The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by agmohdfirdausbinagaji, 2022-04-18 22:57:27

Koleksi Ceritera Bitara

TEMA : ALAM SEKITAR
TAJUK : PUSAKA YANG DIJAGA


Dengarkan tuan bijak bestari,
Kurniaan illahi bumi lestari,
Bumi nan hijau cantik berseri,
DIlimpahi dengan segala baiduri.

Adapun ketika suatu masa,
Bumi lestari rosak binasa,
Terbuka tirai ruang angkasa,
Dingin bayu tiada terasa.

Kurniaan Tuhan jangan dipersia,
Sumber rezeki sekalian manusia,
Tetap berjasa walau berusia,
Sanjunglah dengan hati mulia.

Hutan yang hijau kita kekalkan,
Hidupan liar janganlah diabaikan,
Flora fauna sumber masa depan,
Cintai alam sekitar kita teruskan.

Alam ini ciptaan Tuhan,
Dijaga baik zaman berzaman,
Jangan dimusnah kurniaan Tuhan,
Kelak manusia menjadi korban.
Wahai manusia ingatkan teman,
Alam ini hanya pinjaman,
Jangan tamak mengambil keuntungan,
Kelak hidup jadi ancaman.

AIN AQILAH BIN ALI SAMAD






















19

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : WEJANGAN


Dengarkan lagu dendangan kasih,
Usapan lembut tanpa menyisih,
Hadirnya untuk teman melatih,
Dari retaknya dunia yang merintih.

Kalaulah tuan mensyukuri nikmat,
Hargailah insan yang berjuang keringat,
Jagalah mereka selagi sihat,
Kerana nyawa itu terikat.

Kalaulah tuan derhaka dan melawan,
Jasad dicaci dilaknat Tuhan,
Kalau hati sudah berkuman,
Tiadalah ingat jasa pengorbanan.

Ingatlah tuan jika kau takut,
Hadirnya tangan hangat menyambut,
Jika kau sunyi mereka menyahut,
Jika kau marah pastinya surut,

Pacakkan akal ingatlah silammu,
Siapa diri tanpa ayah dan ibu,
Hidup sedih tiada berilmu,
Diri dipinggir tuah berlalu,

Jika tuan sudah terjaga,
Peluklah erat dakap mereka,
Kelak menyesal tiada berguna,
Putihlah mata jiwa merana,

Jika tuan tahu agama,
Tadahlah tangan bacakan doa,
Agar mereka tenang di sana,
Senyum selalu mengenang anakanda.

AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI













20

PENGENALAN GURINDAM

Gurindam merupakan salah sebuah puisi Melayu tradisional yang
mempunyai yang banyak digunakan oleh masyarakat terdahulu.
Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap dan salah sebuah
puisi yang menerima pengaruh sastera Hindu.
Baris pertama dalam serangkap gurindam dikenali sebagai
syarat yang menyatakan buah fikiran atau sesuatu peristiwa oleh
penulis. Manakala baris kedua pula ialah jawapan iaitu keterangan
untuk baris pertama. Patah perkataan yang ditulis dalam setiap baris
gurindam tidak tetap jumlahnya. Gurindam mempunyai rima akhir
bebas dan tidak tetap seperti a/a dan a/b.
Gurindam banyak digunakan oleh masyarakat dahulu yang
bertujuan untuk mendidik, bentuk hiburan dan juga banyak
digunakan sewaktu perayaan. Setiap baris dalam gurindam mestilah
mempunyai kaitan antara satu sama lain dari segi isi atau maksud
yang ingin disampaikan oleh penulis. Unsur-unsur didikan dalam
gurindam yang terdapat dalam buku ini bertemakan nilai murni dan
moral yang boleh diterapkan dalam kalangan kanak-kanak.












































21

TEMA : NASIHAT

TAJUK : INSAN
Ayuh teman yang hamba sayang,
Dengar gurindam yang hamba karang,
Jadi teladan malam dan siang.

Jika akhlak orangnya baik,
Jika budi orangnya molek,
Sudah tentu rupanya cantik.

Seperti rumah tiada bertiang,
Dihentam ombak mendatang,
Jika kita tidak sembahyang.

Peliharalah mata dan lidah,
Jangan dibuat benda yang salah,
Nescaya akan dapat faedah.

ELYONIE LIVAN LAING




TEMA : ALAM SEKITAR

TAJUK : KEBERSIHAN ALAM
Jika nampak sampah terdampar,
Segera kutip jangan dilempar

Kalau kita jaga persekitaran
Pencemaran alam dapat dijauhkan.

Andai ingin bumi yang indah,
Jagalah hutan jangan diendah.

Apabila kita bersikap alpa,
Kelak datang bencana menimpa.
Jikalau bumi nanti musnah,
Siapa harus kita persalah.

Alam tercemar tidak diendah
Salah manusia abai amanah.

NORISMALIZA BINTI ALI BASAH






22

TEMA : PATRIOTIK
TAJUK : MALAYSIA TEGUH

Negara makmur rakyat bersatu,
Ikatan teguh bertambah mutu

Jika sering jaga bicara
Perpaduan rakyat terpelihara

Jikalau rakyat berbudi bahasa,
Ikatan erat sesama bangsa

Apabila rakyat terus bermusuhan,
Malaysia bakal berlaku rusuhan

Jikalau rakyat saling bersatu
Negara Malaysia menjadi satu.

Apabila perpaduan disalah erti
Negara mungkin akan mati

NURIN SYAFIQAH BINTI ABD HAMID




TEMA : KEKELUARGAAN

TAJUK : KELUARGAKU
Jika kau hidup di kota,
Datuk di kampung jangan kau lupa.

Jika kau hidup dihina,
Nenek di kampung sentiasa menerima.

Jika kau ingin sesuatu benda,
Ayah akan menunaikannya.


Jika kau ingin hidup berjaya,
Ibu sentiasa mendoakan kita.

Jika kau kurang berilmu,
Abanglah guru pengalamanmu.

Jika kau sentiasa muram,
Kakaklah teman menceria malam.

DANIELSON ANAK TAMA



23

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : GURINDAM SEDADU

Wahai kasih hati adindaku sayang,
Usahlah bersedih berhati walang.

Sapulah kasih air matamu yang berguguran,
Sudahlah merintih hati tak keruan.

Pergiku ini membela agama,
Membela nasib rakyat dan bangsa.

Andai ku pergi tak kembali lagi,
Usahlah ratapi takdir dari Illahi.

Matiku pasti tenang akhirnya,
Perjuang segala maslahat bersama.

Jagalah kasih sang cahaya mata,
Didiklah ia menjadi insan berguna.

Kirimlah doa buatku di sana,
Moga aku dikurnia syurga olehNya.

Salam kuhulur maaf ku pinta,
Sebelum kakiku melangkah ke sana.

