The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by agmohdfirdausbinagaji, 2022-04-18 22:57:27

Koleksi Ceritera Bitara

BABAK 2



MASA : Siang
TEMPAT : Ruang tamu rumah Dato Mukhirs
MUZIK : Instrumental (Lagu 40an) R. Azmi – Baju Kancing
swasa
(Sepawi bertemu dengan Dato Mukhris dan Dayang Saedah dalam
suasana penuh ketegangan)

10. SEPAWI : Assalamualaikum Dato dan Datin (Menghulur tangan
tetapi tidak disambut).
11. DATO MUKHRIS : (Mengawal rasa serba salah) Oh! Tak sangka
sungguh! Kau rupanya ya! (Melihat Sepawi atas dan bawah)
Emm! Nampak macam sudah menjadi manusia! Ada
perubahan! (Mengejek)
12. SEPAWI : Saya datang nak menuntut janji Dato, Kalau lembu
dipegang pada tali tapi manusia tentu dipegang pada janji.
Saya ingin melamar Salhah!
13. DATIN DG. SEPIAH: (Muncul dari dalam) Oh! budak ni lagi Kenapa?
Sampai sekarang pun kau masih mahukan Salhah! Lupakan
sajalah. Lagi pun kau bukan setaraf dengan kami!
14. SEPAWI : Saya sudah jadi seorang guru. Saya ada ijazah pun.
Saya bukan lagi seorang penganggor seperti dulu! Guru
perkerjaan mulia yang dihormati masyarakat seperti yang
Dato syaratkan kepada saya dulu! Eh! Takkan Dato dah lupa?
15. DATIN DG. SEPIAH : Setakat cikgu! Aku ingat kau dah jadi
lawyerkah! engineerkah! doktorkah! Ini guru! Apalah sangat!
16. SEPAWI : Datin! Walaupun saya hanya seorang guru tapi guru
berijazah! Ijazah perguruan yang diiktiraf. Sama juga seperti
lawyer, engineer atau doktor. Mungkin cikgu itu tidak sehebat
dan semulia pekerjaan lain namun guru adalah mulia di sisi
masyarakat! Tanpa guru, mana mungkin ada jawatan-
jawatan lain seperti yang datin sebutkan itu!
17.DATIN DG. SEPIAH : Oh! Sudah pandai bercakap pula! Maklumlah
dah ada ijazah! Sudah terpelajar!
18. SEPAWI : Dato! Saya datang kerana menuntut janji Dato dan
Datin dulu! Saya sudah menjawat jawatan yang dihormati
masyarakat! Sekarang saya layak mengahwini Salhah! Mana
Salhah Dato?
19. DATO MUKHRIS: (Melihat isterinya dengan rasa cemas dan serba-
salah) Emm! Sepawi. Sebenarnya kamu tidak boleh berkahwin
dengan anak kami!
20. SEPAWI (Terkejut) Apa? Tak boleh kahwin dengan Salhah tapi
kenapa? Dato sudah berjanji bukan? Dato memberi masa
kepada saya. dan sekarang masanya telah tiba!



219

21. DATIN SEPIAH: Dia telah kutunangkan dengan Danial, anak Dato
Supian!
22. SEPAWI : (Marah) Apa ni? Kenapa jadi macam itu. Kalau lembu
dipegang pada tali, manusia pula dipengang pada janji.
Adakah memang perangai orang kaya suka memungkiri
janji?
23. DATO MUKHRIS : Bukan begitu Sepawi. Kami terpaksa tunangkan
Salhah kerana keadaannya yang tidak menentu selepas
kau menghilangkan diri tanpa khabar berita.
24. DATIN SEPIAH : Memang dia dah tak nak pun dengan kamu!
Itulah sebabnya kami terima lamaran daripada keluarga
Dato Sufian. Lagi pun memang setaraf pun dengan kami!
25. SEPAWI : (Marah) Saya tak percaya Salhah buat begitu! Dato
dan Datin sudah berjanji dengan saya! Baiklah saya akan
pergi! Pergi jauh daripada segala kemungkaran ini! Tapi
buat kali terakhir, izinkan saya bertemu dengan Salhah!
Mana dia Dato?
26. DATIN SEPIAH : Salhah tak ada!
27. SEPAWI : Kenapa pula tidak ada? Dia ke mana?
28. DATO MUKHRIS : Dia dah lari meninggalkan rumah ini. Dia tak
mahu dipaksa bertunang dengan Danial. Sudah lama
kejadian ini berlaku. Puas sudah kami mencarinya tapi tidak
juga berjumpa..
29. SEPAWI : (Terkejut) Lari! Ini semua salah Dato dan Datin!
Barangkali juga balasan Tuhan pada orang yang suka
mungkir janji!
30. DATO MUKHRIS: (Nada sedih) Maafkan kami Sepawi!
31. SEPAWI : (Bertegas) Saya akan mencarinya! Ya! saya akan tetap
menjejakinya sehingga bertemu! Saya bersumpah saya
akan menjejakinya sehingga ke hujung nyawa sekali pun!
Oh! Salhah! di manakah kau!

(Lampu dimalapkan)




BABAK 3
(Tamat Pengajian Madrasah)

MASA : Bila-bila Pagi
TEMPAT : Madrasah Melayu Kampung Jawa
MUZIK : Instrumental

(Adegan 1)
(Perbincangan di pejabat Jabatan Pelajaran Sarawak)
32. MOHD SAID : (Terkejut) Tuan Alexender. Maafkan saya sebab tak
sangka tuan datang pagi-pagi ini.



220

33. ALEXENDER KEIR : (Pelat Inggeris) Oh! saya ada perkara penting
Kompeni British mahu banyak guru. Sarawak sangat
kekurangan guru. Kompeni British mahu basmi buta huruf di
negeri ini . Banyak orang tempatan Melayu, Iban, Bidayuh
dan ramai lagi di negeri Sarawak ini masih tidak tahu baca,
tidak tahu tulis. British tidak suka itu. Kalau boleh kita mahu
banyak guru-guru bumiputera belajar di Sarawak Malay
Teacher College. Senang jadi guru dan ajar anak bangsa
sendiri.
34. MOHD SAID : Kita boleh ambil pelajar-pelajar dari Maderasah
Melayu Kampung Jawa. Mereka sudah ada asas pendidikan.
35. ALEXENDER KEIR : Oh! itu sudah banyak bagus! You better do
that immediatly! Kita mahu banyak orang. Lagi ramai orang,
lagi bagus!
36. MOHD SAID : Saya rasa ada lebih kurang 30 orang pelajar
lepasan Maderasah Melayu tahun ini tuan.
37. ALEXENDER KEIR : Sebagai permulaan itu sudah bagus. Encik Said
sebagai pengetua Sarawak Malay Teacher College boleh
proactive ya!
38. MOHD SAID : Sudah tentu tuan.
39. ALEXENDER KEIR : Bagus! bagus!


