dibakar, Hana mengajak
adiknya berehat di sebuah pondoh di tepi rumahnya.
“Helmi, pendapatan ayah sebagai nelayan tidak menentu.
Kadang-kadang ayah membawa pulang RM30 sahaja. Itu pun untuk
makan minum sahaja dik, belum lagi belanja persekolahan kita
berdua. Helmi sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai baju
untuk dipakai. Cuba Helmi saksikan terhadap saudara kita di Syria
dan Palestin, mereka tidak memakai baju raya semasa Hari Raya.
Hal ini kerana nyawa mereka sentiasa ibarat telur dihujung tanduk.
Pergerakan mereka terbatas disebabkan peperangan yang berlaku.
Kebanyakan pakaian mereka hangus disebabkan tempat mereka
sentiasa diserang. Tetapi mereka masih bersyukur walaupun hidup
117
serba kekurangan. Bukan kita sahaja yang susah, ada lagi orang lain
yang lebih susah.” panjang lebar syarahan Hana terhadap Helmi.
Helmi tersentak. Kini dia mengerti bahawa bukan mereka
sahaja yang susah, ada lagi orang lain yang lebih susah daripada
mereka. Helmi berasa malu kerana gagal memikirkan kehidupan
keluarganya.
“Kak, Helmi mintak maaf. Helmi sepatutnya tidak berkata
begitu. Maafkan
Helmi kak” Kata Helmi sebak.
Hana tersenyum melihat adiknya itu. Dia amat gembira
kerana mempunyai adik yang seperti Helmi. Dia memeluk adiknya
itu. “Tidak mengapa dik, kakak tak marah pun” Balas Hana lembut
sambil mengusap kepala Helmi dengan penuh kasih sayang. Dia
berjanji yang dia akan membuat kejutan untuk adiknya semasa hari
raya nanti.
Pada malam raya, semasa ahli keluarga yang lain dibuai
mimpi, Hana dengan ditemani cahaya lampu minyak tanah,
sedang bertungkus lumus melakukan sesuatu. Menjelang esok hari,
ketika semua ahli keluarga Hana berkumpul untuk bermaafan, Hana
menyembunyikan sesuatu di belakangnya. Semasa Helmi meminta
maaf kepada kakaknya, kakaknya tiba-tiba menunjukkan sesuatu
kepada Helmi.
“Nah Helmi! Baju raya baharu untuk kamu, semalam kakak
jahitkan.” Kata Hana.
“Bukankah ini kain selimut kakak?” Helmi bertanya kepada kakaknya.
“Macam mana kakak nak tidur nanti? Tak sejuk?”
“Tak mengapa Helmi, kakak tak kisah. Kakak lebih suka
melihat Helmi
gembira.” Balas Hana tersenyum manis.
Kelopak mata Helmi bergenang. Tidak sangka begitu sekali
pengorbanan kakaknya untuk menjayakan kehendak Helmi itu. Ibu
bapa mereka mengucapkan tahniah kepada Hana kerana berjaya
menggembirakan Helmi. Helmi terus merangkul kakaknya sambil air
matanya menitis gembira.
Pada tahun pertama pengajiannya, Hana telah mendapat
khabar bahawa adiknya menghidap penyakit leukimia. Hana
beristighfar panjang. Kelopak mata Hana terus mencurahkan air
mata. Patutlah pada sebelum tahun itu Helmi bersemangat mahu
memakai baju baharu. Rupa-rupanya ada peristiwa yang akan
118