MUHAMMAD YUSUF BIN A BAKAR
































24

PENGENALAN SELOKA


Perkataan “seloka” berasal daripada bahasa sanskrit iaitu
“shloka”. Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) mendefinisikan seloka
sebagai puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll). Seloka
merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk
tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai
irama atau tidak. Seloka berfungsi sebagai gambaran masyarakat
yang menulis atau mencipta karya tersebut iaitu masyarakat yang
amat mementingkan keharmonian dan kesopanan serta
ketatasusilaan. Hal ini demikian bertepatan dengan sifat halus orang
Melayu, seloka digunakan untuk mengkritik perlakuan negatif tanpa
menyinggung perasaan individu atau kumpulan sasaran. Selain itu,
seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak,
melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia,
memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai
alat kawalan sosial.















































25

TEMA : PERPADUAN
TAJUK : SEHATI SEJIWA

Walau negara sudah beraja,
Masih lagi wujud sengketa,
Marilah kita duduk semeja,
Hapus derita yang bertahta.

Bangsa agama perlu dijaga,
Jangan sekali disentuh nista,
Hidup bersama janganlah bega,
Aman harmoni hidup dipinta

Wahai rakyat mari bersama,
Terus melangkah tanpa terluka
Marilah hormat hapus stigma
Sebarkan kasih jangan berduka

MOHD SYAMIEL NAZMI BIN MAHMUD






TEMA : PERPADUAN
TAJUK : BANGSA MERDEKA
Bangsa kita bangsa merdeka
Terkenal dengan perpaduan yang utuh
Sejak dari zaman merdeka
Rakyat aman kekal bersatu
Namun kini perbalahan berlaku
Isu kecil menjadi besar
Dulu kita boleh sepakat
Kenapa sekarang jadi begini
Jangan tanamkan sifat perkauman
Tidak bertegur sesama kita
Takut keamanan jadi taruhan
Nanti negara turut tergadai
Bersatulah kita eratkan perpaduan
Membawa Malaysia ke persada dunia.

ERNA NATASHA BINTI NAIM











26

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : MELUPAKAN

Didik bersantun ajar beradab
Dipelihara tanpa rungutan
Wahai anak pengarang jantung
Ibu dan bapa kasih selamanya
Sembilan bulan engkau dikandung
Ditatang bagai minyak yang penuh
Janganlah engkau bersikap derhaka
Aduhai nanti masuk neraka
Pabila dewasa semakin alpa
Kampung halaman tidak dijejak
Anak pergi tanpa berkhabar
Terus ditinggal jenguk pun tidak
Sunyi sungguh hidup berdua
Dasar anak tak kenang jasa

LYNA ALENA BINTI ROHIZAT




TEMA : PERPADUAN

TAJUK : RONA BUDAYA
Anak melayu berbaju kurung,
Kurung dipakai semua bangsa,
Beza kulit jadi gurauan,
Anak pulang kesedihan.
Bangsa melayu cina india,
Kunjung-mengunjung di hari mulia,
Budaya kaum ditertawa,
Ketawa habis hati terluka.

Kita hidup pelbagai kaum,
Duduk bersama bina ikatan,
Memagar diri bagai aur,
Bila susah terpinga-pinga.

ISOBEL SANTA ANAK HENRY












27

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : KELUARGAKU SAYANG


Menjaga makan minum keluarga
Tidak jemu sayang menyayang
Anak dikasih suami disayang
Kasihnya bonda hingga ke syurga.

Turuti kata orang tua
Jangan ingkar itu berdosa
Belajar rajin banggakan keluarga
Kelak hidup pasti berjaya.

Bermandi keringat tetap berjuang
Tidak mengeluh demi tersayang
Segala perkakas ayah sedia
Mengukir senyum pada keluarga.

Tidak jemu memberi nasihat
Asam dan garam hidup dicerita
Sebagai pedoman kepada cucunya
Datuk dan nenek tidak dilupa.

RAYMOND MERAYANG ANAK REKAN




































28

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : PESAN IBU



Dialah insan, bernama ibu,
Ibu yang satu, pesannya beribu,
Setiap langkah, ingati pesannya,
Agar hidup hendakkan mulia.

Buat begini, jangan begitu,
Kukuhkan diri dengan agama,
Sampai ke hujung bacalah kitab,
Tanda orang cintakan Tuhan.

Pilih kawan, mulia hati,
Tolak kawan, pementing diri,
Pilih kawan dengan bijak,
Kelak kita juga yang menanggung.

Selesai pesanan pertama,
Diiringkan pula pesanan kedua,
Dengarlah anakku,
Nasihat demi nasihat.

Ibu yang satu menyekat di pintu,
Dia bertanya ke mana arah tuju,
Lalu berkata, jagalah diri,
Diluar sana bencana menunggu.

NURUL SYAFIQAH BINTI MUNAHIR




























29

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : OH WAHAI ANAKKU

Oh wahai anakku,
Hadiah telefon pintar diberi,
Sangka belajar di ujung jari,
Tapi lain pula jadi,
Punya telinga tapi berkuali,
Leter berkali kerasnya hati,
Tatal paparan atas bawah,
Siang malam hirau tidak,
Timbun kerja sekolah bagai gunung,
Gajet mengaku tidak bersalah,
Kawalan diri engkau yang kalah,
Oh wahai anakku.
NUR NASUHA BINTI KEBEHI


TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : DENGARKANLAH WAHAI ANAK
Pasanglah telingamu dan terapkanlah
Anak bijak memberi tuah,
Anak bebal mencari padah,
Orang tua bersusah payah,
Ajaran emas tak diendah,
Wahai anak dengarkanlah.
Kalimat nasihat itu permata,
Ayah bunda mengandung kasih,
Kasih dikandung menatang hasrat,
Hasrat menitip sekalung harapan,
Anak jadi insan budiman,
Biar hidup berjaya dan aman,
Hormat sayang kewajipan,
Tunaikan pada kedua insan,
Akhlak tak bakal dibentuk,
Jika tak beralas nasihat,
Bagai rumah dasarnya jerlus,
Tenggelam ditelan arus,
Jagung usiamu tak kenal dunia,
Matangnya jagung kelak,
Tak bererti lagi intan permata,
Tak bernilai lagi harta miliar,
Jika endah nasihat orang tuamu,
Sampai daun beringin gugur selamanya,
Sesal tak sudah menanti.
ALLOON J. BASINAU


30

TEMA : JATI DIRI DALAM KEMASYARAKATAN
TAJUK : KERENAH


Disorok tangan sebelah kiri,
Dihulur tangan sebelah kanan,
Penuh ikhlas menghulur budi,
Terkadang dihulur penuh paksaan.
Tangan kiri minta kasihan,
Lima jari penuh alasan,
Dari tepi longkang, menyusur tepi jalan,
Malas kerja, tahu hendak makan.

Apa gunanya kaki dan tangan,
Badan kuat sehat tubuh badan,
Bagi sedikit, cakapnya bukan-bukan,
Bukan hendak bersyukur kepada Tuhan.