(Lampu dimalap untuk pertukaran adegan)



(Adegan 2)
(Upacara tamat pengajian)
GURU BESAR : (Ucapan) Tuan-tuan yang dihormati sekalian. Tahniah
kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian tahun di
Maderasah ini. Semoga ilmu pengetahuan yang diperolehi
akan dapat dimanfaatkan bagi membangunkan masyarakat
di negeri Sarawak yang masih jauh ketinggalan ini. Saya ada
satu berita baik untuk pelajar-pelajar semua. Tahniah sekali lagi
kepada semua 30 orang lepasan madrasah ini kerana telah
dipilih secdara automatik kompeni British untuk melanjutkan
pelajaran ke Sarawak Malay Teacher’s College. Nama-nama
calon yang terpilih ada di papan kenyataan.
(Adegan 3)
(Perbualan antara pelajar)
40. JAIS : Wah! tahniahlah pok! kita terpilih masuk kolej perguruan
41. UNLUNG : Auk! Jadi jadi cikgulah kita semua!
42. SEPAWI : Jadi cikgu pun bagus juak, boleh bantu masyarakat
celik huruf seperti yang dipadah cikgu besar tadi.
43. JAIS : Kenak kau macam sik happy jak Pawi? Kau sik mauk jadi
cikgukah?




221

44. MALIA : Emm! Eh! terkenangkan gereknya! Anak orang kaya ya!
Anak Dato Mukhris, orang kaya rumah besar di bandar sia! Kau
semua sik tauk?
45. SEPAWI (Menafikan) Pandai-pandai jak kitak semua!
46. JAIS : Benarkah Pawi?
47. UNLUNG : Aku ada dengar juak yang kau bergerek dengan anak
orang kaya ya nak! Main api kau ya!
48. MALIA : Benarlah ko!
49. JAIS : Kau yang bergerek, padah orang lain pula.
50. MALIA : (Malu) Eh! Kau tuk. Apa pula aku! Kitaklah ya!
51. JAIS : Camne pok? Jadikah! Bolehlah kita makan nasi minyak
orang kaya!
52. MALIA : Susah bergerek dengan orang kaya! Ni sidaknya mauk
ngan orang kedak kita tuk!
(Sepawi lalu bangun meninggalkan mereka)
53. UNLUNG: (Marah) Yalah kau tuk! Mulut sik berlesen!
54. MALIA : Eh! Aku bergurau jak ba!
(Semua termangu-mangu)

Lampu dimalapkan tanda pertukaran babak




BABAK 4
(Suai kenal di Pusat Latihan Guru)

MASA : Pagi
TEMPAT : Pusat Latihan Guru Batu Lintang (Bekas Tapak Kem
Tahanan Jepun)
MUZIK : Instrumental (Lagu IPGKBL)
(Pihak urus setia sibuk mengendalikan majlis suai kenal guru pelatih
baru)
55. URUSETIA 1 : Pelatih-pelatih baru sila berkumpul dan mengambil
tempat untuk mendengar taklimat penting daripada pihak
urusetia.
56. URUSETIA 2 : (Berteriak) Cepat! bergerak semua!. Macam mana
nak jadi cikgu kalau lembab kedak tuk! Siapa yang lewat kami
denda! Satu! dua.....
57. UNLONG : Cepatlah! Nanti kena denda pulak!
58. SEPAWI : (Segak bergaya) Kau tuk nang lewat jak jak. Ini bukan
madrasah dulu tauk sik. Kena cepat.
59. JAIS : Kitak semua ada nangga Malia? Sinenya, sik ada pun?
60. UNLONG : Kita tuk dalam kumpulan lelaki! Guru pelatih
perempuan di tempat lainlah! Ada tadi aku nangga dekat
dengan kumpulan perempuan di sia!
61. JAIS : Risau semacam jak kitak?
62. UNLONG: Kekasih kaulah ya!



222

63. JAIS: Ni da!
64. URUSETIA 1 : Semua diam dan dengar taklimat daripada ketua
urusetia!

(Muncul Salhah bersama dengan sekumpulan urusetia)
65. SEPAWI : (Tergamam) Salhah! Eh! Dayang Sahhah!
66. UNLONG: (Separuh berbisik) Bukanlah! Kau tuk kenapa ha! Nanti
kena dendalah pulak!
67. JAIS : (Mengetap gigi) Diammm!
68. SEPAWI : (Teruja) Itu Salhah! Betullah memang nya Salhahl!
69. JAIS : Diammmm! Aku kata!
70.URUSETIA 2 : Dua orang guru pelatih baru di sana ya. Sila keluar ke
tepi! Tak erti bahasakah Masih mauk berloyar lagi
Keluar su=ni!
71. UNLONG : Keluar jak pok!
72. JAIS: Ha! kan dah kena!!
73 URUSETIA 1: Guru-guru pelatih sekalian. Biar kami perkenalkan diri.
Nama saya Daniel.. Itu rakan saya. Namanya Abang Daud.
Akhir sekali saya ingin perkenalkan ketua urusetia kita iaitu
Siti Munira. Dipersilakan beri ucapan.
74. SITI MUNIRA : (Tegas) Guru pelatih baru semua. Nama saya
Munirah. Panggil saya Nira saja. Saya adalah ketua urusetia
minggu suai kenal kali ini. Ingat! semua guru pelatih kena
ikut segala peraturan. Sila tepati masa dan ikut jadual
aktiviti. Saya tidak mahu berlaku sebarang masalah. Sila
berhubung dengan pihak urusetia jika anda ada kesulitan.
Kalau nak jadi guru kenaah berdisiplin. Saya nak beritahu
semua pada malam ini kita ada majlis bersama Duchess of
Kent, pegawai pendidikan British. Saya harap semua orang
boleh menjayakannya. Sekian terima kasih.

75. URUSETIA 2: Saya harap semua guru pelatih sudah mendapat
tempat di asrama. Kami tahu keadaan di asrama agak
kurang selesa. Maklum sajalah tempat itu adalah bekas
kem tahanan tentera Jepun yang telah diubahsuai. Tapi
jangan bimbang sebab semuanya sedang diatur untuk
keselesaan asrama guru pelatih buat sementara. Tapi
bagus juga kerana seorang guru mesti cekal dan tabah
menghadapi sebarang kesulitan. Ini adalah cabaran
pertama kamu. Sila sesuaikanlah diri.
76. URUSETIA 1: (Tegas) Semua guru pelatih boleh pulang ke asrama
dan bersiap sedia untuk aktiviti malam nanti. Semua boleh
bersurai kecuali dua orang guru pelatih yang bising tadi!
77. URUSETIA 2: (Marah) Kenapa tak dengar arahan? Baru jak masuk
kolej dah melanggar peraturan! Guru apa kalau macam
ni!
78. JAIS : Bukan camya bang! Kamek suruh nya diam tadi!



223

79. URUSETIA 1 : Ha! Kamu Sepawi bukan! Kenapa bising dan sik
menghormati majlis?
80. SEPAWI: (Terkejut) Kitak kenal kamek?
81. URUSETIA 2 : Kenak? Memang aku kenal kau! Kenal dari dulu lagi!
Apa hal kitak bising-bising tadi?
82. JAIS: Dia yang mulakan tadi. Dia kata kenal dengan ketua
urusetia tu!
83. URUSETIA 1: Ketua urusetia Siti Munirah tu? Kau kenalnya! Nira!
Nira! Situk!
(Siti Munirah bersama urusetia 2 menghampiri mereka)
84. URUSETIA 1: Kitak kenal ngannya?
85, NIRA: Siapa?
86. URUSETIA 1 : Tuk! Guru pelatih baru tuk!
87. SEPAWI : Kitak Dayang Salhah nak? Sik kenal kamekkah? Kamek
Sepawi!
88. NIRA: (Kehairanan) Dayang Salhah? Nama kamek Nira..Siti
Munirah. Kitak salah oranglah! 89. SEPAWI: (Tegas) Tapi..tapi rupa
kitak sama ngan kawan kamek dulu!
90. JAIS : Gereknya!
91. URUSETIA 1 : Awak diam!
92. NIRA : (Tersenyum) Pelanduk dua serupa barangkali! Sudah! Pergi
bersedia untuk acara malam nanti!
93. URUSETIA 2 : (Marah) Kau ingat ini rancangan jejak kasihkah!
Sudah! Ini amaran terakhir daripada kami. Cepat pergi
bersiap. Aku mahu malam nanti kamu semua lengkap
bersedia untuk majlis besar! Kau Bersurai!
94. URUSETIA 1 : Kau kenal dengan Duches of Kent?
(Sepawi dan Jais menggeleng kepada)
95. URUSETIA 2 : Malam ni kamu boleh tengok rupa orang putih tu!
Dia ada bawa anak perempuannya. Chatherine Arden!
Kalau boleh taklelah dia!

(Sepawi dan Jais beredar dengan rasa serba-salah)

(Lampu dimalapkan tanda pertukaran babak




BABAK 5
(Majlis Makan Malam dan Tari Menari)

MASA : Malam
TEMPAT : Dewan Pusat Latihan Guru Batu Lintang (Bekas Tapak Kem
Tahanan Jepun)
MUZIK : Lagu Broadway Ballroom - (Lagu IPGKBL)






224

(Majlis makan malam bersama dengan Duchess of Kent. Dewan
Ballroom dihiasi dengan meriah dan sambutan para tetamu yang
hadir)
Adegan 1 :
 Persembahan tarian irama Broadway 1.
Tarian Broadway dipersembahkan oleh para guru pelatih
senior. Kelihatan para urusetia membuat persembahan awal.
Tumpuan diberikan kepada tarian oleh Danial dan Siti Munira.
Sepawi melihat dengan penuh rasa cemburu dan meyakini
Siti Munirah adalah Dayang Salhah
 Persembahan tarian irama Broadway 2.
Tarian Broadway dipersembahkan gabungan guru-guru
pelatih lama dan baru. Sepawi berkesempatan menari
dengan Siti Munira. Danial melihat tarian mereka dengan
penuh rasa cemburu.
 Sepawi tidak berkesempatan untuk mendekati Siti Munira
kerana Danial selaku guru pelatih senior dan juga urusetia
mendominasi situasi.
 Tarian tradisional negeri Sarawak dipersembahkan secara
medley;
o Tarian Gendang Melayu Sarawak
o Tarian Ngajat
o Tarian Bidayuh
o Tarian Dusun
Adegan 2 :
96. JURUACARA : (Dwibahasa) Para hadirin sekalian. Kita mengalu-
alukan kehadiran kehadiran beberapa orang tetamu
kehormat kita iaitu MG. Dickson yang juga adalah
pengetua Pusat Latihan dan Sekolah Batu Lintang.
Dengan hormatnya kita minta tuan MG Dickson
memberikan sedikit ucapan;
97. MG Dickson : Terima kasih kepada juruacara majlis. Selamat
datang kepada guru-guru pelatih yang datang belajar di
Pusat Latihan Guru ini. Semoga anda semua boleh
menjalani latihan perguruan dan akan menjadi guru yang
baik bagi membasmi masalah buta huruf masyarakat di
negeri ini. Kompeni British mahu banyak guru-guru lagi.
...the extention of primary education to all native races,
the eraction of gavernment seconary schools to cater for
the selected rural boys and establishment of the centre for
training native teachers as well. Thank you!
98. JURUACARA: Pada malam ini juga kita berasa bertuah kerana
konsert ini juga telah dihadiri oleh tetamu VIP anak
perempuan gabenor negeri Sarawak Chatherine Arden
Clarke. Majlis dengan hormatnya mempersilakan beliau
memberi sedikit ucapan dipersilakan.



225

99. CHATHERINE ARDEN: Sesungguhnya saya berasa besar hati
kerana diberi kesempatan untuk berucap. Saya sungguh
seronok menyaksikan persembahan tarian tadi. Anak-anak
tempatan sudah boleh menari Broadway. What a surprise!
Tapi saya lebih seronok melihat tarian tempatan yang
lemah lembut itu. Tahniah kepada urusetia dan juga guru-
guru pelatih lama dan baru. Terima kasih kerana
menjemput saya menyaksikan persembahan ini.
In the land where people of so many races have their
home, communal harmony is an essential asset, in
irrespective of whether it is seen through the administrative,
political or social point of view. Education though we fear
not all will agree, is still one of the preliminary factors to
ensure the exixtence of such an element, and a school in
which all students can meet on a basis of equality and
freternity without undue discrimination can be extremely
usefull in promoting such an interest

100. JURUACARA : Thank you maam. Para hadirin sekalian. Majlis
diteruskan lagi dengan persembahan pantomin daripada
guru pelatih baru di Sarawak Teachers Colledge ini.
Seterusnya saya serahkan majlis ini kepada ketua guru
pelatih baru tahun ini. Saudara Sepawi Bujang bin Bujang.
101. SEPAWI : Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan semua. Hari ini
kita akan mengimbas kembali sejarah Pusat Latihan
Perguruan Batu Lintang ini. Sejarah yang telah bermula
pada tahun 1947 sehingga 1969. Sudah 23 tahun Pusat
Latihan Perguruan ini beroperasi. Bersama-sama kita
mengimbas kembali tunggak utama pengetua-
pengetuanya. Untuk itu dengan hormatnya, saya
persilakan ketua fasilitator pelajar senior saudari Dayang
Salhah mengumumkan barisan pengetua tersebut…
102. URUSETIA 1 : (Berbisik) Kau ni kenapa ha! Bukan Dayang Salhah!
103. JAIS : (Marah) Siti Munirah la!
104. SEPAWI : (Pura-pura terkejut) Oh! Maafkan saya, bukan Dayang
Salhah tapi Siti Munirah. Dipersilakan..
105. SITI MUNIRAH : (Malu) : Ladies and gentlemen, kita
persilakan…Mr. Commick, Mr Dickson, Mr Galvin, Mr.
Goodson, Mr. Weeks, Mr Wilson. Mr. Rowlin dan Mr. Smith..
(Secara pentomin, semua keluar dengan memakai topeng)
106. SEPAWI : Kita ucapkan terima kasih pada pelakon pentomin
sebentar tadi. Semoga kenangan sejarah Pusat Latihan
Perguruan Batu Lintang ini sentiasa menjadi nostalgia kita
bersama. Terima kasih kepada saudari Siti Munirah. Saya
serahkan kembali majlis ini pada juruacara utama.