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD PU’AD


TEMA : JATI DIRI DALAM KEMASYARAKATAN
TAJUK : NASIB TIGA SEKAWAN


Aduhai malanglah nasib
Kisah pendekar tiga sekawan;
Janji dikahwin salah seorang
Jika puteri dibawa pulang.
Anak dipesan oleh Sang Raja;
Kata dipesan penuh bermakna
Diara menghadap Raja Muda
Orangnya kacak dan bijaksana
Terima takdir orang atasan;
Puteri dipadan Sang Raja Muda
Ditawar dayang cantik rupawan
Rupanya bagai nenek kebayan
Itulah nasib tiga sekawan;
Harap ganjaran buat upahan.

MUHAMMAD NOOR AYYUB BIN ADNAN










31

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TAJUK : BAHASA MELAYU

Mari semua rakan dan taulan,
Dengar pesanan orang tua,
Usah mengaku warganegara,
Jika malu berbahasa Melayu.

Bahasa asing ditutur megah,
Bahasa kebangsaan dipinggirkan,
Bahasa rojak berleluasa,
Ke mana hilang jati diri kita.

Marilah guna bahasa kebangsaan,
Buktikan sayang akan negara,
Bahasa Melayu warisan bangsa,
Gunakan sepanjang zaman.

ABDUL HANIS BIN OTHMAN





TEMA : KEMASYARAKATAN
TAJUK : KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN


Anak watan berbilang bangsa
Sejarah hitam jadi ingatan
Huru-hara negara kita
Sampai ada yang hilang nyawa

Bersatu teguh, bercerai roboh
Berlapang dada antara kita
Sesama makhluk tiada beza
Demi nusa yang tercinta

Senyuman manis tanda bahagia
Bertegur sapa saling mesra
Berjabat tangan kasih bertaut
Tiada guna kita sengketa
MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAMAN










32

TEMA : ALAM SEKITAR
TAJUK : HILANGNYA POHON


Sekali ku memandang kehijauan
Keindahan ciptaan tuhan
Burung berkicauan riang terbang
Kita belalah harmoninya alam
Itulah nikmat hari – hari ini

Sekali ku memandang kehijauan
Yang jahil lagi ketawa
Bumi kian menjadi sahara
Ibarat menjadi hamba
Dimamah pasti jentolak berbisa
Rakus menusia mengejar harta
Yang tiada penghujung.

MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN ZAINUL AMIRUDIN













































33

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : HIDUP BEKELUARGA


Indahnya hidup saling berkasih,
Keluarga hidup aman sentosa,
Ibu dan ayah hidup gembira,
Adik beradik tiada telagah,
Islam mengajar setiap umatnya,
Sayang keluarga bawa ke syurga,
Berpecah belah membawa padah,
Jangan diamal nanti sengsara.

Kini terlihat banyak sengketa,
Keluarga hancur berebut harta,
Kasih dan sayang ditolak rasa,
Saling membenci tiada sudah,
Ibu dan bapa tak lagi pergi,
Anak membawa haluan sendiri,
Tanpa peduli dosa hakiki,
Hidup berkeluarga ditolak tepi.

Dengarlah dengar wahai sahabat,
Hidup keluarga membawa berkat,
Sungguh pun kawan keliling tempat,
Tidak terlawan kasih keluarga,
Sayangi mereka apa adanya,
Doa selalu mohon ke syurga,
Mogalah hidup terasa nikmat,
Dengan keluarga selama-lama

ALBANI BIN ARTARI

























34

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : ANAK DERHAKA


Anak dijinjing ibarat raja
Segala kasih telah dicurah
Bagai menatang minyak yang penuh
Harta digadai untuk permata
Harapkan ilmu yang berguna
Berkawan pula dengan si kera
Kawan bersayap dia bersayap
Kawan enggang dia puyuh
Padan dengan rupa si anak
Tinggal hidup sebatang kara
Menangis meratap depan pusara
Mengharap bulan jatuh ke riba.

SALINA BINTI AZIZ





TEMA : PERPADUAN
TAJUK : TEGUH BERSATU


Aduhai kawan-kawanku
Bukalah mata cakna minda
Bersatu teguh bercerai roboh
Jangan kita berpecah-belah
Jasa perwira negara
Berjuang hingga ke hujung nyawa
Tabur bakti tidak terkira
Harus semat di dalam dada
Usah dilupa peristiwa berdarah
Sudah terhantuk baru terngadah
Tiada guna sesal di hati
Negara tergadai lagi.

NURAZLIEN BINTI MUKTAR














35

TEMA : KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
TAJUK : DIRI BERSIH, KESIHATAN TERJAMIN



Pandai melaram pandai bergaya
Kesihatan juga harus diutama
Bukan senang jatuh sakit
Keringkan poket habiskan duit!

Semua bermula dari sendiri
Bangun pagi jangan malas mandi
Walau sarapan siap dihidang
Kebersihan diri hendak kita utamakan

Tangan itu tempat bermainnya kuman
Cucilah tangan sebelum makan
Cuci tangan bukan hanya basahkan
Gosok celah jari dan juga tapak tangan

Kawasan rumah jangan dibiar usang
Ambil penyapu bersihkan longkang
Tempat nyamuk berpesta girang
Bersihkan sebelum kita ditimpa malang

Minumlah air lapan gelas sehari
Bukan tanda diri kehausan
Air penting mengelakkan hidrasi
Kalau masih sayangkan tubuh badan

Dengarlah kawan, dengarlah teman
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika semua jaga kebersihan
Pasti kita terjamin kesihatan

IZZAT HARITH BIN IDERIS




















36

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : KELUARGA SAYANG



Marah-marah tapi sayang,
Gurau-gurau penuh nasihat,
Bila tegas bukan kepalang,
Ayah ajar anak-anak lihat

Molek dia baikpun dia
Arif semua celanya tiada
Dialah ibu alahai awet muda
Senyumnya bersinar pengubat lara

Buat baik dapat ganjaran
Buat jahat singgahlah si rotan
Hidup indah gundahlah jangan
Hadir keluarga pembenar jalan


Paras elok badan dah sasa
Rindu mengetuk menangis juga
Jauh terpisah pilu dirasa
Abang merantau demi keluarga

Kata orang beruntunglah adik
Kakak manis lembutnya bait
Adik tahu garangnya si cantik
Diamnya saja nak dapat duit


Kalau tersandung berderai tawa
Sedih pula berjangkit tangisnya
Begitulah keluarga pelengkap jiwa
Ikatan rapi tersimpul selamanya

DYGKU. AZIRA SHAZIRA BINTI GHANI



















37

TEMA : KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
TAJUK : BERSIH DAN SIHAT


Kalau mandi janganlah malas,
Nanti kotor penyakit mendatang,
Kalau makan tangan dibilas,
Nanti kuman pasti menghilang,

Mi segera jangan biasakan,
Keropok pula tolonglah elakkan,
Kalau nak sihat sentiasa bersukan,
Demi diri juga kesihatan,

Sentiasa bersenam jadi amalan,
Supaya badan menjadi cergas,
Setiap pagi ambil sarapan,
Supaya otak menjadi cerdas,

Gula-gula baik elakkan,
Ambillah buah dan sayur-sayuran,
Air manis elok kurangkan,
Air masak jadikan amalan,

Ingatlah kawan jaga kebersihan,
Badan bersih semua selesa.
Ingatlah rakan jaga kesihatan,
Supaya hidup bahagia sentiasa.