226

107. JURUACARA: Thanks to everybody. Hope that we had enjoyed
the show tonight. Semoga kita berjumpa lagi di lain acara.


(Lampu dimalapkan tanda pertukaran babak)


BABAK 6
PENSTRUKTURAN BARU BLTC
(Konflik Cinta 3 Segi)

MASA : Siang
TEMPAT : Dewan Brooke Guru Batu Lintang
MUZIK : Instrumental (Lagu IPGKBL)
(Semua pelajar berkumpul dalam perhimpunan bulanan)

108. DANIEL : Semua pelajar sila ambil tempat. Majlis kita akan
bermula sebentar saja lagi.
109. SITI MUNIRAH : Kita kena cepat siapkan semua kerja ni.
Pengetua dan tetamu akan sampai bila-bila masa saja ni.
110. JAIS : Kau tengoklah betapa mesranya mereka berdua tu!
111. UNLONG : Jangan cemburulah kawan. Dia orang tu YDP dan
Naib YDP memanglah perlu rapat. Kena bekerjasamalah!
112. MASRI : Nira, kita nak letak di mana pembesar suara ni?
113. DANIEL : Benda-benda macam ni pun kamu nak bertanya juga
ke? Letaklah di tempat yang sesuai untuk orang nak
berucaplah!
114. SITI MUNIRAH : Letak di bahagian tengah pentas itu ya.
115. MASRI : Rostrum ni pula?
116. DANIEL : Eh! Letaklah di tempat ada mikrofon. Itu pun tak boleh
buat keputusan juga ke?
117. SEPAWI : Eh! Daniel janganlah marah-marah. Orang tak tahu
kenalah bertanya.
118. DANIEL : Kau Pawi, jangan nak masuk campur pula ya. Taka da
kerja kau nak buat buat ke? Nak ganggu kami saja!
119. JAIS : Tadi kata majlis nak bermula tapi kalau asyik bertengkar
jer macam ni, bila nak siapnya!
120. UNLONG : Udahlah ya! Mari bereskan semua kerja. Dah akhir nar
tuk!
121. SITI MUNIRAH : Betul juga tu. Saya nak pergi ambil bunga. Kamu
semua siapkan pentas dewan ni ya. Jangan nak
bertengkaar dan bergaduh pula!. Malu sikit dengan
pelajar-pelajar junior yang dah mula berkumpul di bawah
tu! Mari Malia, tolong saya!
122. MALIA : Marilah kak. Nanti lewat pula. Tetamu VIP dah nak
sampai ya!
(Berlalu bersama Malia meninggalkan mereka.




227

123. DANIEL : Kau dengar sini Pawi. Aku tak suka kau mendekati Nira.
Dia teman wanita aku.
124. MASRI : Kau ni perasanlah Daniel. Best man winlah!
125. DANIEL : Kau pun sama! Ingat sikit diri tu orang Malaya! Kalau
datang ke tempat orang tu, pandai-pandailah bawa diri!
126. JALONG: Benar apa yang dipadah Daniel. Kitak orang luar
jangan nak berlagak di situk! Parai kelak!
127. MASRI : Tapi saya bukan orang luar. Saya orang Malaysia! Kita
satu Negara!
128. DANIEL : Tapi ini Sarawak, bukannya Semenanjung!
129. JALONG: Berlagak pula orang Malaya tuk! Mau matikah?
130. SEPAWI : Kenapa dengan kau ni Jalong, Daniel? Dari tadi asyik
nak marah-marah jer! Apa yang kitak sik puas hati?
131. JALONG : Memang kami sik puas hati dengan pelajar baru
macam kau tuk! Orang Malaya!
132. DANIEL : Terutamanya kau! Ingat jangan rapat dengan Munirah!
Tuk amaran aku!
133. JAIS : Takkanlah jadi senior boleh nak tunjuk kuasa. Nak jadi
diktator pula ya!
134. MASRI : Iyalah. Tak perlulah sampai nak mengungkit-ungkit isu
Malaya-Sarawak pula!
135. JALONG : Tahu tak apa. Asal ingat pesan orang baru hidup
selamat di tempat orang
136. MASRI : Aku orang Malaysialah!
137. UNLONG : Sudahlah ya! Majlis dah nak mula tuk! Aku sik dulik.
Lebih baik ingat pesan aku ya! Mun mauk hidup lama!
(Munira sampai bersama dengan Malia membawa bunga)
138. SITI MUNIRA : Eh! Kenak sik siap lagi tuk. Tetamu VIP dah sampai
dibah ya!
139. DANIEL : Semua bersedia. Sekejap lagi acara bermula.

(Rombongan VIP masuk mengambil tempat di pentas utama bagi
upacara perasmian Dewan Brooke)

140. SEPAWI : Para hadirin yang dihormati sekalian. Dengan segala
hormatnya dipersilakan En. Teo Boon Heng, pengetua
Pusat Latihan Guru Batu Lintang memberi ucapan.
141. TEO BOON HENG : Thank you and good morning. Pada pagi ini
saya begitu gembira kerana sebagai anak tempatan
pertama menjadi pengetua di Pusat Latihan Guru Batu
Lintang ini dapat memberi ucapan dalam majlis sulung
perhimpunan kita. Hasil daripada Laporan Woodhead
1969 telah buat keputusan untuk mengiktiraf Pusat
Latihan Guru Batu Lintang ini sebagai tempat
menghasilkan guru-guru yang akan berkhidmat di seluruh
negeri Sarawak. Kerana itulah banyak blok akademik,
makmal, asrama dan rumah pegawai telah dibina



228

dengan pesatnya. Kita boleh nampak di sekeliling kita.
Seperkara lagi, pentadbiran Charles Vyner Brooke telah
memberi peruntukan sebanyak 400 ribu dolar untuk
membina dewan tempat kita berhimpun ini. Kita telah
sebulat suara menamakan dewan ini sebagai Dewan
Brooke. Saya sebagai pengetua tempatan yang
pertama mengharapkan kita semua dapat
menggunakan segala kemudahan ini dengan sebaik
mungkin. Kita mahu beberapa tahun dari sekarang, guru-
guru di Sarawak akan mencukupi. Sekian, terima kasih.

(Semua bertepuk tangan dan bergembira dengan ucapan tersebut
termasuk Sepawi dan Siti Munira kelihatan gembira dan mesra.
Daniel memerhati dengan penuh rasa cemburu




BABAK 7
(KONFLIK ITM-BLTC)
(dunia kerjaya)

MASA : Siang
TEMPAT : Kawasan BLTC
MUZIK : Irama 70an (Saturday Night Fever-BeeGess)
(Semua pelajar berkumpul bersantai)
142. JESI : (Berbual kuat dengan rakan-rakan) Sampai bila kita nak
belajar di BLTC ni. Kita pelajar pengurusan bukannya
cikgu!Apa barang pula kena di BLTC pulak. Asyik nak
ucap selamat pagi cikgu! Selamat pagi cikgu! Fed uplah!
143. SAPERI : Iyalah! Aku bukan nak jadi cikgu. Tapi kena berkongsi
belajar di maktab perguruan pulak!
144. MELINA : Eleh! Boring konon! Yang aku tengok kau selalu usha
guru-guru pelatih perempuan tu apa ke bendanya pulak!
Bukan pucuk dicita ulam mendatang ke?
145. JESI : Habis tu dah lalu depan mata, takkan pulak nak lepaskan!
146. SAPERI : Pucuk dicita ulam mendatanglah ya!
147. MELINA : Iyalah tu!
(Siti Munira dan Melina lalu di depan meja mereka)
148. SAPERI : Ha! Macam gerek tuk. Mana dapat dilepaskan! Hai
cantik manis! Marilah kita minum sama.
149. JESI : Selamat pagi cikgu! Eh! Takkan jadi cikgu kena sombong
pulak. Macam manalah nak ajar murid-murid nanti.
150. SAPERI: (Dari meja sebelah) Hai saudara. Hormatlah sikit. Nak
mengurat pun tengok-tengok oranglah. Gadis yang kau
tegor tu pensyarahlah bukan guru pelatih!
151. JESI : Eh saudara ni siapa? Masuk campur pula! Kita kenal ke?




229

152. SEPAWI : Saya pun tenaga pengajar di sini. Saya tahulah awak
tu pelajar ITM tapi kena hormatlah sikit orang-orang lain
di sini.
153. JESI : Kalau setakat cikgu saja, kami tak heranlah!
154. UNLONG : Bukan pasal itu! Kita kenalah berbaik-baik sesama
kita. Premis ni kita kongsi bersama. Janganlah cakap
sedap mulut saja!
155. SAPERI : Awak siapa pula? Cikgu jugakah? Tak payahlah
berlagak ok! Itu yang aku tak suka berkongsi tempat
dengan cikgu ni. ITM pun satu. Tak ada tempat lain
lagikah nak letak pelajar-pelajar dia! MPBL juak!
156. SITI MUNIRAH : Kenapa ni? Janganlah bertengkar di sini pula.
Malulah pada pelajar-pelajar lain. Ramai yang melihat ni.
157. JESI : Wah! Adik manis akhirnya bersuara juga. Tolong ajar
kawan awak ni supaya tak masuk campur urusan orang!
Nanti buruk padahnya!
158. SAPERI : Betul tu! Kalau tak puas hati cakap saja! Kita boleh
settle di mana-mana. Aku nak tengok hebat sangatkah
budak-budak cikgu BLTC ni!
159. MALIA : Sudahlah saudara. Janganlah begitu. Kita berkongsi
tempat belajar di sini tak molek kalau gadu-gadun
macam ni!.
160. MELINA : Iyalah Jesi, Saperi! Cukuplah tu!
161. JESI : Diorang nilah yang berlagak. Tak sedar diri! Kita yang
bakal engeneer, doktor dan lawyer ni pun tak “karek”
macam tu. Mentang-mentanglah kita menumpang di
tempat mereka! Suka hati dia jer!
161. DANIEL : (Muncul dari jauh) Hei! Apa dah jadi ni? Eh! Cik Munirah
pun ada. Kenapa ni!
162. SITI MUNIRA : Diorang ni bertengkar pasal identitilah.
163. MALIA: Yalah! ITM kan lebih hebat dari BLTC! Tapi tak sedar
menumpang di tempat orang!
164. MELINA : Eh! Tak baik awak cakap macam tu tau!
165. SEPAWI : Memang budak-budak ITM ni nak tunjuk lagak dari
dulu. Tak dapat ditegur langsung!
166. JESI : Kenapa? Awak makan cilikah?
167. DENIAL : Sudahlah tu. Bersurai semua.
168. JESI : Baiklah En. Daniel. Kalau bukan kerana encik di sini. Dah
lama mereka ni kami ajar!
169. UNLONG : Kaulah yang kena diajar! Memang sesuailah kau
semua ditempatkan di sini. Senang kami ajar. Dekat sini
memang banyak guru boleh ajar kau orang!
170. SAPERI : Kurang ajar!
171. DANIEL : (Marah dan berlagak) Saya cakap bersurai semua!
(Jesi dan rakan-rakan bergerak dengan rasa tidak puas hati)
172. DANIEL : Nira! Mari kita pergi ke tempat lain. Jangan dilayan
mereka semua ni. Lagi pun tempat ni panaskan! Hari ni



230

saya belanja awak. Saya pun ada hal penting nak bagi
tahu dengan awak ni (menjeling Sepawi)
173. MALIA : You pergilah Siti. I pun ada hal juga ni.

(Mereka berlalu pergi meninggalkan Sepawi termangu-mangu
cemburu)
(Lagu : Teman Baru – A. Halim)
Lampu dimalapkan tanda pertukaran babak




BABAK 8
(KONSPIRARI TAPAK IPBL)
(dunia kerjaya)

MASA : Siang
TEMPAT : Kawasan BLTC
MUZIK : Irama 90an
(Suasana tegang di perkarangan blok pentadbiran MPBL)
ADEGAN 1
174. MR. LIM : Helo! Mr. Daniel. Macam mana dengan kita punya
business?
175. DANIEL : Ok! Macam biasa kita on dengan perancangan kita .
Asal you jangan lupa saya punya bahagian ok!
176. MR. LIM : Itu you jangan susah. Saya bagi you 5 percent! You
try to imagine. Ini kawasan banyak hot. Saya ingat tidak
kurang 10 juta ringgit ha! Itu 5 percent you sudah jadi kaya
raya ma! Tak payah buat apa-apa. Goyang kaki saja tapi
duit ada masuk. Business banyak baik huh!
178. DANIEL : (Risau) Tapi ada sikit problemlah Mr. Lim.
179. MR. LIM : Problem apa!. Kalau ada you kasi settlelah. You mahu
untung, mahu kaya bukan?
180. DANIEL : Ada orang bikin buat proteslah. Tak mahu kasi lepas
kawasan ini. Mereka tidak mahu pindah ke tapak baru
di Santubong. Ini kawasan banyak nostalgia. Sejarah ma!
181. MR. LIM : Haiya! You kasi settlelah. Bagi dia orang duit. Kalau you
mahu modal saya boleh bagi. Yang penting saya punya
kompeni mahu kawasan ini. Mahu bikin commercial
centre! Banyak ong ma!
182. DANIEL : Tidak semudah itulah Mr. Lim. Tapi jangan takut, saya
akan cuba kasi settle perkara ini.
183. MR. LIM : Itu macamlah kawan!