STEWARD ANAK MOHAMAD




























38

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : KELUARGA

Adanya mereka selalu menemani
Itulah keluarga yang aku sayangi
Ke mana pergi terasa rindu
Tanpa mereka hidup tak tentu

Andai dunia diisikan harta
Tidak ternilai jasa mereka
Jangankan emas atau permata
Sanggup ku korban jiwa dan raga

Dikala susah ada mereka
Sering berpesan jangan terleka
Kerana dunia amatlah indah
Takut terlalai dan juga alpa

Hidup mu kini semakin dewasa
Keluarga tercinta sudah tiada
Ingatlah rakan dan juga taulan
Hanya seloka jadi peneman

MOHD FITRI CHIA


TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : PENGORBANAN KELUARGA
Perahu layar mudik ke tasik ,
Di tengah lautan menghempas ombak badai,
Demi rezeki tiada yang menghalang,
Nyawa bagai di hujung tanduk,
Demi keluarga hidup bersenang-senangan.

Pulang ke darat membawa rezeki,
Sekantung kegembiraan untuk dikongsi,
Riang hati melihat senyuman terukir,
Kejayaan anak menjadi harapan,
Rela kering poket untuk anak yang dikasihi.

Sungguhku tak mengerti,
Pengorbanan ibu bapa tidak dihargai,
Sudah tiba di puncak menara gading,
Lupa berbakti kepada ibu bapa,
Hutang kasih belum terlangsai,
Sudah hidup di awang-awangan
TYNNIE ANAK STEPEN


39

TEMA : INTEGRITI
TAJUK : BERTUAH SI ANAK MANIS


Bertuah si anak manis,
Pandang tak jemu semanis madu,
Tetapi ingkar amanah diberi,
Datang sekolah sesuka hati,
Alasan melulu tak sudah-sudah,
Kerja diberi dipandang enteng,
Bila ditegur tak makan saman,
Masuk ke kanan keluar ke kiri,
Mana letaknya tanggungjawab diri.
Perlu disemat di dalam hati,
Agar diri tak hanyut realiti.

Wahai si anak manis,
Pandai bergaya pandai melaram,
Tetapi culas jalankan kerja,
Mata melirik ke kanan ke kiri,
Tangan menulis bergerak pantas,
Bagai tiada sang mata memandang,
Kelakuan diri amalkan plagiat.
Si anak manis bertuah,
Sentiasa beringat berpada-pada,
Jangan jadikan sebagai kebiasaan,
Dunia luar banyak cabaran,
Terbawa dunia punahlah diri.

MAZILAH BINTI UTI





























40

TEMA : KEBUDAYAAN
TAJUK : BUDAYA PALSU


Alam semesta khazanah tamadun,
Penuh budaya kaya santunnya,
Dari generasi X hingga Alpha
Wujudnya palsu hilanglah asli
Budaya dunia telah bernikah
Dulu diheret pulang ke sarang
Kini dipaksa jejak ke bumi
Itulah racun gajet berbisa
Siapa bilang gadis Melayu kolot
Dulu berkurung tunduk malu
Kini menjolok kesopanan di kalahkan
Itulah sarung budaya Barat
Dunia teknologi tanpa sempadan
Dulu belajar mengejar ilmu
Kini diturut sikap malas
Kerana ketagih mengejar kemajuan
Wayang gambar hiburan dunia
Dulu Hang Tuah pembakar diri
Kini Hyun Bin pelengkap jiwa
Itulah ikutan generasi moden
Dahulu lain sekarang lain
Bukan madah penuh berhelah
Budaya temurun perlu disanjung
Jangan sampai maruah diratah.

NUR AFIFAH AINA BINTI BENZ AZRAAI





























41

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : KISAH KELUARGA SI KUNDUR


Kisah Si Kundur menjelma kini,
Keluarga susah payah sekali,
Hidup lalai memakan diri,
Nasib tak berubah sampai mati.


Pabila sudah dewasa,
Ada hati beristeri dua,
Orang lain makan ubi,
Mereka pula makan hati.

Anak Si Kundur degil sekali,
Tapi mempunyai impian tinggi,
Ingin menjadi menteri,
Pergi sekolah pun seminggu sekali.

Berseluar pendek berjalan laju,
Suruh membaca langsung tak tahu,
Suka menolong suka membantu,
Hanya berserah pada yang satu.

Si Kundur tekad menyara keluarga,
Untuk kebahagiaan bersama,
Siang bekerja malam mengaji,
Akhir keluarganya terbela kini.


NURUL IZZAH BINTI ABD RAHIM



























42

PENGENALAN NAZAM
Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi.
Mengikut Kamus Dewan (1994:858) “Nazam” ialah perkataan Arab
yang bermaksud gubahan puisi seperti sajak dan syair, ”bernazam”
adalah bercerita dengan lagu, bersajak atau bersyair, manakala
menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu atau
mengubah dan menyajakkan. Kamus Dewan juga memberikan kata
lain yang digunakan untuk nazam iaitu nalam. Mengikut Kamus At-
tullab Arab-Melayu (1994:) nazam dalam bahasa Arab bererti
merangkai, mengarang, menyusun dan mengatur. Makna ini
termasuklah merangkai, mengarang dan menyusun kata-kata
dalam mencipta puisi. Definisi di atas menunjukkan bahawa dalam
bahasa asalnya, nazam bermakna puisi secara umum. Di samping
itu istilah ‘bernazam’ pula digunakan bagi maksud berlagu. Di
dalam hal ini istilah Nazam mengalami kedudukan yang sama
dengan istilah syair dan gurindam. Ketiga-tiga perkataan itu diambil
dari bahasa asing. Syair dan nazam diambil dari bahasa Arab,
gurindam pula berasal dari bahasa Tamil. Ketiga-tiga perkataan ini
bermaksud gubahan puisi secara umum di dalam bahasa asal
masing-masing. Setelah diterima ke dalam bahasa Melayu,
perkataan-perkataan ini kemudian mengalami pengubahsuaian
dan digunakan sebagai istilah teknikal yang merujuk kepada sesuatu
jenis puisi yang mempunyai struktur, isi dan fungsi yang tersendiri.
Perkataan nazam yang digunakan sebagai istilah teknik kepada
suatu jenis puisi mula ditemui dalam Tajus Salatin yang dikarang oleh
Bokhari al-Jauhari kira-kira dalam tahun 1603.


