ADEGAN 2
(Perbualan dalam pejabat)






231

184. SITI MUNIRAH : (Resah) Tak patut maktab ini kena pindah ke
tempat lain. Jauh pulak tu! Lagi pun dah lama kita di sini.
Sayang pula rasanya.
185. MALIA : Saya dengar kampus baru tu dekat Santubong.
Kawasan ini kecil sangat dan tak sesuai dijadikan pusat
pendidikan. Tak sesuai jadi pusat latihan guru.
186. SITI MUNIRA : Alasan jak! Kecil-kecil dan sempit-sempit pun
kawasan maktab tuk, pihak ITM pernah menumpang juak!
187. MALIA : Habis tu kenapa kita dipindahkan ke tempat lain!
188. SEPAWI :(Muncul tiba-tiba). Sebab kawasan maktab perguruan
ini terletak di Batu Lintang. Batu Lintang ini kawasan segi
tiga emas. Tanah komersil! Kalau buat business di sini pasti
untung besar.
189. MALIA : Betulkah Nira?
190. SITI MUNIRA : Betul kata Pawi tu. Itulah sebab mereka beria-ia
benar nak suruh kita pindah ke kawasan lain. Kitak dari
sine Pawi.
191. SEPAWI : Aku baru pulang dari Pejabat Ketua Menteri. Aku rasa
kita kena dapatkan sokongan kerajaan negeri juga. Kalau
mereka gunakan kuasa ekonomi untuk dapatkan
kawasan ni, kita minta sokongan politik kerajaan negeri
untuk mengimbanginya. Barulah kena buku dengan ruas.
192. SITI MUNIRAH : Kitak ada jumpa CM?
193. SEPAWI : (Ketawa) Bertuahlah kalau CM tu ada masa nak jumpa
aku. Tapi aku dapat jumpa dengan setiausaha politiknya.
Kira hebat juga la!
194. MALIA : Ha! Apa ceritanya?
195. SEPAWI : Kitak ingat kerajaan sik prihatinkah dengan masalah
inikah? Dia orang lebih tahulah tentang perkara ni. CM
belum buat keputusan jadikan kawasan maktab
perguruan Batu Lintang sebagai pusat komersil.
196. SITI MUNIRAH : Harap-harap CM kita faham dengan situasi kita
di sini.
197. SEPAWI : Aku tak tahulah apa pendirian CM tapi setiausahanya
kata tak perlu bimbanglah sebab CM pun tak berapa
setuju dengan idea tu. Dia sayangkan MPBL ni!
198. UNLONG: Mahu tak bimbang. Aku dah tengok kawasan di
Santubong tu. Mereka dah tolak tanah pun!
199. MALIA : Ha! Macam mana ni?
200. JAIS : Macam betul-betul nak jadilah!
201. SITI MUNIRAH : Sayanglah kalau kawasan kampus Batu Lintang
ni berpindah kawasan. Tempat ni penuh sejarah. Dah
lebih 50 tahun maktab perguruan ni berada di sini. Sejak
zaman British lagi!
202. SEPAWI: (Menyindir) Betul tu. Sejarah memang sukar untuk
dilupakan samalah juga dengan pengalaman orang




232

bercinta pandang pertama. Sampai mati pun teringat
pada orang itu!
203. MALIA : Orang sedang bercakap perkara serius ni, si Pawi main-
main dengan kisah cintanya pula.
204. SEPAWI : Aku hanya buat analogi jak. Sejarah Batu Lintang
dengan cinta pandang pertama. Macam ada
persamaan bukan..nostalgia ker, dejavu ke? Entahlah!
205. SITI MUNIRA: (Serba salah) Sudahlah tu, saya minta diri dulu ya.
Ada mesyuarat pengurusan sekejap lagi.

(Lampu dimalapkan tanda perubahan adegan)




ADEGAN 3
(Suasana tegang orang berpiket. Daniel dan Saperi berada di
depan Dewan Brooke menenangkan orang-orang yang sedang
berpiket menentang perpindahan maktab Batu Lintang ke
Santubong)
206. KUMPULAN PIKET 1 : Kami tak mahu berpindah. Biarkan MPBL
kekal di Batu Lintang!
207. KUMPULAN PIKET 2 : Betul! Jangan pindah! Jangan pindah.
Jangan ambil kawasan kami!
208. SAPERI : (Menenangkan suasana) Sabar semua! Sabar! Kita
dengar dulu apa yang En. Daniel nak cakap.
209. DANIEL : Bersabar semua. Cuba lihat kawasan sekeliling tuan-
tuan. Kawasan maktab ni kecil sangat dan
kedudukannya pun tidak strategik. Suasana belajar juga
tidak kondusif. Kita perlukan tempat yang lebih sesuai
dan selesa untuk maktab perguruan ini. Luas, tenang
dan segar udaranya. Di Santubong tuan-tuan akan
dapat semuanya itu. Tanah yang luas dan udaranya
pun segar kerana berdekatan dengan laut lagi!
210. KUMPULAN PIKET 1 : Kami selesa di sini! Kami tak mahu
berpindah!
211. KUMPULAN PIKET 2 : Ya! Kami tak mahu berpindah. Selamatkan
Maktab Perguruan Batu Lintang ini. Tempat bersejarah!
212. DANIEL : Apalah yang ada pada kisah sejarah. Apa yang lebih
utama tuan-tuan akan dapat kampus yang lebih besar
lagi! Lebih selesa!
213. SITI MUNIRAH: Selesa bagi awak sorang sajalah! Daniel kenapa
awak tu suka buat perkara macam ni. Bukankah kita
pernah kerja bersama-sama di sini dulu. Kenapa awak
beria-ia mahu lepaskan kawasan maktab perguruan ini
kepada pihak lain?
214. DANIEL : (Serba salah) Eh! Tak ada kepentingan peribadi ya.
Bukankah kita mahu kemajuan. Kita mahu masa depan