43

TEMA : KESIHATAN
TAJUK : KAMI CAKNA

Berbulan sudah kita dicengkam,
Lalu semuanya duduk terbungkam;
Sambil melihat pelbagai ragam,
Norma baharu sama digenggam.

Datangnya ia beri tauladan,
Marilah kita ambil pengajaran;
Utamakan kebersihan jaga keselamatan,
Jangan dicemar ciptaan Tuhan.

Cukup masa sampai ketika,
Hilangnya dia dari dunia;
Barulah segala kembali semula,
Rakyat jelata tersenyum mesra.

SITI NURMAISARAH BINTI ROSLAN














































44

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : MALAIKAT DUNIA

Dari kecil kita dipelihara,
Sehingga besar kita disara,
Tidak sekali dibiar sengsara,
Kasih mereka tiada tara.

Kasih ibu tiada bandingan,
Menanggung sakit sembilan bulan,
Jasa ibu sentiasa di ingatan,
Agar hidup penuh keberkatan.

Kasih ayah tersemat di jiwa,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Walau penat tetap tertawa,
Untuk membentuk anak bertakwa.

Cinta ibu hingga ke syurga,
Setiap nasihat sangat berharga,
Supaya menjadi harapan keluarga,
Agar nanti kehidupan terjaga.

Nasihat ayah jangan diendah,
Patuh agama terjaga akidah,
Elak perkara tiada faedah,
Tingkatkan iman lebihkan ibadah.
Kita adalah cerminan mereka ,
Sentiasa beradab jaga air muka ,
Hidup di dunia usah terleka ,
Jangan biarkan mereka terluka .

Jadilah anak sentiasa berbakti ,
Ibu dan ayah jangan sakiti ,
Jangan menyesal kemudian nanti ,
Kerna mereka tiada ganti .


Selagi masih ada peluang ,
Jadilah anak yang penyayang ,
Selitkan doa dalam sembahyang ,
Moga kasih takkan hilang.

SITI NURSYAQILAH BINTI SAFE’I









45

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : KELUARGA TERCINTA

Keluarga bahagia hati pun tenang,
Bersama tika susah dan senang,
Berkorban segala demi tersayang,
Pahit dan manis sentiasa dikenang.

Beradab selalu dalam langkahmu,
Semat selalu dalam dirimu,
Tuntutlah ilmu bekalan hidupmu,
Jadikan pedoman sepanjang waktu.

Keluarga ibarat emas permata,
Tiada lain yang dipinta,
Keluarga bahagia saling mencinta,
Barulah hidup tiada derita.

Hidup berkeluarga taburlah bakti,
Sematkan cinta di dalam hati,
Keluarga bahagia jadi bukti,
Kasih keluarga cinta sejati.

Ayah dan ibu tonggak keluarga,
Cahaya mata kiriman berharga,
Ikatan keluarga sentiasa dijaga,
Akhirat kelak ganjaran syurga.
Doakan ayah sentiasa selamat,
Mencari rezeki mengerah keringat,
Jasa ayah selalu diingat,
Sara keluarga laksana amanat.

Walau ibu bercekak pinggang,
Kasihnya tetap takkan berkurang,
Dididik penuh kasih sayang,
Demi membentuk peribadi terbilang.


Pengorbanan sulung tiada tandingan,
Membantu keluarga untuk kesenangan,
Berkorban tenaga demi kesayangan,
Rela menempuh segala halangan.

Kenang budi sentiasa hormati,
Ibu dan ayah jangan sakiti,
Ingatlah budi taburlah bakti,
Pasti hidup selalu diberkati.
NUR HANI BINTI MD DIAH


46

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : KASIHNYA AYAH

Tabahnya insan bergelar ayah,
Tetap berkorban meskipun payah,
Lelah diuji sehingga goyah,
Masih berjuang tiada mengalah.

Kasihnya ayah tiada terlihat,
Namun kasihnya mekar terpahat,
Mengukir senyuman seolah sihat,
Walau berpanjangan lelah tak berehat .

Dakaplah ayah walau seketika,
Di depan mata bukan selamanya,
Setelah berkorban berabad lama,
Tiba masanya kan pergi jua.

Wahai anak intan permata,
Kiriman doa, jangan dilupa,
Tiada balasan ingin kupinta,
Harapnya cuma, hidup bahagia.
DANIELSON ANAK TAMA


TEMA : KEKELUARGAAN

TAJUK : ANUGERAH ILAHI
Salam kasih pembuka bicara,
Salam disambut dengan lembut suara,
Wahai sahabat jangan dilupa ibu bapa sendiri,
Hidup derhaka tidak bererti.

Baik hati dan jiwa murni,
Orang tua sila hormati,
Jangan dilepas marah tak bertempat,
Kelak di neraka kita merempat.

Santun bicara tanda menghormati,
Keluarga bahagia suasana diimpi,
Adik beradik sandaran keluarga,
Jangan dilupa pertalian sesama kita.

Hidup di dunia hanya sementara,
Tersilap langkah hilang nikmat dambaan syurga,
Ibu dan ayah membentuk iman,
Agar anak tidak lalai dan lupa pada Tuhan.
ASTON ROLAND ANAK JITAM


47

PENGENALAN SAJAK


Perkataan sajak membawa pengertian sebuah karangan
berangkap seperti pantun dan syair. Perbezaannya, sajak
merupakan puisi moden iaitu karangan berangkap yang lebih
bebas bentuknya dibandingkan dengan pantun dan syair. Susunan
kata dan isi pada sajak mempunyai beberapa sifat tertentu.
Pertama, melihat pada tema sebuah sajak. Dalam sebuah
sajak tema ialah persoalan pokok atau utama yang hendak
disampaikan oleh penyair. Dalam sebuah sajak juga terdapat
bentuk dalaman dan bentuk luaran. Bentuk dalaman merupakan
ciri-ciri abstrak yang terdapat dalam sajak, iaitu meliputi cara
persembahan perasaan dan pemikiran seseorang penyair itu
terhadap pengertian yang ingin disampaikan. Manakala bentuk
luaran merupakan sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas
seperti susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah
perkataan dalam baris dan rima di hujung baris dalam rangkap.
Seterusnya, aspek nada juga merupakan salah satu aspek
yang berkait rapat dengan tema, persoalan, rima dan bentuk
sesebuah sajak. Nada bermaksud alunan tinggi, rendah, lembut
atau keras yang terhasil daripada pelbagai jenis bunyi dalam
sesebuah sajak. Nada ini amat berhubung erat dengan perasaan
dan pemikiran penyair yang diungkapkan dalam sesebuah sajak.
Selain itu, kata-kata tertentu dipilih dan digunakan sebagai simbol
bagi menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri. Hal ini
adalah bertujuan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada
pembaca sebuah sajak.
Kesemua aspek yang dinyatakan di atas terangkum dalam
sebuah sajak yang mewujudkan sebuah gaya bahasa. Gaya
bahasa ini merupakan cara berbahasa yang digunakan oleh
penyair bagi menimbulkan imej iaitu kesan gambaran yang timbul.
Imej atau kesan gambaran ini yang membantu pembaca
memahami seterusnya mendalami makna sebenar yang terdapat
dalam sebuah sajak.






