233

yang lebih baik. Sememangnya perpindahan ini baik
untuk masa depan maktab perguruan ini.
215. SITI MUNIRA : Kamek sik sangka kitak tuk mata duitan! Kitak
mahu untung nak? Berkomplot dengan developer Berapa
juta kitak dapat!
216. DANIEL : Ahh! Salhah awak tu beremosi lagi!
217. JAIS : Sudahlah Daniel jangan kau nak berselindung dan
berpura-pura lagi!
218. KUMPULAN PIKET 1 : Kami mahu kekal di sini.
219. KUMPULAN PIKET 2 : Biarkan kami semua kekal di sini.
220. KUMPULAN PIKET : Kami tak mahu berpindah!
(Sepawi bersama Unlong naik ke pentas)
221. SEPAWI : Sudahlah Daniel! Kitak tuk dari dulu suka kacau orang.
Sampai kinetuk pun masih lagi menyusahkan orang!
222. DANIEL : Hei Pawi! Siapa suruh kau datang sini ha!
223. SEPAWI : Aku datang ke sini untuk menyedarkan kau! Kau kena
ingat di Sarawak ni kita ada peraturan! Ada undang-
undang kena patuhi!
224. DANIEL : Apa kau cakap ni? Nak beri keselesaan tempat
berlajar pada kitak semua pun salahkah? Takkan itu pun
melanggar peraturan?
225. UNLONG : Tapi siapakah kitak pandai-pandai buat keputusan
sebegini ni!
226. DANIEL : Ha! Kalau aku tak boleh buat keputusan macam ni,
kau bolehkah? Kau ingat kau tu CM?
227. SEPAWI : Aku bukan CM tapi aku datang ke sini dengan amanat
CM. Ini dia. Kau nak baca? Ha! Oh! Orang macam kau
mengumumkannya pun kau tak layak!
228. UNLONG : Cepat Pawi..bacakan saja amanat CM tu! Ha!
Semua orang tolong ambil perhatian ya!
230. SEPAWI : Saya pun tak layak untuk membacanya tapi
setiausaha politik CM yang akan membaca perutusan itu.
Diperseilakan tuan.
231. SETIAUSAHA POLITIK CM: Inilah amanat dari CM. Saya bacakan
ya.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa pendidikan amat penting untuk
pembangunan dan masa depan negeri Sarawak. Justeru
Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa mengutama dan
mengamalkan politik pembangunan. Bagi mencapai
matlamat itu, institusi pendidikan memainkan peranan
penting. Kita akan memperbanyakkan institusi pendidikan
di negeri ini. Justeru, semua institusi pendidikan di Sarawak
ini kita akan kekal dan perbanyakkan dari segi kuantiti dan
kualiti. Sebagai contoh terbaik, lihat pada Maktab
Perguruan Batu Lintang ini. Institusi latihan guru perguruan
antara yang terawal di negara kita. Kisah sejarahnya yang
panjang dan jasanya yang banyak dalam melahirkan



234

guru-guru yang bertebaran di serata pelusuk negeri
Sarawak tidak dapat dinafi. Saya berpendapat selaras
dengan peranannya sebagai ikon salah satu pusat
pendidikan di negeri ini, selagi ada bulan dan matahari di
bumi ini, saya tetap mempertahankan maktab perguruan
bertuan ini kekal berada di tempat asalnya. Di kawasan
Batu Lintang ini. Biarlah ia tetap menjadi sejarah untuk
dikenang olehg generasi seterusnya. Jadi harapan saya
janganlah ada isu memindahkan maktab ini ke tampat lain
lagi selepas ini. Biarlah Maktab Perguruan Batu Lintang ini
institusi pendidikan di negeri Sarawak tercinta ini.

232. KUMPULAN PIKET 1: (Serentak) Hidup CM! Hidup MPBL!
233. SITI MUNIRAH : Tahniah Pawi atas usaha kitak ya! Akhirnya MPBL
kekal di Batu Lintang!
233. KUMPULAN PIKET 2 : Hidup CM! Hidup MPBL!

(Lampu dimalapkan tanda perubahan babak)




BABAK 9
(PENATARAN IPGKBL)
(kematangan kerjaya)
MASA : Siang
TEMPAT : Kawasan BLTC
MUZIK : Irama tahun 2000 (Muzik Idies) / Lagu P. Ramlee-Hari Yang
Bahagia
(Perhimpunan rasmi dan nyanyian koir lagu rasmi IPGKBL)

234. JAIS : Wah! Bukan main bergaya lagi kitak orang hari tuk!
Maklumlah..
235. UNLONG : Mestilah. Ini hari yang penuh bersejarah tau. Hari
yang ditunggu-tunggu selama ini sudah tiba.
236. MALIA : Hari ini hari penuh makna. Maktab perguruan ini akan
diumumkan sebagai sebuah institusi perguruan yang
setaraf dengan institusi pengajian tinggi tau!
236. JAIS : Bertaraf universitilah ya!
237. UNLONG : Kalau dah maktab dah menghasilkan graduan
berijazah sarjana muda perguruan, maknanya kita sama
taraflah dengan universitilah.
238. MALIA : Dengan kata lain, tak masuk universiti pun pelajar kita
dah boleh dapat ijazah perguruan. Hebat bukan.!
239. JAIS : Memanglah hebat kalau 60 tahun dulu kita hanya
bermula sebagai Pusat Latihan Guru saja, tapi pada hari
ini dah jadi Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang.
Bertaraf universiti you!



235

240. UNLONG : Ada kitak nangga Pawi?
241. MALIA : Benar juak, dari tadi sik juak aku nemu ngannya?
242. JAIS : Dia ada madah lambat sikit sebab nak jumpa dengan
pengarah.
(Sepawi muncul dari jauh)
243. UNLONG : Eh! Akhir juak kitak datang!
244. MALIA : Kitak ada jumpa pengarah tadi? Apa ceritanya?
245. SEPAWI : Macam biasa. Tak dapat apa-apa. Masih penuh
misteri dan tanda tanya. Tiada kepastian, tiada jawapan.
246. JAIS: Aku rasa sudah sampai masanya kau harus terima hakikat.
Pengarah tu bukannya Dayang Salhah yang kau jejaki tu!
Dia adalah orang lainlah Pawi! Pelanduk dua serupalah!
247. MALIA : Benarlah Pawi. Dah bertahun-tahun kita di sini. Kau
masih lagi menjejaki Dayang Salhah. Mananya? Kau hanya
mengejar bayang-bayangnya saja.
248. SEPAWI : Entahlah. Mungkin betul apa dipadah kitak. Tapi entah
mengapa hati aku masih ada keyakinan tinggi. Aku tetap
optimis, dialah Dayang Salhah!
248. UNLONG : Nak yakin pun biarlah berpada-padalah. Dah
berpuluh tahun belum nemu jawapannya. Sik guna kau
menjejaki bayang-bayang Dayang Salhahlah Pawi!
(Juruacara mencelah perbualan mereka)
249. JURUACARA : Para hadirin sekalian. Kini sampailah kita kepada
acara kemuncak dalam majlis kita. Dipersilakan Puan
pengarah IPBL cik Siti Munirah memberikan ucapan.
(Para hadirin bertepuk tangan)
250. PENGARAH IPBL : Tuan-tuan yang dihormati sekalian. Pada hari
ini kita telah berada dalam satu lagi detik penting dalam
sejarah maktab perguruan Batu Lintang ini. Pernyataan
daripada Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini telah
mengiktiraf kesemua 27 buah maktab perguruan di
Malaysia menjadi Institut Pendidikan Guru. Kalau kau nak
Nama baru bagi maktab perguruan Batu Lintang
dengan rasminya menjadi Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Dengan kata lainnya,
kita setaraf dengan universiti lain. IPGM juga telah
mendapat pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Namun segala yang berlaku ini bukanlah begitu mudah.
Perubahan ini memakan masa hampir 66 tahun bagi
meletakkan IPGKBL duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan institusi pendidikan yang lain di Malaysia.
Selama 66 tahun juga saya secara peribadi menjalani detik
perjalanan yang sungguh panjang. Banyak peristiwa pahit n
manis yang berlaku. Banyak air mata yang mengalir dan
banyak juga hati yang kecewa dalam mengharungi
cabaran ini. Jadi walau apa pun yang terjadi selepas ini
walau betapa banyak hati yang kecewa dan



236

mengecewakan hidup mesti diteruskan. Kita mesti terus
tabah menghadapi kehidupan ini sebagaimana sejarah 66
tahun IPGKBL ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas kejayaan
ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya
sepanjang kerjaya saya sebagai guru pelatih, pensyarah
dan kini pengarah di IPGKBL ini ada terkasar dan mengguris
perasaan sesiapa sahaja. Sebagai manusia biasa kita penuh
dengan kelpaan dan.. ke..le..mahan!
(Jatuh pengsan tapi sempat disambut oleh Sepawi yang duduk
paling hampir dengan Siti Munirah. Keadaan menjadi kelam kabut)

251. JURUACARA : Tuan-tuan dan puan-puan jangan panik.
Nampaknya Pn. Pengarah kurang sihat dan sama-
samalah kita doakan…..