48

TEMA : PERSAHABATAN
TAJUK : HARGAI SAHABAT


Sahabat,
Pendamping setia walau dimana jua berada,
Susah dan senang kekal bersama,
Pemberi semangat tidak kira masa,
Usahlah bimbang sentiasa ada setiap masa.

Sahabat,
Tindak tandukmu paling dia fahami,
Tuturmu tersurat tersirat paling dia mengerti,
Bukan kerana mahu menyibuk diri,
Hanya kerana kamu dianggap sahabat sejati.

Sahabat,
Diri terkilan, kecewa, dan sakit disembunyi,
Andai ia menyakitkan tidak dingat,
Bila ia melukakan tidak dikenang,
Jika ia menyedihkan tidaklah dia rindukan.

Sahabat,
Hadirnya disenangi,
Perginya dirindui,
Hargailah sahabat sebelum dijemput ilahi,
Kelak tiada menyesal sendiri.
Sahabat,
Terimalah pesan akhirku,
Menjaga diri sentiasa selalu,
Akhirat tempat kita tuju,
Moga ada rezeki kita bertemu.

MOHAMAD IRWAN BIN SUGIYO























49

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : PESAN BONDA


Detik waktu terus berjalan,
Aku masih lagi di sini,
Menatap jauh potret usang,
Tersimpan rapi dalam kotak memori.

Detik waktu terus berjalan,
Teringat kata insan ku cintai,
Dalam hidup teguh berjuang,
Jangan patah biarpun dicaci,
Bawalah afwah bonda kembaralah seluruh alam.

Pesan bonda,
Iman itu harus dipasak,
Taqwa itu harus dijaga,
Jangan sampai terperusuk,
Dikaburi runtunan syahwat,
Kelak diri yang binasa di arungan kegelapan,

Pesan bonda,
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.

MUHAMMAD ZURAIMI BIN ADI SIN



































50

TEMA : KEAGAMAAN
TAJUK : PENGATUR CERITA
Ada ketika,
Hati kita mati,
Fikiran jauh melayang,
Jika bertali tiada ukuran layanganya.

Ada ketika,
Kita rebah tersungkur,
Mengenang jalan hidup,
Likunya penuh onak duri.

Ada ketika,
Hujan tidak selamanya hujan,
Panas tidak selamanya panas,
Begitu juga sedih, duka, derita, gagal, sengsara,
Tidak selamanya kekal abadi.

Masa itu akan tiba,
Masa kita bersinar bangkit menyerlah,
Pengatur Cerita sudah tetapkan cerita,
Cerita kau, aku dan dia,
Meskipun jiwa tergantung sepi,
Bisikan Ilahi tetap ada.

MUHAMMAD ZURAIMI BIN ADI SIN


































51

TEMA : ALAM SEKITAR
TAJUK : ALAM MALAM
Dalam keheningan malam,
Aku sendiri sepi berbalam,
Pondok usang tempat menikmati rasa malam.

Bertemankan bintang di langit tinggi,
Bulan juga turut bersinar,
Pohon-pohon tegak berdiri,
Dedaunnya asyik melambai mesra,
Anak sungai menari pada rentaknya,
Tetap maju tanpa ada halangan.

Meskipun malam menjelma,
Masih ada unggas bernyanyi merdu,
Barangkali mengulit anaknya tidur,
Kelip-kelip terbang sekawan,
Menghias belantara malam.
Indah buana tanpa ada kerakusan,
Biarlah keindahan ini lestari berzaman,
Jangan biarkan ego beraja di hati,
Ingatlah anak watan kemudian hari,
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi.

MUHAMMAD ZURAIMI BIN ADI SIN


































52

TEMA : PERSAHABATAN
TAJUK : KAMAR RINDU
Ku masih disini,
Terperangkap dalam kamar rindu,
Mengingati hari-hari lalu,
Saatku bersamamu,
Bersatu tanpa jemu.

Ku masih disini,
Menangis tak berlagu,
Sungguh aku rindu,
Naratif kau dan aku,
Mengikat janji untuk bersatu.


Ku masih disini,
Menyemai kekuatan,
Menaruh harapan,
Bangkit berjuang,
Bebas dari kamar rindu.

Kini, aku bebas,
Dari rasa yang membunuhku,
Dari rindu yang menghukumku,
Aku bebas dan terus bebas,



Terima kasih kamu,
Cerita lama aku,
Ku kurung dalam kamar rindu.

MUHAMMAD ZURAIMI BIN ADI SIN


























53

TEMA : KEAGAMAAN
TAJUK : SEBUAH KESEPIAN


Sudah kutulis sebuah puisi,
Tentang alam paling sepi,
Ingin ku terokai alam ini,
Tetapi takdir belum mengizini.

Teman,
Aku sudah memikirkan,
sehari semalam,
Ada ketika terlena pada sejadah rindu,
Ruang yang paling sepi itu,
Ruang barzakh.

Disana nanti teman,
Serulah rakan taulan,
Serulah ayah bonda,
Serulah lawan,
Serulah juga nama Tuhan.

Tidak akan ada senyum mesra,
Tidak akan ada bisik dan tutur kata,
Tidak akan ada riuh-rendah,
Tidak akan ada panorama dunia,
Tidak akan ada biru mempesona,
Tidak akan ada hijau menyamankan,
Semuanya menyepi.
Teman,
Itulah barzakh, sebuah kesepian.

MUHAMMAD ZURAIMI BIN ADI SIN























54

TEMA : JATI DIRI
TAJUK : AMANAT
Berdiri aku di pagi yang hening,
Menikmati pemandangan,
Sambil tangan memegang secawan kopi,
Seringkali bermain dalam fikiran; adakah layak aku di sini,
Sedangkan yang jauh,
Membanting tulang,
Demi aku,
Demi memastikan aku senang berada di sini.

Namun,
Semua itu tidak akan terbalas,
Melainkan dengan, sebuah kejayaan.

Kuteguk secawan kopi yang sedang kupegang,
Sejuk! Baru tersedar,
Satu jam sudah berlalu, dalam melayani imaginasiku.

MUHAMMAD IZZAT BIN JASNI

TEMA : KASIH SAYANG
TAJUK : CINTA
Cinta,
Tidak terletak pada kata-kata,
Kerana mulut yang berjanji juga memungkiri.

Cinta,
Tidak dilihat pada wajah,
Kerana wajah gembira juga menyorokkan jiwa kecewa.

Cinta,
Tidak mampu ditafsir oleh perbuatan,
Kerana lumrah manusia berbuat baik sesama sendiri.