(Lampu dimalapkan tanda pertukaran babak)




BABAK 10
(HAKIKAT KEBENARaN)
(Di penghujung usia)

MASA : Siang
TEMPAT : Wad Hospital
MUZIK : Instrumental Sentimental
(Suasana sedih di katil hospital. Siti Munirah di kelilingi oleh sahabat
handai)
252. DOKTOR : (Selesai memeriksa pesakit). Dia perlu banyak berehat.
Jantungnya masih lemah. Jangan dibawa banyak
bercakap ya.
253. MALIA : Dia akan sembuh doktor?
254. DOKTOR: Macam yang saya katakan tadi. Jangan dibawa
berkuat . Dia kena banyak berehat sehingga degupan
jantungnya benar-benar stabil.
(Sepawi dan rakan-rakannya sampai)
255. SEPAWI : (Resah) Bagaimana keadaannya Malia?
256.. MALIA : Doktor kata jantungnya masih lemah. Kena banyak
berehat.
257.. UNLONG : Puan Pengarah sudah sedarkah?
258. MALIA : Sudah tetapi masih dalam keadaan lemah lagi. Dia
masih belum bercakap apa-apa pun!
259. SITI MUNIRAH: (Lemah) Jangan risau saya tak apa-apa. Saya
dah ok.






237

260. JAIS: Syukurlah kalau begitu. Puan Pengarah dah mulai sedar.
Tapi ingat pesan doktor tu. Jangan dibawa banyak
bercakap.
261. MALIA : Betul tu. Memang doktor suruh kitak berehat banyak-
banyak.
262. SEPAWI: (Sedih) Alhamdulillah! Syukurlah kitak dah dapat
berkelakar. Risau kamek dibuatnya.
263. SITI MUNIRAH: (Senyum pahit). Kenapa awak risaukan saya Pawi?
Orang macam saya ni ibarat patah tumbuh hilang
berganti. Kenapa Pawi?
264. SEPAWI : (Nada sedih) Entahlah. Dah lama kita mengharungi
suka duka di institut perguruan ini. Tak tahu bagaimana
kalau kitak sikda.
265. MALIA : Benarlah puan. Semoga cepat sembuh.
266. SEPAWI : (Merenung tajam) Soalan saya masih belum kitak
jawab. Saya masih mahu tahu kebenarannya.
267. SITI MUNIRAH : Emm. Kitak masih tak berputus asa rupanya. Apa
sebenarnya yang kitak mahu tahu Pawi?
278. SEPAWI : Kebenaran! Kebenaran yang saya jejaki selama
berpuluh-puluh tahun! Sampai kinetuk saya masih
tertanya-tanya adakah kitak tuk Dayang Salhah!
279. SITI MUNIRAH : Kenapa?
280. SEPAWI : Sebab Dayang Salhah adalah kekasih kamek. Sudah
lama kamek menjejaki kehilangannya. Cubalah kitak
berterus terang jak. Jangan berselindung lagi.
281. JAIZ : Benar puan. Sepawi dah lama menanti detik ni. Sudah
terlalu lama dia menjejaki Dayang Salhah kekasihnya itu.
282. MALIA : Benarkah puan Pengarah? Kitak tuk sebenarnya…
283. SITI MUNIRAH : (Nazak) Iyalah sebenarnya…sebenarnya..
(Datuk Mukriz dan Dayang Sopiah masuk secara tiba-tiba)
284. DATUK MUKHRIZ : Sebenarnya memang dia Salhah anak kami!
285. DATIN SOPIAH : Dayang Salhah. Orang yang kau cari-cari
selama ini.
286. SEPAWI: (Terkejut) Betullah sangkaku selama ini. Tapi kenapa
kitak merahsiakan kenyataan ini Salhah? Kenapa?
287. SITI MUNIRAH : (Bersusah payah) Maafkan saya Pawi.
288. SEPAWI : Kitak sudah di depan mata tapi sengaja buat diri saya
tersiksa. Tahukah kitak betapa menderitanya saya selama
ini. Sepanjang hidup ini saya habiskan menjejaki diri kitak.
Paduhal. Kitak sik kasih dengan kamekkah Kenapa Salhah!
Kenapa!
289. MALIA : Sudahlah Pawi, Puan semakin lemah ni. Dia perlu
berehat!
290. SITI MUNIRAH : (Lemah) Tak apalah Malia. Biarlah hari ini kita
selesaikan segala yang terbuku di hati. Biar Pawi rasa
tenang.




238

291. SEPAWI : Kenapa kitak buat kamek macam tuk! Kenapa kitak sik
berterus terang saja!
292. SITI MUNIRAH : Siapakah yang kitak benar-benar jejaki selama ini
Pawi?
293. SEPAWI : Kamek menjejaki kitaklah!
294. SITI MUNIRAH : Salah Pawi! Mun kitak jejaki kamek, pencarian
kitak pasti akan berakhir i setakat ini saja. Tapi mun kitak
jejaki IPGKBL yang sama-sama telah kita bina ini maka
cinta kitak akan kekal bersemadi bersama semangatnya
IPGKBLnya. Sudah 66 tahun kita semua menjejakinya!
Jangan kitak menjejakiku kerana masa kamek sudah
tiba…..

295. SEPAWI : Jangan kitak kelakar macam ya Salhah!
296. SITI MUNIRAH : (Nazak) Ingat pesanku. Jejaki dan cintailah
IPGKBL yang kekal abadi. Selamat tinggal sayangku……
(Siti Munirah menghembuskan nafasnya yang terakhir)
297. SEPAWI : (Cemas) Salhah! Salhah! Salhah!. Doktor! Panggil
doktor!
298. DOKTOR : (Memeriksa pesakit) Maafkan saya. Dia dah tiada.
Nurse sila catat. 12.45 tengahari. Siti Munirah!
299. DATIN SOPIAH : Salhah! Anakku!

Lagu : P. Ramlee – Jangan Tinggal Daku

(Lampu dimalapkan tanda pertukaran babak)


TAMAT


DR. HASNALEE BIN TUBAH

























239

I


Click to View FlipBook Version