Cinta,
Bukanlah ikhlas semata-mata,
Kerana manusia yang saling menolong juga ikhlas.

Cinta,
Tidak mampu aku jelaskan,
Kerana cinta ditafsirkan,
Oleh kata-kata, wajah,
Perbuatan, dan ikhlas,
Dari hati.
MUHAMMAD IZZAT BIN JASNI


55

TEMA : PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
TAJUK : JASAMU PETANI


Di bumi Malaysia ini,
Aku bangga menjadi petani,
Tanah subur punca rezeki,
Punca pendapatan utama kami.

Aku seorang petani Malaysia,
Insentif pelbagai bantu petani,
Bantuan diberi ihsan kerajaan,
Hasil tanaman segar dan berkualiti.

Tanaman getah dan sawit,
Pengeluar terbesar negara ini,
Tanggungjawab kami seorang petani,
Saling membantu ekonomi negara

Uniknya hasil tanaman kami,
Buah-buahan tempatan dikenali,
Durian, nanas dan rambutan,
Menjadi identiti negara tercinta.

Bersyukur kami menjadi petani,
Keringat kami memberi manfaat,
Walau badai mendatang nanti,
Rela kami terus bercucuk tanam.

SITI NURMAISARAH BINTI ROSLAN





























56

TEMA : PATRIOTIK
TAJUK : PAHLAWAN KITA


Masakan beralun sampan,
Jika tiada ombaknya,
Masakan melayang dedaunan,
Jika tiada hembusan angin bayu,
Masakan goyah suatu perpaduan,
Jika tiada perosak durjana.

Mahukah kita mensia-siakan keringat mereka,
Mengerah tenaga berjuang,
Tanpa getar,
Lelah tiada peduli,
Senjata dibahu,
Demi Malaysia yang kita kecapi ini.

Jangan padamkan sumbu perpaduan,
Dek kerana sikap ego,
Hancur,
Ranap sebuah negara,
Hanya kerana secebis nilai yang tidak didalami.

Bersatulah kita dalam kedamaian,
Tidak tergapai perpaduan ini,
Jika tiada kesepakatan,
Janganlah hancur di tengah jalan,
Kerana keindahan kita jejaki ini,
Tidak terganti.
NORISMALIZA BINTI ALI BASAH


























57

TEMA : PENTERNAKAN DAN PERTANIAN
TAJUK : TERIMA KASIH PETANI
Setiap senja memijak bumi,
Berangkat pergi dikala embun pagi,
Berteman cangkul usang di bahu,
Tanaman dihujani siraman keringat.

Tanah subur dipenuhi kehijauan,
Bibirnya terukir senyuman terindah,
Tanda tanaman membuahkan hasil,
Buat bekalan manusia sejagat.

Kesedihan petani tiada yang tahu,
Saat hasilnya menguning kembali,
Raut wajah keletihan ditatapi,
Tapi masih tetap bertani.

Jasamu petani sungguh besar,
Tidak mengenal usia dan masa,
Habiskan tenaga demi negara,
Ekonomi meningkat atas sumbanganmu.

Terima kasih petani,
Sumber pengeluar hasil pertanian,
Keringat dikerah walau berpanas,
Tiada ungkapan menyerah walau sekali.

LYNA ALENA BINTI ROHIZAT































58

TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : LINANGAN KASIH
Kulihat ayah,
Bersirat urat di garis usia,
Lelahnya tersembunyi dalam riangnya tertawa,
Mencuba gagah demi keluarga tercinta.

Melirik sekilas pada ibu,
Lincah merapi aturan dapur,
Sesekali berdenting senduk dan kuali,
Usianya bukanlah penghalang,
Kerana,
Kasihnya tiada bersempadan.


Di balik pintu,
Sayup kedengaran canda gurauan si abang,
Terkadang terselit jua tangis manja si adik,
Bukti kasih itu masih mekar,
Suka dan duka menghiasi hariku,
Ku bersyukur pada-mu ilahi,
Ehsan dan rahmatnya melimpahi,
Moga bahagia ini kekal abadi,
Duniawi juga syurgawi.

AIN AQILAH BIN ALI SAMAD



































59

TEMA : INTEGRITI
TAJUK : PENGUASA NUSA DAN BANGSA
Pejuang itu latarnya
Guru itu gelarannya,
Lahir dengan senyuman membawa harapan,
Tiada keringat yang jatuh demi penipuan,
Kerana patuh dan amanah itu pedoman.

Bercanang di tengah gurun,
Berkayuh di tengah gelora,
Biar tombak menusuk jiwa,
Biar petir menyambar nyawa,
Kerana negara dia berkorban.


Lembaran demi lembaran ilmu ditadah,
Benang demi benang dipintal,
Tekunnya menghadap cabaran demi murid tersayang,
Tidak berjuang kerana harta,
Kerana negara itu lebih berharga.

Guru kaulah penguasa,
Penghambat musuh kejahilan,
Menyinari bangsa dengan perpaduan,
Jasamu kekal dalam ingatan,
Biar dunia mengata kau tetap penguasa.

AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
































60

TEMA : KEMERDEKAAN
TAJUK : ADENANTHERA YANG MERDEKA


Pohon saga nan berabad riwayatnya kusapa,
Kusoal banirnya yang menjalari lantai bumi; Sungguh bahagianya
dikau,
Kulihat dedaunanmu menari bebas seiring melodi semilir,
Kulihat lenggok tubuhmu rancak meregang sendi rantingmu,
Bebas merdeka nian jasad rohmu.

Pohonan tua itu tersentak membalas; Sememangnya tika ini aku
diselubungi bahagia,
Jasad firasat jiwa rohnya aku bebas,
Namun di balik selindung kebebasan yang aku pamerkan,
Tersisip ceritera derita yang dipendam sendu,
Akarku menjadi saksi akan coretan penderitaan lampau,
Dedaunanku dulu sering saja memerhati roh diseksa paksa,
Rerantingku acapkali mendengar keluh rintih jiwa yang digenggam
pedih pendusta durjana,
Natijahnya bercucuran rintik-rintik merah pekat bak bijiku.

Nuraniku pun bermonolog sepi tatkala mendengari ujarnya si
Adenanthera,
Sudah berdekad lama bumiku merdeka,
Namun demokrasi yang didiskriminasi mencetus demonstrasi
provokasi,
Globalisasi kian menghasuti realiti lantaran si hipokrit membanting
tulang membina konkrit
perit,
Yang berpakukan longlai sang manusia mungil bersimenkan dusta
yang direka cipta,
Demi menyuapi nafsu bisu nan berbisa,
Naluriku sebak memilu tatkala mengenang ilustrasi bumi yang
diselaputi identiti mati.


ABDUL HANIS BIN OTHMAN

















61

TEMA : KEMANUSIAAN
TAJUK : MANUSIA


Manusia,
Sama warna sama umurnya,
Adakah hati sama jernihnya?

Manusia,
Pelbagai bangsa, pelbagai budaya,
Adakah perpaduan sebenar-benarnya ada?

Manusia,
Yang cantik kau puji kau senangi,
Yang kurang pula kau hina kau pinggiri,
Adakah wajah begitu penting berbanding hati?
Usahlah kau begini,
Seperti kau kutuk ciptaan Ilahi.

Manusia,
Terkadang menyalah tafsir,
Berfikir yang atas itu lebih baik,
Tidakkah kau tahu sejumah kecilnya,
Berlagak terpamer tanpa disedar,
Golongan itulah yang banyak hilang,
Tatkala rakan sendiri kesusahan lemas di lautan seberang.

Manusia,
Janganlah kau fikir kau hebat,
Walaupun pengaruhmu amat kuat,
Usahlah ditundukkan musuh hingga hilang kelibat,
Kau fikir kau hebat sangat?

Manusia,
Jangan kau takbur membangga diri,
Berdendam sakan beriri hati,
Dosa maksiat kau hiasi diri,
Apa kau dapat berbuat begini?
Kepuasan hidup didunia fana ini?

Manusia,
Lengkapkan diri dengan kemanisan iman,
Tersimpang jauh tolonglah jangan,
Aku sayang kau sebagai teman,
Aku nasihat moga kau pertimbangkan.






62

Manusia,
Kita menasihati mereka,
Kita pula yang terkena,
Dikata jangan menjaga tepi kain orang,
Baiklah pergi uruskan jenazah kau seorang-seorang.

Manusia,
Segenap kebaikan kau tak pandang,
Kesilapan sekecil kuman kau bising,
Sebelum orang seperti engkau kami tendang,
Lebih baik kau diam kalau kau tak mahu runsing.

Manusia,
Hilangkan pengaruh negatif,
Hidupkan aura positif,
Sinarkan dunia ini,
Dengan akhlak seindah pelangi,
Yang sentiasa cantik menghiasi,
Tiada suram tiada kegelapan,
Kerana,
Kehidupan ini bersifat fana,
Kecuali Allah Yang Maha Esa,
Lagi Besar kuasanya !


NURUL SYAFIQAH BINTI MUNAHIR



































63

PENGENALAN LAGU
Lagu merupakan satu alat penyampaian mesej kepada
masyarakat-masyarakat sejak zaman dahulu lagi. Hasil setiap lagu
juga merupakan cara pereka lagu atau penulis lagu bagi
menyatakan perasaan dan ekspresi diri melalui muzik.
Setiap lagu yang dihasilkan pastinya mempunyai satu mesej
yang disampaikan secara tidak langsung untuk dijadikan sebagai
peringatan dan teguran serta pengajaran kepada para
pendengarnya. Lagu-lagu yang dihasilkan juga pastinya untuk
semua golongan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa.
Kini, lagu merupakan satu elemen yang penting dalam dunia
Pendidikan. Hal ini demikian, kanak-kanak pastinya amat menyukai
bunyi dan muzik untuk menenangkan serta menghiburkan mereka
secara fizikal, mental dan emosi. Oleh itu, elemen muzik ini pastinya
berkesan jika diaplikasikan dalam Pendidikan kanak-kanak bagi
menyemai sikap minat mereka untuk belajar.


















































64

LAGU RAKYAT



TEMA : KEKELUARGAAN
MELODI : KETIPANG PAYUNG
TAJUK : AYAHKU SAYANG


Hoi. Alah keluargalah keluarga, keluarga bahagia.
Keluarga bahagia semua suka.
Alah tolong lah tolong cik abang tolong.
Ini cerita keluarga bahagia,
Ayah yang tegas ketua keluarga,
Mencari rezeki tak kira lelah,
Hatiku sayu... kepadalah ayah,
Menunggu masa pulang ke rumah .

MOHAMAD IRWAN BIN SUGIYO




TEMA : PERPADUAN
MELODI : WAU BULAN
TAJUK : SEPAKAT MEMBAWA BERKAT


Perpaduan…perpaduan,
Perpaduan perlu dijaga,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat sentiasa.

Kalau bersatu kita kan teguh,
Andai bercerai kita kan hancur,
Tolong menolong amalan mulia ,
Rakyat sepakat membawa berkat .

Negeri makmur rakyat bersatu,
Perpaduan lambang merdeka,
Seluruh rakyat rasa bahgia,
Maju Malaysia bertambah jaya.

SITI NURMAISARAH BINTI ROSLAN









65

TEMA : PATRIOTISME
MELODI : IKAN KEKEK

TAJUK : BUNGA RAYA
Bunga itu ai sungguh indah,
Bunga merah oh menawannya,
Dalam taman ai sungguh indah,
Bunga mekar oh menawannya.

Lima kelopak bunga ternama,
Bunga raya nama bunganya,
Bunga rasmi lambang negara,
Cantik sungguh merah warnanya.

Bunga itu ai sungguh indah,
Bunga merah oh menawannya,
Dalam taman ai sungguh indah,
Bunga mekar oh menawannya.

Kembang mekar bunga raya,
Bunga kebangsaan di malaysia,
Lima kelopak ada maknanya,
Lima prinsip rukun negara.
Bunga itu ai sungguh indah,
Bunga merah oh menawannya,
Dalam taman ai sungguh indah,
Bunga mekar oh menawannya.

Bunga raya oi bunga raya,
Bunga raya ah bunga raya.


ERNA NATASHA BINTI NAIM
























66

TEMA : KEBUDAYAAN
MELODI : LEMAK MANIS (ROSLAN MADUN)

TAJUK : MALAYSIA ALA AMBOI AMBOI


Sopan santun anak Malaysia,
Satu hati, satu jiwa dan satu rasa,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan, mesra ikatan erat perpaduan.

Satu Malaysia, ala amboi amboi. Satu bangsa, ala amboi amboi,
Pelbagai kaum, ala amboi-amboi. Malaysia sejahtera.
(Ulang 2 kali)

Semenanjung, Sabah, Sarawak,
Berganding bahu, berganding bahu demi perpaduan,
Bangsa utama, Melayu India Cina,
Bumiputera, bumiputera tidak dilupa.
(Ulang 2 kali)

Berbeza pegangan berbeza adat,
Bukan halangan, bukan halangan untuk bersepadu,
Mari sepakat mari bersama,
Kekalkan Malaysia, kekalkan Malaysia negara harmoni.
(Ulang 2 kali)


NURIN SYAFIQAH BINTI ABD HAMID
































67

TEMA: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
MALAYSIA

MELODI: ANAK ITIK TOKWI
TAJUK : SONGKET WARISAN
Anak Pak Cik Mael,
Pakai baju Kurung,
Kurung warna merah,
Bertenunkan songket.

Mari semua mari,
Pakai baju kurung,
Bertenunkan songket,
Songket Warisan.
(Ulang 2 kali)

ISOBEL SANTA ANAK HENRY















































68


Click to View FlipBook Version